E-Sastera Kembara Bali Kedai yang dibina dalam ladang untuk menjual barangan hiliran dari ladang. 43
E-Sastera Kembara Bali 10.11.2013 (Ahad)- Hari ke-2 Gunung Batur Bertafakkur emudian kami meneruskan perjalanan kami ke Gunung KBatur di Kecamatan Kintamani, Kabupaten Bangli, Bali. Terletak di ketinggian 1,717 meter dari paras laut dan merupakan sebuah gunung berapi yang aktif. Telah meletus sebanyak 26 kali bermula tahun 1804 dan yang terakhir pada tahun 2000. Setibanya kami di sana, terlebih dahulu kami singgah di Restoran Batur Sari untuk bersembahyang jamak Zuhur/Asar dan makan. Pemandangan Gunung Batur dari Restoran Batur Sari. 44
E-Sastera Kembara Bali 45
E-Sastera Kembara Bali Kelihatan kebiruan adalah Tasik Batur dengan keluasan 16 km persegi, yang asalnya merupakan kawah gunung berapi yang disebut sebagai kaldera. 46
E-Sastera Kembara Bali Gunung Batur Bertafakkur Gunung Batur antara tidur dan tafakkur bernafas damai dan dingin dalam kebiruan sentiasa menyantun langit sering memuntahkan rezeki dalam nyalaan api menyimpan amanat kudrat dan iradat menyampaikan rahmat dalam selimut zulmat seakan hari mahu kiamat. Bermula tahun 1804 terakhir tahun 2000 26 kali dalam bilangan langit dan bumi sepakat langit berdebu pekat bumi bergegar terhuyung hayang bergoyang seakan mahu melayang ada hati terus mati Gunung Batur berubah wajah menghadirkan zikrah demi syafaat dan rahmat. Gunung Batur terus bertafakkur menunggu kalam Allah kembali membawa zikrah. Yajuk Bj 30012015 47
E-Sastera Kembara Bali Kenangan-kenangan berlatarkan Gunung Batur. 48
E-Sastera Kembara Bali Dari Gunung Batur Kintamani, kami singgah pula di Tegalalang, Ubud yang juga merupakan destinasi Agro Pertanian yang sentiasa menjadi destinasi wisatawan di Pulau Dewata ini. Selain terkenal dengan padi teresnya, dia juga terkenal dengan barang-barang pertukangan tangan yang diusahakan bukan saja untuk pasaran tempatan tapi juga untuk dieksport. 49
E-Sastera Kembara Bali Kedai yang dibina di lereng bukit menghadap padi teres menjadi pilihan kami santa-santai minum petang. Sdr Anbakri sedang sibuk menulis segala ilham yang mengalir deras membuah menjadi sajak. 50
E-Sastera Kembara Bali Pulang dari Tegalalang, kami singgah di pusat beli-belah Krisna dan kemudian singgah di kedai masakan Asli Bali, ayam betutu dan ayam goreng betutu. Ayam betutu rasanya tersangat- sangat pedas kerana selepas memakannya ada kawan kita dah tak sanggup lagi nak meneruskan hajat berkahwin lagi satu dengan gadis dari Bali kerana takut dengan rasa masakan ayam betutunya haha... Jadi para isteri yang suaminya datang ke Bali secara solo tak payahlah risau yea... hehe 51
E-Sastera Kembara Bali Mencari rezeki pada awal pagi di Pantai Sanur. 52
E-Sastera Kembara Bali 11.11.2013(Isnin) - Hari ke 3 KuLewati Jalan Berliku estinasi pertama kami pada hari ke-3 ialah Tanah Lot. DMelancong ke Bali tidak lengkap jika tidak ke Tanah Lot yang terletak di Desa Beraban, Kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan, kira-kira satu jam perjalanan dari Laghawa Beach Hotel tempat kami menginap. Di sini terdapat dua buah pura untuk pemujaan dewa-dewa penjaga laut yang merupakan bagian kepada Pura Dang Kahyangan. Satu daripada pura ini terletak di atas sebuah bongkah batu besar yang, jika air pasang, akan menjadi sebuah pulau. Di bawah pura ini, terdapat sebuah gua yang menjadi sumber air tawar untuk menyuci diri bagi mereka yang mahu naik bersembahyang. Sebuah lagi terletak di atas tanah batu yang menjolor ke laut menongkah ombak, dikenali sebagai Pura Batu Bolong. 53
E-Sastera Kembara Bali Pura Batu Bolong 54
E-Sastera Kembara Bali 55
E-Sastera Kembara Bali Apabila air pasang, pura ini menjadi sebuah pulau yang mirip sebuah bahtera. 56
E-Sastera Kembara Bali Biru laut dengan segala riak dan debur ombak yang bertaut dengan biru langit telah mengocak riak ombak di hati dalam bicara sepi sebuah pencarian. Benih-benih yang tersimpan kemudian menetas dalam rupa sajak “Dia Tetap Ada Di Sini”. Dia Tetap Ada Di Sini Antara biru laut dan biru langit Tanah Lot yang menongkah ombak terketar mimpi pelaut teroleng ego pengembara dalamnya laut masih bisa diselami menyentuh dasar dalamnya atau mengutip mutiara di perut tiramnya tinggi langit di mana batasnya di tingkat mana pun kita berdiri langit tetap jauh dan jauh lebih tinggi tak tergapai oleh mimpi lihat saja pada setiap pura itu biar betapa tinggi tingkat keberadaannya tetap ada penunjuk arah yang tak mampu di daki terdetik suara sepi tinggallah yang beribu carilah yang Satu kerana yang satu bukan batu naiklah ke langit biru jika mampu tapi Dia tetap ada di sini tersembunyi di hati. Yajuk Bj25112013 57
E-Sastera Kembara Bali 58
E-Sastera Kembara Bali Dari Tanah Lot, kami bergerak ke Jatiluwih. Perjalanan ke Jati Luwih dari Tanah Lot mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Jatiluwih terletak di daerah Penebel, Kabupaten Tabanan, Bali. Merupakan kawasan pertanian Terasering dipenuhi sawah padi yang bertingkat-tingkat dengan keluasan 636 hektar dan dikendalikan secara pengairan subak yang beririgasi tradisional, dilengkapi dengan pura untuk pemujaan Dewi Kesuburan atau Dewi Kemakmuran. Jatiluwih berada di ketinggian 700 meter dari paras laut dan berhampiran dengan Gunung Batur. Dalam perjalanan ke Jatiluwih, kami singgah bersembahyang jamak Zuhur/Asar di Masjid Al-Hamzah di Kampung Soko. Mengikut kenyataan Tok Imam: di kampung itu terdapat kira- kira 15 keluarga yang beragama Islam tapi tak ada masalah untuk mendirikan Jumaat kerana ramai pengunjung yang singgah bersembahyang. Dia sendiri, katanya, berasal dari Jawa dan berketurunan Bugis dari Makasar. Masjid Al-Hamzah, Kampung Soko. 59
E-Sastera Kembara Bali Dari kiri: Anbakri, Tok Imam Masjid Al-Hamzah, dan Yajuk. 60
E-Sastera Kembara Bali Perjalanan yang agak panjang dan penuh liku dihiasi dengan pemandangan di Jatiluwih begitu nyaman dan mempesonakan, dengan padi yang mula menguning dan dipagari banjaran Gunung Batu Karu, membuatkan hati berbisik kau bentangkan aku permaidani kuning yang kemudiannya menetaskan sajak “Kelewati Jalan Berliku”. Kulewati Jalan Berliku Kulewati jalan berliku dari Sanur ke Jatiluwih di sana terhampar permaidani kuning padi-padi sedang menguning tunduk merunduk diri barangkali ia mengerti semakin ia berisi semakin ia merendah diri ia bukan pemilik diri walau di tingkat mana keberadaannya lalu aku itu siapa sebenarnya? terdiam aku kehilangan kata-kata tak termampu mendaki lagi kerana di hadapanku Gunung Batu Karu tak mungkin kudaki sendiri cukup sekadar memerhati kembali menyelami danau hati untuk ikut mengakui aku bukan milik diri hanya Dia pemilik segalanya. Yajuk Jatiluwih, Bali. 11112013 61
E-Sastera Kembara Bali Kawasan padi berteres di Jatiluwih. 62
E-Sastera Kembara Bali Kenangan-kenangan berlatarkan Gunung Batu Karu. 63
E-Sastera Kembara Bali 64
E-Sastera Kembara Bali Pada tahun 2012 yang lalu, Jatiluwih Terasering dengan sistem subaknya telah diangkat menjadi Warisan Dunia oleh UNESCO. Dari Jatiluwih, kami meneruskan pejalanan ke Bedugul dalam daerah Tabanan. Jauhnya kira-kira satu jam perjalanan dari Jatiluwih. Bedugul juga terletak di jalan utama antara Denpasar ke Singaraja yang jaraknya kira-kira 50 km dari Denpasar dengan ketinggian lebih kurang 1,200 meter dari paras laut. Udara di sini sangat menyenangkan, dingin dan nyaman. Di sini terletak Tasik Beratan dan Ulun Danu Temple atau Temple Kuning. Bersebelahan temple ini terdapat juga Kuil Budha dan, dari pinggir tasik ini, jika kita pandang ke darat atau di tengah kawasan perumahan penduduk, terdapat juga sebuah masjid. Saya tak pasti berapa ramai penduduk Muslim di sini. Selain itu, kawasan ini juga dikelilingi oleh Gunung Sangkur di utara, Gunung Bratan atau Puncak Mangu di timur, Gunung Teratai Bang di selatan dan Gunung Batu Karu di barat. Ulun Danu Beratan – dingin dan nyaman, berada pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut. 65
E-Sastera Kembara Bali Pemandangan yang indah di Ulun Danu Beratan 66
E-Sastera Kembara Bali Ulun Danu Beratan yang dingin dan nyaman amat mengujakan. 67
E-Sastera Kembara Bali Ulun Danu Beratan Ulun Danu Beratan merenjiskan nyaman hati berzikir dalam diam berdiri kau atas kayangan menjadi taman dewa dan dewi apakah aku semakin dekat dalam tafakkur dan munajat lalu langit menangis bahagia dan mentari tersenyum gembira. Angin gunung yang berhembus dan dingin hujan yang menitis mampukah menghidupkan hati yang mati ketika berpapasan tuhan-tuhan batu bikinan tangan-tangan manusia dan masihkah tersimpan kemuliaan di hujung kuku pengukir alam. Ulun Danu Beratan kusimpan resah semalam ketika hati hanya mampu diam berbicara tanpa kalam antara puja puji Dewa dan Dewi bermunajat hamba menghambat kelam segala keindahan tertanam di hati moga terhasil sebuah taman kau dan aku bersatu mengesakan yang Satu dari yang beribu yajuk bj23112013 68
E-Sastera Kembara Bali Dari Bedugul, kami bergegas pulang ke Denpasar untuk ber- HesCom di Restoran Memey Sari. Untuk pertama kalinya HesCom diadakan di luar negara oleh E-Sastera. Kerana kami sudah terlewat, maka kami tidak pulang ke hotel tapi terus ke restoran tersebut kerana masa yang diberikan kepada kami adalah dari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam. Majlis HESCOM 2013 di Restoran Memey Sari. 69
E-Sastera Kembara Bali Berikut adalah keputusan HesCom Bali yang disediakan oleh Prof. Dr. Irwan: Program: Hadiah eSastera.com (HesCom) 2013 Masa: Isnin, 11.11.2013, 6.00-8.00PM Tempat: Restoran Memey Sari, Denpasar, Bali, Indonesia. Keputusan: 1. Anugerah Prestasi Dampak Tinggi (Rp1.0 Juta): GLP. 2. Anugerah Pengkarya Prolifik (Rp.1.0 Juta): Dikongsi bertiga oleh Ibnu Din Assingkiri, Mansor A. Hamid, dan Kembara Ilmu. 3. Anugerah Pengkarya Pelapis (Gen. Y)(Rp.1.0 Juta): Dikongsi berdua oleh Zahid Naseer (pengkarya baru yang aktif) dan Wan Ryzal Adly (memperkenalkan maskot eSastera, Tera & Teri serta comic strip yang berkaitan). 4. Anugerah Khas Pengkarya Tempatan bagi venue HesCom (Tokoh eSastera Indonesia 2013) (Rp1.0 Juta): Muhammad Rois Rinaldi 5. Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) 2013: (a) Sagu hati (Rp1.0Juta): Yajuk melalui sajak “Menadah Hujan”. (b) Pemenang (RM2,013= Rp.6.7Juta): Puzi Hadi melalui sajak “Aku, 60(2011), 61 (2012)”. 70
E-Sastera Kembara Bali 71
E-Sastera Kembara Bali 72
E-Sastera Kembara Bali 73
E-Sastera Kembara Bali 74
E-Sastera Kembara Bali Interaksi sasterawan Malaysia-Bali. 75
E-Sastera Kembara Bali 76
E-Sastera Kembara Bali 12.11.2013(Selasa) – Hari Ke-4 (Terakhir) Sayonara Bali ari terakhir di Bali, tiada program khusus untuk hari itu. HSementara menunggu check out dan sembahyang Zuhur, banyak anggota rombongan meluangkan masa ke Pantai Sanur di belakang hotel penginapan kami. Aku tidak berganjak dari bilik penginapan kerana Pantai Sanur telah aku lawati pada awal pagi hari ke-2 kami di sini sebelum program rasmi kami bermula. Sepanjang pagi aku memuatnaikkan gambar dan mengirim tiga sajakku ke FB, khuatir kalau-kalau telefon bimbitku terjatuh atau sebagainya. Sajak-sajak tersebut adalah “Aku Jatuh Cinta”, “Hatiku Yang Tertinggal” dan “Kulewati Jalan Berliku”. Buat kali terakhir dalam lawatan ini, para peserta menikmati pemandangan matahari terbit di Bali. 77
E-Sastera Kembara Bali Masa cepat berlalu. waktu Zuhur telah pun melewati kerana jam sudah menunjukkan 11.56 pagi, sedang Zuhur pula pada pukul 11.30 pagi. Anbakri, teman sebilikku, sudah siap sembahyang jamak Zuhur/Asarnya sedang aku belum mandi lagi hari itu. Bergegas aku mandi dan sembahyang untuk nanti check out dari hotel dan keluar santai-santai di bandar Denpasar sebelum ke airport Ngurah Rai, untuk berangkat pulang ke KL. Selamat tinggal Laghawa Beach Inn. Kerana flightnya dijadualkan pada pukul 7.30 malam, maka kami dibawa berjalan-jalan di Denpasar. Tempat pertama yang kami singgah adalah di kedai pembuat pintu dari kayu jati. Anbakri, katanya, mahu mengimport dan mengedarkannya di Malaysia. Semoga terlaksana hendaknya... hehe. Menurut tuan empunya kedai, pintu-pintu ini kebanyakannya dieksport ke Eropah, terutamanya Itali. Pintu yang diperbuat daripada kayu jati. 78
E-Sastera Kembara Bali 79
E-Sastera Kembara Bali Kemudiannya kami ke Monumen Bajra Sandhi yang merupakan Monumen Perjuangan Rakyat Bali, berdekatan dengan kantor Gubernur Kepala Daerah Provinsi Bali. Monumen Bajra Sandhi... mengenang perjuangan rakyat Bali. 80
E-Sastera Kembara Bali Seterusnya, kerana perut sudah kosong, kami singgah di sebuah kedai makan layan diri semacam kedai nasi campur untuk makan tengah hari. 81
E-Sastera Kembara Bali Selesai makan, kami dibawa ke Monumen Pengeboman Bali 2002. Pengeboman Bali berlaku pada 12 Oktober 2002 di bandar Kuta, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 240 yang lain. Monumen Pengeboman Bali... wajah 202 orang mangsa pengeboman Bali 2002 terpapar di sini. 82
E-Sastera Kembara Bali Seterusnya kami ke pusat beli-belah yang juga terdapat toko buku. Aku membeli tiga buah buku yang berkenan di hati, Wiji Thukul (Teka Teki Orang Hilang), Cinta Para Dewa Dewi (Khalil Gibran) dan W S Rendra (Doa Untuk Anak Cucu). Dalam perjalanan ke airport seterusnya, kami singgah di kedai menjual Kueh Terang Bulan, kerana ada antara kami yang kepingin merasainya. Alhamdulillah aku juga ikut merasa. 83
E-Sastera Kembara Bali Kuih Terang Bulan. Kelihatan sebahagian daripada Universiti Udayana Bali. 84
E-Sastera Kembara Bali Tiba kami di Ngurah Rai Airport. 85
E-Sastera Kembara Bali Salam perpisahan dan terima kasih tak terhingga kami buat Ngurah Lengkonk Termana kerana menemani kami selama empat hari tiga malam di Bali. Jangan lupa “Aku Sudah Jatuh Cinta”. Ada jodoh, ada pertemuan, jumpa lagi. Sayonara Bali. 86
E-Sastera Kembara Bali Sayonara Bali Telah kubawa pulang segala kenangan yang manis adalah persaudaraan yang bertaut adalah persahabatan bergetar harapan menyulam benih-benih cinta nama bisa saja berubah hakikatnya tetap sama bersujud pada yang satu hanya Dia pada yang beribu. Selamat tinggal Bali segala keindahan telah kutanam di hati untuk nanti kutegup manisnya dalam mimpi. Yajuk Bj30112013 87
E-Sastera Kembara Bali Biodata Penulis · Yusoff Abdollah / Bukit Jering, Jeli, Kelantan · Lulusan Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang, 1975 · Ahli eSastera 14 Januari 2008 · Aktif menulis sajak dan soneta di portal eSastera · Menang hadiah kedua Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) 2010; hadiah pertama Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (AHMAS) 2011; dan hadiah ketiga Anugerah Soneta Melayu Alam Siber (ASMAS) 2011. · Antologi puisi soneta bersama Pepohon Perteduhan Cinta (eSastera Enterprise, 2011). · Kumpulan sajak Sejalan Tak Sehaluan (Esastera Enterprise, 2012) · Beberapa kumpulan sajak bersama terbitan eSastera Enterprise 88
E-Sastera Kembara Bali 89
Search