Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore KembaraESasteraBali_Kandungan_2

KembaraESasteraBali_Kandungan_2

Published by drirwan2u, 2015-10-01 19:50:54

Description: KembaraESasteraBali_Kandungan_2

Keywords: none

Search

Read the Text Version

Bali E-sastera Kembara Sepilihan Catatan Yajuk



Bali E-sastera Kembara Sepilihan Catatan Yajuk Esastera Enterprise Kuala Lumpur, Malaysia

eSastera Enterprise (No. 001470857-K) 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected] Laman web: http://www.eSasteraEnterprise.com E-Sastera Kembara Bali Cetakan Pertama, 2015 © Esastera Enterprise, 2015 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa bentuk jua dan dengan apa cara jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada eSastera Enterprise. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan- dalam-Penerbitan XXXXX ISBN: 978-967-5043-64-2 Reka bentuk kulit dan susun atur: IR Design Enterprise Dicetak oleh : Advanco Printing Sdn Bhd, 221 & 222, Jalan Negara 2, Metro Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

E-Sastera Kembara Bali Kandungan vi Alu-Aluan Penerbit 1 Aku Telah Jatuh Cinta 21 Pagi Yang Semakin Tua 24 Merentas Belantara 44 Gunung Batur Bertafakur 53 KuLewati Jalan Berliku 77 Sayonara Bali 88 Biodata Yajuk v

E-Sastera Kembara Bali Alu-aluan Penerbit 013 merupakan tahun istimewa bagi E-Sastera apabila 2acara anugerah tahunannya, Hadiah e-Sastera.com (ringkasnya HesCom), buat pertama kalinya diadakan di luar negara. Venue yang dipilih untuk HesCom 2013 ialah pulau Bali, Indonesia. Secara tepatnya, HesCom 2013 telah diadakan pada Isnin 11.11.2013 jam 6.00-8.00PM di Restoran Memey Sari, Denpasar, Bali, Indonesia. Seramai sembilan orang peserta telah menyertai rombongan “E-Sastera Kembara Bali” sempena dengan HesCom 2013 itu. Buku ini menampilkan sepilihan catatan yang dibuat oleh sdr Yajuk, salah seorang peserta program tersebut. Di samping itu, sepilihan fotografi menarik juga ditampilkan sebagai rakaman konkrit program wisata yang berkaitan. Kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih kepada sdr Yajuk atas catatannya, serta kepada para peserta lain yang telah menjayakan program tersebut, terutama sekali kepada mereka yang menyumbangkan koleksi fotografi masing-masing untuk buku ini. Terima kasih khas ditujukan kepada para sasterawan tempatan Bali yang turut sama menjayakan HesCom 2013. Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas Penasihat, Esastera Enterprise Kuala Lumpur, 15.06.2015 vi



E-Sastera Kembara Bali Hijasri, Ilya Kablam, dan Dinie Wan sedang menunggu penerbangan ke Bali di LCCT. Sampai di balai ketibaan Lapangan Terbang Ngurah Rai. Yajuk di hadapan pejabat kastam Ngurah Rai. viii

E-Sastera Kembara Bali 09112013 (Sabtu) – Hari Pertama Aku Jatuh Cinta ombongan eSastera ke Bali seramai sembilan orang warga ReSastera2u.com terdiri daripada Prof. Dr. Irwan selaku pendiri gerakan eSastera, Cikgu Hasimah Harun, Anbakri Harun, Ilya Kablam, Dinie Wan, Ryzal Adly, Hijasri, Izham Rizal, dan saya sendiri telah tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali lebih kurang jam 1.30 tengah hari pada 9.11.2013 setelah melalui penerbangan selama 2 jam 55 minit, untuk berwisata sambil ber-HesCom di Bali selama 4 hari 3 malam. Di luar Lapangan Terbang Ngurah Rai. 1

E-Sastera Kembara Bali Disambut mesra oleh pemandu pelancong, Ngurah Lengkonk Termana. 2

E-Sastera Kembara Bali Ketibaan kami di Lapangan Terbang Ngurah Rai disambut oleh pria tampan Ngurah Lengkonk Termana, anak jati Pulau Dewata ini yang nyata kemudiannya “Aku Jatuh Cinta”. Aku Jatuh Cinta Kau yang bernama Ngurah Lengkonk Termana membawa sosok pria tampan petah berbicara lewat bahasa manusia bercanda dalam relung budaya bangsa punya senyuman amat menawan lagi cukup ilmuan aku sudah jatuh cinta lewat mimpi dan doa aku mahu kau bahagia jiwa dan raga seperti sering kau bercanda aku mahu kau jujur pada dirimu suci kau jasmani dan rohani mencari yang satu dari yang beribu sungguh aku telah jatuh cinta kekal kau dalam doaku hidup kau di hatiku Yajuk Padi Teres Tegallalang, Bali, 11112013 3

E-Sastera Kembara Bali Kami kemudian menaiki bas ke hotel penginapan kami, Laghawa Beach Inn Hotel yang terletak di Jalan Danau Tamblingan 51, Sanur, Bali, Indonesia. Di pertengahan jalan, kami singgah makan di Rumah Makan Minang Saiyo. Kami dihidangkan dengan sejumlah makanan yang amat menyelerakan. Semua jenis makanan yang ada di kedai dihidangkan tanpa perlu kami minta itu ini. Itu yang amat menyeronokkan kerana yang dikira untuk dibayar nantinya ialah apa yang kita makan. 4

E-Sastera Kembara Bali Semua jenis makanan yang ada dihidangkan tanpa perlu diminta. 5

E-Sastera Kembara Bali Kami kemudian meneruskan perjalanan untuk mendaftar masuk ke hotel. Saya berkongsi bilik bernombor 116 dengan sdr Anbakri Haron. Bersama Anbakri selama 4 hari 3 malam amat menyeronokkan. Pelbagai topik perbualan dapat kami kongsikan bersama, dengan meliputi pelancongan, kebudayaan, keagamaan, politik, dan pertanian. Almaklum dia ialah bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Ab Aziz Nik Mat. Ketibaan di hotel penginapan. 6

E-Sastera Kembara Bali Pemandangan di hadapan bilik hotel kami. 7

E-Sastera Kembara Bali Kami tidak berlama di hotel kerana selepas selesai mendaftarkan diri di hotel, kami meneruskan wisata kami ke Uluwatu untuk melihat matahari terbenam. Untuk mempercepatkan perjalanan kami ke sana, kami dibawa melalui satu-satunya lebuh raya bertol dari Sanur merentas Teluk Bali ke Denpasar. 8

E-Sastera Kembara Bali Kedatangan kami di Uluwatu untuk melihat matahari terbenam tidak kesampaian. Rupa-rupanya kami sudah terlewat. Malam telah mendahului kami. Laut telah menelan matahari. Yang tinggal cuma garisan-garisan cahaya antara siang dan malam yang tentunya tak dapat bertahan lama sebelum ditelan kelam malam. 9

E-Sastera Kembara Bali Matahari terbenam di Kuil Uluwatu. 10

E-Sastera Kembara Bali Sempat bergambar bersama sebelum matahari terbenam sepenuhnya. 11

E-Sastera Kembara Bali Aku merasa sedikit kekosongan, maka tertinggallah hatiku di sini menanti cahaya kembali menerangi... hehe Hatiku Yang Tertinggal Hatiku yang tertinggal mencebak ombak Uluwatu resah saat matahari terbenam cintaku menjadi luka manusia kehilangan cahaya manusia mengejar cahaya lenguh kakiku mendaki tangga Bukit Uluwatu tidak nampak cahaya langit menitik aku rebah di kaki kelam bersatu dengan malam apakah hari yang kegelapan? atau hati yang kehilangan diri menanti mentari muncul kembali menghamburkan cahaya suci menyucikan debu-debu di hati. Yajuk Laghawa Beach Hotel, Sanur, Bali 09112013 12

E-Sastera Kembara Bali Anbakri mendeklamasikan puisi. 13

E-Sastera Kembara Bali Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah di Jimbaran Bay; menikmati makan malam sambil mendengar alunan muzik ombak menghempas pantai di Jimbaran Bay Seafood. Kedengaran juga alunan muzik instrumental “Sunda Degung” yang mengasyikkan. Di mana-mana lagu ini sentiasa menemani. 14

E-Sastera Kembara Bali Menikmati hidangan makanan laut yang lazat. 15

E-Sastera Kembara Bali 16

E-Sastera Kembara Bali Suasana di Jimbaran Bay yang dihiasi sinaran cahaya lampu dan debur ombak amat terkesan di hati saya lalu terdetik kata hati, “Kau bentangkan aku permaidani malam”, menjadi benih kepada lahirnya sajak permaidani malam meski pun ia hanya menetas setelah saya kembali ke Bukit Jering. Permaidani Malam Kau bentangkan aku permaidani malam berterbangan kelip-kelip cinta melintasi hamparan pelangi yang pecah menghempas pantai dan aku teroleng dalam irama rindu zikir ombak penuh syahdu melenyapkan nyanyi sunyi kau dan aku bersatu hanyut dalam irama instrumental sunda degung dan Jimbaran Bay tersenyum riang menjadi taman syurga di pintu malam lalu kutuliskan puisi hati menuang setitik anggur di gelas sangsi berapa harganya segaris pelangi yang meniti bibir angin lalu larut ke dalam mimpi teguhkah hati menanti pagi melayari malam yang semakin kelam dalam pencarian makna sebuah kehidupan. Yajuk Bj15112013 17

E-Sastera Kembara Bali Selesai makan malam, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke hotel dan, dalam bas yang kami naiki, sesuai dengan kembara sastera, kami bergilir-gilir membacakan sajak dari antologi E–Loka 2 yang akan dilancarkan di HesCom nantinya. Pembacaan sajak dimulakan oleh sdr Anbakri. Selainnya ialah Cikgu Hasimah, Ilya Kablam, Prof. Dr. Irwan, dan saya sendiri yang rupa-rupanya termasuk dalam senarai. Saya memilih untuk membacakan sajak yang ditulis oleh sdr S. Iqram tapi, maaf, kerana tajuk sajak-sajak yang dibaca saya tak ingat kerana terlupa untuk mencatatkannya. Acara membaca sajak dalam bas ini merupakan acara terakhir kami untuk hari pertama eSastera Kembara Bali 2013. 18

E-Sastera Kembara Bali Mendeklamasi puisi dalam bas kembara. 19

E-Sastera Kembara Bali 20

E-Sastera Kembara Bali 10.11.2013 (Ahad - Hari ke-2 Pagi Yang Semakin Tua agi-pagi selepas sembahyang subuh lebih kurang jam 6.00 Ppagi, subuh yang sudah sedikit terlewat, saya ke Pantai Sanur di belakang hotel penginapan untuk melihat matahari terbit dari peraduannya (betul ke?), selepas semalam gagal untuk melihat matahari terbenam. Langit yang cerah dengan warna kekuningan begitu menambat rasa, berserta laut yang tenang tanpa riak ombak menjadikan hati begitu damai dan tenang tapi jadi sedikit beremosi lalu berdetik suara hati untuk menghasilkan sajak “Pagi Yang Semakin Tua”. Sajak ini tidak segera menetas melainkan setelah pulang ke Bukit Jering, Jeli, Kelantan dengan segala keindahan yang tertanam di hati. Pagi Yang Semakin Tua Pagi yang semakin tua laut pun bersatu dengan langit Pantai Sanur bermandi cahaya mentari berlari mendaki hari meninggalkan bayang-bayang diri tanpa riak resah di laut mati kaki yang tercuit rindu menggalas cinta berlari di gigi air menilik diri 21

E-Sastera Kembara Bali Sanur yang semakin jauh ditinggalkan mentari seakan mengerti kembali mendakap diri merelakan riak ombak dalam diam merubah pantai. Aku yang terbangun dari mimpi mengintai mentari pagi mengutip debu-debu cahaya setelah melepasi lorong-lorong gelap di hujung garisan malam menyatu aku dalam rindu menunggu di wakaf waktu kerana pagiku sudah semakin senja aku ibarat daun-daun kering di pohon rendang kapan saja bisa terbang dipanggil pulang Dari tanah kembali ke tanah Itu mudah Dari Allah kembali kepada Allah Itu payah. Tidak semudah menyebut kalimah hanya jiwa-jiwa yang tenang dijemput pulang dengan reda dan diredai abadi di syurga Ilahi. Pantai Sanur bermandi cahaya aku tersendu di pangkal hari pagi yang semakin tua. Yajuk Bukit Jering 18112013 22

E-Sastera Kembara Bali 23

E-Sastera Kembara Bali 10.11.2013 (Ahad)- Hari ke-2 Merentas Belantara elepas sarapan pagi di hotel, kami bergerak ke Desa Batu SBulan (Pura Puseh) untuk menyaksikan persembahan Tarian Barong, di kabupaten Gianyar. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung; di mana pohon tegak di situ akar mencengkam dan menjalar; kerananya seni dan budaya ialah ramuan terpenting kepada setiap wisatawan untuk mengenali sesuatu bangsa yang dilawati. Tarian Barong mengisahkan pertarungan antara Barong dengan Rangda, baik dengan jahat, kebenaran dengan kebatilan - yang tidak pernah habis dan tidak pernah tamat hingga kiamat. Bersarapan pagi sebelum memulakan perjalanan. Hidangan ala Barat dan ala Bali disediakan. 24

E-Sastera Kembara Bali Desa Batu Bulan (Pura Puseh). 25

E-Sastera Kembara Bali 26

E-Sastera Kembara Bali Mendendangkan lagu tradisional sebelum memulakan Tarian Barong. 27

E-Sastera Kembara Bali Setibanya kami di sana, kami diberikan sinopsis tarian yang mengandungi 5 babak semuanya. Gending Pembukaan Barong dan kera sedang berada di dalam hutan yang tebal. Kemudian muncullah tiga orang yang bertopeng yang sedang membuat tuak di tengah-tengah hutan, yang mana anaknya telah diduga dimakan oleh barong. Ketiga orang itu sangat marah dan menyerang barong itu dan dalam perkelahian itu hidung salah seorang penyerang itu telah digigit oleh kera tadi. BABAK PERTAMA Dua orang penari wanita; merupakan pengikut Rangda muncul. Mereka sedang mencari pengikut Dewi Kunti yang sedang dalam perjalanan untuk menemui Patihnya. BABAK KEDUA Pengikut-pengikut Dewi Kunti tiba. Salah seorang pengikut Rangda berubah rupa menjadi setan menyerupai Rangda dan memasukkan roh jahat ke tubuh pengikut Dewi Kunti menjadikan mereka naik marah dan berkelahi sesama sendiri. Keduanya menemui Patih dan sama-sama menghadap Dewi Kunti. BABAK KETIGA Muncullah Dewi Kunti dengan anaknya Sadewa. Dia berjanji kepada Rangda untuk menyerahkan anaknya kepada Rangda. Dalam keadaan hatinya berat untuk berbuat demikian, pengikut Rangda yang menjadi setan telah memasukkan roh jahat ke badan Dewi Kunti menjadikan Dewi Kunti marah dan meneruskan hajatnya untuk menjadikan anaknya Sadewa korban kepada Rangda. Dewi Kunti mengarahkan Patih untuk 28

E-Sastera Kembara Bali membawa Sadewa ke dalam hutan dan oleh Patih yang juga telah kemasukan setan, tanpa perikemanusiaan diikatnya Sadewa di hadapan istana Rangda. BABAK KEEMPAT Turunlah Dewa Siwa lalu memberikan keabadian hidup kepada Sadewa tanpa diketahui oleh Rangda. Kemudian datanglah Rangda untuk mengoyak-ngoyak dan membunuh Sadewa tetapi gagal berbuat demikian kerana kekebalan yang dianugerahkan Dewa Siwa. Rangda akhirnya menyerah kepada Sadewa dan memohon untuk diselamatkan agar dia dapat masuk sorga. Permintaan Rangda diperkenankan Sadewa dan Rangda akhirnya masuk Sorga. BABAK KELIMA Datang pula Kalika, salah seorang pengikut Rangda minta diselamatkan tapi ditolak oleh Sadewa menyebabkan berlaku perkelahian antara keduanya. Kalika berubah menjadi “babi hutan” tapi tetap kalah kepada Sadewa lalu berubah pula menjadi “burung” tapi tetap dikalahkan oleh Sadewa. Kalika lalu berubah menjadi Rangda dan kerana penuh dengan kesaktiannya maka Sadewa tidak dapat mengalahkannya lalu berubah menjadi “Barong”. Maka berlakulah pertarungan antara Rarong dan Rangda tanpa kesudahan kerana tiada yang menang dan tiada yang kalah. Maka abadilah pertarungan “kebajikan” menentang “kebatilan” tanpa ada kesudahan. Muncul pula kemudian pengikut-pengikut Barong dengan keris masing-masing untuk menolong Barong menentang Rangda tapi tetap gagal untuk mengalahkan dan melumpuhkan Rangda. 29

E-Sastera Kembara Bali 30

E-Sastera Kembara Bali Persembahan yang memukau. 31

E-Sastera Kembara Bali Selesai menonton Barong di Batu Bulan, kami bergerak ke Holy Spring (Pura Tirtha Empul), juga dalam daerah Gianyar. Di sini penganut-penganut Hindu Bali mandi menyucikan diri dan bersembahyang. Pakaian disyaratkan mesti sopan dan wanita- wanita dalam haid tidak dibenarkan masuk. Di atas bukit kelihatan Istana Hinggap Presiden Indonesia yang dibina semasa pemerintahan Presiden Soekarno. 32

E-Sastera Kembara Bali 33



E-Sastera Kembara Bali Penganut-penganut Hindu sedang mandi menyucikan diri untuk membolehkan mereka bersembahyang. Di atas bukit kelihatan Istana Hinggap Presiden Indonesia. 35

E-Sastera Kembara Bali Penganut-penganut Hindu yang telah selesai mandi menyucikan diri sedang bersembahyang. 36

E-Sastera Kembara Bali Kolam ikan yang terdapat di Pura Thirta Empul. 37

E-Sastera Kembara Bali Siapa kita di cermin diri. Cermin-cerminlah melihat wajah sendiri. Merentas Belantara Diri Mencari untuk mengenali merentas belantara diri berbekal kalam maknawi mencari cahaya antara cahaya berpapasan di titian duniawi mencari yang hakiki yang mana Nur Ilahi. Hati yang sentiasa ditembusi bukan lagi milik diri terbentang luas tak berkunci menjadi medan kelicikan kebenaran dan kebatilan kebaikan dan kejahatan menjadi tepu di hati 38

E-Sastera Kembara Bali dan diri kehilangan wajah di paparan cermin hati bersalut debu-debu tertumpah dari kandang nafsu imarah. Terlontar ke belantara diri rentas dan cantas jangan tersesat mengejar cahaya kunang-kunang di pohon berduri kerana syurga hanya terbina di taman hati yang mutmainnah. Yajuk Bj29012015 39

E-Sastera Kembara Bali Pelancongan di Bali merupakan pelancongan 4 dalam 1, alam semula jadi, kebudayaan, keagamaan, dan pertanian. Agro pelancongan di Bali rasanya jauh lebih maju dan berkembang pesat berbanding di Malaysia dan salah satu destinasi kami ialah sebuah ladang yang mengusahakan kopi luwak. Musang Luwak yang dijaga di dalam sangkar. 40

E-Sastera Kembara Bali Pekerja tempatan menunjukkan proses menghasilkan kopi luwak. 41

E-Sastera Kembara Bali Kami dihidangkan dengan minuman dari hasil pertanian yang terdapat di ladang selain kopi luwak kerana kopi luwak sangat mahal. 42


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook