Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MyPIE-RUMAH EMOSI-2-241015

MyPIE-RUMAH EMOSI-2-241015

Published by drirwan2u, 2015-10-25 11:50:54

Description: MyPIE-RUMAH EMOSI-2-241015

Search

Read the Text Version

RUMAH EMOSIANTOLOGI PUISI MELAYU-INGGERISKANDUNGAN BMA. SAMAD SAID1. Ombak2. Bahasa TerindahDINSMAN1. Sajak Malaysia: Ini Bangsa Punya Hal Tak Boleh Tukar Lagi2. Apakah Yang Kucari Pada PuisiIRWAN ABU BAKAR1. Menuai Rindu2. Setangkai Mawar Berwarna UnguABDULLAH JONES1. Gendang Tok Menteri2. Membenarkan KebodohanAHKARIM1. Gebar Tebal Di Subuh Lembab2. Salam Penjaja TongiAIRMAS_SZ1. Siapa lagi mahu kaudakwa2. Bila Langit Jadi KuningAMIR MUKHRIZ1. Hidup.Mati (i)2. Hidup.Mati (ii)ANASURAYA1. Asyiknya Berbahasa2. Dari Sebuah SilamANBAKRI1. Perlukah Aku Berkata?2. Nyawa Dari PuisiAS SYRAMY1. Segugus Sajak Buat Sahabat2. Lembaran Warkah TerbuangASYRAFFDINI1. Warkah Buat Yahudi2. Mereka Yang Tergelincir 1

BRIRASA1. Cerita Seorang Wanita2. Catatan Di KotaDAMAK1. Bertapa Dalam Komputer2. Butang Baju SuamiELMI ZULKARNAIN1. Anak itu Anak Siapa2. Jangan Biar Kau TerkurungFAHD RAZY1. Catatan Di Bawah Pohon Tembusu2. Suara BondaFEIZANUR1. Jiwa2. Pinjamkan Aku Hamasah ItuHAFEZ IFTIQAR1. Aku Ini Penulis Renta2. Beluncas KecilHANI HAMSYARI1. Anak Penjual Tikar dan Manusia Sekitar2. Angin dan Layang-layangHANIFF ROMAI NOOR1. Diam Sejenak2. RaguHASIMAH HARUN1. Pukau dan Tinggal2. Kumal Sebentar Lavender KasihHB JOHAR (SINGAPURA)1. Jerebu2. AkuariumIDA MUNIRA1. Memeluk Senyuman2. KehilanganILYA KABLAM1. Ekstrim2. Rumah EmosiINSAN YALIN1. Bencana Itu Kita Penyebabnya2. RinduINVISIBLE1. Sejenak Di Pusara2. Bulan Di Pohon Cemara 2

KALAMUTIARA1. Perempuan Yang Kusewa Cintanya Itu2. Seorang Lelaki Yang ParahKAY051. Bayu Andalus Merangkak Sayu2. Biarkan SajaKING BINJAI1. Sutera Pelangi2. Bawakan AkuMOHD DAHRIE ZAKARIA1. Teratai2. PerempuanMOYANK (INDONESIA)1. Abadi Damaimu2. Menarilah Seperti AnginMUS1. Tidur Di Perahu2. Matahari PagiNAIMISA YUSOF1. Ceritera Sang Idealistik2. LokekNIMOIZ T.Y1. Perawan Gemilang2. Warna BulanNISSA YUSOF1. Bumi Yang Tewan2. Epilog Pencari KeredaanNURALANA1. Laksamana Hang Tuah2. Hanya Sekeping Nota RinduODE1. Surat Untuk Cinta2. Dia Tetap Mengais Dan MenangisPUTERI BAYU1. Rindu Tersasar Arah2. Terbang Bersama AnginPUTRA BAGINDA1. Tangan-tangan Kasar2. MayaRIMANILZAH1. Inu 3

2. Saat MelangkahRSA AZUAN1. Surat Untuk Tuhan2. Luka BangsaRUDY BLUEHIKARI1. Anak-anak Soon Mi2. Ladang WahyuSALEHA AHMAD1. Namamu Kenangan2. Kanvas KehidupanSERUNAI FAQIR1. Pada Nafasku2. Bersatu Dalam Nafas PurbaSYARIFAH SALHA1. Ratapan Sekeping Roh2. Himpunan Sajak Di Celah Jemari UsiaTINTASUKMA1. Semelur Kasih2. Amanat AnginZULFIQAR1. Belenggu2. Bonda------------------------------ 4

A. SAMAD SAIDOmbakOmbak yang menjamahkakiku sekalitakkan dapatkukenali lagi. 5

Bahasa TerindahYang diucap dalam bahasa terindah,Jawaban yang bertanyadidengar nabi,Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,Lereng gunung menjadi amat sunyi,Suara sajak tegasbergema,Disampai arah berkiasmaksud serentak,Tapi jelas intinya,Tidak sedetik pun Allah menghindar,Atau mencemuh nabi disisi segala didoa.Dipenuhi segala yangdipinta tulus dan,Penuh baraqah,Yatim ia tak berlindung,Tidakkah tersedia jugabumbung baginya.Awal begitu bergantung,Kini tidakkah merdeka,Bebas hidupnya. 6

DINSMANSajak Malaysia: Ini bangsa punya hal tak boleh tukar lagiLu CinaYou IndiaSaya MelayuJadi-jadi sudah ini macamTak boleh tukar lagiSekarang saya tak boleh jadi CinaLu tak boleh jadi IndiaYou tak boleh jadi MelayuApa macam kita mau bersatu?Ha, apa macam mau bikin semuaRakyat Malaysia bersatu padu?Haiyo banyak susah ho…Betul ka?Banyak susah ka?Tapi kalau semua orang satuBangsa saja punBelum tentu senang jugaRamai orang di Afrika sanaNegeri India sanaHidup banyak susah jugaItu orang Arab di negeri ArabSama-sama sendiri punTak habis-habis berperangBukan dengan bangsa lainDengan bangsa sendiri jugaAda banyak minyakSelalu gaduh satu bangsaTak boleh bersatu padu.Jadi saya ingatTidak apa macam iniLu tak usah jadi MelayuYou tak usah jadi CinaSaya pun tak usah jadi IndiaKita jadi kita punya sendiri-sendiriPunya bangsa jugaIkut kita punya keturunanTak mau ikut pun mesti ikut jugaMana boleh pilih lagiIni bangsa punya halSatu dunia semua orangTak boleh pandai-pandaiTerima sajaMau kata bodoh punBodohlah manusiaBeranak punya jamItu cap tak boleh tukar lagiSampai mati.Lain perkara boleh pilihIni satu perkara tak boleh pilihApa bangsa punTak boleh jadi lainMesti jadi manusia jugaTak boleh jadi robot punTapi manusia boleh bikin robotDengan itu sains dan teknologi 7

Macam-macam dia boleh bikinSekarang sudah ada komputer,Baru punyaTapi semua itu tak boleh tukarItu satu bangsaJadi lain bangsaHa…Jangan takutAwak apa bangsa punKalau dalam hati ada baikKita boleh hidup sama-samaSatu paduSemua orang mau senangSemua orang kaluMesti tak boleh senangTak boleh syok punyaKita mesti ramai-ramaiTolong sama tolongIni bumi cukup luasMacam-macam adaTak boleh habis makan punyaKita kongsi sama-sama aa…Jadi apa bangsa pun kitaKita mesti boleh senang.(Gaya bahasa dipinjam dari Dr Shanmugalingam) 8

Apakah Yang Kucari Pada Puisi?Sesuatu yang tiadamelainkan pada puisiitulah yang ku cari .Puisi itu bahasa terindahbahasa itu maknanya, ceritanyauntuk dinikmati, dihayati, dimesraidicintai, dirindui, ditiduriaku mencari mutiara dalam lautanaku mencari cahaya dalam kegelapanaku mencari sinar di tujuh petala langitkucari makna kucari pengalaman kucari ghairahkucari indah kucari puas kucari bebas bahagiakucari ilmu kucari pembaruan kucari kebenarankucari misteri yang hilang kucari kekasihkuaku mencari diriku aku mencari puisiyang mekar yang segar yang liar.Apabila membaca karyaaku membaca keahlian penciptanyamembawa aku kembara bersamamembuka rahsia demi rahsiamenganalisa dengan ketajaman pisau mindanyabagaimana dia memukau aku ke dalam kedalamannyakepakarannya bermain bahasa, imaginasi, fantasiseperti dia bermain air jernih mengaliratau mata air yang memancar-mancaratau ombak di samudera menggulung-gulung.Seperti matahari di waktu subuhburung-burung berterbangan di atas tasikatau seperti lagenda purba yang penuh hikmahkembara ke sudut-sudut tersembunyike ruang-ruang yang dilupakanmengejutkan yang tidur membangkitkan yang hakaku mencari pemberani yang lama hilangjebat yang sanggup memerahkan bumi melakadengan darah rakyat berjiwa hambaaku mencarinya dalam karya seniseniman yang berani berdiridengan kesenimanannyaKetika manusia menjadi keliru haru-biruorang-orang politik semakin buas merebut kuasatanpa peduli gejala sosial merosak anak bangsaorang-orang bisnes semakin ganas mengumpul emastanpa peduli anak-anak remaja sesat bangsathari ini setengah abad kita bina tamadun baruapakah yang kita capai sebagai manusia?Rogol bunuh semakin meningkatsemakin menjadi mainan beritaapakah ini yang kita cari dalam hidup? 9

atau apakah seniman ini sejenis makhluk yangtak berdaya berbuat apa-apa selainmembuntuti orang politik danmemeriahkan orang bisnes?Aku mencari pemberani yang lama hilangaku mencari jebat yang sanggup rembataku mencari seniman yang berani berdiriberdiri di tengah-tengah rakyatberdiri dengan kesenimanannyaKita malu menjadi senimantidak berdaya menyuarakan yang baikuntuk sesama umat manusia 10

IRWAN ABU BAKARMenuai Rindu(Buat isteri atas hari lahirmu)Di antara kita sentiasa terbentangluas dusun rindutempat kusemai jambangan hasrattempat kusemai benih kehidupan.Di antara kita sentiasa terbentangluas dusun rindutempat kupetik manis duniawitempat kupetik makna berkasih.Di antara kita sentiasa terbentangluas dusun rindutempat kutuai ranuman cintatempat kutuai belaian setia.Di antara kita sentiasa terbentangluas dusun rinduwalau sesaat tidak berpisah.Di antara kita sentiasa terbentangluas dusun rindubiar berkekalan ke nadi akhirbisa dituai berdua kitabisa dituai di alam muka.\"Aku rindu padamu, sayang.\"Kuala Lumpur, 6.11.2003 11

Setangkai Mawar Berwarna UnguDarimu kuterima setangkai mawar unguesoknya aku ada peperiksaan akhirkuletakkan mawar di halaman buku yang terbukamelindungilah ia pancaran ilmu daripada mataaku yang pasrah.Yang kubawa ke dewan periksa ialah setangkai mawar unguilmu di buku yang terbuka terhalang daripada matatapi periksa itu bagiku menjadi tersangat mudah soalannya:\"wujudkah mawar berwarna ungu di samping merah dan jingga?\"Kuala Lumpur, 21.04.2006 12

ABDULLAH JONESGendang Tok Menteritaktak taktak tak tuntak tak tak tuntak tak tak tak tuntak tak tak tak tak tuntak tak tak tak tuntak tak tak tuntak tak tuntak taktak.dapat tan sri pun jadilah.taktak taktak tak tuntak tak tak tuntak tak tak tak tuntak tak tak tak tak tuntak tak tak tak tuntak tak tak tuntak tak tuntak taktak.hari jadi raja lambat lagi. 13

Membenarkan KebodohanSiapa agaknyayang membenarkankebodohantidur terlentangdalam kehidupan.Menjerit-jerittentang kematianpekik lolongnyakosong.Siapa agaknyayang memberi izinkepada kebodohandatang ke rumah kamisemadikan diri di jiwa kami.Bicaranya bohongjanjinya bohongsemangatnya bohongjuangnya bohongSiapa agaknyayang meletakkan kebodohandi tempat yang amat tinggi.Tentu saja siapa ituadalah kami yangberjalan berkaki ayamkerana sepatu kamitertinggal di rumah bapak menteri.Oxfordshire. 14

AHKARIMGebar Tebal Di Subuh LembabMujurlah selembar gebar, tebaldan sebiji bantal, empuksempat dibawa bersamatika marah sang airlantas lenaku nyenyak, tidak tergangguwalau aku di pusat perpindahan itu.Tetapi sehiris tipis imankuyang kusisip di celah ataptidak sempat kubawadihanyut arus amarahlantas selembar gebar, tebalterus menguliklenakutika azan dilaung muezin.di subuh-subuh lembab.As-syajarah, 27.01.07 15

Salam Penjaja Tongi(to ra nam ki?)Maaf kami tidak bernamakami penjaja imanitu saja yang kami junjungdi segenap batas Rahmatpursudilah membelibelilah juadah syurga.Rahmatpur, Bangladesh, 8.02.2007 16

AIRMAS_SZSiapa lagi mahu kau dakwa(Satu pertanyaan buat George Bush)Mana janjimu dulutentang dunia selalu amanbala tentera kamudatang membilang kematiantawananmu telah lama tumbangkeranamu dunia mereka walangkau bawa armadamemecah pawanakau rencah duniaberkisahkan helahbumi semakin lumatdi bakar dendam kesumatlengkap satu sejarahlengkhianatan kemanusiaanke mana lagi mahu kamu bawasiapa lagi mahu kamu dakwaSSU, 050607 0900 17

Bila Langit Langit Jadi KuningDi manadi mana langit mana bintangtelah hilangsewaktu gerhana menyerangsatu gelang melingkari badan bulansangkakala yang berbunyi satu bingitsiada lagi.Bumi tempat kau berdiribergulunganbukit-bukit bercumbuanberguguranbulan bintang dengan awanbumi sudah meninggalkan dunia fana.Percayabila langit jadi kuningmatahari telah songsang laluannyadan di sanakita semua kembalisemua kita telah matitelah matitiada lagihasad dengki iri hatidebar jantunghanya menanggung diri sendiridi bawah Satuhanya Dia yang satuamal budi dosa pahala Dia hitung.SSU 18

AMIR MUKHRIZHidup.Mati (i)Hitam putih kehidupanwarna warni kematianhidup mengekor syaitanbagai tidak ber-Tuhan.Mata bercelak darahhijau ditafsir merahhati bernanah resahtenang dimamah gelisahhadir cahaya luhurkontang bertukar suburdi hadapan menanti kubur. 19

Hidup.Mati (ii)Serabut-kabut-ributMengintaitenangTak kunjung datang.Gelap-kelam-suramMenuntutcahayaTak pernah terang.Ingkar-dosa-maksiatTak sedarusiaKian singkat.Sesal?-Belum.Insaf?-Nanti.Mati?-Mati? 20

ANASURAYAAsyiknya BerbahasaDari suku membina katadari kata membentuk rupadari rupa mengalun iramaaduh... mesranyaberbahasa.menenang murka... bahasamemujuk kanda... bahasamenengking musuh... bahasamelerai fitnah... bahasamembimbing generasi... bahasamengucap rindu ... bahasamerintih syahdu... bahasabermenung sayu ... bahasaBahasakutanpamulidah keluliur bekusastera layuayat kakukaku sekaku kakikudi berkas berkas sepatuDi siniaku bertekad menjunjung bundamenatang setinggi langitmenghunjam seutuh bukitmengusung semampu kudratdari urat-urat zuriatlalu anak bangsa bersinambungberlari di pasir-pasir masamengakar sejauh bumimemahat jati diribegitulah aku!saudarakukau bagaimana?dataran ilmu, kota bharu, 12.8.2002 21

Diari Sebuah SilamMesra yang cicirbanyak yang tenggelamhanyut terhakis diterpa ombak kedewasaanDari kelmarin ke semalamaku kehilangan bunga-bunga cintahilang aku kadang-kadangKe mana lenyapnyasebuah kebetulan bersamabukankah telah ku simpulsebuah rindu disumpahdiikat reben-reben birutelah ku bingkai janji bekudi tangga-tangga batuhari akhir tingkatan limaKita ditolak ketentuanusia menghantar kitajauh menjarak diusung takdir kecewaNamunaku percaya kepada silamindahnya akan berulangaku percaya, sungguh percayadan kini kembalidalam komuniti puisikita berhimpun direndang rasasemalam yang silamberkemilau semulaAku tidak mahu kehilanganuntuk nantinya meminta teduhbuat berlindungdalam pahit kekecewaanmemulakan cinta berbunga semuladari sebuah silam semalamsilam,usah hadiruntuk menyiksadan meluka.tren ekspres kenali, 18 dis. 2002/13 syawal 1423 22

ANBAKRI Perlukah Aku Berkata Sesayu bulan penuh sebayang pungguk rindu selampai wali tunduk sehampar kejujuran sekujur isteri berdengkur sekandang anak menggapai dikokok ayam pagi mimpi terbang di kepak kelawar hanya untuk kembali di esok memagut isi ara memunggah hari dari cengkung sabit bulan pudar esok,tetaplah silih berganti hidup di kitar semakin samar di gelung gelak galak kelakar nafas ayah yang terganggu, arifnya menunda detik menunggu *** semalam. seorang balu pun terhantuk tersintak.tunduk. lama. di cantum kafan itu merekapun renyuk tersandar sedang tirai sesal tetap melambai tak mampu menahan malaikat putih menguak pintu pulang 13.07.07 23

Nyawa Dari Puisi Seindah pohon puisi berayun dari lambai sambar daun melentik damai lambat meraut bidai menyantuni Seteduh pohon puisi beralun dari lantai sukma menggantung buai di getar cinta memaut sedar dari bisik hiris sisa yang mengganggu hati Seteguh pohon puisi melidah sabda dari firman menampal luka dari gamam mengusap merombak memori Selembut pohon puisi memujuk mengusik rajuk kekasih tunduk terpujuk merelai longlai melongkah sangsi Tuan tebangkan pohon? unggunkan api? dirikan kaku bat? mencemar sutera meruntuh bahasa? Maka, di tumbang itulah. rebahnya. seekor Tanggang pengkhianat budi 240607\"Poems are made by fools like me. But only God can make a tree\" - Joyce Kilmer. 24

AS SYRAMYSegugus Sajak Buat SahabatDari jauh kau bermukimmenumpang kasihpenuh harapmenagih cintapenuh impianmenumpang teduhdi bumi nikmat.Pohon cinta yang tersemaitumbuh subur merendangberbuah manisindah di pandangterbuka liur pandangan orang.Kaubaja pohon sepenuh jiwakausiram ia setulus hatikaugembur bumi melimpah rasaagar tumbuh merendangagar berbuah lebatagar bisa tumpang berteduh.Bermusim kaubelaibermusim usahadedaun hijauperang kinilebat buahputik meluruhtiada bisa tumpang berteduh.Musafirmu sudah tulus niatsemaimu sudah sepenuh usahajangan dikesaljangan bersedihdiracun akarditarah umbitak mampu kau tahanterkulai pohonmenyembah bumi.Rantau Panjang, 30 1301H Okt 2006 25

Lembaran Warkah Terbuang(Kepada Tuan Kofi Annan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,Tuan George Bush, Presiden Amerika Syarikat, Tuan Tony Blair, Perdana MenteriUnited Kingdom, dan Warga Dunia, Di mana saja berada)Selamat PagiTuan Kofi Annankami merintih belas dari tuantiadakah rasa itu di jiwa tuan?melihat ayahanda kami dimamah pelurumemikul gelar pengganas duniadiberi anugerah pemberontak antarabangsadisemat darjah pemisah ulungtidakkah tuan tahu rasa kami?Ayahanda kami dituduh, dicop begitutanpa bicara, tanpa beladirihukuman yatim tuan anugerahkan kamiSelamat Tengah hariTuan George Bushkami mohon secubit kasihantuan yatimkan kamisesuka hatituan jandakan ibu kamiseenak nafsutanpa rasa puas nyawa bonda tuan renggutpenyokong jenayah ayahanda itulah dosasubahat tindakan suami itulah tuduhansudahlah yatim diri kamikini kami piatulah pula.Selamat PetangTuan Tony Blairdengarlah tuan rintihan inisahabat karib tuan nan berduaangkuh mereka yatim piatukan kamikini tuan seperti merekatanpa rasa, tanpa jiwapeluru rifel tuan merobek daging kamipeluru mortar tuan mematah-riuk tulang kamianak yatim piatu initidak lagi seperti manusiaanggota kami tidak sempurnapancaindera tak cukup limaSelamat Malamwarga duniatataplah kami warga cilik inimerenung hari mendatang penuh kaburmakin pudar, kian malapdoakanlah kamiandai lena kami ini tak terjaga lagiandai tidur kami tiada esok menjelmabahagia kami di sana 26

bersama ayahbondasempurna anggota, sempurna pancainderamenghuni syurga.Pasir Mas, 10 2329H Mei 2006 27

ASYRAFFDINIWarkah Buat YahudiTatkala kau, tiba menyiat-nyiat hati kami,tanpa sedar kebongkakanmu cuma seorang abdikami mamah peluru besi: kau kirim dengan dengki.Kamu dan kami memusnah jambatan yang tak pernah wujud lagi!Kamu yang enak, diserkup hujan roket kamikamu yang congkak, diserkap askar seorangmu, marah sekali.Oh, kamu nyanyuk barangkali, serdadumu membakar aurat kamikamu siat ribuan nyawa kami, buat santapan dekah iri?Hei kamu pewaris kera & babi, kami sedang bercakap denganmu!Kamu tolak hidayah Tuhan lalu kamu gelar semua manusia haiwan?kami tahu kamu selamanya kan dungu, ditipu akal katikmu.Kau tahu?Akan kami utus lagi, warkah peledak khas untukmu selalubiar terbakar janggut tipumu, jubah jajahmu yang palsutunggu kami toreh tatu di badanmu dengan dakwat darah.Kami akan menang dengan syurga Allah dan kamu pasti kalah!Amman 20.8.06 28

Mereka Yang TergelincirMereka yang tergelincirquran dan sunnah yang tercicirpegangan agama kucar-kacirpakaiannya sunnahharuman misk terserlahberserban berjubah indah.Mereka hampir tergelincirquran dan sunnah yang tercicirpegangan agama kucar-kacirtaksub buta pada makhluk biasainsan kerdil dianggap berkuasatanpa sedar menempah seksa.Mereka akan tergelincirquran dan sunnah yang tercicirpegangan agama kucar-kacirmembina agama dengan nafsumemuja-muji wali palsu.Mereka memang tergelincirquran dan sunnah yang tercicirpegangan agama kucar-kacir.Sweileh 24.06.06 29

BRIRASACerita Seorang WanitaDia, tentunya waspadalagi resah menyusuri musim keringsambil mengincu bibirditerokainya juga batas-batasdi kebun suteradengan rasa cemasditepisnya deruan angin songsangkadang-kadang dirinduinyamusim manis masa laluputih bergetah di kelopak usiakenyit yang menikam kalbuseorang wanitalembutnya sukar didugamembelai anak bangsasetianya terlalu tebalmendepani kerenah lelakidan selebihnyasemakin sukar aku mentafsirsiapakah kamu.Taman Alor Janggus 30

Catatan Di KotaKetika kota mengayam malambilik hotel bekurindu berjuntai di kaca jendelajarum waktu seakan lelahmenghambat sejuta bimbangdi aspalnadi mobil masih berdenyutperjalanan begitu juga, bengis dan rakusserat kusut kelam kabutgamam, perjalanan di sini gopohdi warungteh tarik suam di hujung bibirpidato tiada noktahdi sinidi kota iniaku semakin kalutmenepis angin songsang.Holiday Villa K.Lumpur 31

DAMAKBertapa Dalam KomputerBersenam dengan jariberpadu dengan sendiberkisar pada urat nadidan segalanya tentang diri.Merenung tajam hurufterasa diri semakin takjubmenyusun kata mengenal makrufmalu diri pada wujud.Baris disusun dengan rimaagar sama tak lari maknamengenal diri bukan lamamengalir insaf wujud menjelma.Mata melihat dalam monitormata terjumpa segala dustamata merenung dalam nyatadilihat diri berkalung permata.Musuh menyerang dari dalamhawa syaitan dalam diammenjadi rutin siang malamperangkap pendita mahu dilawan.Kata mereka akulah Harcilus, Aries, Zeus, Apollobusar, beliungnya mencincang jiwa kosongnamun kata Shafie, Hambali, Hanafi, dan Malikikami kerdil, sunyi, dan taqwa.Diri pula tersipu maluhawa mengganas harimau dirialfa gama beta meluludiri mendongak mengenal naluriDamak bertapa dalam komputermaya biasan pantulan alamDunia Alam Maya Akhirat Kekalterasa diri berputar-putarKudongak ke langit hatiku gentarjiwaku tawakal.19 Julai 2006, 4.30 petang 32

Butang Baju SuamiHari semalam kita bertemumasih belum hilang bau “Ajoba” mumengganggu tidur malamkupesona senyuman pertamamenjadi sulaman jari manis mu.Kau yang kukagumtidak menjual murah senyuman itutersipu suci senyuman pertamamuterasa berdosa kali pertama tersentuh kulitmu.Kau umpama kiambang sucidi dalam tasik mekar dan jernih airnyaanggun dan berseri.Hari ini...kiambang itu di tangankukujaga agar tenang dan wanginamun kerap layurasa begitu berdosalantaran jiwa dan ragatidak terjaga olehkuhilang bau Ajobanyamuncul bersama hening panas dan tengik senja.Aku insan berdosatidak menjagamu seperti di tasik asalmu.maafkan aku!!!.24 April 2005 33

ELMI ZULKARNAINAnak Itu Anak Siapa?Anak itu dibiarkan bebasmerangkak, berjalan sesuka hatitidak dipaksa kehendak sesiapaanak itu dibiarkan alpasiapa Tuhan?dia bertanya.Anak itu dibiarkan berkatabermain ragam, bertikam lidahtidak ditegur si orang tuaanak itu dibiarkan berdusta.Anak itu dibiarkan memaksadipenuhi permintaan segalasi ayah hanya mengganguk kepalaAnak itu dibiarkan bermaharajalelaaku Raja!dia berkata.Anak itu mengenal dewasaanak itu kini dipenjaradituduh menjadi musuh manusiamembunuh, memperkosa, dan1001 macam jenayah juamungkin digantung esok lusa.Aku tidak mahu mati!sesal dia berbicara.Anak itu anak siapa? 34

Jangan Biar Kau Terkurung(Buat kaum hawa)Air mata hawa gembira tertitiskau bebas dari resah yang memeringkukbebas mencari identiti di sebalik tembok menakluk.Masih ada berjuta Fatimah Zahra di permuka duniamengindah maya seperti Rabiatul Adawiyah dengan cinta.Jangan biarkan sesiapa mempersoalkan kemampuanmu!Di antara deru angin bernada pesimispecahan ombak yang cuba menghakiskau masih tersenyum sinis.Rebahkan gunungan penghalang sinaranjangan l elah mengasari gelombang kebimbanganbuaikan dirimu dengan lagu di kala ragubernyanyilah bersama gerimis cemuhangemakan impianmu agar mereka tahuniat dan perananmu dalam putaran waktu.Wanita,ibaratkan dirimu permata indahkerana martabatmu dijunjung Rasulullahengkau lambang seribu pesona pujangga.Terus maju kaum hawa kusanjunglukisskan riwayat hayatmu tersimpul agung. 35

FAHD RAZYCatatan Di Bawah Pohon TembusuMasih terdengar suara tawa anak-anak kecilbersama kersik daun riang bertingkahmenggamit rinduyang sekian waktu bersawangdalam diam usia.Di bawah pohon itukukutip puing-puing pengalaman yang gugurbersama daun keringmenjadi gumpalan rahsia jati diriseorang anak desa di pinggiran.Di bawah pohon ituaku belajar merangkak dalam bara duniayang memanas dan menikam ngiludada peribadisehingga kumengerti tafsir cinta dan deritalantas melihat kehidupan dengan saujana pandangseekor burung menyongsong awan.Di bawah pohon ituaku melukis wajah diridengan warna persahabatan dankeakraban.Di bawah pohon ituseorang anakmelangkah ke lembah kedewasaan.Cheras, Selangor, Julai 8, 2004 36

Suara Bonda(Segugus rindu buat bonda dan keluarga)Ini pesan bonda, saat fajar membisikkanpuput mayanya ke dada langit;Jangan dimarah kepada rindukerana itu adalah cemburu masa laluyang mengajar kita berbahasa dengan diksi kalbulantas mengenal bahawa jarak seribu batuadalah pergulatan peribadiyang harus kita menangi dengan seberkas nuranidan ranum sekebun ilmu.Ini perjalanan kita mengutip batu-batu nostalgiadari kasar kehidupan yang mengasah sahsiahagar kita belajar melangkah lebih tajamdan memandang lebih rencamkerana keras dunia tidak pernah memilihantara hasad seekor taulandan budi seorang lawan.Juga pesan bonda lagi;sentiasalah membeli sebakul pengalamandengan harga yang paling mahalkerana musim tenangtidak seakrabnya manisdan iklim rusuhziarahnya adalah sesenyap malammemekat dan menikamdalam diam yang menegarkan dendam.Fajar ini yang memuputkan rindu ke rumah nubariadalah suara kenanganyang berkunjungan di hujung ingatan.Lalu suara bonda yang kutemuisaat membaca sehelai nota mimpirupanya selapis salju di jendela bilikkuketika azan Subuh melarutdalam sunyi Dublin yang bernafas kemelut.South Circular Road, Dublin, Oktober 26, 2005 37

FIEZANURJiwaDalam kelam malamGemerlap neon menyelinap masukMenangkap sekujur jiwa yang sendiriTiada teman penyambut bicaraNamun bibir petah mengulum qalam suciDalam kelam malamJiwa sendiri tiada sunyiKerna kitabullah teman dudukYang pada lembar mushafnyaTerukir seerah, ad-deenul fil islamBegitu agung Qalam itu,Meski terturun lewat ribuan tahun dahuluNamun di dadanya sudah terdamparBingkisan ilmu yang baru berhasil dibongkar sore ini.Dalam kelam malamJiwa begitu bercahayaNyata taufiq ilahiah begitu menyinarAlangkah untungnya si pemilik jiwaKerana bahagia pasti melampiaskan cintaPada si pemilik jiwaFiidunnia wal akhirahDublin, 4 Disember 2005 38

Pinjamkan Aku Hamasah ItuAku berteleku pada permukiman seorang syahidTatkala bahang mehnahMembakar jiwa lesuUntuk kupinjam hamasahnyaYang tersembunyi di balik kedangkalan sejarahlantaran zulmat begitu rakusMerengkuh saki baki jiwa mujahidYa syahid,pinjamkan aku hamasah ituuntuk kuketuk lena seorang abdillahagar terjaga khalifah itudari lalainya mengimarahkan islamdi dar al fana ini.Maqam hasan al banna, Cairo, 24 Jun 2006 39

HAFEZ IFTIQARAku Ini Penulis RentaDalam kelam hari yang diperam lencun hujanTerjeda aku mengira degup malam yang kian luputDipuput keluh tangis angin yang menggugahMenangisi bakat yang larut lemas disentapMusim redam yang aku sendiri tidak pastiMana hujungnya.Malam yang membusung derita iniMesti lekas mengumpul sisa-sisa nyawaUntuk segera membebaskan kemenanganYang mahu berdiri di atas astaka.Pagi tadi, ketika membidani hari baruYang payah merangkak dari gelap rahim semalamSempat aku kepilkan nota-nota syukurPada desir ceria yang berhambatanBertolakan berlumba menuju ArasyKerana untuk senggang yang belum alpa iniAku mahu berterima kasih, untuk butir-butir embun,Yang sedia menyapa capal hitamku.Normanby Road, Clayton, Australia, 31 Julai 2006, 1.40 am 40

Beluncas KecilInilah taman kami bermainPelataran kecil yang mendewasakanBeluncas naif picisan cilikPerlahan kami mengitari fahamDetik dan saat yang pergiKami hadam daunan ertiAdakala gusar berpuputBadai yang bertamuKerap jua mengundang sangsi“Bisakah kami dewasa di sini?”Dalam sangsi dan tekad yang berbaurKami hidup juaSampai ketikaKepompong mahir kami binaDari lembar sutera keindahanMembusung diasuh masaAtas ihsan TuhanMerangkak kami keluarSebagai rama-ramaBebas di jagatraya.Normanby Road, Clayton, Australia. 41

HANI HAMSYARIAnak Penjual Tikar Dan Manusia SekitarDi remang mentarikehidupan yang pijaranak penjual tikarmenganyam hari-harinya yang pudarnilai sebidang ilmu yang dikejardibayar dengan helaiankeringat dan lapardalam nanarhampir saja tersasarmencuba jugamenebus masa depannya yang samarmanusia-manusia sekitarberenak-enaksendawa tersandarKuala Terengganu, 13 April 2006 42

Angin dan Layang-layangDia adalah ayahyang menyemai benih-benih amanat di gembur tanah fikirtumbuh subur memenuhi sawah jiwamekar diairi airmata dan doa.Bagai bernyanyi-nyanyi lagu azimat ayah memenuhi langit hatimelodi hikmah yang menghibur jiwadendangan sejuta keramat pesanantatkala berkejaran di batas sawah mengendali terbang layang-layangaku yang masih anak-anakmenangis ketakutan ditinggalkanmenjerit nyaring saat lintah mencuit betiskesasar tika angin kasar memintal rambut mengurai.Bertanya aku sendiri;Mengapa aku takutdan ayah begitu berani?Lantas ke nubari bisik ayah;Anakku, sebenar keberanian ituumpama layang-layangsentakan kuat angin yang menentangtidak menjunamnya ke bawah tetapimenaikkannya jauh lebih tinggi.Dan hari ini, ayahaku adalah layang-layangyang terbang semakin tinggidek sentakan kuat angin duniawi.Rumah Dua, Kuala Terengganu 43

HANIFF ROMAI NOORDiam SejenakMahu apa kutukan terlalu acap kaliaku susunkan?Beri ruang untuk berhentidiam sejenak di situmungkin ada penyelesaianya.Cuba kau kendali hati sendirikaulah itu. 44

RaguAku sendirian buntumahu lenyapkan hadirnya ragutapi sulit untuk disinarkan.Ku pasti kedatanganya aku terulang lagimungkin apabila aku dewasa nanti. 45

HASIMAH HARUNPukau Dan TinggalDipukaunya dengan puisiberkerumunlah datangmenyubur riangmencambah bahagiadipuji, dipuji puisi.Senyap-senyappenulisnya meninggalkan khalayakdia mencari ceruk paling sunyimengubat lara hatiyang berkerumun makin memuji, memuji puisileka berdiskusi.Sekonyong-konyong ada yang pekapenulisnya sudah pergi?telah dia melangkah pergipergi mengubat lara hati.Terpisahlah semuaterpinggir, terpinggir puisi yang pernah dipuji-puji.Kuala Lumpur, 2.5.07 46

Kumal Sebenar Lavender KasihLafaz pada malam celakamengoyak baju kasihtajam kata-katamerataplah seorang janda mudameliuk-liuk api pelitaketika dia melipat-lipat bajunya.Pada malam sesalberahi lavender menyinggahi seorang duda mudabernafsu mencium baju kasihdengan kata-kata halwacuba dia melicin kumal hati seorang janda muda.Seorang wanita mudatidak cair ketika dipujuk rayutetapi kalah ketika mata bertemu.Dia rela menampal koyak hatidia rela menjahit baju kasihpabila menggapai tangan seorang anak kecildari dukungan seorang abah muda.Kuala Lumpur, 23.9.05 47

HB JOHAR (SINGAPURA)JerebuSaat Kau hadir di lorong hatikuakulah sejadah hijau untuk Kaujejakisekian lama aku tertidur kerana menungguMusebaik saja aku terjaga, Kau menyentakkan semua mimpikurupa-rupanya masih banyak tugasyang belum sempat kusiapkanjauh dari pandangan, waktu dhuha sudah pun meninggidi bawah kepak burungsebelum Kau menyingkap seluruh wajahkuaku harus mengusir semua anasir kejahatanaku malu jika saat Kau berhadapan dengankuKau enggan menjenguk lagi ke kamar hatikuyang paling dalam iniaku harus segera membersihkan cermin, membuka daun jendelamenjemput udara 'attar, melenyapkan segala debuyang menebal di segenap ruang hijabaku harus berusaha gigih mendekatiMubiar pun cuaca makin hangat di tepi jendela kamarkuburung-burung resah menyaringkan tembang kelananyatanah gersang begitu merindukan hujan segera turundi tempat para pekebun mengeluh, di tempat para penerokamembakar selubung hutan rawa, kobaran asap jerebumenodai mayapada, menelan janji cinta sejatihulurkan mata pedangtariklah jubahku ini sekuat-kuatnyaaku mahu menyertaiMu berjuang di dunia luaraku ingin melawan seribu petualangyang merancang untuk memusnahkanperbendaharaanMu yang tersembunyidi dada hutan berjerebudi sinilah bau nafas membusukkijang-kijang melompat dari lembah-lembah gelapyang menakutkan, menjulurkan serpihan daging terlukalantai syurgaMu tiba-tiba melimpahkan lava dan jerit kelawarmengawan di atas mayat-mayatnya sendirimusuh-musuh mencuri rembulan dari khazanah kerajaanMumenebang pohon-pohon zikir, menari mabuk dalam pesta jerebuapi menyambar api yang lain, kejam dalam ketamakan nafsujerebu di mana-mana, di padang ilalangsemuanya kehilangan jalandibelenggu tanah yang tandus, rumput yang legamaku menjejaki kembali sungai tak berairhanya sungai yang tahu tentangrahsia susu yang tertumpahdari perbendaharaanMu yang tersembunyi.Singapura 48

AkuariumSelama menyusun pasu-pasu daun di balkoni, belum jua kita dengarriuhnya batu-batu menggores setiap pagi. bagaimanakah sebenarperasaan alam terhadap kita? ah, kita tenang-tenang saja di sinisambil menceracak akar-akar daun, memindah-randahkan tanah pasu,memotong bunga-bunga layu dan daun-daun kering, fikiran kita jugaharus keluar dari tingkap jeriji yang menghadap kesibukan lebuhraya,entah mengapa saat ini aku ingin jadi layang-layang di atas sayap Jibril,ketika bumi baru menjelma sebiji atom kita di mana? berapa juta tahunkahcahaya merentasi kosmos untuk sampai ke relung titik sukma? hanyakerana tersalah makan kita pernah tergelincir dari langit, akal kitalebih telanjang bulat dari tubuh, sebaiknya kita menjadi ikan-ikan yang terlepasdari tangkapan waktu, berhimpun di persidangan parlimen demi merancangkedamaian dan bukan peperangan, sampai ke hari ini masih terdengarbom-bom meledak di permukaan bumi, kupu-kupu berterbangankeluar dari kepompong mencari arah silam tropika.kini kita sendat bernafas dalam akuarium batu, kerusi-kerusi pejabat diamdan terasing, tahukah kau dahulu ada polemik besar di dewan malaikat,apakah sebenarnya termaktub dalam kertaskerja agenda Tuhan? manusia terlalutamak menguasai sumber hukum, hak asasi dijadikan barang bebas politik,di negeri air ini tidak ada lagi pesisir untuk mendarat, kita mengukur saja nasibdi celah sisik ikan-ikan, siapakah yang bakal mengubahkan takdir batu karang,menterjemahkan beribu-ribu kitab ilmiah dari lumut fenomena sejarah? kita terperangkapdalam balkoni pangsapuri ini, tak mampu membaca peta perhutanan, tak mampumemahami arah angin, betapa kejamnya waktu menjadi sang algojo,kaudengarkah ada ratapan yang meraung di hujung sungai? ada wajah-wajahgusar bersembunyi dalam kejap kubu-kubu cacing. siapa menteroriskanpesawat-pesawat perang melintasi atmosfir, membedil daging bumi,racun-racun kimia pun mengopak kulit ari alam, di atap langit kudus roh-roh mogoklapar lalu turun ke padang hari mengundi, malam sebelum tidur kita seringtertanya-tanya di atas kasur busuk, siapa calon pemenang presiden negara masa depan,tempat rakyat menalurikan fakta kemanusiaan?dari batas tingkap jeriji, sebuah balkoni bisu. selamanya apakah kita berpura-purabersahabat dengan alam? kita mendongengkan pasu-pasu bunga, pasu-pasu daunanhijau untuk mewujudkan mimpi taman harmoni, padahal kita menyingkirnya jauh-jauhdari akar kejatiannya, kehidupan kita sendiri terkurung dalam akuarium batu, kita adalahikan-ikan yang tak mampu menyeberangi sungai, terlalu setia kepada peradabanbatu-batu pejal, tapi arus darah kita akan tetap mengalir ke selokan mana pun,datang nanti mengetuk pintu kaca parlimen, menatap satu wajah dunia yang resah,apa ertinya kita ada? bayi-bayi tersentak tidur di dalam panggung rahim,membentak keluar bagaikan soldadu-soldadu ulat yang terdengar semboyansangkakala, dari lecak lumpur kita dibangkitkan hingga ke puncak menara gading,tunggak megah bersimfonikan tema tanah air, tapi di mana sekarangbekas rumah dan padang rumput yang melahirkan kita? di seberang laut sanasering terdengar ada gempa membelah bumi, peluru-peluru meriam meledak di masjid-masjid, menggempar di kuil-kuil dan di gereja-gereja, kita membunuh sesama saudaraatas nama abad perang yang sia-sia!bumi tak akan mampu bertahan seribu tahun lagi, marilah kita merancang doa sejagat,mencari di mana kiblat hati bumi, sebelum Tuhan merasa bosan lalu menutup pintu arasy,sebelum nyanyian sang katak menggamit salji di gurun sahara, sebelum gunung-ganangbertengkar dengan bulan, matahari dan bintang-bintang, jangan biarkan sampai perut langitberkocak dan berteriak, memuntahkan buih-buih keimanan.Singapura 49

IDA MUNIRAMemeluk SenyumanTelah kuucapkan kata-katadari hujanan cita-citabawalah semangatmu pergisehingga tergapaiimpian seindah budimandan kembalimu penuh erti.Kekecewan hanya semalamadalah jalan perubahanpunya tujuandari rimbun andaianbiar ketemu nantiberharganya sebuah tangisanmemeluk senyumanbunga kejayaan.Pelukilah senyumantak pernah persiakanusaha setinggi awan. 50


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook