Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PENULISAN APRESIASI

PENULISAN APRESIASI

Published by nellycenderella_masuaning, 2019-10-06 02:41:34

Description: PENULISAN APRESIASI

Search

Read the Text Version

Penulisan Apresiasi

PENULISAN APRESIASI Photography atau dalam Bahasa Melayunya Fotografi merupakan perkataan yang berasal daripada dua perkataan iaitu ‘Photos’ dan ‘Grato’. ‘Photos’ bermaksud cahaya dan ‘Grato’ pula bermaksud melukis. Fotografi pula dalam konteks bahasa Melayu bermaksud proses atau cara untuk menghasilkan gambar atau foto dari sesuatu objek. Penghasilan gambar ini menggunakan kamera sebagai alatan utama. Bagi menghasilkan sesuatu gambar yang cantik, cahaya yang diterima perlulah tepat. Pencahayaan yang tepat memerlukan kesesuaian daripada kombinasi ISO, Aperture dam Shutter Speed. Setiap gambar yang dirakam mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sebuah gambar yang baik akan dapat menunjukkan mesej yang disampaikan melalui gambar yang digambar oleh jurugambar. Keindahan sebuah gambar bukan dipengaruhi oleh iso, aperture dan shutter speed, tetapi juga dipengaruhi oleh asas komposisi yang terdapat dalam fotografi.

Gambar diatas menunjukkan sebuah gambar bunga raya yang layu. Semasa menggambar gambar tersebut, saya telah meletakkan bunga raya pada daun pokok kelapa. Saya menggunakan f/13. Penggunaan aperture yang kecil ini adalah untuk membolehkan saya fokus kepada bunga raya sebagai subjek dalam gambar tersebut. Saya menggunakan shutter speed 1/160 untuk memastikan gambar tidak menerima terlalu banyak cahaya. Teknik Framing juga telah saya gunakan semasa menggambar gambar tersebut. Saya menggunakan daun pelepah sebagai frame untuk menjadikan gambar ini lebih menarik. Terdapat juga teknik komposisi yang lain iaitu pattern. Pattern boleh dilihat melalui susunan daun kelapa yang tersusun. Warna kontras antara subjek dan latar juga menjadikan bunga raya mudah dilihat sebagai subjek utama dalam gambar tersebut. Namun, walaupun terdapat perbezaan warna yang sangat ketara, gambar ini masih dapat dilihat mempunyai warna yang harmoni.

Asas komposisi Rule Of Third juga dapat dilihat melalui gamabr tersebut. Bunga raya berada dititik pertemuan 9 garis. Komposisi ini menjadikan gambar ini menarik untuk dilihat. Secara kesimpulannya, gambar ini menunjukkan flora iaitu bunga raya yang memberikan perasaan harmoni walaupun mempunyai warna yang berlainan dengan latar belakang.

Gambar manipulasi imej diatas ialah sebuah gambar yang bernama “Aku dan Buku”. Penghasilan gambar ini bermula daripada idea untuk memberikan kesedaran tentang manfaat yang kita perolehi apabila kita rajin membaca buku. Gambar tersebut menggunakan 5 gambar yang berbeza dan digabungkan menjadi sebuah gambar yang membawa mesej untuk orang yang melihat. Langit yang gelap dalam gambar tersebut menunjukkan bahawa hujan akan turun. Ini membawa maksud tersirat iaitu masalah akan dapat kepada kita dimasa hadapan. Namun, orang yang berada dalam gambar tersebut sedang dilindungi oleh khemah yang menyerupai buku. Ini menunjukkan bahawa buku boleh disimbolkan sebagai rumah yang akan melindungi dan membantu kita menyelesaikan masalah pada masa hadapan. Saya meletakkan orang yang sedang membaca buku diatas timbunan buku yang besar untuk menunjukkan bahawa kita boleh berada ditempat yang tinggi sekiranya

kita membaca buku. Contohnya, kita boleh melanjutkan pelajaran sampai ke Menara gading sekiranya kita rajin membaca. Kesimpulannya, manipulasi imej ini membawa maksud tentang pentingnya membaca buku.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook