Interaksi dan Pembelajaran Interaksi ialah satu proses tindak balas antara satu pihak dengan pihak yang lain atau dengan persekitarannya. Dalam proses interaksi, seorang individu beriaksi dan berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau objek-objek di persekitaran dengan tujuan untuk mempengaruhi satu sama lain.
Jenis-jenis interaksi
Interaksi secara satu hala Interaksi secara satu hala melibatkan satu pihak sahaja yang menyampaikan ilmu dan mempengaruhi pihak lain. Interaksi secara satu hala memberikan fokus kepada penyampai atau satu pihak sahaja, oleh yang demikian pihak yang dipengaruhi tidak boleh mengganggu atau mempengaruhi pihak yang menyampaikan. Interaksi secara satu hala lazimnya dilakukan melalui video pengajaran, aktiviti pembelajaran di dalam kelas, dan ucapan awam. Interaksi secara dua hala Interaksi secara dua hala melibatkan dua pihak dalam saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi secara dua hala lazimnya dapat dilihat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sesi soal jawab dan perkongsian pandangan seminar, dan forum. Interaksi secara dua hala memberikan kesan positif kepada kedua-dua pihak yang terlibat kerana wujud pertukaran pandangan antara dua pihak tersebut.
Interaksi secara berkumpulan Interaksi secara berkumpulan melibatkan interaksi antara ahli dalam satu kumpulan. Interaksi secara berkumpulan wujud dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas, dan perbincangan berkumpulan. Interaksi secara berkumpulan menggalakkan pertukaran idea dan pandangan dan secara tidak langsung memberikan impak yang positif kepada semua ahli kumpulan yang terlibat dalam perbincangan. Interaksi secara antara kumpulan Interaksi secara antara kumpulan melibatkan konteks yang lebih luas iaitu wujud interaksi antara ahli kumpulan dengan ahli kumpulan yang lain. Interaksi antara kumpulan dapat dilihat dalam perdebatan antara kumpulan. Secara ringkasnya, interaksi antara kumpulan melibatkan pertukaran idea dan pandangan dengan lebih luas.
Kepentingan interaksi dalam Pendidikan Murid terlibat Komunikasi Murid dapat menyoal guru tentang aktif dalam dua hala pelajaran yang tidak difahami dan proses antara pelajar berpeluang untuk mengemukakan pengajaran dan dan guru. pembelajaran. pendapat masing-masing. Guru dapat Proses utama mengenalpasti Guru melaksanakan rancangan dalam mengajar mengikut objektif penyampaian kelemahan pelajaran yang ditentukan. ilmuoleh guru. murid. Nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan murid.
KESIMPULAN Kesimpulannya, interaksi yang efektif dapat mempererat hubungan antara guru dan siswa, tidak hanya di dalam ruang gelar, tetapi juga di luar ruang gelar. Hubungan persahabatan antara guru dan siswa sangat penting karena sangat mempengaruhi proses belajar mengajar. Interaksi belajar mengajar yang efektif merupakan aspek penting yang perlu ditekankan, karena interaksi adalah proses utama dimana guru menyampaikan pengetahuan kepada siswa. Melalui interaksi, guru dapat merancang pembelajaran sesuai dengan tujuan siswa yang telah ditentukan sebelumnya. Selain itu, guru dapat secara efektif mengkomunikasikan pembelajaran kepada siswa dengan berinteraksi dengan bahan ajar. Pertukaran informasi atau idea antara guru dan siswa sangat dianjurkan.
Search
Read the Text Version
- 1 - 9
Pages: