KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN PROF. DR. AMIR HASAN BIN DAWI INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN OLEH MUHAMMAD BIN AZMAN D20211101266 TUGASAN INDIVIDU SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB ISI KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN 1-3 BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN 4-5 BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN 6-7 BAB 4 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI 8-9 BAB 5 PENGURUSAN MURID 10-11 BAB 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH 12-13 BAB 7 PENGURUSAN SUMBER 14-19 BAB 8 STRATEGI MENGURUS BILIK 20-21 PEMBELAJARAN 22-23 BAB 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 24-25 BAB 10 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID 26-27 BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 28-31 BAB 12 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA 32-33 BAB 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN 34-36 BAB 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN 36-40 RUJUKAN
1 BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN Sosiologi ialah kajian ilmiah tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberikan tumpuan kepada hubungan sosial; bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia; dan bagaimana masyarakat berkembang dan berubah (Schaefer, 2017) Teori Fungsionalisme Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Teori Konflik Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat dan mengkritik kapitalisme Teori Interaksionalisme Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Seterusnya, kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunanya.
2 Kepentingan sosiologi Memberikan kefahaman tentang isu sosial dan corak tingkah laku Membantu memahami bagaimana sistem sosial masyarakat berfungsi Membantu mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam masyarakat Membantu memahami mengapa dan bagaimana masyarakat berubah Implikasi bidang pendidikan Pendidikan mewujudkan ketidaksamaan sosial dalam masyarakat. Sekolah yang berbeza (sumber, kualiti guru, kualiti pentadbir, persekitaran pembelajaran) menyumbang kepada ketidaksamaan sosial dalam masyarakat. Pengelasan pelajar kepada pandai dan lemah. Pelajar pandai akan ditempatkan ke dalam laluan yang berbeza dengan pelajar yang lemah.
3 Kesimpulan Kesimpulannya, sosiologi merupakan tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberikan tumpuan kepada hubungan sosial; bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia; dan bagaimana masyarakat berkembang dan berubah. Terdapat juga implikasi sosiologi kepada bidang pendidikan yang perlu diperhatikan agar bidang pendidikan tidak terjejas.
4 BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Interaksi ialah satu proses tindak balas antara satu pihak dengan pihak yang lain atau dengan persekitarannya. Dalam proses interaksi, seorang individu beriaksi dan berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau objek-objek di persekitaran dengan tujuan untuk mempengaruhi satu sama lain. Jenis-jenis interaksi Interaksi secara satu hala Interaksi secara satu hala melibatkan satu pihak sahaja yang menyampaikan ilmu dan mempengaruhi pihak lain. Interaksi secara satu hala memberikan fokus kepada penyampai atau satu pihak sahaja, oleh yang demikian pihak yang dipengaruhi tidak boleh mengganggu atau mempengaruhi pihak yang menyampaikan. Interaksi secara satu hala lazimnya dilakukan melalui video pengajaran, aktiviti pembelajaran di dalam kelas, dan ucapan awam.
5 Interaksi secara dua hala Interaksi secara dua hala melibatkan dua pihak dalam saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi secara dua hala lazimnya dapat dilihat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sesi soal jawab dan perkongsian pandangan seminar, dan forum. Interaksi secara dua hala memberikan kesan positif kepada kedua-dua pihak yang terlibat kerana wujud pertukaran pandangan antara dua pihak tersebut. Interaksi secara berkumpulan Interaksi secara berkumpulan melibatkan interaksi antara ahli dalam satu kumpulan. Interaksi secara berkumpulan wujud dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas, dan perbincangan berkumpulan. Interaksi secara berkumpulan menggalakkan pertukaran idea dan pandangan dan secara tidak langsung memberikan impak yang positif kepada semua ahli kumpulan yang terlibat dalam perbincangan. Interaksi secara antara kumpulan Interaksi secara antara kumpulan melibatkan konteks yang lebih luas iaitu wujud interaksi antara ahli kumpulan dengan ahli kumpulan yang lain. Interaksi antara kumpulan dapat dilihat dalam perdebatan antara kumpulan. Secara ringkasnya, interaksi antara kumpulan melibatkan pertukaran idea dan pandangan dengan lebih luas.
6 BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN Pengurusan pembelajaran adalah usaha guru untuk membantu pelajar atau anak didik, agar mereka dapat belajar mengikut kesesuaian dan minatnya. Seterusnya, inti dari pembelajaran itu adalah segala upaya yang dilakukan oleh guru atau pendidik agar terjadi proses belajar pada diri pelajar. Cabaran dalam mengurus pembelajaran Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran visual - mempunyai cara tersendiri untuk belajar Gaya pembelajaran auditori - menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan Gaya pembelajaran kinestetik - belajar melalui gerak-geri
7 Konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajaran Mengawal Merancang Pengalaman Mengarah Pengurusan dan pembelajaran pelajar yang berkesan KEPERLUAN FISIOLOGI Keperluan fisiologi melibatkan keperluan fisiologi murid seperti tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku, emosi. PENGURUSAN MASA Pengurusan masa membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama di samping jadual waktu menjadi lebih seimbang dan tiada pembaziran masa. IKLIM BILIK DARJAH Iklim bilik darjah dapat diwujudkan dengan melengkapkan keperluan bilik darjah dan susun atur fasiliti yang baik. Kemudahan belajar yang selesa dan mencukupi seperti kerusi, meja dan papan tulis. Pencahayaan yang cukup dan aliran udara yang lancar penting bagi memastikan iklim bilik darjah kondusif untuk tujuan pembelajaran. Kesimpulannya Pengurusan pembelajaran merupakan elemen yang penting dalam memastikan matlamat pendidikan dapat dicapai. Pengurusan pembelajaran juga menyentuh tentang cara-cara mengendalikan pelajar dan bilik darjah dengan betul agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
8 BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI Kepimpinan suatu tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Individu yang memimpin tersebut boleh memberikan pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu organisasi. Organisasi Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Ciri-ciri organisasi
9 Gaya kepimpinan AUTOKRATIK - semua keputusan dibuat oleh pemimpin DEMOKRATIK - menggalakkan komunikasi secara terbuka LAISSEZ-FAIRE - bebas menyuarakan pendapat dan lebih bebas Ciri-ciri kepimpinan bilik darjah Kesimpulan Terdapat pelbagai jenis ciri kepimpinan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian murid dan persekitarannya. Oleh yang demikian pemilihan ciri kepimpinan yang menepati kriterianya dapat membantu kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping matlamat pendidikan juga akan berjaya dicapai.
10 BAB 5 : PENGURUSAN MURID Pengenalan Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Komponen penting dalam pengurusan murid Sistem maklumat murid berkomputer Sistem maklumat murid berkomputer mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan mengandungi maklumat senarai rekod kesihatan, rekod Rancangan Makanan Tambahan (RMT) rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian, dan kemudahan mendaftar untuk murid. Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem Maklumat Murid (SMM). Pentaksiran berasaskan sekolah Pentaksiran berasaskan sekolah akan dikendalikan atau diuruskan oleh pihak sekolah bagi melihat perkembangan dan tahap kemajuan pendidikan murid. Sistem ini juga diurus secara terancang mengikut prosedur yang telahditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentakasiran yang dilaksanakan.
11 Rumusan Secara ringkasnya, sekolah perlu mempunyai pengurusan murid yang berkualiti bagi memastikan kelancaran aktiviti di sekolah di samping mengeluarkan produk pelajar yang berkualiti kepada negara. Pelbagai aspek perlu diberikan penekanan antaranya mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar, dan motivasi.
12 BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bilik darjah merupakan ruang fizikal sebenar berlakunya pengajaran dan pembelajaran formal. Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan strategi memastikan keselamatan baik secara fizikal mahupun psikologi di dalam bilik darjah , teknik mengubah tingkah laku murid dan mengajar disiplin, susunan aktiviti harian, dan kaedah pengajaran yang membawa perubahan positif dalam tingkah laku murid. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah Faktor-faktor fizikal dalam bilik darjah Pengudaraan yang baik Suhu yang sesuai Susun atur Kapasiti bilik darjah Hiasan yang menarik dan selesa
Jenis-jenis interaksi 13 Interaksi pelbagai hala . Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi dan kaedah penyelesaian masalah. Kesimpulan Guru perlu memahami bahawa tugas di sekolah dan bilik darjah bukan hanya terbatas kepada aspek penyampaian ilmu sahaja. Profesion keguruan guru adalah seorang pendidik. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab terhadap perlakuan dan disiplin murid selain tugas menyampaikan ilmu. Kemahiran dalam pengurusan bilik darjah, gangguan-gangguan yang ditimbulkan murid dalam bilik darjah dapat diminimumkan atau diatasi.
14 BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER Pengurusan Pengarahan dan pengawalan kumpulan untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah kumpulan. Sumber Sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau pencarian. Pengurusan sumber Pengurusan sumber merupakan pengurusan sekolah yang penting kerana pengurusan sumber memainkan peranan dalam mencapai matlamat sekolah supaya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Cara manusia mengumpul dan memproseskan sumber yang diperoleh bagi merancang dan mengawal matlamat yang dikehendaki. Pengurusan sumber yang sistematik memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pendidikan terutamanya di sekolah. Jenis-jenis sumber Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber primer Sumber sekunder Sumber tertier
15 Kepentingan sumber Komponen pengurusan sumber Pengurusan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Pengurusan pusat sumber Pengurusan infrastruktur Pengurusan sumber manusia Pengurusan kewangan Sumber pembelajaran Merujuk kepada bahan bantu mengajar. Sumber pembelajaran perlulah disesuaikan dengan keadaan dan penggunanya. Sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar untuk memudahkan aktiviti pembelajaran.
16 Kriteria memilih sumber pembelajaran Tujuan Menjimatkan masa Senang diperoleh Menyeronokkan murid Mempelbagaikan kegiatan kesesuaian Cara penggunaan sumber pembalajaran 1. Sumber pembelajaran yang dipilih perlulah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Merancang penggunaan sumber pembelajaran mengikut masa dan situasi yang sesuai 3. Membimbing murid-murid mengunakan sumber pembelajaran secara betul dan tepat agar tidak membazir asa dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan
17 4. Penggunaan sumber pembalajran yang digunakan harislah tidak mengandungi unsur negatif. 5. Sumber pembelajaran yang digunakan perlulah mengikut etika dan prosedur yang betul bagi mengelakkan sebarang kerosakan dan ganti rugi berlaku. Komponen pembelajaran berasaskan sumber 1) Penggunaan buku teks 2) Aktiviiti penelitian 3) Pencarian bahan dari pelbagai sumber 4) Latihan penyelesaian masalah 5) Penggunaan alat pandang dengar Kepentingan sumber pembelajaran
18 Konsep pusat sumber sekolah Fungsi pusat sumber sekolah Fungsi pusat sumber sekolah ialah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, potensi individu serta sahsiah pelajar. Selain itu, fungsi pusat sumber sekolah ialah membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. Seterusnya, mengadakan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah traditional. Fungsi keempat ialah pemupukan tabiat belajar berorientasikan input dan bahan pendidikan terkini. Fungsi kelima ialah membantu pelajar dan guru menghasilkan menilai dan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar. Selain itu, melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran. Fungsi pusat sumber yang kelapan ialah penghasilan bahan-bahan variasi sumber.
19 Kesimpulan Pengurusan sumber sangat penting dalam bidang pendidikan. Oleh itu, penyampaian seseorang guru akan lebih efektif dan memberikan impak yang positif jika terdapat pelbagai sumber rujukan yang digunakan. Tambahan lagi, pengurusan sumber juga amat penting kerana pengurusan sumber merupakan salah satu elemen yang memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang pendidikan.
20 BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN Pengenalan Pengurusan bilik pembelajaran melibatkan misi atau cara bagi mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Bilik pembelajaran dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah bilik darjah, makmal komputer, makmal sains, studio dan tempat-tempat pembelajaran lain. Penelitian dibuat terhadap bilik darjah kerana tempat tersebut merupakan tempat utama murid mendapatkan ilmu atau melakukan aktiviti pembelajaran. Guru perlu memastikan keadaan bilik darjah berada dalam keadaan baik dan kondusif bagi tujuan pembelajaran murid. Susunan kerusi dan meja serta alatan-alatan di dalam kelas sangat memainkan peranan dalam memberikan keselesaan kepada murid. Bagi memastikan bilik darjah kekal berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk aktiviti pembelajaran, guru perlu membentuk jadual tugasan bagi bertindak memastikan bilik darjah kekal kondusif. Bagi bilik pembelajaran lain, bilik tersebut perlulah selamat untuk digunakan sebagai contohnya, mempunyai papan amaran terhadap alatan berbahaya, alatan tajam dan berbahaya disimpan di tempat yang betul dan alatan masih selamat digunakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik pembelajaran
21 Interaksi dalam bilik darjah: Interaksi secara satu hala Interaksi secara satu hala melibatkan satu pihak sahaja yang menyampaikan ilmu dan mempengaruhi pihak lain. Interaksi secara satu hala memberikan fokus kepada penyampai atau satu pihak sahaja, oleh yang demikian pihak yang dipengaruhi tidak boleh mengganggu atau mempengaruhi pihak yang menyampaikan. Interaksi secara satu hala lazimnya dilakukan melalui video pengajaran, aktiviti pembelajaran di dalam kelas, dan ucapan awam. Interaksi secara dua hala Interaksi secara dua hala melibatkan dua pihak dalam saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi secara dua hala lazimnya dapat dilihat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sesi soal jawab dan perkongsian pandangan seminar, dan forum. Interaksi secara dua hala memberikan kesan positif kepada kedua-dua pihak yang terlibat kerana wujud pertukaran pandangan antara dua pihak tersebut. Interaksi pelbagai hala Interaksi pelbagai hala melibatkan aktiviti pembelajaran seperti simulasi, main perasaan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah. Interaksi ini melibatkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Kesimpulannya Bilik darjah perlu diuruskan dengan baik agar murid dalam belajar dengan selesa dan mencapai objektif pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat menjamin kemenjadian murid. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam mengurus bilik darjah agar kondusif.
22 BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pengenalan Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhatikan, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak dan secara sedar atau tidak sedar. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah tingkah laku Tingkah laku yang kurang baik secara lazimnya dipengaruhi oleh persekitaran rumah. Persekitaran yang cenderung ke arah perkara negatif akan menggalakkan murid melakukan aktiviti salah laku Persekitaran sekolah juga memberikan kesan terhadap tingkah laku murid. Pengaruh daripada rakan-rakan sebaya di sekolah mendorong murid melakukan salah laku. Keadaan fizikal sekolah juga memainkan peranan terhadap tingkah laku murid. Suasana yang bising, panas, dan terlalu padat menyebabkan tingkah laku murid berubah. Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut:
23 Beberapa perkara yang signifikan dan perlu diberikan perhatian tentang murid adalah seperti berikut: Setiap murid adalah unik Ttiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid Proses intervensi akan dihadkan kecuali jika perkara tersebut berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait) Kesimpulan Kesimpulannya tingkah laku perlu diuruskan dengan baik kerana perubahan tingkah laku berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang berlaku di persekitaran murid. Pengurusan tingkah laku yang baik dapat membantu membentuk murid yang berjaya dalam sahsiah dan akademik.
24 BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Definisi bimbingan Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki perbadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960). Suatu proses utuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi,1966). Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amle et al,2006). Ciri-ciri bimbingan
25 Ciri-ciri penasihatan 1. Memberikan fokus terhadap maslah yang dialami daripada memberikan penumpuan kepada diri individu yang bermasalah 2. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang individu yang dilihat lebih meyakinkan kepada orang lain. Orang yang dilihat boleh dipercayai atau meyakinkan dapat memberikan kesan positif dalam membantu menyelesaikan individu yang dalam masalah. 3. Memberikan nasihat dengan menggunakan strategi yang baik dan berkesan Proses bimbingan dan penasihatan Definisi mentoring Umumnya, mentoring merupakan hubungan berterusan antara individu dengan individu lain yang akan meningkatkan tahap profesionalisme mantee. Ciri-ciri mentoring Proses pembelajaran yang berkesan buat mantee. Mementingkan perkembangan personal dan professional yang bersifat lestari. Memberikan kesan atau impak terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee. Bersikap tolak ansur terhadap kesilapan yang sukar dielakkan Menerima kesilapan dengan hati yang terbuka.
26 BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA Definisi budaya Budaya merujuk ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Definisi pelbagai budaya Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelabagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Dimensi pendidikan pelbagai budaya Prinsip pendidikan pelbagai budaya berkesan Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang. Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum. Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran efektif dan kognitif Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
27 Pendekatan pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar. Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran. Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah. Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan. Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal. Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain. Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber. Kesimpulan Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya harus diurus dengan bijak meliputi pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Pelbagai pendekatan juga perlu dibuat bagi memastikan kepelbagaian budaya yang dimiliki menjadi sumber kekuatan dan keunikan sistem pembelajaran negara di samping memacu pendidikan negara ke arah yang lebih maju.
28 BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Pengenalan Pengurusan Murid Berbilang Kurang Upaya merupakan langkah yang dilaksanakan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran. Pengurusan pelajar berbakat memberi tumpuan kepada program pendidikan khas yang direka untuk membantu pelajar bermasalah pembelajaran, sama ada fizikal atau mental. Pendidikan khas merupakan program kerajaan untuk mendidik murid-murid bermasalah dalam pelbagai kebolehan. Ini kerana mereka gagal mencapai matlamat yang ditetapkan oleh guru aliran perdana di dalam bilik darjah mereka. Elemen dalam pengurusan pelbagai upaya
29 1. Pemilihan Usaha harus dilakukan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid yang kurang bernasib baik di sekolah rendah, dan menumpukan kepada memupuk kemahiran asas seperti membaca, menulis, dan mengira. Kerja-kerja ini akan dijalankan oleh guru pemulihan khas yang terlatih dalam bidang ini. Pelajar tunjuk ajar ini tidak seperti pelajar lain kerana selain ketidakupayaan mereka untuk menyiapkan tugasan, prestasi akademik mereka terutamanya peperiksaan tidak memuaskan. Pada masa yang sama, pelajar ini akan menunjukkan ciri-ciri negatif seperti pembelajaran pasif, kurang keyakinan diri, dan mudah putus asa. Program pemulihan ini bertujuan untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid pendidikan khas dan murid aliran perdana, membolehkan mereka belajar bersama kelas biasa dalam persekitaran pembelajaran yang lebih baik. Selain itu, mengembangkan potensi pelajar untuk kaedah pengajaran kreatif, dilaksanakan oleh guru yang pakar dalam bidang tersebut. 2. Penggayaan Aktiviti pengayaan ialah aktiviti di samping aktiviti pembelajaran yang berlaku di dalam atau di luar sekolah. Pengayaan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti mereka. Ini juga menepati tujuan projek, iaitu aktiviti yang dibangunkan adalah aktiviti belajar kendiri yang boleh diterokai tanpa bantuan guru. Melalui program ini, pelajar dapat merangsang pemikiran mereka. Jenis pengayaan Tahap (berdasarkan tahap pencapaian pelajar) Menegak (berdasarkan minat dan bakat pelajar)
30 Prinsip Perancangan Pengayaan Menekankan aktiviti kreatif dan eksperimen. Buat kerja sendiri. Motivasi diri. Memberi peluang untuk membangunkan kualiti kepimpinan. Baca lagi. Perubahan dalam sifat organisasi. 3. Pelbagai kecerdasan Howard Gardner, teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Dr. Howard Gardner pada 1983. Beliau mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang digunakan untuk mengukur potensi kecerdasan manusia. Kecerdasan berikut telah diperkenalkan: Kecerdasan Linguistik - Linguistik Kecerdasan Logik - Matematik Kecerdasan Badan - Kinestetik Kecerdasan Visual-Spatial Kecerdasan Muzik - Irama kecerdasan interpersonal Kecerdasan introspektif kecerdasan semula jadi 4. Berkeperluan khas Keperluan khas ialah pelajar yang memerlukan bantuan, sokongan dan rangsangan khas. Pelajar ini adalah kanak-kanak yang mengalami satu atau lebih kelewatan perkembangan berikut: IQ rendah kecacatan fizikal kekurangan penglihatan hilang pendengaran Penghalang pertuturan Kesukaran dengan perkembangan sosial dan emosi
31 Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan khas sepanjang hayat mereka. Mereka masih memerlukan bantuan untuk sementara waktu. Jenis murid berkeperluan khas yang layak mengikuti program pendidikan khas ialah: kanak-kanak bergerak perlahan-lahan Ketidakupayaan mental mempunyai masalah kesihatan autisme ringan Sindrom Down mempunyai masalah emosi mempunyai masalah bahasa dan pertuturan Kesimpulan Pengurusan pelbagai upaya sangat penting untuk diberikan fokus dan penelitian bagi memaksimumkan kebolehan dan kebijaksaan murid dalam melahirkan produk yang berkualiti dan berdaya saing. Oleh itu, multitasking merupakan aktiviti pedagogi yang digunakan di dalam bilik darjah untuk membantu murid berkeperluan khas. Program ini dilaksanakan bagi merapatkan jurang pencapaian antara murid pendidikan khas dan murid aliran perdana serta merealisasikan potensi mereka
32 BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Pengenalan Sekolah ialah bangunan atau institusi pendidikan yang direka bentuk untuk berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat dan pengetahuan. Perkataan sekolah berasal dari bahasa Latin \"scol\", yang bermaksud \"masa lapang yang dikhaskan untuk belajar\", \"tempat di mana para intelektual bertemu untuk membincangkan masalah\", dan konsep lain yang serupa. Hubungan sekolah dan masyarakat Masyarakat dan sekolah saling berkaitan dan mencerminkan satu sama lain. Sistem persekolahan yang baik melahirkan masyarakat yang baik. Ini menunjukkan wujudnya hubungan antara sekolah dan masyarakat. Sekolah membantu kanak-kanak mengembangkan pemahaman tentang dunia, nilai, kepercayaan dan norma sosial, membolehkan mereka berfikir dan bertindak secara harmoni dengan ahli masyarakat yang lain. Selain itu, sekolah memberi peluang kepada semua orang terutamanya generasi muda untuk memperoleh dan menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran. Matlamat sekolah tidak dapat ditentukan dengan sendirinya, justeru untuk mencapai matlamat pendidikan, institusi pendidikan ditubuhkan dalam masyarakat.
33 Peranan sekolah terhadap masyarakat Sekolah memainkan peranan penting kepada sesebuah masyarakat khusus dalam mendidik masyarakat menjadi manusia yang baik dan berkualiti. Sekolah membantu masyarakat mencungkil bakat dan mengenal pasti kebolehan diri bagi meningkatkan potensi masyarakat. Pendidikan merupakan tunjang atau elemen utama yang memberikan impak yang besar dalam pembentukan masyarakat yang stabil dalam aspek rohani dan jasmani. Kesimpulan Kesimpulannya sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat. Oleh yang demikian pelbagai aspek dan faktor perlu diberikan penelitian dan fokus bagi memastikan pembentukan masyarakat yang berkualiti dalam bidang pendidikan mahu pun sosial dapat diwujudkan. Terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang turut memberikan impak dalam pembentukan masyarakat. Oleh yang demikian, sekolah perlu bijak dalam mengatur strategik membangunkan masyarakat.
34 BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Pengurusan alam pembelajaran di sekolah yang cekap adalah sangat penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar, memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan alam pembelajaran. Proses sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan alam pembelajaran. Murid bersikap nakal dengan enggan mengikuti pelajaran yang diajar Murid terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, dan budaya Murid bertindak di luar kawalan Kekurangan dana bagi melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran
35 Peranan dan aksi guru Refleksi Menurut kamus dewan, refleksi ialah banyangan ataupun gambaran (dalam cermin atau fikiran). Menurut Hanipah (2004), refleksi merupakan satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan serta membuat cadangan melalui tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Ciri-ciri refleksi: Proses sistematik Menjana idea baru Berfikiran kritikal Amalan aktif Meramal akibat Pengetahuan gerak hati Bukti penambahbaikan
36 Kebaikan refleksi Kebaikan refleks ialah dapat menghasilkan pengajaran yang lebih baik. Hal yang demikian dikatakan kerana refleksi dapat membantu guru melihat kekurangan pengajaran di dalam kelas sebagai contohnya daripada segi kaedah pengajaran, cara penyampaian, dan kefahaman. Selain itu, menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran. Refleksi dapat membantu guru menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar manjadi lebih menarik dan inovatif. Seterusnya, mennyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut. Secara fitrahnya, guru juga melakukan kesilapan dalam mendidik murid. Oleh yang demikian, refleksi dapat membantu guru memperbaiki kesilapan dan berusaha menjadi lebih baik di samping berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan. Kebaikkan yang keempat ialah menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan. Refleksi dapat membantu guru mencari jalan penyelesaian dalam menguruskan sesuatu masalah atau konflik. Kesimpulan Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran merupakan tanggungjawab seorang guru. Pengurusan alam pembelajaran yang baik dapat membantu kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di samping meningkatkan potensi dan intelektual murid dengan lebih efektif. Pelbagai aspek perlu diberikan perhatian dan penelitian dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran memenuhi objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan alam pembelajaran perlu bermula dengan pemantapan kualiti guru. Hal yang demikian kerana guru merupakan individu penting yang berperanan mengurus dan memastikan pembelajaran berjalan lancar dan stabil daripada segi rohani dan jasmani.
37 Rujukan A. Ghani, M., Mohd Radzi, N., Ghavifekr, S., & Banu Kenayatullah, H. (2014). PENGURUSAN DISIPLIN MURID DI SEKOLAH KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR: PERSPEKTIF PEMIMPIN SEKOLAH. Ijie.um.edu.my. https://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282/5746. Batjo, N., Ambotang, A., Taat, M., Mosin, M., Shaari, A., & Talip, R. (2021). Pengaruh Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Kualiti Guru Sekolah Rendah Luar Bandar di Sabah Bitarajournal.com. https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/188/168. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015) . Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan Keenam. SelangorArif Corporation Sdn.Bhd. Ebbie, S., Talip, R., & Ag Kiflee@Dzulkifli, D. N. (2019). Pengaruh KepimpinanPengajaran Guru Besar, Kompetensi Profesionalisme Guru dan Kompetensi PeribadiGuru Terhadap Efikasi Pengajaran Guru Sekolah Rendah di Zon Pedalaman Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(8), 29-38 https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i8.323. Fahan. (2018, Nov 25). Tajuk 5: Pengurusan Murid. Diperoleh pada Mei 17, 2022 daripada http://fahannn.blogspot.com/2018/11/tajuk-5-pengurusan-murid.html. Farah Mohd Zain, Yahya Don & Yaakob Daud. (2020). Kepimpinan dan pengurusan sekolah. Universiti Utara Malaysia. Fatin,N. (2018, Dec 6). Pengurusan Murid/Pelajar. Diperoleh daripada: https://fatinlilyana.wordpress.com/2018/12/06/tajuk-5-pengurusan-murid- pelajar/. Nur Husnina. (2018). Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin. Diperoleh pada Mei 22, 2022 daripada http://nurhusnina226.blogspot.com/2018/12/30 - pernyataan-masalah-kajian.html.
38 Zaini Addullah. (2021). Perkembangan pendidikan di Malaysia. UniverstiPendidikan Sultan Idris. Zati. (2013). Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah. Diperoleh pada Mei 22, 2022 daripadahttp://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/penguru san-dan- pentadbiran-sekolah.html.
Search
Read the Text Version
- 1 - 40
Pages: