KANDUNGAN BUDAYA KERJA 1 PERUTUSAN PENGERUSI 2 KATA ALUAN PENGURUS BESAR 3 MOTO, VISI, MISI DAN DASAR KUALITI 4 LATAR BELAKANG, FUNGSI, OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN 5 KAWASAN OPERASI KEDA 6 CARTA ORGANISASI KEDA 7 AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA 8 AHLI JAWATANKUASA AUDIT KEDA 9 PENGURUSAN KANAN KEDA 10 ALAMAT IBU PEJABAT DAN PEJABAT PEMBANGUNAN ZON 12 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN / UNIT 14 LAPORAN PRESTASI KEWANGAN KEDA Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2015 18 Prestasi Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2015 19 LAPORAN KHIDMAT PENGURUSAN Perjawatan dan Persaraan 22 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 23 Pelaksanaan Human Resource Management Information System (HRMIS) 23 Latihan dan Kursus 23 Pengauditan Dalaman 24 Mesyuarat Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus 25 Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib 25 Pengurusan Maklum Balas dan Aduan 26 Tugas-tugas lain 27
KANDUNGAN LAPORAN PRESTASI PROGRAM / PROJEK PEMBANGUNAN Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Projek / Sub Projek Pembangunan 30 Program Pembangunan Latihan KEDA 31 Projek Pembangunan Semula Kawasan (PSK) di KEDA 39 Projek Pembangunan Usahawan dan Perkhidmatan KEDA 46 Program Melengkapkan Kelengkapan / Keperluan Kemudahan Asas 52 Projek KEDA Resort Bendang Man, Sik; Pusat Latihan Pertanian Charuk Tualang, Sik; Kemsite-kemsite KEDA dan Homestay-homestay Desa KEDA Projek Peningkatan Pendapatan Petani Kedah 56 Projek Pemulihan Sawah dan Tanah Terbiar di Kawasan Terpencil 59 Projek Menaik Taraf Kemudahan di Desa-desa KEDA 62 Program Ameniti Sosial di Wilayah KEDA 65 Projek Jalan Perhubungan Desa di Wilayah KEDA 68 Projek Premium Tanah dan Kerja-kerja Tanah di Padang Terap, Baling, 71 Bandar Baharu, Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda Program Mobilisasi dan Perkhidmatan Sosial 72 Program Bantuan dan Bimbingan Perniagaan Kecil 78 Program Transformasi Pengurusan Pembangunan Ekonomi dan Modal Insan 80 Program Kemudahan Perniagaan 1Malaysia 82 LAPORAN WANG PENGURUSAN PROJEK KKLW 86 LAPORAN PENILAIAN OUTCOME PROJEK 90 LAPORAN ANAK SYARIKAT KEDA 94 LAPORAN KEJOHANAN SUKAN MAKSPEN XIII TAHUN 2015 102 PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA DISEMBER 2015 106 ii
BUDAYA KERJA K Pengurusan Penghayatan Pencapaian Objektif KUALITI Cekap dan Komited E Perkhidmatan Cemerlang Mematuhi Peraturan dan Arahan Kerajaan Tanggungjawab dan Disiplin ETIKA D Dedikasi dan Gigih Kreatif dan Responsif Sahsiah Seimbang dan Sepadu DINAMIK Berdaya Tahan dan Daya Saing A Keikhlasan dan Kejujuran Keimanan AMANAH Akauntabiliti Laporan Tahunan 2015 1 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PERUTUSAN PENGERUSI Pada tahun 2015, KEDA telah bekerja keras bagi memastikan golongan sasaran, iaitu penduduk di kawasan luar bandar di Negeri Kedah, mendapat manfaat yang sewajarnya. Pelbagai transformasi dilakukan berlandaskan kepada keperluan dan kehendak rakyat di kawasan luar bandar. Malah, program pembangunan modal insan juga perlu dipergiatkan lagi bagi membolehkan penduduk di luar bandar meningkatkan keupayaan dari segi pendidikan dan ekonomi. Saya amat berbesar hati dengan peranan yang dimainkan oleh KEDA sebagai satu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Negeri Kedah dan berharap KEDA akan berdiri teguh bagi membantu rakyat Negeri Kedah. Saya juga menyokong penuh setiap cadangan yang Bismillahirrahmanirrahim… dibawa oleh KEDA dalam pembangunan Negeri Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kedah yang memberi manfaat kepada penduduk salam 1 Malaysia dan Salam Kedah Aman Makmur. untuk menambah baik kualiti kehidupan rakyat Negeri Kedah. Oleh yang demikian, KEDA akan menjadi Segala puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar harapan kepada rakyat Negeri Kedah untuk berubah Nabi Muhammad SAW dan seluruh para sahabat, ahli daripada kehidupan yang dihimpit dengan pelbagai keluarga Baginda dan para solehin. isu kepada kehidupan yang lebih selesa dan baik. Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan kesyukuran Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan dan terima kasih kepada seluruh warga KEDA dan kurniaNya maka kita semua masih diberikan kekuatan kepada KKLW, Agensi-Agensi Kerajaan, Jabatan- untuk meneruskan tanggungjawab kita di muka bumi Jabatan Kerajaan dan semua pihak di atas usaha- ini. usaha yang telah dijalankan untuk membangunkan Negeri Kedah yang kita cintai ini. Tahniah diucapkan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang telah berjaya menyiapkan Semoga pada tahun 2016, lebih banyak kejayaan Buku Laporan Tahunan 2015. yang dapat diperolehi khususnya dalam peningkatan kualiti perkhidmatan kita kepada golongan akar umbi Sepanjang tempoh KEDA ditubuhkan, pelbagai onak yang memerlukan bantuan supaya semua pihak dapat dan ranjau telah ditempuhi demi memastikan peranan berpuas hati dengan layanan yang telah kita berikan. KEDA kekal relevan seiring peredaran zaman. Pembaharuan demi pembaharuan telah dilaksanakan Sekian, terima kasih. Wassalam. bagi melahirkan masyarakat luar bandar yang mampan dan mempunyai daya saing yang tinggi sekaligus mendukung inisiatif kerajaan. DATO' SERI HAJI MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR Pengerusi Lembaga Pengarah KEDA Laporan Tahunan 2015 2 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
KATA ALUAN PENGURUS BESAR Saya yakin segala amanah yang telah diberikan kepada KEDA telah dilaksanakan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Dalam tahun 2015, KEDA telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM40,200,000.00 dan telah berjaya menunjukkan prestasi perbelanjaan yang a m a t m e m b a n g g a k a n i a i t u s e b a n y a k RM40,052,009.00 (99.63%). KEDA juga telah merancang pelbagai pelan pembangunan di kawasan operasinya dan setiap perancangan yang dilakukan oleh KEDA sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama dari semua jabatan dan agensi di Negeri Kedah serta Kerajaan Negeri Kedah. Dalam hubungan ini juga, langkah yang lebih proaktif Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi akan dilaksanakan oleh KEDA pada tahun 2016 Maha Mengasihani. selaras dengan kehendak dan aspirasi kerajaan yang Segala puji-pujian bagi Allah SWT , Tuhan sekalian mahu melihat penduduk di kawasan luar bandar alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar mendapat perhatian yang sewajarnya. Saya percaya Nabi Muhammad SAW serta seluruh para sahabat dengan sokongan yang kuat daripada semua pihak, dan solehin. khususnya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terhadap KEDA, pelbagai pembangunan yang dapat Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, direalisasikan di kawasan operasi KEDA yang Salam 1 Malaysia dan Salam Kedah Aman Makmur. sebahagian besarnya terletak di kawasan luar bandar Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT di Negeri Kedah. kerana dengan limpah dan kurnia daripada-Nya, Buku Laporan Tahunan 2015 Lembaga Kemajuan Wilayah Akhirnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi Kedah (KEDA) dapat disiapkan dengan jayanya. perhargaan dan terima kasih kepada Pengerusi dan Laporan tahunan ini merupakan satu wadah bagi semua Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Kerajaan Negeri m e n e r a n g k a n p e n c a p a i a n K E D A d a l a m Kedah, KKLW, Agensi-Agensi Kerajaan, Jabatan- membangunkan kawasan luar bandar. Jabatan Kerajaan dan semua pihak di atas sokongan dan bantuan yang telah dberikan kepada KEDA Tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar bagi selama ini. KEDA. Alhamdulillah, berkat ketekunan dan semangat jitu seluruh warga KEDA, pelbagai halangan dan cabaran berjaya dihadapi dengan pelbagai Sekian, terima kasih. Wassalam. pencapaian dan kejayaan yang berjaya diraih sepanjang tahun 2015 ini. Sesungguhnya pencapaian yang diperolehi merupakan kayu pengukur bagi KEDA untuk terus berkhidmat dengan komited dan cemerlang. DATO' HAJI MOHD ARPAN BIN SHARI Pengurus Besar KEDA Laporan Tahunan 2015 3 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
MOTO ‘PEMBANGUNAN SEIMBANG RAKYAT SEJAHTERA' Menjadi sebuah agensi pembangunan yang utama dalam memajukan dan memperkukuhkan taraf sosioekonomi VISI penduduk dan kumpulan sasar khususnya dan Negeri Kedah pada amnya. Berusaha mengeksploitasi sepenuhnya segala sumber manusia dan ekonomi serta membangunkan kawasan luar bandar bagi mewujudkan satu MISI order sosioekonomi yang lebih mantap dan berdaya maju sejajar dengan dasar-dasar pembangunan negara. KEDA komited dalam melaksanakan program DASAR pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi KUALITI memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat “PEMBANGUNAN SEIMBANG RAKYAT SEJAHTERA”. Laporan Tahunan 2015 4 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
LATAR BELAKANG Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 (Akta 249) dengan tujuan membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan KEDA. Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,297 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah kecuali kawasan MADA. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi, pembasmian kemiskinan dan menyeimbangkan pembangunan zikal antara bandar dan luar bandar. FUNGSI Menggalak, membantu, memaju dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial. Menggalak, membantu, memaju dan mengusahakan pembangunan perumahan, pertanian, perindustrian dan perdagangan. Mewujudkan pembangunan yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar dalam kawasan operasi KEDA. OBJEKTIF Memajukan masyarakat luar bandar khususnya golongan sasar KEDA dalam semua bidang sosioekonomi melalui usaha-usaha pembangunan modal insan, latihan kemahiran, ekonomi dan zikal dengan tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup. Meningkatkan penyertaan golongan sasar dalam kegiatan ekonomi menerusi peningkatan pengupayaan (people empowerment). Mewujudkan pembangunan yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar dalam kawasan operasi KEDA. PIAGAM PELANGGAN Memastikan Program Bantuan Rumah (PBR) dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat arahan melaksanakan kerja dikeluarkan. Semua permohonan projek ekonomi / ameniti sosial / kemudahan infrastruktur akan dijawab dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. Keputusan kemasukan pelajar ke Kolej KEDA akan diketahui dalam tempoh 15 hari sebelum sesi pengajian bermula. Bayaran kepada pembekal akan dibuat secara elektronik dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. Semua aduan awam akan diberi maklum balas awal dalam tempoh 5 hari bekerja selepas aduan lengkap diterima. Bayaran Elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dilaksanakan setiap 3 bulan sekali. Laporan Tahunan 2015 5 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
KAWASAN OPERASI KEDA Laporan Tahunan 2015 6 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Laporan Tahunan 2015 7 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI YAB DATO' SERI HAJI MUKHRIZ YBHG. DATO' SERI IBRAHIM BIN TUN MAHADHIR BIN MUHAMAD Menteri Besar Kedah Darul Aman Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah WAKIL KERAJAAN PERSEKUTUAN ENCIK MOHD. JAMALLUDIN YBHG. DATO' AB RAHMAN ENCIK MOHAMAD RAZALI BIN KASBI BIN MAT BIN ISMAIL Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) WAKIL KERAJAAN NEGERI YB DATO' HAJI BAKAR YB DATO' AZMI YBHG. DATIN PADUKA DATO' HAJJAH BIN DIN BIN CHE HUSAIN CHE BARNI BINTI HAJI MOHD NOOR Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ADUN Bayu Merangkap Timbalan Speaker Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Dewan Undangan Negeri Kedah WAKIL PROFESIONAL TUAN HAJI MAZLAN YBHG. PROFESOR DATO' SUKOR YBHG. DATO' ZUBIR BIN ABDUL RAHMAN BIN KASIM BIN HAJI ZABIDI Peguam Profesor Ahli Perniagaan WAKIL PENGURUSAN YBHG. DATO' HAJI MOHD. ARPAN BIN SHARI Pengurus Besar KEDA Laporan Tahunan 2015 8 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
AHLI JAWATANKUASA AUDIT KEDA PENGERUSI YB DATO' AZMI BIN CHE HUSAIN AHLI-AHLI YBHG. DATIN PADUKA DATO' YBHG. DATO' ABDUL RAHMAN TUAN HAJI MAZLAN HAJJAH CHE BARNI BIN MAT BIN ABDUL RAHMAN BINTI HAJI MOHD NOOR Laporan Tahunan 2015 9 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENGURUSAN KANAN KEDA YBHG. DATO’ HAJI MOHD. ARPAN B. SHARI Pengurus Besar KEDA TN. HJ. MARZUKI B. MD. ZIN Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) EN. NAIN TN. HJ. ABDUL RAHMAN TN. HJ. KAMARUDIN TN. HJ. AHMAD SHUKRI B. ABDULLAH B. ABDUL KHALEK B. ABD AKIB B. JUSOH Pengurus Perancangan Pengurus Pentadbiran Dan Pengurus Kewangan Pengetua Kolej KEDA & Penyelarasan Pengurusan Sumber Manusia EN. KHAIRUL AZMEER EN. MOHD AZAM B. ABU BAKAR B. OMAR Ketua Unit Perniagaan Strategik / CEO Anak Syarikat Ketua Unit Integriti EN. MOHD SUFFIAN EN. MUHAMMAD PN. YUSNIDA EN. MOHD KHAIRI B. ABU BAKAR HAILMI B. MAJID BT. YUSOFF B. ABU BAKAR Pegawai Pembangunan Zon 1 Pegawai Pembangunan Zon 2 Pegawai Pembangunan Zon 3 Pegawai Pembangunan Zon 4 (Langkawi) (Padang Terap) (Pendang, Kota Setar, Pokok Sena) (Sik) Laporan Tahunan 2015 10 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
TN. HJ. ARIFUDDIN B. HABIB Timbalan Pengurus Besar (Operasi) TN. HJ. AHMAD HILMI TN. HJ. TALIB TN. HJ. MUHD KAMEH EN. AZMI B. SHAFIE B. HJ. TALIB B. DON B. ABDULLAH Pengurus Pembangunan Modal Pengurus Niagatani Pengurus Hartanah & Prasarana Pengurus Industri Desa & Usahawan Insan & Pembasmian Kemiskinan EN. MOHD FIRDAUS B. AZIZAN @ ALIAZAM Ketua Unit Audit Dalam EN. CHE RIDZUAN EN. SULAIMAN EN. MOHD ZAHIRIN PN. FADZLINA EN. MUHAMMAD B. MOHAMAD ISA B. MOHD NOOR B. YAACOB BT. AHMAD FADZIL NOORHISHAM B. TAIB Pegawai Pembangunan Zon 5 Pegawai Pembangunan Zon 6 Pegawai Pembangunan Zon 7 Pegawai Pembangunan Zon 8 Pegawai Pembangunan Zon 9 (Baling) (Kulim) (Kuala Muda, Yan) (Kubang Pasu) (Bandar Baharu) Laporan Tahunan 2015 11 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
ALAMAT IBU PEJABAT DAN PEJABAT PEMBANGUNAN ZON Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Tel : 04-7205300 Bangunan Tunku , Jalan Tunku Ibrahim Faks : 04-7340958 Peti Surat 195, 05720 Alor setar E-mel : [email protected] Kedah Darul Aman www.keda.gov.my Pejabat Pembangunan Zon KEDA Pejabat Zon 1, Langkawi Tel : 04-9698040 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-9698034 KM 1, Jalan Kisap, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 2, Padang Terap Tel : 04-7903101 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-7866203 Lot No.003041, 096300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 3, Kota Setar / Pendang / Pokok Sena Tel : 04-7583101 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-7583102 Lot 6776, Jalan Jenun, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 4, Sik Tel : 04-4690301 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-4690301 5551, Jalan Tunku Ibrahim, 08200 Sik , Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 5, Baling Tel : 04-4701485 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-4751485 Jalan Mahmud, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 6, Kulim Tel : 04-4962100 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-4962103 26, Taman Pelangi 2, 09800 Kulim , Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 7, Kuala Muda / Yan Tel : 04-4481672 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-4481670 52B, Lorong BML, Bandar Laguna Merbok 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 8, Kubang Pasu Tel : 04-7205395 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-7332068 Aras 6, Bangunan KWSP, Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Pejabat Zon 9, Bandar Baharu Tel : 04-4070101 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Faks : 04-4076023 5-1, Kompleks UMNO / Bandar Baharu Jalan Raya Serdang, 09800 Serdang, Kedah Darul Aman. Kolej KEDA J alan Semarak, 08200 Sik Tel : 04-4690304 Kedah Darul Aman. Faks : 04-4625215 Bengkel KEDA K M 7, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar Tel : 04-7876106 Kedah Darul Aman. Faks : 04-7870195 Laporan Tahunan 2015 12 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN / UNIT Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Merancang, menyelaras dan menyelia pelaksanaan dasar-dasar pembangunan di peringkat agensi. Merancang, menyelaras dan menyelia penyediaan Bajet Pembangunan Tahunan dan Bajet Rancangan Lima Tahun. Menyelaras, mengemaskini maklumat dan menyelia laporan prestasi zikal dan kewangan serta laporan pemantauan dan penilaian outcome projek-projek pembangunan. Menyelaras dan menyedia laporan / maklum balas mesyuarat berkaitan pembangunan dan dasar di peringkat persekutuan / negeri. Memantau prestasi pelaksanaan program / projek pembangunan KEDA. Menyelaras dan mengemaskini maklumat bajet pembangunan dan mengurus menerusi Sistem Pemantauan Projek (SPPII) dan aplikasi MyResults. Merancang, menyelaras dan menyelia pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kawasan (PSK), Projek Agropolitan dan Program Desa Lestari (Desa Abad Ke-21). Menyelaras dan mengemaskini maklumat agensi menerusi Sistem Badan Berkanun (SBSys). Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia a. Unit Komunikasi Korporat Menyalurkan informasi mengenai KEDA kepada umum. Meningkatkan rangkaian hubungan di antara KEDA dengan kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta. Mengurus dan menyelia kemudahan khidmat pelanggan. b. Unit Pentadbiran Am Merancang, menyelenggara dan menyelia ruang dan keselamatan pejabat. Mengurus, menyelenggara dan menyelia pengurusan aset dan stor. Menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat. Menguruskan urusan fail dan rekod. Menyedia dan menyelaras bajet mengurus. Merancang, menyelenggara dan menyelia kemudahan logistik. Urus setia mesyuarat-mesyuarat utama. c. Unit Pengurusan Sumber Manusia Merancang dan mengurus hal-hal perjawatan dan pengurusan organisasi. Mengurus dan menyelia hal-hal kompentensi dan laporan prestasi kakitangan. Mengurus dan menyelia perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia. d. Unit Teknologi Maklumat Merancang, melaksana dan menyelia pembangunan dan keselamatan Information & Communications Technology (ICT). Merancang, melaksana dan menyelia kursus / latihan kemahiran ICT kepada pegawai / kakitangan dan kumpulan sasar. Merancang, melaksana dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan infrastruktur ICT. Menyelaras dan menyelia hal-hal teknikal Mini Rural Transformation Center (Mini RTC) di kawasan penempatan KEDA. Laporan Tahunan 2015 14 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN / UNIT Bahagian Kewangan Mengurus dan mengawal sumber kewangan lembaga iaitu pengurusan, pembangunan, pelaburan, amanah, rizab dan lain-lain dana yang ditubuhkan. Menyedia, mengurus dan menyelaras bajet mengurus, pembayaran, penerimaan hasil dan perakaunan. Menguruskan proses perolehan melalui tender, sebutharga, undian kerja, pembelian terus, rundingan dan pelantikan rma perunding. Merancang, mengurus dan melaksanakan proses kutipan hasil. Kolej KEDA Merancang, melaksana dan mengawal selia program kursus / latihan kemahiran dan kursus-kursus jangka pendek untuk kumpulan sasar. Menyediakan khidmat nasihat dan memantau pembangunan kerjaya / inkubator lepasan pelatih. Menyediakan bantuan khidmat masyarakat berkaitan kemudahan asas mekanikal dan elektrik kepada kumpulan sasar. Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan Merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan modal insan dan institusi. Menyelaras, menggerak dan memantau pengurusan Mini Rural Transformation Center (Mini RTC) di kawasan penempatan KEDA. Merancang, menyelaras dan mengawal selia institusi kepimpinan kampung. Merancang, melaksana dan memantau projek-projek di bawah Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Merancang dan menyelaras pembangunan koperasi desa di kawasan penempatan KEDA. Bahagian Niagatani Merancang, melaksana dan memantau projek-projek pertanian, ternakan dan akuakultur untuk kumpulan sasar. Merancang, mengurus dan mengawal selia projek-projek agrotourism / pelancongan desa dan homestay. Merancang, mengurus dan mengawal selia ladang sejahtera projek agropolitan. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat dan kursus kemahiran pertanian kepada kumpulan sasar. Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan input pertanian. Bahagian Hartanah dan Prasarana Mengurus dan mengawal selia pangkalan data dan aset hartanah. Merancang, melaksana dan memantau projek-projek infrastruktur dan ameniti sosial. Merancang, melaksana dan memantau pembangunan penempatan desa-desa KEDA. Menyedia khidmat teknikal / nasihat kepada Bahagian / Unit / Pejabat Pembangunan Zon dan mengawal selia perkhidmatan juru perunding. Bahagian Industri Desa dan Usahawan Merancang, melaksana, menyelenggara dan memantau kawasan dan bangunan premis Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam Wilayah KEDA. Menyedia kemudahan sewaan premis IKS KEDA. Merancang, melaksana dan menyelia program latihan / kursus / khidmat rundingan dan bimbingan usahawan. Laporan Tahunan 2015 15 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN / UNIT Pejabat Pembangunan Zon Membantu merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan dan keusahawanan di peringkat daerah / zon. Membantu menyelaras dan melaksana projek / aktiviti pembangunan modal insan dan institusi. Merancang, menyusun dan menyelaras aktiviti pendampingan dan kemasyarakatan di kawasan operasi. Membantu urusan kutipan sewa / hasil di peringkat daerah / zon. Membantu mengurus, menggerak dan mengawal selia operasi Mini Rural Transformation Center (Mini RTC) dalam kawasan operasi. Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan projek / aktiviti pembangunan kepada pihak pengurusan. Unit Perniagaan Strategik Memantau dan mengawal selia anak syarikat KEDA dan subsidiari dari segi pentadbiran dan pengurusan sebagai anak syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Merancang dan mengurus aset dan projek-projek komersial KEDA yang berdaya maju untuk diuruskan oleh anak syarikat KEDA bagi menjana pendapatan. Merancang dan melaksana pembangunan kepada anak syarikat KEDA dan subsidiari agar selari dengan objektif penubuhan dan matlamat KEDA. Menyedia dan menyalur maklumat mengenai anak syarikat KEDA dan subsidiari kepada Bahagian Pelaburan dan Anak Syarikat, KKLW untuk dikemaskini di peringkat Kementerian. Unit Audit Dalam Mengkaji dan memberi nasihat / pendapat terhadap kebolehpercayaan kawalan dalaman organisasi dan keberkesanan semua sistem termasuk ICT. Mengkaji dan melaporkan tahap pematuhan kepada dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa. Mengkaji program / aktiviti organisasi bagi memastikan ianya telah diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan. Mengkaji sistem pengurusan aset serta kepentingan organisasi supaya dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan. Melapor kepada pihak yang diaudit hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan yang diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan. Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Pengurus Besar. Membentang Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit serta Jawatankuasa lain yang relevan. Unit Integriti Memastikan tadbir urus organisasi yang terbaik dilaksanakan. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Melaporkan salah laku jenayah organisasi kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan etika organisasi. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa. Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Tatatertib. Laporan Tahunan 2015 16 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2015 Dalam tahun 2015, KEDA telah diluluskan bajet mengurus berjumlah RM26,776,000.00. Walau bagaimanapun, peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM21,776,000.00. Sumber dalaman KEDA sebanyak RM4,500,000.00 telah digunakan untuk menampung kekurangan peruntukan tersebut. Pada keseluruhannya, sebanyak RM26,275,999.11 (99.99%) telah dibelanjakan. Jadual 1: Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 18 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PRESTASI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAHUN 2015 Dalam tahun 2015, sebanyak 14 program / projek pembangunan telah dilaksanakan yang melibatkan 39 sub projek / aktiviti. Pada keseluruhannya, semua program / projek / sub projek / aktiviti telah siap 100%. Pelaksanaan program / projek / sub projek / aktiviti pembangunan ini telah meningkatkan lagi kualiti dan taraf hidup serta kesejahteraan penduduk di dalam Wilayah KEDA. Jumlah peruntukan pembangunan yang diluluskan dan diterima oleh KEDA pada tahun 2015 adalah sebanyak RM40,200,000.00 dengan perbelanjaan sebenar sebanyak RM40,052,009.00. Baki sebanyak RM147,991.00 sedang dalam proses pembayaran. Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan adalah seperti Jadual 2 Jadual 2 : Prestasi Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 19 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PERJAWATAN DAN PERSARAAN Bagi tahun 2015, jumlah perjawatan yang telah diluluskan kepada KEDA adalah sebanyak 416 jawatan di mana daripada jumlah tersebut sebanyak 376 jawatan telah diisi sehingga 31 Disember 2015 iaitu merangkumi 90%. Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 10% kekosongan jawatan telah berlaku akibat persaraan wajib, persaraan pilihan dan meninggal dunia. Kedudukan perjawatan dan senarai pegawai yang bersara sehingga 31 Disember 2015 adalah seperti di jadual berikut : Jadual 3 : Kedudukan Perjawatan KEDA mengikut Kategori Perkhidmatan sehingga 31 Disember 2015 Jadual 4 : Senarai Kakitangan yang Bersara pada Tahun 2015 Jadual 4 : Senarai Kakitangan yang Bersara pada Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 22 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KEDA bagi tahun 2015 telah diadakan pada 30 Mei 2015 bertempat di Tingkat 7, Dewan MBAS, Alor Setar. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Seramai 30 orang kakitangan KEDA telah diberi penganugerahan oleh Pengurusan KEDA di atas perkhidmatan cemerlang mereka sepanjang tahun 2014. Hadiah yang disediakan adalah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (BSN) bernilai RM 1,000 beserta sijil penghargaan. PELAKSANAAN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS) Sepanjang tahun 2015, KEDA telah melaksanakan Modul Data Perjawatan, Sub Modul Rekod Peribadi, Sub Modul Prol Perkhidmatan, Sub Modul SKT/LNPT, Sub Modul Pengisytiharan Harta, Modul Cuti dan Modul Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dengan sepenuhnya. Sehingga 31 Disember 2015, KEDA telah memenuhi dan mencapai Key Performance Index (KPI) yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan peratusan pengemaskinian sebanyak 100% bagi rekod perjawatan, rekod peribadi, prol perkhidmatan dan SKT/LNPT serta sebanyak 99.7% bagi perisytiharan harta. LATIHAN DAN KURSUS Pada tahun 2015, sebanyak 88 siri kursus / latihan / seminar / lawatan telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 376 orang pegawai / kakitangan KEDA. Penglibatan pegawai / kakitangan KEDA dalam kursus / latihan / seminar / lawatan sepanjang tahun 2015 mengikut bidang utama kursus adalah seperti graf di bawah. Graf 1 : Penglibatan Pegawai / Kakitangan dalam Kursus / Latihan sepanjang Tahun 2015 mengikut Bidang Utama Kursus Jumlah Kehadiran (orang) 450 406 400 366 350 300 264 250 200 150 100 75 52 50 9 23 2 4 3 7 1 0 Bidang Utama Keusahawanan Pembangunan Islam Pengurusan Sumber Manusia Kewangan Pembangunan JKKK Pengurusan Teknologi Maklumat / Multimedia Motivasi / Kaunseling Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi Pentadbiran dan Pengurusan Awam Pembangunan Antarabangsa Pengurusan Organisasi / Eksekutif Undang-undang / Perlembagaan Laporan Tahunan 2015 23 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENGAUDITAN DALAMAN Sepanjang tahun 2015, Unit Audit Dalam KEDA telah melaksanakan beberapa program pengauditan yang menyentuh aspek pematuhan segala peraturan yang berkaitan dan pengauditan prestasi pengurusan aktiviti / projek seperti berikut :- Aktiviti 1 : Pengauditan Pengurusan Kewangan - Kawalan Terimaan Pengauditan di Pejabat Bahagian Kewangan Lawatan audit ke Pejabat Pembangunan Zon Aktiviti 2 : Pengauditan Pengurusan Kemudahan Penginapan Lawatan audit ke KEDA Resort Bendang Man, Sik, Kedah Lawatan audit ke Kemsite Kemangi, Baling, Kedah. Laporan Tahunan 2015 24 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Aktiviti 3 : Pengauditan Pengurusan Perolehan Secara Pembelian / Lantikan Terus Lawatan audit bagi mengesahkan kesempurnaan proses perolehan secara pembelian / lantikan terus. MESYUARAT JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS Unit Integriti KEDA telah melaksanakan 2 siri Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) di peringkat agensi pada tahun 2015. Mesyuarat diadakan bertujuan membentangkan isu yang perlu kepada penambahbaikan setelah dikenalpasti terdapat kelompangan dalam mengamalkan tadbir urus terbaik di agensi. Ianya juga adalah platform untuk membentangkan tadbir urus terbaik yang telah dilaksanakan untuk dijadikan panduan oleh agensi lain. MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB Bagi tahun 2015, sebanyak 2 siri Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib telah dijalankan oleh Unit Integriti KEDA bagi mengangkat 3 kes pelanggaran tata kelakuan pegawai KEDA yang tertakluk di bawah Peraturan- Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [AKTA 605]. Laporan Tahunan 2015 25 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENGURUSAN MAKLUM BALAS DAN ADUAN Statistik pengaduan awam yang direkodkan sepanjang tahun 2015 menunjukkan sebanyak 48 kes yang meliputi aduan, cadangan, pertanyaan, permohonan dan penghargaan telah diterima melalui pelbagai sumber. Graf 2: Rekod Pengaduan Awam KEDA Tahun 2015 mengikut Sumber Aduan Laporan Tahunan 2015 26 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Graf 3: Rekod Pengaduan Awam KEDA Tahun 2015 mengikut Klasifikasi Aduan TUGAS-TUGAS LAIN Unit Integriti juga membantu lain-lain bahagian dan unit di KEDA dalam hal-hal yang mempunyai implikasi perundangan. Antara aktiviti perundangan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2015 adalah : Laporan Tahunan 2015 27 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PROJEK / SUB PROJEK PEMBANGUNAN Sebanyak 14 program / projek pembangunan yang melibatkan 39 sub projek / aktiviti telah dilaksanakan dalam tahun 2015 dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sepertimana yang telah ditetapkan. Jadual 6: Prestasi Petunjuk Utama (KPI) Projek / Sub Projek Pembangunan KEDA bagi Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 30 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROGRAM PEMBANGUNAN LATIHAN KEDA LATAR BELAKANG PROGRAM Pada tahun 2015, sebanyak RM12,000,000.00 telah diperuntukkan kepada Kolej KEDA bagi melaksanakan Program Pembangunan Latihan KEDA. OBJEKTIF PROGRAM Menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dan diiktiraf dalam bidang tertentu bagi pasaran buruh dan pewujudan usahawan baru. Memberi maklumat, ilmu pengetahuan dan teknologi baru kepada kumpulan sasar dalam pelbagai bidang kegiatan ekonomi. Menambah baik serta mengembangkan kemahiran kumpulan sasar dalam bidang kerjaya yang diceburi. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengurusan kumpulan sasar dalam mengendalikan projek yang dijalankan. SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM Skop program ini merangkumi 3 komponen utama iaitu : Kursus Kemahiran Vokasional; Kursus Pembangunan Komersial (Jangka Pendek); dan Penyelenggaraan / Naik Taraf Bangunan Kolej KEDA. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan Program Pembangunan Latihan KEDA sehingga 31 Disember 2015 adalah 100% . Berikut adalah perincian perbelanjaan Program Pembangunan Latihan KEDA : Laporan Tahunan 2015 31 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENCAPAIAN OUTCOME 1. KURSUS KEMAHIRAN VOKASIONAL Kolej KEDA dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 26 orang dan kemudahan latihan yang lengkap telah diiktiraf sebagai sebuah pusat latihan bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi menjalankan 7 kursus utama. Setiap tahun Kolej KEDA menyediakan peluang latihan kepada 700 orang pelajar di mana pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun dengan tempoh pengajian selama 6 bulan hingga 2 tahun. Sebanyak RM4,149,898.85 telah dibelanjakan dalam tahun 2015 bagi menjalankan Kursus Kemahiran Vokasional. Pelajar yang berjaya pada setiap tahap Kursus Vokasional ini akan mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) serta dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kursus yang Ditawarkan di Kolej KEDA Teknologi Motosikal Tahap 1, 2 & 3 Teknologi Kimpalan Tahap 1, 2 & 3 Teknologi Makanan Tahap 2 & 3 Teknologi Elektrik Tahap 2, 3 & PW2 Laporan Tahunan 2015 32 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Teknologi Fabrik Lelaki 1 & 2 Teknologi Fabrilk Wanita 1, 2 & 3 Bagi tahun 2015, pengambilan sesi pertama dibuat bagi tempoh pengajian mulai Januari hingga Jun 2015 dan bagi sesi kedua pula, tempoh pengajian adalah dari bulan Julai hingga Disember 2015. Seramai 652 orang pelajar telah menerima manfaat dan diraikan dalam Majlis Graduasi yang diadakan pada 22 November 2015 berbanding dengan sasaran seramai 500 orang pelajar yang ditetapkan. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara Tahap 2 & 3 Peserta Kursus Graf 4 : Bilangan Pelajar Kursus Kemahiran Vokasional bagi Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 33 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Pendaftaran dan Minggu Suaikenal Pelajar Kursus Kemahiran Vokasional Majlis Graduasi Kursus Kemahiran Vokasional Laporan Tahunan 2015 34 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
2. KURSUS PEMBANGUNAN KOMERSIAL (JANGKA PENDEK) Kursus Pembangunan Komersial (Jangka Pendek) merupakan kursus jangka pendek yang dijalankan dalam tempoh 1 hingga 10 hari untuk kumpulan sasar KEDA dan Kolej KEDA serta penduduk luar bandar bagi tujuan: membentuk pemikiran positif peserta ke arah biaya diri dan keusahawanan; memberi pendedahan tentang kaedah dan teknologi terkini dalam sesuatu bidang; memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang praktikal kepada peserta; menyuntik minat peserta untuk mendalami bidang yang diceburi; dan meningkatkan keyakinan dan motivasi diri peserta. Pada tahun 2015, sebanyak RM399,513.15 telah dibelanjakan untuk menjalankan komponen ini dan seramai 2,359 orang peserta telah berpeluang mengikuti kursus dalam pelbagai bidang berbanding dengan 1,000 orang peserta yang disasarkan. Peserta Graf 5 : Bilangan Peserta Kursus Pembangunan Komersial (Jangka Pendek) bagi Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 35 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Kursus Jahitan Telekung Kursus Jahitan Baju Melayu Kursus Pramusaji dan Masakan Pengantin Kursus Alam Sekitar Laporan Tahunan 2015 36 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Kursus Jahitan Baju Kurung Moden Kursus Pengurusan Jenazah Kursus Islamic Summer Camp Laporan Tahunan 2015 37 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
3. PENYELENGGARAAN / NAIK TARAF BANGUNAN KOLEJ KEDA Kolej KEDA turut menjalankan aktiviti penyelenggaraan / naik taraf bangunan pada tahun 2015 dengan perbelanjaan sebanyak RM7,450,588.00 sepertimana perincian di bawah : Graf 6: Perbelanjaan mengikut Aktiviti Penyelenggaraan / Naik Taraf Bangunan Kolej KEDA bagi Tahun 2015 Pendawaian Semula Elektrik di Menaik Taraf Gelanggang Futsal Bangunan Pentadbiran RUMUSAN Dalam RMKe-10, Kolej KEDA terus menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi latihan dalam bidang kemahiran vokasional dan pembangunan masyarakat dengan menambah baik tahap kursus kemahiran selaras dengan keperluan pembangunan negara. Laporan Tahunan 2015 38 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN (PSK) DI KEDA LATAR BELAKANG PROJEK Projek Pembangunan Semula Kawasan (PSK) di KEDA merupakan keterangkuman beberapa projek yang pernah dilaksanakan oleh KEDA. PSK ialah projek integrasi yang melibatkan 3 komponen pembangunan utama iaitu komponen zikal, ekonomi dan modal insan di dalam satu kawasan yang khusus. Fokus utama pembangunan melibatkan beberapa kawasan terpinggir yang berdekatan dengan sempadan Thailand, Banjaran Titiwangsa, persisiran pantai serta kawasan yang mundur, terpencil dan terbiar yang masih kurang menerima pembangunan secara menyeluruh berbanding kawasan-kawasan sekitarnya. Kawasan yang dipilih merupakan kawasan dalam Wilayah KEDA. Pada tahun 2015, 5 lokasi telah dipilih bagi pelaksanaan projek ini iaitu : Kampung Pengkalan Batu Lintang, Sungai Petani; Kampung KEDA Che Bema, Kuala Muda; Kampung Bagan Samak dan Kampung Permatang Pasir, Bandar Baharu; Desa KEDA Leret, Bandar Baharu; dan Kampung Bukit Meriam, Kuala Muda. OBJEKTIF PROJEK Projek pembangunan yang dirancang secara bersepadu dan komprehensif bertujuan menghapuskan kemiskinan tegar dan menjana pendapatan serta mempercepatkan pembangunan di kawasan terpencil dan mundur secara holistik merangkumi semua aspek. Projek ini dijangka akan membawa transformasi pembangunan kepada kawasan tersebut secara holistik. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK Skop projek ini merangkumi 3 komponen utama iaitu : membina / menaik taraf prasarana dan ameniti sosial serta jalan perhubungan desa; projek pembangunan ekonomi berasaskan sumber setempat seperti pertanian, ternakan dan perniagaan; dan pembangunan modal insan, mobilisasi dan kesedaran masyarakat serta latihan dalam bidang berasaskan sumber setempat. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan sehingga 31 Disember 2015 adalah 95.07%, iaitu sebanyak RM2,852,009.00 telah dibelanjakan daripada jumlah peruntukan sebanyak RM3,000,000.00. Laporan Tahunan 2015 39 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Prestasi perbelanjaan mengikut lokasi dan komponen adalah seperti Graf 7 dan Graf 8 di bawah. Lokasi Graf 7: Prestasi Perbelanjaan PSK mengikut Lokasi Projek bagi Tahun 2015 Graf 8 : Prestasi Perbelanjaan PSK mengikut Komponen bagi Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 40 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PENCAPAIAN OUTCOME Pencapaian Outcome bagi Projek PSK pada tahun 2015 adalah seperti di Jadual 7 dan Graf 9. Jadual 7 : Pencapaian Outcome Projek PSK bagi Tahun 2015 Graf 9 : Prestasi Pelaksanaan Projek PSK bagi Tahun 2015 Laporan Tahunan 2015 41 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Komponen 1: Membina / Menaik Taraf Prasarana dan Ameniti Sosial serta Jalan Perhubungan Desa Pembinaan Jeti Terapung, Taman Kelulut, Kg. Che Bema, Sg. Petani Kg. Pengkalan Batu Lintang, Sg. Petani Pembinaan Asrama, Bilik Kuliah dan ICT Kg. Che Bema, Sg. Petani Pembinaan Surau Terbuka dan Homestay, Kg. Che Bema, Sg. Petani Laporan Tahunan 2015 42 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Pembinaan Gelanggang Futsal dan Rumah Rehat, Kg. Che Bema, Sg. Petani Komponen 2: Projek Pembangunan Ekonomi Berasaskan Sumber Setempat seperti Pertanian, Ternakan dan Perniagaan Projek Tanaman Tiram Cendawan, Desa KEDA Leret, Bandar Baharu Projek Ternakan Tiram, Kg. Bukit Meriam, Sg. Petani Laporan Tahunan 2015 43 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Projek Ternakan Kibas dan Lembu, Kg. Permatang Pasir, Bandar Baharu Perniagaan Kuih Tradisional Karipap Pusing, Kg. Che Bema, Sg. Petani Perniagaan Kuih Tradisional, Bantuan Kiosk Ayam Goreng, Kg. Che Bema, Sg. Petani Kg. Che Bema, Sg. Petani Laporan Tahunan 2015 44 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Komponen 3: Pembangunan Modal Insan, Mobilisasi dan Kesedaran Masyarakat serta Latihan dalam Bidang Berasaskan Sumber Setempat Lawatan Pendedahan Peserta PSK Kg. Che Bema dan PSK Kg. Pengkalan Batu Lintang ke Kg. Lonek, Negeri Sembilan dan Kg. Sg. Lang Tengah, Selangor Majlis Perasmian Jeti Terapung, Bot Pelancongan dan Koperasi Kg. Pengkalan Batu Lintang Berhad oleh YB Menteri KKLW di Kg. Pengkalan Batu Lintang, Sg. Petani RUMUSAN Projek PSK secara keseluruhannya berkesan dalam mengurangkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar di samping mewujudkan pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang. Berdasarkan Laporan Kajian Outcome Projek PSK di Bandar Baharu dan Kulim, Kedah bagi Tahun 2013, projek ini berjaya meningkatkan kualiti hidup melalui kemudahan prasarana dan ameniti sosial dalam memastikan kelangsungan pembangunan. Selain itu, projek ini juga dapat mengurangkan kemiskinan tegar dan mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan mundur, terpencil dan terbiar melalui aktiviti pertanian, ternakan dan perniagaan serta diperkukuhkan dengan pelaksanaan aktiviti pembangunan modal insan bagi membolehkan golongan sasar lebih bermotivasi dan berkemahiran. Laporan Tahunan 2015 45 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
PROJEK PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN PERKHIDMATAN KEDA LATAR BELAKANG PROJEK Projek Pembangunan Usahawan dan Perkhidmatan KEDA adalah untuk mencetus, membantu dan menggalakkan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melalui taman IKS yang bersepadu di Wilayah KEDA. Selain itu, pelaksanaan ke arah pengwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) merupakan agenda utama di bawah Projek Pembangunan Usahawan dan Perkhidmatan KEDA di mana ianya sejajar dengan kehendak Misi Nasional 2006 – 2020. Ia juga adalah selaras dengan Teras Ketiga Nasional dalam RMK-10 demi menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Atas dasar tersebut, Bahagian Industri Desa dan Usahawan (BIDU) KEDA telah diberi peruntukan sebanyak RM1,500,000.00 di bawah Projek Pembangunan Usahawan dan Perkhidmatan KEDA bagi merencanakan projek-projek yang memberi impak positif ke arah peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar. OBJEKTIF PROJEK Memberi pendedahan serta membentuk usahawan baru ke arah kreativiti dan inovasi dari aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan. Menyediakan medan promosi yang lebih efektif kepada usahawan bumiputera di samping membentuk jaringan perniagaan di kalangan usahawan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Memberi galakan kepada masyarakat luar bandar ke arah perniagaan, perindustrian dan perdagangan. Membimbing usahawan ke arah penjanaan dan percambahan idea baru dalam proses perluasan skop perniagaan. Memberi khidmat latihan dan motivasi serta bimbingan bagi melahirkan usahawan yang berdikari dan berdaya maju. Meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK Projek ini merangkumi 3 pecahan komponen utama iaitu : Kursus dan Promosi Pasaran; Infrastruktur Perindustrian; dan Pembangunan Usahawan. PRESTASI KEWANGAN Prestasi perbelanjaan sehingga 31 Disember 2015 adalah 100%. Laporan Tahunan 2015 46 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Graf 10 : Peruntukan dan Perbelanjaan Projek Pembangunan Usahawan dan Perkhidmatan KEDA bagi Tahun 2015 PENCAPAIAN OUTCOME Projek yang merangkumi 3 pecahan komponen utama iaitu Kursus dan Promosi Pasaran, Infrastruktur Perindustrian dan Pembangunan Usahawan ini telah berjalan dengan lancar dan selari dengan tujuan dan objektif yang ditetapkan. Dengan prestasi perbelanjaan 100%, ianya telah memberi impak dan manfaat kepada penduduk luar bandar terutamanya usahawan IKS dalam usaha merealisasikan penstabilan sosioekonomi masyarakat luar bandar untuk menjana pendapatan dan memajukan perusahaan di bawah Projek Pembangunan Usahawan dan Perkhidmatan KEDA. 1. KURSUS DAN PROMOSI PASARAN Peruntukan sebanyak RM500,000.00 telah diterima untuk merangka dan menyediakan latihan-latihan atau kursus-kursus berkaitan pembangunan usahawan sebagai langkah pembentukan dan pembangunan modal insan di dalam bidang keusahawanan. Sebanyak 15 siri kursus / bengkel yang merangkumi pelbagai bidang telah dijalankan sepanjang tahun 2015 dan memberi manfaat serta impak yang positif kepada 465 orang usahawan luar bandar yang terlibat. Selain pencetusan transformasi minda dan budaya para usahawan ke arah usahawan berdaya maju, pegawai dan kakitangan yang terlibat juga mendapat manfaat dalam bentuk percambahan ilmu dan strategi demi membantu dan menjadi nadi penggerak kepada pembangunan usahawan berdaya maju pada tahun-tahun yang akan datang. Berikut merupakan senarai latihan dan kursus yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2015: Laporan Tahunan 2015 47 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139