Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore E FOLIO NILAI G5.

E FOLIO NILAI G5.

Published by isacolin05, 2020-11-20 16:31:54

Description: CABARAN-CABARAN MEMBENTUK MASYARAKAT TENTANG PENGARUH BUDAYA LUAR

Search

Read the Text Version

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA NAMA PENSYARAH: MADAM NATRAH MAT NOOR TAJUK MENGHURAIKAN CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MALAYSIA TENTANG PENGARUH BUDAYA LUAR

NAMA AHLI KUMPULAN GROUP 5 2. KARRYLLISA MENING COLIN (05DPE19F2016) 3. SUZANA ANAK LIMBI (05DPE19F2014) Add A Footer

1 APA ITU BUDAYA LUAR: Pengaruh budaya luar secara umumnya boleh di definisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara. Dewasa ini, kebudayaan barat telan medominasikan segala aspek. Peradaban barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan peradaban yang dilihat khususnya remaja atau belia pada masa kini. Kebudayaan barat merupakan suatu petaka bagi masyarakat timur kerana cara hidup timur adalah bertentangan dengan barat. Namun, tak semua memberi pengaruh negatif, ada juga pengaruh luar yang memberi kebaikan kepada masyarakat. 3

PELBAGAI CABARAN YANG 1. ASPEK MEDIA MASSA HARUS KITA TEMPUHI DALAM MEMBENTUK Media massa merupakan satu platform penyebaran MASYARAKAT MALAYSIA yang begitu pantas pada masa kini. Oleh itu, TENTANG PENGARUH LUAR. pelbagai isu dan perkongsian mahupun baik atau buruk bakal disampaikan. Kemungkinan besar hal sebegini mampu menjejaskan masyarakat jika masyarakat terlalu mudah untuk percaya. Perkara yang harus lakukan adalah membendung diri daripada terpengaruh dengan konteks media massa yang memaparkan unsur negatif. Contohnya adalah seperti unsur keganasan, pornografi, penyebaran propaganda dan budaya tidak sihat. Hal ini mampu merosakan pemikiran masyarakat terutama masyarakat remaja yang agak naif. Secara fitrahnya, remaja ini dilahirkan dengan perasaan ingin mencuba perkara baharu dalam hidup mereka tanpa memikirkan impak yang akan terjadi daripada perbuatannya. Jika insan yang bergelar remaja ini banyak terkandas dan dirosakan, maka berkuranglah pemimpin masa hadapan dan hal ini juga bakal memberi kesan kepada generasi akan datang. 2. DARI ASPEK BUDAYA Negara Malaysia amat dikenali dengan masyarakatnya yang berbudaya beradab dan sopan. Dari aspek budaya, negara lain mungkin akan mempunyai budaya sendiri yang disanjungi. Berdasarkan apa yang yang kita lihat, budaya luar seperti barat lebih mengutamakan hedonisme atau hiburan. Terdapat juga budaya luar yang menyebabkan ramai terpesong dan tidak menghiraukan agama. Misalnya, aktiviti black metal yang membawa kepada aktiviti pemujaan syaitan dan mesej yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan Tuhan. Maka, hal ini mampu mendorong mereka lebih ke arah kancah maksiat. Misalnya, seks rambang, minum arak, homoseksual dan sebagainya. Seandainya masyarakat Malaysia sudah terjebak dalam gelanggang kehidupan berikut, sudah pasti nilai moral dalam diri akan lenyap dan jati diri akan menjadi rapuh. 4

3. DARI ASPEK POLITIK Seterusnya, jika negara kita mengalami sistem politik yang tidak stabil, hal ini akan menyebabkan sistem pentadbiran menjadi kucar-kacir. Keadaan politik yang tidak telus dan kotor dengan rasuah bakal menghancurkan impian untuk memajukan negara tercinta. Saban hari, kita sering mendengar berita di negara-negara maju dimana ramai pembesar atau orang atasan terlibat dalam gejala rasuah. Hal sebegini amat ditakuti oleh rakyat kerana ia akan menjadikan negara pincang dan lemah. Apa yang sering berlaku di negara-negara membangun, rakyat sejagat akan ditindas dan diberi layanan yang tidak adil. Hal ini menjadikan cabaran terbesar bagi masyarakat pembesar untuk mengelak diri terjerumus dalam gelanggang tersebut dan sedaya upaya untuk memimpin negra dengan adil dan saksama. 5

KESAN-KESAN PENGARUH LUAR MENDOMINASIKAN MASYARAKAT ➢ Keruntuhan akhlak dalam diri individu. Apabila masyarakat mulai terpengaruh dengan budaya luar dari sudut negatifnya cara pemikiran masyarkat lebih terbuka sehingga mampu mengabaikan pantang larang. Individu yang terjebak dalam pemikiran gaya barat lebih kepada arah keseronokan. Hal ini bakal menyebabkan individu tidak terkawal dan agak liar. Hal ini disebabkan tiada jati diri yang kukuh untuk menghalang diri terjatuh dalam gejala tidak sihat. ❑Cara pemakaian yang lebih menjolok mata. Cara pemakaian yang dipaparkan artis popular menjadi ‘trending’ dan ikutan. Remaja mempunyai sifat ingin mencuba, maka apabila golongan artis mengayakan pemakaian yang menjolok mata maka ramai yang ingin mengikut artis-artis kesukaan mereka. Di Malaysia, adat ketimuran mengajar agar sentiasa berpakaian sopan kerana ia menunjukkan identiti diri. 6

❑ Turut memberi kesan kepada ekonomi negara Apabila masalah sosial semakin berleluasa di negara kita ia menjejaskan dari pelbagai aspek antaranya ekonomi. Hal ini disebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelajaan dalam menyelesaikan masalah dalam negara. Misalnya, perbelajaan dalam membina pusat pemulihan juvana dan beberapa langkah-langkah lain. ❑ Memberi inspirasi dalam melakukan suatu pembangunan dalam diri mahupun negara. Selain dari membawa kesan negatif, dari sudut positif harus dicontohi negara-negara maju banyak melakukan inovasi dan ciptaan kerana sikap yang ingin tahu dan ingin mencuba mendorong rakyat membangun serta mampu memajukan negara. Hal sebegini seharusnya dijadikan teladan agar menjadi satu anjakan paradigma kepada kita dan negara tercinta. 7

1. AGAMA YANG KUKUH “ Masyarakat hendaklah mendalami ilmu agama LANGKAH- agar dapat membina pendirian diri yang lebih LANGKAH UNTUK kukuh. Agama merupakan asas pembentukan MEMBENTUK ketamadunan masyarakat. Maka, amatlah MASYARAKAT penting untuk menerapkan Pendidikan Agama TENTANG dalam diri individu dari kecil lagi. Bak kata PENGARUH BUDAYA pepatah, melentur buluh biarlah dari LUAR. rebungnya. “ 2. MENAPIS SEGALA PROGRAM DALAM MEDIA MASSA ATAU TELEVISYEN Pihak media hendaklah menapis program yang akan ditayangkan dan mengharamkan laman web lucah dipaparkan di negara Malaysia. Contohnya, menapis filem yang mempunyai unsur negatif dan mengutamakan rancangan yang sesuai untuk masyarakat timur. 3. MENJALANKAN PROGRAM ATAU AKTIVITI YANG MENINGKATKAN KESEDARAN. Belia dalam konteks hari ini, menjadi ‘ejen transformasi’ yang akan memainkan peranan serta mempunyai fungsi tertentu. Oleh itu, belia hendaklah diberi penghayatan intergriti dan kefahaman yang mendalam. Program kemasyarakatan atau peningkatan jati diri. Antaranya, pihak sekolah boleh menjalankan kempen atau kem jati diri seperti unit beruniform atau kem kepimpinan. 8

KESIMPULAN: Pengaruh luar sememangnya telah banyak memberi impak dan mempengaruhi minda masyarakat Malaysia. Oleh itu, ia bergantung kepada masyarakat untuk memantapkan jati diri dan mematangkan fikiran untuk membendung pengaruh luar yang negatif bertapak dalam diri individu masyarakat. Leburnya, jati diri ketimuran bakal mengundang masyarakat ke arah masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini. Di samping itu, pegangan agama juga menjadi goyah. Tidak semua budaya atau pengaruh luar membawa keburukan dan merosakkan. Ada yang baik dan boleh membantu daya kreativiti, intelektual dan membangunkan kita. Namun, pengaruh baik ini amat sukar mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Oleh itu, masyarakat hendaklah bijak dalam mengambil tindakan untuk kebaikan diri sendiri. Sebagai penutup kata, marilah kita sama- sama berganding bahu untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan beridentiti mulia dan mampu menjaga nama baik negara.

RUJUKAN ➢ https://images.app.goo.gl/uTkV7a2SWvQaEP2M8 ➢ https://www.slideshare.net/mobile/iranik1/cacabaran- globalisasi-media-barat-pada-alaf-baru-di-malaysiabaran- media-full-copy ➢ https://uc.xyz/xZPM8?pub=link ➢ https://uc.xyz/xZUcY?pub=link ➢ https://uc.xyz/xZWIi?pub=link ➢ https://uc.xyz/xZQ6i?pub=link ➢ https://uc.xyz/xZWOq?pub=link ➢ https://www.scribd.com/doc/67134166/Pa2-Pengaruh-Negatif- Budaya-Barat

THANK YOU 11


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook