Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PAMERAN BERTEMA HARI KEBANGSAAN SMKBK 2021

PAMERAN BERTEMA HARI KEBANGSAAN SMKBK 2021

Published by AZLINA BTE OTHMAN Moe, 2021-09-03 05:46:28

Description: PAMERAN BERTEMA HARI KEBANGSAAN SMKBK 2021

Search

Read the Text Version

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

⚫ Tujuan rombongan untuk mendapatkan kemerdekaan ⚫ Diusahakan oleh Parti Perikatan awal tahun 1946 ⚫ Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai Ketua Menteri berunding dengan Raja2 Melayu & British untuk mendapatkan kemerdekaan ⚫ Bersetuju adakan mesyuarat rasmi dengan British ⚫ Rombongan Merdeka dibentuk ⚫ Terdiri daripada 4 wakil Raja2 Melayu & 4 wakil Parti Perikatan ⚫ Rombongan ke London diketuai oleh TAR ⚫ Orang ramai memberi sokongan padu

Anggota Rombongan Merdeka: a. Wakil Parti Perikatan ⚫ Tunku Abdul Rahman (Ketua) ⚫ Tun Dr Ismail ⚫ Tun H.S. Lee ⚫ Tun Abdul Razak

b. Wakil Raja2 Melayu ⚫ Dato Panglima Bukit Gantang ⚫ Abdul Aziz Othman ⚫ Dato’ Mohd Seth ⚫ Dato’ Nik Ahmed Kamil

⚫ Untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British di London ⚫ Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan ⚫ Dibentuk satu perjanjian – Perjanjian London

⚫ Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British ⚫ Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 ⚫ Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian ⚫ Antara perkara yang dipersetujui; i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957 ii. Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubal Perlembagaan Merdeka iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan British di PTM iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi menjaga keselamatan & kepentingan ekonomi British di PTM v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri diteruskan

⚫ Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 ⚫ Disambut meriah dalam perhimpunan besar di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka ⚫ Tunku Abdul Rahman & rombongan diiringi Pemuda UMNO Melaka ⚫ Tunku Abdul Rahman isytiharkan tarikh merdeka dengan seruan merdeka ⚫ Orang ramai menyambut laungan ‘Merdeka’ dengan penuh semangat

⚫ Bagi negara bakal merdeka seperti PTM, sebuah perlembagaan yang dipersetujui semua kaum amat penting ⚫ Parti Perikatan bersetujudengan penubuhan suruhanjaya bebas – Suruhanjaya Reid

⚫ Dibentuk pada Mac 1956 ⚫ Tujuan menyusun perlembagaan PTM ⚫ Dipengerusikan Lord William Reid ⚫ Tugas Suruhanjaya Reid; i. Merangka sebuah pelembagaan bagi PTM ii. Membentuk & menentukan kuasa kerajaan pusat & negeri iii. Menjamin kedudukan khas Raja2 Melayu iv. Mewujudkan rupa bangsa PTM ⚫ Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memeorandum daripada pelbagai pihak termasuk Raja2 Melayu ⚫ Februari 1957 Suruhanjaya Reid keluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk & parti politik tempatan

⚫ Beberapa cadangan asal dipinda untuk memuaskan hati semua pihak antaranya; i. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian iii. kuasa pusat dan negeri ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain iv. Institusi Raja2 Melayu & konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Cina & Tamil boleh dikembangkan & menjadi bahasa pengantardi sekolah masing2 vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan

⚫ Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur antara kaum ⚫ Ia membolehkan kerajaan berdemokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk ⚫ Pemimpin Melayu & bukan Melayu menyokong pakatan ⚫ Cadangan Suruhanjaya Reid diterima Parlimen British pada Jun 1957 ⚫ Draf Perlembagaan Merdeka dibentang untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan ⚫ Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan pada 15 Ogos 1957 antara Raja2 Melayu dengan British di Kuala Lumpur ⚫ Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad (1957-1960) di King’s House, Kuala Lumpur

Ahli Suruhanjaya Reid: ⚫ Lord William Reid ⚫ Sir Ivor Jennings (England) ⚫ Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia) ⚫ Tuan bin Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India) ⚫ Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

⚫ Mempunyai beberapa fasal penting, antaranya; i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu ii. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong iii. Pembentuk sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat & Dewan Negara iv. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran dibantu sebuah kabinet v. Agama Islam sebagai agama rasmi PTM vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan vii. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu & viii. kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara lain

⚫ Bermaksud perisytiharan atau pengumuman penting ⚫ Pemasyhuran kemerdekaan bererti Persekutuan Tanah Melayu telah bebas daripada penjajahan selamanya i. Peristiwa Sebelum Pemasyhuran: ⚫ Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur tepat jam 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957 ⚫ Kemudian bendera PTM dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO ⚫ Disaksikan ribuan rakyat dengan sorakan, tepukan gemuruh & laungan merdeka



⚫ Dilakukan pada pagi 31 Ogos 1957 dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ⚫ Stadium ini dibina khas untuk upacara perisytiharan kemerdekaan negara siap sehari sebelum majlis ⚫ Tujuan pembinaan stadium – untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka ⚫ Disaksikan ribuan rakyat ⚫ Raja2 Melayu berseri2 dengan pakaian songket berkilau & dipayungi payung diraja ⚫ Raja2 Melayu duduk berbaris di pentas khas ⚫ Wakil Ratu Elizabeth iaitu Duke of Wellington bersedia dengan watikah penyerahan kuasa ⚫ Antara atur cara majlis; i. Ucapan wakil Ratu England ii. Wakil Ratu England menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong (Ketua Negara PTM) iii. TAR membaca perisytiharan tersebut dengan lantang iv. TAR melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak 7 kali dengan disambut oleh hadirin



Maksud Simbolik Di Sebalik Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan: ⚫ Menandakan kuasa politik negara dikembalikan semula kepada pemerintah tempatan ⚫ Menandakan PTM bebas setelah dikuasai selama 446 tahun ⚫ Pemulangan dilakukan British dengan penuh tertib & bersopan ⚫ Laungan merdeka menandakan laungan semangat & kegembiraan rakyat ⚫ Ia menandakan segala perjuangan rakyat berhasil untuk membina sebuah negara yang berdaulat & merdeka

⚫ Dikenali sebagai Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ⚫ Ditulis dalam 2 bahasa – bahasa Melayu (Tulisan Jawi) & bahasa Inggeris ⚫ Kemudian ia ditulis semula dalam tulisan Rumi ⚫ Antara kandungan; i. PTM mencapai taraf negara merdeka & berdaulat setaraf negara lain di dunia ii. Raja2 Melayu & Ratu England tandatangani Perjanjian PTM 1957 bagi membentuk PTM iii. Semua penguasaan Ratu England & Parlimen British ke atas NNS terbatal iv. Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 v. PTM yang merdeka mengandungi – Johor, Pahang, N9, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pe rak, Melaka & Pulau Pinang vi. PM merupakan negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat

Kuiz ⚫Parti apakah yang telah memenangi pilihan raya 1955? Parti Perikatan ⚫Nyatakan anggota Rombongan Merdeka 4 orang wakil Parti Perikatan 4 orang wakil Raja-Raja Melayu

⚫Di manakah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Negara? Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka ⚫Apakah nama suruhanjaya bebas yang ditubuhkan untuk menggubal Perlembagaan Merdeka? Suruhanjaya Reid

Anggota Rombongan Merdeka 4 orang wakil Parti Perikatan ⚫ Tunku Abdul Rahman ⚫ Tun Dr. Ismail ⚫ Tun H.S. Lee ⚫ Tun Abdul Razak 4 orang wakil Raja-Raja Melayu ⚫ Dato’ Panglima Bukit Gantang ⚫ Abdul Aziz Othman ⚫ Dato’ Mohd Seth ⚫ Dato’ Nik Ahmed Kamil

Anggota Rombongan Merdeka

Matlamat Rombongan Merdeka ⚫Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British.

Perjanjian London 1956 ⚫ Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd (Setiausaha Tanah Jajahan British) ⚫Rundingan berlangsung dari 18 Januari 1956 – 8 Februari 1956 ⚫Kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian London

Isi Kandungan Perjanjian London 1956 ⚫ Penetapan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 ⚫ Perlantikan suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan ⚫ Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British / kepentingan Barat di Persekutuan Tanah Melayu ⚫ Satu perjanjian pertahanan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan British di Persekutuan Tanah Melayu ⚫ Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan ⚫ Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri diteruskan

Perjanjian London telah ditandatangani oleh deligasi Rombongan Merdeka

Pengisytiharan Tarikh Kemerderkaan Negara ⚫20 Februari 1956 ⚫Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka ⚫Diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957

Peristiwa Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan negara di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka

Suruhanjaya Reid ⚫Sebuah suruhanjaya bebas dibentuk pada Mac 1956 ⚫Ditugaskan untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ⚫Perlu berlaku adil kepada semua kaum

Tugas Suruhanjaya Reid ⚫Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka ⚫Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri ⚫Menjamin kedudukan khas Raja-Raja Melayu ⚫Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu

Takrif Kata ⚫Perlembagaan Peraturan / undang-undang utama sebagai panduan untuk menguruskan pentadbiran institusi, organisasi atau pemerintah ⚫Memorandum ⚫Dukumen yang mengandungi cadangan tentang sesuatu perkara

Ahli Suruhanjaya Reid ⚫L : Lord William Reid ⚫I : Ivor Jennings (England) ⚫B : Tuan B. Malik (India) ⚫A : Tuan Abd. Hamid (Pakistan) ⚫S : Sir Willian Mckell (Australia) Lord Willaim Reid

Suruhanjaya Reid ⚫Cadangan Suruhanjaya Reid telah diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957 ⚫Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan ⚫Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan antara Raja-Raja Melayu dengan British di King’s House Kuala Lumpur pada 15 Ogos 1957

Perlembagaan Merdeka ⚫Sebuah kerajaan pesekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu ⚫Yang di Pertuan Agong sebagai ketua negara ⚫Pembentukan sebuah parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara ⚫Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dan dibantu oleh sebuah kabinet

Perlembagaan Merdeka ⚫ Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu ⚫ Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ⚫ Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan ⚫ Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain

Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957

Kesimpulan ⚫Semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum ⚫Penghargaan kepada pemimpin yang berusaha mencapai kemerdekaan negara ⚫Pemimpin bijak menyelesaikan isu sensitif dan rumit



RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat: Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan



PENGENALAN Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu dan diwartakan pada 27 Mei 1952. Jata Negara yang berkuat kuasa sehingga kini adalah melalui Warta Kerajaan P.U. (B) 563: Statut-Statut Lambang Negara Malaysia bertarikh 20 September 1990. FAKTA JATA NEGARA Bintang pecah 14 Anak Bulan dan Bintang Dua Ekor Harimau menyokong Lima Bilah Keris melambangkan menandakan 1 3 buah negeri dan sebagai lambang agama Islam yang diangkat perisai melambangkan keberanian, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kerajaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan kegagahan dan kekuatan Kelantan dan Terengganu Jata Sarawak melambangkan Jata Sabah Pokok Pinang dan Jambatan Pokok Melaka melambangkan negeri Sarawak melambangkan Sabah Pulau Pinang melambangkan Melaka negeri Pulau Pinang Warna Merah, Hitam, Putih dan Cogan “BERSEKUTU BERTAMBAH Warna kuning pada awan-awan Bunga Raya Kuning Hitam dan putih melambangkan adalah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha warna bendera negeri Pahang; Merah dan MUTU” di tengah-tengah merupakan Bunga kuning melambangkan warna bendera negeri ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri Mulia Raja-Raja Melayu Kebangsaan Malaysia Selangor; Hitam, putih dan kuning dan tulisan jawi di sebelah kanan melambangkan warna bendera negeri Perak; dan Merah, hitam dan kuning melambangkan warna bendera Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 5

KOD WARNA JATA NEGARA Anak Bulan dan Bintang Dua Ekor Harimau Lima Bilah Keris Jata Sabah Pokok Melaka Warna Merah, Hitam, Putih dan Kuning Pokok Pinang dan Jambatan Jata Sarawak Pulau Pinang Bunga Raya Cogan BERSEKUTU BERTAMBAH MUT”U ‘ 6 menggunakan fon ” jenis ‘ BEBAS Awan-awan *C= Cyan; M=Magenta; Y=Yellow; K=Black

PEMAKAIAN LAMBANG JATA NEGARA Lambang Kerajaan Persekutuan (Jata Negara) adalah hak Kerajaan Persekutuan. Lambang ini hanya boleh digunakan oleh kementerian, jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan atas urusan rasmi. Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan atau Pertubuhan-pertubuhan Kebangsaan tidak boleh menggunakan Lambang Kerajaan Persekutuan. Perkara ini dinyatakan secara jelas melalui Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 2005: Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan. CONTOH PENGGUNAAN JATA NEGARA SEBAGAI LAMBANG RASMI KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNAAN SEBAGAI LAMBANG KEMENTERIAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI PENGGUNAAN SEBAGAI LAMBANG JABATAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA 7

PENGECUALIAN PEMAKAIAN LAMBANG JATA NEGARA Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 November 2016 telah memutuskan agar penggunaan lambang rasmi kementerian/jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan digantikan dengan lambang Jata Negara. Kementerian Belia dan Sukan dibolehkan untuk menggunakan lambang sedia ada dalam bahan percetakan berkaitan publisiti program- program berkaitan belia dan sukan seperti risalah (pamphlet), kain rentang (banner), gegantung (bunting), latar pentas (backdrop) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Jata Negara hendaklah digunakan bagi semua urusan rasmi kementerian. Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016 telah menetapkan supaya semua kementerian dan agensi kerajaan kecuali agensi- menggunakan Jata Negara sebagai lambang rasmi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan agensi Polis Diraja Malaysia. 8

9

PENGENALAN Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bendera didefinisikan sebagai sepotong kain (lazimnya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat mahupun panji-panji. BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948. Satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan telah diadakan dan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948. Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 corak reka bentuk bendera dan telah dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada 1 5 November 1949 untuk dibuat pertimbangan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga pilihan reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan majoriti. Pihak Majlis Perundangan Persekutuan telah meminta untuk pindaan dibuat terhadap bintang pecah lima kepada bintang pecah 1 1 bagi menunjukkan perpaduan 1 1 negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pereka Bendera Persekutuan Tanah Melayu Mohamed bin Hamzah (05.03.1918-19.02.1993) Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan antaranya pada warna bulan sabit dan bintang dari warna putih ke warna kuning bagi melambangkan warna diraja . Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 10

Pada 19 Mei 1950, reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George IV. Bendera ini telah dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950. Reka bentuk asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1949 Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 3 1 Ogos 1957, upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini diadakan di Padang Kelab Selangor. Bendera ini telah dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan ‘Negaraku’ yang buat pertama kali diperdengarkan kepada umum. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (1950-1963) Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 11

MAKSUD LAMBANG DAN WARNA PADA BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Bendera ini berukuran 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang dengan enam jalur berwarna merah dan lima jalur berwarna putih. Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. Warna merah, putih dan biru melambangkan negara ini adalah sebuah negara Komanwel. Warna kuning di bulan dan bintang melambangkan warna diraja yang menandakan kedaulatan Sultan-sultan Negeri Tanah Melayu yang juga sebagai Ketua Agama Islam. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Bintang pecah sebelas melambangkan perpaduan dan kerjasama antara negeri-negeri. BENDERA MALAYSIA Bendera Malaysia berasal daripada Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadikan penambahan pada jalur dan bintang pecah dari 1 1 kepada 14 yang menunjukkan 14 buah negeri bermula 16 September 1963 dengan nama baharu negara iaitu Malaysia. Walaupun Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan sehingga hari ini yang melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Bendera Malaysia (1963-terkini) Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. 12


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook