Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 207109641-Modul-RBT3120-Teknologi-Rumahtangga-Dan-Pertanian

207109641-Modul-RBT3120-Teknologi-Rumahtangga-Dan-Pertanian

Published by Muhd Farid, 2019-09-29 22:53:13

Description: 207109641-Modul-RBT3120-Teknologi-Rumahtangga-Dan-Pertanian

Search

Read the Text Version

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian TAJUK 1 KAJIAN FABRIK 1.1 SINOPSIS Kajian fabrik adalah bidang yang memfokuskan pengenalan jenis fabrik, jenis gentian dan ciri gentian sesuatu fabrik. Dua jenis gentian utama iaitu gentian asli ( tumbuhan dan haiwan) dan buatan ( sintetik dan selulosa terjana semula ). Contoh fabrik gentian asli ialah kapas , linen , sutera dan benang sayat ; contoh fabrik buatan adalah seperti nilon/poliamida, poliester, rayon dan asetat/triasetat. Kekukuhan , keselesaan ,penyerapan lembaapan, kekonduksian haba , kekenyaalan dan ketahanan adalah ciri penting bagi setiap jenis gentian. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini , pelajar dapat ; 1. Menerangkan maksud jenis gentian asli dan gentian buatan 2. Mengenal pasti dua klasifikasi sumber gentian 3. Menyenaraikan sumber gentian asli dan gentian buatan. 4. Menyatakan contoh fabrik bagi setiap jenis gentian asli dan buatan. 5. Menghuraikan ciri-ciri setiap gentian fabrik asli dan buatan - Gentian serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn(benang) untuk menghasilkan fabrik(kain) 1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK 1

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Kajian Fabrik Klasifikasi Jenis Gentian Ciri gentian Asli Asli - kapas, linen, Kekukuhan Buatan sutera, benang sayat Penyerapan lembapan Keselesaan Buatan- nilon, Kekonduksian haba poliester, rayon dan Kekenyalan asetat Ketahanan suhu dan cahaya 1.4 KANDUNGAN ISI Gentian boleh diklasifikasi kepada dua kumpulan 2

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian SUMBER GENTIAN Gentian Asli Gentian Buatan Haiwan(Protein) Tumbuhan(Selulosa) Sintetik Terjana Semula Getah Asas Asas Mineral Logam Petroleum 1.4.1 SUMBER GENTIAN ASLI Jenis Gentian Nama Gentian Sumber Selulosa Kapas Buah kapas dari pokok kapas Protein Mineral Linen Serat pokok flaks Jut Serat batang jut Rami Serat batang rami Hemp Manila hemp atau batang abaca Sutera Ulat Sutera Bulu Biri-biri Sayat kambing biri-biri, Kambing Kashmir, Arnab Angora, Vicuna, Kambing Angora Asbestos Ketulan batu silicate of magnesium dan 3

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Getah Elastomer kalsium Susu daripada pokok getah 1. Gentian Selulosa a) Kapas Fabrik kapas • Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk menghasilkan berbagai artikel rumahtangga dan pakaian. Gentian kapas boleh diperolehi daripada buah kapas. • Negara yang banyak mengeluarkan kapas ialah Amerika Syarikat, Rusia, India , Jepun, dan Britain. • Buah kapas yang masak akan merekah dan kembang sebelum dipetik dengan tangan atau mesin pemetik . • Gentian kapas boleh dicampur dengan gentian yang lain seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran. Aktiviti 1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. • Fabrik kapas boleh dibahagi kepada tiga jenis seperti jadual di bawah; Jenis Fabrik Kapas Nama Fabrik Kegunaan Kapas nipis 4

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Kapas sederhana tebal Kapas tebal 1. Proses penghasilan kain kapas: a. Buah-buah kapas dimasukkan ke dalam mesin yang akan mengasingkan gentian kapas daripada biji-biji dan kekotorannya. b. Gentian kapas akan melalui proses menerusi memesin. Gentian- gentian disisir, dihaluskan, dan dipintal menjadi yarn yang lembut. c. Yarn kemudian dipintal menjadi benang yang halus. d. Benang-benang kapas ditenun menjadi kain atau dijadikan sebagai benang jahitan. Bunga Kapas Mesin penenun Mesin pengulungan Pintalan Buku Benang Ciri-ciri gentian kapas: Ciri Estestik Ciri Kekukuhan Keselesaan Rupa • Teguh dan • Pengalir haba • Mudah • Permukaan yang pudar menjadi lebih yang baik, renyuk jika akan lebih teguh apabila selesa dipakai tidak diberi menarik basah dalam kemasan sekiranya cuaca/musim khas diberi • Gentian tahan panas kemasan lasak, fabrik • Mengecut khas seperti boleh diberus • Menyerap semasa digerus dan semasa lembapan cucian 5

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian merserais mendobi pertama kecuali diberi • Mudah • Ia tidak mudah kemasan menyerap rosak oleh khas. warna tindakan alkali atau peluntur jika didobi dengan cara yang betul Kebaikan fabrik kapas Kelemahan fabrik kapas a. Mudah menyerap pencelup a. Mudah kotor kerana ia licin dan boleh diberi kemasan kecuali jika diberi kemasan khas khas b. Teguh dan menjadi lebih b. Mudah renyuk jika tidak teguh apabila diberi kemasan diberi kemasan khas khas c. Mudah mengecut c. Gentian tahan lasak, boleh diberus semasa mendobi d. Mudah terbakar d. Tidak mudah rosak oleh e. Mudah bertahi lalat tindakan alkali dan peluntur jika didobi dengan cara yang betul e. Mudah menyerap lembapan f. Selesa dipakai dalam cuaca yang panas g. Lembut dan selesa dipakai Kegunaan Fabrik Kapas Sesuai untuk menghasilkan pakaian dalam, kain lapik dalam, baju kanak- kanak, sarong bantal, kain cadar, dan seumpamanya. Simbol yang menunjukkSanimabrotilkyeal nagtamu enunjukkan artikel atau pakaian dibuat daripada 100p%akagieanntidainbuat daripada kapas kapas campuran 6

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Mengenal struktur kapas melalui mikroskop Layari laman web : http://cotton Wikipedia, the free encyclopedia untuk mendapatkan maklumat tambahan sejarah gentian cotton. Pastikan anda meneliti b. Fabrik Linen label untuk mengetahui Pengenalan jenis gentian Tahukah anda rupa pokok fleks ? 1. Linen dibuat daripada gentian batang pokok fleks. 2. Batang fleks diikat dan direndam sehingga kayunya reput dan meninggalkan gentian-gentian fleks. 7

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 3. Gentian-gentian fleks disikat, diluruskan, dan dipintal menjadi benang serta ditenun menjadi kain. Ciri-ciri fabrik linen: 1. Berasa kasar dan gebu 2. Menyala dengan api berwarna kuning apabila dibakar dan menghasilkan bau seperti kertas terbakar 3. Lebih kukuh daripada fabrik kapas 4. Permukaannya sedikit berkilat 5. Pengalir haba yang baik 6. Tahan haba tinggi, boleh direbus dan diseterika dalam suhu panas. Struktur gentian linen yang dilihat melalui mikroskop Bulat , bentuk permukaan keratan rentas gentian adalah poligonal menyebabkan gentian berkilau , kelihatan berbonggol seperti batang buluh Gentian fleks yang belum diproses Kebaikan fabrik linen Kelemahan fabrik linen 8

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian a. Tahan lasak dan didobi a. Harga mahal b. b. Selesa dan sejuk apabila dipakai c. Mudah bertahi lalat dalam cuaca panas Mudah berbulu dan c. Larutan soda dan asid yang lemah renyuk tidak meninggalkan kesan 2. Haiwan GENTIAN HAIWAN BENANG SUTERA KULIT BULU Fabrik Sutera ( Ulat sutera ) 1. Fabrik sutera didapati daripada kepompong kupu-kupu Bombyx Mori 2. Larva akan memakan daun mulberi dan mengeluarkan cecair sutera yang dipanggil spineret dan terbentuklah kukun apabila cukup besar. 3. Kukun dipanaskan untuk membunuh kepompong dan mencairkan serikin (game). 4. Hujung filamen daripada kukun digulung dalam bentuk gelung yang dipanggil sutera mentah. 9

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 5. Benang sutera kemudian ditenun menjadi kain sutera yang bermutu tinggi. Ciri-ciri fabrik sutera: 1. Cantik, bercahaya, dan licin 2. Berasa halus dan lembut apabila dipegang 3. Filamen sutera kelihatan seperti rod kaca di bawah mikroskop 4. Mengandungi protein fibroin Fabrik benng sayat ( Bulu biri-biri ) Berbentuk sisik , (korteks ) terdiri daripada sel ( kuitikel ) , Ia memberi kekukuhan dan kekenyalan kepada gentian . 1. Fabrik benang sayat diperoleh daripada bulu haiwan seperti bulu kambing biri- biri, unta, dan arnab. 2. Bulu akan dibersih, dibilas, dan dikeringkan 3. Bulu biri-biri disikat untuk menjadi gentian yang halus 4. Gentian bulu yang panjang ditenun menjadi fabrik bulu biri yang licin dan bermutu tinggi. 5. Gentian yang pendek dipintal longgar untuk dijadikan benang bulu yang halus. 6. Biri-biri jenis Merino dapat menghasilkan bulu yang bermutu tinggi dan gentian yang halus serta panjang. Ciri-ciri fabrik benang sayat/bulu biri-biri 10

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 1. Rupa yang halus dan keriting 2. Berasa gebu, halus, dan beranjal 3. Kelihatan seperti sisik kecil yang meliputi gentian apabila dilihat melalui mikroskop 4. Tidak menyala, mengeluarkan bau hangus seperti terbakar dan meninggalkan manik hitam yang boleh dihancurkan 5. Gentian bulu biri-biri adalah sederhana kukuh dan tahan lama 6. Pengalir haba yang lemah 7. Menjadi fabrik keras apabila direndam ke dalam air panas 8. Sinaran matahari akan menguningkan gentian fabrik 1.4.2 GENTIAN BUATAN 1. Fabrik buatan ialah gentian selulosa terjana semula yang diperoleh daripada campuran bahan mentah, iaitu palpa kayu atau kapas dan dicampurkan dengan bahan kimia. 2. Pelbagai jenis fabrik buatan yang terdapat di pasaran adalah seperti poliester, nilon,rayon dan asetat/triasetat. 3. Contoh fabrik gentian buatan adalah seperti berikut; a. Selulosa terjana semula • Selulosa + alkali + soda kaustik ( viskos ) • Selulosa + asid asetik ( asetat ) • Selulosa + asetik anhidrida + metilena klorida ( triasetat ) 11

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian b. Sintetik • Petroleum + etilena ( poliester ) • Arang batu + udara + air ( poliamida ) • Petroleum + ammonia + air ( akrilik ) Fabrik poliester 1. Bahan pembuatan fabrik poliester ialah petroleum. 2. Filamen poliester dibuat dalam kehalusan yang berbeza. 3. Gentian poliester mempunyai permukaan yang licin dan rata. 4. Ciri fizikal poliester seperti rod kaca dengan keratan rentas berbentuk bulat. 5. Fabrik poliester digunakan untuk menghasilkan pakaian seperti pakaian dalam, blaus, kemeja, dan alat kelengkapan rumah tangga seperti cadar dan sarung bantal. 6. Poliester menjadi cair dan mengecut dengan mengeluarkan bau yang harum apabila dibakar api. Ciri-ciri poliester 1. Teguh, kekonduksian haba, menyerap kelembapan dan penebat haba yang baik. Kebaikan fabrik poliester Keburukan fabrik poliester 1. Tahan pada sinaran 1. Tidak selesa dipakai cahaya matahari 2. Melekat pada tubuh 3. Lemah pada alkali 2. Tidak mudah renyuk 4. Sensitif pada haba 3. Tahan serangga 4. Tidak bertahi lalat Fabrik Nilon/Poliamida 1. Nilon dikenal juga sebagai gentian poliamida. 12

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2. Nilon diperbuat daripada bahan arang batu, iaitu benzen atau femol oksigen, nitrogen, dan hidrogen. Bahan-bahan ini dicampurkan untuk menghasilkan bahan kimia dan dijadikan filamen fabrik nilon. Ciri-ciri fabrik nilon/poliamida 1. Halus, nipis, dan kenyal 2. Kelihatan seperti batang bulat dan licin di bawah mikroskop 3. Mencair dan mengeluarkan manik- manik putih apabila dibakar dan api akan terpadam dengan sendiri 4. Sangat kukuh semasa basah atau kering FABRIK RAYON Rayon diperbuat daripada selulosa sama ada daripada palpa kayu atau gentian kapas. Ia lembut serta berkilat.rayon juga dikenali sebagai sutera tiruan.Selain daripada itu rayon boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rayon asetat dan rayon viskos. Ciri-ciri Rayon 1. Rupanya berkilat dan licin 2. Apabila dipegang ia berasa sejuk, lembut beranjal dan meluncur/sukar dibentuk. 3. Apabila dipakai ia akan jatuh dengan baik 4. Pengalir haba yang baik dan menyerap air dengan cara sederhana 5. Senang dicelup warna dan warnanya tidak luntur 6. Tidak rosak bila terkena alkali tetapi asid dan peluntur akan melemahkannya, jika pakaian rayon yang dibasuh dengannya tidak dibilas dengan betul. 13

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Kebaikan fabrik rayon Keburukan fabrik rayon 1. Cantik danharganya 1. Kurang selesa bila dipakai sederhana pada waktu panas 2. Tahan lasak dan boleh 2. Senang memberi terutamanya dicuci dengan elok ketika basah 3. Tidak dimakan gegat 3. Mudah renyok dan lemah dan tidak bertahi lalat ketika basah 4. Tiada kuasa elektrostatik 5. Mudah bercampur 4. Mudah berbuku kerana benang licin dengan fabrik lain. 5. Mudah terbakar dan tidak Ciri Gentian tahan haba panas Ciri gentian asli sumber tumbuhan ialah :- a. Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah b. Mudah menyerap lembapan c. Selesa dipakai d. Pengalir haba yang baik e. Tidak kenyal dan mudah renyuk f. Tahan pada suhu tinggi dan sinaran matahari g. Tahan pada asid lemah dan alkali Ciri gentian asli sumber haiwan ialah :- a. Kukuh tetapi lemah apabila basah b. Daya penyerapan baik c. Selesa dipakai kerana lembut d. Pengalir haba yang baik 14

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian e. Tidak mudah renyuk f. Rosak pada suhu tinggi dan alkali Ciri gentian buatan ialah :- a. Kukuh tetapi lemah apabila basah b. Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik c. Tidak selesa dipakai d. Penebat haba yang baik e. Kenyal dan tidak mudah renyuk f. Suhu sederhana g. Tahan pada cahaya matahari h. Tahan pada asid Aktiviti 2 Sila kumpulkan sampel fabrik selebar 6cmX6cm bagi setiap jenis fabrik (8 jenis fabrik). Sediakan dua sampel bagi setiap fabrik dan bawa semasa kuliah/interaksi bagi digunakan dalam ujian amali. Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. 15

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian TAJUK 2 FUNGSI DAN PEMILIHAN PAKAIAN 2.1 SINOPSIS Kursus ini menjelaskan bagaimana kepentingan pakaian yang dipakai oleh setiap individu. Ia juga meliputi faktor yang mempengaruhi rupa bentuk pakaian dan faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. 2.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenalpasti fungsi pakaian pada setiap individu 2. Menerangkan faktor yang mempengaruhi rupa bentuk sesuatu pakaian 3. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi individu dalam memilih pakaian 16

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK FUNGSI DAN PEMILIHAN PAKAIAN Fungsi asas pakaian Faktor yang Ciri gentian Perlindungan mempengaruhi rupa Kesopanan Kekukuhan Perhiasan bentuk pakaian Penyerapan lembapan Keselesaan Geografi Kekonduksian haba Kekenyalan Agama dan kepercayaan Ketahanan suhu dan cahaya Sosial Politik Ekonomi Teknologi 17

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2.4 KANDUNGAN ISI 2.4.1 Fungsi Asas Pakaian Pakaian sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis pakaian yang diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik. Pakaian yang dipakai juga mempunyai pelbagai bentuk atau fesyen tertentu. Setiap jenis pakaian yang dipakai oleh masyarakat sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri. Di antara fungsi pakaian ialah: a. Perlindungan Manusia menggunakan pakaian untuk melindungi diri daripada: i . Keadaan cuaca Bagi keadaan cuaca yang agak panas manusia akan memilih pakaian yang agak nipis dan manakala cuaca sejuk manusia akan menggunakan pakaian yang tebal. 18

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian ii. Serangan serangga dan haiwan berbahaya. Pakaian juga boleh melindungi manusia daripada serangan serangga atau haiwan yang berbahaya seperti lebah atau kala jengking. iii. Keselamatan 19

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Pakaian juga boleh mengelakkan manusia daripada mengalami kecederaan pada kulit atau tubuh badan terutamanya apabila memasuki kawasan hutan atau kawasan yang berbatu . b. Kesopanan Pakaian yang dipakai oleh manusia juga adalah menunjukkan kesopanan dan bertatasusila. Seseorang yang berpakaian adalah kelihatan lebih sopan berbanding dengan orang yang tidak berpakaian atau berpakaian dengan cara yang tidak sesuai. Di antara ciri-ciri pakaian yang menunjukkan kesopanan ialah : i. Menutup aurat iaitu tidak mendedahkan bahagian-bahagian tertentu yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada masyarakat. ii Memakai pakaian mengikut budaya masyarakat masing- masing. iii. Berpakaian untuk menghormati orang lain agar lebih sopan dan sesuai hidup dalam suatu masyarakat. c. Daya tarikan dan juga perhiasan 20

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Seseorang yang berpakaian juga akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat kerana ianya kelihatan lebih menarik. Pada kebiasaannya, orang yang memakai pakaian yang menarik terutamanya dalam sesuatu majlis keraian akan menjadi tumpuan orang ramai. Pakaian yang dipakai juga seperti menjadi suatu perhiasan diri pemakainya. 2.4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi rupa bentuk pakaian a. Geografi i. Iklim Manusia akan memilih atau menggunakan pakaian bergantung kepada keadaan iklim samada panas atau sejuk . Sekiranya cuaca sejuk penduduk mungkin akan menggunakan pakaian yang tebal atau jika panas sebaliknya pula. ii . Permukaan bumi 21

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Permukaan bumi juga mempengaruhi jenis-jenis pakaian yang digunakan oleh manusia. Jika masyarakat itu berada dikawasan pergunungan dan kawasannya adalah sejuk , maka ia perlu memakai pakaian yang tebal. Jika seseorang itu pula berada di kawasan padang pasir ia perlu memakai pakaian daripada fabrik yang mudah menyerap peluh . b. Sosial i . Gender Pemilihan pakaian juga bergantung kepada jenis jantina sama ada lelaki atau pun perempuan. Mereka mempunyai citarasa masing-masing untuk berpakaian. ii. Umur Umur juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pakaian. Antara kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga orang tua mempunyai citarasa yang berlainan dalam memilih jenis pakaian . iii. Masyarakat Keadaan masyarakat sekeliling juga mempengaruhi pemilihan jenis pakaian yang hendak dipakai oleh seseorang. Contohnya keadaan masyarakat di bandar dan kampung yang memilih 22

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian jenis pakaian yang berbeza bergantung kepada bentuk hidup masyarakatnya. c. Politik i . Pemerintah Jenis pakaian yang dipakai oleh manusia juga kadangkala dipengaruhi oleh pemerintah. Ada sesetengah pemerintah menetapkan jenis-jenis pakaian yang boleh dipakai oleh rakyatnya. Contohnya seperti berpakaian jubah disesetengah negara tertentu. Ada juga pemerintah yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk berpakaian asalkan sesuai dengan keadaan sekeliling. ii . Keamanan Semasa keadaan di sesuatu tempat dalam keadaan aman, penduduk biasanya akan memakai pakaian yang kelihatan lebih selesa dan menarik . Pakaian mereka biasanya cantik, bersih dan sesuai dengan suasana keadaan sekelilingnya. iii. Peperangan Apabila berlaku peperangan pula, pada kebiasaannya penduduk tidak akan mementingkan keadaan pakaian yang dipakainya. Bagi mereka pakaian tidak perlu menarik asalkan boleh digunakan untuk berlindung daripada keadaan iklim sama ada cuaca yang sejuk atau panas. Kadangkala ada sesetengah penduduk yang sentiasa memakai pakaian seperti tentera dengan tujuan untuk mempertahankan diri daripada musuh. 23

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian d. Agama i . Melambangkan identiti penganut Sesetengah orang akan berpakaian dengan jenis pakaian yang melambangkan identiti penganut agama masing- masing. ii. Melambangkan kedudukan atau peranan seseorang dalam agama Jenis pakaian yang dipakai oleh seseorang juga kadangkala berkait rapat dengan peranan atau kedudukannya dalam agama. Contohnya seorang Imam bagi agama Islam biasanya akan memakai Jubah serta serban. Bagi seorang Sami Buddha pula akan memakai pakaian berwarna kuning. e. Pekerjaan i . Pakaian seragam Dalam sesuatu bidang pekerjaan , adakalanya pekerja dikehendaki memakai jenis pakaian yang sama atau seragam. Contohnya dalam pasukan keselamatan seperti tentera atau polis , jururawat dan lain-lain lagi. ii . Pakaian khusus Ada upacara yang memerlukan pesertanya memakai pakaian tertentu untuk melambangkan istiadat itu. iii. Jawatan dan pangkat 24

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Dalam sesuatu bidang pekerjaan kadangkala pakaian yang dipakai oleh pekerja adalah berbeza kerana berlainan jawatan atau pun pangkat. Contohnya seperti seorang anggota yang berpangkat Mejar, pakaiannya adalah berbeza dengan seorang prebet . f. Status i . Kedudukan ekonomi Dalam masyarakat, seseorang yang mempunyai kedudukan ekonomi yang agak baik kadangkala pakaiannya adalah berbeza dengan orang lain. Pakaiannya mungkin berjenama, mahal, berkualiti dan lebih menarik berbanding dengan orang biasa. ii. Peranan dalam masyarakat. Bagi ketua-ketua dalam sesebuah masyarakat juga kadangkala memakai pakaian yang berbeza dengan orang-orang bawahannya . Contohnya seperti seorang Ketua Kampung, Imam ,Tok Kadi dan lain-lain lagi. Pakaian yang dipakai menunjukkan peranannya dalam masyarakat. iii. Melambangkan darjat. Pakaian yang dipakai oleh seseorang juga melambangkan kedudukannya atau darjatnya dalam suatu masyarakat atau dalam sesebuah negara. 25

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Contohnya pakaian yang dipakai oleh seorang Raja adalah berbeza dengan pakaian yang dipakai oleh rakyat biasa. g. Aktiviti harian Dalam melaksanakan aktiviti seharian, kita juga seringkali menggunakan pakaian yang berbeza . Contohnya kita memakai pakaian yang berbeza apabila berada di rumah berbanding apabila kita hendak beriadah atau pergi bersiar-siar. 2.4.3 Faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian Setiap pakaian yang dipakai oleh setiap individu dipilih mengikut keperluan masing-masing. Pakaian dipilih berdasarkan faktor seperti berikut; a. Bentuk badan • Tinggi dan langsing 26

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian • Tinggi dan gempal • Rendah dan kurus • Rendah dan gempal Stail pakaian untuk badan yang berlainan :- Elemen Tinggi dan Tinggi dan Rendah dan Rendah dan langsing gempal kurus gempal Garisan dan Garis puteri, cantuman Garis empayar, garis bentuk Garis empayar, Garis V bahu mendatar A, garis lurus garis bentuk A dibahagian badan tegak Fabrik Sederhana tebal Nipis, lembut Sedehana tebal Lembut, sederhana nipis Garis leher Bulat , bekolar Berbentuk Berbentuk U, Berbentuk V, U,V, sampan segiempat segiempat, bulat dengan belah slit berlapik Lengan Lengan Lengan Padanan rata, Lengan padanan gelembung,bisyop, padanan rata, kaki kambing, rata, raglan gelembong, kaki kambing, Raglan kimono, magyar bisyop Warna Terang dan cerah Gelap dan Terang dan cerah Gelap dan lembut lembut 27

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Corak Melintang, bertabur, Tegak, saiz Kombinasi tegak Tegak dan saiz besar sederhana dan melintang, serong, saiz kecil saiz besar Hiasan Kocek sisi, kocek Kocek sisi, Kocek tampal, Kocek sisi tampal, skirt kolar rever ropol, kedut, lisu atau lepet, berpesak, berkedut, kolar simpul berlisu hias Pakaian formal ialah pakaian yang dipakai apabila menghadiri majlis rasmi. Contohnya, pakaian tradisional, pakaian seragam, pakaian rasmi dan pakaian upacara. 28

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Pakaian kasual ialah pakaian yang dipakai semasa beriadah, bersiar-siar, membeli belah atau dirumah. Pakaian ini perlu tahan lasak, selesa dan ringkas. b. Pekerjaan Pakaian semasa bekerja perlu dipilih supaya dapat melambang dan menunjukkan identiti tugas tersebut. Guru dan pensyarah memilih pakaian yang sopan semasa mereka mengajar. Perunding imej dan pakar kecantikan akan memakai pakaian yang kemas dan sut yaang sesuai dengaan imej mereka. Pasukan polis, bomba dan tentera memakai pakaian yang sesuai dengan tugas mereka . c. Gaya hidup 29

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Gaya hidup sangat mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Gaya hidup yang sibuk akan memilih pakaian yang mudah diurus, yang suka bersenam akan menyediakan pakaian riadah. Individu yang kerap menghadapi majlis sosial akan menyediakan banyak pakaian formal. d. Masa dan tempat Setiap individu perlu pandai menyesuaikan pakaian dengan masa dan tempat dimana kita berada.Jika kita ke hutan perlu pakai pakaian yang sesuai untuk bergerak/ aktiviti didalam hutan. Jika ke masjid perlu pakai yang sesuai ke masjid dan pakaian tidaklah menjolok mata. Pakaian yang penuh dengan aksesori tidak sesuai untuk pergi ke sekolaah tetapi lebih sesuai ke majlis jamuan. e. Pendapatan dan kemampuan Kemampuan seseorang berbelanja akan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memilih pakaian. Jika pendapatan yang tinggi pasti mampu memilih pakaian yang lebih berkualiti, mewah dan tinggi harganya. Aktiviti 3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. Huraikan apakah faktor yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin membeli pakaian yang sangat anda idamkan. 30

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian TAJUK 3 PROSES JAHITAN 3.1 SINOPSIS Kursus ini memfokuskan tujuh jenis proses jahitan yang perlu dijalankan dalam membuat pakaian iaitu kelim, belah, lengan, penghilangan gelembong, garis leher, kancing dan penyudah tepi. Setiap proses meliputi aspek fungsi, faktor pemilihan, jenis dan langkah-langkah menyedia dan menjahit setiap proses. 3.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenal pasti tujuh proses jahitan yang penting dalam membuat pakaian 2. Menerangkan maksud dan jenis kelim, belah, kancing, penghilangan gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher 31

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 3. Menjelaskan cara menyedia dan membuat kelim, belah, kancing, penghilangan gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher 4. Menghuraikan ciri perbezaan jenis kelim, belah, penghilangan gelembung, penyudah tepi, lengan dan garis leher 3.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK PROSES JAHITAN Kelim Belah Kancing Lengan Penghilangan gelembong Penyudah tepi Garis leher 3.4 ISI KANDUNGAN 1. Proses menjahit merupakan langkah berturutan dalam menyediakan sesuatu proses untuk membuat pakaian atau artikel. 32

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2. Penghilangan gelembong ialah proses menghilangkan lebihan fabrik pada pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan. 3. Kelim ialah proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Kelim juga digunakan untyuk member bentuk dan stail pada pakaian. 4. Belah ialah suatu proses jahitan yang dibuat untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan serta mengekalkan ciri tradisional pada pakaian. 5. Garis leher merupakan sebahagian daripada pakaian yang boleh dikemaskan dengan kolar, lapik, kun, ropol atau renda. 6. Penyudah tepi ialah suatau proses yang digunakan untuk mengukur, mengemas, dan menghias hujung pakaian atau artikel. 7. Lengan merupakan sebahagian daripada pakaian yang berfungsi untuk menambah stail, melindungi dan menutup kecaccatan lengan disamping dapat mengekalkan cirri traadisional sesuatu pakaian. 8. Kancing ialah alat untuk menutup belah pakaian atau artikel untuk mengekalkan bentuk asal. 3.4.1 KELIM 1. Definisi Kelim Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin. 2. Kegunaan Kelim 2.1 Kelim digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik 33

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2.2 Kelim digunakan untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik. 2.3 Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian. 2.4 Kelim juga digunakan sebagai hiasan. 3. Faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim 3.1 Jenis fabrik Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. 3.2 Jenis pakaian Pakaian yang kerap dipakai dan sentiasa didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanak-kanak. 3.3 Gaya dan kedudukan kelim. Kelim biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar , skirt atau sarung 4. Jenis kelim 4.1 Kelim Belah Kangkung 4.2 Kelim Betawi 4.3 Kelim Lipat Tindih 4.4 Kelim Papan Mesin 4.5 Kelim Papan Tangan 34

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 4.1 Kelim Belah Kangkung • Untuk semua jenis fabrik, kecuali fabrik nipis • Untuk menyambung bahagian rusuk dan lengan pada pakaian, kelengkapan rumah tangga dan mencantum pita serong tepat • Lebar kelim yang siap antara 1.25 cm hingga 2.5 cm Ciri Kelim Belah Kangkung  Lebar kedua-dua basi kelim sama  Kelim rata dan terbuka  Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar  Tidak beralur di sebelah luar  Tepi basi kelim perlu dikemaskan Proses menjahit kelim belah kangkung 35

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 1a. Temukan sebelah luar fabrik. b. Sematkan peniti, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan. 2. Cabut jelujur. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka 3. Kemaskan tepi basi kelim belah kangkung dengan kaedah yang berikut: 3.1 Mengemas basi kelim dengan jahitan insang pari 3.2 Mengemas basi kelim dengan jahitan mesin 3.3 Mengemas basi kelim dengan mesin pengemas tepi 3.4 Mengemas basi kelim dengan jahitan lilit kemas 3.4.2 PENYUDAH TEPI 36

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Fungsi Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Faktor pemilihan Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan. PENYUDAH TEPI (Kelepet dan Kun) Definisi Penyudah Tepi Jenis-jenis Penyudah Tepi Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit Penyudah Tepi 1. Kelepet 2. penjuru Langkah-langkah menjahit 3. Lapik Penyudah tepi kelepet dan kun 4. Kun 5. Renda 6. Ikatan Pinggang 7. Kasing 8. jahitan Sulaman Jenis penyudah tepi 1. Kelepet 37

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2. Kun Proses menyedia : Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi. 1. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan. 2. Kukuh , tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata. 3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah rata/licin. 4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik. 5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan Cantik dijadikan perhiasan. KELEPET Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah 1. Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi. 38

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2. Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar, hujung lengan baju dan bahagian bawah pakaian. 3. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit pakaian yang meretas ialah: a. Jahitan Sembat b. Jahitan Silang Pangkah Proses menjahit kelepet lurus Langkah 2 Langkah 1 Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam Tandakan kedudukan kelepet selebar 6mm 6mm 6mm 66mm 6mm 6 Rajah 3.1 dan 3.2 Proses menjahit Kelepet Lurus 39

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Langkah 3 Langkah 4 - Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti - Jahit sembat susup di sepanjang selebar 2 ½ cm – 6 1/2 cm - semat dan jelujur kelepet. 2 ½ cm - 6 ½ cm Rajah 3.3 dan 3.4 Proses menjahit Kelepet Lurus Langkah 5 Langkah 6 Menetapkan kelepet pada pakaian Menetapkan kelepet pada pakaian dengan jahit silang pangkah dengan jahit sembat Rajah 3.5 dan 3.6 Proes menjahit Kelepet Lurus 40

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2. JALUR SERONG TEPAT / KUN Jalur serong tepat ialah sekeping fabrik yang digunting dengan menggunakan ira serong tepat. Lebarnya bergantung lebar penyudah tepi yang hendak dijahit. Langkah-langkah menyediakan jalur serung tepat ( rujuk Rajah 3.7 ) • Lipat kain supaya benang longsin selari dengan benang pakan. • Ukur dan tandakan lebar jalur serong dengan peniti kemudian guntingkan jalur serong. • Untuk menyambungkan jalur serong tepat, gunting hujung jalur supaya kedua-dua tepinya mengikut ira lurus . • Temukan S.L. jalur serong dengan hujungnya terkeluar 9 mm. • Jelujur dan jahit mesin jalur serong. • Tekan buka kelim jalur dan gunting hujung yang terkeluar 41

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Lipatan serong tepat peniti (a) (b) Tepi jalur mengikut ira lurus hujung digunting jahit mesin (c) hujung terkeluar 9mm Kelim menyambung Rajah 3.7 Jalur serong tepat 42

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Langkah-langkah Kun di tepi lurus (sebagai lapik) 1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan 2. Tanggalkan benang benang jelujur dan gunting tepi hingga 6 mm 3. Terbalikkan ke sebelah belakang. Sebelah dalam Mengemaskan lapik dengan sembat susup Sebelah luar Rajah 3.8 Jalur serong tepat Aktiviti 4 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. 1. Berapa banyak lipatan dibuat pada kelepet? A. Satu B. Dua C. Tiga D. Empat 2. Jalur serung tepat dipotong .......... ganda daripada lebar kun yang siap A . 1 kali B. 2 kali C. 3 kali D 4 kali 3. Gambarajah di bawah menunjukkan ........................ 43

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Rajah 1 A. Kelim B. Kelepet C. Penjuru lipat tindih D. Penjuru temu sudut 4. Bagaimana kamu menghilangkan gelembung pada tepi yang melengkung? i. Dengan menjahit sembat susup ii. Dengan membuat lisu-lisu kecil iii. Dengan menjahit lilit ubi atau insang pari. iv. Dengan mengedutkan kelepet menggunakan jahit mesin. A. i dan ii B. ii dan iii C. i dan iii D. ii dan iv 5. Penyudah tepi yang dijahit dengan baik mestilah................... A. rata dan kemas B sekata lebarnya C. kukuh dan kemas D. sekata lebarnya, kukuh dan kemas. 1. Apakah perbezaan Kelepet dengan Kun? 2. Lukis gambarajah dan terangkan cara membuat di tepi cembung. 3. Terangkan langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus pada pakaian. 4. Dengan bantuan gambarajah huraikan bagaimanan hendak menggunting dan menyambung jalur serung tepat. 3.4.3 BELAH 44

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Aktiviti 5 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini . 1. Apakah yang dimaksudkan Belah dalam proses jahitan pakaian ? 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan belah ? 3. Dengan menggunakan gambarajah , terangkan proses jahitan bagi 3.1 Belah kelepet sama lebar 3.2 Belah berzip 3.3 Belah berkun 3.4.4 KANCING Aktiviti 6 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini . 1. Apakah tujuan menjahit kancing pada pakaian 2. Berikan perbezaan antara kancing tersembunyi dan kancing nampak. Berikan dua contoh kancing setiap satu. 3. Dengan berpandukan gambarajah nyatakan langkah-langkah menjahit butang berlubang dua. 4. Nyatakan lima perkara yang harus diingat semasa menjahit lubang butang. 45

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 3.4.5 PENGHILANGAN GELEMBUNG Aktiviti 7 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini . 1. Terangkan fungsi penghilangan gelembung pada pakaian 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan penghilangan gelembung ? 3. Dengan bantuan gambarajah , bezakan proses jahitan bagi cara menghilang gelembung : Kedut lepas , Lisu : lisu beriring , lisu terbalik , lisu bertentang , lisu hias dan lisu pemadan 3.4.6 LENGAN Aktiviti 8 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini . 1. Bentangkan hasil kerja lengan padanan rata dalam bentuk carta 2. Huraikan ciri-ciri lengan padanan rata yang baik 3. Apakah tujuan lengan dipasang pada pakaian. 3.4.7 GARIS LEHER 46

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Aktiviti 9 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini . 1. Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus 2. Huraikan ciri-ciri kolar lurus 3. Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher mengikut urutan yang betul 4. Mengapakah perlu dijelujur tegak sebelum mencantumkan kolar di garis leher. TAJUK 4 Teknologi pemeliharaan ikan hiasan 47

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 4.1 SINOPSIS Kursus ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan. Tajuk ini membincangkan tentang kaedah pemeliharaan ikan hiasan air tawar tropika yang sering dipraktikkan. Merangkumi beberapa sub tajuk antaranya menyentuh tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan, ciri-ciri istimewa ikan hiasan, jenis dan contoh spesies ikan hiasan, peralatan/kelengkapan dan bahan, penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan serta pengurusan dan penjagaan. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro. 4.2 HASIL PEMBELAJARAN 4.2.2 Menyatakan tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan. 4.2.2. Menjelaskan beberapa ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan. 4.2.3. Menyenaraikan jenis dan contoh spesies ikan hiasan. 4.2.4. Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk pemeliharaan ikan hiasan. 4.2.5. Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan ikan hiasan. 4.2.6. Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan. 48

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 4.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Teknologi pemeliharaan ikan hiasan Tujuan dan Jenis dan Peralatan/ Pengurusan faedah dan pemeliharaan contoh spesies kelengkapan penjagaan ikan hiasan ikan hiasan dan bahan Ciri-ciri Penyediaan Istimewa akuarium dan ikan hiasan peralatan untuk pemeliharaan 49

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 4.3 Teknologi pemeliharaan ikan hiasan 4.3.1Tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang. Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan. 4.3.2 Ciri-ciri istimewa ikan hiasan 4.3.2.1 Sifat luar dan dalam Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya: a. Pergerakan Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya. 50


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook