Kata Pengantar PenulisPenyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (Hilir Perak) Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya jua dapat saya menulis, menyiapkan buku Laporan Situasi Kerja (Sitrep) Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Hilir Perak PPMD Tahun 2018.Suka saya mengambil petikan kata Imam Al-Ghazali ( Ulama termasyur )“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis. Hasil penulisan ini adalah dengan bimbingan awal dan dorongan dari ketua saya Al Fadil Ustaz Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Takmir Bahagian Pengurusan Masjid BPM JAIPk merangkap Pegawai Penilai Pertama bagi PPMD Negeri Perak. Beliaulah yang banyak mendidik dan mengingatkan saya supaya menulis apa sahaja berita/laporan ketika sedang berkerja supaya masyarakat dapat menilai setiap gerak kerja saya. Saya juga memegang nasihat mantan KPP Bahagian Kemajuan Islam sekarang merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Tn Hj Mohd Ajib Ismail iaitu : \"Kita perlu bekerja dan kelihatan bekerja\". Buku ini adalah kompilasi yang juga membolehkan ia menjadi data simpanan kerja dan rujukan kes. Oleh itu,saya juga mengharapkan dengan adanya buku ini menjadi panduan buat Penjawat Awam,para pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin menulis tentang Laporan Setiuasi ( SITREP ) dalam apa jua bidang yang diceburi.Semoga usaha secebis debu ini,dapat meningkatkan lagi pretasi gerak kerja PPMD khususnya PPMD di Seluruh Malaysia.Sekalung jutaan terima kasih jua kepada Datuk ketua Pengarah JAKIM, Dato Pengarah JAIPk,Timbalan Pengarah JAIPk,KPP BPM JAIPK warga warga BPM JAIPK, Sahabat Sahabat PPMD yang banyak membantu dan menyokong dalam usaha kerjaya ini.Zikrullah , Alhamdulillah..syukur selalu. Wassalam. Sekian, Terima kasih. Mohd Shukor Abdillah bin Razali Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Hilir Perak
Sekapur Sireh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Assalamualaikum wbt Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya juga dapat dikumpulkan penulisan-penulisan yang berupa kompilasi laporan aktiviti oleh Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Hilir Perak ini. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W sebagai pembawa Rahmat ke seluruh alam serta ahli keluarga Baginda dan para sahabat sekalian. Saya berasa sukacita kerana diberi peluang memberikan sepatah kata dalam buku ini. Syabas serta tahniah kepada PPMD Perak Darul Ridzuan kerana telah menunjukkan satu komitmen yang tinggi dalam tugas yang diberikan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab menyelaras pentadbiran masjid surau di seluruh pelusuk daerah di negeri Perak. Sesungguhnya pelbagai cabaran yang perlu dihadapi secara gerak kerja berpasukan oleh PPMD negeri Perak ini dalam memacu negara RAHMAH bermula di peringkat masjid surau agar selari dengan anakmen dan peraturan di bawah Majlis Agama Islam dan ‘ Adat Melayu Perak (MAIPk). Masjid menjadi pusat daya tarikan atau “The Center of Gravity” kepada masyarakat yang bukan hanya sebagai tempat solat lima waktu dan solat dua hari raya. Laporan aktiviti ini jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh PPMD yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat sebagai pemain utama membantu masyarakat, agensi-agensi dan jabatan dalam pembentukan yang holistic. Sekali lagi syabas kepada PPMD Daerah Hilir Perak dan Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak yang terlibat bertungkus lumus dalam melaksanakan pelbagai program yang bermanafaat untuk guru-guru takmir dan pentadbiran masjid. Terutama penghasilan buku seperti ini yang perlu dicontohi oleh yang lain tahniah diucapkan. Wassalam Sekian, terima kasih. Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
Seulas Pinang Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan para sahabat.Pengurusan masjid memerlukan tahap kecekapan yang tinggi kepada pengurus dan pentadbirnya. Penyelaras Pentadbiran Masjid (PPMD) adalah mereka yang sudah semestinya perlu ada semangat kepimpinan, mudah berinteraksi, dapat berkongsi pandangan dan pengalaman. Ini adalah bagi menambah baik tadbir urus pengimarahan masjid yang boleh mencakupi semua keperluan masyarakat.Tahniah diucapkan atas penghasilan buku Sitrep atau Laporan Situasi 2018 ini yang akan mendedahkan para pembaca kepada pengetahuan dan maklumat yang lebih luas mengenai aktiviti-aktiviti semasa yang ada kaitan dengan perlaksanaan program pengimarahan terutama program berbentuk bersama masyarakat setempat.Saya mengalukan usaha sebegini diteruskan disamping PPMD Perak sentiasa meningkatkan daya motivasi diri, tahap kerja secara berkumpulan dan mewujudkan semangat kerjasama dan silatulrahim antara satu sama lain dalam membantu pihak JAIPk di negeri dan JAKIM di peringkat ibu pejabat.Semoga inisiatif sebegini dan kerjasama dikalangan kita akan dapat ‘ memasjidkan masyarakat dan memasyarakatkan masjid’ secara konsisten. Seterusnya akan menghasilkan umat yang berkualiti bukan sahaja membantu menaikkan nama program pengimarahan takmir masjid surau ini tetapi juga menaikkan nama negeri dan JAKIM.Wassalam.Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Terima kasih Tn Hj saiful Azizi Bin Hj Abd Manap AMP Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak
Secangkir Bicara Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Kanan Takmir Perak Assalamualaikum wbt Alhamdulillah segala puji puja selayaknya hanya kepada Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia yang menurunkan al-Kitab dan al-Mizan untuk menegakkan keadilan dan memacu kesaksamaan buat seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Sayyidina Muhammad Bin Abdullah yang merupakan kurniaan terbesar Ilahi dan ahli keluarga serta para sahabat sekalian.Kejayaan membentuk masyarakat terbaik dan berilmu adalah menjadi simbol kejayaan program Pengimarahan Takmir Masjid Surau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah atau PPMD ada satu jawatan yang luar biasa. Ramai yang tidak menyedari beban tugas yang terpaksa dipikul oleh PPMD . Dan ada sesetengah kes seperti di daerah yang besar seperti di Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak seorang PPMD terpaksa menjaga 76-80 buah masjid dan Surau Diri Jumaat tidak termasuk surau. PPMD adalah jawatan Contract of Service Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 JAKIM yang ditempatkan di Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. PPMD perlu punya tahap profesionalisme tinggi selaras dengan tugas sebagai duta JAKIM di peringkat daerah dan negeri yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas sejajar dengan era globalisasi sekarang.Antara tugas utama PPMD adalah melaksana dan memantau program keagaamaan serta membantu pihak berkuasa agama negeri dalam mengurus tadbir masjid atau surau di negeri berkenaan.Justeru PPMD perlu banyak terlibat dengan inovasi dalam meningkatkan pengurusan dan pengimarahan masjid dan surau dengan mengamalkan kaedah pengurusan yang berkesan dalam perancangan dan setiap aktiviti yang dijalankan untuk menerapkan nilai-nilai masjid RAHMAH. Sitrep 2018 ini adalah manifestasi dari tugas-tugas yang telah dapat dilaksanakan yang dilihatmemberikan impak ‘ melebar risalah menyantuni ummah. Tahniah kepada PPMD Daerah Hilir Perak yang dapat menghasilkan kompilasi laporan yang akan menjadi rujukan di masa hadapan. Syabas juga kepada 17 orang PPMD Perak yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan gerak kerja pengimarahan. Imam Malik berkata :”Apa-apa perkara yang dilakukan kerana Allah akan kekal”. Semoga usaha ini diberkati. Wassalam. Terima kasih. Hj Muhammad Imran Bin Hj Ibrahim PJK Penolong Pengarah Kanan(Penyelaras Kanan Takmir Negeri Perak) Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT LAPORAN BULAN JANUARI 2018 ➢ Mengepalai solat Jenazah dan bacaan talqin ➢ Majlis Suaikenal dan Perjumpaan dengan Pemangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak ➢ Tinjauan / Penilaian Star Rating Hammam (bilik air) Masjid ➢ Mesyuarat Penyelarasan Urusetia Program Multaqa 1-7 Permuafakatan Masjid, Surau Dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Hilir Perak & Bagan Datuk ➢ Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Jamek Kg Batak Rabit Teluk Intan ➢ Jemputan Ceramah & Ramah Mesra bersama Jawatankuasa Masjid Jamek Kg Bagan Lalang Sg Samak Daerah Bagan Datuk ➢ Program Pengimarahan Masjid bil 1/ 2018 di Majlis Sumbangan Belanja Sekolah 2018 untuk Anak Yatim Sekolah Sekitar Kariah Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan ➢ Seminar Menangani Cabaran Ancaman Kristianiti Terhadap Agama Islam di Malaysia Kepada Anggota Kerajaan, Pengerusi /Jawatankuasa Masjid, Pegawai Masjid, Guru Takmir, Tauliah & Pimpinan Masyarakat Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk ➢ Temuduga Guru Takmir Negeri Perak Zon B ➢ Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Hilir Perak Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak Bil 2 / 2018* LAPORAN BULAN FEBRUARI 2018 ➢ Tafaqquh Fiddin Guru Takmir Peringkat Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk Dan Manjung Siri 1 / 2018 8 - 16 ➢ Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Hilir Perak Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak Bil 3 / 2018. i
➢ Perjumpaan Khas Kelab PPMD Perak Bil 1/2018 pada 12/2/2018 17-30 Isnin. ➢ Mesyuarat bersama PTA Bagan Datuk & Ahli Jawatankuasa Masjid Aziziah batu 10 Hutan Melintang Bagan Datuk. ➢ Wacana Perundangan Syariah Kepada Guru-Guru Takmir Negeri Perak: Pelaksanaan Sulh Di Malaysia. ➢ Mesyuarat Penyelarasan Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk Bersama PPMD Negeri Perak Siri 2/2018. ➢ Memantau dan menyelaras khatib solat jumaat di Masjid Al Bayyinah Tapak Semenang Mukim Teluk Bharu. ➢ Jemputan Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid sesi 2018. ➢ Majlis Eksekutif Talk Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Bagan Datuk. LAPORAN BULAN MAC 2018 ➢ Mewakili JAIPk, MAIPk, PPMD Hilir Perak bagi menghadiri Ijtima Majlis Perundingan Islam Peringkat Kebangsaan. ➢ Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Manjung Memangku Hilir Perak Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak Bil 4 / 2018.* ➢ Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Ubudiah Sesi 2018. ➢ Tafaqquh Fiddin Guru Takmir, Imam & Guru Kafa Peringkat Daerah Bagan Datuk Dan Hilir Perak Siri 2/ 2018. ➢ Mesyuarat Pra-Penyelarasan Penerbitan Jurnal Takmir Negeri Perak Bil. 1/2018. ➢ Jemputan Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Jamek Kg Simpang 4 Balai Polis Sesi 2018. ➢ Forum Perdana Israk Mikraj Peringkat Masjid Hijriah Kg Tanjung Sari Daerah Bagan Datuk. ➢ Mesyuarat Jawatankuasa Baitumal Daerah (JKBD) Hilir Perak Bil 3/2018 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat
Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak. 31 - 39 ➢ Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Taqiuddin Kg Permatang Guntung Sesi 2018. ➢ Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Al Mansor Sg Lampam Sesi 2018. ➢ Kursus Pengurusan & Pengimarahan Masjid Strategik 28 Mac Hingga 29 Mac 2018. ➢ Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Al Khairiah Kg Banjar Sesi 2018. LAPORAN BULAN APRIL 2018 ➢ Program Pengimarahan Masjid & Surau Daerah Yan - Kuala Muda Kedah. ➢ Temuduga Bagi Lantikan Pegawai Masjid (Imam) Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk & Kg Gajah sesi 2018. ➢ Taklimat Penyelarasan Program Pengimarahan Masjid Masjid Terpilih di Daerah Bagan Datuk. ➢ Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat, Ramah Mesra & Perasmian Mesyuarat Agong Jawatankuasa Masjid Oleh YDH Dato' OBJ Muallim Memangku OBJ Bagan Datuk Bersama Agensi Kerajaan & NGO Bagan Datuk.* ➢ Jemputan Menyampaikan Ceramah Bersempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Masjid Seri Perkasa Bagan Datuk. ➢ Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Surau Ar Rahmaniah Parit 2 A Sungai Manik Hilir Perak. ➢ PPMD Bagan Datuk mengiringi Ybhg SS Dato Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan ke Masjid Al Aula Hutan Melintang, Bagan Datuk, bagi tujuan menyampaikan tazkirah Zuhur. ➢ Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Kebangsaan Sg Rusa Hilir Perak.
➢ Program Pengimarahan Masjid-Masjid Terpilih Di Daerah Bagan 40-45 Datuk. 46-53 54-71 ➢ Tafaqquh Fiddin Perdana Peringkat Negeri Perak 2018. ➢ Program Pengimarahan & Pemantauan Takmir Masjid-Masjid Terpilih Di Daerah Bagan Datuk (Edisi Kedua). LAPORAN BULAN MEI 2018 ➢ Jemputan Ceramah Marhaban Ya Ramadhan Peringkat Surau Amaliah Kg Cerah Hilir Perak. ➢ Program Kembara Pengimarahan Masjid Berbuka Puasa & Solat Sunat Tarawih. ➢ Program Kembara Pengimarahan Masjid Berbuka Puasa & Solat Sunat Tarawih Part 2. ➢ Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Al Marhum Sultan Azlan Shah. ➢ Iftar Jamaie Semarak Ramadhan. LAPORAN BULAN JUN 2018 ➢ Majlis Berbuka Puasa & Solat Sunat Tarawih. ➢ Program Pengimarahan Masjid. ➢ Jemputan Imam Solat Sunat Tarawih & Majlis Khatam Al-Quran. ➢ Kunjungan Mawaddah. ➢ Program Imarah Masjid & Majlis Berbuka Puasa. ➢ Program Imarah Masjid, Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Anak Yatim Serta Fakir Miskin Di Masjid Jamek Al Makmur Kg Melayu Langkap. ➢ Mesyuarat JKBD & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kompleks Pentadbiran Daerah Hilir Perak. ➢ Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat. LAPORAN BULAN JULY 2018 ➢ Urusan Pengambilan Buku Rujukan Guru Takmir. ➢ Program Pengimarahan Masjid & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. ➢ Program Tafaqquh Fiddin, Program Pemutihan Dan Penyampaian
Buku Mata' Laul Badrain 3 Jilid Tajaan Jakim Kepada Guru-Guru – 72-82 Takmir Peringkat Daerah Hilir Perak & Bagan Datuk Siri 3 /2018. ➢ Taklimat Bacaan Undang Undang Jawatankuasa Kariah. ➢ Urusan Pengambilan Buku Rujukan Guru Takmir Kali Kedua. ➢ Taklimat Lantikan Baru PPMD Perak. ➢ Sekitar Perbincangan Di Produksi Nur - Johan Sdn Bhd. ➢ Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Sesi 2019 - 2022. ➢ Breafing Program Majlis Liqa' Mahabbah Pegawai Pegawai Takmir. ➢ Majlis Liqa Mahabbah Pegawai Pegawai Takmir Seluruh Negeri Malaysia Bersama YB Exco Agama Kerajaan Negeri Perak. ➢ Lawatan Kerja Dan Kunjungan Mahabbah Ke Gunung Lang Dan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina). ➢ Perjumpaan Dato Pengarah Bersama PPMD Baharu. ➢ Selamat Maju Jaya. ➢ Final Semakan Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid Dalam Daerah Bagan Datuk. ➢ Jawatankuasa Penyelarasan Program Kursus Masjid Bestari. LAPORAN BULAN OGOS 2018 ➢ Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Sesi 2019 - 2022 Daerah Bagan Datuk. ➢ Taklimat & Ta'aruf PPMD Perak Yang Baru. ➢ Penyerahan Dokumen Senarai Nama Cadangan Jawatankuasa Kariah Masjid Dalam Daerah Bagan Datuk lantikan 2019 - 2022. ➢ Mesyuarat Penyelarasan Unit Takmir Bersama PPMD Perak. ➢ Majlis Penutupan Program Smart Insani PPMD Malaysia. ➢ Imarah Masjid & Ramah Mesra Masjid Tajur Rahman Pekan Rabu Hilir Perak. ➢ Majlis Ibadah Qurban Dan Majlis Meraikan Saudara Kita ( Muallaf ). ➢ Kursus Induksi Dan Peningkatan Profesionalisme PPMD Perak
2018. ➢ Program Malaysia Quran Hour Peringkat Daerah Hilir Perak. LAPORAN BULAN SEPTEMBER 2018 83-89 ➢ Imarah Masjid & Santuni Jamaah. ➢ Program Tafaqquh Fiddin & Pemutihan Guru Takmir Peringkat Daerah Hilir Perak Dan Bagan Datuk Bil 4 / 2018. ➢ Program Imarah Masjid Masjid Al Aula Simpang 4 Hutan Melintang. ➢ Bacaan Yasin, Solat Hajat & Restu Ilmu Di SRAR Kafa Nurul Huda Taman Pelangi Langkap. ➢ PPMD & Masyarakat, Ceramah Motivasi Sempena Maal Hijrah. ➢ Program Kembara Imarah Solat Jumaat Ketua-Ketua Jabatan Dalam Daerah Hilir Perak. LAPORAN BULAN OKTOBER 2018 90-99 ➢ Bengkel /Taklimat Sistem Pengurusan E-Akaun Masjid (Speak). 100-110 ➢ Bengkel Kewangan Masjid (Speak). ➢ Wacana Intelektual Akidah: Kepelbagaian Aliran Pemikiran Menurut Perspektif Islam. ➢ Five in One. ➢ Program Kembara Pengimarahan Masjid Dan Solat Jumaat. ➢ Program Amal & Gotong Royong. ➢ Seminar Bicara Keusahawanan Belia Masjid Peringkat Daerah Hilir Perak. ➢ Tafaqquh Fiddin Perdana Guru Takmir Zon Utara Tahun 2018. LAPORAN BULAN NOVEMBER 2018 ➢ Imarah Masjid: Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Peringkat Daerah Hilir Perak. ➢ Bengkel Sistem Maklumat Imam, Surau & Masjid (Sismim) Kepada PPMD Perak. ➢ Wacana Intelektual Akidah: Kepelbagaian Aliran Pemikiran
Menurut Perspektif Islam. 110-121 ➢ Imarah Masjid: Forum Perdana Zakat & Wakaf. ➢ Kembara Solat Jumaat & Pengimarahan Masjid. ➢ Sambutan Maulidur Rasul 2018 M / 1440 H. ➢ Hari Anugerah Kecemerlangan & Majlis Ihtifal. ➢ Imarah Masjid: Sg Kerawai Berselawat. LAPORAN BULAN DISEMBER 2018 ➢ Mesyuarat Penyelarasan SOP Dan Kaedah Gerak Kerja Takmir Perak. ➢ Program Pengimarahan Masjid Bicara Maulidur Rasul Bersama Unit Takmir Di Manjung. ➢ Pelaporan Program Pengimarahan Sambutan Maulidur Rasul Bersama Unit Takmir BPM JAIPk Di IPD Manjung. ➢ Lawatan Mahabbah Ke Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al- Quran. ➢ Kembara Solat Jumaat & Pengimarahan Masjid. ➢ Lawatan Kerja Unit Takmir Negeri Terengganu Ke Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak. ➢ Majlis Persidangan Takmir Negeri Perak, Mesyuarat Penyelarasan Takmir Perak Bersama PPMD Perak Bil. 6/2018 Dan SKT PPMD Perak 2019 Serta Maĺam Penghargaan Takmir Perak.
Laporan Bulan Januari 2018 1. Mengepalai Solat Jenazah dan Bacaan Talqin 3 Jan 2018 / Rabu Langkap Mengepalai solat Jenazah dan bacaan talqin ke atas arwah Tn Hj Zahudi B Mohd Dawam (Pengerusi Masjid Jamek Al Makmur Langkap) yang kembali ke rahmatullah pada jam 12 tengah hari hari ini. Al Fatihah. 2. Majlis Suaikenal dan Perjumpaan 9 Januari 2018 / Selasa Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak 10.00 A.M Majlis Suaikenal dan Perjumpaan dengan YDH Toh Seri Bijaya Lt Kol (B) Dato Shaharudin bin Hj Nazari Pemangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak turut sama hadir Tn Hj Mustafa Jaafar PTA Hilir Perak, Tn Zul Azri Hosaini PBD Hilir Perak, Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak, Tn Azizi Pegawai JKM & Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak. Majlis dimulakan dengan
bacaan doa oleh YBHG Imam Daerah kemudian disusuli dengan sesi pengenalan diri dan pembentangan portfolio kerja masing-masing. 3. Penilaian Star Rating Hammam 9 Januari 2018 / Selasa Daerah Hilir Perak 12.00 p.m Melakukan Tinjauan / Penilaian Star Rating Hammam bilik air masjid dan tempat wuduk, tinjauan dilakukan bersama dengan Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak memberi markah dari sudut item/kompenan tempat wuduk manakala Us Shukor PPMD Hilir Perak dari sudut item/kompenan bilik air, antara masjid yang telah dinilai dan diberi penskoran: 1. SDJ Taman Cicely 2. Masjidun Naim Taman Seri Setia 3. Masjid Taqwa Padang Tembak 4. Masjid Al Khairiah Kg Banjar 5. Masjid Al Hijrah Taman Intan Mas Insyaallah seterusnya masjid-masjid lain di daerah Hilir Perak & Bagan Datuk akan dinilai. 4. Mesyuarat Penyelarasan Urusetia Program Multaqa Permuafakatan Masjid
11 Januari 2018 / Khamis Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Daerah Hilir Mesyuarat Penyelarasan Urusetia Program Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau Dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Hilir Perak & Bagan Datuk di pengerusikan oleh Ybhg Tn Hj Mohd Khairul Basri PTA Bagan Datuk, turut sama Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak, Puan Syarifah Penyelia Kafa Daerah Hilir Perak,Tn Mohd Fikri, Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Hilir Perak, Tn Zul Azri B Hosaini Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak, Tn Shahmer Mahfuz Pegawai Baitumal Daerah Bagan Datuk, Us Shukor PPMD Hilir Perak & Bagan Datuk dan staf Baitumal & Pejabat Agama Daerah Hilir Perak & Bagan Datuk. 5. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Jamek Kg Batak Rabit Teluk Intan 13 Jan 2018 / Sabtu - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Jamek Kg Batak Rabit Teluk Intan diadakan secara Forum yang telah disampakan oleh ahli panel yang pertama Ybhg SF Us Harith Fadilah b Abd Halim Timbalan Pengarah JAIPk, ahli panel yang kedua Ybhg Us Khairu Asyraf B Zulkifli PPMD Selama dan di medoretorkan oleh ybhg Us Shukor PPMD Hilir Perak, turut sama memeriahkan majlis YDH Toh Seri Bijaya Leftenan Kolenal ( B ) Dato Shahrudin B Hj Nazari Pemangku OBJ Hilir Perak , Toh Mahkota Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, Ybhg Tn Sharunaim B Radzali DO Hilir Perak, Penghulu penghulu mukim dan semua jemaah qoryah kg batak rabit. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.
6. Jemputan Ceramah dan Ramah Mesra bersama Jawatankuasa Masjid 6 Jan 2018 / Selasa Jemputan Ceramah dan Ramah Mesra bersama Jawatankuasa Masjid bersempana dengan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Jamek Kg Bagan Lalang sambil membuat penilaian hammam, majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan nasi ambeng. 7. Program Pengimarahan Masjid 19 Januari 2018 / Jumaat - Program Pengimarahan Masjid bil 1/ 2018 di Majlis Sumbangan Belanja Sekolah 2018 untuk Anak Yatim Sekolah Sekitar Kariah Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan, turut sama berangkat hadir YDH Toh Seri Bijaya Leftenan Kolenal (B) Dato' Shaharudin B Hj Nazari OBJ Manjung & Hilir Perak ,Ybhg Tn Sharunnaim B Hj Radzali DO Hilir Perak , Ybhg Us Kamarul Arifin Imam Masjid Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak , Penghulu penghulu mukim , Pengetua pengetua dan guru guru besar sekolah menengah, sekolah rendah kebangsaan dan agama rakyat. Majlis di akhiri dengan peyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh YDH Toh Seri Bijaya Leftenan Kolenal (B) Dato' Shaharudin B Hj Nazari OBJ Manjung & Hilir Perak kepada sekolah sekolah terpilih sekitar daerah Hilir Perak.
8. Seminar Menangani Cabaran Ancaman Kristianiti Terhadap Agama Islam di Malaysia 22 Januari 2018 – Telah berlangsung dengan jayanya Seminar Menangani Cabaran Ancaman Kristianiti Terhadap Agama Islam Di Malaysia Kepada Anggota Kerajaan, Jawatankuasa Masjid, Pegawai Masjid & Pimpinan Masyarakat Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk anjuran BiroTata Negara dan Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk. Program tersebut dirasmikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak yang telah berlangsung di Dewan Rumah Rehat Majlis Bandaran Teluk Intan. Bersempena ini satu ceramah dengan Tajuk Seminar Menangani Cabaran Ancaman Kristianiti Terhadap Agama Islam Di Malaysia telah disampaikan oleh Ybhg Tn. Abd Karim Penceramah dari Biro Tata Negara mengupas cabaran dan peranan masjid mengatasi ancaman kriastianiti dari terpesong aqidah mengikuti ajaran kristianiti. Hampir 800 orang telah membanjiri program ini yang terdiri daripada Pengerusi /Jawatankuasa Masjid / SDJ, Pegawai Masjid , Anggota Anggota Kerajaan dan Pimpinan Masyarakat Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk .Turut hadir sama hadir memeriahkan majlis YDH Toh Seri Mahkota Ybhg Dato Abu Bakar Yusof Orang Besar 32 , Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak serta ketua-ketua jabatan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Y.D.H Dato', Jawatankuasa Pelaksana Program, Pejabat Daerah, JKR, MPTI, PDRM, RELA serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga apa4 yang dilakukan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
9. Temuduga Guru Takmir Negeri Perak Zon B 25 Januari 2018 – Telah berlangsung Temuduga Guru Takmir Zon B (Manjung, Seri Iskandar, Kg Gajah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Muallim dan Batang Padang bertempat di Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak Negeri Ipoh. Seramai 12 orang calon guru takmir baharu telah ditemuduga dengan 4 kriteria utama untuk melayakkan mereka terpilih sebagai guru takmir daerah masing-masing. Calon-calon merupakan pemegang tauliah mengajar Negeri Perak. 4 calon tidak dapat hadir. Ahli panel temuduga terdiri daripada KPP Jabatan Mufti Negeri Perak SF Tuan Kamaruddin Adam, KPP BPM Tn Hj Saiful Azizi Abd Manap, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Ipoh Tn Hj Asyraf Ismail dan Penolong Pengarah Kanan Takmir Tuan Haji Muhammad Imran Ibrahim,Pn Sarina Razali, PPMD Tapah Us Anwar Fauzi dan PPMD Hilir Perak Us Mohd Shukor Abdillah B Razali bertindak sebagai urusetia dalam temuduga sesi ini.Temuduga bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 petang. 10. Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Hilir Perak Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak Bil 2 / 2018*
26 Januari 2018 – Telah berjalan dengan jayanya Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Hilir Perak Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak di Masjid Simpang 4 Balai Polis Labu Kubong. Program tersebut adalah cetusan idea dari YDH Dato' OBJ Hilir Perak setelah berbincang bersama PTA, PPMD Hilir Perak untuk diadakan setiap kali solat jumaat pengimarahan masjid bersama jawatankuasa masjid, agensi kerajaan & NGO. PPMD Hilir Perak telah dilantik sebagai urusetia dalam program ini. Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Masjid memperkenalkan Ajk Ajk Masjid, kemudian disusuli dengan ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak berkenaan tentang pengurusan kewangan dan pentadbiran masjid kepada semua Ajk masjid, Ahli-ahli qoryah dan jemaah yang hadir. Turut sama hadir mengimarahkan program ybhg Tn Shahrunnaim b Hj Radzali DO Hilir Perak, Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak, Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak, Penghulu penghulu mukim serta wakil ketua-ketua jabatan. Selesai solat jumaat program diteruskan dengan sesi ramah mesra kemudian santapan hidangan makan tengah hari.Program diakhiri dengan bergambar beramai-ramai. Ini adalah merupakan program kedua selepas program pertama pada awal Januari 2018 di Masjid Sultan Idris II.
Laporan Bergambar Aktivit PPMD Hilir Perak & Bagan Datuk Sepanjang Bulan Februari 2018 1. Tafaqquh Fiddin Guru Takmir Peringkat Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk Dan Manjung Siri 1 / 2018 1 Feb 2018 – Program Tafaqquh Fiddin Guru Takmir Peringkat Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk Dan Manjung Siri 1 / 2018 telah berlangsung dengan jayanya dibawah anjuran Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk dan Manjung bertempat di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak. Program Tafaqquh Fiddin ini melibatkan guru-guru takmir daerah-daerah seperti Teluk Intan, Bagan Datuk & Manjung. Program ini telah dihadiri seramai 25 orang termasuk Ybhg Tn Haji
Muhammad Imran Bin Haji Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Takmir BPM JAIPk, Ybhg Tn Hj Zamhana B Ismail Pegawai Khas Agama YAB TPM Malaysia dan Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak & Bagan Datuk. Penceramah jemputan Dato' Haji As`ad Bin Awang (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak) telah membentangkan tajuk Kitab Tauhid Ummul Barahin Akidah Sanusiah Sughra, Pengarang Imam Abi Abdullah Muhammad B. Yusuf Al Sanusi dengan baik dan berkesan. Kitab yang menjadi benteng kepada akidah yang salah. Juga meneguhkan akidah Ahli Sunnah dan Aliran Asya'irah. Juga mengendurkan ketegangan akibat pertembungan dengan aliran Wahabi dan Salafi. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Ybhg Tn Haji Muhammad Imran Haji Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Takmir BPM JAIPk menyentuh tentang komitmen kehadiran guru takmir di daerah dalam program-program anjuran JAIPk. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Antara intipati ucapan YDH Dato' OBJ Hilir Perak mengingatkan guru guru takmir agar mengajar mengikut sukatan silibus yang telah ditetapkan oleh pihak JAIPk serta tidak menyentuh isu-isu sensitive dan politik hingga boleh memecahkan perpaduan dikalangan ahli qaryah masjid. YDH Dato' OBJ Hilir Perak juga berkenan pada tafaqquh fiddin pada siri ke 2 untuk diadakan di Pulau Pangkor. Pada keseluruhannya program ini telah dilaksanakan dengan baik. Semua peserta telah memberikan kerjasama serta mengikuti dengan penuh minat sehingga selesai program. Sekalung penghargaan buat YDH Dato' OBJ Manjung & Hilir Perak, PTA Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk & Manjung, PPK Takmir dan semua yang terlibat. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari ALLAH. 2. Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Hilir Perak Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak Bil 3 / 2018*
2 Feb 2018 – Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Hilir Perak diteruskan lagi di Masjid Jamek Al Makmur Langkap Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak. Program tersebut bermula sebelum solat jumaat dengan ucapan Pengerusi Masjid memceritakan hal ehwal perkembangan masjid, seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Antara intipati ucapan YDH Dato' OBJ menyentuh tentang pentadbiran masjid dan amat menitik beratkan pengurusan kewangan masjid seperti mana yang telah dimaklum oleh Ybhg Dato Pengarah JAIPk didada dada akhbar baru baru ini. Turut sama hadir mengimarahkan program tersebut ialah YB Dato Hj Zainol Fadzi B Paharuddin Adun Sg Manik Merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak, YDH Toh Mahkota Abu Bakar Yusuf Orang Besar 32, Penghulu penghulu mukim, PPMD Hilir Perak, Us Mohd Hasri Guru Takmir serta wakil wakil ketua-ketua jabatan. Solat jumaat dan khatib telah diimamkan oleh PPMD Hilir Perak.Selepas solat jumaat program diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama pegawai masjid dan jawatankuasa masjid dengan hidangan makan tenggahari.Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai. Ini adalah merupakan program ketiga selepas program kedua di Masjid Simpang 4 Balai Polis Labu Kubong.
3. Perjumpaan Khas Kelab PPMD Perak Bil 1/2018 pada 12/2/2018 Isnin. Perjumpaan ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dipengerusikan oleh Tn Hj Saiful Azizi Abd Manap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, JAIPk. Turut sama dalam perjumpaan tersebut ialah Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir, PPMD Hilir Perak, PPMD Selama dan PPMD Kuala Kangsar. Objektif perjumpaan tersebut bertujuan untuk berbincang, merancang hala tuju kelab, laporan belanjawan kelab serta pensrukturan semula organisasi bagi lantikan SU, Bendahari dan AJK Kelab PPMD Perak sesi 2018. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ybhg Us Khairul Asyraf B Zulkifli PPMD Selama merangkap Timbalan Pengerusi Kelab PPMD Perak. Disusuli dengan ucapan oleh Ybhg KPP BPM dimana beliau menceritakan tentang sejarah tertubuhnya kelab PPMD Perak semenjak tahun 1996 dan mencadangkan beberapa idea tentang perancangan hala tuju kelab PPMD. Antaranya saling bekerjasama, berdaya kreatif, inovasi menjadi penghubung dengan semua agensi. Matlamat utama ialah menjadikan kelab dapat menjaga kebajikan ahli, menjalankan aktiviti bermanfaat dan program program bersama ahli keluarga atau masyarakat. PPK Takmir selaku Penasihat Kelab turut menyampaikan ucapan menyarankan ahli kelab saling santun menyantuni dan jangan ada sifat mazmumah antara sesama ahli. PPMD membawa nama JAKIM dinegeri. Menasihatkan agar ahli kelab yang ada sekarang ini, menjadi contoh pada ahli yang baru akan datang. Penasihat perlu dirujuk dan dimaklumkan dalam apa jua tindakan agar tujuan penubuhan kelab selari dengan matlamatnya. Berikut dimaklumkan carta barisan baru Kepimpinan Kelab PPMD Perak sesi 2018: Penasihat: Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim
❖ PPK Takmir BPM JAIPk Pengerusi: Us Mohd Shukor Abdillah B Razali ❖ PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk Timbalan Pengerusi: Us Khairul Asyraf B Zulkifli ❖ PPMD Selama Setiausaha merangkap bendahari: Us Ahmad Jalaluddin ❖ PPMD Lenggong Ajk: Us Faizal Sapri ❖ PPMD Kuala Kangsar Dokumentasi dan Perhubungan: Us Muhammad Azian ❖ PPMD Taiping Tugas Khas: Us Anwar Fauzi ❖ PPMD Tapah AJK Multimedia Di akhir ucapan KPP BPM JAIPk mengharapkan agar Kelab PPMD Perak pada tahun 2018 dapat meneruskan kecemerlangan dalam tanggungjawab yang diamanahkan insyaAllah. Seterusnya perjumpaan ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr. 5. Pertemuan Di Masjid Aziziah Batu 10 Hutan Melintang Bagan Datuk
14 Feb 2018 - PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk telah mengadakan pertemuan, perbincangan dan tinjauan tempat bersama Al Fadil Us Basri Osman PTA Bagan Datuk serta Ahli Jawatankuasa masjid di Masjid Aziziah batu 10 Hutan Melintang Bagan Datuk. Tujuan diadakan pertemuan untuk menbincangkan kerjasama bersama masjid dalam melaksanakan beberapa program NBOS yang membabitkan beberapa Agensi Kerajaan. Antara plan perancangan programnya ialah: 1. Tafaqquh Fiddin Guru Takmir, Imam dan Guru Kafa Peringkat Daerah Hilir Perak & Bagan Datuk siri 2 / 2018. 2. Executive Talk PTA, PPMD PBD Bagan Datuk bersama Ahli Jawatankuasa Bagan Datuk. 3. Kursus Tahsin Qiraah dan Solat Imam Imam Daerah Bagan Datuk. 4. Forum Perdana Hal Ehwal Islam Peringkat Daerah Bagan Datuk. 5. Kursus Jenazah NBOS Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) bersama ahli qoryah masjid. 6. Mesyuarat Program Jejak Asnaf MAIPk Daerah Bagan Datuk. 7. Kuliah Dhuha Wanita Daerah Bagan Datuk. Diakhir pertemuan, Ahli ahli Jawatankuasa Masjid Aziziah Batu 10 Hutan Melintang menyambut baik perancangan program dan mengharapkan program yang direncanakan menjadi realiti insyaallah.
6. Wacana Perundangan Syariah Kepada Guru-Guru Takmir Negeri Perak: Pelaksanaan Sulh Di Malaysia 21 FEB 2108 - Telah berlangsung dengan jayanya program NBOS JAIPk dan JKSPk NBOS Wacana Perundangan Syariah Kepada Guru-Guru Takmir Negeri Perak: Pelaksanaan Sulh Di Malaysia. Perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Amat Arif Dato' Hj. Asa'ari Bin Hj. Mohd Yazid, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Perak. 7. Mesyuarat Penyelarasan Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk Bersama PPMD Negeri Perak Siri 2/2018 21 Feb 2018 – Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Penyelarasan Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk Bersama PPMD Negeri Perak Siri 2/2018 di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk Ipoh, Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir BPM JAIPk, turut sama Pn Sarina Razali Pembantu Takmir BPM JAIPk.
8. Memantau dan menyelaras khatib solat jumaat di Masjid Al Bayyinah Tapak Semenang Mukim Teluk Bharu 23 Februari 2018 / Jumaat Bagan Datuk - Memantau dan menyelaras khatib solat jumaat di Masjid Al Bayyinah Tapak Semenang Mukim Teluk Bharu.Sebelum khatib menaiki mimbar, Pengerusi masjid Tn Hj Zulkifle b Ismail memberi peringatan kepada ahli qoryah supaya hadir lebih awal ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Hasil pemantauan mendapati imam khatib solat jumaat menjalankan tugas dengan baik, namun disana perlu ada perkongsian bagi penambaikan seperti diadakan kursus untuk pegawai masjid. Masjid yang kini juga berwajah baru dibawah projek mesra rakyat telah memberi keselesaan kepada ahli jemaah dan ahli qoryah untuk menjalankan aktiviti pengimarahan masjid. Mudahan Masjid Al Bayyinah Tapak Semenang Mukim Teluk Bharu ini menjadi contoh pada semua masjid di sekitar daerah bagan datuk dan hilir perak. 9. Jemputan Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid sesi 2018. 23 Februari 2018 2.30 p.m - Seterusnya ke Masjid Hijriah Tanjung Sari Mukim Teluk Bharu Daerah Bagan Datuk, bagi tujuan memenuhi jemputan merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid sesi 2018. Antara intipati ucapan awal ppmd hilir perak, menyarankan pihak jawatankuasa masjid menggunakan kewangan masjid dengan sebaik mungkin untuk maslahah masjid serta
maslahah ahli kariah, bukan hanya disimpan tanpa ada kegunaaan atau sebarang aktiviti yang dijalankan. Di akhir ucapan ppmd, meminta jawatankuasa masjid bersama ahli kariah memupuk nilai kesepaduan dan saling bekerjasama demi menyamarakkan lagi pengimarahan masjid tersebut. Sebelum bersurai, diadakan sesi bergambar bersama jawatankuasa dan ahli kariah Masjid Hijriah Tanjung Sari Mukim Teluk Bharu Daerah Bagan Datuk. 10. Majlis Eksekutif Talk Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Bagan Datuk 28 Februari 2018 - Telah berjalan dengan jayanya Majlis Eksekutif Talk Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Bagan Datuk yang terdiri daripada 5 orang, antaranya Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 2 orang jawatankuasa masjid, majlis tersebut telah diadakan di dewan SRAR Al Maskan Hutan Melintang Daerah Bagan Datuk. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan PPMD menjelaskan tentang peranan jawatankuasa antaranya menyetuh berkaitan kewangan masjid, mesyuarat agong dan fungsi kepentingan takmir dimasjid, kemudian ucapan disampaikan oleh ybhg Tn Muhammad Khairul Basri B Osman Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Datuk dengan tajuk Memperkasakan Instituti Masjid.Seterusnya perasmian majlis telah disempurnakan oleh YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal B Hj Ahmad OBJ Muallim memangku OBJ Bagan Datuk. Setelah itu, YDH Dato, PTA Bagan Datuk, PBD Bagan Datuk dan PPMD Hilir Perak & Bagan Datuk duduk bersama bagi sesi Eksekutif Talk bersama jawatankuasa masjid dengan berkongsi makluman dan mendengar keluhan permasaalahan jawatankuasa berkaitan masjid di daerah Bagan Datuk.Dengan sit down bersama dalam majlis ini, ianya adalah
merupakan antara SASARAN KERJA TAHUNAN PPMD PERAK 2018 dapat menghubung usaha sama MAIPk dan JAIPk. Sebelum besurai telah diadakan sesi bergambar bersama YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal B Hj Ahmad OBJ Muallim memangku OBJ Bagan Datuk, majlis ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari. Laporan Aktiviti Bergambar PPMD Hilir Perak Bulan Mac 1. Ijtima Majlis Perundingan Islam Peringkat Kebangsaan CYEBERJAYA, 1 MAC – PPMD Hilir Perak,Selama dan Lenggong telah menghadiri ke Ijtima Majlis Perundingan Islam Peringkat Kebangsaan di Cyeberjaya Putrajaya. Majlis Perundingan Islam (MPI) telah menubuhkan sebuah sekretrariat tetap bagi memperinci kesemua 30 resolusi dan 67 inisiatif yang dihasilkan menerusi wacana intelektual majlis itu untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPI berkata perkenan Raja-Raja Melayu diperlukan sebelum sebarang penyelarasan berhubung program dan pelaksanaan dapat dirangka oleh sekretariat tetap MPI, yang diletakkan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI). Beliau berkata sekretariat tetap berkenaan, yang dianggotai tujuh pengerusi kluster MPI, akan merangka program berdasarkan resolusi dan inisiatif tersebut untuk dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 30 tahun akan datang. \"Insya-Allah pada 2050, kita akan dapat lihat pelaksanaan sepenuhnya program-program yang telah dipersetujukan dalam resolusi tersebut,\" katanya semasa mengulas peranan sekretariat itu, yang diumumkan penubuhannya ketika beliau menutup Ijtimak Majlis Perundingan Islam Kebangsaan di Cyberjaya hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan di pejabatnya di sini, hari ini. Tujuh kluster MPI ialah Ekonomi, Sosial, Pendidikan, Politik, Perundangan, Pemikiran Islam dan Dakwah. Antara resolusi ijtimak berkenaan adalah mencadangkan budaya amalan wakaf diperluas ke peringkat sekolah rendah selain menjadikan syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai institusi korporat amanah dan mengangkat pelan tindakan keluarga sakinah dalam masyarakat kerana keluarga merupakan institusi terpenting untuk kesinambungan generasi khaira. Resolusi lain adalah menyediakan kerangka ruhiyyah lil ummah (panduan) yang holistik serta menggalakkan program kerohanian dan mewujudkan prinsip kebersamaan terutama dalam agenda Islam; memperbetul persepsi kedaulatan Islam dan memperkasakan institusi kesultanan Melayu serta mempertahankan dunia Melayu dengan menjawab setiap cabaran pemikiran hari ini merangkumi liberalisme, sekularisme dan modernisme dan mewujudkan jawatankuasa bertindak khas yang bertangungjawab menguruskan institusi agama, raja dan politik. Ditanya bila sekretariat itu akan bermesyuarat, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan langkah segera untuk melaksanakan resolusi berkenaan.Mengenai pertemuannya dengan Mahmoud Hussien, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mereka membincangkan mengenai lawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Arab Saudi Putera Abdulaziz Saud ke Malaysia pada 13 dan 14 Mac depan.Ia merupakan lawatan pertama Putera Abdulaziz ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan itu pada 21 Jun tahun lepas, katanya.\"Selain kedua-dua negara mempunyai perjanjian kerjasama dalam bidang keselamatan, lawatan itu mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi,\" katanya. 2. Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Manjung Memangku Hilir Perak Bersama Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak Bil 4 / 2018
2 Mac 2018 – Telah berjalan dengan jayanya Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat & Ramah Mesra YDH Dato' OBJ Hilir Perak Bersama Jawatankuasa Masjid, Agensi Kerajaan & NGO Hilir Perak di Masjid Jamek Al Mansor Sg Lampam Mukim Sg Manik. Uniknya Masjid Jamek Al Mansor Sg Lampam ini berada didalam sekolah SMAR Maahad Al Islah Sg Lampam yang terdiri dikalangan pelajar menengah lelaki dan perempuan sekitar 400 orang pelajarnya. Program tersebut bermula sebelum solat jumaat dengan ucapan Al Fadil Us Agus Lokman selaku Setiausaha Masjid memceritakan hal ehwal perkembangan masjid, seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Antara intipati ucapan YDH Dato' OBJ menyentuh tentang peranan hibah di masjid, kemudian berkenaan perihal pentadbiran masjid dan amat menitik beratkan pengurusan kewangan masjid seperti mana yang telah dimaklum oleh Ybhg Dato Pengarah JAIPk didada dada akhbar baru baru ini. Turut sama hadir mengimarahkan program tersebut ialah YB Dato Hj Zainol Fadzi B Paharuddin Adun Sg Manik Merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak, YDH Toh Mahkota Abu Bakar Yusuf Orang Besar 32, En Mohd Haikal wakil DO, Penghulu penghulu mukim, Imam Daerah, PPMD Hilir Perak, ketua ketua kampung, wakil wakil ketua-ketua jabatan, guru guru serta pelajar pelajar Maahad Al Islah Sg Lampam. Dengan Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat Bersama Jawatankuasa Masjid, Agensi Kerajaan & NGO ini, ianya merupakan juga SASARAN KERJA TAHUNAN PPMD PERAK 2018 bagi menjadi urusetia program pengimarahan di masjid. Selepas solat jumaat program diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama pegawai masjid dan jawatankuasa masjid dengan hidangan makan tenggahari. Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai. Ini adalah merupakan program keempat selepas program ketiga di Masjid Jamek Al Makmur Langkap.
3. Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Ubudiah Sesi 2018 2 Mac 2018 Hilir Perak - Telah diadakan dengan jayanya Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid di Masjid Ubudiah Mukim Sungai Durian Daerah Hilir Perak. PPMD Hilir Perak telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid tersebut. Antara intipati ucapan awal ppmd hilir perak, menyentuh tiga elemen penting dalam mesyuarat agong tahunan 1. Laporan aktiviti sepanjang tahun 2017 2. Laporan kewangan 2017/2018 3. Usul dari ahli kariah untuk penambah baikan pengurusan dan prasarana masjid sesi 2018. Di akhir ucapan ppmd, meminta jawatankuasa masjid bersama ahli kariah memupuk nilai nilai kesepaduan dan saling bekerjasama demi menyamarakkan lagi pengimarahan masjid tersebut. Sebelum bersurai, diadakan sesi bergambar bersama jawatankuasa dan ahli kariah Masjid Ubudiah Mukim Sungai Durian Daerah Hilir Perak. 4. Tafaqquh Fiddin Guru Takmir, Imam & Guru Kafa Peringkat Daerah Bagan Datuk Dan Hilir Perak Siri 2/ 2018
5 Mac 2018 – Program Tafaqquh Fiddin Guru Takmir, Imam & Guru Kafa Peringkat Daerah Bagan Datuk Dan Hilir Perak Siri 2/ 2018 telah berjalan dengan jayanya dibawah anjuran Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk dan Jawatankuasa Masjid, bertempat di Bilik Kuliah Masjid Aziziah Batu 10 Hutan Melintang Bagan Datuk. Program Tafaqquh Fiddin ini melibatkan Guru Takmir, Imam & Guru Kafa daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak. Program ini telah dihadiri seramai 42 orang termasuk Ybhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri B Hj Osman PTA Daerah Bagan Datuk, Ybhg Tn Hj Zamhana B Ismail Pegawai Khas Agama YAB TPM Malaysia dan Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak & Bagan Datuk. Penceramah jemputan Ybhg Dato' Haji As`ad Bin Hj Awang (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak) telah membentangkan Kitab Feqh Matan Abi Shuja'. Pada keseluruhannya program ini telah dilaksanakan dengan baik. Semua peserta telah memberikan kerjasama serta mengikuti dengan penuh minat sehingga selesai program. Sekalung penghargaan buat Ybhg Tn PTA Daerah Bagan Datuk, Jawatankuasa Masjid, Guru Guru Takmir, Guru Kafa, Imam dan semua yang terlibat. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari ALLAH.
5. Mesyuarat Pra-Penyelarasan Penerbitan Jurnal Takmir Negeri Perak 14 Mac 2018 / Rabu - Kuala Kangsar - Sedang berlangsung Mesyuarat Pra-Penyelarasan Penerbitan Jurnal Takmir Negeri Perak Bil.1/2018 anjuran Unit Takmir BPM JAIPk dengan kerjasama UPMS/UT Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar bertempat di Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg Tuan Saiful Azizi B Abd Manap KPP BPM JAIPk, turut sama hadir YBhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir, PPMD Kuala Kangsar, Hilir Perak, Lenggong , Selama serta guru guru takmir yang terpilih. 6. Jemputan Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Jamek Kg Simpang 4 Balai Polis Sesi 2018 16 Mac 2018 / Hilir Perak - Telah diadakan dengan jayanya Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid di Masjid Jamek Kg Simpang 4 Balai Polis Hilir Perak.PPMD Hilir Perak telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid tersebut.
Antara intipati ucapan awal ppmd hilir perak, menyentuh beberapa perkara penting dalam mesyuarat agong tahunan tersebut antaranya: 1. Jawatankuasa masjid perlulah menjadi role model kepada ahli jemaah dan ahli qoryah masjid tersebut. 2. Manfaatkan kewangan masjid dengan merperbanyakkan aktiviti aktiviti pengimarahan masjid. 3. Menambah baik usul dari ahli qoryah untuk penambahbaikan pengurusan dan prasarana masjid sesi 2018. Dan di akhir ucapan ppmd, meminta jawatankuasa masjid bersama ahli qoryah memupuk nilai nilai kesepaduan dan saling bekerjasama demi menyamarakkan lagi pengimarahan masjid tersebut.Sebelum bersurai, diadakan sesi bergambar bersama jawatankuasa dan ahli qoryah Masjid Jamek Kg Simpang 4 Balai Polis Daerah Hilir Perak.
7. Forum Perdana Israk Mikraj Peringkat Masjid Hijriah Kg Tanjung Sari Daerah Bagan Datuk 18 Mac 2018 / Ahad / Bagan Datuk - Telah berlangsung denga jayanya Forum Perdana Israk Mikraj Peringkat Masjid Hijriah Kg Tanjung Sari Daerah Bagan Datuk yang telah disampaikan oleh ahli panel yang pertama Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir BPM JAIPk, ahli panel yang kedua Ybhg Us Khairu Asyraf B Zulkifli PPMD Selama dan di medoretorkan oleh ybhg Us Shukor PPMD Hilir Perak, turut sama memeriahkan forum Tn Hj Saiful Bahri B Ismon Ketua Kampung Tanjung Sari merangkap pengerusi masjid, ajk ajk masjid ,ahli ahli jemaah masjid serta lain lain ahli qoryah mukim teluk bharu bagan datum. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan malam.
8. Mesyuarat Jawatankuasa Baitumal Daerah (JKBD) Hilir Perak Bil 3/2018 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak. 21 Mac 2018 / Hilir Perak - Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak, turut sama hadir Ybhg Tn Syamsul CADO Hilir Perak, Ybhg Toh Mahkota Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak, Tn Zul Azri B Hosaini Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak, Pegawai JKM Hilir Perak, PPMD Hilir Perak serta Penghulu penghulu mukim di daerah hilir perak. Sebelum mesyuarat bermula, Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak telah memimpin bacaan doa keberkatan mesyuarat, kemudian ucapan aluan pengerusi mesyuarat YDH Dato OBJ menyentuh tentang pelaksanaan kesedaran hibah, supaya dapat dijalankan pada peringkat mukim, antara sasarannya dikalangan ahli jawatankuasa masjid dalam satu satu mukim tersebut. YDH Dato' OBJ Hilir Perak berkenan melantik PPMD Hilir Perak menjadi ahli mesyuarat JKBD, berperanan sebagai penyalur maklumat serta informasi informasi penting dari MAIPk dan juga berkenaan permasaalahan asnaf fakir miskin dikalangan ahli qoryah masjid di sekitar daerah hilir perak. Yang menariknya tentang mesyuarat JKBD ini, ianya juga dapat berkongsi tentang permasaalahan masyarakat islam, dapat sit down bersama mencari jalan penyelesaian mengeratkan lagi hubungan baik sesama ketua ketua jabatan daerah, antara OBJ, DO, PTA, PBD, JKM dan penghulu-penghulu mukim. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari dengan bacaan tasbih kafarah dan surat al-Asr.
9. Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Taqiuddin Kg Permatang Guntung Sesi 2018 21 Mac 2018 / Hilir Perak - Telah berjalan dengan jayanya Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Taqiuddin Kg Permatang Guntung Daerah Hilir Perak.PPMD Hilir Perak telah dijemput untuk menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid tersebut. Sebelum menyempurnakan perasmian, ppmd hilir perak telah menyentuh beberapa perkara penting dalam mesyuarat agong tahunan tersebut antaranya: 1. Jawatankuasa masjid perlulah menjadi role model kepada ahli jemaah dan ahli qoryah masjid tersebut antaranya dengan hadir solat berjemaah di masjid dan aktiviti aktiviti masjid. 2. Manfaatkan kewangan masjid dengan merperbanyakkan aktiviti aktiviti pengimarahan masjid. 3. Menambah baik usul dari ahli qoryah untuk penambahbaikan pengurusan dan prasarana masjid sesi 2018. Dan di akhirnya ppmd juga meminta jawatankuasa masjid bersama ahli qoryah memupuk nilai nilai kesepaduan dan saling bekerjasama demi menyamarakkan lagi pengimarahan masjid tersebut. Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid sesi 2018 tersebut telah selesai pada jam 9.20 p.m dengan disudahi bacaan tasbih kafarah dan suratul asr.
10. Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Al Mansor Sg Lampam Sesi 2018 23 Mac 2018 - Telah berjalan dengan jayanya Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid di Masjid Al Mansor Sg Lampam Daerah Hilir Perak. PPMD Hilir Perak telah dijemput untuk menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid tersebut. Sebelum menyempurnakan perasmian, ppmd hilir perak telah menegaskan beberapa perkara penting dalam mesyuarat agong tahunan tersebut antaranya: 1.Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid ini, bukan bertujuan lantikan baru jawatankuasa masjid dan rombakan dikalangan AJK Masjid. 2. Jawatankuasa masjid perlulah menjadi role model kepada ahli jemaah dan ahli qoryah masjid tersebut antaranya dengan hadir solat berjemaah di masjid dan aktiviti aktiviti masjid. 2. Manfaatkan kewangan masjid dengan merperbanyakkan aktiviti aktiviti pengimarahan masjid. 3. Menambah baik usul dari ahli qoryah untuk penambahbaikan pengurusan dan prasarana masjid sesi 2018.
Dan di akhirnya ppmd juga mengigatkan jawatankuasa masjid bersama ahli qoryah memupuk nilai-nilai kesepaduan dan saling bekerjasama demi menyamarakkan lagi pengimarahan masjid tersebut.Setelah selesai merasmikan mesyuarat agong tersebut, diadakan sesi bergambar bersama ajk dan ahli qoryah Masjid Al Mansor Sg Lampam Daerah Hilir Perak. 11. KURSUS PENGURUSAN & PENGIMARAHAN MASJID STRATEGIK 28 MAC HINGGA 29 MAC 2018 / ILIM - Seramai 36 orang di seluruh Malaysia termasuk peserta kursus dari Negeri Serawak telah berjaya mengikuti kursus Pengurusan & Pengimarahan Masjid Strategik di ILIM Bangi. Peserta kursus Negeri Perak terdiri dari Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir (duduk dibarisan empat dari kanan), turut sama berkursus PPMD Kuala Kangsar, PPMD Selama dan PPMD Hilir Perak. Kursus yang berlangsung selama 2 hari, telah diisi dengan 6 slot, slot pertama dan kedua telah disampaikan oleh Ybhg Us Ruslan B Ibrahim Pegawai ILIM dengan tajuk Organisasi Masjid dan Perancangan Strategik Masjid. Manakala slot ketiga dengan tajuk Akta & Enakmen Pentadbiran Masjid telah diceramahkan oleh Ybhg Us Mohd Fadzil Abu Kasim KPP Bahagian Dakwah JAWI mantan KPP BPM JAWI.
Slot terakhir keempat, lima dan enam telah diisi oleh ybhg Prof Dr Mohd Aderi Che Non Pensyarah UKM dengan tajuk Standard Penarafan Masjid Malaysia yang menfokuskan beberapa kompenan, antaranya kompenan persekitaran, prasarana dan lain lain kompenan. Dengan adanya kursus tersebut, para peserta kursus diberikan pendedahan dalam mentadbir urus pengimarahan, pengurusan dan plan strategik masjid masjid di Malaysia menjadi lebih cemerlang. Selesainya kursus, peserta kursus telah menerima sijil dan sesi bergambar beramai-ramai bersama penceramah kursus di perkarangan utama ILIM Bangi. 12. Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Al Khairiah Kg Banjar Sesi 2018 30 Mac 2018 / Teluk Intan - Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid Sesi 2018 telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al Khairiah Kg Banjar Teluk Intan. Iringan doa dipanjatkan kepada Allah S.W.T agar perjalanan mesyuarat agong tahunan masjid tersebut berjalan lancar, diberkati dan dirahmati, bacaan doa tersebut telah dipimpin oleh Ybhg Imam Azhar B Rapie. Seterusya ucapan oleh ybhg Tn Hj Hulaimi b Mohd Yusof Pengerusi Masjid Al Khairiah merangkap Sidang Kg Banjar berkenan berkongsi perkembangan-perkembangan terkini masjid kepada PPMD Hiir Perak serta ahli qoryah Kg Banjar yang hadir. PPMD Hilir Perak telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah maghrib sekaligus menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Masjid tersebut.
Ucapan awal ppmd hilir perak, telah menyarankan beberapa perkara penting, antaranya: 1. Jawatankuasa masjid perlulah menjadi role model/misali kepada ahli jemaah dan ahli qoryah masjid tersebut dengan hadir solat berjemaah lima waktu di masjid. 2. Manfaatkan kewangan masjid dengan merperbanyakkan aktiviti aktiviti pengimarahan masjid. 3. Menambah baik usul dari ahli qoryah untuk penambahbaikan pengimarahan, pengurusan dan prasarana masjid sesi 2018. Dan di akhir ucapan ppmd hilir perak, meminta jawatankuasa masjid, pegawai masjid serta ahli qoryah, berganding bahu bersama - sama dalam memupuk kesepaduan, nilai santun menyantuni antara satu sama lain dan saling bekerjasama demi memastikan kecemerlangan pengimarahan pentadbiran dan pengurusan masjid tersebut. Dipenghujungnya, sesi bergambar bersama - sama jawatankuasa, pegawai dan ahli qoryah Masjid Al Khairiah Kg Banjar Teluk Intan.
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK / BAGAN DATUK BULAN APRIL 2018 1. Program Pengimarahan Masjid & Surau Daerah Yan - Kuala Muda Kedah 7 April 2018 - Mision complete PPMD Hilir Perak bersama PPMD Selama setelah selesai bermukim selama 3 hari dari 5 - 7 april 2018, dalam meyampaikan kuliah subuh, kuliah maghrib di 3 buah Masjid dan Surau sekitar Daerah Yan - Kuala Muda, bersempena dengan Program Pengimarahan Masjid & Surau anjuran JAKIM dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Yan dan Kuala Muda Kedah Darul Aman.Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak JAKIM, PAID Yan - Kuala Muda, JAIPK, MAIPK atas kepercayaan yang telah diberikan bagi memikul tanggungjawab sebagai da'i dan murabbi ummah. Insya Allah sedia membanting tulang jika bahu ini diletakkan amanah, terima kasih. 2. Temuduga Bagi Lantikan Pegawai Masjid ( Imam ) Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk & Kg Gajah sesi 2018
12 April 2018 - Satu sesi temuduga bagi lantikan Pegawai Masjid ( Imam ) Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk & Kg Gajah sesi 2018 telah dijalankan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak.Seramai 10 orang calon imam dari Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk & Kg Gajah menghadirkan diri dalam sesi temuduga ini untuk menguji sejauh mana bakat dan keberkesanan seseorang itu menjadi imam qoryah di masjidnya. Panel penemuduga ialah terdiri dari Ybhg Al Fadil Tn Guru Us Shuib Din Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, Ybhg Us Kamarudin Adam Peg. Jabatan Mufti Perak dan Ybhg Al Fadil Us Amir PPK BPM JAIPk.PPMD Hilir Perak telah dipilih menjadi urusetia bagi sesi temuduga kali ini. 3. Taklimat Penyelarasan Program Pengimarahan Masjid Masjid Terpilih di Daerah Bagan Datuk.
13 April 2018 / Bagan Datuk - Bertempat di ruang mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk, telah berlangsung dengan jayanya Taklimat Penyelarasan Program Pengimarahan Masjid Masjid Terpilih di Daerah Bagan Datuk. PPMD Hilir Perak Memangku Bagan Datuk telah diberi tanggungjawab oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri B Osman untuk menyampaikan taklimat penyelarasan program pengimarahan masjid kepada pengerusi - pengerusi masjid yang terpilih bagi menjayakan pelaksanaan program tersebut.Tarikh 23 April - 25 April 2018 telah dipersetujui untuk merealisasikan program tersebut. 4. Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat, Ramah Mesra & Perasmian Mesyuarat Agong Jawatankuasa Masjid Oleh YDH Dato' OBJ Muallim Memangku OBJ Bagan Datuk Bersama Agensi Kerajaan & NGO Bagan Datuk 13 April 2018 – Telah berjalan dengan jayanya Program Kembara Pengimarahan Masjid, Solat Jumaat, Ramah Mesra & Perasmian Mesyuarat Agong Jawatankuasa Masjid di Masjid Al Falah Sg Nipah Darat Bagan Datuk.Menariknya, Masjid Al Falah Sg Nipah Darat ini terletak di bersebelahan kediaman asal YAB TPM dengan seni ukiran dalaman masjid yang unik, dapat memberi keterujaan dan keselesaan kepada para pengunjung atau para jemaah yang hadir. Program kembara pengimarahan masjid tersebut bermula selepas solat jumaat dengan ucapan Pengerusi Masjid memperkenalkan ajk ajk masjid dan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid.Seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal Bin Haji Ahmad Orang Besar Jajahan Muallim Memangku OBJ Bagan Datuk sekaligus merasmikan mesyuarat agong tahunan jawatankuasa masjid tersebut pada sesi 2018. Antara intipati ucapan YDH Dato' OBJ menyentuh tentang pentadbiran masjid, perlantikan jawatakuasa baru bagi sesi berikutnya dan amat menitik beratkan pembelanjaan kewangan masjid dengan cara penuh berhemah.Turut sama hadir mengimarahkan program tersebut
ialah Ybhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri B Osman PTA Bagan Datuk, Ybhg Tn Syahmer Mahzoz PBD Bagan Datuk, Penghulu penghulu mukim, PPMD Hilir Perak Memangku Bagan Datuk, Us Imam Sorkawi Guru Takmir serta wakil wakil ketua-ketua jabatan. 5. Jemputan Menyampaikan Ceramah Bersempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Masjid Seri Perkasa Bagan Datuk 14 April 2018, 9.00 A.M - Bersempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Masjid Seri Perkasa, PPMD Hiir Perak Memangku Bagan Datuk telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Israk Mikraj dengan tajuk \"Hikmah Perjalanan Dalam Kehidupan\".Ahli qoryah Kg Seri Perkasa dan jemaah yang hadir memberi tumpuan yang sebaiknya sepanjang sesi ceramah tersebut dijalankan.Diakhir majlis, hadirin yang hadir dijemput untuk jamuan makan tenggahari dan satu sesi bergambar bersama - sama Jawatankuasa Masjid turut diadakan.
6. Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Surau Ar Rahmaniah Parit 2 A Sungai Manik Hilir Perak 15 April 2018, 2.30 P.M - Bersempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Surau Ar Rahmaniah Sg Manik, PPMD Hiir Perak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Israk Mikraj dengan tajuk \"Perjalanan Itu Satu Persinggahan\". Ahli qoryah dan jemaah yang hadir memberi tumpuan yang sebaiknya sepanjang sesi ceramah tersebut dijalankan.Diakhir majlis, hadirin yang hadir dijemput untuk jamuan Hi Tea dan satu sesi bergambar bersama - sama Jawatankuasa surau turut diadakan. 7. Mengiringi Ybhg SS Dato Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan ke Masjid Al Aula Hutan Melintang Bagan Datuk 19 April 2018 / Bagan Datuk - PPMD Bagan Datuk telah mengiringi Ybhg SS Dato Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan ke Masjid Al Aula Hutan Melintang Bagan Datuk, bagi tujuan menyampaikan tazkirah zuhur.Tazkirah zuhur turut dihadiri oleh YDH Toh Paduka Setia Dato Ir Dr Safry Kamal B Hj Ahmad OBJ Muallim memangku OBJ Bagan Datuk, Ybhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri B Osman PTA Bagan Datuk, Ybhg Tn Hj Hashim B Saleh
Timbalan Mufti Wilayah, ahli rombongan Jabatan Mufti Wilayah, ketua ketua serta ahli qoryah jemaah Masjid Al Aula Hutan Melintang Bagan Datuk. Antara intipati tazkirah, Ybhg Dato SS Mufti menyentuh tentang menjadi hamba Allah yang besyukur dan menterjemahkan tanda syukur kepada Allah dengan meningkat amalan amalan zikrullah dan qiammullail.PPMD Bagan Datuk juga diberi tanggungjawab, kepercayaan untuk menguruselia dan mengacarakan tazkirah zuhur tersebut. 8. Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Kebangsaan Sg Rusa Hilir Perak 20 April 2018, 8.30 A.M - Bersempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Kebangsaan Sg Rusa, PPMD Hiir Perak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Israk Mikraj dengan tajuk \"Cintai Solat Sayangi Masjid\". Ybhg Tn Hj Fadzir Guru Besar, guru guru serta murid murid SK Sg Rusa memberi tumpuan yang sebaiknya sepanjang sesi ceramah tersebut dijalankan.
Selesai sahaja ceramah, satu sesi bergambar beramai ramai bersama Guru Besar, guru- guru serta murid-murid SK Sg Rusa, Hilir Perak. 9. Program Pengimarahan Masjid Masjid Terpilih Di Daerah Bagan Datuk Bagan Datuk - 12 Masjid telah terpilih bagi menjayakan Program Pengimarahan Masjid Masjid Terpilih Di Daerah Bagan Datuk Anjuran JAKIM dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk. Bermukim selama 3 hari bermula dari 23 hingga 25 april 2018, dalam meyampaikan kuliah maghrib dan kuliah subuh di 12 buah masjid yang terpilih sekitar daerah bagan datuk. Pihak jawatankuasa masjid menyambut baik program pengimarahan tersebut dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dikalangan ahli qoryah masjid. Seramai 5 orang penceramah yang dipilih oleh JAKIM yang terdiri dari Ybhg Tn Amran B Awaluddin KPP BKI JAKIM, Ybhg Tn Zaidan PRO JAKIM, Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir BPM JAIPk, Ybhg Us Khairul Ashraf Zulkifli PPMD Selama dan Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk. PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk telah diberi tanggungjawab untuk mengalas tugas mengurus selia perjalanan program pengimarahan tersebut. Sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada pihak JAKIM, PAID Bagan Datuk atas pengajuran dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program pengimarahan ini.
10. Tafaqquh Fiddin Perdana Peringkat Negeri Perak 2018 24/4/18, Intim: Telah berlangsung dengan jayanya Tafaqquh Fiddin Perdana Peringkat Negeri Perak 2018 yang bertempat di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM). Program anjuran Unit Takmir, Bahagian Pengurusan masjid Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) ini melibatkan kesemua guru-guru takmir negeri Perak. Program ini dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis oleh PPMD Hilir Perak dan seterusnya ucapan aluan daripada yang berbahagia tuan Haji Muhammad Imran bin Haji Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir, Bahagian Pengurusan masjid, serta perasmian yang disempurnakan oleh Ybhg Datuk Haji Mohd Yusof bin Haji Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), turut hadir di dalam majlis tersebut Ybhg Tn Harith Fadzilah bin Abd Halim Tim Pengarah JAIPk, Ybhg Tn Hj Saiful Azizi B Abdul Manap KPP BPM. Kitab yang digunakan sepanjang program ini ialah \"Ibrazu Sirril Maknun\" iaitu terjemahan dan Huraian Kitab Nur Al-'Uyun (Pengajian Bersanad) Oleh: Al Fadhil Ustaz Ahmad Faiz Mohd Khalil Al Azhariy (Pengarah Pusat Pemikiran Turath Al Mustanir).Sesi talaqqi kitab ini berakhir kira-kira 4.45 petang dan berakhir dengan sesi penyampaian ijazah bacaan kitab bersanad daripada al- fadhil Ustaz Ahmad Faiz Muhammad Khalil Al Azhari.
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133