Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PMS 10_1 Ogos_Serumpun Wangian Ilmu

PMS 10_1 Ogos_Serumpun Wangian Ilmu

Published by reena Jimmy, 2023-02-17 01:57:10

Description: Buku ini hanya untuk kegunaan dalaman sahaja.

Search

Read the Text Version

SWERaUnMgPiaUnN ILMU Wan Zaliha binti Wan Othman 2021







Pengarang Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Editor Che Anis Zamila binti Che Zulkarnain Nor Ishsan binti Ab. Razak 2021

Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Nilai, Negeri Sembilan Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel:[email protected] Urusan Penerbitan oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK ©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2021 Cetakan Pertama 2021 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Wan Zaliha Wan Othman, Dr. SERUMPUN Wangian ILMU / Pengarang Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman ; Editor Che Anis Zamila binti Che Zulkarnain, Nor Ishsan bt. Ab. Razak. ISBN 978-967-2996-18-7 1. Education--Malaysia. 2. Daʻwah (Islam). 3. Malay literature. 4. Language and languages--Orthography and spelling. 5. Government publications--Malaysia. I. Che Anis Zamila Che Zulkarnain. II. Nor Ishsan Ab. Razak. III. Judul. 370.9595 Pengurus Penerbitan Nor Ishsan binti Ab. Razak Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Reka Cetak Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

KANDUNGAN Secangkir Harapan vii Selembar Kata ix 1. Kepentingan Kemahiran Pengurusan Risiko Dalam Kalangan 3 Pemimpin Pendidikan dan Implikasinya Kepada Pembangunan Kapasiti yang Berkesan 2. Pembelajaran Sepanjang Hayat 29 3. Genre Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 35 Bahasa Melayu Abad ke-21 4. Evolusi Individu Dalam Si Tenggang dan Kasih Ibu Sampai Ke Mati 45 5. Jenaka Dalam Masyarakat Melayu 63 6. Sumber yang Membincangkan Lambang Kebijaksanaan Islam 77 7. Sumber: Lambang Kebijaksaan Islam: Ketakutan Barat 93 8. Jenaka Dalam Masyarakat Melayu 2 107 9. Nasionalisme Dalam Islam 117 10. Sumber Sebenar Pencetus Insan Berilmu 137 11. Kesalahan Ejaan di Papan Tanda 149 12. Hubungan Antarabangsa Dalam Novel-novel 157 Faisal Tehrani dan Sejarah Melayu Lampiran 165



Kandungan Secangkir Harapan Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada penulis buku ini, Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman yang merupakan seorang pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki, Enstek (IAB) kerana telah berjaya menerbitkan buku ini. Buku ini merupakan himpunan artikel yang telah dibentangkan oleh penulis dalam negara dan juga di luar negara. Buku ini mengandungi 11 artikel yang membincangkan pelbagai tema seperti dakwah, pedagogi dalam P & P dan isu- isu lain yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama-sama pembaca. Sebahagian artikel merupakan lanjutan daripada kajian peringkat PhD penulis yang membincangkan perihal dakwah dalam sastera. Ada juga artikel yang turut membicarakan perihal kesalahan ejaan di papan tanda yang memberikan ilmu kepada masyarakat supaya lebih prihatin kepada kesalahan penggunaan bahasa. Bukan itu sahaja, penulis turut membincangkan pembelajaran sepanjang hayat yang dapat memberikan panduan kepada warga akademik yang ingin menyambung pengajian mereka dengan tidak mengambil kira usia dan masa. Bagi pihak IAB, usaha ini sangat murni dan penerbitan ini juga akan menjadi dorongan dan rangsangan kepada ahli akademik dan pensyarah-penysarah yang lain untuk meneruskan amalan penerbitan bahan-bahan ilmiah sebegini. Penerbitan yang dibuat oleh penulis ini merupakan suatu usaha yang murni untuk dimanfaatkan oleh semua pihak terutama sekali ahli akademik. Syabas dan tahniah sekali lagi Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia vii



Kandungan Selembar Kata Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya buku ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditentukan walaupun terdapat pelbagai rintangan yang dihadapi. Di kesempatan ini juga saya panjangkan salam dan selawat khas buat junjungan besar Rasulullah kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua akan mendapat syafaat Penghulu umat Islam di akhirat nanti. Setinggi-tinggi ucapan ribuan terima kasih saya khaskan kepada pengurusan tertinggi Institut Aminuddin Baki (IAB) terutama sekali kepada Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Dr. Hj. Abdul Razak bin Manaf, Timbalan Pengarah Kanan Kluater Khidmat Profesional dan Datuk Dr. Hj. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Khidmat Latihan. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada Dr. Marzita binti Abu Bakar, Ketua Pusat, Pusat Pembangunan Dasar dan Inovasi dan Tuan Hj. Md Rahaimi bin Rashid@ Yaacob, Ketua Jabatan, Jabatan Inovasi dan Kualiti. Sekalung penghargaan juga dikhaskan buat editor iaitu Cik Che Anis Zamila binti Che Zulkarnain, Nor Ishsan bt. Ab. Razak dan Pusat Dokumentasi Sumber Pendidikan IAB kerana membantu memudahkan penerbitan buku ini. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada kawan- kawan di IPG Kampus Raja Melewar yang sentiasa memberikan dorongan kepada saya untuk melaksanakan kajian dan membentangkan kajian tersebut dalam negara dan luar negara. Sesungguhnya banyak pengorbanan masa, tenaga, dan wang ringgit yang telah dihabiskan untuk merealisasikan pembentangan dan penerbitan buku ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada kawan-kawan di Institut Aminuddin baki yang turut memberikan kerjasama dalam penerbitan akhir buku ini. Sebahagian besar artikel dalam buku ini merupakan lanjutan kajian tesis PhD saya. Saya menggunakan data yang sedia ada dan menambah data untuk melengkapkan artikel yang dibentangkan. Semoga artikel ini akan memberikan manfaat kepada pembaca. Semoga sedikit usaha murni yang dilakukan ini mendapat berkat dan ganjaran pahala kepada saya dan juga pembaca. Terima kasih. Selamat membaca sambil mencari sinar kebaikannya. Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Induk ix



Seraut Bicara



KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PEMBANGUNAN KAPASITI YANG BERKESAN Md Rahaimi Rashid@Yaacob [email protected] Marzita Abu Bakar, PHD1 [email protected] Wan Zaliha Othman, PHD2 [email protected] Mahathir Fansuri Azizan [email protected] Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia ABSTRAK Pengurusan risiko dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini. Pengurusan risiko tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan aktiviti penyelarasan bersepadu bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu operasi organisasi termasuk aktiviti pembangunan kapasiti untuk meningkatkan professional warga organisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan yang besar saban tahun bagi aktiviti pembangunan kapasiti warga KPM. Aktiviti pembangunan kapasiti ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya pembangunan profesional warga KPM tetap dilaksanakan walaupun wujud gangguan yang ketidaktentuan luar jangka. Kemahiran mengurus risiko akan menyelaras pelan tindakan sebagai satu kawalan dalaman melalui tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang dihadapi. Kata kunci: Pengurusan risiko, pemimpin pendidikan, pembangunan kapasiti, ketidakpastian PENDAHULUAN Pandemik COVID-19 adalah merupakan wabak yang sedang melanda negara dan di seluruh dunia dan ia amat memberi kesan kepada individu, institusi keluarga, organisasi, poilitik, sosial dan ekonomi negara. Pandemik COVID-19 yang bermula di bandar raya Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak 3

Serumpun Wangian Ilmu ke 180 buah negara seluruh dunia melibatkan lebih 2.8 juta kes dengan 197,245 kematian sehingga 25 April 2020 (WHO, 2020). Semua negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran virus berkenaan termasuk Malaysia. Kebanyakan kakitangan swasta atau kakitangan awam kecuali bidang pekerjaan perlu, diarahkan melaksanakan kerja dari rumah sehingga sekatan dibuka semula. Sehingga artikel ini ditulis, PKP telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Situasi ini merupakan ketidakpastian yang tidak dijangka oleh kebanyakan individu atau organisasi dan hal ini boleh menghalang pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Bagi agensi yang terlibat dengan arahan PKP, tiga persoalan utama ingin diutarakan; Adakah sekatan ini menghalang pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang? Jika begitu, apakah kesan terhadap pencapaian objektif agensi atau Kementerian berkaitan? dan; Bagaimana cara untuk menangani ketidakpastian ini dan kenapa perkara ini penting kepada organisasi? Individu ataupun organisasi sentiasa berhadapan dengan risiko sepanjang perjalanan kehidupan. Risiko adalah sebahagian daripada kehidupan kerjaya individu dan organisasi (Azhar Susanto & Meiryani, 2018). Takrifan risiko pada hari ini telah berkembang luas dan bukan terhad kepada satu definisi sahaja. Sejak tahun 1950-an, risiko yang didefinisikan dalam skop program angkasa, nuklear dan kewangan (Eriksson, 2010) telah berkembang ke bidang pembinaan, klinikal, perubatan dan tenaga (Hopkins, 2010). Berikutan peredaran masa dan perkembangan pengetahuan, konsep risiko telah digunakan dalam kebanyakan bidang pengetahuan yang seterusnya membawa kepada penerokaan dan pembangunan struktur pengurusan risiko (Nicolae, 2011). Begitu juga dalam bidang pendidikan, kementerian pendidikan turut mengambil inisiatif dan memainkan peranan untuk menguruskan risiko dalam organisasi. Menurut Kamus Dewan, (DBP, 2002) risiko bermaksud kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Takrifan risiko banyak dikaitkan dengan ketidakpastian iaitu perihal yang tidak pasti. Menurut Hillson (2016) risiko adalah ketidakpastian yang jika berlaku akan memberi kesan terhadap pencapaian objektif. Definisi ini sehaluan dengan takrifan MS ISO 31000:2018 yang menyatakan bahawa risiko adalah kesan ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000, 2018). Kesan risiko terhadap pencapaian objektif organisasi boleh jadi kesan negatif dikenali sebagai ancaman ataupun kesan positif yang dikenali sebagai peluang (Hillson, 2016). Risiko adalah penyebab utama ketidakpastian dalam organisasi. Risiko juga menyebabkan kebarangkalian berlakunya kerosakan, kecederaan, kerugian atau kejadian negatif akibat kelemahan dalaman atau luaran organisasi yang boleh ditangani melalui perancangan awal. Dalam konteks ini, risiko merujuk kepada halangan atau cabaran yang boleh mengganggu keupayaan penyampaian perkhidmatan secara berkesan terutamanya berkaitan pencapaian visi dan misi yang ditetapkan. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah “Pendidikan 4

Serumpun Wangian Ilmu Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”. Visi ini boleh dicapai jika risiko dapat diuruskan secara bersepadu melalui aktiviti mengenal pasti, menganalisis, menilai dan merawat risiko. Oleh yang demikian, KPM perlu memastikan guru mengajar dan murid belajar supaya misi dan visi tercapai. Antara risiko yang muncul adalah kegagalan murid mendapat pendidikan berkualiti seperti keciciran, ponteng sekolah, buli dan masalah disiplin. Selain itu, sekiranya guru tiada integriti, tidak dapat memberi pendidikan sempurna kepada murid dan mengambil sikap pilih kasih dan sebagainya boleh menyebabkan halangan bagi pencapaian misi dan visi. Hal ini boleh menyebabkan negara dalam keadaan tidak sejahtera yang merupakan kegagalan besar kepada pembangunan insan, bangsa, dan negara. Organisasi akan terdedah kepada risiko mengalami kerugian atau kegagalan di samping objektif organisasi tidak tercapai jika tiada pengurusan risiko. Keadaan ini berlaku kerana tiada perancangan dibuat bagi mengurus risiko secara sistematik melalui sistem kawalan atau pencegahan yang sesuai. Tindakan mengurus risiko walaupun menerusi pendekatan meminimakan risiko sudah cukup untuk membantu organisasi kekal berada di landasan tepat agar terus relevan dengan fungsi dan objektif yang ditetapkan. Menurut Hitesh. B. (2019) pengurusan risiko adalah satu proses mengenal pasti, menganalisis dan menilai apa-apa sahaja perkara yang boleh memberi ancaman atau peluang kepada organisasi. Risiko ini adalah akibat daripada pelbagai faktor seperti ketidakpastian kewangan, faktor pengurusan strategik, liabiliti guaman, kemalangan, dan bencana alam. Dengan kata lain, pengurusan risiko adalah satu amalan untuk menganalisis potensi risiko pada masa hadapan bagi membuat penilaian dan mengambil keputusan yang perlu terhadap risiko berkenaan. Bagi sesetengah organisasi, penekanan terhadap pengurusan risiko dalam tadbir urus baru sahaja dilaksanakan. Walaupun begitu, pengalaman tahun-tahun sebelumnya sangat berguna dan diperlukan sebagai sempadan dan pengajaran buat organisasi. Menurut Kendall and Stuart (1979 dalam Coleman, 2011), pengurusan risiko adalah suatu seni menggunakan masa lampau sebagai pelajaran (lesson learned) untuk mengurangkan nasib malang yang telah dilalui organisasi bagi mengeksploitasi peluang kejayaan masa hadapan. PELAKSANAAN PENGURUSAN RISIKO SEKTOR AWAM Pengurusan risiko adalah penting kepada organisasi kerana tanpanya organisasi tidak akan berupaya memainkan peranan sebenar kewujudannya (Careersin Audit.com, 2013). Keperluan pengurusan risiko yang mantap sebagai satu reka bentuk prosedur dan pelaksanaan untuk mengurus risiko semakin meningkat di sektor swasta mahupun sektor awam. Menurut Cassidy, (2020), pengurusan risiko adalah suatu jangkaan ketidakpastian yang dicetuskan oleh perkembangan pesat sains dan teknologi. Meskipun sains dan teknologi sangat penting untuk 5

Serumpun Wangian Ilmu pembangunan sejagat, namun sains dan teknologi juga mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara yang boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada alam sekitar ataupun sosial. Jadi, perkara ini perlu diambil perhatian yang serius agar risiko dapat ditangani dalam pelbagai keadaan. Menyedari kepentingannya, setiap agensi sektor awam termasuklah sektor pendidikan perlu mempunyai pelan pengurusan risiko masing-masing sebagai panduan bagi mengelak atau meminimakan potensi risiko kepada semua perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Semua kementerian, jabatan dan agensi dikehendaki menubuhkan struktur tadbir urus bagi memastikan pengurusan risiko dihayati dan dilaksanakan oleh setiap lapisan penjawat awam sehingga ke peringkat tertinggi pengurusan. Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 9 Mac 2007 kepada semua Ketua Jabatan untuk memastikan semua pegawai awam yang diamanahkan mengurus sumber, melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, mengenal pasti dan menangani risiko yang dihadapi dalam pelaksanaan pelbagai program dan menguruskan projek. KSN juga mengarahkan supaya aspek pengurusan risiko diutamakan dalam usaha agensi untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi dan pematuhan kepada peraturan sedia ada. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi sektor awam untuk melaksanakan Pengurusan Risiko di jabatan masing-masing. Butiran lengkap arahan dalam Penilaian Star Rating, Kriteria A Perkara 1.6 dengan jelas mengarahkan semua Ketua Jabatan merangka Pelan Pengurusan Risiko dalam organisasi masing- masing. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan Pelan Pengurusan Risiko: i) Menilai tahap risiko yang mungkin dihadapi oleh organisasi ii) Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko iii) Mewujudkan Pelan Komunikasi untuk menerangkan Pelan Pengurusan Risiko iv) Menilai keberkesanan Pelan Pengurusan Risiko. Tindakan yang perlu diambil oleh pengurus risiko setiap agensi ini merangkumi aktiviti mengenal pasti risiko dan mencadangkan strategi untuk mengawal risiko dengan mengambil kira garis panduan yang disediakan. Di samping itu, untuk melaksanakan strategi mengurus risiko secara berkesan, motivasi dan kesedaran semua ahli untuk bekerjasama melaksanakan strategi perlu dibangunkan melalui suatu pelan komunikasi yang berkesan. Hal ini juga merupakan salah satu risiko dalaman yang perlu dikenal pasti oleh pengurus risiko organisasi. Pengurusan risiko bukan hanya lebih kepada senarai semak ancaman atau ketidaktentuan yang perlu ditangani oleh agensi kerajaan, tetapi hal ini juga merupakan kesempatan atas peluang yang wujud dengan menjadikan semua maklumat dan fakta yang ada sebagai input bagi penjanaan strategi dan perancangan operasi agensi (JKR, 2017). Untuk itu, pengurusan risiko sektor awam bukan muncul secara berasingan tetapi 6

Communication & Consultation Serumpun Wangian Ilmu berkesinambungan dan telah dimasukkan sebagai pelan perancangan strategik setiap agensi kerajaan. PROSES PENGURUSAN RISIKO Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian, analisis, dan tindak balas terhadap faktor-faktor risiko yang menjadi rutin pengoperasian sesebuah organisasi. Pengurusan risiko akan mengawal keseluruhan ancaman ke atas hasil masa depan organisasi secara proaktif dan bukan secara beransur-ansur. Oleh itu, pengurusan risiko yang berkesan berjaya memperkenalkan tindakan yang telah mengurangkan semua kemungkinan risiko yang berlaku dan mengganggu kegagalan organisasi berfungsi dengan baik. Rajah 1 di bawah menunjukkan proses pengurusan risiko berdasarkan MS ISO 31000:2018. . RRaajajahh11: :PProrosessesPPenegnugruursuasnaRnisRikisoiko Skop, Konteks dan Kriteria RRiisskk AAsssseessssmmeenntt Risk Identification Risk Analysis Risk Evaluation Risk treatment (Sumber: The ISO 31 000:2018 Risk management guidelines) (Sumber: The ISO 31 000:2018 Risk management guidelines) Dalam membincangkan berkaitan proses pengurusan risiko, Hillson, (2016) menyenaraikan beberapa soalan asas yang mendasari proses berkenaan dan PserotDmisaaeeplnasysmeponeaanlmraganeiukmramubnseinbarcuenajbnuregikrskaiakkpneaopmsabodeeaalrliakbnasaiettaatksinaaapns plpyaraeonnsrgigenksgmakheapnptednrbaogessuarerirkuissupamtr:noesenrsgisubikreour,ksernHiasiaillksnoondo,arng(as2ne0ti1isa6ap)si. soalan merujuk kepada setiap langkah proses mengurus risiko organisasi. Proses pengurusan risiko melibatkan peringkat berikut: 3.1 Mewujudkan skop, konteks dan kriteria (Scope, context and criteria) Kewujudan risiko bergantung kepada adakah ia memberi kesan terhadap objektif organisasi (Hillson, 2016). Langkah awal7menangani risiko ialah usaha menentukan skop, konteks dan kriteria risiko. Aktiviti menangani risiko tidak boleh dimulakan tanpa terlebih dahulu mengenalpasti secara jelas apakah skop dan objektif yang akan

Serumpun Wangian Ilmu Mewujudkan skop, konteks dan kriteria (Scope, context and criteria) Kewujudan risiko bergantung kepada adakah ia memberi kesan terhadap objektif organisasi (Hillson, 2016). Langkah awal menangani risiko ialah usaha menentukan skop, konteks dan kriteria risiko. Aktiviti menangani risiko tidak boleh dimulakan tanpa terlebih dahulu mengenal pasti secara jelas apakah skop dan objektif yang akan terkesan oleh risiko. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan proses pengurusan risiko bagi membolehkan penilaian risiko yang berkesan dan rawatan risiko yang sesuai dilakukan. Pengenalpastian risiko (risk identification) Proses ini berkaitan mengenal pasti dan mengetahui apa sahaja potensi risiko yang boleh menghalang organisasi mencapai matlamatnya. Aktiviti yang berlaku dalam tahap ini adalah mencari, mengenali dan menghuraikan secara terperinci risiko yang mungkin membantu atau menghalang organisasi mencapai objektifnya. Ketepatan dan kerelevanan maklumat sangat penting dalam tahap ini. Analisis risiko (risk analysis) Sebaik sahaja jenis-jenis risiko dikenal pasti, proses seterusnya adalah menentukan kemungkinannya berlaku risiko serta akibatnya kepada organisasi. Matlamat analisis risiko adalah untuk lebih memahami setiap risiko tertentu, ciri-cirinya dan bagaimana hal ini boleh mempengaruhi objektif organisasi. Analisis risiko melibatkan pertimbangan terperinci tentang ketidakpastian sumber risiko, kemungkinan akibat, peristiwa, senario, kawalan dan keberkesanannya. Teknik analisis boleh bersifat kuantitatif, kualitatif ataupun kombinasi kedua-duanya bergantung kepada keadaan dan keperluan penggunaannya. Penilaian risiko (risk evaluation) Risiko kemudiannya dinilai setelah menentukan kemungkinan keseluruhan kejadian risiko yang digabungkan akibat keseluruhannya. Ini akan membantu organisasi dalam membuat keputusan sama ada risiko itu boleh diterima dan bersedia untuk mengambilnya berdasarkan selera risiko (risk appetite). Dalam pengurusan risiko, risk appetite merujuk kepada tahap risiko yang sedia diterima oleh sesebuah organisasi. Tujuan penilaian risiko adalah untuk menyokong keputusan melalui aktiviti perbandingan hasil analisis risiko dengan kriteria risiko yang ditetapkan untuk menentukan tindakan tambahan diperlukan ataupun tidak. Antara keputusan yang boleh diambil ialah: a. tiada tindakan selanjutnya; b. pertimbangkan pilihan rawatan risiko; 8

Serumpun Wangian Ilmu c. analisis lanjutan untuk lebih memahami risiko; d. mengekalkan kawalan sedia ada; e. melihat semula objektif. Keputusan perlu mengambil kira dalam konteks yang lebih luas dan akibat sebenar yang dilihat kepada pihak berkepentingan luar dan dalam. Hasil penilaian risiko harus direkodkan, disampaikan dan kemudian disahkan pada tahap organisasi yang sesuai. Rawatan risiko (risk treatment) Rawatan risiko adalah tindakan bertujuan mengurangkan kebarangkalian atau magnitud impak risiko yang dihadapi terhadap organisasi. Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah strategi kawalan iaitu mengelak risiko, mengurangkan risiko, menerima risiko dan memindah risiko. i. Mengelak risiko (avoidance) adalah tindakan tidak mengambil atau meneruskan aktiviti yang dirancang yang boleh menyebabkan berlakunya risiko berkenaan. ii. Memindah risiko (transfer) adalah melibatkan pihak lain yang berkongsi secara keseluruhan atau sebahagian risiko melalui kontrak, insuran, perjanjian dan usahasama (MOU). iii. Menerima risiko (accept) adalah strategi dimana organisasi menerima risiko dengan tidak melaksanakan apa-apa proses rawatan terhadap risiko. iv. Mengurang risiko (reduce) adalah strategi mengurangkan risiko melalui pembangunan professional atau latihan, pengujian, kawalan atau menambahbaik sistem pengurusan. Pemantauan dan kajian semula (monitoring and review) Tujuan pemantauan dan kajian semula adalah untuk memastikan dan meningkatkan kualiti dan keberkesanan reka bentuk, pelaksanaan dan hasil proses. Peringkat ini adalah untuk mengukur prestasi pengurusan risiko terhadap petunjuk, yang dikaji secara berkala untuk kesesuaian. Hal ini melibatkan semakan pelaksanaan sama ada menyimpang daripada pelan pengurusan risiko, memeriksa sama ada rangka kerja pengurusan risiko, dasar dan pelan masih sesuai, berdasarkan konteks luar dan dalaman organisasi, pelaporan tentang risiko, kemajuan dengan pelan pengurusan risiko dan sejauh mana polisi pengurusan risiko sedang diikuti, serta mengkaji keberkesanan rangka kerja pengurusan risiko. Komunikasi dan perundingan (communication and consultation) Aktiviti di peringkat ini membantu organisasi memahami minat dan kebimbangan pihak berkepentingan, untuk memastikan proses pengurusan risiko memberi tumpuan kepada elemen yang tepat, dan juga membantu menjelaskan rasional keputusan dan pilihan rawatan risiko tertentu. 9

Serumpun Wangian Ilmu KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN Kemahiran pengurusan risiko amat penting dalam menguruskan organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam mengurus organisasi, pemimpin pendidikan berupaya menentukan tiga langkah utama iaitu: 1.1 skop, konteks, dan kriteria 1.2 penilaian risiko 1.3 menangani risiko (merawat risiko) Matlamat organisasi tidak akan tercapai tanpa ada sokongan daripada para guru dan staf sokongan. Skop, Konteks, dan Kriteria Pendidikan berkualiti merupakan salah satu skop utama risiko KPM berdasarkan visi KPM iaitu pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera. Manakala misi KPM pula adalah melestarikan pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Sekolah dan institusi pendidikan KPM perlu bijak menyusun program berdasarkan misi dan visi KPM agar objektif tidak tersasar daripada matlamat asal. Visi dan misi ini menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian yang diperoleh pada penghujung sesi dan pengukuran ini dapat dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan pada masa hadapan. Pemimpin pendidikan perlu mempunyai kemahiran pengurusan risiko dan mengetahui kaedah-kaedah untuk mengurus risiko dengan baik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh KPM. Pencapaian visi dan misi ini akan memudahkan pembangunan kapasiti kementerian dilaksanakan dengan lebih mudah dan menghasilkan pendidikan yang lebih berkualiti. Pemimpin pendidikan perlu berkeupayaan untuk mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap tingkah laku guru, kakitangan dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti ataupun program yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Pelaksanaan program tersebut perlu dilaksanakan tanpa melibatkan risiko kepada organisasi. Oleh itu, pemimpin pendidikan seharusnya menguasai kaedah untuk menguruskan risiko apabila berlaku sesuatu perkara yang di luar daripada perancangan asal dan mereka seharusnya melaksanakan pelan yang sistematik untuk menangani risiko. Penilaian risiko Pencapaian misi dan visi untuk mendapat pendidikan berkualiti dapat dicapai apabila semua kanak-kanak di Malaysia mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian Pendidikan 10

Serumpun Wangian Ilmu menggariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak perlu dipenuhi tidak mengira kedudukan geografi jantina ataupun latar belakang sosio ekonomi keluarga. Pemimpin pendidikan perlu memikirkan apakah risiko paling kerap berlaku di sekolah. Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu bertanggungjawab untuk memastikan tidak berlaku keciciran dan peluang kepada kanak-kanak, khususnya kanak- kanak yang tinggal di luar bandar. Pemimpin pendidikan perlu membuat bancian keperluan kanak-kanak yang tidak mampu untuk melunaskan keperluan sekolah. Sekiranya pihak sekolah mempunyai hubungan baik dengan mana-mana NGO, mereka boleh bekerjasama untuk memastikan tiada murid-murid yang tercicir daripada mengikuti sistem persekolahan seperti orang lain. Contohnya, ketidakhadiran murid ke sekolah disebabkan tiada pengangkutan menyebabkan keciciran berlaku adalah merupakan risiko yang boleh diramal dan tindakan proaktif pengurusan sekolah dan kerjasama komuniti perlu digembleng untuk mengatasinya. Namun risiko yang melibatkan bencana, kebakaran dan wabak sukar diramal, contoh kes pendemik COVID-19 yang berlaku sekarang di seluruh dunia. Pemimpin pendidikan perlu memikirkan kaedah untuk mengatasi masalah tersebut dan guru boleh terus mengajar serta murid boleh terus belajar. Jika berlaku risiko sekalipun, guru-guru masih lagi dapat menyumbang kepada pendidikan yang berkualiti di samping mengurangkan kadar keciciran daripada berlaku. Sehubungan dengan itu, pelan kontigensi perlu dirangka lebih awal dan pelan ini perlu dimaklumkan kepada semua komuniti yang terlibat seperti ibu bapa dan juga PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) supaya komuniti lebih jelas dan aktiviti pembelajaran boleh diteruskan walaupun berada di rumah masing-masing sewaktu bencana berlaku seperti bencana COVID-19. Pelan ini juga perlu dimaklumkan dan dimasukkan dalam perancangan strategi untuk memudahkan pemimpin pendidikan mengurus perancangan aktiviti dan perbelanjaan yang terlibat. Jika pelan yang dirangka memberikan faedah dan pulangan langsung kepada pelajar-pelajar, maka tidak mustahil PIBG akan bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam aktiviti yang dirancang. Maka, risiko keciciran pelajar dan ketidakcukupan waktu untuk guru-guru menghabiskan tugasan mereka dapat diatasi. Pendidikan berkualiti merupakan asas untuk pembangunan insan dan kemenjadian murid. Insan terdidik bukan sahaja melibatkan pengetahuan dan kemahiran tetapi melibatkan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam segenap lapisan masyarakat. Contohnya, kasih sayang, ikhlas, rajin, tekun, berintegriti, hormat menghormati, bekerjasama termasuklah penjagaan alam sekitar. Pembangunan insan lestari adalah satu misi pendidikan yang menunjukkan keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi selari dengan tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber-sumber semulajadi. Ketiadaan kesedaran untuk menjaga alam sekitar dari peringkat awal menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku kepada bumi yang sekaligus akan memberi kesan kepada masyarakat. 11

Serumpun Wangian Ilmu Pendidikan lestari ini akan mendorong perubahan perilaku dan membentuk masa depan yang lebih baik. Pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan menyebabkan berlakunya eksploitasi terhadap sumber daya alam yang menyebabkan kerosakan dan degresi alam sekitar. Pendidikan alam sekitar telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar dengan mewajibkan pelajar sekolah rendah mempelajari mata pelajaran Alam dan Manusia. Manakala di peringkat menengah pula, subjek Biologi dan persatuan Sains dan Alam Sekitar diperkenalkan kepada pelajar. Guru-guru perlu diberi motivasi untuk sentiasa menanamkan sikap cinta akan alam sekitar kepada anak-anak murid mereka. Pelbagai pertandingan boleh dijalankan antaranya pertandingan kebersihan kelas dan persekitaran sekolah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk mengumpul sampah sarap mengikut kategori-kategori untuk memudahkan sistem pelupusan dilaksanakan di sekolah. Menurut Aini, Nurizan dan Fakhru’l-Razi (2007), kegagalan memupuk nilai ini antara faktor yang menjadikan Pendidikan Alam Sekitar kurang berjaya dilaksanakan dengan berkesan di sekolah termasuklah guru yang kurang menguasai isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar, kurang kemahiran dan motivasi serta kesungguhan untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar. Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu memastikan agar guru-guru yang mengajar memiliki tauliah untuk mengajar subjek ini. Ada juga guru yang memberi alasan ketidakcukupan waktu untuk menghabiskan silibus dan kebiasaan alasan yang paling kuat tiadanya peruntukan khusus untuk melaksanakan program ataupun aktiviti alam sekitar di dalam sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Ini merupakan sikap dan efikasi kendiri guru-guru yang dikatakan juga berpunca daripada corak kepimpinan instruksional pemimpin pendidikan. Ada dalam kalangan pemimpin pendidikan tidak menitikberatkan isu-isu lestari berkaitan alam sekitar kerana mereka hanya mementingkan prestasi akademik semata-mata. Apabila pelajar-pelajar telah menamatkan zaman pengajian mereka di sekolah, proses kemenjadian murid terbukti apabila mereka menghargai alam sekitar dan tidak melakukan perkara-perkara yang melibatkan pemusnahan alam sekitar. Proses kemenjadian pelajar ini dikuatkan lagi apabila mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Di institusi pengajian tinggi, kemenjadian pelajar akan menjadi lebih baik lagi apabila mereka menyertai program berkaitan alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kolej dan universiti. Kecemerlangan sesebuah sekolah juga terletak pada kepemimpinan instruksional Pengetua atau Guru Besar (PGB) yang berkait langsung dengan komitmen PGB dengan pengajaran guru (Hallinger & Murphy, 1985). PGB perlu memastikan guru-guru memberi pengajaran yang berkesan kepada murid. Dalam tempoh PKP ini, pembentukan insan terdidik juga boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara interaktif dengan menggunakan pelbagai teknik kemahiran berfikir seperti penggunaaan perisian Virtual Learning 12

Serumpun Wangian Ilmu Environment (VLE) yang diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2013. Selain itu, satu program perkongsian bijak yang dihasilkan oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan One Touch Education Sdn. Bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah perluasan Sekolah Bestari. Program ini menyediakan pelbagai aplikasi untuk meningkatkan prestasi menjadi lebih mudah. Akses yang mudah dan mesra pengguna dengan penyediaan pelbagai soalan interaktif untuk digunakan oleh pelajar. Kaedah PdP interaktifini menjadi satu alternatif dan peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan potensi pelajar. Kaedah ini sangat berguna untuk guru-guru meneruskan PdP kepada pelajar walaupun dunia diancam Pendemik COVID-19. Kaedah ini boleh diguna pakai sepenuhnya oleh guru-guru untuk melaksanakan PdP kepada pelajar-pelajar. Pembangunan potensi individu masih boleh diteruskan meskipun sekolah ditutup dalam tempoh yang agak lama untuk mengelakkan virus COVID-19 ini tersebar dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Negara sejahtera menerusi pendidikan mustahil dapat dicapai tanpa sokongan daripada pelbagai pihak agensi kerajaan yang lain, pihak media, perundangan, NGO dan sokongan masyarakat. Negara yang sejahtera menerusi pendidikan boleh dilaksanakan menerusi perkongsian ilmu dan perkongsian ilmu ini boleh dilakukan secara dalaman sebagai asas kepada proses penyaluran kelestarian pembangunan insan. Hasil daripada perbincangan dapat dijadikan dalam bentuk inovasi dan SOP yang betul agar tidak berlaku percanggahan maklumat yang diterima dan aspek penyampaian. Penyampaian kualiti perkhidmatan yang lemah boleh menyebabkan penularan aspek budaya kerja yang negatif dan pemikiran yang lemah dalam masyarakat dan sukar dibendung. Kualiti penyampaian perkhidmatan secara langsung memberi tekanan kepada pihak sekolah apabila mereka menerima banyak aduan dan tekanan daripada komuniti setempat. Contoh, sukarnya guru-guru mengawal keluar masuk pelajar-pelajar setiap hari dan ada dalam kalangan pelajar yang sesuka hati melepak di kawasan berdekatan yang menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada penduduk setempat. Masalah sosial yang berlaku ini sedikit sebanyak akan menyebabkan sekolah berkenaan mendapat tekanan daripada masyarakat sekeliling. Hal ini akan turut menjejaskan reputasi pendidikan seolah-olah KPM gagal memberi pendidikan kepada murid. Bagi mengelakkan risiko tersebut berlaku, pemimpin pendidikan dan semua guru perlu berganding bahu dengan masyarakat dengan mengatur strategi agar hal sedemikian tidak berlaku yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan pembangunan insan dalam negara. Justeru, untuk mencapai pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh merealisasikannya menerusi pelaksanaan Standard Operation Prosedure (SOP) yang betul dan perlu dirancang dan diuruskan lebih awal untuk meminimumkan berlakunya risiko dalam organisasi pendidikan. Prosedur yang proaktif dapat mengenal pasti isu-isu risiko lebih awal yang membawa kepada suatu keputusan yang strategik. Keputusan yang strategik 13

Serumpun Wangian Ilmu membolehkan pengurusan strategik dapat dirancang dengan sempurna untuk mengelakkan pelbagai risiko yang tidak diingini daripada berlaku. Apabila risiko dapat dikurangkan ataupun ditiadakan langsung dalam sistem pendidikan, maka pembangunan kapasiti sekolah akan mudah tercapai. Contohnya dalam tempoh cuti PKP disebabkan Pendemik COVID-19, kerjasama ibu bapa dan komuniti dalam mendapatkan pembelajaran yang berkesan, menjaga kesihatan dan mematuhi arahan KKM sangat penting di samping memastikan pemantauan terus berlaku dan ibu bapa boleh menjadi guru kepada anak-anak mereka di rumah masing-masing. Menangani risiko (merawat risiko) Sebagai pemimpin dalam organisasi pendidikan, pemimpin pendidikan seharusnya memikirkan risiko utama yang akan dihadapi oleh warga pendidik jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin bagi memenuhi matlamat pemegang taruh (stakeholder). Pengurus pendidikan yang bijak akan cuba mendapatkan pelbagai maklumat penting untuk disebarkan kepada kakitangannya. Setiap maklumat perlu disaring terlebih dahulu dan maklumat yang bersesuaian perlu disalurkan secepat mungkin jika sekiranya maklumat tersebut adalah penting dan perlu dilaksanakan dengan segera. Contoh yang paling jelas melindungi maklumat akta rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Pemimpin pendidikan harus memastikan semua ahli menghormati dan melindungi maklumat rasmi kerajaan agar tidak terdedah kepada agensi luar yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat. Setiap pasukan harus mengutamakan kepentingan seluruh organisasi dan mereka seharusnya berusaha mencapai hasil untuk kepuasan pelanggan. Oleh itu, garis panduan perlu dikeluarkan untuk memberi kefahaman kepada stakeholder bagi melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan oleh pemimpin pendidikan. Berikut adalah beberapa garis panduan untuk stakeholder boleh laksanakan untuk menangani atau merawat risiko di premis masing-masing. Menyediakan Pelan Risiko Pelan Perancangan Strategik adalah perancangan strategik yang dibuat dalam sesuatu tempoh untuk mencapai matlamat sekolah melalui program atau aktiviti yang dirancang. Selain itu, pelan ini juga menggariskan panduan yang dapat digunakan untuk berkongsi maklumat tentang hala tuju sekolah. Pelan ini juga memudahkan guru dan staf sokongan melaksanakan program tahunan dan memudahkan pihak pengurusan memantau pelaksanaan dan menjadi penentu kepada tercapainya visi dan misi pengurusan. Keberkesanannya membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko yang tidak diingini daripada berlaku dan sekaligus dapat digunakan oleh pemimpin pendidikan untuk mengurus risiko dengan baik. Selain itu, pelan ini juga menjadi suatu peraturan dan tatacara kerja yang lebih sistematik yang menguji keupayaan individu dari segi kecekapan mengendalikannya. 14

Serumpun Wangian Ilmu Berdasarkan MS ISO 31000, risiko adalah kesan ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000, 2018) dan oleh itu pelan pengurusan risiko perlu disediakan oleh setiap organisasi. Oleh itu, amat penting pemimpin sentiasa berfikir ke hadapan dan membangunkan pelan kesinambungan pendidikan. Pelan kesinambungan adalah merupakan sebahagian daripada pengurusan risiko (Graham & Kaye 2015). Pemikiran berdasarkan risiko mungkin tidak menyelesaikan semua masalah di sekolah, tetapi ini akan membuat pengurus pendidikan berfikir dengan lebih strategik cara-cara untuk menangani perkara yang tidak dijangka. Pemikiran berdasarkan risiko adalah pola pemikiran secara proaktif untuk memastikan peningkatan pencapaian hasil menggunakan kaedah yang mempertimbangkan ancaman dan peluang (Laqua, 2018). Pemikiran berdasarkan risiko dapat membantu pengurusan mencegah kerugian, menangkap peluang dan meningkatkan komunikasi di seluruh organisasi. Organisasi menggunakan pemikiran berdasarkan risiko untuk membuat keputusan yang lebih baik terutamanya ketika mereka beroperasi dalam persekitaran yang mencabar, pantas atau tidak pasti (Radziwill, 2019). Ini merupakan sebahagian daripada pola pemikiran yang proaktif untuk menguruskan risiko dengan lebih baik dan menguruskan pembangunan kapasiti dengan berkesan. Selain itu pelan pengurusan risiko adalah untuk mengelakkan ketidakpuashatian pelanggan dan langkah berjaga-jaga agar aktiviti dijalankan dapat mengurangkan sebarang risiko. Susunan risiko perlu dilakukan berdasarkan kebarangkalian kekerapan risiko kerana risiko yang berlaku tidak akan sama dan berbeza mengikut isu. Keutamaan perlu diberikan kepada risiko utama yang melibatkan PdP di sekolah kerana pelanggan utama di sekolah ialah pelajar. Pembangunan kapasiti Pembangunan kapasiti guru dan staf sokongan dapat membantu sekolah mencapai matlamat seperti coaching mentoring, bimbingan dan penyeliaan, latihan dalam perkhidmatan, PLC, dan pelbagai bentuk aktiviti pembangunan individu. Melalui amalan pengurusan sebegini, PGB boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalisme dan mutu pengajaran mereka (Glickmen et. al, 1995). Pembangunan kompetensi dan kapasiti guru perlu dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana hal ini selari dengan konsep Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) untuk memastikan setiap ahli organisasi sentiasa belajar bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme dan seterusnya melonjakkan prestasi organisasi. Coaching mentoring Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang, proses `coaching mentoring’ perlu dilaksanakan terhadap 15

Serumpun Wangian Ilmu semua pemimpin pertengahan di sekolah iaitu semua guru penolong kanan dan guru-guru kanan. Proses ini perlu dilakukan pada setiap minggu dan direkodkan dalam buku log pengetua. Melalui proses ‘coaching mentoring’ inilah pengetua dapat membimbing dan menunjuk ajar melalui perkongsian bersama- sama pemimpin pertengahan berkaitan apa juga bidang kerja masing-masing. Melalui pendekatan ini, pemahaman yang jelas tentang apa juga isu yang berlaku dan mekanisme yang terbaik untuk membantu mereka akan dapat diperoleh. Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai guru kanan, penyelia petang, penolong kanan dan seumpamanya di samping pengetahuan semasa mengikuti kursus dan sebagainya perlu digunakan sepenuhnya untuk tujuan bimbingan berkenaan. Proses ini harus dibudayakan kepada semua pemimpin pertengahan dengan semua personel ini melaksanakan juga coaching and mentoring kepada sumber di bawah kawalan mereka iaitu guru-guru atau kakitangan sokongan yang berkaitan. Melalui pendekatan ini guru dan staf sokongan dapat dibimbing secara sistematik. Pemantauan dan penyeliaan Selain itu, proses pemantauan dan penyeliaan juga berlaku di segenap peringkat. Contohnya, apabila pengetua membuat bimbingan kepada guru penolong kanan dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), penolong kanan seterusnya membuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang seterusnya proses yang sama berlaku kepada ketua-ketua panitia, penyelaras- penyelaras tingkatan dan akhirnya kepada guru-guru akademik. Proses yang mengikut SOP ini akan menentukan tidak akan ada guru-guru yang tercicir daripada dipantau dan semua guru akan dapat memperbaiki sistem PdP mengikut arahan dan keperluan KPM. Hal ini sudah pasti akan dapat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan lebih mudah. Program Profesionalisme Berterusan Dalam usaha membangunkan kapasiti ini juga, perhatian yang serius harus diberikan terhadap program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaran secara tidak formal mahu pun secara formal dan terancang. Pelbagai program melibatkan pembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah melibatkan kursus, bengkel, taklimat dan ceramah. Di samping merancang dan melaksanakan program pembangunan staf secara berkala berdasarkan analisis keperluan, pengetua perlu mengenal pasti kekuatan dan kepakaran yang ada di sekolahnya. Penolong Kanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru berpengalaman yang mempunyai kepakaran tertentu harus dilibatkan untuk bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru- guru yang baru dan kurang berpengalaman dalam pasukan masing-masing. Ringkasnya, pelaksanaan program pembangunan staf yang telah dirancang secara 16

Serumpun Wangian Ilmu formal, proses pembelajaran secara tidak formal yang melaksanakan aktiviti dalam pasukan dan bantuan secara langsung melalui program mentoring oleh pihak pentadbir dan guru senior serta pelbagai usaha yang dijalankan oleh sekolah akan dapat meningkatkan perkembangan profesionalisme guru-guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan kejayaan pencapaian sekolah. Wacana ilmu Bagi membugarkan budaya ilmu dalam kalangan pendidik dan kakitangan, mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacana ilmu melalui pembentangan oleh guru dan kakitangan secara bergilir. Melalui wacana ilmu ini pelbagai input baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedah dan dikongsikan bersama-sama. Antara pengisian dalam wacana ilmu ini ialah ulasan buku, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat untuk tujuan pendidikan. Natijahnya, apabila sesesorang pendidik berkenaan mempunyai kekuatan ilmu yang tinggi dan penguasaan trend pendidikan kontemporari pastinya akan dapat membantu mendidik anak-anak murid dengan lebih berkesan. Usaha memantapkan keilmuan guru seterusnya boleh diperluas kepada pelanggan utama sekolah iaitu pelajar-pelajar dengan menerapkan budaya ilmu bagi memastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi juga pintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain. Ini juga merupakan sebahagian daripada pendekatan bagi memastikan sekolah berperanan sebagai organisasi pembelajaran (learning organization) yang dapat melahirkan budaya kolaboratif iaitu semua orang mempunyai keyakinan dan keupayaan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran seperti yang disarankan Peter Senge (1990). Pemimpin pendidikan perlu mengupayakan kebolehan guru-guru dan latihan yang mencukupi perlu diberikan dari semasa ke semasa. Pembangunan kapasiti tersebut boleh dilaksanakan menerusi Profesional Learning Community (PLC) yang menjadi sebahagian daripada kaedah untuk membangunkan kapasiti guru-guru. Profesional Learning Community (PLC) Gaya penyampaian dalam PLC memberikan perhatian kepada pembelajaran berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator sahaja untuk membantu aktiviti PdP dalam mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. Untuk memastikan kejayaan PLC, pengetua atau guru besar perlu memiliki gaya kepimpinan instruksional yang tinggi. Kepimpinan instruksional yang sentiasa diperbaharui dan sistematik dalam kalangan pemimpin pendidikan juga membolehkan program dilaksanakan tanpa melibatkan risiko-risiko kepada guru-guru dan juga pelajar- pelajar. Pengalaman yang diperoleh dari semasa ke semasa turut memberikan 17

Serumpun Wangian Ilmu pendidikan bermakna kepada pemimpin pendidikan untuk menangani risiko dengan lebih baik. Penggunaan teknologi dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pemimpin pendidikan perlu bijak mengatur strategi untuk memastikan guru-guru masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Pemantauan boleh dilakukan menerusi laporan yang dihantar menerusi online kepada pentadbir sekolah. Namun, teknologi yang dihasilkan untuk memudahkan pelajar-pelajar ini kadang-kadang memberikan pelbagai masalah talian terutama di sekolah-sekolah yang jauh di pinggir bandar. Masalah ini perlu difikirkan oleh pemimpin pendidikan bersama-sama guru agar pelajar-pelajar mereka tidak ketinggalan. Mereka juga perlu merangka plan lain agar murid-murid dapat manfaatkan masa untuk PdP interaktif. Pelan sebegini sangat diperlukan terutama ketika sekolah dilanda musibah dan terpaksa ditutup dalam tempoh yang lama. Pemimpin pendidikan perlu mengambil tindakan pro-aktif untuk mengarahkan guru-guru mereka memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar. Tindakan ini akan meminimakan risiko kadar keciciran ilmu kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Memupuk nilai-nilai murni dan berintegriti Integriti dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam pencapaian akademik serta membentuk potensi pelajar secara menyeluruh. Aspek integriti dalam pendidikan adalah guru melaksanakan tugas dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang, tahap ketabahan yang tinggi dan tidak mengambil kesempatan. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya. Integriti dalam pendidikan sedemikian menterjemahkan akauntabiliti guru-guru semasa mereka melaksanakan tanggungjawab masing- masing. Masalah integriti dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam termasuklah warga pendidikan semakin meningkat terutama sekali dalam zaman globalisasi ini (Mustafar Ali, 2006). Integriti ini menjadi sebahagian daripada nilai-nilai yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam. Contoh-contoh kes integriti yang melibatkan warga pendidikan termasuklah guru-guru di sekolah ialah rasuah dari aspek penggunaan masa. Rasuah dalam kalangan guru jarang sangat yang melibatkan rasuah berkaitan dengan kewangan, namun rasuah masa yang ramai tidak sedar berlaku setiap hari di premis pendidikan seperti sekolah, pejabat pendidikan daerah, ataupun jabatan pendidikan negeri. Rasuah masa yang dilakukan ini tidak akan memperlihatkan kesan secara tidak langsung kepada organisasi. Namun, lama kelamaan jika dibiarkan berleluasa akan memberikan kesan organisasi dan tempiasnya akan memberi kesan langsung kepada kepimpinan instruksional pemimpin pendidikan. 18

Serumpun Wangian Ilmu Perkara yang paling membimbangkan ialah rasuah yang melibatkan risiko yang tinggi iaitu rasuah dalam kalangan pemimpin pengurusan seperti pengurusan kewangan, pembelian tender dan lain-lain. Pengurusan risiko dalam pengurusan kewangan, pembelian, tender, pengurusan sumber manusia akan menyebabkan berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa dan berlakunya rasuah (2010 Asia Development Bank). Penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dapat menjejaskan matlamat kementerian dalam membina kemenjadian murid. Pelan Anti Rasuah Nasional 2020 mengunakan penilaian risiko bagi membangunkan pelan strategik anti rasuah. Pelan anti rasuah ini juga menggunakan penilaian risiko untuk melaksanakan pengurusan anti rasuah dalam organisasi. Kebiasaannya, integriti dalam kalangan pemimpin pendidikan melibatkan pemberian tender kepada kontraktor atau pembekal yang berurusan dengan sekolah. Penguatkuasaan yang kurang berkesan dan dilakukan tidak mengikut prosedur akan mendedahkan ketidaktelusan dalam pemilihan tender. Pemimpin pendidikan mempunyai kepentingan tersendiri yang boleh menjejaskan integriti pentadbiran mereka. Di peringkat individu, seseorang pemimpin sukar mengawal diri dan tidak menitikberatkan amalan murni dalam kehidupan dan tidak berpegang kepada amanah yang diberikan oleh agama akan menyebabkan mudahnya integriti tidak dipatuhi dalam pentadbiran mereka. Meskipun terdapat prosedur pemilihan tender yang telah dikeluarkan oleh kementerian, namun kepentingan diri melebihi daripada kepentingan awam dan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kelemahan yang ada pada diri masing-masing. Oleh itu, SOP yang betul-betul dipraktikkan dan dipantau sangat penting untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Contohnya, jika pemilihan tender tidak dilaksanakan mengikut SOP untuk membina bangunan, berkemungkinan berlaku ketidakpatuhan dari aspek pembinaan yang akan melibatkan keselamatan pelajar akhirnya. Bangunan yang tidak dipantau akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kebocoran, retak dan masalah-masalah lain yang akhirnya akan memberi kesan yang buruk kepada pelaksanaan PdP di dalam kelas. Jika berlaku penyalahgunaan kuasa akan memberikan imej negatif kepada guru-guru dan mereka tidak akan menghormati pemimpin yang melanggar integriti ini. Maka, tidak mustahil mereka akan turut menggunakan kuasa sendiri ke atas pelajar-pelajar dengan mengambil mudah dan tidak melaksanakan tanggungjawab di kelas dengan sebaiknya. Apabila guru mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga akan memberi kesan langsung kepada pelajar. Pelajar akan tercicir daripada mengikuti ilmu yang sebenar dan dalam tempoh jangka masa yang panjang apa yang dihajatkan dalam sistem pendidikan tidak akan tercapai. Mereka hanya akan hadir di sekolah kerana memenuhi prosedur kedatangan sahaja, sedangkan nilai integriti di dalam kelas tidak dilaksanakan sepenuhnya. 19

Serumpun Wangian Ilmu Nilai integriti dalam pendidikan yang tidak dilaksanakan sepenuhnya akan melibatkan akauntabiliti guru yang menyimpang daripada menjalankan tanggungjawab dalam membentuk kemenjadian insan kelas pertama. Jadi, pembangunan kapasiti yang melibatkan sikap dan nilai-nilai yang perlu diterapkan tidak lagi diberi keutamaan. Jika dibiarkan akan menjadikan budaya ini tular dalam sekolah. Akhirnya pelajar dan sistem persekolahan akan terjejas. Mutu perkhidmatan pendidikan tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat. Nilai integriti seperti yang diikrarkan oleh kakitangan awam tidak dipatuhi dan tidak memberi kesan dalaman kepada mereka. Pembangunan kapasiti guru dari aspek nilai tidak lagi dapat disemai. Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan kuasa ini, guru-guru biasa juga perlu dilantik dalam jawatankuasa pemilihan tender dan PIBG ataupun SARANA juga boleh dilibatkan sebagai jawatankuasa pemilihan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pentadbir. Jika perlu, pihak pejabat pendidikan daerah ataupun jabatan pendidikan negeri perlu campurtangan untuk mengelakkan daripada ketidaktelusan dalam pemilihan tender. Bagi guru- guru yang tidak menjalankan tanggungjawab di dalam kelas dengan sempurna, perlunya pemantauan daripada pihak pengurusan untuk memastikan guru-guru melaksanakan amanah yang ditugaskan kepada mereka. Integriti perkhidmatan seseorang guru yang mulia menjadikan mereka seorang guru yang bertanggungjawab kepada Tuhannya. Setiap SOP dan peraturan akan mudah dipatuhi jika guru memikirkan amanah yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, SOP yang jelas perlu diterangkan kepada guru-guru. SOP yang betul-betul dipatuhi sudah pastinya dapat mengurangkan risiko dan meminimakan masalah yang akan berlaku di premis pendidikan. Pembangunan kapasiti yang merupakan keupayaan warga sekolah termasuk guru-guru dan pemimpinnya tidak akan tercapai sekiranya integriti tidak lagi dijaga dan diamalkan. Cabaran pembangunan kapasiti organisasi merupakan antara risiko yang perlu diurus dengan cekap. Jika diurus dengan cekap, maka akan mengurangkan berlaku pelbagai risiko kepada pengurusan khususnya dan warga sekolah amnya. Memupuk budaya lessons learned Lessons learned ialah pelajaran yang diambil yang diperoleh daripada pengalaman yang baik ataupun sebaliknya. Pengalaman adalah guru yang terbaik dan kedua- dua aspek sama ada potif ataupun negatif akan menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja untuk melakukan sesuatu sesuatu yang lebih baik. Kaedah terbaik untuk melakukan lesson learned ialah pemimpin pendidikan perlu menjadikannya sebagai rutin sama ada secara harian, mingguan ataupun bulanan. Catatan ataupun dokumentasi kepada apa yang dibuat perlu dilakukan untuk melihat kekurangan dan memperbaiki kelemahan pada masa yang berikutnya. 20

Serumpun Wangian Ilmu Keputusan yang diambil dalam mengurus pentadbiran daripada pengalaman ini akan dapat mengurangkan atau menghilangkan potensi kegagalan ataupun kelemahan. Pastinya keputusan ini akan memberikan kekuatan kepada pembuat keputusan kerana lessons learned akan memperkuat hasil sesuatu usaha yang dibuat. Dua perkara penting dalam lesson learned ialah mengulangi sesuatu perkara yang mendatangkan good practice dan mengelakkan ataupun menghindarkan bad practice. Perkara-perkara lain daripada lesson learned ini juga perlunya konsisten mengamalkan good practice untuk menyelesaikan risiko yang berlaku. Dalam bidang pendidikan, lessons learned ini membolehkan pemimpin pendidikan melakukan analisis pembelajaran. Analisis ini boleh digunakan dengan menggunakan pendekatan rekonstruksi peristiwa ataupun meminta stakeholder yang berkaitan menyenaraikan analisis kelemahan yang boleh menyebabkan berlakunya risiko dan memikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi pelbagai risiko pembelajaran. Implikasinya, lessons learned membolehkan pemimpin pendidikan membuat pencegahan lebih awal sebelum berlakunya risiko yang lain. Lesson learned ini boleh juga diambil kira peristiwa Pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 2020. Pemimpin pendidikan hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Kemeruapan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (VUCA) di dunia ini (Mazlee, 2019). Penularan wabak COVID-19 merupakan contoh cabaran dunia VUCA. Untuk tidak mengulangi bad practice, pemimpin pendidikan perlu bersedia jika sekiranya berlaku musibah besar berlaku di sekolah. Daripada bad practice ini akan membawa kepada good practice sekiranya tindakan diambil lebih awal untuk mengatasi risiko. Ketidakhadiran murid sewaktu Pandemik COVID-19 yang menjadi bad practice akan dapat ditukarkan kepada good practice dengan mengambil langkah pencegahan yang lebih awal jika berlakunya risiko yang lain. Walaupun murid tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh PKP, ini bukan bermakna proses pembelajaran dan pembelajaran terhenti. Pemimpin pendididikan seharusnya mempunyai pelan kesinambungan pendidikan untuk pembelajaran dan pengajaran. Kesinambungan pembelajaran adalah proses pemuliharaan atau kesinambungan pendidikan apabila terdapat kejadian yang mengakibatkan penutupan sekolah atau peristiwa yang mengakibatkan ketidakhadiran pelajar untuk jangka masa yang panjang (Moseley 2016). Kerajaan USA, Australia dan New Zealand adalah contoh negara yang mempunyai kesinambungan pelan pembelajaran. Pembelajaran dalam talian semasa tempoh kuarantin menjadi medium bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran tidak terhenti. Kesinambungan pelan pembelajaran bukan sahaja melibatkan teknologi yang akan digunakan oleh sekolah untuk terus mengajar, tetapi juga mempertimbangkan bagaimana pelajar akan kembali ke sekolah selepas tamat kecemasan (International Baccalaureate Organization, 2020). 21

Serumpun Wangian Ilmu Mengoptimumkan penggunaan peruntukan dan sumber Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberi kesan kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berikutan kutipan hasil kerajaan yang terjejas. Bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan. Bagi memastikan perkembangan ekonomi negara terus kukuh dengan kedudukan fiskal yang mampan, langkah-langkah proaktif dan instruktif wajar dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak. Menurut Perbendaharaan Malaysia dalam garis panduan perbelanjaan kerajaan, kementerian/jabatan/agensi dikehendaki menyusun semula keutamaan program/aktiviti masing-masing supaya sejajar dengan agenda nasional. Penggunaan peruntukan dan sumber kerajaan bergantung kepada Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2020 yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Pengurus perlu bijak mentadbir agar perbelanjaan mengurus tidak melebihi daripada peruntukan sedia ada. Pemimpin pendidikan perlu mengetahui peranan dan fungsi masing-masing apabila mengurus sumber yang diberikan oleh kementerian. Memandangkan ekonomi dunia mengalami kemerosotan ekoran daripada jangkitan virus COVID-19, Malaysia juga turut mengalami perkara yang sama. Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu mengatur strategi untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping perlu mengekalkan kualiti perkidmatan pendidikan kepada negara. Risiko lebihan perbelanjaan peruntukan tidak akan berlaku sekiranya pemimpin pendidikan berjaya mengurus kewangan dengan bijak dan mengikut pekeliling dan prosedur yang ada. Begitu juga lebihan perbelanjaan tidak akan berlaku jika sekiranya kewangan diurus dengan baik. Stakeholder bagi setiap sekolah perlu diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan kewangan kerajaan. Perancangan perolehan perlu dibuat dengan teliti oleh personal yang pakar. Perancangan perolehan yang tidak didorong oleh permintaan menyebabkan penggunaan kemudahan pendidikan yang kurang atau tidak digunakan (Asia Development Bank, 2013). Ini menyebabkan kerugian yang besar dalam bentuk, wang, tenaga dan masa. Pembangunan kapasiti yang mantap juga bergantung kepada pengurusan perbelanjaan yang cekap. Oleh itu, perlunya perancangan yang mantap dalam mengurus kewangan agar pembangunan kapasiti warga pendidik tidak terjejas dan peningkatan pembangunan profesionalisme guru akan tetap berjalan seperti biasa. 22

Serumpun Wangian Ilmu Jaminan kawalan fasiliti perkhidmatan Organisasi pendidikan merupakan salah satu cabang daripada sektor perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan berasaskan pendidikan. Isu-isu seperti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menjadi perkara penting yang turut dikaitkan secara langsung dengan penggunaan perkhidmatan fasiliti di sekolah. Fasiliti yang baik dikatakan dapat memberikan jaminan dan mutu PdP yang baik. Isu ini seringkali juga dipertikai kerana belum tentu fasiliti perkhidmatan yang canggih mampu membuatkan sesebuah sekolah meningkatkan mutu PdP di sekolah. Meskipun begitu, fasiliti perkhidmatan yang diurus dengan baik mampu mengelakkan sebarang risiko berlaku kepada sekolah. Payant dan Lewis (2000) menyatakan penyelenggaraan fasiliti merupakan satu operasi teras kepada penggunaan fasiliti bagi setiap organisasi. Penggunaan fasiliti pula seharusnya sesuai dan berkaitan dengan lokasi sesebuah institusi ataupun organisasi. Kesesuaian fasiliti dan penggunaan yang mengikut SOP akan meminimakan risiko yang berlaku kepada sekolah. Oleh itu, pemimpin pendidikan seharusnya bijak menguruskan fasiliti yang ada dan digunakan dengan maksimum untuk memastikan keberkesanan dan tiada berlakunya sebarang risiko kepada sekolah. Mengikut PPPM 2013-2025, penyediaan prasarana sekolah merupakan satu elemen penting yang diberikan perhatian dalam perancangan pendidikan di Malaysia. Kepentingan perancangan dan penyediaan kemudahan infrastuktur yang baik tidak dapat dinafikan amat kritikal dalam menyokong kejayaan agenda pendidikan negara. Infrastruktur yang mencukupi dan selesa ini amat penting bagi membolehkan proses pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Laporan awal PPPM 2013-2025 menunjukkan penambahbaikan prasarana sekolah dan peratusan kenaikan tahap pembangunan yang memberangsangkan. Bagi rekod 2005 hingga 2011, prasarana sekolah seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah dua sesi dan makmal komputer mencatat penambahbaikan yang positif. Oleh itu, untuk memastikan pemimpin pendidikan mengekalkan fasiliti yang ada dan meningkatkan cara penggunaan fasiliti yang berkesan, perlunya beberapa alternatif dijalankan untuk memastikan tahap risiko yang rendah dalam penggunaan fasiliti tersebut. Pemimpin pendidikan perlu proaktif terutama sekali dalam dunia pendidikan siber supaya fasiliti teknologi maklumat sentiasadiambil perhatian utama untuk membolehkan pelajar-pelajar dapat mengakses maklumat pembelajaran setiap masa. Guru-guru juga tidak akan terjejas perkhidmatan untuk mengajar apabila fasiliti dijaga dengan baik dan dapat digunakan dengan maksimum. Setiap prasarana yang dibekalkan oleh kementerian perlu digunakan dan bukannya disimpan tanpa digunakan oleh guru-guru dan pelajar. 23

Serumpun Wangian Ilmu RUMUSAN Pengurusan risiko organisasi menjamin pengurusan sumber manusia berintegriti yang mencorakkan tenaga kerja yang produktif dan memberi keuntungan kepada majikan. Pengurusan risiko yang cekap akan meningkatkan integriti yang dapat menghapuskan amalan tidak sihat seperti rasuah, salah guna kuasa, tidak jujur, penyelewangan, dan isu moraliti. Ini semua merupakan kepincangan dalam organisasi yang akan menyebabkan organisasi tidak berfungsi dengan maksimum. Proses pengurusan risiko organisasi merupakan aktiviti yang bertujuan melaksanakan tindakan yang sesuai, tetapi akan melihat semua aspek untuk penambahbaikan termasuk usaha membantu ahli organisasi mempunyai kesedaran tentang kepentingan mengurus risiko melalui komunikasi dan perundingan. Hubungan yang bersandarkan hormat menghormati dan menguruskan sumber manusia yang cekap memudahkan lagi urusan secara profesional dilaksanakan. Strategi pengurusan risiko merujuk juga memindahkan risiko kepada pihak lain untuk mengelakkan daripada berlaku risiko. Hal ini juga dapat mengurangkan kesan negatif kemungkinan berlakunya risiko. Strategi pengawalan risiko yang baik sudah tentu dapat mengurangkan atau merendahkan tahap kekerapan dan impak kemalangan daripada berlaku. Walau bagaimanapun, konteks pengurusan dalam menyediakan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat, setiap kemudahan yang digunakan mempunyai risikonya yang tersendiri. Namun, adalah menjadi satu kelemahan jika kemudahan yang berisiko terus dihentikan penggunaannya disebabkan untuk mengelak daripada berlakunya risiko kemalangan yang lain. Pengurusan risiko yang baik dan tersusun akan mengelakkan berlakunya pelbagai risiko ataupun bencana yang lebih teruk. Pengurusan risiko yang cekap dan berkesan menyokong visi dan misi KPM dilaksanakan. Pencapaian visi dan misi ini penting untuk menghasilkan murid yang terdidik dan menjamin kebolehpasaran murid-murid dalam masyarakat. Pemimpin pendidikan perlu melaksanakan pelan pengurusan risiko dalam perancangan strategi setahun. Perancangan risiko yang baik juga dapat menguruskan pembangunan kapasiti yang berkesan kepada organisasi. Walau bagaimanapun, menangani risiko (merawat risiko) lebih daripada sekadar penilaian atau pengurusan. Pemahaman yang lebih baik tentang organisasi dan prosesnya membawa kepada peningkatan hasil (Kovach & Fredendall, 2013). Oleh itu pentingnya mengurus risiko dengan baik untuk meningkatkan pembangunan kapasiti warga pendidikan. 24

Serumpun Wangian Ilmu RUJUKAN Abd Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda perubahan pengurusan sumber manusia dan kerja, Utusan Publication: Kula Lumpur. Azhar Susanto, Meiryani (2018). The Importance of Risk Management in an Organizations, International Journal of Scientific & TechnologyResearch,7(11). Asia Development Bank (2010). Guidance Note: Education Sector Risk Assessment. Asia Development Bank: Philippines. Asia Development Bank (2013). Learning Lessons. Asia Development Bank: Philippines Aini, Nurizan dan Fakhru’l-Razi (2007). http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art9_131_153.pdf Bonham, Stephen S. (2008). Actionable strategies through integrated performance, Process, Project, and Risk Management, Artech House Technology Management and Professional Development Series Boston: Artech Houes, Inc. available at http://eds.b.ebscohost.com.ezproxy.um.edu.my/eds/ [1 April 2020] CareersinAudit.com. (2013). Importance of risk management, available athttps:// www.careersinaudit.com/article/the-importance-of-risk-management-in an- organisation/ [2 April 2020] Corporate Finance Institute (2020). Risk management, the Identification, analysis and response to risk factor affecting a business, available at https:// corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy/risk- management/. [2 April 2020]. Coleman, Tom, A Practical Guide to Risk Management (July 27, 2011). CFA Institute Research Foundation M2011-2. Available at SSRN: https://ssrn.com/ abstract=2586032 [3 April 2020] Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Graham, J., & Kaye, D. (2015). A Risk Management Approach to Business Continuity: Aligning Business Continuity and Corporate Governance. Rothstein Publishing. Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut Aminuddin Baki (2012 -2016), IAB: Genting Highlands. Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior of Principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217–247. 25

Serumpun Wangian Ilmu Hillson, D. (2016). The risk management handbook: A practical guide to managing the multiple dimensions of risk, Kogan Page: London. https://books.google.com. my/books?id=QohGDAAAQBAJ&hl=ms&source=gbs_slider_cls_metadata_5_ mylibrary.[20 April 2020] Hitesh, B. (2019). What Is Risk Management? Importance of Risk Management, available at https://www.marketing91.com/what-is-risk-management/ [1 Mac 2020]. Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut Aminuddin Baki (2012–2016), IAB: Genting Highlands. International Organisation for Standardization (ISO) (2018) ISO 31000:2018. Risk Management: Principles and guidelines, International Organisation for Standardization. https://www.iso.org/iso-31000-risk-management.html. [1April 2020]. JKR (2017). Garis panduan pengurusan risiko fasiliti. http://jpak.jkr.gov.my/document/ files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Garis_Pandu an/JKR _Pengurusan%20 Risiko%20Fasiliti%202017.pdf [ 2 April 2020] Keith Blacker & Patrick McConnell (2015). People risk management: A practical approach to managing the human factor that could harm your business, Kogan Page: London Kovach, J. V., & Fredendall, L. D. (2013). The influence of continuous improvement practices on learning: An empirical study. Quality Management Journal, 20(4), 6-20. KSN. 2005. Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005. Garis panduan penilaian risiko keselamatan maklumat sektor awam. http://www.ukm.my/angkasa/wp- content/uploads/2016/01/Penulisan-tesis-gaya-UKM-2015.pdf [ 25 April 2020 ]. Marsden, E. 2016. The ISO31 000 standard on risk management. https://www. slideshare.net/EricMarsden1/the-iso-31000-standard-on-risk- management - principles-and-guidelines [20 April 2020] Mustafa Haji Ali, 2005. Membina intergriti untuk memenangi rasuah dlm. Mazilan Musa etc., (pnyl). Etika dan integriti di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia. Nicolae, A. (2011). The Importance of Risk Management Process In Ensuring Successful Implementation Of Projects Entrusted, Land Forces Academy Review. https://doi.org/10.1177/026839629601100405 [1 Mac 2020] 26

Serumpun Wangian Ilmu Philip L. Powell, Jonathan H. Klein. (1996). Risk Management for Information Systems Development, Article Information, 11(4),309-319. https://doi. org/10.1177/ 02683962960 1100405 .[ 2 April 2020] Roggi, Oliviero and Damodaran, Aswath and Garvey, Maxine, Risk Taking: A Corporate Governance Perspective (April1, 2012). https://www.researhgate.net/ publication/323923507_Risk_Taking_A_Corporat e _Governance_Perspective. [2 April 2020] Surat KSN PM(S) Bil. 17479/13 Jld. 4 bertarikh 9 Mac 2007. Artikel bertajuk Usaha bagi mempertingkatkan tadbir urus sektor awam. Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin (pnyt.). Etika dan Integriti Di Malaysia, pp 53-61. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia WHO. (2020). Coronavirus disease (COVID-19) Pandemic. https://www.who.int/ emergencies /diseases/novel-coronavirus-2019 [25 April 2020]. Wiig, Karl M. (1997). “Knowledge Management: An Introduction and Perspective‟‟, The Journal of Knowledge Management, 1(1), 6 – 14. Witt, R., & Orvis J (2010). A Guide to becoming a school of the future, association of independent schools http://www.nais.org/articles/documents/naiscoaschools.pdf Yukl, A. G. (2002) Leadership in Organizations. Prentice Hall: Upper Saddle River 27



PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Dr. Wan Zaliha bt. Wan Othman Hajah Amanah binti Mohd Noor Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK) Zon Selatan 14-15 Oktober 2014 Anjuran: IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka ABSTRAK Kertas kerja yang ringkas ini akan membincangkan Pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal. PSH ini dihasratkan untuk menyaingi persaingan global dunia pendidikan dan kemahiran kini. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara, kerajaan dan juga individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan negara dan kepuasan diri. Untuk itu, PSH melalui pendidikan jarak jauh, e-pembelajaran, pembelajaran di tempat kerja dan separuh masa telah menjadi sebahagian budaya dan cara hidup ke arah menyokong pembangunan modal insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Menjelang tahun 2020, pengiktirafan PSH tanpa mengira masa dan tempat menjadi amalan biasa berpandukan MQF. PSH mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan guna tenaga di samping mewujudkan warganegara yang aktif dan kesaksamaan sosial. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) telah memberikan penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan kemudahan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. PSH ini banyak direalisasikan menerusi pusat-pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta dan pusat-pusat lain yang diiktiraf oleh kerajaan. Salah satu caranya adalah menerusi pendidikan jarak jauh yang telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar PSH. Ciri-ciri PSH ini antaranya umur yang tidak terhad, cara belajar pelbagai mod tanpa batasan, masa dan tempat sasaran utamanya ialah golongan dewasa yang bekerja, suri rumah, dan warga emas yang mahu memberikan sumbangan kepada negara dan mempertingkatkan potensi diri masing-masing. Kata kunci: Pembelajaran, Sepanjang Hayat, Jarak Jauh, Amalan 29

Serumpun Wangian Ilmu PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PENGENALAN Pembelajaran membawa maksud proses mendapatkan ilmu dan Kamus Persuratan mendefinisikan pembelajaran sebagai perihal atau proses belajar. Proses ini membawa maksud sentiasa berlangsung tanpa had sama ada secara formal ataupun tidak formal. Konsep untuk mendapatkan ilmu secara formal atau tidak formal adalah tidak penting bagi individu yang mementingkan pemerolehan ilmu untuk kegunaan diri sendiri, keluarga, masyarakat ataupun faedah dan kebaikan untuk negara mereka. Pembelajaran juga dikatakan sebagai proses pemerolehan maklumat dan pengetahun di samping menguasai kemahiran serta membantu pembentukan sikap dan kepercayaan masyarakat terhadap seseorang. Proses pembelajaran akan berlaku sepanjang hayat di mana-mana sahaja, sama ada tempat yang kondusif ataupun tidak dan tidak ditentukan masa yang tertentu kerana pembelajaran merupakan proses belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran diri. Menuntut pelbagai ilmu adalah keperluan asas bagi individu yang merasakan ingin maju dan meningkatkan pengetahuan mereka dan menyambung pelajaran ini tidak mengira kaum, keturunan, ataupun agama yang dianuti. Bagi penganut agama Islam, ilmu perlu dituntut semenjak dari kecil sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Tuntutan memenuhi keperluan ilmu adalah fardu kifayah dan tuntutan menimba ilmu bagi setiap muslim adalah wajib. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn. Abd. al-Barr menjelaskan bahawa mencari ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap orang Islam. Pepatah dan kata-kata dalam masyarakat sering menyebut “tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”. Kenapa negeri China? Mungkin menjadi sedikit persoalan pada orang-orang yang mempersoalkannya. Kata “tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China” membawa pengertian bahawa semua orang digalakkan untuk menuntut ilmu walau ke mana sekalipun. Tidak semestinya seseorang itu harus belajar ke negeri China sahaja, semua orang dituntut untuk menuntut di mana sahaja di muka bumi Allah ini. Oleh itu kewajipan mencari ilmu adalah suatu proses sepanjang hayat dan bukan sekadar pada tahap umur dan masa yang tertentu sahaja. Pertambahan ilmu menunjukkan penambahan kepakaran pada seseorang dalam bidang-bidang tertentu dan ilmu ini jika dikuasai dengan baik dan diamalkan mengikut sunnah Rasulullah akan menambahkan tahap ketakwaan seseorang muslim di dunia ini. Jika dilihat proses penerimaan ilmu di Malaysia, zaman sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan adalah sangat berbeza tahap perkembangannya. Zaman sebelum merdeka ramai masyarakat yang masih buta huruf dan tidak mampu untuk menghadapi cabaran di luar daripada masyarakat sendiri. Selepas 30

Serumpun Wangian Ilmu itu, masyarakat perlahan demi perlahan sudah mula celik huruf. Manakala dalam bidang teknologi pula, tahun 1980-an dan 1990-an memperlihatkan ramai dalam kalangan masyarakat masih tidak tahu menguasai teknologi dan tiba-tiba sekarang kebanyakan masyarakat sudah mula celik teknologi. Masyarakat yang tinggal di ceruk-ceruk kampung pun sudah mula celik teknologi. Mereka tidak lagi dikatakan “katak di bawah tempurung”. Kini, masyarakat luar Malaysia juga telah melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun sehingga menjadi tumpuan pusat-pusat pengajian ilmu untuk negara dunia ketiga. Inilah kesan positif corak pembelajaran yang diperoleh oleh masyarakat hasil daripada pengorbanan mereka menuntut dan mencari ilmu dari semasa ke semasa tanpa mengenal jemu dan penat. Jadi, salah satu cara untuk mendapatkan ilmu ialah menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). PSH adalah pembelajaran yang berlaku tanpa sempadan dan tanpa batasan umur. Objektif teras PSH adalah untuk memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat dan menjadikan PSH sebagai pemangkin kepada pembentukan organisasi pembelajaran di setiap organisasi. PSH menjadi salah satu saluran pembelajaran sepanjang hidup. PSH juga adalah sama dan sehaluan dengan sistem pendidikan negara yang memuatkan pendidikan dari peringkat prasekolah, membawa kepada sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan ke peringkat yang lebih tinggi sama di institusi awam ataupun swasta. Pelan perancangan asal untuk PSH di Malaysia difokuskan kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun. Meskipun umur ditentukan, namun tidak bermakna setiap peringkat umur yang berbeza akan mempelajari kursus yang berlainan. Mereka akan didedahkan dengan minat dan kecenderungan masing-masing. Golongan ini tidak mengambil kira golongan profesional yang telah mempunyai pendapatan tetap dan sudah memiliki syarikat atau aset masing-masing. Menurut sumber yang dipetik daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50 peratus daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk. PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior 31

Serumpun Wangian Ilmu learning)  dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui: • Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH • Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi pengiktirafan dan akreditasi PSH • Penyelarasan program PSH oleh semua institusi/agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan program dan aktiviti • Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH • Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya dan • Pemantauan program aktiviti PSH secara berkala Untuk itu, beberapa strategi dibuat untuk mencapai objektif tersebut seperti : i. Meningkatkan mekanisme dan prasarana untuk memudahkan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkaya kualiti hidup individu. ii. Meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam kalangan orang awam supaya dapat memanfaatkan potensi kendiri melalui PSH agar dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti, daya saing, dan kebolehpasaran melalui peningkatan promosi PSH. iii. Memelihara kesinambungan dan pengiktirafan PSH. iv. Menyediakan sokongan pembiayaan yang sewajarnya bagi membudayakan PSH. (Sumber utama: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara-Bab 8: Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat) Oleh itu, matlamat PSH sudah tentunya untuk menghasilkan seseorang individu ataupun masyarakat seimbang dari aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan Sosial) yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Maka, dalam erti kata lain, seseorang individu seharusnya bersedia untuk memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk idea sama ada dalam bentuk teori atau praktik untuk merealisasikan PSH ini. PSH ini juga boleh dikategorikan sebagai pendidikan secara tidak formal kerana tidak terikat dengan waktu dan tempoh yang tertentu. Meskipun begitu, pendidikan formal yang telah diterima dari peringkat awal banyak membantu seseorang untuk melanjutkan ilmu ke peringkat lebih tinggi menerusi PSH ini. Pendidikan tidak formal yang asal dan original sebenarnya diterima secara asas daripada keluarga dan pembelajarannya berlangsung tanpa disedari yang diikuti dari semasa ke semasa secara tidak langsung. Pendidikan tidak langsung juga berlaku menerusi pergaulan dan pembelajaran melalui persekitaran. Namun, pendidikan tidak formal hasil daripada pengamatan terhadap persekitaran banyak bergantung kepada tahap kematangan seseorang 32

Serumpun Wangian Ilmu individu menerimanya. Jika tidak pandai menilai dan tidak pandai memilih kemahiran, maka akan menghasilkan suatu bentuk masyarakat yang tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada diri, apatah lagi masyarakat. Individu yang boleh mengaitkan persekitaran dengan pencipta-Nya lebih mudah untuk mencapai kehidupan yang bersifat universal (sejagat) dan kenal akan dirinya kerana kehidupan adalah proses pendidikan sepanjang hayat. Meneruskan perbincangan tentang hal ini, Pembelajaran Sepanjang Hayat mampu memperbaiki mutu dan memberikan sumbangan kepada pembangunan keluarga, masyarakat, dan negara. Bukan itu sahaja, sesetengah masyarakat yang memiliki kemahiran yang di luar daripada kebolehan orang lain di tempat premis bekerja bukan sekadar menaikkan nama jabatan, malahan akan memberikan pendapatan sampingan jika sekiranya pandai membahagikan masa antara bekerja dan keperluan tambahan kewangan individu. Pendidikan Sepanjang Hayat bukan sahaja dibuka dan diberi peluang oleh kerajaan kepada orang-orang yang bekerja sahaja, malah PSH ini merangkumi tawaran kepada sesiapa sahaja yang sanggup untuk meningkatkan tahap kebolehan diri mereka. sesiapa sahaja termasuk suri rumah, orang kurang upaya, pesara kerajaan, gelandangan, penganggur, sehinggalah membawa kepada golongan warga tua. Ketiadaan had dan sempadan latar belakang ini bertujuan untuk memberikan latihan dan kemahiran serta pendidikan kepada semua orang. Sekaligus akan menyahut seruan kerajaan untuk mensifarkan buta huruf di Malaysia. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan pembangunan modal insan yang banyak ditekankan sewaktu pembelajaran secara formal berlangsung. PSH terdiri daripada empat kluster, namun hanya tiga kluster sahaja yang dibuka dan ditawarkan kepada orang awam. Kluster yang pertama program pengajian separuh masa untuk peringkat persijilan, diploma, ijazah, dan ijazah lanjutan termasuk juga pembelajaran secara online ataupun e-learning. Kluster kedua merupakan pengajian yang melibatkan ilmu-ilmu teknikal dan kemahiran yang tempohnya yang tidak melebihi tempoh enam bulan pengajian. Kluster yang ketiga merupakan pengajian untuk peningkatan ilmu dan kemahiran serta pembangunan diri individu. Sepanjang tempoh 2012/2013 telah banyak rancangan dilaksanakan menurut perancangan PSH yang telah ditawarkan oleh 15 kementerian dan pelbagai agensi yang lain yang dilantik untuk melaksanakan PSH. Pelan tindakan dalam pelaksanan PSH menjelang 2020 adalah untuk meningkatkan mekanisme dan prasarana pengajian tinggi dan pelbagai langkah telah dirancang untuk merealisasikannya. Yang pertama, menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan PSH di bawah Majlis Penasihat dan Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi dan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Ahli majlisnya pula terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi, ataupun jabatan. 33

Serumpun Wangian Ilmu Pelan tindakan yang lain membina dan mengembangkan pembelajaran sepanjang hayat di IPT menerusi penyediaan dan pelaksanaan kurikulum yang dijalankan berasaskan perancangan yang awal. Meskipun begitu setiap kursus akan melalui MQF dalam melaksana dan menjalankan kursus secara formal ataupun tidak formal. Untuk melicinkan usaha dan perancangan pelan tindakan ini, maka pihak kerajaan negeri dan pihak kerajaan tempatan seharusnya memberikan kerjasama yang baik. Usaha ini digembleng untuk mencapai target penambahan enrolmen pelajar PSH sebanyak 10 peratus untuk peringkat diploma. Harapan ini akan mudah direalisasikan apabila syarat kemasukan adalah lebih fleksibel dan tidak menekankan pelajar. Bentuk-bentuk pengisian sebegini memudahkan setiap pelajar diiktiraf mengikut norma-norma yang masih ditentukan oleh ahli lembaga pengarah. Berikut adalah bentuk pengiktirafan PSH dan usaha untuk mempromosikan PSH di peringkat Malaysia. Untuk memperkemaskan pengiktirafan PSH, beberapa langkah berikut akan dilaksanakan: i. Mengiktiraf program latihan kementerian lain untuk kemasukan ke program IPT di bawah MQF. Pengiktirafan jam kredit akan dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk tujuan penentuan subjek yang akan diambil dalam sesuatu program kursus. ii. Memudahkan tawaran kursus secara modular mengikut kesesuaian masa peserta. Bawah kaedah ini, jumlah kredit bagi sesuatu modul dapat dikumpul dan digunakan untuk meneruskan pengajian bagi modul berikutnya pada masa lain sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah. iii. Mempertingkatkan promosi. Untuk menggalakkan lebih ramai orang awam menyertai PSH, langkah- langkah berikut akan dilaksanakan iaitu menyediakan kemudahan untuk komuniti mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran PSH secara mudah (seperti kios PSH) dan memperkembangkan dan menekankan kesedaran PSH melalui promosi pelbagai media seperti radio dan televisyen khas. Kesimpulannya, PSH adalah salah satu peluang yang dibuka oleh kerajaan untuk memberi ruang kepada masyarakat yang ingin menambahkan pengalaman dan kemahiran. Golongan muda yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat profesional mereka mempunyai pelbagai pilihan dan inisiatif ini perlu diambil untuk menyahut cabaran globalisasi ekonomi dunia. PSH ini juga bertujuan untuk memberikan kemahiran agar masyarakat dapat berdikari tanpa mengharapkan kerajaan memberikan mereka pekerjaan semata-mata. Mereka boleh bergerak sendiri apabila sudah memiliki pelbagai ilmu dan kepakaran dalam diri masing- masing. 34

GENRE SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BAHASA MELAYU ABAD KE-21 Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Hajah Amanah binti Mohd Noor Seminar Penyelidikan Pendidikan Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) 2015 Anjuran: IPG Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan, Sarawak ABSTRAK Pengajaran sastera dalam P & P bahasa Melayu menjelang abad ke-21 memerlukan suatu kemahiran yang baru. Kemahiran yang sedia ada perlu dipertingkatkan penggunaannya untuk memastikan kurikulum yang lama diubah suai mengikut kesesuaian dan pencapaian pemikiran pelajar-pelajar zaman siber ini. Oleh itu, beberapa kaedah boleh digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera di sekolah untuk memastikan pelajar-pelajar tidak bosan di samping meneroka bentuk pengisian pembelajaran yang terkini. Untuk itu, beberapa pendekatan atau kaedah yang disarankan boleh digunakan oleh guru untuk memberi keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu menggunakan genre sastera di dalam bilik darjah. Justeru, tiga cadangan yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1994) untuk mengajar bahasa Melayu menggunakan genre sastera iaitu Kaedah Analisis–Struktur, Kaedah Mengalami-Menghayati dan Kaedah Berfokus. Ketiga-tiga kaedah ini menekankan perancangan yang rapi yang perlu memasukkan unsur-unsur futuristik, fleksibel dan dinamik yang dapat mencorakkan pemikiran masyarakat yang mencabar sesuai dengan zaman globalisasi. Oleh itu, ketiga-tiga kaedah ini adalah sebahagian daripada kaedah yang boleh diguna pakai dalam P & P bahasa Melayu yang menggunakan genre sastera. Kata Kunci: Sastera, pendekatan, keberkesanan, kaedah PENGENALAN Kurikulum abad ke-21 perlu dibentuk agar sesuai dan relevan dengan keperluan dan keadaan pada masa ini untuk memenuhi matlamat yang ditentukan oleh kementerian pelajaran. Garis panduan bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum perlu melihat dari aspek pembangunan dan kemajuan teknologi yang dicapai oleh masyarakat. Begitu juga genre sastera yang diajar menerusi KOMSAS yang memerlukan bentuk pendekatan pedagogi yang terkini dan menarik untuk menjana minat belajar pelajar-pelajar terhadap bidang Kesusasteraan Melayu. Oleh itu, 35

Serumpun Wangian Ilmu genre sastera dalam KOMSAS memerlukan pendekatan yang baru yang mampu menarik minat pelajar untuk terus belajar dan menghayati corak pembelajaran yang berasaskan perkembangan teknologi terkini. Kurikulum yang dibentuk pada abad ke-21 perlu relevan dan koheran dengan keadaan pada masa tersebut yang membolehkan matlamat yang telah digariskan dipatuhi. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu ditentukan oleh keadaan dan perkembangan yang berlaku dalam aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa. Ini untuk memastikan rakyat Malaysia mampu menangani dan mengatasi cabaran globalisasi hasil daripada ledakan teknologi maklumat. Hal ini juga penting untuk memastikan mereka boleh membuat pilihan yang tepat dan berkesan dan tidak bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai semasa masyarakat. Oleh itu, genre sastera ini adalah penting untuk membentuk peribadi menerusi pengajaran dan pembelajaran kerana banyak nilai yang terkandung di dalamnya. Genre Sastera diajar kepada pelajar-pelajar adalah bertujuan untuk memperkembang potensi individu ke arah yang lebih baik. Hal ini sejajar dengan pengajaran bahasa Melayu yang mendokong falsafah pendidikan kebangsaan iaitu memberi keseimbangan dalam aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial). Pelaksanaan Komsas dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu mula diperkenalkan pada tahun 2000. Salah satu tujuan KOMSAS ini diperkenalkan adalah untuk memberi keseimbangan aspek akademik dan bukan akademik kepada pelajar dalam menangani cabaran globalisasi masa kini. Oleh itu, genre sastera adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru terhadap pelajar-pelajarnya untuk mencapai potensi diri yang maksimum dari aspek kurikulum dan untuk mencapai keseimbangan diri yang baik dalam pelbagai aspek. Untuk memberikan keberkesanan yang maksimun, maka beberapa pendekatan boleh digunakan untuk mengajar genre sastera ini kepada pelajar. Kebiasaannya, genre sastera ini kurang diminati oleh pelajar terutama sekali pelajar-pelajar yang cemerlang dari aspek sains dan teknologi semasa. Pada mereka, dunia sastera tidak memberikan apa-apa pulangan yang cepat kepada mereka sebagaimana bidang sains dan teknologi. Justeru para guru perlu memikirkan kaedah yang berkesan dan dapat menarik minat pelajar terhadap genre sastera ini. Maka sebab itulah corak atau kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diberi nafas semula dan pendekatan yang baru untuk mendatangkan minat yang lebih kepada pelajar perlu dikuasai oleh guru. Untuk itu, tiga kaedah tersebut iaitu Kaedah Analisis–Struktur, Kaedah Mengalami-Menghayati dan Kaedah Berfokus akan dibincangkan untuk memberikan penerangan cara penggunaannya di dalam kelas. 36

Serumpun Wangian Ilmu KAEDAH ANALISIS–STRUKTUR Kaedah analisis struktur ini ialah kaedah analisis yang menggunakan teori kritikan struktural yang menjadi kaedah kritikan paling awal dalam bidang kritikan sastera. Kaedah ini memperkatakan tentang aspek-aspek sastera dengan mengupas perkara-perkara asas yang membawa kepada pembentukan karya sastera dalam pelbagai genre. Struktur ini membincangkan aspek binaan asas yang tidak menyentuh tentang aspek-aspek lebih mendalam seperti penikmatan dan penghayatan sastera. Perkara-perkara yang menjadi kupasan dalam kaedah ini ialah tema, persoalan, plot, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan, gaya bahasa dan lain-lain bentuk yang menjadi asas pembentukan genre sastera. Kaedah struktural ini merupakan kaedah yang dikatakan tidak boleh berdiri sendiri kerana saling bergantung antara setiap elemen yang terdapat di dalamnya yang membentuk kesatuan cerita yang kuat dan utuh. Ini yang dikatakan unsur dalaman atau unsur intrinsiknya berkaitan antara satu dengan yang lain. Tema ialah persoalan utama yang menjadi inti kepada sesebuah karya dan persoalan pula ialah isu-isu lain yang berkaitan langsung kepada karya yang dibina. Persoalan yang dibincangkan dalam karya merupakan huraian kepada tema asas yang diadunkan untuk menjadikan cerita lebih menarik. Persoalan juga akan menjadi titik tunjang untuk menyambung dan mengembangkan lagi cerita. Seringkali juga persoalan ini dibuat dalam pelbagai olahan untuk memberikan klimak cerita yang lebih kompleks. Persoalan dan tema akan bergandingan dan akan membentuk cerita menarik ataupun tidak. Olahan tema dan persoalan memungkinkan cerita menjadi lebih kompleks dan lebih menarik sekiranya kedua-dua hal tersebut diadun dengan cukup baik dan mengikut olahan cerita yang boleh diterima dengan berkesan oleh pembaca. Guru-guru yang menerangkan tentang tema dan persoalan ini perlu menerangkan kepada pelajar elemen ini adalah elemen utama dalam sesebuah karya sastera. Plot pula ialah perjalanan cerita yang berjalan dari awal hingga akhir karya yang membina jalinan cerita tersebut. Latar pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu latar tempat, latar masa, latar masyarakat, latar budaya dan sebagainya yang menjadi sokongan kepada sesebuah cerita. Manakala sudut pandangan ialah kaedah penyampaian cerita yang digunakan oleh pengarang. Watak dan perwatakan pula ialah orang yang memainkan peranan utama ataupun sampingan dan daripada watak itu pula dicerakinkan perangai dan tabiat pelaku-pelakunya. Gaya bahasa pula ialah corak penyampaian yang digunakan semasa perbualan ataupun cerita dari awal hingga akhir dengan menggunakan bahasa biasa, bahasa basahan, bahasa daerah ataupun pelbagai bahasa yang mendominasi sesuatu kawasan dalam cerita. Corak kebiasaan atau struktur penceritaan yang digunakan dalam kaedah Analisis-Struktur ialah kaedah induktif yang membolehkan elemen- elemen sastera diadun untuk membentuk pelbagai isu cerita yang sebenar ataupun 37

Serumpun Wangian Ilmu cerita rekaan oleh penulis. Elemen-elemen tersebut mempunyai fungsi yang tersendiri dan mengawal struktur penceritaan yang berlaku. Kaedah ini dipanggil juga sebagai satu kaedah yang mengambil kira unsur-unsur intrinsik yang membina karya tersebut. Penganalisisan bahan sastera dengan kaedah ini membolehkan perhubungan bagi setiap elemen difahami dalam sesebuah karya dan hubungan ini dapat dikesan apabila pembedahan atau analisis dilakukan satu persatu terhadap karya-karya kesusasteraan tersebut. Kaedah pembedahan struktur ini akan memudahkan pemahaman pelajar dan bagi pelajar yang berbakat dan berminat dengan dunia penulisan, kaedah yang diterangkan memudahkan mereka mencipta karya mereka sendiri. Tidak mustahil bagi pelajar yang berbakat dan berminat mereka akan meminta guru untuk menolong mereka membina susunan cerita yang berasaskan pengalaman dan juga khayalan mereka. KAEDAH MENGALAMI-MENGHAYATI Kaedah mengalami dan menghayati ialah satu kaedah yang digunakan untuk menikmati karya sastera dengan lebih mendalam. Melalui kaedah ini pelajar akan lebih menjiwai dan merasakan lebih dekat dengan dunia penghayatan sastera. Kaedah ini diperkenalkan oleh Googman pada tahun 1962 dan mengikut Googman kaedah ini adalah kaedah yang menunjukkan tanggapan oleh pembaca. Individu yang terlibat akan menilai dengan lebih dekat dan pembaca tersebut mampu menghayati bahan-bahan bacaan dengan lebih baik. Bahasa yang digunakan oleh penulis mampu dikupas dan dihayati oleh pembaca dan bermakna. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan gaya bahasa yang digunakan lebih mudah kepada sesetengah pembaca. Kaedah mengalami dan menghayati memberikan perhatian kepada proses penikmatan dan kebiasaannya pengalaman pelajar akan digunakan untuk mengaitkan dengan situasi yang diajar oleh guru. Disebabkan pengalaman yang dirasai secara langsung, maka kaedah ini mudah untuk dinikmati dengan lebih baik oleh pelajar. Jika sekiranya pelajar diberikan bahan-bahan yang berkaitan langsung dengan pengalaman diri mereka, maka tidak mustahil pelajar akan menunjukkan minat yang lebih dan aktiviti yang dijalankan akan menjadi lebih mudah. Persoalan- persoalan yang ditimbulkan oleh guru akan mudah dijawab oleh pelajar dan objektif pembelajaran akan mudah dicapai oleh guru. Untuk memberi kesan yang lebih mendalam, guru perlu lebih kreatif menyediakan bahan bantu mengajar agar pengalaman yang digarapkan oleh pelajar menerusi kaedah ini mampu diselami dengan lebih mendalam. Apabila peranan masing- masing mampu dijayakan, maka tidak mustahil pelajar akan dapat menghayati bahan P & P dengan lebih baik dan lebih yakin. Andai mereka diminta untuk mendeklamasi sajak, mereka akan dapat mendeklamasi dengan penuh semangat dan turut memberi kesan langsung kepada kawan-kawan yang menyaksikannya. 38


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook