Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buku ke 4

Buku ke 4

Published by narawiabubakar, 2023-01-25 13:49:56

Description: Buku ke 4

Search

Read the Text Version

1 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik BAHAGIAN 1: NARATIF LAPANGAN Huruf, Pena dan Buku Ketiga-tiganya itu mengambarkan bertapa besarnya implikasi kepada manusia. Ada ilmua mentakrifkan sejarah itu bermula apabila manusia menula menulis (Hasrizal Abdul Jamil)

2 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Naratifku di Lapangan Berkongsi ilmu pengetahuan bukanlah satu tugasan yang mudah. Tambahan pula mengubah bahasa akademik ke laras baisa, memerlukan kemahiran tinggi. Saya perlu menyelaraskan semula bahasa kajian kepada bahasa yang santai, mudah dibaca dan difahami. Tulisan ini bukan untuk dinilai oleh pemeriksa, tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan mengembangkan pendapat dalam disiplin ilmu ini. Keyakinan menulis secara naratif bertambah setelah saya membaca buku „Kajian Inkuri Naratif tulisan Dr Noor Aini Ahmad. Buku ini dibeli ketika mengikut Seminar

3 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Pendidikan Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2014.

4 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Pendahuluan Penceritaan sebagai etnografi juga dikenali sebagai naratif personel berdasarkan pengalaman sendiri penulis. Dimensi orang dalam atau auto-etnografi hanya boleh diperoleh apabila seseorang mempunyai pengetahuan tentang murid, budaya mereka dan kita diterima sebagai ahli dalam kumpulan mereka. Semasa menulis dapatan, penceritaan secara etnografi digunakan. Sesuai dengan peranan saya dalam intervensi yang turut serta secara intensif dalam latar sebenar. Buku ini ditulis dalam dua bahagian. Bahagian pertama merupakan naratif pengalaman menceritakan perjalanan seorang pelajar PhD. Menggunakan kata ganti nama pertama „aku‟. Manakala bahagian kedua pula lebih berfokus dalam dapatan kajian yang lebih menjurus kepada dapatan kajian saya. Menggunakan kata ganti nama „saya‟.

5 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Melapor Secara Segmen Dalam bahagian ini, aku menceritakan pengalaman awal menjalankan penyelidikan bermula daripada pengalaman menjejakkan kaki ke lapangan. Aku berjaya menyusun enam segmen. Enam segmen itu termasuklah segmen berkampung semula, segmen adat bertandang, segmen latar tempat, segmen orientasi kajian, segmen antara keramahan dan kesediaan dan akhir sekali segmen kajian lapangan. Segmen- segmen ini menceritakan kepada pembaca tentang budaya yang telah aku bolosi. Setelah seminggu menjalankan orientasi kajian, barulah aku memulakan kajian lapangan. Segmen berkampung semula. Menghuraikan tentang demografi kajian seperti latar tempat dan watak. Penghuraian watak tidak tertumpu hanya kepada murid, tetapi turut diselitkan dengan pengenalan seimbas lalu guru-guru dan beberapa

6 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik orang murid untuk membangkitkan senario semula jadi dalam aspek pengajaran. Segmen orientasi kajian pula merupakan cerita pembabitan aku sepanjang tempoh pengenalan diri sehingga aku berasa selesa untuk memulakan penyelidikan sebenar. Sewaktu orientasi kajian, aku tidak membuat sebarang catatan mengenai kajian lapangan mahupun merakam temu bual. Aku sekadar mahukan kehadiran disedari oleh guru-guru dan murid-murid dan menyertai kebanyakan daripada aktiviti persekolahan mereka. Membina „rapport‟ atau hubungan baik ini penting semasa melaksanakan kajian. Penerimaan saya di sekolah ini dirasai apabila guru bertugas memberikan saya „sit in’ atau menjadi guru ganti sementara semasa guru asal berkursus. Segmen lapangan, menggamit pembaca untuk memahami pengajaran penyelesaian masalah matematik berayat dalam bilik operasi. Segmen lapangan mencungkil kisah yang berlaku ketika murid menyelesaikan masalah matematik berayat. Sepanjang penceritaan mengenai pengajaran di bilik operasi, aku turut menyelami emosi, hubungan, tanggungjawab dan harapan sekumpulan guru matematik di SK Kpg Pemukat (bukan nama sebenar). Penceritaan turut dilakukan

7 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik menerusi pengalaman dan pengamatan daripada kaca mata aku yang merupakan ciri utama autobiografi. Autobiografi menghubungkan cerita di lapangan dengan kisah personal sendiri. Secara relatif, aku menyelitkan diri dan berinteraksi dengan murid. Sebagai seorang guru matematik, penulisan laporan secara kualitatif pada peringkat awal agak kaku, membosankan dan mendatar tanpa episod menarik. Bak kata ungkapan yang sering didengar „belajar daripada kesilapan‟, saya membuat rujukan di perpustakaan dan mula membaca beberapa buah buku cerita dan novel bagi melihat gaya dan cara penulisannya. Saya mengambil keputusan untuk meneruskan kajian lapangan setelah mendapat rentak penulisan yang diingini. Saya memilih untuk menggunakan ganti nama diri pertama iaitu „aku‟ dalam penceritaan agar lebih bersahaja dan tidak terlalu kaku sehingga hilang elemen bercerita. Berikut adalah elemen segmen yang ingin diterangkan.

8 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Segmen 1: Berkampung Semula Apabila aku membelok kereta kelisa berwarna putih ke SK Kpg Pemukat, kenangan dua tahun lalu ketika berkhidmat di sini segera menerpa ke dalam kotak fikiran. Aku tersenyum sendirian. Satu demi satu wajah murid-murid jelas tergambar di hadapanku. Begitu juga wajah rakan-rakan sejawat yang pernah mengharungi hari-hari persekolahan selama hampir lapan tahun di sini. Hari ini aku berkampung semula di SK Kpg Pemukat. Lama juga aku mengelamun dan memerhatikan persekitaran dari dalam kereta. Keadaan di luar masih seperti biasa. Pokok- pokok bunga yang aku tanam dahulu masih subur dan cantik. Kelihatan beberapa batang pokok meninggi dan sedia berkhidmat untuk murid berteduh di kala panas terik matahari. Kelihatan ruang kantin masih seperti biasa malah pengusahanya pun masih kekal yang dulu. Kelihatan ada beberapa orang guru sedang

9 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik menikmati minum pagi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sengaja aku keluar awal dari rumah pagi ini kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Pada kebiasaannya, perjalanan dari kediamanku ke SK Kpg Pemukat hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Sungguhpun di daerahku ada enam buah sekolah rendah kategori luar bandar, aku lebih selesa ke SK Kpg Pemukat kerana yakin dapat mengumpul data yang kaya di sini. SK Kpg Pemukat merupakan pilihan utama aku menjalankan kajian lapangan kerana kriteria paling penting untuk seseorang penyelidik ialah mengenali „gate keeper’ iaitu memasuki lapangan tanpa sebarang masalah. Tambahan pula berdasarkan kajian awal yang aku jalankan di enam buah sekolah rendah luar bandar di daerahku, SK Kpg Pemukat mempunyai murid yang paling ramai bermasalah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. aku lebih selesa ke SK Kpg Pemukat kerana yakin dapat mengumpul data yang kaya di sini Aku ternampak kelibat seorang wanita berusia akhir 30-an yang amat aku kenali keluar dari kereta Honda Insight. Aku mengekorinya hingga ke pintu pejabat am. Tidak kusangka, kedatanganku disambut baik oleh Cikgu Khairiah, guru matematik

10 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik yang telah berkhidmat enam tahun di sana. Tidak banyak perubahan dalam pejabat yang dicat cerah itu, kecuali terdapat sebuah mesin kad pintar untuk merakam waktu keluar masuk kakitangan sekolah. Berbeza zaman aku dulu, rekod kedatangan hanya tulis tangan sahaja. Aku ditegur oleh Cikgu Maleki, seorang rakan guru, guru kaunseling di SK Kpg Pemukat “Bro, lama tak nampak, apa aktiviti sekarang?” Aku pun menjawab dengan bersahaja, “ingin membuat kajian lapangan”. Seorang demi seorang guru memasuki bilik guru. Aku memberi salam kepada setiap orang daripada mereka. Cikgu Rony, Cikgu Limin, Cikgu Jack, Cikgu Azhar, Cikgu Syahirah, Cikgu Seri, Cikgu Elizabeth, Cikgu Norhana, Cikgu Tracy dan Cikgu Malvina yang masih mengajar di SK Kpg Pemukat. Mereka semua adalah rakan rapatku semasa di SK Kpg Pemukat. Cikgu Khairiah merupakan guru harapanku yang banyak membantu dalam program ini. Sesuai dengan jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik, dia suka membantu dan tidak banyak berkira. Kak Rosyati tegas dengan pendiriannya dan Cikgu Bakar guru matematik masih pendiam seperti dahulu dan sekali sekala sering mengeluarkan cerita falsafahnya. Tidak dinafikan banyak perkara sepanjang orientasi kajian bermula dengan kesilapan. Tetapi aku berusaha mengatasinya secara perlahan-lahan

11 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik seperti mengingat nama rakan guru baharu, nama murid, jadual waktu mereka dan kedudukan bilik darjah. “Alah bisa tegal biasa”, tanpa banyak masalah aku dapat membiasakan diri dengan situasi di lapangan dalam sekelip mata.

12 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Segmen 2: Adat Bertandang Adat bertandang ke tempat orang harus diikuti. Semua prosedur perlu dipatuhi. Aku memaklumkan kehadiranku di pejabat pentadbiran pada hari pertama menjalankan kajian lapangan. Aku berjumpa dengan Guru Besar dan membawa surat kebenaran membuat penyelidikan daripada KPM dan JPNS dan senaskah proposal kajian. Dia melihat dengan pandangan serius dan memanggil Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Saili dan Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Cecelia untuk sama- sama berbincang. Wajah serius itu menampakkan ketokohannya sebagai ketua pentadbir di SK Kpg Pemukat, namun hatinya cukup baik. Mereka tiada halangan malah berterima kasih dengan kehadiranku, kerana memilih sekolah mereka. Ternyata kehadiranku disambut baik oleh pihak pentadbiran dan mereka

13 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik berharap aku boleh membuat sesuatu untuk kebaikan murid di SK Kpg Pemukat.

14 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Segmen 3: Latar Tempat SK Kpg Pemukat mula beroperasi pada tahun 2004. Aku adalah salah seorang perintis operasi sekolah ini. Pada masa itu hanya bangunan saja tersergam indah. Kiri dan kanan tiada bangunan. Waktu itu, persekitaran agak panas kerana belum ada walau sebatang pokok pun tempat untuk murid berteduh sementara menanti ketibaan bas sekolah. Keceriaan adalah pada tahap sifar kerana sebatang pun pokok bunga sebagai penyeri sudut tidak kelihatan. Pada waktu itu, kami sama-sama menyusun atur bilik darjah, aku dan rakan- rakan guru yang lain mengeluh kerana sekolah baharu ini seolah-olah belum bersedia untuk digunakan. Namun, pengalaman memulakan operasi sekolah baharu merupakan pengalaman yang sangat bermakna bagi kami. Semua guru yang bertugas bertuah kerana berpeluang untuk memulakan sesi

15 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik persekolahan di sekolah baharu. Tiba-tiba guru penolong kanan yang menjalankan tugas Guru Besar ketika itu menghampiri aku dan memberikan tugasan untuk mengajar matematik Tahun 2. Aku agak kekok kerana sebelum ini aku mengajarkan matematik murid sekolah menengah. Namun berbekalkan semangat guru serba boleh, aku menerimanya dengan rasa tanggungjawab dan ingin belajar serta, mengajar murid seusia lapan tahun. aku memikirkan tentang masa depan mereka. Sekiranya mereka ini tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul. Semasa memulakan sesi persekolahan pada tahun 2004, tidak ada sebuah bilik khas untuk murid pemulihan belajar. Pada pandanganku, sekurang- kurangnya harus ada sebuah bilik untuk mengumpulkan murid berpencapaian rendah agar mudah dibimbing, keluhku ketika itu. Selang beberapa tahun, barulah sebuah bilik pemulihan diwujudkan. Saban tahun, pasti ada sahaja murid yang mempunyai pencapaian rendah. Setiap tahun kemasukan murid Tahun 1 ialah sekitar 120 orang hingga 140 orang. Namun kelas pemulihan hanya boleh menampung 15 orang murid sahaja untuk satu sesi pembelajaran. Pengamatan aku terhadap

16 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik murid berpencapaian rendah ini mendalam sehingga aku memikirkan tentang masa depan mereka. Sekiranya mereka ini tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul.

17 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Segmen 4: Orientasi Kajian Hampir tiga bulan aku mendampingkan diri bersama warga SK Kpg Pemukat. Sejak detik itu jugalah bermulanya episod dalam kehidupanku sebagai seorang penyelidik. Sepanjang orientasi kajian, aku mengharungi kembali rutin yang pernah kulalui dahulu. Aku memerhati dengan mata kasar perlakuan guru ketika mengajar matematik dan melihat perangai murid dalam menerima ilmu yang guru curahkan. Melalui orientasi kajian ini juga, aku telah membaiki beberapa tema dan membina tema baru untuk diguna pakai sewaktu menyediakan usulan. Malah, cadangan tajuk ini juga beberapa kali berubah bagi menyesuaikan dengan penceritaan keseluruhan penyelidikan. Kini panitia matematik mempunyai ahli seramai sepuluh orang. Tujuh orang merupakan opsyen

18 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik matematik, manakala selebihnya bukan opsyen matematik. Semua guru dalam panitia ini amat rapat antara satu dengan yang lain. Mereka saling berbincang apabila ada masalah dan sering bertukar-tukar fikiran tentang cara hendak menerangkan sesuatu topik dengan baik kepada murid agar mudah difahami. Rutinku, setiap kali berkunjung ke SK Kpg Pemukat, aku datang awal agar berpeluang untuk berbual dengan murid-murid sebelum perhimpunan pagi. Mereka ramah dan suka bercerita. Mereka gemar bercerita tentang keluarga dan aktiviti yang dilakukan selepas pulang dari sekolah. Semakin lama aku bersama mereka, semakin mendalam jiwaku untuk membantu mereka keluar daripada kebuntuan memahami masalah matematik berayat. Aku teringat nasihat bekas guru besarku satu ketika dahulu, “Buat yang terbaik untuk semua murid, kerana mereka pelanggan kamu”. Murid- murid yang berpencapaian rendah harus diajar dengan terancang, tersusun dan teratur. Kriteria ini bagiku perlu didalami dan difahami oleh setiap guru matematik dan mereka perlu mengambil tindakan proaktif. Hingga satu ketika dalam penulisan ini, aku berasa begitu keliru dengan rasa ingin membantu dengan lebih jauh lagi. Ini mungkin perasaan yang telah lama aku tinggalkan sejak berpindah kepada majikan baharu. Perasaan itu datang lagi, bisik hatiku.

19 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Segmen 5: Antara Ramah dan Kesediaan Keramahan guru-guru di SK Kpg Pemukat membuatkan aku cepat mesra. Aku juga ingat pesan arwah bapaku agar ringan tulang di tempat orang. Aku menghulurkan bantuan semampuku. Sepanjang proses orientasi kajian, aku diajak menghadiri ceramah keselamatan di Dewan Terbuka, Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat, Majlis Sambutan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya dan macam-macam lagi. Aku juga menyaksikan semangat setia kawan yang tinggi dan usaha yang gigih dipaparkan oleh guru-guru di sini bagi meningkatkan kecemerlangan murid- murid. Sesekali kami membawa makanan dari rumah dan menjamu selera bersama-sama di bilik pemulihan. Biasanya, aku hanya membawa kuih karipap putar

20 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik kegemaran Cikgu Azhar. Pernah satu pagi, aku terkejut melihat makanan yang dihidangkan tersusun rapi. Rupa- rupanyanya ada rakan meraikan hari jadi Cikgu Zuraida. Sambutan yang ringkas namun memberi makna mendalam dalam semangat setia kawan. Aku berkongsi emosi dengan guru –guru panitia matematik, lebih banyak yang kami bualkan dan lebih mendalam aku dapat hayati tugas harian mereka. Aku juga melihat kesukaran mereka melaksanakan pengajaran khususnya menyelesaikan masalah matematik berayat. Sungguhpun pada mula kajian dijalankan, mereka seakan- akan menyembunyikannya daripada pengetahuanku. Barangkali dalam keadaan ini, aku terasa diri ku dianggap sedang melakukan tugasan pensyarah maktab. Maklumlah, aku sudah bertugas di Institut Pendidikan Guru sebelum menjalankan penyelidikan ini. Penjelasan demi penjelasan diberikan hinggalah aku akhirnya berjaya berkongsi emosi, menghayati kesukaran yang dialami, mendengar impian dan harapan mereka sebagai guru matematik di luar bandar. Aku juga berkesempatan memerhati pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas. Aku yakin pilihan sembilan orang murid dalam kajian ini tepat dan dapat mengumpul data yang kaya untuk menjawab semua soalan kajianku. Melalui pembacaan, perbincangan bersama penyelia, kajian awal dan tempoh orientasi kajian, kini aku

21 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik sudah bersedia untuk mengumpul dan menganalisis data sebenar. Aku bersandarkan pengetahuan yang ditimba sewaktu mengikuti kursus kajian kualitatif di UMS pada tahun 2012 untuk mentadbir data dengan baik.

22 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Segmen 6: Kajian Lapangan Pentadbiran di SK Kpg Pemukat diterajui oleh Guru Besar (GB) baharu, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) baharu, dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK) baharu. Hanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) sahaja guru lama, semasa aku bertugas di sana. Keadaan ini tentu sekali menggusarkan hatiku. Bagaimanakah penerimaan GB dan PKP baharu terhadap kehadiranku? Persoalan yang menghantui fikiranku terlerai apabila aku mendapat kerjasama sepenuhnya daripada GB. Aku menyerahkan surat kebenaran menjalankan penyelidikan kepada pihak pentadbir sekolah sebelum memulakan kajian lapangan. Aku perlu meyakinkan GB bahawa kajianku tidak mengganggu pengajaran dan mempunyai kepentingan jangka pendek dan jangka panjang di SK Kpg Pemukat. Beliau mengharapkan agar aku

23 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik dapat membantu meningkatkan prestasi matematik di sekolah mereka. Malah, beliau juga berharap aku menyumbang sedikit sebanyak kepada calon UPSR khususnya dalam memberi ceramah dan bimbingan sebelum mereka menduduki ujian akhir tahun. Beliau mengharapkan agar aku dapat membantu meningkatkan prestasi matematik di sekolah mereka. Malah, beliau juga berharap aku menyumbang sedikit sebanyak kepada calon UPSR Hari-hari yang aku lalui sepanjang kerja lapangan begitu mencabar kerana dalam Intervensi 1-17 ini, cabaran yang paling getir ialah menangani kerenah murid-murid yang berubah hampir setiap masa. Ada yang lambat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ada yang bising dan mengganggu rakan lain. Ada yang diam dan tidak mahu meneruskan tugasan dan tidak kurang juga ada yang selalu tidak berhenti bercakap. Kadang kala, ketika situasi tengah senyap kerana mereka menyelesaikan tugasan, kedengaran suara seseorang mengeluarkan suara nyaring hingga mengejutkan rakan yang lain.

24 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik

25 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Aku dan Intervensi Dalam bahagian ini aku menceritakan penglibatan awal dalam kajian ini yang bermula daripada cerita mengikuti pendidikan formal pada tahun 1981 hingga sekarang. Dulu sebagai seorang pelajar, seorang guru, seorang pensyarah matematik dan kini sebagai penyelidik matematik. Ramuan kesemua pengalaman ini menjadikan hasil penulisan dan penyelidikan ini lebih tulin, asli dan menjiwai.

26 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Pendidikan Awal Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Kuala Lawas, Lawas Sarawak. Sebuah daerah terpencil di utara Sarawak. Semasa aku memulakan persekolahan, tiada kemudahan asas yang disediakan. Jalan raya, elektrik, bekalan air bersih dan talian telefon belum dibekalkan ke perkampungan nelayan kami. Bermula Januari 1981 dikala aku berusia 7 tahun, aku bersama dua orang abang dan seorang kakak berdayung sampan menyeberangi Sungai Lawas untuk datang ke sekolah. Ayahku membuat sampan tersebut. Beliau memotong dan membelah dua kayu balak. Kemudian beliau membentuk perahu menggunakan „beliaung‟ alat traditional lama. Selepas sampan dengan muatan lima orang diikat di titi, kami berjalan kaki lebih kurang setengah kilometer untuk sampai ke sekolah. Begitulah rutin harian untuk mendapatkan ilmu secara formal di SK Kuala Lawas. Rata-rata ibu bapa kami menyediakan selipar untuk ke sekolah.

27 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Tiada seorang pun rakanku yang memakai kasut ke sekolah. Ibu ku pun pandai, semua buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah dibalut dengan kertas dan dimasukkan ke dalam beg plastik. Ini bertujuan melindungi buku- buku daripada basah seandainya dipukul ombak atau hujan semasa menyeberangi sungai. Bermula tahun 1981 juga, aku mula belajar membaca, menulis dan mengira secara formal. Kelas kami hanya ada 17 orang murid. Lima perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Terdapat juga dalam kalangan rakan- rakanku yang tidak boleh membaca dan menulis sehingga kami mengakhiri zaman sekolah rendah. Pada tahun 1984, kami pun memasuki kelas Darjah 4. Maka, bermulalah revolusi semua murid tahap 2 mesti memakai seluar panjang ke sekolah. Sebelum ini, abang-abangku tiada peluang berseluar panjang di sekolah rendah. Wah, seronoknya masa itu. Namun, penggunaan kasut masih belum dikuatkuasakan lagi. Barangkali sebab kami masyarakat yang tinggal di kampung maka ia adalah satu kesukaran untuk ke bandar membeli kemudahan sekolah. Kemuncak sekolah rendah zaman kami ialah menanti keputusan Ujian Penilaian Darjah Lima pada tahun 1985. Keputusan tidak berpihak kepada aku. Seramai 14 orang murid gagal dan hanya tiga orang rakanku saja yang lulus.

28 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Namun, doa ibu ayah yang berada Mekah ketika itu dimakbulkan. Akhirnya, aku dapat tawaran ke sekolah menengah di Miri, sebuah sekolah yang dikira cemerlang waktu itu. Ada juga rakan sekolah ku yang tidak meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah menengah kerana beberapa faktor kedaifan dan ada juga kerana masih tidak pandai membaca dan mengira. Pada masa itu pemikiran segelintir masyarakat kampung agak tertinggal di belakang kerana jika anak-anak tidak mampu menguasai pelajaran pada peringkat rendah mereka akan beranggapan adalah sia-sia untuk mereka melanjutkan pelajaran. Meskipun begitu aku tetap bersyukur kerana sebelum aku mengakhiri persekolahan sekolah rendah, kemudahan jalan raya pun dibina. Walaupun tidak berturap namun dapat menggembirakan masyarakat nelayan di kampung kerana sudah ada titik-titik kemajuan infrastruktur muncul ke kampung ku. Bermula Januari 1981 dikala aku berusia 7 tahun, aku bersama dua orang abang dan seorang kakak berdayung sampan menyeberangi Sungai Lawas

29 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Pendidikan Menengah Pada tahun 1987, aku meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke daerah yang asing bagiku. Perjalanan ke sekolah baharuku ini hanya boleh dihubungi melalui kapal terbang kecil (Twin- Otter) yang hanya mampu membawa sembilan belas penumpang sahaja. Lagi asing bagiku apabila pertuturan masyarakat di Miri berbeza dengan masyarakat nelayan di kampungku. Mereka menggunakan dialek Melayu Sarawak yang sepatah kata pun sukar aku memahaminya. Sedangkan bahasa ibundaku adalah dialek Melayu Brunei. “Ney tapak kau ” manalah aku faham. Rupa-rupanya mereka bertanya “mana pinggan kau?”. Pinjam “sigek”. Apa tu?, rupa- rupanya pinjam satu. Namun, kawan yang ramai membantu dalam menyesuaikan aku dengan suasana baharu. Maklumlah, dahulu aku bersekolah luar bandar dan kini belajar di bandar. Situasi dan suasananya berbeza. Belajar perkara yang sama, namun

30 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik penguasaan rakan-rakan dari bandar lebih jauh baik dibandingkan kami masyarakat luar bandar. Akhirnya keputusan matematik Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 1991 kuterima membuktikan penguasaanku. Minat mempelajari matematik bermula daripada rakan. Rakan banyak membantu hingga aku lebih yakin untuk menyelesaikan setiap masalah matematik. Jika ada masalah di dalam kelas aku berlagak seperti orang pandai. Mungkin tahap keyakinan terhadap mata pelajaran Matematikku lebih baik jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Akhirnya, keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diumumkan dan aku mendapat pangkat 2 (keputusan yang baik). Aku dimasukkan ke tingkatan 4 ke aliran sastera. Aku kurang berkeyakinan belajar mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi walaupun ada beberapa guru masa itu mencadangkan aku berpindah ke kelas aliran sains memandangkan keputusan matematik dan sains ku adalah baik. Pada usia yang semakin meningkat remaja, semangat bersaing semakin ketara.

31 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Pada usia yang semakin meningkat remaja, semangat bersaing semakin ketara. Persaingan sihatlah katakan. Masih kekal dalam ingatan, seorang guru berbangsa cina memberikan motivasi dan tunjuk ajar cara menyelesaikan masalah matematik dengan tepat dan betul. Setiap kali sebelum memulakan pembelajaran, aku akan berusaha berjumpa dengan guru matematik tersebut dan bertanya beberapa soalan. Jarang- jarang sekali kami berasa hampa selepas berjumpa dengan guru tersebut kerana ia mempunyai karisma dan komitmen yang tinggi untuk membantu kami. Aku bersyukur dengan gred 3 matematik yang membolehkan aku meneruskan pembelajaran sebagai guru pelatih bidang matematik Akhirnya keputusan matematik Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 1991 membuktikan penguasaanku. Aku bersyukur dengan gred 3 matematik yang membolehkan aku meneruskan pembelajaran sebagai guru pelatih bidang matematik di Maktab Perguruan Sarawak (MPS) yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS).

32 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Alam Pendidik Bermula Januari 1994, aku memulakan langkah pertama dalam dunia pendidikan dengan mendaftar sebagai pelajar atau guru pelatih. Di Maktab Perguruan Sarawak (MPS), aku ditawarkan pengajian matematik. Aku gembira dengan tawaran ini. Mula berjinak-jinak dengan teknik pembelajaran dan baru mengenal teori-teori pembelajaran matematik. Aku bersyukur kerana pensyarah matematik masa itu sungguh berkepakaran. Kami diperkenalkan dengan pembelajaran koperatif iaitu satu teknik yang membolehkan kami berinteraksi antara satu sama lain. Semasa kami di MPS, kami melalui dua sesi praktikum. Sesi pertama, dijalankan dalam tempoh seminggu dan pada sesi kedua ia dijalankan dalam tempoh enam bulan. Pada praktikum pertama aku dihantar ke SK Jalan Bintang Miri yang jaraknya lebih kurang 15 km sahaja dari MPS. Namun pada praktikum kedua aku dihantar ke SK Pengelayan Baram, sebuah sekolah luar bandar yang aku pun tak tahu kedudukan sekolah itu. Apabila aku mencari

33 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik maklumat, aku dapati sistem pengangkutan ke sekolah itu hanya menggunakan bot ekspres dari pengalan Kuala Baram dan mengambil masa selama satu jam setengah menyusuri sungai Baram. Pada hari yang ditetapkan, dari MPS aku menaiki teksi untuk ke Jeti Kuala Baram. Ketika itu tambang bot ekspres hanya RM30.00. Apabila aku bertanya kepada pemandu bot ekspres itu, ia mengatakan bahawa sekolah itu berada di tengah- tengah perjalanan dari Kuala Baram ke pekan Marudi. Setelah mudik ke hulu selama satu jam tiga puluh minit aku pun sampai di sekolah tempat aku menjalani praktikum. Sekolah itu cantik dan terletak di tepi sungai seperti sekolah aku dulu. Bezanya cuma di sekolah rendah aku dulu dibina di kampung nelayan masyarakat melayu manakala sekolah praktikumku ini dibina di kawasan rumah panjang masyarakat iban sepanjang 63 pintu. Sekolah aku dulu terletak di kuala sungai dan sekolah praktikum ini berada di tepi sungai. Aku disambut dengan baik oleh masyarakat di sana. Bilangan guru hanya 10 orang, namun mereka gembira menyambut kedatangan ku dan menyediakan kediamanku. Aku dibenarkan menetap di rumah guru. Rumah hasil gotong- royong masyarakat Iban di sana. Aku berkongsi bilik bertiga dengan guru di sana. Kami menjalankan rutin harian seperti masyarakat Iban di sana. Pada waktu pagi sebelum ke sekolah, kami mandi di tepi sungai di atas susunan kayu

34 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik balak. Pada sebelah malam kami menggunakan jana kuasa elektrik „generato‟ sekolah bermula pada 6.30 petang dan berakhir 11.30 malam. Sekali sekala sempat juga tanganku ini memusing „generator‟ untuk menghidupkannya. Rata- rata murid tinggal di asrama dan makan di dewan makan yang disediakan oleh pihak sekolah. Bermula di sini perasaan mendidik murid luar bandar mula terpahat. Bayangkan, ada dalam kalangan mereka yang masih belum menguasai fakta asas walaupun sudah memasuki Tahun 6. Apabila aku bertanya kepada pemandu bot ekspres itu, ia mengatakan bahawa sekolah itu berada di tengah- tengah perjalanan dari Kuala Baram ke pekan Marudi. Akhir sekali, pada tahun 2004, aku mengajar di SKKB II, Miri. Kategori sekolah luar bandar. Bezanya, sekolah ini dibina atas binaan konkrit yang siap dengan pelan dan susun atur yang cantik. Ada tiga blok empat tingkat membentuk seolah-olah huruf „C‟. Sesuai dengan besar dan luas, bilangan murid juga ramai, 650 orang murid kesemuanya. Bilangan guru pun ramai iaitu hampir 40 orang.

35 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Namun, terdapat ramai bilangan murid yang masih belum menguasai kemahiran asas. Sering kali keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan pencapaian Matematik di sekolah aku jauh lebih rendah berbanding dengan keputusan mata pelajaran lain. Rasa ingin membantu murid berpencapaian rendah lagi tertusuk apabila aku diberi tugasan mengajar murid di kelas „hujung‟. Sebenarnya semua murid boleh belajar dan semua murid boleh menguasai kemahiran yang diajar kecuali mereka yang berkeperluan khas. Inilah bekalan kata-kata yang selalu disumbat di telingaku semasa aku dilantik sebagai jurulatih utama (JU) fasiLinus. Aku simpati dan empati dengan keadaan ini. Aku ingin membantu murid yang berpencapaian rendah. Pastinya, ada jalan penyelesaian bagi membantu mereka. Barangkali, kaedah pengajaran biasa tidak sesuai buat mereka. Sudah tiba masanya guru perlu mencari satu teknik mengajar yang sesuai untuk murid berpencapaian rendah ini.

36 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Pendidikan ‘tertiary’ Selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Sarawak (MPS), keinginan mendalami ilmu pendidikan masih mendalam. Banyak borang diisi untuk memohon pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Setelah tujuh tahun mencuba memohon, akhirnya pada tahun 2004 aku diterima sebagai seorang pelajar mahasiswa. Tawaran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan kepujian tidak dilepaskan begitu sahaja. Semasa tahun akhir, aku menyiapkan kertas projek berhubung pembelajaran koperatif. Semasa itu, aku juga membuat kajian lapangan. Hadir dan mengajar murid di sekolah yang bukan tempat sekolahku mengajar masa itu merupakan satu cabaran besar. Kaedah ujian pra dan ujian pos telah digunakan selepas mengajar selama sebulan menggunakan pendekatan koperatif. Banyak ilmu baharu yang aku peroleh dalam memantapkan ilmu keguruanku. Ternyata, aku menyedari pembelajaran secara berkumpulan banyak membantu murid khususnya

37 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik murid berpencapaian rendah. Aku gembira kerana penulisan kerja projekku mendapat keputusan cemerlang. Keyakinan untuk mengajar sangat mendalam setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda. Barangkali ini lumrah, apabila kita mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang hujah kita akan didengar dan digunapakai. Tidak berpuas hati dengan pencapaian yang ada, aku melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Bermula tahun 2009, aku bergelar mahasiswa UUM. Di sini aku mendalami ilmu keguruan dengan menumpukan pada pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kaedah dan teknik diperkenalkan. Pada akhir pengajian, aku menyudahkan penulisan tesis yang bertajuk “Hubungan ibu bapa dengan pencapaian matematik murid di utara Sarawak”. Pendekatan kuantitatif memberi peluang aku belajar bagaimana membina dan mentadbir soalan soal selidik. Memproses data menggunakan SPSS versi 16 merupakan kaedah yang sesuai ketika itu. Melalui penulisanku ketika itu, hubungan ibu bapa dengan pencapaian begitu ketara sekali. Empat buah sekolah yang dikaji menunjukkan murid yang tinggal dalam persekitaran ibu bapa berkerjaya syarikat minyak dan gas mempunyai pencapaian lebih tinggi berbanding dengan murid yang tinggal di kawasan setinggan atau nelayan.

38 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Bermula tahun 2009, aku bergelar mahasiswa UUM. Di sini aku mendalami ilmu keguruan dengan menumpukan pada pengajaran dan pembelajaran. Selepas tamat pengajian di UUM, aku cuba menceburi kerjaya di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tujuan asalku ketika itu ingin menabur ilmu kepada bakal guru. Jika aku mengajar bakal guru, adalah besar harapanku ilmu yang kuberi boleh disebarluaskan di pelosok sekolah di Sarawak khususnya. Perkhidmatanku di IPGKS hanya terhenti seketika pada bulan ke eman di sana. Alhamdulillah aku meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD). Hasrat mendalami ilmu pendidikan khususnya di bidang matematik tidak pernah pudar. Peluang dan kesempatan yang diberi oleh Bahagian Tajaan di bawah selenggara Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam pengajian matematik ku terima dengan tangan terbuka. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Medan ini aku jadikan sebagai asas kukuh untuk menjalankan kajian intervensi berhubung menyelesaikan masalah matematik. Berbekalkan pengalaman, bimbingan dan tunjuk ajar daripada penyelia utama, aku berkeyakinan dapat

39 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik menyudahkan penulisan ini dengan jayanya. Memulakan dengan bacaan, ternyata menyelesaikan masalah matematik berayat mempunyai isu signifikan khususnya bagi murid berpencapaian rendah. Penyelidikan ini unik dan cabaran ini dipikul kerana penyelidikan ini aku jalankan kepada murid Tahun 2. Tambahan pula, penyelidikan ini berbentuk kualitatif sepenuhnya.

40 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Intervensi Ku Aku memulakan kajian lapangan selepas dua kali membuat kajian awal. Setelah memperoleh kebenaran daripada EPRD Kementerian Pendidikan Malaysia dan proposal ku diterima, aku terus ke lapangan. Nasihat penyelia aku ikut sepenuhnya. Intervensi ini memberi peluang kepada aku mendekati murid yang berpencapaian rendah dengan lebih dekat. Setiap kali aku menjalankan intervensi aku merasakan aku seperti mereka yang inginkan pengetahuan dan inginkan penjelasan semudah yang boleh. Aku memahami mereka bukanlah sebijak seperti Adi Putera. Aku juga mengambil cabaran mendidik mereka dengan lebih tumpuan dan berfokus. Mungkin kerana bilangan mereka sedikit maka aku dapat menyediakan alat bantu mengajar dengan mudah dan senang. Biji saga yang aku kutip 10 tahun dahulu aku gunakan semasa menerangkan konsep pasangan nombor

41 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik dan operasi tambah. Sesekali batu dan guli juga digunakan untuk memberi kelainan. Ternyata, mereka suka memegang sesuatu atau alat maujud untuk meyakinkan hasil pengiraan mereka. Aku memahami mereka bukanlah sebijak seperti Adi Putera. Aku juga mengambil cabaran mendidik mereka dengan lebih tumpuan dan berfokus. Kemahiran pengajaran dalam intervensiku bermula dari aras yang mudah hingga ke aras susah selaras dengan sukatan daripada kementerian. Bermula daripada pasangan nombor dan diikuti dengan menambah tanpa mengumpul semula. Kemudian, memasukkan ayat mudah dalam menambah dengan mengumpul semula dan akhir sekali menyelesaikan masalah operasi tambah yang hasil jawapannya sudah diberi dan murid harus mencari satu nilai yang belum diberi. Inilah peringkat yang paling mencabar. Murid selalunya menambah dua nombor yang dilihatnya pada soalan. Senario ini membuktikan bahawa mereka belum memahami struktur ayat. Akhirnya, aku terpaksa membina soalan berpandu sebelum mereka berjaya mendapatkan jawapan yang betul. Namun, terdapat juga tiga orang murid yang masih belum menguasai. Perhatian dan bimbingan serta motivasi diberikan kepada murid yang belum

42 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik menguasai. Inilah intervensi, satu usaha yang dapat mengesan kelemahan murid pada peringkat awal. Intervensi ini mendidik aku agar lebih sabar. Sabar dengan perangai murid yang agak lemah dalam menyelesaikan soalan. Bersabar menunggu mereka menyelesaikan pengiraan dan menulis. Mereka lambat menulis di samping tulisan yang kurang jelas. Aku baru menyedari bahawa mereka mempunyai kesukaran menyelesaikan pengiraan mengumpul semula. Melalui bacaan literatur dan perbincangan bersama rakan- rakan, aku mendapat ilham cara mengatasi murid yang sukar menambah dengan mengumpul semula. Aku menyediakan petak pengiraan dan kertas warna bagi perwakilan menambah semula. Warna yang kupilih ialah warna kuning dan merah kerana warna merah dan kuning lebih menonjol dan menarik jika dibandingkan dengan warna lain. Setelah mencuba kaedah ini, murid boleh mengatasi masalah mengumpul semula. Mereka akan ingat menambah semula angka satu, hasil mengumpul semula kerana angka satu itu ditulis di atas warna kuning dan dilekatkan pada nilai tempat puluh atau ratus (ikut kesesuaian soalan). Aku seronok dan gembira dengan intervensi ini. Dengan melihat murid menyelesaikan masalah matematik berayat, mengingatkan aku pada situasi zaman aku sekolah rendah dahulu. Zaman dulu, guru memberikan kami setiap seorang kapur dan papan

43 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik hitam segi empat sama lebih kurang 30sm. Guruku akan memberikan soalan pada papan hitam di hadapan dan menyuruh kami menyelesaikan di atas papan hitam yang diberikan. Bantuan dan bimbingan yang diberikan oleh guru pada zaman itu memberikan ilham kepada aku untuk membimbing setiap peserta. Mungkin zaman kami dulu bilangan murid dalam sesebuah kelas adalah sedikit jika dibandingkan bilangan murid di kebanyakan sekolah sekarang. Namun, intervensi yang aku jalankan ini hanya melibatkan sembilan orang murid, maka aku mudah mengawal dan memberi tumpuan kepada mereka.

44 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik

45 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Kesimpulan dan Penutup di Lapangan Dahulu, kini dan sekarang, budaya menimba ilmu masih tidak lusuh dalam fikiranku yang telah menempuh berbagai kesukaran untuk menuntut ilmu jika dibandingkan dengan keadaan sekarang yang semakin mudah dan meluas. Marilah kita menyahut ungkapan „belajar sepanjang hayat‟. Sesungguhnya dalam kitab yang dibaca pun sering menceritakan kelebihan mereka yang menuntut ilmu. Malah darjat orang yang menuntut ilmu lebih tinggi. Bersedia dengan setiap cabaran. Jadikan semua itu sebagai loncatan untuk berjaya. Terus berusaha kerana mereka yang berjaya selalunya melalui fasa-fasa derita sebelum menjadi bahagia. Bahagian ini memberikan aku peluang untuk menulis segala perasaan dan cabaran. Refleksi ini dikarang semasa aku dalam keluh resah. Kadangkala ketika aku terputus idea dalam menulis kajian. Catatan ini mengingatkan aku siapa dan dimana nak bermula. Mana mungkin aku mengaku kalah dikala semua orang yang dibelakang aku menanti kejayaanku. Keluhan positif membakar

46 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik semangat untuk sampai ke hujung garisan penamat. Banyak cerita kesedihan dan gembira di ruangan ini. Jika ada jumpa sepuluh orang pelajar PhD, kesemua mereka akan mempunyai cerita yang berbeza. Cabaran dan halangan itu berbeza kerana pemboleh ubah berlainan antara satu dengan yang lain. Bahagian ini, aku jadikan ruang luahan rasa dan keluhan hati selepas bertungkus-lumus menjalankan penyelidikan ini selama lebih kurang tiga tahun atau 36 bulan. Pastinya terdapat berbagai perasaan yang bercampur baur; pahit manis, keinginan yang naik turun, prestasi lemah dan kuat semangat dalam menggalas tugasan ini. Aku sebagai pekerja, sebagai ayah, sebagai suami, sebagai anak dan menambah watak lagi sebagai pelajar PhD. Bermula dengan pengajian separuh masa bertukar menjadi pelajar sepenuh masa. Refleksi ini membuktikan kebebasan menulis, mencambahkan idea selain meluah rasa.

47 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Cabaran Sebagai Pelajar Tua Mula mendaftar sebagai pelajar PhD sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 3 Mac 2013. Banyak perkara baharu yang perlu dipelajari. Memang pembelajaran di peringkat ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Pengurusan masa dan kawalan emosi perlu bagi meneruskan pengajian. Alhamdulillah aku diketemukan dengan seorang penyelia yang berpengalaman, berkarisma, berdedikasi dan tidak jemu-jemu untuk membantu. Usia awal 40-an jika dilihat oleh orang berpencen, mereka mengatakan aku masih muda dan banyak peluang yang boleh aku ceburi satu hari nanti. Namun di mata pelajar tahun satu di UMS melihat aku tidak ubah seperti seorang pakcik yang menjual surat khabar di kaki lima. Barangkali uban rambutku jelas kelihatan, apatah lagi sesekali aku menyimpan rambut panjang.

48 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Namun yang seronoknya menjadi pelajar tua ini, apabila kita berhubung di kaunter perpustakaan, kaunter fakulti dan kaunter di pejabat pasca siswazah, kita sering diberi keutamaan. Mungkin mereka mengamalkan prinsip dahulukan orang yang tua berbanding dengan orang yang muda. Tenaga dan daya ingatan semakin berkurangan memaksa aku meningkatkan masa menelaah jurnal dan buku-buku. Mata sering sahaja mengantuk dan tidur awal tatkala asyik membaca dan menulis. Namun kelebihan orang tua ialah mudah bangun awal. Senang bangun jam 5.00 pagi. Maklumlah, waktu solat subuh di Sabah lebih awal berbanding di negeri-negeri lain. Selesai minum kopi 3 in 1 dan sekeping biskut aku meneruskan perjalanan ke UMS. Aku bergerak seawal dinihari bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika manusia berebut untuk ke pejabat. Aku menghabiskan masa dan waktu di perpustakaan. Bermula seawal 6.00 pagi dan balik lewat sekitar jam 6.00 petang. Strategi ini juga untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas dan aku balik ke rumah dengan mudah dan lancar. Betul apa yang dikatakan, uruskan masa dengan bijak. Begitulah rutin harian ku apabila aku berada di Sabah. Aku juga berperanan sebagai seorang suami dan ayah kepada empat orang anak. Pembahagian masa perlu diatur dengan bijak agar tanggungjawab sebagai suami dan ayah tidak

49 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik terlepas begitu sahaja. Pada masa yang sama juga aku masih mempunyai ibu berusia awal 70-an. Menyedari doa restu sang ibu sangat penting, aku juga mengatur masa untuk balik ke kampong menjumpai beliau. Kebiasaannya petang Jumaat aku akan balik berjumpa isteri dan anak-anak. Ada beberapa tugasan boleh dilunaskan melalui komputer kerana adanya kemudahan internet. Aku juga berperanan sebagai seorang suami dan ayah kepada empat orang anak. Pembahagian masa perlu diatur dengan bijak. Aku sering berhubung dengan penyelia melalui email dan whatsApp. Alhamdulillah, penyelia selalu sahaja menjawab segala persoalan yang dilontarkan dan sering memberi semangat dan motivasi bahawa aku boleh berjaya menamatkan pengajian PhD ini.

50 NARATIF Pengalaman & Dapatan Kualitatif Matematik Rezeki Allah Siapa yang Tahu Selepas SPM ramai kawan-kawan satu sekolah memasuki university. Aku tiada peluang meneruskan pengajian ke menara gading seperti mereka. Aku ketinggalan jauh di kalangan rakan- rakan seusia ku waktu itu. Rupanya rezeki itu menyapa di kala usia awal 40- an. Baru sahaja aku mula berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada 12 Jun 2012, tawaran iklan pembelajaran ke peringkat PhD pun dikeluarkan. Nasihat rakan sekerja, ku terima dan ku isi borang permohonan tersebut. Alhamdulillah, tawaran berjaya dan aku ditemu duga di Kuching Sarawak. Barangkali proposal matematik yang aku bentang meyakinkan penal penemu duga dan akhirnya surat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ku terima pada bulan Disember 2012. Kini aku menikmati cuti belajar sepenuh masa bergaji penuh dengan biasiswa


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook