photo gallery
I00 Barangan Harian dari Asia Tenggara & Korea
U capan alu-aluan daripada Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU), Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Archaeology and Fine Arts (SEAMEO SPAFA) dan Southeast Asian Ministers of Education Organization Secretariat (Sekretariat SEAMEO). Ketiga-tiga organisasi ini, yang berusaha membangunkan pendidikan, pemahaman bersama dan penghayatan antara budaya di seluruh Asia Tenggara dan rantau Asia- Pasifik, berbangga untuk bekerjasama sekali lagi dalam projek baharu yang sangat menarik ini, iaitu “Barangan Harian dari Asia Tenggara dan Korea” (Everyday Objects from Southeast Asia and Korea), yang dihasilkan dalam kerangka “SEAMEO-APCEIU Collaboration on Educational Material Development for Cultural Understanding”. Sejak 2005, organisasi ini telah bekerjasama dalam pelbagai projek berkaitan pendidikan berbilang budaya, termasuk permainan kad pendidikan “O’oh”, permainan digital “SEA Journey”, dan juga bahan bacaan dan audio visual tentang cerita rakyat dari Asia Tenggara dan Korea (cerita rakyat Korea boleh dicapai di http://asianfolktales.unescoapceiu.org). Tahun lepas, kami menghasilkan sebuah buku pendidikan mewakili lukisan dari Asia Tenggara dan Korea yang menggambarkan sesetengah perayaan tempatan dan upacara yang dibentuk melalui pembangunan budaya dan sejarah oleh nenek moyang kita selama berkurun-kurun (bahan terbitan digital ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang penganjur masing-masing di www.unescoapceiu.org, www.seameo-spafa.org dan www.seameo.org). Pada tahun ini, terima kasih atas sokongan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan Kementerian Luar Negara Republik Korea, kami mendapatkan kepakaran ahli profesional muzium dan pengkaji antropologi untuk mengumpulkan “Barangan Harian” dari Asia Tenggara dan Korea, yang bertujuan menghasilkan buku rujukan pendidikan yang boleh memaparkan barangan yang kita gunakan di rumah dan yang digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian kita. Barangan ini, yang dihasilkan daripada bahan tempatan untuk tujuan setempat, menggambarkan budaya dan aktiviti yang diamalkan di negara-negara yang diwakili di dalam buku ini, yang objektifnya akan membantu memberikan gambaran tentang sifat unik setiap budaya negara-negara ini sambil menunjukkan bahan dan teknik serantau yang dikongsi. Dengan menggambarkan seni, teknik dan amalan harian setiap budaya, bagi setiap barangan, unsur antropologi, seni, dan aktiviti harian di Asia Tenggara dan Korea dapat dipaparkan. Kami berharap pembaca akan mendapat manfaat daripada dan menghargai kandungan buku ini sebagaimana kami begitu teruja membangunkan projek ini. Dalam hal ini, kami ingin menyatakan penghargaan ikhlas kepada semua peserta yang menjayakan projek ini, terima kasih atas semangat, engetahuan dan kepakaran mereka. Dr. Chung Utak Dr. M.R. Rujaya Abhakorn Dr. Witaya Jeradechakul Pengarah Pengarah Pusat Pengarah APCEIU SEAMEO SPAFA SEAMEO Secretariat
Contents PENGENALAN 5 PENGHARGAAN 7 BARANGAN HARIAN 1. Makan & Penyediaan Makanan 9 2. Pakaian 29 3. Barangan Rumah 51 4. Barangan Rekreasi 67 5. Barangan Kerohanian & Komunal 91 6. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan 105 PENERBIT 117 PENGHARGAAN FOTOGRAFI 119
Pengenalan W alaupun kepelbagaian budaya diterima sebagai ciri utama Asia, manusia yang pelbagai di wilayah ini telah berkongsi cara kehidupan yang sama berdasarkan masyarakat yang sedentari, pertanian, pertukaran barangan dan komoditi selama berkurun-kurun lamanya. Melalui kepandaian tempatan dan bersama, mereka menemui cara untuk mendapatkan bahan mentah dan semula jadi bagi ditukarkan menjadi makanan yang boleh dimakan, melalui penyediaannya menggunakan peralatan yang berbeza. Mereka menggunakan fabrik dan pewarna semula jadi untuk membuat pakaian, pelbagai jenis kayu, buluh dan tanah liat untuk membina rumah dan membuat peralatan rumah, alat perburuan dan bekas yang pelbagai gunanya. Kecenderungan berbeza untuk bentuk dan warna tertentu dalam kalangan komuniti berbeza, menghasilkan ciri budaya berbeza yang unik menurut pengalaman dan aktiviti tempatan. Sejarah pembangunan kemahiran kerja logam, perdagangan dan pertukaran komoditi, penghijrahan manusia dan hubungan politik, merupakan antara beberapa banyak faktor yang telah menyumbang dalam pembentukan wilayah, budaya dan negara. Sejarah moden telah menyaksikan pembangunan bukan sahaja sejagat tetapi juga kewilayahan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam pembentukan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan, yang lebih meluas lagi, konsep wilayah Asia-Pasifik. Menuju ke abad 21, adalah penting untuk memahami dan menerima tradisi yang dikongsi ini, dan juga untuk menghargai budaya unik satu sama lain, agar kita dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab kita sebagai wakil komuniti, sebagai ahli wilayah, dan yang lebih meluas lagi, sebagai warganegara global, atas nama keamanan, keharmonian dan penyatuan. Belajar daripada dan tentang budaya dan pengalaman satu sama lain, merupakan alat yang paling penting dalam mencapainya, kerana pendidikan merupakan kunci utama dalam membantu membangunkan pemahaman bersama dan komunikasi antara budaya. Menerusi buku ini, pihak penganjur berharap untuk menangani beberapa keperluan dalam bidang pendidikan antara budaya, dan untuk memulakan suatu dialog dan pemikiran kritis dalam kalangan pengguna, menerusi barangan yang mungkin dilihat pada pandangan pertama, sebagai barangan ringkas yang mempunyai tujuan praktikal. Sesungguhnya, penggunaan harian selalu boleh menghakis keaslian, kespesifikan dan kebijaksanaan teknikal barangan tersebut. Bagi mereka yang belum pernah melihat barangan tersebut, barangan itu merupakan sesuatu yang baharu dan unik, suatu barangan yang dihasilkan oleh suatu budaya, merupakan gambaran kepandaian, tradisi, bahan dan kemahiran tempatan, mempunyai tujuan, kadangkala beberapa tujuan, yang memenuhi keperluan harian seseorang, satu keluarga, atau satu komuniti. Barangan harian boleh juga ditemui di luar konteks penggunaannya, terutamanya di muzium tempat barangan diperagakan kepada orang awam untuk tujuan pendidikan dan pengekalan budaya.
Di dalam buku ini, 100 barangan (sepuluh barangan dari sepuluh negara) dikumpulkan bersama-sama, dalam kaitan dengan empat keperluan asas kehidupan di mana-mana sahaja: makanan, pakaian, tempat tinggal, dan perubatan, termasuk cara komuniti pertanian tradisional mencari pendapatan, akur dengan kepercayaan kerohanian, dan memenuhkan masa lapang mereka dengan permainan dan muzik. Kami berharap untuk mendidik pembaca tentang amalan harian, tradisi, teknik dan gaya artistik dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Korea, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Dengan pemikiran ini, keseluruhan objektif projek ini adalah: • Menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan memastikan pemahaman budaya berdasarkan bahan budaya dan amalan tradisional, dan meningkatkan penghargaan terhadap budaya dalam kalangan pelajar dan guru di seluruh negara ahli ASEAN dan Republik Korea (ROK). • Menghasilkan buku sumber pendidikan yang mengajar pelajar dan guru tentang bagaimana hendak menggunakan barangan harian yang mewakili sejarah, tradisi dan budaya sebagai sumber maklumat untuk pemahaman antara budaya. • Menubuhkan rangkaian perkongsian dan kerjasama dalam kalangan kurator muzium dan ahli antropologi dari negara ahli ASEAN dan ROK. Selepas mengulas 100 barangan ini, seseorang mungkin mendapati kesamaan antara satu barangan daripada satu budaya dengan satu barangan lain dari komunitinya sendiri dalam pelbagai cara, sama ada dari segi tujuan atau penggunaan yang sama, melalui penilaian akan gaya dan teknik artistik yang serupa dalam pembuatan barangan, atau dengan mengenal pasti bahan yang serupa daripada sekitaran tempatan mereka. Walaupun sesetengah barangan mungkin berkongsi ciri yang sama dari segi rupa, penggunaan atau bahan dari satu budaya kepada yang lain, setiap barangan adalah unik dan menggambarkan kepandaian spesifik budaya, kapasiti inovasi dan tradisi. Hasilnya, mempelajari peninggalan budaya orang lain menerusi barangan ini merupakan salah satu daripada banyak cara kita boleh membangunkan pengetahuan dan pemahaman bersama, yang bertujuan membangkitkan kesedaran akan budaya, sejarah, agama dan tamadun, dan membina rasa kemasyarakatan antara negara di rantau ini, sejajar dengan ASEAN Socio-Cultural Community Blueprint, menurut konsep ‘kesatuan dalam kepelbagaian’. Kejayaan projek ini terletak bukan sahaja pada penyebaran bahan pendidikan ini, tetapi juga dalam bagaimana penerima dan penggunanya akan menggunakan dan menyebarkan apa yang telah dipelajari di seluruh komuniti masing-masing.
Penghargaan S outheast Asian Ministers of Education Organization Secretariat (SEAMEO Secretariat), Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Archaeology and Fine Arts (SEAMEO SPAFA) dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU) ingin mengucapkan terima kasih kepada institusi dan individu yang berikut atas kajian dan sumbangan berharga mereka terhadap projek ini: • Jabatan Muzium Brunei, Brunei Darussalam: Awang Pudarno bin Binchin, Penolong Pemangku Pengarah dan Kurator Etnografi, dan Awang Puasa bin Kamis, Pembantu Penyelidik • Center for Khmer Studies, Kemboja: Dr. Krisna Uk, Pengarah Eksekutif • Muzium Nasional Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Budaya, Indonesia: Puan Mawaddatul Khusna Rizqika, Kurator (Antropologi Budaya) • Kangwon National University, Republik Korea: Dr. Geon-Soo Han, Profesor, Department of Cultural Anthropology, College of Social Science • Muzium Nasional Lao, Ministry of Information, Culture and Tourism, Laos: Puan Phetmalayvanh Keobounma, Pengarahr • Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia: Puan Hayati binti Mohamad Zawawi, Kurator • Muzium Nasional Filipina : Puan Marites Paz-Tauro, Penyelidik Muzium (Anthropology Division) • Perlembagaan Warisan Kebangsaan, Singapura: Puan Melissa Viswani, Pengurus (Audience and Learning), Asian Civilisations Museum dan Peranakan Museum • Princess Maha Chakri Sirindhorn Anthropology Centre, Thailand: Encik Dokrak Payaksri, Penyelidik, dan Puan Thanwadee Sookprasert, Penyelidik • Muzium Etnologi Vietnam, Vietnam: Puan An Thu Tra, Penolong Ketua, Communicationand Public Relations Department
Penganjur juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang berikut atas peranan mereka men- genal pasti penyelidik, profesional dan pakar dalam projek ini: • Dr. Karim bin Pengiran Haji Osman, SEAMEO SPAFA Ahli Lembaga Pengelola dan Pemangku Pengarah Jabatan Muzium-Muzium Brunei • Dra. Intan Mardiana, M. Hum. Ketua, Muzium Nasional Indonesia • Encik Viengkeo Souksavatdy, SEAMEO SPAFA Governing Board Member dan Deputy Director of the Heritage Department, Ministry of Information, Culture and Tourism, Laos • Dato’ Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah, dan Puan Eyo Leng Yan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia • Encik Jeremy R. Barns, Pengarah, dan Dr. Ana Maria Theresa P. Labrador, Penolong Pengarah, Muzium Nasional Filipina • Dr. Alan David Chong, Pengarah, dan Dr. Lim Chye Hong, Penolong Pengarah (Audience), Asian Civilisations Muzium, Singapura • Dr. Somsuda Leyavanija, Pengarah Eksekutif, Princess Maha Chakri Sirindhorn Anthropology Centre, Thailand • Dr. Vo Quang Trong, Pengarah, Muzium Etnologi Vietnam
Makan & IPenyediaan Makanan
10 Penyepit Tradisional Supit (Dusun) Supit/chandas ialah peralatan seperti penyepit yang diperbuat Chandas (Melayu Brunei / daripada buluh terbelah untuk membentuk “kayu penyepit” lonjong dengan satu hujungnya masih bercantum. Kayu ini Kedayan) digunakan untuk mengambil makanan daripada hidangan dan, Penyepit Tradisional Brunei dari segi tradisionalnya, digunakan untuk memakan ambuyat, sejenis makanan yang melekat diperbuat daripada tepung sagu Bahan: buluh disebut ambulong. Ambuyat dibelitkan menggunakan chandas Lokasi: Muzium Teknologi dan dicelup ke dalam sos dikenali sebagai cacah. Cacah ini Brunei, boleh disediakan daripada buah-buahan tempatan atau udang Brunei Darussalam yang dijeruk (disebut cencalu oleh orang tempatan). Supit/chandas masih popular digunakan sebagai peralatan dapur yang berguna di rumah-rumah di Brunei. Peralatan ini diletakkan sebelah-menyebelah dengan sudu dan garpu di beberapa restoran yang menyajikan pelbagai makanan tempatan seperti ambuyat, cencalu, dan makanan istimewa lain. Makan & Penyediaan Makanan
Lesung Kayu 11 Lesung (Melayu Brunei) Objek ini ialah lesung kayu yang digunakan untuk menumbuk beras. Lesung ini lazimnya diperbuat daripada kayu keras. Lesung Kayu Brunei Beberapa genggam padi dimasukkan ke dalam lesung (bekas berbentuk mangkuk) di tengah-tengah lesung, dan kemudian Bahan: ayu keras, atau seorang atau dua orang wanita akan bergilir-gilir melepaskan kadangkala kayu alu ke dalam mangkuk lesung ke atas padi. Alu ini sangat berat lembut batang dan berbentuk belantan, dengan hujungnya digunakan untuk pokok ‘kulimpapa’ mengisar dan memecah. Hujungnya berbentuk bulat, dengan Lokasi: Muzium Teknologi batang yang lebih tirus di antaranya supaya alu boleh dipegang Brunei, dengan satu tangan secara tidak kejap. Brunei Darussalam Dalam sesetengah aktiviti lepas menuai, menumbuk padi di dalam lesung bagi menghasilkan amping (padi yang ditumbuk) dianggap sebagai suatu acara sosial yang istimewa, terutamanya dalam upacara kesyukuran. Orang Kedayan Brunei juga menggunakan lesung sebagai sebahagian upacara perkahwinan, dengan pasangan pengantin duduk di atas lesung dan bukannya pelamin. Makan & Penyediaan Makanan
12 Bekas Pengumpul Nira Bampong Teuk Thnaot Nira dikumpulkan dari pokok yang tinggi menggunakan bekas buluh. Bekas ini secara tradisionalnya diperbuat Bekas Pengumpul Nira Kemboja daripada batang buluh yang telah dipotong menjadi bahagian yang lebih kecil. Untuk menjadikannya lebih ringan untuk Bahan: buluh, tali nilon pengumpul, kulit luarnya dibuang dan satu tali kecil Lokasi: Preah Dak, Wilayah disambungkan ke hujung berongga tiub. Bekas buluh ini Siem Reap, Kemboja boleh memegang sehingga dua liter nira dan yang lebih besar sehingga empat liter. Bekas yang diperbuat daripada batang buluh matang boleh tahan sehingga sepuluh tahun. Dengan peredaran masa, orang Kemboja telah menggunakan jenis bahan berbeza untuk mengumpul nira, seperti bekas plastik, botol air minuman, paip air dan paip kumbahan dan juga selongsong meriam. “Menurut pemanjat pokok palma di Phum Badaik, wilayah Siem Reap, selongsong meriam pertama kali di- gunakan apabila orang kampung memberikan gula nira kepada tentera, yang ditukarkan dengan selongsong plastik tersebut. Selongsong ini panjang sedikit daripada bekas buluh biasa […]. Bekas ini mudah digunakan dan boleh mengisi lebih banyak nira.” (Reyum, 2001, Tools and Practices. Change and Continuity in the Cambodian Countryside, Reyum Publishing, Phnom Penh, halaman 15). Makan & Penyediaan Makanan
Bakul Berkaki 13 Kanh Cheu Bakul berkaki ini ialah bekas yang popular yang digunakan untuk mengangkut, menyimpan dan mengangin padi. Bekas ini Bakul Berkaki Kemboja juga boleh digunakan untuk menyimpan perkakas dapur dan juga bijirin, seperti bijan, jagung dan kacang. Dasarnya yang Bahan: buluh, rotan atau kuat berbentuk empat segi memudahkan orang membawanya batang ‘lpeak’ dengan meletakkannya di atas kepala ketika mengangkut bijirin menjalar, ke pasar. pelepah palma Lokasi: Damdek, Wilayah Berikut ialah cerita rakyat Kemboja berkaitan bakul tersebut: Siem Reap, Kemboja “Pada suatu hari Abang Kelinci berasa sangat lapar. Dia terlihat seorang wanita tua menjunjung bakul penuh berisipisang segar untuk dijual di pasar. Abang Kelinci kemudiannya mempunyai suatu idea yang jahat: dia berbaring di atas laluan, berpura-pura mati. Wanita tua tu terkejut tetapi gembira, kerana dia merasakan yang kelinci tersebut boleh dijadikan makanan yang enak untuk keluarganya. Dia lalu meletakkan Abang Kelinci di atas bakulnya dan meneruskan perjalanan. Pada masa yang sama, Abang Kelinci memakan semua pisang dan dengan cepat melompat keluar dari bakul lalu melarikan diri.” Makan & Penyediaan Makanan
14 Acuan Kuih Cetakan Sagu (Forna) Acuan kuih sagu ini datangnya dari Kepulauan Sula, Wilayah Maluku Utara, Indonesia. Sagu merupakan makanan utama Acuan Kuih Indonesia orang Indonesia, terutamanya dalam kalangan mereka yang Bahan : tanah liat tinggal di bahagian timur Indonesia. Kanji sagu kaya dengan Lokasi : Muzium Nasional karbohidrat. Sagu sendiri dijadikan pelbagai jajan yang sedap. Indonesia, Jakarta, Kuih atau biskut sagu diperbuat daripada campuran yang Indonesia mengandungi kanji sagu, kelapa, kacang atau walnut. Kadangkala, gula merah atau gula kabung dicampurkan untuk Makan & Penyediaan Makanan memaniskannya. Kemudian, campuran ini dimasukkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada tanah liat, dibakar sehingga masak sepenuhnya. Biskut ini agak keras, jadi kadangkala dicelup di dalam teh sebelum dimakan. Pokok sagu sangat sesuai tumbuh di Indonesia, yang terkenal dengan cuaca tropikanya. Pokok ini boleh tumbuh sehingga 20 hingga 30 meter tinggi. Butiran sagu diperoleh dengan menghancurkan batang pokok sagu. Butiran ini kemudiannya diairi, diperah dan ditapis. Cecair yang terhasil daripada proses ini mengandungi mendapan. Air daripada mendapan ini kemudiannya dibuang, dan ekstrak sagu diperoleh daripada mendapan yang masih tinggal selepas air dikeluarkan. Ekstrak sagu dikeringkan di bawah cahaya matahari. Untuk mendapatkan kanji sagu daripada sepohon pokok sagu, lebih kurang empat orang diperlukan untuk bekerja selama tiga hari. Kanji sagu yang kering boleh tahan lama dan boleh digunakan berbulan lamanya selepas itu.
Barang Tembikar 15 Hangari Barangan ini merupakan barangan tanah liat atau bekas yang dikenali di Korea sebagai onggi, digunakan untuk menyimpan Barang Tembikar Korea makanan. Barangan ini diperbuat daripada tanah liat dan dibakar hampir 600 atau lebih 1100 darjah Celsius. Barangan tanah liat Bahan : tanah liat menjadi sama ada disepuh atau tidak disepuh bergantung pada Lokasi : Muzium Rakyat suhu yang digunakan. Kebangsaan Korea, Korea Bekas ini digunakan untuk menyimpan beras, kimchi (kubis jeruk pedas), dan ramuan Korea tradisional yang lain seperti sos soya, pes lada pedas, dan pes kacang perang. Bekas ini sesuai digunakan untuk proses penapaian kerana balang ini mempunyai sifat khas “menarik nafas” (bermaksud mempunyai ketelapan udara yang kuat). Saiz dan penggunaan barangan tanah liat adalah berbeza-beza. Yang paling besar adalah untuk kimchi dan yang kecil digunakan untuk pemerapan. Sebuah rumah tradisional Korea mempunyai jangdokdae (para untuk balang). Pada masa yang lalu, tempat ini merupakan tempat yang keramat untuk menempatkan roh rumah. Penggunaan bekas tradisional ini telah berkurangan sejak tahun 1960-an apabila corak rumah keluarga Korea telah berubah. Kebanyakan rumah di bandar tidak mempunyai ruang untuk meletakkan barangan tanah liat tradisional. Orang lebih gemar menggunakan peralatan rumah atau bekas penyimpanan moden dan bukannya balang seperti ini. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, orang Korea telah menilai semula penggunaan hangari untuk memperoleh tahap kehidupan yang sihat. Makan & Penyediaan Makanan
16 Set Makan Malam Tembaga Yoogi Bansanggi Set makan malam ini digunakan oleh golongan kelas elit sebelum pertengahan abad ke-20. Set ini sangat baik Set Makan Malam Tembaga Korea digunakan dalam musim sejuk kerana dapat menyimpan makanan agar sentiasa panas. Orang biasa tidak menggu- Bahan: tembaga nakannya dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, mereka Lokasi: Muzium Rakyat menggunakannya dalam upacara pemujaan nenek moyang Kebangsaan Korea mereka. (set ini disumbangkan oleh Encik Lee Dae-Jae), Barangan tembaga merupakan bahan terbaik yang dijadikan Korea perkakasan makan malam sebelum keluli moden diperkenalkan. Semasa zaman pemodenan Korea, terutamanya dalam tahun 1960-an, set makan malam daripada keluli telah menggantikan tembaga, kerana tembaga sukar dibersihkan dan sukar mengelakkannya daripada berkarat. Sekarang ini, barangan tembaga menjadi perkakasan makan malam untuk upacara tertentu di Korea moden. Walau bagaimanapun, baru-baru ini orang mendapati bahawa barangan tembaga tradisional ini merupakan barangan makan malam yang baik untuk hidup yang sihat.. Makan & Penyediaan Makanan
Papan Penyejuk Pulut 17 Phavee Khao Papan penyejuk kayu untuk pulut ini digunakan untuk menye- jukkan pulut yang baharu dikukus sebelum meletakkannya Papan Penyejuk Pulut Laos ke dalam kotak nasi. Papan penyejuk ini kini jarang-jarang digunakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan dapur orang Bahan: kayu keras Laos menggunakan papan ini untuk menyejukkan dan Lokasi: Muzium Nasional Lao, memisahkan pulut sebelum diletakkan ke dalam bakul pulut Vientiane, Laos yang berasingan. Phavee khao ini diperbuat daripada kayu keras, seperti kayu jati, dan lazimnya boleh ditemui dalam dua bentuk. Papan ini semakin jarang-jarang digunakan kerana kepingan kayu yang besar sangat mahal dan sukar dicari pada masa ini. Sekarang ini, papan penyejuk pulut ini bernilai tinggi dan dicari-cari di pasar antik. Makan & Penyediaan Makanan
18 Bakul Pulut Aep Khao Niow Bakul pulut ini digunakan untuk menyimpan pulut yang telah ditanak. Orang Laos memakan pulut setiap hari dan meng- Bakul Pulut Laos gunakan bakul pulut ini untuk menyimpan pulut yang telah ditanak agar sedap dan panas bagi kegunaan harian mereka, Bahan: rotan, kayu, buluh, tali terutamanya semasa bekerja di ladang. Menjadi adat mereka Lokasi: Vientiane, Laos memberi sumbangan kepada kuil dan membawa beras untuk sami-sami dengan menggunakan bakul ini. Bakul pulut ini mempunyai sejarah yang panjang. Sejak penubu- han Kerajaan Lao Lan Xang pada abad ke-14, orang Laos telah menanam dan memakan pulut sebagai makanan utama mereka. Sejak itu, dipercayai orang Laos telah menggunakan bakul ini secara tradisi untuk membawa pulut yang telah ditanak. Sebagai bahan utama dalam makanan harian, pulut ini dimakan dengan pelbagai jenis lauk seperti sup, daging, ikan, laap (salad dengan herba dan daging cincang) dan sos. Makan & Penyediaan Makanan
Acuan Kuih Karas 19 Acuan Kuih Karas Acuan ini digunakan untuk membuat kuih karas, sejenis makanan tradisional dari wilayah utara Malaysia. Ramuan utama Acuan Malaysia kuih karas ialah tepung beras, gula dan air. Selepas membuat bancuhan yang sekata dan pekat, bancuhan ini dituang ke Bahan: Tempurung kelapa, kayu dalam acuan kuih karas dan digerakkan secara berpusing untuk Lokasi: Jabatan Muzium membentuk lempeng yang nipis bersarang di dalam minyak Malaysia, Kuala Lumpur, panas. Lempeng ini kemudiannya diangkat dan dilipat sebelum Malaysia menjadi sejuk dan keras. Pada masa dahulu, kuih karas akan hanya didapati semasa peristiwa istimewa dan perayaan, seperti Idil Fitri. Sekarang ini, kuih ini dengan mudah boleh didapati di pasar-pasar kecil atau di bahagian jajan pasar raya. Disebabkan permintaan yang tinggi untuknya, mesin moden telah dicipta untuk menghasilkan kuih karas dan tidak lagi dihasilkan secara tradisional. Makan & Penyediaan Makanan
20 Alat Perubatan Sengkalan Pada masa yang lalu, sengkalan digunakan sebagai alat untuk membuat ubat. Daun dan rempah dikisar halus di dasar Alat Perubatan Malaysia sengkalan menggunakan tempurung. Tempurung diikat dari atasnya ke dasar sengkalan dengan tali. Fungsinya sama seperti Bahan: ‘kayu ‘nyatuh’, lesung dan alu dalam perubatan Cina. tempurung kelapa dan tali Sengkalan sangat popular dalam kalangan orang Melayu di Lokasi: Jabatan Muzium pantai timur semenanjung Malaysia. Motif berukir menghiasi Malaysia, Kuala Lumpur, sengkalan untuk menambah kecantikannya. Reka bentuk Malaysia sengkalan dipengaruhi oleh masyarakat Melayu Pattani dari Thailand. Pada masa ini, sengkalan jarang-jarang digunakan kerana jumlah masa yang lama yang diambil untuk membuat ubat tradisional. MaEkaatnin&gP&enPyreedpaiaraingMFaokoandan
ELaertshuenngwdaarneAlu 21 Luhung & Pumbukbok Objek ini ialah lesung (luhung) dan alu (pambayo) kayu yang digunakan untuk menumbuk beras dan tanaman berumbi. (Ifugao) Dalam kalangan orang Ifugao, memproses beras untuk makanan Lusong & Pambayo biasanya bermula dengan menumbuk berkas tangkai kering dengan alu. Butiran yang terpisah dipindahkan ke dalam lesung, (Filipino) untuk mengeluarkan kulit daripada padi. Sekam yang masih Lesung dan alu Filipina tinggal dibuang menggunakan talam mengangin. Bahan: kayu Semasa perayaan dan upacara khas, orang Itneg/Tinguian dari Lokasi: Muzium Nasional Abra menumbuk padi mengikut irama paluan gong. Mereka juga Filipina, Manila, meletakkan lesung terbalik ke bawah untuk dijadikan meja bagi Filipina menawarkan pemberian, seperti basi (wain), kepada roh semasa upacara pertunangan dan perkabungan. Orang Tagbanua dari Palawan juga menggunakan lesung terbalik sebagai platform dan kumpulan yang lain sebagai tempat duduk atau papan pemotong. Kumpulan masyarakat di Cordillera Filipina menggunakan imej lesung sebagai reka bentuk tekstil. Reka bentuk ini disebut inal- son, yang terdapat pada selimut yang menutupi bahu bomoh se- masa upacara, atau yang digunakan untuk menutup orang yang mati. Lesung dan alu juga banyak ditemui dalam cerita rakyat orang Filipina, salah satunya tentang asal usul bulan dan bintang (lihat “Sikat Filipina” di dalam buku ini, halaman 43). MakaEna&tinPegn&yePdrieapaanriMnagkFaonoand
22 Acuan Acuan Ang Ku Kueh Acuan ini digunakan untuk membuat ang ku kueh, sejenis Acuan Singapura pastri Peranakan China. Kuih berbentuk lonjong atau bulat ini biasanya diperbuat daripada tepung pulut dengan inti manis. Bahan: kayu Kuih mengambil bentuk acuan, iaitu kulit kura-kura. Lokasi: Peranakan Muzium, Singapura Ang ku kueh dikukus di atas daun pisang selepas diacukan. Warnanya merah kerana merah merupakan warna bertuah dalam budaya China, simbol nasib yang baik dan kekayaan. Ang ku kueh bermaksud ‘pastri kura-kura merah’ dalam bahasa Melayu Baba, dialek Peranakan yang dituturkan di sebahagian Asia Tenggara. Kuih ini biasanya dihidangkan semasa musim perayaan seperi Tahun Baru China, atau menyambut kelahiran bayi baharu. Bentuknya seperti kulit kura-kura kerana dari segi tradisinya orang China percaya memakan kura-kura akan memanjangkan usia mereka. Makan & Penyediaan Makanan
Mangkuk Tingkat 23 Mangkuk Tingkat- Bekas makanan tiga tingkat ini digunakan untuk membawa Singapura makanan tengah hari pekerja, atau menghantar makanan kepada pelanggan. Pemegang logam yang nipis memegang Bahan: logam berenamel bekas pada tempatnya. Bentuknya serupa dengan bekas atau berlukisan tingkat yang banyak digunakan di India dan kemudiannya (timah atau besi) diperkenalkan di Pulau Pinang dan Singapura oleh orang British Lokasi: Peranakan Muzium, semasa zaman penjajahan British. Singapura Mangkuk tingkat ini dihiasi set taburan bunga dan kupu-kupu dengan latar belakang berwarna hijau. Mangkuk ini diperbuat daripada enamel, sejenis bahan yang terhasil dengan meletakkan kaca serbuk ke atas logam, seramik atau struktur kaca, dan memanaskan objek tersebut pada suhu tinggi. Makan & Penyediaan Makanan
24 Lesung Batu Lesung Batu Alat ini ialah lesung (lesung batu), kemungkinannya digunakan dalam penyediaan rempah dan pes yang diperlukan dalam Lesung Singapura masakan Peranakan. Lesung ini diperbuat daripada granit kasar dan terdiri daripada dua bahagian iaitu, dasar empat Bahan: granit segi dan penumbuk bak batang. Lesung digunakan untuk Lokasi: Peranakan Muzium, memecahkan dan menumbuk segala-galanya daripada buah Singapura keras hinggalah serai. Memecahkan kepingan yang besar dan mengisarnya membebaskan rasa ramuan tersebut. Bakal ibu mentua akan melawat rumah calon menantu semasa mereka sedang menyediakan masakan di dapur. Dia kemudiannya boleh mendengar gadis tersebut menumbuk menggunakan lesung batu dan boleh mengetahui pengalaman memasak gadis itu melalui bunyi tumbukan tersebut. Makan & Penyediaan Makanan
Balang Berbirai Dua 25 Hai Kob Pak Song Chan Kumpulan masyarakat yang bertutur dalam Tai-Laos di kawasan Mekong menggunakan hai, yang merupakan sejenis barangan Balang Berbirai Dua Thailand tembikar, dalam kehidupan seharian mereka. Balang ini digunakan sebagai bekas untuk menyimpan air dan makanan, Bahan: tanah liat terutamanya ikan pekasam (pla daek), yang merupakan Lokasi: Ban Phon Bok, sejenis makanan awet yang menambah rasa yang nyata kepada Wilayah Nong Khai, masakan tempatan. Thailand Penghasilan tembikar merupakan sumber utama pendapatan penduduk Ban Phon Bok. Pembuat tembikar bekerja sepanjang tahun, melainkan apabila mereka perlu bekerja di sawah atau ladang. Dalam kitaran satu tahun, pembuat tembikar perlu ‘wai tao’, yang bermaksud memberikan penghormatan kepada roh penjaga tanur (tao). Perkara ini perlu dilakukan dua kali setahun: sekali pada pertengahan tahun dan sekali lagi pada hujung tahun. Pemberian termasuklah sebekas kecil nasi, bunga, kayu dupa terbakar dan lilin, yang diletakkan di pintu utama atau di belakang tanur. Makan & Penyediaan Makanan
26 Kukur Kelapa bentuk Arnab Ka Tai Khut Ma Phrao Ka tai khut ma phrao ialah peralatan dapur tradisional dengan Kukur Kelapa bentuk Arnab hujung tajam yang digunakan untuk mengukur kelapa. Kelapa Thailand kukur merupakan ramuan utama untuk membuat gulai segar, pencuci mulut dan minuman. Walaupun ka tai khut ma phrao Bahan: kayu, logam biasa ditemui di seluruh Thailand, namanya berbeza dari Lokasi: Sergeant Thawee satu wilayah ke wilayah yang lain. Misalnya, alat ini disebut ‘lek Muzium Rakyat, Wilayah khut’ (kukur besi) atau ‘lep khut’ di selatan, manakala orang di Phitsanulok, Thailand kawasan utara menggelarnya ‘maew khut’ (kukur kucing). Kukur kelapa Thai mempunyai bentuk berbeza, seperti kucing, anjing, burung, cicak atau manusia lelaki. Walaupun bentuknya pelbagai, kukur ini biasanya disebut ‘ka tai khut ma phrao’, yang bermaksud ‘kukur kelapa bentuk arnab’. Terdapat dua andaian tentang bagaimana kukur ini disebut ‘ka tai’ (arnab). Andaian yang pertama adalah bahawa gigi atau mata keluli kelihatan seperti gigi arnab, dan yang satu lagi adalah bahawa badannya menyerupai seekor arnab. Pada masa lalu, sudu yang diperbuat daripada tempurung kelapa atau kepingan buluh digunakan sebagai pemarut. Kemudian, apabila keluli lebih banyak digunakan, orang mula menggunakan keluli untuk membuat mata atau gigi pemarut. Makan & Penyediaan Makanan
Talam 27 Mâm Cơm Orang Chứt di utara-tengah Vietnam selalunya meletakkan pu- lut di atas talam ini untuk menyerakkan dan mengeringkannya. Talam Vietnam Talam ini digunakan untuk menyusun makanan bagi hidangan harian dan sebagai tempat menghidangkan daging yang telah Bahan: buluh, rotan, kayu dimasak. Semua ahli keluarga berkumpul di sekeliling talam ini Lokasi: Muzium Etnologi semasa makan, tanpa mengira usia. Jika satu keluarga mem- Vietnam, Hanoi, punyai ramai ahli, terdapat talam berasingan untuk lelaki dan Vietnam wanita. Talam ini kemudiannya akan dibersihkan dan digantung ke dinding atau pada tiang rumah. Talam ini diperbuat daripada buluh dan terdiri daripada dua bahagian berhubungan; permukaan dan dasar penyokong. Per- mukaan mempunyai dua lapisan: lapisan atas diperbuat meng- gunakan teknik anyam tiga, menghasilkan bakul berbentuk lebar, dan pinggirnya diperbuat daripada rotan; lapisan bawah dianyam dalam bentuk mata kucing dan diletakkan di atas em- pat batang buluh yang berhubungan antara satu dengan yang lain membentuk petak. Penyokongnya, kira-kira 15 sentimeter tinggi dengan bentuk lebar dan diperbuat daripada buluh atau kayu. Dua gelung bulat rotan memegang talam ini agar kemas. Talam ini dibuat oleh kaum lelaki dalam keluarga. Untuk menge- lakkan dimakan anai-anai, orang selalunya menggantung talam di atas api dapur. Disebabkan asap dan jelaga, talam akhirnya bertukar menjadi warna perang tua berkilat. Makan & Penyediaan Makanan
28 Pengukus Pulut Ninh Đồ Xôi Pengukus ini diperbuat daripada gangsa dengan warna hitam Pengukus Pulut Vietnam berkilat, dan digunakan untuk menanak pulut, sayur-sayuran, Bahan: gangsa makanan dan untuk memeram wain tradisional. Orang Thái Lokasi: Muzium Etnologi membeli pengukus ini daripada orang Việt (Kinh) people. Untuk Vietnam, Hanoi, menanak pulut, seseorang mesti memasukan air ke dalam Vietnam pengukus, meletakkan pengukus di atas api, dan meletakkan pulut ke dalam bekas di atas pengukus. Sekarang ini, pengukus Makan & Penyediaan Makanan ini masih lagi popular digunakan dalam kalangan orang Thái dan kumpulan etnik lain, seperti Mường, Tày, Bru-Vân Kiều, dan sebagainya. Pengukus ini berbentuk silinder dan mempunyai dasar yang lebar, mulut yang sedikit terbuka, leher yang tinggi dan pinggang yang kecil. Pengukus ini digunakan sebagai bekas untuk menyuling alkohol melalui pemeluwapan air. Orang Thái boleh membuat pengukus daripada seramik. Bagi orang Thái, pengukus sangat penting. Pengukus dianggap sebagai harta berharga yang menunjukkan kemewahan sesebuah keluarga. Pengukus bukan sahaja suatu barangan yang praktikal, tetapi juga membawa maksud kerohanian. Apabila sesebuah keluarga berpindah ke rumah baharu, pemilik rumah yang lelaki mestilah menjadi orang yang membawa masuk pengukus ke dalam rumah.
2Pakaian
30 Pakaian Tradisional Baju Kurung Baju kurung ialah pakaian sosial harian wanita Melayu Brunei. (Melayu Brunei / Kedayan) Pakaian ini longgar, terdiri daripada kain dan baju tanpa kolar Pakaian Tradisional Brunei berlengan panjang. Kainnya diperbuat daripada kain yang pan- jang sehingga mencecah buku lali. Baju kurung diperbuat dari- Bahan: kain sutera/kapas, pada fabrik halus, terutamanya sutera dengan corak geometri benang dan cangkuk atau bunga yang cantik dicetak padanya dan warna yang me- Lokasi: Muzium Negara Brunei, narik. Seorang wanita selalunya memakai baju kurung dengan Brunei Darussalam tudung kepala yang disebut tudung. Bagi orang Brunei, baju kurung bermaksud ‘pakaian tertutup’, dianggap mewakili pakaian yang sopan dan sesuai untuk wanita di tempat awam. Versi “lelaki” disebut baju Melayu, bermaksud “pakaian orang Melayu”. Sekarang ini, baju kurung biasa dipakai sebagai pakaian seragam rasmi budak perempuan sekolah dan juga dipakai oleh pegawai kerajaan. Pakaian
Tekstil Tradisional 31 Sinjang Sinjang, atau kain samping, ialah pakaian bak gaun yang dipakai Tekstil Tradisional Brunei oleh lelaki Melayu di keliling pinggang sebagai sebahagian pent- ing baju melayu (pakaian orang Melayu). Dari segi tradisinya, Bahan: fabrik bertenun, benang sinjang ialah pakaian yang ditenun dengan tangan dengan reka Lokasi: Muzium Teknologi bentuk bunga yang cantik dan corak yang simbolik. Antara corak Melayu, sinjang yang paling popular ialah kain bertabur (‘kain bintang Brunei Darussalam bertabur’), kain jongsarat (kain ‘perahu penuh penumpang’), kain silubang bangsi (kain ‘lubang bangsi’), kain liputan madu (kain ‘bersalut madu’), dan banyak lagi. Orang lelaki menggu- nakan sinjang dalam majlis awam seperti perkahwinan, majlis rasmi negeri dan juga untuk sembahyang Jumaat di masjid. Sin- jang juga dihadiahkan sebagai pemberian daripada pengantin perempuan kepada pengantin lelaki dalam majlis perkahwinan. Cara melipat sinjang disebut menapih sinjang (melipat sinjang) atau tapih sinjang. Terdapat beberapa cara melipat sinjang, termasuklah tapih tengah (‘lipat tengah’), tapih bunga (‘lipat bunga’), tapih daun (‘lipat daun’), dan sebagainya. Pakaian
32 Songkok Tradisional Songkok Songkok, atau kopiah, ialah sejenis topi/penutup kepala lelaki Melayu. Songkok diperbuat daripada kain kapas hitam atau Songkok Tradisional Brunei kain baldu. Apabila songkok dipakai dengan kemeja dan seluar panjang serta sinjang (lihat “Sinjang”, barangan sebelumnya Bahan: kertas, benang, di dalam buku ini), keseluruhan pakaian membentuk pakaian dan kain baldu Melayu yang disebut baju Melayu (pakaian Melayu). Songkok Lokasi: Muzium Teknologi juga dipakai apabila lelaki Islam pergi bersembahyang. Walau Melayu, bagaimanapun, dalam acara sosial yang lain, menjadi adat bagi Brunei Darussalam orang lelaki Melayu memakai songkok apabila menghadiri majlis sosial seperti majlis perkahwinan, kematian dan sebagainya. Songkok juga dipakai oleh budak lelaki sebagai sebahagian daripada pakaian seragam sekolah. Dalam upacara kematian kerabat diraja Brunei yang penting, terutamanya sultan atau bekas sultan, mereka yang memakai songkok mesti melilit sekeping kain putih di luar songkok sebagai tanda berkabung. Pakaian
Skaf Petak 33 Krama Sebagai bahan pakaian pelbagai guna, krama Kemboja ini Skaf Petak Kemboja digunakan untuk melindungi kepala seseorang daripada terik matahari, mandi di sungai, membawa anak kecil dan mengi- Bahan: kain kapas katnya di sekeliling leher apabila bertemu dengan seseorang Lokasi: Phnom Penh, Kemboja dalam suasana rasmi. Kain ini boleh dijadikan sebagai topi, tuala, gaun dan beg. Kepelbagaian gunanya disebabkan kain ini ringan, tahan dan boleh kering dengan cepat. Menurut Buddhist Institute, krama telah digunakan sejak abad pertama pemerintahan Preah Bath Hun Tean dan telah menjadi simbol Kerajaan Khmer sejak itu. Hasilnya, Regim Khmer Rouge (1975-79) yang kejam mewajibkan pemakaian kain ini dan sebagai cara mengenal pasti orang tertentu bagi sesuatu zon tertentu. Dengan setiap zon diberikan kod warna, orang dari zon timur misalnya, dikehendaki memakai kain petak berwarna biru dan putih. Pakaian
34 Gaun Berlipat Sutera Sampot Hol Sampot hol ialah gaun tradisional Khmer yang halus buatannya. ‘Sampot’ bermaksud ‘gaun lilit’ dan ‘hol’ merujuk corak jenis Gaun Berlipat Sutera Kemboja ikat yang menjadikannya berbeza daripada yang lain. Kain ini menggunakan teknik sulaman ikat yang canggih untuk Bahan: sutera mendapatkan tekstur sutera yang halus dan corak yang cantik. Lokasi: Daerah Samrong, Sampot hol dipakai oleh kaum wanita semasa upacara Wilayah Takeo, perayaan dan kualitinya yang sangat halus boleh menjadi Kemboja penanda kedudukan sosial tertentu. Penggunaan sutera di Kemboja bermula beberapa abad yang lalu. Zhou Daguan, seorang diplomat China yang melawat Angkor pada bulan Ogos 1296 di istana Raja Indravarman III sehingga bulan 1297 memberikan suatu pandangan unik dalam kehidupan harian penghuni Angkor. Misalnya, dia menyebut tentang upacara memasuki alam wanita, yang apabila dilaksanakan memerlukan pemberian sutera dan fabrik lain kepada sami yang melaksanakan upacara tersebut. Sekiranya ibu bapa gadis gagal memberikan hadiah tersebut, gadis tersebut berkemungkinan menjadi harta sami selama-lamanya dan tidak akan berkahwin. Pakaian
Tekstil 35 Kain Ikat Kain ikat moden ini berasal dari Sumba Timur, Wilayah Nusa Tekstil Indonesia Tenggara Timur, Indonesia. Kaum wanita memakainya sebagai selendang yang disangkut pada bahu. Kain ini juga Bahan: kain kapas, boleh dililit di sekeliling kepala. Selain itu, kain ini boleh pewarna tiruan dipakai dengan melilitnya di sekeliling leher agar kelihatan Lokasi: Muzium Nasional lebih moden. Pada masa dahulu, selain penggunaannya Indonesia, Jakarta, sebagai pakaian harian, kain tradisional digunakan sebagai Indonesia barangan pertukaran untuk kaum keluarga berniaga sesama sendiri. Motif kain ini yang cantik dibuat menggunakan teknik ikat, yang merupakan teknik tenunan tradisional yang menjadi kemegahan orang Sumba. Ikat merupakan teknik dengan corak dihasilkan pada fabrik yang ditenun dengan mengikat-mewarna gulungan kain sebelum menenun. Motifnya menunjukkan beberapa haiwan, seperti kuda, udang, ayam dan monyet. Menenun kain secara tradisinya dianggap kerja orang perem- puan. Biasanya, mereka menenun dalam waktu lapang. Bermula dari umur lebih kurang 5 tahun, anak-anak gadis belajar menenun daripada ibu dan nenek mereka. Dengan gembira mereka menemani ibu mereka menanam kapas di belakang rumah, memintal kapas menjadi benang, mewarnakan benang, dan akhirnya menenun benang menjadi kepingan kain yang cantik. Peralatan menenun biasanya diletakkan di laman rumah, atau di bawah rumah tradisional yang merupakan rumah bertiang. Semasa menenun, mereka selalunya ditemani anjing atau babi peliharaan yang sentiasa ada di sekeliling mereka atau yang tidur berdekatan mereka. Pakaian
36 Topi Seraung Topi ini, lazimnya dikenali di Indonesia sebagai seraung, berasal Topi Indonesia dari Muara Lasan, Wilayah Kalimantan Timur, Indonesia. Topi Bahan: daun palma, ini dipakai oleh lelaki dan wanita muda dan tua untuk menutup manik, benang kapas kepala. Mereka memakainya apabila ke ladang dan semasa Lokasi: Muzium Nasional menangkap ikan di sungai. Dari segi geografi, Kalimantan Timur Indonesia, Jakarta, terletak betul-betul di Khatulistiwa, oleh itu, matahari bersinar Indonesia terang di kawasan ini sepanjang tahun. Dengan itu, seraung yang lebar melindungi kepala daripada terik matahari. Pakaian Topi ini biasanya digunakan di seluruh bahagian Indonesia. Walau bagaimanapun, seraung sangat unik kerana dihias cantik. Pada masa dahulu, hampir semua wanita di Kalimantan Timur boleh membuat seraung sendiri. Pada hari ini, seraung dijual di pasar tradisional. Biasanya seraung dihiasi motif bersulam, seperti garis, pangkah, bunga dan kupu-kupu. Golongan berada menjadikan seraung mereka lebih cantik dengan menambah manik. Lebih cantik hiasan seraung, lebih gembira dan bangga pemakainya, terutamanya dalam kalangan gadis muda. Apabila kaum wanita memakai seraung berwarna-warni di kepala sambil bekerja di sawah yang hijau, topi mereka jelas kelihatan dan memberikan pandangan yang berkontras dan cantik.
Pin Rambut Tradisional 37 Binyeo Binyeo ialah barangan hiasan dalam bentuk pin rambut Pin Rambut Tradisional Korea tradisional Korea. Binyeo juga disebut ‘yongjam’ kerana mempunyai reka bentuk naga di satu hujung dan badan yang Bahan: perak, aloi kuprum, kayu panjang. Pin ini digunakan untuk mengemaskan rambut wanita Lokasi: Muzium Rakyat yang panjang, terutamanya dalam gaya chignon. Terdapat dua Kebangsaan Korea, jenis binyeo, iaitu gaya ‘jam’ dan ‘che’. Gaya jam mempunyai Korea badan yang panjang dan gaya che mempunyai bentuk ‘n’. Binyeo ini digunakan untuk menggayakan rambut dalam upacara tertentu. Saiznya sangat panjang bagi memadankan dengan pakaian upacara dan gaya rambut. Hujungnya yang digayakan bersalut emas dan bahagian mata, mulut dan telinga naga diwarnakan merah. Asal binyeo adalah dari zaman Korea kuno. Walau bagaimana- pun, orang Korea masa kini menggunakannya hanya dengan pakaian tradisi hanbok untuk upacara tertentu atau percutian tradisional. Pakaian
38 KorePaonkLeutcBkeProtucakhet Bogjumeoni Barangan ini ialah beg bertuah tradisional untuk wanita. Beg bertuah ini digunakan sebagai poket untuk baju tradisional Poket Bertuah Korea hanbok Korea, kerana baju ini tidak mempunyai poket. Semasa Bahan: abrik sutera dan Festival Seol (hari pertama tahun dalam kalendar lunar), gadis bulu kambing Korea yang memakai hanbok membawa beg bertuah ini untuk Lokasi: Muzium Rakyat mengisi pemberian wang daripada orang yang lebih tua. Kebangsaan Korea, Korea Beg ini berbentuk bulat. Biasanya beg ini disulam dengan aksara China, seperti 壽 (kehidupan), 福 (nasib yang baik), Pakaian 富 (kekayaan), 貴 (kemuliaan), yang dipercayai membawa nasib yang baik dan kegembiraan kepada pemegangnya. Beg ini mempunyai reka bentuk bersulam 壽福 (kehidupan-nasib) di sebelah depan, dan bunga dan kupu-kupu di sebelah belakang. Pada hari ini, beg ini boleh dipakai tanpa hanbok. Beg ini digunakan sebagai pembungkus hadiah atau kantung. Orang Korea menggunakan beg bertuah ini untuk membungkus coklat, kandi, barang kemas, dan apa jua jenis hadiah bersaiz kecil.
KKooretaLnuMaraBguprieunOgvMerucroaait 39 Kkachi Durumagi Kot luar ini sangat istimewa untuk gadis Korea. Bentuk asas Kot Luar Burung Murai Korea kot ini sama dengan durumagi (kot luar) biasa, pakaian tradisional hanbok Korea, kecuali kot ini mempunyai warna Bahan: sutera, fabrik bulu obang: merah, biru, kuning, putih dan hitam. Lima warna utama kambing ini melambangkan Yin-Yang dan teori lima unsur (kayu, api, Lokasi: Muzium Rakyat tanah, logam dan air). Berdasarkan warna simbolik ini dan Kebangsaan Korea, teorinya, baju ini boleh menghalang nasib yang tidak baik, dan Korea membawa tuah serta umur yang panjang. Sebagaimana yang dimaksudkan dengan nama ‘kkachi durumagi’ (‘kot luar burung murai’), kot ini merupakan pakaian yang istimewa dipakai pada hari terakhir tahun. Orang Korea menamakan hari terakhir tahun sebagai ‘Kkachi Seollal’ (hari pertama tahun baru burung murai). Hal ini disebabkan orang Korea percaya bahawa burung murai membawa berita baik untuk Tahun Baru. Pada hari ini, orang Korea menggunakan pakaian ini sebagai pakaian untuk hari kelahiran pertama bayi perempuan bagi memohon umur yang panjang dan kebahagiaan untuknya. Pakaian
40 Gaun Tradisional Pha Sin Pha sin, atau gaun tradisional Laos, adalah sangat penting dalam Gaun Tradisional Laos budaya dan adat Laos. Pha sin dipakai oleh kaum wanita setiap hari ke pejabat, ke sekolah, ke kuil dan ke mesyuarat rasmi. Pha Bahan: sutera sin boleh ditemui dalam pelbagai bentuk. Misalnya, gaun ini Lokasi: Muzium Nasional Lao, mungkin diperbuat daripada tekstil sutera berkualiti tinggi yang Vientiane, Laos dipakai dalam majlis khas, atau mungkin diperbuat lebih ringkas untuk gadis muda yang dipakai ke sekolah. Motif yang terdapat pada pha sin sangat penting kepada orang Laos kerana motif ini merupakan dongeng dan legenda masa lalu. Reka bentuknya berbeza dari daerah ke daerah yang lain dan kualitinya boleh menjadi sangat berharga. Oleh sebab kain ini disulam tangan, wanita Laos sangat berbangga dengan kualiti pha sin mereka. Wanita Laos boleh dikenali serta-merta di seluruh dunia apabila memakai pha sin Laos mereka. Pakaian
Pending 41 Pending Pending merupakan aksesori yang melengkapkan pakaian lelaki dan wanita Melayu. Bagi orang Melayu, pending biasanya Bahan: emas padu dipakai dengan tali pinggang. Sebagaimana yang boleh dilihat Lokasi: Muzium Tekstil Negara, di dalam gambar di atas, tidak terdapat batu permata pada Kuala Lumpur, Malaysia pending. Pending yang ditunjukkan di sini dibuat khusus untuk kerabat diraja Kelantan. Permukaannya diukir dengan motif bunga teratai dan filigri yang dicetak timbul. Secara tradision- alnya, pending dipakai dengan kain samping yang diikat dalam gaya ikat pancung dan baju sikap (jaket Melayu). Biasanya, pending dengan batu permata dipakai oleh kaum wanita, sementara kaum lelaki memakai pending tanpa batu permata. Wanita Kelantan biasanya memakai kain sarung dengan pending. Di Indonesia, pending dipakai dengan kain yang dililit di sekeliling pinggang. Pakaian
42 Malaysian WKaoinveTnenCulonth Kain Limar Bersongket Kain songket kebanyakannya dipakai oleh wanita Melayu sebagai sarung. Sesetengah wanita memakai kain songket Kain Tenun sebagai penutup kepala. Secara tradisionalnya, kain songket akan dipakai semasa acara dan istiadat rasmi. Pada hari ini, Bahan: utera kasar kain songket biasanya dipakai sebagai sebahagian daripada (pewarnaan tahan set pakaian pengantin, dalam seni persembahan, dan dalam lungsin), benang emas acara rasmi. Masa yang diambil untuk menghasilkan sehelai kain Lokasi: Muzium Tekstil Negara, songket adalah kira-kira satu bulan bergantung pada motif dan Kuala Lumpur, Malaysia reka bentuk yang dikehendaki. Kain songket mewakili kemewahan dan kehebatan disebabkan reka bentuknya yang sangat halus dan cantik. Negeri Kelantan dan Terengganu terkenal sebagai penghasil songket utama di dalam negara. Pada masa lalu, dikatakan bahawa, hanya kerabat diraja Melayu, terutamanya sultan dan raja yang boleh memakainya. Pakaian
PhSiliikpaptine Comb 43 Sudlai (Hanunoo-Mangyan) Sikat berukir daripada kayu dan berbentuk bulan sabit ini Suklay (Filipino) berasal dari Mindoro selatan, digunakan sebagai alat penjagaan atau hiasan rambut. Sikat Filipina Sikat biasanya dikaitkan dengan wanita, jenis sikat berbeza Bahan: kayu ditemui dalam kumpulan orang Filipina berbeza. Pada sunduk Lokasi: Muzium Nasional Filipina, (penanda kubur) kumpulan Sama di barat daya Filipina, reka Manila, Filipina bentuk sikat terbalik di atasnya menandakan kubur orang perempuan. Dalam kalangan orang Tausug, juga di barat daya Filipina, bendera perkahwinan dengan bentuk bulan sabit mewakili pengantin perempuan. Sikat dan rantai leher, bersama-sama dengan lesung dan alu (lihat lesung dan alu Filipina, jilid ini, halaman 21), merupakan sebahagian daripada suatu cerita dongeng Filipina yang popular tentang asal usul bulan dan bintang: “Pada zaman dahulu, langit sangat dekat dan boleh dicapai. Pada suatu hari, seorang ibu meminta anak perempuannya menumbuk beras. Sebelum melakukan- nya, gadis ini mengeluarkan sikat dari rambutnya dan manik dari lehernya, lalu menggantungnya pada langit. Untuk menyiapkan tugasnya dengan cepat, dia menumbuk kuat, meninggikan alu, tanpa menyedari yang alunya telah terkena langit. Alunya terus bergerak terlalu tinggi bersama-sama sikat dan rantai leher. Sikat bertukar menjadi bulan dan rantai lehernya bertaburan menjadi bintang.” Pakaian
44 Jaket Kebaya Kebaya ini merupakan sejenis jaket terbuka dengan lengan Jaket Singapura yang panjang dan kolar yang pendek. Panjangnya mungkin berbeza, dan yang ini adalah pendek dan mempunyai bentuk Bahan: kain kapas yang mengikut bentuk badan pemakai. Kaum wanita selalunya Lokasi: Peranakan Muzium, akan mengetatkannya dengan menggunakan set tiga kerong- Singapura sang, biasanya yang berhubungan dengan rantai. Kebaya ini diperbuat daripada kain voil kapas nipis dan dihiasi dengan sulaman. Kebaya jarang akan dipakai di atas pakaian dalam. Kaum China Peranakan tidak meniru sepenuhnya fesyen orang Eropah di Hindia Timur. Walau bagaimanapun, mereka menggabungkan cita rasa estetika ke dalam sarung kebaya, menghasilkan gaya Peranakan yang tersendiri pada tahun 1920-an. Pakaian
Kasut Manik Bertumit Tinggi 45 Kasut Manik Bertumit Kasut manik (kasut manek dalam Melayu Baba) selalunya akan Tinggi dijahit oleh nyonya (wanita China Peranakan) menggunakan Kasut Singapura manik kaca yang diimport dari Eropah. Bahagian atas yang bermanik kemudiannya dihantar kepada pembuat kasut untuk Bahan: manik kaca, kulit dijadikan kasut. Dalam sesetengah keadaan, kerja manik akan Lokasi: Muzium Nasional diupah daripada nyonya berkemahiran tinggi yang akan Singapura, Singapura menghasilkan reka bentuk yang lebih terperinci dan kompleks. Sebelum Perang Dunia II, ramai wanita China Peranakan belajar menjahit dan memasak dengan baik. Kemahiran menjahit dan memasak dari segi tradisinya dianggap sangat dicari-cari untuk dijadikan bakal menantu. Pakaian
46 Sarung Sarung Sarung ialah sejenis gaun lilit diperbuat daripada kain yang panjang, selalunya dijahit menjadi tiub. Sarung ini menunjukkan Bahan: batik kain kapas sifat-sifat motif yang tersusun, yang termasuklah manusia, kipas, Lokasi: Peranakan Muzium, bunga dan payung. Batik yang dibuat oleh orang Belanda di Singapura Indonesia kadangkala dikenali sebagai batik Belanda. Pembuat batik di Indonesia mendapat ilham dan dipengaruhi oleh teknik dan corak pembuatan batik di India. Pembuat batik di Jawa menghiasi kain dengan corak tradisional yang ditemui dalam tekstil India, tetapi juga membuat rekaan baharu berdasarkan seni tradisional Indonesia, atau dipengaruhi oleh budaya penjajah Barat. Batik dihasilkan oleh pembuat China, Arab, Jawa, dan Eurasia. Pakaian
Kain Tradisional 47 Phrae Wa ‘Phrae wa’ merujuk sehelai fabrik yang dipakai oleh kaum wanita Kain Tradisional Thai di sekeliling bahu dan kadangkala di kepala dengan pakaian tradisional. Biasanya fabrik phrae wa bercorak ringkas dipakai Bahan: silk untuk kegunaan harian, sementara pakaian dengan corak yang Lokasi: Ban Phone, Kalasin lebih kompleks disimpan untuk majlis tertentu, majlis penting Province, Thailand dan perayaan. Pada masa ini, corak baharu direka bentuk dan saiz fabrik phrae wa semakin bertambah untuk memenuhi permintaan pelanggan moden yang memakai phrae wa dengan pakaian moden. Phrae wa menjadi hasil kraf tangan orang Phu Tai di Ban Phone, Wilayah Kalasin, selama lebih dari 200 tahun. Satu daripada ciri penting fabrik phrae wa adalah bahawa penenun menggunakan jarinya untuk memilih benang lungsin bagi membentuk motif pada kain. Pha saew ialah kain yang menjadi model apabila terdapat banyak corak model tradisional, yang diturunkan dari generasi ke generasi. Walau bagaimanapun, penenun masa kini kadangkala menghasilkan corak mereka sendiri, dengan itu, membuat corak phrae wa yang berbeza dari segi saiz dan bilangan bergantung pada kreativiti dan tujuan masing-masing. Pakaian
48 Subang Takhao Di wilayah Surin, subang dikenali oleh orang tempatan seba- gai takhao, yang merupakan sekeping barang kemas yang Subang Thailand diperbuat daripada emas dan perak. Orang tempatan percaya bahawa takhao yang dibuat oleh nenek moyang mereka ialah Bahan: perak kasar sekeping barang kemas yang suci dan merupakan tangkal bagi Lokasi: Ban Chok, nasib yang baik. Mereka selalunya memakai takhao sebagai Surin Province, Thailand barangan perhiasan untuk acara tertentu, keraian, perayaan dan pesta, kerana mereka percaya bahawa subang ini akan memberikan nasib yang baik kepada mereka. Bentuk dan nama takhao diambil terutamanya daripada nama bunga tempatan dan sifat semula jadi. Takhao mempunyai pencucuk yang dilekatkan di belakangnya, yang menusuk ke dalam cuping telinga apabila seseorang memakainya. Pada masa ini, sejumlah tukang perak telah belajar untuk menghasilkan gaya baharu, yang bercirikan lebih banyak hiasan, seperti sekeping kecil perak yang diletak- kan pada takhao, menjadikan takhao hari ini kelihatan lebih me- wah daripada yang asal. Diandaikan bahawa takhao berasal lebih 270 tahun lalu, apabila satu kumpulan orang Khmer berhijrah dari Kemboja untuk lari daripada perang saudara. Kebanyakan penduduk Ban Chok adalah keturunan Khmer. Nenek moyang mereka berhijrah dari Phnom Penh ke Surin lebih kurang dua kurun yang lalu, membawa bersama-sama mereka kepakaran yang tinggi dalam pembuatan barangan hiasan emas. Khun Sinarin, seorang be- kas pemimpin dan tukang emas, merupakan orang yang menye- barkan dan memindahkan pengetahuan tentang barangan emas dan perak kepada penduduk kampung. Pada hari ini, barangan perak di kampung Ban Chok dipromosikan oleh pihak kerajaan tempatan dan menarik pelancong untuk datang ke kampung ini bagi menyaksikan proses pembuatan barangan perak. Pakaian
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124