PSP C@LOGS DIGEST 2020 SIDANG EDITORIAL PENAUNG Sr. Harith Fadzilah bin Abdul Khalid PENASIHAT Dr. Salmi binti Che Meh Puan Sharipah Khadijah binti S. Hashim KETUA EDITOR Puan Zuhairah binti Abdul Hadi EDITOR EKSEKUTIF Encik Mohammad Najib bin Adnan Puan Faizah binti Omar PEREKA GRAFIK Puan Hasnieza binti Mokhtar EDITOR PENGURUSAN (Kompilasi) Puan Nik Nor Azila binti Nik Zaid Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Azyyati binti Anuar (UiTM) Dr. Fariza binti Ahmad Mahyadin@Mahidin (UUM) Dr. Khairul Bariyah binti Othman (PSP) Dr. Rohani binti M.M. Yusof (PSP) Dr. Mohd Pahmi bin Saiman (PSP) selaku penyemak kertas penulisan serta Encik Md. Ashraf bin Mohamed Puan Suryani binti Sabri selaku penyemak Bahasa
PSP C@LOGS DIGEST 2020 PRAKATA Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya, penerbitan C@LOGS DIGEST kali ke-2 Politeknik Seberang Perai ini telah berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah kepada semua penulis kertas penyelidikan dan sidang editor. Bidang penyelidikan dilihat mampu menjadi komponen penting bagi mencapai teras utama Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025) bagi memastikan kepakaran bakat mengikut bidang adalah mencukupi. Pembabitan pensyarah dalam bidang penyelidikan akan dapat menyemai nilai pembelajaran sepanjang hayat kerana para penyelidik sentiasa peka terhadap inovasi baru yang muncul seiring dengan perkembangan semasa. Kejayaan para pensyarah dan pelajar menghasilkan inovasi yang berkualiti diyakini berupaya memberi imbuhan yang besar kepada pembangunan masyarakat dan negara. Justeru, para pensyarah harus bersedia dalam memastikan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan sentiasa berkualiti tinggi dan mencapai prestasi yang ditetapkan. Diharapkan semua yang terlibat dalam penghasilan C@LOGS DIGEST ini dapat mengutip pengalaman dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai satu saluran untuk mengembangkan kebolehan dalam aspek kreativiti dan inovasi dalam penyelidikan. Akhir kata, semoga usaha ini dapat menyediakan platform kepada pensyarah untuk menyumbang idea dan peranan bagi memastikan hasrat untuk membudayakan inovasi dan penyelidikan tercapai. Sekian, terima kasih. SIDANG EDITORIAL, PSP C@Logs Digest 2021
PSP C@LOGS DIGEST 2020 kata-kata aluan pengarah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya PSP C@Logs Digest telah berjaya diterbitkan bagi edisi kedua pada tahun 2021. Umumnya, PSP C@Logs merupakan hasil inovasi dan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh para pensyarah Jabatan Perdagangan dalam bidang Logistik dan Rantaian Bekalan. Kejayaan PSP C@Logs Digest pada tahun lalu menjadi titik awal kepada para pensyarah bagi menghasilkan inovasi yang berkualiti dan membudayakan penyelidikan yang kreatif. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa PSP C@Logs Digest serta semua pihak yang terlibat khususnya para pensyarah atas komitmen yang diberikan dalam menerbitkan PSP C@Logs Digest. Sesungguhnya, penerbitan PSP C@Logs Digest merupakan satu wadah kepada para pensyarah dalam mengembangkan ilmu dan kreativiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Peranan pensyarah di institusi pengajian tinggi sangat besar dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Ianya bukan sahaja menjadi agenda penting dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) malah mempunyai kepentingan kepada para pensyarah dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Usaha yang dilaksanakan ini merupakan langkah yang bijak dan perlu diteruskan untuk mengukuhkan dan membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia. Selain itu juga, penerbitan PSP C@Logs Digest merupakan satu inisiatif dan tindakan yang proaktif para pensyarah dalam meningkatkan mutu dan pencapaian seiring dalam menuju sasaran yang ditetapkan. Akhir kata, saya berharap melalui hasil kajian dan kertas penyelidikan di dalam penerbitan PSP C@Logs Digest dapat memperkasa dan membudayakan penyelidikan yang kreatif dan berinovasi yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga usaha murni tuan-tuan dan puan-puan untuk menjayakan penerbitan ini akan diberkati Allah SWT dan PSP C@Logs Digest terus mara kehadapan menuju arus globalisasi dan Revolusi Industri 4.0. Sekian, terima kasih. Sr. HARITH FADZILAH BIN ABD KHALID Pengarah Politeknik Seberang Perai
PSP C@LOGS DIGEST 2020 JADUAL KANDUNGAN Bil Tajuk M/S 1 Penggunaan Alat Pengesan Lokasi Stok (APLs) di Rak dalam Pengurusan Pergudangan Syarikat Polyware Sdn. Bhd. Syafawati binti Abu Bakar Mariati binti Baharun Kerthini a/p Murugan Mugilan a/l Nagappan Vilashini a/p Hari Chandran Muhammad Fuzail bin Mohd Mohideen 2 Penggunaan Produk Food Waste Traps dalam Pengurusan Sisa Makanan Rozana binti Che Bidi Faizah binti omar Kausalyah a/p Kalithazan Muhammad Naim bin Hasbollah Nur Aqilah Aisya binti Mohd Radzi NurAlleya Natasha binti Shahnir Hizal 3 Pembangunan Sistem i’SpEQ dalam Menguruskan Inventori di Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum dan Kebudayaan( JSKK), Politeknik Seberang Perai Hasnieza binti Mokhtar Nursyazwani binti Azhar Nurul Athirah Binti Rossalmi Turgadewi a/p Ramamurthee Nurul Afiqah Binti Ahamad Atan 4 Mulltager : Produk Inovasi Pengurusan Sisa di Asrama Bestari Politeknik Seberang Perai Rosmizar binti Mohd Rosli Irdawati binti Kamaruddin Suman a/l Theva Noorasyiqin binti Muhamad Nur Tasha binti Mohd Shobery Aimy Izyani Balqis binti Ruslan
5 Penggunaan Sistem Qracktory dalam Pengurusan Inventori di Stor Penyimpanan Peralatan Asrama Bestari, Politeknik Seberang Perai Aida Zuraina binti Mir Ahmad Talaat Hasmiza binti Taib Logentiran a/l Mohanan Mohamad Aiman Hazim bin Shepol Baharim Muhammad Syamil Safwan Bin Muhamad Jamil 6 Pembangunan Aplikasi Reader’s Delight ke Arah Penguasaan Kursus Logistik di Politeknik Seberang Perai Danizah Binti Che Din Nik Nor Azila Binti Nik Zaid Richard Raj a/l Danial Martin John a/l John Nesa Raja Rishi Ann a/p Bala Subramaniam Nur Fajrina Anis Binti Abdul Halim Nur Mumtaz Binti Mohamad Haniba 7 Inovasi Trash Filter dalam Melestarikan Green Logistic di Kampus Madani Politeknik Seberang Perai Hasnieza binti Mokhtar Khairul Bariyah binti Othman Tavinkumar a/l Ramesh Nordiana Elyana binti Kasim Nurul Asyikin binti Ahmad Shukri Nurul Amira Zakira binti Mohd Noor Azizi 8 Pembangunan Sistem Polywagen dalam Pengurusan Perkhidmatan Kereta Sewa di Politeknik Seberang Perai Zuhairah binti Abdul Hadi Purani a/p Muniandy Thean Moly a/p Mandharan Nurul Ain binti Ahmad Zafir Siti Syakirin binti Ahmad Jalaluddin Muhammad Aziman Rajaie bin Rohim 9 Simulasi Pipeline Terhadap Prototaip Produk Inovasi ‘Terowong Sampah’ di Asrama Madani dan Gemilang, Politeknik Seberang Perai Amri bin Sulong Sharipah Khadijah binti S.Hashim Lee Shi Li Nurhafieza binti Noorzaidi Kawshaleyah a/p Subramaniam Seyed Azfar bin Seyed Abuthahir Mohamad Ammar Haffiz bin Rodowan
10 Inovasi Mobile-Filtray dalam Pengurusan Logistik Gula Syarikat Libby Power Resources Aida Zuraina binti Mir Ahmad Talaat Beh Jen Sen Harshini a/p Kumereshen Vaideswarry a/p Vadiveloo Muhammad Mubin bin Shobri 11 Penggunaan Rak Racklly dalam Sistem Pengurusan Inventori di Senandung Motor Sdn. Bhd. ke Arah Green Logistic Norwani binti Harun Norisah binti Ahmad Shaffie Sakhthi a/p Bhubalan Solomon a/l Kolandai Samy Nurfathihah Husna binti Mohd. Fadzli Nur Syammimi Athirah binti Daing Nor Rashid Shah 12 Penggunaan Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga dalam Perniagaan Peruncitan di Kedai Agrobazaar Rakyat Irdawati binti Kamarudin Gee Ann Sze Ooi Shi Ting Nurul Syafiqah binti Ruslan Saidatul Afira binti Mohd Noor
PENGGUNAAN ALAT PENGESAN LOKASI STOK (APLs) DI RAK DALAM PENGURUSAN PERGUDANGAN SYARIKAT POLYWARE SDN. BHD. 1Syafawati binti Abu Bakar* 2 Mariati binti Baharun 3 Kerthini a/p Murugan 4 Mugilan a/l Nagappan 5 Vilashini a/p Hari Chandran 6Muhammad Fuzail bin Mohd Mohideen *e-mel: [email protected] 1-6Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Alat Pengesan Lokasi Stok (APLs) adalah sebuah alat yang berfungsi untuk mengesan lokasi stok pada rak di dalam gudang. Alat pengesan lokasi stok ini dihasilkan menggunakan alat kawalan jauh dan lampu LED yang dipasang di rak. APLs dihasilkan bagi menyelesaikan masalah pengesanan stok yang dihadapi oleh pekerja gudang Syarikat Polyware Sdn. Bhd. yang sukar untuk mengesan lokasi stok di rak. Ini berpunca daripada kelemahan kaedah penyimpanan stok kerana penggunaan pelekat dan pen berdakwat yang boleh menyebabkan tulisan menjadi pudar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objektif utama. Pertama, untuk mengenalpasti masalah pengesanan lokasi stok dalam gudang Syarikat Polyware Sdn. Bhd. Kedua, untuk menghasilkan produk inovasi APLs bagi menyelesaikan masalah pengesanan stok dengan lebih efektif dan komprehensif. Kajian ini menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan data awal isu kajian. Seterusnya bagi menganalisis keberkesanan dan kebolehgunaan produk inovasi ini, analisis SWOT (Strenghts, Weeknesses, Opportunities, Threats) digunakan untuk menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman produk yang dihasilkan. Prototaip produk inovasi ini dibangunkan dengan menggunakan alat kawalan jauh dan lampu LED yang dipasang pada rak di gudang. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan alat pengesan lokasi stok ini dapat menjimatkan masa pekerja melakukan carian lokasi stok yang diperlukan di dalam gudang berbanding sebelumnya. Dengan menggunakan produk inovasi ini pekerja hanya perlu menekan alat kawalan jauh dan lampu LED yang dipasang akan menyala pada rak stok yang dicari. Secara kesimpulannya, produk inovasi ini diharapkan dapat membantu pekerja Syarikat Polyware Sdn. Bhd. dan seterusnya dapat dikomersialkan dalam industri pergudangan yang lain. Kata kunci: pengesanan lokasi stok gudang, gudang, lokasi, stok, rak PENGENALAN Gudang adalah bangunan untuk menyimpan barang dan biasanya digunakan oleh pengilang, pengimport, pengeksport, pemborong, perniagaan pengangkutan dan lain-lain. Kebanyakan gudang mempunyai tempat untuk memuat dan memunggah barang dari trak. Barang atau stok akan dibawa dari landasan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan akan dimuatkan ke dalam gudang sementara proses seterusnya dilakukan. Barang yang disimpan di dalam gudang adalah dalam kuantiti yang banyak dan boleh merangkumi bahan mentah, bahan pembungkusan, alat ganti, komponen, atau barang siap yang berkaitan dengan pertanian, pembuatan, dan pengeluaran. Disebabkan penyimpanan barang di dalam gudang adalah dalam kuantiti yang banyak, pengurusan inventori atau stok adalah penting bagi memastikan stok sentiasa tersedia dan senang untuk dicapai apabila diperlukan oleh pelanggan. Pengurusan stok yang berkesan bahkan dapat mengurangkan pelbagai kos dan seterusnya dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat. Kebanyakan gudang bergantung kepada teknologi bagi memastikan proses pengesanan stok di dalam gudang dapat dilakukan secara cepat dan seterusnya dapat mengurangkan kitaran masa pesanan dari pelanggan. Keperluan penggunaan teknologi atau alat untuk mengesan stok di dalam gudang pada masa sekarang adalah penting disebabkan persaingan yang
terlalu ramai. Apabila berlakunya persaingan yang tinggi, gudang atau syarikat yang menerapkan penggunaan teknologi akan mempunyai kelebihan persaingan. Secara umumnya, alat atau teknologi bagi pengesanan stok di dalam gudang amat diperlukan bagi memudahkan proses pengesanan stok dan seterusnya dapat meningkatkan permintaan pelanggan. PERNYATAAN MASALAH Fungsi gudang ialah ruang terancang untuk penyimpanan dan pengendalian barang dan bahan dengan cekap. Berdasarkan maksud ini, maka gudang mempunyai beberapa fungsi seperti penerimaan dan pengiriman produk. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah dalam pengenalpastian stok bagi sesetengah gudang. Antara masalah yang sering berlaku ialah terlalu banyak stok di gudang yang menyebabkan sukar untuk mencari lokasi stok yang diperlukan dengan cepat. Hal ini menyebabkan banyak masa yang akan terbuang hanya untuk mencari lokasi stok di gudang sahaja. Antara masalah yang lain ialah terdapat banyak jenis produk di dalam gudang malah setiap satu produk akan mempunyai jenis - jenis yang berlainan. Kesannya, tenaga pekerja di gudang banyak diperlukan untuk mencari, menukar atau menambah stok. Gudang yang dibina oleh sesebuah syarikat juga adalah sangat besar kerana perlu menyimpan stok untuk dihantar ke negeri atau negara lain. Tambahan pula, penambahbaikan diperlukan bagi meningkatkan kecekapan produktiviti syarikat. Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (2017) telah melaporkan bahawa industri gudang kurang cenderung untuk menerapkan inovasi dan penambahbaikan yang akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti berbanding industri lain. Kekangan dan kelemahan yang ditemui dalam proses penyimpanan dan pengendalian stok di gudang telah memberi peluang kepada penyelidik untuk mencadangkan inovasi yang dapat membantu meningkatkan strategi dalam proses pengendalian pemyimpanan stok di gudang Syarikat Polyware Sdn. Bhd. Penyelidik mencipta sebuah alat pengesan stok gudang yang mempunyai ciri-ciri mobiliti (mudah dibawa ke mana sahaja), tahan lasak serta memudahkan dalam proses mengenalpasti lokasi sesuatu produk. Dengan penggunaan alat ini juga pekerja di gudang tersebut tidak perlu lagi membaca pelekat atau barkod yang terlekat pada rak stok lagi dan hanya tekan sensor tersebut dan lampu pada rak stok yang dicari akan menyala. OBJEKTIF INOVASI Objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji adalah seperti di bawah: 1) Mengenalpasti masalah mengesan lokasi bagi stok yang terletak di rak dalam gudang. 2) Mencadangkan untuk menghasilkan Alat Pengesan Lokasi Stok (APLs) di rak dalam gudang bagi memudahkan untuk mengesan lokasi stok CIRI-CIRI INOVASI Penggunaan Alat Pengesan Lokasi Stok (APLs) bertujuan untuk menandakan lokasi bagi stok yang diperlukan. APLs dapat menjimatkan kos operasi bagi syarikat dan meningkatkan produktiviti. Ini kerana dengan penggunaan APLs ini dapat mengurangkan tenaga yang digunakan oleh pekerja. Selain menjimatkan kos operasi, penggunaan alat ini juga dapat menjimatkan masa yang diperuntukkan oleh pekerja. Pekerja dapat mencari lokasi stok dengan pantas menggunakan alat kawalan jauh tanpa perlu mencari stok dari satu rak ke rak yang lain. Teknologi alat kawalan jauh dan penggunaan lampu LED yang dipasang pada rak akan menjadi daya penarik kepada pekerja untuk menggunakan alat ini. Menurut Mohopadkar dan Patil (2013), terdapat banyak faktor yang boleh dipertimbangkan bagi menentukan susun atur tempat penyimpanan bahan-bahan. Hal ini termasuklah lokasi penyimpanan bahan- bahan tersebut iaitu jarak, kedudukan tempat simpanan dan jenis bahan. Justeru, inovasi ini dibangunkan dengan mengambilkira faktor -faktor tersebut.
PROSES PEMBANGUNAN PRODUK INOVASI A. Proses 1 : Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Alat Pengesan Lokasi Stok (APLs) Proses 1 melibatkan pencarian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk membangunkan alat pengesan stok gudang. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah pistol gam, penutup lutsinar, papan plastik beralun, gam pelekat, modul pemancar infrared (sensor), modul penerima infrared (sensor), kotak selongsong (PVC), pemegamg bateri, lampu LED, pistol pematerian, wayar merah dan hitam, bateri dan pelekat on/off (rujuk Rajah 1a sehingga 1f). Rajah 1: Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan APLs B. Proses 2 : Proses pembangunan produk Proses 2 melibatkan proses menyediakan modul penerima IR serta selongsong seperti Rajah 2 Rajah 2: Modul penerima IR dan selongsong
C. Proses 3 : Proses pembangunan produk Proses 3 melibatkan proses memateri wayar serta lampu LED seperti Rajah 3 Rajah 3: Lampu LED dipaterikan dengan wayar D. Proses 4 : Proses pembangunan produk Proses 4 melibatkan proses percantuman untuk menghasilkan sebuah lampu pengesan iaitu dengan mencantum lampu LED yang dipaterikan dengan wayar dan selongsong seperti Rajah 4. Rajah 4: Pencantuman lampu LED yang dipaterikan dengan wayar dan selongsong. E. Proses 5 : Proses pembangunan produk Proses 5 adalah proses mencantum kesemua wayar and lampu LED pada sebuah papan plastik beralun serta menutupkannya dengan penutup lutsinar seperti di Rajah 5. Rajah 5: Lampu pengesan yang sudah lengkap
F. Proses 6 : Proses pembangunan produk Proses ini melibatkan proses meletakkan bateri pada selongsong alat kawalan jauh seperti di Rajah 6. Rajah 6 : Proses meletakkan bateri G. Proses 7 : Proses pembangunan produk Proses ini melibatkan proses percantuman mod pemancar IR dan kotak selongsong untuk dijadikan satu unit seperti Rajah 7. Rajah 7 : Pencantuman modul penerima IR dan kotak selongsong. H. Proses 8 : Proses pembangunan produk Proses ini melibatkan proses melekat pelekat ‘on/off’ pada selongsong alat kawalan jauh tersebut seperti di Rajah 8. Rajah 8 : Proses melekatkan pelekat on/off pada selongsong alat kawalan jauh.
INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIHASILKAN Seksyen ini menunjukkan gambar pandangan setiap sisi alat pengesan lokasi stok di rak dalam gudang. Rajah 9 menunjukkan pandangan sisi depan alat pengesan stok. Alat kawalan jauh diletakkan pada pintu depan gudang. Manakala lampu LED dipasang disetiap rak seperti yang ditunjukkan pada Rajah 10. Rajah 9: Pandangan hadapan ptototaip Alat Pengesan Lokasi Stok Rajah 10: Alat Kawalan Jauh diletakkan pada bahagian pintu depan gudang. Lampu LED dipasang di setiap rak.
IMPAK PRODUK Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi produk diperincikan kepada EMPAT (4) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Syarikat Alat pengesan stok gudang ini telah memberikan impak yang positif terhadap Syarikat Polyware Sdn. Bhd. kerana alat ini dapat membantu dan memudahkan tugas pekerja dalam proses mengambil kira stok dan mencari lokasi bagi stok yang diperlukan dengan mudah dan cepat. 2. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk pembelian produk inovasi alat pengesan gudang dan penggunaannya dalam kalangan pengguna dapat menjimatkan kos dan dapat ditanggung kerana bahan penghasilan produk inovasi ini terdiri daripada bahan yang murah dan mudah didapati di kedai perkakasan seperti kertas pasir,kotak selongsong (PVC), pemegang bateri, lampu LED, pistol pematerian, besi pematerian, wayar ,bateri dan lain-lain. 3. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan alat pengesan ini dapat menjimatkan masa pekerja mencari stok yang diperlukan di dalam gudang berbanding keadaan sebelumnya kerana dengan menggunakan produk inovasi ini pekerja hanya perlu menekan alat tersebut. Seterusnya alat tersebut akan menyala pada rak stok yang dicari. Jadual 1: Impak Produk Terhadap Masa BUTIRAN SEBELUM SELEPAS 40 minit 5 minit Masa yang diperlukan untuk mencari stok 4. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan pihak pekerja di gudang bagi membantu proses pengendalian stok lebih inovatif dengan penggunaan produk ini. Produk ini membantu mengurangkan tenaga pekerja di gudang dalam proses pencarian dan penggantian barang. Melalui penggunaan produk ini pekerja di gudang dapat mengesan produk yang diingini dengan pantas. Jadual 2: Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk BUTIRAN SEBELUM SELEPAS 5 orang 2 orang Bilangan pekerja yang diperlukan untuk mencari stok CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Kesimpulan daripada penyediaan projek ini dilakukan berdasarkan analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman) yang disediakan oleh pengkaji. Berikut adalah analisis SWOT yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan 1. Alat pengesan lokasi stok adalah alat yang tidak mudah rosak dan tahan lasak. 2. Alat pengesan lokasi stok adalah berbentuk mobiliti iaitu boleh dibawa ke mana-mana sahaja. 3. Alat pengesan lokasi stok adalah berbentuk mesra pengguna di mana alat kawalan jauh hanya mempunyai butang ON/OFF sahaja. 4. Alat pengesan lokasi stok berbentuk kecil dan ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
B. Kelemahan 1. Faktor kelembapan di dalam gudang akan menyebabkan produk tidak dapat bertahan dengan lebih lama. 2. Faktor rekabentuk produk yang ringan akan menyebabkan produk mudah beralih kedudukan. C. Peluang 1. Produk yang mempunyai fungsi seperti alat pengesan lokasi stok sangat terhad dipasaran. 2. Alat pengesan lokasi stok boleh diperluaskan pasaran secara atas talian. 3. Dapat mengatasi keadaan barang yang bercampur dan tidak tersusun. 4. Peningkatan kecekapan di dalam proses mengenalpasti dan mengesan lokasi stok di rak. D. Ancaman 1. Alat pengesan lokasi stok ini mungkin boleh diubahsuai dan ditambahbaik oleh pesaing. 2. Alat pengesan lokasi stok ini hanya dapat mengesan produk mengikut rak tanpa mengetahui lokasi tepat. Berdasarkan analisis SWOT di atas, alat pengesan lokasi stok di rak direkacipta bagi mengatasi masalah mengenalpasti dan mengesan produk di dalam gudang Syarikat Polyware Sdn. Bhd. yang bercampur dan tidak tersusun. Kajian awal yang dilakukan oleh pengkaji mendapati pekerja di dalam gudang menggunakan kaedah manual iaitu menggunakan pen berdakwat dan pelekat untuk menandakan stok yang terdapat di rak. Penggunaan pen berdakwat ini akan menjadi pudar untuk tempoh jangka masa panjang. Atas kekangan dan masalah yang dihadapi, pengkaji telah menghasilkan produk inovasi iaitu alat pengesan lokasi stok di rak bagi memudahkan pekerja mengesan lokasi stok tanpa perlu menghabiskan tenaga yang banyak. Selain itu, alat pengesan lokasi stok ini juga mempunyai kelemahan yang mungkin boleh ditambahbaik pada masa akan datang. Kelemahan alat pengesan lokasi stok ini ialah produk ini tidak dapat bertahan lama jika faktor kelembapan di dalam gudang tidak dikawal dengan baik. Kelemahan ini telah dibincangkan bersama wakil Syarikat Polyware Sdn. Bhd. dan mereka akan cuba memastikan proses aliran udara sentiasa terkawal dengan menambahbaik proses pengudaraan di dalam gudang. Produk yang mempunyai fungsi seperti alat pengesan lokasi stok sangat terhad di pasaran dan ini menjadikan ia adalah satu peluang yang besar bagi pengkaji. Proses pemasaran dan penjualan alat ini juga boleh dilakukan secara atas talian bagi memperluaskan capaian produk ini. KESIMPULAN Penghasilan alat pengesan lokasi stok ini diharapkan dapat memberikan banyak kelebihan dan manfaat untuk aktiviti pengesanan lokasi stok di Syarikat Polyware Sdn. Bhd. Alat ini dijangka dapat menjimatkan masa bagi pekerja serta dapat menjimatkan kos operasi bagi syarikat. Hasil temubual akhir, alat pengesan lokasi stok ini turut mempunyai nilai pasaran yang tinggi kerana kegunaan teknologi alat kawalan jauh berbanding kaedah pencarian lokasi stok secara manual. Penghasilan alat pengesan lokasi stok ini dipercayai berpotensi untuk dikomersialkan bukan hanya kegunaan syarikat Polyware Sdn. Bhd. malah kegunaan syarikat lain yg mempuyai stok dan gudang. Secara keseluruhannya, melalui penghasilan alat pengesan lokasi stok ini, aspek pengurusan stok di gudang menjadi lebih cekap dan seterusnya menggambarkan pengurusan sesebuah gudang berada pada tahap yang baik. Pengendalian stok di gudang dan pengurusan pergudangan saling berkait rapat. Pendapat ini turut di sokong oleh Azizi et al. (2018) menyatakan pengurusan pergudangan yang diuruskan dengan betul akan dapat meningkatkan kecekapan pengendalian bahan atau stok di gudang. Penggunaan teknologi alat kawalan jauh memberi impak yang besar terhadap proses pengesanan lokasi stok di rak. Ini dapat dilihat pengurangan masa dalam pencarian stok secara manual. Selain itu, APLs menawarkan cara pengesanan stok yang lebih pantas. Oleh itu, adalah diharapkan agar alat pengesan lokasi stok yang telah dibangunkan oleh pengkaji akan memberikan impak yang positif kepada Syarikat Polyware Sdn. Bhd.
RUJUKAN Azizi, Alsalmi, Al-Humairi, Al-Rashdi, Al-Sheikaili, Al-Zakwani & Yazdi, P. G. (2018). Design and Fabrication of Intelligent Material Handling System in Modern Manufacturing with Industry 4.0 Approaches. International Robotics & Automation Journal, 4(3), 1–10. Malaysia Productivity Corporation (2017). Reducing Unnecessary Regulatory Burdens on Business: Warehousing Services. Draft Report. Retrieved from http://www.mpc.gov.my/wp content/uploads/2017/05/RURB-Warehouse-Draft-final-3052017-update.pdf Mohopadkar, J. S. & Patil, D. R., (2013). Application of Inventory Management in Construction Industry, 229– 231.
SISTEM PENGGUNAAN PRODUK FOOD WASTE TRAPS DALAM PENGURUSAN SISA MAKANAN 1Rozana binti Che Bidi* 2Faizah binti omar 3Kausalyah a/p Kalithazan 4Muhammad Naim bin Hasbollah 5Nur Aqilah Aisya binti Mohd Radzi 6NurAlleya Natasha binti Shahnir Hizal *e-mel: [email protected] 1-7Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Pengurusan sisa adalah pemungutan, pemprosesan, pengitaran semula dan pengawasan bahan sisa. Peningkatan sisa makanan memberikan tekanan kepada sumber tanah, air, udara serta menyumbang kepada pemanasan global. Hal ini juga merupakan masalah juga merupakan masalah alam sekitar yang serius dan berkait dengan teknologi serta moral. Namun begitu, masalah pembuangan sisa makanan ini kurang mendapat perhatian berbanding masalah alam sekitar lain. Melalui temubual dan pemerhatian di premis Perniagaan Zam’s Café didapati tiada pengurusan sisa makanan yang cekap dan sistematik. Sisa makanan tidak diuruskan dengan cekap menyebabkan sisa mengalir terus ke longkang dan mengakibatkan pencemaran bau dan saliran tersumbat. Justeru, objektif produk inovasi ini dihasilkan bagi (1) membangunkan produk Food Waste Traps dan (2) dapat membantu mengatasi permasalahan pembuangan sisa makanan di Perniagaan Zam’s Café supaya lebih teratur dan sistematik. Keunikan produk ini adalah mudah dikendalikan, murah dan praktikal. Terdapat empat langkah dalam membangunkan Food Waste Traps iaitu (1) menyediakan plat keluli tahan karat, fabrik dan jaring penapis mengikut saiz yang dikehendaki, (2) mencantum bahan yang telah dipotong untuk membentuk penapis yang dikehendaki, (3) membuat perapian terhadap sambungan bagi memastikan ianya tidak merbahaya kepada pengguna dan (4) meletakkan penyangkut di bahagian belakang produk. Hasil penggunaan produk Food Waste Traps ini, sisa makanan tidak akan mengalir ke longkang sebaliknya terperangkap di dalam Food Waste Traps seterusnya memudahkan pembuangan ke dalam tong sampah. Produk ini bukan sahaja sesuai digunakan oleh Perniagaan Zam’s Cafe tetapi boleh diadaptasi dan dikomersialisasikan untuk digunakan oleh semua premis makanan di seluruh Malaysia. Produk ini juga dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kata kunci: Pengurusan sisa, “ Food Waste Traps ”, sisa makanan, Perniagaan Zam’s Café PENGENALAN Sisa makanan merupakan pembaziran makanan yang terbuang oleh masyarakat hari ini. Pembuangan sisa makanan ini menjadi lebih rumit apabila segelintir masyarakat tidak mengambil berat tentang kesan yang terhasil daripada pembuangan sisa makanan yang tidak teratur (Wong Yik Chun, 2016). Mengikut kajian Unilever Food Solutions (2020), 33000 tan sisa makanan domestik dibuang setiap hari. Secara purata, sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang membazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari. Itu juga bermaksud satu orang mengeluarkan sekurang-kurangnya 0.544 kilogram (kg) sisa makanan dalam sehari. Selain itu, lebih kurang 15,000 tan dari 33,000 tan yang disebut itu, berkongsi jumlah makanan yang diperlukan untuk memberi makan kepada 10 juta orang. Ini menunjukkan bahawa alam sekitar mula berada dalam keadaan tidak sihat dan boleh memberi kesan terhadap manusia dan hidupan lain. Selain itu, pengurusan sisa makanan yang tidak diurus dengan baik dan sistematik akan menyebabkan longkang tersumbat dan mendatangkan pencemaran bau dan juga mengakibatkan pelbagai penyakit terhadap manusia dan haiwan. Akibat sikap sikap manusia yang sering mengabaikan kepentingan dalam menjaga alam sekitar, mengakibatkan masalah ini menjadi lebih rumit serta menyumbang kepada pelbagai kesan lain Kunwar Paritosh et al. 2017. Antara kesan lain daripada masalah longkang yang tersumbat akibat sisa makanan dan minyak masak yang dituang ke dalam saluran paip ini akan menarik perhatian haiwan perosak seperti lipas, lalat dan tikus. Para pengusaha premis makanan dituntut agar menjaga kebersihan persekitaran premis makanan
mereka terutamanya di bahagian yang melibatkan pemprosesan penyediaan makanan seperti stor dan dapur bagi mengelakkan dari pelbagai jangkitan bakteria yang disebabkan oleh vektor pencemar. Selain itu, longkang premis perniagaan yang tersumbatkan mengeluarkan bau busuk dan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Premis makanan perlu memastikan masalah ini dapat dibendung dengan segera. Pemilik premis makanan dan masyarakat tidak boleh mengambil sikap mudah dan sambil lewa mengenai kebersihan alam sekitar. Justeru, pengusaha premis makanan perlu memastikan sistem pemprosesan atau ruang dapur mereka sentiasa bersih dan berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu, penggunaan produk untuk menapis sisa makanan perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, produk seperti Food Waste Traps perlu diwujudkan supaya sisa makanan dapat diuruskan dengan baik dan sistematik. Produk inovasi ini juga perlu dijadikan sebagai produk utama dalam industri makanan di seluruh negara. Hasilnya diharapkan, pengurusan sisa makanan dapat diuruskan dengan sistematik dan dikitar semula untuk dijadikan baja kompos bagi aktiviti pertanian sekaligus dapat mengekalkan kebersihan alam sekitar. PERNYATAAN MASALAH Zam’s Cafe merupakan sebuah premis makanan yang sering dikunjungi ramai terletak berhampiran Politeknik Seberang Perai. Premis makanan tersebut sering mengalami masalah dari segi pengurusan sisa makanan. Sisa makanan yang tidak diurus dengan baik menyebabkan longkang berhampiran premis makanan tersebut tersumbat dan berbau serta menggangu ketenteraman awam dan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kekangan dan kelemahan yang ditemui dalam pengurusan sisa makanan ini memberi peluang kepada penyelidik untuk mencadangkan inovasi yang dapat membantu menyelesaikan masalah pengurusan sisa makanan. Penyelidik mencipta produk inovasi iaitu Food Waste Traps bagi mengatasi masalah yang dihadapati oleh premis pernigaan Zam’s Cafe. Food Waste Traps ini adalah mudah dikendalikan, murah dan praktikal untuk digunakan. Produk ini mampu menyelesaikan masalah pengurusan sisa makanan. Pembuangan sisa makanan yang diuruskan dengan baik boleh menyumbang kepada aktiviti-aktiviti pertanian seperti mengitar semula sisa makanan untuk dijadikan baja yang boleh diguna pakai oleh para petani. Rajah 1 adalah masalah yang dihadapi oleh premis perniagaan Zam’s Cafe. Rajah 1 : Masalah pengurusan sisa makanan OBJEKTIF INOVASI 1) Mengenal pasti kelemahan pengurusan sisa makanan di premis Zam’s cafe serta mengekalkan keselamatan alam sekitar. 2) Membangunkan produk Food Waste Traps 3) Membantu mengatasi permasalahan pembuangan sisa makanan di Perniagaan Zam’s Café supaya lebih teratur dan sistematik.
CIRI-CIRI INOVASI Food Waste Traps adalah produk inovasi yang dihasilkan bagi membantu memudahkan pengurusan sisa makanan. Produk ini mudah digunakan kerana rekabentuknya yang kukuh dan ringkas. Pemasangan produk ini juga mudah untuk dikendalikan tanpa memerlukan kepakaran yang tertentu. Produk ini juga senang untuk dibersihkan setiap kali selepas penggunaannya dan memberi impak yang positif terhadap alam sekitar. Penggunaan Food Waste Traps dapat menjimatkan kos operasi memandangkan produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan boleh didapati pada kadar harga yang berpatutan. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Food Waste Traps adalah seperti plat keluli tahan karat, keluli tahan karat berbentuk segi empat tepat, jaring besi (medium and fine), penyangkut dan penapis fabrik. Bahan–bahan ini mudah didapati di pasaran dan tidak sukar untuk disediakan. Walaupun produk ini menggunakan bahan-bahan yang murah, namun binaannya sangat kukuh dan kemas. Kemasan produk yang teliti dan halus mengurangkan risiko kecederaan kepada pengendali produk ini. Food Waste Traps ini disediakan untuk menghasilkan sebuah perangkap sisa makanan yang mempunyai beberapa bahagian penapis yang dapat menghalang makanan daripada memasuki ke dalam longkang. Produk ini berbentuk segi empat dan mempunyai lapisan jaring dan lapisan fabrik untuk memerangkap sisa makanan. Reka bentuk produk ini dibina bersesuaian dengan saiz longkang dan sistem saliran air. Seterusnya, produk ini juga dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan alam sekitar. PROSES PEMBANGUNAN PRODUK Produk ini adalah perangkap sisa makanan yang dinamakan Food Waste Traps. Bagi membangunkan produk ini, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan. A. Proses 1: Penyediaan bahan – bahan pembangunan produk. Proses 1 melibatkan penyediaan bahan-bahan yang diperlukan seperti plat keluli tahan karat, jaring besi, peyangkut, kain penyerap minyak dan keluli tahan karat berbentuk segi empat tepat. Seterusnya membuat ukuran dan memotong plat keluli tahan karat dan keluli tahan karat berbentuk segi empat tepat untuk proses pemotongan (rujuk Rajah 2). Rajah 2: Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Food Waste Traps B. Proses 2: Mencantum bahan-bahan Proses 2 melibatkan proses mencantum bahan-bahan keluli tahan karat yang akan dipateri bagi membentuk rangka produk bagi memboleh jaring penapis dimasukkan melalui bahagian hadapan produk dengan menggunakan gergaji (rujuk Rajah 3).
Rajah 3: Proses mencantum bahan-bahan C. Proses 3: Membuat kemasan terhadap sambungan yang telah dilakukan Rajah 4 menunjukkan proses pencantumanan bahan-bahan yang telah dipotong dan dipateri. Kemasan terhadap sambuangan dilakukan bagi memastikan ianya kemas dan tidak berbahaya kepada pengendali produk ini. Rajah 4: Membuat kemasan terhadap sambungan yang telah dilakukan D. Proses 4: Memasang penapis besi fabrik dan penyangkut. Proses 4 adalah proses yang terakhir bagi pembangunan produk Food Waste Traps. Proses ini diakhiri dengan memasukkan penapis besi dan fabrik ke dalam rangka yang telah dicantum. Selepas itu, diikuti dengan proses meletakkan plat bagi menutup bahagian depan produk dan memasang penyangkut di bahagian belakang produk (rujuk Rajah 5).
Rajah 5: Memasang penapis besi fabrik dan penyangkut. INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIHASILKAN Produk Food Waste Traps yang telah dibangunkan adalah untuk membantu perniagaan Zam’Cafe menguruskan sisa makanan. Sebelum Food Waste Traps dibina, alat yang digunakan oleh pemilik premis makanan Zam’s Café untuk menapis dan memerangkap sisa makanan dari mengalir ke longkang adalah bekas penapis plastik yang biasa. Bekas penapis plastik yang digunakan oleh pemilik premis perniagaan untuk menapis sisa makanan ini mudah reput dan sisa makanan tidak ditapis dengan betul seterusnya mengalir terus ke longkang. Keadaan ini menyebabkan longkang kotor, tersumbat, berbau dan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Justeru, pengkaji telah membina satu produk inovasi bagi menyelesaikan masalah pengurusan sisa makanan. Pembaharuan yang dilakukan adalah dengan mencipta Food Waste Traps yang mempunyai keunikan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pemilik premis makanan dalam mengendalikan sisa makanan. Food Waste Traps mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri seperti dapat memerangkap sisa makanan dengan betul daripada mengalir terus ke longkang. Selain Food Waste Traps digunakan untuk memerangkap sisa makanan, produk ini juga dapat mengelakkan air kotor dan minyak yang mengalir ke longkang serta menyebabkan longkang berbau busuk. Sepanjang tempoh penggunaan produk ini, kesan yang positif telah diperolehi apabila produk ini telah memenuhi ciri-ciri berikut: i. Mengelakkan pencemaran alam sekitar Food Waste Traps menapis sisa makanan dengan baik dan tidak terlepas mengalir ke longkang. ii. Mudah digunakan Penggunaan produk adalah mudah dan praktikal kerana pemasangan perangkap sisa makanan ini tidak memerlukan banyak alatan serta produk sangat mudah untuk di selenggara atas faktor saiz dan bentuk. iii. Mudah untuk mengumpul sisa makanan Penggunaan produk ini juga mudah untuk mengumpul sisa makanan yang akan dijual kepada pengeluar baja. IMPAK PRODUK Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi produk diperincikan kepada EMPAT (4) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Syarikat Food Waste Traps telah memberikan impak yang positif terhadap premis perniagaan Zam’s Café kerana premis ini tidak lagi perlu berhadapan dengan masalah pengurusan sisa makanan. Pengurusan sisa makanan boleh dilakukan setiap hari tanpa memerlukan perkhidmatan dari pihak luar. Oleh itu, premis perniagaan Zam’s Café boleh meningkatkan kecekapan dalam pengurusan perniagaaan. 2. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk pembangunan Food Waste Traps adalah rendah namun kegunaannya memberi kesan yang positif kepada permasalahan pengurusan pembuangan sisa makanan di premis perniagaan Zam’s Café. Selain itu, premis perniagaan Zam’s Café juga telah dapat menjimatkan kos kerana premis
perniagaan tidak lagi perlu mendapatkan khidmat pembersihan dari pihak luar yang memerlukan kos yang tinggi. 3. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan Food Waste Traps telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan sisa makanan kerana penggunaannya adalah mudah dan praktikal untuk dikelolakan setiap hari. Produk ini tidak memerlukan kepakaran yang khusus di mana setiap individu boleh mengendalikan produk ini kerana bersifat mesra pengguna. Seterusnya, produk ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. 4. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan Food Waste Traps dapat dilihat dari segi kegunaan produk ini yang lebih sistematik dan efisien serta memudahkan pekerja di premis Zam’ Café untuk meguruskan pembuangan sisa makanan. Di samping itu, sisa makanan yang terkumpul boleh dikitar semula menjadi baja untuk aktiviti pertanian. Secara tidak langsung memberi kesan yang positif terhadap pemuliharaan alam sekitar. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Matriks SWOT (strengths, weaknesses, opportunities, threats) digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah jadual matrik yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan/Peluang Premis perniagaan Zam’s Café mempunyai masalah dari aspek penapis sisa makanan yang diguna pakai sekarang tidak dapat menapis sisa makanan dengan baik. Oleh yang demikian, pemilik premis perniagaan ini tidak dapat menjual sisa makanan tersebut kepada pengeluar baja dalam kuantiti yang memuaskan serta sisa makanan yang terlepas ke longkang akan menimbulkan pelbagai masalah seperti longkang tersumbat dan berbau busuk. Dengan adanya produk ini, diharapkan dapat membantu dalam memerangkap sisa makanan dengan lebih cekap serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik premis perniagaan tersebut. B. Kekuatan/Ancaman Food Waste Traps digunakan di bahagian hujung longkang bagi memerangkap sisa makanan daripada mengalir keluar ke dalam longkang. Selain itu, pengguna Food waste traps bukan sahaja untuk tujuan penjualan baja, tetapi juga bertujuan untuk melindungi alam sekitar daripada berlakunya pencemaran C. Kelemahan/Peluang Food Waste Traps ini boleh dipasarkan secara meluas kerana produk ini mempunyai potensi untuk mendapat perhatian dalam kalangan peniaga ataupun pemilik premis perniagaan. Ini kerana produk ini merupakan satu alat keperluan bagi menjaga kebersihan longkang di premis perniagaan mereka. D. Kelemahan/Ancaman Penapis fabrik yang tidak ditukar pada masa yang sesuai akan menyebabkan minyak dari sisa makanan itu akan terlepas ke longkang premis perniagaan tersebut. KESIMPULAN Produk Food Waste Traps yang telah dibangunkan ini memberi banyak kebaikan dan kelebihan kepada Zam’s Café. Ini adalah kerana produk ini membantu kepada pengurusan sisa makanan dengan lebih cekap dan sistematik. Hasil daripada temubual bersama pemilik Zam’café, En. Zamri Bin Ismail dan pembantunya Lily Suhaida Binti Abdul Latip serta penyelidikan yang dijalankan, produk Food Waste Traps memberi impak yang positif terhadap sistem pengurusan pembuangan sisa makanan di premis perniagaan Zam’s Café. Di samping itu, sisa makanan yang terkumpul dapat dijual dan dikitar semula menjadi baja untuk aktiviti pertanian. Pengurusan sisa makanan yang teratur dan sistematik dapat membantu masyarakat memelihara alam sekitar seiring dengan saranan kerajaan menuju ke arah teknologi hijau (Ling Song Kai, 2018).
RUJUKAN Kunwar, P., Sandeep K. Kushwaha, Monika, Y., Nidhi, P., Aakash, C., Vivekanand, (2017) Food Waste to Energy: An Overview of Sustainable Approaches for Food Waste Management and Nutrient Recycling, BioMed Research International. Article ID 2370927.19 pages, https://doi.org/10.1155/2017/2370927 Ling, S. K. (2018) Kajian Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran Di Malaysia: Kajian Kes Di Kuching, Miri Dan Sibu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Vol 2, no 2. Unilever Food Solutions (2020). Inspirasi Chef Perniagaan Makanan :Kesan Pembuangan Sisa Makanan https://www.unileverfoodsolutions.com.my/ms/inspirasi-chef/perniagaan-makanan-101/kesan- pembuangan-sisa-makanan-untuk.html Wong, Y. C. (2016) Isu Pembaziran Makanan Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
PEMBANGUNAN SISTEM i’SpEQ DALAM MENGURUSKAN INVENTORI DI JABATAN SUKAN, KO-KURIKULUM DAN KEBUDAYAAN( JSKK), POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1Hasnieza binti Mokhtar* 2Nursyazwani Binti Azhar 3Nurul Athirah Binti Rossalmi 4Turgadewi a/p Ramamurthee 5Nurul Afiqah binti Ahamad Atan *e-mel: [email protected] 1-5Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Pembangunan Sistem i’SpEQ (Inventory Sport Equipment) dalam menguruskan inventori di Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Seberang Perai (PSP), adalah dikhususkan untuk kegunaan para pelajar dan kakitangan melalui setor peralatan sukan. Idea pembangunan sistem ini dibuat adalah untuk membantu menguruskan proses peminjaman dan pemulangan peralatan supaya lebih sistematik dan menjimatkan masa. Proses pinjaman peralatan sukan untuk kegunaan pelajar dan kakitangan ini berlangsung sepanjang hari dalam seminggu. Terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti ketika proses peminjaman dan pemulangan peralatan yang berlaku di kaunter setor peralatan sukan. Sebagai contoh, kekangan waktu semasa proses pinjaman dan pemulangan, kehilangan peralatan dan susunan peralatan tidak teratur. Oleh itu, objektif pembangunan Sistem i’SpEQ adalah untuk (1) memudahkan pelajar dan kakitangan dalam urusan peminjaman dan pemulangan peralatan sukan dan (2) memudahkan proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan inventori dan pergerakan peralatan sukan dalam kalangan peminjam. Antara ciri-ciri di dalam Sistem i’SpEQ adalah untuk memudahkan pegawai sukan JSKK mengesan peminjam yang terlibat, dan menggunakan barcode pada semua peralatan sukan. Kaedah dalam membangunkan Sistem i’SpEQ adalah (1) memilih perisian pembangunan, (2) membina dan mencetak nombor siri barcode, (3) memasukkan data mengikut nombor siri berkenaan nama dan bilangan peralatan, (4) mengemaskini maklumat dari masa ke semasa. Hasil dapatan yang diperolehi, (1) telah membantu pegawai sukan dalam menguruskan inventori peralatan sukan dengan baik, (2) dapat mengesan maklumat yang berkaitan sekiranya berlaku kes kehilangan dan kecurian peralatan yang dipinjam. Kesimpulannya, dengan pembangunan Sistem i’SpEQ ini, ianya boleh dikomersialkan untuk kegunaan pihak pengurusan peminjaman peralatan sukan di Politeknik Malaysia secara khususnya dan mana-mana pihak pengurusan secara umumnya bagi tujuan merekod data. Kata kunci: Sistem i’SpEQ, Sistem, Pengurusan Inventori, Peralatan Sukan, Unit Sukan Kokurikulum PENGENALAN Pendidikan di Malaysia secara dasarnya dibahagikan kepada dua bentuk program yang besar iaitu kurikulum dan kokurikulum. Menurut Khairi Fadhli (2011) melalui “Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka”, kokurikulum juga didefinisikan sebagai salah satu saluran pembelajaran berasaskan gerak kerja yang terancang dan sistematik. Kegiatan kokurikulum melibatkan aktiviti sukan, persatuan atau kelab yang memberikan pendekatan kepada mata pelajaran dan badan beruniform. Kegiatan sukan pada kebiasaannya adalah seperti bola sepak, ragbi, renang, bola tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya (Bahari, 2007). Menurut kajian yang ditulis oleh Mohd Lotpi (1997), kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar memberi impak positif seperti lebih berdisiplin, bertanggungjawab, bekerjasama, amanah, jujur, dedikasi, berdikari, bermotivasi, berkeyakinan dan berani (Jailani, 2004; Ahmad, 2005). Oleh itu, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Seberang Perai adalah unit yang menguruskan dan mengendalikan semua aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan kepada pelajar dan kakitangan serta bertanggungjawab memastikan semua program kokurikulum dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Unit ini juga mengawal dan memantau peminjaman dan pemulangan peralatan sukan yang dipinjamkan serta merekodkannya secara manual. Peralatan sukan merupakan inventori utama yang perlu diuruskan dengan baik oleh pegawai sukan JSKK bagi kelangsungan aktiviti yang akan dilakukan oleh pelajar dan kakitangan PSP. Pegawai sukan perlu menguruskan dan mengetahui jumlah peralatan yang ada di rak atau bahagian simpanan bagi memudahkan urusan rekod keluar masuk peralatan sukan JSKK. Pengurusan inventori ini selari dengan konsep dan amalan yang dilakukan oleh pihak pengurusan logistik dan rantaian bekalan dalam operasi seharian. Dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan inventori peralatan di JSKK, pegawai sukan seringkali menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti status dimana peralatan dan barang itu berada. Ini menimbulkan kesukaran dan menganggu kelancaran urusan apabila peralatan dan barang itu didapati hilang dan tiada peminjam yang tampil untuk bertanggungjawab atas urusan yang dilakukan. Ini kerana semua data dan maklumat dibuat secara manual. Masalah akan timbul dalam pengurusan peralatan setor, antarannya pengurusan yang tidak efisen dan berkesan, kesukaran pencarian maklumat yang tidak diurus dengan baik dan efisen, kesulitan dalam mengemaskini maklumat, keselamatan dan semakan rekod manual. Bagi tujuan mengurus peralatan dengan berkesan, pegawai sukan seharusnya mempunyai pengetahuan tentang sistem dan prosedur pengurusan yang sistematik. Menerusi pengetahuan itu, pembelian dan penjagaan peralatan dapat dirancang dan dikendalikan dengan cekap (Lim, 2001). Oleh yang demikian, projek inovasi ini dihasilkan bagi membantu pegawai sukan di setor peralatan sukan unit JSKK dalam perekodan supaya menjadi lebih sistematik dan mempunyai keselamatan yang tinggi dikenali sebagai Sistem i’SpEQ (Inventory Sport Equipment System). PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan permerhatian dan beberapa sesi temubual, didapati unit JSKK menghadapi kesulitan dan kesukaran dalam menguruskan proses peminjaman dan pemulangan peralatan sukan seperti reket badminton, bulu tangkis, bola sepak, bola jaring, bola takraw, jaring, kon besar dan banyak lagi kepada pelajar dan kakitangan terutama apabila di luar waktu kerja iaitu di hari minggu. Masalah akan berlaku sewaktu proses pemulangan peralatan kerana ianya perlu dilakukan secara manual iaitu bersemuka dan perlu hadir ke pejabat untuk bertemu pegawai yang bertugas. Proses pengurusan yang dilakukan secara manual ini adalah tidak efisen dan memerlukan peruntukan masa yang banyak bagi menyelesaikan proses peminjaman dan pemulangan peralatan. Hal ini akan menjejaskan proses dan pengurusan masa pegawai sukan apabila terdapat ramai pelajar dan kakitangan yang akan menggunakan fasiliti di JSKK. Hasil temubual bersama Encik Mohd Kamal bin Mat Desa, Ketua Kursus Kokurikulum JSKK PSP, terdapat banyak masalah dalam proses peminjaman dan pemulangan peralatan sukan kerana pengurusan dilaksanakan secara manual dan bersemuka. Proses pemulangan peralatan dihujung minggu sukar dilaksanakan kerana tiada pegawai sukan yang bertugas. Stor simpanan peralatan sukan juga berkunci dan tidak dapat diakses di hari minggu. Selain itu, menurut Encik Mohd Kamal, beliau juga berhadapan dengan masalah untuk merekod data peminjaman dan pemulangan kerana kekurangan tenaga kerja. Begitu juga masalah beliau ketika merekod jumlah inventori dan stok, serta penyelenggaraan peralatan. Justeru hal ini, mengakibatkan kesukaran kepada beliau untuk menyemak dan memantau bilangan peralatan yang ada dan yang telah dipinjam oleh pelajar atau kakitangan yang mana ini merupakan satu aliran proses kerja di JSKK. Menurut Smith dan Stewart (1999), pengurusan kemudahan sukan dan kokurikulum merangkumi lima dimensi utama iaitu (1) Lokasi fizikal, (2) Perabot dan peralatan, (3) Penyelenggaraan dan pengubahsuaian, (4) Kesihatan, keselamatan dan kepatuhan pada peraturan dan, (5) perkhidmatan-perkhidmatan tambahan. Penyediaan stok dan inventori yang mencukupi akan memberi impak yang besar dalam kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum. Tanpa peralatan yang mencukupi sesuatu aktiviti sukan sukar untuk dijalankan. Secara tidak langsung melemahkan semangat pelajar dan kakitangan untuk menyertai dan membabitkan diri dalam sukan dan aktiviti riadah.
Oleh yang demikian, dapatan dari beberapa kelemahan dan kekangan sistem rekod manual peminjaman dan pemulangan peralatan sukan, pengkaji telah mencadangkan satu pembangunan sistem berkomputer bagi tujuan merekod data peminjaman dan pemulangan peralatan bagi kegunaan pegawai sukan di JSKK. Sistem i’SpEQ ini dapat menjimatkan masa, mengurangkan pergerakan secara bersemuka (contactless) dan mengurangkan tenaga kerja dalam satu-satu masa. OBJEKTIF INOVASI Pembangunan Sistem i’SpEQ ini adalah untuk menguruskan proses peminjaman dan pemulangan peralatan serta penyelenggaraan infrastruktur peralatan tersebut dengan lebih sistematik dan mudah dipantau. Objektif projek inovasi ini adalah untuk: 1) Mengenalpasti masalah keselamatan dan pengurusan masa dalam proses peminjaman dan pemulangan peralatan sukan di JSKK. 2) Membangunkan Sistem i’SpEQ yang boleh digunakan untuk menguruskan data berkenaan peralatan sukan yang praktikal dan komprehensif di JSKK PSP. CIRI-CIRI INOVASI Sistem i’SpEQ adalah sebuah sistem berkomputer yang dibangunkan bagi memudahkan pegawai sukan di JSKK dalam menguruskan peralatan yang berkaitan di setor sukan. Sistem ini membolehkan pegawai sukan di JSKK bertanggungjawab apabila memantau aktiviti pengurusan, penyimpanan, pemulangan serta penyelenggaraaan peralatan tersebut. Antara maklumat yang boleh dicapai dan diuruskan melalui sistem ini adalah maklumat peminjaman dan pemulangan peralatan sukan oleh pelajar dan kakitangan dan pergerakan setiap inventori sukan melalui Identification (ID) barcode yang dicetak dan dilekatkan di setiap peralatan. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Studio sebagai paparan antaramuka manakala Microsoft Access pula digunakan bagi membina pangkalan data yang akan menyimpan, memproses, memanipulasi data seterusnya mencetak maklumat berkenaan dengan peralatan sukan yang dipinjam dan dipulangkan oleh mereka yang terlibat. Nombor siri bagi setiap peralatan sukan dicetak di dalam bentuk barcode melalui pangkalan data sistem di dalam Microsoft Access. Penggunaan sistem berkomputer ini dapat menjimatkan masa dan sistematik kerana ianya memudahkan pegawai sukan JSKK dalam menguruskan pergerakan dan maklumat berkenaan peralatan yang dipinjam. Pembangunan sistem ini juga tepat pada masa sekarang iaitu dalam situasi pandemik Covid 19, kerana ianya dapat mengurangkan pertemuan secara bersemuka dan sekaligus dapat membendung penyebaran dan jangkitan virus dalam kalangan pelajar dan kakitangan. Proses pembangunan Sistem i’SpEQ meliputi 4 proses utama iaitu: 1. Proses 1 melibatkan pemilihan pembangun sistem. Pengkaji mendapati pilihan Microsoft Visual Studio dan Microsoft Access adalah yang paling sesuai dijadikan platform sistem kerana perisian ini mempunyai penggunaan pangkalan data yang besar untuk tujuan menyimpan maklumat peralatan sukan. 2. Proses 2 melibatkan proses cetakan nombor siri dalam bentuk barcode. Cetakan barcode ini akan menjadi Identification (ID) setiap peralatan yang akan dipinjam dan disimpan sebagai inventori dalam setor peralatan sukan JSKK. 3. Proses 3 adalah proses permulaan yang paling utama bagi pembangunan sistem. Proses ini dimulakan dengan klik scanner di atas barcode bagi tujuan menyimpan nombor siri ke dalam pangkalan data sistem. 4. Proses 4 adalah proses log masuk pengguna yang akan membuat peminjaman peralatan. Pelajar atau kakitangan perlu memasukkan nombor pendaftaran atau nombor pekerja dan seterusnya tarikh serta masa diambil. 5. Proses 5 adalah proses log masuk pengguna yang akan membuat pemulangan peralatan. Setiap peralatan perlu diimbas dan seterusnya tarikh serta masa peralatan tersebut dipulangkan.
6. Proses 6 adalah proses terakhir bagi Sistem i’SpEQ. Proses ini merupakan paparan maklumat peralatan yang ada dan tiada dalam inventori setor JSKK. PROSES PEMBANGUNAN APLIKASI A. Proses 1 : Melibatkan pemilihan pembangun sistem Merujuk kepada Rajah 1, Proses 1 melibatkan pemilihan pambangun sistem. Perisian Visual Studio adalah satu perisian pembangunan yang bersepadu (IDE) yang boleh digunakan untuk menyelenggara aplikasi berasaskan antara muka pengguna grafik (GUI). Begitu juga dengan perisian Microsoft Access, berfungsi sebagai sistem pengurusan pangakalan data (database) yang akan menyimpan semua rekod yang berkenaan dengan peminjaman dan pemulangan peralatan. Rajah 1: Paparan keratan rentas perisian Microsoft Visual Studio dan Mircrosoft Access B. Proses 2 : Melibatkan proses cetakan nombor siri dalam bentuk barcode Merujuk kepada Rajah 2, Proses 2 adalah melibatkan proses cetakan nombor siri bagi setiap peralatan sukan ke dalam bentuk barcode. ID bagi setiap peralatan adalah berbeza bagi memudahkan aktiviti merekod. Peralatan ini merupakan inventori JSKK, dimana setiap proses keluar dan masuk akan dipantau dan direkod. Rajah 2: Paparan keratan rentas membina pangkalan data menggunakan Microsoft Access bagi tujuan penyediaan barcode bagi setiap peralatan sukan C. Proses 3 : Mengaktifkan siri barcode Merujuk kepada Rajah 3, Proses 3 merupakan proses utama di dalam pembangunan sistem. Proses ini akan menggunakan pengimbas (scanner), yang akan mengimbas setiap barcode yang dilekatkan di atas setiap peralatan sukan.
Rajah 3: Nombor siri barcode peralatan akan diimbas masuk ke dalam sistem dengan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai pengimbas (scanner). D. Proses 4: Proses log masuk utama sebagai pengguna Merujuk kepada Rajah 4 dan Rajah 5, Proses 4 merupakan proses log masuk pengguna yang akan melakukan peminjaman ke atas peralatan mengikut kesesuaian aktiviti sukan mereka. Kad matrik pelajar dan nombor kakitangan akan di imbas masuk ke dalam sistem bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang diri mereka. Seterusnya pegawai sukan akan merekod dan simpan maklumat peminjam tersebut kedalam pangkalan data Sistem i’SpEQ. Rajah 4: Kad matrik pelajar yang akan diimbas masuk menggunakan pengimbas (scanner) Rajah 5: Paparan Sistem i’SpEQ setelah nombor matrik atau nombor kakitangan dimasukkan kedalam sistem dan nombor barcode setiap peralatan di imbas
E. Proses 5: Proses imbas nombor siri peralatan yang dipinjam Merujuk kepada Rajah 6, Proses 5 adalah bagaimana peralatan yang dipulangkan itu direkodkan ke dalam sistem i’SpEQ. Setiap peralatan yang dipulangkan perlu diimbas barcode yang tertera dan pengguna akan memasukkan tarikh serta masa dalam kotak yang berkenaan. Rajah 6: Paparan Sistem i’SpEQ setelah nombor siri barcode peralatan dimasukkan kedalam sistem serta tarikh dan masa. F: Proses 6: Paparan maklumat peralatan di dalam Sistem i’SpEQ Merujuk kepada Rajah 7, Proses 6 adalah merupakan proses terakhir, dimana pegawai sukan yang akan bertugas di JSKK akan memantau dan melihat senarai maklumat peralatan yang ada dan tiada dalam simpanan inventori peralatan sukan di setor JSKK. Rajah 7: Paparan di dalam pangkalan data (database) Sistem i’SpEQ menunjukkan senarai peralatan sukan yang telah dikemaskini dalam simpanan inventori setor peralatan sukan JSKK. GAMBAR RAJAH INOVASI Seksyen ini menunjukkan paparan antara muka bagi Sistem i’SpEQ yang dibangunkan untuk digunakan oleh pihak JSKK yang mengandungi maklumat tentang peminjaman dan pemulangan peralatan sukan setor JSKK. Seterusnya melalui paparan Rajah 8, menunjukkan paparan Sistem i’SpEQ yang mengandungi maklumat ID peralatan, kad matrik pelajar, masa dan tarikh peralatan yang dipinjam dan dipulangkan.
Rajah 8: Antaramuka Sistem i’SpEQ yang memerlukan maklumat lanjut tentang peralatan, tarikh dan masa Seterusnya Rajah 9 menunjukkan paparan pangkalan data (database) yang mengandungi maklumat tentang peralatan yang terdapat di dalam setor peralatan sukan JSKK. Rajah 9: Antaramuka paparan pangkalan data (database) yang dibina bagi menyimpan rekod peminjaman dan pemulangan peralatan IMPAK PRODUK Inovasi produk diperincikan kepada TIGA (3) bentuk impak dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk membangunkan Sistem i’SpEQ ini adalah sangat menjimatkan kos. Kos yang terlibat adalah pembelian alat pengimbas (scanner), kertas pelekat (sticker) untuk mencetak nombor siri peralatan dalam bentuk barcode. Sistem ini juga menjimatkan perbelanjaan pihak JSKK kerana tidak perlu menanggung kos tambahan seperti penyediaan alat tulis, buku catatan bagi tujuan merekod maklumat peminjaman dan pemulangan yang dibuat secara manual. Sistem yang diperkenalkan ini ternyata mampu mengurangkan kos kewangan.
2. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan Sistem i’SpEQ ini, telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan proses peminjaman dan pemulangan peralatan sukan yang sebelum ini dilakukan secara manual. Dengan adanya Sistem i’SpEQ, pelajar dan kakitangan tidak lagi berhadapan dengan masalah kekangan masa mereka untuk membuat peminjaman dan pemulangan barang. Jadual 1 di bawah menunjukkan impak dari segi masa sebelum dan selepas penggunaan sistem dari pemerhatian pengkaji. Jadual 1: Impak Produk Terhadap Masa BUTIRAN SEBELUM SELEPAS Masa Peminjaman 15 minit 10 Minit Masa Pemulangan 10 minit 5 Minit 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan sistem ini dilihat dari segi memudahkan pegawai sukan di JSKK ketika mengendalikan proses peminjaman dan pemulangan di kaunter setor. Proses peminjaman dan pemulangan peralatan lebih sistematik dan pergerakan peralatan masih dalam kawalan dan perhatian pegawai sukan JSKK. Jadual 2 di bawah menunjukkan penggunaan sistem sebelum dan selepas dari permerhatian pengkaji. . Jadual 2: Impak Produk Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk ASPEK SEBELUM SELEPAS Memuaskan Baik Sistem Pengambilan dan Pemulangan CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Kesimpulan daripada penyediaan projek ini dilakukan berdasarkan kepada analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) yang disediakan oleh pengkaji. Analisis ini berperanan mengenal pasti tanda aras dalam menambahbaikkan strategi produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat (Chua Yan Piaw, 2012). Berikut merupakan keterangan analisis SWOT yang menjelaskan kesimpulan bagi keseluruhan projek. A. Kekuatan 1. i’SpEQ adalah sebuah sistem yang mudah, mesra pengguna dan sistematik. 2. i’SpEQ menjimatkan masa dalam menguruskan proses peminjaman dan pemulangan peralatan B. Kelemahan 1. i’SpEQ sebuah sistem yang berkomputer secara sepenuhnya, dan bergantung operasi kepada server. Jika mengalami server down, i’SpEQ tidak dapat berfungsi dengan baik. C. Peluang 1. Mempunyai daya saing seperti sistem pengurusan simpanan maklumat yang lain 2. Peningkatan kecemerlangan dalam perkhidmatan kaunter kerana penggunaan masa dapat dijimatkan 3. Sistem ini mampu menyimpan dan memproses banyak data dan mampu maju seperti sistem pengurusan yang lain.
D. Ancaman 1. Boleh dikembangkan kepada fungsi yang lain dalam meluaskan penggunaan sistem 2. Barcode yang dilekatkan di atas peralatan berisiko untuk rosak dan alat pengimbas gagal untuk berfungsi dengan baik. Berdasarkan analisis SWOT di atas, i’SpEQ adalah dibangunkan untuk merekod maklumat berkaitan dengan peminjaman dan pemulangan peralatan hak milik di bawah kendalian pegawai sukan JSKK. Kajian awal yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa proses peminjaman dan pemulangan peralatan di JSKK adalah tidak sistematik kerana direkodkan secara manual dan menggunakan tenaga kerja manusia sepenuhnya. Di samping itu, penggunaan tempoh masa yang lama ketika proses peminjaman dan pemulangan sedang berlaku, menyebabkan pelajar dan kakitangan menunggu dan menganggu urusan mereka. Dengan itu, pengkaji membangunkan i’SpEQ bagi membantu melancarkan proses peminjaman dan pemulangan di kaunter setor peralatan sukan JSKK. Kelebihan i’SpEQ ini mempunyai satu pangkalan data yang besar dan mampu menyimpan data peminjam yang berurusan dengan pihak JSKK. Selain itu, i’SpEQ juga mempunyai kelemahan yang perlu diatasi. Sistem ini menggunakan kaedah kertas pelekat (sticker) yang dilekatkan di atas setiap peralatan sukan milik JSKK. Kertas pelekat ini tidak boleh terdedah dengan air dan permukaan tanah yang berpasir. Namun begitu, pihak pengkaji telah berjaya menyelesaikan masalah ini, dengan melekatkan sticker hanya pada peralatan yang tidak digunakan secara lasak sahaja. Pihak JSKK berpuas hati dan urusan proses ini lebih cepat dan baik kerana dilaksanakan secara berkomputer. KESIMPULAN Kesimpulannya, objektif bagi kajian ini telah tercapai. Pihak pengkaji telah berjaya menyelesaikan dan membantu pegawai sukan di JSKK dalam merekod dan menguruskan inventori sukan yang terdapat di dalam setor peralatan sukan. Selain itu, Sistem i’SpEQ juga dapat menjimatkan masa ketika mengakses dan merekod data kerana pembangunan sistem ini membolehkan peminjam itu sendiri mengolah sistem tanpa bantuan dari pegawai sukan JSKK. Projek inovasi ini juga telah memberi impak positif kepada JSKK dalam pengurusan inventori peralatan sukan kerana berjaya menghasilkan sistem yang lebih sistematik dalam mengenalpasti dan menguruskan maklumat peralatan. Proses kemaskini data juga dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun mengikut proses kerja yang berlaku pada masa yang tertentu. Kewujudan Sistem i’SpEQ ini telah mendatangkan pelbagai kelebihan seperti mengurangkan kesilapan dalam urusan merekod dan menjimatkan kos tambahan untuk penyediaan kertas, alat tulis dan penyediaan buku catatan bagi urusan merekod maklumat peminjaman dan pemulangan yang dilakukan secara manual. Oleh yang demikian, sistem i’SpEQ ini sangat berkesan dalam membantu pegawai sukan mengendalikan peralatan sukan di setor JSKK. Sistem seperti ini sesuai untuk dikomersialkan bagi kegunaan pihak pengurusan yang terlibat dalam menyimpan dan merekod data seperti aktiviti peruncitan, pergudangan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dilakukan menggunakan sistem kaunter. RUJUKAN Ahmad Esa, Jailani Mohd Yunos & Noraini Kaprawi. (2005). Penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik. Dicapai dari http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapars/2005/ahmadKUITTHO.pdf pada 6/12/2010 Chua Yan Piaw (2012). Mastering research methods. (1st ed.). McGraw-Hill Education Asia Mohd. Lotpi Razali (1997). Kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar (Satu kajian di Sekolah Menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak). (Tesis Sarjana). Universiti Utara Malaysia, Kedah Smith, A., & Stewart, B. (1999). Sports management: A guide to professional practice. Australia: Allen & Unwi
1 MULLTAGER: PRODUK INOVASI PENGURUSAN SISA DI ASRAMA BESTARI POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1Rosmizar binti Mohd Rosli* 2Irdawati binti Kamaruddin 3Suman a/l Theva 4Noorasyiqin binti Muhamad 5Nur Tasha binti Mohd Shobery 6Aimy Izyani Balqis binti Ruslan *e-mel: [email protected] 1-6Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Mulltager merupakan satu produk inovasi bagi pengurusan sisa di asrama Bestari Politeknik Seberang Perai (PSP). Produk inovasi ini mempunyai kaitan dalam bidang logistik di mana ia melibatkan pengurusan sisa di setiap aras dan blok asrama Bestari. Mulltager adalah alat pengangkut sampah mudah alih yang disangkut pemegangnya pada susur tangga apabila digunakan. Ia dapat membantu pekerja pembersihan untuk menurunkan bebanan plastik sampah yang banyak dan sarat melalui tangga di blok asrama Bestari. Objektif penghasilan produk Mulltager ini adalah untuk memudahkan urusan pekerja pembersihan dalam proses mengangkut sampah dengan lebih cepat dan berkesan. Mulltager diperbuat daripada besi sepenuhnya dan pemegangnya boleh disangkut pada tangga serta mempunyai roda untuk memudahkan pergerakan semasa menyusuri anak tangga. Ia juga ringan, mudah alih dan boleh disimpan selepas digunakan. Ia dicipta dengan ketinggian 38 inci atau 97 cm selaras dengan anak tangga dan lebar sesuai dengan saiz atau bekas untuk meletak sampah. Di antara kelebihan Mulltager adalah memudahkan proses mengangkut sampah oleh pekerja pembersihan untuk membawa turun plastik sampah dari setiap aras di blok asrama Bestari ke aras bawah. Ini juga dapat menjimatkan masa pekerja pembersihan di mana perlu membersihkan kekotoran berkali-kali disebabkan berlaku kebocoran plastik semasa proses menurunkan sampah ke aras bawah. Selain itu, dengan adanya Mulltager tahap kebersihan dan keselesaan pelajar di asrama Bestari dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, produk inovasi pengangkut sampah mudah alih Mulltager ini boleh dicadangkan penggunaannya kepada pihak syarikat pembersihan sama ada di sekolah, pejabat dan organisasi lain bagi memudahkan pengurusan sisa dari aras atas ke bawah bangunan atau premis. Kata kunci: Mulltager, pengurusan, sisa, asrama Bestari PENGENALAN Pada masa ini, penjanaan komposisi sisa pepejal di negara kita semakin bertambah seiring dengan pertambahan jumlah penduduk (Min & Mapa, 2021). Rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa sampah setiap hari dengan sekurang- kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu. Jumlah itu dianggarkan terus meningkat seiring pertambahan populasi penduduk dan lebih membimbangkan, ia akan menyumbang kepada ketepuan tapak pelupusan sampah di seluruh negara seperti Rajah 1 (Suhaila, 2019). Kebanyakan masyarakat tidak mengamalkan cara pembuangan sampah dengan betul seperti dalam pengasingan sisa pepejal dan tidak mempraktikkan amalan kitar semula. Pengurusan sisa atau sampah dengan cara betul ini penting kerana jika tidak dilakukan mengikut cara sepatutnya seperti pelupusan dan perawatan yang akan memberi kesan kepada alam sekitar pada masa depan seperti pencemaran air dan tanah yang boleh mengganggu sumber air di negara kita. Sampah atau sisa pepejal dapat dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya adalah sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal impot, sisa pepejal komersial, sisa pepejal keinstitusian, sisa pepejal pembinaan, sisa pepejal perindustrian, sisa pepejal awam dan mana-mana sisa yang ditetapkan dari semasa ke semasa (Laman Web Rasmi JPSPN, 2017).
2 Rajah 1: Tapak pelupusan di Malaysia Menurut kajian Min & Mapa (2021) juga, sisa ditakrifkan oleh Lau (2014) sebagai sesuatu bahan yang tidak diperlukan dan tidak mempunyai kepentingan dan kegunaan kepada manusia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) (2019) mendefinisikan sisa sebagai suatu proses untuk memastikan semua kawasan di permukaan bumi dijaga kebersihannya di samping memberikan pengurusan yang lebih sistematik mengikut akta dan peraturan yang ditetapkan dan Ng (2015) mendefinisikan sisa sebagai suatu proses yang menglibatkan usaha daripada pemungutan, pengagihan, pengangkutan sehingga pelupusan di tapak pelupusan. Umumnya sisa merupakan sebarang bentuk buangan yang tidak diperlukan atau digunakan lagi. Bahan buangan atau sisa ini boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu sisa pepejal, cecair dan gas. Sisa yang tidak diperlukan lagi hendaklah dilupuskan dengan cara yang sistematik dan di tempat yang dibenarkan sahaja. Proses kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa ini perlu dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan secara perundangan dan peraturan-peraturan yang telah diwartakan. Sisa yang tidak diurus dan dibuang dengan sempurna biasanya akan menyebabkan gangguan atau perubahan ke atas keseimbangan alam sekitar, sama ada kesan kepada persekitaran fizikal dan manusia (Sakawi, Ayup & Sukimi, 2017). PERNYATAAN MASALAH Dewasa ini, arus kemajuan yang semakin berkembang pesat seiring dengan pembangunan teknologi telah memberi banyak perubahan dan kesan negatif kepada negara di mana Malaysia masih lagi berdepan dengan isu- isu pembuangan sampah. Lebih membimbangkan lagi, para pelajar yang tidak mementingkan kebersihan dan penjagaan alam sekitar di mana pembuangan sampah di merata-merata tempat. Pelajar tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran dan sebaliknya hanya mengharapkan pekerja kontraktor kerbersihan untuk membersihkannya. Dalam konteks kajian inovasi ini, pengurusan sisa adalah merujuk kepada proses menguruskan penurunan plastik sampah dari setiap aras ke aras bawah blok asrama Bestari, Politeknik Seberang Perai. Dapatan awal mendapati pihak pekerja pembersihan di asrama menghadapi masalah iaitu tidak ada kelengkapan yang boleh digunakan untuk mengangkut sampah turun ke aras bawah dengan lebih mudah. Hasil temubual yang dibuat bersama salah seorang pekerja pembersihan di blok asrama Bestari iaitu Puan Che Pah binti Ismail mendapati masalah utama bagi pekerja pembersihan adalah sukar untuk membawa plastik sampah menuruni anak tangga dalam kuantiti yang banyak dan sarat di setiap aras blok asrama Bestari ke aras bawah blok asrama tersebut secara lebih mudah. Tambahan pula, apabila plastik sampah itu bocor dan berair menyebabkan air sampah menitik sepanjang anak tangga. Hal ini menyebabkan pekerja pembersihan perlu membersihkan anak tangga yang kotor dan ini telah menjadikan proses pembersihan di blok asrama menjadi lebih lama dari sepatutnya. Keadaan sampah yang ada di blok asrama Bestari juga melimpah keluar daripada plastik tong sampah seperti dalam Rajah 2 dan Rajah 3. Selain itu, pekerja pembersihan juga terpaksa mengangkut sampah dengan menggunakan tenaga yang banyak untuk membawa turun setiap sampah yang ada di setiap aras.
3 Tambahan pula, pekerja pembersihan kebanyakannya ramai yang sudah berusia. Hal ini agak membimbangkan akan faktor kesihatan mereka. Rajah 2: Tong sampah blok asrama Bestari aras 1 Rajah 3: Tong sampah blok asrama Bestari aras 2 Di samping itu, seperti pada Rajah 4 dan Rajah 5 didapati sampah di setiap aras di blok asrama lebih banyak dari hari-hari biasa. Hal ini kerana pada hujung minggu para pelajar tidak dibenarkan balik atas sebab mengelakkan pergerakan keluar masuk ke dalam Politeknik Seberang Perai bagi mengawal kes Covid-19 daripada meningkat. Oleh yang demikian, sebelum alat pengangkut sampah Mulltager ini dicipta, pekerja pembersihan perlu mengambil masa yang lama untuk mengutip sampah pada setiap aras bagi memastikan blok asrama sentiasa bersih. Oleh itu, ia menyebabkan waktu para pekerja pembersihan menamatkan tugas pembersihan menjadi lewat daripada waktu yang sepatutnya. Rajah 4: Tong sampah blok asrama Bestari aras 3
4 Rajah 5: Sampah yang bertaburan di lantai blok asrama Bestari Justeru, produk inovasi ini dilakukan adalah untuk menyelesaikan isu dalam proses membawa turun sampah dari setiap aras untuk dibawa turun dan dikumpulkan di aras bawah blok asrama. Cadangan penyelesaian adalah untuk menghasilkan pengangkut sampah mudah alih, lebih efektif dan memudahkan urusan kerja pekerja- pekerja pembersihan iaitu Mulltager. Hal ini dapat menjimatkan masa serta meningkatkan kebersihan dan keselesaan kepada para pelajar yang tinggal di asrama. OBJEKTIF INOVASI 1) Menghasilkan alat pengangkut sampah mudah alih Mulltager. 2) Memudahkan urusan pekerja pembersihan dalam proses mengangkut sampah dengan lebih cepat dan berkesan. CIRI-CIRI INOVASI Produk inovasi yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri inovasi di mana ia dapat membantu proses melakukan aktiviti pembersihan dengan cara yang lebih komprehensif. Alat pengangkut sampah Mulltager ini disediakan secara lebih berkesan dengan menampilkan reka bentuk yang kreatif iaitu pengangkut sampah beroda dan mudah dikendalikan. Dengan penggunaan Mulltager ini, sampah sarap yang berada di blok asrama menjadi lebih mudah untuk dibawa turun malah dapat meringankan beban pekerja pembersihan untuk melakukan tugas pembersihan. Alat pengangkut sampah Mulltager ini memiliki beberapa kelebihan seperti, dapat membawa turun sampah dari aras atas dengan lebih cekap dan berkesan. Selain itu, ia juga dapat memuatkan sampah dalam kuantiti yang banyak. Ia berkonsepkan alat pengangkut sampah mudah alih di mana alat ini boleh disimpan selepas diguna pakai. Hal ini bagi mengelakkan vandalisme atau mengelakkan kerosakan berlaku di bahagian pemegang ketika menaiki dan menuruni anak tangga. Alat Mulltager direkabentuk dengan ketinggian 38 inci / 97 cm selaras dengan tangga dan lebar mengikut saiz bakul atau bekas untuk meletakkan sampah. Antara bahan yang digunakan ialah stainless steel, roda besi, bakul sampah dan juga cat semburan. Sebelum alat pengangkut sampah Mulltager dihasilkan, pekerja pembersihan perlu mengangkut sampah menggunakan tangan dan tenaga untuk dibawa turun ke bawah. Keunikan alat pengangkut sampah Mulltager ini ialah ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja pembersihan dalam proses pembuangan sampah. Selain dapat menjimatkan masa, ia juga mudah digunakan dan membantu pekerja pembersihan mengangkut sampah turun ke aras bawah dengan lebih cepat dan berkesan.
5 PROSES PEMBANGUNAN PRODUK A. Proses 1 : Membuat pemilihan bahan bagi pembangunan produMulltager. Proses pertama dalam pembangunan produk adalah pemilihan bahan-bahan yang bersesuaian untuk digunakan, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Rajah 6 sehingga Rajah 9. Rajah 6: Roda Rajah 7: Cat semburan Rajah 8: Besi Rajah 9: Bakul tong sampah B. Proses 2 : Langkah-langkah pembangunan produk Mulltager. Langkah 1 : Langkah pertama adalah proses memotong besi mengikut ukuran yang telah ditetapkan seperti Rajah 10. Rajah 10: Besi telah dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
6 Langkah 2 : Langkah kedua pula adalah proses percantuman besi menggunakan mesin pateri keras untuk menghasilkan tapak alat Mulltager seperti Rajah 11. Rajah 11: Besi dicantumkan umtuk dijadikan tapak alat Mulltager. Langkah 3 : Langkah ketiga adalah proses percantuman besi berbentuk bulat dilakukan untuk dijadikan tempat meletak bakul sampah seperti Rajah 12. Rajah 12: Besi berbentuk bulat dicantumkan untuk meletakkan bakul sampah
7 Langkah 4 : Langkah keempat adalah memasang pemegang tangga pada bahagian atas alat Mulltager seperti Rajah 13. Fungsi pemegang tangga adalah untuk memudahkan alat Mulltager ini bergerak semasa menuruni anak tangga untuk menurunkan sampah dan dapat menahan beban sampah yang dibawa. Rajah 13: Pemegang tangga telah dipasangkan di Alat Mulltager Langkah 5 : Langkah terakhir adalah mengabungkan bahagian pemegang tangga bersama tulang besi dan tapak seperti Rajah 14. Rajah 14: Alat pengangkut sampah Mulltager yang telah siap digabungkan
8 INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIHASILKAN Sebelum alat pengangkut sampah Mulltager ini dibina, tiada alat pengangkut sampah yang digunakan oleh pekerja pembersihan untuk mengangkat bungkusan sampah dari aras atas ke aras bawah asrama. Mereka menuruni anak tangga dengan bungkusan sampah yang sarat di tangan mereka. Hal ini secara tidak langsung memenatkan pekerja pembersihan kerana mengambil masa yang lama untuk berulang-alik dan naik-turun tangga untuk mengangkut sampah dari setiap aras ke aras bawah asrama. Selain itu, pekerja pembersihan juga mempunyai masalah air sampah yang menitik sepanjang menuruni anak tangga. Ini mengakibatkan lantai menjadi kotor serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Hal ini akan menambahkan lagi tugas pekerja pembersihan untuk melakukan kerja pembersihan di koridor dan tangga di blok asrama. Oleh yang demikian, pengkaji telah mencipta satu produk inovasi untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku ketika mengangkat sampah untuk turun ke bawah. Pengkaji telah mencipta alat pengangkut sampah Mulltager sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang sering berlaku di kalangan para pekerja pembersihan ketika mengangkut sampah. Alat pengangkut sampah Mulltager ini mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri seperti dapat mengangkut sampah dari setiap aras asrama dengan lebih mudah kerana mempunyai roda bagi memudahkan pergerakan mengangkut sampah. Selain itu, alat pengangkut sampah Mulltager ini juga mudah dibawa ke mana sahaja kerana strukturnya yang ringan. Seterusnya, ia juga dapat menjimatkan tenaga para pekerja pembersihan untuk mengangkat sampah berbanding secara manual kerana pekerja pembersihan perlu mengangkat sampah yang berat dan banyak untuk dibawa turun yang boleh mengakibatkan kebocoran plastik sampah. Hal ini boleh menyebabkan proses membawa turun sampah menjadi lambat. Di samping itu, alat pengangkut sampah Mulltager dapat dihasilkan dengan penggunaan kos yang rendah kerana bahan yang digunakan untuk membuat tempat pengangkut sampah ini adalah seperti besi, roda, bekas tong sampah, alat pengukur dan cat semburan. Sepanjang tempoh produk ini dihasilkan, keberkesanan kepada produk ini telah dibuktikan apabila ia telah diuji penggunaannya di laluan tangga di sekitar bilik-bilik kuliah di Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Sepanjang tempoh pelaksanaannya ia telah memenuhi ciri-ciri berikut: I. Struktur alat pengangkut sampah Mulltager yang kukuh mempunyai kelebihan bila ia boleh disangkut pada tangga. Ia juga diperbuat menggunakan besi dan mampu bertahan untuk mengangkut bebanan sampah yang berat dan banyak. II. Pembinaan alat pengangkut sampah Mulltager memerlukan kos yang rendah dan menjimatkan kos. III. Alat pengangkut sampah Mulltager ini mempunyai saiz ruangan pembuangan sampah yang kecil, mudah digunakan (user friendly) dan tidak perlu memiliki kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya. IMPAK PRODUK Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi produk diperincikan kepada TIGA (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Syaraikat Pembersihan dan Politeknik Seberang Perai Alat pengangkut sampah Mulltager yang dihasilkan ini telah memberikan impak yang positif terhadap syarikat pembersihan di asrama PSP kerana pekerja pembersihan syarikat ini tidak lagi perlu mengangkut sampah setiap aras di blok asrama secara manual untuk dikumpulkan di aras bawah asrama. Proses pembersihan juga dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan ini dapat meningkatkan motivasi pekerja- perkeja pembersihan untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan mudah dan menyeronokkan. 2. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk pembelian bahana-bahan produk inovasi Mulltager dan penggunaannya dalam kalangan pengguna telah dapat menjimatkan kos kerana bahan pembinaan produk inovasi ini terdiri daripada bahan yang murah dan mudah didapati di kedai perkakasan seperti logam, bakul, roda, anchor spray dan stainless steel (keluli tahan karat) 3. Impak Produk Terhadap Masa
9 Penggunaan alat pengangkut sampah Mulltager ini telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi proses pungutan dan membawa turun sampah dari aras tinggi ke aras bawah di blok asrama. Penggunaan alat Mulltager ini telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan sampah dalam kalangan pekerja pembersihan di asrama dan seterusnya sampah tersebut akan dibawa ke tempat pembuangan sampah utama. Berikut adalah perbandingan masa sebelum dan selepas produk inovasi Mulltager digunakan untuk mengangkut sampah di asrama. Jadual 1: Impak Produk Terhadap Masa BUTIRAN SEBELUM SELEPAS MASA PENGENDALIAN SAMPAH 10 MINIT 5 MINIT MASA MENGANGKAT SAMPAH 10 MINIT 3 MINIT 4. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan banyak pihak seperti kepada pihak pekerja pembersihan mahupun pelajar yang tinggal di asrama. Hal ini kerana produk inovasi ini sangat mudah dibawa dan dikendalikan di mana jua. Seterusnya, produk inovasi Mulltager ini mempunyai keunikan di mana ia boleh disangkut di pemegang sepanjang tangga untuk membawa turun sampah ke aras bawah di blok asrama. Alat pengangkut sampah Mulltager mampu bertahan lama dan tidak mudah berkarat. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Matriks SWOT (strengths, weaknesses, opportunities, threats) digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah jadual matrik yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan/Peluang Proses pembuangan sampah perlu diuruskan dengan baik oleh pihak syarikat pembersihan. Kewujudan alat pengangkut sampah Mulltager ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan para pekerja pembersihan untuk membawa sampah menuruni tangga di blok asrama. Alat pengangkut sampah Mulltager ini juga merupakan produk inovasi yang mesra pengguna dan mudah dibawa. Alat pengangkut sampah Mulltager merupakan produk yang tahan lasak dan tidak mudah rosak Sehubungan dengan itu, proses pembuangan sampah dapat diuruskan dengan baik dan boleh dipertingkatkan. B. Kekuatan/Ancaman Alat pengangkut sampah Mulltager ini dapat membantu pihak syarikat pembersihan dari segi pengurusan sampah di blok asrama dengan baik. Namun begitu, jika tidak diuruskan penggunaannya dengan baik selepas digunakan kemungkinan akan mengalami kerosakan segera. Begitu juga, jika diletakkan di laluan pelajar di asrama akan mengganggu para pelajar untuk menaiki dan menuruni tangga. C. Kelemahan/Peluang Alat pengangkut sampah Mulltager ini dapat memberi peluang kepada para pekerja pembersihan supaya dapat membawa turun sampah menuruni tangga dengan lebih mudah dan cepat. Alat pengangkut sampah Mulltager ini juga berpotensi untuk memberi banyak manfaat kepada pekerja pembersihan bagi syarikat pembersihan. Namun, pengendalian alat pengangkut sampah Mulltager ini perlu dititik-beratkan agar sebarang kecuaian akan menimbulkan kecederaaan kepada pengguna. D. Kelemahan/Ancaman Penggunaan alat pengangkut sampah Mulltager secara tidak berhemah akan menyebabkan kerosakan pada bahagian pemegang tangga dan alat ini juga mungkin akan rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik selepas digunakan.
10 KESIMPULAN Produk inovasi pengangkut sampah mudah alih Mulltager ini telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja pembersihan di blok asrama Bestari dimana proses pengurusan sisa telah dapat dilaksanakan dengan mudah. Pekerja pembersihan telah dapat menurunkan plastik sampah dari setiap aras blok asrama ke aras bawah dengan mudah dan menjimatkan masa. Kewujudan Mulltager ini telah memberi kelebihan dimana ianya ringan dan mudah alih serta mudah untuk dikendalikan. Penggunaannya telah dapat membantu pihak syarikat pembersihan terutamanya pekerja pembersihan bagi memastikan pengurusan sisa adalah terkawal bagi menjamin keselesaan kepada pelajar yang berada di blok asrama Bestari Politeknik Seberang Perai. Kesimpulannya, produk inovasi pengangkut sampah mudah alih Mulltager ini boleh dikomersialkan penggunaannya kepada pihak syarikat pembersihan sama ada di sekolah, pejabat dan organisasi lain bagi memudahkan pengurusan sisa dari aras atas ke bawah bangunan atau premis. RUJUKAN Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2017). Dimuat turun daripada laman web http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/. Min, C. O., & Mapa, M. T. (2021). Pengetahuan pelajar dan program kitar semula di sekolah menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah (Student knowledge and recycling program at Datuk Peter Mojuntin Secondary School, Penampang, Sabah). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 17(1). Sakawi, Z., Ayup, S., & Sukimi, M. F. (2017). Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan (Community knowledge and practices on solid waste management in Negeri Sembilan). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 13(4). Suhaila, S. A (2019). Rakyat Malaysia hasil 37890 tan sisa setiap hari. Dimuat turun daripada laman web https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat- mlaysia-hasil-37890-tan-sisa-setiap-hari.
11 PENGGUNAAN SISTEM QRACKTORY DALAM PENGURUSAN INVENTORI DI STOR PENYIMPANAN PERALATAN ASRAMA BESTARI POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1 Aida Zuraina binti Mir Ahmad Talaat* 2 Hasmiza binti Taib 3Logentiran a/a Mohanan 4Mohamad Aiman Hazim bin Shepol Baharim 5Muhammad Syamil Safwan Bin Muhamad Jamil *e-mel: [email protected] 1-5Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Sistem QRacktory merupakan satu produk inovasi yang dapat membantu Unit Pembangunan dan Senggaraan menguruskan inventori barangan gantian seperti tombol pintu dan lampu serta peralatan asas seperti penukul, skru dan pemutar skru di stor penyimpanan peralatan Asrama Bestari, Politeknik Seberang Perai. Cetusan idea terhasil apabila pengkaji mendapati sistem pengurusan keluar masuk dan penyimpanan barangan tidak diuruskan dengan baik serta penggunaan peralatan juga tidak direkodkan dengan sistematik. Ini menyebabkan barangan gantian sering rosak dan peralatan juga hilang disebabkan tidak dikembalikan semula selepas digunakan. Justeru, objektif pertama kajian adalah bagi mengenal pasti punca dan penyelesaian masalah dalam pengurusan dan penyimpanan barangan gantian dan peralatan asas di stor penyimpanan peralatan manakala objektif kedua kajian adalah bagi membangunkan sebuah sistem pengurusan inventori dengan menggunakan kod QR bagi tujuan merekod pergerakan barangan yang digunakan. Sistem QRacktory dibangunkan dengan menggunakan rak besi pelbagai fungsi yang kukuh dan dapat menampung beban seberat 200 kg. Selain itu, kod QR juga digunakan bagi tujuan merekodkan pergerakan dan penggunaan peralatan. Keunikan Sistem QRacktory yang memiliki roda membolehkan proses mobiliti menjadi lebih mudah. Penggunaan rak besi pelbagai fungsi dengan ketahanan yang tinggi menjadikannya lebih fleksibel untuk meletakkan pelbagai jenis barangan gantian dan peralatan. Sistem QRacktory juga dilengkapi dengan slot perumah lampu kalimantang yang bertujuan untuk menguji lampu gantian yang baharu sebelum digunakan. Sistem QRacktory boleh dikormesialkan ke stor-stor penyimpanan ataupun gudang-gudang kecil di serata Malaysia. Secara kesimpulan, sistem QRacktory dapat membantu proses pengurusan inventori barangan gantian dan peralatan asas di stor penyimpanan peralatan Asrama Bestari menjadi lebih sistematik di samping dapat menyelesaikan masalah kerosakan dan kehilangan barangan. Kata kunci: pengurusan inventori, asrama, kod QR, rak besi pelbagai fungsi, Politeknik Seberang Perai PENGENALAN Setiap organisasi kecil ataupun besar perlu peka dan bijak dalam menguruskan inventori mereka. Pengurusan inventori ialah satu tindakan yang diambil dalam usaha mencuba untuk mengimbangi keperluan dan kehendak inventori yang diperlukan untuk meminimumkan kos yang terhasil daripada memperoleh dan menyimpan inventori untuk sesuatu proses perniagaan (Piaw, 2013). Pengurusan inventori yang sistematik dan efisien dapat memberikan manfaat bukan sahaja daripada aspek pengurusan malahan aspek lain seperti pengurangan kos perbelanjaan dan pengeluaran organisasi. Tanpa pengurusan yang sistematik, pelbagai masalah akan timbul samada melibatkan kos, inventori, penyelenggaraan peralatan dan bahan serta masalah yang melibatkan pekerja (Wan Laila Wan Husain, 2011). Menurut Nur Nadira Othman (2015) dengan pengurusan inventori yang berkesan dan baik, operasi di stor penyimpanan dapat ditingkatkan dan kos operasi juga dapat dikurangkan dengan ketara. Pengurusan inventori yang berkesan dan baik melibatkan kawalan inventori yang sistematik. Menurut Emery (2005) penggunaan sistem maklumat yang berasaskan dokumen merupakan satu kaedah kawalan yang sistematik dalam merekodkan maklumat yang diperlukan dalam operasi sesuatu organisasi. Justeru itu, dengan penggunaan sistem maklumat, syarikat dapat mengesan pergerakan sesuatu barang yang keluar masuk dan dapat mengetahui tahap inventori terkini dengan mudah.
12 Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kini penggunaan sistem maklumat dan peralatan teknologi menjadi medan utama bagi sesebuah organisasi dalam menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dan terbaik. Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi. Sistem yang ingin dilaksanakan perlu dianalisis dan direka bentuk terlebih dahulu untuk memastikan perlaksanaan sistem itu kelak adalah mudah difahami oleh pengguna akhir (Mahmod M.K, 2006). Menurut Asfalela Amiruddin (2002) penggunaan sistem maklumat yang memenuhi segala keperluan yang wujud dalam aliran suatu inventori dapat membantu melancarkan kerja yang dilakukan dan membantu mengatasi masalah yang dihadapi ketika kaedah manual digunakan. Kaedah penggunaan teknologi melalui kod QR juga merupakan satu kemudahan teknologi yang dapat digunakan dalam pengurusan inventori. Menurut Salindri, Afriyudi & Kurniawan (2019) penggunaan Kod QR dapat memudahkan proses pengendalian inventori dengan lebih berkesan. Justeru, kewujudan sistem yang baik, bersistematik dan selamat amat bermakna bagi pihak pengurusan organisasi untuk menyelia segala maklumat pengurusannya dengan berkesan. PENYATAAN MASALAH Politeknik Seberang Perai merupakan sebuah insitusi pendidikan yang menyediakan kemudahan asrama kepada para pelajarnya yang ingin menetap dalam kawasan kampus. Kemudahan asrama ini dilengkapi dengan 9 blok asrama iaitu 3 blok pelajar lelaki dan 6 blok pelajar perempuan. Bangunan asrama ini mempunyai ketinggian sebanyak 4 tingkat dan dapat memuatkan seramai 120 orang dalam satu masa. Para pelajar yang menginap di asrama melibatkan hampir 1300 orang pelajar. Dengan jumlah yang ramai ini, pelbagai kerenah dan sikap daripada para pelajar menyebabkan kerosakan fasiliti seperti tombol pintu tidak berfungsi dan lampu bilik tidak menyala sering berlaku (Rajah 1). Rajah 1: Tombol pintu dan lampu yang rosak Barangan yang rosak ini akan ditukarkan dengan barangan gantian yang baru oleh pihak Unit Pembangunan dan Senggara (UPS). Barangan gantian ini disimpan dan ditempatkan di stor penyimpanan peralatan asrama Bestari 4. Namun begitu, masalah timbul apabila alatan barangan gantian tidak diuruskan dengan baik (Rajah 2) dan ini menyebabkan kerosakan terhadap barangan gantian tersebut. Selain itu juga, masalah kehilangan peralatan seperti penukul, skru dan pemutar skru juga sering berlaku disebabkan peralatan yang telah digunakan tidak dikembalikan semula. Hal ini menyebabkan kerugian yang berterusan kerana peralatan yang sama terpaksa dibeli berulang kali pada setiap tahun. Justeru, hasil temu bual bersama dengan staf UPS mendapati sistem pengurusan keluar masuk dan penyimpanan barangan tidak diuruskan dengan baik serta penggunaan alatan juga tidak direkodkan dengan sistematik (Faizal Napiah, 2020). Rajah 2 : Keadaan persekitaran stor yang tidak terurus
13 Disebabkan kelemahan ini, maka satu produk inovasi Sistem QRacktory dicadangkan dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem QRacktory dapat membantu dari segi penjimatan kos pembelian barangan gantian dan peralatan yang baru akibat kehilangan dan kerosakan. Sistem QRacktory ini juga dapat membantu menjimatkan masa pencarian barang serta dapat mengesan pergerakan keluar masuk barangan gantian dan peralatan yang digunakan. Pengurusan inventori adalah mengikut pengkelasan jenis barangan yang diguna pakai bagi mengelakkan barangan tersebut daripada pecah atau rosak. Sistem QRacktory juga dapat membantu proses penyimpanan barang menjadi lebih selamat dan dalam keadaan yang lebih tersusun. Dengan menggunaakan Sistem QRacktory, pengurusan inventori barangan gantian dan peralatan yang digunakan oleh pihak UPS akan menjadi lebih sistematik dan efisien bukan sahaja dari aspek pengurusan malah aspek lain seperti mengurang kos perbelanjaan dan pengeluaran organisasi. OBJEKTIF INOVASI 1) Mengenal pasti punca dan penyelesaian masalah dalam pengurusan dan penyimpanan barangan gantian seperti tombol pintu dan lampu serta peralatan asas seperti penukul, skru dan pemutar skru di stor penyimpanan peralatan asrama Bestari 4. 2) Membangunkan sebuah sistem pengurusan inventori dengan menggunakan kod QR bagi tujuan merekod pergerakan barangan yang digunakan. CIRI-CIRI INOVASI Sistem QRacktory merupakan satu produk inovasi yang menggabungkan rak besi pelbagai fungsi dengan penggunaan sistem kod QR bertujuan untuk menyelesaikan masalah pengurusan barangan gantian dan perekodan keluar masuk alatan-alatan yang dipinjam di stor penyimpanan peralatan asrama. Sistem QRacktory juga menyediakan satu kemudahan pada rak besi pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan lampu kalimantang. Lampu kalimantang ini berfungsi untuk menguji barangan gantian sama ada dapat berfungsi dengan elok ataupun telah rosak sebelum menggunakannya. Ini dapat mengelakkan penggunaan barangan gantian yang telah rosak dan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa untuk proses penggantian barangan. Selain itu, sistem QRacktory ini juga dilengkapi dengan slot perumah lampu yang bertujuan untuk proses pengujian lampu gantian. Pelajar atau pensyarah dapat menguji lampu tersebut sebelum digunakan. Selain itu, sistem QRacktory ini juga dapat memudahkan pihak UPS untuk mengambil barangan dengan mudah dan cepat. Ini kerana dengan menggunakan rak besi pelbagai fungsi , barangan gantian dapat dikelaskan dan disusunatur mengikut jenis kategori dan kesesuaian barang. Sistem QRacktory ini juga dilengkapi dengan penggunaan kod QR yang dapat membantu pihak UPS untuk merekodkan data setiap barangan yang digunakan dengan mudah dan ini dapat menjimatkan masa. Barangan dan peralatan yang digunakan juga boleh dijejak dengan mudah dan menjimatkan masa pencarian maklumat. Hasil dari pengujian mendapati dengan penggunaan Sistem QRacktory: i. Memudahkan proses pencarian barang oleh pihak UPS dan ini dapat mengelakkan keciciran atau kehilangan barang dari berlaku ii. Data keluar masuk barangan dapat direkodkan dengan lebih cepat dan pantas. iii. Mesra pengguna dan mudah untuk digunakan. Pengguna tidak perlu memiliki kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya. PROSES PEMBANGUNAN SISTEM QRACKTORY A. Fasa 1 : Pemasangan rak besi pelbagai fungsi Peralatan yang digunakan dalam pembinaan rak besi pelbagai fungsi melibatkan beberapa bahan seperti pemutar skru, plier, Test pen dan rak besi seperti di Rajah 4.
14 Rajah 4 : Peralatan dalam pembinaan rak besi pelbagai fungsi Langkah 1: Para pengkaji menyediakan rak besi dan membuat ukuran pada besi itu untuk proses pemotongan seperti Rajah 5. Rajah 5 : Menunjukkan ukuran besi Langkah 2 : Para pengkaji menyusun besi rak seperti dalam lakaran bagi memudahkan proses cantuman seperti Rajah 6. Rajah 6 : Penyusunan besi Langkah 3 :Seterusnya proses percantuman perlu dilakukan untuk menghasilkan rak besi pelbagai fungsi iaitu percantuman beams antara sudut Rajah 7. Rajah 7 : Percantuman beams
15 Langkah 4 : Setelah menyiapkan percantuman, pihak pengkaji harus mencantum kaki rak bagi memasang besi di antara dua kaki rak seperti Rajah 8. Rajah 8 : Proses percantuman kaki rak Langkah 5 : Seterusnya proses memasang besi di antara dua kaki rak tersebut untuk menahan plat QRacktory dari bergoyang seperti Rajah 9. Rajah 9 : Pemasangan besi penahan Langkah 6: Seterusnya proses memasangkan plat di atas besi penahan supaya barang yang diletakkan adalah lebih stabil seperti Rajah 10. Rajah 10 : Pemasangan plat penahan
16 Langkah 7 : Seterusnya proses pemasangan lampu kalimantang di sebelah kaki rak seperti Rajah 11. Rajah 11 : Pemasangan lampu kalimantang Langkah 8 : Akhir sekali, pengkaji menambahkan roda pada bahagian kaki QRacktory supaya dapat memudahkan pergerakan rak seperti rajah 12. Rajah 12 : Penambahan roda Rajah 13 : Sistem QRacktory yang telah siap dibina B. Fasa 2: Pembangunan Sistem Kod QR
17 Langkah 1 : Membina borang pengambilan barang di stor UPS Asrama Bestari 4 Stor UPS seperti Rajah 14. Rajah 14 : Borang Pengambilan Barang Langkah 2 : Menyenaraikan maklumat berkaitan alat ganti yang diambil seperti Rajah 15. Rajah 15 : Menyenaraikan Maklumat Berkaitan Alat Ganti
18 Langkah 3 : Seterusnya proses penjanaan Kod QR yang akan digunakan apabila ingin menggunakan barang- barang di stor UPS seperti Rajah 16. Rajah 16 : Proses Penjanaan Kod QR INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIHASILKAN Masalah pengurusan inventori yang melibatkan barangan gantian dan peralatan asas seperti lampu, tombol pintu dan lain-lain diletakkan di atas lantai menyebabkan barangan ini berpotensi untuk rosak menyebabkan sistem QRacktory dibangunkan. Sistem QRacktory merupakan sebuah inovasi yang menggabungkan rak besi pelbagai fungsi bersama dengan penggunaan sistem kod QR bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rajah 17 : Lampu dan tombol pintu yang rosak Pembangunan sistem QRacktory dengan menggunakan rak besi yang kukuh (Rajah 18) dan berupaya menampung beban seberat 150 kg sehingga ke 200 kg. Proses pengurusan dan penyusunan barangan akan menjadi lebih teratur dan sistematik. Barangan gantian dan peralatan seperti lampu, tombol pintu, skru dan alatan-alatan yang lain dapat dicapai dengan mudah. Risiko barang untuk pecah akan menjadi lebih rendah apabila menggunakan Sistem QRacktory. Selain itu, sistem QRacktory juga dilengkapi dengan lampu kalimantang bertujuan untuk memudahkan para pelajar atau pensyarah untuk memeriksa sama ada lampu yang baharu berada dalam keadaan baik ataupun telah rosak.
19 Rajah 18 : Sistem QRacktory yang menggunakan rak besi yang kukuh Sistem QRacktory juga dilengkapi dengan roda di bahagian bawah rak (Rajah 19) dapat memudahkan pengalihan dan mobiliti rak besi tersebut. Penggunaan label di setiap tingkat pada rak besi pula bertujuan untuk mengasingkan barangan mengikut jenis barangan. Pengasingan ini dapat mengelakkan kerosakan terhadap barangan gantian tersebut. Rak besi ini juga dilengkapi dengan slot perumah lampu (Rajah 20) yang bertujuan untuk pengujian lampu gantian. Pelajar atau pensyarah dapat menguji lampu tersebut sebelum digunakan. Kod QR (Rajah 21) pula digunakan apabila terdapat penggunaan terhadap barangan gantian dan peralatan. Ini memudahkan pengurusan inventori bagi menjejak status penggunaan barangan tersebut sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan. Rajah 19 : Sistem Qractory dilengkapi dengan roda Rajah 20 : Sistem Qractory dilengkapi dengan slot perumah lampu
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134