95 PEMBANGUNAN APLIKASI GANRAN AR UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN PEKERJA OPERASI SYARIKAT J&T EXPRESS (MALAYSIA) SDN. BHD., SEBERANG JAYA, PULAU PINANG 1Rohani Bt Yusof* 2Nik Nor Azila Bt Nik Zaid 3Naufal Bin Md Rodzi 4Gaaneshrao A/L Supparao 5Muhammad Ridzuan Bin Samsumi 6Mohammad Amirul Hafiz Bin Aziznoor 7Ammar Muqri Hakim Bin Abdul Samad 8Muhammad Naim Musaiyar Bin Mohamed Najib *e-mel : [email protected] 1-8Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Inovasi aplikasi GANRAN AR adalah satu penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan pekerja dalam pengendalian pergerakan barangan dalam gudang di drop point (depot serahan / ambilan) Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd., Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pengoperasian sepenuhnya oleh Syarikat J&T Express di Malaysia yang bermula pada tahun 2018 dapat memajukan lagi khidmat penghantaran ekspres yang berkualiti dengan jaminan servis terbaik kepada para pelanggan di seluruh Malaysia. Syarikat ini mempunyai 350 drop point di Malaysia. Justeru itu, komitmen yang tinggi daripada pekerja amat diperlukan dalam penyediaan perkhidmatan yang terbaik yang secara tidak langsung akan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap servis sesebuah syarikat penghantaran ekspres. Justeru itu, setiap pekerja berkhidmat di drop point perlu dilatih dengan lebih baik agar kecekapan pengendalian barangan di drop point dapat ditingkatkan. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti masalah dalam modul latihan sedia ada di Syarikat J&T Express dan membuat penambahbaikan terhadap modul latihan pekerja dalam pengendalian pergerakan barangan dalam gudang di drop point J&T Express, Seberang Jaya sehinggalah barangan tersebut dapat diserahkan kepada pelanggan dalam keadaan baik dan selamat. Ini kerana sistem modul latihan pekerja sedia ada dalam Syarikat J&T Express hanya menggunakan buku dan modul bagi menerangkan pergerakan barangan dalam gudang drop point. Cara sebegini telah menimbulkan masalah dari sudut penyusunan barangan yang boleh menyebabkan kerosakan sebelum barangan dihantar kepada pelanggan. Terdapat lapan proses dalam pembangunan aplikasi GANRAN AR yang boleh membantu menyelesaikan masalah pekerja operasi dalam gudang. Justeru itu, kajian ini mencadangkan pembangunan teknologi dengan nama GANRAN AR (Augmented Reality) berasaskan penggunaan teknologi perisian Unity dan komputer riba bagi menambahbaik modul latihan pekerja dalam memahami aliran pergerakan, penyusunan dan penyimpanan barangan di dalam gudang. Kesimpulannya, produk inovasi yang dihasilkan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam kajian. Masalah pengurusan aliran pergerakan dan penyusunan barangan dalam gudang drop point yang dihadapi oleh pekerja dapat diselesaikan dengan menggunakan aplikasi GANRAN AR. Akhis sekali, produk ini juga mempunyai nilai komersial iaitu boleh digunakan oleh pihak lain kerana memiliki ciri-ciri guna sama. Kata kunci: pekerja operasi, teknologi Augmented Reality (AR), drop point, J&T Express PENGENALAN Kepadatan penduduk Pulau Pinang serta kemunculan IPTA dan IPTS seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik, Kolej Komuniti, Open University Malaysia (OUM) dan sebagainya di Pulau Pinang telah menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran barang turut meningkat. Tambahan pula pembelian barangan atas talian kian mendapat permintaan yang tinggi yang memerlukan kepada servis kurier secara amnya, dan kurier ekspress secara khususnya. J&T Express menjadi daya tarikan oleh ramai pelanggan bukan sahaja dalam kalangan syarikat-syarikat besar malah peniaga kecil dalam menggunakan perkhidmatan J&T Express sebagai medium penghantaran dan pengeposan barangan yang cepat dan mudah.
96 Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. memulakan operasi secara sepenuhnya pada tahun 2018 di Malaysia dalam memajukan lagi khidmat penghantaran ekspres yang berkualiti dengan jaminan servis terbaik kepada para pelanggan di seluruh Malaysia. Syarikat ini mempunyai 350 drop point di Malaysia, termasuklah di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penghantaran pelbagai jenis barangan yang dibeli di atas talian dan di luar talian. Perniagaan penghantaran pelbagai barangan yang dibeli atas talian atau di luar talian contohnya seperti barangan elektronik dan barangan yang tidak dapat didapati secara pembelian di luar. Syarikat ini menjadi pilihan pengguna tempatan dan juga pengguna luar kerana ianya berdekatan dengan kawasan perindustrian dan tempat membeli belah . Kehadiran jumlah pelanggan yang meningkat sejak kebelakangan ini menyebabkan cawangan J&T Express Seberang jaya terpaksa meningkatkan jumlah kecekapan dalam menguruskan pengambilan stok demi memenuhi kehendak pelanggan mereka. Maka, adalah penting bagi syarikat ini untuk memastikan sumber tenaga kerja adalah mencukupi serta cekap bagi memudahkan urusan pembungkusan dan penghantaran stok. Oleh kerana cawangan J&T Express ini mempunyai pelanggan yang ramai dan kian meningkat setiap hari sebarang kesilapan perlu dikurangkan dalam penghantaran barangan. Sehubungan dengan itu, penyelidik mencadangkan penggunaan GANRAN AR dalam membantu memberikan latihan dan gambaran yang jelas dalam pengurusan gudang. Inovasi ini lebih berkesan dan efektif kerana dapat memperbaiki sistem latihan pekerja yang sedia ada. PERNYATAAN MASALAH J&T Express merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengeposan di kawasan Seberang Jaya. Melalui temu bual, pengurus cawangan J&T Express sedar mengenai sistem modul latihan pekerja yang digunakan oleh J&T Express sebelum ini belum mencapai satu tahap yang memuaskan walhal dikunjungi oleh ramai pelanggan khususnya di Kawasan Seberang Jaya. Kepentingan memiliki pekerja yang mahir dalam bidang penghantaran amat penting bagi mengelakkan masalah ketidaktepatan yang menyebabkan pelanggan hilang kepercayaan kepada syarikat penghantaran. Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa modul latihan yang digunakan oleh syarikat ini kurang berkesan dalam mempersiapkan pekerja dalam menguruskan penyusunan barangan di dalam gudang. Hal ini disebabkan J&T Express tidak mempunyai kaedah yang lengkap di mana mereka hanya menggunakan buku dan modul bagi menerangkan pergerakan barangan tersebut di dalam gudang. Temu bual telah dijalankan bersama Penyelia J&T Express cawangan Seberang Jaya bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu ketika para pekerja melakukan aktiviti pembungkusan. Antara masalah yang turut dikongsi berkaitan isu pembungkusan dan penghantaran di J&T Express ialah masalah penyusunan barang yang menyebabkan kerosakan semasa penghantaran barangan kepada pelanggan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti isu yang dihadapi oleh J&T Express serta mencadangkan penyelesaian kepada isu modul latihan sedia yang didapati kurang berkesan dalam meningkatkan kualiti kerja pekerja. Kajian ini akan memperkenalkan penggunaan Argumented Reality(AR) yang boleh diakses menggunakan telefon pintar dan pelbagai gajet elektronik lain. OBJEKTIF INOVASI 1) Mengenal pasti masalah dalam modul latihan sedia ada yang digunakan oleh sesetengah syarikat untuk melatih pekerjanya untuk memahirkan pekerjanya melalui analisis SWOT. 2) Mencadangkan penggunaan AR kepada pekerja operasi sebagai penambahbaikan modul latihan pekerja bagi pengendalian pergerakan barangan dalam gudang. CIRI-CIRI INOVASI Produk GANRAN AR diciptakan melalui perisian Unity yang boleh digunakan di dalam komputer secara berterusan. GANRAN AR adalah satu aplikasi yang menggunakan kamera telefon pintar yang berasaskan android. Selain itu, aplikasi ini dapat membantu pekerja di dalam gudang untuk lebih mengenali tentang susun atur gudang dengan lebih tepat. Produk GANRAN AR memerlukan alatan seperti komputer yang mempunyai spesifikasi yang
97 tinggi untuk membuat aplikasi dan model 3D, dengan menggunakan teknologi Vuforia Engine dan perisian Unity untuk mencipta model 3D bagi GANRAN AR (rujuk Rajah 1a & 1b). Rajah 1a: Komputer riba Rajah 1b: Perisian Unity CARA OPERASI A. Proses 1: Pemasangan perisian ‘Unity’ dengan memuat turun Unity Hub di laman web https//:store.unity.com (rujuk Rajah 2a & 2b). Rajah 2a: Antara muka laman web https//:store.unity.com. Rajah 2b: Membuka perisian Unity dan memasang unity version 2018.4.20f1(LTS)
98 B. Proses 2: Pembinaan pangkalan data GANRAN AR dengan menggunakan ‘Vuforia Engine Developer Portal’ (rujuk Rajah 3a, 3b & 3c) Rajah 3a: Memilih menu ‘Develop’ > ‘Target Manager’ > ‘Add Database’ Rajah 3b: Memasukkan nama GANRAN AR dalam ‘Create Database’ dan menekan butang ‘Create’ untuk mencipta pangkalan data GANRAN AR Rajah 3b: Paparan antara muka pangkalan data untuk memilih nama AR yang dicipta iaitu GANRAN
99 Rajah 3c: Memilih butang ‘Add Target’ dalam menu pangkalan data yang telah mempunyai nama GANRAN C. Proses 3: Memilih ‘image’ untuk digunakan sebagai ‘image marker’ GANRAN AR yang dicipta (rujuk Rajah 4a, 4b & 4c) Rajah 4a: Memilih Single Image dan mencari fail untuk image marker pada paparan Add Target Rajah 4b: Memilih fail untuk image marker dalam simpanan: ‘supply-back’
100 Rajah 4c: Memasukkan kelebaran imej yang dikehendaki iaitu ‘4’ dan nama fail image marker yang dipilih aitu ‘supply-back’ pada paparan Add Target D. Proses 4: Memasukkan ‘image marker’ dalam ‘Vuforia Engine Developer Portal’ (rujuk Rajah 5a, 5b & 5c) Rajah 5a: Antara muka untuk memuat turun pangkalan data image marker iaitu ‘supply-back’yang telah disimpan
101 Rajah 5b: Pop-up untuk memuat turun image marker ke dalam Unity Editor Rajah 5c: Antara muka untuk memilih image marker dalam pangkalan data Vuforia Engine Developer Portal ke dalam Unity Hub E. Proses 5: Membina pangkalan data bagi GANRAN AR dalam Unity Hub (rujuk Rajah 6a & 6b) Rajah 6a: Antara muka Unity Hub untuk memilih dimensi imej 3D bagi GANRAN AR
102 Rajah 6b: Antara muka untuk memilih perisian Android yang sesuai dengan penggunaan telefon pintar. (menekan platform ‘Android’ > ‘Switch Platform’ > ‘Vuforia Augmented Reality’ pada ‘XR Settings’ dalam paparan ‘Player Settings’) F. Proses 6: Memasukkan imej model 3D GANRAN AR dalam pangkalan data ‘Unity Hub’ (rujuk Rajah 7a, 7b & 7c) Rajah 7a: Menekan paparan Game Object > Vuforia Engine > AR Camera > Image. Rajah 7b: Memasukkan image marker yang telah muat turun daripada Vuforia Engine dan menekan butang Import
103 Rajah 7c: Memilih image marker yang telah di import G. Proses 7: Memasukkan imej model 3D untuk GANRAN ke dalam ‘ImageTarget’ dan susun mengikut kretiviti sendiri (rujuk Rajah 8) Rajah 8: Masukkan model 3D dan membuat penyusunan imej
104 H. Proses 8: Menghasilkan fail ‘apk’ GANRAN AR untuk digunakan dalam telefon pintar Android. Rajah 11: Menghasilkan fail apk dengan menekan Build Settings > Platform > Android > Build GAMBAR RAJAH INOVASI Hasil daripada kajian yang dilakukan, pengkaji telah mencipta pembaharuan dan menambah baik 3D model dengan menghasilkan GANRAN AR dalam membantu latihan pengendalian pergerakan barangan dalam gudang. Penggunaannya disyorkan kepada pihak J&T Express untuk latihan kepada pekerja operasi gudang. Sebelum ini, gudang J&T Express memberi latihan secara manual di mana sering berlaku masalah dalam menguruskan penyusunan barangan di dalam gudang yang menyebabkan kerosakan semasa proses penghantaran barangan kepada pelanggan. Keunikan GANRAN AR adalah produk ini tidak memerlukan kos tambahan kerana produk ini boleh digunakan melalui telefon pintar berasaskan Android secara percuma, dan capaiannya hanya dengan menggunakan telefon pintar sahaja (rujuk rajah 12). Justeru itu, para pekerja operasi gudang J&T Express dapat menambah pengetahuan mereka secara lebih terperinci dan jelas tentang sistem operasi gudang dengan lebih mudh dan cepat pada bila-bila masa sahaja ianya diperlukan. Rajah 12: 3D Model dalam apps GANRAN AR dengan menggunakan telefon pintar.
105 IMPAK PRODUK Bil Soalan Peratus 1. Adakah anda memahami aliran gudang dengan mudah menggunakan Ya = 100% GANRAN AR? 2. Adakah mengambil sedikit masa untuk melatih kakitangan baru Ya = 100% menggunakan GANRAN AR? 3. Adakah anda fikir AR GANRAN ini tepat? Ya = 100% 4. Adakah mudah untuk menggunakan AR GANRAN? Ya = 100% 5. Adakah pembelajaran inovasi ini memberi manfaat kepada pelatih? Ya = 100% 6. Adakah anda bersetuju untuk menggunakan AR GANRAN ini di dalam Ya = 100% syarikat anda? C. Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi ini merangkumi tiga (3) kategori yang memberi impak produk kepada syarikat, memberi kesan kepada masa depan dan memberi kesan kepada penggunaan keberkesanan. 1. Impak ke atas syarikat GANRAN AR memberi impak positif terhadap J & T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. Sebagai penyelia dan kakitangan baru tidak perlu menggunakan kaedah pengajaran lama. Dalam era pembelajaran yang pantas ini, syarikat benar-benar memerlukan kaedah sedemikian untuk meningkatkan mutu pekerja. 2. Impak pada masa Pelaksanaan GANRAR AR dapat mengurangkan masa latihan untuk kakitangan baru. Penyelia tidak perlu menerangkan berulang kali kepada kakitangan baru berkaitan aktiviti dan operasi di dalam gudang. Secara tidak langsung, aplikasi ini dapat menjimatkan masa kepada pekerja dan pihak pengurusan gudang. 3. Kesan ke atas penggunaan keberkesanan. Penggunaan keberkesanan berdasarkan kualiti pengetahuan yang diterima oleh staf baru. Kakitangan baru boleh membuka AR GANRAN pada telefon pintar mereka pada bila-bila masa apabila mereka memerlukan rujukan. Mereka hanya perlu mengimbas sasaran imej dan kemudian model 3D akan muncul di skrin mereka. Ini menjadikan penyelia tidak perlu risau tentang kakitangan baru. Secara tidak langsung, kualiti perkhidmatan J & T akan bertambah baik. D. Kos inovasi Jadual 1 menunjukkan perincian kos untuk penghasilan aplikasi AR perbelanjaan projek ini termasuk pembelian model 3D yang berkaitan dengan gudang. Jadual 1: Kos untuk penghasilan aplikasi AR. Bil Perkara Kos (RM) 1. Model Peralatan 3D 65 2. Model Gudang 3D 40 3. Sasaran Imej Kadbod 5 Jumlah kos seunit 110 Jadual 2: Hasil wawancara dengan penyelia J & T
106 Selepas semua kos penghasilan dikira, harga produk ditentukan berdasarkan temu duga yang telah dilakukan. Penyelidik telah menemu bual penyelia dan kakitangan baru di J&T. Daripada jadual 2, hasil temu duga oleh penyelidik menunjukkan bahawa 100% bersetuju dengan semua soalan yang ditanya. E. Pengkormesialan Aplikasi ini boleh dikomersialkan kepada organisasi lain yang mempunyai masalah yang sama atau untuk meningkatkan pengetahuan pekerja mereka. GANRAN AR adalah penggunaan mesra yang sesuai untuk semua peringkat. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Matrik SWOT digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah analis matrik SWOT yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan/Peluang GANRAN AR ialah aplikasi untuk memudahkan kerja para pekerja baru untuk memahami jalan kerja di dalam gudang. B. Kekuatan/Peluang GANRAN AR mendapat peluang untuk digunakan dan dipasarkan dengan lebih banyak kerana fungsinya dapat memberi kebaikan kepada penggunanya berbanding dengan menggunakan cara yang lama. C. Kekuatan/Ancaman GANRAN AR merupakan aplikasi AR (augmented reality), setiap aplikasi akan mempunyai risiko untuk rosak dan digodam. KESIMPULAN Aplikasi GANRAN AR ini memberi impak positif terhadap J & T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam menjimatkan masa kepada pekerja dan pihak pengurusan gudang untuk memberikan latihan berkenaan pengendalian pengurusan barangan dalam gudang di drop point J&T Express, Seberang Jaya secara khususnya. Masalah pengurusan aliran pergerakan dan penyusunan yang dihadapi oleh pekerja dapat diselesaikan dengan menggunakan aplikasi GANRAR AR yang telah dihasilkan. Justeru itu, objektif kajian ini telah tercapai sepenuhnya apabila sistem ini dapat membantu dalam menyelesaikan masalah latihan pekerja operasi di drop point J&T Express Seberang Jaya. Sistem ini mempunyai pasaran yang tinggi kerana sistem ini boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan organisasi untuk melatih pekerja operasi gudang mereka dengan lebih mudah dan cepat. Untuk jangka masa panjang, jika sekiranya sistem ini dapat menyelesaikan banyak masalah di mana-mana operasi gudang, ia berkemungkinan besar akan membuka mata pihak lain dan boleh meningkatkan permintaan daripada pengusaha servis J&T Ekspress di tempat lain secara khususnya. Cadangan untuk pneyelidik akan datang, sistem ini mungkin boleh ditambahbaik dengan meliputi perekodan data lain selain daripada kehadiran pekerja kerana sistem ini sangat mudah untuk dibangunkan bagi menjadikan pengurusan pekerja lebih mudah, cepat dan sistematik.
107 RUJUKAN Arnold, A. (n.d.). How AR And VR Are Revolutionizing The Supply Chain. Retrieved from forbes: https://www.forbes.com/sites/andrewarnold/2018/01/29/how-ar-and-vr-are-revolutionizing-the-supply- chain/#470f107a4cbf Ehrlich, T. (n.d.). Why use augmented reality in your warehouse or DC . Retrieved from KENCO: https://blog.kencogroup.com/why-use-augmented-reality-in-your-warehouse-or-dc Immerman, G. (n.d.). How AR is influencing Industry 4.0. Retrieved from Machinemetrics: https://www.machinemetrics.com/blog/how-ar-is-influencing-industry-4-0 Rathbone, E. (n.d.). Real world applications of Augmented Reality (AR) in manufacturing. Retrieved from Manufacturinglounge: http://www.manufacturinglounge.com/real-world-applications-of-augmented- reality-ar-in-manufacturing/
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113