Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore C@LOGS FULL VOL 1

C@LOGS FULL VOL 1

Published by Suez Hamz, 2021-05-23 03:50:43

Description: C@LOGS FULL VOL 1

Search

Read the Text Version

45 Rajah 7: Setelah dipasang playwood F. Proses 6 : Menebuk lubang untuk memasang pintu rak Proses 6 melibatkan proses menebuk lubang untuk memasang pintu rak seperti pada Rajah 8. Rajah 8: Proses menebuk lubang untuk memasang pintu rak G. Proses 7 : Memasang besi dan magnet pada pintu rak Proses 7 memasang besi dan magnet pada pintu rak seperti di Rajah 9. Rajah 9: Memasang besi dan magnet pada pintu rak

46 H. Proses 8 : Pemasangan pemegang pintu Proses 8 memasang pemegang pintu untuk setiap pintu rak seperti di Rajah 10. Rajah 10: Proses memasang pemegang pintu rak I. Proses 9 : Pemasangan playwood di bahagaian bawah rak Proses 9 merupakan proses yang terakhir ialah memasang playwood di bahagian bawah rak sebagai tapak untuk kestabilan rak seperti Rajah 11 di bawah. Rajah 11: Memasang playwood pada bahagian tapak untuk kestabilan INOVASI PRODUK FASA 1 DAN FASA 2 Di dalam Fasa 1 pembuatan dan penghasilan produk, pengkaji menghasilkan L&F Smart Racking seperti pada Rajah 12 di bawah dengan menggunakan bahan-bahan seperti kayu, skru, besi magnet, besi pemegang pintu dan paku. Rak L&F Smart Racking yang dibina ini digunakan di kawasan Jabatan Perdagangan. Penambahbaikan Rak L&F Smart Racking dilakukan dari segi membuat lubang khas pada rak untuk memudahkan pelajar yang menjumpai barang memasukkan barang tersebut. Rajah 12 menunjukkan L&F Smart Racking berjaya disiapkan di mana buku-buku, botol air dan barang-barang peribadi yang lain juga muat untuk dimasukkan ke dalam ruang yang telah disediakan mengikut ukuran yang sesuai. Namun begitu, L&F Smart Racking ini mempunyai masalah dari segi sistem keselamatan, kerana tiada kekunci yang khas dipasang dan hal ini akan menyebabkan keselamatan barang-barang pelajar akan terancam.

47 Rajah 12: Lost & Found (L&F) Smart Racking Oleh yang demikian, di dalam Fasa 2 penambahan inovasi pembuatan produk, didapati L&F Smart Racking agak kurang selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya. Justeru itu, L&F Smart Racking ditambah baik dengan menambahkan kamera litar tertutup di mana ia bertujuan untuk merakam dan memantau keadaan yang berlaku di sekitar produk tersebut seperti di Rajah 13. Rajah 13: Kamera litar tertutup IMPAK PRODUK Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak produk terhadap kos Perbelanjaan untuk pembelian produk L&F Smart Racking dan penggunaannya dalam kalangan pengguna telah dapat menjimatkan kos kerana bahan pembinaan produk inovasi ini terdiri daripada bahan yang murah dan mudah didapati di kedai perkakasan seperti kayu, paku, skru dan sebagainya. 2. Impak produk terhadap masa Penggunaan L&F Smart Racking ini telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan pengajaran dan pembelajaran berbanding keadaan sebelumnya, kerana dengan menggunakan produk L&F Smart Racking ini akan memudahkan pelajar mendapatkan semula barangan mereka yang hilang di bilik kuliah ataupun di sekitar Jabatan Perdagangan. Di pihak pelajar yang terjumpa barang yang ditinggalkan pula, telah maklum tempat untuk meletakkannya semula supaya mudah dicari.

48 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan banyak pihak seperti dari pihak pelajar mahupun pensyarah Jabatan Perdagangan hal ini kerana produk L&F Smart Racking ini sangat memudahkan pelajar yang menjumpai barang dan pelajar yang kehilangan barang. Setelah digunakan sepenuhnya L&F Smart Racking ini, Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan keadaan bilangan keciciran barang yang berlaku di Bilik Kuliah Jabatan Perdagangan, PSP. Pemerhatian dilakukan selama dua minggu iaitu minggu pertama pada 9 Mac 2020 hingga 13 Mac 2020 sebelum meletakkan L&F Smart Racking dan minggu kedua pula pada 16 Mac 2020 hingga 20 Mac 2020 selepas meletakkan L&F Smart Racking. Seterusnya, setelah dilaksanakan pemerhatian selama dua minggu tersebut, pengkaji juga dapat melihat ramai pelajar bersikap amanah dengan meletakkan barang-barang yang ditemui ke dalam L&F Smart Racking. Di samping itu juga, bilangan buku, botol air dan barang peribadi pelajar terbiar berkurang di bilik kuliah dan sekitar kawasan Jabatan Perdagangan. Pemerhatian tersebut membuktikan minggu pertama sebelum penggunaan L&F Smart Racking, bilangan keciciran barang pelajar adalah sebanyak 29 kejadian, sementara bilangan keciciran barang pelajar telah berkurang kepada hanya 8 kejadian pada minggu kedua setelah L&F Smart Racking diletakkan di Jabatan Perdagangan, PSP. Kesimpulannya, kewujudan L&F Smart Racking telah berjaya menurunkan jumlah barang yang tertinggal oleh pelajar di dalam kelas dan juga sekitar kawasan Jabatan Perdagangan. Hal ini kerana mereka dapat menyimpan barang yang ditemui ke dalam rak tersebut. Jadual 1: Bilangan keciciran barang pelajar minggu pertama (9 Mac 2020 - 13 Mac 2020) sebelum perletakan L&F Smart Racking

49 Jadual 2: Bilangan keciciran barang pelajar minggu pertama (16 Mac 2020 - 20 Mac 2020) selepas perletakan L&F Smart Racking Produk ini berjaya merealisasikan ilmu yang diperolehi daripada kursus DPL3023 Fundamentals of Warehouse Operation yang diambil oleh semua pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan di mana di dalam kursus ini pelajar telah didedahkan dengan racking and shelving. L&F Smart Racking telah direka dengan bahan dan struktur yang terbaik bagi mengatasi masalah barang-barang keperluan pelajar yang tertinggal serta mendapatkan semula barangan di rak tersebut. Di samping itu, produk inovasi ini akan dikomersialkan di Jabatan Perdagangan dahulu untuk mengatasi masalah ini kepada satu jalan penyelesaian yang terbaik. Seterusnya, setelah produk ini berjaya dibawa kepada suatu penyelesaian di Jabatan Perdagangan, produk inovasi ini kemudiannya akan dipasarkan kepada jabatan-jabatan yang lain di Politeknik Seberang Perai dan juga ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Institusi Pengajian Swasta (IPTS), sekolah- sekolah dan tempat awam yang bersesuaian. Namun begitu L&F Smart Racking ini juga boleh tersebar luas dalam aspek komersial iaitu pengkaji telah cenderung kepada sasaran lain seperti membuat pelan pemasaran secara digital. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Matrik SWOT digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah jadual matrik yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan/Peluang Masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah pelajar meninggalkan barangan mereka tanpa disedari. Hal ini menyebabkan, mereka hilang fokus di dalam bilik kuliah. Selain itu, emosi mereka juga terganggu kerana mereka tidak mempunyai bahan untuk membuat rujukan. Oleh itu, dengan adanya L&F Smart Racking ianya dapat memudahkan pelajar menemui kembali barangan mereka. Seterusnya, L&F Smart Racking boleh dijadikan sebagai rak yang serba guna, ianya selamat untuk menyimpan barang kerana rak ini mempunyai kekunci dan juga kamera CCTV. Tambahan lagi, L&F Smart Racking ini mudah dimiliki dan harganya berpatutan.

50 B. Kekuatan/Ancaman Penggunaan L&F Smart Racking yang tidak cekap menyebabkan pintu rak yang bersistem mudah rosak. Selain itu, kehadiran serangga boleh menyebabkan rak kayu mudah reput dan menjadi tempat bersarang. Oleh itu, pemilihan bahan yang berkualiti dan kukuh mampu mengatasi ancaman ini. C. Kelemahan/Peluang Produk inovasi yang dihasilkan ini adalah baru. Namun, L&F Smart Racking ini berupaya dipasarkan dengan meluas kerana masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Insititusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) adalah hampir sama dalam membantu mendapatkan kembali barang-barang pelajar yang hilang dan tercicir. D. Kelemahan/Ancaman Penggunaan L&F Smart Racking dengan kaedah yang tidak cermat boleh menyebabkan kerosakan pintu rak dan rak juga akan mudah rosak akibat sinaran cahaya matahari yang terkena pada rak (Setyaningsih, Hugeng, & Antonius, 2007). Oleh itu, L&F Smart Racking perlu digunakan dengan cermat dan teliti serta diletakkan di tempat yang bersesuaian bagi mengekalkan keadaan dan kualiti rak tersebut. KESIMPULAN Pengkaji mendapati bahawa fasiliti seperti rak untuk pelajar menyimpan barang yang tidak diketahui pemiliknya dan yang dijumpai oleh mereka tidak disediakan di kawasan Jabatan Perdagangan. Pelbagai masalah dihadapi oleh pelajar akibat kehilangan barangan dan keciciran buku untuk sesi pembelajaran. Selain itu, buku dan barang- barang yang ditinggalkan terbiar di dalam bilik kuliah menganggu sesi pembelajaran kelas berikutnya yang menggunakan bilik kuliah tersebut. Justeru, L&F Smart Racking ini diwujudkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Produk inovasi ini bukan sahaja telah mencapai objektif tetapi ia berjaya dibangunkan hasil daripada ilmu yang diperolehi daripada kursus DPL3023 Fundamentals of Warehouse Operation yang telah diambil oleh semua pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. L&F Smart Racking yang telah dihasilkan oleh pengkaji mampu memberi impak yang positif kepada pelajar kerana ia dapat menjimatkan masa serta membantu menyelesaikan masalah barang-barang yang tertinggal di bilik kuliah dan kawasan persekitaran Jabatan Perdagangan. Seterusnya, produk ini juga dilihat berpotensi untuk dikomersialkan di pasaran tempatan. RUJUKAN Hadisantoso, F. S. (2018). Perancangan Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Barang Otomatis Menggunakan Arduino Berbasis Web Database. ELEKTRA. 25-36. Lee, C., Sandhya, M. & Rebecca, R. (2018) Too many teens suffering from stress. Dipetik daripada https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/12/too-many-teens-suffering-from-stress- examoriented-culture-not-only-affecting-students-but-teachers-a/ pada 15 Feb 2020. Maizura, Ruslan (2014). Reka Cipta Penyokong Buku Pelbagai Guna. MaizuraRuslan,blogspot Setyaningsih, E., Hugeng, & Antonius, J. (2007). Implementasi Model Alat Pencegah Kehilangan Barang Pada Pusat Perbelanjaan. Jurnal Teknik Elektro. 59-69.

51 BEKAS PENYUKAT DIGITAL DALAM PENGENDALIAN OPERASI PERKHIDMATAN PELANGGAN SYARIKAT MOHAMED MEERA SAHIB (M) SDN. BHD. 1Sharipah Khadijah binti S.Hashim* 2Izan Fahmee binti Nordin 3Shalomi A/P Romas 4Monissa A/P Alexander 5Haiswaria A/P Danapalan 6Divya A/P Radhakrishnan 7Inthumathy A/P Sivakumar *e-mel: [email protected] 1-7Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Amalan pengurusan perniagaan dianggap sebagai aktiviti-aktiviti mengendalikan perniagaan dengan perancangan yang teliti dan teratur untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Pada masa kini, persaingan dalam peruncitan adalah amat sengit di mana pesaing menggunakan pelbagai strategi untuk kekal maju. Perniagaan utama Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. yang terletak di George Town, Pulau Pinang adalah menjual dan menjalankan perniagaan rempah ratus. Hasil temubual bersama Pengarah Syarikat mendapati mereka tidak mempunyai pengurusan inventori yang sistematik dan ia melambatkan proses urusniaga pembelian pelanggan. Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa syarikat tidak menyediakan perkhidmatan layan diri di bahagian timbang sukat kerana tidak mempunyai peralatan timbang sukat secara sendiri. Objektif penghasilan produk inovasi yang dihasilkan ini adalah untuk i) mengenal pasti masalah dalam sistem pengurusan masa dalam menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin melalui analisis SWOT dan ii) mencadangkan produk timbang sukat secara perkhidmatan layan diri kepada pelanggan untuk menimbang bagi mengurangkan masa proses pembelian dan menimbang. Seramai 20 orang pelanggan syarikat telah dipilih sebagai responden dan ditemu bual bagi memperolehi maklumat kajian yang dikehendaki. Kajian ini mendapat maklum balas daripada responden tentang masalah dalam sistem pengurusan masa dalam menimbang sukat serbuk rempah ratus dan bijirin di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd melalui analisis SWOT. Segala maklumat diproses menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel. Dapatan kajian mendapati 100% bersetuju tentang keseluruhan soalan yang telah diajukan oleh pengkaji kepada pelanggan yang telah ditemu bual. Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif mencadangkan dan menghasilkan sebuah produk inovasi yang dinamakan Bekas Penyukat Digital sebagai salah satu alat pengendalian operasi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan runcit yang melibatkan timbang dan sukat bagi menjimatkan masa urusan pembelian. Produk inovasi ini juga diharapkan dapat digunakan bukan hanya di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd, malahan kepada mana-mana syarikat yang menjalankan kaedah timbang dan sukat secara layan diri. Kata kunci: peruncitan, inventori, penyukat, digital PENGENALAN Perkhidmatan yang berkualiti memberi impak yang besar ke atas nama baik sesebuah organisasi kerana ianya akan dinilai oleh pelanggan (Udi, 2018). Semakin cekap dan berkesan mutu perkhidmatan yang diberikan, kepuasan pengguna akan semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam kajian terdahulu oleh Shaneen Majid dan Mumtaz Ali (2001). Kepuasan pengguna merupakan satu elemen yang penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah organisasi yang sememangnya amat penting untuk mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan servis yang disediakan (Noremy et al., 2010). Ini disokong oleh Jalil dan Choy (2017) bahawa pengukuran kepuasan pelanggan dilakukan menerusi aspek perkhidmatan kaunter hadapan, perkhidmatan pelanggan dan kemudahan asas serta perkhidmatan sokongan. Kepuasan pelanggan merupakan konsep dalam pemasaran yang bererti sikap pelanggan terhadap produk dari pengeluar, baik produk barang maupun jasa. Banyak faktor yang mempengaruhi puas tidaknya pelanggan

52 terhadap produk mereka, diantaranya faktor perkhidmatan, kualiti produk, harga, dan sebagainya. (Andriany, 2017). Perniagaan merupakan satu kegiatan yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat dan banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia. Sejak dahulu lagi perkembangan yang berlaku dalam masyarakat telah memperlihatkan kepada kita pelbagai bentuk perniagaan iaitu dari perniagaan yang berbentuk penukaran barangan hinggalah kepada perniagaan antarabangsa (Rajuddin & Alias, 2010). Amalan pengurusan perniagaan boleh dianggap sebagai aktiviti-aktiviti mengendalikan perniagaan dengan perancangan yang teliti dan teratur untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Sesebuah perniagaan itu akan mencapai kejayaan sekiranya semua fungsi atau aspek perniagaan seperti pemasaran, kewangan, sumber manusia dan pengeluaran atau perkhidmatan dikendalikan dengan betul dan teratur. Pengurusan perniagaan ini bermula dari peringkat operasi sehinggalah ke peringkat strategik. Kesemuanya harus dijalankan dengan baik dan berkesan dengan memerlukan pengetahuan dan pengalaman (Mukhari & Ping, 2011). Teknologi merupakan sebuah alat yang mempengaruhi kehidupan pada masa kini terutamanya di dalam sektor pekerjaan. Penggunaan teknologi dalam pekerjaan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pekerja. Keberkesanannya dapat diukur berdasarkan peningkatan produktiviti dan penerimaan dalam menggunakan sistem ini untuk membantu meningkatkan penghasilan produk kerja yang bermutu. Ia juga banyak membantu dalam komunikasi, meningkatkan integrasi pekerja, meningkatkan produktiviti dan penyampaian maklumat (Ahmad, 2018). Walaupun teknologi dikatakan dapat membantu sebarang masalah perniagaan untuk lebih berkesan, tetapi dalam masa yang sama masih banyak lagi teknologi baru yang sukar difahami untuk diaplikasikan. Walau bagaimanapun, peruncitan yang berjaya tidak dapat diringkaskan kepada kaedah dan peralatan. Kajian produk inovasi ini secara umumnya bertujuan dijalankan di sebuah syarikat peruncitan iaitu Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah satu syarikat yang menjalankan perniagaan di Pulau Pinang. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan untuk membantu Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan isu yang dihadapi oleh syarikat khususnya dalam bidang pengurusan dan pengendalian inventori atau stok untuk barangan dalam guni. Dengan mengadakan bekas penyukat, pelanggan boleh menimbang dan menyukat barang yang mereka perlukan dengan menggunakan bekas berukuran yang disediakan dengan cara perkhidmatan layan diri (self-service). Pemilihan syarikat ini sebagai kajian adalah kerana ia salah satu syarikat terawal yang menjual dan menjalankan perniagaan rempah ratus. Syarikat ini menjadi daya tarikan ramai pelanggan dan juga para peniaga nasi kandar di kawasan sekitarnya. Perniagaan nasi kandar memerlukan serbuk rempah ratus dan bijirin bagi kegunaan dalam bahan masakan. Dengan ini, mereka akan menjadi pelanggan setia kepada Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. yang sangat terkenal dengan menjual rempah ratus di kawasan Pulau Pinang. PENYATAAN MASALAH Pada masa kini, persaingan dalam peruncitan adalah amat sengit di mana pesaing menggunakan pelbagai strategi untuk kekal maju. Ini membuatkan terdapat peruncit yang berjaya dan ada juga yang gagal dalam persaingan. Bagi yang berjaya melepasi proses persaingan, mereka sedar bahawa bukanlah teknologi atau harga murah yang boleh memastikan mereka kekal dalam perniagaan, tetapi dengan kembali kepada tonggak asas peruncitan seperti penyelesaian masalah pelanggan, layanan hormat, menghubungkan dengan emosi, harga yang wajar dan penjimatan masa pelanggan yang dipercayai sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan perniagaan. Tonggak asas kepada perniagaan ini akan menjadikan peruncitan kukuh dengan kebolehpercayaan dan kesetiaan pelanggan. Masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan ialah pengurusan masa ketika membuat pembelian ataupun membeli belah. Peruncit pula sering menambahkan masalah pelanggan dengan penyediaan susun atur yang mengelirukan, masa operasi yang tidak sesuai, peralatan yang tidak terkini dan kaunter pembayaran yang tidak efisien. Apabila ini berlaku, pembelian menjadi tidak selesa maka kesannya ialah terhadap pendapatan peruncit. Pelanggan terutama mereka yang sibuk akan mudah merasa bosan jika perkhidmatan yang disediakan oleh peruncit tidak efisien. Aspek keselesaan pelanggan mencari pula memudahkan pelanggan mengenal pasti dan memilih barang yang diperlukan. Peruncit perlu memberi keselesaan memiliki kepada pelanggan dengan mempunyai stok yang sentiasa mencukupi dan akhirnya membenarkan pelanggannya berurusan dengan cepat, mudah dan selesa dalam transaksi perniagaan.

53 Dalam penyelesaian masalah pelanggan, adalah menjadi kebiasaan kepada peruncit untuk mencari jalan tentang penyelesaian masalah jualan tetapi tidak tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan mereka. Merujuk kepada tujuan pembelian pelanggan yang terselindung di sebalik pembelian, mereka membeli kerana satu alasan iaitu untuk menyelesaikan masalah untuk memenuhi keperluan mereka. Jika peruncit tidak nampak kepentingan daripada pembelian ini, mereka hanya memberi tumpuan kepada aktiviti menjual sahaja. Namun sekiranya peruncit melihat kenapa pelanggan membeli, mereka akan cuba membantu dan mengadakan penyelesaian masalah kepada pelanggan. Contoh yang diketengahkan ialah penyusunan barang-barang dan penggunaan peralatan yang memudahkan pelanggan untuk membeli. Perniagaan utama Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. yang terletak di George Town, Pulau Pinang adalah menjual rempah ratus dan bijirin. Syarikat ini adalah salah satu syarikat terawal yang menjual dan menjalankan perniagaan rempah ratus. Maka syarikat ini menjadi perhatian kepada orang tempatan dan juga pengunjung luar. Hal ini menyebabkan perniagaan syarikat meningkat tahun demi tahun. Negeri Pulau Pinang cukup terkenal dengan beberapa menu makanan yang enak dan menjadi kegemaran ramai seperti laksa, pasembur, rojak dan yang paling ikonik semestinya nasi kandar. Pulau Pinang sering menjadi tumpuan pelanggan kerana makanan yang sangat sedap terutamanya nasi kandar Pulau Pinang. Tarikan pelanggan terhadap nasi kandar menyebabkan peniaga nasi kandar yang menggunakan rempah ratus sebagai bahan-bahan utama dalam masakan. Mereka menjadi pelanggan setia kepada Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. yang sangat terkenal dengan rempah ratus. Selain itu, pengunjung luar juga turut sama menjadi pelanggan syarikat ini untuk membeli rempah ratus yang diimport khas dari India terus ke Pulau Pinang. Oleh kerana Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. ini mempunyai pelanggan yang ramai pada setiap hari, pengkaji mencadangkan pengurusan jualan barangan timbang dan sukat secara perkhidmatan layan diri kepada syarikat ini. Hal ini disebabkan sistem perkhidmatan layan diri ini tidak diaplikasikan di mana-mana kedai runcit yang menjual rempah ratus di Pulau Pinang. Kajian yang mengaplikasikan timbang sukat secara perkhidmatan layan diri ini adalah untuk menjimatkan masa berurusan pelanggan dan memudahkan urusan timbang sukat yang menjadi salah satu isu Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Kajian ini menginovasikan satu produk yang mempunyai ukuran digital di peralatan sukat barang seperti rempah ratus dan bijirin. Produk inovasi ini akan mempercepatkan urusan timbang sukat dengan melakukan secara layan diri oleh pelanggan syarikat. Hal ini dapat menjimatkan masa dari segi mengurangkan beban pekerja dengan menggunakan Bekas Penyukat Digital ini. Berdasarkan Rajah 1, hasil pemerhatian menunjukkan bahawa syarikat ini tidak menyediakan perkhidmatan layan diri di bahagian timbang sukat, hal ini disebabkan syarikat tidak mempunyai peralatan timbang sukat secara sendiri. Temubual telah dijalankan bersama Pengarah Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. iaitu Encik Mohamed Meera Sahib bin Mohamed Noordeen bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu penjimatan masa ketika pelanggan beratur panjang di syarikat ketika urusan membeli. Antara masalah yang turut dikongsi berkaitan isu pengurusan inventori di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. ialah mereka tidak mempunyai pengurusan inventori yang sistematik dan ia melambatkan proses urusniaga pembelian pelanggan. Rajah 1: Rempah ratus dalam guni dan penimbang elektronik.

54 OBJEKTIF INOVASI Objektif kajian ini dibuat adalah untuk : 1) Mengenal pasti masalah dalam sistem pengurusan masa untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. melalui analisis SWOT. 2) Mencadangkan produk timbang sukat secara perkhidmatan layan diri kepada pelanggan untuk menimbang barang-barang seperti serbuk dan bijirin dengan menghasilkan produk inovasi Bekas Penyukat Digital. CIRI-CIRI INOVASI Faktor-faktor pengkaji memilih untuk menghasilkan Bekas Penyukat Digital ini adalah untuk menyelesaikan masalah dalam sistem pengurusan masa untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Bekas Penyukat Digital dipilih sebagai bahan utama kerana strukturnya yang keras dan tidak mudah pecah serta sangat sesuai untuk dijadikan bekas penyukat serbuk rempah ratus dan bijirin secara layan diri oleh pelanggan. Bekas Penyukat Digital diperbuat daripada lima butiran ciri-ciri seperti keluli standard, plat aluminium, sensor ukuran, bateri AA dan alat ukuran digital seperti dalam Jadual 1. Bekas Penyukat Digital ini akan diletakkan di kawasan yang terdapat barang-barang dalam guni seperti rempah ratus dan bijirin. Pemerhatian telah dibuat pada setiap hari Sabtu dan Ahad selama sebulan manakala kehadiran pelanggan dan masa menunggu oleh pelanggan syarikat telah direkodkan. Jadual 1 : Butiran ciri-ciri Bekas Penyukat Digital Bil Butiran 1. Keluli standard 2. Plat aluminium 3. Sensor ukuran 4. Bateri AA 5. Alat Ukuran digital Keluli standard yang digunakan merujuk kepada keluli tahan karat yang mempunyai bahan sebagai besi tahan hakisan. Keluli tahan karat mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap pengoksidaan (karat) dan hakisan dalam kebanyakan persekitaran biasa dan buatan manusia. Plat aluminium yang digunakan pula kebiasaannya digunakan dalam banyak industri untuk menghasilkan bermacam-macam keluaran kilang dan adalah sangat penting dalam ekonomi dunia. Komponen berstruktur yang diperbuat daripada aluminium dan aloi- aloinya adalah penting di mana mempunyai ciri-ciri keringanan, ketahanan dan kekuatan yang diperlukan. Sensor ukuran yang digunakan pula adalah untuk mengukur berat yang mempunyai gaya atau tekanan dan outputnya mempunyai nilai tegangan listrik. Bateri AA pula merupakan bateri paling kerap digunakan yang mempunyai ukuran panjang 50 mm, diameter 14 mm dan berat kira-kira 12 g. Manakala ciri-ciri alat ukuran digital merupakan alat ukur untuk mengetahui berat sebuah benda. Ia terdiri daripada pelbagai jenis bergantung kepada kegunaan dan fungsi produk. Kebiasaannya, alat ukuran digital berfungsi secara elektronik dengan menggunakan tenaga listrik arus lemah dimana indikator berupa angka digital boleh dilihat pada monitor. Ciri-ciri yang dinyatakan ini menjadikan Bekas Penyukat Digital kompetitif dalam penggunaannya sebagai alat sukat serbuk rempah ratus dan bijirin. Setelah penggunaan Bekas Penyukat Digital ini, kajian menunjukkan bahawa apabila bilangan pelanggan yang berkunjung seperti kebiasaannya tidak lagi perlu menunggu lama untuk membeli. Syarikat juga tidak sesak dengan barisan pelanggan yang beratur untuk dilayan oleh pekerja untuk menimbang rempah ratus dan bijirin. Ini berikutan pelanggan yang menggunakan Bekas Penyukat Digital secara layan diri untuk mengambil kuantiti yang diperlukan. Namun, ciri-ciri bateri AA Bekas Penyukat Digital ini hanya bertahan selama dua minggu. Kesannya, bateri produk Bekas Penyukat Digital ini harus sentiasa diganti pada setiap dua minggu. Inovasi yang mengaplikasikan timbang sukat secara perkhidmatan layan diri ini adalah untuk memudahkan urusan timbang sukat yang menjadi salah satu isu di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Dengan menginovasikan satu produk yang mempunyai sukatan siap sedia di peralatan sukat barang seperti rempah ratus, bijirin dan sebagainya dalam sukatan 500 gram, 1 kilogram dan 2 kilogram ini akan mempercepatkan urusan

55 timbang sukat dengan melakukan secara layan diri oleh pelanggan syarikat. Justeru, hal ini dapat menjimatkan masa, kos dari segi gaji pekerja yang berlebihan dan kos peralatan timbang seperti penimbang eletronik. LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN PRODUK A. Metodologi Metodologi dalam kajian penghasilan produk inovasi ini melibatkan dua fasa. Dalam fasa pertama, inovasi ini dilakukan dengan mengadakan bekas penyukat tanpa digital, pelanggan hanya boleh mengambil bahan-bahan seperti rempah ratus, bijirin yang mereka perlukan dengan menggunakan bekas berukuran yang disediakan. Keputusannya, dengan adanya produk ini pelanggan tidak perlu membazirkan masa untuk beratur dalam barisan yang panjang untuk dilayan oleh pekerja syarikat. Inovasi ditingkatkan dengan hasil daripada dapatan Inovasi Fasa 1, didapati pelanggan menggunakan penyukat secara layan diri. Justeru itu, penyukat berukuran ditambah baik dengan menambahkan digital untuk ukuran timbang dalam kg. Bekas Penyukat Digital yang diinovasikan oleh pengkaji ini telah menggunakan sumber tenaga bateri AA yang murah dan mudah didapati di mana sahaja untuk digantikan. Produk inovasi ini akan digunakan oleh syarikat yang dipilih iaitu Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Produk ini bertujuan untuk mengkaji kegunaan dan kekukuhan Bekas Penyukat Digital. Dalam kajian ini pengkaji akan meletakkan hanya sekali di syarikat yang dipilih dan mendapatkan keputusan tentang tahap pengurusan inventori yang sistematik yang mempercepatkan proses perniagaan syarikat. Hal ini turut mengkaji bekas penyukat digital yang mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu mempercepatkan urusan timbang sukat dengan melalukan secara sendiri (layan diri) oleh pelanggan syarikat. B. Proses pembangunan produk inovasi Berdasarkan Rajah 2, setiap proses pembangunan produk perlu ada langkah-langkah untuk menyiapkan produk tersebut. Langkah-langkah itu amat penting kerana dengan langkah-langkah tersebut dapat menyempurnakan produk tersebut supaya mempunyai fungsi yang tersendiri. Proses pertama: Pembelian barang / alatan Proses pertama merangkumi, persediaan peralatan untuk membentuk bekas penyukat digital yang pengkaji ingin hasilkan. Antara peralatannya ialah keluli standard, plat aluminium, sensor ukuran, bateri dan alat ukuran. Proses kedua: Selepas penyediaan peralatan, bekas penyukat telah dibentuk dalam keluli standard dan plat aluminium dengan melakukan kimpalan.

56 Proses ketiga: Seterusnya, menunjukkan proses kimpalan untuk mencantumkan pemegang dengan bekas penyukat. Proses keempat: Kemudian, alat digital ukuran dan sensor timbang mencantum dalam bekas penyukat digital yang telah kimpalkan. Rajah 2 : Proses Pembangunan Produk Inovasi GAMBAR RAJAH INOVASI Produk inovasi yang dihasilkan ini adalah daripada dasar kajian sendiri. Melalui analisis, bekas penyukat ini mempunyai ukuran digital untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Selain itu, produk pengkaji ini juga boleh menimbang secara perkhidmatan layan diri kepada pelanggan untuk menimbang barang-barang seperti serbuk dan bijirin. Produk ini juga mempunyai ukuran digital yang dapat membantu pelanggan untuk menimbang sukat sendiri. Bekas penyukat digital ini tercipta dari keluli standard yang tidak mudah rosak dan tahan lasak. Ini dapat dilihat pada Rajah 3.

57 Rajah 3 : Skala rekabentuk Bekas Penyukat Digital DAPATAN KAJIAN INOVASI Berdasarkan Jadual 3, temu bual yang dilakukan oleh pengkaji mendapati pengguna berpuas hati dengan penggunaan produk inovasi Bekas Penyukat Digital dalam mempercepatkan urusan timbang dan sukat secara layan diri. Keseluruhan responden bersetuju Bekas Penyukat Digital merupakan satu inovasi dalam pengurusan inventori, di mana dapat memudahkan cara untuk menyukat bahan. Penentuan harga yang dicadangkan juga turut bersesuaian. Justeru, keseluruhan responden menunjukkan minat untuk menggunakan Bekas Penyukat Digital di syarikat dan mencadangkan ianya digunakan kepada semua perniagaan. Jadual 3 : Soalan-soalan temu bual Bil Butiran Peratus 1 Adakah Bekas Penyukat Digital ini adalah merupakan satu inovasi dalam pengurusan Ya =100% inventori? 2 Adakah dengan Bekas Penyukat Digital ini dapat memudahkan lagi cara untuk Ya = 100% menyukat bahan? 3 Adakah anda bersetuju dengan harga yang dicadangkan adalah bersesuaian? Ya = 100% 4 Adakah anda berminat untuk menggunakan Bekas Penyukat Digital di syarikat Ya = 100% anda? 5 Adakah anda mencadangkan Bekas Penyukat Digital kepada semua perniagaan? Ya = 100% IMPAK INOVASI Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Syarikat Bekas Penyukat Digital telah memberikan impak yang positif terhadap Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. kerana syarikat ini tidak perlu menggunakan mesin sukatan elektronik yang banyak bagi setiap bahagian timbang sukat bahan rempah ratus dan bijirin. 2. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan bekas penyukat telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan penimbangan yang mengambil masa yang lama untuk beratur panjang untuk dilayan oleh pekerja syarikat kerana hanya pekerja yang boleh menimbang dengan mesin elektronik yang terdapat di syarikat. Oleh itu, selepas Bekas Penyukat Digital ini digunakan oleh pelanggan untuk menimbang sendiri sukatan yang diperlukan dan masa pelanggan dapat dijimatkan.

58 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi keselesaan pelanggan yang boleh menyukat secara layan diri tanpa perlu beratur dan menunggu lama. Selain itu, syarikat dapat menambah baik perkhidmatan semasa jualan seperti memberi layanan yang baik dengan segera dan perkhidmatan selepas jualan juga dapat ditingkatkan dengan menghantar barang yang telah dibeli ke kenderaan pelanggan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Matrik SWOT (Kekuatan kelemahan, peluang, ancaman) digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah penjelasan berkaitan analisis SWOT telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan/peluang 1. Masalah dalam sistem pengurusan masa untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin di Syarikat Mohamed Meera Sahib Sdn. Bhd. menjadi aduan dari pekerja dan juga kerisauan pemilik syarikat tersebut. 2. Pengkaji membawa jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dengan mengadakan bekas penyukat yang berdigital bagi membantu pengurusan masa dalam urusan timbang dan sukat. 3. Dengan adanya bekas penyukat digital ini syarikat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut iaitu dapat mengurangkan masa proses pembelian dan proses menimbang. Bekas penyukat yang berdigital ini mempunyai harga yang berpatutan dan mesra pengguna. B. Kelemahan/peluang Bekas penyukat yang berdigital dapat dipasarkan dengan baik kerana produk ini dapat memberi banyak manfaat kepada syarikat dan pelanggan berbanding dengan menggunakan mesin elektrik timbang sukat. C. Kelemahan/ancaman 1. Bekas penyukat digital ini terdapat satu kelemahan iaitu sumber tenaga yang digunakan adalah bateri AA yang tidak tahan untuk jangka masa yang panjang. 2. Bekas Penyukat Digital ini memberikan banyak kelebihan dan bermanfaat untuk proses atau aktiviti timbang sukat di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. kerana ia dapat menjimatkan masa proses pembelian dan proses menimbang pada syarikat dan pelanggan yang sedia ada mahupun yang baru. 3. Hasil dari temu bual serta penyelidikan, Bekas Penyukat Digital ini turut mempunyai permintaan dan pasaran yang tinggi kerana kegunaan teknologi pada masa kini amat memberangsangkan berbanding dengan mesin elektrik timbang sukat. Selain itu, syarikat juga dapat menyelesaikan banyak masalah seperti dalam bidang inventori dan stok. Oleh itu, Bekas Penyukat Digital yang telah diinovasikan oleh pengkaji akan memberikan impak yang positif kepada syarikat tersebut. KESIMPULAN Pengkaji mendapati bekas penyukat juga boleh disebarluaskan tahap komersialannya kepada sasaran lain dalam perkhidmatan layan diri pelanggan untuk menimbang rempah ratus dan sebagainya. Bekas Penyukat Digital ini memberikan banyak kelebihan dan bermanfaat untuk proses atau aktiviti timbang sukat di syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. kerana ia dapat menjimatkan masa proses pembelian dan proses menimbang pada syarikat dan para pelanggan. Hasil dari temu bual serta penyelidikan, Bekas Penyukat Digital ini turut mempunyai permintaan dan pasaran yang tinggi kerana kegunaan teknologi pada masa kini amat memberangsangkan berbanding dengan mesin elektrik timbang sukat. Justeru, syarikat juga dapat menyelesaikan banyak masalah seperti dalam bidang inventori dan stok. Bekas Penyukat Digital boleh dipasarkan di media sosial atas talian seperti Instagram, Whatsapp, Facebook, Lazada dan Shopee bagi memudahkan pengguna mendapatkannya atau membuat tempahan. Oleh itu, Bekas Penyukat Digital yang telah dinovasikan dapat memberikan impak yang positif kepada syarikat tersebut. Pengkaji juga mencadangkan kajian akan datang dapat menyediakan bekas penyukat yang bukan sahaja dapat menimbang rempah ratus dan bijirin, malahan dapat menimbang sukat produk cecair dalam bidang perniagaan peruncitan.

59 RUJUKAN AHMAD, A. N. W. B. (2018). Kemahiran Dan Teknologi Dalam Menghasilkan Sumber Manusia Yang Mampu Meningkatkan Mutu Kerja Dan Produktiviti (Skills and Technology in Producing Capable and Productive Work Force). Trends in Undergraduate Research, 1(1), h45-49. Andriany, D. (2017). analisis kepuasan pelanggan perbankan syariah dan konvensional di kota medan. KUMPULAN JURNAL DOSEN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SUMATERA UTARA. Jalil, N. H. A., Malek, J. A., & Choy, E. A. (2017). Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai Pusat Hentian Setempat: Kajian Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan UTC Kuala Lumpur (Urban Transformation Centre (UTC) as One-Stop Services Centre: A study of customer satisfaction with the Kuala Lumpur UTC). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(1). Mukhari, A. W. B., & Ping, L. T. (2011) Amalan Pengurusan Perniagaan Di Kalangan Pengusaha Servis Dan Membaiki Kereta Di Kawasan Ulu Tiram, Johor. Rajuddin, M. R. B., & Alias, F. (2010). Tahap pengurusan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha batik di daerah Kota Bharu. Pengurusan Perniagaan Dalam Industri Kecil. Tumari, M. N. H. M., & Salleh, M. A. H. (2017). Kajian kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA). UDI, Z. B. M. (2018). Faktor Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Kuala Lumpur, Malaysia.

60 PROTOTAIP PELAN LETAK KENDERAAN PELAJAR DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI MENGGUNAKAN KAEDAH LEAN LAYOUT 1Goh Wei Siang 2Khairul Bariyah binti Othman 3Barathan A/L Sithan 4Harvind A/L Saravanan 5Jared Sandis A/L James 6Fifi Nur Syafieka binti Suhaimi 7Ku Aifaa Tasnim binti Ku Saidin *emel: [email protected] 1-7Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengurusan prasarana tempat letak kenderaan di Politeknik Seberang Perai. Sebagai sebuah Insitusi Pengajian Tinggi, PSP amat menitik berat keperluan prasarana dan pembangunan infrastruktur kepada pelajar-pelajarnya. Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak PSP, namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi terutama tempat meletak kenderaan pelajar akibat pertambahan pelajar yang menginap di luar dan membawa kenderaan ke kampus. Kekurangan tempat letak kenderaan ini telah mengakibatkan kesesakan dan parking bertindih di kawasan letak kenderaan yang telah disediakan. Hal ini telah mengakibatkan beberapa kemalangan kecil dan isu kelewatan pelajar hadir ke kelas kerana tiada tempat meletak kenderaan. Berdasarkan permasalah tersebut, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah pengurusan letak kenderaan pelajar dan seterusnya mencadangkan prototaip pelan letak kenderaan menggunakan kaedah LEAN Layout. Bagi mencapai objektif kajian, beberapa proses kerja telah dijalankan melalui langkah pertama iaitu menjalankan temu bual bersama pelajar dan pihak pengurusan. Seterusnya, proses kajian dilakukan adalah dengan membuat binaan prototaip menggunakan kaedah manual dan diperbaharui dengan melakar pelan menggunakan perisian Autocad. Prototaip yang dihasilkan ini mempunyai keunikan dan inovasi dalam pembangunannya kerana ia dihasilkan seiring dengan keperluan pelajar dan kemampuan pihak pengurusan untuk membina tempat letak kenderaan ini. Kesimpulannya, prototaip pelan letak kenderaan ini dihasilkan dengan susunan yang lebih sistematik, strategik bagi memudahkan pelajar dan lebih selamat. Kata Kunci: IPT, LEAN layout, tempat letak kereta, prototaip. PENGENALAN Prasarana pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami banyak perubahan dari segi fizikal seiring dengan pertambahan bilangan pelajar yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi. Pembangunan ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek fizikal infrastruktur, malah turut merangkumi prasarana teknologi seiring dengan keperluan revolusi 4.0. Keperluan infrastruktur fizikal di pusat pengajian tinggi sering dititik beratkan bagi menjamin keselesaan dan keperluan pelajar-pelajar. Antara keperluan prasarana fizikal adalah seperti bangunan akademik, kompleks sukan, tempat riadah, kolej kediaman dan juga tempat letak kenderaan pelajar. Menurut Olson dan Kellum (2003), sekolah-sekolah yang mempunyai kualiti infrastruktur yang baik akan meningkatkan pencapaian pelajar Dalam pengurusan prasarana, terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan pihak pengurusan dalam mencapai perancangan strategik bagi keperluan pengguna. Antara kaedah yang sering digunakan ialah kaedah pengurusan LEAN. Menurut Melovic, Bobab & Mitovic (2016), Pengurusan LEAN adalah konsep pengurusan pengeluaran, pengembangan produk dan perkhidmatan yang bertujuan untuk mewujudkan perubahan yang sistematik khusus disasarkan kepada pembeli atau barang atau perkhidmatan. Ia juga merupakan satu proses dinamik yang menggunakan pengetahuan dan tertumpu kepada pelangan dalam usaha mengurangkan kerugian dan nilai baik syarikat.

61 Politeknik Seberang Perai juga merupakan sebuah institusi yang terlibat secara langsung dalam menawarkan kemudahan infrastruktur kepada pelajar. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak PSP dalam memastikan kemudahan infrastruktur dan prasarana kepada pelajar dalam tahap yang memuaskan. Namun dalam hal ini masih terdapat beberapa isu kemudahan infrastruktur yang memerlukan penambahbaikan. Hasil tijauan awal, kemudahan letak kenderaan bagi pelajar-pelajar luar merupakan satu isu yang sering ditimbulkan dalam aduan pelajar. Kawasan yang terhad dan tidak berturap sering menimbulkan masalah meletak kenderaan bagi pelajar-pelajar. Justeru kajian ini memberi fokus kepada penyelesaian isu letak kereta dalam kalangan pelajar. PENYATAAN MASALAH Isu mengenai kemudahan infrastruktur di kawasan kampus merupakan masalah utama yang dihadapi segolongan pelajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Menurut potral rasmi PSP, politeknik ini mempunyai bilangan pelajar hampir mencecah 5000 orang. Politeknik Seberang Perai telah ditubuhkan pada 1 September 1998. Kampus ini dibina dalam kawasan seluas 100 ekar. PSP terletak di kawasan perindustrian yang pesat membangun dan mengambil masa selama 30 minit dari Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang. Politeknik ini merupakan politeknik yang ke-10 ditubuhkan di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan melahirkan pekerja separa professional demi merealisasikan matlamat Wawasan 2020. PSP telah disempurnakan perasmiannya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 November 1999. PSP menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat Sijil dan Diploma. Pelajar-pelajar di PSP ini terdapat dua kategori iaitu kategori pelajar yang tinggal di asrama dan pelajar yang menginap diluar kampus dan berulang alik ke politeknik. Bagi pelajar yang berulang alik, mereka menggunakan kenderaan seperti motosikal dan kereta untuk datang ke politeknik. Pertambahan pelajar yang berkenderaan ini menyebabkan bilangan kenderaan pelajar semakin banyak di kawasan letak kenderaan pelajar. Bagaimanapun, kawasan meletak kenderaan ini tidak dapat menampung bilangan kenderaan yang banyak dengan keadaan kawasan yang terhad. Rajah 1 menunjukkan masalah susunan kenderaan yang tidak teratur di tempat letak kenderaan pelajar di Politeknik Seberang Perai. Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa faktor. Pertamanya, tingkah laku pelajar yang tidak menititikberatkan hal tempat letak kenderaan. Situasi ini akan menghalang laluan untuk pergerakkan kenderaan menjadi lebih sukar. Oleh itu, susunan kenderaan yang begitu telah memberi kesusahan kepada pelajar lain. Faktor kedua adalah masalah keadaan jalan yang tidak rata dan berturap di tempat letak kenderaan pelajar (rujuk rajah 2). Hal ini kadangkala menyebabkan kerosakan kecil pada kenderaan pelajar seperti tayar pancit dan sebagainya. Faktor ketiga adalah merupakan isu juga dahan pokok yang merentang kawasan letak kenderaan (rujuk Rajah 3). Adakalanya dahan-dahan ini kering dan reput serta jatuh ke atas kenderaan-kenderaan pelajar Hal ini menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan pelajar. Faktor terakhir, adalah kenderaan yang menghalang laluan kenderaan lain di tempat letak kenderaan. Kenderaan yang menghalang laluan ia akan lagi melambatkan pemandu lain untuk bergerak dan boleh menimbulkan masalah di kenderaan lain. Seterusnya, ini juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Rajah 1: Tempat letak kenderaan yang tidak teratur

62 Rajah 2 : Keadaan jalan yang tidak rata dan tidak berturap Rajah 3: Keadaan dahan pokok di kawasan letak kenderaan OBJEKTIF KAJIAN A. Objektif Am Projek ini dijalankan untuk mengenal pasti isu tentang penambahbaikan tempat letak kenderaan pelajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. B. Objektif Khusus 1) Mengenalpasti masalah sistem pengurusan tempat letak kenderaan pelajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang melalui analisis SWOT. 2) Mencadangkan prototaip pelan tempat kenderaan yang lebih sistematik dan strategik untuk memudahkan pelajar meletakkan kenderaan mereka. MAKLUMAT PRODUK Prototaip pelan letak kenderaan menggunakan kaedah LEAN Layout adalah produk inovasi yang dihasilkan dalam kajian ini. Produk ini adalah sejenis model yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang atau standard untuk rujukan pihak pengurusan dalam melihat gambaran jelas penyelesaian kepada isu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menghasilakan prototaip pelan tindakan adalah kerana ia merupakan produk yang boleh dilihat, dipegang dan berinteraksi dengan lebih mudah berbanding dengan dokumen atau gambar rajah. Selain itu, pengkaji juga dapat berkomunikasi dengan lebih efektif dan ia juga dapat membantu pengkaji menangani isu serta menolong pengkaji dalam memilih di antara alternatif rekabentuk. A. Analisis Dapatan Kajian Peringkat Pertama Pembangunan fasa pertama produk adalah dengan menghasilkan produk dalam bentuk prototaip fizikal. Prototaip ini dihasilkan menjurus kepada masalah yang dihadapi oleh pihak Politeknik Seberang Perai dalam susun atur kenderaan yang tidak teratur dan keadaan jalan yang tidak rata sering diambil perhatian oleh pihak pengurusan. Justeru, prototaip ini adalah salah satu cadangan yang dibuat oleh pengkaji untuk menyusun semula struktur dan susun atur tempat letak kereta. Dalam kajian ini, pengkaji ingin membuat lakaran susun atur prototaip

63 pelan yang boleh memastikan tempat letak kenderaan lebih teratur dan sistematik. Susun atur prototaip tersebut boleh menampakkan ia lebih jelas dan nyata dalam pelan ini. B. Analisis Dapatan Kajian Kedua Selepas prototaip fasa pertama dihasilkan, terdapat beberapa maklum balas daripada pihak pengurusan iaitu mencadangkan ia dibuat juga tambahan secara lakaran 4D. Lakaran 4D dicadangkan agar ia mudah untuk ditunjukkan semasa mesyuarat pengurusan dan dapat dilihat secara jelas dan bersama oleh pihak-pihak yang berkaitan. Justeru, pengkaji telah memilih dan menggunakan perisian AutoCAD untuk menghasilkan pelan susun atur tempat letak kenderaan dalam bentuk 4D. Perisian AutoCAD ini merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam pembentukan model serta lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai Computer-aided drafting and design program (Mohd Sazli, 2017). Menurut Nik Jamal (2017), perisian ini juga boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal, Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik, dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD. Perisian tersebut dapat membantu pengkaji menghasilkan lukisan yang berkualiti juah lebih baik dibanding dengan hasil tangan kerana kelihatan hasilan adalah lebih kemas dan tepat. Selain itu, AutoCAD juga dapat menghasilkan lukisan dengan ukuran yang berskala besar dan kompleks. Akhirnya pengkaji mendapat penjimatan kos dan masa dalam penghasilan produk ini selepas menggunakan perisian AutoCAD dalam kajian. PROSES PEMBANGUNAN PRODUK Proses pembangunan produk hendaklah dibuat dengan baik supaya dapat menggambarkan produk sebenar dengan lebih jelas dan nyata. Proses pembanggunan produk ini hendaklah mendatangkan faedah kepada pelajar dan dapat memberi input pembangunan produk inovasi secara tingkat proses. Proses ini juga melibatkan kepada proses pembangunan produk dan penambahbaikkan. A. Proses 1: Lakaran pelan tempat letak kenderaan pelajar Proses ini melibatkan idea yang baik untuk menyiapkan lakaran. Rajah 4 menunjukkan lakaran yang telah dibuat oleh pengkaji hasil daripada tinjauan di tempat kajian. Hasil lakaran ini dibuat dengan beberapa penambahbaikan di tempat letak kenderaan pelajar. Lakaran ini juga dibuat dengan memastikan kenderaan akan lebih tersusun secara sistematik. Rajah 4 : Pelan tempat letak kenderaan pelajar B. Proses 2: Menyediakan bahan dan alatan Produk ini memerlukan beberapa bahan dan alatan. Proses ini melibatkan penyediaan bahan dan alatan. Bahan dan alatan yang diperlukan adalah seperti gam, gunting, polistrena, pokok tiruan, rumput tiruan, lampu tiruan, papan tanda tiruan, penyembur berwarna dan kertas warna. Rajah 5 menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan.

64 Rajah 5 : Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat prototaip C. Proses 3: Penyediaan bahan yang diperlukan untuk dijadikan prototaip. Rajah 6 telah menunjukkan proses pemotongan bahan-bahan. Selain itu, proses ini juga melibatkan membuat lakaran di atas polistrena sebenar. Rajah 6 : Penyediaan bahan dan lakaran prototaip D. Proses 4: Penyusunan bahan untuk dijadikan prototaip. Proses ini melibatkan cara-cara penyusunan bahan-bahan untuk dijadikan sebuah prototaip yang lengkap seperti rajah 7. Hal ini, telah menunjukkan lebih jelas lagi keadaan penambahbaikan tempat letak kenderaan pelajar. Rajah 7: Penyusunan bahan untuk dijadikan prototaip

65 PEMBAHARUAN DAN KEUNIKAN PRODUK Produk yang diinovasikan oleh pengkaji bertujuan memberi gambaran jelas pelan tempat letak kenderaan pelajar yang diionasikan menggunakan kaedah LEAN Layout. Produk ini diinovasikan dengan menggunakan kaedah 4 demensi atau secara ringkasnya 4D. Produk memberi gambaran luas pandangan kepada pelajar dan kakitangan politeknik bahawa pelan 4D. Kaedah 4D ini dapat menyumbang kepada pengalaman dan kemahiran membangunkan produk secara berkala. Selain itu juga, ia dapat membolehkan pengguna memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu melalui animasi 4D dengan lebih baik. Oleh demikian, pengkaji berasa kaedah tersebut adalah kaedah yang sangat efektif dan cekap untuk menghasilkan pelan tempat letak kenderaan baharu dalam masa yang singkat. Pengkaji juga percaya ciptaan ini dapat membantu para pengguna menyelesaikan isu-isu yang hadapi sekarang. Dalam kajian ini, pengkaji telah merekabentuk dua kaedah prototaip pelan tempat letak kenderaan dalam bentuk 4D iaitu Vertical Design dan Saw Tooth Design. Bentuk tempat letak kenderaan direka secara Vertical Design banyak dipakai oleh gudang-gudang besar untuk tempat letak kenderaan lori penghantaran barang seperti ditunjukkan dalam Rajah 8. Tetapi, kaedah ini adalah tidak sesuai digunakan dalam rekaan projek ini kerana ia tidak dapat memenuhi ruang tempat letak kenderaan dengan efisien. Manakala kaedah Vertical Design telah mengambil banyak tempat dan mengurangkan potensi untuk memenuhi ruang dengan efisien. Selain itu, simpang yang sama untuk keluar dan masuk agak sempit dan tidak sistematik dan pelajar pasti akan menyalahgunakan dengan memasuki jalan yang lebih mudah untuk pelajar. Rajah 8: Kaedah pelan letak kenderaan secara Vertival Design Manakala kaedah kedua iaitu Saw Tooth Design dapat menyelesaikan beberapa kekurangan yang digunakan dalam kaedah Vertical Design seperti ditunjukkan dalam Rajah 9. Kaedah ini menjadikannya lebih mudah untuk memandu ke tempat letak kereta berbanding dengan tempat letak kereta yang tegak, di mana ruang letak kereta berada pada sudut 90 darjah. Dengan letak kereta mengikut kaedah ini ada giliran yang lebih tersusun dan sistematik. Kaedah ini bukan sahaja lebih mudah untuk meletak kereta, tetapi ia juga lebih cepat dan tempat letak kereta lebih kecil, menjadikannya lebih mudah untuk menambah lebih banyak ruang letak kereta di kawasan saiz yang sama. Seterusnya, jalan keluar dan masuk di simpang yang sama mangelirukan pelajar dalam kompoun parkir juga dapat ditambah baik dengan dua hala untuk keluar dan sehala untuk masuk. Keadaan ini dapat menjimatkan masa pelajar waktu keluar masuk di kompoun parkir dan ia juga dapat melembutkan pergerakan kereta dalam kawasan terebut.

66 Rajah 9: Kaedah pelan letak kenderaan secara Saw Tooth Design IMPAK PRODUK Susun atur Prototaip diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari segi susun atur yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan. 1. Impak Membuat Susun Atur Prototaip Terhadap Kos Perbelanjaan yang disediakan oleh pengkaji adalah untuk mengawalkan kos yang dibelanjakan dalam persediaan prototaip adalah rndah. Hal ini kerana pengkaji telah menggunakan bahan seperti polistirena, gam, gunting, pokok tiruan, papam tanda tiruan, lampu tiruan, rumput tiruan, kertas warna dan warna air. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan harga barang adalah berpatutan. 2. Impak Proses Membuat Lakaran prototaip Terhadap Kos Proses untuk membuat lakaran dan penghasilan prototaip adalah dapat menjimatkan masa kerana bahan- bahan yang digunakan oleh pengkaji sangat mudah, tidak menggunakan tenaga kerja yang banyak dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Hal ini kerana, proses penghasilan ini melibatkan lakaran pelan tempat letak kenderaan pelajar iaitu melukis. Seterusnya, menyediakan bahan dan alatan yang diperlukan dan akhir sekali, penyusunan dan tampalan yang telah dirancang untuk dijadikan prototaip 3. Impak Susun Atur prototaip terhadap Politeknik Seberang Perai Susun atur prototaip ini mampu memberi kesan yang positif kepada pengguna iaitu pelajar dan staf di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh Pulau Pinang kerana ia dapat memudahkan pengguna untuk meletakkan kenderaan mereka dengan mudah dan memastikan tempat letak kenderaan lebih sistematik. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Analisis SWOT digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah jadual matrik yang telah dilakukan oleh pengkaji. Jadual 1 : Analisis SWOT KEKUATAN PELUANG  Laluan yang lebih sistematik  Kerosakkan terhadap kenderaan pelajar akan  Tempat letak kereta yang sesuai dan selesa kemungkinan berkurang. untuk semua pelajar.  Penurunan yang signifikan dalam aduan  Mudah untuk bergerak, keluar dan masuk pelajar mengenai masalah letak kereta. ruang letak kereta.  Pelajar akan lebih yakin dan selesa membawa  Mengurangkan kerosakan yang berlaku kenderaan mereka ke politeknik. pada kenderaan pelajar.  Tempat letak kereta mesra alam dan suasana  Sistem yang lebih berkesan dan lebih baik. yang lebih indah.

67 KELEMAHAN ANCAMAN  Faktor cuaca seperti hujan dan cahaya  Lebih banyak kereta di kampus. matahari yang panas akan menyebabkan  Kurang tempat letak kereta di kampus. produk tersebut tidak dapat bertahan dengan  Sikap pemandu atau pelajar. lebih lama.  Keadaan tempat letak kereta.  Tiada penguatkuasaan ketat mengenai tempat  Faktor reka bentuk ringan mudah beralih kedudukan. letak kereta..  Warna merah yang menarik pemerhatian kanak- kanak juga perlu dijauhi. KESIMPULAN Masalah yang berlaku di tempat letak kenderaan Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang seperti keadaan jalan yang tidak rata, susunan kenderaan yang tidak teratur, dahan pokok yang jatuh atas kenderaan dan susunan kenderaan yang menghalang kenderaan lain telah menimbulkan masalah dikalangan para pelajar. Dengan ini, pengkaji telah membuat penambahbaikan di tempat letak kenderaan untuk memastikan pengurusan tempat letak kenderaan pelajar lebih sistematik dan lebih strategik dengan menghasilkan prototaip pelan letak kenderaan menggunakan kaedah LEAN Layout. Dapatan kajian menunjukkan pembentukan susun atur penambahbaikan tempat letak kenderaan direka dalam bentuk 4D iaitu Autocad dimana satu perisian yang direka untuk rekaan susun atur dan sangat popular pada masa kini. Kajian ini telah menggunakan Autocad untuk mennghasilkan susun atur tempat letak kenderaan yang boleh dilihat dengan lebih jelas dan nyata. Kesimpulannya, pengunaan kaedah Autocad dapat menghasilkan satu rekaan susun atur kenderaan yang efisyen dan strategik. Ini juga akan memberikan kesan yang baik bagi pelajar untuk meletakkan kenderaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya, terdapat beberapa fasa dalam menghasilkan susun atur kenderaan yang lebih sistematik. Dalam fasa pertama, kajian ini membuat tempat letak kenderaan berbentuk Vertcal Design untuk mengambil banyak tempat. Kedua, simpang keluar dan masuk sangat sempit dan tidak sistematik serta sesetengah pelajar pasti akan mengambil jalan mudah. Dalam fasa kedua, didapati cara tempat letak kenderaan berbentuk Verical Design tidak dapat memenuhi ruang tempat letak kenderaan denagan lebih efisien. Oleh itu, fasa kedua menggunakan Saw Tooth Design untuk menjadikan pelajar lebih mudah untuk meletakkan kenderaan berbanding tempat letak kenderaan berbentuk tegak. Dengan menggunakan cara terbaru ini, bukan sahaja lebih mudah untuk meletakkan kenderaan malahan juga ia lebih sistematik. Secara kesimpulannya, objektif yang ditetapkan dalam kajian ini telah tercapai. Permasalah kajian telah dapat diatasi dengan penghasilan prototaip ini menggunakan kaedah LEAN Layout yang dapa memberi maklum balas kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan. RUJUKAN Antiquescentral, (2015). Didapatkan dari paving the way: 4 benefits of angled parking spaces dari http://antiquescentral.info/2015/12/02/paving-the-way-4-benefits-of-angled-parking-spaces/ Brown, A. L. & Campione, J. C., (1996). Psychological theory and the design of innovative learning environments: on prodecures, principles, and systems in innovations in learning. Schauble and R. Glaser eds. New Environments For Educations. Mahwah, NJ: Erlbaum 289-325. Nik Jamal Jaafar., (2017). Jurnal analisis tempat letak kenderaan. Potensi tempat letak kereta menggunakan sistem, Vol: 1-2. Mohd. Sazli Hamdan, (2017). Apa itu AutoCAD? Didapatkan dari http://mohdsazlicikguautocad.blogspot.com/2017/11/apa-itu-autocad.html Olson, S.L. & Kellum, S., (2003). The impact of sustainable buildingd on educational achievements in K-12 schools. Didapatkan dari http://www.cleanerandgreener.org/download/sustainableschools.pdf

68 Parking, L., (2018). Parking network. Didapatkan dari laz parking website: https://www.parking-net.com/about- parking/car-parking-technique Rossli, N. B., (2015). Parking study at klinik kesihatan bandar kuantan, Vol 2-5.

69 SISTEM INVENMED DALAM PENGURUSAN INVENTORI DI KLINIK KAMSIS POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1Sharipah Khadijah binti S. Hashim* 2Hasnieza binti Mokhtar 3Nur Qistina binti Norhanif 4Siti Hajar binti Mohd Fadzil 5Nor Nazurah Auni binti Amin 6Nur Syafiqah binti Abdul Aziz 7Salwa Suhana binti Mohamad Zubir 8Nur Adzrina binti Mohamad Adzhar *e-mail: [email protected] 1-8Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Sistem InvenMed merupakan satu sistem yang dihasilkan bagi membantu Klinik Kamsis Politeknik Seberang Perai dalam memantapkan lagi kaedah perekodan data. Sistem InvenMed ini dihasilkan dengan menggunakan perisian HTML, APK, PHP dan cloud hosting yang merupakan sebuah platform yang dibangunkan oleh pemaju aplikasi yang berpengalaman. Pada masa kini, kaedah menggunakan teknologi jauh lebih mudah dan berhasil berbanding menggunakan kaedah manual seperti merekod di dalam buku atau kad-kad yang telah dikhaskan. Tujuan penghasilan Sistem InvenMed (1) memudahkan pembantu perubatan dalam merekod, mengemaskini dan menyemak data pembelian dan keluar masuk ubat-ubatan dan 2) mudah dalam proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan inventori dan pesakit. Antara ciri-ciri yang disediakan di dalam Sistem InvenMed (1) pengguna dapat mengetahui jenis ubat-ubatan yang sering keluar, dan (2) boleh mengetahui rawatan yang sering diperolehi oleh pelajar politeknik. Langkah membangunkan Sistem InvenMed ini adalah untuk (1) memilih perisian pembangun sistem (2) pendaftaran masuk pengguna (3) memasukkan data berkenaan ubat, pembekal dan pesakit dan, (4) mengemaskini maklumat dari masa ke semasa. Hasil dapatan yang diperolehi, (1) dapat meringankan beban pegawai perubatan untuk merekod data dan maklumat, dan (2) dapat memberi dan menyediakan maklumat yang tepat pada masa yang diperlukan. Bagi mempertingkatkan lagi Sistem InvenMed yang dihasilkan ini, adalah dicadangkan penambahan seperti (1) rekod jenis penyakit dan, (2) bilangan kekerapan menerima rawatan. Akhir sekali, Sistem InvenMed ini amat sesuai digunakan oleh pihak klinik secara khususnya dan mana-mana pihak pengurusan secara umumnya bagi tujuan merekod, mengemaskini dan menyemak data. Kata kunci: Sistem Invenmed, Perisian, Ubat-ubatan, Pengurusan Inventori, Klinik Kamsis. PENGENALAN Kemajuan teknologi elektronik semakin berkembang hampir di setiap aspek bidang kehidupan manusia, baik di bidang telekomunikasi, informasi, pengurusan dan perusahaan. Namun, tidak ketinggalan juga teknologi dahulu yang menggunakan sistem manual. Sistem manual yang dimaksudkan ialah dengan mengisi maklumat atau data menggunakan buku dan fail. Pekerjaan secara manual banyak memakan masa dan tenaga, tambahan pula faktor untuk kehilangan semua data yang disimpan adalah sangat tinggi. Ini disokong oleh Tey S. L. (2001) yang mengatakan inventori perisian yang bertambah dari masa ke semasa akan menyebabkan ia membebankan kerja pengurusan rekod yang manual. Maka suatu sistem automasi yang berupaya menguruskan rekod perisian dengan sistematik amat diperlukan. Menurut Endianingsih (2014), kemajuan teknologi informasi terjadi sedemikian pesatnya sehingga data, informasi, dan pengetahuan dapat diciptakan dengan teramat sangat cepat dan disebarkan di seluruh lapisan masyarakat. Kemajuan teknologi informasi bukan hanya di dalam bidang perdagangan saja malah meliputi bidang pendidikan, keamanan sosial dan pemerintahan. Teknologi informasi digunakan kerana memiliki kelebihan berbanding kaedah manual. Pembangunan dunia perniagaan yang semakin pesat dan sukar diramal memberi tekanan kepada firma dalam pasaran perniagaan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan efektif. Sistem

70 inventori merupakan salah satu bidang utama dalam pengurusan logistik dan rantaian bekalan. Dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan bekalan stok, pembantu perubatan seringkali menghadapi kesukaran untuk menyusun data dengan teratur serta perlu mengambil berat dalam pelbagai aspek. Kaedah penyimpanan data maklumat bekalan stok yang sedia ada adalah tidak formal dan juga dibuat secara manual. Antara masalah yang timbul ialah cara pengurusan yang tidak efisien dan berkesan, kesukaran penyimpanan dan pencarian maklumat atau dokomen tidak diurus dengan baik dan sistem fail yang tidak tersusun, kesukaran mengemaskini maklumat, keselamatan penyimpan rekod, kesukaran mendapatkan analisis prestasi jualan dan kesukaran membuat penyemakan. Menurut Hazimah, Z. (2002), walaupun pengurusan inventori secara tradisional dapat menjimatkan kos, tetapi pada hakikatnya bekalan ubat kerap terputus dan menjejaskan reputasi pihak pengurusan farmasi. Oleh yang demikian, projek inovasi ini dihasilkan bagi membantu urusan perekodan supaya menjadi lebih sistematik yang dikenali sebagai Sistem InvenMed (InvenMed System) untuk memudahkan pihak pengurusan Klinik Kamsis Politeknik Seberang Perai dalam merekod dan mengenalpasti maklumat pembekal dan jenis ubat- ubatan yang keluar dan masuk dari bekalan stok sedia ada. PERNYATAAN MASALAH Melalui pemerhatian dan sesi temubual, didapati Klinik Kamsis Politeknik Seberang Perai (PSP) mengalami masalah dalam menguruskan data keluar masuk ubat-ubatan secara sistematik. Klinik Kamsis PSP kerap menghadapi masalah lebihan stok ubat - ubatan dan memberi kesan yang tinggi terhadap kos perbelanjaan. Pengurusan stok yang dilakukan secara manual tidak dapat membantu dalam menyusun data dengan lebih efisien. Sistem manual mempunyai banyak risiko untuk berlaku kesilapan dalam pengiraan stok kerana menggunakan tenaga manusia. Hasil temubual bersama En. Khairul Anwar bin Aliasok, Pembantu Perubatan Klinik Kamsis PSP, terdapat banyak kekurangan dalam pengurusan pengiraan inventori kerana menggunakan sistem pengiraan secara manual. Ubat-ubatan yang keluar dan masuk tidak dapat direkodkan dengan tepat disebabkan oleh tiada satu sistem yang komprehensif dalam merekod data ubat-ubatan. Selain itu, menurut En. Khairul Anwar, beliau juga berhadapan dengan masalah kesuntukan masa untuk merekod ubat-ubatan kerana bebanan tugas yang dikendalikan secara berseorangan. Justeru hal ini, mengakibatkan kesukaran kepada beliau untuk menyemak kekurangan stok dan membuat penambahan ubat-ubatan yang merupakan satu proses aliran kerja dalam pengurusan di Klinik Kamsis. Kajian yang dilaksanakan oleh Mat (2003), mendapati proses merekod dan mengurus maklumat stok dan inventori di makmal Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional masih menggunakan kaedah manual. Semua rekod berkenaan stok dan inventori disimpan dalam bentuk borang yang disediakan oleh pihak jabatan. Kaedah ini didapati kurang cekap, proses mendapatkan semula data mengambil masa dan memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan rekod dan borang. Ia juga menyukarkan untuk mendapatkan dan mengemaskini rekod. Keadaan akan menjadi rumit apabila jabatan memesan peralatan dengan banyak. Ini akan mendatangkan banyak masalah kepada pengurusan makmal di jabatan. Begitu juga dengan kajian oleh Abdullah (2014), pendataan barang-barang sering terjadi kekeliruan dan kesalahan-kesalahan sehingga memperlambatkan urusan kerja dalam penjualan barang-barang, hal ini disebabkan kerana tidak adanya sistem yang mengatur dalam pendataan barang. Untuk itu, sebuah sistem inventori barang atau tempat penyimpanan barang yang bertujuan untuk berikan data yang tepat, dipercayai dan dapat memberikan laporan-laporan pada setiap transaksi seperti laporan stok barangan, laporan masuk dan laporan barang keluar adalah sangat disarankan. Kawalan inventori adalah penting bagi sesebuah organisasi. Setiap organisasi mesti mengurus inventori masing-masing dengan cekap kerana stok merupakan bentuk pelaburan yang utama. Jika stok tidak dikawal dengan baik, kos pegangan akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan organisasi akan berhadapan dengan masalah (Sabarudin, 2005). Oleh yang demikian, penyelesaian kepada permasalahan ini adalah pengkaji mewujudkan satu projek inovasi perekodan yang sistematik yang diberi nama Sistem InvenMed (InvenMed System) untuk memudahkan pengurusan dalam perekodan setiap pembelian ubat-ubatan yang dipesan oleh pembantu perubatan.

71 OBJEKTIF INOVASI Projek inovasi Sistem Invenmed ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan pengurusan Klinik Kamsis PSP yang merupakan tempat tumpuan pelajar untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Oleh itu, pembangunan Sistem InvenMed ini adalah untuk memudahkan pembantu perubatan mengenalpasti jumlah ubat- ubatan yang keluar dan masuk melalui sistem berkomputer. Objektif projek inovasi ini adalah untuk: 1) Mengenalpasti masalah dalam perekodan data di Klinik Kamsis PSP. 2) Mencadangkan Sistem InvenMed untuk menyelesaikan masalah perekodan data di Klinik Kamsis PSP CIRI-CIRI INOVASI Sistem ini diperkenalkan dan diperbuat daripada sumber HTML, APK dan PHP. Ianya digunakan melalui dua kaedah iaitu “Android Apps” atau “Web Browser”. Pada dasarnya, sistem ini mempunyai pangkalan data di “Cloud Hosting”. “Cloud Hosting” adalah sumber perolehan pengkomputeran dari penyedia atau kemudahan pengkomputeran awan untuk menjadi tuan rumah data, perkhidmatan dan/atau penyelesaian. Melalui sumber tersebut, maka terhasil satu sistem yang pengkaji perkenalkan dalam kajian ini sebagai Sistem InvenMed. Kaedah pelaksanaan meliputi 4 proses iaitu : 1. Proses 1 melibatkan pemilihan pembangun sistem. Carian pembangun sistem adalah melalui enjin carian Google. HTML adalah satu pembangun sistem yang sering digunakan selain daripada sistem lain yang sedia ada. 2. Proses 2 melibatkan proses log masuk atau pendaftaran sebagai pengguna. Pendaftaran pengguna diperlukan bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman utama pembangun Sistem InvenMed. 3. Proses 3 adalah proses permulaan yang paling utama bagi pembangunan sistem. Proses ini dimulakan dengan klik pada ikon Data Entry bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman utama Dashboard. 4. Proses 4 adalah proses yang terakhir bagi pembangunan Sistem InvenMed. Proses ini melibatkan paparan Dashboard apabila maklumat yang diperlukan bagi pembangunan “InvenMed System”. PROSES PEMBANGUNAN APLIKASI A. Proses 1 : Melibatkan pemilihan pembangun sistem. Merujuk kepada Rajah 1, Proses 1 melibatkan pemilihan pembangun sistem. Carian pembangun sistem adalah melalui enjin carian Google. HTML adalah satu pembangun sistem yang sering digunakan selain daripada sistem lain yang sedia ada. Namun, pemilihan gabungan HTML dan PHP adalah fungsi yang disediakan lebih mudah untuk digunakan dan difahami serta boleh berinteraksi dengan pangkalan data (database) agar dapat berhubung dengan sistem ini. Rajah 1: Membuat carian pembangun aplikasi HTML di enjin carian Google

72 B. Proses 2: Melibatkan proses log masuk atau pendaftaran sebagai pengguna Merujuk kepada Rajah 2, Proses 2 melibatkan proses log masuk atau pendaftaran sebagai pengguna. Pendaftaran pengguna diperlukan bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman utama pembangun Sistem InvenMed. Proses ini juga diperlukan bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan pihak lain mengakses masuk tanpa kebenaran. Mendaftar sebagai pengguna Sistem InvenMed atau log masuk sebagai pengguna. Rajah 2: Membuat log masuk sebagai pengguna C. Proses 3: Proses untuk membina aplikasi Merujuk kepada Rajah 3, Proses 3 adalah proses permulaan yang paling utama bagi pembangunan sistem. Proses ini dimulakan dengan klik pada ikon Data Entry bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman utama Dashboard. Pengguna dapat memasukkan data seperti transaksi ubat, stok masuk, daftar ubat, daftar pembekal dan daftar pesakit. Rajah 3 : Ikon Data Entry untuk memulakan proses permulaan memasukkan maklumat ke dalam Dashboard D. Proses 4 : Menyunting maklumat-maklumat yang diperlukan bagi aplikasi Merujuk kepada Rajah 4, Proses 4 adalah proses yang terakhir bagi pembangunan Sistem InvenMed. Proses ini melibatkan paparan Dashboard apabila maklumat yang diperlukan bagi pembangunan Sistem InvenMed. Proses ini mempaparkan kuantiti jumlah ubat, ubat digunakan, baki ubat dan ubat yang tamat tempoh. Oleh itu, nama klinik dan maklumat klinik diperlukan bagi proses ini sebagai identiti Sistem InvenMed kepada

73 pengguna. Mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dan menetapkan tetapan yang sesuai untuk pembangunan sistem. Rajah 4 : Menyunting maklumat yang diperlukan bagi aplikasi GAMBARAJAH INOVASI Seksyen ini menunjukkan contoh-contoh antara muka yang dibangunkan untuk Sistem InvenMed yang digunakan sepenuhnya oleh Klinik Kamsis PSP. Rajah 5 menunjukkan antaramuka aplikasi yang mengandungi maklumat melalui paparan di dashboard seperti maklumat pelajar, pembekal ubat-ubatan dan statistik ubat. Rajah 5: Antaramuka aplikasi yang mengandungi maklumat melalui paparan di dashboard seperti maklumat pelajar, pembekal ubat-ubatan dan statistik ubat. Seterusnya Rajah 6 menunjukkan antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang pesakit yang membuat rawatan di Klinik Kamsis.

74 Rajah 6 : Antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang pesakit yang membuat rawatan Ini diikuti dengan Rajah 7 yang menunjukkan antaramuka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang penggunaan ubat dan kuantiti terkini yang ada di dalam simpanan. Rajah 7 : Antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang penggunaan ubat dan kuantiti terkini yang ada di dalam simpanan. Akhir sekali, Rajah 8 menunjukkan antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang pembekal ubat di Klinik Kamsis.

75 Rajah 8 : Antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat pembekal ubat. IMPAK PRODUK A. Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi produk diperincikan kepada EMPAT (4) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak Projek Terhadap Pembantu Perubatan dan Klinik Kamsis PSP Sistem Invenmed telah memberikan impak yang positif terhadap pembantu perubatan dan Klinik Kamsis kerana tidak lagi perlu merekod data secara manual dan dapat mengakses sistem yang dibangunkan oleh pengkaji secara terus dan di mana-mana sahaja untuk memudahkan dan mempercepatkan proses perekodan data pesakit. 2. Impak Projek Terhadap Pengurusan Inventori Pembangunan Sistem Invenmed boleh membantu untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan teratur. Selain itu, ia dapat mengurangkan kesalahan dalam pengiraan inventori. Seterusnya membawa kepada pengurusan ubat-ubatan yang lebih sistematik dan berkesan. 3. Impak Projek Terhadap Kos Perbelanjaan untuk pembangunan Sistem Invenmed dan kegunaannya di Klinik Kamsis PSP dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu menanggung kos tambahan seperti pembelian kertas, alat tulis dan buku rekod ubat-ubatan kerana ia tidak perlu lagi untuk merekod data secara manual. Sistem yang diperkenalkan ini ternyata mampu mengurangkan kos kewangan. 4. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Projek Keberkesanan penggunaan Sistem Invenmed dapat dilihat dari segi kegunaanya yang lebih sistematik dan efisien. Ia dapat memudahkan pembantu perubatan dengan hanya menggunakan sistem tersebut di dalam komputer dan juga telefon pintar bagi mempercepatkan proses perekodan data sekiranya terdapat hal kecemasan yang memerlukan maklumat dengan segera. Oleh itu, sistem ini banyak memberi manfaat kepada pembantu perubatan dari segi pengurusan penggunaan inventori yang ditawarkan oleh Klinik Kamsis PSP. B. Kos inovasi Pengkaji telah mendapatkan maklumbalas tentang sistem dengan menemubual pekerja di Klinik Munirah Iskandar dan Farmasi Harmoni yang menjalankan perniagaan pengurusan inventori. Jadual 1 menunjukkan hasil temu bual. Pengkaji juga telah mendapat 100% persetujuan dari responden tentang keseluruhan soalan yang telah diajukan berkenaan penggunaan Sistem InvenMed di klinik. Mereka juga bersetuju untuk mencadangkan penggunaan Sistem InvenMed ini kepada semua perniagaan yang menguruskan inventori terutama perniagaan di klinik.

76 Bil Butiran Peratus 1 Adakah Sistem Invenmed ini adalah merupakan satu inovasi dalam pengurusan Ya =100% inventori? 2 Adakah dengan Sistem Invenmed ini dapat memudahkan lagi cara untuk Ya = 100% pemeriksaan audit? 3 Adakah anda bersetuju dengan harga yang dicadangkan? Ya = 100% 4 Adakah anda berminat untuk menggunakan Sistem Invenmed di klinik anda? Ya = 100% 5 Adakah anda mencadangkan Sistem Invenmed kepada semua klinik? Ya = 100% Jadual 1 : Penentuan kos berdasarkan temu bual bersama pengguna CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Matrik SWOT digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam projek inovasi ini. Di antara analisis SWOT yang diperolehi : A. Kekuatan /Peluang : SO – Strengths / Opportunities Penggunaan secara manual menyukarkan pembantu perubatan untuk merekod inventori ubat-ubatan. Dengan adanya Sistem InvenMed ini, pembantu perubatan dapat menjimatkan masa dari segi perekodan dan pemeriksaan inventori serta ia juga boleh mengakses sistem ini dimana sahaja dengan menggunakan telefon pintar. B. Kekuatan/Ancaman : ST – Strengths / Threats Penggunaan Sistem InvenMed ini memerlukan signal internet yang stabil bagi memastikan Sistem InvenMed ini dapat diakses dengan lancar dan tanpa gangguan. Kemaskini rekod juga boleh dilakukan melalui telefon pintar. C. Kelemahan/Peluang : WO – Weakness / Opportunities Pengguna boleh melakukan kesilapan semasa proses kemaskini namun boleh di atasi dengan merujuk kepada rekod data terdahulu dalam Sistem InvenMed D. Kelemahan/Ancaman : WT – Weakness / Threats Faktor internet yang bermasalah dapat mengganggu kelancaran penggunaan Sistem InvenMed ini dan tidak dapat memaparkan sepenuhnya maklumat-maklumat inventori di dalam Sistem InvenMed tersebut. KESIMPULAN Kesimpulannya, objektif bagi kajian ini telah tercapai. Pihak pengkaji telah berjaya menyelesaikan dan membantu pegawai perubatan dalam merekod dan menguruskan inventori ubat-ubatan di Klinik Kamsis tersebut. Selain itu, Sistem InvenMed juga dapat menjimatkan masa ketika mengakses dan merekod data kerana pembangunan sistem ini membolehkan pegawai perubatan bekerja hanya menggunakan telefon pintar dan komputer. Projek inovasi ini juga telah memberi impak positif kepada Klinik Kamsis PSP dalam bidang pengurusan inventori kerana berjaya menghasilkan sistem yang lebih sistematik untuk kegunaan kerja harian pembantu perubatan. Proses kemaskini data juga dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun mengikut proses kerja yang berlaku pada masa yang tertentu. Kewujudan Sistem InvenMed ini telah mendatangkan pelbagai kelebihan seperti mengurangkan kesilapan dalam urusan merekod data dan menjimatkan kos tambahan untuk penyediaan kertas, alat tulis dan penyediaan buku bagi urusan merekod data secara manual. Oleh yang demikian, sistem InvenMed dilihat sangat berkesan dalam membantu pengurusan Klinik Kamsis merekod data inventori dan sesuai juga untuk dikomersialkan bagi kegunaan pihak pengurusan yang terlibat dalam menyimpan dan merekod data seperti pergudangan.

77 RUJUKAN Abdullah, D., & Erliana, C. I. (2014). Perancangan Sistem Informasi Inventori Barang pada CV. Iltizam Cooperation. Syntax: Jurnal Informatika, 3(01). Endianingsih, D. (2014). Peran e-Catalogue Dalam Proses Pengadaan Elektronik. Jurnal Kalibrasi, 12(1). Hazimah, Z. (2002). Kajian Keberkesanan Sistem Pengurusan Inventori Stor Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lumpur (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia). Mat, M. Z. (2003). Aplikasi sistem maklumat stok dan inventori makmal JPTV (Doctoral dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn). Sabarudin, A. (2005). Pengurusan Rantaian Bekalan Menggunakan MRP Dan DRP Di FAMA (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia). Tey, S. L. (2001). Sistem Pengurusan Inventori Perisian/Tey Su Lin (Doctoral dissertation, University of Malaya).

78 INOVASI FOLLOW ME CARTON DALAM PENGURUSAN INVENTORI DI FTS LOGISTIK SDN. BHD. 1Mohamad Najib bin Adnan* 2Taismeta A/P Kathiresan 3Sathyasuriya A/L Ganesan 4Kavines Nair A/L Ananthan 5Saktisswara A/L Thanimalai 6Muhammad Harith bin Ahmad 7Ussha Nair A/P Narayanan Nayar *e-mail: [email protected] 1-7Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Gudang adalah tempat, bangunan atau premis untuk menyimpan barang-barang dengan selamat sehingga barang-barang itu diperlukan. Pergudangan merangkumi semua aktiviti yang berkait dengan penyimpanan dan penstoran barang-barang. Pergudangan adalah salah satu cabang perniagaan yang membantu melicinkan perjalanan perniagaan dengan cara penyimpanan. Kekurangan sistem teknologi di gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. menyebabkan pekerja-pekerja di gudang perlu menggunakan troli untuk mengalihkan barang-barang untuk membuat penghantaran. Penggunaan troli menggunakan tenaga kerja yang banyak untuk menarik dan menolaknya sewaktu digunakan dan memerlukan lebih masa dalam melakukan aktiviti tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk menyelesaikan masalah penggunaan troli dengan tenaga kerja yang banyak dan juga untuk menjimatkan masa. Follow Me Carton disediakan secara lebih berkesan dengan menampilkan sisi berteknologi. Dengan pengunaan Follow Me Carton ini pihak gudang dapat menggerakkan barang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Follow Me Carton memiliki beberapa kelebihan seperti ia mempunyai permukaan yang rata bagi meletakkan barang di atasnya. Selain itu, ia turut mempunyai dua ‘ high torque motor 80’ untuk memusingkan roda Follow Me Carton dan mempunyai kapasiti untuk membawa barang yang mempunyai berat dari 5 hingga 10kg. Bahagian belakang Follow Me Carton mempunyai sebuah kotak untuk meletakkan semua komponen elektronik dengan selamat dan teratur. Kesimpulannya, Follow Me Carton ini dapat membantu pihak syarikat dalam memudahkan proses penghantaran barang, pengalihan barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan menjimatkan masa yang memboleh meningkatkan taraf sistem pergudangan. Produk inovasi ini diharapkan dapat dikomersialkan dan digunakan di mana-mana premis yang berkaitan pergudangan. Kata kunci: Follow Me Carton, gudang, tenaga kerja, masa PENGENALAN Gudang adalah tempat, bangunan atau premis untuk menyimpan barang-barang dengan selamat sehingga barang-barang itu diperlukan. Pergudangan merangkumi semua aktiviti yang berkait dengan penyimpanan dan penstoran barang-barang di dalam gudang. Pergudangan ialah salah satu cabang perniagaan yang membantu melicinkan perjalanan perniagaan dengan cara penyimpanan. Pergudangan juga dapat didefinisikan sebagai aktiviti penyimpanan barang dengan selamat di gudang sehingga barang itu diperlukan di pasaran. Dalam penulisan Kusuma et. al (2017), Warman (2004) mendefinisikan gudang adalah bangunan yang dipergunakan untuk menyimpan barang dagangan. Gudang adalah suatu tempat yang digunakan untuk menyimpan barang baik yang berupa raw material, barang work in process atau finished good. Dari kata gudang maka di dapatkan istilah pergudangan yang berarti merupakan suatu kegiatan yang berkaitan dengan gudang. Dalam penulisannya lagi turut menyatakan pendapat Yunarto dan Santika (2005) bahawa kegiatan tersebut dapat meliputi kegiatan movement (perpindahan), storage (penyimpanan), information transfer (transfer informasi). Manakala menurut Purwanggono & Astuti (2009), tujuan dari penyimpanan dan fungsi gudang yaitu untuk memaksimalkan utilitas sumber-sumber yang ada (ruang, peralatan, dan tenaga kerja) ketika memenuhi keinginan konsumen dan juga memaksimalkan pelayanan terhadap konsumen dengan kendala-kendala sumber yang ada.

79 FTS Logistics Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan logistik. Syarikat ini mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. Di Pulau Pinang ia beroperasi di kawasan Bebas Cukai Bayan Lepas. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pergudangan, pengangkutan, penyediaan dokumen dan sebagainya. Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji dalam mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di gudang, produk yang pengkaji inovasikan adalah untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh syarikat FTS Logistics Sdn. Bhd. Antara tujuan projek Follow Me Carton adalah untuk mengurangkan tenaga manusia dan menjimatkan masa dalam syarikat FTS Logistics Sdn. Bhd . Selain itu, projek ini juga dapat memudahkan urusan pekerja dalam gudang syarikat tersebut. Follow Me Carton pula tidak mengambil keluasan yang sangat banyak berbanding dengan troli dan forklift. Ini merupakan salah satu kelebihan penggunaan sistem robotik tersebut di gudang -gudang yang kecil atau besar. Perkara ini dapat menggelakkan kelewatan penghantaran dan meningkatkan nilai perkhidmatan dalam gudang. Tambahan pula, sistem robotik ini juga boleh mengurangkan berlaku kesilapan dalam gudang sewaktu proses picking dijalankan di gudang. PERNYATAAN MASALAH Operasi pergudangan adalah mencabar berdasarkan pengurusan inventori yang semakin kompleks dan kos penyelenggaraan stok yang semakin meningkat. Sifat aktiviti pergudangan itu sendiri yang kebanyakan berintensifkan buruh sudah semestinya memerlukan pekerja-pekerja yang berkelayakan dan kompeten untuk melaksana tugas mereka (Hasnan & Mohtar, 2014). Menurut Ayuningtyas (2018) pula, pergudangan yang baik adalah pergudangan yang memiliki sistem pelayanan yang baik. Sistem pelayanan yang baik mencakup adanya jaminan keamanan, kemudahan akses informasi keluar, informasi masuk, dan penyimpanan barang, serta kesesuaian kondisi lingkungan fisik bagi barang yang disimpan. Pengkaji telah mengadakan sesi temu bual bersama Encik Chandran A/L M.Kannan, Pengurus Gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. di Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh gudang beliau dalam mengendalikan barang-barang yang disimpan di gudang tersebut. Terdapat beberapa aspek masalah dijelaskan oleh Encik Chandran. Aspek yang pertama ialah dari segi mengambil barang ataupun dalam bahasa logistik ialah proses pemilihan barang dari penyimpanan dalam gudang. Pekerja menggunakan troli untuk membawa kuantiti karton yang rendah dan kecil. Penggunaan troli adalah tidak fleksibel di gudang tersebut dan pengkaji membuat beberapa picking untuk mengkaji masalah troli di dalam gudang tersebut. Selain itu, penggunaan troli memerlukan tenaga buruh yang banyak dalam proses pemilihan. Pihak gudang juga perlu menanggung kos untuk membayar gaji lebih masa, caj penghantaran yang lambat, kos menanggung risiko kemalangan dan sebagainya. Penggunaan troli di gudang akan mengambil kawasan yang luas. Ini kerana reka bentuk rak yang dekat antara satu sama lain di mana satu troli sahaja boleh memasuki kawasan tersebut pada satu-satu masa. Perkara ini menyebabkan masa untuk mengambil satu barang meningkat dan kelewatan penghantaran barang. OBJEKTIF INOVASI Objektif inovasi ini dihasilkan adalah seperti berikut : 1) Mengenal pasti kelemahan FTS Logistics Sdn. Bhd. dalam operasi pengurusan gudang. 2) Menghasilkan produk inovasi Follow Me Carton yang boleh digunakan untuk melancarkan operasi pengurusan gudang.

80 CIRI-CIRI INOVASI Follow Me Carton adalah produk inovasi yang dihasilkan bagi membantu memudahkan proses pembawaan barang- barang yang hendak membuat proses penghantaran. Peralatan yang diperlukan bagi mencipta Follow Me Carton dikenal pasti dan lakaran reka bentuk alat tersebut dibuat bagi memudahkan kerja-kerja penambahbaikan yang akan dijelaskan di bawah proses pembagunan produk. Kemudian penjelasan mengenai pembaharuan dan keunikan produk serta kaedah kajian melalui temuduga bersama pegurus syarikat gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. yang akan diperlukan dalam kajian. Inovasi ini mempunyai dua ‘ high torque motor 80’ untuk memusingkan roda Follow Me Carton. Ia juga mempunyai kapasiti untuk membawa barang yang mempunyai berat dari 5 hingga 10 kg. Di bahagian belakang Follow Me Carton mempunyai sebuah kotak untuk meletakkan semua komponen elektronik dengan selamat dan teratur. Seterusnya, di bahagian bawah robot Follow Me Carton mempunyai satu roda berpusing untuk membolehkan robot Follow Me Carton berpusing sehingga 360 darjah. Tambahan pula, robot Follow Me Carton mempunyai 3 sensor ‘ULTRASONIC’ HC-SRO4 untuk menetukan jarak objek di hadapannya. Sensor jarak ultrasonik sejenis HC-SR04 menawarkan jarak pengesan dari 2cm hingga 50cm. Fungsi sensor jarak ‘ULTRASONIC’ jenis HC- SR04 tidak terjejas oleh cahaya matahari atau warna objek yang hendak dikesan sepertinya mana sensor yang berasaskan cahaya inframerah. Sensor ini datang dengan pemancar gelombang ‘ULTRASONIC’ dan modal penerima gelombong. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Follow Me Carton adalah seperti berikut : a) High Torque motor b) Board – Hmc 588 3L c) Qunqi L298 motor drive contoller board module dual H bridge Dc d) Ultrasonic Sensor e) Sensor Ultrasonic f) Arduino UNO REV 3 g) Male and Female wire h) Tayar mainan kereta i) Tayar berpusing PROSES PEMBANGUNAN PRODUK Bagi menghasilkan produk ini, beberapa bahan diperlukan adalah seperti mesin gergaji, penukul, sepana boleh laras, roda berpusing, dua roda kereta mainan, high torque motor, Qunqi L298N Motor Drive Controller , Board Module Dual H Bridge DC, Male and Female wire, Sensor Ultrasonic, Board – Hmc 588 3L dan Arduino uno REV 3.

81 Rajah 1: Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan robot Follow Me Carton Rajah 2 hingga 11 menunjukkan langkah-langkah pembangunan produk inovasi Follow Me Carton. A. Langkah 1 : Pengkaji harus menyediakan sebuah kotak yang mempunyai tapak yang agak besar bagi membuat ukuran pada papan kayu untuk proses pemotongan seperti di Rajah 2. Rajah 2: Proses pengukuran dengan menggunakan sebuah kotak yang mempunyai tapak yang besar. B. Langkah 2: Para pengkaji harus membuat potongan lurus pada papan kayu dengan mengunakan mesin gergaji jigsaw bagi memudahkan pemotongan dengan tepat seperti di Rajah 3. Rajah 3: Proses pemotongan bahan produk

82 C. Langkah 3: Para pengkaji harus menggunakan penukul untuk memukul paku di atas papan bagi membuat tapak robot Follow Me Carton yang kukuh seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Rajah 4: Proses pembuatan tapak robot Follow Me Carton D. Langkah 4: Seterusnya, Rajah 5 menunjukkan proses memasang High Torque Motor perlu dilakukan di dua sisi belakang pada tapak robot Follow Me Carton dan juga memasang dua tayar mainan kereta bersama High Torque Motor . Rajah 5: Proses pemasangan High Torque Motor E. Langkah 5: Selepas memasang High Torque Motor, dalam Rajah 6 pengkaji harus memasang roda berpusing di depan permukaan robot Follow Me Carton bagi memudahkan robot berpusing mengikut langkah kaki. Rajah 6: Proses pemasangan roda berpusing F. Langkah 6: Rajah 7 menunjukkan proses pemasangan komponen-komponen seperti Qunqi L298N Motor Drive Controller , Board Module Dual H Bridge DC, Male and Female wire, Sensor Ultrasonic, Board – Hmc 588 3L, Arduino uno REV 3 sebelum melakukan proses pemasukkan kod dalam arduino REV 3.

83 Rajah 7: Proses pemasangan komponen komponen robot Follow Me Carton G. Langkah 7: Rajah 8 menunjukkan pengkaji mencari koding yang bersistem mengikut langkah kaki dalam Google untuk memasukkan dalam sistem Arduino REV 3. Rajah 8: Proses pencarian koding dengan menggunakan Google. H. Langkah 8: Rajah 9 pula menunjukkan cara memasukkan koding tersebut dalam komponen Arduino Rev 3. Rajah 9: Proses memasukkan koding dalam komponen Arduino REV 3 I. Langkah 9 : Kemudian, setelah berjaya memasukkan koding dalam komponen Arduino REV 3, pihak pengkaji memasukkan semula komponen Arduino REV 3 dalam robot Follow Me Carton. Ini dapat dilihat dalam Rajah 10.

84 Rajah 10: Proses pemasukkan Arduino REV 3 dalam robot Follow Me Carton J. Langkah 10 : Menutupkan wayar-wayar dan komponen tersebut dengan kotak penyimpanan di bahagian belakang robot Follow Me Carton seperti Rajah 11. Rajah 11: Menutup dan meletakkan kotak penyimpanan komponen di bahagian belakang robot Follow Me Carton IMPAK PRODUK Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk pembelian produk inovasi robot Follow Me Carton dan penggunaannya dalam kalangan pengguna telah dapat menjimatkan kos kerana bahan pembinaan produk inovasi ini terdiri daripada bahan yang murah dan mudah didapati di kedai bahan elektronik yang menjual bahan elektronik. 2. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan robot Follow Me Carton ini telah membantu ke arah penjimatan masa dan proses pengambilan dan penghantaran barang secara efektif dan cekap berbanding keadaan sebelumnya kerana dengan menggunakan produk inovasi robot Follow Me Carton ini akan memudahkan pekerja gudang FTS Logistik Sdn. Bhd. untuk menguruskan proses pengambilan dan penghantaran barang dijalankan. Masalah pengiraan penjimatan masa berdasarkan pemerhatian pengkaji adalah seperti jadual di bawah. Masa pengendalian sebelum penggunaan produk adalah 15 minit, manakala selepas penggunaan adalah 10 minit. BUTIRAN Jadual 1: Impak Produk Terhadap Masa SELEPAS SEBELUM 10 MINIT MASA PENGENDALIAN 15 MINIT

85 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan banyak pihak seperti dari pihak pengurusan gudang dan perkerja gudang FTS Logistik Sdn. Bhd. Hal ini kerana produk inovasi ini sangat mudah dibawa dan mudah untuk dikendalikan di mana jua. Seterusnya, produk inovasi robot Follow Me Carton ini sangat membantu sistem pengurusan pengambilan dan penghantaran barang di dalam Gudang FTS Logistik Sdn. Bhd. yang menggunakan troli dan peralatan lain sewaktu proses pengambilan barang. Hal ini kerana reka bentuk yang dibina sangat sesuai bagi gudang yang mempunyai pelajar ruang yang sempit dan di samping robot Follow Me Carton terdapat satu ruangan untuk menyimpan wayar agar tidak mengganggu apabila meletakkan barang dan dapat menghindarkan daripada berlaku kes kerosakan wayar tersebut. Jadual 2: Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk ASPEK SEBELUM SELEPAS KETINGGIAN MEMUASKAN AMAT BAIK JAMINAN KESELAMATAN BERISIKO LEBIH SELAMAT CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Analisis SWOT digunakan bagi data yang dikumpulkan menerusi soal selidik. A. Kekuatan/Peluang Masalah yang dihadapi oleh pihak gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. terpaksa mencari troli dan menggunakan troli membawa barang-barang untuk proses penghantaran dalam gudang. Selain itu, mereka terpaksa menggunakan tenaga kerja yang banyak dan juga melakukan kesilapan dalam proses pemilihan barang sewaktu mengendalikan troli pada masa yang sama memilih barang. Dengan adanya robot Follow Me Carton yang murah, ringan dan mempunyai harga yang berpatutan dengan mesra pengguna, robot Follow Me Carton digunakan dengan begitu efektif di gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. Dengan adanya robot Follow Me Carton masalah yang dihadapi oleh pihak gudang dapat diselesaikan. B. Kekuatan/Ancaman Robot Follow Me Carton hendaklah digunakan secara cermat dan berhati-hati semasa penggunaanya. Selain itu, penggunaan robot Follow Me Carton hendaklah tidak terlalu lama dalam tempoh 2-3 jam. C. Kelemahan/Peluang Robot Follow Me Carton ini dapat dipasarkan dengan meluas kerana produk ini boleh digunakan oleh semua gudang besar dan kecil untuk memudahkan proses pergudangan sewaktu mengalihkan barang dari satu tempat ke tempat yang lain. D. Kelemahan/Ancaman Penggunaan robot Follow Me Carton dengan cara yang tidak cermat akan mengakibatkan kerosakan kepada bahagian sensor Ultrasonic dan juga akan menyebabkan sensor tidak menjejak dengan baik. KESIMPULAN Robot Follow Me Carton ini direka cipta untuk memudahkan proses pergudangan, hal ini disebabkan FTS Logistics Sdn. Bhd. tidak mempunyai teknologi yang tinggi untuk menjalankan proses pergudangan yang lebih efektif. Inovasi robot Follow Me Carton adalah bertujuan untuk menjimatkan masa dan memudahkan para pekerja gudang dengan mengurangkan tenaga kerja. Peluang dalam aspek produk pemasaran penggunaan robot Follow Me Carton ini sangat tinggi. Ini kerana produk inovasi seperti ini kurang dalam pasaran. Produk inovasi robot Follow Me Carton ini membantu dalam menjimatkan masa proses pergudangan. Ini disebabkan oleh proses pergudangan menggunakan troli sebelum ini

86 agak sukar dan kebiasaannya mengambil masa yang lama bagi mengendalikannya dan ini melambatkan proses pergudangan. Dicadangkan kajian pada masa depan boleh dilakukan dengan menggunakan sistem elekttronik lain yang lebih baik dan responsif. Ini kerana perubahan teknologi berlaku setiap masa. RUJUKAN Ayuningtyas, D. W. (2018). Penerapan administrasi pergudangan untuk memperlancar kegiatan gudang di cv kidsmedia distributor malang (Doctoral dissertation, POLITEKNIK NEGERI MALANG). Hasnan, N., Ramli, A., & Mohtar, S. (2014). Modal insan dan operasi pergudangan: sejauhmana kaitannya? In: 4th International Conference on Technology and Operations Management (ICTOM04), 18-19 August 2014, Kuala Lumpur, Malaysia. Kusuma, Y., Sumarauw, J. S., & Wangke, S. J. (2017). Analisis Sistem Manajemen Pergudangan pada CV. Sulawesi Pratama Manado. Jurnal EMBA: Jurnal Riset Ekonomi, Manajemen, Bisnis dan Akuntansi, 5(2). Purwanggono, B., & Astuti, D. T. (2009). Redisain Layout dan Prosedur Untuk Reduksi Waktu Setup Gudang Komponen. J@ TI UNDIP, 4(3), 158-168.

87 PRODUK INOVASI E-LADDER DALAM SUSUN ATUR DAN PENGURUSAN INVENTORI SYARIKAT BINARI ENTERPRISE SDN. BHD. 1Sharipah Khadijah binti S. Hashim* 2Faizah binti Omar 3Ekhwan Fahimi bin Shuhaimi 4Ahmad Azhari bin Kamarudin 5Muhammad Izwan bin Zainal 6Muhammad Afnan bin Nordin 7Mohamad Erham bin Mohd Yusoff 8Muhammad Hakim bin Mohd Hafizal *e-mail: [email protected] 1-8Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan runcit 24 jam di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperti barangan keperluan harian, barangan runcit, sayur-sayuran segar dan barangan makanan haiwan. Namun begitu, tinjauan awal mendapati syarikat ini masih menggunakan kaedah konvensional dalam menguruskan inventori di dalam pengurusan kedai dan merasakan produk inovasi perlu dihasilkan bagi membantu pihak syarikat menguruskan inventori dengan lebih cekap dan efisien. Kesan dari kegagalan sesebuah syarikat dalam mengendalikan inventori akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang besar. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauan terhadap pengurusan inventori dan penyusunan barang ke atas rak jualan di kedai runcit 24 jam Binari Enterprise Sdn. Bhd. yang dinamakan sebagai E-Ladder. Pembangunan E-Ladder ini melibatkan dua proses iaitu i) proses pertama, pembelian barang dan alatan, dan ii) proses kedua, proses mencantum dan aktiviti kimpalan. Seramai lima orang pekerja syarikat ini telah dipilih sebagai responden. Setiap responden yang dipilih telah di temu bual bagi memperolehi maklumat kajian yang dikehendaki. Semua maklumat diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Dapatan kajian mendapati keseluruhan responden bersetuju bahawa E- Ladder dapat membantu dalam mengurangkan kos kerosakan inventori, mengurangkan masa dalam proses penyusunan, penyimpanan inventori dan dapat meminimumkan kadar insiden terhadap pekerja. Kesimpulannya produk inovasi E-Ladder ini diharapkan dapat membantu dalam sistem pengurusan dan penyusunan inventori serta isu keselamatan di dalam kedai Binari Enterprise Sdn. Bhd. Selain itu, produk yang mempunyai pelbagai kegunaan ini dapat dikomersialkan bagi memenuhi permintaan dan pasaran yang tinggi dalam pelbagai industri terutamanya dalam bidang peruncitan. Kata kunci: E-Ladder , susun atur, pengurusan inventori, Syarikat Binari PENGENALAN Inventori di definisikan sebagai bahan atau barangan yang disimpan sebagai produk jualan atau pun bahan asas dalam penghasilan sesuatu produk. Bagi memastikan inventori dapat diuruskan dengan baik, satu sistem pengurusan inventori perlu dibangunkan. Menurut Hazimah (2002), sistem pengurusan inventori yang baik merujuk kepada bagaimana organisasi menentukan supaya inventori dapat diagihkan dengan cekap dan berkesan. Terdapat 3 faktor utama dalam memastikan sistem pengurusan inventori dapat dilaksanakan dengan baik iaitu yang pertama memastikan inventori berada pada tahap yang optimum. Ini bagi menentukan bahawa inventori sentiasa berada pada tahap yang mencukupi di samping dapat menjana keuntungan. Faktor kedua pula ialah bagi mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian. Manakala faktor ketiga ialah bagi memenuhi keperluan pasaran apabila inventori ini diperlukan oleh pelanggan. Justeru, kajian ini telah dijalankan bagi membantu Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat ini yang menjalankan perniagaan runcit 24 jam di Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam menyusun atur barangan dan membantu daripada aspek pengurusan inventori.

88 Melalui temubual yang dijalankan bersama pemilik syarikat mendapati kaedah konvensional masih digunakan dalam menguruskan inventori. Kesannya, wujud beberapa permasalahan dan isu yang melibatkan pengurusan dan penyimpanan stok dari segi barang rosak, insiden pekerja cedera dan kos yang meningkat. Oleh itu, penyelidik merasakan produk inovasi perlu dihasilkan bagi membantu pihak syarikat menguruskan inventori dengan lebih cekap dan efisien. PERNYATAAN MASALAH Inventori yang dikendalikan dengan berkesan membolehkan syarikat merealisasikan strategi pemasaran, penjualan seterusnya melancarkan saluran logistik dengan lebih berkesan (Ross, 2015). Menurut Judi et al. (2010) pula menyatakan bahawa susun atur yang baik bagi sesebuah fasiliti melibatkan perancangan keperluan bahan dan peletakan peralatan serta penggunaan ruang secara terbaik untuk mencapai nilai keselesaan yang menepati prinsip perancangan. Ini disokong oleh kajian Cheng Ying et al. (2016), sesebuah reka bentuk susun atur kemudahan mempunyai fungsi penting dalam sistem pembuatan kerana ia memberi kesan kepada kos pengeluaran, kerja dalam kemajuan, tempoh masa pengeluaran, dan jumlah pengeluaran. Dalam kajian Lestari (2018) menyatakan gudang yang memiliki susun atur yang efisien merupakan salah satu faktor asas dalam melancarkan proses produksi sesebuah syarikat. Susun atur yang efisien dapat meminimumkan jarak perpindahan dan dapat mempercepatkan waktu pengambilan barang. Permasalahan yang terjadi di gudang adalah longgokan barang dan aliran keluar masuk barang yang bermasalah sehingga mengambil masa yang lama untuk dicapai. Tamodia (2013) turut bersetuju dengan hasil dapatan kajiannya di mana peningkatan daya saing dapat dilakukan melalui pengelolaan gudang, khususnya gudang barang siap. Keadaan pola penyimpanan dan penyusunan barang yang dilakukan secara kurang teratur akan mengakibatkan terjadinya longgokan barang-barang di dalam satu slot rack, sehingga, keadaan tersebut akan mengakibatkan waktu pencarian yang lebih lama. Hasil pemerhatian dan temubual bersama pemilik syarikat menunjukkan bahawa syarikat ini tidak menggunakan alatan yang sesuai ketika menguruskan inventori, hal ini disebabkan Syarikat Binari tidak mempunyai peralatan yang lengkap di mana mereka mengguna kerusi sebagai peralatan untuk mencapai dan menambah stok pada kedudukan yang tinggi. Temubual telah dijalankan bersama Pemilik Syarikat Binari Enterprise bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu ketika para pekerja melakukan aktiviti penyusunan stok. Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat ini adalah pengendalian barang-barang yang berat untuk disusun ke dalam rak-rak yang berkedudukan tinggi. Kaedah manual digunakan iaitu dengan menggunakan kerusi dan tenaga pekerja. Kaedah ini boleh menyebabkan kemalangan kepada pekerja dan juga kerosakan kepada barang-barang yang disusun. Rajah 1 menunjukkan susun atur yang tidak sistematik yang boleh menyebabkan barang-barang tersebut rosak atau mendatangkan bahaya kepada pelanggan dan pekerja. Rajah 1 : Susunan stok yang tidak teratur

89 OBJEKTIF INOVASI Di antara objektif projek inovasi ini dilaksanakan adalah untuk : 1) Mengenal pasti masalah dalam sistem penyusunan barang di dalam kedai runcit Binari Enterprise Sdn. Bhd. 2) Menghasilkan produk inovasi E-Ladder bagi membantu pekerja supaya dapat menyusun dan menguruskan inventori dengan selamat dan lebih sistematik di kedai runcit Binari Enterprise Sdn. Bhd. CIRI-CIRI INOVASI Produk inovasi yang dihasilkan ini adalah daripada dasar kajian intensif terhadap masalah yang dialami oleh Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Melalui analisis yang dijalankan, E-Ladder mempunyai takal untuk mengangkat barang-barang yang berat kepada kedudukan yang tinggi di mana dapat menjamin keselamatan pekerja sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kekerapan berulangkali semasa menjalankan aktiviti menambah stok di Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Selain itu, produk E-Ladder dapat mengurangkan risiko kerosakan barang yang boleh menjejaskan kos. Hal ini kerana pekerja dapat menaikkan barang ke tempat yang tinggi dengan selamat dan pada masa yang sama, dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menyediakan barang yang berkualiti. Selain itu, produk ini juga bertujuan menjimatkan perbelanjaan syarikat. Sekiranya tidak mempunyai kemudahan untuk mengurus penyimpanan stok, perbelanjaan yang besar terpaksa dikeluarkan akibat kerosakan pada barang. Kos rawatan pekerja juga terpaksa dikeluarkan sekiranya pekerja mengalami kecederaan ketika melakukan tugas. Oleh itu, dengan adanya produk inovasi ini Syarikat Binari Enterprise boleh mengurangkan kos penggantian stok bagi yang rosak dan dapat meminimumkan kemalangan ketika aktiviti penambahan stok beroperasi. E-Ladder mempunyai takal untuk mengangkat barang-barang yang berat kepada kedudukan yang tinggi. Hal ini dapat menjamin keselamatan pekerja sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kekerapan berulangkali semasa menjalankan aktiviti menambah stok di Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Pada masa yang sama, E-Ladder dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menyediakan barang yang berkualiti. Tangga inovasi E-Ladder ini berbeza dengan tangga biasa yang selalu digunakan. E-Ladder dapat dibentuk dengan tiga cara iaitu menegak, bentuk segi tiga dan dapat dilipat dua kerana pengkaji menggunakan kekunci ensel. Pengkaji juga turut menambah takal pada sisi tangga di bahagian atas bagi memudahkan pekerja menaikkan barang pada rak yang tinggi dan menambah roda sebanyak empat biji bagi memudahkan urusan penyimpanan E- Ladder serta menjaga kualiti lantai penyimpanan daripada tercalar. PEMBANGUNAN E-LADDER A. Proses pertama: Pembelian barang / alatan Proses pertama merangkumi persediaan peralatan untuk membentuk tangga. Antaranya ialah besi sisi tangga bersaiz 1’x2’, besi pemijak bersaiz 1’x2’, takal dan empat biji roda. Ini dapat dilihat melalui Rajah 2 hingga 4. Rajah 2: Besi saiz (1’x2’)

90 Rajah 3: Roda Rajah 4: Takal B. Proses kedua: Proses mencantum dan aktiviti kimpalan bermula. Rajah 5 menunjukkan proses kedua iaitu proses mencantum dan aktiviti kimpalan. Rajah 5: Melakukan proses kimpalan

91 GAMBAR RAJAH INOVASI Rajah 6 hingga 8 menunjukkan gambar rajah produk E-Ladder dari pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan dalam lipatan. Rajah 6 adalah pandangan E-Ladder dari pandangan hadapan dengan ukuran lebar sepanjang 2.5 kaki. Rajah 7 pula menunjukkan dari pandangan sisi dengan ukuran ketinggian dua kali 5 kaki. Roda dan takal dapat dilihat dari pandangan sisi dengan jelas. Keseluruhan ukuran ketinggian adalah sepanjang 10 kaki. Manakala Rajah 8 menunjukkan dari pandangan apabila E-Ladder dilipat. Rajah 6: E-Ladder dari pandangan hadapan Rajah 7: E-Ladder dari pandangan sisi

92 Rajah 8: E-Ladder dari pandangan apabila E-Ladder dilipat IMPAK PRODUK A. Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi produk diperincikan kepada TIGA (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Syarikat Tangga E-Ladder telah memberikan impak yang positif terhadap Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. kerana syarikat ini tidak perlu mengganti rugi kerosakan barang sekaligus dapat menjimatkan kos. Seterusnya, diharapkan hasil jualan harian meningkat naik berbanding sebelumnya dan memberikan kepuasan hasil jualan kepada syarikat. 2. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan tangga E-Ladder telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi penyusunan inventori yang sebelum ini mengambil masa yang lama bagi menambah stok pada rak yang tinggi berikutan tiada kemudahan untuk membawa naik barang dalam kuantiti yang banyak pada suatu masa. Dengan adanya sistem takal, para pekerja dapat mengurangkan kekerapan membawa naik barang berulang kali. Selepas E-Ladder ini digunakan oleh pekerja, masa yang di ambil untuk aktiviti penyusunan dan menambah stok dapat dikurangkan. 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan E-Ladder dilihat dari segi pengurangan kos ganti rugi bagi produk yang rosak di kedudukan rak yang tinggi. Kadar insiden dapat diminimumkan dalam kalangan pekerja kerana mereka dapat menaikkan barang dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa dalam keadaan yang selamat dengan menggunakan takal yang disediakan bersama E-Ladder. B. Hasil temubual bersama responden Jadual 2 : Hasil temu bual pekerja Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd Bil Butiran Peratusan 1 Adakah anda menghadapi masalah ketika menyusun inventori di Binari Ya = 100% Enterprise Sdn. Bhd. ? 2 Adakah anda mengambil masa yang lama semasa menambah stok di Binari Ya = 100% Enterprise Sdn.Bhd. 3 Adakah E-Ladder memberi kebaikan kepada anda? Ya = 100% 4 Adakah E-Ladder mudah untuk digunapakai dalam tempoh yang cepat? Ya = 100% 5 Adakah anda bersetuju untuk menggunakan tangga E-Ladder pada bila-bila Ya = 100% masa? 6 Adakah E-Ladder sesuai digunakan oleh semua kedai runcit? Ya = 100%

93 Seramai lima orang pekerja syarikat ini telah dipilih sebagai responden. Jadual 2 menunjukkan hasil temu bual bersama pekerja syarikat yang dipilih. Keseluruhan responden bersetuju bahawa mereka menghadapi masalah ketika menyusun inventori, mengambil masa yang lama semasa menambah stok, E-Ladder dapat memberi kebaikan dan mudah untuk digunapakai dalam tempoh yang cepat. Mereka juga bersetuju untuk menggunakan produk inovasi E-Ladder pada bila-bila masa dan merasakan ianya sesuai digunakan oleh semua kedai runcit secara khususnya. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Matrik SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan / Peluang Masalah dalam sistem pengurusun masa untuk penyusunan inventori di Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. menjadi pengaduan dari pekerja dan juga kerisauan pemilik syarikat tersebut. Pengkaji membawa jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dengan mencipta tangga E-Ladder yang dapat membantu dalam pengurusan dan penyusunan stok. B. Kekuatan/Ancaman Dengan adanya E-Ladder, syarikat dapat menyelesaikan masalah dengan mengurangkan kos kerosakan stok, mengurangkan masa dalam proses penyusunan, penyimpanan stok dan dapat meminimumkan kadar insiden terhadap pekerja. Ini berikutan dengan ciri-ciri E-Ladder yang bersifat mesra pengguna seperti gerakannya yang fleksibel, boleh digerakkan dan disimpan dimana sahaja dengan mudah. Selain itu, E- Ladder juga mempunyai harga yang berpatutan untuk dimiliki oleh mana-mana premis kedai runcit. C. Kelemahan/ Peluang E-Ladder dapat dipasarkan dengan baik kerana dapat memberi banyak manfaat kepada syarikat dan pengguna berbanding dengan menggunakan tangga biasa. Pelbagai jenis syarikat boleh menggunakannya dengan efisien dan efektif samada syarikat peruncitan secara khususnya atau syarikat yang mengendalikan inventori yang banyak secara umumnya. D. Kelemahan/ Ancaman E-Ladder ini juga mempunyai kelemahan. Hanya barang yang tertentu sahaja yang berbentuk mudah alih dan bungkusan bersesuaian dinaikkan atau diangkat dengan menggunakan takal. Ketinggian tangga juga adalah terhad iaitu pada ketinggian 10 kaki sahaja. KESIMPULAN E-Ladder ini memberikan banyak kelebihan dan manfaat untuk proses atau aktiviti penyusunan stok di Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. kerana ia dapat menjimatkan masa proses penyusunan dan penyimpanan stok. Produk inovasi ini juga turut menjamin keselamatan pekerja yang sebelum ini hanya menggunakan kerusi atau tangga biasa untuk penambahan stok pada kedudukan rak yang tinggi. Impak yang paling utama ialah produk ini boleh mengurangkan kos penggantian stok bagi produk yang rosak akibat insiden ketika penyusunan stok . Justeru, ini dapat meminimumkan kemalangan ketika aktiviti penambahan stok beroperasi. E-Ladder juga dijangka mempunyai permintaan dan pasaran yang tinggi kerana kegunaan yang pelbagai pada masa kini amat memberangsangkan berbanding tangga yang biasa digunakandan ianya memberi impak yang positif kepada syarikat. Oleh itu, cadangan penambahbaikan dalam penghasilan E-Ladder pada masa akan datang adalah dengan menambahkan ketinggian tangga dan menggunakan besi aloi yang bermutu tinggi bagi menampung berat pekerja dan barang yang ingin disusun ke atas rak. Dengan ini, ia boleh dikomersialkan untuk kegunaan bukan hanya peruncit tetapi juga kepada pergudangan.

94 RUJUKAN Cheng Ying, N., Ab-Samat, H., & Kamaruddin, S. (2016). Practical production layout design for multi-product and small-lot-size production: A case study. Jurnal Teknologi, 78(7). Hazimah, Z. (2002). Kajian Keberkesanan Sistem Pengurusan Inventori Stor Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lumpur (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia). Judi, H. M., Daniar, N. R. A. K. A., Majid, N. A. A., Razlan, N. S. A., & Nor, N. M. (2010). Cadangan penambahbaikan susun atur ruang perniagaan tingkat bawah di Kompleks Membeli-belah Warta, Bangi. Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA), 6(1), 33-47. Lestari, A. S. (2018). Analisis Penyusunan Barang di Gudang PT. Vilour Promo Indonesia untuk Meminimumkan Jarak Perpindahan Menggunakan Metode Cube per Order Index (Doctoral dissertation, Universitas Kristen Maranatha). Ross, D. F. (2015). Distribution Planning and control: managing in the era of supply chain management. Springer New York Heidelberg Dordrecht London. Tamodia, W. (2013). Evaluasi penerapan sistem pengendalian intern untuk persediaan barang dagangan pada PT. Laris Manis Utama Cabang Manado. Jurnal EMBA: Jurnal Riset Ekonomi, Manajemen, Bisnis dan Akuntansi, 1(3).


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook