Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore u-media@FSKIK 2022 new

u-media@FSKIK 2022 new

Published by ajfirdaus, 2021-12-29 01:08:10

Description: u-media@FSKIK 2022 new

Search

Read the Text Version

Bergambar di Hadapan Purnama Beach Resort LIMA STAF TINJAU FASILITI UNTUK TEAM BUILDING FSKIK Oleh : Arissa Hasya Auni 10 Mei 2022 – Lima orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) hadir ke Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor bagi mengadakan mesyuarat bersama pengurusan resort tersebut selain mengadakan tinjauan fasiliti. 96

Sesi ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Program Team Building FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, Setiausaha Bersama Program, Cik Aliaa Husna Zainuddin dan Puan Siti Fazilation Akmar Syed Omar, Ketua AJK Aktiviti yang juga Komandan Kem Team Building FSKIK Dr Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib dan Ketua AJK Persembahan, Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan. Mereka berbincang bersama Encik Zamri selama hampir sejam. Banyak info berguna sepanjang kunjungan mereka ke Pangkor termasuklah dari segi maklumat jeti, feri, teksi dan kawasan sekitar untuk dikongsi dalam perbincangan yang akan diadakan pada 11 Mei 2022. Antara tempat menarik bergambar di Jeti Marina Island dan Purnama Beach Ressrt 97

Bergambar Bersama AJK FFPM KICK OFF MESYUARAT FFPM SECARA RASMI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 11 Mei 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) sebagai Pengerusi Bersama Fakulti Muzik dan Seni Persembahan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) pada jam 230 petang, 11 Mei 2022 bertempat di Dewan Konvensyen E-Learning. Ini merupakan mesyuarat pertama melibatkan seluruh jawatankuasa yang terdiri daripada PTj UPSI dan FINAS. 98

Ucapan Kumpulan Pelajar FYP A212 yang dihantar Dr Elis LIMA STAF FSKIK TERPILIH PEMENANG UCAPAN BERTUAH HARI RAYA FSKIK 2022 Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 11 Mei 2022 – Lima orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) terpilih sebagai pemenang ucapan bertuah Hari Raya FSKIK. Mereka adalah penyumbang ucapan raya yang diuruskan oleh U-Media FSKIK melalui hebahan pada 4 April 2022 dan 25 April 2022. 99

Ini merupakan kali kedua penyampaian kepada pemenang diadakan susulan daripada hebahan U-Media berkaitan ucapan hari raya yang diadakan pada 2021 dan 2022. Pemilihan pemenang juga dibuat melalui ucapan hari raya yang diperoleh dari aplikasi WhatsApp. Kakitangan juga boleh mendapatkan gambar dan ucapan hari raya melalui pauta berikut: 2022: https://online.pubhtml5.com/lauu/mjik/#p=1 2021: https://online.pubhtml5.com/lauu/cdca/#p=1 Bil Pemenang 2022 Pemenang 2021 1. Profesor Madya Dr Mashitoh Hashim Ts Dr Chee Kee Nee 2. Dr Elis Syuhaila Mokhtar Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan 3. Puan Siti Fazilaton Akmar Syed Omar Encik Mohd Hafirdause Musfafa 4. Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan Puan Noormazni Baharum 5. Encik Shahril Redha Zabri Dr Elis Syuhaila Mokhtar E-Sepanduk Ucapan Dr Hariz 100

Rabu@Qalbu PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK 11 MEI 2022 TUNDA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 11 Mei 2022 – Perhimpunan Mingguan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) yang sepatutnya diadakan pada 11 Mei 2022 oleh Jabatan Komputeran (JKOM) telah ditunda atas kekangan jabatan termasuk masih ramai staf yang bercuti hari raya Perhimpunan Mingguan FSKIK bakal diadakan semula pada 18 Mei 2022 yang akan dihoskan oleh pasukan yang sama. Dengan perubahan tarikh ini, Perhimpunan Mingguan pada 25 Mei 2022 pula akan dikendalikan oleh Unit Pentadbiran dan Unit Akademik, FSKIK seperti giliran yang ditetapkan. 101

Antara Staf FSKIK Yang Hadir Ke Sesi Bergambar SESI BERGAMBAR FOTO RAYA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 13 Mei 2022 – Lebih 20 orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) terlibat dalam Sesi Bergambar Foto Raya yang diadakan pada 13 Mei 2022 di Rumah Alumni, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Mereka lengkap berpakaian raya untuk memenuhi tema foto raya iaitu “Tiba-Tiba Hari Raya”. 102

Dr Hishamuddin dan Puan Aliaa bersama rakan FSKIK KETUA JABATAN KOMPUTERAN BERTEMU JODOH DENGAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus Foto: Puan Maryati Md Saad 15 Mei 2022 – Dua orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) selamat melangsungkan majlis perkahwinan semalam bertempat di Dewan Orang Ramai Ulu Bernam, Selangor. Selamat Pengantin Baharu buat Ketua Jabatan Komputeran FSKIK, Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Tadbir FSKIK, Puan Aliaa Husna Zainuddin. FSKIK mencatat sejarah sebagai tempat pertemuan kedua mempelai. 103

v Ahli Jawatankuasa Yang hadir MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PENUBUHAN FAKULTI BAHARU Oleh :Arissa Hasya Auni 17 Mei 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penubuhan Fakulti Baharu telah berlangsung di Dewan Konvensyen E-Learning pada jam 230 petan 17 Mei 2022 melibatkan 26 orang ahli dan jemputan. 104

Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris mewakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mempengerusikan mesyuarat selama satu setengah jam. Sesi mesyuarat ini dibuat secara bengkel dengan empat kumpulan dibentuk terdiri daripada Kumpulan Akademik, Sumber Manusia, Kewangan dan Fasiliti. Pembentangan kumpulan disampaikan oleh Profesor Madya Dr Ashardi Abas, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, Mejar (B) Mohd Ramli Othman dan Ts Ir Haji Zulkifly Mohd Yusof. Pada akhir mesyuarat, para peserta berjaya memantapkan kertas kerja yang akan dihantar ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk kelulusan dari aspek governan dan pengurusan. Dekan FSKIK dalam ucapan berkata Mesyuarat Senat pada sebelah pagi, 17 Mei 2022 juga meluluskan kertas cadangan penubuhan fakulti baharu selaras dengan peranan Senat untuk mempertimbangkan kewujudan PTj akademik. Kumpulan Akademik sedang berbincang 105

Dr Fadhil Harfiez Sedang Berkongsi Pengalaman PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN JKOM Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 18 Mei 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Komputeran (JKOM) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Dr Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib dengan berkongsi pengalaman menyertai Canton Fair di China. 106

Staf FSKIK Menerima Hadiah Kemenangan Daripada Pendaftar FSKIK MENANG TEMPAT KETIGA GERAI TERCANTIK MAJLIS HARI RAYA & 25 TAHUN UPSI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 24 Mei 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menang tempat ketiga dalam Pertandingan Gerai Tercantik bersempena Majlis Hari Raya dan 25 Tahun UPSI yang berlangsung pada 24 Mei 2022 di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. 107

Staf FSKIK Bergambar Sempena Kemenangan 108

Staf Yang Berada Di Atas Talian PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN UNIT PENTADBIRAN DAN UNIT AKADEMIK FSKIK Oleh : Arissa Hasya Auni 25 Mei 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit Pentadbian dan Unit Akademik menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti perkongsian maklumat penganjuran Team Building yang bakal diadakan pada 30 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022 di Pulau Pangkor. Perkongsian ini disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Program Team Building FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. 109

Ahli Mesyuarat Berbincang Secara Bersemuka dan Dalam Talian PERSIAPAN AKHIR JAWATANKUASA PROGRAM TEAM BUILDING Oleh : Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain 26 Mei 2022 – Ahli Jawatankuasa Program Team Building, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. Fakuti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan mesyuarat terakhir bagi memastikan semua urusan persiapan akhir telah disempurnakan. Mesyuarat yang berlangsung pada 26 Mei 2022 dipengerusikan oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. 110

Dr Hariz terima Anugerah Inovasi PdP sempena A2U STAF FSKIK CEMERLANG DI ITEX DAN A2U Oleh : Arissa Hasya Auni 31 Mei 2022 – Staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) cemerlang dalam ITEX 22 dan Anugerah Akademia UPSI (A2U). Antara nama yang mengharumkan FSKIK termasuklah Profesor Madya Dr Ashardi Abas bersama pasukan, Dr Azniah Ismail bersama pasukan dan Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan. Tahniah! 111

Sepanduk Ucapan Tahniah Daripada RMIC 112

Jun 2022 113

114

Ikrar Warga FSKIK Kemuncak Program Team Building 129 STAF GEGAR PANGKOR SEMPENA TEAM BUILDING FSKIK Oleh : Arissa Hasya Auni 2 Jun 2022 – Seramai 129 orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menggegarkan Pangkor bersempena Program Team Building FSKIK yang diadakan bermula 30 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022. Pengisian program berbentuk outdoor yang menerapkan aktiviti semangat berpasukan yang berteraskan 5K (Kasih Sayang, Keseronokan, Kesegeraan dan Kreativiti). Peserta juga melalui aktiviti kerohanian dan forum selain memfokuskan aktiviti tetap Team Building yang dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM). 115

Aktiviti berkumpulan bermula seawal peserta berkumpul di Jeti dengan tugasan diberikan melalui Facebook Rasmi Team Building FSKIK. Antara tugasan termasuklah bergambar berkumpulan di lokasi tertentu bagi memenuhi penilaian kumpulan. Dalam aktiviti Team Building anjuran BSM, Kumpulan 5 berjaya muncul sebagai Johan manakala tempat kedua dimenangi secara bersama oleh Kumpulan 9, 8, 6 dan 4. Manakala penebang Tempat Ketiga diraih oleh Kumpulan 10, 7, 2 dan 1 dan pemenang tempat keempat disandang oleh Kumpulan 3. Pada hari ketiga, peserta diberi tugas mencabar bagi memenuhi slot Retreat FSKIK: Peranan Warga FSKIK dalam Memacu Fakulti melalui Jungle Tracking. Mereka bergerak dalam kumpulan sejauh 3km untuk menerapkan semangat berpasukan ketika menjalankan aktiviti. Malamnya, semua staf diraikan dalam Majlis Apresiasi dan Jamuan Hari Raya FSKIK. Kumpulan 9 berjaya menjadi Juara Keseluruhan Program Team Building manakala Kumpulan 8 menyusul sebagai Naib Juara. Kumpulan 10 pula menduduki tempat ketiga dan disusuli oleh Kumpulan 1,4,2,5,3,6, dan kumpulan 7. Kumpulan 6 pula berjaya menang Persembahan Terbaik Kumpulan. Selepas acara Briswalk dan Senamrobik, peserta mengikuti Majlis Ikrar Warga FSKIK dan Majlis Penutup. Ikrar yang dibaca oleh peserta merupakan acara kemuncak yang memperlihatkan kesungguhan staf untuk menerapkan budaya kerja berpasukan selepas pulang dari Pangkor nanti. Peserta keluar dari Jeti Pangkor pada jam 4 petang dan sampai di UPSI sekitar jam 745 malam, 2 Jun 2022. 116

IKRAR WARGA FSKIK Bahawa kami, Warga FSKIK berikrar dan berjanji akan 1.berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kekeluargaan 2.bekerja dengan penuh kasih sayang 3.menerapkan keseronokan dalam persekitaran pekerjaan 4.sentiasa segera dalam melaksanakan tugas 5.kreatif dalam menyelesaikan tugasan Kami juga berikrar 1.berazam meningkatkan mutu perkhidmatan 2.bekerja dengan penuh tanggungjawab 3.berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri 4.berpegang teguh kepada aspirasi U.P.S.I 117

Warna Warni Program Team Building 118

Info Berkaitan Maskot FSKIK REVO NAMA MASKOT FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 2 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) mengumumkan nama Maskot fakulti sempena Malam Apresiasi dan Jamuan Hari Raya FSKIK yang diadakan pada 1 Jun 2022 di Purnama Beach Resort, Pangkor. Nama REVO dipilih oleh fakulti sebagai nama maskot FSKIK. Nama ini dicipta oleh Pelajar FSKIK, Reza Hilal Pahlewi Nasurdin yang dipilih daripada lebih 30 nama yang bertanding sejak pertandingan dibuka pada Mac-April 2022 lepas. 119

Sepanduk (kiri) dan Sesi Aktiviti Dalam Talian PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN JSRB Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 8 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan penerangan aktiviti rekaan pelitup muka “The Face of Borneo” oleh Dr Elis Syuhaila Mokhtar. Sepanjang sesi berlangsung selama 30 minit, staf ditunjukkan cara-cara mereka bentuk pelitup muka. Mereka yang telah selesai mereka bentuk pelitup muka diminta untuk menghantar penyertaan dan berpeluang untuk bersaing merebut hadiah wang tunai. 120

Dr Zainuddin Abindinhazir sedang menerangkan lakaran monumen FSKIK BAKAL TERAJUI PEMBINAAN MONUMEN 100 TAHUN UPSI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 8 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui kepakaran perundingnya, Dr Zainuddin Abindinhazir bakal menerajui pembinaan monumen bersempena Sambutan 100 Tahun UPSI. Sesi pembentangan diadakan di hadapan Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), TS Dr Ahmad Nizam Othman bagi mencapai kata persetujuan untuk mengangkat cadangan pembinaan monumen berserta kos pembinaan untuk kelulusan Universiti. 121

Peserta JMK Yang Hadir JMK ANJUR BENGKEL SEMAKAN SEMULA PROGRAM Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 12 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) menganjurkan Bengkel Semakan Semula Program Sarjana Muda bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam. Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris hadir bersama-sama peserta bagi membantu jabatan menyiapkan dokumen. 122

Encik Ronaldi Saleh (Gambar bawah kanan) dalam talian PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN JMK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 15 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan penerangan aktiviti perkongsian ilmu oleh Encik Ronaldi Saleh Umar dengan tajuk “Tips Untuk Menghasilkan dan Menjual E-Book Sendiri” 123

bengkel@FSKIK FSKIK ANJUR BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN PROGRAM BAHARU SARJANA MOD B DAN C DI SHAH ALAM Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 17 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Program Baharu Sarjana Mod B dan C Peringkat Pasca Siswazah yang berlangsung pada 15-17 2022 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Bengkel ini dihadiri oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris bersama-sama peserta yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Seni dan Reka Bentuk dan Jabatan Multimedia Kreatif 124

Dr Zaffwan Sedang Membaca Teks LEBIH 800 PELAJAR FSKIK BERGRADUAT Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 19 Jun 2022 – Kira-kira 834 pelajar Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) bergraduat sempena Majlis Konvokesyen UPSI yang berlangsung bermula 18 Jun 2022 hingga 25 Jun 2022. Sesi penyampaian ijazah melibatkan graduan FSKIK berlangsung pada 18 Jun 2022, 19 Jun 2022, 21 Jun 2022 dan 25 Jun 2022. 125

Antara Yang Hadir Dalam Majlis Apresiasi Graduan MAJLIS APRESIASI HARGAI GRADUAN FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 19 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui portfolio Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menganjurkan Majlis Apresiasi Graduan bersempena Majlis Konvokesyen UPSI Ke-23. Majlis ini berlangsung pada 19 Jun 2022 di Perkarangan Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning dengan tema “Hitam & Emas” Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin dan Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. 126

Dr Hishamuddin Ketika Menyanyikan Lagu “Yang Sedang-Sedang) ‘ARTIS’ FSKIK WARNAI MAJLIS APRESIASI GRADUAN FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 19 Jun 2022 – Lima orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) membuat persembahan sempena Majlis Apresiasi Graduan yang berlangsung pada 19 Jun 2022 di Perkarangan Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning. Mereka termasuklah Encik Muhammad Khairul Anwar Md Isa, Ts Dr Firdaus Ramli, Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, Puan Rasidah Yazid dan Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. 127

Antara Pensyarah Yang Hadir Pada 25 Jun 2022 STAF FSKIK BERTUGAS HARI TERAKHIR KONVO UPSI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 25 Jun 2022 – Sempena hari terakhir Majlis Konvokesyen UPSI pada 25 Jun 2022 beberapa orang pensyarah, pegawai dan staf sokongan terlibat bertugas dalam sesi tersebut. Mereka terlibat dalam Perarakan Graduan (Tugas Pepandu), Perarakan Akademik dan Urus setia Fakulti (Agih kad). 128

Fee Dengan Aksi Bersahaja ‘ARTIS’ FSKIK GEGAR LAGI MAJLIS APRESIASI GRADUAN FSKIK Oleh : Arissa Hasya Auni 25 Jun 2022 – Staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menggegarkan lagi pentas Majlis Apresiasi Graduan pada 25 Jun 2022 di Perkarangan Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning. Kali ini yang terlibat membuat persembahan termasuklah Encik Muhammad Khairul Anwar Md Isa, Profesor Madya Ts Dr Shamsul Arrieya Ariffin Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain (Fee), Ts Dr Ahmad Nizam Othman dan penambilan khas Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. 129

Antara Yang Hadir PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN JKOM “BALING-BALING BAGI MASUK” Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 29 Jun 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Komputeran (JKOM) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti “Baling-Baling Bagi Masuk” bertempat di Gelanggang Bola Keranjang pada 29 Jun 2022 jam 8 pagi. Setelah sekian lama Rabu@Qalbu bersiaran dalam talian, aktiviti kali ini membuka ruang kepada staf untuk beriadah. Hadir dalam sesi ini ialah Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. 130

Kumpulan Yang Menang 131

Julai 2022 132

133

TIPS HILANG STRESS Kursus Stress & Screen Fatigue Management 09/08/2022 - 09/08/2022 TIPS HILANG STRESS Kursus Stress & Screen Fatigue Management 09/08/2022 - 09/08/2022 Staf teruja bergambar dengan Naib Canselor UPSI STAF FSKIK MERIAHKAN HARI KELUARGA UPSI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 6 Julai 2022 – Kakitangan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) hadir memeriahkan Hari Keluarga UPSI yang diadakan di Stadium UPSI pada 6 Julai 2022. Mereka turut menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan termasuk menang tempat kedua dalam acara tarik tali. Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris menyertai acara tarik tali dan belon kasih sayang. 134

Staf yang terlibat Acara Tarik Tali Ceria…. staf FSKIK menikmati durian 135

Kerja-kerja Mengindahkan Ruang di Luar Pejabat PERSIAPAN UNTUK PENGOPERASIAN FSKIK & FKMT Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 8 Julai 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) sejak pertengahan Jun 2022 telah membuat persiapan untuk kerja-kerja pengoperasian fakulti baharu dan fakulti sedia ada. Antara perancangan adalah membina dinding, menukar papan tanda dan kerja- kerja memindah perabot dan dokumen. Pengoperasian Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) dan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) dijangka mula berkuatkuasa mulai 1 September 2022. 136

Staf Gembira Bersama Hadiah Masing-Masing PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN UNIT PEREKA DAN TEKNIKAL STUDIO SENI JSRB Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 13 Julai 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit Pereka dan Teknikal Studio Seni, Jabatan Seni dan Rekabentuk (JSRB) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti “Pecah Peluh” bertempat di Gelanggang Sukan Hadapan Bangunan Canselori pada 13 Julai 2022 jam 8 pagi hingga 11 pagi. Ucapan wakil Dekan FSKIK dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Profesor Madya Ts Dr Muhammad Modi Lakulu. Sejumlah 4 kumpulan terdiri daripada 5 orang bertanding dalam acara sukaneka seperti Geli-Geli Guli, Musang Berjanggut, Tuju Bulat-Bulat, Lambung Sampai Untung dan Comel Burung Puyuh. 137

Meta-Tekno Yang Sedang-Sedang Saja 138

Nvidia G-Force AMD Opteron 139

Kumpulan 9 Berswafoto do Blok B RABU@QALBU GAMIT KENANGAN TEAM BUILDING PANGKOR 2022 DENGAN AKTIVITI REUNION “JELAJAH KAMPUS BERSWAFOTO” Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 20 Julai 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit Akademik dan Unit Pentadbiran menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti Reunion@Team Building: Jelajah Kampus Berswafoto. Program bermula jam 805 pagi dengan ucapan aluan Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. Beliau berkata program Rabu@Qalbu merupakan aktiviti wajib Universiti yang perlu dihadiri oleh warga FSKIK. Beliau juga sempat berkongsi penemuan pihak pengurusan iaitu terdapat staf yang langsung tidak turun ke program Rabu@Qalbu FSKIK. Aktiviti jelajah kampus bermula pada jam 815 pagi sehingga jam 10 pagi dan diakhiri dengan sesi sarapan serta sesi gambar berkumpulan. 140

Aktiviti ini Mendekatkan Staf FSKIK dengan Sejarah 100 tahun UPSI 141

Dekan FSKIK Membacakan Watikah Pengisytiharan KENANGAN TEAM BUILDING PANGKOR 2022 DILANCARKAN MELALUI PENERBITAN KHAS Oleh : Arissa Hasya Auni 20 Julai 2022 – Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris melancarkan penerbitan khas: Memori@Team Building FSKIK, Purnama Beach Resort, Pangkor pada 30 Mei 2022 – 2 Jun 2022 bersempena program Rabu@Qalbu pada hari ini. Penerbitan khas ini mengandungi maklumat lengkap dan gambar program yang boleh diakses melalui pautan yang diedarkan kepada warga FSKIK. Penerbitan dalaman ini sangat eksklusif khasnya buat 129 orang peserta program Team Building. 142

bengkel@FSKIK FSKIK ANJUR BENGKEL SEMAKAN SEMULA PROGRAM PENDIDIKAN & PEMURNIAN PROGRAM 2U2I DI BAWAH JKOM Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 24 Julai 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Bengkel Semakan Semula Program Sarjana Muda Pendidikan dan Permurnian Program Sarjana Muda Sains Komputer & Teknologi Internet Benda (2U2I) bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suite, Shah Alam pada 22-24 Julai 2022. Bengkel ini melibatkan program di bawah Jabatan Komputeran, FSKIK. 143

Hamper Pemenang KUMPULAN 9 PEMENANG JELAJAH KAMPUS BERSWAFOTO Oleh : Arissa Hasya Auni 26 Julai 2022 – Kumpulan 9 menepati ramalan pelbagai pihak memenangi Jelajah Kampus Berswafoto bersempena Rabu@Qalbu & Reunion Team Building Pangkor yang didakan pada 20 Julai 2022 lepas. Naib Juara dimenangi secara bersama oleh Kumpulan 6 dan Kumpulan 8. Tiga kumpulan tersebut merupakan kumpulan yang pernah menang pertandingan ketika di Pangkor termasuklah Juara Kumpulan Terbaik (Kumpulan 9), Johan Persembahan Terbaik Malam Apresiasi (Kumpulan 6) dan Naib Juara Kumpulan Terbaik (Kumpulan 8) 144

RABU@QALBU ANJURAN JSRB Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 27 Julai 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti perkongsian ilmu secara dalam talian oleh Dr Zainuddin Abindinhazir dengan tajuk “Arca Dasar Laut Langkawi: Manifestasi Legenda Mahsuri”. Dr Zainuddin merupakan satu-satunya wakil UPSI yang diberi peluang untuk merekacipta arca dasar laut di Langkawi. Arca yang diletakkan di situ telah tercatat dalam Malaysia Book of Records. 145


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook