Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore u-media@FSKIK 2022 new

u-media@FSKIK 2022 new

Published by ajfirdaus, 2021-12-29 01:08:10

Description: u-media@FSKIK 2022 new

Search

Read the Text Version

Dekan FSKIK Mempengerusikan Mesyuarat AJK FFPM BERMESYUARAT DI FINAS HULU KELANG Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 15 September 2022 – Seramai 23 Ahli Jawatankuasa Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) hadir di FINAS, Hulu Kelang bagi menyertai Mesyuarat Jawatankuasa FFPM Kali Ke- 5. Mesyuarat ini berjalan lancar dengan perbincangan dan laporan jawatankuasa dibuat bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 1.20 petang di Dewan Samad Idris, FINAS. Mesyuarat berikutnya nanti akan diadakan di UPSI pada 6 Oktober 2022 196

Sepanduk Direka oleh Encik Khairul Ezedi SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 16 September 2022 – Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) dan Pengurusan FSKIK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2022. Ucapan ini diedar melalui sepanduk kepada warga FSKIK dan UPSI. Satu video temu bual wartawan lokasi FSKIK, Dr Sham kepada staf dan bekas staf FSKIK sempena Perhimpunan Bulanan hari Rabu lepas dilihat menceriakan Hari Malaysia dalam kalangan warga FSKIK. 197

Rata-rata staf yang menonton video tersebut memberi reaksi menarik. “Comel” tulis Puan Siti Fazilaton Akmar “Wartawan tak bertauliah” sambung Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Dr Norakmal (Kiri) dan Dr Hishamuddin (Kanan) Meletakkan Ikon Dalam Facebook Team Building pula terdapat kakitangan memberi maklumbalas. “Malaysia Bagus… Makan Bagus..” tulis Puan Siti Fazilaton Akmar yang merujuk kepada temu bual kepada Cik Zahida, bekas staf FSKIK. “Tak Sangka. Zahida International rupa-rupanya…bagus” tulis Dr Mohd Fadhil Harfiez. “Takdo kojo namo eh” sambung Profesor Madya Dr Suzani Samuri. “U Make My Day” tulis Puan Harnani. 198

Sesi Dalam Talian RABU@QALBU ANJURAN JSRB Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 21 September 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti perkongsian ilmu secara dalam talian oleh Cik Sayang Ali, Peguam Hartanah, HMCO dengan tajuk “Pindahmilik Hartanah: Konsep & Perspektif Dalam Konteks Perundangan” pada 21 September 2022. 199

Jemputan Hadir di Makmal BYOD LAWATAN KV GERIK KE UPSI Oleh : DMHAR 28 September 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Komputeran (JKOM) menerima lawatan Kolej Vokasional (KV) Gerik pada 21 September 2022 yang berlangsung Makmal BYOD, Bangunan Teknologi Maklumat. Program yang diberi nama “Bengkel OBE dan Lawatan Penandaaras” ini dhadiri oleh lapan orang pensyarah daripada KV Gerik. Penceramah FSKIK yang terlibat termasuklah Profesor Madya Dr Ramlah Mailok, Ketua Jabatan Komputeran, Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, Dr Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib, Dr Nor Masharah Husain, Dr. Nor Asiah Razak dan Puan Maryati Md Saad. 200

Delegasi KV Gerik Sempat Bergambar di Muzium Pendidikan Nasional 201

Dr Mad Helmi (Kiri) dan Dr Yusri (Kanan) berada di Booth UPSI PROGRAM B40 UPU27 2022 Oleh : Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman 28 September 2022 – Dua orang pensyarah Jabatan Komputeran (JKOM), Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) mewakili UPSI dalam program B40 UPU2U 2022 Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera. 202

Pensyarah FSKIK yang terlibat ialah Dr Yusri Abdullah dan Dr Mad Helmi Ab Majid. Selain mewakili fakulti, mereka turut mewakili Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) ke program tersebut. Program ini anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ia diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 (terutamanya pelajar daripada golongan B40) tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam selepas menamatkan SPM atau STPM. Dalam program ini, wakil institut pengajian tinggi, KPT dan organisasi berkaitan pengajian tinggi dari seluruh Malaysia telah diberi peluang untuk mengadakan pameran, aktiviti dan perkongsian tentang program-program yang ditawarkan dan maklumat berkaitan pengajian tinggi kepada pelajar. Antara Pelajar Sekolah Yang Hadir 203

INOVASI PELAJAR FSKIK MENANG 1 EMAS 2 PERAK 2 GANGSA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 28 September 2022 – Lima orang pelajar Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menang satu emas, dua perak dan dua gangsa dalam Pertandingan Rekacipta Inovasi Internasional dan Nasional (PRiIN 2022) anjuran Jabatan Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudari Mariyam Jamilah Abd Najah dari program AT46 berjaya membawa pingat Emas melalui inovasi “Hamusta: Virtual Pet Game Application”, manakala Saudari Puteri Nur Insyirah Muhamad Azhar dari program sama menang Perak melalui inovasi “Laman Web CHAMP UPSI” dan Saudara Mohamad Zulfadzli Mohd Fadzil menang Perak dengan mempertaruhkan inovasi “Geometry Augmented Reality”. Dua gangsa lagi diperoleh oleh inovasi bertajuk “Pemainan Planet dalam Sistem Suria” (Saudara Muhamad Arif Rahman) dan “My DuitBelanja” (Saudara Azuan Awang Namit). Kejayaan semua pelajar ini adalah berkat bimbingan pensyarah-pensyarah FSKIK yang sama-sama mengharumkan nama UPSI di persada kebangsaan dan antarabangsa. 204

Sepanduk Kemenangan 205

206

Oktober 2022 207

208

209

2710

Dikemaskini/Updated: 29 September 2022 201


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook