Pejabat Am FSKIK DItutup PEJABAT AM FSKIK DITUTUP PADA 4 MAC 2022 & 7 MAC 2022 Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 4 Mac 2022 – Pejabat Am Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. Fakuti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) ditutup dari 4 Mac 2022 hingga 7 Mac 2022 atas penasihatan ROSH UPSI. Penutupan ini bertujuan agar tempat kerja di fakulti selamat setelah virus mati dalam tempoh berkenaan. Sejak 2020, FSKIK merupakan antara PTj yang kental bertahan tidak ditutup setelah satu demi satu pejabat ditutup melalui notis dikeluarkan oleh PTj berkaitan. 46
Notis yang diletakkan di kaunter Pejabat Am Talian Hotline FSKIK 47
Rabu@Qalbu PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK 9 MAC 2022 TANGGUH Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 9 Mac 2022 – Perhimpunan Mingguan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) yang sepatutnya diadakan pada 9 Mac 2022 oleh pasukan Unit Pereka dan Unit Kejuruteraan telah ditangguhkan. Perhimpunan Mingguan FSKIK bakal diadakan semula pada 16 Mac 2022 yang akan dihoskan oleh pasukan yang sama. Dengan perubahan tarikh ini, Perhimpunan Mingguan pada 23 Mac 2022 pula akan dikendalikan oleh Unit Akademik, FSKIK. 1428
FKTD JKOM ANJUR BENGKEL JAWATANKUASA PENUBUHAN FAKULTI BAHARU Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 9 Mac 2022 – Jabatan Komputeran, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif menganjurkan Bengkel Jawatankuasa Penubuhan Fakulti Baharu Peringkat Jabatan Komputeran pada 9 Mac 2022 bermula jam 830 pagi sehingga 4.30 petang di Bilik Seminar Titiwangsa, Scholar’s Suites dengan jemputan 24 peserta. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan cadangan pembentukan fakulti baharu untuk dikemukakan kepada pihak fakulti. 49
Perbincangan Dalam Talian AKRONIM FSKIK KEKAL, FKTD AKAN BERTUKAR Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 15 Mac 2022 – Mesyuarat Bersama Naib Canselor Berkaitan Penubuhan Fakulti Baharu telah diadakan pada 15 Mac 2022 secara dalam talian. Mesyuarat ini dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Akademik yang menjalankan tugas Pendaftar. Dalam pertemuan itu, Naib Canselor berkata akronim Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) akan kekal dan perubahan pada huruf di dalamnya dicadangkan oleh fakulti. Ini termasuk nama FKTD yang diumumkan sebelum ini masih boleh diusulkan nama lain khasnya yang lebih “cache”. Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa Pengurusan dan wakil JKOM, Profesor Madya Dr Ashardi Abas. 50
Antara Ahli Fakulti Yang hadir PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN UNIT PEREKA & UNIT KEJURUTERAAN DI BENGKEL SENI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 16 Mac 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit Pereka dan Unit Kejuruteraan menganjurkan Perhimpunan Mingguan di Bengkel Seni dengan aktiviti “Lukis Minda”. Hos turut menyediakan hadiah kepada para pemenang. 51
Sesi Penyampaian Cenderamata 52
Ahli Pengurusan Bersama Penyelaras BENGKEL PELATAAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK UPSI BERI PANDUAN KEPADA FAKULTI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 17 Mac 2022 – Beberapa orang Ahli Pengurusan bersama Penyelaras Program, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menghadiri Bengkel Pelataan Semakan Kurikulum Program Akademik UPSI yang dihadiri Naib Canselor bertempat di Scholar’s Suites pada 17 Mac 2022. Bengkel ini memberi panduan kepada fakulti dalam membuat semakan kurikulum program akademik yang perlu memfokuskan 10 perkara, antaranya, Syarat Kemasukan Pelajar, Pemilihan Pelajar Berkualiti, Pemetaan Program, Semakan Secara Total, Isu Program Minor dan Program Mobiliti Berstruktur. 53
Antara Ahli Fakulti Yang hadir PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK BERKONSEPKAN FUN WALK ANJURAN UNIT AKADEMIK & UNIT PENTADBIRAN Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 23 Mac 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit Akademik dan Unit Pentadbiran menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti “Fun Walk” di sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Hos turut menyediakan hadiah kepada staf bertuah melalui sesi Cabutan Bertuah yang diadakan di Blok B. 54
55
Senarai Penerima Bertuah 56
Antara Ahli Mesyuarat Yang Hadir JAWATANKUASA PROTEM PENUBUHAN FAKULTI BAHARU & PEMERKASAAN FSKIK BERMESYUARAT DI SHAH ALAM Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 28 Mac 2022 – Jawatankuasa Protem Penubuhan Fakulti Baharu dan Pemerkasaan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) telah mengadakan mesyuarat pada 25-27 Mac 2022 bertempat di Best Western, ICT Shah Alam, Selangor. 57
Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. Dalam mesyuarat ini, ahli- ahli mendapat persetujuan memperakukan nama fakulti baharu dan juga perubahan nama fakulti sedia ada. Mereka juga berjaya memantapkan dua kertas kerja yang akan dipanjangkan kepada pihak Universiti untuk kelulusan. Sesi Perbincangan Yang Berlangsung 58
Dr Elis bersama Hadiah Kemenangan DR ELIS MENANG TEMPAT KEDUA BATIK REVIVAL 2022 Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 28 Mac 2022 – Dr Elis Syuhaila Mokhtar, pensyarah Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) berjaya memperoleh Tempat KeduaKategori Terbuka (Orang Awam) dalam Batik Revival 2022 Peringkat Kebangsaan. Manakala Tempat Ketiga dimenangi Alumni UPSI, Elysiana Jemaslin. 59
Naib Canselor bersama Pengurusan Universiti (Sumber Gambar: FB FSKIK) MAJLIS PECAH TANAH UNIT PENDIDIKAN HIJAU FSKIK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 29 Mac 2022 – Majlis Pecah Tanah Unit Pendidikan Hijau, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) telah berlangsung pada 29 Mac 2022 bertempat di Kolej Za’ba. Naib Canselor, YBhg Profesor Dato’ Dr Md Amin Md Taff telah menyempurnakan upacara tersebut. 60
April Sepanduk Perhimpunan Mingguan FSKIK 2022PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN JSRB Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 30 Mac 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Drs Izani Mat Il dengan tajuk “Siri Kembara Budaya: Nilai Tradisi Budaya Masyarakat Pedalaman Borneo”. 61
62
April 2022 63
64
Banner Ucapan Tahniah TS DR AHMAD NIZAM TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) FSKIK BAHARU Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 1 April 2022 – Ts Dr Ahmad Nizam Othman, bekas Ketua Jabatan Multimedia Kreatif diberi kepercayaan oleh Universiti untuk menyandang jawatan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) berkuatkuasa 1 April 2022. Sementara itu, Profesor Madya Dr Ashari Abas dilantik sebagai Pengarah Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI) UPSI. Tahniah buat keduanya. 65
Banner APC 2021 13 STAF FSKIK PENERIMA APC UPSI 2021 Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 1 April 2022 – Seramai 13 orang staf Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2021 dalam majlis yang diadakan di Dewan SITC pada 1 April 2022. FSKIK bertuah kerana mendapat tambahan dua kuota penerima kerana dua orang staf FSKIK merupakan staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran. Ini merupakan rekod baharu setelah FSKIK pernah menerima kuota 12 penerima pada 2013, 2014 dan 2017. 66
67
Maklumat Ucapan Tahniah DR MUHAMAD HARIZ DILANTIK PANEL PENASIHAT LUAR, JPM Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 5 April 2022 – Penyelaras Strategic Business Unit (SBU),Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan telah dilantik sebagai Panel Penasihat Luar bagi Modul Latihan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri. Tahniah di atas pelantikan tersebut yang secara tidak langsung menaikkan nama UPSI. 68
Dr Balamuralithara DR BALA DIANUGERAH JAWATAN MICRO FELLOW BIDANG PENGAJIAN KREATIF DI ITMO UNIVERSITY, RUSSIA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 5 April 2022 – Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Profesor Madya Ts Dr Balamuralithara Balakrishnan dianugerahkan jawatan Micro Fellow dalam bidang Pengajian Kreatif di ITMO University, St Petersburg, Russia sebagai salah satu program di bawah Felloswhip dan Professorhip. Dalam surat tawaran tersebut, Ts Dr Balamuralithara ditawarkan untuk melawat ITMO University bagi menjalakan penyelidikan bertajuk “Developing an Ethical and Sustainability Oriented Creative Thinking” selain menyampaikan kuliah berkaitan kursus “Ethics and Sustainability in Creative Process” kepada pelajar ITMO. Tempoh jemputan ini sehingga 15 Oktober 2022. 69
Wall of Fame FSKIK FSKIK HARGAI STAF CEMERLANG DENGAN PAPARAN DI WALL OF FAME Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 6 April 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) meneruskan tradisi menghargai staf cemerlang dengan meletakkan gambar penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 di Wall Of Fame FSKIK bermula 1 April 2022 yang lalu. Usaha ini bertepatan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2022 yang menyatakan antara inisiatif pemberian APC adalah nama dan gambar penerima P.P.C dan A.P.C dipamer di lokasi strategik atau yang sering dikunjungi orang ramai di pejabat. Gambar penerima tahun 2020 telah pun diletakkan pada 16 April 2021. 70
Rabu@Qalbu PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK 13 APRIL 2022 TUNDA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 13 April 2022 – Perhimpunan Mingguan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) yang sepatutnya diadakan pada 13 April 2022 oleh Jabatan Multmedia Kreatif (JMK) telah ditunda atas permintaan Ketua JMK. Perhimpunan Mingguan FSKIK bakal diadakan semula pada 20 April 2022 yang akan dihoskan oleh pasukan yang sama. Dengan perubahan tarikh ini, Perhimpunan Mingguan pada 27 April 2022 pula akan dikendalikan oleh Jabatan Komputeran, FSKIK seperti giliran yang ditetapkan. 71
Gambar Kenangan di Bangunan FINAS KUNJUNGAN HORMAT UPSI KE FINAS Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 15 April 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) diketuai oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris dan Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Profesor Madya Dr Zulkipli Abdul Rahman mengetuai 10 orang delegasi UPSI mengadakan kunjungan hormat ke FINAS pada 15 April 2022 di Ampang, Selangor. Kunjungan hormat ini merupakan lawatan balas pihak UPSI setelah FINAS mengadakan kunjungan pada 23 Mac 2022 yang lalu. Antara skop utama perbincangan ialah penganjuran Festival Filem Pelajar Malaysia. 72
Suasana dalam Bilik Mesyuarat Lawatan ke Fasiliti FINAS 73
Antara Yang Hadir Dalam Perhimpunan Mingguan FSKIK PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN JMK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 20 April 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Kapten Bersekutu Dr Muhammad Abdul Malek Saedon dengan tajuk “Pengenalan Ekuestrian”. 74
Antara Yang Hadir Prorgam Infaq Ramadan JMK INFAQ RAMADAN JMK Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 22 April 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) menganjurkan Program Infaq Ramadan dengan menghulurkan sumbangan ke perkampungan berdekatan Tanjung Malim, Perak. Prorgam ini dihadiri oleh beberapa orang pensyarah JMK. 75
Antara Yang Hadir Prorgam Infaq Ramadan JMK Sepanduk JMK 76
Antara Yang Hadir Dalam Perhimpunan Mingguan FSKIK PERHIMPUNAN MINGGUAN FSKIK ANJURAN UNIT IT & ELEKTRONIK & UNIT PEREKA Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 27 April 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit IT & Elektronik dan Unit Pereka menganjurkan Perhimpunan Mingguan dengan aktiviti Ziarah Ramadan. Persiapan program termasuk penyediaan makanan dibuat pada sebelah pagi dan program sebenar diadakan pada sebelah petang 77
Staf Yang Terlibat Ketika Persiapan Majlis Pada Sebelah Pagi 78
Staf Yang Hadir Pada Sebelah Petang 79
E-Sepanduk FSKIK WARGA FSKIK GEMBIRA SAMBUT SYAWAL Oleh : Arissa Hasya Auni 27 April 2022 – Sempena kedatangan Syawal, warga Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) teruja menyambut Hari Raya pada 2022 setelah dua tahun tidak meraikannya di kampung halaman. 80
Ts Dr Muhammad Zaffwan Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris berkata sebahagian besar kakitangan fakulti akan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Syawal pada tahun ini. Antara negeri yang mereka akan pulang ke kampung halaman termasuklah Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Johor. Menurut Dr Zaffwan lagi, terdapat juga warga FSKIK yang hanya beraya di Tanjung Malim, Perak dan Hulu Bernam, Selangor kerana kampung halaman mereka di sini. “Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga UPSI khasnya staf FSKIK” tambah Dr Zaffwan yang akan pulang ke Johor pada tahun ini. 81
Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata staf yang menetap di Tanjung Malim dan Hulu Bernam biasanya bertugas pada 3-4 Syawal ketika pejabat dibuka semula selepas cuti perayaan. “Mereka ini sentiasa berkorban untuk rakan sepejabat yang pulang ke perantauan” kata Encik Ahmad yang akan beraya di Hulu Bernam pada 1 Syawal. “Saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal buat semua. Raikan Aidilfitri ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran” tambah Encik Ahmad. Dr Mashitoh Hashim 82
Pensyarah Jabatan Komputeran, Profesor Madya Dr Mashitoh Hashim sempat merekabentuk satu sepanduk bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua “Semoga persaudaraaan kita berkekalan” tambah Dr Mashitoh. Ucapan Hari Raya Dr Mashitoh 83
Dr Elis Syuhaila Pensyarah Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Dr Elis Syuhaila Mokhtar yang mewakili keluarga besar Pelajar Projek Tahun Akhir A212 mengucapkan “Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin” kepada semua. Beliau sempat memberi dua rangkap pantun untuk tatapan warga UPSI: kutip hasil di dalam dusun pergi mengutip di tengah hari seikhlas hati jari disusun memohon maaf kekhilafan diri teroka dunia dari pagi tumpang berehat di dalam gua tulus ikhlas daripada kami dari keluarga FYP A212 84
Ucapan Kumpulan Pelajar FYP A212 Setiausaha Pejabat, Puan Siti Fazilaton Akmar Syed Omar, anak kelahiran Batu Gajah, Perak bersama rakan-rakan sangat teruja dengan kedatangan Syawal. Puan Siti Fazilaton 85
Bersama Puan Nurul Akmar Abdul Razak, Puan Norazwani Nordin dan Puan Nurul Najiha Abdul Rahim, beliau mencipta serangkap pantun untuk tatapan warga fakulti: bergema takbir di pagi raya tanda berakhirnya bulan Ramadan kami ucapkan Selamat Hari Raya salah dan silap harap dimaafkan Pantun Ucapan Raya Staf . 86
Sementara itu, Penyelaras Strategic Business Unit (SBU) FSKIK, Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan yang merupakan anak kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan menyediakan sepanduk digital yang mengandung serangkap pantun: tangan dihulur maaf dipohon tanda ikhlas mensucikan diri salah dan silap harap diampun semoga berbahagia di Aidilfitri E-Sepanduk Ucapan Dr Hariz Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 3 Mei 2022 merupakan satu detik bersejarah kepada umat Islam di negara ini setelah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana wabak Covid-19 melanda negara pada 2020. Tentunya warga FSKIK turut sama-sama teruja dan gembira menyambut hari raya kali ini. 87
Ucapan Tahniah Kepada Sazzlan SAZZLAN BAWA NAMA FAKULTI & UPSI KE VIETNAM Oleh : Arissa Hasya Auni 27 April 2022 – Alumni Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Sazzlan Yuga mewakili negara ke Sukan SEA di Vietnam pada bulan Mei 2022 nanti dalam sukan silat. Kejayaan beliau menempatkan diri sebagai wakil negara merupakan satu kebangaan fakulti dan UPSI yang secara tidak langsung membawa nama fakulti dan UPSI ke luar negara. 88
Staf FSKIK Bergambar Bersama-sama STAF FSKIK ABADI KENANGAN 27 RAMADAN DI PEJABAT Oleh : Arissa Hasya Auni 29 April 2022 – Beberapa orang kakitangan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) yang masih bertugas di pejabat FSKIK pada hari terakhir bekerja sebelum cuti hari raya mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan di pejabat. Mereka merupakan antara beberapa orang staf yang bercuti hari raya di kawasan terdekat. Manakala ada kakitangan yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman pada 30 April 2022 dan seterusnya. Selamat pulang ke destinasi masing-masing dan “Selamat Hari Raya”. 89
90
Mei 2022 91
92
Ucapan Selamat Hari Pekerja FSKIK FSKIK UCAP SELAMAT HARI PEKERJA Oleh : Arissa Hasya Auni 1 Mei 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui e-sepanduk merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga FSKIK dan UPSI pada 1 Mei 2022. Warga UPSI tentunya masih ingat pada 2019, seorang kakitangan UPSI berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Pekerja Negara (Eksekutif) sempena Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 2019. Ini merupakan satu pencapaian teragung dan amat luar biasa kepada UPSI kerana bukan mudah untuk menempatkan diri dalam senarai tertinggi anugerah pekerja negara. Individu itu kini berada di FSKIK. Tahniah, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, Timbalan Pendaftar Kanan FSKIK. Tentunya setiap kali Hari Pekerja disambut pada 1 Mei, fakta kejayaan UPSI berada disinggahsana anugerah pekerja negara akan sentiasa diingati. Ini termasuk kejayaan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI) yang dipimpin Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain menang Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang (Sektor Awam) 2017 dan Persatuan Pegawai Am (KPPA) pimpinan Puan Nazeema Bebe Mohd Yusoff menang anugerah yang sama pada 2016. 93
Fakta Kejayaan Teragung UPSI sempena Hari Pekerja 94
Ahli Mesyuarat Berbincang Secara Bersemuka dan Dalam Talian FSKIK-BPSM BAKAL ANJUR SEMULA PROGRAM TEAM BUILDING PADA HUJUNG MEI 2022 Oleh : Arissa Hasya Auni 2 Mei 2022 – Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. Fakuti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) bakal menganjurkan Program Team Building di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor pada 30 Mei 2022 – 2 Jun 2022. Mesyuarat membincangkan persiapan fakulti diadakan pada 22 April 2022 dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi program, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. Antara ketetapan penting ialah satu tinjauan lokasi akan diadakan pada 10 Mei 2022 melibatkan ahli jawatankuasa berkaitan. 95
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279