KEUSAHAWANAN ISLAM PERSPEKTIFDAN ALTERNATIF SHUHAIRIMI ABDULLAH KU HALIM KU ARIFFIN Penerbit Universiti Malaysia Perlis Kangar • 2017
© EPUB, Universiti Malaysia Perlis, 2017Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang bolehdiperolehi semula atau disiarkan dalam bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknyatanpa mendapat izin daripada Penerbit Universiti Malaysia Perlis, MALAYSIA.ISBN 978-967-5415-41-8 (Print)e-ISBN 978-967-0922-47-8 (e-Book)Diterbitkan oleh P enerbit UniMAP, Universiti Malaysia P erlis No. 98, Blok A, Taman P ertiwi Indah, Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab, 01000Kangar, Perlis. MALAYSIAAhli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Kementerian Pendidikan Tinggi MalaysiaTel: (04) 979 8131, Fax: (04) 977 5135Laman Sesawang: http://penerbit.unimap.edu.myE-mel: [email protected] terbaik untuk buku elektronik ini ialah dengan iBooks. Penerbit UniMAP tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan dankerosakan yang disebabkan oleh pengggunaan aplikasi lain. Maklumat yang diberikan di dalam buku elektronik ini hanya untuk tujuankandungan umum sahaja. Walau bagaimanapun, kami cuba mengemaskini maklumat terkini dengan tepat, tiada pernyataan atau jaminan,secara nyata atau tersirat tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berkenaan dengan maklumat,produk, perkhidmatan, atau grafik yang terkandung dalam buku elektronik ini. Sebarang penggunaan maklumat dalam buku elektornik ini adalahtanggungjawab anda sendiri.
KANDUNGANPRAKATAPENGENALAN BAHAGIAN I KONSEP KEUSAHAWANAN 1. Citra Keusahawanan Islam 2. Prinsip Keusahawanan Islam 3. Islamic Entrepreneurship Framework of Successful Entrepreneurs: A Discussion 4. Usahawan Berjaya BAHAGIAN II AMALAN KEUSAHAWANAN 5. Aplikasi Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Usahawan Ke Arah Pembangunan Usahawan Muslim Yang Bersepadu 6. Study on Characteristics of Successful Entrepreneurs: Analysis From the Islamic Perspective 7. Amalan Nilai-Nilai Murni Keusahawanan Islam Dalam Kalangan Usahawan Berjaya Mara Perlis BAHAGIAN III BUDAYA USAHAWAN 8. Tuntutan Membudayakan Infaq Dalam Pembangunan Insan 9. Nilai-Nilai Teras Usahawan Berjaya: Ke Arah Keharmonian Ummah BAHAGIAN IV ISU DALAM KEUSAHAWANAN 10. Islam Mengkritik Usahawan Yang Bersikap Berputus Asa 11. Tuntutan Mengutamakan Rezeki Yang Halal 12. Sikap Untung Cepat Punca Usahawan Bumiputera Gagal 13. Keusahawanan Islam Mengutamakan Kemaslahatan Umum 14. Usahawan dan Hutang: Satu Sorotan Menurut Perspektif Islam 15. Amalan Pelaris Dalam Kalangan Usahawan: Satu Analisis Daripada Perspektif IslamRUJUKANINDEKS
PRAKATAPertamanya, syukur kepada Allah SWT kerana memberi dorongan dan ilham untuk menulis berkaitan isu-isu berkaitan keusahawanan Islam. Selawat dan salam ditujukan kepada Baginda Muhammad SAW danahli keluarganya serta para sahabat RA. Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan kepada merekasemua.Buku yang bertajuk Keusahawanan Islam Perspektif dan Alternatif merupakan hasil kajian dan penulisanpara penulis. Isu-isu yang dikemukakan adalah persoalan semasa yang berlegar dalam kalangan usahawanpada hari ini. Penulisan ini diharapkan akan menjadi asas landasan kepada penulisan yang lebih prolifikbagi membincangkan isu-isu keusahawanan secara holistik. Isu-isu yang dihidangkan kepada parapembaca ini bersandarkan kepada sumber mu`amalah Islam. Ini kerana, dunia keusahawan ketika inibegitu kompleks dan memerlukan satu penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku. Oleh yangdemikian, keusahawanan yang bercitrakan mu`amalah Islam dilihat sebagai satu alternatif terbaik bagimerungkai dan memenuhi tuntutan semasa yang dihadapi oleh usahawan Muslim. Hal yang demikiandisebabkan keusahawanan Islam yang dilihat mementingkan elemen keadilan dan kepentingan umumdilihat sebahagian daripada medium yang dapat menyelamatkan kehidupan manusia daripada sifatketamakan dan kegelojohan pencarian keuntungan sehingga menafikan nilai-nilai murni kemanusiaan.Dalam ruangan yang terhad ini, ucapan terima kasih kepada pihak Penerbit UniMAP dan Universiti amnyayang memberi ruang untuk menerbitkan buku ini. Akhir kata, penulis bersedia menerima sebarang kritikandi atas kekurangan dalam meyempurnakan buku ini. Semoga usaha ini adalah sebahagian daripada amalkebaikan yang diterima oleh Allah SWT.Wassalam.
PENDAHULUANIslam sebagai satu ajaran yang syumul dan praktikal sentiasa memenuhi tuntutan fitrah manusia.Pensyariatannya di atas muka bumi bertujuan untuk menyusun sistem kehidupan manusia yang sistematikdan selaras dengan kehendak agama. Bagi memenuhi keperluan manusia untuk melangsungkankehidupannya, Islam telah memberi garis panduan melalui pedoman wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah.Kedua-dua sumber tersebut merupakan perlembagaan kehidupan yang akan memandu manusiamemakmurkan khazanah alam ini dan menuai keuntungannya pada hari akhirat kelak. Ketelitian manusiauntuk mematuhi segala isi kandungannya akan mendorong manusia untuk mencapai ketentuan yang dikenalisebagai hasanah di dunia dan akhirat. Tegasnya, semua bidang keperluan manusia sejak dari zamanpermulaan penciptaan manusia sehingga kini semuanya terkandung dalam korpus perbendaharaan Al-Quran seperti yang diperincikan oleh Al-Sunnah.Dalam konteks keusahawanan, ia merupakan sebahagian daripada aktiviti yang diilhamkan melaluikekreatifan manusia untuk bermu`amalah sesama mereka. Melalui aktiviti keusahawanan, manusia dapatmelontarkan idea untuk memajukan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan wilayah amnya. Hal yangdemikian disebabkan, pada prinsipnya istilah keusahawanan tidak hanya disempitkan kepada kegiatanyang bermotifkan aktiviti keuntungan semata-mata. Bahkan, ia mengandungi konotasi makna yangmerentasi daripada pengertian tersebut iaitu penuntasan idea ataupun penciptaan peluang untukdimanfaatkan oleh manusia. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa tidak semua ahli perniagaanmempunyai wawasan pemikiran sebagai usahawan. Ini kerana, aktiviti yang diusahakan oleh individutersebut adalah untuk manfaatnya semata-mata. Sebaliknya, individu yang mempunyai potensi bakatusahawan sentiasa menggerakkan bakatnya untuk memperbaiki taraf kehidupan manusia ke tahap yanglebih baik sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, keseniaan, politik, sains dan teknologiserta pelbagai bidang keperluan manusia yang lain.Sekiranya dilihat kepada perkembangan yang berlaku di negara Malaysia, hala tuju perancangan pelantindakannya adalah untuk mencapai negara maju menjelang 2020. Sebagai masyarakat yang bakal menujuuntuk mencapai wawasan tersebut, sudah pastilah antara teras untuk mencapai kepada matlamat tersebutbergantung kepada kekuatan ekonomi. Justeru, melihat kepada kepentingan tersebut kegiatan ekonomimerupakan komponen yang diberi keutamaan oleh pemerintah bagi memastikan kestabilan dankeseimbangannya sentiasa terjamin meskipun ia banyak dipengaruhi oleh kesan pasaran global. Dalammemperkatakan persoalan ekonomi, sudah tentulah bidang keusahawanan merupakan sebahagian daripadakomponen yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara Malaysia. Menyedari kepada hakikatinilah, pihak kerajaan atau pemerintah begitu menitikberatkan aktiviti keusahawanan dan dimasukkansebahagian daripada agenda keutaamaan yang diberi perhatian.Oleh yang demikian, sudah tiba masanya sistem keusahawanan yang digagaskan oleh Islam dijadikansebagai alternatif yang menyokong kepada amalan keusahawanan yang dipraktikkan di Malaysia dari sudutdasar, perancangan dan pelaksanaannya. Ini kerana, sistem keusahawanan Islam dilihat mempunyaikeunikan dan kekuatan yang tersendiri dalam merungkai permasalahan sosio-ekonomi untukmembangunkan sistem perekonomian menurut acuan pembangunan Malaysia.
Tambahan lagi dalam era globalisasi, dunia keusahawanan dilihat semakin kompleks yang menuntut setiapindividu usahawan untuk berdaya saing dan berdaya tahan bagi memastikan kelangsungan aktivitiperniagaan dapat bersaing dengan pihak konglomerat yang lain. Dunia tanpa sempadan menuntut kepadapara usahawan supaya mempersiapkan diri dengan nilai-nilai murni yang berpaksikan agama sebagaibenteng kekuatan untuk membentuk jati diri yang kuat. Pengabaian terhadap nilai-nilai murni dalam aktivitikeusahawanan mengakibatkan individu yang terlibat melupakan nilai-nilai adab dan spiritual yang begitupenting bagi perkembangan kreatif manusia yang positif.Kemewahan dunia yang disaduri dengan dogma materialistik menjadikan manusia alpa dan jauh tersesatsehingga cenderung menjadikan individu tersebut sebagai pelampau dan zalim. Kehidupan yang terlalumengagungkan kebendaan mengasingkan manusia antara satu sama lain, meningkatkan darjah kepentingandiri dan menghakis jaluran perhubungan yang harmoni dalam institusi masyarakat. Realiti yang berlaku inicenderung kepada kehidupan yang bersifat anarki, menafikan ketertiban umum dan meruntuhkan sistemekonomi yang adil. Impak sebeginilah dikritik oleh keusahawanan Islam kerana gagal untuk menyuburkanpertumbuhan masyarakat yang sejahtera. Ia jelas bertentangan dengan semangat falsafah keusahawananIslam yang meletakkan fungsi rabbani sebagai asas keutamaan yang mewarnai lanskap duniakeusahawanan.Sejarah menggambarkan bahawa seandainya sistem keusahawanan yang dipraktikkan pada hari ini tidakberjaya membebaskan daripada dibelenggu dengan sistem kapitalisme monopoli global tidak sekali gusmembawa kepada pembebasan ekonomi amnya. Secara tidak langsung, ia akan menghakis kesamaansosial dan ekonomi, menyerlahkan nilai-nilai ketidakadilan dari sudut pengagihan kekayaan yang menjadipenghalang kepada perkembangan potensi tabie manusia. Akibat ketidakseimbangan yang berlaku ini, akanmenyuburkan elemen-elemen tidak sihat seperti peningkatan kadar rasuah, ketamakan, sifat kepura-puraan,kefahaman agama yang dangkal, kebejatan sosial dan moral berlaku dalam institusi masyarakat. Justeru,tanpa perubahan kepada kerangka keusahawanan yang holistik sifatnya sudah tentulah order keadilan yangdiabsahkan oleh Al-Quran tidak akan tercapai.
BAHAGIAN I: KONSEPKEUSAHAWANAN ISLAM
1 CITRA KEUSAHAWANAN ISLAMM enyorot pentas retrospektif sejarah Islam, penglibatan golongan Muslim dalam dunia keusahawanan bukanlah satu fenomena yang asing. Kecenderungan orang-orang Islam dalam aktiviti sedemikian telah berlangsung hampir lima belas abad yang silam. Umat Islam terdahulu telah berjaya menempa nama sebagai individu usahawan yang sukses danmenjadi model yang terbaik untuk dicontohi oleh golongan usahawan pada hari ini. Nabi MuhammadSAW, Sayyidina Abu Bakar R.A, Sayyidina `Uthman bin `Affan, Sayyidina `Umar al-Khattab, Zaid binArqam, Talhah bin `Ubaid al-Allah, `Abd al-Rahman al-`Auf dan sebagainya adalah individu-individuyang begitu cemerlang sebagai usahawan dan peniaga. Melalui aktiviti perdagangan dan keusahawananamnya, pengaruh syiar Islam telah berjaya disebarkan ke wilayah-wilayah negara Arab yang lain dansecara tidak langsung telah berjaya melahirkan negara-negara kota Islam yang cemerlang dalam bidangperdagangan. Perkembangan yang positif ini telah menyaksikan sebahagian daripada kota-kota Islamseperti kota Mekah menjadi pusat perdagangan yang terkenal.Keusahawanan Dalam Konteks Mu`amalahKeusahawanan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang berkaitan dengan bidang perekonomian.Justeru, ia memberi petunjuk bahawa bidang keusahawanan dilihat sebagai orientasi pengembanganekonomi dan perdagangan yang mempunyai objektif untuk kesejahteraan umat manusia. Pelaksanaanaktiviti tersebut bukan hanya diskopkan terhadap aspek ekonomi sahaja namun, ia juga turut merentasibidang sains teknologi, sosial, perdagangan, budaya dan pelbagai institusi yang lain. Melihat kepadakepentingan tersebut, pada dasarnya aspek keusahawanan dilihat sebagai penjana atau pemangkin yangmerangsang kepada pelbagai bidang mu`amalah manusia.1Oleh yang demikian, insan yang ditaklifkan sebagai pemakmur alam ini dituntut oleh agama untukmenggemblengkan sepenuh daya dan tenaga melakukan pelbagai aktiviti yang bertemakan kebajikan dankebaikan bagi memenuhi fitrah keperluannya dan juga untuk disumbangkan kepada institusi masyarakat danmakhluk lain amnya. Manifestasi falsafah nilai keusahawanan ini digarap daripada petunjuk Allah SWTdalam Al-Quran:Maksudnya: “Dan katakanlah: “bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan.” (al-Taubah: 105)Tafsiran ayat Al-Quran tersebut dapat difahami bahawa Allah SWT memerintahkan kepada manusiasupaya melakukan sesuatu usaha secara komited. Ini adalah disebabkan usaha yang dilakukan olehmanusia adalah sebahagian daripada konseptual ibadah. Bertitik tolak daripada kehendak tersebut, sesuatuusaha amal yang dilaksanakan oleh manusia diikuti dengan nilai-nilai ikhlas kerana Allah SWT akanmemperolehi ganjaran yang sewajarnya. Melalui aktiviti kerja tersebut, ia dapat meningkatkan lagi kualitikeimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.Melalui penjanaan kepada aktiviti tersebut, individu yang dikenali sebagai usahawan akan memberisumbangan dalam bentuk penerokaan, nukilan idea dan mencari peluang atau mencipta sesuatu untukmemberi manfaat kepada manusia amnya. Natijahnya, penglibatan golongan sedemikian dalam institusimasyarakat telah memberi impak yang positif terhadap penjanaan sosio-ekonomi masyarakat dan secaratidak langsung merangsang pertumbuhan katalis ekonomi negara secara lebih mapan. Dalam masa yangsama, peningkatan daya saing2 dalam kalangan usahawan telah berjaya mencipta satu suasana yang positifuntuk memacu tahap perkembangan ekonomi yang lebih pesat. Realiti semasa sekarang memperlihatkanorder ekonomi dunia kini sedang mengharungi arus gelombang globalisasi yang hebat dan mewujudkanpersaingan yang kompleks di antara satu sama lain. Justeru, bagi mengekalkan daya saing tersebut,golongan usahawan perlu mencipta, meneroka potensi alternatif, mengilhamkan idea dan merebut peluangyang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan cabaran semasa yang dihadapi.3Meskipun Islam memberi kebebasan kepada golongan usahawan untuk memanipulasikan sumber alam bagitujuan untuk merancakkan aktiviti perekonomian, namun individu tersebut perlu terikat dengan ketentuandan peraturan yang termaktub dalam mu`amalah Islam. Peraturan yang bersifat Ilahi inilah yang menjadidasar panduan dan etika kepada setiap individu usahawan dalam beinteraksi sesama manusia dan makhluklain. Ini kerana, usahawan dikonotasikan sebagai pemegang amanah atau dikenali sebagai pengurus.Dalam konteks ketentuan Islam, kedudukan manusia diberi pengiktirafan yang tinggi untuk mengurussumber-sumber pengeluaran asas seperti tanah, modal, dan hasil mahsul yang lain. Atas kefahaman ini,faktor manusiawi tidak boleh disamakan dengan unsur komoditi sebagaimana yang difahami dalamteoritikal ekonomi ciptaan manusia yang dikenali sebagai faktor asas ekonomi.Kewajaran ini adalah disebabkan segala makhluk dan sumber yang diciptakan Allah SWT di alam iniadalah untuk keperluan dan kemudahan manusia4 sebagai pelengkap dan kesempurnaan kelangsunganmanusia di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, manusia tidak boleh diinterprestasikan sebagai alat ataumodal untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Sebaliknya, Islam cuba menonjolkan manusia sebagaipemilik, pengolah, perancang atau pentadbir kepada semua faktor-faktor pengeluaran.5 Justeru, atasfungsinya sebagai pengurus atau pemegang amanah sudah tentu manusia terikat dengan obligasi hakkeagamaan yang perlu ditunaikan sama ada yang melibatkan hubungan dengan Pencipta-Nya, sesama insandan makhluk lain. Kealpaan dan kelalaian individu melakukan pelanggaran kewajiban yang telahditentukan oleh syariat maka pelakunya akan dikenakan azab yang pedih di hari pembalasan kelak.Peringatan ini dijelaskan dengan nada yang tegas oleh Allah SWT dalam Al-Quran, sebagaimanafirmanNya:
Maksudnya: ”Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu orang yang apabila menerima sukatan (cupak dan gantang) daripada orang lain mereka minta dipenuhi. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka menguranginya. Tidakkah orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), hari berdiri manusia yang mengadap Tuhan Sekelian Alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya ”Kitab Suratan Amalan” orang yang derhaka tersimpan dalam Sijjin.6” (al-Mutaffifin:1-7)Kerangka keusahawanan menurut worldview Islam bukan hanya berorientasi keuntungan material di duniasemata-mata namun ia merentasi alam fizikal yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia biasaiaitu alam akhirat. Atas kefahaman ini konsep keuntungan (gain) dan kerugian (loss) perlu dilihat daripadamedium syariat dan bukan hanya berdasarkan pertimbangan rasional akal manusia semata-mata. Justeru,tanpa bimbingan daripada wahyu mengakibatkan manusia menjadi taksub dan terpesona kepada kehidupandunia yang penuh dengan fitnah dan kepalsuan. Dampaknya, untuk mencapai cita-cita persainganpengumpulan harta, manusia sanggup membelakangkan keperluan tanggungjawab agama, berlakupenindasan, kezaliman, amalan riba, gharar dan unsur-unsur negatif lain. Kemuncak kepada fenomenayang tidak sihat tersebut berlakulah satu penciptaan order masyarakat yang penuh dengan kebobrokan dantidak bermoral7 yang jelas bertentangan dengan falsafah Islam.Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah kemuflisan moral dan ketidakadilan ekonomi berlakudalam aktiviti keusahawanan sudah tentulah kegiatan menjana harta bukanlah dianggap sebagai satukebenaran yang mutlak dan menjadi kemuncak kepada matlamat hidup. Sebaliknya, Islam secara kerasmengkritik kelompok manusia yang bersifat sedemikian dengan melakukan menyalahgunakan kuasa dansalah urus harta ke jalan kebinasaan. Situasi tidak sihat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:Maksudnya: ”Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai”. (al-Rum:7)Perkataan akhirat yang diungkapkan dalam ayat tersebut mengandungi maksud rahsia yang tertinggi iaitusebagai kehidupan yang abadi bagi seluruh manusia. Sementara dunia pula adalah sebagai tempatpersinggahan bagi manusia untuk membuat persediaan menuju ke alam akhirat.Pandangan Islam Terhadap HartaIslam tidak berpendirian pasif terhadap konsep harta dan menghalang manusia menghampirinya. Padaasasnya, penjanaan harta itu sesuatu yang dituntut kerana ia mempunyai nilai dari aspek ekonomi yang
menjadi keperluan asasi kepada setiap individu. Namun begitu, dalam memenuhi usaha tersebut ia perludilaksanakan dalam suasana order yang sihat dan progresif serta memenuhi konsep “halalan toyyiba.”8Atas keperluan ini, dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah, setiap usaha yang dilaksanakan dengan penuhkomitmen dan dedikasi mengharapkan keredhaan dari Allah SWT adalah dianggap sebagai ibadah sertadiberikan ganjaran yang setimpal. Berdasarkan kepada ketentuan tersebut, Islam jelas menyeru manusiamenggembleng daya usaha ke arah mencapai kualiti produktiviti. Dengan kata lain ia dapat difahamibahawa amal usaha ke arah mencapai hasanah dan menolak simptom fasad adalah dituntut kepada setiapindividu. Menurut Ibrahim al-Tahawi dan `Abd al-Mun`im Khallaf, mereka berpendapat bahawa ataskapasiti inilah setiap insan dipertanggungjawabkan di atas setiap perilaku yang dilakukan.9Syariat Islam jelas memberi ruang yang luas kepada manusia memakmurkan alam fizikal ini melaluipelbagai aktiviti dan usaha yang perlu dilakukan untuk kepentingan umum manusia. Kecenderunganmanusia bekerja untuk membangunkan peradaban insan adalah satu tindakan yang mulia dan memenuhiasas kemuliaan fitrah manusia. Dalam ruang lingkup kerangka tuntutan keagamaan ini, manusia diwajibkanmencari rezeki dan menyumbangkannya kepada kesejahteraan sosial. Perkara ini ditegaskan dalam satuhadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:Dari Abu Musa R.A, katanya Nabi SAW bersabda: “Setiap orang Muslim perlu bersedekah. Mereka bertanya: “Ya, Nabi Allah! Bagaimana dengan orang yang tidak punya (untuk disedekahkan”?” Jawab Nabi SAW “Ia harus bekerja dengan tangannya, sehingga ia memperoleh keuntungan untuk dirinya dan dapat bersedekah.” Tanya mereka. “Kalau tidak sanggup?” Sabda Nabi, “Hendaklah ia menolong orang yang memerlukannya.” Mereka bertanya: “Kalau sekiranya tidak boleh?” Jawab Nabi SAW, “Kerjakanlah segala kebaikan dan hentikan segala macam kejahatan. Yang demikian itu bererti sedekah juga baginya.”10 (Bukhari)Keusahawanan dan Relevensi Dengan Ajaran IslamKonsep keusahawanan Islam mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah asasekonomi yang kompleks. Keistimewaan yang ada pada sistem keusahawanan Islam disebabkan kerangkapembentukan sistem tersebut berasaskan kepada prinsip keagamaan. Islam sebagai satu cara hidup yanglengkap telah menyediakan sistem mu`amalah sebagai asas persediaan kepada manusia untukmelangsungkan aktiviti perekonomian atas muka bumi ini. Dalam sistem ini, dapat difahami bahawa setiapkegiatan aktiviti transaksi manusia, gelagat, fungsi, sistem, garis panduan dan etika adalah terikat dantunduk kepada tatacara syariat dan norma akhlak.Setiap tindak tanduk usahawan perlu diselaraskan dengan memenuhi objektif dan hukum-hukum syariatyang bersifat tetap dan tidak berubah. Atas ketentuan ini, dalam kerangka konsep keusahawanan Islam,sebarang usaha yang akan atau telah dilaksanakan tidak boleh wujud unsur-unsur kemudaratan kepadapihak lain. Prinsip ini dikenali sebagai ”prinsip tidak mendatangkan kemudaratan” ataupun dalam legalmaxim perundangan Islam dikenali sebagai .11 Pematuhan kepada prinsip ini adalah
bertujuan untuk menghalang sebarang tindakan atau gerak kerja yang dilakukan dicerakin dan dirumuskanmengikut keperluan hawa nafsu dan menyalahi kepentingan faedah umum manusia.12Dengan kata lain, kewajipan yang perlu ditegakkan ialah tidak bersikap individualistik, sebaliknyamengutamakan kebajikan masyarakat umum. Oleh yang demikian, seseorang individu ditegah secaramutlak mengambil pendekatan menyakiti orang lain. Ironinya, Islam menuntut kepada manusia mengambillangkah positif menggembirakan orang lain atas prinsip memelihara kepentingan awam.13 Berasaskankepada tuntutan ini, seseorang individu Muslim bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan yang timbulsama ada positif atau sebaliknya kesan daripada tindakannya. Sebagai contoh, seseorang usahawan yangmempunyai idea untuk mendirikan sesebuah kilang, dalam pelan perancangannya tersebut ia bukan sahajaperlu mengambil kira pulangan keuntungan yang bakal diperolehi tetapi juga perlu melihat kepada kesan-kesan sampingan yang lain seperti manfaat perniagaannya, peluang pekerjaan, faedah kepada masyarakat,pencemaran dan perkara-perkara penting yang lain. Impak tersebut perlu dianalisa merentasi sempadankewilayahan, nasional, pekerjaan, ras etnik, sosial dan agama.14Berdasarkan kepada ketentuan ini, prinsip-prinsip yang diasaskan dalam konsep keusahawanan Islamperlu melihat kepada objektif keharmonian umum sejagat dan bukannya bersifat kepentingan individu.Oleh yang demikian, jika didapati wujudnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan dan impak kepadakesejahteraan manusia sudah pastilah ia dianggap tertolak dari ajaran syarak. Pandangan ini dikemukakanoleh seorang sarjana perundangan Islam yang terkenal iaitu al-Imam Ibn al-Qayyim. Beliau menjelaskanbahawa: “Kepentingan umum manusia adalah berasaskan kepada hikmah dan kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Ia dikenali sebagai ketentuan perundangan Allah yang mengandungi keadilan dan rahmat di mana ia mengandungi maslahah dan hikmah. Justeru, setiap maslahah yang keluar dari landasan keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada tidak rahmat, dari maslahah kepada mafsadah dan dari hikmah kepada sia-sia maka ia tidak diiktiraf sebahagian dari syariat meskipun diterjemahkan dengan pelbagai tafsiran, kerana syariat hakikatnya adalah simbol keadilan Allah kepada hamba-hambaNya.”15Sehubungan itu, manusia perlu menginsafi bahawa setiap sumber alam yang dianugerahkan kepadanyaadalah untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam masa yang sama juga ia merupakan satu bentuk amanahyang perlu dipikul dengan sebaik-baiknya. Secara tersiratnya, obligasi tersebut adalah satu ujian kepadasetiap insan untuk menilai tahap kualiti akidah yang dimiliki oleh manusia. Hakikatnya, manusia perlumenyedari bahawa kekayaan dan keuntungan yang dimilikinya bukanlah bersifat pemilikan yang mutlaksebaliknya semua hasil mahsul tersebut adalah kepunyaan Allah SWT. Konotasi insan sebagai khalifahal-ard sebagai pengurus bertanggungjawab menguruskan sumber-sumber pengeluaran secara lestari untukkesejahteraan umat manusia dan makhluk lain amnya. Manusia pula hanyalah bertindak dan berfungsisebagai pemegang amanah berkewajipan menyempurnakan hak-hak tertentu iaitu memenuhi tuntutankemaslahatan umum dan menegakkan institusi keadilan ekonomi.16 Tanggungjawab manusia dalammenguruskan harta ini dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW.17:Maksudnya:
“Sesungguhnya harta ini adalah indah dan manis. Sesiapa yang memperolehinya dengan menunaikan kewajipannya, maka ia diberi keberkatan dan ramai yang menyelami harta benda Allah dan RasulNya berdasarkan kehendak hawa nafsunya maka tidak ada baginya kelak di hari Kiamat kecuali neraka (an-Nar)”. (al-Tirmidhi)Dalam memenuhi konsep keusahawanan Islam yang besifat universal, sistem falsafahnya perlu didasaridengan asas-asas al-din yang berfungsi sebagai fondisi konkrit untuk direalisasikan dalam kegiatan amalimanusia. Asas-asas agama ini penting kerana ia bersifat konsisten dan mempunyai potensi yang bersifatrabbani sebagai panduan tatacara kepada manusia menghadirkan diri dalam aktiviti keusahawanan.Peraturan ini diihat sebagai keperluan kepada umat manusia disebabkan ia untuk menjamin hak dankepentingan setiap insan dalam sebarang bentuk transaksi mu`amalah yang melibatkan interaksi sesamaPencipta, manusia dan alam. Manusia yang melanggar hak-hak tersebut adalah jelas melakukanpelanggaran kewajipan terhadap agama. Tindakan dan perbuatannya tersebut bukan sahaja mendatangkemudaratan kepada dirinya sahaja tetapi juga terhadap makhluk yang lain dan yang lebih malang lagi iaakan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kelak.Justeru, bagi mengelakkan manusia dipengaruhi secara total dengan keghairahan mencari harta denganmemanipulasikan alam ini sebagai matlamat tunggal, maka Islam telah menentukan tauhid sebagai asaskukuh dalam setiap gerak-geri manusia. Manifestasi tauhid yang mengakari jiwa manusia akanmemancarkan nur keimanan yang hakiki. Secara tidak langsung, golongan manusia yang dipandu olehpetunjuk keimanan yang tinggi akan berusaha dengan tekun memakmurkan sumber alam ini secara lestariuntuk kemaslahatan seluruh makhluk di muka bumi. Penjiwaan tauhid ini akan menyuntik unsur-unsurketakwaan kepada individu yang bergelar usahawan untuk mematuhi lunas syarak, menitikberatkan prinsipkeadilan, bersikap ihsan, berkeperibadian luhur, bekerja bersungguh-sungguh.18 Melalui pemeliharaanjaluran perhubungan dengan Allah SWT secara ikhlas mendorong golongan usahawan supaya beriltizamkepada cara hidup Muslim yang patuh dan tunduk kepada ketetapan syariat. Golongan usahawan yangmemiliki ciriciri sedemikian sentiasa berfikiran positif dan bersikap optimis untuk memajukan diri sertasentiasa pro-aktif dalam sebarang usaha yang dilakukan.Dalam Islam, individu yang bergelar usahawan terikat sebagai pemegang amanah yang sinonim denganfungsinya sebagai khalifah al-ard. Atas prinsip inilah individu tersebut ditaklifkan dengan kodifikasihukum yang telah disyariatkan oleh Islam. Berdasarkan kepada penilaian ini, setiap apa yang diusahakanoleh manusia tertakluk kepada konsep ibadah. Implikasinya, setiap perlakuan tersebut akan dinilai samaada mendapat ganjaran atau balasan. Oleh yang demikian, individu usahawan yang diikat dengan norma-norma agama tidak sentiasa berhati-hati daripada melakukan sebarang bentuk perbuatan yang dicela atauditegah dalam aktiviti bermu`amalah. Atas kewaspadaan ini, setiap tindakan tertakluk kepada perintahsuruhan dan tegahan. Apa yang menjadi keutamaan bagi setiap individu usahawan adalah memperolehipendapatan yang halal lagi berkat. Pendapatan sedemikian yang dituntut oleh syarak meskipun sedikitnamun ia mempunyai nilaian yang tinggi dari kaca mata Islam. Bagi memenuhi objektif yang murnitersebut, Islam telah menyuluh jalan kepada manusia untuk membersihkan pendapat dan perolehan yangdiperolehi melalui aktiviti zakat19 dan menginfaqkan sebahagian daripada harta kepada golongan yangmemerlukannya. Komitmen ke arah perbuatan yang terpuji ini dinukilkan dalam sebuah hadis Nabi
Muhammad SAW.20: “Daripada Abu Dhar R.A. Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Individu yang paling banyak kekayaannya adalah orang yang paling rendah darjatnya pada hari Kiamat kecuali orang yang menginfaqkan hartanya demikian dan demikian. Dan ia memperolehinya daripada rezeki yang baik.” (Ibn Majah)Berdasarkan kepada unjuran yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW, individu berjaya menurutneraca keadilan Islam adalah golongan yang berjaya menguruskan hartanya dengan cara yang hak danmelaksanakan kewajipannya sebagai individu serta menyumbang manfaatnya untuk kesejahteraan umatmanusia.KesimpulanPada hakikatnya, konsep keusahawanan yang digagaskan oleh Islam dipandu oleh sistem wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah yang mendasari falsafahnya. Syariat Islam telah memberi jaminan bahawa asasgaris panduan yang disediakan kepada manusia dalam aktiviti bermu`amalah bukanlah dalam bentukpaksaan sebaliknya ia perlu dihayati dan diapilikasi secara ikhlas dan bersepadu. Objektif asas yangdifokuskan dalam melangsungkan aktiviti tersebut adalah bertujuan melahirkan individu usahawan muslimsebagai masyarakat Islam yang adil (homo Islamicus) yang menekankan unsur-unsur keadilan, berintegriti,bertanggungjawab dan prihatin (altruistic).21 Berasaskan pemahaman ini, konsep keusahawanan Islammencela produk usahawan yang ditegakkan atas kepentingan keutamaan ekonomi yang mutlak (homoeconomicus) yang cenderung kepada keuntungan, tamak dan bersifat menindas. Konsep keusahawananyang ditegakkan atas dasar Islam yang murni tidak pernah menghalang kepada usahawan untuk menciptakeuntungan namun ia tidak boleh sampai ke peringkat yang boleh menindas pihak lain.22 Dengan kata lain,kadar keuntungan yang diperolehi tersebut adalah berpatutan dan sewajarnya.Di samping itu, aktiviti keusahawanan juga perlu dibataskan daripada terlibat dengan aktiviti yangdiharamkan oleh nas seperti riba, perjudian, akad-akad yang tidak pasti dan sebagainya. Para usahawanperlu menyerlahkan sifat-sifat kesederhanaan dalam diri mereka dan menjauhi unsur-unsur madhmumah.Bagi tujuan membersihkan jiwa para usahawan daripada unsur-unsur tercela tersebut, mereka perlumelazimkan diri memberi sedekah kepada orang Islam yang kurang bernasib baik. Bahkan yang idealnya,bukan sahaja dianjurkan menginfaqkan lebihan daripada pendapatan yang diperolehi tetapi juga sanggupmengeluarkan bahagian keperluan mereka sendiri kepada golongan yang memerlukan.23Secara tersiratnya, Islam memberi perhatian dan penekanan kepada kebajikan umum merentasi keperluankepentingan individu. Dalam hal ini, Ibn Taymiyah menegaskan bahawa kegiatan mencari keuntunganbukanlah bersifat terbuka dan bebas tetapi ia perlu dibatasi dengan prinsip moral dan pedoman syarakyang bertujuan untuk memelihara kebajikan dan kepentingan umum manusia.24 Apabila sifat manusiaterarah kepada perlakuan positif, ia dapat memecahkan masalah sosio-ekonomi yang berlaku dalaminstitusi masyarakat dan dapat diselesaikan dalam suasana yang harmonis. Inilah yang digambarkan olehIslam sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang perlu dipenuhi oleh setiap usahawan.
________________1 Sadek (1990) Economic Development in Islam, h: 25.2 Rahmah Ismail et al. (2006) Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu Dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan, h: 1.3 Mustafa Dakian (2005) Sistem Kewangan Islam, h: 13-14.4 Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Al-Quran yang bermaksud: “Dialah Allah SWT yang menjadikan segala yang ada di muk a bumi untuk k amu.” (al-Baqarah: 29)5 Siddiqi (1981) Muslim Economic Thinking, h: 58.6 Sijjin: nama Kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang derhaka.7 Fazlur Rahman (1991) Islam and Problem of Economic Justice, (terj.) Saiful Azhar Rosley, h: 15.8 Abul Hasan Muhammad Sadek (1991) Economic Growth in an Islamic Economy, dalam Development & Finance in Islam, h: 63.9 Ibrahim al-Tahawi (1974) al-Iqtisad al-Islami, jil. 1, h: 246. Rujuk Muhammad `Abd al-Mun`im Khallaf (1973) al-Madiyyah al-Islamiyyah wa `Abduha, h: 165.10 Hadissahih.al-Bukhari dalam Kitab Zakat, jil. 2, h: 116.11 Pada asasnya ia mengandungi konotasi bahawa tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap orang lain dengan cara melakukan kemudaratan ke atasnya. Pemakaian prinsip ini dihurai dengan jelas dalam Mohd Saleh Hj Ahmad (1999) Pengantar Syariat Islam, h: 28.12 Kepentingan umum adalah menjadi keutamaan dalam syariat islam. Atas kepentingan inilah syariat itu pada dasarnya adalah maslahah sama ada dalam bentuk mengelakkan kerosakan atau memberi faedah kemaslahatan. Hakikatnya, sesuatu objektif yang dilakukan perlu mengambil kira faedah yang optimum untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat. Lihat `Abd al-Karim Zaydan (1969) Madk hal li Dirasah al-Syari`ah al-Islamiyyah, h: 46. Lihat al-Shatibi (1980) al-Muwaf aqat, jld.2, h: 6.13 Lihat Chapra (1971) The Economic System, h: 9-10. Masudul Alam Choundhury (1983) An Islamic Social Welfare Function, h: 5-7.14 Lihat Chapra (1971) The Economic System, h: 9.15 Ibn al-Qayyim (1977) I`lam al-Muwaqqi`in, jld. 3, h: 1.16 M.Umer Chapra (1990) Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil, (terj.) Ismail Omar, h: 11.17 Hadith hasan sahih, diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Abu Sa`id R.A. yang mendengar dari Haulah binti Qais R.A.Lihat al-Tirmidhi (1981), dalam Bab Ma Jaa Fi Akhdhi al-Mali Bihaqihi, Sunan al-Tirmidhi, jil. 4, h: 25.18 Yusuf al-Qaradawi (1995) Dawr al-Qima wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, h: 151.19 Di antara dalil-dalil yang mengisyaratkan kewajipan menunaikan tuntutan sepertimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Taubah:103)20 Lihat Ibn Majah (1999), dalam Bab fi al-Muksirin, Sunan Ibn Majah, h: 603.21 Afzal- ur-Rahman (1980) Economic Doctrines, jld. 1, h: 56. Kenyataan ini juga mempunyai persamaan dengan Muhammad Abd al-Rauf (1979) The Islamic Doctrines of Economics and Contemporary Economic Thought, h: 129.22 Lihat Monzer Kahf (1978) The Islamic Economy: Analytical Study of Functioning of the Islamic Economic System, h: 120-125. Plainfield, Indiana Muslim Student’s Association. Begitu juga dlm penulisan Muhammad Abd al-Rauf (1979) The Islamic Doctrines of Economics and Contemporary Economic Thought, h: 138-140.23 Nazeer (1981) The Islamic Economic System, h: 16.24 Ibn Taymiyah (1985) al-Siyasah al-Shariah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyah, h: 12-18.
2 PRINSIP KEUSAHAWANAN ISLAMP ada dasarnya, keusahawanan Islam adalah bersumberkan kepada prinsip-prinsip umum yang menjadi asas kepada sebarang bentuk tindakan. Terkandung dalam pengertian tersebut, setiap bidang skop keusahawanan perlu didasari dengan prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada pengawasan sistem tersebut. Prinsip-prinsip yang digarap ini berpandukan kepadaperbendaharaan wahyu yang menjadi garis panduan kepada sistem keusahawanan Islam. Lantaran itu,prinsip-prinsip yang akan dibincangkan ini adalah prinsip umum mu`amalah yang terpakai dalam amalankeusahawanan. Justeru, perincian kepada prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:KeadilanIstilah adil yang diiktiraf oleh agama mengandungi makna dan nilai yang tinggi kepada kehidupan manusia.Dalam konteks keusahawanan, nilai keadilan adalah berfungsi sebagai neraca kepada setiap perlakuanindividu pengusaha dalam berinteraksi sesama manusia dan juga alam. Ini kerana, objektif pertimbangannilai adil ini bertujuan untuk menzahirkan suasana persekitaran yang bermotifkan hubungan solidariti,kestabilan, kebaikan dalam institusi masyarakat. Meskipun Islam memotivasikan umatnya supaya bersikapkreatif dan berinovasi dalam urusan pencarian rezeki yang melimpah-ruah, namun penekanan disebaliknyaadalah jaminan keadilan sosial untuk seluruh masyarakat. Perlaksanaan dan penghayatan nilai keadilansecara dominan dalam kalangan usahawan adalah bertujuan untuk memelihara kebajikan umummasyarakat. Dalam pada itu, pengaplikasian nilai tersebut dalam kalangan usahawan dapat menutup pintukezaliman yang boleh mencetuskan fenomena huru-hara dalam kalangan manusia.Oleh kerana nilai yang bertentang dengan keadilan boleh menimbulkan kezaliman, ternyatalah peminggiranelemen nilai tersebut boleh menimbulkan suasana kebimbangan dalam urusan mu`amalah sesama manusia.Menginsafi terhadap fenomena negatif yang berlaku tersebut, timbulnya keperluan kepada nilai keadilanyang dipandu oleh wahyu dalam setiap perancangan aktiviti keusahawanan.1 Berasaskan dimensi keadilanini, Allah SWT telah mengutuskan para Nabi dan Rasul bagi menyempurnakan kelangsungan umat manusiasupaya berada dalam kehidupan yang sejahtera. Malah Al-Quran telah mempreskripsikan unsur keadilandiletakkan sebagai teras kepada setiap pertimbangan apa yang dilakukan oleh manusia seperti firmanAllah SWT:Maksudnya: “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak
memberatkan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata maka hendaklah kamu berlaku adil, sekali pun orang itu ada hubungan kerabat; dan janji Allah hendaklah kamu sempurnakan. Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat.” (al-An`am: 152)Ibn Kathir2 telah memberikan reaksi dengan menyatakan bahawa istilah al-qist merujuk kepada maksudkeadilan. Dalam urusan transaksi manusia yang merangkumi urusan jual beli, sama ada menerima ataumemberi para pengusaha dikehendaki bersifat adil. Sebagai contoh, dalam urusan perniagaan parapeniaga atau pengusaha perlu bersifat jujur dalam sukatan timbangan dan juga perlu berlaku adil dalamaktiviti yang bersangkutan dengannya. Penegasan ini dibuat disebabkan Allah SWT telah memberikanamaran yang keras kepada para peniaga atau pengusaha yang melakukan aktiviti yang tidak sihatsebagaimana yang telah dijelaskan dalam surah al-Mutaffifin.Dalam hal ini, Fazlur Rahman3 telah membuat penegasan bahawa obligasi untuk mewujudkan institusimasyarakat yang progresif dan harmoni perlu bertunjangkan kepada mekanisme keadilan. Justeru,kesalingan nilai keadilan dalam sistem usahawan akan mempengaruhi gelagat para usahawan untukmeneroka peluang-peluang atau memanfaatkan sumber-sumber untuk kepentingan masyarakat sejagat.Berdasarkan kepada kepentingan nilai inilah para usahawan Muslim dapat mengimbangi keperluan dantuntutan yang melibatkan aktiviti sama ada yang bermotifkan faktor ekonomi atau sebaliknya. Dalamperencanaan, para usahawan merancang apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan mencarikeuntungan, penciptaan inovasi dan organisasi perlu memastikan tidak berlaku kontradiksi dengan nilaikeadilan yang menjadi sebahagian daripada prinsip yang mengikat keusahawanan Islam.Keadilan yang mengakari prinsip-prinsip keusahawanan akan membersihkan para usahawan daripadaaktiviti-aktiviti yang menyanggahi sifat fitrah manusia. Kelonggaran untuk memelihara nilai keadilanmengakibatkan berlaku terbukanya pintu keburukan yang mengundang kepada unsur-unsur kezaliman,ketidakseimbangan dan kecelaruan dalam masyarakat. Berasaskan kepada kesedaran inilah syarak telahmengharamkan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat kerana wujudnya unsur-unsur kezaliman seperti riba danjudi. Asas pengharaman riba dan judi ini telah diwartakan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Secarateknikalnya, Anwar Iqbal Quraisyi4 menukilkan bahawa riba merupakan sebahagian daripada sumber yangmenyumbang kepada saluran kejahatan kepada sektor ekonomi dan cenderung menzahirkan kekayaan dankeuntungan kepada sebelah pihak secara zalim. Tegahan ini diteladani melalui firman Allah SWT.:Maksudnya: “Orang yang memakan (mengambil) riba itu tidaklah berdiri (ketika bangkit dari kubur-kubur mereka) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan disebabkan penyakit gila yang menyerang mereka. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan, ”Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba.” Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya serta urusannya terserahlah kepada Allah. Manakala sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu), maka itulah penguhuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah: 276)Menurut Ibn Kathir,5 beliau menjelaskan bahawa Allah SWT menyatakan golongan yang memakan ribatidak akan dapat hidup dengan aman dalam sesebuah masyarakat. Sikap yang diamalkan tersebutmempunyai persamaan dengan syaitan. Ini kerana, aktiviti yang dilakukan tersebut dianalogikan sebagaipenghisap darah dan memonopoli kekayaan dengan cara yang zalim. Mereka mengambil kesempatan keatas orang lain yang memerlukan bantuan khususnya dari segi kewangan. Beliau juga memetik pandanganyang dikemukakan oleh Ibn `Abbas yang menyatakan bahawa “Pemakan riba akan dibangkitkan padahari kiamat seperti orang gila yang dicekik.”Menyentuh tentang persoalan riba ia boleh dilihat dalam banyak hadis Nabi Muhammad SAW antaranyayang bermaksud:6 “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Ada yang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah tujuh perkara tersebut”? Rasulullah SAW bersabda: ”Mensyirikkan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang haq, makan harta anak yatim, makan riba, melarikan diri dari medan perang dan menuduh zina wanita yang baik dan beriman.” (Muslim)Dalam pada itu, unsur-unsur lazim lain yang cenderung bermotifkan kezaliman seperti mana yangdifokuskan oleh para fuqaha’ juga perlu dijauhi oleh individu yang berhasrat untuk berkecimpung dalamlapangan keusahawanan. Sebagai contoh, larangan yang disentuh oleh fuqaha’ dalam aktiviti mu`amalahyang mengandungi unsur-unsur gharar,7 ghabn8 dan sebagainya yang mengandungi maksud ketidakpastian,menipu dan berniat jahat untuk mengambil kesempatan dan keuntungan atas orang lain. Pada umumnya,istilah-istilah tersebut membawa pengertian risiko ketidakpastian yang dicipta daripada tindakan manusiamemanipulasikan sesuatu perkara. Akibatnya ia boleh mendatangkan kesan kemudaratan kepada manusiadan ianya diklasifikasikan sebagai zalim. Hakikatnya, perbuatan-perbuatan yang disengajakan tersebuttelah membuka ruang kepada penindasan dan kezaliman kepada manusia lain. Ibn Taymiyah9menjelaskanbahawa SWT melarang manusia melakukan sebarang bentuk transaksi yang menimbulkan keraguan sesamamanusia. Pemahaman ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu.” (al-Nisa’:29)Pengukuhan kepada larangan tindakan keji yang boleh mendedahkan kezaliman kepada masyarakat juga
disokong oleh hadis Nabi Muhammad SAW. Di antaranya Nabi SAW telah mengisyaratkan melaluisabdanya yang bermaksud:10 “Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, al-Hajjaj bin Minhal menceritakan kepada kami, Hammad bin Salamah menceritakan kepada kami dari Qatadah. Thabit dan Humaid dari Anas berkata: “Harga barang-barang naik pada masa Rasulullah SAW, maka orang-orang berkata: “Ya Rasulullah, harga barang-barang telah naik, maka tetapkanlah harga-harga bagi kami.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah lah yang menetapkan harga, yang menahan dan melepaskan, yang memberi rezeki dan aku mengharapkan agar berjumpa kepada Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun diantara kamu semua yang menuntut kepada ku lantaran kezaliman (penganiayaan) pada jiwa dan harta.” (al-Tirmidhi)Berasaskan kepada dalil Al-Sunnah yang telah dibentangkan tersebut jelaslah bahawa nilai-nilai yangbermotifkan kepada kezaliman bertentangan dengan nilai kemanusiaan yang telah disentuh oleh Islam.Penegasan ini bersandarkan kepada dalil hadis yang menegah manusia daripada bertindak sehinggamendorong kepada penindasan, kebimbangan dan ketidakadilan kepada kesejahteraan umum. Ataskepentingan tersebut, nilai-nilai yang dinyatakan tersebut menepati dengan keperluan tabie manusia danbersifat sejagat. Justeru, menurut Wahbah al-Zuhayli11 bagi tujuan menghormati dan memelihara citrakemuliaan manusia, Islam telah mengharamkan segala bentuk tindakan yang boleh menghasilkan natijahkemudaratan dan kezaliman. Pandangan yang dikemukakan ini bersandarkan kepada firman Allah SWTdalam Al-Quran:Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan”. (al-Maidah:8)KesederhanaanDalam tradisi keusahawanan Islam, elemen kesederhanaan adalah sebahagian daripada ikatan nilai yangmembentuk prinsip keusahawanan Islam. Secara amnya, keusahawanan Islam mendorong kepada parapengusaha melakukan atau melaksanakan sesuatu dengan gigih, secara sempurna dan yang lebih pentingbersifat sederhana. Nilai sederhana ataupun dikenali sebagai wasatiah mengandungi konotasi pengertianpertengahan, adil dan kebaikan. Ketentuan kandungan makna tersebut digarap melalui firman Allah SWTiaitu:Maksudnya:
“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...” (al-Baqarah:143)Menurut Wahbah al-Zuhayli,12 pentafsiran makna umat yang adil iaitu Allah SWT telah menjadikan umatMuslimin sebagai golongan yang adil dan terpilih. Justeru, umat yang diklasifikasikan sebagai terbaikiaitu golongan yang bersikap sederhana dalam setiap tindak-tanduk mereka dan tidak pula bersikapmelampaui batas dalam setiap urusan yang dilakukan. Menyentuh tentang skop urusan keagamaan pula,golongan Muslimin dituntut supaya tidak terpengaruh kepada pemikiran materialistik sepertimana sifatkelompok Yahudi dan Musyrikin. Bahkan tidak pula cenderung kepada sifat yang diagungkan olehkelompok Nasrani yang hanya memfokuskan kepada aspek spiritual secara tunggal. Sebaliknya, sifat idealyang dimiliki oleh golongan Muslimin iaitu dengan mengintegrasikan tuntutan jasadiyyah dan rohaniyyahsebagai satu keperluan yang melengkapi kehidupan insan. Atas asas yang sedemikian, umat Islam telahbergerak dengan meraikan kedua-dua keperluan tersebut secara seimbang dan sederhana bersesuaiandengan keperluan fitrah kemanusiaan.Berdasarkan kepada pemahaman tersebut jelaslah bahawa elemen kesederhanaan yang dituntut untukdiaplikasi dalam setiap perlakuan individu Muslim adalah mempunyai objektif yang murni iaitu untukmencari kebaikan dan kebenaran hidup. Justeru, dalam kerangka sistem keusahawanan Islam, sudahtentulah tuntutan nilai kesederhanaan yang digagaskan oleh Islam perlu diadaptasikan daripada prinsip-prinsip yang mendasari pola tingkah-laku usahawan Muslim. Rasionalnya, penekanan kepada nilaikesederhanaan ini ataupun wasatiah dalam sebarang bentuk usaha yang dilakukan oleh para usahawanlebih merupakan manifestasi kepada lambang personaliti Muslim yang sejati. Secara tidak langsung, iadapat memelihara taraf kemuliaan golongan usahawan daripada tindak-tanduk yang tidakbertanggungjawab sehingga bertentangan dengan nilai-nilai hidup yang bersifat sakral ataupun nilai-nilaikeagamaan.13 Justeru, ikatan kepada lingkaran hidup terpuji yang dijalin dengan nilai kesederhanaan iniamat penting dalam bidang keusahawanan.Berpegang kepada nilai kesederhanaan yang mencerminkan kepada cara hidup yang ideal merujuk kepadaorientasi usaha, pekerjaan ataupun inovasi yang dilakukan oleh para usahawan dalam jaluran yang bolehmewujudkan keseimbangan atau kesejahteraan terhadap jasmani dan rohani. Asas pertimbangan ini yangmemberi petunjuk kepada golongan usahawan supaya bertindak dalam wilayah yang tidak melampauibatas-batas yang telah ditentukan oleh syarak. Melalui tindakan tersebut, ia akan mewujudkan suasanayang harmoni.Impaknya, golongan usahawan berjaya memainkan peranan untuk memupuk kehidupan yangbaik, kesejahteraan, kebahagiaan, keadilan, kemesraan dan sebagainya dalam institusi masyarakat. Olehyang demikian, ia dapat mengelakkan kemelut krisis nilai yang melanda manusia sehingga menimbulkanjurang kemiskinan yang tinggi, kemusnahan, keangkuhan, kesombongan, ketidakstabilan, rasuah danpelbagai gejala negatif yang lain.Secara tipikalnya, dorongan kepada bersikap sederhana dalam setiap amalan pekerjaan digarapberdasarkan penjelasan Nabi Muhammad SAW dalam Sunnahnya. Petikan daripada hadis tersebutsepertimana keterangan Baginda SAW yang bermaksud:14
“Dari Abu Hurairah RA., katanya: “Ketika turunnya ayat yang mengatakan: “Sesiapa melakukan suatu kejahatan, nescaya dia akan dibalas kerananya.” (al-Nisa’, 4: 123), maka kaum muslimin sangat bimbang kerananya. Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda: “Sederhanalah kamu dalam segala urusan (jangan berlebih-lebihan dan jangan pula lalai). Lakukanlah yang benar sesempurna mungkin, kerana setiap ujian yang ditimpakan kepada kaum muslimin, akan menghapuskan dosa, walaupun ujian itu hanya seperti kaki tersandung atau tertusuk duri.” (Muslim)Berasaskan keterangan hadis tersebut, Nabi Muhammad SAW telah memberi isyarat yang jelas kepadamanusia supaya bersikap sederhana sebagai asas pertimbangan kepada setiap urusan yang dilaksanakan.Berpegang kepada prinsip inilah, citra keusahawanan Islam melarang sebarang bentuk usaha yangmencerminkan kepada pembaziran, melalalaikan, bersifat melampau, riya’, dan pelbagai lagi sifat yangmenyalahi pengertian kesederhanaan menurut syarak.Sehubungan itu, menurut pandangan Yusuf al-Qaradawi,15 beliau mengemukakan pandangan bahawasistem keusahawanan yang bertunjangkan kepada mu`amalah Islam perlu diasaskan atasnilaikesederhanaan dan prinsip kebaikan yang menjadi keutamaan. Ini kerana, tuntutan kepadakeseimbangan tersebut adalah untuk mengisi keperluan kebaikan dan kejayaan di dunia dan juga akhirat,keperluan individu dan masyarakat, fizikal dan rohani serta akal dan hati.Melalui keseimbangan inilah ia dapat menggabungkan fitrah manusia secara sempurna seperti yangdituntut oleh agama. Natijahnya, penekanan nilai kesederhanaan sebagai prinsip keusahawanan bertujuanuntuk menonjolkan kebaikan yang haq. Manifestasi prinsip kesederhanaan yang mempengaruhi kerangkahati budi usahawan dapat melahirkan keinsafan dalam diri para usahawan bersikap matang dan sederhanadalam sebarang bentuk atau tindakan yang dilakukan. Berpegang kepada prinsip inilah para usahawandapat menguruskan segala sumber input untuk menghasilkan output untuk penggunaan secara maksimumdan wajar serta tidak melampaui batas.Matlamat Keredaan Allah SWTDalam kerangka syariat Islam, sesuatu usaha atau amal yang dilakukan oleh manusia ialah untuk memenuhikepada natijah mendapat keredhaan Allah SWT. Begitu juga dalam konteks keusahawanan, kecenderunganindividu usahawan menceburi bidang tersebut adalah untuk mendapat rahmat, keberkatan dan yang lebihpenting mendapat keredhaan Allah SWT. Atas kepercayaan dan keyakinan kepada prinsip inilah, individuyang menceburi bidang keusahawanan sentiasa berusaha memakmurkan sumber alam dengan cekap untukkesejahteraan masyarakat. Di samping berusaha untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga, keperluanlain yang lebih utama juga tidak boleh diabaikan iaitu masyarakat, negara dan agama. Berasaskan kepadaprinsip ini juga, setiap usaha yang dilaksanakan tersebut bukan semata-mata untuk mendapatkan kepuasandiri, dorongan material, dorongan psikologi16 dan sebagainya. Lantaran itu, setiap usaha atau pemikiranyang dilakukan perlu dilaksanakan secara ikhlas disebabkan ianya dinilai oleh Allah SWT. Oleh yangdemikian, penekanan kepada merit mendapat keredhaan Allah SWT lebih memberi keyakinan kepadaindividu untuk berusaha secara konsisten dan tidak menyalahi norma-norma yang telah ditentukan olehagama.
Oleh yang demikian, Al-Quran telah mengantisipasikan kepada manusia dengan meletakkan doronganmencapai keredhaan Allah SWT sebagai manhaj kepada kehidupan. Akibat daripada penyelewengandaripada mematuhi arahan tersebut mengakibatkan manusia ditimpa dengan azab pedih pada hari Akhiratkelak. Al-Quran telah mengarahkan pandangan tersebut seperti firman Allah SWT iaitu:Maksudnya: “Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya? Orang yang siasia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan. Merekalah orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya; maka gugurlah amal- amal mereka; maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari Kiamat kelak. Demikianlah balasan mereka ialah Neraka Jahanam, disebabkan mereka ingkar, dan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-Rasul-Ku sebagai ejek-ejekan.” (al-Kahfi: 103-106)Mengulas ayat tersebut, Ibn Kathir17telah membentangkan pandangan beliau bahawa orang yang palingrugi di dunia ialah orang-orang yang menyangka bahawa diri mereka telah mengerjakan amal yang baikdan diterima serta dicintai oleh Allah SWT. Padahal, amalan yang dilakukan tersebut adalah sia-sia dantidak mendapat penilaian disisi Allah. Bahkan mereka akan mendapat azab yang pedih daripada AllahSWT disebabkan kekufuran mereka mengingkari tanda kekuasaan Allah dan menjadikan ayat-ayat danpara Rasul sebagai bahan ejekan.Justeru, kaedah untuk mendapatkan keredaan Ilahi ialah dengan melalui dua asas yang penting. Pertama,niat yang bersih dan ikhlas kepada Allah SWT dan kedua, takwa iaitu melakukan amal yang soleh.18Melalui keterangan ini, ternyatalah niat adalah neraca timbangan yang bertindak refleks dengan amalperbuatan manusia sama ada menghasilkan kebaikan atau sebaliknya. Pemahaman ini bersandarkan sabdaNabi Muhammad SAW yang bermaksud:19 “Daripada `Umar bin Khatab RA., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiap- tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah”. (al-Bukhari)Berdasarkan kepada dalil hadis tersebut, ia memberi satu kefahahaman bahawa untuk mendapat keredhaandaripada Allah SWT manusia perlu bertindak menepati dengan kehendak tuntutan syarak. Hanya melaluipetunjuk tersebut, manusia akan selamat di dunia mahupun di hari akhirat kelak. Oleh kerana itu, matlamatmulia tersebut menjadi sebahagian daripada prinsip penting yang perlu diadaptasi oleh usahawan Muslim.Usaha yang dilakukan oleh usahawan dengan harapan mendapat keredhaan Allah adalah satu tingkah lakuyang mulia dan terpuji. Prinsip inilah yang perlu diikat dalam diri usahawan supaya ianya dapat
diasimilasi dan disebatikan dalam amalan keusahawan. Tuntasnya, keredhaan Allah adalah matlamatunggul yang perlu dicapai oleh setiap usahawan dalam apa sahaja skop dan bidang yang diusahakan.Tuntutan ini bertepatan dengan kehendak yang terdapat dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWTyang bermaksud:Maksudnya: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka Kami akan memberi pahala yang besar.” (al-Nisa’:114)Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa keusahawanan Islam telah meletakkan keredhaan Ilahisebahagian daripada prinsipnya bertujuan untuk memelihara tingkah laku para usahawan daripadabertindak menyalahi matlamat yang telah ditentukan oleh Islam. Apa yang jelas, setiap tindak-tandukusahawan perlu terarah dan terfokus untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT. Atasketentuan inilah ganjaran yang diperolehi oleh usahawan atas usaha yang dilakukan bukan sahajamemperolehi keuntungan yang bersifat material tetapi juga mendapat keuntungan di hari akhirat kelak. Apayang menariknya, menurut Nor Aishah Buang,20 objektif memperolehi keredhaan Ilahi dalamkeusahawanan Islam merupakan dikotomi kepada pentafsiran keusahawanan yang difahami oleh Barat.Menurut beliau, kecenderungan usahawan Barat lebih memfokuskan kepada motivasi mencari keuntungandan pencapaian tertinggi individu seperti yang diutarakan oleh Maslow.Berbeza pula dengan perspektif keusahawanan Islam di mana Islam memberi petunjuk kepada golonganusahawan untuk menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. Justeru, matlamat keredhaan Ilahi iniadalah matlamat yang bersifat agung dan kudus kerana secara simboliknya ia memberi gambaranpematuhan hamba-Nya secara mutlak kepada Pencipta-Nya Yang Maha Agung. Oleh yang demikian,meskipun dunia keusahawan menuntut para usahawan mencipta sesuatu nilai yang baru, merebut peluang,proses mencipta, pengagihan faedah, akta kekreatifan dan sebagainya tetapi matlamat akhir yang perludicari oleh para usahawan ialah mendapat keredhaan Allah SWT.Bebas Daripada FasadPada asasnya, keusahawanan Islam memberi fokus ke arah usaha yang boleh mendatangkan kebaikan danmemelihara kemaslahatan masyarakat umum. Berpandukan kepada objektif murni tersebut, keusahawananIslam melarang secara rigid terhadap usaha atau kerja yang boleh menjejas dan boleh memberi implikasikemudaratan kepada manusia. Atas prinsip inilah, individu yang menceburi bidang keusahawanan perlumengelakkan diri secara seminimum yang mungkin daripada terlibat dengan unsur-unsur yang bolehmemberi kesan yang negatif kepada pengguna atau masyarakat amnya dan juga alam. Pemakaian prinsipini dalam keusahawanan Islam berfungsi sebagai kodifikasi peraturan umum yang mengikat setiap individuusahawan bertindak mengikut ketentuan-ketentuan yang telah ditentukan oleh syarak.
Secara tipikalnya, Islam telah meletakkan kesejahteraan adalah simbol kepada keamanan, kebahagiaandan kemuliaan yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat. Berasaskan premis inilah, keusahawananIslam melarang perbuatan-perbuatan yang cenderung kepada kemusnahan, keburukan dan pembaziransumber-sumber yang telah dianugerahkan oleh Ilahi. Perbuatan yang mendorong kepada tindakan negatiftersebut disifatkan sebagai fasad21 sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Al-Quran. Pemahaman inidapat dilihat melalui firman Allah SWT:Maksudnya: “Kemudian apabila dia beredar (setelah mendapat hajatnya), dia berjalanlah di bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternakan dan manusia), sedangkan Allah tidak suka kepada kerosakan.” (al-Baqarah:205)Mengulas ayat tersebut, Ibn Kathir22 membentangkan pandangan yang dikemukakan oleh Mujahid bahawasekiranya manusia bertindak secara jahat, maka Allah akan menurunkan bala kepada manusia. Bencanatersebut berlaku dengan cara Allah tidak menurunkan hujan sehingga menyebabkan berlakunyakemusnahan dan kerosakan ke atas pertanian dan perternakan. Justeru, di akhir ayat tersebut Allahmengakhiri ayat tersebut dengan pernyataan yang tegas bahawa Allah tidak suka kepada kerosakan dankemusnahan. Atas faktor inilah Allah melarang kepada hamba-hambaNya daripada bertindak melakukanfasad kerana ia akan memberi impak yang buruk terhadap manusia.Wahbah al-Zuhayli23 pula menukilkan bahawa simptom fasadini berlaku disebabkan kecenderungan jiwamanusia tunduk dan akur kepada melakukan kejahatan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dan shahwat.Akibat kealpaan manusia dikawal oleh pengaruh kegelapan yang sesat mengakibatkan ia terpengaruhdengan kepentingan kelazatan duniawi. Padahal, perbuatan tersebut adalah hina dan dikeji serta tidakdisukai oleh Allah SWT. Malah, sejarah sepanjang zaman telah menyingkap perbuatan dan perancanganmanusia yang cenderung kepada kefasadan pada akhirnya akan menuju kepada kebinasaan dan kemusnahansebagaimana yang telah menimpa umat manusia silam.Keterangan daripada Al-Sunnah juga melarang manusia daripada bersikap fasad yang merangkumipelbagai aktiviti keperluan manusia. Petunjuk daripada hadith Nabi SAW telah mengabsahkan lagibahawa tindakan manusia yang disifatkan sebagai fasad akan merugikan manusia bahkan akan ditimpadengan azab yang pedih di hari pembalasan kelak. Dalam satu riwayat, Nabi SAW bersabda yangmaksud:24 “Dari Abu Hurairah R. A., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah (Quran): ‘Seandainya kamu berkuasa, apakah kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (kasih sayang)? Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah dan dipekakkan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran, ataukah hati mereka telah terkunci?” (Muhammad, 47: 22-24).” (Muslim)
Berasaskan daripada keterangan nas syarak tersebut nyatalah bahawa Islam melarang penganutnyamelakukan tindakan-tindakan yang menyalahi ketentuan Ilahi. Perlakuan yang menyanggahi peraturansyarak tersebut disifatkan sebagai fasad iaitu melakukan kerosakan atas muka bumi sehingga menimbulkankemudaratan kepada manusia lain dan juga alam. Situasi ini berlaku disebabkan kecenderungan individumengeksploitasi sesuatu atas kepentingan peribadi dan bersikap oportunis demi memenuhi citarasakeperluan nafsu yang tidak terbatas. Kehendak manusia yang tidak terbatas ini jika tidak diimbangi denganpanduan wahyu akan menyebabkan jiwa manusia diisi dengan hasutan syaitan yang sentiasa meyerumanusia ke arah kemusnahan.Oleh kerana objektif syarak mengutamakan prinsip kemaslahatan umum manusia, sudah tentulah apa sahajakegiatan atau unsur-unsur perlakuan yang menyalahi objektif murni tersebut disifatkan sebagai fasad.Melihat kepada kepentingan keperluan tersebut, keusahawanan Islam telah meletakkan bebas daripadaunsur-unsur yang mengandungi konotasi fasad adalah sebahagian daripada prinsip keusahawanan. Dengankata lain, keusahawanan Islam memberi kebebasan sepenuhnya kepada para usahawan untuk merancangatau melaksanakan apa sahaja aktiviti dalam skop bidang tugas mereka. Walau bagaimanapun, dalamkerancakan usahawan berinteraksi atau bermua`malah sesama manusia, ia perlu mengelakkan diridaripada terlibat dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan ataupun menjejaskanpihak lain.Sebagai contoh, usahawan yang terlibat dalam bidang perindustrian tidak boleh membuang ataumenyalurkan terus sisa-sisa dan bahan-bahan pepejal yang merbahaya kedalam sungai yang menyumbangkepada pencemaran.25 Dalam sektor pembinaan pula, individu usahawan tidak dibenarkan untuk mengautkeuntungan dengan cara yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai seperti pembinaan bangunandi cerun bukit atau di tanah tinggi.26 Begitu juga dalam sektor perusahaan seperti menghasilkan sesuatuproduk yang boleh mendatangkan kesan yang mudarat dan implikasi kesihatan kepada pengguna sepertiproduk kesihatan, kosmetik27 dan sebagainya. Daripada contoh-contoh yang dijelaskan tersebut, iamerupakan sebahagian daripada tindakan golongan usahawan yang boleh menyebabkan kemudaratan dankerosakan bukan sahaja kepada masyarakat umum tetapi juga kepada alam.Oleh yang demikian, didapati setiap usaha yang dilakukan oleh manusia tidak terlepas daripadadipengaruhi oleh bisikan hawa nafsu. Bagi tujuan mengimbangi perbuatan manusia daripada tuntutan hawanafsu supaya tidak disalurkan ke arah aktiviti yang tidak bermanfaat dan tidak mendatangkan kemusnahanserta kerosakan, ia perlu diselaraskan dengan kekuatan iman. Setiap amal yang didorong dengan keinsafandan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT perbuatan tersebut dilabelkan sebagai amal soleh. Namunbegitu, jika usaha atau amal yang dilakukan tersebut terkeluar dari landasan keimanan nescaya natijahkepada perbuatan tersebut akan mendorong kepada kerosakan ataupun dikenali sebagai fenomena fasad.Justeru, prinsip bebas daripada fasad adalah sebahagian daripada prinsip penting yang perlu diberiperhatian oleh para usahawan. Dengan mematuhinya, para usahawan akan lebih peka dan mengambilserius supaya apa sahaja bidang yang diceburi oleh golongan tersebut perlu bebas dan suci daripadaelemen yang diistilahkan sebagai fasad. Ini kerana, pemikiran atau usaha yang mendorong kepada fasadbertentangan dengan fitrah kemanusiaan yang cenderung kepada kesejahteraan, kebaikan dan keharmonian.Bahkan, perbuatan tersebut bertentangan dengan kehendak Ilahi dan pelakunya akan mendapat balasandosa berdasarkan kemudaratan yang dilakukannya.
BeretikaSecara normatifnya, sebagai tindak balas manusia tentang apa yang diusahakannya, etika adalah satutradisi disiplin ilmu yang berkembang sejajar dengan perkembangan peradaban manusia.28 Dari perspektifIslam, wahyu telah memberikan panduan asas kepada landasan pembentukan etika manusia. Berdasarkanpetunjuk teks Al-Quran dan Al-Sunnah serta sumber perundangan Islam yang lain, ia memberi garispanduan kepada manusia sama ada sesuatu tindakan itu diterima atau sebaliknya. Justeru, setiap tindakanmanusia bukan sahaja dinilai di alam dunia tetapi juga akan dihisab di hari akhirat kelak. Sejarah etikatelah membuktikan bahawa kedangkalan manusia memahaminya sebagai satu garis panduan etika secarakonkrit yang berkaitan tingkah laku manusia mengakibatkan pembangunan manusia tidak seimbang. Justeru,timbul gejala-gejala yang menyalahi prinsip moral manusia sebagaimana yang dinukilkan oleh sarjanafalsafah Yunani seperti Aristotles.29 Seiring dengan itu juga, etika yang dilihat sebagai obligasi individubukan sahaja untuk difahami tetapi juga perlu dihayati dalam setiap aspek keperluan manusia. Ini kerana,etika mempunyai kaitan yang rapat dengan tabiat penilaian manusia sama ada baik, buruk, dicela, diterimaatau sebagainya menurut penerimaan norma keagamaan dan penerimaan masyarakat.Dalam konteks keusahawanan, bagi memastikan gelagat tingkah laku dan operasi aktiviti keusahawananberjalan dengan betul, ia perlu dikawal dengan konsep etika yang berfungsi sebagai prinsip keusahawananIslam. Berasaskan prinsip ini, seseorang individu usahawan terikat kepada asas agama yang memandutingkah lakunya dalam berinteraksi sesama manusia dan juga alam. Hal yang demikian disebabkan, etikakeusahawanan Islam yang disaduri dengan konsep akhlak akan mendorong manusia kepada keperibadianyang terpuji dan bersikap positif. Atas sifat tersebut, etika keusahawanan Islam sentiasa memotivasikanpara usahawan melakukan kerja-kerja yang berfaedah dan tidak bertentangan peraturan dan norma hidupmasyarakat selagi mana tidak bercanggah dengan ketentuan syariat. Sebagai contoh, etika keusahawananIslam sentiasa menitikberatkan peningkatan produktiviti, kualiti, semangat bekerjasama, berdayasaing,bersikap kreatif, prihatin terhadap masalah pekerja, berakhlak, tolong-menolong dan pelbagai lagi nilaiyang positif.Berdasarkan kepada mekanisme etika ini, penilaian baik atau buruk bukan sahaja dilihat kepada tindakantersebut secara zahir tetapi ia juga turut mencakupi kepada kesan, akibat dan hasil perbuatan tersebut.Dengan kata lain, sesuatu tindakan yang mematuhi etika dapat difahami apabila natijah daripada kesanperbuatan tersebut menghasilkan manfaat kepada agama, diri dan masyarakat. Jika sebaliknya, perbuatandan tindakan yang dilakukan tersebut dianggap bertentangan dengan etika yang digariskan. Oleh yangdemikian, pematuhan kepada kodifikasi kod etika ini secara tidak langsung dapat membenihkan danmenyuburkan nilai dan budaya keusahawanan yang positif dalam kalangan usahawan. Malah Muhammadal-Sayyid Yusuf30 menjelaskan bahawa Islam memberi penekanan yang besar terhadap persoalan etikayang berpaksikan akhlak. Difusi etika dalam pembangunan kehidupan insan adalah merupakan entiti yangpenting dalam mencorakkan kerangka hidup insan yang komprehensif.Dalam hal ini, etika yang membentuk prinsip keusahawanan bukan sahaja berfungsi sebagai garis panduanumum kepada para usahawan dalam amalan mereka bahkan secara implisitnya ia juga bertujuanmeletakkan usahawan pada tahap yang bermaruah dan keimanan yang tinggi terhadap Allah SWT.Ironinya, keusahawanan Islam yang berakar-umbikan daripada nilai-nilai rohaniah yang suci akanmendorong para usahawan untuk lebih dekat dengan Pencipta-Nya. Dengan cara ini, para usahawan akan
lebih beretika dan mengutamakan akauntabiliti serta berintegriti dalam setiap aktiviti yang diusahakan. Inikerana, kepatuhan kepada etika ini bukan sahaja didorong oleh kemahuan individu tersebut tetapi jugaturut disokong oleh faktor keyakinan dan keimanan yang tinggi terhadap Allah SWT. Ini kerana, kesedaranyang tercetus ini berasaskan kepada keyakinan konsep pembalasan daripada Allah SWT.Dalam pada itu, Al-Quran memberi penekanan kepada manusia beretika dalam melakukan sesuatuperkara. Kenyataan ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT iaitu:Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.” (al-Qalam:4)Berdasarkan peruntukan ayat Al-Quran tersebut, dalam surah al-Qalam, Ibn Kathir31telah memperincikanbahawa Allah SWT memuji Baginda SAW kerana ketinggian akhlak yang dimilikinya. Sifat hati budi yangdimiliki oleh Baginda SAW seperti berakhlak mulia, bersopan santun, memandu manusia ke arahkehidupan yang lebih beradab menyebabkan Baginda menjadi model dalam sejarah kehidupan manusiayang luhur. Beliau memetik satu riwayat dalam mentafsirkan ayat tersebut:“Saad bin Hisham datang kepada Siti A`ishah RA dan bertanya, “Ceritakan kepadakubagaimana akhlak Rasulullah SAW? Maka jawab A`ishah, “Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran,apakah anda tidak membaca ayat: “ . Sesungguhnya, engkau berakhlak luhur,berbudi tinggi, iaitu selalu menurut dan melaksanakan tuntutan Al-Quran dan tidak melakukanapa yang dilarang. Di samping sifat-sifat yang lain seperti malu, murah hati, dermawan,berani dan sopan santun.”Sehubungan itu, prinsip etika dalam keusahawanan juga membawa pengertian bahawa setiap perlakuanindividu di bawah pengawasan Allah SWT. Kenyataan ini digarap melalui keterangan Nabi SAWmaksudnya:“Humaid bin Mas`adah menceritakan kepada kami, Husain bin Numair Abu Muhsan menceritakan kepadakami, Husain bin Qais Ar-Rahabi memberitahukan kepada kami, Ata’ bin Abi Rabah memberitahukankepada kami dari Ibnu `Umar dari Ibnu Mas’ud dari Nabi SAW bersabda yang bermaksud :32“Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari Kiamat sehingga ia disoal tentangumurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan, dantentang harta bendanya dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia belanjakan, dan jugatentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (al-Tirmidhi)Justeru, apabila sistem keusahawanan diwarnai dengan prinsip etika yang berteraskan nilai akhlak, iaakan memantapkan sistem ini ke arah sistem keusahawanan yang bersifat holistik. Usahawan yang didikdengan prinsip ini akan lebih bertanggungjawab dan beramanah atas dasar sebagai ibadah. Dengankepercayaan tersebut, sudah pasti jentera pengurusan keusahawanan tersebut akan bersih daripada nilai-
nilai yang bertentangan dengan syarak seperti tidak berani menghadapi risiko, tidak berdaya saing,penipuan, pembaziran dan pelbagai lagi.KesimpulanDari penjelasan tersebut dapatlah difahami bahawa pengabaian para pengusaha terhadap prinsip-prinsiptersebut ternyata boleh memberi implikasi yang negatif terhadap individu tersebut. Pada skala umum yanglain, ia boleh menjejaskan kemurnian sistem keusahawanan yang ditaja oleh Islam. Dinamikakeusahawanan Islam yang diikat dengan prinsip-prinsip yang bersendikan pedoman wahyu akanmencorakkan semangat keusahawanan sentiasa menepati kehendak Ilahi. Di samping itu, kepentinganprinsip-prinsip ini dilihat sebagai satu keperluan asas yang penting untuk memelihara dan mengawal polatingkah-laku para usahawan dalam domain yang diharuskan oleh syarak.________________1 Premis ini disokong dengan kenyataan yang boleh dirujuk kepada Al-Quran, seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa buk ti-buk ti yang nyata, dan k ami turunk an bersama-sama merek a Kitab Suci dan k eterangan yang menj adi neraca k eadilan, supaya manusia dapat menj alank an k eadilan. Dan k ami telah menciptak an besi yang padanya ada kekuatan dan berfaedah bagi manusia dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongNya dan Rasul-RasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (al-Hadid: 25)2 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 3, h: 350. Dalam ayat yang lain juga boleh dilihat penekanan kepada prinsip keadilan sebagai keperluan yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan j anganlah k ebencian k amu terhadap suatu k aum itu mendorong k amu untuk tidak berlak u adil. Berlak u adillah k erana ia lebih hampir k epada tak wa. Dan bertak walah k epada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ak an apa yang k amu lak uk an.” (al-Ma’idah: 8)3 Tuntutan kepada elemen keadilan ini dalam institusi masyarakat telah dibincangkan oleh Fazlur Rahman. Ini kerana, berasaskan pertimbangan keadilan ini dapat mewujudkan kestabilan dalam pelbagai skop bidang keperluan manusia.Ia juga perlu disokong oleh penghayatan nilai-nilai akhlak yang tinggi dan secara tidak langsung memberi kesan secara langsung kepada keadilan sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Sila lihat Fazlur Rahman (1991) Islam and The Problems of Economic Justice, Saiful Azhar Rosly (terj.), h: 26-27.4 Anwar Iqbal Qurasyi (1979) Economic and Social System of Islam, h: 8.5 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 1, h: 496.6 Imam Muslim (1981) dlm Kitab Iman, Sahih Muslim, jil. 1, h: 41.7 Gharar didefisikan sebagai “apa yang terlindung pada penghujungnya dan mengakibatkan risiko yang sama berkemungkinan wujud atau sebaliknya.” Lihat al-Kasani (2005) Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i, j. 5, h: 263.8 Lihat perbahasan yang diutarakan oleh Ibn Qudamah (1981) al-Mughni, j. 4, h: 78.9 Ibn Taymiyyah (1978) Majmu` Fatawa Syeikh Islam Ibn Taymiyyah, h: 33.10 Hadis ini hasan sahih.LihatTirmidhi (1981) dlm Bab, Sunan al-Tirmidhi, jil. 2, h: 669.11 Wahbah al-Zuhayli (1993) al-Quran al-Karim Bunyatuhu al-Tasyri`iyyah wa Khasaisuhu al-Hadariyyah, h: 193-194.12 Wahbah al-Zuhayli (1991) Tafsir al-Munir fial-`Aqidah wa al-Shari`ah wa al-Manhaj, juz. 2, h: 4-5.13 Auni bin Hj. Abdullah (2001) Islam dan Perdagangan Dalam Alam Melayu, h: 62-63.14 Muslim (1981) dlm Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Sahih Muslim, jil.4, h: 199..15 Yusuf al-Qaradawi (1995) Dawr al-Qiyami wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, h: 115-118.16 Dorongan psikologi merupakan sebahagian daripada faktor yang mendorong kepada individu untuk menceburi bidang keusahawanan. Ini kerana, sifat keegoan yang dimiliki oleh seseorang untuk berpegang kepada prinsip tidak mahu diperintah ataupun cenderung kepada penghasilan atau karya sendiri. Dengan kata lain, individu tersebut tidak berminat untuk terikat dengan pengawasan dan kekuasaan orang lain. Untuk keterangan lanjut lihat Nor Aishah Buang (2002) Asas Keusahawanan, h: 43-44.17 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 5, h: 177-178.18 Wahbah al-Zuhayli (1993) al-Qur’an al-Karim Bunyatuhu al Tasyri’iyyah wa Khasaisuhu al-Hadariyyah, h: 163.19 Bukhari (1981) dlm Bab Bada’ al-Wahyi, Sahih Bukhari, jil. 1, h: 1. Lihat Muslim (1981) dlm Kitab al-Umarah, Sahih Muslim, jil. 4, h: 52.20 Nor Aishah Buang (2002) Asas Keusahawanan, h: 44.21 Istilah fasad secara literalnya membawa maksud kerosakan, kebinasaan dan keburukan. Lihat Kamus Dewan edisi keempat.22 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 1, h: 364.23 Wahbah al-Zuhayli (1991) Tafsir al-Munir fi al-`Aqidah wa al-Shari`ah wa al-Manhaj, jil.2, h: 298.
24 Muslim (1981) dlm Kitab al-Birr wa al-Sillah wa al-Adab, Sahih Muslim, h:201.25 Lihat tajuk akhbar “Sungai Kinta Pulih Daripada Pencemaran 10 tahun lagi.” Utusan Malaysia, bertarikh 20.10.2008. http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm26 Lihat tajuk akhbar “Bukit Ceylon Masih Bahaya.” Utusan Malaysia, bertarikh 17.12.2008.Capaian pada 5.1.2009. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm27 Lihat tajuk akhbar “Cara Pengambilan dan Ciri-Ciri Ubat.” Utusan Malaysia, bertarikh 26.10.2008.Capaian pada 5.1.2009. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm28 Menurut K. Berthen, disiplin ilmu etika yang berkaitan kemoralan diperincikan melalui tiga pendekatan ilmiah. Pertama, etika deskriptif yang membincangkan tingkah laku moral yang bersifat abstrak seperti adat setempat, persepsi baik dan buruk dan tindakan yang dibolehkan atau sebaliknya.Kedua, etika normatif yang dikategorikan sebagai juzuk yang penting dalam topik etika.Pakar dalam bidang tersebut tidak hanya melihat dari segi teori semata-mata seperti dalam kategori etika deskriptif tetapi melibatkan diri secara langsung secara amali dengan menganalisis dan mengemukakan penilaian tentang tingkah laku manusia secara kritis.Ketiga, etika metaetika cenderung membincangkan pendekatan yang disifatkan sebagai bahasa etika. Dengan kata lain ia merujuk kepada bahasa yang diaplikasikan dalam bidang moral. Lihat K. Berthens (2006) Etik a dan Moral Untuk Pengaj ian Tinggi, h: 10-15.29 Lihat Sarah dan Broadie (1991) Ethics with Aristotle, h:15-20.30 Muhammad al-Sayyid Yusuf (2002) Manhaj Al-Quran fi Islahal-Mujtama`, h: 197.31 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 8, h: 180.32 Menurut al-Tirmidhi hadith ini adalah hadith gharib yang tidak diketahuinya dari hadith yang diriwayatkan Ibnu Mas’ud dari Nabi SAW selain dari hadith Husain bin Qais. Adapun Husain di anggap lemah dalam riwayat hadith.dan dalam bab ini terdapat hadith dari Abu Barzah dan Abi Said. Hadith ini hasan sahih. Adapun Said bin Abd Allah bin Juraij adalah hamba kepada Abu Barzah al-Aslami, dan Abu Barzah aI-Aslami namanya Nadlah bin Ubaid. Lihat al-Tirmidhi (1981) dlm Abwab Sifat al-Qiyamah, Bab Ma Ja’ fi Sya’ni al-Hisab wa al-Qisas, Sunan al-Tirmidhi, jil. 4, h: 61-64.
3 ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP FRAMEWORK OF SUCCESSFUL ENTREPRENEURS: A DISCUSSIONI slam as a perfect guidance for all human life activities has certainly not neglected any of the human needs. Similarly in entrepreneurship, in principle it is founded by many Islamic ground rules that are detailed in the Islamic management discipline. Through the concept of Islamic worldview, the basic framework of entrepreneurship which encompasses conceptual,theoretical, features, methodology and techniques that are applied must be parallel and conform to Islamicprinciples which have been divinely revealed. Thus, it is understandable that the system underlyingentrepreneurship discipline is developed based on the principles of Shariah (Islamic law), whichfunctions as a basic guideline on how human should properly conduct during interaction. Interaction hereincludes individual or general interaction such as social relationship.Hence, it is clear that in the entrepreneurship system the principles are based on the consideration ofdivine revelation which functions as rule of codification that bind mankind in his business dealing. Basedon this explanation, it is by no means stating that the Shariah is rigid and exclusive, that it closes the doorof negotiation and human participation to understand the law. On the other hand, human ideas still have animportant role in the discipline of Islamic entrepreneurship as integration between the norm and theShariah. The fact is harmonization between human thoughts and the principle of Shariah shows that theteachings of Islam are suitable, tolerant and dynamic which conforms to the nature state of humans.Each human action which concerns the issue of Mu’amalah (transaction between human beings) can not beseparated from moral conceptual domain which is a part of forming the Islamic entrepreneurship conceptframework. Hence, to abandon moral values in practicing entrepreneurship will present negative impact,such as offering the opportunity to individual in violating religious duty and encouraging selfishness,materialism and individualism that had occurred during the era of tyranny. This is because, one who is notattach to religious guidance will more often than not perform destruction as mentioned in the al-Qur ’andecreed by Allah which means: “Corruption has appeared on land and sea because of what the hands of men have done. (These happen) so Allah may make them taste a part of the result of their bad deeds and so that they may return (to the truth by repenting to Allah, and begging His Pardon).” (al-Rum:41)
In the effort to produce excellent entrepreneurs with Islamic characteristic, it is not only represented byones strong financial position or the ability to manage, administer, organize, explore fresh idea, produce,innovate, creativeness etc but most and foremost is ones level of faith in God. Successful entrepreneur donot only prioritize on personal gain but also have the tendency to contribute to the welfare of the societyand the country. The prescription to be a successful entrepreneur within the Islamic context is not merelymeasured through the qualitative aspects but also from the quantitative aspects.In practice, a successful entrepreneur is an individual who is devoted to society and at the same time canfulfill obligation as a muslim, mukmin and muslih. Entrepreneurs who have such qualities not only exceland succeed in each field they participate but will also become successful in the hereafter. This highestrecognition means that the philosophy of entrepreneurship synergized with religious fundamentals wouldresult in a comprehensive and holistic entrepreneurship system. True to its nature, entrepreneurs who areeducated with such system will inspire other successful and pious entrepreneurs with qualifications thatIslamic entrepreneurship system can enhance the quality of individual life in an integrated manner.Islamic Entrepreneurship ConceptGenerally, the arguments of entrepreneurship by scholars have a vast scope. Therefore, this paper willonly focus on the Mu’amalahaspect. From Islamic history, the involvement of Muslims in entrepreneurshipfield is not a foreign phenomenon. In the Muslim society this activity had been conducted for almostfifteen century. Early Muslims were successful entrepreneurs and supposedly are the best model ofexample by today’s entrepreneurs. Entrepreneur figures such as Prophet Muhammad (peace and blessingsbe upon him), Abu Bakr (RA)., Uthman bin `Affan, `Umar al-Khattab, Zaid Bin Arqam, Thalhah Bin`Ubaid al-Allah, `Abd al-Rahman al-`Auf are among other individuals who were exceptionalentrepreneurs and traders.Entrepreneurship is an activity which is related to the field of economy. On this basis, entrepreneurship isperceived as an expansion of economy which has the objective to prosper humanity. Through this activity,the individual known as the entrepreneur contribute to the exploration, present ideas and opportunities orcreate something for the benefit of human kind. Consequently, entrepreneurs without doubt presentpositive impacts in the generation of wealth and indirectly stimulate the nation’s economic growth.Additionally, increase in competitiveness (Rahmah Ismail: 2006) among entrepreneurs has successfullycreated a positive atmosphere to spur the level of economic development. Currently, the world’s economyis experiencing a great wave of globalization which has created immense rivalry between entrepreneurs.Hence, to maintain that competitiveness entrepreneurs must create, explore alternative potential, inspireidea and seize opportunities to resolve current problems and future challenges (Mustafa Climb: 2005).Although Islam gives the freedom to entrepreneurs to manipulate natural resources in the quest to boostthe economy, entrepreneurs are bonded by specific rules set in the Islamic Mua’malah. These divine rulesare the guidance of ethics for every entrepreneur in interacting with fellow humans and other livingbeings. This is because, according to the Islamic perspective, entrepreneur is associated as the trustee orknown as the manager. Entrepreneurs have religious obligation to fulfill which are issues involving onesrelationships with God, human beings and other living beings. Ones carelessness and negligence to fulfill
responsibilities stated by Shari`ah will receive punishment in the day of reckoning.Islam has an optimist approach in encouraging followers to improve entrepreneurial activities thatdevelops oneself and the society in general. Through these activities, humankind will be able to performadvancement in a perfect atmosphere for his function as a khalifatulard (God’s vicegerent on earth). Toattain such noble objectives, Islam has certain mechanisms in providing a fair and transparent idea tosettle and unravel problem concerning Mua’malah. Since Islam is universal and oriented by Tauhid(Monotheism), it presents a well-defined meaning that the teaching encourage integration, union andabsolute obedience to God.Explicitly, the conceptual Tauhid that is manifested in ones life will accentuated positive values such asthe union of the Ummah based on love, brotherhood and social equality without differentiating race, socialstatus and so forth. Based on a firm belief in this faith, it can help provide a platform for the formation ofa value system and social institution as a foundation for the development and realization of a credible andintegrated society. Based on this foundation, it can provide a harmonious environment in the society toexperience an ideal life in this world (M. Umer Chapra: 1990).The entrepreneurship framework according to Islamic worldview is not merely material profit orientedbut it transcends this physical world that is invisible to the human senses, which is the afterworld. Thus,the concept of gain and loss must be viewed through the Islamic law and not only through human’s rationalmind. Hence, without guidance from divine revelation, mankind will surely be captivated by this worldlylife which is remotely genuine. As a result, to accomplish the ambitions of accumulating wealth, humanare willing to disobey religious responsibility, inflict oppression, tyranny and other negative acts. As thezenith to such unhealthy phenomenon a dilapidation and immoral society will emerge (Fazlur Rahman:1974) which is contrary to the Islamic philosophy.Therefore, to avoid moral ruin and economy injustice in entrepreneurial activities, certainly the activity togenerate wealth is not regarded as the absolute objective or goal in life. On the other hand, Islamcondemns such people who abuse power and mishandle wealth. This unhealthy situation is clarified in al-Quran when Allah said: “They know some outward show on this life, but of the life to come they are heedless.” (al-Rum:7)Based on the interpretation of the verse, the word afterworld in that verse contains the highest secretmeaning of eternal life for all mankind. While the word world means the a transit for human to prepare forthe afterworld.As a matter of fact, Islam in principle is not passive concerning the concept of human wealth and does notprevent human from pursuing it. The generation of wealth is encouraged because it has economic valuewhich is the basic need of every individual. Nevertheless, to fulfill this need it should be carried out in ahealthy atmosphere and progressively parallel with the concept of “halalan toyyiba.”This means that every human must prosper Allah’s creations to achieve a legitimate and wellbeing state.
On this very need, to fulfill religious obligations, every effort implemented with full commitment anddedication is considered as religious worship and will be given appropriate reward. Based on thatspecification, clearly Islam calls on humanity to integrate initiative towards achieving quality ofproductivity. In other words, it means that the struggle in achieving hasanah (good)and rejecting fasad(damage) are encouraged in every individual. According to Ibrahim Al-Thahawi and `Abd al-Mun`imKhalaf, they believed that on this capacity each human is entrusted of each and every behavior theyperform (Ibrahim al-Thahawi: 1974 and `Abd al-Mun`im Khalaf: 1974).Clearly, the Islamic law provides a large space to mankind to develop this physical world through rangeof activities and efforts. Human’s tendency to work in developing civilization is one noble action thatfulfills the human’s basic nature. In the scope of this religious demands, human should strive persistentlyin finding wealth and contributing to the well-being of the society. This matter is visible through thesaying of Prophet Muhammad (peace be upon him) which means: Narrated Abu Musa Al-Ash’ari: The Prophet said, “On every Muslim there is enjoined (a compulsory) Sadaqa (alms).” They (the people) said, “If one has nothing?’ He said, “He should work with his hands so that he may benefit himself and give in charity.” They said, “If he cannot work or does not work?” He said, “Then he should help the oppressed unhappy person (by word or action or both).” They said, “If he does not do it?” He said, “Then he should enjoin what is good (or said what is reasonable).’ They said, “If he does not do that”’ He said, “Then he should refrain from doing evil, for that will be considered for Him as a Sadaqa (charity).” (Bukhari)Therefore, the concept of Islamic entrepreneurship has its own uniqueness in settling basic economicproblems faced by mankind in the past and current modern age. The Islamic entrepreneurship system isunique because the system’s framework formation is based on religious principles. In this system, eachactivity such as human behavior, function, system, guideline and ethics is bounded and restricted byIslamic law and norms. Hence, entrepreneur ’s moral code must be coordinated to cater the objective ofIslamic law that is fixed and unchangeable.According to this, in the conceptual framework of Islamic entrepreneurship, any attempts that are plannedor implemented cannot be destructive to other parties. This principle is known as “no injury principle”.By complying with this principle it is aimed to prevent any action and activities that are carried out andformulated by human desire. For example no involvement in business that are banned by Islamic law, freefrom fraud, sabotage and usury, not manipulating price of goods or hide goods, low quality, corruptionand other various immoral acts which contravene the Islamic law.The fact is, people need be aware that wealth they possess is not of absolute ownership but on the otherhand, the wealth they possess all belong to Allah. Implicitly, the wealth one owns is a test to evaluate thequality level of ones faith in Allah. Mankind only act and function as the manager to complete certainobligation which is to perform public benefit and set up economy justice (M.Umer Chapra:1990).Basically, Islamic Mu`amalah contains three basic doctrine which complement the conceptual, they are
Tauhid, religious worship and moral.All three elements are a special combination in planning economic activities. The fundamental formationof the system reflects the value of Islamic entrepreneurship framework is created in order to meet socialobligation and implement social need. Because the responsibility to society is the essence of theentrepreneurship system, definitely Islamic law prioritizes social benefit before individual interest. Basedon all three mixture of components it becomes a formula to develop a dynamic and comprehensive blueprint of entrepreneurship concept framework. The components are forces to develop righteous personalityof an entrepreneur. Hence, when these components are successfully adapted by entrepreneur it wouldbecome a spiritual motivation to move entrepreneurs to achieved success or also known as al falah, inevery field an entrepreneur participates.Characteristics of an entrepreneur in Islamic Mu`amalah frameworkGenerally, Islamic entrepreneurial have certain features in underlying the formation of philosophicalframework. According to Yusuf al-Qaradhawi (1995) in the Islamic Mu`amalah segment, Islamicentrepreneurship concept has characteristics such as: a) Divinity (Rabbani)Generally, the element of divinity is the nucleus to the philosophy of Islamic entrepreneurship. Itrepresents a clear comprehension that each behavior, activity, generation of idea, organization, collectionand expansion of wealth, exploration and other entrepreneurship fundamentals are bond by the principlesand rules that are ordered by divine revelation. This basis is visible through Allah’s decree in the al-Qur’an in Surah Al Baqarah: 168, 172, 188, 275, 279 and Al Nisa: 29. Based on the al-Qur’an verses itis found that in general each human activity related with entrepreneurial development planning affairs inthe economy scope must be based on the principles of Mu`amalah (Mohd Saleh Hj Ahmad: 2005) foundedby divine principles. For example the ban of usury in entrepreneurship and the offering of zakat (alms)upon income achieved. b) Moral DoctrineIslamic entrepreneurship system is unique because its philosophy formation is not segregated from themoral doctrine which complements its perfection. Allah has guaranteed that laws enacted objectively aresource of justice to the benefit of human kind. At the same time doctrine related to moral are perceived asa medium to develop ones heart in accordance to the human status as the most perfect of God’s creation.Therefore, if moral doctrine is to be integrated with entrepreneurial practice principle it will beautify andpurify the entrepreneurship system encouraged by Islam. In the al-Qur’an, there are various storiesdescribing decline of moral which had occurred in past society causing the destruction of civilization.The ruin of moral values in society are caused by greediness, acquiring wealth by any means possible,ignoring ones faith and moral interest (Fazlur Rahman: 1991). This event is recorded in the al-Qur’anwhen Allah decree said: “Despite that, man is not concerned about the recompense on the Day of Judgment). When he is
tried by his Lord by exalting him and bestowing favours on him (he refused to be grateful to Him and continue to be arrogant), and he says arrogantly: ?My Lord has honoured me.? But when He tried him, by restricting his subsistence (he becomes restless), he says: ?My Lord has humiliated me!? No! (What you have said is not true)(1833). In fact (your deeds, O you, who are well-off are wrong because) you are not generous to the orphan (instead you stop them from getting what is theirs)! Nor do you urge one another to feed the poor;- And greedily you lay your hands on the inheritance (of the weak without taking account of the lawfulness of your act), And you love riches with all your hearts!.” (al-Fajr: 15-20) c) HumanityThe entrepreneurship system derive from Mu`amalah is realistic in nature. The principles that are adaptedand modified from Mu`amalah are flexible, dynamic and permanent because it provides an opportunity tomankind to play a role, as long as it does not defy Islamic law. Man use reason in understanding certainlaw that has been ordered unto him and to be followed by using certain methodology and thenimplementing it. The objective of Islamic entrepreneurship is to share and contribute effort to prosper thehuman race. It applies the principle of rejecting elements that are destructive in the effort to develop thisworld in a just and detailed manner (Muhammad `Abd al-Mun`im al Jamal: 2000). d) ModestThe highest virtue that is the basis of Islamic entrepreneurship philosophy is justice. With this awareness,this virtue articulates to set things in its reasonable place, to preserve the wellbeing and interest ofmankind. The need and importance of this value makes it a definite part of the general philosophy ofentrepreneurship, whereby it is formed by fundamentals of justice and reasonable consideration. Hence,when this virtue is practiced in entrepreneurship it can balance the requirements of the world here andhereafter.Successful EntrepreneurSuccessful entrepreneur is defined as outstanding individual in entrepreneurial activities who practicereligious obligations as a Muslim, Mukmin and Muhsin. Furthermore, entrepreneur should also possessintelligence, skills and be technology savvy depending on the current needs (AbulHasan MuhammadSadek: 1991). Entrepreneur attitude to reject change in fulfilling current needs make them be left behindand be unable to compete in global stage. This narrow-minded attitude is unaligned with the enthusiasticprogress encouraged by Mu’amalah philosophy in Islam. In Islam, to achieve this success is known as theal Falah concept. Al-Falah generally covers all aspects of human life, spiritual, moral and ethics,economy, social, culture, and to achieve success in the world here and hereafter. A fine and prosperouslife which is blessed by Allah, as mentioned in the al-Qur’an: “But seek, with the wealth which Allah has bestowed on you, the reward and happiness of the Hereafter. Do not forget your share (of the needs and provision) from this world(1328), and be
good (to others) as Allah has been good to you (by giving you more than what you needed), and do not seek mischief in the land. Allah does not like the mischiefmakers.”? (al-Qasas:77)Al-Falah concept is contrary to the concept of al-Fasad which it is dominated by disgraceful attitudes.The characters of al-fasad is translated as group of individuals who inflict destruction on earth.Individuals who act in such a way are influenced by reprehensible emotion that can encourage them to actcontradictory to good values. For example, to fulfill worldly desires such as to practice usury, manipulateprice, gain profit through repression, inflict oppression on others, breach of trust, cheating and the like.Criticism on such group can be seen when Allah decreed in the al-Quran, Allah said: “And when it is said to them: ?Do not spread corruption in the land?, they reply: ?We are but improving things.? But it is they who are spreading corruption, but they do not perceive it.” (al-Baqarah:11-12)Entrepreneurs who are educated and driven by al-Falah would strive consistently in performing duties askhalifah al-Ard (Allah’s vicegerent on earth)to do good to mankind in finding the ultimate meaning ofacceptance. The spirit of al-Falah employed effectively by Muslim entrepreneurs will encourage tooptimize all resources bestowed by Allah for the benefit of humankind. By keeping this concept in mind,Muslim entrepreneurs avoid getting involved in any deviation that could corrupt the harmony of Islamicentrepreneurship system. The wealth obtained through economic activities are not absolute ownership innature, on the other hand human are only trustee to manage those sources. Successful entrepreneur inaddition need to take into account human development factor and opportunity of work. For example,promote praying in congregation among employees, encourage knowledge appreciation among the staff,tolerate healthy criticisms which build and stresses noble values in the organization.Motivational force for entrepreneur to succeed should not simply be seen from the aspect of materialownership, it is necessary to take in to consideration the incentives of moral values. The moral valuesplay a role as mechanism to protect entrepreneur from being involved in unhealthy activities, eitherdirectly or indirectly in any Mu’amalah transactions. The priorities that are featured in Islamic economicactivity are justice and the preservation of humankind’s benefit while rejecting destruction (MuhammadNejatullah Siddiqi: 1991). In this context, entrepreneurs must realize all work produced fulfill therequirements of religious obligations and it considered as an act of worship.Islam fully encourage entrepreneurs to participate in the business world and strive hard to find wealth.However the efforts are only permissible for legitimate possessions (AbulHasan MuhammadSadek:1991). In other words, the possessions gained must come from permissible means and the incomereturn acquired must be clean from any doubtful elements. This profit possession is a blessed approach byAllah. Therefore, entrepreneur alertness on their acquisition of wealth is a features of successfulentrepreneurs within the context of Mu’amalah in Islam.Commonly, the ultimate success that every Muslim wishes to achieve is accomplishment, happiness,compliance, blessing from God not only in this world but also continuously hereafter. The success enjoy
in their own fields is not regarded as a pinnacle point of entrepreneur’s excellent achievement. On theother hand as a successful entrepreneur one must take into consideration other obligations which need tobe fulfilled on ones own capacity as Muslim. Among the obligations requirement which need fulfilled byentrepreneur are as follows: a. Social obligation towards religious responsibilities. b. Social obligation towards country. c. Social obligation towards employee welfare. d. Obligation towards family. e. Social obligation towards society.Hence, the benchmark of a successful entrepreneur is not solely indicated by material achievements.Although, profit performance are perceived as indication to an entrepreneur ’s success but to neglect thevalue factors of spiritual inspiration would present a negative impact towards a holistic economicdevelopment. Entrepreneur enthusiasm to expand the business empire that is not based on religiousfoundation could result in the collapse of a society and will create imbalance in the global economy.Entrepreneurship which is practiced by synergizing fundamentals of dynamic Islamic Mu`amalah willproduce pious and successful entrepreneurs possessing high competitiveness, innovativeness,creativeness, disciplined with a high level of courage.ConclusionIn the entrepreneurial world that is consistently evolving and increasing in complexity, there are variouschallenges and obstacles that entrepreneur must face to achieve dreams and ambitions. The main objectiveset down by entrepreneur is profit and succeed in whatever field one participate in. Nevertheless, in theIslamic entrepreneurship framework, by principle successful entrepreneurs are individual who striveconsistently to progress in the fields one participate while fully complying to religious duties. Thedefinition of successful entrepreneur according to Mu`amalah is not merely to achieve recognition in theworld, suggested by the Western school of thoughts, but also to succeed in the Hereafter. Hence, theapplication of entrepreneurship’s basic theories must be integrated with the Islamic fundamentals toenable the creation of successful and excellent Muslim entrepreneurs through the concept of al falah. As amatter of fact, the practice of entrepreneurship synergized with the principles of Mu`amalah is an effectiveformula to strengthen the entrepreneurship institution establish by man which meets the requirements of theworld here and hereafter.
4 USAHAWAN BERJAYAI slam telah meletakkan kedudukan tinggi kepada manusia yang sentiasa beribadah dan melazimi dirinya dalam perkara kebajikan. Dorongan kepada tindakan tersebut bertujuan supaya manusia memakmurkan alam ini secara lestari dan dimanfaatkan untuk kemaslahatan umum serta mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah SWT. Dalam apa jua aktiviti manusia, Islammemberi panduan kepada golongan tersebut menjadi mukmin profesional berjaya (al-falah). Begitu jugadalam skop keusahawanan, semangat al-falah1 yang dihayati oleh para usahawan Muslim secara konsistenakan mendorong mereka mengoptimumkan segala sumber-sumber yang dianugerahkan oleh Allah SWTuntuk kemaslahatan umat manusia sejagat. Menurut Muhammad Akram, al-falah secara literalnya difahamisebagai kejayaan atau kesejahteraan merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat. Kejayaan yang dikecapiini perlu disertai dan dihayati selaras dengan pandangan hidup Islam yang syumul.Oleh yang demikian, kejayaan dan kesejahteraan yang dirumuskan sebagai al-falah hanya akan diperolehiberasaskan metodologi yang digariskan oleh syarak. Dengan kata lain, kejayaan tersebut perlu diikutidengan kepercayaan kukuh terhadap doktrin Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh.2 Dariperspektif keusahawanan, terminologi konsep al-falah ialah untuk membangunkan potensi pengusaha atauinsan untuk berinteraksi secara positif dengan Pencipta, sesama manusia dan alam berasaskan prinsipmu`amalah Islam. Setiap usaha atau tindakan yang dilakukan tersebut mempunyai objektif untuk mencapaikebahagiaan, keselamatan, kejayaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Ketentuan konsep inilah yangmerujuk kepada objektif hasanah fi dunya wa al-akhirah3 yang menjadi matlamat tunggal hidup setiapindividu Muslim. Bertitik tolak dari pengertian tersebut, aktiviti keusahawanan dalam skop perekonomianyang berorientasikan objektif al-falah cenderung kepada pengurusan sumber alam yang cekap olehmanusia sebagai pemegang amanah berdasarkan penyertaan dan kerjasama4 yang dipandu oleh nilai-nilaiIslam untuk kepentingan umum sejagat.5Sehubungan itu, Islam mempunyai asasnya yang tersendiri dalam memperincikan persoalan konsepkejayaan ataupun al-falah. Legitimasi konsep ini digarap berasaskan petunjuk yang telah dirakamkandalam Al-Quran. Di antaranya, ayat-ayat yang berkaitan dengan konsep tersebut seperti firman AllahSWT: Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka
sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang berhak mewarisi. yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (al-Mu’minun:1-11)Ibn Kathir6 telah menggariskan ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi keperluan asas kepada setiapindividu Muslim untuk mencapai kejayaan sebagaimana yang diperihalkan oleh wahyu. Justeru, individuMuslim yang dapat mengadaptasikan sifat-sifat terpuji tersebut dalam jiwa mereka adalah golongan yangmendapat rahmat dan petunjuk serta memperolehi kejayaan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh AllahSWT. Sebagai ganjarannya, golongan tersebut akan menjadi pewaris kepada Syurga Firdaus dan akantinggal kekal abadi di dalamnya. Imam Ibn Kathir juga turut memetik sebuah hadis yang diriwayatkan olehImam Ahmad dari `Umar ibn al-Khatab bahawa Nabi SAW besabda yang bermaksud: “Telah diturunkan kepadaku sepuluh ayat, barangsiapa yang mengaplikasikannya akan masuk syurga.”Berasaskan peruntukan ayat-ayat Al-Quran tersebut, kejayaan ataupun diistilah sebagai al-falah yangdislogankan oleh Islam adalah sinonim dengan mafhum mencari keredhaan Allah SWT. Oleh itu, mana-mana perlakuan individu yang berkontradiksi ataupun mengatasi peraturan-peraturan yang telah digariskanoleh syarak maka sudah tentulah tindakan tersebut terkeluar daripada objektif kejayaan yang diiktiraf olehIslam. Ini kerana, kejayaan yang dicapai oleh manusia bukan sahaja bersifat kejayaan atau kesejahteraandi dunia tetapi juga kesejahteraan yang meliputi alam akhirat. Penegasan ini menunjukkan bahawa apasahaja bentuk aktiviti manusia, objektif muktamadnya bukan sahaja berakhir di alam dunia ini tetapisecara implisitnya ialah mendapat tempat, rahmat dan keuntungan di hari pembalasan kelak.7Tuntutan untuk mencapai al-falah dalam urusan kehidupan dapat dicerakinkan melalui firman Allah SWTdalam Al-Quran:Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang.” (al-A`la: 14-15)Ayat Al-Quran tersebut mengisyaratkan bahawa manusia yang berusaha memajukan dirinya mengikutpedoman wahyu akan mencapai status kejayaan. Termasuklah juga golongan yang sentiasa melazimi dirimereka mengingati Allah SWT sepanjang masa dan yang mendirikan sembahyang secara sempurna.Kejayaan yang digariskan oleh Al-Quran inilah menjadi simbol kesempurnaan kehidupan di dunia danakhirat. Dalam pada itu, Ibn Kathir8 menjelaskan maksud ayat tersebut memetik pandangan yang telahdibentangkan oleh Jabir ibn `Abd Allah R.A berkata:
“ ” merujuk kepada orang yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan meninggalkan semua unsur-unsur syirik dan mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah.Dalam sistem keusahawanan Islam, individu tersebut ditakrifkan sebagai pengurus, pentadbir dan jugapemegang amanah yang bertanggungjawab secara langsung sama ada dengan Pencipta-Nya dan jugasesama manusia. Justeru, keharmonian interaksi tersebut akan wujud secara harmoni apabila segalatindakannya mempunyai objektif untuk memartabatkan agama dan memakmurkan institusi masyarakat.Menurut Adnan Alias9 usahawan yang bersifat sedemikian sebagaimana digambarkan dalam intisari ayatAl-Quran dalam surah al-Ma`arij 22-35. Secara tipikalnya individu tersebut mempunyai sifat-sifat sepertimenunaikan solat, sebahagian daripada hartanya diinfaqkan kepada golongan miskin, beriman dengan hariakhirat, takut kepada azab Allah, memelihara kemaluannya, menjaga amanah dan janji, memberikankesaksian dan memelihara solatnya. Individu yang menghayati sifat-sifat tersebut dijanjikan oleh AllahSWT dengan ganjaran syurga yang mulia.Oleh yang demikian, jalan-jalan menuju kejayaan adalah dengan melaksanakan segala yang dituntut olehsyarak secara kolektif dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang ditegah olehsyarak. Pengabsahan Al-Quran berhubung dengan kejayaan hidup manusia iaitu kejayaan yang meliputizahir dan juga batin. Kejayaan tersebut merangkumi nikmat yang diperolehi itu bukan sahaja dibatasidalam tempoh masa kehidupan di dunia sahaja tetapi juga merentasi hingga ke alam akhirat iaitukerahmatan Allah SWT yang menjanjikan dengan balasan syurga.Konseptual kejayaan juga banyak disentuh dalam Al-Sunnah.Di antaranya dalam sebuah hadis yangdiriwayatkan daripada Abu Hurairah RA telah berkata maksudnya:10 “Rasulullah SAW bersabda: yang disebut kaya, bukanlah kaya harta benda duniawi, tetapi yang dikatakan kaya ialah kaya jiwa.” (Muslim)Begitu juga dalam sebuah hadis Nabi SAW yang lain. Daripada Anas ibn Malik, Rasulullah SAWbersabda yang bermaksud:11 “Sesiapa yang menjadikan hari akhirat sebagai cita-citanya, maka Allah menjadikan dia seorang yang kaya hati dan mengumpulkan baginya segala urusannya yang pelbagai dan dunia datang dalam keadaan tunduk kepadanya. Dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai cita- citanya maka Allah menjadikan kefakiran di antara kedua matanya dan memisah-misahkan urusan-urusanya dan dunia tidak datang kepadanya melainkan apa yang telah ditentukan baginya.” (al-Tirmidhi)Dalam hadis yang lain. Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW bersabda:12 “Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah
dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Bagi orang-orang Mukmin maka pahala kebajikannya disimpan oleh Allah SWT untuknya di akhirat serta dianugerahkan rezeki di dunia yang berkaitan dengan ketaatannya.” (Muslim)Berasaskan kepada hadis-hadis yang telah dipaparkan tersebut, Nabi Muhammad SAW telahmengisyaratkan bahawa tindakan manusia yang merangkumi jiwa, pemikiran dan perlakuan yang memberikeutamaan kepada pertimbangan syariat akan memandu mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.Atas landasan tersebut, tindak-tanduk manusia yang berdiri di atas manhaj Ilahi akan menuntaskan kesanyang positif terhadap pembangunan spiritual, intelektual dan fizikal manusia. Kesannya, individu tersebutakan merasai ketenangan, keamanan, ketenteraman, kebahagiaan dan yang lebih utama ialah memperolehikejayaan yang sama di akhirat kelak. Ironinya, kejayaan yang hakiki itu tidak akan tercapai melainkandengan mematuhi peraturan-peraturan dan nilai-nilai terpuji yang diperakukan oleh agama Islam. Ganjaranyang diperolehi oleh setiap individu yang mematuhi sepenuhnya tuntutan syarak bukan sahaja dinikmati dialam dunia sahaja tetapi juga mendapat ganjaran nikmat yang melimpah ruah di alam akhirat yang kekalabadi. Inilah kejayaan yang diformulakan oleh Islam sebagai kejayaan hakiki yang merentasi alam duniadan akhirat.Dilihat dalam konteks keusahawanan pula, ketentuan usahawan yang menepati konsep al-falah perlumemenuhi keperluan yang telah digariskan oleh kaca mata Islam. Berpandukan kepada petunjuk Al-Qurandan Al-Sunnah, acuan usahawan berjaya perlu diadun dengan nilai-nilai yang diharmonikan dengankerangka mu`amalah Islam yang menjadi tunjang kepada pembentukan falsafahnya. Apabila ia berjayadiintegrasikan di antara keperluan manusia dan tuntutan syarak, secara tidak langsung ia dapat menjanasatu konsep usahawan berjaya yang komprehensif dan holistik sifatnya. Ini kerana, keperluan di dunia danjuga keperluan akhirat perlu mempunyai rantaian kesalingan yang kukuh berdasarkan kepada petunjukwahyu yang menjadi perlembagaan kepada kehidupan manusia. Tanpanya, akan berlaku ketempangan dankecacatan yang boleh mendorong manusia khususnya golongan usahawan untuk bertindak menyalahitatacara adab dan prinsip mu`amalah Islam.Sehubungan itu, usahawan dari sudut dimensi Islam tertakluk kepada dua fungsi yang utama. Atas sifatnyasebagai insan, usahawan terikat kepada konsep hamba dalam konteks `ubudiyyah13 dan konsepkhilafah.14 Berasaskan fungsi tersebut, sebagai usahawan ia perlu mengekalkan status qounya sebagaikhalifah al-ard ataupun sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab melaksanakan segala tuntutanyang telah diamanahkan kepadanya menurut kehendak wahyu. Usahawan yang berteraskan kepada kedua-dua konsep ini sentiasa menginsafi bahawa dalam memenuhi obligasi tersebut, ia sentiasa mengingatiAllah, mempercayai kepada ganjaran dan balasan di atas perlakuannya15 (pahala/dosa), nikmat dan azab(syurga/neraka) serta sebagainya. Kepercayaan yang bersifat transendental dan pegangan yang kuatterhadap kedua-dua konsep tersebut akan memberi impak yang positif terhadap sebarang aktivitikeusahawanan yang diusahakannya supaya tidak menyalahi prinsip-prinsip yang telah dinaskan olehsyarak.Pemahaman usahawan dalam skop `ubudiyyah pula bermaksud individu tersebut bertanggungjawabsepenuhnya melaksanakan amal ibadah dan dalam masa yang sama juga ia perlu menjauhi perkaraperkara
atau segala unsur yang ditegah oleh syarak. Dalam memenuhi perlaksanaan tersebut, usahawan Muslimdituntut untuk memenuhi keperluan fardhu ain dan juga fardhu kifayah sebagai pelengkap kesempurnaanterhadap amalan yang dilakukan. Dari skop fardhu ain misalnya, usahawan Muslim berkewajipanmelaksanakannya seperti sembahyang lima waktu, berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan haji,menuntut ilmu dan sebagainya yang diklasifikasikan sebagai tanggungjawab individu. Begitu juga dalamaspek perlaksanaan fardhu kifayah ia menjadi tanggungjawab bersama dan tidak diwajibkan ke atasindividu tersebut. Namun begitu, jika ia tidak dilaksanakan oleh sesuatu komuniti masyarakat tersebutmaka keseluruhannya tidak terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Sebagai contoh, menunaikansembahyang jenazah, sembahyang berjemaah di masjid dan pelbagai amalan lain yang memberi faedahkepada agama dan kepentingan umum masyarakat.Dalam pada itu, jika dilihat usahawan dari skop khilafah pula, individu tersebut perlu melaksanakan tugastersebut dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Ini kerana, usahawan yang dianalogikan sebagaipemegang amanah bukan sahaja melaksanakan tugas tersebut untuk mencari keuntungan dunia semata-matatetapi juga akan bertanggungjawab di hari akhirat kelak. Segala tindakan dan aktiviti yang diusahakan atasmuka bumi ini akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT kelak. Penegasan ini dijelaskan oleh Allah SWTdalam Al-Quran iaitu: Maksudnya: “Pada hari itu Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah usahakan.” (Yasin:65)Ibn Kathir16 mentafsirkan bahawa pada hari kiamat kelak Allah SWT akan menutup mulut orang-orangkafir dan munafik serta seluruh anggota akan memberi keterangan terhadap perbuatan yang diusahakan dialam dunia.Pada asasnya, jika dilihat usahawan dari skala konsep khilafah, sudah tentulah golongan ini tertaklukkepada tuntutan fardhu ain dan juga fardhu kifayah. Dalam memenuhi kehendak fardhu ain, usahawan perluberusaha untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT dengan melaksanakan hak-hak yang perluditunaikan sebagaimana yang terangkum dalam konsep ibadah sama ada yang wajib atau sunat. Ia perludilakukan dengan penuh pengharapan yang tinggi kepada Allah SWT supaya dirinya sentiasa dirahmatidan diredhai oleh Pencipta-Nya. Keimanan dan keyakinan serta mempraktikkan apa yang dituntut olehAllah SWT akan memberi implikasi yang positif terhadap pembangunan jiwa, akal dan roh para usahawanuntuk menjadi individu Muslim dan Mukmin yang menepati ajaran Islam yang syumul. Oleh yangdemikian, apabila kesedaran ini wujud dalam diri usahawan sudah pastilah setiap amalan dan tingkahlakunya akan terarah kepada perkara kebajikan dan sentiasa menjauhkan diri dari perkara yang ditegaholeh Allah dan Rasul. Menurut Fazlur Rahman,17 dalam situasi inilah usahawan dapat membentuk satukeperibadian yang terpuji hingga boleh dilabelkan sebagai ”insan terpuji dan mempunyai kedudukan yangtinggi” sebagaimana yang diperihalkan oleh Islam.Dalam urusan fardhu kifayah pula, penglibatan individu untuk menjadi usahawan adalah dianggapsebahagian daripada memenuhi tuntutan kefardhuan tersebut.18 Keperluan fardhu kifayah yangdikategorikan sebagai tanggungjawab kolektif perlu dilaksanakan oleh umat Islam untuk memelihara
kepentingan dan kebajikan. Tambahan lagi memperkasakan hal ehwal perekonomian untuk kepentinganumat Islam adalah satu perkara yang penting. Justeru, individu yang memilih untuk menceburi bidangkeusahawanan bertanggungjawab menguruskan sumber alam ini untuk kesejahteraan masyarakat umum.Sebagai contoh, para usahawan Muslim perlu menjana idea secara kreatif dan berinovasi untuk merencanadan mengembangkan aktiviti perekonomian umat Islam supaya ianya berkembang maju serta menjadimodel kepada masyarakat yang lain. Bertitik-tolak daripada kepentingan inilah usahawan yang berjayasentiasa memikirkan kebaikan dan kebajikan yang boleh disumbangkan kepada masyarakat. Ia sentiasaberusaha mengatasi kelemahan masyarakat Islam khususnya dalam penguasaan bidang ekonomi dan jugapenguasaan perdagangan umat Islam.Sehubungan itu, usahawan yang menepati konsep al-falah ialah individu yang mengaplikasikan amalankeusahawanan berasaskan kepada kesedaran beragama19 yang merangkumi komponenkomponen pentingseperti akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini menjadi paksi kepada proses operasi dan aktivitikeusahawanan yang diusahakan mereka. Apa sahaja amalan atau pekerjaan yang diusahakan tidak bolehdijuzukkan secara berasingan20dengan keperluan asas tersebut. Atas kesedaran dan keyakinan kepadaasasasas yang dinyatakan ini maka wujudnya konsep halal dan haram serta dosa dan pahala yang menjadigaris panduan yang jelas kepada para usahawan berkaitan dengan perkara yang diharuskan dan jugaditegah. Asas pertimbangan ini dilihat sebagai keperluan penting kepada golongan usahawan supaya tidakterlibat dengan sebarang bentuk aktiviti yang berpotensi mendatangkan kesan kemusnahan (kefasadan) danjuga bertentangan dengan objektif syarak. Dengan kata lain, segala urusan yang dilakukan oleh setiapmanusia perlu menjauhi unsur-unsur yang boleh merosakkan fungsi akal, jiwa dan roh manusia keranaperbuatan tersebut boleh mengundang dan membuka pintu-pintu kesyirikan dan kekufuran.Oleh yang demikian, nyatalah bahawa setiap tindakan usahawan yang bersendikan kepada kesedaranberagama tersebut meninggalkan kesan yang cukup mendalam terhadap diri mereka. Kesedaran ini tercetusdisebabkan apa sahaja bentuk tindakan, pemikiran dan perancangan yang bertentangan dengan ketentuanagama maka sudah tentulah berlakunya pelanggaran terhadap tuntutan syarak. Justeru, usahawan yangberjaya akan sentiasa berhati-hati dalam sebarang urusan yang dilakukan disebabkan keyakinannyamematuhi tuntutan ajaran agama. Ia bukan sahaja memastikan dirinya mematuhi peraturan tersebut tetapijuga mempengaruhi pihak lain juga seperti keluarga dan juga para pekerjanya serta pengguna lainumumnya untuk menghayati sepenuhnya perintah agama. Dengan kata lain, usahawan yang berjayamewarnai persekitaran sekelilingnya dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam. Komitmen yangditunjukkan oleh usahawan tersebut berasaskan kepada kesedaran dan keyakinan yang tinggi terhadapketentuan syariat dan ketakwaan terhadap Allah SWT. Para usahawan yang mempunyai sifat sedemikiansentiasa berusaha, berbakti, dan membangunkan institusi masyarakat sebagai wasilahnya untukmendekatkan diri kepada Pencipta.KesimpulanNatijahnya, cerminan usahawan berjaya dalam Islam adalah individu Muslim yang berjaya memenuhitanggungjawabnya sebagai pemegang amanah sama ada tanggungjawabnya dengan Allah, sesama manusiadan juga makhluk ciptaan Allah yang lain. Ini kerana objektif kejayaan, kebahagian dan keuntungan padakerangka pemikiran usahawan Muslim bukan hanya melihat kepada ganjaran material secara tunggal
semata-mata. Sebaliknya hasil usaha yang dilakukan tersebut perlu mengikut lunas-lunas yang diizinkanoleh syarak. Ini kerana, setiap perlakuan yang selari dengan tuntutan tersebut dihitung sebagai ibadah dansecara tidak langsung ia menjadi bekalan yang bermanfaat untuk dibawa pada hari akhirat kelak.Memahami pengertian tersebut, dapat dirumuskan bahawa keredhaan dan kerahmatan daripada AllahSWT adalah matlamat unggul yang perlu dicapai dan perlu dicari oleh setiap individu usahawan Muslim.Pada kemuncaknya, disitulah letaknya keberkatan yang menjanjikan kedamaian, ketenangan dan kejayaanhakiki yang perlu dikejar oleh para usahawan. Kejayaan usahawan yang merangkumi pengertian inilahdisifatkan sebagai bersepadu dan menyeluruh kerana ianya diimbangi dengan keuntungan yang dinikmati didunia dan juga kejayaan yang bakal dikecapi di hari akhirat kelak. Malah, Islam memberi kebebasansepenuhnya kepada manusia untuk membangunkan sistem keusahawanan selagi mana tindakan tersebuttidak mendatangkan kemusanahan, kerugian dan penindasan sesama manusia.21________________1 Ketentuan konsep al-falah hanya dicapai oleh individu Muslim yang mempraktikkan tuntutan rukun Islam dan iman secara bersepadu.Golongan manusia yang dikategorikan sebagai Muslim, Mukmin dan Muttaqin sahaja yang layak mendapat kejayaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Islam. Untuk keterangan lanjut sila lihat Muhammad Akram (2003) Islamic Economics and Finance: A Glossary, h: 60.2 Premis kenyataan ini direkodkan dalam Al-Quran merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam…” (Ali `Imran:19)3 Kejayaan di dunia dan di akhirat merujuk kepada panduan yang ditunjukkan oleh wahyu iaitu firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah k ami dari sik sa nerak a” (al-Baqarah:201)4 Akram Khan (1984) Islamic Economics: Nature and Need, Journal of Research in Islamic Economics, jil. 1, bil.2, h: 55-615 Masudul Alam Choudhury (1986) Contributions to Islamic Economic Theory: a Study in Social Economics, h: 4.6 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 5, h: 397-398.7 Muhammad Nejatullah Siddiqi (1979) The Economic Enterprise in Islam, h: 3-5.8 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 9, h: 54.9 Adnan Alias(2002) Model Perlakuan Usahawan Muslim, dlm Keusahawanan Islam, h: 3210 Muslim (1981) Sahih Muslim, jil. 2, h: 213.11 Tirmidhi (1981) Sunan al-Tirmidhi, jil. 4, h: 106.12 Muslim (1981) Sahih Muslim, jil.4, h. 336.13 Dalam konteks `ubudiyyah, objektif utama penciptaan manusia di alam bumi ini adalah untuk mengabdikan diri dan tunduk secara mutlak kepada Allah SWT. Kenyataan ini jelas digambarkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan Ak u tidak menciptak an j in dan manusia melaink an untuk merek a menyembah-Ku.” (al-Dhariyat:56)14 Atas kapasitinya sebagai khalifah, manusia berkewajiban mentadbir dan menguruskan alam ini secara bijak seperti yang dituntut oleh Al- Quran. Sepertimana firman Allah SWT dalam Al-Quran maksudnya: “…..Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendak i k amu memak murk annya…. (Hud:61)15 Muhammad `Abd al-Mun`im al-Jamal (1980) Mausuàh al-Iqtisad al-Islami wa Dirasat Muqaranah, h: 4.16 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 6, h: 419.17 Fazlur Rahman (1974) Islam and the Problem of Economic Justice, h: 79.18 Lihat Mohd Farid Md Alias beliau memberi ulasan bahawa kusahawanan adalah aktiviti yang dapat memberi faedah kepada masyarakat adalah sebahagian daripada tuntutan fardhu kifayah. Lihat utusan online http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp? y=2008&dt=0612&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive, bertarikh 20 Februari 2009. Capaian pada 20 Februari 2009.19 Petunjuk kepada keperluan kesedaran agama ini diperlihatkan contoh oleh Nabi Muhammad SAW sebagai seorang utusan Allah dan juga dalam contoh yang lain sebagai seorang pengusaha yang berjaya. Baginda telah meletakkan asas keagamaan sebagai intipati kepada aktiviti keusahawanan Baginda.Baginda SAW juga telah berjaya meletakkan dimensi ketuhanan sebagai tunjang kepada kekuatan aktiviti yang dilakukan di samping menunjukkan contoh usahawan berjaya yang menepati konsep al-falah. Lihat Muhammad Syafi`i Antonio (2008) Muhammad The Super Leader Super Manager, h: 77-95. Lihat Ismail Noor (1999) Prophet Muhammad’s Leadership The Paragon of Excellence Altruistic Management: A Cross Application to Modern Management and Leadership Practice, h: 32-50.20 Untuk memahaminya lihat keterangan al-Imam Abu Zahrah, beliau menyatakan bahawa syariat Islam tidak boleh dilihat sebagai satu sistem yang terpisah dengan keperluan manusia. Sesiapa yang melihat sebaliknya jelaslah ia tidak memahaminya sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Lihat Muhammad Abu Zahrah (1960) Fi Tarik h al-Madhahib al-Fiqhiah, h: 25.21 Yusuf al-Qaradawi (1980) al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, h: 6.
BAHAGIAN II: AMALANKEUSAHAWANAN
5 APLIKASI NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN USAHAWAN KE ARAHPEMBANGUNAN USAHAWAN MUSLIM YANG BERSEPADUP ersoalan mu`amalah yang menjurus kepada aspek keusahawanan sentiasa mengalami proses penambahbaikan bersesuaian dengan realiti dan kemajuan pencapaian semasa manusia. Revolusi pemikiran teoritikal manusia dalam dunia keusahawanan telah mencetuskan satu dimensi yang positif dalam merangka satu sistem keusahawanan yang dinamik dan bersifat“sustainable system” hasil daripada inovasi daya kreativiti manusia. Golongan usahawan sentiasameneroka dan memonopoli pelbagai bidang dalam mencipta empayar perniagaan dan mengembangkanjaringan tersebut dari peringkat lokal sehinggalah berkembang di pentas global. Justeru, masyarakat Islammempunyai pertimbangannya yang tersendiri dalam menentukan nilai-nilai yang bersesuaian dengan rohsyariat dan dapat menampung realiti dan keperluan semasa masyarakat. Ajaran Islam dan budayamasyarakat telah menjadi asas1 kepada cerminan nilai masyarakat Islam amnya. Hanya nilai-nilai yangtidak bertentangan dengan ajaran Islam sahaja diiktiraf sebagai nilai-nilai murni dalam Islam.Oleh kerana manusia merupakan faktor yang dominan dalam menyuburkan gagasan peradaban manusia,sudah pastilah ia sentiasa dipengaruhi oleh pelbagai sistem dan institusi di sekelilingnya. Akibatnya,manusia yang cenderung untuk mempertahankan sistem yang ditaja oleh manusia secara totalnya seringkalimengutamakan kepentingan individu semata-mata dan sanggup mengorbankan kepentingan umum.Menyedari realiti yang berlaku, Islam mempunyai mekanisme yang tersendiri dalam menguruskan sistemkehidupan manusia yang bersifat komprehensif dan holistik bagi mengelakkan kezaliman dan ketidakadilanberlaku dalam institusi masyarakat. Tuntutan kepada memaksimumkan peningkatan nilai-nilai murni dalamsetiap tindakan manusia khususnya dalam pembangunan modal insan akan mengubah worldview manusiake arah penjanaan insan terpuji dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan.2Dalam ruang lingkup Islam, setiap bidang komponen keperluan manusia adalah terikat dengan konseppandangan hidup tauhid.3 Sejarah ketamadunan manusia telah melakarkan konsep pandang semestamanusia tidak pernah sunyi daripada petunjuk keagamaan yang berorientasikan order tauhid. Meskipunmanusia telah mencapai kemajuan dan kemodenan yang telah diciptakan namun ia hanya bersifat kuantitatifdan sentiasa mengalami perubahan. Berbeza pula dengan aspek ketauhidan yang yang memiliki ciri-cirikualitatif dan universal sifatnya sentiasa memelihara keasliannya walaupun berbeza suasana dan tempat.
Reformasi kerohanian yang berteraskan tauhid secara eksplisitnya memberi gambaran kepada manusiatentang hakikat kebenaran yang perlu dijadikan falsafah asasi kehidupan manusia. Asas pegangan inilahyang akan memberi kesedaran kepada manusia tentang hakikat kejadiannya dan objektif utama ia diutuskanatas muka bumi ini.Oleh yang demikian, kerangka sistem nilai yang dicanai dengan ruh tauhid akan mencerminkan satukebenaran tentang keindahan ajaran Islam yang diwarnai dengan nilai-nilai murni yang luhur. Nilai-nilaikolektif yang disaduri dengan pengajaran Islam akan mencernakan ciri-ciri yang positif seperti keadilan,kesaksamaan, kebaikan dan memelihara kepentingan umum sepertimana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Nilai-nilai yang diutarakan tersebut mempunyai falsafah keinsanan yang besar danmemberi isyarat bahawa manusia mempunyai nilai stratafikasi sosial yang sama tanpa wujud perbezaansempadan dan geografi. Ia memberi pengajaran kepada manusia agar tidak bertindak melampaui batassehingga menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam hubungan manusia sesama manusia.Islam sentiasa mengutamakan sistem nilai yang adil dan bersih dari kecacatan yang boleh memberiimplikasi yang negatif kepada sistem pembangunan usahawan yang holistik sifatnya.Konsep Nilai Murni Menurut Perspektif IslamDalam pengertian umum nilai, ia mengandungi unsur-unsur seperti faedah, kepentingan, kualiti, setiapbenda yang bernilai, perkara dan fenomena yang wujud dan berlaku dalam alam kosmologi ini. Secaraimplisitnya, nilai bersifat subjektif dan kualitatif tercetus melalui pemikiran dan emosi manusiaberasaskan pengalamannya dalam proses interaksinya dengan alam dan sesama manusia. Natijah daripadapertimbangan pemikiran dan emosi, manusia telah meletakkan sesuatu nilai berdasarkan kepadapengalaman yang dilaluinya.Pada asasnya, nilai murni adalah nilai bersifat universal yang memberi penekanan kepada adab yangterpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya dengan Tuhan, manusia danalam. Perbincangan nilai murni cenderung membahaskan domain-domain nilai substantif seperti agama,rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan stimulasi yang positif seperti ketenangan emosi, kedamaianpemikiran, jiwa yang bersih dan keluhuran akal budi manusia. Nilai murni juga merangkumi set-set nilaiyang terdiri daripada nilai instrumental, nilai mutakhir dan nilai integratif.4 Berdasarkan kepadapenjelasan ini, dapatlah difahami bahawa unsurunsur alam dan benda yang lain diluar kategori manusiadianggap tidak mempunyai nilai murni.5Umumnya, nilai-nilai murni dari perspektif Islam berfungsi sebagai indikator dan memandu manusia kearah kesejahteraan dan kebahagiaan melalui pedoman wahyu.6 Nilai-nilai murni Islam lebih terfokuskepada harmonisasi antara doktrin rabbani dan kemanusiaan untuk mencapai kejayaan hakiki dalamdimensi duniawi dan ukhrawi. Nilai murni pada pandangan Islam bersifat `alami dan diikat dengandoktrin agama. Individu yang menghayati nilai-nilai tersebut akan mendapat ganjaran kebaikan. Walaubagaimanapun, jika berlaku kontradiksi dengan nilai-nilai tersebut, maka pelakunya akan mendapat dosa.Justeru, oleh kerana nilai-nilai murni adalah sebahagian daripada komponen keagamaan sudah tentulahpokok perbincangannya difokuskan kepada aspek-aspek berikut:
a) Aspek interaksi manusia dengan Allah (konsep ibadah). b) Aspek interaksi manusia sesama manusia (pengurusan muamalah). c) Aspek interaksi manusia dengan alam (khalifatul ard).Berdasarkan hubungan interaksi tersebut, nilai-nilai murni yang perlu dijadikan nilai teras dalamkehidupan insan perlu mengambil kira semua aspek tersebut dalam satu kitaran konfigurasi yang bersifatharmonis dan saling berhubung kait. Semua nilai-nilai teras yang perlu dihayati oleh usahawan akanmerujuk kepada nilai luhur yang tertinggi iaitu konsep ketauhidan kepada Allah SWT. Justeru, jikadidapati terdapat nilai yang berkontradiksi dengan keluhuran akidah, syariah dan akhlak sudah pastilah iatidak diiktiraf dari kaca mata Islam. Jika berlaku ketempangan atau kecacatan terhadap sistemperhubungan tersebut sudah tentulah ia merencatkan asas kesempurnaan sistem nilai yang dituntut olehIslam.Tingkah laku manusia, sama ada yang melibatkan individu atau kolektif perlu diharmonisasikan dengannilai-nilai murni yang bersumberkan prinsip ajaran Islam. Ia berfungsi untuk menghalang manusiadaripada bertindak mengikut pedoman hawa nafsu. Teoritikal nilai-nilai murni yang diberikan roh denganpetunjuk wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah adalah bersifat mutlak dan tidak berubah sepanjang masa.Sebagai contoh, nilai-nilai yang berkaitan dengan ketuhanan atau dikenali sebagai “absolute values”bersifat objektif dan qatie disebabkan ia telah ditentukan oleh wahyu. Meskipun begitu, tidak dinafikanIslam juga meraikan nilai-nilai berubah “changeable values” disebabkan perkembangan mentalitiintelektual dan realiti serta perkembangan norma-norma masyarakat Islam. Kelonggaran ini diberikankepada nilai-nilai yang tidak menyentuh perkara dasar yang telah ditentukan oleh wahyu.Kupasan tentang nilai-nilai yang bersifat mutlak secara dialektiknya bersumberkan dalil naqliah,berfungsi sebagai doktrin yang tidak boleh dikompromi dengan perkara-perkara lain. Ini kerana, nilai-nilai tersebut bersifat kudus serta sensitif kepada faktor-faktor yang boleh menodai kesuciannya.Umpamanya, perubahan nilai-nilai instrinsik dalam diri individu yang menggugat kepercayaan tauhidboleh mengundang kepada elemen syirik. Meskipun begitu, tidak semua nilai-nilai dalam ajaran Islambersifat mutlak, malah ajaran Islam mempunyai toleransi dan bersikap fleksibiliti terhadap nilainilailuaran yang tidak berkonfrantasi dengan nilai-nilai fundamental. Selagi mana nilai-nilai luaran tidakbertentangan dengan prinsip Islam, maka nilai-nilai tersebut diiktiraf sebagai doktrin yang relevan dengankonsep nilai-nilai murni yang diutarakan oleh Islam.Secara tuntasnya, ajaran Islam adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat. Pensyariatannya bukan hanyadikhususkan kepada variasi ras budaya tertentu sahaja. Atas premis inilah, Islam memberi pengiktirafandan meraikan nilai-nilai berubah untuk kemaslahatan manusia sejagat. Tanpa membezakanpersempadanan geografi, kepelbagaian norma hidup masyarakat, sesuatu nilai yang dimartabatkan olehsesuatu bangsa perlu diterima secara positif dan selektif. Meskipun begitu, komentar yang dikemukakanoleh Mona M. Abu Fadl,7 penyaringan nilai-nilai tersebut perlu dilakukan secara terperinci agar ianyatidak berkonfrantasi dengan prinsip-prinsip tauhid.Apa yang jelas, kelahiran Islam di muka bumi ini bukanlah mempunyai objektif untuk menghazafkansecara mutlak nilai-nilai norma hidup yang dipraktikkan oleh setiap masyarakat. Sebaliknya, unsur-unsurkedinamikan kepada ajaran ini dilihat secara tidak langsung memperakukan sebahagian besar nilai-nilai
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158