Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Srikandi PhD

Srikandi PhD

Published by hizazy83, 2017-10-25 04:55:46

Description: Srikandi PhD

Keywords: PhD

Search

Read the Text Version

Srikandi PhDCerita, Cita-cita dan Cabaran Penyunting Emma Mohamad Sabariah Mohamed Salleh Penerbit Universiti Malaysia Perlis Kangar • 2017

© EPUB, Universiti Malaysia Perlis, 2017.Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula ataudisimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam bentuk dengan apa carasekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izindaripada Penerbit Universiti Malaysia Perlis, MALAYSIA.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanSrikandi PhD: CERITA, CITA-CITA DAN CABARAN / Penyunting Emma Mohamad,Sabariah Mohamed Salleh IncludesindexISBN 978-967-5415-78-4 (Print)e-ISBN 978-967-5415-78-4 Women—Education (Higher). 2. Women in education. I. Emma Mohamad Sabariah Mohamed Salleh.378.0081.II.Diterbitkan oleh:Penerbit UniMAPUniversiti Malaysia PerlisNo. 96, Taman Pertiwi Indah,Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab,01000 Kangar, Perlis. MALAYSIATel: (04) 979 8131, Faks: (04) 977 5135http://penerbit.unimap.edu.mye-mel: [email protected] terbaik untuk buku elektronik ini ialah dengan iBooks. Penerbit UniMAP tidakbertanggungjawab di atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang disebabkan oleh pengggunaanaplikasi lain. Maklumat yang diberikan di dalam buku elektronik ini hanya untuk tujuan kandunganumum sahaja. Walau bagaimanapun kami cuba mengemaskini maklumat terkini dengan tepat, tiadapernyataan atau jaminan, secara nyata atau tersirat tentang kesempurnaan, ketepatan,kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berkenaan dengan maklumat, produk, perkhidmatan,atau grafik yang terkandung dalam buku elektronik ini. Sebarang penggunaan maklumat dalam bukuelektornik ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

KANDUNGANKATA PENGANTARPRAKATABIODATA SRIKANDI1 Srikandi PhD: Impetus Cerita dan Perbahasan Teori2 Kotak Pandora PhD3 Bercuti (PhD) Di Luar Negara4 Cuti-cuti (PhD) Malaysia5 Ja, bitte6 Jodoh PhD7 Anak, Pelajar, Isteri dan Ibu PhD8 Single, But Not Available9 Cik, Puan atau Dr.?10 Maraton PhD11 Pil Perancang PhD12 Diari Seorang Dr.13 Srikandi PhD: Suatu RefleksiRUJUKANINDEKS

KATA PENGANTARPenerbitan buku Srikandi PhD ini amat terkesan buat saya sebagai seorang ahli akademik dan sebagai seorang wanita. Apatah lagi dalam usaha transformasi Institusi Pengajian Tinggi tempatan untukmenjadi dalam kalangan universiti terunggul di dunia. Sasaran untuk melahirkan sarjana berkelayakan PhDyang disegani dalam pelbagai bidang amat diutamakan. Sepanjang memegang teraju kepimpinan UniversitiKebangsaan Malaysia, saya dapat melihat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh kakitanganakademik wanita yang sedang melanjutkan pengajian PhD mereka. Namun, disebalik cabaran yangdihadapi, saya juga dapat melihat kesungguhan dan kebijaksanaan wanita mengurus dan menangani dugaanyang dilontarkan. Dalam buku ini, kisah-kisah naratif peribadi yang dikongsikan oleh ahli-ahli akademik wanita adalahsumber inspirasi kepada bakal sarjana masa hadapan untuk terus berjuang sehingga ke garisan penamat.Sebagai srikandi PhD, mereka mempunyai semangat pahlawan-pahlawan wanita yang berjuang dan tidakkenal erti putus asa. Semoga buku ini akan menjadi peneman di kala duka, rakan di kala suka dan ingatandi kala alpa. Saya amat berbangga atas kelahiran buku ini kerana ia menunjukkan kesungguhan sarjana-sarjanamuda kita yang berani mengetengahkan isu gender dan kepimpinan dalam dunia akademik. Naratifperibadi penulis-penulis buku ini membuka sebuah ruang dan wacana untuk membincangkan situasisebenar wanita dalam pengajian PhD. Sesungguhnya, karier seorang ahli akademik dahulu dan kini amatjauh berbeza dan semakin kompetitif. Justeru, buku ini memperlihatkan betapa komitednya wanita untukbersaing walaupun turut menggalas tugas kekeluargaan sebagai seorang anak, isteri ataupun ibu.Pengorbanan ini kadangkala ditepis mudah oleh masyarakat, namun buku ini mencabar dan membuka matakita untuk memahami dan mendalami apa sebenarnya yang dilalui oleh wanita dalam perjalanan mengejarstatus ‘Dr’. Tahniah saya ucapkan kepada Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) atas usaha penerbitan buku ini. Projek penerbitan ini ternyata seiringdengan matlamat PKWTFH untuk menjadi sumber kekuatan keintelektualan, minda dan pemikiran wanitaMalaysia, serta menjana pengamal ilmu mengenai kepimpinan wanita di Malaysia dan rantau AsiaTenggara. Buku sulung PKWTFH ini memperlihatkan usaha pusat kecemerlangan ini untuk melatih bakalpemimpin akademik wanita di UKM khususnya dan di Institusi Pengajian Tinggi lain umumnya. Syabaskepada barisan kepimpinan PKWTFH! Saya berharap akan wujud lagi rentetan penerbitan buku-bukuseumpamanya pada masa hadapan.Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan ShahabudinPresiden NCWOMantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

PRAKATABuku ini tidak mungkin akan lahir tanpa perit peluh, kasih sayang, persahabatan dan kritikan. Ketika memulakan kembara penulisan buku ini, kami tidak langsung menyangka bahawa jalinan persahabatanantara 11 penulis buku ini akan menjadi begitu erat. Setiap satu srikandi yang menerima pelawaan untukmenulis telah memenuhi secebis ruang di hati kami dan setiap satunya adalah wanita yang amat kamihormati dan kagumi, mempunyai bakat, personaliti dan keistimewaan yang tersendiri. Kami bermulasebagai satu kumpulan, tetapi kini kami seperti sebuah keluarga. Terima kasih kalian kerana sudiberkongsi cerita PhD kalian demi cinta kepada ilmu. Kepada mentor kami, Prof. Madya Dr. Madeline Berma, sekalung penghargaan kami hulurkan. Beliauadalah insan pertama yang memberi kepercayaan kepada kami dan melihat keupayaan buku ini tanpasebarang prejudis. Ketika kami terkapai-kapai mencari payung untuk bernaung, beliau mengangkat bukuini sebagai buku sulung Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) UKM. Begituterkehadapan wawasan beliau dan tanpa rasa lokek, beliau melatih dan memberi peluang kepada kami,srikandi-srikandi muda yang masih mentah untuk belajar akan selok-belok penerbitan. Beliau adalahinspirasi kami, terima kasih Dr. Mac. Kepada Prof. Madya Dr. Bahiyah Dato’ Hj. Abdul Hamid, ‘sifu’ kami sepanjang proses penerbitan,terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberi. Banyak yang kami pelajari mengenai protokol danpengurusan buku, semuanya telah kami semat di dalam hati. Terima kasih kerana membimbing danmemimpin kami sehingga penerbitan buku ini terlaksana. Kepada kakitangan PKWTFH UKM, terutamanyaMas Aliza Abu yang banyak menguruskan kelangsungan penerbitan buku ini, terima kasih daun keladi. Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pembaca-pembaca draf buku ini yang terlibat dalamperingkat awal penulisan, Prof Madya Dr. Faridah Shahadan, Prof. Madya Dr. Jamaluddin Aziz, Dr.Ezarina Zakaria, Dr. Norulhuda Sarnon, Dr. Mohd Hanif Zulfakar, Dr. Salmah Yaakop, Dr. Rozida Khalid,Puan Rusyda Helma Mohd dan Puan Aziah Asmawi, terima kasih atas komen kalian yang sungguhmembina. Kritikan positif ini telah membantu penulisan srikandi-srikandi buku ini supaya lebih terarahdan mendalam. Terima kasih kerana menjadi ‘mata kedua’ kami. Kepada pewasit buku ini, Prof. MadyaDr. Zaharah Hassan, sekalung penghargaan kami tujukan atas kritikan yang membina. Sesungguhnyakomen-komen yang diketengahkan bagi tujuan penambahbaikan manuskrip amat berguna sekali dalammemastikan kelancaran idea dan kesinambungan cerita dalam buku ini. Kepada ahli keluarga, rakan-rakan, penyelia PhD yang mewarnai perjalanan PhD kami semua, tiadakata yang dapat kami hulurkan sebagai tanda terima kasih. Kalianlah sumber kekuatan di kala saat-saatgelap kami dan kalian jugalah teman di saat indah. Tanpa kalian, tidak akan wujudlah cerita, tidaktercapailah cita-cita dan takkan lenyaplah cabaran. Akhir kata, penerbitan buku ini adalah di bawah DanaPembangunan Penyelidikan DPP-2013-131 Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UniversitiKebangsaan Malaysia.Emma Mohamad dan Sabariah Mohamed Salleh Penyunting

BIODATA SRIKANDIArina Anis Az lan adalah seorang warga akademik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM). Beliau sedang melanjutkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Komunikasi diUKM, dengan fokus kajian khalayak, pengurusan maklumat dan tingkah laku komunikasi. Pada masa yangsama, beliau juga minat dengan seni lukis, seni reka bentuk dan membuat projek kraf DIY. Dilahirkan diPetaling Jaya, beliau kini menetap di Alam Sari, Bangi bersama suami tersayang dan tiga ekor kucingjalanan yang sering menumpang makan di halaman rumahnya.Bahiyah Dato’ Hj. Abdul Hamid adalah seorang Profesor Madya di Pusat Pengajian Bahasa danLinguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidangpengkhususan beliau adalah Sosiolinguistik, Bahasa dan Gender serta Linguistik Terapan. Fokus utamapenyelidikan beliau adalah dalam bahasa dan gender, alternasi kod dan pilihan kod, analisis wacana,analisis semiotik, kesedaran bahasa dan konstruksi identiti. Beliau juga merupakan Timbalan Pengarah diPusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM.

Chong Sheau Tsuey adalah seorang Pensyarah dan Pengkaji Sosiologi Belia dan Modal Sosial di FakultiSains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengalaman menghabiskanempat tahun di Australia membuka mata beliau tentang dunia akademik dan sukan. Jika sebelummemulakan pengajian PhD, beliau tidak aktif dalam sukan atau aktiviti fizikal, kini beliau kerap berenangdan terlibat di dalam larian jarak jauh, senamrobik dan yoga. Beliau percaya bahawa kehidupan penuhdengan pelbagai cabaran, tetapi dengan badan yang cergas, minda yang terbuka, nilai-nilai optimistik danresilien, segala cabaran boleh disahut dengan penuh semangat.Emma Mohamad adalah seorang ahli akademik yang berjiwa kreatif. Berlatar belakangkan jurusan sainsdi bangku sekolah, beliau bertukar haluan apabila melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalambidang Komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM). Jurusan itu diteruskan di peringkat Sarjana diUniversiti Malaya (UM) dan PhD di Cardiff University, UK. Kini, beliau berkhidmat di UKM sebagaiseorang Pensyarah Kanan dan mengkhusus dalam bidang komunikasi kesihatan. Beliau kini menjalaniprogram pasca doctoral di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Anak kedua daripada lima orang adikberadik ini amat meminati fesyen dan reka hias dalaman.Hizmawati Madzin dilahirkan pada 28 Julai 1980. Minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik

menyuntik semangat beliau untuk memohon menjadi seorang tutor di Universiti Putra Malaysia (UPM)sejurus tamat Ijazah Sarjana Muda di dalam jurusan Sains Komputer. Kehendak sebagai seorang pendidikdi universiti seterusnya membuatkan beliau berusaha untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjanadan PhD di Universiti Malaya (UM). Bidang pekhususan beliau adalah dapatan maklumat bagi teks danimej, pemprosesan imej, perlombongan data dan aplikasi perubatan dalam sains komputer. Beliau telahberumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata.Madeline Berma mempunyai perwatakan yang ceria dan mudah didekati. Beliau yang mesra dikenalisebagai Dr. Mac, merupakan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dan pakar dalambidang ekonomi luar bandar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Berasal dari Sarawak, beliau jugamerupakan ketua Nic Transformasi Luar Bandar UKM yang menyumbang kepada penyelidikan danpembangunan masyarakat luar bandar di Malaysia.Mazlina Mohd Said, anak bongsu dari dua beradik ini menerima pendidikan menengah di Kolej YayasanSaad, Melaka dan seterusnya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) (Indera Mahkota), Kuantan untukmelanjutkan pelajaran di dalam bidang Farmasi. Sebaik sahaja tamat kursus pra-siswazah pada tahun2007, beliau memulakan karier sebagai seorang tutor di Fakulti Farmasi, UKM. Pada tahun yang samajuga, beliau berpeluang untuk melanjutkan pelajaran Ijazah Kedoktoran di The School of Pharmacy,University of London. Beliau kini merupakan seorang ahli farmasi berdaftar dan pensyarah di FakultiFarmasi, UKM.

Noris Mohd Norowi, anak kelahiran Kota Bharu ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer(Multimedia) dan Ijazah Sarjana Sistem Multimedia dari UPM. Beliau kemudiannya menyambungpengajian di peringkat PhD di dalam bidang Kecerdasan Buatan dalam Komputer Muzik di University ofPlymouth, United Kingdom. Beliau kini adalah pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia dan fokuspenyelidikan beliau tertumpu kepada komputeran maklumat digital, manipulasi dan dapatan semulamaklumat multimedia serta komputeran muzik. Beliau kini menetap di Bangi bersama suami dan dua oranganak iaitu Aisyah dan Zayd yang masing-masing dilahirkan sebelum perjuangan PhD beliau bermula(2008) dan sejurus selepas PhD beliau tamat (2012).Nurfadhlina Mohd Sharef adalah seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Komputer, Fakulti SainsKomputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Bidang penyelidikannya berkisar tentang perlombongan teks,web semantik, penkomputeran cerdas, pengurusan pengetahuan dan dapatan maklumat. Pada tahun 2010,beliau telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (Sistem Cerdas) dari Universiti Bristol, United Kingdom.Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Beliau telah menjalankanprogram pasca kedoktoran di Fakulti cahaya Teknologi dan Sains Maklumat, UKM dalam bidang semantikweb.

Rozita Ibrahim berasal dari Muar, Johor dan merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Umum,UKM. Beliau memperoleh ijazah pertama dari UM dalam bidang Sains (Ekologi) dan seterusnyamelanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan dan Pendidikan Alam Sekitar diUPM. Pada tahun 2006, beliau menukar arah menerokai bidang Gender dan Agama di Institut Al-Maktoum, Dundee, Scotland yang mana beliau dikurniakan Ijazah Sarjana dalam bidang Islamic Studies.Beliau bakal menamatkan pengajian PhD dalam bidang Religious Studies dari University of Aberdeen,Scotland.Sabariah Mohamed Salleh gemar menulis dan pernah bercita-cita suatu hari nanti akan memenangianugerah Pulitzer. Dahulunya seorang wartawan, beliau sekarang berkecimpung di dalam arena akademikdan selesai di dalam pengajian PhD di University of Vienna pada tahun 2012. Bidang kajian yang menjaditujahan beliau adalah golongan muda dan media. Seorang ibu kepada tiga anak lelaki dan seorangperempuan yang juga merupakan isteri kepada seorang pakar bedah ortopedik, beliau kini sedangberusaha untuk mengimbangi antara kerja dan keluarga setelah empat tahun cuti belajar di luar negaratanpa suami di sisi.Salina Ne n, anak jati Bumi Kenyalang ini melalui zaman persekolahan di Kuching sebelum melanjutkanpelajaran ke UM pada tahun 1998 dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. Beliau kemudiannyamelanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Psikologi Kaunseling di UKM dan PhD di VictoriaUniversity of Melbourne, Australia. Kini, beliau adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Psikologidan Pembangunan Manusia di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Selain menjadi tenagaakademik, beliau juga merupakan kaunselor berlesen/bertauliah (PERKAMA) dan aktif memberi khidmatkaunseling dari semasa ke semasa.

Wan Hanna Melini Wan Mohtar minat mengembara. Minat tersebutlah yang telah mendorong beliaumencuba nasib untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana di Korea Institute Science and Technology(KIST). Keputusan yang baik di KIST membolehkan beliau menjawat jawatan sebagai pensyarah diUKM. Ini membuka jalan bagi pengembaraan PhD di University of Nottingham, United Kingdom selamaempat tahun. Hanna telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak perempuan.

1SRIKANDI PhD: IMPETUS CERITA DAN PERBAHASAN TEORI Emma Mohamad, Madeline Berma dan Bahiyah Abdul HamidPengenalanBuku ini diterbitkan atas beberapa kesedaran. Pertamanya adalah atas dasar keperluan untuk membukasebuah ruang wacana yang membincangkan isu-isu kewanitaan dalam konteks dunia akademik diMalaysia. Buku ini melontar dan mengetengahkan persoalan-persoalan gender dalam bidang akademik(menerusi pengalaman-pengalaman PhD) dan mengajak pembaca untuk berfikir secara kritis danmendalam terhadap persoalan-persoalan yang diutarakan dalam setiap cerita. Keduanya, buku ini mengiktiraf ciri-ciri kewibawaan dan kepimpinan wanita dalam bidang akademik.Penglibatan wanita dalam bidang akademik amat menggalakkan, tetapi masih ramai yang kurangmengiktiraf kekuatan seorang wanita dalam perjalanan karier mereka. Dengan menyelami cabaran dantanggungjawab seharian yang dihadapi oleh wanita dalam tempoh PhD, pembaca dapat melihat kelebihansifat dan kekuatan daya tahan kaum hawa dalam pengurusan dan kepimpinan, terutamanya dalam bidangakademik. Kesedaran dan anjakan paradigma kepada pemikiran ini penting agar masyarakat dapatmembudayakan pencapaian sarjana-sarjana wanita dalam generasi dan masyarakat. Ketiganya, penulisan buku ini diharap dapat menjadi cetusan kepada kesedaran organisasi untuk lebihsensitif terhadap keperluan sokongan mental dan fizikal khusus buat wanita. Secara spesifiknya,perkongsian cerita dalam buku ini diharap dapat dijadikan sebagai sumber bagi institusi pengajian tinggiuntuk memperbaiki sokongan dan latihan bagi kakitangan wanita yang akan melanjutkan pengajian merekadi peringkat pasca siswazah, khususnya di peringkat PhD. Anjakan paradigma pemikiran danpembudayaan secara holistik ini diharap boleh membantu mengembangkan potensi kepimpinan wanitadalam bidang akademik di Malaysia. Istilah PhD dalam buku ini merangkumi semua ijazah tertinggi dalam pelbagai bidang sama adaDoktor Falsafah atau Ijazah Kedoktoran khusus seperti EdD, DBA, DPA, ScD. SJD, dan lain-lain. IstilahPhD digunakan secara seragam sepanjang penulisan buku ini kerana ia adalah istilah akademik yang umumdan mudah difahami ramai. Walaupun begitu, isi kandungan buku ini tidak semestinya terfokus kepadapengalaman melakukan PhD sahaja, malah boleh dilihat dalam konteks ijazah lain yang setaraf dengannya,seperti ijazah Sarjana Penyelidikan (MPhil) atau bagi mereka yang mengikuti ijazah Akademik melibatkankomponen penyelidikan. Walaupun PhD adalah terma dalam Bahasa Inggeris, ia adalah istilah yang palingdiguna pakai merentas batasan geografi dan budaya. Ini menjadikan pemilihan perkataan PhD palingsesuai digunakan dalam perbincangan buku ini. Menurut Zaherawati Zakaria (2008), penglibatan wanita dalam tampuk kepimpinan organisasi danpentadbiran adalah penting dalam membawa perubahan dasar dan undang-undang berkaitan denganwanita, keluarga dan kanak-kanak. Kewujudan Dasar Wanita Negara di awal 1990-an dan usaha-usahayang menyusul seperti penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) menjadi pencetus usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan dan mengiktiraf peranan

wanita dalam ekonomi dan pentadbiran. Apa yang ironisnya di sini adalah IPT merupakan sebuah pusat penjana pendidikan dan lazimnya wanita dan karier pendidik amat sinonim sekali. Namun begitu, tampuk kepimpinan negara, khususnya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT)Malaysia masih lagi didominasi oleh golongan lelaki. Contoh yang paling tampak adalah bilanganpemegang kerusi Naib Canselor Universiti, yang mana sejarah mencatatkan hanya dua orang tokoh wanitasahaja yang pernah memimpin universiti walaupun terdapat lebih 20 IPT awam di Malaysia. Ini jelasmenunjukkan kekurangan wanita dalam barisan kepimpinan IPT pada masa ini serta menggambarkankecilnya pengiktirafan ketokohan pemimpin wanita dalam sejarah IPT. Apa yang ironisnya di sini adalah IPT merupakan sebuah pusat penjana pendidikan dan lazimnyawanita dan karier pendidik amat sinonim sekali. Malah, peranan wanita dalam pendidikan tidak bermuladi peringkat tertiari, tetapi dari penerapan awal pendidikan tidak formal dalam institusi kekeluargaan itusendiri. Pendidik wanita juga diiktiraf di sekolah yang mana kajian yang dijalankan oleh Hassan Hushin &Normala Shamsudin (2011), mendapati bahawa gaya kepimpinan guru besar wanita mampu meraihkomitmen guru-guru lain pada tahap yang tinggi. Namun begitu, penglibatan wanita sebagai pendidik di peringkat IPT agak kurang memberangsangkan.Menurut Laporan Indikator Pengajian Tinggi (2010), bilangan pensyarah wanita (di IPTA) adalah lebihrendah (3544 orang) berbanding pensyarah lelaki (5395 orang). Kekurangan pensyarah wanita dalamtampuk kepimpinan juga jelas dalam kajian Dulina Tholibon (2007), yang turut mendapati bahawa antarapenyebab pensyarah wanita gagal dan tidak berminat untuk memegang jawatan penting kerana persepsidan sikap mereka terhadap status dan tanggungjawab mereka sebagai wanita. Pencapaian akademik wanita dalam profesion pensyarah di Malaysia juga masih ketinggalanberbanding lelaki. Secara spesifiknya, bilangan wanita dalam dunia akademik yang mempunyai kelayakanPhD adalah lebih rendah berbanding lelaki. Mengikut perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia2010, bilangan kakitangan akademik wanita dalam IPTA di Malaysia yang berkelayakan PhD adalah 3055orang, berbanding 4976 orang orang lelaki. Bilangan ini menunjukkan perbezaan lebih 1900 orangkakitangan akademik lelaki yang mempunyai PhD berbanding wanita. Perbandingan yang sama juga dapatdiperhatikan dalam kakitangan akademik IPTS yang mana jumlah kakitangan wanita yang mempunyaikelayakan PhD adalah lebih rendah (595 orang) berbanding kakitangan lelaki (1342 orang). Namunkontrasnya, bilangan kakitangan akademik wanita di IPTA yang mempunyai kelayakan sarjana pula lebihramai iaitu 8972 orang berbanding lelaki iaitu 7014 orang (perbezaan hampir 1960 orang). Daripada perangkaan ini, ternyata jurang kelayakan PhD antara jantina dalam IPTA adalah jelas. Lebihramai kakitangan lelaki mempunyai kelayakan PhD dan kakitangan wanita pula lebih ramai berkelayakansarjana sahaja. Jumlah ini secara tidak langsung ‘meramal’ bahawa lebih ramai kakitangan lelaki yangberpeluang dan layak menyandang jawatan tertinggi dalam universiti sama ada jawatan Pensyarah Kanan,Profesor Madya atau Profesor, berbanding wanita. Ini kerana dalam kelaziman di IPT, hanya mereka yangbergelar (sekurang-kurangya) Dr sahaja yang boleh memegang jawatan pentadbiran di peringkat fakultidan universiti. Dalam cabaran menaik taraf IPT tempatan, khususnya universiti yang berstatus atau yang mensasarkanstatus universiti penyelidikan, sasaran sekurang-kurangnya 85% kakitangan berkelayakan PhD harus

dicapai. Jika dilihat semula kepada statistik KPT, terdapat dua kebarangkalian. Pertamanya, lebih ramaiwanita (yang berkelayakan sarjana) akan berpeluang melanjutkan pengajian mereka di peringkat PhDkhususnya dalam masa terdekat. Berpandukan statistik KPT tersebut, hampir 9000 orang wanita yangberkhidmat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan berpeluang melanjutkan pengajian PhD mereka. Inibermakna IPT harus mempertaruhkan kaum hawa untuk berjaya dalam pengajian PhD mereka bagimencapai sasaran 85% kakitangan berkelayakan PhD. Justeru, keprihatinan terhadap keperluan danpenekanan yang mesra wanita dalam segala bentuk dasar, pelaksanaan dan sokongan harus diketengahkan. Keduanya, jika ‘taruhan’ terhadap wanita untuk mendapatkan PhD kurang berjaya, jurang genderdalam kepimpinan akademik masa hadapan akan lebih meluas. Ini adalah suatu masalah yangsememangnya ingin dihapuskan dalam pembangunan ekonomi rakyat bagi melestarikan hasrat kerajaanyang ingin mencapai status negara maju. Harus diakui, usaha merapatkan jurang gender ini telah pundimulakan oleh kerajaan khususnya melalui usaha-usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat (KPWKM) dalam memastikan peluang wanita terpelihara. Dalam ucapan Perdana MenteriMalaysia pada Hari Wanita Antarabangsa 2011, beliau melahirkan sasaran kerajaan untuk golonganwanita mencapai 55% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia menjelang 2015. Sasaran ini dijangkahasil pemantauan perkembangan positif bilangan wanita menyertai dunia pekerjaan yang telah mencapai47.3% berbanding 30.8% pada tahun 2000. Namun demikian, statistik yang dikeluarkan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015)menunjukkan bahawa, walaupun penglibatan wanita dalam pekerjaan telah meningkat dengan positif,hanya 30.5% sahaja wanita memegang jawatan tertinggi organisasi (sektor awam). Tambahan lagi, dalam100 organisasi yang disenaraikan di Bursa Malaysia, hanya 6.1% wanita sahaja yang memegang jawatanPengarah Korporat dan 7% sahaja yang memegang jawatan Pengarah Eksekutif (CEO). Bagi penglibatanwanita dalam pengurusan tertinggi syarikat GLC pula, hanya 14% sahaja dicatatkan. Grant ThorntonInternational Report (IBR) melaporkan peningkatan peratusan wanita memegang jawatan tertinggiorganisasi di sektor awam dalam masa empat tahun telah meningkat dari 13% kepada 33%. Ternyata, pencapaian peningkatan tersebut adalah hasil daripada inisiatif pelan transformasi ekonomikerajaan yang berjaya. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapat peningkatan daripada tahun 1990-an,namun banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki bagi membuka peluang wanita untuk merebut tampukkepimpinan organisasi dan berfungsi sebagai pembuat keputusan. Penubuhan Kursi Kepimpinan Wanitabersama Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), UKM dilihat sebagai salah saturuang untuk mengkaji dan meningkatkan pertumbuhan daya intelektual dan menggilap potensi kaum wanitauntuk menjadi pemimpin masyarakat pada masa hadapan. Ternyata, isu keseimbangan gender adalah aspekpenting yang ditekankan oleh kerajaan, maka pelan strategik dan usaha yang berterusan dan berkesan perluditekankan. Atas taakulan ke atas kedua-dua implikasi ini, buku ini terbit sebagai wadah sokongan bagi kaumhawa khususnya dalam konteks pembangunan pemimpin akademik wanita. Secara umumnya, kupasan isumenerusi cerita peribadi dalam buku ini dapat memberi motivasi dan dorongan kepada wanita Malaysiadalam bidang akademik yang mempunyai potensi untuk maju ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun terdapatbanyak buku berfokuskan kepada ‘bantu diri’ (self help books) dalam pengajian PhD di pasaran, buku inimempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kebanyakan penerbitan di pasaran memberi fokus kepadaproses menjalankan PhD dan pengurusan pengajian, namun kelainan buku ini terletak kepada carapenyampaiannya. Buku ini tidak bertonakan sebuah buku cara-cara (how-to), malah ia bukan juga sebuahbuku rujukan. Tetapi kaedah perkongsian cerita yang digunakan dalam buku ini membawa pembacamenghayati realiti yang lebih mendalam dan tidak dikupas oleh buku-buku lain.

Mengapa Cerita, Cita-Cita dan Cabaran?Penceritaan merupakan suatu kaedah yang tersendiri dalam pengumpulan data kajian kualitatif terhadapwanita terutamanya dalam bidang sains sosial. Penggunaan cerita dilihat sebagai suatu perspektif yangkontemporari dalam dunia akademik, namun amat relevan dalam bidang kajian media, budaya, antropologidan sejarah. Pelbagai organisasi antarabangsa mengiktiraf perkongsian cerita sebagai kaedah pengajarandan pembelajaran, contohnya Multicultural Centre for Women’s Health (MCWH) yang menggunakankaedah ini untuk membantu wanita memahami isu hak asasi dengan menggunakan refleksi perkongsiancerita mereka. Ramai sarjana feminisme juga melihat penceritaan sebagai suatu metod yang diiktiraflebih-lebih lagi apabila mengkaji wanita dan isu gender. Ini kerana sarjana-sarjana feminis mengambilkira pengalaman-pengalaman wanita sebagai bukti sahih dalam perbahasan sosiologi mereka mengenaiketidakseimbangan gender dan perbezaan biologikal serta fizikal wanita. Ternyata, pengalaman wanitaadalah amat penting dalam memahami pelbagai perkara. Teknik penceritaan yang diadaptasi dalam penulisan buku ini adalah unik kerana ia mengetengahkancerita tentang cinta wanita terhadap ilmu dan bagaimana wanita menghadapi pelbagai cabaran dengancitra mereka tersendiri. Dengan menggunakan konsep ini, buku ini mengambil suatu pendekatan yangpenuh kemanusiaan terhadap perbincangan cabaran PhD dan mengiktiraf merit dalam setiap cerita penulis,bukan sekadar mengeneralisasi. Sudah tentunya pendekatan alternatif ini dapat memberi impak yangberbeza dari segi meningkatkan motivasi pembaca dan mendorong kejayaan wanita untuk mencapai PhDmereka. Penceritaan dalam setiap bab mengiktiraf kepayahan menjadi seorang wanita tetapi ia juga mengajak pembaca untuk berfikir mengenai kekuatan di sebalik setiap kepayahan dan bagaimana menggunakan kekuatan tersebut untuk berjaya dalam PhD. Pembaca akan melihat bahawa dalam setiap penceritaan terdapat penyelesaian. Dilema yangdibincangkan tidak bertujuan untuk memberi implikasi yang sedih dan negatif, tetapi mengajak pembacauntuk meraikan wanita. Penceritaan dalam setiap bab mengiktiraf kepayahan menjadi seorang wanitatetapi ia juga mengajak pembaca untuk berfikir mengenai kekuatan di sebalik setiap kepayahan danbagaimana menggunakan kekuatan tersebut untuk berjaya dalam PhD. Meraikan wanita adalah suatupendekatan pasca-feminisme yang masih baru di Malaysia. Sarjana-sarjana pasca-feminismemembahaskan bahawa wanita tidak harus lagi bersaing untuk mendapatkan hak yang sama dengan lelaki,tetapi mengiktiraf keunikan dan keistimewaan menjadi seorang wanita. Justeru, wanita harus belajar untuk mengiktiraf keistimewaan ini dan seharusnya menggunakankelebihan fizikal, biologikal dan emosi wanita untuk lebih cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.Buku ini mengajak pembaca tempatan, terutamanya wanita untuk sedar bahawa suatu anjakan paradigmapemikiran harus diambil untuk mengubah cara kita melihat diri kita dan nilai diri kita di mata masyarakat.Seruan ini dibuat dengan mengetengahkan cerita mengenai cita-cita dan cabaran wanita dalammengharungi PhD.

Kerangka TeoretikalNaratif peribadi (personal narratives) adalah suatu lensa yang menarik bagi mengkaji pemikiran sarjanadan dalam perbincangan wacana akademik itu sendiri. C. Wright Mills (1959) menurut Denzin (1989),dalam buku beliau The Sociological Imagination, mencabar para sarjana kemanusiaan untukmembangunkan pandangan dan metodologi yang membolehkan mereka untuk mengkaji bagaimana masalahperibadi dalam kehidupan individu mempunyai kaitan dengan isu umum dan maklum balas umum terhadapmasalah tersebut. Kajian naratif peribadi telah bertapak dalam bidang sains sosial sejak awal 1970-an lagi (Bruner,1986, menerusi metod kajian seperti kes sejarah, temu bual dan analisis kandungan (Richardson, 1990;Maines, 1993; Ewick & Silbey, 1995; Van Maanen, 1988). Namun begitu, naratif peribadi banyakdigunakan sebagai kaedah untuk mengkaji subjek kajian dan lazimnya tidak melibatkan naratif peribadipengkaji itu sendiri. Kebanyakan pengkaji meletak diri mereka sebagai ‘orang luar’ atas nama objektivititerhadap data, namun sebenarnya naratif peribadi pengkaji itu sendiri boleh dianggap sebagai dapatankajian yang sah. Nyatanya, pengkaji juga turut terlibat dalam proses kajian dan naratif peribadi merekadalam kajian tersebut seharusnya boleh diambil kira dalam analisis dan refleksi kajian. Penggunaannaratif peribadi lazim diperhatikan dalam bidang antropologi yang mana pengalaman pengkaji diambilkira dalam memahami konteks operasi dan budaya sesebuah masyarakat. Alvermann (2000),mencadangkan bahawa penggunaan naratif peribadi dapat menggambarkan bagaimana pengkaji sebagaiseorang individu melihat tingkah laku mereka dan memahami konteks kehidupan. Menerusi penulisan atau penceritaan vokal mengenai sejarah dan pengalaman peribadi, pengkaji sainssosial dapat turut serta sebagai responden untuk membincangkan isu dalam perbahasan wacana. Begitujuga dengan pendekatan David Sudnow (1978), yang mementingkan biografi dan perihal pengkaji sendiridalam sesuatu kajian kerana biografi yang ditulis adalah perkara yang telah dialami atau dilihat secaradekat oleh pengkaji. Beliau berpendapat perspektif individu adalah kritikal dalam menentukanpengalaman sosial dan tugas pengkaji adalah untuk menghasilkan deskripsi yang terperinci akanpengalaman-pengalaman tersebut. Sudnow (ibid), menekankan bahawa dalam tugasan ini, penulis hanyamempunyai dirinya sebagai sumber rujukan. Oleh itu, pendekatan ini mempunyai anggapan bahawa hanyaanda (individu) boleh menulis pengalaman sendiri, tiada orang lain yang boleh menulis pengalamantersebut untuk anda, anda adalah orang yang terbaik untuk menulis pengalaman sendiri dan setiap perkarayang anda tulis adalah penting. Menurut Aguirre (2005), menggunakan naratif diri sebagai alat untuk mengkaji ahli akademik adalahsuatu kaedah yang penting terutamanya jika ia mencabar naratif arus perdana (mainstream) dalampemaparan ahli akademik tersebut. Aguirre menggunakan kaedah naratif peribadi dalam kajian beliau bagimengetengahkan dilema dan isu yang dihadapi oleh pensyarah etnik Chicano dalam dunia akademik.Penceritaan menjadi suatu aspek utama dalam naratif diri dan digunakan sebagai metod dalam kajian iniuntuk memahami episod-episod sejarah diri seseorang ahli akademik. Dalam konteks perbincangan isupengajian PhD, naratif diri menjadi dapatan yang penting dan amat relevan, apatah lagi sumber dapatankajian adalah terdiri daripada pengalaman-pengalaman ahli akademik sendiri. Dengan mengadaptasipendekatan Aguirre (2005), buku ini cuba menggunakan naratif peribadi dalam memahami isu-isu genderdan kepimpinan akademik wanita. Malah, lensa naratif peribadi menjadi kerangka dalam penulisan setiapbab dalam buku ini. Penggunaan cerita sebagai naratif dalam buku ini penting kerana penulis-penulis ingin mencabarnaratif mainstream pengalaman menjalankan PhD. Dengan mengetengahkan isu-isu khusus yang dialamioleh pensyarah wanita, buku ini akan memberi perspektif berbeza daripada naratif mainstream mengenai

perjalanan PhD yang umumnya membincangkan pengalaman-pengalaman akademik secara generik.Pendekatan ini juga selari dengan usaha sarjana-sarjana feminisme yang ingin melihat pengiktirafan diberikepada pengalaman wanita dalam menangkis perbahasan falsafah dan isu sosial yang sering bersifat biaskepada pengalaman lelaki. Justeru, pengalaman naratif ahli akademik wanita penting untukdikomunikasikan dalam wacana perbincangan pengajian PhD. Pengkritik naratif sosial membahaskan bahawa penulis cerita adalah sumber kepada bias danpengubahsuaian dapatan kajian. (contohnya lihat Baron, 1998; Delgado, 1993; Cizek, 1995; Maines,1993;Ewick & Silbey, 1995). Namun demikian, pendekatan subjektiviti yang diambil dalam naratif setiap babadalah interpretasi atau terjemahan pengalaman (the lived experience), disokong oleh interpretasi diripenulis mengenai siapa diri mereka dalam pengalaman tersebut. Ini membolehkan penulis membentuknaratif peribadi yang terbuka, ikhlas dan benar, iaitu suatu penulisan yang pembaca dapat mengaitkan diridan pengalaman mereka sendiri. Dalam konteks ini, perkaitan subjektif antara penulis dan pengalamansebenar pembaca akan menimbulkan kepercayaan dan kesahan terhadap naratif peribadi yang dikongsikandalam buku ini. Ini bermakna kesahan terhadap penceritaan dalam bab-bab ini akan menepis sebarangbias kepada penceritaan dalam setiap bab buku ini. Menurut Bochner (2001) pula, pengkritik naratif peribadi melihat bias penulis sebagai puncakelemahan metod ini. Namun, dalam kajian kemanusiaan, pengkaji tidak mampu menghapuskan elemenbias, tetapi harus mencari kekuatan daripada elemen bias itu sendiri. Pengkaji sosiologi mungkin biasdalam kajian mereka (lihat Becker, 1967; Clandinin & Connelly, 1994), tetapi setiap keputusan dalamsebarang penyelidikan sama ada saintifik atau tidak adalah hasil daripada pemilihan subjektif pengkaji.Oleh itu, walau sejauh mana pengkaji mempertahankan pendirian mereka sebagai objektif, tingkah lakudan pemilihan mereka adalah sebenarnya subjektif dan bias. Setiap pemilihan sampel, setiap inferensi dansetiap prosedur ‘saintifik’ pengkaji adalah bias kepada pemilihan pengkaji mengikut pemahaman danpendirian mereka dalam kajian. Oleh itu, jika dilihat dari aspek ini, sebenarnya tiada kajian yang bebas daripada bias. Malah, bolehdibahaskan bahawa setiap laporan kajian yang objektif itu adalah suatu bentuk ‘cerita’ oleh pengkajisendiri menggunakan interpretasi akademik mereka (contohnya, lihat Yin, 1985; Denzin, 1989 dan Winter,2000). Namun, dengan penggunaan naratif peribadi sebagai data kajian, buku ini membuka ruang untukpembaca menggunakan pemikiran kritikal dan interpretasi sendiri terhadap data kajian. Buku inimengungkap kisah dari orang kebanyakan yang bercerita tentang “kesakitan, kerisauan, pengalaman penuhemosi, kemenangan kecil dan besar, trauma, ketakutan, kegusaran, impian, fantasi dan harapan di dalamhidup mereka” (Denzin, 1989:139). Oleh yang demikian, matlamat utama pengkaji adalah untuk membuatkan perkara yang tidak dilihatdapat dilihat oleh semua. Buku ini menggalakkan pembaca untuk memahami pengalaman menjalankan PhDmelalui naratif-naratif tertentu yang dapat mereka nilai dan kaitkan dengan pengalaman sendiri. Justeru,penggunaan cerita dalam buku ini adalah suatu pendekatan ilmiah sama seperti setiap penceritaanakademik itu adalah suatu bentuk naratif peribadi (Aguirre, 2005). Cerita peribadi yang digunakansebagai metod dan pendekatan dalam penulisan buku ini sebenarnya adalah suatu strategi kajian dalamdua perkara. Pertamanya, penggunaan cerita dalam buku ini menepis kritikan terhadap kaedah naratifperibadi dalam penyelidikan sosiologi. Penggunaan cerita dalam kajian naratif diri membolehkanpengkaji dan penulis melihat bahawa realiti sosial adalah lapisan-lapisan fenomena yang subjektifberasaskan pengalaman peribadi dan pentaksiran mereka terhadap fenomena-fenomena tersebut(contohnya kajian Van Maanen, 1988; Delgado, 1989; Richardson, 1990, 1997; Bell, 1999). Oleh itu,naratif peribadi penulis-penulis dalam buku ini dilihat sebagai suatu pendekatan saintifik dalampemahaman isu gender dan kepimpinan ahli akademik wanita.

Keduanya, penggunaan naratif peribadi wanita dalam buku ini mencabar pendekatan mainstreampengalaman lazim PhD dalam penerbitan-penerbitan lain. Buku ini mempersoalkan model-model generikmengenai pengalaman menjalankan PhD dan menawarkan perspektif kemanusiaan terhadap model-modelmainstream ini. Naratif peribadi, walaupun bersifat subjektif memberi watak kepada suatu kajiansosiologi. Setiap watak dalam penulisan naratif peribadi bernilai kerana ia adalah sampel untukmemahami kehidupan seharian dan memberi inti kepada cerita dan identiti penulis. Sebagai sarjanaakademik, penulis-penulis dalam buku ini memberi makna kepada penulisan mereka menerusi pemerhatianterhadap isu akademik dengan mengambil pengalaman mereka secara spesifik. Naratif peribadi inimembuka ruang kepada pembaca mentafsir pengalaman PhD itu sendiri yang penuh dengan kepelbagaianlapisan dan tekstur kehidupan.Struktur BabDengan berpandukan peringkat-peringkat lazim dalam pengajian PhD, setiap bab akan mengupas isu-isumengikut tema yang telah ditetapkan menggunakan kaedah kajian kes. Mengikut pendekatan sains sosial,menggunakan kaedah persampelan snowball, editor buku ini telah mengenalpasti penulis-penulis yangboleh memberi sumbangan cerita mereka mengikut tema-tema yang ditetapkan. Buku ini mengandungisebelas kisah wanita yang berbeza dalam pelbagai peringkat PhD. Bab-bab dalam buku ini disusunmengikut perbatuan lazim dalam PhD dan tema-tema khusus meliputi pelbagai pengalaman yang dijalanioleh penulis-penulis sendiri. Setiap bab akan mengupas secara mendalam tema mengikut tajuk babmasing-masing dan turut menyelitkan bait-bait PhD lain yang memberi impak besar kepada perjalananPhD mereka. Cerita dalam buku ini akan dimulakan dengan kisah permulaan PhD hasil tulisan Arina Anis Azlan.Bab yang bertajuk ‘Kotak Pandora PhD’ mengupas pengalaman beliau memulakan perjalanan PhD yangmerupakan suatu pengalaman yang kompleks dan tidak dijangka. Sesuai dengan tajuk, bab ini akanmenceritakan bagaimana beliau menghadapi tekanan dan suasana baru sebagai seorang pelajar PhDsepenuh masa di kala baru memulakan alam rumah tangga. Beliau berkongsi kegusaran menempuhi duniaPhD terutamanya apabila menerima berita kehamilan pertama beliau. Saat kehamilan pertama yanglazimnya merupakan sebuah detik yang amat menggembirakan bagi seorang wanita disambut denganperasaan bercampur baur kerana gusar memikirkan cabaran PhD. Namun, cerita kehamilan Anis ini tidakberakhir dengan berita gembira. Kehilangan cahaya mata pertama dalam kandungan benar-benar mendugaAnis dalam kembara PhD beliau. Dalam bab ini, pembaca akan melihat bagaimana beliau melalui liku-liku ini dengan tabah. Setiap bab akan mengupas secara mendalam tema mengikut tajuk bab masing-masing dan turut menyelitkan bait-bait PhD lain yang memberi impak besar kepada perjalanan PhD mereka. Seterusnya, dua bab yang menyusul dalam buku ini mempunyai perkataan cuti dalam tajuk bab.Perkataan cuti ini diambil daripada status cuti belajar yang lazimnya diberikan kepada kakitangan IPTyang dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melanjutkan pengajian pasca siswazahmereka. Namun, penekanan yang diberi kepada perkataan cuti dalam tajuk kedua-dua bab ini sebenarnya

simbolik ironis kepada perjalanan PhD itu sendiri. Seperti yang akan dikupas dalam dua bab ini (dan bab-bab lain dalam buku ini turut membuktikan), ternyata pengajian PhD bukanlah sebuah percutian. Namunstatus cuti belajar mempunyai implikasi kapada calon PhD. Walaupun ‘bercuti’, namun tugas dantanggungjawab seorang wanita sebagai isteri, ibu dan anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Dalam bab tiga, Noris Mohd Norowi bercerita mengenai penghijrahan beliau dan keluarga untuk‘Bercuti (PhD) di Luar Negara’. Noris membawa pengalaman beliau menyesuaikan diri di negara orangdan bagaimana peluang untuk keluar negara bukanlah sebuah ‘percutian’ semata-mata. Noris akanberkongsi pengalaman beliau menghadapi situasi sebagai seorang pelajar wanita dalam peringkat awalPhD di negara orang. Antara cabaran yang akan dibincangkan adalah kejutan budaya dalam sistemakademik dan peribadi. Juga turut dikongsikan adalah cabaran dihadapi beliau sebagai seorang wanitaMuslim di luar negara. Menyusul membincangkan ironisnya cuti dalam status ‘cuti belajar’, bab seterusnya akanmemfokuskan kepada pengalaman menjalankan PhD di dalam negara. Dalam bab bertajuk ‘Cuti-cutiMalaysia’ ini, Hizmawati Madzin akan berkongsi pengalaman beliau yang hamil tiga kali dalam tempohPhD dan bagaimana beliau bangkit semula selepas setiap kelahiran. Beliau bercerita mengenai cabaran-cabaran menjalankan PhD di dalam negara, namun di samping itu, turut mengetengahkan bagaimana beliaumenggunakan kelebihan belajar di dalam negara untuk mengekalkan motivasi sepanjang pengajian.Pembaca akan melihat bahawa teknik-teknik yang diaplikasikan oleh penulis adalah teknik bukankonvensional dan mungkin memberi idea dan inspirasi kepada pembaca untuk mengurus tekanan PhD. Bab seterusnya membawa pembaca menyelami kehidupan menempuhi pengajian PhD berjauhandengan keluarga. Dalam bab lima ini, Sabariah Mohamed Salleh akan membawa pembaca bersamamengimbas kembali kenangan menjalankan PhD di Vienna tanpa suami dan anak sulungnya di sisi. Sesuaidengan tajuk bab ini dalam bahasa Jerman ‘Ja, Bitte’ yang membawa maksud ‘Yes, please’, penulismeniti detik-detik kepayahan yang dilalui beliau tanpa sistem sokongan yang boleh membantu dan terpaksamenerima situasi dan cabaran yang dihadapi secara berseorangan. Bab ini menekankan betapa pentingnyakemahiran berdikari yang dibincang menerusi pengalaman penulis sendiri. Tanpa memahami sepatahperkataan Jerman ketika di awal perjalanan, beliau membuktikan bahawa kejayaan tidak mustahil dicapaiwalaupun berjauhan dengan keluarga. Jika bab lima menceritakan pengalaman PhD tanpa suami di sisi, bab seterusnya ini membincangkansebaliknya. Dalam ‘Jodoh PhD’, Wan Hanna Melini Wan Mohtar berkongsi detik-detik manis dan pahitpenulis menerusi pengalaman beliau melanjutkan PhD bersama suami (yang juga seorang calon PhD).Dengan mengambil kisah-kisah beliau sendiri, penulis cuba mengetengahkan isu kompromi suami isteriterhadap pengurusan keluarga, persaingan PhD antara suami isteri dan bagaimana beliau menghadapisituasi ini dengan positif. Bab ini secara tidak langsung membincangkan hubungan gender dalam keluargadan mengajar kita bahawa persaingan yang wujud harus diurus dengan bijak. Hanna membuktikan bahawawalaupun situasi ini amat mencabar, suami dan isteri boleh meraih kejayaan bersama dalam menempuhidunia PhD. Menyusul isu suami dan isteri, bab tujuh akan menyambung perihal kepelbagaian label dan perananwanita dalam menempuhi perjalanan PhD. Dalam ‘Anak, Pelajar, Isteri dan Ibu’, Emma Mohamadberkongsi cerita dan kompromi beliau sebagai seorang anak, isteri, ibu dan pelajar. Penulismengetengahkan erti label-label yang beliau pegang ketika menjalankan PhD dan berkongsi pengalamanbeliau sebagai seorang pelajar yang sudah berkahwin dalam kalangan rakan-rakan PhD lain yangkebanyakannya masih bujang. Cerita beliau mengajak pembaca meraikan wanita dan mencari kekuatandalam setiap peranan ini untuk menggunakannya secara positif dalam perjalanan PhD. Bab lapan dan sembilan membawa pembaca menyelami kehidupan PhD bagi wanita yang belum

berumah tangga. Kenyataannya adalah bukan wanita berkahwin sahaja yang mempunyai cabaran dalamPhD, malah wanita yang belum berumah tangga juga mempunyai onak dan ranjau mereka tersendiri. Dalambab lapan, Salina Nen membuktikan bahawa status bujang bukanlah bermakna sentiasa mempunyai masayang terluang. Malah, tajuk bab ini ‘Single But Not Available’ sebenarnya mencabar kata pepatahInggeris single and available menerusi pengalaman beliau menempuhi perjalanan PhD. Bab ini turutmengetengahkan stereotaip, harapan dan diskriminasi yang sering dikaitkan dengan wanita yang belumberumah tangga. Di samping itu, pengalaman beliau sendirian di luar negara juga mengajar bahawa PhDadalah suatu perjalanan yang sunyi tanpa keluarga, apatah lagi ketika detik-detik beliau terpaksamenghadapi cabaran kehilangan ahli keluarga dalam tempoh PhD. Bab ini mengajar tentang ertikemanusiaan dan ketabahan seorang wanita dalam menempuhi pahit manis perjalanan PhD. Bab sembilan yang menyusul juga menyambung cerita mengenai pengalaman wanita bujang dalamperjalanan PhD. Dalam bab bertajuk ‘Cik, Puan atau Dr.?’ Rozita Ibrahim akan membincangkan dilemapanggilan dan status dalam hierarki dunia akademik menerusi pengalaman beliau sendiri sebagai seorangwanita bujang lewat usia. Beliau akan membuka mata pembaca mengenai realiti wanita bujang yang belumatau masih sedang mengejar status PhD. Bercerita mengenai pengalaman beliau yang menempuhi PhDdalam usia yang lebih senior daripada pensyarah-pensyarah muda lain, beliau menyingkap isu-isukewanitaan yang berbeza dari bab-bab lain dalam buku ini. Apa yang pasti beliau membuktikan bahawaumur dan status bukanlah penghalang kepada kejayaan wanita dalam bidang akademik. Beralih dari fokus terhadap isu-isu kewanitaan dan keibuan, Bab sepuluh lebih menyentuh kepadapengurusan kesihatan mental dan fizikal wanita dalam tempoh PhD. Chong Sheau Tsuey, penulis bab‘Maraton PhD’ menggunakan maraton sebagai sebuah metafora dan juga dalam erti kata sebenar PhDdiumpamakan sebagai suatu larian merentas desa yang memerlukan ketahanan mental yang tinggi. Oleh itu,penulis menekankan kepentingan pengurusan kesihatan dalam ‘larian jarak jauh’ ini. Justeru, dalam bab inipenulis berkongsi tentang pengalaman beliau menghadapi dan menguruskan tekanan emosi dan mentaldalam menempuhi PhD dengan menggunakan aktiviti fizikal untuk mengurangkan tekanan beliau. Bab inimengajar tentang kepentingan kesihatan mental dan fizikal sepanjang PhD dan sentiasa bersikap positifdalam menghadapi tekanan dalam jangka panjang. Bab sebelas membincangkan kemuncak perjalanan PhD yang selalunya dilambangkan dengan prosesViva Voce. Mazlina Mohd Said membawa pembaca bersama minggu-minggu terakhir menanti Viva beliaudi kota London dalam keadaan yang serba kekurangan. Dalam judul ‘Pil Perancang PhD,’ penulismenceritakan saat terpaksa ‘berkampung’ seorang diri dalam makmal kerana kesempitan wang danberbulan-bulan terpaksa berjauhan dengan anak dan suami di Malaysia untuk menyiapkan diri menghadapiViva beliau. Dalam bab ini juga, beliau mengimbas semua kenangan perjalanan PhD dan saat palingterkesan adalah ketika penulis menghadapi masalah gangguan emosi selepas bersalin anak pertama beliau.Keberanian penulis mengetengahkan isu yang mungkin kurang dibincangkan dalam masyarakat Malaysiaadalah suatu usaha yang harus dipuji kerana hakikatnya kesedaran tentang perubahan biologikal wanitaadalah suatu yang perlu ditekankan dan dipandang serius. Pembaca akan melihat bagaimana isu gangguanemosi selepas bersalin boleh dikesan dengan cepat dan dapat diuruskan dengan baik menerusi pengalamanMazlina sendiri. Cerita terakhir yang dikongsikan dalam buku ini ialah melangkah keluar dari dunia PhD itu sendiri danmelihat kehidupan selepas bergelar seorang Dr. Kebanyakan orang mungkin berpendapat bahawa PhDadalah pencapaian akademik tertinggi dan suatu destinasi penamat. Namun, apa yang diketengahkan dalambab ini adalah sebaliknya. Ia menyingkap ‘Diari Seorang Dr.’ yang berfokus kepada rutin seharian,cabaran dan masa hadapan dalam karier sebagai seorang akademik. Penulis, Nurfadhlina Mohd Sharefmelihat PhD bukan sebagai garisan penamat, tetapi sebagai latihan dan tiket untuk menjadi ahli akademik

dan penyelidik yang bertauliah. Dalam bab ini, penulis akan berkongsi pengalaman menghadapi cabaran-cabaran pasca-kedoktoran dan laluan yang dipilih beliau. Bab ini dapat memberi pendedahan akan realitidan peluang perkembangan kerjaya akademik. Namun, dalam masa yang sama menyelitkan kehendak dankeperluan kekeluargaan yang turut mewarnai dunia seorang ahli akademik wanita. Dalam setiap bab buku ini, terdapat suatu cerita yang unik dan khusus dikongsikan oleh penulis-penulis. Namun, cerita-cerita dalam buku ini juga amat saling berkaitan dan jika diteliti terdapat beberapatema yang bangkit dan disentuh dalam kesemua sebelas cerita ini walaupun ia mempunyai sentuhan yangtersendiri melalui pengalaman peribadi. Penghujung buku ini tidak mungkin akan lengkap tanpa melihatsemula dan merumus cerita-cerita yang dikongsikan oleh penulis-penulis. Dalam bab terkahir buku‘Srikandi PhD: Suatu Refleksi,’ Sabariah Mohamed Salleh dan Emma Mohamad akan merumuskantema-tema dalam kisah-kisah yang dipersembahkan dalam setiap bab dan memperkukuhkan perbincanganmengenai gender dan isu wanita dalam dunia PhD. Pembaca akan melihat bahawa buku ini bukanlah suatupenamat, tetapi sebenarnya membuka persoalan yang lebih besar mengenai pemahaman dan keperluansokongan terhadap wanita dalam bidang akademik. Setiap kisah yang dikongsi mempunyai keistimewaantersendiri dan harus diangkat menjadi suatu pengiktirafan kepada semua wanita dalam bidang akademik.

2 KOTAK PANDORA PhD Arina Anis AzlanPengenalanTahun ini usia saya mencecah 29 tahun. Tahun ini juga perkahwinan saya masuk tahun kedua dan dalammasa yang sama saya sudah berada dalam semester keempat sebagai seorang pelajar PhD. Saya selalumerasakan kebanyakan wanita seusia saya sudah melalui lebih banyak pencapaian berbanding saya. Adayang sudah mempunyai anak seorang dua, ada juga yang mungkin sudah melepasi Ijazah Kedoktoran atausudah melangkah lebih jauh dalam kerjaya akademik yang diukur dengan berbilang geran penyelidikan danpenerbitan. Ada juga sesetengah mereka yang merasa adalah lebih baik untuk meninggalkan dunia kerjayadan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk membina kebahagiaan keluarga masing-masing. Setiapdaripada kita mempunyai perjalanan hidup tersendiri. Ada kalanya kita sibuk memerhati perjalanan oranglain sehingga kita lupa akan perjalanan hidup kita sendiri. Inilah salah satu nilai penting yang telah sayapelajari setakat ini dan mungkin dengan berkongsi cerita saya, ia akan dapat membantu sesetengahpembaca yang masih sedang tercari-cari halatuju masing-masing. Perjalanan saya bermula dalam keadaan yang bebas dari kerunsingan. Tak pernah pula terfikir akancabaran-cabaran mendatang semasa saya menerima tawaran untuk menjadi seorang tutor di universiti.Ketika itu, berbekalkan sarjana muda, saya berasa amat teruja untuk memulakan fasa kerjaya danseterusnya berbakti untuk masyarakat. Bak kata orang, ‘darah muda,’ segalanya boleh dilakukan dan takmustahil untuk dicapai. Jadi, dalam usia yang begitu muda, menyandang jawatan seorang tutor yangmengajar anak bangsa, sudah pastinya saya merasa tugas saya adalah seperti melakukan amal ibadah danberbakti. Saya merasakan kehadiran saya penting bagi anak-anak muda terutama pelajar-pelajar saya.Ketika Pengerusi Pusat Pengajian mengingatkan bahawa bekerja dalam bidang ini memerlukan saya untukmemperoleh Ijazah Sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah, saya mengangguk sahaja tanda setuju. Tak adamasalah! Saya sudah pernah menjadi seorang pelajar universiti dan pengalaman itu telah saya nikmatidengan sepenuhnya. Jadi, saya pasti akan menikmati peluang untuk menjadi seorang pelajar sekali lagi.Alangkah beruntungnya menjadi saya. Apa yang saya tidak tahu ketika itu adalah saya bakal membukasebuah kotak Pandora yang penuh dengan kejutan dan emosi seorang sarjana.Mencari KunciSebagai tutor termuda di pusat pengajian ketika itu, saya diberi banyak tunjuk ajar daripada pensyarahyang lebih senior. Hari bekerja bermula jam 8 pagi, ikut saja panduan dan topik yang perlu diajar danpulang ke rumah jam 5 petang. Menjadi tutor ketika itu memberi saya peluang untuk menyampaikan kuliahdan berurusan dengan pelajar. Tetapi lebih mengujakan, saya menghitung hari untuk melanjutkan pelajaranke peringkat sarjana di luar negara. Di sana, saya akan mendalami bidang yang sememangnya menjadiminat saya. Saya memilih sebuah universiti di Melbourne, Australia kerana ibu saya sendiri memperolehIjazah Doktor Falsafah di sana dan saya fikir ia sedikit sebanyak akan membantu saya untuk menyesuaikan

diri di perantauan. Lagipun, saya sudah pernah mengalami kehidupan di sana ketika ibu menjalankan PhDbeliau, jadi Melbourne bukanlah tempat yang terlalu asing bagi saya. Meninggalkan kampung halaman dan hidup seorang diri di perantauan terasa sangat menggentarkan.Sampai di sana, saya mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri. Waktu itu saya hanyakenal dengan segelintir pelajar Malaysia dan hari demi hari, saya cuba untuk menjadi seseorang yangboleh berdikari. Namun, pengalaman saya di sana masih menyeronokkan. Saya amat gemar menghadirikelas dan dapat mendalami bidang yang amat saya minati. Di samping itu, saya mendapat peluang untukmenambah kawan baru, menjelajah negeri dan menggunakan masa di perantauan itu dengan sebaik-baiknya. Untuk mengekalkan gred yang baik agak susah, tetapi secara amnya, struktur program yangdirangka membolehkan kita lulus jika semua kerja kursus diselesaikan dengan baik. Nampak mudahasalkan belajar bekerjasama, menguruskan kerja kumpulan dengan baik dan menyelesaikan kerja dalamjangka masa yang ditetapkan adalah tidak mustahil untuk memperoleh ijazah.Membuka Kotak PandoraSejurus selesai program Ijazah Sarjana, saya pulang ke tanah air dan melihat pelbagai rombakan besaryang berlaku di tempat kerja. Saya terasa seolah-olah mimpi indah telah berakhir dan saya dicampak kedunia sebenar. Universiti kini menjadi sebuah ‘Universiti Penyelidikan’ yang konsepnya saya masih belumjelas waktu itu. Pengerusi pusat pengajian menekankan tentang kepentingan menyumbang dari segipenyelidikan, geran dan penerbitan. Pada masa itu saya baru sahaja menyiapkan projek penyelidikansarjana dan masih mentah lagi. Tiba-tiba pula disarankan untuk melakukan kajian saya sendiri danmenerbitkan kertas kerja di peringkat antarabangsa. Ini merupakan sesuatu yang masih asing pada saya danbekerja sendiri bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan. Secara amnya, rombakan ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada semua warga akademik.Kami semua terpaksa membina budaya kerja baru yang menekankan penyelidikan dan penulisan. Iasememangnya mencabar, apatah lagi bagi sesiapa yang tidak mempunyai latar belakang penyelidikan yangterlatih. Ketika menjadi pelajar Sarjana Muda, saya menulis kajian dalam jangka masa semester yangcukup singkat. Begitu juga di Melbourne, menulis disertasi dalam jangka masa satu semester sahaja. Itusahaja latih tubi yang pernah ditimba. Kebanyakan ahli akademik di pusat pengajian dilihat sudahmempunyai perancangan terhadap permintaan sistem baru ini. Saya tidak memahami sistem baru yangdipakai dan tidak nampak bagaimana saya mampu mengharunginya. Beberapa rakan sekerja mengajak saya untuk bergerak lebih laju dan selesaikan PhD kerana arusderas itu dapat membantu untuk membiasakan diri sebagai sebahagian warga akademik. Saya tidakmempunyai cadangan kertas kerja, idea tentang fokus kajian, malah untuk menjalankan kajian dalambidang apa pun tiada dalam fikiran lagi. Ketika itu, fokus hanya kepada kuliah dan pengajaran yang perludijalankan. Apabila ditinjau kembali, sepatutnya saya bertanya dan meminta tunjuk ajar daripada rakansekerja yang lebih berpengalaman, namun di masa itu perasaan malu membelenggu. Saya merasakanperkara seperti itu sepatutnya saya sudah tahu ketika mula-mula menerima tawaran bekerja di universiti.Dan jika tidak tahu pun, sepatutnya saya berusaha sendiri mencari jalan penyelesaian. Saya amat bimbangtentang apa yang mereka akan fikir mengenai saya jika mereka sedar akan kelemahan saya ini. Tekanan dari pihak universiti dan pusat pengajian untuk saya meneruskan pengajian ke peringkat PhDmeningkat dan saya gagahkan juga menulis secara ringkas cadangan kajian saya. Saya tiada pilihan lainselain menerjah sahaja masuk ke dunia PhD atau leburkan masa depan kerjaya saya. Dokumen itu hanyasepanjang lima muka surat tetapi itu sahaja yang dapat saya ilhamkan dan saya berpegang erat kepada

kertas cadangan yang ringkas itu. Mengambil langkah ke arah pengajian Doktor Falsafah seolah-olahmelangkah ke dunia baru. Fikiran saya masih bercelaru berkenaan proses penyelidikan. Saya merasakanidea saya tidak lengkap dan saya hanya memahami secara kasar bagaimana ia boleh dilakukan. Ramai ahli akademik yang bekerja bersama saya barangkali niat mereka baik dan cuba berkongsi dengan saya liku-liku mendatang dalam mendalami Ijazah Kedoktoran. Apabila saya menghantar permohonan masuk ke program PhD, keyakinan dan keupayaan saya amatrendah dan saya berasa berat hati untuk meninggalkan keselesaan tempat kerja dan menempuh alam baru.Saya juga tidak pasti adakah saya bersedia mengambil langkah sebesar ini berbekalkan pengetahuan yangcetek. Saya banyak mendengar cerita kurang enak seperti bagaimana sesetengah orang mengambil masahampir sedekad untuk mendapatkan PhD dan tidak kurang juga ramai yang diturunkan pangkat ijazahnyakerana kajian mereka tidak layak untuk mendapat ijazah kedoktoran. Ramai ahli akademik yang bekerjabersama saya barangkali niat mereka baik dan cuba berkongsi dengan saya liku-liku mendatang dalammendalami Ijazah Kedoktoran. Saya terasa amat kecil apabila memikirkan yang saya perlu melakukansumbangan yang amat besar dalam dunia akademik, memperkenal terma-terma baru dan menambahbaikteori. Hal-hal sebegini mengingatkan saya betapa jahilnya saya. Apakah yang mereka maksudkan dengansumbangan ilmu pengetahuan? Bagaimanakah saya akan melakukan suatu kajian yang tidak pernahdilakukan sebelum ini? Sudah pasti banyak perkara yang sudah dikaji dan ditemui! Apabila permohonan saya diterima dan cuti belajar saya diluluskan, saya terus panik dan resah. Tetapipada waktu yang sama, saya memperoleh ketenangan apabila mendapat tahu bahawa saya perlumenghadirkan diri ke kuliah selama dua semester. Dalam fikiran saya, dua semester itulah yang akanmemberi saya masa yang diperlukan untuk menggilapkan lagi topik kajian saya. Saya mempunyai masa dansaya akan mencari penyelesaiannya jua. Lagipun, saya menyambung pengajian di university tempatan, jadisekurang-kurangnya saya tidak perlu risau tentang cabaran mengadaptasi di bumi asing. Keluarga dan rakan-rakan selalu mengkritik cara saya yang ‘terlalu berat berfikir’ akan sesuatu.Namun begitu, ‘masalah berfikir ’ sebeginilah yang membuatkan saya mengambil berat mengenai perkarayang mencabar keyakinan diri saya sendiri. Jika saya tidak berupaya berfikir secara jauh tentang sesuatuperkara, ini bermakna ia tidak cukup pemahaman terhadap perkara tersebut dan tidak akan mampu untukmembuat penilaian yang baik. Untuk situasi sebegini, saya tidak suka meletakkan matlamat keranabimbang tidak tercapai nanti. Saya lebih suka membiarkan ia bergerak mengikut arus. Pendekatan yangdigunakan dalam pengajian adalah melaluinya hari demi hari, satu demi satu. Seperti pepatah Inggeris,‘one day at a time.’ Oleh itu, saya tidak mempunyai perancangan terperinci, satu struktur apatah lagi‘tarikh-tarikh keramat’ yang patut saya putuskan. Dalam pengajian saya yang sebelum ini, bekerja one dayat a time tidak pernah menimbulkan masalah. Jadi dalam fikiran saya, saya tidak perlu mengubah strategipembelajaran saya kali ini. Saya menghadirkan diri ke semua kelas kuliah dan selesaikan kesemua tugasan yang diberi. Masa sayadipenuhkan dengan membaca untuk meneroka bidang yang menarik perhatian saya. Pembacaan saya tidakterbatas dan saya membaca apa sahaja yang saya gemar kononnya untuk menemui satu-satunya bidang yangbetul-betul saya minat. Segala keraguan yang pernah saya rasa terhadap pengajian yang kurang berstrukturtelah saya lupakan. Sebaliknya, saya mula gemar akan kebebasan yang diberikan. Saya akan meluangkanbeberapa hari di perpustakaan, berjalan di lorong-lorong susunan buku dan petik sahaja buku yang

menarik perhatian saya. Kadangkala, saya hanya duduk menikmati suasana kedai kopi dan membelekjurnal secara online. Saya tidak merasa kesempitan masa. Ketika saya mengharungi semester awalpengajian PhD, saya sudah berkahwin selama lapan bulan dan pendekatan one day at a time ini juga sayagunakan dalam kehidupan peribadi saya. Ikut sahaja arusnya, rentasi rintangan dan halangan apabilaterpaksa. Buatlah apa yang patut. Dan akhirnya sikap inilah yang telah membawa ujian pada diri saya. Di akhir semester pertama, saya mendapat tahu bahawa saya hamil. Saya dan suami tidak merancanguntuk mempunyai anak pada waktu itu. Jadi, kami berdua agak terkejut menerima berita itu. Perasaan sayaberkecamuk, bimbang dan resah kerana memulakan pengajian PhD adalah keputusan besar yang baru sayabuat dan sekarang saya perlu menjaga kandungan dan menempuh dunia keibubapaan. Antara kerjaya dankeluarga, saya melalui dua perkara sekaligus. Pada mulanya, saya terfikir bagaimana saya perlu kongsikanberita ini bersama dengan penyelia-penyelia saya yang kebetulan kedua-duanya lelaki. Saya bimbang dan takut dilabel lalai atau tidak berhati-hati mengurus kehidupan kerana hamil di saatbaru memulakan pengajian. Bagaimana jika mereka fikir saya tidak serius belajar? Adakah ini akanmemberi pandangan yang negatif terhadap komitmen saya terhadap pembelajaran? Saya seringmempersoalkan keupayaan diri waktu itu. Adakah hidup saya akan berubah secara drastik? Bolehkah sayamemberi fokus kepada kerja dan kandungan pada masa yang sama? Sudah tentu saya tidak boleh bekerjabebas seperti yang saya lakukan selama ini. Adakah ini bermakna saya akan kesempitan masa? Hati kecil saya berkata semuanya telah ditentukan olehNya dan keadaan akan menjadi lebih baik. Saya mengambil masa yang agak panjang untuk cuba menenangkan diri, mendapatkan nasihat rakansekerja dan akhirnya saya memaklumkan kepada penyelia saya. Alhamdulillah, beliau seorang yangmemahami. Beliau mengingatkan saya bahawa ia sebahagian daripada norma kehidupan kita. Saya pulaterfikir mengapa saya sebegitu bimbang untuk berkongsi berita ini dengannya. Kadang-kadang kita lupabahawa penyelia kita juga adalah insan seperti kita dan mereka memahami apa yang kita lalui. Sayabukanlah satu-satunya pelajarnya yang pernah mengandung ketika mengikuti pengajian, malah ramai yangmelalui pengalaman yang sama. Dalam keresahan dan cemas, saya tidak terfikir akan hal-hal sebegini.Tidak semua orang dapat menerima situasi memulakan keluarga pada saat kritikal dalam pengajian dansaya sangat bersyukur kerana beliau memahami situasi saya. Amat lega rasanya kerana dapat jugaberkongsi keresahan yang dialami pada waktu itu. Seolah-olah satu beban yang berat telah terangkat daribahu saya. Hari itu, saya mula merasakan yang mungkin semuanya tidaklah seteruk yang disangkakan. Hati kecilsaya berkata semuanya telah ditentukan olehNya dan keadaan akan menjadi lebih baik. Saya dan suamijuga merasa amat berbesar hati dengan anugerah ini dan sudah mula membuat persediaan awal menyambutperanan baru sebagai ibu dan bapa. Rutin pengajian saya kembali menjadi seperti dahulu. Tidak pulaterlintas di fikiran saya untuk mengubah cara kerja saya, tidak terfikir juga untuk membuat perancanganuntuk cuba menyiapkan diri mengimbangi kerja dan kehidupan walaupun rakan-rakan yang sudah pernahmelalui pengalaman kehamilan telah memberitahu akan berlaku perubahan kehidupan seharian yangketara. Ketika itu, saya baru sahaja mengandung lima atau enam minggu dan tidak pula berlaku simptom-simptom awal kehamilan yang begitu memudaratkan. Jadi saya leka, selesa dengan keadaan sedia kala. Namun tidak lama selepas itu, semuanya berlaku begitu pantas. Tiba-tiba saya sudah merasa simptomyang sering dihadapi wanita-wanita mengandung. Rasa letih, mual dan seperti badan sendiri meragam

melawan minda. Kedua-dua simptom emosi dan fizikal membelenggu. Badan tidak berfungsi sepertibiasa. Ada ketikanya saya hanya baring saja di atas katil dan berdoa agar dibawa cepat ke trimester keduaagar simptom-simptom ini akan surut. Segalanya serba tak kena. Saya tidak punya selera hendak makankerana terlalu mual, tetapi saya juga mual kerana tidak makan. Sakit itu, sakit ini, ia tidak mencerminkandiri saya. Saya tidak berkompromi dengan kesakitan. Saya bukanlah jenis semudah itu untuk baringkan diridi atas katil dan menerima hakikat bahawasanya saya sedang terlantar sakit. Amat tidak selesa rasanyasehinggakan saya akan cuba mencari ubat untuk segala jenis kesakitan tersebut. Pada peringkat awal kehamilan, saya sudah mula mengalami pendarahan. Doktor menyarankan sayaagar banyakkan berehat di rumah dan jangan terlalu resah. Beliau mungkin tidak merasa ia serius. Sayamelawati forum-forum bayi dan ibu, mencari rintihan dan perkongsian wanita-wanita lain di luar sanabahawa mereka juga pernah mengalami pendarahan ketika mengandung. Hari demi hari, minggu keminggu, dalam ketaksuban saya pada hal-hal kehamilan, saya sudah kembali risau kerana sudah agak lamatidak membelek-belek jurnal dan buku. Namun, saya cuba meyakinkan diri bahawa tidak salah untukberehat dan memang berhak untuk berehat menjaga kandungan. Lagipun, ianya bukanlah untuk masa yangpanjang. Saya hanya perlukan masa untuk melalui detik-detik sukar ketika minggu-minggu awal kehamilandan pasti akan kembali bekerja setelah kemudaratan ini hilang. Tiada siapa mengingatkan, bahawa trimester pertama mengandung adalah satu fasa yang tidakmenentu. Saya kerap berjumpa doktor bagi menjalankan pemeriksaan untuk memastikan kandungan dalamkeadaan yang baik. Doktor tidak ada menyebut tentang risiko yang boleh melanda dan beliau tidak adamenunjukkan tanda-tanda yang ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi pada minggu ke-7, doktor menyarankanagar merujuk kandungan kepada doktor pakar. Beliau bernada tenang sekali ketika memaklumkan bahawabeliau tidak dapat mencari nadi denyutan kandungan dari ultrasound yang dibuatnya. Alasannya mudah,mesin ultrasound lama dan ada keraguan dari segi perkiraan usia kandungan. Saya tidak ada masalahdengan hal tersebut, malah akur dengan nasihatnya agar membuat temu janji dengan doktor pakar bidan. Sedang saya menyusun tarikh temu janji, doktor pakar pula ketika itu tidak dapat bertemu pada tarikhyang ditetapkan. Memikirkan tentang hal mesin ultrasound yang tidak canggih dan doktor pakar yang tidakdapat menumpu masanya, penyelesaiannya adalah dengan pergi ke klinik lain yang mempunyai mesinultrasound canggih. Mahu selesaikan hal ini tidaklah semudah yang disangka. Klinik yang saya kunjungisarat dengan pesakit dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk bertemu dengan doktor. Tiba giliran, doktortersebut melakukan ultrasound dengan mesin canggihnya dan masih tidak dapat mencari nadi denyutan didalam kandungan. Malah, yang lebih menyakitkan hati, beliau terlintas untuk bertanya adakah benar sayamengandung? Mujur, ada si suami yang cuba menenangkan keadaan. Ultrasound kali inilah yang membuatkan saya merasa sesuatu yang tidak kena. Naluri hati sayaberbisik mengharapkan segalanya dalam keadaan baik. Rasa keletihan dan mual-mual mengandung itumasih ada. Walaupun memeritkan, bukankah ia tanda saya masih melalui proses mengandung yang sihat?Saya dan suami memutuskan adalah lebih baik untuk kami menunggu seminggu lagi untuk bertemu dengandoktor pakar. Menunggu seminggu lagi membuatkan saya betul-betul resah. Saya tidak dapat tidur lenamengenangkan nasib kandungan ini. Sudah tentu dalam hal-hal sebegini, saya perlu bersedia menerimaberita buruk. Namun, saya juga mengharapkan khabar yang baik. Dalam masa yang sama, saya jugateringatkan pengajian saya yang ditinggalkan begitu lama dan rasa serba salah itu semakin membuak-buak.Apalah gunanya saya menjaga diri saya sekiranya kandungan ini tidak menjadi? Banyaknya masa yangterbuang. Namun, saya cuba mengetepikan persoalan-persoalan ini dan berdoa agar hikmah akan datangkepada saya. Seminggu berlalu, tiba masanya untuk bertemu dengan doktor pakar dan akhirnya saya dimaklumkanbahawa saya mengalami keguguran. Kandungan saya berhenti membesar tetapi badan saya tidak bertindak

mengikutnya berdasarkan simptom-simptom mengandung yang saya masih rasai. Saya sebak, hati sayaluluh dan jiwa saya retak seribu. Banyak persoalan saya dengan doktor pakar ketika itu. Adakah mungkinbeliau tersilap? Tidak bolehkah doktor pakar lakukan sesuatu? Namun, segalanya tidak mampu dipersoallagi, saya menangis teresak-esak. Doktor pakar cuba menenangkan saya dan menyarankan agar sayapulang ke rumah dan menunggu kandungan itu gugur secara semula jadi sepenuhnya. Beliau tidak pulaberkata bila, tetapi menjangkakan ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu. Beliau jugamemaklumkan yang saya tidak perlu datang semula tetapi dibenarkan sekiranya saya mahu memastikanrahim saya bersih dan kosong selepas terjadinya keguguran semula jadi. Nada beliau kedengaran agakkasar, marah juga dibuatnya. Tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak berlapik-lapik untuk menyampaikanberita buruk itu. Amat berat untuk saya memaklumkan berita ini kepada keluarga dan rakan-rakan kerana setiap kalisaya bercerita tentangnya, ia mengingatkan saya betapa kecewanya saya selama ia berlaku. Sayamengharapkan keguguran ini berlaku pantas. Saya tidak mahu lagi simptom-simptom ini terjadi dan hanyamahukan diri ini kembali normal. Saya resah menunggu keguguran ini di rumah. Setiap kali saya terjagadari tidur di waktu pagi, rasa mual dan keletihan akan terjadi, mulalah perasaan benci membuak-buakdalam diri. Saya rasa seperti semua kesusahan yang saya alami tidak membawa apa-apa manfaat dan tidakberbaloi untuk dirasai. Puas saya cuba ketepikan perasaan ini dan fokuskan pada kerja. Tetapi saya tidakmampu untuk member focus dengan sepenuhnya, berulang kali hanya memerhati baris ayat yang sama.Walaupun sudah diberitahu kandungan ini tidak lagi hidup, saya selalu mengharapkan doktor pakartersebut mungkin tersilap. Harapan tidak boleh dicantas semudah itu. Saya turun dari katil dan membaca surah Yasin dengan harapan membawa ketenangan dalam hati saya yang gelisah. Tiga minggu berlalu, masih lagi tiada apa yang berlaku. Saya dan suami putuskan untuk berjumpadengan doktor, cuma kali ini tidaklah dengan doktor pakar sebelum ini kerana kliniknya mengundangmemori episod hitam dalam diri saya. Kali ini kami bertemu dengan pakar obstetrik yang disyorkankeluarga saya. Sejurus sampai di klinik tersebut, tidaklah mampu untuk saya ungkapkan betapacemburunya melihat wanita-wanita mengandung di sekeliling saya. Saya hanya mahu melupakan sejarahini. Doktor pakar kali ini membuat pemeriksaan yang cukup pantas. Selesai sahaja melakukan ultrasound,doktor memaklumkan kepada saya yang sudah ada tanda keguguran semula jadi itu akan berlaku dalammasa terdekat, namun beliau menyarankan untuk saya menggugurkannya melalui pembedahan D&Ckeesokan paginya. Perasaan saya berasa lega apabila semua ini akan selesai serta bercampur juga rasaresah yang amat berat. Malam itu, saya kerap terjaga dari tidur, jantung berdegup laju seolah-olah ia mahukeluar dari mulut saya. Tangan dan kaki terasa sangat sejuk. Saya turun dari katil dan membaca surahYasin dengan harapan membawa ketenangan dalam hati saya yang gelisah. Pagi mula berlabuh, awal saya dan suami bangun dari tidur. Suami saya memandu ke hospital. Inilahharinya, kali pertama dalam hidup saya melangkah masuk ke teater pembedahan. Saya tidak pernah masukhospital dan tidak tahu apa yang hendak dijangka akan terjadi. Doktor menyarankan agar kami tiba dihospital dua jam sebelum prosedur pembedahan. Untuk pembedahan selama 15 minit, prosesnya nampakrumit. Saya diarah untuk memakai gaun pembedahan dan menunggu dalam bilik kuarantin yang amat sejuk.Suami saya pula menunggu di luar bilik pembedahan. Saya membawa sebuah buku untuk menemani sayapada pagi itu, tetapi saya terlalu resah mahu membeleknya. Penantian yang saya kira amat panjang

akhirnya usai dan saya dibawa ke teater pembedahan di mana saya lena dalam suntikan bius. Apa yang saya dapat ingat hanyalah saya berada di bilik penjagaan dan seorang jururawat sedangbercakap dengan saya. Mereka membiarkan saya berehat, memberikan sedikit makanan dan membenarkansaya keluar setelah kesan bius hilang. Sejurus selesai, saya keluar dan saya ternampak ibu dan suami sayasedang menunggu. Saya masih ingat lagi peristiwa ini terjadi pada hari Jumaat dan mereka berduamengetepikan jadual kerja masing-masing bagi memastikan keadaan saya terjaga sepenuhnya. Saya amatterkejut apabila rasa mual hilang sepenuhnya hasil pembedahan tadi. Lidah juga bertukar rasa dan perutsaya tidak lagi memberontak. Lega bila diri sudah kembali normal. Saya pulang ke rumah dan tidurseharian. Terbayar jugalah masa-masa resah yang dulu dengannya! Pada hari minggu itu juga saya keluar makan sushi bersama kawan-kawan. Puas menikmati makanankegemaran saya itu yang sudah lama tidak diusik ketika mengandung. Saya rasa bersemangat dan mahumeneruskan hidup dengan melupakan episod hitam ini. Saya mahu bangkit semula dan meneruskanpenjelajahan perjalanan PhD saya. Tetapi saya tak pula terfikir ia tidaklah semudah yang disangkakan. Suami saya dilihat agak cepat reda dari kehilangan ini. Boleh nampak melalui caranya. Saya rasa iaadalah yang sebaik-baiknya kerana salah seorang dari kami perlu berani menghadapinya. Ramai orangcuba menenangkan saya dengan berkata saya boleh mencuba lagi dan mungkin kali ini bukan ditakdirkanolehNya. Saya cuba untuk merelakan tetapi ia susah untuk dilupakan. Saya banyak terkenangkan bukansahaja kehilangan kandungan ini tetapi juga masa dan tenaga yang dikerah untuknya. Telah saya cubasecara fizikal dan emosi, namun akhirnya pulangannya tiada. Saya juga terkenangkan masa yang telah sayabiarkan berlalu tanpa berusaha ke arah pengajian saya. Saya terlalu memikirkan kandungan sehingga lupaakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Apa yang telah saya lakukan? Selalu saya ingatkan dalamhati bahawa Dia punya perancangan yang lebih baik dan ada hikmah di sebalik kehilangan ini. Sebenarnya amat mudah untuk berkata, tetapi lebih berat untuk melaluinya. Saya amat bencikan dirisendiri kerana membiarkan hidup jadi begini. Ramai wanita yang mengandung keluar bekerja, jadimengapa saya tidak seperti mereka? Ramai juga wanita yang mampu mengandungkan anak seorang, duaatau lebih ketika melaksanakan pengajian mereka. Mengapa saya terlalu memanjakan diri saya danberselesa? Kini, saya terperangkap dalam situasi di mana kerja terbengkalai dan kandungan telahmengalami keguguran. Saya keliru dan rasa tertipu. Kegagalan sudah mula dirasai, baik sebagai seorangpelajar mahupun sebagai bakal ibu dan isteri. Saya fikir kegagalan ini bolehlah dijadikan azam untuk kembali bekerja semula dan menampungsemula apa yang tertinggal selama ini, tetapi saya tidak jumpa azam itu. Masa yang ada kebanyakannyadihabiskan dengan bermalas menonton televisyen hari demi hari. Saya menjauhkan diri daripada orangramai hanya kerana perasaan menyampah dengan mereka yang bertanya khabar walaupun merekasebenarnya tahu serba sedikit tentang apa yang telah saya alami. Amat meluat saya bila ditanya “Macammana study?” atau “bila nak dapat anak?”. Soalannya mudah untuk dijawab, tetapi ia mengundangpelbagai emosi dan saya tidak mampu untuk menjawabnya. Saya juga banyak kali mengelak dari bertemudengan penyelia. Rasa seperti sudah terlalu lama ketinggalan kerja itu dan sebenarnya memang tidak adaapa-apa untuk ditunjukkan kepadanya. Jadi, apa gunanya saya bertemu dengan penyelia? Keluarga sayaterfikir mungkin saya memerlukan masa dan ruang untuk mengubati kesedihan. Jadi, mereka membiarkansaya dengan karenah saya. Barangkali mereka takut mahu menegur, takut tersalah cakap atau mereka jugatidak faham apa sebenarnya yang telah berlaku. Saya hilang arah dan hilang pedoman. Adakah ini balasan yang diberikan kepada saya di atas kerja-kerja ‘cukup syarat’, bekerja ikut suka dan membiarkan sahaja kerja terbengkalai? Saya juga sedarbahawa saya jarang berkomunikasi dengan penyelia, menghantar kerja yang tidak lengkap, tiada susulanpertemuan dengannya dan tidak bertanya sekiranya beliau menerima emel kiriman saya. Selama ini saya

banyak menghabiskan masa saya dengan minat-minat yang lain seperti menghias rumah, membeli belahdan apa-apa yang boleh mengalih perhatian saya daripada memikirkan segala yang telah saya gagallakukan. Saya membiarkan kerja terbengkalai, mengelak bertemu penyelia dan menjauhkan diri dari rakandan keluarga.Mengunci Kotak PandoraAkhirnya, penyelia saya sendiri yang menghubungi saya. Beliau memberitahu yang saya perlu bangkit darikejatuhan ini, berjumpa dan berkongsi masalah dengannya kerana beliau tidak jelas akan kerja-kerja yangsaya sedang lakukan. Secara jujurnya, saya juga tidak tahu apa yang sedang saya buat. Saya hanyamenerima teks pesanan ringkas daripadanya tetapi dapat membayangkan nadanya setelah membaca tekspesanan tersebut. Ia merupakan satu tamparan buat diri saya yang sudah lama membiarkan segalakeputusan diputuskan untuk saya. Saya fikir masanya telah tamat untuk berdiam diri. Betul kata bidalan, ‘tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselendang’. Betul kata bidalan, ‘tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselendang’. Jangan kitamengharapkan orang lain untuk berjaya. Saya sendiri yang perlu mencorakkan kejayaan saya. Dari sinilahsaya mula mengawal segala perkara. Sudah semestinya, Dia adalah yang maha menentukan setiap perkaratentang hidup saya. Tetapi ada juga sedikit sebanyak dalam hidup ini perlu ditentukan oleh diri kitasendiri. Saya telah menentukan pukul berapa saya bangun, duduk di kerusi dan membaca buku serta dudukbermalas menonton TV. Antara kerja dan bermalas adalah pilihan yang saya perlu tentukan. Saya mulamenetapkan sasaran untuk kerja, tetapi ia tidaklah sebesar mana, cukup dengan menetapkan jadualmingguan untuk masa membaca dan masa menulis supaya struktur itu tersemat dalam aktiviti hidupseharian. Secara perlahan-lahan, momentum dan motivasi saya kembali semula. Saya berkongsi idea dengansuami untuk merancang keluarga dan kami berdua sepakat dalam perkara ini kerana mengambil kira isukerja saya yang ditinggalkan terlalu lama. Mengambil keputusan ini bukan perkara yang boleh diambilringan kerana kefahaman manusia berbeza-beza mengenai peranan wanita dalam keluarga. Tambahan puladengan stigma sosial ‘tolak rezeki anak’ dan menjadi seorang ibu tua di kemudian hari, keputusan ini harusdibincang secara harmoni antara suami dan isteri. Ramai yang berkata, hidup ini perlu ada imbangan dan dari keseimbangan inilah lahirnya kebahagiaan.Namun, keseimbangan ini tidak mudah untuk dicari. Ada kalanya saya berasa amat teruja dengan semangatkembali bekerja ini. Saya kuburkan pelbagai perkara untuk bekerja. Saya menjadi terlalu fokus dengankerja sehinggakan sanggup tidak hadir ke majlis-majlis keramaian dan bersantai bersama kawan-kawan.Bukanlah soal kerja itu diselesaikan atau apa kerja yang dilakukan, tetapi yang saya risaukan adalahbanyak meluangkan masa untuk selesaikan kerja berbanding kualiti dan halatuju matlamat kerja yangdilakukan. Ia sedikit demi sedikit memakan diri. Bukanlah niat saya mahu melebih-lebih, tetapi saya merasakan kapasiti berfikir yang diperlukan dalammendalami bidang Ijazah Kedoktoran adalah sesuatu yang belum pernah saya gunakan sebelum ini. Sayatidak pernah berfikir sedalam dan sebanyak ini dalam hidup saya. Ada masanya otak saya cuba untuk

menolak sebutir demi sebutir perkataan yang dibaca, namun saya gagahkan juga membaca sehingga habis.Ia hampir membuatkan saya rasa lesu, keletihan dan tidak puas. Ada masanya saya mahu berhenti sebentar,tetapi diri sendiri berkata tidak layak untuk berehat. Ini kerana saya perlu menampung semula masa yangdibazirkan selama ini dengan bermalasan. Cukuplah dengan berhenti sebentar untuk makan tengah hari. Tidak ada satu cara yang betul mahupun cara yang salah dalam menjalani PhD, yang perlu diketahui adalah ia merupakan perjalanan solo tidak kira berapa ramai orang di sekeliling kita yang bersama melaluinya. Saya tidak mempunyai ramai kenalan yang sedang dalam rangka proses kedoktoran. Jadi, amat sukaruntuk mengetahui sekiranya apa yang dilakukan dan kemajuan kerja dibuat dengan cara yang betul atausebaliknya. Penglibatan dalam buku ini sedikit sebanyak telah membantu mengenali wanita-wanita lainyang pernah melalui perjalanan PhD tidak lama dahulu. Adalah penting untuk berhubung dengan komunitiPhD yang lain kerana mereka yang dapat memahami apa yang kita lalui. Kita boleh belajar banyakdaripada mereka yang sama-sama melaluinya, bukan bertindak mengikut mereka tetapi lebih kepadamenyelami perbezaan pendekatan mereka dalam menongkah cabaran ketika belajar sambilmenyeimbangkan antara kerja dan keluarga. Tidak ada satu cara yang betul mahupun cara yang salahdalam menjalani PhD, yang perlu diketahui adalah ia merupakan perjalanan solo tidak kira berapa ramaiorang di sekeliling kita yang bersama melaluinya. Walaupun begitu, perkongsian cerita dengan yang laindan mendengar kisah-kisah mereka amat membantu dalam mencari keseimbangan itu. Saya juga tidak harus lupa untuk menikmati kehidupan dan sekurang-kurangnya memanfaatkan rezekiyang diterima. Saya sedar saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehidupan sendiri danmencari keseimbangan di samping menikmati kehidupan. Tidak semestinya kita perlu bersantai di tepianpantai (walaupun itu tawaran yang menarik), cukuplah dengan meluangkan masa yang ada dengan hobimasing-masing. Bagi saya, saya amat sukakan seni kraftangan dan seni lukis. Saya berasa tertarik denganaktiviti-aktiviti itu kerana saya dapat menggunakan jurus tangan dan bukan akal fikiran semata-mata. Untuk melupakan sekejap kerja PhD bukan senang. Saya sering merasa bersalah setiap kali berhentisebentar dari bekerja. Kadang-kadang hobi membuatkan kita leka. Dalam tidak sedar, saya sudahmeluangkan seminggu lamanya untuk menyiapkan lukisan-lukisan yang akan digantung di rumah. Sayamasih lagi mencari keseimbangan tersendiri. Apa yang penting, setiap keputusan yang dibuat adalahtanggungjawab sendiri. Sebelum ini, saya selalu dibuai kehidupan hanya menunggu episod-episod hidupitu datang dan saya serahkan sahaja kepada takdir semata-mata. Kesedaran terhadap tanggungjawab untuksetiap tindakan ini adalah sesuatu yang telah dipelajari daripada pengalaman setakat ini. Sudah tentu saya belum boleh berkata strategi ini berkesan kerana perjalanan saya masih belumberakhir, malah jalan yang terdampar di depan masih lagi panjang. Saya masih lagi resah tatkalamemikirkan akibat untuk apa jua keputusan yang diputuskan. Saya masih lagi melengah-lengahkankeputusan untuk menerima cahaya mata. Saya selalu ditanya bilalah masanya dan saya hanya mamputersenyum sambil berkata “tak lama lagi.” Tidak akan ada masa yang tepat untuk memiliki anak, tetapipasti ada masa yang terbaik untuknya. Berbekalkan pengalaman hitam sebelum ini, saya berpendapatadalah perlunya untuk bersedia sedikit demi sedikit untuk mengharungi masa yang akan datang. Kehidupan ini adalah perjalanan yang penuh liku. Dalam melalui perjalanan ini, ada kalanya kita akanmengikut sahaja arus cabaran tetapi ada ketika kita perlu menongkahnya. Hidup ini sudah tercatat dalam

Qada’ dan QadarNya, namun nur kasihNya memberi kita peluang untuk membuat keputusan dan mengambiltanggungjawab terhadap tindak-tanduk kita. Tiada orang lain yang berhak menentukan nasib hidup kita.Perjalanan hidup kita adalah milik kita sendiri.

3 BERCUTI (PhD) DI LUAR NEGARA Noris Mohd NorowiPengenalanJohn Lennon pernah berkata, “Life is what happens when you are busy making other plans” (kehidupanberlaku semasa kita sibuk membuat perancangan yang lain). Dalam kes saya, kata-kata beliau ini terserlahkebenarannya. Setelah berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan tempat pengajian dan bersaingmendapatkan biasiswa bagi menyambung pengajian di peringkat PhD, saya akhirnya menerima surattawaran dari salah sebuah universiti di United Kingdom. Kegembiraan yang dirasakan membuatkan sayahampir terlupa yang kitaran haid saya pada bulan tersebut adalah lebih lambat daripada biasa. Alangkahterkejutnya saya tatkala persiapan meneruskan PhD sedang rancak diatur, saya disahkan hamil. Sungguh,rezeki ini adalah di luar jangkaan saya sama sekali kerana walaupun sudah berkahwin lebih dua tahunlamanya tetapi kami belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata. Barangkali inilah yang dimaksudkandengan kata-kata John Lennon itu. Saya sememangnya sangat-sangat bersyukur dengan percaturan yangterindah daripada Tuhan ini. Tanggal 26 Oktober 2008, bersama azam yang tekad di hati, saya bertolak meninggalkan bumiMalaysia menuju ke Plymouth, United Kingdom (UK). Di sisi kanan, berdiri teguh suami saya yang tidakputus-putus menjadi tonggak utama perjuangan saya, dan di lengan kiri pula terkelek seorang bayiperempuan comel yang belum pun mencecah usia lima bulan. Beliaulah nadi kami suami isteri semenjakkelahirannya ke dunia ini. Maka, pada hari itu, saat kaki kami melangkah meninggalkan Balai BerlepasLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, secara rasminya bermulalah ‘perjalanan’ saya sebagaiseorang pelajar, isteri dan ibu sepenuh masa. Tercerailah saya daripada zon keselesaan selama ini keranaperjalanan yang bakal ditempuhi ini akan banyak mengajar erti berdikari dan bertatih menggunakan kakisendiri. Perjalanan ke United Kingdom mengambil masa 12 jam lamanya berada didalam perut kapal terbang,ditambah lagi dengan hampir lima jam menaiki bas daripada Lapangan Terbang Heathrow ke Plymouth.Perjalanan ke Plymouth adalah agak lama kerana ia merupakan satu kawasan terpencil di Barat Daya UKyang terletak jauh dari bandar-bandar pesat seperti London, Birmingham, Manchester dan Bristol. Namun,suasana di Plymouth adalah unik dan sangat mendamaikan kerana ianya bebas daripada kesesakan tipikaldi kota, lebih-lebih lagi kerana ianya merupakan kawasan ‘penghujung’ UK (secara geografikal) dankawasan sekitarnya dikelilingi air laut. Keindahan alam semula jadinya telah menjadikan Plymouthterkenal sebagai sebuah kawasan pelancongan. Bayangkan, kami hanya perlu berjalan kaki sepuluh minitdaripada rumah untuk tiba ke kawasan tebing laut. Begitulah sinonimnya Plymouth ini dengan keindahanalam yang mampu memukau setiap mata yang memandang. Namun, di sebalik kedamaian itu terselit beberapa cabaran kehidupan yang lain. Paling utama, kossara hidup adalah agak tinggi berbanding di bandar-bandar besar lainnya. Ini disebabkan ianya merupakankawasan pelancongan yang terpencil, maka harga kebanyakan barang-barang adalah lebih tinggi untukmenampung kos tambahan bagi mengangkut barang-barang ke kawasan luar bandar ini. Kepayahanmemperoleh bekalan makanan halal juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi kerana terdapat hanya satu atau

dua sahaja kedai yang membekalkan daging mentah halal kerana Plymouth mempunyai bilangan penganutagama Islam yang sangat kecil berbanding tempat-tempat lain di UK. Ada kalanya kami terpaksa menempah daging halal terlebih dahulu sebelum ke kedai kerana stok dikedai adalah tidak menentu. Begitu juga keadaannya dengan restoran-restoran makanan halal, bilangannyatidak banyak. Jika ada pun, harga makanannya sangat mahal. Ini bermakna, saya terpaksa merajinkan dirisaya untuk memasak setiap hari. Walaupun kemahiran memasak yang saya ada pada ketika itu begituterhad, saya tiada pilihan lain. Maka, menjadi tanggungjawab saya pada sebelah petang apabila selesaikerja-kerja di makmal untuk cepat-cepat pulang ke rumah dan memasak untuk seisi keluarga.Percutian yang SunyiTerus terang saya katakan, tahun pertama saya bergelar pelajar PhD, saya berasa sangat sunyi. Meskipunditemani suami dan anak serta hidup saya pula tidak pernah lekang daripada dibanjiri kerja-kerja yangperlu diselesaikan, saya tetap merindui kehadiran seorang sahabat wanita yang memahami perasaan sayadan memahami apa yang saya sedang lalui. Bukanlah bermaksud rakan-rakan yang sedia ada tidakmemahami, cuma ada kalanya saya berasa seperti begitu terasing dan terpisah dengan pelajar-pelajar PhDyang lain. Rata-rata pelajar PhD dari Malaysia di Plymouth terdiri daripada golongan lelaki, dan jika adapun pelajar wanita, kesemuanya masih lagi bujang. Kebetulan bilangan pelajar PhD Malaysia di Plymouth pada ketika itu boleh dibilang dengan jarisahaja. Pada awalnya, saya seorang sahajalah wanita yang sudah berkeluarga dalam komuniti di sana.Rata-rata pelajar PhD dari Malaysia di Plymouth terdiri daripada golongan lelaki, dan jika adapunpelajar wanita, kesemuanya masih lagi bujang. Sedari awal lagi telah dapat saya lihat jurang perbezaandari segi tanggungjawab yang perlu digalas. Oleh sebab itu, seringkali terbit rasa cemburu dengan rakan-rakan PhD dari Malaysia yang lain. Pernah pada suatu petang, ketika mengorak langkah pulang ke rumah, saya disapa Ujang (bukan namasebenar). Beliau merupakan salah seorang pelajar PhD dan juga senior saya yang telah berumah tanggadan mempunyai seorang anak. Kebetulan beliau juga baru sahaja keluar daripada bangunan makmalbeliau. Kami berjalan pulang sambil bertukar-tukar cerita dan sama-sama mengeluh akan kebuntuan dalammenyelesaikan cabaran pengajian yang dihadapi. Tiba-tiba, Ujang meminta diri dan membelok ke arahrumah sekumpulan pelajar lelaki bujang yang lain. “Nak pergi main PlayStation lah. Bagi release tensionsedikit,” kata beliau sambil tersengih. Saat itu saya rasakan darah saya menyirap, bukan dengan Ujang,tetapi dengan ketidakadilan gender yang ketara. Apa tidaknya, kami sama-sama bergelar pelajar PhD,sama-sama kusut dibebani masalah pengajian, sama-sama letih setelah seharian memerah otak di makmal,akan tetapi sebagai seorang lelaki, beliau tidak perlu berkejar-kejar pulang ke rumah untuk memasak,menyusukan anak dan menguruskan rumaht angga. Malah, sempat pula beliau singgah bermain permainanvideo sedangkan tugas saya sebagai isteri di rumah pula harus bermula. Alangkah untungnya beliausebagai seorang lelaki kerana saya yakin isteri beliau pada ketika itu sudah pun siap menyediakan makanmalam dan setia menanti kepulangan beliau di rumah. “Sungguh tidak adil!” getus hati saya.

Begitu juga yang saya rasakan apabila bergaul dengan pelajar-pelajar PhD lain yang belumberkeluarga. Acap kali saya terpaksa menolak dengan baik apabila diajak menonton wayang, bermainbowling, minum kopi pada sebelah petangnya, atau membeli belah sebagai terapi minda dan macam-macam lagi aktiviti yang berbaur keseronokan kerana saya tiada masa untuk itu semua. Hidup sayahanyalah ke makmal pada siangnya dan bersama keluarga pada malamnya. Ditambah pula dengan isu duitelaun yang selalunya hanya cukup-cukup makan sahaja untuk kami bertiga, sudah tentu saya tidak perluberfikir panjang untuk mengatakan tidak kepada aktiviti-aktiviti libur begini. Apatah lagi saya harusberfikir mengenai lampin, pakaian, mainan anak, yuran taska dan sebagainya. Apa yang pasti, perkara initidak perlu difikirkan oleh mereka yang masih bujang. Sesekali suami mengizinkan saya pergi ketika rezeki agak lapang dan juga kerja di makmal tidakbanyak, tetapi fitrah seorang isteri dan ibu, manakan gembira jika suami dan anak tidak dapat mengecapikeseronokan itu bersama. Malahan, saya diekori pula dengan perasaan bersalah sepanjang keluar bersamakawan-kawan yang lain dan kerap memandang ke arah jam dan berasa gelisah jika merasakan sudah lamameninggalkan keluarga di rumah. Luarannya saya mungkin dilihat seperti seorang yang sombong, tetapihakikatnya keadaan dan tanggungjawab yang terkandar di bahu memaksa saya menjadi begitu. Perasaan cemburu ini bukan sahaja menghimpit diri ketika bersama pelajar-pelajar PhD sahaja. Jujursaya katakan, perasaan itu terbit juga tatkala melihat kaum-kaum ibu yang lain. Sebagai isteri-isteri yangmenemani suami mereka belajar di luar negara, kebanyakan mereka beroleh cuti tanpa gaji. Oleh yangdemikian, mereka mempunyai lebih masa untuk bersama dengan anak-anak mereka di sampingmenyediakan makanan, pakaian dan menguruskan keperluan keluarga. Bukan maksud saya di sini bahawatugas suri rumah tangga sepenuh masa itu mudah, sama sekali bukan! Akan tetapi yang saya cemburukanadalah masa dan peluang mereka bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi di UK sememangnya terdapatbanyak program percuma untuk kanak-kanak yang diaturkan hampir setiap hari bertempat sama ada diperpustakaan, di muzium, di pusat seni, di sekolah-sekolah komuniti dan sebagainya. Terserah antara rajinatau tidak sahaja ibu bapa membawa anak-anak menghadirinya. Seringkali saya ketinggalan untuk mengikuti program-program bagus sebegini kerana jadual saya yangketat sebagai seorang pelajar tidak dapat dielakkan. Jika sempat menghadiri, saya terpaksa berkejar-kejardaripada satu tempat ke tempat yang lain, contohnya daripada seminar penyelidikan, kemudiannyaberkejaran mengambil anak saya dari rumah untuk dibawa pula ke pusat seni. Setelah selesai program,saya perlu bergegas kembali ke makmal kerana ada perjumpaan dengan penyelia. Hadir ke perjumpaanatau seminar dalam keadaan mengah, berpeluh-peluh dan kurang dua minit sebelum majlis bermula adalahsesuatu yang tidak asing bagi saya lagi dek tuntutan tanggungjawab sebagai ibu dan pelajar ini. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa makmal saya itu adalah rumah kedua bagi anakperempuan saya kerana kerap kali juga saya membawa beliau bersama terutamanya ketika suami bekerja.Syukurlah, anak tidak pernah menyusahkan saya ketika di makmal dan sentiasa diam atau bermainsendirian seolah-olah beliau memahami situasi sibuk saya ketika itu. Sungguh saya penat, tetapi sayagagahkan juga kerana memikirkan inilah yang harus saya korbankan untuk berjaya dalam kedua-duaperanan yang saya pikul. Lama-kelamaan perasaan cemburu saya itu terhakis sedikit demi sedikit. Mungkin benar kata pepatah,‘alah bisa, tegal biasa.’ Saya sudah redha menerima tugas saya sebagai pelajar, isteri dan ibu kerana sayasedar perasaan negatif terhadap tanggungjawab yang sememangnya perlu saya pikul itu adalah tidak sihatdan tidak membawa apa-apa manfaat. Suamilah yang banyak memberikan nasihat dan motivasi agar sayaberfikiran positif dan melentur saya agar menjadi lebih tabah ketika merasakan dugaan adalah terlalumencabar. Meskipun saya sering kepenatan, saya cuba menfokuskan ke arah perkara-perkara positif yangdilakukan suami. Bukanlah mudah bagi beliau untuk menerima tanggungjawab sebagai ‘sura’ rumah

sepenuh masa. Beliaulah yang menukar lampin, memandikan, menidurkan dan menyuapkan makanankepada anak pada siangnya di samping mengemas rumah sedaya mungkin ketika saya di makmal.Disambung pula dengan bekerja separuh masa sebagai pencuci di sebelah petangnya. Itu tidak lagimengambil kira usikan-usikan yang boleh meruntuhkan keyakinan diri daripada teman-teman beliau diMalaysia yang rata-rata melihat tugas menjaga anak di rumah adalah sebagai tugas mutlak isteri. Biarpun pada kebanyakan masa saya berasa agak sunyi, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya memilih lokasi ini sebagai tempat pengajian PhD saya. Namun, saya berbangga dengan suami saya yang tidak sedikit pun menunjukkan perasaan malu dalammenyempurnakan tugas beliau. Yang nyata, anak kami dibesarkan dengan tulang empat kerat kami sendiridan kesan positifnya, hubungan anak saya dengan ayahnya memang sangat rapat. Biarpun pada kebanyakanmasa saya berasa agak sunyi, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya memilih lokasi inisebagai tempat pengajian PhD saya, malah saya berasa amat bersyukur sekali kerana tidak pernah sayaalami sebarang kesulitan dalam pengajian sepanjang saya di sana. Mungkin juga kesunyian itu adalahsuatu kebaikan kerana kurangnya gangguan atau aktiviti-aktiviti sampingan sepanjang pengajian.Pengalaman ini mengajar saya tentang kepentingan melakukan banyak penyelidikan sebelum mengambilkeputusan ke mana hendak dituju untuk melanjutkan PhD. Latar belakang lokasi sesebuah institusi pengajian, kepakaran penyelia, infrastruktur, skor universiti,kedudukan geografi, cuaca, populasi, pecahan demografi mengikut etnik dan agama, purata kos sara hidup,bilangan pelajar Malaysia lain dan penilaian sekolah adalah penting untuk diteliti sebelum keputusanuntuk menyambung pengajian PhD dibuat. Keputusan bermastautin selama tiga atau empat tahun di sesuatutempat asing adalah tempoh yang agak lama, apatah lagi jika kita berada di dalam kondisi yang tidakkondusif yang mungkin menjadi penghalang untuk kita belajar dengan selesa. Di makmal, situasinya tidak banyak berbeza. Sekali lagi sayalah satu-satunya bunga antara kumbang-kumbang di taman. Telah menjadi kelaziman dalam bidang penyelidikan yang saya ceburi ini didominasioleh pelajar lelaki. Bulan-bulan terawal pengajian, saya berasa amat rendah diri sekali kerana terasakekurangan dari segi ilmu, keyakinan diri untuk menyampaikan idea dan juga dari segi kefasihanberbahasa. Pada peringkat permulaannya, saya dapat merasakan yang ahli kumpulan penyelidikan sayateragak-agak untuk mendekati saya. Pertamanya, kerana saya adalah dari jantina berlainan dan keduanyaadalah kerana saya merupakan seorang wanita Muslim yang bertudung. Bukanlah maksud saya merekamendiskriminasi saya atas dasar-dasar tersebut, cuma mungkin mereka keliru dan kurang jelas tentangtatacara pergaulan yang dibenarkan dengan seorang wanita Muslim seperti saya. Namun, saya cubamembiasakan diri bergaul dengan mereka seperti memulakan dengan senyuman, seterusnya sapa-menyapadiikuti dengan perbualan-perbualan ringan dan ilmiah. Ini membuka ruang kepada mereka untuk berani bertanya dengan lebih mendalam tentang agama,budaya, serta topik-topik berkaitan keluarga dan anak kerana hampir kesemua daripada mereka memilihuntuk tidak berkeluarga lagi sehingga selesai PhD. Segala pertanyaan mereka saya layan dengan sebaiknyadan sedikit demi sedikit mereka tidak lagi berasa janggal dengan kehadiran saya di makmal itu. Lama-kelamaan, ia menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka apabila melihat saya bersolat secaraterbuka di tepi stesen kerja saya. Begitu juga jika mereka melihat saya diselubungi kain nursing coveruntuk mengepam susu badan. Syukurlah, saya dikurniakan kekuatan dan keyakinan untuk melakukan semua

itu walaupun diselubungi perasaan malu yang tebal untuk memulakannya. Tetapi, memandangkan menunaikan solat itu adalah kewajipan setiap yang menganut agama Islam dansaya juga seboleh-bolehnya mahu memberikan susu yang terbaik buat anak saya selagi mampu, perasaanmalu itu harus saya ketepikan. Secara tidak langsung, keterbukaan saya itu telah memberikan pengenalanasas tentang agama yang saya anuti kepada mereka yang kurang arif mengenainya. Saya pasti mereka yangberada dalam kumpulan penyelidikan saya itu akan menjadi seorang bapa suatu hari nanti, makapendedahan terhadap susu ibu mungkin dapat memberi kebaikan. Mujurlah mereka menyambut baikinformasi sebegini dan tidak kurang juga yang menyatakan kekaguman melihat kecekalan dan keazamansaya dalam meneruskan langkah menimba ilmu dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan bayiyang masih kecil.Masih Seperti Orang AsingWalaupun sudah selesa berada dalam kalangan mereka selepas beberapa bulan bersama, kadang kala‘jurang’ itu tetap terasa. Contohnya, ahli kumpulan penyelidikan saya kadang kala berkumpul untukbersosial pada sebelah petang Jumaat untuk minum-minum ringan di kedai kopi dan kadang kalaberlanjutan pula hingga ke sebelah malam di pub. Sungguhpun saya tidak berasa ralat untuk tidakmengikuti aktiviti tersebut, namun ada kalanya pertemuan-pertemuan beginilah yang melahirkan idea-ideauntuk berkolaborasi dan saya sering ketinggalan daripada turut serta dalam projek-projek yangdicadangkan. Begitu juga kesnya dengan peluang-peluang ilmiah lain seperti seminar dan konsert terbuka (sangatpenting untuk bidang saya), banyak yang terpaksa saya tolak kerana ketidaksesuaian masa, contohnyamajlis-majlis yang diadakan pada waktu malam atau ketika suami bekerja dan tiada siapa yang bolehmenggantikan beliau untuk mengasuh anak, atau lebih teruk lagi ketika anak atau suami atau kedua-duanyatidak sihat. Sangat jarang bagi ahli kumpulan penyelidikan saya yang lain untuk meninggalkan majlis-majlis ilmu begini sehinggakan terbit rasa malu pula kerana terasa seperti saya seorang sahaja yang palingkerap memberikan alasan kepada penyelia. Tetapi apa yang boleh saya buat, begitulah lumrahnya apabilasudah berkeluarga. Keutamaan kerja dan lain-lain sudah jatuh ke tangga kedua, kebajikan keluargasentiasa menjadi yang pertama. Dalam kes ini, saya sangat beruntung kerana mempunyai penyelia yang sangat memahami situasi saya(walaupun beliau juga adalah seorang lelaki). Saya fikir ianya ada kaitan rapat dengan usia anak bongsubeliau yang sebaya dengan anak saya. Hal ini menjadikan beliau sangat arif tentang ketidaktentuan jadualapabila mempunyai anak kecil yang mungkin membuahkan rasa simpati yang lebih terhadap saya.Walaupun saya akui saya tidaklah proaktif seperti pelajar-pelajar beliau yang lain dalam membentangkanidea-idea baru dan kreatif, saya sentiasa memastikan bahawa kerja-kerja pengajian saya berjalan sebaikmungkin. Perjumpaan antara saya dan penyelia juga tidaklah berlangsung pada kadar yang terlalu kerap,sebaliknya kami hanya berjumpa setiap dua atau tiga minggu sekali. Cukup bagi saya menyiapkanbeberapa perkara yang telah dipersetujui pada perjumpaan sebelumnya dan membentangkan hasilpenemuan terkini kepadanya. Beliau banyak memberikan kebebasan berfikir dan berkarya kepada saya.Pada mulanya, saya berasa seperti agak terkial-kial di atas kebebasan dan kepercayaan yang diberikan,tetapi lama-kelamaan saya begitu senang dengan pendekatan beliau ini. Cara beliau telah memberikansaya keyakinan dan kawalan terhadap kerja saya. Cuma satu yang saya memang akan pastikan adalahsekiranya timbul sahaja apa-apa masalah berkaitan dengan akademik atau yang bakal memberi kesan

secara tidak langsung kepada akademik, saya akan cepat-cepat memaklumkan kepada beliau supayatindakan pembetulan yang sewajarnya dapat diambil sebelum keadaan bertambah buruk. Contohnya, jikaada masalah mendapatkan data yang diperlukan, saya akan memaklumkan kepada beliau dengan segeradan berbincang bagaimana untuk mengatasinya. Begitu juga apabila saya meramalkan kemungkinan perlu melanjutkan tempoh pengajian selama enambulan lagi, saya duduk dan bersemuka dengan beliau secara langsung dan bersama memasang strategiuntuk mempercepat sesetengah tugasan. Jika anak sakit, saya juga akan memaklumkan kepada beliaumenerusi emel. Dengan itu, tidaklah beliau merencanakan sebarang perjumpaan mengejut dengan saya ataumeletakkan tarikh tamat kepada tugasan atau laporan penyelidikan dalam masa terdekat. Ini kerana padapandangan saya, berahsia daripada penyelia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, malahan bolehmemburukkan keadaan. Seperti yang saya katakan tadi, penyelia saya seorang yang sangat memahami dan untuk tidak dilihatsebagai seorang yang mengambil kesempatan terhadap simpati beliau terhadap saya, saya sentiasamemastikan segala tugasan yang dipersetujui dibentangkan pada masa yang ditetapkan. Ini bermakna, adakalanya saya memaksa diri untuk menyiapkan tugasan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya keranasaya sedar kemungkinan ‘gangguan’ yang menuntut perhatian saya yang boleh hadir bila-bila masa sahajaapabila sudah bergelar isteri dan ibu. Keadaan ini jauh berbeza daripada kehidupan zaman solo pelajarIjazah Sarjana Muda suatu ketika dahulu yang mana tugasan boleh disiapkan pada saat-saat terakhir keranatidak terikat dengan komitmen lain.Rutin PercutianHampir setahun lamanya kami sekeluarga di perantauan, barulah kami betul-betul dapat menyesuaikan diridan merasakan seperti Plymouth itulah ‘rumah’ sementara kami. Namun begitu, keserasian hidup bukanlahbermakna kami tidak menempuh rutin seharian yang meletihkan. Seawal jam 6 pagi suami sudahmemulakan kerja beliau sebagai pencuci atau gelaran jolokan yang diberikan adalah floor engineer diuniversiti. Saya pula di rumah menguruskan diri dan kemudiannya menyiapkan anak sebelum saya sendirimasuk ke tempat kerja saya. Kesempitan hidup memaksa kami suami isteri untuk bekerja sambilan dengangaji minimum. Memandangkan kerja saya bermula jam 9 pagi, dan suami pula habis bekerja pada jam8.30 pagi, maka beliau tidak mempunyai masa untuk berpatah balik ke rumah sebelum saya berlepas pergike tempat kerja. Oleh itu, bergalaskan beg berisi laptop dan pakaian persalinan di bahu, saya keluar menolak anakdalam stroller, lalu mendaki bukit curam menuju ke tempat kerja suami. Kadang kala apabila terlewatsedikit memulakan perjalanan, mulalah saya kelam kabut dan berlari-lari anak menolak stroller. Pastinyaia suatu pandangan yang begitu melucukan sekali di pagi hari. Sudahlah menggalas beg besar di belakang,di depan pula tersemput-semput menolak stroller sambil membongkok mengikut kecuraman bukit. Ah! ininamanya senaman. Senaman kardio kerana berlari dapat meningkatkan kadar denyutan jantung. Senamanberat (weight training) kerana menggalas berat di belakang. Begitulah saya memotivasikan diri sendirisaat keringat sudah membasahi baju dan kaki bertukar menjadi seberat plumbum dek asid laktik yangsudah mula terkumpul. Sejurus ternampak kelibat suami, cepat-cepat saya bersalaman dengan beliau dan ‘menukar baton’penjagaan anak kepada beliau. Selaju mungkin saya memanjat tangga ke makmal untuk meletakkan barang-barang saya di meja dan memulakan larian pecut persis Watson Nyambek untuk ke tempat kerja pula.Dalam masa kurang 20 minit, saya sudah pun sampai di tempat yang dimaksudkan yang terletak kira-kira

satu batu dari universiti. Bayangkanlah selaju mana langkah saya? Di musim panas ini tidaklah mencabarseperti di musim sejuk tatkala jalan dilitupi salji atau lebih buruk lagi jalan telah dilitupi ais yang licin.Oh! sungguh mencabar sekali berjalan laju sambil mengimbangkan badan supaya tidak terjatuh bagaikannangka busuk! Tatkala waktu tengahari menjengah, kerja sambilan saya sudah pun selesai. Kemudian bermulalah harisaya sebagai pelajar PhD pula. Setibanya di makmal, saya membersihkan diri, menyalin pakaian, bersolatZohor dan seterusnya membuka bekalan nasi yang sudah saya masak pada awal pagi tadi. Lauk yang samajuga dimakan suami dan anak di rumah. Selesai semua itu, saya memfokus kepada kerja tanpa berhentisehinggalah lewat petang. Seperti suri rumah yang lain, setibanya di rumah, tugas-tugas seperti memasakdan melayan anak serta suami pula bermula. Jika makan malam dapat disempurnakan dengan cepat,dengan izin suami kadang kala saya kembali ke makmal pada waktu malam untuk menyambung kerja-kerjapenyelidikan hinggalah awal pagi. Bahaya memang bahaya, tetapi saya bertawakal kepada Tuhan dan saya berasa laluan yang saya ambilitu selamat kerana sentiasa dironda oleh kereta polis bertugas. Apa yang penting, saya perlu berhati-hatidan peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi dengan penampilan saya yang bertudung dan berkulitsawo matang begini, sudah pasti menjadikan saya sasaran utama untuk dibuli oleh pemabuk jalanan ataukelompok ekstremis. Walau bagaimanapun, amalan stay back di makmal ini hanyalah saya praktikkansecara konsisten apabila berada di tahun terakhir pengajian ketika saya betul-betul mengejar masa dananak pula pada ketika itu sudah pun besar dan bersekolah. Begitulah rutin kami sekeluarga dalam dua tahun yang pertama melalui perjalanan di bumi asing. Rutinyang begitu ketat sebegini acap kali menimbulkan rasa bosan, ditambah lagi kami berdua berasa letihsepanjang hari kerana bekerja. Di sinilah timbul perselisihan faham dan salah menyalahi antara kamisuami isteri. Contoh yang paling jelas dan masih saya ingati sehingga kini ialah konflik yang timbul padahari minggu. Pada saya, hari minggu adalah hari untuk saya berehat, maka masak-memasak sebolehnyayang paling ringkas, atau lebih baik lagi jika dibeli daripada restoran sahaja walaupun mahal sedikit.Begitu juga dengan kerja membersihkan rumah, saya sudah penat mencuci di tempat kerja saban harisepanjang minggu, maka pada hari Sabtu dan Ahad saya hendak berehat sepuas-puasnya. Berlainan pula dengan suami, pada hemat beliau, hari minggulah yang ditunggu-tunggu beliau untukmerasa menu istimewa daripada saya seperti nasi beriyani, nasi tomato, lauk rendang, sup kambing dansebagainya. Beliau juga tidak faham bagaimana saya boleh membersihkan tempat kerja tanpa rungutan,tetapi apabila tiba masanya untuk membersihkan rumah sendiri saya menjadi berat tulang pula. Di awal-awal pengajian, sering juga isu ini menjadi modal untuk bermasam muka antara kami. Setelah berapa lamaisu ini tidak selesai, suami memanggil saya untuk sama-sama duduk berbincang dan mengutarakanketidakpuasan hati masing-masing. Syukurlah hingga ke akhir pengajian, rancangan kami ini berjaya dan konflik tidak timbul lagi. Bak kata pepatah, ‘sepakat membawa berkat.’ Hasil daripada perbincangan ini kami mencapai kesepakatan. Sebolehnya, kami akan selang-selikanseminggu untuk makan di luar dan minggu hadapannya untuk memasak menu istimewa di rumah. Begitujuga dengan jadual membersihkan rumah, jika hari Sabtu kami berehat, maka pada hari Ahad pula kamiakan bergotong royong mencuci seisi rumah. Suami mencuci dapur, saya mencuci tandas, suami mengemas

ruang tamu dan saya pula mengemas bilik tidur. Jika cuaca elok dan keadaan mengizinkan, satu hariminggu dalam sebulan akan kami peruntukkan masa untuk berjalan-jalan dan makan angin bersamakeluarga. Syukurlah hingga ke akhir pengajian, rancangan kami ini berjaya dan konflik tidak timbul lagi.Bak kata pepatah, ‘sepakat membawa berkat.’ Rutin hidup yang begitu ketat dan memenatkan sememangnya boleh menjadikan badan dan minda agaklesu. Tambahan pula, cuaca dan iklim di negara bermusim ini tidak menentu, lebih-lebih lagi pada musimsejuk yang mana waktu siangnya adalah pendek (lebih kurang lapan jam sahaja) dan keadaan mendungatau hujan sepanjang hari. Jika berterusan, penyakit emosi yang dinamakan Seasonal Affective Disorder(SAD) boleh menyerang. SAD adalah sejenis kemurungan yang disebabkan oleh pertukaran musim.Walaupun ia boleh berlaku pada mana-mana musim baik musim sejuk, musim panas, musim luruh, ataumusim bunga, namun paling biasa dihidapi adalah pada musim sejuk dan dipercayai disebabkan kurangterdedah kepada cahaya matahari. Kesan utama penghidap SAD adalah berasa lesu badan, tidak bermaya, mengantuk dan jugakemurungan. Ditambah dengan keadaan yang mana kita pelajar dari Malaysia telah dibesarkan dengankeadaan waktu siang dan malam yang sama panjang serta tekanan kerja yang dihadapi pelajar PhD sudahsemestinya ia menjadi suatu kejutan buat diri pada permulaannya. Apatah lagi dalam suhu yang bolehmencecah di bawah paras beku. Keadaan ini mudah sekali untuk badan dihinggapi pelbagai penyakitseperti selesema, demam dan batuk yang berlarutan. Begitu juga setibanya musim panas, hari semakinpanjang (hampir sembilan belas jam waktu siang) menyebabkan waktu malam menjadi terlalu pendek.Seawal jam empat pagi matahari sudah mulai memancar. Bagaimana mungkin untuk tidur dengan nyenyaklagi sesudah itu? Keadaan lebih mencabar sekiranya bulan Ramadan jatuh pada musim panas seperti yangsempat dilalui oleh saya dan suami selama empat kali dari tahun 2009 sehingga 2012. Walau bagaimanapun, syukur dengan izin Tuhan, ibadah ini dapat disempurnakan sepanjang kami disana walaupun terus terang saya katakan, pada seminggu yang pertama, rata-rata kami semua yangberpuasa berasa mengantuk yang amat sangat di waktu siang sehinggakan kerap menguap dan terpisat-pisatdi hadapan komputer kerana sudah mulai berpuasa sedari jam tiga pagi. Kerap juga berkira-kira danmerenung jarum jam berharap agar jam sembilan setengah malam lekas tiba (menandakan masuk waktuMaghrib di musim panas). Lucu juga jika dikenangkan kembali, tetapi barangkali inilah yang dikatakanmenimba pengalaman di tempat orang. Tetapi ‘alah bisa tegal biasa.’ Selepas beberapa hari begini,minggu-minggu seterusnya berpuasa pada waktu siang yang panjang dirasakan seperti tidak banyakberbeza dengan berpuasa di Malaysia sahaja. Cuma sesekali terasa rindu pada juadah sajian tika waktuberbuka serta meriahnya suasana iftar beramai-ramai bersama keluarga tercinta. Untuk memastikan diri lebih bersedia menghadapi cabaran-cabaran daripada cuaca setempat sepertiyang dinyatakan di atas, beberapa langkah persediaan telah saya ambil. Contohnya, saya jarangmeninggalkan pengambilan vitamin C. Ini adalah di atas nasihat doktor sendiri dan berdasarkanpengalaman saya, ia adalah suatu nasihat yang berasas. Lebih baik lagi jika pemakanan yang sihatdiamalkan. Salah satu perkara yang paling saya rindui selepas pulang ke tanah air adalah kepelbagaiansayur-sayuran serta buah-buahan segar seperti strawberry, ceri, blueberry, anggur dan pelbagai lagi yangboleh didapati secara mudah dan pada harga yang murah di sana. Selain itu, sebagai persediaan ketibaanmusim sejuk, saya sekeluarga mengambil suntikan flu. Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya untuk memastikan kesihatan yang baik adalah senaman.Dalam kesibukan sebagai ibu, isteri dan pelajar, kita biasa mendengar rungutan bahawa waktu untukbersenam adalah sangat terhad. Namun, saya paksakan diri untuk berjogging sekurang-kurangnya dua kaliseminggu. Kemana-mana juga saya akan berjalan kaki kerana kami tidak mempunyai kereta sepanjangberada di sana. Kerja separuh masa saya sebagai pencuci juga banyak membantu saya bersenam secara

tidak langsung. Apa tidaknya, dengan menaiki tangga beberapa tingkat tingginya daripada satu aras ke satuaras, mengemop, menyapu, memvakum, mengelap, mengangkat beg-beg sampah yang berat dansebagainya. Di akhir syif, saya sudah berpeluh-peluh bagaikan berjam-jam berada di gimnasium. Sementara itu, aktiviti kreatif seperti melukis, menjahit, mengait, menganyam dan pelbagai lagi bolehmembantu kita menjaga kesihatan minda. Saya beruntung kerana University of Plymouth mempunyaisebuah kelab gamelannya sendiri dan saya yang sememangnya meminati seni ini semenjak remaja sudahtentu tidak melepaskan peluang untuk menyertai kumpulan muzik ini. Walaupun saya tidaklah begituberbakat, namun saya memberi komitmen yang penuh berlatih dua jam seminggu pada setiap petang Rabukerana ia merupakan saluran untuk saya menghilangkan tekanan belajar. Namun, pada pertengahan tahun kedua, saya berjaya mendapatkan tempat untuk menghadiri sekolah musim panas yang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar PhD dalam bidang saya yang bertempat di Barcelona, Sepanyol selama seminggu. Tugas sebagai pelajar PhD bukan bermakna kita berteleku sepanjang hari di hadapan komputer dimakmal atau membaca jurnal semata-mata, tetapi meliputi juga aktiviti-aktiviti ilmiah lain sepertimenghadiri majlis ilmu (contoh bengkel, seminar, kolokium dan lain-lain), penulisan dan jugapembentangan penemuan di khalayak ramai. Pada tahun pertama dan kedua bergelar pelajar PhD, sayabanyak menghadiri bengkel-bengkel dan kursus-kursus pendek yang membolehkan saya pulang pada hariyang sama sahaja. Ini tidak menimbulkan banyak masalah pada rutin harian kami anak-beranak. Namun,pada pertengahan tahun kedua, saya berjaya mendapatkan tempat untuk menghadiri sekolah musim panasyang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar PhD dalam bidang saya yang bertempat di Barcelona,Sepanyol selama seminggu. Saya benar-benar teruja dengan tawaran tersebut, namun terselit juga kegusaran di hati kerana inimerupakan pertama kalinya saya akan berjauhan daripada anak dan suami. Mampukah beliau menjagaanak kami yang baru mencecah usia dua tahun seorang diri? Mampukah pula saya hidup bersendirianselama seminggu di negara asing yang tidak mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris? Sedangkanhendak ke bandar pun saya sering ditemani suami, bagaimana mungkin saya mencari jalan dari suatutempat ke suatu tempat tanpa mengenali sesiapa pun di sana dan tanpa memahami sepatah apa pun bahasaSepanyol? Hari yang dirisau-risaukan itu tiba juga dan dengan berat hati saya meninggalkan suami yangmendukung anak kecil dan mulai menangis sebaik melihat kelibat saya memasuki teksi untuk ke lapanganterbang. Perlahan-perlahan teksi itu meninggalkan laman rumah kami dan perlahan-perlahan jugalah airmata saya membasahi pipi tanpa disedari. Pada masa itu, hanya Tuhan tempat saya berserah. Semoga Diamemelihara keluarga yang saya tinggalkan atas dasar cintakan ilmuNya, dan semoga Diamempermudahkan segala urusan saya di sana kelak. Nyata tidak sia-sia pengorbanan saya dan suami itu. Sekolah musim panas tersebut benar-benarmembuka minda dan merubah pandangan saya terhadap sesetengah perkara di dalam bidang saya yangselama ini tidak saya begitu titik beratkan. Banyak idea-idea bernas dan kreatif tercetus hasilpembentangan di program tersebut. Pertama kalinya saya merasakan saya tidak banyak bezanya daripadapeserta yang lain yang datang dari segala ceruk dunia. Barangkali kerana pada saat itu saya dapatmelupakan seketika tugas-tugas seorang isteri dan ibu dan memberi fokus sepenuhnya terhadap

pembelajaran. Ramai peserta yang terkejut tatkala saya mengeluarkan foto anak dan suami daripada galeri gambar ditelefon bimbit kerana mereka menyangkakan saya masih bujang seperti majoriti peserta lainnya. Sayahanya tersenyum, tetapi apabila malam menjelang tiba dan mereka semua sibuk berpesta selepasbertungkus lumus menyiapkan projek berkumpulan pada siangnya (negara Sepanyol begitu hebat pestamalamnya, begitulah yang saya dengar), saya hanya mampu memeluk bantal dan mengingati wajah-wajahyang saya rindui. Pun begitu, ia adalah satu pengalaman yang menarik dan suka saya galakkan kepadapelajar-pelajar PhD lainnya, sekiranya berpeluang untuk menghadiri program-program sebegini,manfaatnya adalah sangat besar dan peluang sebegini kadang kala tiba hanya sekali. Jadi, seboleh-bolehnya janganlah ia disia-siakan. Seminggu berjauhan bukan sahaja membuatkan rasa kasih dan sayangkami sekeluarga bercambah, malahan secara tidak langsung saya berjaya mendidik anak saya yang sudahpun menginjak usia dua tahun untuk berhenti menyusu badan tanpa banyak masalah. ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.’ Tahun berikutnya saya berpeluangmembentangkan artikel ilmiah di salah satu Persidangan Antarabangsa yang bertempat di Lisbon, Portugal.Sudah lama saya berharap agar artikel saya terpilih untuk dibentangkan di persidangan ini memandangkania adalah persidangan yang agak ternama dalam bidang saya. Bak kata orang, ‘sambil menyelam minumair.’ Berbekalkan duit yang disimpan sedikit demi sedikit hasil titik peluh kerja sambilan suami dan jugasetelah mengikat perut buat seketika, kami bertiga selamat menjejakkan kaki di bumi Portugis. Sekali lagiia merupakan suatu peluang yang tidak sia-sia. Pelbagai ilmu baru dapat dicedok, jaringan ilmu juga dapat dikembangkan, idea-idea baru dapatdibincangkan, serta paling penting, saya dapat membentangkan penemuan di hadapan peserta yang ramai.Walaupun gugup dan ada waktunya terkesima seketika dengan soalan-soalan yang dilontarkan, namun iaadalah suatu pengalaman yang saya fikir penting dan berharga buat mereka yang ingin berjaya dalambidang akademik. Lebih manis lagi, kali ini keluarga berada di sisi dan kami peruntukkan dua hari selepaspersidangan selesai untuk makan angin di sekitar bandar Lisbon. Sempat juga kami melawati pelbagai kesan peninggalan sejarah negara tersebut serta melawatkawasan-kawasan pelancongan yang masyhur di sekitar itu. Asyik sekali kami menyaksikan artifak sejarahpenjajahan dan kolonial bangsa Portugis ini termasuklah sejarah bagaimana mereka mula-mula berlabuhdi Melaka dahulu. Sepanjang di sini, syukur juga kerana makanan tidak menjadi isu kerana tempatnya kayadengan makanan laut. ‘Jauh berjalan, luas pengalaman.’ Inilah mungkin salah satu kelebihan khusus untukpelajar PhD atau ahli akademik untuk ‘bercuti’ sambil menuntut ilmu. Pokoknya rajin atau tidak sahajamenghasilkan penulisan yang berkualiti untuk dibentangkan. Pepatah Melayu mengatakan, ‘bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.’ Dalam kehidupansehari-hari sebagai pelajar PhD, pepatah ini masih relevan. Kepayahan dan kesempitan hidup yangdirasakan pada tahun-tahun awal menuntut ilmu di negara orang itu biasanya akan beransur hilang jika kitasabar. Benarlah pesanan seorang sahabat saya yang mengatakan “Things will get better” (ianya akanberubah menjadi lebih baik selepas ini) tatkala mendengar keluhan saya yang berbaur putus asa ketikamula-mula sampai ke UK dahulu. Walaupun biasanya cabaran dalam bentuk yang lain pula mendatang,namun kehidupan pada tahun-tahun seterusnya boleh dikatakan sudah agak selesa. Mungkin juga keranakeserasian atau keseimbangan dalam hidup sudah dicapai. Begitu juga dengan kes saya yang pada ketika itu anak masih kecil, perlu disusui, ditukarkan lampin,didodoi, disuap serta dijaga bergilir-gilir dengan suami sepanjang hari yang kini sudah beransur dewasadan sudah boleh diharap untuk menguruskan perkara-perkara asas tanpa banyak masalah. Beliau jugasudah memulakan persekolahan sepenuh masa dan ini memberikan masa yang lebih untuk sayamenumpukan sepenuhnya tugas-tugas untuk menyiapkan PhD. Suami pula telah mendapat peluang

pekerjaan yang lebih baik yang memungkinkan saya berhenti daripada bekerja separuh masa. Semua inisaya rasakan adalah rezeki daripada Tuhan yang tiba tepat pada masanya kerana saya sememangnya perlumemecut selaju mungkin untuk memastikan tesis saya dapat disiapkan sebelum terlambat.Penumpang BaruDalam keasyikan menulis tesis pada musim panas terakhir kami di sana, kami didatangkan dengan khabaryang sangat mengujakan iaitu saya hamil lagi! Maka bermulalah episod saya muntah-muntah teruk akibatalahan mengandung. Apa yang dimakan pasti akan dihamburkan keluar kembali sehinggakan badan sayaberasa sungguh lesu. Kepala saya juga kerap pening dan berdenyut-denyut menyebabkan sukar sekali bagisaya menghadap skrin komputer untuk menulis tesis seperti yang direncanakan. Cuti sekolah panjang untukmusim panas juga sudah bermula, bermakna anak saya berada di rumah sepanjang hari selama dua bulandan ini juga akan menuntut perhatian saya. Hati saya gusar kerana saya ingin menjaga kandungansebaiknya, tetapi pada masa yang sama juga saya tahu saya perlu menguatkan diri dan terus berjuang untukmenyiapkan tesis. Syukurlah alahan saya biasanya beransur kurang pada lewat malam. Maka, ketika seisi rumah sudah lena dibuai mimpi, saya bangun untuk menyambung penulisan yangtergendala pada siangnya. Saya tidak memaksa diri untuk menulis pada siang hari ketika keadaan diritidak mengizinkan, sebaliknya saya banyak berehat dan berbaring serta sesekali memenuhi permintaananak untuk mengambil itu dan ini atau bermain dengannya.Pada sebelah malamnya, saya bekerja kerasseperti tiada esok lagi. Ini kerana, jika tesis lewat dihantar, saya bakal dikenakan yuran pengajiansebanyak GBP3000, sedangkan elaun pula sudah tiada. Di mana hendak kami cari wang sebanyak itu?Maka sukar atau tidak, saya gagahkan diri juga untuk menulis. Dalam hati, saya tidak putus-putus berdoaagar Tuhan selamatkan kandungan saya kerana saya tahu di awal kehamilan pelbagai kemungkinan bolehterjadi, apatah lagi jika kebajikan diri tidak terjaga. Mujurlah perkara yang tidak diingini tidak berlakudan selepas kandungan berusia lima bulan, saya sudah berasa sihat dan tidak mengalami alahan lagi. Sesipersekolahan baru juga sudah kembali bermula, bermakna saya sudah boleh kembali menulis tesissepenuh masa seperti sebelum ini. Banyak juga pengorbanan yang dilakukan kami sekeluarga demi memastikan penulisan tesis sayaberjalan lancar. Antaranya, kami menghantar anak ke After School Club (Kelab Selepas Tamat Kelas)selama beberapa jam sehari bagi memperuntukkan masa yang saya perlukan untuk menulis secara intensif.Kelab sebegini sudah tentunya bukan murah, namun kami pejamkan mata sahaja ketika membayar yurannyasaban minggu. Begitu juga dengan kualiti masakan saya, dalam keadaan sudah berbadan dua dan fikiranyang hanya berpusatkan tesis semata-mata, saya sudah tidak larat untuk berkreatif ketika memasak. Kerapjuga kami memesan makanan langsung daripada restoran walaupun pilihan yang ada hanyalah masakanIndia, masakan Arab, masakan Kurdish ataupun masakan Barat yang tidak berapa kena dengan seleraMelayu kami, apatah lagi apabila dibeli terlalu acap. Ini juga melibatkan kos yang tinggi. Tidak salah jika kami katakan pada peringkat akhir pengajian PhD, ramai pelajar yang seakan terpaksa bergolokgadai dan bekerja seperti lipas kudung untuk menyiapkan pengajian tepat pada masanya.

Namun, demi kelangsungan hidup dan kelancaran penulisan tesis, terpaksa kami telan harganya. Tidaksalah jika kami katakan pada peringkat akhir pengajian PhD, ramai pelajar yang seakan terpaksabergolok-gadai dan bekerja seperti lipas kudung untuk menyiapkan pengajian tepat pada masanya.Memang bukan mudah dan bukan murah untuk mendapatkan segulung ijazah itu, tetapi itulah hakikatnya. Segala jerih-perih kami itu terbukti membuahkan hasil apabila saya selamat menyerahkan tesis tepatpada waktunya tanpa sebarang masalah, syukur. Namun, dalam kegembiraan itu saya didatangkan puladengan dugaan yang baru. Saya diberitahu oleh penyelia bahawa tesis yang telah saya serahkan pada bulanNovember itu hanya dapat dijalankan peperiksaan viva voce nya pada penghujung bulan Januari tahunberikutnya. Ini berikutan kepadatan jadual pemeriksa-pemeriksa yang dilantik ekoran perayaan Hari Nataldan Tahun Baru. Saya tergamam. ‘Penghujung Januari?’ saya berbisik di dalam hati. Saya mula berkira-kira sendiri dan mendapati usia kandungan saya bakal mencecah 34 minggu pada tarikh yang telahditetapkan untuk viva itu. Ini bermakna, saya hanya ada beberapa hari sahaja selepas viva untuk pulang keMalaysia kerana majoriti syarikat penerbangan sudah tidak menerima lagi penumpang wanita yang hamilselepas 35 minggu kandungan. Itu tidaklah menjadi isu yang besar, tetapi saya benar-benar khuatir sekiranya terbit sebarangkomplikasi sepanjang tempoh tersebut seperti pendarahan, pecah air ketuban secara tiba-tiba, tekanandarah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Tiada doktor yang akan menyediakan surat sokongan untuksaya menaiki pesawat, sedangkan syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan daripada doktorsebelum membenarkan penumpang yang hamil berlepas. Lebih genting lagi, visa saya sekeluarga akantamat tempoh pada hari terakhir bulan Januari. Ini bermakna, jika saya tidak dibenarkan menaiki pesawatuntuk pulang ke Malaysia, saya terpaksa berada di UK tanpa visa. Jika ini berlaku, saya tidak bolehmenikmati kemudahan bersalin secara percuma seperti mereka yang mempunyai visa yang sah. Saya bolehmemohon pembaharuan visa, tetapi memandangkan kosnya adalah terlalu tinggi menjangkau ribuan pound,ini bukanlah suatu pilihan bagi kami. Tambahan lagi, suami juga perlu melaporkan diri ke tempat kerja beliau di Malaysia pada awalFebruari. Sekiranya saya tidak boleh pulang menaiki pesawat itu nanti, suami tetap akan pulang juga keMalaysia kerana tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib oleh majikannya. Apakah saya akan bersalinseorang diri di UK, tanpa suami, tanpa duit, tanpa visa? Saya dan suami benar-benar buntu. Patutkah kamipulang ke Malaysia sekarang dan datang kembali selepas selamat bersalin nanti untuk menduduki viva?Atau patutkah kami bertegas untuk menduduki viva dahulu dan berharap agar segalanya selamat walaupunrisikonya agak tinggi? Akhirnya kami memilih untuk menyelesaikan dahulu amanah PhD ini. Kami serahkan segalanya bulat-bulat kepada Allah SWT dan berdoa agar pilihan yang kami buat ini adalah yang terbaik buat semua.Sepanjang tempoh itu, saya bersungguh-sungguh menjaga kesihatan diri dan kandungan. Saya kurangkanpengambilan makanan manis dan masin, banyakkan minum air, kurangkan aktiviti lasak, menghadkanpergerakan, banyakkan berehat dan mempertingkatkan hubungan saya dengan Tuhan. Kasihan juga sayamelihat suami yang terpaksa bersusah payah seorang diri melakukan tugas-tugas yang biasanya dilakukanberdua seperti mengangkut dua atau tiga plastik beg hitam berisi pakaian basah yang berat ke pusatpengeringan baju (dobi), membeli dan membawa pulang bahan runcit yang dibeli di kedai, mengemasrumah dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kerana kami juga akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi, segalaurusan mengemaskan barang ke dalam kotak untuk dihantar pulang melalui kontena juga dilakukan olehbeliau sendirian kerana saya sudah sarat. Dalam tempoh tersebut, saya hanya membuat persiapan untuk viva sedikit demi sedikit dan cuba untuktidak memikirkan keputusan viva yang teruk. Namun, saya juga manusia biasa dan bohonglah jika sayakatakan yang saya tidak tertekan pada saat itu. Secara jujurnya, ia mungkin antara saat yang paling tertekan

dalam hidup saya. Apa tidaknya, segalanya tergantung di bahu saya untuk lulus viva ini dan jika sayagagal, di mana hendak dicari wang untuk membayar semula biasiswa yang ditaja? Apakah saya masihmempunyai pekerjaan sekiranya yang tidak diingini itu berlaku? Apakah sia-sia pengorbanan dari segikemajuan karier suami yang sudah hampir empat tahun lamanya tidak bergaji jika keputusan viva sayatidak memuaskan? Apalah nasib anak kecil dalam kandungan saya ini? Seribu persoalan menerjah benakfikiran tatkala itu. Mahu sahaja pecah kepala saya memikirkan itu semua, tetapi berkat sokongan dan doadaripada suami dan ibu bapa serta keluarga di Malaysia, hal ini berjaya menenangkan semula saya yangada kalanya kelihatan seperti sudah hampir benar menjejaki peringkat histeria itu. Viva saya dijadualkan berlangsung pada waktu pagi. Walaupun pagi itu saya merasakan sepertiseluruh petala langit terpikul di bahu, realitinya ia adalah tidak banyak berbeza dengan pagi-pagi lainnya.Tugas seorang ibu tetap berjalan seperti biasa walau serisau mana pun jiwa ini. Anak tetap harusdikejutkan, dimandikan, disiapkan, diberikan sarapan, bekalan makanannya harus disediakan danseterusnya dihantar ke sekolah. Kemudian barulah cepat-cepat saya pulang ke rumah untuk bersarapan danbersiap-siap ke lokasi viva. Mujurlah saya sudah pun menjejak kaki di lokasi tersebut beberapa harisebelumnya, jadi tidaklah saya tercari-cari di mana biliknya pada pagi itu. Sebelum berlepas, sayamengimbas diri sekali lagi di cermin bilik. Saya mengenakan baju mengandung yang sudah agak ketat diperut, seluar mengandung labuh yang terpaksa dilipat beberapa kali di hujung kaki akibat diri yang tidakcukup inci, kasut hitam bertapak rata yang sungguh membosankan serta tudung yang sudah pun saya pakaiberkali-kali sebelum ini kerana tidak larat lagi untuk keluar membeli belah dalam keadaan saratmengandung. Sungguh, ini bukanlah imej profesional yang pernah dibayangkan oleh saya untuk menghadiri viva sayasendiri suatu ketika dahulu. Hatta, blazer mahal yang pernah saya laburkan semasa jualan murah akhirtahun yang lalu sudah tidak muat dibutang lagi lantaran perut yang sudah bulat ke depan. Tetapi sayaterpaksa berpuas hati dengan apa yang ada kerana itulah sebaik-baik pakaian yang mampu saya sediakandalam keadaan serba kekurangan. Dengan debaran memenuhi setiap ceruk dada, saya dan suami keluarrumah bersama. Beliau membawakan beg saya dan dalam kesejukan pagi itu kami berjalan beriringan kelokasi viva. Amat jarang sekali suami menghantar saya ke makmal atau tempat kerja sebelum ini keranabeliau sendiri harus berada di tempat kerja beliau lebih awal lagi. Namun, pagi itu beliau diberipengecualian oleh majikannya yang memahami signifikannya pagi tersebut buat kami sekeluarga. Padasaya, itulah antara saat paling romantis sepanjang perkahwinan kami dan saat itu saya benar-benar terasaseperti ‘perjuangan’ ini bukanlah perjuangan saya seorang diri, tetapi juga perjuangan yang turut disertaisuami. Setelah sejam setengah bertarung dengan pemeriksa-pemeriksa dalam bilik viva tersebut, akhirnyakata-kata keramat yang begitu lama dicita-citakan disampaikan kepada saya. Saya lulus viva tersebutdengan pembetulan minor, syukur Alhamdulillah! Selesai itu, saya dan pemeriksa berbual-bual ringanseketika sebelum saya meminta izin untuk mengundurkan diri. Orang pertama yang ingin saya sampaikanberita tersebut adalah suami dan oleh sebab saya ingin berdepan dengan beliau sendiri tatkalamenyampaikan berita baik itu, saya mengorak langkah menuju ke pejabat beliau. Fikiran saya memainkansemula babak-babak dalam bilik viva tadi. Masih sukar dipercayai bahawasanya apa yang saya cita-citakan sudah berjaya. Perasaan saya pada ketika itu sukar digambarkan. Hanya mereka yang sudahmenempuhinya benar-benar memahami apa yang dirasakan pada saat itu. Namun air mata ini tidak mampu tertumpah lagi mungkin kerana ia sudah banyak mengalir sepanjang menempuh perjalanan PhD

ini. Sebelum ini, saya fikir saya mungkin menangis sebaik mendengar keputusan viva saya (baik mahupunburuk), namun air mata ini tidak mampu tertumpah lagi mungkin kerana ia sudah banyak mengalirsepanjang menempuh perjalanan PhD ini. Tiba di pejabat suami, saya menyampaikan berita baik inikepada beliau. Seluruh ahli pejabat beliau bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada kami dan adajuga yang memberitahu bahawa suami saya gelisah sepanjang pagi dan tidak dapat fokus kepada kerjayang sepatutnya beliau lakukan kerana risaukan viva saya. Begitulah hubungan suami isteri, ‘cubit pehakiri, peha kanan terasa juga.’ Empat hari kemudiannya, walau diancam salji yang lebat di Lapangan Terbang AntarabangsaHeathrow, UK, kami sekeluarga selamat berlepas pulang ke Malaysia. Keesokan harinya, kami tiba diKLIA disambut meriah oleh seluruh kaum keluarga. Saya yakin, doa yang tidak putus-putus daripadamereka telah dimakbulkan Tuhan seterusnya memungkinkan saya selamat kembali setelah tercapai apayang dicita-citakan. Saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada saya dan keluarga. DengankuasaNya, segala kesabaran dan pengorbanan kami berakhir dengan baik sekali. Dengan itu, tamatlahsebuah episod suka duka dalam hidup saya sebagai seorang pelajar PhD.Tamat Cuti Jujur saya katakan, tanpa suami di sisi, perjalanan PhD saya tidak mungkin akan berakhir sebaik ini.Walau destinasinya telah selamat dituju, pengalaman yang dikutip sepanjang menempuhi ‘perjalanan’tersebut adalah yang sebenar-benarnya berharga. Melaluinya, saya belajar menjadi seorang yang lebihtabah dan berani berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Saya belajar untuk menghayatikonsep berfikiran positif dan tidak berputus asa dengan Allah SWT. Kepayahan hidup ada kalanyamembuatkan hubungan kami suami isteri berasa tegang kerana konflik-konflik yang muncul, namun iasebenarnya adalah satu peluang untuk kami belajar bertoleransi dan lebih mengenali antara satu sama lain. Jujur saya katakan, tanpa suami di sisi, perjalanan PhD saya tidak mungkin akan berakhir sebaik ini.Saya juga sangat bertuah kerana dapat meluangkan banyak masa membesarkan anak pertama saya dandapat menyusukan beliau hingga usianya mencecah dua tahun sepanjang perjalanan kehidupan sebagaiseorang pelajar PhD. Walaupun sibuk, adalah agak fleksibel berbanding mereka yang terpaksa bekerja dipejabat. Ia adalah satu pengalaman yang sangat manis. Begitu juga dengan peluang bercuti, sempat kami sekeluarga melancong ke beberapa tempat-tempatmenarik di sekitar UK dan Eropah. Dapatlah kami melihat sendiri tempat orang dan mengenali denganlebih dekat lagi budaya dan sejarah masyarakat setempat. Kesempitan hidup juga menjadikan kami lebihbijak untuk menguruskan kewangan di samping mengamalkan gaya hidup bersederhana. Stamina dankesihatan tubuh badan juga kami rasakan lebih meningkat sekurang-kurangnya dengan berjalan kaki kemana-mana, dapat kami amalkan kehidupan hijau (green living) dalam erti kata sebenar. Sepanjangberada di rantau orang, saya telah menggilap kemahiran memasak saya yang selama ini hanyalah suam-suam kuku sahaja. Suami sayalah orang yang paling gembira dengan peningkatan ini.

Ingin saya kongsikan kata-kata seorang sahabat di makmal saya, Al (bukan nama sebenar), ketika sayapernah merungut tentang kesukaran membahagikan masa sebaiknya antara tugas-tugas seorang ibu danpelajar. Sebagai seorang yang masih bujang dan tidak berminat untuk berumah tangga dalam masa yangterdekat, sudah tentu Al tidak memahami kemelut yang saya lalui tetapi memandangkan Al telahmempunyai dua PhD, satu dalam bidang sains dan satu lagi dalam bidang kemanusiaan, maka saya percayamungkin dia boleh memberikan saya nasihat untuk lebih bijak mengatur masa. Setelah terdiam berapalamanya mendengar keluhan saya, beliau akhirnya mengeluarkan tiga patah perkataan yang betul-betulmemberi tamparan kesedaran kepada saya. Kata-kata itu ialah, “You chose it”’ (Awak yang telahmemilihnya). Saya tidak pasti sama ada beliau maksudkan saya yang memilih untuk mempunyai anak, atausaya yang memilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Namun kata-kata beliau menyedarkan saya bahawa apa-apa yang datang di dalam hidup saya, saya adapilihan sama ada untuk meneruskannya atau meninggalkannya. Jelasnya, saya telah memilih untukmeneruskan PhD dan membesarkan anak dalam satu masa yang serentak, maka apakah hak saya untukmerungut lagi? Walaupun begitu, Al sebenarnya adalah seorang yang baik hati dan kata-kata terakhirnyakepada saya semasa saya mengemas meja dua hari sebelum balik ke Malaysia dan yang benar-benarmemberi kesan di hati saya ialah, “Noris, you’re truly an inspiration.” Saya menginterpretasikan kata-kata beliau ini sebagai kejayaan saya dalam menjalankan amanah sebagai seorang pelajar PhD and ibudalam satu masa. Jika itu maksud beliau, maka syukurlah kerana itulah yang saya kejarkan selama ini. Cerita yang telah saya kongsikan di sini bukanlah untuk menunjukkan bahawa saya seorang yang hebat,tetapi saya ingin mengetengahkan bahawasanya wanita itu sendiri adalah satu golongan yang cekal danberkemampuan walaupun pada zahirnya ia kelihatan lemah. Walaupun pelbagai rintangan yang menimpa,golongan wanita bisa bangkit dan berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Masakan tidak, ketikamanuskrip ini ditulis, disunting dan diserahkan kepada penyunting, saya masih berada di dalam pantangselepas melahirkan anak kedua. Sakitnya luka dan kesan jahitan bersalin masih terasa serta ditambah puladengan kekurangan jam tidur dek menguruskan tugas-tugas seperti menyusu, menukar lampin serta menjagabayi di wad kuning. Namun, ini adalah satu bukti bahawasanya wanita sentiasa cekal dan mempunyaisemangat juang yang tinggi. Begitu juga dengan menunaikan tugas sebagai ibu, isteri dan pada masa yangsama sebagai seorang pelajar PhD, ia bukan suatu perkara yang mudah tetapi yakinlah ianya mampudiharungi asal sahaja kita sabar dan terus berfikiran positif.

4 CUTI-CUTI (PhD) MALAYSIA Hizmawati MadzinPengenalanSaya adalah ibu kepada tiga orang anak lelaki dan juga seorang pensyarah di sebuah universitipenyelidikan di negara ini. Minat saya untuk mengajar membuatkan saya tertarik untuk menjadi seorangpensyarah. Namun syarat utama untuk menjadi pensyarah adalah diwajibkan menyambung pengajian keperingkat kedoktoran. Bermula daripada seorang tutor, saya menamatkan pengajian peringkat sarjana padaMac 2007 dan terus ke peringkat PhD pada Julai 2007. Saya dinasihatkan untuk menyambung pengajiandengan segera bagi mendapatkan jawatan tetap sebagai pensyarah di universiti ini. Pada masa itu,pengalaman dalam membuat penyelidikan tidak begitu banyak, namun minat saya sebagai pengajar danpenyelidik yang mendalam telah menyuntik semangat saya untuk meneruskan pengajian ke peringkatkedoktoran di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Saya bukanlah datang daripada keluarga yang berlatar belakangkan kerjaya pendidik mahupunpenyelidik. Saya merupakan orang pertama dalam keluarga yang meneruskan pengajian hingga keperingkat PhD. Ini memberikan saya semangat dan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh hinggaberjaya mendapat gelaran Dr. PhD. Bukan niat untuk menunjuk kepandaian, namun semoga usaha ini bolehdijadikan panduan kepada ahli keluarga yang lain terutama anak-anak saya untuk mengikuti jejak langkahsaya. Tidak rugi sekiranya kita menimba ilmu walau berapa tua pun usia kita, asalkan niat di hati ikhlasuntuk menyumbang kepada negara dan memberi didikan kepada anak bangsa kita. Walaupun tidak sepertirakan sekerja lain yang berpeluang menyambung pengajian ke luar negara, saya tetap bersyukur keranadiberi peluang menyambung pengajian PhD di universiti tempatan beserta biasiswa juga cuti belajar danbergaji penuh. Bukan senang mendapat peluang sebegini! Apa yang penting bagi saya adalah untukmenumpukan perhatian kepada penyelidikan dan mendapat PhD dengan jayanya. Memulakan pelayaran PhD bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Mental dan fizikal harus bersediauntuk menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku. Pengajian PhD saya berdasarkan aplikasi sainskomputer dalam bidang perubatan. Maka, tentunya banyak permasalahan yang perlu diselesaikan dari segimengumpul data perubatan, membuat eksperimentasi dan membangunkan sistem untuk dianalisis. Padaperingkat awal ini, objektif dalam menentukan apakah penyelidikan yang sesuai masih lagi kabur.Pengetahuan terlalu cetek, pernyataan masalah masih samar, terlalu banyak bahan bacaan seperti jurnal,prosiding dan buku perlu dibaca untuk memahami bidang penyelidikan. Lagi banyak saya membaca, lagikeliru saya tentang penyelidikan ini. Namun, semangat harus kuat dan jangan mudah berputus asa adalah normal bagi seorang manusia untuksukar memahami sesuatu pembelajaran yang baru. Berbekalkan pengalaman sebelum ini, saya memulakanpelayaran PhD dengan mencari data untuk eksperimentasi dalam penyelidikan yang akan dibuat. Inimemudahkan saya untuk membangunkan aplikasi dan membuat eksperimentasi berpandukan penyelidikanterdahulu. Hasil daripada proses ini, saya boleh melihat kelemahan yang ada pada penyelidikan sebelumini. Bermula dengan itu, penyataan masalah penyelidikan akan lebih jelas dan seterusnya mencaripenyelesaian masalah dan metodologi bagi penyelidikan saya. Selain itu, saya juga membaca bahan-bahan

ilmiah dan membuat kajian literatur sebagai persediaan untuk membuat kertas cadangan PhD.Percutian dalam NegaraKebaikan menjalani pengajian PhD di universiti tempatan adalah tidak terlalu banyak perubahan yangberlaku dalam kehidupan seharian. Ini bermaksud, saya tidak perlu bersusah payah untuk memikirkantentang hal keluarga memandangkan rutin seharian kami tidak begitu berubah. Saya masih dikelilingi olehkeluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Suami juga tidak perlu berkorban untuk berhenti kerja dan anak-anak juga menjalani kehidupan seperti biasa. Bezanya, saya tidak perlu ke pejabat setiap hari dan masasaya lebih fleksibel. Barangkali ini sebenarnya erti ‘cuti’ yang dimaksudkan dalam konsep cuti belajaryang diberikan oleh majikan. Namun, ‘cuti’ ini ada juga keburukannya. Masa yang fleksibel bolehmembuatkan saya leka dari membuat penyelidikan. Kadang kala saya hanya duduk di rumah dan membuatkerja lain seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan ada kalanya juga pergi menonton wayangbersama kawan. Aktiviti sebegini kadang kala melewatkan proses kemajuan penyelidikan. Kelebihan yang lain ketika menjalani PhD di universiti tempatan adalah mudah untuk mencari sumber maklumat dan juga pakar dalam bidang penyelidikan di Malaysia. Maka, adalah sangat penting bagi saya untuk menguruskan masa sewaktu cuti belajar antarapenyelidikan, keluarga dan aktiviti sosial. Sememangnya saya tidak perlu terburu-buru untuk bersiap ketempat kerja, namun masih perlu bangun awal bagi menyiapkan diri untuk ke makmal membuatpenyelidikan. Saya juga akan memastikan sekurang-kurangnya empat jam sehari diberi fokus untukpenyelidikan. Keluarga juga kadang kala menyumbang kepada kelewatan menyambung pengajian PhD didalam negara. Ini adalah kerana mereka memandang terma ‘cuti belajar’ ini sebagai cuti yang panjang. Inibermaksud, mereka menganggap saya tidak terikat dengan urusan rasmi pejabat dan hanya duduk‘bersenang-lenang’ di rumah. Maka, bermulalah episod keluarga memohon bantuan untuk menguruskanhal-hal keluarga seperti menguruskan kenduri kahwin, urusan-urusan bil yang perlu dibayar dan lain-lain.Itu tidak termasuk kenduri-kendara yang perlu dihadiri. Kadang kala saya cuba untuk menjelaskan situasisebenar apa yang dimaksudkan ‘cuti belajar’. Namun mereka masih bertanya “tapi tidak perlu kepejabatkan?”. Dengan hati yang berat, kadangkala saya terpaksa akur permintaan keluarga untuk membantuurusan mereka. Namun, ada kalanya saya menetapkan pendirian dan memohon kepada ahli keluarga untukmenghormati tugas saya sebagai pelajar PhD dan jangan terlalu mengganggu saya dengan urusan merekawalaupun saya sedang bercuti belajar. Kelebihan yang lain ketika menjalani PhD di universiti tempatan adalah mudah untuk mencari sumbermaklumat dan juga pakar dalam bidang penyelidikan di Malaysia. Penyelidikan saya adalah berkaitandengan aplikasi bidang perubatan dalam sains komputer. Bukan mudah untuk seseorang yang berlatarbelakangkan komputer untuk memahami ilmu dan selok-belok bidang perubatan. Tidak mungkin bagi sayauntuk memahami dan mendalami ilmu perubatan dengan hanya membaca. Maka, adalah penting bagi sayaberjumpa dengan pakar perubatan dan mencari sumber yang sesuai untuk mendapat data penyelidikan. Melalui pengalaman saya yang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan imej perubatan seperti X-ray dan MRI, adalah mudah untuk mendapatkan data di Malaysia. Ini adalah kerana sekiranya ada kenalan

yang bekerja di hospital, maka mudah untuk saya meminta pertolongan mereka mendapatkan data tersebut.Sememangnya ada beberapa protokol yang perlu diikuti, namun ia mungkin lebih sukar dilaksanakansekiranya saya belajar di luar negara. Saya tidak boleh menafikan bahawa walaupun saya ini seorang yangperamah, sebenarnya lebih mudah untuk saya berbincang dan membina jaringan dengan orang kita sendiridaripada orang asing. Tiada batasan bahasa, budaya mahupun organisasi yang menyukarkan proses ini.Syukur kepada Tuhan kerana memudahkan pelayaran saya di awal pengajian PhD. Segala yangdirancangkan berjalan dengan lancar.Hadiah Percutian‘Positif!’ tanda yang terpampang atas kayu ujian kehamilan (UPT) itu adalah berita yang sangatmenggembirakan buat saya dan suami. Setelah tiga tahun berkahwin, akhirnya saya hamil. Namun, disebalik kegembiraan ada juga terselit kegusaran. Pengalaman keguguran ketika tahun pertama perkahwinanmenyebabkan saya lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Saya disahkan mengandungketika saya berada di tahun pertama PhD. Ketika itu saya sedang giat mengumpul data untukeksperimentasi penyelidikan. Namun, saya tidak mahu terlalu tertekan dan boleh mengakibatkan kegugurankandungan. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghadkan aktiviti penyelidikan dan pembelajarandan hanya berehat di rumah sahaja. Mujur saya sedang bercuti belajar dan tidak perlu risau memikirkansoal kerja. Saya hanya fokus kepada kajian literatur dan mencari bahan ilmiah melalui Internet.Perjumpaan dan perbincangan bersama penyelia juga dikurangkan menyebabkan proses perkembanganpenyelidikan agak lambat ketika itu. Seperti ibu lain yang mengandung anak pertama, tentunya fokus saya lebih kepada menjaga kesihatandiri, bayi dan juga membuat persiapan untuk kehadiran bayi pertama kami. Saya sangat bernasib baikkerana mempunyai penyelia yang memahami situasi ini. Beliau memberi kelonggaran untuk mengurangkanmasa perjumpaan dengannya. Malah, penyelia turut gembira menerima berita kehamilan ini. Tempohmengandung sembilan bulan bukanlah satu perjalanan yang mudah. Trimester pertama kehamilan sayamengalami alahan yang agak teruk. Saya mudah pening, penat dan sering mengantuk. Alahan ini serbasedikit mengganggu proses pembelajaran dan penyelidikan. Saya hanya mampu membaca artikel berkaitandengan penyelidikan dalam keadaan terbaring. Tambahan pula, saya tidak mahu memberi sebarang risikokepada bayi dalam kandungan. Masuk trimester kedua, saya mula gagahkan diri untuk keluar membuatpenyelidikan. Ketika ini, saya bersemangat semula untuk membuat penyelidikan dan sasaran utama adalahmenyiapkan pengumpulan data sebelum kelahiran anak pertama. Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.’ Dalam masa tiga bulan, saya berulang-alik antara hospital dan makmal universiti demi melengkapkandata untuk penyelidikan. Untung juga membuat penyelidikan ketika sedang hamil. Ini adalah kerana ramaiyang tampil membantu. Mungkin mereka kasihan melihat saya yang sarat mengandung ke hulu dan ke hilirmembuat kerja. Tetapi ini semua bukanlah masalah yang besar. Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih.’ Selagi mampu berjalan, saya akan berusaha untuk menyiapkan apa yangdisasar. Namun, apabila masuk bulan kelapan kehamilan, saya mula tidak larat untuk memandu. Jadi, saya


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook