Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Keusahawanan Islam

Keusahawanan Islam

Published by hizazy83, 2017-10-24 22:23:02

Description: Keusahawanan Islam

Keywords: Keusahawanan,Islam

Search

Read the Text Version

Keusahawanan Islam

Keusahawanan Islam Shuhairimi Abdullah Ku Halim Ku Ariffin Penerbit Universiti Malaysia Perlis Kangar • 2010

© EPUB, Universiti Malaysia Perlis 2017Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkansemula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalambentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atausebaliknya tanpa mendapat izin daripada Penerbit Univerisiti Malaysia PerlisPerpustakaan Negara Malaysia DataPengkatalogan-dalam-PenerbitanShuhairimi Abdullah Keusahawanan Islam / Shuhairimi Abdullah, Ku Halim Ku Ariffin Mengandungi indeks ISBN 978-967-5415-11- e-ISBN 978-967-5415-11-11. Entrepreneurship--Religious aspects--Islam. 2. Business—Religious aspects --Islam. I. KuHalim Ku Ariffin. II. Judul.297.273Diterbitkan oleh :Penerbit UniMAPUniversiti Malaysia PerlisNo. 96, Taman Pertiwi Indah,Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab,01000 Kangar, Perlis. MALAYSIATel: (04) 979 8131, Faks: (04) 977 5135http://penerbit.unimap.edu.mye-mel: [email protected] terbaik untuk buku elektronik ini ialah dengan iBooks. Penerbit UniMAP tidakbertanggungjawab di atas sebarangan kehilangan dan kerosakan yang disebabkan olehpenggunaan aplikasi lain.Maklumat yang diberikan di dalam e-book ini hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja.Walau bagaimanapun kami cuba mengemaskini maklumat terkini dengan tepat, tiadapernyataan atau jaminan, secara nyata atau tersirat tentang kesempurnaan, ketepatan,kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berkenaan dengan maklumat, produk,perkhidmatan, atau grafik yang terkandung dalam e-book ini. Sebarang penggunaanmaklumat dalam buku elektornik ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

KANDUNGANPRAKATABAB 1: PENGENALANBAB 2: KEUSAHAWANAN ISLAM Definisi Keusahawanan Sejarah KeusahawananBAB 3: KONSEP KEUSAHAWANAN ISLAM Konsep Keusahawanan Islam Kerangka Keusahawanan IslamBAB 4: KEDUDUKAN KEUSAHAWANAN ISLAM Kedudukan Keusahawanan Islam Komponen-Komponen Berkaitan Dengan Kedudukan Keusahawanan Islam • Konsep Khalifatulard • Konsep Usaha Dalam IslamBAB 5: CIRI CIRI KEUSAHAWANAN ISLAM Ciri-Ciri Keusahawanan Islam Ketuhanan (Rabanni) Doktrin Akhlak Insaniah Sederhana (Wasatiah)BAB 6: TERAS USAHAWAN BERJAYA Usahawan Berjaya Teras Usahawan Berjaya • Tidak Melibatkan Diri Dalam Perniagaan Atau Perkhidmatan Yang Diharamkan Oleh Syarak • Bebas daripada Unsur-Unsur Yang Mengandungi Elemen

Penipuan dan Khianat • Tidak Terlibat dalam Aktiviti Sorok Barang Dan Memanipulasi Harga • Kesedaran Beragama Dan Menghayati Nilai-Nilai Terpuji • Memperkasakan Diri Dengan Ilmu, Kemahiran Yang Kompeten Dan Teknologi Semasa • Bijak Menangani Persaingan • Berserah Dan Bertawakkal Kepada Allah SWT • Melaksanakan Kerja Kebajikan • Beriltizam Dengan Al-Quran dan Al-SunnahKESIMPULANBIBLIOGRAFIINDEKS

PRAKATADengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pertama sekali penulismulakan kalam dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di ataslimpah dan nikmatNya yang tidak terhingga. Salam kepada Baginda Muhammad SAW dankeluarganya yang sentiasa mendapat rahmat di sisi Allah SWT. Alhamdulillah, akhirnya penulisdapat menyempurnakan karya ini yang bertajuk Keusahawanan Islam’ untuk dijadikan santapanrohaniah kepada para pembaca yang meminatinya.Penulis berpandangan, penerbitan karya ini adalah sesuai dan relevan untuk dibaca oleh semuagolongan memandangkan keusahawanan Islam merupakan sebahagian daripada keperluanmanusia dalam setiap aspek kehidupan. Tambahan lagi, kecenderungan dan minat kerajaanuntuk membangunkan kegiatan keusahawanan dilihat daripada komitmen yang ditunjukkan olehpihak pemerintah melalui kempen-kempen dan pelbagai medium lain.Dalam bidang akademik pula, keusahawanan Islam dapat memberi ruang kepada pembacamemahami pengertian konsep, kedudukan serta ciri-ciri keusahawanan yang dianjurkan olehIslam. Melalui pembacaan ini kelak, para usahawan berupaya membuat perbandingan antarakonsep keusahawanan Barat dan Islam. Secara tidak langsung, ia memberi gambaran bahawafungsi keusahawanan Islam - yang berpaksikan agama adalah untuk menghalang kemusnahandan kemuflisan nilai-nilai insaniah yang akhirnya mewujudkan kemudaratan dan paradokskeusahawanan yang ditafsirkan oleh manusia mengikut selera hawa nafsu serta logik akal.Akibatnya, ia akan menjadi faktor penghalang untuk melahirkan proses pembangunan insanyang seimbang daripada aspek fizikal, intelektual dan spiritual.Diharapkan semoga isi kandungan buku ini dapat memberi nilai tambah dan manfaat kepadapara pembaca dalam memahami konsep dan nilai murni keusahawanan yang digagaskan olehIslam. Secara peribadi, saya mengalu-alukan pandangan dan komentar daripada pembacasebagai penambahbaikan bagi memantapkan lagi proses pengemaskinian penulisan buku inipada masa akan datang. Harapan daripada saya, semoga hasil usaha kecil ini dinilai di sisiAllah SWT dan diberkati.

BAB PENGENALAN 1PengenalanIslam sebagai petunjuk yang hakiki kepada seluruh kehidupan manusia sudah pasti secaratipikalnya tidak mengabaikan setiap aspek komponen keperluan insan. Begitu juga dalam ruanglingkup keusahawanan, secara prinsipnya ia digarap melalui asas-asas Islam yang banyakdiperincikan dalam disiplin pengurusan Islam. Menerusi konsep pandang semesta Islam,kerangka keusahawanan yang merangkumi konseptual, teoritikal, ciri-ciri, metodologi danteknik-teknik yang diaplikasi perlu selari dan mematuhi prinsip-prinsip Islam yang telahditentukan oleh dalil wahyu. Selagi mana teori-teori dan konsep-konsep yang diperkenalkanoleh manusia tidak berkonfrantasi dengan falsafah syarak, maka ianya boleh diterima pakaioleh golongan usahawan.Oleh yang demikian, dapatlah difahami bahawa sistem yang mendasari disiplin ilmukeusahawanan perlu dibangunkan berdasarkan kepada prinsip-prinsip syarak yang bertindaksebagai asas panduan atau batasan tingkah laku manusia dalam berinteraksi. Perhubunganinteraksi yang dimaksudkan tersebut merangkumi hubungan yang bersifat individu atau yangberskala umum iaitu hubungan kemasyarakatan. Justeru, jelaslah bahawa dalam sistemkeusahawanan, prinsip-prinsipnya adalah berasaskan kepada pertimbangan wahyu yangberfungsi sebagai kodifikasi hukum untuk dipatuhi oleh manusia dalam setiap urusantransaksinya. Berdasarkan kepada penjelasan ini, ia bukanlah bermaksud bahawa syarakbersifat rigid dan eksklusif sehingga menutup ruang untuk berkompromi dengan penyertaanmanusia dalam memahami ketentuan hukum. Sebaliknya, idea-idea pemikiran manusia masihlagi berperanan penting dalam disiplin keusahawanan Islam sebagai kesepaduan di antarahukum tabi`e dan hukum syari`e. Hakikatnya, harmonisasi di antara pemikiran manusia danprinsip hukum telah membuktikan bahawa ajaran Islam bersikap toleransi dan dinamis yangbersesuaian dengan fitrah manusia.Sehubungan itu, Islam bersikap optimis terhadap penganutnya untuk menggerakkan setiapaktiviti keusahawanan bagi memajukan diri dan masyarakat umumnya. Melalui penjanaan aktivititersebut, manusia dapat melangsungkan peradaban dalam suasana yang cukup sempurna atasfungsinya sebagai khalifatulard. Bagi mencapai objektif murni tersebut, Islam mempunyaimekanisme-mekanisme tertentu dalam menyediakan satu gagasan yang adil dan telus untukmenyelesai dan merungkai permasalahan muamalah yang dihadapi oleh seluruh manusia. Ataspremis yang mengisyaratkan bahawa Islam bersifat universal yang berorientasikan order tauhidrabbani, memberi mafhum yang jelas bahawa ajarannya mengutamakan konsep kesepaduan,kesatuan dan ketaatan yang mutlak kepada PenciptaNya yang Agung. Secara eksplisitnya,konseptual tauhid yang dimanifestasikan dalam ruang lingkup kehidupan insan akan

menyerlahkan nilai-nilai positif seperti konsep kesatuan ummah yang bertunjangkan kasihsayang, persaudaraan dan persamaan sosial tanpa membezakan semangat bangsa, wilayah,status sosial dan sebagainya. Berasaskan pegangan kukuh kepada kepercayaan akidah ini, iadapat membantu menyediakan satu platform pembentukan sistem nilai dan institusi sosialsebagai asas untuk membentuk dan merealisasikan sebuah institusi masyarakat yangberakauntabiliti.Berdasarkan kepada asas inilah ia dapat menyediakan satu suasana yang harmoni dalammasyarakat untuk menjalani kehidupan yang ideal di atas muka bumi ini.1Jika diamati dalam sesebuah masyarakat yang berpegang kukuh kepada norma-normakeimanan dan akhlak yang luhur, mereka bebas daripada cara hidup yang tidak sihat sepertipenyelewengan, pengurusan yang tidak cekap, penyalahgunaan kuasa, mengutamakankepentingan diri, rasuah, menipu, tidak amanah, masalah sosial, hasad dengki dan sebagainya.Ini kerana, asas kesedaran tersebut adalah bersumberkan petunjuk daripada Allah SWT.Keyakinan dan kepercayaan yang mutlak terhadap ketentuan tersebut akan menggambarkanbahawa semua elemen kebaikan adalah intisari kepada ajaran Islam dan semua elemenkejahatan yang mendorong kepada kerosakan dan kemusnahan adalah terkeluar daripadaprinsip kemurnian Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Allah berfirman: “Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Taha:123-124)Berbeza pula dengan manusia yang diikat dengan perundangan manusia semata-mata, merekabimbang untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan kerana dikhuatiri boleh dikenakantindakan. Namun begitu, apabila merasakan dirinya terlepas daripada kawalan undang-undang,individu tersebut bebas untuk melakukan sesuatu tindakan meskipun ia menyalahi peruntukanundang-undang. Keadaan ini berlaku disebabkan tahap kesedaran manusia yang diikat dengankeyakinan terhadap manusia adalah bersifat sementara dan boleh berlaku perubahan sertatidak mempunyai kuasa untuk menundukkan jiwa manusia. Menurut Sayyid al-Qutb,2 satu ketikanegara Amerika Syarikat pernah mengeluarkan satu polisi untuk kebaikan rakyatnya iaitumengharamkan minuman keras kerana telah diketahui kesannya daripada sudut saintifik dansosial. Pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui media massa dan agensi kerajaan untukmenjelaskan kemudaratan arak dan telah ditaksirkan kerajaan Amerika telah menghabiskanberpuluh bilion untuk tujuan tersebut.Namun, polisi tersebut tidak berjaya memberi kesan kepada rakyatnya bahkan dalam tempohpenguatkuasaan undang-undang tersebut ramai pesalah yang telah ditahan dan dijatuhkanhukuman bunuh. Pada kemuncaknya, menjelang tahun 1933, penguatkuasaan undang-undang

tersebut ditarik balik sepenuhnya oleh kerajaan Amerika kerana gagal memberi impak yangpositif malah ia gagal untuk membendung gejala ketagihan arak dalam kalangan masyarakat.Ternyatalah undang-undang tajaan manusiawi gagal untuk menyelesaikan masalah kejiwaanyang dihadapi oleh manusia. Sebaliknya, bagi manusia yang beriman pula mereka sentiasaberwaspada dan bersikap apologetik terhadap kesalahan yang dilakukan kerana takut padaseksaan pedih yang bakal diterima pada hari pembalasan kelak.Islam bersikap terbuka terhadap umatnya dalam melangsungkan aktiviti keusahawanan bagitujuan memakmurkan alam ini. Atas ruang yang diberikan ini, manusia perlu menunjukkankomitmen yang bersungguh-sungguh memanipulasikan segala sumber alam dan tenaga secaraefisien untuk menjana sumber pengeluaran, dan mengembangkannya atau menjadi pelopor ataupeneraju meneroka idea baru untuk kepentingan umum manusia. Namun begitu, setiappendekatan, teknik, kaedah dan sebagainya dalam memajukan aktiviti tersebut perlu merujukkepada panduan yang telah ditentukan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.Sebagai contoh, dalam skop kerangka muamalah Islam, aktiviti keusahawanan yangmerangkumi idea, inovasi, penerokaan sesuatu potensi perlu bertepatan dengan prinsip syarakdan tidak berlawanan dengan falsafah maqasid syar`iyyah. Begitu juga dalam setiap bidangyang diusahakan yang merangkumi bidang perkhidmatan, perniagaan, ekonomi, pengurusan,kesenian, kebudayaan, akademik dan sebagainya perlu diimplemantasikan atas prinsipmemelihara kemaslahatan umum3 dengan cara menunaikan hak-hak yang wajib ke atasnya.Inilah keadilan dan kedinamikan yang ada pada sistem keusahawanan Islam sentiasa menolaksebarang unsur kemudaratan yang boleh menjejaskan sistem tersebut dan menghalangsebarang bentuk penindasan serta kezaliman kepada manusia amnya. Perkara ini bertepatandengan firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu, dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (al-Nisa’:29)____________1 M.Umer Chapra (1990) Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil, (terj.) Ismail bin Omar, h: 10-11.2 Sayyid al-Qutb (1986) Fi Zilal al-Quran, jil.5, h: 72.3 Muhammad `Abd al-Mu`im al-Jamal (Dr.) (1980) Mausu`ah al-Iqtisad al-Islami, h: 14.

BAB KEUSAHAWANAN ISLAM 2Definisi KeusahawananUmumnya, terminologi istilah usahawan telah diperkenalkan oleh seorang ahli ekonomi Perancisiaitu Richard Cantillon (1680-1734)4 dalam artikelnya Essai Sur la Nature du Commerce enGeneral yang ditulis pada tahun 1732 merujuk kepada perkataan yang dipinjam daripadaBahasa Perancis iaitu entreprende. Daripada sudut pemahamannya pula, pakar ekonomi telahmentakrifkan usahawan sebagai pengambil risiko, mencipta peluang5 terhadap sesuatupekerjaan yang dilaksanakannya.Usahawan merupakan seseorang individu yang berkeupayaan meneroka sesuatu yang barudan peka terhadap ruang yang ada serta menggunakan sumber yang dimiliki6 secaramaksimum melalui daya kreativiti dan inovasi untuk mendapat pulangan yang tinggi. Pandanganlain pula mengemukakan bahawa usahawan merupakan individu yang memiliki karisma sebagaiseorang ketua7, berkebolehan dalam pengurusan serta menjadikan sesuatu yang diusahakanlebih bernilai dan berkembang dengan maju.Mengulas pandangan yang telah dikemukakan oleh para sarjana, individu yang bergelarusahawan merupakan seseorang yang berusaha dengan gigih dan tekun menghadapi pelbagaicabaran serta mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk merebut dan menciptapeluang yang ada. Usahawan merupakan sebahagian daripada agen penting dalam memberisumbangan kepada penjanaan ekonomi diri, masyarakat dan negara amnya.Berpandukan kepada definisi yang telah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan pentakrifanusahawan, dapat disimpulkan bahawa individu tersebut mempunyai sikap kreatif, inovatif,berwawasan, berkemahiran, mempunyai karisma sebagai pemimpin, berani menghadapi risiko,gigih, sabar dan pelbagai lagi. Menurut Carland, J.W., Hoy, F. & Carland, J.A.C. DifferentiatingEntrepreneurs From Small Business Owner: A Conceptualization,8 definisi berkaitanusahawan dapat dilihat pada Jadual 1.1.Jadual 1.1 : Definisi UsahawanBil Tokoh Tahun Definisi1 Richard Cantillon 1775 Menanggung risiko2 Mill 1848 Menanggung risiko3 Schumpeter 1934 Inisiatif, inovasi

4 Sutton 1954 Cenderung bertanggungjawab5 Hartman 1959 Sumber6 McClleland 1961 Mengambil risiko, cenderung kepada pencapaian7 Davids 1963 Cita-cita, bertangungjawab8 Pickle 1964 Usaha/mental, interaksi manusia, berkebolehan erkomunikasi, kemahiran teknikal9 Palmer 1971 Pengukuran risiko10 Hornaday & Aboud 1971 Keperluan terhadap pencapaian, autonomi, agresif, kuasa, pengiktirafan dan inovasi11 Winter 1973 Keperluan terhadap kuasa12 Borland 1974 Lokus kawalan diri13 Liles 1974 Keperluan kepada pencapaian14 Gasse 1977 Bersumberkan nilai diri15 Timmons 1978 Usaha, keyakinan diri, berobjektif dan berani mengambil risiko sederhana, kawalan diri, kreatif dan inovatif16 Sexton 1980 Energetic, bercita-cita dan tindak balas positif terhadap halangan17 Welsh & White 1981 Kawalan, bertanggungjawab, berkeyakinan, usaha, suka kepada cabaran dan mengambil risiko sederhana18 Dunkelberg & Cooper 1982 Cenderung kepada pengembangan dan berdikariSumber: Carland, J.W., Hoy, F. & Carland, J.A.C. Differentiating Entrepreneurs From Small Business Owner: A Conceptualization.Academy of Management Review, 9 (2), h: 354-359.Definisi yang dikemukakan oleh sarjana pada zaman moden seperti Kuratko dan Hodgetss,berpandangan bahawa usahawan adalah individu yang memiliki kebolehan atau menerima tugasuntuk mengurus, mentadbir dan sanggup menghadapi risiko dalam bidang yang diceburi.Usahawan juga dilihat sebagai individu yang berkemampuan untuk bekerja secara kreatif,merebut peluang yang ada dan meneroka sumber yang baru atau menggantikan yang lamadengan mekanisme baru. Ia dilakukan adalah bertujuan untuk mencipta kejayaan.9Pandangan yang telah dikemukakan oleh para sarjana tentang usahawan, sukar untukdirumuskan secara tepat takrif yang mewakili keseluruhannya. Namun begitu, dapat disimpulkanbahawa usahawan adalah terdiri daripada individu atau kelompok individu yang memilikikemampuan atau kebolehan yang luar biasa untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengankeusahawanan. Golongan tersebut mempunyai idea yang dinamik untuk mengembangkanaktiviti perniagaan atau perkhidmatan lain daripada skala kecil sehingga berjaya mencipta satuempayar perniagaan yang kukuh. Hasil usaha tersebut adalah bertujuan untuk dikongsi olehseluruh ahli masyarakat. Golongan ini dikategorikan sebagai manusia yang mempunyai kreativiti

yang tinggi atau dikenali sebagai insan genius.Sejarah KeusahawananDisiplin ilmu keusahawanan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri dalammewarnai pentas akademik. Meskipun begitu, berdasarkan kepada kematangannya dalamdunia intelektual, bidang keusahawanan masih lagi dianggap sebagai satu cabang yang barudalam ilmu pengurusan menjelang era moden.10 Berdasarkan kepada pandangan golonganpakar ekonomi, aktiviti keusahawanan secara emphasisnya adalah kunci atau pemangkinkepada pertumbuhan ekonomi. Aktiviti ini telah pun dipraktikkan secara tidak langsung dalampermulaan peradaban manusia silam. Pada peringkat awal, ia dilakukan dalam bentuk ekonomisara diri dan kemudiannya dikembangkan kegiatan tersebut pada peringkat lokal. Apabilakeperluan manusia semakin berkembang, aktiviti tersebut mula dikormersialkan di peringkatyang lebih global dan akhirnya wujudlah jaringan perdagangan dan perniagaan di peringkatantarabangsa.Akibat perubahan revolusi pemikiran manusia yang semakin kompleks, ilmu keusahawanansemakin berkembang subur bermula daripada idea asas sehinggalah ia menjadi satu disiplinilmu yang tersusun dan komprehensif. Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada golonganusahawan. Pada fasa awal, mereka hanyalah berstatus pengusaha, peniaga, penjaja dankemudiannya berubah menjadi ahli-ahli perniagaan korporat serta seterusnya menjadi golonganusahawan yang kreatif dan inovatif.11 Termasuk juga dalam ruang lingkup usahawan ialahindividu yang memberi sumbangan manfaat kepada institusi masyarakat dalam pelbagai bidangkeperluan manusia. Ini kerana, usahawan yang bersifat dinamik sentiasa berusaha menciptadan mencari peluang ke atas apa yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT untukkemaslahatan umum masyarakat.12Golongan sarjana sering berpolemik untuk mendapat satu takrifan yang komprehensif dalammemerihalkan definisi dan fungsi usahawan. Bagaimanapun, sejarah perkembangan usahawanseringkali disemak dan ditafsirkan mengikut realiti dan keperluan manusia. Namun, usaha yangdilakukan tersebut dianggap sebagai satu usaha yang positif terutamanya dalam gelanggangilmiah, kerana ia dapat mengukuh dan menambah baik konsep tentang usahawan. Meskipunterdapat percanggahan pendapat disebabkan perbezaan pemahaman daripada pelbagai bidangilmu, namun ia dapat mencambahkan idea untuk menguatkan lagi definisi yang diterima dalammentakrifkannya.Pandangan dikemukakan oleh para sarjana dalam aliran sosiologi dan psikologi. Antara tokohsosiologi yang tersohor seperti Webber memperincikan asas keusahawanan mempunyairelevansinya dengan aliran yang dibawa oleh Protestan. Doktrin yang cuba diperkenalkan olehaliran tersebut cenderung kepada falsafah pemikiran yang berorientasikan kapitalisme. Beliaumelahirkan ideanya dalam penulisan seperti berikut: “And in truth this peculiar idea, so familiar to us today, but in reality so little a matter of course, of one’s duty in a calling, is what is most characteristic of the social ethic of capitalistic culture, and is in a sense the fundamental basis of it. It is an obligation

which the individual is supposed to feel and does feel towards the content of his professional activity, no matter in what it consists, in particular no matter whether it appears on the surface as a utilization of his personal powers, or only of his material possessions (as capital).”13Berdasarkan penulisan tersebut, dapat ditafsirkan bahawa falsafah kapitalisme dapat diselamimelalui domain-domain sikap, pemikiran dan aktiviti pengumpulan harta kekayaan sertakegiatan lain yang berkaitan dengannya. Tingkah laku sedemikian dilihat sebagai beretika danbertepatan dengan keperluan agama. Pandangan yang dikemukakan oleh sarjana sosiologiseperti Young14 pula menegaskan bahawa faktor peribadi memainkan peranan penting dalammelahirkan usahawan. Faktor ini menjadi motivasi kepada individu-individu dalam kelompoktertentu untuk berusaha memajukan apa yang diusahakannya dengan penuh komitmen danbersungguh-sungguh. Apabila potensi yang ada ini digilap, ia akan mendorong seseorang untukmencapai cita-cita yang diimpikan. Begitu juga dalam konteks usahawan, tanpa faktor ini iaakan menyukarkan individu tersebut untuk bergelar sebagai seorang usahawan.Bagaimanapun, tokoh psikologi seperti Schumpeter mengemukakan idea bahawa usahawandikonotasikan sebagai pembaharuan (revival). Dalam pandangan ilmiah ini, usahawan lebihdikenali sebagai individu yang memimpin empayar perniagaan. Individu tersebut juga berkaliberdan berkarisma serta muncul dalam kelompok masyarakat yang berbeza. Keistimewaan yangdimilikinya ialah mempunyai daya gerak hati yang tinggi dapat menjangkakan senario ekonomiyang berlaku dan boleh dikatakan jangkaan tersebut adalah tepat. Individu usahawan yangmempunyai ciri-ciri sedemikian memiliki daya pemikiran yang tinggi, berfikiran optimis danbukannya terkongkong dengan pemikiran jumud serta ortodoks.15 Dalam kerangka yangdikemukan oleh Schumpeter dapat dirumuskan bahawa usahawan tulen lahir daripada latarbelakang ekonomi tradisional dan berjaya memecahkan tembok penghalang tersebut dengankunci pembaharuan. Jika diamati idea yang dikemukakan ini, ia mempunyai persamaan denganidea yang dilontarkan oleh Max Weber.Dalam pada itu, idea yang diutarakan oleh Schumpeter telah menarik minat ahli psikologi lainiaitu McClelland untuk mengembangkan idea tersebut. Berdasarkan kepada kajian yangdijalankan, beliau mendapati keperluan kepada pencapaian merupakan kata kunci untukmelahirkan usahawan.16 Beliau memperincikan faktor dorongan pencapaian ini dilihat kepadaamalan mendidik anak-anak mempunyai objektif seperti tahap pencapaian yang cemerlang,kasih sayang ibu, persediaan untuk berdikari, kesanggupan untuk membantu orang lain dansebagainya. Semua keperluan yang dinyatakan ini adalah bertujuan untuk membantumembangunkan personaliti murni dalam kehidupan kanak-kanak.Oleh yang demikian, didapati sejarah perkembangan keusahawanan telah melalui satu prosesyang lama dan bersesuaian dengan perkembangan peradaban manusia. Pada asasnya, iabercorak secara tradisional kemudianya telah berjaya berkembang dalam alirannya sendirimengikut peredaran zaman. Meskipun terdapat aliran pemikiran yang berbeza sertamengetengahkan pandangan mereka tentang disiplin keusahawanan, namun ia bukanlahbertujuan untuk membataskan perkembangan keilmuan tersebut. Sebaliknya, prosespenambahbaikan ini telah memperlihatkan idea-idea yang komprehensif bagi mematangkan lagi

ilmu keusahawanan. Hakikatnya, dunia keusahawanan sentiasa berkembang dan ianyasebahagian daripada cabang-cabang ilmu yang menjadi keperluan kepada masyarakatterdahulu dan sekarang. Disiplin keusahawanan ini sungguh menarik untuk diterokai, dikaji dandiaplikasikannya.____________4 Jevons, Stanley W. ,(1881), “Richard Cantillon and the Nationality of Political Economy,” Contemporary Review 39, January1881, reprinted in The Principles of Economics. A Fragment of a Treatise on the Industrial Mechanism of Society and otherPapers with a Preface by Henry Higgs, (London, 1905)., h. 155-160.5 Langlois, Richard N., “Schumpeter and the Obsolescence of the Entrepreneur” (August 2002). U Conn Department ofEconomics Working Paper, h.16. Sarjana lain yang berpandangan sedemikian seperti Elster, Jon (1983), Explaining TechnicalChange. Cambridge: Cambridge University Press, h. 74.6 Karl Vesper (1980), New Venture Strategies. New Jersey: Prentice Hall, h. 2.7 Jean-Baptiste Say (1855), A Treatise on Political Economy. C. R. Prinsep, (ed.), Clement C. Biddle, (terj), edisi 4 dan 5.http://www.econlib.org/library/Say/sayT0.html. Capaian pada 23 August 2007.8 Carland, J.W., Hoy, F. & Carland, J.A.C. ”Differentiating Entrepreneurs From Small Business Owner: A Conceptualizations”.Academy of Management Review, 9 (2), h: 354-359.9 Donald F. Kuratko et. al. (2007) Entrepreneurship, Theory, Process, Practice, h: 32.10 Bygrave (1989) Venture Capital Investing: A Resource Exchange Perspective, h: 15.11 Nor Aishah Buang (2002) Asas Keusahawanan, h: 2.12 Kenyataan ini dapat dilihat dalam intisari ayat-ayat Al-Quran yang menyeru manusia bersifat sedemikian. Lihat ayat 12-13 (al-Jathiyah), ayat 19-22 (al-Hijr) dan ayat 141 (al-An`am).13 Max Webber (1965) The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism, h: dlm bab 2.14 Frank Young (1971) A Macro Sociological Interpretation of Entrepreneurship, dlm Peter Kilby, h:140.15 Joseph A. Schumpeter (1934) The Theory of Economic Development, h: 85-89.16 David McClelland (1961) The Achieving Society, h: 356.

BAB KONSEP KEUSAHAWANAN ISLAM 3Konsep Keusahawanan IslamSecara amnya, perbahasan keusahawanan yang diutarakan oleh para sarjana begitu luasskopnya. Oleh yang demikian, penulisan bidang keusahawanan ini hanya difokuskan dalamkonteks ekonomi dan perdagangan sahaja, sebagai contoh pengusaha dalam bidangperniagaan, perladangan, pertanian, pembinaan, penternakan dan perkhidmatan. Dari pentasretrospektif sejarah Islam, penglibatan golongan muslim dalam dunia keusahawanan bukanlahsatu fenomena yang asing. Kecenderungan orang-orang Islam dalam aktiviti sedemikian telahberlangsung hampir 15 abad yang silam.Umat Islam terdahulu telah berjaya menempa nama sebagai individu usahawan yang cemerlangdan menjadi model yang terbaik untuk dicontohi oleh golongan usahawan pada hari ini. NabiMuhammad SAW, Saidina Abu Bakar RA, Saidina Uthman bin `Affan, Saidina `Umar al-Khattab,Zaid bin Arqam, Thalhah bin `Ubaid al-Allah, `Abd al-Rahman al-`Auf dan sebagainya adalahindividu-individu yang begitu cemerlang sebagai usahawan dan peniaga. Melalui aktivitiperdagangan dan keusahawanan amnya, pengaruh syiar Islam telah berjaya disebarkan kewilayah-wilayah negara arab yang lain dan secara tidak langsung ia telah berjaya melahirkannegara-negara kota Islam yang cemerlang dalam bidang perdagangan. Perkembangan yangpositif ini telah menyaksikan sebahagian daripada kota-kota Islam seperti kota Mekah menjadipusat perdagangan yang terkenal.17Dalam konteks fahaman Islam, keusahawanan merupakan sebahagian daripada aktiviti yangberkaitan dengan bidang perekonomian. Atas asas tersebut, bidang keusahawanan dilihatsebagai orientasi pengembangan ekonomi dan perdagangan yang mempunyai objektif untukkesejahteraan umat manusia. Atas kapasitinya sebagai insan, ia dituntut oleh agama untukmenggemblengkan sepenuh daya dan tenaga melakukan pelbagai aktiviti yang bertemakankebajikan dan kebaikan bagi memenuhi fitrah keperluannya dan juga untuk disumbangkankepada institusi masyarakat dan makhluk lain amnya. Manifestasi falsafah nilai keusahawananini digarap daripada petunjuk Allah SWT dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (al-Taubah: 105)

Melalui penjanaan kepada aktiviti tersebut, individu yang dikenali sebagai usahawan memberisumbangan dalam bentuk penerokaan, nukilan idea dan mencari peluang atau mencipta sesuatuuntuk memberi manfaat kepada manusia amnya. Natijahnya, penglibatan golongan sedemikiandalam institusi masyarakat telah memberi impak yang positif terhadap penjanaan sosioekonomimasyarakat dan secara tidak langsung merangsang pertumbuhan katalis ekonomi negarasecara lebih mapan. Dalam masa yang sama, peningkatan daya saing18 dalam kalanganusahawan telah berjaya mencipta satu suasana yang positif untuk memacu tahapperkembangan ekonomi yang lebih pesat.Realiti semasa sekarang yang memperlihatkan order ekonomi dunia kini sedang mengharungiarus gelombang globalisasi yang hebat dan mewujudkan persaingan yang kompleks di antarasatu sama lain. Justeru, bagi mengekalkan daya saing tersebut golongan usahawan perlumencipta, meneroka potensi alternatif, mengilhamkan idea dan merebut peluang yang sediaada untuk menyelesaikan masalah dan cabaran semasa yang dihadapi.19 Sifat-sifat yangdinyatakan sedemikian dikatakan sebagai ciri-ciri yang perlu ada pada diri seseorangusahawan.Meskipun Islam memberi kebebasan kepada golongan usahawan untuk memanipulasikansumber alam bagi tujuan untuk merancakkan aktiviti perekonomian, namun individu tersebutperlu terikat dengan ketentuan dan peraturan yang termaktub dalam muamalah Islam.Peraturan yang bersifat Ilahi inilah yang menjadi dasar panduan dan etika kepada setiapindividu usahawan dalam berinteraksi sesama manusia dan makhluk lain.Ini kerana, usahawan dikonotasikan sebagai pemegang amanah atau dikenali sebagaipengurus. Dalam konteks ketentuan Islam, kedudukan manusia diberi pengiktirafan yang tinggiuntuk mengurus sumber-sumber pengeluaran asas seperti tanah, modal, dan hasil mahsul yanglain. Atas kefahaman ini, faktor manusiawi tidak boleh disamakan dengan unsur komoditisebagaimana yang difahami dalam teoritikal ekonomi ciptaan manusia yang dikenali sebagaifaktor asas ekonomi.Kewajaran ini adalah disebabkan segala makhluk dan sumber yang diciptakan Allah di alam iniadalah untuk keperluan dan kemudahan manusia20 sebagai pelengkap dan kesempurnaankelangsungan manusia di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, manusia tidak bolehdiinterpretasikan sebagai alat atau modal untuk tujuan pembangunan dan sebagainya.Sebaliknya, Islam cuba menonjolkan manusia sebagai pemilik, pengolah, perancang ataupentadbir kepada semua faktor-faktor pengeluaran.21Justeru, atas fungsinya sebagai pengurus atau pemegang amanah, sudah tentulah manusiaterikat dengan obligasi hak keagamaan yang perlu ditunaikan sama ada yang melibatkanhubungan dengan PenciptaNya, sesama insan dan makhluk lain. Kealpaan dan kelalaian individumelakukan pelanggaran kewajiban yang telah ditentukan oleh syariat maka pelakunya akandikenakan azab yang pedih di hari pembalasan kelak. Peringatan ini dijelaskan dengan nadayang tegas oleh Allah SWT dalam Al-Quran, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).

Iaitu orang yang apabila menerima sukatan (cupak dan gantang) daripada orang lain mereka minta dipenuhi. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka menguranginya. Tidakkah orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), hari berdiri manusia yang mengadap Tuhan Sekelian Alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya, ”Kitab Suratan Amalan” orang yang derhaka tersimpan dalam Sijjin.”22 (al-Mutaffifin:1-7)Kerangka keusahawanan menurut worldview Islam bukan hanya berorientasi keuntunganmaterial di dunia semata-mata, namun ia merentasi alam fizikal yang tidak dapat dilihat denganpancaindera manusia biasa iaitu alam akhirat. Atas kefahaman inilah konsep keuntungan (gain)dan kerugian (loss) perlu dilihat daripada medium syariat dan bukan hanya berdasarkanpertimbangan rasional akal manusia semata-mata. Justeru, tanpa bimbingan daripada wahyumengakibatkan manusia menjadi taksub dan terpesona kepada kehidupan dunia yang penuhdengan fitnah dan kepalsuan.Kesannya, untuk mencapai cita-cita persaingan pengumpulan harta, manusia sanggupmembelakangi keperluan tanggungjawab agama, berlaku penindasan, kezaliman, amalan riba,gharar dan unsur-unsur negatif lain. Kemuncak kepada fenomena yang tidak sihat tersebutmaka berlaku satu penciptaan order masyarakat yang penuh dengan kerosakan dan tidakbermoral23 yang jelas bertentangan dengan falsafah Islam.Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah kemuflisan moral dan ketidakadilan ekonomiberlaku dalam aktiviti keusahawanan sudah tentulah kegiatan menjana harta bukanlah dianggapsebagai satu kebenaran yang mutlak dan menjadi kemuncak kepada matlamat hidup.Sebaliknya, Islam secara keras mengkritik kelompok manusia yang bersifat sedemikian denganmelakukan penyalahgunaan kuasa dan salah urus harta ke jalan kebinasaan. Situasi tidak sihatini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (al-Rum:7)Berdasarkan kepada mafhum ayat tersebut, perkataan akhirat yang diungkapkan dalam ayattersebut mengandungi maksud rahsia yang tertinggi iaitu sebagai kehidupan yang abadi bagiseluruh manusia. Sementara dunia pula adalah sebagai tempat persinggahan bagi manusiauntuk membuat persediaan menuju ke alam akhirat.Pada hakikatnya, Islam bukanlah berpendirian pasif terhadap konsep harta dan menghalangmanusia menghampirinya. Pada asasnya, penjanaan harta itu sesuatu yang dituntut kerana iamempunyai nilai daripada aspek ekonomi yang menjadi keperluan asasi kepada setiap individu.Namun begitu, dalam memenuhi usaha tersebut ia perlu dilaksanakan dalam suasana order

yang sihat dan progresif serta memenuhi konsep halalan toyyiba.24 Atas keperluan inilah dalammemenuhi tuntutan fardhu kifayah, setiap usaha yang dilaksanakan dengan penuh komitmendan dedikasi mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT adalah dianggap sebagai ibadahserta diberikan ganjaran yang setimpal.Berdasarkan kepada ketentuan tersebut, Islam jelas menyeru manusia menggemblengkan dayausaha ke arah mencapai kualiti produktiviti. Dengan kata lain, ia dapat difahami bahawa amalusaha ke arah mencapai hasanah dan menolak simptom fasad adalah dituntut kepada setiapindividu. Menurut Ibrahim al-Thahawi dan `Abd al-Mun`im Khalaf, mereka berpendapat bahawaatas kapasiti inilah setiap insan dipertanggungjawabkan di atas setiap perilaku yangdilakukan.25Syariat Islam jelas memberi ruang yang luas kepada manusia memakmurkan alam fizikal inimelalui pelbagai aktiviti dan usaha yang perlu dilakukan untuk kepentingan umum manusia.Kecenderungan manusia bekerja untuk membangunkan peradaban insan adalah satu tindakanyang mulia dan memenuhi asas kemuliaan fitrah manusia. Dalam ruang lingkup kerangkatuntutan keagamaan ini, manusia diwajibkan mencari rezeki dan menyumbangkannya kepadakesejahteraan sosial. Perkara ini ditegaskan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW yangbermaksud:Dari Abu Musa RA, katanya Nabi SAW bersabda: “Setiap orang muslim perlubersedekah.” Mereka bertanya: “Ya, Nabi Allah! Bagaimana dengan orang yang tidakpunya untuk disedekahkan”?” Jawab Nabi SAW, “Ia harus bekerja dengan tangannya,sehingga ia memperoleh keuntungan untuk dirinya dan dapat bersedekah.” Tanyamereka, “Kalau tidak sanggup?” Sabda Nabi, “Hendaklah ia menolong orang yangmemerlukannya.” Mereka bertanya: “Kalau sekiranya tidak boleh?” Jawab Nabi SAW,“Kerjakanlah segala kebaikan dan hentikan segala macam kejahatan. Yang demikianitu bererti sedekah juga baginya.”26Sehubungan itu, konsep tipologi keusahawanan Islam mempunyai keunikannya yang tersendiridalam menyelesaikan masalah asas ekonomi yang kompleks. Keistimewaan yang ada padasistem keusahawanan Islam disebabkan kerangka pembentukan sistem tersebut berasaskankepada prinsip keagamaan. Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyediakansistem muamalah sebagai asas persediaan kepada manusia untuk melangsungkan aktivitiperekonomian di atas muka bumi ini. Dalam sistem ini, dapat difahami bahawa setiap kegiatanaktiviti transaksi manusia, gelagat, fungsi, sistem, garis panduan dan etika adalah terikat dantunduk kepada tatacara syariat dan norma akhlak.Setiap tindak tanduk usahawan perlu diselaraskan dengan memenuhi objektif dan hukum-hukumsyariat yang bersifat tetap dan tidak berubah. Atas ketentuan inilah, dalam kerangkakonseptual keusahawanan Islam, sebarang usaha yang akan atau telah dilaksanakan tidakboleh wujud unsur-unsur kemudaratan kepada pihak lain. Prinsip ini dikenali sebagai no injuryprinciple ataupun dalam legal maxim perundangan Islam iaitu 27. Pematuhankepada prinsip ini adalah bertujuan untuk menghalang sebarang tindakan atau gerak kerja yangdilakukan, dicerakin dan dirumuskan mengikut keperluan hawa nafsu dan menyalahi

kepentingan faedah umum manusia.28Dengan kata lain, kewajipan yang perlu ditegakkan ialah tidak bersikap individualistik,sebaliknya mengutamakan kebajikan masyarakat umum. Oleh yang demikian, seseorangindividu ditegah secara mutlak mengambil pendekatan menyakiti orang lain. Ironinya, Islammenuntut kepada manusia mengambil langkah positif menggembirakan orang lain atas prinsipmemelihara kepentingan awam.29 Berasaskan kepada tuntutan ini, seseorang individu Muslimbertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan yang timbul sama ada positif atau sebaliknyakesan daripada tindakannya.Sebagai contoh, seseorang usahawan mempunyai idea untuk mendirikan sebuah kilang. Dalampelan perancangannya, beliau bukan sahaja perlu mengambil kira pulangan keuntungan yangbakal diperolehi tetapi juga perlu melihat kepada kesan-kesan sampingan yang lain sepertimanfaat perniagaannya, peluang pekerjaan, faedah kepada masyarakat, pencemaran danperkara-perkara penting yang lain. Impak tersebut perlu dianalisis merentasi sempadankewilayahan, nasional, pekerjaan, ras etnik, sosial dan agama.30Berdasarkan kepada ketentuan ini, prinsip-prinsip yang diasaskan dalam konsepkeusahawanan Islam perlu melihat kepada objektif keharmonian umum sejagat dan bukannyabersifat kepentingan individu. Oleh yang demikian, jika didapati wujudnya unsur-unsur yangboleh memberi kesan dan impak kepada kesejahteraan manusia sudah pastilah ia dianggaptertolak daripada ajaran syarak. Pandangan ini dikemukakan oleh seorang sarjana perundanganIslam yang terkenal iaitu al-Imam Ibn al-Qayyim. Beliau menjelaskan bahawa: “Kepentingan umum manusia adalah berasaskan kepada hikmah dan kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Ia dikenali sebagai ketentuan perundangan Allah yang mengandungi keadilan dan rahmat di mana ia mengandungi maslahah dan hikmah. Justeru, setiap maslahah yang keluar dari landasan keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada tidak rahmat, dari maslahah kepada mafsadah dan dari hikmah kepada sia-sia maka ia tidak diiktiraf sebahagian dari syariat meskipun diterjemahkan dengan pelbagai tafsiran, kerana syariat hakikatnya adalah simbol keadilan Allah kepada hamba-hamba-Nya.”31Sehubungan itu, manusia perlu menginsafi bahawa setiap sumber alam yang dianugerahkankepadanya adalah untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam masa yang sama juga iamerupakan satu bentuk amanah yang perlu dipikul dengan sebaik-baiknya. Secara tersiratnya,obligasi tersebut adalah satu ujian kepada setiap insan untuk menilai tahap kualiti akidah yangdimiliki oleh manusia. Hakikatnya, manusia perlu menyedari bahawa kekayaan dan keuntunganyang dimilikinya bukanlah bersifat pemilikan yang mutlak, sebaliknya semua hasil mahsultersebut adalah kepunyaan Allah SWT.Konotasi insan sebagai khalifatulard sebagai pengurus bertanggungjawab menguruskansumber-sumber pengeluaran secara lestari untuk kesejahteraan umat manusia dan makhluk lainamnya. Manusia pula hanyalah bertindak dan berfungsi sebagai pemegang amanahberkewajiban menyempurnakan hak-hak tertentu iaitu memenuhi tuntutan kemaslahatan umum

dan menegakkan institusi keadilan ekonomi.32 Tanggungjawab manusia dalam menguruskanharta ini dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW33 yang bermaksud:“Sesungguhnya, harta ini adalah indah dan manis. Sesiapa yang memperolehinyadengan menunaikan kewajipannya, maka ia diberi keberkatan dan ramai yangmenyelami harta benda Allah dan Rasul-Nya berdasarkan kehendak hawa nafsunyamaka tidak ada baginya kelak di hari qiamat kecuali neraka (al-Nar).” (al-Tirmidhi)Malah, Al-Quran juga menyeru kepada umat manusia berusaha memenuhi keperluanmasyarakat umum. Tugas yang dilaksanakan tersebut adalah satu perbuatan yang mulia danterpuji. Melaksanakan tanggungjawab tersebut memenuhi tuntutan yang digariskan oleh Al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud:“Sesungguhnya, orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solatdan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami anugerahkan kepadamereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan kerugian.” (al-Fatir: 29)Pada dasarnya, muamalah Islam mengandungi tiga (3) doktrin asas yang menjadi pelengkapkepada kesempurnaan konseptual tersebut seperti berikut:Pertama : bersendikan order TauhidKedua : konsep ibadah/SyariahKetiga : akhlak dan etikaIlustrasi kerangka muamalah Islam dapat dilihat seperti di Rajah 2.1. /

Rajah 2.1 : Ilustrasi kerangka muamalah Islam.Kombinasi ketiga-tiga asas ini merupakan adunan yang istimewa dalam merencana aktivitiperekonomian manusia. Refleksi daripada asas-asas pembentukan sistem tersebutmencerminkan kerangka nilai keusahawanan Islam dicipta adalah untuk melaksanakan obligasisosial dan memenuhi tuntutan umum masyarakat. Oleh kerana tanggungjawab kepadamasyarakat menjadi intipati dalam sistem keusahawanan sudah pastilah syarak mementingkankemaslahatan umum lebih diutamakan daripada kepentingan individu. Merujuk kepada adunanketiga-tiga komponen tersebut, ia menjadi sebagai satu rumusan formula untuk membentukblue print kerangka konsep keusahawanan yang dinamis dan komprehensif. Komponen-komponen yang diutarakan ini menjadi momentum untuk membentuk keperibadian yang murnidalam diri individu usahawan. Justeru, apabila keperluan komponen ini berjaya diadaptasikanoleh golongan usahawan ia menjadi motivasi rohaniah bagi menggerakkan usahawan untukmencapai kejayaan atau diistilah sebagai al-falah dalam setiap lapangan yang diceburi.Dalam memenuhi konseptual keusahawanan Islam yang bersifat holistik, sistem falsafahnyaperlu didasari dengan asas-asas al-din yang berfungsi sebagai fondisi konkrit untuk

direalisasikan dalam kegiatan amali manusia. Asas-asas agama ini penting kerana ia bersifatkonsisten dan mempunyai potensi yang bersifat rabbani sebagai panduan tatacara kepadamanusia menghadirkan diri dalam aktiviti keusahawanan. Peraturan ini dilihat sebagai keperluankepada umat manusia disebabkan ia untuk menjamin hak dan kepentingan setiap insan dalamsebarang bentuk transaksi muamalah yang melibatkan interaksi sesama Pencipta, manusiadan alam. Manusia yang melanggar hak-hak tersebut adalah jelas melakukan pelanggarankewajipan terhadap agama. Tindakan dan perbuatan tersebut bukan sahaja mendatangkankemudaratan kepada dirinya sahaja tetapi juga terhadap makhluk yang lain dan yang lebihmalang lagi ia akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kelak.Justeru, bagi mengelakkan manusia dipengaruhi keghairahan mencari harta danmemanipulasikan alam ini sebagai matlamat tunggal, maka Islam telah menentukan tauhidsebagai elemen asas tertinggi yang menjadi prinsip keutamaan kehidupan manusia. Manifestasitauhid yang bertapak kukuh dalam diri manusia memancarkan nur keimanan yang hakikimemandu manusia mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah Yang Maha Esa. Golonganmanusia yang memiliki kualiti iman yang sedemikian akan berusaha dengan tekunmemakmurkan sumber alam ini dan menjananya untuk dikongsi oleh seluruh manusia.Penjiwaan tauhid ini menjadi perangsang rohaniah kepada individu yang bergelar usahawanmematuhi lunas syarak, menitikberatkan prinsip keadilan, bersikap ihsan, berkeperibadian luhur,bekerja bersungguh-sungguh34 dan sebagainya. Melalui pemeliharaan jaluran perhubungandengan Allah SWT secara tekun dan ikhlas ia akan mendidik golongan usahawan beriltizamdengan penuh komitmen kepada cara hidup sebagai seorang Muslim yang patuh dan tundukkepada ketentuan Ilahi. Golongan usahawan yang memiliki ciri-ciri sedemikian sentiasaberfikiran terbuka dan bersikap optimis memajukan diri serta pro aktif dalam sebarang usahayang dilakukan. Tambahan lagi tuntutan mempraktikkan nilai-nilai positif seperti rajin dan tekundalam setiap amalan yang dikerjakan dapat disingkap dalam sebuah hadis Nabi MuhammadSAW yang bermaksud: Dari `Aishah RA katanya Rasulullah SAW pernah ditanya: “Amal yang bagaimanakah yang paling disukai oleh Allah?” Jawab Baginda: “Amal yang diusahakan secara tetap meskipun sedikit.”35Dalam Islam, individu yang bergelar usahawan terikat sebagai pemegang amanah yang sinonimdengan fungsinya sebagai khalifatulard. Atas prinsip inilah individu tersebut ditaklifkan dengankodifikasi hukum yang telah disyariatkan oleh Islam. Berdasarkan kepada penilaian inilah setiapapa yang diusahakan adalah tertakluk kepada konsep ibadah dan natijah daripada kesanperlakuan tersebut akan dinilai sama ada mendapat ganjaran atau balasan. Oleh yangdemikian, individu usahawan yang diikat dengan norma-norma agama yang luhur tidak akanmelakukan sebarang bentuk perbuatan yang dicela atau ditegah dalam aktiviti bermuamalah.Atas keinsafan inilah setiap tindakan dilakukan dengan penuh berhati-hati atas dasar keimananyang hakiki kepada Allah SWT.Apa yang menjadi keutamaan bagi setiap individu usahawan adalah memperolehi pendapatyang halal dan berkat. Hasil pendapatan yang sedemikianlah yang dituntut oleh syarak

meskipun sedikit tetapi ia mempunyai nilaian yang tinggi daripada kaca mata Islam. Bagimemenuhi objektif yang murni tersebut, Islam telah menyuluh jalan kepada manusia untukmembersihkan pendapat dan perolehan yang diperolehi melalui aktiviti zakat36 danmenginfaqkan sebahagian daripada harta kepada golongan yang memerlukannya. Komitmen kearah perbuatan yang terpuji ini dinukilkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW37 yangbermaksud: Daripada Abu Dhar RA Nabi SAW bersabda maksudnya: “Individu yang paling banyak kekayaannya adalah orang yang paling rendah darjatnya pada hari Kiamat kecuali orang yang menginfaqkan hartanya demikian dan demikian, ia memperolehinya daripada rezeki yang baik.” (Ibn Majah)Berdasarkan kepada unjuran yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadistersebut, individu yang berjaya menurut neraca keadilan Islam adalah individu yang berjayamenguruskan hartanya dengan cara yang hak dan melaksanakan kewajipannya sebagai individuserta menyumbang manfaatnya untuk kesejahteraan umat manusia. Oleh yang demikian,jelaslah bahawa Islam telah memperundangkan peraturan yang komprehensif dalam mengatururusan tindakan manusia dalam kegiatan muamalah yang merangkumi hak dan kewajipansesama mereka, institusi masyarakat dan negara amnya.Pada hakikatnya, konsep keusahawanan yang digagaskan oleh Islam dipandu oleh sistemwahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah yang mendasari falsafahnya. Syariat Islam telah memberijaminan bahawa asas garis panduan yang disediakan kepada manusia dalam aktivitibermuamalah bukanlah dalam bentuk paksaan sebaliknya ia perlu dihayati dan diaplikasi secaraikhlas dan bersepadu oleh setiap individu. Objektif asas yang difokuskan dalam melangsungkanaktiviti tersebut adalah melahirkan individu usahawan Muslim sebagai masyarakat Islam yangadil (homo Islamicus) yang menekankan unsur-unsur keadilan, berintegriti, bertanggungjawabdan prihatin (altruistic).38Berasaskan pemahaman ini, konsep keusahawanan Islam mencela produk usahawan yangditegakkan atas kepentingan keutamaan ekonomi yang mutlak (homo economicus) yangcenderung kepada keuntungan, tamak dan bersifat menindas. Konsep keusahawanan yangditegakkan atas dasar Islam yang murni tidak pernah menghalang kepada usahawan untukmencipta keuntungan, namun ia tidak boleh sampai ke peringkat yang boleh menindas pihaklain.39 Dengan kata lain, kadar keuntungan yang diperolehi tersebut adalah berpatutan dansewajarnya.Di samping itu, aktiviti keusahawanan juga perlu dibataskan daripada terlibat dengan aktivitiyang diharamkan oleh nas seperti riba, perjudian, akad yang tidak pasti dan sebagainya. Parausahawan perlu menyerlahkan sifat-sifat kesederhanaan dalam diri mereka dan menjauhi unsur-unsur mazmumah. Bagi tujuan membersihkan jiwa para usahawan daripada unsur-unsur tercelatersebut, mereka perlu melazimkan diri memberi sedekah kepada orang Islam yang kurangbernasib baik. Bahkan yang idealnya, bukan sahaja dianjurkan menginfaqkan lebihan daripada

pendapatan yang diperolehi tetapi juga sanggup mengeluarkan bahagian keperluan merekasendiri kepada golongan yang memerlukan.40Apa yang tersiratnya ialah Islam memberi perhatian dan penekanan kepada kebajikan umummerentasi keperluan kepentingan individu. Dalam hal ini, Ibn Taymiyah menegaskan bahawakegiatan mencari keuntungan bukanlah bersifat terbuka dan bebas tetapi ia perlu dibatasidengan prinsip moral dan pedoman syarak yang bertujuan untuk memelihara kebajikan dankepentingan umum manusia.41 Apabila sifat manusia terarah kepada perlakuan positifsedemikian ia dapat memecahkan masalah sosioekonomi yang berlaku dalam institusimasyarakat dapat diselesaikan dalam suasana yang harmonis. Inilah yang digambarkan olehIslam sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang perlu dipenuhi oleh setiapusahawan.Kerangka Keusahawanan IslamDalam konteks keusahawanan, Islam telah mengkodifikasikan prinsip-prinsip asas yangterkandung dalam sistem muamalah Islam untuk diaplikasikan oleh manusia. Oleh keranasistem keusahawanan merupakan sebahagian daripada komponen keagamaan, sudah pastilahgolongan usahawan berkapasiti untuk mematuhinya secara mutlak. Kegagalan dan pengabaiandalam kalangan usahawan untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkanmengakibatkan berlaku ketempangan dan wujudnya lompang-lompang dalam sistemkeusahawanan dan natijahnya, ia akan membawa kesan negatif kepada sosioekonomimasyarakat dan negara amnya. Ini kerana, dalam ajaran Islam setiap tingkah laku manusiatertakluk kepada tanggungjawab beragama dan kesedaran akhlak yang tinggi. Setiap manusiaperlu memelihara keharmonian sesama makhluk dan tidak dibenarkan melakukan sebarangbentuk pencerobohan yang boleh menjejaskan objektif syarak.Justeru, kerangka konseptual keusahawanan yang digagaskan oleh Islam dapat merangsangtransformasi aktiviti keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Muslim berjaya seperti yangdigambarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini kerana neraca keusahawanan yang berteraskanpanduan wahyu dapat membantu manusia mencapai kejayaan yang seimbang di dunia dan diakhirat. Bahkan, segala amalan dan perbuatan yang dilakukan oleh pengusaha yang menepatidengan kehendak agama adalah dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Atas penilaiantersebutlah golongan usahawan perlu bersikap berhati-hati dalam setiap tindak tanduk mereka.Ini kerana perencanaan manusia yang bertemakan kebendaan secara mutlak atau tidakbermoral akan melahirkan persekitaran masyarakat yang dihimpit dengan sindrom fasad akanmemberi impak yang negatif terhadap kesejahteraan umat manusia.Ironinya, keusahawanan Islam secara makro dapat digambarkan sebagai daya usaha yangdigembleng dan dijana oleh manusia dalam mencipta dan mengilhamkan sesuatu kebajikanuntuk kemaslahatan umum manusia42 dalam ruang lingkup maqasid syariyyah bagi memenuhikeperluan hasanah di dunia dan di akhirat. Dari skala mikronya pula, ia merangkumi prosespengwujudan dan operasi pengembangan serta penciptaan peluang yang selaras denganneraca syariat Islam. Justeru, kerangka keusahawanan tersebut perlu dipandu oleh prinsip-prinsip norma yang didukung oleh wahyu sebagai teras kepada falsafahnya. Prinsip-prinsip

asas wahyu ini perlu dikembangkan oleh para usahawan dalam dunia keusahawanan melaluidaya kreativiti dan inovasi manusia bersesuaian dengan sifat syarak yang meraikan pemikiranmanusia.Dalam pada itu, aktiviti keusahawanan juga dilihat memberi insentif kepada pengusaha samaada dalam bentuk kebendaan (dunia) dan juga ganjaran dalam khabar gembira (bashira)ataupun ganjaran syurga di hari akhirat. Pertama, pengusaha yang memikul tanggungjawabtersebut akan mendapat penghormatan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT pada hariakhirat kelak. Namun begitu, pengiktirafan tersebut hanya diberikan kepada individu yangtunduk dan patuh sepenuhnya kepada ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT dangolongan tersebut juga sentiasa menyumbang bakti kepada masyarakat. Kedua, golonganusahawan juga akan memperolehi keuntungan daripada sudut ekonomi.Ini kerana berdasarkan aktiviti keusahawanan tersebut, mereka telah membuka dan menjanapelbagai aktiviti yang boleh menyuburkan sektor ekonomi amnya. Lantaran itu, keusahawananyang ditaja oleh Islam bukanlah hanya bermotifkan kepentingan dunia semata-mata sebaliknyakonsepsi ideal keusahawanan Islam adalah bersifat holistik iaitu mengimbangi keperluanduniawi dan juga memenuhi tuntutan ukhrawi.Tegasnya, apabila elemen-elemen dalam kerangka keusahawan tersebut berfungsi denganbaik, ia akan menatijahkan satu tindakan yang terpuji dan diredai oleh Allah SWT. Ini keranaaktiviti keusahawanan dilihat sebagai satu proses yang dinamis iaitu mewujudkan nilai manfaatuntuk dikongsi oleh masyarakat umum. Objektifnya adalah untuk menyumbang kepadakesejahteraan masyarakat. Oleh yang demikian, tuntutan kepada usahawan untuk menerapkannilai-nilai mahmudah ke atas produk atau perkhidmatan yang disediakan bukan sahajamemenuhi keperluan pengguna (masyarakat umum) bahkan ia adalah sebahagian daripadatanggungjawab yang dituntut oleh agama. Manifestasi kesepaduan kerangka keusahawananIslam dilihat sebagai mekanisme untuk melahirkan golongan usahawan yang berjaya danmemenuhi piawaian yang telah didoktrinkan oleh agama. Umumnya, kerangka modelkeusahawanan Islam boleh digambarkan seperti berikut:

Rajah 2.2: Ilustrasi Kerangka Model Keusahawanan Islam____________17 Senario yang berlaku tersebut diakui oleh William Montgomery iaitu “The religion of Islam was first and foremost a religions oftraders, not a religion of the desert and not a religion of peasants.” Untuk keterangan lanjut sila lihat Reid. A (1984) TheIslamization of Southeast Asia, dlm Muhammad Abu Bakar (eds) : Historia, Malaysian Historical Society, h: 14.18 Rahmah Ismail et. al. (2006) Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu Dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan, h: 1.19 Mustafa Dakian (2005) Sistem Kewangan Islam, h: 13-14.20 Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan al-Quran yang bermaksud: “Dialah Allah SWT yang menjadikan segala yangada di muka bumi untuk kamu.” (al-Baqarah: 29)21 Siddiqi (1981) Muslim Economic Thinking, h: 58.22 Sijjin: nama Kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang derhaka.23 Fazlur Rahman (1974) Islam and Problem of Economic Justice, h: 1524 Abul Hasan Muhammad Sadek (1991) Economic Growth in an Islamic Economy, dlm Development & Finance in Islam, h: 63.25 Ibrahim al-Thahawi (1974) al-Iqtisad al-Islami, jil. 1, h: 246. Rujuk Muhammad `Abd al- Mun`im Khallaf (1973) al-Madiyyah al-Islamiyyah wa `Abduha, h: 165.26 Shahih Bukhari jil. 2, (no. 742)27 Prinsip secara asasnya mengandungi konotasi bahawa tidak boleh melakukan kemudharatan terhadap orang lain dengan caramelakukan kemudharatan ke atasnya. Pemakaian prinsip ini dihurai dengan jelas dalam Mohd Saleh Hj Ahmad (1999) PengantarSyariat Islam, h: 28.

28 Kepentingan umum adalah menjadi keutamaan dalam syaria`t Islam. Atas kepentingan inilah syari`at itu pada dasarnya adalahmaslahah sama ada dalam bentuk mengelakkan kerosakan atau memberi faedah kemaslahatan. Hakikatnya, sesuatu objektifyang dilakukan perlu mengambilkira faedah yang optimum untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat. Lihat `Abd al-Karim Zaydan (1969) Madkhal li Dirasah al-Syari`ah al-Islamiyyah, h: 46. Lihat al-Shatibi (1980) al-Muwafaqat, jld.2, h: 6.29 Lihat Chapra ( 1971 ) The Economic System, h: 9-10. Masudul Alam Choundhury ( 1983 ) An Islamic Social Welfare Function,h: 5-7.30 Lihat Chapra ( 1971 ) The Economic System, h: 9.31 Ibn al-Qayyim (1977) I`lam al-Muwaqqi`in, jld. 3, h: 1.32 M.Umer Chapra (1990) Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil, (terj.) Ismail Omar, h: 11.33 Hadis diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Abu Sa`id R.A. yang mendengar dari Haulah binti Qais R.A.. Lihat al-Tirmidhi(1981), Sunan al-Tirmidhi, jil. 4, no. 2480.34 Yusuf al-Qaradhawi (1995) Dawr al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami, h: 151.35 Al-Nawawi (1994) Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, hadis no. 1827.36 Antara dalil-dalil yang mengisyaratkan kewajipan menunaikan tuntutan sepertimana firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yangbermaksud: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihka dan mensucikan mereka danmendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengarlagi Maha Mengetahui.” (terjemahan, al-Taubah:103)37 Lihat Ibn Majah (1980) Sunan Ibn Majah, jil. IV, no. 4130.38 Afzal- ur-Rahman (1980) Economic Doctrines, jld. 1, h: 56. Kenyataan ini juga mempunyai persamaan dengan MuhammadAbd al-Rauf (1979) The Islamic Doctrines of Economics and Contemporary Economic Thought, h: 129.39 Lihat Monzer Kahf (1978) The Islamic Economy: Analytical Study of Functioning of the Islamic Economic System, h: 120-125.Plainfield, Indiana Muslim Student’s Association. Begitu juga dlm penulisan Muhammad Abd al-Rauf (1979) The Islamic Doctrinesof Economics and Contemporary Economic Thought, h: 138-140.40 Nazeer (1981) The Islamic Economic System, h: 16.41 Ibn Taymiyah (1985) al-Siyasah al-Shar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyah, h: 12-18.42 Ibn Khaldun dalam analisis penulisannya juga turut menyentuh aspek ekonomi yang berkaitan dengan buruh, kewangan, nilaiharga, pengeluaran dan pengagihan, pusingan modal, perdagangan, pembiaan awam untuk kesejahteraan rakyat dan sebagainyakhususnya dalam zaman Islam klasik .Lihat Ibn Khaldun (1981) Muqaddima, h: 360.

BAB KEDUDUKAN KEUSAHAWANAN ISLAM 4Kedudukan Keusahawanan IslamIslam sebagai satu agama fitrah43 kepada manusia sudah tentulah meraikan setiap keperluaninsan dalam memakmurkan alam yang diciptakan kepadanya. Bagi tujuan melicinkan perjalananhidup manusia dalam konteks keharmonian sejagat, Allah SWT telah menyediakan peraturandan undang-undang tertentu kepada manusia untuk diaplikasikan dalam setiap bidangkehidupan. Semua ketentuan yang telah ditetapkan tersebut bukan sahaja perlu dipatuhi keranaia kelak akan dinilai oleh Allah SWT.Justeru, setiap perlakuan manusia perlu diharmonisasikan dengan objektif-objektif yang telahtermaktub dalam kitab wahyu supaya diri manusia tersebut bukan sahaja selamat dan sejahteradi alam dunia tetapi juga di alam akhirat. Oleh yang demikian, Islam begitu menghargaipenganutnya yang memberikan komitmen untuk mencapai misi dan visi tersebut. Atas alasaninilah, pandangan semesta setiap individu Muslim dipengaruhi oleh doktrin wahyu yang bersifatmutlak dan pemutus bagi setiap aktiviti manusia.Secara prinsipnya, kedudukan keusahawanan dalam Islam diklasifikasikan dalam komponenfardu kifayah. Kenyataan ini secara eksplisitnya memberi gambaran bahawa ia merupakan satuobligasi yang perlu ditunaikan oleh manusia. Bagaimanapun, tuntutan melaksanakannya dibuatdalam bentuk kelompok masyarakat. Justeru, sekiranya aktiviti tersebut dilaksanakan olehmana-mana individu maka gugurlah tanggungjawab ke atas kelompok masyarakat tersebut.Namun, jika tugas tersebut tidak dipenuhi oleh ahli masyarakat terbabit, sudah tentulah liabilitidosa akan ditanggung oleh masyarakat berkenaan. Pensyariatan aktiviti jual beli atauperdagangan ataupun keusahawanan telah dinukilkan dalam Al-Quran sepertimana dijelaskanoleh Allah SWT yang bermaksud: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (al-Baqarah:275)Ayat di atas dengan tegasnya menyatakan bahawa Allah SWT Yang Maha Bijaksana telahmenghalal dan mengharuskan kegiatan jual beli dalam aktiviti muamalah manusia. Perkataan al-bay44 yang didapati dalam ayat tersebut adalah lafaz yang bersifat umum daripada segimaknanya. Istilah tersebut juga merujuk kepada pelbagai jenis transaksi yang melibatkanmanusia merangkumi domain perniagaan, aktiviti perusahaan, perindustrian dan pelbagai lagiyang memberi maksud kepada penghasilan keuntungan (make profits).

Pada prinsipnya aplikasi perkataan al-bay memberi maksud bahawa ia meliputi dua makna iaitukeusahawanan dan bermotifkan keuntungan. Justeru, pentafsiran ayat tersebut dapatdirumuskan bahawa manusia diberi kebebasan untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksiperniagaan melainkan terdapat tegahan atau larangan daripada nas syarak.45 Contohnya,setiap transaksi perniagaan yang mengandungi unsur-unsur riba46 adalah diharamkan olehsyarak.Manusia diciptakan oleh Allah SWT bersifat kreatif dan dinamis untuk memajukan diri, keluargadan membangunkan institusi masyarakat amnya. Atas peranan tersebut, Islam memberidorongan kepada manusia untuk menggemblengkan daya dan usahanya memanipulasikan hasil-mahsul alam ini yang merupakan sebahagian daripada pemberian nikmat yang berlimpah-ruahkepada manusia atas kapasitinya sebagai pentadbir bumi. Daya usaha ke arah penjanaan hasilalam ataupun harta ini diistilah sebagai penerokaan pencarian rezeki yang telah dianugerahkanoleh Allah SWT. Dalam istilah keagamaan, ia dikenali sebagai “Ibtaghu min Fadl li Allah. ”47Penegasan ini disyaratkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran berdasarkan firmanNya yangbermaksud: Apabila telah menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu berjaya. (al-Jumu`ah: 10)Merujuk kepada maksud firman Allah tersebut, Imam Ibn Kathir48 mengemukakanpandangannya bahawa setelah manusia selesai menunaikan solat, maka mereka diminta untukmeneruskan aktiviti pekerjaan mencari rezeki di bumi Allah SWT ini. Meskipun manusia dituntutberiltizam melaksanakan tanggungjawab tersebut, namun di akhir ayat tersebut ia menuntutmanusia mengikat diri kepada PenciptaNya. Secara prinsipnya, Islam menyeru penganutnyamemaksimumkan usaha mereka dalam soal pencarian kurnia Allah SWT (rezeki). Walaubagaimanapun, usaha ke arah pencapaian tersebut perlu ada batasannya supaya manusiatidak bersikap alpa dan lalai daripada mengingati Allah SWT. Ini kerana, kepatuhan manusiakepada titah perintah Allah SWT akan memberi keuntungan dan kejayaan yang hakiki secaramutlak kepada manusia.Interpretasi yang telah dikemukakan oleh pemikir Ibn Kathir telah menampilkan pandanganbahawa objektif kejayaan yang perlu dikejar oleh setiap individu manusia ialah mendapatrahmat daripada Allah SWT bukan sahaja di dunia tetapi juga berkesinambungan di alamakhirat nanti. Tegasnya, pensyariatan pencarian rezeki yang berorientasikan keuntunganbukanlah satu tindakan yang menyalahi syarak. Malah, terminologi perdagangan ataupunperniagaan yang bermotifkan keusahawanan ini telah diulang sebanyak 370 kali dalam Al-Quran. Gambaran yang sedemikian telah membuktikan bahawa secara eksplisitnya iamemperlihatkan manifestasi nilai yang bersifat komersial disokong sepenuhnya oleh Al-Quran.49Jika disingkap sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW, Baginda juga adalah antara individuusahawan yang berjaya sama ada dalam bidang perniagaan, pengurusan, kemanusiaan dansebagainya. Dalam konteks perniagaan, Baginda telah berjaya menguruskan perniagaan yang

dimiliki oleh Sayyidatina Khadijah Khuwailid dengan begitu cemerlang. Begitu juga dalam aspekkemanusiaan, Baginda SAW telah melakukan transformasi manusiawi ke atas penduduk Arabdan berjaya mengislahkan masyarakat yang tenggelam dalam dunia jahilliah kepada akidahyang sihat. Baginda juga telah memberi tunjuk ajar kepada masyarakat Arab tentangkebebasan berfikir dan pembentukan institusi masyarakat yang berteraskan kepada kebebasanindividu, keadilan dan kemuliaaan keperibadian yang luhur.Sirah yang berlaku ini jelas menunjukkan Rasulullah SAW bersikap positif terhadap aktivitikeusahawanan. Ironinya, aktiviti pengumpulan harta adalah sesuatu yang dituntut kepada setiapindividu namun ia perlu dilakukan dalam satu order yang sihat menurut kerangka syarak. Jikadiperhatikan dalam Al-Quran50 didapati apreasiasi terhadap golongan manusia yangmemakmurkan alam atau pun dikenali sebagai pengusaha adalah satu usaha yang murni.Tindakan tersebut mencerminkan ia sebagai asas landasan kepada pra syarat masyarakatyang berperadaban tinggi.Justeru, semua kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai rahsianya yang tertentu.Sebagai contoh, Allah SWT menciptakan siang supaya manusia menggunakan kreativiti yangada pada mereka supaya dapat mengeksploitasi alam untuk tujuan menjana harta dan dijadikanmalam sebagai masa yang ideal untuk manusia beristirehat. Kenyataan ini digarap melaluifirman Allah SWT yang bermaksud: Dan kerana rahmat-Nya, dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. (al-Qasas: 73)Sehubungan dengan itu, jika dilihat kedudukan keusahawanan daripada sudut dimensi sunnahpula, kegiatan keusahawanan yang dipraktikkan oleh manusia telah mendapat pengiktirafandaripada sumber tersebut. Dalam satu riwayat yang menyentuh tentang jawapan NabiMuhammad SAW, Nabi ditanya berkaitan usaha manakah yang paling baik? Lantas Bagindamenjawab dengan sabdanya yang bermaksud:51 “(Usaha yang paling baik) iaitu usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan tangannya dan setiap (transaksi) jual beli itu adalah mabrur (diberkati) diiktiraf.”Dalam satu hadis yang lain Nabi Muhammad SAW yang lain, daripada Syabib bin Ghardaqahberkata maksudnya:52 “Saya telah mendengar al-Hayyi membincangkan hadis yang telah dipetik daripada `Urwah bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memberikan kepadanya satu dinar untuk membeli seekor kambing bagi pihaknya kemudian dia membeli dua ekor kambing dengan wang tersebut. Lalu dijual salah seekor daripada dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian beliau berjumpa Nabi Muhammad SAW bersamanya seekor kambing dengan harganya satu dinar. Kemudian Nabi

Muhammad SAW mendoakan kepadanya keberkatan atas jual beli tersebut, meskipun beliau menjual tanah sekalipun pasti ada keuntungan di dalamnya. (al-Bukhari)Berdasarkan dalil hadis yang dibentangkan tersebut, pendirian Nabi Muhammad SAW dalamsunnahnya telah menyokong dan memperakui aktiviti perniagaan yang diusahakan olehmanusia. Tambahan lagi Nabi Muhammad SAW mendoakan keberkatan ke atas usaha yangdilakukan tersebut. Pendalilan yang dikemukakan ini telah mengisyaratkan bahawa aktivitiperniagaan yang termasuk dalam unsur keusahawanan diiktiraf oleh syarak.Secara tipikalnya, tema keusahawanan yang diprojekkan oleh Islam bukanlah berasaskankeuntungan dan objektif material semata-mata tetapi lebih cenderung kepada memenuhitanggungjawab keperluan agama. Konseptual keusahawanan bukan sahaja menyumbang danmemberi faedah kepada manusia amnya namun fungsinya merentasi daripada kefahamantersebut. Ia perlu digerakkan atas landasan keadilan dan kesejahteraan sebagai asaspertimbangan ke arah melestarikan konseptual kebajikan menurut acuan Islam.Secara tidak langsung ia dapat memelihara kepentingan umum manusia dan mendapatpembelaan yang sewajarnya seperti yang dituntut oleh objektif syarak. Tuntutan ke arahmemenuhi objektif ini terarah kepada petunjuk dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan dalamayat 29 surah al-Nisa. Islam hanya mengiktiraf transaksi jual beli atau aktiviti perniagaan atauaktiviti keusahawanan yang cenderung kepada perdagangan diistilahkan sebagai al-tijarahsecara baik dan harmoni dalam kalangan manusia. Sarjana tafsir seperti al-Qurtubi53memperincikan konseptual al-tijarah mengandungi maksud aktiviti seperti berikut:i- Kegiatan pertukaran di sesuatu tempat tanpa bermusafirii- Transaksi perniagaan yang mengandungi unsur-unsur seperti barang atau harta yang dioperasikan secara perpindahan dari satu destinasi ke destinasi yang lainBerdasarkan kepada pandangan yang telah dikemukakan tersebut, jelaslah bahawa syariatIslam menyeru manusia melibatkan diri dalam aktiviti perekonomian yang mempunyai potensiuntuk membantu menjana pendapatan atau keuntungan kepada manusia.54 Ia dituntutmengaplikasikan dalam kehidupan manusia selagimana tidak berlaku kezaliman dan penindasansesama insan.Komponen-Komponen Berkaitan Dengan Kedudukan Keusahawanan IslamUntuk memperincikan kedudukan keusahawanan dalam Islam, kupasannya merangkumikomponen-komponen seperti berikut:Konsep KhalifatulardDalam rangka fahaman Islam, syariat ini telah memperakui bahawa manusia ataupun dikenalisebagai insan adalah makhluk yang paling ideal untuk mengurus dan mentadbir alam ini.55Berdasarkan kepada ketentuan inilah manusia sebagai khalifatulard atau vicegerency yang

meliputi fungsinya sebagai qiyadah (ketuanan) perlu dilihat daripada dimensi rohaniah supayapemahaman tentang insan, status dan kedudukannnya, peranan serta objektifnya selari dengantuntutan dan keperluan agama.Manusia atas kapasitinya sebagai pemegang amanah telah diungkap dalam terminologi yangberbeza-beza dalam Al-Quran iaitu dengan terma insan56 sebanyak 65 kali, al-nas57 sebanyak240 kali dan al-ins58 dinyatakan sebanyak 18 kali. Asas pertanggungjawaban memakmurkanalam dibebankan kepada manusia disebabkan ia adalah makhluk yang bersifat dwi rohaniahdan dikurniakan akal berbanding dengan makhluk ciptaan yang lain. Namun begitu, hala tujuyang perlu difokuskan oleh manusia dalam membangunkan alam ini adalah untuk memenuhiruang lingkup kebaikan dan kemakmuran untuk dikongsi oleh seluruh makhluk.Dalam memenuhi obligasinya sebagai pemegang amanah, Allah SWT telah menyediakankeperluan asas kepada manusia sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupannya dialam ini. Jaminan dalam memenuhi keperluan asas tersebut direkodkan dalam Al-Quran melaluifirman Allah SWT yang bermaksud: Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Sholeh. Sholeh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu memakmurkannya, oleh itu mohon ampunlah kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).” (Hud: 61)Menurut perbincangan yang telah dikemukakan oleh Fakh al-Din al-Razi,59 beliau menjelaskanbahawa penciptaan alam ini adalah bertujuan bagi faedah manusia. Oleh yang demikian, bagimemenuhi maksud tersebut, manusia telah dianugerahkan dengan potensi kemampuan untukmenguruskan sumber alam tersebut untuk menjamin kemaslahatan umum manusia. Pandanganyang dikemukakan oleh al-Jassas60 pula, beliau mentafsirkan bahawa Allah SWTmemerintahkan kepada manusia dalam usaha memakmurkan alam ini mereka perlumempelbagaikan aktiviti kerja-kerja pembangunan yang merangkumi bidang pertanian,pembinaan dan pelbagai sektor yang lain berdasarkan keperluan semasa manusia.Bagi tujuan memudahkan manusia menyusun dan mengatur sistem kehidupan yang dinamismaka Allah SWT telah menundukkan segala perbendaharaan alam yang meliputi angkasa,darat, lautan, dasar bumi dan sebagainya untuk diguna dan diolah sepenuhnya oleh manusia.Kupasan perbincangan ini telah disentuh oleh Al-Quran dalam beberapa tempat seperti firmanAllah SWT yang bermaksud: “Dia lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikanNya tujuh langit dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu.” (al-Baqarah:29)

Dalam kenyataan lain, Allah SWT telah menundukkan alam raya kepada manusia berdasarkanfirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. ” (Ibrahim:33)Dalam ayat yang lain, lautan diciptakan untuk kemudahan manusia, seperti firman Allah SWTyang bermaksud: “Allahlah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapalkapal dapat belayar padanya dengan izinNya dan supaya kamu dapat mencari KurniaNya dan mudah- mudahan kamu bersyukur.” (al-Jathiyah:12)Berdasarkan petunjuk ayat-ayat Al-Quran yang dipaparkan tersebut menatijahkan bahawasecara empirikalnya setiap zat dan unsur yang ada dalam alam fizikal ini adalah dijadikan untukmanfaat manusia sepenuhnya. Untuk merealisasikan keperluan tersebut, pengisian kepadakonsep kekhalifahan ini perlu diisi dengan konseptual pembangunan yang bersifat lestariataupun sustainable developement.61 Usaha tersebut meliputi domain pembangunankemanusiaan dan juga domain pembangunan alam. Kedua-dua proses domain tersebut perluberjalan dengan serentak dan diimbangi dengan keperluan keagamaan.Intipati kepada pengisian kerangka pembangunan dalam ruang lingkup Islam diakari denganfalsafah yang bersifat kerohanian dan material. Menurut al-Baydhawi,62 beliau mengemukakanpandangan bahawa secara konseptualnya konsep kekhalifahan bersifat umum dan merangkumidua perspektif iaitu pembangunan manusia dan pembangunan alam. Tumpuan pembangunanyang dimaksudkan ialah mengoptimumkan kesejahteraan manusia (al-falah) ke tahapmaksimum dalam memenuhi setiap bidang keperluan manusia dengan berpandukan acuansyarak. Elemen agama ini diberi kedudukan yang istimewa kerana ia menjadi teras kepadakehidupan insan.Atas kesedaran inilah ia memberi satu garis panduan kepada manusia tentang kepentinganamanah keinsanan (primodial contract) adalah satu tanggungjawab yang perludiimplementasikan dengan petunjuk agama. Segala perlakuan dan tingkah laku manusia perluterarah kepada jalan kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, kerosakan dan kezaliman.Dengan kata lain formula untuk mencapai jalan tersebut ialah dengan berpegang kepada prinsip”al-Amr bi al- M`aruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar.” Pematuhan dan pemakaian prinsip ini menepatidengan hakikat insan yang perlu patuh dengan meng`abdikan dirinya secara jazam kepadaAllah SWT dan terikat sepenuhnya kepada perundangan yang telah diwartakan oleh wahyu.Oleh yang demikian, insan yang berfungsi sebagai pemegang amanah bertanggungjawabmemakmurkan alam ini perlu bertindak di atas landasan yang betul dan bukan dengan caramelampaui batas dan melakukan pelanggaran hak-hak yang lain.

Hal yang sedemikian disebabkan konseptual insan berkisar kepada kesatuan konsep khilafahdan juga konsep ùbudiyyah.63 Kedua-dua fungsi ini tidak boleh dijuzukkan secara tunggal danterasing. Sebaliknya, kedua-dua fungsi perlu dintegratifkan dengan ikatan keagamaan yangmenjadi sendi penghubung untuk menyempurnakan fungsi insan sebagai makhluk yang mulia disisi Allah SWT. Apabila kedua-dua fungsi ini diiltizamkan oleh manusia dengan penuh kesedaranberagama dan beradab, ia akan bertindak sebagai kawalan rohaniah yang mengawasi setiapperlakuan manusia supaya bertindak dengan cara yang dihalalkan oleh syarak. Oleh itu,jelaslah hakikat insan akan lebih terserlah potensinya apabila konsep khalifah dan konsepùbudiyyah disepadukan untuk dihayati oleh manusia yang bergelar sebagai pemegang amanah.Namun begitu, apabila fungsi keinsanan tersebut dicerakin dan dipisahkan, ia akan melahirkanmanusia yang cenderung kepada perbuatan yang mungkar dan bertentang dengan kehendakagama. Manusia yang bersifat sedemikian bersikap bebas untuk memanipulasi khazanah alammengikut tuntutan hawa nafsunya tanpa mengambil kira larangan dan keperluan agama.Mereka bebas untuk mengolah hasil-mahsul alam meskipun ia bertentangan dengan etikamoral. Kealpaan manusia memahami amanah yang perlu dipikulnya mengakibatkan ia hanyutdalam lautan kesesatan dan kesudahannya ia boleh menjatuhkan martabat kemuliaan kepadakehinaan. Kegagalan memahami fungsi tersebut menyebabkan sifat-sifat keji (mazmumah) tidakdapat dikekang dan dikawal. Dalam situasi sedemikian manusia sudah hilang pertimbanganagama.Justeru, adalah menjadi satu keperluan kepada manusia untuk mengintegrasikan nilai agamabersendikan tauhid yang disimbolkan sebagai obor kehidupan dengan keperluan kehidupanmanusia di dunia yang bersifat kebendaan. Ini kerana, keseimbangan ini merupakan mekanismeintegratif yang terbaik terhadap manusia dalam usaha memakmurkan alam. Kombinasi antaradua pendekatan tersebut akan mengadunkan satu formula yang akan mencermin danmenzahirkan ketinggian nilai hati budi dalam diri manusia. Nilai-nilai yang terangkum danbersendikan keimanan yang hakiki kepada Allah SWT tersebut akan menjadi penebat kepadamanusia supaya tidak merosakkan fungsi agungnya sebagai khalifatulard. Kesan tersirat disebalik penghayatan yang mutlak kepada konsepsi tersebut akan menyerlahkan kerangka hatibudi individu Muslim, mukmin dan muflih.Cerminan kepada ciri-ciri tersebut akan menzahirkan keperibadian yang terpuji seperti yangdituntut oleh petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Individu yang memiliki sifat-sifat sedemikianlayak mendapat penghormatan yang tinggi oleh Allah SWT serta menepati kriteria khalifatulardyang memiliki karisma untuk memakmurkan alam ciptaan Ilahi ini. Walau apapun tingkah lakumanusia sama ada yang berimpakkan politik, kesenian, teknologi, sosial, ekonomi dansebagainya ia perlu diharmonisasikan dengan nilai-nilai agama yang bertindak sebagai akaryang mendasari setiap bidang keperluan manusia. Natijahnya, ia akan menitipkan kesedarandalam hati setiap manusia bahawa setiap fenomena dan segala hasil ciptaan manusia padakemuncaknya akan membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah Yang Maha Esa.Sehubungan dengan itu, konsepsi keseimbangan pembangunan khalifatulard yang idealdiilustrasikan dalam Rajah 3.1 seperti berikut:

Rajah 3.1: Keseimbangan Pembangunan KhalifatulardOleh yang demikan, apabila dihazafkan unsur-unsur kerohanian yang berteraskan nilai agamadalam diri manusia sudah pastilah ia akan mendorongnya melakukan sesuatu tindakankezaliman dan bercanggah dengan objektif syarak. Natijah daripada perlakuan manusia yangtidak bertanggungjawab ini secara tidak langsung akan menzahirkan simptom fasad yangmemandu manusia ke arah kerosakan dan kebinasaan di dunia dan di akhirat. Golongan yangbertindak sedemikian bebas daripada ikatan nilai dan norma agama serta cenderung kepadatingkah laku yang bersifat anarki. Kemuncaknya, hilanglah nilai-nilai kemanusiaan disebabkannilai-nilai mazmumah mengatasi nilai-nilai mahmudah. Realiti tentang kehidupan manusia di duniaini dilakarkan dalam Al-Quran iaitu yang bermaksud: “Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan Kami). Dan lidah serta dua bibir (untuk menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya). Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk diikutinya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya).” (al-Balad: 8-10)Secara tipikalnya, objektif utama perutusan manusia di muka bumi ini bukanlah untukmengisytiharkan bahawa kedudukannya sebagai makhluk yang teristimewa berbanding makhluklain. Sebaliknya, penugasan yang perlu didokong dan dijunjung oleh manusia iaitu dapatmemenuhi amanahnya sebagai hamba yang sentiasa beriltizam taat dan patuh secara mutlakterhadap segala titah perintah Allah. Kedudukan manusia di sisi Allah SWT tidak lebih daripadasekadar hamba yang perlu tunduk kepada PenciptaNya Yang Maha Agung seperti yang

difahami dalam kerangka tauhid. Dengan keterangan lain, manusia bertanggungjawab terhadapapa sahaja perbuatan yang dilakukannya di atas muka bumi ini. Legitimasi daripada Al-Qurantelah merekodkan keterangan tersebut sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (al-Mukminun: 115)Justeru, dalam usaha manusia memenuhi fungsinya sebagai khalifatulard, ia perlu menginsafibahawa neraca pengukuran kedudukan insan di sisi Allah SWT ialah sejauh mana iamengabdikan diri secara mutlak kepada PenciptaNya. Atas pemahaman inilah, setiap tingkahlaku ke arah kebaikan manusia dinilai sebagai ibadah. Sebaliknya, perbuatan yang cenderungkepada keji dan kejahatan akan mendapat balasan yang sewajarnya. Kenyataan ini dirakamkandalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (al-Zalzalah: 7-8)Berasaskan pemahaman inilah, Islam telah meletakkan tanggungjawab kepada manusiasebagai pengurus untuk mentadbir dan mengurus sumber alam yang dimiliki oleh Allah SWTsecara adil dan saksama. Sebagai seorang usahawan, setiap apa yang diusaha dandikerjakannya adalah bertujuan untuk memberi manfaat bukan sahaja untuk dirinya tetapi jugakepada masyarakat umum. Sumbangan manfaat tersebut adalah bersifat nilai tambah64 untukdikongsi oleh seluruh ahli masyarakat.Berasaskan kepada pengwujudan nilai tambah tersebut dalam institusi masyarakat ia menjadipemangkin ke arah menzahirkan objektif mengutamakan kepentingan umum mengatasikepentingan individu. Tradisi nilai terpuji ini menjadi sebahagian daripada norma keusahawananIslam yang berteraskan keadilan sosioekonomi. Kesedaran tentang keutamaan kemaslahatanumum mengatasi kepentingan individu merupakan kunci utama kepada pengusaha untukberbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan agama.Tuntasnya, keusahawanan Islam telah meletakkan kedudukan khalifatulard dikonotasikansebagai pengusaha. Ia berfungsi sebagai daya penggerak untuk menjana nilai tambah ke atassegala khazanah alam yang diciptakan untuk disumbangkan kepada kelompok masyarakat danbukannya hanya berorientasikan keuntungan kebendaan secara total. Sebaliknya, pengusahabertanggungjawab menawarkan perkhidmatan dan menunaikan tanggungjawab sosial atausebarang bentuk inovasi yang lain untuk dinikmati oleh ahli masyarakat. Namun begitu, Islamtidak menghalang kepada mana-mana individu berusaha untuk mendapatkan ganjaran untukkepentingan individu. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi keperluan individu dan keluarga,ia juga perlu diimbangi dengan keperluan umum masyarakat.65 Tuntutan ini bersesuaian dengankeperluan manusia sebagai pemegang amanah untuk menyuburkan kehidupan dan

melangsungkan peradaban.Justeru, kedangkalan dan kesempitan akal manusia memahami kedudukan dan fungsikhalifatulard akan memberi kesan negatif dan ia berpotensi cenderung mencipta penderitaankepada manusia sama ada dalam bentuk kebendaan atau dekadensi moral. Tambahan lagisebagai pengusaha, apabila objektif kekhalifahan disongsangkan ia akan membuka ruangkepadanya untuk mengeksploitasi sumber yang ada untuk faedah dan keuntungan dirinyasemata-mata. Kelemahan dan kekurangan yang wujud ini secara tipikalnya disebabkan olehkesombongan, keegoan dan kebodohan manusia untuk tunduk dan patuh atas kapasitinyasebagai hamba kepada Penciptanya Yang Maha Agung.Apabila kemenangan hawa nafsu mengatasi nilai Ilahiah sudah tentulah ia akan menyerlah sifat-sifat keji dalam diri pengusaha seperti penting diri, kikir,66 tamak haloba, boros, membazir,menipu, memanipulasi harga, menindas pengguna dan pelbagai lagi sifat negatif yang jelasberkontradiksi dengan dogma agama. Apa yang nyata tingkah laku manusia yang zalim inimenzahirkan naluri kebinatangan dan secara tidak langsung meletakkan taraf kedudukannyapada tahap yang lebih rendah dan dipandang hina. Premis kenyataan ini dinukilkan oleh AllahSWT dalam Al-Quran al-Karim yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A`raf:179)Berasaskan peruntukan ayat Al-Quran tersebut, pandangan yang dilontarkan oleh Ibn Kathir,67beliau menyatakan bahawa semua anggota tubuh badan manusia diciptakan adalah untukmencari hidayah atau petunjuk kebenaran Allah SWT. Namun begitu, amat malanglah bagimanusia yang menyalahgunakannya ke arah petunjuk yang sesat sehingga menyebabkanmartabat keinsanan sama seperti haiwan bahkan ternyata jauh lebih sesat.Ringkasnya, pemahaman khalifatulard secara fundamentalnya ialah sebagai makhluk yangdinamis diciptakan Allah SWT untuk melangsungkan kehidupannya di muka bumi ini. Sebagaibalasannya, manusia perlu akur dan patuh terhadap kodifikasi hukum yang telah ditentukan olehAllah SWT secara keseluruhannya sama ada dalam bentuk perhubungan interaksinya denganAllah SWT, sesama manusia dan alam. Bersesuaian dengan statusnya sebagai hamba Allahatau sebagai duta di alam ini, manusia perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk merealisasidan menterjemahkan kandungan wahyu dalam bentuk amali supaya dapat dihayati olehkeseluruhan umat manusia.Secara idealnya, untuk mengisi tanggungjawab sebagai pemegang amanah, manusia perlumengurus dan mengusahakan sumber alam ini bukan sahaja untuk faedah dirinya tetapi juga

perlu mengolah manfaat tersebut untuk kesejahteraan kepentingan umat manusia dan makhluklain di dunia ini. Oleh yang demikian, segala bentuk perlakuan manusia atau pun pengusahayang mengisyaratkan ke arah natijah yang baik dan positif menurut dimensi syariat sudahpastilah ia akan meletakkan kedudukan pelaku tersebut sebagai makhluk yang mulia di sisiAllah SWT. Kesimpulannya, fungsi manusia diutuskan di muka bumi ini dapat dilihat pada Rajah3.2. Rajah 3.2: Fungsi Manusia Menurut Kerangka Islam

Konsep Usaha Dalam IslamDari sudut pandangan Islam, pemerihalan tentang konsep usaha adalah kunci utama untukmembangunkan peradaban manusia. Bertepatan dengan ciri-ciri kedinamikan yang ada kepadamanusia sebagai makhluk sosial sudah tentulah ia perlu berusaha untuk menyempurna danmenjamin kelangsungan kehidupannya secara harmonis di alam ini. Asas ketentuan inimengisyaratkan bahawa Islam memberi galakan dan bersikap positif terhadap manusia supayaberusaha dengan penuh iltizam mengurus alam untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki.68Unjuran dan dorongan kepada manusia supaya berusaha secara pro aktif mendapatkanpulangan yang produktif dilihat sebagai keperluan memenuhi tanggungjawab agama69 yangperlu dipikul oleh setiap individu. Secara tidak langsung melalui aktiviti pencarian kurniaan AllahSWT tersebut, ia bukan sahaja dapat memenuhi keperluan dirinya tetapi juga untuk keluargadan masyarakat amnya. Pemahaman kepada penekanan usaha ini digarap melalui firman AllahSWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan kami jadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki.” (al-Naba’:11)Intisari pemahaman ayat tersebut menekankan bahawa syariat Islam menyarankan kepadaumat manusia berusaha atau bekerja dalam konteks pencarian rezeki. Mesej yang hendakdisampaikan ini mengandungi makna tersirat iaitu setiap usaha atau pekerjaan yang dilakukanbagi memenuhi objektif pencarian kurniaan Allah SWT adalah dikategorikan sebagai amalanyang terpuji. Secara implisitnya, tindakan yang diusahakan tersebut menepati dengan jalanyang dikehendaki oleh Allah SWT.70Dalam memenuhi amanah Ilahi tersebut, Islam mendorong umatnya supaya berusaha kepadaperkara yang boleh memberi faedah dan yang lebih penting lagi ialah mendapat rahmat dankeredaan daripada Ilahi. Objektif mendapat keredaan daripada Ilahi ini dilihat sebagai subjekpenting kepada natijah sesuatu usaha yang dilakukan kerana manfaat dan keuntungan tersebutbukan sahaja dituai di alam dunia tetapi berkesinambungan sehingga ke alam akhirat. Justeru,setiap usaha yang dipraktiskan oleh manusia secara idealnya diisbatkan sebagai memenuhikeperluan tuntutan kemanusiaan dan dalam masa yang sama juga menunaikan tangungjawabyang dituntut oleh agama itu sendiri.71Bertitik tolak daripada pemahaman tersebut, sarjana seperti Ismail Raji Faruqi72 mengutarakanpandangannya secara empatik bahawa, Islam adalah ajaran yang menekankan kepadatindakan (a religions of actions). Pandangan yang dilontarkan ini menjelaskan bahawa Islammenyeru pengikutnya mengisi ruang masa dan waktu di alam dunia ini supaya berusahamelakukan amal perbuatan yang dapat menyerlahkan lagi potensi keinsanan sebagai makhlukyang mulia. Malah, Al-Quran telah memprojekkan kerja yang bermanfaat (amal soleh) denganistilah iman ataupun dengan ketentuan diungkap sebanyak 50 kali.73 Gabungan kompilasi kedua-dua istilah

tersebut memberi satu `ibrah bahawa Islam adalah ajaran yang bersifat praktikal yangberpaksikan nilai-nilai luhur al-din. Berasaskan doktrin kepercayaan yang telah diisyaratkanoleh Al-Quran tersebut menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya berusaha,berinovatif dan bersifat kreatif bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan yang dimilikioleh individu masing-masing.Malah, jika dibongkar isi kandungan dalam Al-Quran, didapati sebanyak 360 ayat memerihalkanberkaitan amal usaha dan 109 ayat memperincikan tentang perbuatan ataupun dikenali sebagaifi`il.74 Dalam pada itu, penggunaan terma istilah lain juga diaplikasikan oleh Al-Quran dalammenginterpretasikan konotasi usaha seperti istilah jahada 75 kasaba 76 dan baghiya Dalam ruang linkup pengertian Al-Quran, ketentuan istilah-istilah tersebut adalah bersifatsuci yang mengandungi makna umum serta merangkumi seluruh lapisan peringkat manusiasupaya aktif berusaha dan bekerja. Meskipun begitu, apa sahaja bentuk pekerjaan yangdiusahakan oleh manusia tidak boleh dipisahkan dengan doktrinisasi moral yang bertunjangkanakhlak Islam.Atas kepentingan inilah, Islam telah bertindak mengintegrasikan nilai-nilai rohani dan jasmanidalam setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia. Sebarang bentuk usaha yang melibatkankepentingan duniawi perlu diimbangi dengan norma-norma akhlak. Ia bertujuan untukmengekang atau mengawal kecenderungan hawa nafsu manusia yang meruntun jiwa manusiake arah golongan yang melampaui batas. Peringatan ini disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quranyang bermaksud: “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang menjalar dan yang tidak menjalar, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampau-lampau.” (al-An`am:141)Ibn Kathir menafsirkan ayat tersebut, bahawa Allah SWT mengurniakan rezeki kepada manusiauntuk faedah dan kepentingan umumnya. Nikmat yang dianugerahkan tersebut perludimanfaatkan dengan sebaik mungkin berasaskan panduan yang telah ditentukan oleh AllahSWT. Namun begitu, Allah SWT menyelar sikap manusia yang tidak menunaikan hak ke atasrezeki yang diperolehi tersebut dan yang bersifat boros. Sesungguhnya, perbuatan membazirdan berlebih-lebihan tanpa batasan adalah dikeji oleh Allah SWT.77Pada prinsipnya, setiap usaha yang dilakukan oleh setiap individu manusia perlu dipastikansecara jelas dan dapat dibezakan secara hak supaya ianya selaras dengan syariat. Perlakuandan tindak tanduk manusia dalam setiap sebarang bentuk pekerjaan perlu berasaskan kepadanilai-nilai mutlak yang telah ditentukan oleh wahyu. Oleh yang demikian, amal usaha yangdilaksanakan oleh manusia adalah diiktiraf sebagai ibadah sekiranya usaha tersebut

berorientasikan pengabdian kepada Allah SWT. Premis kenyataan ini disokong melalui petunjukyang digambarkan dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah: 21)Terma “sembahlah” dalam ayat tersebut mengandungi makna ibadah. Pentafsiran ini diulas olehIbn Taimiyyah dengan membuat penegasan bahawa konsepsi istilah ibadah mengandungipemahaman yang bersifat umum. Ia dapat difahami berdasarkan apa sahaja usaha yangdilakukan menepati dan diredai oleh Allah SWT terkandung dalam maksud ibadah. Termasukjuga dalam pengertian ini iaitu perkataan atau perbuatan sama ada yang bersifat zahir ataubatin. Sebagai contoh amal perbuatan yang terangkum dalam domain kerangka ibadah sepertisembahyang, puasa, zakat, haji, amal bakti kepada kedua ibu bapa, menghubungkansilaturrahim, bermuamalah secara terpuji, berakhlak mulia, mengutamakan nilai-nilai luhur,bersifat penyayang kepada makhluk lain dan sebagainya.Termasuk juga dalam ruang lingkup ini iaitu menzahirkan perasaan kasih kepada Allah SWT danRasulullah SAW. Di samping itu, sebagai hamba ketaatan dan pengabdian kepada PenciptaNyaditerjemahkan dalam bentuk mentaati secara mutlak apa yang diperintahkan dan menjauhisegala larangan yang telah ditentukan atau pun ketentuan ini dikenali sebagai Segala usaha atau perlakuan yang dilakukan tersebut perlu disuburkandengan elemen nilai-nilai ikhlas yang tinggi kepada Allah SWT. Dalam pada itu, perasaansyukur, akur, taat, tawakkal, memohon bantuan, mengharapkan nikmat dan perasaan takutkepada Allah SWT adalah merupakan sebahagian daripada unsur-unsur amalan ataukepercayaan yang termasuk dalam unsur-unsur komponen ibadah kepada Allah SWT.78Penekanan kepada usaha yang bertemakan amal ibadah adalah menepati dengan keperluansyariat Islam. Amal dan usaha yang dilakukan oleh setiap individu akan membuahkan kejayaanyang bakal dikecapinya sama ada memperolehi keuntungan dan kebaikan (hasanah) di alamdunia bahkan juga di hari akhirat kelak. Tugasan untuk melaksanakan tugas ini bukan hanyadikhususkan kepada kaum Adam sahaja bahkan termasuk juga kepada golongan Hawa.Penegasan ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (al-Nahl:97)Secara amnya, ayat ini memberi penjelasan bahawa amal soleh yang dilakukan sama ada olehlelaki atau perempuan akan memperolehi pahala yang sama. Namun begitu, usaha yangdilaksanakan tersebut perlu terikat dengan iman yang hakiki kepada Allah SWT. Secara tidaklangsung ia memberi satu pengajaran kepada manusia iaitu atas kapasitinya sebagai individu

dan umumnya sebagai komuniti masyarakat adalah bertindak sebagai agen pembangunanfizikal dan rohani. Dengan kata lain, manusia berfungsi sebagai pemangkin kepada prosesuntuk mencapai matlamat tertinggi iaitu kebahagiaan atau kejayaan di dunia dan di akhirat. Inikerana menurut Ibn Kathir, kehidupan ideal yang memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi ialahmendapat rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.79Sehubungan itu, Islam memandang tinggi ke atas usaha yang menghasilkan pulangan yangberproduktif. Tambahan lagi ia memberi pulangan yang positif kepada kepentingan masyarakatumum. Pada hakikatnya, usaha yang baik dan murni ialah memberi sumbangan yang positifkepada masyarakat sama ada dalam bentuk pemikiran, tenaga atau dalam bentuk kebendaan.Sesungguhnya, amal jihad yang terpuji ialah individu yang banyak memberi sumbangan yangproduktif untuk kemaslahatan umat manusia.80 Sumbangan yang diusahakan tersebut adalahbertujuan untuk memenuhi keperluan maqasid syar`iyyah dan memperkasakan aspek-aspekmoral, fizikal dan ekonomi umat Islam.Lantaran itu, usaha yang dilakukan oleh individu untuk memenuhi keperluan umat Islam adalahsebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. Kewajipan mengusahakan tugas tersebut perludipikul oleh individu-individu yang memiliki kebolehan dan kemahiran serta keupayaanmelaksanakannya. Dalam persoalan ini, sarjana Islam seperti Ibn ‘Abidin‘81 mengutarakanpandangannya dengan memberi ulasan bahawa perusahaan atau amalan keusahawananadalah sebahagian daripada obligasi yang perlu ditunaikan daripada aspek sosial.Sarjana Islam seperti Imam Nawawi mengemukakan pandangannya iaitu di antaratanggungjawab sosial yang perlu dipenuhi oleh umat Islam adalah pekerjaan dan perusahaan(keusahawanan) dan elemen-elemen asas keperluan yang lain untuk meningkatkan kualiti hidupmanusia.82 Keperluan komponen asas yang dinyatakan tersebut merangkumi sebahagiandaripada kerangka amalan keusahawanan termasuk perniagaan ataupun usaha-usaha lain yangbertujuan memacu perkembangan ekonomi umat manusia. Pandangan yang dikemukakan inijelas menunjukkan bahawa peranan pengusaha dalam komuniti masyarakat bukanlah bertujuanberorientasi keuntungan material semata-mata sebaliknya fungsi umumnya adalah lebih utamadaripada objektif tersebut.Bertitik tolak daripada pandangan tersebut, fungsi pengusaha adalah untuk memberi manfaatuntuk kesejahteraan masyarakat umum sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah. Pandanganyang dipaparkan tersebut selari dengan pemikiran Ibn Taimiyyah.83 Dalam perkara ini, beliaumembuat ulasan dengan menyatakan bahawa majoriti fuqaha Islam yang terdiri daripada aliranShafi`i, Ahmad ibn Hanbal dan intelektual Islam yang seperti Abu Hamid al-Ghazali serta Ibn al-Jauzi telah senada berpendapat aktiviti perusahaan (keusahawanan) adalah diklasifikasikansebagai tanggungjawab wajib diusahakan daripada aspek sosial.Justifikasi ketentuan hukum tersebut adalah disebabkan tanpa aktiviti keusahawanan tersebut,ia boleh merencat dan memandulkan aktiviti kehidupan manusia serta secara tidak langsungmemberi impak yang negatif kepada stigma masyarakat amnya. Asas keperluan dan kondisitersebut telah meletakkan kedudukan aktiviti keusahawanan sebagai fardu kifayah yang perludilaksanakan oleh umat Islam. Tuntutan sedemikian mempunyai persamaan dalam kes perang

jihad yang dikategorikan sebagai tanggungjawab kolektif yang perlu ditunaikan oleh umat Islam.Justeru, setiap usaha yang dilakukan perlu dilaksanakan dengan penuh tekun dan penuhkesabaran dan sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT.84 Atas prinsip inilah Islamtidak menghadkan sebarang bentuk usaha yang dilakukan oleh manusia dalam erti kata yangdiizinkan oleh syarak. Oleh yang demikian, Islam mengkritik individu manusia yang bersikapcuai, leka, mengharapkan ihsan orang lain, malas, tidak produktif, menindas golongan yanglemah dan sebagainya. Sifat-sifat negatif yang dinyatakan tersebut bertentangan dengankonsepsi usaha yang dibugarkan oleh Islam. Ia jelas menyanggah potensi yang dianugerahkanoleh Allah SWT kepada manusia. Individu yang bersifat sedemikian gagal melaksanakantanggungjawabnya dengan baik dan tidak mencerminkan sebagai individu Muslim yangmuttaqin.Malah, individu terbabit sentiasa mencari helah daripada melakukan sesuatu usaha yangproduktif bahkan lebih rela pasrah dan menanti tuah datang bergolek. Sikap bergantung diriterhadap orang lain adalah satu simptom penyakit rohani yang perlu dijauhi oleh setiap individu.Panduan normatif Al-Quran terhadap golongan yang sentiasa bergantung harapan kepadaorang lain disifatkan sebagai al-khusran85 iaitu manusia yang sentiasa mengalami kerugianbukan sahaja di dunia tetapi di alam akhirat. Kategori manusia yang diistilahkan dengan legalititerma tersebut telah merobohkan kehormatannya sebagai insan yang hakiki serta tidakberkeupayaan mengembangkan fungsinya sebagai pentadbir alam ini.Jika dilihat daripada perspektif sunnah, didapati Baginda SAW memberi gambaran yang positifterhadap manusia supaya berusaha bagi memenuhi keperluan kehidupan dan agama. Doronganberusaha mencari kurniaan Allah SWT dapat dilihat daripada kenyataan yang telah dikeluarkanoleh Nabi Muhammad SAW. Sebagai contoh, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh JabirR.A, Nabi SAW bersabda maksudnya:86 “Tiada seorang Muslim pun yang bercucuk tanam, melainkan tanamannya yang dimakan atau dicuri orang atau dimakan binatang liar atau dimakan burung atau hilang, nescaya semuanya itu menjadi sedekah baginya.” (al-Muslim).Dalam keterangan hadis yang lain, daripada Miqdam, Nabi Muhammad SAW bersabda yangbermaksud:87 “Tidakkah seseorang itu makan makanan yang lebih baik daripada yang diperolehi dengan bekerja sendiri. Sesungguhnya, Nabi Allah Dawud AS makan daripada hasil perolehan tangannya (usaha) sendiri.” (al-Bukhari)Kenyataan yang dibicarakan oleh Nabi SAW dalam satu hadis, seperti yang diriwayatkan oleh`Ali bin Sa`id al-Kindi menceritakan kepada kami, dari Mujalid dari `Amir dari Hubshi IbnJunadah al-Saluli R.A ia berkata: ”Saya mendengar Rasulullah SAW dalam haji Wida ketika

beliau wukuf di Arafah iaitu terdapat seorang Badwi datang kepada beliau lantas memeganghujung selendangnya kemudian ia meminta kepadanya lantas beliau memberinya dan ia pergi,dalam situasi yang sedemikian itu meminta-minta adalah diharamkan. Kemudian sabda NabiSAW yang bermaksud:88 “Sesungguhnya, meminta-minta itu tidak dibolehkan bagi orang kaya dan juga tidak (halal) bagi orang yang memiliki kekuatan yang sempurna kecuali bagi orang yang sangat miskin atau ditimpa kerugian yang sangat besar. Barang sesiapa yang meminta terhadap sesama manusia untuk menambahkan hartanya maka nanti pada hari kiamat mukanya akan penuh luka dan cedera yang disebabkan oleh api neraka.” (al-Tirmidhi)Berdasarkan contoh-contoh sunnah yang telah dibentangkan tersebut, jelaslah bahawa NabiMuhammad SAW menyeru pengikutnya berusaha dengan gigih dan tekun untuk mencapaikemajuan dan memperbaiki kualiti kehidupannya. Setiap hasil usaha yang dilakukan denganmemenuhi piawaian amal soleh akan diberi insentif dalam bentuk ganjaran dan keredaan sertakeberkatan daripada Allah SWT.Barangkali daripada aspek material, kuantum keuntungan tersebut dapat dilihat dan boleh dinilaioleh manusia, namun dalam bentuk ganjaran pahala atau balasan dosa ia sukar diukur olehpancaindera biasa. Isu ganjaran atau balasan hanya ditentukan oleh Allah SWT Yang MahaMengetahui. Namun, sebagai individu Muslim, kita mempercayai sepenuhnya bahawa setiapusaha amal bakti yang dilakukan pasti akan menerima ganjaran yang besar daripada AllahSWT sama ada di dunia ataupun di akhirat.Oleh yang demikian, secara ringkasnya usaha atau amal kerja yang dilakukan oleh manusiaadalah sesuatu yang dituntut oleh agama. Oleh kerana aktiviti berusaha adalah sebahagiandaripada domain keperluan agama sudah tentulah aktiviti tersebut diklasifikasikan sebagaiibadah. Berasaskan kepada konsepsi tersebutlah setiap usaha yang dilakukan oleh manusiaperlu menepati kriteria dan mematuhi prinsip-prinsip yang telah ditentukan oleh syarak. Usahaatau kerja yang dilaksanakan tersebut perlu bebas daripada unsur-unsur yang tidak diizinkanoleh syarak seperti menipu, amalan riba, tidak jujur, penindasan, gharar dan sebagainya. Apayang penting usaha yang dilaksanakan adalah untuk memperolehi rezeki yang halal lagi berkat(halalan toyyiba). Melalui hasil pendapatan yang diperolehi tersebut ia bukan sahaja untukfaedah dirinya tetapi juga dapat dimanfaatkan kepada pihak lain seperti keluarga, masyarakatdan kepentingan agama amnya.Golongan manusia yang memenuhi ciri-ciri sedemikian adalah kelompok manusia seperti yangdiistilah oleh ketentuan agama sebagai golongan al-falah. Sebaliknya, bagi golongan manusiayang menyalahi dan menyanggah ketentuan agama tersebut maka akan lahirlah golonganmanusia yang sentiasa berada dalam kerugian atau pun diistilahkan sebagai al-khusran. Malah,kelompok manusia yang bersifat sedemikian adalah bersikap zalim kepada dirinya sendiri “zulmal-nafs”.____________

43 Secara literalnya, terminologi “fitrah” adalah merujuk kepada doktrin akidah yang murni. Oleh yang demikian, manusia yangdiciptakan Allah S.W.T. mempunyai naluri yang cenderung kepada perasaan beragama. Keperluan agama adalah merupakansebahagian dari perkara asasi yang dihajati oleh setiap insan. Jika manusia menafikannya sudah tentulah ia jelas berlaku konflikdengan keperluan naluri tabi`enya. Fakta dijelaskan oleh al-Qur’an menerusi firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Makahadapkanlah dirimumu ke arah agama yang jauh daripada kesesatan, fitrah Allah yang menciptakan manusia untukmenerimanya, tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakanmanusia tidak mengetahuinya.” (al-Rum:30). Malah agama fitrah yang bersendikan kepada doktrin akidah merupakan tunjangkepada sifat kemanusiaan yang suci fitrahnya. Lihat Johari Mat (1992) al-`Akidah al-Islamiyyah li al-Sannah al-Ula, h: 9. Fitrahjuga dilihat sebgaai kecenderungan semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Sebagai contoh, kebolehanmanusia untuk menaggapi sama ada betul dan salah, benar dan menyimpang, logik atau sebaliknya dan sebagainya. LihatMuhammad Asad (1980) The Message of The Qur’an, h: 621)44 Terma “al-bay`” disentuh oleh al-Qur’an lapan kali , boleh dilihat dalam surah surah al-Baqarah: 275 ( 2 tempat): Ibrahim: 31,al-Nur: 37, al-Jumaat: 9, al-Taubah: 111 dan al-Haj: 40. Untuk keterangan lanjut sila lihat Muhammad Fuad `Abd al-Baqi (1996)Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h: 185.45 Syamsiah Mohammad (2000) Al-Rib fi al-Fiqh al- Islami, h: 73.46 Aktiviti riba secara mutlaknya diharamkan oleh syara`. Perbuatan negatif tersebut adalah merupakan satu bentuk perlakuanekploitasi yang dihina dan dicela oleh syara` dan kesannya boleh menimbulkan perlakuan diskriminasi terhadap kelompok miskindan golongan yang memerlukan bantuan dalam institusi masyarakat. Golongan yang mengamalkan perbuatan riba inidikategorikan sebagai zalim. Sila lihat Fazlu Rahman (1974) Islam and Problem of Economic Justice, h: 50.47 Fazlu Rahman (1974) Islam and Problem of Economic Justice, h: 18-19.48 Ibn Kathir (1980 ) Tafsir Ibn Kathir, jil. 8, h: 124.49 Charles C. Torey (1892) The Commercial-Theological Term in the Koran, h: 3.50 Ayat-ayat al-Qur’an yang menyokong premis kenyataan tersebut dapat dilihat dalam surah al-Nahl: 14, al-Isra’: 12: 66, al-Rum:46, Faathir: 12 dan al-Jathiyah: 12.51 Abu Bakr Ahmad bin Husayn bin `Ali al-Bayhaqi (1994) Sunan al-Kubra,juz. 5, cet. 1, h: 363.52 Al-Bukhari (1994) Shahih al-Bukhari, juz. 6, h: 772.53 Al-Qurtubi (1996) al-Jami` al-Ahkam al-Quran, jil. 5, cet. 5, h: 151.54 Syamsiah Mohammad (2000) Al-Rib fi al-Fiqh al- Islami, h: 72.55 Kenyataan ini dirakamkan dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” mereka berkata: “Mengapa Engkau hendakmenjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kamisenantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apayang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah:30)56 Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h:11557 Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h: 116.58 Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jam al-Mufahris al-Alfaz al-Qur’an al-Karim, h:115.59 Fakh al-Din al-Razi (1978) al-Tafsir al-Kabir, juz. 18, h: 17.60 Abi Bakr Ahmad Ibn `Ali al-Razi al-Jassas (1985) Ahkam al-Qur’an, juz. 3, h: 165.61 Pembangunan yang bersifat lestari mempunyai signifikasinya dengan konsep kekhalifahan. Secara nisbinya, insan yangdikonotasikan sebagai khalifah mempunyai obligasi yang besar untuk memakmurkan alam menurut acuan yang dikehendaki olehsyara`. Berdasarkan kepada kefahaman ini wujudnya satu isyarat kesedaran kepada manusia tentang diri mereka sebagaipemegang amanah Allah dalam bidang akhlak, politik, ekonomi dan juga mengolah prinsip-prinsip susun atur masyarakat.Justeru, dalam usaha manusia merangka pelan tindakan pembangunannya, fokus kepada usaha tersebut bukan sahajabermotifkan habuan dunia semata-mata. Objektif utama yang lebih penting lagi ialah pengisian dari aspek spiritual yangbertunjangkan order tauhid rabbani. Integrasi kedua-dua komponen keperluan tersebut perlu bergerak seiring dengan pencapaiankemajuan pembangunan khalifah. Malah nilai-nilai spiritual yang terangkum dalam domain agama berfungsi sebagai kodifikasiperundangan yang bersifat mutlak dan akan menentukan bidangkuasa yang ada pada manusia dalam usaha memakmurkanalam ini. Ia merupakan pra syarat kepada manusia untuk mencipta kerangka pembangunan yang mendorong manusia untukmencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Secara tidak langsung ia akan membimbing manusia mencipta peradaban ummah yang

bersepadu menurut tatacara Islam. Lihat Muhammad Shukri Salleh (1987) Pembangunan Berteraskan Islam, h: 49-50.62 Al-Baydhawi (1988) Tafsir al-Baydhawi, jil. 1, h: 44-45.63 Garapan kedua-dua fungsi tersebut dalam diri manusia adalah merupakan satu elemen yang penting dicerna dalam kehidupaninsan. Penegasan ini dijelaskan oleh Syed Muhammad al-Naquib al-Attas seperti berikut: “Man’s purpose to do `Ibadah to God(51:56), and his duty is obedience (ta`ah) to God, which conforms mith his essential nature (fitrah)…. Lihat Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1978) Islam and Secularism, h: 13264 Barjoyai Bardai (2000) Keusahawanan dan Perniagaan, jld. 1, h: 4-5.65 Muhammad Nejatullah Sidiqi (1979) The Economic Enterprise in Islam, h: 123-12466 Sikap negatif dinyatakan dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia diciptakanbersifat keluh kesah lagi (lagi bakhil kedekut).” (al-Ma`arij: 19).67 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 3, h: 511.68 Al-Quran secara emphasisnya memberi penjelasan bahawa segala isi kandungan alam yang diciptakan oleh Allah S.W.T.adalah untuk melangsungkan survival umat manusia. Kenyataan diutarakan melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dialahyang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, Maka berjalanlah di setiap penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.”(al-Mulk: 15)69 Auni Hj Abdullah (2001) Islam dan Perdagangan Dalam Sejarah Alam Melayu, h: 53-54.70 Muhammad Nejatullah Siddiqi (1979) The Economic Enterprise in Islam, h: 14-15.71 Desakan agama supaya setiap individu manusia perlu berusaha melakukan sesuatu yang positif untuk memenuhi kedua-duakeperluan iaitu dunia dan agama dijelaskan oleh para sarjana seperti `Imad al-Din S.M. (1984) Arab Mariners and Islam in China,h: 155. Lihat Coatalen, P, (1981) The Coming of Islam to South East Asia: A Critical Review of Some Extant Theories, IslamicQuarterly, : 11272 Ismail Raji al-Faruqi (1979) Is Islam Definable in Term of Economics Pursuit, dlm Islamic Perspectives, h: 188.73 `Abd al-Hadi (1976) al-Fikrah al-Idariyyah al-Islamiyyah wa al-Muqaranah, h: 152.74 Ibrahim al-Thahawi (1974) al-Iqtisad al-Islami, h: 237. Juga lihat Fuad `Abd al-Baqi (1996) Mu`jamal-Mufahris al-Alfaz al-Qur’anal-Karim, h :256.75 Antara penggunaan istilah jihad yang disebut dalam al-Qur’an . Lihat firman Allah yang bermaksud: Apakah (orang-orang) yangmemberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yangberiman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberipetunjuk kepada kaum yang zalim.(al-Taubah:19)76 Penggunaan istilah kasaba dapat dilihat melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima),seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah diabersih (tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjukkepada orang-orang yang kafir. (al-Baqarah:264).77 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 3, h: 330.78 Ibn Taimiyyah (1981) al-`Ubudiyyah, h: 1-2.79 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 4, h: 595.80 Muhammad Nejatullah Siddiqi (1979) The Economic Entreprise in Islam, h: 26.81 bn `Abidin (1987) Radd al-Muhtar `Ala al-Durr al-Mukhtar, jil. 1, h: 32.82 Al-Nawawi (1318H) Minhaj al-Thalibin wa Umdat, jil. 6, h: 194.83 Ibn Taimiyyah (1983) al-Hisbah fi al-Islam, h: 80-82.84 Za`aba (1982) Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, h: 3.85 Penegasan ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam al-Qur’an yang bermaksud: “ Demi masa. Sesungguhnya manusia itubenar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat- menasihati supayamentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran. (al-`Asr: 1-3).

86 Al-Muslim (1981) Shahih Muslim, jil. 3, h: 161.87 Al-Bukhari (1981) Sahih al-Bukhari, jil. 3, h: 254.88 Menurut Abu `Isa beliau menjelaskan dari segi riwayat hadith ini adalah berstatus hadith gharib. Lihat Al-Tirmidhi (1981), jil. 1, h:788-789

BAB CIRI CIRI KEUSAHAWANAN ISLAM 5Ciri-Ciri Keusahawanan IslamUmumnya, keusahawanan Islam memiliki ciri-ciri yang tertentu dalam mendasari kerangkapembentukan falsafahnya. Asas pembentukan ini menjadi acuan kepada pembangunan sistemkeusahawanan yang bersifat holistik. Ia digarap melalui panduan wahyu iaitu bersumberkandaripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Menurut Yusuf al-Qaradhawi89 dalam segmen mu`amalahIslam, konsep keusahawanan Islam mempunyai asas-asas seperti berikut:Ketuhanan (Rabbani)Secara amnya, elemen rabbani menjadi nukleus kepada falsafah keusahawanan Islam. Iamemberi satu kefahaman yang jelas bahawa setiap perlakuan, aktiviti, penjanaan idea,organisasi, pengumpulan dan pengembangan harta, penerokaan dan asas-asas keusahawananyang lain adalah terikat dengan prinsip dan peraturan yang telah ditentukan oleh wahyu.Gambaran asas ini dapat dilihat berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Al-Quran sepertidalam surah al-Baqarah: 168, 172, 188, 275, 279, surah al-Nisa’: 29. Berdasarkan kepadaperuntukan ayat-ayat Al-Quran tersebut didapati secara generalisasinya bahawa setiap aktivitimanusia yang berkaitan dengan hal ehwal perencanaan pembangunan keusahawanan dalamskop perekonomian perlu diteraskan kepada prinsip mu`amalah90 yang bersumberkan wahyu(revealed principles).Sebagai contoh, Allah SWT telah memberi petunjuk kepada manusia (pengusaha) tidakmelakukan aktiviti-aktiviti atau sebarang unsur perlakuan yang mendorong kepada kerosakan,kebinasaan dan menyalahi kepentingan umum manusia. Dalam sesuatu transaksi yangdilakukan oleh manusia, Allah SWT telah mengharamkan unsur-unsur negatif seperti, riba, arak,penipuan, tidak jujur, menindas orang lain, memanipulasi harga, kegiatan menyorok barang,mencipta sesuatu dengan tujuan untuk memusnahkan kehidupan manusia dan alam, mengambilkesempatan ke atas kelemahan dan kekurangan orang lain dan sebagainya. Sebaliknya, Islammemberikan insentif kepada pengusaha iaitu habuan di dunia dan ganjaran di akhirat sekiranyamanusia mematuhi segala ketentuan hukum yang telah ditentukan kepada manusia. SyariatIslam memberi penekanan kepada penghayatan norma-norma adab yang terpuji dan berusahadengan tekun melaksanakan apa sahaja aktiviti yang boleh memanfaatkan masyarakat umum.Oleh kerana kerangka keusahawanan Islam terikat dengan asas-asas Ilahiah, sudah pastilah iaakan memelihara manusia daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskankepentingan umum manusia dan agama amnya. Justeru, apabila pengusaha berjayamengadaptasikan asas ini dalam aktiviti seharian, maka ia akan menyuburkan lagi nilai-nilai

mahmudah dalam diri setiap individu dan secara tidak langsung akan mendapat keberkatandaripada apa yang diusahakannya. Apa yang pasti, nilai ketuhanan (rabbani) tidak dapatdijuzuk dan diasingkan dengan kehidupan manusia. Apabila jiwa manusia tidak dipenuhi dengankeyakinan yang tinggi kepada PenciptaNya sudah tentulah kekosongan ini akan diisi dengannilai-nilai negatif dan bisikan-bisikan halus (nafsu) yang mendorong manusia kepada kerosakan(kefasadan).Kelalaian dan ketandusan jiwa manusia menghayati unsur-unsur ketuhanan dalam kehidupanmereka memberi impak yang negatif bukan sahaja di alam dunia bahkan yang lebih malang lagidi alam akhirat kelak. Apa sahaja yang diusahakan oleh manusia tidak mendapat keberkatandan petunjuk daripada Ilahi dan natijahnya golongan ini akan berada dalam lautan kesesatandan kebinasaan. Oleh yang demikian, unsur-unsur ketuhanan ini dilihat sebagai asas pentingyang mendasari kepada sistem pembangunan keusahawanan. Tanpanya, manusia akan hilangpedoman dan bebas melakukan apa sahaja demi untuk memuaskan kehendak nafsu yang tidakterbatas.Doktrin AkhlakKeistimewaan dalam sistem keusahawanan Islam ialah falsafah pembentukkannya tidakdipisahkan dengan doktrin akhlak yang menjadi pelengkap kepada kesempurnaannya. AllahSWT memberi jaminan bahawa hukum-hukum yang diperundangkan secara objektif sebagaiasas keadilan untuk kemaslahatan umat manusia. Dalam masa yang sama doktrin yangberkaitan dengan akhlak dilihat sebagai medium untuk membentuk kerangka hati budi manusiayang bersesuaian dengan taraf manusia sebagai makhluk yang dicipta dengan sebaik-baikkejadian. Oleh yang demikian, apabila doktrin akhlak diasimilasi dalam prinsip amalankeusahawanan ia akan menyerlah dan menzahirkan lagi keindahan dan kemurniaan sistemkeusahawanan yang ditaja oleh Islam.Jika disorot dalam lembaran Al-Quran, terdapat banyak kisah teladan yang memerihalkankedekadenan moral yang berlaku dalam masyarakat menyebabkan berlakunya kemusnahantamadun manusia. Peristiwa dan rekod-rekod penting tentang kemusnahan dan kebinasaansesuatu kaum telah direkodkan dalam Al-Quran seperti yang berlaku ke atas kaum Àd danThamud, kaum Saba’ dan sebagainya. Punca kemusnahan dan kehancuran mereka adalahdisebabkan oleh kedekadenan dan kemerosotan nilai-nilai moral. Perlakuan kaum tersebut yangmenyalahi ketentuan hidup beragama mengakibatkan kemurkaan daripada Allah SWT. Natijahdaripada perlakuan buruk tersebut menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan peradabankaum tersebut dengan menurunkan pelbagai bentuk bala sebagaimana yang diperihalkan dalamAl-Quran. Kisah-kisah pengajaran daripada bangsa-bangsa yang dimusnahkan oleh Allah SWTperlu dijadikan contoh teladan kepada manusia pada hari ini sebagai pedoman. Iktibar yangditunjukkan oleh Al-Quran wajar dijadikan panduan kepada manusia dalam apa jua tindakanyang dilakukan.Oleh yang demikian, berpegang kepada nilai-nilai luhur seperti benar, amanah danbertanggungjawab, ia dapat mengelakkan para peniaga dan usahawan mengambil hakpengguna dengan cara yang batil. Tegasnya, para usahawan dan peniaga perlu sedar bahawafungsi utama mereka adalah memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan sebagai


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook