KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Nilai, Negeri Sembilan Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel:[email protected] Urusan Penerbitan oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK ©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2022 Cetakan Pertama 2022 ISBN: Data Pengkatalogan Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada secara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. Pengurus Penerbitan Zuriah binti Mad Ali Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Gigawise Network Sdn Bhd (640661-P) No. 74, Jalan Kapar 27/89, Megah Industrial Park, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan. Percetakan Gigawise Network Sdn Bhd (640661-P) No. 74, Jalan Kapar 27/89, Megah Industrial Park, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.
JAWATANKUASA PENERBITAN PENAUNG Dr. Hj. Joohari bin Ariffin Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara PENASIHAT Dr. Noor Hashimah binti Hashim Ketua Jabatan Jabatan Pembangunan Pengurus Pemimpin dan Eksekutif Pendidkan KETUA EDITOR Zainab binti Ali SIDANG EDITOR Dr. Noor Hashimah binti Hashim Hj. Rahimi bin Abdul Majid Muhd Zulhilmi bin Haron Abd Majid bin Taib Siti Zubaidah binti Abdullah BARISAN PENULIS Surani binti Othman Kalaivani a/p G. Muniandy Tneh Bee Geik Sopiah binti Shaari Nor Azah binti Osman Saniah binti Che Omar Mohamad Fauzi bin Abdullah Norazlina binti Hassan Puzirah binti Abd Lateh Ruzana binti Md Noor Sopinar binti Bakar Suzzana binti Md Saad Noor Anizah binti Jamal Aziah binti Yahya
KANDUNGAN MUKA SURAT BIL. TAJUK vii PRAKATA ix BINGKISAN EDITOR 19 TAJUK PENULISAN 20 22 1 Selangkah Menganjak Paradigma 2 Pengetua Novis: Realiti, Cabaran Dan Harapan 3 Amalan Pedagogi Pembelajaran Terbeza Dalam Meningkatkan Pencapaian Bahasa Arab Di Smk Taman Jelutong 4 Bina Guru, Jana Ts25 5 Smk Guar Nangka: Mendepani Cabaran Dan Melakar Kejayaan 6 Panglima Perkasa Melalui Pemimpin Instruksional Berwawasan 7 Gapai Cemerlang SMK Serdang 8 Pengalaman Pertama Seribu Makna 9 SJKTLS Ke Arah Transformasi IR 4.0 10 Mencari C.T 11 Pengupayaan Pemimpin Yang Berprestasi Tinggi Dalam Menangani Cabaran PDPR Secara Atas Talian 12 Perkasa PAK 21 SEMINDA 13 Sederap Melangkah, Melakar Sejarah 14 Inovasi Rancangan Pemajuan Sekolah
P rakata Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan SalamSejahtera Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala pujian dan syukur ke hadrat Ilahi yang telah melimpahkan rahmat, taufik dan hidayah-Nya sehingga penulisan Kompilasi Kepimpinan Pengetua Guru Besar (PGB) Novis ini berjaya dihasilkan. Penulisan ini merupakan hasil usaha 14 orang PGB Novis keluaran NPQEL yang masih baharu memegang tampuk kepimpinan sekolah. Para penulisan menghasilkan nukilan pengalaman pertama meneraju sekolah berpandukan ciri-ciri sekolah berkesan. Perubahan sekolah berjaya dilaksanakan walaupun masih baharu menjalankan tugas sebagai PGB. Bertepatan dengan peranan pengurus perubahan, para penulis berupaya mewujudkan kesegeraan dalam memastikan penambahbaikan sekolah diberi keutamaan. Pelbagai perkongsian yang boleh dimanfaatkan pembaca melalui buku ini. Penulisan ini disemak dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. 14 karya yang terbaik telah dipilih untuk diterbitkan. Kompilasi ini adalah merupakan buah tangan istimewa untuk para pembaca daripada Jabatan Pembangunan Pengurus Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan IAB Cawangan Utara. Semoga buku ini menjadi pencetus idea seterusnya membuka minta kepada para pembaca untuk meningkatkan profesionalisme kepimpinan dan pengurusan khasnya kepimpinan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan penerbitan Kompilasi Kepimpinan PGB Novis NPQEL ini. -Sidang Editor- KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL vii
BINGKISAN EDITOR Pengetua dan Guru Besar (PGB) diberi autoriti menjaga amanah serta tanggungjawab yang amat besar dalam semua aspek sekolah. Peranan sebagai pentadbir yang menguruskan sumber manusia, mengurus kemudahan fiskal dan fizikal sekolah perlu juga disesuaikan dengan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar dapat memberi impak terhadap kemenjadian murid. Terdapat banyak kajian lalu menunjukkan bahawa kebanyakan PGB lebih mengutamakan urusan pentadbiran daripada hal-hal pengajaran. Walaupun bidang tugas PGB kelihatan rencam, tindakan untuk membaiki dan membetulkan keadaan perlu segera diambil. Justeru, PGB perlu bijak memikul tugas agar seimbang bagi mengawal prestasi pengajaran dan pembelajaran di samping menjalankan tugas sebagai pengurus sekolah secara keseluruhan sehingga dapat mencapai piawai sebagai pemimpin yang berkualiti. Kualiti kepimpinan sekolah amat berkait rapat dengan peningkatan kualiti dan kuantiti pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, PGB seharusnya menguasai bidang kepimpinan sekolah dengan mencari dan mengamalkan idea-idea yang kritis dan kreatif untuk memenuhi matlamat asas pentadbiran pendidikan. Perubahan sosioekonomi, politik dan budaya dalam pendidikan memerlukan kebijaksanaan PGB supaya lebih efektif dalam menghadapi situasi tersebut. Berikut disyorkan lima ciri asas untuk menjadi pemimpin yang hebat. BETULKAN NIAT Umar al-Khattab RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal (tidak berlaku) melainkan dengan adanya niat dan sesungguhnya setiap seorang hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya saw, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Berasaskan kepada hadis tersebut jelas bahawa sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan perlu dimulakan dengan niat yang ikhlas kerana Yang Maha Esa. Niat adalah lebih baik daripada amalan seseorang itu sendiri. Pemimpin yang hebat sentiasa menundukkan diri dan tidak sombong dengan jawatan dan pangkat yang disandang. Segala hasil kerja yang diberi dilaksanaan dengan penuh reda kerana Allah. Dengan niat yang jelas seseorang itu akan lebih berfokus dan bermotivasi untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Pemimpin berfokus sentiasa jelas dan tahu hala tuju yang ingin dicapai. Menurut John. C Maxwell, (2009) niat menjadi salah satu peraturan atau rules untuk perkembangan peribadi seseorang. Justeru itu jika kita mahukan hasil yang positif dan produktif, ketahuilah ia bermula dengan niat bersama perancangan pelaksanaan yang tepat dan sesuai. Niat yang jelas akan menyebabkan kita berfikir dan bertanya dengan jujur kepada diri sendiri “Mengapa dan kenapa saya melakukan perkara ini?”. Justeru, jadilah pentadbir dan pemimpin yang hebat dengan niat yang tepat. BETULKAN SIKAP Pemimpin sekolah yang mempunyai pengetahuan yang luas dan kemahiran yang baik sahaja tidak memadai untuk mencerminkan kehebatan kepimpinan tersebut. Keteguhan sikap yang mulia dan berhemah tinggi adalah pelengkap yang melambangkan keperibadian unggul seseorang pemimpin itu di samping dapat menyemai sikap kasih sayang, teladan serta integriti dalam diri. Keadaan ini adalah jika dilihat dari sudut definisi kepimpinan itu sendiri iaitu berupaya mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Keupayaan untuk mempengaruhi orang lain untuk menjadi baik adalah sukar sekiranya pemimpin tidak dapat mempamerkan sikap yang betul dan baik kepada orang sekeliling terutama pengikutnya. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL ix
Amanah dan tanggungjawab besar yang diberi bagi merealisasikan hasrat kerajaan janganlah dikhianati dengan sikap tidak berintegriti. Kejujuran melaksanakan tugas merupakan aspek penting yang akan menjamin integriti. Bekerja bukan atas dasar untuk mendapatkan pendapatan semata-mata dapat mengelak daripada sentiasa berasa tidak cukup sehingga terdapat sebilangan PGB sanggup menerima rasuah. Amalan menerima rasuah perlu dielakkan jika mahukan organisasi sekolah dan dunia pendidikan sentiasa meningkat. Sentiasalah mengambil iktibar daripada perkara-perkara lalu yang membabitkan pemimpin rasuah kerana hal ini akan membawa kesan buruk terhadap kemajuan dan perkembangan sesebuah organisasi sekolah. Amalan rasuah bukan hanya melemahkan institusi kecil malah juga boleh melibatkah jatuhnya tamadun sesebuah negara seperti yang berlaku kepada tamadun ulung Turki Uthmaniah. Selain itu, sikap yang baik juga dapat dipertontonkan dengan mengamalkan pemikiran terbuka dan menerima maklum balas orang lain tanpa menunjukkan perasaan tidak senang. Pemimpin yang sanggup dikritik serta boleh menerima nasihat walaupun daripada orang bawahannya akan lebih disegani kerana wujud ketinggian peribadi dan daya tahan dalam diri. Agama Islam sendiri menganjurkan agar pemimpin dan pengikut hendaklah saling menasihati dan memberi teguran yang membina. Dengan cara ini kesilapan yang mungkin tidak disedari akan dapat diperbetulkan segera. MENINGKATKAN DAN MENDALAMI PENGETAHUAN Di samping membetulkan niat dan nilai murni dalam diri, PGB perlu pula sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar mampu memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Mengaplikasikan konsep pembelajaran yang berterusan adalah satu langkah yang perlu menjadi amalan PGB. Selain menambah ilmu untuk diri sendiri, PGB juga perlu memberi galakan kepada guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan dan membina ilmu dengan lebih meluas. Dengan adanya pelbagai medium pada alaf ini, bahan-bahan ilmiah yang disajikan dapat memberi ruang kepada keseluruhan warga pendidikan menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin. PGB yang berilmu berupaya menangani apa jua masalah yang timbul dan memerlukan penyelesaian yang bijak. Tingkatkan ilmu pengetahuan untuk menjadi pemimpin yang hebat. Pemimpin yang berpengetahuan amat relevan dalam perubahan persekitaran organisasi kerana kemampuannya memperoleh, menangani dan menyebarkan pengetahuan dalam organisasi tersebut (Bertoli., et. al, 2018). Sebagai pemimpin pembelajaran PGB perlu menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas serta mencukupi untuk mentadbir dengan sempurna. Hal ini bertepatan lagi dengan organisasi sekolah yang sememangnya adalah merupakan organisasi pembelajaran. Ditambah lagi dengan pemimpin berpengetahuan yang menyediakan visi strategik, memotivasi, berkomunikasi dan memberi arahan (Debowski, 2006), berupaya mendorong organisasi untuk berubah. Sebagai pemimpin organisasi pembelajaran, PGB hendaklah menggandakan usaha untuk menambah ilmu pengetahuan sama ada melalui pembacaan, rujukan di laman media atau menghadiri majlis-majlis ilmu. MEMANTAPKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN Kepimpinan yang mantap mempunyai kemahiran yang pelbagai termasuklah kemahiran insaniah yang mampu menjadi pendengar dan penyelesaian masalah yang baik. Kemahiran komunikasi berkesan juga penting dalam usaha mempengaruhi orang lain. Justeru, PGB perlu berupaya mengaplikasi kemahiran terkini, kreatif dan inovatif, berfikir aras tinggi, mampu menjadi pengupaya kepada guru- guru dan warga sekolah. x INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Berusaha untuk mencabar diri sendiri agar dapat meningkatkan kualiti diri. Selain itu dapat mengembangkan potensi diri dalam memotivasikan diri dan pasukan. Menjadi pemimpin yang hebat bermakna, PGB perlu mempunyai daya berfikir yang tinggi selain dapat menjangka kemungkinan- kemungkinan yang akan berlaku dalam organisasi sekolah. Dengan adanya pemikiran kritis, PGB dapat meningkatkan daya saing dalam membuat perancangan agar sentiasa relevan dengan kehendak pendidikan semasa. Di samping itu PGB seharusnya sentiasa mengambil inisiatif dalam memastikan perubahan dan penambahbaikan sekolah sering bergerak seiring dengan hasrat kementerian. Perlu diingat bahawa perubahan akan membawa peningkatan kepada organisasi. Menurut Yukl (2007), memimpin perubahan merupakan asas kepada kepimpinan. Oleh itu, berusahalah untuk meningkatkan kemahiran dalam mengurus perubahan. MUHASABAH DIRI Sebagai hamba yang menumpang di muka bumi ini, kita semua seharusnya sentiasa menyemak kembali diri sendiri. Pertanyaan seperti “Adakah aku telah buat yang betul?” seharusnya sering bermain dalam fikiran. Atas sebab itu walau setinggi mana tempat kita berada, perasaan rendah diri dan tunduk akan sebati dalam diri. Hal ini akan menjadikan kita orang yang sentiasa berusaha membaiki diri. Jangan lupa suatu hari kita akan kembali kepada pencipta. Berusaha untuk mencari kekuatan untuk meningkatkan diri dan mencari kelemahan untuk membaiki diri. Seorang pemimpin yang baik akan lebih peka dan sentiasa berada dalam minda sedar agar setiap tindak tanduk tidak melangkaui batas- batas yang sepatutnya. Sentiasa set minda yang positif untuk memperoleh hasil yang positif. Tingkatkan keyakinan diri kerana PGB perlu yakin apabila kita ditempatkan sebagai peneraju, ini bermakna kita sememangnay mempunyai kelayakan. Semua adalah bergantung kepada diri kita sendiri untuk berusaha menjadi yang terbaik. Semoga segala urusan kita dipermudahkan-Nya jua. RUJUKAN John C. M (2009, 7 Ogos). How Successful People Think. John C. Maxwell. https://www.johnmaxwell. com/blog/how-successful-people-think/ Bertoldi, B., Giachino, C., Rossotto, C. and Bitbol-Saba, N. (2018), “The role of a knowledge leader in a changing organizational environment. A conceptual framework drawn by an analysis of four large companies”, Journal of Knowledge Management, Vol. 22 No. 3, pp. 587-602. Yukl, Gary.(2007). Kepemimpinan dalam Organisasi. Edisi Kelima. Jakarta : Indeks. Debowski, S. (2006), Knowledge Management, John Wiley & Sons, Milton, QLD KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL xi
SELANGKAH MENGANJAK PARADIGM Surani Binti Othman SK Seri Pangkor
PENGENALAN SK Seri Pangkor merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang terletak di Pulau Pangkor yang merupakan sebuah pulau peranginan yang indah. Dengan kapasiti murid seramai 525 orang (seluruh kawasan Pulau Pangkor), 44 orang guru dan enam orang staf adalah penghuni bagi sekolah ini. Sekolah ini boleh diakses dari tanah besar melalui jalan air mengikut laluan dari jeti Lumut atau jeti Marina. Sekolah ini berjiran dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan iaitu SJKT Pangkor, SJKC Hwa Lian 1 dan 2 serta SMK Pangkor. Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor telah dirasmikan pada 20 Jun 1986. Namun begitu sekolah pertama tarikhnya tidak dapat dikesan tepat dan dijangkakan pada tahun 1900–1920 bertempat di Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor. Sekolah kekal yang pertama dibina pada tahun 1948 untuk kelas darjah lima sahaja. Bangunan sekolah ini tidak digunakan lagi dan ditinggalkan begitu sahaja kerana keadaannya uzur. Sekarang, tapak sekolah ini telah didirikan bangunan Galeri Pangkor. Pada tahun 1955 sebuah bangunan satu tingkat dan mengandungi 4 buah bilik darjah telah didirikan. Kemudian bagi menampung jumlah murid yang semakin ramai, sebuah bangunan baru dua tingkat (Blok A sekarang) didirikan pada tahun 1977 mengandungi tujuh bilik darjah dan seterusnya dua buah bangunan lagi didirikan dengan 12 buah bilik darjah. Sehingga tahun 2021, Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor mencapai usia 120 tahun. Dalam masa begitu lama Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu di Pulau Pangkor ini. Sekitar tahun 1986, pernah ada usul dan cadangan untuk menukar nama bagi sekolah ini. Antara nama yang dicadangkan ialah Sekolah Kebangsaan Teluk Raja Bayang dan Sekolah Kebangsaan Panglima Genta, tetapi atas persetujuan PIBG dan para ibu bapa ketika itu, sekolah ini kekal dengan nama Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 15
PROFIL SEKOLAH 16 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
ISU SEKOLAH Semasa pertama kali menjejakkan kaki untuk melaporkan diri, di sekolah ini iaitu pada 1 Ogos 2020, hati kecil saya agak berdebar untuk melihat bagaimana reaksi warga SK Seri Pangkor menerimanya. Hal ini kerana saya merupakan Guru Besar wanita pertama yang diamanahkan untuk menerajui sekolah ini semenjak dibuka. Saya merasakan cabaran ini sangat hebat bagi diri ini yang baru pertama kali dilantik sebagai Guru Besar dan sangat kurang pengalaman mentadbir, diberikan pula sekolah yang agak besar dengan kapasiti warga yang agak ramai. Kendatipun begitu, atas dasar tanggungjawab dan kepercayaan pemegang taruh kepada saya, peluang ini dianggap satu rezeki untuk menimba ilmu dan pengalaman dan akan berusaha bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan itu. Dalam sesi suai kenal, didapati bahawa guru-guru di sekolah ini adalah golongan muda yang produktif, majoriti dalam lingkungan usia 40 tahun dan ke bawah. Hal ini merupakan satu kekuatan bagi diri saya. Golongan muda seperti ini sudah tentu mampu menguasai teknologi maklumat dan digital (ICT) dengan baik. Mereka juga pasti mempunyai idea-idea segar yang boleh memangkin pembangunan sekolah. Tenaga muda ini semestinya dapat membawa kemajuan hebat kepada sekolah dan muridnya dari segi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang berkesan serta dalam bidang kokurikulum. Semangat orang muda tentu sekali berkobar-kobar dalam menuntut dan memperkembangkan ilmu. Bukan sahaja guru tetapi anggota kumpulan pelaksana sekolah juga adalah golongan muda. Namun setelah ditinjau dari sudut persekitaran, sekolah ini tidak begitu ceria, turapan tar di laluan hadapan pintu masuk sudah berlopak dan tidak rata. Setelah penerokaan saya lakukan dalam masa hampir dua minggu, didapati banyak stok barang lama yang disimpan dan tidak diguna pakai di dalam stor-stor lama di sekitar sekolah. Ada yang telah dimakan anai-anai dan mencacatkan pandangan. Namun perkara itu bukan satu kayu pengukur untuk menilai secara keseluruhan prestasi sekolah tersebut. Sistem perhubungan yang agak sukar untuk membuat pelupusan dan pemindahan keluar barang-barang lama tersebut yang memerlukan kos agak tinggi menjadi punca keadaan ini berlaku. Selain itu, hasil mesyuarat dan data yang diperoleh bersama barisan pentadbir dan guru senior mendapati sekolah ini berada di dalam situasi sederhana lemah dalam pencapaian akademik murid, kokurikulum dan persekitarannya. Hal ini demikian lantaran peratus kehadiran murid yang agak rendah dan sistem pemantauan yang kurang sistematik. Penularan kes semasa yang sangat dibimbangi oleh semua pihak iaitu kes Covid 19, menyebabkan peratus kehadiran yang rendah itu semakin merosot. Di samping itu, ramai juga dalam kalangan murid di sekolah ini yang bekerja secara sambilan di resort atau hotel-hotel pelancongan sehingga menghilangkan mood mereka untuk ke sekolah kerana mereka telah merasa menjana pendapatan. Daya tarikan ini sukar ditutup dari pemikiran mereka. Bergabung pula dengan elemen suasana sekolah dan PdPc yang kurang menarik berdasarkan pemerhatian ke kelas-kelas, menyebabkan ketidakhadiran murid ke sekolah adalah sangat sukar dibendung. Malahan ada juga dalam kalangan mereka yang menganggap persekolahan tidak begitu penting kerana pelbagai peluang pekerjaan terbuka luas di sini seperti pembantu kedai, pembantu di gerai dan hotel- hotel penginapan, malahan ada juga yang sangat berminat untuk turun ke laut bersama menangkap ikan mengikut ayah atau ahli keluarga terdekat mereka. Di samping itu peratus kehadiran yang rendah ini juga sangat bergantung kepada keadaan cuaca yang sering hujan lebat sehingga menyukarkan mereka dihantar ke sekolah lantaran struktur jalan yang kurang baik, licin dan membahayakan kerana jalannya bengkang-bengkok, pokok tumbang, tanah runtuh dan kadang-kala banjir melanda hingga ke kawasan sekolah. Lebih-lebih lagi, kebanyakan ibu bapa di sini hanya mempunyai motosikal sebagai kenderaan untuk menghantar dan mengambil anak- anak di sekolah. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 17
Suasana sekolah sangat kurang membantu peningkatan akademik murid. Persekitaran sekolah sangat kurang sudut yang berinformasi dan jika ada , kebanyakannya tidak dikemaskini. Perkara ini juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi status prestasi murid di sekolah tersebut. Berdasarkan tinjauan dengan beberapa orang pemegang taruh di peringkat daerah, bekas pemimpin, barisan pentadbir, guru-guru serta anggota kumpulan pelaksana, ada sesuatu yang dapat dihidu. Suasana suram ini terhasil ekoran perhubungan dan komunikasi di sekolah antara barisan pentadbir dan guru- guru adalah kurang memuaskan. Kejelekitan antara warga sekolah ini sangat renggang. Beberapa minggu berada di sekolah ini, banyak juga isu yang timbul antara barisan pentadbir dengan guru- guru serta staf. Keadaan hubungan yang agak tegang menjadikan situasi kerja kurang harmoni dan komunikasi tidak berkesan. Justeru itu, banyak tugas yang terbengkalai kerana kerjasama yang baik sukar dibentuk. Apabila meneliti kepada sistem fail dan data, didapati sistem fail dan data sekolah juga agak caca marba dan perlukan penyusunan semula. Pertukaran guru keluar masuk dari sekolah yang menjadi ahli jawatankuasa sesuatu unit menyebabkan sesuatu data yang diperlukan sangat sukar diperoleh. Kedudukan fail yang tidak setempat dan tersusun lebih menyukarkan keadaan ini. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran yang kurang juga telah menyumbang kepada kekalutan sistem fail di sekolah ini. Menjadikan cabaran yang lebih besar buat saya dalam musim dunia diserang Covid 19 adalah pada Januari 2021, sekolah ini telah terpilih sebagai sekolah TS25 Kohort 6. Namun berlandaskan kepada pemikiran yang sentiasa positif, saya merasakan hal ini satu rezeki dan tapak yang baik untuk warga SK Seri Pangkor menganjak paradigma walaupun hanya selangkah sehari, namun berterusan tanpa henti supaya dapat berlari seiring sekolah-sekolah hebat yang lain. PROGRAM PENAMBAHBAIKAN Pengetua merupakan pengurus perubahan dan teras kepada tugas memimpin perubahan di sekolah. Selaku pengurus di peringkat sekolah, pengetua merupakan orang terpenting yang dapat mempengaruhi kejayaan sekolah (Fullan, 2007). Kenyataan ini mendorong saya untuk segera bertindak. Namun dalam masa yang singkat, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Hanya tindakan-tindakan biasa yang diharap dapat melonjakkan SK Seri Pangkor ke tahap luar biasa secara berperingkat, tanpa menyakiti dan menyuliti semua pihak. Tindakan penuh berhemah dan bijak perlu dilaksanakan. Sebagai permulaan, saya mengambil inisiatif dan merancang untuk melaksanakan perubahan secara berperingkat agar semua perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Bagi memastikan semua perancangan berjalan dengan baik beberapa pasukan didekati dan dibentuk. Antaranya, pasukan motivasi dan kaji selidik ke arah pendidikan berkualiti, pasukan keceriaan dan pembangunan fizikal, pasukan jalinan dan jaringan, pasukan kemenjadian murid dan pasukan pengurusan kewangan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pasukan motivasi dan kaji selidik, data menunjukkan warga SK Seri Pangkor perlu ditiup dengan kata-kata pembakar semangat dan diberi pendedahan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Lantaran itu, beberapa pendekatan diambil untuk menuju ke arah tersebut. KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BERKONGSI VISI DAN MISI Visi: SKSP peneraju kualiti pelajar cerdas minda dan kemandirian akhlak mulia Misi: Memperkasa pendidikan dalam usaha membina minda bestari dan membangunkan akhlak terpuji secara menyeluruh. 18 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Visi sekolah perlu diperhalusi bersama supaya dapat dihayati dengan langkah-langkah misi yang teratur untuk mencapainya. Tanpa penghayatan visi sesuatu matlamat sekolah sukar dicapai. Justeru itu, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk berkongsi visi dan misi dengan semua warga sekolah, termasuk, guru, staf, murid, pekerja pembersihan dan keselamatan serta tidak lupa juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG). Perancangan strategik sekolah yang mengandungi visi, misi serta pelan strategik dikongsi bersama dalam aplikasi telegram dan whatsapp sekolah. Hal ini supaya semua pihak dapat mengetahui dan menghayatinya dengan baik. Selain itu, banting visi dan misi sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipamerkan pada dinding sebagai bahan tontonan untuk difahami oleh warganya. Pihak pentadbiran percaya, melalui cara ini visi dan misi sekolah dapat disebar luaskan dengan cukup baik, bukan sahaja kepada warga sekolah malahan para pelawat yang hadir ke sekolah ini. Selain daripada itu, agar warga sekolah lebih jelas akan maksud yang terkandung, visi dan misi sekolah seterusnya diperhalusi dalam mesyuarat guru. Komunikasi yang berkesan sangat perlu untuk memperjelaskan harapan sekolah ini. Tanpa komunikasi dua hala yang baik, visi dan misi sekolah serta hubungan baik dalam membina jambatan untuk mencapai visi dan misi ini sukar dicapai. Menurut Jack G. McAuley(1988), komunikasi manusia boleh berlaku dalam tiga tahap iaitu Tahap Intraperibadi iaitu manusia berkomunikasi dengan diri sendiri, Tahap Antara Peribadi bermaksud komunikasi yang melibatkan dua orang atau kumpulan kecil seperti berdialog dan Tahap Individu dengan Kumpulan iaitu apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan dan maklumat tanpa gangguan kepada satu kumpulan yang lain. Sementara menurut Mary Munter (2006) pula, komunikasi memerlukan strategi bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan memenuhi kehendak pendengar. Terdapat lima strategi komunikasi yang diaplikasikan oleh Munter iaitu strategi komunikator (communicator strategy), strategi penerima komunikasi atau pendengar (audience strategy), strategi maklumat yang disampaikan (message strategy) strategi pilihan saluran (channel choice strategy) dan strategi budaya (cultural context). Komunikasi juga menuntut seseorang komunikator menekankan aspek objektif komunikasi, gaya komunikasi dan kredibiliti. Bermula daripada pertemuan dan pemerhatian serta kajian yang dijalankan beberapa program penambahbaikan telah dikenalpasti boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang timbul. Antaranya ialah saya dan jawatankuasa pembangunan sekolah percaya sistem komunikasi dua dan pelbagai hala yang baik akan dapat mengurangkan jurang dan mewujudkan persekitaran ruang kerja yang sihat. Justeru itu, banyak sesi mesyuarat dijalankan bersama dengan pentadbir dan guru-guru. Idea para guru diambil kira dan dianggap penting serta digunapakai sekiranya bersesuaian. Dengan ini mereka berasa dihargai dan lebih menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin dan barisan pentadbir. Para pentadbir dinasihatkan agar tidak meletakkan jurang yang terlalu jauh dengan guru-guru dan staf, sering berhubung dan menggunakan bahasa yang lebih berhemah ketika meminta pertolongan atau memberi sebarang arahan kepada orang bawahan mereka. Sebarang tugasan bukan dengan kata arahan pentadbir semata-mata, tetapi mengajak bekerja bersama-sama, membentuk pasukan supaya tidak ada pihak yang berasa ditindas dan dipergunakan. Pemimpin dan barisan pentadbir yang lain kini sentiasa berusaha untuk turun padang agar anak buah mereka merasai kebersamaan. Walaupun pada permulaan agak sukar melenyapkan jurang antara guru dan barisan pentadbir, namun dari sehari ke sehari menunjukkan perkembangan positif dan banyak urusan dapat diselesaikan dengan baik. Sesunguhnya komunikasi yang berkesan mampu merungkai kekusutan. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 19
Selain itu, saya menghidupkan budaya memberi salam kepada semua warga sekolah agar hubungan dan kemesraan terjalin lebih erat antara pentadbir dan guru, staf dan murid serta kepada pelawat pelawat yang hadir ke sekolah. Suasana ini menghidupkan rasa saling menghormati dan kekitaan di sekolah. Budaya salam ini sedikit sebanyak membentuk disiplin murid dalam adab menghormati guru dan warga yang lebih di sekelilingnya. Sementara salam daripada guru kepada murid pula membuatkan mereka berasa disayangi. Masalah disiplin semakin terkawal dan adab murid semakin baik. Walaupun terikat dengan SOP pencegahan Covid 19, tidak dibenarkan berkumpul, namun maklumat- maklumat penting tetap dijalankan melalui aplikasi whatsapp, telegram dan secara googlemeet. Hal ini agar hubungan tetap dapat dijalin erat supaya perasaan tanggungjawab dan kebersamaan tidak lenyap begitu sahaja. Bagi perhubungan dengan murid pula , perhimpunan tetap dijalankan. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak, lagu sekolah tetap berkumandang dan ucapan pentadbir dapat didengar setiap pagi Isnin. Perkara ini dilakukan di kelas masing-masing melalui sistem siar raya sekolah. Program serampang dua mata ini bukan sahaja untuk penyampaian maklumat, menerapkan unsur- unsur patriotik, namun, bertujuan juga untuk membentuk kemenjadian murid dengan memberi peluang mereka mengendalikan alat siar raya, menjadi pengacara dan pembaca doa semasa perhimpunan itu berlangsung. Penggiliran dan jadual bertugas yang dibuat memberi peluang kepada ramai murid untuk menunjukkan bakat masing-masing. PROGRAM KECERIAAN Bertugas dalam suasana yang tempat kerja yang suram memang merupakan satu perkara yang merunsingkan. Pengalaman bertugas di sekolah-sekolah yang terkenal dengan keceriaan menyebabkan suasana yang suram itu dirasakan sangat pincang. Sebagai seorang pemimpin, kesuraman sesebuah sekolah harus diperbetulkan supaya dapat menarik minat murid dan guru untuk datang ke sekolah. Iklim sekolah dinyatakan sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani, 1997). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin, 2008). Bermula dengan ruang pejabat dan bilik Guru Besar diubah dengan hiasan dan warna ceria. Pejabat pun diberi sentuhan berbeza. Warna-warna suram, cat-cat dinding yang sudah menggelupas dan ruang- ruang yang kosong di persekitaran sekolah diwarnai semula dengan warna-warna yang lebih ceria seperti biru dan merah jambu. Panitia-panitia digerakkan untuk menghidupkan sudut pembelajaran masing-masing supaya info yang bermanfaat dapat mencelikkan minda anak-anak didik. Dari kejadian itu, menjadi rangsangan pula kepada guru-guru untuk mengembalikan keceriaan bilik masing-masing. Bilik guru, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS) dan kelas- kelas telah berubah warna dan susunan. Semua inginkan suasana ceria dan kondusif itu hadir di tempat mereka. Secara perlahan-lahan suasana yang sangat suram itu berubah wajah tanpa perlu banyak arahan. Wang keuntungan kedai buku digunakan secara berhemah. Segalanya didapatkan dengan kadar berbaloi tanpa perlu berbelanja mewah. Kata peribahasa, ‘ukur baju di badan sendiri’. Di sini warga sekolah belajar tentang pemikiran kritis dan kreatif. Suasana Pdpc di dalam kelas semakin berkualiti hasil pemantauan berterusan. Selaku Guru Besar, saya mengamalkan instructional leadership di samping mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. 20 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Selain itu, saya sempat juga mengintai kebajikan dan keperluan anak-anak buah, bergerak bersama Penolong Kanan Kokurikulum yang merupakan seorang yang proaktif, pendingin hawa di bilik guru yang sudah bertahun tidak mampu menyejukkan keadaan, dibaiki dan dapat berfungsi semula. Langsir lama yang sudah hampir reput, ditempah baharu bagi mewujudkan suasana kondusif dan selesa. Tindakan itu mendapat sokongan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) dan menyambung dengan mewujudkan pantri dan ruang santai untuk mereka berbincang sebarang permasalahan atau berkongsi cerita suka dan duka mereka di situ. Seterusnya, bahan-bahan berinformasi turut dipasang bagi mewarnai suasana sekolah. Hal ini bagi mewujudkan perasaan senang hati murid, ibu bapa dan warga di sini terhadap sekolah dan memberikan kesedaran kepada mereka bahawa mereka sedang belajar dan berada di sebuah Sekolah Transformasi TS25. Walaupun pendedahan itu masih belum menunjukkan 100 peratus konsep Sekolah Transformasi, namun perubahan telah pun berlaku. Kami berpegang kepada prinsip ‘sikit-sikit ,lama-lama jadi bukit’. Suasana sekolah juga semakin menghijau dengan pokok-pokok penyeri yang baru ditanam di sekeliling sekolah. Bermodalkan jalinan dengan beberapa pihak luar , pokok-pokok ini diperoleh secara percuma. Selain itu, wujud kebun-kebun kecil untuk tanaman herba di beberapa sudut. Unit Rekabentuk dan Teknologi dan PPKI telah mengusahakan taman herba masing-masing dengan baik. Namun herba ini diusahakan bukan untuk dikomersialkan buat sementara waktu tetapi diusahakan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang jenis dan cara penanaman serta penjagaan pokok yang betul. Dalam usaha menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang berterusan dan berkesan, saya sentiasa berpesan kepada guru-guru dan murid-murid agar dapat memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk percambahan ilmu. Bermodalkan sedikit dana yang ada, dibantu pula dengan adanya sebuah wakaf yang tidak berfungsi dan hanya menjadi lorong laluan murid dibaikpulih dan dijadikan sebuah galeri kecemerlangan. Galeri kecemerlangan yang dibina di tengah-tengah dua blok utama sekolah adalah atas dasar serampang dua mata. Ini bertujuan untuk mempamerkan kegemilangan serta sejarah sekolah serta membina motivasi warganya dengan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dan selain itu, disebabkan oleh peratus membaca murid adalah sangat rendah, maka galeri yang dibina ini juga dijadikan pondok bacaan untuk murid-murid. Projek ini disambut baik oleh Unit Kokurikulum dan Unit Media sekolah. Kedua-dua unit itu diberi tanggungawab untuk menjayakan projek tersebut sepenuhnya. Projek ini mendapat perhatian warga sekolah, malah ada dalam kalangan guru sekolah sendiri yang memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk melengkapkan peralatan yang diperlukan di situ seperti kipas angin, lampu dan beberapa kabinet kecil untuk menyusun buku. MOTIVASI Manusia adalah kompleks, justeru tidak hairanlah manusia dikurniakan dengan kombinasi pemikiran, emosi dan fizikal yang berbeza-beza. Emosi boleh mengawal pemikiran dan menentukan fisiologikal seseorang. Bukan sahaja pemikiran, malah emosi juga perlu dijaga kecerdasannya. Emosi juga dilihat mampu membantu individu dalam kelangsungan hidup dan mengadaptasi persekitaran dengan memberi tanda kepada diri sendiri dan orang lain apabila berlaku sesuatu sama ada berupa manfaat atau ancaman. Misalnya, emosi yang positif seperti keterujaan, memberi tanda kepada kita bahawa sesuatu yang dihasratkan telah diperolehi. Manakala emosi yang negatif seperti kekecewaan memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Konsep kepuasan kerja pula mula dikaji selepas Perang Dunia Kedua melalui kelahiran model dan teori yang berkaitan dengan pendekatan hubungan manusia dan pendekatan sumber manusia. Antaranya ialah Teori Hierarki Maslow (1943), Teori Dua Faktor Herzberg (1959), Teori Jangkaan Vroom (1964), Teori Ekuiti Adam Smith (1965) dan Teori Matlamat Locke (1969). KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 21
Bersandarkan kepada keperluan membina emosi dan minda yang stabil, kreatif dan matang dalam penyelesaian isu, saya memilih untuk membangunkan warga yang kerja yang lebih berkualiti dan produktif dengan meningkatkan motivasi. Setiap usaha yang dibuat oleh para guru dan staf, walaupun kecil dan memberi sedikit impak tetapi tetap disulami dengan kata-kata semangat , ucapan terima kasih dan tahniah. Rakan-rakan guru juga terdorong untuk berbuat perkara yang sama kepada rakan–rakan dan secara langsung mereka mula bergerak bersama dan membina pasukan yang baik. Program ‘makan-makan’ sering diadakan untuk mengeratkan hubungan. Bagi pemimpin ini, tidak perlu berbelanja mewah, makan makanan yang berat, tetapi yang penting dijaga adalah kebersamaan itu. Bertitik tolak dari situ, mereka dapat bersama berkongsi masalah dan berusaha untuk membantu rakan-rakan yang dalam kepayahan. Semangat kekitaan ini menjadi motivasi dan pendorong kepada guru-guru untuk bertindak lebih aktif. Selain itu, Unit HEM dan Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan kaji selidik pengurusan minda sihat. Melalui kajian ini beberapa orang rakan yang dikenalpasti mempunyai masalah dalam pengurusan stres kendiri didekati dan diberi kaunseling secara tertutup agar mereka tidak berada dalam keadaan tertekan dan keseorangan. Unit Bimbingan dan kaunseling mencuba sebaik mungkin untuk membangunkan semula semangat mereka yang hilang. Saya juga berusaha meluangkan masa untuk turut bertemu dengan beberapa orang guru ini agar dapat membantu dan membuat penilaian yang tepat terhadap mereka. Sikap ini membuat mereka merasa disayangi dan mudah mendekati pemimpin untuk berkongsi masalah agar dapat melepaskan sedikit tekanan yang menghantui diri. Sesungguhnya, keprihatinan dan kecaknaan pemimpin terhadap anak buahnya adalah sangat penting bagi memastikan emosi dan tindakan dalam kawalan. Seterusnya, saya membuka banyak peluang dan memberi hak yang adil kepada semua guru untuk berkursus dan mengembangkan ilmu sama ada secara bersemuka atau atas talian. Perkara ini penting supaya guru-guru di sini dapat mempertingkat dan menguasai ilmu serta tugas dan tanggungjawab dengan baik. Ilmu itu dikongsi bersama dalam aktiviti latihan dalam perkhidmatan agar dapat disebar luaskan kepada semua warga. Saya sangat menggalakkan guru-guru menyambung pelajaran dan menimba ilmu. Semangat yang wujud dalam diri guru mendorong kepada kemenjadian murid. Banyak aktiviti pertandingan yang mereka buka peluang kepada murid untuk sertai. Saya menerapkan kepada anak buah bahawa menyertai pertandingan atau sebarang aktiviti yang dianjurkan, bukan untuk mengejar kemenangan dan meraih populariti, tetapi memberi peluang, ruang, pendedahan serta pengalaman kepada murid dan juga diri sendiri adalah yang paling utama. Namun jika berjaya menempa nama sebagai pemenang, itu adalah satu bonus dan rezeki buat yang berusaha. Tanpa diduga, SK Seri Pangkor menjuarai Pertandingan Video Kreatif Peringkat Negeri Perak yang dianjurkan oleh Unit Anti Dadah dan berjaya juga menjadi johan dalam Pertandingan Melukis Poster Peringkat Negeri Perak bagi kategori Pendidikan Khas. Semua warga sekolah bersyukur dan bergembira, dan kejuaraan ini menjadi pencetus kepada guru-guru untuk terus berusaha gigih memberi pendedahan kepada murid murid dalam pelbagai pertandingan atas talian yang lain. Semoga apabila kes Covid -19 dapat dilenyapkan dari bumi Malaysia akan banyak lagi peluang yang bermakna buat anak didik SK Seri Pangkor dapat sertai. Pasukan Band Muzik sekolah yang semakin dilupakan dihidupkan semula. Hal ini kerana beberapa orang guru di sini sangat berbakat dalam bidang muzik dan boleh memainkan instrumen seperti dram, gitar , kibod dan sebagainya. Kebetulan saya ialah seorang guru lepasan maktab beropsyen Pendidikan Muzik, jadi peluang yang ada tidak disia-siakan. Murid-murid berbakat dipilih dan dilatih untuk menjadi 22 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
ahli Bank Muzik sekolah. Masa senggang digunakan sebaik mungkin untuk memberi latihan kepada mereka. Satu rakaman dihantar ke Youtube untuk dendangan hari raya Aidilfitri yang mereka mainkan bersama. Walaupun tidaklah begitu hebat untuk dicanangkan namun menjadi satu kebanggaan atas usaha yang dijalankan. Segalanya ini adalah untuk memotivasikan warga sekolah agar dapat membina rasa cinta untuk datang ke sekolah. JALINAN DAN JARINGAN i) Jaringan Ilmu dan Informasi Dalam menjayakan sesuatu pembangunan sudah tentu kita memerlukan kuasa lain juga untuk membantu dari segi tenaga dan juga dana. Justeru itu, hubungan baik dengan sekolah-sekolah sekitar serta komuniti setempat yang berkepentingan sangat perlu dijalin dan dijaringkan. Hasil daripada perkongsian dengan para pemimpin dari SMK Pangkor, SJKC Hwa Lian 1 dan 2 serta SJKT Pangkor saya mendapat banyak maklumat tentang saluran–saluran yang betul untuk membantu sekolah. Saya mula berhubung dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk membantu membersihkan kawasan sekolah. Hasil persetujuan bersama dengan pihak AJK PIBG, surat permohonan dihantar kepada pihak PPD Manjung untuk memohon kebenaran mengadakan gotong royong bersama pihak MPM. Pihak pemegang taruh memberikan kebenaran dengan syarat pematuhan SOP bagi pencegahan penularan Covid 19 dilaksanakan semasa program tersebut dijalankan. Saya sangat beruntung, kerana pada hari kejadian bukan sahaja pihak PIBG datang membantu meringankan beban, malahan pihak MPM sendiri bersedia membantu dengan menyediakan tenaga kerja, peralatan yang sesuai serta kenderaan pengangkutan barang lama yang rosak itu keluar dari kawasan sekolah. Selain daripada itu, pihak COMBI (Communication for Behaviourial Impact) juga turut hadir untuk membantu bersama. Pihak COMBI merupakan persatuan sukarelawan warga emas Cina Pulau Pangkor yang sememangnya giat menjalankan ativiti amal di sini bagi menjaga kebersihan dan keindahan pulau peranginan ini. Aktiviti gotong-royong berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Ekoran daripada itu, pihak MPM menyatakan kesudiannya untuk membantu pihak sekolah pada masa akan datang bagi menjaga kebersihan dan keselamatan di SK Seri Pangkor ini. Seterusnya, pada bulan Mac sekali lagi pihak MPM membantu sekolah dengan menyumbang 100 pokok anak benih pokok bunga bagi menceriakan kawasan sekolah. Suasana sekolah kelihatan lebih indah dengan adanya tanaman bunga yang teratur dan landskap sekolah menjadi lebih menarik. Hal ini telah memberi aura positif kepada warga sekolah. Sebelum ini, sekolah agak kekurangan tanaman hiasan kerana adalah perkara yang agak sukar untuk membawa pokok- pokok ke sekolah melalui feri penumpang. Namun jasa baik daripada pihak MPM ini sangat membantu pihak sekolah untuk merealisasikan impian untuk mengindahkan suasana sekolah tanpa kos. Sejak dari bulan pertama menjadi nakhoda sekolah, acapkali didengari rungutan guru- guru tentang alat siar raya yang tidak sempurna. Suara atau sesuatu ucapan, terutama ketika perhimpunan pagi, terputus-putus dan pengumuman yang disampaikan tidak jelas serta sukar difahami. Menyedari akan hakikat pentingnya sebuah sistem siar raya yang baik sangat perlu di sesebuah sekolah, saya mengambil inisiatif mewujudkan jawatankuasa siar raya. Penubuhan jawatankuasa ini membawa kepada penghasilan kertas kerja untuk memohon sumbangan kepada beberapa buah syarikat yang dirasakan dapat membantu sekolah. Namun agak hampa, disebabkan musim pandemik Covid19 melanda, syarikat-syarikat tersebut juga mengalami zaman kemelesetan dan sukar untuk membantu pihak sekolah. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 23
Untung sabut timbul,untung batu tenggelam, setelah hampir dua bulan berusaha mencari penaja untuk memastikan alat siar raya sekolah dapat diguna dan berfungsi dengan baik, akhirnya berita gembira kami terima. Pengarah Urusan Syarikat Mesra Feri sudi untuk membantu dan menyumbang sebanyak RM6000 untuk tujuan tersebut. Akhirnya , misi tercapai. Alat siar raya seluruh kawasan sekolah dapat dibaikpulih dan disediakan dengan jayanya. Di dewan Indah Saujana, di bilik guru, di arena ,semua telah sempurna. Pemasangan alat ini memakai tenaga dalaman sepenuhnya kerana ada dalam kalangan guru-guru di sekolah mempunyai kepakaran dalam bab tersebut. Seterusnya, dalam mencegah jangkitan wabak Covid 19, pihak sekolah sangat bimbang jika penularan berlaku di kawasan sekolah. Justeru itu, segala saranan yang disyorkan untuk pematuhan SOP telah dilaksanakan di sekolah. Perkara ini membuka mata pelbagai pihak untuk membantu pihak sekolah, antaranya yang diperoleh adalah pemasangan sinki serta alat penyukat suhu secara percuma daripada sebuah syarikat telah tiba di sekolah. Selain itu, sebuah pertubuhan kebajikan masyarakat Cina Pulau Pangkor juga sudi menghulurkan bantuan dengan menyumbangkan 100 kotak pelitup muka kepada warga sekolah. Jalinan sekali lagi terjalin. Sepanjang beberapa bulan berada di sekolah ini, satu fenomena lain yang terpaksa dihadapi dan menjadi cabaran agak besar ialah sekolah kerap kali dilanda banjir. Walaupun banjir yang kerap berlaku adalah banjir kilat yang disebabkan oleh hujan lebat, lantaran sekolah ini terletak di kawasan paling rendah, maka air dari sekeliling akan bertumpu dan melimpah ke kawasan sekolah. Kejadian ini agak mengganggu gugat kelancaran aktiviti di sekolah. Hal ini berikutan kaki lima yang menjadi laluan dan penghubung anatara satu blok dengan blok yang lain akan dilimpahi air. Guru-guru terpaksa menggunakan kerusi kantin untuk dibuat laluan meniti bagi menuju ke kelas-kelas. Murid-murid juga terpaksa berbuat demikian. Keadaan selepas banjir juga tidak begitu menyenangkan. Lumpur perlu dibasuh di sekeliling kawasan sekolah. Namun, dengan bantuan dan jalinan bersama pihak Bomba , perkara ini dapat diatasi dengan baik. Perkara ini membuatkan keselamatan warga sekolah agak terancam setiap kali cuaca hujan. Lantaran pihak sekolah tidak mampu untuk meninggikan kaki lima buat sementara waktu kerana memerlukan dana yang besar, maka saya berhubung dengan pihak yang pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga saliran di Pulau Pangkor ini, seperti pihak Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Parit dan Saliran dengan harapan dapat mencegah atau paling tidak mengurangkan kekerapan berlaku kejadian banjir disebabkan air hujan. Hal ini kerana selain daripada limpahan air hujan, sekolah ini juga terdedah dengan banjir apabila berlaku fenomena air pasang berikutan lokasi yang terletak berhampiran laut. Hasil perbincangan bersama, ketiga-tiga pihak bersetuju membantu sekolah mengurangkan risiko banjir melanda sekolah. Beberapa cadangan dipersetujui bersama termasuk pemegang taruh dan PIBG sekolah. Longkang besar di hadapan pintu masuk sekolah telah dibaik pulih agar memudahkan aliran air lalu. Begitu juga di kawasan belakang sekolah, longkang besar dicuci dan longkang kecil dibina bagi memastikan air terus mengalir keluar dan tidak bertakung di dalam kawasan sekolah. Akhirnya, kekerapan berlaku kejadian banjir dapat dikurangkan jika air hujan lebat yang mencurah hanya dalam lingkungan tiga hingga empat jam. Saya berasa agak bangga kerana komitmen menguruskan kepimpinan futuristik dalam program jaringan dan jalinan memberi impak kepada sekolah dalam mencapai kecemerlangan dan kemenjadian pelajar dalam sesuatu bidang yang diketengahkan. 24 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PENILAIAN / IMPAK Hasil daripada perencanaan yang baik SK Seri Pangkor telah berjaya membina kejelekitan hubungan antara warga sekolah. Setiap pekerjaan dan tugasan dilaksanakan secara berpasukan dan jurang antara guru dan pentadbir semakin mengecil. Ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama dam meningkatkan kualiti kendiri guru dari segi mentaliti, informasi dan PdPc di dalam kelas. Murid-murid pula kelihatan lebih berkeyakinan dalam banyak perkara. Melalui pemerhatian di dalam kelas ketika pemantauan didapati lebih 60 peratus murid sudah berani memberikan pendapat dan jawapan ketika bersoal-jawab di dalam kelas. Mereka juga kelihatan lebih bersedia untuk menyertai sebarang pertandingan yang ingin disertai oleh pihak sekolah. Sementara budaya salam yang baru dipraktikkan telah hampir sebati dalam kalangan warga sekolah. Hal ini diharap akan terus dapat dikekalkan sebagai satu identiti bagi sekolah. Selain itu, persekitaran dan fizikal sekolah ini menjadi lebih ceria dengan warna-warni dan info yang menarik. Di samping itu, prasarana sekolah juga bertukar semakin baik dan dapat memudahkan tugasan. Hubungan, jaringan dan jalinan dengan ibu bapa, badan-badan kerajaan, NGO dan masyarakat luar kini berubah corak. Banyak pihak yang sedia bekerjasama dengan SK Seri Pangkor. Segalanya menjadi lebih mudah. Usaha-usaha ini adalah sebagai permulaan kepada kejayaan-kejayaan lain yang bakal dikecapi. RUMUSAN Dalam usaha mendepani setiap cabaran yang datang, setiap isu perlu diperhalusi sedari akar umbi. Satu kesedaran dan desakan untuk melakukan perubahan perlu wujud dalam diri seorang pemimpin apabila menghadapi situasi yang tidak selari dengan sasaran. Namun sesuatu tindakan yang hendak dilakukan tidak boleh dilakukan secara terlalu drastik sehingga boleh mencetuskan ketegangan dan konflik yang besar dalam organisasi. Usaha perlu dilaksanakan secara berterusan dan teliti umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berserak. Kita perlu memahami budaya kerja setempat dan memahamkan mereka budaya kerja yang betul agar semua warga sekolah boleh bertindak cemerlang dengan garis panduan yang disediakan. Seorang pemimpin seharusnya bertindak cemerlang dengan menjadi role model kepada guru-guru dan anggota pelaksana. Justeru itu, agar selari dengan kehendak tugas dan tanggungjawab, kita perlu menganjak paradigma dengan menimba ilmu tanpa jemu. Berpandukan buku-buku, bertemankan kata nasihat, berdamping dengan mereka yang berpengalaman dan sentiasa berhubung dengan pemegang taruh supaya tidak tergelincir daripada landasan tugas yang diamanahkan. Jika demikian halnya yang berlaku, pasti kita mampu menjadi nakhoda yang baik untuk membawa guru-guru kita ke dunia pendidikan yang cemerlang. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 25
RUJUKAN Abdullah Sani bin Yahaya (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Fullan, M. (2007). The newmeaning of educational change, 4th Edition. New York: Teachers College Press Jack G. McAuley, Komunikasi Antara Manusia Ciri-ciri Penting Dalam Komunikasi Peribadi dan Komunikasi Awam, terj. Mohd. Safar Hashim dan Fatimah Yusoof (.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia,1999), 11-12. Mary Munter, Guide To Managerial Communication. Efective Business Writing And Speaking – 7 th . Edition. (America:PEARSON Prentice Hall,2006) h. 1-2 Mohd Redzauddin bin Ismail (2008). Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah Dengan Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu. Selangor : Universiti Putra Malaysia. 26 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PENGETUA NOVIS: REALITI, CABARAN DAN HARAPAN Sopiah Binti Shaari Maktab Mahmud Langkawi SABK
PENGENALAN Maktab Mahmud Langkawi SABK terletak di daerah Ulu Melaka di bahagian tengah Pulau Langkawi dengan dikelilingi kawasan sawah yang luas dan menghijau yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari pekan Kuah dan 5 kilometer dari Padang Matsirat. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah yang dibuka dengan rasminya pada 2 Mac 1965 oleh YTM Sheikh Abdul Halim dan ditadbir oleh pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan. Tapak asal sekolah ini adalah beberapa petak sawah yang diwakafkan oleh penduduk tempatan. Pengambilan pelajar ke Maktab Mahmud Langkawi SABK adalah di bawah pengurusan Lembaga Pengurusan Sekolah dengan syarat-syarat pengambilan yang telah ditetapkan. Keutamaan pengambilan pelajar diberikan kepada pelajar daripada Langkawi. Sehingga hari ini 90% pelajar yang belajar di Maktab Mahmud Langkawi SABK adalah dari Langkawi manakala 10% adalah dari luar Langkawi. Saya telah memulakan tugas sebagai Pengetua yang mempunyai kelayakan sijil NPQEL di Maktab Mahmud Langkawi SABK pada 2 Januari 2020. Sebelum itu beliau telah memegang jawatan Pengetua melalui lantikan Lembaga Pengurusan Sekolah. PROFIL SEKOLAH Infografik Profil sekolah 29 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL
Maktab Mahmud Langkawi SABK merupakan sebuah sekolah menengah gred B yang mempunyai status sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Maktab Mahmud Langkawi SABK terletak di luar bandar dengan jarak 14 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Maktab Mahmud Langkawi SABK mempunyai 31 orang guru yang terdiri dari 16 orang guru perempuan dan 15 orang guru lelaki manakala anggota kumpulan pelaksana adalah seramai tujuh orang yang terdiri dari empat orang lelaki dan tiga orang perempuan. Pengurusan organisasi Maktab Mahmud Langkawi SABK dibantu oleh 10 orang kakitangan sokongan yang terdiri daripada tujuh orang pengawal keselamatan dan tiga orang pekerja kebersihan. Keseluruhan pelajar di Maktab Mahmud Langkawi SABK adalah berjumlah 350 orang dengan bilangan pelajar tingkatan 1 seramai 98 orang, tingkatan 2 seramai 69 orang, tingkatan 3 seramai 74 orang, tingkatan 4 seramai 67 orang dan tingkatan 5 seramai 42 orang. LATAR BELAKANG MAKTAB MAHMUD LANGKAWI Pada 1 Januari 1999 Maktab Mahmud Langkawi ditubuhkan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Bin Junid, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud pada masa itu. Bermula dari tarikh tersebut, pengurusan sekolah ini adalah di bawah seliaan Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah. Sekolah ini pada asalnya hanya mempunyai 6 kelas untuk tujuan pembelajaran. Pada tahun 2003, sekolah ini telah mendapat peruntukan membina sebuah bangunan baharu tiga tingkat yang mempunyai 9 kelas. Pada tahun 2005, bangunan baharu telah mula digunakan bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih selesa. Terdapat juga kemudahan infrastruktur yang lain di Maktab Mahmud Langkawi seperti bilik komputer, bilik tayangan, makmal sains, pusat sumber, pejabat dan bilik guru. Pada tarikh keramat 26 September 2014 satu ‘Memorandum of Understanding’(MOU) telah dimeterai antara kerajaan negeri Kedah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan Maktab Mahmud Langkawi sebagai sebuah institusi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Hari ini dalam usia yang menjangkau 22 tahun Maktab Mahmud Langkawi SABK terus melebarkan usahanya ke arah membina generasi rabbani dengan melahirkan lebih ramai anak-didik yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek duniawi dan ukhrawi. STATUS QUO SEKOLAH Saya mula dilantik menjadi Pengetua pada tahun 2009. Ketika ini aspek infrastruktur dan pencapaian akademik adalah sederhana. Hal ini disebabkan pada masa tersebut Maktab Mahmud Langkawi adalah di bawah pengurusan Lembaga Maktab Mahmud (LMM) dan dikenali juga sebagai Sekolah Agama Negeri (SAN). Peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah adalah sangat terhad kerana terdapat 12 buah Maktab Mahmud di Kedah yang perlu diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud. Pada masa tersebut, guru-guru juga kurang mendapat pendedahan ilmu pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana tiada jemputan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi atas faktor guru dari Maktab Mahmud Langkawi bukan guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Peruntukan bajet untuk pengurusan akademik pelajar juga adalah terhad dan kebanyakan program yang dianjurkan memerlukan bayaran daripada waris pelajar atau dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Inilah realiti situasi Maktab Mahmud Langkawi pada masa tersebut dan menjadi satu cabaran kepada pengurusan pentadbiran. 30 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Alhamdulillah pada tanggal 26 September 2014 Maktab Mahmud Langkawi telah berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan melalui ‘Memorandum of Understanding’ (MOU) antara Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Impak daripada MOU tersebut, pelajar telah memperoleh banyak manfaat seperti bantuan per kapita mata pelajaran dan bantuan kewangan yang lain. Barisan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibawah lantikan Lembaga Maktab Mahmud juga telah ditukar lantikannya kepada pengurusan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bayaran gaji ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru-guru yang tidak mempunyai latihan ikhtisas telah ditawarkan untuk mendapatkan sijil ikhtisas dengan kos ditanggung oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kenaikan pangkat guru ke gred yang lebih tinggi adalah mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedia ada. Peruntukan bajet penyelenggaraan dan pembaikan juga diperoleh setiap tahun. Sesungguhnya warga Maktab Mahmud Langkawi sangat bersyukur dengan nikmat yang diperoleh setelah Maktab Mahmud Langkawi berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kekurangan dan kelemahan kepada Pengetua dalam mengurus Maktab Mahmud Langkawi SABK ini kerana Pengetua tidak mempunyai ilmu kepimpinan seperti sijil NPQEL. Tujuh bidang pengurusan yang perlu dikuasai oleh Pengetua juga agak lemah atas faktor kekurangan ilmu pengurusan dan kepimpinan. Barisan guru pula melaksanakan amanah mengajar berdasarkan ilmu yang disalurkan oleh pihak Lembaga Maktab Mahmud dan kebanyakan guru berada dalam zon selesa dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keselesaan sendiri oleh sebab tiada pemantauan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri mahupun Jemaah Nazir. Sesungguhnya semua kekurangan itu adalah satu cabaran buat Pengetua yang memerlukan penyelesaian dan penambahbaikan. Alhamdulillah pihak Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Sektor Pendidikan Islam (SPI) turut hadir ke sekolah membuat kunjung bantu dalam menguruskan sekolah. Pada bulan Jun 2020, saya telah ditawarkan mengikuti kursus NPQEL. Sesungguhnya ilmu yang diperoleh semasa mengikuti kursus NPQEL sangat membantu dalam menguruskan sebuah sekolah yang pastinya mempunyai warga dan watak yang pelbagai. Dr. Jamelaa Bibi (2015) menyatakan modul- modul bagi program NPQEL yang dibangunkan berasaskan KOMPAS telah membuktikan bahawa amalan pengurusan dan kepimpinan merupakan tunjang utama yang membangunkan kompetensi seorang pemimpin sekolah serta organisasi yang dipimpin oleh mereka. Pembangunan dalam aspek pengurusan kurikulum merupakan aspek yang menjadi fokus utama seorang Pengetua dan guru besar lulusan NPQEL. MENGENAL PASTI ISU Hasil pembelajaran di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara (IABCU), Pengetua memperoleh pengetahuan tentang kaedah mengenalpasti masalah yang ada di Maktab Mahmud Langkawi SABK dengan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari seperti membuat analisis SWOT. Antara masalah yang paling kritikal di Maktab Mahmud Langkawi SABK adalah keselesaan guru mengajar berdasarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan tidak berpusatkan murid. Pengetua melibatkan kepimpinan pertengahan iaitu barisan penolong kanan dan barisan guru kanan dengan mengadakan sesi percambahan fikiran bagi mendapatkan data seperti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di Maktab Mahmud Langkawi SABK. Kaedah mendapatkan data juga dilaksanakan dengan membuat lawatan pembelajaran (learning walk) oleh Pengetua, barisan penolong kanan serta guru kanan ke kelas-kelas. Pada peringkat permulaan ini, Pengetua meminta kunjung bantu daripada SISC+ dan SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 31
Data-data yang diperoleh digunakan oleh Pengetua untuk membuat perancangan strategik sekolah (PSS). Fokus perancangan strategik sekolah adalah merangkumi bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Pegawai selaku mentor sekolah dari Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi sentiasa hadir memberi bimbingan. Alhamdulillah berkat usaha, kebersamaan dan kesungguhan semua warga sekolah berlaku peningkatan dan pencapaian dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum di Maktab Mahmud Langkawi SABK. PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKSANAKAN Selepas tamat kursus NPQEL pada tahun 2020, kepimpinan Pengetua dapat dilihat dengan mengaplikasikan gaya kepimpinan yang pelbagai. Kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan utama yang diimplementasikan di sekolah bagi memastikan pencapaian akademik yang cemerlang selain kejayaan dalam bidang yang lain. Bagi mencapai kecemerlangan yang menyeluruh, Pengetua sentiasa menerajui sekolah dengan menyampaikan bersama, visi dam misi sekolah. Ketetapan bersama, visi dan misi sekolah terhasil selepas melalui sesi perbincangan dan percambahan minda yang melibatkan barisan pengurusan kepimpinan pertengahan dan dipersetujui bersama. Pengetua menetapkan setiap unit iaitu unit kurikulum, unit Hal Ehwal Murid dan unit kokurikulum wajib mempunyai ketetapan indeks sasaran utama yang perlu dicapai berdasarkan visi dan misi sekolah. i) Perkongsian Visi Dan Misi Perkongsian visi dan misi serta indeks sasaran utama setiap unit disampaikan kepada seluruh warga kerja dan pelajar dengan menggunakan medium yang pelbagai seperti dalam mesyuarat guru, mesyuarat anggota kumpulan pelaksana serta dipaparkan di papan kenyataan sekitar sekolah. Bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan, Pengetua mengambil pendekatan secara diplomasi dalam menarik minat dan kesungguhan warga sekolah untuk bersama-sama menggembleng tenaga, usaha dan kepakaran guru untuk meningkatkan prestasi secara menyeluruh sama dari bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Pihak pentadbiran juga mengambil pendekatan berbincang dan membahagikan tugas menyusun dan mengemaskini melibatkan keseluruhan pengoperasian sekolah agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan secara harmoni dan memberi manfaat kepada warga sekolah. ii) Fokus Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Pentadbiran Maktab Mahmud Langkawi sangat mementingkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan sesebuah sekolah dilihat dari pencapaian akademik pelajar. Pengetua dan penolong kanan pentadbiran sentiasa memastikan pelajar dapat menguasai isi kandungan pelajaran. Pengetua sentiasa mengingatkan semua guru untuk memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran guru adalah berkualiti dan pelajar mendapat input pembelajaran yang optimum. Borang Standard 4 SKPMg2 dijadikan sebagai panduan kepada semua guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program membangunkan kapasiti guru wajib dilaksanakan setiap tahun mengikut ketetapan dalam perancangan strategik organisasi sekolah. Pada tahun 2020 terdapat empat program telah dilaksanakan bagi membangunkan kapasiti guru iaitu Program PLC (1 panitia 1 PLC), Bengkel Standard 4 SKPMg2, Dialog Prestasi berfokus bersama guru secara individu dan Bengkel Digital Classroom. 32 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Untuk mengubah sesuatu yang berada dalam zon selesa bukanlah sesuatu yang mudah. Usaha semua guru Maktab Mahmud Langkawi SABK yang bersungguh-sungguh dengan sokongan padu daripada barisan pentadbir akhirnya dapat mengajak pelajar dan ibu bapa untuk bersama-sama berusaha membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pihak pentadbir membuat pemantauan secara berterusan melalui dialog prestasi SPM dengan menggunakan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL). Secara umumnya kita mengakui bahawa dialog prestasi merupakan salah satu medan untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar sama ada meningkat atau menurun. Oleh hal yang demikian pihak pentadbir mengadakan dialog prestasi bersama guru-guru mata pelajaran tingkatan 5 serta ketua panitia bagi membincangkan cara untuk meningkatkan gred purata sekolah (GPS) kerana pencapaian setiap panitia memberi kesan kepada gred purata sekolah. Walaupun pandemik Covid-19 telah melanda namun pihak pengurusan tidak berputus asa. Pengetua mengendalikan dialog prestasi secara individu mengikut subjek yang telah dijadualkan bersama dengan guru kanan dan panitia masing-masing. Hal ini menjadikan dialog prestasi dapat dibincang secara lebih mendalam. Mengambil peluang bilangan pelajar yang tidak ramai, pihak pentadbir dapat meneliti keupayaan setiap pelajar dengan merujuk kepada keputusan dan hasil dapatan dialog prestasi yang telah dibincangkan. Pelajar yang disasarkan cemerlang diberikan perhatian khusus untuk mengekalkan momentum hingga ke SPM manakala pelajar yang masih belum mencapai tahap minimum diberikan rangsangan motivasi oleh pihak kaunselor sekolah. Selain pelajar, guru-guru juga diingatkan bahawa mereka perlu kompeten dalam mata pelajaran masing-masing. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dilaksanakan bagi membantu memperbaiki tahap penguasaan pedagogi guru. Hal ini disebabkan peningkatan pencapaian keputusan peperiksaan SPM bergantung kepada penguasaan pelajar dalam mata pelajaran. Untuk memperkasakan PLC, pihak pentadbir mewajibkan sekurang-kurangnya 1 panitia wajib melaksanakan 1 PLC. Selain itu juga, guru-guru disarankan menjadi pemeriksa kertas untuk menambah kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Setakat ini Maktab Mahmud Langkawi SABK mempunyai empat orang guru pemeriksa kertas SPM yang terdiri daripada subjek Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pembelajaran Abad ke-21 atau lebih dikenali PAK21 merupakan pendekatan yang tidak kurang penting selain keperluan semasa untuk bergerak seiring dengan kehendak murid yang merupakan generasi Z yang membesar dalam ruang lingkup kecanggihan teknologi. Justeru pelaksanaan PAK21 diberi perhatian serius oleh pihak pentadbir. Dewasa ini, PAK21 bukan lagi perkara baharu. Setiap sekolah perlu melaksanakan PAK21 sejajar dengan pendidikan masa ini yang bukan sahaja berhasrat melahirkan pelajar yang baik malahan pelajar yang mempunyai kemahiran untuk bersaing hingga ke peringkat global. Elemen-elemen dalam pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Guru perlu memiliki kemahiran yang tinggi, berpengetahuan dan mempunyai kebolehan membuat keputusan yang baik serta dapat menggerakkan murid selaras dengan sifat profesionalisme guru (Ravikumar, 2015). Menurut Noor dan Leong (2014), murid yang mendapat motivasi daripada guru biasanya akan menjadi lebih berminat yang seterusnya membantu proses pencapaian objektif pembelajaran. Impak kecemerlangan murid dalam kelas bermula daripada dorongan guru dan aktiviti pembelajaran yang aktif. Menurut Hafiza (2012), pembelajaran aktif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, guru perlu memainkan peranan sebagai pendorong dan penilai agar murid menjadi pelajar yang aktif belajar di dalam kelas serta mencapai kecemerlangan akademik. Oleh itu, Maktab Mahmud Langkawi SABK berusaha melengkapkan semua bilik darjah dengan kemudahan Smart TV dan mewujudkan bilik darjah PAK21 untuk membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran oleh guru. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 33
iii) Pemantauan Berterusan Pemantauan keseluruhan sekolah merupakan satu tugasan atau tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh Pengetua bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan terkawal dan mematuhi setiap aspek yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Kaedah pemantauan dilaksanakan dengan melibatkan semua barisan penolong kanan dan guru kanan. Pemantauan berterusan segala program atau aktiviti di sekolah adalah sangat penting bagi menilai keberkesanan sesuatu program atau intervensi yang dilaksanakan. Kaedah pemantauan di Maktab Mahmud Langkawi SABK dilaksanakan dengan melibatkan semua barisan penolong kanan dan guru kanan. Amalan pemantauan rutin yang dilaksanakan di Maktab Mahmud Langkawi SABK meliputi perkara berikut: 1. Melaksanakan jelajah pembelajaran (learning walk) ke kelas-kelas mengikut tujuan atau objektif yang telah ditetapkan. 2. Memantau buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru yang dihantar setiap minggu bagi memastikan pembelajaran abad 21, pengajaran dan pembelajaran berorientasikan murid, penggunaan ‘smart tv’ dan telefon pintar dilaksanakan dalam kelas. 3. Temu bual dengan guru dan murid bagi mengenal pasti isu-isu yang ada dalam kalangan guru atau pelajar atau perkongsian amalan baik guru yang boleh dikongsi bersama guru- guru yang lain. 4. Memastikan mesyuarat pengurusan sekolah dilaksanakan setiap bulan bagi mendapatkan laporan tahap pencapaian murid dan program yang dilaksanakan serta mengenal pasti intervensi atau tindakan yang perlu dibuat. iv) Sekolah Sebagai Organisai Pembelajaran Pengurusan akademik adalah sangat penting di institusi pendidikan. Pencapaian pelajar dalam bidang akademik merupakan satu kayu ukur kejayaan kepada sekolah. Banyak program dirancang di Maktab Mahmud Langkawi SABK dan dilaksanakan bagi memastikan pencapaian akademik adalah terbaik. Program yang dilaksanakan ialah program peningkatan profesionalisme guru seperti PLC, bengkel digital classroom dan dialog prestasi berfokus. Selain dari pengurusan kurikulum, konsep sekolah sebagai organisasi pembelajaran juga dilihat dari pencapaian bidang hal ehwal murid dan bidang kokurikulum. Oleh itu, tumpuan dalam bidang HEM dan kokurikulum turut menjadi fokus utama di Maktab Mahmud Langkawi SABK bagi mendidik dan melatih pelajar menjadi murid yang bersahsiah unggul, berakhlak dan beradab serta murid yang aktif dan sihat dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Berikut adalah senarai program anjuran unit HEM yang dilaksanakan di Maktab Mahmud Langkawi pada tahun 2020 iaitu: ǰ Program Sekolah Penyayang ǰ Program Jom Ke Sekolah ǰ Program Ziarah Cakna ǰ Program Mentor Mentee ǰ Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ǰ Program Motivasi ǰ Program Anugerah Kehadiran Terbaik ǰ Program Motivasi Berfokus 34 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Program-program yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menarik minat kehadiran pelajar ke sekolah. Selain daripada bidang HEM, pihak sekolah juga sangat memberi penekanan kepada pelajar untuk menyertai program dalam bidang kokurikulum. Dalam tempoh pandemik Covid-19 tahun 2020 ini, unit kokurikulum telah menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan secara dalam talian. Alhamdulillah, Maktab Mahmud Langkawi SABK telah mendapat 23 kejayaan daripada pelbagai peringkat acara yang dipertandingkan. v) Hubungan Dengan Komuniti Perhubungan pihak sekolah dengan komuniti setempat adalah sangat penting dan Pengetua perlu membina hubungan yang baik dengan komuniti setempat bagi membantu menguruskan sekolah dengan baik. Maktab Mahmud Langkawi SABK mempunyai hubungan yang sangat baik dengan komuniti di sekitar Langkawi. Berikut adalah antara senarai agensi yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah pada tahun 2019 -2021. a) PIBG - memberi sumbangan tetap berjumlah RM8,000 setahun bagi pelaksanaan program kurikulum, HEM, kokurikulum dan sambutan hari guru di sekolah. b) YB Parlimen Langkawi - memberi sumbangan RM10,000 untuk kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan di asrama dan sekolah. c) LADA - memberi sumbangan tetap menaja makan dan minum pelajar bagi program motivasi tahunan calon SPM d) Panorama Langkawi Sdn Bhd - memberi sumbangan ‘SMART TV’ e) Hotel Melati Tanjung, Motel Dwarung dan para waris - memberi sumbangan ‘SMART TV’ f) LANGKAWI PORT SDN BHD - memberi sumbangan 4 unit pendingin hawa untuk kegunaan di pusat sumber. g) Persatuan Petroleum Malaysia - memberi sumbangan 1 unit LCD dan 1 unit laptop h) Lembaga Zakat Negeri Kedah - memberi sumbangan penceramah motivasi dan pulangan zakat tahunan i) Masjid Jamie Al-Qadim - memberi sumbangan tetap tempat ceramah agama dan program kebesaran Islam j) MDNZ Enterprise - memberi sumbangan mengecat bangunan sekolah k) Pejabat Agama Langkawi - memberi sumbangan tetap program motivasi khas kepada calon SPM Sumbangan yang diberikan memberi banyak manafaat kepada sekolah. Antara kejayaan yang terbesar hasil daripada hubungan yang baik dengan agensi dan komuniti ialah semua kelas di Maktab Mahmud Langkawi SABK mempunyai ‘SMART TV’ yang sangat membantu kepada pelajar dan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad 21. PENILAIAN / IMPAK KEJAYAAN Pada bulan Mac 2020, dunia diuji dengan pandemik Covid-19. Negara Malaysia juga mengalami perubahan rutin kehidupan yang sangat berbeza dan pastinya sektor pendidikan juga turut terlibat. Sekolah ditutup pada satu tempoh masa yang agak panjang. Guru mengajar dari rumah dan pelajar juga belajar dari rumah. Meskipun begitu program dan aktiviti kokurikulum tetap dianjurkan oleh KPM, JPN dan PPD secara dalam talian. Pengetua sentiasa mengingatkan barisan pengurusan dan semua guru sentiasa bersedia menerima perubahan dan memotivasikan pelajar untuk menyertai setiap pertandingan atau program yang disediakan secara dalam talian. Alhamdulillah dalam suasana yang KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 35
ada kekangan dari segi pergerakan dan lain-lain, Maktab Mahmud Langkawi SABK telah berjaya mendapat 23 kejayaan dan tempat daripada pelbagai peringkat acara yang dipertandingkan iaitu peringkat antarabangsa, peringkat negeri dan peringkat daerah. Berikut adalah antara senarai kejayaan unit kokurikulum, unit HEM dan unit kurikulum yang telah dicapai sepanjang tahun 2020: 1. Lonjakan Saujana SPM tahun 2020 2. Sijil Kecemerlangan Pencapaian Lulus 100% (layak sijil) 3. Sijil Pencapaian SPM terbaik tahun 2019 dari PPD Langkawi 4. Anugerah A-KAWI: Sekolah Menengah Terbaik kategori SPM tahun 2019 5. Anugerah Peratus Kehadiran Murid Terbaik (melebihi 95%: Jan-Mac 2020) 6. Anugerah Peratus Kehadiran Murid Tertinggi (98%) sekolah menengah 7. Pertandingan Perahu Layar-tempat ke 9 peringkat antarabangsa 8. Pertandingan Golf MSSK -tempat ke 7 peringkat negeri 9. Pertandingan Essay Writing Menengah Rendah-tempat ke 15 peringkat negeri 10. Pertandingan sajak kemerdekaan-tempat ke 5 peringkat negeri 11. Johan Beregu (P-B15) pertandingan badminton MSSD Langkawi 12. Tempat ke-3 Beregu (P-B18) pertandingan badminton MSSD Langkawi 13. Tempat ke-3 Perseorangan (L-B18) pertandingan badminton MSSD Langkawi 14. Tempat ke-3 Perseorangan (L-B15) pertandingan badminton MSSD Langkawi 15. Naib Johan Lompat Jauh MSSD Langkawi 16. Naib Johan Lontar Peluru MSSD Langkawi 17. Johan Catur (L) MSSD Langkawi 18. Naib Johan Catur (P) MSSD Langkawi 19. Tempat ke-3 (L) Bola Tampar MSSD Langkawi 20. Tempat ke-3 (P) Bola Tampar MSSD Langkawi 21. Naib Johan Bola Jaring MSSD Langkawi 22. Tempat ke-3 Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah-sekolah Daerah Langkawi 23. Tempat ke-3 Pertandingan Pidato dalam talian Sekolah Menengah Daerah Langkawi 24. Tempat ke-3 Pertandingan Poetry Recitation dalam talian Sekolah Menengah Daerah Langkawi 25. Naib Johan Pertandingan Video CAMPRO KRS 26. Johan perandingan penulisan Khat Daerah Langkawi 27. Tempat ke-3 penulisan Khat Daerah Langkawi 28. Johan Pertandingan Sajak Kemerdekaan Sekolah Menengah Daerah Langkawi 29. Johan Pertandingan Sajak Patriotik Sekolah Menengah Daerah Langkawi RUMUSAN Pengurusan sekolah secara terancang dan menyeluruh adalah tanggungjawab yang sangat berat buat seorang Pengetua. Ilmu berkaitan pengurusan sekolah dan kepimpinan adalah sangat penting kerana pengurusan melibatkan emosi, insan dan harta benda. Setiap Pengetua pasti menginginkan yang terbaik dalam semua aspek di sekolah. Pentadbir perlu memastikan visi dan misi organisasi adalah jelas serta mudah difahami. Semua warga mesti dimaklumkan dan diterapkan rasa penting dan berperanan untuk mencapai hala tuju, visi dan misi organisasi. 36 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Pengetua perlu memimpin sekolah dengan gaya kepimpinan kombinasi iaitu demokratik, autokratik, transformasional, situasional dan lain-lain mengikut kesesuaian dengan memastikan “standard of procedure” (SOP) pengurusan organisasi dipatuhi, surat pekeliling KPM dipatuhi dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dijadikan sebagai panduan. Apabila SOP dipatuhi dan SKPMg2 dijadikan rujukan maka guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana akan lebih profesional dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam yang berintegriti. Walau bagaimanapun, Pengetua perlu fleksibel dalam menangani sesuatu isu mengikut situasi agar guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana dapat bekerja dalam suasana kerja yang harmoni dan menyeronokkan. Sebagai pemimpin sekolah, Pengetua seharusnya memberi fokus terhadap 9 bidang standard kompetensi yang perlu diuruskan oleh seseorang Pengetua. Dalam keseluruhan bidang ini seharusnya Pengetua perlu memberi keutamaan kepada 3 bidang utama iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum bagi melicinkan pengurusan di sekolah kerana perkara ini memberi impak yang besar kepada kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Penurunan kuasa (distributed leadership) kepada barisan penolong kanan perlu dilaksanakan agar dapat membantu pengurusan pentadbiran berjalan lancar. Pendapat dan pandangan daripada barisan ‘Senior Leader Team’(SLT) dan ‘Middle Leader Team’ (MLT) juga perlu diberi perhatian agar sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pengetua adalah tepat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek. Amalan budaya penyayang dan saling menghormati dalam kalangan guru dan pelajar pelbagai latar belakang perlu diberi perhatian agar semua warga sekolah belajar dan bekerja dalam keadaan harmoni. Pentadbir sekolah perlu membina hubungan bersama para pembekal yang memberi perkhidmatan di sekolah agar wujud komunikasi dua hala yang berkesan dan peraturan serta arahan Pengetua dipatuhi. Jalinan dan jaringan bersama Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti serta organisasi dari luar sekolah perlu diperkasakan kerana perkara ini sangat membantu dalam menyokong pelaksanaan program di sekolah bagi membuka minda guru dan pelajar untuk meningkatkan imej terbaik sekolah. Adalah diharapkan Maktab Mahmud Langkawi SABK akan terus unggul dan cemerlang dalam semua aspek khususnya mendidik anak-anak pelajar menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. RUJUKAN Ravikumar K. Varatharaj. (2015). Autonomi guru dan amalan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah Kluster. Tesis Ph.D tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia. Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(2), 1-10. Hafiza Md Nasir. (2012). Keberkesanan pembelajaran aktif terhadap pencapaian pelajar perempuan dalam biologi. Tesis Ph.D tidak diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jamelaa Bibi Abdullah. (2015). Impak NPQEL Terhadap Kepimpinan, Pembangunan Diri dan Organisasi. Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 37
AMALAN PEDAGOGI PEMBELAJARAN TERBEZA DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN BAHASA ARAB DI SMK TAMAN JELUTONG Mohamad Fauzi Bin Abdullah SMK Taman Jelutong, Kulim, Kedah
PENGENALAN Permohonan kemasukan calon dalam ujian pemilihan ke tingkatan satu SMK Agama dan Kelas Aliran Agama (KAA) bertambah setiap tahun. Pertambahan permintaan yang tinggi ke sekolah aliran agama mendorong kepada kewujudan sebuah sekolah khas aliran agama di daerah Kulim/Bandar Baharu. Merealisasikan hasrat ini, SMKTJ dibina di kawasan bukit bersebelahan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya. Mengambil nama salah satu daripada taman perumahan tersebut, maka Taman Jelutong dipilih sebagai nama sekolah secara rasmi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong. SMKTJ mula dibuka pada bulan 25 Julai 2004. Kemasukan murid sulungnya diambil dari empat buah sekolah di daerah Kulim. Murid-murid ini adalah dari aliran agama tingkatan satu dan dua melibatkan murid seramai 247 orang. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah kawalan bagi Daerah Kulim Bandar Baharu (DKBB). Bermula tahun 2014, SMKTJ menjadi sekolah Kelas Aliran Agama (KAA) sepenuhya daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. PROFIL SEKOLAH Infografik Profil Sekolah SMKTJ merupakan sebuah sekolah gred B dengan bilangan murid seramai 750 orang. SMKTJ mempunyai kemudahan asrama yang boleh menampung seramai 350 orang murid. Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang dibangunkan bagi menyediakan laluan Aliran Agama memandangkan daerah Kulim/Bandar Baharu tidak mempunyai SMK Agama sebagaimana daerah-daerah lain. Tugas meneruskan agenda merealisasikan visi sekolah diketuai oleh Pengetua iaitu Cikgu Mohamad Fauzi bin Abdullah dan turut dibantu oleh 62 orang guru dan 11 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Cikgu Mohamad Fauzi mula bertugas di SMKTJ pada Julai 2019. Bagi tahun 2019, pencapaian dalam SPM sangat memberangsangkan dimana 100% lulus semua mata pelajaran dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.56 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2.82 dan berada di kedudukan ke-7 terbaik dalam negeri Kedah. Bagi tahun 2020, sasaran sekolah adalah untuk mengekalkan kelulusan 100% lulus semua mata pelajaran dan GPS 2.48 dalam peperiksaan SPM. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 41
MENGENAL PASTI ISU Kelas Aliran Agama di SMKTJ adalah berbeza jika dibandingkan dengan arus perdana. Ini adalah kerana murid aliran ini mempelajari semua mata pelajaran yang sama seperti murid aliran perdana yang lain namun ditambah pula dengan mata pelajaran tambahan Bahasa Arab bermula dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Ketika di tingkatan 4 dan 5 pula, murid diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Tidak dinafikan, pertambahan mata pelajaran ini adalah beban kepada murid jika mereka tidak benar-benar menguasai Bahasa Arab disamping mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Di SMKTJ jurang penguasaan murid dalam Bahasa Arab adalah sangat besar. Ini kerana penguasaan murid yang datang dari sekolah aliran agama dan sekolah kebangsaan sangat ketara. Murid-murid dari Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam dan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah menunjukkan penguasaan yang lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Ini terbukti daripada skor yang mereka perolehi dalam Ujian Kemasukan ke sekolah aliran agama yang dilaksanakan. Bagi tahun 2020, cabarannya lebih besar apabila Pandemik Covid-19 yang melanda negara. Pandemik ini memberi kesan besar terhadap murid tingkatan 5. Motivasi diri mereka menurun dan ditambah dengan persekitaran yang tidak membantu pembelajaran mereka. Ini kerana bahasa Arab masih dianggap sebagai satu bahasa yang asing dan penggunaannya dalam masyarakat tidak meluas. Pencapaian mereka dalam Actual Result (AR1) yang jauh tersasar daripada sasaran dalam Operational Targeted Result (OTR1). Pencapaian murid dalam AR (Actual Result) iaitu hasil pembelajaran yang sebenar diperoleh daripada penilaian pertama (AR1) 2020 tidak mencapai OTR 1 (Operational Targeted Result) iaitu peningkatan hasil pembelajaran yang disasarkan. Jadual 1 di bawah menjelaskan pencapaian murid bagi AR1 dan sasaran OTR1 secara terperinci. Jadual 1 : Headcount SPM 2020 ANALISIS SWOT Keberkesanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terletak kepada kebijaksanaan guru-guru. Justeru, Analisis SWOT digunakan dalam pengurusan strategik Panitia Bahasa Arab untuk mempertingkat kecemerlangan pencapaian murid dalam SPM 2020. Analisis ini bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman serta cabaran yang dihadapi oleh pelaksana aktiviti panitia di SMKTJ khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Berdasarkan analisis SWOT, barisan penolong kanan, dan guru-guru kanan di SMKTJ yang mantap dan berpengalaman merupakan satu kelebihan kepada pihak sekolah. Selain itu 100% guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab adalah guru opsyen yang komited dan berpengalaman. Kekuatan ini adalah antara penyumbang utama pencapaian kelulusan 100% dalam SPM selama empat berturut-turut (2018-2020). 42 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Kelemahan yang dikenalpasti ialah jurang perbezaan pencapaian murid dalam kelas. Teknik pengajaran guru mengikut kelas kurang menyumbang kepada pencapaian gred purata matapelajaran yang lebih baik. Penggunaan modul yang sama diselaraskan untuk semua kelas dan kurangnya penguasaan pelaksanaan PILL adalah beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Hubungan baik dengan PPD, kerjasama pihak sekolah dan PIBG dan ibu bapa dalam program sekolah serta jaringan bersama guru sekolah lain dan jalinan bersama IPT adalah peluang kepada pihak sekolah. Ancaman yang dikenalpasti ialah ekspektasi waris terhadap sekolah adalah amat tinggi dan menyerahkan anak mereka sepenuhnya kepada pihak sekolah. Selain itu, ketiadaan pusat tuisyen yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab. PEMILIHAN STRATEGI MENGGUNAKAN MATRIKS TOWS BAHASA ARAB DaripadaAnalisis SWOT, Matrik TOWS digunakan untuk mendapatkan strategi yang tepat bagi mengatasi isu yang dihadapi. Enam padanan kekuatan, peluang, kelemahan serta kekuatan disenaraikan dalam jadual di bawah. Jadual 2 : Matrik TOWS DALAMAN KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W) LUARAN PELUANG (O) STRATEGI (S/ O) STRATEGI ( W/ O) S1 + S2 + S5 + O1 + O3 W1 + W6 + W7 + O1 + O2 ANCAMAN (T) INISIATIF 1 INISIATIF 3 Meningkatkan kualiti Pdpc guru dalam Membudayakan PLC secara berjadual mempelbagaikan kaedah dan pendekatan dan berfokus Pdpc PAK21 INISIATIF 4 INISIATIF 2 W2 + O5 S3 + S4 + S7 + O3 + O4 Mengupayakan kepakaran guru dalam Meningkatkan pencapaian murid dalam ICT melalui PLC dengan kerjasama peperiksaan dari segi kualiti dan kuantiti Rakan Elit dan pelbagai pihak STRATEGI ( S/ T) STRATEGI ( W/T) S6 + S7 + T1 W3 + W5 + T1 INISIATIF 5 INISIATIF 6 Melonjakan pencapaian akademik dengan Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam kerjasama PPD , JPN , KPM , PIBG , Ibu bapa serta komuniti kemenjadian murid KAEDAH PEDAGOGI PEMBELAJARAN TERBEZA Pedagogi Pembelajaran Terbeza (PPT) adalah satu strategi dalam memastikan murid menguasai objektif pembelajaran dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pendekatan Pedagogi Pembelajaran Terbeza dibangunkan dalam usaha menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza dimana guru menyesuaikan kurikulum dan penerangan isi kandungan dan bukannya murid menyesuaikan diri dengan kurikulum. Guru mendapatkan maklumat yang diperlukan tentang kelemahan murid-muridnya supaya dapat membezakan kaedah mengajar mereka di dalam kelas dan membolehkan semua murid belajar dengan cara yang paling berkesan. Untuk pelaksanaan pendekatan ini dalam PdPc, guru seharusnya menguasai terlebih dahulu konsep serta strategi yang wajar diambil kira semasa merancang dan melaksanakan PdPc tersebut iaitu Pembezaan Kandungan, Pembezaan Proses dan Pembezaan Produk. Standard 4 SKPMg2 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 43
pula merupakan satu dokumen yang menjadi panduan kepada guru dalam pelaksanaan PdPc. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam PdPc berkesan untuk memgembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. TINJAUAN LITERATUR PEDAGOGI TERBEZA Pembezaan pengajaran di dalam kelas adalah kemahiran yang penting untuk guru untuk memberi murid peluang terbaik untuk belajar, tanpa mengira kemampuan, kelebihan dan kelemahan murid. Penglibatan murid adalah kunci untuk memupuk motivasi dan keyakinan murid di dalam bilik darjah. Pengajaran melalui arahan dan pendekatan yang berbeza membolehkan semua murid mengakses kurikulum bilik darjah yang sama dengan menyediakan bahan bantu, tugasan pembelajaran dan hasil yang disesuaikan dengan keperluan pembelajaran murid (Hall, Strangman, & Meyer, 2003). Zamri, Ruslin dan Mohamed Amin (2015) pula berpandangan guru perlu mengambil kira perbezaan yang wujud dalam kalangan murid dalam proses pengajaran. Murid tidak akan tercicir jika guru sentiasa mengambil berat tentang perbezaan dalam kalangan muridnya. Antaranya, sebagai usaha memberi peluang kepada kepelbagaian murid di dalam sesebuah kelas. Menurut Tomlinson (2001), pengajaran membezakan boleh berlaku dengan memberi tumpuan kepada proses yang murid belajar, produk atau demonstrasi pembelajaran mereka, persekitaran dimana mereka belajar atau kandungan yang mereka sedang belajar. Kajian oleh Diana Lawrence-Brown (2004) membuktikan jika murid yang berbeza tahap kemahiran diberi arahan yang berbeza mengikut tahap mereka, murid tersebut akan mampu belajar seperti murid lain dalam arus perdana. Guru menetapkan objektif pembelajaran secara berbeza mengikut tahap murid yang berbeza. Kejayaan murid yang berbagai tahap ini akan dapat mencapai objektif yang telah ditentukan untuk mereka mengikut kesesuaian. Justeru, tindakan ini pasti akan mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan murid. Dalam satu kajian lain oleh Jeffrey Ober (2006) mendapati ramai guru hari ini menggunakan jenis arahan berbeza kerana mereka telah diberitahu bahawa pendekatan ini berfungsi. Walau bagaimanapun, penyelidikan eksperimen semasa yang banyak dilakukan tidak dapat menyokong sebarang tuntutan arahan dibezakan dengan berkesan. Pendekatan berbeza (terbeza) memerlukan banyak masa untuk pengajar bagi menyesuaikan dan mencipta kandungan tambahan. Disebabkan kekurangan keberkesanan pendekatan terbeza ini, guru menghabiskan masa mereka dengan menggunakan kaedah pengajaran lain yang lebih berkesan dan menjimatkan masa. MENAMBAHBAIK SEKOLAH - PROGRAM PENINGKATAN SPM 2020 Aspek penambahbaikan program SPM 2020 adalah suatu usaha perubahan yang dilakukan secara terancang dan dilaksanakan secara langkah demi langkah menggunakan model kitaran Plan-Do- Check-Act (PDCA) seperti dalam rajah 1. Rajah 1 : Kitaran PDCA Pedagogi Pembelajaran Terbeza 44 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Dialog Prestasi AR 1 diadakan bagi membincangkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab. Pencapaian murid dalam AR 1 sangat rendah jika dibandingkan dengan sasaran. Perancangan awal yang dibuat ialah mengenalpasti dan memahami masalah atau kelemahan pelan taktikal mata pelajaran Bahasa Arab yang telah dilaksanakan. 5 whys digunakan untuk mendapat gambaran masalah. Hasilnya pemetaan tentang punca masalah dibuat untuk merancang langkah penyelesaian. Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) dan analisis item merupakan dua alat penting dalam merancang program penambaikan. MASALAH Jadual 3 : Analisis 5 whys Why Why PENCAPAIAN BAHASA ARAB DALAM AR 1 LEMAH BERBANDING OTR 1 Why Jurang penguasaan murid dalam kelas Why Penglibatan murid dalam PdPr tidak menyeluruh Why Tahap pemahaman murid tentang kaedah menjawab soalan masih lemah Tahap penguasaan mufradat dalam subjek BA masih lemah Tahap penguasaan dan kemahiran PdP berkesan masih kurang dalam kalangan guru Oleh itu, beberapa program telah dibincang melalui aktiviti sumbang saran dalam perjumpaan barisan pentadbir bersama ketua bidang, ketua panitia Bahasa Arab dan guru yang mengajar kelas cemerlang. Rajah Diamond Nine digunakan untuk mengenalpasti langkah penyelesaian atau idea terbaik dalam membuat keputusan. Rajah 3 : Diamond Nine Pedagogi Pembelajaran Terbeza (PPT) merupakan strategi yang dipilih bagi meningkatkan pencapaian murid. Penggunaan PPT ini bertujuan membantu murid untuk mengembangkan idea mengikut aras kefahaman masing-masing. Program lain yang tersenarai diubahsuai kandungannya agar dapat diselaraskan dengan PPT. Pada fasa ini, PPT dilaksanakan dalam skala kecil dimana ia melibatkan murid sasaran cemerlang. Seterusnya, langkah untuk menyemak keberkesanaan pelaksanaan PPT. Hasil daripada pelaksanaan PPT disemak melalui pencapaian murid dalam AR 2. Bilangan murid yang mendapat gred A meningkat daripada 23 orang murid kepada 27 orang murid. Pelaksanaan PPT diperhalusi dan beberapa penambahbaikan dilaksanakan. Peringkat serterusnya ialah act atau tindakan. Pada peringkat keempat kitaran PDCA ini, langkah penyelesaian sepenuhnya dilaksanakan. PPT diperluaskan kepada semua murid yang bakal menduduki Kertas Bahasa Arab dalam SPM 2020. Oleh yang demikian, pengetua perlu memilih model mengurus perubahan yang sesuai untuk menyelesaikan isu yang dihadapi. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 45
MENGURUS PERUBAHAN Kejayaan PPT yang dilaksanakan membuktikan perubahan yang dilakukan perlu diurus agar mencapai kejayaan dalam skala yang lebih besar. Oleh yang demikian, pengetua merujuk kepada model ADKAR yang dibangunkan oleh Jeff Hiatt (1995). Rajah 4 di bawah menerangkan fasa-fasa yang dilalui dalam proses berhadapan dengan perubahan. Rajah 4 : Model ADKAR dalam Pengurusan Perubahan(Amalan Pedagogi Pembelajaran Terbeza) KESEDARAN Kesedaran tentang perlunya membuat perubahan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran guru. Pertemuan bersama guru-guru mata pelajaran Bahasa Arab membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid berdasarkan analisis item kertas Bahasa Arab dalam Ujian 1. Pengetua menyatakan risiko yang perlu dihadapi seandainya masalah tersebut tidak diatasi. Ketua Panitia membentangkan hasil pelaksanaan PPT yang telah dilaksanakan terhadap murid cemerlang. Rumusan dapatan perjumpaan menggariskan beberapa peluang yang perlu diberikan perhatian untuk memacu pencapaian murid. Antaranya ialah memperluaskan amalan PLC dalam kalangan guru. Jadual 4 : Aktiviti PLC BIL AKTIVITI TARIKH 9 JULAI 2020 1. Taklimat Penyediaan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) 20 JULAI 2020 2. Pedagogi Pembelajaran Terbeza 06 OGOS 2020 3. Pengagihan murid mengikut kumpulan kecil dan penyediaan OGOS 2020 kad rekod pencapaian murid hingga 4. Pelan taktikal FEBRUARI 2021 5. Penyediaan modul terbeza 23 JANUARI 2021 hingga 6. Pelaksanaan kelas terbeza 14 MAC 2021 7. Klinik Bahasa Arab 8. Kelas Bimbingan dalam talian (Malam) 9. Aktiviti kumpulan – Menonton video PdP Youtube dan Didik TV KEINGINAN Sebuah kumpulan kerja sepasukan dibentuk yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Kurikulum, barisan Guru Kanan, Ketua Panitia, setiausaha PLC dan setiausaha LADAP. Barisan ini merupakan Pasukan ‘Middle Leader Team’ yang bertanggungjawab membugarkan PPT dalam kalangan guru-guru yang mengajar murid tingkatan lima. Pada fasa ini, peranan MLT ialah membuka minda guru dan memberi motivasi untuk membaiki amalan PdPc dengan melaksanakan amalan PPT yang diharapkan dapat memberi impak positif kepada murid. 46 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PENGETAHUAN Bengkel Pedagogi Pembelajaran Terbeza diadakan dengan menggunakan platfom Google Meet untuk memberi pendedahan kepada guru tentang PPT. Selain itu, Teacher Sharing Session (TSS) dilaksanakan dalam panitia masing-masing dengan memberi penekanan kepada cara menghasilkan Pelan Intervensi Lima langkah (PILL) yang berkesan. Fungsi panitia digerakkan bagi memastikan semua ahli panitia dapat menguasai kemahiran menyediakan PILL yang efektif dalam menyelesaikan masalah murid. Pada peringkat ini, PPT dilaksanakan dalam semua mata pelajaran melibatkan semua murid tingkatan lima. KEUPAYAAN Dalam usaha mengupayakan guru melaksanakan amalan PPT, beberapa rintangan yang menghalang keberkesanan PPT dianalisis dan dibuat intervensi. Bagi memudahkan guru, bahan dan sumber bagi menjayakan aktiviti Pedagogi Pembelajaran Terbeza seperti modul terbeza digubal dan jadual klinik Bahasa Arab disediakan. TSS diteruskan bagi memberi peluang kepada guru-guru berkongsi pengalaman, ilmu dan idea dalam memperkasakan amalan Pedagogi Pembelajaran Terbeza. Setelah dua bulan pelaksanaan PPT, murid SMKTJ menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2020. Pencapaian murid dalam peperiksaan ini dijadikan kayu ukur keberkesanan PPT yang dilaksanakan. Jadual 3 : Perbandingan AR 3 dan OTR 3 Jika dilihat pada jadual 3, Gred Purata (GP) Bahasa Arab menunjukkan peningkatan yang ketara, iaitu daripada 3.50 kepada 2.88, iaitu peningkatan sebanyak 0.62. Selain mata pelajaran Bahasa Arab, amalan PPT juga dilaksanakan serentak bagi mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Kedua-dua mata pelajaran ini turut mencatatkan peningkatan dalam AR 3 dan melepasi OTR 3. PENGUKUHAN Untuk pengekalan dan pembudayaan PPT dalam pengajaran dan pembelajaran, pencapaian murid dalam AR 3 dibentangkan. Ketua bidang memberi penerangan tentang kemajuan yang dicapai dalam mesyuarat AR 3. Penghargaan diberikan kepada murid yang menunjukkan peningkatan prestasi dan mencapai OTI 3. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 47
PENGLIBATAN KOMUNITI Seperti sekolah lain, SMKTJ mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima kehadiran dan sumbangan serta kepakaran ibu bapa dan komuniti (Dasar Buka Pintu). Peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah bagi meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid dipertingkatkan dengan penubuhan Skuad Waris. Skuad ini di bawah pengurusan Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (HEM). Skuad ini membantu sewaktu pelaksanaan PdPR di mana waris berperanan menghantar modul terbeza kepada murid. Selain itu, skuad ini menjadi medium perhubungan antara guru dan murid yang sukar dihubungi berikutan masalah capaian internet. Selain itu, pengupayaan kerjasama antara komuniti terhadap sekolah dapat dilihat melalui kerjasama dengan “First Grade Resources”. Sumbangan sebanyak RM 5300.00 diterima untuk cetakan modul terbeza PdPR. Sumbangan ini juga digunakan kos pelaksanaan kelas tambahan berfokus dan klinik Bahasa Arab yang dilaksanakan selama empat minggu sebagai gerak gempur akhir menjelang SPM 2020. Sepanjang tempoh gerak gempur, semua murid berada di asrama. Mereka dibenarkan membawa peranti bagi memudahkan kelas secara dalam talian pada waktu malam. Bagi murid yang kurang berkemampuan, wang sumbangan “First Grade Resources” digunakan untuk membiayai kos penginapan di asrama, pembelian peranti dan data internet bagi murid berkenaan. PIBG menyumbangkan sebuah Smart TV dan dua set komputer yang ditempatkan di asrama untuk kegunaan murid bagi pembelaran kendiri. Melalui penyediaan kemudahan ini, murid dapat mengakses bahan pembelajaran dari Youtube dan Didik TV. PELAKSANAAN PEDAGOGI PEMBELAJARAN TERBEZA DALAM KELAS Guru membahagikan murid dalam beberapa kumpulan berdasarkan aras kefahaman murid iaitu aras tinggi 2 kumpulan, aras sederhana 2 kumpulan dan aras rendah 2 kumpulan. Pembahagian kumpulan adalah berdasarkan masalah atau kelemahan murid yang dikenalpasti dalam analisis item. Guru mengedarkan latihan dan modul yang telah disediakan mengikut pelan yang dirancang dalam PILL. Sebagai contoh, program Mumarasah Tadribat menyediakan modul soalan untuk latih tubi murid manakala Kitabah Mukarroroh menyediakan modul karangan untuk murid. Bitoqoh hifz Wa Tasmik pula dilaksanakan menggunakan sistem kad insyak, iaitu kad hafalan mengikut tahap penguasaan murid-murid dalam penulisan karangan bagi murid yang masih berada pada tahap lemah. Bagi murid cemerlang, modul yang menekankan soalan aras tinggi diberikan kepada murid. Modul dalam program Faslul Idhafiy Al Muwajahah pula melibatkan murid yang mendapat gred B dan C untuk diberi latihan intensif soalan berformatkan peperiksaan. Sepanjang langkah ini dijalankan, murid mendapat bimbingan daripada guru dan rakan lain dan menggunakan kaedah perkongsian antara murid. Sesi klinikal diadakan pada sebelah petang dan malam. 95% murid tingkatan lima di SMK Taman Jelutong tinggal di asrama. Faktor ini adalah peluang besar kepada guru dan murid untuk menggunakan baki waktu selama 60 hari dengan sepenuhnya untuk membantu mengatasi masalah murid. Setiap akhir kelas, murid menghantar latihan yang telah dibincangkan untuk disemak oleh guru pada masa yang sama di dalam kelas. Tujuan penyemakan terus dilakukan adalah untuk memastikan murid yang menghadapi masalah yang sama mengetahui kesalahan yang telah dibuat dan mampu untuk membuat pembetulan pada masa yang sama. Objektif kelas klinikal ini adalah untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh murid diselesaikan sebelum mereka beredar ke kelas lain. 48 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
IMPAK INTERVENSI Penguasaan murid mengikut tahap akan memudahkan pemahaman mereka dalam sesuatu subjek tersebut. Guru sebagai pembimbing akan lebih mudah untuk membimbing murid terutama murid yang berada dalam tahap rendah. Murid akan menjadi lebih mudah untuk berfikir dan mampu untuk menjana idea dengan lebih kritis. Ini terbukti dalam keputusan SPM 2020 yang diumumkan pada 10 Jun 2021. Pencapaian Gred Purata Bahasa Arab meningkat daripada 3.12 kepada 2.81. Malah pencapaian gred A turut meningkat daripada 44 orang kepada 49 orang, iaitu pertambahan 9.5 %. Seperti dinyatakan sebelum ini, Pedagogi Pembelajaran Terbeza yang menjadi program rintis Panitia Bahasa Arab telah disebarluas dan dilaksanakan dalam mata pelajaran lain. Hasilnya, pencapaian gred purata sekolah dalam SPM 2020 turut menunjukkan peningkatan yang ketara. Graf 1 :Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 2015- 2020 RUMUSAN Secara kesimpulannya, Pedagogi Pembelajaran Terbeza merupakan salah satu kaedah yang sangat sesuai digunakan dalam meningkatkan kemahiran seseorang murid itu dalam semua subjek termasuklah dalam subjek Bahasa Arab. Kaedah Pedagogi Pembelajaran Terbeza ini merupakan kaedah yang sangat menarik dilakukan dan sangat berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran terutama murid dalam kalangan aras rendah. Setiap individu mempunyai tanggapan yang berbeza dan bersikap prejudis mengenai perubahan kerja menyebabkan ada guru yang menolak kaedah ini. Terdapat juga guru yang liberal dan bersikap terbuka dan bersemangat untuk menerima perubahan. Oleh yang demikian, pembentukan sebuah pasukan kerja adalah satu unit penting dalam pelaksanaan Pedagogi Pembelajaran Terbeza ini. Kaedah Pedagogi Pembelajaran Terbeza ini akan terus digunapakai dalam program peningkatan SPM 2021. Beberapa penambahbaikan telah digariskan. Antaranya ialah, penggunaan ‘modul bercakap’ bagi murid yang lemah. Selain itu kelas Kurnia diadakan setiap pagi Isnin pada jam 7.30 sehingga 8.30 pagi untuk membantu murid yang lemah dengan menggunakan tenaga pengajar daripada murid cemerlang SPM 2020. Selain itu juga, pendedahan kaedah pembelajaran ini akan disebarluas kepada semua guru supaya masalah keciciran dan jurang pencapaian murid dapat dikurangkan dari awal. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 49
RUJUKAN Diana Lawrence-Brown. (2004). Differentiated instruction: Inclusive strategies for standards based learning that benefit the whole class. American secondary education 32(3)summer 2004:St. Bonaventure University, St Bonaventure, NY. Hall, Strangman, & Meyer. (2003). Differentiated Instruction And Implications For UDL Implementation. Jeff Hiatt. (1995). An application of adkar change model for the change management competencies of school heads in pakistan. Journal Of Managerial Sciences, 2(1). 145-157. Jeffrey Ober. (2006). Research on Differentiated Instruction Conference Paper (PDF Available) November 2016 with 8,357 Reads Conference: College Reading and LearningAssociation 49th Annual Conference, At Louisville, TN Kementerian Pendidikan Malaysia, Mengurus Perubahan dan Inovasi. Institut Aminuddin Baki. Zamri, M., Ruslin, A., & Mohamed Amin, E. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Kebangsaan, 3(1). 114-120. 50 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188