Timbul dugaan baharu, iaitu saya belum mendaftar di mana-mana universiti. Saya perlu mendapatkan tempat pengajian sebelum berakhir tempoh yang ditetapkan iaitu selama dua minggu. Akhirnya tepat pada 10 Oktober 2011, saya telah mendaftar diri sebagai pelajar PhD dalam bidang pendidikan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). “Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air”. Pada tanggal tersebut, saya bersua muka dengan penyelia kajian pertama, Prof Madya Dr Nor’ Ain binti Mohd Tajuddin dan penyelia kajian kedua, Dr Faizal Nizam Lee bin Abdullah buat kali pertama. Seminggu sebelum itu, saya telah meneroka maklumat tentang mereka berdua. Kedua-dua ini tokoh hebat dalam bidang Matematik. Saya juga luangkan masa membaca tesis PhD penyelia kajian sebelum kami bertemu. Dunia ini kecil rupanya, penyelia kajian saya semasa Master dahulu adalah penyelia kajian bagi Dr Nor’ Ain sewaktu beliau melanjutkan pelajaran peringkat PhD. Hasil perbincangan kami, ketetapan dan panduan telah diberikan dengan eksplisit. Saya perlu berusaha bersungguh –sungguh untuk menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Nasihat yang diberikan saya semat dalam dada. Semoga perjalanan ini diberkati. Antara kata-kata perangsang yang diberikan ialah “jangan tinggalkan penulisan lebih dari tiga hari..saya nak pencen ni, kena siap cepat ya”. Hubungan dengan penyelia kajian perlu dijaga. Sebagai pakar rujuk utama, saya nasihatkan kepada semua pelajar, pastikan hubungan yang positif dengan penyelia. Tips untuk memelihara hubungan yang positif dengan penyelia: i) saling hormat-menghormati. ii) berterus terang dan jujur. iii) komunikasi bersemuka, sekurang-kurangnya sebulan sekali. iv) komunikasi tidak bersemuka perlu lebih kerap dengan menggunakan aplikasi whatsApp atau email. v) berkongsi masalah pembelajaran dengan penyelia. vi) sayangi penyelia. “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”..Pengalaman manis dan pahit-getir yang dialami sejak memulakan perjalanan PhD hanya Allah yang tahu. Namun, saya yakin Allah menguji hambanya sebatas kemampuan yang ada. Saya perlu menganalisis kekurangan dan kelemahan diri. Jangan malu untuk mengakui kekurangan yang ada pada diri. Namun kita perlu memikirkan alternatif yang ada jika menghadapi sesuatu isu atau masalah. Pengaplikasian Model Polya banyak membantu saya dalam mengatasi masalah yang dihadapi. 94
Langkah-langkah yang dicadangkan dalam Model Penyelesaian Masalah Polya (1945): i) Memahami masalah ii) Mengenalpasti strategi – strategi penyelesaian masalah iii) Melaksanakan strategi iv) Menyemak semula “Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang”... Perancangan perjalanan PhD perlu difikirkan dengan jelas dan logikal. Pastikan pelan perancangan ini mendapat persetujuan penyelia kajian. Tempoh yang diberikan selama lim tahun perlu dirancang dengan teliti. Setiap akhir semester, refleksi kendiri perlu dilaksanakan untuk memastikan output yang diperoleh adalah setara dengan keupayaan kita. Tuntutan keluarga, pekerjaan dan pembelajaran perlu diseimbangkan. Perancangan ini saya catat dalam buku jurnal. Rakan baik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkongsi pengalaman beliau yang sentiasa membuat catatan jurnal apabila berjumpa dengan penyelia kajian atau pakar yang dirujuk. Nasihat beliau saya turuti, akhirkan 10 buah buku jurnal catatan sepanjang PhD telah saya hasilkan. Penyelia kajian juga membantu dengan memperkenalkan saya kepada rakan-rakan sealiran di UPSI. Walaupun ada yang menyatakan “ PhD.. is a lonely journey” namun kita perlukan rakan untuk berbincang atau memberi pandangan tentang sesuatu isu. Perancangan masa di pejabat dirancang dengan baik agar kerja yang diamanah tidak terjejas. Sepanjang tempoh lima tahun ini, semasa waktu pagi, saya fokuskan kepada urusan pekerjaan sementara masa sebelah petang, saya luangkan untuk membaca atau mencari bahan. Tempoh masa bekerja 7.30 hingga 4.30 petang perlu dirancang dengan baik. Jika tidak, pekerjaan dan pembelajaran saya menjadi huru-hara. Masa untuk berehat secukupnya pada waktu malam perlu dimaksimumkan. Sebelah malam saya hanya peruntukkan tempoh masa dua jam sahaja untuk kajian saya. Tugas-tugas yang diamanah, perlu dilaksanakan dengan baik. Janganlah menggunakan alasan belajar untuk mengelak daripada tugas-tugas rasmi ini. “Usaha tangga kejayaan”...perancangan 10 semester ini perlu dirancang dengan dengan teliti: i) Semester 1 : Menetapkan objektif kajian, soalan kajian dan fokus kajian. ii) Semester 2 : Penulisan bab 1, bab 2 dan menghadiri kursus atau bengkel yang difikirkan perlu untuk kajian. Jangan sekali-kali mengikut rakan. Kos perbengkelan ini agak mahal. iii) Semester 3 : Penulisan bab 3 dan menyediakan modul. iv) Semester 4 : Pemurnian bab 1, 2 dan 3 serta menyediakan modul. v) Semester 5 : Pembentangan proposal kajian dan memantapkan modul. vi) Semester 6 : Penulisan bab 4 dan memantapkan modul vii) Semester 7 : Penulisan bab 5 dan memantapkan modul. 95
viii) Semester 8 : Penghantaran hasil kajian dan menunggu tempoh viva. x) Semester 9 : Viva dan bergraduat. Oleh sebab kajian saya memerlukan sembilan orang pakar untuk mengesahkan modul yang dihasilkan, masa yang diambil ini agak lama iaitu hampir setahun untuk mendapatkan kelulusan daripada pakar. Perkara ini adalah di luar kawalan...maka saya hanya mampu berdoa. Sementara menunggu kelulusan pakar, saya melakukan pemantapan penulisan tesis. Kata kunci di sini adalah “bekerjalah dengan sistematik and time waits for no man”. Sebelum tamat tempoh yang ditetapkan oleh biasiswa, saya telah berjaya bergraduat. Saya yakin perancangan yang rapi dengan izin Allah akan membuahkan kejayaan. “Ukur baju di badan sendiri”...saya menyedari perjalanan PhD ini adalah sukar dan memeritkan jiwa dan raga. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk merehatkan minda dan menyihatkan badan. Hampir setiap pagi jumaat, saya bersama anakanda akan menghadiri kelas renang. Selain mengeratkan hubungan bersama keluarga, saya dapat melepaskan tekanan yang dihadapi. Sepanjang perjalanan PhD ini juga, saya mengisi aktiviti khas untuk keluarga agar saya mempunyai lebih masa untuk menyiapkan kajian saya. Sebagai contoh, saya juga menghantar anak ke kelas piano, dan saya akan menunggu beliau sambil menyiapkan kerja. Perasaan risau tidak dapat melayan anakanda, saya gantikan dengan aktiviti rekreasi. Bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”. Saya juga mengalami kesukaran untuk memandu pada jarak jauh. Oleh itu, setelah mempertimbangkan alternatif yang ada, bas adalah pengangkutan yang paling sesuai dan menjimatkan untuk saya ke UPSI. Pernah sekali pakcik pemandu bas berkata “ masa muda tak belajar.. dah tua baru nak ya”. Saya hanya tersenyum mendengar nasihat pakcik. Sepanjang masa berada di sana, saya akan menggunakan masa semaksimum mungkin untuk berjumpa penyelia kajian dan mencari bahan yang sesuai. Masa dan tenaga yang dikeluarkan perlu diseimbangkan dengan hasil yang positif. Saya akan menyewa bilik yang murah untuk menjimatkan perbelanjaan dan kos. Pada kebiasaan roti, susu dan coklat adalah makanan utama jika dalam perjalanan. Untungnya UPSI menyediakan bas untuk pergerakan pelajar ke fakulti. Kemudahan yang disediakan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kebanyakan bahan rujukan penyelidikan berada di universiti lain seperti Universiti Malaya (UM) dan UKM. Sekiranya, saya dikehendaki bermesyuarat di Kuala Lumpur, saya akan mencari ruang sebelum bermesyuarat untuk berada di perpustakaan UM atau UKM. Sebagai pelajar, jangan malu untuk bertanya dan menguruskan masa sebaik mungkin. “Bagai Aur dengan tebing”...mempunyai rakan-rakan yang sama-sama berstatus pelajar amat saya syukuri. Kami bergerak bersama menghadiri bengkel atau seminar. Saling nasihat-menasihati dan ingat- mengingati serta saling mendoakan kejayaan bersama adalah hadiah yang tidak terhingga harganya. Pernah sekali insiden bas rosak dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Kami menunggu sehingga bas lain datang mengambil. Rakan bukan sahaja akan memberi nasihat, namun mereka 96
adalah pendengar yang setia. Terima kasih temanku atas persahabatan ini. Di samping itu, rebutlah peluang untuk mencari rakan baharu jika menghadiri seminar terutama yang mempunyai bidang yang sama dengan kita. Ini akan dapat membantu dalam perjalanan ini. Saya yakin jika kita memudahkan atau membantu orang lain, maka urusan kita akan dipermudahkan. Sebelum mendaftar menjadi pelajar PhD, saya menasihati agar menghadiri bengkel untuk menyiapkan diri dengan keperluan asas seperti Bengkel Document Map, Mendeley dan sebagainya. Dan terdapat juga “PhD Support Group” di Facebook yang menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman dan idea. “Bagai kaca terhempas ke batu”...pada 12 April 2016, tatkala tesis saya telah siap dan menunggu tarikh viva, ibu tersayang telah meninggal dunia. Ya Allah, selama ini, ibulah menguat semangat dan pendorong kejayaan, namun apakan daya. Syukur keluarga terus memberi semangat untuk menghadapi viva. Saya perlu meneruskan perjalanan ini untuk memecahkan tradisi keluarga. Tambahan pula belum ada dalam keluarga besar saya yang memperoleh ijazah PhD. “Kata dikota”...pada 28 September 2016, saya menghadiri majlis konvokesyen UPSI kali ke-16 bersama-sama keluarga. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat buat ahli keluarga. Apabila dikenang semula catatan perjalanan, ini adalah harapan dan impian saya. \"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain. 97
Rekod Anekdot Dr. Gee DR. FOUZIAH BINTI MOHD Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Doktor Falsafah PhD (UKM) - Pendidikan Teknik dan Vokasional [email protected] Catatan ini merupakan rekod anekdot yang mengambil beberapa tompok daripada sebuah hamparan yang luas. Hamparan yang mengumpul sejarah hidup saya dalam masa yang singkat sebagai seorang pelajar tetapi memberi makna yang mendalam, seumpama sebuah tasik yang mempunyai kedalaman yang berbeza di setiap tempat. Terdapat pengalaman manis dan pahit yang meninggalkan kesan mendalam dan yang ada hanya sekadar di permukaan hati saya sahaja serta tidak kuarang melepasi telinga kiri ke telinga kanan. Pengalaman sepanjang menyiapkan PhD hanya mampu saya labelkan sebagai pengalaman yang indah setelah PhD saya selesai. Kisah-kisah yang menguris hati ada baiknya saya simpan kemas-kemas dalam hati dan sebahagiannya telah saya lepaskan pergi bersama-sama air mata. Dalam ruang yang terhad ini, tidak mungkin saya mencatatkan seluruh kisah untuk panduan dan sempadan kepada semua orang namun agak mustahil. Saya menggarap semua kisah suka duka dalam rekod anekdot lain. Saya yang memilih untuk belajar, tanpa desakan atau cadangan sesiapa. Setelah memikirkan risiko melalui penerokaan maklumat dan melihat kesesuaiannya daripada setiap genap pendapat. Realitinya, saya selesa dengan kerjaya sebagai Guru Cemerlang Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Jiwa semua guru sama seperti saya, mudah menyesuaikan diri, cintakan kerjaya, sayangkan murid-murid dan rakan setugas serta sanggup melakukan apa sahaja dengan bersungguh-sungguh demi mendidik anak bangsa. Keputusan mendaftar sebagai pelajar PhD disambut dengan sindiran dan kata-kata sinis namun saya ubahkan menjadi satu tiupan semangat untuk saya memulakan pengajian. Langkah pertama saya ialah mendaftar sebagai seorang pelajar PhD di UMT sebab bercakap tanpa tindakan hanya menjadikan impian umpama kabus pagi. Pengalaman belajar secara separuh masa agak mencabar. Debaran jantung sekencang turun dan naik semangat untuk belajar. Kadang-kadang saya tertidur di tepi timbunan kain-baju yang membukit, sambil melipat pakaian, mata menjeling ke arah artikel jurnal. Perkara biasa bagi saya apabila tersedar, cetakan artikel jurnal berterabur entah ke mana. Setelah mendapat maklumat mengenai biasiswa HLP, tanpa berlengah-lengah saya mengisi borang. Dengan izin Allah saya dipanggil temuduga. 98
Setelah semalaman tidur di dalam bas, saya memijak lantai Putrajaya Central. Usai mandi di tandas awam berhampiran, saya menuju ke surau memanjatkan doa yang panjang. Saya masih melayan fikiran dengan meletakkan proposal di atas riba sambil tangan menggosok-gosok lengan baju yang agak berkedut. Maklumlah semalaman baju berlipat di dalam beg galas. Baru sahaja membelek malas proposal, bas yang dinaiki sudah sampai di destinasi. Memasuki ruang menunggu temu duga kelihatan deretan bagasi. Agaknya mereka datang dari jauh. Namun telahan saya meleset apabila melihat calon-calon membawa bagasi ke bilik temu duga. Mata yang penat dan mengantuk menjadi segar dan terbeliak. Calon di kiri dan kanan saya membawa tiga hingga empat buah fail. Terdapat calon yang membawa beberapa buah buku hasil penulisan mereka. Saya memandang ke hujung kasut saya dan mula gelisah sebab saya hanya membawa sebuah fail dan beberapa salinan proposal. Yakinlah kepada Allah, Allah yang memberi, segalanya milik Allah...yakin...yakin. Namun dalam keadaan muka yang pucat, keyakinan saya mulai menurun. Tiba-tiba, seorang lelaki yang ranggi dan bertoncang, berbaju t tanpa kolar dan berseluar jeans berdiri di hadapan dan menyapa. Dia telah menyiapkan sarjana di luar negeri dan bekerja di Amerika. Isterinya memohon untuk program biasiswa pendidikan bahasa Inggeris ke luar negara. Dia juga merancang untuk terus bekerja di luar negeri. “Saya pasti awak sangat manis apabila senyum. Senyumlah,” katanya lagi. Saya memandang lelaki itu dan saya tidak mampu untuk senyum. Dia tidak tahu gelora di dalam dada saya. Sambungnya lagi, “belajarlah senyum, gunakan segala kekuatan yang ada dalam otak, penampilan, komunikasi dan gerak laku untuk meyakinkan penemuduga.” Dia juga memberi panduan menjawab soalan dan meyakinkan penemuduga. Perbualan kami menjadi rancak. Calon lain turut memberi perhatian kepada butir perbualan kami dan sesekali menyampuk. Beliau juga berkongsi cara menyediakan diri menghadapi dunia seorang pelajar. Belajar merebut peluang yang ada dengan membina hubungan yang baik dengan semua orang. Perbualan kami semakin rancak sehinggalah terhenti apabila nama saya dipanggil masuk. “ Good luck, trust me, you can do it,” kata-katanya mengiringi langkah saya. Kali pertama saya belajar senyum setelah kehilangan atau lupa cara untuk senyum dalam hidup saya. Selesai temu duga saya mencari lelaki itu untuk mengucapkan terima kasih sebab hampir semua yang dibincangkan tadi disoal oleh penemuduga. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Saya keluar dan tempat pertama yang saya tuju ialah tandas. Saya ingin melihat senyuman saya. Mulai hari itu saya belajar untuk senyum dan menyapa rakan-rakan dalam hidup saya. Setiap orang yang datang atau jumpa membawa makna berbeza dalam hidup, mahunya saya mencari lelaki misteri itu semula untuk mengucapkan terima kasih. Allah hantarkan dia untuk membantu saya. Yakinlah Allah sayang akan saya dan kita semua. Alhamdulillah, saya ditawarkan Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara rasmi saya berhenti daripada pengajian di UMT. Saya sangat teruja pada hari pendaftaran, kelihatan barisan yang panjang 99
mendaftar untuk PhD. Masing-masing berkenalan dan bercerita tentang impian serta cabaran yang dihadapi sebelum ditawarkan biasiswa. Terdapat rakan yang menghadiri tiga kali temu duga dan ada yang hanya sekali sebelum ditawarkan. Malah terdapat juga rakan yang mempunyai hubungan yang baik dengan bakal penyelia. Jauh di sudut hati, saya berdoa agar Allah permudahkan saya. Saya langsung tidak mengenali penyelia saya. Saya mengambil keputusan untuk menyewa bilik di Kamsis Za’aba. Daripada wanita berkerjaya menjadi pelajar semula bukanlah sesuatu yang mudah. Saya ke Fakulti Pendidikan dengan bas universiti sambil menggalas beg berisi kotak pensel, komputer riba , botol air dan tanpa pakaian formal. Perjumpaan kali pertama dengan penyelia membuat saya mengundur beberapa langkah ke belakang. “Fouziah, awak nak siapkan PhD dalam masa berapa tahun? 10 tahun atau 7 tahun?” soal Prof. Madya Dr. Ramlee b. Mustapha setelah mendengar penerangan tentang proposal saya. Saya membentangkan proposal yang mencakupi semua aspek dan perkara ingin dikaji, maklumlah nak buat PhD katakan. Teguran penyelia diselang-seli dengan lawak dan ketawa menjadikan saya cukup selesa untuk bertanya. Akhirnya tiga per empat daripada proposal saya perlu dibuang dan diubah. Pengalaman mengajar saya agar tidak terlalu ingin mengejar dan mengkaji semua perkara dalam ruang masa yang terhad. Proposal perlu lebih fokus dan jelas. Masalah saya ialah cara untuk membaiki proposal. Saya mula mencari dan teringat nasihat lelaki misteri yang saya temui semasa temu duga supaya berfikiran positif dan menggunakan ruang serta peluang. Saya membaca semula proposal asal dan cadangan perubahan yang dicadangkan oleh penyelia. Ternyata saya tidak faham dan semuanya tidak jelas sedangkan semasa perbincangan saya memahaminya. Selama seminggu saya hanya mengusung ke sana-sini proposal. Penyelia hanya menyuruh saya membaca. Apakah skop yang saya hendak baca? Setiap kali saya cuba untuk berbincang, jawapan yang diberi sangat tidak memuaskan hati saya. “Kena banyak lagi membaca.” respon penyelia. Selama 3 bulan saya masih dengan beberapa draf proposal dan jawapan yang sama meminta saya terus membaca masih keluar daripada mulut penyelia. Ketika itu saya disoggokkan dengan pelbagai cerita negatif dan kisah kegagalan rakan-rakan yang menyambung pelajaran. Seolah-olah daripada sepuluh orang yang mendaftar, hanya dua orang sahaja yang berjaya. Kisah penyelia yang mengamuk dan kisah pelajar yang berhenti separuh jalan. Kisah rakan-rakan yang ditimpa penyakit jantung, darah tinggi , bergaduh dengan penyelia dan stres. Terfikir juga dalam benak fikiran, betul atau tidak tindakan saya untuk sambung belajar. Masih belum terlambat untuk saya berpatah balik. Meninggalkan dunia yang selesa hanya untuk mengejar sesuatu yang amat sukar. Sebelum fikiran saya goyah,saya mengambil langkah yang selamat untuk tidak menyertai perbualan mereka. Saya lebih banyak menyendiri dan memilih ruang belajar yang paling hujung. Selepas itu, saya memilih rakan yang positif dan membantu. 100
Saya mula menulis proposal dengan panduan dan nasihat rakan-rakan di fakulti. Saya menulis objektif kajian dan menampal di meja belajar dan di dalam bilik. Setiap hari dan ketika saya baca dan fahamkan apa yang saya hendak kaji. Akhirnya terdapat lapan helai cadangan objektif kajian tertampal dan tertindan pada tempat yang sama. Saya mewujudkan smart partnership dengan tiga orang rakan. Cara yang kami lakukan ialah masing-masing berbincang dan cuba memahami apa kajian yang rakan lain lakukan. Kedengaran seolah-olah menghabiskan masa sahaja. Hikmahnya, semasa mencari bahan untuk penulisan, jika salah seorang daripada kami terjumpa bahan yang berkaitan dengan penyelidikan rakan, kami akan emel atau menyalin maklumat tersebut. Usah berkira, dengki atau kedekut. Bantu orang lain untuk berjaya tanpa mengharapkan balasan. Dalam masa yang singkat saya memperoleh banyak bahan untuk dirujuk. Saya juga membina jadual tersendiri bagi memudahkan saya merekod setiap bahan rujukan yang digunakan dan belum digunakan lagi agar lebih sistematik. Jadual yang dibentuk saya kongsi dengan semua rakan yang memerlukan. Semenjak daripada itu saya mempunyai fokus yang jelas mengenai skop kajian saya. Tidak mustahil pada awal semester kedua saya telah membentangkan proposal dan diterima sepenuhnya. Saya sangat konsisten menggunakan peluang belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Saya nekad untuk mendapat hasil yang berbaloi setelah meninggal keluarga untuk belajar. Kisah saya berulang-alik setiap minggu bukan lagi menjadi cerita ekslusif sebab majoriti pelajar dewasa melakukanya. Saya masih meneruskan rutin keluar daripada bilik ke perpustakaan, fakulti atau ke Bilik Siswazah pada pukul 7.00 pagi setiap hari tanpa mungkir sehingga selesai belajar. Saya tidak mempunyai masa yang tetap untuk berhenti belajar atau mentelaah. Menjadi kebiasaan saya untuk keluar daripada Bilik Siswazah pada pukul 10.30 malam. Peruntukan masa belajar sekitar 14 jam sehari. Selebihnya saya mencipta keseronokan belajar, jika difikirkan kecewa atau payahnya ilmu pasti saya balik semula mengajar di sekolah. Pada sebelah petang saya menggunakan ruang yang ada untuk riadah di Taman Tasik Puteri dan Tasik UKM. Selepas itu ke Masjid UKM untuk solat Maghrib dan mendengar ubat jiwa dalam setiap taman syurga sehinggalah menjelang Isyak. Saya turut menyertai kumpulan waitakong dan melakukan aktiviti di gimnasium pada setiap hari minggu. Belajar adalah pengorbanan yang mengajar ketabahan dalam menghadapi pahitnya ilmu. Ketika proposal selesai, cabaran lain pula diterima. Penyelia utama saya bertukar ke UPSI, saya terduduk. Saya faham kepentingan mengejar gelaran profesor bagi seorang pensyarah di pusat pengajian tinggi. Secara rasmi, penyelia ke dua menjadi penyelia pertama saya. Namun, apabila berbincang dengan penyelia ke dua iaitu PM. Dr. Ruhizan Mohd Yassin, jawapan yang diberikan bahawa tajuk yang saya pilih bukan minatnya membuat sekali lagi saya terduduk dan bersandar lesu. Ujian ini amat berat ya Allah. Perbincangan demi perbincangan dilakukan dalam usaha memujuk dan menunjukkan kesungguhan kepada penyelia mengenai tajuk yang dipilih . Setelah 101
menghabiskan masa selama hampir 2 bulan saya mendapat penyelia ke dua yang baharu iaitu Prof. Datin Dr Amla Mohd Salleh. Saya belajar bersabar dan bertolak ansur meskipun bercucuran air mata yang gugur. Menunggu penyelia di hadapan bilik selama 4 jam menjadi pengalaman kepada saya. Saya memilih untuk positif dan sentiasa memujuk diri agar menggunakan masa menunggu untuk menyiapkan kerja sambil bersila di atas lantai. Saya pernah memecut kereta daripada Terengganu ke Bangi semata-mata memenuhi temujanji segera dengan penyelia. Pengalaman kereta saya hampir terbakar dalam perjalanan menjadikan saya lebih tabah. Peristiwa sebegitu cukup indah untuk saya ceritakan setelah saya berjaya melaluinya. Kekuatan yang saya perolehi berkat daripada doa keluarga dan semua orang. Kata seorang rakan, kita tidak tahu doa siapa yang Allah makbulkan. Setiap kali berjumpa dengan sesiapa pun, minta mereka doakan agar kita dipermudahkan Allah dalam belajar. Saya amalkan dan sentiasa memohon orang yang saya jumpa untuk doakan saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas doa mereka kepada saya. PhD mengajar saya mengenai kehidupan yang realistik. Saya yakin apabila saya memudahkan urusan orang lain termasuklah penyelia dan kawan-kawan, Allah akan permudahkan juga urusan saya. Saya belajar menghargai semua orang dan perbaiki sikap dan tanggapan saya terhadap sesiapa pun. Penyelia memberi ingatan kepada saya bahawa membentangkan kertas penyelidikan bukan sekadar memenuhi kehendak universiti tetapi gunakan peluang yang ada untuk berkenalan dengan seramai mungkin peserta dan pembentang dengan mencatat bidang penyelidikan, universiti, nombor telefon dan emel mereka. Saya meluaskan rangkaian dan tidak menjadi kera sumbang atau berbual dengan kawan seuniversiti sahaja. Ternyata strategi tersebut berjaya kerana saya mendapat sumber bahan rujukan dan kepakaran melalui perkenalan semasa menghadiri seminar. Melalui seminar juga saya berkongsi bahan dan mendapat maklumat tentang seminar atau kursus di universiti lain. Saya berjaya ke peringkat seterusnya dan dibenarkan mengumpul data. Saya pergi sendiri dengan memandu kereta ke 14 buah sekolah menengah teknik dan vokasional seluruh Malaysia. Allah Maha Kaya, proses mengumpul data menjadi sangat mudah dan cepat. Saya meminta pertolongan rakan guru dan kenalan semasa menghadiri seminar untuk tujuan berkenaan. Terdapat beberapa buah sekolah yang menawarkan tempat tinggal secara percuma dan memberi layanan terbaik kepada saya. Saya mencatat pengalaman mengumpul data dalam rekod anekdot yang lain. Akhirnya saya melepasi setiap peringkat yang ditetapkan oleh pihak universiti. Saya memandang tesis yang telah dijilid dengan satu kepuasan. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengalami saat yang indah semasa bergraduasi tetapi apabila saya memandang ke belakang dan sisi saya, saya kehilangan rakan-rakan yang sama-sama mendaftar pada 3 tahun setengah yang lalu. Setelah memperolehi PhD saya terasa sangat kerdil dalam ilmu kerana hanya mengkaji satu cabang kecil ilmu 102
sehingga mengambil masa selama tiga tahun. Perbandingan ilmu yang dikaji dengan ilmu Allah SWT ternyata saya bukan sesiapa pun dalam pencarian kebenaran ilmu. Seolah-olah satu zarah debu dipotong berjuta kali, langsung tidak ada yang membanggakan. PhD membuat saya merasakan yang diri saya lebih lemah, namun kebergantungan kepada manusia hanya melelahkan saya. Kebergantungan dan penyerahan diri yang total kepada Allah sahaja yang membahagiakan saya walau dihimpit seribu duka dalam menamatkan pengajian. Selesai belajar dan bergraduasi saya cuba sedaya-upaya untuk memberi semula kepada masyarakat melalui sesi perkongsian, ceramah dan dalam bentuk penulisan. Hakikatnya saya terus belajar sebab perkembangan ilmu bukan sesuatu yang statik. Bermulanya kebodohan sesorang apabila berhenti belajar. Tesis bertajuk ‘Pengaruh Faktor Diri dan Persekitaran Dalam Pemilihan Kerjaya Bidang Teknik Dan Vokasional’ tinggal sebagai bukti. Hidup perlu diteruskan dengan penuh redho dan syukur. “Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.\" 103
It was a Breeze! DR. SAKHIYYAH BINTI A. RAHIM Jabatan Bahasa-Bahasa Doktor Falsafah PhD (UiTM) - TESL [email protected] Pursuing a PhD is not incidental. It is a decision taken after much consideration. It affects our lives and everybody attached to us. Everybody’s PhD journey furthermore is unique. Each is painted on different surfaces with different strokes and using diverse colours. As such, each one of PhD survisors has a different beautiful painting to share. I did not know where did i get all the energy and enthusiasm to pursue my study. Siblings stared in disbelief as i say i love studying. I just love attending lectures and workshops of any sort. Fortunately in the IPG, we do not have the luxury of doing post-doctoral degree, otherwise i would have applied for it. If my late Tok Ayah were alive...He would have been very proud of me as he was a learned man, passionate about learning and knowledge. I remembered him fondly reciting arabic poems to me...i would go “oooo” and “aaaah” though little of those made any sense to me. Those poems were all about learning... I wished i was wiser, more matured and more appreciative. My journey to PhD had been a breeze! It only took me five years to land a scholarship! I had been trying to secure a scholarship every year without fail since 2005. I was 35 when i first tried my luck. The interviewers commented that i was still young then and had more years before me. So Ishould give the opportunity to the seniors. Following years, i was told that my proposal was not good enough. “ Tak menggoncang dunia, “ as the interviewers said. Gosh! Was I discouraged? Yes, but only for a few hours after the interview. But then later I put all those behind and submitted another proposal, every consecutive year. In 2010, i was called for another interview. Honestly, I’ve lost count of the proposals sent and interviews attended. That would be my last attempt. Only after 5 successive years of trying, i managed to get a scholarship in 2011. The bitter fact was it was not a full scholarship. It was a partime scholarship. I could not shake off the disappointment whenever i came across people who were blessed with such luxury of full scholarship. Yes i was envious of them. I envied the time they can spend at the university, lectures and academic discourses attended. The partime scholarship tore me into halves. Half a body and mind were devouring knowledge while the other half was nailed down to work. In my entire study life earlier, i had been on full scholarship and now i had to juggle between work and study. I had no idea how to strike a balance between the two. I only knew i had to do it by hook or by crook. I had to strategise to survive this ordeal. So, i worked diligently during the day and buried my 104
nose deep into the study at night, two hours daily, seven days a week for 7 years! Wow! that was a breeze! Anyone can do that! My journey to PhD had been a breeze! I had carefully chosen UiTM for a number of reasons. Reason number one, UiTM has all the expertise in TESL. I did my bachelor degree at UiTM, Shah Alam and hence I am familiar with its locality. Furthermore, some of the lecturers from my yesteryears are there still. The teacher-student bonds definitely would benefit me. Reason number two, my darling sister was there in Shah Alam. Dina was all excited when i got the offer to further my studies at UiTM Shah Alam in September 2011. I figured out that I would have no problem putting up at her place throughout my studies. She can ferry me to the faculty and knowing her, she would welcome my study comrades too! How convenient! Yes, indeed she fetched us from the bus station, from hotel and so on. She’s a real angel... an angel since young. I could imagine my self breeze through the study. I planned. But “Allah is the best planner” (Al Anfal:verse 30). The beautiful dream I had envisioned took a devastating twist. Dina was laid to rest in March 2012 at the age of 24 following a fatal accident only after a few months I had embarked on the journey. I swallowed my grief and spent many ...many months seeing her, feeling her whenever i was at Shah Alam. My PhD journey was a breeze. My PhD was a breeze! I’m stationed in Batu Rakit, Terengganu and my campus is perched on top of a high ground, Puncak Alam, over 500 kilometres away. Is it far? Let’s not sweat the small stuff! Small matter. I’m a loyal passenger of Malindo and Firefly. These conglomerate companies should have rewarded people like me. Their business thrives for people like me, seeking knowledge, tossing hundreds and thousands of ringgit all along the way. I travelled minimum once a month, at times alone but more frequently with my study buddies. At times, we travelled by a car, a few of us together. We pushed out after work on Thursday. By the time we reached KL it was midnight. I’m not much of a night person. So in a noble attempt to keep friends’ company throughout the journey, i gulped down cups of caffeine... only to doze off shortly after that! Believe me, the whole time spent with dear friends was momentous. My PhD journey was a breeze! Oh well! i didn’t alway act rich. I also boarded the eight wheeled 45 feet long limousine. The I remembered one night, ayah and my younger sent me to Jertih station. I had booked a seat in one of the many limousines to Shah Alam. It was drizzling as we pushed out from home. Shortly the drizzle turned to thunderstorm with blinding rain! My ayah’s modest car aircond was out of order so my brother had to be the wiper, frantically defogging the inside of the windscreen for ayah. As if it was not enough, one of the wiper snapped, leaving only one. Ayah being an ex-driving instructor, had swiftly maneuvered the car to edge of the road and inched its way through the downpour. All of us were having tough time seeing though the heavy rain. I was panic-stricken! What if my limousine departed without me ? As we approached a small restaurant, ayah braved the lashing rain to meet the restaurant 105
owner and asked for a favour... to send me safely to my limousine. It was such a humbling feeling when a total stranger had extended help to me, a nobody...a nobody. “Which of the Lord’s favours will you deny” (Al Rahman: verse 13). I silently vowed to myself that I would complete the academic journey and make him and everybody proud. My PhD journey was a breeze! I was exposed to Structural Equation Model (SEM). Fell in love with it and prematurely I decided to use it for my analysis. It was the in thing in quantitative analysis. Well, i had some prior knowledge in quantitative data analysis using SPSS. People said they are twin, related. It would be a breeze i thought. Sigh. SEM was not as easy as i had thought. I had attended many SEM workshops. I remembered going to Dr. Yusri’s workshop at UiTM and Prof Ramayah’s workshop at UiTM, Shah Alam. I also remembered attending Prof. Zainuddin’s workshop, the SEM guru, three times and being questioned for my presence again and again. SEM got me entangled in messy webs of variables. By then, my love affair with SEM began to rock. I started to doubt my choice of analysis. But Allah’s help is near. Again, “Which of the Lord’s favours will you deny” (Al Rahman: verse 13). My PhD journey was a breeze! I developed my own instrument for my survey. Developing an instrument was a piece of cake really. All one to do is as follows. First of course, I had to have some knowledge on instrument development. Second, I had to read up on the subject matter and drafted my instrument. My initial intrument consisted of more than 90 items. Later i needed to identify content as well as methodology experts to verify my instrument. Well not just one but a few. I tried my luck contacting overseas content experts in Project-Based Learning. Viola! they all responded. Indeed, they were all very helpful. They reviewed my instrument and provided me with constructive feedback. After months of rigorous correspondance and review, the instrument was finally ready. No words could clearly express my appreciation and gratitude to those involved. Again, “Which of the Lord’s favours will you deny” (Al Rahman: Verse 13). My PhD journey was a breeze! 16th April 2016, i passed my viva with minor correction after one and a half hour battling it. Later in June 2016, my thesis correction was approved. Hence, i started the procedure for thesis formatting. Thesis formatting was no joke for me. I had applied the correct format from the very beginning but at particular time mysterious inexplicable incidents did occur, messing up with my thesis format. Sigh. I remembered one Saturday morning, I was desperate. 106
I had exhausted all my resources to correct one issue regarding thesis formatting. It was seven am. I reluctantly sent a whatsapp message to Dr Zuli Mohd Jaafar from UiTM, Melaka, requesting for help. He is the thesis formatting guru. I had attended his workshop at earlier stage of my studies and had been following his advice and tips on thesis formatting. That morning, I was hoping he would respond to my message later when he was free. To my surprise, he called me five minutes later, spending the next thirty minutes guiding me over the phone! He was speaking over his breakfast! I requested to call him later but he just went on explaining. Thank you Dr. Problem solved. The formatting was completed and I needed to go to UiTM postgraduate school (IPSiS) to have my thesis format checked and approved. I had to set appointment and unfortunately, the appointment is only available from Monday to Thursday. By then, i could no longer enjoy the privilege of my partime study leave as the scholarship tenure expired in 2015. Therefore, I used up all my precious seven-day work leave for that purpose in the subsequent years until i graduated. After three visits, (mind you each visit lasted less than half an hour and i flew all the way from Terengganu ) the whole thesis format checking was cleared, i was told to submit five complete thesis copies for the final checking prior to the thesis being hardbound. God knows how elated i was. I printed all in Terengganu and hauled them up the big bird the following week. That day could have been the happiest day in my life but it was happiness short-lived! Little did i know that something could go wrong. The five copies of my masterpiece weighing more than 10 kilograms were rejected due to printing mistake! I was dumbfounded. Numb. I could feel the energy draining fast. Oh! I was devastated beyond words. I had to return and find out what went wrong with the printing. Subang Airport had witnessed a “makcik” weeping her way home. My PhD journey was a breeze! It was a breeze indeed if i were to compare mine to others who have been confronted with many more obstacles throughout their journey. Some were physically tested. Some had to bid farewell to the loved ones. Some had to cast away their pride and seek financial assistance. Some had to change supervisors a few times and so on. Yes, pursuing a doctoral degree is like painting on a canvas black. Initially, it is all black. That was how i felt. “Dark Picture”. But as one starts to apply careful strokes of colours on the dark canvas, shapes emerge. The canvas later would be transformed into a masterpiece. I have never regretted the journey and despite everything, indeed my journey was a breeze and I am very grateful. Again, “Which of the Lord’s favours will you deny” (Al Rahman:verse 13). Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille 107
Singkapan Penyusuran Kembara PhDKu DR. MOHD JALANI BIN HASAN Jabatan Bahasa-Bahasa Doktor Falsafah PhD (UMT) - Linguistik Terapan [email protected] Lamunan dan impian sentiasa menerjah ke benak mindaku....apa yang ingin kucapai dalam mempertingkatkan kemajuan kerjayaku. Aku adalah seorang guru. Tak terbayang dengan jelas adakah aku mampu menggapai pencapaian akademik yang tertinggi dalam kerjayaku ini. Kusingkap kembali sejarah dalam kembara menuntut ilmu setelah mendapat Sijil Perguruan Asas dari MPKTBR. Setelah bergelar seorang guru dari lulusan Maktab Perguruan, kuteruskan tugas mendidik seperti biasa. Aku bukanlah pelajar cemerlang yang mendapat Gred Satu dalam SPM..namun keazaman kuatku untuk memperbaiki tahap kehidupan sekeluarga menguatkan tekadku untuk terus menceburi bidang perguruan...menjadi seorang guru walau ketika itu aku sedang menuntut di Tingkatan Enam. Setelah tamat kursus perguruan selama dua setengah tahun, Disember 1990, aku mula ditempatkan di SK LKTP Chalok Barat, Setiu, sekolah pertamaku. Setelah dua tahun bertugas aku mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan yang berasal dari Kg. Padang Midin, Kuala Terengganu.Bisakah aku bertahan di bumi Terengganu kerana aku berasal dari Johor. Aku mengambil langkah berani dengan mengahwini gadis Terengganu dan mengambil keputusan untuk menetap di Terengganu. Setelah setahun berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Setiu, akhirnya aku berjaya ditukarkan ke SK Padang Midin kira-kira 5 minit dari kediamanku. Semangat untuk menyambung pelajaran berkobar-kobar setelah lapan tahun berkhidmat. Aku memberanikan diri untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama pada November 1998 di Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). Pengajian ini adalah program pengajian luar kampus yang memerlukan pelajar untuk menghadiri kuliah wajib pada setiap hujung minggu. Pengajian yang mengambil masa selama empat setengah tahun, akhirnya berjaya ditamatkan dan aku bergraduasi pada Oktober 2002. Setelah bergelar guru siswazah, aku masih merasa apa lagi yang perlu kucapai selepas ini.Kurenung sejenak apakah aku masih mampu meneruskan perjuangan perjalanan kembara ilmu yang masih tiada penghujung. Setelah difikirkan buat seketika , kubertekad untuk terus menyambung perjalanan kembara ilmuku dengan memohon untuk menyambung ke peringkat sarjana. Maka pada tahun 2004 aku telah diterima 108
untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dengan mod pengajian yang masih sama iaitu pengajian luar kampus yang berlangsung pada setiap hujung minggu. Pengajian yang mengambil masa dua tahun tamat pada November 2006. Setelah tamat pengajian peringkat sarjana, aku mengambil inisiatif untuk mengisi borang permohonan menjadi pensyarah.Tanggal 16 Julai 2007 aku diterima menjadi pensyarah dan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.Aku menzahirkan kesyukuran kehadrat Illahi atas kurniaaanNya yang tidak terhingga walau terpaksa berkorban untuk berulang-alik sejauh 240 km pergi dan balik. Mungkin ada hikmah yang tidak terduga di masa akan datang. Aku tetap pasrah. Keteruskan langkahku menggapai impian. Tahun 2007 adalah tahun yang banyak rezeki kurniaan Allah. Aku telah mendapat panggilan Ilahi untuk menunaikan haji di Baitullah bersama-sama isteri. Setelah bergelar pensyarah dan kini mendapat peluang mengerjakan haji, aku sangat-sangat bersyukur kerna aku dapat memenuhi impian untuk bergelar haji pada usia sebelum menginjak 40 tahun. Setelah selesai semuanya, aku pun mula memasang impian seterusnya iaitu alangkah indahnya jika aku dapat menggapai impian bergelar doktor falsafah sebelum umurku menginjak 45 tahun.Alangkah lengkapnya kembara ilmu ini dengan memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD). Kuteruskan menanam hasrat tersebut. Apabila permohonan HLP mulai dibuka pada tahun 2009, aku mengambil inisiatif untuk mengisinya dan menyediakan cadangan kajian (proposal) untuk dihantar bersama. Pada bulan April 2010, aku telah dipanggil temuduga untuk HLP peringkat PhD. Sesi temuduga yag berlangsung selama sejam tersebut akhirnya membawa kekecewaan. Aku telah gagal mendapat HLP peringkat PhD. Aku berasa sangat kecewa. Kekecewaan itu kubiarkan berlalu. Kukuatkan tekad untuk terus menyambung pengajian peringkat PhD ku walau aku gagal mendapat HLP. Aku beriltizam untuk menggenggam ijazah kedoktoran walau apa cara sekalipun. Langkahan kumulai semula dengan mengisi permohonan menyambung PhD di UMT pada akhir 2010. Pada Mac 2011 aku telah diterima untuk mendaftar pengajian PhDku di UMT. Kuteruskan langkahan ku dengan menyiapkan kertas cadangan kajian tesisku dan bersedia untuk proses pembentangan kertas cadangan. Kertas cadangan kajian tesisku dibenarkan untuk dibentangkan pada awal semester kedua pengajian iaitu pada bulan Oktober 2011. Dalam pada kesibukan bertugas dan juga belajar, sempat juga aku mengisi permohonan secara atas talian Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) di bawah Bahagian Tajaan KPM. Aku tak layak untuk mengisi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kerana sudah melebihi had umur 40 tahun. Seperti biasa, setiap permohonan perlu disertakan dengan kertas cadangan kajian (proposal) dan kali saya lebih yakin dengan kertas cadangan tersebut. Namun begitu, ketika sesi pembentangan kertas cadangan kajian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, sesi pembentangan yang memakan masa hampir sejam itu membawa perkhabaran yang mendukacitakan. Aku gagal menyakinkan para panel dengan cadangan kajian tesebut dan dinasihatkan untuk membuat pembetulan. Aku berasa sangat kecewa.Ini adalah kali kedua cadangan kajian aku ditolak. Aku bertanya 109
pada diri sendiri..adakah aku tidak layak untuk membuat kajian PhD....Fikiran agak terganggu seketika dan terasa seperti ingin berputus asa. Aku mula berehat panjang dari membuat bacaan bahan-bahan berkaitan cadangan kajian tersebut. Pada awal tahun 2012, selepas membuat semakan permohonan CBBPTB, aku dapati namaku tersenarai sebagai calon yang layak ditemuduga. Aku gembira semula dengan perkhabaran tersebut dan motivasi intrinsikku mulai meningkat. Aku bertekad kali ini aku akan buat yang terbaik. Kusediakan semula kertas cadangan kajianku dengan membuat penambahbaikan sebagai bekal untuk menghadapi temuduga pada bulan Mac 2012. Tiba hari yang ditunggu, aku dengan langkahan penuh keyakinan masuk ke bilik temuduga membawa bersama kertas cadangan kajian untuk diberikan kepada panel penemuduga. Pada sesi temuduga kali ini aku dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa kertas cadangan yang dibentangkan ini telah melalui proses pembentangan di peringkat universiti dan diluluskan. Kulihat para panel pun yakin dengan penyataan yang kuberikan dan mereka tidak melihat secara mendalam kertas cadangan tersebut. Mereka hanya bertanya secara umum dan seterusnya banyak bertanya tentang apakah sumbangan yang telah kuberikan dalam memajukan bidang Bahasa Inggeris. Sesi temuduga tersebut hanya berlangsung selama 15 minit dan mereka cukup berpuas hati. Aku masih lagi meneruskan pengajianku di UMT. Bulan Mac 2012 adalah semester ketiga pengajianku. Keputusan penerima HLP dan CBBPTB akan dikeluarkan pada bulan Mac 2012 juga. Dengan penuh kesabaran kumenanti debaran itu, Akhirnya, berkat usaha dan doa, aku berjaya mendapat CBBPTB. Aku dipanggil berkursus selama 3 hari berkaitan HLP dan CBBPTB tersebut dan ketika itulah baru surat tawaran diberikan. Aku dimaklumkan bahawa cuti belajar untuk peringkat PhD adalah selama 36 bulan dan akan diberikan secara pukal. Kini aku rungsing sekali lagi kerana aku telah pun memulai pengajianku di UMT yang bakal masuk Semester ketiga. Adakah aku perlu mendaftar sebagai pelajar baru semula di universiti yang lain....Aduuh..parah kalau begini...Aku pun lantas memohon penjelasan daripada pegawai yang berkenaan. Aku dimaklumkan bahawa aku boleh tukar mod pembelajaran dari mod separuh masa ke mod sepenuh masa.Alhamdulillah..semua urusan dipermudahkan. Maka surat kebenaran bercuti belajar ku pun bermula pada bulan Mac 2012. Sejak dari tarikh itu, aku mula bertungkus lumus menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajianku. Jika mengikut perkiraan pengajianku, aku sudah berada di semester ketiga, namun jika dikira saat mula bercuti belajar ianya baru semester pertama. Cutiku akan tamat pada Mac 2015. Kesempatan cuti yang panjang ini kugunakan sepenuhnya untuk menyiapkan kajianku yang telah pun bermula. Aku bertambah semangat dan keyakinan bahawa aku mesti menamatkan pengajian ini dengan jayanya sebelum menginjak 45 tahun. Pada ketika ini usiaku baru ingin mencecah 43 tahun. Keazaman yang tinggi dan berkat doa serta bertawwakkal, kuyakini diri bahawa tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. 110
Kuterus mulai dengan perancangan yang rapi dan teliti perjalanan kembara ilmu PhDku. Bulan September 2012, aku berjaya membentangkan cadangan kajian penyelidikanku dengan sedikit penambahbaikan. Pembentangan kali ini aku lebih bersedia dan oleh yang demikian tiada masalah dengan cadangan kajianku. Semuanya sudah diterima. Pada awal 2013, aku mulai meneruskan langkahan penyelidikanku dengan turun ke lapangan untuk mengutip data. Kajian ku adalah berbentuk separa-ekperimental (Quasi-experimental) dan ianya memerlukan penyediaan modul dan juga dua kumpulan sampel iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Saat ingin memilih sampel aku mula terfikir siapakah sampel yang paling sesuai. Setelah melalui proses memohon kebenaran dengan pihak EPRD KPM, aku mulai terfikir alangkah baiknya jika aku dapat membuat kajian ini di IPGKDRI. Lalu ku memohon kebenaran dengan pihak pentadbiran IPGKDRI serta melalui Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa-Bahasa untuk membenarkanku membuat kajian di IPGKDRI. Alhamdulillah, permohonanku di permudahkan. Aku dibenarkan untuk meneruskan kajian ini dengan menggunakan sampel pelajar-pelajar TESL semester 3 ketika itu iaitu pelajar yang sedang menngikuti kursus ‘Listening and Speaking’. Aku diberikan dua kelas untuk aku melaksanakan kajian ‘Quasi-experimental’ ini...30 orang setiap kelas...Dengan jumlah semuanya 60 orang sampel.Pemilihan sampel adalah sampel bertujuan (Purposive Sampling). Modul kajian ini adalah proses pengajaran dan pembelajaran selama 15 minggu. Jadi, aku terpaksa berkampung di IPGKDRI selama 15 minggu untuk melaksanakan kajian ini. Kerjasama daripada semua pihak amat-amat aku hargai terutama Tuan Hj. Jamaluddin Alias yang telah memberikan peluang untukku mengambil alih kelas beliau sepenuhnya. Setelah cukup tempoh masa yang diberikan, kutipan data kajianku selesai dengan jayanya. Tanpa berlengah lagi, pada pertengahan 2013, aku mulai meneruskan proses menganalisa data. Instrumen analisis data yang aku gunakan adalah SPSS versi 16 dan NVIVO versi 8. Semua proses analisis ini kulaksanakan sendiri dengan penuh keiltizaman yang tinggi untuk menyiapkannya. Pada bulan Ogos 2013, aku telah berjaya membentangkan hasil dapatan kajianku pada sesi pembentangan pemeriksaan dapatan. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur. Dalam pada itu, aku telah dilantik sebagai presiden pelajar pasca siswazah UMT. Perancanganku pada kali ini ialah membawa rakan-rakan sepengajian ke Sumatera Utara (Medan) untuk membuat pembentangan ke peringkat antarabangsa. Perancanganku berjalan dengan baik dan akhirnya kami seramai 20 orang termasuk Dekan dan Pensyarah Koordinator berjaya ke Universiti Sumatera Utara (USU) di Medan dan berjaya membuat pembentangan di sana pada bulan September 2013. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Setelah pulang dari sana, keyakinanku bertambah tinggi untuk terus menyiapkan kajianku. Pada akhir 2013, aku memohon kebenaran dari penyeliaku, Prof.Madya Dr. Noraein Mansor, untuk membenarkanku menghantar permohonan untuk sesi viva. Akhirnya, pada awal 111
Februari 2014, aku berjaya menghantar kajianku untuk masuk dalam senarai menunggu untuk proses viva. Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya pada 16 Jun 2014, sesi viva pembentangan kajianku telah ditetapkan iaitu dua minggu sebelum berpuasa. Sesi pembentangan tersebut berjalan dengan baik dan akhirnya, aku diberikan keputusan lulus viva dengan sedikit pembetulan (minor correction) dan diberikan tempoh dua bulan untuk membuat pembetulan. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana Allah telah mempermudah perjalanan pengajianku. Aku perlu fokus kerana aku hanya diberikan tempoh yang singkat iaitu selama dua bulan sahaja untuk membuat pembetulan, jika tidak keseluruhan kajianku tidak akan diterima sepenuhnya. Namun, sepanjang sebulan berpuasa aku merehatkan mindaku untuk menumpukan ibadat puasaku. Setelah seminggu berhariraya,, aku membuat temu janji untuk berjumpa dengan pemeriksa luar yang akan membuat pemeriksaan balas proses pembetulanku. Aku berkampung di UPM selama seminggu dan akhirnya proses pembetulan kajianku telah disahkan oleh kedua-dua pemeriksa luar iaitu Prof. Madya Dr. Normaliza (UPM) dan Prof Dr. Supyan (UKM). Alhamdulillah, semua proses tersebut berjalan dengan lancar. Setelah itu, kuteruskan perjuanganku untuk memastikan aku dapat menghantar kajianku dalam bentuk jilid kulit keras secepatnya untuk mengejar tarikh akhir penghantaran sebelum September 2014 untuk membolehkan disenaraikan sebagai penerima ijazah dalam sesi konvokesyen pada tahun 2014. Akhirnya aku dapat menyiapkan semuanya tepat pada masanya dan pada 5 Oktober 2014, pihak senat Universiti Malaysia Terengganu telah memberikan pengesahan bahawa aku telah tamat pengajian dan layak berkonvokesyen pada tahun 2014. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah yang tidak terhingga. Walaupun masih ada baki kira-kira 5 bulan lagi sebelum tempoh cutiku berakhir, namun aku merasakan impianku telah tercapai. Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan untuk melapor diri selepas sebulan tamat pengajian. Pada 3 November 2014 aku melapor diri di Bahagian Tajaan,IPGM dan di Bahagian Sumber Manusia untuk penempatan semula. Aku bersyukur kerana ditempatkan semula di IPGKDRI, Kuala Nerus kerana sebelum ini aku bertugas di IPGKSM, Besut. Alhamdulillah, syukur kepada Allah selamanya. Maka, aku pun melapor diri di IPGKDRI pada 5 November 2014 sehingga sekarang. Tarikh konvokesyenku telah ditetapkan pada 29 November 2014 dan aku bersyukur kerana akan bergraduat sebulan sebelum umurku genap 45 tahun. Maka, impianku dan doaku telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. untuk menggapai PhD sebelum umurku mencecah 45 tahun. Perjalanan dan cabaran dalam mengharungi liku-liku menyiapkan kajian PhD adalah berbeza untuk setiap orang. Sepanjang mengharungi cabaran ini, aku diduga dengan ibu yang sakit tenat, namun ianya berlaku setelah ku menyelesaikan semuanya, hanya menunggu hari untuk berkonvokesyen. Alhamdullillah, ibuku sempat melihat gambarku berkonvokesyen walau ibu tak sempat untuk meraikannya bersama kerana masih terlantar di hospital selama 3 bulan. Aku sempat menjaga ibuku selama dua bulan sepanjang cuti persekolahan. Namun, aku masih tetap bersyukur kerana ibuku 112
sempat juga melihat anaknya tamat belajar. Akhirnya, ibu menghembuskan nafas terakhir pada bulan Februari 2015. Al-fatihah untuk arwah ibuku dan ayahku. Perjalanan kembara ilmu ini sangat bermakna merentasi ranjau yang tidak bisa dizahirkan sepenuhnya melalui nukilan ini namun kuterus bersyukur. \"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.\" 113
PhD : Anugerah Terindah DR. AZNIDA BINTI AZIZ Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Doktor Falsafah PhD (UniSZA) - Pengajian Bahasa Arab [email protected] Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Segala rahmat dan inayah daripada-Nya yang memudahkan perjalanan dan urusan pengembaraan PhD ini menjadi mudah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, para sahabat dan juga para pejuang agama-Nya. Pengalaman yang ditempuhi sepanjang meneroka dunia penyelidikan ini memberi peluang kepada saya untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dan hikmah yang melaut luasnya. Penghargaan khusus saya lakarkan buat suami tercinta, Abdul Hakim bin Abdul Majid yang sentiasa memahami dan berkorban sepanjang penyelidikan PhD ini disiapkan serta anak-anak tersayang Anis Farihah, Anas Farihin, Anis Sofea, Afiq Shauqi dan Abdul Azim yang menjadi sumber inspirasi. Tidak dilupakan sekalung penghargaan buat almarhum ayahanda Hj.Aziz bin Yaacob dan bonda Hjh.Wan Lijah binti Wan Omar yang telah banyak berkorban ketika mendidik dan membesarkan saya, serta tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya, serta almarhum bapa mentua Hj.Abdul Majid bin Yaacob dan ibu mentua yang dikasihi Hjh. Che Maimunah binti Abdul Kadir, adik beradik serta semua ahli keluarga yang lain. Semoga Allah merahmati kalian semua atas doa yang mengiringi perjalanan penyelidikan saya. Saya memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 2011 selepas menamatkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab. Saya berhijrah dari Shah Alam ke IPG Kampus Perlis selepas dua belas tahun bergelar pendidik di sekolah menengah. Ketika itu suami saya berulang alik bekerja di off shore sekitar Labuan, Kuching dan Brunei, jadi memudahkan saya untuk berhijrah ke Perlis. Setelah berpindah ke Perlis, saya meneruskan kerjaya sebagai pensyarah bahasa Arab di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Perlis. Ramai kawan-kawan baharu yang saya kenali di tempat bertugas terutamanya rakan sekerja yang sama jabatan dengan saya. Tanggal bulan Jun tahun 2011, kawan saya Dr. Saidah Haris mempelawa kami untuk sama-sama mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD. Saya agak keberatan pada mulanya memandangkan saya masih baharu lagi bertugas sebagai pensyarah di IPG. Namun Dr. Saidah meyakinkan saya supaya mencuba nasib dan menimba pengalaman baharu. Saya meminta izin daripada suami untuk menyambung pelajaran pada peringkat PhD dan beliau sangat menyokong permintaan saya. Selepas 114
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Segala rahmat dan inayah daripada-Nya yang memudahkan perjalanan dan urusan pengembaraan PhD ini menjadi mudah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, para sahabat dan juga para pejuang agama-Nya. Pengalaman yang ditempuhi sepanjang meneroka dunia penyelidikan ini memberi peluang kepada saya untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dan hikmah yang melaut luasnya. Penghargaan khusus saya lakarkan buat suami tercinta, Abdul Hakim bin Abdul Majid yang sentiasa memahami dan berkorban sepanjang penyelidikan PhD ini disiapkan serta anak-anak tersayang Anis Farihah, Anas Farihin, Anis Sofea, Afiq Shauqi dan Abdul Azim yang menjadi sumber inspirasi. Tidak dilupakan sekalung penghargaan buat almarhum ayahanda Hj.Aziz bin Yaacob dan bonda Hjh.Wan Lijah binti Wan Omar yang telah banyak berkorban ketika mendidik dan membesarkan saya, serta tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya, serta almarhum bapa mentua Hj.Abdul Majid bin Yaacob dan ibu mentua yang dikasihi Hjh. Che Maimunah binti Abdul Kadir, adik beradik serta semua ahli keluarga yang lain. Semoga Allah merahmati kalian semua atas doa yang mengiringi perjalanan penyelidikan saya. Saya memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 2011 selepas menamatkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab. Saya berhijrah dari Shah Alam ke IPG Kampus Perlis selepas dua belas tahun bergelar pendidik di sekolah menengah. Ketika itu suami saya berulang alik bekerja di off shore sekitar Labuan, Kuching dan Brunei, jadi memudahkan saya untuk berhijrah ke Perlis. Setelah berpindah ke Perlis, saya meneruskan kerjaya sebagai pensyarah bahasa Arab di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Perlis. Ramai kawan-kawan baharu yang saya kenali di tempat bertugas terutamanya rakan sekerja yang sama jabatan dengan saya. Tanggal bulan Jun tahun 2011, kawan saya Dr. Saidah Haris mempelawa kami untuk sama-sama mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD. Saya agak keberatan pada mulanya memandangkan saya masih baharu lagi bertugas sebagai pensyarah di IPG. Namun Dr. Saidah meyakinkan saya supaya mencuba nasib dan menimba pengalaman baharu. Saya meminta izin daripada suami untuk menyambung pelajaran pada peringkat PhD dan beliau sangat menyokong permintaan saya. Selepas itu saya mencuba nasib dan mula membuat persediaan proposal, mengemas kini dokumen dan membuat bacaan yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Teringat lagi kenangan manis bersama Dr. Saidah Haris bertungkus lumus menyediakan segala keperluan dan membuat persediaan untuk memohon bisiswa cuti belajar, semua itu masih terpahat dalam kenangan yang tidak mungkin saya lupakan dan masih segar dalam ingatan sebagai memori indah semasa di Perlis. Setelah selesai menyediakan dokumen untuk memohon bisiswa, kami telah menghantar ke Bahagian Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada bulan September 2011, saya dan Dr. 115
Saidah telah dipanggil untuk menghadiri temuduga di Bahagian Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya rasa sangat teruja dengan temuduga tersebut, namun saya masih tidak yakin dengan persediaan yang dibuat memandangkan proposal yang saya hasilkan masih belum mantap. Selang tiga bulan dari tempoh tersebut kami dipanggil menghadiri temuduga, keputusan untuk biasiswa PhD diumumkan dan saya gagal untuk mendapat biasiswa tersebut. Namun Dr. Saidah telah berjaya dalam temuduga tersebut dan beliau menasihatkan saya supaya mencuba pada tahun hadapan. Pada bulan Jun 2012, saya mencuba nasib sekali lagi dan kali ini saya bersendirian mengisi borang permohonan kerana rakan-rakan satu jabatan semuanya masih belum berminat untuk meneruskan pengajian. Saya cekalkan hati menyediakan dokumen untuk memohon biasiswa PhD walaupun terpaksa menghadapinya seorang diri. Sekali lagi saya dipanggil untuk menghadiri temuduga, suami setia mengiringi perjuangan saya dan sentiasa memastikan keperluan dan persediaan temuduga saya berjalan lancar. Saya tidak menaruh sebarang harapan pada temuduga kali kedua tersebut. Sekali lagi, saya membuka laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia dan mendapati saya diterima untuk melanjutkan pelajaran dengan tawaran cuti bergaji penuh dengan biasiswa selama tiga tahun. Saya sekali lagi berasa sangat terkejut dengan anugerah Allah yang sangat bernilai buat kami sekeluarga. Hal ini kerana suami saya telah berpindah kerja di off shore Terengganu menyebabkan beliau sentiasa berulang-alik dari Terengganu ke Perlis setiap dua minggu. Apabila saya ditawarkan cuti belajar, saya bercadang untuk berpindah ke Terengganu dan menetap di sana. Pada mulanya saya bercadang untuk menyambung PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi memandangkan saya telah pun mendaftar pada tahun 2010 dan telah membuat persiapan untuk belajar di sana. Saya mengambil peluang untuk mengintai-intai peluang belajar di UniSZA dan saya bertemu dengan kawan lama semasa di Kusza dan Al-Azhar dulu iaitu Dr.Norsalimah binti Mansor. Beliau memaklumkan pada saya beliau sangat mengagumi dengan keperibadian dan ketelitian seorang pensyarah UniSZA yang sangat fokus dalam penyelidikan. Saya membuat temujanji dengan beliau untuk membentangkan proposal saya dan berhajat untuk menyambung pengajian PhD dengan beliau. Individu yang saya maksudkan ialah Prof Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh yang sudi membimbing saya meneruskan perjuangan PhD saya. Saya membentangkan proposal semasa perjumpaan dengan Prof. Dr. Kamarul Shukri. Proposal saya ditolak dan beliau menyarankan agar saya meneliti tajuk-tajuk lain yang lebih memberi impak kepada masyarakat. Saya beranggapan inilah ujian PhD saya yang pertama iaitu “tajuk kajian PhD yang kurang sesuai ”. Prof Dr. Kamarul Shukri menasihati saya untuk membuat pembacaan dan memberi masa kepada saya untuk berfikir. Selama sebulan saya membaca pelbagai jurnal, artikel dan buku-buku, akhirnya saya bercadang untuk menjalankan kajian berkaitan gaya pembelajaran. Saya menyiapkan proposal dan menyerahkan pada Prof Dr. Kamarul dan akhirnya beliau bersetuju 116
dengan proposal kajian yang dibentangkan. Bermulalah secara rasmi saya bergelar pelajar PhD di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu pada tanggal April 2013. Kami berpindah dari Perlis ke Kuala Terengganu dan menetap di Seberang Takir. Sejak itu, suami tidak lagi perlu berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Perlis untuk balik menjeguk kami sekeluarga. Saya sangat bersyukur kerana mendapat anugerah sekali lagi, iaitu Allah memberi anugerah penyelia yang sangat membantu, memahami pelajar dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam penyeliaan tesis PhD saya. Prof Dr. Kamarul Shukri sangat menekankan sikap rajin, disiplin dan proaktif. Setelah proposal baru saya diterima, saya mula membuat pembacaan dan rujukan berkaitan dengan tajuk gaya pembelajaran. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bab satu,dua dan tiga saya siap dan dapat membuat pembentangan secepat mungkin. Saya berjaya membentangkan proposal di peringkat jabatan dengan sedikit penambahbaikan. Selepas pembentangan proposal, saya menyiapkan instrumen soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang terlibat dalam kajian saya Penulisan bab empat merupakan cabaran baru bagi saya, ini kerana saya masih belum mahir menganalisis data dan membuat penulisan untuk statitistik deskriptif dan inferensi. Saya mula belajar untuk menganalisis data dan mengikuti pelbagai kelas untuk menganalisis data. Selesai menganalisis data untuk bab empat, saya menyerahkan dapatan saya kepada Prof Dr. Kamarul Shukri. Setelah beliau membaca penulisan bab empat, saya dipanggil untuk membuat pembetulan. Kenangan yang tak dapat dilupakan, sesi konsultasi untuk bab empat berjalan selama dua jam dan terlalu banyak perkara yang memerlukan pembetulan berkaitan dapatan kajian. Saya membuat pembetulan dan menghantar semula kepada Prof Dr. Kamarul. Semasa konsultasi kedua, saya menangis di depan Prof Dr. Kamarul apabila merasa sangat tertekan dengan proses yang terlalu lama untuk menyiapkan bab empat. Saya mula berasa bosan dengan pengajian PhD dan merasa ingin berhenti belajar. Saya diuji sekali lagi dengan ujian yang lebih berat apabila suami disahkan mengalami masalah pada tulang belakang iaitu Prolapse Intervetabral Disc dan memerlukan rawatan segera. Saya hanya mampu berdoa agar suami pulih seperti sediakala, namun rupa-rupanya penyakit suami di tahap kritikal. Selama seminggu beliau dirawat di Hospital Pakar Kuala Terengganu menyebabkan saya terpaksa berkampung di wad untuk menguruskan suami, berulang-alik dari wad ke rumah untuk menguruskan anak-anak di sekolah dan sekali-sekala saya mencuri-curi masa untuk menyiapkan pembetulan bab empat yang tergendala. Selama sebulan saya tidak menghubungi Prof Kamarul, menyepi dalam group whatsapp PhD dan tidak membuat sebarang penulisan dan pembacaan. Beberapa kali saya berhasrat untuk berhenti belajar kerana rasa tidak mampu untuk meneruskan pengajian PhD pada ketika itu.Saya berhenti belajar selama beberapa bulan untuk menguruskan suami. 117
Akhirnya segala masalah semasa pengembaraan PhD berjaya diatasi dengan jayanya apabila saya berjaya menyelesaikan semua penulisan bab empat dan lima, membuat pembentangan dan berjaya viva dengan minor correction. Anugerah yang terindah sekali lagi saya kecapi iaitu saya berjaya memperoleh Anugerah GOT (Graduation On Time) UniSZA setelah berjaya menamatkan pembelajaran dalam tempoh tiga tahun setengah (tujuh semester). Saya merasa sangat bertuah kerana dapat menghadiri majlis konvokesyen pada September 2016. Allah telah memudahkan pengembaraan PhD saya setelah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Pada kesempatan ini,saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada suami tercinta yang menjadi tulang belakang pengembaraan PhD saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarga. Penghargaan kepada penyelia yang dikagumi Prof Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh kerana memberi peluang saya menimba ilmu sepanjang pengembaraan PhD. Terima kasih tak terhingga kepada pihak UniSZA dan Institut Pendidikan Guru Malaysia kerana memberi peluang untuk saya menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Tidak lupa juga kepada pihak perpustakaan al-Mukhtar yang banyak membantu bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan kajian. Ucapan terima kasih kepada para pensyarah bahasa Arab daripada Jabatan Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis kerana terlibat secara langsung dalam proses memungut data kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang tidak lokek memberi sumbangan idea dan buah fikiran. Akhir sekali, setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dengan kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua pihak, pengembaraan PhD ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Saranan saya kepada semua pencinta ilmu, hargailah setiap peluang yang Allah anugerahkan kepada kita, cekalkan hati dalam melakukan segala pekerjaan, sentiasa bersabar dalam menghadapi setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita, nescaya akan ada sinar kebahagian pada noktah yang terakhir. Anugerah PhD adalah anugerah yang terindah dalam hidup saya, mudah-mudahan dengan anugerah ini mampu mendidik diri saya menjadi manusia yang lebih baik dunia dan akhirat. Anugerah ini merupakan amanah Allah yang sangat besar untuk saya pikul demi agama,bangsa dan negara tercinta.Semoga segala perkara yang dilakukan akan dicatatkan ganjaran pahala di sisi Allah dan semoga kita semua dimasukkan ke dalam golongan hamba-hambaNya yang bertakwa. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse 118
Bangkit Mengejar Mimpi DR. ASYRAF RIDWAN BIN ALI Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Doktor Falsafah PhD (UniSZA) - Pendidikan Islam asyraf @ipgm.edu.my “Ayah dok (tak) mampu belajar tinggi-tinggi, ayah nak anak ayah belajar setinggi yang nok (inginkan). Ayah belajar takat (setakat) darjah dua saja. Sebab ayah kena berenti, jaga lembu dan cara (urus) sawah padi..”. Kata-kata azimat yang masih jelas kedengaran di telinga hingga hari ini. Menjadi pembakar semangat untuk diri meneruskan pelajaran setinggi yang boleh. Walaupun kegembiraan dan kejayaanku mengapai segulung ijazah doktor falsafah tidak mampu dikongsi bersama arwah kedua ibu bapa, sekurang-kurangnya daku sedar mereka akan turut berasa gembira jika masih berada di sampingku. Usaha untuk mencapai ke puncak pendidikan bukanlah satu pilihan yang mudah bagi sesetengah orang. Begitu juga dengan diriku. Langkah demi langkah perlu diatur dengan baik dan keazaman yang tidak mengenal erti mengalah. Tidak salah untuk berhenti seketika mengatur nafas, ilmu dan biaya sebelum meneruskan kesinambungan sisa-sisa keazaman di dada. Tika menamatkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Malaya pada tahun 1998 daku terus memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Sambil bekerja sambilan di ibu kota, ruang dan peluang masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk menambah ilmu di dada. Kadangkala terasa terbeban juga hidup di bandar raya terutama apabila tiada pekerjaan tetap. Sesekali telefon meminta bantuan mak ayah. Dapat juga bantuan dana kewangan daripada mereka. Daku tahu, tentu saja semua bantuan kewangan itu adalah sumbangan daripada abang dan kakak-kakakku. Terima kasih kepada semua. Alhamdulillah, walaupun arwah mak ayah hanya bekerja kampung sebagai petani biasa. Namun anak-anaknya semuanya mampu bekerjaya dengan baik. Sebelum menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Usuluddin, di Universiti Malaya daku akhirnya mendapat kerja di Systematic College Kuala Lumpur sebagai pensyarah akademik. Pada tahun 2001, akhirnya daku menerima ijazah sarjana Usuluddin dengan rasminya di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Pada saat itu, diriku semakin sibuk dalam lautan kehidupan warga kota metropolitan. 119
Begitulah rutin hidup seharian. Keluar pagi, pulang petang seringkali juga pulang malam hari. Menyibukkan diri dengan kerja ataupun menerjah kesibukan jalan raya di tengah-tengah ibu negara. Hinggalah suatu hari, daku menerima telefon daripada bonda tercinta, menyuruhku pulang ke kampung halaman. Hujung minggu daku balik ke kampung halaman, melepas rindu pada ayah bonda. Di luang masa yang ada, bonda mengatur bicara, “mak nak, anak mak jadi ustaz sorang”. Daku termangu seketika. Akhirnya mak meluahkan isi hatinya. Sambil bergurau, daku menjawab, “sekarang pon jadi ustaz gok (juga) mak..”. Daku tahu bonda inginku mengajar di sekolah berbanding hidup jauh di tengah-tengah kota raya. Berbakti kepada anak didik di kampung dan desa yang lebih memerlukan. Lalu daku meninggalkan ibu negara dan pergi berkhidmat di pedalaman Sabah setelah bergelar seorang guru. Berjauhan dengan institusi pengajian tinggi menyebabkan impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran terpaksa dilupakan seketika. Berada jauh nun di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah menjadikan impian itu sebagai suatu mimpi di siang hari. Kata-kata inspirasi bonda, “mak nak semua anak mak balik bekerja di sini (Terengganu) sebelum mak tiada. Mak ayah doakan siang malam..” telah mengejutkan mimpi impian hatiku untuk kembali ke negeri tercinta. Alhamdulillah berkat doa ayah bonda dan keizinan llahi, daku berjaya kembali bertugas di negeri kelahiranku sebagai seorang pensyarah akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Tempatku melanjutkan pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekolah rendah suatu ketika dahulu. Lantas, impian dan cita-cita untuk melanjutkan pengajian mekar berputik kembali.Sempat juga menemaninya bonda selama sebulan setengah dan ayahanda lapan bulan berikutnya sebelum kedua-duanya dipanggil mengadap Yang Maha Pencipta. Niat untuk melanjutkan pelajaran semakin bersemarak di dalam jiwa apabila seorang demi seorang kakanda mendaftarkan diri sebagai calon penuntut PhD. Lalu pada penghujung tahun 2011 daku memberani diri berjumpa dengan seorang murabbi, merisik khabar untuk membuat penyelidikan dalam bidang tulisan jawi di bawah bimbingan beliau. Alhamdulillah, cadangan proposalku diterima dengan baik. Lalu pada awal tahun berikutnya daku mendaftar diri sebagai penuntut ijazah kedoktoran secara rasminya. Lebih mengembirakan setahun selepas itu, daku berjaya menerima Hadiah Latihan Persekutuan Biasiswa Belajar Sepenuh Masa peringkat Ijazah Doktor Falsafah (HLP) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka bermulalah kisah hidup sebagai seorang calon PhD sepenuh masa. Pada peringkat awalnya, proses pengajian berjalan dengan lancar sebagaimana yang diingini. Daku penuhi ruang dan masa terluang dengan menghadiri kursus, bengkel, seminar dan sebagainya bagi menambah ilmu di dada. Perpustakaan-perpustakaan universiti awam diterjah selagi terdaya, tesis-tesis dalam bidang kajian dibedah siasat. 120
Bosan berbengkel di bangunan batu yang tersergam kelu, kami berbengkel di resort dan chalet sambil menikmati bayu pantai. Tak cukup dengan itu, berbengkel pula di dalam ‘houseboat’ di Tasik Kenyir sambil menikmati keindahan panorama alam. Jarang dibuat orang, menjadi kenangan indah yang takkan dilupakan. Kejayaan tidak datang bergolek. Takkan digapai tanpa usaha yang jitu. Takkan berjaya tanpa diduga. Awalnya dirasakan perjalanan PhD begitu lancar dan tenang hinggalah diri ini bernar-benar teruji. Lain padang lain belalangnya, lain orang lain pula cabarannya. Masing-masing menghadapi ujian dan mehnah tersendiri. Begitu juga dengan diriku. Diuji dengan faktor kesihatan yang amat sukar untuk ditanggung. Di penghujung proses mengutip data, ujian mula menimpa-nimpa. Tiba-tiba diri terasa mudah tumbang. Tersilap condong, berjengket, berjalan terus rebah begitu sahaja. Tak perlu ditolak atau tersadung rebah ke bumi. Akhirnya, bermula episod baharu dalam hidupku. Dari berulang-alik ke sekolah mengutip data soal selidik, berubah arah ke hospital mencari punca penyakit diri. Tongkat satu menjadi peneman diri untuk bergerak ke sana sini. Berbengkel, berkursus, membentang kertas seminar hinggalah mendapat rawatan di hospital. Daripada berjalan dengan tongkat satu, berubah ke tongkat empat. Namun akhirnya kaki dah tak mampu melangkah, terpaksalah duduk di kerusi roda sepenuh masa. Siang dan malam, jaga dan tidur, semuanya di kerusi roda. Kesakitan menimpa diri hinggakan berbaring pun tak mampu. Tidurpun bak tidur ayam. Mata terlelap kerana penat kesakitan. Kejap-kejap terjaga. Dugaan yang benar-benar hampir meragut perjalanan pengajianku. Mujurlah data telah siap dikutip. Sesekali mampu daku menghadap komputer cuba meneruskan apa yang ada. Hinggalah diriku tak tahan lagi. 121
Akhirnya setelah enam bulan beralaskan kerusi roda, kekuatan diri makin tak tertahan. Jika dulu berbaring pun terasa sakit sekali, sekarang duduk di kerusipun mula terasa tidak mampu. Lalu pembedahan tulang belakang segera dilakukan. Alhamdulilah, berkat doa ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan, sahabat seperjuangan proses pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat. Setelah diri semakin kuat dan sihat, kesinambungan penulisan tesis diteruskan lagi hinggalah siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ujian dan cabaran yang dihadapi tidak terhenti setakat itu sahaja, umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah dugaan yang datang menimpa. Dalam proses pemulihan diri, akhirnya keluarga yang dibina terpisah jua. Dugaan yang amat berat untuk tempuhi. Namun daku pasrah dan redha dengan noktah Ilahi. Mungkin itulah yang terbaik. Allah saja Yang Maha Mengetahui. Terasa sukar sungguh dengan cabaran yang ada. Namun perlu kuatkan diri. Akhirnya daku berjaya. Masih daku ingat, tika masih terbaring di katil menunggu luka pembedahan sembuh, murabbi penyelia yang dikasihi iaitu PM. Dr. Berhanunddin Abdullah bersama rakan seperjuangan (Dr. Rofishah bt. Rashid dan Dr. Syed Abi Ghufran b. Syed Ahmad al-Idrus) datang ke rumah untuk memberi sokongan dan dokongan agar meneruskan langkah-langkah akhir perjuangan. Kami bersama-sama berbincang, membaiki dan membetulkan draf akhir tesis sebelum dihantar ke pihak Pusat Pengajian Pascasiswazah UniSZA. Setulus penghargaan terima kasih tak terhingga buat murabbi penyelia PM. Dr. Berhanunddin Abdullah; pihak pengarah, pengurusan dan warga IPGK Dato Razali Ismail; dekan dan warga Pusat Pengajian Pascasiswazah serta Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA yang banyak memberi nasihat, sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi. Apatah lagi ahli keluarga, adik beradik dan sanak saudara serta rakan taulan yang sering memberi pesan untukku meneruskan perjuangan. Tak lupa juga warga Hospital Sultanah Nur Zahirah yang cuba sedaya upaya membantu permulihan diri agar terus bangkit berjuang hingga berjaya. Tanpa sokongan dan dokongan semua, mungkin diriku tidak mampu untuk bangkit mengejar impian hati. 122
Tanggal 17 November 2018 mencalitkan satu memori sejarah indah dalam hidup apabila berjaya mengenggam ijazah doktor falsafah di Majlis Konvokesyen ke-10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Setelah meniti enam tahun perjuangan menamatkan pengajian, akhirnya berjaya mengapai cita-cita di dada. Alhamdulillah, syukur dititipkan buat Illahi. Pelbagai cabaran pahit maun terpaksa dilalui namun hasilnya terasa manis jika kita tidak berputus asa atau patah semangat. Perjuangan yang perlu diteruskan demi sebuah memori kejayaan. Bangkit daripada mimpi demi mengejar suatu kehidupan yang baharu… walaupun diri kini bergelar seorang OKU. Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen 123
PhD: Antara Impian dan Pengorbanan DR. ROFISHAH BINTI RASHID Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Doktor Falsafah PhD (UniSZA) - Tamadun Islam ro [email protected] Bermula sebuah perjalanan kehidupan yang dilalui sepanjang pengajian ijazah falsafah kedoktoran yang menjadi impian setiap individu pensyarah. Semua orang mempunyai cita-cita atau impian. Begitu juga dengan diri ini.. yang sentiasa mendambakan pencapaian tertinggi dalam akademik. Setelah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan kesusateraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, aku ditugaskan sebagai seorang guru di jauh perantauan iaitu negeri Sabah. Kedamaian yang ku nikmati di negeri Sabah menyebabkan aku terlena dan terasa kekosongan. Kekesongan itu menyebabkan aku terasa sesuatu yang perlu diisi…atas dorongan dan semangat dari suamiku…kami sama -sama menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkat usaha, dorongan suami dan juga kerjasama ibu bapa mertua yang banyak berkorban menjaga anak-anakku..aku berjaya menamatkan ijazah sarjanaku…Dengan segulung ijazah sarjana yang aku miliki aku cuba memohon jawatan pensyarah Institut Pendidikan Guru. Tanggal 2006.... bermula lah kehidupanku sebagai seorang pensyarah IPG setelah tujuh tahun berkhidmat sebagai guru……situasi tugas pensyarah yang rencam dan perlukan ramai tenaga-tenaga yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang membangkitkan semangatku untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Falsafah Kedoktoran. Semangat ku makin berkobar-kobar apabila melihat suamiku telah selesai menamatkan pengajian PhDnya. Lantas ku cuba untuk memohon biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun. Setelah beberapa kali mencuba tanpa mengenal erti putus asa ….akhirnya… aku berjaya mendapat biasiswa HLP dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Biasiswa. Tidak tergambar perasaan gembiranya hatiku pada waktu itu….syukur padamu ya Allah ..kerana memberiku rezeki ini….peluang yang menjadi rebutan setiap individu yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi… terima kasih jua yang menitipkan doa buatku. Satu lagi berita yang menggembirakan hati apabila permohonan berpindah dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi ke IPG Kampus Dato` Razali diluluskan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setelah beberapa kali naik turun pejabat IPGM membuat rayuan pertukaran. Perpindahan menjadi lumrah bagi seorang isteri mengikut suami yang telah berpindah ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak 124
April 2012. Kami tidak lagi berjauhan dan suamiku tidak lagi berulang alik dari Terengganu ke Selangor setiap minggu. Syukur alhamdulillah…. Aku sangat teruja untuk memulakan kehidupan sebagai mahasiswa dalam usia mencecah 40an. Aku kuatkan semangat untuk mengharungi perjalan yang penuh cabaran di samping tugas-tugas utamaku dalam mengurus rumah tangga . Sudah menjadi kewajipanku. Suamiku seorang yang memahami….sanggup berkorban membantu menjaga anak-anakku dengan memberi ruang untukku belajar. Tanggal Febuari 2013 semua pemegang biasiswa dipanggil untuk menghadiri satu kursus intervensi yang berpusat di Bangunan TELTTraC IPG Kampus Dato` Razali Ismail. Selama lebih kurang seminggu para peserta kursus diberi input dan suntikan semangat belajar oleh sifu-sifu, fasilitator-fasilitator yang hebat, antara insan yang kekal dalam ingatan Dr. Rosli, Dr. Yusri dan Dr Maimunah. Sepanjang kursus para peserta diberi pendedahan awal bagi memulakan langkah dalam penulisan tesis. Dalam masa yang sama kami dapat berkongsi ilmu dan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh mereka. Rasa seronok dan bersemangat mendengar ungkapan dan luahan daripada para sifu… Hari demi hari..bulan ke bulan...aku menanti.... hampir setengah tahun lebih mencari tempat study dan supervisor… akhirnya sampai satu surat tawaran dari sebuah universiti….Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi pilihan hatiku. Kedudukan kampus yang dekat dan strategik serta mudah bagiku untuk mengurus masa study dan keluargaku. Siapakah supervisor yang menjadi pilihan….orang yang mudah dibawa berbincang, memahami situasiku, bersifat terbuka dan supportive…. Mengimbau kembali kata-kata mentor ketika berkursus dulu..penyelia adalah antara faktor penting dalam menggapai impian PhD…..di samping usaha dan doa…dengan ketetapan Allah yang Maha Mengetahui naluri hambanya…. aku dikurniakan seorang penyelia yang arif, sangat memahami dan supportive …. Tanggal September 2013 bermulalah rutin sebagai seorang pelajar PhD.. lantasku memulakan langkah pertemuaan awal bagi membincangkan tajuk dan isu-isu yang hendak dikaji…kenapa nak kaji….di peringkat awal aku masih terkial-kial mencari idea dan tajuk yang sesuai untuk dikaji dan diterokai…..setelah berbincang dengan penyelia ….beliau bersetuju dan tertarik dengan tajuk “Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat di Masjid..”Dengan semangat yang berkobar-kobar aku terus mengumpulkan bahan-bahan rujukan dari maktabah, internet dan bahan- bahan artikel berkaitan yang boleh dijadikan sumber rujukan. Oleh sebab bahan berkaitan tajuk tesisku agak kurang di maktabah aku memilih untuk memgumpul artikel-artikel jurnal sebagai bahan rujukan. Antara impian dan pengorbanan..… mana satukah pilihanku…? Dalam menggapai impian….pastinya ada cabaran,mehnah dan ujian….bukan belajar kalau tidak ada ujian dan mehnahnya…. Untuk menggapai cita-cita perlukan pengorbanan… seorang isteri, ibu dan juga pelajar…masihku terbayang kata salah seorang mentorku… “kalau tak sanggup berdepan dengan kesusahan....jangan sambung belajar”…belajar pasti akan 125
menempuh cabaran yeng mendatang. Bukan mudah untuk mengimbangi semua tugas yang dipikul….bukan mudah untukku memenuhi kehendak semua orang….ada kalanya aku terpaksa korbankan masaku bersama keluarga, anak-anak, sanak- saudara demi memburu sebuah impian…… Begitu pantas masa berlalu.. satu semester telah ku tempuhi…..…terasa bagaikan baru dalam beberapa hari aku mendaftar…bergerak ke hulu ke hilir mengheret laptop…pertemuan..demi pertemuan…bersama penyelia, rakan-rakan seperjuangan, bertukar-tukar idea dan saling bantu-membantu antara satu sama lain....rakan-rakan seperjuangan adalah pembakar semangat untuk terus menyelusuri lautan ilmu.. kadang kala hanyut jika tiada tempat berpaut…, mereka lah penguat semangat di kala lemah ditimpa ujian…demi ujian…mereka lah tempat berkongsi segala masalah study selain suami tercinta. Antara rakan seperjuanganku ketika itu Dr. Yuslaini dan Dr Asyraf yang juga rakan satu IPG, di bawah penyelia yang sama, dalam satu saf kepimpinan Persatuan Siswazah. Rutin kehidupan sebagai mahasiswa jauh berbeza untuk menikmati keseronokan dunia, keluarga dan rakan taulan. Sebaliknya kemewahan dan kebahagiaan dengan seribu catatan dalam buku nota mahupun lap-top. Buku nota dan lap-top menjadi teman sejati, teman paling setia dan tidak pernah berenggang. Buat permulaan, aku bersengkang mata, berwaras minda, kuatkan jasmani, penuh yakin, penuh azam dan kesungguhan bermula dari mencari tajuk tesis, mencari permasalahan kajian, teori, literatur kajian, kaedah kajian, dalam bahasa mudah ilmu penyelidikan mesti mantap dan padat. Lebih enam bulan atau satu semester barulah selesai. Tumpuan kepada menelaah pelbagai bahan rujukan dan sumber. Berulang-alik ke menara gading, gedung ilmu untuk mencari karya, buku dan seumpamanya. Di samping itu, menghadiri seminar, konvensyen, kolokium dan pembentangan kertas kerja, kertas jurnal dan penulisan lain. Mengolah dan menjanakan isi tesis puluhan jam, diulang, diperbetulkan, dipersembahkan kepada penyelia.. begitulah rutin dan proses belajar ke peringkat PhD. Menghampiri semester ke tiga baru dapat membentangkan proposal kajianku. Selama tiga semester berlalu…..proses kutipan data bermula. Aku mula mengatur jadual untuk mengadakan sesi temu bual dan membuat pemerhatian di tiga lokasi kajianku iaitu Masjid Al Muktafi Billah Ladang, Kuala Terengganu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor dan Masjid As Salam Puchong Perdana. Pertemuan …ke satu pertemuan aku berdepan dengan peserta kajian … .meninjau perjalanan aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat di Masjid….makan dan tidurku tidak menentu…menumpang di rumah kawan.. ...di masjid dan di kampung halaman….aku terpaksa meninggalkan keluarga, anak-anak yang masih kecil…anak yang bongsu ketika itu baru berusia tiga tahun….alhamdulillah …aku bersyukur…kerana suamiku sudi berkorban untuk menggantikan tempatku…mengurus anak-anak ke tempat asuhan dan ke sekolah….tanpa pembantu rumah…..hampir menangis bila mengenangkan anak-anak ketika itu…..kadang kala memakan masa 126
seminggu ke dua minggu meninggalkan anak-anak…aku serah pada Allah ….yang menjaga mereka….aku berulang-alik dari tempat ke satu tempat mengumpulkan data temu bual dan pemerhatian…..ada kalanya aku bermalam dan berkampung di masjid di malam bulan Ramadan bersama jemaah wanita di satu sudut yang disediakan oleh pihak masjid…waktu sepuluh malam terakhir. Meninjau dan memerhati suasana bagaimana jemaah masjid berkampung dan bermalam untuk merebut pahala sepuluh malam terakhir dan malam lailatul qadar ….aku sangat kagum dengan keghairahan ahli kariah masjid yang datang dari pelbagai pelosok kawasan berhampiran masjid semata-mata untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah…khususnya golongan wanita yang membawa anak-anak berkampung di masjid Sultan Salahuddin Abddul Aziz Shah, Shah Alam ( SSAAS )…. Satu-satunya masjid yang diimarahkan sepenuhnya di waktu bulan Ramadan…iftar dan bersahur disediakan setiap malam… aku tidak berasa takut dan keseorangaan pada waktu itu…kerana sepanjang malam dipenuhi dengan puluhan dan ratusan manusia yang ingin mendekatkan diri kepada Allah…. .pernah di tahun berikutnya aku membawa keluargaku berkampung di Masjid SSAAS ketika dalam perjalanan pulang cuti hari raya puasa bagi merasai suasana seperti itu …masjid yang tersergam indah…..tenang dan mendamaikan….di samping menjadi instrument kajianku….aku dapat menghayati sepenuhnya program - program yang dilaksanakan di masjid pada ketika itu….. jam 1.00 pagi majlis ilmu masih berjalan….bacaan al quraan berkumandang di dalam masjid…umat Islam bebas mengikuti aktiviti masing-masing…tidur hanya seketika…sekadar menghilangkan rasa letih……kemudian bangun berqiamullail dan bersahur..paginya ada yang pulang ke rumah dan ke tempat kerja….begitulah rutin harian ahli jemaah masjid sepuluh terakhir bulan Ramadan. Beberapa bulan berlalu…ku lalui proses pengumpulan data...diriku diuji sedikit dengan satu peristiwa yang amat mencemaskan….tablet yang ku gunakan untuk mengumpul maklumat data kajian menjadi hang…. belum sempat ku membuat back up data-data yang terkumpul…sebahagian maklumat hasil temu bual dan pemerhatian yang terkumpulan dalam tablet tersebut tidak dapat dibuka…lalu ku bawa ke salah sebuah kedai komputer untuk dibaiki….malang tidak berbau….kedai tersebut telah dimasuki perompak…semua laptop yang ada termasuk tabletku dicuri…..tak tergambar perasaanku ketika itu…bagaikan jatuh ditimpa tangga…semangatku down seketika……masa cutiku makin menghampiri penghujungnya….lalu dikuatkan semangatku…bangkit mengulangi proses pengumpulan yang belum selesai…aku membuat permohonan daripada pihak bahagian tajaan untuk menyambung cuti satu semester dengan memberi alasan untuk menjalani proses pengumpulan data semula…….setelah naik turun ke pejabat bahagian tajaan….akhirnya permohonanku diterima…Alhamdulillah...bukan mudah untuk mendapat peluang itu pada waktu itu…peraturan semakin ketat….ekonomi semakin merudum…. Aku gunakan peluang itu sepenuhnya…kajian kualitatif tidak sepantas kajian kuantitatif….ia memerlukan masa yang lama untuk melihat proses yang berlaku…..memerlukan masa untuk menganalisis data temu bual…rumit dan memeningkan kepala….bagi memudahkan 127
kerjaku….aku cuba menghadiri seminar-seminar atau workshop analisis data dengan menggunakan N-vivo dan Atlas-ti…beberapa kali aku hadiri untuk memahamkan cara untuk menganalisis dengan mudah…memang kerja menjadi mudah apabila mahir caranya….berkat mempelajari ilmu dari orang-orang yang pakar.. Dr Ani Munirah, Dr. Othman Talib dan Dr. Azza Jauhar…al hamdulillah aku dapat menyiapkan proses itu….ianya sangat membantu. Aku mula mengejar waktu….yang semakin suntuk dan hampir penghujung….menyiapkan laporan tesis semampunya…..tanpa memperincikan dengan lengkap,..kerana akan ada proses pembetulan lagi selepas pembentangan hasil dapatan..lalu ku terus mengisi borang dan menghantar ke fakulti untuk menentukan tarikh pembentangan dapatan dan juga laporan tesis. Kini….tibalah masa untuk melapor diri…akhir Januari 2017….saat yang paling berat untukku bicarakan….kembali ke IPG bagi memulakan tugas rutin pensyarah yang sekian lama ditinggalkan……walau bagaimana pun aku bersyukur kerana diterima untuk bertugas di IPG Kampus Dato` Razali Ismail semula. Kini hanya tarikh pembentangan laporan akhir atau pre viva pada 24 Feb. 2017. Sebulan berlalu…tibalah hari pembentangan pre viva …berdebar-debar rasanya…belum lagi viva yang betul. Setelah selesai pembentangan, tesisku lulus dengan syarat dibuat pembetulan..aku berasa lega selesai satu proses itu…..beberapa bulan berlalu….aku selesai beberapa proses termasuk penghantaran abstrak dan semakan format peringkat fakulti, maka bermula proses penghantaran tesis ke Pusat Pengajian Siswazah. Setelah melalui beberapa proses yang memakan masa hampir satu semester, barulah diminta untuk menghantar tiga salinan tesis untuk urusan viva. Lima bulan lebih menanti untuk ‘viva’, dengan kesibukan tugas di IPG, dengan pelbagai aktiviti, tanpa di sedari… tibalah tarikh viva yang dinanti-nanti.…saat yang paling mendebarkan….hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, apabila pihak PPS memaklumkan kepadaku… Tanggal 18 Mac 2018..saat yang menentukan lulus gagalnya pengajian yang ku tempuhi selama tiga tahun setengah dengan pelbagai ujian dan rintangan….situasi yang mendebarkan itu bertukar menjadi kegembiraan yang tidak tergambar apabila pengerusi panel penilai iaitu Prof. Mohd Fadli Adam mengumumkan bahawa tesisku lulus dengan pembetulan minor….alhamdulillah….menitis air mata kegembiraanku….tak terucap rasa syukurku…terima kasih sekali lagi buat suami, ibu bapa mertua, sahabat-sahabat yang menitipkan doa untuk kejayaanku…. Siapalah diriku tanpa kalian. Maka bermulalah kehidupanku sebagai ahli akademik dalam dunia penyelidikan. Perjuanganku belum selesai… proses pembetulan demi pembetulan, pemurnian dan penambahbaikan yang telah disempurnakan, dipersembahkan kepada PPS sehinggalah ke peringkat penjilidan (hardbound) …terubat segala penat lelahku… alhamdulillah..lahir satu kepuasan buat diriku apabila melihat tesisku terjilid dengan hard cover. Segulung ijazah telah ku genggam…….mengharap redha Ilahi….‘Dr.’ itu sebagai sandaran dan gelaran di dunia….untuk memantapkan dan mengukuhkan ilmu yang 128
berterakans kalam Allah menyelusuri kehebatan ilmu Allah swt, kita sekadar menyumbang dan menurunkan kepada anak didik serta golongan yang mahu menimba dan menambah ilmu. Impianku kini tercapai…bersama seribu pengorbanan…Kini.telah. ku genggam Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang Tamadun Islam di hari yang terindah buatku di Majlis Eidul Ilmi Universiti Sultan Zainal Abidin…ku panjatkan jutaan kesyukuran padamu Ilahi… . agar ilmu diberkati \"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.\" 129
Menguak Jendela Buku Menguak Jendela PhD memaparkan kisah 25 orang pensyarah IPG Kampus Dato Razali Ismail yang telah berjaya mengharungi suka duka dalam pengajian di peringkat tertinggi ini iaitu PhD/EdD. Banyak pesanan dan nasihat dari pengalaman yang berbeza boleh diperolehi oleh mereka yang membaca buku ini. Mengharungi cabaran sehingga ke noktah terakhir dalam pengajian merupakan pengalaman indah yang dilalui oleh mereka. Pengalaman mereka yang belajar secara sepenuh masa dan separuh masa boleh dikutip oleh mereka yang membaca buku ini. Adakalanya perasaan sedih, kecewa dan jiwa tak tenteram sentiasa mengejar mereka yang belajar di peringkat tertinggi ini. Namun segalanya diharungi dengan tabah dalam tempoh pengajian dan akhirnya segulung ijazah menjadi saksi penat dan perit serta pengorbanan yang telah diharungi selama ini. Buku ini diharap dapat dijadikan suntikan motivasi dan panduan kepada anda semua terutamanya yang belum atau sedang melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi ini. Sesungguhnya budaya menulis sangat digalakkan dalam gerak kerja warga Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail serentak dengan transformasi IPG yang bermatlamat ke arah menjadi institusi latihan guru yang utama dalam meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui pembangunan pendidikan guru. Akhir kata, saya amat mengalu-alukan usaha kreatif dan inovatif ke arah mewujudkan budaya kerja cemerlang melalui penulisan buku dalam kalangan warga kampus bagi meneruskan kecemerlangan demi memacu kemajuan dan perkembangan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus. ISBN 978-983-44598-9-5
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138