Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 93
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 9 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI PMR BERDASARKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK, “TAK KENAL MAKA TAK CINTA” M u k a S u r a t | 94
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI PMR BERDASARKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “TAK KENAL MAKA TAK CINTA” oleh PUAN ROHANI BINTI HAMZAH SMK Durian Daun,Melaka Abstrak Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan amat penting dalam usaha guru membangunkan modal insan anak didik di dalam bilik darjah. PdP yang berkesan secara tidak langsung dapat membantu pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) warga pendidik di bilik darjah. Apabila seseorang guru itu mengamalkan dan menghasilkan suatu kaedah baharu dalam PdP, sudah pasti masa guru dan murid dapat dijimatkan. Justeru, guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pencapaian objektif dalam masa yang singkat dan murid pula dengan cepat dapat menguasai sesuatu tajuk, bab atau topik. Hal ini sudah tentu akan menjimatkan masa guru dan murid. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengaitkan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” dengan MMI. Dalam peperiksaan Geografi PMR, terdapat lebih kurang 12 soalan (22%) Geografi fizikal dan manusia berasaskan peta dan 23 soalan (44%) memerlukan pengetahuan lokasi yang berasaskan peta. Walau bagaimanapun, terdapat ramai murid yang gagal menjawab soalan tersebut dengan betul. Kegagalan murid menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan lokasi di atas peta telah menyebabkan murid tidak berminat akan mata pelajaran Geografi. Berdasarkan keadaan ini, pengkaji telah menggunakan teknik. “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Geografi. Teknik ini berjaya meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta di atas peta dan seterusnya mampu menjawab soalan peta dengan lebih baik. Hal ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus lulus dan kualiti keputusan peperiksaan PMR.Teknik tersebut juga digunakan untuk membantu guru Geografi yang bukan opsyen, guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru ganti di negeri Melaka. Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia dan membuat kajian yang terperinci. Maka pengkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan menandakan lokasi kawasan tertentu. Teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang. M u k a S u r a t | 95
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kajian bermula dari bulan Februari hingga Mei 2009 terhadap 30 orang murid kelas 3 Merah. Kajian meliputi minat, masalah pembelajaran, dan kekerapan ulang kaji pelajaran Geografi. Murid seiring kali diuji dengan menggunakan peta kosong. Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya. Murid juga menjadi semakin seronok untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan peta apabila diberikan sebagai latihan. Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah.Teknik ini banyak membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Oleh itu, secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dianggap membosankandan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingati. M u k a S u r a t | 96
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Mengapakah pengkaji menggunakan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta?” Melalui pemerhatian pengkaji, didapati murid suka menampal gambar yang di sukai pada fail dan meja mereka. Mereka dapat melihat setiap masa gambar tersebut sewaktu persekolahan. Oleh itu, pengkaji mendapat idea untuk menggantikan gambar tersebut dengan peta yang lengkap mengandungi maklumat. Murid dapat melihat peta tersebut setiap hari persekolahan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan mereka tentang lokasi dan maklumat di atas peta. PERNYATAAN ISU / CADANGAN Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan oleh pengkaji bermula pada tahun 2005, didapati bahawa murid yang tidak minat mata pelajaran ini boleh dibantu. Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Setelah membuat kajian yang terperinci, maka pengkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Pengkaji telah mengedarkan bahan tersebut ke semua sekolah di negeri Melaka. Kelemahan bahan tersebut ialah pengkaji tidak menandakan lokasinya. Oleh itu, pengkaji telah membuat penambahbaikan pada tahun 2006 dengan menandakan lokasi. Pada tahun 2007 pengkaji terus menghasilkan peta Asia Tenggara dan peta Dunia yang juga mengandungi fakta yang disediakan oleh murid Tingkatan 1-3. Jumlah peta yang mengandungi fakta Geografi ialah 4 helai. Dengan menggunakan peta tersebut telah memudahkan murid mengulang kaji pelajaran. Kelemahannya ialah murid hanya melihat peta M u k a S u r a t | 97
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar tersebut jika ingin mengulang kaji pelajaran atau diminta oleh guru. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang. Pada tahun 2012, pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan mewarnakan peta tersebut untuk menarik lebih perhatian murid. CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN Kajian ini dijalankan bermula dari Februari hingga Mei 2009, melibatkan seramai 30 orang murid Tingkatan 3M telah dijadikan sampel kajian. Murid- murid ini dipilih berdasarkan prestasi pencapaian Geografi yang rendah semasa di Tingkatan 2 tahun 2008. Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat atas sampel kajian untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Dalam tempoh kajian dijalankan, murid telah ditemu bual dan diajukan dengan soalan. Antara soalan ialah : (a) minat mereka terhadap mata pelajaran Geografi, (b) masalah pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran Geografi, dan (c) kekerapan mereka mengulang kaji mata pelajaran Geografi dalam tempoh seminggu. Pemerhatian diteruskan selepas meja setiap murid ditampal dengan empat keping peta yang mengandungi fakta Geografi. Saiz peta berukuran 64sm x 46sm. Peta tersebut sentiasa ada di atas meja dan murid dapat melihat setiap masa sewaktu berada di dalam kelas. Melalui pemerhatian juga pengkaji, murid M u k a S u r a t | 98
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Tingkatan 3M selalu melihat peta di atas meja tersebut sewaktu menunggu kehadiran guru. Murid sering kali diuji dengan dipamerkan peta kosong di hadapan kelas dan diminta murid menanda sendiri kawasan tertentu di atas peta serta menjelaskan lokasi yang ditanda. Murid diberikan kebebasan menandakan lokasi yang diingati. Pada peringkat awal didapati murid agak malu untuk ke hadapan kelas dan menanda peta tetapi selepas seminggu, iaitu 3 kali proses PdP, murid menjadi berani ke hadapan dan berlakon seperti guru untuk menanda dan menjelaskan lokasi yang ditanda di atas peta. Murid juga menjadi semakin teruja untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan peta apabila diberikan sebagai latihan. Teknik. “Tak Kenal Maka Tak Cinta” terhasil daripada tindak balas perlakuan murid tersebut. Jadual 1, menunjukkan beberapa aspek yang telah diperhatikan oleh guru dan pengkelasan yang dibuat berdasarkan pendapat peribadi guru. Jadual 1 : Pemerhatian guru atas sampel kajian Bilangan murid Bil Aspek yang Sebelum kajian Selepas kajian diperhatikan Baik Sederhana Lemah Baik Sederhana Lemah 1 Minat Geografi 2 5 23 20 10 0 2 Pengetahuan peta 2 3 25 19 8 3 3 Sikap terhadap 3 9 18 20 10 0 Geografi Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan bahawa sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya. M u k a S u r a t | 99
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Murid didapati terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menguji tahap penguasaan murid mengingati fakta yang terdapat dalam peta, pengkaji telah menanggalkan peta yang ditampal di atas meja dan menyimpannya selama seminggu. Pengkaji terus menguji murid pada minggu tersebut tanpa peta di atas meja mereka. Kesannya amat positif kerana mereka masih dapat mengingati tempat dan fakta yang berkaitan dengan peta berkenaan. Malahan murid semakin seronok belajar kerana berlumba-lumba untuk menanda peta dan menjawab apabila diberikan peluang. Suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan murid sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran pengkaji ke dalam kelas dan juga meminta pengkaji menjadi guru ganti jika ada guru yang tidak hadir ke sekolah. Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah. Teknik ini dapat membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dikatakan membosankan dan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingat. Untuk melihat keberkesanan teknik tersebut dalam peperiksaan PMR tahun 2009, pengkaji telah mengumpulkan kertas soalan yang telah ditanda oleh sampel kajian pengkaji dan membuat analisis. Hasilnya dapat dilihat dalam Jadual 2 yang menunjukkan bilangan soalan peta dan pengetahuan fakta berkaitan peta yang berjaya dijawab oleh sampel kajian pengkaji. Jadual 2:Bilangan Murid Menjawab Tepat Soalan Berasas Peta PMR 2009 Bilangan Soalan Peta Skala ketepatan bilangan murid menjawab bertanda/fakta peta 1-10 11-20 21-26 26 2 10 18 M u k a S u r a t | 100
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Berdasarkan Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” telah banyak membantu sampel kajian pengkaji menjawab soalan peperiksaan PMR tahun 2010 dengan tepat. Berdasarkan keberkesanan teknik tersebut, maka pada tahun 2010, teknik ini telah diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 sekolah pengkaji juga oleh murid di SMKA Sultan Mohamad, Melaka. Pada tahun 2011, penggunaan peta menggunakan kaedah, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” turut diguna pakai oleh guru dan murid : (a) MRSM Alor Gajah, Melaka (b) SMJK Katholik, Melaka (c) SMK Tinggi, Melaka (d) SMK Tinggi Perempuan, Melaka (e) SMK Dato Hamzah,Kelang, Selangor (f) SMK Mahmud,Raub, Pahang (g) SMKA As-Syaiidah Khatijah, Melaka (h) SMK Dang Anum, Melaka (i) SMK Methodist, Melaka (j) SMK Infant Jesus, Melaka (k) SMK Canoss Convent, Melaka (l) dan sekolah-sekolah lain di negeri Melaka. KESIMPULAN Berdasarkan hasil dapatan, terdapat peningkatan dalam kemahiran murid menjawab soalan Geografi berasaskan peta yang telah disediakan. Penggunaan peta yang mengandungi fakta/maklumat telah banyak membantu peningkatan M u k a S u r a t | 101
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar prestasi Geografi sekolah-sekolah di negeri Melaka dan peratus pencapaian negeri Melaka mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Jadual 3 menunjukkan rekod pencapaian PMR tahun 2008-2009 untuk 20 buah sekolah di negeri Melaka yang mengguna pakai empat helaian peta bermaklumat tersebut. Jadual 3 : Analisis PMR 2008-2009 Mata Pelajaran Geografi Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Bil Nama Sekolah 2008 (%) 2009 (%) Beza % 1 SBP Integrasi Selandar 100 100 - 2 SM Muzaffar Shah 100 100 - 3 SMKA Sharifah Rodziah 100 100 - 4 SMKA Sultan Mohamad 100 100 - 5 SMK Tinggi Perempuan 100 100 - 6 SMK Infant Jesus 95.9 96.7 7 SMK St.Francis 91.7 97.3 +0.8 8 SMK Ayer keroh 94.5 95.5 +5.6 9 SMK Katholik 83.4 93.9 +1.0 10 SMK Selandar 89.0 94.1 +10.5 11 SMK Durian Daun 86.2 92.4 +5.1 12 SMK Lubuk China 91.0 92.4 +6.2 13 SMK Nyalas 90.2 90.5 +1.4 14 SMK Klebang Besar 88.6 91.1 +0.3 15 SMK Bemban 93.4 94.3 +2.5 16 SMK Dato Bendahara 90.2 90.7 +0.9 17 SMK Seri Tanjung 87.0 87.2 +0.5 18 SMK Rahmat 80.8 90.3 +0.2 19 SMK Tun Tijah 84.3 92.4 +9.5 20 SMK Sungai Udang 93.2 94.7 +8.1 +1.5 Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan peningkatan prestasi mata pelajaran Geografi untuk 20 buah sekolah yang menggunakan peta bermaklumat tersebut secara terbimbing. Bahan telah diedarkan untuk semua M u k a S u r a t | 102
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar sekolah di negeri Melaka pada bulan Mac tahun 2008 semasa kursus anjuran JPN Melaka di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Guru-guru juga telah dibimbing tentang cara menggunakan peta tersebut. Bahan juga telah diguna pakai oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Selatan khasnya MRSM Terendak, MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Alor Gajah, MRSM Serting dan MRSM Kuala Kelawang. Bahan juga digunakan oleh anak-anak Petronas, Felcra, dan anak-anak orang asli Zon Selatan. Bahan juga diedarkan semasa Konvensyen Guru Cemerlang Malaysia di Akademi Kenegaraaan Biro Tatanegara, Kuala Lumpur. Peta bermaklumat ini juga diguna pakai oleh Dr. Faris Dzaudin, Pensyarah Geografi di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, di Universiti Perguruan Sultan Idris untuk pelatih UPSI. Teknik ini juga telah diguna pakai oleh guru mata pelajaran Matematik di sekolah pengkaji, Guru Cemerlang Perdagangan Negeri Sembilan, Guru Besar SK Mahmud, Raub, Pahang dan sekolah lain. Menurut kajian temu bual yang dijalankan oleh Tuan Hj. Baharuddin bin Husin selaku GPK HEM SBP Integrasi Selandar, Melaka yang juga merupakan guru Geografi di sekolah tersebut, murid beliau memberitahu bahawa mereka dapat menjawab 54 soalan Geografi PMR pada tahun 2007 dengan hanya mengingati peta bermaklumat tersebut. Bahan ini juga telah dipamerkan semasa Pameran Karnival Malaysia Inovatif Zon Tengah di MITC, Melaka pada 13-14 November 2011. Bahan ini juga telah menerima Anugerah Emas Guru Inovatif di Konvensyen Persidangan Kebangsaan Guru anjuran BPG dan IPG, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan ini mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa yang mengetahui tentang bahan ini bagi membantu meningkatkan prestasi Geografi anak-anak mereka. Penambahbaikan telah dilakukan atas peta tersebut dengan mewarnakan dan menggunakan simbol untuk menarik perhatianmurid sederhana dan lemah. M u k a S u r a t | 103
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar SYOR Bahan ini mempunyai potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain kerana bahan ini amat membantu guru dan murid dalam melaksanakan MMI. Bahan ini patut diguna pakai oleh semua sekolah di Malaysia untuk: 1. Meningkatkan daya ingatan murid tentang lokasi kawasan tertentu. 2. Meningkatkan daya tarikan terhadap murid kerana peta berwarna. 3. Menambah keceriaan kelas dan meja murid yang sebelum ini meja telah diconteng dengan pen marker atau liquid paper. Apabila meja mereka ditampal peta, keadaan ini telah membantu mengatasi masalah meja yang tidak ceria. 4. Menjimatkan kos kerana bahan hanya dibuat sekali sahaja dan tahan untuk jangka masa yang lama kerana telah digunakan laminate. Bahan boleh digunakan untuk tahun berikutnya. Sebelum peta menggunakan laminate murid selalu menghilangkan peta yang diberikan oleh guru atau dikoyak. Keadaan ini menyebabkan pembaziran kertas dan kos. 5. Memudahkan PdP guru kerana semua maklumat yang hendak dipelajari berkaitan peta ada di atas meja murid dan guru tidak perlu meminta murid melihat buku yang mempunyai terlalu banyak peta hingga menyebabkan murid tidak menggemari Geografi, tetapi dengan peta yang ringkas ini, telah menimbulkan tanggapan positif bahawa Geografi amat senang. 6. Murid dapat memanfaatkan masa yang terluang sewaktu pertukaran guru dengan melihat sebentar peta bermaklumat yang ditampal di atas meja. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang ciri-ciri keunikan Geografi Malaysia selaras dengan hasrat Sukatan Pelajaran Geografi Sekolah Menengah. M u k a S u r a t | 104
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 7. Meningkatkan peratus lulus dan peningkatan kualiti keputusan peperiksaan PMR sekolah-sekolah negeri Melaka kerana sebelum inovasi ini didapati murid sering kali silap menjawab soalan yang berkaitan dengan peta atau pengetahuan am tentang ciri-ciri keistimewaan sesebuah negara atau negeri. 8. Guru juga dapat menghayati MMI dalam PdP di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan teknik ini, masa PdP yang digunakan dapat dijimatkan kerana teknik ini akan menyebabkan murid mudah faham. M u k a S u r a t | 105
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran A Proses mewarnakan gambar menggunakan laminate Peta 1 Peta 2 Peta 3 Peta 4 Peta 1,2,3 dan 4menggunakan laminate M u k a S u r a t | 106
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran B Keadaan meja murid sebelum ditampal peta, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” dan selepas ditampal peta yang tidak berwarna. Sebelum Selepas Keadaan meja murid yang ditampal dengan peta tidak berwarna dan peta berwarna. Sebelum warna Selepas warna M u k a S u r a t | 107
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran C Contoh borang soal selidik tahap kepuasan hati murid dalam Program Suntikan A+ anjuran JPM dan Petronas. M u k a S u r a t | 108
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran D Komen Pelawat dalam Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 di Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah Komen Pelawat di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 di A Famosa Resort, Melaka M u k a S u r a t | 109
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 110
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 10 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : MELINDUNGI MASA PEMBELAJARAN MIRACLE FINGERS (MATEMATIK SEKOLAH RENDFAH TAHAP 2) M u k a S u r a t | 111
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : MELINDUNGI MASA PEMBELAJARAN MIRACLE FINGERS (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAHAP 2) oleh SHAHRIL BIN OTHMAN AZMI BIN ABD RAHIM RAHIM BIN HASSAN SK Maran, Maran, Pahang Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan bahan inovasi yang dapat membantu Melindungi Masa Instruksional (MMI) guru-guru Matematik. Perkaitan kaedah menjawab soalan dengan cara yang mudah dan cepat bagi topik yang melibatkan timbangan berat, ukuran panjang, isipadu cecair, Peratus serta masa dan waktu mengelakkan para guru menghabiskan masa menerangkan konsep dan kaedah yang sama berulang kali. Selain itu, murid akan dapat menjawab soalan Matematik melibatkan pecahan bagi topik yang dinyatakan dengan lebih cepat berbanding kaedah konvensional. Kaedah inovasi yang diperkenalkan ini menepati konsep Melindungi Masa Instruksional (MMI). Melalui bahan inovasi ini, para guru dapat menerapkan kaedah pengiraan secara pantas dalam salah satu topik berkaitan selepas pengenalan konsep. Seterusnya, bagi topik yang berikutnya penerangan kaedah tidak diperlukan lagi. Oleh itu, kaedah ini dapat melindungi MMI guru dan murid. Penghasilan bahan inovasi ini berkait rapat dengan masalah yang berlaku terhadap murid iaitu tidak dapat menjawab soalan Matematik Kertas 1 UPSR dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang telah menguasai kaedah biasa adakalanya cuai ketika melakukan proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkan pecahan dengan teknik yang lebih pantas dan tepat. Enam puluh orang murid daripada tiga buah sekolah yang berbeza telah dipilih menjadi responden bagi kajian ini. Dalam sesi pengajaran, responden telah diajar teknik inovasi dan diuji dengan soalan-soalan ujian. Kajian ini menggunakan pra dan pascaujian bagi memastikan keberkesanan bahan inovasi. Hasil kajian didapati bahawa lebih 95% responden berjaya menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding sebelum inovasi diperkenalkan. Berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada responden, kesemua mereka bersetuju bahawa teknik inovasi yang diperkenalkan lebih mudah dan menarik serta senang difahami. M u k a S u r a t | 112
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Penerangan konsep dan kaedah menjawab soalan secara konvensional oleh guru-guru Matematik menjadi salah satu faktor berlakunya ketidakcukupan masa menghabiskan silibus dan berlaku masalah pencapaian yang kurang memberangsangkan oleh murid-murid dalam Matematik. Berdasarkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah, didapati bahawa masih terdapat banyak kelemahan tentang penukaran unit secara pantas melibatkan pecahan dan seterusnya menjejaskan masa menjawab soalan. Sehubungan dengan itu, ketidakcukupan masa sering kali diutarakan oleh murid-murid terutamanya ketika menjawab soalan Matematik Kertas 1. Berdasarkan pengalaman kumpulan penyelidik sebagai guru Matematik sekolah rendah, didapati hampir 90% murid di dalam setiap kelas akan menghadapi masalah ketidakcukupan masa menjawab soalan berkaitan penukaran unit bagi tajuk Peratus, Masa dan Waktu, Ukuran Panjang, Timbangan Berat, dan Isipadu cecair. Walaupun kebanyakan murid memahami konsep dan kaedah bagi menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan bagi tajuk-tajuk berikut, namun kaedah penyelesaian yang lebih mudah dan cepat perlu diketahui oleh semua murid supaya masalah yang dihadapi ini dapat diatasi. Sehubungan dengan itu, satu penyelidikan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Menurut Ee Ah Meng (1997), setiap guru perlu berusaha meningkatkan mutu pengajarannya melalui penyelidikan tindakan atau kajian tindakan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, suatu refleksi perlu dilakukan dan berusaha ke arah penyelesaian masalah tersebut. Melalui kajian tindakan ini, suatu inovasi dan pembaharuan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di Malaysia, M u k a S u r a t | 113
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peka tentang kualiti PdP di dalam bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu PdP Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan dan menggalakkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik. Sehubungan dengan itu, perlu ada daya usaha untuk membuat kajian serta penghasilan teknik yang inovatif serta lebih berkesan supaya perubahan ini dapat memberikan impak yang positif kepada murid-murid. Selain itu, usaha untuk mengurangkan tanggapan negatif berkaitan mata pelajaran Matematik sebagai mata pelajaran yang dianggap sukar dan membosankan akan dapat diatasi. PENYATAAN ISU/CADANGAN Berdasarkan pemerhatian kumpulan penyelidik, didapati antara masalah utama yang menyebabkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik tidak cemerlang ialahketidakcukupan masa untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Purata masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan; Kertas 1(90 saat) dan Kertas 2 (120 saat), semua murid perlu mengetahui dan menguasai apa sahaja kaedah untuk menjawab dengan seberapa segera. Namun begitu, masalah yang timbul ialah keseluruhan murid akan menjawab soalan dengan cara mengira langkah demi langkah. Oleh itu, masa yang diambil untuk menjawab soalan tersebut agak lama dan menyebabkan ramai murid yang tidak dapat menyiapkan soalan pada masa yang telah ditetapkan. M u k a S u r a t | 114
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Sehubungan dengan itu, sasaran untuk mendapatkan pencapaian cemerlang dalam Matematik akan sukar dicapai sekiranya tiada suatu tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah ini dijalankan. Oleh yang demikian, kaedah yang lebih mudah perlu dihasilkan supaya kaedah tersebut akan dapat membantu murid menjawab soalan dengan tepat berkaitan dengan penukaran unit dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik. Masalah yang wujud ini telah memberikan idea kepada penyelidik untuk membina satu bahan inovasi yang dipanggil Miracle Fingers yang menggunakan jari-jari tangan untuk menjawab secara pantas tanpa perlu mengira menggunakan kaedah pengiraan biasa. Walaupun kaedah penyelesaian secara kaedah biasa telah diketahui dan dikuasai tetapi masih belum dimantapkan dalam bentuk penyelesaian secara pantas menggunakan jari serta pemetaan dalam minda murid. Oleh itu, Miracle Fingers ialah satu inovasi bagi membantu murid untuk menjawab soalan penukaran unit secara pantas dan mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik. Miracle Fingers merupakan inovasi yang menggunakan peranan jari-jari tangan untuk mendapatkan jawapan penukaran unit yang melibatkan pecahan secara pantas. Secara tidak langsung kaedah ini dapat menyelesaikan masalah bagi 5 topik utama Matematik sekolah rendah iaitu Peratus , Masa dan Waktu , Ukuran Panjang , Timbangan Berat, dan Isipadu cecair. Dalam PdP yang berkaitan topik berkenaan, bahan inovasi ini boleh digunakan sebagai bahan untuk penerangan konsep dan seterusnya menggunakannya untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan: M u k a S u r a t | 115
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (a) penukaran unit (Conversion) (b) penambahan (Addition) (c) penolakan (Subtraction) (d) pendaraban (Multiplication) (e) pembahagian (Division) (f) penyelesaian masalah (Problem Solving) CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN Kebanyakan murid di sekolah mampu menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan menggunakan kaedah biasa tetapi tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang menguasai kaedah biasa pula adakalanya cuai ketika proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkan pecahan, dengan teknik yang lebih pantas dan tepat. Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid lebih mudah mengingati sesuatu kaedah melibatkan bahan maujud. Oleh itu, penggunaan jari ialah suatu penemuan baharu dan terkini yang boleh digunakan untuk memudahkan murid- murid menukar unit dengan lebih pantas dan tepat. Jari-jari lebih praktikal digunakan berbanding bahan maujud yang lain sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM). Sehubungan dengan itu, idea untuk membantu murid dengan cara menghasilkan satu inovasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ini supaya tidak terus berpanjangan. Melalui penemuan ini, didapati minat dan keupayaan murid menjawab soalan semakin bertambah. Ironinya, apabila soalan yang sukar tetapi dapat dijawab dengan mudah akan menambah minat murid untuk belajar. M u k a S u r a t | 116
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Oleh yang demikian, mempraktik kaedah yang begitu efektif ini oleh guru-guru di dalam kelas amat digalakkan. Penguasaan kaedah ini oleh murid- murid secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk belajar dan seterusnya menghilangkan tanggapan negatif atas mata pelajaran Matematik. KESIMPULAN Bahan inovasi ini amat membantu guru ketika sesi PdP. Masa yang diperuntukkan dalam sesuatu sesi pengajaran tidak memadai sekiranya masa instruksional guru tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Melalui pembinaan bahan inovasi ini, selain dapat membantu para guru meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik, bahan ini juga dapat melindungi masa instruksional. Guru tidak memerlukan masa yang panjang untuk memberikan penerangan dan murid akan lebih memahami kaedah inovasi berbanding kaedah konvensional. Guru hanya perlu menggunakan sarung jari yang direka oleh penyelidik untuk menerangkan konsep serta kaedah menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding kaedah biasa. Berdasarkan maklum balas melalui temu bual dan soal selidik, kebanyakan guru berminat menggunakan kaedah Miracle Fingers dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Para guru kebanyakannya berpuas hati serta mengakui murid-murid mereka lebih cepat menguasai kemahiran penukaran unit menggunakan Miracle Fingers serta dapat menjawab soalan- soalan dengan lebih pantas. Kesimpulannya, berdasarkan pembinaan bahan ini, setelah diaplikasi di dalam PdP, didapati, bahawa: (a) murid dapat memahami dan menguasai kaedah menjawab soalan M u k a S u r a t | 117
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar dengan lebih pantas dan berkesan, (b) pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik bagi topik-topik tersebut semakin baik, (c) murid lebih meminati pembelajaran secara santai, dan (d) murid hanya memerlukan kurang daripada 10 saat untuk menukar unit melibatkan pecahan seterusnya melibatkan operasi asas yang lain. HASIL DAPATAN KAJIAN Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik didapati inovasi yang dibina ini bermanfaat seperti pernyataan berikut: 1. Memendekkan masa menjawab soalan Kaedah ini dapat mengatasi masalah ketidakcukupan masa ketika menjawab soalan peperiksaan yang menjadi asas kepada penghasilan bahan inovasi. 2. Pencapaian ujian meningkat Murid yang menjadi responden kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian ujian bagi tajuk-tajuk yang berkaitan. 3. Pengendalian bahan dalam PdP lebih mudah dan berkesan Bentuk bahan inovasi yang ringkas dan ringan memudahkan guru-guru untuk mengendalikannya dalam sesi PdP berbanding BBM yang lain. Selain itu, penggunaan bahan ini lebih berkesan dan menarik. 4. Menjimatkan masa topik pengajaran Penggunaan bahan ini telah menjimatkan masa pengajaran guru kerana M u k a S u r a t | 118
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar melalui satu sesi pengajaran tersebut yang telah merangkumi 5 topik sekaligus. 5. Penjimatan kos penghasilan bahan inovasi Bahan inovasi yang dibina ini memerlukan perbelanjaan yang amat minimum. Jumlah keseluruhan bagi bahan ini hanya RM25.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Sahaja). Jumlah perbelanjaan yang digunakan adalah untuk membina set PdP yang terdiri daripada Rajah Tangan dan Set Sarung Jari. Jumlah RM25.00 adalah bagi membina satu set lengkap bahan inovasi ini. Oleh yang demikian, pembinaan bahan inovasi ini amat murah tetapi begitu efisien dalam PdP. Setelah bahan inovasi ini dibina dan dilihat efektif dalam PdP bagi mata pelajaran Matematik, penyebaran di peringkat sekolah penyelidik iaitu Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang telah dilakukan. Selain itu, penyebaran di sekolah-sekolah lain turut dijalankan melalui ceramah-ceramah yang dihadiri oleh pengkaji yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Kecemerlangan UPSR di peringkat Daerah Maran dan Negeri Pahang. Disyorkan agar teknik ini disebarluaskan melalui medium- medium yang bersesuaian supaya diterima pakai dan dipraktikkan di semua sekolah seluruh negara kerana terbukti teknik ini telah menerima respon yang baik serta memberikan impak kepada guru dan murid. Teknik ini akan dapat menambahkan kemahiran murid-murid menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih pantas serta secara tidak langsung akan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. M u k a S u r a t | 119
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 6. Melindungi Masa Instruksional (MMI) Bahan inovasi yang direka cipta amat mudah diaplikasi dalam PdP oleh semua guru. Kit pengajaran yang mengandungi manual pengajaran dan alat bantu mengajar yang dikenali sarung jari memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mengguna pakai dalam pengajaran. Sarung jari yang menggunakan bahan boleh laras (zap on) memudahkan guru yang menggunakannya mengikut saiz jari guru tersebut dan dengan kata lain tidak akan membataskan penggunaan bahan tersebut. Bahan yang mesra pengguna ini akan mengelakkan berlakunya pembaziran masa oleh guru dalam pengajaran topik berkaitan. Secara tidak langsung dapat melindungi masa instruksional guru. Selain itu, bagi guru yang menggantikan kelas juga dapat mengajar murid dengan berkesan kerana bahan ini mudah digunakan. Kelaziman yang berlaku di sekolah, guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain tidak dapat melangsungkan pengajaran kerana tiada perancangan serta tiada kemahiran. Bahan inovasi ini akan dapat melindungi masa instruksional bagi guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain. CADANGAN Berdasarkan kejayaan kajian dan kelebihan penggunaan bahan inovasi Miracle Fingers dalam PdP mata pelajaran Matematik sekolah rendah Tahap 2, dicadangkan supaya semua guru Matematik mengaplikasikan kaedah ini secara lebih meluas di semua sekolah. Kaedah ini lebih efektif dan membantu MMI guru. Guru baharu atau yang menggantikan kelas guru lain akan dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan kerana bahan pengajaran ini mudah difahami melalui manual pengguna. Bahan inovasi yang mesra pengguna dan M u k a S u r a t | 120
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar menarik akan dapat meningkatkan minat murid-murid kepada mata pelajaran Matematik serta meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan terutamanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Rujukan Noor Azlan Ahmad Zanzali. (1995). History of Mathematics Education in Malaysia: Coping With The Demands Of Curriculum Change. Paper Presented At The International Seminar On Education And Change, University Of South Africa, Pretoria, September 1995. EE, Ah Meng. (1997). Pedagogi II : pelaksanaan pengajaran, : Shah Alam : Fajar Bakti. Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2001). Satu kajian mengenai penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah. M u k a S u r a t | 121
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 TOPIK BERKAITAN ( kg - g ), ( km - m ), ( l - ml ) M u k a S u r a t | 122
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Lampiran 2 Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KAEDAH PENGGUNAAN MIRACLE FINGERS Kaedah biasa Kaedah Inovasi Penyebut (denominator) bagi soalan ini ialah angka 5. Oleh itu, 5 jari perlu digunakan. Setiap jari membawa nilai 200. Seterusnya, lihat pada pengangka (numerator). Pengangka menunjukkan angka 3. Dengan itu, hanya gunakan 3 jari sahaja dan jumlahkan nilai bagi setiap jari. 200 + 200 + 200 = 600 Jawapan : 600 g M u k a S u r a t | 123
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 3 TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), ( peratus ) M u k a S u r a t | 124
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 4 SOAL SELIDIK (MURID) Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik. Nama : ___________________________________________________ Sekolah : ___________________________________________________ i) Jantina Lelaki Perempuan ii) Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 iii) Pernahkah anda didedahkan dengan Miracle Fingers sebelum ini? Pernah Tidak Pernah iv) Setelah diajar, adakah ia mudah difahami ? Mudah Sukar vi) Adakah ia membantu anda menjawab soalan-soalan berkaitan time, money, length, mass, volume of liquid & percentage? Membantu Kurang membantu Tidak membantu vii) Nyatakan faedah-faedah yang anda peroleh setelah menggunakan Miracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik. ___________________________________________________ ___________________________________________________ Tandatangan murid, …………………………………………………. () M u k a S u r a t | 125
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 5 SOAL SELIDIK (GURU) Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik. Nama Guru : ________________________________________________ Sekolah : ______________________________________ i) Jantina Lelaki Perempuan ii) Umur 41 – 50 tahun 20 – 30 tahun 31 – 40 tahun iii) Pengalaman Mengajarkan Mata Pelajaran Matematik kurang daripada 5 tahun lebih daripada 5 tahun iv) Pernahkah anda didedahkan dengan ‘Miracle Fingers’ sebelum ini? Pernah Tidak Pernah v) Adakah ia mudah difahami ? Mudah Sukar M u k a S u r a t | 126
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar v) Adakah ia lebih efisien berbanding dengan kaedah lain ? Ya Tidak vi) Adakah ia membantu anda dalam PdP melibatkan soalan- soalan berkaitan time, money, length, mass & volume of liquid & percentage ? Membantu Kurang membantu Tidak membantu vii) Adakah anda akan terus menggunakan kaedah Miracle Fingers dalam PdP? Ya Tidak vii) Nyatakan faedah-faedah lain yang anda peroleh setelah mengaplikasikan Miracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik. _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ Tandatangan guru, ……………………………………………. () TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN. M u k a S u r a t | 127
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Lampiran 6 Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Soalan Pra dan Pasca Nama : ______________________________________ Tahun : ______________________________________ Sekolah : _____________________________________ Sila jawab semua soalan a) Percentage (Peratus) Jawapan 1. Nyatakan 3 kepada peratus. _________________ __________________ 5 2. Tukarkan 2 5 kepada peratus. 10 b) Time (Masa & Waktu) 1. abad = ___________ tahun 2. Tukarkan abad kepada tahun. __________________ c) Length (Ukuran Panjang) __________________ 1. km = ______________ m 2. 4 m = _____________ cm __________________ d) Mass (Timbangan Berat) __________________ 1. 6 kg = ______ kg _________ g 2. Tukarkan 4 kg kepada gram. __________________ e) Volume of Liquid (Isipadu Cecair) ___________________ 1. 3 l = ____________ ml 2. Tukarkan 5 l kepada l dan ml ___________________ M u k a S u r a t | 128
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 11 TEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL M u k a S u r a t | 129
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar TEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL oleh NORAINI BINTI IBRAHIM SK Tengku Mahmud NURUL SYAFINAZ BINTI ISHAK SM Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut Abstrak MMI merupakan tanggungjawab penting pengurusan sekolah dan para guru dalam memastikan setiap murid mendapat hak instruksional mereka. Namun begitu, perubahan besar dalam senario pendidikan hari ini memperlihatkan beban tugas guru yang semakin meruncing hingga hampir mengorbankan tugas asal seorang guru iaitu mengajar di dalam kelas. Justeru, team teaching dilihat sebagai pendekatan bijak untuk mengatasi masalah MMI. Gabungan dua atau lebih guru dalam satu pada masa yang sama akan dapat mengekang pembaziran masa instruksional akibat ketiadaan guru mata pelajaran di dalam kelas. Selain itu, pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna dengan kehadiran dua orang guru dalam satu masa pengajaran. Kajian kes yang dibentangkan berdasarkan pengalaman penulis kedua di SM Imtiaz Besut hasil daripada pengimplemantasian selama tiga tahun strategi Team Teaching bagi calon PMR dan tahun pertama untuk calon SPM. Walaupun kekangan ketiadaan guru di SM Imtiaz begitu mendesak, namun strategi Team Teaching telah memperlihatkan hasil yang signifikan dengan pengekalan prestasi cemerlang calon PMR selama tiga tahun berturut-turut. M u k a S u r a t | 130
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Penulisan ini disediakan bertujuan untuk membincangkan strategi pengajaran Team Teaching yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi Melindungi Masa Instruksional (MMI). Masa instruksional didefinisikan sebagai jumlah masa yang sebenarnya digunakan oleh guru untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Masa pengajaran tidak termasuk masa yang digunakan oleh guru untuk menguruskan bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Manakala MMI pula membawa maksud mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak dilaksanakan seperti yang dirancang serta memastikan kualiti masa intruksional yang menjamin pembelajaran bermakna dan berkesan dalam kalangan murid dapat dilaksanakan oleh guru. Situasi ini boleh dilakukan dengan memastikan kawalan displin dan polisi sekolah berkaitan dengan penggunaan masa dilaksanakan. Hal sedemikian ini, perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan kreatif, kritis, dan inovatif. Masa yang digunakan oleh seorang murid seharian dalam sesi persekolahan boleh dikategorikan seperti jadual berikut: Jadual 1: Kategori Masa Murid Kategori Masa Penjelasan Masa persekolahan Jumlah masa murid hadir ke sekolah. Masa bilik darjah Jumlah masa murid berada di dalam kelas tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain. Masa ini merupakan subkategori masa persekolahan. Masa instruksional Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional tidak termasuk gangguan dan pengurusan rekod. Masa pembelajaran Jumlah masa instruksional berdasarkan murid memberikan akademik perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran bermakna dan berkesan. M u k a S u r a t | 131
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pihak pengurusan sekolah akan merangka masa instruksional yang ideal merangkumi jadual waktu, perancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan. Namun begitu, masa yang telah diperuntukkan tidak semestinya menjanjikan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Hal ini, disebabkan faktor- faktor gangguan yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, ketiadaan guru di sekolah kerana mengikuti kursus atau bercuti, guru ada di sekolah tetapi bukan atas urusan PdP dan guru ada di sekolah tetapi PdP tidak berlaku. Jadual 2 berikut mengkategorikan faktor gangguan masa instruksional. Jadual 2: Kategori Faktor Gangguan Kategori faktor Kelompok Contoh gangguan gangguan Faktor Guru tiada Guru tiada di sekolah, guru ada di pengurusan sekolah tetapi tidak berada di dalam sekolah kelas, guru tidak mencukupi, guru menghadiri kursus atau tugasan luar, guru menduduki peperiksaan, dan aktiviti kokurikulum. Gangguan fizikal Gangguan dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran. Gangguan luar Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal jangka peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar dan melaksanakan tugas sampingan. Gangguan adhoc Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat. Faktor Kualiti pembelajaran Kesediaan murid belajar, kualiti guru, instruksional guru murid proses pengajaran dan pembelajaran, sikap guru, guru bukan opsyen, Kualiti pengajaran kompetensi guru, dan kesediaan guru guru mengajar. Proses MMI memerlukan kerjasama erat antara pengurusan sekolah dengan guru dan antara guru dengan guru. Ybhg. Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin, M u k a S u r a t | 132
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mencadangkan beberapa strategi jangka panjang dan jangka pendek semasa menyampaikan ucaptama, “Melindungi Masa Intruksional di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid”. Beliau telah mencadangkan beberapa program khas bagi melindungi masa intruksional, antaranya: (a) Pengajaran rakan sebaya, (b) Program Guru Muda, (c) Modul guru ganti, (d) Kelas Gantian, (e) Jual beli jadual waktu pengajaran, dan (f) Pemantauan dan penilaian pengajaran guru secara berterusan. Satu analisis-meta yang melibatkan 10,000 hasil statistik oleh Wang, Haertal dan Walberg (1993;1997) telah menunjukkan pengaruh langsung mempunyai impak yang lebih besar atas pembelajaran murid jika dibandingkan dengan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung di sini ialah sikap dan karakter guru-guru yang mampu membawa perbezaan yang signifikan. Hal ini boleh dilakukan dengan membina budaya sekolah yang menggalakkan amalan PdP yang penting dan berkualiti. Oleh itu, kertas kerja ini mencadangkan amalan team teaching dijadikan budaya di sekolah bagi melindungi masa instruksional dan seterusnya memainkan peranan dalam peningkatan prestasi murid di dalam bilik darjah. M u k a S u r a t | 133
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar TEAM TEACHING 1. Konsep Pengajaran Team Teaching Dalam literasi, team teaching selalunya dijalankan di dalam kelas inklusif untuk mengajar murid kurang upaya (Tannock, 2009). Menurut Goetz (2000), dua kategori team teaching telah dikenal pasti iaitu: Kategori A : Dua atau lebih guru mengajar murid yang sama pada masa yang sama dan di dalam kelas yang sama. Kategori B : Dua orang guru saling bekerjasama tetapi tidak semestinya mengajar kumpulan murid yang sama atau pada masa yang sama. 2. Model Pengajaran Team Teaching Penulisan ini lebih berfokus kepada team teaching mengikut kategori A. Dalam kategori A terdapat beberapa model yang berbeza iaitu: (a) Traditional Team Teaching – guru dengan secara aktif berkongsi kandungan pengajaran dan kemahiran dengan semua murid. Sebagai contoh, seorang guru mempersembahkan kandungan pelajaran yang baharu kepada murid manakala seorang guru lagi membina peta minda ataupun menulis nota penting pada papan putih sewaktu murid mendengar penjelasan guru yang pertama. (b) Complementary / Supportive Team Teaching – Model ini berbeza dengan model Traditional Team Teaching kerana guru bertanggungjawab akan mengajarkan kandungan pelajaran manakala seorang guru lagi menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut. M u k a S u r a t | 134
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (c) Collaborative Team Teaching – Model ini hampir sama dengan Traditional Team Teaching kerana kedua-dua guru terlibat dalam mereka bentuk pengajaran. Perbezaannya pada proses pengajaran apabila kedua-dua orang guru mengendalikan pengajaran bersama- sama dengan bertukar-tukar idea dan teori di hadapan murid. Aktiviti seperti teknik pembelajaran berkumpulan, kerja dalam kumpulan kecil, dan perbincangan berpusatkan murid, adalah antara beberapa aktiviti yang biasa digunakan dalam model ini. (d) Parallel Instruction – kelas dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan mengikut bilangan guru yang terlibat. Setiap guru memberikan arahan secara individu tentang kandungan, bahan, dan kemahiran yang sama untuk setiap kumpulan. (e) Differentiated Split Class – Model ini melibatkan pembahagian kelas kepada kumpulan kecil mengikut keperluan murid. Setiap guru mengajar mengikut keperluan murid. (f) Monitoring Teacher Model – Seorang guru memberikan arahan untuk keseluruhan kelas manakala seorang lagi guru bergerak di sekitar bilik darjah memantau kefahaman dan sikap murid, mengekalkan displin dan pengurusan kelas. (g) Guru boleh menggunakan satu atau menggabungkan lebih daripada satu model di atas dalam satu kelas yang sama. Berikut ialah beberapa keadaan yang tidak sepatutnya dipraktiskan sewaktu team teahing: i. Guru masuk ke kelas tanpa persediaan awal. ii. Guru hanya berdiri sewaktu seorang lagi guru mengajar. iii. Guru bergerak di dalam kelas untuk membantu aktiviti kumpulan berdasarkan penjelasan sendiri tanpa merujuk pengajaran dengan rakan guru yang lain. iv. Guru hanya membantu mengagihkan lembaran kerja. M u k a S u r a t | 135
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar v. Guru keluar dan masuk ke kelas sesuka hati dan membiarkan rakan guru menangani kelas sendirian. PERNYATAAN ISU Sesuatu tindakan yang praktis untuk MMI perlulah dipastikan pengamalannya bagi membolehkan guru terus mendampingi murid secara bermakna agar instruksional boleh berlangsung dengan efektif dan matlamat pencapaian murid yang dihasratkan tercapai. Dr Shirley (2011) dan Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai sekumpulan yang terdiri daripada dua orang guru atau lebih yang bekerjasama dalam merangka pelan, melaksanakan dan membuat penilaian aktiviti pembelajaran bagi sekumpulan murid yang sama. Manakala, Quinn and Kanter (1984) dipetik oleh Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai kerja berkumpulan antara dua orang guru terlatih, bersama-sama membuat satu pengajaran kepada sekelompok audien. Untuk itu, penulisan ini disediakan bagi membincangkan bagaimana MMI melalui strategi Team Teaching di SM Imtiaz Besut berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas. Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan berkaitan Team Teaching: (a) Adakah Team Teaching dilaksanakan secara sukarela atau diwajibkan oleh pengurusan sekolah ? Team Teaching dilaporkan boleh dilaksanakan dengan jayanya apabila guru-guru sendiri yang menginisiatifkan strategi ini. M u k a S u r a t | 136
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Terdapat sebahagian guru yang tidak yakin dengan pelaksanaan Team Teaching seterusnya tidak berpuas hati sekiranya pihak pengurusan mewajibkan pelaksanaan strategi ini untuk diguna pakai di sekolah mereka. (b) Adakah guru diberi kebebasan memilih pasangan mengajar ? Memetik dapatan (Dr.Shirley, 2011) daripada sumber (Costin, 2002; Rea and Connel, 2005; Murawski, 2010) Guru yang memilih pasangan mengajar sendiri iaitu seseorang yang dikenali mereka atau senang untuk bekerja, lazimnya tidak akan menimbulkan banyak masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak pengurusan yang membentuk pasangan dan menggariskan peraturan tanpa sebarang pandangan, atau pun tanpa sebarang makluman akan menimbulkan masalah untuk mengendalikan masa instruksional bersama. (c) Adakah guru-guru tersebut memahami dengan mendalam tugas dan tanggungjawab mereka dalam masa instruksional? Kebanyakan guru yang terlibat dalam Team Teaching tidak memahami peranan khusus mereka semasa sesi tersebut dijalankan. Akhirnya mereka berasa tidak berminat untuk meneruskan strategi pengajaran ini. (d) Adakah guru mempunyai masa yang cukup untuk sesi perancangan dan persediaan ? Masa merupakan faktor yang penting kepada setiap guru untuk merancang masa instruksional yang berkesan (Anonymous, 1997). Oleh itu, para guru terikat dengan arahan tugas rasmi di luar seperti kursus, seminar dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga tugas mengiring murid mengikuti pertandingan dan juga program. Menurut Dr Shirley (2011), satu dapatan kajian oleh Walther- Thomas and Christine S (1997) juga membincangkan permasalahan masa, perancangan, dan persediaan kedua-dua guru yang akan M u k a S u r a t | 137
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar menjalankan team teaching. Masa yang diperlukan untuk merancang persediaan pengajaran bersama-sama amat sukar dilaksanakan terutamanya pada waktu persekolahan. Malahan akan menjadi masalah yang serius di kebanyakan sekolah kerana masa perancangan dan persediaan guru tidak boleh diselaraskan dengan mudah berdasarkan faktor-faktor di atas. (e) Adakah persoalan interpersonal pasangan mengajar dititikberatkan? Isu interpersonal individu amat serius apabila dikaitkan dengan Team Teaching. Hal ini sedemikian, kerana setiap individu mempunyai idea, cara penyampaian dan kemahiran tersendiri dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Menurut kajian Schamber (1999) pasangan mengajar kadangkala akan menemui jalan yang rumit dan sukar memandangkan setiap mereka mempunyai professional preferences tersendiri berbanding pasangannya yang lain. Guru seharusnya mempunyai nilai menghormati yang tinggi antara satu sama lain dalam menggerakkan sesuatu aktiviti terutamanya pelaksanaan masa instruksional ke arah satu matlamat yang sama. Selain itu, Goezt (2000) turut menyatakan bahawa pasangan Team Teaching mestilah saling mempercayai antara satu sama lain untuk menjadikan mereka jelas tentang tanggungjawab dan peranan mereka. TEAM TEACHING DI SM IMTIAZ BESUT - PENGENALAN Senario pendidikan di Malaysia menuntut pengurusan sekolah merangka satu program yang berkesan bagi MMI murid. Sehubungan dengan itu, setiap warga sekolah diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan M u k a S u r a t | 138
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar matlamat tersebut dapat dicapai. Tempiasnya turut dirasai oleh pihak pengurusan SM Imtiaz, Besut tatkala buat pertama kalinya sekolah ini dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik PMR 2009 kategori Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan dan diikuti Anugerah Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu, Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Kohort 2. Bersandar kepada moto ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia, pihak pengurusan, guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SM Imtiaz cuba menggarap kecemerlangan dari pelbagai sudut dengan amanah dan kepercayaan yang telah dianugerahkan. Merujuk Direktori 1 Sekolah Berprestasi Tinggi, 60% markah pengiktirafan SBT ini berdasarkan pencapaian akademik terutamanya peperiksaan awam. Namun, bilangan keluar masuk guru ke sekolah juga meningkat apabila pelbagai kursus bagi sekolah-sekolah SBT di bawah penganjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK). Selain itu, pihak pengurusan juga turut didedahkan dengan sesi percambahan ilmu dan pengukuhan pengurusan sekolah di bawah anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB). Terdapat antara mereka ini turut mengajarkan kelas peperiksaan PMR dan SPM. Senario yang merisaukan ini agak menjejaskan prestasi murid untuk seketika apatah lagi untuk sekolah mengekalkan prestasi PMR bagi melestarikan status SBT. Harapan para ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menggenggam kejayaan cemerlang dalam peperiksaan turut menambah tekanan kepada guru-guru. Melihatkan situasi ini dan juga moto yang disasarkan, guru-guru di SM Imtiaz mula melaksanakan beberapa strategi dalam masa instruksional bagi membolehkan sesi itu berjalan dengan lancar dan murid mendapat bimbingan guru secara langsung. Team Teaching dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini. M u k a S u r a t | 139
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 1. Pelaksanaan Pada tahun 2011, guru-guru SM Imtiaz memberikan cadangan awal kepada pihak pengurusan untuk mencuba strategi Team Teaching ini bagi murid-murid Tingkatan 3yang akan menduduki peperiksaan awam. Dengan mengadakan beberapa sesi percambahan idea, pada semester kedua tahun 2011, strategi Team Teaching mula diperkenalkan untuk masa instruksional kelas Tingkatan 3. Berikut langkah-langkah awal yang telah diambil oleh pemimpin sekolah dalam melaksanakan team teaching: (a) Jawatankuasa jadual waktu mengambil tanggungjawab ini sebagai memulakan langkah pertama dengan mengatur jadual guru-guru supaya jadual tersebut lebih bersifat fair and square dan tidak terlalu membebankan serta bertindan. Guru-guru juga perlu berkorban untuk menerima penambahan masa instruksional antara 3 – 5 masa setiap orang. Jadual waktu di bawah menunjukkan deskripsi bagaimana team teaching diaturkan dalam jadual. Pihak sekolah boleh menggunakan Team Teaching Kategori A atau Kategori B. i. Kategori A : Dua orang guru dalam satu masa instruksional. Dalam satu masa instruksional dapat dilihat dua nama guru dicatatkan dalam jadual waktu. M u k a S u r a t | 140
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 3: Contoh Jadual Waktu 1 Jadual 4: Contoh Jadual Waktu 2 ii. Kategori B: Kelompok dipecahkan kepada yang lebih kecil dan ditempatkan secara berasingan serta melaksanakan instruksional yang berbeza. Jadual 5: Contoh Jadual Waktu 3 M u k a S u r a t | 141
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 6: Contoh Jadual Waktu 4 (b) Pemilihan mata pelajaran untuk dijalankan secara team teaching dibuat mengikut kesesuaian sekolah. Sebagai langkah rintis, strategi ini diguna pakai untuk beberapa mata pelajaran memandangkan SM Imtiaz, menghadapi kekangan guru. Jadual 7: Rangka Jadual Masa Instruksional bagi Tingkatan 3 dan 5. J Tingkatan Mata pelajaran Guru 5 Ibn Amir/ 5 Ibn Kathir B.Inggeris Bil. 1. Guru J B.Melayu 2. Guru K a 1. Guru L 1. 2. Guru M d 2. u 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir a 3. l 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir B. Arab 1. Guru N 2. Guru O 4. J 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / Matematik 1. Guru P a 3 Genggam Gemilang Sains 2. Guru Q 3. Guru R 5. d 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / K.Hidup u 3 Genggam Gemilang Geografi 1. Guru S 2. Guru T 6. a 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 1. Guru U 3 Genggam Gemilang 2. Guru V 3. Guru W l 1. Guru X 7. 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 2. Guru Y 3. Guru Z 7 3 Genggam Gemilang M u k a S u r a t | 142
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222