Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore buku_3-mmi_guru

buku_3-mmi_guru

Published by spkvp39, 2021-03-19 09:49:34

Description: buku_3-mmi_guru

Search

Read the Text Version

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini untuk pembelajaran mereka”. Sebanyak 87%daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’ bagi item-item, “Penggunaan blog ini sebagai tambahan yang baik kepada kaedah lain dalam pembelajaran”,dan “Sila nyatakan skala kepuashatian anda selepas melawat blog ini“. Kesimpulannya, secara keseluruhan responden berpuas hati dengan penggunaan blog ini sebagai satu kaedah alternatif kepada kaedah- kaedah pembelajaran yang sedia ada. Responden bersetuju untuk mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini dalam pembelajaran mereka. KESIMPULAN Oleh sebab blog ini merupakan satu aplikasi ICT, didapati murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakannya dalam pembelajaran mereka. Penggunaannya yang meluas menyebabkan terdapat peningkatan dalam penguasaan isi kandungan dalam bidang Biologi. Bukan itu sahaja, malah dapat juga meningkatkan prestasi penulisan dalam kalangan murid. Selain itu, penggunaan blog banyak memberikan faedah lain seperti mampu menjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif tentang pembelajaran, membangunkan kemahiran sosial, dan menggalakkan perkongsian idea di samping meningkatkan tahap motivasi murid-murid . Para guru pula mendapati lebih mudah untuk menerangkan sesuatu konsep dengan adanya sokongan bahan-bahan interaktif dan animasi yang diperoleh daripada blog ini. Blog kini telah menjadi dimensi baharu untuk para guru dan murid-murid bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog juga boleh menjadi medium yang membolehkan kerja murid M u k a S u r a t | 43

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar dikutip, disunting, ditaksir dan seterusnya diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya. Dari ‘chat box’ dan ‘comment box’ yang terdapat pada blog, didapati ramai yang bersetuju bahawa blogspot ini sangat berguna kepada mereka. Antara faedah lain ialah blog ini membantu para guru dalam penyediaan sampel-sampel soalan berserta skema pemarkahan untuk mata pelajaran Biologi, memperkembang dan memperkaya isi kandungan mata pelajaran Biologi secara meluas, bukan sekadar skop silibus Biologi sekolah- sekolah di Malaysia sahaja, mewujudkan jalinan dan jaringan dalam kalangan guru Biologi seluruh negara khususnya, dan seluruh dunia amnya. Penggunaan kemahiran ICT pula didapati dibuat secara maksimum untuk memperoleh bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran daripada sumber blog ini bersama pautan yang dicadangkan. Pautan-pautan yang berguna yang dicadangkan dapat digunakan terus oleh pengguna dengan hanya menekan ikon pautan. Situasi ini membolehkan mereka membuat penerokaan seterusnya melepasi dunia tanpa sempadan. CADANGAN Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa terdapat perubahan yang positif atas mata pelajaran Biologi dengan penggunaan kaedah belajar menggunakan blog. Kaedah ini didapati menambah minat murid kepada mata pelajaran ini. Murid seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan animasi, video dan gambar foto. Di samping itu juga, mereka dapat berinteraksi dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan mata pelajaran melalui blog. Murid juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat maklumat mata pelajaran Biologi yang selaras dengan keperluan peperiksaan. Sesi PdP menggunakan blog agak menarik kerana sesi tersebut bukan sahaja boleh dijalankan dalam waktu PdP secara formal. Penggunaan blog ini juga dapat menyelesaikan masalah, “Kelas Tanpa Guru” kerana pembelajaran M u k a S u r a t | 44

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kendiri dapat dijalankan pada setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan ICT. Bagi pihak guru pula, keberkesanan kaedah ini bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menyesuaikannya dengan murid yang dihadapi setiap hari. Pihak guru dicadangkan untuk memiliki blog mata pelajaran masing-masing sebagai usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pihak sekolah pula hendaklah memberikan sokongan penuh dengan menyediakan keperluan asas kemudahan ICT supaya PdP alternatif melalui penggunaan blog ini menjadi lebih mudah. Penggunaan blog dilihat mampu menyelesaikan masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid dan guru dalam komunikasi dua hala yang interaktif berbanding dengan forum maya yang lain. Dengan peningkatan minat murid-murid dalam mata pelajaran Biologi menerusi kaedah penggunaan blog pendidikan ini, diharapkan dapat meningkatkan tahap kecemerlangan murid dalam peperiksaan sekali gus melonjakkan prestasi peperiksaan SPM di sekolah khususnya, dan prestasi negara amnya. Rujukan Khalili, A., & Shashoani, L. (1994). The effectiveness of computer applications: a meta-analysis. Journal of Research on Computing in Education, 27, 48-61. Moore, M. G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A systems view. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company. http://en.wikipedia.org/wiki/Edublog Top 100 Education Blog : http://oedb.org/library/features/top-100-education- blogs M u k a S u r a t | 45

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar http://educational-blogging.wikispaces.com/ http://edublogs.org/10-ways-to-use-your-edublog-to-teach/ http://www.onlineclasses.org/2010/12/08/100-seriously-cool-classroom-blogs- for-teaching- ideas-inspiration/ M u k a S u r a t | 46

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 6 INTEGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH M u k a S u r a t | 47

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar INTERGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH oleh MUHAMAD SHAHLYME BIN ABD WAHID HARYANI BINTI ISMAIL SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan Abstrak Kertas kerja ini membincangkan kepentingan melindungi masa instruksional di setiap sekolah yang juga merupakan komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Di samping itu, keberhasilan pembelajaran murid bukan hanya dinilai dari segi “output” iaitu mendapatkan “A” tetapi murid yang boleh memberikan faedah kepada negara dengan mengutamakan sahsiah murid. Oleh itu, sekolah boleh merangka masa instruksional yang ideal (jadual waktu dan perancangan) namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh dua faktor gangguan iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru itu sendiri. Impak daripada masalah ini, pendekatan melalui kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi sekolah perlu diterapkan sebagai pencetus kepada lonjakan perubahan sistem pendidikan di negara kita, seterusnya menjadi pemangkin dalam mencapai status negara maju. M u k a S u r a t | 48

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaraan Malaysia. Justeru, pihak kementerian memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh itu, kepentingan melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna di setiap sekolah memerlukan suatu wadah baharu dalam dunia pendidikan negara supaya segala masalah dan isu yang diperkatakan dapat dibendung secara optimum dan bermatlamat. Sedia dimaklumi pendidikan negara merupakan tonggak perkembangan ekonomi negara. Pelbagai dasar dan program telah direncanakan serta dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tercapai seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Namun, dalam mengorak langkah mencipta dan mencorak sistem pendidikan yang mampan dan holistik, banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi terutamanya dalam organisasi sebuah sekolah, guru-guru dan murid-murid serta komuniti setempat yang merupakan elemen penting dalam membangunkan modal insan yang berdaya maju. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan semua pihak supaya melaksanakan inovasi dalam semua bidang utama termasuklah PdP di sekolah bagi tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini. M u k a S u r a t | 49

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PERNYATAAN ISU 1. Beban Tugas dan Tanggungjawab Guru Isu keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugasan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah telah dipandang serius oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia yang menegaskan, “Kualiti guru perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemas, prasarana sekolah perlu ditambah baik serta sumber penyampaian pendidikan perlu diurus dengan cekap. Pendek kata, keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan kualitinya secara bersepadu”. Menurut kajian beban tugas guru, terdapat Pekeliling berkaitan tugas dan tanggungjawab guru iaitu bagi kategori guru kelulusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang menyenaraikan ringkasan tugas guru PPPLD berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2007 merangkumi 7 aspek iaitu: (a) PdP (Kurikulum) (b) Kokurikulum ( Sukan/Kelab/Persatuan/Badan Beruniform) (c) Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan / Kebajikan / Kesihatan / Bina Insan / Sistem Maklumat Murid / Koperasi/Lawatan) (d) Pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan (e) Pembangunan Fizikal (f) Pembangunan Staf (g) Hubungan Komuniti M u k a S u r a t | 50

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 2. Faktor Gangguan di sekolah Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan terdapat 2 faktor yang menyumbang kepada pengurangan masa instruksional bagi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. (a) Faktor Pengurusan Sekolah i. Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru menghadiri kursus atau tugas luar, guru menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum/ sukantara, ii. Gangguan fizikal seperti pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran, iii. Gangguan luar jangkaan seperti guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan guru mengajar, melaksana tugas sampingan, dan iv. Gangguan Adhoc seperti menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat. (b) Faktor Instruksional Guru i. Kualiti pembelajaran murid seperti kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses pembelajaran dan pengajaran berkesan, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru dan kesediaan guru mengajar, dan ii. Kualiti pengajaran guru seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan, strategi, kaedah serta pendekatan. M u k a S u r a t | 51

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 3. Cadangan Intervensi Beban Tugas Guru Hasil dapatan awal daripada isu beban tugas guru yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Masalah Beban Tugas Guru (MMBTG) dalam menangani isu ini merupakan satu langkah penambahbaikan dalam membantu guru-guru dan murid-murid di sekolah agar lebih komited dan berdedikasi terutamanya dalam melindungi masa instruksional di dalam bilik darjah. Antara pendekatan awal yang diambil kira bagi melindungi masa instruksional adalah seperti yang berikut: (a) ujian amali diadakan sekali sahaja semasa peperiksaan, (b) kecilkan saiz kelas, (c) tambah bilangan guru, (d) wujudkan jawatan pembantu bengkel/makmal, (e) kurangkan masa mengajar guru (termasuk guru disiplin), (f) adil dalam agihan tugas, (g) utamakan kebajikan guru, (h) sediakan kemudahan yang sesuai mengikut spesifikasi penjawat awam lain, (i) kurangkan aktiviti hari Sabtu/dikecualikan hari Sabtu, (j) jadikan Cuti Rehat Khas hak guru, (k) wujudkan jawatan khas untuk kokurikulum, (l) tingkatkan kerjasama komuniti/PIBG/Perkongsian Pintar, dan (m) wujudkan jawatan pembantu guru. Namun begitu, sejauh mana intervensi ini dapat memastikan masa instruksional guru dan murid dapat dioptimumkan secara berkesan bagi mengelakkan situasai yang menyebabkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang serta memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna. M u k a S u r a t | 52

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 4. Kolerasi Kreativiti dan Inovasi dalam Sistem Pendidikan Merujuk topik kertas kerja yang dibincangkan, “Integrasi Idea Kreatif, Inovatif untuk melindungi Masa Instruksional” amat bertepatan dengan dasar negara pada tahun 2012 yang bertemakan “Inovasi” bagi tujuan memperkasakan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan di Malaysia. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia, kualiti guru merupakan aspek penting dalam Kajian Semula Pendidikan Negara. Berteraskan ilmu dan inovasi, maka guru yang berkualiti ialah guru yang berinovasi, iaitu mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baharu seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Selain itu, guru yang berinovasi juga memberikan tumpuan kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang boleh merangsang daya fikir dan kreativiti murid agar kemampuan mereka standing dengan penilaian murid-murid di negara maju. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya, pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan, inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fugsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau pasaran tertentu. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, inovasi memainkan peranan yang amat penting kepada keberhasilan pembelajaran murid kerana inovasi merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam rancangan pembangunan pendidikan sesebuah negara termasuklah di Malaysia. Oleh yang demikian, kerangka masa instruksional ideal yang telah diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang dikatakan tidak sepenuhnya menjanjikan M u k a S u r a t | 53

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah kini boleh dibendung secara berkesan dengan adanya penerapan unsur inovasi dan kreativiti kepimpinan, pengurusan organisasi, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah, dan komunikasi terbuka. Oleh hal yang sedemikian, guru perlulah sedar bahawa untuk melindungi masa instruksional itu berlangsung secara optimum (memastikan murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru dan berkesan) di sekolah ataupun di bilik darjah dan haruslah bermula daripada peringkat individu. Sebagai contoh, organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional, dan mempunyai semangat kerja yang tinggi serta berdaya maju. Mereka ini dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. Keutamaanya, keberhasilan pengajaran mereka mendorong murid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahami pelajaran. Menurut Majaro (1992), kreativiti didefinisikan sebagai proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasikan idea baharu. Mumford dan Gustafson (1998), menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959), pula membuat analisis atas seratus definisi kreativiti dan mengkalsifikasikannya kepada 5 peringkat iaitu peringkat ekspresif, produktif, inventif, inovatif, dan imaginatif. M u k a S u r a t | 54

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Secara am, dapat diringkaskan bahawa kreativiti ialah kombinasi antara idea baharu dan idea lama. Idea baharu diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Hal ini juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baharu, dan kemahiran. Dalam organisasi sesebuah sekolah, integrasi idea kreatif, dan inovasi dilihat sebagai suatu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan dalam pengurusan sekolah. Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah sebagai organisasi PdP yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baharu, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k- Ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif dan inovatif bagi menjadikan sekolah pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan, (a) Kreativiti kurikulum - ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk, dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum. (b) Kreativiti pengajaran - menyentuh kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan, dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah. (c) Kreativiti profesional - mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baharu, pemikiran baharu, M u k a S u r a t | 55

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku, dan dilaksanakan dalam profesion ini. (d) Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, berfikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baharu yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya. (e) Kreativiti persekitaran pembelajaran - iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran. (f) Kreativiti pengurusan - cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan, dan perkhidmatan yang ditawarkan. (g) Kreativiti teknologi - bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran, dan pengurusan sekolah disamping inovasi teknologi maklumat yang menyumbangkan kreativiti dan inovasi sekolah. (h) Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong perubahan dan kemajuan kekreatifan perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah. M u k a S u r a t | 56

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 5. Perkembangan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif dalam Organisasi Sekolah. Terdapat beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi seperti mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti, menggalakkan perkembangan idea dan pendapat, pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti, membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti, dan membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah serta perkembangan pemikiran kepada tindakan. Namun begitu, kreativiti dan inovasi hanya boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran di sekolah melalui proses perubahan seperti pengurusan berkesan, komunikasi terbuka, teknologi, penyelesaian masalah, iklim budaya di sekolah, strategi dalam PdP, kepimpinan, dan pemikiran. Perubahan atas elemen-elemen ini mampu membawa kepada perkembangan organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif seterusnya mencapai keberhasilan pembelajaran murid. Terdapat beberapa jenis kreativiti yang boleh diterapkan dalam sesebuah organisasi sekolah, antaranya (a) Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak). (b) Kreativiti Teknikal- kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola). (c) Kreativiti Inventif - reka cipta baharu yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel. (d) Kreativiti Inovatif - kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif. M u k a S u r a t | 57

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (e) Kreativiti imaginatif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak. Tambahan lagi, kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah juga boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, malahan dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi pembelajaran melibatkan: (a) Perancangan perubahan Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru. (b) Pengetahuan Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, M u k a S u r a t | 58

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. (c) Strategi PdP yang berkesan adalah apabila strategi tersebut dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan di samping dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan murid untuk terus belajar serta dapat menambah baik apa yang sedia ada pada murid. (d) Kaedah dan pendekatan PdP yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif murid. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan, dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid dan guru daripada stress, bimbang, dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel, dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. M u k a S u r a t | 59

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Strategi PdP yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Iklim sekolah yang mengutamakan kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif, dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan, kecekapan mereka. Sebagai contoh strategi pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Secara khususnya, pembelajaran kontekstual melibatkan aktiviti menghubungkan, mengalami, mengaplikasi, berkoperasi, dan pemindahan. Pengalaman pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun murid-murid boleh dimotivasikan dengan strategi PdP seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi situasi tersebut masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya murid-murid dapat memanipulasi alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. (seperti dalam lampiran). Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baharu. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan, dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid boleh dinilai melalui cara pelaksanaannya di sekolah. Kurikulum yang M u k a S u r a t | 60

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau murid. Kurikulum tersebut juga dapat menyediakan murid dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan murid. Situasi ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi, dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan murid dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasi pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga mestilah komited dan berdedikasi untuk menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baharu dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan dalam kalangan murid supaya murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif, dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dibentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah. KESIMPULAN Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan dalam melindungi masa instruksional guru dan juga murid di sekolah, seterusnya merangsang pembangunan yang efektif dalam sebuah organisasi dalam bidang pendidikan khususnya. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah, dan juga komunikasi terbuka. M u k a S u r a t | 61

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak guru, murid, dan ibu bapa. Kreativiti dan inovasi juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan prasyarat untuk mengembangkan potensi murid yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif serta berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diberikan ganjaran supaya bakat yang ada tidak dipersiakan. Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka perlulah sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Refleksi terhadap diri setiap guru perlu ada bagi menjamin kualiti PdP di dalam bilik darjah seterusnya, membentuk modal insan yang cemerlang serta bersahsiah terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL 1. Aplikasi Teknologi Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to manage, innovate and implement change. Oleh yang demikian,teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan ICT dapat membina imej baharu organisasi inovatif. Di samping menjadikan organisasi M u k a S u r a t | 62

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan lebih produktif. Penggunaan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubahan teknologi memberikan kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai, disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah, terutamanya disekolah luar bandar berbanding dengan sekolah bandar yang lebih terdedah kepada kemudahan ini. ICT telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan dan organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana ICT dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi. 2. Kepimpinan Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan kepada sekolah melalui pengamalan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah. M u k a S u r a t | 63

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan, dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepada kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai-bagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual, dan kualiti prestasi pelajar di samping berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya. 3. Budaya Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong semangat murid untuk belajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi, dan perkembangan M u k a S u r a t | 64

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar potensi murid. Murid juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih, dan profesional. Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, ceria dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi. Perasaan dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini. Rujukan Mohamad Kamil bin Abd Rahman. (1997). Inovasi dan Kreativiti dalam Pendidikan. Ibrahim Bin Abd.Rahman. (1992). Penggunaan Media Pendidikan dalam Mempertingkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah-sekolah, Jurnal Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan. Laman sesawang: i. http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/bagaimana-memupuk- pemikiran-kreatif.html ii. http://www.mudahbelajar.com/?p=154 iii. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasaKerjatang aniisubebangurusedanglaksana28perakuan_Muhyiddin/Article iv. http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120523/fo_04/Guru- berinovasi-wajar-diberi-keutamaan v. http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/05/Teks- Ucapan-YAB-Timbalan-Perdana-Menteri.pdf M u k a S u r a t | 65

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 INOVASI LITERASI & NUMERASI DALAM PdP M u k a S u r a t | 66

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 7 PENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN DI SEKOLAH M u k a S u r a t | 67

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN DI SEKOLAH oleh KATHERINE TAN TECK NEO SK Convent Infant Jesus 1, Melaka ABSTRAK Melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah amat penting untuk meningkatkan keberhasilan PdP. Bagi menjayakan program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peranan sebagai Guru Besar Cemerlang yang menerajui Sekolah Kluster Kecemerlangan merangkumi penyeliaan dan penilaian aktiviti sokongan pengajaran, pemantauan pengajaran dan juga amalan- amalan di dalam bilik darjah. Usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya matlamat ini tidak difahami dan disokong oleh semua guru. Tiga fokus utama pendidikan akan terlaksana dan berkesan ialah pembelajaran murid, guru, dan kemenjadian murid. Beberapa cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini antaranya, PdP dijalankan secara optimum, guru boleh ‘jual beli’ waktu pengajaran dan pembelajaran, menyediakan latihan untuk murid sekiranya guru berkursus, kelas tambahan intensif, murid perlu sentiasa berada di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran, guru bantuan LINUS, peranan ketua darjah, dan penolong ketua darjah. Sehubungan dengan itu, peranan sebagai pentadbir perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan atau kekangan bagi mencapai objektif melindungi masa intruksional (MMI) yang disasarkan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran murid. M u k a S u r a t | 68

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Selaku Guru Besar Cemerlang yang melalui fasa-fasa berbeza dan MMI merupakan satu komponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Justeru, pelaksanaan berkesan dan optimum memang menjadi satu tugasan yang mencabar. Pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau academic learning time memberikan kesan yang mendalam kepada murid-murid. PERNYATAAN ISU Profesion keguruan, antara profesion utama dalam pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Dalam hal ini, tidak disangkal lagi profesion ini merupakan satu-satunya profesion yang penting dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada individu dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan Misi Nasional ke arah negara maju, pelbagai usaha dilaksanakan dan perubahan demi perubahan drastik telah memberikan tamparan hebat kepada para pendidik di seluruh negara. Sikap amanah seorang guru terhadap muridnya telah terhakis dengan kelalaian guru dalam mengejar arus perubahan. Nilai- nilai kemanusiaan seorang guru iaitu kepimpinan dan amanah bekerja terhadap profesion mula berubah. Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan seperti : (a) menghadiri mesyuarat/taklimat/bengkel, (b) berkursus, M u k a S u r a t | 69

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (c) menghadiri majlis rasmi, (d) mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permainan,dan (e) Cuti sakit/cuti kecemasan/cuti bersalin/cuti belajar. Selain itu, bidang tugas guru sudah semakin luas sehingga tugas utamanya (core duty) iaitu menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN Guru Besar bertanggungjawab memperuntukkan dan melindungi masa pengajaran dengan memastikan guru berada di dalam bilik darjah, berfungsi, dan menjalankan peranan sebagai sebagai seorang pendidik dengan berkesan. PdP mestilah terlaksana kerana itu ialah tugas utama(core duty) guru di sekolah. Beberapa cadangan tindakan atau penyelesaian dapat dihuraikan seperti yang berikut : 1 PdP dijalankan secara optimum Guru-guru dikehendaki menjalankan PdP dengan menggunakan masa pengajaran secara optimum. Kerja-kerja atau latihan bertulis tidak digalakkan di dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut harus dilakukan sebagai kerja rumah murid. Dengan itu, guru-guru akan menggunakan masa sepenuhnya untuk proses PdP di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif agar aktiviti PdP dapat dipenuhi sepenuhnya dengan M u k a S u r a t | 70

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar berkesan. Murid tidak akan berasa bosan. Secara tidak langsungnya, waktu instruksional berlaku sepenuhnya. 2 Jual beli masa pengajaran Guru-guru yang mengetahui bahawa mereka perlu menghadiri kursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi dan tidak dapat mematuhi jadual pengajaran asalnya akan menjual waktunya dan membeli waktu pengajaran guru lain yang mengajarkan kelas yang sama. Guru ini akan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran bahawa jual beli masa pengajaran telah dilakukan sebelum guru tersebut pergi berkursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi. Masalah untuk membuat jadual ganti tidak berlaku dan proses PdP dijalankan seperti biasa. 3 Guru menghadiri kursus/taklimat secara adhoc Ada kalanya guru-guru menghadiri kursus atau taklimat secara adhoc dan tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tertentu. Guru tersebut memaklumkan kepada pihak pentadbir melalui telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) seberapa segera yang mungkin. Dengan itu, pengurusan jadual waktu ganti guru dapat disusun dengan teratur dan cekap. Guru-guru yang tidak berada di sekolah pada hari itu juga diminta menghantar buku rancangan hariannya berserta latihan yang dirancang perlu dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, guru ganti akan mengajar murid seperti dirancang dan memberikan latihan yang dibekalkan. Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk memastikan kelas tersebut tidak terabai. M u k a S u r a t | 71

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 4 Guru cuti bersalin/bercuti panjang Guru yang akan cuti bersalin atau bercuti panjang seharusnya merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan topik-topik mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan. Kelas gantian perlu dijalankan selepas masa persekolahan, cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai dan tidak mengganggu waktu PdP rasmi. Hal sedemikian ini, bagi memastikan masa instruksional dilindungi dan jika sekolah tidak mendapat guru ganti ketika guru cuti tersebut bersalin. 5 Kelas gantian khas untuk murid yang lemah/masalah pembelajaran/selalu tidak hadir ke sekolah Guru-guru digalakkan untuk mengadakan kelas gantian khas untuk membantu murid-murid yang lemah atau bermasalah pembelajaran dan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Kelas gantian tersebut boleh dilakukan selepas waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan. Kelas gantian ini untuk memberikan bantuan dan bimbingan kepada murid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, murid-murid tidak akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang perlu dipelajari oleh mereka. M u k a S u r a t | 72

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 6 Kelas bantu LINUS Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kelas bantu LINUS bagi murid- murid LINUS tegar bermula dari Tahun 1. Murid-murid ini dikenal pasti oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid-murid LINUS tegar ini akan dibantu secara personal coaching oleh guru yang tiada waktu mengajar (free-period) semasa waktu pembelajaran murid-murid arus perdana. Kemahiran yang diajar juga bersesuaian dengan kemahiran sedia ada mereka. Kelas bantu LINUS dapat merapatkan jurang penguasaan kemahiran murid-murid ini dengan murid-murid di arus perdana dan secara tidak langsung waktu instruksional berlaku. Hal ini selari dengan hasrat KPM di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) 4 fokus sub- NKRA iaitu literasi dan numerasi iaitu semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012. 7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa PdP Semasa PdP dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan keluar kecuali dalam keadaan yang amat memerlukan atau terdesak. Tumpuan murid- murid diperlukan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diterima dengan sepenuhnya tanpa gangguan. Jika murid kerap keluar seperti ke tandas atau urusan lain maka akan mengganggu masa pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, dijadikan budaya supaya murid-murid berada di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Urusan peribadi seperti ke kedai buku atau ke bilik air, cuma dibenarkan pada waktu pagi sebelum kelas bermula dan pada waktu rehat. M u k a S u r a t | 73

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 8 Peranan ketua darjah dan penolong ketua darjah Peranan ketua darjah atau penolong ketua darjah juga amat penting dalam pelaksanaan MMI di sekolah. Ketua darjah atau penolong dipertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir jika tiada guru masuk ke kelas (atas urusan yang tidak dapat dielakkan) selepas 5 minit bermulanya mata pelajaran. Tindakan segera daripada ketua darjah dan penolong dapat membantu pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya. KESIMPULAN Pengurusan MMI yang berkesan dapat mencapai matlamat sekolah dan prestasi akademik murid akan meningkat. Usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada semua pihak. Kerja berpasukan yang mantap dapat menjayakan pengurusan MMI. SYOR Disyorkan agar pengurusan MMI akan menjadi lebih berkesan sekiranya pihak sekolah menyediakan buku catatan kehadiran guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas. Guru yang masuk ke dalam kelas mestilah menandangtangani buku catatan kehadiran guru bagi mata pelajaran tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Hal sedemikian ini, membuktikan guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas mengikut masa yang tepat dan waktu instruksional berlaku sepenuhnya. M u k a S u r a t | 74

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Rujukan Amalan-amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan, 2010. Melindungi Masa Instruksional (Proctecting Instruktional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012. M u k a S u r a t | 75

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 8 GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (2) UNIK DAN CEMERLANG M u k a S u r a t | 76

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (2) UNIK DAN CEMERLANG Oleh HAMIMAH HAMID JAMILAH OSMAN NORREHAN MOHAMAD NUUR HIDAYAH AB HAMID SK Convent Infant Jesus 2 Abstrak Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2 telah menunjukkan prestasi cemerlang yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telah disokong oleh barisan guru yang unik dan cemerlang. Sekolah ini terdiri daripada 40 orang guru dan 480 orang murid perempuan pada tahun 2012. Penulisan ini membincangkan keunikan guru-guru sekolah ini dalam memacu kejayaan yang gemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Situasi yang memungkinkan guru-guru Tahap 1 mampu mengajar dengan baik kelas-kelas Tahap 2 menjadikan guru-guru sekolah ini unik. Ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi, dapat diatasi dengan adanya barisan guru yang versatil. Pengurusan sekolah berkesan menyediakan pelbagai program dan perancangan akademik yang menjamin kejayaan murid. Selain kualiti pengajaran dan akademik yang cemerlang, program dan perancangan akademik disesuaikan dengan kurikulum mata pelajaran di sekolah. Penggunaan modul khas pembelajaran bagi semua mata pelajaran teras telah dapat membantu mengatasi masalah ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi. Begitu juga dengan pelaksanaan jadual ganti terancang sebagai persediaan untuk menempatkan guru ganti yang mengajarkan mata pelajaran yang sama. Hasil daripada keunikan yang ada di sekolah ini, telah dapat melonjakkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pengurusan sekolah yang berkesan ialah usaha berterusan bagi meningkatkan komitmen guru atas tugas pendidikan, kepimpinan, dan pengurusan pendidikan dalam konteks sekolah. M u k a S u r a t | 77

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2, Melaka, Malaysia telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal yang terdiri daripada 40 orang guru dan 480 orang murid berdasarkan statistik terkini. Terdapat sebanyak 18 buah bilik darjah dengan purata 30 orang murid setiap kelas. Kejayaan anak didik didokong oleh guru-guru di sekolah ini yang menjadi tulang belakang kepada peningkatan prestasi akademik dan koakademik. Menurut Sufean Hussin (2005 : 293), guru berkesan di sekolah digambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran, memiliki kesedaran belajar sebagai proses sepanjang hayat, berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingini dan memiliki motivasi personaliti yang tinggi sebagai seorang guru. Transformasi dalam bidang pendidikan merupakan satu proses yang pantas dan berterusan selari dengan perkembangan semasa. Selain kemajuan dan perubahan yang dicapai, profesion perguruan ini juga sentiasa berhadapan dengan pelbagai krisis. Justeru, amatlah penting bagi guru-guru untuk beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku agar segala kekangan tidak menjadi satu isu besar dalam mengekalkan kecemerlangan. Keunikan guru-guru di sekolah ini yang mempunyai ilmu pedagogi dan metodologi yang luas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Justeru, penyusunan jadual waktu mengajar tidak menjadi masalah utama kerana guru-guru berkebolehan ditempatkan di kelas-kelas Tahap Satu dan Tahap Dua. Selain itu, kredibiliti guru yang unik ini dapat mengisi waktu M u k a S u r a t | 78

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar pengajaran dan pembelajaran bagi kelas yang ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi. Komitmen ini ditunjukkan dengan daya usaha, inisiatif, dan usaha positif guru untuk melaksanakan wawasan sekolah dan menyokong agenda pembaharuan sekolah. Sifat rajin, dedikasi dan dorongan yang tinggi guru atas usaha memajukan murid meningkatkan lagi kejayaan sekolah. Guru yang komited dengan tugas juga menyebabkan guru mengambil tanggungjawab memimpin dan menunjukkan semangat berkorban untuk murid dan sekolah. PERNYATAAN ISU / CADANGAN 1. Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut kesesuaian bidang khusus. 2. Ketiadaan guru kerana menjalankan tugas rasmi di luar sekolah. CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN 1. Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut kesesuaian bidang khusus. Penyusunan dan pengagihan mata pelajaran oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam merancang dan membina jadual waktu guru amat penting bagi memastikan perjalanan proses PdP berkesan dan dapat menjamin peningkatan pencapaian akademik sekolah yang cemerlang. Asasnya guru di sekolah ini berpotensi mengajar dengan cemerlang dan efisien. Menurut Bajuri Babu (2010), dalam Strategi Pengajaran Guru Cemerlang, pengajaran dan pembelajaran didorong oleh guru yang M u k a S u r a t | 79

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar berdedikasi atas tanggungjawabnya. Guru yang mempunyai komitmen yang tinggi atas tugas dan kesediaannya untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, setia, dan jujur terhadap sekolah dapat mencorakkan kejayaan sekolah. Berdasarkan kesedaran tentang tanggungjawab dan iltizam sebagai seorang pendidik, maka guru-guru di sekolah ini sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, tidak menjadi masalah kepada guru-guru untuk mengajarkan sebarang mata pelajaran dan kelas yang ditetapkan. Keunikan guru-guru di sekolah ini ialah berkebolehan dan berpengetahuan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada kedua-dua tahap secara kreatif dan inovatif. Jadual 1 menunjukkan contoh jadual waktu mengajar bagi beberapa orang guru sekolah ini yang diberi tugas mengajar Tahap 1 dan Tahap 2 bagi tahun 2012. Guru-guru ini telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang pada kedua-dua tahap. Hasilnya, kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 6 telah mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Ujian UPSR 2012. Kesanggupan pihak pentadbir menggalas tanggungjawab tambahan mengajarkan mata pelajaran teras Tahap 1 dan Tahap 2 telah menjadikan guru sekolah ini unik. M u k a S u r a t | 80

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 1 : Jadual Waktu Mengajar Guru 2. Guru-guru menjalankan tugas rasmi di luar sekolah. Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan, guru-guru di sekolah ini sering terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. Maka tidak hairanlah M u k a S u r a t | 81

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar sekiranya isu ketiadaan guru menjadi salah satu faktor proses PdP terganggu. Walau bagaimanapun, isu ini tidak menjadi masalah utama di sekolah ini memandangkan semua guru mempunyai sikap bertoleransi yang tinggi dan setiakawan dalam melaksanakan tanggungjawab serta sentiasa mengamalkan sikap bekerja dalam satu kumpulan. Situasi ini dapat dilihat melalui kesanggupan guru-guru di sekolah ini untuk menggantikan rakan guru dalam panitia yang sama secara sukarela. Melalui kerja berpasukan, penstrukturan sumber manusia dapat dilakukan untuk menjadikan pekerjaan yang dilakukan itu lebih cekap dan terkawal. Kerjasama dan perkongsian kerja serta kepakaran dapat dilakukan. Begitu juga untuk tujuan mengembangkan konsep learning organization dalam sekolah bagi mengembangkan profesionalisme keguruan. Proses PdP dapat dijalankan seperti yang dirancang dengan adanya penggunaan modul-modul pembelajaran. Panitia-panitia mata pelajaran teras sekolah ini telah menyediakan modul-modul mengikut sukatan mata pelajaran tersebut. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat dalam kelas ganti akan menggunakan modul yang dibekalkan. Oleh itu, tiada wujud masalah kelas terabai. Lampiran A menunjukkan contoh muka depan modul pembelajaran mata pelajaran teras yang digunakan oleh murid-murid di sekolah ini. Guru-guru sekolah ini juga mengambil berat soal kebajikan dan masalah pembelajaran yang dihadapi murid dan sentiasa berusaha untuk membantu muridnya mencapai kejayaan. Dedikasi dan keikhlasan guru untuk membantu membimbing dan memimpin anak didik menjadi salah satu faktor kecemerlangan sekolah ini. M u k a S u r a t | 82

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kepimpinan yang berkarisma tinggi dan berterampilan yang wujud dalam kalangan guru di sekolah ini seperti kehebatan intelektual, idealisme yang tinggi, berhemah dan berjiwa besar, bijaksana, kecekapan berkomunikasi, pemikiran strategik serta daya imaginasi yang tinggi dapat diaplikasikan dalam kelas ganti. Justeru, masalah ketiadaan guru yang menjalankan tugas luar tidak akan menjejaskan proses PdP di dalam bilik darjah. Hal ini, akan mengekalkan kecemerlangan prestasi sekolah. KESIMPULAN Berdasarkan kebolehan dan integriti yang ada pada semua guru di sekolah ini, segala isu yang wujud dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum dapat ditangani dengan mudah dan efisien. Permuafakatan antara guru di sekolah ini juga membentuk satu keluarga besar yang berjuang menuju satu matlamat yang sama, selari dengan slogan, ‘CIJ 2 Always No. 1’ dan ‘Be The Best and Beat The Rest’. Pengajaran dan pembelajaran berkesan bukan sahaja memikirkan aspek kecemerlangan akademik, tetapi juga kemahiran, sikap dan keterampilan diri guru. Hal tersebut dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah pengajaran yang terancang dan strategik. Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Julai 1995 berkata, “Sumber yang paling utama bagi sesebuah negara selain pengeluaran bahan mentah ialah bakat, kemahiran, daya cipta, dan daya usaha rakyatnya sendiri. Kekuatan guru jauh lebih hebat dan berharga daripada sumber alam yang ada.” M u k a S u r a t | 83

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Guru berkualiti mampu melahirkan murid-murid yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan dan berupaya menangani cabaran negara dan arus globalisasi bagi merealisasikan wawasan pendidikan negara. CADANGAN Sekolah ini sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan prestasi sekolah sentiasa berada di kemuncak kegemilangan. Di sini dinyatakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh membantu meningkatkan kelancaran perjalanan pengurusan kurikulum dan kokurikulum. 1. Semua guru didedahkan kepada semua bidang pembelajaran memandangkan semua guru perlu bersedia mengajarkan semua mata pelajaran pada Tahap 1 dan Tahap 2. Dalam ruangan temu bual Utusan Pendidikanbulan Mei 2003, mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa akan pentingnya guru sentiasa bersedia menguasai ilmu baharu untuk menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Menurut Abd. Rahim (2005), guru yang mempunyai kombinasi beberapa mata pelajaran yang boleh diajar, lebih berwibawa, dan lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus pada satu bidang sahaja. Guru harus mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti arus transformasi pendidikan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dari semasa ke semasa, kepakaran guru dalam mengajarkan suatu mata pelajaran perlu dipertingkatkan melalui pelbagai cara seperti mengikuti kursus M u k a S u r a t | 84

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar pengajaran, menjadi pemeriksa kertas peperiksaan sebelum diiktiraf sebagai guru pakar. Selain itu, pengetahuan guru dalam pelbagai mata pelajaran dapat dipertingkatkan melalui pembacaan buku, kajian, penyediaan modul pembelajaran, dan penggubalan soalan berasaskan sekolah. 2. Jawatankuasa Jadual Waktu Mengajar menyediakan jadual ganti terancang untuk kemudahan guru-guru ganti. Setiap panitia menyenaraikan ahli panitia masing-masing dan merancang satu jadual waktu senggang yang fleksibel bagi memudahkan pengisian guru untuk kelas ganti. Selain itu, pembinaan jadual waktu anjal bagi guru-guru yang mengikuti kursus jangka panjang perlu dirancang lebih awal. Penggunaan jadual anjal, guru tidak hanya tertakluk kepada penetapan masa 30 minit bagi satu slot pengajaran seperti amalan sekarang, sebaliknya menetapkan beberapa masa diperlukan bagi mengajarkan sesuatu topik hingga semua murid memahami konsep berkaitan. Oleh itu semua guru mestilah sentiasa bersedia untuk memperuntukkan lebih masa PdP di luar waktu mengajar yang telah ditetapkan dalam jadual waktu induk. 3. Semua panitia mata pelajaran elektif juga perlu menyediakan modul- modul pembelajaran sama seperti mata pelajaran teras supaya pengisian masa PdP berjalan dengan lancar. M u k a S u r a t | 85

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh T. Komate (2008), tahap penerimaan murid lebih tinggi apabila menggunakan modul pembelajaran kendiri. Justeru, penggunaan modul bukan sahaja tertumpu pada mata pelajaran teras, tetapi melibatkan mata pelajaran elektif juga. Di samping itu, penggunaan modul juga membantu guru melaksanakan aktiviti dan memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara berkesan melalui perbincangan dan bimbingan. Rujukan Abd. Rahim A. R. (2005). Professionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizul Rahman, A. R. dan Mohamad Saleeh, R. (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sufean Hussin. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. T. Komate. (2008). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Rekabentuk Teori Beban Kognitif. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Zaidatol Akmalia Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2003). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Bajuri Babu. (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti : Pendidikan Seni Visual Mampu Melahirkan Insan Kreatif. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan Publication Distributor Sdn. Bhd. M u k a S u r a t | 86

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 87

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 88

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 89

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 90

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 91

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar M u k a S u r a t | 92


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook