Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore buku_3-mmi_guru

buku_3-mmi_guru

Published by spkvp39, 2021-03-19 09:49:34

Description: buku_3-mmi_guru

Search

Read the Text Version

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar AMALAN TERBAIK GURU Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

i MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR Diterbitkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ii CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013 © KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Isi Kandungan iii KATA ALU-ALUAN vi KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA vii KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN) Kandungan Muka Surat 1 1 Pengenalan 2 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan 5 Pembelajaran Murid Formula Sejarah 20 Mohd Jamil Bin Rosli 26 SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis 33 47 3 Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan(Bidang Pembelajaran: Pilih atur dan Gabungan) Suhaimi bin Mohd Tabiee SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang Memelihara Masa InstruksionalMata Pelajaran: Biologi, 4 Strategi : ‘Guru Muda’ Roziah Ayub SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak Blog Modul Pembelajaran Kendiri 5 Gempurbio.Blogspot:Alternatif kepada Pengajaran dan Pembelajaran Tanpa Guru Mahadiah binti Muda SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur Intergrasi Idea Kreatif, Inovatif Melindungi Masa 6 Instruksional di Sekolah Muhamad Shahlyme binAbd Wahid Haryani binti Ismail SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

iv 7 Pengurusan Melindungi Masa Instruksional (Protecting 67 Instructional Time) Yang Berkesan di Sekolah Katherine Tan Teck Neo 76 SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka 94 111 8 Guru Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus(2)Unik dan 129 Cemerlang 148 Hamimah binti Hamid 158 Jamilah binti Osman Norrehan binti Mohamad Nuur Hidayah binti Ab Hamid SK Convent Infant Jesus 2, Melaka 9 Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Geografi PMRBerdasarkan Peta dengan Menggunakan Teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Rohani binti Hamzah SMK Durian Daun,Melaka Kepimpinan Instruksional: Melindungi Masa Pembelajaran Miracle Fingers (Matematik Sekolah Rendah Tahap 2) 10 Shahril bin Othman Azmi bin Abd Rahim Rahim bin Hassan SK Maran, Maran, Pahang Team Teaching Sebagai Langkah Melindungi Masa Instruksional 11 Noraini binti Ibrahim SK Tengku Mahmud Nurul Syafinaz binti Ishak SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut Pengajaran Berkesan Penggunaan Wazan Board dalam 12 Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab Andi Kaswia binti Abdul Kadir SMKA Kota Kinabalu, Sabah HUBAGAM: Pendekatan Kontekstual Visual dalam 13 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Iqra’ Farida binti Abdul Rahman SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan

Pengajaran Dan Pembelajaran YangBerkesan Di Sekolah v 169 14 Untuk MeningkatkanKeberhasilan Pembelajaran Murid 182 Mohd Fauzi bin Hashim 208 SK Paya, Beseri, Perlis 211 Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Di Bilik Darjah 15 Dapat Menjana Modal InsanYang Berpengetahuan, Berkemahiran, Dan Menghayati Nilai-Nilai Murni Ab. Aziz bin Omar SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan 16 Glosari 17 Penyumbang

vi Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan menentukan program pembangunan profesionalisme guru. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara. TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

vii Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran dalam kalangan murid. Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 – 2025. Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah. HAJI SUFA’AT BIN TUMIN

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 1 PENGENALAN Muka Surat | 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara. Di negara kita, isu kemenjadian murid menjadi perhatian di semua peringkat lapisan masyarakat dan menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai, maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Pemerhatian oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM mendapati berlaku penurunan masa instruksional di sekolah atas sebab ketidakhadiran guru kerana tugasan rasmi dan tidak rasmi di luar. Kebarangkalian ini akan menjejaskan pengurusan sekolah, kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Maka, amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian bagi membangunkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mengasah potensi murid menjadi kritis, kreatif dan inovatif. Senario ini akan memberikan impak positif kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan dengan itu, penerbitan buku ini diharapkandapat membantu guru dan semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan masa instruksional di sekolah, memastikan pengamalan MMI terlaksana seperti yang dikehendaki. Perkongsiankepakaran guru-guru yang terhimpun ini semestinya menjadi rujukan, panduan, serta berupaya meningkatkan motivasi kepada Muka Surat | 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar semua pengamal MMI. Keberkesanan pengamalan MMI akan memantapkan kualiti penyampaian dan penyaluran ilmu pendidik kepada anak-anak didik mereka merentasi semua aspek di sekolah masing-masing. Objektif pelaksanaan program MMI ialah: a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI, b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid, c) semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka, d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesandalam kalangan murid di semua sekolah, dan e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan. Keseluruhannya, adalah penting bagi semua guru membudayakan MMIbagi memastikan pendidikan berkualiti dicapai dengan berkesan di peringkat sekolah demi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Faktor keberadaan guru di sekolah perlu diutamakan supaya semua murid memperoleh pendidikan yang terbaik dan berkualiti. Penyediaan pendidikan yang berkualiti Muka Surat | 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar akan melahirkan modal insan yang berpotensi untuk memajukan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara pada masa akan datang. Muka Surat | 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUK KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID FORMULA SEJARAH Muka Surat | 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUK KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID FORMULA SEJARAH oleh MOHD JAMIL BIN ROSLI SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Jalan Besar, Arau, Perlis Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran guru dalam melindungi masa instruksional (protecting instruksional time)khususnya berkaitan dengan kaedah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah SPM. Berdasarkan analisis daripada peperiksaan pertengahan tahun dan latihan yang dibuat, murid didapati belum menguasai beberapa kemahiran khususnya berkaitan dengan kefahaman sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Hal ini seterusnya, menyukarkan mereka mengingati peristiwa tersebut. Isu ini menyebabkan guru sejarah kesuntukan masa menyelesaikan sukatan pelajaran. Bagi menangani masalah ini dan pada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional kaedah newnomek (yang berasaskan pencarian kata kunci bagi setiap ayat diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik) telah digunakan. Kaedah ini gelarkan sebagai Formula Sejarah. Modul pembelajaran dan penilaian kendiri dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran pada akhir tiap-tiap sesi pembelajaran. Langkah yang diambil telah membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah serta menarik minat mereka untuk terus mempelajari mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, penguasaan dan kefahaman murid tentang kandungan tajuk yang dipelajari turut meningkat. Muka Surat | 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Selaras dengan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2013, Formula Sejarah dicipta bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Sejarah terutamanya di peringkat SPM dan formula ini juga dapat melindungi masa instruksional mata pelajaran ini serta sukatan pelajaran dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi mata pelajaran Sejarah, murid sering merungut bahawa mata pelajaran ini membosankan kerana banyak yang perlu dibaca dan banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini akan menyukarkan mereka untuk menghafal dan menjadikan mata pelajaran Sejarah kurang diminati. Hal ini juga menyebabkan peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah merosot setiap tahun. Justeru, satu teknik dalam mengingat fakta sejarah dicipta berdasarkan kaedah ‘newnomek’, iaitu pencarian kata kunci bagi setiap ayat dan diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik. Kaedah ini digelarkan sebagai Formula Sejarah. Pendekatan Formula Sejarah Terdapat 4 Pendekatan dalam mengingat fakta sejarah iaitu: i. Menggunakan huruf awal dalam ejaan  Raja Berpelembagaan = Ramli Burger ii. Menggunakan sebutan awal dalam perkataan  Singapura = Singa iii. Menggunakan sebutan akhir dalam perkataan  Raja = Kerja  Menggunakan perkataan lain yang hampir sama sebutannya / sama maksudnya  Harold = Herot Muka Surat | 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Huruf awal SAYA Sebutan akhir Contoh 1 Sebutan awal Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5) 1. Ciri-ciri Malayan Union i. Semua NNS, NMB, dan NMTB disatukan ii. Singapura diasingkan sebagai tanah jajahan Mahkota British iii. Pemerintah tertinggi Malayan Union (MU) ialah Gabenor British Kata Kunci iv. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Semua = Semua Singapura = Singa Melayu dan boleh berbincang berkaitan Agama MU = Malu Islam dan Adat Istiadat Melayu Raja = Kerja v. Negeri ditadbir oleh Pesuruhjaya British Negeri = Curi Soli = Cili vi. Kerakyatan Jus Soli diwujudkan. Formula: Semua Singa Malu Kerja Curi Cili Contoh 2 Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5) 1. Ciri-ciri PTM 1948 Kata Kunci i. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri 11 Buah = 11 Bulan ii. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk Senarai = Se iii. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Tanah Melayu Persekutuan = Puluh Negeri = Hari Pesuruhjaya = Berjaya Melayu = Melahirkan Raja = Ramli Berpelembagaan = Burger iv. Pesuruhjaya Tinggi British memelihara kedudukan istimewa orang Melayu v. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan Formula: 11 bulan Sepuluh Hari Berjaya Melahirkan Ramli Burger Muka Surat | 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Sebelum diperkenalkan Tahun 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G Peratus GPK Jumlah Lulus Murid 2006 1 7 10 8 9 7 10 10 2 97 4.81 69 2007 3 4 12 9 11 17 7 7 4 95 5.15 74 2008 4 5 7 10 11 8 11 3 4 94 5 63 Analisis Keputusan SPM 2006 Hingga 2008 Bil. Pelajar GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2006 Gred Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2006 dilihat lebih dalam gred 3B, 7D, dan 8E serta tidak ramai yang mendapat gred 1A dan 2A. GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2007 Bil. Pelajar Gred Keputusan Sejarah dalam SPM 2007 pula dilihat lebih dalam gred 3B, 4B, 5C, dan 6C berbanding dengan gred 1A dan 2A yang paling sedikit. Muka Surat | 9

Bil. PelajarMelindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Peratus GPK GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2008 Gred Manakala keputusan Sejarah dalam SPM 2008 dilihat lebih dalam gred 4B, 5C, 6C, dan 7D berbanding dengan gred 1A dan 2A. GRAF GPK SEJARAH SPM 2006 - 2008 Tahun GRAF PERATUS KELULUSAN SEJARAH SPM 2006 - 2008 Tahun Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2006 hingga 2008 tidak memuaskan M u k a S u r a t | 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kerana keputusan semakin menurun dari tahun ke tahun. Malahan banyak gred tertumpu kepada gred 5C hingga 8E dan bukannya di gred 1A dan 2A. Hal ini, menunjukkan bahawa murid-murid tidak berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. STRATEGI PELAKSANAAN Dalam proses PdP, Formula Sejarah digunakan melalui tiga langkah yang mudah: Langkah 1 Murid-murid diajar dan diberikan nota terlebih dahulu berkenaan dengan sesuatu tajuk. Contoh Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka 1. Cadangan Suruhanjaya Reid i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu iii. Hak istimewa orang Melayu iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu v. Membentuk satu bangsa PTM vi. Kerakyatan Jus Soli vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 2. Kandungan PTM 1957 i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan M u k a S u r a t | 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan v. Kerakyatan dibahagikan kepada 3, iaitu permohonan, kuat kuasa undang- undang, dan naturalisasi vi. Kerakyatan Jus Soli diterima vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Langkah 2 Formula Sejarah diberikan untuk memudahkan murid mengingat peristiwa / fakta dalam tajuk tadi. 1. Isu / cadangan Suruhanjaya Reid i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu Kata Kunci iii. Hak istimewa orang Melayu Persekutuan = Satu iv. Kedudukan Raja-raja Melayu Negeri = Hari v. Membentuk satu bangsa PTM Istimewa = Isteri vi. Kerakyatan Jus Soli Raja = Ramli vii. Agama Islam sebagai agama rasmi Bangsa = Basuh Soli = Cili Islam = Dalam Melayu = Mesin viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Formula: Satu Hari Isteri Ramli Basuh Cili Dalam Mesin) 2. Kandungan PTM 1957 i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan iv. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan ix. Kerakyatan dibahagikan kepada tiga iaitu M u k a S u r a t | 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar permohonan, kuat kuasa undang-undang dan Kata Kunci Persekutuan = Satu naturalisasi Negeri = Hari v. Kerakyatan Jus Soli diterima Istimewa = Isteri Raja = Ramli vi. Agama Islam sebagai agama rasmi Kerakyatan = Keringkan Tiga = Tiga vii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Soli = Cili Islam = Dalam (Formula: Satu Hari Isteri Ramli Keringkan Tiga Cili DMMalaeeslmainyMu esin) = Langkah 3 Soalan berbentuk SPM sebenar dan skema jawapan: Contoh: Percubaan SPM SBP 2011 7. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja- Raja Melayu dengan pihak British pada 15 Ogos 1957. (a) Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. [6 markah] (b) Jelaskan isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. [8 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaan yang telah kita capai selama ini ? [6 markah] Selepas Diperkenalkan Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E G Peratus GPK Jumlah Lulus Murid 2009 0 9 21 27 21 11 12 3 1 0 100 3.81 105 2010 3 12 10 19 13 11 5 4 1 0 100 3.36 78 2011 8 25 21 17 6 3 1 0 0 0 100 2.01 81 M u k a S u r a t | 13

Bil. PelajarMelindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Bil. Pelajar Analisis Keputusan SPM 2009 Hingga 2011 GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2009 Gred Pada tahun 2009 didapati tidak ada murid yang gagal dalam keputusan Sejarah peringkat SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2009 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B, dan C+. GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2010 Gred Pada tahun 2010 juga tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Malah terdapat 3 orang murid yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Sejarah. Tumpuan M u k a S u r a t | 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI)Bil. Pelajar Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar GPK keputusan Sejarah dalam SPM 2010 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B, dan C+. GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2011 Gred Pada tahun 2011 tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dilihat lebih dalam gred A+, A, A-, dan B+. GRAF GPK SEJARAH SPM 2009 - 2011 Tahun M u k a S u r a t | 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar GRAF GPK SEJARAH SPM DARI TAHUN 2006 - 2011 GPK Tahun Peratus Lulus GPK Jumlah Murid Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2009 hingga 2011 adalah baik kerana keputusan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Malah banyak tumpuan kepada gred A+ hingga B bukannya di gred C+ hingga G. Hal ini, menunjukkan bahawa murid-murid berminat terhadap mata pelajaran Sejarah dan memperoleh skor yang baik dalam SPM. Formula Sejarah di Sekolah Lain Formula sejarah di SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis diperkenalkan pada tahun 2011 Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E G 2010 002 4 5 6 8 9 4 13 75 6.29 51 2011 164 5 3 1 6 10 5 7 85 5.31 48 M u k a S u r a t | 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan pencapaian murid banyak kepada gred A, B, dan C pada tahun 2011 berbanding pada tahun 2010 yang tertumpu di gred D, E, dan G. Hal ini, menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan. 2. Formula Sejarah di SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka diperkenalkan pada tahun 2011 Tahun A+ A A- B+ B C+ C D E G Peratus Lulus GPK Jumlah Murid 2010 0 2 2 3 11 9 3 9 7 0 100 5.24 46 2011 1 4 6 10 7 5 5 2 1 0 100 3.71 41 M u k a S u r a t | 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan pencapaian murid banyak kepada gred A dan B pada tahun 2011 berbanding pada tahun 2010 yang tertumpu di gred C, D, dan E. Hal ini juga, turut menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan. CADANGAN Antara cadangan ialah: 1. Memperkenalkan Formula Sejarah di semua Sekolah Menengah negeri Perlis untuk meningkatkan pencapaian subjek Sejarah dalam SPM negeri Perlis. 2. Pendekatan Formula Sejarah juga dapat digunakan untuk subjek lain seperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Geografi, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiah, dan lain-lain lagi. M u k a S u r a t | 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 3. Memperkenalkan Formula Sejarah kepada KPM untuk diuar-uarkan kepada semua sekolah berkaitan dengan pendekatan Formula Sejarah ini yang berkesan kepada PdP dalam meningkatkan prestasi murid. PENUTUP Pendekatan Formula Sejarah yang diperkenalkan ternyata berjaya meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam matapelajaran Sejarah SPM dan pada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional (protecting instructional time) dengan berkesan. Hal ini demikian kerana masa yang diperuntukkan bagi PdP Sejarah berjaya dioptimumkan, sukatan dapat diselesaikan lebih awal dan guru ada waktu untuk mengulang kaji malahan dapat menarik minat dan menambah keyakinan murid untuk menghadapi SPM. Diharap pendekatan Formula Sejarah ini dapat diperkenalkan di semua sekolah terutamanya di negeri Perlis seterusnya dapat meningkatkan pencapaian SPM bagi negeri tersebut. Rujukan Formula Sejarah, Pertandingan Inovasi Konvensyen Kebangsaan 2011, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, pada 30 Oktober hingga 2 November 2011 di A’Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Yasmi Yahya, Setiausaha Peperiksaan, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Jalan Besar, 02600 Arau, Perlis. Nor Suzila Sarmani, Guru Sejarah, SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka Kairul Fahmey Hashim, Guru Sejarah, SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis M u k a S u r a t | 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 3 KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN (Bidang Pembelajaran : Pilih Atur dan Gabungan) M u k a S u r a t | 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN (Bidang Pembelajaran: Pilih Atur dan Gabungan) oleh SUHAIMI BIN MOHD TABIEE SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang Abstrak Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ( KPBMT ) ini merupakan set bahan bantu mengajar yang akan digunakan oleh murid-murid secara individu ataupun berkumpulan dengan bimbingan guru untuk mempelajari konsep Pilih Atur dan Gabungan (Permutation and Combination) yang dijalankan secara penerokaan kendiri (hands on). Kit Pembelajaran ini mengandungi satu kotak terbuka, satu kotak peti terbuka lima ruang sebaris, lima keping kad bertanda A, B, C, D, dan E, Modul Aktiviti Murid dan Lampiran Aktiviti Murid. Murid-murid akan menjalani aktiviti penerokaan untuk mencari dan memahami konsep Pilih Atur dan Gabungan dengan cara menyusun kad-kad yang disediakan mengikut arahan berpandukan Modul Aktiviti Murid yang disediakan. Hasil susunan yang dibuat disenaraikan dalam Lampiran Aktiviti. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, murid-murid akan membuat perbandingan antara Pilih Atur dan Gabungan. Akhirnya, murid-murid akan cuba menerbitkan sendiri definisi Pilih Atur dan Gabungan. Aktiviti diteruskan lagi dengan mencari bilangan susunan pilih atur yang melibatkan bilangan kad yang lebih banyak. Murid akan diberikan cabaran untuk memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih mudah. Kaedah-kaedah lain akan ditemukan setelah menjalani aktiviti-aktiviti yang seterusnya. Aktiviti akan diteruskan di peringkat yang lebih mencabar iaitu dengan meneroka masalah yang diberikan dalam pelbagai situasi. Murid akan mula cuba mengaplikasi konsep yang telah ditemukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada peringkat lanjutan, aktiviti dijalankan tanpa perlu lagi menggunakan kit pembelajaran. Diharapkan pada peringkat ini, konsep pilih atur itu telah pun dikuasai. Isi pendidikan di peringkat ini lebih berfokus kepada penyelesaian masalah yang berkaitan. Aktiviti penerokaan yang sama dijalankan untuk konsep gabungan. M u k a S u r a t | 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Kaedah pembelajaran secara ‘penerokaan kendiri’ agak sukar diamalkan khususnya untuk subjek Matematik Tambahan. Kekurangan bahan bantu mengajar yang khusus untuk topik-topik dalam mata pelajaran ini menyebabkan guru-guru ketandusan idea untuk mengamalkan kaedah tersebut. Atas sebab itulah, maka Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini direka cipta untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan. Penggunaan Kit Pembelajaran Bijak yang dijalankan secara penerokaan kendiri ini diharapkan akan memberikan impak yang positif ke arah meningkatkan kefahaman murid dalam tempoh yang lebih cepat dan berkesan sejajar dengan matlamat program ‘Melindungi Masa Instruksional (MMI)’. PERNYATAN ISU / CADANGAN Tidak mudah untuk mengajarkan konsep Pilih Atur dan Gabungan. Penerangan guru menggunakan bahan bantu mengajar yang hanya boleh dilihat dan ditonton oleh murid boleh menyebabkan murid membuat tanggapan yang salah. Masalah utama semasa mengajarkan topik ini ialah murid-murid tidak dapat membezakan sama ada suatu masalah yang diberikan itu suatu masalah pilih atur ataupun masalah gabungan. Murid-murid akan mencari kata kunci bagi menyatakan pendirian mereka. Kesilapan dalam menentukannya akan menyebabkan kesalahan yang besar. Menyedari situasi ini, maka kit pembelajaran bijak ini direka cipta supaya pembelajaran murid dapat dibuat secara penerokaan kendiri (hands on). Diharapkan dengan menggunakannya, murid akan dapat berfikir dengan lebih matang dan bijak dalam membuat tanggapan yang tepat supaya masalah yang dinyatakan tidak berlaku lagi. M u k a S u r a t | 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar CADANGAN TINDAKAN Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian: (a) kaedah belajar secara penerokaan kendiri perlu diamalkan, (b) kit Pembelajaran Bijak perlu dijadikan bahan bantu mengajar ke arah penerokaan ilmu yang lebih efektif, dan (c) mengamalkan pembelajaran secara berfikir bukan belajar secara menghafal. KESIMPULAN Pembelajaran secara penerokaan kendiri ialah satu amalan pembelajaran yang perlu diamalkan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat terkini. Sumber ilmu pengetahuan sudah semakin luas dan konsep-konsep yang dipelajari sudah tidak lagi terbatas. Kini, Sukatan pelajaran perlu dilihat sebagai panduan dan bukan sebagai acuan. Murid-murid perlu digalakkan untuk mendalami sesuatu ilmu itu lebih daripada jangkauan mereka. CADANGAN Dicadangkan supaya Kit Pembelajaran Bijak ini disebarluaskan kepada semua murid di seluruh negara. Ciptaan dan rekaan baharu perlu dihasilkan ke arah memperkaya khazanah bahan bantu mengajar yang lebih efektif dari semasa ke semasa. M u k a S u r a t | 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Rujukan Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini ialah rekaan asli oleh : SUHAIMI BIN MOHD TABIEE Guru Cemerlang Matematik Tambahan SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang. M u k a S u r a t | 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN ( Pilih Atur dan Gabungan ) Kotak peti terbuka 5 ruang sebaris Satu kotak kosong 5 keping kad bertanda A, B, C, D, dan E Kalkulator Saintifik 570 Modul Aktiviti Murid M u k a S u r a t | 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 4 MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL MATA PELAJARAN BIOLOGI – STRATEGI : ‘GURU MUDA’ M u k a S u r a t | 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL MATA PELAJARAN BIOLOGI STRATEGI : ‘GURU MUDA’ oleh ROZIAH BINTI AYUB SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak Abstrak Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dalam rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, memelihara masa instruksional ialah aspek penting yang perlu diambil kira. Bagi mata pelajaran Biologi, konsep Guru Muda didapati berjaya meningkatkan kualiti dalam kalangan calon SPM di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kaedah ini berfokus kepada penyelesaian masalah murid yang tidak dapat mempamerkan jawapan berkualiti dalam menjawab soalan berbentuk esei kerana tidak ada keyakinan diri untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran yang telah diterima. Tiga kategori murid diambil kira iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah. Konsep Guru Muda melibatkan semua murid secara aktif kerana mereka berada dalam kalangan rakan sebaya dan bebas memberikan pendapat dalam isu yang dibincangkan. Kumpulan guru muda ini akan dapat memperkukuh kefahaman mereka dan memperoleh keyakinan diri yang tinggi lantas memantapkan pencapaian kumpulan cemerlang mata pelajaran. Kumpulan sederhana dan lemah pula dapat memanfaatkan guru muda untuk menghasilkan pembelajaran berkesan melalui komunikasi yang baik dengan pemantauan berterusan daripada pihak guru. Konsep kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir menjadi tunjang kepada strategi ini. M u k a S u r a t | 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN “Hakikatnya, masa instruksional mempunyai status saintifik yang sama seperti Konsep Homeostasis dalam biologi, pengukuhan dalam psikologi atau graviti dalam fizik. Seperti konsep yang lebih digemari ini, masa instruksional juga membenarkan ruang untuk kefahaman, ramalan dan kawalan, lantas menjadikan ia konsep yang berbaloi untuk diambil perhatian secara serius dalam pendidikan.” (Berliner, 1990). Masa instruksional ialah masa konteks guru dengan murid dalam persekitaran instruksional semasa hari persekolahan, sebagai contoh, semua kelas yang dihadiri dalam satu hari persekolahan. Waktu rehat murid dan masa peralihan mata pelajaran terkecuali daripada masa instruksional. Guru perlulah ada perancangan yang mantap untuk mewujudkan masa instruksional yang berkualiti supaya semua murid mendapat peluang yang sama untuk mempertingkatkan pembelajaran. Terdapat dua elemen yang penting dalam PdP yang berkesan iaitu guru mesti mempunyai idea yang jelas tentang objektif pembelajaran dan guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang kreatif untuk mencapai objektif berkenaan. Murid yang telah didedahkan kepada masa instruksional yang berkualiti akan dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan PdP yang digunakan oleh guru haruslah meliputi berbagai-bagai strategi yang menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam suatu pembelajaran yang aktif dan konstruktif. Murid perlu mengalami perubahan pemikiran, kebolehandan sikap, kesan daripada proses pengajaran (Gagne, 1974). M u k a S u r a t | 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PERNYATAAN ISU Guru sering berpuas hati apabila isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan kepada murid tanpa mengambil kira sama ada pengajarannya memberikan impak kepada penguasaan murid atau tidak. Hakikatnya, murid sering berasa bosan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat chalk and talk dan sudah pasti hasil pembelajaran yang diperoleh tidak mencapai matlamat. Tidak banyak berlaku perubahan pemikiran, kebolehan, dan sikap yang dialami oleh murid. Keputusan peperiksaan tidak menunjukkan peningkatan. Keputusan peperiksaan ialah fokus utama kerana keberkesanan pengajaran guru sentiasa diukur berdasarkan tahap kejayaan yang dicapai oleh murid dalam peperiksaan. CADANGAN TINDAKAN DAN PENYELESAIAN Pendekatan Kaedah Guru Muda merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran Biologi terhadap calon mata pelajaran Biologi SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Fokusnya ialah menjawab soalan esei Kertas 2 dengan peruntukan markah 40% daripada markah keseluruhan kertas tersebut dengan berkesan. Soalan yang dipilih ialah soalan-soalan sebenar peperiksaan SPM yang terdahulu dan soalan-soalan lain yang dikenal pasti oleh guru sebagai soalan popular dan kekerapan dalam peperiksaan SPM. Keupayaan menjawab soalan esei juga akan membantu dan meningkatkan kemampuan murid menjawab Kertas 1 dan Bahagian A bagi Kertas 2. Persediaan awal untuk mengklasifikasi murid mengambil kira tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah yang boleh ditentukan melalui keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV- M u k a S u r a t | 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Take off value). Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan cemerlang akan dilatih sebagai Guru Muda. Sekiranya ada murid lain yang menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan, mereka juga akan dilantik menjadi Guru Muda. Secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka. Di samping itu, Guru Muda dapat memantapkan dan perlu menguasai isi kandungan mata pelajaran apabila sesi pengajaran dilaksanakan. Murid dalam kumpulan sederhana dan lemah akan menjadi anak didik Guru Muda ini dan didapati mereka lebih bersemangat mengemukakan soalan dan memberikan pendapat dalam kalangan rakan sebaya semasa sesi ini dilaksanakan. Guru bertindak sebagai fasilitator sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Guru Muda. Prosedur strategi adalah seperti yang berikut : 1. Soalan-soalan yang telah dipilih ditaip semula oleh guru berserta jawapannya sekali dan diperbanyak untuk setiap murid. Guru perlu mengambil inisiatif untuk mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan cemerlang dan berbincang terlebih dahulu tentang soalan dan jawapan untuk kefahaman. Seterusnya, perbincangan berkaitan strategi penyampaian kepada rakan-rakan kumpulan sederhana dan lemah dilakukan. Mereka haruslah diberi motivasi untuk memperoleh keyakinan yang tinggi sebelum diberi mandat untuk mengajar rakan-rakan yang lain. 2. Selepas membaca soalan dan jawapan serta memperoleh kefahaman, Guru Muda diminta mengenal pasti kata kunci yang mesti dipamerkan oleh murid untuk mendapat markah. Daripada kata kunci ini, mereka diminta untuk membina peta minda atau carta alir yang ringkas berkaitan jawapan. Langkah ini dapat membina kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis berkaitan isu yang telah ditimbulkan dalam soalan. Guru boleh M u k a S u r a t | 30

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar memberikan contoh penggunaan peta minda dan carta alir menggunakan ICT. 3. Semua soalan yang telah disediakan oleh guru perlu diselesaikan. 4. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya dalam kumpulan kecil, Guru Muda ini melaksanakan kaedah yang sama seperti yang telah didedahkan kepada mereka. 5. Guru akan sentiasa memantau pelaksanaan aktiviti supaya matlamat tercapai. Dalam tempoh masa yang diperuntukkan, guru haruslah menetapkan jumlah soalan esei yang dapat diselesaikan oleh kumpulan murid ini. KESIMPULAN Guru Muda ialah modal insan yang dapat membantu dalam melindungi masa instruksional dalam PdP sekiranya mereka ini dilatih secara sistematik oleh guru. Guru Muda juga dapat menggantikan guru sekiranya berlaku keadaan yang memang tidak dapat dielakkan apabila guru terpaksa meninggalkan kelas. Murid yang memainkan peranan sebagai Guru Muda ini, sudah dilengkapkan dengan kemahiran komunikasi berkesan, ciri-ciri kepimpinan berwibawa dan kebolehan menggunakan teknologi maklumat. Berbekalan kemahiran tersebutGuru Muda boleh bertindak sebagai pengajar dan pembantu untuk rakan-rakan mereka yang masih bercelaru mindanya dalam PdP yang sebenarnya. Di samping itu, diharapkan dalam membangunkan negara, Guru Muda ini boleh dibentuk sebagai pemimpin masa depan bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai bidang dan kepakaran yang tinggi. Sokongan padu daripada M u k a S u r a t | 31

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar pihak pengurusan sekolah merupakan faktor utama bagi menjayakan program Guru Muda ini. CADANGAN Untuk melindungi masa instruksional, pihak pengurusan sekolah haruslah merencanakan pelbagai program dalam membantu keberhasilan murid sama ada dalam PdP ataupun menjadi modal insan yang memenuhi hasrat negara. Program Guru Muda boleh dijadikan program yang utama dalam mengatasi salah satu masalah yang dijelmakan dalam masa instruksional. Pengurusan sekolah dan guru mestilah menjadi agen utama dalam pengendalian program Guru Muda. Di samping itu, Guru Muda ini perlu diberi latihan secara berterusan bagi meningkatkan kefasihan dalam penyampaian kepada rakan- rakan sebayanya. Pelaksanaan program ini mestilah dijalankan pada masa yang relevan dalam melindungi masa instruksional supaya PdP Guru Muda ini tidak terganggu. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlu merangsang dan menggerakkan guru dalam menyesuaikan kaedah-kaedah terkini dalam PdP supaya keberhasilan murid dapat ditingkatkan dan gangguan untuk masa instruksional dapat dikurangkan. Rujukan Berliner. (1990). “What's all the fuss about instructional time?” Gagne. (1974). “Implikasi PdP Teori Pemprosesan Maklumat“ oleh Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini M u k a S u r a t | 32

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 5 BLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI gempurbio.blogspot: ALTERNATIF KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TANPA GURU M u k a S u r a t | 33

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar BLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI gempurbio.blogspot: ALTERNATIF KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TANPA GURU oleh MAHADIAH BINTI MUDA SM Sains Seri Puteri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abstrak Penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan ialah satu alternatif menarik dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan blog, Google Docs, Twitter dan Skype telah mula mengambil tempat dan menjadi popular dalam bidang pendidikan era kini. Dalam kajian ini, inovasi blog pendidikan iaitu gempurbio.blogspot telah membuktikan bahawa kaedah alternatif ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Biologi. Penggunaan blog ini amat praktikal kerana percuma, mudah dibina kerana tapaknya sedia ada, bersifat global, mudah digunakan, mudah diselenggara serta mudah diakses kerana tidak terikat kepada masa dan tempat. Kaedah ini bukan sahaja boleh diaplikasikan semasa PdP secara formal di dalam bilik darjah, malah juga boleh digunakan sebagai sumber gantian semasa ketiadaan guru sebagai satu alat PdP pada bila-bila masa dengan syarat terdapat keperluan kemudahan ICT. Hasil soal selidik mendapati bahawa murid seronok dan teruja belajar menggunakan laman blog kerana di dalam blog ini terdapat banyak gambar foto, bahan-bahan animasi, dan video yang interaktif. Hal ini, memudahkan murid mevisualisasikan konsep abstrak yang sukar digambarkan dalam mata pelajaran Biologi. Penggunaan blog dalam proses PdP juga didapati berjaya melindungi masa instruksional dan meningkatkan masa pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, kaedah PdP lebih santai dan lebih selesa, lantas mengukuhkan kefahaman mereka tentang konsep Biologi. M u k a S u r a t | 34

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam bidang pendidikan. Hal inikerana, masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat kini sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan. Pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif adalah sangat penting dalam PdP. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi ICT. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi teknologi maklumat dan komunikasi sebagai teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996), menyatakan bahawa penggunaan teknologi dalam proses PdP mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Pengajaran berasaskan teknologi lebih interaktif dan mampu menjadikan murid lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Pada hari ini, banyak bahan PdP dapat diperoleh daripada internet sama ada untuk diguna pakai dalam PdP ataupun untuk dijadikan rujukan bagi menambah maklumat kita sendiri. Semua bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Antara aplikasi ICT tersebut ialah blog. Blog ialah sejenis laman web yang dikendalikan oleh individu dengan entri yang kerap dan sentiasa dikemas kini oleh pemilik blog. Entri blog selalunya berbentuk komentar, penerangan mengenai sesuatu peristiwa, bahan-bahan grafik atau video. Kebanyakan entri disusun mengikut urutan masa. Kebanyakan blog bersifat interaktif, membenarkan pelawat meninggalkan komen dan boleh juga berbalas pesanan melalui ‘widgets’ yang ada pada blog. Sifatnya yang interaktif membezakannya daripada laman web statik yang lain. Perkongsian maklumat M u k a S u r a t | 35

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar paling berguna untuk pengguna blog. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan pemilik blog yang memberikan maklumat melalui teks, gambar, dan video serta cara interaktif yang lain. Banyak blog menyediakan komentar atau berita mengenai sesuatu perkara yang lebih berfungsi sebagai catatan peribadi di atas talian. Umumnya, blog menggabungkan teks, imej, dan pautan kepada blog yang lain. Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu murid berhubung secara atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Murid juga boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. ISI KANDUNGAN Blog pendidikan gempurbio ini dibina berdasarkan keperluan bahan bantu mengajar (BBM) yang bercirikan ICT. Hal sedemikian ini, selaras dengan keperluan sekolah yang memberikan keutamaan kepada penggunaan ICT dalam PdP. Blog ini juga merupakan bahan sokongan untuk kegunaan guru dalam PdP serta bahan rujukan para murid untuk memperkukuh pengetahuan Biologi mereka. Oleh sebab mudah penggunaannya dan bersifat mesra pengguna, blog ini menjadi pilihan murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran Biologi. Kelebihan blog ini ialah perbincangan boleh dibuat dalam ruang komen atau chat box/shout box di seluruh dunia secara atas talian dan merupakan tempat untuk menyampaikan idea serta berkongsi maklumat. Perkataan ‘gempur’ yang digunakan sebagai nama blog ini bermaksud ‘menggerakkan segala daya usaha’ untuk menguasai isi kandungan mata pelajaran Biologi sebagai persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan, khususnya peperiksaan SPM. Bahan yang terdapat dalam blog ini bukan hanya tertumpu kepada murid-murid tetapi boleh juga digunakan oleh para guru. M u k a S u r a t | 36

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pengisian laman blog ini antaranya, contoh soalan topikal berserta skema pemarkahan yang dipilih khas oleh pemilik blog, nota mata pelajaran yang ringkas dan padat berserta gambar foto, dan gambar rajah. Blog ini dilengkapi dengan sokongan imej dan animasi yang menarik dan dipetik daripada sumber- sumber yang boleh dipercayai dari internet dan dikemukakan supaya dapat membantu proses PdP agar menjadi lebih berkesan dan interaktif. Seterusnya, blog ini turut mengandungi panduan untuk menjawab soalan- soalan peperiksaan Biologi. Pengunjung dalam kalangan murid juga dapat berinteraksi dengan guru melalui kotak sembang yang disediakan. Soalan- soalan yang dikemukakan melalui kotak sembang akan dijawab oleh guru melalui ‘posting’ blog. Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan interaksi antara guru dan juga pengunjung untuk menyelesaikan atau menjawab sebarang soalan khususnya berkaitan mata pelajaran Biologi. Blog gempurbio.blogspot.com ini telah disebar luas melalui guru-guru, ceramah- ceramah di sekolah, dan laman sosial Facebook. Blog ini sentiasa dikemas kini setiap minggu dengan bahan-bahan PdP yang disusun mengikut label semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Respon melalui ‘live traffic’ dan statistik menunjukkan ramai pengunjung mengunjungi blog ini dan memuat turun bahan-bahan untuk kegunaan persediaan peperiksaan masing-masing. Selaras dengan perkembangan ICT yang pesat dalam bidang pendidikan, kewujudan blog ini sedikit sebanyak menambah BBM untuk kegunaan guru manakala bagi murid pula sebagai sumber bahan rujukan dan pembelajaran dalam mata pelajaran Biologi. M u k a S u r a t | 37

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PERNYATAAN ISU & CADANGAN Sesungguhnya sukar untuk mencari satu laman web atau laman blog Biologi yang mudah difahami, menarik, kaya maklumat, dan aktiviti serta mesra pengguna. Laman blog ini dapat membantu murid untuk memahami konsep Biologi malah turut memberikan panduan dan bimbingan bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan murid terutamanya dalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat. Penggunaan blog dalam pendidikan memberikan faedah kepada murid. Kehadiran blog merupakan satu revolusi yang muncul apabila ramai pembangun teknologi berasaskan web merasakan maklumat terkini perlu dikemas kini secara berkala dan disusun mengikut sisipan terkini. Justeru, inovasi ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan blog sebagai alternatif dalam proses PdP. 1. Pengisian Blog (a) Pengenalan kepada blog dan sinopsis mengenai kepentingan blog ini ditulis pada bahagian paling atas untuk memperkenalkan blog kepada pengunjung. Pilihan warna latar blog iaitu hijau menggambarkan konsep alam semula jadi iaitu sesuai dengan mata pelajaran Biologi atau kaji hayat. (b) Isi kandungan mata pelajaran dilabelkan mengikut bab-bab dalam silibus Biologi sekolah-sekolah di Malaysia iaitu terdiri daripada 15 bab. (c) Pengunjung boleh memilih bab untuk mengulang kaji dengan menekan ikon yang menunjukkan tajuk bab dan seterusnya masuk ke bab yang dikehendaki. M u k a S u r a t | 38

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (d) Beberapa label tambahan disediakan seperti Bio Books, Bio CD, Bio Lesson, Bio SPM, Bio Talk yang mempamerkan pelbagai maklumat tambahan yang berkaitan. (e) Bahan-bahan yang ada dalam setiap label bab ialah nota ringkas dan padat dengan ilustrasi yang pelbagai seperti gambar rajah, gambar foto, video animasi, dan video interaktif. Bahan-bahan ini dipetik daripada pelbagai sumber atas talian bertujuan untuk menjadikan blog lebih menarik dan bermaklumat. (f) Terdapat ikon ‘link’ yang disediakan untuk pengunjung supaya dapat terus ke pautan yang dicadangkan . Link ke tapak-tapak berguna dan berkaitan dengan pendidikan seperti, ‘Eduweb TV’, GCBio Malaysia, Koleksi soalan, MGC Malaysia, dan laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (g) Terdapat pelbagai tambahan gajet seperti: ‘SPM countdown’ untuk memberikan peringatan kepada calon SPM tentang hari peperiksaan mereka; ‘Time waits for no man’, iaitu jam dan kalendar untuk rujukan masa; ‘Owner introduction’, untuk memperkenalkan pemilik blog; ‘What do you think of Gempurbio blogspot’, untuk meminta pendapat melalui undian; muzik untuk latar belakang blog; ‘Bio chapters’, untuk memudahkan pencarian bab; ’Contact me’, untuk berinteraksi dengan pemilik blog; ‘Blog counter’, untuk mengetahui bilangan pelawat yang mengunjungi blog ini; ‘Followers,’ merekod bilangan pengunjung yang mengikuti blog yang bertambah dari semasa ke semasa; ‘Who’s here’, untuk mengetahui dari manakah datangnya pengunjung blog; ‘Reminder’, untuk memberi peringatan kepada pengunjung; ‘chat box’ yang dinamakan ‘Get connected’, untuk memberikan ruang kepada pengunjung berinteraksi dengan pemilik blog. Maklum balas dan cadangan juga dapat dicapai melalui ‘chat box’ ini. M u k a S u r a t | 39

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (h) Di bahagian bawah setiap ‘posting’, pula terdapat label, tarikh bahan disiarkan, dan terdapat ruang untuk mencatat komen. 2. Pengendalian Blog Blog ini dikendalikan oleh pemilik blog sepenuhnya. Bahan-bahan dipilih dengan teliti, sama ada daripada sumber buku rujukan, majalah, akhbar ataupun dari internet. Sumber laman web pendidikan dari seluruh dunia banyak didapati dengan percuma. Ucapan penghargaan disertakan, jika dipetik daripada sumber yang mempunyai hak cipta. Blog dikemas kini dari semasa ke semasa. Apabila terdapat soalan daripada pengunjung, pemilik akan memberikan jawapan dengan segera dan menyediakan ‘posting’ yang khusus bagi menjawab persoalan yang diberikan. 3. Pengurangan Kos Operasi Tiada perbelanjaan diperlukan untuk membina blog ini kerana pemilik blog menggunakan tapak blog secara percuma yang lazim disediakan oleh beberapa organisasi blog seperti, http://blogspot.com/, http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/ . Penyediaan blog ini tidak melibatkan kos kerana pemilik blog telah mengekploitasi kemudahan internet berwayar dan juga tanpa wayar yang disediakan di sekolah. Para guru dan murid bebas mencapai laman blog ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada di kawasan sekolah. Di samping itu, mereka boleh membaca terus untuk mendapat bahan tanpa perlu mencetaknya. Mereka juga boleh memuat turun bahan yang dikehendaki daripada blog dan disimpan di dalam ‘pen drive’ bagi kegunaan seterusnya. Hal ini, dapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Petikan bahan daripada internet pula diperoleh daripada sumber-sumber yang dipilih secara percuma. M u k a S u r a t | 40

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 4. Penjimatan Masa Kewujudan tiga buah makmal komputer di sekolah juga membolehkan murid-murid mengunjungi blog ini pada masa PdP dan juga di luar waktu persekolahan. Masa PdP juga dapat dijimatkan kerana murid lebih cepat memahami sesuatu konsep selepas melayari blog ini. 5. Ulasan Hasil Dapatan Secara keseluruhan, 23 responden yang terdiri daripada murid-murid Tingkatan Lima di sekolah pengkaji menunjukkan kecenderungan untuk memilih skala ‘memuaskan’ dan ‘sangat memuaskan’. Tiada responden yang memilih skala 1-3. (Sila rujuk kepada ulasan hasil daripada soal selidik). (a) Cakupan Isi Kandungan Hasil soal selidik mendapati sebanyak 96%daripada responden bersetuju memilih skala ‘sangat memuaskan’ iaitu, “Blog ini menambah minat saya untuk belajar Biologi”. Sebanyak 83% daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’ bagi item, “Blog ini membantu saya untuk mengulang kaji tajuk-tajukdalam Biologi”.Sebanyak 78%daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’, bagi item-item:“Saya seronok belajar Biologi menggunakan blog”, “Sampel soalan dan jawapan yang disediakanmembantu saya dalam peperiksaan dan bahan-bahan dalam blog adalah sesuai dan berguna untuk saya”.Sebanyak 74%daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’, bagi item-item:“Secara keseluruhannya, blog ini merangkumi semua bab M u k a S u r a t | 41

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar yang dipelajari secara seimbang dan menyeluruh”. “Banyak bahan pembelajaran yang berguna diperoleh dari blog ini”, dan “Blog ini padat dengan maklumat Biologi yang saya perlukan.” Kesimpulannya, cakupan isi kandungan blog ini merangkumi semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Blog ini membantu responden untuk mengulang kaji bab-bab dalam Biologi dengan adanya nota dan sampel soalan serta jawapan yang telah disediakan sebagai persediaan peperiksaan. (b) Reka Bentuk Blog Hasil soal selidik mendapati sebanyak 87% daripada responden bersetuju memilih skala ‘sangat memuaskan’, iaitu “Bahan animasi dan video dalam blog ini membantu saya memahami sesuatu proses dengan lebih jelas”, dan “Petikan rajah dan gambar foto dalam blog ini membantu sayamemahami dengan mudah sesuatu perkara.” Sebanyak 83% daripada responden memilih skala, ‘sangat memuaskan’ bagi item,“ Pautan/link yang disediakan membantu saya mencapai blog-blog laindengan lebih cepat”. Hal sedemikian ini sedikit sebanyak telah membantu responden untuk melawat pautan-pautan lain secara terus dengan cepat dan mudah. Kesimpulannya, secara keseluruhan responden telah berpuas hati dengan reka bentuk blog ini. Ada beberapa penambahbaikan yang dicadangkan seperti menambah video dan bahan-bahan yang bersifat interaktif. (c) Pendapat Responden Hasil soal selidik mendapati sebanyak 91% daripada responden bersetuju memilih skala, ‘sangat memuaskan’ iaitu, “Saya akan M u k a S u r a t | 42


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook