Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore buku_3-mmi_guru

buku_3-mmi_guru

Published by spkvp39, 2021-03-19 09:49:34

Description: buku_3-mmi_guru

Search

Read the Text Version

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 2. Pendedahan model-model team teaching kepada guru-guru. Bagi memudahkan team teaching dilaksanakan, setiap guru perlu didedahkan kepada model-model pengajaran secara team teaching. Di SM Imtiaz, pelbagai model yang digunakan oleh guru-guru di setiap kelas dalam memastikan objektif masa instruksional tercapai. Contohnya: (a) Kesemua kelas yang melaksanakan Team Teaching dikendalikan oleh dua orang guru yang masing-masing memainkan peranan saling melengkapi antara satu sama lain dan juga memberikan sokongan kepada pasangan mereka. (b) Kelas lazimnya dimulakan dengan seorang guru memulakan set induksi serta memulakan konsep yang kemudiannya bersambung dengan aktiviti, arahan, dan kesinambungan daripada konsep awal secara bergilir-gilir antara dua orang guru. (c) Seterusnya, guru membahagikan murid kepada kelompok bagi aktiviti pengukuhan dan pengayaan secara pengendalian bersama melalui kaedah Enrichment Cluster mengikut minat murid atau kaedah Differentiating iaitu mengikut pencapaian dan prestasi murid. Proses ini dilaksanakan melalui beberapa model pengajaran yang diperkenalkan seperti traditional team teaching, complimentary or supportive, collaborative, parallel instruction, dan differentiated split class. (d) Model-model ini boleh dipilih oleh guru mengikut kesesuaian isi kandungan, masa instruksional dan kumpulan murid. Dalam kebanyakan waktu, murid akan berada dalam kelompok yang lebih kecil daripada biasa. Situasi ini membuka peluang yang luas untuk murid bertanya kepada guru kerana segelintir murid mempunyai low M u k a S u r a t | 143

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar self-esteem untuk mengemukakan soalan dalam kelas yang rata-rata bilangan muridnya antara 28-30 orang. (e) Hubungan rapat dan jarak yang dekat menyebabkan murid berkecendurungan untuk menyertai aktiviti dalam masa instruksional sama ada secara individu, berpasangan mahupun berkumpulan bagi mendapatkan jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan atau perbincangan dalam tempoh yang singkat. Ironinya, peningkatan kuantiti dan kualiti dicatat bagi dua tahun ini bermula daripada TOV, OTI 1, OTI 2, Gerak Gempur, Tambah Nilai, percubaan, dan juga peperiksaan awam sebenar iaitu PMR. Hal ini menjadi satu penanda aras yang baik kepada SM Imtiaz, Besut untuk melestarikan strategi instruksional kerana pendekatan ini menimbulkan suasana pembelajaran bermakna. Walaupun sekolah masih menghadapi kadar keluar masuk guru dan pengurusan atas urusan rasmi yang masih kerap namun dapat dibuktikan bahawa Team Teaching telah banyak membantu guru-guru mengatasi masa instruksional yang terbuang begitu sahaja. KESIMPULAN Kejayaan dari sudut akademik yang dicatatkan di SM Imtiaz, Besut dalam peperiksaan umum merupakan bukti bahawa strategi Team Teaching adalah antara cadangan terbaik untuk MMI di sekolah. Hal ini, tidak akan berlaku sekiranya pihak pengurusan, guru-guru, dan murid tidak bergerak ke arah itu; apatah lagi tidak memahami kenapa strategi ini dipilih. Pihak Pengurusan juga bersedia untuk menambah masa instruksional dan berusaha untuk mengatur jadual waktu agar tidak terlalu membebankan, tiada pertindanan dan adil M u k a S u r a t | 144

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kepada semua. Guru-guru dengan ikhlas menerima tambahan masa instruksional mereka dan berusaha menginovasikan pendekatan, teknik, dan kaedah instruksional dengan peluang ini. Murid-murid pula sanggup mencuba satu strategi baharu dan bersedia diasing-asingkan walau pada mulanya berasa rendah diri kerana berpendapat kelompok mereka ialah kelompok yang tercorot. SYOR Dicadangkan agar strategi pengajaran Team Teaching dapat diperkasakan di semua sekolah. Pelaksanaanya diharap dapat memastikan Tiga Idea Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja berpasukan), dan fokus kepada hasil atau kemenjadian murid. Gambar - gambar pelaksanaan Team Teaching di SM Imtiaz Gambar 1: Sudut guru-guru membuat persediaan pengajaran secara Team Teaching. M u k a S u r a t | 145

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Gambar 2: Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching. Gambar 3: Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching. Rujukan Shirley T.S.H. (2011). Building Succesful Teams in a Challenging Environment. Courage Leadership for Positive Change. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Nasional ke-18, Julai 2011. IAB, Genting Highlands. Goetz. (2000). Instructional Leadership of Team Teaching. M u k a S u r a t | 146

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Ashley N.Y.M. (2012). Kepimpinan Instruksional dan Peningkatan Sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepimpinan Instruksional. Hallinger, P.(1982). Resource Manual : The Principal Instructional Management Scale. Center for the Advance Study of Educational Leadership, Vanderbilt University, Nasville, USA. Pengurus Strategik SM IMTIAZ BESUT : Bab Pengurusan Kurikulum, 2011. Direktori 1 SBT, Dr. Haji Zahari bin Aziz, TKKP Sektor Operasi Pendidikan, Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM. M u k a S u r a t | 147

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 12 PENGAJARAN BERKESAN PENGGUNAAN WAZAN BOARD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB M u k a S u r a t | 148

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGAJARAN BERKESAN PENGGUNAAN WAZAN BOARD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB oleh ANDI KASWIA BINTI ABDUL KADIR SMKA Kota Kinabalu, Sabah Abstrak Kertas kerja ini menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab menggunakan bahan inovasi Wazan Board dalam tajuk wazan yang telah berjaya memaksimumkan masa PdP di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan mewujudkan budaya bekerjasama antara satu sama lain. Hasilnya, murid dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sejurus selepas pengajaran, sekaligus menunjukkan bahawa penggunaan bahan inovasi ini mudah, menarik dan berkesan. M u k a S u r a t | 149

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Proses PdP merupakan elemen penting dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Proses pengajaran hendaklah melibatkan hubungan dua hala antara guru dengan muridnya melalui aktiviti dan tugasan pembelajaran. Pengajaran pula hendaklah sesuai dan dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti dengan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, setiap guru hendaklah menentukan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan muridnya. Kajian Ab. Halim (2003) terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Hal ini ditambah lagi dengan adanya bahan bantu mengajar dan belajar yang sesuai bagi mendekatkan murid kepada konsep yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, dalam kertas kerja ini, pengkaji ingin memfokuskan penggunaan bahan inovasi Wazan Board ke arah meningkatkan keberkesanan proses PdP Bahasa Arab dalam tajuk wazan. PERNYATAAN ISU / CADANGAN 1. Situasi Murid Terdapat 3 situasi utama yang dihadapi dalam tajuk ini:  murid yang lemah mengecam kata dasar sesuatu perkataan,  murid yang tahu kata dasar tetapi masih tidak dapat menentukan wazan perkataan, dan  kekeliruan dalam menentukan wazan perkataan yang ada pembuangan huruf. M u k a S u r a t | 150

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 2. Situasi Guru  bahan bantu mengajar (BBM) tajuk ini kurang,  kaedah yang digunakan ialah kaedah konvensional ,dan  kesedaran untuk mengubah kaedah pengajaran supaya lebih baik. CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan inovasi Wazan Board 1. Apakah itu Wazan Board ? Wazan Board ialah gabungan kalimah Arab (Wazan) dan Inggeris (Board). Wazan berasal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu al-waznu yang bermaksud neraca atau acuan dan merupakan salah satu daripada subtopik dalam sukatan Bahasa Arab Tingkatan 4 & 5 dalam topik al- Mizan as-Sorfi. Contohnya, kalimah kataba)‫ ( َكتَ َب‬wazannya fa ‘a la)‫(فَ َع َل‬. Katibun)‫ ( َكاتِ ٌب‬wazannya fa ‘i lun)‫(فَا ِع ٌل‬. ‘Board’ pula ialah papan kertas. 1 set Wazan Board mengandungi papan wazan, marker pen dan pemadam. Wazan Board digunakan sebagai satu bahan bantu dalam pembelajaran untuk memudahkan murid membuat latihan dalam tajuk wazan dengan lebih mudah dan efisyen. M u k a S u r a t | 151

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 2. Langkah pengajaran dan pembelajaran 2 masa (70 minit) Langkah Proses Catatan Set Guru menerangkan topik pengajaran serta isi Induksi pengajaran yang perlu dikuasai 5 minit - Soal jawab antara guru dan murid tentang beberapa perkataan dalam bahasa Arab Langkah 1 Guru menerangkan kaedah baharu dalam Guru 10 minit pembelajaran tajuk wazan iaitu penggunaan memberikan 2 contoh Wazan Board penggunaan diikuti oleh 2 - Maksud Wazan Board orang murid - Fungsi item yang ada dalam Wazan Board Langkah 2 Guru memberikan lembaran kerja dan satu set Murid 20 minit Wazan Board kepada setiap kumpulan. Setiap dibahagikan kepada 5 kumpulan diberikan 5 soalan untuk diselesaikan. kumpulan Langkah 3 Setiap kumpulan membentangkan hasil jawapan Pembetulan 15 minit menggunakan Wazan Board dan peneguhan oleh guru Langkah 4 Setiap kumpulan menyediakan 3 soalan spontan Aktiviti 15 minit untuk ditanya kepada kumpulan lain. Kumpulan pengukuhan yang berjaya menjawab soalan yang paling banyak menjadi pemenang. Penutup Guru membuat kesimpulan dan maklum balas 5 minit daripada murid berkenaan kaedah baharu. M u k a S u r a t | 152

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 3. Perbezaan pembelajaran sebelum dan selepas Sebelum Inovasi Selepas Inovasi 1. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 Murid-murid menggunakan & 5 hanya menggariskan tajuk-tajuk sarf bahan inovasi secara yang perlu diajar kepada murid. Kaedah kendiri untuk mencari pengajaran bergantung kepada guru . wazan kalimah yang dikehendaki tanpa perlu Guru biasanya menggunakan kaedah menghafal wazan. hafalan wazan dan teknik pengajaran lebih berpusatkan guru (teknik penerangan) tanpa menggunakan alat bantu (BBM). 2.Murid perlu mengetahui kata dasar Murid boleh mencari terlebih dahulu sebelum mencari wazan wazan kalimah tanpa perlu kalimah. mengetahui kata dasar terlebih dahulu. 3. Apabila menggunakan kaedah hafalan, Dengan menggunakan biasanya murid akan mengambil masa WazanBoard, masa untuk yang lama. Begitu juga ketika menjawab mendapatkan wazan soalan berkaitan wazan. kalimah lebih mudah dan cepat. 4.Murid biasanya sukar dan keliru untuk Murid dapat mencari wazan feil mu’tal khususnya apabila feil wazanfeil mu’tal dengan tersebut berlaku pembuangan huruf ‘illah. mudah menggunakan Wazan Board dan meleraikan kekeliruan yang dihadapi. 4. Bentuk Kejayaan (a) Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran i. pengajaran menjadi lebih menarik, mudah, dan penguasaan murid lebih menyeluruh, M u k a S u r a t | 153

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar ii. suasana PdP menjadi lebih ceria, dan iii. tahap pencapaian murid dapat diukur dengan mudah sebaik selesai pembelajaran. Berdasarkan Graf 1, terdapat tiga orang murid mendapat markah penuh dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan Board Graf 1 : Taburan markah 10 Murid Tingkatan 5 (set 1) 2011 Berdasarkan Graf 2, terdapat lima orang murid mendapat markah penuh dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan Board Graf 2 : Markah 16 Murid Tingkatan 5 Bukhari 2012 M u k a S u r a t | 154

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (b) Peningkatan dalam Tahap Kepuasan Hati Guru dan Murid i. Guru berpuas hati dengan pencapaian murid dalam ujian pasca. ii. Murid lebih mahir dalam penguasaan wazan, iii. Berikut ialah analisis penilaian penggunaan Wazan Board oleh 16 orang murid Tingkatan 5 Bukhari dan Guru Bahasa Arab: Skala Likert : 1= Sangat tidak setuju 2= Tidak setuju 3= Kurang setuju 4= Setuju 5= Sangat setuju 12 3 4 5 SKALA Bilangan Murid dan Guru BIL Item PGPG P G P G P G 1 Wazan Board sebagai 1 2 15 4 bahan bantu yang praktikal dalam 0 (6.25 (33.3 (93.7 (66. Pengajaran & %) %) 5%) 7% Pembelajaran. ) 2 Wazan Board boleh 1 2 4 13 2 digunakan di mana- mana sahaja. 0 (6. 0 (12.5 (66.7 (81.2 (33. 25 %) %) 5%) 3% %) ) 3 Wazan Board 4 4 12 4 membantu murid menguasai kemahiran 0 (25% (66. (75% (25 mewazankan kalimah ) %) ) %) dengan mudah dan cepat. M u k a S u r a t | 155

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 12 3 4 5 SKALA Bilangan Murid dan Guru BIL Item PGPG P G P G P G 4 Wazan Board 0 3 5 13 1 menjimatkan masapenerangan guru . (18.7 (83.3 (81.2 (16. 5%) %) 5%) 7% ) 5 Wazan Board ialah 2 14 6 bahan bantu PdP yang mempunyai daya 0 (12.5 0 (87.5 (10 kreativiti yang %) %) 0% menarik. ) 6 Wazan Board ialah 3 1 13 5 bahan bantu PdP yang menyeronokkan. 0 (18.7 (16.7 (81.2 (83. 5%) %) 5%) 3% ) 7 Wazan Board dapat 2 1 14 5 membantu meningkatkan 0 (12.5 (16.7 (87.5 (83. kemahiran dalam %) %) %) 3% mewazankan kalimah. ) 8 Wazan Board dapat 1 1 4 14 2 menambah minat murid untuk belajar 0 (6. 0 (6.25 (66.7 (87.5 (33. Bahasa Arab. 25 %) %) %) 3% %) ) 9 Wazan Board dapat 1 1 3 14 3 merungkai 2 isu utama (6. dalam wazan (lemah 0 25 0 (6.25 (50% (87.5 (50 kata dasar & tahu kata %) %) ) %) %) dasar). 10 Pengkaji berpuas hati 1 1 4 14 2 dengan markah yang diperolehi melalui 0 (6. 0 (6.25 (66.7 (87.5 (33. penggunaan Wazan 25 %) %) %) 3% Board dalam ujian %) ) pasca. M u k a S u r a t | 156

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KESIMPULAN Kaedah pembelajaran menggunakan BBM memang sangat berkesan bagi meningkatkan kualiti PdP dan hasilnya sangat memberangsangkan. Buktinya, penggunaan bahan inovasi Wazan Board telah meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk ini. SYOR Diharapkan agar semua guru dapat menyediakan BBM yang sesuai dalam PdP. Murid akan lebih mudah untuk menerima ilmu melalui medium pengajaran yang menarik . Pengajaran yang cemerlang mestilah mempunyai kepelbagaian dalam penggunaan BBM (Esah Sulaiman, 2004). Rujukan Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah PdP. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Penerbit : Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Islamic & Arabic Education 3(1), 2011 59-74 ,KAmarul Azmi JAsmi, UTM, Mohd Faeez Ilias, UTM, Abd Halim Tamuri, UKM, Mohd Izham Mohd Hamzah, UKM M u k a S u r a t | 157

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 13 HUBAGAM : Pendekatan Kontekstual Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Iqra’ M u k a S u r a t | 158

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar HUBAGAM : Pendekatan Kontekstual Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Iqra’ oleh FARIDA BINTI ABDUL RAHMAN SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan Abstrak HUBAGAM akronim HUruf, BAris dan GAMbar merupakan inovasi PdP untuk meningkatkan kemahiran membaca Iqra’ dalam kalangan murid Tahap 1. Kaedah HUBAGAM yang menggunakan prinsip kecerdasan pelbagai menfokuskan huruf- huruf hijaiyah tunggal yang berbaris di atas ( khasnya Iqra’ 1) bagi memudahkan murid-murid mengingat bunyi huruf yang berbaris di atas. Penggunaan bahan-bahan dan gambar-gambar dalam persekitaran serta pengalaman sedia ada murid menjadikan HUBAGAM satu alternatif dalam penyampaian kandungan pelajaran yang mampu meningkatkan penggunaan waktu pengajaran dan pembelajaran secara maksimum, mempercepat proses pembelajaran, serta mengukuhkan daya ingatan murid. Selain itu, HUBAGAM mengupayakan murid agar mampu belajar sendiri di samping memangkinkan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid di rumah. M u k a S u r a t | 159

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Guru disarankan agar sentiasa mencari kaedah pengajaran yang sentiasa relevan dengan keperluan murid. Setiap murid pula mempunyai kapasiti berlainan dalam menyerapkan kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Cabaran ini menuntut guru sentiasa meneroka dimensi kreativiti dan inovasi dalam ilmu pedagogi. Justeru, HUBAGAM diasaskan kepada masalah penguasaan membaca Iqra’ 1 dalam kalangan murid Tahun Satu. Inovasi ini memberikan penekanan tentang cara mengingat huruf hijai’yah tunggal yang berbaris di atas. Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam jangka masa yang singkat sahaja dan mudah lupa huruf-huruf yang telah dipelajari. Masalah ini menyebabkan guru-guru terpaksa mengulangi pelajaran yang sama berulang kali. Menyedari masalah ini, murid-murid tahun satu diajar dengan menggunakan teknik membaca cepat dan berkesan berasaskan HUBAGAM supaya murid dapat menguasai bacaan Iqra’ 1 dengan lebih cepat daripada masa yang ditetapkan. Inovasi ini berfokus kepada aspek : (a) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan bunyi. (b) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan guru. (c) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan gambar. PENYATAAN ISU Murid-murid Iqra 1 menghadapi masalah mudah lupa dan sukar untuk mengingat huruf-huruf yang berbaris dan sering keliru dengan bunyi antara satu huruf dengan satu huruf yang lain. Hal ini menyebabkan guru menghabiskan banyak masa mengulangi pelajaran yang sama sehingga murid- murid mampu menguasai kandungan pembelajaran. M u k a S u r a t | 160

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Bilangan murid belum menguasai yang ramai menyukarkan guru-guru melaksanakan pengajaran Al-Quran pada semester kedua persekolahan kerana masa pengajaran yang diperuntukkan hanya satu jam sahaja untuk pengajaran Al-Quran. Ini menyebabkan murid-murid ini hanya akan belajar Iqra’ di dalam kelas tasmik (di luar masa sekolah). Pemerhatian guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) juga mendapati murid-murid cepat bosan dan kurang fokus kepada pembelajaran Iqra 1. Buku Iqra’ yang hanya mempunyai huruf hija’iyah tunggal dan baris membuatkan murid kurang berminat untuk menguasainya dengan cepat. Selain itu, kegagalan murid mengingat bunyi huruf hija’iyah tunggal berbaris di atas dengan cepat juga menyumbang kepada punca masalah. Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam masa yang singkat sahaja. Keadaan ini akan menjadi lebih parah jika menjelang cuti hujung minggu dan cuti persekolahan. Akhirnya guru terpaksa mengulang kembali tajuk pelajaran lalu yang menyebabkan banyak waktu PdP perlu digunakan. Ramai murid mudah keliru dengan bunyi huruf yang hampir sama bentuknya. Sebagai contoh, bunyi “do” dan “so”, “fa” dan “ko”, “da” dan “za”. Memandangkan sukatan kurikulum Tahun Satu ialah asas kepada sukatan pelajaran peringkat yang lebih tinggi maka masalah ini menyebabkan berlakunya defisit pembelajaran jika tidak ditangani di peringkat awal. Murid- murid juga akan mengalami kesukaran untuk menghafal dan menyebut bunyi huruf dengan betul. Sebahagian ibu bapa atau penjaga tidak berbuat apa-apa dalam membantu anak-anak belajar di rumah. Situasi ini menyukarkan tugas guru untuk membantu murid-murid yang lemah. Akibatnya, ramai murid yang tidak melepasi Iqra 1 walaupun telah melepasi Tahun Satu. M u k a S u r a t | 161

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Sehubungan dengan itu, inovasi HUBAGAM dihasilkan dan wajar dipraktikkan agar murid-murid dapat menguasai kandungan pelajaran dengan cepat dan berkesan serta menjimatkan waktu PdP. CADANGAN / TINDAKAN PENYELESAIAN 1. Guru mengenal pasti murid-murid yang lemah melalui pemerhatian semasa sesi PdP. Hal ini dicatat dalam Rekod Kelompok Guru. 2. Proses pemulihan dijalankan semasa waktu PdP dan kelas tasmik. Selepas 6 bulan pertama berakhir, guru memilih 15 orang murid dalam kalangan murid yang lemah secara rawak untuk dipulihkan melalui tiga kaedah seperti di bawah : (a) Kaedah Bunyi : i. Sebagai permulaan, guru menggunakan kaedah bunyi. Kaedah ini sangat mudah kerana bunyi yang diperdengarkan oleh guru akan membantu murid-murid yang tersebut untuk mengingati kembali bunyi huruf tersebut. ii. Sebagai contohnya, huruf “za” berbaris di atas, guru akan membunyikan “zzzz” dan murid secara spontan akan menyebut “za”. iii. Walau bagaimanapun, hanya huruf-huruf za, sa, sya, so, zo, gho, fa, ma, dan na sesuai dengan menggunakan kaedah ini. M u k a S u r a t | 162

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (b) Kaedah Lakonan Guru : i. Menyedari kekurangan kaedah bunyi, guru menggunakan kaedah baharu iaitu Kaedah Lakonan Guru. Kaedah ini dilakukan dengan bantuan lakonan mulut guru, contohnya, huruf “alif” berbaris di atas dibunyikan ‘A’ dan guru membuka mulut dan murid menyebut ‘aaaa”. Begitu juga dengan huruf “ha” berbaris di atas dilakonkan dengan gaya menarik nafas sambil membuka mulut dan murid dengan pantas menyebut “haaaaa”. Huruf yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah alif, ha, kho, a’, dan gho. ii. Kaedah ini telah banyak membantu guru dan murid dalam sesi PdP sepanjang kajian dijalankan. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa huruf yang tidak dapat menggunakan kedua-dua kaedah tersebut. Seterusnya kaedah bantuan gambar digunakan. (c) Kaedah Bantuan Gambar : i. Melalui kaedah ini, setiap huruf tunggal yang berbaris di atas akan disertakan dengan gambar yang bersesuaian dengan persekitaran murid itu sendiri. Gambar-gambar di bawah ialah contoh bahan bantu yang boleh digunakan. M u k a S u r a t | 163

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar ‫ط‬ Guru menyebut DO…Doremon sambil menunjukkan gambar doremon. Guru menyebut TO…Tomato…. sambil menunjukkan gambar tomato Gambar 1 : Contoh kad gambar yang digunakan dalam HUBAGAM 3. Langkah-langkap penggunaan HUBAGAM (a) Guru memperkenalkan huruf hijaiyah tunggal dan bentuknya. (b) Kad HUBAGAM ditunjukkan kepada murid mengikut huruf satu persatu. (c) Kad HUBAGAM digunakan untuk memudahkan murid mengingat bunyi huruf berbaris di atas. (d) Guru menyebut bunyi huruf berbaris tadi dan sebutan suku kata pertama gambar itu sebagai bayangan bagi bunyi huruf tersebut. (e) Murid diminta menyebutkan bunyi huruf berbaris di atas berserta gambar yang diberikan. M u k a S u r a t | 164

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (f) Latih tubi dilakukan oleh guru dengan mengulang huruf-huruf yang lalu. (g) Guru menayangkan huruf tanpa gambar dan menyuruh murid meneka. (h) Guru menayangkan gambar tanpa huruf dan menyuruh murid menyebut huruf bagi gambar tersebut. (i) Guru menjalankan aktiviti tasmik dan meletakkan buku HUBAGAM bersebelahan murid sebagai rujukan semasa tasmik. (j) Guru memperbanyak buku HUBAGAM dan diberikan kepada setiap murid sebagai rujukan dan latih tubi sebelum membaca Iqra’ di hadapan guru. 4. Kesan Penggunaan HUBAGAM Kajian yang dilakukan sepanjang Februari hingga Ogos 2011 mendapati HUBAGAM berjaya mengurangkan jumlah murid yang belum menguasai Iqra’ seramai 86 orang iaitu daripada 94 orang kepada 8 orang sahaja. Senario ini dapat digambarkan melalui graf 1 seperti di bawah : Graf 1 : Tahap Penguasaan IQRA 1 IQRA 1, FEB, 94 IQRA 1, MAC, 82 JUM MURID IQRA 1, APR, 68 IQRA 1, MEI, 53 FEB IQRA 1, JUN, 36 MAC APR IQRA 1, JUL, 21 IQRA 1, OGIQSR, 1A51, SEPT, 13 IQRA 1, OKTIQ, R10A 1, NOV, 8 BULAN M u k a S u r a t | 165

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KESIMPULAN Kanak-kanak sangat berminat dan tertarik kepada gambar terutamanya gambar yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Kajian juga menunjukkan bahawa otak kanak-kanak lebih mudah mengingat dalam bentuk visual. Oleh itu, selain teknik bunyi yang digunakan oleh guru, teknik visual juga mampu menarik minat murid untuk lebih mengingati huruf-huruf berbaris yang berkenaan. HUBAGAM mampu merangsang dan menarik minat murid dalam PdP terutamanya untuk membaca Iqra’. Selain itu, HUBAGAM mempunyai pelbagai kelebihan seperti berikut : (a) HUBAGAM menggunakan bahan yang jimat, murah, mudah disediakan dan mudah dibawa. (b) HUBAGAM mudah diurus dan dikendalikan oleh guru dan ibu bapa. (c) HUBAGAM berupaya merentas kurikulum kepada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Sains, Matematik, Bahasa Melayu, dan sebagainya. (d) HUBAGAM juga boleh berperanan sebagai “guru pengganti” jika ketiadaan guru dan secara tidak langsung membolehkan PdP berlangsung walaupun tanpa kehadiran guru. (e) HUBAGAM sesuai digunakan kepada semua tahap kebolehan murid. (f) HUBAGAM terbukti berjaya meningkatkan prestasi Iqra’ murid dalam jangka masa yang singkat. (g) HUBAGAM mengurangkan penggunakan waktu PdP kerana murid- murid menguasai kandungan pelajaran dengan cepat. M u k a S u r a t | 166

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar SYOR Gerakan Melindungi Masa Instruksional (MMI) menuntut komitmen pelbagai pihak bergerak sederap bagi menjamin hak murid-murid mendapat pendidikan berkualiti di dalam bilik darjah dapat dipenuhi. Guru-guru dituntut menghasilkan pelbagai pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-murid serta menjadi harapan agar apa jua pendekatan yang diperkenalkan mampu dimanfaat oleh warga pendidik di pelbagai peringkat termasuk ibu bapa. Justeru, HUBAGAM amat sesuai digunakan dalam PdP Iqra 1 dan wajar diperluas penggunaannya kerana ternyata memberikan kesan positif untuk peningkatan penguasaan pelajaran dalam kalangan murid dan mempercepat proses PdP. Selain itu, pendekatan yang berteraskan kontekstual visual ini dapat meminimumkan waktu PdP guru kerana murid dapat menguasai kemahiran tersebut lebih awal dan mengurangkan waktu pengulangan pelajaran. Guru-guru pula dapat menumpukan kepada penyampaian kandungan pelajaran yang baharu sebanyak mungkin tanpa banyak halangan. Jika pendekatan HUBAGAM dapat diaplikasikan dengan baik maka matlamat kita untuk MMI dan meningkatkan keberhasilan murid akan beroleh kejayaan. Rujukan Farida Abdul Rahman. (2012). HUBAGAM (Teknik Meningkatkan Kemahiran Membaca Iqra’ 1 Dengan Cepat dan Berkesan). Jabatan Pelajaran W.P Labuan. Suzanne F. Peregroy & Owen F. Boyle. (2008). Reading, Writing and Learning in ESL. United States of America: Pearson Education Inc. Suzanne Stokes. Visual Literacy in Teaching and Learning: A Literature Perspective. Troy State University. M u k a S u r a t | 167

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar http://ejite.isu.edu/Volume1No1/pdfs/stokes.pdf, 10 Feb, 2011. http://www.sciencedaily.com/releases/2009/03/090304091326.htm, 10 Feb, 2011. Visual Cues Help People Understand Spoken Words. Science Daily (Mar. 6, 2009). M u k a S u r a t | 168

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 14 PENGAJRAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID M u k a S u r a t | 169

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID oleh MOHD. FAUZI BIN HASHIM SK. Paya, Beseri, Perlis. Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah Pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam Melindungi Masa Instruksional (MMI) supaya proses PdP menjadi lebih sistematik, terancang, dan teratur. Guru juga dapat menentukan terlebih dahulu apakah teknik yang mahu digunakan dalam pengajaran supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Kepelbagaian kaedah pengajaran akan mewujudkan tahap motivasi kendiri yang tinggi kepada murid. M u k a S u r a t | 170

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN PdP merupakan aktiviti yang saling berkait dan berlaku secara bersama dalam satu ruang masa. Pemisah antara dua konsep ini sukar dilakukan secara praktisnya kerana proses berlaku secara serentak. Konsep pengajaran itu diwakili oleh individu yang bergelar guru, manakala pembelajaran diwakili oleh murid. Tanpa guru maka tiada murid (dan sebaliknya) maka tiadalah aktiviti PdP. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid-muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga mestilah mencipta pengajaran yang berkesan. Hal ini bermakna, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini, memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP. Situasi ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang murid untuk belajar secara aktif, sstrategi tersebut haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea serta berupaya menarik hati murid bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna. M u k a S u r a t | 171

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Bagi menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Semua aktiviti diharapkan dapat mempengaruhi intelek, emosi, dan minat murid secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Persedian perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya, aktiviti yang dipilih itu ialah gerak kerja yang mampu memberikan sepenuh pengaruh tentang perhatian, berupaya meningkatkan kesan bagi intelek, ingatan, emosi, minat, dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri sepunya ‘learning is fun’ berlaku. Sehubungan dengan itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan proses pembelajaran murid. Secara umumnya, sesuatu proses PdP akan merangkumi 3 fasa iaitu:  Fasa sebelum pengajaran  Fasa semasa pengajaran  Fasa selepas pengajaran Rajah di bawah menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam proses PdP. M u k a S u r a t | 172

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Sebelum Pengajaran  Penentuan kemahiran atau isi pelajaran  Penelitian kebolehan sedia ada murid  Penentuan objektif PdP  Penentuan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik Pd P  Pemilihan bahan sumber Semasa Pengajaran  Pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik  Pengurusan kelas  Penggunaan bahan bantu  Penilaian Selepas Pengajaran  Penilaian pencapaian  Penganalisisan maklum balas – Refleksi/Impak M u k a S u r a t | 173

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Panduan untuk Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Berikut antara yang boleh difikirkan oleh guru untuk dilaksanakan.  Rancang aktiviti PdP.  Fikirkan pelbagai strategi PdP.  Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.  Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.  Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak.  Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.  Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid.  Gunakan bahasa yang dapat difahami dan didengari murid dengan jelas.  Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid.  Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid.  Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat dan tumpuan murid.  Kerap memberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian.  Memberikan peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka. M u k a S u r a t | 174

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Apakah Kaedah, Pendekatan dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Digunakan? Dalam KSSR, pelaksanaan pengajaran melibatkan strategi pemusatan guru, murid, pemusatan bahan dan berasaskan aktiviti / tugasan. Strategi PdP merujuk kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan merancang kaedah serta teknik yang umumnya terdapat tiga mod pembelajaran dan boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti PdP di sekolah iaitu:  Pembelajaran secara kelas.  Pembelajaran secara kumpulan.  Pembelajaran secara individu. Pembelajaran Secara Kelas Kaedah ini paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti PdP. Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas manakala interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid. Kebiasaannya, BBM juga sama kepada semua murid. Kadangkala penggunaan papan putih lebih tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat. Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering berlaku. Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set induksi, perkembangan, dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah memberikan pengenalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baharu bagi menyediakan murid untuk pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas sesuatu prinsip, diskripsi, dan rumusan tentang isi pelajaran. M u k a S u r a t | 175

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pembelajaran Secara Kumpulan Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti PdP secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks KBSR murid-murid boleh disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut:  Kebolehan  Pencapaian  Minat  Jantina Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan berlaku interaksi antara murid dengan murid yang berkebolehan merangsang ahli sekumpulan yang lain. Pembelajaran Secara Individu. Pembelajaran secara individu dalam proses PdP merupakan cetusan pemikir moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap individu murid unik, pelbagai, dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui sistem pendidikan. Pendekatan individu ini sangat fleksibel kerana setiap murid mempunyai kebebasan untuk menentukan arah tuju pembelajaran mereka. Murid dituntut mempunyai sifat kendiri dan motivasi yang tinggi kerana segala aspek M u k a S u r a t | 176

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar pembelajaran mereka ditentukan oleh murid sendiri. Penggunaan BBM dalam melaksanakan kaedah individu berbagai-bagai dan perlu disediakan oleh guru. Kaedah lain yang sesuai dalam konteks masa, murid dan masa pembelajaran ialah Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Inkuri Penemuan, Pembelajaran Secara Konstruktivisme dan Pembelajaran Secara Kontekstual. Pembelanjaran Masteri Suatu pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pembelajaran Inkuiri Penemuan Pembelajaran Inkuiri-Penemuan melibatkan penyiasatan. Dalam penyiasatan ini proses-proses yang berlaku ialah membuat pemerhatian, membuat hipotesis, merancang dan melaksanakan penyiasatan, menterjemah dapatan dan membuat kesimpulan, dan berkomunikasi. Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu. M u k a S u r a t | 177

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on. Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan ICT / TMK YAB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada bulan September yang lalu. Pelan ini menyatakan hasrat dan tekad Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia. Sehubungan dengan itu, sudah semestinya inovasi dalam PdP berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Transformasi ini penting dalam usaha melengkapkan anak didik kita dengan pengetahuan, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Prinsip Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Menjana Inovasi Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam PdP. Pertama, murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan memperoleh M u k a S u r a t | 178

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kemahiran ini, murid dapat mengaplikasi dan mengintegrasi TMK dalam pembelajaran mereka. Bagi menjayakan perkara ini, murid perlu mempelajari TMK secara kaedah amali (hands-on) dan memperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks PdP untuk menjana inovasi. Penggunaan TMK Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. TMK tidak semestinya diguna pakai sepanjang proses PdP. Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan PdP mereka. Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid mengukuhkan lagi pembelajaran dan pembelajaran serta mencapai standard kurikulum. Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. RUMUSAN Dalam konteks penggunaan TMK dalam PdP, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan TMK sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan. Penggunaan TMK dalam PdP dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu aspek pengajaran (Guru menggunakan TMK) dan aspek pembelajaran (Murid menggunakan TMK). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam PdP boleh dikategori sebagai:  Tutorial,  Penerokaan (eksploratori),  Aplikasi, dan  Komunikasi. M u k a S u r a t | 179

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KESIMPULAN Perancangan PdP yang berkesan diharapkan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Keberkesanan PdP ini juga akan mengubah minda, pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran bagi meningkatkan kualiti instruksional dalam kalangan guru di samping meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah. SYOR 1. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran muri-murid dengan mewujudkan situasi pengajaran yang berkesan. 2. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid. 3. Guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Situasi ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP dan menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik- teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. 4. Guru perlu menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran dengan merancang pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid. M u k a S u r a t | 180

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mak Soon Sang. (2008). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred DGA34, DG44 & DG48. Kuala Lumpur : Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd. Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : DBP. Raiff, J.C. (1992). Learning Style. Washington Dc: National Education Association Yufiza binti Mohd. Yusof. (2005). Gaya Pembelajaran dan Hubungan dengan Pencapaian Pelajar Perakaunan. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. M u k a S u r a t | 181

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 15 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESA DI BILIK DARJAH DAPAT MENJANA MODAL INSAN YANG BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN, DAN MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI M u k a S u r a t | 182

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DI BILIK DARJAH DAPAT MENJANA MODAL INSAN YANG BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN, DAN MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI oleh AB. AZIZ BIN OMAR SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan. Abstrak Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai murni sejagat, sekolah merupakan institusi sosial yang paling relevan. Sekolah amat berkait rapat dengan pentadbir, guru, murid dan ibu bapa termasuklah PdP di bilik darjah. PdP di bilik darjah ialah suatu proses melentur dan membina tamadun murid ke arah yang lebih sempurna dalam semua aspek kehidupan untuk masa hadapan. Bahagian pengenalan tulisan ini, menghuraikan konsep dan rupa bentuk modal insan berpengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni diikuti konsep bilik darjah dan PdP yang berkesan. Bahagian isi pula, akan menyingkap isu-isu PdP berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Bahagian kesimpulan, dikemukakan beberapa cadangan yang konstruktif serta syor- syor yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. M u k a S u r a t | 183

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN Berlandaskan Wawasan 2020, ditegaskan bahawa dalam usaha kita untuk maju, tidak ada yang lebih penting daripada pembangunan sumber manusia (Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, 1991). Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-9 telah menetapkan, “ Pembangunan modal insan berminda kelas pertama “ sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP, 2006-2010).Ciri-ciri modal insan yang hendak dilahirkan oleh Kementerian Pendidikan melalui PIPP 2006-2010, antara lain ialah modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani, emosi, kepercayaan kepada Tuhan, berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia, berpegang kepada nilai-nilai murni, berkeyakinan tinggi, berketerampilan, dan mengamalkan gaya hidup sihat (Perutusan Tahun Baru 2008, Menteri Pendidikan Malaysia). Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), menjana bermaksud berkembang dan meningkat maju, membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, dan memajukan. Dengan erti kata lain menjana modal insan ialah sumber tenaga atau manusia iaitu rakyat perlu dimajukan, dibina, dikembangkan dan diberi nilai tambah. Dalam konteks PIPP, rupa bentuk modal insan yang hendak dibangunkan ialah modal insan yang dapat membina negara ini, yang dapat mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, yang dapat memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara (Dato’ Hishammudin Tun Hussein, Menteri Pendidikan, PIPP 2006-2010). Dalam PIPP, telah ditegaskan bahawa dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni (PIPP, 2006-2010). Kamus Dewan Edisi Keempat 2007 (DBP, hal.1571) mentakrifkan berpengetahuan ialah mempunyai pengetahuan, berilmu, dan terpelajar. Oleh M u k a S u r a t | 184

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar itu, modal insan yang berpengetahuan ialah sumber manusia, rakyat atau warga negara dan sumber tenaga yang mempunyai ilmu dan terpelajar.Ilmu ialah maklumat, data, dan keterangan daripada pelbagai disiplin umpamanya, bidang sains, sejarah, kemasyarakatan, dan sebagainya (Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM, 1991 Semakan Semula 2002, PPK, KPM). Merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), konsep ilmu atau intelek mengambil kira aspek-aspek hikmat iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran, daya pemikiran yang lojik, analitis, kreatif, inovatif, dan ilmu yang bermanfaat (KBSM, PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Dalam aspek ilmu dan impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri telah meletakkannya sebagai cabaran keenam dalam Dasar Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Beliau menambah, apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting daripada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan sekeliling kita (Wawasan 2020, 1991). Dalam PIPP telah ditegaskan bahawa modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah (PIPP 2006-2010). Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mendefiniskan berkemahiran ialah mempunyai kemahiran, terlatih untuk mengerjakan sesuatu, mempunyai kecekapan, kelancaran, dan kepandaian. Jadi modal insan yang berkemahiran ialah sumber tenaga, rakyat, warga negara atau tenaga kerja yang mempunyai M u k a S u r a t | 185

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kemahiran, kecekapan, kepandaian serta mampu melakukan, dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Konsep berkemahiran ini ada ditegaskan dalam Dasar Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju, bahawa kita tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling tinggi dari segi kemahiran rakyat kita (Dr. Mahathir bin Mohamad, Wawasan 2020, 1991). Untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran, PIPP 2006-2010 telah menegaskan bahawa bagi meningkatkan kualiti murid dari segi bina upaya insan human capacity building perlu adanya sistem pentaksiran peringkat sekolah. Sistem pentaksiran holistik ini memberikan tumpuan kepada pemupukan nilai-nilai yang menyeluruh seperti nilai kreatif, inovatif, kritis, berdisiplin, dan berakhlak mulia dalam kalangan pelajar ( Kad Laporan Kedua PIPP 2006-2010, KPM ). Mok Soon Sang (2007), mentakrifkan nilai sebagai kepercayaan dan sikap yang mendorong seseorang atau institusi untuk melakukan sesuatu tindakan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (2005) mendefinisikan nilai sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap sesuatu perkara, darjah, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kurikulum Semakan Semula Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 2002 (KBSM), mentakrifkan nilai kemanusiaan yang dikenali juga sebagai nilai murni atau nilai moral bermaksud sesuatu perbuatan atau tingkah laku positif yang diamalkan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Konsep penghayatan nilai murni ini akan lebih terserlah jika dirujuk kepada Falfasah Pendidikan Kebangsaan (KBSM 1988) yang menggariskan bahawa dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja diorientasikan kepada masyarakat tetapi dituju ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan, dan kebersihan dalam masyarakat. Demikianlah nilai-nilai hidup yang harus M u k a S u r a t | 186

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar dibina menerusi pendidikan andainya kita benar-benar mahu membina manusia. Ilmu yang disampaikan, sekiranya tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni yang boleh diserapkan dalam diri pelajar, maka ilmu tersebut tidak memanfaatkan malah jauh daripada membawa kebenaran. Unsur nilai merupakan komponen bersepadu yang penting dan dilaksanakan merentasi kurikulum selain yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral (PPK, KPM, 1988). Kementerian Pendidikan Malaysia melalui dasar KBSM telah menggariskan enam belas senarai nilai murni guru perlu diterapkan kepada pelajar di sekolah. Antaranya, baik hati, berdikari, hormat- menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat, dan semangat kewarganegaraan. Dalam konteks PIPP 2006-2010, ditegaskan bahawa kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangun satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem ini perlu membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, dan beretika tinggi (Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP 2006-2010). Kesimpulannya, modal insan yang menghayati nilai-nilai murni ialah rakyat, warganegara, sumber tenaga dan murid yang betul-betul dapat memahami dan mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan seharian mereka. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan bilik darjah ialah tempat yang merumahkan murid buat sementara waktu, iaitu selama lima hingga enam jam dalam satu hari, dan untuk lima hari dalam seminggu. Bilik ini merupakan persekitaran pembelajaran yang paling penting kerana ketika murid berada di sekolah, hampir semua daripada masanya dihabiskan di bilik ini. M u k a S u r a t | 187

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pengkaji kertas kerja ini mentakrifkan bilik darjah ialah tempat khas di sekolah yang disediakan oleh KPM untuk guru mengajar dan murid belajar. Dengan erti kata lain, tempat berlakunya PdP secara formal. Untuk mencapai tahap PdP berkesan, sesebuah bilik darjah mestilah berada dalam keadaan ceria dan mempunyai tampalan-tampalan bahan yang berkaitan dengan PdP. Bilik darjah yang kondusif dan ceria akan menimbulkan rangsangan belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar . Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan penyampaian ialah perihal menyampaikan sesuatu. Pengajaran ialah perihal mengajar serta segala sesuatu yang berkaitan dengan pengajaran seperti cara atau sistem mengajar. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Berkesan ialah menimbulkan hasil yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan serta mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran seseorang atau sesuatu golongan seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan. Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Pengajaran juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid. Beliau mengatakan pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran. Daripada definisi dan takrifan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyampaian pengajaran dan pembelajaran berkesan ialah suatu proses pemelajaran di bilik darjah yang menyeronokkan, menimbulkan rangsangan, dan menarik minat murid-murid. PdP juga suatu proses pemelajaran yang berakhir dengan kepuasan dan meninggalkan kesan perubahan minda, kemahiran dan tingkah laku positif kepada murid. M u k a S u r a t | 188

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Untuk mencapai taraf PdP berkesan di bilik darjah, guru perlulah memainkan peranan utama selain memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan ceria. Sikap guru yang berpakaian kemas (SPI Bil.13, 1969: SPI Bil. 6, 1985), berdisiplin, yakin diri, adil, dan bersungguh-sungguh merupakan asas utama ke arah pengajaran dan pembelajaran berkesan di kelas. Guru juga mestilah menguasai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid di samping menguasai kurikulum,sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini. Guru juga mestilah menguasai pedagogi (pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti, aplikasi kemahiran bernilai tambah, sistem penilaian, aspek pengisian kurikulum dan sebagainya). Guru mesti mampu merancang dan menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian yang memenuhi spesifikasi KBSM sesuai dengan tajuk, aspek, objektif, HPU, HPK, dan HHP yang hendak dicapai. Di samping itu, guru juga harus memiliki dokumen-dokumen rasmi PdP seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran terkini dan buku rekod mengajar. Guru seharusnya boleh mencipta teknik-teknik PdP baharu atau paling kurang mengadaptasi teknik-teknik yang sedia ada, misalnya Teknik Pemaduan Seni Wayang Kulit untuk PdP prosa tradisional. Untuk lebih memantapkan lagi proses PdP berkesan di bilik darjah, guru seharusnya mampu membina sendiri alat bantu mengajar sama ada dalam bentuk dokumen bertulis, audio visual seperti pita rakaman, cakera padat CD atau DVD. Sebagai kesimpulan, dalam rangka untuk menzahirkan PdP berkesan di bilik darjah, guru tidak boleh mengabaikan beberapa strategi PdP yang telah ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum, KPM (2002), yakni pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik, kepelbagaian sumber, dan pembacaan luas. M u k a S u r a t | 189

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar ISI KANDUNGAN 1. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berpengetahuan Aspek ilmu yang hendak diajar ialah teknik plot dan gaya bahasa dalam genre novel Restu, (Ismail Kassan, 2000). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan pemahaman, membaca, dan melakonkan adegan. Teknik pula ialah lakonan dan main peranan menggunakan aplikasi kemahiran berfikir. Aktiviti yang dirancang ialah teknik aktiviti membaca petikan dalam teks novel Restu (hal. 235-241) dan penilaian dibuat secara formatif (lisan, pemerhatian, dan penulisan). Guru berperanan untuk menyediakan petikan novel dalam bentuk dialog (Lampiran 1) dan mengawal situasi pembelajaran. Selepas sesi set induksi berkaitan pembelajaran terdahulu, murid diminta membuka dan membaca teks novel Restu di halaman 235-241 dengan memberikan penekanan tentang peristiwa menggunakan teknik plot (suspen dan kejutan) dan jenis-jenis gaya bahasa yang ada dalam petikan tersebut. Selepas itu, guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid. Guru memanggil lima orang murid ke hadapan kelas dan memberikan salinan petikan yang telah diubah ke dalam bentuk dialog kepada setiap murid. Guru meminta murid membaca perenggan dialog dalam bentuk lakonan yang memperlihatkan adanya unsur suspen dan kejutan (Lampiran 2). Selepas dialog dibaca, guru bertanya beberapa soalan mengenai teknik plot dan gaya bahasa. Guru memberikan sedikit penjelasan dan meminta murid merumuskannya. M u k a S u r a t | 190

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kaedah, teknik dan aktiviti seperti ini sangat menarik,berkesan, dan menyeronokkan murid kerana 70% perkembangan PdP di bilik darjah berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai pemudah cara untuk membimbing situasi PdP. Penilaian dibuat berdasarkan keaktifan murid seperti menjawab soalan, membaca petikan, membaca dialog dalam bentuk lakonan, dan merumuskan nota. Sehubungan dengan itu, ilmu yang boleh dibina dan dipupuk secara langsung kepada murid di sini ialah ilmu sastera dalam aspek teknik plot dan jenis-jenis gaya bahasa. Sementara ilmu atau pengetahuan lain yang terserap secara tidak langsung ialah ilmu psikologi, kemasyarakatan dan ilmu seni mempertahankan diri.Strategi PdP yang dicadangkan ini sangat berkesan untuk menjana modal insan yang proaktif, kreatif, kritis, inovatif,dan berkualiti untuk masa depan negara. Daripada amalan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah seperti di atas, kesannya amat membanggakan. Keadaan ini dapat dilihat dengan peningkatan pencapaian kualiti mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan SPM di SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, selama enam tahun secara berturut (2006–2011). Data lengkap pencapaian dapat dilihat dalam carta di bawah. TAHUN JUMLAH CALON JUM LULUS % LULUS GPMP A+ A A- B+ B C+ C D E G 2006 101 0 1 2 9 14 17 16 24 18 83 82.2 6.95 2007 106 2 4 16 15 16 20 12 11 10 96 90.6 5.69 2008 103 4 12 15 15 12 9 16 9 11 92 89.3 4.95 2009 82 1 8 17 14 10 15 4 6 3 04 78 95.1 3.96 2010 98 1 13 18 15 17 10 9 5 6 4 94 95.9 3.93 2011 95 2 19 27 17 5 5 3 6 3 8 87 91.6 3.42 M u k a S u r a t | 191

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Sebagai rumusan, PdP berkesan di bilik darjah dengan mengamalkan strategi berpusatkan murid dapat menghasilkan modal insan yang mantap dari segi pengetahuan dan pemikiran. 2. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berkemahiran Melalui mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, banyak aspek kemahiran yang boleh dibina untuk pembangunan murid atau modal insan. Antaranya ialah kemahiran membaca, bercakap, berdialog, mendengar, menghayati, mendeklamasi sajak, melagukan syair, berpantun, berlakon, mencipta puisi (sajak, pantun, syair, dan seloka), menghasilkan skrip drama, membuat projek sastera, dan sebagainya. Salah satu daripada kemahiran yang perlu diajar kepada murid Tingkatan Empat dan Lima seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM (Sukatan Semakan Semula 2002 ialah menghasilkan dan mempersembahkan puisi (KBSM, PPK, KPM). Aspek menghasilkan dan mempersembahkan puisi (sajak, pantun,syair, gurindam, dan seloka) merupakan perkara asas yang perlu diajar kepada murid. Untuk mengaplikasi dan merealisasikan aspek kemahiran membina dan mendeklamasi puisi, memerlukan kepakaran guru (PdP berkesan). Misalnya, selepas tajuk dan objektif PdP telah ditetapkan, iaitu murid boleh membina dan mempersembahkan sajak dengan baik. Proses PdP seterusnya ialah aktiviti guru dan murid mencipta dan mendeklamasi sajak. Tema sajak yang hendak dibina dan dipersembahkan ialah, ‘Kebesaran Tuhan’. Aspek pedagogi yang digunakan ialah pendekatan berfokus, kaedah mendengar pita rakaman, soal jawab, teknik penerangan, latihan, menggunakan lembaran kerja, kemahiran bernilai tambah (aplikasi M u k a S u r a t | 192


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook