Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

Published by fizah, 2017-01-01 04:40:35

Description: PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

Search

Read the Text Version

Pengaruh Ilmu Akidah dalam Pembentukan Akhlak 87menggabungkan penghayatan ilmu, iman dan amal. Konsep inimementingkan kekuatan akidah dan kestabilan emosi bagi mewujudkankekuatan dalaman dalam usaha membentuk dan melahirkan insan yangcemerlang dari segi intelek dan tinggi ketakwaan terhadap Allah SWT.Menurut beliau lagi, matlamat pendidikan mestilah dimulakan dengankekuatan akidah. Kekuatan ini akan mencipta akhlak yang baik sekaligus menerbitkan nilai murni yang akan memanifestasikan tingkah lakuyang baik. Manifestasi ini seterusnya akan menyerap ke dalam bidangkognitif, afektif, dan psikomotor. Kesannya akan melahirkan pelajar yangmemiliki intelek, berakhlak, dan bertakwa. Konsep kesepaduan akal danilmu wahyu menurut Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini (2002) boleh dilihatmelalui Rajah 4.1.Akidah Akhlak Nilai Kognitif Murni Afektif Psikomotor Kesepaduan Ilmu Akal + Ilmu Wahyu Rajah 4.1 Teori pendidikan bersepadu Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini (2002) Berdasarkan Rajah 4.1 ini, dapat dilihat bahawa pengetahuan akidahpada dasarkan akan mencorakkan akhlak dan keperibadian manusia.Akhlak ini kemudiaannya menzahirkan nilai murni dalam diri yangbersifat tabiat. Akhirnya nilai murni ini akan mampu memberi kesankepada diri manusia itu sendiri dari segi kognitif, afektif, dan psikomotor.RUMUSANSebagai rumusan, bab ini membincangkan secara mendalam tentang ilmudari sudut bahasa dan juga dari perspektif Islam. Dalam Islam, ilmumenjadi alat utama dalam mendorong serta membimbing manusia untukmengenal dan memperhambakan diri kepada Allah SWT. Bab ini jugamengupas pengaruh ilmu akidah dalam pembentukan akhlak manusiasehari-hari. Apabila manusia mengenal Allah SWT, jauh dalam lubuk hatimampu merasai kegerunan terhadap Allah SWT yang akhirnya dapatmenghindar diri mereka daripada melakukan maksiat kepada-Nya.



AKHLAK SEBAGAI CERMINAN IMANPENGENALANAkhlak Islam merupakan cerminan kepada kekuatan iman seseorang.Lagi tinggi keimanan seseorang, maka lagi baik tahap akhlak yangdipraktikkannya dalam kehidupan dan begitulah sebaliknya. Hal inidemikian kerana kesempurnaan akhlak adalah lambang kekuatankeimanan seseorang. Oleh itu, kefahaman secara mendalam konsepakhlak Islam dan cirinya, serta persamaan dan perbezaan antara akhlakyang dianjurkan oleh Islam dan yang menjadi sukatan akhlak Islamdalam Pendidikan Islam di Malaysia akan dikupas dalam bab ini.KONSEP AKHLAK ISLAMAkhlak merupakan kata jamak dari perkataan khuluq yang bermaksudkelakuan atau tingkah laku yang baik (Kamus Dewan, 2002). Akhlakialah hal yang merujuk kepada sesuatu yang berada dalam jiwa manusia,sesuatu yang disandarkan kepadanya segala bentuk tindakan sama adabaik atau buruk tanpa merenung dan berfikir panjang (Ibn Manzur t.t;Ibn Miskawayh, 1966). Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan untukmelakukan sesuatu perbuatan, atau bukan juga baik dan buruk itusendiri. Sebaliknya, akhlak ialah suasana jiwa yang mantap, yang mampumenerbitkan perbuatan secara tabii (semula jadi) tanpa perlu kepada segalaaspek yang berkaitan dengan aktiviti berfikir (al-Ghazali, 1939).

90 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Al-Jazairi (1967) berpendapat, akhlak ialah suatu keadaan yangtetap, yang berada dalam diri manusia, yang terdiri dari perbuatanbaik atau jahat. Keadaan (tetap) inilah yang akan mempengaruhi sikapdan tingkah laku luaran manusia. Ahmad (1974) berpendapat, akhlakialah suatu yang lahir dari iradat (kehendak) manusia secara sedar danterkawal. Manakala ilmu akhlak pula ialah ilmu yang mengkaji tentanghakikat atau sifat tingkah laku seseorang yang berakhlak. Ilmu inimenjelaskan hakikat kebaikan dan hakikat keburukan dengan menampilkancontoh yang mencerminkan kedua-dua sifat tersebut. Di samping itu,ilmu ini akan menjelaskan perkara penting berhubung dengan prosesinteraksi manusia dengan persekitaran (manusia, haiwan dan tumbuh-tubuhan) dan menjelaskan hala tuju yang mesti dicapai oleh manusiadalam kehidupan mereka (Ahmad, 1974). Ab Halim dan Zarin (2002)berpendapat, akhlak ialah satu set yang terdiri daripada kepercayaan,undang-undang, sistem yang berkaitan dengan tindakan manusia.Akhlak menentukan sama ada sesuatu perkara itu baik atau buruk sertabenar atau salah dalam konteks keimanan manusia kepada Allah SWT.Hassan (2004) berpendapat, akhlak dalam Islam adalah perlakuan atautingkah laku yang bersandarkan kepada wahyu Allah SWT yangditurunkan untuk kebaikan manusia di dunia dan di akhirat. Jelasnya, perbincangan mengenai akhlak Islam ini adalah meluasdan merangkumi pelbagai bentuk disiplin. Situasi ini menggambarkankepentingan akhlak dalam kehidupan seseorang Islam. Mesej mengenaikepentingan akhlak ini jelas melalui firman Allah SWT dan hadis NabiSAW. Peribadi Rasulullah SAW dan misi kerasulannya kepada manusiadi muka bumi ini sering dijadikan contoh dan digambarkan melaluifirman Allah SWT dan hadis untuk diteladani manusia.HUBUNGAN AKHLAK DENGAN IMANSebagaimana yang disebutkan sebelum ini, akhlak ialah aktiviti dalamanmanusia yang akan mempengaruhi tindakan zahir manusia secara tabiiatau semula jadi. Amalan akhlak dalam Islam adalah manifestasi tabiiyang berbeza mengikut individu, yang zahir kesan daripada situasikeimanan yang berada dalam diri seseorang individu. Piawaian danpengukuran penghayatan keagamaan ini adalah berdasarkan al-Qurandan sunnah (Azhar, 2006; Jamiah et al., 2004). Jelasnya, akhlak Islamdalam konteks akidah ialah tingkah laku zahir yang lahir daripada aktivitikeimanan yang bersifat dalaman diri manusia yang berasaskan nilai dan

Akhlak sebagai Cerminan Iman 91ajaran al-Quran al-Karim dan al-Sunnah. Penghayatan akhlak pulamenggambarkan keadaan yang wujud dalam jiwa manusia yang akanmemberi kesan langsung kepada aspek luaran manusia seperti keseimbanganperibadi, kecerdasan minda dan kesihatan fizikal (Azhar, 2006). Untukmencapai tujuan ini, pembangunan aspek berkaitan rohani perludiperkuatkan melalui pemupukan nilai asas dalam akidah seperti taqarrub(pembersihan jiwa), pelaksanaan ibadah, penghapusan unsur yangmembawa kepada syirik dan kerosakan iman serta meningkatkan nilaitakwa dalam diri.SUMBER AKHLAK ISLAMSumber utama akhlak dalam Islam ialah al-Quran al-Karim dan sunnahkenabian (Darraz, 1987). Dari sudut akidah, Haron Din et al. (1988)berpendapat, akhlak adalah dirujuk sebagai al-Birr, iaitu ibu kepadasegala jenis kebaikan kerana skopnya yang meliputi seluruh aspek dalamagama. Pendapat beliau ini berdasarkan kepada firman Allah SWT danhadis Nabi yang menghubungkan antara iman dan akhlak. Antaranya,firman Allah SWT ini:2َ +ُ ‫ َو‬Cَ ْ $‫ ا‬oُ pَ iَ ْ:‫ ِء َو ِ}ِ ا‬2ْ :‫ ا‬oُ pَ َ ِ‫ِ َة‬ t ِ ‫ َن‬2Hُ ِ •ْ ُ9 V َ 9œِ ِ: \" ُ Klِ Xَ ْ ‫ا‬ 0ِ Nَ ْ)‫ا‬ ُMaksud: Bagi mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat itu,sifat yang buruk, dan bagi Allah SWT jualah sifat yang tertinggidan Dialah yang Maha berkuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Nahl, 16:60)Ayat ini menjelaskan hubungan antara sifat buruk adalah disebabkansifat mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat. Kenyataan hubunganiman dan keperibadian yang baik pula ada dijelaskan dalam sepotonghadis (al-Bukhari, 1997: 5559; Muslim, 2000: 67):‫ﻳُ ْﺆ ِﻣ ُﻦ‬ ‫ َن‬jَ ‫ ُﻤ ﻗَ ْﺎﺖ َل َو ََﻣﻣ ْْﻦﻦ‬‫َ ْﺼ‬rِ .ِ ‫اأَ ْو‬ ‫ِلا‬,ً ‫ َﻓﻠْ ََﻴ ُﻘْﻦ ْﻞ َر ُ َﺳﺧ ْﻮ‬‫ْا َﺮْ َةﻵ ِﺧ ِﺮ‬ ‫َ ُْﻮﻫ ِ َمﺮ‬rْ –‫أَ َِوا‬ ‫َ ْﻦ‬‫ﻳُ ْﺆ ِﻣ ُﻦ‬ ‫ َن‬jَ .ِ ‫ﺑِﺎ‬

92 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam ‫َ ْﻮ ِم‬rْ ‫ َوا‬.ِ ‫ َن ﻳُ ْﺆ ِﻣ ُﻦ ﺑِﺎ‬jَ ‫ ْﻜ ِﺮ ْم َﺟﺎ َر ُه َو َﻣ ْﻦ‬ُ‫ﻴ‬.ْ‫ ُﻴ ْﻮ ِ ْمﻜ ِاﺮ ْ ْمﻵ َِﺧﺿ ِﺮﻴْ َﻔَﻓ ُﻪﻠ‬rَْ‫ﺧ ِﺮ َواﻓَ ْﻠ‬.ِِ ‫اﺑِ ْﺎﻵ‬ Maksud: Abi Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata benar atau diam, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Al-Bukhari dan Muslim) Menurut al-Ghazali (1999), akidah ialah asas kepada akhlak dalamIslam dan tiada tempat bagi akhlak jika tiada akidah. Akidah yangsempurna akan melahirkan akhlak yang sempurna dan akhlak yangsempurna merupakan aset yang sangat penting dalam keseluruhanbinaan dalam Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW sendirimenegaskan bahawa matlamat utama kebangkitannya sebagai Rasul danmatlamat utama dalam urusan dakwahnya kepada umat manusia adalahmenyempurnakan kemuliaan akhlak. Begitu juga Fakhry (1991) berpendapat bahawa sungguhpun sumberutama akhlak dalam Islam ialah al-Quran al-Karim, namun al-Qurantidaklah menyatakan secara khusus sebaliknya menamainya dengan istilahyang membawa maksud kebaikan agama seperti al-khair (kebaikan),al-haq (kebenaran), al-ma‘aruf (makruf), al-‘adl (keadilan), al-taqwa(takwa), dan lain-lain lagi. Selain itu, al-Quran juga menggambarkannilai kebaikan melalui pengkisahan berkenaan tingkah laku dankehidupan para nabi dan rasul yang memiliki nilai akhlak yangagong. Umpamanya, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang redamenyerahkan diri secara mutlak kerana Allah SWT. Nilai pengorbananini seterusnya dijadikan teras kepada pengertian dan pemahaman manusiaberkenaan Islam untuk dipegang, diteladani, dan dijadikan paksi kepadakeseluruhan cara hidup dalam Islam. Begitu juga kisah berkaitanperibadi dan sahsiah Nabi Muhammad SAW yang dinyatakan secaralangsung melalui firman Allah SWT dalam al-Quran sebagai sesuatuyang wajar diikuti dan dijadikan contoh teladan bagi orang yang beriman.Firman-Nya:

Akhlak sebagai Cerminan Iman 93 * óٍ K€ِ َ ٍ ُ ُ =Nَ )َ َ <8Maksud: Dan bahawa sesungguhnyan engkau mempunyai akhlak yangsangat mulia. (Surah al-Qalam, 68:4)Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:}َ ‫ا‬ 2\ُ ْ َ9 ‫ َن‬Žَ ْ iَ ِ: Jٌ Hَ َ vَ ٌ‫ة‬2َ ْ ُ ِ}‫ا‬ ‫ ِل‬2 ُ ‫ َر‬rِ ْ >ُ َ) ‫ َن‬Žَ ,ْ (َ َ) ‫أ‬ # ‫ا‬-ً ِp#َ }َ ‫ َ ا‬#َ ‫ ِ َ َو َذ‬t‫ َم ا‬2ْ •َ ْ ‫َوا‬ Maksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah SWT dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT sebanyak- banyaknya (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab, 33:21)Kedua-dua ayat ini menunjukkan pengesahan Allah SWT terhadapketinggian akhlak dan peribadi Nabi SAW yang boleh dijadikan contohdan teladan kepada umat manusia.PEMBAHAGIAN AKHLAK ISLAMSecara asasnya, pembahagian akhlak Islam kepada bahagian tertentubukan bermaksud memisahkan antara satu bidang dengan satu bidangyang lain. Sebaliknya, setiap bahagian akhlak Islam ini memilikihubungan yang rapat dan sukar untuk dipisahkan antara satu denganyang lain. Usaha untuk memperjuangkan pelbagai bidang akhlakhakikatnya ialah suatu usaha ke arah memantapkan akhlak Islamsecara keseluruhan. Dalam hal ini, Darraz (1987) mengkategorikanpembahagian akhlak Islam kepada lima bahagian, iaitu akhlak dalamkonteks perseorangan, akhlak dalam konteks kekeluargaan, akhlak dalamkonteks kemasyarakatan, akhlak dalam konteks kenegaraan, adanakhlak dalam konteks agama.

94 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamAkhlak dalam Konteks PerseoranganAkhlak dalam konteks perseorangan bermaksud akhlak yang meliputinilai peribadi seperti ikhlas, sabar, memelihara dan menjagakehormatan diri, dan beramal soleh. Penekanan sifat ikhlas dalam diriindividu boleh dilihat berdasarkan firman Allah SWT:ِ[\ْ ‫َو‬ ‫ َء‬Pَ ِ/ْ ‫ا‬€ْ V;ُ ِ‫إ‬V‫ َن‬2ْ (/ُُ BِْA@َْH‫ُ;َو‬ ْ َ ‫ ِ ُ> ْ َو‬Aُ ْB$َE -ٍ ْ َ ْ ِ ‫ا‬2(ُ ِAْH;ُ َ ‫َو‬ % ‫ َن‬2iُ َ >ُ ْ•َ ِ‫ف إ‬2َ ُ9 -ٍ ْ َ ِْ ‫ا‬2(ُ Aِ ْH;ُ َ ‫ا}ِ َو‬Maksud: Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (padajalan Allah SWT) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk dirikamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkankerana menuntut keredaan Allah SWT dan apa jua yang kamu dermakandari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepadakamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah al-Baqarah, 2:272)Ayat ini memberi penekanan supaya ikhlas dalam membelanjakanharta untuk meninggikan syiar Islam. Ikhlas dalam ayat ini dinyatakansebagai melakukan amalan semata-mata untuk mendapat keredaanAllah SWT. Keikhlasan dalam beramal menjadikan setiap amalan yangdilakukan mampu menjana balasan pahala yang berkekalan di akhirat.Sifat sabar juga merupakan ciri akhlak peribadi diri yang utama.Sebagai contoh Allah SWT menggambarkan sifat sabar ini melaluifirman-Nya:‫ا‬2ُU‫أُو‬ َ 9ِ ‫ا‬ َِ Nُ iَ ْ َ¢َ)‫َو‬ ْ >ُ ِ Aُ Bْ @َ ‫َو‬ ْ >ُ ِ)‫ا‬2َ `ْ َ‫أ‬ rِ ‫ن‬2ُ َ ْbÔُ َ‫ ْن‬8 ‫ا‬-ً ِp#َ ‫أَ ًذى‬ ‫ا‬2‡ُ ›َ ْ َ‫َ أ‬ 9ِ ‫َ ا‬ ِ ‫ْ َو‬ >ُ ِ ْb§َ ْ ِ ‫ َب‬/َ lِ ْ)‫ا‬ & ِ‫ر‬2`ُ $‫ِ َ ِ ْ َ ْ ِم ا‬:‫ِن َذ‬ÛَE ‫ا‬2(ُ /;َ ‫وا َو‬Rُ ِ xْ َUMaksud: Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dandiri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang

Akhlak sebagai Cerminan Iman 95yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang yang musyrikbanyak (tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu,jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikianitu adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah Ali 'Imran, 3:186)Berdasarkan ayat ini, Allah SWT menegaskan tentang peri ujianyang dihadapi oleh umat Islam dalam bentuk yang pelbagai sepertikehilangan harta dan nyawa, serta cacian golongan musyrik. Ujianyang dihadapi ini diperintahkan dengan tegas agar dihadapi dengansabar dan takwa kepada-Nya.Selain sabar, menjaga dan memelihara kesucian diri daripadaperlakuan yang fahsya’ seperti zina juga merupakan tuntutan utamasebagai lambang keimanan. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalamfirman-Nya: َ ‫أ ْو‬ ْ -ِ \ِ ‫أَ ْز َوا‬ Cَ َ Vِ‫إ‬ Ù ‫ َن‬2€ُ ِE vَ ْ -ِ \ِ ‫ُو‬ Aُ ِ) ْ +ُ َ 9ِ ‫َوا‬ Ì Dَ ِ 2ُ `َ -ُ ْ cَ ْ -ُ BِÛEَ ْ -ُ Bُ iَ ‘ْ @َ ?ْ lَ َ `َMaksud: Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepadaisterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (Surah al-Mu’minun, 23: 5-6)Ayat ini mengutarakan sifat dan ciri orang yang beriman yangdijanjikan dengan syurga Firdaus. Salah satu sifat mereka ialah menjagakemaluan daripada zina dan hanya melepaskannya pada tempat yanghalal sama ada melalui perkahwinan atau hamba sahaya.Ciri orang yang beriman juga termasuk sentiasa beramal soleh dalamkehidupan. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:ً‫ة‬ Kَ vَ [ُ HَgِK•ْ Hُ َ َE ٌ ِ •ْ `ُ 2َ +ُ ‫َو‬ ±َ Bْ @ُ ‫أَ ْو‬ ٍ #َ ‫َذ‬ ِْ Xً ِ Sَ oَ iِ َ َْ ² ‫ َن‬2ُ iَ Nْ ‘َ ‫ا‬2ُ<Žَ َ ِ َ vْ َ…ِ ْ +ُ َ \ْ َ‫أ‬ -ُ H0َ ِ mْ َ“َ ‫َو‬ Jً bَ ِKّ ^َ ْ

96 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Maksud: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nahl, 16:97) Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang beriman akan mendapatpembalasan yang baik dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupandunia dengan janji kehidupan yang baik, kehidupan akhirat denganpahala yang sempurna.Akhlak dalam Konteks KekeluargaanAkhlak dalam konteks kekeluargaan meliputi nilai akhlak yang bersifatkekeluargaan seperti perkara yang berhubung dengan hak ibu bapa, perkarayang berhubung dengan perkahwinan, perkara yang berhubung denganhak suami dan isteri, perkara yang berhubung dengan hak anak, perkarayang membabitkan wasiat, dan pembahagian harta pusaka. Sebagaicontoh, hak ibu bapa ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: ً< َ vْ ِ‫ْ ِ إ‬9Wَ ِ ‫ا‬2َ ْ: ِ ‫َو‬ Maksud: Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. (Surah al-Nisa, 4:36) Begitu juga perkara yang berhubung dengan perkahwinan yang AllahSWT kurniakan untuk manusia rasa saling berkasih sayang, cinta-menyintai, dan hormat-menghormati. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT: ‫ا‬2Hُ lُ ْ َ¢ِ) \ً ‫ ِ ُ> ْ أَ ْز َوا‬Aُ Bْ @َ ْ ِ ْ >ُ َ) َ َ َ ‫ِ[ِ أَ ْن‬U َ9‫َو ِ ْ آ‬ Äٍ 2ْ (َ ِ) ‫َ ٍت‬9t َ ِ:‫ َذ‬rِ ‫ إِن‬Jً ¯َ ْ ‫دةً َو َر‬2َ `َ ْ >ُ Hَ ْgَ oَ Nَ \َ ‫ َو‬-َ ْ•َ ِ‫إ‬ # ‫ ُو َن‬lAَ /َ ‘َ

Akhlak sebagai Cerminan Iman 97Maksud: Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteridari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesradengannya. Dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasihsayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungiketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.(Surah al-Rum, 30:21) Dalam perkahwinan dan kekeluargaan terdapat perkara yangberhubung dengan hak suami dan isteri yang perlu dipraktikkansebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa (4:22-24) danyang berhubung dengan hak anak sebagaimana dijelaskan oleh AllahSWT dalam firman-Nya: ْ ™ُ 98 ْ -ُ §ُ ‫ْ ُ <َ ْ ُز‬Ÿَ ‫ إِ ْ` َˆ ٍق‬Jَ Kَ –ْ َ ْ ™ُ ‫ َد‬Vَ ‫ا أَ ْو‬2ُ /ُ (ْ ;َ Vَ ‫َو‬ ï ‫ا‬-ً ْ ِb#َ Âً Tْ ِ ‫ َن‬Žَ ْ -ُ َ ْ/§َ ‫إِن‬ Maksud: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Surah al-Isra, 17:31) Selain hak anak, perkara yang membabitkan wasiat juga merupakanperkara yang berhubung dengan akhlak dalam kekeluargaan, sebagaimanafirman Allah SWT: ‫ا‬-ً ْ َ ‫َ َ َك‬U ‫ ُت إِ ْن‬2ْ iَ ْ:‫ ُ™ ُ ا‬,َ vَ َ‫ أ‬Ñَ َ vَ ‫ْ ُ> ْ إِ َذا‬Kَ َ hَ ِ/#ُ ' Dَ (ِ /iُ ْ:‫ ا‬Cَ َ (w vَ ‫ ُو ِف‬Nْ iَ ْ: ِ Dَ ِ َ ْ $‫ْ ِ َوا‬9Wَ ِ ‫ا‬2َ ْ ِ: Jُ KSِ 2َ ْ:‫ا‬Maksud: Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati,jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk

98 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah, 2:180) Pembahagian harta pusaka merupakan antara akhlak yang palinglengkap yang digambarkan oleh Allah SWT dalam banyak ayat al-Quranmisalnya, surah al-Nisa, 4: 12, 32, dan 177.Akhlak dalam Konteks KemasyarakatanAkhlak dalam konteks kemasyarakatan meliputi nilai akhlak yangbersifat kemasyarakatan dalam bentuk perintah, larangan, dan adabkesopanan. Umpamanya, perintah Allah SWT kepada manusia agarmengajak yang makruf dan mencegah kemungkaran, perintahmenunaikan amanah, perintah menggalakkan persaudaraan melaluikeadilan, kasih sayang dan ihsan dan perintah memperbaiki hubunganantara masyarakat Islam yang berselisih.Dalam hal perintah mengajak yang makruf dan mencegahkemungkaran sebagai contoh Allah SWT berfirman:‫ ُو ِف‬Nْ iَ ْ: ِ ‫ن…ْ ُ` ُ(و َن‬0ََ ‫َو‬2•ُ-ِ ْ ِ Çَ Aْْ iُ ‫ْا‬:‫إِ َُ¿ا‬+ُ ‫َ َن‬2ُِ„)َ,ْ‫َو‬9ُ‫ َوأ‬Jٌ ِ ُ ْ >ُ ْHِ ْ >ُ َÔْ ‫َو‬ ‫أ‬ ‫ َن‬2ْ -َ ْH0َ ‫َو‬ lَ ْHiُ ْ:‫ِ ا‬ َMaksud: Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruhberbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya. (Surah Ali ‘Imran, 3:104), Manakala perintah Allah SWT kepada manusia dalam menunaikanamanah pula dapat dilihat dalam firman-Nya: ‫ ْ — َ َ– ُء‬iَ ِ: َ ِ:‫ ُ َ ُدو َن َذ‬Aِ Pْ 0َ ‫ َك ِ[ِ َو‬žَ ْ ُ — ‫ ُ أَ ْن‬Aِ Pْ ‘َ V }َ ‫إِن ا‬ ) iً K€ِ َ iً ْkِ‫ى إ‬yَ َ zْ ‫ ا‬,ِ (َ zَ ِ} ِ ‫ ْك‬žِ ْ ُ — ْ َ ‫َو‬

Akhlak sebagai Cerminan Iman 99Maksud: Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosasyirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akanmengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Sesiapa yang mempersekutukan AllahSWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia melakukandosa yang besar. (Surah al-Nisa, 4:48) Agama Islam amat menekankan kepada keadilan sesama manusia,kasih sayang serta belas ihsan. Justeru, banyak firman Allah SWT yangmenyuruh kepada perkara tersebut. Sebagai contoh, Allah SWT berfiman:َ \َ +َ ْ َ ‫ َن‬2b% ِßُ ْ -ِ ِ ْb§َ ْ ِ ‫ َن‬iَ 9 ‫ا َر َوا‬W‫ ُءوا ا‬2bَ ;َ َ 9ِ ‫َوا‬‫ِ ُو َن‬f•ْ 0ُ ‫ا َو‬2ُU‫ أُو‬i`ِ Jً \َ vَ -ُِ +ُVِ A‫َ َُو‬Bْ @َِ„ْ َ)-ِC‫ ََ…ُ َ•ْو‬Eَِ‫إ‬ِ[ِ Aْ Bَ ã.ُ ‫ َق‬2ُ9 ْ َ ‫ َو‬Jٌ Sَ ْ ِ+ِ‫ور‬,ُ Sُ rِ ‫و َن‬,ُ ِ َ xَ َ ْ -ِ ِ ‫ َن‬Žَ 2ْ َ:‫ْ َو‬ ˜ ‫ َن‬2•ُ ِ Aْ iُ ْ:‫ا‬Maksud: Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) sertaberiman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negerimereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkanapa yang diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka jugamengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri merekasendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.(Ingatlah!) sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripadadipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya. (Surah al-Hasyr, 59:9)Ayat ini diperkukuhkan lagi dengan firman yang lain:ِ َ ·َ ْH0َ ‫ َو‬Îَ ْ (ُ ْ)‫ ِء ذِي ا‬/َ 98 ‫ َ ِن‬vْ ‫ ِل َوا‬,ْ Nَ ْ) ِ ُ `ُ ْ…َ9 }َ ‫إِن ا‬ ‫ ُو َن‬#7َ َU ْ >ُ Nَ )َ ْ >ُ €ُ Nِ َ9 *ِ ْ َÐْ ‫ ِ َوا‬lَ ْHiُ ْ:‫ ْ• َ– ِء َوا‬Aَ ْ)‫ا‬

100 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Maksud: Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya. (Surah al-Nahl, 16:90)Dalam ayat lain pula, Allah SWT berfirman:ِ ْ9Wَ ِ ‫ا‬2َ ْ ِ َE -ٍ ْ َ ِْ ْ /ُ (ْ Aَ Bْ @َ َ oْ ُ ‫ َن‬2(ُ Aِ ْH‘ُ ‫َ َذا‬ َ َ<2ُ:Ãَ ْ َ —ْ ِ ‫ا‬2ُ Nَ Aْ ;َ َ ‫َو‬ oِ Kِ¤ :‫َوا ْ ِ ا‬ Dِ ِ# َ iَ ْ:‫ َوا‬Íَ /َ •َ ْ ‫َوا‬ Dَ ِ َ ْ $‫َوا‬ + ٌ Kِ َ ِ[ِ }َ ‫ِن ا‬ÛَE -ٍ ْ َ Maksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?” Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan. (Ingatlah!) Apa jua yang kamu buat dari jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah, 2:215) Ayat dalam surah al-Hasyr (59:9) di atas menjelaskan bagaimanaAllah SWT memberikan contoh kepada umat Islam tentang sifatSahabat dari golongan Ansar yang menyayangi dan memberikanbantuan kepada golongan Muhajirin dengan penuh keikhlasan, walaupunmereka sendiri dalam keadaan terdesak. Sedangkan dalam surah al-Nahl (16:90) pula penekanan diberikan kepada umat Islam agar bersifatadil dan berbuat baik sesama manusia apatah lagi jika melibatkankepada kaum keluarga dan kerabat mereka. Manakala dalam surahal-Baqarah (2:215), secara ringkasnya menyuruh agar umat Islamtidak bersifat kedekut untuk membelanjakan harta mereka yangmelebihi keperluan bagi membantu keluarga dan umat Islam yangmemerlukannya.

Akhlak sebagai Cerminan Iman 101Seterusnya akhlak dalam bentuk perintah agar umat Islam memperbaikihubungan antara sesama mereka, Allah SWT berfirman:}َ ‫ا‬ ‫ا‬2(ُ ;‫َوا‬ ْ >ُ ْ02َ َ َ Dَ ْ «َ ‫ا‬2•ُ ِ Sْ َ…َE ٌ‫ة‬2َ ْ ِ‫إ‬ ‫ َن‬2Hُ ِ •ْ iُ ْ:‫ا‬ iَ Bِ‫إ‬ ‫أ‬ ñ ‫ َن‬2¯ُ َ ْ ُU ْ >ُ Nَ )َMaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, makadamaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; danbertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujurat 49:10)Ayat ini menjelaskan tentang sifat orang yang beriman adalahbersaudara dan mereka dilarang untuk saling bergaduh dan bermusuh-musuhan. Jika berlaku perselihan dan pergaduhan, maka perlu adasebahagian umat pula menjadi pendamai agar umat Islam terus-terusandalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.Manakala firman Allah SWT yang bersifat larangan dalam kehidupanbermasyarakat pula seperti larangan menipu dalam urusan jual beli,larangan riba dalam urusan pinjaman, larangan membunuh jiwamanusia, larangan rasuah, dan larangan fitnah serta berniat jahat. AllahSWT berfirman:ْ >ُ َ) َ }َ ‫وا ا‬,ُ bُ Gْ ‫ ِم ا‬2ْ َ َ9 ‫َ َل‬ bً ْKNَ .ُ ْ +ُ َ َ َ ‘َ ,ْ َ ¿َ 8oَ ْKlَ ْ)‫ا ا‬2Eُ ‫َ…َ ْو‬E ْ >ُ ِّ ‫أ‬rِ ‫وا‬,ُ ِ Aْ ;ُ V‫ْ َو‬ ُ‫ه‬-ُ ْ cَ Šٍ َ ِ‫ِ ْ إ‬ ‫َر‬ ْ Kَ ِ.ْ َ‫أ‬Jٌ Hَ ‫ِس‬gّ ََ ْ >ُ ْU‫َء‬ \َ ,ْ َ V‫ا َن َو‬,َ iِ ْ:‫َوا‬ +ُ ‫َء‬ “‫ا ا‬2 ُ Èَ ْb;َ- Dَ ِHِ •ْ `ُ ْ ُ/ْH#ُ ‫ )َ ُ> ْ إِ ْن‬-ٌ ْ َ ْ >ُ ِ)َ‫ ذ‬-َ vِ ˆSْ ِ‫ إ‬,َ Nْ «َ ‫ ْر ِض‬$‫ا‬Maksud: Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudaramereka Nabi Syuaib. Dia berkata: “Wahai kaum sembahlah kamu akanAllah SWT, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya.Sesungguhnya datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan

102 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda dan perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah SWT menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang yang beriman. (Surah al-Araf, 7:85)Manakala ayat berikut ini pula berkaitan dengan larangan untukmelakukan transaksi riba. Firman Allah SWT:ْ /ُ ْH#ُ ‫ ِّ َ إِ ْن‬:‫ِ َ ا‬ éَ ِ َ َ ‫ا ا َ} َو َذ ُروا‬2(ُ ;‫ا ا‬2Hُ َ ‫َ آ‬ 9ِ ‫ ا‬-َ ‘% @َ َ9‫ ْن‬8 ِŠِ 2 ُ ‫َ ا}ِ َو َر‬ ِ ‫ْ ٍب‬ ‫ا‬2ُ<‫…ْ َذ‬Eَ ‫ا‬2ُ Nَ Aْ ;َ ْ َ: ‫ِ ْن‬ÛَE . Dَ ِHِ •ْ `ُ ‫ َن‬2iُ ِ َÞِ V ْ >ُ ِ)‫ا‬2َ `ْ َ‫أ‬ ‫ْ ُر ُءو ُس‬ >ُ َ َE ْ /ُ ْ¤ُU / ‫ َن‬2iُ َ €ْ ;ُ V‫َو‬ €ْ ;َMaksud: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada AllahSWT dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yangmasih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang yangberiman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenailarangan riba itu), maka ketahuilah kamu akan adanya peperangandari Allah SWT dan Rasul-Nya, (Akibatnya kamu tidak menemuiselamat). Jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialahpokok asal harta kamu, (dengan yang demikian) kamu tidak berlakuzalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah, 2:278-279)Selain daripada larangan transaksi riba, larangan yang dianggap dosabesar juga termasuk amalan rasuah. Tentang amalan ini ayat berikutmenerangkan dengan jelas larangan tersebut. Firman Allah SWT:‫ ِم‬ìXُ ْ ‫إِ َ¿ ا‬ -َ Nْ ِ ;َ ‫ا‬2ْ ُ:/ُ,ْ Bْ ُU@َ ‫ََوو‬ oِ ^ِ َÐْ ِ ْ >ُ َHْgَ ْ >ُ َ)‫ا‬2َ `ْ َ‫ا أ‬2ُ ™ُ ْ…َU V‫َو‬ 0 ‫ َن‬2iُ َ ِ ْf ِ ‫ا ِل ا“ ِس‬2َ `ْ َ‫ ً( ِ ْ أ‬0ِ Eَ ‫ا‬2ُ ™ُ ْ…َÔِ

Akhlak sebagai Cerminan Iman 103Maksud: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (oranglain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamumenghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim keranahendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusiadengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Baqarah 2:188)Larangan menuduh seseorang melakukan zina antara dosa besardalam rangka hubungan sosial antara sesama manusia. Firman Allah SWT:‫ْن‬Ùَ +ُ2‫ٌ ُ(و‬1ُِ ِKvِ\ْ Aَ ‫َ)ْ َر‬E‫َُ ٌرا‬2‫ء‬A+‫ ُُا‬,َcَ -َ َ.}َُ ِ„َ)ِJ‫وا‬Nَ‫رِ ََوأُن‬Ûْ َEَ‫…ا‬,ِ ً‫ا‬2َ ‫@•ا‬2َُ ُUًَ‫ْة‬Ã‫ََد‬S9ْ -ََْ‫ََوأ‬.:َ َ ُk ‫َ ِت‬Hxَ •ْ iُ ْ :‫ َن ا‬2`ُ ْ َ9 َ 9ِ ‫َوا‬ ْ -ُ َ: ‫ا‬2ُ َb(ْ ;َ V‫ةً َو‬1َ ْ \َ Dَ ِB iَ َk ِ :َ‫ ذ‬,ِ ْNَ« ْ ِ ‫ا‬2ُ َU َ 9ِ ‫ ا‬Vِ‫*إ‬Maksud: Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuanyang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakanempat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat;dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya;kerana mereka ialah orang yang fasik. Kecuali orang yang bertaubatsesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaikiamalannya, maka sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani. (Surah al-Nur, 24:4-5)Akhlak kemasyrakatan dalam bentuk larangan yang paling besarialah larangan membunuh. Dalam hal ini Allah SWT menjelaskan:Hً ِ •ْ `ُ oَ /َ §َ ْ َ ‫…ً َو‬Tَ َ Vِ‫ إ‬Hً ِ •ْ `ُ oَ /ُ (ْ ‘َ Jٍ‫ ْن‬bَ َ‫ٍ َر َ§أ‬ ِ •ْ iُ ِ: ‫ َن‬Žَ َ ‫َو‬‫ أَ ْن‬Vِ‫ ِ[ِ إ‬+ْ َ‫ إِ َ¿ أ‬Jٌ iَ َ `ُ Jٌ َ9ِ‫ َود‬Jٍ Hَ ِ •ْ `ُ ُ 0ِ •ْ /َ zَ ً…Tَ َُ 0ِ •ْ /َ zَ ٌ ِ •ْ `ُ 2َ +ُ ‫ْ َو‬ >ُ َ) ‫ ٍّو‬,ُ َ Äٍ 2ْ َ ْ ‫ِ ْن‬ÛEَ ‫ا‬2ُ ,xَ9 ِ ‫ َن‬Žَ

104 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamJٌ َ9,ِ Eَ ‫ ٌق‬pَ Kِ ْ -ُ Hَ ْgَ ‫َو‬ ْ >ُ Hَ ْgَ Äٍ 2ْ َ ْ ِ ‫ َن‬Žَ ‫ ْن‬8 Jٍ Hَ ِ •ْ `ُ Jٍ bَ §َ ‫َر‬‫ ُم‬Kَ xِ Eَ ,ْ ِ َ ْ َ: ْ iَ zَ Jٍ Hَ ِ •ْ `ُ Jٍ bَ §َ ‫َر‬ ُ 0ِ ْ2َ ‫َو‬ ِ[ِ +ْ َ‫أ‬ ¿َ ِ‫ إ‬Jٌ iَ َ `ُ3 iً Klِ vَ iً Kِ َ }ُ ‫ َن ا‬aَ ‫ ِ َ ا}ِ َو‬Jً َ 2ْ َU Dِ ْ Nَ ِ /َ /َ ُ ِ ْ0َ -ْ .َ Maksud: Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang Mukmin membunuh seorang Mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Sesiapa yang membunuh seorang Mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kifarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kifarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut- turut. (Hukum yang tersebut) datangnya dari Allah SWT untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). (Ingatlah) Allah SWT Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Nisa, 4: 92) Akhlak dalam aspek adab dan kesopanan pula seperti adabmeminta izin sebelum memasuki rumah, memberi dan membalassalam, adab dalam majlis dan kaedah berkomunikasi yang betul dalamkehidupan bermasyarakat yang ditekankan oleh al-Quran. Ayat berikutini menekankan tentang adab kesopanan ketika memasuki rumahdengan memberi salam dan meminta izin masuk. Firman Allah SWT: ‫ا‬2 ُ ِ ْ…َ/ْ َ ½ ³vَ ْ >ُ ِU2ُKُ« -َ ْ cَ ًU2ُKُ« ‫ا‬2ُ ُ ,ْ َU V ‫ا‬2ُHَ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا‬-َ ‘% َ@ َ9 è ‫ ُو َن‬#7َ َU ْ >ُ Nَ )َ ْ >ُ )َ -ٌ ْ َ ْ >ُ ِ)‫ َذ‬-َ ِ +ْ َ‫ أ‬Cَ َ ‫ا‬2iُ ِّ َ ُ ½‫َو‬

Akhlak sebagai Cerminan Iman 105oَ Kِ§ ‫ ْن‬8 ْ >ُ َ) ‫ُ ْ•ذَ َن‬9 ³vَ +َ 2ُ ُ ‫ن‬4ْ َ,َْ‫َ ْزأ‬Uَ‫ˆٌحأ‬2َ +َُEHَ \ُ‫اا‬,2ً Nvَُ ْ \َِ‫ ْر ُ>أ‬-َ َEKْKِzَ‫ا‬2‫و َا‬Nُ ,ُ\ِ Àِ!‫ْْ اَ َْر‬gُ َ)َ:>ُ ‫ ْن‬dِÛَEَ)ٌ Kِ َ ‫ َن‬2ُ iَ Nْ ;َ iَ ِ }ُ ‫)َ ُ> ْ َوا‬Jٍ َ<2lُ ْ `َ -َ ْ cَ ًU2Kُ «ُ ‫ا‬2ُ ُ ,ْ َUê ‫ َن‬2iُ /ُ >ْ َU َ ‫و َن َو‬,ُ ْb;ُ َ ُ َ Nْ ‘َ }ُ ‫ ٌع َ) ُ> ْ َوا‬/َ َ -َ Kِz Maksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). Sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin. Jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik. Cara yang demikian adalah lebih baik bagi kamu. (Ingatlah) Allah SWT Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya. (Ingatlah) Allah SWT mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. (Surah al-Nur, 24:27-29)Ayat ini dipertegaskan oleh Allah SWT dengan firman-Nya: ‫ َن‬Žَ }َ ‫ إِن ا‬+َ ‫دو‬% ‫ أَ ْو ُر‬-َ ْHِ َ َ vْ َ…ِ ‫ا‬2K% •َ َE Jٍ K•ِ َ/ِ ْ ُ/gِKّ vُ ‫ذَا‬8 5 ًbgِ vَ ‫ ٍء‬àْ َ ªِّ ُ Cَ َ Maksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Nisa’, 4:86)

106 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Manakala adab dalam majlis, Allah SWT berfirman: ‫ا‬2•ُ َ ْE َE Àِ ِ : mَ iَ ْ :‫ ا‬rِ ‫ا‬2•ُ Aَ َ; ْ >ُ َ) oَ Kِ§ ‫ا إِذَا‬2ُHَ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا‬-َ ‘% َ@ َ9 ‫ا‬2ُHَ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا ُ} ا‬Qِ َEْ َ9 ‫َ ْ ُ ُوا‬E ‫ ا ْ ُ ُوا‬oَ Kِ§ ‫ذَا‬8 ْ >ُ َ) }ُ ‫ ا‬ãِ َ Aْ ‘َ Ý -ٌ ِbَ ‫ َن‬2ُ iَ Nْ ;َ iَ ِ }ُ ‫ِ ْ َ َد َر َ\ ٍت َوا‬Nْ)‫ا ا‬2ُU‫ َ أُو‬9ِ ‫ْ ُ> ْ َوا‬HِMaksud: Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamumemberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), makalapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah SWT melapangkan (segalahalnya) untuk kamu. Apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,supaya Allah SWT meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu,dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu)beberapa darjat. (Ingatlah!) Allah SWT Maha mendalam pengetahuannyatentang apa yang kamu lakukan.(Surah al-Mujadalah, 58:11)Al-Quran juga menjelaskan kaedah berkomunikasi yang betul dalamhidup bermasyarakat, sebagaimana firman Allah SWT:Vْ >ُ‫ َو‬åُِّ)ِ iَ“Gْ ‫ ِتأَ ا‬2َْ َbSَْ2َ ‫ َْنق‬2َْ‫َأ‬Eüْ ٍ >ُNْ َÐِ َU‫ْا‬2َ >Sُ ْ َ‫أ‬íِ‫ا‬2NْNُ «َzَ ْ َU V ‫ا‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا‬-َ ‘% @َ َ9 -ْ mَ #َ ‫ ِل‬2ْ (َ ْ) ِ Šُ َ ‫ُوا‬ /ُ -َBْ ْ!@َ ‫ََو‬ ِ ‫ ُو َن‬Nُ –ْ َ ½ V ْMaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkatsuara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkansuara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengahkamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengah yanglain. (Larangan yang demikian) supaya amal kamu tidak hapus pahalanya,sedang kamu tidak menyedarinya. (Surah al-Hujurat, 49:2)

Akhlak sebagai Cerminan Iman 107Ketika berkomunikasi, menjaga perasaan sesama insan sangatditekankan oleh Islam, sebagaiman firman Allah SWT ini:‫ َوا ِن‬,ْ Nُ ْ)‫ْ ِ َوا‬f ِ ‫ا‬2ْ \َ Hَ َ¢َU ˆEَ ْ /ُ ْK\َ Hَ ;َ ‫ا إِ َذا‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا‬-َ ‘% @َ َ9 ‫ا ا َ} ا‬2(ُ ;‫ى َوا‬2َ (ْ Ô‫ َوا‬Rِّ ِ ْ) ِ ‫ا‬2ْ \َ Hَ ;َ ‫ ِل َو‬2 ُ :‫ ا‬Jِ Kَ xِ Nْ َ ‫َو‬‫ِي‬ ˜ ‫و َن‬žُ َ ْ2ُ ِ[ْ•َ ِ‫إ‬Maksud: Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesamasendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosadan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah. (Sebaliknya)berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertakwa. Hendaklah kamutetap bertakwa kepada Allah SWT yang kepadanya kamu semua akandihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu danmenerima balasan). (Surah al-Mujadalah, 58:9)Ayat ini menegaskan larangan berbisik-bisik antara dua orang untukmenjaga perasaan pihak yang ketiga. Sedangkan sikap beradab danlemah lembut amat dituntut oleh Allah SWT kepada umat Islam.Firman-Nya:hِ ْ (َ ْ)‫ ا‬6َ Kِ Ëَ €w zَ ?َ ْH#ُ 2ْ َ:‫ ْ َو‬-ُ َ: ?َ ْ“ِ ِ}‫ ِ َ ا‬Jٍ ¯َ ْ ‫ َر‬iَ ِbَErِ ْ +Dُ َ ‫وِِ ْر‬7ِّ 2َ.َ /َ ‫َو‬iُ ْ:ْ‫ا‬ -ُ َ: ْ Aِ Pْ /َ ْ ‫ْ َوا‬ -ُ ْHGَ ¡ُ Gْ Eَ َ ِ:2ْ vَ ْ ‫ا‬2í% Aَ Bْ V9 h% ِßُ }َ ‫إِن ا‬ ِ}‫ ا‬Cَ َ 8ْ 2َ /َ zَ ?َ ْ َ َ ِ ‫ِ َذا‬ÛَE ِ `ْ $‫ا‬Maksud: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah ruah) dari AllahSWT (kepadamu wahai Muhammad), Engkau bersikap lemah lembutkepada mereka (para sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkaubersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Olehitu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukanterhadapmu), pohonkanlah ampun bagi mereka, serta juga bermesyuaratlah

108 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu), maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya. (Surah Ali ‘Imran, 3:159). Ringkasnya semua ayat ini menekankan kepada adab kesopanandengan ayat pertama menerangkan cara berkomunikasi yang betuldengan Nabi secara tidak meninggikan suara melebihi Baginda SAW.Sedangkan ayat kedua pula, Allah SWT melarang umat Islam berbisik-bisik khususnya dalam perkara yang membawa kepada dosa. Seterusnyadalam ayat ketiga, memberikan panduan kepada umat Islam agarmencontohi Nabi Muhammad yang bersikap lemah lembut ketikaberkomunikasi dengan tidak berkeras hati atau bersikap kasar.Akhlak dalam Konteks KenegaraanAkhlak dalam konteks kenegaraan meliputi nilai akhlak yang berkaitanpemimpin dan kepimpinan dan hubungan antarabangsa. Umpamanyadalam konteks pemimpin seperti perintah mesyuarat dalam membuatkeputusan, perintah bersifat terbuka dan berhemah, perintah menjagamoral dan semangat rakyat. Firman Allah SWT yang menjelaskan perintahbermesyuarat:hِ ْ (َ ْ)‫ ا‬6َ Kِ Ëَ €w zَ ?َ ْH#ُ 2ْ َ:‫ ْ َو‬-ُ َ: ?َ ْ“ِ ِ}‫ ِ َ ا‬Jٍ ¯َ ْ ‫ َر‬iَ ِbَE rِ ْ +Dُ َ ‫وِِ ْر‬7ِّ 2َ.َ /َ ‫َو‬iُ ْ:ْ‫ا‬ -ُ َ: ْ Aِ Pْ /َ ْ ‫ْ َوا‬ -ُ ْHGَ ¡ُ Gْ َE َ ِ:2ْ vَ ْ ‫ا‬2í% Aَ Bْ V9 h% ِßُ }َ ‫إِن ا‬ ِ}‫ ا‬Cَ َ 8ْ 2َ /َ zَ ?َ ْ َ َ ِ ‫ِ َذا‬ÛEَ ِ `ْ $‫ا‬Maksud: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dariAllah SWT (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemahlembut kepada mereka (para Sahabat dan pengikutmu), dan kalaulahengkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukanterhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlahdengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu.Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat

Akhlak sebagai Cerminan Iman 109sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah SWT. Sesungguhnya AllahSWT mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya. (Surah Ali ‘Imran, 3:159) Manakala firman Allah SWT yang menyentuh tentang perintahbersifat terbuka dan berhemah, dan perintah tidak memulakan kejahatandijelaskan dalam ayat berikut:‫ ْر ِض‬$‫ ا‬rِ ‫ا‬2w ُ ُ ‫و َن‬,ُ 0ِ ُ9 V َ 9œِ ِ: -َ ُ Nَ ْúَ ُ‫َة‬ ِ t‫ا ُر ا‬W‫ِ ْ َ ا‬U : Dَ (ِ /iُ ْ ِ: Jُ bَ ِ Nَ ْ)‫َ َ ًدا َوا‬E V‫َو‬Maksud: Negeri akhirat (yang diterangkan nikmatnya) itu, Kami sediakanbagi orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihandi muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dankesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa. (Surah al-Qasas, 28:83)Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:‫َا ِم‬ Xَ ْ ‫ا ا‬Cَ,ِ َ mِ ‫ا‬2ْ ُ<‫و‬iََ ْ:N‫ِ َ; َا‬ ‫ب‬Vَِ ‫ َْ( َو‬Nِ‫او)ْ ُ‡ى‬2َ,%,(ُْ SÔ9َ ,ِ ‫َوا‬.‫ َْن‬Rَِّ‫ َِ}أ‬Äْ)ٍ ‫ا‬2‫ ْا‬Cَ‫ا÷َ} ُنإَِ َن‬2Hَ ُ.<‫ا َوَا‬2Nَْ (ُ ;َ>ُ;‫ا َواَو‬H‫ َِنو‬,ُِ ‫وا‬/ََْ Nْ,َْ ;َ Nُ Vْ)‫أَََوواْن‬ِ ْfMaksud: Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaumkerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid al-Haram itumendorong kamu menceroboh. Hendaklah kamu bertolong-tolonganuntuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Bertakwalahkepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT Maha berat azabseksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). (Surah al-Mai’dah, 5:2)

110 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamAyat pertama tersebut menjelaskan kedudukan orang yangmelaksanakan pemerintahan dengan baik dan tidak membawa kerosakanakan mendapat kedudukan yang baik di akhirat. Manakala ayat keduapula merupakan gambaran situasi zaman Nabi agar tidak melampauibatas ketika menguasai Mekah, iaitu dengan membuat pencerobohanterhadap rakyat bukan Islam yang berjaya ditawan. Bahkan sebagaipemerintah, adalah menjadi tuntutan kepada mereka untuk menjagamoral dan semangat rakyat sebagaimana yang dijelaskan dijelaskan dalamsurah al-Nisa’ (4:83-87) tersebut.Kenegaraan juga menyentuh tentang kewajipan rakyat. Dalamkonteks ini, ketaatan rakyat kepada Allah SWT, Rasul dan pemerintahadalah menjadi kewajipan. Firman Allah SWT:ِ `ْ $‫َوأُو ِ ا‬ ‫ َل‬2 ُ :‫ا ا‬2Nُ K^ِ َ‫َوأ‬ }َ ‫ا ا‬2Nُ K^ِ َ‫ا أ‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا‬-َ ‘% @َ َ9 ِ}vْ َ‫¿ َوأا‬-ٌَ ِْ‫َ إ‬ Eَ ‫ ٍء‬àْ َ rِ ْ /ُ Gْ ‫ َز‬Hَ ;َ ‫ِ ْن‬ÛَE ْ >ُ ْHِ‫إِ ْن‬ ˆ‫ ِل‬20ِ‫َ…ْ ُو‬U:‫َُوا‬ َ ُ‫دوه‬% ُ ِ :َ‫ذ‬ ِ ِ t‫ ِم ا‬2ْ َ•ْ ‫ َن ِ }ِ َوا‬2Hُ ِ •ْ ُU ْ /ُ ْH#ُ; َMaksud: Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah SWTdan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orangyang berkuasa) dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamumengembalikannya kepada (Kitab) Allah SWT (al-Quran) dan (sunnah)Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah SWT dan hariakhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elokpula kesudahannya. (Surah al-Nisa’, 4:59)Terdapat juga ayat yang menegaskan tentang kewajipan rakyatuntuk mentaati pemimpin. Firman Allah SWT:‫ ِل َو ِ ِي‬2 ُ ِ :‫َو‬ ِ[ ِ َE ‫ى‬ َ (ُ ْ)‫ا‬ oِ +ْ َ‫ِ ْ أ‬ ِŠِ 2 ُ ‫َر‬ Cَ َ }ُ ‫َ َء ا‬Eَ‫َ أ‬Jً )َ ‫ َن ُدو‬2>ُ َ9 V ْ<َ oِ Kِ¤ :‫ِ ا‬ ْ ‫ َوا‬Dِ ِ# َ iَ ْ:‫َوا‬ Íَ /َ •َ ْ ‫ َوا‬Îَ ْ (ُ ْ)‫ا‬

Akhlak sebagai Cerminan Iman 111ْ ™ُ -َ Bَ َ ‫وهُ َو‬7ُ Èُ َE ‫ ُل‬2 ُ :‫َ ُ™ ُ ا‬U‫ْ ُ> ْ َو َ آ‬Hِ ِ‫ ء‬Kَ ِHËْ $‫ ا‬Dَ ْ «َ â ‫ َ( ِب‬Nِ ْ)‫ ا‬,ُ 9,ِ .َ }َ ‫ا ا َ} إِن ا‬2(ُ ;‫ا َوا‬2-ُ /َ Bْ Eَ [ُ ْHGَMaksud: Apa yang Allah SWT kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad)dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang,maka adalah ia tertentu bagi Allah SWT, bagi Rasulullah, bagi kaumkerabat (Rasulullah), anak yatim, dan orang miskin serta orangmusafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itutidak hanya beredar antara orang kaya dalam kalangan kamu. Apajua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu makaterimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamumelakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Bertakwalah kamu kepadaAllah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT amatlah berat azabseksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya). (Surah al-Hasyr, 59:7)Selain mentaati pemimpin, persiapan membela negara juga menjadikewajipan rakyat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:‫ َُ}ن‬2‫ا‬bُ ِ+ُ ْ-ُ ُUBَ 2oِ iُ ْKَ Çَ Nْْ ;َ ‫ا‬ ‫ِط‬ َ ِ‫ِ ْ ر‬ ‫ ٍ> َو‬2ُ ْ ِ ْ /ُ Nْ Tَ /َ ْ ‫َ ا‬ ْ -ُ َ: ‫وا‬,% ِ َ‫َوأ‬ Vْ -ِ ِ<‫ُدو‬ ْ ِ َ 0ِ َ ‫َوآ‬ ِ}‫و ا‬,ُ َ ِ[ِْ >ُ ْ•َ ِ‫ف إ‬2َ ُ9 ِ}‫ا‬ oِ Kِ¤ َ rِ ‫ ٍء‬àْ َ ْ ْ ™ُ ‫و‬,ُ َ ‫َو‬ َ ‫ ْ َو‬-ُ iُ َ Nْ ‘َ ِ ‫ا‬2(ُ Aِ ْH;ُ €ْ ;ُ V ْ /ُ Bْ @َ ‫َو‬ \" ‫ َن‬2iُ َMaksud: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkudayang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuhAllah SWT dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yangkamu tidak mengetahuinya; sedang Allah SWT mengetahuinya. Apa sahajayang kamu belanjakan pada jalan Allah SWT akan disempurnakanbalasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah al-Anfal, 8:60)

112 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Manakala dalam konteks hubungan antarabangsa, Islam mengaturakhlak yang tertentu seperti setia dan patuh kepada perjanjiansebagaimana firman Allah SWT: ‫ ِد‬2(ُ Nُ ْ) ِ ‫ا‬2Eُ ‫ا أَ ْو‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا‬-َ ‘% @َ َ9 Maksud: Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian. (Surah al-Mai’dah, 5:1) Firman-Nya lagi: +َ ,ِ Kِ#2ْ َU ,َ Nْ «َ ‫ َن‬iَ ‘ْ $‫ا ا‬2íُ (ُ ْH;َ V‫ ُ; ْ َو‬,ْ +َ £َ ‫ ا}ِ إِذَا‬,ِ -ْ Nَ ِ ‫ا‬2ُE‫َوأَ ْو‬ ? ‫ َن‬2ُ Nَ Aْ ;َ َ ُ َ Nْ ‘َ }َ ‫ˆ إِن ا‬KِA#َ ْ >ُ ْKَ َ }َ ‫ ُ ا‬/ُ ْ Nَ \َ ,ْ َ ‫َو‬Maksud: Dan sempurnakanlah pesanan dan perintah Allah SWTapabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli)sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama AllahSWT), sedang kamu menjadikan Allah SWT sebagai Penjamin kebaikankamu; sesungguhnya Allah SWT sedia mengetahui akan apa yang kamulakukan. (Surah al-Nahl, 16:91)Selain melaksanakan perjanjian, perhubungan antarabangsa dalamIslam juga menekankan persaudaraan manusia sejagat dan peraturanpeperangan. Berhubung hal persaudaraan dalam Islam, Allah SWTberfirman:ْ ™ُ Hَ ْ Nَ \َ ‫َو‬ ±َ Bْ @ُ ‫ٍ َو‬ #َ ‫ِ ْ َذ‬ َ ْ ™ُ Hَ (ْ َ َ <ِ‫ُس إ‬ “‫ا‬ -َ ‘% @َ َ9‫َ@ ْ; َ( ُ™ ْ إِن‬ ِ}‫ ا‬,َ ْHِ ْ >ُ َ ™ْ َ‫ا إِن أ‬2Eُ ‫َر‬ Nَ َÔِ oَ ِ¦ bَ §َ ‫َو‬ ً 2Nُ .ُ ¾ -ٌ ِbَ ٌ Kِ َ }َ ‫ا‬

Akhlak sebagai Cerminan Iman 113Maksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakankamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagaibangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramahmesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-muliakamu di sisi Allah SWT ialah orang yang lebih takwanya antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya AllahSWT Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya (akankeadaan dan amalan kamu).(Surah al-Hujurat, 49:13) Manakala dalam hal mematuhi paraturan peperangan, Allah SWTmenegaskan dalam beberapa ayat. Antaranya ialah pengistiharan peranghanya boleh dilakukan kepada orang yang memerangi Islam. Hal inisebagaimana firman-Nya: }َْْْ +++ُُُ 222‫ُنُُ\ُا‬/ِUِ§ْ ِ‫َ َْ(إ‬E;ُ‫َْوأَوا‬,Vُ ‡ُ/َ ْ2‫و‬Nَْ ُ+ُ;ََU2oِ َiVُ ْ//ُ (‫َْوَن‬Aْ ْ)ِÛ(ِ‫َا‬Eَْf>ِ[َُ nKُِ ِzَ<ْK2,vْ%َ ُ‡.َُِU2َْ‫َ(ُأ‬+ُِU‘Jُُ2(Hََ ُ ْ/‘َُ /ُAِ 9§ْ³ْ)ِ ‫ ََوواا‬v‫ا ُ‡ِم ْ}ِ@ َا‬2‫\َ َا‬Xَُoْ ِ9,َِ K‫ِْا‬¤/َ ,ِ Nََْ‫أ‬mِiُ ْn:rُ‫ ِْا‬hiْKَ %‫ْا‬v2:َ ‫ِا‬ßُ ,َُِUْْHَVِ ‫َِو‬ A َ 0ِ ِEìَ ْ)‫ِ َ َ\ َا ُء ا‬:7َ #َMaksud: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan)agama Allah SWT akan orang yang memerangi kamu, dan janganlahkamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnyaAllah SWT tidak suka kepada orang yang menceroboh. Dan bunuhlahmereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapatimereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka mengusir kamu.(Ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripadapembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidal-Haram sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu, kalaumereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlahbalasan bagi orang yang kafir. (Surah al-Baqarah, 2:190-191)

114 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Keharusan memerangi orang yang memerangi Islam juga dipertegaskandalam ayat yang lain sebagaimana firman Allah SWT ini: ٌ 9,ِ (َ َ) ْ ِ+ِBْ َ< Cَ َ }َ ‫ن ا‬8 ‫ا‬2iُ ِ 3ُ ْ -ُ BÃَ ِ ‫ َن‬2ُ َU (َ ‘ُ َ 9ِœِ : ‫أُذِ َن‬Maksud: Diizinkan berperang bagi orang (Islam) yang diperangi (olehgolongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka dianiaya; dansesungguhnya Allah SWT amat berkuasa untuk menolong mereka(mencapai kemenangan). (Surah al-Hajj, 22:39)Selain itu, pengkhianat negara diharuskan untuk dibunuh keranasikap mereka membahayakan agama, penganut, serta negara Islam.Firman Allah SWT:ُ iَ Cُ ْ -ُ `َ 2ْ َ ‫ا‬2Hُ َ ‡ُْ…ْ 20َ +‫َُُو‬:Dِ2َ ُْ Nْ /ُ‡ُ‘§َْ 2‫وا‬Hَُْ ََ:ْْ…‫َْن‬9+ُ ِÛ‫َنو‬Eْ 7ُ َ‫أ‬È-َُ ‫َن‬KَEِz‫و‬,ْ‫ ُا‬2-ُ0ِ‘َُ ,ُِ9ِ#ْ9‫أُ ََ@ْر‬0‫ا‬2ِJِ A%Hََ >ْ/ُ ‫آ‬Aِ ْ)‫َان‬0َ ‫َو¿َو‬,ُِ‫ َإ‬mَِ‫وا‬/َ‫د‬% َ‫ر‬:ُ ‫ا‬ْ >ُ ْ•َ ِ‫ا إ‬2(ُ ْ 0ُ ‫ْ َو‬ +ُ 2iُ /ُ Aْ (ِ َf nُ ْKvَ ? Hً gِbُ ً< Tَ ْ ُ ْ -ِ ْKَ َ ْ >ُ َ) Hَ ْ Nَ \َ ْ >ُ ِ„َ)‫َوأُو‬Maksud: Kamu juga akan dapati golongan yang lain (yang pura-puraIslam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknyamereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman daripihak kaumnya (yang masih kafir). Setiap kali mereka diajak kepadafitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu,jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atauberpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaiankepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripadamemerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan merekadan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; keranamerekalah orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terangnyata untuk bertindak terhadapnya. (Surah al-Nisa’, 4:91)

Akhlak sebagai Cerminan Iman 115 Semua ayat ini menyuruh umat Islam untuk berperang jikadiperangi, namun mereka perlu mematuhi peraturan peperangan sepertitidak berperang di Tanah Haram.Akhlak dalam Konteks AgamaAkhlak dalam konteks agama meliputi nilai keagamaan seperti berimankepada Allah SWT, bersyukur terhadap segala nikmat-Nya, menyerahkansegala takdir dan nasib kepada-Nya, patuh dan melaksanakan ibadahkepada-Nya sebagaimana disyariatkan, berdoa dan memohon sesuatuhanya kepada-Nya, kecintaan hanya kepada-Nya, dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu. Beriman kepada Allah SWT ialah contoh berakhlak kepada-Nya,sebagaimana firman-Nya: D‫ن‬Dََََ 2>«ِْ ِKvُِّE‫ِوا‬¤2َ ‫َ“و‬iَُ)ْD‫و‬:‫ِاب َوءَِواََا‬#Ñ‫ب‬Òَِ‫ ِة‬Žَِ َ Pَْ/:‫اَن‬i:liََِ‫ْْ َاو‬2::Ï‫َوءِاَََُو(و)اْا‬/‫وقآ‬iÍَُِ َِJْ:َžَِ‫ةْا‬l…َ ˆَÐُْ/َِْ¦َ•+‫ُˆا‬ixَْ ْ‫ا‬:r‫َاو‬iَ:َِ‫ْا‬o:Î‫ََ„وَِمَا‬bَ َ)ََِ‫ِْو‬0َ‫ا> ِ)َْوَُِِْأُو(أ‬t‫ ِا ُب‬x2‫ ُاي‬+ََ,‫م‬:َِِِ‫اّو‬22ْ‫َو‬S:‫ ْ َُ•َا\َذ‬u‫َِ َِوو[ُِااو‬bّ‫و‬,َ‫ُا‬v2ِ}9ُ +َِ)%Dَ2َ£C‫َُا‬Uِِ َ ِ ¦َ‫َ)َإَِل„ِأََذ َا َْن‬:R‫ َِوواآ‬iَُْ‫ِْْ)ْأ‬:+o‫ َاِسا‬À,KِِÏِ¤Rْ-ََْ…َِÐ‫آ‬Nَْgْْ)‫َِو‬:َ)‫ااا‬Maksud: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkanmuka ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannyaseseorang kepada Allah SWT, hari akhirat, para malaikat, segala kitab,dan sekalian Nabi. (Seterusnya) menderma seseorang akan hartanyayang disayangi kepada kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, orangyang terlantar dalam perjalanan, kepada orang yang meminta, dan kepadaorang yang memerdekakan hamba abdi. (Selain itu) mengerjakanseseorang akan solat serta mengeluarkan zakat, perbuatan orang yangmenyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian;ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dalam masakesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang

116 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam sabil. Orang yang demikian sifatnya) mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) serta mereka itulah juga orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah, 2:177) Manakala bersyukur terhadap segala nikmat yang dikurniakanoleh-Nya pula dijelaskan dalam satu firman Allah SWT:َ ‫َر ِّـ‬ ِْ ِ ãْ ِbّ َ Eَ E َ 0ِ2(ْ iُ ْ ِ: £ً /َ َ ‫ِ َةً َو‬#7ْ َU +َ Hَ ْ Nَ \َ ُ ْŸَ F ِ K€ِ Nَ ْ)‫ا‬Maksud: Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagaiperingatan (bagi orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dansebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang musafir. Olehyang demikian (wahai orang yang lalai), bertasbihlah dengan memujinama Tuhanmu yang Maha besar (sebagai tanda bersyukur akan nikmat-Nya itu). (Surah al-Waqi‘ah, 56:73-74)Manakala aklak dalam konteks menyerahkan segala takdir dannasib kepada Allah SWT dapat dihayati daripada surah al-Kahfi yangmenyatakan:ْ ‫ـ‬#ُ ْ‫— َ َ– ءَ ا ُ} َواذ‬ ‫أَ ْن‬ Vْ $ِ‫ إ‬äÎِّ ‫ا َر‬,ً ِ Ëََ9,ِ -َْ ‘َ ِ :َ‫أَ ْنذ‬oٌùِ َ َEَ ‰ِّ ِ‫ ٍء إ‬Mْ َ ِ : َ َ)2(ُ َ; V‫َو‬æ ‫ا‬,ً .َ ‫ا َر‬7َ +َ ْ ِ ‫َ َب‬ oْ ُ ‫ َ? َو‬Kِ ‫َ إِذَا‬ ‫َر‬Maksud: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendakdikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudiannanti.” Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah!”Ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah:“Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebihdekat dan lebih terang dari ini.” (Surah al-Kahfi, 18:23)

Akhlak sebagai Cerminan Iman 117 Selain menyerah takdir kepada Allah SWT, patuh dan melaksanakanibadah kepada-Nya sebagaimana disyariatkan juga merupakan tuntutanakhlak dalam konteks agama. Firman Allah SWT:Cَ َ ‫َو‬ ‫ ًدا‬2Nُ §ُ ‫َو‬ ً Kَ ِ§ }َ ‫ا‬ ‫ ُوا‬#ُ ْ‫ذ‬ Eَ 2َْ‫َˆ`<َة‬Ãْ iَ x^ً ْ ‫ا‬/َ :ِ#‫ِ َذاا‬ÛDَُEَ /ُ ِHْKْ ِíَ>•ُْ َiُ ِْ:‫ا‬2‫ا‬C‫َذ‬Hُ َ \ِÛَُ Eَ?ْ َ<Žَ َ‫ˆة‬x:‫ا‬ ‫إِن‬ َ‫ˆة‬x:‫ا‬ ‫ا‬2iُ Kِ§َ…َE ْ /ُ ْ ًU2ُ GMaksud: Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, makahendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah SWT semasa kamuberdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabilakamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlahsolat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat ituialah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman yang tertentuwaktunya. (Surah al-Nisa’, 4:103)Ayat ini dipertegaskan lagi dengan firman Allah SWT berikut:‫ ِ إِن‬mْ Aَ ْ)‫ َو ُ ْآ َن ا‬oِ ْK :‫ا‬ ِ َ Ëَ ¿َ ِ‫إ‬ Àِ iْ –:‫ا‬ ‫ ِك‬2ُ:Wُ ِ َ‫ˆة‬x:‫ا‬ ِ ِ َ ‫أ‬ H ‫ ًدا‬2-ُ –ْ `َ ‫ َن‬Žَ ِ mْ Aَ ْ)‫ُ ْآ َن ا‬ Maksud: Dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (Surah al-Isra’, 17:78) Dalam ayat yang lain pula, Allah SWT menyuruh manusia berdoadan memohon pertolongan hanya kepada-Nya. Firman-Nya:

118 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Ù Dُ Nِ /َ ْ َ ‫ َك‬98 ,ُ bُ Nْ Bَ ‫ َك‬9ِ‫إ‬ Maksud: Engkaulah sahaja (ya Allah SWT) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah, 1:5)Firman Allah SWT lagi: \" ‫ َن‬2Nُ \ِ ‫ِ ْ َرا‬-ِّ ‫ ْ إِ َ¿ َر‬-ُ Bَ@ Jٌ َ \ِ ‫ ْ َو‬-ُ ُ 2ُ ُ ‫ا َو‬2ْ َU‫ َن َ آ‬2ُU•ْ ُ9 َ 9ِ ‫َوا‬Maksud: Dan orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hatimereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka. (Surah al-Mukminun, 23:60)Seterusnya, umat Islam dituntut untuk mencintai Allah SWTmelebihi kecintaan terhadap yang lain daripada-Nya. Firman-Nya:hِّ •ُ #َ ْ -ُ Bَ 2b% ِßُ ‫ا ًدا‬,َ ْ<@َ ِ}‫ا‬ ‫ِ ْ ُدو ِن‬ 7ُ Èِ /‘َ ْ َ ‫َو ِ َ ا“ ِس‬ْ‫ا إِذ‬2iُ َ 3َ َ 9ِ ‫َ َى ا‬9 2ْ َ:‫َو‬ ِ}ِ bw vُ ,% .َ َ‫ا أ‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫ا}ِ َوا‬I ‫ا ِب‬7َ Nَ ْ)‫ ا‬,ُ 9,ِ .َ }َ ‫ا‬ ‫َوأَن‬ َ‫ة‬2(ُ ْ)‫ا‬ َ ‫ا َب‬7َ Nَ ْ)‫َ َ ْو َن ا‬9 Nً K•ِ َ ِ}ِ ‫أن‬Maksud: (Walaupun demikian) ada juga antara manusia yang mengambilselain dari Allah SWT (untuk menjadi) sekutu (Allah SWT). Merekamencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintaiAllah SWT sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepadaAllah SWT. Kalaulah orang yang melakukan kezaliman (syirik) itumengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawasesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi AllahSWT, dan bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha berat azab seksa-Nya,(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al-Baqarah, 2:165)

Akhlak sebagai Cerminan Iman 119 Akhir sekali, akhlak seorang manusia yang paling utama dalamkonteks agama ialah tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatuperkara yang lain. Hal ini dapat dilihat dalam firman-Nya:َ ْk ‫َوا‬ َ Tَ «َ َ ‫َو‬ -َ ْHِ َ َ Kِ}-َ 3َ ‫ َِن‬2َ ‫ا‬i2ُ َ‡Jُ Nžِْ َ ;َ ْvِ ُV½‫ا‬2َ‫ ْن‬Aَ ََ‫}ِاَو)ْأ‬Îِِّ ‫ا‬X‫ ََْر‬Cَ‫ َ َما‬-ِ vَْ‫ا‬2Pَ ُ:ِ 2iَ(ُ*َB;َ ِْ‫نإ‬Ðَْ oْ َْ‫ََُوواأ‬ً< Tَ ْ ُ ِ[ِ ‫ ْل‬Óِّ َ ‘ُ ْ َ: Maksud: Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; perbuatan dosa; perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar. (Diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah SWT sedang Allah SWT tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya). (Diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah SWT sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah al-A‘raf, 7:33)Begitu juga dengan firman Allah SWT: ‫ ْك ِ }ِ إِن‬žِ ْ ُ ½ V 6َ «ُ َ9 [ُ €ُ Nِ َ9 2َ +ُ ‫ِ[ِ َو‬Hْ V ‫ ُن‬iَ (ْ )ُ ‫ذْ َ َل‬8 ¾ ٌ K€ِ َ ٌ ْ €ُ َ) ‫ َك‬žْ ِّ :‫ا‬ Maksud: Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu ialah satu kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, 13:31)Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan tentang peri pentingnya umatIslam memelihara diri dari terjerumus dalam perlakuan syirik kepadaAllah SWT.

120 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamAKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIASeperti mata pelajaran akidah, akhlak ialah teras kepada pendidikanIslam di peringkat KBSR dan KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988, 1997). Akhlak bukan sahaja disediakan sebagai silibus yangkhusus, malah turut dimuatkan ke dalam beberapa bidang lain sepertial-Quran, hadis dan akidah. Skop dan isi kandungan akhlak dan adabdalam Pendidikan Islam merangkumi perkara seperti akhlak dan adabdalam menuntut ilmu, akhlak dan adab dengan al-Quran, akhlak danadab terhadap Allah SWT dan Rasul, akhlak dan adab dalammenunaikan ibadah, akhlak, dan adab dalam kehidupan seharian,akhlak dan adab terhadap ibu bapa dan keluarga, dan akhlak dan adabdalam kehidupan bersosial (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR,2002; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002). Secarakeseluruhannya, skop dan isi kandungan komponen akhlak dan adabdalam Pendidikan Islam di Malaysia adalah selaras dengan keperluanpendidikan yang disarankan oleh tokoh akhlak Islam seperti IbnMiskawayh, Imam al-Ghazali, dan Muhammad Abdullah Darraz (Darraz,1987).RUMUSANBab ini mengupas secara mendalam konsep akhlak Islam dan hubungannyadengan akidah seseorang. Selain itu, konsep dan sumber akhlak Islamjuga disingkap untuk memahami pengertian akhlak dalam Islam.Pembahagian akhlak Islam juga dibincangkan dengan mendalam yangmenyentuh kepada akhlak dalam konteks perseorangan, akhlak dalamkonteks kekeluargaan, akhlak dalam konteks kemasyarakatan, akhlakdalam konteks kenegaraan, dan akhlak dalam konteks agama. Akhirsekali bab ini juga membincangkan akhlak dalam konteks PendidikanIslam di Malaysia.

ISU DAN CABARAN AKIDAH KOTEMPORARIPENGENALANBab ini akan memperhalusi latar belakang akidah umat Islam yang perlukepada perhatian khusus serta mendalam. Selain itu, isu dan cabaranakidah umat Islam khusus akidah remaja turut dibincangkan.LATAR BELAKANG AKIDAH ISLAMKeperluan kepada agama wujud secara fitrah dalam diri semua manusia(Muhamad Nur, Ismail dan Abdullah, 1981; Said, 1996). Susunan zatmanusia terdiri daripada naluri, pancaindera, dan perasaan. Allah SWTmenciptakan zat ini untuk memacu manusia agar mampu mengetahuisesuatu yang memberi kebaikan kepada diri manusia itu sendiri. Zatini juga secara fitrahnya mengakui bahawa manusia itu sendiri bersifatlemah dan tidak berupaya menanggapi sesuatu yang berada di luarkemampuannya. Zat ini perlu disuburkan melalui pendidikan yangberterusan dan diberi panduan yang jelas bagi mengelak manusia kelirudalam menentukan arah hidup. Kekeliruan inilah yang akan menyebabkanmanusia meneroka pelbagai jenis kepercayaan dan kefahaman mengikutapa yang manusia fikir dan sangkakan (Muhamad Nur, Ismail danAbdullah, 1981). Oleh kerana itu, maka Islam diturunkan kepadamanusia. Tujuannya adalah untuk membina dan membangunkan seluruhaspek keperluan manusia berasaskan akidah. Islam diturunkan denganmembawa keyakinan dan kepercayaan yang mutlak terhadap terhadap

122 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamAllah SWT sebagai Tuhan, ikutan, panduan, dan pegangan. Ataukepercayaan dan keyakinan yang bersungguh-sungguh akan adanya AllahSWT dan mematuhi segala perintah dan larangan-Nya tanpa sebarangkeraguan dan syak wasangka. Akidah inilah yang akan menentukanperjalanan hidup manusia ke arah keamanan dan keharmonian yangabadi (Mahmud, 1966; Sabiq, 2000; Yasin, 1991). Pengabaian kepada fitrah ini serta segala yang bersangkutan dengannyaakan menyebabkan sistem hidup dan akhlak kemanusiaan merosot ketahap yang bertentangan dengan norma asal kehidupan. Amran (1993)dalam dapatan kajiannya menjelaskan, faktor utama kemerosotan akhlakremaja adalah kurang pengetahuan agama atau tiada langsung didikanagama. Kajian ini turut disokong oleh satu kajian yang dibuat olehRoosmawaty (1997) yang mendapati, semakin tinggi kadar penghayatanIslam seseorang pelajar maka semakin tinggi nilai akhlaknya, dan begitulahsebaliknya. Dalam hal ini, Haron et al. (1988) menjelaskan, faktorkurang pengetahuan agama atau penghayatan keagamaan yang menjadipunca kemerosotan akhlak para pelajar bermaksud mereka tidakdidedahkan sepenuhnya dengan pendidikan keagamaan khususnya perkarayang membabitkan konsep asas agama, iaitu perkara yang bersangkutandengan akidah. Signifikan keperluan akidah kepada diri manusia boleh dilihat padatempoh 13 tahun pertama penurunan wahyu dan penyebaran dakwahRasulullah SAW di Mekah. Tempoh 13 tahun ialah satu masa yangpanjang. Fokus dakwah pada ketika itu tertumpu kepada usaha mendidikdan menyerapkan akidah Islam kepada penduduk Mekah. Hal inimembuktikan bahawa akidah memiliki keistimewaan tersendiri yangluar biasa dalam membentuk jiwa dan peribadi manusia. Syed MuhammadQutb (1992) menyifatkan ayat al-Quran yang diturunkan pada zamantersebut, iaitu 13 tahun pertama penurunan wahyu berupayamenyelesaikan satu persoalan yang besar, iaitu akidah. Rungkaian kepadapersoalan inilah yang menyelesaikan permasalahan kehidupan yangmembabitkan hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusiadengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Al-Mun‘im (1987) menyatakan bahawa jumhur ulama bersepakatmerujuk akidah dan iman kepada maksud yang sama, iaitu sesuatuyang diktiraf oleh hati, lidah, dan seluruh angota tubuh badan manusia.Sabiq (2000) menyatakan, iman adalah gambaran kepada akidah yangberfungsi sebagai asas kepada syariat Islam. Syariat Islam inilah yang

Isu dan Cabaran Akidah Kontemporari 123memancarkan segala cabang Islam yang lain. Perbuatan (al-‘amal) pulamerupakan gambaran kepada perlaksanaan syariat Islam. Sedangkanperbuatan tersebut pula merupakan satu subjek yang akan didasarkankembali kepada iman dan akidah. Justeru, iman dan amal atau akidahdan syariat adalah saling berkaitan antara satu sama lain sepertihubungan antara sebab dan musabbab, atau mukaddimah dan natijah.Syariat menurut Mahmud (1966) merujuk kepada peraturan yangdiciptakan oleh Allah SWT agar manusia berpegang kepadanya dalammelaksanakan hubungan dengan Tuhan, hubungan sesama Islam,hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam semesta dan hubunganmanusia dengan kehidupan secara keseluruhan. Mahmud (1966) jugaberpendapat, sesiapa yang mengaku beriman dengan akidah, tetapi padamasa yang sama mengabaikan syariat atau sebaliknya, maka seseorangitu tidak dikatakan Muslim di sisi Allah SWT. Hubungan akidah dansyariat ini sabit dalam firman-Nya: ° ‫دا‬w ‫ ْ َ¯ ُ ُو‬:‫ ُ ا‬-ُ َ: oُ Nَ mْ Kَ َ ‫ ِت‬Xَ ِ x:‫ا ا‬2ُ iِ َ ‫ا َو‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫إِن ا‬Maksud: Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, AllahSWT yang melimpah-limpah rahmat-Nya akan menanamkan bagi merekahati orang ramai perasaan kasih sayang. (Surah Maryam, 19:96)Manakala firman-Nya di tempat lain menyebut:ً‫ة‬ Kَ vَ [ُ Hgَ ِK•ْ Hُ َ Eَ ٌ ِ •ْ `ُ 2َ +ُ ‫َو‬ ±َ Bْ @ُ ‫أَ ْو‬ ٍ #َ ‫َذ‬ ِْ Xً ِ Sَ oَ iِ َ َْ  ² ‫ َن‬2ُ iَ Nْ ‘َ ‫ا‬2ُ<Žَ َ ِ َ vْ َ…ِ ْ +ُ َ \ْ َ‫أ‬ -ُ H0َ ِ mْ َ“َ ‫َو‬ Jً bَ ِKّ ^َ ْMaksud: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedangdia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan diadengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalasmereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yangmereka kerjakan. (Surah al-Nahl, 16:97)

124 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Al-Qaradhawi (2001) menyatakan, hubungan antara akidah dansyariat diterjemahkan dalam bentuk ibadah yang bermaksud bakti(khidmat) kepada Tuhan atau perbuatan dan amalan yang dilakukansebagai bakti kepada atau kerana Tuhan. Menurutnya lagi, ibadahjuga bermaksud tunduk semata-mata mahu mengAgongkan zat yangdisembah (Allah SWT). Ibadah yang disyariatkan harus mempunyaidua unsur, iaitu;(1) Berpegang teguh kepada apa yang disyariatkan oleh Allah SWT dan apa yang diserukan oleh rasul-Nya baik berupa perintah atau larangan, mahupun yang bersifat menghalalkan dan mengharamkan, dan inilah yang dilambangkan dengan unsur taat dan tunduk kepada Allah SWT.(2) Sikap berpegang teguh tersebut mestilah bersumber dari rasa cinta kepada Allah SWT kerana tidak ada dalam wujud ini, makhluk yang lebih berhak dicintai selain Allah SWT. Al-Qaradhawi (2001) merumuskan hakikat ibadah yang sebenaradalah lebih luas dari apa yang manusia sering gambarkan. Ibadahtidak hanya terhad kepada pengertian ibadah khusus seperti solat, puasa,zakat, haji, dan ibadah lain yang bersangkutan dengannya. Ibadahmeliputi seluruh cakerawala manusia dan menjadi tujuan hidup manusia.Ibadah mencakupi seluruh perkataan dan perbuatan yang diredaiAllah SWT. Jelasnya, ibadah merupakan manifestasi perlaksanaan syariatseseorang hamba bagi membuktikan keimanannya kepada Allah SWT. Ibn Khaldun (2002) berpendapat, akidah mestilah ditandai dengantindakan dan ibadah seseorang, kesan daripada pencapaian rasa taatdan kepatuhan yang tidak berbelah bagi terhadap keesaan Allah SWT.Fungsi ibadah adalah untuk membentuk akhlak dan melembutkan budipekerti. Akhlak bertitik tolak dari pengabdian seseorang kepada AllahSWT dengan mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.Pengukur kepada penilaian akhlak seseorang sama ada baik atau burukadalah dengan melihat kepada sejauh mana penghayatan seseorangterhadap kandungan al-Quran secara keseluruhan. Manusia yangberibadah sentiasa melatih diri untuk taat kepada prinsip syariat yangdigariskan berdasarkan al-Quran dan Hadis. Hal ini merupakan hakikatdan tujuan manusia dijadikan. Firman Allah SWT:

Isu dan Cabaran Akidah Kontemporari 125 L ‫و ِن‬,ُ bُ Nْ •َ ِ Vِ‫ إ‬Àَ ْ ‫ َوا‬áِْ ‫َو َ َ َ ْ( ُ? ا‬Maksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia,melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat, 51:56)Kesimpulannya, akidah ialah asas kepada keseluruhan binaan dalamIslam khususnya akhlak. Hubungan antara akidah dan akhlak jelasmelalui penelitian terhadap hubungan antara dua rukun iman, iaituiman kepada Allah SWT dan iman kepada hari akhirat. Rantaian akidah,syariat, ibadah, dan akhlak ialah asas kepada pembinaan seluruhkehidupan dalam Islam. Kekuatan akidah, kepatuhan kepada syariat,keikhlasan dalam beribadah akan mempengaruhi tingkah laku atauakhlak seseorang ke arah manfaat kepada diri, keluarga, bangsa, masyarakatdan negara. Hubungan akidah, syariat dan ibadah sabit secara jelasdalam al-Quran, antaranya firman Allah SWT ini:,ٌ vِ ‫ َوا‬Šٌ َ ِ‫ ُ> ْ إ‬-ُ َ:ِ‫ إ‬iَ B@َ ¿َ ِ‫ َ¸ إ‬2ُ9 ْ >ُ ُ ْpِ žٌ َ َ َ<@َ iَ Bِ‫ إ‬oْ ُ‫ ْك‬žِ ْ ُ — ˆiَ Gَ oْ iَ Nْ Kَ ْ Eَ ِ[ِّ ‫َر‬ ‫ )ِ َ( َء‬2\ُ ْ َ9 ‫ َن‬Žَ ْ iَ zَ V‫َو‬ Xً ِ Sَ M ‫ا‬,ً vَ َ‫ َدةِ َر ِّ[ِ أ‬bَ Nِ ِ Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku, bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu. Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi, 18:110)Berdasarkan ayat ini, penegasan tentang Tuhan yang Esa tanpamempersekutukan sesuatu apa pun dengan-Nya ialah teras kepada akidahyang mesti dipertahankan setiap umat Islam sehingga akhir hayat.

126 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamISU DAN CABARAN AKIDAH KONTEMPORARIPendidikan dan ilmu dalam Islam melangkaui batas akademik danpeperiksaan. Pendidikan seharusnya mampu membentuk individu yangberilmu secara mendalam tentang Islam sehingga boleh menjadi petunjukkepada dirinya (Khursyid Ahmad, 1966). Asas utama kepada ilmu dalamIslam ialah akidah kerana akidah ialah kuasa yang dapat menjauhkanseseorang manusia dari melakukan perkara yang bertentangan dengannilai keislaman. Akidah yang benar hanya boleh diperolehi melaluikekuatan ilmu dan gabungan antara dalil naqli dan fakta yang logik(al-Ghazali, 1939). Said (1996) berpendapat, mempelajari dan memahamiakidah dapat memimpin dan memandu manusia dalam pembinaanperibadi Mukmin yang kamil, iaitu peribadi yang berperilaku secarawajar bagi menjadi seorang Mukmin yang terbaik di tengah-tengahkemanusiaan yang beriman. Nik Aziz (1998) berpendapat, kekuatanakidah ialah satu daripada empat kekuatan asas yang harus dikuasaioleh remaja bagi membersihkan jiwa, fikiran dan perlakuan daripadamelakukan sebarang perkara yang tidak bermanfaat. Oleh kerana itu,program pendidikan yang bertujuan untuk membantu remaja membinakekuatan akidah hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bijaksana.Menurut beliau, pembinaan kekuatan akidah adalah saling berkaitandengan pembinaan tabiat hidup yang baik. Penguasaan akidahmembolehkan manusia mengenali diri mereka sendiri dan meninggalkankesan tingkah laku mereka terhadap orang lain. Al-Qaradhawi (2000) berpendapat, usaha berterusan dalammemantapkan akidah dalam masyarakat Islam mampu menangkis segalakebatilan golongan pendusta dan keraguan golongan-golongan yangmenyesatkan. Masyarakat yang beriltizam dengan akidah dapatmerealisasikan sesuatu kebaikan dan seterusnya memberikan kesankepada individu dan masyarakat yang lain. Jelasnya, ilmu tentang akidahdan kemampuan memahami akidah mampu membentuk manusia yangberakhlak mulia sekali gus merealisasikan hakikat manusia seperti manayang dikehendaki oleh Islam (al-Ghazali, 2002; Ibn Khaldun, 2002;Al-Qardhawi, 1990, 2000; Tajul Ariffin dan Nor’Aini, 2002). Nik Rahimiet al. (2002) berpendapat, akidah dalam Pendidikan Islam berfungsisebagai teras kepada keseimbangan potensi yang ada dalam diri manusia.Tajul Ariffin (2002) berpendapat, pembentukan individu Islam mestidimulakan dengan membina kekuatan akidah kerana kekuatan ini akan

Isu dan Cabaran Akidah Kontemporari 127menerbitkan akhlak dan tingkah laku yang baik dan dihayati dalam bidangkognitif, afektif, dan psikomotor. Di Malaysia, aspek yang ditekankan dalam Pendidikan Islam adalahbersepadu, merangkumi ilmu pengetahuan, amalan dan penghayatan.Para pelajar diberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam sertamencukupi tentang pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas,yang mencorak dan mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakatdan umat Islam (Tajul Ariffin dan Nor’Aini, 2002). Melihat kepadasenario pendidikan Islam di Malaysia, sama ada dari aspek sejarah ataudari aspek sistem, dan dengan program pendidikan yang tersusun,kurikulum pendidikan yang sistematik, disokong oleh tenaga pengajaryang berkeupayaan melalui latihan perguruan dari institusi yang dikawalkerajaan, maka boleh diandaikan bahawa para pelajar Islam di Malaysiamampu mempraktikkan pengetahuan Islam yang dipelajari sebagai satucara hidup sekali gus dapat memenuhi aspirasi kerajaan sebagaimanayang disebut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, suasana semasa berkenaan akhlak pelajar tidakmemperlihatkan apa yang diandaikan. Kemerosotan akhlak dalamkalangan pelajar semakin membimbangkan. Kesalahan sama ada berunsurjenayah sivil atau jenayah syariat boleh ditatap hampir setiap hari dimedia masa atau elektronik. Antaranya seperti gejala murtad (Farhan,2006), menghina agama melalui pengaruh budaya sesat Barat sepertijenayah kekerasan, atau jenayah harta benda (Adnan dan Sidek (2000),Black Metal (Utusan Malaysia, 2001, 2002, 2005; Mastika, 2005;Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Jabatan Agama Islam Selangor[JAIS], 2005), pergaulan bebas (Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan(BPP), JAIS, 2004), minum arak dan bunuh diri (Rohana, 2004; Sadatul,2005; Dewan Masyarakat, 2006). Jelasnya, kemerosotan akhlak bukankes terpencil, bahkan merupakan isu besar yang diakui oleh semualapisan masyarakat termasuk pimpinan tertinggi negara (Ibrahim, 1999;Ungku Aziz, 2005; Utusan Malaysia, 2001). Bukti mengenai kemerosotan akhlak boleh dilihat melalui faktakajian dan data statistik yang dibuat antaranya, Hanina dan Rozumah(2001) mendapati, pada tahun 1998 seramai 81,929 pelajar sekolahmenengah terlibat dengan kegiatan salah laku dan jumlah ini meningkatkepada seramai 96,538 orang pada tahun 1999. Kebanyakan remajayang ditangkap dikaitkan dengan golongan antisosial, vandalisme,delinkuen dan yang lebih tepat lagi devian, iaitu berkelakuan yang

128 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islammenyimpang dan melanggar tatasusila yang ditentukan oleh sesuatukumpulan masyarakat. Suradi (2000), Siti (2001), Rosnani (2002) danKamarulnizam (2003) mendapati kemerosotan akhlak pelajar semakinmeningkat dan membimbangkan. Hal demikian dapat dilihat dari datasalah laku disiplin di sekolah yang dikeluarkan oleh KementerianPelajaran Malaysia (KPM) 2004 seperti Jadual 6.1.Jadual 6.1 Data salah laku murid di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2003 dan 2004Bil. Jenis Salah Laku Peratus 2003 2004 1 Jenayah 0.25 0.66 2 Lucah 0.04 0.10 3 Kekemasan diri 0.21 0.53 4 Tidak penting masa 0.22 0.47 5 Kurang sopan 0.41 0.59 6 Tingkah laku musnah 0.04 0.11 7 Tidak jujur 0.02 0.05 8 Ponteng 0.86 0.63 9 Kenakalan 0.08 0.27 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) Jumlah tangkapan pelajar berdasarkan Statistik Kesalahan JenayahSyariat, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor jugamenunjukkan jumlah peratusan yang hampir setara dari tahun 2000sehingga 2003, terutama bagi kesalahan dalam enakmen jenayah diSelangor, membabitkan persetubuhan luar nikah, persediaan untukmelakukan persetubuhan luar nikah dan berkhalwat. Pada tahun 2000,jumlah pelajar yang terbabit dengan jenayah tersebut hanyalah 2.95peratus daripada jumlah tangkapan keseluruhan. Jumlah ini kemudiannyameningkat kepada 16.2 peratus pada tahun 2001 dan meningkat lagikepada 20.9 peratus pada tahun 2002. (BPP, JAIS, 2004)

Jadual 6.2 Perangkaan penglibatan juvana dalam jenayah mengikut pecahan umur tahun 2006-2007 Kontinjen Kes Tahun 2006 &Umur JT* Kes Tahun 2007 &Umur JT* 7-10 11-12 13-15 16-18 7-10 11-12 13-15 16-18Perlis 96 128 65 129 Isu dan Cabaran Akidah KontemporariKedah 496 0 4 37 88 726 462 0 0 42 86 773P.Pinang 165 11 18 212 532 408 219 0 0 199 595 268Perak 471 1 6 43 218 634 399 0 9 86 345 724Selangor 1107 1 8 212 503 981 730 0 20 117 498 716K.Lumpur 494 1 25 409 1155 716 422 1 8 135 577 1590N.Sembilan 242 0 5 162 549 284 369 1 3 166 804 464Melaka 96 3 19 93 349 331 145 0 3 37 245 147Johor 321 2 2 34 109 612 323 0 13 90 232 561Pahang 246 2 17 155 387 626 282 0 5 110 497 444Terengganu 273 0 5 131 308 570 335 0 17 161 448 372Kelantan 435 0 0 88 284 689 349 1 8 113 448 683Sabah 312 1 11 199 472 638 360 2 9 162 516 461Sarawak 348 4 10 123 324 628 547 0 8 111 519 643Jumlah 5102 2 12 182 447 7971 5007 10 17 132 521 7975 28 142 2080 5725 15 120 1661 6331 *Jumlah Tangkapan. Sumber: Polis DiRaja Malaysia (2008) 129

130 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Setiausaha Kehormat, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM),Superintendan Rosniah Ramli (dalam Azmi, 2005) dilaporkan berkata,pembabitan kanak-kanak atau pelajar dalam jenayah amat membimbangkankerana statistik menunjukkan ada antara mereka yang terjebak denganjenayah seawal usia tujuh tahun. Statistik Yayasan Pencegahan JenayahNegara (YPJN) mendedahkan bahawa pada tahun 2004 jumlah tahananremaja untuk tempoh 10 bulan ialah seramai 4,674 dengan 2,377ialah pelajar. Statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tahun 2008sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 6.2 pula mendapati sebanyak3936 kes jenayah juveneil dilaporkan dan 5996 tangkapan di seluruhnegara. Kesemua yang terlibat membabitkan beberapa peringkat umurdari serendah tujuh tahun (dua kes), lapan tahun (11 kes), sembilantahun (46 kes), sepuluh dan sebelas tahun (11 kes), dua belas tahun(1472 kes) sehingga berumur 16 hingga ke 18 tahun (4363 kes). MenurutDatuk Fauzi Saari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,jumlah keseluruhan kes Juveinil tahun 2005 meningkat sebanyak 322kes berbanding dengan tahun sebelumnya. Menurut perangkaan yangdikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dalam tempoh enamtahun (dari 2000 hingga 2005) sebanyak 12 971 kes juveinil dilaporkandan polis menahan 21 152 orang remaja yang berumur di bawah 18tahun. Dari jumlah itu, remaja Melayu merupakan yang paling banyakditahan. Jumlah ini lima kali ganda lebih tinggi berbanding denganremaja kaum lain yang ditahan kerana melakukan jenayah juveinil (lihatJadual 6.3). Jumlah kes juvana mengikut negeri dari tahun 2000 hinga 2005sebagaimana yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(Cases reported to the Department of Social Welfare) juga meningkat hampirsetiap tahun (rujuk Jadual 6.4). Kes-kes tersebut termasuklah yang bersabitdengan harta benda, bersabit dengan orang, kesalahan jantina, dadah,judi, memiliki bahan atau senjata api, memiliki bahan lucah, lari darisekolah dan lain-lain (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat, 2005). Malah, Amran (1993) dan Roosmawaty (1997) dalam dapatan kajianmereka berpendapat bahawa faktor penghayatan agama mempunyaihubungan yang sangat signifikan dengan ketinggian dan kemerosotanakhlak para pelajar. Justeru, bagi mengelakkan kemerosotan akhlak terusmenerus berlaku, faktor agama khususnya mata pelajaran Pendidikan

Jadual 6.3 Perangkaan penglibatan juvana dalam jenayah mengikut pecahan kaum dan jantina tahun 2004-2005 Melayu Cina India Lain-Lain Negeri 2004 2005 2004 2005 2004 2005 2004 2005Perlis L PLP L PL P LP L PL P L PKedahP.Pinang 106 5 77 1 1 0 31 1 30 5 1 0 0 2 0PerakK.Lumpur 537 4 651 2 28 0 7 0 46 1 57 0 1 0 4 0 Isu dan Cabaran Akidah KontemporariSelangorN.Sembilan 249 6 220 11 104 6 100 8 76 3 73 0 1 0 0 0MelakaJohor 265 11 280 7 22 1 52 1 96 2 119 3 4 0 4 0KelantanTerengganu 256 11 208 13 43 8 38 2 31 0 79 0 5 0 4 0PahangSabah 359 12 435 13 57 1 50 0 176 1 169 1 5 0 13 0SarawakJumlah 147 1 152 8 30 3 53 0 33 1 46 5 0 0 6 1 164 3 205 4 20 0 10 0 18 1 11 0 2 0 0 0 343 10 247 3 96 6 49 1 38 4 32 0 3 0 1 0 427 4 502 1 1 00 0 00 0 0 1 0 4 0 389 5 533 3 1 0 13 0 10 1 0 0 0 3 0 206 18 355 5 16 4 25 0 16 0 31 0 2 0 1 0 21 0 18 5 19 0 19 3 0 0 0 0 434 19 358 19 223 10 171 14 17 4 44 1 0 0 1 0 200 3 260 10 3692 100 4074 90 509 33 491 17 534 13 624 10 658 22 660 30 131 Sumber: Polis DiRaja Malaysia (2008).

132 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamIslam perlu diberi perhatian sewajarnya selaras dengan keperluan dankepentingan semasa. Hasnah dan Mat Saad (1995) dalam kajiannyamendapati terdapat lima faktor yang menjadi punca utama berlakunyajenayah remaja, iaitu ketidak seimbangan keluarga, kesilapan memilihrakan, dorongan persekitaran, konflik media masa, ketidak seimbanganekonomi dan faktor genetik.Jadual 6.4 Perangkaan kes Juvana mengikut negeri 2000-2005 Seperti yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan MasyarakatNegeri 2000 2001 2002 2003 2004 2005Johor 585 568 381 558 751 1019Kedah 315 358 342 443 334 930Kelantan 307 366 347 432 325 280Melaka 82 97 70 77 117 153N. Sembilan 479 319 263 153 246 225Pahang 266 383 342 290 182 232Perak 583 529 519 326 713 644Perlis 40 78 124 106 100 134P. Pinang 512 471 351 317 317 291Selangor 878 831 903 835 816 807Terengganu 372 251 406 525 525 736WP. KL 296 528 777 581 874 904WP Labuan 9 16 0 10 0 0Sabah 130 121 191 155 394 500Sarawak 430 266 303 190 362 346Jumlah 5284 5182 5319 4998 6056 7201 Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2005).Faktor-faktor yang digariskan ini secara umumnya selari dengan kajianyang dibuat oleh Lai Poh Guat (2003) yang berpendapat, terdapatlima punca berlaku penyakit sosial ini. Pertama, kegagalan manusiamemenuhi keperluan asas. Kegagalan ini mendorong mereka bertindak

Isu dan Cabaran Akidah Kontemporari 133mencari penyelesaian di luar kebiasaan manusia normal. Kedua; kerapuhanstruktur keluarga seperti perceraian, kesibukan, dan kawalan. Ketiga;pengaruh rakan sebaya, iaitu bercampur dengan rakan yang rosak akhlak.Keempat; taraf ekonomi seperti kemiskinan dan kelima; pengalamanindividu itu sendiri seperti pengabaian ibu bapa, penderaan dan sebagainya. Jelasnya, persoalan keruntuhan akhlak sepatutnya tidak menjadiisu utama jika kita melihat kepada perkembangan Islam yang wujuddi negara ini. Masyarakat Islam di negara ini didedahkan sepenuhnyadengan pengajaran mengenai Islam melalui pelbagai kaedah khususnyamelalui sistem pendidikan negara dan umumnya melalui kesedaran-kesedaran masyarakat. Hakikatnya, kemelut yang melanda remaja Islamhari ini adalah berkait rapat dengan persoalan pegangan akidah ataukeimanan kerana sukar untuk digambarkan mereka yang memilikikeutuhan akidah ini melakukan perkara seperti penagihan dadah,perzinaan dan hal yang seumpama dengannya. Oleh sebab itu, kajianmengenai fungsi akidah adalah penting. Kajian ini bertujuan untukmelihat akidah dalam sistem pendidikan negara berfungsi sebagai alatuntuk membentuk manusia yang berakhlak dengan baik dan sempurna.Keadaan tersebut akan mewujudkan benteng dalaman yang mampumengekang remaja daripada melakukan perkara yang bertentangandengan norma masyarakat walau di mana jua mereka berada (al-Ghazali,1997; Ibn Khaldun, 2002; Al-Qardhawi, 1990, 2000; Said Ibrahim,1996; Tajul Ariffin dan Nor’Aini, 2002; Zakaria, 1996).RUMUSANAkidah terhadap Allah SWT Yang Maha Esa merupakan satu fitrahrohani yang mampu memberikan pertahanan yang kukuh dalam dirimanusia dari hasutan syaitan dan keinginan nafsu. Dengan akidah yangmantap, manusia terpelihara daripada melakukan maksiat, jenayah, danperilaku serta tindakan buruk. Hal ini kerana wujud hubungan yangakrab antara akidah yang benar dan kemantapan amalan soleh sebagaibenteng yang kukuh agar manusia tidak terjerumus ke lembah mak-siat. Jelas di sini membuktikan peranan yang dimainkan oleh akidahdalam pembentukan umat yang sempurna seperti yang dibincangkandalam bab yang lalu.



PEMBELAJARAN SOSIAL DALAM PEMBENTUKAN AKIDAHPENGENALANBab ini membincangkan pandangan tokoh pendidikan tentang faktorpembelajaran sosial dan dapatan kajian yang berkaitan dengan hubunganantara faktor pengajaran dan pembelajaran akidah serta faktor pembelajaransosial. Dapatan ini penting bagi menggambarkan bagaimana kedua-duafaktor ini berperanan selain peranan tahap keilmuan akidah dan penghayatanakhlak yang berfungsi terhadap pembentukan akhlak para pelajar.PERSPEKTIF TENTANG PEMBELAJARAN SOSIALSelain pengalaman pembelajaran, proses pembentukan akhlak manusiajuga boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran di mana seseorang itumenjalani kehidupan. Faktor persekitaran yang dimaksudkan termasuklahelemen kemanusiaan, seperti pengaruh ibu bapa, guru, rakan sebaya, danmasyarakat, termasuk juga elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruhpelbagai jenis media yang diterima oleh seseorang semasa menjalani proseskehidupan mereka.Pengaruh persekitaran yang paling awal diterima oleh seseorangmanusia sudah tentulah daripada ibu bapa. Hadis Nabi SAW yangdiriwayatkan oleh Imam Muslim (2000: 4803) menegaskan:‫ُﻮ ٍد‬ ‫ ْﻮ‬gَ ‫ َﻣﺎ ِﻣ ْﻦ‬ ‫ِﻪ‬.ِ ِ‫اﻧ‬±‫&ﻮﻗََدﺎا َﻧِل ِﻪ َر َوُﺳُ َﻨﻮ ُ &ل َا‬‫ﻓَﺄََنﺑَ َﻮَا ُُهﻘﻮُ ُ َلﻬ‬jَ ‫ ْﻧﻄ ُﻪَﺮ ِة‬°َ ‫ْ َاﺮﻟْةَ ِﻔ‬ ‫ُﻫ َﺮ‬ '–ُ َ ِ ‫إِ َﻻ ْﻦﻳُأَﻮ‬  .‫َو ُ َﻤ &ﺠ َﺴﺎﻧِ ِﻪ‬ Rَ َ

136 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Maksud: Abu Hurairah r.a. katanya, “Adalah Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih daripada sebarang dosa), maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Muslim)Al-Nawawi (2003) berpendapat, hadis ini menjelaskan setiap kanak-kanakyang dilahirkan itu secara fitrahnya adalah cenderung kepada kehendakIslam atau tauhid (Hijazi 1992). Pengaruh kedua ibu bapa atau salahseorang daripadanya adalah penting untuk memastikan kecenderunganitu berterusan atau sebaliknya, sebagaimana firman Allah SWT:oَ 9,ِ ْbَ; V -َ ْKَ َ ‫َس‬ “‫ا‬ َNَ Tَ َ ™ْzَ ³َ‫ِا) ِأ‬ }‫َةَ ا‬ Tُْ ِِEّK(َ ْ)Aً ‫ا‬KِHُ vَ 9ِWّ ِ ‫ا‬9ِ1َّ ِ ِ::َ‫َذ‬ -َ \ْ ‫َو‬ ْ ِ َ …َ Eë ‫ َن‬2iُ َ ْN‘َ V ‫ِس‬ “‫ا‬ >ِ َ)‫َو‬ ِ}‫ِ ا‬ َÇِ ْ Maksud: Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu, wahai Muhammad), ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah SWT, iaitu agama yang Allah SWT menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimannya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah SWT itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah al-Rum, 30:30) Ibn Khaldun (2002) menjelaskan, persekitaran yang baik perlu bagimenghasilkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik itu perlu lahir daridiri sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor persekitaranyang boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia. Hassan (1987)berpendapat, persekitaran mampu memberi kesan terhadap penghayatannilai akhlak seseorang. Menurut beliau, penghayatan nilai akhlakmerupakan peringkat akhir dari proses pengakuran sosial yang dibentukmelalui pembelajaran sosial yang menggabungkan asas pembelajaransosial seperti rangsangan, tindak balas, peneguhan, kepatuhan, identifikasi,permodelan dan tiruan. Proses ini selanjutnya memerlukan kewujudanfaktor motivasi luaran seperti galakan dan ancaman serta motivasi


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook