Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

Published by fizah, 2017-01-01 04:40:35

Description: PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

Search

Read the Text Version

Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 137dalaman seperti kepuasan diri dan keinginan untuk dilihat benar. Peringkatpenghayatan nilai yang merupakan refleksi dari pengaruh sosial yangpaling kekal dan paling dalam berakar adalah berpunca dari keinginanuntuk benar yang ada pada diri seseorang yang melibatkan elemenkeyakinan atau kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu nilai. Dari pespektif sarjana Barat, Berne (1964) menyatakan tingkah laku,pemikiran dan perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripadapengaruh persekitaran, terutama sekali harapan dan desakan yang dibuatoleh seseorang yang rapat seperti rakan sebaya, keluarga, dan masyarakat.Pengaruh persekitaran ini mempengaruhi seseorang dalam membuatkeputusan. Walau bagaimanapun, manusia tidak semestinya terkongkongdengan keputusan itu. Manusia mempunyai keupayaan untuk memahamikeputusan yang mereka buat dan menggantikannya dengan keputusanbaru yang lebih sesuai dengan diri dan persekitaran hidup mereka padamasa itu. Tetapi dalam banyak keadaan, manusia selalunya tidakmempunyai keupayaan memilih dan hanya segelintir sahaja yangmempunyai kesedaran untuk membuat pilihan sendiri. Pendapat iniselari dengan apa yang disebut oleh Tolman (1932), iaitu semua tingkahlaku ada mempunyai matlamat yang tertentu. Dalam usaha mencapaimatlamat itu manusia akan menggunakan alat, jalan, dan petunjuk yangmempunyai kaitan dengan matlamat yang hendak dicapai. Alat, jalan,dan tanda itu dapat dihasilkan melalui suatu proses pembelajaran yangmeninggalkan satu pengalaman. Pengalaman tersebut membentuk “petakognitif” dalam mental seseorang, antaranya dalam bentuk petunjuk alamsekeliling yang berhubung dengan apa yang diharapkan. Frued (1974) dalam teori Psikodinamiknya menyatakan, terdapattiga sistem yang wujud dalam diri manusia, iaitu id, ego, dan superego.Id ialah sistem asal dalam setiap individu sejak dilahirkan. Id dianggapsebagai komponen biologi dan merupakan punca utama bagi tenagajiwa dan pusat bagi naluri. Id bertindak secara tidak normal dan tidakmempunyai sistem organisasi yang teratur. Selain itu, id hanya tahumendesak dan memaksa. Umpamanya, kanak-kanak selalunya tidak sabardan mahukan kepuasan yang segera. Oleh kerana itu ia bertindak melulutanpa berfikir panjang. Setelah sesuatu tindakan diambil oleh id,ketegangan yang dirasai akan hilang. Kanak-kanak tersebut merasaseronok, lega, dan puas. Satu ciri yang jelas bagi id ialah tidak pernahmatang dan membesar walaupun individu yang memilikinya sudahbertambah umur dan kian matang pemikirannya. Oleh kerana itu, id

138 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamini boleh bertindak secara tidak logik, tidak bermoral, dan hanyamemuaskan naluri nafsu semata-mata. Ego pula ialah komponen psikologi merupakan tenaga jiwa yangberasal dari id walaupun amat berbeza dengan id. Ego merupakaneksekutif yang mengawal jenis tindakan yang hendak dilakukan olehseseorang itu. Selain itu, ego memilih persekitaran yang sesuai sertamenentukan naluri mana yang akan dipuaskan dan cara naluri itudipuaskan. Ego dipandu oleh prinsip realiti dan kerana itu segala tindaktanduknya mestilah dilakukan dengan menimbang secara mendalamterhadap segala yang wujud di alam realiti. Bagi melaksanakan tugasnyadengan jaya ego haruslah berfikiran waras, logik, dan rasional. Denganitu barulah ego mampu mengendalikan urusan id dengan nyata, sertamemberi perhatian kepada penentuan superego. Manalaka superego pula dianggap sebagai komponen sosial dan nilaimoral masyarakat. Superego merupakan cabang moral atau kehakimanbagi sesuatu personaliti dan bertanggungjawab menentukan sesuatutingkah laku itu baik atau buruk dan betul atau salah. Superego bersifatidealistik dan bertanggungjawab untuk mengawal ego daripada menurutikehendak id, dengan mendorongnya untuk menerima nilai dan matlamatmoral. Oleh kerana bersifat sebagai hakim, superego menentukan dendadan ganjaran. Ganjaran yang diberikannya berbentuk perasaan bangga,manakala denda pula berbentuk perasaan bersalah dan rendah diri. Ego dan superego berpunca daripada tenaga id yang sejak kecil sudahmula menerima penentuan masyarakat melalui didikan ibu bapa ataupengasuh. Ketiga-tiga tenaga ini sering berinteraksi antara satu samalain. Id mendesak, ego mengatur manakala superego bertindak menyeliadan mengawal gelagat id dan ego. Jika ego gagal mengawal ataumenyalurkan kehendak id menurut batasan realiti dan nilai moral, egoakan didenda dalam bentuk perasaan risau. Jika berjaya, ego akan mendapatganjaran dalam bentuk perasaan tenaga dan kepuasan. Frued (1974)juga menekankan bahawa manusia dibekalkan dengan naluri-naluritertentu yang bersifat jahat (kebinatangan) seperti tingkah laku seksualdan tingkah laku agresif yang tidak rasional. Naluri ini tersimpan dalamsatu sistem tenaga yang tidak bertambah dan tidak berkurang. Tenaga inisering menjadi rebutan kepada tiga sistem yang ada dalam diri setiapmanusia, iaitu id, ego dan superego. Sistem yang mempunyai palingbanyak tenaga akan berkuasa mengawal tingkah laku manusia itu. Tenagayang berasal daripada naluri ini dibahagikan kepada dua, iaitu (Frued 1974):

Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 139(1) Libido, iaitu tenaga hidup yang berfungsi mendorong manusia meramaikan zuriat. Libido tidak terbatas semata-mata kepada tenaga seks, bahkan mendorong manusia ke arah kreativiti dalam mencari keseronokan di samping berusaha mengelak kesakitan.(2) Thanatos, iaitu tenaga mati yang berfungsi mendorong tingkah laku agresif seperti manusia menyakiti diri manusia sendiri atau orang lain, malah sangat membunuh dirinya sendiri atau orang lain. Teori pembelajaran sosial Bandura (1997) turut menekankan tentangperanan persekitaran dalam pembentukan peribadi manusia. Menurutteori ini, masyarakat yang bertinda mendefinisikan tugas dan perananremaja serta norma yang berkaitan dengan tingkah laku. Manusiaberupaya membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melaluipermerhatian terhadap apa yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya.Beliau juga berpendapat, kanak-kanak dan remaja banyak belajar melaluipeniruan. Tingkah laku remaja terhasil akibat daripada pengalamanpengasuhan kanak-kanak. Oleh itu, kebanyakan tingkah laku remajaadalah mengikut kehendak ibu bapa dan masyarakat. Tingkah laku yangmenyeleweng pula adalah akibat pengasuhan dan proses sosialisasi yangkurang sempurna. Perubahan dalam masyarakat seterusnya menghasilkanperubahan dalam persepsi terhadap masyarakat. Berasaskan pembelajaranremaja melalui peniruan ini. Jika masyarakat mempunyai tingkah lakunegatif, maka remaja akan mengalami masalah sosial lantaran merekaterjebak dengan unsur peniruan yang negatif seperti merokok, mengambildadah, dan budaya negatif yang lain. Bruner (1960) dengan “teori pembelajaran dapatan” berpendapat,keadaan dalaman atau fitrah semula jadi manusia yang menyebabkanseseorang itu mampu belajar dengan cara menemui sendiri pertalianantara pelbagai rangsangan yang terdapat di alam sekelilingnya. Menurutbeliau, proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini dapatmenggalakkan seseorang pelajar mencapai “celik akal” melalui pemikiransendiri. Individu luar hanya berfungsi sebagai pemberi pandangan sertamengemukakan saranan tanpa cuba mengolah dan mempengaruhi tingkahlaku seseorang pelajar tersebut. Selain itu, Piaget dan Kohlberg antara merupakan teori yangberpengaruh dalam membicarakan perkembangan moral dan tingkahlaku individu. Kedua-dua mereka menganggap perkembangan moralialah aspek penting yang memberi sumbangan kepada pembangunanperibadi dan lain-lain secara keseluruhan (Richard dan Carol 2000).

140 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Teori perkembangan moral Piaget adalah berdasarkan kepadapemerhatian dan pertanyaan. Menurut Piaget (dalam Richard dan Carol2000), asas utama perkembangan moral adalah tertakluk kepada undang-undang. Piaget membuat teori berdasarkan pemerhatiannya kepadakanak-kanak yang bermain guli. Ketika bermain, kanak-kanak perlumengambil kira isu keadilan dan undang-undang permainan. Melaluicara itulah kanak-kanak mengeksplorasi perkembangan moral mereka.Piaget berpendapat, moral kanak-kanak lebih berkembang berdasarkaninteraksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka berbanding interaksidengan ibu bapa mereka. Ibu bapa lebih kepada level yang kurang matangkerana hubungan ibu bapa dan anak-anak cenderung kepada cara hadiahdan hukuman untuk mempromosikan kepercayaan bahawa penilaianmoral itu bergantung kepada kuasa orang dewasa. Manakala rakan-rakanpula lebih mengutamakan pertukaran (reciprocity) dan hak kesamarataanantara mereka untuk mempertahankan perhubungan sosial mereka. Piaget membahagikan perkembangan moral kepada tiga peringkat.Pertama, Premoral period, iaitu peringkat di mana kanak-kanak belumlagi memahami undang-undang, kerjasama, dan matlamat yang berkaitandengan permainan. Kedua, Heteronomous morality stage, iaitu perkembangankanak-kanak selepas lima tahun. Ketika ini kanak-kanak mula mengambilberat atau sedar tentang undang-undang permainan dan cara untukmenang; dan ketiga; Moral realism, iaitu peringkat paling akhir di manakanak-kanak sudah memiliki kesedaran moral. Peringkat ini merupakanalasan kenapa seseorang perlu mengikut undang-undang tatkala bermain.Secara keseluruhannya, teori ini adalah antara yang pertama mencadangkanjenis peringkat perkembangan moral. Antara tokoh yang banyakterpengaruh dengan idea dan teori Piaget ini ialah Kohlberg. Beliau banyakterpengaruh dan menyumbangkan idea penting dalam perkembanganmoral. Kohlberg (dalam Richard dan Carol 2000) mengenal pasti enamperingkat perkembangan moral. Melalui enam pendekatan ini jugaKohlberg memperkenalkan konsep moral dilema, yang mana respondenharus memilih antara patuh pada undang-undang atau melakukan sesuatuyang menentang undang-undang. Tiga peringkat utama dalam perkembangan moral menurut Kohlbergadalah (dalam Richard dan Carol 2000):(1) Peringkat Preconventional (a) Pada peringkat ini, perkembangan moral bergantung kepada faktor luaran. Kanak-kanak perlu patuh untuk mengelakkan

Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 141 diri mereka dihukum atau untuk mendapatkan hadiah. Orientasi faktor hukuman dan kepatuhan ini adalah motivasi.(b) Memotivasi kanak-kanak untuk melakukan sesuatu yang bermoral bagi mengelakkan hukuman dan mendapatkan hadiah.(c) Instrumental purpose, iaitu kanak-kanak percaya kepada undang- undang mana yang perlu diikut terutamanya pada perkara yang ada keseronokan bila melakukan. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mengambil kira kepentingan orang lain meskipun keseronokan tersebut membabitkan dirinya.(2) Peringkat Conventional Peringkat ini bermula ketika usia remaja sekitar 13 hingga 14 tahun. Pada peringkat ini individu lebih berusaha untuk memenangi pujian dan pengiktirafan bila melakukan perkara baik dan mempertahankan norma sosial. Orientasi pada tahap ini bersifat interpersonal, iaitu dengan melakukan perkara baik lebih kepada hendak menyukakan orang lain. Atau individu akan lebih bermotivasi apabila orang lain melihat perkara yang mereka buat itu cantik dan baik. Orientasi ini kemudian akan diikuti dengan social order maintenance, iaitu individu atau remaja mula ada kepercayaan yang undang-undang perlu untuk mempertahankan norma sosial. Jika tidak, sistem hidup akan huru-hara sekiranya orang tidak mematuhi undang-undang.(3) Peringkat Post Conventional Peringkat ini berlaku apabila individu mula komited terhadap prinsip yang dikongsi bersama piawaian moral yang diamalkan dan men- jadi sebahagian daripada diri individu. Tindakan moral individu lebih kepada kepatuhan untuk menegakkan undang-undang dan kontrak sosial yang melindungi hak orang ramai. Individu sudah ada kesedaran dan keinginan untuk melakukan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan orang ramai. Orientasi terakhir ini yang disebut sebagai universal ethical-principle, iaitu menganggap baik dan buruk pada sesuatu perkara lebih kepada pilihan individu sendiri berbanding dengan abstrak moral, dengan cara mematuhi prinsip keadilan universal dan menghormati semua individu. Jadi apabila ada undang-undang yang melanggar prinsip moral, maka individu perlulah memilih dan bertindak mengikut prinsip moral berbanding dengan undang-undang yang digubal.

142 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamJelasnya, Kohlberg berpendapat bahawa perkembangan moral tidakdipelajari melalui imitasi atau penguatkuasaan undang-undang tertentu.Sebaliknya, perkembangan moral adalah berdasarkan kepada prinsipyang universal yang dikembangkan melalui variasi peringkat yang tidakbergantung kepada budaya mana-mana individu itu dibesarkan (Richarddan Carol 2000). Berdasarkan teori pembelajaran sosial yang dibincangkan oleh sarjanaBarat, jelas menunjukkan bahawa peranan persekitaran amat berkaitrapat dengan pembentukan kepercayaan, norma, dan etika dalam kehidupan.Norma dan etika itu sendiri dipengaruhi daripada kepercayaan yangdiperoleh. Dalam erti kata lain pembentukan norma dan etika sangatdipengaruhi oleh akidah dan kepercayaan yang diperoleh daripadaorang sekeliling. Akidah yang diperoleh daripada orang sekeliling ini yangdipanggil faktor pembelajaran sosial. Secara ringkas, faktor pembelajaran sosial dalam kajian sebelum inimendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sosialpara remaja di sekolah mengikut susunan keutamaan, iaitu faktor agama(Wan Liz Osman 2000a); faktor ibu bapa (Asmah dan Zulekha 2004;Nik Rahimi et al., 2002); pengaruh media masa dan artis (Mohd Kamal1998; Nik Rahimi et al., 2002; Muhammad Razak 2005); faktor guru(Ab. Halim et al., 2004) pengaruh rakan sebaya (Che Noraini 2005;Wan Liz 2000b) faktor masyarakat (Ibn Khaldun 2002; Mohd Kamal1998; Nik Rahimi et al., 2002), dan kelemahan sistem pendidikan(Mohd Kamal 1998; Nik Rahimi et al., 2002; Wan Liz 2000a).FAKTOR PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP AKIDAHPELAJARKajian yang dilakukan oleh Ahmad Munawwar (2009) secara ringkasmenghasilkan beberapa dapatan penting perkaitan antara pembelajaransosial dengan akidah dari segi faktor ibu bapa, faktor guru, faktor rakansebaya, faktor artis, faktor persekitaran sekolah, dan faktor masyarakat. Pengalaman pembelajaran ialah aspek penting dalam usaha menerapkannilai dan penghayatan akidah dalam diri manusia. Namun demikian,proses pembentukan akidah manusia juga boleh dipengaruhi oleh faktorpembelajaran sosial di mana seseorang itu menjalani kehidupan. Faktoryang dimaksudkan termasuklah elemen kemanusiaan, seperti pengaruhibu bapa, guru, rakan sebaya, dan masyarakat, serta juga elemen bukan

Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 143kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media. Enam faktorpembelajaran sosial dikenal pasti yang boleh mempengaruhi pelajar,iaitu ibu bapa dan penjaga, guru, rakan, artis, persekitaran sekolahdan masyarakat. Analisis dapatan kajian menunjukkan keseluruhanperanan faktor pembelajaran sosial dari segi susunan yang tertinggisehingga yang terendah yang mempengaruhi pelajar dalam pengaja-ran dan pembelajaran akidah boleh dilihat dalam Jadual 7.1.Jadual 7.1 Min faktor pembelajaran sosial mengikut kategoriNo. Ketegori pembelajaran sosial Min SP Interpretasi1 Ibu bapa 4.10 0.90 Tinggi2 Guru 3.96 0.88 Sederhana tinggi3 Rakan 3.32 1.00 Sederhana tinggi4 Artis 2.38 1.16 Sederhana rendah5 Sekolah 3.49 1.01 Sederhana tinggi6 Masyarakat 3.61 0.99 Sederhana tinggi Min keseluruhan 3.48 0.45 Sederhana tinggiMin berdasarkan lima pilihan jawapan, iaitu STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju),KS (Kurang Setuju), S (Setuju), dan SS (Sangat Setuju)Jadual ini menunjukkan min keseluruhan bagi faktor pembelajaransosial adalah pada tahap min=3.48 dengan sisihan piawaiannya beradapada tahap 0.45, iaitu pada tahap sederhana tinggi. Hal ini sekali gusmembuktikan bahawa faktor pembelajaran sosial mempunyai perananyang tertentu dalam membentuk keperibadian keterampilan manusia.Susunan hasil dapatan kajian mengenai faktor pembelajaran sosial iniboleh dilihat seperti berikut, iaitu ibu bapa, guru, rakan, artis, sekolah,dan masyarakat.Faktor Ibu BapaAnalisis dapatan kajian mendapati faktor pembelajaran sosial dari ibubapa dilihat memiliki signifikan yang tinggi berbanding faktor lain.Nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini mengikut susunan yangpaling tinggi ialah; (E03) Ibu bapa atau penjaga saya menjadi faktorpendorong yang kuat untuk saya berpegang kuat pada akidah (min=4.28),

144 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamdisusuli oleh item (E04) Nasihat ibu bapa atau penjaga saya menjadibenteng untuk diri saya dari melakukan perbuatan yang bertentangandengan akidah (min=4.14), (E01) Saya berpegang kepada akidah ibubapa atau penjaga saya (min=4.01) dan akhir sekali (E02) Amalanberakidah ibu bapa atau penjaga saya banyak mempengaruhi amalanberakidah diri saya (min=3.98). Penjelasan terperinci boleh dilihatdalam Jadual 7.2.Jadual 7.2 Faktor ibu bapa dalam pengajaran dan pembelajaran akidahNo. Item Soalan Min SP InterpretasiE01 Saya berpegang kepada akidah ibu bapa atau 4.01 0.92 Tinggi penjaga saya.E02 Amalan berakidah ibu bapa atau penjaga saya 3.98 0.87 Sederhana banyak mempengaruhi amalan berakidah diri saya. TinggiE03 Ibu bapa atau penjaga saya menjadi faktor Tinggi pendorong yang kuat untuk saya berpegang 4.28 0.76 kuat pada akidah.E04 Nasihat ibu bapa atau penjaga saya menjadi Tinggi benteng untuk diri saya dari melakukan per- 4.14 1.06 buatan yang bertentangan dengan akidah. Min keseluruhan faktor ibu bapa 4.10 0.90 TinggiMin berdasarkan lima pilihan jawapan, iaitu STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju),KS (Kurang Setuju), S (Setuju), dan SS (Sangat Setuju) Nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini mendapati bahawamin keseluruhan faktor ibu bapa dalam pengajaran dan pembelajaranakidah berada pada tahap tinggi dengan kadar min pada 4.10. Hal inibermakna ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendidikanakidah anak-anak.Faktor GuruFaktor kedua yang mendominasi faktor pembelajaran sosial dalampengajaran dan pembelajaran akidah selepas ibu bapa ialah guru. Nilaiyang diperolehi daripada hasil analisis ini mengikut susunan yang palingtinggi ialah (E07) Guru Muslim saya menjadi faktor pendorong yangkuat untuk saya berpegang kuat pada akidah (min=4.04), disusuli dengan

Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 145item (E08) Nasihat guru Muslim saya menjadi benteng untuk diri sayadari melakukan perbuatan yang bertentangan dengan akidah (min=3.99),(E05) Saya berpegang kepada akidah guru Muslim saya (min=3.97) danakhir sekali (E06) Amalan berakidah guru Muslim saya banyakmempengaruhi amalan berakidah saya (min=3.85). Perincian hasil dapatanfaktor guru adalah seperti dalam Jadual 7.3.Jadual 7.3 Faktor guru dalam pengajaran dan pembelajaran akidahNo. Item Soalan Min SP InterpretasiE05 Saya berpegang kepada akidah guru Muslim saya. 3.97 0.86 Sederhana TinggiE06 Amalan berakidah guru Muslim saya banyak 3.85 0.86 Sederhana mempengaruhi amalan berakidah saya. TinggiE07 Guru Muslim saya menjadi faktor pendorong yang 4.04 0.81 Tinggi kuat untuk saya berpegang kuat pada akidah.E08 Nasihat guru Muslim saya menjadi benteng untuk Sederhana diri saya dari melakukan perbuatan yang bertentangan 3.99 1.00 Tinggi dengan akidah. Min keseluruhan faktor guru 3.96 0.88 Sederhana TinggiMin berdasarkan lima pilihan jawapan, iaitu STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju),KS (Kurang Setuju), S (Setuju), dan SS (Sangat Setuju) Nilai yang diperoleh daripada hasil analisis ini mendapati bahawamin keseluruhan faktor guru dalam pengajaran dan pembelajaran akidahpada tahap sederhana tinggi dengan kadar min pada 3.96. Hal inibermakna guru mempunyai pengaruh yang sederhana kuat terhadappendidikan akidah para pelajar mereka.Faktor Rakan SebayaFaktor ketiga pembelajaran sosial yang turut mempengaruhi pengajarandan pembelajaran akidah ialah faktor rakan sebaya. Nilai yang diperolehidaripada hasil analisis ini mengikut susunan yang paling tinggi ialahitem (E12) Nasihat rakan-rakan menjadi benteng untuk diri saya darimelakukan perbuatan yang bertentangan dengan akidah (min=3.51),diikuti dengan (E11) Rakan saya menjadi faktor pendorong yang kuatuntuk saya berpegang kuat pada akidah (min=3.36), (E10) Amalan

146 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamberakidah rakan-rakan saya banyak mempengaruhi amalan berakidahsaya (min=3.27) dan akhir sekali (E09) Saya menuruti pegangan akidahrakan-rakan saya (min=3.13).Jadual 7.4 Faktor rakan sebaya dalam pengajaran dan pembelajaran akidahNo. Item Soalan Min SP InterpretasiE09 Saya menuruti pegangan akidah rakan saya. 3.13 0.98 Sederhana TinggiE10 Amalan berakidah rakan saya banyak 3.27 0.98 Sederhana mempengaruhi amalan berakidah saya. TinggiE11 Rakan saya menjadi faktor pendorong yang 3.36 0.98 Sederhana kuat untuk saya berpegang kuat pada akidah. TinggiE12 Nasihat rakan menjadi benteng untuk diri saya Sederhana dari melakukan perbuatan yang bertentangan 3.51 1.05 Tinggi dengan akidah.Min keseluruhan faktor rakan 3.32 1.00 Sederhana TinggiMin berdasarkan lima pilihan jawapan, iaitu STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju),KS (Kurang Setuju), S (Setuju), dan SS (Sangat Setuju) Nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini mendapati bahawamin secara keseluruhan faktor rakan sebaya dalam pengajaran danpembelajaran akidah pada tahap sederhana tinggi dengan kadar minpada 3.32. Hal ini bermakna faktor rakan sebaya mempunyai pengaruhyang sederhana kuat terhadap pendidikan akidah anak-anak.Faktor ArtisFaktor berikutnya yang turut dijadikan pemboleh ubah bagi melihatsejauh mana pemboleh ubah tersebut memberi kesan terhadap pengajarandan pembelajaran akidah pelajar ialah faktor artis. Sekalipun faktor inidari segi nilai Islam adalah tidak baik, namun kajian dilakukan untukmelihat faktor ini sama ada memberi kesan kepada nilai akidah pelajar.Nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini mengikut susunanyang paling tinggi ialah item (E16)Nasihat yang diberikan oleh artiskepada golongan remaja menjadi benteng untuk diri saya dari melakukanperbuatan yang bertentangan dengan akidah (min=2.62) diikuti dengan

Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 147item (E13) Akidah artis-artis yang saya minati mempengaruhi akidahpegangan saya (min=2.33). (E14) Amalan berakidah artis yang saya minatibanyak mempengaruhi amalan berakidah saya (min=2.33) dan (E15)Golongan artis menjadi pendorong kepada saya berpegang kepadaakidah yang benar (min=2.24).Jadual 7.5 Faktor artis dalam pengajaran dan pembelajaran akidahNo. Item Soalan Min SP InterpretasiE13 Akidah artis yang saya minati mempengaruhi 2.33 1.13 Sederhana akidah pegangan saya. rendahE14 Amalan berakidah artis yang saya minati ban- 2.33 1.12 Sederhana yak mempengaruhi amalan berakidah saya. rendahE15 Golongan artis menjadi pendorong kepada 2.24 1.16 Sederhana saya berpegang kepada akidah yang benar. rendahE16 Nasihat yang diberikan oleh artis kepada golon- gan remaja menjadi benteng untuk diri saya 2.62 1.21 Sederhana dari melakukan perbuatan yang bertentangan rendah dengan akidah. Min keseluruhan faktor artis 2.38 1.16 Sederhana rendahMin berdasarkan lima pilihan jawapan, iaitu STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju),KS (Kurang Setuju), S (Setuju), dan SS (Sangat Setuju) Nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini mendapati bahawamin secara keseluruhan faktor artis dalam pengajaran dan pembelajaranakidah pada tahap sederhana rendah dengan kadar min pada 3.32. Halini bermakna faktor artis yang memengaruhi akidah anak-anak adalahberada dalam keadaan sederhana rendah.Faktor Persekitaran SekolahFaktor berikutnya adalah persekitaran sekolah. Nilai yang diperolehidaripada hasil analisis ini mengikut susunan yang paling tinggi ialah item(E18) Tindakan yang diambil terhadap salah laku pelajar melaluiperaturan sekolah (min=3.72, sp=0.96), diikuti item (E21) Budayadan cara hidup dalam masyarakat menjadi panduan pegangan akidah saya(min=3.56), (E19) Budaya dan persekitaran sekolah saya menjadifaktor pendorong yang kuat untuk saya (min=3.55), (E20) Budaya dan

148 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islampersekitaran sekolah saya menjadi benteng untuk diri saya darimelakukan perbuatan yang bertentangan dengan akidah (min=3.36) danakhir sekali (E17) Budaya dan persekitaran sekolah saya menjadi panduanakidah saya (min=3.31).Jadual 7.6 Faktor persekitaran sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran akidahNo. Item Soalan Min SP InterpretasiE17 Budaya dan persekitaran sekolah saya menjadi 3.31 1.02 Sederhana panduan akidah saya. TinggiE18 Tindakan yang diambil terhadap salah laku pela- Sederhana jar melalui peraturan sekolah mempengaruhi 3.72 0.96 Tinggi pembentukan akidah diri saya.E19 Budaya dan persekitaran sekolah saya menjadi Sederhana faktor pendorong yang kuat untuk saya ber- 3.55 0.97 Tinggi pegang pada akidah yang benar.E20 Budaya dan persekitaran sekolah saya menjadi ben- Sederhana teng untuk diri saya dari melakukan perbuatan 3.36 1.08 Tinggi yang bertentangan dengan akidah. Min Keseluruhan faktor persekitaran sekolah 3.49 1.01 Sederhana TinggiMin berdasarkan lima pilihan jawapan, iaitu STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju),KS (Kurang Setuju), S (Setuju), dan SS (Sangat Setuju) Nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini mendapati bahawamin secara keseluruhan faktor pesekitaran sekolah dalam pengajaran danpembelajaran akidah pada tahap sederhana tinggi dengan kadar min pada3.49. Hal ini bermakna faktor persekitaran mempunyai pengaruh yangsederhana kuat terhadap pendidikan akidah anak-anak.Faktor MasyarakatAkhir sekali dalam pemboleh ubah pembelajaran sosial ini ialah faktormasyarakat. Nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini mengikutsusunan yang paling tinggi ialah item (E23) Budaya dan cara hidupdalam masyarakat menjadi faktor pendorong yang kuat untuk sayaberpegang pada akidah yang benar (min=3.67), diikuti item (E22)Tindakan yang diambil terhadap salah laku golongan remaja melalui

Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 149peraturan dalam masyarakat mempengaruhi pembentukan akidah dirisaya (min=3.61) dan (E24) Budaya dan cara hidup dalam masyarakatmenjadi benteng untuk diri saya dari melakukan perkara yang tidakbertentangan dengan akidah (min=3.58). Nilai yang diperoleh daripada hasil analisis ini mendapati bahawamin secara keseluruhan faktor masyarakat dalam pengajaran danpembelajaran akidah pada tahap sederhana tinggi dengan kadar minpada 3.61. Hal ini bermakna faktor masyarakat mempunyai pengaruhyang sederhana kuat terhadap pendidikan akidah anak-anak.Jadual 7.7 Faktor masyarakat dalam pengajaran dan pembelajaran akidahNo. Item Soalan Min SP InterpretasiE21 Budaya dan cara hidup dalam masyarakat menjadi 3.56 0.99 Sederhana panduan pegangan akidah saya. TinggiE22 Tindakan yang diambil terhadap salah laku golongan Sederhana remaja melalui peraturan dalam masyarakat Tinggi mempengaruhi pembentukan akidah diri saya. 3.61 0.97E23 Budaya dan cara hidup dalam masyarakat menjadi Sederhana faktor pendorong yang kuat untuk saya berpegang 3.67 0.93 Tinggi pada akidah yang benar.E24 Budaya dan cara hidup dalam masyarakat menjadi Sederhana benteng untuk diri saya dari melakukan perkara 3.58 1.07 Tinggi yang tidak bertentangan dengan akidah. Min keseluruhan faktor masyarakat 3.61 0.99 Sederhana tinggiMin berdasarkan lima pilihan jawapan, iaitu STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju),KS (Kurang Setuju), S (Setuju), dan SS (Sangat Setuju) Dapatan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Munawwar (2009)membuktikan bahawa akidah anak-anak dan para pelajar paling banyakdipengaruhi oleh ibu bapa berbanding dengan pengaruhi daripada yanglain-lain. Pengaruh seterusnya mengikut susunan diikuti oleh pengaruhguru, masyarakat, sekolah, dan rakan sebaya di sekolah dan di luarsekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa pengaruhi artis terhadappembentukan akidah adalah berada pada tahap sederhana lemah. Walauada pengaruh tersebut tetapi berada pada tahap yang agak lemah.

150 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamRUMUSANSecara keseluruhan, kajian ini memberi gambaran awal tentang tahapfaktor pembelajaran sosial dan hubungannya dengan pengajaran danpembelajaran akidah para pelajar sekolah menengah kebangsaan diMalaysia. Tanpa bermaksud membuktikan apa-apa mengenai kebenaranal-Quran (al-Quran sememangnya sudah terbukti kebenarannya), kajianini hanya menambah impak dan membuktikan secara saintifik melaluiaturan yang sistematik mengenai pendapat ulama berkaitan dengan faedahmempelajari dan mengetahui ilmu akidah. Dapatan yang diperolehidalam kajian ini seterusnya membawa kepada beberapa implikasi terhadapkeadaan yang dihadapi dalam kehidupan khususnya amalan pendidikanitu sendiri. Dapatan ini juga selari dengan pendapat yang dinyatakanoleh Ibn Khaldun (2002) dalam kitab Mukaddimah Ibn Khaldun bahawapersekitaran yang baik perlu bagi menghasilkan peribadi yang baik danperibadi yang baik itu perlu lahir dari diri sendiri berdasarkanpengamatannya kepada faktor persekitaran yang boleh mempengaruhitabiat hidup manusia. Jelasnya, selain dari pengalaman pembelajaran,proses pembentukan akhlak manusia juga boleh dipengaruhi oleh faktorpersekitaran di mana seseorang itu menjalani kehidupan.

PENGARUH AKIDAH DALAM PENGHAYATAN AKHLAKPENGENALANPengaruh akidah terhadap penghayatan akhlak berdasarkan hasil kajianyang dijalankan oleh Ahmad Munawwar (2009). Beliau melakukankajian berkaitan dengan pengaruh akidah dalam penghayatan akhlakdalam kalangan pelajar sekolah menengah. Secara keseluruhannya, profilresponden kajian yang terlibat mengikut jantina menunjukkan seramai623 orang (41.4%) responden adalah pelajar lelaki dan seramai 907orang (58.6%) daripada para pelajar perempuan. Profil responden kajianberdasarkan lokasi dan aliran sekolah pula menunjukkan bahawa seramai463 orang (30.8%) responden adalah daripada sekolah menengahkebangsaan kawasan bandar dan 1041 orang (69.2%) daripada sekolahmenengah kebangsaan kawasan luar bandar. Seterusnya profil respondenyang terlibat dalam kajian ini berdasarkan aliran sekolah pula adalahseramai 597 orang pelajar (39.7%) daripada sekolah menengah kebangsaanaliran sains dan seramai 907 orang pelajar (60.3%) daripada aliransastera. Jumlah ini menunjukkan bahawa para pelajar daripada aliransastera lebih ramai mengambil bahagian dalam kajian ini berbandingdengan para pelajar aliran sains.PENGARUH AKIDAH TERHADAP PENGHAYATANAKHLAKDeskriptif kajian menyentuh dapatan seperti tahap pengetahuan akidahserta penghayatan akhlak, faktor persepsi, dan faktor pembelajaran sosial.

152 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamTahap Pengetahuan AkidahSecara keseluruhan analisis dapatan kajian mengenai tahap pengetahuanakidah para pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia bagi setiapkonsep (asas akidah, beriman kepada Allah SWT, beriman kepada nabi,beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada hariakhirat dan beriman dengan qadak dan qadar) berada di tahap yangtinggi. Dilihat dari skor min apabila disusun daripada skor min yangtertinggi kepada skor min yang terendah didapati bahawa para pelajarmempunyai skor min tertinggi pada konsep iman kepada malaikat,seterusnya secara berturutan diikuti oleh iman kepada kitab, imankepada Allah SWT, iman kepada nabi, iman kepada hari akhirat,konsep asas akidah dan iman dengan qadak dan qadar.Dapatan kajian ini sejajar dengan kehendak ajaran Islam yangmeletakkan pengetahuan akidah pada kedudukan yang sangat penting.Usaha untuk memperolehi dan mencapai pengetahuan akidah dalamIslam bukan sekadar minat atau keperluan, bahkan ialah satu arahan yangmutlak daripada Allah SWT kepada seluruh umat Islam (Wan MohdNor, 1989). Dalam hal ini, Imam al-Ghazali menegaskan keutamaan,kepentingan dan kemuliaan orang yang memiliki pengetahuan inidisebut berulang kali dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Hal inijelas apabila Allah SWT meletakkan kedudukan orang yang memilikipengetahuan pada kedudukan yang ketiga selepas diri-Nya danmalaikat (al-Ghazali, 1939). Firman Allah SWT:iً ِ¦ َ ِ ْ Nِ ْ)‫ا‬ 2ُ:‫َوأُو‬ Jُ lَ ِ¦ˆُ Kilَِ ْ:‫ا‬Xَ‫ا َْو‬2َ ُ+ُ 0ِ Vِ‫إ‬ Šَ َ ِ‫إ‬ V [ُ <@َ }ُ ‫ا‬ ,َ -ِ .َ Nَ ْ)‫ا‬ 2َ +ُ Vِ‫إ‬ Šَ َ ِ‫ إ‬V ِ (ِ ْ) ِ ْMaksud: Allah SWT menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nyadengan dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhakdisembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam)dengan keadilan-Nya, dan malaikat serta orang yang berilmu (mengakuidan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali ‘Imran, 3:18)Sekali lagi Allah SWT berfirman:

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 153Àِ ِ: mَ iَ ْ:‫ ا‬rِ ‫ا‬2•ُ Aَ ;َ ْ >ُ )َ oَ Kِ§ ‫ا إِ َذا‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫ ا‬-َ ‘% @َ َ9Qِ َEْ َ9 ‫َ ْ ُ ُ وا‬E ‫ ا ْ ُ ُ وا‬oَ Kِ§ ‫ َذا‬8 ْ >ُ َ) }ُ ‫ ا‬ãِ َ Aْ ‘َ ‫ا‬2•ُ َ ْE Eَiَ ِ }ُ ‫ ْ َ َد َر َ\ ٍت َوا‬Nِ ْ)‫ا ا‬2ُU‫ َ أُو‬9ِ ‫ْ ُ> ْ َوا‬Hِ ‫ا‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫ا ُ} ا‬ Ý -ٌ ِbَ ‫ َن‬2ُ iَ Nْ ;َMaksud: Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamumemberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), makalapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah SWT melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun makabangunlah, supaya Allah SWT meninggikan darjat orang yang berimanantara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalamkalangan kamu) – beberapa darjat, Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan. (Surah al-Mujadalah, 58:11)Akhir sekali, dalam firman-Nya pula menyebut:2\ُ ْ 0َ ‫َةَ َو‬ ِ t‫ ُر ا‬7َ ْßَ iً ِ¦ َ ‫َو‬ ‫ا‬,ً \ِ َ oِ ْK :‫<ِ ٌ? آ<َ َء ا‬ َ 2َ +ُ ْ َ‫ َن‬2iُ َ Nْ ‘َ V َ 9ِ ‫ َن َوا‬2iُ َ Nْ ‘َ َ 9ِ ˜‫ِِبي ا‬2/َ Ðَ ْْ َ$— o‫ ْا‬2+َ ُ:‫و‬oُ‫ُُ ْأ‬ ‫أ‬ ِ[ِّ ‫ َر‬Jَ ¯َ ْ ‫َر‬ #7َ /َ ‘َ iَ Bِ‫إ‬ Maksud: (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?” Katakanlah lagi kepadanya: “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna. (Surah al-Zumar, 39:9) Al-Zubaydi (1989) memetik pandangan Imam al-Ghazali yangmenghuraikan keutamaan memiliki pengetahuan dengan syahida pada

154 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamfirman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran (3:18) adalah kemuliaankepada mereka yang memiliki ilmu tauhid atau ilmu akidah. Menurutal-Sya‘rawi (1991) dan al-Zubaydi (1989), pada Surah Ali ‘Imran (3:18)di atas, menunjukkan hubungan yang kuat antara penyaksian Allah SWTtentang keesaan diri-Nya sendiri dengan penyaksian manusia tentangketahuhidan-Nya. Penyaksian Allah SWT terhadap keesaan diri itumestilah disaksikan atau diiktiraf bersama oleh seluruh manusia melaluisatu proses akujanji (iqamah) dan pengajaran dan pembelajaran (prosesta‘lim). Hal ini perlu supaya keesaan Allah SWT ini dapat diakui,diiktiraf, diyakini, dan diimani oleh manusia secara spiritual danpenghayatannya pula melalui praktikal (tatbiq) atau penghayatan akhlak(Al-Sya‘rawi, 1991; Al-Zubaydi, 1989).Tahap Penghayatan AkhlakHasil analisis kajian juga mendapati wujudnya pola perbezaan yangsignifikan dalam penghayatan akhlak pelajar berdasarkan semua itempada pengetahuan akidah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dapatanini membuktikan apabila nilai min tahap penghayatan akhlak beradadi tahap yang tinggi, dan ini menunjukkan bahawa para pelajarmempunyai tahap penghayatan akhlak yang tinggi bersandarkan kepadapengetahuan mereka terhadap seluruh konsep akidah yang diajar dalammata pelajaran Pendidikan Islam. Apabila disusun daripada skor minyang tertinggi kepada skor min yang terendah didapati bahawa parapelajar mempunyai skor min tertinggi pada penghayatan akhlak berdasarkankeimanan mereka kepada malaikat, seterusnya secara berturutan diikutioleh iman kepada kitab, iman kepada Allah SWT, iman kepada nabi,iman kepada hari akhirat dan iman dengan qadak dan qadar. Dapatanini juga selari dengan hasil analisis dapatan kajian mengenai tahappengetahuan akidah yang secara keseluruhannya juga berada di tahapyang tinggi. Dapatan ini secara tidak langsung boleh memberikanandaian bahawa tahap pengetahuan akidah yang tinggi mempunyaihubungan yang rapat dengan tahap penghayatan akhlak dalam kalanganresponden dalam kajian ini.Faktor PersepsiPersepsi mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam menentukan sesuatupencapaian sama ada berjaya atau sebaliknya dalam sesuatu perkara.

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 155Persepsi juga sebagai penggerak penting kepada kecenderungan tingkahlaku dan pada semua nilai kemanusiaan (Woodworth, 1940). Bruner(1960) dengan “teori pembelajaran dapatan” berpendapat, dalam keadaansemula jadi, manusia mampu belajar dengan cara menemui sendiripertalian antara berbagai-bagai rangsangan yang terdapat di alamsekelilingnya. Menurut beliau, kaedah ini dapat melahirkan manusiayang “celik akal” melalui pemikiran manusia itu sendiri. Individu lainhanya berfungsi sebagai pemberi pandangan serta mengemukakan saranantanpa cuba mengolah dan mempengaruhi persepsi seseorang. Crow danCrow (1983) pula berpendapat, persepsi memiliki pengaruh pentingdalam setiap individu. Persepsi bertindak sebagai sebab dan akibat kepadasesuatu tingkah laku serta merupakan perkara peribadi dan berkaitandengan nada perasaan yang berhubung dengan pengalaman individu.Persepsi juga menggambarkan cara individu itu rasa semasa dia berfikir,bercakap atau bertindak dalam sebarang situasi sekali gus mendorongkepada kemunculan minat, kemahiran dan kecekapan. Hasil kajian mengenai tahap persepsi para pelajar sekolah menengahkebangsaan di Malaysia terhadap pengajaran dan pembelajaran akidahmendapati secara keseluruhannya para pelajar yang dikaji mempunyaipersepsi pada tahap sederhana tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaranilmu akidah. Dapatan ini secara tidak langsung boleh memberikanandaian bahawa para pelajar kurang berminat dalam mempelajari ilmuakidah di sekolah. Mereka hanya mempelajari ilmu akidah sekadarmengikutinya sebagai satu sub mata pelajaran dalam Pendidikan Islam(mata pelajaran yang wajib) atau didorong oleh faktor budaya samaada dalam keluarga atau masyarakat di persekitaran mereka yangmempelajari akidah sebagai rutin. Andaian ini walau bagaimanapuntidak menolak teori berkenaan peranan persepsi seperti yang dinyatakan,tetapi dalam hal yang berkaitan akidah, kemungkinan terdapat faktorlain yang mendorong peningkatan tahap pengetahuan akidah seseorangatau sebaliknya.Faktor Pembelajaran SosialIbn Khaldun (2002) berpendapat, persekitaran yang baik perlu bagimenghasilkan akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu perlu lahirdari diri sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor persekitaranyang boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia. Jelasnya, selain daripengalaman pembelajaran, proses pembentukan akhlak manusia juga

156 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamboleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran pada tempat seseorang itumenjalani kehidupan. Faktor persekitaran yang dimaksudkan termasuklahelemen kemanusiaan, seperti pengaruh ibu ibapa, pengaruh guru,pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat, atau juga elemenbukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media yang diterimaoleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka. Berne (1964)menyatakan tingkah laku, pemikiran dan perasaan manusia pada asasnyatidak terlepas daripada pengaruh persekitaran, terutama sekali olehharapan dan desakan yang dibuat oleh orang yang rapat dengan dirimereka seperti rakan sebaya, keluarga dan masyarakat dewasa. Pengaruhpersekitaran ini mampu mempengaruhi seseorang dalam membuatkeputusan meskipun manusia tidak semestinya terkongkong dengankeputusan tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak lima faktor yang dikenal pasti sebagaifaktor pembelajaran sosial yang boleh mempengaruhi pelajar, iaitu ibubapa atau penjaga, guru, rakan, artis budaya sekolah, dan masyarakat.Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan didapati bahawa secarakeseluruhan faktor pembelajaran sosial yang terdapat dalam kalanganpara pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Hal ini sekali gusmembuktikan bahawa faktor pembelajaran sosial mempunyai perananyang tertentu dalam membentuk keperibadian keterampilan manusia.DAPATAN KAJIAN TERHADAP ANALISIS PERBEZAANDapatan kajian yang berkaitan dengan analisis perbezaan menyentuhtiga aspek, iaitu perbezaan tahap pengetahuan akidah dan penghayatanakhlak berdasarkan jantina, aliran dan pencapaian PMR, perbezaantahap pengetahuan akidah dan penghayatan akhlak berdasarkan lokasidan zon, dan perbezaan tahap pengetahuan akidah dan tahap penghayatanakhlak berdasarkan pendidikan bapa dan ibu.Perbezaan Tahap Pengetahuan Akidah dan Penghayatan AkhlakBerdasarkan Jantina, Aliran dan Pencapaian PMRHasil analisis inferensi, kajian mendapati wujud perbezaan pengetahuanakidah berdasarkan jantina dan kategori pencapaian PMR. Namun tidakwujud perbezaan pengetahuan akidah berdasarkan perbezaan aliran.Dengan perkataan lain, pelajar lelaki dan pelajar perempuan yangmempunyai pencapaian akademik yang berbeza didapati memberikan

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 157perbezaan kesan terhadap pengetahuan akidah mereka. Dalam hal inidapatan kajian menunjukkan min pengetahuan akidah pelajar perempuanadalah lebih baik berbanding pelajar lelaki. Hal ini demikian menunjukkanpengetahuan akidah pelajar perempuan adalah lebih baik berbandingpelajar lelaki. Walau bagaimanapun, nilai min yang diperolehi olehpara pelajar secara keseluruhan berada di tahap yang tinggi dan hasilanalisis ini menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai tahappengetahuan yang matang kepada seluruh konsep akidah tersebut. Dari sudut penghayatan akhlak pula, dapatan kajian statistik inferensimenunjukkan tidak wujud kesan perbezaan penghayatan akhlakberdasarkan jantina. Hal ini demikian menunjukkan penghayatan akhlakpelajar lelaki dan perempuan berdasarkan tahap pengetahuan akidahmereka adalah sama. Namun demikian, wujud kesan perbezaan akhlakberdasarkan aliran (aliran sains dan aliran sastera). Hasil kajian mendapatimin penghayatan akhlak para pelajar aliran sastera adalah lebih tinggiberbanding para pelajar aliran sains. Walau bagaimanapun pelajar kedua-dua aliran tersebut mempunyai tahap penghayatan akhlak yang tinggi.Selain itu, dapatan analisis kajian mendapati tidak wujud perbezaaanpenghayatan akhlak antara kumpulan pelajar cemerlang dengan kumpulanpelajar baik. Walaubagaimanapun dapatan kajian menunjukkan wujudperbezaan penghayatan akhlak kumpulan pelajar cemerlang dengankumpulan pelajar yang sederhana dan lemah.Perbezaan Tahap Pengetahuan Akidah dan Penghayatan AkhlakBerdasarkan Lokasi dan ZonDapatan analisis inferensi mendapati wujud perbezaan pengetahuanakidah dalam kalangan pelajar pada semua zon yang dikaji, kecualiantara zon Tengah (Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) dengan zonTimur (Pahang, Terenganu dan Kelantan). Para pelajar daripada zonTengah dan zon Timur didapati mempunyai tahap pengetahuan akidahyang lebih kurang sama. Walau bagaimanapun analisis kajian juga mendapatitidak wujud perbezaan tahap pengetahuan akidah berdasarkan lokasi(bandar dan luar bandar). Dari sudut penghayatan akhlak berdasarkan lokasi dan zon pula,hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaan penghayatan akhlakberdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar) walau bagaimanapun wujudperbezaan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar dari semua zonyang dikaji kecuali di zon Tengah (Perak, Selangor dan Negeri Sembilan)

158 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamdan zon Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), didapati mempunyaitahap penghayatan akhlak yang lebih kurang sama.Perbezaan Tahap Pengetahuan Akidah dan Tahap Penghayatan AkhlakBerdasarkan Pendidikan Bapa dan IbuDapatan analisis inferensi mendapati tidak wujud kesan perbezaanpendidikan bapa dan pendidikan ibu terhadap pengetahuan akidah danpenghayatan akhlak pelajar. Dengan perkataan lain pendidikan ibu danbapa para pelajar tidak memberi kesan kepada pengetahuan akidah danpenghayatan akhlak mereka.DAPATAN KAJIAN DARI SUDUT ANALISIS HUBUNGANDapatan kajian dari aspek analisis hubungan pula menyentuh beberapaperkara, iaitu hubungan antara tahap pengetahuan akidah dengan tahappenghayatan akhlak, hubungan antara persepsi pelajar terhadap ilmuakidah dengan tahap pengetahuan akidah, dan hubungan antara persepsipelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran akidah dengan tahappengetahuan akidahHubungan Antara Tahap Pengetahuan Akidah dengan TahapPenghayatan AkhlakSecara keseluruhannya, hasil analisis dapatan kajian menunjukkan tahappengetahuan akidah para pelajar sekolah menengah kebangsaan diMalaysia adalah tinggi. Selain itu hasil analisis juga mendapati wujudnyakorelasi yang positif antara pengetahuan akidah para pelajar dengantahap penghayatan akhlak. Walau bagaimanapun kekuatan hubunganyang diperolehi adalah pada tahap sederhana. Hal ini demikianmenunjukkan tahap penghayatan akhlak para pelajar turut dipengaruhioleh tahap pengetahuan akidah mereka. Tegasnya, dapatan kajian memberigambaran bahawa semakin tinggi tahap pengetahuan akidah para pelajarmaka semakin tinggi tahap penghayatan akhlak mereka.Hubungan Antara Persepsi Pelajar Terhadap Ilmu Akidah denganTahap Pengetahuan AkidahSecara keseluruhannya hasil analisis dapatan kajian menunjukkan persepsipara pelajar terhadap ilmu akidah adalah tinggi. Analisis mendapati

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 159wujudnya hubungan yang signifikan (positif) antara persepsi pelajarterhadap ilmu akidah dengan tahap pengetahuan akidah para pelajar.Walau bagaimanapun kekuatan hubungan yang diperolehi adalah padatahap sederhana. Hal ini demikian menunjukkan tahap pengetahuanakidah para pelajar itu dipengaruhi oleh persepsi pelajar terhadap ilmuakidah itu sendiri. Ringkasnya dapatan kajian memberikan implikasibahawa semakin tinggi persepsi pelajar terhadap ilmu akidah maka tahappengetahuan mereka tentang mata pelajaran akidah akan turut meningkat.Hubungan Antara Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran danPembelajaran Akidah dengan Tahap Pengetahuan AkidahSeterusnya, hasil analisis kajian mengenai persepsi pelajar terhadappengajaran dan pembelajaran ilmu akidah juga mendapati berada padatahap yang tinggi. Hal ini demikian memberikan gambaran bahawapara pelajar yang dikaji mempunyai persepsi yang tinggi terhadappengajaran dan pembelajaran subjek akidah dalam mata pelajaranPendidikan Islam. Persepsi yang tinggi tersebut menjadikan para pelajarmempunyai pengetahuan yang tinggi tentang subjek akidah. Korelasimelalui nilai r = 0.400, iaitu menunjukkan wujudnya hubungan yangsignifikan (positif) antara persepsi pelajar terhadap pengajaran danpembelajaran akidah dengan tahap pengetahuan akidah pelajar.Bagaimanapun nilai r yang diperolehi masih lagi pada tahap yangsederhana. Namun nilai r = 0.400 yang diperolehi memberikan implikasibahawa peningkatan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaransubjek akidah menjadikan tahap pengetahuan mereka turut meningkat. Dapatan kajian ini selari dengan teori yang dikemukakan olehWoodworth (1940) yang berpendapat, persepsi ialah satu normaberhubung dengan kesediaan dan kecenderungan untuk bertindak kearah satu objek mengikut takat kebiasaan. Jelasnya, persepsi mempunyaipengaruh dalam menentukan sesuatu pencapaian sama ada berjaya atausebaliknya dalam sesuatu perkara. Persepsi bertindak sebagai penggerakpenting terhadap kecenderungan tingkah laku dan semua nilaikemanusiaan. Bruner (1960) dengan “Teori Pembelajaran Dapatan”berpendapat, dalam keadaan semula jadi, manusia mampu belajardengan cara menemui sendiri pertalian antara berbagai-bagai rangsanganyang terdapat di sekelilingnya. Menurut beliau, kaedah ini dapatmelahirkan manusia yang “celik akal” melalui pemikiran manusia itusendiri. Individu lain hanya berfungsi sebagai pemberi pandangan serta

160 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islammengemukakan saranan tanpa cuba mengolah dan mempengaruhipersepsi seseorang. Dalam hal ini juga, Crow dan Crow (1983) jugaberpendapat, minat, kemahiran dan kecekapan timbul apabila seseorangdidorong oleh persepsinya. Persepsi boleh mempunyai satu pengaruhpenting kepada individu. Persepsi bertindak sebagai sebab dan akibatkepada sesuatu tingkah laku. Persepsi juga merupakan perkara peribadidan adalah berkaitan dengan nada perasaan berhubung dengan pengalamanindividu. Persepsi menggambarkan cara individu itu berasa semasa diaberfikir, bercakap atau bertindak dalam sebarang situasi. Za‘ba (2005) berpendapat, pengukuhan dan pengkayaan sesuatu ilmubukan suatu yang boleh diwarisi atau diperolehi melalui doa orang lainatau syafaat ulama tertentu. Sebaliknya ilmu datang melalui usahasendiri melalui ilmu pengetahuan dan latihan berfikir berasaskanpemerhatian yang jujur kepada ajaran al-Quran dan hadis. Menurutnya,manusia akan dipertanggungjawabkan dengan perkara yang diimani dantidak akan dapat sesuatu pun melainkan daripada apa yang diusahakan. Siti Rahayah (1988) dalam dapatan kajiannya juga menjelaskan,terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi positif seseorangpelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dengan pencapaian pelajar dalammata pelajaran tersebut. Dapatan kajian ini juga selari dengan kajianyang dibuat secara kuasi longitudinal tentang persepsi dan pencapaianoleh Abu Bakar dan Salbiah (1991). Kajian yang dilakukan terhadap304 orang pelajar sekolah rendah di Negeri Sembilan ini mendapati bahawasecara keseluruhannya pelajar yang mencapai tahap pencapaian akademikyang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran akan mempunyai persepsiyang positif terhadap mata pelajaran tersebut. Tanda positif yangdisenaraikan adalah seperti pelajar mahu mempelajari mata pelajaran itulebih mendalam, bersedia membuat kerja yang diberi dan ternanti-nantimata pelajaran itu diajar. Sebaliknya pelajar dari kumpulan pencapaianrendah menunjukkan minat yang kurang mendalam terhadap matapelajaran itu, lebih suka membuat kerja lain dan tidak mahu mendalamimata pelajaran tersebut. Alias et al. (1995) yang mengkaji hubungan antara sikap pelajarterhadap akademik dengan penguasaan para pelajar dalam kerja AmaliKemahiran Hidup juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikanantara persepsi pelajar terhadap akademik dengan penguasaan pelajardalam kerja amali kemahiran hidup. Begitu juga dengan hasil kajianTan Bee Chu (2001) yang mengkaji hubungan antara sikap terhadap

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 161mata pelajaran moral dengan penaakulan moral. Kajian tersebut mendapatiwujudnya hubungan antara persepsi pelajar terhadap mata pelajaranmoral dengan penaakulan moral. Jelasnya, implikasi daripada kajian berkenaan hubungan persepsidengan pencapaian menunjukkan kepentingan persepsi yang positifdalam memberi sumbangan kepada peningkatan dan pencapaian, Halini sekali gus membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaanilmu pengetahuan pelajar. Sedangkan ilmu memainkan peranan terpentingdalam Islam ke arah pembangunan manusia yang harmonis, seimbang,berketrampilan, dan berakhlak mulia.DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN ANALISIS SUMBANGANDapatan kajian berdasarkan aspek analisis sumbangan menyentuhbeberapa perkara, iaitu pengaruh tahap pengetahuan akidah terhadaptahap penghayatan akhlak, pengaruh faktor pembelajaran sosial terhadaptahap pengetahuan akidah, pengaruh faktor pembelajaran sosial terhadaptahap penghayatan akhlak, faktor yang mendominasi antara persepsipelajar dengan faktor pembelajaran sosial terhadap tahap pengetahuanakidah para pelajar, dan faktor yang mendominasi antara persepsi pelajardengan faktor pembelajaran sosial terhadap tahap penghayatan akhlakpara pelajar.Pengaruh Tahap Pengetahuan Akidah Terhadap Tahap PenghayatanAkhlakDapatan analisis inferensi mendapati wujud pengaruh tahap pengetahuanakidah terhadap penghayatan akhlak. Secara keseluruhannya, hasil analisiskajian mengenai hal ini mendapati pengetahuan akidah menyumbangsebanyak 33.5% kepada penghayatan akhlak para pelajar yang mengikutipengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengahkebangsaan. Dapatan kajian juga mendapati apabila pemboleh ubahpengetahuan akidah meningkat seunit maka skor penghayatan akhlakpelajar juga akan meningkat sebanyak 0.6 unit. Dapatan ini juga disokong oleh analisis temu bual yang dijalankanbagi mengenal pasti dengan lebih mendalam sejauh mana pengaruhtahap pengetahuan akidah kepada penghayatan akhlak para pelajar.Daripada temu bual yang dijalankan, dapatan kajian mendapatisebahagian besar responden mengakui pengetahuan akidah dapat

162 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islammembentuk diri mereka menjadi pelajar yang berakhlak baik. Menurutsebahagian besar dari mereka, kepercayaan kepada Kitab (al-Quran) danmendalami isi kandungannya khususnya dari segi dosa besar, keadaankehidupan selepas mati, hisab, syurga dan neraka mampu membentukdiri menjadi lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Analisistemu bual selanjutnya mendapati walaupun keseluruhan respondenmengakui pengetahuan terhadap semua rukun iman ini mampumempengaruhi akhlak mereka. Namun antara enam rukun iman (percayakepada Allah SWT, percaya kepada nabi dan rasul, percaya kepada kitab,percaya kepada malaikat atau alam ghaib, percaya kepada hari kiamat,serta percaya dengan qadak dan qadar) tersebut, didapati beriman kepadaAllah SWT dan beriman kepada hari kiamat ialah dua rukun yangmendapat perhatian lebih daripada pelajar. Dapatan ini juga secaraumumnya selari dengan hasil analisis berkenaan tahap pengetahuanakidah dan tahap penghayatan akhlak berdasarkan pengetahuan pelajartentang akidah yang berada pada tahap yang tinggi. Analisis tersebut juga bertepatan dengan apa yang disebut olehHaron et al. (1988). Beliau berpendapat, membina manusia yangsempurna mesti berasaskan tiga asas akidah, iaitu pertama keimanankepada Allah SWT yang memiliki segala sifat kesempurnaan; kedua,keimanan kepada al-Quran yang merupakan petunjuk kepada keseluruhanperjalanan hidup manusia; dan ketiga keimanan kepada hari akhirat,iaitu hari pembalasan baik dan buruk melalui hisab amalan yang amathalus, tepat, adil, dan saksama. Ketiga-tiga asas ini disebut sebagai al-iltizam al-khuluqi, iaitu sistem akhlak yang memiliki tenaga dan kesan,mempunyai daya kekudusan dan ketinggian yang mampu memaksaseseorang itu patuh, ikut, dan beramal secara halus dan teliti dalamkeadaan terang atau tersembunyi bagi mematuhi perintah Allah SWT. Pendapat tersebut didokong oleh pandangan yang dikemukakanoleh tokoh sarjana Islam seperti Ibn Khaldun (t.t., 2002), al-Ghazali(1939), al-al-Sabiq (1976), Yasin (1991), Al-Qaradhawi (2001) danal-Bayanuni (2003) yang menjelaskan bahawa pengetahuan tentang akidahdan kemampuan manusia memahami akidah mampu membentukmanusia berakhlak mulia. Menurut al-Ghazali (1939), akhlak manusiaadalah refleksi daripada cara dan bagaimana manusia itu berfikir. Kaedahberfikir manusia pula bergantung kepada sejauh mana pengetahuan yangmanusia itu terima, dan penerimaan ilmu pengetahuan sama ada yangbaik atau tidak baik adalah bergantung kepada sejauh mana manusiadapat mengawal keseimbangan nafsu yang ada dalam diri dengan akidah

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 163dan keimanan kepada Allah SWT. Al-Qaradhawi (1990) berpendapat,ilmu adalah petunjuk jalan yang membimbing ke arah iman. Hanyamanusia yang memiliki ilmu sahaja mampu menjelaskan bahawa disebalik alam yang nyata ini ada kekuatan yang lebih tinggi, yang mengaturdan menyusunnya, memelihara segala sesuatu dengan ukuran danperhitungan. Mohd Ali (1992) menyatakan ukuran akidah seseorangMuslim diukur menurut kepatuhannya dan perlaksanaannya terhadapperintah imannya. Menurutnya, manusia yang sempurna ialah manusiaberupaya mendisiplinkan amalan dan tingkah lakunya tunduk kepadaperintah dan larangan Allah SWT. Al-Bayanuni (2003) menyatakan,akidah bukan sekadar lafaz dimulut bahkan mesti diusahakan sehinggamembuahkan akhlak yang baik kerana akidah dan akhlak yang baik ituadalah bersepadu. Tidak akan sempurna akidah seseorang tanpa disertaiakhlak yang baik dan sempurna. Firman Allah SWT:V kُ ْ -ُ Hَ ْgَ َ mَ .َ iَ Kِz ‫ َك‬2iُ lِّ ßَ ُ ³vَ ‫ َن‬2Hُ ِ •ْ ُ9 Vَ ِّ ‫ˆ َو َر‬Eَ O iً Kِ ½ ‫ا‬2iُ ِّ َ ُ —‫َو‬ ?َ ْKíَ َ i`ِ \ً َ vَ -ِ ِ Aُ Bْ @َ rِ ‫وا‬,ُ ِ َ ْ َ ْ Maksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad!) Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa’, 4:65) Dalam hal ini juga, Nik Aziz (1998) berpendapat, kekuatan akidahialah satu daripada empat kekuatan asas yang harus dikuasai oleh remajabagi membersihkan jiwa, fikiran dan perlakuan daripada melakukansebarang perkara yang tidak bermanfaat. Pendapat ini disokong olehpendapat Tajul Ariffin (2002) yang menjelaskan, pembentukan individuIslam mesti dimulakan dengan pembinaan kekuatan akidah keranakekuatan ini akan menerbitkan akhlak yang baik untuk diserapkan kedalam bidang kognitif, afektif, dan psikomotor. Dapatan ini jugamenyokong dapatan kajian yang dibuat oleh Ab Halim et al. (2004)yang mengambil pandangan pelajar tentang mata pelajaran PendidikanIslam. Kajian tersebut mendapati para pelajar sedar bahawa pelajaranakidah memberi kesan ke atas pembangunan diri mereka. Mereka

164 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamberpendapat, mata pelajaran akidah hendaklah diwajibkan kepada semuapelajar kerana mampu membentuk akhlak dan tingkah laku yang baik.Secara tidak langsung mampu menjadi pertahanan yang ampuh dalamdiri pelajar bagi menghadapi pelbagai cabaran semasa. Begitu juga dengankajian yang dibuat oleh Zakaria (2005) tentang kesedaran pelajar tentangkepentingan mempelajari ilmu akidah. Dapatan kajian beliau menunjukkanpurata min yang tinggi, iaitu 4.57 sekali gus menunjukkan pelajar sedarilmu akidah ini mampu menjadikan seseorang itu berakhlak mulia.Pengaruh Faktor Pembelajaran Sosial Terhadap Tahap PengetahuanAkidahPembentukan manusia sempurna bergantung kepada sejauh manakeupayaan manusia itu mengeksploitasikan pemikirannya untukmemperolehi ilmu pengetahuan (Ibn Khaldun, 2002). Menurut IbnKhaldun (2002), aktiviti berfikir pula diperolehi melalui interaksi manusiadengan alam melalui perantaraan lima pancaindera, iaitu dengar, lihat,sentuh bau dan rasa. Ada tiga tahap berfikir manusia menurut IbnKhaldun. Pertama, al-‘Aql al-Tamyizi, iaitu pemahaman intelektualmanusia terhadap alam semesta bagi membolehkan manusia memperolehisuatu yang bermanfaat untuk memenuhi atau menolak kepentingandan keperluan biologinya. Kedua, al-‘Aql al-Tajribi, iaitu pemahamanmanusia tentang idea dan perilaku tentang perhubungan dalam kepimpinan,dan ketiga, al-‘Aql al-Nazari, iaitu kemampuan berfikir manusia yangakan memperlengkapkan manusia dengan ilmu pengetahuan. Ketiga-tigatahap berfikir ini akan memberikan tanggapan mengenai wujud dalampelbagai genre seperti galian, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan; perbezaansebab dan punca kewujudan yang semuanya berhubung dengan kekuasaan(qudrat) Allah SWT. Dengan memikirkan hal ini manusia akan dapatmencapai kesempurnaan sebenar yang disebut oleh Ibn Khaldun sebagaial-Haqiqat al-Insaniyyah. Bandura (1965, 1973) berpendapat, wujud interaksi yang jelas antaramanusia dengan persekitarannya melalui proses pemerhatian dan peniruan.Menurutnya, semasa mempelajari sesuatu, manusia sentiasa mencari carayang mudah dan ringkas. Salah satu cara yang termudah ialah denganmelihat dan meniru perbuatan orang lain, yang kebanyakannya menjadiamalan kanak-kanak dan remaja. Menurutnya lagi, tingkah laku golonganini terhasil akibat daripada pengalaman semasa pengasuhan kanak-kanak.Oleh itu, kebanyakan tingkah laku remaja adalah mengikut kehendak

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 165ibu bapa dan masyarakat. Tingkah laku yang menyeleweng pula ialahakibat pengasuhan dan proses sosialisasi yang kurang sempurna.Perubahan dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan dalampersepsi terhadap masyarakat. Berasaskan pembelajaran melalui peniruanini, remaja akan mengalami masalah sosial di mana mereka terjebakdengan unsur peniruan yang negatif seperti merokok, mengambil dadahdan budaya negatif yang lain. Dalam membahaskan sejauh mana sumbangan faktor pembelajaransosial dalam mempengaruhi tahap pengetahuan akidah para pelajarsekolah menengah kebangsaan di Malaysia, pengkaji melibatkan enamperamal dalam analisis yang berkaitan, iaitu ibu bapa, guru, rakan,artis, budaya sekolah dan masyarakat. Daripada analisis yang dijalankandidapati bahawa daripada enam pemboleh ubah bebas yang menjadiperamal, terdapat tiga faktor yang signifikan, iaitu faktor artis, faktoribu bapa dan faktor guru. Sedangkan tiga yang lain, iaitu faktor rakan,faktor sekolah, dan faktor masyarakat didapati tidak muncul sebagaiperamal terhadap tahap pengetahuan akidah para pelajar. Secara keseluruhannya, dapatan analisis sumbangan mendapati 7.3%faktor artis, 11.9% faktor ibu bapa dan 13.0% faktor guru memberikankesan atau menyumbang kepada tahap pengetahuan akidah para pelajar.Dapatan ini ini juga menunjukkan bahawa kemungkinan terdapatbeberapa faktor lain yang memberikan kesan ataupun memberikansumbangan terhadap tahap pengetahuan akidah pelajar yang tidakdisentuh dalam kajian ini (Hair, 1998; Pallant, 2001; Tabachnick &Fidell, 2001). Kesimpulan yang dapat diambil daripada dapatan kajianini adalah, apabila faktor artis meningkat seunit maka skor pengetahuanakidah pelajar akan menurun sebanyak 0.25 unit. Apabila skor ibu bapameningkat seunit maka skor pengetahuan akidah pelajar akan meningkatsebanyak 0.15 unit dan apabila skor faktor guru meningkat seunit makaskor pengetahuan akidah pelajar akan meningkat 0.12 unit. Dapatanini memberikan implikasi bahawa kesan faktor artis terhadap pengetahuanakidah pelajar adalah lebih rendah berbanding dengan kesan faktor ibubapa dan guru. Bagaimanapun apabila dilihat kepada nilai beta yangdiperolehi, pengaruh artis tersebut boleh memberikan kesan yangnegatif terhadap pengetahuan akidah pelajar. Dapatan analisis sumbangan ini juga memberi gambaran bahawaresponden dalam kajian ini mempunyai persepsi bahawa ibu bapa danguru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap peningkatan tahap

166 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islampengetahuan akidah mereka melalui pelbagai bentuk pembelajaran sosial.Faktor guru dan ibu bapa sebagai penyumbang utama pengaruhpembelajaran sosial terhadap tahap pengetahuan akidah para pelajaradalah bertepatan dengan dengan firman Allah SWT:‫ِ }ِ إِن‬ ‫ ْك‬žِ ْ ُ ½ V 6َ «ُ َ9 [ُ €ُ Nِ َ9 2َ +ُ ‫ِ[ِ َو‬Hْ V ‫ ُن‬iَ (ْ )ُ ‫ذْ َ َل‬8 ¾ ٌ K€ِ َ ٌ ْ €ُ )َ ‫ َك‬žْ ِّ :‫ا‬ Maksud: Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu ialah satu kezaliman yang besar. (Surah Luqman, 31:13) Ibn ‘Asyur (1984) berpendapat, ayat ini jelas menunjukkan bahawaLuqman memulakan nasihat kepada anaknya dengan menyeru supayamenjauhkan diri daripada perbuatan syirik kerana antara punca kerosakanakidah yang paling utama ialah syirik. Justeru, adalah penting untukibu bapa memelihara anak-anak mereka daripada perbuatan syirik supayamanusia sentiasa berada dalam keadaan baik kerana kesucian akidahialah dasar kepada segala amalan yang baik. Dapatan analisis kajian ini juga selari dengan kajian yang dilaporkanoleh Asmah dan Zulekha (2004) yang mendapati sebahagian besar (35%)pelajar mengharapkan perhatian ibu bapa terhadap proses pembentukanmasa depan mereka, berbanding faktor lain seperti pelajaran (29%),kewangan (22%), belaian (19%) dan pemilihan kerjaya (4%). Selainibu bapa, hasil analisis kajian juga mendapati faktor pembelajaran sosialguru juga memberi gambaran bahawa responden mempunyai persepsiyang tinggi tentang pengaruh guru terhadap tahap pengetahuan akidahmereka. Dapatan ini selari dengan pendapat Wan Mohd Zahid (2000)yang berpendapat, guru memainkan peranan penting dalam kontekspembentukan diri beragama para pelajar kerana sebahagian masa produktifpelajar ketika di sekolah adalah digunakan bersama dengan guru. Lantaranitu, Asmah dan Zulekha (2004) menjelaskan, guru perlu meningkatkankualiti pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha mewujudkanpersekitaran pembelajaran yang kondusif bagi membantu pelajar meraih

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 167keputusan yang baik sama ada dalam peningkatan ilmu pengetahuanataupun pembentukan modal insan yang berkualiti. Hasil daripada analisis kajian ini juga mendapati respondenmemberikan persepsi yang rendah terhadap artis dalam mempengaruhitahap pengetahuan akidah mereka. Analisis ini memberi gambaranbahawa dorongan, nasihat dan tingkah laku para artis dilihat kurangmemberi pengaruh terhadap tahap pengetahuan akidah pelajar. Dapatanini selari dengan kebimbangan yang berlaku dalam masyarakat bahawamasyarakat artis kurang memberi sumbangan yang positif terhadappembentukan nilai remaja. Bagi masyarakat awam, rancangan-rancanganyang menonjolkan penglibatan artis yang disiarkan melalui pelbagaimedia masa memberi kesan yang negatif dan mengelirukan terutama yangmembabitkan pengetahuan dan nilai yang terkandung dalam ajaranIslam (Berita Minggu, 24 Julai, 2005). Selanjutnya dapatan kajian sumbangan juga mendapati pengaruhfaktor rakan, sekolah dan masyarakat tidak muncul sebagai faktor yangmemberi pengaruh terhadap tahap pengetahuan akidah para pelajar.Sekali imbas, dapatan ini memberi petunjuk bahawa para respondenmelihat rakan, sekolah, dan masyarakat tidak menyumbang kepadapengetahuan akidah mereka berbanding dengan dengan ibu bapa, guru,dan artis. Kegagalan rakan muncul sebagai faktor pembelajaran sosialyang mempengaruhi ke arah kebaikan para pelajar menguatkan lagikajian yang dibuat oleh Abdullah al-Hadi et al. (2001) dan Asmahdan Zulekha (2004). Dalam hal ini mereka mendapati, kegagalanrakan sebaya menjadi agen sosial yang menyumbang secara positif ialahfaktor utama kepada masalah dan perlakuan salah laku sosial remaja(Abdullah al-Hadi et al., 2001; dan Asmah dan Zulekha, 2004). Selainitu, kegagalan sekolah muncul sebagai faktor pembelajaran sosial yangmemberi kesan positif kepada peningkatan pengetahuan akidah parapelajar juga menggambarkan tidak wujud budaya positif di sebahagianbesar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.Pengaruh Faktor Pembelajaran Sosial Terhadap Tahap PenghayatanAkhlakDapatan analisis sumbangan mendapati bahawa pengaruh faktorpembelajaran sosial secara keseluruhannya memberi sumbangan yangsignifikan terhadap tahap penghayatan akhlak responden dalam kajianini. Dapatan analisis ini juga mendapati faktor penyumbang tertinggi

168 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamterhadap penghayatan akhlak para pelajar ialah faktor rakan, diikutioleh faktor budaya sekolah, faktor ibu bapa, faktor artis, dan faktorguru. Antara faktor tersebut, rakan adalah penyumbang terbesar kepadatahap penghayatan akhlak dalam kalangan responden. Selain itu, dapatan analisis sumbangan ini mendapati, artis jugamempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tahap penghayatanakhlak responden. Oleh kerana itu, adalah penting bagi artis memilikiakhlak yang baik dan terpuji kerana segala perkataan dan tingkah lakumereka menjadi perhatian awam khususnya dalam kalangan remajaketika menjalani proses pembentukan diri mereka. Umumnya, selainpendidikan formal di sekolah remaja turut menerima input pendidikandaripada institusi tidak formal seperti media. Dalam hal ini, MarshallMcLuhan (dlm. Stanley dan Bennis, 2006) berpendapat, perkembanganteknologi pada era globalisasi kini menyaksikan remaja berupayamemperolehi maklumat melalui pelbagai media dan tanpa had sekaligus merangsang perubahan yang besar dalam pembentukan budayaberfikir dan tindakan sosial mereka. Oleh kerana itu, sistem media iniperlu diselaraskan sebaik mungkin dalam usaha melebarkan maklumatyang berfaedah dengan meminimakan maklumat yang mampu merosakkanpembangunan remaja. Persoalan keuntungan khususnya yang berbentukhiburan mesti diambil kira dan diseimbangkan bersama input yangmampu merangsang perkembangan minda dan sahsiah remaja dalamusaha membentuk bangsa dan negara yang sejahtera.Faktor Dominasi Antara Persepsi Pelajar dengan PembelajaranSosial Terhadap Tahap Pengetahuan Akidah PelajarAnalisis sumbangan selanjutnya mendapati, faktor persepsi dan faktorpembelajaran sosial memberi kesan yang seimbang kepada tahappengetahuan akidah para pelajar. Walau bagaimanapun, hasil dapatankajian juga menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat beberapafaktor lain yang memberikan kesan ataupun memberikan sumbanganterhadap pengetahuan akidah pelajar yang tidak tersentuh dalam kajianini (Hair, 1998; Pallant, 2001; Tabachnick & Fidell, 2001).Faktor Dominasi Antara Persepsi Pelajar dengan PembelajaranSosial Terhadap Tahap Penghayatan Akhlak Para PelajarBerbeza dengan tahap pengetahuan akidah, dalam menentukan faktormanakah yang mendominasi antara persepsi pelajar dengan faktor

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 169pembelajaran sosial terhadap tahap penghayatan akhlak para pelajar,dapatan analisis kajian mendapati bahawa hanya varian persepsi pelajaryang menjadi peramal terhadap penghayatan akhlak pelajar. Sedangkanvarian pemboleh ubah faktor pembelajaran sosial didapati tidak signifikanterhadap penghayatan akhlak pelajar yang terlibat dalam kajian ini.Dapatan menunjukkan bahawa 48.6% faktor persepsi pelajar memberikankesan atau menyumbang terhadap penghayatan akhlak pelajar. Dapatanini juga menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat faktor lain yangmemberikan kesan ataupun memberikan sumbangan terhadap penghayatanakhlak pelajar yang tidak tersentuh dalam kajian ini (Hair, 1998; Pallant,2001; Tabachnick & Fidell, 2001).RUMUSAN DAN IMPLIKASISecara keseluruhan, kajian ini memberi gambaran awal tentang tahappengetahuan akidah, pengaruh faktor pembelajaran sosial terhadap tahappengetahuan akidah dan hubungan kedua-duanya dengan tahappenghayatan akhlak para pelajar sekolah menengah kebangsaan diMalaysia. Kajian ini menambah impak dan membuktikan secarasaintifik lagi sistematik mengenai pendapat ulama berkaitan faedahmempelajari dan mengetahui ilmu akidah. Dapatan yang diperolehidalam kajian ini boleh memberikan manfaat dan panduan terhadapkeadaan yang dihadapi dalam kehidupan khususnya amalan pendidikanitu sendiri. Secara khusus, kajian ini memberi gambaran bahawa tahappengetahuan akidah dalam kalangan responden adalah tinggi danmatang. Senario ini secara umumnya menepati saranan tokoh akidahseperti Imam al-Ghazali (t.t.), iaitu pada peringkat ini para pelajarseharusnya memiliki pengetahuan yang cukup berkenaan aspek pentingdalam akidah. Menurut beliau, tahap ini adalah sangat penting sebagaipersediaan kepada pelajar untuk menghadapi kepelbagaian situasi dansuasana dalam masyarakat. Pengetahuan ini sekali gus akan menjadiasas kepada proses pemantapan dan pengukuhan akidah seseorang.Seseorang individu mempunyai pendekatan tertentu yang berbentuksebatian terhadap sesuatu keyakinan sehingga ke satu tahap yang tidakmampu digugat oleh apa jua cabaran zaman. Antara saranan Imam al-Ghazali bagi membentuk sebatian ini adalah dengan membaca,memahami, dan menghayati maksud al-Quran; membaca, memahamidan menghayati maksud hadis; melaksanakan ibadah dengan sempurnadan memilih persekitaran sosial yang menepati kriteria takwa dan

170 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islampengabdian kepada Allah SWT. Pelaksanaan pendekatan ini secaraberterusan mampu mengukuhkan akidah seseorang sekali gus mendorongke arah pelaksanaan ibadah yang berkesan untuk dimanifestasikan dalambentuk akhlak yang sempurna (al-Ghazali t.t). Kesempurnaan akhlakini disebut sebagai al-Haqiqat al-Insaniyyah (manusia sempurna) olehIbn Khaldun dalam kitabnya, Mukaddimah. Tinjauan terhadap penghayatan akhlak juga memberi gambaranbahawa tahap penghayatan akhlak dalam kalangan responden berdasarkanpengetahuan mereka kepada seluruh konsep akidah dalam mata pelajaranPendidikan Islam ini adalah tinggi. Manakala tinjauan secara terperincipula mendapati wujudnya aspek tertentu yang menonjol dalampenghayatan akhlak dalam kalangan responden. Dua aspek utama yangmemperlihatkan kawalan penghayatan akhlak pada tahap yang tinggiadalah keimanan responden kepada malaikat dan kitab, diikuti imankepada Allah SWT, iman kepada Nabi, iman kepada hari akhirat daniman dengan qadak dan qadar. Selain membuktikan keselarian dapatankajian ini dengan dapatan tahap pengetahuan akidah, kajian ini jugamenyokong dapatan kajian Azhar (2006). Dalam kajiannya, beliaumendapati dua pola utama yang membantu tahap penghayatan akhlakpelajar yang berada pada tahap tinggi adalah jenis akhlak yang berkaitdengan prinsip asas akidah Islam dan perintah agama yang dimaklumisecara daruri; dan jenis akhlak yang terima secara meluas dalam kalangankeluarga dan masyarakat. Dapatan dalam kajian ini juga menunjukkan wujudnya perkaitanyang siginifikan antara tahap pengetahuan akidah yang diperolehi dalamkalangan reseponden dengan tahap penghayatan akhlak responden.Jelasnya, hasil dapatan kajian ini mendapati, tahap penghayatan akhlakseseorang akan meningkat sekiranya tahap pengetahuan akidah merekaitu meningkat. Dapatan ini sekali gus menggambarkan bahawa akidahmemainkan peranan yang penting dalam pembangunan manusia danmerupakan kekuatan dalaman yang mampu memantap dan menstabilkanemosi manusia bagi berhadapan dengan kerosakan akhlak, sekali gusmenepati aspirasi falsafah dan dasar pendidikan negara (Tajul Ariffinet al.,1988; 2002; Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Oleh kerana itu, untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaandan objektif Pendidikan Islam, kurikulum pendidikan akidah ini mestilahdiperkasakan dan sentiasa diberi perhatian dari semasa ke semasa. Kajianlanjutan perlu dilakukan bagi mengenal pasti keberkesanan pengajaran

Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 171dan pembelajaran mata pelajaran ini dan meneliti semula kedudukannyadalam sistem dan struktur pendidikan negara. Semakan semula terhadapmata pelajaran akidah dalam Pendidikan Islam di Malaysia perlu dibuat bagi meletakkan kembali ilmu akidah kepada kedudukan yangfitrah, bukan semata-mata sebagai alat pemulihan akidah pengikut ajaransesat bahkan sebagai medium penting pembangunan generasi mudaIslam di Malaysia. Dapatan kajian ini juga penting sebagai maklumatdari data yang saintifik dan berguna kepada sesiapa yang terlibatdengan bidang Pendidikan Islam dan pembangunan melalui peningkatankualiti pemahaman, penghayatan dan amalan akidah yang bersungguh-sungguh. Asas kepada kajian ini dan kajian selanjutnya adalah mestimemandang ilmu pengetahuan Islam dari kaca mata orang Islam, bukandari kaca mata Barat atau pemikiran individu yang terjajah denganpemikiran Barat yang selama ini menghina dan memporak perandakanilmu pengetahuan Islam. Seterusnya, tinjauan kepada persepsi responden tentang pengaruhfaktor pembelajaran sosial terhadap tahap pengetahuan akidah bolehdiambil beberapa paduan berguna. Dapatan kajian menunjukkan faktorguru dan ibu bapa mempunyai pengaruh yang dominan dalammempengaruhi tahap pengetahuan akidah dalam kalangan responden.Dapatan ini secara langsung mengesahkan tentang struktur keutamaanperanan yang seharusnya wujud dalam sistem pendidikan sosial dalamkonteks pembinaan nilai murni generasi muda. Cuma sedikitmembimbangkan dalam dapatan kajian ini adalah apabila kegagalanfaktor budaya sekolah, rakan, dan budaya masyarakat untuk munculsebagai pemboleh ubah utama yang mempengaruhi tahap pengetahuanakidah pelajar. Tambah membimbangkan adalah apabila artis, meskipunkesan faktor artis terhadap pengetahuan akidah pelajar adalah lebihrendah berbanding dengan kesan faktor ibu bapa dan guru, faktorini dilihat boleh memberikan kesan yang negatif terhadap penurunantahap pengetahuan akidah dan penghayatan akhlak pelajar. Justeru,perlu ada langkah alternatif yang diberikan dalam pelbagai mediumyang lazimnya didominasi oleh golongan artis untuk tatapan generasimuda, sekali gus mampu mengawal pengaruh negatif yang dibawa olehartis ini daripada terus merebak. Selain tahap pengetahuan akidah, analisiskajian juga mendapati pengaruh beberapa faktor pembelajaran sosialmempunyai perkaitan yang agak kukuh dengan tahap penghayatanakhlak dalam kalangan responden. Pada masa yang sama, pengaruh ini

172 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamjuga dilihat mampu memberi sumbangan yang signifikan terhadap tahappenghayatan akhlak mereka. Faktor ibu bapa, guru dan artis perlu diberiperhatian khusus dalam proses pembinaan akhlak remaja selaras denganhasrat falsafah dan objektif Pendidikan Islam. Analisis dokumen terhadap kandungan dalam buku teks yangdigunakan oleh para pelajar sekolah menengah kebangsaan pula didapatilebih menjurus kepada persoalan yang berbentuk konsep. Hal yangsama turut diakui oleh Profesor Madya Dr. Mudasir Rosder (2007).Menurutnya, secara keseluruhan teks akidah yang dipelajari oleh parapelajar di sekolah menengah kebangsaan lebih menjurus kepada “objektifpeperiksaan”. Para pelajar tahu mengenai akidah dan segala yangberkaitan dengannya berdasarkan apa yang dipelajari tetapi pada masayang sama tidak dapat mengaitkan atau tidak dapat merasa bahawaakidah itu adalah fitrah yang perlu diberi isian dari semasa ke semasa.Justeru, silibus akidah perlu diperkasakan dengan memasuk danmenambahkan topik yang boleh merangsang pelajar ke arah menghayatiakidah dan seterusnya membudayakannya sehingga akidah berupayamenjadi benteng menghadapi suasana dan situasi dunia baru. Kesimpulannya, dapatan kajian menyarakan bahawa sama adapembelajaran berbentuk formal atau tidak formal memainkan perananpenting dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang danberakhlak mulia, melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampumenyumbang secara holistik dalam pembangunan agama, bangsa, dannegara dengan lebih mapan. Jelasnya, tidak mungkin guru PendidikanIslam secara individu berupaya memainkan peranan membudayakanagama secara bersendirian. Kerjasama semua pihak amat perlu termasukdari mereka yang menentukan dasar dan pelaksanaan Pendidikan Islamdi Kementerian Pelajaran Malaysia hingga kepada mereka yangmelaksanakan program di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, PejabatPendidikan Daerah, pentadbir sekolah, dan seterusnya dari pelbagaiagensi masyarakat.

PEMERKASAAN AKIDAH DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKANPENGENALANBerdasarkan perbincangan dalam bab yang lalu, secara keseluruhannyaobjektif kajian untuk mengenal pasti tahap pengetahuan akidah, tahappenghayatan akhlak, persepsi pelajar terhadap ilmu akidah, pengaruhfaktor pembelajaran sosial terhadap tahap pengetahuan akidah danpengaruh faktor pembelajaran sosial terhadap tahap penghayatan akhlakpara pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia berjaya dicapai.Selain itu, kajian tersebut juga berjaya mengukur tahap pengetahuanakidah dan tahap penghayatan akhlak berdasarkan pemboleh ubah lainyang mempengaruhi dan meramalkan tahap pengetahuan akidah dantahap penghayatan akhlak para pelajar di Malaysia. Umumnya, kesemuakonstruk dan faktor tersebut pada hakikatnya mempunyai hubunganyang sangat signifikan dengan persoalan dasar dan amalan pendidikanyang sedang dilaksanakan di sekolah pada ketika ini. Oleh yangdemikian, beberapa cadangan dikemukakan dalam tulisan ini bagimembantu semua pihak dalam usaha mempertingkatkan danmemperkasakan pengajaran dan pembelajaran ilmu akidah dalam matapelajaran Pendidikan Islam selaras dengan fungsinya sebagai agen utamapembentukan dan pemupukan penghayatan akhlak dalam kalanganpara pelajar di negara ini.

174 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamCADANGAN UMUMCadangan berikut disarankan bagi memperkembangkan pengajaran danpembelajaran ilmu akidah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam disekolah menengah kebangsaan, iaitu menyemak semula kurikulumpendidikan akidah; pengembangan pengetahuan akidah, pendekatan,reka bentuk dan isi kandungan akidah; pendedahan latihan yangbersesuaian dengan keperluan guru; memperkemas silibus akidah;intergrasi pendidikan akidah dengan displin pelbagai; peranan yangdimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat; memperkenalkan subjekliterasi media; peranan guru dalam memperjelas hakikat dunia realitikini; dan perubahan kandungan dan amalan dalam pendidikan akidah.Menyemak Semula Kurikulum Pendidikan AkidahDokumen paling asas dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum adalahkandungan. Justeru, kandungan akidah dalam kurikulum PendidikanIslam perlu disemak semula sesuai dengan kehidupan dan keperluansemasa. Selain dari menghuraikan konsep asas akidah secara sederhanadan menarik, silibus akidah juga harus mampu menghubungkan generasimuda Islam dengan segala bentuk fenomena yang berlaku dalamkehidupan masa kini dan akan datang. Pendekatan yang lebih sistematikdan saintifik dengan mengambil kira maklumat terkini dari pelbagaidimensi ilmu perlu diterapkan bagi menjelaskan prinsip akidah ketikapenyediaan silibus akidah dalam kurikulum Pendidikan Islam.Pengembangan Pengetahuan, Pendekatan, Reka Bentuk, dan IsiKandungan AkidahDalam usaha memperkasakan pengetahuan akidah, pendekatan, rekabentuk dan isi kandungan akidah yang dimuatkan dalam buku teksPendidikan Islam perlu dikembangkan. Pendekatan yang digunakanharus mampu membentuk pelajar menentukan tahap kecapaianpembelajaran, berfikiran reflektif, bermotivasi dan mampu menghubungkanitem dalam pembelajaran akidah dengan amalan dalam kehidupanharian serta fenomena semasa.Pendedahan Latihan yang Bersesuaian dengan Keperluan GuruHasil dapatan analisis temu bual yang dijalankan, kebanyakan latihandan kursus yang melibatkan guru Pendidikan Islam adalah berbentuk

Pemerkasaan Akidah dalam Pendidikan dan Penyelidikan 175pengajaran umum dan pengurusan pentadbiran. Jika hal ini diperhalusi,keperluan mendesak adalah berkaitan bagaimana seseorang gurumenghadapi murid yang datang dari pelbagai latarbelakang. Justeru,guru Pendidikan Islam harus diberikan pendedahan dan latihankemahiran yang sistematik dan mampu disesuaikan mengikut kepelbagaiantahap penerimaan dan pemahaman kognitif pelajar (verbal, visual, factual,dan linear). Selain itu, latihan yang khusus dan menjurus, kepadaaplikasi teknologi terkini dan gabungan maklumat yang saintifik berkenaanakidah juga perlu diterapkan dalam usaha meningkatkan dan memantapkanekuiti dan kualiti guru Pendidikan Islam.Memperkemas Silibus AkidahSkop silibus mata pelajaran akidah dalam Pendidikan Islam perludiperkemaskan. Walaupun secara asasnya, tahap pengetahuan akidahpara pelajar dalam kajian ini adalah tinggi dan matang, namun tahappengetahuan tersebut hanya merangkumi aspek berkaitan prinsip akidahsecara konsep. Terma penting yang dikira perlu dalam usaha membentukbenteng diri dalam menangkis ancaman asing yang mengganggu akidahpelajar dalam jenama globalisasi perlu dimasukkan sebagai latar belakangsebelum para pelajar mula mempelajari prinsip akidah. Terma inidimasukkan sebagai persediaan mental kepada pelajar untuk menyedarkanmereka mengenai pentingnya akidah ini dipelajari dan difahami secarakonsisten dan bersungguh-sungguh. Hal ini sekali gus dapat mengelakkanmata pelajaran akidah dalam Pendidikan Islam ini diajar dan dilaksanakansemata-mata bagi tujuan peperiksaan.Intergrasi Pendidikan Akidah dengan Displin PelbagaiPengajaran dan pembelajaran akidah dalam Pendidikan Islam ini jugaperlu diintegrasikan dengan disiplin ilmu lain dalam Islam khususnyapendidikan j-QAF. Selain daripada penekanan terhadap tatacara bacaanyang terdapat dalam pendidikan j-QAF, keterampilan ilmu ini akanlebih berkesan dengan pemahaman tentang makna dan hikmah disebalik pendidikan yang diterima. Hal ini supaya pengetahuan yangdimiliki itu dapat membentuk dan menyuburkan akidah yang akanmemberi kesan kepada pelaksanaan ibadah sehingga melahirkan manusiayang sempurna.

176 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamPeranan yang Dimainkan oleh Pelbagai Lapisan MasyarakatDapatan kajian ini juga turut merumuskan tentang pentingnya perananyang dimainkan oleh faktor pembelajaran sosial terutama ibu bapa, gurudan golongan artis melalui pelbagai saluran media bagi usaha membantumemantapkan pemahaman akidah dan penghayatan akhlak para pelajar.Jelasnya, hakikat yang perlu diterima ialah urusan pendidikan bukanhanya terhad dalam konteks pendidikan formal yang melibatkan sekolahdan guru sebaliknya ialah usaha bersama yang dilakukan secara bersepadumenerusi pelbagai pendekatan pembelajaran sosial melibatkan semuapihak.Memperkenalkan Subjek Literasi MediaMemandangkan pengaruh media sangat dominan dalam kalangan generasimuda, subjek literasi media perlu diperkenalkan di sekolah bagimembolehkan kandungan media difahami secara jelas. Pihak sekolahperlu mengoptimumkan penggunaan media sebagai alat pengajarandan pembelajaran yang aktif dalam kalangan guru Pendidikan Islam.Bagi menyokong usaha yang dilakukan pihak sekolah, KementerianPelajaran Malaysia (KPM) pula harus menyediakan input yang berkesanmeskipun secara sederhana dalam dalam meningkatkan pemahamanakidah para pelajar. Di samping itu, ibu bapa perlu sentiasa dari semasake semasa, perlu mengambil berat dan memainkan peranan dalammemberi pemahaman secara jujur kepada remaja mengenai setiap statusperilaku (benar atau salah) yang terdapat dalam media sama ada yangtersurat atau yang tersirat.Peranan Guru dalam Memperjelas Hakikat Dunia Realiti KiniKesan daripada asimilasi sosial dan imperialisme budaya, sebahagian besarmasyarakat meletakkan kebenaran dalam agama sebagai satu ketentuanyang subjektif. Masing-masing berhak mentafsirkan sesuatu kebenarandengan justifikasi sosial masing-masing sehinggalah kepada hal yangberkaitan dengan akidah dan kepercayaan. Kesannya, berlaku konflikdalam kalangan generasi muda tentang apa yang dipelajari dan diketahuidengan apa yang dilihat dalam dunia realiti. Konflik ini semakinmengelirukan apabila apa yang dilihat dalam dunia realiti itu dipersetujuioleh individu yang seperti memiliki kredibiliti. Oleh kerana itu, para

Pemerkasaan Akidah dalam Pendidikan dan Penyelidikan 177pelajar perlu diberi penjelasan dan kefahaman secara jujur dan telusoleh guru Pendidikan Islam tanpa prejudis mengenai hakikat ilmu yangdipelajari dan hakikat pengetahuan yang dimiliki dengan pelbagaikontradiksi yang berlaku dalam dunia realiti.Perubahan Sikap dan Amalan dalam Pendidikan AkidahCabaran utama untuk peningkatan dan pemantapan pengetahuan akidahdalam kalangan para pelajar sekolah menengah kebangsaan ini adalahterletak di atas perubahan sikap, pengetahuan dan kemahiran semuapihak yang terlibat dalam proses pendidikan. Oleh kerana itu, perlu adasatu strategi yang penuh iltizam dan bersepadu yang mampu membentukkesedaran semua pihak terhadap kepentingan memupuk budaya berakidahdalam kalangan masyarakat. Adalah diharapkan usaha memperkembangkanilmu akidah ini mampu memberi sumbangan yang bermakna terhadapusaha kerajaan dalam mempertingkatkan mutu Pendidikan Islam selarasdengan hasrat FPK, iaitu membangunkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.CADANGAN PENULISAN LANJUTANSecara keseluruhan, tulisan ini berjaya memberi gambaran awal tentangtahap pengetahuan akidah, tahap penghayatan akhlak, persepsi pelajarterhadap ilmu akidah, pengaruh faktor pembelajaran sosial terhadaptahap pengetahuan akidah dan hubungan ketiga-tiganya dengan tahappenghayatan akhlak para pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.Namun demikian, pemilihan dari segi reka bentuk kajian, kaedahpemerolehan data, kaedah penentuan populasi dan pembahagian sampelyang digunakan dalam kajian ini menghadkan penemuan dalam kajiankepada konteks akidah dalam pendidikan Islam yang terbatas. Olehyang demikian, beberapa cadangan kajian dan penulisan lanjutandikemukakan bagi memberikan gambaran yang lebih luas dan mendalamtentang hubungan akidah dengan penghayatan akhlak dalam konteksamalan pendidikan Islam di negara ini. Kajian lanjutan ini mungkinmampu memperkemaskan lagi dapatan kajian yang ada di sampingmemperkayakan kefahaman manusia terhadap senario pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran akidah dalam pendidikan Islam dansumbangannya terhadap merealisasikan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan. Antara kajian dan penulisan lanjutan yang dicadangkanberkaitan dengan bidang ini adalah seperti berikut:

178 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam(1) Tulisan ini ialah hasil dari kajian berbentuk tinjauan yang melibatkan 1504 orang pelajar tingkatan 4 (soal selidik) dan 12 orang pelajar tingkatan 4 (temu bual) serta enam orang guru Pendidikan Islam (temu bual) di 22 buah sekolah menengah kebangsaan di Malaysia (Kedah, Selangor, Melaka dan Terengganu). Subjek pelajar yang dipilih mengikut kaedah persampelan rawak secara strata. Subjek guru ialah guru Pendidikan Islam. Adalah dicadangkan bahawa sampel kajian yang berbeza dilibatkan dalam penyelidikan akan datang dengan meluaskan skop kajian ke negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak supaya perbandingan antara negeri boleh dilaksanakan.(2) Kajian yang sama juga boleh dijalankan dengan memberi tumpuan kepada kumpulan pelajar yang bermasalah disiplin, iaitu dengan menganalisis perbandingan antara kumpulan pelajar yang bermasalah disiplin dengan kumpulan pelajar yang tiada bermasalah disiplin. Kajian ini dapat meneroka dengan lebih luas masalah berkaitan juvana dari perpektif akidah dalam Pendidikan Islam.(3) Kaedah utama yang digunakan bagi memperolehi maklumat dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan yang menekankan persembahan berbentuk numerical. Dalam kajian akan datang kaedah pemerolehan data yang lain seperti etnografi yang memberi tumpuan kepada kaedah pemerhatian boleh dilaksanakan bagi mendapatkan data yang lebih terperinci lagi tentang pengaruh akidah terhadap penghayatan akhlak para pelajar.(4) Kajian ini juga mengenal pasti wujudnya hubungan dan sumbangan persepsi dan faktor pembelajaran sosial terhadap tahap pengetahuan akidah dan tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Namun perkaitan dan sumbangan tersebut masih terbatas kepada beberapa bentuk faktor pembelajaran sosial sahaja. Bagi menambah kefahaman tentang fenomena ini, kajian lanjutan perlu dilakukan bagi mengenal pasti dan menganalisis faktor pembelajaran sosial yang lain yang tidak ditekankan dalam kajian ini. Di samping itu, penelitian terhadap pengaruh faktor pembelajaran sosial yang dikenal pasti dalam kajian ini perlu juga dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada kaedah pemerolehan data

Pemerkasaan Akidah dalam Pendidikan dan Penyelidikan 179secara kualitatif. Kajian seperti ini diharapkan dapat memberi inputyang berfaedah terhadap perancangan dan pelaksanaan pembangunanpendidikan pada masa akan datang. Semua cadangan kajian dan penulisan lanjutan ini amat bermanfaatdalam melengkapkan lagi peranan akidah dalam pembangunan akhlak.Justeru, segala cadangan ini perlu diberi perhatian semua pihak misalnyapensyarah dan bakal pelajar pasca siswazah agar dapat mengembangkanbidang akidah ke arah yang lebih sempurna.MODEL PEMBANGUNAN AKIDAH SEKOLAH MENENGAHKajian yang dijalankan oleh Ahmad Munawwar (2009) menyarankanusaha pemarkasaan akidah para pelajar berdasarkan model pembangunanakidah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1. FAKTOR PEMBELAJARAN SOSIAL ISLAM DASAR PROSES MATLAMAT Al-Quran Akidah Islam Akhlak Al-Sunnah Konsep Rukun Iman Islam Falsafah Benteng ImanPendidikan Islam Kurikulum Pendidikan Islam (KBSM) Faktor PersepsiHubungan Secara Langsung Hubungan Secara Tidak LangsungRajah 9.1 Model Pembelajaran Akidah dalam Pendidikan Islam Bersepadu

180 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Model tersebut menjelaskan bahawa dasar pembangunan kurikulumakidah mestilah bersandarkan dasar yang kukuh, iaitu bersumberkanal-Quran, sunnah, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Daripada sumberini dibentuk kurikulum akidah yang mapan dengan berpaksikankepada akidah Islam sebenar, konsep rukun iman, dan benteng keimanan.Kurikulum ini pula perlu disepadukan dengan Kurikulum KBSM secarakeseluruhan agar matlamat daripada pendidikan akidah dapat dicapai.Hasil daripada gabungan kurikulum akidah dan KBSM secara keseluruhandalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan tahapcemerlang akidah para pelajar. Pembangunan akidah ini tidak memadai jika prosesnya hanyaditumpukan di sekolah sahaja. Peranan secara tidak lansung daripadafaktor pembelajaran sosial seperti ibu bapa dan lain-lain serta faktorpersepsi juga perlu diambil kira agar pendidikan akidah yang hendakdibangunkan ini benar-benar memberi kesan yang mendalam dalampembangunan akhlak para pelajar.RUMUSANTulisan ini memberi gambaran awal secara sistematik dan saintifik tentanghubungan dan sumbangan akidah dalam pembangunan manusia. Besarlahharapan yang diberikan agar kajian ini dapat menambah input yangbermanfaat kepada amalan Pendidikan Islam di Malaysia seterusnyameletakkan kedudukan subjek akidah ini di pada suatu tahap yangtinggi sesuai dengan keperluan manusia kepadanya. Jelasnya, ilmu akidah adalah pencetus kepada era pendidikan baru.Akidah perlu mendapat tempat yang istimewa dalam sistem pendidikannegara berdasarkan keperluan, kepentingan dan kedudukannya sebagaidasar utama negara. Sebagai rumusan, penulis mengemukakan ModelPengajaran dan Pembelajaran Akidah yang boleh dijadikan landasan kearah pelaksanaan cadangan-cadangan umum serta cadangan kajian danpenulisan lanjutan kepada pihak yang berkaitan.

LAMPIRAN INSTRUMEN SOAL SELIDIK No Siri: _ _ _ _ FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SOAL SELIDIK PENGARUH AKIDAH TERHADAP PENGHAYATAN AKHLAK PELAJAR SMK DI MALAYSIAAssalamualaikum warahmatullah!Para pelajar yang budiman,Terima kasih di atas kesudian anda memberi sumbangan dalam penyelidikan ini.Soal selidik penyelidikan ini dirangka untuk mengenal pasti tahap pengetahuanakidah Islam pelajar dan implikasinya terhadap akhlak pelajar SMK di Malaysia. Soal selidik ini bukan bertujuan menilai diri dan peribadi anda.Semua butir jawapan yang diberikan adalah SULIT dan DIRAHSIAKAN. Soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu A, B, C, D, dan E. Andadiminta menjawab SEMUA soalan berikut dengan jujur dan ikhlas. Segala kerjasama dan sumbangan dari anda, saya dahului dengan ucapanterima kasih. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpaldengan kebaikan-kebaikan yang telah anda berikan.Yang benar,AHMAD MUNAWAR BIN ISMAILamima_4 @ yahoo.comFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia

182 Lampiran BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG DEMOGRAFI DAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN ISLAMArahan: Sila tandakan ( ) pada maklumat yang tepat mengenai sekolah/ dirianda: A01. Nama sekolah: _________________________________A02. Lokasi sekolah: Bandar Luar bandarA 03. Aliran: Sains SasteraA04. Jantina: Lelaki PerempuanA05. Taraf pendidikan tertinggi ibu, bapa atau penjaga: Bapa/Penjaga lelaki Ibu/Penjaga Perempuana. Diploma / Ijazahb. STPM c. SPM d. SRP / PMR e. Lain-lain (nyatakan): _________________________________A06. Keperihatinan ibu bapa dan penjaga terhadap keputusan ujian/ peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Islam (akidah). Bapa/Penjaga lelaki Ibu/Penjaga perempuan a.Sangat ambil berat b. SederhanaA07. Peringatan dan galakan ibu bapa dan penjaga terhadap penghayatan Islam dalam kehidupan seharian. Bapa/Penjaga lelaki Ibu/Penjaga perempuan a. Sangat ambil berat

Lampiran 183b. Sederhanac. Tidak ambil kisahA08. Tahap kemahiran bacaan JAWI anda ? a. Sangat Baikb. Sangat Baikc. Sederhanad. LemahA9. Keputusan mata pelajaran Pendidikan Islam peperiksaan PMR: GredA10. Pencapaian Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) PMR: Lulus GagalBAHAGIAN B : PENGETAHUAN & KEFAHAMAN AKIDAHARAHAN: Sila jawab SEMUA soalan. Sila BULATKAN nombor yang sesuai berdasarkan skala di bawah ini:5 Sangat Setuju (SS)4 Setuju (S)3 Kurang setuju (KS)2 Tidak Setuju (TS)1 Sangat Tidak Setuju (STS)

184 LampiranContoh: Sila jawab SEMUA soalan. Sila BULATKAN nombor yang sesuai berdasarkan skala di bawah ini:B00 Keluarga baik melahirkan manusia baik 1 2 3 4 5Bil. Perkara STS TS KS S SSB01 Akidah yang benar bermaksud keyakinan kuat terhadap kewujudan 1 2 3 4 5 Allah SWT Yang Maha EsaB02 Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan al-Quran dan 1 2 3 4 5 sunnah adalah ciri akidah yang salah.B03 Hanya dengan mempercayai kewujudan Allah sudah cukup 1 2 345 untuk melengkapkan akidah saya.B04 Al-Quran bukanlah sumber utama 1 2 345 akidah Islam.B05 Manusia boleh mengubah rukun 1 2 3 45 iman mengikut keperluan semasa.B06 Akidah ialah asas pembinaan jati 1 2 345 diri umat Islam.B07 Orang yang beriman kepada Allah meyakini kewujudan-Nya tanpa 1 2 3 4 5 ragu-raguB08 Keimanan kepada Allah SWT dapat menghalang kerosakan dan 1 2 3 4 5 penyelewengan di muka bumi.B09 Allah SWT mengetahui setiap perkara 1 2 3 45 yang kita lakukan.B10 Sifat Allah SWT serupa dengan sifat 1 2 345 manusia.

Lampiran 185B11 Akal manusia mempunyai keupayaan 1 2 345 yang tidak terbatas.B12 Orang yang beriman hanya takut 1 2 345 kepada Allah SWT.B13 Nabi ialah lelaki yang diwahyukan oleh Allah untuk menyampaikan 1 2 3 4 5 syariat kepada umat manusia.B14 Nabi Muhammad SAW bukan 1 2 345 nabi dan Rasul yang terakhir.B15 Kita tidak wajib mempercayai 1 2 345 kewujudan Nabi.B16 Semua sejarah Rasul tidak boleh 1 2 345 dipercayai.B17 Seorang Muslim mempercayai Rasul 1 2 3 45 diciptakan daripada Nur (cahaya).B18 Seorang Muslim perlu melafazkanucapan selawat kepada Nabi 1 2 345Muhammad SAW setiap kalimendengar namanya disebut.B19 Beriman kepada malaikat termasuk 1 2 3 45 dalam salah satu rukun iman.B20 Malaikat ialah makhluk yang 1 2 345 diciptakan oleh Allah SWT daripada Nur (cahaya).B21 Malaikat ialah makhluk ghaibtetapi mampu menjelmakan 1 2 345dirinya dengan izin Allah SWT.B22 Sifat Malaikat yang paling utama 1 2 3 45 adalah ketaatan mutlak kepada Allah .

186 LampiranB23 Malaikat ialah makhluk yang bertugas untuk Allah tanpa memperoleh 1 2 3 4 5 balasan pahala.B24 Seorang Muslim percaya semua perbuatan baik atau buruk yang 1 2 3 4 5 dilakukan dicatat oleh malaikat.B25 Zabur, Injil, Taurat, dan al-Quran ialah kitab-kitab suci yang diwahyukan 1 2 3 4 5 oleh Allah kepada rasul-rasul-Nya.B26 Al-Quran adalah panduan hidup 1 2 345 manusia.B27 Beriman dengan al-Quran bermaksud meyakini isi kandungannya tanpa 1 2 3 4 5 ragu-ragu.B28 Al-Quran ialah mukjizat Rasulullah 1 2 345 SAW.B29 Kandungan al-Quran tidak sesuai 1 2 345 pada masa sekarang.B30 Seorang Muslim tidak perlu mengetahui hukum tajwid untuk membaca al- 1 2 3 4 5 Quran.B31 Hari Kiamat, Hari Akhirat dan hari kebangkitan semula ialah perkara 1 2 3 4 5 yang sama.B32 Hari Kiamat ialah hari yang seluruh 1 2 345 alam akan binasa.B33 Beriman kepada hari Akhirat 1 2 345 bukanlah satu kewajipan.B34 Manusia dibangkitkan semula di padang Mahsyar untuk dihisab segala 1 2 3 4 5 amalanbaikdanburukmereka di dunia.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook