Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU PANDUAN STAFF USM

BUKU PANDUAN STAFF USM

Published by Amelin Ameletto's, 2021-02-18 04:35:05

Description: BUKU PANDUAN STAFF USM

Search

Read the Text Version

BUKU PANDUAN STAF USM 9.4 Pihak urusetia menganggarkan tempoh masa yang diambil daripada tarikh penerimaan permohonan (lengkap) sehingga keputusan permohonan dimaklum-kan ialah 21 hari. Pejabat Perundangan, Aras 2, Bangunan E42, Canselori II Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang Tel : 604-653 6599| 6607 | Fax : 604-653 6597 | email : [email protected] | [email protected] HARTA (JENIS PEMILIKAN HARTA) Terdapat dua (2) jenis pemilikan harta iaitu harta tak alih dan harta alih. Harta Tak Alih: i. Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementera; ii. Semua jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium; iii. Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung Harta Alih: i. Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan; ii. Syer, saham, dibentur, bon atau sekuriti lain; 125

BUKU PANDUAN STAF USM iii. Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersil; dan iv. Apa-apa harta alih yang lain, termasuk segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang berharga belian tiap-tiap satunya melebihi enam (6) bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah. KEWAJIPAN MENGISYTIHARKAN HARTA Semua pekerja dikehendaki mengisytiharkan harta apabila: dilantik ke dalam perkhidmatan Universiti; dikehendaki oleh Kerajaan/Universiti; memperolehi harta tambahan; dan/atau melupuskan harta TEMPOH PERISYTIHARAN HARTA Pekerja dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurangkurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun iaitu dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta itu dibuat. Sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang perubahan ke atas harta, pekerja perlu mengisytiharkannya dengan membuat pengakuan bahawa Tiada Perubahan ke atas pemilikan harta. 126

BUKU PANDUAN STAF USM TATACARA PERISYTIHARAN HARTA Perisytiharan Harta Secara Online Bagi tujuan membuat perisytiharaan harta, pekerja boleh melaksanakannya secara online melalui aplikasi e-Harta yang terdapat dalam portal campus online masing-masing. Perisytiharan Harta Kali Pertama Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai “ingkar perintah” dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Perisytiharan Harta Tambahan Pekerja yang mempunyai atau memperolehi harta tambahan (kecuali wang tunai atau simpanan yang jumlahnya kurang daripada enam (6) emolumen), hendaklah membuat pengisytiharan harta tambahan tersebut. STATUS PEKERJA PERATURAN / TINDAKAN Lantikan Baru Lantikan Baru Perisytiharan Harta yang lengkap hendaklah dikemukakan dalam Sedang Berkhidmat tempoh 30 hari dari tarikh melaporkan diri Tidak Memiliki Harta Hendaklah mengisytiharkan harta Memiliki Harta setiap lima (5) tahun sekali Hendaklah membuat perisytiharan dengan mengesahkannya tentangnya melalui e-Harta Pekerja yang telah sedia memiliki harta secara pusaka, juga dikehendaki mengisytiharkan harta tersebut. 127

BUKU PANDUAN STAF USM Perisytiharan Pelupusan Harta Pekerja yang melupuskan mana-mana harta yang telah disytiharkannya (kecuali wang tunai), hendaklah membuat perisytiharan pelupusan harta tersebut. Namun, jika hasil daripada pelupusan harta tersebut dijadikan punca kewangan untuk memperoleh harta tambahan, maka pelupusan harta itu boleh dibuat bersekali dengan perisytiharan harta tambahan itu. TATACARA PEMPROSESAN PERISYTIHARAN HARTA Tanggungjawab Urus Setia Urus setia, setelah menerima perisytiharan harta oleh pekerja secara online melalui aplikasi e-Harta, portal campus online akan: membuat semakan maklumat perisytiharan harta itu; maklumat perisytiharan harta yang telah disahkan itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk kelulusan seterusnya; dan kelulusan perisytiharan harta dimaklumkan kepada pekerja. Tindakan Jawatankuasa Tatatertib Jawatankuasa Tatatertib menimbangkan perisytiharan harta pekerja dengan mengambilkira perkara-perkara berikut: 128

BUKU PANDUAN STAF USM pekerja mempunyai keupayaan untuk memilliki harta yang telah dilaporkannya; cara perolehan harta yang dilaporkan itu tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan/undang-undang; cara perolehan harta tersebut tidak menggunakan kedudukan rasminya atau tidak bertentangan antara kepentingan rasmi dengan kepentingan persendiriannya; bayaran ansuran bulanan tidak membebankan; dan faktor lain yang berkaitan dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. Jawatankuasa Tatatertib Boleh Meminta Maklumat Tambahan Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib berpendapat bahawa pekerja memiliki sumber kewangan atau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan emolumennya, maka Jawatankuasa Tatatertib boleh, melalui notis bertulis, meminta pekerja itu memberi penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia dapat menyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana dia telah mendapat sumber kewangan atau harta tersebut. PANDUAN PEMILIKAN HARTA Pemilikan Tanah Secara Diberimilik Oleh Kerajaan Termasuk Tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL), Sewaan dan Pajakan 129

BUKU PANDUAN STAF USM Pekerja boleh memohon dan diberimilik tanah Kerajaan untuk pertanian atau lot tapak perumahan dengan syarat mendapat kebenaran Naib Canselor.Pembelian Saham, Debentur, Bon dan Sekuriti Lain Pekerja boleh memiliki dan membeli saham tertakluk kepada kebenaran Naib Canselor. Pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam keadaan berikut perlu mendapat kebenaran Naib Canselor terlebih dahulu sebelum membeli/memiliki saham daripada syarikat berkenaan. Keadaan tersebut ialah: a.pekerja menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan; b.pekerja yang bertanggungjawab meluluskan lessen-lessen memproses/menimbang/ perniagaan syarikat; c.pekerja yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada syarikat untuk beroperasi; atau d.pekerja yang bertanggungjawab menentukan agihan ekuiti dan urusan yang berkaitan dengan pengeluaran saham. Pemilikan Syarikat Perniagaan Persendirian Yang Dimilliki Oleh Ahli Keluarga Syarikat Perniagaana yang dimiliki oleh ahli keluarga pekerja hendaklah juga diisytiharkan kepada Universiti. 130

BUKU PANDUAN STAF USM KERAHSIAAN MAKLUMAT PERISYTIHARAN HARTA Semua maklumat perisytihaaan harta adalah bertaraf SULIT dan TERHAD. KEGAGALAN MENGISYTIHARKAN PEMILIKAN HARTA Pekerja yang gagal membuat perisytiharan harta boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab atau ingkar serta boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Pejabat Perundangan Aras 2, Bangunan E42, Canselori II Universiti Sains Malaysia 11800 USM PULAU PINANG Tel: 604-653 6599 | Faks: 604-653 6597 | Emel: [email protected] HADIAH DAN SEBAGAINYA Seksyen 7, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 menyatakan:- 1. Seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau manamana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah 131

BUKU PANDUAN STAF USM itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya. 2. Ketua Jabatan seorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pegawai itu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai. 3. Ketua Jabatan boleh membenarkan pemungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawah jagaannya bagi maksud pemberian hadiah kepada seseorang pegawai dalam Jabatannya sempena persaraan pertukaran atau perkahwinan pegawai itu atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai. 4. Jika:- i. seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau ii. hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini. Hadiah itu bolehlah diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatannya yang mengandungi perihal lengkap dan anggaran nilai hadiah itu dan hal keadaan hadiah 132

BUKU PANDUAN STAF USM 5. Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah subperaturan (4), Ketua Jabatan hendaklah:- a. membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu; atau b. mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan, melalui Ketua Jabatan itu, kepada pemberinya. KERAIAN Seksyen 8, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 menyatakan:- 1. Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika:- a. keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya sebagai seorang pegawai badan berkanun untuk kepentingan orang itu; dan b. pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa- apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 3. CAMPUS ONLINE Portal Campus Online USM adalah sistem berasaskan web yang menyediakan kemudahan kepada staf dan pelajar. Portal ini menempatkan pautan kepada beberapa sistem lain secara berpusat mengikut kategori masing – masing. Melalui portal ini staf boleh menyemak sendiri profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, perkhidmatan, pinjaman, cuti dalam perkhidmatan, perisytiharan harta dan latihan. Selain itu staf dibenarkan untuk mengemaskini sendiri alamat dan nombor telefon. 133

BUKU PANDUAN STAF USM Staf juga dapat mengakses kepada sistem lain dengan mudah dan cepat melalui portal ini. Seperti contoh eCuti, MyCPD, eFAS, eHarta, MyPerformance, HCMSv3 dan sebagainya. Portal ini turut digunakan oleh Bahagian Sumber Manusia untuk membuat carian dan semakan profil staf bagi tujuan pentadbiran. MYTALENT Sistem MyTALENT dibangunkan dalam usaha untuk menghasilkan analisis profil individu, profil kumpulan, analisis sembilan kotak (potensi prestasi), gaya kepimpinan dan analisis jurang. Ia juga dibangunkan khusus untuk membantu mengenal pasti kompetensi kepimpinan untuk pembangunan matlamat peribadi dan organisasi. Terdapat dua bahagian soal selidik (tinjauan) yang perlu diisi:- 1. Penilaian diri 2. Penilaian 360 darjah Penggunaan sistem MyTalent akan memudahkan proses menyimpan rekod individu, laporan dan analisis, pemantauan dan perancangan yang berkaitan dengan kepimpinan kakitangan profil. Data yang dijana melalui sistem ini bukan sahaja boleh digunakan untuk menentukan kepimpinan masa depan, tetapi juga sesuai untuk mengenal pasti latihan kepimpinan yang sesuai dan program pembangunan mengikut kesesuaian organisasi. Di samping itu, majikan akan dapat menjadikan proses perjawatan lebih mantap menggunakan data yang telah diproses dalam cara menyeluruh. 134

BUKU PANDUAN STAF USM Melalui sistem ini, ketua jabatan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, dari perancangan dan aspek pengurusan rancangan penggantian dalam jabatan untuk menjalankan programprogram khusu dari masa ke semasa. E- RECRUIT Sistem E-Recruit adalah sistem permohonan atas talian untukn jawatan kosong di Universiti Sains Malaysia. Terdapat dua jenis pengguna yang menggunakan sistem ini iaitu kategori pengguna luar dan kategori pengguna di kalangan staf USM. Untuk pengguna kategori staf, mereka tidak perlu daftar sebagai pengguna baru, hanya perlu akses menggunakan id dan kata laluan Campus Online dan maklumat peribadi mereka terus di papar di bahagian Profil Pengguna. Menariknya sistem ini adalah, keseluruhan proses pemilihan berlaku di atas talian. Setelah seseorang calon berjaya dalam proses temuduga terakhir, profil peribadi mereka akan terus disalur ke pangkalan data utama universiti. MYPERSONA - BIG FIVE INVENTORY (BFI) MyPersona merupakan sistem penilaian berkaitan ujian personaliti yang mengguna pakai Big Five Inventory (BFI) atau Inventori Lima Faktor. Ia sebagai satu (1) kaedah dalam membuat penilaian kendiri kepada pemohon yang ingin memohon perjawatan di Universiti Sains Malaysia melalui sistem e-recruit. 135

BUKU PANDUAN STAF USM Ujian ini telah dibangunkan oleh Goldberg, 1993 dan dicipta semula oleh John & Srivastava, 1999. Ia mengukur dimensi lima faktor personaliti iaitu Ekstraversi (Extraversion), Kesetujuan (Agreeableness), Neurotisisme (Neuroticism), Kehematan (Conscientiousness) dan Keterbukaan (Openness to Experience). Terdapat 44 soalan/item dan jawapan berbentuk 5 skala likert iaitu Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. 136

BAHAGIAN V MAKLUMAT AM

BUKU PANDUAN STAF USM BILIK TETAMU Pusat Islam Universiti Sains Malaysia menyediakan perkhidmatan penyewaan bilik tetamu untuk pelajar, staf dan orang ramai yang mengunjungi USM atas urusan rasmi atau peribadi. Bilik tetamu ini disediakan adalah untuk keselesaan tetamu yang datang ke USM. Kemudahan & Perkhidmatan Bilik Tetamu: Kesemua bilik tetamu dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan berikut: Bilik berhawa dingin Bilik Air Peti Sejuk Televisyen Tempat Letak Kenderaan Seterika & Meja Seterika Lokasi Bilik Tetamu: Terletak dalam kawasan masjid dan berdekatan dengan pintu keluar masuk kampus serta perhentian bas. Di samping itu, terdapat kedai makan, pasar mini, kedai dobi yang terletak berhampiran. 137

Kadar Sewaan Bilik Tetamu : BUKU PANDUAN STAF USM JENIS BILIK JUMLAH PENGHUNI KADAR SEWA Bilik Tetamu 1 2 Orang RM 80.00 Bilik Tetamu 2 2 Orang RM 70.00 Bilik Tetamu 3 2 Orang RM 70.00 Bilik Tetamu 4 2 Orang RM 70.00 Bilik Tetamu 5 2 Orang RM 70.00 Bilik Tetamu 6 2 Orang RM 70.00 Daftar Masuk & Keluar : Penyerahan kunci kepada penginap di Pejabat Am Pusat Islam USM bermula jam 3.00 sehingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja. Pemulangan kunci juga perlu dilakukan dengan memasukkan kunci tersebut pada kotak pemulangan kunci yang disediakan di pintu masuk bilik tetamu dari jam 12.00 tengahari pada tarikh akhir penginapan anda. Daftar Masuk 3.00 – 4.30 Petang Daftar Keluar 12.00 Tengahari *Bayaran tambahan akan dikenakan untuk pendaftaran keluar lewat. Tempahan Bilik Tamu : Tempahan boleh di buat dengan menghubungi : Pejabat Am Pusat Islam USM 04-6533910/3753 Pembayaran melalui : Bayaran secara online disertakan transaksi bayaran sebagai bukti pembayaran telah di buat. 138

BUKU PANDUAN STAF USM HADHANAH (Pusat Asuhan Kanak-Kanak) Hadhanah merupakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak mula ditubuhkan pada tahun 1987 di Kampus Induk dan dikelolakan oleh Pusat Islam. Hadhanah mempunyai lima (5) buah bangunan yang memuatkan seramai 150 orang kanak-kanak. Waktu Perkhidmatan : 7.00 pagi hingga 6.00 petang Tutup Isnin - Jumaat Sabtu, Ahad & Hari RM120.00 Kelepasan Am Kanak-kanak Kanak-kanak Kadar Yuran : berumur BAWAH berumur ATAS 2 tahun 2 tahun Yuran Tahunan RM370.00 RM350.00 Yuran Bulanan: Kadar Pendapatan Isi Rumah < RM5,100.00 RM5,100.01 – RM10,100.00 RM420.00 RM400.00 RM480.00 RM460.00 (Termasuk Pelajar Antarabangsa) RM10,100.01 > Yuran lebih masa sebanyak RM5.00 satu (1) jam dikenakan atas kelewatan mengambil anak-anak atau menghantar lebih awal dari jam biasa. Yuran perkhidmatan kecemasan sebanyak RM20.00 sehari juga dikenakan bagi ibubapa yang memerlukan perkhidmatan agaan anak semasa kecemasan (bagi kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan Hadhanah). 139

BUKU PANDUAN STAF USM Permohonan Kemasukan : Borang permohonan kemasukan boleh didapati di: Pejabat Pentadbiran Hadhanah Pusat Islam USM Hubungi Kami: 04-6533023 Perkhidmatan Hadhanah juga disediakan di Kampus Kesihatan dan dikelolakan oleh Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Kampus Kesihatan, Kelantan. TADIKA ISLAM Tadika Islam USM ditubuhkan pada 1984 di bawah pentadbiran Pusat Islam. Objektiif penubuhan Tadika Islam ini iaitu memberi pendidikan awal untuk mendidik kanak-kanak menjadi insan berilmu, beriman, bertakwa dan beradab. Tadika ini menerima kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (pada tahun kemasukan) untuk anak-anak staf USM, anak-anak pelajar USM dan anak-anak ahli Qaryah Masjid Al-Malik Khalid. Waktu Perkhidmatan : Hari Sesi Pagi Sesi Petang Isnin - Khamis 7.30 pagi – 12.30 1.30 petang – 6.00 Jumaat tengahari petang 7.30 pagi – 12.30 1.30 petang – 6.00 tengahari petang Penggal pengajian di Tadika Islam adalah selaras dengan penggal persekolahan. 140

BUKU PANDUAN STAF USM Kadar Yuran : Yuran Tahunan RM150.00 Yuran Bulanan Warga USM / Pelajar Ijazah Pertama RM100.00 (Pendapatan isi rumah di bawah RM120.00 RM160.00 RM5,000.00) Ahli Qariah Masjid Al-Malik Khalid/ Masyarakat Sekitar/Pelajar Sarjana (Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00) Masyarakat Sekitar/Pelajar Ijazah Lanjutan/Warga USM/ Ahli Qariah Masjid Al-Malik Khalid (Pendapatan isi rumah di atas RM5,000.00) Perkhidmatan One Stop Center One Stop Center merupakan satu perkhidmatan di bawah Tadika Islam yang menyediakan perkhidmatan transit kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Perkhidmatan ini hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja (Isnin-Jumaat) dari jam 12.30 tengahari sehingga 5.30 petang. Yuran Tahunan RM70.00 Yuran Bulanan RM200.00 Permohonan Kemasukan : Borang permohonan kemasukan boleh didapati di: Pejabat Am Sektor Pendidikan dan Kesejahteraan Keluarga Tadika Islam Pusat Islam USM Hubungi Kami: 04-6532490/5985 141

BUKU PANDUAN STAF USM KULIAH PENGAJIAN AL-QURAN DAN TAJWID DEWASA Program pengajian berbentuk kuliah pengajian al-Quran bagi golongan dewasa bermula dari tahap asas sehingga ke tahap tinggi mengikut silibus yang ditetapkan. Objektif Program : 1. Menyediakan peluang kepada warga kampus dan masyarakat luar meningkatkan ilmu-ilmu al-Quran dengan mudah dan mesra pelanggan. 2. Memberi galakan kepada warga kampus dan masyarakat luar mendalami ilmu-ilmu Islam secara lebih serius. 3. Menambah penglibatan sosial staf Pusat Islam dengan warga kampus dan masyarakat. Pengajian & Tahap : Pagi Sesi Petang Bil Kuliah - 1. Iqra’ Rendah 2. Iqra Menengah - 3. Talaqqi Rendah 4. Talaqqi Menengah - 5. Tajwid Rendah Belum Ditentukan 6. Tajwid Tinggi 7. Bahasa Arab - 8. Taranum - 9. Tafsir al-Quran (Juzuk 30) - 10. Resam al-Quran 142

BUKU PANDUAN STAF USM Sesi Pengajian : Sesi pengajian berdasarkan tahun dengan dua (2) semester bermula Januari hingga Jun dan Julai hingga November. Yuran : Semester 1 Semester 2 Bil Perkara RM200.00 RM200.00 1 Awam/Staf USM 2 Pesara & Warga Emas (60+) RM150.00 RM150.00 3 Pelajar USM RM100.00 RM100.00 *(RM10 Sebulan) *(RM10 Sebulan) *Pelajar USM boleh memilih untuk membayar secara bulanan iaitu RM10/sebulan PERSIJILAN PENGAJIAN ISLAM Bagi mewujudkan budaya keilmuan yang berkesinambungan itu, Pusat Islam mewujudkan program Persijilan Pengajian Islam (PPI) khususnya bagi lepasan Kelas Pengajian al-Quran Dewasa. Skop ilmu yang ditawarkan melibatkan kombinasi ilmu-ilmu Usuluddin, Syariah, Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab. Selain itu juga terdapat program Sijil Pra-Tahfiz yang baru ditawarkan dalam program pengajian ini. Pelajar-pelajar juga berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti keilmuan lain secara berkala yang dianjurkan oleh Pusat Islam seperti pengurusan jenazah, kursus imam dan khatib, penyembelihan serta lain-lain sebagai meningkatkan kemahiran diri. PPI menyediakan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masing-masing untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya ilmu yang disampaikan dalam kuliah-kuliah sepanjang setahun pengajian. 143

BUKU PANDUAN STAF USM Sistem Pengajian : Program Persijilan dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama satu (1) semester (selama satu (1) tahun) bermula Januari setiap tahun. Pelajar diberikan pilihan untuk mendaftar mana-mana subjek (Sijil Asas Pengajian Islam sahaja) dan diberikan sijil penyertaan. Hanya setelah memenuhi keseluruhan subjek wajib sahaja akan diberikan sijil penuh. Peperiksaan adalah pilihan. Pelajar boleh memilih untuk mengambil peperiksaan atau tidak. Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak menduduki peperiksaan tidak akan mendapat sijil. Sijil akan dianugerah kepada pelajar yang menamatkan pengajian pada Majlis Hari Graduasi dan penyampaian Hadiah anjuran Pusat Islam. Syarat tambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Yuran : Keseluruhan Ansuran RM2000.00 RM200.00/ Bil Perkara Subjek/ Sebulan 1 Sijil Asas Pengajian Islam RM1200.00 RM120.00/ - Pengantar Fiqh Sebulan - Pengantar Usul Fiqh - Fiqh Ibadah - Fiqh Munakahat - Fiqh Muamalat - Ulum Hadis - Ulum Quran - Aqidah & Akhlak Islamiyah - Bahasa Arab 1 - Bahasa Arab 2 2 Sijil Pra-Tahfiz 144

BUKU PANDUAN STAF USM Yuran pengajian boleh dibayar melalui dua kaedah sama ada secara tunai atau ansuran pada setiap bulan untuk menggalakkan lebih ramai mengikuti pengajian. Syarat Kelayakan : Kelayakan asas untuk mengikuti program Persijilan adalah seperti berikut: a. Warganegara Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. b. Berumur 18 tahun ke atas. Permohonan Kemasukan : Borang permohonan kemasukan boleh didapati di: Pejabat Am Sektor Keilmuan, Penerbitan dan Media Baharu Pusat Islam USM Hubungi Kami: 04-6533884/4063 PENGURUSAN JENAZAH Pengurusan Jenazah iaitu perkhidmatan berbentuk kebajikan yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Jenazah yang ditadbir di bawah Jawatankuasa Qaryah Masjid al-Malik Khalid, USM. Perkhidmatan ini disediakan untuk warga USM Kampus Induk, keluarga serta penduduk Qaryah Masjid al-Malik Khalid. Di antara perkhidmatan pengurusan jenazah yang disediakan ialah:- Kenderaan Pengangkutan Jenazah Menyediakan Keranda Peralatan Memandi dan Mengkafan Memandi dan Mengkafan Menguruskan Tanah Perkuburan 145

BUKU PANDUAN STAF USM Sembahyang Jenazah di Masjid al-Malik Khalid Ruang Menempatkan Jenazah di Masjid al-Malik Khalid KOPERASI TADIKA MINDEN PULAU PINANG BERHAD Tadika ini ditubuhkan dan dirasmikan pada 3hb Mac 1975 oleh Yang Berbahagia Tan Sri Professor Hamzah Sendut, Naib Canselor USM bertujuan untuk memberi bimbingan dan latihan awal kanakkanak. Koperasi Tadika Minden (KTM) merupakan Tadika Koperasi yang pertama ditubuhkan di Malaysia. KTM tertelak di sebuah kawasan yang luas, selesa dan indah di sebelah barat laut kampus USM. Bangunan baru KTM pula telah rasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Masrah binti Hj. Abidin pada 19 Januari 2004. VISI Merealisasikan pendidikan awal yang bersepadu dan berkesan bagi melahirkan insan cemerlang pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. MISI Melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang terancang untuk penerapan nilai-nilai kerohanian dan intelektual. KELAS PAGI Waktu Operasi Koperasi Tadika Minden (Kelas Pagi) : - Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi – 12.00 tengahari. 146

BUKU PANDUAN STAF USM Kurikulum Kurikulum Koperasi Tadika Minden adalah berdasarkan Garis Panduan Pendidikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Mata pelajaran yang diajar di KTM adalah merangkumi semua subjek asas yang diperlukan oleh seseorang kanak-kanak sebagai persediaan kepada mereka sebelum berada di peringkat sekolah rendah. Di tadika kanak-kanak dilibatkan dengan pelbagai aktiviti yang mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi yang sememangnya sangat penting untuk dikuasai dalam kehidupan seharian seiring dengan kehendak pembelajaran abad ke-21. Kanakkanak juga perlu menguasai kedua-dua bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pengajaran dan pembelajaran di KTM dilaksanakan secara fleksibel dalam suasana pembelajaran yang selesa dan ceria untuk menggalakkan naluri ingin tahu, suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. 147

BUKU PANDUAN STAF USM Perkembangan kanak-kanak dicapai melalui tunjang-tunjang seperti berikut :- Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kemanusiaan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tunjang Ketrampilan Diri Yuran Kelas Pagi Koperasi Tadika Minden Berikut ialah skala gaji ibu bapa dan yuran bulanan yang dikenakan. Gaji Ibu Bapa Jumlah sebulan 210 <RM3000.00 260 RM3001- RM6000 330 RM6001- RM10000 350 260 >RM10000.00 370 Pelajar Luar / Dalam Negara (USM) Bukan kakitangan USM *Yuran tertakluk pada pindaan 148

BUKU PANDUAN STAF USM PERSATUAN Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia SEJARAH PENUBUHAN Persatuan Alumni USM ditubuhkan pada tahun 1989 melalui cetusan idea sekumpulan bekas pelajar USM. Usaha penubuhan persatuan ini bermula pada awal tahun tersebut menerusi pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Profesor Madya Itam Sulaiman (Bio. '74), Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM dan beberapa orang staf akademik serta pentadbiran USM. Persatuan Alumni USM mempunyai satu Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Eksekutif tersebut akan menerajui jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun. Pada awal penubuhan, Persatuan Alumni telah melantik TYT Tun Hamdan Sheikh Tahir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai penaungnya dan Naib Canselor USM sebagai penasihat. Sehingga sekarang, Persatuan Alumni USM telah dipimpin oleh beberapa orang Presiden. Kepimpinan yang pertama ialah Prof. Dr. Ramli Mohamed (MassCom. '74) untuk tempoh 4 tahun. Seterusnya, diikuti oleh kepimpinan kedua, Prof. Dato' Zubir Din (Bio. '74) untuk tempoh tiga tahun. Kepimpinan ketiga Persatuan Alumni diterajui oleh Y.Bhg. Puan Sri Fauziah Shahrom (Pol. Sc. '75). 149

BUKU PANDUAN STAF USM Bagi era 2000, Presiden Persatuan Alumni USM disandang oleh Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin (MassCom. '86), Dr. Mohamad Jafre Zainol Abidin (Ed. '82), En. Shaifubahrim Mohd Saleh (ComSc. '83), Y.Bhg. Dato' Syed Jamal Syed Jaafar (SocSc. '74), Tuan Haji Mohamed Talhah Idrus (SocSc. '74), YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli bin Abdul Razak (Pharmacy '76). Terkini untuk sesi 2019- 2021, Persatuan Alumni USM diterajui oleh Tuan Haji Mohd Aziz Ismaun (Kejuruteraan 1989). JENIS KEAHLIAN Keahlian terbahagi kepada tiga kategori iaitu: Ahli Biasa: Semua ahli yang dianugerahi Ijazah/ Diploma/ Sijil oleh Universiti Sains Malaysia; Ahli Bersekutu: Semua staf sepenuh masa yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia; Ahli Kehormat: Individu-individu tertentu yang dipilih dan dijemput oleh Jawatankuasa Eksekutif menjadi ahli. YURAN KEAHLIAN Alumni yang ingin berdaftar menjadi ahli PAUSM hanya perlu membayar yuran sebanyak RM100 sahaja untuk keahlian SEUMUR HIDUP. Tiada yuran bulanan dikenakan. Bayaran boleh dibuat melalui cek/wang pos/bayaran tunai/deposit tunai di atas nama PERSATUAN ALUMNI USM. 150

BUKU PANDUAN STAF USM CARA PENDAFTARAN Pendaftaran perlu dibuat dengan mengisi borang keahlian melalui beberapa cara : 1. Hadir sendiri ke Pejabat Sekretariat Persatuan Alumni USM; ATAU 2. Muat turun Borang Keahlian dari laman sesawang Persatuan Alumni USM http://www.ausm.com.my 3. Borang hendaklah dikembalikan melalui kiriman pos ke Pejabat Sekretariat atau diemelkan ke [email protected] beserta bukti resit pembayaran yuran. Pendaftaran juga boleh dibuat secara online melalui laman sesawang Persatuan Alumni USM. Persatuan Kakitangan Akademik Dan Pentadbiran USM (PKAPUSM) Objektif PKAPUSM antara lain adalah untuk memastikan mutu profesionalisme dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti dikekalkan, mengambil bahagian dalam semua aspek pembangunan USM dan kebajikan ahli. Keahlian persatuan terbuka kepada semua staf akademik & pentadbiran dan borang permohonan keahlian boleh didapati daripada Setiausaha PKAPUSM atau pada laman web PKAPUSM di http://pkap.usm.my. 151

BUKU PANDUAN STAF USM Yuran keahlian :- RM 15.00 setahun RM 10.00 setahun Ahli Penuh Ahli Bersekutu Sejak penubunhannya, persatuan ini giat berusaha memberikan perkhidmatan bercorak sosioekonomi kepada ahli-ahlinya, membantu ahli-ahli dalam hal-hal yang berkaitan dengan syaratsyarat dan peraturan perkhidmatan, urusan peribadi dan sebagainya. Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains Malaysia didaftarkan sebagai Kesatuan Sekerja dibawah seksyen 12 (1) Ordinan Kesatuan Sekerja ,1959 di bawah nombor pendaftarannya ialah 506 dan kelulusan penubuhannya pada 26 januari 1976. Tujuan penubuhan kesatuan ini ialah: a. untuk menyatukan semua kakitangan Universiti Sains Malaysia yang layak untuk menjadi ahli di bawah undang-undang 3.1 dan untuk melindungi dan memajukan kepentingan perusahaan, sosial dan intelek ahli-ahli. b. untuk memperolehi dan mengekalkan kadar gaji yang wajar dan saksama, jaminan pekerjaan dan keadaan dan waktu bekerja yang munasabah, dan untuk memberi nasihat dan bantuan kepada ahliahlinya. 152

BUKU PANDUAN STAF USM c. untuk memaju dan mengekalkan perhubungan mesra antara ahliahli dan pihak berkuasa Universiti dan antara ahli-ahli dan semua pekerja lain di Universiti Sains Malaysia danmencuba menyelesaikan sebarang pertikaian antara mereka dengan secara sesuai dan damai. 2. Tujuan-tujuan tersebut hendaklah dimajukan mengikut undangundang ini dan Ordinan Kesatuan Sekerja ,1959.untuk menjaga kepentingan ahli kesatuan khususnya dan staf Universiti Sains Malaysia kumpulan pelaksana amnya Undang-Undang Keahlian Keahlian dalam kesatuan terbuka ini terbuka kepada semua kakitangan Am Universiti Sains Malaysia yang menerima gaji bulanan dan dengan syarat bahawa mereka berumur lebih dari 18 tahun ia meliputi semua kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kesihatan dan juga Kampus Kejuruteraan. Kesatuan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dipilih melalui mesyuarat agong dwi tahunan. Ia terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Penolong Setiausaha Agong, Penolong Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil zon. Staf yang berminat menjadi ahli perlu mengisi borang keahlian yang boleh didapati daripada wakil zon masing-masing atau Setiausaha Agung Kesatuan. 153

BUKU PANDUAN STAF USM Yuran keahlian:- Yuran Pendaftaran RM2.00 Yuran Bulanan Yuran Bulanan : RM2.00 bagi gaji pokok RM600.00 ke bawah RM3.00 bagi gaji pokok RM601.00 ke atas Persatuan Wanita USM (PWUSM) Persatuan Wanita USM (PWUSM) telah ditubuhkan pada 03 September 1975 dengan objektif berikut:- Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf wanita dan isteri staf di semua peringkat perkhidmatan. Memupuk kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab wanita dan keluarga terhadap pembangunan negara. Meningkatkan kefahaman di kalangan staf wanita dan isteri staf USM tentang hak mereka sebagai pekerja, isteri dan ibu. Menggalakkan staf wanita dan isteri staf terlibat dalam kegiatan kebudayaan, sukan, pendidikan, sosial dan kerohanian yang memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat umum. Menggalakkan staf wanita dan isteri staf menyumbang khidmat bakti ke arah meningkatkan taraf pendidikan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak di Malaysia. 154

BUKU PANDUAN STAF USM Mewujudkan saluran perhubungan rasmi di antara ahli PWUSM dengan USM, badan atau pertubuhan luar serta masyarakat bagi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada persatuan. PWUSM sentiasa peka terhadap keperluan ahli-ahlinya dan menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai merangkumi aspek pendidikan, kebajikan, sukan, sosial dan kebudayaan dalam usaha melahirkan wanita moden yang dapat menghadapi cabaran masa depan dengan penuh wajadiri dan keyakinan demi kemajuan bangsa dan negara. Semua staf wanita adalah layak menjadi ahli biasa atau ahli seumur hidup PWUSM, manakala isteri dan ahli keluarga wanita staf adalah layak menjadi ahli bersekutu PWUSM. Yuran keahlian setahun:- Ahli Biasa RM5.00 Ahli Bersekutu RM6.00 Ahli Seumur Hidup RM100.00 Borang permohonan keahlian boleh diperolehi daripada Setiausaha PWUSM atau wakil PWUSM di Jabatan/PTJ masing-masing. KELAB JASA BUDI USM LATAR BELAKANG 1. Kelab Jasa Budi Universiti Sains Malaysia, kini dikenali sebagai KJBUSM. KJBUSM adalah ilham Pengurusan Tertinggi USM. 155

BUKU PANDUAN STAF USM Bengkel Persediaan Bakal Pesara 2003 telah bersetuju melantik Jawatankuasa Penaja Kelab. 2. Mesyuarat Agung Pertama Jawatankuasa Penaja Kelab telah diadakan pada bulan Ogos 2004 dan dirasmikan oleh Naib Canselor USM. 3. Mesyuarat Agung Pertama telah mengambil keputusan melantik Ahli Jawatankuasa dan menyarankan keahlian Kelab dibuka kepada semua individu yang pernah berkhidmat dengan USM. OBJEKTIF 1. Mengeratkan hubungan antara Ahli yang pernah berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia. 2. Sebagai Pusat Sentrik kepada Ahli untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman berkaitan untuk terus menyumbang kepada Universiti dan Negara. 3. Membantu Ahli dalam hal kebajikan dan kepentingan dalamurusan dengan pihak Berkuasa USM dan Bahagian Pencen JPA. 4. Menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan semasa USM secara kebersamaan sistem (“Inside the System”) dan mendokong identiti Pesara Aktif, Produktif dan Positif. KEAHLIAN Keahlian dibuka kepada semua individu yang pernah berkhidmatdengan Universiti Sains Malaysia khususnya mereka yang bersara wajib atau pilihan. 156

BUKU PANDUAN STAF USM KEAHLIAN BERSEKUTU Pasangan kepada Ahli Kelab Jasa Budi USM. YURAN KEAHLIAN KELAB Keahlian Yuran Ahli RM 30.00 [seumur hidup] Ahli Bersekutu RM 17.50 [seumur hidup] Pembayaran boleh dibuat melalui wang tunai/ cek/ MO/ PO atas nama Kelab Jasa Budi USM. Tuan/Puan boleh menjadi ahli dengan : 4. Mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Kelab; ATAU 5. Muat turun Borang dari laman sesawang Kelab http://www.jasabudi.usm.my 6. Borang hendaklah dikembalikan ke Pejabat Sekretariat Kelab Jasa Budi USM bersama dengan bayaran tunai atau bukti bayaran yang lain. USAHA UNIT KEBAJIKAN DAN PERHUBUNGAN STAF Unit Kebajikan dan Perhubungan Staf yang diketuai Oleh Encik Zulkifli Bin Che Hussin selaku Pegawai Perhubungan Staf telah menwujudkan 6 Inisiatif Khas bagi membangunkan bakat staf dan kumpulan sasar yang terlibat. 157

BUKU PANDUAN STAF USM Oleh itu, 6 Inisiatif Khas telah diwujudkan dan antaranya adalah Kluster Keusahawanan, Kluster Pengurusan Jenazah, Kluster Pendidikan, Kluster Pengurusan Bencana, Kluster Sukan dan USM Bikers. Unit Kebajikan dan Perhubungan Staf juga telah melaksanakan satu inisiatif khas bagi membantu staf yang tergolong dari golongan B40. Oleh itu, pihak Bahagian Sumber Manusia dengan Kerjasama Pejabat Pendaftar telah melaksanakan aktiviti pengumpulan data staf B40 di Kampus Induk, Kampus Kejuteraan, Kampus Kesihatan dan IPPT. Melalui aktiviti pengumpulan ini, sebanyak 624 orang staf B40 telah dikenalpasti bagi Kampus Induk dan IPPT, 147 staf B40 bagi Kampus Kejuteraan manakala seramai 497 orang staf B40 bagi Kampus Kesihatan. Melalui aktiviti pengumpulan data ini, staf yang layak dan dikenalpasti telah ditawarkan dengan pelbagai aktiviti keusahawanan yang dapat membantu meningkatkan ekonomi mereka. Staf yang telah dikenalpasti tersebut telah menjalankan beberapa aktiviti Keusahawanan seperti penternakan ikan keli, penternakan madu kelulut, perniagaan air minuman, perniagaan santan, dan perniagaan daging dan ikan pekasam. Mereka yang telah layak ini perlu menghadiri beberapa kursus keusahawanan yang dijalankan bagi memenuhi syarat utama permohonan. Pada 14 Ogos 2020 yang lalu juga , Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti , Dato Dr. Awang Adek Hussin bersama pengurusan tertinggi universiti telah merasmikan Program Inisiatif Keusahawanan B40 Universiti Sains Malaysia yang bertempat di Pusat Penyelidikan Akuatik, Universiti Sains Malaysia. 158

BUKU PANDUAN STAF USM Pada 21 Julai 2020 yang lalu , Unit Perhubungan dan Kebajikan Staf juga telah melaksanakan kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia. Kursus ini telah dihadiri seramai 78 staf yang terdiri daripada pensyarah, pegawai, dan staf sokongan dan pelakasana. Kursus ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada staf sebagai persediaan dalam melaksanakan fardu kifayah umat islam. Peserta pengurusan jenazah ini juga telah dilantik secara rasmi sebagai Pasukan Pengurusan Jenazah Universiti Sains Malaysia yang berperanan membantu Pusat Islam sekiranya berlaku kematian staf dan kematian dalam kawasan qariah Masjid Al Malik Khalid USM. Selain itu, USM Bikers juga telah menjalankan beberapa siri Charity Ride bersama staf dari pelbagai jabatan di USM. Tujuan utama penubuhan Kelab USM Bikers ini adalah untuk merapatkan hubungan silatulrahim staf di lain-lain jabatan disamping membantu golongan yang memerlukan. Antara kunjungan dan lawatan yang telah dilaksanakan adalah aktiviti menyantuni Rumah Anak-Anak Yatim Gemilang di Sik, Kedah dan aktiviti penyerahan kerusi roda dan sumbangan di rumah adik Umairah Batriesya yang menghidap penyakit saraf sejak lahir. Sumbangan ikhlas turut disampaikan bagi meringankan beban dan membantu mereka meneruskan kehidupan. 159


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook