Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU PANDUAN STAFF USM

BUKU PANDUAN STAFF USM

Published by Amelin Ameletto's, 2021-02-18 04:35:05

Description: BUKU PANDUAN STAFF USM

Search

Read the Text Version

BUKU PANDUAN STAF

Wawasan \"Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok\" Misi USM ialah universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi transformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka. Nilai ketercapaian, Kualiti, kesetaraan , ketersediaan, ketersanggupan dan kesesuaian Teras: Keilmuan, Masa hadapan, Keunikan (kelainan), Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan, Pengorbanan, Kesejahteraan

ISI KANDUNGAN Bahagian I - Pengenalan Bahagian II – Pentadbiran Universiti Bahagian III – Perkhidmatan Universiti Lambang Universiti Jabatan Canselori Pusat Sejahtera (Perubatan & Pergigian) Canselor & Pro Canselor Jabatan Pendaftar Perkhidmatan Perubatan & Pergigian, IPPT Ahli Lembaga Gabenor Universiti Jabatan Bendahari Pusat Islam Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor Perpustakaan USM Hospital USM Pengarah Kampus Jabatan Pembangunan Pusat Sukan & Rekreasi Dekan Kampus Induk Pulau Pinang Jabatan Keselamatan Pusat Pengetahuan, Komunikasi, & Teknologi Pengarah Kampus Induk/Institut Perubatan & (PPKT) Pergigian Termaju Pusat Transformasi Insan – PTi Dekan/Pengarah Kampus Kesihatan Pusat Pembangunan Kecemerlangan Ketua-ketua Jabatan Akademik (CDAE) Sejarah Ringkas Universiti Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Lembaga Gabenor Universiti Awam (PIPPA) Senat Universiti Sistem Maklumat Universiti – Staf (Smu - S) Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia 1 20 (PTPM) 27Pejabat Pemajuan dan perhubungan Alumni Bahagian IV – Pentadbiran Staf Bahagian V – Maklumat Am Skim Perkhidmatan Kriteria Kenaikan Pangkat Staf Bukan Bilik Tetamu Pelantikan Akademik Tadika Islam Pelantikan Semula Peperiksaan Perkhidmatan Kelas Al – Quran & Tajwid Lapor Diri Pertukaran Staf Kuliah Pengajian Al – Quran & Tajwid Skim Rancangan Latihan Kakitangan Perletakan Jawatan Dewasa Akademik (RLKA) Penamatan Kerja Persijilan Pengajian Islam Skim Rancangan Pendidikan Tinggi Pelantikan Semula (Penamatan Kerja) Pengurusan Jenazah Kakitangan Akademik (RPTKA) Persaraan Pilihan Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad Sistem Penilaian Prestasi Persaraan Atas Sebab Kesihatan Unit Kediaman Transit Pergerakan Gaji Persaraan Atas Sebab Kematian Persatuan Alumni USM Pengesahan Dalam Jawatan Pinjaman Ke Agensi Luar Kelab Jasa Budi Pilihan Faedah Persaraan Staf Di Bawah Skim Kumpulan Wang Usaha Unit Kebajikan dan Perhubungan Staf Kenaikan Pangkat Simpanan Pekerja (KWSP) Perubatan Staf 137 74

BAHAGIAN I PENGENALAN

BUKU PANDUAN STAF USM Lambang Universiti Sains Malaysia yang terdiri daripada anak bulan, dua ekor harimau, perisai dan moto, melambangkan identiti Malaysia, yang universiti ini mendapat ilham dan sokongan. Peranan universiti sebagai institusi kebangsaan terserlah dalam beberapa simbol lain. Anak bulan melambangkan kebesaran agama Islam sebagai agama rasmi negara. Anak bulan dengan bintang pecah empat belas pula melambangkan perpaduan tiga belas buah negeri dengan Kerajaan Malaysia. Dua ekor harimau, suatu simbol khusus bagi negara Malaysia, yang menggambarkan sifat-sifat kekuatan. Dua pelepah daun bertinta emas menandakan kemakmuran ekonomi Malaysia. Perisai yang diapit dua ekor harimau, sejenis alatan untuk perlindungan, merupakan suatu alatan tradisional yang diguna khususnya oleh orang-orang asli di negara ini. Warna ungu, yang menggambarkan kedudukan tinggi pula menjadi warna rasmi Universiti Sains Malaysia. Buku terbuka yang terletak di bahagian atas perisai diibaratkan sebagai elemen ilmu yang dikaitkan dengan Universiti Sains Malaysia. Dua bilah keris, yang merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu pula melambangkan kebesaran dan kekuasaan keluarga diraja. Bunga raya di bahagian atas perisai pula merupakan bunga kebangsaan negara. 1

BUKU PANDUAN STAF USM Secara keseluruhannya, lambang ini didukung oleh moto ‘KAMI MEMIMPIN’ (WE LEAD) yang menggambarkan peranan Universiti dalam bidang ilmu, pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat.Buku terbuka yang terletak di bahagian atas perisai diibaratkan sebagai elemen ilmu yang dikaitkan dengan Universiti Sains Malaysia. Dua bilah keris, yang merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu pula melambangkan kebesaran dan kekuasaan keluarga diraja. Bunga raya di bahagian atas perisai pula merupakan bunga kebangsaan negara. Secara keseluruhannya, lambang ini didukung oleh moto ‘KAMI MEMIMPIN’ (WE LEAD) yang menggambarkan peranan Universiti dalam bidang ilmu, pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Logotaip Huruf S berwarna putih diletakkan di antara huruf U dan M yang berwarna ungu. Logotaip rasmi USM direka bentuk dalam susunan tiga huruf serangkai yang melambangkan perpaduan USM sebagai sebuah organisasi. Huruf S berwarna putih dan diapit oleh huruf U dan M yang berwarna ungu iaitu warna rasmi Universiti. Penggunaan huruf S yang berwarna putih melambangkan kampus yang sejahtera serta cara pemikiran warganya yang sihat dan tajam. Huruf S juga melambangkan bidang Sains dan Sastera dalam bentuk simetri, iaitu simbol keseimbangan dan keharmonian dalam pencarian ilmu. Huruf S yang terbuka pada bahagian atas dan bawahnya mewakili ciri “ di luar kotak pemikiran biasa” yang selari dengan aspirasi inovatif USM sebagaimana yang termaktub dalam misi universiti. Huruf S yang bersambung dengan huruf U dan M pula melambangkan hubungan erat di antara universiti dengan rakyat melalui penyebaran ilmu pengetahuan yang meluas. 2

BUKU PANDUAN STAF USM Ungu USM Menandakan kedudukan tinggi universiti, ini adalah warna rasmi USM Jingga USM Warna jingga diterapkan daripada warna harimau pada lambang rasmi USM yang menggambarkan ciri-ciri USM yang dinamik dan aktif sebagai pelopor ilmu pada peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Segitiga Jingga Segitiga jingga melambangkan kekukuhan USM berdasarkan tiga nilai teras Universiti – Unggul, Sejahtera, Mesra. Kedudukan segitiga ini pada bahagian bawah huruf S melambangkan kepentingan ketiga-tiga nilai di atas dalam mendukung moto USM “Kami Memimpin” Empat Garis Tegak Jingga Empat garis tegak jingga ini pula melambangkan empat prinsip panduan USM yang berfungsi sebagai tonggak utama dalam keseluruhan pembangunan Universiti. Tanda Jenama USM Tanda Jenama USM menjadi teras identiti jenama USM dan justeru, ia harus sentiasa dilihat sama walau di mana jua ia dilihat. 3

BUKU PANDUAN STAF USM Tanda Jenama ini merupakan gabung jalin di antara Lambang, Logotaip dan Pemerihal Universiti. Ketiga-tiganya bersatu teguh sebagai satu entiti tunggal. Tanda Jenama ini boleh didapati dalam dua format bagi memaksimumkan impak visualnya iaitu melintang dan menegak, bergantung pada ruang yang ada. PRINSIP PANDUAN Meningkatkan budaya intelektual yang mempunyai pandangan dunia dengan mewujudkan “kesatuan” ilmu pengetahuan melalui pendekatan rentas disiplin. Melayani keperluan masyarakat tanpa mengorbankanintegriti sosiobudaya dan kesensitifan berdasarkan pengetahuan yang sesuai dan relevan. Menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan berlandaskan prinsip yang kuat, kegiatan ilmiah dan kebijaksanaan fikiran. Mengukur amalan terbaik dan norma-norma tradisi Malaysia sampai ke tahap antarabangsa di samping mengambil kira pandangan glokal yang berpegang teguh dengan nilai-nilai dasar, iaitu nilai yang boleh di kira dan nilai yang tidak boleh kira. CANCELOR D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, PRO CANCELOR Yang Berbahagia Yang Berbahagia Tan Sri Dato’Jegathesan Tan Sri Datuk Mustafa Mansur Manikavasagam 4

BUKU PANDUAN STAF USM Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan Ahli Lembaga Gabenor Universiti Dato’ Dr. Profesor Dr. Dato’ Profesor Dr. Awang Adek Bin Hussin Faisal Rafiq Mahamd Adikan Muhd Fauzi Mohd. Zain Pengerusi Profesor Dr. YM Tengku Tan Sri Professor Dr. Zainal Arifin Abd. Karim Alias Mahaleel Tengku Arif Mohd Ishak Mr. Noor Azam Profesor Emeritus Dato’ Datuk Norliza Dr. Hj. Musa Ali Mohd Noor Dr. Hassan bin Said Abdul Rahim Setiausaha Carta Organisasi NAIB CANSELOR TIMBALAN TIMBALAN TIMBALAN TIMBALAN NAIB NAIB NAIB NAIB CANSELOR CANSELOR CANSELOR CANSELOR PENGARAH PENGARAH KAMPUS KAMPUS 5

BUKU PANDUAN STAF USM DEKAN-DEKAN DI KAMPUS INDUK PULAU PINANG Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Komunikasi Pusat Pengajian Seni Pusat Pengajian Pengurusan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan Dan Perancangan Pusat Pengajian Sains Farmasi Pusat Pengajian Sains Fizik Pusat Pengajian Sains Kimia Pusat Pengajian Sains Kajihayat Pusat Pengajian Sains Komputer Pusat Pengajian Sains Matematik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Pusat Pengajian siswazah Perniagaan Pusat Pengajian Teknologi Industri Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh PENGARAH-PENGARAH DI KAMPUS INDUK & INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU Komuniti (BJIM) Industri (BJIM) Institut Penyelidikan Tinggi Negara Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Pejabat Inovasi dan Sains Pengkomersilan Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan Penyelidikan Teknologi Nano-Optoelektronik (Inor) Pusat Inisiatif Penyelidikan Sains Hayat Pusat Inisiatif Penyelidikan Sains Semulajadi Pusat Inisiatif Penyelidikan Sastera Liberal Dan Institut Sains Sosial Pusat Ipv6 Termaju Negara Pusta Kajian Kelestarian Global Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam Pusat Kajian Samudera Dan Pantai Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Pusat Penyelidikan Dadah Dan Ubat-Ubatan 6

BUKU PANDUAN STAF USM Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Pusat Penyelidikan Wanita Dan Gender Pusat Teknologi Pengajaran Dan Multimedia Pusat Racun Negara Pusat Biologi Kimia DEKAN – DEKAN DI KAMPUS KEJURUTERAAN Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral Kejuruteraan Aeroangkasa Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Kimia Kejuruteraan Mekanik Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik PENGARAH – PENGARAH DI KAMPUS KEJURUTERAAN Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar DEKAN – DEKAN DI KAMPUS KESIHATAN Sains Kesihatan Sains Perubatan Sains Pergigian PENGARAH – PENGARAH DI KAMPUS KESIHATAN Hospital Universiti Sains Malaysia Pusat Inisiatif Penyelidikan Sains Klinikal Dan Kesihatan Institut Penyelidikan & Perubatan Molekul Pusat Genom (Pusat Virtual) Pusat Penyelidikan & Perkhidmatan Haiwan Unit Kemudahan Akademik & Sokongan Teknikal (Ukast) KETUA – KETUA JABATAN Pendaftar Pemangku Bendahari Ketua Pustakawan Penasihat Undang-undang 7

BUKU PANDUAN STAF USM PENGARAH Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi Pusat Sejahtera (Perubatan dan pergigian) Pusat Rancangan Kokurikulum Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Pejabat Perhubungan Antarabangsa (Pengarah Undang) Centre For Design House (CDH) Bahagian Pembangunan Institusi Dewan Budaya Pejabat Transformasi Insan Pejabat Operasi Dan Koordinasi Universiti Penerbit USM Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA) Pusat Islam Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik & Pembangunan Pelajar Pusat Kualiti Universiti Pusat Pendidikan & Latihan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga Pusat Sukan & Rekreasi Pusat Media & Perhubungan Awam Jabatan Pembangunan Jabatan Keselamatan 8

BUKU PANDUAN STAF USM Latar Belakang Institusi Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini. Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada peringkat awal, Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains. Sejak itu, USM membangun dengan pesatnya dan kini USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar. Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara. USM ditubuhkan hasil persetujuan yang tercapai daripada resolusi yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di Pulau Pinang. Sehubungan itu, sebidang tanah dikenal pasti di Sungai Ara sebagai tapak kolej universiti ini. Majlis Peletakan Batu Asas di tapak ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967. Walau bagaimanapun, Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1969 untuk menampung keperluan kampus yang lebih luas dan persekitaran yang lebih kondusif bersesuaian dengan keperluan negara pada masa hadapan. Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor. Dua bulan kemudian, kumpulan pertama seramai 57 orang pelajar telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian mereka. Memandangkan kawasan kampus di Sungai Ara belum dibangunkan, maka kumpulan pelajar ini ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugur yang dipinjamkan daripada Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya di Sungai Ara dipindahkan ke tapak yang ada sekarang, iaitu di Minden. Lokasi baru seluas 500 ekar yang terletak di kawasan berbukit ini begitu mempesonakan dengan persekitarannya yang menghijau, ditambah pula dengan keindahan laut yang luas terbentang. 9

BUKU PANDUAN STAF USM Sejak penubuhannyanya, USM melaksanakan sistem pusat pengajian, yang agak berbeza dengan sistem falkulti yang lazimnya diamalkan. Yang uniknya sistem ini adalah bahawa pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama, pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain. USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini. Melalui pendekatan ini, USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh. Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar). USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk) dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM. Keistimewaan USM Sejak penubuhannya, USM telah mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam pendidikan tinggi. Antara pendekatan yang penting adalah penyimpanga daripada sistem fakulti yang lazimnya diamalkan dalam organisasi akademik lain. Sebaliknya, USM telah melaksanakan sistem pusat pengajian yang lebih meluas. Melalui sistem ini, subjek yang berkaitan dikelompokkan ke dalam rancangan pengajian dan di setiap pusat pengajian, pelbagai kursus dan subjek disusun untuk membolehkan pelajar menerima ijazah yang khusus dalam subjek tertentu. Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan pengajian tinggi dalam bidang Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi, Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini. 10

BUKU PANDUAN STAF USM Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan pengajian tinggi dalam bidang Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi, Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini. Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, USM turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf. Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan. Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan. Sebagai tambahan, USM turut menawarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan USAINS Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial USM. Latarbelakang Program USM menawarkan program sarjana dan pascasarjana yang dilakukan oleh pusat pengajian sebagai berikut SAINS GUNAAN Pusat Pengajian Perumahan , Bangunan dan Perancangan Pusat Pengajian Teknologi Industri Pusat Pengajian Sains Farmasi Pusat Pengajian Sains Komputer 11

BUKU PANDUAN STAF USM SASTERA GUNAAN Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Pengurusan Pusat Pengajian Perumahan , Bangunan dan Perancangan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Pusat Pengajian Komunikasi Pusat Pengajian Seni Institut Pengajian Siswazah (IPS) SASTERA TULEN Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan SAINS TULEN Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan SAINS TULEN Pusat Pengajian Sains Biologi Pusat Pengajian Sains Kimia Pusat Pengajian Matematik Pusat Pengajian Sains Fizik Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal KAMPUS KESIHATAN Pusat Pengajian Sains Pergigian Pusat Pengajian Sains Kesihatan Pusat Pengajian Sains Perubatan 12

BUKU PANDUAN STAF USM Senarai Pusat Penyelidikan, Pusat Perkhidmatan, dan Unit di USM adalah seperti berikut: BIL PUSAT PENYELIDIKAN 1 Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia 2 Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara 3 Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) 4 Institut Perubatan & Pergigian Termaju 5 Pelantar Penyelidikan Bio-Perubatan dan Sains Kesihatan 6 Pelantar Penyelidikan Sains Fundamental 7 Pelantar Penyelidikan Kejuruteraan dan Teknologi/Unit Inovasi dan Pembangunan Teknologi Kejuruteraan 8 Pelantar Penyelidikan Sains Hayat 9 Pelantar Penyelidikan Sains Klinikal 10 Pelantar Penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 11 Pelantar Penyelidikan Transformasi Sosial 12 Pusat Genom Manusia (Pusat Vitual) 13 Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6) 14 Pusat Kajian Antarabangsa 15 Pusat Kawalan Doping 16 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) 17 Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS) 18 Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) 19 Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia 20 Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan 21 Pusat Penyelidikan Dasar 22 Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar 23 Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita 24 Pusat Racun Negara 25 Pusat Rekabentuk Mikroelektronik Negara (CEDEC) 26 Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia 27 Sekretariat Falsafah & Sains Islam (SEFSI) 28 Sekretariat Kampus Sejahtera 29 Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM) 30 Unit Penyelidikan Haiwan Makmal 31 Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera 32 Unit Penyelidikan Kawalan Vektor 33 Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA) 34 Unit Terjemahan Melalui Komputer 13

BUKU PANDUAN STAF USM BIL PUSAT PERKHIDMATAN 1 Pusat Teknologi Pengajaran Multimedia 2 Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi 3 Dewan Budaya 4 Perpustakaan Hamdan Tahir 5 Perpustakaan Hamzah Sendut 6 Pusat Islam 7 Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah 8 Pusat Kemudahan Teknikal BIL UNIT 1 Unit Penyelidikan Sains Asronomi dan Atmosfera 2 Unit Penyelidikan Pendidikan Asas 3 Unit Terjemahan Melalui Komputer 4 Unit Pembangunan Teknologi dan Inovasi Kejuruteraan 5 Unit Penyelidikan Haiwan Makmal 6 Unit Penyelidikan Pendidikan untuk Keamanan 7 Unit Penasihatan Pengajaran dan Pembelajaran 8 Unit Penyelidikan Kawalan Vektor Kemudahan & Sumber Akademik Kemudahan yang USM sediakan bagi pelajarnya diberikan di bawah ini: •Kafeteria yang selesa •Muzium bertaraf dunia & Galeri Seni dengan karya seni halus. •Dewan kuliah yang selesa untuk pengajaran & pembelajaran •Bank, kedai buku, farmasi, pejabat pos dan kedai runcit untuk memenuhi keperluan warga USM •Perpustakaan penyelidikan dengan lebih satu juta bahan bacaan, ia turut dilengkapi dengan pangkalan data elektronik dan akses internet. •Kediaman pelajar bagi menampung penginapan mereka di kampus. •Pusat Sukan yang dilengkapi dengan kemudahan bagi memenuhi acara sukan dan permainan pelajar. 14

BUKU PANDUAN STAF USM USM menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi mahasiswanya seperti penginapan asrama, kaunseling / bimbingan motivasi, sukan dan kemudahan rekreasi seperti padang bola sepak, 8-lorong trak sintetik berjalan, sebuah stadium hoki astroturf dan kolam renang saiz Olimpik. Budaya peristiwa / kegiatan yang diadakan di Balai Budaya untuk menggalakkan hubungan yang lebih erat antara pelajar. Ada juga pelbagai kelab dan masyarakat yang melayani pelbagai kepentingan. Ini termasuk Masyarakat Sains Politik, Sains Komputer Club, India Budaya Club, Navigator Masyarakat, Astronomi Club, Debating & Public Speaking Club, dan Komunikasi Massa Club untuk beberapa nama. Unit Kaunseling di USM menawarkan perkhidmatan sokongan untuk membantu mengembangkan potensi pelajar dan kemampuan. Selain memberikan sumbangan terhadap usaha penyelidikan kebangsaan dan kemajuan ilmu pengetahuan pada umumnya, Universiti juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan secara berkala mengkaji bidang kajian yang layak sokongan khusus untuk bersaing secara lebih berkesan untuk dana luaran. USM dalam usaha untuk memberikan insentif yang lebih baik untuk pembangunan produk baru dan proses oleh kakitangan, itu baru-baru ini dibuat peraturan khas yang menetapkan paten dan pengkomersilan hasil penelitian. Lembaga Gabenor Universiti (LGU) Lembaga Gabenor Universiti (LGU) adalah badan kerja tertinggi universiti dan mempunyai kuasa terhadap hal-ehwal dasar kewangan, pembangunan, perkembangan universiti serta hal-ehwal perjawatan dan pentadbiran universiti amnya. LGU dianggotai oleh pengerusi yang terdiri daripada individu luar USM. Keahliannya ialah Naib Canselor, dua (2) orang yang mewakili kerajaan, seorang (1) yang mewakili masyarakat tempatan, tidak lebih daripada tiga (3) orang yang berpengetahuan atau pengalaman mereka boleh, pada pendapat Menteri, membantu Lembaga, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dari sektor swasta dan Pendaftar adalah sebagai Setiausaha. 15

BUKU PANDUAN STAF USM Senat Universiti Senat Universiti adalah satu badan berkuasa akademik tertinggi yang mengawal dan bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan dan penetapan serta pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain serta beberapa badan berkuasa lain yang di bawahnya. Mengikut seksyen 24 Perlembagaan Universiti Sains Malaysia (P.U.(A) 2011) Senat hendaklah terdiri daripada: (a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) Semua Timbalan Naib Canselor; (c) Semua Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian dan semua ketua Kampus Cawangan, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi Universiti; (d) Profesor sepenuh masa yang jumlahnya hendaklah bersamaan dengan jumlah Dekan dan ketua di bawah perenggan (c), dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua profesor dan profesor madya sepenuh masa Universiti mengikut subseksyen (12); dan (e) Tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah dilantik oleh Naib Canselor selama tiga tahun. (f) Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang- ndang hendaklah menjadi ahli ex-officio tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat Senat. (g) Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Senat. 9 TERAS APEX USM telah diberikan mandat untuk melaksanakan Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX - Accelerated Programme for Excellence) pada September 2008. Sejak itu, USM sentiasa berusaha untuk menanamkan nilai-nilai dan teras-teras utama untuk dihayati serta dijadikan pegangan utama semua warga USM. 16

BUKU PANDUAN STAF USM Keilmuan Tujuan utama universiti ialah menerokai dan menguasai ilmu pengetahuan. Apa jua yang dilakukan mestilah berteraskan ilmu dan kaedah-kaedah keilmuan yang ada. Ilmu adalah urusan utama universiti yang tertumpu kepada usaha penerokaan, pengkayaan dan mengaplikasikan dalam setiap urusannya dalam kalangan seluruh warga universiti yang di kembang dan dimajukan secara berterusan untuk membangun negara dan mencapai kesejahteraan yang berterusan. Keilmuan juga menjadi teras dalam merealisasikan motto Kami Memimpin. Masa Hadapan Apa jua yang dilakukan perlulah berasaskan kepada pemikiran masa hadapan, dari segi impak kepada masyarakat dan orang lain mahu pun kepada diri sendiri. Apa yang akan ditinggalkan nanti dan bagaimana tindakan-tindakan yang berasaskan pemikiran pada hari ini akan memberi kesan kepada masa hadapan yang dibangunkan 17

BUKU PANDUAN STAF USM Kelainan (keunikan) Teras ini membezakan USM dan warganya daripada orang lain dalam membangunkan kekuatan dan impak masa hadapan. Untuk bersaing dan menghadapi masa hadapan, universiti malah seseorang perlu mempunyai kelainan dengan natijah yang diharapkan daripada setiap tindakan yang dibuat, apatah lagi jika berfikir di luar kotak dan merealisasikan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy). Kelestarian Merealisasikan pemikiran dan usaha daripada penjagaan alam sekitar hinggalah kepada memulihara tradisi dan kearifan tempatan yang terdapat dalam masyarakat, agenda kesukarelawanan dan membangunkan pelbagai inisiatif untuk menyemai semangat kelestarian ini dan merealisasikan usaha yang dibuat dalam menjaga alam seluruhnya. Kesejagatan Menghormati nilai-nilai universal yang dikongsi bersama dengan pemikiran yang luas dan terbuka, memahami budaya dan nilai universal dan global yang dipegang dan dihormati bersama-sama dan mempertahankan jati diri seperti ungkapan Glokal iaitu berfikir global dan bertindak lokal iaitu menghormati nilai dan budaya yang ada dan pegang selama ini terutamanya dalam semangat Rukun Negara. Warga universiti juga perlu ada kesanggupan untuk bekerja bersama-sama dan melibatkan semua secara inklusif (keterangkuman) tanpa sempadan. Kemanusiaan Nilai Kemanusiaan amat penting dalam menjamin kelangsungan hidup manusia dan alam seluruhnya. Kemanusiaan bermakna kita mempunyai belas ihsan dengan berpegang kepada prinsip dan nilai hidup dalam menjaga alam, manusia dan masyarakat seluruhnya. 18

BUKU PANDUAN STAF USM Pengorbanan Bersedia untuk melakukan apa sahaja usaha yang berterusan dengan tulus ikhlas untuk menjayakan misi universiti yang dipegang bersama-sama demi mendapat keredaan Tuhan dan menjayakan amanah yang dipegang. Semangat ini perlu datang dari hati atau qalbu berteraskan semangat Saya Sayang USM dan Memacu Kecemerlangan. Perubahan Kejayaan universiti bergantung kepada perubahan yang dibuat dari dalam diri warganya membawa kepada perubahan dalam pemikiran serta tindakan-tindakan yang memberi impak besar kepada masyarakat dan dunia melalui ilmu pengetahuan dan semua teras yang dibangunkan bersama-sama. Kesejagatan Matlamat utama segala usaha yang dilakukan adalah untuk memberikan kesejahteraan mental dan fizikal kepada semua merangkumi warga universiti membawa kepada warga negara dan dunia seluruhnya yang dibuat hasil pemikiran dan tindakan yang berterusan dan lestari dengan mengambil kira rohani dan jasmani, pembangunan moral dan fizikal serta kebahagiaan yang berterusan. 19

BAHAGIAN II PENTADBIRAN UNIVERSITI

BUKU PANDUAN STAF USM JABATAN PENDAFTAR Pengurusan Tertinggi Pendaftar Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Sumber Manusia) Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Pengurusan Akademik) Timbalan Pegawai Teknologi Maklumat (Bahagian Pengurusan Maklumat dan Teknologi) Pengarah (Pusat Transformasi Insan) Timbalan Pendaftar Kanan (Jabatan Kampus Kesihatan) Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Pengurusan Akademik) Ketua Penolong Pendaftar (Jabatan Kampus Kejuruteraan) Timbalan Pendaftar (Seksyen Pengurusan IPPT) Visi Memimpin dan melestari tadbir urus Universiti yang profesional dan relevan Misi Meneraju transformasi pengurusan akademik, bakat, dan sumber melalui tadbir urus terbaik untuk memacu kecemerlangan yang lestari dengan perkhidmatan berkualiti sejajar dengan misi Universiti 20

BUKU PANDUAN STAF USM Struktur Jabatan KAMPUS INDUK 1 Pejabat Pendaftar 2 Bahagian Sumber Manusia b Unit Pengambilan & Pembangunan Staf a Unit Komunikasi Korporat d Unit Pembangunan Organisasi c Unit Perkhidmatan & Saraan f Unit Pentadbiran & Perhubungan Staf e Unit Kemajuan Kerjaya 3 Bahagian Pengurusan Akademik a Unit Senat b Unit Pengambilan Pelajar c Unit Peperiksaan & Pengijazahan d Unit Rekod Pelajar 4 Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT 5 Pusat Transformasi Insan 6 Seksyen Pengurusan IPPT KAMPUS KEJURUTERAAN 1 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2 Bahagian Pengurusan Akademik KAMPUS KESIHATAN 1 Pejabat Timbalan Pendaftar Kanan 2 Unit Pengambilan, Kemajuan Kerjaya & Pembangunan Organisasi 3 Unit Pengurusan Akademik & Perhubungan Antarabangsa 4 Unit Perkhidmatan & Saraan 5 Unit Pentadbiran & Perhubungan Staf 6 Unit Pembangunan Staf 7 Pusat Transformasi Insan 8 Unit Pengurusan Siswazah & Antarabangsa 21

BUKU PANDUAN STAF USM JABATAN BENDAHARI JABATAN BENDAHARI BENDAHARI (JUSA C) CAW JABATAN BENDAHARI BAHAGIAN PERANCANGAN BAHAGIAN AKAUN BAHAGIAN KORPORAT & CAW JABATAN BENDAHARI KAMPUS KEJURUTERAAN & PERKHIDMATAN KEWANGAN & KAWALAN KEWANGAN STRATEGIK KEWANGAN KAMPUS KESIHATAN SPS, PULAU PINANG KUBANG KERIAN, KELANTAN KETUA PENOLONG BENDAHARI (W48) TIMBALAN BENDAHARI KANAN TIMBALAN BENDAHARI KANAN TIMBALAN BENDAHARI KANAN TIMBALAN BENDAHARI (W54) (W54) (W52) (W52) PENGURUSAN KEWANGAN CAWANGAN SEKSYEN GOVERNAN SEKSYEN PERAKAUNAN SEKSYEN PERANCANGAN HOSPITAL USM KEWANGAN & SISTEM STRATEGIK & RISIKO PENGURUSAN PENGURUSAN KEWANGAN ZON CAWANGAN SEKSYEN PEROLEHAN SEKSYEN HASIL & SEKSYEN PELAPORAN KEWANGAN CAWANGAN KEWANGAN PELAJAR & PEMANTAUAN SEKSYEN BELANJAWAN PENGURUSAN SEKSYEN ENDOWMEN SEKSYEN PENTADBIRAN KEWANGAN CAWANGAN SEKSYEN ASET & PINJAMAN PERNIAGAAN JABATAN SEKSYEN PELABUHAN SEKSYEN & KAWALAN KREDIT KEWANGAN STAF SEKSYEN KEWANGAN PENYELIDIKAN Carta Organisasi Visi Menjadi Pusat Pengurusan Kewangan yang menyokong aspirasi Universiti Misi Menjadi Pusat Pengurusan Kewangan mapan melalui pembangunan sistem teknologi dan perkhidmatan berintegriti, disamping membina modal insan yang berinovasi lagi berhemah bagi mencapai kelestarian kewangan hari esok Teras Utama Teras 2 Teras 3 Teras 1 Pembangunan modal insan Pemupukan budaya kerja berkemahiran, inovasi, yang peka terhadap Pemantapan tadbir urus kreatif, berintegriti dan keperluan semasa dan kewangan yang kukuh dan cekap dengan etika kerja inovatif dalam memberi amalan terbaik yang unggul perkhidmatan kewangan Nilai Korporat Dedikasi Ilmu Suhur Akauntabiliti & Melaksanakan Berpengetahuan, Melaksanakan tugas Integriti tanggungjawab dengan berkemahiran tinggi dan dengan ikhlas dan jujur penuh komited dan profesional dalam Melaksanakan amanah semangat kerja melaksanakan dan tanggungjawab berpasukan tugas dengan adil dan saksama 22

BUKU PANDUAN STAF USM PERPUSTAKAAN USM Carta Organisasi Visi \"Menjadi pemangkin kearah perkembangan ilmu, kesarjanaan dan pendidikan sepanjang hayat untuk perkembangan lestari\" Misi Menjadi sebuah Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Penyelidikan yang mempunyai sumber bernilai dan memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk menyokong Universiti Sains Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan pembangunan insan serta menyumbang ke arah kemajuan ilmu. Dasar Kualiti Beriltizam memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pihak yang berkepentingan melalui program penambahbaikan berterusan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Nilai Jati Perpustakaan Berilmu, Amanah, Progresif 23

BUKU PANDUAN STAF USM Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Aset Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) diwujudkan pada tahun 1971 sebagai Bahagian Perkhidmatan Teknikal di bawah pentadbiran Pejabat Bendahari dan diketuai oleh Ketua Jurutera. Pada tahun 1973, bahagian ini telah dinaiktaraf kepada ‘Jabatan’ dan pada tahun 1983, gelaran Ketua Jurutera telah dinaiktaraf kepada Pengarah Jabatan Pembangunan. Cawangan pertama Jabatan Pembangunan di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1982, manakala cawangan kedua Jabatan Pembangunan di Kampus Kejuruteraan, Tronoh, Perak telah ditubuhkan pada tahun 1986. Pada bulan April 2001, cawangan Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan di Tronoh telah berpindah ke kampus baharu di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Pada penghujung tahun 2018, universiti telah melaksanakan usaha penggabungan antara Jabatan Pembangunan dengan Pejabat Aset dan Operasi Universiti. Akhirnya Jabatan Pembangunan telah secara rasmi distruktur dan dinamakan semula sebagai Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset melalui watikah penubuhan yang ditandatangani oleh Naib Canselor bertarikh 2 Januari 2019. Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan projek dan pengurusan fasiliti universiti, iaitu merancang, mengurus, mentadbir, menyelaras, mengawas, mengawal dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, ubahsuaian, naiktaraf, penyenggaraan, pembaikan dan baikpulih semua hartanah universiti. Jabatan ini juga bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan penyediaan kemudahan asas infrastruktur seperti sistem jalan raya dalam kampus, sistem perparitan, sumber bekalan elektrik, sistem bekalan air bersih, sistem paip pembetungan, sistem pendingin hawa, dan sistem pencegah kebakaran. Selain itu, jabatan ini menyediakan perkhidmatan lain seperti lanskap dan nurseri, perkhidmatan pemotongan rumput, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal (pembuangan sampah), perkhidmatan pencucian bangunan, perkhidmatan pengangkutan universiti, perkhidmatan bekalan perabot dan keperluan-keperluan lain untuk majlis keramaian universiti. 24

BUKU PANDUAN STAF USM JPPA turut terlibat di dalam program pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dengan memberi khidmat di peringkat pelaksanaan penyediaan kemudahan fizikal yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti akademik. Dengan perkembangan pesat USM di ketiga-tiga kampus, tugas ini adalah antara tugas utama yang dimainkan oleh JPPA. Perancangan program akademik yang cemerlang memerlukan sokongan aspek pembangunan dan keperluan kemudahan fizikal yang baik, kemas dan teratur. JPPA sentiasa menyokong usaha universiti dalam menambah nilai aspek pembangunan fizikal dan kemudahan fasiliti universiti melalui pelaksanaan pembangunan yang lestari untuk kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan ke arah meningkatkan taraf universiti di peringkat dunia. Jabatan Keselamatan Jabatan Keselamatan bertanggungjawab mewujudkan suasana kampus yang ideal, selamat dan sejahtera kepada staf dan para pelajar selaras dengan kehendak universiti dan negara. Objektf Jabatan ini ialah:- •Memelihara keamanan dan ketenteraman di dalam kampus •Menjaga dan mengawal keselamatan bangunan, harta benda dan warga kampus. •Mencegah dan mengurus kes jenayah dalam kampus. •Menguatkuasakan peraturan keselamatan dan lalulintas dalam kampus. •Menjalankan penguatkuasaan peraturan-peraturan mengikut ketetapan universiti. •Memberi sumbangan dan sokongan kepada pihak universiti untuk mencapai matlamat dan misi. 25

BUKU PANDUAN STAF USM Keselamatan dalam kampus adalah tanggungjawab bersama antara masyarakat kampus dengan staf keselamatan. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Jabatan Keselamatan, diwujudkan beberapa bahagian seperti berikut:- 1) Seksyen Operasi Am * Unit Kawalam Kampus (Kawalan 24 jam) 2) Seksyen Operasi Khas * Unit Trafik * Unit Siasatan & Risikan 3) Seksyen Koordinasi * Unit Latihan & Kawalan Luar Kampus * Unit ICT & CCTV * Unit Safety & Bilik Kuliah * Unit Logistik & Kenderaan 4) Seksyen Pentadbiran * Unit Sumber Manusia * Unit Kewangan Jabatan ini mempunyai beberapa cawangan di Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan yang memainkan peranan yang sama. No. Telefon di setiap kampus adalah seperti berikut :- Kampus Induk ialah 04-6534333/4334 dan talian kecemasan 04-6534999. E-mel Kampus Induk: [email protected] Kampus Kesihatan (Zon Kampus) 09-7675999 sambungan 1362. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) 09-7673999 sambungan 3285. Kampus Kejuruteraan ialah 04-59995033 sambungan 5099/5032. 26

BAHAGIAN III PERKHIDMATAN UNIVERSITI PUSAT SEJAHTERA (KESIHATAN DAN PERGIGIAN)

BUKU PANDUAN STAF USM Pusat Sejahtera (Kesihatan dan Pergigian) menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan warga kampus USM yang meliputi pelajar, kakitangan dan pesara serta tanggungan mereka. Dengan misi dan visi perkhidmatan yang berlandaskan ‘Respect, Response Dan Resposibility’, Pusat Sejahtera terus memacu kualiti hidup yang berteraskan kesejahteraan holistik. Selain itu, Pusat Sejahtera juga mempunyai cawangan di Kampus Kejuruteraan, dikenali sebagai Unit Kesihatan yang turut menawarkan beberapa perkhidmatan kesihatan dan pergigian seperti di Pusat Sejahtera. Waktu perkhidmatan Pusat Sejahtera, Kampus Induk dan Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan adalah seperti berikut: Hari Waktu Perkhidmatan Jenis Perkhidmatan /Klinik Isnin-Khamis 8:00 pagi – 12:45 tenghari Perkhidmatan Perubatan Jumaat 2:00 petang – 5:00 petang Pesakit Luar Isnin-Jumaat 8:00 pagi – 12:00 tengahari Perkhidmatan Kecemasan Sabtu-Ahad & Cuti 2:45 petang – 5:00 petang 04-653 3999 (Pusat Sejahtera) 04-599 5901 (Unit Kesihatan) Kelepasan Am 8.00 pagi – 5.00 petang Tutup Selain daripada perkhidmatan perubatan pesakit luar, Pusat Sejahtera juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti serta menganjurkan aktiviti/program pendidikan kesihatan kepada masyarakat kampus. Waktu perkhidmatan bagi program pendidikan kesihatan adalah seperti berikut: 27

BUKU PANDUAN STAF USM Hari Waktu Perkhidmatan Jenis Perkhidmatan Khamis 3:30am - 4.30pm /Klinik Klinik Berhenti Merokok Jumaat 9:00am – 12:00pm Klinik Pengurusan Berat Badan Isnin - Jumaat 8.00am – 4.30pm ** Suntikan Vaksin Pelalian Berbayar ** perkhidmatan baru, tertakluk kepada perubahan Perkhidmatan Pergigian Unit Pergigian terletak di tingkat atas bangunan Pusat Sejahtera menyediakan rawatan pergigian kepada seperti berikut: JENIS RAWATAN PERGIGIAN KADAR BAYARAN 1. Pemeriksaan gigi dan mulut Peruntukan RM200.00 setahun dibiayai di 2. Penskaleran bawah Skim Perubatan Warga USM untuk 3. Tampalan 4. Cabutan staf dan tanggungan. 5. Ubat-ubatan 6. Rawatan Kecemasan (Pusat Sejahtera & Unit Kesihatan sahaja) 7. Pembedahan gigi minor Perkhidmatan berbayar adalah mengikut 8. Rawatan Kanal Akar Jadual Kadar Fi Perubatan dan 9. Crown - di Pusat Sejahtera sahaja Perkhidmatan Kesihatan USM Perkhidmatan pergigian adalah dibuka sepanjang tahun melalui sistem temujanji dengan menghubungi kaunter pergigian: 1. Unit Pergigian Pusat Sejahtera – 04-6534928 2. Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan – 04-5995210 28

BUKU PANDUAN STAF USM Pusat Sejahtera UNIT KESIHATAN (Kesihatan & Pergigian) Universiti Sains Malaysia 11800 USM Unit Kesihatan Pulau Pinang, Malaysia. Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia 5°21'34.5\"N 100°18'10.1\"E 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang, Malaysia 604-653 4937 / 4938 604-599 5201 604-5996917 604-653 4942 [email protected] [email protected] Pusat Sejahtera USM pusatsejahteraofficial PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN DI INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT), BERTAM 1) KLINIK STAF 1.1 Pengenalan Klinik staf beroperasi di Klinik Pakar Perunding di Kompleks Penyelidikan Klinikal IPPT bermula pada tahun 2011. Perkhidmatan di klinik ini adalah mengikut waktu pejabat iaitu pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad serta hari Kelepasan Am. Perkhidmatan yang disediakan di Klinik staf adalah untuk staf dan tanggungan secara walk in . Klinik ini dikendalikan oleh 2 orang Pegawai Perubatan. 29

1.2 Masa Perkhidmatan: ISNIN - KHAMIS JUMAAT 8.15 pagi – 12.30 tengah hari 8.15 pagi – 12.00 tengah hari 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang – 4.30 petang TUTUP PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM 1.3 Hubungi: +604-562 2610 / 2611 2) KLINIK PERUBATAN INTEGRATIF 2.1 Pengenalan Klinik Perubatan Integratif mula memberi perkhidmatan pada bulan September 2013 untuk kes rujukan khidmat nasihat kaunseling pengambilan suplimen herba bersama-sama ubatan moden secara selamat dan berkesan. Pada bulan Mac 2014 klinik ini telah memulakan perkhidmatan rawatan sokongan untuk kes kesakitan kronik, rehabilitasi pasca strok dan lain-lain yang berkaitan, melalui kaedah urutan Melayu kepada staf dan tanggungan staf. Sejak bulan Februari 2015 perkhidmatan klinik ini telah dibuka kepada orang ramai dan setiap perkidmatan yang diterima di klinik ini mula dikenakan caj rawatan. Mulai bulan Mac 2020, klinik ini telah memperkembangkan perkhidmatan dan memperkenalkan klinik kesejahteraan lelaki, bertujuan untuk membantu kaum lelaki yang mempunyai permasalahan kebatinan dengan menggunakan kaedah sokongan urutan dan senaman Melayu. 30

BUKU PANDUAN STAF USM Perkhidmatan di Klinik Perubatan Integratif diberi oleh 5 orang juru urut terdiri daripada 2 orang penolong pegawai perubatan, 2 orang jururawat dan seorang juruteknik perubatan yang kesemuanya mempunyai latar belakang kesihatan dan perubatan. Mereka telah dihantar dan menerima latihan urutan Melayu dan bertauliah daripada sebuah akademi urut di Malaysia sejak tahun 2013. Selain daripada 5 juru urut, setiap pesakit yang menerima rawatan di klinik ini akan disaring dan dipantau oleh 3 orang doktor perubatan yang bertugas di klinik ini secara giliran. 2.2 Prosedur untuk menerima perkhidmatan di Klinik Perubatan Integratif Pesakit dikehendaki mendapatkan surat rujukan daripada klinik kesihatan, klinik pesakit luar hospital kerajaan atau swasta sebelum mendapatkan temujanji di klinik ini. Manakala staf USM khususnya boleh mendapatkan surat rujukan daripada klinik staf di IPPT atau Pusat Sejahtera di USM Induk sebelum menerima rawatan di klinik ini. Jadual bertemu doktor adalah pada hari Isnin, Selasa dan Khamis, manakala temujanji untuk sesi urutan akan diberi sepanjang hari Isnin hingga Jumaat mengikut kekosongan jadual temujanji. 2.3 Masa Perkhidmatan: ISNIN - KHAMIS JUMAAT 8.15 pagi – 12.30 tengah hari 8.15 pagi – 12.00 tengah hari 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang – 4.30 petang TUTUP PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM 31

BUKU PANDUAN STAF USM 2.4 Hubungi: +604-562 2070 3) KLINIK PAKAR PERUNDING 3.1 Pengenalan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) mempunyai ramai pakar-pakar perubatan yang terlatih dan berkemahiran dalam bidang masing-masing. Perkhidmatan Klinik Pakar Perunding ini dijalankan secara temujanji dan memerlukan surat rujukan daripada fasiliti di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), klinik swasta atau klinik staf (bagi warga USM). Antara klinik pakar yang terdapat di IPPT adalah; 1 Klinik Rawatan Keluarga 10 Klinik Minda Sihat 2 Klinik Onkologi 11 Klinik Oftalmologi 3 Klinik Pediatrik 12 Klinik Warga Sejahtera 4 Klinik Otorinolaringologi (ENT) 13 Breast Clinic 5 Klinik Alergi 14 Klinik Urologi 15 Klinik Ortopedik 6 Sleep Clinic 16 Klinik Obstetrik dan Ginekologi (Sakit Puan) 7 Klinik Wanita Sejahtera 17 Klinik Pediatrik Imunologi 8 Klinik Pembedahan Am 18 Pain clinic 9 Klinik Dietetik 3.2 Masa Perkhidmatan: ISNIN - KHAMIS JUMAAT 8.15 pagi – 12.30 tengah hari 8.15 pagi – 12.00 tengah hari 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang – 4.30 petang TUTUP PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM 32

BUKU PANDUAN STAF USM 3.3 Hubungi: +604-5622610 / 2611 4) Poliklinik Eksekutif AMDI-USM (Executive Health Services) 4.1 Pengenalan Poliklinik Eksekutif AMDI-USM (Executive Health Services) telah memulakan operasi pada 22 Jun 2020. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam bagi kes-kes pesakit luar dan merupakan perkhidmatan secara ‘walk in’ atau temujanji berbayar sepenuhnya termasuklah kepada orang awam, staf, pelajar dan tanggungan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan rawatan pesakit luar, perkhidmatan klinik pakar malam (melibatkan klinik-klinik pakar tertentu) dan kemasukan ke wad melalui Executive Health Services. Perkhidmatan ini merupakan satu inisiatif terbaru USM dalam menawarkan perkhidmatan perubatan berkualiti berdasarkan perkembangan terkini dan memberikan nilai tambah dalam perkhidmatan kepakaran di IPPT khasnya. Perkhidmatan ini juga membolehkan pesakit mempunyai pilihan terbaru untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di samping pilihan pusatpusat perubatan swasta yang sedia ada. 4.2 Masa Perkhidmatan: ISNIN - AHAD (termasuk hari kelepasan am) 24 jam 4.3 Hubungi: +604-5622914 / 04-5622911 (Kaunter EHS) 33

BUKU PANDUAN STAF USM PERKHIDMATAN PERGIGIAN 1. Pengenalan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) menawarkan perkhidmatan pergigian, bermula sejak 2005 dan ianya merangkumi empat unit utama iaitu: 1 Klinik Pergigian Pakar 2 Klinik Pergigian Am 3 Makmal Teknologi Pergigian 4 Promosi Kesihatan Pergigian dan Pendidikan Berterusan Perkhidmatan pergigian ini dibuka kepada warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan masyarakat sekitarnya, serta untuk pesakit yang dirujuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau klinik swasta. 2. Visi ‘Ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang holistik dan lestari’ 3. Misi Memastikan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat termasuklah memberikan perkhidmatan pergigian, menyokong aktiviti penyelidikan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan komuniti di zon utara Semenanjung Malaysia 34

BUKU PANDUAN STAF USM 4. Perkhidmatan Pergigian JENIS RAWATAN KHIDMAT YANG DITAWARKAN Perkhidmatan 1) Pemeriksaan Dan Diagnosis Pergigian Am 2) Tampalan 3) Penskaleran dan Pencucian Gigi Perkhidmatan 4) Rawatan Pergigian Pencegahan Pergigian Pakar 5) Cabutan (Dengan Surat Rujukan Sahaja) 6) Dentur/ Gigi Palsu 7) Radiograf Gigi 8) Rawatan Kanal Akar 1) Ortodontik • Konsultasi Rawatan • Aplians Boleh Tanggal • Aplians Tetap • Aplians Fungsi • Pendakap (Retainer) • Pembedahan Rahang (Orthognathic) 2) Prostodontik • Konsultasi Rawatan • Dentur Akrilik • Dentur Krom-kobalt • Obturator • Korona Gigi (Crown) • Jambatan Gigi (Bridge) • Onlay/ Inlay • Rawatan Kanal Akar • Rehabilitasi keseluruhan mulut • Implan 3) Pergigian Pediatrik • Pulpotomi • Pulpektomi • Apexification • Apexogenesis • Pembedahan oral frenectomy/release tongue tie/pembedahan cabutan gigi terimpak atau supernumeraries atau odontome) • Korona SS18/8 (Stainless Steel Crown) • Penyenggara Ruang (Space Maintainer) • Anestesia Am 4)Patologi Oral • Biopsi • Servis histopatologi 5)Pembedahan Mulut (hanya ditawarkan oleh EHS) • Pembedahan mulut minor • Implan 35

BUKU PANDUAN STAF USM JENIS RAWATAN KHIDMAT YANG DITAWARKAN Perkhidmatan 1) Perkhidmatan Makmal Pergigian Makmal Teknologi Prostodontik Perubatan 1.1 Dentur Perkhidmatan • Penuh/Separa akrilik Promosi Kesihatan dan • Krom-kobalt Pendidikan Berterusan 1.2 Restorasi Tetap • Korona Gigi • Jambatan Gigi • Onlay 2) Perkhidmatan Makmal Pergigian Ortodontik 2.1 Aplians boleh tanggal 2.2 Aplians fungsi 2.3 Peranti anchorage 2.4 Peranti expansion 1) Ceramah Pendidikan Pergigian 2) Promosi Kesihatan Pergigian 3) Pameran Pergigian 5. Masa Perkhidmatan: ISNIN - KHAMIS JUMAAT 8.10 pagi – 1.00 tengah hari 8.10 pagi – 12.15 tengah hari 2.00 petang – 5.10 petang 2.45 petang – 5.10 petang TUTUP PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM 6. Hubungi: +6045622288 / 2204 36

BUKU PANDUAN STAF USM 7. PERKHIDMATAN KESIHATAN EKSEKUTIF (EHS) (Diuruskan Oleh Usains Usm) 7.1. Perkhidmatan Eksekutif Pakar Pergigian Tiada rujukan diperlukan untuk mendapatkan rawatan. Hanya hubungi pihak kami untuk mendapatkan slot temu janji dengan pakar pergigian pilihan anda. 7.2. Perkhidmatan Eksekutif Pergigian Am Kami juga menawarkan Perkhidmatan Eksekutif Pergigian Am, rawatan berbayar sepenuhnya mengikut Jadual Kadar Fi Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan (T20) yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari USM (15 Julai 2017). Servis pergigian ini akan beroperasi seperti berikut: ISNIN - JUMAAT SELASA-KHAMIS 8.30 pagi – 4.30 Petang 5.00 petang – 7.00 petang (walk in) (temujanji) 6. Hubungi : +6045622288 / 2204 Telefon : +604-5622914 / 04-5622911 (Kaunter EHS) Email : [email protected] 37

BUKU PANDUAN STAF USM PUSAT ISLAM Pusat Islam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1983. Objektif penubuhannya adalah sebagai pemangkin kepada misi dan visi universiti untuk mendidik dan memimpin warga dengan amalan terbaik ke arah mencapai matlamat insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar berteraskan adab, kualiti dan kecemerlangan. Bagi mencapai objektif tersebut, Pusat Islam berperanan membimbing warga kampus dan masyarakat memahami nilai-nilai murni dan universal berasaskan ajaran Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah serta memimpin ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat. Antara aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Islam ialah: o Melaksanakan dan menjayakan program-program Hari Kebesaran Islam USM. o Mengurus pentadbiran dan pengimarahan Masjid al-Malik Khalid USM dan pengurusan qaryah. o Melaksanakan pengurusan zakat, wakaf dan infaq peringkat universiti. o Program pendidikan Islam secara formal pada pelbagai peringkat umur seperti Hadhanah, Tadika, KAFA, Pengajian al-Quran Dewasa, Persijilan Pengajian Islam dan lain-lain. o Aktiviti berkonsepkan keilmuan, penulisan dan penerbitan. o Melaksanakan program pemantapan nilai-nilai Islam seperti perkhidmatan latihan atau kursus melalui program pemantapan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. o Menawarkan pelbagai perkhidmatan dan penasihatan Hal Ehwal Islam seperti pengurusan jenazah, khidmat nasihat, penyediaan masakan dan lain-lain. o Menyediakan pelbagai kemudahan ruang, fasiliti dan peralatan seperti Masjid Al-Malik Khalid, Dewan Muzakarah, Bilik Tetamu, Bilik Jamuan dan Dapur Pusat Islam. o Bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga. 38

BUKU PANDUAN STAF USM HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (Hospital USM) Hospital USM mula ditubuhkan dan memberi rawatan kepada pesakit pada bulan Oktober 1983. Hospital USM berfungsi memberi rawatan kepada pesakit dan sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) bagi pelajar Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Pensyarah-pensyarah dari PPSP, PPSG dan PPSK adalah menjadi pakar rujuk bagi setiap kes pesakit di Hospital USM. Penubuhan Hospital USM berasaskan objektif berikut:- • Hospital USM diwujudkan sebagai hospital pengajaran dan pusat rujukan tertiari utama di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia yang lengkap dengan perkhidmatan berkualiti dan teknologi perubatan terkini. • Mewujudkan rangkaian dan koordinasi dalam aktiviti sokongan seperti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan untuk semua pusat pengajian dalam kampus di USM secara amnya dan dengan UA, IPTS dan pihak Industri. •Mewujudkan rangkaian dan koordinasi antara hospital dan perkhidmatan kesihatan dalam Kementerian Kesihatan dan sektor swasta 39

BUKU PANDUAN STAF USM Kini Hospital USM mempunyai 829 buah katil dengan bilangan staf 3,374 orang. Perkhidmatan rawatan yang disediakan oleh Hospital USM adalah seperti berikut:- •Perkhidmatan Pesakit Luar, kini dikenali Klinik Rawatan Keluarga. • Perkhidmatan Klinik-Klinik Pakar. • Perkhidmatan Klinik Kakitangan. • Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan. • Perkhidmatan Pesakit Dalam. Wad-wad yang ada adalah seperti Wad Perubatan, Surgeri, Kardiotorasik, Lecuran, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Psikiatri, ICU/CCU, Oftalmologi, Onkologi dan ORL. • Perkhidmatan Radiologi. • Perkhidmatan Makmal Diagnostik seperti Makmal Mikrobiologi/Parasitologi, Patologi, Patologi Kimia, Hematologi dan Imunologi. • Perkhidmatan Makmal Pemeriksaan Klinikal. • Perkhidmatan Tabung Darah. • Perkhidmatan Farmasi. • Perkhidmatan Perubatan Pemulihan. • Perkhidmatan Kebajikan Perubatan. • Perkhidmatan Perubatan Nuklear, Onkologi dan Maklumat lanjut boleh dicapai melalui: http://www.h.usm.my 40

BUKU PANDUAN STAF USM PUSAT SUKAN DAN REKREASI Pada tahun 2011,Unit Sukan telah dinaik taraf kepada Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia dibawah naungan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia. Tuan Haji Muhamad Mohd Hanif adalah Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi yang pertama. Mulai Januari 2020 Pusat Sukan dan Rekreasi bernaung dibawah Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi dengan diketuai oleh Tuan Haji Idrus Haji Rapie. Bagi memantapkan pembangunan sukan USM kearah kecemerlangan di peringkat global, Pusat dan Rekreasi telah menetapkan Misi dan Visi seperti berikut: MISI Pembudayaan sukan dan rekreasi merentas komuniti dengan pengukuhan pengupayaan dalam prestasi dan pencapaian bakat sukan, kelestarian pengurusan program sukan, nilai perkhidmatan kemudahan sukan cemerlang dan meningkatkan kualiti promosi serta pembangunan sukan secara global. VISI Penjelmaan Pusat Sukan dan Rekreasi yang berwibawa dan berupaya meningkatkan kualiti pembangunan sukan berdaya saing, lestari dan unggul di peringkat global 41

BUKU PANDUAN STAF USM Pusat Sukan dan Rekreasi berperanan dalam: - 1 Memacu dan mempromosi sukan dan budaya sukan dalam kalangan warga kampus. 2 Memperkasakan pembangunan sukan berprestasi tinggi dan melestarikan program pengurusan acara bertujuan membina modal insan pelajar. 3 Membina \"The Thinking Athletes\" melalui kemahirah insaniah 4 Mencerna 7 program teras di bawah Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT). 5 Sebagai \"Hab Pendidikan Sukan\" dengan penekanan kepada \"PROGRAM Warga SUKAN\", Pusat Kecemerlangan /Tumpuan Sukan IPT (PKS/T) Merancang pembangunan infrastruktur dan kemudahan sukan yang 6 mematuhi piawaian antarabangsa dengan mengambil kira dan memberi fokus kepada keperluan untuk \"orang kurang upaya\" Perancangan, pelaksanaan dan penyelarasan program/aktiviti sukan merangkumi empat kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kesihatan,Kampus 7 Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju. Memperkasakan pembangunan sukan warga staf USM dengan bantuan 8 dan kerjasama erat Jabatan Pendaftar dan Kelab Sukan Staf USM agar berupaya bersaing diperingkat IPT dan kebangsaan. Pentadbiran dan operasi Pusat Sukan dan Rekreasi terletak di bangunan K14 Stadium Olahraga. Hari dan Waktu Operasi pejabat pentadbiran bermula pada :- Hari : ISNIN - KHAMIS JUMAAT 8.10 pagi – 1.00 tengah hari 8.10 pagi – 12.15 tengah hari 2.00 petang – 5.10 petang 2.45 petang – 5.10 petang Bagi tujuan tempahan kemudahan sukan,boleh berurusan di Kompleks Sukan Azman Hashim pada waktu berikut :- Hari : ISNIN - KHAMIS JUMAAT 8.15 pagi – 1.00 tengah hari 8.15 pagi – 12.15 tengah hari 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang – 4.30 petang 42

BUKU PANDUAN STAF USM Pusat Sukan dan Rekreasi juga menyediakan kemudahan tempahan dan pinjaman peralatan permainan tertentu. Kemudahan boleh diperolehi di Setor Pusat Sukan dan Rekreasi bersebelah padang minden pada tarikh dan waktu berikut: ISNIN - JUMAAT 10.30 pagi – 12.00 tengah hari 4.30 petang – 6.30 petang PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI (PPKT) Visi PPKT berperanan sebagai pemangkin terhadap inovasi. Memantapkan peranan operasinya selaras dengan pelan strategik ICT Universiti. Misi Menyediakan perkhidmatan ICT yang kompeten dan berkesan dalam konteks: 1. Pengajaran dan Pembelajaran. 2. Penyelidikan dan Inovasi. 3. Pengurusan. Memastikan ketersediaan perkhidmatan yang boleh harap terhadap infostruktur dan perkhidmatan ICT selaras dengan keperluan operasi dan strategik Universiti. Objektif Memastikan kesinambungan perkhidmatan ICT ke arah mencapai misi Universiti menerusi: 43


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook