Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU PANDUAN STAFF USM

BUKU PANDUAN STAFF USM

Published by Amelin Ameletto's, 2021-02-18 04:35:05

Description: BUKU PANDUAN STAFF USM

Search

Read the Text Version

BUKU PANDUAN STAF USM 1. Sumbangan kepada agenda APEX dan universiti penyelidikan. 2. Perkhidmatan sokongan pelanggan yang cemerlang. 3. Penambahbaikan kemahiran staf secara berkesan. Peranan PPKT Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) ditubuhkan pada bulan Disember 2002. Tiga entiti jabatan yang menyediakan perkhidmatan ICT telah digabungkan dibawah satu pusat perkhidmatan. Perkhidmatan yang digabungkan terdiri daripada perkhidmatan ICT Pentadbiran, Akademik dan Pengurusan (MIS). PPKT berperanan sebagai sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan ICT yang kompeten dan berkesan untuk masyarakat kampus dan komuniti luar yang berkaitan. Governan Pengarah Puan Fa’izah Binti Mohd Zain Puan Jamilah Binti Razak Timbalan Pengarah Encik Ahmad Fadhlul Irham Bin Yusoff (Bahagian Perkhidmatan & Sokongan) Puan Asnah Binti Hassan Encik Mahadi Bin Yusof Timbalan Pengarah (Bahagian Infostruktur) Encik Mazlifendirizan Md Rejab Encik Nik Nashron Bin Ab Aziz Timbalan Pengarah Encik Mohammad Fauzi Bin Yahaya (Bahagian Sistem Maklumat) Timbalan Pengarah ( Bahagian Strategik, Keselamatan & E- Pembelajaran) Timbalan Pengarah (PPKT Kampus Kejuruteraan) Timbalan Pengarah (PPKT Kampus Kesihatan) Timbalan Pengarah (PPKT, IPPT Kampus Bertam) 44

BUKU PANDUAN STAF USM PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH PPKT Direktori PPKT – Service Desk Kampus Induk : enovate.usm.my PPKT's Portal : sd.usm.my/enovate ServisDesk@PPKT's : Hotline 04 653 4400 ServisDesk@PPKT's : [email protected] ServisDesk@PPKT's Email Kampus Kejuruteraan : www.ppkt.eng.usm.my PPKT's Portal : sd.usm.my/ppkt ServisDesk@PPKT's : 04 599 5333 ServisDesk@PPKT's Hotline : [email protected] ServisDesk@PPKT's Email Kampus Kesihatan : www.ppkt.kk.usm.my PPKT's Portal : sd.usm.my/ppktkk ServisDesk@PPKT's Portal : 09 767 1111 ServisDesk@PPKT's Hotline : [email protected] ServisDesk@PPKT's Email Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju ServisDesk@PPKT's Hotline : 04 562 2111 ServisDesk@PPKT's Portal : sd.usm.my/ppktgg ServisDesk@PPKT's Email : servisdesk@amdi@ usm.my Portal Aplikasi CampusOnline (campusonline.usm.my) elearn @USM (elearning.usm.my) ServisDesk (servisdesk.usm.my 45

BUKU PANDUAN STAF USM PUSAT TRANSFORMASI INSAN – PTi Pusat Transformasi Insan (PTi) bertanggungjawab dalam memainkan peranan pembangunan bakat berasaskan kompetensi yang mengfokuskan latihan yang relevan bagi mengupayakan staf USM melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan dan efisyen untuk memacu kecemerlangan institusi. PTi juga menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada kakitangan Universiti melangkaui semua peringkat menerusi MyCPD melalui pelbagai program latihan yang berteraskan kepada Kompetensi Teras dan Kompetensi Fungsian. Selari dengan halatuju pelan strategik Universiti Sains Malaysia ke arah kecemerlangan bakat yang berprestasi tinggi dan profesional pihak USM telah membangunkan kerangka kompetensi USM sebagai fokus strategi utama dalam pembangunan sumber manusia. Kompetensi ialah kebolehan melakukan sesuatu dengan cekap dan berkesan melalui kombinasi pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dapat dilihat dan diukur yang menyumbang kepada peningkatan prestasi staf dan akhirnya menghasilkan kejayaan organisasi. Tiga elemen kompetensi adalah seperti berikut: 1. Pengetahuan adalah fakta dan maklumat yang diperoleh melalui pengalaman atau pembelajaran; pemahaman teori dan/atau praktikal. Pengetahuan dapat diperluaskan dengan mengikuti perkembangan terkini, untuk diaplikasikan serta dikongsikan dengan orang lain dan ia amat penting dalam kejayaan seseorang individu dan sesebuah organisasi. 46

BUKU PANDUAN STAF USM 2. Kemahiran merupakan kebolehan yang terbina untuk melakukan sesuatu kerja dengan baik. Ia merupakan kepakaran yang terhasil daripada penguasaan atau kebolehan dalam pengoperasian minda atau proses fizikal yang diperoleh melalui latihan khusus dan pelaksanaan terhadap kemahiran ini akan membuahkan hasil kerja yang cemerlang 3. Keupayaan adalah kekuatan dan kebolehan untuk melakukan aktiviti fizikal atau mental yang berkait rapat dengan kerjaya tertentu antaranya seperti pengaturcaraan komputer dan kalkulus. Organisasi turut perlu mengenal pasti kebolehan dan penguasaan staf terutamanya keupayaan yang menjangkaui skop kerja kebiasaan seseorang staf. Pelaksanaan pembangunan bakat berasaskan kompetensi di USM berfokuskan kepada 2 kompetensi utama seperti berikut: 1. Kompetensi Teras Kompetensi asas yang diperlukan oleh semua staf, tanpa mengira peranan atau tahap jawatan. Keperluan terhadap kompetensi teras mungkin berbeza-beza mengikut tahap di dalam hierarki organisasi 2. Kompetensi Fungsian Kompetensi yang berfokus pada bidang tugas utama sesuatu jawatan dalam melaksanakan tugas 47

BUKU PANDUAN STAF USM LATIHAN PEMBANGUNAN BAKAT Setiap staf USM perlu melengkapkan mata Continuous Profesional Development (CPD ) pada setiap tahun yang turut menyumbang kepada markah penilaian prestasi tahunan. Staf USM perlu mengikuti latihan pembangunan bakat yang merangkumi latihan kompetensi Teras dan Fungsian (mengikut skim perkhidmatan) yang disediakan oleh pihak Pusat Transformasi Insan (PTi) manakala bagi kompetensi Fungsian staf akademik dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE). Maklumat program latihan boleh diakses melalui https://mycpd2.usm.my. Staf boleh mengikuti program latihan yang disediakan dalam bentuk/kategori seperti berikut: i. Konvensional ii. Secara dalam talian (e- MyCPD) iii. Webex live Nota : Satu jam latihan adalah bersamaan dengan 1 mata CPD PENGUMPULAN MATA CPD USM menggunakan sistem MyCPD iaitu sistem pengurusan dan pemantauan latihan staf yang memaparkan kalendar latihan tahunan, permohonan kursus secara dalam talian, maklumat pengumpulan mata CPD serta rekod latihan staf mengikut jumlah jam minimum yang ditetapkan dan keperluan Dasar Latihan Sektor Awam. Melalui kaedah MyCPD ini, elemen pembelajaran sepanjang hayat lebih mudah dilaksanakan serta menggalakkan budaya pembelajaran organisasi di kalangan staf. 48

BUKU PANDUAN STAF USM Jadual di bawah menunjukkan jumlah pengumpulan mata CPD yang perlu diikuti oleh staf setiap tahun mengikut kumpulan perjawatan. KUMPULAN PERJAWATAN JUMLAH PENGUMPULAN MATA CPD AKADEMIK (PENSYARAH & GURU BAHASA) 10 PENGURUSAN DAN PROFESIONAL 30 (GRED 41-56) KUMPULAN PELAKSANA 25 (GRED 29-40) 20 10 KUMPULAN PELAKSANA (GRED 19-28) KUMPULAN PELAKSANA (GRED 1/11-18) PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) Program Transformasi Minda (PTM) merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. PTM diperkenalkan untuk memberi pendedahan awal tentang prinsip, persekitaran dan organisasi universiti kepada staf di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan. Komponen utama program PTM mengandungi 4 segmen utama iaitu: i. Negara dan Perkhidmatan Awam ii. Tanggungjawab dan Peranan staf iii. Budaya Kerja Cemerlang iv. Modul Khusus USM 49

BUKU PANDUAN STAF USM Staf yang disyaratkan mengikuti PTM adalah a. Staf lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan b. Staf dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi Staf yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat: a. Staf telah hadir dengan jaya PTM di perkhidmatan terdahulu atau b. hadir dengan jaya Kursus Induksi di perkhidmatan terdahulu atau c. lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu OBJEKTIF 1. Memastikan misi dan visi universiti difahami, diaplikasi dan diterapkan dalam hala tuju tugas dan tanggungjawab staf melalui organisasi masing-masing 2. Memberi pendedahan kepada staf mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam 50

BUKU PANDUAN STAF USM 3. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme staf supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam 4. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar staf dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan TABUNG LATIHAN BUKAN AKADEMIK (TLBA) Tabung Latihan Bukan Akademik (TLBA) merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh pihak Universiti kepada staf pentadbiran untuk peningkatan kompetensi dan kualiti perkhidmatan. Tabung ini bertujuan untuk membiayai staf pentadbiran mengikuti kursus jangka pendek (Kompetensi Fungsian) di dalam dan luar negara bagi mengikuti program latihan yang melibatkan kepakaran oleh pihak luar. OBJEKTIF 1. Menambah ilmu serta memperkayakan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang diperlukan dalam pembangunan bakat. 2. Mengaplikasi ilmu pengetahuan dan kompetensi dalam pekerjaan PROGRAM PERSEDIAAN PESARAAN (PESARA) Program persediaan pesaraan (PESARA) merupakan program yang dirangka kepada bakal pesara sebagai persediaan awal dalam mendepani alam persaraan. Program ini memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek seperti berikut: 51

BUKU PANDUAN STAF USM i. Pengurusan Kewangan ii. Kerohanian dan Kesihatan Ke Arah Gaya Hidup Sihat iii. Pengurusan Skim Perubatan Warga USM Mulai tahun 2020, Universiti telah memperkenalkan program upskilling dengan melibatkan kepakaran pihak luar sebagai sebahagian daripada program PESARA dan antara tujuan utama program upskilling adalah seperti berikut: i. Memberi persediaan dan pengetahuan perancangan persaraan bagi mencapai persaraan yang berkualiti ii. Memantapkan kompetensi kelestarian bakat yang menekankan aspek pengetahuan dan kemahiran untuk kelangsungan hidup selepas menamatkan perkhidmatan dengan USM. Antara program terlibat ialah pembuatan kek dan roti, penanaman cili serta keusahawanan. Nota : Maklumat lanjut berkenaan program latihan serta kemudahan lain boleh di perolehi melalui laman sesawang https://epti.usm.my/ PUSAT PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN AKADEMIK (CDAE) Pengenalan Dan Penubuhan Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) ditubuhkan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Januari 2012. Penubuhan pusat ini bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah dan pelajar seiring dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 52

BUKU PANDUAN STAF USM CDAE diketuai oleh Pengarah, Profesor Abd Karim Alias dan kini bertempat di Bangunan H24, Lorong Cahaya. Pusat ini juga diberi mandat untuk melaksanakan Pelan Transformasi APEX USM dengan merangka dan menjalankan aktiviti yang memfokus terhadap pemupukan bakat dan pembelajaran. Melalui penubuhan CDAE, USM telah mengambil satu lagi langkah dalam memajukan persekitaran pendidikan tinggi di universiti selain mendokong pencapaian matlamat utama KPM iaitu untuk menjadikan negara ini pusat kecemerlangan pendidikan tinggi. CDAE mempunyai matlamat yang jelas untuk menjadi komponen penting dalam kemajuan aktiviti PdP di USM. Objektif: 1. Mentransformasi amalan PdP ke arah mencapai kecemerlangan dan memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi), Dasar e-Pembelajaran Negara, dan Pelan Transformasi APEX USM 2020. 2. Melaksanakan program pembangunan profesional berterusan untuk melengkapkan ahli akademik dengan inovasi dan trend terkini dalam PdP, penyelidikan, penerbitan dan kepemimpinan akademik. 3. Melaksanakan program pembangunan akademik dan khidmat nasihat untuk perkembangan pelajar secara holistik. 4. Mempromosikan amalan pembelajaran berteknologi dalam PdP dalam kalangan ahli akademik untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. 53

BUKU PANDUAN STAF USM 7. Menawarkan khidmat sebagai pusat rujukan sehenti kepada akademik dan pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan PdP. Emel: https://cdae.usm.my PUSAT INOVASI DAN PRODUKTIVITI PENTADBIRAN AWAM (PIPPA) 1.0 Sejarah penubuhan PIPPA Pada masa ini USM telah menawarkan pelbagai program pendidikan formal dan program pembangunan profesional kepada kakitangan sektor awam pelbagai peringkat di Malaysia. Sehubungan dengan itu, penubuhan PIPPA ini ialah untuk memperkukuhkan komitmen USM dalam menjana sumber manusia sektor awam yang berkualiti dan berpengetahuan seiring dengan tuntutan semasa. Di peringkat negara, penubuhan pusat ini juga selaras dengan amanat YAB Perdana Menteri pada 2 Julai 2012 yang mahukan perkhidmatan awam berteraskan kepada nilai CTI (cepat, tepat dan integriti) dan PCI (produktiviti, kreativiti dan inovasi). Idea penubuhan PiPPA pada peringkat awal dicetuskan hasil kolaborasi unik pentadbir USM dengan rakan akademik di Murdoch University dan University of Western Australia. Hasrat ini kemudiannya diperkukuhkan lagi melalui perbincangan Y.Bhg Professor Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor USM dengan rakan sejawatnya iaitu Professor Richard Higgott , Naib Canselor, Murdoch University dan Winthrop Professor Bill Louden, Timbalan Naib Canselor Kanan, University of Western Australia pada penghujung Mei 2012. 54

BUKU PANDUAN STAF USM Pada bulan Jun 2012, Professor James Perry seorang tokoh akademik terkenal dalam pentadbiran awam dari Indiana University, Amerika Syarikat telah bersetuju menjadi Penasihat Kehormat PIPPA. 2.0 Visi dan Misi 2.1 Visi Menjadi peneraju utama pusat latihan berasaskan penyelidikan bagi perkhidmatan awam Malaysia 2.2 Misi Menawarkan program latihan dan penyelidikan bagi membangunkan perkhidmatan awam yang inovatif, lestari dan produktif 2.3 Matlamat Strategik • Menawarkan program latihan berimpak tinggi bagi meningkatkan kompetensi teras dalam kalangan penjawat awam • Mendokong visi ‘pembelajaran untuk semua’ dengan menyediakan peluang latihan dan pembangunan bagi perkhidmatan awam • Menjalankan penyelidikan sebagai nilai tambah kepada program latihan dan pihak berkepentingan • Mencapai model perniagaan yang sesuai dengan penubuhan PIPPA iaitu sebagai sebuah pusat penyedia latihan yang berkesan 55

BUKU PANDUAN STAF USM 3.0 Model Teras PIPPA PIPPA mendokong komitmen pembangunan modal insan dan penyelidikan melalui pelaksanaan model berpadu seperti rajah di atas. Asas kepada transformasi organisasi bermula diperingkat individu iaitu gabungan elemen minda, kepakaran dan motivasi. Di peringkat organisasi, sokongan organisasi yang tercermin melalui elemen tadir urus, sumber dan pengurusan yang jitu. Kesemua ini akan menjana kreativiti, inovasi dan produktiviti samada diperingkat individu, pasukan dan organisasi. 56

BUKU PANDUAN STAF USM 3.1 PIPPA Way ‘Translating Vision into Action’ 57

BUKU PANDUAN STAF USM 4.0 Program PIPPA 4.1 Latihan Atas Permintaan Menyedari bahawa keperluan latihan antara sesebuah organisasi itu mungkin tidak sama kehendak organisasi lain. Justeru, program ini direkabentuk khusus untuk memenuhi keperluan kursus wajib seperti Program Transformasi Minda, latihan keperluan kompetensi khusus mengikut skim jawatan dan juga latihan mengikut keperluan organisasi. PIPPA menggunakan pendekatan unik menawarkan program latihan dalam organisasi dengan mengadakan analisis keperluan latihan (Training Need Analysis) terlebih dahulu sebelum mencadangkan program latihan (road map) yang diperlukan oleh sesebuah jabatan. 4.2 Program Pembangunan Profesional (Umum) Bagi menyokong pelaksanaan dasar latihan sektor awam yang mensyaratkan semua kakitangan kerajaan menghadiri program latihan sekurang-kurang tujuh (7) hari setahun. PIPPA menawarkan pelbagai program latihan jangka pendek melalui Program Pembangunan Profesional untuk kumpulan pengurusan tertinggi, pegurusan dan profesional dan kumpulan pelaksana. Modul-modul latihan yang ditawarkan melalui program ini ialah meningkatkan kompetensi generik peserta termasuklah pembangunan komunikasi, kepimpinan, pengurusan strategik, pembinaan pasukan, motivasi dan kreativiti di tempat kerja. Modul latihan yang ditawarkan berteraskan kesedaran untuk memupuk budaya inovasi dikalangan peserta yang akan melonjakkan produktiviti diri dan organisasi. 58

BUKU PANDUAN STAF USM 4.3 Program Latihan Antarabangsa (PIPPA International Outreach Programme) Program ini direkabentuk khusus dengan kerjasama rakan strategik peringkat antarabangsa bagi meningkatkan komptensi teras dalam kalangan pengurus pertengahan penjawat awam di Malaysia. Secara umunya terdapat tiga mod program yang ditawarkan. Pertama, PIPPA menawarkan program latihan antarabangsa yang diadakan di Malaysia. Kedua, diadakan di luarnegara sepenuhnya termasuk latihan dikampus universiti luar negara. Ketiga ialah mod campuran di mana peserta akan mengikuti latihan di Malaysia dan juga luar negara. Program yang ditawarkan adalah gabungan teori dan praktikal di mana peserta juga berpeluang berkongsi amalan terbaik, pengetahuan dan pengalaman dengan rakan sejawat di luar negara. 4.4 Khidmat rundingan dan penyelidikan Sebagai sebuah pusat latihan yang berasaskan penyelidikan, PIPPA memberi penekanan kepada penyelidikan dan khidmat rundingan. Antara bidang penyelidikan teras menjurus kepada isu-isu invasi pentadbiran awam khususnya ‘public services motivation’, efficiency wages’ dan produktiviti. Kumpulan penyelidik adalah terdiri dari gabungan staf USM, staf dari Universiti luar negara seperti Murdoch University, University of Western Australia, University of Palermo Italy dan Indiana University dari Amerika Syarikat. PIPPA juga menawarkan khidmat rundingan kepada agensi awam meliputi bidang pembangunan dan pengurusan kompetensi staf, pengurusan latihan, pemilihan staf dan pengurusan prestasi. 59

BUKU PANDUAN STAF USM Hubungi: Pusat Inovasi Dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) Aras 2, Bangunan TORAY, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang 04-6536058 (telefon) / 04-6536060 (faks) Emel: [email protected] Website: http://pippa.usm.my SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI- STAF (SMU-S) 1. Merekod maklumat peribadi dan perkhidmatan staf. Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Antara maklumat yang disimpan adalah seperti berikut :- Maklumat Asas Peribadi Maklumat Gaji & Elaun Maklumat Suami/Isteri Kenaikan Pangkat Maklumat Anak Rekod tempat Bertugas Maklumat Ibubapa Tamat Perkhidmatan Kelayakan Akademik Dan Lain-lain Bintang Kehormat/Sijil Penghargaan Kerja Luar 2. Untuk maklumat peribadi, staf boleh mengemaskini dengan mengajukan maklumat ke pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di kampus masing-masing untuk tindakan pengemaskinian. 60

BUKU PANDUAN STAF USM 3. Terdapat beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah disentralisasikan oleh BPSM untuk melakukan aktiviti pengemaskinian. Oleh yang demikikan, staf yang bertugas di PTJ ini perlu merujuk kepada PTJ mereka untuk melakukan urusan pengemaskinian maklumat peribadi. 4. PTJ yang telah disentralisasikan adalah seperti berikut:- KAMPUS INDUK 1 INST PERUB & PERGIGIAN TERMAJU 2 P P SAINS FIZIK 3 P P ILMU KEMANUSIAAN 4 P P SANIS KAJIHAYAT 5 P P ILMU PENDIDIKAN 6 P P SAINS KEMASYARAKATAN 7 P P KOMUNIKASI 8 P P SAINS KIMIA 9 P P PENDIDIKAN JARAK JAUH 10 P P SAINS K0MPUTER 11 P P PENGURUSAN 12 P P SAINS KIMIA 13 P P PERUMAHAN BANG & PERANC 14 P P SENI 13 P P PERUMAHAN BANG & PERANC 14 P P SENI 15 P P SAINS FARMASI 16 P P TEKNOLOGI INDUSTRI KAMPUS KEJURUTERAAN 1 P P KEJ AEROANGKASA 2 P P KEJ AWAM 3 P P KEJ BAHAN & SUMBER MINERAL 4 P P KEJ ELEKTRIK & ELEKTRONIK 5 P P KEJ KIMIA 6 P P KEJ MEKANIK KAMPUS KESIHATAN 1 P P SAINS KESIHATAN 2 P P SAINS PERGIGIAN 3 P P SAINS PERUBATAN 61

BUKU PANDUAN STAF USM 1. Campus Online Portal Utama untuk semua staf di Universiti Sains Malaysia. Semua maklumat peribadi dan perkhidmatan staf akan dipaparkan di portal ini. Portal ini boleh diakses sebaik sahaja emel rasmi dibekalkan kepada staf. Portal boleh diakses melalui URL http://campusonline.usm.my Di dalam portal ini terdapat beberapa sistem aplikasi penting yang perlu diakses oleh semua staf seperti:- I. HCMS HCMS adalah Sistem Pengurusan Modal Insan yang menggabungkan semua sistem-sistem yang sedia ada di USM seperti : •SMU-S •SMU-P •iRORA / eR&I – Kelolaan RCMO •Sistem Penilaian Prestasi StafMyCPD Matlamat utama HCMS adalah untuk menjadi sumber asas profailing staf untuk tujuan kenaikan pangkat dan penilaian prestasi staf. Setiap tahun, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan dimasukkan oleh staf bagi tujuan Laporan Penilaian Prestasi. Bersamasama dengan maklumat di SMU-S, SMU-P dan RCMO, Butir Jaya Diri Staf akan dijana secara automatik. Butir Jaya Diri ini akan digunapakai bagi membuat urusan Penilaian Prestasi Staf dan Kenaikan Pangkat. 50

BUKU PANDUAN STAF USM ii. eFAS iii. eCuti Sistem Permohonan Cuti Secara Online. Staf yang ingin memohon cuti, perlu memohon melalui sistem ini yang mana ia boleh dicapai melalui Portal Campus Online. Pelbagai cuti yang boleh dipohon melalui system ini. Ia adalah seperti:- • Cuti Rehat • Cuti Kecemasan • Cuti Haji • Cuti Bersalin • Cuti Bersalin Awal • Cuti Penyelidikan • Cuti Perubatan Khas • Cuti Tanpa Rekod • Cuti Separuh Gaji • Cuti Tanpa Gaji 62

BUKU PANDUAN STAF USM iv.eHarta 1. Tujuan Makluman ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai pemilikan dan perisytiharan harta oleh pekerja Universiti Sains Malaysia. 2. Undang-Undang Berkuatkuasa di bawah Peraturan 9, Bahagian II, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605, semua pekerja Universiti dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. 3. Keperluan Membuat Perisytiharan Harta semua pekerja dikehendaki mengisytiharkan harta apabila: I. dilantik ke dalam perkhidmatan Universiti; II. dikehendaki oleh Universiti/Kerajaan; III. memperolehi harta tambahan; IV. melupuskan harta. 63

BUKU PANDUAN STAF USM 4. Tempoh Perisytiharan Harta a.Semua pekerja dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun perkhidmatan. Bagi maksud ini, “tempoh perisytiharan harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. b.Sekiranya dalam tempoh perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pekerja tidak memperolehi apaapa harta tambahan atau tidak melupuskan apa-apa harta, maka pekerja berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya. 5. Borang Secara On Line Digunakan Bagi tujuan membuat perisytiharan harta,pekerja boleh melakukannya secara online melalui aplikasi e-harta, portal campus online masing-masing. Manual pengguna boleh dirujuk di portal ini v. Kehadiran Online Staf boleh menyemak dan memantau rekod kehadiran masingmasing. Segala sebab dan alasan atas kehadiran lewat atau tidak merakam waktu kehadiran juga boleh terus dimasukkan di portal ini. 64

BUKU PANDUAN STAF USM vi. MyCPD Pengenalan : Aplikasi Sistem MyCPD ini mula digunapakai sejak 2008 untuk membantu aktiviti latihan Universiti dengan kaedah pemantauan pengumpulan mata CPD staf menerusi penglibatan staf dalam aktiviti latihan dan pembelajaran berterusan. Dengan adanya Sistem MyCPD, staf Universiti mula membudayakan proses pembelajaran melalui aktiviti latihan secara berterusan yang akhirnya memberi impak positif kepada Pusat Tanggungjawab atau Jabatan khususnya mahupun Universiti secara amnya apabila staf berusaha secara berterusan meningkatkan kompetensi diri secara bersistematik. 65

BUKU PANDUAN STAF USM Fungsi : Aplikasi ini berfungsi merekod dan menyimpan maklumat data Pengumpulan Mata CPD staf bagi tujuan rekod perkhidmatan dan kemajuan kerjaya seseorang staf. Sistem ini juga membantu kelancaran proses pengurusan permohonan menghadiri latihan dan juga permohonan mata CPD staf secara atas talian. Selain itu,sistem ini juga memudahkan proses pelaporan data latihan kepada pihak yang memerlukan dalam tempoh yang singkat. Keperluan Mata CPD : Bagi meneruskan agenda pembelajaran berterusan di kalangan warga staf, elemen pengumpulan mata CPD telah dikaitkan dengan pemarkahan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPP) setiap orang staf. Ini bermakna setiap individu perlu mendapatkan mata CPD setiap tahun bagi memastikan prestasi tahunan mereka sentiasa di tahap yang baik. Pengiraan mata CPD staf ialah berdasarkan jumlah jam latihan di mata 1 jam latihan bersamaan 1 mata CPD. Setiap kumpulan staf mempunyai jumlah mata maksimum CPD yang perlu dikumpulkan setiap tahun seperti jadual berikut: 55

BUKU PANDUAN STAF USM Gred Perkhidmatan Mata Minimum CPD yang perlu dikumpul Sumbangan Markah LPP dari Latihan CPD yang dihadiri Penilaian Ketua Jabatan Terhadap Latihan CPD yang dihadiri Peranan Modul Sistem MyCPD a. Pengumpulan Mata CPD : Staf dapat melihat paparan pengumpulan mata CPD staf yang dikemaskini dari semasa ke semasa. b. Permohonan Latihan : Staf boleh membuat permohonan menghadiri latihan yang ditawarkan oleh Pusat Transformasi Insan(PTi) atau PTJ yang dibiayai oleh PTi. c. Permohonan Mata CPD : Staf boleh memohon mata CPD bagi latihan yang dianjurkan oleh pihak luar yang dihadiri sendiri secara individu. Sekiranya staf hadir latihan anjuran dalaman, penganjur latihan akan membuat permohonan mata CPD bagi aktiviti yang dianjurkannya. Penutup: Dari sudut impak kepada staf, MyCPD mampu memberikan pelbagai manfaat kepada staf bukan sahaja dari sudut peningkatan kompetensi, malah ia merangkumi perkaitan antara perolehan ilmu dengan permarkahan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) yang mengukur prestasi staf dengan lebih telus. Dalam hal ini, MyCPD berupaya menjadi satu alat ukur dalam menilai elemen penambahan ilmu dan kemahiran yang lebih jelas serta menyokong agenda penyebaran semangat pembelajaran berterusan (life-long learning) di kalangan warga staf. 56

BUKU PANDUAN STAF USM 2. Sistem Direktori Telefon Sistem carian maklumat staf Universiti Sains Malaysia untuk dihubungi. http://directory.usm.my 3. Service Desk PPKT a. ServisDesk@USM merupakan sebuah sistem pengurusan aduan pelanggan. Ia adalah bagi memberikan perkhidmatan kepada semua staf dan pengurusan ptj. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :- Pertanyaan/Aduan Perkhidmatan Penyelenggaraan ICT seperti aduan berkaitan rangkaian, emel, sistem aplikasi, sistem pabx, keselamatan ICT, kad pintar, telesidang, perisian, e-pembelajaran, laman web dan lain-lain. Setiap aduan akan direkodkan dan boleh diketahui statusnya dari semasa ke semasa sehingga aduan selesai. 57

BUKU PANDUAN STAF USM b. Permohonan Perkhidmatan Permohonan perkhidmatan & produk ICT seperti permohonan komputer tetap bagi staf, pinjaman komputer sementara, tempahan makmal, tempahan telesidang, sistem aplikasi, tapak web, pautan laman web, talian telefon, nod rangkaian, perisian, emel, dan sebagainya. Sila layari portal ini di http://servisdesk.usm.my untuk mengetahui butiran lanjut. 4. HRMIS Kerajaan komited untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini melalui pembangunan Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik. Selaras dengan usaha ini, Projek Sistem Maklumat PSM atau Human Resource Management Information System (HRMIS) telah dilaksanakan sebagai salah satu daripada projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik tersebut.Oleh yang demikian, semua staf di Universiti Sains Malaysia diwajibkan untuk mengisi maklumat peribadi di sistem HRMIS. 58

BUKU PANDUAN STAF USM Id dan kata laluan akan diberikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia setelah setelah proses sandangan perjawatan selesai. Sistem ini boleh diakses melalui :- https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/common/main/l ogin.aspx Kredit kepada: 1. Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi 2. Pusat Transformasi Insan 3. Jabatan Bendahari 4. Pejabat Pendaftar 66

BUKU PANDUAN STAF USM PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN MULTIMEDIA [PTPM] Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) terletak di Bangunan D11, USM merupakan salah sebuah Pusat Kecemerlangan Akademik (CoE) yang terdahulu dikenali sebagai Unit Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1974. PTPM merupakan sebuah Pusat yang unik kerana memiliki elemen pengurusan akademik dan menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk akademik, penyelidikan, rundingan, latihan dan khidmat sokongan teknikal khususnya dalam perkhidmatan audio-visual, penerbitan video, multimedia, web & streaming, fotografi, reka bentukdan grafik (desktop publishing). PTPM sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mengatur strategi sewajarnya bagi mempertingkatkan kualiti akademik serta perkhidmatan supaya berkemampuan untuk berdaya-saing dengan organisasi atau agensi lain dalam bidang kepakarannya, iaitu teknologi pengajaran, penerbitan video dan multimedia agar seiring dengan keperluan dan kehendak Universiti khususnya dan agensi kerajaan serta industri amnya. PTPM menawarkan program siswazah secara mod kerja kursus iaitu Sarjana Instruksi Multimedia serta program Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah secara mod penyelidikan. Di samping itu, PTPM turut menyediakan khidmat bantuan teknikal dan pinjaman pelbagai peralatan audio-visual berbentuk digital dan analog kepada seluruh warga Universiti seperti berikut: 67

BUKU PANDUAN STAF USM 1. PERKHIDMATAN PENERBITAN VIDEO & MULTIMEDIA Bahagian Produksi Media Kreatif (CMP) menawarkan perkhidmatan Penerbitan Video dan Multimedia untuk tujuan majlis-majlis rasmi dan aktiviti universiti serta dalam pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. penerbitan video dan multimedia multi camera production (MCP) & single camera production (SCP) Merakam gambar dalam format digital untuk tujuan penerbitan, persembahan multimedia, simpanan dan rekod sebagai bahan arkib Universiti serta bahan-bahanpenyelidikan yang diusahakan oleh pensyarah-pensyarah untuk dijadikan bahan pameran serta aktiviti-aktiviti universiti 2. PERKHIDMATAN WEB STREAMING Bahagian Produksi Media Kreatif (CMP) turut menawarkan Perkhidmatan dan bantuan teknikal berkaitan dengan Web Streaming (Facebook & Youtube) kepada seluruh warga USM di Dewan-dewan Kuliah, Dewan-dewan Utama Universiti, di lokasi luar USM, semasa proses pengajaran-pembelajaran, acara rasmi USM, aktiviti pelajar dan mesyuarat-mesyuarat Universiti berlangsung. 68

BUKU PANDUAN STAF USM 3. PERKHIDMATAN SIARAYA Menyediakan keperluan sistem audio/siaraya untuk warga USM di lokasi utama USM (DTSP, DPU, Bilik Persidangan Canselori, Dewan Budaya dan Dewan Utama Pelajar), Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Stadium USM, Masjid dan juga di luar kampus. 4. PERKHIDMATAN MIKROKOMPUTER Menyediakan keperluan sistem visual (LCD Projector) untuk seluruh warga USM di lokasi utama USM (DTSP, DPU, Bilik Persidangan Canselori, Dewan Budaya dan Dewan Utama Pelajar), Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Stadium USM, Masjid USM dan juga di luar kampus. 5. PERKHIDMATAN PINJAMAN ALATAN AUDIO VISUAL Menawarkan perkhidmatan pinjaman alatan sistem audio visual untuk kegunaan jabatan-jabatan di kampus, staf dan pelajar. 6. PERKHIDMATAN REKA BENTUK DAN GRAFIK (DESKTOP PUBLISHING) PTPM turut menawarkan perkhidmatan reka bentuk dan grafik *(desktop publishing). 7. PERKHIDMATAN ADUAN KEROSAKAN AUDIO VISUAL DEWAN KULIAH / BILIK TUTORIAL SAHAJA Aduan kerosakan sistem audio visual dalam tempoh masa 8:10 pagi-5:10 petang. PTPM menyediakan staf untuk stand by dari jam 5:10 petang -10:00 malam bagi membantu tujuan tersebut di atas. 69

BUKU PANDUAN STAF USM PEJABAT PEMAJUAN DAN PERHUBUNGAN ALUMNI (PPPA) Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni(PPPA) diletakkan di bawah Jabatan Canselori telah ditubuhkan pada tahun 2001. Pejabat ini mula dikenali sebagai Unit Perhubungan Alumni dan kemudiannya Pejabat Perhubungan Alumni sehingga tahun 2009. Pejabat ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan bekas pelajar Universiti atau Alumni USM. Mereka yang telah menamatkan pengajian dengan USM boleh berhubung dengan pejabat ini untuk terus menjalin hubungan dan membantu Universiti secara berterusan, menjana sokongan intelektual dan khidmat komuniti(CSR) atau lain-lain keperluan. Selaras dengan misi Universiti, PPPA berusaha membina imej dan menaikkan taraf Universiti. Di samping itu, PPPA turut berusaha membentuk persepsi terhadap pelajar USM dalam pelbagai kumpulan sasaran secara terancang dan berterusan melalui jalinan alumni di dalam dan luar negara. Selaras dengan keperluan untuk menyediakan graduan yang berkualiti, PPPA turut berperanan membantu para pelajar dari segi sokongan moral mahupun kemudahan, di samping persediaan bagi menghadapi alam pekerjaan melalui penyelarasan aktiviti yang berkaitan yang turut melibatkan sumbangan dan sokongan para Alumni. Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti-aktiviti alumni, menjalin hubungan rapat USM dan alumninya, pusat rujukan untuk pengumpulan data alumni serta membantu dalam pengurusan dan penjanaan Dana Sumbangan Alumni. 70

BUKU PANDUAN STAF USM Disamping itu, pejabat ini juga bertanggungjawab untuk mengurus tadbir Kajian Pengesanan Graduan USM dan Kajian Tahap Kemudahan USM selain menyediakan dan membekalkan statistik kajian kepada PTJ/Pusat Pengajian berdasarkan keperluan dan permintaan. Rumah Alumni / Anjung Budi bertindak sebagai pusat sehenti untuk aktiviti sepanjang tahun Pejabat Perhubungan Alumni. Selain itu, rumah alumni juga berfungsi sebagai pintu masuk utama dalam menghubungkan alumni dan universiti. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), adalah Muzium Universiti yang terletak di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang merupakan muzium pendidikan yang tertua di Malaysia yang menggabungkan elemen sains-teknologi dan seni-budaya dalam satu bangunan. MGTF merupakan sebuah muzium yang menghimpunkan koleksi sains-teknologi dan seni-budaya warisan, berperanan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan yang tidak formal ke arah membangun bakat manusia dan masyarakat yang lestari. Maka, MGTF beriltizam dan komited menyediakan ekosistem pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam suasana pembelajaran yang menghiburkan (edu-tainment) melalui koleksi yang dipamerkan dan aktiviti yang dilaksanakan tanpa mengorbankan nilai-nilai dan warisan budaya kebangsaan dan ia selari dengan aspirasi Universiti Sains Malaysia sebagai Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence). 71

BUKU PANDUAN STAF USM MGTF juga berfungsi kepada beberapa perkara seperti berikut: Mengumpul, memulihara (conserve), memelihara (preserve), menyelidik (research), mendokumentasi (documentation) dan mempamerkan (exhibition)warisan budaya dan sains. Menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dan tenaga akademik USM, universitidalam dan luar negara, kolej, sekolah dan komuniti. Menyedikan ruang untuk kepelbagaian penyelidikan multi-disiplin sains-teknologi dan seni-budaya berdasarkan kepada koleksi asli yang sedia ada. Syarahan, ceramah dan taklimat dalam bidang warisan budaya, sains dan permuziuman. MGTF juga menyedikan perkhidmatan kepada komuniti keseluruhannya berdasarkan elemen berikut: Membantu dalam kerja-kerja kuratorial, penyelenggaraan, pemasangan dan rekabentuk pameran. Membantu dalam kerja-kerja penyelidikan terutamanya yang berkaitan dengan koleksi tetap USM. 72

BUKU PANDUAN STAF USM Sewaan ruang pameran, koleksi seni, artifak dan peralatan. Membantu dalam kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan (artifak-artifak terpilih). Lawatan berpandu. Perundingan dalam rekabentuk pameran, penyelidikan koleksi etnografi, arkeologi, seni-budaya dan sains-teknologi. Program pendidikan melalui aktiviti pameran luar. Pinjaman koleksi warisan seni-budaya (mengikut terma dan syarat) 73

BAHAGIAN IV PENTADBIRAN STAF

BUKU PANDUAN STAF USM SKIM PERKHIDMATAN “Skim Perkhidmatan” adalah terma dan syarat-syarat pelantikan, pengesahan dan kenaikan pangkat bagi sesuatu jawatan dalam Perkhidmatan Awam. PELANTIKAN “Pelantikan\" ertinya pelantikan ke dalam perkhidmatan awam secara tetap, sementara atau kontrak termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan; Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi Pengurusan & Profesional (Akademik dan Bukan Akademik Gred 41 – 54) Pelaksana (Gred 1 – 40) Pelantikan staf universiti merangkumi dua kumpulan iaitu staf akademik dan bukan akademik serta melibatkan lima (4) kategori iaitu:- i. Staf Tetap ii. Staf Kontrak (Warganegara dan Bukan Warganegara) iii. Pekerja Sambilan Harian iv.Staf Kunjungan/ Kehormat 74

BUKU PANDUAN STAF USM Staf Tetap dilantik berasaskan jawatan yang diluluskan oleh pihak JPA. Pengambilan staf tetap tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan iaitu terdiri daripada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai kelayakan yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia. Semua pengisian diiklankan di dalam laman web http://erecruit.usm.my/html/ dan hebahan melalui media sosial. Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Kuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Calon-calon yang mempunyai ikatan perjanjian biasiswa dengan pihak Kerajaan dikehendaki terlebih dahulu mengurus pelepasan sebelum dibenarkan berkhidmat dengan Universiti. Pelantikan Staf Akademik i. Diuruskan oleh BSM Jabatan Pendaftar (Kampus Induk, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT) ii. Pusat Tanggungjawab yang diberi kuasa pelantikan Pelantikan Staf Bukan Akademik i. Diuruskan oleh BSM Jabatan Pendaftar (Kampus Induk, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT) “Pelantikan kontrak” adalah pelantikan seseorang calon atau pegawai untuk berkhidmat dengan agensi awam yang diuruskan mengikut Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa bagi tempoh tertentu berasaskan kepada syarat Perkhidmatan. 75

BUKU PANDUAN STAF USM Staf Kontrak (Warganegara) dilantik berasaskan keperluan seperti berikut: i. Jawatan yang tidak boleh diisi melalui pelantikan secara tetap; ii. Bentuk tugas yang hendak dilaksanakan lebih sesuai diuruskan oleh pegawai kontrak; iii. Bagi membolehkan penilaian dibuat dalam tempoh kontrak sebelum pegawai dipertimbangkan untuk dilantik secara tetap; iv.Wujud keperluan untuk menawarkan syarat pelantikan yang berlainan, khususnya dari segi gaji, elaun dan kemudahan tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa; v. Keperluan calon yang mempunyai kelayakan, pengalaman, kemahiran, kepakaran dan bakat bagi melaksanakan tugas jawatan yang ditetapkan; vi.Tempoh perkhidmatan yang diperlukan adalah terhad Keutamaan pelantikan secara kontrak hendaklah diberi kepada calon warganegara. Staf yang telah bersara wajib boleh dilantik sebagai staf kontrak, untuk mengisi jawatan sebelum bersara atau lain-lain jawatan sekiranya perkhidmatan mereka benar-benar diperlukan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) demi kepentingan Universiti. 76

BUKU PANDUAN STAF USM Pelantikan pesara adalah dibuat secara kontrak bagi tempoh satu hingga tiga tahun dan boleh dipertimbangkan pelanjutan mengikut keperluan universiti. Pesara hendaklah disahkan sihat oleh pihak berkuasa perubatan dan boleh menjalankan kerja dengan memuaskan. Had umur lantikan kontrak - Warganegara yang telah bersara wajib dan atas keperluan mendesak perkhidmatan/kepakaran penyandang, dilantik semula sehingga tidak melebihi umur 60 tahun sahaja, kecuali Pegawai Perubatan. Staf Akademik dan Pembantu Hospital dibenarkan berkhidmat hingga tidak melebihi umur 65 tahun. Jawatan yang hendak diisi oleh pesara bukan jawatan kenaikan pangkat. Staf Kontrak (Bukan Warganegara) dilantik berasaskan keperluan seperti berikut: Calon dari kalangan bukan warganegara hanya boleh dipertimbangkan jika calon warganegara yang layak dan sesuai tidak diperolehi atau bilangan mereka tidak mencukupi. Pelantikan dibuat setelah mendapat kelulusan pengurusan Universiti dan Jabatan Imigresen.Syarat maksimum umur pelantikan adalah sama seperti staf kontrak warganegara. Pekerja Sambilan Harian dilantik untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal). Tempoh Perkhidmatan tidak melebihi tiga (3) bulan dengan tambahan tiga (3) bulan lagi sekiranya perlu dan bayaran upah di bawah 77

BUKU PANDUAN STAF USM peruntukan Pusat Tanggungjawab (PTJ). Staf Kunjungan/ Kehormat dilantik dari kalangan warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kepakaran, pengalaman yang luas dan kemahiran yang terbukti dalam bidang berkaitan. Antara fungsi staf kunjungan adalah menjalankan penyelidikan, penerbitan, pengajaran, perundingan, pemindahan teknologi dan lain-lain. Tempoh perkhidmatan tidak melebihi dua belas (12) bulan. PELANTIKAN SEMULA Pelantikan semula tawaran kontrak merupakan satu tempoh kontrak baru kepada seseorang pegawai di jawatan, gred dan perkhidmatan yang sama tertakluk kepada keperluan perkhidmatan dan prestasi serta diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti. LAPOR DIRI Tarikh pelantikan seseorang pegawai ke dalam perkhidmatan awam ialah tarikh dia melaporkan diri untuk bertugas tertakluk calon mematuhi syarat pelantikan (pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun dan surat aku janji).Calon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar atau Pusat Tanggungjawab masing-masing 78

BUKU PANDUAN STAF USM 1. PROGRAM PEMBANGUNAN STAF RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI KAKITANGAN AKADEMIK (RPTKA) Skim Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (RPTKA) ialah satu skim pembangunan jangka panjang yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan staf akademik yang kelayakan ijazah kedoktoran dan setara dengannya. Skim RPTKA juga membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta melonjakkan penyelidikan dalam kalangan staf akademik melalui bilangan staf akademik yang mempunyai pendidikan tinggi. Syarat Permohonan Doktor Falsafah i. Lulus Ijazah Sarjana (mod penyelidikan) ATAU Ijazah Sarjana (mod campuran /kerja kursus) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua Tinggi /PNGK 3.0 ke atas. ii. Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 3.0 ke atas. iii. Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). iv.Warganegara. v. Perakuan Ketua Jabatan. 79

BUKU PANDUAN STAF USM vi.Mendapat kecemerlangan perkhidmatan berdasarkan markah Laporan Penilaian Prestasi tahunan 85% ke atas bagi tiga (3) tahun terakhir. vii. Telah disahkan dalam jawatan viii. Berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun atas jawatan hakiki xi. Had umur semasa permohonan hendaklah tidak melebihi 43 tahun Sarjana Kepakaran (Perubatan/Pergigian) i. Mempunyai Ijazah Perubatan yang diiktiraf oleh Universiti seperti M.D., M.B.B.S atau setaraf; ATAU Mempunyai Ijazah Pergigian yang diiktiraf oleh Universiti seperti B.D.S., D.D.S atau setaraf; ii. Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iii. Warganegara iv. Perakuan Ketua Jabatan v. Dilantik sebagai Pensyarah Pelatih Perubatan/Pergigian Universiti Sekiranya staf mendapat pembiayaan daripada oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka syarat-syarat pembiayaan KPT adalah terpakai. 80

BUKU PANDUAN STAF USM Tempat Pengajian Tempat pengajian yang dipilih perlu dipersetujui oleh Ketua Jabatan dan memenuhi keperluan perancangan jabatan. Sekiranya staf mendapat penajaan ke luar negara, staf hendaklah memohon pengajian di antara 100 universiti yang terbaik dunia berdasarkan QS World University Ranking atau QS World University Ranking by Subject mengikut tahun permohonan. Kategori Skim RPTKA i. RPTKA Bergaji Penuh Berbiasiswa Menerima gaji penuh dan biasiswa daripada Universiti sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan. Ikatan perjanjian akan dikenakan. ii. RPTKA Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Menerima gaji penuh daripada Universiti sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan. Ikatan perjanjian akan dikenakan. iii. RPTKA Tanpa Gaji Tidak menerima gaji daripada Universiti sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan. Tiada ikatan perjanjian akan dikenakan. 81

BUKU PANDUAN STAF USM 2. CUTI BELAJAR PENTADBIRAN Kemudahan Cuti Belajar Pentadbiran diperuntukkan untuk memberi peluang kepada staf menimba ilmu bagi mewujudkan pekerja berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era masa kini serta memantapkan kepakaran staf dengan memberi ruang seluas-luasnya untuk menimba ilmu. Syarat Umum i. Telah disahkan dalam jawatan ii. Berkhidmat dengan USM sekurang-kurangnya 3 tahun atas jawatan lantik hakiki terkini iii. Mencapai kecemerlangan perkhidmatan berdasarkan markah penilaian prestasi tahunan purata sekurang-kurangnya 85% bagi 3 tahun terakhir iv.Berumur tidak melebihi 45 tahun v. Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan vi.Semua calon perlu melalui proses temuduga vii. Semua calon yang telah diluluskan Cuti Belajar perlu menandatangani surat ikatan perjanjian viii. Staf perlu mendapatkan kelulusan Universiti terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian ix. Staf yang telah ditawarkan Cuti Belajar mestilah mendapat tempat pengajian dalam tempoh 1 tahun 82

BUKU PANDUAN STAF USM Bidang Pengajian i. Bidang pengajian dan peringkat pengajian yang dipohon perlu selari dengan keperluan pelan penggantian, memenuhi perancangan jabatan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Cuti Belajar Universiti sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa atau masa hadapan Universiti. ii. Program pengajian yang dipohon mestilah program yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kategori Cuti Belajar Pentadbiran i. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Menerima gaji penuh daripada Universiti sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan. Ikatan perjanjian akan dikenakan. ii. Cuti Belajar Tanpa Gaji Tidak menerima gaji daripada Universiti sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan. Tiada ikatan perjanjian akan dikenakan. Pengecualian Yuran Staf yang diluluskan Cuti Belajar Pentadbiran di Universiti Sains Malaysia boleh dipertimbangkan kemudahan pengecualian yuran pengajian mengikut peraturan dan kelayakan yang ditetapkan oleh Universiti. 83

BUKU PANDUAN STAF USM 3.PASCA KEDOKTORAN (OUTBOUND) Program Pasca Kedoktoran merupakan satu kemudahan kepada staf akademik yang memperolehi ljazah Doktor Falsafah sebagai satu galakan kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakarannya dan mengembangkan jaringan penyelidikan dengan kumpulan penyelidik di dalam dan luar negara. Syarat Permohonan i. Warganegara Malaysia; ii. Bebas daripada tindakan tatatertib; iii. Telah disahkan dalam jawatan; iv. Dalam tempoh lima (5) tahun selepas dilantik sebagai staf akademik; v. Diperakukan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan wajib memastikan kelulusan yang diberi tidak menjejaskan perancangan dan perjalanan PTJ; vi. Tempoh program sekurang-kurangnya 12 bulan dan tidak melebihi 24 bulan; vii. Digalakkan untuk menjalani Program Pasca Kedoktoran di ‘Top 50 University’ (QS WUR- mengikut tahun permohonan) atau institusi penyelidikan yang tersohor di dunia; viii. Sekiranya dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka syarat-syarat pembiayaan KPT adalah terpakai. 84

BUKU PANDUAN STAF USM ix.Sekiranya dibiayai oleh penaja luar, staf tidak boleh terikat dengan apa-apa ketetapan dengan pihak penaja luar. x. Staf mestilah mendapat tawaran daripada universiti/institusi penyelidikan, tempat penyelidikan dijalankan atau daripada agensi lain yang ada kaitan dengan projek penyelidikan yang akan dijalankan. xi.Program Pasca Kedoktoran dibenarkan hanya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Kategori Program i. Pasca Kedoktoran Bergaji Penuh Menerima gaji penuh daripada Universiti sepanjang tempoh Pasca Doktoral yang diluluskan. Ikatan perjanjian akan dikenakan. ii.Pasca Kedoktoran Tanpa Gaji Tidak menerima gaji daripada Universiti sepanjang tempoh Pasca Doktoral yang diluluskan. Tiada ikatan perjanjian akan dikenakan. 4. PROGRAM SANDARAN Program Sandaran merupakan salah satu daripada program pemantapan kemahiran dan kemampuan kendiri serta peningkatan ilmu pengetahuan setiap staf akademik yang terlibat melalui perkongsian dengan pihak industri / agensi yang berkaitan. 85

BUKU PANDUAN STAF USM Syarat Permohonan i. Warganegara Malaysia; ii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan bahawa program penempatan yang bakal diikuti adalah bersesuaian dan terjamin kebolehjayaannya. iii. Program Sandaran dan bidang yang disertai diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan serta relevan dengan keperluan PTJ dan Universiti. iv.Tempoh program tidak melebihi 2 tahun. v. Program Sandaran dijalankan di tempat yang diiktiraf oleh Kerajaan. Kategori Program i. Program Sandaran Sepenuh Masa Bergaji Penuh Dijalankan secara sepenuh masa dan menerima gaji penuh daripada Universiti sepanjang tempoh yang diluluskan. Ikatan perjanjian akan dikenakan. ii. Program Sandaran Sepenuh Masa Tanpa Gaji Dijalankan secara sepenuh masa tanpa menerima gaji daripada Universiti sepanjang tempoh yang diluluskan. Tiada ikatan perjanjian akan dikenakan. 86

BUKU PANDUAN STAF USM iii. Program Sandaran Secara Berjadual Bergaji Penuh Dijalankan secara berjadual mengikut tempoh tertentu dan menerima gaji penuh daripada Universiti. Ikatan perjanjian akan dikenakan. Pilihan Program i. Program Sandaran Akademik ii. Program Sandaran Klinikal 5. SUB KEPAKARAN Program Latihan Sub Kepakaran merupakan satu program latihan kepakaran yang melibatkan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian di Universiti Sains Malaysia (USM) yang merangkumi pelbagai bidang klinikal. Tawaran bagi program Latihan Sub Kepakaran adalah bergantung kepada keperluan Universiti dari masa ke semasa. Syarat Umum Untuk memohon Program Latihan Sub Kepakaran, calon perlu memenuhi kriteria berikut : i. Telah disahkan dalam jawatan dan diwartakan sebagai pakar ii. Mendapat sokongan dan perakuan Ketua Jabatan iii. Perlu melalui proses temuduga 87


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook