Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore u-media@FSKIK 2022 new

u-media@FSKIK 2022 new

Published by ajfirdaus, 2021-12-29 01:08:10

Description: u-media@FSKIK 2022 new

Search

Read the Text Version

U-Media@ 2022

Hak cipta/Copyright Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif/Faculty of Art, Computing & Creative Industry Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system without permission in writing from Faculty of Art, Computing & Creative Industry. Tarikh Penerbitan Pertama/First Date of Publication: 7 September 2021/7 September 2021 (Edisi Pertama) 1 Januari 2922/1 January 2022 (Edisi Kedua) Diterbitkan di Malaysia oleh/ Published in Malaysia by Fakulti Seni, Komputeran dan Industry Kreatif/ Faculty of Art, Computing & Creative Industry Aras 3, Bangunan E-Learning Aluan Dekan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Dean’s Message Perak Darul Ridzuan

Kandungan/Content 1 3 Aluan Dekan/Dean’s Message U-Media Januari Februari Mac April Mei



Info: U-Media@FSKIK merupakan inisiatif fakulti bagi menyokong U-Media UPSI melalui pelbagai penerbitan ke arah melonjak fakulti dan Universiti dari aspek “visibility”.U- Media@FSKIK is a faculty intiative to support UPSI U-Media through various publications towards soaring faculty and University in terms of visibility. Penerbitan ini dikompilasikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. This publication is compiled by Senior Deputy Registrar FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain.



“buku ini merupakan himpunan bahan penulisan FSKIK untuk siaran media yang dikumpul oleh U-Media FSKIK bagi tujuan dokumentasi” PROFESOR MADYA DR MOHD ZAHURI KHAIRANI “this book is a collection of FSKIK writing materials for media release collected by FSKIK U-Media for documentation purposes. ASSOCIATE PROFESSOR DR MOHD ZAHURI KHAIRANI 1

2

Januari 2022 3

4

Sepanduk Digital Tahun Baharu 2022 WARGA FSKIK BERAZAM UNTUK KECEMERLANGAN TAHUN 2022 1 Januari 2022 – Sempena kedatangan tahun baharu, warga Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) teruja menyambutnya dengan aktiviti berpantun dan memberi ucapan. 5

Dr Mohd Zahuri Dekan FSKIK, Profesor Madya Dr Mohd Zahuri Khairani berkata kedatangan tahun 2022 sangat bermakna kepada FSKIK dalam meneruskan rentak kecemerlangan yang telah diraih oleh fakulti sejak dinobatkan Fakulti Terbaik dalam Anugerah Akademik (A2U) dalam majlis yang diadakan pada 30 Jun 2021. “Warga FSKIK berazam akan terus melonjak kecemerlangan fakulti dalam memastikan Visibility dari sudut Pengiktirafan, Anugerah dan Media yang selama ini menjadi teras kecemerlangan fakulti sejak 2020 ditingkatkan pencapaiannya tahun demi tahun” katanya. Encik Ahmad Janatul Firdaus Timbalan Pendaftar Kanan FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata misi kecemerlangan yang disebutkan Dekan FSKIK perlu disambut dengan azam yang tinggi oleh warga fakulti sebagai hadiah bermakna sempena sambutan 100 tahun SITC-MPSI-IPSI- UPSI pada 2022. 6

Ketua Jabatan Komputeran, Dr Mohd Hishamuddin Abdul Rahman dalam pantun sempena menyambut tahun baharu menulis… “Tahun Baharu menjelma lagi Pahatlah azam di dalam hati Kukuhkan ukhwah tingkatkan prestasi Agar UPSI teguh berdiri” Sepandul Digital Dr Mohd Hishamuddin 7

Puan Asmara Alias Pensyarah Jabatan Komputeran, Puan Asmara Alias pula mencipta serangkap pantun yang bersahaja…. “Azam 2020 tersimpan rapi Azam 2021 ditambah lagi Aduh, berderet azam ikat tepi Ayuh! Azam 2022 kita bikin jadi” Saudara Fuad Najmi Pelajar Semester 5, Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Maklumat), Saudara Fuad Najmi Mohamed Nor pula menyusun serangkap pantun sempena tahun baharu: “Tahun baharu menjelma lagi Suka dan duka sentiasa teringat Panjang umur murah rezeki Azam 2022 menjadi titipan semangat” 8

Encik Fizaril Amzari Omar Pensyarah Jabatan Komputeran, Encik Fizaril Amzari Omar yang lahir pada 1 Januari dalam coretan “Monologi Azam 2022”, beliau menulis…. “Aku ingin murni. Bebas pengaruh teknologi yang membuat diri hilang jati. Aku ingin berlari dengan rangka-rangka kurniaan Ilahi - menjauh dari bicara duniawi dan nikmat manfaat yang penuh dusta. Aku ingin kembali murni, seperti waktu dulu -sejatinya aku bersama guru yang mengajarku erti hidup yang sebenar-benar hidup. Itulah Azamku, \"Azam 2022\". Sesungguhnya kedatangan tahun 2022 memberi erti makna yang sangat signifikan kepada staf dan pelajar UPSI dalam mengharungi lagi 365 hari. Walaupun peralihan tahun hanyalah angka ia tetap menjadi pencetus kepada kebangkitan dan kecemerlangan setiap individu dalam mengangkat nama fakulti dan organisasi. 9

Karikatur Wajah Penulis MONOLOGI MINI AZAM 2022 Oleh : SeAM 1 Januari 2022 – 2022, ada yang membacanya dengan menyebut \"Dua Puluh, Dua Puluh Dua\". Ada juga yang menyebut \"Dua Ribu Dua Puluh Dua\". Ada yang menyebut \"Dua Kosong Dua Dua\".Ada yang melihat dengan menghubungkan 2022 dengan kitab suci Al-Quran dengan mencari surah ke 20 dan ayat ke 22 (Al- Quran Rasm Uthmani). Ayat suci itu dibaca dan direnung, dilanjutkan dengan membaca tafsir-tafsir rujukan yang utama. Ada pula yang awal-awal telah tahu yang 2022 bukanlah nombor perdana.Lihatlah bagaimana kita bangsa manusia, masing-masing punya kaedah tersendiri untuk mentafsir \"sesuatu\" yang dilihat dan dihidangkan. Dalam konteks karangan ini nombor 2022 merupakan nombor yang mewakili tahun, dan ya tahun 2022 (yang tidak lama lagi akan menjelang tiba). Seperkara yang kita maklum, menjelang tahun baru (sama ada kalendar Masehi ataupun kalendar Hijrah) - masing-masing dari kita bangsa manusia pasti mempunyai azam, terdetiklah dalam diri \"Azam 2022\". 10

Dunia bukan statik dan tidak pegun. 2020, 2021 dan akan tiba 2022. Dunia bergerak seiring ketetapan Ilahi. Apalah harapan azam baru 2022? semakin menginginkan nikmat dunia semata-mata atau mencari diri atau mencuba dengan terpaksa membangunkan diri yang masih lena. Kita bangsa manusia masih mencari-cari nikmat kesenangan di dunia sementara. Datanglah beribu-ribu ancaman (yang muncul bertali arus) kadang tidak tempias pada diri. Menerusi teknologi perhubungan kita dapat tahu adanya ancaman-ancaman ini (menerusi media massa, menatap skrin terkandung kisah yang bercerita - entahkan betul entahkan tidak) maka diri yang senang dan tenang mulai dipaksa hadir rasa -adakala simpati, adakala marah -adakala bersyukur, 1001 rasa. Kita hidup dengan cara itu, menjadi budaya sebati dengan diri dan bertanyalah diri sendiri \"Azam 2022\" - Apa yang ingin aku capai ? demi debu pasir berhabuk demi nafas kian melarat demi tahun pasti berkedok demi alas nian ku angkat Aku ingin murni. Bebas pengaruh teknologi yang membuat diri hilang jati. Aku ingin berlari dengan rangka-rangka kurniaan Ilahi - menjauh dari bicara duniawi dan nikmat manfaat yang penuh dusta. Aku ingin kembali murni, seperti waktu dulu -sejatinya aku bersama guru yang mengajarku erti hidup yang sebenar-benar hidup. Itulah Azamku, \"Azam 2022\". 11



Dikemaskini/Updated: 1 Januari 2022


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook