Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore JHEPA 2021 : Moving Forward

JHEPA 2021 : Moving Forward

Published by jhepa, 2022-12-15 07:55:39

Description: Coffee Table JHEPA 2021

Search

Read the Text Version

1

2

Webinar Patriotisme Pelan Tindakan Kita 30 Ogos 2021 Dalam Talian Dirgahayu Negaraku Malaysia Patriotisme dijiwa, bukan sekadar ungkapan kosong Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Laungan keramat ini dilaungkan untuk membangkitkan perasaan cinta kita kepada negara setiap kali menyambut kemerdekaan. Demi menyemarakkan rasa cinta dan memperkukuhkan lagi semangat patriotism dalam diri semua warga Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat Alumni UPSI telah menjalankan satu program iaitu Webinar Patriotisme. Program ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada 2.30 petang hingga 4.30 petang melalui medium Cisco Webex. 95

Alumni Talk Koperasi Sekolah Dalam Pembangunan Modal Insan 18 September 2021 Dalam Talian Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Pusat Alumni nya telah menganjurkan Alumni Talk siri 4 dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Pada perkongsian tersebut, topik yang telah dibincangkan ialah Koperasi Sekolah Dalam Pembangunan Modal Insan. Perkongsian tersebut disampaikan sendiri oleh Dato’ Hj. Kamaruddin (Timbalan Presiden ANGKASA) yang juga merupakan alumni AKSB Era IPSI(1991). Guru-guru Koperasi di sekolah turut dijemput bersama bagi mendapatkan maklumat terkini serta menimba ilmu demi perkembangan ekonomi di sekolah kelak. 96

Ziarah Alumni Anak Kandung Suluh Budiman Yang Terkesan Banjir 22 Disember 2021 Selangor 97

Ziarah Kasih NAMIBIA UPSI Menyantuni Alumni Antarabangsa 16 Oktober 2021 Google Meet Program ziarah kasih AKSB Namibia yang terletak di barat daya Afrika melalui platform Google Meet pada 16 Oktober 2021 pada jam 9.00 malam waktu Malaysia / 3.00 petang waktu Namibia. Ziarah Kasih Alumni AKSB Namibia ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Pusat Alumni UPSI untuk mendekati alumni-alumni dari Namibia sambil menyampaikan salam khabar perkembangan terkini Ibu Kandung Suluh Budiman. Walaupun mereka berada jauh dari universiti yang tercinta ini, mereka masih lagi merupakan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman tak kira dimanapun mereka berada, selari dengan cogan kata UPSI iaitu ‘Selagi Hayat Dikandung Badan’. Antara yang hadir untuk memeriahkan majlis kami ialah yang kini bergelar seorang guru dan Encik Md Ariff Hairoman yang merupakan Pengerusi Majlis Alumni AKSB Kebangsaan. Sir Inae Mbaeva 98

Alumni AKSB Sumbang Hentian Bas 16 Oktober 2021 Hentian Bas DKP, UPSI 99

Pengambilan Cenderamata Alumni 20 Oktober - 11 November 2021 Dewan Tuanku Canselor 100

1

2

FIT FOR WORK 2021 15 September 2021 Dalam Talian Program Fit For Work ini telah berlangsung selama lapan minggu bermula 22 Ogos hingga 13 November yang meliputi aktiviti sesi Mind Fit bersama Pusat Kaunseling, sesi kesihatan bersama Pusat Body Mass Index sebanyak tiga sesi, Gym Workout dan Swimming Workout setiap minggu bersama Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Penutup sesi workout diadakan pada hari sabtu dengan menjalankan aktiviti Flip Tyre dan Battle Rope. Hasil daripada program ini peserta tiada pengetahuan tentang berenang telah mempunyai ilmu pengetahuan bagaimana cara berenang dengan betul. Peserta telah mempunyai asas yang betul untuk menggunakan alatan di gym. Selain itu, peserta dapat mempelajari berkenaan analisis menggunakan mesin In Body. Program Fit For Work ini diharapkan dapat memberi semangat kepada peserta untuk mengekalkan dan mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat. 103

FIT FOR WORK 2021 PENGENALAN BERSENAM 4 Ogos 2021 Dalam Talian WEBINAR SIRI 1 TAJUK :\"PENGENALAN BERSENAM\" PENCERAMAH: DR ALI NADZALAN PENYSYARAH FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 104

FIT FOR WORK 2021 PEMAKANAN SEIMBANG 11 Ogos 2021 Dalam Talian WEBINAR SIRI 2 TAJUK :\"PEMAKANAN SEIMBANG\" PENCERAMAH : PN NOOR KAMSINA BINTI AZIZ PEG. PEMAKANAN SUKAN INSTITUT SUKAN NEGARA 105

FIT FOR WORK 2021 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 18 Ogos 2021 Dalam Talian WEBINAR SIRI 3 TAJUK :\"AMALAN GAYA HIDUP SIHAT” PENCERAMAH : EN. HAFIZUDDIN BIN BAKI PEGAWAI BELIA DAN SUKAN PEJ PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA DAN SUKAN ZON UTARA 106

FIT FOR WORK 2021 OBESITY AND DISEAES RELATED WITH OBISITY 25 Ogos 2021 Dalam Talian WEBINAR SIRI 4 TAJUK : \"OBESITY AND DISEAES RELATED WITH OBISITY\" PENCERAMAH : DR. MOHAMAD SYAFIQ BIN SHAHRUDDIN PEG. PERUBATAN UD47 107

FIT FOR WORK 2021 UPSI VIRTUAL HOME EXERCISE 16 September 2021 Dalam Talian TAJUK: UPSI VIRTUAL HOME EXERCISE JURULATIH : KHAIRUN HANISAH 108

FIT FOR WORK 2021 LOW INTENSITY BODY WEIGHT WORKOUT 23 - 25 September 2021 Dalam Talian TAJUK: LOW INTENSITY BODY WEIGHT WORKOUT JURULATIH : SHIDI 109

FIT FOR WORK 2021 MIND - FIT & E - FIT 29 September 2021 Dalam Talian TAJUK: MIND - FIT (MY GOAL & MY DREAM) PENCERAMAH: DR. PAU KEE TAJUK: E - FIT (MEDIUM INTENSITY BODY WEIGHT WORKOUT) JURULATIH: AQIL 110

FIT FOR WORK 2021 MEDIUM INTENSITY BODY WEIGHT WORKOUT 30 September 2021 Dalam Talian TAJUK: (MEDIUM INTENSITY BODY WEIGHT WORKOUT) JURULATIH : KHAIRUN HANISAH 111

FIT FOR WORK 2021 UPPER BODY HOME WORKOUT 12 Oktober 2021 Dalam Talian TAJUK: UPPER BODY HOME WORKOUT JURULATIH : SHIDI 112

FIT FOR WORK 2021 SUPER SET BODY WEIGHT WORKOUT 21 Oktober 2021 Dalam Talian TAJUK: SUPER SET BODY WEIGHT WORKOUT JURULATIH : KHAIRUN HANISAH 113

FIT FOR WORK 2021 TABATA WORKOUT 28 Oktober 2021 Dalam Talian TAJUK: TABATA WORKOUT JURULATIH : KHAIRUN HANISAH 114

FIT FOR WORK 2021 1 - 7 November 2021 UPSI 115

FIT FOR WORK 2021 1 - 7 November 2021 UPSI 116

1

2

Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan 2021 10 Mei - 16 Mei 2021 Dalam Talian Kursus Kewartawanan (CPK2011) mengadakan Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan 2021 dari 10 Mei hingga 16 Mei 2021. Objektif pertandingan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dengan pengurusan dan pentadbiran persatuan dalam menjayakan program. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada mahasiswa UPSI dan peserta dari universiti tempatan. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua IPTA dan melibatkan kategori individu sahaja. Konsep video kreatif adalah storytelling berdasarkan tema ‘Cerita Kenanganku’ dan perlu dimuatnaik ke dalam You Tube. Pengumuman pemenang diadakan melalui Google Meet pada 11 Jun 2021. 119

PERTANDINGAN RIANG RIA PANTUN “SPECIAL RAYA EDITION: THE DIVERSITY OF INTERNATIONAL CULTURAL CELEBRATIONS MALAYSIA-PALESTINE” 7 Mei hingga 17 Mei 2021 Dalam Talian Pertandingan Riang Ria Pantun Raya bertemakan “Special Raya Edition: The Diversity Of International Cultural Celebrations Malaysia-Palestin (DICC Malaysia-Palestin)” diadakan dari 7 Mei hingga 17 Mei 2021. Pertandingan ini merupakan inisiatif pelajar-pelajar kursus Pengurusan Kokurikulum (Kumpulan G) di bawah bimbingan Dr. Fauziah Hanim binti Jalal. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mahasiswai mengenai adat, budaya serta latar belakang sambutan perayaan oleh masyarakat antarabangsa. 120

EMPOWERING VOLUNTEERISM IN COMMUNITY THROUGH BASIC HELPING SKILLS 22 Mei - 29 Mei 2021 Dalam Talian Objektif webinar diadakan adalah untuk memberi pendedahan aspek kemahiran menolong dalam melaksanakan program perkhidmatan komuniti, meningkatkan nilai kepimpinan dalam kalangan mahasiswa dengan melaksanakan jaringan dengan agensi serta memberi pendedahan berkenaan dengan etika dan perbezaan budaya dalam melaksanakan program perkhidmatan komuniti. 121

Best Sport Climbing and High Rope Education Centre 2021 UPSI Adventure Park 122

1

2

LET’S ROCKET WITH UPSI YOUNGPRENEUR 5 Feb - 12 Mac 2021 Dalam Talian Pertandingan ini diberi nama ‘Yongpreneur UPSI’ dan dijalankan secara atas talian. Hashtag #upsibusinesscheck akan diperkenal- kan bagi memudahkan orang ramai melewati video iklan pendek yang dimuat naik oleh peserta. Pertandingan ini meletakkan syarat pembikinan video selama 1 minit sahaja dan diwajibkan untuk meletakkan logo UPSI, logo KUO dan juga logo Media Kolej Ungku Omar. 125

EMBRACE Dalam Talian THE DIVERSITY 20 Feb -20 Mac 2021 Embrace The Diversity ini merupakan satu pertandingan atas talian anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 2020/2021. Pertandingan ini diadakan untuk menarik minat terutamanya belia untuk mempelajari tentang tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia serta memastikan tarian tradisional tidak dilupakan oleh generasi muda. Pertandingan Embrace The Diversity ini akan diadakan selama sebulan iaitu pada 20 Februari 2021 sehingga 20 Mac 2021, di mana pertandingan akan berlangsung secara atas talian dari 20 Februari 2021 sehingga 18 Mac 2021 dan tarikh penjurian adalah pada 20 Mac 2021 bertempat di Kabin Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, pelajar universiti-unitersiti awam serta swasta. Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar dapat menunjukkan cara tarian tradisional yang betul dan secara tidak langsung dapat menonjolkan bakat masing-masing. Pertandingan yang akan diadakan ialah pertandingan tarian tradisional. Pemenang dalam pertandingan akan dipilih berdasarkan empat kategori iaitu Kategori Melayu, Kategori Cina, Kategori India dan Kategori Borneo. Dengan ini, akan berlakunya persaingan sengit antara setiap peserta dan kekreatifan yang berbeza dapat ditonjolkan. 126

PLAYERUNKNOWN BATTLEGROUNDS (PUBG MOBILE) NUSANTARA CLUB TOURNAMENT 26 – 28 Mac 2021 Dalam Talian PUBG Mobile Nusantara Club ini merupakan satu program sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai E-Sports yang akan dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar 2020/2021. Program ini diadakan buat pertama kalinya di Kolej Ungku Omar dan mengambil masa 3 hari untuk dikelolakan iaitu pada 26 Mac 2021 sehingga 28 Mac 2021 dengan menggunakan applikasi online permainan PUBG Mobile. Program ini boleh disertai oleh semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan turut dibuka untuk penyertan daripada pihak luar tanpa mengira umur dan jantina. Melalui program ini, masa lapang para pelajar akan diisi dengan program hiburan yang menjanjikan ganjaran atau pulangan lumayan. Aktiviti seperti ini turut membuka peluang dan ruang untuk pelajar menonjolkan kemahiran serta kehebatan masing-masing dalam bidang yang diminati sekaligus dapat melepaskan tekanan yang dihadapi sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, mereka akan turut merasai pengalaman untuk menyertai pertandingan yang berbentuk sukan elektronik. Program ini akan menjadi medan para pelajar untuk melihat samada strategi mereka dalam permainan PUBG selama ini berkesan ataupun perlu dibaiki sebagai 1 pasukan yang hebat. 127

IRAMA KLASIK SEANTERO MALAYSIA (IKSM) 18 April - 1 Jun 2021 Dalam Talian Irama Klasik Seantero Malaysia (IKSM) merupakan satu program yang berteraskan kesenian dan kebudayaan yang ingin memupuk kecintaan para peserta terhadap seni dan budaya negara tersendiri. Program ini melibatkan mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris, para pelajar dari Institut Pengajian Tinggi IPTA/ IPTS, pelajar antarabangsa dan orang awam. Program ini akan berlangsung pada 18 April 2021 hingga 1 Jun 2021 yang dijalankan secara atas talian. Di samping itu, program ini juga diadakan bagi mencungkil bakat mahasiswa/wi serta orang awam yang berbakat dari segi nyanyian dan tarian yang bertemakan klasik. Dengan adanya pr gram seperti ini dapat menarik minat para mahasiswa/wi dan orang awam untuk menonjolkan lagi bakat yang mereka ada dan memberi impak yang besar kepada para peserta. Selain itu, program ini akan mengenakan bayaran pendaftaran sebagai salah satu cara untuk membuat kutipan amal daripada setiap peserta yang menyertai program ini. Sebanyak 10 peratus yuran pendaftaran akan disumbangkan ke rumah anak – anak yatim yang memerlukan. 128

MAULID NABI SELAWAT UNTUKMU 21 Oktober 2021 Dalam Talian Program Maulid Nabi bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disamping menghayati sirah hidup Baginda. Program ini merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Begitu juga perasaan taat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda, sebagaimanaAllahberbanggaterhadapBagindadenganmemujinyadalamAl-Quran,yangbermaksud:“Sesungguhnyaengkaumempunyaiakhlakyangmulia”(Al-Qalam:4). Pelaksanaan program ini secara tidak langsung, akan memberikan peluang kepada mahasiswa/i UPSI dan masyarakat luar agar dapat mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan selawat ke atas Baginda S.A.W. Program ini dijalankan secara dalam talian disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda di Negara kita. Program ini juga mengadakan kerjasama antara Persatuan Pendidikan Islam UPSI, Persatuan Sahabat Ulul Albab UPSI, Persatuan Kelab Al-Mursyidin UPSI dan Persatuan Rakan Siswa Yadim UPSI bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain dalam memperingati Nabi Muhammad S.A.W. 129

PSYCHOGICAL FIRST AID TRAINING 22 Oktober 2021 Facebook Live Psychological First Aid Training with KUO adalah satu program perkongsian anjuran daripada Exco Penginapan dan Kemasyarakatan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar sidang 2021/2022, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dijalankan pada 22 Oktober 2021 dengan menjemput Dr. Pau Kee, pengarah pusat kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai penceramah jemputan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan dengan pertolongan cemas psikologi, yang berperanan untuk membantu individu - individu yang mengalami kesukaran untuk kembali melakukan rutin harian mereka akibat daripada bencana – bencana seperti banjir, gempa bumi dan banyak lagi. Program ini akan membincangkan mengenai apakah itu pertolongan cemas psikologi, bagaimana pertolongan cemas psikologi ini mampu membantu individu - individu yang ditimpa bencana, dan juga bagaimana untuk mendapatkan latihan yang betul sebelum membantu mereka yang berhadapan dengan trauma. Terdapat beberapa objektif bagi program ini iaitu yang pertama, mendedahkan para pelajar dan juga masyarakat luar mengenai pertolongan cemas psikologikal yang kurang diperbahaskan oleh orang ramai. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar dan juga masyarakat luar untuk mempelajari cara - cara membantu golongan - golongan yang terjejas akibat bencana, dan objektif yang terakhir ialah untuk meningkatkan sifat berperlemanusiaan dalam diri pelajar – pelajar universiti serta masyarakat luar mengenai pertolongan cemas psikologi agar mereka dapat menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling mereka di masa hadapan. 130

EMPOWERING THE ESSENCE LEARNING PRACTICE THROUGH THE PANDEMIC DISEASE 26 – 28 Mac 2021 Dalam Talian EMPOWERING THE ESSENCE OF LEARNING PRACTICE THROUGH THE PANDEMIC DISEASE merupakan sebuah program perkongsian antara tenaga pengajar dari dua negara yang berbeza tentang realiti pendidikan pasca Covid-19. Program ini membincangkan perbezaan sistem pendidikan, cabaran dan solusi yang diketengahkan oleh pihak kerajaan atau universiti dalam menangani semua permasalahan yang timbul akibat pandemik ini. Program ini merupakan sebuah program perbincangan anjuran Exco Akademik dan Kerjaya Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar. Ianya melibatkan perbincangan dan pertukaran idea secara lisan oleh para pendidik dari pelbagai negara. Program ini dirancang bagi meluaskan pemikiran khususnya mahasiswa/i semasa era pandemik ini. Melalui program ini, setiap mahasiswa/i akan didedahkan dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan sistem pendidikan setiap negara. Program ini juga dirangka untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan penyelesaian konflik yang dihadapi oleh mahasiswa/i. Melalui program ini juga, para mahasiswa/i dapat mengadaptasikan kebaikan sistem pendidikan negara lain terhadap pembelajaran mereka. 131

AGRIKULTUR, SUMBER EKONOMI ALAF BARU 24 OKTOBER 2021 Facebook Live Program “Agrikultur, Sumber Ekonomi Alaf Baru” merupakan program yang berbentuk wacanaintelek yang disampaikan oleh panel jemputan khas Dr. Azman Bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu pada 24 Oktober 2021 jam 8.30 malam hingga 10.00 malam melalui platform dalam talian Streamyard dan Facebook Media Kolej Ungku Omar. Program ini juga melibatkan Persatuan Mahasiswa Sains Pertanian UPSI, Persatuan Mahasiswa Sahabat Alumni dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia bagi mewujudkan satu jaringan komunikasi dan kerjasama yang meluas antara Kolej Ungku Omar Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI, Pusat Alumni UPSI dan Universiti Putra Malaysia dari segi hubungan sosial dan perkongsian kepakaran dalam bidang agrikultur. 132

HARI KUO CERIA #KITABERSAMA 27 NOVEMBER 2021 Kolej Ungku Omar, UPSI Program Hari Kuo Ceria #Kitabersama ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membentuk penghuni kolej yang pembersih dan mempunyai semangat menjaga kebersihan terutama di kawasan tempat tinggal masing-masing dalam mewujudkan suasana kolej sentiasa bersih, ceria dan harmoni. Penganjuran program ini merupakan salah satu landasan untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara staf staf kolej, para felo dan penghuni-penghuni Kolej Ungku Omar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara penghuni-peghuni kolej. Antara pengisian dalam program ini membersihkan kawasan rumah penghuni dan pertandingan rumah terbersih. Siswa/siswi adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, siswa/siswi harus mampu membentuk sikap sosial yang mulia, mempunyai nilai murni yang tinggi dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Adalah menjadi harapan agar program ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya. Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara. 133

TALK TO HEART: KINDNESS FOR HUMANITY 28 NOVEMBER 2021 Faceook Live Program “Talk To Heart: Kindness For Humanity” merupakan sebuah program ilmiah anjuran Exco Kebajikan dan Perkhidmatan, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar sidang 2020/2021. Program ini merupakan program bual bicara santai yang akan mengenengahkan isu kebajikan sosial masyarakat serta aktiviti kesukarelawanan sebagai topik utama. Program ini dillaksanakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran serta ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat berkenaan kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawanan yang dilakukan oleh aktivis sosial di negara ini. Program ini akan berlangsung s cara atas talian iaitu pada 28 November 2021 (Ahad) melalui platform rasmi Media Kolej Ungku Omar iaitu Faceook Live. Melalui pelaksanaan program ini, perbincangan ilmiah, perkongsian pendapat dan pengalaman hidup aktivis ini sepanjang bergelar sukarelawan dapat dikongsikan kepada umum secara menyeluruh dan lebih mendalam. Selain itu, penganjurannya juga dapat menjadi platform untuk anak muda di negara ini khususnya mahasiswa dan mahasiswi UPSI serta masyarakat luar untuk meluaskan lagi pemikiran mereka. serta mengasah potensi diri mereka secara maksimal. 134

1

2

MENTAL HEALTH AWARENESS DAY@KHAR “DEFEAT STIGMA TO CREATE CHANGE” 2 Januari 2021 Dalam Talian UPSI – Mental Health Awareness Day@Khar “Defeat Stigma To Create Change” anjuran Exco Kebajikan dan Perkhidmatan Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 2 Januari 2021 secara dalam talian melalui medium Facebook mediaKHAR. Program ini bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 1.00 petang dan menampilkan dua orang panel iaitu panel pertama Dr. Hairol Kamal bin Abdul Rahman yang merupakan seorang Pakar Psikiatri di Hospital Rehabiliti Cheras, Kementerian Kesihatan Malaysia dan panel yang kedua ialah En. Muhammad Faris Nazrin Bin Khairun Nazir yang merupakan seorang pejuang “Skizoaffective Disorder”. Moderator bagi program ini ialah saudara Muhammad Syahir Aiman bin Md. Sukor yang merupakan seorang mahasiswa Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga UPSI mengenai pentingnya penjagaan kesihatan mental, mengubah stigma negatif dalam kalangan masyarakat terhadap pesakit-pesakit yang menghidap penyakit mental dan membentuk masyarakat yang sentiasa berfikiran terbuka dalam membincangkan hal penyakit mental pada masa kini. Seramai 882 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPTA/IPTS yang telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Saudari Nadiatul Syahida selaku Pengarah Program berkata, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Program ini juga dijalankan untuk membantu mahasiswa/i supaya tidak berasa tertekan dengan minggu akhir pembelajaran sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Tambahan pula, Pn. Marzaida binti Badaruddin selaku Penasihat Program berkata, program ini berjaya mencapai objektif dan berharap agar program ini dapat diadakan pada masa akan datang supaya dapat memberikan pendedahan yang jelas kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan mental selain daripada penjagaan kesihatan fizikal. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ini merupakan antara jalan penyelesaian kepada pelajar dan masyarakat dalam mempertingkatkan kesedaran dalam diri mereka agar tidak terlalu tertekan dengan masalah harian serta lebih fokus ke arah matlamat yang ingin dicapai lebih-lebih lagi pada musim pandemik Covid-19 ini. 137

MENTAL HEALTH AWARENESS DAY@KHAR “DEFEAT STIGMA TO CREATE CHANGE” 2 Januari 2021 Dalam Talian Gambar Bersama panel ke-2 En. Muhammad Faris Nazrin Bin Khairun Moderator progam saudara Muhammad Syahir Aiman bin Nazir yang merupakan seorang pejuang “Skizoaffective Disorder” Md. Sukor 138

Pelancaran E-Food Bank KHAR Feed The Need 8 Januari 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – Pelancaran E-Food Bank KHAR “Feed The Need” anjuran EXCO Kebajikan Dan Perkhidmatan Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 8 Jan 2021 secara bersemuka bertempat di Blok Kediaman 5, Kolej Harun Aminurrashid. Program ini bermula pada jam 5 petang sehingga 6 petang dan menampilkan Dr. Che Anuar bin Che Abdullah, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid serta Puan Marzaida binti Badaruddin dan Puan Norrulkamari binti Daud, Felo Blok Kediaman Kolej Harun Aminurrashid. Program ini bertujuan untuk Memudahkan urusan penghuni untuk mendapatkan keperluan makanan, Menjalankan food bank dengan mengikuti prosedur musim pandemik dan menyalurkan sumbangan dari pihak penaja kepada mahasiswa yang memerlukan. Seramai 55 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid telah menerima sumbangan berbentuk makanan kering dan barangan keperluan harian . Saudara Abdul Malik bin Mohamed, selaku Pengarah Program berkata, program seperti ini sangat wajar dilaksanakan dan harus diteruskan oleh generasi yang akan datang kerana ianya bukan hanya dapat membantu para penghuni malah dapat mengeratkan lagi kesefahaman antara mereka. Tambahan pula, Puan Marzaida binti Badaruddin selaku Penasihat Program berkata, program ini mencapai objektifnya dan memberikan kemudahan kepada para penghuni yang sukar mendapat bekalan makanan sewaktu mengharungi pandemik Covid-19, justeru meningkatkan lagi kesejahteraan para penghuni di kolej ini . Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program seperti ini dapat memberikan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk saling bantu membantu ketika menghadapi waktu mencabar seperti pandemik ini, secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjalani kehidupan sebagai satu komuniti 139

Pelancaran E-Food Bank KHAR Feed The Need 8 Januari 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI Poster E-Food Bank Khar Gambar semasa agihan food bank 140

BACAAN YAASIN & AL-KAHFI 14 Januari 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – Program Bacaan Yaasin dan Al-Kahfi anjuran EXCO Blok Kediaman 4 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 14 Januari 2021 secara dalam talian melalui medium Google Meet. Program ini bermula pada jam 7.30 malam sehingga 8.30 malam dan melibatkan sebilangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan kesedaran terhadap kepentingan bermunajat kepada Allah, menggalakkan penghuni Kolej Harun Aminurrashid mengamalkan amalan-amalan sunat dalam kehidupan seharian dan memiliki sahsiah yang tinggi serta meluangkan masa untuk bertafakur kepada Allah walaupun dengan kesibukan pelajaran. Sera- mai 150 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Saudari Nurul Nadhirah binti Nor Hisyam selaku Pengarah Program berkata, program ini merupakan platform yang terbaik untuk mengumpul- kan penghuni kolej untuk mengingati dan bermunajat kepada Allah SWT. Hal demikian kerana pada ketika itu pelajar-pelajar sedang bersiap se- dia untuk menghadapi Pentaksiran Akhir dan program yang dijalankan ini sesuai untuk mereka menenangkan diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Tambahan pula, Puan Marzaida binti Badaruddin selaku Penasihat Program berkata, program ini berjaya mencapai objektif dan berharap program ini berteruskan dan menjadi sebuah program rutin kepada semua EXCO Blok Kediaman dan berharap agar program ini dapat diadakan pada masa akan datang supaya mencapai penerapan elemen pembangunan sahsiah dalam diri penghuni kolej. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ini dapat memberikan pendedahan yang meluas kepada mata mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan bermunajat kepada Allah SWT dan sentiasa mengamalkan surah-surah di dalam Al-Quran. Poster program bacaan Yassin dan Al-Kahfi 141

LEADERS ENGAGING FOR ACTION DIALOGUE (LEAD) “REDEFINING LEADERSHIP AMIDST THE NEW NORM” 16 Januari 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – LEADERS ENGAGING FOR ACTION DIALOGUE (LEAD), “REDEFINING LEADERSHIP AMIDST THE NEW NORM” anjuran Majlis Tertinggi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 16 Januari 2021 secara dalam talian melalui Cisco Webex dan Youtube Live. Program ini bermula pada jam 7 pagi sehingga 2 petang dan menampilkan enam orang panel dari lima buah negara yang terlibat. Panel dari Thailand iaitu saudara Mizan Saeng-Aree dari Universiti Fatoni. Dua orang panel dari negara Brunei Darussalam iaitu saudari Nurul Afiyah Huang dan saudara Muhammad Fauzan daripada Universiti Brunei Darussalam. Panel daripada Indonesia dan juga Singapura iaitu saudara Aditya Pramudia daripada Universiti Negeri Yogyakarta dan saudara Cheah Chun Kai Amos daripada National University of Singapore. Manakala tak ketinggalan juga,seorang panel dari Malaysia iaitu saudari Pek Yoke Leng daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Moderator bagi program ini ialah saudari Dusha Nanthakumar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang juga merupakan salah seorang mantan Majlis Perwakilan Pelajar sidang 2019/2020. Program ini bertujuan untuk membentuk rangkaian komunikasi korporat merentas sempadan, untuk mengukuhkan kepimpinan organisasi pelajar di peringkat antarabangsa dan untuk melahirkan pemimpin yang memenuhi tanggungjawab mereka secara beretika dan profesional. Seramai 4,400 orang viewers yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam dan luar negara telah terlibat sebagai penonton di Youtube rasmi Kolej Harun Aminurrashid untuk program kali ini. Saudari Dk Nabilah binti Ak Sopryshah selaku Pengarah Program berkata, program ini merupakan platform yang terbaik untuk menjalinkan hubungan yang rapat antara Organisasi Kolej Universiti di lima negara yang berbeza. Hal ini demikian kerana panel-panel yang dijemput merupakan pemimpin-pemimpin kolej kediaman di Universiti masing-masing. Selain dapat merapatkan hubungan, program seperti ini juga akan membenarkan pemimpin-pemimpin kolej ini bertukar cadangan dan pendapat. Tambahan pula, Pn. Nur Azean binti Abd Rahim selaku Penasihat Program berkata, program ini berjaya mencapai objektif dan berharap agar program ini dapat diadakan pada masa akan datang supaya penerapan elemen kepimpinan dapat diterapkan dalam kalangan pelajar terutamanya dalam kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid dan Mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ini dapat memberikan pendedahan yang meluas dan membuka mata mahasiswa dan mahasiswi mengenai persamaan yang selama ini dikongsi bersama negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. 142


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook