Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore JHEPA 2021 : Moving Forward

JHEPA 2021 : Moving Forward

Published by jhepa, 2022-12-15 07:55:39

Description: Coffee Table JHEPA 2021

Search

Read the Text Version

You In Mind: Series 1 Stop My Suicidal Mind! 21 Jun - 6 Dis 2021 Dalam Talian Isu kesihatan mental merupakan isu yang sedang melanda masyarakat kita pada ketika ini. Akibat daripada penularan Virus COVID-19 sejak Mac 2020 melanda negara, telah menyebabkan berlakunya perubahan 360 darjah kepada gaya hidup, persekitaran, ekonomi, hubungan sosial cara pembelajaran dan berurusan, isolasi dan sebagainya pada ketika ini amat menekan emosi dan perasaan individu. Oleh itu, Pusat kaunseling mengambil kesempatan ini dengan memberi penekanan berkenaan kepentingan menjaga Kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Sepanjang tahun 2021, Pusat Kaunseling telah melaksanakan sebanyak lapan siri program yang memfokuskan kepada Kesihatan Mental untuk masyarakat, khususnya warga UPSI. pada siri pertama ini dilaksana pada 18 Januari dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk Stop My Suicidal Mind. Siri yang pertama ini disampaikan oleh Dr. Rozainizam (UIA). 43

You In Mind: Series 1 Stop My Suicidal Mind! 44

You In Mind: Series 2 Rising Strong: Building Skills to Endure Hardship 21 Jun - 6 Dis 2021 Dalam Talian Pada siri kedua ini dilaksana pada 24 Mac dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk Rising Strong: Building Skills to Endure Hardship. Penceramah jemputan pada siri yang kedua ini ialah En. Mohd Khaironee (UUM) Pn. Nur Atiqah (UPM) Cik Nor Helwa (Unisel). 45

You In Mind: Series 2 Rising Strong: Building Skills to Endure Hardship 46

You In Mind: Series 3 Coping With My Anxiety And Panic 21 Jun - 6 Dis 2021 Dalam Talian Pada siri ketiga ini dilaksana pada 26 April dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk Coping With My Anxiety And Panic. Penceramah jemputan pada siri kali ini ialah Mr. Koo Kian Yong. 47

You In Mind: Series 3 Coping With My Anxiety And Panic 48

You In Mind: Series 4 Walking Through My Darkness: Tips To Cope With My Depression 21 Jun - 6 Dis 2021 Dalam Talian Pada siri keempat ini dilaksana pada 9 Jun dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk Walking Through My Darkness : Tips To Cope With My Depression. Penceramah jemputan pada siri ini ialah Dr. Nurul Syuhaida. 49

You In Mind: Series 5 Speak Up! Save A Life 21 Jan - 6 Dis 2021 Dalam Talian Pada siri kelima ini dilaksana pada 24 Julai dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk Speak Up! Save A Life. Penceramah jemputan pada siri kali ini ialah Dr. Adnan. 50

You In Mind: Series 5 Speak Up! Save A Life 51

You In Mind: Series 6 Walking Through Grief: Tips And Techniques 21 Jan - 6 Dis 2021 Dalam Talian Pada siri keenam ini dilaksana pada 26 Ogos dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk Walking Through Grief: Tips And Techniques. Penceramah jemputan pada siri kali ini ialah Dr Md Noor Saper (UPSI) dan Dr Haniza Binti Rais (UIA). 52

You In Mind: Series 7 Dance With My Anger: Anger Management 21 Jan - 6 Dis 2021 Dalam Talian Pada siri ketujuh ini dilaksana pada 27 Oktober dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk Dance With My Anger: Anger Management. Penceramah jemputan pada siri kali ini ialah En. Aiman Amri - Consultan. 53

You In Mind: Series 8 The Secret Of Happiness : End Of Year Wrap Up 2021 21 Jan - 6 Dis 2021 Dalam Talian Pada siri kelapan ini dilaksana pada 6 Disember dan berlangsung secara atas talian yang bertajuk The Secret Of Happiness : End Of Year Wrap Up 2021. Penceramah jemputan pada siri kali ini ialah Prof. Madya Dr Mohammad bin Abdul Rahman (Unisel). 54

You In Mind: Series 8 The Secret Of Happiness : End Of Year Wrap Up 2021 55

University of Volunteers, Uniteers 1.0 5 Jun 2021 Dalam Talian UPSI Preloved Shoppe telah menganjurkan Program University of Volunteers, Uniteers 1.0 iaitu pada hari sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Sukarelawan Siswa UniSZA (PERSIS), Kelab Sukarelawan Siswa UKM (KSS UKM) dan UniMAP Volunteers Club (UVoC). Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah dirasmikan oleh YBHG. PROF. DATO’ DR.AMIN BIN MD TAFF, turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan panel-panel yang segak bergaya dan pakar dalam bidang masing-masing. Antara ahli panel yang terlibat ialah Saudara Syarul Amin Bin Ismail (Naib Yang Dipertua 1 Kelab Sukarelawan Siswa UKM), Saudara Muhammad Muzakkir Bin Hasanar Kunju (Timbalan Presiden UNIMAP Volunteers Club) dan Saudara Mohd Faris Bin Osman (Setiausaha Kerja 1 Pertubuhan Sukarelawan Siswa UNISZA). Program ini telah memberikan input yang sangat bermanfaat jelas bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat kesukarelawan yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang amat tinggi. Program ini dapat dilihat sebagai salah satu inisiatif dan usaha proaktif dalam membantu mahasiswa untuk menjadi lebih berani melaksanakan aktiviti sukarelawan. Hal ini kerana, aktiviti kesukarelawan memerlukan niat untuk berbakti kepada masyarakat kerana ini merupakan salah satu tanggungjawab mahasiswa dalam program kesukarelawan. 56

1 St Malaysia International 5 Jun 2021 Dalam Talian 57

1 St Malaysia International 58

1 St Malaysia International 59

University of Volunteers, Uniteers 2.0 26 Jun 2021 Dalam Talian UPSI Preloved Shoppe dengan kerjasama Pusat Kaunseling dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei (UNISSA) dan Universiti Syiah Kuala Indonesia (UNISYIAH), telah bersama-sama berkerjasama dalam menjayakan Program “University of Volunteers, UNITEERS 2.0” yang merupakan kesinambungan bagi Program “University of Volunteers, UNITEERS 1.0” yang telah dianjurkan oleh UPSI Preloved Shoppe. Program “University of Volunteers, UNITEERS 2.0” merupakan kesinambungan bagi Program “University of Volunteers, UNITEERS 1.0” yang telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 5 Jun 2021. Program “University of Volunteers, UNITEERS 2.0” telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 26 Jun 2021 pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di platform Facebook Live UPSI PS. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada semua mahasiswa serta bakal sukarelawan di luar sana untuk berfikiran secara kreatif dan kritis dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dapat menarik minat mereka untuk menceburi bidang kesukarelawanan. Di samping itu, Program “University of Volunteers, UNITEERS 2.0” juga diadakan adalah untuk melatih mahasiswa agar dapat merancang, melatih, mengurus dan juga memberi manfaat untuk pembangunan modal insan. 60

University of Volunteers, Uniteers 2.0 61

“CALL TO CARE” 16 Ogos 2021 Dalam Talian Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 telah dilaksanakan bermula 12 Mei 2021 dan masih lagi berlangsung sehingga ke hari ini. Kes Covid 19 yang kian meningkat saban hari menunjukkan tiada tanda-tanda Perintah Kawalan Pergerakan ini akan berakhir. Ramai yang mula terkesan daripada sudut ekonomi, gaya hidup, kesejahteraan kesihatan dan mental. Semakin hari semakin ramai yang mula tertekan kerana terpaksa duduk di rumah atau bekerjadalamsuasanayangrisaudirinyaakanterdedahdenganCovid19.Begitu juga bagi mereka yang hilang sumber pendapatan dan pekerjaan semasa PKP. Ramai yang sedang berjuang menghadapi tekanan sendirian iaitu “silent sufferers’ tanpa mendapatkan bantuan. Demi kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan staf warga UPSI, Pusat Kaunseling tampil dengan idea untuk menghubungi pelajar UPSI, kakitangan UPSI dan komuniti bagi memberi ruang kepada individu untuk meluahkan segala tekanan atau kerisauan yang dihadapi serta prihatin dengan keadaan semasanya agar bantuan segera dapat diberi jika perlu. Perlancaran Program “Call To Care” telah diadakan pada 16 Ogos 2021( Isnin ) yang berlangsung di aplikasi zoom dan facebook Pusat Kaunseling. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Prof Ts. Dr. Suriani Binti Abu Bakar Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi ) yang turut menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni ). 62

“CALL TO CARE” 63

Creating Hope Trough Action 17 Ogos 2021 Dalam Talian Pusat Kaunseling UPSI dengan kerjasama Persatuan Profesion Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia, Perkama International dan Malaysian Association Of Drug Addiction Counselors (MADAC) telah mengadakan bengkel Membina Harapan Melalui Tindakan, mengambil sempena tema Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang dilaksanakan pada 10 September setiap tahun. Bengkel yang dikendalikan oleh penceramah hebat, Dr Adnan bin Omar, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia yang juga seorang Pakar Suicidology ini telah dijalankan sebanyak 2 siri iaitu pada 17 Ogos 2021 dan 25 September 2021 melalui platform Zoom. Bengkel ini bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat bagi memainkan peranan penting dalam mencegah insiden bunuh diri sekaligus menghapuskan stigma berkaitan isu tersebut. Bengkel yang disertai oleh hampir 120 orang peserta ini mendapat sambutan serta sokongan padu dari para peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang kerjaya dan agensi. Ia juga telah memberikan banyak input berguna dan celik akal kepada para peserta memandangkan isu bunuh diri ini merupakan satu isu yang agak sensitif dalam masyarakat. Sudah pasti ia memerlukan pendedahan yang jelas berkaitan simptom dan cara membantu pihak terlibat supaya trend bunuh diri terutamanya pada waktu pandemik ini dapat dikawal supaya tidak meningkat secara mendadak. 64

Creating Hope Trough Action 65

Creating Hope Trough Action 66

COUNSELING EMPOWERING COMMUNITY CARE 1 Oktober 2021 Dalam Talian Oktober merupakan bulan kaunseling yang diisytiharkan bagi memperingati perkhidmatan menolong yang sangat diperlukan oleh masyarakat. Memandangkan masalah kesihatan mental merupakan antara masalah utama bagi kesihatan masyarakat di negara kita, maka bulan kaunseling memberikan kesedaran kepada orang awam pentingnya perkhidmatan kaunseling ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Bagi memperkasakan perkhidmatan kaunseling, bulan Oktober sepatutnya diraikan dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan usaha dalam menyemarakkan perkhidmatan menolong kepada masyarakat. Rentetan itu, pada 01 Oktober 2021 Pusat Kaunseling UPSI mengambil inisiatif menganjurkan program dengan kerjasama univesiti awam dan swasta di negeri Perak bagi sama-sama meraikan bulan ini dan seterusnya mengembang luaskan perkhidmatan ini ke peringkat global. Program “Counseling Empowering Community Care” telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom telah dirasmikan oleh En Helmi Zaifura bin Abdul Rahman, Pendaftar UPSI. Sesi Forum pula telah dijayakan oleh panel daripada UTP, UiTM Tapah, USAS dan UTAR. Panel terdiri daripada Tn Haji Abdul Jalil bin Abdullah (UTP), Mr Ho Khee Hoong (UTAR), Pn Roslina binti Abdul Rahman (UiTM Tapah dan En Hafiszullah bin Maarof (USAS). Seramai 390 orang telah mengikuti program ini di aplikasi zoom manakala seramai 2400 penonton mengikutinya secara langsung di FB Pusat Kaunseling. Antara pengisian yang telah dibincangkan ialah kaedah memperkasakan kesihatan komuniti dan penjagaan komuniti melalui perkhidmatan kaunseling. Selain itu, ianya bagi menggalakkan lebih ramai warga Perak mengetahui dan memahami keperluan perkhidmatan kaunseling serta melatih masyarakat warga Perak mendapatkan bantuan sokongan sosio emosi jika diperlukan tanpa segan dan rasa malu. 67

COUNSELING EMPOWERING COMMUNITY CARE 68

PFA On wheel 10 Ogos 2021 Dalam Talian 69

PFA On wheel 70

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 1 22 Oktober 2021 Dalam Talian Program National Drug Prevention siri satu ini telah diadakan pada 22 Oktober 2021 ( Jumaat ) yang bertajuk “Campus Drug Prevention 2021”. Majlis Perlancaran telah diadakan pada siri ini oleh Y.Bhg Dato Dr. Abdul Halim Mohd Hussin selaku Presiden PERKAMA International. Pada siri ini telah sebanyak tiga topik penting telah dikongsikan iaitu Campus Drug Prevention “What & How” oleh Y.Bhg Dato Dr. Abdul Halim Mohd Hussin manakala “Bahaya jenis dadah baharu” dan “Teknik bebas daripada ketagihan dadah” telah disampaikan oleh YBhg. Dr Darshan Singh A/L Mahinder Singh dari Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan Universiti Sains Malaysia. 71

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 1 72

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 2 27 Oktober 2021 Dalam Talian Program National Drug Prevention 2021 ini akan berlangsung sebanyak 4 siri yang bertemakan kampus, keluarga, komuniti dan sekolah. Program ini julung-julung kalinya telah dianjurkan oleh Pusat Kaunseling dengan Kerjasama PERKAMA International, PEMADAM Kebangsaan, PEMADAM Negeri dan PEMADAM Daerah Muallim. Program National Drug Prevention siri dua ini telah diadakan pada 27 Oktober 2021 ( Rabu) pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi yang bertemakan “Family Based Drug Prevention” dengan tajuk ceramah Norma Baharu Pendekatan Pencegahan Dadah Dalam Keluarga. Topik penitng ini telah dikongsikan oleh Dr. Mohd. Isa Amat, Pensyarah, Universiti Sains Islam Malaysia. 73

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 2 74

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 2 75

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 3 13 November 2021 Dalam Talian National Drug Prevention Siri 3 telah diadakan pada 13 November 2021 (Sabtu ) pada jam 2.00 hingga 4.30 petang secara online di Facebook Pusat Kaunseling dan aplikasi zoom. Pada kali ini tema “Community Based Drug Prevention “ telah dipilih bagi memfokuskan pencegahan Dadah di peringkat komuniti. Topik Peranan dan Tanggungjawab Komuniti Dalam Pencegahan Dadah telah dipilih dan disampaikan oleh Y.Brs Dr. Mohd Muzafar Shah Bin Mohd Razali yang merupakan Timbalan Pengerusi PEMADAM Muallim. Beliau juga merupakan seorang bekas Pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pencegahan, Pemulihan dalam Penyalahgunaan Dadah. Program ini telah disertai oleh komuniti negeri Perak terutama daerah Muallim. Seramai 628 peserta telah menyertai di aplikasi zoom dan 1.5k viewer di Facebook Pusat Kaunseling. 76

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 3 77

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 4 20 November 2021 Dalam Talian National Drug Prevention Siri 4 pula telah berlangsung pada 20 November 2021 (Sabtu ) yang bermula pada 8.30 pagi hinggga ke 1.30 Tengah Hari. Pada kali ini tema “School Based Drug Prevention” telah diketengahkan. Dua orang panel yang merupakan pakar dalam pencegahan Dadah disekolah telah dijemput bagi menyampaikan topik ini iaitu En. Chandra Kumar Vellasamy yang menyampaikan ceramah bertajuk “Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di Peringkat Sekolah” dan Pn. Noor Faizah Binti Idris telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Motivational Interviewing For Addiction”. Program ini telah disertai oleh Guru-guru yang menjaga potrtfolio Pendidikan dan Pencegahan Dadah di sekolah disekitar Negeri Perak. Program ini merupakan Kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Seramai 567 orang peserta telah menyertai secara online di aplikasi zoom manakala seramai 2.1k telah menonton di Facebook Pusat Kaunseling. 78

NATIONAL DRUG PREVENTION SIRI 4 79

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 8 Nov - 11 Nov 2021 Dalam Talian November 2021 – Bermula dari 8 November sehingga 11 November 2021 program yang julung kalinya dijalankan iaitu Simposium Multidisiplin: Kesihatan Mental Belia OKU 2021, telah berlangsung secara dalam talian dan melibatkan beberapa multidisiplin dan ahli profesional iaitu pakar psikologi, pakar perunding psikiatri, kaunselor, pakar akademik, mahasiswa OKU serta pesakit mental sebagai panel untuk mengongsikan pengalaman yang dilalui bagi memberi kesedaran berteraskan psikopendidikan. Simposium ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Madya Dr. Norkhalid bin Salimin. Menariknya simposium ini telah mendapat sokongan dari Ahli Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Beliau merupakan salah seorang panel bagi slot khas “Istimewa Bersama YB” yang diadakan pada 8 November 2021. Ucapan yang disampaikan oleh beliau mengenai rancangan pembangunan belia OKU menjadi tumpuan dan dihadiri oleh pelbagai peserta di seluruh Malaysia termasuklah peserta dari Indonesia dan juga Brunei. Program ini juga menyediakan ruang kepada warga OKU terutama belia-belia OKU untuk menambah pengetahuan berkenaan kesihatan mental, serta memahami isu-isu kesihatan mental yang dihadapi oleh warga OKU yang lain melalui perkongsian pengalaman oleh panelis-panelis yang terdiri daripada warga OKU yang telah berjaya di dalam bidang kerjaya masing-masing. Kesukaran yang dihadapi oleh setiap warga OKU dibincangkan dan dijadikan salah satu wacana untuk menghasilkan strategi yang lebih baik bagi menangani isu-isu yang melibatkan golongan OKU pada masa akan datang. Selain program-program perkongsian secara atas talian, simposium ini turut menyediakan saringan kesihatan mental dan terapi psikologi kepada warga OKU khususnya secara percuma. Hasil dari program ini, warga OKU yang bermasalah dicadangkan untuk mendapatkan rawatan di hospital bagi rawatan pakar, manakala intervensi klinikal dijalankan bersama pakar psikologi klinikal daripada Pusat Kaunseling, UPSI. Objektif program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan menjaga kesihatan mental bagi membina resiliensi khususnya OKU mendepani cabaran yang berkaitan dengan Pendidikan. Selain itu, bantuan dan sokongan dapat disediakan terutamanya OKU yang memerlukan khidmat sokongan dari segi psikososial dan sosio-emosi. Setiap slot dan topik berkait rapat dengan isu-isu semasa yang realitinya dilalui oleh setiap belia-belia OKU pada masa ini. Melalui program ini, ianya dapat sedikit-sebanyak memberi sokongan kepada para belia OKU, seolah-olah ingin mengatakan kepada mereka bahawa mereka tidaklah berkeseorangan bahkan isu ini juga turut dilalui oleh belia-belia OKU yang lain. 80

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 81

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 82

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 83

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 84

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 85

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 86

Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021 87

Program DTNGO Preloved 14 Nov - 4 Dis 2021 Sekitar Perak & Selangor UPSI Preloved Shoppe (UPSI PS) sentiasa peka dan prihatin dengan pihak di luar sana yang memerlukan terutamanya bagi golongan yang berkeperluan. Selari dengan penubuhan UPSI Preloved Shoppe yang mensasarkan untuk dirasai komuniti, maka program DTNGO telah dilaksanakan oleh UPSI PS. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan untuk meringankan beban mereka bagi memenuhi keperluan asas yang memerlukan. Sumbangan-sumbangan yang telah diagihkan ini telah diwakili oleh Penasihat UPSI Preloved Shoppe, Cik Najidah binti Yahaya kepada wakil pihak NGO tersebut. Sumbangan yang diberikan ini merupakan aktiviti rutin yang telah dilaksanakan oleh ahli sukarelawan UPSI Preloved Shoppe di sekitar Lembah Klang dan juga Negeri Perak. Ahli Sukarelawan UPSI Preloved Shoppe akan mengagihkan semula mengikut kategori dan keperluan yang diperlukan oleh pihak-pihak NGO yang memerlukan. Hasil sumbangan ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh seluruh warga UPSI Preloved Shoppe dengan Kerjasama Pusat Kaunseling UPSI untuk menyemarakkan rasa prihatin terhadap komuniti sekeliling. Sukarelawan yang bertugas akan menghubungi pihak NGO terlebih dahulu mengenai keperluan yang diperlukan dan keperluan akan disediakan mengikut persetujuan agar barangan sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang memerlukan. Aktiviti- aktiviti seperti ini adalah selaras dengan prinsip Universiti yang menekankan keprihatinan kepada golongan yang memerlukan. Diharapkan agar hasil-hasil sumbangan yang telah diberikan ini mampu meringankan beban dan dapat menceriakan hati yang menerima. Sebagai harapan juga, aktiviti sebegini perlulah dijadikan sebagai suatu aktiviti ikutan kerana disamping menyemai nilai-nilai murni, aktiviti sebegini juga turut membantu dalam mencapai piawaian universiti dalam melahirkan pelajar 88 yang bersemangat waja.

Program DTNGO Preloved 89

Global Outreac Volunteers Assemble 5 Disember 2021 Dalam Talian Hari Sukarelawan Antarabangsa disambut pada 5 Disember setiap tahun dan merupakan sebuah pengiktirafan kepada semua sukarelawan seluruh dunia sejak tahun 1985 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hari ini disambut bagi meraikan dan menghargai jasa dan sumbangan sukarelawan serta meningkatkan kesedaran orang awam dalam menghargai sumbangan para sukarelawan kepada masyarakat. Berikutan itu, Pusat Kaunseling melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah menganjurkan program webinar atas talian, ‘The Voice of Volunteers: Volunteering Now For Our Common Future’ pada 5 Disember 2021. Program bual bicara ini merupakan suatu usaha untuk menyebarkan kepentingan menyertai aktiviti sukarelawan dan menerapkan semangat kesukarelawanan dalam diri semua lapisan masyarakat terutamanya dalam diri mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia. Di samping itu, program ini juga dijalankan bagi meraikan semua sukarelawan di seluruh negara yang sentiasa berkhidmat dan memberikan pertolongan kepada semua yang memerlukan. Program ini telah dijayakan oleh Preloved Shoppe UPSI dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Siswa UPSI dan Kelab Psychological First Aid UPSI. Program ini memberikan input yang bermanfaat kepada para mahasiswa dan mahasiswi dalam mendalami peranan sukarelawan sebagai pemangkin dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berjiwa sukarela. Perkongsian daripada panel yang hebat ini menjadi sebuah penanda aras dalam melahirkan ikon sukarelawan di peringkat global. Perkongsian sebegini dapat meningkatkan kesedaran, dan menambahkan pemahaman mahasiswa dan mahasiswi bagaimana mereka dapat menyumbang kepada masyarakat setempat dengan berkongsi nilai-nilai yang penting dalam diri sukarelawan dan kepentingan kepekaan pelajar terhadap isu sosial dalam masyarakat. Secara amnya, program ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada mahasiswa agar berfikiran kritis dan kreatif dalam merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kesukarelawanan pada masa akan datang. Perkongsian sebegini adalah sangat penting bagi berkongsi input bermakna kepada semua mahasiswa yang ingin atau telah terlibat dalam kelab sukarelawan universiti tempatan di serata negara. 90

Global Outreac Volunteers Assemble 91

Global Outreac Volunteers Assemble 92


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook