Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore JHEPA 2021 : Moving Forward

JHEPA 2021 : Moving Forward

Published by jhepa, 2022-12-15 07:55:39

Description: Coffee Table JHEPA 2021

Search

Read the Text Version

LEADERS ENGAGING FOR ACTION DIALOGUE (LEAD) “REDEFINING LEADERSHIP AMIDST THE NEW NORM” 16 Januari 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI Poster Program Live Update Program 143

SMART PROJECT DON’T BE THE SAME BE THE BEST 21 Januari 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – Smart Project, “Don’t Be The Same Be The Best” anjuran Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 21 Januari 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan Youtube live. Webinar ini bermula pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan semangat kepada pelajar dalam menghadapi pentaksiran akhir. Seramai 1000 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Saudara Muhamad Syahmi bin Jaminan selaku Pengarah Program berkata, program ini telah menjadi platform terbaik untuk memberikan motivasi dan semangat kepada pelajar dalam menhadapi pentaksiran akhir. Dengan keadaan yang tidak menentu pada hari ini sudah semestinya mahasiswa/i yang terkesan daripada segi psikologi. Dengan kehadiran panel yang cukup berpengalaman sudah pastinya setiap peserta yang hadir dalam program ini akan mendapat input yang cukup bermakna dan ianya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, Puan Marzaida binti Badaruddin selaku Penasihat Program berkata, program ini dapat memberikan impak yang positif kepada mahasiswa/i khususnya dalam pengurusan tekanan dalam menghadapi pentaksiran akhir. Selain itu, para pelajar juga dapat mengaplikasikan setiap pendapat dan pandangan yang diberikan dalam kehidupan seharian pelajar tersebut. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ini dapat memberikan pendedahan yang meluas dan membuka mata mahasiswa untuk menjaga tahap psikologi mereka dalam menghadapi pentaksiran akhir yang cukup mencabar. Bukan itu sahaja, beliau juga berharap agar setiap mahasiswa/i sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam kehidupan seharian bagi memastikan tahap pengembangan diri dapat dilaksanakan secara berpanjangan. 144

SMART PROJECT DON’T BE THE SAME BE THE BEST 21 Januari 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI Poster Program Live Update Program 145

KHAR VIRTUAL RUN 2021 (BLAZING GLORY VIRTUAL RUN) 1 Feb - 20 Mac 2021 Dalam Talian UPSI – KHAR VIRTUAL RUN, “BLAZING GLORY VIRTUAL RUN” anjuran Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 1 Februari 2021 sehingga 20 Mac 2021 secara dalam talian. Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat sukan didalam diri mahasiswa dan mahasisw, meningkatkan kualiti atlet ke tahap prestasi lebih tingg dan mencungkil bakat baru yang berpotensi untuk mewakili UPS dan memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menonjolkan bakat kepada orang luar. Seramai 42 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS dalam dan luar negara telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Hasil daripada penjurian, seramai 10 orang peserta telah mencatatkan masa terpantas untuk jarak 5km bagi larian ini iaitu Muhammad Abid Najmuddin bin Azhar, Siti Hawa binti Mat Isa, Zulailie Zulkefli, Nur Amalina binti Md Yusof, Nurulhuda Dina binti Norhamizi, Muhammad Aimian Hakim bin Roslan, Syahmi bin Mohd Azlan, Nur Fatin Fatihah binti Lokman, Zulfa binti Mond Bilal dan Munir bin Maaror Saudari Ku Nur Fatihah binti Ku Mazlan selaku Pengarah Program berkata, program ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat sukam di dalam diri mahasiswa/i dalam era pendemik covid-19 yang melanda pada waktu itu. Tambahan pula, Dr. Muhammad Ridhwan bin Sarifin selaku Penasihat Program berkata program ini berjalan dengan baik dan mendapat penyertaan dari pelbagai lapisan umur. Penglibatan perserta juga amat memuaskan. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ini telah melibatkan peserta luar daripada insitusi pengajian serta mendapatkan penyertaan yang amat memuaskan. 146

KHAR VIRTUAL RUN 2021 (BLAZING GLORY VIRTUAL RUN) 1 Feb - 20 Mac 2021 Dalam Talian Poster-poster program KHAR Virtual RUN 2021 147

KHAR VIRTUAL RUN 2021 (BLAZING GLORY VIRTUAL RUN) 1 Feb - 20 Mac 2021 Dalam Talian Poster-poster Pemenang 148

OPS HANTAR PULANG 2.0 20 Februari 2021 Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI UPSI – Seramai 354 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke kampung halaman sempena cuti semester menggunakan bas persiaran, van dan coaster universiti itu pada hari ini.Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah , berkata urusan penghantaran berjalan lancar menerusi pembabitan jabatan seperti Pusat Kesihatan UPSI, Majlis Mahasiswa Kolej, Majlis Pengetua, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta diselia urus Bahagian Keselamatan, Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan (ROSH) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEP). \"Pihak universiti amat cakna terhadap keperluan pelajar dengan menyediakan prasarana pengangkutan yang lengkap diselenggara serta disanitasi dengan sempurna sebelum bermulanya pergerakan pulang. \"Terdahulu, pada jam 5 pagi seramai 10 pelajar yang tinggal di Sabah sudah dihantar pulang menggunakan perkhidmatan penerbangan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA 2) dengan kenderaan universiti. Pentadbiran Kolej, Majlis Mahasiswa Kolej beserta Ahli Jawatankuasa Blok-blok Kediaman sebagai penggerak utama bagi melancarkan lagi proses pulang pelajar ke destinasi mereka. Proses penghantaran pulang ini berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil daripada kerjasama semua pihak yang terlibat. \"Baki kira-kira 45 pelajar yang tinggal di Sabah dan Sarawak akan dihantar secara berperingkat dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan awam dijadual selesai sehingga 1 Mac ini,\" katanya. Beliau berkata, setiap pelajar diberi taklimat oleh petugas barisan hadapan universiti tanpa mengabaikan SOP sehingga kumpulan pelajar ini tiba ke destinasi. \"Setiap pelajar diberi taklimat SOP dan diingatkan untuk memakai pelitup muka, sentiasa memakai kad pelajar serta bersedia dengan surat kebenaran rentas negeri dan dibekalkan cecair pembasmi kuman,\" katanya. 149

OPS HANTAR PULANG 2.0 20 Februari 2021 Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI Proses Mengangkat Barang Pelajar ke Dalam Bas Proses Pendaftaran Pulang Pelajar Semakan suhu badan Pergerakan Pelajar Masuk Ke Bas Proses penyusunan barang pelajar ke dalam bas Kedudukan pelajar di dalam bas mengikut SOP yang ditetapkan 150

NIGHT OF INTEGRATION (NEON) “UNITY OF A PLURAL SOCIETY ENCOURAGE THE UNITY OF THE NATION” 1 Mac - 4 April 2021 Dalam Talian UPSI – Program Night of Integration (NEON), “Unity of a Plural Society Encourage The Unity of The Nation” anjuran Exco Perpaduan dan Integrasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 03 April 2021 secara dalam talian melalui YouTube live. Pertandingan ini bermula pada 01 Mac 2021 sehingga 04 April 2021. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan mahasiswa/i yang berbilang bangsa di samping bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap mahasiswa/i agar lebih cinta akan negara. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai penghayatan dan membudayakan perpaduan dalam aspek kesenian dan kebudayaan mengenai seni hiburan yang ada di Malaysia yang berfokuskan pada perfileman dan pengucapan awam. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS dalam dan luar negara telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Saudara Carltacheus Edwin selaku Pengarah Program berkata, program ini merupakan platform yang terbaik dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan masyarakat sebagai satu mekanisme membina kesedaran sebagai warganegara Malaysia dengan menyemai semangat patriotisme dalam diri masing-masing tanpa menunggu tibanya bulan kemerdekaan yakni bulan Ogos. Tambahan pula, Puan Diana binti Jumadi selaku Penasihat Program berkata, interaksi (Engagement) dalam kalangan mahasiswa/i majmuk dapat meningkatkan nilai insaniah dalam diri setiap individu melalui perbincangan pendapat daripada pandangan yang berbeza mengenai erti perpaduan. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program Night of Integration (NEON) dapat melahirkan mahasiswa/i yang cakna akan isu-isu semasa berkaitan erti perpaduan dalam diri setiap individu yang berlaku sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. 151

NIGHT OF INTEGRATION (NEON) “UNITY OF A PLURAL SOCIETY ENCOURAGE THE UNITY OF THE NATION” 1 Mac - 4 April 2021 Dalam Talian Pemenang Pertandingan Pidato Perpaduan Pemenang Pertandingan Filem Pendek Patriotik Live update Live update Poster Pertandingan Poster Pertandingan 152

MEDIA ART FESTIVAL “Menelusuri kreativiti, bakat terpupuk” 20 Mac - 10 April 2021 Dalam Talian UPSI – Program Media Art Festival “Menelusuri kreativiti, bakat terpupuk” anjuran Exco Publisiti dan Informasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan bermula 20 Mac 2021 sehingga 10 April 2021 secara atas talian melalui medium Cisco Webex, Instagram dan Youtube. Festival yang bertemakan sains, teknologi dan inovasi ini menampilkan 10 variasi aktiviti iaitu tiga bengkel atas talian, enam pertandingan dan zumba kepada mahasiswa IPTA/S serta komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bengkel Liputan Media, Bengkel Vector Portrait, Bengkel Video, Pertandingan Tik Tok (Educational Content), Pertandingan Vector Portrait, Pertandingan Photo Manipulation, Pertandingan Selfie, Pertandingan Biar Video Berbicara (B-Roll) dan Zumba. Festival ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan media secara holistik dan kolektif yang dapat memudahkan pembelajaran menggunakan teknologi yang kian pesat ini serta mencungkil bakal peserta dalam idea dan kreativiti peserta melalui aktiviti yang dipertandingkan. Seramai 1,174 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/S serta komuniti setempat terlibat bagi memeriahkan aktiviti yang telah dijalankan. Saudari Nurul Athirah binti Abu Hassan selaku Pengarah Program berkata, program ini ditaja khas oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Keselamatan Negara, Yayasan Pendidikan Islam Segambut, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Kerian, Altera Resources dan Eastnet Resources serta mendapat sumbangan daripada komuniti setempat dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Kolaborasi bersama agensi luar banyak membantu kelancaran program yang dirancang bagi menerapkan penggunaan pelbagai medium teknologi bagi penghasilan karya yang berkualiti dan menarik dalam kalangan peserta. Beliau berkata lagi, Media Art Festival berjaya memenangi dua anugerah kepimpinan iaitu Anugerah Tokoh Pemimpin Program Media Kreatif di Anugerah Kolej-kolej Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris 2021 dan Anugerah Kepimpinan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (MPP/MMK) bagi Anugerah Ketrampilan Pelajar 2020 UPSI. Tambahan pula, Pn. Nur Azean binti Abd Rahim selaku Penasihat Program berkata, program ini berjaya mencapai objektif dan berharap agar program ini dapat diadakan pada masa akan datang supaya penguasaan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian serta semangat bersaing dalam pertukaran ilmu antara peserta. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ini diadakan adalah untuk membantu mahasiswa menambahkan ilmu pengetahuan dari segi penghasilan laporan atau dokumentasi untuk sesebuah karya penerbitan yang lebih bersistematik. 153

MEDIA ART FESTIVAL “Menelusuri kreativiti, bakat terpupuk” 20 Mac - 10 April 2021 Dalam Talian 154

MEDIA ART FESTIVAL “Menelusuri kreativiti, bakat terpupuk” 20 Mac - 10 April 2021 Dalam Talian 155

MEDIA ART FESTIVAL “Menelusuri kreativiti, bakat terpupuk” 20 Mac - 10 April 2021 Dalam Talian 156

MEDIA ART FESTIVAL “Menelusuri kreativiti, bakat terpupuk” 20 Mac - 10 April 2021 Dalam Talian Live update sepanjang program Media Art Festival 157

AERODANCE TO STAY FIT (AERA) 27 Mac 2021 Dalam Talian UPSI – Aerodance To Stay Fit (AERA) anjuran Exco Perpaduan dan Integrasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 27 Mac 2021 secara dalam talian melalui Facebook live dan bersemuka di Dewan Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Program ini bermula pada jam 9:00 malam sehingga 10:30 malam dan menampilkan Puan Marina binti Awang Ahmad selaku jurulatih jemputan untuk mengendalikan sesi senamrobik. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa/i UPSI yang berbilang bangsa. Tambahan, memastikan mahasiswa/i UPSI seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan sentiasa aktif dalam sukan. Seramai 451 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid dan mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyertai program ini secara bersemuka mahupun atas talian. Saudari Carltacheus Edwin selaku Pengarah Program berkata, sukan merupakan satu mekanisme yang boleh memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat ramai dan beliau telah memilih sukan senamrobik sebagai mediumnya kerana sukan ini amat relevan dengan garis masa sekarang. Tambahan pula, Puan Diana binti Jumadi selaku Penasihat Program berkata, melalui program ini, peribadi diri mahasiswa/i yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat diketengahkan bagi melahirkan individu yang holistic. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa penganjuran program berbentuk sukan ini dapat memastikan mahasiswa/i kekal aktif melalui riadah sekalgus memupuk minat untuk beriadah agar badan cergas otak cerdas. Puan Marina bersama kawan-kawannya sedang melakukan senamrobik sambil live-streaming di Facebook. 158

LADIES TALK (EMBRACE YOUR HEALTH) 28 Mac 2021 Dalam Talian UPSI – LADIES TALK, “EMBRACE YOUR HEALTH” anjuran Exco Blok Kediaman 2 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 28 Mac 2021 secara dalam talian melalui Cisco Webex. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang dan menampilkan seorang penceramah iaitu Puan Najwa Syahirah binti Safian yang merupakan seorang pegawai farmasi Hospital Tuanku Ja’far Seremban. Pengacara majlis bagi program ini ialah saudari Nurul Nadhirah binti Nor Hisyam, Exco Blok Kediaman 4, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrasih sidang 2020/2021. Program Ladies Talk ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kesihatan dalam kalangan mahasiswi tentang pentingnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran serta mewujudkan kepekaan dan tanggungjawab menjaga pengurusan emosi wanita. Ceramah kesihatan yang disampaikan adalah berkaitan dengan penjagaan kesihatan dalaman dan luaran wanita dan pengurusan emosi wanita. Seramai 414 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni wanita Kolej Harun Aminurrashid, mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPTA/IPTS dalam telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Saudari Norhafizah binti Abu Jahal selaku Pengarah Program berkata, program ini merupakan platform terbaik untuk mahasiswi khususnya wanita mendengar dan mempelajari tentang kesihatan dalaman dan luaran wanita yang sangat penting untuk dititikberatkan seperti masalah haid. Dengan program ini juga, mahasiswi boleh berkongsi dan mempelajari cara terbaik untuk mengurus emosi mereka. Tambahan pula, Puan Diana binti Jumadi selaku Penasihat Program berkata, program ini dilaksanakan bagi membantu para mahasiswi mengetahui masalah kesihatan tidak kira dalaman mahupun luaran yang mereka alami. Akhir sekali, Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ini dapat memberikan pendedahan kepada wanita khususnya tentang pentingnya menjaga kesihatan dan program seperti ini harus dilaksanakan bagi kaum lelaki pula, ujarnya. 159

GALLERY OF SPEAKERS “GRASP THE SUBJECT, THE WORDS WILL FOLLOW” 1 April 2021 Dalam Talian UPSI – Program Gallery Of Speaker, “Grasp The Subject, The Words Will Follow” anjuran Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 01 April 2021 sehingga 09 Mei 2021 secara dalam talian melalui platform Instagram Media KHAR. Pertandingan pengucapan awam ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang meluas mengenai teknologi robot dunia masa kini serta mengasah kemahiran melakukan penyelidikan berdasarkan sumber yang sahih dengan lebih cekap. Di samping itu, program ini juga diadakan bertujuan untuk memperkasakan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis dalam penyampaian idea dan pendapat serta bertujuan untuk mencungkil bakat dalam bidang pengucapan awam dalam diri mahasiswa dan mahasiswi. Seramai 33 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS dalam dan luar negara telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Poster Pemenang Pertandingan Gallery of Speakers 160

RAMAH MESRA FELO BERSAMA PENGHUNI SEMESTER 2 SESI 2020/2021 8 April 2021 Dewan Kolej Harun Aminurrashid UPSI UPSI – Program Ramah Mesra Felo Bersama Penghuni Semester 2 Sesi 2020/2021 diuruskan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 8 APRIL 2021 secara bersemuka di Dewan Kolej Harun Aminurrashid. Program ini berlangsung bermula dari jam 8.30 malam disertai seramai 46 orang penghuni kolej kediaman. Program ini berjalan dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Program ini bermula dengan ketibaan para penghuni dan felo blok kediaman diteruskan dengan sesi tayangan video korporat kolej serta memperkenalkan barisan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) dan ahli jawatankuasa (AJK) blok kediaman bagi setiap blok. Program ini turut mengadakan sesi taklimat peraturan kolej dan sesi soal jawab daripada kalangan penghuni terhadap prosedur dan pengurusan kolej. Menurut pengarah program jalinan mesra ini, Muhammad Hazim Bin Mohd Ghazali berkata program yang dijalankan ini memberi banyak manfaat kepada pihak pentadbiran kolej sendiri dan juga para penghuni dapat mengeratkan jalinan mesra antara pentadbiran kolej dengan penghuni. Tambahnya lagi, beliau berharap agar para penghuni dapat mengambil input hasil daripada tayangan video korporat yang menjelaskan tentang kemudahan yang terdapat di kolej dan maklumat penting untuk dijadikan rujukan oleh penghuni pada masa hadapan. Dr. Che Anuar bin Che Abdullah selaku Pengetua Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa program ramah mesra felo bersama ini merupakan salah satu program wajib kolej kepada para penghuni yang menduduki di Kolej Harun Aminurrashid bagi tujuan membantu serta cakna dalam menguruskan hal ehwal penguni. Perkara ini jelas dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara Ahli Jawatankuasa Pelaksana bersama pelajar (penghuni) yang akan menetap di kolej sepanjang satu semester. 161

RAMAH MESRA FELO BERSAMA PENGHUNI SEMESTER 2 SESI 2020/2021 8 April 2021 Dewan Kolej Harun Aminurrashid UPSI Semakan suhu badan sebelum masuk ke Proses Pendaftaran Penghuni dalam dewan Ketibaan Felo Blok Kediaman Sesi Taklimat oleh Wakil MMK 162

BENGKEL PENULISAN TESIS 10 April 2021 Dalam Talian UPSI – BENGKEL PENULISAN TESIS, anjuran Exco Blok Kediaman 2 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 10 April 2021 secara dalam talian melalui Cisco Webex. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan menampilkan seorang penceramah hebat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr. Othman Talib. Pengacara majlis bagi program ini ialah saudara Carltacheus Edwin, Exco Perpaduan dan Integrasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrasih sidang 2020/2021. Program ini bertujuan untuk membantu mahasiswa/I dalam memahami format penulisan tesis serta mewujudkan mahasiswa/I yang berpengetahuan dalam menghasilkan tesis yang betul. Seramai 124 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasisiwa/I Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPTA/IPTS dalam telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 163

LEARN EXCEL Dalam Talian 11 April 2021 UPSI – Learn Excel anjuran bersama Exco Kebajikan dan Perkhidmatan dan Exco Latihan Pembangunan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 11 April 2021 secara dalam talian melalui Cisco Webex. Program ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari dan menampilkan seorang penceramah iaitu En. Muhamad Mursyid bin Zulkifli yang merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling, Univesiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai fungsi utama program Microsoft Excel dan memberi kemahiran kepada mahasiswa/i mengunakan Microsoft Excel. Seramai 117 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pelajar IPTA/IPTS telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 164

IHYA’ RAMADHAN 13 April 2021 Dalam Talian UPSI – Ihya’ Ramadhan anjuran Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 13 April sehingga 13 Mei 2021 secara dalam talian. Program Ihya’ Ramadhan ini merupakan dua gabungan program iaitu Bicara Santai Ramadhan dan Ramadhan Reminder. Bicara Santai Ramadhan telah berlangsung pada 25 April 2021 menggunakan medium Google Meet dan Youtube Live. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12 tengahari dan menampilkan dua orang panel jemputan iaitu Dr Norhisham bin Muhamad selaku Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Muhammad Luqman bin Abdullah Sukari selaku mantan Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Pendidikan Islam sidang 2019/2020 Universiti Pendidikan Sultan Idris manakala moderator bagi program ini ialah Muhammad Hafiz bin Mohamed Din sebagai Penyelaras Kohort 2 Kelab Sahabat Ulul Albab sidang 2020/2021 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai hampir 400 orang pelajar yang terdiri daripada penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris serta mahasiswa mahasiswi IPTA dan IPTS luar telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 165

IHYA’ RAMADHAN 13 April 2021 Dalam Talian Live Update Program 166

MOTION TOWARDS GREEN CAMPUS 22 April 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI & Dalam Talian UPSI – Program Motion Towards Green Campus anjuran Exco Penginapan dan Kemasyarakatan Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 22 April 2021 sehingga 6 Mei 2021 secara dalam talian melalui Instagram dan bersemuka di sekitar kawasan kolej. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi penekanan terhadap aspek kebersihan alam sekitar kepada diri penghuni dan memberi peluang kepada penghuni untuk menerokai dan memberi kesedaran terhadap rakan- rakan mereka tentang cara menjaga alam sekitar. Seramai 47 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Poster Pertandingan Penulisan Cerpen dan Poster Green Campus Awareness Challenge 167

LESS IS MORE (LESS WEIGHT AND MORE HEALTH) 22 April 2021 Dalam Talian UPSI – LESS IS MORE, “LESS WEIGHT AND MORE HEALTH” anjuran exco sukan dan rekreasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 24 April 2021 secara dalam talian melalui google meet dan facebook live. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang dan menampilkan 2 orang penceramah iaitu penceramah pertama ialah Puan Noor Hamidah binti Mohd Haimi, Penolong Pendaftar KAnan Unit Perumahan, BHEPA Universiti Pendidikan Sultan Idris dan penceramah kedua adalah Prof. Madya Dr. Normah binti Jusoh, Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Moderator bagi program ini ialah saudara Carltacheus Edwin dari Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrasih sidang 2020/2021. Program ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan semangat kepada mahasiswa/i untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat, membuka minda mahasiswa/i yang mempunyai masalah berat badan dan membantu dalam member kesedaran kepada masyarakat luar dalam menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat. Seramai 478 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS dalam dan luar negara telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Live Update Program 168

SEMURNI KASIH RAMADAN (SEKASIH) (“Raih Barakah-Nya, Kejar Pahala-Nya”) 24 April 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – SEMURNI KASIH RAMADAN (SEKASIH), “Raih Barakah-Nya, Kejar Pahala-nya” anjuran Exco Blok Kediaman, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 24 April 2021 secara bersemuka di sekitar Kolej Harun Aminurrashid. Program ini bermula pada jam 4.00 petang sehingga 6.30 petang dan menampilkan 36 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminnurashid sidang 2020/2021. Program ini bertujuan untuk menjaga kebajikan penghuni Kolej Harun Aminuurashid, menyemarakkan cinta akan ilahi dengan melakukan amalan bersedekah di bulan Ramadan dan seterusnya, mengeratkan hubungan silaturrahim antara Majlis Mahasiswa Kolej dan penghuni Kolej Harun Aminurrashid. Seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Sesi bergambar pada pengakhiran program 169

NOSTALGIA RAYA (“Menggamit Memori, Mengimbau Kenangan”) 22 Mei 2021 Dalam Talian UPSI – Nostalgia Raya, “menggamit memori, mengimbau kenangan” anjuran Exco Blok Kediaman 1, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada selama 2 minggu iaitu bermula daripada 8 sehingga 22 Mei 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Instagram. Pertandingan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana hari raya yang bertemakan klasik walaupun diadakan secara atas talian, meningkatkan kreativiti dan inovasi serta daya pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa/i dan seterusnya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid serta mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 170

NOSTALGIA RAYA (“Menggamit Memori, Mengimbau Kenangan”) 22 Mei 2021 Dalam Talian 171

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KHAR 30 Mei 2021 Dalam Talian UPSI – Pertandingan Mencipta Logo KHAR anjuran Exco Publisiti dan Informasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2020/2021 telah diadakan pada 7 Mei 2021 sehingga 30 Mei 2021 secara dalam talian melalui medium Google Mail (G-Mail). Pertandingan ini bertujuan untuk menggantikan logo Kolej Harun Aminurrashid yang sedia ada kepada logo yang baharu mengikut terma dan syarat dengan persetujuan pihak kolej dan pentadbiran sekaligus memperbaharui paparan media sosial serta urusan rasmi kolej dengan menggunakan logo baharu tersebut. Dalam pada itu, pertandingan ini juga sedikit sebanyak berjaya mengetengahkan bakat-bakat yang ada pada peserta dalam bidang seni visual dan digital terutama dalam bidang vector graphic. Hasil daripada pertandingan ini, seramai 78 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS seluruh Malaysia telah terlibat secara langsung dalam pertandingan ini. Hasil daripada penjurian, Tempat Pertama bagi pertandingan ini adalah saudara Muhammad Taufiq bin Noor Salleh daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. 172

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KHAR 30 Mei 2021 Dalam Talian Gambar pemenang pertandingan mencipta logo KHAR 173

MENTAL HEALTH AWARENESS DAY 2.0 “YOU ARE NOT ALONE” 30 Mei 2021 Dalam Talian UPSI – Mental Health Awareness Day 2.0 “You Are Not Alone” anjuran Exco Kebajikan dan Perkhidmatan, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 30 Mei 2021 secara dalam talian melalui YouTube Live media KHAR. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang dan menampilkan berapa orang panel yang terlibat dalam program iaitu Dr. Che Anuar bin Che Abdullah yang merupakan seorang Pensyarah Falkulti Jabatan Psikologi dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Manakala, panel kedua Dr. Hapsah binti Md Yusof, juga merupakan pensyarah di Falkulti Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Panel yang ketiga ialah Puan Rosdiana binti Shahrum merupakan seorang pensyarah Kaunseling Islami di Universiti Sultan Azlan Shah. Moderator bagi program ini ialah saudari Siti Nur binti Halim yang merupakan Exco Penginapan dan Kemasyarakatan, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid 2020/2021 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan mental. Selain itu, mengubah stigma negatif dalam kalangan masyarakat terhadap pesakit yang menghidapi penyakit mental dan mengetahui klasifikasi, simptom-simptom, etiologi dan kaedah serta pelan rawatan untuk masalah kesihatan mental supaya dapat dibendung. Seramai 520 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris serta IPTA/IPTS telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 174

MENTAL HEALTH AWARENESS DAY 2.0 “YOU ARE NOT ALONE” 30 Mei 2021 Dalam Talian Live update semasa program Mental Health 175

KEMASUKAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2021/2022 16 Oktober 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – Program Kemasukan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2021/2022 diuruskan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan selama empat (4) hari iaitu pada 16 Oktober 2021 sehingga 19 Oktober 2021 secara bersemuka di sekitar Kolej Harun Aminurrashid. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu Sesi 1: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan Sesi 2: 8.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Sesi 1 dikhaskan kepada pelajar semenanjung yang membuat pendaftaran di Dewan Tuanku Canselor (DTC) manakala bagi Sesi 2 dikhaskan kepada pelajar Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk membuat pendaftaran di Dewan Harun Aminurrashid sebagai pusat saliva test Covid-19. Pentadbiran Kolej, Majlis Mahasiswa Kolej beserta Ahli Jawatankuasa Blok-blok Kediaman sebagai penggerak utama bagi melancarkan lagi proses kemasukan pelajar ke setiap blok. Aktiviti ini berjalan dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. 176

QYURA SALES OF HARUN QYURA SALES OF HARUN AMINURRASHID 2021 (KAMI BERKHIDMAT UNTUK ANDA) 16-18 Oktober 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI 177

KEMASUKAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2021/2022 16 Oktober 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – Program Kemasukan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2021/2022 diuruskan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan selama empat (4) hari iaitu pada 16 Oktober 2021 sehingga 19 Oktober 2021 secara bersemuka di sekitar Kolej Harun Aminurrashid. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu Sesi 1: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan Sesi 2: 8.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Sesi 1 dikhaskan kepada pelajar semenanjung yang membuat pendaftaran di Dewan Tuanku Canselor (DTC) manakala bagi Sesi 2 dikhaskan kepada pelajar Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk membuat pendaftaran di Dewan Harun Aminurrashid sebagai pusat saliva test Covid-19. Pentadbiran Kolej, Majlis Mahasiswa Kolej beserta Ahli Jawatankuasa Blok-blok Kediaman sebagai penggerak utama bagi melancarkan lagi proses kemasukan pelajar ke setiap blok. Aktiviti ini berjalan dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. 178

LADIES FIQH (JOM KENALI DARAH ANDA) 23 - 24 Oktober 2021 Padang Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI UPSI – JALINAN UKHWAH :KHAR DI HATIKU anjuran EXCO BLOK KEDIAMAN 2 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 23&24 Oktober 2021 secara bersemuka di Padang Kolej Harun Aminurrashid dan KHAR Central. Program ini bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Program ini bertujuan untuk membina ukhwah yang lebih baik antara penghuni Kolej Harun Aminurrashid dan barisan felo supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan penghuni, menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid serta menyemai semangat bekerjasama apabila bergerak dalam kumpulan tanpa ada jurang antara semua golongan.. Seramai 165 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 179

BICARA MAULID KELAHIRAN KEKASIH TERAGUNG 24 Oktober 2021 Dalam Talian UPSI – Program Bicara Maulid : Kelahiran Kekasih Teragung anjuran Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 24 Oktober 2021 secara dalam talian melalui Google Meet dan Youtube Live MediaKHAR. Program ini bermula pada jam 8:45 malam sehingga 10:00 malam dan menampilkan satu orang panel yang merupakan Pensyarah Bahasa Arab, Al-Quran, Tahfiz, Al-Quran dan Arabic Art iaitu En. Mohd Fauzi Bin Ariffin dari Pusat Bahasa dan Pengajian Umum di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Moderator bagi program ini ialah saudari Nurain binti Ariffin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan pengajaran di dalam diri mahasiswa/i tentang peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menggalakkan mahasiswa/i mengamalkan amalan-amalan sunat dalam kehidupan seharian serta memiliki sahsiah yang tinggi. Selain itu, program ini juga dapat menyemai akhlak-akhlak mulia dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan yang baik. Seramai 1272 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 180

INTRODUCTION TO KOLEJ HARUN AMNURRASHID (INI KHAR) 25 - 27 Oktober 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI UPSI – Introduction to Kolej Harun Aminurrashid (INI KHAR) anjuran Yang Di-Pertua Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2021 secara bersemuka di Dewan Kolej Harun Aminurrashid. Program ini bermula pada jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam dan menampilkan Felo-felo Blok Kediaman untuk menerangkan peraturan- peraturan kolej kediaman. Program ini bertujuan untuk meraikan kehadiran penghuni baharu ke Kolej Harun Aminurrashid bagi sesi 2021/2022, memupuk semangat kekeluargaan dan patuh kepada peraturan kolej dalam diri para penghuni baharu serta memperkenalkan barisan pentadbiran kolej, barisan felo, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid serta Ahli Jawatankuasa Blok Kediaman sidang 2021/2022. Seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 181

HEALTHY EATING ACTIVE LIFESTYLES TOGETHER HELPING YOUTH (One Step Towards Healthy Lifestyles) 13 Nov - 12 Dis 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI & Dalam Talian UPSI – Program Healthy Eating Active Lifestyles Helping Youth, “One Step Towards Healthy Lifestyles” anjuran Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 13 November 2021 sehingga 12 Disember 2021 secara dalam talian melalui medium Youtube Live MediaKHAR bagi aktiviti Zumba:Movin’ For Charity dan bersemuka bagi aktiviti-aktiviti seperti Let’s Explorace, The Green Walk dan 3 on 3: Netball & Street Soccer. Program Healthy Eating Active Lifestyles Together Helping Youth ini merupakan program berunsurkan kempen yang mempromosikan aktiviti-aktiviti kesihatan. Program ini bertujuan untuk mendorong mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris dan penghuni Kolej Harun Aminurrashid secara amnya untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga kesihatan melalui senaman dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, mendorong pelajar dan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menjadi kreatif dan bersemangat dalam bekerja sebagai satu kumpulan untuk meraih dana bagi tujuan amal. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat menjadi wadah dalam usaha meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Seramai 149 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 182

HEALTHY EATING ACTIVE LIFESTYLES TOGETHER HELPING YOUTH (One Step Towards Healthy Lifestyles) 13 Nov - 12 Dis 2021 Kolej Harun Aminurrashid, UPSI & Dalam Talian 183

MASCULINE TALK “THE GREATEST WEALTH IS HEALTH” 19 November 2021 Dalam Talian 184 UPSI – Program Masculine Talk, “The Greatest Wealth is Health” anjuran Exco Blok Kediaman 6 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 19 November 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Webinar ini bermula pada jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan luaran dan dalaman lelaki dan membantu mahasiswa menganalisis permasalahan kesihatan yang berlaku di dalam diri. Seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini.

DISKUSI INTELEK: MENYELONGKAR ERTI PERPADUAN DALAM KEPIMPINAN 20 November 2021 Dalam Talian UPSI – Program Diskusi Intelek: Menyelongkar Erti Perpaduan dalam Kepimpinan anjuran Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 20 November 2021 secara dalam talian melalui Google Meet dan Youtube Live MediaKHAR. Program ini bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan menampilkan empat orang ahli panel iaitu Saudari Siti Norfarhira binti Norhisham merupakan Mantan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Saudara Muhammad A’Linur Ahlam bin Abu Bakar merupakan Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia, Saudara Muhammad Faris bin Abdul Hadi merupakan Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Saudara Aliff Aiman bin Rusli merupakan Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Moderator bagi program ini ialah Saudari Nurain binti Ariffin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan belia untuk berdiskusi secara kritis mengenai elemen perpaduan yang menjadi tonggak utama dalam keberkesanan sesebuah badan organisasi. Selain itu, program ini juga dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepentingan dalam menghayati elemen perpaduan dalam bidang kepimpinan. Seramai 1768 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS dalam negara telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 185

PRELOVED IS RELOVED (JADIKAN BARANG TERPAKAI PILIHAN PERTAMA ANDA) 21 November 2021 Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI 186

PRELOVED IS RELOVED (JADIKAN BARANG TERPAKAI PILIHAN PERTAMA ANDA) 21 November 2021 Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI 187

CRACK THE GAMES DOWN “ ANGGUN’S STAND TOGETHER” 27 November 2021 Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI UPSI – Crack The Games Down, “Anggun’s Stand Together” anjuran Exco Blok Kediaman 1 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 27 November 2021 secara bersemuka di Kolej Harun Aminurrashid Central. Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara Penghuni Blok Kediaman 1 melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu, menerusi penganjuran program ini dapat memupuk semangat kerjasama, toleransi dan perpaduan penghuni melalui penglibatan dalam aktiviti yang disertai. Seterusnya, program ini memberi peluang kepada para penghuni untuk mengurangkan tekanan mereka dengan menyertai aktiviti yang dijalankan di samping menjaga tahap kesihatan mental yang baik. Seramai 21 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Blok Kediaman 1, Kolej Harun Aminurrashid, telah terlibat sebagai peserta untuk program ini. 188

END OF THE MONTH WITH KNOWLEDGE : ADAB MAHASISWA DAN KEPIMPINAN ORGANISASI 28 November 2021 Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI UPSI – Program End Of The Month With Knowledge : Adab Mahasiswa dan Kepimpinan Organisasi anjuran Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 28 November 2021 secara hibrid iaitu bertempat di Kolej Harun Aminurrashid dan melalui medium Youtube Live MediaKHAR. Program ini bermula pada jam 8:30 malam sehingga 10:30 malam dan menampilkan satu orang panel yang merupakan pemenang Tokoh Anugerah Siswa 2020 di Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Encik Mohd Aliff Ikmal Bin Mohd Anuar. Moderator bagi program ini ialah saudari Nurain binti Ariffin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk memberi pengisian dan perkongsian kepada mahasiswa/i untuk memantapkan adab serta membangunkan sahasiah jati diri mereka. Program ini juga adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan nilai-nilai adab untuk menjadi pemimpin yang unggul dan cemerlang. Selain itu, program ini bertujuan untuk membina keyakinan diri apabila berkomunikasi dalam khalayak ramai dan membentuk jati diri kepimpinan sebuah organisasi. Seramai 1071 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 189

Webinar: celebrating unity, Empowering cultural diversity 4 Disember 2021 Dalam Talian UPSI – Program Webinar: Celebrating Unity, Empowering Cultural Diversity anjuran Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 4 Disember 2021 secara dalam talian melalui Google Meet dan Youtube Live MediaKHAR. Program ini bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan menampilkan lima orang panel dari empat buah negara, iaitu Saudara Iman bin Azhar dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Saudari Nurul Farhana binti Aini dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Saudari Safwa Kamila dari Politeknik Aceh Selatan, Indonesia, Saudara Muhammad Khairin Izzan bin Haji Bolhassan dari Universiti Brunei Darussalam serta Saudara Emmanuel Mirus S. Ponon dari Universiti De La Salle. Moderator bagi program ini ialah Saudara Carltacheus Edwin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai kepelbagaian warisan dan budaya yang dikongsi bersama dengan empat negara yang terlibat. Selain itu, program ini juga dapat memupuk semangat toleransi dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi melalui perkongsian budaya. Seramai 846 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS dalam dan luar negara telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini 190

LADIES FIQH “JOM KENALI DARAH ANDA” 5 Disember 2021 Dalam Talian UPSI – Program Ladies Fiqh: Jom Kenali Darah Anda anjuran Exco Blok Kediaman 2 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 05 Disember 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex. Ceramah ini bermula pada jam 8:30 malam sehingga 11:00 malam. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswi tentang kepentingan mengenali jenis darah wanita, membuka ruang kepada mahasiswi untuk mendapatkan penjelasan mengenai Fiqh wanita dan membentuk mahasiswi menjadi individu berpengetahuan kesihatan dalaman wanita dari segi haid, nifas dan istihadhah. Seramai 230 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS telah terlibat sebagai peserta untuk ceramah kali ini. 191

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN AL-KAHFI 9 Disember 2021 Kolej Harun Aminurrasyid, UPSI UPSI – Program Bacaan Yassin Dan Al-Kahfi anjuran Exco Blok Kediaman 4 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 9 Disember 2021 secara bersemuka di Bilik Rehat Blok 4. Program ini bermula pada jam 7.15 malam hingga 8.10 malam. Program ini bertujuan memberi motivasi dan kesedaran terhadap kepentingan bermunajat kepada Allah, menggalakkan penghuni Kolej Harun Aminurrashid yang beragama Islam serta meluangkan masa untuk bertafakur kepada Allah walaupun dengan kesibukan pelajaran. Seramai 11 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Blok 4 Kolej Harun Aminurrashid yang terlibat untuk program kali ini. 192


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook