TEKANAN: JIWA DAN MENTAL “HARGAI DIRI BUKAN MENGHUKUM” 18 Disember 2021 Dalam Talian UPSI – Program Tekanan: Jiwa dan Mental, “Hargai Diri Bukan Menghukum” anjuran Exco Kebajikan dan Kesukarelawanan Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 18 Disember 2021 secara dalam talian menggunakan YouTube live MediaKHAR. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang dan panel jemputan bagi program ini ialah, Dr. Nurul Nadia binti Ismail, beliau merupakan Pakar dan ketua Jabatan Psikiatri Hospital Kulim, Kedah. Manakala, panel kedua En. Mohd Zaidi bin Awang Kechik merupakan seorang Penolong Pengarah Kanan Bahagian Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang. Moderator bagi program ini ialah saudari Nurain Binti Ariffin, Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2021/2022, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini diadakan untuk melancarkan program yang berteraskan kesihatan baik dan kesejahteraan bagi memastikan kesejahteraan setiap individu sejajar dengan matlamat SDG’s, memecahkan stigma negatif dalam kalangan masyarakat terhadap simptom-simptom tekanan yang boleh dikawal dengan baik dan mewujudkan kesefahaman dan suasana positif dalam diri individu terutamanya dalam aspek layanan dan pergaulan. Seramai 330 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS dalam dan luar negara telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 193
WOMEN TALK: WOMEN HEALTH (CANCER AWARENESS) “Empowering Women with Breast Cancer Awareness” 21 Disember 2021 Dalam Talian UPSI – Women Talk: Women Health (Cancer Awareness), “Empowering Women with Breast Cancer Awareness”) anjuran Exco Blok Kediaman 1 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2021/2022 telah diadakan pada 21 Disember 2021 secara dalam talian melalui YouTube Live MediaKHAR. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dan menampilkan dua orang penceramah iaitu Dr. Noor Safina binti Ahmad Noor yang merupakan Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Cik Norzulaikha binti Zakaria yang merupakan Jurutera Rekaan Elektronik merangkap pejuang kanser tahap 4. Moderator bagi program ini ialah saudari Siti Solehah binti Zainal dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan menyandang portfolio sebagai Ahli Jawatankuasa Blok Kediaman 2, Kolej Harun Aminurrashid. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan tentang bahaya kanser payudara yang sering menyerang wanita tanpa megenal usia. Selain itu, program ini juga mendedahkan tanda-tanda awal, gejala dan faktor risiko kanser payudara di samping memberi motivasi dan semangat penghidap kanser payudara yang sedang menjalankan rawatan untuk terus berjuang menerusi perkongsian daripada pejuang kanser itu sendiri. Seramai 216 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid, mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Pendidikan Sultan Idris, IPTA/IPTS telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. 194
1
2
ARTE MOSAICS (Cross Culture Malaysia - Indonesia) 20 Mac 2021 Bilik Seminar Rafflesia, Bangunan Pusat Pelajar Program Arte Mosaics telah dianjurkan pada 20 Mac 2021 oleh Exco Kesenian dan Kebudayaan Kolej Awang Had Salleh (KAHS) Sidang 2020/2021 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Bilik Seminar Rafflesia, Bangunan Pusat Pelajar. Program ini merupakan bengkel tari yang telah dijalankan secara atas talian melalui medium aplikasi Zoom dengan jalinan kerjasama Universitas Negeri Padang, Indonesia. Program ini memfokuskan gerak tari asli Indonesia yang dibawa khas dari negeri Padang, Indonesia. Bengkel ini juga telah mendedahkan kemahiran, teknik asas tarian dan juga dapat mengasah bakat Nusantara khususnya Tarian Tudung Saji kepada mahasiswa/i UPSI serta penghuni KAHS. Antara peserta program ini adalah penghuni KAHS, UPSI, mahasiswa/i UPSI, mahasiswa/i Universitas Negeri Padang, Indonesia, mahasiswa/i IPTA dan IPTS serta orang awam 10 tahun ke atas. Program Arte Mosaics telah memberi impak yang positif terhadap penghuni KAHS dalam mempelajari tarian baru khususnya Tarian Tudung Saji. 197
ARTE MOSAICS (Cross Culture Malaysia - Indonesia) 20 Mac 2021 Bilik Seminar Rafflesia, Bangunan Pusat Pelajar 198
SUSTAINABILITY STUDENT SYMPOSIUM (SUSTASIUM) “Be The Change You Wish To See In The World” 27 Mac 2021 Atas Talian Sustainability Student Symposium (SUSTASIUM) “Be The Change You Wish To See In The World” telah dianjurkan pada 27 Mac 2021 oleh Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Awang Had Salleh (KAHS) Sidang 2020/2021 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara dalam talian secara siaran langsung melalui Facebook. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang dan ruang yang terbuka kepada mahasiswa/i untuk berkumpul dari pelbagai kolej dan universiti dalam atau luar negara untuk belajar serta berkongsi inspirasi antara satu sama lain semasa persidangan berlangsung. Program ini juga bertujuan untuk mengekalkan kelestarian mahasiswa sebagai tonggak kepimpinan negara pada masa akan hadapan. Jumlah anggaran peserta adalah 1000 orang yang terdiri daripada Penghuni KAHS UPSI, Mahasiswa/wi UPSI dan Mahasiswa/i Universiti Awam dan Antarabangsa Program ini bukan sahaja bermanfaat kepada ahli jawatankuasa pelaksana program, bahkan memberi peluang kepada mahasiswa/i bagi mempertingkat pengetahuan mereka terhadap perkembangan semasa. Program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa/i bahawa mereka perlu mengambil tahu tentang isu-isu semasa yang sedang melanda negara serta mereka juga perlu memberikan pandangan yang positif supaya kita dapat membina pelapis negara yang lebih berkembang. 199
SUSTAINABILITY STUDENT SYMPOSIUM (SUSTASIUM) “Be The Change You Wish To See In The World” 27 Mac 2021 Atas Talian Persiapan Tempat Siaran Penyampaian dari wakil UPSI 200
1
2
INTERNATIONAL TALK “PERSPECTIVE ON THE FUTURE SILAT” WITH MOHD AL-JUFFERI BIN JAMARI 22 Ogos 2021 Dalam Talian UPSI, Tanjung Malim - Pada 22 Ogos 2021 yang lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (MMK KAB) dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia dan Persekutuan Silat Melayu Netherland telah menganjurkan program International Talk “Perspective on The Future of Silat” With Mohd Al-Jufferi Bin Jamari s.a.p Country Icon. Program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan amalan budaya sukan dalam kalangan mahasiswa/i UPSI dan mewujudkan sifat kecenderungan melalui minat dan juga bakat mahasiswa/i dalam aktiviti sukan pada musim Covid-19. Program International Talk “Perspective on The Future of Silat” With Mohd Al-Jufferi Bin Jamari s.a.p Country Icon ini diadakan melalui medium Google Meet dan Facebook Live KAB yang dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat dari PESAKA, Petubuhan Seni Silat Cekak Harimau Malaysia dan Persekutuan Silat Melayu Netherland. Progrm ini juga turut disertai oleh mahasiswa/i, orang awam dan peminat sukan silat. 203
NATIONAL MOTIVATIONAL TALK: ZERO TO HERO 12 September 2021 Dalam Talian UPSI, Tanjung Malim- Pada 12 September 2021 yang lalu, Majlis Mahasiswa KolejAminuddin Baki (MMK KAB) telah menganjurkan program National Motivational Talk: Zeroto Hero dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Gombak. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada mahasiswa/i dan pelajar sekolah. Ia juga dapat memberi pendedahanilmu secara meluas dan umum kepada mahasiswa/i serta masyarakat terutama pelajar sekolah. Program National Motivational Talk: Zero to Hero diadakan di atas talian iaitu di platform Google Meet dan juga Facebook Live di Facebook rasmi Kolej Aminuddin Baki yang dihadiri oleh barisan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki. Program ini juga dihadiri oleh wakil SMK Gombak Setia dan beberapa pelajar SMK Gombak Setia. Panel bagi program ini ialah seorang alumni Sekolah Henry Gurney iaitu Encik Izzad Daniel. 204
INTERNATIONAL WEBINER INDONESIAN TRADITIONAL DANCE BY DRA. NEROSTI. M. HUM. PHD 18 September 2021 Dalam Talian 205
WEBINAR MEMPERKASA JATI DIRI MAHASISWA 10 Oktober 2021 Dalam Talian Pada 10 Oktober 2021 telah berlangsungnya slot yang kedua. Webinar dihadiri oleh 3 ahli panel. Panel yang pertama ialah LT KOL Hj Mohamad Ali Roshidi Bin Ahmad yang merupakan pensyarah kanan FPE/ Timbalan Komandan PALAPES. Panel keedua ialah Nur Fatin Binti Abdul Rahman yang merupakan pelajar kelas pertama ISMP Ijazah Kesusasteraan Melayu dan merupakan wakil UPSI dalam bakat siswa anjuran DBP. Panel yang ketiga merupakan MEJAR Mohd Rafizu Bin Muda yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kementerian Dalam Negeri. Bagi slot kedua, panel lebih menekankan terhadap badan unit uniform terutamanya PALAPES. Keberanian dalam menceburi sesuatuyangbaruditekankanolehPuanNurFatin.Beliaujugamenekankan pembentukan jati diri dalam badan unit uniform banyak membantu beliau untuk menghadapi zaman yang mencabar pada masa kini. Tuan Hj Mohamad Ali banyak berongsi berkenaan pangkat dan Latihan yang dijalankan oleh PALAPES. Ahli panel juga berkongsi pengalaman kepada peserta program berkenaan badan unit uniform serta penekanan terhadap sikap, kemahiran, pengetahuan, ketahanan mental dan disiplin. Diharapkan webinar ini dapat meberi pendedahan yang maksimum tentang jati diri dan kepentingan asas pertahanan diri di kalangan mahasiswa/i UPSI dan peserta program. Semoga juga program ini memberi impak yang positif kepada seluruh peserta yang menyertai program ini. 206
KUIZ DAN CERAMAH SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1443H 17 - 19 Oktober 2021 Dalam Talian UPSI, Tanjung Malim- Pada 17 hingga 19 Oktober 2021 yang lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (MMK KAB) telah menganjurkan program Sambutan Maulidurrasul 1443H. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat berkenaan sirah nabi kita, Muhammad SAW bersempena dengan Hari Kelahiran Baginda Rasul. Sambutan Maulidurrasul diadakan selama dua hari. Pada 17 Oktober telah berlangsungnya kuiz atas talian manakala pada 19 Oktober, telah berlansung Ceramah Sambutan Maulidurrasul yang diadakan di platform Google Meet dan juga Facebook Live di facebook rasmi Kolej Aminuddin Baki. Ia dihadiri oleh barisan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki. Panel jemputan merupakan salah seorang figura iaitu Pencetus Ummah Azraie. Diharapkan Sambutan Maulidurrasul 1443H ini dapat membina jalinan ukhwah sesama Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki serta dapat memudahkan urusan dalam proses membentuk sesebuah organisasi dan merancang program-program serta cara pengurusannya agar berjalan dengan lancar. Semoga juga, ia dapat menyuntik rasa cinta terhadap Nabi Muhammad dalam diri. Besar harapan agar perkara-perkara yang dikongsikan dapat kita jadikan atau amalkan dalam setiap program yang dianjurkan di kolej-kolej kediaman UPSI. 207
GOTONG ROYONG MUAFAKAT PENGHUNI 23 Oktober 2021 Dalam Talian Program Muafakat Penghuni adalah satu program gotong royong bulanan yang merupakan inisiatif daripada ahli jawatankuasa blok-blok Kolej Aminuddin Baki (KAB) bagi tahun 2021. Program ini menjadi satu program yang penting untuk setiap semester bagi menceriakan semula persekitaran kawasan KAB agar menjadi lebih selesa dan selamat daripada segala jangkitan dan kerosakan. Program ini diadakan sebanyak dua kali dalam satu semester. Hal ini dilakukan supaya kawasan Kolej Aminuddin Baki sentiasa bersih dan penghuni selesa menginap di KAB. Program Muafakat Penghuni bertujuan untuk mengindahkan lagi kawasan persekitaran blok-blok kediaman serta kawasan sekitar KAB di samping menghapuskan pusat pembiakan aedes di persekitaran KAB. Program ini dirancang agar dapat memenuhi keperluan penghuni untuk mewujudkan persekitaran blok yang ceria di samping mempunyai kemudahan yang selesa untuk dinikmati. Selain itu, dengan adanya program ini maka setiap bilik bacaan yang diberi nafas baharu dapat digunakan sebaiknya oleh penghuni sama ada sebagai pusat pembelajaran secara berkelompok, bermesyuarat, atau apa sahaja yang bersesuaian. 208
WEBINAR KEBANGSAAN SENI SILAT MELAYU. 30 Oktober 2021 Dalam Talian Program Webinar Kebangsaan seni silat Melayu ini mempunyai beberapa objektif antaranya ialah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai seni silat di tanah melayu. Selain itu, memberi ilmu kepada para penghuni KAB mengenai seni silat. Seterusnya, menggalakan penglibatan penghuni KAB dalam program yang dianjurkan. Program Webinar Kebangsaan seni silat Melayu ini secara keseluruhannya telah dijalankan secara atas talian. Hal ini dikatakan demikian kerana panel yang dijemput adalah secara atas talian iaitu melalui medium google meet dan tidak dijalankan secara atas talian. Akhir Sekali, diharapkan program ini memberi manfaat kepada para peserta serta memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan seni silat yang ada di tanah melayu pada hari ini. Tambahan pula, felo penasihat iaitu Datin Wan Nurul Hidayu Binti Wan Abdul Razak juga menyokong dan menyarankan agar program-program seperti ini diteruskan dan ditambah baik pada masa-masa akan datang supaya mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapat manfaat daripadanya. Diharapkan program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. 209
PROGRAM BICARA SANTAI : TAMPIL BAKATMU. 12 Disember 2021 Dalam Talian (MMK KAB) telah menjalankan sebuah program iaitu Tampil Bakatmu. Program Bicara Santai : Tampil Bakatmu ini mempunyai beberapa objektif antaranya Menerapkan amalan budaya tampilkan bakat dalam kalangan penghuni KAB, mahasiswa dan mahasiswi universiti awam dan swasta. Selain itu, mewujudkan sifat kecenderungan melalui minat dan juga bakat mahasiswa/i dalam menjadi pengacara majlis walaupun dalam keadaan Covid-19 yang melanda. Seterusnya, melahirkan mahasiswa/I yang cerdas mental dan fizikal serta keyakinan yang luar biasa dalam kemahiran berkomunikasi. Program Bicara Santai : Tampil Bakatmu secara keseluruhannya telah dijalankan secara atas talian. Hal ini dikatakan demikian kerana, memandangkan kita masih lagi menepuh wabak covid-19 maka webinar program ini dijalankan menggunakan platform google meet dan Facebook Live Kolej Aminuddin Baki. Webinar ini telah menerima jemputan 2 panel hebat iaitu Encik Andy Reza Rohadian bin Khairul Anuar iaitu pembaca berita RTM dan Saudara Anas Muhammad Farihin bin Osman iaitu Naib Yang Dipertua (MPP 2020/2021). 210
1
2
BUAL BICARA SANTAI DARI KOTA SINGA: 'RAMADAN ANUGERAH ALLAH TERINDAH' 17 April 2021 Dalam Talian 213
ONLINE TRAINING WORKSHOP: EMCEE PRO 12 Jun 2021 Google Meet 214
BENGKEL CONTENT CREATOR 13 Jun 2021 Dalam Talian 215
PROGRAM BUAL BICARA SANTAI: SALAM MAULIDUR RASUL 22 Oktober 2021 Dalam Talian Exco Pembangunan Sahsiah dan Intergrasi Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba sidang 2021/2022, UPSI dengan kerjasama Masjid Darul Ghufran, Singapura telah mengadakan sebuah Program Bual Bicara Santai sempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan Rukun Cinta Nabi SAW. Program yang berkonsepkan forum ini telah dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Webex dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Unit Media Kolej Za’ba. Program ini melibatkan penyertaan daripada setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar IPTA/IPTS mahupun orang awam. Sesi bual bicara santai ini telah menjemput Imam Jamaluddin Bin Wahab iaitu Imam Eksekutif di Masjid Darul Ghurfan dari Singapura sebagai penceramah undangan. 216
1
2
International Webinar 3.0: Empower Your Languages Through Worldwide Expert 7 November 2021 Dalam Talian TANJUNG MALIM 7 NOVEMBER 2021- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah melaksanakan satu webinar antarabangsa iaitu International Webinar 3.0: Empower Your Languages Through Worldwide Expert secara dalam talian. Program anjuran Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej Luar Kampus UPSI sidang 2021/2022 dengan kerjasama Himpunan Anak Darul Ridzwan (HADARI) dan Kelab Jepun UPSI ini berlangsung selama dua jam 40 minit pada 7 November 2021. Program ini dibawah naungan Profesor Madya Ts Dr. Che Ghani Bin Che Kob, selaku Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus menerusi Penasihat Program iaitu Encik Mat Zamri Bin Muhammad. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi mempelajari teknik-teknik asas dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan pendedahan awal kepada Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga dalam usaha membantu pihak universiti melahirkan graduan yang luar biasa serta mampu menguasai pelbagai bahasa bagi memenuhi kehendak pasaran global. Hal ini kerana pada era globalisasi kini, persaingan antara para graduan semakin sengit dan dengan memiliki kelebihan seperti menguasai lebih daripada dua bahasa sememangnya dapat meningkatkan kebolehpasaran seseorang graduan. 219
International Webinar 3.0: Empower Your Languages Through Worldwide Expert 220
Urban Farming Talk “Penanaman Untuk Semua” 14 November 2021 Dalam Talian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan program Urban Farming Talk secara dalam talian menerusi Facebook Live dan Google Meet. Program perkongsian ilmu mengenai teknologi pertanian bandar yang efisien, pertanian untuk semua, menampilkan para panel iaitu Encik M Zahari Bahari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Jabatan Pertanian Titi Gantung, Perak yang berpengalaman dalam hidroponik selama 11 tahun, Bapak Ir. SuWarno, MP, merupakan Tenaga Pengajar, Sekolah Tinggi Ilmu Pertanian Berau Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia dan saudara Muhammad Nur Naimallah Aminuddin pelajar Malaysia di Universiti Shimanae, Jepun berkongsi ilmu mengenai teknologi pertanian di Jepun. Menurut YBhg. Datin Pazilah Yahaya selaku Penaung Persatuan Wanita UPSI, program Urban Farming Talk adalah satu inisiatif perkongsian ilmu yang bermanfaat. “Program ini menggalakkan masyarakat menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di rumah dan mampu mencetuskan dan menyemaikan kecintaan masyarakat terhadap bidang pertanian bermula dengan mengusahakan kitchen garden ataupun menanam sayur di halaman rumah masing-masing,” jelasnya ketika merasmikan program. Program ini turut mendapat sokongan daripada Prof. Madya Ts Dr. Che Ghani bin Che Kob, Pengetua UKLK dan Felo Penasihat Program, Puan Jasniazura Monir, Felo-Felo UKLK dan barisan ahli jawatankuasa program. Sepanjang program berlangsung, para pelayar Facebook UKLK bukan sahaja mendapat ilmu dan inspirasi daripada pengalaman-pengalaman para panel malah didedahkan juga kepada aktiviti teknologi pertanian bandar di Jepun selari dengan objektif program iaitu memberi pendedahan mengenai aktiviti teknologi pertanian bandar. 221
Urban Farming Talk “Penanaman Untuk Semua” 222
Clik! Clik! A Hundred Feet Journey Towards 13 November 2021 Dalam Talian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program webinar antarabangsa “Click! Click! A Hundred Feet Journey Towards Culture”. Penyertaan program ini telah dibuka kepada mahasiswa dan peserta luar dan meraih tontonan sebanyak 3072 orang manakala like dan share pula adalah sebanyak 2394 di laman rasmi facebook Unit Kediaman Luar Kampus – UKLK UPSI. Turut hadir selaku perasmi majlis Prof. Zaharul Lailiddin Saidon, Pengarah Pusat Antarabangsa & Mobiliti, UPSI menjelaskan program seperti ini perlu ditingkatkan kerana dapat memberi peluang kepada semua pelajar Malaysia dan antarabangsa untuk mengenali budaya antara satu sama lain. Beliau juga menyatakan bahawa “Program seperti ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya wujud kesedaran untuk menggalakkan kepelbagaian budaya, menangani diskriminasi, perkauman dan sikap tidak bertoleransi yang akan berterusan antara generasi,” jelasnya ketika majlis perasmian menerusi siaran secara langsung di laman Facebook UKLK. 223
Clik! Clik! A Hundred Feet Journey Towards 224
1
2
BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PUPUK MINAT MEMBACA DI PULAU TUBA LANGKAWI 10 Oktober 2021 Pulau Tuba Langkawi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah membantu para penduduk di sekitar Pulau Tuba, Langkawi Kedah untuk memupuk dan menanam minat dalam membaca melalui penganjuran Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, Projek Lukisan Mural dan Inisiatif Projek Bakul Buku. Seramai 16 orang warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Seramai 16 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang terdiri daripada 16 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan Sekolah Jenis Kebangsaan telah menyertai bengkel selama sehari di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Bengkel pemindahan kepakaran tersebut disampaikan oleh Timbalan Pustakawan, Perpustakaan Tunku Bainun UPSI, En. Mohd Razalli Ahmad Termizi, serta para pegawai perpustakaan iaitu Puan Firdausiah Ahamad dan En. Asri Adnan. dalam memperihalkan pengisian penting pengurusan pusat sumber, melalui pengenalan kepada hala tuju pusat sumber sekolah melalui pembelajaran kepelbagaian sumber dan format maklumat dan pemahaman dalam bidang tugas GPM. Projek aktiviti lukisan mural di Mini Library Pulau Tuba diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Fauzi Sedon dari Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) bersama PM Dr. Abdul Aziz Zalay, PM Dr. Che Zalina Zulkifli, PM Abu Bakar Sabran, serta Prof. Dr. Mohd Hassan Abdullah dan PM Dr. Mohd Azam Sulong dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) dan beberapa kakitangan UPSI. Burung Helang yang merupakan simbol Pulau Langkawi menjadi lukisan utama di sini. Tujuan mural ini dilakukan adalah untuk menceriakan dan menyerikan suasana di dalam Mini Library. Selain daripada menjadi tempat rujukan dan pembacaan buku, Mini Library ini juga boleh digunakan oleh masyarakat untuk sesi perjumpaan yang akan dilaksanakan dalam suasana santai. Selain itu, cetusan Projek Bakul Buku di Pulau Tuba, Langkawi yang dilaksanakan adalah untuk memberi galakan minat membaca dalam kalangan masyarakat di Pulau Tuba. Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI telah membekalkan pelbagai jenis bahan bacaan yang bersesuaian dengan komuniti setempat dalam Projek Bakul ini bagi menyemarakkan lagi amalan dan minat membaca. Melalui Program ini, sebanyak tiga buah kedai di persekitaran kawasan Pulau Tuba telah dipilih untuk menempatkan Bakul Buku Perpustakaan Pulau Tuba, Langkawi melalui penerimaan dan sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat. 227
BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PUPUK MINAT MEMBACA DI PULAU TUBA LANGKAWI 10 Oktober 2021 Pulau Tuba Langkawi Guru-guru sekolah di daerah Langkawi membuat amali pengkelasan Timbalan Pustakawan, Perpustakaan Tunku Bainun UPSI, En. Mohd bahan mengikut subjek dalam Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Razalli Ahmad Termizi memberi pendedahan mengenai pengurusan Sekolah. pusat sumber sekolah kepada guru-guru 228
BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PUPUK MINAT MEMBACA DI PULAU TUBA LANGKAWI 10 Oktober 2021 Pulau Tuba Langkawi Kakitangan UCTC bersama kakitangan Bahagian Kanak-kanak di Pulau Tuba menikmati bahan bacaan Bakul Buku yang Komunikasi Korporat (BKK) dan Perpustakaan Tuanku diberikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara santai Bainun, UPSI bergambar bersama hasil mural di Mini Library di kedai makan 229
BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PUPUK MINAT MEMBACA DI PULAU TUBA LANGKAWI 10 Oktober 2021 Pulau Tuba Langkawi Penyerahan Bakul Buku kepada pengusaha kedai yang terpilih, Nurin Penyerahan Bakul Buku kepada pengusaha kedai yang terpilih, Syazia di Pulau Tuba oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah, Chaharis Khamis di Pulau Tuba oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Nafiah, Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti UPSI (UCTC) UPSI 230
1
2
UPSI MEGA UPSKILLING PROGRAM GOOGLE EDUCATION LITERACY 21 Ogos 2021 Google Meet Google Literacy Kohort 4 secara dalam talian yang mana program ini merupakan kesinambungan daripada Program Edidik : Google Classroom (Kohort 1,2 dan 3). Program ini merupakan inisiatif daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) untuk meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan UPSI. Program ini telah mendapat Kerjasama daripada Team Edidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia yang bertindak sebagai konsultan yang menjayakan program ini. 233
PROGRAM SIJIL PROFESIONAL MUTAWWIF & MUTAWWIFAH 2.0 (KOHORT 4) 26-30 Oktober 2021 Scholar’s Suites, UPSI Program ini merupakan kesinambungan program yang telah dijalankan pada tahun 2019 bagi Kohort 1, 2 dan 3 serta Program Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah 1.0 pada tahun 2017/2018. Seramai 60 mahasiswa dari 6 universiti awam antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai program ini. Pelaksanaan program ini dapat memberikan pendedahan kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada mahasiswa untuk menjadikan profession Mutawwif/Mutawwifah sebagai salah satu kerjaya selepas bergraduasi. Program ini dapat dilihat sebagai satu inisiatif dan usaha proaktif membantu mahasiswa mendapatkan informasi terutama dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kerjaya mutawif/mutawwifah malah meningkatkan nilai tambah dan kebolehpasaran graduan. 234
1
2
GLOBAL YOUTH LEADERS' SUMMIT \"LEADERSHIP BEYOND BOUNDARIES\" 26 September 2021 Dalam Talian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2020/2021 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Malaysia dengan kerjasama Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Sidang 2020/2021 Universitas Garut, Bandung (UNIGA) , Indonesia telah menganjurkan program Global Youth Leaders’ Summit : Leadership Beyond Boundaries secara dalam talian di Google Meet dan ditayangkan secara langsung di akaun rasmi Facebook Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini merupakan salah satu inisiatif daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2020/2021 yang melibatkan dua exco utama iaitu Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa bersama Exco Akademik dan Kerjaya. Seramai 1004 orang mahasiswa/i dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universitas Garut , Bandung(UNIGA) telah mendaftar dan menghadiri program ini. Salah satu objektif penganjuran program ini adalah bagi mendedahkan kepada masyarakat khususnya mahasiswa/i tentang pelaksanaan kepimpinan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universitas Garut (UNIGA) serta cabaran sebagai pemimpin dalam era pandemik ini. Program ini juga dapat mewujudkan hubungan dua hala dengan institusi pengajian tinggi di luar negara serta menggalakkan jalinan mesra sesama mahasiswa/i UniversitiPendidikanSultanIdris(UPSI)danmahasiswa/iUniversitasGarut, Bandung (UNIGA). 237
GLOBAL YOUTH LEADERS' SUMMIT \"LEADERSHIP BEYOND BOUNDARIES\" 26 September 2021 Dalam Talian Perjumpaan dan Perbincangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI bersama Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Sidang 2020/2021 Universitas Garut, Bandung (UNIGA). 238
GLOBAL YOUTH LEADERS' SUMMIT \"LEADERSHIP BEYOND BOUNDARIES\" 26 September 2021 Dalam Talian 239
GLOBAL YOUTH LEADERS' SUMMIT \"LEADERSHIP BEYOND BOUNDARIES\" 26 September 2021 Dalam Talian Program Global Youth Leaders’ Summit : Leadership Beyond Boundaries ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Suriani Binti Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Yang Menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris. 240
1
2
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283