SIMBIOSIS KEPIMPINAN PENERAJU PENDIDIKAN
SIMBIOSIS KEPIMPINAN PENERAJU PENDIDIKAN
Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan Tel: 06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel: [email protected] Urusan penerbitan oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Cetakan Pertama 2022 Hak Cipta Institut Aminuddin Baki Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pengarah Institut Aminuddin baki terlebih dahulu. ISBN 978-967-2996-29-3 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan SIMBIOSIS : KEPIMPINAN PENERAJU PENDIDIKAN. ISBN 978-967-2996-29-3 1. Educational leadership--Malaysia. 2. Education--Management. 3. Government publications--Malaysia. 371.2009595 Pengurus Penerbitan: Norhasnida binti Rejab Valerie Sinti Pencetak: Chroma Artwear No. 3966, Tingkat 1 Jalan SJ 8/3, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
JAWATANKUASA PENERBITAN Penaung Dr. Dato’ Haji Tajuddin bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki Penasihat Dr. Haji Abd. Razak bin Manaf Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional) Dr. Harery bin Abu Saad Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Latihan) Abdul Mu`ti bin Ahmad Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi Dr. Ekerim a/p Din Chen Ketua Pusat, Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Sidang Editor Dr. Siti Fairuz binti Murshid Netty Yushani binti Yusof Dr. Azani bin Ismail@Yaakub Panel Penulis Abdullah bin Muhammad@Mamat Dr. Nazaruddin bin Abdul Hadi Abu Hisham bin Yusof Dr. Nik Jazwiri bin Johannis Dr. Azyanzuhaila binti Hasan Basri Noraida binti Alias Chin Siew Moi Norhasnida binti Rejab Dr. Esmali bin Bari Dr. Norkumalasari binti Othman Dr. Hemathy a/p Kunalan Dr. Normarina binti Abd Rahman Dr. Indera Syahril bin Ismail Phyllina Diana Morison Kadir bin Ali Ruslawati binti Mat Isa Dr. Mohd Jim bin Hamzah Syarmila binti Ab Latiff Dr. Mohd Nadzri bin Ishak Valerie Sinti Dr. Muhd Zulhilmi bin Haron Dr. Wan Rosmini binti Hassan Nafishah binti Md Noor Dr. Yeo Siew Pey
KANDUNGAN ix xi 1. KATA ALU-ALUAN PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI xii xiii 2. KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH KANAN 1 (KLUSTER KHIDMAT PROFESIONAL) 23 3. KATA ALU-ALUAN KETUA PUSAT PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN INOVASI 35 43 4. SEUNTAI KATA SEINDAH BICARA 53 5. PENGURUSAN SISTEMATIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 67 DI RUMAH SEMASA ERA PANDEMIK Mohd Jim bin Hamzah, PhD Abu Hisham bin Yusof 6. KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PELAKSANAAN PENDIDIKAN STEM Norkumalasari binti Othman, PhD Norhasnida binti Rejab Nazaruddin bin Abdul Hadi, PhD 7. EMBRACING FOLLOWERSHIP NOTION IN SCHOOLS Yeo Siew Pey, PhD 8. CABARAN KEPIMPINAN STEM DI ERA KRISIS: SATU KAJIAN LITERATUR Ruslawati binti Mat Isa Nafishah binti Md. Nor 9. KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN PROGRAM GENOSIS UNTUK PEMBELAJARAN AKTIF MURID DALAM BILIK DARJAH Wan Rosmini binti Hassan, PhD 10. SEKOLAH BERISIKO DAN TIDAK BERISIKO: MENYIASAT PENGARUH GAYA KEPIMPINAN DAN PENJAMINANKUALITI DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH Hemathy a/p Kunalan, PhD Normarina binti Abd Rahman, PhD Nik Jazwiri bin Johannis, PhD vii
11. THE RELATIONSHIP OF HEADMASTERS’ DISTRIBUTED LEADERSHIP 83 PRACTICES AND TEACHERS’ LEADERSHIP IN PRIMARY SCHOOL AT PASIR GUDANG DISTRICT JOHOR Indera Syahril bin Ismail, EdD Azyanzuhaila binti Hasan Basri, PhD 12. KEPIMPINAN AUTENTIK PENGETUA DALAM MENCORAK 99 KEPEMIMPINAN SEKOLAH ERA PANDEMIK Mohd Nadzri bin Ishak, PhD 13. KEPIMPINAN ADAPTIF: MENERAJUI PERUBAHAN ERA 113 ENDEMIK COVID-19 Muhd Zulhilmi bin Haron, PhD Noraida binti Alias 14. ETHICAL LEADERSHIP PRACTICES OF SCHOOL LEADERS 129 IN CHALLENGING TIMES Phyllina Diana Morison 15. HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI 135 DENGAN PRESTASI DAN KEPUASAN KERJA GURU SEMASA PANDEMIK COVID-19 DI SEKOLAH MENENGAH BERPRESTASI TINGGI PPD KOTA KINABALU, SABAH Kadir bin Ali Esmali bin Bari, PhD Abdullah bin Muhammad 16. BIASAKAN YANG BAHARU: MENEROKA AMALAN KEPIMPINAN 149 INSTRUKSIONAL MAYA PEMIMPIN SEKOLAH SEMASA PANDEMIK COVID-19 Valerie Sinti Syarmila binti Ab. Latiff Chin Siew Moi viii
KATA ALU-ALUAN PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnian-Nya maka penerbitan buku “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” dapat direaisasikan. Sekalung tahniah saya ucapkan atas kejayaan menerbitkan buku ini. Terima kasih juga kerana memberikan saya ruang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam buku ini. Penerbitan sebuah buku bukanlah suatu perkara yang mudah, ia memerlukan komitmen dan kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini terutamanya pensyarah baharu IAB atas daya usaha menghasilkan penulisan artikel kepimpinan pendidikan yang berkualiti dan boleh dijadikan sebagai rujukan dalam bidang kepimpinan pendidikan. Pembudayaan amalan penulisan ilmiah dalam kalangan pensyarah IAB dapat melonjakkan peranan Institut Aminuddin Baki sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang unggul dalam menyediakan latihan pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di Malaysia. Usaha ini juga bertepatan dengan hasrat Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) 2022-2026 yang berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan. Tiga bidang keberhasilan utama ini pula disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama yang terdiri daripada Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer, Pengurusan Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Pembangunan. Penyelidikan dan Pembangunan merupakan subbidang Keberhasilan utama Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) 2022-2026. Justeru Penerbitan buku ini merupakan salah satu wadah untuk menterjemahkan PIK 2022-2026 dalam kalangan pensyarah dan ia menjadi pemangkin kepada pensyarah untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta profesionalisme pensyarah baharu ke arah menjadikan pensyarah IAB yang mempunyai berpersonaliti unggul, dan versatil seperti yang ingin dicapai melalui naratif baharu latihan IAB dan Pelan Induk Kecemerlangan IAB 2022-2026 (PIK 2022-2026). Sekali lagi, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak, terutamanya pensyarah baharu IAB atas daya usaha penulisan artikel yang berkaitan dengan amalan kepimpinan pendidikan. ix
Pemimpin Bagai pohon besar di tengah padang Rimbun daunnya tempat berteduh Kuat dahannya tempat bergantung Kukuh akarnya tempat bersandar Menjadi suluh dalam gulita Menjadi penawar penolak bisa Menjadi penenang dalam duka Menjadi penyejuk dalam derita Menjadi penyabar dalam murka Dalam merenang angin ribut Tetap, teguh dan gagah Sekian, Wabillah hitaufik wal hidayah wasalamualikum warahmatullah hiwabarakatuh. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS x
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH KANAN (KLUSTER KHIDMAT PROFESIONAL) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdullilah, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus berusaha dari awal hingga dapat merealisasikan penerbitan Buku “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pensyarah baharu yang telah memberikan kerjasama, kesungguhan, dan komitmen yang padu dalam menghasilkan penulisan berkaitan kepimpinan pendidikan pada kali ini. Sesungguhnya penghasilan penulisan ini amat bermakna buat Institut Aminuddin Baki (IAB) kerana ia menambah variasi koleksi rujukan dalam bidang kepimpinan pendidikan bukan sahaja buat warga IAB tetapi juga diharapkan menjadi sajian ilmu buat warga pemimpin pendidikan di sekolah. Penerbitan buku “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” ini mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri. Ia dihasilkan secara kolaboratif dan garapan intelektual daripada pensyarah baharu IAB di seluruh Malaysia walaupun dengan kekangan yang ada. Ini jelas menunjukkan kerjasama dan komitmen pensyarah tersebut dalam menghasilkan penulisan saintifik, berkualiti yang mampu menjadi rujukan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buku “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” ini. Tidak terlambat juga untuk saya ucapkan selamat datang kepada para pensyarah baharu dalam keluarga besar IAB. Kehadiran anda semua amat dialu-alukan dan besarlah harapan agar para pensyarah baharu dapat beriltizam untuk menjadikan IAB sebagai pusat latihan kepimpinan pendidikan yang unggul. Sesungguhnya inspirasi dan idea daripada anda amat bermakna dalam melestarikan IAB sebagai pusat latihan kepimpinan pendidikan yang cemerlang dalam melahirkan pemimpin pendidikan yang berkualiti untuk ditempatkan di sekolah selaras dengan anjakan ke-5 Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan ini. Semoga semua usaha ini akan diterima oleh Allah SWT sebagai amal jariah kita. Sekian, Wabillah hitaufik wal hidayah wasalamualikum warahmatullah hiwabarakatuh. DR. HAJI ABD. RAZAK BIN MANAF xi
KATA ALU-ALUAN KETUA PUSAT PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN INOVASI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, maka penerbitan buku Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan yang menjadi wadah keintektualan kepimpinan pendidikan dalam kalangan para pensyarah baharu Institut Aminuddin Baki (IAB) telah dapat dijayakan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan kerana berjaya menerbitkan “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” sempena Kursus Induksi Staf Ikhtisas 2022. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh pensyarah baharu yang memberikan komitmen dan kerjasama yang jitu dalam menghasilkan penulisan berkaitan kepimpinan pendidikan yang bermutu. IAB komited membudayakan amalan pelaksanaan penyelidikan dan penerbitan artikel jurnal dalam kalangan warga IAB secara umumnya serta pensyarah khususnya. Maka, penghasilan Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan ini merupakan satu platform bagi para pensyarah baharu untuk berkongsi idea, pengetahuan dan kepakaran mereka dengan menterjemah ke dalam bentuk penulisan ilmiah. Sekaligus ini dapat menyahut fungsi-fungsi IAB dalam membudayakan penyelidikan dan penulisan. Harapan saya agar penerbitan “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” dapat membantu semua pensyarah dan warga pendidikan mendapat maklumat terkini yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan terutama dalam bidang kepimpinan pendidikan. Selain dari itu, penerbitan Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan diharapkan dapat mencetuskan motivasi untuk warga IAB untuk terus menghasilkan artikel dengan lebih banyak dan berkualiti terutama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah untuk dikongsi dan diterbitkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta dapat dimanfaatkan oleh seluruh kepimpinan sekolah. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Simbiosis Kepimpinan ini. Semoga semua usaha yang dicurahkan ini akan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Akhir kalam, saya ucapkan Wabillah hitaufik wal hidayah wasalamualikum warahmatullah hiwabarakatuh. ABDUL MU’TI BIN AHMAD xii
SEUNTAI KATA SEINDAH BICARA Bismillahirrahmanirrahim Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” yang menjadi medan pembugaran akademik dalam kalangan pensyarah baharu Institut Aminuddin Baki (IAB) dapat direalisasi penerbitannya. Sesungguhnya catatan lampau telah membuktikan bahawa sebatang pena setinta dakwat mampu membangkitkan revolusi, mencetuskan pertumpahan darah dan seterusnya mampu membawa si pemegang pena ke pentas sejarah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penerbitan kerana berjaya menerbitkan wadah penulisan pensyarah baharu. Tanpa kesepakatan, pengorbanan masa dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat, “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Tahniah dan syabas juga kepada semua pensyarah baharu yang mengikuti Kursus Induksi Staf Ikhtisas Kohort 1 tahun 2022 atas kejayaan menghasilkan penulisan berkualiti yang dapat dijadikan rujukan dan dikongsi bersama warga IAB khususnya serta seluruh warga pendidikan amnya. “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” ini memuatkan sebanyak 12 artikel yang melibatkan artikel dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Artikel berkaitan kepimpinan pendidikan yang dihaslkan adalah selari dengan fungsi IAB yang merupakan pusat latihan kepimpinan Pendidikan yang unggul di Malaysia. Saya berharap agar “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” dapat menjadi platform kepada semua pensyarah dan warga pendidikan untuk mengakses maklumat terkini berkaitan bidang kepimpinan pendidikan. Saya juga berharap agar penerbitan ini dapat memberikan motivasi dan keyakinan kepada seluruh pensyarah baharu IAB yang menjalani induksi tahun 2022 untuk terus giat menghasilkan penulisan dan penyelidikan yang relevan dengan cabaran dunia empat dimensi serta bakal menjadi sumber rujukan utama warga pendidik sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Akhir kata, setinggi perhargaan dan terima kasih kepada YBrs. Encik Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi IAB Induk, YBrs. TS. Dr. Rahayu binti Ahmad Bahtiar, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Staf IAB Induk, Jawatankuasa Penerbitan “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” dan para pensyarah baharu IAB yang telah menyumbangkan artikel serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan “Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan” tahun 2022. Sekian, terima kasih. DR. SITI FAIRUZ BINTI MURSHID KETUA EDITOR xiii
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR): PERSEDIAAN TERHADAP PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL BERTERUSAN ERA ENDEMIK MOHD JIM HAMZAH, PhD ABU HISHAM YUSOF Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek [email protected] ABSTRAK Kertas konsep ini bertujuan untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai pembelajaran digital berterusan melalui model pengurusan perubahan ADKAR (Awareness, Desire, Knowledge, Ability, Reinforcement). Kelebihan dan kekuatan PdPR semasa pandemik menjadi pemangkin terhadap usaha menjelmakan PdPR sebagai pendekatan PdP yang mampan dan ditambah baik semasa era endemik. Dengan jenama baharu dikenali sebagai pembelajaran digital berterusan, tiga pendekatan pembelajaran yang terdapat dalam PdPR iaitu pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pembelajaran digital merintis jalan menjadikan PdPR pendekatan PdP yang relevan sepanjang zaman dengan sokongan teknologi digital. Kertas konsep ini mencadangkan Model Pengurusan ADKAR diadaptasi dalam transformasi PdPR agar lebih sistermatik dan efisien. Model ini mengemukakan lima langkah untuk melaksanakan perubahan iaitu kesedaran, keinginan, pengetahuan, keupayaan, dan pengukuhan. Melalui model ini diharapkan dapat menguruskan perubahan yang positif yang lebih sistematik terhadap PdPR sehingga berjaya menjadi pembelajaran digital yang berterusan selari dengan arus teknologi semasa. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Persediaan, Pengurusan, Pembelajaran Digital, Endemik PENGENALAN Tercetusnya wabak COVID-19 yang melanda dunia menyaksikan era pandemik menjajah dunia dengan mengubah rutin dan gaya hidup manusia dengan drastik 1
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan secara global. Amalan-amalan baharu muncul dengan jenama “norma baharu” yang merombak peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) kehidupan manusia. Untuk seketika dunia terkejut dan kehidupan manusia menjadi huru- hara dan pemimpin-pemimpin dunia kelam-kabut merangka dan menyusun strategi meneruskan kehidupan dengan norma baharu demi memastikan rakyat terpelihara dan terhindar dari wabak di samping memastikan kehidupan manusia dapat berjalan seperti biasa. Dunia pendidikan dilanda tsunami yang mengubah muka bumi pendidikan negara. Semua sekolah di seluruh negara diarahkan tutup sejak Januari 2021 maka bermulalah cabaran baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid di sekolah. Tanpa kehadiran guru, murid dan pentadbir di sekolah, PdP harus diteruskan bagi mengelakkan murid-murid terus tercicir daripada menerima pendidikan formal. Memandangkan Malaysia antara negara yang paling lama menutup sekolah di dunia (Anuar Ahmad, 2021), justeru PdP tidak sewajarnya dihentikan selari dengan penutupan sekolah di seluruh negara kerana kelangsungan PdP mesti berlaku walau dalam keadaan seburuk mana sekali pun. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak 20 Januari 2021 bagi memastikan murid-murid sekolah tidak terus tercicir dalam pelajaran. Pelaksanaan PdPR ini telah mengubah landskap PdP di sekolah dengan kadar kesediaan semua pihak di paras hampir sifar. Ketidaksediaan prasarana yang menyokong PdPR menambahburukkan lagi bencana PdP yang melanda di sekolah. Dalam suasana serba kedaifan PdPR terus merangkak perlahan-lahan sehingga mampu bertatih, berjalan, dan akhirnya berlari sederas arus teknologi dunia. Selepas dua tahun bergelumang dengan segala kepayahan untuk melaksanakan PdPR ini, era endemik pun muncul yang mengembalikan semula rutin hidup sebelum pandemik ini. PdPR sudah dilihat bukan sebagai satu beban atau kesukaran lagi bagi semua pihak termasuk guru, murid-murid, dan ibu bapa. Rata-rata semua pihak sudah mampu menerima PdPR sebagai satu pendekatan baharu dalam era pendidikan berteknologi tinggi. Justeru, bagaimanakah masa hadapan PdPR pada era endemik ini? Kertas ini bertujuan untuk menyingkap kelebihan atau kekuatan PdPR yang wajar diadun dengan pendekatan pembelajaran bersemuka ke arah menghasilkan pendekatan pembelajaran digital yang lebih efektif dalam dunia pendidikan negara. Di samping itu, kertas ini juga mengemukakan satu model pengurusan pengajaran dan pembelajaran digital yang sesuai untuk diaplikasikan dalam merancang dan mengurus PdP era 2
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan endemik dan mencadangkan langkah-langkah atau strategi-strategi melaksanakan pembelajaran digital secara berterusan. PERNYATAAN MASALAH Era pandemik telah memperkenalkan PdPR ke pentas dunia pendidikan dengan pelbagai nama antaranya pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (online), pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet, pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer, pengajaran dan pembelajaran digital, pengajaran dan pembelajaran secara maya, pengajaran dan pembelajaran berteknologi tinggi dan pelbagai gelaran lagi (Mishra, 2009). Kesemua ini merujuk kepada pendekatan PdP yang sama iaitu PdP tanpa memerlukan kehadiran fizikal guru dan murid di dalam kelas. Pelaksanaan PdPR telah mencelikkan pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa terhadap dunia pembelajaran maya sebagai alternatif terhadap PdP di sekolah khususnya dalam mengendalikan peranti dan aplikasi komputer. Sebaik sahaja era pandemik berakhir maka tidak wajarlah PdPR turut berakhir kerana PdPR bukan bersifat bermusim tetapi PdPR merupakan gaya PdP digital yang terus relevan sebagai pendekatan PdP berterusan. Berakhirnya pandermik memberi persepsi baharu terhadap PdPR. PdPR yang diperkenalkan semasa era pandermik ke pentas sekolah menjadi trend baharu dalam PdP dan kebergantungan penuh terhadap teknologi yang dibawa PdPR memaksa semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru, murid-murid, dan ibu bapa bertungkus-lumus mempelajari teknologi tersebut di samping cuba memperlengkapkan fasiliti yang menyokong PdPR. Tidak wajar era endermik menyaksikan PdPR berkubur tanpa nisan apabila guru-guru dan murid-murid telah mula kembali ke sekolah dan menjalankan PdP secara bersemuka semula. Selama dua tahun bergelumang dengan teknologi yang menyokong PdPR dengan masing-masing mempersiapkan diri dengan ilmu, pengetahuan, dan kemahiran digital tetapi akhirnya terpaksa melihat semuanya berlalu. Justeru, PdPR harus diperkukuh dan dijadikan satu pendekatan mampan dalam PdP. Kertas konsep ini akan mengemukakan kekuatan dan kelebihan PdPR yang seharusnya dipertahankan sebagai pendekatan berkesan dalam PdP. Selain itu, kertas ini juga mengemukakan model pengurusan yang dijangka mampu mengurus PdPR dengan baik pada masa hadapan di samping mencadangkan langkah-langkah strategik dalam pengurusan PdPR dalam era endermik. 3
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan OBJEKTIF KAJIAN Kertas konsep ini disediakan adalah untuk mencapai objektif berikut: 1. Mengenal pasti kelebihan atau kekuatan PdPR. 2. Mengenal pasti model pengurusan perubahan yang sesuai terhadap PdP digital secara berterusan. 3. Mencadangkan langkah-langkah pelaksanaan PdP digital secara berterusan mengikut model pengurusan perubahan yang dikenal pasti. TINJAUAN LITERATUR Kajian yang dijalankan oleh ‘Aisyah ‘Inani Mohd Saad et al. (2021), yang meneroka insiatif guru-guru dalam usaha menggunakan pelbagai kaedah bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara dalam talian telah mendedahkan bahawa sepanjang tempoh PdPR guru-guru telah berjaya menguasai kemahiran merancang PdPR, kemahiran menghasilkan video, kemahiran menjalankan refleksi PdPR, kemahiran menjalankan panggilan video, dan kemahiran menggunakan perisian aplikasi. Selain itu, dalam tempoh PdPR juga telah menyaksikan terjalinnya kolaboratif antara guru-guru dengan ibu bapa melalui perbincangan, sokongan, dan berkongsi kekangan dalam PdPR. Kajian ini memperlihatkan kekuatan yang terdapat pada PdPR yang menuntut PdPR ini diteruskan walaupun selepas berakhirnya pandemik. Kajian tinjauan yang dilaksanakan oleh Siti Azura Abu Hassan et al. (2021) tentang keberkesanan PdP dalam talian terhadap 229 pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan dan halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa mengikuti PdP secara dalam talian. Hasil kajian mendapati bahawa min keseluruhan keberkesanan PdP dalam talian berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.80. Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah mencatatkan strategi yang paling berkesan dengan catatan min tertinggi iaitu 3.93 berbanding strategi maklumbalas dari pensyarah (min = 3.88), strategi rupa bentuk e-Learning (min = 3.83), dan strategi interaksi semasa pembelajaran. Manakala strategi kandungan pengajaran mencatatkan min yang paling rendah iaitu 3.60. Min keseluruhan halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa PdP dalam talian berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.14. Halangan teknologi mencatatkan halangan yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 3.55 berbanding halangan gaya pembelajaran (min = 3.37), halangan arahan (min = 3.34), halangan situasi (min = 3.25), halangan 4
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan organisasi (min = 2.97), dan halangan yang terendah adalah halangan personaliti (min = 2.83). Norehan Mohd Nasir dan Mahaliza Mansor (2021) melalui kajian bertajuk “Cabaran Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal” membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan PdPR di sekolah. Kajian perpustakaan ini membincangkan tentang cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh guru dalam menyampaikan ilmu yang telus dan berkualiti kepada setiap lapisan pelajar semasa era pandemik melalui PdPR. Antara cabaran yang dikemukakan dalam kajian ini ialah cabaran penggunaan teknologi melibatkan gajet, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), capaian internet yang rendah dan tidak memiliki peranti komputer. Cabaran lain yang dibincangkan dalam kajian ini ialah cabaran pentadbir, guru, murid, dan ibu bapa yang menyentuh tentang perubahan yang perlu dilakukan oleh pentadbir sekolah dalam menghadapi era baru PdP secara dalam talian. Pemimpin sekolah perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek untuk berhadapan dengan dunia pendidikan yang kerap berubah-ubah. Guru perlu mendapat peluang belajar dan mengambil inisiatif dalam menambah baik pengetahuan dan kemahiran digital untuk menyampaikan ilmu yang dimiliki. Kemampuan ibu bapa dalam menyediakan peranti yang bersesuaian dan akses internet untuk kegunaan pembelajaran anak menjadi cabaran utama. Ibu bapa perlu menyediakan keperluan ini bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak mendapat pendidikan secara sama rata. Selain itu, ibu bapa juga perlu membuat pemantauan ke atas anak-anaknya sewaktu melaksanakan PdPR. Kajian tentang pengurusan PdP dalam talian atau secara maya ditemui dalam kajian yang dijalankan oleh Nurun Najwa Mohammad Mustafa et al. (2021). Kajian yang bertajuk “Pengajaran dan Pemudahcaraan Secara Maya – Pelaksanaan Melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran” ini membincangkan tentang implementasi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) melalui sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di peringkat sekolah. Dalam kajian ini penyelidik menjadikan Teori Komuniti Inkuiri (Garison et al., 1999) sebagai kerangka teori dalam pelaksanaan PdP dengan menggunakan Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson (Picciano, 2017) sebagai model pelaksana bagi PdPc yang menekankan kepada empat komponen untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran iaitu berpusatkan komuniti, berpusatkan pengetahuan, berpusatkan pelajar, dan berpusatkan penilaian. Kajian ini telah mencadangkan bagi memastikan PdP secara maya berlaku secara terancang dan berkesan lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda pandemik ini, pelantar pesekitaran pembelajaran maya yang mempunyai ciri-ciri sistem pengurusan pembelajaran 5
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan wajar diwujudkan. Berdasarkan teori dan model yang dibincangkan dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pelaksanakan PdPc secara maya memerlukan tiga komponen; (i) kandungan, (ii) komunikasi dan (iii) penilaian. Secara tuntasnya, LMS sangat memberikan kesan yang mendalam dalam sistem pendidikan masa kini. Simah Mamat et al. (2021) melalui kajiannya bertajuk “COVID-19: Cabaran dan Inisiatif dalam Mendepani Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Teradun” mendapati bahawa COVID-19 telah mendorong para guru untuk melaksanakan PdP teradun melalui penggunaan media digital dengan kaedah tradisional secara dalam talian sebagai mekanisme utama penyampaian ilmu. Kajian kualitatif ini menyingkap cabaran-cabaran dalam pelaksanaan PdP teradun antaranya capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar, ketirisan pendapatan penduduk di luar bandar yang sukar menyediakan kemudahan data dan gadjet kepada anak-anak untuk meneruskan PdP secara maya, dan meninjau insiatif KPM terhadap murid-murid yang tidak mempunyai capaian internet untuk melayari Google Classroom. Antaranya KPM boleh menyediakan bahan PdP melalui WhatsApp dan Google Slide. Kajian yang dijalankan oleh Faizatul Hafilah Abdul Halim et al. (2016) terhadap 250 orang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pembelajaran teradun mendapati majoriti pelajar mengetahui tentang konsep pembelajaran teradun dan menerima pendekatan pembelajaran ini. Di samping itu, pelajar mengetahui tentang kebaikan dan manfaat yang diperolehi daripada pembelajaran teradun berbanding kaedah konvensional. Usaha dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar untuk mempelajari pendekatan ini amat membanggakan. Ini menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap pembelajaran teradun. Kajian tentang pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan digital dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia oleh Jamalludin Harun dan Nur Khairul Safrah Jamri (2017) mendapati bahawa skor min bagi tahap pengetahuan bakal guru terhadap ciri-ciri teori pembelajaran dan tahap pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan-bahan PdP digital adalah tinggi iaitu 4.14 dan 4.10. Kajian juga mendapati pelajar-pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap keberkesanan PdP dengan sokongan bahan PdP digital (min=4.18). Ini bermakna bahan-bahan PdP digital memberi kesan langsung yang sangat positif terhadap keberkesanan pembelajaran. 6
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan KEKUATAN PdPR SEMASA PANDEMIK Pengajaran dan pembelajaran di rumah PdPR bermula di Malaysia selepas negara dilanda virus COVID-19 pada awal tahun 2020. Ekoran daripada itu, apabila dunia dikejutkan dengan bencana pandemik ini, keseluruhan sistem negara termasuk Malaysia turut terkesan terutama bidang pendidikan kerana perlu melalui dan membiasakan diri dengan norma baharu dalam aspek strategi PdP khususnya PdPR dalam talian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Hrastinski (2019) mendefinisikan PdP dalam talian sebagai pembelajaran bukan bersemuka tetapi secara tatap muka yang menggunakan perantaraan peralatan komputer yang mana murid dapat melihat dan mendengar murid lain dari jarak jauh. PdPR dalam talian (online learning) merupakan sebuah bentuk PdP yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital dan internet (Mohd Radzi Jidin, 2020). Bahan yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai teks, grafik visual, perkataan, animasi, video serta audio. PdPR dalam talian adalah berlandaskan sumber dan peralatan teknologi komputer. Dalam situasi yang murid tidak dapat datang ke sekolah untuk menuntut ilmu secara bersemuka, maka pembelajaran atas talian adalah alternatif yang sangat berguna kepada murid-murid. Suharyanto et al. (2018) berpendapat menggunakan kaedah PdPR dalam talian, pendidik dapat meningkatkan minat berkomunikasi dengan pelajar di luar jadual kuliah. Penggabungan teknologi memberikan masa yang lebih bermanfaat kepada pelajar melalui kaedah pengajaran ini (Kuppusamy & Helmi Norman, 2021). Fenomena ini menunjukkan bahawa transformasi pantas dalam dunia pendidikan dapat meneruskan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam talian (Rusdiana et al. 2020). Menurut Cassidy (2016), persekitaran PdPR dalam talian adalah sistem berasaskan web yang menyediakan alat dan aplikasi perisian dalam proses pembelajaran. Manakala Bdiwi et al. (2019) berpendapat bahawa pembelajaran dalam talian berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mana kaedah segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous) boleh digunakan. Kajian Suharyanto ini memberi tumpuan kepada cabaran dalam sepanjang proses PdPR dalam talian berlangsung yang diterapkan di peringkat sekolah rendah dan menengah yang memerlukan guru dan murid terlibat dalam aktiviti PdP secara jarak jauh. KPM telah membangunkan satu platform pembelajaran digital yang digunakan di sekolah iaitu Portal DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) pada Julai 2019 untuk memudahkan pengurusan PdPR dalam talian antara murid dan guru secara lebih sistematik. Semasa era pandemik, statistik daripada laman Google Trends (2020) 7
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan menunjukkan carian kata kunci Google Classroom (GC) adalah kedua tertinggi di dunia dalam kalangan guru di Malaysia. Secara tidak langsung, guru dan pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap perisian ini. Oleh itu, Google Classroom sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan kualiti PdPR dalam talian (Sewang, 2017) dan juga media utama untuk meningkatkan pencapaian kualiti murid. Google Classroom diperkenalkan oleh Google secara percuma untuk murid membuat tugasan, menghantar tugasan dalam talian dan menilai hasil kerja mereka tanpa menggunakan kertas (Wikipedia, 2020). Banyak aktiviti dapat dijalankan oleh guru dan murid semasa PdPR dalam talian melalui Google Classroom (Sujana et al. 2019) dan disokong oleh Shampa (2016), guru boleh memuat naik tugasan untuk murid dan diberi masa yang sesuai untuk serahan tugasan mereka. Namun begitu, melaksanakan PdPR dengan menggunakan Google Classroom mungkin masih asing bagi sesetengah guru dalam era endemic8 ini kerana tempoh pelaksanaannya sangat pendek dan lebih berminat kepada pengajaran secara gabungan. Pengajaran secara gabungan untuk pelajar lebih cenderung kepada penguasaan konsep pembelajaran dengan baik (Rusdiana et al. 2020). Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) melaporkan terdapat empat pendekatan pembelajaran utama digunakan untuk pelaksanaan pembelajaran apabila sekolah ditutup iaitu kaedah secara dalam talian segerak, kaedah secara dalam talian tidak segerak, menggunakan bahan edaran bercetak, dan siaran televisyen (Ahmad Fadlullah Adnan, 2021). Keempat-empat pendekatan ini sebenarnya teradun dalam aplikasi Google for Education. Oleh yang demikian, usaha terhadap pendigital PdP menjadi satu tuntutan pada era endemic. PdPR ERA ENDEMIK Era endemik menyaksikan sistem PdP bersemuka melalui kaedah bilik darjah tradisional mula kembali diberi perhatian dan diamalkan. Ini bermakna pendekatan PdP turun-temurun menggunakan segala teori dan pedagogi yang dipelajari oleh guru-guru dari institusi perguruan dahulu kembali dipraktikkan di bilik darjah. Situasi ini seakan memperlihatkan PdPR akan tersisih dan akhirnya hanya tinggal sebagai pendekatan PdP era pandemik sahaja sedangkan PdPR relevan diamalkan sepanjang zaman dan bukannya pendekatan PdP bermusim. PdPR sepatutnya disepadukan secara hibrid bersama pembelajaran bersemuka di dalam bilik darjah (Ahmad Fadlullah Adnan, 2021). 8
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Sehubungan dengan itu, PdPR wajar dijenamakan semula menjelang era endemik ini. Mungkin akronim PdPR hanya dikenali semasa pandemik, justeru, menjelang era endemik ini satu jenama baharu perlu diperkenalkan agar konsep PdPR ini terus bernafas dan diamalkan dalam PdP di sekolah. Kertas konsep ini mencadangkan PdPR dijenamakan semula sebagai pengajaran dan pembelajaran digital berterusan (PdPDB). PdPR sebenarnya satu pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan gaya pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran, dan pembelajaran digital. Harding et al. (2005) mengatakan bahawa pembelajaran teradun merupakan pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran tradisional bersemuka dan pembelajaran jarak jauh yang menggunakan sumber belajar dalam talian dan pelbagai jenis komunikasi yang dapat digunakan oleh guru. Memandangkan era pendemik melarang pertemuan guru dan murid bersemuka secara fizikal, justeru bagi meneruskan PdP untuk mengelakkan keciciran pelajaran dalam kalangan murid-murid maka PdPR menjadi pilihan terbaik bagi memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang demikian, sewajarnya pada era endemik ini, PdPR tetap diteruskan dan diamalkan sebagai salah satu bentuk pendekatan PdP yang berterusan. MODEL PENGURUSAN PERUBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL BERTERUSAN PdPR yang telah dijadikan amalan di peringkat sekolah dalam PdP sepanjang pandemik sebenarnya merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran digital yang lebih terarah kepada pembelajaran teradun (blended learning). Digital merujuk kepada teknologi elektronik yang menggunakan nilai-nilai deskrit secara amnya nilai sifar dan satu (binari) untuk menjana, menyimpan, dan memproses data (Technopedia, 2022). Teknologi digital ini dipersembahkan melalui peranti- peranti elektronik seperti komputer dan telefon pintar. Justeru, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan peranti-peranti elektronik berteknologi tinggi sebagai perantara boleh dianggap sebagai pengajaran dan pembelajaran digital. Selain itu, pembelajaran digital juga melibatkan sebarang platform digital, peralatan (tools), sistem, dan aplikasi yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran (Edubritte, 2022). Meskipun pembelajaran digital dan e-pembelajaran seakan sinonim tetapi konsep pembelajaran ini berbeza. Definisi e-pembelajaran kerap dikelirukan dengan definisi lain seperti online learning, blended learning, distributed learning, 9
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan dan mobile learning (Yusup Hashim, 2012). Perbezaan ketara ialah e- pembelajaran merupakan pembelajaran yang berlaku secara maya (virtually) yang mana guru dan pelajar tidak bersemuka langsung sama ada secara fizikal atau secara maya. (Edubritte, 2022). Memandangkan pembelajaran ini berlaku secara dalam talian maka bahan-bahan pembelajaran, kerja kursus, dan komunikasi dikongsikan dalam talian. Sudah semestinya pembelajaran maya ini melibatkan kemudahan e-mel, forum, berbual (chat), perbincangan kumpulan dalam talian, atau persidangan video sebagai medium pembelajaran dan komunikasi. Hakikatnya, persamaan antara e-pembelajaran dan pembelajaran dalam talian ialah kedua-dua kaedah pembelajaran ini memerlukan internet dan internet merupakan medium digital. Pembelajaran dalam talian ditakrifkan sebagai proses pendidikan yang berlaku melalui internet (Stern, t.t). Sehubungan dengan itu, e- pembelajaran dan pembelajaran dalam talian terangkum dalam pembelajaran digital kerana kedua-dua jenis pembelajaran ini memerlukan media digital sebagai perantara seperti ditunjukkan oleh Rajah 1. Bersemuka Pembelajaran Pembelajaran kendiri (maya) Digital (Emel, forum, chat, VC) Pembelajaran e-Pembelajaran Dalam Talian Internet Aplikasi Rajah 1: Konsep pembelarajan digital, pembelajaran dalam talian, dan e-pembelajaran Berdasarkan Rajah 1, pembelajaran digital, e-pembelajaran, dan pembelajaran dalam talian memerlukan sokongan internet untuk melaksanakan pembelajaran ini. Pembelajaran dalam talian yang dijalankan secara bersemuka secara maya dan e-pembelajaran yang menekankan konsep pembelajaran kendiri melalui platform elektronik dan digital realitinya memerlukan sokongan teknologi digital dalam PdP. Justeru, secara tidak langsung pembelajaran digital juga turut memberi sumbangan dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian dan e- 10
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan pembelajaran. Pembelajaran dalam talian lazimnya tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti-aktiviti e-pembelajaran kerana pembelajaran dalam talian harus disusuli dengan aktiviti e-pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna. Oleh yang demikian, aplikasi yang sesuai untuk menjalinkan kedua-dua pendekatan ini menjadi perantara bagi melaksanakan pendekatan ini antaranya aplikasi Google seperti Meet, Classroom, Drive, Site, Gmail dan aplikasi e-pembelajaran seperti Moodle. Yusup Hashim (2012) berpendapat bahawa sesuatu pembelajaran itu menekankan tentang jenis teknologi dan pedagogi yang digunakan. Sehubungan dengan itu, teknologi digital ini seringkali disesuaikan dengan pedagogi untuk menyokong PdP seperti ditunjukkan dalam Rajah 2. Teknologi Digital Pedagogi • Komputer • Blended learning • CD-ROM • Online learning • Internet • Flipped learning • Telefon pintar • Distance learning • Peranti elektronik • Face-to-face • AR • Web-based learning • VR • Computer aided instruction • AI • Network learning • Interactive learning • Personalizedl learning • AI Rajah 2: Hubungan antara teknologi digital dan pedagogi (Sumber: Ubah suai daripada Yusup Hashim, 2012) PdPR yang dipraktikkan secara dalam talian atau secara maya tanpa perlu bersemuka secara fizikal antara guru dan murid menepati konsep pembelajaran teradun. Pembelajaran teradun ditakrifkan sebagai sistem pembelajaran yang menggabungkan instruksi bersemuka dengan instruksi berasaskan media (technology-mediated instruction) (Bonk & Graham, 2006). Menurut Quigley (2019), pembelajaran teradun dikenali juga sebagai pembelajaran hibrid, merupakan pendekatan dalam pendidikan yang menggabungkan bahan-bahan pendidikan dalam talian dan peluang untuk berinteraksi secara dalam talian dengan kaedah berasaskan bilik darjah tradisional. Pembelajaran digital boleh menggunakan pelbagai strategi pendidikan antaranya pembelajaran teradun, pembelajaran terbalik (flipped learning), pembelajaran diperibadikan 11
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan (personalized learning) dan lain-lain strategi lagi yang bergantung pada alatan digital berskala kecil atau besar (The Glosary of Education Reform, 2019). PdPR mempunyai ciri-ciri tiga jenis pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran, dan pembelajaran digital. PdPR bermaksud pengajaran dan pembelajaran di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian secara berstruktur atau terancang (KPM, 2021). PdPR telah diamalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia selama dua tahun sepanjang pandemik. Sepanjang tempoh tersebut guru-guru, murid-murid, dan ibu bapa sudah mulai mahir dan terbiasa dengan pendekatan, kaedah, dan teknik PdPR. Adalah menjadi satu kerugian apabila PdPR ini diabaikan terus sebaik sahaja guru-guru dan murid-murid kembali bersemuka di sekolah pada era endemik ini. Ciri-ciri PdP yang terdapat pada PdPR sudah boleh menggolongkannya sebagai pembelajaran digital kerana sokongan digital menjadi tunjang dalam mempraktikkan PdPR yang merupakan gabungan pembelajaran dalam talian dan e-pembelajaran. Rajah 1 telah menjelaskan ciri-ciri pembelajaran tersebut yang mana internet menjadi perantara untuk melaksanakan kesemua ketiga-tiga jenis pembelajaran tersebut dengan sokongan peranti-peranti digital untuk merealisasikan PdP. Menjelang era endemik ini, PdPR harus fleksibel menjadi pembelajaran digital yang berterusan tanpa mengabaikan konsep pembelajaran bilik darjah tradisional. Satu bentuk pengurusan perubahan harus dijana bagi merealisasikan PdPR sebagai pembelajaran digital berterusan. Satu model pengurusan perubahan perlu dikenal pasti bagi memastikan PdPR terus relevan sebagai pembelajaran digital meskipun PdPR sudah tidak lagi popular dalam era endemik nanti. Model ADKAR (2003) dijangkakan mampu memimpin PdPR menjadi satu pendekatan pembelajaran yang malar segar sepanjang zaman. Model perubahan ADKAR (Rajah 3) merupakan jawapan yang paling praktikal untuk menghasilkan pengurusan perubahan yang efektif terhadap individu dan organisasi (Angtyan, 2019). 12
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Rajah 3: Model ADKAR (Sumber: Hiatt, 2003) Model ADKAR dibangunkan selepas menjalani kajian terhadap 900 organisasi di 59 buah negara di dunia dalam tempoh 14 tahun. Sehubungan dengan itu, model ini sangat mampan untuk menjana pengurusan perubahan terhadap sesuatu organisasi. Adaptasi model ini terhadap PdPR adalah bagi memastikan PdPR boleh terus bersaing dengan pendekatan-pendekatan pembelajaran masa hadapan yang berteraskan teknologi digital. Model ADKAR mencadangkan lima langkah untuk melaksanakan perubahan iaitu kesedaran (awareness), keinginan (desire), pengetahuan (knowledge), keupayaan (ability) , dan pengukuhan (reinforcement). Kelima- lima langkah ini dibincangkan sebagai langkah strategik dalam mentransformasi PdPR sebagai pembelajaran digital berterusan. Model ADKAR menekankan bahawa kejayaan sesuatu organisasi terjadi hanya apabila setiap individu berupaya untuk melakukan peralihan (perubahan) dengan jayanya (Angtyan, 2019). Menurut Boca (2013), kekuatan model ADKAR ialah model ini berfokus terus kepada elemen yang menjadi penyebab kegagalan. Organisasi boleh mengenal pasti dengan cepat di mana kepincangan proses berlaku dan elemen mana yang terlepas pandang. Kesedaran (awareness) terhadap perlunya untuk berubah merupakan langkah pertama dalam model ADKAR. Memahami mengapa perubahan perlu 13
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan dilakukan merupakan kunci kejayaan sesuatu perubahan. Langkah kedua ialah keinginan (desire) yang memperlihatkan motivasi dan pilihan muktamad untuk menyokong dan melaksanakan perubahan. Langkah ketiga ialah pengetahuan (knowledge) iaitu bagaimana untuk melaksanakan perubahan. Langkah ini menyediakan pengetahuan mengenai perubahan yang hendak dilaksanakan yang boleh dicapai melalui latihan dan pendidikan. Langkah keempat ialah keupayaan (ability) yang akan mendemonstrasikan kemampuan untuk melaksanakan perubahan dan mencapai tahap prestasi yang diinginkan. Langkah ini menuntut pemahaman antara teori dan amali. Apabila pengetahuan untuk berubah sudah berada di tempatnya, maka pengetahuan ini perlu disokong dengan amali atau prestasi sebenar individu. Langkah terakhir ialah pengukuhan (reinforcement) yang bertanggungjawab mengekalkan perubahan yang telah dilaksanakan. Memastikan perubahan berada di tempatnya dan individu tidak kembali ke amalan lama boleh dicapai melalui maklum balas yang positif, ganjaran, pengiktirafan, mengukur prestasi dan melaksanakan tindakan pembetulan. STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DIGITAL BERTERUSAN BERPANDUKAN MODEL ADKAR Kesedaran (Awareness) Untuk merealisasikan PdPR melalui model ADKAR, harus bermula dengan kesedaran yang serius untuk menjenamakan PdPR sebagai PdPDB. Kesedaran ini bukan hanya lahir sebagai satu idea individu sahaja sebaliknya harus menjadi kesedaran organisasi dan warganya. Melihat kesedaran sebagai satu titik perubahan yang besar amat penting untuk merealisasikan pembaharuan. Dalam situasi ini, semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengekalkan PdPR sebagai satu pendekatan PdP yang relevan walaupun setelah berakhirnya era pandemik. Kesedaran harus dijadikan kempen kepada semua lapisan komuniti pendidikan untuk menjayakannya. Memahami mengapa perubahan perlu dilaksanakan untuk mencapai satu peringkat pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien merupakan pemacu terhadap kejayaan perubahan tersebut. Justeru, seluruh warga yang terlibat harus memahami mengapa pentingnya perubahan dilakukan. Pelan komunikasi yang berkesan amat penting untuk menyebarkan kesedaran kepada semua peringkat komuniti untuk menjamin perubahan dapat direalisasikan. Melalui pelan komunikasi semua warga pendidikan harus dapat melihat kelebihan PdPR 14
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan dan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan ke arah merealisasikan PdPR semasa pandemik di samping kos yang telah dilaburkan untuk menjayakannya. Apakah usaha-usaha ini harus dinafikan sebaik sahaja era endemik menjelma? Sewajarnya usaha ini harus ditambah baik dan dijadikan amalan PdP yang mantap dalam menyantuni trend teknologi digital dalam dunia pendidikan. Justeru, visi dan misi untuk menjana perubahan ini perlu dijelmakan bagi memupuk kesedaran yang berkekalan. Keinginan (Desire) Keinginan merupakan langkah kedua yang melibatkan setiap lapisan komuniti perlu membuat keputusan untuk melaksanakan perubahan. Bukan sekadar membuat keputusan sahaja malahan setiap individu dalam organisasi mesti melibatkan diri dalam perubahan tersebut. Dengan kata lain, setiap individu mesti menyumbang dalam merealisasikan perubahan tersebut. Dalam konteks PdPR ini, Bahagian Perkembangan Kurukulum (BPK), KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, murid-murid, dan ibu bapa harus terlibat secara kolektif dalam menjayakan misi untuk menjadikan PdPR sebagai pembelajaran digital berterusan. Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM harus merombak kurikulum selari dengan tuntutan PdPR sebagai pembelajaran dalam talian, e- pembelajaran, dan pembelajaran digital. Konten dan aktiviti dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) harus sesuai dengan pendekatan PdP dalam PdPR yang mewakili ketiga-tiga jenis pendekatan PdP tersebut. DSKP yang baharu ini pula disebarkan ke sekolah melalui JPN dan PPD untuk dilaksanakan dalam PdP di sekolah. JPN dan PPD memantau pelaksanaan DSKP agar mengikut standard yang telah ditetapkan. Guru-guru merancang konten dan aktiviti PdP berdasarkan DSKP seterusnya melaksanakan PdP bersesuaian dengan konsep pembelajaran digital, pembelajaran dalam talian, dan e-pembelajaran. Pihak pentadbir sekolah dan PIBG bekerjasama menyedia dan menyempurnakan keperluan sokongan terhadap PdP dari segi fasiliti, kempen, penganugerahan, jaringan dengan pihak korporat dan sebagainya lagi. Pengetahuan (Knowledge) Untuk melaksanakan perubahan, individu dan organisasi perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan terhadap perubahan yang hendak dilakukan. Pengetahuan merupakan langkah ketiga dalam melaksanakan perubahan mengikut model ADKAR. Dua jenis pengetahuan yang penting dalam langkah ini ialah pengetahuan bagaimana untuk berubah semasa tempoh peralihan dan 15
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan bagaimana untuk bertindak dengan efisien apabila perubahan telah dilaksanakan. Pihak JPN dan PPD perlu membekalkan guru-guru dengan latihan dan kemahiran pedagogi yang khusus untuk mengendalikan PdP dalam talian, e- pembelajaran, dan pembelajaran digital. Kemahiran mengendali komputer dan aplikasi komputer yang menjurus kepada pembelajaran dalam talian dan e- pembelajaran harus ditekankan. Di samping itu, pengendalian peranti-peranti elektronik yang menyokong pembelajaran digital juga perlu diberi perhatian wajar. Kursus-kursus dan latihan-latihan yang sesuai harus dirancang secara berkala agar kemahiran yang diajar dapat terus diamalkan. Selain itu, program mentoring dan coaching wajar dilaksanakan bukan hanya kepada warga sekolah tetapi melibatkan juga ibu bapa. Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa boleh berkongsi pandangan dan mencari penyelesaian setiap masalah yang dihadapi melalui perbincangan sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian melalui forum atau e-sidang. Sasaran aktiviti ini tidak harus dilimitasikan kepada pihak-pihak tertentu sahaja sebaliknya disebarkan seluas-luasnya kepada semua lapisan masyarakat bagi melahirkan masyarakat dan generasi berilmu pengetahuan digital. Keupayaan (Ability) Keupayaan berputik setelah individu mempunyai kesedaran, keinginan, dan pengetahuan terhadap perubahan tersebut. Keupayaan juga akan terus dibangunkan apabila setiap individu mengamalkan perubahan tersebut lantas menjadikannya sebagai pengalaman yang menggembirakan (Mohammad Khuzaimi Ismail, 2021). Keupayaan merujuk kepada perbezaan antara teori dan amali. Tindakan untuk berubah melibatkan teori. Apabila teori telah berada ditempatnya, teori ini perlu disokong dengan amali yang diterjemahkan dalam bentuk prestasi sebenar individu (Hiatt, 2006). Maksudnya teori tersebut perlu dipraktikkan dengan pelaksanaan tindakan-tindakan yang wajar dan efisien bagi merealisasikan langkah keupayaan dalam model ADKAR ini. Dalam konteks PdPR, teori-teori yang dikenal pasti bagi melaksanakan perubahan mesti dipraktikkan dengan tindakan-tindakan yang sesuai. Teori-teori yang berkaitan dengan amalan pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran, dan pembelajaran digital harus disantuni dan dianalisis untuk menentukan tindakan- tindakan yang sesuai ke arah melaksanakan strategi pembelajaran digital berterusan. Semua pihak mesti mempunyai keupayaan yang hebat untuk melaksanakan tindakan-tindakan wajar. Keperluan-keperluan individu untuk melaksanakan tindakan-tindakan tersebut perlu dipenuhi supaya tiada kekangan yang wujud ketika melaksanakan perubahan. Keupayaan untuk melaksanakan 16
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan tindakan-tindakan ini perlu sentiasa dipantau dan dibimbing agar momentum melaksanakan perubahan ini terus berarus. Walau bagaimanapun pada peringkat ini, masa diperlukan untuk melihat keberkesanan tindakan yang dibuat dan semua usaha ini boleh dicapai melalui latihan, coaching dan maklum balas (Angtyan, 2019). Pengukuhan (Reinforcement) Mengukuh dan mengekalkan perubahan yang telah berjaya dilaksanakan merupakan aspek yang penting dalam langkah terakhir model ADKAR ini. Pengukuhan ini dilihat dalam beberapa aspek antaranya mengukuhkan usaha untuk memastikan teknologi pendidikan dan teknologi digital yang terkandung dalam PdPR seiring dengan arus masa dan teknologi terkini. Penyelidikan dan pembangunan (RND) perlu sentiasa diamalkan untuk memastikan PdPR sentiasa menerima input-input baharu dari pelbagai sumber. Untuk mengekalkan perubahan yang telah berjaya dlaksanakan supaya sentiasa berada dalam landasan yang ditetapkan merupakan satu lagi usaha pengukuhan. Mengekalkan momentum pelaksana supaya konsisten dengan amalan-amalan terbaik yang telah terbukti berkesan dalam pelaksanaan PdPR adalah juga usaha pengukuhan. Ini adalah untuk memastikan supaya individu tidak kembali kepada amalan lama yang boleh melemahkan semula pelaksanaan PdPR. Pengukuhan ini boleh dicapai melalui maklum balas yang positif, penganugerahan, pengiktirafan, pengukuran prestasi, dan melaksanakan tindakan pembetulan (Boca, 2013). 17
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan KESIMPULAN Era endamik semestinya membawa satu perubahan besar lagi dalam PdP di sekolah selepas kejutan diterima oleh pemimpin dan warga sekolah apabila wabak COVID-19 melanda yang membawa era pandemik. Penggunaan teknologi digital menjadi tuntutan dan PdP berubah tiga ratus enam puluh darjah apabila guru dan murid-murid tidak boleh bersemuka secara fizikal di dalam bilik darjah. Sungguhpun demikian, PdPR yang diamalkan sepanjang pandemik sebenarnya membawa satu perkembangan positif dalam dunia PdP di sekolah. Kelebihan dan kekuatan PdPR ini wajar diadun menjadi satu pendekatan PdP era endemik kerana gabungan tiga pendekatan dalam PdPR iaitu pembelajaran dalam talian, e-pembelaran, dan pembelajaran digital terbukti berkesan dalam membantu murid-murid menelaah pelajaran walau di mana sahaja mereka berada. Sehubungan dengan itu, model pengurusan perubahan ADKAR dikemukakan sebagai panduan untuk mengurus perubahan PdPR kepada PdPDB. Model ini menekankan perubahan pada diri individu yang membawa impak positif kepada organisasi. Seperti pendapat Angtyan (2019): The primary reason for this model of change management is its focus on individual change and ensuring each person makes transitions. This is more than a ‘soft’ approach. It has practical applications. Justeru, PdPR harus terus berkembang dan ditambah baik dengan satu sistem pengurusan perubahan yang dinamik dan sistematik. Penjenamaan semula PdPR akan memberi manfaat besar kepada murid-murid dan membuka lebih banyak peluang untuk pemimpin-pemimpin sekolah, guru-guru, dan ibu bapa untuk mendalami dunia teknologi digital dalam PdP. Usaha ini tidak harus terhenti setelah tamat pandemik tetapi satu anjakan paradigme harus berlaku dalam PdP menjelang era endemik demi memartabatkan sistem pendidikan negara. 18
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan RUJUKAN ‘Aisyah ‘Inani Mohd Saad, Nora Azura Zaini, & Ahmad Faiq Ramli (2021). Kajian pengintegrasian teknologi melalui aktiviti pengajran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam kalangan pendidik genius negara. Academia. https://www.academia.edu/48778677/kajian_pengintegrasian_teknologi _melalui_aktiviti_pengajaran_dan_pembelajaran_di_rumah_pdpr_dala m_kalangan_pendidik_genius_negara. Ahmad Fadlullah Adnan (25 Mei 2021). Kekalkan PdPR sebagai agenda pendidikan masa depan. Utusan Malaysia. Angtyan, H. (2019). ADKAR model in change management. International Review of Management and Business Research. Vol. 8(2), 179-182. Bdiwi (2019). Smart learning environment: teacher’s role in assessing classroom. Attention Research in Learning Technology 27 DOI: https://doi.org/10.25304/rlt.v27.2072 Boca, G.D. (2013). ADKAR model vs. quality management change. International Conference “Risk in Contemporary Economy\". XIV Edition, 2013, Galati, Romania. Bonk, C.J., & Graham, C.R. (2006). Handbook of blended learning: global perspectives, local designs. San Francisco: Pfeiffer Publishing. Cassidy (2016). The academic resilience scale (ARS-30): A new multidimensional construct measure. Psychological Resilience in Students and Education.DOI:https://doi.org/10.3389/fpsyg.2016. 01787. Edubritte (2022). What are digital learning and e-learning and how do they differ? https://www.edubritte.com/digital-learning-and-e-learning. Faizatul Hafilah Abdul Halim, & Nor Syahilia Aris (2016). Persepi pelajar terhadap pembelajaran teradun (blended learning). Journal of Technical and Vocational Education 2016. Vol. 1, No. 2, 53-63. Google Trends. (2020). https://trends.google.com/trends/yis/2020/GLOBAL/. Harding, A., Kaczynsky, D., & Wood, L. (2005). Evaluation of blended learning: Analysis of qualitative data. UniServe Science Blended Learning Symposium Proceedings. https://www.researchgate.net/publication /22 8377822_Evaluation_of_blended_learning_Analysis_of_qualitative_dat a Hiatt, J.M. (2006). ADKAR: A model for change in business, government, and our community. Loveland, Colorado: Prosci Learning Centre Publication. Hrastinski, S. (2019). What do we mean by blended learning? TechTrends. DOI: https://doi.org/10.1007/s11528-019-00375-5 Jamalludin Harun, & Nur Khairul Safrah Jamri (2017). Kajian berkaitan pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir fakulti pendidikan. 19
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.http://eprints.utm.my/id/eprint/11678/1/ Kajian_Berkaitan_Pengaplikasian_Teori_Pembelajaran_Dalam_Pemba ngunan_Bahan_Pembelajaran_Digital_Di_Kalangan_Pelajar_Tahun_A khir_Fakulti_Pendidikan.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia (2021). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2. Kuppusamy, Y., & Helmi Norman. (2021). Kemahiran teknologi dan kesediaan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemik dalam kalangan guru di sekolah rendah Tamil. 2nd International Conference on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE) Mishra, P., Koehler, M. J., Shin, T. S., Fedor, M. C., Francis, A. P., DeSchryver, M., & Heintz, A. E. (2009, August). Reflections on Teaching “Reflections on Learning.” Paper presented at the Conference on the Teaching of Educational Psychology, Toronto, Canada. Mohd Radzi Jidin (11 Mac 2020). Cari kaedah terbaik untuk pelajar. Berita Harian. Muhammad Khuzaimi Ismail (2021). ADKAR: Model pengurusan perubahan buat organisasi sahaja? HumanCap. https://www2.humancap.com.my /blog /adkar -model-pengurusan-perubahan-untuk-organisasi-sahaja Norehan Mohd Nasir & Mahaliza Mansor (2021). Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): Suatu pemerhatian awal. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities. Vol. 6, No. 7, Julai 2021. Nurun Najwa Mohammad Mustafa, Macliffton, T.S., & Alloon, J.B. (2021). Pengajaran dan pemudahcaraan secara maya – Pelaksanaan melalui sistem pengurusan pembelajaran. International Conference on Business Studies and Education. https://www.icbe.my/wp-content /uploads/2021 /04/NURUN -NAJWA-BINTI-MOHAMMAD-MUSTAFA-8-1.pdf Rusdiana, A., Abdul Muin, Ara Hidayat & Yaya Suryana. (2020). POE2WE learning management based on Google Classroom blended learning. International Journal of Psychosocial Rehabilitation 24(8): 1475-7192. Sewang, A. (2017). Keberterimaan google classroom sebagai alternatif peningkatan mutu di iai ddi polewali mandar. JPPI: Jurnal Pendidikan Islam Pendekatan Interdisipliner. Shampa Iftakhar. (2016). Google Classroom: What works and how? Journal of Education and Social Sciences 3. 12-18. Simah Mamat, Che Aliha Ladin, Azni Yati Kamaruddin, Intan Marfarrina Omar, & Nor Asiah Ismail (2021). Covid-19: Cabaran dan inisiatif dalam mendepani pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran teradun. Sains Insani 2021, Vol.6, No. 02, 220-226. 20
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin, Zulkurnain Hassan (2021). Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian (e- Pembelajaran) terhadap pembelajaran pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization. Vol. 2, No. 10, March 2021. Malaysia Pahang Press. Stern, J. (t.t). Introduction to online teaching and learning. https://www.wlac.edu/online/document/otl.pdf. Suharyanto Suharyanto, & Adele B. L. Mailangkay (2018). Penerapan e-learning sebagai alat bantu mengajar dalam dunia pendidikan. Jurnal Ilmiah Widya. Sujana, W.C. (2019). Fungsi dan tujuan pendidikan Indonesia. SD Negeri 4 Bugbug [email protected] diterima 7 Februari 2019, direvisi 15 Februari 2019, diterbitkan 29 April 2019 The Glossary of Education Reform (2019). Blended Learning. https://www.edglossary.org/blended-learning/Technopedia.com (2022). Definisi digital. https://ms.theastrologypage.com/digital. Quigley, E. (2019). What is blended learning? Learn Upon Blog. http://learnupon.com/blog/what-is-blended-learning. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Classroom. Yusuf Hashim (2012). Pengunaan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 2012, 15-17 Oktober 2012, Kuantan, Pahang. 21
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan 22
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan HUBUNGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN STEM NORKUMALASARI OTHMAN, PhD NORHASNIDA REJAB NAZARUDDIN ABDUL HADI, PhD Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek [email protected] ABSTRAK Kerajaan telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013-2025 selaras dengan usaha untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan industri. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi penekanan kepada Pendidikan STEM yang mencakupi empat bidang utama iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai salah satu usaha untuk mendidik pelajar ke arah bidang kepakaran tersebut. Bagi merealisasikan usaha tersebut, pelbagai kaedah dilaksanakan antaranya mengintegrasi bidang tersebut serta mengaplikasikannya dalam konteks dunia pendidikan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik minat pelajar menceburi bidang STEM terutamanya di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Tiga dimensi utama yang terdapat dalam amalan kepimpinan instruksional adalah cara penentuan matlamat sekolah, pengurusan program instruktional dan menggalakkan iklim sekolah yang positif. Selain untuk mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional sebagai peneraju utama dalam pelaksanaan STEM di sekolah, kertas konsep ini juga bertujuan mengkaji hubungan yang signifikan terhadap pelaksanaan Pendidikan STEM dengan merujuk kepada kerangka konseptual yang dibina. Kesimpulan yang dapat dibuat di sini secara keseluruhannya kajian ini akan memberi implikasi terhadap keutamaan dalam menggunakan segala kemahiran mengurus program instruksional kepada semua pemimpin sekolah. Selain itu, ia dapat memastikan pelaksanaan pendidikan STEM akan berjaya dilaksanakan selaras dengan hasrat KPM yang mahukan pelajar-pelajar yang bakal menerajui negara kita dalam konteks sebenar di masa akan dating. Kata kunci: Kepimpinan instruksional, pengetua, pendidikan STEM 23
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan PENGENALAN Sebagai sebuah negara maju yang dapat bersaing serta mengharungi cabaran dan permintaan dalam ekonomi yang pesat membangun di bidang STEM, ternyata perubahan dan transformasi dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai banyak perubahan dan pembaharuan sejajar dengan keperluan tersebut. Menerusi PPPM 2013-2025, KPM telah memberi penekanan terhadap pengintegrasian ilmu mata pelajaran STEM dapat menggalakkan pembabitan guru serta pelajar dan ia meliputi dua bidang STEM atau lebih, perkara tersebut akan berlaku menerusi proses PdPc, pembelajaran secara projek dan pembelajaran kolaboratif (KPM, 2012). Pendidikan literasi STEM mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014. STEM diyakini dapat berfungsi sebagai pencetus inovasi dan pertumbuhan ekonomi sejajar dengan keperluan pada abad ke 21 (Fulton & Britton, 2016). Malahan diyakini dapat melahirkan golongan professional dalam bidang-bidang berkaitan STEM (Kuenzi, 2008) yang membolehkan Malaysia bergerak standing dengan negara maju yang lain. Komitmen padu daripada semua pihak amatlah diperlukan terutamanya di peringkat pelaksana iaitu guru- guru itu sendiri dalam membina sebarang bentuk transformasi atau perubahan dasar. Guru-guru pula memerlukan pentadbir sekolah yang diketuai oleh pengetua atau guru besar untuk mencorakkan pelaksanaan dasar tersebut. Kerjasama yang erat antara pengetua dengan guru-guru amatlah penting dalam memastikan pelaksanaan STEM berjaya dilaksanakan mengikut seperti yang dirancangkan. Pengetua merupakan pemimpin yang memainkan peranan utama dalam memastikan STEM ini berjaya dilaksanakan berdasarkan kepada bagaimana cara pengetua mentransformasikan dan mengorganisasikannya agar guru-guru memahami dan dapat melaksanakannya sebagaimana yang dihasratkan (Qadash & Schechter, 2020). Bagi memastikan pelaksanaan STEM mencapai sasaran mengikut matlamat yang telah ditetapkan, maka sebagai seorang pemimpin instruksional, seseorang pengetua itu harus bijak menggunakan ruang dan peluang dalam menyampaikan hala tuju sekolah, mengurus program instruksional dan menggalakkan iklim sekolah yang positif. Sehubungan dengan itu, kertas konsep ini adalah bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Pendidikan STEM di sekolah menengah dan perkara yang berkaitan kepimpinan instruksional di sekolah menengah. 24
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan PELAKSANAAN STEM DI SEKOLAH STEM bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu ‘Sains’, ‘Teknologi’, ‘Kejuruteraan’ (Engineering) dan ‘Matematik’ yang melibatkan mata pelajaran seperti Sains, Fizik, Matematik, Kimia, Biologi, Asas Sains Komputer (ASK) dan Reka Bentuk Teknologi (RBT) yang mencakupi tiga aspek utama dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Aspek tersebut meliputi bidang pembelajaran sama ada di peringkat sekolah dan peringkat tertiari, pakej mata pelajaran adalah merujuk kepada kombinasi pengkhususan STEM dan juga pendekatan PdPc iaitu mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menyelesaikan masalah. Pendidikan STEM ini disokong juga oleh Dasar Sains 60% dan Dasar Sastera 40% iaitu Dasar 60:40, Wawasan 2020, PPPM 2013-2025, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dan juga Pusat STEM Negara. STEM perlu diintergrasikan bersama dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun masih belum mempunyai suatu kurikulum rasmi (Nur Amelia & Lilia, 2019). Sehubungan dengan itu, pelaksanaan STEM telah diangkat sebagai salah satu agenda penting dalam pentransformasian pendidikan Malaysia yang telah dirangka menerusi tiga fasa dalam PPPM 2013-2025 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2015): (i) Fasa Satu - Gelombang Satu (2013-2015) Pengukuhan kualiti Pendidikan STEM dilaksanakan melalui peneguhan kurikulum, guru diberi latihan untuk menggunakan Model Pembelajaran Multimod; (ii) Fasa Dua - Gelombang Dua (2016-2020) Pelaksanaan kempen dan kerjasama bersama agenis-agensi berkaitan yang bertujuan untuk menanamkan minat dan kesedaran masyarakat terhadap STEM; dan (iii) Fasa Tiga – Gelombang Tiga (2021-2025) Peningkatan fleksibiliti operasi ke arah anjakan STEM ke tahap cemerlang. Pelan pelaksanaan STEM melibatkan jangka masa selama 12 tahun dari tahun 2013 sehinga 2025, bermula dari Gelombang 1, Gelombang 2 dan Gelombang 3 yang melibatkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pendidikan STEM mengandungi tiga elemen STEM iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti di Jadual 1. 25
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Jadual 1: Elemen STEM dalam Kurikulum Elemen STEM Huraian Pengetahuan Meliputi semua mata pelajaran STEM dan ia adalah berkaitan dengan idea, teori, prinsip dan konsep. Segala pengetahuan dan perkembangan terkini dalam Pendidikan STEM dapat disampaikan melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah. Kemahiran Semasa menjana kecekapan dan kemahiran murid untuk meneroka, membina penyelesaian masalah dan mereka bentuk perkara penting yang harus dititikberatkan dalam pendidikan STEM adalah pendekatan inkuiri. Kemahiran- kemahiran yang dinyatakan di atas akan dapat dicapai semasa melakukan tugasa dan projek. Kemahiran STEM yang perlu dikuasai oleh murid antaranya kemahiran tersebut adalah kemahiran proses (Sains), kemahiran proses matematik (Matematik), kemahiran reka bentuk (Kejuruteraan) dan juga kemahiran komputasional (Teknologi). Nilai Semasa proses PdPc, guru-guru haruslah dapat menerapkan segala akhlak dan sikap yang positif dalam nilai STEM seperti sikap berani mencuba, komited, konsisten, sistematik dan inovatif. Nilai dan etika yang patut diamalkan oleh murid semasa di makmal adalah sentiasa mematuhi peraturan keselamatan sepanjang masa mereka berada di makmal. (Adaptasi dan diubahsuai daripada Panduan Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM) Pengintegrasian STEM dalam kurikulum bukanlah suatu perkara yang mudah. Dalam satu tempoh masa yang singkat dan rigid, guru berusaha untuk mempelbagaikan aktiviti yang bersesuaian. Justeru, dalam kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pendidikan STEM ini, timbul persoalan yang perlu diberi perhatian iaitu “Sejauh manakah pemimpin sekolah iaitu Pengetua secara langsung memberi penekanan menerusi kepimpinan instruksional mereka terhadap pelaksanaan STEM di sekolah masing-masing?” 26
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Pengetua sebagai pemimpin utama di sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk pendidikan yang berprestasi tinggi. Dalam memastikan sesuatu program ataupun perubahan yang dilakukan tercapai mengikut matlamat yang dituju, sebagai peneraju utama sekolah tersebut pengetua itu akan sedaya upaya berusaha menggerakkan tenaga setiap subordinatnya yang terdiri daripada guru dan staf sebagai usaha untuk mendidik dan membimbing pelajar melalui segala sumber, tenaga dan kepakaran yang dimiliki oleh mereka. (Don, 2007). Segala aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap dan pengetahuan yang dimiliki oleh pengetua sehingga berjaya mempengaruhi, menggerak, membimbing dan melatih individu, warga sekolah dan juga komuniti luar sekolah ke arah tercapainya matlamat organisasi sekolah yang diinginkan, maka dirumuskan bahawa pengetua tersebut mempunyai kepimpinan pendidikan yang berkesan (Don, 2007). Seorang pengetua sekolah perlu mempunyai kepimpinan instruksional yang boleh membawa kepada perubahan bermakna dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dengan mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan dapat memberi perubahan yang baik kepada keberhasilan dan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar (Zaliza & Mohd Izham, 2018; Alimuddin, 2010). Ini disebabkan pengetua mempunyai pengaruh dalam meningkatkan komitmen guru, kurikulum, teknik mengajar dan disiplin pelajar (Coelli & Green, 2011). Sebagaimana dalam anjakan kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), dengan jelas menyatakan bahawa kepimpinan berprestasi tinggi akan ditempatkan di setiap sekolah di Malaysia (KPM, 2013). Lantaran itu, apabila pendidikan STEM diperkenalkan, pengetua sekolah dikehendaki memainkan peranan utama sebagai pemimpin instruksional bagi memastikan organisasi sekolah bersama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing dan memberikan komitmen terbaik dalam memastikan agenda pendidikan STEM berjaya dilaksanakan dan memberikan kesan kepada pencapaian pelajar-pelajar secara khususnya. Bertepatan dengan Buncker (2011) dan Hallinger (2008), menyatakan bahawa kepimpinan instruksional yang berkesan dinilai dan diukur adalah berdasarkan kepada keupayaan pentadbir sekolah iaitu pengetua di dalam melaksanakan suatu pembaharuan dengan sebaik mungkin seperti mana pelaksanaan pendidikan STEM ini. 27
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan HUBUNGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN STEM Kajian ini didasari oleh Model Kepimpinan Instruksional Hallinger (2018) yang merujuk kepada tiga fokus utama peranan pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah yang terdiri daripada dimensi-dimensi: (i) menentukan matlamat sekolah; (ii) mengurus program instruksional; dan (iii) menggalakkan iklim sekolah yang positif. Setiap dimensi tersebut terbahagi kepada beberapa sub dimensi. Secara keseluruhannya terdapat sepuluh sub dimensi yang meliputi merangka matlamat sekolah, menyampaikan matlamat sekolah, menyelia dan menilai instruksional, menyelaras kurikulum, memantau perkembangan pelajar, melindungi masa instruksional, menggalakkan pembangunan profesional, mengekalkan sokongan pembelajaran, menyediakan insentif kepada guru dan murid seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Model Kepimpinan Instruksional (Hallinger, 2018) Menentukan Mengurus Program Menggalakkan Iklim Sekolah Matlamat Sekolah Instruksional yang Positif • Matlamat • Menyelia • Melindungi sekolah dan masa yang jelas membuat instruksional dirangka penilaian instruksional • Menggalakkan • Matlamat pembangunan sekolah • Menyelaras professional disampaikan kurikulum dengan jelas • Mengekalkan • Memantau sokongan perkembangan pembelajaran pelajar • Menyediakan insentif untuk guru • Menyediakan insentif untuk pelajar Sumber: A Review of Two Decades of Research on The Principalship Using The Principal Instructional Management Rating Scale (Hallinger, 2000) 28
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Dimensi pertama ialah mentakrif matlamat sekolah yang terdiri daripada (i) merangka matlamat sekolah; dan (ii) menyampaikan matlamat sekolah. Sebagai pemimpin instruksional, matlamat sekolah perlu dirangka dengan jelas oleh Pengetua dan seterusnya menjelaskan matlamat tersebut yang hendak dicapai menerusi visi, misi dan hala tuju. Sebagai pemimpin instruksional, seorang pengetua akan menetapkan matlamat yang ingin dicapai oleh sekolah terutama berhubung dengan kejayaan sekolah yang boleh dicapai dalam melaksanakan proses pendidikan (Krug, 1992). Pengetua sebagai peneraju utama akan memberi penjelasan sewajarnya tentang matlamat sekolah yang disasarkan dan ingin dicapai terhadap visi, misi dan hala tuju yang tentunya melibatkan usaha dari guru-guru terhadap pencapaian pelajar secara khususnya. Dalam mentakrif matlamat sekolah, bukan sahaja disasarkan kepada kelompok guru semata-mata, malahan pengetua perlu menyampaikan dan berkongsi tentang matlamat sekolah yang ingin dicapai kepada pelajar, ibu bapa, penjaga dan masyarakat menerusi pelbagai medium perantaraan seperti mesyuarat guru, perhimpunan sekolah, mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), papan kenyataan sekolah, bulletin sekolah, media sosial sekolah (laman sesawang sekolah, face book, Instagram) dan program keibubapaan (Fong & Mohd. Khairuddin, 2018). Dimensi kedua iaitu mengurus program instruksional melibatkan (i) menyelia dan membuat penilaian instruksional; (ii) menyelaras kurikulum; dan (iii) memantau perkembangan pelajar. Jelas menggambarkan bahawa ketiga-tiga sub dimensi tersebut adalah mengenai penglibatan guru adalah secara langsung dalam bidang kurikulum dan proses pengajaran. Seterusnya, penyeliaan dan penilaian instruksional akan dijalankan oleh pengetua selaras dengan hasrat untuk memastikan matlamat sekolah telah mendukung amalan bilik darjah melalui pencerapan dan penyeliaan pengajaran guru, serta penyediaan sokongan pengajaran guru. Pengetua yang aktif dalam penyeliaan dan penilaian pengajaran guru akan dapat membuat penambahbaikkan dalam menyelaras kurikulum untuk tujuan penambahbaikkan sokongan pengajaran guru. Pemimpin instruksional yang selalu berinteraksi dengan guru-guru berkaitan isu-isu pengajaran dan kurikulum adalah mengamalkan ciri-ciri kepimpinan instruksional yang baik (Hallinger, Wang & Chen, 2013). Diikuti dengan pemantauan terhadap perkembangan pelajar menerusi pencapaian pelajar dalam pentaksiran pembelajaran. Sebagai contoh, tahap kecemerlangan sekolah yang diukur berdasarkan keputusan peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah tentu berpandukan data penilaian keputusan SPM yang diperoleh. Keputusan penilaian tersebut akan memberi panduan kepada pengetua untuk membincangkan bersama guru-guru tentang cadangan penambahbaikkan seterusnya (Fong & Mohd. Khairuddin, 2018). 29
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Fokus dimensi yang ketiga meliputi (i) melindungi masa instruksional; (ii) menggalakkan pembangunan profesional; (iii) mengekalkan sokongan pembelajaran; (iv) menyediakan insentif untuk guru; dan (v) menyediakan insentif untuk pelajar. Perkara ini jelas menunjukkan sebagai pengetua yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan instruksional, mereka seharusnya dapat menggalakkan produktiviti organisasi sesebuah sekolah dengan memperuntukkan masa mencukupi untuk pembelajaran pelajar agar penyampaian ilmu diterima oleh pelajar secukupnya dan dapat meningkatkan pencapaian mereka. Pengetua menggalakkan pembangunan professional guru dan staf seperti latihan dalam perkhidmatan terutama yang berkaitan dengan matlamat sekolah mahupun meningkatkan pengajaran guru. Pengetua bukan sahaja diharapkan dapat mengekalkan sokongan pembelajaran, malahan digalakkan untuk meningkatkan lagi standard pembelajaran pelajar. Selain itu, pengetua boleh memberi penghargaan kepada guru dan pelajar sebagai tanda mengiktiraf jasa mereka terhadap sumbangan kepada kecemerlangan sekolah. Guru boleh diraikan dengan memberi sijil penghargaan. Begitu juga dengan pelajar yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah yang baik, juga disarankan untuk diraikan dalam suatu majlis khas, diberi hadiah, sijil dan pujian kerana telah berjaya meningkatkan kecemerlangan (Fatanah, 2010). Dalam memastikan pendidikan STEM dilaksanakan dengan teratur sebagaimana panduan yang ditetapkan, sudah pasti pengetua menggalas tanggungjawab besar terhadap pelaksanaannya. Kepimpinan instruskional pengetua terhadap pelaksanaan STEM dirujuk sebagai satu siri reka bentuk tingkah laku pengetua amalkan dalam mempengaruhi pelaksanaan STEM di sekolah (Zahara & Suria, 2011). Dalam konteks kajian cadangan kertas konsep ini, pengetua yang mengamalkan kepimpinan instruksional, dapat membantu meningkatkan keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah sekolah berhubung dengan pendidikan STEM. Justeru, keberhasilan tersebut diyakini dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berpendidikan STEM (Hallinger & Murphy, 1987). Memetik Surat Pekeliling Bil.3/1987: Penyediaan Pengajaran- Pembelajaran Di Dalam Kelas oleh Pengetua/ Guru Besar Sekolah, dengan jelas menyatakan bahawa pengetua dikehendaki membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif. Perkaitannya dengan agenda pendidikan STEM ialah sebagai seorang pemimpin instruksional iaitu pengetua, adalah perlu memahami cara untuk membina keyakinan supaya guru-guru komited terhadap pelaksanaan pembaharuan (STEM) yang dilaksanakan (Fong & Mohd. Khairuddin, 2018; Nor Azni, Foo, Soaib & Aminudin, 2015). 30
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan CADANGAN KERTAS KONSEP Berpandukan kepada Model Kepimpinan Instruksional (Hallinger, 2018), kerangka konseptual kajian adalah seperti di Rajah 1 di bawah. Berdasarkan literatur kajian terdahulu, kerangka konseptual kajian ini merumuskan pengaruh amalan kepimpinan instruksional yang terdiri daripada (i) menentukan matlamat sekolah; (ii) mengurus program instruksional; dan (iii) menggalakkan iklim sekolah yang positif bertindak sebagai pemboleh ubah bebas. Manakala pelaksanaan pendidikan STEM bertindak sebagai pemboleh ubah bersandar. Rajah 1. Kerangka Konseptual Hubungan antara Kepimpinan Instruksional Terhadap Pelaksanaan STEM 31
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan KESIMPULAN Kertas konsep ini menfokuskan mengenai sejauh manakah pemimpin sekolah iaitu pengetua secara langsung memberi penekanan menerusi kepimpinan instruksional mereka terhadap pelaksanaan STEM di sekolah masing-masing. RUJUKAN Alimuddin, M.D. (2010). Ciri-ciri Pengetua Yang Cemerlang. Pendidik Selangor: Widad Publications. Amimah Mohammad Ayub. (2018). Kesedaran terhad mengenai pendidikan STEM di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam:1093-1102. Terenggan: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin. Becker, K. & Park, K. (2011). Effects of integrative approaches among science, technology, engineering, and mathematics (STEM) subjects on students’ learning: a preliminary meta-analysis. Journal of STEM Education. 12(5&6), 23-37. Buckner, K. R. 2011. Leadership practices of female principals. Tesis Dr. Fal, Capella University. Don, Y. (2007). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Fatanah Mohamed. (2010). Perkongsian pengalaman memimpin sekolah: merubah mindset. Diakses dari: http://eprints.um.edu.my/11279 /1/PE RKONGSIAN_PENGALAMAN_MEMIMPIN_SEKOLAH_MERUBAH_M INDSET.pdf. [10 Februari 2022]. Fong, D. C. Y., & Mohd. Khairuddin Abdullah@Jerry. 2018. Kepemimpinan instruksional: konsep, model, pendekatan dan skala pengukuran. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue (2018), 146-160. Fulton, K. & Britton, T. (2016). Learning communities: from good teacher to great teaching. national commission on teaching and america’s future, Washington. retrieved from www.nctaf.org. Hallinger, P. (2000). A review of two decades of research on the principalship using the principal instructional management rating scale. retrieved from http://www.leadingware.com. Hallinger, P. 2008. Methodologies for Studying School Leadership: A review of 25 years of research using the principal instructional management rating scale. paper presented at the annual meeting of the American Educational Research Association, New York. Hallinger, P. (2018). Principal instructional leadership. in the Wiley handbook of teaching and learning. https://doi.org/10.1002/9781118955901.ch21 Hallinger, P., Wang, W. C., & Chen, C. W. (2013). Assessing the measurement properties of the principal instructional management rating scale: a meta-analysis of reliability studies. Educational Administration Quarterly, 49(2), 272–309. https://doi.org/10.1177/0013161X12468149 32
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan Hallinger, P., & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Leadership, 9(January 1987), 54– 61. Krug, S. E. (1992). Instructional leadership, school instructional climate, and student learning outcomes. project report. illinois: National Center for School Leadership. Kuenzi, J. J. (2008). Science, technology, engineering, and mathematics (stem) education: background, federal policy, and legislative action. Congressional Research Service Reports. University of Nebraska – Lincoln USA. Nor Azni Abdul Aziz, Foo, S. F., Soaib Asimiran & Aminuddin Hassan. (2014). Kepimpinan instruksional pengetua dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs). Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014. Kuala Lumpur, Malaysia, 4-5 March 2014. Nur Amelia Adam & Lili Halim. (2019). Cabaran pengintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum Malaysia. Seminar Wacana Pendidikan 2019 (SWAPEN 2.0). Qadach, M., & Schechter, C. (2020). Instructional leadership and teachers’ intent to leave: the mediating role of collective teacher efficacy and shared vision. Educational Management Administration & Leadership, 48(4), 617–634. https://doi.org/10.1177/1741143219836683. Zahara Aziz. & Suria Baba. (2011). Instructional leadership enhanced creativity in smart classroom activities. Procedia Social and Behavioral Science, 15: 1566-1572. Zaliza, M, Y., & Mohd Izham, M, H., (2018). Amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan,31(1), 25-44. 33
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan 34
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan EMBRACING THE FOLLOWERSHIP NOTION IN SCHOOLS YEO SIEW PEY Institut Aminuddin Baki, Cawangan Sabah [email protected] ABSTRACT Leaders need followers just as much as followers need leaders. With the addition of these positive relationships, school goals and visions will effectively be accomplished as leaders and followers collaborate firmly to maximize the effectiveness of their schools. Followers (i.e., teachers) in knowledge industries are valuable resources whom leaders must capitalize on their potential and significant role in school improvement. Comprehensive knowledge of teachers’ followership behaviours helps school principals to adapt their approach and practice to fit the interaction and circumstances between leaders and followers. Reflecting on the significance of developing a reputable leader-follower relationship in the school leadership process would be beneficial for both school principals and teachers. Keywords: Followership, Leader-Follower Relationship, Leaders, Followers, Schools INTRODUCTION Given the significance of school success and students' performance, the school cherishes its ability to show a wide range of leadership styles. Many training programs, particularly at conferences, prioritize leadership capabilities among school leaders as things they promote. However, Gronn (1999, 2002a, 2002b) and Harris and Gronn (2008) points out that there has been rising disappointment and frustration with the dominance of a single heroic leader in most of the leadership literature. Since there is no more “solo hero” in the administration of the organizations, scholars have begun to consider the significant role of followers in the leader-follower relationship in the past three decades (Bennis, 2008; Kellerman, 2008; Kelley, 1992). Scholars are becoming more conscious of the importance of followership in both leadership theory and practice (Kellerman, 2008). In his seminal work, Kelley (1992) the founder of the followership 35
Simbiosis Kepimpinan Peneraju Pendidikan model, ascertained the organization’s success depends on followers. Put another way, flat systems have gradually replaced hierarchies in organizations (Kellerman, 2016), where members have greater opportunities than ever before to contribute to their staff and business initiatives. According to Shamir (2007), the time has come for researchers and practitioners to \"reverse their lens\" and shift their focus to follower-centric studies in the field of leadership research. THE RECIPROCAL OF LEADER-FOLLOWER RELATIONSHIP Due to the drastic paradigm shift experienced in educational leadership research, empirical studies so far uncover that the transformational and/or distributed leadership approach is the key determinant in acquiring success for school performance (Harris & Jones, 2018; Leithwood et al., 2020). Many scholars highlighted the impact of empowerment or autonomy given to teachers in decision-making leads to greater commitment to pursuing organizational goals (Bush, 2019; Hinić et al., 2017; Liu & Hallinger, 2018; Musah et al., 2018). As a result, the role of teachers as followers in schools which has been brushed aside in the literature is now catching worldwide researchers’ eyes in this emerging field. Warfield et al. (2019), for instance, contend that leadership and followership roles are identical to the Chinese concepts of Yin and Yang which reflect dualism but harmonious relationships. Likewise, Rob Asghar (2016) describes the leader-follower relationship phenomenon as a social dance, where one person takes the lead, and another follows. It is not about dominance or submission, but about the simple question of who starts a movement. Excellent followers foster good leadership by discreetly assisting the leader in keeping the organization on track. They are, in a sense, leading by their position as followers, particularly novice leaders. They promote and provide space for challenge, and improvisation as well as build a positive experience for both leaders and followers. Asghar (2016)’s dance metaphor is analogous to the elusive idea of leadership, in which organizations create environments where one inspires the other to shine regardless of responsibilities. This implies that an experienced follower may help an inexperienced leader shine. In return, the leader will be able to make the followers shine as he or she develops inabilities. The interplay becomes more fruitful and professional career-affirming as both the leader and the follower grow in maturity and ability. As Manning & Robertson (2016a,2016b, 2016c) maintain, leaders and followers will collaborate for a successful execution if the individual in the lower position in the hierarchy can think critically and independently before acting. Crippen (2012) supports their viewpoint and 36
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176