Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Published by hizazy83, 2017-10-25 05:23:13

Description: Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Keywords: Politik,Melayu,Sejarah

Search

Read the Text Version

Nasionalisme Tanah Melayu adalah satu gerakan yang bersifat tempatan yang menuju ke arah pembentukansebuah Negara bangsa. Apa yang dimaksudkan dengan ‘tempatan’ ialah sesuatu yang lahir dan membesarsebagai satu gerakan yang mengambil kira segala bentuk, corak, rupa dan unsur-unsur serta isu-isutempatan yang penting. Ini bermakna gerakan itu seharusnya berorientasikan kepentingan politik tempatandan bergerak ke arah membina satu kesatuan sifat tempatan itu sendiri. Maksudnya, apa sahaja gerakanyang tidak menuju ke arah pembentukan satu identiti kebangsaan sebelum dan selepas kemerdekaan TanahMelayu tidak dapat diterima sebagai satu gerakan nasionalisme tempatan. Dalam pengertian ini, gerakan nasionalisme Melayu adalah mewakili nasionalisme Tanah Melayu.Ini kerana hanya gerakan nasionalisme sahaja yang menggunakan unsur-unsur tempatan dan ciri-ciritempatan dan berlandaskan rangka politik tempatan. Gerakan nasionalisme Melayu merupakan satulanjutan dari sifat-sifat tempatan Tanah Melayu itu sendiri sedangkan kegiatan politik kaum-kaum lainberorientasikan negara asal. Mereka memindahkan segala gerakan politik dari negara asal untukdijalankan di Tanah Melayu. Tanah Melayu telah dijadikan tempat untuk mendapat simpati, kewangan dancadre bagi gerakan-gerakan di negara asal. Hanya selepas 1946, baru terdapat satu gerakan yang jelasdari bangsa asing untuk bergiat dalam politik atau nasionalisme tempatan. Sejak itu, gerakan nasionalismeTanah Melayu bersifat majmuk. Dalam kegiatan nasionalisme Tanah Melayu 1941-1957, terdapat tiga kumpulan utama yang telahmemainkan peranan yang jelas. Mereka terdiri daripada kumpulan radikal Melayu, atau dipanggil jugagolongan kiri, kumpulan konservatif atau golongan kanan Melayu dan kumpulan ketiga terdiri daripadaorang bukan Melayu yang menjadi penentu kepada kekuatan kumpulan di atas. British pula sebagaiimperialis menjadi pemegang teraju pertandingan itu. Hanya British yang dapat menentukan kejayaankumpulan-kumpulan tersebut. Kegiatan nasionalisme Malaysia boleh dibahagikan kepada tahap-tahap tertentu mengikut kronologi.

Pembahagian seperti ini akan membolehkan penonjolan kepada corak-corak kegiatan yang berbeza diantara kumpulan-kumpulan utama dalam kegiatannya. Ia juga dapat mengasingkan dengan jelas ideologidan kepimpinan kumpulan-kumpulan tersebut. Dalam masa yang sama, perkembangan nasionalisme ituakan memperlihatkan peningkatan penekanannya dalam semua segi.Tahap-tahap kegiatan nasionalismeMalaysia boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang jelas iaitu:(a) Tahap 1 dari tahun 1941-1945.(b) Tahap 2 dari tahun 1946-1948.(c) Tahap 3 dari tahun 1949-1951.(d) Tahap 4 dari tahun 1951-1957.Tahap 1: 1941-1945Tahap ini memperlihatkan satu kegiatan nasionalisme yang lebih matang dari kegiatan sebelumnya. Iamemperlihatkan peranan golongan radikal Melayu yang menonjol sekali. Ibrahim Haji Yaakob (IBHY),Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohamad merupakan tokoh-tokoh yang telah menggunakanpendudukan Jepun sebagai satu peluang untuk mendapat tempat dalam kegiatan nasionalisme itu. Denganmembantu Jepun sebagai perisik dan pemberi maklumat semasa penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu,1ini telah membolehkan mereka mendapat kedudukan yang baik dalam pentadbiran Jepun yang berjalanselama tiga tahun setengah. IBHY telah diberi jawatan sebagai Ketua Pengarang Semangat Asia bersamaIshak Haji Mohamad sebagai propagandis bagi dasar peluasan kuasa Jepun dalam konsep KawasanKemakmuran Bersama Asia di Asia. Jawatan yang kecil ini tidak memadai bagi seorang yang bercita-citabesar seperti IBHY, maka beliau telah dilantik mengetuai pasukan Giyu Gun dan Giyu Tai dan pasukansukarela tentera tempatan yang membantu Jepun. Beliau juga dilantik sebagai penasihat hal ehwal orangMelayu kepada Gabenor Watanabe di Singapura.2 Kerjasama IBHY dan kawan-kawannya memberi satu corak baru kepada kegiatan nasionalismekumpulan ini. Di ambang meletusnya perang pada tahun 1940, kita dapat melihat kumpulan ini telahmenjalankan satu tindakan politik yang jelas sekali menentang penjajahan British. Kesatuan Melayu Muda(KMM) yang menjadi penentang British, di bawah pengaruh bekas-bekas pelarian Parti Komunislndonesia seperti Sultan Djenain telah menjalankan dasar anti-British. Jepun mengambil kesempatan untukmenyokong dan menjanjikan kemerdekaan kepada kumpulan ini. Namun, apabila kumpulan ini bekerjasama dengan Jepun dan membiarkan Jepun menekan kegiatanmereka, sifat radikal mereka telah musnah. Tindakan Jepun mengharamkan KMM pada bulan Jun 1942iaitu enam bulan selepas penguatkuasaan pemerintahannya tidak dapat dibantah oleh IBHY dan kawan-kawannya. Jepun terpaksa mengharamkan KMM kerana tindakan sekumpulan pemimpin KMM sepertiMustapha Hussein menuntut kemerdekaan dari Jepun sebaik sahaja Jepun menduduki Tanah Melayu. IBHYselepas melihat Mustapha ditampar dan diterajang terpaksa mengunci mulut dan tunduk kepada Jepun.Beliau sedar kemenangan Jepun menduduki Tanah Melayu bukanlah kemenangan golongan radikalMelayu.

Begitu juga Dr. Burhanuddin yang telah dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam danadat istiadat Melayu di Taiping, Perak. Beliau yang cuba mengadakan persidangan masyarakat IslamSumatera dan Semenanjung bagi kali kedua telah ditahan oleh pihak berkuasa Jepun. Ini kerana pihakJepun bimbang Islam akan menjadi jambatan kebebasan politik di antara kedua-dua buah daerahmenentang Jepun. Ishak Haji Mohamad juga terpaksa membiarkan Jepun menyerahkan semula Kelantandan Terengganu kepada Thailand. Beliau dan kawan-kawannya juga terpaksa membiarkan pentadbirannegeri-negeri utara Tanah Melayu disatukan, dengan Sumatera dan Singapura diasingkan dariSemenanjung. Beliau seperti juga rakan-rakannya tidak dapat menentang penjajah baru ini. Sikap golongan radikal ini tidak berbeza dengan golongan kanan yang terdiri daripada pembesar-pembesar Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri di zaman penjajahan British. Kumpulan ini bekerjasamadengan British. Ini tidak menghairankan kerana sebagai imperialis British, memang dengan sengajamewujudkan sistem kelas dalam masyarakat Melayu supaya dasar pecah dan perintah itu dapat dijalankandengan sebaik-baiknya. Golongan ini memang diberi kedudukan sosio-ekonomi dan status sosial yangtinggi dan dipisahkan dari rakyat jelata.3 Oleh itu, mereka tidak bersifat radikal dan militan. Semuadesakan untuk membantu orang Melayu dilakukan secara perundangan dan saluran pentadbiran yangdibenarkan oleh British. Persatuan yang ditubuhkan juga bersifat sosio-ekonomi dan separuh politik tetapitidak disukai dan cuba diubah oleh IBHY dan kawankawannya.4 Ternyata, golongan radikal rakyat bawahan ini tidak meneruskan corak penentangan dalam kegiatannasionalisme mereka dalam tempoh pendudukan Jepun ini. Setelah mereka mendapat jawatan dankedudukan yang baik dalam pentadbiran Jepun, mereka juga menjadi ‘pak turut’. Segala perkara yangdipersalahkan kepada golongan bangsawan sebelum itu terpaksa ditelan semula. Dengan itu, corakkegiatan nasionalisme Melayu radikal semasa pendudukan Jepun ini menjadi lemah kerana bekerjasamadengan penjajah. Kedua-dua kumpulan politik utama masyarakat Melayu menjadi ‘pak turut’ kepadaJepun. Golongan kanan ataupun golongan kiri menjadi pegawai kerajaan dan penasihat Jepun yang tidakberkuasa sama ada Raja Melayu,5 pembesar Melayu,6 rakyat bawahan7 dan golongan radikal Melayumenjadi pro-penjajah Jepun.8 Inilah satu-satunya tempoh yang menyaksikan kegiatan nasionalisme Melayumempunyai jalan sekata di antara dua kumpulan ini. Selama ini, kedua-dua kumpulan tersebut bertentanganideologi dan pendekatan politik mereka. Namun, di zaman pendudukan Jepun ini, mereka bekerjasamamenyokong Jepun. Usaha untuk mendapatkan ‘kemerdekaan bersama Indonesia’ pada pertengahan tahun 1945 telahdipimpin oleh golongan kiri dengan kerjasama golongan kanan. Hal ini sangat menarik kerana akhirnyagolongan kiri dapat menjadi pemimpin kepada golongan kanan. Ini merupakan satu kemenangan golongankiri yang memang diusahakan oleh IBHY sejak penubuhan KMM. Penubuhan Kesatuan Rakyat IndonesiaSemenanjung9 (KRIS) yang dipersetujui oleh Jepun telah dilakukan sebagai badan untuk melaksanakanusaha mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia. IBHY sekali lagi telah meletakkan beberapa oranganggota golongan kanan untuk bekerjasama menjayakan hal ini. IBHY kemudian dikatakan telahmembentuk sebuah kerajaan bayangan dengan memasukkan beberapa nama seperti Raja Abdul Aziz Perak,Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Hamzah Abdullah dan Raja Kamaruzzaman untuk menjadi anggotanya.10 ‘Merdeka bersama Indonesia’ merupakan satu konsep penyatuan dengan Indonesia yang menjadi

dasar dan matlamat nasionalisme Melayu yang ditegaskan oleh golongan radikal semasa pendudukanJepun. Dalam perundingan bersama Indonesia itu, IBHY telah bersetuju untuk menghantar wakil ke Jakartabagi merundingkan hal itu dalam Persidangan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia.Badan ini bermesyuarat pada 28 Mei 1945. Pada pertengahan Julai 1945, badan itu membincangkansempadan politik Indonesia. Terdapat tiga cadangan yang dibuat iaitu:(a) Hanya Hindia Timur Belanda.(b) Hindia Timur Belanda campur Malaya, New Guinea, North Borneo dan Pulau Timor (Portugis).(c) Hindia Timur Belanda campur Malaya, Borneo Utara dan Timor.11 Ada pengkaji yang mengatakan ini bukanlah satu entiti politik tetapi hanya sebagai satu entitikebudayaan. Ini bermakna hasrat itu dilakukan demi mencari perpaduan dan keseragaman kebudayaan danrumpun bangsa yang sama. Namun, apabila dibaca Pelita Malaya, keluaran April 1946, ternyata ia bukanpersepsi dan kerangka politik yang mahu dijalankan oleh golongan itu. Bagi golongan ini yang kemudianmenubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang menerbitkan akhbar Pelita Malaya,ternyata apa yang mereka maksudkan dengan ‘kemerdekaan bersama Indonesia’ adalah satu penyatuanpolitik dalam Republik Indonesia Raya. Kematangan Indonesia dalam politik dan kepimpinan Sukarnoyang menjadi wira dan inspirasi golongan ini dengan mudah diterima sebagai dasar kepada penyatuanitu.12 ‘Merdeka bersama Indonesia’ yang diputuskan oleh IBHY itu sebenarnya tanda permulaan kepadakonsep ‘Melayu Raya’ atau ‘Indonesia Raya’ yang menjadi pegangan golongan radikal ini secara tegasdan membezakan mereka dengan golongan kanan selepas perang. Konsep politik ini dibina hasil daripadalatar belakang sejarah dan kesamaan kebudayaan serta rumpun bangsa Melayu itu sendiri. Ia satuwawasan politik yang ingin menggabungkan seluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara dalam satukonfederasi yang besar tanpa memikirkan sempadan politik.13 Pembinaan semangat Melayu Raya atau Indonesia Raya itu dengan sengaja dipupuk oleh Jepunsupaya Indonesia dan Semenanjung dapat disatukan sebagai saudara dalam konsep Asia Timur Raya yangakan diketuai oleh Jepun. Pihak pentadbiran Jepun memang bertanggungjawab dalam menggalakkan hasratkemerdekaan dalam kalangan penduduk tempatan terutama pemimpin radikal. Melalui akhbar-akhbarseperti Berita Malai, Semangat Asia dan Fajar Asia yang dipegang oleh kumpulan radikal, perasaankekitaan dalam kalangan penduduk Semenanjung dan Indonesia telah diwujudkan secara terus. Jika dizaman penjajahan British, Indonesia menjadi sebuah kawasan pentadbiran Belanda yang dianggap asingtetapi di zaman pemerintahan Jepun, kedua-duanya terletak di bawah naungan satu pemerintah iaitu Jepun.Ini membolehkan satu perasaan persaudaraan yang intim di antara Semenanjung dan Indonesia. Akibatnya, golongan radikal menerima pemimpin Indonesia sebagai lebih agung dan berkemampuandaripada mereka sehingga meletakkan Semenanjung sebagai sebahagian daripada Indonesia Raya sewaktuIndonesia berunding untuk mendapatkan kemerdekaan. Walaupun kemerdekaan itu tidak dicapai keranaIndonesia telah mengisytiharkan kemerdekaannya dua hari lebih awal iaitu pada 15 Julai 1945, namunperasaan kekitaan yang wujud di zaman Jepun telah melahirkan satu corak politik yang akan berterusansehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Tahap 2: 1946-1948Tahap ini paling menarik kerana memperlihatkan satu corak kegiatan nasionalisme yang berbagai warnadan sangat lincah. Ia memperlihatkan juga satu pertentangan sengit di antara dua kumpulan utama dalamkegiatan nasionalisme Melayu iaitu kanan dan kiri atau dengan sederhana/ konservatif. Ia jugamemperlihatkan pertandingan dari pihak ketiga iaitu orang bukan Melayu yang cuba mendapatkan kuasapolitik dan kedudukan tetap dalam politik Semenanjung Tanah Melayu. Persaingan ketiga-tiga pihak initurut disertai dengan kerjasama antara golongan radikal dan bukan Melayu yang memberi cabaran kepadapihak sederhana Melayu. British sebagai pemegang kuasa politik Tanah Melayu menjadi penentu kepadakesimpulan corak itu. Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada Januari 1946 merupakan isu penting yangmenjadi pencorak nasionalisme Tanah Melayu itu. Malayan Union merupakan satu penjajahan ke atasTanah Melayu. Dasar naungan yang dijalankan ke atas negeri-negeri Melayu selama ini dicabut dan segalakuasa eksekutif dan perundangan diambil oleh Raja England dan Parlimen British. Seperti Singapura,Melaka dan Pulau Pinang, Negerinegeri Melayu bakal menjadi tanah jajahan mahkota British.14 Ini menimbulkan dua reaksi yang berbeza dalam kalangan penggiat nasionalisme Tanah Melayu.Bagi orang Melayu yang sederhana dan konservatif, Malayan Union ditentang habis-habisan.15 Namun,bagi golongan radikal Melayu, Malayan Union disokong kerana prinsip-prinsip tertentu16 walaupundalam masa yang sama golongan ini turut menyokong golongan konservatif menentang Malayan Union.17Golongan konservatif yang dimaksudkan ialah United Malays National Organization (UMNO), manakalagolongan radikal ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Bagi tempoh ini, gerakannasionalisme Melayu memperlihatkan pertentangan dan perebutan kuasa di antara dua buah parti politikitu. Kedua-duanya menggunakan pelbagai strategi politik untuk cuba mencari tempat dan kedudukan politikyang kuat dalam masyarakat Melayu. Dalam perebutan itu, UMNO telah dapat mengalahkan PKMM danmenjadi wakil politik Melayu kepada British. Namun, ini tidak mengurangkan kepentingan PKMMsebagai pencabar utama UMNO. PKMM ditubuhkan pada Oktober 1945 dengan campur tangan Parti Komunis Malaya (PKM) yangsedang menjalankan dasar berbaik-baik dan menyeludup masuk ke dalam parti politik kiri Melayu18 danbukan Melayu bagi mewujudkan ‘Malayan United Front’ menentang British dan mengambil alihpentadbiran dan politik Tanah Melayu. Mokhtaruddin Lasso atau dikenali juga sebagai Lang Lang Buana,anggota Parti Komunis Indonesia yang lari ke Tanah Melayu menjadi Ketua Rejimen 10 Parti KomunisMalaya dan telah diberi tugas untuk menjalankan kegiatan itu.19 Campur tangan PKM dengan mudah dapatdilakukan kerana PKM menjadi ‘pemerintah’ Tanah Melayu selama 14 hari sebelum penguasaan BritishMilitary Administration (BMA) di Tanah Melayu.20 Dasar politik PKMM ialah menegakkan Indonesia Raya, menyokong Malayan Union danbekerjasama dengan bangsa-bangsa lain.21 Dasar menegakkan Indonesia Raya ialah lanjutan daripadadasar perjuangan yang terbengkalai di zaman pendudukan Jepun, manakala menyokong Malayan Unionadalah satu dasar baru yang bertujuan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik apabilakemerdekaan dicapai nanti. Penghapusan kuasa Raja-raja Melayu dalam skim pentadbiran yang baru itu

memang diharapkan oleh PKMM.22 Manakala dasarnya yang ketiga adalah satu pendekatan politik yangterbentuk kerana kerjasamanya dengan Parti Komunis Malaya.23 UMNO pula ditubuhkan pada Mac 1946 dan secara rasminya pada Mei 1946 dan dianggotai olehpertubuhan-pertubuhan negeri Melayu dan persatuan-persatuan sosio-ekonomi masyarakat Melayu.24Dasar UMNO ialah menentang Malayan Union dan mendesak British mengembalikan semula status quoRaja-raja Melayu, negeri Melayu dan rakyat Melayu seperti pra-1941. UMNO juga mendesak dasarpolitik Tanah Melayu untuk Melayu dilaksanakan semula oleh British.25 Daripada dua kenyataan ini, ternyata PKMM dan UMNO mempunyai dasar politik yang sangatberbeza. UMNO nampaknya memperjuangkan sesuatu yang sangat tertutup dan bersifat Melayusepenuhnya. Dasar UMNO yang berusaha mendapatkan semula segala kedudukan politik tradisionalmasyarakat Melayu yang telah dirampas oleh British. Sebaliknya, PKMM mempunyai satu dasar politikyang bersifat liberal dan mengambil kira persekitaran Nusantara dan antarabangsa sebagai ideologi dankerangka politiknya. Kerjasamanya dengan bangsa asing juga sangat baru dalam kerangka politik MelayuSemenanjung. Pendekatan politik PKMM itu merupakan sesuatu yang sangat progresif jika dibandingkan denganUMNO. PKMM, kerana pengaruh Parti Komunis Malaya26 telah melihat satu dasar nasionalisme yangbersifat Malayan. Dalam erti kata lain, PKMM telah cuba melahirkan satu negara Malayan yangmengiktiraf kedudukan politik yang kekal bagi bangsa dagang yang tinggal dan lahir di Tanah Melayu.27 Iniselari dengan penerimaannya kepada konsep Malayan Union British yang mengiktiraf sesiapa sahaja yanglahir, yang tinggal dan berminat dengan Tanah Melayu sama ada dari Singapura dan tanah jajahan Britishyang lain sebagai rakyat Malayan Union. Dalam menjalankan dasar dan kerangka ini, PKMM sedar akan kepentingannya pada akhirnya, dansebagai satu kuasa politik lebih utama daripada Parti Komunis Malaya. PKMM tentunya mahu wujudsebagai sebuah parti yang berkuasa di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menentukan ini terjadi, PKMMmenjalankan dasar dan konsep Melayu Raya atau Indonesia Raya sebagai satu cara untuk mengatasi PartiKomunis Malaya nanti. Oleh itu, PKMM dalam perjumpaannya dengan Gabenor Malayan Union, SirEdward Gent telah mendesak supaya kerakyatan Malayan Union dibuka bagi seluruh KepulauanMelayu.28 Ini akan memudahkan pihak PKMM mengimbangi kuasa politik Parti Komunis Malaya danorang bukan Melayu dalam Malayan Union dan kemerdekaan bangsa Melayu di Kepulauan Melayu dalamIndonesia Raya.29 Dengan pentafsiran seperti ini bererti PKMM menggunakan Parti Komunis Malaya untuk mencapaimatlamat politik mereka yang muktamad iaitu kemerdekaan dan perpaduan negara Melayu. Agenda inimemang tersirat dalam PKMM tetapi tidak dapat diluahkan oleh mereka kerana kekuatan Parti KomunisMalaya bukan mudah untuk diatasi. Persefahaman yang kukuh di antara kedua-duanya patut dibuat bagimenentukan perjuangan menentang British dan UMNO terlaksana.30 UMNO memikirkan kepentingan orangMelayu Semenanjung Tanah Melayu sebagai satu kepentingan politik yang tersendiri. Apa yangdiperjuangkan ialah survival bangsa Melayu Semenanjung dari penjajahan mutlak British. UMNO tidakmahu kebudayaan Melayu yang pernah wujud di Semenanjung Tanah Melayu itu musnah dengan nama dan

pengisian baru oleh Malayan Union. UMNO juga tidak mahu kuasa politik Melayu dikongsi sama olehbangsa dagang. UMNO ditubuhkan bukan sahaja dengan matlamat yang berbeza daripada PKMM tetapi juga denganstruktur dan rangka yang berlainan. UMNO tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar sebagaimanaPKMM yang dikuasai oleh Parti Komunis Malaya. UMNO ditubuhkan semata-mata dengan kesedaranorang Melayu untuk mempertahankan nasib mereka dari penjajahan mutlak British melalui MalayanUnion. Kesedaran mereka ini merupakan kemuncak perpaduan dan kemuncak kegiatan nasionalismeMelayu yang telah berlaku sejak awal kurun ke-20. Dari segi struktur, UMNO telah menggunakan struktur dan hierarki masyarakat Melayu sebagaidasar strukturnya. Ia menggabungkan segala elemen penting masyarakat Melayu iaitu Raja Melayu,pembesar Melayu dan rakyat Melayu sendiri. Dalam erti kata lain, UMNO didukung oleh semua golongandan ini dengan sendirinya menjadikan UMNO sebagai suatu pemindahan masyarakat Melayu ke dalamsebuah parti politik. Berbanding dengan PKMM, hal ini tidak kedapatan. PKMM merupakan sebuah partiyang dianggotai oleh rakyat bawahan dan tidak dinaungi oleh raja Melayu atau dipimpin oleh pembesarMelayu. Ia adalah sebuah parti yang langsung tidak mengambil kira struktur dan susun lapis masyarakatMelayu. Ini tidak menghairankan kerana PKMM adalah sebuah parti yang cuba mengetepikan kesemuaunsur tradisional Melayu di dalamnya. Hasratnya untuk membuang Raja sebagai penaung dan pemimpinmasyarakat Melayu, telah dibuat sejak tahun 1938 lagi. Malah, kepimpinan pembesar dalam masyarakattradisional Melayu itu cuba digantikannya dengan kepimpinan rakyat biasa. Dengan itu, PKMM cubamembuat satu pembaharuan dalam kepimpinan masyarakat Melayu iaitu menaikkan kuasa rakyat sebagaidasar struktur dan pemikiran politik partinya. Sokongan PKMM kepada Malayan Union adalah sesuatu yang sangat kontroversi dalam gerakanpolitik Melayu pada tahun 1946-1948 ini. Ini boleh diinterpretasikan sebagai satu usaha menyokongpenjajahan British ke atas Tanah Melayu dan penghapusan kuasa politik Melayu di Semenanjung TanahMelayu. Ini sangat bertentangan dengan laungan anti-penjajah yang selama ini menjadi dendangan merekaterutama terhadap British. Dalam akhbar-akhbar yang diterbitkannya seperti Suara Rakyat, Voice of thePeople, Melayu Raya dan Pelita Malaya, suara-suara mengutuk penjajahan British sentiasa menjadimainan mereka. Namun, PKMM merupakan parti Melayu yang pertama menyokong prinsip Malayan Unionsedangkan demonstrasi orang Melayu telah berlaku di Kota Bharu, Johor Bahru, Batu Pahat dan AlorSetar. Surat-surat bantahan persatuan Melayu dari seluruh Semenanjung bukan sahaja memenuhi dada-dada akhbar seperti Majlis, Warta Negara, Straits Times, Malay Mail dan Utusan Melayu tetapi juga diColonial Office, London. Raja-raja Melayu juga menghantar telegram menarik semula persetujuan merekaterhadap Malayan Union. Mereka juga mula menyokong tuntutan rakyat Melayu dalam UMNO.31Sebaliknya, pemimpin-pemimpin PKMM memenuhi pelawaan British untuk berunding dengan mereka diKing’s House dan PKMM juga menghantar telegram menyokong Malayan Union ke Colonial Office,London.32 Sokongan PKMM terhadap Malayan Union ini mengikut pemimpin utamanya, kerana prinsip

kesatuan yang dibawa oleh Malayan Union iaitu Malayan Union akan mewujudkan satu unit pentadbiranyang sekata bagi seluruh Semenanjung. Dengan ini, keseragaman pentadbiran awam dan agama Islam akandapat dibentuk. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran akan dapat dibuat.33 Prinsip kesatuan yang dibawa oleh Malayan Union itu dengan sendirinya akan menghapuskan kuasadan kedudukan Raja Melayu dalam sistem politik dan pentadbiran Malayan Union. Kesemua kuasaeksekutif, legislatif dan kehakiman akan terserah kepada pentadbiran British iaitu Gabenor, MajlisPenasihat Malayan Union, Majlis Eksekutif Malayan Union dan Ketua Hakim Malayan Union. Dengankeadaan sebegini, PKMM melihat peluang untuk pembentukan sebuah republik akan dapat dicapai.34PKMM menyedari Malayan Union sebagai satu penjajahan mutlak British ke atas Negeri-negeri Melayu.Pelantikan Gabenor Malayan Union yang disaksikan dengan penuh kegembiraan oleh wartawan PelitaMalaya pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur telah membolehkan PKMM membuatkesimpulan yang tegas bahawa pada hari itu dan waktu itu (pukul 11 pagi), telah terkuburlah negeriMelayu untuk selama-lamanya. British boleh berkata bahawa ‘ini negeri dia punya.’35 Soal kemerdekaan yang kerap diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin PKMM seperti AhmadBoestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy ternyata tidak akan berlaku dalam struktur Malayan Union.Ini memang disedari dan difahami oleh PKMM. Bagi PKMM, kemerdekaan yang dituntut boleh berlaku‘sepuluh tahun atau lebih mengikut kehendak British.’36Ternyata, PKMM dan para pemimpinnya tidaktetap pendirian. British yang dianggapnya sebagai penjajah yang mesti ditentang sebelum perang 1941 danyang dikutuknya sebelum 1946, kini dijadikan kawan dan disokong prinsip politiknya. Namun, apabilamenulis memoir politik, mereka tidak menceritakan sokongan yang begitu bersungguh-sungguh terhadapMalayan Union dari British demi melemahkan UMNO dan bagi membolehkan PKMM menjadi wakilpolitik orang Melayu dalam tempoh tersebut.37 PKMM memang dipimpin dan dikendalikan oleh orang-orang yang pandai bermain politik. Merekamenyokong Kongres Melayu 1946 dan menjadi pengasas UMNO bersama-sama dengan 38 persatuannegeri dan profesional Melayu yang lain di Kampung Baru dan Johor Bahru. Mereka menyertai orangMelayu yang sederhana dan konservatif kerana tidak mahu ketinggalan dan menongkah arus dalam politikMelayu yang majoritinya menentang Malayan Union. PKMM juga ingin menjadi pemimpin kepadagerakan politik Melayu dengan sokongan Parti Komunis Malaya.38 Namun, kepimpinan politik UMNO jatuh ke tangan pembesar tradisional Melayu. Kesemuapemimpin Majlis Kerja Tertinggi UMNO dipegang oleh orang besar yang datang dari Negeri-negeriMelayu. Kebanyakan mereka merupakan pegawai kerajaan. Wakil PKMM tidak seorang pun dilantikmenjadi pemimpin UMNO. Ini memberi satu pukulan hebat kepada PKMM kerana sebagai sebuah partiyang bersifat kebangsaan dan lebih awal ditubuhkan, ternyata pengaruhnya tidak meluas diterima olehmasyarakat Melayu terbanyak. Penarikan diri PKMM dari UMNO oleh Ahmad Boestamam dan Ishak HajiMuhammad merupakan jalan terbaik untuk parti itu mengekalkan identitinya dari tenggelam dan terusditelan oleh pembesar Melayu dan UMNO. Parti Komunis Malaya, rakan sekutu PKMM yang tidak dapat memperluaskan pengaruhnya dalamUMNO bertindak menentang UMNO melalui gabungan PUTERA-AMCJA yang ditubuhkan pada akhir

tahun 1947. PKMM yang telah membentuk PUTERA bersama beberapa persatuan Melayu yang keciltetapi radikal telah bekerjasama dengan orang bukan Melayu yang tidak puas hati dengan pembatalanMalayan Union oleh British. Persetujuan di antara British, UMNO dan Raja-raja Melayu untuk membuatperjanjian baru yang dinamakan Perjanjian Persekutuan 1948 ditentang oleh bukan Melayu keranaperjanjian itu mengetepikan perwakilan mereka dalam perundingan itu. Kerjasama itu telah melahirkan Perlembagaan Rakyat yang sangat progresif dari segi pembentukannegara bangsa Malaya. Konsep sebuah negara Malayan dengan rakyatnya berbilang bangsa dengan hakpolitik yang sama rata dan rakyat diberi peluang membentuk kerajaan demokrasi dan mengiktiraf RajaMelayu sebagai Raja Berperlembagaan dan perlindungan ekonomi dan agama Islam kepada orang Melayulebih moden jika dibandingkan dengan UMNO yang masih mahu kekal di takuk lama. Bagi UMNO pula, pengembalian semula kedudukan politik dan kebudayaan Melayu adalah dasarideologi politiknya. Dengan membuat satu perjanjian baru, UMNO dapat memaksa British mengiktirafsemula kedudukan negeri Melayu sebagai ‘Protected Malay States’, Raja Melayu sebagai ketua politikdan kebudayaan Melayu, rakyat Melayu sebagai peribumi Semenanjung Tanah Melayu dan semua negeriMelayu mempunyai satu kuasa autonomi yang tertentu sebagai tanda kemerdekaan mereka sebagai negeriberaja. UMNO berpendapat tamadun Melayu akan dapat terus dipertahankan dan survival Melayu sebagaisatu bangsa dan negara dapat dikekalkan. Dalam erti kata lain, UMNO berjuang untuk kepentingan Melayusepenuhnya. Strategi politik UMNO yang sederhana dan konservatif dan tidak dipengaruhi oleh mana-manapihak telah membolehkan British menolak PKMM, PUTERA dan Parti Komunis Malaya. Denganmempunyai pemimpin dari kalangan orang kepercayaan Raja-raja Melayu seperti Dato’ Onn, Dato’ HajiWahab atau Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Hamzah Abdullah, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Raja AyobRaja Bot dan ramai lagi yang berpendidikan Barat, UMNO dapat memikat British. Gerakan API, PKMMdan PUTERA yang militan kerana dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya telah mencabar kekuasaanpolitik dan ekonomi British. Dengan itu, penguatkuasaan Undang-undang Darurat 1948 telah memberi satunoktah rasmi kepada kewujudan parti-parti tersebut. Pengharaman API pada Julai 1947 menjadi satupermulaan kepada tindakan British itu. UMNO telah dipersalahkan oleh golongan radikal keranadipercayai telah mempengaruhi British, namun gerakan militan golongan radikal Melayu dan sekutu PartiKomunis Malaya juga menjadi faktor kepada pengharaman parti-parti tersebut di Tanah Melayu. Pengharaman itu tidak mematikan semangat golongan radikal. Sebahagian daripada merekamenyertai UMNO secara beransur-ansur39 dan sebahagiannya pula masuk ke hutan menjadi anggota PartiKomunis Malaya dan meneruskan kegiatan anti-British dan menentang golongan konservatif Melayu.40Ada juga golongan radikal ini yang lari ke negara tetangga terutama Indonesia bagi meneruskan kegiatanmereka dengan menyertai gerakan gerila Indonesia41 ataupun melalui cawangan PKMM Indonesia dibawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob.42 Pengharaman kepada golongan radikal itu memberi kesan yang positif kepada UMNO. UMNO kinimenjadi parti politik yang tidak dicabar oleh mana-mana parti politik Melayu yang lain. Ini menjadikanUMNO dengan mudah bercakap bagi pihak orang Melayu dan membuat perancangan bagi menangani

masalah politik dan nasionalisme tempatan.Tahap 3: 1949-1951Tahap ini menyaksikan usaha pemimpin Melayu, Dato’ Onn Jaafar untuk melaksanakan konsep Negarabangsa Persekutuan Tanah Melayu setelah dapat menegakkan semula status quo politik dan identiti bangsaMelayu dalam Perjanjian Persekutuan 1948.43 Beliau telah membuat cadangan untuk menjadikan UMNOsebagai parti kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu demi melahirkan satu konsep Negara bangsaPersekutuan Tanah Melayu yang baru. Nama UMNO yang ditukarkan kepada United Malayan NationalOrganization (UMNO), dan beliau mahu dijadikan sebagai pemimpin kepada parti politik kebangsaannegara ini. Gambarah 5.1: Dato’ Onn Jaafar. Kedua, di peringkat ini juga Dato’ Onn melalui cadangannya telah cuba meletakkan satu dasarpolitik moden Persekutuan Tanah Melayu iaitu Melayu adalah teras (core) kepada pembinaan Negarabangsa Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Ini bermakna beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin,ketua dan intipati kepada sistem politik dan kebangsaan (nasionaliti) negara ini. Dalam erti kata lain,beliau mahu mengekalkan Melayu sebagai pemilik tradisional negara ini seperti katanya: “Saya mahu Melayu itu dijadikan teras daripada pohon kayu negara Malaya, bukan kulitnya.”44 Ketiga, sebagai pemimpin UMNO, Dato’ Onn mula mengakui hakikat bahawa orang dagang yangdikenali sebagai bukan Melayu kemudiannya patut dibawa berunding dalam menentukan corak politikmasa depan negara ini terutama dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau mula terlibat dalamusaha British mengadakan kompromi politik selepas tahun 1949 untuk melahirkan satu kerangka politik

Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai unsur majmuk. Dasar politik pertama yang dibuatnya ialah menjadikan UMNO sebagai parti kebangsaanPersekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna, setelah dapat menegakkan UMNO sebagai parti yang kuat dandapat diterima sebagai wakil politik orang Melayu setelah berjaya mengetepikan PKMM, berusaha pulamenjadikan orang bukan Melayu sebagai rakan politik orang Melayu dalam UMNO. Dengan cara ini,Dato’ Onn percaya mereka akan dapat diasimilasikan dengan kebudayaan politik UMNO. Ini sekali gusdapat menyatukan mereka dengan segala nilai dan norma politik tempatan iaitu Melayu sehingga merekadapat membuat keputusan sebagaimana kehendak majoriti orang Melayu. Dengan cara ini, mereka akan dapat dikawal dan dijinakkan dan akan bersifat tempatan. OrangMelayu dalam UMNO dengan itu akan dapat menguasai politik negara Persekutuan Tanah Melayu secarahakiki. Cadangan pertamanya ialah membuka keahlian UMNO kepada taraf ahli bersekutu kepada orangbukan Melayu. Ini dibuat dalam Persidangan Agung UMNO di Arau, Perlis pada 28 Mei 1949. Dalamcadangannya, beliau meminta ahli UMNO menerima orang bukan Melayu sebagai ahli bersekutu UMNO.Mereka tidak mempunyai kuasa mengundi dan dilantik sebagai pemimpin tetapi hanya berhak menghadirimesyuarat-mesyuarat UMNO. Ini adalah langkah pertama untuk mencairkan UMNO sebagai parti Melayu.Cadangannya itu telah diterima oleh ahli UMNO dengan 14 menyokong dan 8 membantah.45 Alasan Dato’ Onn adalah berdasarkan kepada perubahan politik yang telah berlaku dalamPersekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1948. Baginya, pemberian kerakyatan dan kedudukan politik yangtetap kepada orang bukan Melayu dalam Perjanjian Persekutuan 1948 telah menjadikan mereka berhakkepada negara ini. Peranan mereka dalam politik akan tetap berlaku serta juga dalam perancangan politikPersekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, UMNO sebagai parti yang telah kukuh, sepatutnya mengambilpeluang menjadi pusat gerakan dan pemimpin mereka dalam politik negara ini. UMNO perlu menjadipemimpin supaya mereka tidak akan menubuhkan parti-parti politik secara sendiri dan memberi tandingankepada UMNO. UMNO mesti mengubah sifatnya supaya tidak dianggap ‘parti kampung’ dan ‘pak turut’semata-mata’.46 Walaupun cadangan beliau menang, tetapi ia mula menunjukkan dengan jelas bahawa adanyakeengganan orang Melayu terhadap cadangan itu. Ini menggambarkan perbezaan pendapat Dato’ Onndengan pengikutnya mula berlaku dalam soal prinsip. Mereka telah berpecah dalam soal menjadikanUMNO sebagai sebuah parti antara kaum di Tanah Melayu. Dato’ Onn sebagai pemimpin melihat sebagailangkah untuk UMNO bergerak sebagai parti kebangsaan, tetapi sebahagian orang Melayu melihatnyasuatu pengkhianatan kepada dasar awal penubuhan UMNO. Cadangan kedua Dato’ Onn yang dianjurkannya dalam Mesyuarat UMNO pada 10 Jun 1951, iaitumembuka UMNO seluas-luasnya kepada bukan Melayu sebagai ahli biasa adalah sangat penting. Inikerana ia menggambarkan langkah berani Dato’ Onn untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti antarakaum secara hakikatnya.47 Beliau mahu UMNO diterima sebagai parti yang mempunyai keanggotaan daripelbagai bangsa dan layak menjadi wakil mereka untuk menuntut kemerdekaan dari British dengan caraPerlembagaan.48

Tujuan Dato’ Onn adalah untuk menjadikan UMNO sebagai teras kepada sebuah parti kebangsaanPersekutuan Tanah Melayu. Dengan itu, kuasa politik Melayu akan menjadi struktur, semangat dan intipatidasar politik negara ini. Bagi Dato’ Onn, perkembangan politik yang berlaku, iaitu adanya usaha Britishuntuk memberi kerajaan sendiri kepada Tanah Melayu dengan pengenalan Pilihan Raya Bandaran danTempatan. Sikap British yang mahu supaya kemerdekaan negara dicapai dengan persetujuan semua bangsautama di Tanah Melayu dan ancaman Parti Komunis Malaya, semuanya akan memaksa orang Melayubekerjasama dengan orang bukan Melayu. Konsep perjuangan UMNO yang kini menuntut kemerdekaan melalui penukaran cogan kata dari‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’ juga menjadi alasan Dato’ Onn. Oleh kerana telah ada dasarperjuangan seperti itu, UMNO haruslah mencari langkah ke arah tersebut; salah satu daripadanya ialahmenukarkan struktur partinya dari Melayu kepada berbilang bangsa. Dengan adanya pindaan itu, orangbukan Melayu akan dapat menjadi ahli UMNO, terutama dari golongan yang sederhana dan berpendidikanInggeris serta bukan Melayu luar bandar, terutama yang tinggal di kampung-kampung Melayu. Beliau tidakmahu Malayan Chinese Association (MCA), yang ditubuhkan sebagai badan sosial orang Cina itumenjadi satu pertubuhan politik dan mengumpulkan orang Cina di dalamnya. Ini akan memberi satukekuatan dan saingan kepada UMN0.49 Gambarajah 5.2: Dato Onn Jaffar yang me le takkan jawatan dan me ninggalkan UM NO me mbe ri ucapan te rakhir s e bagai Yang Dipe rtua UM NO di Roof Garden, Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. (Sumber : Ihsan - ANM) Strategi politik Dato’ Onn ini terlalu tinggi untuk ahli UMNO. Mereka tidak dapat membayangkanbagaimana UMNO yang telah berjaya sebagai parti politik Melayu dan telah dikenali sebagai partiMelayu dapat memerintah orang Cina, India dan lain-lain bangsa di dalamnya. Ia akan merosakkanstruktur dan kepentingan parti itu bagi pertahanan dan benteng survival bangsa Melayu. Mereka tidakmahu ‘keMelayuan’ UMNO itu diporak-peranda. Dato’ Onn, sebagai seorang pemimpin yang menghormatikehendak ahli UMNO telah meninggalkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti yang mendukung cita-citaitu. Dasar pemikiran politik Dato’ Onn terhadap Melayu sebagai teras politik negara inidimanifestasikan juga dengan mendesak British supaya memberi bantuan ekonomi, pendidikan dankebajikan kepada orang Melayu dalam sebuah badan yang dinamakan Rural Industrial Development

Authority (RIDA). RIDA telah dilembagakan sebagai badan kerajaan dan segala kewangannya ditanggungoleh kerajaan Persekutuan. Badan ini ditubuhkan pada 1 November 195950 dan menjadi asas kepadaMajlis Amanah Rakyat (MARA) yang sehingga hari ini menjaga kebajikan pendidikan dan ekonomi orangMelayu. Pembentukan negara-bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang berdasarkan kerjasama antara bangsautama dalam bidang politik telah dibuat melalui Communities Laison Committee (CLC), yang telahditubuhkan pada 10 Januari 1949. CLC telah melahirkan cadangan untuk memperbaiki kerakyatanPersekutuan Tanah Melayu Fasal 124. Kerakyatan jus soli yang diperuntukkan kepada Rakyat Raja danRakyat British mahu diperluaskan kepada bukan Melayu yang lahir di Negeri-negeri Melayu danPersekutuan Tanah Melayu. Pilihan raya tempatan dan bandaran diperkenalkan secara berperingkatsehingga ke peringkat kerajaan sendiri.51 Penglibatan Dato’ Onn dalam CLC telah menjadi kontroversi yang paling menarik. Beliau telahdilihat bukan lagi sebagai seorang pemimpin Melayu oleh ahli UMNO dan orang Melayu di luar UMNO.Orang bukan Melayu pula melihat beliau sebagai seorang yang terbuka dan bekerja ke arah pembentukannegara yang demokratik.52 Namun, yang menjadi penentu kepada kepimpinan Dato’ Onn ialah UMNO danorang Melayu sendiri. Akhbar Utusan Melayu dan tokoh-tokoh yang memusuhinya selama ini di dalamdan di luar UMNO, mula memainkan sentimen perkauman Melayu; Dato’ Onn dilihat akan menggadaikandan menjualkan hak Melayu. Tunku Abdul Rahman, Saadon Zubir, Dato’ Abdul Razak, Dr. Ismail, danramai lagi telah menentangnya dalam Mesyuarat Agung UMNO, Majlis Mesyuarat Negeri dan melaluiakhbar. Tentangan ini agak sukar dimengertikan apabila PKMM/PUTERA telah bersetuju memberikedudukan politik yang sama rata dengan bukan Melayu dalam Perlembagaan rakyatnya. Golongan radikalMelayu telah bersetuju dengan kedudukan itu demi mendapatkan kemerdekaan negara ini. Ternyata,UMNO masih tetap mahu mempertahankan kedudukan dan sifatnya sebagai parti Melayu yang hakiki.Walaupun Dato’ Onn pernah menjadi pemimpin mereka, namun ideologi politik sempit Melayu mestidipertahankan.53 Dato’ Onn dapat memaksa UMNO menerima State Nationality 1951, yang menjadi asas kepadapembentukan satu ‘Kerakyatan Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu’. Dengan penerimaan Raja Melayuterhadap orang asing sebagai rakyatnya, semua kemudahan seperti orang Melayu dapat dirasai oleh bukanMelayu. Mereka boleh dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat negeri, boleh memohon tanah dan mendapatsemua kemudahan sebagai rakyat negeri tersebut, kecuali kedudukan istimewa Melayu. Mereka jugamenjadi Rakyat Persekutuan yang membawa hak-hak, faedah-faedah politik dan pentadbiran yang lain.Dengan itu, satu keseragaman kerakyatan mula berlaku dan memberi satu keseragaman pula dalamkedudukan politik penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Ini melahirkan satu asas yang utama dalampembentukan satu kebangsaan negara.Tahap 4: 1951-1957

Tahap ini memperlihatkan percubaan Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO untuk membentuksatu konsep Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berdasarkan kepada ‘struktur layan’. Kerjasamabangsa bukan lagi dilakukan dalam sebuah parti politik seperti Dato’ Onn tetapi dilakukan dengankerjasama parti-parti politik perkauman yang bergabung dalam sebuah gabungan parti yang besar.Kejayaan kepada usaha Tunku ini adalah kerana UMNO telah menjadi pragmatik dan tidak lagimementingkan soal kerakyatan Melayu seperti UMNO di bawah Dato’ Onn. Pendekatan politik sama ratadi antara UMNO, MCA dan MIC dalam Perikatan telah membolehkan negara ini mencapai kemerdekaanpada tahun 1957. Penggantian Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO pada akhir tahun 1951disambut baik oleh UMNO kerana Tunku masih meneruskan dasar ‘Tanah Melayu untuk Melayu’. Dalamucapannya menggantikan Dato’ Onn, Tunku telah mengatakan bahawa: “Negeri ini diterima daripada Melayu, maka patutlah diserahkan balik kepada Melayu. Adapun yang dikatakan Malayan itu belum lagi ditentukan siapa mereka itu. Maka biarlah Melayu sendiri menentukan siapa Malayan itu.”54Gambarajah 5.3: Tunku Abdul Rahman. (Sumber : Ihsan - ANM) Dengan nada seperti itu, ideologi Dato’ Onn Jaafar untuk membuka sebuah parti bagi menjalankandasar kerjasama bangsa dan dasar berbaik dengan bangsa lain dalam politik menjadi begitu buruk bagiorang Melayu. Dato’ Onn kelihatan telah terkeluar dari inspirasi dan ideologi politik Melayu UMNO.Dengan itu tidak hairanlah jika orang Melayu dan UMNO yang mementingkan kedudukan orang Melayusecara konvensional, menolak idea Dato’ Onn untuk membuka UMNO kepada bukan Melayu.Tunku Abdul Rahman telah menjalankan politik serampang dua mata dengan orang Melayu. Bagi

orang Melayu dan UMNO yang masih mahu Tanah Melayu terus menjadi milik orang Melayu, beliaumenunjukkan dasarnya yang tegas menolak Malayan sebagai setaraf dengan orang Melayu. Namun, kepadaBritish, Tunku yang dipanggil oleh Henry Gurney di pejabatnya telah mengatakan bahawa, ucapannya ituhanya sebagai satu strategi politik yang tidak dimaksudkan sepenuhnya.55 Malah, beliau mengatakankesediaannya untuk membentuk satu parti baru jika orang Melayu tidak dapat menerima konsep Malayanyang dikehendaki oleh British. Jika keadaan terlalu buruk pula, beliau bersedia membahagikan TanahMelayu kepada dua bahagian iaitu utara untuk orang Melayu dan selatan untuk orang Cina.56 Tunku sepertijuga Dato’ Onn yang berpendidikan di England, tidak dapat melarikan diri daripada tekanan British.Dasar politik British yang mahu Tanah Melayu dibentuk sebagai sebuah negara bangsa berbagai bangsadisedari benar oleh Tunku. British sebagai penjajah mahukan jika kerajaan sendiri diberi kepada negaraini, pelaburan ekonomi dan kepentingan politik serta strateginya mestilah terjamin. Dengan itu, dasar untukmenjaga kepentingan orang Melayu semata-mata dalam politik Tanah Melayu, tidak dapat dan tidak bolehdipertahankan.57 Pembentukan kerjasama UMNO-MCA dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur padapertengahan 1952, telah menjadi permulaan kepada konsep Malayan secara terbuka Tunku Abdul Rahman.Walaupun kerjasama itu tidak dibuat oleh Tunku tetapi kemenangan UMNO-MCA telah memaksa Tunkubekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu.58 Jemputan Malcom Mac Donald untuk berundingmenubuhkan sebuah parti politik gabungan yang besar dalam National Conference pada awal Februari1953 telah dihadirinya. Kehadirana Dato’ Onn sebagai pemimpin IMP, mematikan langkahnya;59sebaliknya empat bulan kemudian beliau menubuhkan National Convention untuk mengumpulkan parti-parti lain termasuk PAS.60 Perebutan pengaruh politik antara pemimpin UMNO, Tunku Abdul Rahman dengan Dato’ Onn,pemimpin IMP, telah menjadikan gelombang politik Melayu begitu besar sekali. Ia memperlihatkanperpecahan perpaduan politik Melayu kepada dua kumpulan. Ini menguntungkan parti-parti bukan Melayukerana mereka mempunyai peluang untuk memilih di antara UMNO dan Parti Negara untuk dijadikanrakan politik. Tan Cheng Lock, yang tidak selesa dalam IMP kerana ketokohan Dato’ Onn, telahmenyokong MCA Selangor untuk bekerjasama dengan UMNO, di samping mula berunding dengan UMNOdalam National Convention. MIC juga yang awalnya nenyokong IMP, kini mula melihat peluang-peluanguntuk bekerjasama dengan UMNO. Kegagalan IMP dalam pilihan raya bandaran Kuala Lumpur 1952,menjadi faktor kepada keraguan MCA dan MIC terhadap kepimpinan Dato’ Onn.61

Gambarajah 5.4: Tan Che ng Lock, pe ngas as Malayan Chinese Association (M CA). (Sumber: Ihsan - ANM) Kegagalan IMP yang ditaja oleh Dato’ Onn menunjukkan dasar politik kerjasama antara kaum dalamsebuah parti tanpa sebarang prasangka tidak mudah dilakukan di Tanah Melayu. Dengan dasar pecah danperintah yang dijalankan oleh British selama ini, tidak mungkin kaum-kaum utama di Tanah Melayu itudapat menerima kehadiran antara satu sama lain dengan begitu mudah. Segala nilai budaya, tradisi politikdan persekitaran mereka yang terpisah di kampung, di bandar dan di estet, tidak begitu mudah dihapuskansempadannya. Perkauman seperti yang dimanifestasikan oleh keputusan Pilihan Raya Bandaran KualaLumpur, menjadi ciri tama budaya politik masyarakat Persekutuan Tanah Melayu. Gambarajah 5.5: Tan Che ng Lock, Pre s ide n M CA, be rgambar di B angunan M CA, Alor Se tar s e mas a lawatan be liau dan Tunku Abdul Rahman. (Sumber : Ihsan - ANM) Dasar politik Dato’ Onn untuk menjadikan Melayu sebagai teras politik negara moden Persekutuan

Tanah Melayu juga menjadi penghalang kepada sokongan terhadap IMP. Keengganan anggota Cina IMPmenerima dasar jus soli bersyarat Dato’ Onn dalam State Nationality 1952, menunjukkan orang Cinatidak boleh menerima dasar politik Dato’ Onn untuk menjadikan orang Melayu sebagai teras politik dannegara Persekutuan Tanah Melayu. Mereka mahu dasar persamaan hak politik rakyat dijadikan dasarpembinaan negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu. Keengganan Dato’ Onn menyebabkan mereka keluardari IMP. Ini diikuti pula oleh MIC beberapa bulan kemudian kerana kelambatan Dato’ Onn untukmemerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar kemerdekaan Dato’ Onn yang mahu rakyat negara inidilengkapkan dengan pengetahuan, pendidikan dan kematangan berpolitik, tidak dapat dipersetujui olehMIC. MIC mahu merdeka segera seperti dicapai di India. Pendekatan politik Tunku Abdul Rahman yang dipersetujui oleh British, menjadi pilihan pendudukTanah Melayu. Satu gabungan parti politik perkauman telah diadakan pada pertengahan 1953 dan menjadisempurna pada Oktober 1954 dengan kemasukan MIC ke dalamnya; maka rasmilah Parti Perikatansebagai sebuah parti gabungan perkauman yang terbesar di Tanah Melayu. Kemenangan Perikatan dalampilihan raya negeri dan Persekutuan pada tahun 1954 dan 1955, menjadi bukti kepada keselesaanpendekatan politik Perikatan.62Gambarajah 5.6: ‘Kapal Layar’ – Lambang Parti Pe rikatan. (Sumber: Ihsan - ANM) Tunku Abdul Rahman memberi pujian kepada Dato’ Onn kerana menjadi perintis kepada satupendekatan politik yang sangat sukar dilaksanakan. Kegagalan IMP menjadi petunjuk kepada Tunku AbdulRahman untuk memilih konsep kerjasama parti perkauman seperti Perikatan. Dato’ Onn juga gagalmendapat kemenangan politik melalui Parti Negara kerana menjalankan dasar politik pro-Melayunya yangsangat dominan. Beliau masih lagi mempertahankan hak orang Melayu sebagai rakyat utama denganmenolak kerakyatan jus soli terbuka kepada orang bukan Melayu. Beliau masih lagi mahu kuasa politikMelayu tetap tinggi dengan mencadangkan kemasukan orang Indonesia sebagai rakyat Tanah Melayu. Walaupun beliau menjalankan dasar kerjasama dengan bukan Melayu tetapi beliau masih berusahamengekalkan kedudukan politik Melayu yang utama di negara ini.63 Sedangkan UMNO di bawah pimpinanTunku Abdul Rahman telah menjadi pragmatik dengan menerima dan memberi hak sama rata kepada orangasing demi mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957. Walaupun banyak sarjana mengatakan pemberianitu diberi setimpal dengan perlindungan ‘hak istimewa Melayu’ dalam Perlembagaan 1957,64 namun

segala perlindungan politik yang cuba dipertahankan oleh orang Melayu dalam Kongres 1946 danMalayan Union telah pecah dengan kemerdekaan dan hak sama rata dalam kerakyatan pada tahun 1957.Janji Tunku Abdul Rahman untuk mengembalikan negeri ini kepada bangsa Melayu tidak tertunai;sebaliknya orang Melayu merdeka sebagai satu kaum bukannya sebagai satu bangsa pada tahun 1957.KesimpulanGerakan nasionalisme Malaysia dari tahun 1941-1957 memperlihatkan satu gerakan untukmempertahankan kuasa politik orang Melayu dari diambil oleh orang dagang, Kepentingan orang dagangsebagai penduduk Tanah Melayu dalam ekonomi telah menggalakkan British berusaha memberikan merekasatu kedudukan politik yang tetap sejak tahun 1946. Orang Melayu telah menentang pemberian tetap,namun masa beredar dan kepentingan politik berkembang. Orang Melayu akhirnya menerima tekananJepun, British dan bukan Melayu (kapitalis dan komunis). IBHY, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam,Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman akhirnya bekerjasama dengan bukan Melayu demimendapatkan kedudukan politik dan sokongan dari British dan Jepun demi kemerdekaan negara ini. Cara kerjasama mereka berbeza; golongan radikal Melayu dan UMNO di bawah Tunku AbdulRahman telah memberikan kedudukan sama rata tetapi Dato’ Onn meletakkan syaratnya. Kegagalan Dato’Onn telah membolehkan Perikatan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 di atas dasar kerjasama kaumdengan hak sama rata dalam politik. Pembinaan negara-bangsa Malaysia dibentuk dalam asas yang samasehingga masa kini.Nota Hujung1. Ibrahim Haji Yaakob (IBHY) yang menjadi Ketua Kesatuan Melayu Muda (KMM) dikatakan telah membuat hubungan itu tanpa berunding atau meminta pendapat kawan-kawannya yang lain. Beliau juga dikatakan telah bersetuju menjadi penyampai maklumat Jepun hasil daripada perjumpaannya dengan seorang jurutera Jepun di Dungun. Dalam masa yang sama juga beliau cuba menjadi perisik British tetapi tidak berjaya. IBHY telah mendapat bantuan kewangan dari Jepun untuk membeli Warta Malaya pada tahun 1940 untuk dijadikan alat propaganda anti-British. Sebuah motokar juga dibeli hasil daripada bantuan kewangan Jepun untuk kegunaan IBHY. Persetujuan juga dibuat untuk KMM menjadi anggota KAME, iaitu pasukan propaganda Jepun yang ditubuhkan di Bangkok di bawah arahan Biro Propaganda Tentera Jepun yang berpusat di Taiwan. Major Fujiwara Iwaichi telah menjadi penaung kepada gerakan-gerakan Jepun di kalangan penduduk Tanah Melayu, terutama dalam membuat hubungan dengan gerakan politik Melayu yang menjadi salah satu cara Jepun mencari simpati. Untuk keterangan lanjut, lihat Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945, Kuala Lumpur: DBP, 1992, hlm. 1-7, Cheah Boon Kheng, “The Japanese Occupation of Malaya: Ibrahim Yaacob and the Struggle for Indonesia Raya”, Indonesia, No, 28, October 1979.2. Untuk melihat kerjasama IBHY dan kedudukannya dalam pentadbiran Jepun, lihat Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya, SUP, 1983, hlm. 101, 123.

3. Misalnya, dalam sistem pendidikan, Sekolah Raja di Selangor ditubuhkan di akhir kurun ke-19 untuk memberi pendidikan terasing daripada golongan rakyat jelata yang hanya disediakan sekolah vernakular Melayu atau sekolah atap yang mempunyai nilai pendidikan yang sangat rendah dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Kegagalan Sekolah Raja telah menyebabkan Maktab Melayu Kuala Kangsar dibuka pada tahun 1905 untuk memberi pendidikan kepada golongan ‘anak orang baik-baik’ iaitu golongan Raja dan pembesar Melayu. Ini bagi memudahkan British mendapatkan bekalan tenaga pentadbir kelas kedua daripada orang tempatan. Golongan aristokrat Melayu ini sengaja diasingkan bagi kepentingan politik imperialis British; perpecahan dalam masyarakat peribumi akan memudahkan perlanjutan penjajahan British itu sendiri. Golongan atasan Melayu akan terus menyokong British kerana mereka mendapat faedah secara langsung daripada dasar imperialisme British itu.4. Telah diketahui oleh umum dan pengkaji sejarah bahawa IBHY telah mengambil alih sebuah persatuan pelajar Melayu di Kuala Lumpur dan menukarkan namanya kepada Kesatuan Melayu Muda. Mengikut setengah sumber, nama ini juga bukan dibuat idea IBHY tetapi oleh Sultan Djenain, tokoh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang lari ke Semenanjung selepas kegagalan pemberontakan PKI pada tahun 1927/28. IBHY mengambil alih persatuan ini kerana kehadirannya dan jawatannya sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Melayu Selangor dan pergaulannya dalam persatuan itu telah menyedarkan beliau terhadap pembahagian kelas masyarakat Melayu dan fungsi persatuan itu yang terlalu lemah dan tidak boleh menjadi agen penggerak politik Melayu. Beliau juga tidak dapat menjadi pemimpinnya kerana latar belakangnya yang sangat sederhana iaitu beliau hanya seorang guru dan daripada kalangan rakyat bawahan pula. Soal peribadi ini patut dipertimbangkan sebagai satu faktor keputusannya itu. Untuk keterangan lanjut tentang bagaimana kegiatan IBHY dan KMM di sekitar tempoh ini lihat Abdul Samad Ahmad, Sejambak Kenangan, Kuala Lumpur: DBP, 1980.5. Dalam sistem pentadbiran tentera Jepun, Raja-raja Melayu dikekalkan sebagai Raja bagi negeri Melayu walaupun tidak mempunyai kuasa perundangan atau eksekutif kerana kesemuanya telah dipindahkan ke tangan pentadbiran tentera Jepun. Mereka hanya kekal sebagai simbol ketua negeri dan orang Melayu. Mereka juga terpaksa menahan susah kerana kekurangan makanan. Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar dilaporkan terpaksa membuat kebun menanam ubi kayu. Niat Jepun untuk membuang Raja Melayu sebagai Ketua Negeri Melayu cuba dilaksanakan pada awal tahun 1942, namun ini dibatalkan kerana strategi politik Jepun itu sendiri terutama dalam usaha mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap pemerintahan mereka di Tanah Melayu. Raja Melayu telah membuat ikrar taat setia kepada Jepun sebaik sahaja Jepun dapat menyusun semula kerajaan awam di seluruh Semenanjung Singapura. Dalam pertemuan Raja-raja Melayu dengan General Tojo di Singapura, Sultan Johor, Sultan Ibrahim, sebagai jurucakap Raja-raja Melayu telah mengatakan: “Pada hari yang mulia ini, kami menyambut dengan sebesar-besar hormat ketibaan Yang Maha Mulia Perdana Menteri General Tojo di Pulau Syonan (Singapura) yang mana dulunya di bawah cengkaman dan belenggu pemerintahan Inggeris. Kedatangan Yang Maha Mulia ini menggirangkan kami; kami umat-umat di sini dengan terasa hati yang sangat gembira dan gilanggemilang...Kami sekalian bangsa-bangsa Asia mengaku teguh dan taat setia di bawah pimpinan Dai Nippon yang siapa telah berjaya menghapuskan kekuatan Amerika, Inggeris dan Belanda dari Tanah Asia Timur dari semenjak pecahnya peperangan Dai Toa dan sekarang sedang membina dan mendirikan Asia Baharu.

Oleh yang demikian, kami sekalian dengan berbesar hati, bekerjasama mencapai kejayaan dalam pembinaan Asia Baharu.” Semangat Asia, 5 Shichigatsu 2603, hlm. 14.6. Maksud pembesar Melayu ini ialah golongan kerabat bangsawan atau aristokrat yang selama ini menjadi pemerintah di Negeri-negeri Melayu sebagai wakil Raja yang memerintah. Pembesar bergelar ini dan kaum kerabatnya menjadi pentadbir-pentadbir negeri Melayu. Setelah kedatangan British, ia telah mengambil semua kuasa eksekutif dan perundangan dan hanya menjadikan golongan ini sebagai pembantunya. Mereka dilantik sebagai Majistret Kelas III, Penolong-Penolong Pegawai Kelas II atau seperti Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Galian, Penolong Pesuruhjaya Daerah dan sebagainya. Pentadbiran Jepun mengekalkan mereka ini dalam struktur dan status quo pentadbiran yang sama seperti zaman British. Seperti British, pihak Jepun hanya menjadi ketua dan pembuat dasar negeri. Dato’ Onn misalnya, terus menjadi ahli Mesyuarat Kerajaan Johor, iaitu jawatan yang dipegangnya semasa British menjadi penaung Johor. Dato’ Hamzah Abdullah, Selangor juga terus menjadi ahli Mesyuarat Selangor di samping menjadi Setiausaha Sulit Sultan Hishamuddin Alam Shah.7. Golongan ini tetap tertekan dalam mana-mana zaman pemerintahan atau penjajahan. Mereka yang berpelajaran sedikit dan mempunyai hubungan dengan golongan pembesar dan Raja Melayu dan penjajah, akan dapat hidup dengan agak selesa kerana makan gaji atau menjadi orang suruhan golongan tersebut. Namun, bagi yang tidak termasuk dalam golongan seperti itu, di zaman pemerintahan Jepun terutamanya, mereka terdedah kepada penindasan pemerintah dan hidup dalam keadaan miskin kerana kekurangan makanan. Mereka juga dibunuh, anak-anak perempuan dirogol dan dijadikan gundik, selalu ditempeleng dan dipaksa minum air sabun dan berbagai-bagai cara lain. Cerita seperti ini memang menjadi pengetahuan umum melalui novel, cerpen dan memoir hidup individu yang ditulis dan diceritakan secara lisan.8. Bukan setakat nama-nama pemimpin utama di atas sahaja yang memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Jepun, tetapi juga pemimpin-pemimpin kecil di peringkat negeri juga menjadi kakitangan pemerintahan Jepun. Antaranya, Ahmad Boestamam yang masih muda menjadi pegawai propaganda dan penapis filem di Ipoh. Beliau bertugas dengan menerangkan kepada penduduk luar bandar terhadap kehebatan Jepun dalam peperangan dan rancangan-rancangan Jepun untuk memajukan Lingkungan Bersama Kemakmuran Asia bagi rantau ini. Beliau juga menapis cerita-cerita filem atau bangsawan Melayu supaya tidak ada unsur-unsur menentang Jepun. Ahmad Boestamam, ‘Memoir Ahmad Boestamam’, Dewan Masyarakat, Mac 1981, ‘Yang Bijak itu Rakyat’. Mei 1982.9. Nama sebenar KRIS ini tidak begitu seragam diberikan. Ada yang mengatakan sebagai Kekuatan Rakyat Indonesia Semenanjung, ada yang mengatakan sebagai Kerajaan Rakyat Indonesia Semenanjung; tetapi ia lebih popular dengan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung.10. Abu Bakar Al Baqir telah menceritakan hal ini dalam perundingan wakil-wakil Semenanjung (IBHY, Dr. Burhanuddin dan Abu Bakar Al Baqir) dengan rombongan Indonesia (Sukarno, Mohd. Hatta) dan

pihak berkuasa Jepun di Taiping, Perak, Mereka bersetuju dengan nama-nama tersebut dan dibawa untuk perundingan dalam mesyuarat KRIS di Kuala Lumpur pada 15-18 Ogos 1945. Namun, persidangan ini tidak diteruskan kerana Jepun telah mengundur diri. Nabir Haji Abdullah, Maahad II Ihya Assyariff Gunung Semanggul 1934-1959, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 1976, hlm. 90, Abdul Malik Hj. Md. Hanafiah, “Kesatuan Melayu Muda”, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1975, hlm. 302-307.11. Muhamad Yamin, Naskah Persiapan Undang-undang Dasar 1945, Jilid I, Jakarta 1959, hlm. 205- 206: dipetik dari Cheah Boon Kheng, Red Star over Malaya, hlm. 115.12. Ahmad Boestamam dalam tahun 1963, apabila beliau ditahan di bawah Internal Security Act, telah mengatakan: Dari sudut politik, saya seorang Indonesia. Biarpun saya lahir di Malaya, taat setia saya, saya berikan kepada Republik Indonesia. Berita Harian, 23 April 1963. Dr. Burhanuddin dalam buku-bukunya seperti Perjuangan Kita (1946) dan Falsafah Kebangsaan Melayu (1951) menegaskan bahawa penyatuan di antara negeri-negeri Melayu yang serumpun bangsanya, seketurunan darahnya, dan senasib dalam politiknya iaitu dijajah, wajib dilakukan sebagai satu tuntutan keimanan yang cintakan watan atau tanah airnya. Orang Melayu patut mencari semula kekuatan dan keagungan yang pernah wujud di Kepulauan Melayu ini. Pembinaan semula empayar Melayu (Sri Wijaya, Majapahit, Melaka) adalah sepatutnya menjadi matlamat semua bangsa dan baka Melayu. Falsafahnya itu jelas, dibayangkan dalam pantunnya yang sangat historikal dan nostalgik: Kalau roboh kota Melaka; Papan di Jawa kita dirikan; Kalau sungguh bagai dikata; Nyawa dan badan kita serahkan. Di atas robohan kota Melaka; Kita bangunkan jiwa merdeka; Bersatulah Melayu seluruh baka; Membela hak keadilan pusaka. Kamaruddin Jaffar, Dr. Burhanuddin Al Helmy. Politik Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Penerbitan Yayasan Anda, 1980, hlm. 11, 121.13. PKMM telah mengadakan beberapa Kongres di antara tahun 1945, 1946 dan 1947. Dalam membuat resolusi Kongres, ‘bergabung dengan Indonesia’ sentiasa menjadi salah satu keputusannya. Pelita Malaya, Disember 1947.14. Colonial Office, Malayan Union and Singapore, Summary of Proposed Constitutional Arrangements, Cmd. 6749, His Majesty’s Stationary Office, London, 1946.15. Lihat perbicaraan mengenai ini dalam UMNO 10 Tahun, Ibu Pejabat UMNO, Kuala Lumpur, 1956, hlm. 7-52, dan Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka

Antara, 1981, hlm. 14516. Ahmad Boestamam, Meritis Jalan Kepuncak, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Kejora, 1972, him. 56-63.17. Pelita Malaya dari awal bulan April 1946, telah menunjukkan pendiriannya yang menyokong secara terbuka Malayan Union melalui rencana pengarangnya. Pengarang bagi Pelita Malaya bagi tahun 1946 ialah Dr. Burharnuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad Salleh Daud dan Aishah Ghani (Mak Inang), Pelita Malaya adalah akhbar rasmi PKMM, semasa berpusat di Kuala Lumpur.18. Aishah Ghani, Memoir Seorang Pejuang, Kuala Lumpur: DBP, 1992, hlm. 18-32. Catatan hidup Aishah Ghani (Tan Sri), seorang bekas anggota PKMM dan Ketua AWAS (Angkatan Wanita Sedar), anak PKMM, merupakan satu rujukan yang patut diambil kira. Beliau adalah Ketua AWAS yang pertama sebelum Shamsiah Fakeh. Aishah meninggalkan PKMM kerana ingin berumahtangga di samping tidak lagi dapat menerima pegangan politik PKMM yang dianggapnya tidak secocok dengan fahaman politiknya. Mengikutnya, beliaulah yang telah memujuk Shamsiah supaya menggantikannya; Aishah telah mengenali Shamsiah sejak mereka sama-sama bersekolah agama di Sumatera. Kerakyataan beliau mungkin diragukan kerana dia kemudian menjadi orang UMNO. Namun, ceritanya tentang PKMM adalah selari dengan catatan cerdik pandai British dan juga dengan sebuah penyelidikan akademik, The Masked Comrades, karangan Prof. Cheah Boon Kheng.19. Malaysia, The Plot Exposed, Cmd. 12 of 1965, dalam SP 18/8B/40. (Za’ba)20. Lihat British Military Administration, BMA/ADM 9/16-Intelligence Report Malaya Command and Formation under Command, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.21. Pelita Malaya, 15 April 1946; Malaya Tribune, Singapore, 30 November 1947.22. Menurut Pelita Malaya, 21 Mac 1946: “Maka dengan jalan Malayan Union dan demokrasi, PKMM berharap dalam masa yang akan datang wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat dan gelaran kebesaran dalam negeri tidak lagi akan menjadi pusaka turun-temurun dan hak satu puak yang amat kecil melainkan akan menjadi pusaka dan hak rakyat jelata. Siapakah yang tidak bersetuju dengan aturan yang baik ini?”23. BMA/ADM 9/16, From HQ to Sacsea Alfsea, 19th March 1946.24. Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik 1946-1951, Kota Bharu: Mohd. Nawi Book Store, 1978, hlm. 1-25.25. Lihat Resolusi Kongres Melayu 1946, yang telah diadakan di Kelab Sultan Suleiman, Kg. Baru, Kuala

Lumpur, pada 1-4 Mac 1946 dalam UMNO 10 Tahun, hlm. 25-26.26. Cheah Boon Kheng, The Masked Comrades, hlm. 62-73.27. Lihat Perlembagaan Rakyat AMCJA-PUTERA, yang menerima kerakyatan sama rata bagi sesiapa sahaja yang lahir di Malayan Union. Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, hlm. 122; Firdaus Haji Abdullah, Radical Malay Politics, Its Origin and Early Development, Petaling Jaya: Pelanduk Publication, 1985, 90.28. Daily News, 2 May 1946. Hal ini diterangkan oleh Zulkifli Ownie, Setia Usaha PKMM.29. Temu ramah dengan Yahya Nassim, bekas Penolong Ketua PKMM Selangor, pada 1 Januari 1991 di Ulu Langat, Selangor. Menurut beliau, hal ini memang menjadi rahsia pemimpin-pemimpin PKMM termasuk Dr. Burhanuddin. Yahya Nassim telah ditahan di bawah Undang-undang Darurat 1948 selama lima tahun lebih bersama-sama Ahmad Boestamam, walaupun taraf kedudukannya bukanlah ‘sangat merbahaya’ seperti Ahmad Boestamam.30. Cheah Boon Kheng, The Masked Comrades, hlm. 65.31. Untuk keterangan lanjut dan mendalam tentang hal ini; lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: DBP, 1992, hlm. 81-107, Ibrahim Mahmood, Sejarah Pejuangan Bangsa Melayu, hlm. 66-68.32. CO537/1548, Telegram Malay Nationalist Party to SS/CO, 3 March 1946.33. Pelita Malaya, 2 April 1946, 3 April 1946, 5 April 1946.34. Pelita Malaya, 18 Mac 1946, BMA/ADM, From HQ Malaya Command to Sacsea Alfsea, 23 February 1946.35. Pelita Malaya, 2 April 1946.36. Pelita Malaya, 3 April 1946, dalam rencana pengarangnya mengatakan: “Sekarang umat Melayu sayugia membicarakan apa yang harus dibuat oleh kerajaan British terhadap bantahan mereka. Umat Melayu bolehlah menaruh keyakinan kepada keadilan kerajaan British yang saksama dan bijak.” Pelita Malaya, 30 Mac 1946, mengatakan: “Kedatangan Gabenor Malayan Union itu patut disambut dan dialu-alukan dengan segala hormat… dan Pelita Malaya ini kera sumbang kerana menyokong Malayan Union... pendirian kita tetap dan segala besar hati kita mengalualukan Sir Edward Gent Gabenor MU itu.. kita menerima suka hati MU itu... tapi tidaklah bererti kita tidak suka melihat pemimpin-pemimpin kebangsaan Melayu menentang MU, cuma kita bimbang mereka itu berani bawa tetapi tak berani tanggung.

37. Dalam temu ramah yang saya jalankan, sikap untuk menunjukkan kesucian perjuangan membela orang Melayu daripada penindasan British atau penjajah tetap ditegakkan oleh pengikut-pengikut PKMM yang masih hidup. Saya kira mereka ini tidak dapat dipersalahkan kerana sebagai pengikut, mereka hanya mendengar kata-kata para pemimpin mereka; mereka tidak terlibat dalam membuat polisi bagi parti ataupun mereka tidak terlibat dalam perancangan parti. Oleh itu, pengetahuan mereka sangat cetek tentang apa sebenarnya yang berlaku. Oleh sebab itu, saya lebih suka menggunakan bahan-bahan bercetak tentang PKMM, yang diterbitkan pada saat itu untuk merekodkan kegiatan-kegiatan mereka. Dokumen ini lebih jujur kerana tidak boleh membohongi sejarah yang telah berlaku dan ditulis dengan begitu jelas. Satu hal yang saya kesalkan juga ialah sikap penyelidik yang tidak mahu berterus-terang dengan sumber-sumbernya. Ramai penyelidik berminat kepada gerakan kiri; namun mereka hanya mengambil apa yang ditulis oleh pemimpin-pemimpin kiri pada masa sama, mereka telah selesa kehidupannya, telah mendapat kedudukan yang baik dalam masyarakat dengan gelaran-gelaran Dato’ dan Tan Sri dan telah diiktiraf sumbangannya oleh masyarakat. Maka, untuk menyesuaikan atau mengiyakan, banyak hal-hal yang kurang menyenangkan yang dilakukan pada masa dahulu diketepikan dari memoirnya, sehingga sejarah yang telah berlaku tidak dapat menonjolkan dirinya.38. Cheah Boon Kheng, The Masked Comrades, hlm. 65 mengatakan ‘Despite its close relationship with MNP, the MCP did not openly impose itself on the former, but acted secretly through its members who held office in the MNP, such as Musa Ahmad, the head of MNP’s Peasants’ Bureau, Abdullah C. D. (Labour) and Samsuddin Salleh (Social). Rasyid Maidin was not an office-bearer in MNP’s Executive Committee, but he was nevertheless quite active within the party’.3939. Antaranya Jaafar Tan, bekas ahli PKMM dan API, Melaka, Hassan Markam, ahli API dan PKMM, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jaafar Othman ahli PKMM, API dan PETA, Kuala Pilah dan Jamil Markom, Batu Pahat. CO537/6020, Pan-Military Report, No. 6/1950, No. 5/1950, No. 4/1951. Temu ramah dengan Jamil Markom di Batu Pahat, pada April 1984.40. Tokoh-tokoh seperti Musa Ahmad, Samsiah Fakeh, Wahi Anuar adalah mereka yang membuat keputusan untuk menjadi anggota Parti Komunis Malaya.41. Misalnya Shaub Johan, bekas anggota API dan PKMM serta Sheikh Garieb Raouf dari Batu Pahat, Johor. Menurut cerita mereka, semangat untuk membantu memerdekakan Indonesia dari Belanda itu sama dengan perjuangan mereka membebaskan Semenanjung Tanah Melayu daripada penjajahan British. Ramai daripada mereka tidak kembali ke Semenanjung dan hidup merempat di Indonesia sehingga Ahmad Boestamam, sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1962 merayu supaya kerajaan Perikatan membawa mereka pulang ke Persekutuan Tanah Melayu.42. Ada beberapa pertubuhan yang telah ditubuhkan oleh pelarian Semenanjung di Indonesia mempunyai matlamat untuk meneruskan perjuangan mereka menentang penjajahan British di Semenanjung. Selain daripada cawangan PKMM, terdapat sebuah pertubuhan yang dinamakan Kesatuan Kemerdekaan

Malaya pimpinan IBHY, Liga Kemerdekaan Malaya pimpinan M. Mustaza dan Perikatan Pemuda Tanahair Malaya di Seberang Laut pimpinan Rahib Randi, Utusan Melayu; 21 April 1955.43. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang menandakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1947 di King’s House (Carcosa), Kuala Lumpur oleh lapan orang Raja Melayu. Sultan Johor menandatanganinya di Johor Bahru. Dalam perjanjian, ini status quo Negeri Melayu sebagai Negeri-negeri Yang Dilindungi, (protected Malay states) diberikan semula, Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua eksekutif dan perundangan Negeri Melayu, pelantikan Menteri Besar dibuat, konsep Raja Berperlembagaan dilaksanakan, konsep Rakyat Raja dihidupkan semula di samping konsep Rakyat British, kuasa dan peruntukan pusat dan negeri disenaraikan dan tiap-tiap negeri mendapat perlembagaan bertulis bagi kali pertama dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu. Untuk keterangan lanjut lihat Federation of Malaya, The Federation of Malaya Agreement, 1948, G. N. 6 of 1948 Agreement of Clauses, Government Printers, Kuala Lumpur, 1949.44. Warta Malaya, 10 Oktober 1953.45. Strait Times, 30th May 1949.46. Malaya Tibune, 25th September 1949.47. Malay Mail 30th May 1949; S. C. MacIntyre, Through Memory Lane, Singapore: University Education Press, 1973, hlm. 182.48. Lihat ucapan Dato’ Onn dalam UMNO 10 Tahun, tentang hal ini. Katanya: “Biarlah kita sedari iaitu orang-orang Melayu sendiri menuntut kemerdekaan dengan secara demokrasi dan berkehendak kepada satu pemerintahan cara demokrasi itu tidak boleh hendak memelihara hak negeri ini bagi satu pihak sahaja rakyatnya. Barang siapa yang telah menyiasat akan hal-hal dan perubahan-perubahan yang telah berlaku di dalam negeri ini, janganlah seseorang itu, hendak memperdayakan dirinya dengan berfikir iaitu tujuan UMNO yang kedua itu akan tercapai dengan sebab kuatkuasa satu-satu kaum sahaja, melainkan kemerdekaan itu akan tercapai setelah didapatkan persatuan di antara penduduk-penduduk yang ada di Tanah Melayu ini yang sanggup menumpahkan taat setianya kepada negeri ini.” UMNO 10 Tahun, hlm. 77.49. Dato’ Onn dapat melihat tindakan-tindakan pemimpin Cina, Tan Cheng Lock yang sangat rapat dengan British sentiasa berusaha dan mendesak British supaya memberi kedudukan politik yang sama dengan orang Melayu. Sejak dari penglibatannya sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selat, Singapura dan Melaka dan Federal Council sehingga penubuhan Oversea Chinese Association of India (OCAI) Pada tahun 1944, Tan Cheng Lock telah mendesak hal itu. Ini diulangnya dalam memorandum pada tahun 1947 dan 1950. Penubuhan MCA pada tahun 1949 sebagai badan sosial dan kemudian menjadi badan politik memang membimbangkan Dato’ Onn. Untuk keterangan lanjut tentang kegiatan Tan Cheng Lock, lihat CO 537/ 6018, Memorandum by Tan Cheng Lock towards the Citizenship, 22th May 1950; K. C.

Tregonning, ‘Tan Cheng Lock: A Malayan Nationalist’, JSEAH, Vol. X, March, 1979, hlm. 25-85.50. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlm. 213-238.51. UMNO/KL 19/50, Statement by Communities Liaison Committee.52. The Straits Times, Kuala Lumpur, 30th May 1950; CO 537/4790, Information of HQM2.53. Dato’ Onn terpaksa meletakkan jawatan Presiden UMNO pada 11 Jun 1950 untuk menguji kekuatan pengaruhnya kepada UMNO. Ternyata ahli UMNO masih belum mahu berpisah daripada beliau. Dato’ Onn kembali semula sebagai Presiden UMNO setelah dipujuk oleh ahli UMNO. Cadangan balas UMNO terhadap cadangan CLC telah diterima iaitu dengan meletakkan syarat kelahiran ibu bapa dan tempoh tinggal yang panjang di Negeri-negeri Melayu, untuk seseorang bukan Melayu menjadi Rakyat Raja. Dato’ Onn hanya meletakkan jawatan kali kedua pada 28 Ogos 1951, setelah beliau gagal membuka UMNO kepada orang bukan Melayu. Untuk keterangan lanjut tentang hal-hal tersebut, lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlm. 177-212.54. Ibrahim Mahmood, Sejarah Pejuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981, hlm. 316.55. CO537/7297, Surat Henry Gurney kepada J. D. Higham, 29 Ogos 1951.56. CO 537/4790, Information of HQZ, 29 Ogos 1951.57. Dasar kerjasama Tunku Abdul Rahman ini jelas sekali sewaktu mahu memenangi pilihan raya 1955. Dalam satu ucapannya di Kuala Lumpur pada 26 April 1955, beliau mengatakan: “Orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak dari hak-hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada kaum-kaum bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi begitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan, dan lagi hingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu.” Malaya Merdeka, 26 April 1955.58. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat R. K. Vasil, Politics in Plural Society, OUP, 1971, hlm. 37-91.59. CO 1022/184, Federation of Malaya Savingram, 112/1/04.

60. Ibrahim Mahmood, Perjuangan Bangsa Melayu, hlm, 377-381.61. Hampir kesemua buku sejarah akademik dan memoir mengatakan inilah sebabnya Dato’ Onn tidak berjaya dalam melaksanakan IMP. Namun, jika dikaji dengan lebih terperinci, ternyata kegagalan IMP disebabkan banyak faktor. Antaranya ialah: (a) Keengganan Dato’ Onn melepaskan kerakyatan jus soli sama rata dengan orang bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh CLC pada tahun 1949- 1951. (b) Dato’ Onn sebagai Ahli Dalam Negeri (1951-1955) telah mencadangkan beberapa akta yang memberi kesan politik dan ekonomi secara langsung kepada orang Cina seperti Immigration Act 1951, 1952 (yang menyekat seseorang daripada terus menjadi rakyat Tanah Melayu setelah meninggalkan negeri ini lebih dari lima tahun berturut-turut dan setiap orang luar mesti mendapatkan visa/kebenaran bertulis dari Persekutuan Tanah Melayu untuk memasuki negeri ini). (c) Semua perniagaan mesti didaftarkan dalam Business Act 1952; ini menyusahkan peniaga-peniaga Cina. (d) Tan Cheng Lock dan anaknya Tan Siew Sien tidak menyokong sepenuhnya idea IMP; mereka masih lagi bersama MCA dan masih enggan menubuhkan cawangan IMP di Melaka. Mereka juga tidak setuju dengan penguasaan orang India dalam IMP.62. Lihat buku-buku yang telah dihasilkan oleh Tunku Abdul Rahman yang banyak sekali menceritakan kejayaannya membentuk perpaduan partinya. Antaranya, Looking Back, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1977; Malaysia, Road to Independence, Petaling Jaya: Pelanduk Publication, 1984. Namun, apabila berlaku Tragedi 13 Mei 1696, segalanya menjadi satu kontroversi dan meragukan.63. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, hlm. 295-381.64. Sebenarnya perkara ini telah pun tercatat dalam Perjanjian Persekutuan 1948, Bahagian III (19) IV: menjaga keselamatan orang Melayu yang khas. Persekutuan Tanah Melayu, Perjanjian Persekutuan 1948, Government Gazette, 1949.

Ketiga-tiga tokoh ini, Dato’ Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam adalah namayang tidak asing lagi kepada kita terutama dalam kegiatan nasionalisme tempatan sebelum merdeka daribeberapa tempoh selepas merdeka. Mereka telah mencorakkan sejarah politik negara ini dengan kegiatan-kegiatan politik yang menggemparkan dan sangat menarik. Dengan itu, tidak hairanlah nama merekamenjadi sebutan, sentiasa menghiasi di dada-dada buku sejarah dan menjadi kajian akademik yangsentiasa mencabar. Semakin banyak sumber yang menceritakan tentang kejaguhan mereka, semakinkompleks interpretasi dan perdebatan tentang keperwiraan mereka. Paling tidak, usaha menganalisisketokohan mereka dikira adalah cara terbaik untuk terus menghidupkan kepentingan mereka dalam sejarahtanah air. Kepimpinan mengikut seorang penulis adalah satu keadaan yang menunjukkan “the influence ofone, who is voluntarily accepted by the group, and two, is himself influenced by the norms, sentiments,and aspirations of the other members of the group.” Kepentingan kepimpinan ini sentiasa dilihat dalambentuk satu hubungan nyata di antara pemimpin dan mereka yang dipimpin. “Leadership has been in relation to group activities in specific situations. It does not reside in individual having specific traits, but rather in the acts which help to (a) achieve its objectives, and (b) maintain its existence, i.e. a group remains a unit in which the members continue to interact and to derive satisfaction from doing so.” 1 Dalam erti kata lain, kepimpinan itu satu keadaan yang membolehkan sesuatu kumpulan orangmenerima ketokohan seorang yang dianggapnya ketua tanpa ada paksaan atau peraturan-peraturan atauundang-undang yang memaksa mereka berbuat begitu. Penerimaan mereka kepada kepimpinan ketuamereka berdasarkan kepada kepercayaan terhadap kebolehan ketua membawa perubahan baru atau idea-idea baru yang akan meningkatkan martabat dan kedudukan mereka. Penerimaan ini juga kadang-kadangberdasarkan kepada latar belakang keluarga, pendidikan, dan karisma pemimpin tersebut. Walaubagaimanapun, penerimaan itu kadang-kadang boleh berlaku kerana autoriti tokoh itu dalam pentadbirandan pemerintahan kawasan atau kumpulan masyarakat tersebut. Kepimpinan seperti ini tidaklah asli danlebih bersifat terpaksa. Ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai pihak berkuasa, yang kadang-kadang ditolakapabila ditawarkan dalam kegiatan politik mereka. Konsep kepimpinan secara sukarela dalam politik

Semenanjung Tanah Melayu terdapat dalam ketiga-tiga tokoh ini. Bagaimanapun, ideologi dan pencapaianmereka dalam sejarah politik negara adalah berbeza. Jika dibandingkan di antara ketiga-tiga tokoh tersebut, ternyata mereka datang dari status quo sosialdan pendidikan yang berbeza. Dato’ Onn Jaafar yang lahir pada tahun 1895 di Johor Bahru, berketurunanbangsawan. Keturunan beliau berasal dari jurai Bendahara Melaka, Bendahara Tepok. Keturunanbendahara ini kemudian terus mengembara mengikut Sultan Melaka dan keturunannya untuk mendirikankerajaan-kerajaan di Sumatera, Johor dan Riau Lingga sebelum kembali mengikut Temenggong AbdulRahman ke Singapura pada tahun 1816. Haji Mohamad Dato’ Abdul Jabar tinggal di Telok Belangasebagai orang Temenggong dan membuka kedai jahit, manakala abangnya Ahmad dilantik sebagai MenteriTemenggong Ibrahim. Jaafar, anak Haji Mohamad kemudian menjadi kerani di pejabat bapa saudaranyasebelum Maharaja Abu Bakar, pemerintah Johor, melantiknya sebagai Menteri Besar pada tahun 1870-an. Gambarajah 6.1: Dato’ Onn Jaafar. Oleh kerana bapanya yang sering menjadi Pemangku Sultan Johor dan pemegang amanah harta,Dato’ Onn mendapat pendidikan yang baik bersama-sama anak Sultan Ibrahim di England. Kedudukanbapanya juga membolehkan beliau memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mempelajari tulisanJawi dan Bahasa Melayu. Didikan adat resam Melayu juga diberikan kepadanya oleh Dato’ Jaafar, yangberpegang teguh kepada adat istiadat dan kesusilaan Melayu Melaka-Johor dan Riau-Lingga. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam (AB) pula datang dari kelas bawahan Melayu dariSumatera-Minangkabau. Mereka merupakan generasi pertama yang lahir di Semenanjung Tanah Melayu.Mereka lahir dari kegigihan kaum pendatang Indonesia membuka tanah perkampungan baru jauh darikawasan istana dan kebangsawanan Melayu. Dengan itu, mereka tidak termasuk dalam lingkungan elittradisional Melayu yang memegang kuasa pentadbiran dan penyokong sistem beraja masyarakat dankebudayaan Melayu. Penghijrahan keluarga mereka disebabkan kesempitan hidup dan penolakan kepada

penindasan Belanda di Indonesia. Sebagai petani, kehidupan mereka sederhana sekali. Gambarajah 6.2 Ahmad B oe s tamam. Mereka ke sekolah dengan berjalan kaki, meredah denai dan sungai dan persekitaran mereka ialahkampung dan bukannya istana seperti Dato’ Onn Jaafar. Mereka bersekolah Melayu bersama-sama denganrakyat bawahan lain. Walaupun Ahmad Boestamam bersekolah Inggeris tetapi ia hanyalah untuk rakyatbiasa dan bangsa-bangsa lain. Kehidupan mereka tidak bersifat bangsawan seperti Dato’ Onn Jaafar. Dari latar belakang seperti ini, tentulah hasil yang dilahirkan berbeza. Di satu pihak, Dato’ OnnJaafar terdidik dengan cara hidup kaum bangsawan yang penuh dengan adat istiadat, adat resam danperaturan-peraturan dan sifat-sifat dunia kebangsawanan itu sendiri. Beliau dididik untuk menerima kuasadan kedaulatan Raja sebagai orang yang dihormati dan sebagai ketua politik dan masyarakat Melayu. Daripenerimaannya terhadap status quo itu, keluarganya mendapat kedudukan yang baik dan menjadi pentingdalam negeri dan masyarakat Melayu Johor. Inilah asas kepada sikap konservatifnya dalam memimpinUMNO nanti.

Gambarajah 6.3: Dr. B urhanuddin al-He lmy. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam pula sebagai rakyat bawahan, hidup dengan cara yangamat sederhana. Keluarga Ahmad Boestamam terpaksa bersusah payah membuka hutan untuk dijadikantanah bendang dan kebun getah serta mengusahakan untuk mendapatkan hasilnya. Keluarga Dr.Burhanuddin juga sangat sederhana. Ayahnya menjalankan usaha pertanian dan mengajar agama Islamsecara kecil-kecilan. Kerana kesederhanaan hidupnya, Dr. Burhanuddin menerima biasiswa daripadasaudagar India Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajaran ke India. Ahmad Boestamam pula ditanggungoleh abang iparnya, seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris untuk belajar di SekolahAnderson, Ipoh. Kesederhanaan dan kesusahan hidup mereka mempengaruhi perspektif mereka terhadapkegiatan politik yang menegakkan kedaulatan rakyat dan menentang penguasaan kaum bangsawan sepertiDato’ Onn, dalam politik orang Melayu. Ketiga-tiga tokoh ini mempunyai budaya kehidupan yang sangat berbeza di antara satu sama lain.Dato’ Onn Jaafar telah dididik sebagai elit tradisional yang mempunyai unsur-unsur moden iaitu pelajaranInggeris tetapi dalam masa yang sama menguasai terus kepimpinan masyarakat Melayu secara keturunan,yang sebenarnya menjadi asas kepada penguasaan kepimpinan tradisional masyarakat Melayu. Dalam ertikata lain, Dato’ Onn dengan mudah mendapat tempat dan kedudukan yang baik kerana status quotradisional yang dimiliki oleh keluarganya. Kedudukan ayahnya sebagai Menteri Besar menjadi tiket yangmemudahkan beliau mendapat jawatan sebagai kerani dan kemudian menjadi Penolong Pemungut Hasiltanah Muar dan Batu Pahat dalam tahun 20-an. Kedudukan sosial tradisionalnya telah memberi keselesaandan semangat kehidupan yang positif kepada ideologi konservatisme yang dipegangnya.2 Ahmad Boestamam pula dari kalangan orang kebanyakan yang mendapati sangat sukar untukmendapat kerja dalam perkhidmatan awam British atau negeri Perak. Disebabkan gagal dalampeperiksaan Junior Cambridge, Ahmad Boestamam tidak dapat menjadi kerani. Beliau sedar keluarganya

bukan orang Melayu tempatan menyebabkan sokongan Penghulu sukar didapatinya.3 Penghulu yangselalunya dilantik dari kalangan orang berada dan ternama di satu-satu mukim juga dianggap sebagaipihak berkuasa tradisional Melayu dan selalunya berdasarkan keturunan. Sebenarnya, ini adalah dasar pecah dan perintah British. Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatuyang dicipta sepenuhnya oleh British. Pada dasarnya, masyarakat Melayu sebelum kedatangan Britishmemang telah mempunyai kelas yang memerintah dan yang diperintah. Sebagai penjajah, Britishmendapati keadaan ini sangat sesuai untuk dijadikan polisi imperialismenya. Pembahagian itu diteruskansehingga menjadi sesuatu yang semakin mendalam. Keutamaan teras diberikan kepada golonganpemerintah tradisional Melayu (Raja dan pembesar Melayu). Raja-raja Melayu dan kaum bangsawanMelayu pula terus mempertahankan kedudukan tradisional mereka, terutama semasa desentralisasidijalankan pada tahun 20-an dan 30-an. Maktab Melayu Kuala Kangsar telah dikhaskan untuk anak-anakkerabat DiRaja dan pembesar-pembesar Melayu. Ini dianggap sebagai satu ganti rugi kepada merekakerana dalam pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kuasa mentadbir pembesar-pembesar Melayu yang wujud di zaman kerajaan Melayu telah diambil oleh pegawai-pegawai Britishyang didatangkan dari England. Ini mengecewakan Raja-raja Melayu dan para pembesar itu sendiri.Sultan Idris, Sultan Iskandar Shah, Perak, Raja Chulan dan Dato’ Abdullah Dahan telah membangkitkanhal ini. Malay Administrative Service (MAS) dibentuk oleh British untuk keturunan raja dan pembesarMelayu sebelum membuka Malayan Civil Service (MCS)yang dikuasai oleh pegawai-pegawai Britishkepada orang Melayu pada tahun 1928. Dr. Burhanuddin pula hanya menjadi seorang guru agama bahasa Arab di Madrasah Singapura,sesuai dengan pendidikan Islam yang diterimanya dari Sumatera, Pulau Pinang, dan India. Beliau tidakdapat memasuki perkhidmatan awam British bukan sahaja kerana sekatan di atas tetapi juga dasar Britishyang tidak mementingkan pendidikan Islam dalam dasar imperialismenya. Ini kerana Islam boleh menjadisatu alat politik untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan tempatan akibat dari gerakan Pan-Islamismeyang berlaku sejak akhir abad ke-19. Penjajahan British di negara-negara Islam di Asia dan Afrika telahmelahirkan kesedaran kebangsaan yang teguh kepada mereka yang mendapat pendidikan Islam. PenolakanBritish terhadap golongan ini menjadikan mereka hanya sebagai satu unsur pinggiran dalam arus utamakepimpinan tradisional masyarakat Melayu yang dilindungi dan terus disuburi oleh British. Tindak balas Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam menentang golongan konservatif sepertiDato’ Onn adalah sesuatu yang memang sesuai dengan latar belakang dan pendidikan mereka. Merekaterpengaruh dengan idea Revolusi Indonesia, tempat tanah tumpah darah mereka. Sesuatu ideologirevolusi sering kali mempersoalkan legitimasi institusi tradisional yang tidak memberi peluang kepadakedaulatan rakyat iaitu kuasa rakyat untuk beroperasi. Kedaulatan rakyat yang telah ditegakkan olehRevolusi Perancis pada tahun 1779, dan kemudian munculnya ideologi liberalisme dan seterusnyademokrasi merupakan titik tolak dalam sejarah ideologi politik. Ini menjadi garis pemisah zamantradisional dan zaman baru. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam dalam kegiatan-kegiatan mereka melalui Parti KebangsaanMelayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945, mempersoalkan hak dan kuasa golongan tradisional Melayuitu sebagai pemerintah mereka dan menentang British kerana meneruskan dan menyokong penguasaan

golongan tersebut. Mereka menolak Raja-raja Melayu sebagai pelindung mereka. Akibat daripadapenentangan kepada golongan ini, mereka digolongkan sebagai golongan radikal dan anti-establishment,atau dirujuk juga sebagai golongan kiri. Ini bermakna, mereka tidak menerima sifat tradisional masyarakatMelayu sebagai pegangan. Dato’ Onn di satu pihak lain, menerima dan menyokong sepenuhnya unsur-unsur dan kerangkatradisional masyarakat Melayu. Melalui United Malay National Organization (UMNO) yang ditubuhkanpada 11 Mei 1946. Dato’ Onn mengumpulkan Raja-raja Melayu dan orang Melayu dari seluruh negeri-negeri Melayu untuk menentang penjajahan British secara mutlak ke atas Tanah Melayu melaluipengenalan Malayan Union. Kongres 1946 yang dipengerusikannya telah menggabungkan golongan kiridan kanan dalam masyarakat Melayu bagi menentang Malayan Union. Kehadiran Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam dalam Kongres 1946 sebagai pemimpin-pemimpin utama PKMM mencacatkan konsep liberalisme dan kedaulatan rakyatnya. Penentangannyakepada penguasaan golongan konservatif Melayu yang menyokong dan mendesak British supayamengembalikan semula kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu pada tahun 1945 dan awal 1946 menjadisesuatu yang tidak bersesuaian dengan pegangan politik mereka. Malah, apabila mereka menegakkansemula institusi Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan dalam Perlembagaan Rakyat 1947,ternyata mereka tidak tetap pendirian politik. Walaupun ia satu strategi untuk mengekalkan kebangsaanMelayu yang menjadi cara untuk menguasai orang bukan Melayu, namun penerimaan institusi raja dalamPerlembagaan telah memperlihatkan mereka tidak sepenuhnya menegakkan konsep liberalisme dankedaulatan rakyat. Akibatnya, mereka gagal mengubah secara tegas struktur dan hierarki tradisionalmasyarakat Melayu. Seorang pemimpin seharusnya mempunyai wawasan atau cadangan idea yang diajukan kepadapengikut dan dapat diterima oleh mereka. Seorang pemimpin juga patut bertindak sebagai penyelamatkepada masyarakatnya dengan membawa idea baru yang boleh mengubah kedudukan masyarakatnya darisatu tahap yang kurang elok kepada suatu kemajuan yang memberi manfaat kepada mereka. Dalam erti katalain, pemimpin boleh membina sejarah masyarakat yang dipimpinnya.4 Definisi ini juga boleh dilihat dengan jelas dalam kegiatan politik ketiga-tiga tokoh ini di antaratahun 1927 hingga 1957. Walaupun permulaan mereka bergiat dalam nasionalisme dan politikSemenanjung Tanah Melayu tidak sama kerana perbezaan umur, namun ketiga-tiganya telah melalui zaman-zaman yang penting dalam sejarah negara ini sebelum merdeka. Antaranya, termasuklah dekad pentadbiranBritish di awal kurun ke-20, kebangkitan nasionalisme Melayu, pendudukan Jepun, pemerintahan Britishselepas Perang Dunia Kedua, kemerdekaan dan pasca merdeka. Tentunya persepsi mereka terhadaptempoh-tempoh itu adalah berbeza. Persepsi yang berbeza ini melahirkan ideologi dan tindakan-tindakanyang berbeza juga dari mereka. Ketiga mereka adalah wartawan akhbar yang telah menjadi pengkritik dan reformis masyarakatMelayu sebelum 1945. Memang telah menjadi satu fenomena yang jelas bahawa dalam dunia ketiga,golongan wartawan telah memainkan peranan yang penting sebagai pembangkit gerakan kebangsaanbangsanya. Mereka menjadi penggerak kerana tahap intelektual yang tinggi dan kebebasan bersuara yang

diberikan oleh pihak penjajah,5 terutama British. Mereka membidas apa sahaja yang tidak menguntungkanperibumi terutama saingan daripada orang dagang dan tekanan penjajahan Barat. Dato’ Onn ternyata telah memulakan satu tradisi menggunakan akhbar sebagai alat untuk membidaspihak berkuasa iaitu British dan Raja Melayu (Sultan Johor) itu sendiri, sejak tahun 1926 lagi. Bidasannyabersifat sekular. Beliau menggunakan idea liberalisme dan keadilan kepada rakyat sebagai satu caramembela rakyat Melayu dan negeri Melayu. Sebagai wartawan akhbar bagi Warta Malaya, Lembaga,Lembaga Malaya, dan Warta Ahad, beliau menjadi seorang reformis dengan membincangkan segala halyang berkaitan dengan masalah sosio-politik dan ekonomi bangsanya. Misalnya, beliau membangkitkan isukuasa Raja-raja Melayu di bawah sistem Residen dari Desentralisasi. Beliau juga merasa tertekan dengankeadaan orang Melayu yang masih berpecah-belah kerana tidak ada persatuan kebangsaan dan pemimpinyang benar-benar cekap untuk menyatukan mereka. Beliau juga mengingatkan orang Melayu supayamemajukan diri dalam bidang ekonomi untuk menyaingi penguasaan ekonomi orang dagang di negara ini. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam lebih lambat memasuki dunia kewartawanan iaitu hanyapada tahun 1937, disebabkan faktor umur yang masih muda. Justeru, pandangan mereka sebagai pembelabangsa tidak begitu menyengat dan menonjol. Tambahan pula adanya tokoh-tokoh wartawan yang lebihkanan seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob dan Dato’ Onn Jaafar. Mereka adalah pengarangutama dibandingkan dengan Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam, yang hanya menjadi penulissambilan dan pemberita pelatih. Bagaimanapun, setelah menerima banyak pendedahan, kedua-duanyaberjaya mengasah pena dalam mengetengahkan gerakan kesedaran kebangsaan orang Melayu dan isu-isunegara melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Malaya, Suara Kinta, dan Saudara.Akhbar-akhbar ini sering menerima tulisan-tulisan mereka terutama penulisan daripada AhmadBoestamam. Latar belakang ini sangat penting untuk muncul dalam kegiatan nasionalisme Melayu pada tahun1945 dan selepasnya. Walaupun mereka nampaknya bersatu dalam tempoh pemerintahan Jepun kecualiAhmad Boestamam yang membina tapaknya di Perak,6 tetapi akhirnya mencari jalan sendiri denganpersepsi politik yang tersendiri. Pada tahun 1945 dan seterusnya, ketiga-tiga tokoh ini bergerak dalam arah yang berbeza. Dato’ OnnJaafar telah memimpin UMNO dengan ideologi yang sangat berbeza dengan Dr. Burhanuddin dan AhmadBoestamam yang bergiat cergas dalam PKMM dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Ketiga-tiga merekasebenarnya berusaha untuk mendapatkan kuasa dan kepimpinan orang Melayu yang benar-benar tercabardengan pengenalan Malayan Union oleh British pada tahun 1946. Dalam memimpin UMNO, Dato’ Onn telah menggunakan konsep Ketuanan Melayu Semenanjungsebagai satu ideologi politiknya. Beliau menggunakan perkataan ‘Semenanjung’ dalam parti yangmendasari UMNO iaitu Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, (ditubuhkan pada Januari 1946) sebagaisatu cara memintas pengaruh PKMM yang ditubuhkan lebih awal (17 Oktober 1945). Dato’ Onn sedarPKMM menggunakan simpati rakyat Indonesia yang lari ke Tanah Melayu dengan memungut wang bagimenyokong Revolusi Indonesia menentang Belanda, di samping menggunakan bendera ‘Sang Saka MerahPutih’ dan lagu ‘Indonesia Raya’ sebagai bendera dan lagu kebangsaannya. Dato’ Onn juga ingin

menjadikan persatuannya sebagai satu persatuan kebangsaan dengan mempunyai cawangan-cawanganseperti di Melaka.7 Ketuanan Melayu Semenanjung sebagai satu ideologi politik juga diterjemahkan dalam menolakkonsep Indonesia Raya/Melayu Raya yang dikemukakan oleh PKMM dan API dalam kongres-kongresnyasama ada di Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura. PKMM dan API membuat resolusi untukmerdeka bersama Indonesia. Malaya dan Indonesia terus menyokong revolusi kemerdekaan Indonesia.8Hal ini juga dicatatkan dalam Perlembagaan PKMM.9 Dato’ Onn menolak kehendak Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam ini secara halus. Baginya,perpaduan dan kerjasama orang Melayu di Semenanjung sangat mustahak untuk menentang rancanganMalayan Union. Kedua, bagi Dato’ Onn, soal penjajahan British ke atas Tanah Melayu lebih utamadaripada gabungan dengan Indonesia. Ketiga, beliau mahu satu-satu hal diselesaikan supaya ‘yangdikendong jangan tercicir dan yang dikejar jangan tidak dapat’. Keempat, soal darah dan baka itu tidakperlu dirisaukan kerana beliau percaya pada satu masa nanti ia akan berguna bagi perpaduan yang lebihbesar. Kelima, Dato’ Onn bimbang ada pihak-pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan dariperpecahan orang Melayu. Keenam, orang Melayu sepatutnya mempunyai persediaan yang cukup sebelummemikirkan gabungan dengan Indonesia Raya.10 Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam pula melihat Indonesia Raya atau Melayu Raya itu sebagaisatu ideologi politik golongan radikal yang penting. Ini satu cara untuk mengembalikan semula keagunganbangsa Melayu sebagai sebuah kuasa penting di Kepulauan Melayu, seperti mana sebelum kedatanganpenjajahan Barat. Dr. Burhanuddin dalam buku-bukunya, Perjuangan Kita dan Falsalah KebangsaanMelayu dengan tegas memperkatakan hal ini. Konsep ‘biduk lalu kiambang bertaut’ dilihat sangat sesuaiuntuk dilaksanakan dalam gerakan menyatukan Semenanjung Tanah Melayu dengan Indonesia Raya.Kepentingan Srivijaya, Majapahit, dan Melaka menjadi dasar sejarah dan kebudayaan serta politik yangpatut dijadikan dasar kepada Melayu Raya/Indonesia Raya sebagai satu inspirasi beliau untuk berpolitik. Ahmad Boestamam melihat kehebatan karisma Sukarno pula sebagai pemimpin revolusi danpembebas Indonesia dari cengkaman penjajah Belanda sebagai satu panduan untuk terus gigihmempertahankan keyakinan politiknya. Kehebatan pemuda-pemuda Indonesia seperti Bong Sutomomenentang Belanda dijadikan dasar semangat API. Latihan ketenteraan yang dijalankan di pusat latihanAPI di Melaka dan ‘tentera semut’ yang didakwanya beroperasi dalam kalangan anak-anak sekolah jugamengambil contoh dari Indonesia. API juga meniru harapan pertubuhan Pemuda Indonesia seperti YoungJava, Young Sumatera, dan PETA, untuk menjadi pembela tanah airnya dari dijajah di samping memajukanpendidikan dalam kalangan para anggotanya. API memakai semboyan merdeka dengan darah yang jelasmempamerkan satu unsur revolusi dalam perjuangannya. Revolusi Indonesia adalah yang paling dekatdengannya. Lagu ‘Indonesia Raya’ dan bendera Indonesia, ‘Sang Saka Merah Putih’ menjadi benderanya.Bukunya yang terkenal Merintis Jalan Kepuncak, menjelaskan harapannya untuk bergabung denganIndonesia kerana di kemuncak gunung yang didaki oleh ramai orang terdapat bendera ‘Sang Saka MerahPutih’, bendera Republik Indonesia. Malah, sehingga beliau ditahan pada tahun 1963, beliau mengatakanbahawa “Saya orang Indonesia, walaupun saya lahir di sini.”11

Gambarajah 6.4: Ahmad B oe s tamam ditahan pada tahun 1963. (Sumber: Berita Harian, 14 Disember 1963) Kegagalan mereka mengatasi UMNO dan Dato’ Onn berpunca daripada ketidakfahaman merekaterhadap selera politik konservatif masyarakat Melayu itu sendiri. Kerjasama mereka dengan PartiKomunis Malaya (PKM) merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh orang Melayu. Penguasaan BintangTiga, anak PKM terhadap pentadbiran Tanah Melayu dan hukuman sewenang-wenang oleh PKM terhadaporang Melayu yang dianggap bekerjasama dengan Jepun sehingga meletusnya pertempuran di antara orangMelayu dan Cina hampir di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada akhir tahun 194512 menjadikanmereka sangat sensitif dengan PKM. Oleh itu, persahabatan PKMM dengan PKM dengan sendirinyamenolak PKMM dari minat orang Melayu yang konservatif dan patriotik kepada Semenanjung TanahMelayu. Kerjasama ini berlaku dalam keadaan yang intim sekali terutama apabila PKM bertanggungjawabmenggalakkan penubuhan PKMM melalui Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 PKM. Akhbar-akhbarPKMM juga dibiayai oleh PKM seperti Suara Rakyat, Voice of the People dan Pelita Malaya. PKM jugadalam menjalankan dasar Malayan United Front nya untuk menyebarkan idea komunisme dan mendapatsokongan orang ramai dari semua bangsa telah memasukkan orang-orangnya seperti Arshad Ashaari,Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah C.D. dan beberapa orang lain dalam Jawatankuasa PKMM.Dengan cara itu, mereka boleh mempengaruhi dasar dan pendekatan politik PKMM. Pemimpin-pemimpinPKMM seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad dan Aishah Ghani sendiri mendapat latihanideologi dari penganjur-penganjur PKM seperti Pak Santos dan Sultan Djenain di beberapa tempat pusatkegiatan PKM seperti di Ampang, Selangor dan Kuala Lipis, Pahang. Mereka juga mengikut pengakuanpemimpin-pemimpinnya bersedia untuk mengadakan suatu revolusi bersenjata apabila masanya tibadengan dipimpin oleh PKM.13 Ideologi ketuanan Melayu Semenanjung yang diperjuangkan oleh Dato’ Onn telah meletakkan

institusi raja sebagai salah satu agenda perjuangannya. Institusi raja yang menjadi tonggak kepadakebudayaan dan kerajaan Melayu itu14 diteruskan sebagai satu sistem politik dan institusi politik dalamPerjanjian Persekutuan 1948. Malah, jika ditinjau dengan teliti perjanjian itu, ternyata Raja-raja Melayutelah mendapat semula segala kuasa eksekutif dan perundangan yang telah diambil oleh British dalampentadbirannya dari tahun 1874 hingga 1941. Raja-raja Melayu telah diakui oleh British melaluiPerjanjian ini secara bertulis dan dilembagakan sebagai ketua pemerintah yang berdaulat di negeriMelayu.15 Ini adalah satu peningkatan yang sangat berguna yang telah menaikkan semula martabat institusiRaja-raja Melayu sebagai Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan16 dalam pemerintahan mereka diNegeri-negeri Melayu. Ini memudahkan mereka mendapatkan kedudukan yang tegas dalam PerlembagaanMerdeka 1957. Malah, dalam banyak hal, ia diteruskan sahaja.l7 Pelantikan Yang di-Pertuan Agongdengan kuasa perundangan dan eksekutif yang tegas juga berpunca daripada pembelaan Dato’ Onn danUMNO terhadap institusi ini dalam Perjanjian Persekutuan 1948. Pandangan Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam agak berbeza dengan Dato’ Onn dalam soalmenegakkan institusi raja dalam budaya politik Melayu. Oleh kerana sejak penubuhan Kesatuan MelayuMuda (KMM), dasar menentang kaum bangsawan termasuk Raja-raja Melayu telah menjadi dasar mereka,jadi apabila PKMM dipimpin oleh kedua-dua tokoh tersebut, dasar yang sama juga telah dipegang.Mereka menyokong idea republik seperti Indonesia dan melihat kuasa rakyat sebagai tonggak budayapolitik Melayu. Mereka menolak institusi Raja Melayu dikekalkan, kerana institusi itu tidak dapatmemajukan orang Melayu dan memberi kepimpinan yang sewajarnya. Namun, semangat seorang rakyat Melayu itu tetap kuat apabila berdepan dengan orang dagang yangcuba menghapuskan institusi itu. Dalam Perlembagaan Rakyat 1947, kedua-dua tokoh tersebut menyokongIshak Haji Mohamad bagi mempertahankan institusi raja dan mencadangkan Raja Berperlembagaan demimengekalkan prinsip politik ketuanan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Di sinilah Dato’ Onn danmereka bertemu sebagai pejuang nasionalisme Melayu. Ideologi ketuanan Melayu Dato’ Onn terus teguhdengan usahanya mempertahankan hak kerakyatan secara jus soli hanya kepada orang Melayu dan orangasli dalam konsep ‘Tanah Melayu untuk Melayu’. Dalam seluruh kegiatan politiknya dari tahun 1946sehingga 1955, Dato’ Onn melihat bahawa politik bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu adalahjelas sebagai bangsa yang telah mengadakan satu kebudayaan yang tegas di Negeri-negeri Melayu dengansistem politik, pentadbiran, sosial, dan adat istiadat serta ekonomi sebelum kedatangan British dan orangdagang. Dato’ Onn cukup yakin pemilikan orang Melayu ke atas bumi Semenanjung. Tanda pemilikanmereka ialah dengan menjadi ‘Rakyat Raja Melayu’ bagi setiap negeri Melayu yang sebenarnya merdekadi antara satu sama lain. British kemudian mengiktiraf ketuanan itu dengan membuat perjanjian denganRaja-raja Melayu sebagai Ketua Kerajaan dan pentadbiran Negeri Melayu.18 Inilah teras kepercayaan dan tindakan politik Dato’ Onn apabila menentang Malayan Union, Britishdan kehendak orang dagang. Dalam Malayan Union, British ingin menjajah Tanah Melayu denganmenghapuskan status quo Negeri-negeri Melayu sebagai negeri yang dilindungi yang diamalkannyasebelum 1941. Dari segi pemilikan hak politik pula, kerakyatannya dibuka kepada semua bangsa yangingin menjadikan Malayan Union sebagai tanah airnya, kerakyatan berganda (dual nationality)dibenarkan. Nama Semenanjung Tanah Melayu yang menggambarkan pemilikan bangsa Melayu ke atasnya,kini ditukar menjadi Malayan Union, satu nama yang asing dan tidak membayangkan ketuanan Melayu

yang pernah wujud di dalamnya. Bangsa dagang yang selama ini bersifat penduduk sementara, menyokongMalayan Union yang memang diperjuangkan oleh mereka sejak tahun 20-an lagi. Desakan mereka melalui suara-suara di Majlis Negeri Selat dan Majlis Persekutuan, akhbar-akhbar, dan badan-badan perdagangan mereka, akhirnya diterima oleh British. Dengan membentukMalayan Union, satu asas pembinaan negara-bangsa Malayan yang membuang terus kerangka politiktradisional Melayu dan ketuanan Melayu telah diterima sebagai dasar pembentukan politik negara ini.Institusi Raja yang menjadi dasar kerajaan Negeri Melayu diketepikan. Mereka hanya bolehmembincangkan soal agama Islam tetapi pemutusnya adalah Gabenor Malayan Union yang dilantik olehRaja England. Kesemua ini ditentang oleh Dato’ Onn dan UMNO demi menegakkan terus ketuanan Melayudi Semenanjung Tanah Melayu. Gambarajah 6.5: Dato’ Onn dalam s alah s atu ce ramah Parti Ne gara. Selaku pemimpin UMNO, Dato’ Onn dapat memaksa British mengiktiraf semula ketuanan Melayudalam politik dan pentadbiran Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan 1948 berjaya memperkukuhkansemula ketuanan Melayu dengan memulangkan semula taraf ‘Negeri-negeri Melayu yang Dilindungi’kepada ‘Negeri-negeri Melayu’, mengiktiraf semula institusi raja sebagai ketua negeri Melayu dandilembagakan sebagai satu institusi pentadbiran dan perundangan Negeri-negeri Melayu, Bahasa Melayusebagai bahasa pentadbiran di peringkat negeri Melayu, menerima orang Melayu sebagai peribumi dengantarafnya sebagai rakyat raja dan Undang-undang Tubuh Negeri-negeri Melayu telah diwujudkan.Kedudukan istimewa Melayu dicatatkan sebagai tanggungjawab Pesuruhjaya Tinggi British, agama Islamdan adat istiadat, tanah, dan pelajaran tempatan di bawah Raja Melayu. Manakala, Ketua EksekutifMelayu dan Menteri Besar menggantikan Residen British yang kini hanya digelar sebagai ResidenKaunselor sahaja. Ini satu perubahan yang besar kerana melambangkan penguasaan orang tempatan dalam hal-ehwalpentadbiran Negeri Melayu seperti zaman tradisional. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam pulamempunyai ideologi yang berbeza daripada Dato’ Onn dalam soal kerakyatan jus soli ini. Oleh kerana

mereka bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya dan orang bukan Melayu dalam gabungan PUTERA-AMCJA, jadi soal kerakyatan jus soli kepada orang Melayu dan orang asli seperti tuntutan Dato’ Onn danUMNO tidak menjadi pegangan mereka. Kedua-dua tokoh di atas bersetuju dengan kehendak AMCJApimpinan Tan Cheng Lock untuk memberikan kerakyatan jus soli sama rata di antara orang Melayu danorang dagang. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam sebagai pemimpin PKMM telah menyokongkerakyatan jus soli Malayan Union lebih awal sebelum kerjasama itu dibuat. Rombongan PKMM telahmenemui Edward Gent pada Januari 1946 sebaik sahaja rancangan Malayan Union diisytiharkan olehBritish. Perlembagaan Rakyat 1947 yang dihasilkan daripada kerjasama PUTERAAMCJA itu jugamenyaksikan kesediaan Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam melepaskan kerakyatan jus soli kepadaAMCJA. Ternyata sekali Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam tidak melihat pemilikan kuasa politikorang Melayu melalui pengawalan kerakyatan semulajadi itu sebagai dasar kepada ketuanan Melayu diSemenanjung Tanah Melayu sahaja. Ini kerana mereka mencadangkan kerakyatan jus soli itu dibuka bagikeseluruhan Kepulauan Melayu yang bertujuan untuk menambahkan kekuatan bangsa Melayu yangberjumlah 65 juta di Nusantara. Namun, dalam masa yang sama, dasar pintu terbuka British itu juga bolehmembawa lebih banyak orang dagang ke Malayan Union dan ini akan menjadikan jumlah bangsa Melayumenjadi kecil. Ini cuba diatasi dengan memaksa AMCJA menerima ‘kebangsaan Melayu’ sebagai namabangsa Malayan yang dibentuk oleh Malayan Union. Ini terkandung sebagai satu prinsip PerlembagaanRakyat 1947.19 Dengan pembukaan kerakyatan jus soli dengan begitu luas, Dr. Burhanuddin telah menghilangkankonsep Bumiputera/peribumi Melayu dan teras kebangsaan Melayu serta konsep negeri-negeri Melayuyang wujud di Semenanjung Tanah Melayu sebelum kedatangan British dan bangsa dagang. Ada pendapatyang mengatakan mereka berjuang untuk satu konsep ‘Tanah Melayu untuk Melayu’. Ini sangat diragukankerana tindakan mereka tidak menuju ke arah itu kecuali mereka mendakwa berbuat begitu.20 Antaratindakan mereka yang diragui ialah sokongan mereka kepada kerakyatan jus soli yang diperkenalkan olehBritish dalam Malayan Union. Malah, mereka secara sedar menyokong kerakyatan jus soli MalayanUnion. Serombongan pemimpin PKMM telah menemui Gabenor Malayan Union untuk menyatakansokongan itu. Malah, sebuah kenyataan rasmi juga dikeluarkan bagi tujuan tersebut.21 Bagi Dr.Burhanuddin misalnya, yang penting bagi beliau ialah semangat dan kesediaan seseorang itu menerimaalam persekitarannya dan mencurahkan taat setianya kepada negara. Dengan itu, baka Melayu itu tidak lagipenting sebagai dasar kebangsaan Melayu dalam kerjasamanya dengan AMCJA. Kebangsaan Melayu yanghanya mementingkan bangsa Melayu seperti yang diutarakannya sebelum ini terutama konsep MelayuRaya,22 telah diperluaskan lagi. Katanya, “Kebangsaan Melayu itu bukan dibina semata-mata keranaseseorang itu bangsa Melayu atau bapanya bangsa Melayu, datuknya Melayu... Kita hendak mendirikankebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan, dan kemanusiaan yang luas sama berhakdan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh dari berbau perkauman dan perasaan yang kolotdan kuno.”23 Interpretasi Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO dan sebahagian besar orang Melayu dalamUMNO pula sangat berbeza terhadap soal ini. Orang Melayu, melalui persatuan-persatuan negeri danRaja-raja Melayu sendiri menentang hal itu semasa Mac Michael mendapatkan tandatangan mereka pada

Oktober 1945. Sultan Selangor, Perak, Terengganu dan Kelantan serta Kedah telah membangkitkan hal ini.Mereka bimbang orang Melayu akan menjadi kecil dan bertambah daif kerana kemiskinan ekonomi dankurang pendidikan. Persatuan Melayu yang menghantar telegram ke Pejabat Tanah Jajahan dalam tempohtersebut juga menentang dan menolak Malayan Union di atas dasar yang sama, di samping hal-hal lainseperti cara tandatangan Raja-raja Melayu diambil.24 Ahmad Boestamam pula menerima kerakyatan jus soli atas dasar mengambil anak angkat dari kecillebih baik daripada setelah mereka dewasa. Nadanya tidak lari dari Parti Komunis Malaya yangmengatakan Malayan United Front, iaitu kerjasama semua bangsa bagi melahirkan satu pemerintahansendiri melalui pilihan raya. Malah, Ahmad Boestamam sebenarnya boleh dianggap telah menerimakonsep jus soli itu sesuai dengan kehendak No. (a), Perlembagaan PKMM 1946 yang mengatakan bahawa,“Menyatupadukan bangsa Malaya” dan tujuan No. (g), yang mengatakan, “Parti Kebangsaan Melayuhendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain . . . bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (MalayanUnite Front ) bagi menjadikan Malayan Merdeka makmur dan bahagia.” Kemerdekaan juga satu isu yang menarik untuk dibincangkan dalam menilai tokoh-tokoh ini.Terdapat perbezaan yang sangat nyata di antara Dato’ Onn di satu pihak dan Dr. Burhanuddin serta AhmadBoestamam di pihak yang lain dalam menangani dan menginterpretasi soal kemerdekaan negara ini. Dr.Burhanuddin dan Ahmad Boestamam melihat kemerdekaan sebagai satu perkara yang mesti dilaksanakandengan seberapa segera. Untuk itu, bergabung dengan Indonesia dan mendapatkan kemerdekaan bersamadengan Indonesia Raya atau Melayu Raya menjadi jalan yang mudah dan memberi faedah langsung kepadaSemenanjung Tanah Melayu. Kematangan politik dan kegigihan bangsa Indonesia memperjuangkanrevolusi dan mempertahankan kemerdekaan ciptaan mereka sendiri sangat mengagumkan tokoh-tokoh diatas dan pengikut-pengikut mereka sejak dari penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)pada tahun 1945. Malah, ia menjadi resolusi yang sangat konsisten dalam PKMM setiap kali kongresnya diadakan diIpoh, Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura. ‘Merdeka’ yang menjadi semboyan PKMM kemudian telahdiperhebatkan lagi oleh API, pimpinan Ahmad Boestamam dengan menggunakan slogan ‘Merdeka denganDarah’ dan buluh runcing sebagai senjata revolusi yang bakal diadakan oleh API. Ketaksuban AhmadBoestamam kepada Sukarno, pemimpin revolusi Indonesia tidak dapat disembunyikan dalam TestamentPolitik API yang dikarangnya. Malah, dalam setiap tindakannya, lagu ‘Indonesia Raya’ dan BenderaIndonesia, ‘Sang Saka Merah Putih’ tetap menjadi buah hatinya.25 Konsep merdeka bersama Indonesia itu merupakan usaha tegas daripada Dr. Burhanuddin danAhmad Boestamam untuk melahirkan hnbungan darah yang mengalir dalam tubuh mereka dengan tanah airasalnya. Kedua-dua mereka berasal dari Minangkabau, Sumatera. Kecintaan kepada tanah air asal merekatelah disuburkan dengan ingatan dan perhatian bapa masing-masing kepada keturunan mereka. Dr.Burhanuddin, misalnya telah dibawa kembali oleh ayahnya, Haji Mohd. Noor untuk melawat kaumkeluarganya di samping mendapat pendidikan agama daripada gurunya dan sahabatnya sendiri di BukitTinggi. Seorang lagi anaknya, Halim, adik Dr. Burhanuddin mendapat pendidikan agama sehingga keperingkat Maktab di kampung asalnya. Malah, ayahnya kemudian telah berkahwin dengan seorang wanitadi kampungnya sebagai tanda ikatannya dengan tanah tumpah darahnya. Beliau meninggal dunia di Bukit

Tinggi tanpa disaksikan oleh anak-anak dan isterinya di Semenanjung. Dr. Burhanuddin menjadi pengganti ayahnya dalam kalangan kaum keluarganya di kampung asal.Beliau kerap kembali ke Sumatera untuk menziarahi kubur ayah dan adiknya, Hayati, hasil dariperkahwinan ayahnya dengan wanita tersebut. Dalam kalangan kaum keluarga ayahnya di Bukit Tinggi, Dr.Burhanuddin dianggap paling berjaya dan sentiasa dipandang tinggi. Malah, untuk menyatakan perasaankasih sayangnya kepada kampung asalnya, Dr. Burhanuddin telah menamakan seorang anak saudaraperempuan hasil perkahwinan adiknya dengan anak murid dan sahabatnya dalam perubatan homepati, Dr.Mohd. Dali dengan nama Melasutra iaitu gabungan dari Malaya dan Sumatera. Wanita ini boleh dianggapsebagai bukti hidup kepada ikatan darah dan kecintaan Dr. Burhanuddin kepada Sumatera iaitu tempat asalketurunan bapanya, dan Malaya tempat kegiatan politiknya yang ingin digabungkannya dalam IndonesiaRaya. Sikap politik Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam ini juga menunjukkan adanya satu ikatan danpola politik yang berkait rapat di antara Semenanjung dan Sumatera serta Indonesia umumnya. Pembinaankonsep negara Nusantara tajaan tokoh komunis Indonesia yang terkenal iaitu Tan Malaka, yang berasaldari Tanah Minangkabau memang disedari oleh Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang selalumeluaskan pembacaan mereka terhadap buku-buku terbitan Indonesia seperti kebiasaan cerdik pandaisekolah Melayu pada masa itu. Pelarian politik Indonesia yang berfahaman komunis seperti SultanDjenain, Mokhtaruddin Lasso, Pak Santos, Zainoen dan Abdul Salim Harahap telah menjadikanSemenanjung Tanah Melayu sebagai pusat kegiatan mereka. Mereka menjadi mentor ideologi kepadapemimpin PKMM termasuk tokoh-tokoh di atas. Kerjasama bekas anggota parti Komunis Indonesiadengan Parti Komunis Malaya begitu kuat kerana mereka terletak di bawah arahan Commintern.Kesemuanya ini boleh memberi satu kerjasama yang erat di antara pihak nasionalis radikal Semenanjungyang berasal dari Sumatera/Indonesia untuk bekerjasama bagi merealisasikan konsep negara-bangsaMelayu/Nusantara atau Dunia Melayu atau Alam Melayu seperti yang kerap diperkatakan oleh Dr.Burhanuddin dalam buku-bukunya.26 Konsep merdeka bersama Indonesia atau bergabung dengan Indonesia Raya yang dipegang olehAhmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin ini dilihat oleh Dato’ Onn dan UMNO sebagai satu penjajahanke atas Semenanjung oleh Indonesia. Dato’ Onn, dalam usahanya untuk memikat British bekerjasama ataumenerima UMNO sebagai jurucakap orang Melayu semasa menentang Malayan Union dalam perebutankuasa politiknya dengan PKMM, telah menakut-nakutkan British dengan unsur-unsur revolusi Indonesiayang boleh mengundang rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap Malayan Union. Dengan itu, keadaanini akan merumitkan British untuk menyelesaikan masalah itu. Gerakan komunis dalam kalangan orangMelayu radikal yang juga dikuasai dan didalangi oleh pelarian politik Indonesia dan persatuannya yangberpusat di Singapura dan kerjasama mereka dengan Parti Komunis Malaya juga diutarakan oleh Dato’Onn. Ini diakui oleh ejen perisik British yang begitu cekap mengikuti perkembangan ejen politik Indonesiadi Singapura dan Semenanjung.27 Dato’ Onn juga dalam mengatasi konsep merdeka bersama Indonesia ini, telah menggunakanpendekatan psikologi untuk memenangi perasaan pendatang Indonesia yang menjadi tumpuan tokoh-tokohdi atas dan parti-parti mereka. Dalam ucapannya memujuk dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan

orang Melayu dalam menentang Malayan Union, beliau memberi satu definisi yang tegas terhadap maknabangsa Melayu sendiri. Bagi beliau, “pergerakan Melayu Semenanjung menunjukkan menepati yang dudukdalam Tanah Melayu. Saya minta sekalian orang Melayu, yang menamakan dirinya Melayu, hendaklahmembantu pergerakan kebangsaan Melayu.” Tambahnya lagi: “…Sama ada Melayu di sini berasal dari Bugis, dari Bawean, atau dari mana sekalipun tetapi apabila ia sudah duduk tinggal di sini, akuilah dia Melayu dan ia mempunyai kebiasaan dan hak seperti anak-anak Johor (Semenanjung) juga.... Semua orang Melayu, sama ada Melayu Semenanjung, Melayu Indonesia, Melayu Negeri China semua sekali Melayu dan hendaklah bersatu padu serta berpadu fikiran...”28 Ini bermakna, Dato’ Onn mengiktiraf kedudukan pendatang Indonesia sebagai orang MelayuSemenanjung. Bagi beliau dari mana asal kedatangan mereka tidaklah penting tetapi baka Melayu yangdimiliki sudah cukup untuk menjadikan mereka bertanggungjawab menegakkan kebangsaan MelayuSemenanjung yang sangat-sangat diperlukan dalam menentang Malayan Union. Strategi ini dapatmenjadikan orang Indonesia yang cuba dipikat oleh Dr. Burhanuddin dari Ahmad Boestamam merasa tidakterasing dan kegiatan kebangsaan Melayu Semenanjung terutamanya UMNO, dalam menentang British danMalayan Union. Konsep kemerdekaan yang dibawa oleh Dato’ Onn dalam UMNO merupakan satu konsepkemerdekaan yang total tetapi agak lambat iaitu beliau mahu kemerdekaan yang dicapai itu patutmengambil kira kemerdekaan ekonomi dan pendidikan. Dalam menentang konsep merdeka bersamaIndonesia, dalam pertemuan Pemuda KRIS di Kuala Lumpur pada 17 Ogos 1945, Dato’ Onn menegaskanbahawa kemerdekaan ekonomi orang Melayu dalam pertanian, pembangunan koperasi dan pembangunantanah orang Melayu patutlah diutamakan.29 Dalam ucapan kepada orang Melayu dalam tahun 1946 juga,Dato’ Onn menolak kemerdekaan yang terlalu cepat tanpa persediaan yang cukup. Baginya, kemerdekaanbukanlah sesuatu yang hanya patut dijerit-jeritkan tetapi sesuatu yang mesti dengan usaha-usaha yangkonkrit. Baginya, orang Melayu belum layak untuk menuntut kemerdekaan politik kerana “dirinya sendiritiada berupaya menggerakkan anggotanya - cakap tinggal cakap sahaja, pergerakan ini bukan mengikutperintah orang sahaja melainkan muafakat ramai” dan “semua orang mahu menjadi menteri dan raja, tetapiitu boleh dapat di atas pentas wayang sahaja. Kedua-duanya berkuasa pada malam itu sahaja tanpamengira roboh pada esok pagi.”30. Kepentingan Islam juga menjadi isu politik bagi kaum nasionalis Melayu ini. Dato’ Onn bukanseorang yang berpendidikan Islam seperti Dr. Burhanuddin. Namun, sebagai pemimpin UMNO,perhatiannya kepada Islam sebagai satu sistem kepercayaan dan sosio-budaya masyarakat Melayu tetapjelas. Jabatan Islam merupakan salah satu jabatan yang paling awal ditubuhkan dalam UMNO. Sokonganpara ulama Islam dari seluruh negeri Melayu melalui persatuan ulama dan negeri yang bergabung denganjelas sekali. Persidangan alim ulama UMNO telah diadakan di Muar dan Kuala Lumpur pada tahun 1950dan 1951. Dalam persidangan ini, resolusi dibuat bagi keseragaman pentadbiran Islam, peraturan haji,puasa dan Hari Raya, penubuhan pusat pendidikan Islam tertinggi di Semenanjung dan pembentukansebuah persatuan ulama Malaya bagi menjadi badan gerakan dakwah dan fatwa Islam Semenanjung.Persatuan ini kemudian menjadi sebuah parti politik, Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) apabila golonganulama UMNO ini menarik diri dari UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman pada akhir tahun1951. Haji Ahmad Fuad, kawan karib Dato’ Onn telah menjadi Pengerusinya.

Dr. Burhanuddin pula melihat Islam sebagai satu alat politik Melayu demi melahirkan perasaancinta kepada negara dan bangsanya. Bukunya, Falsafah Kebangsaan Melayu dan Perjuangan Kita, jelasmenggunakan hadis dan ayat-ayat Quran untuk meyakinkan pengikutnya terhadap Islam sebagai alatkebangkitan politik Melayu. Beliau telah memulakan hal itu sejak dari tahun 1936 apabila beliaumengeluarkan majalah Taman Bahagia, yang membincangkan nasib orang Palestin yang ditekan olehBritish sehingga beliau dipenjarakan untuk beberapa bulan. Pembelaannya terhadap masalah Pattani, Thailand juga satu manifestasi keprihatinannya kepadaIslam. Penglibatannya jelas dalam penubuhan parti Hizbul Muslimin pada tahun 1948, badan-badanekonomi, pendidikan Islam serta komitmennya kepada Islam dianggap sebagai satu ideologi politik.Kepimpinannya dalam PAS yang cuba menegakkan konsep Darul Islam di celah-celah perjuangankebangsaan Melayu pada tahun 1956-1969 juga salah satu daripada kegiatannya yang mencerminkanideologi Islam. Isu ekonomi juga merupakan satu unsur penting dalam kepimpinan Dato’ Onn dan Dr. Burhanuddin.Manakala Ahmad Boestamam pula di peringkat ini tidak begitu jelas dasar ekonominya terhadap orangMelayu. Perhatian beliau lebih banyak tertumpu kepada soal politik sahaja. Pencapaian mereka tentulahberbeza tetapi sumbangan mereka tetap jelas secara langsung dan tidak langsung kepada sejarahpembangunan ekonomi orang Melayu. Sebagai pemimpin UMNO, Dato’ Onn dan partinyabertanggungiawab mewujudkan satu badan bantuan ekonomi kepada orang Melayu. Rural IndustrialDevelopment Authority (RIDA) yang ditubuhkan dalam tahun 1950 sebagai tukar ganti kepadakelonggaran syarat kerakyatan Perjanjian Persekutuan 1948. Penubuhan RIDA merupakan pengiktirafansecara perlembagaan oleh British dan orang bukan Melayu terhadap haluan ekonomi, pendidikan dankebajikan orang Melayu dan penduduk luar bandar.31 Dr. Burhanuddin pula menyalurkan idea-idea dalampenubuhan LEPER dan PERPEMAS, iaitu badan-badan ekonomi dan pendidikan Islam oleh golonganMelayu-Islam yang kemudian membawa penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti Islam.32KesimpulanKesimpulannya, bolehlah dikatakan ketiga-tiga tokoh mempunyai daya kepimpinan yang agak berbezakerana pengertian mereka terhadap isu-isu yang berbangkit dan pendekatan mereka untuk menanganinyajuga berbeza. Namun, mereka bertemu dalam konflik politik yang jelas. Ketiga-tiganya berusaha untukmendapat pucuk pimpinan politik Melayu dan kadang-kadang Malayan dengan mengutarakan pendapatyang berbeza yang diharapkan dapat menarik seberapa ramai pengikut serta manipulasi politik yang telahdilakukan seperti yang telah dibincangkan di atas. Namun begitu, kepentingan jaguh dan pencabarsebenarnya suatu mangkin yang sangat penting dalam mewarnai kepimpinan dan pencapaian politikMelayu itu sendiri.Nota Hujung1. Gehan Wijeyewardene (ed.), Leadership and Authorithy: A Symposium (Kuala Lumpur: UMP, 1968),

hlm. 83-101.2. Mengikut satu pendapat, konservatisme adalah satu ideologi politik yang, “To a very large extent, the conservative response to liberalisme was not to develop new ideas but to cling to old and long familiar ways of thought. Against the new ideology many conservatives were simply concern to reeassert the values of the old older. The duty of obedience to magistrates, clergymen and other traditional authorities had been inculculated for generations by the combine’s force of church and states. To be content with your appointment place in the social hierarchy, to do your duty in the station of life to which God has chosen to call you, had long been the prime requirements of political and social virtue. To abide by these old habits of thought and action was the natural response of those who rejected the liberal revolution.” Frederick M. Watkins, The Age of Ideology- Political Thought, 1750 to the present, hlm. 30.3. Lihat pengakuan Ahmad Boestamam dalam Abdul Rahman Md. Yusuf “Ahmad Boestamam: Ahli Politik, Wartawan dan Sasterawan,” Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1977.4. E. E. Jennings, berpendapat: “Leaders exists so that they may better organization, better adaptation. They are viewed as essential in that they formulate theories, policies and ideals that give direction, and character to an age and their presence and character help to define the character of society. The quality of their contribution is such history is substantially of changed.” Anatomy of Leadership, Princes, Heroes and Superman, (New York: McGraw Hill Book Company, 1972), hlm. 6-7.5. Edward Skills, “The Intelectuals in the Political Development of the New States,” dalam Jason L. Rinkle dan Richard W. Gables (ed.), Political Development and Social Change, Second Version, New York, hlm. 263.6. Ahmad Boestamam telah dihantar pulang ke kampungnya oleh pucuk pimpinan KMM; oleh sebab beliau terlalu marah dengan Ibrahim HajiYaakob, beliau cuba memintas pengaruh Ibrahim dan Dr. Burhanuddin, dengan menubuhkan Kita (Gerakan Kiri Tanah Air) dan Barisan Pemuda Melayu (BPM) pada tahun 1942 dan 1944 sebagai pusat kegiatannya. Dengan asas inilah beliau berjaya mengumpul pengikut-pengikutnya yang memudahkan pula beliau bekerjasama dengan ahli-ahli Parti Komunis Malaya untuk menubuhkan PKMM, pada 17 Oktober 1945. Namun, kepimpinan PKMM terserah kepada Dr. Burhanuddin setelah Mokhtaruddin Lasso meninggalkan Tanah Melayu.7. Utusan Melayu, 6 April 1946.8. Malaya Tribune, Kuala Lumpur, 18 Oktober 1946.9. Salinan perlembagaan PKMM terdapat dalam UMNO/SG 19/46; PKMM sebagai ahli bergabung UMNO dikehendaki, seperti persatuan-persatuan Negeri Melayu yang lain, menghantar

perlembagaannya ke Setiausaha Agung UMNO di Ipoh, Perak, di bawah pimpinan Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab Dato’ Muda.10. Utusan Melayu pada peringkat awalnya memang menyokong Dato’ Onn sebagai pemimpin kebangsaan Melayu pada tahun 1946; maka ucapan-ucapan Dato’ Onn diturunkan dengan agak mendalam di dalam akhbar tersebut di antara bulan Mac hingga Jun 1946, sebelum PKMM menarik diri dari UMNO. Namun, selepas itu Haji Dahlan Masaoud, ketua akhbar itu dengan terang-terang menarik sokongannya kepada Dato’ Onn dan UMNO atas beberapa alasan yang tidak berbeza dengan politik PKMM dan golongan radikal Melayu yang menentang Dato’ Onn. Mengikut Haji Dahlan sebab- sebab itu adalah: (a) Keluarnya PKMM, UMNO tidak lagi boleh mengaku sebagai wakil orang Melayu; (b) Working Comittee British-UMNO yang mendraf Perjanjian Persekutuan 1948 melaksanakan konsep demokratik dan UMNO tidak berhak bercakap untuk semua orang Melayu; (c) Dato’ Onn mengatakan orang Melayu belum layak merdeka, lantas menolak jemputan Hatta ke Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia dan menolak jemputan Pan-Asian Inter-Relations Conference di New Delhi. Utusan Melayu, 24 Januari 1947 dan Malayan Tribune, Singapura, 25 Januari 1947. PKMM juga menolak perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Utusan Melayu dengan hebat sekali. Antaranya, ia telah dimuatkan dalam Sunday Tribune, Singapura pada 29 Disember 1946.11. Pengakuan Ahmad Boestamam dalam Indonesian Intentions towards Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan, 1964. Ia diterjemahkan oleh Berita Harian, pada 14 Februari 196312. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat Cheah Boon Kheng, Red Star over Malaya, hlm. 148-240.13. Lihat pengakuan dan cerita Aishah Ghani, sebagai pemimpin pertama AWAS anak buah PKMM, dalam Memoir Seorang Pejuang, (Kuala Lumpur: DBP, 1992), hlm. 18-36.14. Empayar Kerajaan Melayu Melaka (1405-1511) adalah contoh bagaimana institusi Raja telah membentuk kekuatan kerajaan Melayu dengan konsep daulat dan pantang derhaka yang mengikat rakyat Melayu mencurahkan taat setia mereka yang bulat kepada Raja. Dengan kekuatan daulat itu, tradisi kesusasteraan, bahasa, sistem perundangan, politik, perdagangan antarabangsa, system kepimpinan tradisional, dan sistem kekeluargaan Melayu telah dapat dibentuk dan kukuh untuk tempoh yang panjang dan kemudian menjadi asas kebudayaan Melayu bagi negeri-negeri yang baru muncul atau yang terpengaruh dengan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu. Dato’ Onn memang bangga dengan tradisi ini kerana beliau adalah produk langsung dari sistem kesultanan dan kebudayaan Melaka itu sendiri.15. Bahagian IX, Perjanjian Persekutuan 1948, Negeri-negeri Melayu, Kuasa Memerintah, mengatakan: (87) Kuasa memerintah dalam tiap-tiap negeri Melayu ini hendaklah dijalankan oleh Yang Maha Mulia Raja Negeri itu sama ada dengan sendirinya atau menerusi pegawai-pegawai kerajaan negeri itu: (91)...maka tiada boleh seorang ahli itu duduk atau ia mengangkat dan menandatangani di hadapan Duli Yang Maha Mulia Raja negeri itu atau sesiapa yang dikuasakan oleh Yang Maha Mulia...(92) Maka tiada boleh dipanggil sesuatu Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan dengan titah Yang Maha

Mulia Raja Negeri itu: (93). Hendaklah Yang Maha Mulia itu hadir dan mengetuai persidangan- persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan jika Baginda tidak hadir hendaklah mana-mana ahli yang dilantik olehnya dengan surat mengetuai Majlis tersebut. The Federation of Malaya Agreement 1948, hlm. 58-59. Banyak lagi fasal-fasal yang boleh didapati dalam Perjanjian ini yang memberi kuasa kepada Raja Melayu mentadbir negerinya dengan bantuan pegawai pegawai yang dilantiknya. Untuk keterangan lanjut lihat, Persekutuan Tanah Melayu, Federation of Malaya Agreement 1948, Government Gazette 1949.16. Konsep Raja Berperlembagaan memang diasaskan oleh Perjanjian Persekutuan 1948, bukannya Perlembagaan Merdeka 1957. Ini kerana konsep menasihat raja telah dicatatkan dengan tegas dalam Perjanjian 1948, yang kemudiannya diikuti oleh Perlembagaan Merdeka 1957 dalam bahagian IX seperti di atas disebutkan bahawa: (94) Yang Maha Raja tjap-tjap negeri hendaklah berunding dengan Majlis Mesyuarat Ketajaan Negeri dalam menjalankan segala kuasa-kuasanya dan perintah- perintahnya, kecuali dalam perkara-perkara: (a) yang berkaitan dengan perkhidmatan Yang Maha Mulia; (b) perkara yang sangat kecil; (c) perkara yang sangat segera sehingga tiada sempat mengambil nasihat Majlis Federation of Malaya Agreement 1948, 61. Walaupun konsep raja berperlembagaan diperkenalkan, namun dilihat dari peruntukan Perjanjian Perlembagaan 1948, dalam Bahagian IX juga yang mengatakan bahawa: (96). Yang Maha Mulia Raja bagi tiap-tiap Negeri Melayu tiada wajib mengikut nasihat yang diberi kepadanya oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan jika dalam mana- mana perkara nampak pada pertimbangannya layak dijadikan begitu. Ibid hlm. 61.17. Lihat Jadual 8, Perlembagaan Merdeka 1957. Di sini, konsep Raja berperlembagaan itu ditegaskan dengan Raja mentadbir mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Negeri, di samping Baginda juga diberi peluang boleh mengetepikan nasihat itu jika Baginda ingin berbuat begitu dalam hal-hal tertentu. Segala pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Negeri masih lagi dilantik oleh Raja dan ketua eksekutif yang diwakilkan oleh Raja masih lagi Menteri Besar. Jawatan ini telah diwujudkan serentak dan seragam di kesemua Negeri Melayu di bawah Perjanjian Persekutuan 1948.18. Kebanyakan orang tidak menyedari perjuangan Dato’ Onn dalam hal ini. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang hal ini lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, (Kuala Lumpur: DBP, 1992). Kegagalan Dato’ Onn dalam melaksanakan IMP adalah kerana ketegasannya mempertahankan kerakyatan jus soli bersyarat. Orang bukan Melayu dalam CLC dan IMP mendesak Dato’ Onn supaya menerima jus soli terbuka bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negerinya dan dalam masa yang sama mengekalkan kerakyatan berganda (dual nationality) mereka. Ketegasan Dato’ Onn telah menyebabkan dia ditentang oleh MCA dan MIC yang menjadi ahli IMP. Keduadua pertubuhan ini kemudian menyokong UMNO pimpinan Tunku Abdul Rahman yang bersetuju dengan kerakyatan jus soli terbuka. Pada tahun 1962, Tun Abdul Razak terpaksa meminda perlembagaan dan mengetatkan kerakyatan Tanah Melayu dengan menamatkan kerakyatan bagi 1.4 juta penduduk dagang di Tanah Melayu.19. Hal ini telah banyak diperkatakan orang; tetapi sehingga kini interpretasi penulis-penulis tentang Perlembagaan Rakyat sangat positif. Mereka melihat ia satu kemajuan politik Malaya dan permulaan

kerjasama Melayu dan bukan Melayu yang pertama. Namun, mereka harus ingat bahawa Perjanjian Persekutuan 1948 telah menjadikan semula negeri Melayu dengan Raja dan rakyat Melayunya sebagai penguasa politik Tanah Melayu. Dasar politik ini sangat penting kerana Malayan Union telah mecabut dasar pra-1941 British yang mengiktiraf Semenanjung Tanah Melayu sebagai Negeri Melayu. Pengiktirafan semula British ke atas dasar pra-1941 itu membolehkan kemerdekaan 1957 memberi keutamaan kepimpinan dan pentadbiran negara ini kepada orang Melayu. Oleh kerana itu penentang kepada Malayan Union lebih penting dari kemerdekaan 1957, yang telah menjadikan bangsa Melayu sebagai satu etnik sahaja.20. Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, menjadikan konsep itu sebagai tema tulisannya, sehingga sesiapa sahaja yang membacanya tanpa merujuk kepada dokumen-dokumen lain, terutama yang bersifat rasmi dan sezaman dengannya, akan menjadi terpengaruh sekali. Malah para ahli akademik juga turut terpesona dan menerima bulat-bulat dakwaan Ahmad Boestamam. Saya gembira kerana akhirnya ada seorang sarjana yang turut mengingatkan kita terhadap hal itu dengan mengatakan: walaupun memang diakui beberapa karya yang ditulis oleh tokoh-tokoh yang terlibat daram pergerakan kiri Melayu sedikit sebanyak telah menambahkan lagi perbendaharaan maklumat mengenai PKMM, namun pada umumnya tulisan mereka itu banyak berdasarkan ingatan semata-mata dan seorang penyelidik sejarah yang giat membaca dokumen kolonial yang tersimpan di Public Record Office, London pasti akan mendapati betapa tidak tepatnya maklumat yang diberikan. Ahmad Adam, ‘Parti Kebangsaan Melayu Malaya: Satu Mimpi Nusantara,’ Seminar Kebangsaan dan Nasionalisme Malaysia, UKM, Bangi, 15 November 1994.21. Utusan Melayu, 2 Mei 1946.22. Sikapnya menentang orang dagang yang menuntut kuasa politik amat jelas dalam bukunya Pejuangan Kita, yang diterbitkan pada tahun 1946 di Singapura. Keseluruhan buku itu menceritakan keagungan bangsa Melayu dengan empayar-empayar Melayu di Kepulauan Melayu. Beliau juga memberi dua persoalan yang menitikberatkan penguasaan politik bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Tegasnya, dengan membaca buku ini, nada beliau tegas mempertahankan kebangsaan Melayu yang berdasarkan baka, kebudayaan, sejarah, adat istiadat, tabii, dan hak mempertahankan Semenanjung Tanah Malayu daripada dikuasai oleh penjajah dan dicerobohi oleh bangsa dagang.23. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, “Falsafah Kebangsaan Melayu” dalam Kamaruddin Jaffar, Dr. Burhanuddin, Politik Melayu dan Islam (Kuala Lumpur: Penerbitan Yayasan Anda, 1980), hlm. 111.24. Lihat fail-fail (CO 537/1529-1550), yang memberi bukti-bukti yang begitu banyak terhadap perkara itu. Untuk keterangan sebahagian besar daripadanya, lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, 81- 111.25. Ahmad Boestamam dalam tulisannya yang bertajuk “Merintis Jalan Kepuncak,” memperlihatkan hal ini dengan jelas sekali. Akhbar Pelita Malaya, suara rasmi PKMM dan API yang diterbitkan dalam tahun 1946 di Kuala Lumpur, juga sentiasa memperlihatkan hal ini. Malah, dalam tempoh pendudukan

Jepun antara 1942-1945, beberapa akhbar yang dipegang oleh golongan radikal Melayu seperti Ibrahim dan Ishak Haji Mohamad, telah memperlihatkan sokongan total mereka kepada Indonesia. Tulisan-tulisan beberapa orang tokoh seperti Abdul Rahim Kajai, Sheikh Tahir, Jalaluddin, Hamka, Sukarno, Sanusi Pane, dan Za’ba juga menyokong ke arah konsep Melayu Raya yang berpusat ke Indonesia. Untuk keterangan lanjut lihat, Ramlah Adam, “Semangat Asia dan Fajar Asia: A Study of Local Magazines during the Japanese Occupation in the Malay Peninsular, 1942-1945,” Kertas kerja yang dibentangkan di IAHA Conference, University of Sophia, Tokyo, pada 5-9 September 1994.26. BMA/ADM 9/16 - Intelligence Reports Malaya Command and Formation under command.27. Lihat fail-fail CO 537/4792, 1549, 1531, 1529, 2141.28. Utusan Melayu, 4 Mei 1946, 25 November 1946.29. Cheah Boon Kheng, Red Star over Malaya, SUP, Singapore, hlm, 121.30. Utusan Melayu, 2 November 1946.31. Ramlah Adam, ‘Communities Laison Committee and RIDA: A Political Bargaining in Malaya’, paper presented at 34th ICANAS Conference, University of Hong Kong, on 22-28 August 1993.32. Untuk keterangan lanjut lihat, Nabir Haji. Abdullah, Maahad llhya Assyariff Gunung Semanggol, 1934-1959, Jabatan Sejarah, UKM, 1976.

Dalam pertengahan tahun 1957, ketika Perikatan sibuk dengan usaha menuntut kemerdekaan dari British,sebilangan kecil orang Melayu telah mengadakan satu kongres yang dikenali sebagai Kongres KebangsaanMelayu 1957 di Kuala Lumpur. Kongres ini sangat penting sebagai satu manifestasi rasa tidak puas hatibeberapa kumpulan orang Melayu terhadap kemerdekaan Tanah Melayu. Ini bermakna kemerdekaan yangdicapai bukanlah satu usaha yang mudah dan hanya dilakukan oleh Perikatan semata-mata. Kongres inijuga sangat menarik kerana telah menggabungkan pemimpin politik Melayu yang berpengalaman danpenting yang telah bergiat dalam nasionalisme dan politik orang-orang Melayu sejak awal kurun ke-20.Oleh itu, kepentingan Kongres Melayu 1957 ini kepada sejarah kegiatan politik orang Melayu sangatjelas. Ia adalah satu sambungan yang penting dan sangat bermakna kepada urutan dan bentuk kegiatanmereka sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 1957. Sebaik sahaja mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya 1955,1 Perikatan telah mulamerundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Inilah desakan UMNO sejak tahun 1947 di dalam mesyuarat-mesyuarat agungnya.2 la juga desakan parti-parti Melayu seperti PKMM dan sekutunya3 dan lain-lain partiyang tumbuh selepasnya. Ini bukanlah satu perkara yang baru tetapi sebagai para yang memenangi pilihanraya Persekutuan 1955 dan Perikatan bertanggungjawab untuk menuntut kemerdekaan. Bagi Tunku AbdulRahman, Ketua Menteri Kerajaan Perikatan, beliau menuntut British memberi kemerdekaan dengan segerakerana rumah kediaman Ketua Menteri selalu bocor ditimpa hujan.4 Melalui perundingan-perundingan dengan British bermula dari 8 Ogos 1955 hingga 23 Ogos 1955,Tunku Abdul Rahman dapat meyakinkan British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Rundingan lanjut telah dibuat di London pada awal tahun 1956.5 Satu jawatankuasa yang bersifatantarabangsa telah dibentuk untuk mendraf Perlembagaan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini dikenali sebagaiSuruhanjaya Reid yang mengandungi lima orang anggota dari Britain, India, Pakistan, Australia danKanada.6 Perikatan merasa perlu untuk mendapatkan satu pandangan dari luar demi mengelakkan

kekecohan dalam Perikatan. Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC tidak dapatmencapai kata sepakat dalam soal-soal tertentu seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan, kedudukanistimewa Melayu dan agama Islam kerana bertentangan dengan kehendak masing-masing. Untukmengelakkan kemerdekaan itu terbantut, masalah itu diserahkan kepada Suruhanjaya luar yang diharapakan lebih adil.7 Gambarajah 7.1: Rombongan Rundingan Ke me rde kaan Tunku Abdul Rahman ke London. (Sumber : Ihsan - ANM) Tindakan Perikatan ini menunjukkan dua perkara penting. Pertama, melihatkan betapa Perikatantidak mampu menyelesaikan masalah dasar negara sebelum mencapai kemerdekaan. Perikatan seolah-olahtidak mahu menerima kenyataan bahawa perkara itu masalah dasar yang patut diselesaikan sebelummerdeka. Dengan mengetepikan masalah itu buat sementara bererti Perikatan melanjutkan dan merumitkanmasalah yang ada. Akhirnya, menjadi duri dalam daging bagi kemerdekaan Tanah Melayu itu sendiri yangkekal sehingga hari ini. Kedua, ia menjatuhkan maruah Perikatan sebagai sebuah parti dan seterusnya menjatuhkan nilaikemerdekaan Tanah Melayu itu sendiri. Sebuah negara yang mahu merdeka sepatutnya mampumenunjukkan kematangannya dan kekuatannya sebagai sebuah negara yang merdeka. Namun, apabilaPerikatan menyerahkan Undang-undang Tubuh Negaranya ditentukan dan diputuskan oleh orang lainwalaupun boleh bersuara, tetapi kata putus terletak di tangan Suruhanjaya. Ini menunjukkan ia tidak layakuntuk merdeka kerana masih bergantung kepada dunia luar untuk menentukan identitinya. Ini adalah ‘anti-klimaks’ kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Ini berbeza dengan tahun 1948. Dalam tahun 1948, UMNO telah berupaya mendesak Britishmenerima cadangan-cadangan Perlembagaan UMNO tentang Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun tidaksemua desakan itu berjaya, namun perkara dasar seperti kerakyatan yang lebih ketat,8 status negeriMelayu,9 kedudukan istimewa Melayu,10 kedudukan Raja-raja Melayu,11 Menteri Besar, kuasa Majlis


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook