Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Published by hizazy83, 2017-10-25 05:23:13

Description: Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Keywords: Politik,Melayu,Sejarah

Search

Read the Text Version

Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri12 dan lain-lain diterima oleh British. Perjanjian itujuga dibuat di Kuala Lumpur oleh UMNO, Raja-raja Melayu dan British.13 Ini bermakna ia diputuskandengan suara yang tegas oleh orang Melayu dan Raja Melayu dan dibuat di Tanah Melayu tanpa campurtangan dari orang luar. UMNO pada masa itu dapat menentukan corak dan rupa bentuk negaranya sendiri.Parti Buruh mengatakan: “The Alliance’s desire to pass back to an independent commission is understandable but our view is that Malayan problems must be solved by Malayans themselves.” 14Ini disokong oleh Parti Rakyat yang berpendapat: “The constitution of independent country should be framed by the people of the country through an elected constituent assembly and not by a commission imported from foreign country.” 15 Suruhanjaya Reid yang menjalankan tugasnya pada Jun hingga Oktober 1956 telah mengadakan 118perundingan dengan badan-badan yang berminat dan menerima 113 cadangan dari parti-parti politik,persatuan perdagangan dan orang perseorangan dan Suruhanjaya Reid telah bermesyuarat di Rom, Itali.Pada Februari 1957, cadangan Perlembagaan disebarkan kepada orang ramai.16 Perikatan merupakan satu-satunya parti politik berpengaruh yang menghantar memorandumnya.Sebagai kerajaan, cadangan Perikatan mendapat perhatian penuh dari Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya initelah menerima kebanyakan cadangan Perikatan.17 Ini menyebabkan parti-parti yang menentang Perikatanmelihat cadangan Suruhanjaya Reid sebagai cadangan Perikatan. Dengan itu, segala kelemahanSuruhanjaya Reid yang dilihat oleh parti-parti tersebut dianggap sebagai kelemahan cadangan Perikatan.Parti Perikatan dengan itu menjadi sasaran mereka. Parti-parti politik yang menentang cadangan Suruhanjaya Reid itu datangnya dari semua lapisan.Orang bukan Melayu rata-rata tidak dapat menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tidakdapat menerima pemberian kedudukan istimewa kepada orang Melayu.18 Parti Buruh mendesak semuarakyat Tanah Melayu diberi hak dan layanan yang sama rata dengan orang Melayu. Parti Buruh jugamenolak pengekalan sistem beraja di dalam Tanah Melayu Merdeka.19 Begitu juga dengan People’sProgressive Party (PPP), pimpinan Dr. Seenivasagam. PPP mendesak satu dasar yang sama rata dalamsoal kerakyatan, bahasa kebangsaan dan hak asasi manusia.20 Sekumpulan ahli MCA yang tidak bersetujudengan pucuk pimpinannya juga menolak perkara yang sama, sehingga timbul krisis di dalam kepimpinanMCA. Walaupun tidak menyebabkan perpecahan MCA tetapi ia menjadi punca perpecahan MCA dalamtahun 1959.21 Golongan ini disokong oleh Federation of Chinese Guilds yang bersedia menghantar satuutusan ke London di bawah pimpinan Lau Pak-Khuan.22 Tentangan orang Cina, terutama kaumpedagangnya sangat jelas. Dalam kalangan orang Melayu, tentangan kepada UMNO/ Perikatan dan Suruhanjaya Reid jugatidak kurang hebatnya. Mereka ini terdiri daripada dua golongan iaitu ahli-ahli UMNO dan partipembangkang UMNO. Kedua-dua golongan ini mempunyai perasaan tidak puas hati di atas perkara yangsama iaitu tolak ansur UMNO dalam soal kerakyatan Tanah Melayu Merdeka. Kedua-duanya menentang

penggunaan dasar jus soli sebagai kerakyatan asas Perikatan dan Suruhanjaya Reid. Dalam kalangan ahli-ahli UMNO, rasa tidak puas hati ini timbul kerana perbincangan oleh Majlis Mesyuarat Agung UMNOdibuat dengan menggunakan sistem mandat untuk mengelakkan tekanan ahliahli UMNO oleh Majlis KerjaTertinggi UMNO. Ahli-ahli UMNO tidak berpeluang membincangkan cadangan Suruhanjaya Reid denganterbuka.23 Mereka dengan itu terpaksa menerima cadangan Suruhanjaya Reid tanpa pengetahuan yangtepat. Suara rasmi UMNO, Malaya Merdeka dan Merdeka juga secara sengaja tidak menyiarkan apa-apaketerangan tentang cadangan Suruhanjaya Reid.24 Ertinya, pengetahuan ahli-ahli UMNO terhadapcadangan Suruhanjaya Reid sangat terhad. Bagaimanapun, beberapa orang ahli UMNO telah menyedari keadaan itu. Mereka bangkitmempersoalkan cadangan Suruhanjaya Reid itu secara terbuka. Mereka juga telah keluar dari UMNOsebagai tanda tidak puas hati mereka terhadap UMNO, contohnya UMNO Negeri Sembilan. Golongankedua ialah parti-parti politik Melayu seperti PAS, Parti Negara dan Parti Rakyat. Parti-parti ini denganpemimpin mereka yang terkenal seperti Dr. Burhanuddin, Dato’ Onn Jaafar dan Ahmad Boestamam telahmengkritik cadangan Perikatan dan Suruhanjaya Reid terutamanya UMNO dengan hebatnya. Merekamenentang pemberian kerakyatan jus soli dan beberapa perkara yang tidak menguntungkan orang Melayu.Mereka menggunakan akhbar-akhbar mingguan untuk membangkitkan hal-hal tersebut. Di antara merekaini, Dato’ Onn merupakan pengkritik UMNO dan Suruhanjaya Reid yang sangat hebat. Melalui akhbar mingguan Kritik,25 Dato’ Onn membincangkan, mengulas, menganalisis danmencadangkan perkara-perkara yang dianggapnya tidak patut dilakukan oleh UMNO. Akibat daripadaulasannya itu, Kritik mendapat perhatian orang ramai kerana ia dapat memberikan satu pandangan yangberbeza daripada Utusan Melayu yang pro-UMNO. Ahmad Boestamam pula mengeluarkan akhbarmingguan Pedoman26 yang membincangkan perkara yang sama walaupun tidak sekerap Dato’ Onn. Dr.Burhanuddin yang tidak mempunyai akhbar sendiri, dari semasa ke semasa membuat kenyataan akhbaryang menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada kelemahan cadangan Suruhanjaya Reid. Kedua-duakumpulan ini kemudian telah berpadu tenaga menentang soal kerakyatan cadangan Perikatan danSuruhanjaya Reid. Pemimpin-pemimpin parti politik seperti Dato’ Onn Jaafar dari Parti Negara, Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Othman Abdullah dan Zulkifli Mohamad dari PAS dan Ahmad Boestamam dari Parti Rakyat telahbekerjasama bagi menjayakan penentangan itu. Mereka telah mengadakan sebuah kongres yang dikenalisebagai Kongres Kebangsaan Melayu 1957. Gabungan tokoh-tokoh politik Melayu ini sangat menarik.Buat pertama kalinya pemimpin Melayu yang bertentangan ideologi dan sentiasa bertelingkah dalamkegiatan-kegiatan politik Tanah Melayu sejak tahun 1946, kini bersatu sebagai kawan. Hilanglah segalatuduh-menuduh dan pertengkaran politik yang cukup lumrah sepuluh tahun lalu. Kini, masingmasingberganding bahu dan berjabat tangan menentang UMNO yang dianggap musuh bersama mereka. Penentangan kepada UMNO bagi Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam adalah perkara biasa.Itulah musuh mereka sejak tahun 1940,27 tetapi tidak bagi Dato’ Onn. Dalam tahun 1946, UMNO adalahpartinya dan beliau adalah pemimpinnya.28 Namun dalam tahun 1957, UMNO telah menjadi musuhnya,29Parti Negara pula menjadi partinya.30 Dengan itu, Dato’ Onn menentang parti yang telah dipimpinnya danyang bukan lagi menjadi pentas politiknya. Inilah yang ganjil pada Dato’ Onn. Penglibatan ahli-ahli

UMNO di dalam kongres ini menjadi satu tamparan kepada UMNO. Ia memperlihatkan kepada umumbahawa bukan semua ahli UMNO dapat ditekan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Walaupun sistemmandat digunakan dan pemimpin UMNO mendapat kebenaran secara terpaksa daripada ahli-ahli UMNO,namun mereka masih lagi boleh membantah. Tindakan mereka itu memperlihatkan adanya sesuatu yangtidak kena di dalam UMNO. Kumpulan ini sudah tentu bekerjasama dengan pemimpin parti yang menentang UMNO. Kerjasamamereka ini tidak dapat dielakkan kerana mereka mempunyai musuh yang sama iaitu UMNO. Oleh itu, diantara mereka saling memerlukan demi untuk mencari kekuatan yang padu dalam menentang UMNO.Bekas ahli UMNO yang tidak dikenali sudah tentu cuba mendapatkan kehebatan nama dan ketokohanpemimpin politik Melayu yang memang sudah termasyhur itu. Pemimpin ini pula sudah tentu menggunakanahli-ahli UMNO ini untuk menjatuhkan maruah UMNO. Sekali gus, ia juga cuba melemahkan kekuatanUMNO itu sendiri kerana Kongres Melayu 1957 itu disokong bersama oleh bekas ahli-ahli UMNO. Kongres Melayu 1957 diadakan pada 4 Mei 1957 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, KualaLumpur. la sengaja diadakan di tempat yang sama dengan Kongres 1946 untuk menekankan kepentinganKongres ini terhadap kuasa politik orang Melayu.Kongres ini mahu ditonjolkan sebagai satu lanjutankepada Kongres 1946. Ini kerana mereka melihat perjuangan menentang penghapusan kuasa politik orangMelayu masih lagi belum berakhir. Dalam tahun 1946, melalui Kongres Melayu 1946, orang-orangMelayu menentang Malayan Union yang bukan sahaja menghapuskan negeri-negeri Melayu dan Raja-rajaMelayu tetapi juga kerakyatan peribumi orang Melayu. Kerakyatan Malayan Union dibuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu danSingapura tanpa sebarang ikatan awal dengan Tanah Melayu. Ini dapat diatasi oleh orang Melayu padamasa itu, namun dasar yang sama diterima oleh UMNO dalam tahun 1956 melalui memorandumnyakepada Suruhanjaya Reid yang menerimanya tanpa sebarang perubahan. Maka, bagi pendukung Kongres1957, perjuangan mereka mesti diteruskan di tempat yang sama bukan sahaja kerana soal dasar yang samatetapi juga untuk mendapat semangat dan kekuatan yang sama. Ini penting untuk mendapatkan satukesinambungan sejarah perjuangan politik orang Melayu. Gambarajah 7.2: Kongre s Ke bangs aan M e layu 1957 yang diadakan di Ke lab Sultan Sule iman, Kuala Lumpur pada 4 hingga 7 M e i 1957. (Sumber: Ihsan – ANM)

Kongres ini diadakan dengan dua tujuan yang penting. Pertamanya ialah untuk mengadakan cadanganbalas kepada Suruhanjaya Reid dan keduanya untuk mengkritik UMNO yang dikatakan telah menyelewengdari dasar perjuangannya. Kedua-dua tujuan ini nampaknya dilaksanakan serentak oleh pemimpin-pemimpin Kongres 1957 itu. Mereka memberi cadangan balas yang sekali gus memperlihatkan kelemahanUMNO. Tujuan kedua itu lebih menonjol dalam kongres tersebut. Pemimpin PN dan PAS dengan lantangmenuduh UMNO telah ‘menjual bangsa Melayu’. Dr. Burhanuddin dalam ucapannya telah mengatakanbahawa gabungan UMNO dan MCA sejak tahun 1952 telah menimbulkan keadaan yang buruk ke atasorang Melayu. UMNO telah kehilangan maruah dan matlamatnya sebagai pejuang kepentingan bangsaMelayu. Katanya: “Apakah akan jadi perjuangan kebangsaan Melayu dengan Perikatan itu? Adakah benar ada lagi kejujuran dalam pimpinan UMNO memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu? Tidakkah nanti perjuangan UMNO di dalam Perikatan itu yang diharap- harap oleh rakyat akan hancur. UMNO memperjuangkan citacita bangsanya kelak jadi ibarat pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah dilaparkan’dan pertengkaran sesama Melayu ini, ibarat pepatah, ‘lesong berlaga sesame sendiri, ayam juga yang kenyang.”31 Begitu juga dengan Ahmad Boestamam, Presiden Parti Rakyat. Beliau melihat UMNO gagalmenjadikan perlembagaan merdeka sesuatu yang berfaedah kepada orang Melayu terutama dalam soalkedudukan istimewa Melayu. UMNO hanya berupaya mendapatkan tempoh masa 15 tahun sahaja.32 BagiAhmad Boestamam, ini sangat lemah kerana negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis akanmenjadikan orang Melayu tertinggal terus ke belakang. Perlindungan ini patut dikekalkan selagi sistemekonomi seperti itu diamalkan di Tanah Melayu. Walaupun Parti Rakyat inginkan satu masyarakat yangadil, tetapi perlindungan bagi orang Melayu patut dibuat bagi ‘survival’ orang Melayu.33 Panitia Kongres 1957 di dalam surat jemputannya kepada orang Melayu secara terbuka telahmeletakkan penyelewengan UMNO sebagai satu sebab dasar mengapa Kongres 1957 patut diadakan. HajiYahya, pengerusi panitia telah mengatakan penyelewengan dasar UMNO sebagai pelindung kepentinganorang Melayu telah menjadi sebab utama kongres ini diadakan. Katanya: “Panitia Kongres kebangsaan Melayu yang ke-II ini adalah memandang berat kepada terpesongnya UMNO daripada landasan yang telah ditegaskan oleh Yang DiP ertuan Agong mereka itu. Hatta lebih lagi memandang berat kepada syor-syor yang telah dikemukakan oleh Majlis Tertinggi Perikatan UMNOMCA-MIC dan kepada kebanyakan syor-syor yang telah diterima oleh Suruhanjaya Reid yang bertentangan dengan kepentingan-kepentingan orang Melayu.”34 Mengikut beliau lagi, Tunku Abdul Rahman sewaktu mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato’Onn dalam tahun 1951 telah menjanjikan beberapa perkara penting yang menjadi dasar pertuanan orangMelayu ke atas Tanah Melayu. Di antaranya Tunku mengatakan: “Berkenaan dengan adanya cadangan orang-orang kita iaitu patut kemerdekaan diserahkan kepada ‘Malayan’, maka siapakah Malayan itu? Negeri ini diterima daripada Melayu maka patutlah diserahkan balik kepada Melayu. Adapun yang dikatakan Malayan itu belum ada lagi ditentukan siapa mereka itu oleh itu biarlah Melayu sendiri menentukan siapa Malayan itu janganlah kita gemarkan kemerdekaan itu sehingga dengan kerana kemerdekaan itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu apa yang akan terjadi kelak atas bangsa kita. Oleh sebab itu saya katakan mahulah kita berpegang teguh akan semangat Melayu terlebih dahulu supaya dapatlah kita dengan semangat itu menuntut kemerdekaan.”35 Ternyata sekali mengikut panitia itu, Tunku Abdul Rahman telah menyeleweng dari janji-janjinyakepada orang Melayu dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Cadangan-cadangan Perikatanyang menjadi sebahagian besar cadangan Suruhanjaya Reid itu mengikut panitia ini betul-betul

mengecewakan mereka. Mereka tidak puas hati bahawa cita-cita dan kehendak orang Melayu tidak lagimenjadi pertimbangan UMNO, walhal UMNO merupakan satu-satunya wakil orang Melayu yang adadalam Perikatan. Penafian kepada janji-janji pada tahun 1951, terutama dalam usaha menuntutkemerdekaan sebagai satu bangsa Melayu bagi panitia ini adalah satu penyelewengan Tunku AbdulRahman dan UMNO yang sangat besar.36 Bagi Dato’ Onn Jaafar pula, penglibatannya di dalam kongres itu bukan sahaja kerana sebabtersebut, tetapi juga kerana beliau tidak dapat menerima UMNO sebagai wakil politik orang Melayu. Bagibeliau, UMNO hanya sebuah parti yang terdapat di dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, satu kongres yangmenggabungkan tenaga orang Melayu lain patut sekali diambil kira dalam perundingan kemerdekaan itu.Katanya: “Sememangnya, dari awal pertamanya telah patut diadakan suatu persidangan yang seumpama Kongres Melayu itu terbuka kepada semua pihak supaya dapat diperbincangkan dan dihalusi serta didapatkan persetiaan daripada mereka itu berkenaan dengan masalah-masalah yang berhubung dengan kerajaan British dan Raja-raja Melayu dan berkenaan dengan bangsa-bangsa dan kaum-kaum yang ada di Persekutuan ini supaya tidaklah undang-undang perlembagaan itu diluluskan dan dipersetujukan mengikut satu parti ataupun Perikatan sahaja sebagaimana nampaknya akan berlaku.”37Gambarajah 7.3: Dato Onn Jaafar s e dang be rucap di majlis Kongre s M e layu 1957 di Ke lab Sultan Sule iman, Kuala Lumpur pada 4 M e i 1957. (Sumber: Ihsan – ANM) Desakan beliau itu tentunya berdasarkan struktur Kongres 1946 yang menggabungkan semua partidan persatuan-persatuan negeri Melayu yang berhaluan kanan dan kiri. Sebanyak 39 buah persatuantermasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan parti berhaluan kiri yang penting di TanahMelayu telah bersama membincangkan kedudukan dan nasib orang Melayu.38 Hanya dengan keputusanbersama itu sahaja orang Melayu dapat mendesak Raja dan British supaya mengubah pendirian mereka.Tetapi dalam tahun 1957, keputusan tentang kedudukan politik orang Melayu hanya diputuskan olehUMNO sahaja. Oleh itu, pendapat sebahagian besar orang Melayu tidak dapat disampaikan. Inimengurangkan kekuatan suara orang Melayu seperti tahun 1946.

Kongres yang bersidang selama tiga hari itu telah dihadiri oleh 500 orang. Kebanyakan merekaselain daripada wakil-wakil Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat ialah orang Melayu yang ingin mendapatpandangan baru yang boleh dijadikan panduan dan perbandingan dengan kegiatan UMNO. Golonganpemerhati ini juga datangnya dari UMNO yang mahu melihat sejauh mana kongres 1957 itu berbezadaripada cadangan-cadangan Perikatan. Selama tiga hari itu, kongres telah berbincang dan membuat cadangan-cadangan yang menyeluruh keatas semua aspek, struktur dan isi kandungan cadangan Perlembagaan Perikatan-Reid. Cadangan kongresini berbeza dalam beberapa perkara dengan cadangan Perikatan Suruhanjaya Reid, tetapi dalam soalbentuk kerajaan, pelantikan Sultan bagi Persekutuan, pembentukan Parlimen dan dewan-dewannya,hubungan dan bidang kuasa pusat dan negeri, kedudukan raja berperlembagaan, pembentukan MajlisMesyuarat Negeri, pelantikan Menteri Besar, kehakiman dan belanjawan adalah hampir sama.39 Perbezaan yang ketara di antara cadangan Kongres 1957 dan Suruhanjaya Reid dan Perikatan ialahkerakyatan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Perbezaan ini timbul kerana dasar kongres berbezadaripada dasar Perikatan dan British. Bagi Kongres 1957, kepentingan orang Melayu sebagai rakyatperibumi patut dipelihara dan dikekalkan dengan lebih tegas. Orang Melayu mahu dikekalkan sebagairakyat asas Tanah Melayu merdeka, sedangkan Perikatan dan British tidak menggunakan dasar itu.Keduanya, melihat kerakyatan yang sama rata bagi semua bangsa patut menjadi dasar pembentukan negaraTanah Melayu Merdeka. Soal perlindungan bagi orang Melayu bagi tempoh 15 tahun sahaja keranakemunduran orang Melayu dalam bidang pelajaran, ekonomi dan sikap hidup masih terlalu ketara.Perbezaan dasar ini melahirkan sikap dan tanggungjawab politik yang bercanggah di antara keduanya. Dalam soal kerakyatan, Kongres 1957 mempunyai cadangan yang lebih kemas dan ketat daricadangan Perikatan dan Suruhanjaya Reid. Ini dapat dilihat dalam soal pembentukan satu ‘commoncitizenship’ bagi Tanah Melayu. Bagi Kongres 1957, semua jenis kerakyatan seperti ‘Rakyat Raja’40 baginegeri-negeri Melayu, ‘Rakyat British’41 bagi negeri-negeri Selat dan ‘Rakyat Commonwealth’ bagirakyat bekas tanah jajahan takluk British, seperti kehendak Perikatan dan Suruhanjaya Reid dihapuskan.Kongres 1957 hanya mencadangkan ‘Rakyat Persekutuan’. Ini sangat penting kerana ia menghilangkanperbezaan taraf dan boleh melahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan pendudukPersekutuan Tanah Melayu. Seorang rakyat British yang secara terus menjadi ‘Rakyat Commonwealth’melihat Ratu England dan Wales sebagai Rajanya. Ini berbeza dengan seorang ‘Rakyat Raja’ iaitu orangMelayu yang taat setianya tertumpu kepada Raja Negeri kediamannya. Maka, dengan satu kerakyatan yangsama, Kongres 1957 berpendapat setiap rakyat itu hanya akan taat setia kepada Negara dan RajaPersekutuan Tanah Melayu.42 Kongres mencadangkan supaya nama kebangsaan Tanah Melayu dinamakan Melayu. Ini bertujuanmemberi satu identiti kepada rakyat Tanah Melayu selepas merdeka.43 Cadangan ini sebenarnya tidak laridaripada cadangan Perlembagaan Rakyat 1947 di antara AMCJA dan PUTERA.44 Ia dihidupkan semulaoleh Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam untuk menggantikan kerakyatan jus soli yang dilepaskanoleh mereka kepada AMCJA. Penekanan semula ini tidak menghairankan kerana struktur dasar PUTERAtahun 1947 dengan Perikatan 1957 tidak berbeza. Kedua-duanya menerima jus soli sebagai kerakyatandasar Tanah Melayu Merdeka. Perikatan pula tidak meletakkan sebarang nama kebangsaan bagi rakyat

Tanah Melayu. Oleh itu, kongres yang dianggotai oleh bekas pemimpin PUTERA cuba melengkapkannya. Inisemata-mata untuk mengelakkan penghapusan identiti Melayu sebagai rakyat asal Tanah Melayu. BagiPerikatan dan Suruhanjaya Reid, nama kebangsaan itu tidak perlu kerana kerakyatan itu sama dengankebangsaan.45 Perikatan dan Suruhanjaya Reid sebenarnya cuba mengelak daripada membangkitkankesulitan di antara UMNO, MCA dan MIC. MCA dan MIC tidak akan menerima nama kebangsaan Melayuyang lebih melambangkan ketuanan orang-orang Melayu ke atas Tanah Melayu,46 walaupun dari seginama, ianya sesuai dengan nama negara Persekutuan Tanah Melayu. Kongres 1957 menerima jus soli secara terhad, berbeza dengan Suruhanjaya Reid yang menerimajus soli sebagai satu dasar kerakyatan yang tegas. Suruhanjaya Reid mengatakan sesiapa sahaja yang lahirsebelum, pada dan selepas merdeka, menjadi rakyat secara kuatkuasa undang-undang.47 SedangkanKongres 1957 hanya menerima mereka yang telah lahir sebelum 1956 dan yang telah disahkan sebagairakyat Persekutuan 1948 dan 1951 diterima menjadi rakyat secara kuatkuasa undang-undang. Bagi ‘RakyatRaja Melayu’ yang lahir selepas 1956 diterima secara automatik menjadi rakyat Tanah Melayu Merdeka.Bagi orang-orang bukan Melayu yang lahir selepas merdeka, Kongres mencadangkan supaya diadakansyarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh perlembagaan yang patut diluluskan oleh Dewan Negara.48 Bagi kerakyatan secara berdaftar iaitu secara permohonan, Kongres mencadangkan supaya merekayang telah diterima oleh Perjanjian 1948 dan 1951 diminta mendaftar semula dalam masa 12 bulanPerlembagaan itu dikuatkuasa. Mereka juga patut lulus ujian Bahasa Melayu yang mudah. Bagi merekayang berumur 18 tahun, mereka hanya boleh didaftarkan di atas permintaan ibu bapanya yang telahmenjadi ‘Rakyat Persekutuan’.49 Dalam hal ini, Suruhanjaya Reid sangat berbeza daripada Kongres.Suruhanjaya mengatakan sesiapa yang telah tinggal di Tanah Melayu dari lima hingga lapan tahun dansanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu boleh didaftarkan. Bagi mereka yangberumur 45 tahun, kelayakan Bahasa Melayu tidak perlu. Cadangan Kongres 1957 nampaknya lebih ketatkerana menetapkan hanya mereka yang telah diterima oleh Perlembagaan 1948 dan tinggal tanpa putus-putus (berterusan) di Tanah selepas itu layak memohon.50 Cadangan Kongres ini, terutama dalam soal kerakyatan memperlihatkan satu dasar dan ideologipolitik yang sangat jelas memihak kepada kepentingan orang Melayu. Anggota Kongres 1957 ini tidakdapat melarikan diri daripada memperkatakan dan memperjuangkan kedudukan orang Melayu di TanahMelayu kerana bagi mereka kepentingan orang Melayu telah diabaikan oleh UMNO. UMNO menurutmereka telah melupakan tanggungjawab asalnya sebagai pembela nasib bangsa Melayu yang telahdimulakan sejak tahun 1946. Dalam tahun 1946, orang-orang Melayu di dalam UMNO telah menolak penggunaan jus solisebagai dasar kerakyatan Malayan Union. UMNO menolaknya kerana bimbang jumlah orang Melayumenjadi kecil dan ini akan mengurangkan taraf politik mereka. UMNO seperti yang diketahui berjayamendesak British menghapuskan dasar itu.51 UMNO juga berjaya menahan dasar itu digunakan di dalamkerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1949 oleh Communities Laison Committee (CLC).52 CLC yangditubuhkan oleh British telah memujuk pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn untuk menerima dasar jus soli

dan meminda Fasal 12 Perlembagaan Persekutuan 1948. UMNO hanya menerimanya dengan pindaan-pindaan yang ketat setelah Dato’ Onn meletakkan jawatan YDP UMNO. UMNO memastikan hanya orang bukan Melayu daripada ibu bapa yang telah lahir dan menjadi‘Rakyat Raja Melayu’ dan Persekutuan sahaja diterima menjadi rakyat secara kuatkuasa undang-undang.Nyata sekali, UMNO tidak mahu melepaskan kerakyatan jus soli dalam tahun 1951 dengan begitu mudahdan terbuka tanpa sebarang syarat. Oleh itu, penerimaan UMNO terhadap dasar itu tanpa sebarang syaratdalam tahun 1956,53 setelah satu dekad mempertahankannya sangat mengecewakan pemimpin Kongres1957. Di antara pemimpin itu, Dato’ Onn Jaafar adalah pernimpin yang paling terkilan dengan sikapUMNO. Ini kerana semasa beliau memegang YDP UMNO, beliau telah ditentang dengan begitu hebatsekali oleh ahli-ahli UMNO sewaktu membincangkan cadangan-cadangan CLC dalam Mesyuarat AgungUMNO pada 10 Jun 1950. Beliau telah dituduh oleh Saadon Zubir,54 Dato’ Abd. Razak,55 Dr. Ismail56danHashim Ghani57 serta pemimpin dari Persatuan Melayu Sabak Bernam dan Malay Graduate AssociationUniversiti Malaya Singapura,58 sebagai ‘pengkhianat kepada bangsa Melayu’. Kewibawaan Dato’ Onnsebagai pemimpin Melayu yang ulung telah tercabar kerananya. Penerimaan orang Melayu selepas itutidak pernah sama seperti tahun 1946. Nasib Dato’ Onn ini tidak sama dengan nasib Tunku Abdul Rahmandalam tahun 1956. Dasar jus soli diterima dengan mudah oleh UMNO. Tunku diberi kepercayaanwalaupun ada ahli-ahli UMNO tidak setuju tetapi Tunku Abdul Rahman dapat menggunakan kemerdekaansebagai dasar keutamaan UMNO. Maka, soal kerakyatan yang penting seperti tahun 1946 menjadi perkarakedua. Dato’ Onn dengan itu mempunyai sebab yang jelas untuk mengkritik UMNO. Beliau merasa tidakpuas hati dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang menentangnya dalam tahun 1951 tetapi merekakini membuat perkara yang lebih buruk daripadanya. Bagi Dato’ Onn, sekurang-kurangnya beliau telahberterus-terang dengan ahli-ahli UMNO dengan membincangkan cadangan CLC secara terbuka dansanggup menerima kritikan mereka secara terbuka. Tetapi sikap pemimpin UMNO terutama yangmenentangnya dahulu sangat tidak adil. Mereka telah menggunakan sistem mandat dan tidakmembincangkannya secara terbuka. Sikap ini dilihat oleh Dato’ Onn ‘sebagai menyimbah debu di mataorang Melayu’. Pemimpin-pemimpin UMNO dikatakannya menipu orang Melayu.59 Kongres dan cadangannya mendapat tentangan yang hebat dari UMNO. UMNO secara terbukameminta orang Melayu tidak terpengaruh dengan cadangan Kongres kerana ini akan membantutkan usahamenuntut kemerdekaan.60 UMNO bimbang cadangan Kongres itu akan mempengaruhi orang ramai supayatidak menyokong UMNO dan melahirkan ketegangan dalam kalangan orang Melayu. Penentangan orangMelayu pada tahun 1946 ditakuti akan berulang lagi. Malah, ahli-ahli UMNO telah dihalang daripadamenyertai Kongres ini, jika tidak mereka akan dipecat. Dato’ Onn sebagai salah seorang pemimpin penting Kongres telah membela Kongres itu denganalasan-alasannya. Dato’ Onn melihat Kongres itu bukan sebagai satu petanda bahawa orang Melayu akanmengangkat senjata bagi mendapatkan hak mereka seperti yang didakwa oleh UMNO. Bagi Dato’ Onn, initidak akan dilakukan kerana orang yang akan menanggung kerugian nyawa dan harta benda ialah orangkampung dan orang miskin. Penganjur Kongres yang mengikut Dato’ Onn tidak semudah itu untukmelupakan hal ini. Beliau sendiri telah melihat bagaimana pembunuhan dan pembakaran rumah dan harta

benda di antara orang Melayu dan orang Cina di Batu Pahat. Hal ini tentu sekali menjauhkan lagi Dato’Onn untuk bertindak dengan kekerasan. Dengan itu, Kongres bukanlah satu gerakan pelampau orangMelayu.61 Dato’ Onn juga menolak tuduhan seorang ahli UMNO dalam Utusan Melayu yang mengatakancadangan Kongres tentang kerakyatan lebih longgar daripada cadangan Perikatan dan Suruhanjaya Reid. Iamenuduh Kongres itu telah memudahkan bangsa asing mendapat kerakyatan dengan tidak payah mengakutaat setia kepada Tanah Melayu. Kongres juga dikatakan tidak menetapkan berapa lama seseorang itutinggal di Tanah Melayu sebelum mendapat kerakyatan, sedangkan dalam ‘Penyata Reid’ telah ditetapkanseseorang itu mestilah tinggal selama lapan tahun dari 12 tahun. Mengikut ahli UMNO yang tidak bernamaitu, Suruhanjaya Reid menetapkan sesiapa yang telah lahir di Tanah Melayu sebelum tarikh kemerdekaanTanah Melayu tetapi telah tinggal lima tahun dari tujuh tahun dan mengaku tinggal tetap di negeri ini danmengangkat sumpah taat setia kepada negeri ini boleh menjadi rakyat Tanah Melayu.62 Dato’ Onn telah menafikan tuduhan penulis yang mengatakan cadangan Kongres lebih longgardaripada Suruhanjaya Reid. Untuk membuktikan hal itu, Dato’ Onn telah membandingkan keputusanKongres dengan cadangan Suruhanjaya Reid. Perbandingan ini bagi Dato’ Onn untuk menunjukkan bahawacadangan Kongres adalah membina dan berguna bagi orang Melayu dan kemerdekaan Tanah Melayu.Antaranya:a) Kongres menentukan hanya Rakyat Raja dan Rakyat British yang dilahirkan di PTM dan rakyat Persekutuan secara automatik boleh menjadi rakyat Tanah Melayu Merdeka. Suruhanjaya mengesyorkan bahawa setiap orang yang telah menjadi Rakyat Persekutuan secara terus atau berdaftar boleh menjadi Rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.b) Kongres menentukan bahawa mereka yang telah menjadi Rakyat Persekutuan secara berdaftar tidak boleh menjadi Rakyat Tanah Melayu Merdeka secara automatik, melainkan mestilah memohon untuk didaftarkan semula dalam masa 12 bulan dari tarikh dikuatkuasakan undang-undang itu dan di samping itu mestilah lulus ujian lisan Bahasa Melayu. Suruhanjaya Reid pula mencadangkan mereka dalam kumpulan itu diterima terus menjadi rakyat PTM. Suruhanjaya ini juga mencadangkan sesiapa sahaja yang berhak menjadi rakyat secara berdaftar tetapi belum berdaftar berhak meminta dirinya didaftar dengan tidak ada apa-apa syarat.c) Kongres menetapkan bahawa sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu selepas merdeka boleh menjadi Rakyat Tanah Melayu dengan syarat ibu bapanya dan dia sendiri lahir di Tanah Melayu. Suruhanjaya Reid pula mencadangkan bahawa sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu selepas kemerdekaan Tanah Melayu menjadi Rakyat Tanah Melayu secara automatis tanpa syarat.d) Kongres memutuskan bahawa sesiapa yang dilahirkan di Tanah Melayu sebelum hari kemerdekaan atau yang telah mendiami Tanah Melayu tetapi tidak lahir di sini dan tidak termasuk dalam golongan di atas boleh menjadi Rakyat Tanah Melayu dengan mengikut syarat-syarat Undang-undang Kerakyatan yang diluluskan oleh Dewan Negara. Suruhanjaya Reid pula mencadangkan supaya golongan ini boleh menjadi Rakyat Tanah Melayu dengan cara berdaftar sekiranya mereka berumur 18 tahun, berkelakuan baik dan telah mendiami selama lima tahun di Tanah Melayu tanpa putus-putus dan boleh mendaftar dalam masa 12 bulan. Mereka tidak dikehendaki lulus ujian Bahasa Melayu.

e) Bagi orang yang telah mendiami Tanah Melayu tetapi belum menjadi Rakyat Tanah Melayu, Kongres menetapkan mereka boleh menjadi Rakyat Tanah Melayu melalui cara ‘naturalization’. Suruhanjaya Reid pula mencadangkan mereka boleh menjadi Rakyat Tanah Melayu dengan memenuhi syarat-syarat seperti orang-orang yang dilahirkan di Tanah Melayu.63 Daripada perbandingan ini, Dato’ Onn mahu orang yang memperkecilkan Kongres menilai sejauhmana Kongres telah berperanan dan sejauh mana juga cadangan Kongres itu lebih longgar daripadacadangan Suruhanjaya Reid dan cadangan Perikatan sendiri. Bagi Dato’ Onn, cadangan Kongresmenunjukkan bahawa ia bukanlah pandai mencari kelemahan sahaja tetapi juga dapat memberi cadanganyang membina. Hj Hassan Hj. Yunus, orang kuat UMNO Johor, menyatakan bahawa Kongres kedua itu sebagaipengacau tuntutan kemerdekaan64 , dianggap oleh Dato’ Onn sebagai tuduhan yang tidak benar. Inidisebabkan Dato’ Onn melihat keputusan Kongres memperkuatkan lagi tuntutan kemerdekaan yang lebihsempurna daripada apa yang dikehendaki oleh Perikatan.65 Malah, Dato’ Onn melihat tanpa kritikan dariparti pembangkang Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Tanah Melayu tidak akan berada di Englanduntuk menuntut beberapa perkara tentang kemerdekaan Tanah Melayu seperti kerakyatan Komanwel,66kedudukan Melaka dan Pulau Pinang67 dan sistem pertahanan Tanah Melayu.68 Bagi Dato’ Onn pendirianKongres sangat jelas iaitu: “Kongres itu menuntut supaya kemerdekaan itu tidak boleh tidak selewat-lewatnya pada 31 Ogos tahun ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Perikatan itu akan tetapi kemerdekaan yang dikehendaki oleh Kongres itu ialah kemerdekaan yang penuh dan bukannya kemerdekaan setengah atau tiga suku masak.”69 Kongres telah membela kedudukan istimewa orang Melayu yang agak longgar dalam cadanganPerikatan dan Suruhanjaya Reid. Mengikut keterangan kerajaan Perikatan, kedudukan keistimewaanMelayu ini akan diletakkan di atas tanggungan Yang di-Pertuan Agong meliputi hal-hal jawatanperkhidmatan awam, lesen-lesen perniagaan, tanah simpanan Melayu dan biasiswa.70 Bagi pandangan Kongres, perlindungan ini boleh berjalan selagi tidak ada perubahan yang berlakudi dalam Majlis Undangan dan Negeri, ia akan terancam jika kedua-dua tidak dikuasai oleh majoritiMelayu. Untuk menjadi kuat, Kongres telah mencadangkan supaya kedudukan orang Melayu diletakkandalam bahagian Hak Asasi Fasal 8(3) dalam Suruhanjaya Reid. Dalam peruntukan ini, dinyatakan bahawaorang itu tidak boleh dihalang bekerja atau memegang ataupun ditegah mempunyai atau menjual hartanyaatau menjalankan sebarang perniagaan. Dengan peruntukan ini, bolehlah dimaksudkan bahawa tidaklahboleh sesiapa pun menahan kerajaan daripada membuat peruntukan khas kerana keturunan baka Melayu.Maka dengan ini, bagi Dato’ Onn, Kongres tidak meletakkan tanggungjawab menjaga kedudukan istimewaorang Melayu itu semata-mata kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja tetapi juga kepada yang lebih kuatiaitu kerajaan negeri dan di dalam lingkungan hak asasi manusia. Dato’ Onn percaya cara ini lebihbermakna kepada hak kedudukan orang Melayu itu.71 Nyata sekali, Dato’ Onn telah membela Kongres sepenuhnya kerana beliau percaya bahawakeputusan Kongres itu mencerminkan kehendak orang-orang Melayu yang tidak mahu kemerdekaan yangdicapai pada 31 Ogos 1957 itu tidak sempurna dan setakat 80% sahaja. Beliau mendapati inilah tindakan

terakhir orang Melayu memperjuangkan kedudukan dan hak mereka sebelum cadangan Suruhanjaya Reidditerima sepenuhnya oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu pada Ogos 1957.72 Akibat daripada penglibatan dan pembelaan Dato’ Onn yang bersungguh-sungguh dalam Kongresitu, beliau dan PN telah menjadi sasaran kritikan UMNO. Dato’ Onn dilihat sebagai penggerak dan orangkuat Kongres 1957 walaupun pemimpin lain seperti Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestaman terlibatsama. Ini semata-mata kerana UMNO bimbang pengaruh Dato’ Onn dalam masyarakat Melayu akanberulang seperti tahun 1946.73 Ini disebabkan bidasan-bidasan terhadap UMNO lebih lantang daripadapemimpin lain. Dato’ Onn telah menggunakan akhbar Kritik yang diterbitkan khas untuk mengkritik danmenganalisis kemerdekaan yang sedang diusahakan UMNO dan Perikatan. 74 Ketajaman mata pena Dato’Onn mengancam usaha-usaha UMNO dan Perikatan. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan oleh UMNO kepada Dato’ Onn. Antaranya, Dato’ Onn telahdituduh cuba memancing undi pilihan raya akan datang. Ini disuarakan oleh Dato’ Sulaiman, abang kepadaDr. Ismail. Mengikut Dato’ Sulaiman, Dato’ Onn sengaja mengadakan Kongres ini bagi mendapatkanpengaruh dan mengumpul pengikutnya, supaya Parti Negara dapat memenangi kerusi dalam Pilihan Raya1959. Bagi Dato’ Onn, tuduhan ini tidak munasabah kerana pilihan raya masih terlalu jauh. Adalah lebihbaik Dato’ Sulaiman menegur Kongres ini daripada membuat andaian mustahil itu.75 Parti Negara dan Dato’ Onn juga dituduh telah memonopoli Kongres itu. Pemerhati Singapura telahmenuduh “Kongres itu telah diborong dan dikuasai oleh wakil-wakil PN dari awal hingga akhirnya.Tambahan pula wakil dari lain-lain badan terutama dari parti-parti kecil kebanyakannya terdiri daripadaanggota PN. Oleh itu, mudahlah PN mendapat sokongan di atas segala usul yang dikemukakannya”76 Dato’Onn juga menafikan PN telah lama bersedia bagi Kongres tersebut. Dato’ Onn mengatakan PN memangmahu mengadakan persidangan kebangsaannya pada April, iaitu sebelum ada ura-ura untuk mengadakanKongres ini. Oleh sebab Kongres itu mahu diadakan, PN kemudiannya menangguhkan persidangansehingga 3 Mei 1957. Cadangan bagi persidangannya telah diadakan dan menjadi keputusan PN. Dengancadangan yang ada, wakil-wakil PN telah ada garis panduan untuk berhujah dalam Kongres sehinggamereka dikatakan menguasai perbincangan Kongres. Kata Dato’ Onn: “Percampuran PN di dalam Kongres ini bukannya dengan tujuan hendak menunjuk kebijaksanaannya atau kerana muslihat dirinya,melainkan ialah semata-mata kerana hendak merundingkan bagaimana ikhtiar dan cara dapat diselamatkan umat Melayu daripada tenggelam di tanah airnya sendiri. Dengan tujuan itulah PN telah menyediakan kertas-kertas kerjanya yang mengandungi syarat-syarat yang difikirkan dapat menghasilkan kehendak-kehendak umat Melayu itu. Wakil-wakil di Kongres itu menerima cadangan PN itu sebaik-baiknya tetapi PN tidak sekali-kali memaksakan kehendak-kehendaknya dengan berkeras sebagaimana yang disindirkan dengan tuduhan bahawa PN menguasai Kongres itu.”77 Tuduhan pemerhati Singapura yang tidak bernama itu mungkin kerana PN membantah cadanganPersatuan Melayu Semenanjung yang mahu mencatatkan ke dalam Perlembagaan supaya Singapuradicantumkan dengan PTM. PN membantah kerana memikirkan syarat itu tidak patut dimasukkan melainkansetelah mendapat persetujuan dari pihak kerajaan dan kedua-dua majlis mesyuarat undangan kedua-duabuah negeri. PN juga merasakan syarat ini tidak perlu kerana Suruhanjaya Reid ada mencadangkan satuAkta bahawa Majlis Mesyuarat Undangan PTM boleh menerima lain-lain jajahan ke dalam Malaysia. Disinilah mengikut Dato’ Onn adanya peluang untuk Singapura dicantumkan dengan Persekutuan pada masaakan datang. Bantahan PN ini telah dianggap oleh seorang penulis Utusan Melayu sebagai tanda PN

mengampu British kerana memang dasar British tidak mahu menyerahkan Singapura kepada PTM.78 Dato’Onn menganggap ini tidak patut kerana bukan PN sahaja yang menolak percantuman Singapura pada masaitu tetapi juga Perikatan. Tunku Abdul Rahman telah menolak cadangan tersebut.79 Kawan karib Dato’ Onn, Dato’ Syed Ab. Kadir, selaku Pengerusi Kongres juga telah dituduhmenyebelahi wakil-wakil PN kerana beliau seorang ahli PN. Ini tidak benar kerana di sepanjangperbincangan, ‘Pengerusi tidak sekali-kali mengarahkan timbangannya dan panduannya kepada wakil-wakil PN’. Semasa persidangan, hanya sekali sahaja Pengerusi terpaksa menggunakan undinya iaituapabila wakil Parti Rakyat berkehendakkan berbagai-bagai bahasa digunakan sebagai bahasa kebangsaanselepas 10 tahun Tanah Melayu merdeka. Pengerusi membangkang cadangan itu kerana secara peribadibeliau memang tidak bersetuju dengan dasar itu. PN dan parti lain juga menentang cadangan itu. Dengan tindakan Pengerusi, walaupun dia seorang ahli PN, tidak bermakna beliau menyebelahi PN.Beliau menggunakan undinya kerana percaya cadangan itu boleh merosakkan usaha mendaulatkan BahasaMelayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan Tanah Melayu Merdeka.80 UMNO boleh pergi lebih jauhdari itu. Melalui Utusan Melayu, akhbar yang pro-UMNO,81 Dato’ Onn dikatakan telah diminta oleh PNJohor Bahru supaya meletakkan jawatan sebagai YDP PN. Ini kerana penglibatan Dato’ Onn di dalamKongres telah merosakkan nama PN. Dato’ Onn juga dikatakan tidak tahan dengan cacian UMNO danpeletakan jawatan itu memang telah diduga.82Dato’ Onn menafikan berita itu. Beliau menganggap beritaitu sebagai satu fitnah dan taktik kotor dari UMNO dan pihak-pihak lain yang tidak berkenan denganteguran-tegurannya. Katanya: “Saya ini nampaknya sememang menjadi seperti daging yang manis yang hendak digigit dan dimamah oleh pihak yang tidak sesuai dengan PN itu tetapi hal ini tidaklah menjadi kuping kudis kepada saya sendiri oleh kerana saya mengetahui banyak daripada perkara-perkara yang saya tuntut atau teguran itu sememanglah menjadi duri kepada pihak yang kena tegur dan dari itu saya percaya jika saya berehat dan tidak lagi mengambil berat dari hal siasah negeri ini maka keberhentian saya itu akan menjadi satu keuntungan yang sangat besar kepada mereka itu.”83 Dalam erti kata lain, Dato’ Onn tahu berita itu sengaja diada-adakan bagi melemahkan sokonganorang Melayu kepadanya dan PN khasnya. Sikap Dato’ Onn yang terus cergas di dalam politik itu tidakdisukai oleh UMNO. UMNO seboleh-bolehnya mahu Dato’ Onn bersara dan tidak menimbulkan sebarangmasalah kepada tindak-tanduk UMNO. Namun, taktik UMNO itu tidak berkesan kerana Dato’ Onn bukansahaja berdegil tetapi tetap disokong oleh pengikut-pengikutnya. Penafian ketua cawangan Johor Bahru,Abd. Kadir Mohamad tentang pemberhentian Dato’ Onn menunjukkan pengaruh Dato’ Onn dalam PNtidaklah terjejas. Dato’ Onn juga menolak alasan Utusan Melayu yang mengatakan beliau terlalu dipandang hinasehingga beliau terpaksa diberhentikan. Bagi Dato’ Onn, alasan itu tidak munasabah kerana penghinaanyang diterimanya bukan pada masa itu sahaja. Beliau telah dikritik dengan berbagai-bagai tuduhan sejakpenglibatannya dalam politik sejak tahun 1930-an. Bagi Dato’ Onn, segala cacian dan fitnah itu lambatlaun terbukti kepalsuannya dan kebenaran ideanya akan timbul juga. Ini jelas di dalam beberapa halsemenjak berkecimpung dalam politik Tanah Melayu. Misalnya pada tahun 1951, beliau telahmencadangkan UMNO dijadikan satu parti kebangsaan Tanah Melayu dengan memberi keahlian biasakepada orang bukan Melayu. Cadangan beliau telah ditolak dan beliau terpaksa meletakkan jawatan YDP

UMNO. Namun, cadangan dengan struktur yang sama telah dibangkitkan oleh Ketua Penerangan UMNO,Mohamad Khir Johari.84 Mengikutnya, beberapa tahun lagi akan diadakan sebuah parti nasionalmenggabungkan UMNO, MCA dan MIC kerana penduduk Tanah Melayu ini telah pun bersatu. MohamadKhir Johari selanjutnya mengatakan pertubuhan itu akan dinamakan United Malayan NationalOrganization dengan ahli-ahlinya mempunyai taraf yang sama dan setiap ahli terikat kepada dasar dantujuan parti nasional itu dan Perikatan bukanlah lagi pertubuhan perkauman.85 Bayangan idea yang samajuga telah dikemukakan oleh Tan Cheng Lock sebelum itu. Cadangan ini untuk menghapuskan sifat-sifatperkauman di dalam Perikatan.86 Cadangan Dato’ Onn itu juga memperlihatkan kebolehannya mendugamasalah politik perkauman di Tanah Melayu lebih awal daripada mana-mana pemimpin politik TanahMelayu. Pandangan jauh ini gagal untuk dilaksanakannya kerana prasangka dan sifat perkauman dalamkalangan penduduk Tanah Melayu. Tuduhan UMNO terhadap Dato’ Onn itu timbul dari penglibatannya yang terlalu cergas di dalamKongres. Dato’ Onn yang dilantik sebagai Bendahari Kongres, bukan sahaja berucap tetapi telahmencadangkan banyak perkara yang diterima oleh Kongres. Boleh dikatakan kebanyakan keputusanKongres itu sendiri merupakan cadangan Dato’ Onn yang dikemukakannya dalam ruangan ‘Merdeka danKemerdekaannya’ dalam akhbar mingguan Kritik. Akhbar ini menjadi lidah rasmi Parti Negara, pimpinanDato’ Onn. Dato’ Onn telah membuat cadangannya lebih awal daripada Perikatan dan Suruhanjaya Reid.Beliau juga telah menganalisis cadangan Perikatan dan Suruhanjaya Reid selama beberapa bulan sebelumKongres 1957 diadakan. Dengan itu, idea Dato’ Onn sudah cukup matang dan dengan mudah diterima olehKongres 1957 sebagai cadangannya. Pengalaman Dato’ Onn dalam bidang pentadbiran terutamanya tidakdapat diatasi oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam misalnya sangat berpengalaman dalam kegiatan politik,namun mereka tidak pernah memegang sebarang jawatan pentadbiran tertentu sehingga membolehkanmereka arif di dalamnya. Walaupun mereka bekerja dalam pentadbiran Jepun, tetapi tidak lama dan tidaksesuai dengan pentadbiran British. Oleh itu, Dato’ Onn dapat memberi cadangan yang sesuai denganrangka serta dasar kemerdekaan corak British. UMNO dan Perikatan seperti yang diduga telah menolak cadangan Kongres itu. Mereka melihatcadangan itu terlalu bersifat perkauman, terutama di dalam soal kerakyatan, kedudukan dan keistimewaanMelayu, bahasa kebangsaan dan agama Islam.87 Cadangan Kongres bagi pelantikan Yang di-PertuanAgong seumur hidup,88 dilihatnya sebagai tidak munasabah. Bagi sebuah perjanjian kecil, Pulau Pinangdan Melaka yang memberikan semula kemerdekaan negeri itu, Perikatan merasa tidak perlu. Ini hanyalahpenolakan secara permukaan sahaja. Pada dasarnya, UMNO dan Perikatan tidak akan mengiktirafcadangan Kongres itu kerana bertentangan dengan prinsip dan maruah Perikatan. Perikatan tidak mungkinmenerima cadangan dari sebuah badan yang tidak mewakili kaum lain kerana dasar Perikatan ialahkerjasama politik antara kaum. Perikatan juga tidak akan menerima cadangan badan-badan lain kerana ia parti yang telah diberimandat oleh Pilihan Raya 1955 untuk menjadi perunding kemerdekaan Tanah Melayu. Dari segi maruahpula, penerimaan cadangan Kongres 1957 akan merendahkan martabat Perikatan sebagai pemegang kuasapentadbiran Tanah Melayu. Ia juga akan memalukan pemimpin UMNO terutamanya kerana tunduk kepada

idea pemimpin politik yang menentangnya. Ia akan menunjukkan mereka tidak cekap seperti pemimpinpembangkang terutama Dato’ Onn Jaafar.89 Sebagai percubaan terakhir Kongres, Haji Ahmad Hussein, ahli parlimen kawasan Krian yangmewakili PAS,90 telah membangkitkan perkara yang sama di dalam Majlis Perundangan Persekutuansewaktu membincangkan cadangan Suruhanjaya Reid pada 10 Julai 1957. Haji Ahmad Hussein yangmerupakan satu-satunya ahli pembangkang PAS dalam Majlis tersebut telah membangkitkan beberapaperkara dasar. Antaranya, beliau melihat cadangan itu sebagai cadangan yang berat sebelah kerana hanyamelibatkan tiga pihak sahaja. Ia bukanlah cadangan yang dibuat secara terbuka oleh semua golonganpenduduk Tanah Melayu. Keduanya, cadangan itu berbau penjajah kerana menggambarkan dengan terang kehendak Britishseperti soal kerakyatan. Ketiganya, nama kebangsaan Tanah Melayu tidak disebut langsung. Inimenunjukkan Tanah Melayu yang merdeka tidak mempunyai satu identiti bangsa. Soal kedudukan orangMelayu pula sangat sempit dan terhad. Beliau juga mendesak Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedahkerana Pulau Pinang adalah jajahan Kedah.91Pendapat Haji Ahmad Hussein ini tidak begitu jauh bezanyadari kehendak Kongres. Sebagai anggota PAS yang menjadi pendukung Kongres, sudah pasti Haji Ahmaddiminta mengkritik Perlembagaan itu walaupun mereka sedar ia tidak akan memberi kesan.KesimpulanKesimpulannya, bolehlah dikatakan Kongres 1957 gagal dalam usahanya untuk meminda cadanganPerlembagaan Perikatan dan Suruhanjaya Reid. Kegagalan ini bukan kerana cadangan itu tidak bernastetapi kerana ia bukan perwakilan politik yang diiktiraf British, Raja-raja Melayu dan orang ramai. Inibermakna ia berada di luar dari kelompok politik yang bertanggungjawab kepada kemerdekaan TanahMelayu. Bagaimanapun, sebagai rakyat Tanah Melayu, anggota-anggota Kongres 1957 itu merasakanmereka perlu mempunyai suara dalam menentukan corak dan arah kemerdekaan Tanah Melayu. Oleh itu,walaupun tidak diterima oleh Perikatan, namun cadangannya itu bolehlah dikatakan mewakili orangMelayu di luar UMNO yang tidak dapat menerima penyerahan kuasa sama rata dengan bukan Melayu. Kongres 1957 itu juga memperlihatkan kepentingan pemimpin politik Melayu veteran di dalammendukung terus ideologi politik mereka yang dipegang sejak tahun 1946. Penolakan kepada Kongres1957 itu dengan sendirinya memperlihatkan penafian terhadap sebahagian besar orang Melayu terhadapsumbangan politik mereka selama ini. Mereka menjadi orang-orang yang terbuang di saat-saat pentingpencapaian politik anak Melayu. Mereka hanya dilihat sebagai pengacau oleh UMNO dan Perikatan, dansebagai pelampau oleh British dan orang bukan Melayu. Namun, dari segi urutan sejarah, ternyata merekaadalah orang yang berperanan penting dalam menghidupkan kepentingan politik orang Melayu sebagaiperibumi Tanah Melayu sehingga ke saat-saat akhir.Nota Hujung

1. Perikatan yang terdiri daripada parti United Malays National Organization (UMNO) Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congres (MIC) telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang diperuntukkan oleh British. Satu lagi kerusi dimenangi oleh PAS (Persatuan Islam SeMalaya) di Krian, Perak. Parti lain yang bertanding di dalam pilihan raya Persekutuan yang pertama ini ialah Parti Negara, Persatuan Kebangsaan Perak, Parti Buruh, Peoples Progressive Party dan Malayan Party. Untuk keterangan lanjut tentang pilihan raya, 1955 ini lihat : T. E. Smith, Report on the First Election Of Malaya to the Legislative Council of the Federation of Malaya, Kuala Lumpur: Government Printer, 1955; G. P. Means, Malaysian Politics, London: Hodder and Strough- ton, 1976 (second edition), hlm. 153-167, R. K. Vasil, Politics in Plural Society, Kuala Lumpur: OUP, 1974.2. UMNO/SC 2/47.3. PKMM telah melaungkan soal kemerdekaan ini sejak dari awal penubuhannya dalam tahun 1945. Kemerdekaan yang dituntutnya termasuk konsep Melayu Raya atau Indonesia Raya. Ini bermakna PKMM menuntut kemerdekaan bersama-sama Indonesia, seperti yang dicubanya di zaman pentadbiran Jepun. Namun, ianya gagal kerana pemimpin-pemimpin Indonesia telah mengisytiharkan kemerdekaannya lebih awal dari yang dirancangkan. Untuk keterangan lanjut tentang kegiatan PKMM dan idea kemerdekaannya lihat R. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics During The Malayan Union Experiment 1942-1948, MBRAS No. 8 Kuala Lumpur, 1979 hlm. 129-145.4. Tunku Abdul Rahman Putra, Looking Back, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1977, hlm. 56.5. Untuk keterangan lanjut lihat UMNO 10 Tahun, Pejabat UMNO, Kuala Lumpur, 1956, hlm. 132-136.6. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 170. Kanada tidak hantar wakil.7. Ibid. hlm. 173-174.8. Di dalam Malayan Union, kerakyatannya terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Malayu, Singapura dan Tanah Jajahan Takluk British yang lain. Ia juga mengadakan tempoh masa menetap yang pendek iaitu lima tahun sahaja, bagi sesiapa yang berminat. Seorang yang berumur 18 tahun mempunyai kelakuan yang baik dan sanggup taat setia kepada Raja England, layak menjadi rakyat Malayan Union. Tetapi dalam Persekutuan 1948, kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang hanya terbuka kepada ‘Rakyat Raja’ dan ‘Rakyat British’. Kerakyatan secara permintaan pula terbuka kepada orang-orang luar yang telah tinggal 8/12 tahun atau 10/15 tahun dengan perilaku yang baik serta penguasaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Dengan syarat ini hanya 10% sahaja orang luar yang layak menjadi ‘Rakyat Persekutuan 1948’. Untuk keterangan lanjut sila lihat K. J. Ratnam, Faham Perkauman dan Proses Politik di Malaya, Kuala Lumpur: UMP, 1969, hlm. 84-88.9. Dalam Malayan Union, negeri-negeri Melayu dihapuskan dengan hanya menjadi daerah yang kecil di

bawah bentuk kerajaan Kesatuan Malaya. (Malayan Union). Semua daerah ini diletakkan di bawah seorang Gabenor Malayan Union yang bertanggungjawab terus kepada Ratu England dan Wales. Tetapi di bawah Persekutuan 1948, negeri-negeri itu diiktiraf semula sebagai sebuah negeri yang mempunyai kuasa autonomi bidang-bidang tertentu dan mempunyai sempadan-sempadan seperti pra- 1941 dengan Raja-raja yang berbeza. Lihat Mukaddimah, The Federation of Malaya Agreement 1948, hlm. 1-2.10. Dalam Malayan Union, Raja-raja Melayu yang telah menyerahkan semua kuasa pentadbiran kepada Ratu England dan Wales, hilang kedudukannya sebagai Raja-raja. Mereka hanya menjadi anggota Adivisory Coucil tentang agama Islam yang dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union. Tetapi dalam Persekutuan 1948, Raja-raja Melayu diiktiraf semula sebagai ketua, negeri-negeri Melayu meletak kedudukannya Ruler-in-Council sebagai ketua agama dan adat istiadat negerinya. Untuk keterangan lanjut lihat Federation of Malaya Agreement 1948, Fasal X, Government Gazette, Kuala Lumpur, hlm. 58-67.11. Sebelum Malayan Union diperkenalkan, British mempunyai dasar melindungi kepentingan orang Melayu dalam soal-soal perkhidmatan awam kerajaan, tanah simpanan Melayu, biasiswa negeri, pasukan-pasukan keselamatan dan polis. Dalam Malayan Union yang diperkenalkan oleh Parti Buruh dasar sama rata menjadi amalannya. Ini ditentang oleh orang Melayu, maka di dalam Perjanjian Persekutuan 1948, dasar melindungi orang Melayu dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Tinggi. Lihat The Federation of Malaya Agreement 1948, Fasal III(c), hlm. 19.12. Sebelum Malayan Union, di negeri-negeri Melayu Bersekutu kuasa pentadbiran dan perundangan terletak kepada Residen British yang menjadi pengerusi Majlis Negeri (State Council). Bagi negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu; kuasa pentadbiran terletak di tangan Perdana Menteri/Menteri Besar dan Majlis Kerajaan Negeri.Kuasa Penasihat British hanyalah menasihat sahaja. Di dalam Malayan Union, jawatan Menteri Besar dihapuskan, sebaliknya kuasa Residen British diperkenalkan di negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu. Federal Council dan State Council kekal sebagai badan perundangan yang dikuasai dan ditadbir oleh British sepenuhnya. Keadaan ini dapat diperbaiki dalam Persekutuan 1948. Jawatan Menteri dihidupkan dan diselaraskan di semua negeri Melayu. Kuasa eksekutif diberikan kepadanya, dan Menteri Besar menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri rang undang- undang di peringkat negeri dan menghantar wakil negeri iaitu Menteri Besar kepada Federal Council. Dengan itu, negeri Melayu dan rakyat tempatan mempunyai banyak suara di dalam pentadbiran dan perundangan negeri-negeri Melayu dan Tanah Melayu. Lihat Federation of Malaya Agreement 1948, Fasal IX, hlm. 58-61.13. CO537/ 1931, 1548, 1929, 1930, 2141, 5665.14. Straits Times, 2/1/56.15. The Malay Mail, 16/7/56.

16. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 172-173.17. Lihat Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Reid, UMNO/SG 1956.18. Ini adalah pendirian Peoples Progressive Party, Parti Buruh, Parti Rakkyat dan Malayan People’s Socialist Front. Lihat R. K. Vasil, Politics in a Society: A Study of Non-Communal Political Parties in West Malaysia, Kuala Lumpur: OUP, 1971, Bab III, 136 dan V, 184, Bab VI, hlm. 229.19. R. K. Vasil, Politics in a Plural Society, hlm. 184.20. Ibid. hlm. 229.21. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 21.22. Margaret Clark, The Malayan and its Accomodation of Communal Pressures, 1952-1962, M.A. Thesis, Department of History, University of Malaya, 1964, hlm. 106.23. Kesemua perwakilan UMNO Negeri Sembilan di bawah pimpinan Haji Hanafiah telah keluar sebagai membantah John Funston, Malay Politic in Malaysia, A Study of UMNO & PAS, Singapore: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1980, hlm. 49.24. Akhbar tersebut membincangkan soal jus soli dan kesannya hanya selepas cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Raja Melayu, British dan Perikatan. Sebelum itu Malaya Merdeka memuatkan kecaman Tunku Abdul Rahman yang mengatakan penentang jus soli itu ejen-ejen kapitalis yang menentang kemerdekaan. Malaya Merdeka, 19/4/56, 26/4/56.25. Akhbar Kritik diterbitkan oleh Warga Publishing Company kepunyaan seorang saudagar Melayu Kuala Lumpur bernama Haji Ahmad, penyokong Parti Negara dan kawan Dato’ Onn. Akhbar ini beribu pejabat di Batu Road Kuala Lumpur dan Dato’ Onn Jaafar merupakan pengarang tunggalnya. Akhbar ini diterbitkan semata-mata untuk membantu Dato’ Onn yang telah berhenti dari pentadbiran kerana menyertai Pilihan Raya 1955. Dengan adanya akhbar ini, Dato’ Onn bukan sahaja dapat mengisi masanya, tetapi yang paling penting dapat meneruskan kegiatan politiknya dan seterusnya menghidupkan Parti Negara. Akhbar ini diterbitkan setahun sahaja (1956-1957).26. Akhbar Mingguan Pedoman ini diterbitkan di Batu Road, berhampiran dengan Ibu Pejabat Kritik. Ia seperti juga Kritik bertulisan Jawi dan bersaiz sederhana. Ahmad Boestamam menjadi pengarangnya dan kerap membantu Dato’ Onn menulis Kritik apabila Dato’ Onn balik ke Johor Bahru. Untuk keterangan lanjut lihat Ahmad Boestamam, Dato’ Onn Yang Saya Kenal, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1986.27. Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam adalah pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya

(PKMM) yang menentang UMNO di dalam tahun 1946 kerana perbezaan ideologi yang ketara. PKMM yang mengamalkan dasar merdeka dengan segera di dalam Melayu Raya bersama adalah sebuah parti politik yang radikal dan anti-establishment, anti feudalisme dan anti British. Sedangkan UMNO parti sebaliknya. PKMM kemudian menggabungkan diri dengan pertubuhan-pertubuhan politik lain seperti Hizbul Muslimin, BATAS & GERAM untuk membentuk PUTERA. Pada tahun 1947, PUTERA kemudian bekerjasama dengan UMNO untuk menentang UMNO dan draf Persekutuan 1948. Dengan pengisytiharan Darurat 1948, PKMM dan PUTERA terharam dengan sendirinya. Ahmad Boestamam telah ditangkap lebih awal (1948) dan dipenjara sehingga tahun 1955. Untuk keterangan lanjut lihat Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, Kuala Lumpur: Kejora, 1976, dan Ahmad Boestamam, Tujuh Tahun Memanjang, Kuala Lumpur: Amir Enterprise, 1976; Firdaus Abdullah, Malay Radicals, Its Origins and Development, Petaling Jaya: Pelanduk Publication 1987.28. Peranan Dato’ Onn sebagai pengasas dan pemimpin UMNO dan orang Melayu memang menjadi perbincangan utama kajian akademik. Banyak buku yang menyentuh hal ini. Antara yang penting; R. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment 1942-48, hlm. 87-107; Ramlah Adam, UMNO 1946-1951 Organisasi dan Kegiatan Politik Kota Bharu, 1978, hlm. 1- 24, G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 99-102.29. Dato’ Onn telah keluar UMNO pada 28 Ogos 1957 kerana gagal membuka UMNO kepada orang bukan Melayu. Dato’ Onn berhasrat untuk menjadikan UMNO sebagai parti antara kaum dan parti kebangsaan Tanah Melayu, bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Orang Melayu menolaknya kerana mahu mengekalkan UMNO sebagai sebuah parti politik Melayu. Untuk keterangan lanjut lihat ucapan terakhir Dato Onn Jaafar dalam UMNO 10 Tahun, hlm. 75-78.30. Parti Negara ditubuhkan pada bulan Februari 1954 di Kuala Lumpur adalah parti ketiga Dato’ Onn selepas UMNO dan IMP. PN telah ditubuhkan sebagai parti antara kaum bagi menggantikan Independence of Malaya Party yang gagal mencapai matlamat yang sama. Ini kerana Dato’ tidak mahu bertolak ansur dalam soal kerakyatan jus soli yang didesak ahli-ahli bukan Melayu IMP. Dato’ Onn juga gagal mendapatkan kerjasama penuh dari Tan Cheng Lock, Pengerusi MCA Malaya dan H. S. Lee Pengerusi MCA Selangor dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur Februari 1952. Untuk keterangan lanjut tentang PN dan IMP, lihat R.K. Vasil, Politics in Plural Society, hlm. 40-92.31. Kritik, 20/3/56.32. Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission, Kuala Lumpur, Government Press, 1957, hlm. 72. Lihat juga Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Reid, hlm. 21.33. Kritik, 18 Sha’ban 1376.34. Kritik, 24/4/57.

35. UMNO 10 Tahun, hlm. 144.36. Kritik, 24/4/57. 37.37. Kritik 2/3/57.38. Lihat Persidangan Kongres 1946 dan persatuan-persatuan negeri yang terlibat di dalam Mohamad Yunus Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1961, hlm. 34-69.39. Kongres 1957 dalam membuat cadangan tentang perkara-perkara tersebut, mengatakan cadangan Kongres bagi hal ini sama seperti Suruhanjaya Reid. Misalnya dalam soal hak asasi, Kongres mengatakan: Hendaklah disyaratkan di dalam undang-undang itu bagaimana tersebut di dalam fasal 3(2) dalam Rang Undang-undang Reid.’ Kritik, 8 Shawal 1370.40. ‘Rakyat Raja’ terdiri daripada orang Melayu dan orang asli di dalam sebuah negeri Melayu. Mereka ini mendapat kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang dalam Persekutuan 1948. Lihat The Federation of Malaya Agreement 1948, Fasal IIX (3), hlm. 41.41. ‘Rakyat British’ adalah orang-orang yang lahir di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Mereka adalah rakyat terus kepada Ratu England dan Wales, yang tertakluk kepada British Nationality Act 1948.42. Kritik, 8 Mei 1957.43. Kritik, 8 Syawal 1956.44. Dalam Perlembagaan Rakyat 1947, terdapat 10 dasar. Salah satu dasarnya ialah kebangsaan Melayu yang didesak oleh PUTERA kepada AMCJA sebagai persetujuan PUTERA menerima dasar jus soli AMCJA. Lihat AMCJA-PUTERA, The People’s Constitutional Proposals for Malaya, Kuala Lumpur, 1947.45. Federation of Malaya, Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Vol Part III, ‘The Nationality of Persekutuan Tanah Melayu’, 2nd December 1960, hlm.3197.46. Ini jelas dari ucapan ahli-ahli MCA dalam membincangkan cadangan Dato’ Onn di dalam tahun 1960 tentang kebangsaan Tanah Melayu dinamakan MELAYU. Ahli MCA, Dr. Lim Swee Aun (Larut Selatan) menolak jus soli digunakan semata-mata untuk orang Melayu sahaja. Kerana sejak tahun 1946 British telah menjadikan jus soli sebagai dasar kerakyatan Tanah Melayu. Tanah Melayu dengan itu bukan lagi hanya dipunyai oleh orang Melayu. Cadangan Dato’ Onn itu didapatinya bertentangan dengan semangat perpaduan dalam kemerdekaan Tanah Melayu. Lihat Parliamentary Debates, Dewan

Rakyat Official Report, Vol. H, No. 50, ‘Nationality of Persekutuan Tanah Melayu’, 11 February 1961, hlm. 5432-5438.47. K. J. Ratnam, Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaya, hlm. 109.48. Cadangan Kongres 1957 diturunkan sepenuhnya dalam Kritik, 8 Syawal 1376.49. Ibid.50. Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission, Appendices II,III and IV, Kuala Lumpur, Government Press, 1957, hlm. 128-0133, Articles 14-23; G. P. Means, Malayan Politics, hlm. 175.51. Untuk keterangan mengenai hal ini lihat Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik, hlm, 2-25, Ibrahim Mahmood, Sejarah Peduangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981.52. CLC ditubuhkan pada tahun 1949 di Kuala Lumpur. Ahli jawatankuasa terdiri daripada ketua-ketua persatuan berbagai bangsa yang tinggal di Tanah Melayu seperti Tan Chang Lock, E. Thuraisingam, J. S. Goonting. Tugas CLC ialah untuk membuat cadangan dari segi politik dan ekonomi bagi mengatasi masalah perkauman di Tanah Melayu. Untuk keterangan lanjut tentangnya lihat Straits Times 11/1/49; Thio. Chan Bae, The Extraordinary Adventure of an Ordinary Man, London Grosvenor Books, 1977, hlm. 63-88; Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaffar, Peranannya di dalam Politik dan Pentadbiran Perseltutuan Tanah Melayu 1895-1962, Kuala Lumpur: Gateway Publishing House Sdn. Bhd., 1987, hlm. 38-47.53. UMNO/KL 27/50, UMNO/SG 124/1950.54. (Tun) Saadon Zubir pada masa itu adalah Ketua Kesatuan Melayu Singapura pula yang menjadi ahli gabungan, UMNO. Beliau kemudian menjadi ahli biasa UMNO pada tahun 1951. Dari sini beliau menjadi Ketua Pemuda dan menyertai pilihan raya 1955 di negari Johor. Beliau kemudian menjadi Menteri dalam kerajaan Perikatan selepas Merdeka.55. Dato’ (Tun) Ab. Razak sewaktu menentang Dato’ Onn menjadi Setiausaha kerajaan negeri Pahang. Beliau adalah tokoh terkenal UMNO kemudiannya.56. Dr. (Tun) Ismail adalah seorang Menteri Perikatan yang penting selepas Merdeka. Pada tahun 1950 beliau belum lagi merupakan ahli politik tetapi masih menjalankan perniagaannya. Penentangan beliau dibuat di Majlis Mesyuarat Negeri Johor dan melalui Persatuan Melayu Johor, pimpinan ayahnya Dato’ Ab. Rahman Mohd. Yassin, Speaker Dewan Rakyat.

57. Hashim Ghani adalah Presiden Persatuan Melayu Semenanjung yang ditubuhkan pada tahun 1949 khas bagi menentang cadangan CLC dan Dato’ Onn. Bagaimanapun ia tidak berpengaruh di dalam masyarakat Melayu kerana telah ada UMNO dan kemudiannya PAS. Persatuan itu berkubur begitu sahaja. Untuk keterangan lanjut lihat John Funston, Malay Politics in Malaysia, hlm. 41.58. Persatuan ini telah menghantar satu surat bantahan yang ditandatangani oleh 20 penuntut Melayu di universiti itu, termasuk Mahathir Mohamad. Surat Persatuan itu memberi kesan kepada golongan orang-orang Melayu yang menentang Dato’ Onn. Malayan Tribune 18/5/41.59. Kritik, 15/7/57.60. Malaya Merdeka, 25/4/56.61. Ibid.62. Utusan Melayu, 20/4/57; Kritik, 1/4/57.63. Kritik, 8/5/57.64. Utusan Melayu, 20/5/57.65. Kritik, 22/5/57, Utusan Melayu, 20/5/57.66. ‘Kerakyatan Commonwealth’ ialah satu kerakyatan yang terbuka kepada setiap rakyat British di tanah jajahannya. Kerakyatan ini dipaksakan ke atas Tanah Melayu oleh British untuk menjaga kepentingan- kepentingannya. Perikatan gagal menolak kerakyatan ini walaupun beberapa kali meminta British menggugurkannya. Untuk keterangan lanjut lihat Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission, Kuala Lumpur: Government. Presss; 957, 87. Lihat G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 175-177, Kritik, 10 Dzulkai’dah, 1376.67. Melaka dan Pulau Pinang adalah jajahan takluk British. Pulau Pinang telah diambil dari Sultan Kedah, sepatutnya dipulangkan semula kepada Kedah melalui satu perjanjian khas di antara Kedah dan Ratu England dan Wales. Tetapi dalam menuntut kemerdekaan negeri itu dimerdekakan sebagai satu unit dan tidak ada perjanjian tertentu. Begitu juga dengan Melaka sepatutnya satu perjanjian khas dibuat dengan Yang di-Pertuan Agong oleh Ratu England dan Wales membebaskan Melaka sebagai Tanah Jajahan. Negeri-negeri Melayu yang lain adalah negeri-negeri yang dilindungi, oleh itu satu perjanjian umum sudah mencukupi. Kritik, 1/8/56.68. British dan Perikatan bersetuju meletakkan tentera luar dari Commonwealth selama 25 tahun selepas merdeka di Tanah Melayu. Ini kerana British berpendapat pertahanan Tanah Melayu sangat lemah dan kerana ancaman Parti Komunis Malaya. Ini bermakna Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya kerana

pertahanannya dipegang oleh British. British dengan itu dapat mengawal keselamatan dan hubungan luar Tanah Melayu. Straits Times, 15/3/56, Kritik, 8/8/56.69. Kritik, 22/5/57.70. Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Reid, hlm. 10; Report of the Constitutional Commission, hlm. 72; Appendix 11, III, IV, 111m. 150-1951, Article 82; hlm. 183, Article 157.71. Kritik, 6/5/1957.72. Federation of Malaya, Proceedings of Federal Legislative Council (Second Session), October 1956 to August 1957, Motion: Constitutional Proposals, 10th July 1957, hlm. 2908.73. Lihat Malaya Merdeka di sepanjang tahun 1956-1957. Dato’ Onn dilihat sebagai seorang pemimpin Melayu yang menyokong British, nyanyuk dan antikemerdekaan, melalui gambar seorang kanak-kanak dengan berbagai memek muka. Contohnya dalam Malaya Merdeka 1/8/1954; “Nah! Periksa betul- betul lidah aku adakah nampak bercabang macam lidah Dato’ Onn? Kata nenek aku dulu lebih baik ta’ada berlidah daripada mempunyai lidah bercabang-cabang.” Di dalam Malaya Merdeka, 19/4/56 pula dikatakan: “Nampaknya Dato’ Onn telah cuba bangun balik berpura-pura hendak menolong orang Melayu serta memberi fikiran atas rombongan merdeka tetapi apa yang kita hairan ialah apa yang dicakapkannya itu ialah fikiran-fikiran yang telah berkali-kali dicakapkan di dalam pilihan raya dan tidak diterima oleh rakyat kerana rakyat sudah cukup faham ke mana akan dibawanya… orang telah kenal Onn yang tidak memberikan sedikit pun pertolongan kepada bangsanya sebaliknya telah memberi hak kedaulatan kepada bahasa asing. Dato’ Onn telah membawa momok jus soli, pada hal ia bukanlah satu janji yang hendak diberi oleh Perikatan.”74. Kritik, 22/5/57.75. Utusan Melayu, 19/5/57.76. Utusan Melayu, 19/5/57.77. Kritik, 22/5/57.78. Utusan Melayu, 18/5/57.79. Singapura telah dipisahkan dari Persekutuan Tanah Melayu sejak 1 Jun 1948. Tidak mungkin British akan melepaskan Singapura yang menjadi jajahan takluknya yang penting kepada Tanah Melayu yang baru mendapat kemerdekaan. Tunku Abd. Rahman seperti juga Dato’ Onn sedar akan sikap British terhadap hal ini, kerana kepentingan Singapura kepada British sangat jelas dari segi perdagangan

antarabangsa pertahanan dan kedudukan politiknya di Asia Tenggara. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam dasar British meletakkan Tentera-tentera Commonwealth selama 25 tahun selepas merdeka di Tanah Melayu. Straits Times, 18/1/57.80. Kritik, 22/5/57.81. Kebanyakan anggota sidang pengarang UM adalah penyokong PKMM, yang mahu kemerdekaan Tanah Melayu sejak tahun 1945. Setelah gagal untuk merdeka bersama-sama Indonesia, mereka telah menentang UMNO sehingga diharamkan dengan pengenalan Undang-undang Darurat 1948. Sebagai pilihan, orang PKMM menyusup masuk ke dalam UMNO, terutama selepas 1950, mereka berjaya mengubah cogan kata UMNO dari Hidup Melayu kepada Merdeka dalam akhir tahun 1950, melalui cadangan Ghareb Raub, bekas anggota API dan PKMM. Dato’ Onn dan MKT UMNO yang konservatif menolak cadangan itu; oleh itu beliau menjadi musuh yang kekal bagi kumpulan ini. Maka, apabila UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, bekas anggota Saberkas yang hanya menjadi anggota bersekutu UMNO kerana dasar sosialisnya, maka ia sangat bersesuaian dengan bekas ahIi PKMM yang memasuki UMNO. Utusan Melayu yang merupakan akhbar penting masyarakat Melayu mengambil sikap yang sama kerana mereka, bekas ahli-ahli PKMM juga sehaluan dengan gerakan menuntut kemerdekaan dengan segera oleh UMNO. Soal jus soli tidaklah penting kerana PKMM melalui PUTERA telah melepaskan kerakyatan itu dalam tahun 1947 kepada AMCJA untuk menentang UMNO, pimpinan Dato’ Onn Jaafar.82. Utusan Melayu, 21/6/57.83. Kritik, 22/5/57.84. Beliau bekas anggota Saberkas, menjadi ahli biasa UMNO selepas tahun 1951. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada tahun 1960-an.85. Malay Mail, 21/6/57.86. Straits Times, 14/157, Kritik, 16/1/57.87. Ketetapan Kongres tentang agama Islam: 1. Bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan Negeri-negeri Melayu. 2. Berdasarkan kepada perasmian agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan Negeri-negeri Melayu, maka hendaklah disyaratkan di dalam perlembagaan bahawa: (i) Al-Quran dan Sunah Rasul hendaklah menjadi pegangan dan pedoman umat Islam dalam Pesekutuan Negeri-Negeri Melayu. (ii) Hendaklah dibentuk sebuah majlis agama Islam tertinggi bagi menguruskan segala urusan dan pentadbiran bagi Persekutuan Negeri-negeti Melayu. (iii) Hendaklah dibentuk mahkamah Islam yang dinamakan Mahkamah Syariah kepada setiap negeri dan sebuah Mahkamah Tinggi bagi Persekutuan.

(iv) Hendaklah diadakan sekolah agama Tinggi Islam bagi menghidupkan dan mengembangkan ajaran, pendidikan Islam dan falsafah Islam. (v) Hendaklah pelajaran dan pendidikan Islam menjadi pelajaran asasi dalam semua sekolah- sekolah kerajaan. (vi) Semua perbelanjaan bagi urusan pelajaran dan urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu hendaklah ditanggung oleh kerajaan negeri masing-masing. (vii) Semua perbelanjaan bagi urusan pelajaran dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu hendaklah ditanggung oleh kerajaan negeri masing-masing. (viii)Semua perbelanjaan bagi urusan pelajaran dan urusan pentadbiran Mahkamah Tinggi dan Majlis Agama Tinggi, ditanggung oleh kerajaan pusat. Kritik, 5/5/57.88. Bagi hal ini Kongres menetapkan: ‘Hendaklah disyaratkan di Undang-undang Perlembagaan’: 1. Hendaklah diadakan seorang Ketua Negara yang bergelar Sultan Yang DiPertua bagi Persekutuan Negeri-negeri Melayu dan Sultan bagi Melaka dan Pulau Pinang. 2. Sultan itu hendaklah seorang beragama Islam dan daripada kaum kerabat zuriat Raja-raja Melayu dan pada tarikh pemilihan undang-undang itu berumur tidak kurang daripada 35 tahun. 3. Sultan Yang DiPertua itu hendaklah dilantik bagi seumur hidup dan boleh dipecat dengan tuduhan yang dibawa di dalam Dewan Negara.Kritik, 5/5/57.89. Tunku Abdul Rahman enggan bertemu dan berbincang dengan wakil Kongres Melayu kerana Kongres 1957 mengacau perundingan kemerdekaan yang dianggapnya sangat rumit. Beliau juga menolak permintaan untuk menghantar wakil dalam pertandingan terakhir itu Straits Times, 8/5/57 dan 10/5/57.90. Pendirian beliau juga adalah suara PAS. PAS telah menghantar satu memorandum berasingan dari Kongres 1957 untuk menyatakan cadangan menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan sebaik-baik sahaja merdeka, tidak perlu menunggu 10 tahun. PAS juga mendesak Islam sebagai agama ‘orang negeri-negeri Melayu’ supaya dapat dijadikan dasar pentadbiran negeri tersebut. Straits Times, 18/4/57.91. Federation of Malaya, Proceedings of Federal Legislative Council, (Second session) October 1956 to August 1957, ‘Motion-Constitution Proposal’, 10 July 1957, hlm. 2908-2910.

Bab ini bertujuan membincangkan perubahan penting tentang kerakyatan Negeri Melayu dan SemenanjungTanah Melayu sebelum kedatangan British sehingga negara ini mencapai kemerdekaan. Perubahan ini akandilihat melalui akta-akta penting dengan penumpuan khas terhadap soal ‘Rakyat Raja’, ‘Rakyat British’dan ‘Rakyat Persekutuan’. Untuk melihat kesan kerakyatan ini kepada orang Melayu, penumpuan akandiberi kepada perubahan yang berlaku kepada kerakyatan Negeri Melayu dan ‘Rakyat Raja’.Rakyat Raja Negeri MelayuSebelum kedatangan British dan penjajah lain di Semenanjung Tanah Melayu, terdapat kerajaan Melayuyang mempunyai kedaulatan penuh ke atas negeri, kerajaan dan rakyatnya. Mengikut cerita lisan, terdapatkerajaan Melayu tua seperti Langkasuka, Beruas, Gangga Negara dan juga di Kelantan. Mengikutpengkajian arkeologi pula, terdapat penempatan zaman neolitik dan pra-sejarah di Kedah, Perak,Sarawak, Selangor dan Pahang. Bagi negeri yang mempunyai rekod sejarah seperti Kesultanan Melakayang wujud pada awal kurun ke-15, kepentingannya dan kemampuannya sebagai sebuah kerajaan danempayar pelautan Melayu Semenanjung tidak dapat diragukan. Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 pulatelah melahirkan negeri-negeri Melayu yang baru merdeka. Pembentukan kerajaan Perak, Terengganu,Pahang, Selangor, Johor dan Kedah serta Kelantan yang dibentuk lebih awal telah menyempurnakankewujudan Semenanjung Tanah Melayu sebelum pendudukan British pada pertengahan kurun ke-19. Hikayat-hikayat Melayu telah menjadi sumber sejarah-budaya masyarakat Melayu tradisional.Melaluinya, keadaan dan perjalanan politik, ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan Melayu itu dapatdiketahui. Hikayat ini telah ditulis oleh pujangga istana dan bertujuan untuk mengagungkan Raja yangmemerintah dan kaum kerabatnya. Dengan tujuan itu, tidak hairanlah sesetengah peristiwa telah dimitoskandengan memberi kuasa-kuasa ghaib dan mistik kepada Raja tersebut. Ini bertentangan dengan akal rasionalmanusia hari ini. Namun, kita harus sedar bahawa dalam kerangka pemikiran masyarakat tradisional yang

menerima raja sebagai wakil Tuhan di dunia dengan sebarang kuasanya tidak boleh dipertikaikan, memangdisengajakan. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, ada penulis istana seperti Tun Sri Lanang yang telahmenyelitkan sindiran yang tajam kepada Raja-raja Melaka yang tidak adil dan sentiasa mengikut nafsusehingga menyebabkan kejatuhan Melaka. Misa Melayu merupakan salah satu hikayat yang dihasilkan oleh kerajaan Melayu Perak. Hikayatini sangat berbeza daripada hikayat Melayu yang lain. Ini kerana bukan sahaja nama pengarang tercatatdengan jelas tetapi juga kerana peristiwa-peristiwa yang ditulisnya itu tidak bersifat mitos atau lagenda,sebaliknya peristiwa sejarah yang berlaku dengan tepat dan selari dengan dokumen sejarah. Ia telahditulis pada awal kurun ke-19 (1836) iaitu beberapa dekad sebelum campur tangan British di Perak. Dalam Misa Melayu ini tercatat dengan jelas struktur dan hierarki kerajaan Melayu dengan segalasistem yang menyokongnya sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam sistem politiknya, jelassekali kerajaan Perak diketuai oleh seorang Raja yang dilantik secara keturunan dan disahkan dengan satusistem penabalan yang penuh dengan adat istiadat Melayu dan alat kebesarannya. Raja merupakan pusatsegala aktiviti kerajaan sama ada dari segi kepimpinan budaya dan ekonomi dengan dibantu olehpembesar-pembesar yang dilantiknya. Pentadbiran Perak dapat dijalankannya dengan kemas. Hubunganluar negeri juga berlaku dengan Belanda dan perdagangan juga dijalankan dengan kemasukan bangsa-bangsa luar. Sifat rakyat Melayu yang menyokong institusi raja dan kerajaan Perak juga jelasdigambarkannya. Dengan keadaan perundangan seperti itu, Raja Perak adalah Raja yang berdaulat. Sebagai Rajayang berdaulat, Baginda mempunyai rakyatnya sendiri yang dikenali sebagai ‘Rakyat Raja’. Dalam konsep‘Rakyat Raja’ ini, kesetiaan kepada Raja yang memerintah menjadi dasarnya. Ini meliputi sesiapa sahajaorang Melayu dan orang asli yang tinggal di sepanjang sungai yang membentuk sempadan negeri tersebut.1Kesetiaan ‘Rakyat Raja’ yang tidak berbelah bahagi ini menjadi ciri utama dan dasar kerakyatan negeriPerak. Sesiapa sahaja yang dipanggil rakyat sama ada orang besar bergelar, orang ramai dan hambasahaya akan sentiasa mengutamakan perintah Raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Mereka bukansahaja boleh dikerah tenaga tulang empat keratnya, malah mereka boleh dihukum bunuh dan disula denganperintah Raja tanpa ada perbicaraan yang sempurna. Kata Raja, adalah undang-undang bagi rakyatnya. Misa Melayu melukiskannya dengan jelas sekali. Dalam perayaan untuk mengadakan majlisperkahwinan dan upacara berkhatan dan bertindik, Raja Muzaffar Shah yang memerintah Perak sebelumtahun 1756 telah memperlihatkan kuasanya yang besar ke atas rakyat jelatanya. Menurut Misa Melayu: “Ada pun segala orang besar berkerah itu masing-masing dengan pegangannya dan jabatannya. Setelah sudah orang berkerah kepada taalok dan rantau jajahannya negeri Perak ini, maka antara beberapa hari selangnya, berhimpunlah segala hulubalang dan rakyat dari segala puchok negeri lalu ke kuala negeri daripada segala anak sungai, dan dagang senteri dan sekeliannya berhimpun ke Berahman Indera.”2 Hal ini juga jelas dalam pembukaan ibu negeri di Pulau Chempaka Sari oleh Sultan Iskandar Shahyang menggantikan Sultan Muzaffar Shah sebagai Sultan Perak pada tahun 1756 hingga tahun 1770.Baginda hanya mengarahkan sahaja Raja Muda mengetuai kerja-kerja tersebut. Perintah itu dengan segeradibuat oleh Raja Muda dan para pembesar tanpa banyak soal. Katanya:

“Dengan tinggi daulat Tuanku, yang mana titah duli yang maha mulia itulah yang patik sekalian kerjakan. Setelah putus bicaranya, Maka Raja Muda dan segala orang besar-besar pun bermohonlah pulang masing-masing menyuruh mengerah segala hulubalang rakyat sekalian teluk rantau dan segala anak-anak sungai semuanya disuruh segera datang membawa parang beliung maka berhimpunlah segala rakyat akan membuat kota di Pulau Chempaka Sari itu.”3Dan “Adapun pada adatnya yang berbuat istana Raja itu Orang Kaya Besar dan Penghulu Bendahari. Maka, Orang Kaya Besar menyuruhkan Seri Adika Raja menetak ramuan itu kerana ia memegang rakyat hulu. Kemudian daripada itu pada segenap teluk rantau dan anak-anak sungai pun semuanya habis mengerjakan ramuan itu. Maka…berhimpunlah penghulu-penghulunya sekelian itu ke Pulau Indera Sakti masing-masing dengan sakainya untuk membuat mahligai itu.”4 Bagi orang yang datang dari luar, mereka dianggap sebagai dagang senteri yang kediamannya kerapkali di muara sungai dan diletakkan di bawah kawalan Shahbandar. Walaupun mereka tidak mengaku taatsetia kepada Raja yang memerintah tetapi mereka tertakluk kepada peraturan dan adat istiadat negeritersebut. Pada abad ke-19 pula, mereka telah diletakkan di bawah ketua masing-masing dan bagi orangCina dipanggil sebagai Kapitan Cina. Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum lelaki yang akan kembalike China semula. Dengan itu, penduduk dagang itu bersifat sementara dan tidak tetap jumlahnya. Orangluar ini dianggap terasing daripada ‘Rakyat Raja’. Misalnya, dalam hubungan perdagangan bijih timah diantara Holland (Belanda) dengan Kesultanan Perak, didapati Sultan Iskandar telah meletakkan mereka disatu tempat khas iaitu di Pangkalan Halban dengan ketuanya dikenal sebagai Kapitan Holland. Hubunganantara mereka berlaku sebagai satu kuasa dengan sebuah kuasa lain. Kesultanan Perak juga menolak bangsa luar seperti India atau Cina untuk dijadikan rakyatnya.Kedua-dua bangsa ini dianggap sebagai orang luar yang mesti akur kepada peraturan kebudayaan Perak.Sultan Iskandar menolak sebarang usaha daripada mereka untuk menjadi sebahagian daripada masyarakattempatan. Pir Muhamad, seorang jurubahasa syarikat Holland telah cuba menjadi rakyat Sultan Iskandar.Kesetiaannya ditolak oleh Sultan Iskandar yang melihatnya sebagai ‘seorang Keling’ yang tidakmenghormati adat istiadat Raja Melayu. Mengikut Misa Melayu: “Maka dipersembahkan orang kepada Baginda juru Bahasa Melayu Holland itu hendak mengadap. Maka oleh Baginda tiada diterimanya kerana tiada memberi tahu orang Kaya Laksamana dan Shahbandar, tambahan surat pun tiada dengan bingkisnya; kerana adatnya surat itu dari sebuah kerajaan negeri itu ada juga berbingkis; sebab itulah maka tiada diterima oleh Baginda.”5 Perbezaan di antara ‘Rakyat Raja’ dengan penduduk luar dari daerah lain juga jelas dalammasyarakat Melayu Perak. Sewaktu membina kota dan bandar Pulau Chempaka Sari, dengan jelas RajaChulan telah membezakan mereka dengan rakyat Perak. Katanya: “Maka, seberang Pulau itu diperbuat pula pekan dan bandar. Maka, segala orang isi bandar yang dahulu itu sekaliannya habis dipindahkan ke situ. Ada pun orang-orangnya dan berbagai-bagai jenis bangsanya daripada Keling, Bugis, Minangkabau. Maka terlalu ramainya di bandar itu; maka segala orang Cina sama-sama Cina; maka beraturlah rumah berlapis-lapis…”6 Petikan-petikan di atas memperlihatkan beberapa perkara yang penting. Pertama sekali, jelasbahawa dalam sebuah negeri Melayu, rakyat Melayu adalah mereka yang menerima ketuanan Raja yangmemerintah tanpa ada soal jawab. Mereka menerima apa sahaja perintah Raja untuk memberi kesenangankepada Raja Melayu. Mereka boleh dikerah pada bila-bila masa untuk membuat apa sahaja yangdikehendaki. Sebagai gantinya, mereka diterima sebagai ‘Rakyat Raja’. Ini berlaku kerana adanya konsepdaulat yang menjadi tonggak kehormatan dan sifat istimewa Raja Melayu yang diterima terus daripada

Sang Sapurba, Bukit Siguntang Mahameru. Penerimaan orang Melayu terhadap hak istimewa itu hanya boleh berlaku dengan persetujuanDemang Lemang Lebar Daun, Raja Palembang yang telah terikat janji dengan Sang Sapurba bahawa orangMelayu hanya menerima ketuanan Sang Sapurba jika mereka diperintah dengan adil dan saksama.Begitulah juga sebaliknya. Ini bermakna, jika orang Melayu tidak menghormati dan mendaulatkan Raja, inibererti mereka akan mendapat tulah atau nasib buruk dan jika Raja pula tidak berlaku adil, mereka akanditentang.7 Kes Sang Rajuna Tapa membenarkan tentera Jawa masuk menyerang Singapura danmenjatuhkan Sultan Iskandar adalah tanda pelaksanaan sumpah di antara kedua-duanya.8 Keduanya, untuk Raja Melayu menerima orang luar sebagai rakyatnya adalah sulit sekali. Terdapatgaris pemisah yang jelas. Mereka tidak dikerah untuk kepentingan Raja dan diasingkan daripada rakyatnegeri itu. Perbezaan antara orang negeri itu dengan orang Melayu dari Kepulauan Melayu juga sangatjelas. Mereka dikenali sebagai satu bangsa seperti Minangkabau dan Bugis. Ini bermakna mereka yangdiiktiraf sebagai Rakyat Raja adalah yang berketurunan Melayu dari Bukit Si Guntang Mahmeru,Palembang. Ini bermakna mereka yang datang dari luar kawasan tidak dianggap sebagai keturunan rakyatPerak. Perak mengamalkan dasar etnik Melayu yang sangat khusus. Misa Melayu juga menunjukkan dengan jelas layanan terhadap orang luar. Dalam kes Pir Muhamaditu, bukan sahaja ditekankan soal menghormati adat istiadat Melayu tetapi mereka juga mesti menerimasistem politik Melayu itu sendiri. Mereka dikehendaki mengiktiraf kuasa dan peranan pembesar-pembesarMelayu yang telah dilantik oleh Raja Melayu sebagai kuasanya sendiri. Ini kerana Baginda telahmenyerahkan sebahagian daripada kuasa kepada pembesar-pembesarnya. Sikap Kapitan Holland yangmengikut adat istiadat Melayu dan mengikut peraturan menghadap Raja Perak seperti kebiasaannya sangatdisenangi oleh Sultan Iskandar sehingga mereka telah dilayan dengan baik sekali. Niat Kapitan Hollanduntuk berperang dengan Perak akibat hasutan Pir Mohamad akhirnya telah dibatalkan. Satu hal yang ketara ialah rakyat Sultan Perak sentiasa tinggal di sepanjang sungai dan teluk, rantau,termasuk orang Sakai tinggal di hulu sungai. Setiap kali mereka dikerah, pembesar-pembesar istana dandaerah termasuk Penghulu akan membawa anak buahnya untuk bekerja bagi kepentingan Sultan.Penempatan orang Melayu dan orang asli itu sangat berbeza dengan orang mendatang yang diletakkan dikuala sungai ataupun di tanjung, di pekan serta bandar. Ini bermakna, rakyat Melayu bersifat luar bandardan penduduk sungai dan hutan. Sifat mereka ini berbeza dengan pedagang yang dipegang oleh orang luarseperti Keling, Cina dan Eropah. Dengan keadaan sistem kerajaan Melayu seperti itu, ternyata pembinaankonsep sebuah Negara bangsa negeri Melayu berdasarkan Melayu. Ini bermakna pembinaan sebuahkerajaan dan negara atau negeri Perak itu didasarkan kepada Raja Melayu, negeri Melayu dan rakyatMelayu. Inilah unsur-unsur yang menjadi tiang seri negeri Perak dan kesemua negeri Melayu yang lain.Tidak terdapat unsur bukan Melayu di dalamnya. Walaupun negeri-negeri Melayu belum lagi membentuk sebuah persekutuan yang besar, tetapisebagai sebuah negeri yang berdaulat dengan Raja sebagai pemerintah adat lembaga sebagai sistemundang-undang; pentadbiran, politiknya dan adat istiadat sebagai sistem budayanya, konsep sebuah negaraberdaulat dan merdeka telah diwujudkan sebelum kedatangan penjajah Barat ke atas Semenanjung.

Kesemuanya itu telah dipergunakan sebagai satu sistem yang berpadu dan bebas tanpa dipengaruhi olehsesiapa pun. Soal sejauh mana sistem itu berkesan bagi kepentingan Melayu tersebut adalah satupersoalan lain. Setiap sistem tentu ada turun naiknya bergantung kepada pelaksanaan sistem tersebut.Sistem itu boleh menjadi begitu baik jika pelaksanaannya, sama ada Raja atau pembesarnyamenjalankannya dengan adil dan penuh rasa tanggungjawab. Jika tidak, konflik akan berlaku dan ini sudahtentu mencabar kewibawaan sistem tersebut. Inilah yang terjadi di Perak sewaktu British campur tangan di negeri tersebut dalam pertengahanabad ke-19. Pihak British menggunakan soal perebutan takhta dan konflik ekonomi perlombongan sebagaialasan betapa goyahnya sistem politik, ekonomi dan sosial Perak. Dalam erti kata lain, sistem politikMelayu tradisional Perak tidak mampu untuk menyelesaikan konflik politik dan pentadbiran. Ini tentulahtidak tepat kerana seperti yang telah dibuktikan oleh Sultan Iskandar Perak, dengan menggunakan sistemyang sama, Baginda telah dapat mengatasi percubaan Pir Muhamad utuk melagakan Baginda danpembesar-pembesarnya dengan Belanda sehingga Baginda dapat mengelakkan serangan Belanda ke atasPerak yang pada masa itu telah mempunyai hasil bijih timah sebagai bahan dagangan utamanya.Keupayaan dan kewibawaan Sultan Perak itu menggambarkan betapa matangnya sistem politik Melayuuntuk mengatasi sebarang krisis politik yang cuba dicetuskan oleh unsur lain. Dalam mana-mana sistem politik, sudah pasti ada cabarannya dan pertandingan untuk merebut kuasakerana peminatnya yang ramai. Namun, ini bukan bererti ia lemah tetapi dijadikan kesempatan yang sangatberguna untuk melemahkan sistem itu. Inilah yang digunakan oleh British pada abad ke-19. Bagi British,dengan cara itu sahaja sistem politik tradisional Perak boleh diubah suai dengan kepentinganimperialisme ekonominya. Kelemahan sistem tradisional itu sengaja ditimbulkan untuk memberi satujustifikasi kepada campur tangannya bagi menimbulkan anggapan bahawa Perak dan kemudiannya seluruhnegeri tidak mempunyai satu sistem politik serta ekonomi sebelum kedatangan mereka. Bagaimanapun, penafian British kepada sistem politik tradisional Perak tidak menghapuskan sistemitu. Sistem pentadbiran Barat dijalankan selari dengan sistem pentadbiran tradisional Melayu. Inidiperkenalkan oleh Rupert Emerson sebagai ‘parallel system’. Ini bermakna British mengekalkan institusiRaja sebagai Ketua Negeri Melayu secara adat dan simbol ketuanannya. Cop mohor Raja Melayu masihdipakai dalam Majlis Mesyuarat Negeri bagi meluluskan rang undang-undang. Raja-raja Melayu terusmemberi pendapatnya dalam Durbar. Walaupun kuasa sebenar telah diambil oleh Residen, ResidenGeneral dan Gabenor negeri Selat, tetapi jika disemak dalam sistem politik tradisional Melayu, kitadapati kuasa eksekutif Raja Melayu itu juga telah diserahkan kepada para pembesar bergelar danpenyokongnya dengan sistem pembesar 4, 8, 16 dan 32. Merekalah yang menjalankan kuasa pentadbiransebenarnya sama ada dalam menasihati Raja ataupun mengendalikan bahagian-bahagian pentadbirantertentu, mentadbir jajahan takluk, daerah atau mukim negeri tersebut.9 Konsep Raja Mutlak tidak berlakusepenuhnya dalam sistem politik tradisionalnya. Maka, dengan pengenalan sistem pentadbiran Barat, bahagian sistem politik yang benar-benardiambil alih oleh British ialah kuasa eksekutif kaum pembesar Melayu yang selama ini diserahkan olehSultan kepadanya. Golongan ini yang menduduki hierarki kedua masyarakat Melayu tradisional telahdigantikan dengan pegawai-pegawai Inggeris yang didatangkan terus dari England. Bermula dari Residen,

Penasihat British, Hakim, Penasihat Kewangan, ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan persekutuan,sehinggalah kepada pegawai-pegawai tentera dan polis telah dipenuhi oleh pegawai Inggeris. Pembesar-pembesar Melayu telah dibersarakan, dan sebagai ganti anak-anak mereka dididik dengan sistempendidikan dan nilai-nilai British di Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga mereka boleh menjadipenyokong kepada sistem pentadbiran kolonial sebagai pentadbir kelas dua. Dengan nilai yang sama,anak-anak pembesar tidak akan menentang British tetapi sebaliknya akan bekerjasama. Bagi golongan bawahan pula, British mengekalkan sistem kepimpinan tradisional iaitu Penghuludan Tok Sidang. Mereka terus kekal mentadbir kampung dan mukim dengan diserapkan terus ke dalambirokrasi kolonial. Golongan ini tidak dihapuskan kerana mereka dengan mudah boleh menjadi ejenBritish yang paling hampir dengan British dalam melaksanakan pentadbiran kolonial ke atas pendudukkampung. Dengan cara itu, British tidak akan berdepan dengan rakyat. Dengan itu, kehadiran penjajahanBritish begitu menonjol di depan mata mereka. Ini bermakna pengekalan sistem kepimpinan akar umbibukan sahaja memudahkan pentadbiran, tetapi juga mengurangkan tekanan politik di samping dapatmerendahkan belanja pentadbiran British. Penghulu dan Ketua kampung kerap tidak mempunyai gaji yangtetap dan mereka bergantung hidup kepada penghormatan orang kampung dan harta pusaka. Ini keranaPenghulu dilantik oleh Raja dan jawatan itu bersifat keturunan. Disebabkan sistem pentadbiran seperti itu, negeri Melayu dikenali sebagai ‘Negeri Melayu YangDinaungi’. R. Bradell seorang peguam terkemuka Singapura dan Johor, telah menulis sebuah buku yangbertajuk The Legal Status of the Malay States pada tahun 1931. Intipati tulisannya itu telah digunakanbagi menolak kuasa British secara mutlak ke atas Tanah Melayu dari segi perundangan sewaktu orangMelayu menentang Malayan Union pada tahun 1946. Beliau telah menunjukkan perbezaan kedudukanantara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat. Menurutnya,perbezaannya sangat ketara. Bagi kedua-dua buah kumpulan Negeri-negeri Melayu yang awal itu dikenalisebagai Negeri-negeri Melayu Yang Bernaung (Protected Malay States). Bagi Negeri-negeri Selat puladikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota. Dalam Negeri-negeri Yang Dilindungi, kuasa pentadbiransepatutnya dibiarkan dalam tangan anak negeri kerana Raja-rajanya masih berdaulat dan merdeka. Inikerana perjanjian yang dibuat antara mereka sebagai satu tanda persahabatan dan British dikehendakimenasihat dan membantu mereka. Pegawai British yang bekerja di situ dikenali sebagai PesuruhjayaTinggi, pegawai undang-undang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang dan pentadbirannya dikenalisebagai Pentadbiran Yang Mulia Raja-raja. Bagi Tanah Jajahan Mahkota seperti Singapura dan Melakaserta Pulau Pinang, mereka terletak terus di bawah pentadbiran England dan segala undang-undangnyadiluluskan oleh Parlimen British. Rakyatnya dikenali sebagai ‘Rakyat British’ (British Subjects).Pendapat R. Braddel ini didasarkan kepada tindakan British selama ini di Tanah Melayu. Dalam Penyata1928, Parlimen British mengatakan: “Negeri-negeri Melayu itu bukanlah kawasan British. Negeri-negeri itu ialah Negeri-negeri Yang Bernaung. Tiap-tiap seorang sepuluh buah negeri itu ialah Raja-raja yang berdaulat. Hendaklah sentiasa diingat bahawa pengaruh British wujud negeri Melayu bukanlah kerana ditakluk ataupun langgaran tetapi ialah kerana dijemput oleh Raja-raja dari beberapa buah negeri… Kedudukan kita di sini adalah berpegang kepada akuan termeteri itu…” “Sesungguhnya, negeri-negeri itu pada masa yang lalu, demikian juga pada masa sekarang dan akan datang kelak mestilah tinggal kekal dalam langkah mentadbir negeri-negeri itu mestilah sentiasa berikhtiar bagi memajukan bangsa Melayu Bumiputera jati negeri ini yang datuk nenek mereka itu telah menjemput kita mula-mulanya dahulu untuk menjalankan tanggungjawab kita.”10

Ini dipegang oleh Jepun kemudiannya apabila menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942-1945.Dasar ‘pemerintahan tidak langsung’ dan ‘secara langsung’ dijalankannya serentak seperti British sebelumini. Institusi Raja, negeri Melayu, dan rakyat Melayu sebagai peribumi Tanah Melayu. Mereka dijadikanrakan pentadbiran dan didorong walaupun pada saat yang terakhir untuk merdeka bersama-sama denganIndonesia. Bagi orang India pula, mereka dibentuk bagi membebaskan India dan bagi orang Cina pulamereka dijadikan musuhnya yang nyata.Kerakyatan Malayan UnionKembalinya British pada tahun 1946 dengan Parti Buruh sebagai pemerintah Britain, telah menyaksikansatu perubahan dasar politik yang sangat berbeza. British dengan tegas mahu melaksanakan penjajahanfizikal ke atas Tanah Melayu sepenuhnya. Untuk itu, kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secaraperlembagaan dan kebudayaan. Negeri Melayu dijadikan satu dengan nama Malayan Union danperundangan Tanah Melayu dibuat oleh Parlimen British. British ingin membentuk satu konsep negara-negara yang baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu tetapi Malayan. Dalam dasar ini, British menolaksecara tegas semua unsur politik tradisional Tanah Melayu dengan menggantikannya dengan unsur-unsurperundangan dan struktur British seperti yang dicatatkan dalam Kertas Putih 6724, Parlimen British,1946.11 Dalam hal kerakyatan, Malayan Union sangat tegas menghilangkan kuasa politik orang Melayu.Mengikut Malayan Union Citizenship:23. The Malayan Union Citizenship Order in Council will provide that the following persons will be Malayan Union Citizen: (a) Any person born in The Malayan Union or Singapore before the date when the Order comes into force, who is ordinarily resident in The Malayan Union or Singapore on that date. (b) Any person of eighteen years of age or over ordinarily resident in The Malayan Union or Singapore on the date when the Order comes into force, who had resided in Malayan Union or Singapore for a period of ten years during the fifteen years preceding the 15th of February 1942, and who swears or affirms takes the oath of allegiance (i.e., to be faithful and loyal to the Government of The Malayan Union). (c) Any person born outside The Malayan Union and Singapore for on or after the date when the Order comes into force. (d) Any person born outside The Malayan Union or Singapore on or after the date when the Order comes into force, whose father is a Malayan Union citizen at the time of that person’s birth and either was born in The Malayan Union or Singapore or was a Malayan Union citizen under (b) above or had obtained a certificate of naturalization. The minor children (viz: children under eighteen) of persons in categories (a) and (b) will also be Malayan Union citizens. (e) Japanese nationals will be debarred from obtaining Malayan Union citizenship under the above provisions.

24. The Govenor of The Malayan Union may grant certificates of naturalization as Malayan Union citizens to applicants who satisfy him: (a) That they have resided in Malayan Union or Singapore for a period of one year immediately preceding the date of application and for a further period of four years during the last eight years before the application. (b) That they are of good character and have an adequate knowledge of the Malay or English language, and (c) They intend, if the application is granted, to reside in The Malayan Union or Singapore.12 Ianya satu peruntukan kerakyatan yang sangat bebas dari sifat tradisional kerakyatan negeri Melayu.Ia memberi semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu, Singapura dan British serta mereka dari luarnegara yang berminat. Kata putus untuk membolehkan semua kerakyatan itu bukan lagi terbuka kepadaRaja Melayu, tetapi sepenuhnya kepada Gabenor dan Parlimen British. Ia telah mencabut semua kuasaeksekutif negeri Melayu. Orang Melayu sangat terperanjat. Mereka telah bangun menentangnya dengan bersungguh-sungguhsejak dari mula tandatangan Raja-raja Melayu diambil oleh Mac Michael. Ramai penulis, terutama yangbersimpati dengan golongan radikal Melayu melihat tandatangan itu sebagai satu usaha untuk menegakkankuasa Raja Melayu dan para pembesar Melayu. Ini menunjukkan fahaman yang cetek terhadap semangatdan struktur kerajaan dan kebudayaan Melayu itu sendiri. Raja Melayu adalah tonggak kebudayaan danroh rakyat Melayu itu sendiri. Penghapusan institusi, kuasa dan kewibawaan mereka akan melumpuhkansistem kebudayaan dan politik Melayu itu buat selama-lamanya. Dengan itu, penentangan merekasebenarnya adalah satu penentangan roh dan semangat kebudayaan dan politik Melayu. Ia adalah satuperjuangan menentukan hidup mati politik orang Melayu. Mereka cuba mempertahankan konsep Negarabangsa Melayu tradisional. Pendirian ini sangat jelas disuarakan oleh Resolusi Kongres 1946 yangdiadakan pada awal bulan Mac 1946. Mengikut Resolusi itu: “Bahawa perjanjian yang telah ditandatangani oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan P erak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis yang memberi kuasa penuh kepada Duli Yang Maha Mulia King ke atas beberapa buah negeri Melayu dan melucutkan kuasa Sultan-sultan ke atas negeri mereka itu adalah tidak mengikut P erlembagaan, hak pusaka, adat resam dan amalan tiap-tiap negeri Melayu dan oleh yang demikian adalah tidak sah dan batal dan tidak mengikat Yang Maha Mulia itu rakyat mereka dengannya.”13 Bagi golongan radikal Melayu yang dipimpin oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),pengenalan Malayan Union menjadi satu langkah ke depan yang sangat baik. Ia bertujuan untukmembentuk satu dasar negara-bangsa Malayan yang moden yang sangat selari dengan perjuangan merekaselama ini. Penghapusan institusi Raja dan golongan bangsawan Melayu yang melahirkan kelas dalammasyarakat Melayu tradisional memang diharapkan. Dengan penghapusan itu, walaupun Tanah Melayumenjadi takluk British, golongan radikal Melayu ini berharap untuk mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu pada akhirnya nanti. Beberapa petikan daripada akhbar Pelita Malaya, akhbar rasmi PKMM,dapat menjadi bukti. Katanya: “PKMM tetap menyambut MU dengan harapan yang tinggi kerana menolak MU bererti berbalik kepada aturan lama, rujuk kepada cara lama yang hanya memberi faedah kepada sekelompok orang Johor Bahru, orang Kelang dan orang Kuala Kangsar sahaja, bukan rakyat jelata.”

Dan “PKMM bertelagah dengan Dato’ Onn dan Kongres tolak MU, hak sama rata kerakyatan kepada bukan Melayu dan kedudukan Malaya dipulangkan seperti sebelum 1941.”Dan “Apa yang diharapkan kebaikan dari Malayan Union selain menyatukan umat Melayu itu ialah cara pemerintahan yang mengikut cara-cara demokrasi berdasarkan suara ramai dengan jalan undi dan kerana dengan jalan itulah kemajuan, keadilan dan kesejahteraan umat yang sebenarnya akan didapati... tetapi masa untuk merdeka itu akan jauh, mungkin 10 tahun atau lebih.” Dalam petikan itu, terdapat satu perkara yang sangat penting iaitu soal kerakyatan. PKMMmempunyai pendirian politik yang sangat berbeza dengan UMNO. Jika UMNO mempertahankankerakyatan tradisional Negeri-negeri Melayu, sebaliknya PKMM bersetuju dengan satu dasar kerakyatanbaru yang menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi rakyat Malayan Union. Ini bermakna,dasar kerakyatan itu tidak lagi berdasarkan orang Melayu tetapi berbagai-bagai bangsa yang datang dariluar Tanah Melayu. Sokongan PKMM ini bertujuan untuk memasukkan orang Indonesia yang menjadipenyokongnya. Keduanya, sokongan itu selari dengan kehendak Parti Komunis Malaya yang menjadi‘mentor’ PKMM. Parti Komunis Malaya yang menjadi penaja dan pembiaya kegiatankegiatan PKMM terutama darisegi latihan, kepimpinan dan akhbar-akhbarnya, telah menggunakan semua parti bukan Melayu dan radikalMelayu untuk menjadi penyokong dan alat menentang British dan UMNO. Dari tahun 1946-1948, PartiKomunis Malaya telah menjalankan cara berperlembagaan serta mempengaruhi orang ramai denganideologinya.14 Hanya setelah gagal pada tahun 1948, barulah Parti Komunis Malaya mengangkat senjatamenentang secara ketenteraan.15 Tindakan PKMM menyokong Malayan Union dan bekerjasama denganPKM meninggalkan kesan kepada sebahagian besar orang Melayu. Walaupun PKMM berkongresbersama-sama dengan orang Melayu pada tahun 1946 di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur dan sama-sama menjadi pengasas UMNO di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946,16 tetapi mereka menolakPKM sebagai pemimpin mereka. Sebaliknya, golongan elit tradisional yang selama ini menjadi pentadbirmasyarakat tradisional Melayu menjadi pilihan. Tindakan ini menyebabkan PKMM dan PKMmemusuhinya secara terbuka. UMNO dituduh sebagai penyokong British, pelanjut ‘feudalisme’masyarakat dan tidak menuntut kemerdekaan. PKMM kemudian bekerjasama dengan AMCJA yang jugadipengaruhi oleh PKM bagi menentang British dan UMNO.17 Pengisytiharan Darurat kerana keganasanParti Komunis Malaya telah mengharamkan PKMM tetapi menghidupkan UMNO. UMNO menjadi pemukapolitik orang Melayu yang tunggal untuk mendesak dan menjaga kepentingan Melayu secara sederhana.18 Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat antara UMNO, Raja-raja Melayu dan British, telahmengembalikan semula segala sifat-sifat tradisional Negeri Melayu. Ini termasuklah mendaulatkan semulaRaja Melayu sebagai Ketua Negeri Melayu dengan segala kuasa dan adat istiadat yang mengiringinya,kedudukan Negeri Melayu sebagai Negeri yang Dinaungi, Rakyat Raja sebagai rakyat negeri Melayu,negeri Melayu sebagai negeri yang merdeka antara satu sama lain.19 Kedudukan pra-1941 yang dimilikioleh negeri Melayu telah dikembalikan. Apa yang disebut dalam Perjanjian Persekutuan 1948 adalah soal kerakyatan. Dalam Bahagian 12

Perjanjian Persekutuan 1948, telah disebut tentang pembentukan dan pengesahan Rakyat Raja adalahRakyat British yang berlaku secara kuatkuasa Undang-undang (Operation of Law). Mengikut Fasal124(1), mereka yang menjadi rakyat dalam kategori ini adalah:(a) Mana-mana rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja bagi mana-mana Negeri Melayu sama ada diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan.(b) Mana-mana Rakyat British yang dilahirkan dalam salah satu dari Negeri Selat sama ada dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan itu yang tinggal tetap dalam mana-mana negeri yang terkandung dalam Persekutuan.(c) Mana-mana Rakyat British yang telah diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan dalam mana-mana negeri yang terkandung dalam Persekutuan: (i) Jika bapanya diperanakkan di mana-mana negeri yang sekarang ini terkandung dalam Persekutuan. (ii) Jika pada hari diperanakkan itu bapanya telah tinggal tetap dalam negeri tersebut.(d) Mana-mana orang yang diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan itu dalam mana-mana negeri yang sekarang akan terkandung dalam Persekutuan dan bertabiat bercakap Bahasa Melayu dan mengikut adat resam Melayu.(e) Dalam fasal kecil (i) perkataan ‘Rakyat Yang Maha Mulia Raja bagi mana-mana Negeri Melayu’ itu maknanya mana-mana orang yang: (i) Termasuk dalam bilangan kaum asli yang tinggal di dalam negeri itu; atau (ii) Menjadi orang Melayu yang diperanakkan di dalam negeri itu atau diperanakkan di luar negeri- negeri Melayu jika bapanya menjadi rakyat Raja negeri itu pada ketika orang itu diperanakkan; atau (iii)Telah diakui menjadi ‘naturalised’ rakyat Raja mengikut mana-mana undang-undang yang pada masa itu berjalan kuasanya.(f) Perkataan ‘Melayu’ maknanya seorang yang: (i) Sudah jadi tabiinya bercakap Bahasa Melayu. (ii) Mengikut agama Islam. (iii)Menurut adat resam orang Melayu.20 Dengan meneliti isi-isi Perjanjian Persekutuan ini, ternyata terdapat dua nama kerakyatan yang telahmembezakan Rakyat Raja Negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-negeri Selat. BagiNegeri-negeri Melayu, nyata sekali telah didasarkan kepada dasar-dasar kerakyatan tradisional RajaMelayu sebelum ini, dengan mengambil kira semua bentuk dan cara untuk menjaga keaslian Rakyat Rajayang selama ini diamalkan di Negeri-negeri Melayu. Sesuai dengan sebuah Perlembagaan, segala syaratdan sesiapa yang dipanggil sebagai orang-orang yang menjadi asas kerakyatan Raja itu telah dijelaskansupaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Soal baka nampaknya tidak ditimbulkan kerana orang Melayutelah mengamalkan kahwin campur dengan bangsa yang beragama Islam. Orang Asli yang tidak beragamaIslam tetap dianggap Rakyat Raja kerana mereka adalah penduduk asli Negeri-negeri Melayu. Dalam ertikata lain, isi-isi Fasal ini adalah penegasan secara bertulis terhadap wujudnya Rakyat Raja Negeri-negeri

Melayu sebelum tahun 1948 di Semenanjung Tanah Melayu. Dengan Perjanjian itu, British mengiktiraf semula kedudukan orang Melayu dan orang asli sebagairakyat jelata negeri Melayu yang kesetiaannya terserah kepada Raja negeri Melayu. Ini bermakna SultanPerak, misalnya mendapat semula rakyat tradisionalnya dengan sifat dan kesetiaan yang tidak terusik darisegi perundangan dan kebudayaan serta adat resam Melayu. Sultan Perak, dengan itu boleh menjalankankekuasaannya ke atas rakyatnya seperti dahulu kala. Apa yang terdapat dalam Misa Melayu berulangsemula. Bagaimanapun, Perjanjian Persekutuan 1948 telah membentuk satu bentuk kerakyatan baru yangselama ini tidak terdapat dalam tradisi kerakyatan Negeri-negeri Melayu iaitu penerimaan orang dagangsebagai rakyat Tanah Melayu seperti yang telah ditunjukkan dalam Misa Melayu. Sultan Perak tidakmembenarkan sebarang usaha daripada orang luar untuk mendapatkan kerakyatan negerinya. Namun,kerana penjajahan ekonomi, British berasa sangat perlu memberi taraf politik yang tetap kepada orangluar yang telah menanam modal, menjadi peniaga, buruh dan penduduk tetap Tanah Melayu mendapat tarafpolitik yang berkekalan. Ini cuba dilakukan dalam British dalam Malayan Union. Perkara ini dibantaholeh orang Melayu dan hanya setelah melalui perundingan yang panjang hampir setahun lebih, Britishdapat memaksa orang Melayu menerima kehendaknya. Satu hal yang penting juga ialah bentuk kerakyatan yang terbuka bagi bekas Negeri-negeri Selat,iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Oleh sebab kedua-dua buah negeri itu telah menjadi jajahan takluk Britishsejak abad ke-18, maka penduduk dari semua bangsa, termasuk orang Melayu adalah Rakyat British.Mereka tertakluk terus kesetiaannya kepada Raja England. Ini menyebabkan kerakyatan berdasarkan jussoli yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan orang Asli seperti di Negeri-negeri Melayu tidak bolehterlaksana. Dengan itu, Rakyat British yang merupakan kerakyatan Negeri-negeri Selat telah mengambilsemua bangsa yang lahir di negeri-negeri Selat dan yang berminat menjadi rakyatnya. Ini mendatangkankerumitan dan perpecahan politik kepada orang Melayu Semenanjung. Mengikut Fasal 25, Kerakyatan Persekutuan secara permintaan, anak-anak yang belum cukup umurboleh menjadi rakyat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Persuruhanjaya Tinggi British:(a) Iaitu sama ada: (i) Ia telah diperanakkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan dan telah tinggal dalam satu atau lebih negeri-negeri itu selama lapan tahun daripada tempoh 12 tahun dahulu daripada permintaan itu; atau (ii) Telah tinggal dalam satu atau lebih daripada negeri-negeri itu selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun yang dikira serta merta dari hari permintaannya.(b) Berperangai baik.(c) Mempunyai cukup pengetahuan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

(d) Telah membuat pengakuan tinggal tetap.(e) Jika permintaannya itu diluluskan, ia bersedia mengangkat sumpah kerakyatan. Dengan peruntukan seperti ini, Persatuan yang dibentuk oleh Perjanjian Persekutuan 1948 itu telahmembentuk satu konsep Negarabangsa Tanah Melayu yang tidak lagi bersifat tradisional Melayusepenuhnya. Kini, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai rakyat daripada segala bangsa. Mereka yangdianggap sebagai dagang senteri kini boleh menjadi rakyat Tanah Melayu. Dengan itu, kerakyatan TanahMelayu tidak lagi bersifat homogenous. Dengan itu, pada tahun 1948 adalah permulaan kepada pembentukan satu negara-bangsa TanahMelayu yang moden. Ia telah menggabungkan unsur tradisional dan baru bagi melahirkan satu negaraTanah Melayu yang baru. Dengan meletakkan asas konsep kerakyatan kebangsaan yang dikenali sebagaiRakyat Persekutuan di samping termeterainya konsep Raja Berperlembagaan. Sistem birokrasi modendengan meletakkan Menteri Besar sebagai wakil eksekutif pentadbiran Negeri-negeri Melayu denganmengetuai Majlis Mesyuarat dan Eksekutif Negeri, kuasa autonomi yang tertentu, lagu negeri danPersekutuan, peranan dan fungsi Majlis Raja-raja yang bertulis, serta Perlembagaan Negeri bagi setiapnegeri Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada tahun 1948 telah menjadi asas negara modenMalaysia.Kerakyatan Negeri 1951Pada tahun 1951, corak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu berubah sekali lagi. Perubahan ini sekalilagi mengurangkan kedudukan politik orang Melayu sebagai peribumi kepada Bahagian 12, KerakyatanPersekutuan 1948. Dasar kerakyatan Negeri-negeri Melayu telah diperluaskan bagi orang bukan Melayu.Jika pada zaman tradisional dan Perjanjian 1948, Rakyat Raja terdiri daripada orang Asli dan orangMelayu, tetapi pada tahun 1951, kerakyatan ini telah dibuka kepada orang bukan Melayu. Ini berlaku kerana adanya tekanan politik British dan orang bukan Melayu sendiri. Orang bukanMelayu yang tidak puas hati dengan peruntukan kerakyatan yang terlalu kecil dalam Perjanjian 1948 ituiaitu 10% sahaja telah bangkit menentang sejak tahun 1946 lagi. AMCJA yang disokong oleh golonganradikal Melayu, PUTERA, yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya telah menunjukkan rasa tidakpuas hati. Mereka mendesak supaya jus soli dijalankan kepada penduduk sama ada bagi Negeri-negeriMelayu atau di seluruh Tanah Melayu. Namun, bantahan mereka tidak dihiraukan walaupun telahmenyediakan Perlembagaan Rakyat sebagai cadangan.21 Untuk mengatasi kegiatan Parti Komunis Malaya yang mengangkat senjata kerana gagalmendapatkan cita-cita politiknya melalui constitutional struggle itu, British telah menggalakkanpemimpin UMNO berunding dengan pemimpin-pemimpin bukan Melayu untuk mencari langkah politik.Hasilnya, mereka telah menubuhkan Communities Laison Committee (CLC) atau JawatankuasaPerhubungan Kaum pada tahun 1949. CLC kemudiannya telah membuat beberapa cadangan politik dan ekonomi yang penting. Ia

mendesak supaya Bahagian 12, Kerakyatan Persekutuan Perjanjian Persekutuan 1948 dipinda. RakyatRaja diperluaskan dan kelonggaran terhadap syarat bahasa dan tempoh tinggal yang lebih pendek. Merekamendesak supaya jus soli dijadikan syarat kerakyatan bagi semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu danSingapura. Dalam erti kata lain, mereka mendesak supaya kerakyatan Malayan Union 1946 dijalankansemula.22Dato’ Onn membawa hal ini dalam Persidangan Agung UMNO. Beliau cukup sedar bahawaorang Melayu pada umumnya dan UMNO tidak akan bersetuju dengan kehendak CLC itu. Orang Melayuseperti yang telah ditunjukkan oleh Persatuan Pelajar Melayu Universiti Malaya, Singapura, PersatuanMelayu Semenanjung, akhbar- akhbar Melayu seperti Warta Negara, Majlis dan Utusan Melayu telahmenolak kehendak CLC itu. Dengan menggunakan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato’ Onn telah mendraf satu cadangan balaskepada CLC sebagai landasan perbincangan Persidangan Agung UMNO. Dalam cadangannya itu, beliaumengenakan syarat yang ketat bagi mengelakkan kemasukan ramai orang bukan Melayu, iaitu bagi anak-anak yang lahir di sini, ibu bapanya juga mestilah telah lahir dan mendapat kerakyatan Tanah Melayusebelum kelahiran anaknya. Kerakyatan ini mestilah dijalankan selepas satu generasi yang lahir di Negeri-negeri Melayu. Bagi mereka yang tidak lahir di sini mestilah telah tinggal 14 tahun dari 18 tahun rangundang-undang dikuatkuasakan. Mereka juga patut fasih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.23 Ahli-ahli Bersekutu UMNO dan beberapa orang penyokong menolak bulat-bulat syarat itu,sebaliknya mereka menuntut supaya pintu kerakyatan itu ditutup rapat. Mereka terdiri daripada KesatuanMelayu Singapura, Saberkas, Persatuan Melayu Sabak Bernam dan Persekutuan Melayu Perlis. Antaratokoh yang bersuara ialah Saadon Zubir, Senu Ab. Rahman, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Razak dan Dato’Ab. Rahman Mohd. Yassin. Namun, apa yang tidak dapat diterima oleh Dato’ Onn ialah tuduhan-tuduhanyang sangat hina yang dilemparkan kepadanya. Dato’ Onn kemudian meletak jawatan sebagai YangDipertua tetapi kembali semula setelah dipujuk oleh ahli-ahli UMNO pada pertengahan bulan Jun 1950.24 Ahli-ahli UMNO telah menerima cadangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam PersidanganAgung UMNO di Kuala Kangsar pada 28 Ogos 1950. Penerimaan ahli-ahli UMNO itu telah dibincangkandua kali sebelum dilantik sebuah Jawatankuasa Khas Majlis Perundangan Persekutuan. la kemudiandiluluskan pada Mei 1952. Tan Siew Sien, Ramanani dan A.E Euraisamy yang dilantik menjadi anggotaJawatankuasa Khas bagi membincangkan hal itu telah mengadakan satu kenyataan berasingan menolakpindaan itu. Mereka tetap mendesak jus soli sebagai dasar kerakyatan dan ‘dual nationality’ sebagaitambahan kerakyatan. Mengikut Undang-undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Pindaan) 1952, bahawa merekayang layak menjadi Rakyat Persekutuan Tanah Melayu adalah:(a) Seorang rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan sebarang negeri.(b) Seorang warganegara Inggeris Raya dan koloninya yang lahir di Negeri-negeri Selat.(c) Seorang warganegara Inggeris Raya dan koloni-koloni dilahirkan di Persekutuan dan salah seorang ibu bapanya juga dilahirkan setempat.(d) Seorang warganegara Inggeris Raya dan koloni-koloni yang: (i) Jika ia dilahirkan pada hari sebelum rang undang-undang ini dikuatkuasakan dan ayahnya

dilahirkan di salah satu daerah Negeri-negeri Selat dan pada waktu kelahiran itu telah cukup tinggal selama 15 tahun di Persekutuan. (ii) Jika ia dilahirkan pada atau setelah hari rang undang-undang Persekutuan dikuatkuasakan dan ayahnya sendiri warganegara.(f) Seorang yang secara naturalisasi menjadi warganegara Inggeris Raya menurut Undang-undang Persekutuan 1948 yang tinggal di Negeri-negeri Selat selama 10 tahun dari 12 tahun termasuk dua tahun secara tetap sebelum memohon. Dalam membentuk Kebangsaan Negeri (State Nationality) yang menentukan Rakyat Raja, Undang-undang Perlembagaan Persekutu (Pindaan) 1952 ini menentukan:(a) Seseorang yang menjadi anggota sebarang kaum asli negeri dan bertempat tinggal di negeri itu.(b) Seseorang Melayu yang dilahirkan di negeri itu.(c) Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang ibu bapanya telah dilahirkan di Persekutuan.(d) Seorang yang bukan warganegara Inggeris Raya yang dilahirkan di negeri itu dan yang sudah menjadi warganegara Persekutuan mengikut syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 1948.(e) Seorang yang biarpun di mana lahirnya, tetapi ayahnya menjadi Rakyat Raja Negeri itu.(f) Takrif Melayu adalah mengikut Perjanjian Persekutuan 1948.(g) Rakyat Raja secara pendaftaran boleh berlaku asal sahaja: (i) Bahawa orang itu dapat menyakinkan Raja itu bahawa dia dapat bertutur dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dengan agak lancar. (ii) Berkelakuan baik. (iii)Bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Raja itu dan melepaskan sebarang kebangsaan atau warganegaraan yang lain.25 Dalam isi perjanjian itu, ternyata terdapat perluasan kepada peruntukan untuk menjadi Rakyat Raja.Kini Rakyat Raja bukan lagi daripada orang Melayu dan orang Asli, tetapi juga orang Melayu yang lahirdi negeri tersebut dan ayah atau ibunya juga lahir dan menjadi Rakyat Persekutuan. Mereka juga dituntutuntuk boleh berbahasa Melayu dan dituntut mencurahkan taat setianya kepada Raja Melayu. Raja Negeritersebut berhak memberikan kerakyatan bagi negerinya dan bukannya Pesuruhjaya. Ini dengan sendirinyamenunjukkan Raja-raja Melayu masih berkuasa ke atas negerinya dalam menentukan rakyatnya walaupunmereka kini bertaraf Raja Berperlembagaan. Dengan peruntukan ini, Baginda boleh melantik wakil kaumpedagang dan badan kebajikan dari kalangan bukan Melayu bagi Majlis Mesyurat Negeri. Pembentukan Rakyat Persekutuan secara Kuatkuasa Undang-undang pula nyata sekali telahmengenakan syarat yang penting iaitu kelahiran salah seorang ibu bapanya di Tanah Melayu. Ini semata-mata untuk menentukan telah berlaku asimilasi yang jelas bagi keluarga tersebut dengan kebudayaantempatan. Mereka juga dituntut boleh berbahasa Melayu dan telah tinggal 10 tahun atau 15 tahun daritempoh permohonan. Mereka juga dituntut supaya telah menjadi Rakyat Persekutuan sebelum mendaftaranaknya sebagai Rakyat Persekutuan.

Kerakyatan Merdeka 1957Tahun 1956 adalah pertahanan terakhir orang Melayu untuk menjaga kuasa politiknya. Dalam merangkapersetujuan di antara UMNO, MCA dan MIC untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, satu tolakansur yang sangat besar telah dilakukan. UMNO bersetuju menerima dasar jus soli tanpa sebarang syaratbagi bukan Melayu. UMNO juga bersetuju dengan tempoh tinggal yang pendek dan pengetahuan BahasaMelayu yang ringkas. Dasar kerakyatan Malayan Union 1946 telah digunakan dengan sepenuhnya olehBritish. UMNO tidak seperti tahun 1946 telah menyerahkan segala tanggungjawab untuk mendrafkanPerlembagaan Tanah Melayu merdeka kepada sebuah Suruhanjaya Bebas yang mengandungi wakil-wakildari Britain, Australia, Pakistan, India dan Kanada. Penyerahan ini telah membolehkan UMNO dapatbekerjasama baik dengan MCA dan MIC. Orang-orang Melayu di luar UMNO telah menentang tolak ansur UMNO. PAS dan Parti Negaramembantah pengunaan jus soli yang terbuka dan tempoh tinggal yang pendek itu. Dato’ Onn yang ditentangoleh tokoh-tokoh di atas pada tahun 1950, membidas mereka yang kini menjadi pemimpin UMNO. TunkuAbdul Rahman, Dato’ Abdul Razak, Dr. Ismail, Saadon Zubir Senu Abdul Rahman telah menggunakan isukemerdekaan untuk melepaskan kerakyatan jus soli itu. Dato’ Onn melihat mereka tidak berlaku ikhlasdalam membincangkan perkara itu dalam Mesyuarat Agung UMNO. Sistem mandat yang digunakan telahmenghalang ahli UMNO membincangkan hal itu dengan terbuka.26 Dato’ Onn, Dr. Burhanuddin, pemimpin PAS, Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Rakyat Malaya,beserta dengan ahli-ahli UMNO dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur telah mengadakan satu kongresyang dikenali sebagai Kongres Kebangsaan Melayu 1957, bagi membuat cadangan pilihan bagiPerlembagaan Merdeka.27 Walaupun gagal, tetapi pengakuan Tunku Abdul Rahman membuktikankebenaran Kongres itu. Katanya: “Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak, hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa- bangsa dagang. Tidak ada anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah dibuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu di dalam Perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan, dan lagi sehingga sekarang hak- hak itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setara di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu.”28 Mengikut Perlembagaan 1957, kerakyatan Persekutuan boleh dibuat dengan tiga cara iaituKuatkuasa Undang-undang, Permintaan dan Naturalization. Dalam peruntukan ketiga-tiga ini, satukerakyatan kebangsaan yang meletakkan semua bangsa setaraf dari kuasa politik dan jumlahnya samabanyak telah berlaku. Dengan kesamarataan ini, satu bentuk negarabangsa Malayan telah dibentuksepenuhnya. Inilah asas kebangsaan Malaysia hari ini. Mengikut Bahagian III, Kerakyatan Persekutuan 1956, Fasal 14(1), mereka yang di bawah ini akanmenjadi rakyat melalui Kuatkuasa Undang-undang:(a) Every person who, immediately before Merdeka Day, was a citizen of the Federation by virtue of any of the provisions of the Federation of Malaya Agreement 1948, whether by operation of law or otherwise;(b) Every person born outside the Federation on or after Merdeka Day;

(c) Every person born outside the Federation on or after Merdeka Day whose father is a citizen at the time of the birth and either was born within the Federation or is at the time of the birth in service under the Government of the Federation or of the State;(d) Every person born outside the Federation on or after Merdeka Day whose father is a citizen at the time of the birth, if the birth registered at a Malayan Consulate within one year of its occurrence, or within such longer period as the Federal Government may in particular case allow. 15. Any woman who is married to a citizen is entitled, upon making application to the registration authority, to be registered as citizen. 16. Any person of over the age of eighteen years who was born in the Federation before Merdeka day is entitled, upon making application to the registration authority, to be registered as a citizen if he satisfies that authority: (a) That he has resided in the Federation, during the seven years immediately preceding the date of the application, for periods ammounting in the aggregate to not less than five years; (b) That he intends to reside permanently; (c) That he is of good character, and (d) That he has an elementary knowledge of the Malay language. 17. Any person of or over the age of eighteen years who was a resident in the Federation on Merdeka Day is eligible, subject to the provisions of the Second Schedule, to be registered as a citizen, upon making application to the registration authority if he satisfies that authority: (a) That he has resided in the Federation, during the twelve years immediately preceding the date of the application, for periods of amounting in the aggregate to not less than eight years; (b) That he intends to reside permanently therein; (c) That he is good character; and (d) Except where the application is made within one year after Merdeka Day and the applicant, that he has an elementary knowledge of the Malay language.29 Peruntukan-peruntukan ini beserta dengan peruntukan yang tercatat dalam Kerakyatan Persekutuanitu30 memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang telah lahir sebelum, pada dan selepas Merdeka untukmenjadi rakyat Tanah Melayu tanpa sebarang syarat seperti dalam Undang-undang Perjanjian Persekutuan(Pindaan) 1952. Ia juga mengambil kira orang yang tidak lahir di Tanah Melayu tetapi mempunyai bapayang telah menjadi rakyat Tanah Melayu. Ini memberi peluang kepada orang ramai yang tidak langsungmempunyai asimilasi dan kesetiaan kepada Tanah Melayu dan Raja-raja Melayu untuk menjadi rakyatnya.Ia juga memberi tempoh waktu tinggal yang sangat pendek iaitu lima tahun dari tujuh tahun sahaja. Bagimereka yang berumur 45 tahun pula dikecualikan dari kelulusan Bahasa Melayu atau Inggeris. Ia satupolisi kerakyatan yang terbuka. Kata seorang penyelidik: “In summary, we may note that, the highly explosive issue of citizenship was settled by creating, in effect, a single nationality, either by birth or by fulfilling requirements of residence, language and oath of loyalty. The proportion of citizens f rom the non-Malay communities would steadily rise and in time the Malays, who were a numerical minority in

Malaya, might also become minority at the polls. It was major concesion by the Malays to agree to such liberal citizenship requirements.”31 Peruntukan kerakyatan Merdeka yang begini luas telah memberi kesan yang sangat jelas kepadakuasa mengundi orang Melayu. Jika dalam Pilihan Raya 1955, jumlah pengundi Melayu ialah 84% tetapipada tahun 1959, akibat kelonggaran kerakyatan Merdeka, jumlah mereka menjadi sangat rendah iaitu56.8% sahaja. Peningkatan yang banyak bagi orang bukan Melayu jelas sekali iaitu dari 16% pada tahun1955 kepada 43.2% pada tahun 1959. Kenaikan undi orang Cina sahaja telah meningkat sebanyak tujuhkali ganda.32 Dalam rang undang-undang kerakyatan yang baru ini, terdapat satu perubahan yang sangat pentingiaitu tidak ada lagi sebutan Rakyat Raja bagi Negeri-negeri Melayu. Kesemua Peruntukan 1952 yangmenyebut Rakyat Raja dijadikan satu panggilan umum Rakyat Persekutuan. Sumpah taat setia kepada RajaMelayu juga tidak disebut tetapi digantikan dengan sumpah taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayuwalaupun terdapat Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Dengan ini, kerakyatan merdekaPersekutuan Tanah Melayu telah melenyapkan sifat kerakyatan tradisional Negeri dan Raja-raja Melayu.Ia telah menghapuskan satu sifat kerakyatan asli Negeri-negeri Melayu yang telah dibina sejak kemunculankerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.KesimpulanRakyat Raja yang menjadi teras kerakyatan Negeri-negeri Melayu dan semenanjung Tanah Melayusebelum kedatangan British telah diubah sedikit demi sedikit untuk menjadikannya bersifat Malayan.Usaha ini sangat jelas dengan pengenalan kerajaan Malayan Union pada tahun 1946. Bantahan orangMelayu melalui UMNO pimpinan Dato’ Onn, telah dapat mengembalikan semula kedudukan pra-1941walaupun terdapat peruntukan menjadikan orang bukan Melayu sebagai Rakyat Persekutuan terutama bagibekas Negeri-negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang dan jumlahnya adalah 10%. Rang Undang-undang Perjanjian Perlembagaan (Pindaan) 1952 pula telah membentuk StateNationality yang membawa masuk orang bukan Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu melalui KuatkuasaUndang-undang. Rang Undang-undang Perlembagaan Merdeka 1957 pula telah menggunakan dasar jus solidengan cara yang sangat terbuka dan syarat kemahiran Bahasa Melayu yang lebih longgar. Rakyat Rajadengan itu telah dihilangkan buat selama-lamanya. Ia hanya mengambil masa 10 tahun sahaja untuk Britishmendapatkan kerakyatan sama rata bagi semua bangsa yang lahir dan yang berminat untuk menetap diTanah Melayu.Nota Hujung1. J. M. Gullick 1965, Indigenous Political Systems of Western Malay States, London hlm. 21.2. Raja Chulan, Misa Melayu, (Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1962), hlm. 40.I

3. Ibid. hlm. 61.4. Ibid. hlm. 93.5. Ibid. hlm. 62.6. Ibid. hlm. 67.7. W. G. Shellabear (susunan) Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1978, hlm. 19-20.8. Ibid. hlm. 52.9. J. M. Gullick, op: cit, hlm. 21.10. Majlis, 22/7/46. Majlis menterjemahkan karangan R. Braddel yang muncul di akhbar The Straits Times, yang telah menyiarkannya seminggu lebih awal. R. Braddell adalah peguam UMNO bagi menentang Malayan Union.11. Hal ini memang telah banyak diperkatakan, tetapi akan tetap disebut kerana Tanah Melayu merupakan satu-satunya negeri yang berjaya menolak penjajahan British ke atasnya. Banyak buku yang boleh dirujuk; tetapi lebih baik untuk meneliti sendiri kandungan Kertas Putih itu yang telah diturunkan oleh UMNO 10. Tahun, terbitan Ibu Pejabat UMNO, Kuala Lumpur 1956. Malah jika mahu lebih tepat, sila semak CO537/1528, Summary Of Proposed Constitutional Arrangements, Presented by the Secretary of State for the Colonies to Parliament by Command of His Majesty, 1946, His Majesty’s Stationary Office, London.12. CO 537/1528, Malayan Union and Singapore Summary of Proposed Constitutional Arrangements, London, His Majesty’s Stationary Office, March, 1946.13. UMNO 10 Tahun, hlm. 25.14. Lihat Cheah Boon Kheng, The Masked Comrades: The Study of the Communist United Front, 1945- 1948, Singapore, 1979.15. Hal ini banyak telah dibincangkan oleh pengkaji akademik. Antara buku yang boleh dibaca mengenainya ialah Noel Barber, The War of Running Dogs: The Malayan Emergency; 1948-1960, New York, 1971, Gene Z. Hanrahan, The Communist Struggle in Malaya, New York, 1954.16. UMNO 10 Tahun, 1956, hlm. 21 & 34.

17. Firdaus Abdullah, Radical Malay Politic: Its early origins and Development, Petaling Jaya, 1985, hlm. 73-103.18. Lihat lukisan Ahmad Boestamam terhadap perkara ini dalam bukunya, Merintis Jalan Kepuncak, 1972.19. Untuk penelitian bagi Perjanjian ini lihat Federation of Malaya, Government Gazette Extraordinary, The Federation of Malaya Agreement 1948, Kuala Lumpur, 1949.20. Federation of Malaya, Government Gazette Extraordinary, The Federation of Malaya Agreement 1948, Bahagian 12, hlm. 73-75. Kerakyatan Secara Permintaan berlaku ke atas orang: (a) Yang telah lahir dan telah tinggal dalam salah satu negeri Melayu selama 8 daripada 12 tahun. (b) Tinggal di negeri Melayu selama 15 daripada 20 tahun dengan berperangai baik, cukup pengetahuan Bahasa Melayu atau Inggeris, membuat pengakuan tinggal tetap dan bersedia mengangkat sumpah kepada Persekutun. Ibid. hlm. 76-77.21. Episod ini memang telah banyak diperkatakan oleh penyelidik akademik. Banyak sekali buku akademik yang boleh dirujuk; untuk mengetahui hal ini dengan lebih lanjut, lihat Mohamed Noordin Sopiee 1974, From Malayan Union to Singapore Separation 1945-1965, Kuala Lumpur: UMP, Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: DBP, 1992.22. UMNO/SG 124/50, Statement by the Communities Liaison Committee.23. Untuk keterangan lanjut lihat Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981, hlm. 228-234.24. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat, Ramlah Adam, Dato’ Onn Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: DBP, 1992, 177-203, Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981, hlm. 273-383.25. Persekutuan Tanah Melayu, Rang Undang-undang Peijanjian Persekutuan Tanah Melayu (Pindaan) 1952, Fasal 125, 126, 131 dan State Nationality 1951, Fasal 4.26. Straits Budget, K. J. Ratnam, Communalism and Political Process in Malaya, 60.27. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 254, Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, hlm. 345-349.28. Malaya Merdeka, 24/6/56.29. Federation of Malaya, The Malayan Constitution Part III, Citizenship, hlm. 32-34. Halaman 35-41

tentang kerakyatan secara Permintaan, Naturalization, Penamatan Kerakyatan dan Tambahan mengenai kerakyatan Commonwealth.30. Kerakyatan secara Permintaan. 19. Kerajaan Persekutuan boleh memberi kerakyatan kepada seseorang yang berusia 21 tahun, dengan syarat: (a) Telah tinggal 10 daripada 12 tahun dari tarikh permohonan. (b) Berniat untuk tinggal tetap. (c) Berperangai elok. (d) Mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 20. 1) Kerajaan Persekutuan boleh memberi kerakyatan kepada sesiapa yang difikirkan layak dengan syarat: a) Telah berkhidmat tiga tahun dalam perkhidmatan tetap atau empat tahun dalam perkhidmatan sementara pasukan bersenjata Persekutuan.(b) Berniat untuk tinggal tetap di Tanah Melayu. 2) Permohonan boleh dibuat bagi mereka yang sedang berkhidmat dan akan memakan masa selama lima tahun. 3) Mereka yang telah berkhidmat sebelum Merdeka; mereka yang berkhidmat secara sementara atau sepenuh masa dua bulan akan dianggap sebagai satu bulan penuh masa. Ibid., hlm. 34.31. G. P. Means, Malayan Politics, London, 1976, hlm, 177.32. Straits Times 19/8/1959 lihat juga T. E. McGee, “The Malayan Elections of 1959, A Study in Electoral Geography”, The Journal of Tropical Geography, Vol. 16, October 1962, hlm. 74. Untuk meninjau seluruh keputusan pilihan raya 1959 ini lihat Federation of Malaya, Report On The Parlimentary and State Elections 1959, Kuala Lumpur: Government Press, 1960.

Dalam Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah disebutkan bahawa, ‘bahasakebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimendengan (a) tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), ataumengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yangboleh mengganggu hak kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara danmemperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain’.1 Pencapaian ini adalah hasil usaha dan perjuangan yang panjang dari semua golongan cerdik pandaiMelayu, terutama golongan nasionalis dan reformis yang bertanggungjawab mencari satu identitikebangsaan bagi negara ini sebelum kemerdekaan dicapai. Gerakan kebangsaan negara ini telahmenggunakan isu bahasa sebagai salah satu alat mengekalkan ketuanan Melayu di Semenanjung TanahMelayu. Isu-isu lain juga dibangkitkan terutama soal dasar British yang menekan Raja-raja Melayu dannegeri-negeri Melayu, kemasukan orang-orang dagang yang terlalu mudah dalam ‘open door policy’ dariBritish terutamanya atas alasan membangunkan ekonomi Semenanjung, sikap negatif orang Melayuterhadap pendidikan Melayu dan Inggeris serta nilai-nilai sosial dan adat istiadat Melayu yang memberikesan buruk kepada pembangunan mereka dalam persaingan dengan kaum lain. Kekayaan ekonomi orangdagang pula telah menyebabkan orang Melayu begitu miskin di tanah air sendiri. Tambahan pula, tuntutanpolitik kaum dagang mula mendesak British. Ini semua membimbangkan cerdik pandai Melayu akankedudukan politik mereka. Maka, gerakan kebangsaan memperjuangkan hal-hal yang berkaitan dengannasib orang Melayu termasuk Bahasa Melayu adalah manifestasi kepada kecintaan mereka terhadapbangsa Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu sebagai milik mereka. Kesedaran seperti ini memangsangat kental di dada para nasionalis Melayu. Gerakan Kebangsaan Melayu mula berputik sejak akhir kurun ke-19. Walaupun kesedaran politikatau semangat kebangsaan itu masih tidak menyeluruh, tetapi di sana sini telah timbul rungutan terhadapnasib orang Melayu yang miskin jika dibandingkan dengan kemakmuran negeri Melayu. Rungutan ini

bersifat kenegerian dan kadang-kadang kedaerahan. Isu yang dibangkitkan juga begitu umum dan tidak kuatpenekanannya, namun cukup untuk melahirkan bibit-bibit kesedaran kebangsaan itu. Kesedaran terhadap kelemahan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran telah mula disedarioleh pegawai-pegawai Melayu yang menguruskan pentadbiran negeri, seperti Johor. Johor yang mulamengalami dan menjalani proses pembangunan ekonomi dan pembaharuan pentadbirannya sejakpertengahan kurun ke-19 tetapi tetap mengekalkan identitinya sebagai negeri Melayu mendapati BahasaMelayu perlu dipertingkatkan penggunaan dan pembelajarannya. Ini telah menyebabkan lahirnya sebuahpersatuan yang cuba mengatasi masalah ini di negeri tersebut. Dato’ Abdul Rahman Andak, Dato’ BentaraLuar Johor, merupakan seorang pembesar penting negeri Johor, telah menubuhkan Persekutuan BelajarMengajar Bahasa Melayu Johor (PBMBM) dengan tujuan ‘untuk membetulkan, menambah dan memindaperkataan Bahasa Melayu yang akan diakui oleh kerajaan seperti perkataan ‘Setiausaha’, ‘Timbalan’,‘Jawatankuasa’, ‘Kerajaan’, ‘Datin’ dan lain-lain lagi.2 Selepas itu, Johor menubuhkan BahagianPenterjemahan bagi memperkayakan Bahasa Melayu sebagai isu kebangsaan di bawah pimpinan UngkuAbdul Hamid Tengku Majid. Kegiatan kebangsaan untuk memajukan Bahasa Melayu dan isu-isu lain tentang bangsa Melayumenjadi begitu ketara pada awal tahun 1900 apabila adanya gerakan secara berkumpulan dalam kalanganorang Melayu yang dikenali sebagai Kaum Muda. Pendukung kumpulan ini seperti Syed Sheikh Al-Hadi,Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Haji Taha dan ramai lagi yang terdedah dengan gerakan Pan-Islamisme dunia telah menghasilkan akhbar-akhbar, majalah, menubuhkan surau, madrasah dan membericeramah di masjid dan surau bagi membincang dan mentafsirkan Islam dengan pandangan dan analisisyang baru. Mereka membahaskan soal politik, ekonomi dan sosial orang Islam sama ada dalam negeriataupun antarabangsa. Sumbangan mereka dalam memajukan Bahasa Melayu jelas sekali. Mereka secara sedar telahmenambahkan perkataan Bahasa Melayu dengan meminjam perkataan Arab dan menjadikan tulisan Jawisebagai bahasa tulisan bagi orang Melayu secara lebih meluas. Pembelaan mereka kepada Bahasa Melayulama juga muncul dengan penggunaan perkataan itu secara kerap di akhbar dan kuliah-kuliah mereka.Penekanan mereka kepada Bahasa Melayu dengan struktur Bahasa Arab tidak dapat dielakkan keranapendedahan mereka dalam sistem pendidikan Islam yang didapati dari Timur Tengah. Namun, pengaruhmereka agak terbatas di Negeri Selat tetapi pengaruh ‘keAraban’ dalam Bahasa Melayu tetap ada. Malah,yang paling utama ialah kumpulan ini telah mampu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmuterutama dalam menghasilkan kitab-kitab agama Islam dan penyebaran idea-idea baru dalam akhbar-akhbar yang diterbitkan. Bahasa Melayu menjadi lebih cair lagi dan bukan hanya sebagai bahasa hikayat.3

Gambarajah 9.1: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (Sumber: Ihsan – ANM) Di sekitar tahun 1920-an dan 1930-an pula, tokoh-tokoh seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad danramai lagi telah menjadi pendukung kepada pendaulatan Bahasa Melayu. Melalui rencana-rencana danakhbar-akhbar yang dipimpin, mereka telah membangkitkan beberapa hal yang berkaitan dengan keadaanBahasa Melayu di zaman pentadbiran British yang menguasai pentadbiran, ekonomi dan pendidikan TanahMelayu. Sebagai penjajah, British dianggap oleh mereka telah melemahkan Bahasa Melayu dalamberbagai-bagai cara dan tindakan sehingga membimbangkan mereka sebagai pembela nasib bangsaMelayu. Antara yang dibincangkan ialah isu pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran Britishdan Negeri-negeri Melayu. Mereka merasa cukup bimbang dengan kurangnya penggunaan Bahasa Melayudalam pentadbiran harian British.4 Bagi mereka, ini adalah satu tanda penjajahan British yang sangatketara ke atas negeri-negeri Melayu dan masyarakat Melayu. Tanpa penggunaan Bahasa Melayu sebagaibahasa pentadbiran terutama di negeri Melayu pantai Barat yang merupakan salah satu daripada identitimereka sebagai pemilik Semenanjung Tanah Melayu akan terhapus. Dalam tahun 1930, Dato’ Onn Jaafar sebagai pengarang Warta Malaya telah membangkitkan hal ini.Dalam satu rencana pengarangnya pada 8 Mac 1930, beliau menimbulkan rasa tidak puas hatinya dengansikap kerajaan negeri Johor yang lebih mengutamakan Bahasa Inggeris dalam pentadbiran hariannya dansurat pekeliling kerajaan kepada orang ramai walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dannegeri Johor sebagai sebuah negeri Melayu. Perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor jugadibuat dalam Bahasa Melayu kerana ramai anggotanya yang tidak faham Bahasa Inggeris. Namun, bilapenyata-penyata kerajaan dikeluarkan terutama tentang cukai tanah, kesemuanya dalam Bahasa Inggeris,ini bukan sahaja menyusahkan orang kampung untuk memahaminya tetapi juga telah merendahkanpenggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negeri Melayu.5 Kata Dato’Onn Jaafar: “Bagi sebuah negeri Melayu, yang diperintah oleh Raja Melayu, yang dipunyai dan diduduki oleh orang Melayu, maka keadaan seperti tidak sekali-kali betul dan patut mustahaklah kerajaan negeri itu melihat keadaan itu.... Nampaknya, dengan perjalanan

sekarang ini Bahasa Melayu akan hilang sama sekali seperti bahasa Jakun yang hanya ditutur sesama sendiri sahaja.”6\ Kebimbangan ini dikongsi sama oleh Abdul Rahim Kajai, Ketua Pengarang Majlis. Beliau melihatsikap kerajaan Inggeris dan cerdik pandai yang terlalu mengutamakan Bahasa Inggeris dalam persidangannegeri serta peraturan polis telah menjadikan Bahasa Melayu sangat daif kedudukannya sehingga terbantutperkembangannya atau dalam bahasanya sendiri beliau mengatakan Bahasa Melayu sebagai ‘pokok terataidi atas tidak berpucuk di bawah tidak berurat (berakar), di tengah ditarik kumbang’.7 Sekolah vernakular Melayu merupakan satu manifestasi sikap penjajah yang mahu merendahkanmartabat Bahasa Melayu. Dalam sistem pendidikan ini, British melihatnya sebagai satu tanggungjawabpolitik untuk memberi kemajuan kepada orang Melayu. Dengan menyampaikan pengetahuan asas iaitumenulis, membaca dan mengira serta bercucuk tanam dan menganyam bakul, British berharap orangMelayu akan dapat memperbaiki diri mereka supaya lebih baik daripada generasi yang lalu.8 Sistem pendidikan yang disusun sangat asas. Sekadar membolehkan orang Melayu mengenal hurufdan mengira untuk kepentingan hidup harian mereka. Ia bukan bertujuan untuk digunakan sebagai satuproses pembangunan mental dan intelektualisme bangsa Melayu. Sistem itu hanya membolehkan orangMelayu bekerja sebagai buruh dan terus hidup dalam kedaifan dan kemunduran. Walaupun ada peluanguntuk sebahagian kecil melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris, namun ia lebih mudah bagi golonganyang berdarah bangsawan atau pentadbir tradisional Melayu. Masyarakat Melayu masih lagi disogokdengan sistem pendidikan vernakular Melayu. Keadaan ini memang memecahkan masyarakat Melayukepada kelas yang ‘berada’ dan ‘tidak berada’ di samping melahirkan konflik sosial dan politik di antaramereka. Ini menguntungkan penjajah British yang boleh menggunakan keadaan itu untuk terus memerintahdalam sistem ‘pecah-pecah lalu perintah’. Ini merupakan salah satu cara untuk terus mengongkong danmencengkam bangsa Melayu terus menjadi pasif. Dengan itu, tidak ada penentangan politik atau keresahansosial dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga boleh mencabar kolonialisme British itu sendiri.9 Para reformis dan nasionalis Melayu cukup sedar dengan strategi politik British ini yangmendaifkan dan meremehkan sekolah Melayu. Dengan keadaan seperti itu, Bahasa Melayu tidak akanmampu menyaingi Bahasa Inggeris. Mereka juga sedar kekurangan Bahasa Melayu terutama dalamperbendaharaan kata yang masih lemah jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris. Mereka juga kecewadengan sikap orang Melayu yang terpelajar yang tidak mementingkan bahasa sendiri. Mereka juga amatmenyedari tindakan British yang sengaja melemahkan Bahasa Melayu dengan tidak menyediakan sekolahmenengah atau sekolah tinggi dengan pengantar Bahasa Melayu. Akhbar-akhbar dan majalah menjadi medan para nasionalis membangkitkan hal ini. Za’bamerupakan seorang reformis yang sangat sedar dengan permasalahan ini dengan menulis tentang hal itupada tahun 1920-an di Majalah Guru, Pengasoh, Utusan Melayu, The Malay Mail dan banyaklagi.10Dato’ Onn Jaafar pula telah menulis lebih 20 rencana tentang hal ini dalam Warta Malaya,Lembaga Malaya dan Lembaga.11 Abdul Rahim Kajai juga turut membela kepentingan sekolah Melayudalam Majlis dan Warta Malaya.12 Ahmad Boestamam pula melalui rencana-rencananya dalam Majlisjuga membangkitkan hal yang sama walaupun tidak sebanyak kedua-dua tokoh di atas.13

Kedudukan sekolah vernakular Melayu yang tidak memuaskan menjadi cermin kerendahan martabatdan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Oleh kerana Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantarnya,maka taraf pendidikan yang rendah itu memberi kesan langsung kepada peningkatan Bahasa Melayu itusendiri sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu tidak dapat berkembang lebih jauh kerana tidak diberiperhatian. Ini tidak menggalakkannya mencipta perkataan baru dan diperluaskan lagi penggunaannya.Bahasa Melayu juga tidak dicabar untuk terus berkembang penggunaannya sebagai bahasa moden. Ia tetapmenjadi bahasa yang kecil dan miskin.14 Ini kerana semua peningkatan pendidikan itu dilakukan olehBahasa Inggeris.15 Para nasionalis Melayu melihat ini sebagai satu tekanan politik kepada orang Melayu.16 Merekamencadangkan Bahasa Inggeris diajar kepada orang Melayu di sekolah vernakular Melayu untukmembolehkan mereka menguasai kedua-dua bahasa secara serentak.17 Mereka juga membantah sikapkerajaan Inggeris yang menggunakan buku hikayat Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayudan Hikayat Abdullah sebagai bahan bacaan di sekolah Melayu18 kerana ini tidak menggalakkan orangMelayu mengembangkan bahasanya untuk menjadi bahasa yang lebih moden, lebih-lebih lagi dalammencipta perkataan baru yang sesuai dengan kegunaan mereka terutama dalam soal pentadbiran British. Malah, bagi Za’ba, hikayat-hikayat yang penuh dengan mitos itu tidak akan memajukan pemikiranorang Melayu. Za’ba mencadangkan supaya buku-buku teks yang digunakan di sekolah Inggeris itudigunakan juga di sekolah Melayu. Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah pejabat terjemahan bagitujuan tersebut. Hal ini kemudian direalisasikan oleh British dengan Za’ ba sebagai pengarahnya yangpertama. Ia dikenali sebagai Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training Center (SITC) di TanjungMalim, Perak pada 1924. Penubuhan pejabat ini walaupun tidak memberi kesan yang besar kepadakebangkitan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, tetapi dapat menambahkan lagi buku-buku bacaan bagisekolah vernakular Melayu.19 Kelemahan Bahasa Melayu dari segi linguistik memang disedari oleh Za’ba. Nasionalis-nasionalisyang lain tidak peka kepada hal ini. Za’ba sebagai Pengarah kepada Pejabat Karang Mengarang,sebenarnya berdepan secara langsung dengan kekurangan dasar Bahasa Melayu itu. Tatkala membuatbanyak terjemahan, beliau berhadapan dengan masalah ketidaksempurnaan linguistik Bahasa Melayu jikadibandingkan dengan Bahasa Inggeris. Za’ba dengan itu menegur orang Melayu yang tidak mahu menuliskitab Bahasa Melayu dengan betul.20 Pengenalan sekolah vernakular Melayu juga dilihat oleh kaum nasionalis sebagai satu usaha Britishuntuk mengurangkan penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu. British dengan R.JWilkinson dan R.O Winsteadt sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu,dengan sengaja menggalakkan pengenalan tulisan Rumi atau Roman pada tahun 1904 dan memupuknyaterus dengan mencetak hikayat-hikayat Melayu dalam tulisan Rumi demi memudahkan karangan danpemahaman mereka terhadap Bahasa Melayu. Tambahan pula, tulisan Jawi sentiasa dikaitkan denganagama Islam dan Al-Quran. Sebagai penjajah, British melihat pengenalan tulisan Rumi akan mencabutakar umbi tradisional Bahasa Melayu. Para nasionalis Melayu dengan tegas mengingatkan orang Melayu tentang hal ini. Abdul Rahim

Kajai secara terbuka membidas British dalam perkara ini. Beliau juga menyeru orang Melayu terusmempertahankan tulisan Jawi sebagai satu identiti kebangsaan Bahasa Melayu. Beliau menyeru akhbar-akhbar terus dicetak dalam tulisan Jawi supaya tulisan itu tidak terkubur begitu sahaja. Pengenalan tulisanJawi di sekolah vernakular Melayu sekurang-kurangnya telah dapat menolak penggunaan tulisan Rumi danmengatasi tulisan Jawi secara pantas dalam Bahasa Melayu. Para nasionalis Melayu dalam tahun 1930-an ini melihat penggunaan Bahasa Melayu sebagaibahasa rasmi kerajaan akan membolehkan kedudukan politik yang lebih kuat kepada Bahasa Melayu.Mereka mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan kaum yangmendiami Semenanjung ini. Dalam erti kata lain, mereka mendesak British supaya menerima danmemastikan Bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan politik yang tinggi selaras dengan ketuanan politikorang Melayu itu sendiri. Abdul Rahim Kajai misalnya mencadangkan supaya orang asing diajar BahasaMelayu di sekolah kerajaan untuk membolehkan mereka menghormati ketuanan Melayu dan berhubungdengan orang Melayu. Ini akan membolehkan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi. Beliau menentangpendapat Tan Cheng Lock, seorang tokoh perniagaan dan pemimpin Negeri Selat yang mengatakan BahasaMelayu tidak berguna bagi orang India dan Cina dan mereka menolak Bahasa Melayu sebagai bahasarasmi negeri Melayu. Sebagai seorang peniaga dan pedagang, Tan Cheng Lock lebih selesa denganpenggunaan Bahasa Inggeris.21 Dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu kukuh dan mampu bersaing dengan bahasa lain untukjangka panjang, Dato’ Onn Jaafar mencadangkan beberapa langkah penting. Antara langkah itu ialah:(a) Mengadakan sebuah jawatankuasa bagi setiap negeri Malaya membincangkan penambahan perkataan Melayu dari Bahasa Inggeris. Jawatankuasa negeri-negeri itu kemudian berunding di antara satu sama lain untuk tujuan tersebut.22(b) Mencetak semula kitab-kitab lama yang penuh dengan ‘perkara yang tinggi seperti siasah negeri dan maklumat dan nasihat membangkitkan perasaan bangsa Melayu dan meningkatkan pengetahuan Bahasa Melayu lama’23 kepada generasi baru yang ‘memandang rendah kepada bahasanya sendiri’ dan ‘bagi mengelakkan kemunduran bahasa yang berterusan.’24(c) Mengarang lebih banyak buku tentang ilmu pengetahuan seperti ‘ilmu pertukangan dan pertanian supaya dapat dijadikan panduan dalam mencari nafkah kehidupan dan kepandaian yang tersimpan dalam kepala itu tidak berguna kepada orang lain.’25(d) Patut diadakan satu pejabat bahasa besar yang dihimpunkan di dalamnya pegawai-pegawai dari setiap negeri Melayu dalam Semenanjung ini khasnya kerana membahas, meluas dan membesarkan Bahasa Melayu sehingga dapat dituturkan dengan semua penduduk di Semenanjung ini.’26 Cadangan-cadangan beliau ini baik dan bernas. Kerjasama di antara semua negeri Melayu dalammemajukan Bahasa Melayu memang patut dilakukan supaya bukan sahaja pengkayaan bahasa itu dapatdibuat tetapi juga dapat merapatkan lagi perhubungan di antara mereka. Penubuhan sebuah pejabat khususuntuk memajukan Bahasa Melayu di peringkat Semenanjung dengan mengumpulkan semua pakar BahasaMelayu juga sangat menarik. Ini akan dapat mengumpulkan golongan cerdik pandai Melayu bagimemantapkan lagi Bahasa Melayu dan seterusnya menjadi rujukan negeri-negeri Melayu dalam soalBahasa Melayu. (Cadangan terakhir ini telah dimanifestasikannya dalam tahun 1955 apabila beliau


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook