bawah pimpinan Tengku Ismail, Ramli Hj. Tahir, Mohamad Yunus Hamidi. W. R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: UMP, 1967, hlm. 240-241.17. Kelab ini ditubuhkan di Jeram, Selangor, dengan ahli seramai 500 orang.18. Ia adalah satu-satunya pertubuhan bagi kaum wanita di Selangor yang beribu pejabat di No 112, Hale Road, Kuala Lumpur. Jumlah ahlinya pada tahun 1946 ialah 250 orang dan pemimpin utamanya ialah Halimaton Abd. Majid.19. Pada tahun 1947 alamatnya ialah Chief Penghulu, Kuala Lumpur. Tidak ada keterangan lanjut tentangnya; mungkin kerana penglibatan Penghulu di dalam politik dilarang oleh Peraturan Am Kerajaan.20. Keterangan tentangnya tidak diketahui.21. Ia bolehlah dikatakan mewakili penduduk-penduduk Kampumg Baru, Kuala Lumpur. Pada tahun 1947 alamatnya ialah No 15, Jalan Raja Uda, Kuala Lumpur.22. la dipimpin oleh Dato’ Hamzah Abdullah. Alamatnya pada 1947 ialah 1st Magistrate Office, Kuala Lumpur. Ahlinya pada 1946 ialah 2,380 orang.23. Tidak diketahui tentang persatuan ini; mungkin kerana kepentinganya tidak begitu ketara.24. Ditubuhkan bagi kawasan pantai Selangor.25. Pada tahun 1947 ia memakai alamat Foresterer, Kuang, Selangor. Pemimpinnya benama Abu.26. Tidak diketahui keterangan lanjut tentangnya.27. Merupakan persatuan orang keturunan Indonesia yang menggabungkan diri dengan perjuangan bangsa Melayu di Tanah Melayu pada tahun 1947. Alamatnya ialah No. 47, Perak Road, Kuala Lumpur.28. Dato’ Onn Jaafar adalah pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya, Lembaga dan Warta Ahad dalam tahun-tahun 1930-an. Beliau lahir pada tahun 1895, dan telah berjaya mengatasi pergaduhan bangsa Melayu-Cina di Batu Pahat semasa menjadi Pegawai Daerah tahun 1945. Beliau adalah anak Menteri Besar Johor yang pertama, Dato’ Jaafar Mohammad. Dato’ Onn kemudian menjadi pemimpin utama pada tahun 1946-1951. Untuk keterangan lanjut mengenainya, lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, DBP, Kuala Lumpur, 1992.29. PMSJ mempunyai cawangan di Melaka. Penubuhan PMSJ untuk menyatukan orang-orang Melayu
Semenanjung bagi mempengaruhi PKMM. Lihat ucapan Dato’ Onn dalam Utusan Melayu, 10/2/46.30. Lihat Anuar Abdullah, Dato’ Onn Jaafar, Pustaka Nusantara, 1971; Ramlah Adam, Peranan Dato’ Onn Jaafar di dalam Politik dan PentadbiranPersekutuan Tanah Melayu 1981, hlm 11. Perrsekutuan Tanah Melayu 1895-1962, Petaling Jaya: Gateway Publishing, hlm. 11.31. Majlis 12/1/46; A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics the Malayan Union Experiment 1946-1948, hlm. 68.32. Utusan Melayu, 23/1/46.33. Ab. Samad Ahmad, Mekar Sejambak, hlm. 216-217.34. Jawatankuasa itu telah bermesyuarat beberapa kali dan mesyuarat yang kedua yang diadakan di ibu pejabat Majis pada 24 atau 25 Februari 1946, diputuskan bahawa jadual kongres seperti berikut: (a) Persidangan bermula pada 8.30 pagi. (b) Berehat pukul 12.30 tengah hari untuk makan dan sembahyang. (c) Kongres bermula 3.00-5.30 petang pada tiap-tiap hari. (d) Ikatan Setia Kampung Baru akan menyediakan minuman pada hari Ahad, iaitu hari kedua Kongres. (e) Alamat surat menyurat Kongres ialah No. 157, Batu Road, Kuala Lumpur.35. A. Samad Ahmad, Sejambak Kenangan, hlm. 216.36. Malah jurutulis bagi Kongres 1946 juga disediakan oleh PMS. Penulisnya terdiri daripada Mohd. Ramli Tahir, Harun Adinda, dan Kamarudin Idris. Utusan Melayu, 1/3/46.37. Utusan Melayu, 5/3/4638. A. Samad Ahmad, Mekar Sejambak, hlm. 217.39. Sultan Hishamuddin telah mendatangani Perjanjian McMichael kerana baginda memikirkan British adalah guru yang baik, yang akan menjaga kepentingan Baginda dan rakyat Melayunya. CO 537/1549, Sir MacMichael Papers, Negotiations with the Malay Rulers.40. Terdapat perbezaan jumlah persatuan ini. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 71 mengatakan 41 buah, tetapi UMNO 10 Tahun, hlm. 18-22 meletakkan 40 persatuan sahaja; Fail UMNO SG 14/1947 pula menyatakan 39 sahaja persatuan. Tetapi 41 persatuan diterima kerana Ibrahim Mahmood adalah salah seorang wakil persatuan Pulau Pinang yang hadir dan masih hidup mencatatkannya dan menghasilkan sebuah buku. Temu ramah dibuat dengannya pada April 1984 di Pulau Pinang.
41. Utusan Melayu melaporkannya dengan panjang lebar pada 1/3/46.42. Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation, hlm. 29.43. Utusan Melayu, 1/3/46.44. Dalam mesyuarat menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail yang kemudian menjadi Sultan Johor telah merasmikan mesyuarat agung UMNO di Istana Besar Johor Bahru. Pada Jun 1946 pula, Sultan Ab. Aziz Perak telah merasmikan Mesyuarat Agung UMNO. Begitu juga di dalam Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang pada 27 dan 28 Julai 1946 telah dirasmikan oleh Sultan Badlishah, Kedah. Perlindungan Raja-raja Melayu terus berjalan sehingga 1950. Lihat Ibrahim Mahmood, Pejuangan Bangsa Melayu, hlm. 107, 152, 156.45. Utusan Melayu, 1/4/46, mengatakan 500 orang sahaja, Samad Ahmad, Mekar Sejambak, hlm. 230 mengatakan “ribuan orang berhimpun menjelang waktu tengahari”.46. Kassim Ahmad, Selenggaraan dan Pengenalan, Hikayat Hang Tuah Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, hlm. 220-227. Chandra Muzaffar, Protector, an Analysis of the Concept and Practice of Loyalty in Leader Relationships within Malay Society, Aliran, Pulau Pinang, 1979.47. Hikayat Hang Tuah, hlm. 301-319.48. Tuhfat Al-Nafis, hlm. 34.49. Cheah Boon Kheng, “The Erosion of Ideological Hegemony Royal Power and the Rise of Postwar Malay Nationalism, 1945-1946; JSEAH Vol. XIX, No, 1, March 1988, hlm. 23-24.50. Utusan Melayu; 1/4/46, Straits Times, 1/4/46; Mohamad Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung, hlm. 37.51. A. Samad Ahmad, Sejambak Kenangan, hlm. 238-239; Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik, hlm. 38.52. A. J. Stockwell, British Polity and Malay Politics during Malayan Experiment, 1942-1948, hlm. 81 dan 92.53. UMNO/SG 47/46; Majlis, II, 13, 16 September 1946 dan 31/1/46.54. UMNO/Finance no. 7/47.
55. UMNO/SG 44/48.56. Temu ramah Mohamad Yunus Hamidi, pada tahun 1974 di rumahnya di Petaling Jaya (Kampung Melayu).57. Majlis, 25/5/48.58. Majlis, 17/5/47 dan 30/9/47. Ramlah Adam, UMNO, Organisasi dan Kegiatan Politik 1945-1954 hlm. 40-41.59. Malaya Tribune, 24/12/46 dan 25/1/47. Daily Mail, 20/1/47.60. UMNO/SG 2/1951.61. Malaya Tribune, 10/3/47, Sunday News, 23/2/47 dan Malay Mail 9/47.62. K. J. Ratnam, Parti Perkauman dan Proses Politik di Malaya, hlm 64.63. Federation of Malaya, Government Gazette, the Federation of Malaya Agreement 1948, hlm. 73- 74. Firdaus Abdullah, The Malay Radicals, hlm 93.64. CO 537/1530 Record of Meetings held between H.E. The Governor-General of The Malayan Union, Their Highness the Malay States and the Representatives of the United Malay National Organization at King’s House, Kuala Lumpur, on the 20th of November 1946.65. Lihat Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya, Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941-1946 Singapore: Singapore University Press, 1963, hlm. 101-123; I. K. Agastja (alias Ibrahim Yaakob) Sejarah dan Perjuangan di Malaya, Jogjakarta: Penerbit Nusantara, 1951 dan Burhanuddin Al-Helmy, Perjuangan Kita, PKMM, Singapore, October 1946.66. Mohamad Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation hlm. 36 and M.R. Stenson, Industrial Conflict in Malaysia: Prelude to the Communist Revolt of 1948, London: OUP, 1970, hlm. 128.67. Lihat Government Gazette 1949, “The Federation of Malaya Agreement, Bahagian VI dalam Bahagian IX.
JOHOR yang terletak di selatan Tanah Melayu adalah sebuah negeri yang penting di dalam Tanah Melayu.Ia merupakan negeri yang dianggap maju dari segi sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Walaupunpembentukan Johor Moden sebagai sebuah negeri ‘Beraja’ hanya berlaku di pertengahan kurun ke-19,namun hubungan rapatnya dengan British di Singapura mendedahkan Johor kepada idea, sikap dan konseppembangunan yang berbeza dari negeri-negeri Melayu yang lain. Pendedahan ini terpancar dengan jelasmelalui sistem pentadbiran, ekonomi, sosial dan politik rakyat dan Rajanya. Dalam bidang politik, Johor mempunyai satu kegiatan politik yang sangat menarik. Ini kerana diJohor terdapat pertubuhan-pertubuhan politik yang mewakili daerah-daerah dan kumpulan pegawai-pegawai pentadbir yang berbeza latar belakang, cita-cita dan matlamat kegiatan mereka. Mereka inimenerima sistem kerajaan beraja secara dasar dan menerima Raja sebagai teras sistem politik,pentadbiran, kebudayaan dan kewujudan negeri Johor sebagai sebuah negeri Melayu. Namun, persepsimereka tentang fungsi dan bidang kuasa Raja adalah berbeza. Akibatnya, wujudlah satu krisis politik diantara mereka. Krisis politik ini bukan sahaja menggambarkan persepsi mereka terhadap Raja tetapi jugamemperlihatkan perebutan kuasa dan kedudukan politik pegawai-pegawai kerajaan dari daerah Muar dandaerah Teluk Belanga atau Johor Bahru. Ini merupakan satu fenomena yang sangat menarik dalam politikJohor dalam tahun 1946 sehingga 1948. Selepas tahun 1945, terdapat beberapa buah persatuan politik yang ditubuhkan mengikut daerah-daerah yang dipimpin kebanyakannya oleh orang yang berpendidikan Inggeris yang bekerja sebagaipegawai kerajaan. Persatuan-persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menyatukan orang Melayu di daerahmasing-masing bagi melahirkan rasa bersatu bagi kepentingan mereka. Ia juga menjadi alat perhubunganpegawai-pegawai tadbir daerah tersebut dengan penduduk daerah mereka. Persatuan ini juga menjadiwadah pegawai-pegawai kerajaan bertukar-tukar pendapat dan menyebarkan idea baru bagi masyarakatsetempat. Muar merupakan daerah yang paling cergas menubuhkan persatuan seperti ini. Ini disebabkan Muarmerupakan daerah tua Johor yang mempunyai ramai kaum intelek. Antaranya Haji Mohd. Taib, Dr.Hamzah Mohd. Taib, Encik Abdullah Mohd. Taib dan beberapa orang lain. Di antara mereka, Dr. Hamzah
Mohd. Taib adalah yang paling penting dan utama. Beliau yang mendapat pendidikan Inggeris sehingga keKing Edward Medical College, Singapura pada tahun 1923, merupakan anak Melayu yang awal mendapatkelulusan begitu tinggi dari Muar. Beliau berketurunan Bugis tetapi bukan dari golongan atasan, oleh itusikap berpolitiknya lebih terbuka. Beliau menentang penindasan British terhadap orang Melayu terutama layanan mereka terhadappegawai-pegawai kerajaan Melayu yang diberi gaji dan kemudahan pekerjaan yang lebih rendah daripadapegawai-pegawai British. Penentangan beliau ini tidaklah radikal atau militan, namun untuk menunjukkanrasa tidak puas hatinya, beliau meletakkan jawatan sebagai doktor bedah dua tahun kemudian. Sikapberdikari dan tidak suka ditindas menunjukkan Dr. Hamzah seorang yang peka kepada penjajahan British. Sebagai bukti rasa tanggungjawab kepada masyarakatnya, Dr. Hamzah bersama bapanya HajiMohd. Taib telah menubuhkan sebuah persatuan semi-politik yang dipanggil Kesatuan Melayu Johor(KMJ) pada tahun 1939. Beliau melihat dengan KMJ, idea-idea baru dan langkah-langkah berkesan dapatdibuat bagi menyebarkan semangat kesedaran bersatu di kalangan orang Melayu. Bagaimanapun, ia tidakmempunyai cita-cita untuk melepaskan diri dari penjajahan British dan hanya bergerak di dalamlingkungan yang dibenarkan oleh British. Penubuhan KMJ ini sebenarnya adalah lanjutan kepada Malay Debating Association (MDA) yangditubuhkannya pada awal tahun 1920-an. Sebagai penuntut Universiti, Dr. Hamzah yang tinggal diSingapura sudah tentu terdedah dengan kemajuan idea, fikiran dan pandangan baru yang boleh dibacanyadari akhbar-akhbar Inggeris dan Melayu di Singapura seperti Singapore Free Press, Straits Times,Lembaga Melayu dan Utusan Melayu. Pendedahan ini menyedarkan beliau tentang kelemahan masyarakatMelayu hasil daripada perbandingannya dengan masyarakat yang lebih maju terutama masyarakat Cinadan Arab di Singapura. Kesedaran Dr. Hamzah juga tercetus oleh kegiatan pemimpin Melayu Singapuraseperti Eunos Abdullah yang cuba membela orang Melayu Singapura melalui Kesatuan Melayu Singapura(KMS). Perbincangan Eunos Abdullah melalui akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu telahmembawa ilham kepada Dr. Hamzah. Kegiatan KMS membela nasib orang Melayu Singapura dalam soalpelajaran, peluang pekerjaan, pembinaan kampung-kampung baru dan khas bagi orang Melayu juga tidakkurang penting dalam mendorong Dr. Hamzah menubuhkan KMJ. Sebagai seorang cerdik pandai, Dr. Hamzah juga peka dengan perhubungan politik negeri-negeriMelayu yang lain. Melalui pembacaan dan dengan berbagai-bagai lapisan masyarakat di kliniknya, Dr.Hamzah sedar tentang penubuhan persatuan negeri di beberapa buah negeri Melayu seperti di Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sekitar tahun 1937 hingga 1939. Persatuan tersebut bersifat sosio-politik dan menggabungkan tenaga-tenaga cerdik pandai Melayu bagi kepentingan bersama. Dr. Hamzahmenitik- beratkan dasar yang sama, malah yang lebih bermakna ia boleh digunakan untuk kepentingancerdik pandai di Johor. KMJ bagaimanapun tidak dapat bertahan lama kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu padaakhir tahun 1941. KMJ seperti juga persatuan-persatuan negeri yang lain terkubur bersama penderitaanhidup dan tekanan tentera Jepun. Sebarang kegiatan politik menjadi haram kecuali persatuan yangdibenarkan oleh Jepun seperti KMM, PETA dan KRIS sahaja. Pihak tentera Jepun juga hanya memberi
peluang kepada pemimpin yang menolongnya masuk ke Tanah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakub,Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Dr. Hamzah sendiri pernah dipenjara keranamengubati seorang anggota MPAJA yang cedera. Tindakan ini membantutkan kegiatan politik Dr. Hamzahdan KMJ. Selepas tahun 1946, KMJ dihidupkan semula dengan nama Lembaga Kesatuan Melayu Johor(LKMJ). Kali ini adik Dr. Hamzah, Abdullah Hj. Taib, seorang kakitangan Kerajaan Johor menjadiPengerusinya. Dr. Hamzah menjadi Timbalannya, namun Dr. Hamzah lebih dikenali kerana cergas dalamkegiatannya. Kedudukannya sebagai doktor persendirian lebih memudahkan pergerakannya. Dalam masa yang sama di Batu Pahat, terdapat sebuah persatuan yang dikenali sebagai PergerakanMelayu Semenanjung Johor (PMSJ), ditubuhkan kesan daripada pergaduhan Cina-Melayu yang berlaku diBatu Pahat pada Mei hingga September 1945. Dato’ Onn Jaafar, pengasasnya yang juga merupakanPegawai Daerah Batu Pahat yang terlibat secara langsung di dalamnya, mendapati orang Melayu BatuPahat terdedah kepada bahaya jika mereka tidak bersatu. Kekalahan orang Melayu dalam peristiwa itudan keupayaan mereka bersatu kerana terdesak menyedarkan Dato’ Onn terhadap perkara tersebut.Kedudukannya sebagai Pegawai Daerah yang dilantik oleh Sultan juga memberikan kelebihan kepadabeliau. Kejayaan dan kedudukannya itu memberi kekuatan kepada Dato’ Onn untuk memimpin orangMelayu dalam sebuah pertubuhan politik. Pada 29 Disember 1945, Dato’ Onn menghantar surat-surat ‘arahan’ kepada ketua-ketua kampunguntuk meminta orang ramai berkumpul bagi membincangkan penubuhan sebuah pertubuhan politik.Perjumpaan akan diadakan pada 3 Januari 1945 di Masjid Jamek, Batu Pahat selepas sembahyang Zohor.Perjumpaan diadakan di masjid itu untuk mengelakkan syak wasangka BMA. Ia dilihat sebagai satuperjumpaan bagi kepentingan agama Islam sahaja.1 Dato’ Onn dengan itu menggunakan agama dan institusi Islam bagi kepentingan perpaduan orangMelayu. Cara ini bagi Dato’ Onn lebih mudah kerana agama lslam bagi orang Melayu adalah sesuatu yangpenting. Dato’ Onn memahami sosio-budaya orang Melayu boleh digunakan bagi kepentingan politikmereka. Kesedaran ini telah wujud di hatinya sejak tahun 1930 apabila dalam Warta Malaya, beliaumenyeru perpaduan dengan menggunakan agama Islam sebagai tarikan.2 Pada 3 Januari 1946, seramai 3,000 orang telah berkumpul. Ini termasuklah kaum wanita yangmembantu menyediakan jamuan ringan yang diadakan selepas mesyuarat tersebut. Ini adalah satuperjumpaan besar-besaran orang Melayu Batu Pahat selepas Perang Dunia Kedua. Dato’ Onn dalamucapannya yang tenang dan teratur mencadangkan orang Melayu bersatu dalam sebuah persatuan yangboleh menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Ia boleh dijadikan alat perpaduan penduduk Melayu BatuPahat. Cadangan Dato’ Onn itu disambut baik dan sorakan ‘Hidup Melayu’ dilaungkan dengan begitubersemangat sekali. Bendera putih hijau dengan peta Tanah Melayu di tengah-tengahnya dikibarkan.Dengan itu, sebuah persatuan yang dinamakan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) dilahirkan.3 Ini adalah pertubuhan yang pertama di Batu Pahat. Sebelum ini tidak ada sebarang bentukpertubuhan yang ditubuhkan di sana. Ini bermakna Dato’ Onn Jaafar telah memulakan satu kegiatan politikyang penting di Batu Pahat. Batu Pahat yang selama ini hanya merupakan daerah yang tenteram dan tidakdikenali, menjadi sibuk dengan kegiatan politik PMSJ. Pada 9 Februari 1946, sebagai Pengerusi
sementara PMSJ Batu Pahat,4 Dato’ Onn mengadakan perjumpaan kedua bagi melantik jawatankuasaPMSJ di Kelab Sukarela Batu Pahat. Seramai 60 orang hadir dan kebanyakannya terdiri daripadapentadbir kerajaan, guru-guru dan penghulu-penghulu. Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai Pengerusi danAb. Aziz Hj. Abdullah seorang guru, telah dilantik sebagai Setiausaha. Manakala Syed Esa Ismail, Nazirsekolah Batu Pahat dan Haji Mohd. Noh Omar, Majistret Pontian, menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja.5 Sebagai pengasas PMSJ, Dato’ Onn Jaafar berusaha bersungguh-sungguh menubuhkan cawangan-cawangan PMSJ. Beliau menjelajah ke seluruh mukim Batu Pahat untuk tujuan tersebut. Beliau terpaksameniti batang-batang kayu, mengharungi lecak, parit dan sebagainya dan kadang-kadang terpaksamembonceng basikal untuk menemui orang kampung bagi menggalakkan mereka bersatu di dalam PMSJ.Dengan kegigihan beliau dan sokongan Jawatankuasa PMSJ, Dato’ Onn Jaafar juga menubuhkancawangan-cawangan di Muar, Tangkak, Kluang dan Pontian.6 Dengan itu menjelang awal Mac 1946,keahlian PMSJ berjumlah 125,000 orang. Pada akhir tahun 1947 di Muar sahaja terdapat 28 buahcawangan dengan ahlinya berjumlah 7,000 orang.7 Perluasan pengaruh PMSJ ke Muar memberi satu tandingan kepada LKMJ. Ia melahirkan satuketegangan antara kedua-dua pertubuhan. Pemimpin-pemimpin LKMJ terutama Dr. Hamzah melihatperluasan pengaruh PMSJ ke Muar adalah satu usaha untuk mematikan pengaruh LKMJ sebagai sebuahpertubuhan politik Melayu yang penting di Muar. Kedatangan PMSJ ke Muar juga akan melemahkankepimpinannya. Ini kerana Dato’ Onn Jaafar yang berasal dari keluarga ternama, iaitu anak angkat kepadaSultan Ibrahim dan dikenali umum kerana penglibatannya dalam Warta Malaya, Lembaga dan LembagaMalaya dalam tahun 1930-an, dengan mudah dapat mempengaruhi penerimaan orang ramai di Muarterhadap PMSJ. Masyarakat Melayu yang masih feudalistik yang menerima kepimpinan golonganpembesar Melayu sebagai satu perkara mesti, tidak ragu-ragu menerima Dato’ Onn Jaafar. Dr. Hamzahyang berasal dari rakyat bawahan, dianggap tidak layak memimpin mereka. Konsep ‘patron-client’ atausistem kelas memerintah dan diperintah diamalkan dengan berkesan sekali dalam masyarakat MelayuJohor. Dr. Hamzah sememangnya patut merasa tertekan dengan PMSJ dan Dato’ Onn Jaafar dalam politikJohor dan Muar. Ini kerana beliau pernah dikalahkan oleh Dato’ Onn Jaafar dalam pertandingan merebutjawatan sebagai ‘Wakil Rakyat’ Johor ke Majlis Mesyuarat negeri Johor pada tahun 1931. Dr. Hamzahhanya mendapat 516 undi manakala Dato’ Onn Jaafar mendapat 2,000 undi.8 Perbezaan undi yang besarini menunjukkan Dato’ Onn Jaafar lebih terkenal dan lebih berpengaruh daripada Dr. Hamzah. Inibermakna, apa sahaja yang dijalankan oleh Dato’ Onn akan mendapat sambutan daripada orang ramai. Inibukan sahaja membimbangkan Dr. Hamzah, malah menjadi penyebab beliau memusuhi Dato’ Onn. Ini akanterpapar dengan jelas dalam tahun-tahun 1945-1948. Dalam meluaskan pengaruh PMSJ, Dato’ Onn yang masih menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat,menggunakan penghulu dan guru sekolah untuk menubuhkan cawangan-cawangan. Penghulu dan gurusekolah Melayu merupakan golongan yang dihormati dalam masyarakat Melayu. Penghulu adalah salahsatu daripada elit tradisional Melayu yang penting dalam sistem politik Melayu.9 Oleh itu, penghormatanorang ramai kepada mereka bersifat semula jadi. Antaranya seperti Kiai Salleh, seorang penghulu denganmudah menubuhkan cawangan PMSJ Simpang Kiri. Guru-guru sekolah Melayu pula dihormati kerana
mereka merupakan golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat luar bandar. Peranan merekasebagai pendidik dipandang tinggi. Dengan itu, mereka dengan mudah dapat menubuhkan cawangan-cawangan PMSJ seperti di Bukit Pasir dan Sri Medan.10 Penglibatan penghulu-penghulu dan guru-guruMelayu itu menunjukkan Dato’ Onn cukup sedar dengan kepentingan budaya politik tradisional dan modendalam politik orang Melayu ketika itu. Menjelang Februari 1946, PMSJ menjadi sebuah pertubuhan yang sangat bertenaga. Pada 10Februari 1946, satu perarakan besar-besaran diadakan di Batu Pahat. Seramai 15,000 orang dikatakanberarak di bandar Batu Pahat dengan membawa sepanduk yang menaikkan semangat orang Melayu,antaranya ialah ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’. Perbarisan yang memakan masa selama 35 minitmengelilingi pekan Batu Pahat itu disertai bersama oleh kaum wanita yang memakai baju kurung putih danberkain hijau. Manakala kaum lelaki pula berbaris dalam tiga barisan yang berbeza-beza pakaian dankelengkapannya. Salah satu daripada barisan itu memakai pakaian tentera, bersenjata kayu dan bersongkokseolah-olah mereka ini melambangkan pasukan Tentera Sabilillah yang menentang MPAJA.11 Perbarisanorang Melayu dan ahli PMSJ ini menunjukkan kebangkitan kesedaran politik orang Melayu Batu Pahatyang sangat menonjol akibat peristiwa pergeseran tahun 1945 itu. Dato’ Onn, dalam ucapannya telahmenunjukkan kegembiraan kerana harapannya supaya orang Melayu bersatu telah tercapai. Katanya: “Perkumpulan dan perarakan ini menunjukkan semangat dan kepercayaan hati seseorang sehingga tidak ada golongan dan kalangan yang dapat menghalangi mereka yang hadir itu daripada berkumpul. Perkumpulan menimbulkan semangat baru iaitu semangat, bersatu setia dan berkhidmat kerana faedah, keselamatan bangsa dan tanah air. Perkumpulan ini menunjukkan roh Melayu hari ini hendak meninggikan taraf kehidupan orangorang Melayu.”12 Perhimpunan orang Melayu di pekan Batu Pahat yang sebahagian besarnya diduduki oleh orangCina itu sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kepada mereka. Tambahan pula pertempuran diantara orang Melayu dan orang Cina baru sahaja tamat tiga bulan sebelum itu. Dato’ Onn Jaafar yangmenyedari hal itu memberi jaminan bahawa PMSJ tidak akan menjadi satu pertubuhan yang melampau.PMSJ, mengikutnya akan menggalakkan kerjasama dan muhibah dengan bangsa-bangsa lain. Sebagai bukti,beliau menjemput wakil masyarakat Cina seperti Ah Tien, seorang peniaga dan M.D Hay, Pegawai KananPerkara Negeri Johor duduk bersama-sama dengan beliau di atas pentas yang disediakan.13 Dato’ Onnbersifat sederhana di dalam gerakan kebangkitan kesedaran politik orang Melayu Batu Pahat. Dato’ Onn menubuhkan PMSJ bukanlah untuk tujuan yang radikal. Ia hanya bertujuan menjagakepentingan kebajikan orang Melayu sahaja. Di dalam ucapannya yang panjang lebar pada 10 Februari1946 itu, Dato’ Onn Jaafar menggariskan tujuh tujuan PMSJ. Antaranya ialah untuk meninggikan taraforang-orang Melayu di dalam segala perkara kehidupan, membantu orang-orang Melayu di dalamperkara-perkara politik, menyemai dan menggalakkan perasaan taat setia kepada pemerintah negeri sertamemikir dan menjalankan ikhtiar bagi keselamatan dan faedah orang-orang Melayu.14 Ertinya, PMSJ akanbekerja untuk kepentingan politik, kebajikan dan perpaduan orang Melayu dengan cara yang sederhana danberperlembagaan. Dato’ Onn membentuk PMSJ sebagai sebuah badan yang kemas organisasinya. Satu sistem yurantahunan diadakan bagi menampung kegiatan PMSJ berjumlah RM1 bagi setiap ahli. Jabatan-jabatan kecilyang diketuai oleh orang-orang tertentu dibentuk bagi mengendalikan soal-soal yang dibangkitkan oleh
ahli-ahlinya. Misalnya Ungku Ismail Ab. Rahman, pegawai daerah Pontian mengetuai Jabatan PelajaranPMSJ. PMSJ juga melantik wakil bagi setiap daerah di dalam Jawatankuasa Pusat PMSJ. Organisasi PMSJ ini sangat berguna bagi politik Dato’ Onn Jaafar dan pemimpin Johor. Denganadanya satu organisasi dan sistem pentadbiran PMSJ yang kemas, Dato’ Onn dan rakan-rakannyamempunyai pengalaman dan panduan yang sangat berguna untuk membentuk sebuah parti yang lebih besardi masa akan datang. Di dalam memajukan PMSJ, Dato’ Onn Jaafar dibantu oleh isterinya Halimah Husein. Halimahyang lebih muda daripada Dato’ Onn Jaafar dan mempunyai lima orang anak dengan Dato’ Onn menjadiKetua Bahagian Wanita PMSJ. Beliau yang dipanggil ‘Ibu’ oleh anak-anak buahnya membantu Dato’ OnnJaafar dalam kerja-kerja kebajikan PMSJ. Beliau sering mengetuai kaum ibu PMSJ mengadakan pesta riadan pertunjukan kerja tangan bagi mengutip derma bagi kewangan PMSJ. Pada 30 Mei 1946, satujawatankuasa memungut derma ditubuhkan, dengan Halimah sebagai pengerusinya. Jawatankuasa itu dapatmengumpulkan RM15 ribu melalui derma orang ramai dan penjualan barang-barang pertukangan tangan.15Pada 29 Julai 1946, sekali lagi beliau melancarkan jualan barangan anyaman di Kelab Batu Pahat, sebuahkelab penting di Batu Pahat bagi memungut wang untuk PMSJ.16 Gambarajah 3.1: Datin Halimah Hus s e in, is te ri Dato’ Onn Jaafar be rucap dalam s atu majlis . Penubuhan PMSJ ini sangat penting kepada kepimpinan politik Dato’ Onn Jaafar. Inilah pertamakali beliau menubuhkan sebuah persatuan politik. Selama ini Dato’ Onn hanya bercakap dan mengeluarkanpendapatnya tentang kegiatan politik orang Melayu dalam akhbar-akhbar yang dipimpinnya sekitar tahun1930-an. Penubuhan PMSJ adalah peluang untuk melaksanakan idea-ideanya selama ini. Pengalamannyadalam pentadbiran dan politik di zaman Jepun serta perhubungannya dengan Ibrahim Yaakub di dalamKRIS17 juga dapat dijadikan panduan dan galakan untuk beliau menubuhkan PMSJ.
Selain daripada menyatukan orang Melayu Batu Pahat, Dato’ Onn mempunyai cita-cita yang lebihbesar lagi. Beliau ingin menjadikan PMSJ sebagai satu pertubuhan kebangsaan bagi seluruh orang Melayudi Tanah Melayu. Dalam ucapannya pada 10 Februari 1946, beliau mengatakan bahawa PMSJ akandisebarkan ke seluruh Tanah Melayu bagi menjadikan ia satu badan kebangsaan. Beliau melihat PMSJbukanlah semata-mata satu jawapan kepada masalah perpecahan orang Melayu Batu Pahat atau Johorsahaja. Beliau mahu PMSJ memecahkan juga masalah kenegerian yang dihadapi oleh orang Melayuseluruh Semenanjung Tanah Melayu. Selama ini persatuan-persatuan yang ditubuhkan bersifat kenegeriansehingga perpaduan tidak wujud dalam kalangan orang Melayu. Tanpa perpaduan tidak akan wujud satupertubuhan kebangsaan bagi orang-orang Melayu.18 Penggunaan ‘Semenanjung’ dalam PMS itu jugamenunjukkan satu lagi cita-cita Dato’ Onn yang penting iaitu untuk memintas pengaruh (PKMM) yang telahditubuhkan pada 17 Oktober 1945. PKMM adalah pertubuhan yang disokong oleh golongan radikal Melayu yang menggunakan konsepMelayu Raya, melihat Indonesia sebagai negara induk bagi negeri-negeri Melayu dalam KepulauanMelayu. Pegangan PKMM ini sebenarnya adalah penerusan kepada dasar KMM yang gagal untuk merdekadi bawah Indonesia Raya dalam tahun 1945.19 Dengan menggunakan seruan ‘Merdeka’, PKMM cubamendapatkan pengaruh daripada kalangan rakyat bawahan terutama yang mempunyai darah keturunanIndonesia. PKMM berjaya meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu dengan ahli seramai 53,380orang sehingga Disember 1947.20 Dato’ Onn Jaafar melihat perkembangan PKMM itu sebagai satu ancaman kepada SemenanjungTanah Melayu. Ini telah dibayangkannya pada 17 Ogos 1945, sewaktu Dr. Burhanuddin berjanjimeneruskan kemerdekaan Malaya di bawah Indonesia Raya setelah gagal berbuat begitu pada haritersebut. Dato’ Onn mengatakan adalah lebih baik orang Melayu membetulkan ekonomi mereka dahulusebelum membuat langkah yang lebih lanjut.21 Sikapnya itu tidak berubah walaupun Dr. Burhanuddin dankawannya, Ahmad Boestamam meneruskan cita-cita mereka untuk merdeka di bawah Indonesia Rayadengan menubuhkan PKMM. Dato’ Onn merasakan perlu sekali lagi beliau menekankan pendapatnyadengan lebih berkesan. Caranya sama seperti Dr. Burhanuddin iaitu menubuhkan satu pertubuhan politikyang bersifat kebangsaan seperti PKMM.22 PMSJ merupakan cita-cita Dato’ Onn Jaafar yang telahdisuarakannya sejak tahun 1930 lagi. Dalam Warta Malaya terbitan 10 Oktober 1930, beliau telahmembincangkan hal ini. Alasan yang diberikannya adalah sama seperti alasan tahun 1945 iaitu mahumewujudkan perpaduan seluruh orang Melayu di Semenanjung.23 Untuk mencapai cita-cita, itu Dato’ Onn bergiat cergas menubuhkan cawangan-cawangan PMSJ diMelaka, Alor Gajah, Tranquera, Kampung Umbai - Pulau Besar dan bandar Melaka pada Februari danMei 1946.24 Menjelang akhir tahun 1946, terdapat 36 buah cawangan PMSJ di Melaka.25 Penubuhancawangan-cawangan di luar Johor ini menunjukkan Dato’ Onn Jaafar memang bersungguh-sungguh mahumenjadikan PMSJ sebagai pertubuhan kebangsaan bagi seluruh Tanah Melayu. Nyata sekali cita-cita danpengaruh PMSJ lebih besar dan meluas berbanding LKMJ. PMSJ mempunyai skop kegiatan meliputikawasan luar Johor. Ini memperlihatkan cara pemikiran lebih jauh pemimpin PMSJ daripada pemimpinLKMJ. Dato’ Onn Jaafar yang mempunyai banyak pengalaman dalam soal bangsa Melayu dapat melihatjalan-jalan terbuka yang perlu ditempuh oleh orang Melayu sebagai satu bangsa yang besar. Beliau jugadapat melihat matlamat sebenar perjuangan sebuah persatuan politik di Tanah Melayu pada masa itu.
Kepentingan Dato’ Onn dan PMSJ dalam politik Johor menjadi lebih menonjol lagi apabila PMSJmenjadi penggerak kepada Kongres Melayu 1946 bagi menentang Malayan Union.26 Dato’ Onn Jaafarseperti juga orang Melayu yang lain, sedar padah yang dibawa oleh Malayan Union, telah bangkitmengetuai orang Melayu27 di seluruh Semenanjung untuk menentang Malayan Union. Peranan inimeletakkan beliau sebagai pemimpin kebangsaan orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu. KedudukanDato’ Onn ini telah membezakan beliau daripada pemimpin-pemimpin Johor yang lain. PMSJ jugamenjadi persatuan yang lebih utama daripada LKMJ. Ini dengan sendirinya mengetepikan LKMJ dan Dr.Hamzah sebagai pemimpin yang berkaliber. Malayan Union adalah satu bentuk kerajaan yangmencantumkan semua negeri Melayu menjadi sebuah negara. Ia diketuai oleh seorang Gabenor yangdilantik oleh Raja England dan Wales. Sistem pentadbirannya berpusat dan kerakyatannya berteraskandasar jus soli.28 Ini bermakna Tanah Melayu menjadi tanah jajahan takluk British dan penduduknya adalahrakyat British dan akan menggunakan perundangan British yang diluluskan oleh House of Commons,England. Orang Melayu menentang kerana tidak puas hati dengan cara tandatangan Raja-raja Melayu diambil.Harold MacMichael menggunakan ancaman29 dan tidak membenarkan Raja-raja Melayu mendapat nasihatyang cukup daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri.30 Mereka juga menentang kehilangan kedaulatanRaja-raja Melayu sebagai ketua dan simbol ketuanan negeri-negeri Melayu.31 Penghapusan kedaulatanRaja-raja Melayu ini sangat berat kerana orang Melayu kehilangan kepimpinan tradisional mereka.32Mereka juga akan kehilangan kedudukan sebagai peribumi Tanah Melayu akibat daripada kerakyatanMalayan Union yang longgar. Mereka bimbang akan menjadi masyarakat yang kecil di dalam TanahMelayu.33 Dato’ Onn seperti orang Melayu lain,34 melihat Malayan Union akan membawa kesan burukkepada masyarakat Melayu. Baginya, Malayan Union akan melemahkan bangsa Melayu, negeri Melayudan kebudayaan Melayu dalam jangka masa panjang. Menurutnya lagi, orang Melayu akan kehilanganasal-usul.35 Oleh itu, Dato’ Onn telah mengorak langkah yang sangat penting bagi kepentingan orangMelayu Semenanjung. Desakan beberapa orang kawan Dato’ Onn supaya memulakan langkah memimpinorang Melayu selari dengan desakan Majlis, sebuah akhbar penting di Kuala Lumpur. Mohd. YunusHamidi, ketua pengarangnya telah mencadangkan Dato’ Onn Jaafar supaya memimpin orang Melayu.Cadangan yang diberikan lebih awal iaitu pada 12 Januari 1946. Beliau yakin dengan kebolehan Dato’Onn kerana baginya Dato’ Onn merupakan seorang yang cerdik pandai dan tokoh yang berwibawa. Dato’Onn juga menunjukkan ketokohannya dalam Kongres Melayu 1940 di Singapura apabila beliau menyeruorang Melayu menguatkan diri mereka sebagai satu bangsa.36 Ketandusan tokoh pemimpin kebangsaanbagi Dato’ Onn menjadi sebab kelemahan politik orang Melayu.37 Mohd. Yunus Hamidi mendapati Dato’Onn Jaafar adalah pemimpin yang dinantikan oleh orang Melayu.38 Di dalam suratnya, Dato’ Onn mencadangkan beberapa perkara penting. Antaranya ialah satukongres diadakan bagi membincangkan soal Malayan Union itu.39 Kongres itu akan diadakan di Melakasempena kegemilangan kerajaan Melayu Merdeka. Dato’ Onn juga mencadangkan satu pertubuhan yangdinamakan United Malays Organisation (UMO) ditubuhkan sebagai barisan hadapan orang Melayu.40Kongres dan persatuan itu penting bagi mempertahankan orang Melayu pada masa hadapan.41 Kata Dato’
Onn: “Daripada ikhtiar kita yang ada sekarang barangkali akan dihasilkan oleh Tuhan dengan sebab kita sekarang mulai bersatu dengan sepenuh kehendak dan pekerjaan kita itu, Insya-Allah akan dirasai kebajikannya oleh anak cucu cicit keturunan kita kelak.”42 Surat Dato’ Onn itu merupakan rayuan pertama daripada seorang tokoh negeri Melayu yang inginmasalah Malayan Union itu dibincangkan bersama. Selama ini, persatuan negeri-negeri Melayu danakhbar-akhbar Melayu membangkitkan penentangan mereka secara terpisah ke Pejabat Tanah Jajahan.Sifat kenegerian mereka menjadikan penentangan itu terpencil dan tidak berkesan. Surat Dato’ Onnmengatasi jurang kenegerian orang Melayu itu. Cadangan Dato’ Onn disokong oleh akhbar-akhbar Utusan Melayu dan Warta Negara.43 Kedua-duanya mendesak Dato’ Onn mengambil langkah yang lebih tegas dalam melaksanakan cadangannya itu.Begitu juga dengan beberapa orang Melayu melalui surat ke akhbar-akhbar tersebut.44 Adanya sokonganini menunjukkan orang Melayu Semenanjung telah menerima kepimpinan Dato’ Onn. Johor berperananpenting kerana dapat menyediakan seorang pemimpin kebangsaan di saat-saat genting orang Melayu. Dengan bantuan PMSJ Batu Pahat yang dipimpinnya, Dato’ Onn mula mengadakan persiapan bagimelancarkan Kongres itu. Dalam mesyuarat di rumahnya di Batu Pahat pada 14 Februari 1946, Dato’ Onndan Anggota Jawatankuasa PMS merancang dasar Kongres 1946. Akhirnya, keputusan dibuat bahawaKongres itu akan diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946, di Melaka di bawah anjuran Kesatuan MelayuMelaka (KMM).45 Haji Hamid Fadhil, seorang Ahli Jawatankuasa PMSJ Batu Pahat ditugaskanmenghantar surat edaran kepada persatuan-persatuan Melayu di seluruh Tanah Melayu.46 Walau bagaimanapun Dato’ Onn terpaksa membatalkannya kerana KMM kekurangan kakitangan.Beliau kemudian meminta Persatuan Melayu Selangor (PMS)47 pimpinan Zainal Abidin Ahmad, atau lebihdikenali dengan nama Za’ba, seorang Pegawai Rendah di Pejabat Perhubungan Raya (Public RelationsOffice) Kuala Lumpur untuk mengendalikannya. Beliau dibantu oleh Persatuan Melayu Selangor,48pimpinan Dato’ Hamzah Abdullah,49 Menteri Besar Selangor50 yang kemudiannya menjadi kawan rapatkepada Dato’ Onn. Za’ba telah mengadakan satu mesyuarat membincangkan agenda yang dibuat oleh Dato’Onn bagi Kongres 1946 pada 28 Februari 1946.51 Sementara itu, Dato’ Onn sibuk menguruskan Kongresyang diadakan di Johor dan telah berlaku satu kekecohan politik yang sangat serius. Satu kumpulanpegawai kerajaan yang terdiri daripada tujuh orang telah membuat usul menggulingkan Sultan Ibrahim.Menurut mereka, Sultan Ibrahim telah melanggar Fasal 14 dan 15 Undang-undang Tubuh Johor 1895. Didalam kedua-dua fasal itu, Sultan Johor dan keturunannya ditegah daripada menjual atau menyerahkansebarang kawasan negeri Johor dan jajahan takluknya kepada sebarang kuasa luar. Kumpulan ini diketuai oleh Dato. Ab. Rahman Mohd. Yassin, seorang Pegawai Kanan kerajaanJohor yang telah berkhidmat sejak tahun 1895. Beliau mengetuai sebuah persatuan yang dikenal sebagaiPersatuan Melayu Johor (PMJ) yang beribu pejabat di Johor Bahru dan ditubuhkan pada awal tahun 1945.PMJ adalah badan sosio-ekonomi pegawai kerajaan Johor, kemudian menjadi sebuah persatuan politikdengan menimbulkan isu yang sangat besar iaitu menggulingkan Sultan Johor. Ini sangat menarik keranakali pertama Johor mempunyai satu gerakan yang boleh dianggap sebagai satu penderhakaan rakyat
kepada raja. Tindakan ini sangat asing dalam masyarakat Melayu yang masih bersifat feudal. Ia jugamerupakan satu pengulangan peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang pada tahun 1699. Gerakan Dato’ Ab. Rahman ini telah memecahkan corak kerakyatan Johor. Beliau dan rakan-rakannya bersifat demokratik dalam tindakan mereka. Mereka nampaknya mempunyai pendapat danpegangan yang berbeza terhadap bidang kuasa Sultan Johor. Bagi mereka, kesetiaan kepada Sultan Johoryang hanya boleh ditunjuk oleh rakyat jelata sekiranya Sultan menunjukkan dan menjalankan satu sistempentadbiran yang baik dan bertanggungjawab tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, rakyat berhakmenggantikan Sultan. Ertinya seperti pepatah Melayu, ‘Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim RajaDisanggah’ selari dengan tindakan oleh Kumpulan Tujuh ini. Dato’ Ab. Rahman dan anggota-anggota PMJ dengan berani dan secara terbuka menentang SultanIbrahim. Satu persidangan terbuka yang dihadiri oleh ramai orang Melayutelah diadakan di Masjid AbuBakar, Johor Bahru pada 2 Februari 1946.52 Mesyuarat itu telah membuat keputusan menghantar resolusi-resolusi menentang tandatangan Sultan Ibrahim dan sebab-sebab kepada penggulingan Baginda. Resolusiitu telah ditandatangani oleh Dato’ Ab. Rahman, Dr. Awang Omar, Abdullah, Saffiah Abdullah, HajiKosai, Haji Hassan Yunus dan Sulaiman Ab. Rahman, kesemuanya pegawai kerajaan dan guru kecualiSulaiman yang merupakan peguam persendirian. Ini bermakna mereka cukup sedar akibat daripadatindakan itu. Kesungguhan mereka bukan setakat di Johor sahaja. Mereka telah menghantar Resolusi itu kePejabat Tanah Jajahan53 supaya kerajaan British sedar sikap sebenar rakyat Johor. Mereka bukan sahajamenentang British tetapi juga sanggup menderhaka kepada Sultan Ibrahim demi kepentingan negeri Johor.Mereka juga menyebarkan resolusi itu ke seluruh Tanah Melayu54 untuk menunjukkan sebahagian rakyatJohor sanggup bertindak dengan berani melepaskan kebiasaan rakyat Melayu yang lain. Dato’ Onn diminta menganggotai bersama gerakan ini. Pada mulanya Dato’ Onn bersetuju tetapiselepas berunding dengan Sultan Ibrahim, beliau membatalkan sokongannya. Tindakan Dato’ Onn sangatmudah untuk difahami kerana beliau bukanlah orang asing kepada Sultan Ibrahim. Sejak dari kecil lagibeliau telah dijadikan anak angkat Baginda. Istana Sultan Ibrahim adalah rumah kedua baginya. Kakaknya,Che Dara (Emile Tengku) adalah isteri Sultan Ibrahim. Bapanya, Dato’ Jaafar dan abang-abangnya, Dato’Abdullah dan Dato’ Mustapha adalah Menteri-menteri Besar Johor yang dilantik oleh Sultan Ibrahim.Hubungan yang begini rapat tidak memudahkan Dato’ Onn bertindak sebaliknya. Secara dasarnya, Dato’ Onn adalah seorang yang berjiwa lama. Beliau percaya kepada institusiRaja sebagai dasar sistem politik dan kebudayaan Melayu. Walaupun beliau membidas Sultan Ibrahimbegitu pedas dalam akhbar-akhbarnya dalam tahun 1930-an, namun beliau tidak berhasrat untukmenggulingkan atau membuang Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim tetap diiktirafnya sebagai Sultan Johor yangmenjadi tonggak kerajaan Melayu Johor. Ini bermakna, sikap politik Dato’ Onn berbeza daripada Dato’Ab. Rahman Mohd. Yassin dan rakan-rakannya. Dato’ Onn melihat kesilapan dan kesalahan SultanIbrahim itu boleh diperbaiki dengan membuat langkah-langkah lain yang boleh memulangkan semulakedudukan orang-orang Melayu. Menggulingkan Sultan Ibrahim bagi Dato’ Onn terlalu besar kesannyakepada masyarakat Melayu dan ia akan rnenimbulkan kacau-bilau dalam masyarakat. Ini akan merumitkan
usaha orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Bagi Dato’ Onn, yang patut ditentang ialah Britishbukannya Sultan Ibrahim.55 Perbezaan pendapat ini menandakan titik permulaan kepada satu permusuhan politik yang panjangdi antara dua pemimpin iaitu Dato’ Ab. Rahman dan rakan-rakannya gagal dalam usaha mereka untukmenggulingkan Sultan Ibrahim. Sebaliknya, mereka digantung kerja selama beberapa bulan56 oleh SultanIbrahim. Mereka terpaksa hidup dalam kesempitan wang, merasa aib dan terpisah daripada masyarakat.Penderitaan yang terpaksa dialami itu menyebabkan mereka tidak boleh memaafkan Dato’ Onn Jaafar. Inijelas kelihatan dalam tahun 1946 dan seterusnya. Dengan keengganan Dato’ Onn, telah menyebabkantimbulnya satu kurnpulan yang menentangnya yang dipimpin oleh Dato’ Ab. Rahman Mohd. Yassin. Penonjolan Dato’ Onn sebagai pemimpin Kongres Melayu di Kelab Sultan Suleiman Kuala Lumpurpada 1 Mac 1946, sekali lagi mengeruhkan hubungan pernimpin-pemimpin politik Johor. Dato’ Onnmenggunakan PMS dan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Melayu Selangor telah berjayamelaksanakan Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru dengan sokongan daripadasemua lapisan masyarakat Melayu sama ada golongan atasan, bawahan, berhaluan kanan ataupun kiri dariseluruh negeri Melayu. Sejumlah 41 buah persatuan telah menghadiri Kongres ini. Orang-orang Melayulainnya menjadi pemerhati dan penyokongnya. la adalah satu perhimpunan raksasa Melayu yang pertamadalarn sejarah nasionalisme dan politik Melayu Semenanjung.57 Pelantikan Dato’ Onn sebagai Pengerusi Kongres 1946 sangat penting. Ia rnenunjukkan kepimpinanDato’ Onn bersifat kebangsaan. Beliau telah dapat mengatasi kepentingan pemimpin lain di Johor dan darinegeri-negeri Melayu serta persatuan Melayu yang lain. Walaupun terdapat tokoh-tokoh bangsawan lainseperti Dato’ Nik Ahmad Kamil dari Kelantan, ataupun tokoh-tokoh kiri Melayu seperti Dr. Burhanuddindan Ahmad Boestamam yang terlebih dahulu memimpin parti politik, namun ketokohan Dato’ Onnmengatasi kaliber mereka. Dalam kalangan pemimpin Johor pula, pencapaian Dato’ Onn terlalu tinggi.Pelantikannya mengesahkan penguasaan politiknya di Johor selama ini. Keupayaan Dato’ Onn memimpin sebuah Kongres yang dapat melahirkan UMNO yang menjadibarisan depan orang Melayu menentang Malayan Union menjadi kemegahan kepada Sultan Ibrahim. Dato’Onn dilihat telah meletakkan Johor sebagai sebuah negeri Melayu yang penting kerana UMNO dilahirkandi Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Ini satu pencapaian terbesar Johor dalam kegiatan politikMelayu Sernenanjung. Empat bulan kemudian, Dato’ Onn dilantik menjadi Pemangku Menteri Besar Johorbagi menggantikan Ungku Aziz Tengku Ab. Majid yang bersara. Pelantikannya dicadangkan oleh TengkuMahkota, Tengku Ismail,58 kawan rapat Dato’ Onn sejak kecil. Setahun kemudian iaitu pada 17 September1947, Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor,59 keadaan ini menambahkan lagi rasa tidak puashati beberapa orang dalam kalangan orang Melayu. Kuasa Sultan Ibrahim melantik Dato’ Onn itu masihlagi dilakukan dalam peruntukan Undang-undang Tubuh Johor 1895.60 Dato’ Onn sangat berwaspada dalam pelantikannya itu. Dalam surat bertarikh 5 Disember 1946,beliau meminta pelantikannya itu didasarkan kepada kuasa dan kedaulatan Sultan Ibrahim sebagai RajaJohor mengikut Undang-undang Tubuh Johor 1895. Beliau tidak mahu menerima pelantikan itu sebagaipelantikan kerajaan Malayan Union,61 Ini menunjukkan Dato’ Onn cukup sedar dengan kepentingan dan
kedudukannya sebagai pemimpin orang Melayu menentang Malayan Union yang sedang dilakukannya.Beliau tidak mahu kepentingan politik orang Melayu terjejas dengan pelantikannya sebagai Menteri BesarJohor. Sebagai Menteri Besar, Dato’ Onn diletakkan dalam kelas 1A iaitu kelas tertinggi dalamperkhidmatan awam Johor. Ini merupakan satu pencapaian kerana sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat,Dato’ Onn hanya menduduki kelas 1B. Dato’ Onn menerima gaji bulanan sebanyak $3,200 dan elaunkeraian sebanyak $200 sebulan. Di samping itu, sebuah rumah rasmi di Bukit Jepun, Jalan Meriam, JohorBahru menjadi tempat penginapan rasminya. Dengan pelantikan Dato’ Onn itu, bererti jawatan Menteri Besar dibolot oleh keluarga Dato’ Jaafardan pembesar-pembesar dari Teluk Belanga iaitu tempat asal pentadbiran Johor.62 Dengan itu, pembesar-pembesar dari daerah lain terutama Muar tertinggal ke belakang. Mereka berketurunan orang-orang kayaMuar yang dilantik oleh Raja Ali, anak Sultan Husein Singapura. Apabila Muar diletakkan dalampentadbiran Sultan Abu Bakar pada tahun 1855, kesemua orang kaya itu diletakkan di bawah pentadbiranJohor. Oleh kerana Sultan Abu Bakar telah pun mempunyai pengikut-pengikutnya di Teluk Belanga, makapelantikan pegawai-pegawai istana Johor diambil dari kumpulan itu. Keadaan ini berterusan sehinggapemerintahan Sultan Ibrahim.63 Pelantikan Dato’ Onn memberi peluang baru kepada golongan cerdik pandai Muar menentang SultanIbrahim. Peluang ini membolehkan LKMJ dan PMS membidas Dato’ Onn dan Sultan Ibrahim serentak. Isuyang bersifat kedaerahan dan menentang pentadbiran ini menjadi isu politik yang memberi senario yanglebih luas kepada kedua-dua persatuan itu. Ia menjadi satu tiket untuk persatuan-persatuan tersebut terusberpolitik di Johor. Satu tunjuk perasaan telah diadakan di Johor Bahru pada 12 Disember 1946.Pemimpin seperti Ungku Abdullah Omar, Timbalan Presiden LKMJ, telah memberi ucapan panjang lebarmenentang pelantikan Dato’ Onn. Bagi Dr. Hamzah, Dato’ Onn tidak layak menjadi Menteri Besar keranakurang pengalaman pentadbiran. Beliau hanya bertaraf ‘Gred Dua’ dalam perkhidmatan Johor.Kedudukannya ini jauh lebih rendah daripada Dato’ Ab. Rahman Mohd. Yassin yang telah bekerja dalamkerajaan sejak tahun 1895. Oleh itu, LKMJ dan PMS tidak mengiktiraf pelantikan Dato’ Onn itu.64 Sultan Ibrahim dikatakan tidak mengikut Perlembagaan apabila melantik Dato’ Onn. LKMJmendapati Baginda telah melanggar bidang kuasanya kerana dalam Kerjaan Malayan Union, kuasaeksekutif Sultan Ibrahim yang diperuntukkan oleh Undang-undang Tubuh 1895 telah luput denganperlaksanaan Malayan Union.65 Dakwaan LKMJ ini ada kebenarannya kerana sewaktu Sultan Ibrahimmenandatangani Perjanjian 1946, Baginda telah bersetuju untuk menyerahkan semua kuasanya kepadaRaja England. Katanya: “I agree that His Majesty King of England and Wales shall have full power and jurisdiction within State of Johore.”66 Bagaimanapun, kebenaran PMS dan LKMJ disangkal oleh dasar politik British. Walaupun bidangkuasanya telah tercabar, namun British yang mengharapkan sokongan politik dari orang-orang Melayu danRaja Johor telah menutup mata dalam hal tersebut. Ini disebabkan penentangan orang Melayu terhadapMalayan Union telah cukup mengancam British. Maka, sebarang tindakan yang akan mengganggu keadaan
cuba dielakkan oleh British. Oleh kerana sikap British ini, demonstrasi PMS dan LKMJ menentangpelantikan Dato’ Onn tidak mendatangkan sebarang hasil. Walaupun LKMJ menghantar surat bantahandengan menghantar tiga orang wakilnya iaitu Dr. Hamzah, Abdullah Hj. Taib dan Ungku Abdullah Omaruntuk berbincang dengan Sultan Ibrahim,67 namun LKMJ gagal untuk mengubah keputusan Sultan Ibrahim.Dato’ Onn kekal sebagai Menteri Besar. Namun, penentangan PMS dan LKMJ terus hidup. Kini, keluarga Dato’ Ab. Rahman menjadipengkritik Dato’ Onn yang hebat di dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor (MMNJ) yang dipimpin olehDato’ Onn. Dr. Ismail, anak kedua Dato’ Ab. Rahman yang berkelulusan Ijazah perubatan dari Australia,dilantik menjadi ahli tidak rasmi MMNJ. Beliau kerap menentang cadangan Dato’ Onn seperti pelantikanSyed Salim Al-Attas sebagai Mufti Johor. Dr. Ismail mencadangkan Haji Hassan Yunus yang berkelulusanUniversiti Al-Azhar dan seorang anggota PMJ menjadi Mufti Johor. Cadangan ini ditolak oleh Dato’ Onnkerana Haji Hassan merupakan salah seorang Kumpulan Tujuh yang mahu menggulingkan Sultan Ibrahimpada tahun 1946. Mengikut Dato’ Onn, Sultan Ibrahim tidak akan bersetuju kerana soal agama Islamadalah di bawah bidang kuasa Sultan.68 Penolakan itu mendalamkan lagi rasa tidak puas hati tokoh-tokohMuar kepada Dato’ Onn. Penentangan PMJ dan tokoh-tokoh Muar ini dipanjangkan pula dalam UMNO. Dato’ Onn yangmemimpin UMNO tidak disokong oleh Dato’ Ab. Rahman dan anak-anaknya. Dato’ Ab. Rahman danpersatuannya, PMJ jarang menghantar wakil dalam Mesyuarat Agung UMNO terutama di persidanganyang membincangkan cadangan Perjanjian Persekutuan 1948. PMJ juga tidak memungut dermaKebangsaan Melayu iaitu derma yang dibuat oleh UMNO dalam kalangan orang Melayu untuk membantutabung biasiswa UMNO dan membiayai aktiviti-aktiviti politik UMNO. PMJ juga tidak aktif menyokongdasar ekonomi UMNO dan kegiatan-kegiatan lain.69 PMJ dan Dato’ Ab. Rahman bolehlah dianggap tidakbegitu cergas dalam UMNO Kebangsaan. Anak Dato’ Ab. Rahman juga memperkecilkan Dato’ Onn dan UMNO. Sulaiman, anak sulung Dato’Ab. Rahman, dikatakan sering mengejek ahli-ahli PMSJ yang datang ke pejabatnya di Batu Pahat untukmemungut derma. Beliau menuduh ahli-ahli PMSJ menjadi tali barut Dato’ Onn.70 Beliau dan adiknya, Dr.Ismail tidak menjadi anggota UMNO sehingga Dato’ Onn keluar dari UMNO pada tahun 1951. Kebencianmereka kepada penguasaan Dato’ Onn dalam pentadbiran Johor dan politik orang Melayu begitu ketarasekali. Mereka enggan mengakui kedudukan Dato’ Onn sebagai pemimpin penting di Tanah Melayu. Walaupun Dato’ Ab. Rahman menjadi pegawai kewangan UMNO pada tahun 1947 dan wakilUMNO berjumpa dengan British dalam tahun 1947, tetapi penonjolan beliau sebagai pemimpin pentingUMNO tidak ada susulan yang berterusan. Beliau tiba-tiba menjadi pasif dalam UMNO Kebangsaan danUMNO Negeri. Ini kerana beliau yang merupakan pemimpin PMJ bukanlah kawan rapat Dato’ Onn. Iniberbeza dengan kawan-kawan ‘inner-circle’ Dato’ Onn di dalam PMSJ seperti Syed Alwi Al-Hady, SyedKadir Yusof, Haji Mohd. Noh, besannya, Syed Jaafar Albar, wartawan akhbar Lembaga Malaya. Denganmenonjolkan kawan-kawannya, Dato’ Onn dapat mengetepikan Dato’ Ab. Rahman dan tokoh-tokoh PMJyang lain di dalam UMNO. Dengan itu, Dato’ Onn dapat menguasai UMNO tanpa dibayangi oleh tokoh-tokoh lain terutama dari Johor. Dengan itu Dato’ Ab. Rahman menjadi tidak menonjol dalam UMNO,walaupun beliau abang ipar kepada Dato’ Onn sendiri.71
Cadangan Perjanjian Persekutuan 1948, memberi isu baru untuk LKMJ dan PMJ menentang Dato’Onn. Kali ini Sultan Ibrahim dan UMNO dikaitkan bersama. Ketiga-tiga pihak melalui beberapaperundingan yang panjang lebar selama dua tahun telah dapat membubarkan Malayan Union danmenggantikannya dengan Perjanjian Persekutuan 1948.72 Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO danMenteri Besar Johor dan Sultan Ibrahim telah menandatangani Perjanjian Persekutuan 1948 pada 21Januari 1948. LKMJ dan PMJ menentang tindakan Dato’ Onn, Sultan Ibrahim dan UMNO itu. Alasan-alasan penentangan LKMJ dan PMJ bersifat perlembagaan. Mereka tidak puas hati denganPerlembagaan 1948 yang memberi sangat sedikit keistimewaan kepada Raja-raja Melayu. Bagi rakyatMelayu pula, ia tidak memberi keuntungan.73. Ringkasnya, ia satu penghinaan kepada orang Melayu.74 Inikerana mengikut LKMJ, Perlembagaan 1948 tidak memberikan satu kemerdekaan penuh kepada TanahMelayu.75 Sikap Dato’ Onn yang hanya menghidupkan semula keadaan politik Tanah Melayu seperti pra-1941 tidak dipersetujui.76 Alasan Dato’ Onn yang mengatakan orang Melayu masih belum layak untukmerdeka kerana masih mundur dalam bidang politik, ekonomi dan pelajaran dalam ucapannya di AlorSetar pada bulan Januari 1947 tidak dapat diterima. Bagi Dr. Hamzah, seorang pemimpin LKMJ pernahmenyatakan bahawa ‘ulat dalam batu pun boleh hidup’.77 LKMJ dengan itu menjadi pengkritik UMNO yang lantang dalam membincangkan cadanganPerjanjian Persekutuan dalam Mesyuarat Agung UMNO. Sebagai ahli bergabung, kedudukan LKMJtidaklah begitu kuat seperti ahli biasa. Oleh itu, cadangan-cadangannya telah ditolak di Mesyuarat UMNOdi Alor Setar. LKMJ gagal mempengaruhi UMNO supaya cadangan Perlembagaan 1948 itu ditolaksepenuhnya. Cadangan LKMJ dikalahkan dengan 25 suara menentang dan dua berkecuali. Hanya duapersatuan sahaja menyokong iaitu Saberkas dan Persatuan Melayu Sabak Bernam.78 LKMJ sekali lagigagal untuk membangkitkan perkara yang sama dalam Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu pada 10Mei 1947. Ini menyebabkan LKMJ keluar dari UMNO pada hari berikutnya.79 Alasan LKMJ ini sebenarnya adalah alasan PUTERA, iaitu satu gabungan persatuan dan partipolitik yang berlindung di belakang PKMM. PKMM yang telah keluar dari UMNO pada Jun 1946 telahmenolak Perjanjian Persekutuan 1948 atas alasan ia tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Menurut mereka, Dato’ Onn dan UMNO hanya melanjutkan satu penindasan politik dan penjajahan Britishke atas Tanah Melayu. Dato’ Onn juga melanjutkan penguasaan sistem feudalisme yang bermaknapenguasaan kaum diraja dan bangsawan dalam masyarakat Melayu.80 Persamaan alasan itu menunjukkansikap politik yang sama di antara LKMJ dan PUTERA. Kedua-duanya menolak sikap UMNO yang tidaktegas dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Ini menunjukkan dasar perjuangan yang lebih radikaldari UMNO yang bersifat konservatif dan feudalistik. Ini tidak menghairankan kerana kedua-dua parti ataupersatuan politik ini dipimpin oleh mereka yang datangnya dari kelas rakyat yang terpengaruh dengan idearevolusi Indonesia. Oleh itu, mereka menolak segala bentuk tolak ansur dan kelahiran semula kuasa feudalis di dalampolitik Tanah Melayu. Mereka tentunya tidak dapat menerima sikap politik UMNO yang memintaperlindungan dari British dan Raja-raja Melayu. Pemimpin UMNO yang datangnya dari golongan atasandan terdidik dengan nilai-nilai feudalistik dan kolonialisme British tidak akan membentuk UMNO sepertiPKMM. Mereka pula disokong oleh ahli-ahli biasa UMNO yang menerima sistem hierarki dan nilai-nilai
feudal di dalam UMNO. Oleh itu, LKMJ dan PKMMPUTERA adalah terasing dan mudah ditolak olehahli-ahli UMNO. LKMJ bekerjasama dengan PUTERA secara rasmi untuk menentang UMNO dan Dato’Onn. Kerjasama LKMJ dengan PUTERA ini menjadi lebih kuat dengan sokongan Pan Malayan Councilof Joint Action (PMCJA) yang menentang UMNO dan Perlembagaan 1948. PMCJA terdiri daripada partidan persatuan politik kecil dan besar yang kebanyakan anggotanya orang bukan Melayu seperti MalayanDemocratic Union (MDU), Straits Chinese Born Association (SCBA), Federation of Youth League(RYL) dan dinaungi oleh Parti Komunis Malaya. Mereka menentang Perlembagaan 1948 keranakerakyatan ketat, tidak ada pilihan raya dan kerajaan sendiri dan tidak ada kebebasan bersuara. Tuntutan-tuntutan PMCJA ini selari dengan kehendak LKMJ sehingga membolehkan ketiga-tiga pihak bekerjasamamenentang UMNO dan British. Kerjasama dengan persatuan-persatuan politik yang ternama ini memberi kesan baik kepada LKMJ.Ia dipanggil untuk menghadiri mesyuarat dan upacara menaikkan Bendera Rakyat iaitu bendera rasmiPUTERA-PMCJA.81 Dalam upacara ini, Pemimpin LKMJ yang diwakili oleh Dr. Hamzah sentiasa diberipeluang membentangkan pendapatnya membidas UMNO dan Dato’ Onn.82 Ini bermakna, LKMJ danpemimpinnya seperti Dr. Hamzah menjadi lebih kuat dan menonjol kepentingan dan kedudukannya dalampolitik orang Melayu Semenanjung. Ini bukanlah semata-mata sebuah persatuan politik negeri yangterpencil dari politik kebangsaan Tanah Melayu. Berbanding dengan PMJ, LKMJ lebih bersungguh-sungguh menentang Perjanjian Persekutuan 1948.LKMJ sentiasa menjadi penganjur kepada perhimpunan membidas Perjanjian Persekutuan 1948.83 Ia jugasering menghantar surat bantahan kepada Sultan Ibrahim dan Raja Melayu.84 PMJ tidak begitu cergaskerana Presidennya Dato’ Ab. Rahman Mohd. Yassin ialah seorang pegawai kerajaan yang tertaklukkepada Peraturan Am Kerajaan. PMJ dengan itu lebih sesuai menjadi pengikut sahaja dalam gerakan ini. Di peringkat negeri Johor, LKMJ menentang Perjanjian Persekutuan 1948 berdasarkan satu perkarapokok dalam Undang-undang Tubuh Johor 1895. Baginya, kemerdekaan Johor sebagai sebuah negeriberdaulat telah diakui oleh British sejak tahun 1895. Oleh itu, Perjanjian 1948 ini bukan sahajabertentangan dengan Fasal 14,15 dan 16 undang-undang Tubuh Johor 1895, tetapi yang lebih penting ialahhilangnya kemerdekaan Johor sebagai sebuah negeri berdaulat. Dengan menjadi anggota PersekutuanTanah Melayu, bermakna Johor telah dikawal kebebasannya. Ia akan tertakluk kepada dasar dan arahanPersekutuan dalam semua bidang. Johor hanya akan mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Bagi LKMJ,Perjanjian Persekutuan 1948 patut ditentang. Kata Dr. Hamzah: “We deplore and strongly disapproved the new Constitution, Federal and State signed by the Rulers on 21 January 1948. It is against the Johor Constitution and wholly degradatory to Johore’s independence, integrity and sovereignty.”85 LKMJ menyalahkan Sultan Ibrahim dan Dato Onn. Kedua-dua mereka dianggap bertanggungjawabkepada penghapusan kemerdekaan Johor. Satu surat bantahan dihantar kepada Sultan Ibrahim setelahmereka gagal menghadap Baginda. Dalam surat bantahan itu, LKMJ secara terbuka membidas SultanJohor sebagai pembelot negeri Johor. Mengikutnya:
“The Sultan and all those associations which negotiate or cooperate in the establishment of Federation are regarded as cowards, traitors, breakers of good faith and enemies of the Malay Nation, country and religion and traitors to the constitution of Johore.”86 Sultan Ibrahim tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas surat itu. Walaupun sangat berat namun,atas nasihat Dato’ Onn sebagai Menteri Besar Johor, tuduhan itu diketepikan. Alasan Dato’ Onn samaseperti gerakan Orang Tujuh dahulu. Bagi Dato’ Onn, sebarang tindakan keras daripada Sultan Ibrahimakan memberikan simpati yang lebih banyak kepada LKMJ yang disokong oleh PUTERA-PMCJA.Sokongan yang meluas bagi kumpulan-kumpulan ini akan membantutkan pelaksanaan PerjanjianPersekutuan 1948. Ini akan menggagalkan usaha UMNO dan Raja-raja Melayu untuk mendapatkan semulakedudukan politik mereka dan orang Melayu.87 LKMJ rnerasa kuat dengan kedudukannya kerana sebarang tindakannya tidak disekat oleh SultanJohor dan Dato’ Onn. Oleh itu, pada 26 Januari 1948, LKMJ telah mengadakan satu rapat umum secarabesar-besaran di Johor Bahru bagi membidas Sultan Ibrahim, Menteri Besar dan ahli-ahli mesyuaratnegeri Johor. Mereka didesak supaya tidak menerima perjanjian itu. Satu rombongan dari LKMJ dan PMJakan dihantar ke London bagi membantah Perjanjian Persekutuan 1948. Satu demonstrasi akan diadakanpada 1 Februari 1948 bagi membantah pelaksanaan Persekutuan 1948.88 Rapat umum LKMJ ini juga tidak memberi sebarang kesan kepada Sultan Johor dan Dato’ Onn.Mereka tidak menghiraukan utusan LKMJ dan PMJ yang mahu mengadap Sultan Ibrahim. Dr. Hamzah danDato’ Ab. Rahman Mohd. Yassin diarahkan mengikut protokol untuk berjumpa dengan Sultan Ibrahim.89Dato’ Onn pula telah menasihatkan mereka supaya membatalkan demonstrasi yang dijadualkan pada 1Februari 1948 demi mengelakkan tindakan pihak polis. LKMJ hanya menjalankan upacara menurunkanbendera Johor separuh tiang dengan disaksikan oleh beberapa anggota LKMJ.90 Ini bermakna kesungguhanLKMJ tidak dapat mengatasi kuasa Menteri Besar dan Sultan Johor. Sultan Ibrahim dengan disaksikanoleh Dato’ Onn dan Timbalan Setiausaha Tanah Melayu, A.T Newboult, telah menandatangani PerjanjianPersekutuan 1948 di Istana Pasir Pelangi pada 27 Januari 1948. Pengisytiharan Persekutuan pada 1Februari 1948 disambut dengan meriah oleh ahli-ahli UMNO di seluruh Tanah Melayu.KesimpulanKesimpulannya, bolehlah dikatakan politik Johor dalam tahun 1946 hingga 1948 memperlihatkan usahapolitik dari tiga buah persatuan yang utama di Johor untuk merebut kedudukan dan pengaruh politik diJohor dan Tanah Melayu. Persatuan-persatuan ini yang berpusat di Muar, Batu Pahat dan Johor Bahrudipimpin oleh tokoh-tokoh politik yang terpelajar tetapi dari latar belakang dan kedudukan sosial danpolitik yang berbeza. Penentangan yang berlaku di antara mereka melalui isu-isu politik dan pentadbiran Johor dan TanahMelayu memperlihatkan pemimpin-pemimpin dari Muar dan dari kalangan rakyat bawahan gagalmendapat kedudukan politik yang tinggi. Mereka dikalahkan oleh seorang tokoh dari golongan pembesaryang disokong oleh Raja dan British. Kedudukannya menjadi lebih kuat lagi apabila budaya politikmasyarakat Melayu tradisional/feudal dipanjangkan ke dalam UMNO. Dato’ Onn dengan itu dapat
menguasai bukan sahaja politik Johor tetapi juga politik Melayu Semenanjung.Nota Hujung1. Temu ramah Hj. Naim Siran, Batu Pahat, 12/10/82. Rumahnya berdekatan dengan Masjid tersebut. Beliau adalah penduduk asal Batu Pahat. Mendapat pendidikan di SITC, Tanjung Malim.2. Warta Malaya, 30/7/30.3. UMNO 25 Tahun UMNO Batu Pahat, Batu Pahat, 1971, hlm. 21.4. Utusan Melayu, 28/4/46.5. Shahrom Husein, Biografi Perjuangan Politik Dato’ Onn Jaafar, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, hlm. 140.6. Utusan Melayu, 15/2/46.7. Shahrom Husein, Biografi Perjuangan Politik Dato’ Onn Jaafar, hlm. 141.8. ‘Pilihan raya’ ini bolehlah dikatakan kali pertama diadakan di Johor atau negeri-negeri Melayu yang lain. Pilihan raya ini diadakan hasil cadangan Dato’ Onn Jaafar dalam Warta Malaya di dalam tahun 1930. Dato’ Onn mendapati suara orang Melayu yang bukan pegawai kerajaan tidak ada di dalam Mesyuarat Negeri Johor. Ini menyebabkan rakyat Melayu menyokong idea Dato’ Onn dan beberapa orang Penghulu telah menghantar borang pengundian ke seluruh Johor. Dr. Hamzah menjadi Setiausahanya. Beberapa wakil telah dilantik bagi mengira undi. Pilihan raya itu dijalankan pada 5 Mac 1931, bagi 26 mukim di Johor. Antaranya itu ialah: a) Bandar Johor Bahru b) Parit Pecah c) Parit Samsu d) Gerisek e) Bukit Gantang f) Kundang g) Pagoh h) Sg. Keluang i) Pontian Kecil j) Kukup k) Pontian Besar l) Endau m) Kuala Pagoh Segamat n) Kuala Serkam
o) Kuala Buloh Kasap p) Johor Bahru q) Sg. Mati r) Kesang Tasik s) Mersing t) Lenga u) Parit Raja v) Kesang w) SegamatSumber: Warta Malaya, 6/31/31.9. Syed Husein Ali, Malay Peasant Society and Leadership, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, hlm. 116-131.10. Temu ramah dengan Hj. Naim Siran, Batu Pahat, 12/10/82. Temu ramah dengan Jamil Markom, Batu Pahat, 13/10/82 dan Ali Yunus, Batu Pahat, 12/10/82. Kesemua mereka adalah guru-guru sekolah Melayu yang menubuhkan cawangan PMSJ di kawasan-kawasan tersebut.11. Utusan Melayu, 12/2/46.12. Utusan Melayu, 15/2/46.13. Utusan Melayu, 15/2/46.14. Utusan Melayu, 15/2/46.15. Ini termasuk derma 5 % gaji pegawai kerajaan. Utusan Melayu 31/5/46.16. Utusan Melayu, 30/7/46.17. KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) adalah persatuan politik yang ditubuhkan oleh Jepun bagi membolehkan orang-orang tempatan di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob mengadakan langkah- langkah bagi mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu bersama Indonesia pada tahun 1945. Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai Ketua KRIS Johor. Dato’ Onn juga dicadangkan oleh Ibrahim Yaakob untuk menjadi salah seorang anggota jemaah Menteri Kerajaan KRIS. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya, hlm. 119-121.18. Utusan Melayu, 6/4/46.19. Keterangan lanjut tentang PKMM, lihat Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics, Chapter 4, hlm.
73-86. Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya, hltn. 101-123. Lihat juga Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, Kuala Lumpur: Pustaka Kejora, 1972, Ab. Aziz Mat Ton, ‘Sekitar Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya,’ hlm. 137-139 dalam Perak, Dahulu dan Sekarang, suntingan Adnan Hj. Nawang, Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1988.20. MSS/PIJ No. 1/48.21. Y. Hagaki, Aja-to No Taiwa (Dialogue with Asia), Shinkegen Sha, Tokyo, 1968, hlm. 169.22. Utusan Melayu, 4/5/46.23. Utusan Melayu, 4/5/5624. Utusan Melayu, 1/2/46, 4/5/46, 30/5/46.25. Shahrom Husein, Biografi Perjuangan Politik Dato’ Onn Jaafar, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1988, hlm. 141.26. Malayan Union yang dirancangkan sejak tahun 1943 oleh Pejabat Perang, Pejabat India dan Pejabat Tanah Jajahan, Britain, telah dibentuk dengan tujuan untuk melicinkan dan mencantumkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu bagi menyediakan kerajaan sendiri di Tanah Melayu. Malayan Union juga dikatakan sebagai satu cara ‘mengajar’ Raja-raja Melayu kerana bekerjasama dengan Jepun. Ada juga yang mengatakan untuk menjaga kepentingan ekonomi getah Tanah Melayu dan Asia Tenggara dari dikuasai oleh Amerika Syarikat. Untuk membolehkan hal itu berlaku, kuasa undang-undang dan kedaulatan Negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan satu bentuk kerakyatan yang seragam diadakan. Satu perjanjian dengan Raja-raja Melayu telah dibuat oleh Sir Harold MacMichael, wakil kerajaan Britain pada Oktober 1946. Dalam Perjanjian 1946 itu dikatakan “His Highness the Sultan agrees that his Majesty shall have full power and jurisdiction within the state of Selangor”. (Selangor adalah sebagai contoh.) CO 537/539, Sir Harold MacMichael, “Report on a Mission to Malaya: (October 1945-January 1960), Appendix II.27. Rancangan Malayan Union ini menimbulkan bantahan yang hebat dari orang-orang Melayu. Akhbar- akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara memainkan peranan utama, dengan menjadi pengkritik-pengkritik awal dan penghebah kepada keburukan Malayan Union. Akhbar-akbbar ini juga memuatkan surat-surat pembaca yang mengkritik Malayan Union. Persatuan-persatuan negeri Melayu yang tumbuh sebelum perang dan selepas perang, menghantar nota-nota bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office). Orang ramai pula seperti di Kedah dan Kelantan mengadakan tunjuk perasaan menentangnya. Tegasnya, penentangan kepada Malayan Union adalah kesedaran politik yang sangat penting selepas perang dunia itu. Lihat rencana pengarang Utusan Melayu, 15 Januari 1946, Warta Negara 20/1/46 dan Majlis, 20/1/46. Antara persatuan-persatuan yang membantah termasuklah Islamic Voice of Malayan Penang (CO 537/148), Persatuan Melayu
Kluang, Johor (CO 537/1;550), Persatuan Melayu Johor Bahru (CO 537/1550), Persatuan Melayu Perlis (CO 537/1551), Persatuan Melayu Pulau Pinang (CO 537/1556), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (CO 37/1557), Muslim Chamber of Commerce, Penang, Persatuan Melayu Perak (CO 537/1549). Di Kelantan seramai 10,000 orang telah berarak. Tan Ding Eing, Sejarah Singapura dan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1977, hlm. 293. Untuk keterangan lanjut tentang penentang orang-orang Melayu terhadap Malayan Union, lihat Ahmad Masjidin, “Malayan Union dalam Akhbar Warta Negara”, Malaysia Di Segi Sejarah, No. 8, April 1979, hlm. 24-44, Zulkifli Abdullah, “The Malayan Union and Malay Reaction”, B. A. Hons, Tesis, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1973/74, Masriah Mispari, “Malayan Union - Tentangan Orang-orang Melayu dari Pandangan Warta Negara”, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1984/85.28. Dasar-dasar kerajaan Malayan Union: (a) Pentadbiran terletak di tangan Gabenor. (b) Majlis Mesyuarat Undangan dan Eksekutif diadakan. (c) Majlis Penasihat Agama dengan Gabenor menjadi Pengerusinya. (d) Kerakyatan boleh didapati dengan: (i) Lahir di negeri-negeri Melayu. (ii) Yang telah tinggal 10 daripada 15 tahun. (iii) Yang telah tinggal lima tahun di Singapura. (iv) Rakyat British tetapi tidak hilang kerakyatan British. (v) Orang-orang yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.Lihat Future Constitutional Policy for British Constitutional Policy for British Colonial Territories inSoutheast Asia, CAB 95/41, CMB (44), bertarikh 14/1/1944 dan Policy in Regard, to Malaya andBorneo Report of the Committee on Malaya and Borneo, CABV 98/41, WP 258, bertarikh 18/5/1944.10029. Ini terjadi kepada Sultan Kedah. Sultan Kedah ketika itu ialah Sultan Badlishah. Baginda enggan menurunkan tandatangannya, sehingga diancam akan digantikan dengan adindanya. Untuk keterangan lanjut tentang Baginda, lihat J. D. V. Allen, The Malayan Union, Yale: Yale University Press, 32 dan Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik, Kota Bharu: Mohd. Nawi Book Store, 1978, hlm. 31.30. Ini terjadi kepada Sultan Johor yang menandatangani dengan disaksikan oleh anaknya, Tengku Ahmad sahaja. Begitu juga dengan Sultan Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan. CO 537/1541, Sir MacMichael Papers, Negotiations with Malayan Rulers. Lihat juga J. D. V. Allen, The Malayan Union, hlm. 34, 35, 101, 111. Mohammad Yunus Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur:Pustaka Antara, hlm. 89. Untuk keterangan lanjut tentang cara pengambilan tandatangan oleh Harold MacMichael, lihat A. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics During Malayan Union Experiment, 1942-1948, hlm. 47-64.31. A. J. Stockwell, Ibid. hlm. 80.
32. Chandra Muzaffar, Protector, An Analysis of the Concept and Practice of Loyalty in Leader-led Relationships in the Malay Society, hlm. 62.33. K.J. Ratnam, Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaya, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1969, hlm. 84-85.34. Temu ramah Hj. Anuar Malik, Johor Bahru, 2/4/1982. Temu ramah Datin Halimah Husein, 1/4/1982. Straits Times, 4/6/46.35. B. Simundjuntak, Malayan Federalism 1945-1963. A Study of Federal Problems in a Plural Society, London: Oxford University Press, 1969, hlm. 47.36. Majlis, 21/12/40.37. Onn Jaafar, “Leadership is Lacking for Malay Nationalism”, Straits Times Annual, 1940, hlm. 93- 95.38. A. Samad Ahmad, Sejambak Kenangan, Kuala Lumpur; DBP, 1980.39. Utusan Melayu, 24/6/46; Warta Negara, 30/1/46.40. A. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment, hlm. 70.41. Utusan Melayu, 24/1/46.42. Utusan Melayu, 24/1/46.43. Utusan Melayu, 24/1/46 dan Warta Negara, 24/1/46.44. Warta Negara, 25/1/ 46. Surat seorang yang menamakan dirinya ‘anak Melayu’ dan seorang yang menamakan dirinya ‘Putera Malaya’.45. Kesatuan Melayu Melaka ditubuhkan pada tahun 1937, sebagai cawangan Kesatuan Melayu Singapura. Pemimpin pentingnya ialah Syed Ahmad Jamal dan Mohamad Ab. Rahman.46. Utusan Melayu, 15/2/46.47. Persatuan ini dipimpin oleh orang-orang yang tidak berdarah bangsawan. Anggota-anggotanya terdiri daripada guru-guru, pengarang-pengarang akhbar dan pegawai-pegawai rendah kerajaan dari golongan rakyat biasa. Nama kebangsaan itu menunjukkan ciri-ciri keanggotaan.
48. PMS ditubuhkan pada tahun 1937. Untuk keterangan lanjut, lihat W. R. Roff, “The Persatuan Melayu Selangor: An Early Political Association”, JSEAH, No. 9, March 1968, hlm. 117-146.49. Beliau kemudian menjadi kawan rapat Dato’ Onn dan ahli salah seorang Jawatankuasa Kerja UMNO dan Pengerusi Independent Malayan Party (IMP). Beliau meninggal dunia pada tahun 1979.50. Utusan Melayu, 15/2/46.51. Utusan Melayu, 1/3/46. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 85.52. Untuk keterangan lanjut lihat R. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics During The Malayan Union Experiment 1942-1948, hlm. 66-67.53. CO 537/2145, Memorandum by Malay Association of Johor.54. Utusan Melayu, 27/2/46.55. Utusan Melayu, 12/2/46.56. Temu ramah dengan Datin Zaharah Majid, isteri Haji Kosai di Muar dalam tahun 1974. Utusan Melayu, 27/2/46.57. Untuk mengetahui penubuhan UMNO lihat Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981. Ramlah Adam, “UMNO 1946-1951”, Tesis M.A., Universiti Malaya, 1972/73, Bab 1.58. RCJ No. 1212/46.59. Johore Government Gazette, 1948, 4/3/48.60. Undang-undang Tubuh 1895, fasal 29 mengatakan: Hendaklah bilangan banyak Menteri itu tiada kurang dari delapan orang dan tiadalah lebih dari 12 orang dan adalah gelaran ketua daripada Menteri itu Menteri Besar dan adalah yang menjadi Yang DiPertuan mesyuarat kerajaan.61. RCJ No. 1212/46. Surat Dato Onn kepada Sultan Ibrahim, 5/12/46.62. Dato’ Mahbob (Menteri Besar Kedua), Dato’ Ab. Hamid (Menteri Besar ketiga) dan Ungku Ab. Aziz (Menteri Besar keempat) adalah saudara Dato’ Jaafar. Lihat Othman Dato’ Ab. Hamid, Salasilah Dato’ Ab. Jabar, Johor Bahru, 1967. Fawzi Basri dan Hasrom Haron, Sejarah Johor Moden 1855- 1940, Satu Perbincangan dari Berbagai Aspek, Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1978, hlm. 171.
63. Ahmad Fawzi & Mohd. Fawzi Bin Mohd. Basri, “Johor 1855-1917, Perkembangan dalam Pentadbirannya”, Tesis M.A. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1982, hlm. 235-235.64. Sunday Times, Singapore. 21/9/57.65. Malayan Tribune, 13/12/46.66. CO 537/1539.67. Sunday Gazette, Singapura 21/9/47.68. Report of the Meeting of the Council of the State of Johore, July 1948.69. Ini boleh dilihat dari kertas-kertas mesyuarat UMNO di dalam fail UMNO/Secretary General. Ia juga boleh dirujuk dalam Majlis yang memaparkan dengan jelas kegiatan-kegiatan dan dasar-dasar UMNO dalam 1946-1948.70. Temu ramah Cikgu Naim Siran, Batu Pahat, 12 April 1982.71. Dato’ Ab. Rahman selepas kematian isterinya telah berkahwin dengan Datin Khadijah, kakak seibu sebapa Dato’ Onn Jaafar. Temu ramah Datin Salamah Ambak, Johor Bahru, 15 April 1982. Datin Selamah adalah ibu tiri Dato’ Onn.72. Perundingan UMNO, Raja-raja Melayu dan British bermula pada April 1946. Persetujuan untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan dibuat pada akhir tahun 1947. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat CO 537/1539-1551.73. Malayan Tribune, Kuala Lumpur, 13/12/46.74. Malayan Tribune, Ipoh, 6/1/47.75. Malayan Tribune, 16/4/47.76. LKMJ mahu Pesuruhjaya British digantikan dengan orang Melayu; pertahanan luar dan hubungan luar negeri patut diletakkan di bawah Persekutuan dan Penasihat British dihapuskan. Malayan Tribune, 16/5/47.77. Malayan Tribune, 16/4/47.78. Singapore Free Press, 16/5/47.
79. Warta Negara,12/5/1947.80. Kecaman-kecaman PKMM terhadap UMNO sangat lumrah dalam tahun 1946-1948 di dalam akhbar, Malayan Tribune, cawangan Kuala Lumpur: Ipoh dan Singapura. Sila lihat Daily News Public Relations Office Malaya.81. Utusan Melayu, 15/12/47.82. Straits Times, 4/2/47.83. Salah satu yang penting ialah pada 4/2/47, hari Ahad 25 Januari 1948.84. Surat bantahan LKMJ kepada Raja-raja Melayu ialah pada 19/1/48, Straits Times, 20/1/48.85. Indian Daily Mail, 12/2/48.86. Straits Times, 20/1/48.87. Temu ramah Hj. Anuar Malik, Setiausaha peribadi Dato’ Onn. Temu ramah pada bulan April. Beliau meninggal dunia pada bulan Februari 1998.88. Malayan Tribune, Singapore, 27/1/48.89. Utusan Melayu; 3/2/48.90. Ibid., 30/1/48.
PARTI Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan sebuah parti politik Melayu yang paling awalditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah di negara ini. Parti iniditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Penubuhannya sebagai satu usaha untuk mengisikekosongan politik Melayu pada masa itu di samping menjadi satu badan gerakan orang Melayu Perak danSemenanjung. Pandangan para pengkaji dan peminat sejarah terhadap PKMM sebenarnya telah dibentuk olehbeberapa tulisan sejarah yang ditulis oleh beberapa tokoh penting sama ada sebagai pendukung danpejuang PKMM sendiri ataupun oleh penulis pengkaji yang menggunakan kaedah temu bual denganpendukung dan pejuang PKMM itu sendiri. Kaedah ini terpaksa digunakan kerana dokumen-dokumententang PKMM dari para pejuang itu sangat sedikit dapat dikumpulkan kerana dirampas oleh polissewaktu mereka ditahan ataupun termusnah kerana peredaran masa. Rekod-rekod British pula masihbelum dibuka untuk kajian umum pada tahun 1960-an, sewaktu minat tentang golongan radikal oleh parapengkaji begitu meluap sekali. Para pengkaji Barat pula tersekat dengan kesuntukan masa penyelidikandan penggunaan bahan-bahan tempatan kerana kegagalan untuk menguasai Bahasa Melayu dan tulisan Jawiyang menjadi tulisan rasmi masyarakat Melayu sebelum merdeka. Hambatan-hambatan ini menjadikanmereka tidak mampu untuk melahirkan satu perspektif tempatan dan seimbang. Pengkaji-pengkaji tempatan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pengkaji luar.Kesempatan yang terbuka luas ini boleh melahirkan satu pandangan yang berbeza daripada pendapat yangtelah sedia ada mengenai PKMM. Pengkaji masa kini juga telah terpisah daripada segala rasa simpatiterhadap golongan tertentu. Kajian pada hari ini mampu melahirkan satu keaslian jika kita rajinmenggunakan sumber-sumber tempatan yang digabungkan bersama dengan pemahaman yang lebih objektiftentang disiplin sejarah dan sejarah masyarakatnya. Pemahaman kepada budaya tempatan juga menjadisatu aset penting untuk memahami gelora politik dan gerakan kebangsaan masyarakat Melayu. Penulisanini ingin melahirkan beberapa pandangan baru terhadap PKMM.
Penubuhan PKMMDalam kebanyakan historiografi tentang PKMM, parti ini sentiasa dilihat sebagai satu parti yang munculsecara spontan hasil dari reaksi orang Melayu radikal terhadap penjajahan British di Semenanjung.Hampir kebanyakan kita menerima pandangan ini walaupun ada satu penyelidikan yang telahmembincangkan hal ini tetapi amat jarang digunakan dalam historiografi gerakan politik dan kebangsaanMalaysia. Buku yang dimaksudkan ialah The Masked Comrades tulisan Cheah Boon Kheng (Times BookInternational, Singapore, 1978). Sebuah buku lain yang ditulis tentang PKMM dari kaca mata seorangpengasas dan pejuangnya juga mengakui secara peribadi tentang kemunculan PKMM itu, namun ramaipengkaji terutama pengkaji tempatan yang tidak mengambil kira pendapat ini walaupun menerima fakta-fakta lain dari tokoh yang sama. Penulis yang dimaksudkan ialah Ahmad Boestamam dengan bukunyaMerintis Jalan ke Puncak (Pustaka Kejora,Kuala Lumpur, 1972). Pendapat yang telah diutarakan oleh kedua-dua buku ini ialah PKMM telah diasaskan dandipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ahmad Boestamam secara peribadi mengaku danmenceritakan bagaimana PKMM melalui pimpinan Mokhtaruddin Lasso, ketua pasukan Melayu dalamPKM mencadangkan satu mesyuarat untuk menubuhkan sebuah parti radikal dalam kalangan orang Melayubagi menentang penjajahan dan penindasan politik. Parti ini juga bertujuan untuk menjadi satu organisasimelahirkan kesedaran politik yang progresif dalam kalangan orang Melayu. Pihak PKM telah merampasakhbar Suara Rakyat yang diterbitkan oleh golongan radikal Melayu Perak itu dan seterusnya membiayaidan menguruskan perjalanannya dan telah mencadangkan parti itu dinamakan Parti Sosialis Malaya.Ahmad Boestamam menamakannya sebagai Parti Kebangsaan Melayu Malaya bagi mengelakkan imejkekirian yang terlalu menonjol. Ini dipersetujui.1 Parti Komunis Malaya mengambil inisiatif ini kerana memenuhi satu perancangan yang telahdibuatnya lebih awal. Parti itu melihat adanya peluang untuk menubuhkan sebuah republik komunisme diTanah Melayu selepas pemergian Jepun. Hal ini memang menjadi impian PKM sejak penubuhannya padatahun 1930. Kerjasama yang diberikan oleh British dengan memberi bantuan senjata, latihan dankepercayaan yang kuat semasa pendudukan Jepun dalam pasukan Malayan Anti Japanese Army (MPAJA)memberi kekuatan kepada PKM. Sebelum kemasukan semula British melalui BMA pada 12 September1945, PKM melalui pasukan Bintang Tiganya telah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu selama 14hari (ada yang mengatakan 13 hari) dan menjalankan pentadbiran ala tentera. Tindakannya merampasSuara Rakyat dan memaksa penubuhan PKMM telah dilakukan dalam tempoh ini.Perlembagaan PKMMSuatu konsep yang dinamakan Malayan United Front telah diwujudkan oleh Jawatankuasa Pusat PKMbagi melaksanakan satu dasar secara perlembagaan dan politik dalam mempengaruhi dan menyebarkanidea komunisme dalam kalangan penduduk tempatan terutama dalam kalangan orang Melayu. Beberapadasar telah dirancang antaranya:(a) Menyerap masuk dalam mana-mana parti atau persatuan politik atau menubuhkannya.
(b) Bergaul mesra dengan anggota masyarakat dalam sosial, kebudayaan dan keagamaan.(c) Menyusup masuk dalam kesatuan sekerja atau menggalakkan penubuhannya bagi melahirkan gerakan masa.(d) Menggunakan cara yang lembut dan berperlembagaan dalam sebarang tindakan. Langkah-langkah seperti ini dilakukan bagi membolehkan PKM mendapatkan kerjasama dari semuabangsa dan lapisan masyarakat. Kedudukan PKM yang masih belum diharamkan memudahkan pergerakanini. Konsep Malayan United Front itu mahu dicapai dengan cara yang lembut dan berperlembagaan. Inimudah dilakukan kerana PKM adalah rakan British yang masih sah dari segi perundangan British.Sehingga Julai 1948, berita tentang PKM di akhbar-akhbar Inggeris dan Melayu cukup meluas. Parti itujuga mempunyai akhbarnya sendiri yang bebas mengutarakan pendapatnya. Oleh kerana PKMM termasuk sebagai salah satu perancangan PKM, maka penyerapan danpengawalan PKM dalam PKMM sangat jelas. Jika dilihat dari segi keanggotaan Jawatankuasanya,ternyata PKM menguasai PKMM. Ini kerana presidennya ialah Mokhtaruddin Lasso, Bendaharinya adalahArshad Ashaari, manakala Jawatankuasa Kerja yang lain adalah Rashid Maidin dan Abdullah C.D yangmerupakan ahli komunis, manakala Musa Ahmad, Baharudin Latif dan Shamsuddin Salleh dikatakanbersifat sosialis. Golongan radikal Melayu hanya memegang jawatan yang kurang penting seperti NaibPresiden (Dr. Burhanuddin Al Helmy), Setiausaha (Dahari Ali), Ketua Pemuda (Ahmad Boestamam) danKetua Wanita (Aishah Ghani). Ini semata-mata untuk mengimbangkan pengaruh PKM yang tidak mudahdiketepikan dalam PKMM di peringkat awal penubuhannya itu. Pengaruh PKM juga jelas dalam Perlembagaan PKMM yang didraf pada tahun 1945 itu. Terdapatpersamaan yang nyata dalam objektif-objektif PKMM ditubuhkan. Malah, objektif-objektif PKMM itujuga di sesetengah tempat menggambarkan strategi dan dasar PKM. Antara objektif PKMM ialah:(a) Mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Malayu dan bertujuan untuk mempersatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.(b) Bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran.(c) Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Malayu dengan jelas, memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta menaikkan taraf kehidupan bangsa Malayu.(d) Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu dibebaskan membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.(e) Mengkehendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya dengan percuma.(f) Mengkehendaki kebebasan mencetak buku sendiri, menggalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya dapat meninggikan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah untuk mendakyahkan rasa kebangsaan kepada orang Melayu.(g) PKMM hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini dan hidup berbaik-baik dan bekerja untuk mendirikan perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia Raya.
(h) Menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka merebut kemerdekaan.2 Gambarajah 4.1: M ok htaruddin Las s o. Bahagian pertama tujuan (a), PKMM itu adalah selari dengan tujuan (g) PKMM. Objektif PKMM(a) ialah ‘untuk mempersatukan bangsa Malaya’ itu diperkuatkan dalam tujuan (g) yang mengatakanPKMM hendak bekerjasama dengan semua bangsa yang tinggal dalam negeri ini dan bekerja untukmendirikan perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdekamakmur dan bahagia…’. Ini bererti, PKMM mempunyai tugas untuk menggerakkan orang Melayu ke arahsatu kesatuan dengan penduduk dari berbagai bangsa supaya rancangan Malayan United Front PKMdapat dicapai dengan cara yang teratur. Untuk meyakinkan peri pentingnya orang Melayu menerimanya,dasar itu dijadikan sebagai satu tujuan utama PKMM iaitu menyatukan bangsa Malaya. Untuk menimbulkan kekeliruan, tujuan (a) itu juga dikaitkan dengan usaha untuk ‘menanam semangatkebangsaan bangsa Melayu dan mempersatukan Malaya dalam Republik Indonesia Raya’. Ini bermaknaada tiga tujuan utama dalam objektif (a) PKMM ini iaitu:(i) Menyatukan penduduk Malaya.(ii) Melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.(iii) Malaya akan disatukan ke dalam Republik Indonesia Raya. Ketiga-tiga tujuan itu nampaknya sentiasa diselitkan dalam ayat yang berbeza-beza tetapi dalampenekanan yang tetap sama. Walaupun terdapat perkara memajukan ekonomi, kebajikan, pendidikan,kebebasan bersuara serta pertanian orang Melayu, namun sebagai sebuah badan politik, tujuan politikPKMM iaitu yang sentiasa menekankan perpaduan dalam kalangan penduduk berbagai bangsa bagimencapai Malaya Merdeka yang makmur, melahirkan kesedaran politik Melayu dan keanggotaan TanahMelayu ke dalam Republik Indonesia Raya merupakan ideologi atau isu perjuangan yang pentingmendasari perkembangan dan pencapaiannya.
Gambarajah 4.2: Kongre s M e layu Se -M alaya yang pe rtama pada 1 hingga 4 M ac 1946 te lah me mpe rs e tujui cadangan pe nubuhan Pe rtubuhan Ke bangs aan M e layu B e rs atu (UM NO). (Sumber: Ihsan - ANM) Kekeliruan itu sengaja diwujudkan kerana imej PKMM sebagai parti politik Melayu yang bekerjauntuk kepentingan orang Melayu patut ditonjolkan oleh parti itu. Ini semata-mata untuk mendapat sokongandari orang Melayu yang dahagakan persatuan politik untuk bergerak semula selepas dibekukan oleh Jepunyang mengharamkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) enam bulan selepas pentadbirannya di Semenanjung.Pengharaman itu dibuat untuk mengelakkan orang Melayu menuntut kemerdekaan. Jepun hanyamenggalakkan persatuan yang menyokong Jepun sepera Giyu Gun, Giyu Tai, Persatuan Anti Komunis danBarisan Pemuda Melayu di Perak. Hanya menjelang akhir 1945, pemimpin radikal Melayu, Ibrahim Haji Yaakub diberi peluang untukmendapatkan kemerdekaan di bawah Republik Indonesia Raya dengan persetujuan Sukarno. Namun, initidak kesampaian kerana Jepun menyerah tanpa syarat secara mendadak pada 15 Julai 1945. PKMMdengan itu dilihat sebagai satu sambungan kepada perjuangan yang tidak selesai.
Gambarajah 4.3: Ibrahim Hj Yaacob. Oleh itu, imej PKMM sebagai parti Melayu patut diadakan. Gabungan dengan Indonesia Raya jugadiselitkan untuk mendapat simpati golongan radikal yang memperjuangkan idea sejak dari zaman KMMlagi. Namun, Parti Komunis Malaya juga perlu menyatakan matlamat politiknya dalam menubuhkanPKMM iaitu mahu melahirkan sebuah negara Malaya yang merdeka dengan perpaduan berbilang bangsadan bukan bangsa Melayu sahaja. Ini memang dilakukan untuk memenuhi dasar Malayan United Frontyang telah dirangka lebih awal dari penubuhan PKMM. Dengan itu, ketiga-tiga tujuan itu disatukan bagimenyampaikan kehendak semua pihak. Kekeliruan memang wujud dalam kalangan pengkaji sejarah. Firdaus Abdullah dalam bukunya, TheRadical Malay Politics, Its Origin and Development mengatakan tujuan (a) PKMM ialah‘mempersatukan bangsa Melayu’. Ini juga dilakukan oleh Ariffin Omar dalam bukunya Bangsa Melayu.Kedua-duanya mungkin melihat ia sebagai satu kesalahan menaip kerana dilihat dari tulisannya tentangPerlembagaan PKMM itu memang kesalahan menaip (typing error) terlalu ketara. Pengkaji-pengkaji itujuga mungkin melihat ada sesuatu yang tidak begitu jelas dalam tujuan (a) itu kerana pada permulaanayatnya ia mengatakan ‘mempersatukan bangsa Malaya’ tetapi ayat seterusnya pula mengatakan‘menanamkan semangat kebangsaan dalam sanubari orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malayadi dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya’. Terdapat hal-hal yang tidak selari dengan ayatpertama, oleh itu jika dikatakan ‘mempersatupadukan bangsa Melayu’ itu adalah lebih selaras denganayat-ayat yang lain dalam tujuan (a) itu. Inilah yang mempengaruhi mereka untuk mengubah perkataan ‘bangsa Malaya’ kapada ‘bangsaMelayu’, tanpa melihat senario politik selepas perang dan penguasaan PKM dalam pentadbiran TanahMelayu dan agenda PKM untuk membentuk satu Malayan United Front seperti yang nyatakan dalamtujuan (g) PKMM. Ketiganya ada kemungkinan mereka telah terbiasa dengan pendapat atau anggapan yangmengatakan PKMM adalah sebuah parti Melayu. Oleh itu, apabila terbaca sesuatu yang tidak selaridengan tanggapan umum itu, mereka menjadi terkeliru, lalu membetulkannya selari atau sesuai dengantanggapan umum hari ini. Seorang pengkaji lain pula telah menyebut persamaan tujuan PKM dan PKMMdalam beberapa bilangan yang lain. Menurut Cheah Boon Kheng, terdapat persamaan dalam objektifnombor (b), (c) dan (e) PKMM dengan nombor (d), (f), (g) dan (h) PKM. Ketiga-tiga objektif itumenekankan perlunya kebebasan dalam pidato, bergerak, berfikir dan menuntut pendidikan. Ini sebenarnyamemang menjadi pegangan mana-mana parti politik yang menuntut kebebasan bersuara sebagai satu hakasasi manusia. Untuk menjaga perhubungan baik dengan orang Melayu, PKM mengakui perlunya satuusaha untuk membantu dan menggalakkan kemajuan ekonomi, pendidikan dan adat istiadat serta agamaIslam dalam kalangan masyarakat Melayu. Ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayuterhadap PKM dalam cita-cita untuk memenuhi dasar Malayan United Front. Keselarasan di antara PKMdan PKMM dalam hal-hal kebajikan dan perlindungan ke atas orang Melayu ini adalah sebagai tandakerjasama yang jelas di antara kedua-duanya. Satu lagi kekeliruan yang ditimbulkan oleh Rang Undang-undang PKMM 1946 ini ialah cita-citauntuk memasukkan Semenanjung Tanah Melayu ke dalam Republik Indonesia Raya. Hasrat ini terdapatdalam tujuan nombor (a) dan (h) PKMM. Apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah bagaimanakah PKM
boleh membiarkan PKMM memasukkan tujuan ini? Ini kerana jika tujuan akhir PKMM ialah untukbergabung dalam Republik Indonesia Raya dengan sendirinya PKM akan tenggelam. Mungkinkah PKMmembiarkan hal ini dimasukkan demi mengaburi mata orang Melayu radikal terhadap niatnya untukmenguasai PKMM? Atau adakah ia satu tindakan sementara bagi mengelakkan krisis yang mungkin timbuljika kehendak radikal Melayu ditolak oleh PKM, dengan itu, niat untuk mempengaruhi golongan radikalMelayu dan orang Melayu akan terbantut. Di pihak PKMM pula, adakah kemasukan cita-cita ini menunjukkan bahawa mereka mempunyaimatlamat tersendiri dengan penubuhan PKMM itu? Atau ia satu tanda bahawa tidak mahu dikuasai olehPKM? Atau ada satu strategi yang berselindung di sebaliknya. Mengikut seorang pemimpin PKMMSelangor, Yahya Nazim, kerjasama dengan PKM adalah sementara sahaja kerana akhirnya nanti dengansokongan dari 65 juta penduduk Indonesia Raya, PKM akan dapat dikalahkan dengan mudah. Hal ini jugaselalu dibangkitkan oleh Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin yang melihat satu cara untuk orangMelayu mejadi kuat dan agung semula seperti kerajaan Sri Vijaya, Majapahit dan Melaka ialah dengangabungan semua baka Melayu Nusantara dalam konsep Melayu Raya. Dr. Burhanuddin yang memangterkenal dengan pegangan konsep Melayu Rayanya itu telah menyatakan dengan tegas dalam buku-bukunyayang bertajuk Perjuangan Kita, 1946 dan Falsafah Kebangsaan Melayu, 1951.3 Penulis berpendapat, untuk mencari jalan tengah bagi menentang penjajahan British, isu ini iaitumembentuk Melayu Raya atau Republik Indonesia Raya diketepikan buat sementara. Namun, ia perludimasukkan dalam tujuannya sebagai satu strategi politik PKM dan PKMM untuk mendapat sokonganorang Melayu menyertai PKMM yang dipengaruhi oleh PKM ini.Sokongan Kepada Malayan UnionMalayan Union merupakan satu episod sejarah yang penting dalam sejarah negara. Kita semua sedartentang cerita bagaimana Melayu menentang Malayan Union yang dilihat sebagai satu jajahan ke atasTanah Melayu dan satu rancangan politik yang memecah tradisi kerajaan dan ketuanan Melayu di negaraini. Banyak kajian tentang hal ini telah dibuat. Namun, dalam kajian-kajian itu tidak dibincangkan sokongan PKMM dan PKM terhadap rancanganMalayan Union. Sokongan kedua-dua parti ini kerana beberapa sebab yang sama. PKMM dalamkenyataan akhbarnya pada 3 Februari 1946 menyebut, ‘PKMM bersetuju dengan Malayan Union yangdipersetujui oleh rakyat jelata’. Malah, dalam persidangannya pada 30 November 1945, sokongan itutelah dinyatakan dengan tegas. Ini diperkuatkan lagi dengan sepucuk telegram PKMM kepada PejabatTanah Jajahan yang berbunyi: “The MNP reiterates its original stand for a representative democratic form of Malayan Union, popular voting and election, common citizenship and common allegiance to The Malayan Union.”4 Parti Komunis Malaya (PKM) pula bersifat sinis dengan mengatakan Malayan Union tidak cukupmemberi kebebasan atau kemerdekaan kepada rakyat. PKM telah menyatakan: “The so called Malayan Union has not odour of democracy or self government. Politically, culturally and militarily
being under the supervising control of Singapore, The Malayan Union permanently will be conf ined to a subordinate position…it will be the slave house of big British financiers and capitalists.”5 Parti Komunis Malaya berkehendakkan lebih daripada sebuah Malayan Union yang dikawal olehBritish. Ia mahukan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun, pada dasarnya, pengenalan Malayan Unionadalah langkah permulaan yang dianggapnya tidak cukup memerdekakan Tanah Melayu. Dalam erti katalain, PKM menyokong Malayan Union dan menuntut sesuatu yang lebih baik daripada itu. Sokongankepada Malayan Union oleh kedua-dua parti ini berpunca daripada faktor-faktor yang sama. BagiPKMM, antaranya ialah:(a) ‘Maka dengan jalan Malayan Union demokrasi akan muncul, PKMM berharap pada masa akan datang wakil-wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat dan gelaran kebangsaan akan menjadi pusaka rakyat jelata.’6(b) Cara pemerintahan yang akan dijalankan mengikut suara ramai dengan cara undi dan pilihan raya. Dengan jalan itulah, kemajuan dan kesejahteraan yang sebenarnya akan dicapai.7(c) Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi bagi pemerintahan Malayan Union bersaing dengan Bahasa Inggeris kerana Bahasa Melayu menyatupadukan penduduk Tanah Melayu.8(d) Malayan Union akan membawa satu persatuan yang kuat bagi negeri-negeri Melayu dan bangsa Melayu.9(e) Penyatuan dalam pentadbiran agama Islam. Bagi Parti Komunis Malaya pula, sokongan terhadap struktur pentadbiran Malayan Union ituditunjukkan dengan rasa tidak puas hati terhadap British yang tidak memberi kebebasan politik kepadaMalayan Union dan Singapura. Dalam satu kenyataannya, PKM mengatakan: “Now that peace has come and Malayan has been clamouring for the enforcement for the United Nations Charter and the Atlantic Charter. They have been asking for democracy, self-determination and self-government, but the British continues stubbornly to carry colonial policy and applies pressure on the people. This sort of imperialism not only endangers the democratic rights and happiness of the Malayan but also threatens peace in the Far East... All Malayans are tax payers and bear the duty of def ending peace in Malaya... More, than half of the Malayans will not be able to require citizenship if the requirement of residing ten years in Malaya is adhered to. It is needless to say that k nowledge of any languages should not be made a qualification for admission to the Legislative Council.”10 Dalam masa yang sama, akhbar-akhbar Cina, orang Cina serta India pada keseluruhannya menerimakerakyatan Malayan Union dengan gembira. Seperti kata Cheah Boon Kheng: “They welcomed it whole-heartedly. Chinese press comments - Sin Chew Jit Poh and the pro-communist Sin Min Chu (New Democracy) of 24 January and the Hua Ch’ioa (Overseas Chinese) of 26 January - ranged between scepticism of The Malayan Union’s practicability and expressions of satisfaction about the proposed citizenship rights.”11 Satu hal yang dibantah oleh masyarakat Cina ini ialah pemisahan Singapura dari Malayan Union.Ini kerana pemisahan Singapura bererti kekuatan penduduk Cina di Tanah Melayu akan berkurangan disamping pelaburan mereka yang mungkin terjejas kerana perbezaan undang-undang dan sebagainya.Bagaimanapun, mereka juga sedar dengan peruntukan kerakyatan Malayan Union untuk menerima sesiapasahaja yang lahir di Singapura untuk menjadi rakyat Malayan Union.12 Dalam masa yang sama, PartiKebangsaan Melayu Malaya juga senada dengan PKM dalam penganalisisannya terhadap MalayanUnion. Kata Ahmad Boestamam, seorang pemimpin PKMM yang penting, bahawa:
“British telah tipu kita maka kita sudah diajar menipu dalam politik…maka lebih baik kita…tuntut Malaya Merdeka...lagi sekali PKMM menjelaskan kita tuntut merdeka, habis perkara.”13 Sokongan kepada kerakyatan jus soli juga diterima oleh PKMM sebagai satu pendirian politiknyadalam menyokong Malayan Union. Sokongan kepada kerakyatan itu telah dinyatakannya pada November1945. Ekoran itu, British telah menjemput perwakilan PKMM untuk berbincang dengan British pada 24Januari 1946 dan sekali lagi pada 29 April 1946. Dalam pertemuan itu, PKMM yang dipimpin oleh Dr.Burhanuddin meminta supaya kerakyatan jus soli itu dipanjangkan kepada seluruh Kepulauan Melayu bagimembolehkan rakyat Indonesia dan Alam Melayu diterima menjadi rakyat Malayan Union. PKMM jugamenyokong rakyat secara Naturalization dalam Malayan Union tetapi harus diputuskan oleh ‘govenor-in-council’.14 Sokongan ini bertentangan dengan sikap kebanyakan orang Melayu yang menentang MalayanUnion. Penentangan mereka bermula sejak November 1945 dengan satu perarakan di Kota Bharu,Kelantan. Kemudian diikuti dengan perarakan di Alor Setar dan Johor Bahru pada Januari 1946.Demonstrasi ini menyedarkan orang Melayu tentang nasib mereka dalam Malayan Union. Hal ini telahmendorong tentangan yang menyeluruh dari orang Melayu Semenanjung melalui telegram dan surat rayuanke Pejabat Tanah Jajahan. Surat terbuka di akhbar-akhbar tempatan dan penubuhan persatuan-persatuansebagai badan bersatu juga menentang Malayan Union.15 Akhbar-akhbar Melayu dan Inggeris jugamemainkan peranan sebagai penyebar dan penggalak penunjuk perasaan penentangan terhadap MalayanUnion. Raja-raja Melayu juga telah menunjukkan kesedaran mereka terhadap keterlanjuran menyerahkannegeri dan bidang kuasa mereka kepada Raja England. Gerakan bangsa Melayu dari semua peringkat inimenjadikan penentangan orang Melayu ke atas Malayan Union boleh dianggap sebagai kemuncakkegiatan nasionalisme Melayu yang telah bermula sejak awal kurun ke-20.PKMM Menganggotai Kongres Melayu 1946Sebagai strategi mendapatkan kepimpinan masyarakat Melayu, PKMM menyertai Kongres 1946 yangberlangsung pada 1 hingga 4 Mac 1946. Sehari sebelum Kongres itu, penyertaan PKMM telah ditolakkerana pengaruh PKM terhadapnya. Ia juga menolak kehendak Parti Komunis Malaya cawangan Selangor,sebuah persatuan yang tiba-tiba muncul untuk menyertai Kongres tersebut. Bagaimanapun, demimemikirkan perpaduan Melayu, permohonan PKMM diterima. Ia tidak ‘semerah’ seperti Parti KomunisMalaya cawangan Selangor. Ada beberapa sebab mengapa PKMM berubah haluan. Ramai pengkaji yang berpendapat ia sebagaisatu kesedaran yang jelas dari PKMM. Ini kerana jika dilihat daripada pengakuan Ahmad Boestamam danDr. Burhanuddin, ternyata kesedaran itu adalah semata-mata untuk perpaduan orang Melayu dan keinginanuntuk membela nasib orang Melayu yang tertekan dalam Malayan Union. Mereka juga tidak berpuas hatidengan cara British mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu. Malayan Union juga tidak dianggapdemokratik. Tidak ada kekesalan PKMM kerana Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Unionataupun kerakyatan sama rata Malayan Union seperti didakwa oleh seorang pengkaji. Seorang pengkajilain pula menegaskan perubahan sikap PKMM itu kerana kekecewaan PKMM terhadap Malayan Unionyang disedarinya tidak akan memberi kerajaan sendiri dengan segera.16
Satu hal yang tidak diperjelaskan di sini ialah strategi PKMM itu sendiri. PKMM nampaknyamenjalankan strategi yang berdolak-dalih dalam rancangan Malayan Union ini. PKMM telah menjalankandasar bekerjasama dengan Jepun demi mendapatkan kedudukan yang baik dalam pentadbiran Jepun.Memang tidak dinafikan, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin dalam menerangkan kerjasama itu telahrnengatakan ia adalah satu strategi untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun, dengankeadaan ketika itu mereka telah keluar dari dasar menentang penjajahan British sebelum itu. Kerjasama dengan Jepun itu kemudian diteruskan pula di zaman British. Ia untuk mengelakkanmereka ditangkap oleh British kerana kerjasama yang sangat jelas dengan Jepun. Raja-raja Melayu yangbersekutu dengan Jepun telah diturunkan takhta seperti Sultan Musaeddin di Selangor dan Sultan Ali diTerengganu, dan beberapa orang Sultan yang menaiki takhta di zaman pendudukan Jepun telah diancamuntuk diturunkan takhta jika tidak bekerjasama dengan British dan menerima Malayan Union. Oleh sebabitu, PKMM sejak awal lagi telah menyokong Malayan Union sebaik-baik sahaja diisytiharkan olehParlimen British. Namun, PKMM menjadi ‘kera sumbang’17 apabila seluruh masyarakat Melayu menentang MalayanUnion secara terang-terangan antara Januari hingga Mac 1946. Sebagai sebuah parti yang mengakuberjuang untuk orang Melayu, tindakan PKMM menyokong Malayan Union tentulah tidak wajar samasekali. Dari segi strategi untuk mendapat pengaruh dan kepimpinan masyarakat Melayu seperti harapanParti Komunis Malaya semasa penubuhan PKMM, campur tangan PKMM dalam Kongres Melayu 1946adalah langkah terbaik. Dengan menganggotainya, PKMM dapat menunjukkan kepada orang MelayuSemenanjung bahawa PKMM turut serta dan bersama-sama menentang Malayan Union yang dianggapsebagai satu penghapusan sistem kebudayaan dan politik Melayu di Semenanjung. Sokongan PKMM kepada Kongres 1946 hanya bertahan kira-kira tiga bulan sahaja. Setelah sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946 dan mengasaskan UMNO di Johor Bahru dan menyatakansokongan kepada pimpinan UMNO terutama Dato’ Onn,18 PKMM rnenarik diri secara rasmi dari UMNOdalam persidangan agungnya di Ipoh, Perak pada 26 Jun 1946. Ini dibuat oleh Ahmad Boestamam danIshak Haji Mohamad tanpa perbincangan dengan Dr. Burhanuddin dan pemimpin PKMM lain. Merekamenerima sahaja tindakan itu sebagai wajar. Penarikan diri ini ternyata menggambarkan penolakan PKMM terhadap UMNO sebagai satu badanpolitik orang Melayu yang tidak diyakini dapat menumbangkan Malayan Union ataupun sebagai sebuahparti politik yang progresif dan akan menuntut kemerdekaan negara. Kenyataan pemimpin-pemimpinPKMM menggambarkan hal ini. Antaranya:(a) “Perbezaan pandangan politik di antara PKMM dengan UMNO sekarang jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan 100% bagi Malaya, UMNO hanya mahu kembali kepada ‘status quo’ saja”.(b) “Mustahil dengan undi dua suara itu kita boleh mengubah pandangan politik kira-kira 50 buah badan lain - badan-badan kanan belaka. Sebaliknya, kita berada di luar UMNO, kita bebas bergerak memperjuangkan cita-cita kita”.19
(c) “Kita bimbang pemimpin-pemimpin kebangsaan Melayu itu berani bawa tetapi tak berani tanggung.”20(d) “Kabus itu akan hilang dengan sendirinya apabila matahari naik memancar cahayanya atau lain-lain perkataan bantahan sebilangan besar umat Melayu itu hanyalah berkesan bagi sementara saja. Pendeknya, Malayan Union akan tetap berjalan terus.”21(e) “Sekarang umat Melayu tidak sayugia membicarakan apa yang harus dibuat oleh kerajaan British kepada bantahan orang Melayu. Umat Melayu bolehlah menaruh keyakinan yang penuh kepada keadilan kerajaan British yang saksama dan bijaksana.”22(f) “Saya mengusulkan supaya PKMM, berdasarkan penolakan syornya tentang bendera itu, menarik diri keluar dari UMNO.”23 Apa yang dapat diperjelaskan dari petikan-petikan penarikan diri PKMM dari UMNO berpuncadaripada beberapa sebab. Namun, sebab dasar yang boleh ditafsirkan di sini ialah kegagalan PKMMuntuk mengubah pendirian UMNO menjadi sebuah parti radikal seperti PKMM. Ahmad Boestamam,penggerak utama penarikan diri ini dalam pengakuannya telah mengatakan bahawa tidak mudah untukPKMM mengubah UMNO dengan keanggotaan UMNO yang terlalu ramai bersifat kanan. Dalam erti katalain, PKMM melihat peluang untuk menguasai kepimpinan UMNO tidak mudah dilakukan keranapengundi-pengundi dalam UMNO terlalu memihak kepada kepimpinan tradisional yang bersifat kanankerana itu selari dengan pendirian mereka. Walaupun Ahmad Boestamam mengatakan mereka cuma kalahsatu undi dan mengatakan, “setidak-tidaknya keputusan satu undi itu menunjukkan dengan sendirinyabetapa besarnya pengaruh kami yang hanya satu badan sahaja,” namun PKMM secara jelas sedar peluanguntuk mendapatkan kepimpinan UMNO sangat tipis.24 Gambarajah 4.4: Ahmad B oe s tamam dalam s atu ucapan Parti Rakyat M alaya. (Sumber: Datin Rabitah Mohd. Wajib)
Parti Komunis Malaya (PKM) sejak dari awal lagi menyokong undi yang lebih kepada PKMMdalam UMNO. Parti itu dalam kenyataan akhbarnya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu danditerbitkan dalam Pelita Malaya telah membidas UMNO sebagai sebuah parti yang konservatif yangmenolak kemajuan perlembagaan moden yang diperkenalkan oleh Malayan Union. UMNO juga dianggapsebagai tidak bersifat demokratik kerana menyamakan sebuah persatuan besar seperti PKMM denganpersatuan-persatuan negeri lain dengan memberi dua undi sahaja. PKM mencadangkan PKMM diberi satuundi bagi setiap perwakilannya.25 Dengan itu, terdapat enam atau tujuh undi dari PKMM dan dua undi daripersatuan-persatuan negeri Melayu yang lain. Maka, penarikan diri PKMM dari UMNO oleh AhmadBoestamam adalah juga suara PKM yang melihat kehadiran PKMM tidak berkesan dalam UMNO.Sokongan PKMM Kepada Malayan UnionStrategi golongan radikal di zaman Jepun diulang semula oleh PKMM sebelum dan selepas keluar dariUMNO. Walaupun PKMM bersama-sama mengutuk Malayan Union dan menuduh British sebagai‘penipu’ dalam Kongres Melayu 1946 dan menuntut ‘merdeka penuh, habis perkara’ kata AhmadBoestamam tetapi sebelah kakinya tetap menyokong Malayan Union. Kata-kata yang manis tentangMalayan Union jelas tercetak dalam akhbar rasminya, Pelita Malaya. Antaranya yang dapat dipetikialah: “UMNO itu parti Hitler - lahir di Kg. Baru waktu Gabenor baru datang. Tujuannya terus terang mahu kasi jatuh Raja-raja Melayu - nampaknya parti ini ditubuhkan oleh orang-orang pelajaran tinggi, anak baik- baik - bukan orang kaki lima macam aku. (Hantu Raya-Ishak Haji Mohamad).”26dan “Kedatangan Gabenor Malayan Union itu memang sudah sewajarnya disambut dan dialu-alukan dengan segala hormat dan Pelita Malaya dianggap kera sumbang kerana menyokong Malayan Union... pendirian kita tetap dan dengan besar hati kita mengalualukan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.”27dan “PKMM tetap menyambut Malayan Union dengan harapan yang tinggi kerana menolak Malayan Union bererti berbalik kepada aturan lama, rujuk kepada cara lama yang hanya memberi faedah kepada sekelompok orang Johor Baharu, orang Kelang dan orang Kuala Kangsar sahaja, bukan kepada rakyat jelata.”28 Kesemua petikan ini merupakan rencana pegarang Pelita Malaya yang ditulis secara bergilir-gilirdi antara Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad dan seorang yang tidak dikenali.Kesemua tulisan seperti ini muncul bersama-sama dengan rencana-rencana tentang Kongres 1946 danbantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Namun, suara rencana pengarangnya adalah sangatmustahak kerana merupakan gambaran pendirian PKMM terhadap Malayan Union. Keduadua bentuktulisan pro dan kontra ini berlangsung selama keanggotaan PKMM dalam UMNO. Keadaan inimenunjukkan sifat ‘talam dua muka’ atau lebih sesuai dengan kata-kata Ahmad Boestamam sendiri iaitusikap ‘gergaji dua mata’ yang dilaksanakannya di zaman Jepun. Beliau berbaik dengan MPAJA untukmengelakkan diri daripada dibunuh dan dalam masa yang sama makan gaji dengan Jepun untuk mencarimakan dan mendapatkan informasi bagi kepentingan MPAJA.29 Sokongan kepada Malayan Union ini sengaja dilakukan oleh PKMM demi mencapai matlamat
asalnya iaitu mendapatkan satu bentuk kerajaan demokratik yang menuju kepada kemerdekaan pilihan rayayang memberi hak pentadbiran kepada rakyat. Hal ini amat disedari oleh PKMM dan hanya akandilakukan oleh British melalui penjajahan ke atas Tanah Melayu. Kedudukan negeri Melayu sebagai‘Negeri Yang Dilindungi’ dengan Raja-raja Melayu sebagai pemerintahnya akan terhapus danmembolehkan masyarakat baru disusun semula oleh British tanpa ada bentuk feudalisme yang memangditolak oleh PKMM. Ini jelas daripada beberapa petikan di atas. Parti itu menerima penjajahan British, walaupun dalam Kongres Melayu PKMM dengan lantangtelah menuntut kemerdekaan penuh seperti yang diluahkan oleh Ahmad Boestamam yang bercakap sebagaiwakil PKMM dalam Kongres itu. Namun, dalam jarak waktu yang sama, Pelita Malaya mengatakan: “P ada pukul 11 pagi, 1 April 1946 tamatlah riwayat Malaya sebagai sebuah negeri Melayu yang bernaung di bawah panji-panji kerajaan Britain.”30dan “Semenjak hari semalamlah juga Negeri-negeri Melayu sudah habis riwayatnya berganti dengan Gabenor Malayan Union sebagai wakil Duli Yang Maha Mulia King Raja Great Britain dan jajahan takluknya.”31 Sokongan PKMM kepada Malayan Union terbayang jelas dalam keseronokan PKMM menghantarbeberapa orang pemberita mereka ke King’s House, Kuala Lumpur untuk melaporkan upacara pelantikanEdward Gent yang dianggapnya sangat gilang-gemilang dan bersejarah. Pada waktu yang sama, ‘beribu-ribu rakyat Melayu semuanya memakai songkok berlilit kain putih tanda berkabung’32 di kepala berkumpuldi Station Hotel, Kuala Lumpur untuk memujuk Sultan-sultan supaya tidak menghadiri upacara tersebut.Keputusan untuk menghalang mereka telah dibuat oleh UMNO dalam persidangan Kongres Tergempar diKuala Lumpur pada 30 dan 31 Mac 1946. Wakil PKMM, Ibrahim Karim turut hadir. Namun, serampangdua mata PKMM tetap dijalankan. Sebenarnya, PKMM cuba mengambil risiko yang tinggi dalam sokongannya terhadap MalayanUnion dan kerjasamanya dengan Parti Komunis Malaya. Mereka berharap kesemuanya berjalan lancartetapi jauh di sudut hati mereka terdapat keraguan yang jelas. Lihat perbualan di antara Ishak HajiMohamad, orang kuat PKMM dengan rakan yang tidak sehaluan dengannya yang dipanggil Mat Radio.Dalam Pelita Malaya ternyata adanya kegembiraan Hantu Raya (Ishak Haji Mohamad) terhadappenghapusan institusi raja dan bidang kuasanya. Namun, kesan Malayan Union kepada orang Melayutetap terlintas dalam ingatannya. Menurut Pelita Malaya:Hantu Raya : Sekejap lagi kau tengok bukan main ramai lagi orang Melayu datang menuju mahligai aku. Di kopiah mereka itu berlilitkan kain putih. Kenapa orang-orang itu berkabung?Mat Radio : Sebab Negeri-negeri Melayu sudah mati! Hantu Raya : Mati? Mati sakit apa?Mat Radio : Sakit politik!Hantu Raya : Habis apa akan jadi pada Raja Melayu?Mat Radio : Oh, engkau buat tak tahu pulak, ‘pungguk jatuh, belatuk tumpang matilah’. Apa rasanya Malayan Union yang engkau sukakan itu?Hantu Raya : Rasanya? Macam mana boleh tahu, Sebab pokok Malayan Union itu baru saja
berbunga.Mat Radio : Jadi, engkau berharap-harap benarlah hendak makan buah Malayan Union itu?Hantu Raya : Sudah tentu. Aku sudah tanam itu pokok begitu lama punya.Mat Radio : Kalau buah itu masam, macam mana?Hantu Raya : Aku buat sambal...Mat Radio : Tetapi jikalau buah itu belum masak sudah dimakan ulat? Hantu Raya : (Aku terdiam).Mat Radio : Engkau, cakap saja pandai. Tengok semalam, bendera siapa yang banyak naik!33 Risiko ini sengaja diambil oleh PKMM kerana berharap dengan sokongannya kepada MalayanUnion, British akan berpihak kepadanya. Ini kerana PKMM meragui kebolehan orang Melayu menentangkekuasaan British. Menyorot sejarah, orang Melayu selalu kalah di tangan British. Seperti kata PKMM,“kabus itu akan hilang dengan sendirinya apabila matahari naik memancar cahayanya... bantahan umatMelayu itu hanyalah berkesan untuk sementara saja... Malayan Union tetap akan berjalan terus.”34Kerjasamanya dengan PKM pula tidak dapat dielakkan kerana penubuhannya dibuat oleh PKM danpembiayaan Pelita Malaya di bawah perhatian PKM. Jawatankuasa PKMM juga dianggotai sama olehahli PKM seperti Musa Ahmad, Arshad Ashaari, Abdullah C.D dan Rashid Maidin. Dalam memoirnya, Ahmad Boestamam mengaku bahawa mereka mendapat panduan dan idea-ideatentang ideologi politik dari mentornya, Sutan Djenain. Sultan Djenain adalah pelarian politik PartiKomunis Indonesia yang memberontak pada tahun 1927. Setibanya di Tanah Melayu, beliau menetap diperkampungan Cina di Ampang. Ibrahim Haji Yaakob juga mengaku mendapat tunjuk ajar dari SultanDjenain. Malah, nama Kesatuan Melayu Muda (KMM) adalah nama yang diberikan oleh Sutan Djenain.Aishah Ghani pula dalam memoirnya menyebut pemimpin-pemimpin PKMM memasuki hutan di Ampangbersama beberapa orang Cina sementara beliau tinggal beberapa hari di kebun sayur. Beliau menamakanPak Santos sebagai orang yang selalu mendampingi pemimpin-pemimpin PKMM dan memberi ceramahpolitik kepada mereka. Arsugi atau Arshad Ashaari menjadi perantara di antara PKMM dengan PakSantos itu.35 Pengaruh dan penguasaan PKM dalam PKMM tidak dapat dipertikaikan lagi. Kerjasamamereka juga jelas terpancar dari segi kegiatan menyokong dan menentang Malayan Union, Kongres 1946dan UMNO.Gerakan Menjatuhkan Dr. Burhanuddin oleh PKM dan Beberapa PemimpinPKMMTanpa disedari, terdapat satu krisis kepimpinan dalam PKMM yang didalangi oleh PKM. MengikutAhmad Boestamam dalam bukunya Merintis Jalan Kepuncak, sikap Dr. Burhanuddin yang terlalu lembutdan percaya kepada orang lain menyebabkan PKMM menghadapi kesulitan. Dr. Burhanuddin jugadikatakan terlalu bertolak ansur dengan UMNO dan menyokong kepimpinan Dato’ Onn dalam KongresMelayu 1946. Cadangan Ahmad Boestamam untuk menubuhkan Kongres API sebagai tindak balas kepadaKongres 1946 juga tidak dihiraukan oleh Dr. Burhanuddin yang melihat Kongres itu sebagai perpaduanorang Melayu yang memang diharapkannya selama ini.36 Dato’ Onn pula dianggap pemimpin besar yang
telah menyelamatkan orang Melayu dengan menentang Malayan Union.37 Ahmad Boestamam dengan itu telah merancang untuk menjatuhkan Dr. Burhanuddin sebagaiPresiden PKMM dalam pemilihan tahun 1947. Ahmad Boestamam bersama Ishak Haji Mohamad telahberpakat menasihatkan Dr. Burhanuddin supaya menjadi penasihat PKMM dan memberikan jawatanPresiden PKMM kepada Ishak Haji Mohamad. Dr. Burhanuddin tanpa mengesyaki apa-apa muslihatmenerimanya dengan mudah sahaja. Parti Komunis Malaya juga merancang untuk menggantikan Dr.Burhanuddin dengan seorang yang lebih radikal dan tegas. Ini kerana kelembutan sikap Dr. Burhanuddinakan menenggelamkan Arshad Ashaari dan Musa Ahmad yang dikatakan telah mempengaruhi pemimpin-pemimpin radikal PKMM untuk menjalankan gerakan itu. Walaupun Ahmad Boestamam tidak melibatkan PKM dalam gerakan menjatuhkan Dr. Burhanuddin,namun sebagai seorang pemimpin API yang lebih radikal daripada PKMM, kehendak Parti KomunisMalaya itu selari dengan kehendaknya. Bagaimanapun, mengikut Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddintidak mudah dikalahkan. Rasa sayang pengikut PKMM kepadanya tetap kuat walaupun Ishak HajiMuhamad menjadi Presidennya. Dr. Burhanuddin tetap utama dalam setiap perhimpunan PKMM.Kekuatan pengaruhnya juga tetap jelas setelah penubuhan PUTERA yang bekerjasama dengan AMCJAmenentang Perjanjian Persekutuan 1948. Ahmad Boestamam dan PKM tidak dapat mengubahnyawalaupun berjaya mengawal dan mempengaruhi kepimpinan PKMM dan PUTERA.PKMM dan PKM dengan Golongan Agama RadikalGerakan radikal Melayu ini bergerak dengan jelas dalam kegiatan keagamaan dan hal-hal yang dikaitkandengan kegiatan kumpulan tersebut. Dalam gerakan memajukan orang Melayu oleh golongan agamaradikal ini, Majlis Agama Tertinggi Islam (MATA), Lembaga Pendidikan Islam Rakyat (LEPIR) dan PusatPerekonomian Melayu Se-Malaya (PERPEMAS) telah ditubuhkan bagi menggembleng tenaga memajukanekonomi, pendidikan dan keagamaan orang. Dalam mesyuarat pada 22 Mac 1947, pemimpin-pemimpinPKMM seperti Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam turut hadir. Anggota PartiKomunis Malaya seperti Rashid Maidin, Arshad Ashaari dan Musa Ahmad juga turut hadir. Kerjasamagolongan radikal dan komunis ini melambangkan kerjasama politik yang erat untuk menegakkan pandanganmereka terutama dalam menentang UMNO, Raja-raja Melayu dan British. Kehadiran mereka di Madrasah Ihya Assyariff Gunung Semanggul ini berlaku kerana beberapaperkara. Pertamanya, sokongan yang jelas dari golongan berpendidikan agama yang tidak diterima olehBritish sebagai pegawai tadbir atau guru-guru sekolah Melayu ataupun Inggeris. Sistem pendidikan agamayang dilihat sebagai satu sistem pendidikan peribadi masyarakat Melayu berkembang tanpa bantuankewangan, bangunan ataupun nasihat dari British. Oleh kerana dianaktirikan, sistem ini berkembangsebagai satu sistem tersendiri dan terpencil dari dasar British. Tidak hairanlah penentangan golongan initerhadap British dan sekutunya mudah berlaku. Keduanya, kebebasan sekolah agama itu telah membolehkannya menjadi pusat gerakan anti-Britishdan anti establishment masyarakat Melayu. Bukan sahaja Madrasah Gunung Semanggul yang terlibat
tetapi juga banyak madrasah lain, terutama yang berfahaman Kaum Muda yang menentang golongan tuadan bekerjasama dengan pihak establishment Melayu. Madrasah Al-Mashor di Pulau Pinang, Madrasahal-Ahmadiah di Kelantan, Madrasah Dairatui Maarit, Kepala Batas, Madrasah al-Akhlak As-Salam diGuar Cempedak, Kedah dan Madrasah al-Diniah di Padang Rengas, Perak adalah di antara madrasah yangmenjadi tumpuan gerakan seperti itu. Ramai di antara pelajar dan guru-guru madrasah ini yangmenganggotai PKMM, API dan AWAS. Mereka dikatakan menganggotai kumpulan ‘tentera semut’ dan‘bara’ sebagai pelapis pemimpin dan tentera API.38 Pengaruh gerakan politik keagamaan Indonesia juga menjadi ikutan. Beberapa buah parti Indonesiayang berteraskan Islam seperti Parti Masjumi, Nandatul Ulama dan Muhamadiah telah menyebarkanpengaruhnya melalui ceramah-ceramah oleh tokoh-tokoh parti yang melawat madrasah tertentu, disamping tulisan-tulisan keagamaan dan politik yang banyak tersebar di Semenanjung. Buku-buku inimenjadi bahan bacaan mereka yang tentunya mempengaruhi fikiran dan pandangan pelajar di madrasahtersebut. Penyerapan idea politik dan radikalisme dalam kalangan mereka tidak dapat dielakkan. Gambarajah 4.5: Dr B urhanuddin He lmy. Hubungan peribadi Dr. Burhanuddin dan Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dari Madrasah GunungSemanggul sejak di zaman pendudukan Jepun juga menjadi satu peluang keemasan untuk PKMM danmenggunakannya sebagai dasar kerjasama mereka. Dr. Burhanuddin yang menjadi Penasihat Adat Istiadatdan Agama Islam di Taiping dikatakan telah dapat meyakinkan pihak tentera Jepun supaya tidakmenggunakan madrasah itu sebagai markas tentera atau pusat pentadbiran. Dengan itu, madrasah itu dapatterus berfungsi sebagai institusi agama yang dihormati Jepun. Dr. Burhanuddin juga dapat melindungiorang Melayu di Taiping kerana hubungan baiknya dengan tentera Jepun. Pengaruh beliau yang begitutinggi di Taiping dan Ustaz Abu Bakar al-Bakir di Padang Rengas mempermudahkan kerjasama danpenyerapan golongan radikal dan komunis Melayu ke dalam gerakan radikal agama Islam di GunungSemanggul. Penubuhan Hizbul Muslimin (HM) adalah pada 14 Mac 1948, iaitu pada hari kedua persidanganMATA, LEPIR dan PERPEMAS yang berlangsung antara 13 hingga 16 Mac 1948. Penubuhan HM inibertujuan untuk menggemblengkan tenaga politik Islam bagi menaikkan martabat politik orang Melayuyang dikatakan telah diabaikan oleh UMNO. UMNO dilihat telah berkompromi dengan British kerana
mendapatkan semula Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang memberi kemerdekaan seperti yangdiharapkan oleh PKMM, PKM dan sekutunya. Penubuhan HM juga boleh dikatakan sebagai satu pelariangolongan radikal Melayu dan dikuasai oleh Parti Komunis Malaya. HM diharap dapat menjadi sebuahparti yang bersih dan berteraskan Islam sepenuhnya.39 Namun, harapan ini hanyalah kata-kata politik sahaja. HM tidak dapat mengelak terus daridipengaruhi oleh golongan radikal Melayu dan komunis kerana HM adalah satu pentas baru untukgolongan radikal menjalankan pencak silatnya. Kegagalan PKMM, PUTERA dan AMCJA menentangUMNO dan British dengan Perlembagaan Rakyatnya pada tahun 1947 menyebabkan mereka mencaribadan baru untuk meneruskan kegiatan mereka. Kehadiran tokoh PKMM yang hebat dan sekutunya dariAMCJA menunjukkan HM menjadi medan baru untuk mereka. Kebenaran untuk Gerald de Cruz dariMalayan Democratic Party untuk berucap pada malam harinya pula sekali lagi menunjukkan HM tidakdapat lari dari bukan Melayu yang bekerjasama rapat dengan golongan radikal Melayu, iaitu PKMM danPUTERA. Kata seorang pengkaji: “Beliau (Dr. Burhanuddin) telah menyentuh soal perubahanperubahan yang semestinya berlaku di kalangan alim ulama di Tanah Melayu ini kerana ini akan memberi evolusi baru juga kepada masyarakat, pelajaran dan ekonomi serta akhirnya menuju cita-cita rnurni dan suci. Cita-cita suci itu tidak lain daripada kemerdekaan dan kemajuan bangsa, tanah air dan agama... Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada 1 Februari tahun itu belum memenuhi kernerdekaan yang diingini.”40 Kehadiran Rashid Maidin dan beberapa anggota Parti Komunis Malaya yang lain juga cukupmenarik. Ia memperlihatkan kerjasama PKM dengan PKMM dalam penubuhan HM. Rashid Maidin telahmemberi ucapan mengutuk British sekali gus menaikkan semangat kebangsaan mereka, namun iamemperlihatkan pengaruh PKM yang nyata. Menurut pengkaji yang sama bahawa: “Rashid Maidin telah membawa bersama-samanya beberapa banyak gambar untuk dipertunjukkan pada hari-hari persidangan itu. Gambar-gambar itu menunjukkan sikap British yang sering tidak adil, malah menganggap orang-orang Timur tidak berotak. Fenomena gambar menunjukkan orang Melayu masih hidup di atas pokok dan ini bagi Rashid Maidin adalah sikap memandang rendah kepada orang Melayu. Beliau seterusnya memberi juga penerangan dalam pengertian ideologi yang difahaminya dengan banyak mengutuk pihak penjajah. Semua yang dilakukan oleh Rashid Maidin itu mendapat sambutan yang baik...”41 Kebenaran memberi ucapan kepada Malayan Democratic Youth League (MDYL) yang dipengaruhiPKM di malam persidangan HM itu juga menjadi bukti kuat kepada kegagalan HM untuk berdiri sebagaiparti Islam yang putih. Oleh itu, apabila Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO menyuarakankebimbangannya terhadap hal ini dengan mengatakan “hubaya-hubaya musuh dari gunung hutan,”42menjadi satu gambaran kepada kegiatan politik yang bercampur-baur di antara radikal, Islam dan komunis.Oleh sebab beliau dari parti yang ‘memerintah’, kenyataannya dianggap sangat negatif. Namun, melihatkepada senario dan kerjasama golongan radikal, Islam dan komunis, ini adalah satu kenyataan pahit tetapijelas berlaku.PKMM dengan Kes NatrahPengisytiharan Darurat oleh British pada pertengahan Jun/Julai 1948 telah membantutkan gerakan radikaldan kiri di Persekutuan Tanah Melayu. Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Parti Komunis Malaya telahdiharamkan. Ramai pemimpin radikal telah ditangkap oleh British, kecuali Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Sultan Djenain, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad, Abu Bakar Al-Bakir dan ramai lagi golongankiri ditangkap dan dipenjarakan dalam tempoh yang lama. Dr. Burhanuddin sebagai bekas pemimpin radikal meneruskan kegiatannya di Singapura. CawanganPKMM Singapura yang masih sah di bawah pimpinan beberapa orang tokoh penting seperti Taha Kalu,Darus Sarif dan Mohd. Mustaza, masih terus aktif memperjuangkan cita-cita mereka. KeputusanMahkamah Tinggi Singapura yang menyerahkan semula Maria Hurbedina Hertogh kepada ibu bapanya,telah membangkitkan kemarahan orang Melayu dan umat Islam Singapura. Maria atau nama IslamnyaNatrah, berusia 13 tahun telah berkahwin dengan Mansur Adabi, tetapi di bawah Undang-undang British,Natrah dianggap di bawah umur dan patut kembali kepada jagaan ibu bapanya. Bagi masyarakat lslam danorang Melayu, ini satu penghinaan kepada agama Islam dan orang Melayu sendiri. la dianggap satu isukebangsaan Melayu yang penting. Pendapat seperti itu telah menyebabkan mereka membantah keputusan mahkamah. Akhbar MelayuRaya pimpinan Harun Aminurrashid telah membangkitkan isu ini dengan hebat, begitu juga dengan akhbarUtusan Melayu, Persatuan Melayu Semenanjung (PMS) dan Singapore Muslim League di bawahpimpinan Abdul Muhamad Ghani Karim. Satu Jawatankuasa Tindak Perkara Natrah telah ditubuhkandengan Dr. Burhanuddin dan Abdul Muhamad sebagai tokoh utamanya. Mereka memutuskan untukmengadakan demonstrasi pada hari Isnin dan Selasa iaitu pada 16 dan 17 Disember 1950. Seramai 10,000orang telah berarak. Kemusnahan harta benda awam serta korban nyawa telah berlaku apabila perarakanitu bertukar menjadi huru-hara. Seramai 18 orang telah terkorban, 124 orang tercedera, 72 buah motokardibakar dan 119 buah motokar lagi telah dirosakkan. Ia bukan sahaja melibatkan orang Islam dan Melayutetapi juga kesatuan sekerja yang dikatakan dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya dan Singapura.Mereka mendapat bekalan senjata dan makanan dari organisasi tersebut sehingga mencetuskan pergaduhandengan polis dan mengakibatkan korban nyawa yang besar.43 Dr. Burhanuddin kemudian bersama-sama dengan empat orang lain pejuang PKMM dan SingaporeMuslim League telah ditangkap pada 19 Disember 1950. Beliau dan rakan-rakannya kemudian cubadibela oleh Ibrahim Haji Yaakob, pemimpin baru PKMM yang telah diberi mandat oleh kawan-kawannya.Ibrahim yang kini menetap di Indonesia telah menubuhkan Panitia Kemerdekaan Malaya bagi memintaBangsa-bangsa Bersatu mengenakan tekanan ke atas British yang dianggapnya telah ‘menekan gerakankebangsaan’.44 UMNO di bawah pimpinan Dato’ Onn merayu supaya orang Melayu dan Islam berhati-hati denganhal ini kerana beliau bimbang akan terbawa-bawa dengan hasutan orang yang dipercayai tidak ikhlaskepada Tanah Melayu ini.45 Desakan Pemuda Kedah kepada UMNO untuk membebaskan Dr.Burhanuddin46 tidak dipenuhinya kerana Dato’Onn melihat persoalan itu di luar bidang kuasa UMNO.Bagaimanapun, satu Jawatankuasa Rayuan Natrah telah ditubuhkan oleh pejabat Setiausaha Agung UMNOyang dipimpin oleh Hussein Onn. Namun, kesannya tidak begitu jelas kerana seperti juga PKMM, UMNOtidak dapat berbuat apa-apa dengan kuasa kerajaan British di Singapura.Kesimpulan
Gerakan radikal Melayu yang muncul pada akhir tahun 1945 dengan diwakili oleh PKMMmemperlihatkan satu strategi perlembagaan Parti Komunis Malaya untuk mendapatkan kerjasama politikdengan orang Melayu. Dengan mempengaruhi Perlembagaan PKMM dan memasukkan beberapaanggotanya ke dalam PKMM, PKM cuba menguasai parti tersebut. Penguasaannya itu dapat dilihat denganjelas melalui kegiatan-kegiatan PKMM yang sentiasa bergerak bersama dan dengan sokongan PKM. Ini termasuklah kegiatan menyokong Malayan Union, menentang Kongres 1946 dan UMNO sertaPerjanjian Persekutuan 1948. Persamaan dalam Perlembagaan juga dapat dilihat sebagai satu kerjasamadan pengaruh yang jelas di antara PKMM dan PKM. Kedua-duanya juga turut terlibat dalam penubuhanHizbul Muslimin dan gerakan sosioekonomi golongan radikal agama Islam yang juga merupakan satuprotes kepada UMNO dan penentangan kepada British. Kerjasama itu akhirnya disekat oleh British dibawah Undang-undang Darurat 1948 di Tanah Melayu, namun di Singapura kerjasama PKMM dan PartiKomunis Malaya serta Singapura terus wujud sehingga meletusnya Peristiwa Natrah yang menyebabkanPKMM terharam dengan Undang-undang Darurat Singapura. Ini menyebabkan PKMM diserahkan kepadaIbrahim Yaakob yang berada di Indonesia, maka keberkesanannya sebagai parti radikal tidak begitu jelaskerana terbuang di rantau orang. Penyerapan masuk ke dalam UMNO pula menjadikan PKMM tenggelam di Tanah Melayu. PKMMmempengaruhi nada Suara UMNO tetapi tidak berupaya mengubah struktur dan kepimpinan UMNO yangbersifat sederhana dan tradisional. Kerjasama dengan PKM dan strateginya menyokong British (MalayanUnion) telah menghilangkan peluang PKMM untuk muncul sebagai parti handalan orang Melayu.Penyerapannya dalam UMNO pula tidak dapat mengubah pendekatan politik UMNO. PKMM dengan inikehilangan bisanya sebagai sebuah parti radikal di Persekutuan Tanah Melayu selepas 1948/1950.Nota Hujung1. Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, hlm. 23-28.2. Rang Undang Parti Kebangsaan Melayu Malaya 1945, UMNO/ SG 96/1946.3. Buku-bukunya ini boleh terdapat dalam Kamarudin Jaafar, Dr. Burhanuddin Al Helmy: Islam dan Kebangsaan Melayu, Penerbitan Yayasan Anda, 1980.4. CO537/1548, Savingrams.5. Malayan Daily News, 4 Mac 1946.6. Pelita Malaya, 21 Mac 1946.7. Ibid.
8. Pelita Malaya, 5 April 1946.9. Ibid.10. BDM/ADM 8/78, Summary, ‘The Combatants Friend’ dated 7 May 1946, A Statement for the Spokesrnan of Central Committee, MCP.11. Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya, SUP, 1983, hlm. 288.12. K. J. Ratnam, Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaya, Kuala Lumpur: UMP, hlm. 55.13. Pelita Malaya, 4 Mac 1946.14. Utusan Melayu, 2 Mei 1946 dan Daily News Summary, 2 May 1946.15. Ini semua boleh dillhat dengan jelas dalam CO537/1529/1548/1549/6020, Telegrams.16. Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics, hlm. 86.17. Pelita Malaya, 30 Mac 1946.18. Pelita Malaya, 9 Mac 1946, 6 Mac 1946, 5 April 1946.19. Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, hlm. 87.20. Pelita Malaya, 30 Mac 1946.21. Pelita Malaya, 10 April 1946.22. Pelita Malaya, 3 April 1946.23. Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, hlm. 86-87.24. Ahmad Boestamam cuba bersembunyi di sebalik keputusan undi itu dengan memberi gambaran bahawa kekalahan satu undi itu adalah untuk keseluruhan undi perwakilan. Terdapat empat buah persatuan yang mencadangkan bendera masing-masing iaitu Ikatan Setia Kg. Baru, PKMM, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Persatuan Melayu Sabak Bernam, Cadangan Ikatan Setia Kg. Baru mendapat 24 undi, PKMM mendapat 23 undi, Pergerakan Melayu Semenanjung, pimpinan Dato’ Onn mendapat 19 undi dan Sabak Bernam mendapat tiga undi. Ini bermakna terdapat empat kelompok undi dan bukanlah dua kelompok seperti yang digambarkan oleh Ahmad Boestamam. Dengan itu pengaruh
PKMM mengenai soal bendera itu adalah 23/69 undi. UMNO/SG 48/46; Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981, hlm. 141.25. Pelita Malaya, 12 Mac 1946, 28 Mac 1946.26. Pelita Malaya, 10 April 1946.27. Pelita Malaya, 30 Mac 1946.28. Pelita Malaya, 23 Mac 1946.29. Ahmad Boestamam, ‘Menjadi Gergaji Dua Mata’, Dewan Masyarakat, Jun 1982, hlm. 31.30. Pelita Malaya, 2 April 1946.31. Ibid.32. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 100.33. Pelita Malaya, 2 April 1946.34. Pelita Malaya 10 April 1946.35. Aishah Ghani, Memoir Seorang Perjuang, Kuala Lumpur: DBP, 1992 hlm. 20-23.36. Pelita Malaya, 5 April 1946.37. Pelita Malaya; 9 Mac 1946.38. Malayan Secret Service/PIJ no. 2/47.39. Untuk melihat secara mendalam tujuan HM ditubuhkan sila rujuk Nabir Abdullah,1976. Maahad Ihya Asysyariff Gunung Semanggul 1934-1959 Jabatan Sejarah, UKM, hlm. 159-201.40. Nabir Haji Abduilah, op cit., hlm. 167.41. Ibid. hlm 16542. Beliau tidak menyokong penubuhan Hizbul Muslimin kerana pengaruh PKM yang jelas di dalamnya.
Beliau mengatakan ‘Saya tidak melarang tetapi tidak sudi membenarkan... bahaya dari gunung itu masih lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi yang tumbuh menjalar akarnya supaya orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenarnya parti Islam itu merah’. Utusan Melayu, 26 April 1948.43. Ini diakui oleh Taha Kalu dalam Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics, Its Origin and Development, hlm. 135; Report of the Singapore Riots Inquiry Commission 1951, Singapore: Government Printers, 1951, hlm. 30-31.44. Utusan Melayu, 3 Januari 1950.45. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981, hlm. 212.46. Ini berlaku kerana ramai anggota PKMM, API dan AWAS yang telah memasuki UMNO selepas parti- parti tersebut diharamkan pada tahun 1948. Kemasukan ini bertujuan untuk mempengaruhi UMNO supaya menjadi lebih radikal; percubaan ini berjaya apabila cogan kata UMNO ‘Hidup Melayu’ dipindahkan kepada ‘Merdeka’ pada akhir tahun 1950. Merdeka adalah cogan kata PKMM CO537/6020, Pan Malayan Report (PMR) no. 4, 5, 6/1950; Ramlah Adam, Ahmad Boestamam, Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: DBP, 1994, hlm. 110.
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255