sebagai Ahli Dalam Negeri, menubuhkan satu Jawatankuasa Persekutuan untuk mewujudkan satu badanseperti itu. Jawatankuasa ini kemudian menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Ungku AbdulAziz, anak saudara kepada Dato’ Onn menjadi pengarahnya yang pertama. Idea Dato’ Onn Jaafar ini seperti mana para nasionalis yang lain27 memperlihatkan tumpuan merekaterhadap Bahasa Melayu sebagai satu isu kebangsaan Melayu yang mesti ditangani. Untuk menjagakepentingan mereka dan menonjolkan diri sebagai ‘tuan’ Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu danBritish wajib memajukan Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya yang dianggap dan diisytiharkansebagai bahasa rasmi pentadbiran kerajaan negeri dan bahasa pendidikan yang ditanggung oleh Britishiaitu sekolah vernakular Melayu. Layanan British yang berat sebelah dan lebih mengutamakan BahasaInggeris telah menggalakkan orang dagang mencemuh Bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak layakuntuk dipelajari oleh mereka.Bahasa Melayu Semasa Pemerintahan JepunSumbangan para nasionalis dalam tempoh ini telah memberi asas yang kuat dalam pembelaan terhadapbahasa sebagai satu dasar gerakan kebangsaan Melayu. Ini kerana pendukung-pendukung itu juga terlibatdalam gerakan kebangsaan dalam zaman pendudukan Jepun, 1941-1945. Abdul Rahim Kajai, Za’ba, IshakHaji Mohamad dan Ibrahim Haji Yaakob yang bekerjasama dengan pemerintah Jepun terus menulistentang semua isu kebangsaan Melayu termasuk soal peningkatan Bahasa Melayu. Namun, satu hal yang berbeza ialah mereka kini tidak lagi bebas bersuara seperti zaman British.Sesuai dengan dasar penjajahan Jepun yang keras dan kejam, semua tulisan mereka tentang kebangsaanMelayu termasuk juga Bahasa Melayu disesuaikan dengan kehendak Jepun. Sebagai penjajah baru, Jepuntelah menjalankan Konsep ‘Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Raya’, yang membawa konseppersaudaraan Asia dengan Jepun sebagai penaungnya atau abang tuanya. Dengan itu, segala nilai dalamsemua sistem politik, ekonomi dan kebudayaan adalah bersandarkan kepada sistem nilai kebudayaan dankekuasaan politik Jepun. Ini sangat jelas dalam kandungan akhbar-akhbar Melayu yang diterbitkan dizaman Jepun seperti Malai Shimbun, Berita Malai, Fajar Asia dan Semangat Asia.28 Nasionalis-nasionalis Melayu tetap bekerjasama dengan Jepun seperti mana di zaman penjajahan British. Mereka terus memperkatakan nasib sebagai orang yang dijajah tetapi nadanya berbeza dari zamanBritish. Mereka kini melihat Jepun sebagai penaung dan penyelamat mereka dari penjajahan Barat(khususnya British dan Amerika). Mereka mendukung konsep ‘Asia Raya’ dan kerjasama serantau denganmenghormati negara-negara Asia Tenggara yang senasib seperti Filipina, Burma, India dan China yangdianggap di bawah telunjuk Barat. Dalam hal ini, nampaknya nasionalis-nasionalis Melayu lebih dekatdengan Indonesia. Tulisan-tulisan Sukarno, Hamka, Sanusi Pane, Tan Malaka dan beberapa orang tokohpolitik dan seniman Indonesia diterbitkan dalam akhbar-akhbar atau majalah tersebut.29 Ini merupakansatu cara pendewaan kepada tokoh-tokoh nasionalis Indonesia yang memang sangat rapat di hati mereka.Konsep ‘Melayu Raya’ atau ‘Indonesia Raya’ kemudian menjadi idelogi beberapa orang nasionalisMelayu selepas perang. Inilah permulaan kepada ideologi itu. Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob,Ishak Mohamad dan Za’ba menjadi penyumbang dalam majalah atau akhbar tersebut. Mereka
membincangkan semua hal terutama soal politik yang mendewa-dewakan kekuatan Jepun sebagai penaungbaru kawasan Asia dan Asia Tenggara. Mereka juga membincangkan soal sistem budaya Jepun yangberguna untuk orang Melayu. Nyata sekali, usaha-usaha untuk ‘menJepunkan’ orang Melayu begitu ketarasekali disokong oleh golongan ini.30 Seperti juga di zaman penjajahan British, soal pendaulatan Bahasa Melayu tidak dilakukan olehJepun. Malah, pihak Jepun menggantikan Bahasa Melayu dengan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantardi sekolah vernakular Melayu. Beberapa sekolah bahasa untuk orang dewasa bagi memasukiperkhidmatan kerajaan Jepun ditubuhkan. Dengan itu, kepentingan untuk menekankan penggunaan danpenyebaran bahasa Jepun sebagai bahasa utama Tanah Melayu sangat ketara. Pembelajaran tentang bahasaJepun dan iklan penerbitan bahasa Jepun sentiasa dimuatkan dalam Fajar Asia dan Semangat Asia ini.Oleh itu, boleh dikatakan nasib Bahasa Melayu di zaman Jepun seperti juga di zaman penjajahan Britishtetap tertekan malah lebih teruk lagi. Bagaimanapun, dalam tekanan penjajah itu, nasionalis-nasionalis Melayu tetap berusaha untukmenegakkan satu konsep Bahasa Melayu yang bersifat Nusantara. Abdul Rahim Kajai menggunakanhubungan politik dengan Indonesia sebagai satu cara menguatkan kedudukan Bahasa Melayu. Dalamrencananya yang bertajuk ‘Bahasa Melayu yang akan datang’, beliau melihat Bahasa Melayu perluberkembang dalam kerangka Bahasa Indonesia supaya boleh menjadi bahasa pertuturan bagi satu rumpunbangsa yang besar. Dalam bahasa beliau sendiri, Abdul Rahim Kajai mengatakan: “Perubahan baru ini - terima kasih kepada Dai Nippon – telah membuang segala pagar dan segala sempadan yang menceraikan Semenanjung daripada saudara saudaranya terutama Sumatera. Peluang bekerjasama di antara satu sama lain bukan sahaja terbuka tetapi ialah jua digalakkan oleh Dai Nippon - Johan Bangsa Asia. Tidaklah mungkin bagi kita menghasilkan maksud ini jikalau kita tidak dapat bertukar-tukar fikiran jika kita tidak sebahasa. Sebahasa sahaja pun belum sempurna jikalau tidak sehuruf. Oleh itu, kita berhajat kepada peribahasa yang satu dan huruf yang satu. Mana dia bahasanya! Yang mana jikalau tidak bahasa dan huruf yang dipakai oleh sebilangan yang banyak Bahasa Indonesia dan huruf Latin yang dipakai oleh 80 juta orang berbanding dengan Semenanjung dan huruf Jawi yang hanya dipakai oleh semillion orang sahaja.”31 Cadangan Abdul Rahim Kajai ini juga senada dengan tulisan Za’ba dalam Fajar Asia,32memperlihatkan adanya satu agenda politik yang besar dari golongan nasionalis Melayu ini. Denganmenyatukan Bahasa Melayu sebagai sebahagian Bahasa Indonesia dan membuang tulisan Jawi, ini akanmemudahkan satu penyatuan politik yang sedang dirancang oleh golongan nasionalis dengan sokongan daripihak Jepun. Desakan untuk merdeka dalam bentuk ‘Melayu Raya’ atau ‘Indonesia Raya’ yang memangmenjadi dasar politik Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob dan menjadi ejenkemasukan Jepun ke Tanah Melayu pada akhir tahun 1940 telah cuba diteruskan dengan penubuhanKesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada tahun 1945. Indonesia yang sedang menyediakan kerangka kemerdekaannya telah bersetuju menerimaSemenanjung Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Republik Indonesia. Pengisytiharankemerdekaannya yang cepat sahaja yang telah menghalang hal ini daripada terjadi. Dengan itu, harapanAbdul Rahim Kajai untuk menerima pakai Bahasa Indonesia bagi menggantikan Bahasa Melayu tidaktercapai. Ternyata Bahasa Melayu sebagai bahasa orang Melayu Semenanjung cuba dihapuskan olehgolongan nasionalis ini. Ini tentunya bertentangan dengan semangat patriotik dan nasionalismeSemenanjung itu sendiri. Di satu pihak, Bahasa Melayu ditekan oleh bahasa Jepun tetapi di satu pihak
dalam kalangan orang Melayu sendiri, mereka lebih gemar Bahasa Melayu dikorbankan bagi satu gagasanpolitik yang lebih besar. Ini tentunya akan menghilangkan kepentingan dan identiti Bahasa Melayu yangakan ditelan oleh Bahasa Indonesia. Ini diakui sendiri oleh Abdul Rahim Kajai yang mengatakan: “Bahasa Indonesia tidak dapat ditahan mesti berkembang biak dibawa oleh saudagar-saudagar Indonesia, dibawa oleh sandiwara-sandiwara memakai lenggang-lenggok Indonesia, dibawa oleh lagu-lagu gurindam termasuk uraian-uraian filem gambar. Tak lagi ucapan-ucapan bicara agama Islam dalam Bahasa Indonesia sudah teradat dalam satu pergaulan... bahasa yang dipakai oleh bilangan banyak akan hidup dan bahasa yang dipakai oleh bilangan sedikit mesti tinggal.”33 Ini bermakna, selari dengan rancangan memerdekakan Semenanjung sebagai sebahagian daripadaIndonesia,34 Bahasa Melayu akan terkubur dalam Bahasa Indonesia.Bahasa Melayu Selepas 1945Selepas 1945, Bahasa Melayu mempunyai cerita yang berbeza. Bahasa Melayu menerima nasib yang lebihbaik. Para nasionalis Melayu yang kini terpecah kepada dua golongan yang dikenali sebagai golonganradikal dan konservatif telah bersama-sama membela Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ataubahasa rasmi Tanah Melayu. Dato’ Onn yang memimpin United Malays National Organization (UMNO),Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam serta Ishak Haji Mohamad, pendukung PKMM, telah menaikkankemampuan Bahasa Melayu dalam bidang politik Melayu. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa persidangan UMNO dan PKMM dalam menentangMalayan Union dan menyatukan orang Melayu di bawahnya. UMNO bukan sahaja dianggotai olehgolongan konservatif Melayu tetapi juga golongan radikal Melayu yang mendapat tempat di zamanpemerintahan Jepun. Kerjasama golongan ini dalam UMNO tidaklah dilakukan dengan sepenuhnya keranadalam masa yang sama, golongan radikal ini yang telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) lebih awal daripada UMNO menyokong Malayan Union.35 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi tanda kemenangan Dato’ Onn dan UMNO keatas golongan radikal dan bukan Melayu yang mengemukakan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatifkepada perjanjian awal itu. British dan Raja-raja Melayu menerima Perjanjian 1948 kerana tidakmencabar kekuasaan British sebagai ‘penjajah’ dan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negeri Melayu. Apayang berlaku dalam perjanjian ini ialah pengiktirafan semula kedudukan politik negeri Melayu, RajaMelayu dan rakyat Melayu sebagai peribumi Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada soal untuk merdekaatau bebas dari British atau Raja-raja Melayu36 sedangkan PKMM/PUTERA-AMCJA denganPerlembagaan Rakyatnya mendesak British memberikan kerajaan sendiri, memperkenalkan pilihan raya,perlindungan dan bantuan ekonomi pendidikan kepada orang Melayu, kerakyatan yang sama rata kepadasemua yang berminat dan kebangsaan Melayu bagi semua rakyat.37 Tentang pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Tanah Melayu, ternyatagolongan radikal lebih tegas. Salah satu perkara yang dipersetujui di antara All Malayan Council of JointAction (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)38 ialah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasarasmi. Ini menjadi satu daripada 10 perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Rakyat sedangkan,
dalam Perjanjian Persekutuan 1948, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmipentadbiran di semua peringkat. Bahasa Melayu dan tulisan Jawi bagaimanapun tetap menjadi bahasautama masyarakat Melayu dan pentadbiran Negeri Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perjanjian1948 ini tetap sama seperti sebelum 1941.39 Pendekatan yang berbeza ini timbul dari matlamat perjuangan yang berbeza di antara kedua-duabelah pihak. PUTERA-AMCJA mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan merdeka yang tidak lagidijajah oleh British. Maka, sebagai sebuah negeri yang merdeka dan rakyatnya terdiri daripada berbilangkaum seperti yang dihasilkan oleh kerakyatan terbuka Malayan Union, Tanah Melayu memerlukan satubahasa yang boleh menjadi penyatu bagi semua kaum. Maka, Bahasa Melayu adalah bahasa yang dianggapsesuai sebagai bahasa penyatuan itu. Di satu pihak lain iaitu Perjanjian Persekutuan 1948, soal menuntutkemerdekaan tidak menjadi matlamatnya. Perjanjian 1948 hanya mendesak satu pengiktirafan semulaketuanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. UMNO dan para pemimpinnya percaya bahawa apa yangpenting dalam menentang Malayan Union ialah menentang penjajahan politik secara mutlak yangdilakukan oleh British. UMNO berjuang untuk mendapatkan semula status quo tradisionalnya sebagaipemilik negara ini dan menolak penguasaan politik dan pentadbiran orang luar. Soal mendaulatkan Bahasa Melayu tidak lagi timbul kerana terlalu kecil jika dibandingkan denganpersoalan mempertahankan ketuanan Melayu yang dirampas oleh Malayan Union itu. Mendapatkansemula kerangka politik tradisional Melayu itu akan membolehkan apa sahaja yang berkaitan dengannyatermasuk Bahasa Melayu untuk mendapat tempatnya secara automatik. Tugas utama UMNO ialahmengembalikan ketuanan Melayu di Semenanjung dan memajukan ekonomi dan politik orang Melayusebelum menuntut kemerdekaan. Inilah pegangan UMNO dan para pemimpinnya terutama Dato’ Onnsendiri.40Bahasa Melayu di Ambang KemerdekaanPendaulatan Bahasa Melayu sebagai satu alat politik penyatuan negarabangsa Tanah Melayu berlaku padatahun 1955. Ini dicadangkan oleh Mohamed Rashid Ahmad dari Parti Negara (PN) dalam FederalLegislative Council (FC) atau Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Beliau membuat cadangan inisebagai sebahagian daripada strategi PN untuk memenangi pilihan raya 1955. Beliau adalah pengikutDato’ Onn Jaafar, pemimpin PN. Dato’ Onn dan PN telah mengemukakan beberapa cadangan yang bolehmenarik simpati pengundi-pengundi terutama pengundi Melayu kepadanya. Antara cadangan itu ialahmenaikkan semula bantuan harga padi dari $12 sepikul kepada $17 sepikul.41 Cadangan PN ini sangat menarik kerana dilakukan sebelum kemerdekaan dicapai. Ini satupandangan jauh dari sebuah parti politik yang cuba mencari identiti kebangsaan bagi Tanah Melayu yangakan mendapatkan kemerdekaan dari British selepas pilihan raya Persekutuan 1955. Tujuannya untukmenjadikan Bahasa Melayu sebagai alat membina negara-bangsa berdasarkan masyarakat majmuk iaitumengambil kira kepentingan bahasa tempatan sebagai bahasa penyatuan penduduknya seperti yang telahwujud sebelum ini. Ada beberapa sebab dikemukakan sebagai alasan kepada cadangan itu. Pertamanya,PN melihat bahawa Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca bagi Semenanjung dan persekitarannya di
antara bangsa-bangsa yang berdagang di rantau ini dari seluruh bahagian dunia. Penjajahan Barat di rantauini telah menjadikan kepentingan Bahasa Melayu itu hilang sama sekali sehingga Bahasa Inggeris, Belandadan Perancis menjadi bahasa pentadbiran dan perdagangan. Jadi adalah sesuai, ‘as the country well seton the road to full self-government,’ Bahasa Melayu diberi tugas semula sebagai ‘a medium of commonexpression and use as between communities and language which in reality a truely National Languageof this country.’ 42 Bagi Mohamed Rashid dan tentunya Dato’ Onn, yang menjadi ketua PN, keperluan ini dibuat keranayang akan menjadi rakyat Tanah Melayu merdeka nanti akan terdiri daripada pelbagai bangsa yanglangsung tidak mempunyai satu bahasa yang sama dan terlalu kental dengan bahasa ibunda masing-masing.Dengan pengenalan kerakyatan jus soli yang diterima oleh Perikatan sebagai dasar pilihan rayanya, makakeperluan satu bahasa kebangsaan sangat penting. Terdapat cadangan Setiausaha Agung Malayan ChineseAssociation untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa utama negara ini dan ada jugadesakan sebahagian pendidik sekolah Cina yang menuntut bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmiTanah Melayu selepas merdeka dalam rayuannya kepada Ratu England. Perkembangan ini sangatmembimbangkan kerana dengan tekanan politik seperti ini, kemerdekaan yang hendak dicapai tidak akanstabil. Penggunaan berbagai-bagai bahasa rasmi akan memecahkan pembinaan negara baru Tanah Melayu.Oleh itu, beliau menyeru supaya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP), “express its consideredopinion and determination that either English nor Kuo Yu or Mandarin, or any other language otherthan Malay shall be adopted and recognised as the National Language of the present and the futureMalaya.” PN beranggapan dan menegaskan bahawa bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara adalah samadan mesti dijalankan oleh Bahasa Melayu. Ini kerana bagi sebuah negara yang mempunyai kelompokmasyarakat yang satu seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, penggunaan Bahasa Inggerissebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah mudah. Namun, bagi negara seperti Tanah Melayukeadaannya berbeza. Oleh itu, patutlah ditegaskan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan danbahasa rasmi Tanah Melayu. Ini untuk mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh sebahagian pendudukTanah Melayu yang mengatakan bahasa kebangsaan adalah berbeza dengan bahasa rasmi. Bagi golonganini, bahasa lain boleh menjadi bahasa kebangsaan kerana Perjanjian Persekutuan 1948 hanya menyebutBahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan. Kekeliruan seperti ini patutdiatasi dengan hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi TanahMelayu merdeka. Perbincangan tentang cadangan beliau dan PN ini menerima pandangan balas dari ahli MPP.Seorang anggota UMNO, Dato’ Haji Mohammed Eusoff telah menyokong cadangan ini. Bagi beliau telahtiba masanya untuk ahli-ahli MPP memikirkan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai alat pembinaannegara yang akan merdeka. Beliau merasa sedih dengan sikap ahli MPP yang sengaja tidak hadir dalamperbincangan ini dan sikap tidak acuh ahli MPP semasa perbahasan dibuat bagi cadangan ini dan merekasibuk membaca perkara lain dan menulis dengan lunak sekali. Bagi beliau, Bahasa Melayu adalah asaskepada kebudayaan Melayu dan tidak mungkin seseorang yang mendapatkan kerakyatan negara ini dapatmencurahkan taat setianya tanpa diikat oleh satu rasa tanggungjawab dan fahaman kepada kebudayaantempatan. Tambahan pula, Bahasa Melayu telah menjadi satu syarat mendapatkan kerakyatan. Maka,
wajarlah Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Sokongan juga diterima dari Mac Leod, seorang penyokong PN yang bersetuju Bahasa Melayumenjadi bahasa kebangsaan kerana sifatnya sebagai negeri Melayu. Namun, untuk kepentingan pentadbirandan perbahasan dalam MPP, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu patut dianggap sebagai bahasa rasmi. Inikerana sulit sekali untuk membuang terus Bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa pentadbiran danperdagangan Tanah Melayu. Beliau sebagai seorang pedagang tentunya bercakap dengan seimbang demimenjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu. S.O.K Ubaiduilah juga menyokong cadangan inidi samping beberapa orang ahli UMNO seperti, Encik Mohd. Yusof, Haji Ahmad Fuad, Leong Yew Koh,Tunku Abdul Rahman, Saadon Zubir dan R. Ramani. Hanya yang berbeza ialah Tunku Abdul Rahman danSaadon Zubir yang bersetuju tetapi berpendapat masanya belum tiba kerana Tanah Melayu belum lagimerdeka. Mereka melihat cadangan ini sebagai satu umpan pilihan raya PN untuk mendapat pengaruhdalam pilihan raya akan datang. Maka, tidak hairanlah akhirnya MPP bersetuju sebulat suara menerimaBahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Persekutuan Tanah Melayu.Bahasa Melayu dalam Kemerdekaan Persekutuan Tanah MelayuPencapaian kemerdekaan pada tahun 1957 telah membawa satu persoalan politik yang besar dalamkalangan parti politik dan persatuan politik di Semenanjung. Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan dengan begitu bersusah payah oleh Perikatan yangmenjadi pemerintahnya. Perikatan terpaksa menghadapi permasalahan itu di dalam dan di luar partinya.Pertelingkahan UMNO dan MCA terhadap isu ini telah menyebabkan ketegangan dan kekecohan dalamparti Perikatan. MCA yang didukung oleh dua golongan yang berbeza iaitu satu golongan yang pro-pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dan satu golongan lain pulamahu bahasa Kuo Yu menjadi salah satu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan melalui sistem pendidikanCina. Keadaan ini didesak oleh kumpulan berpendidikan Cina dalam MCA yang diketuai oleh Lim ChongEu. Golongan ini pula disokong oleh beberapa persatuan sekolah Cina yang mempunyai begitu ramaiahlinya. Ia memang merosakkan perpaduan MCA, tetapi dengan kemasukan lebih ramai anggota yangberpendidikan Inggeris dari Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, desakan itu dapat dibendung.Tambahan pula, kemerdekaan lebih utama untuk dicapai oleh Perikatan. Soal pendaulatan bahasa Cina danpembelaan sekolah Cina sebagai sekolah kebangsaan diketepikan buat sementara, tetapi terus menjadi isupolitik parti pembangkang bukan Melayu selepas merdeka. Perikatan juga mendapat tentangan dari orang Melayu kerana UMNO adalah anggota Perikatan.UMNO ditentang oleh parti politik Melayu seperti PAS dan PN yang melihat UMNO terlalu bertolakansur dengan MCA dan MIC terutama dalam soal kerakyatan43 dan bahasa kebangsaan itu sendiri.Walaupun UMNO telah berjaya mendapatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,tetapi bahasa-bahasa lain tetap dipakai selepas merdeka selama 10 tahun. Di samping itu, bahasa-bahasalain terus boleh dipelajari dan diperkembangkan. Ini jelas dalam persetujuan Testament Amanah PolitikPerikatan yang dipersetujui bersama oleh UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1956. Dalam peruntukan
Bahasa Melayu dan bahasa lain, dikatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasakebangsaan dan Bahasa Inggeris hendaklah dipakai sebagai bahasa rasmi dalam tempoh 10 tahun.Kelayakan-kelayakan bahasa bagi calon-calon (Parlimen) hendaklah dihapuskan dan di dalam tempoh 10tahun, seseorang ahli Dewan Undangan yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu atau BahasaInggeris dengan fasihnya adalah berhak bertutur dalam bahasanya sendiri dengan syarat Pengerusimengetahui bahasa itu serta pula boleh menyalin pertuturan itu. Peruntukan seperti ini yang dibenarkan oleh UMNO tidak menyenangkan parti-parti pembangkangMelayu. PN, PAS dan Parti Rakyat Malaya (PRM) pimpinan Dato’ Onn, Dr. Burhanuddin dan AhmadBoestamam telah mempertikaikan pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasarasmi secara berkesan. Salah seorang penentang utamanya ialah Dato’ Onn. Beliau merasa ragu,bagaimanakah Bahasa Melayu boleh mencapai taraf kebangsaan dan rasmi jika bahasa-bahasa lain terusdipakai dalam badan perundangan Parlimen dan Negeri? Bagi beliau, peruntukan menggunakan BahasaInggeris sebagai bahasa rasmi dan wakil-wakil rakyat boleh bercakap dalam bahasa masing-masing telahmemberi kelonggaran yang cukup untuk merendahkan dan menolak penggunaan dan pendaulatan BahasaMelayu.44 Dalam manifesto 1955, PN hanya menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yangtunggal. Ini memandangkan keadaan persekitaran kebudayaan tempatan dan kedudukannya sebagai teraskebudayaan serantau bagi Kepulauan Melayu. Tidak mungkin Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa laindapat memainkan peranan itu kerana sifatnya sebagai unsur luar yang tidak selari dengan tradisi tempatandan persekitarannya.45 Dr. Burhanuddin dan PAS juga mengambil pendirian yang sama. Dalammemorandumnya kepada Suruhanjaya Reid dan kempen-kempen Pilihan Raya 1955, pendaulatan BahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi patut dilakukan sebaik sahaja merdeka. Dr.Burhanuddin dalam ceramahnya juga sentiasa menekankan hal yang sama. Mereka berpendapat bahawa‘negeri ini NEGARA MELAYU yang telah dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh undang-undang darisatu masa ke satu masa’. Maka, Bahasa Melayu sebagai bahasa negeri Melayu itu sudah sewajarnya menjalankan tugas diatas. Kepentingan politik orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu hanya boleh dikekalkan denganpendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Keduanya, Bahasa Melayuboleh menjadi alat untuk membentuk satu bangsa, satu negara dan satu bahasa yang teguh keranakebudayaan kebangsaan negeri ini hendaklah diasaskan atas kebudayaan Melayu. Susunan pendidikannegeri ini mestilah dipancarkan dari kebudayaan Melayu.’46 Dengan kebudayaan Melayu, ia menjadi teraskebudayaan kebangsaan dan pendidikan kebangsaan. Ini bererti PAS dengan tegas mendaulatkan BahasaMelayu sebagai alat perpaduan kebangsaan Tanah Melayu merdeka. Ahmad Boestamam, pemimpin PRM juga mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,tetapi oleh sebab PRM bergabung dengan Parti Buruh Malaya (PBM) dalam Socialist Front (SF) padatahun 1956, terdapat percanggahan di antara kedua-duanya. PBM mendesak supaya semua bahasa lainterutama bahasa Kuo Yu dijadikan bahasa rasmi dan sistem sekolah Cina diterima sebagai sistem sekolahkebangsaan. Pendirian PBM yang ramai anggota Cina di samping anggota lain selari dengan segolonganahli-ahli MCA. Perbezaan pendapat antara PRM dan PBM kemudian telah menimbulkan ketegangan
dalam SF. Namun, hal ini dapat disejukkan kerana matlamat mencapai kemerdekaan Tanah Melayu danperpaduan SF untuk menentang Perikatan adalah lebih penting. Suruhanjaya Reid, merupakan sebuah suruhanjaya bebas kerana dianggotai oleh orang luar untukmendraf Perlembagaan Tanah Melayu merdeka telah menerima cadangan Perikatan yang mendaulatkanBahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa lain boleh digunakan dalam masa 10 tahun selepasmerdeka. Walaupun Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, tetapi pembelajaran,penggunaan dan perkembangan bahasa-bahasa lain tetap dibolehkan kecuali urusan rasmi. Syarat sepertiini telah menimbulkan beberapa persoalan lain. Setengah-setengah pihak terutama penyokong bahasa KuoYu mentafsirkannya sebagai Bahasa Melayu hanya menjadi bahasa kebangsaan iaitu bahasa untuk menjadiidentiti kebangsaan negara ini. Ini dianggap berbeza dengan bahasa rasmi yang digunakan sebagai bahasa utama dalam urusanrasmi. Mereka melihat Bahasa Inggeris, bahasa Kuo Yu dan Bahasa Melayu juga boleh digunakan bagiurusan pentadbiran rasmi institusi. Tambahan pula, kerajaan menggunakan tiga bahasa utama dalam borangrasmi. Keduanya, syarat yang mengatakan bahawa bahasa-bahasa lain boleh terus dipelajari dandikembangkan oleh mana-mana pihak yang berminat juga telah diinterpretasikan sebagai satu pengiktirafankepada kegunaan bahasa lain sebagai setaraf atau selari dengan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi.Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dapat diselarikan dengan dasar pendidikankebangsaan. Ini kerana melalui sistem pendidikan kebangsaan ini, pembentukan negarabangsa merdekaTanah Melayu akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan rakyatnya dapat dilahirkandengan lebih mudah. Nation-building bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Tanah Melayu memerlukansatu ejen yang berkesan untuk mencapai matlamat itu. Pendidikan adalah pemangkin yang penting bagiproses pembinaan perpaduan politik dan sosio-ekonomi masyarakat negara ini. Penyata Razak 1956 yang menjadi pembina dasar pendidikan negara merdeka telah mengikutperuntukan dalam Perlembagaan itu. Penyata Razak mengatakan bahawa sekolah kebangsaan adalah dalambahasa kebangsaan dan sekolah-sekolah lain akan terus kekal selama 10 tahun dan dianggap sebagaisekolah jenis kebangsaan. Semua sekolah itu yang dinamakan sebagai sekolah jenis kebangsaan (bagisekolah yang mendapat bantuan kerajaan), Bahasa Melayu akan dijadikan sebagai mata pelajaran wajibtetapi bahasa-bahasa lain akan diajar sebagai satu mata pelajaran jika ada permintaan dari lima orangpenuntut. Namun, pelaksanaan sekolah kebangsaan itu hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1970-an danmasih terdapat lagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang tidak berubah statusnya walaupunmendapat bantuan kerajaan. Dengan itu, pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi selepasmerdeka tidak dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan merdeka. Akibat tentangan darikelompok masyarakat yang disokong oleh parti-parti politik dan persatuan-persatuan politik, prosesmendaulatkannya mengambil masa yang begitu panjang, bermasalah dan masih tidak mencapaimatlamatnya. Kepercayaan masyarakat kepada kemampuannya sebagai bahasa perpaduan dan sebagai satuidentiti kebangsaan hanya tercetus dalam ‘Minggu Bahasa Kebangsaan’ dan lagu ‘Bahasa Kebangsaan’yang berkumandang di radio sahaja. Ini terus dipersoalkan sebagai salah satu isu politik Melayu-bukanMalayu yang kemudiannya mampu memberi jumlah kerusi yang banyak kepada parti pembangkang
sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.KesimpulanKesimpulannya, boleh dikatakan bahawa pendaulatan Bahasa Melayu yang bermula sebagai satu isunasionalisme orang Melayu telah menjadi satu dasar perjuangan kaum nasionalis yang tidak jemu-jemudibangkitkan sejak awal kurun ini. Mereka melihatnya sebagai satu identiti ketuanan Melayu ke atasnegara ini. Setiap parti politik Melayu yang ditubuhkan mendukung cita-cita ini sehinggalah mereka dapatmenterjemahkannya dalam Perlembagaan Merdeka 1957. Namun, terjemahan itu tidak sepenuhnya berjayakerana desakan-desakan politik kelompok lain. Sistem pendidikan kebangsaan yang menjadi penterjemahitu juga berkompromi dengan desakan kelompok bukan Melayu sehingga ke hari ini. Malah, denganpenekanan Wawasan 2020 yang mahukan industri dan globalisme sebagai senjata pembangunan negaradan ummah, Bahasa Inggeris telah menjadi tumpuan. Bahasa kebangsaan dengan itu menjadi bahasa rasmi di majlis-majlis kecil negeri dan persekutuanserta majlis sastera dan budaya etnik Melayu. Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa ilmu di universiti,bahasa persidangan dan seminar universiti dan badan bukan kerajaan walaupun hanya membincangkanmasalah kemiskinan dan sosial untuk masyarakat di Malaysia secara umum. Segala pertemuan politik,ekonomi dan perdagangan antarabangsa di Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris walaupun wakil dariIndonesia, Jepun dan China tetap berucap dalam bahasa masing-masing. Apakah kata-kata seorangnasionalis ini masih sesuai kepada kita?. “Jika inilah sikap (British), nyata sekali Bahasa Inggeris lebihutama dari Bahasa Melayu, maka Bahasa Melayu nanti akan menjadi bahasa kuli iaitu bahasa yangdicakapkan oleh orang yang tidak berpelajaran Inggeris.”47 Apakah ini satu kenyataan politik BahasaMelayu dalam zaman yang bukan lagi dijajah oleh British”?Nota Hujung1. Malaysia, 1972. Perlembagaan Persekutuan (Terjemahan), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Cetak Kerajaan, K. Lumpur, hlm. 171-172.2. Warta Malaya, 5 Jun 1931.3. Perbincangan mengenai sumbangan Kaum Muda dalam memajukan Bahasa Melayu ini tidak dapat dihuraikan dengan lanjut kerana ini adalah tanggapan penulis yang paling awal terhadap perkara ini. Kajian yang lebih serius terhadap hal ini patut dibuat, terutama dalam memberi persepsi-persepsi baru terhadap kumpulan ini ataupun gerakan kebangsaan Melayu secara menyeluruh di awal kurun ke-20.4. Ini dibangkitkan oleh Dato’ Onn Jaafar dalam Warta Malaya, 23 Oktober 1930 dengan mengatakan bahawa, “...kurang semakin lama semakin kurang. Lihatlah sekarang berapa banyak pemberitahu- pemberitahu, kenyataan dan berbagai karangan berkenaan pejabat tanah, mahkamah, cukai dan lain-
lain dalam bahasa Inggeris, padahal tujuannya kepada orang Melayu..” Abdul Rahim Kajai juga membangkitkan hal yang sama. “Mengikut Kajai, penggunaan Bahasa Melayu tidak dihiraukan oleh kerajaan Inggeris di dalam menjalankan pentadbirannya di Tanah Melayu”. Abdul Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 163.5. Warta Malaya, 8 Mac 1930, ‘Kerajaan Johor dan Bahasa Melayu’.6. Warta Malaya, 23 Oktober 1930.7. Abdul Latiff Abu Bakar, 1984. Abdul Rahim Kajai Wartawan dan Sasterawan Melayu, Kuala Lumpur DBP, hlm. 164.8. Sebuah petikan yang sangat popular dalam menggambarkan sikap dan polisi pendidikan British ini ialah: The curriculum of work will be to be very elementary, but it is sufficient for the ordinary requirements of Malay boys, who will become bullock wagon drivers, padi growers, fishermen, etc. and enable them by the time they have passed the fourth standard to read or to write the simple literature of their mother tounge either in Jawi or in Rumi, to keep accounts if they become small shopkeepers and to work simple problems in money currency, weights and measures of their country. The System of Education in the Federated Malay States, Special Report on Education Subject, 1905, cd. 2379, 9.9. Untuk keterangan lanjut mengenai dasar pendidikan British kepada orang Melayu lihat Philip Loh, The Seed of Separatism, Kuala Lumpur: OUP, 1974, Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala Lumpur: DBP, 1991.10. Untuk keterangan lanjut mengenai kegiatan Za’ba dalam hal Bahasa Melayu, yang dikaitkan dengan mutu pendidikan sekolah vernakular lihat, Adnan Haji Nawang, 1994. Za’ba Patriot dan Pendita Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, hlm; 100-114.11. Untuk keterangan lanjut lihat Ramlah Adam, 1992. Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: DBP; hlm. 22-51.12. Untuk keterangan lanjut lihat Abdul Latiff Abu Bakar, Abdul Rahim Kajai, hlm. 151-156.13. Untuk keterangan lanjut mengenai peranannya sebagai wartawan dan isu-isu yang dibangkitkan, lihat Ramlah Adam, 1994. Ahmad Boestamam, Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: DBP, hlm. 14-41, lihat juga Ahmad Boestamam, Memoir Seorang Penulis, Kuala Lumpur: DBP, 1979.14. Abdul Rahim Kajai mengatakan Tan Cheng Lock telah menolak Bahasa Melayu itu oleh kerana kalimah-kalimah Bahasa Melayu ini tidak faedah untuk pengetahuan am, tidak mengandungi peribahasa yang dalam untuk khidmat berbagai-bagai ilmu wajib seperti sains, kedoktoran, kehakiman, geografi,
falak...’. Majlis 6 Disember 1934, dipetik dari Abdul Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 164.15. Ahmad Boestamam dalam Majlis, 17 Januari 1940.16. R. O. Winteadt, Pengarah Pelajaran Negeri Selat dan Negeri Bersekutu pada tahun 1931 telah mengatakan bahawa “to introduce English would have the penicous result of sending the Malay away from his land to seek townlife, generally as government subordinate”. The Educational Yearbook of the International Institute of Teachers College, Columbia University, 1931, hlm. 98.17. Dato’ Onn Jaafar dalam Warta Malaya, 28 Oktober 1930.18. Ahmad Boestamam dalam Warta Ahad, 23 Januari 1937.19. Untuk keterangan lanjut tentang pejabat ini lihat Abdullah Sanusi Ahmad, Peranan Pejabat Karang Mengarang Dalam Bidang-bidang Sekolah Melayu dan Kesusasteraan Di kalangan orang Ramai, Kuala Lumpur: DBP, 1966.20. Adnan Haji Nawang, op cit., hlm. 104. Teguran Za’ba ini agak kurang benar sepenuhnya. Pada tabun 1924 atau 1927, telah diterbitkan sebuah buku teks bagi Bahasa Melayu oleh Guru Besar SITC, Haji Hashim Hj. Talib, dengan judul Pelita Mengarang. Buku bahasa ini digunakan bagi panduan guru- guru Bahasa Melayu sebelum Za’ba menghasilkan bukunya Pelita Bahasa. Mengikut Buyung Adil, Za’ba menjadikan buku teks ini sebagai salah satu rujukannya dalam menghasilkan kerjanya menyediakan teks Bahasa Melayu yang baru, yang dihasilkannya sekitar tahun 1930-an. R. J. Wilkinson juga telah menghasilkan Kamus Melayu pada awal 1910-an tetapi Za’ba melihat ia tidak sempurna kerana ditulis oleh orang asing.21. Majlis, 26 Februari 1936, dipetik dari Abdul Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 164-165.22. Warta Malaya, 5 Jun 1931.23. Warta Malaya,11 Januari 1930.24. Warta Malaya, 16 April 1931 dan 28 Mei 1931.25. Warta Malaya, 11 Januari 1930.26. Warta Malaya, 15 Febuari 1931.27. Abdul Rahim Kajai mencadangkan supaya orang Melayu mendidik anak-anak mereka dengan Bahasa Melayu yang betul supaya dapat digunakan pada masa akan datang. Beliau juga mencadangkan Bahasa
Melayu menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu. Abdul Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 162-163.28. Untuk keterangan lanjut lihat Ramlah Adam, Semangat Asia and Fajar Asia: A Study of Local Magazines during the Japanese Occupation in the Malay Peninsular, 1943-1944’, 13th IAHA Conference, Sophia University, Tokyo, September 5-9, 1994.29. Ini sangat ketara dalam Fajar Asia yang dipimpin oleh Zainal Abidin. Rencana nasionalis-nasionalis Indonesia itu dimasukkan dengan begitu kerap sekali dan kadang-kadang dalam bahasa dan ejaan Indonesia sepenuhnya.30. Ishak Haji Mohamad yang menjadi pengarang Semangat Asia merupakan penulis rencana yang kerap sekali mengagungkan pihak pentadbiran tentera Jepun. Beliau menulis sebuah cerpen bertajuk Menebus Dosa dengan menggalakkan perpaduan semua bangsa di Semenanjung bagi menakluki Sumatera dan Malaya dalam Semangat Asia Raya. Sebuah ruangan ‘Taman Kanak-Kanak’ yang dikendalikannya dengan nama pena Bung Sakura, cuba menanamkan semangat pentingkan kerja tangan dan membuat perkakas keperluan harian dengan tunjuk ajar Jepun, yang dianggapnya sebagai ‘saudara tua kita’. Dalam rencana bertajuk ‘Mengajar bangsa dengan perbuatan’, yang menggunakan nama H.M. Ishak, beliau memuji semangat seorang pemuda Melayu yang menunjukkan satu perubahan sikap baru orang Melayu, yang sepatutnya mengutamakan ekonomi perniagaan dan barang keluaran Jepun. A. Samad Ismail pula menulis sebuah cerpen yang memuji seorang petani yang berusaha mengatasi kekurangan makanan dengan menanam ubi kayu bagi menyambut seruan pemerintah Jepun. Za’ba pula mencadangkan orang Melayu menjadi “Malai baru” dan bekerjasama dengan Jepun bagi mendapat bantuan memajukan bangsanya. Ibrahim Haji Yaakob pula menulis rencana mengenai keagungan Melaka sebagai sumber semangat kekuatan orang Melayu untuk menyokong Jepun dalam Semangat Asia Raya. Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini, lihat SP84-Surat Persendirian Haji Abdul Manan Chik, Arkib Negara, K. Lumpur.31. Semangat Asia, Bilangan 8, 2603.32. Za’ba mencadangkan supaya tulisan Bahasa Melayu disatukan dengan bahasa kawasan Kepulauan Melayu yang lain di bawah lindungan Jepun. Fajar Asia, No. 10 Sichigatsu 2603.33. Ibid.34. Cita-cita KMM itu disambung oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin, Ishak Muhammad dan Ahmad Boestamam. Untuk keterangan lanjut mengenai perbincangan ini Lihat Ramlah Adam, Ahmad Boestamam, Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: DBP 1994, Bab 5 dan 6.35. Alasan sokongan mereka adalah kerana:
(a) Dasar kesatuan yang diperkenalkan oleh Malayan Union. (b) UMNO dikuasai oleh golongan konservatif. (c) Kepimpinan UMNO dipegang oleh golongan bangsawan. (d) Kerakyatan jus soli bagi Kepulauan Melayu. Untuk keterangan lanjut lihat Ramlah Adam, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, hlm. 97-14636. Lihat isi kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diterbitkan oleh Jabatan Cetak Kerajaan, K. Lumpur (Jawi).37. Lihat Cheah Boon Kheng, The Masked Comrades, Singapore: Times Book International, 1978 dan Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak, Kuala Lumpur: Pustaka Kejora, 1972.38. Gabungan AMCJA-PUTERA ini telah dibuat pada Disember 1946 bagi menentang UMNO yang telah diterima oleh politik orang Melayu dalam merundingkan pembubaran Malayan Union yang ditentang oleh orang Melayu. PUTERA adalah terdiri daripada persatuan politik radikal dengan diketuai oleh PKMM, manakala AMCJA pula terdiri dari persatuan/parti politik bukan Melayu atau dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang menentang British, Raja-raja Melayu dan UMNO kerana mengekalkan penjajahan British dan ketuanan Melayu dalam politik Semenanjung. AMCJA-PUTERA dan PKM mahu British memberikan kemerdekaan dan menjalankan hak demokrasi di kalangan penduduk Tanah Melayu dari semua bangsa seperti yang telah diterangkan golongan Melayu radikal dalam dengan cadangan itu; dengan itu Perlembagaan Rakyat dibuat pada akhir 1947. Usaha ini adalah kerjasama politik berbagai bangsa yang paling awal diadakan di Tanah Melayu sebelum merdeka.39. Ini didasarkan kepada kandungan isi Perjanjian Persekutuan 1948 mengatakan dalam Bahagian 15 - Berbagai-bagai, Fasal 156, mengatakan perjanjian ini hendaklah dizahirkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tetapi bagi memahamkan pengertian perjanjian ini hendaklah satu naskhah dalam Bahasa Inggeris sahaja. Federation of Malaya Goverment Gazette Federal, 1949. The Federation of Malaya Agreement 1948, K. Lumpur, 2-134.40. Dato’ Onn: “Saya telah dengar dan telah melihat orang Melayu menjerit-jerit menuntut kemerdekaan dan hak Melayu tetapi dirinya sendiri tidak berdaya menggerakkan anggotanya sendiri... kita semua memang berkehendak jadi pemerintah dan berkehendak menjadi Menteri... semuanya kita boleh dapat atas pentas wayang. Kedua-duanya berkuasa pada malam itu juga dengan tidak mengira roboh pada pagi besoknya’. Utusan Melayu, 26 November 1946.41. Federation of Malaya, Proceedings of the Federal Legislative Council (7th session) March 1954 to January 1955, ‘Price of Local Padi, 20th January 1955.42. Federation of Malaya, Proceedings of the Federal Legislative Council, (7th Session), March 1955 to Jun 1955, ‘National Language’, 31 March 1955.
43. Untuk keterangan lanjut mengenai pertentangan UMNO dengan parti pembangkang Melayu mengenai Bahasa Melayu ini lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: DBP, 1992, dan Ahmad Boestamam, Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur: DBP, 1994, serta Ibrahim Mahmood, Sejarah Pejuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara 1981.44. Warta Negara, 6 Julai 1955.45. ibid., 26 Februari 1955 dan 8 Mei 1955.46. SP 28 (Surat Persendirian Hassan Adli) - PAS 1955-1964, Memorandum PAS kepada Suruhanjaya Bebas.47. Warta Malaya, 16 April 1931.
Gerakan menuntut kemerdekaan bolehlah dikatakan telah bermula dengan pembentukan Persekutuan TanahMelayu pada tahun 1948. Melalui pembentukan ini, sebuah kerajaan Persekutuan yang menggabungkankuasa negeri dan persekutuan dalam bidang-bidang yang tertentu yang dinamakan Senarai Persekutuan danSenarai Negeri. Ini adalah satu gabungan kerajaan negeri-negeri Melayu yang jelas sebagai satu unit.Segala bentuk perpecahan pentadbiran antara negeri-negeri Melayu telah dapat diatasi. Kesatuan dalampentadbiran dan identiti fizikal ini merupakan asas yang menjadi dasar kepada gerakan untuk mendapatkankemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Satu aspek lain yang penting ialah pengembalian semula status quo politik kepada Raja-rajaMelayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada orang Melayu sebagai peribumi. Pembentukanpentadbiran negeri dengan Raja-raja Melayu sebagai ketuanya dan Menteri Besar sebagai ketuapentadbirannya serta sebuah perjanjian bertulis bagi setiap negeri, kedudukan politik Melayu sebagaiteras struktur dan politik Persekutuan Tanah Melayu telah dapat diwujudkan.1 Teras ini membolehkanUMNO memainkan peranan sebagai pemimpin politik Tanah Melayu dalam gerakan kemerdekaan. Pada dasarnya, usaha untuk mencapai kemerdekaan telah dibuat secara berperingkat-peringkat danmerupakan satu proses ‘cuba dari kesalahan’, yang mengorbankan ramai pemimpin politik. Ini telahbermula dengan kerjasama bangsa-bangsa di Tanah Melayu dalam gerakan politik pada tahun 1949.Kerjasama bangsa dalam politik ini merupakan satu-satunya syarat British untuk memberi kerajaan sendiridan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Syarat ini bukanlah berlaku pada tahun 1955 seperti kebanyakanpendapat, tetapi British yang telah cuba menjadikan Tanah Melayu sebuah negara untuk semua bangsamelalui Malayan Union masih mahu meneruskan hasratnya itu selepas dapat mententeramkan Melayudengan memberikan Persekutuan Tanah Melayu. Bagi British, kepentingan ekonominya sangat mustahak.Oleh itu, huru-hara politik mestilah dielakkan dari tercetus di Tanah Melayu dan rakan kerjasama politikdari semua bangsa penting untuk menjamin kestabilan politik.2 Pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) telah menjadi sebab serta-merta bagi melaksanakanhasrat British ini. PKM telah menjalankan dasar melumpuhkan ekonomi dengan merosakkan ladang-ladanggetah dan merosakkan sistem pengangkutan, menyerang orang awam, pelabur dan pegawai-pegawai
British dan melancarkan mogok dan sabotaj perindustrian. Keadaan ini memang membimbangkan British.Pelbagai tindakan ketenteraan dan perundangan telah dilakukan seperti Rancangan Briggs, menubuhkanJawatankuasa Darurat di peringkat negeri dan persekutuan, kawasan hitam-putih dan lain-lain lagi.3 Tindakan ketenteraan ini tidak mencukupi. Pendekatan dan perundangan juga perlu bagi mengatasipengaruh PKM. Salah satu sebab PKM rnemberontak kerana adanya sokongan orang dagang terutamaorang Cina yang tidak berpuas hati dengan tindakan British yang hanya berunding dengan orang Melayudalam membubarkan Malayan Union. Mereka mendesak supaya suara mereka diambil kira dalammenentukan arah politik Tanah Melayu. Sebagai tindak balas, mereka menubuhkan parti-parti politik untukmenentang orang Melayu dan British seperti Malayan Democratic Union, All Malayan Council of JointAction dan Federal Labour Trade Union dan berbagai lagi. PKM mempunyai agenda untuk menjadikannegara ini sebagai negara komunis dan telah mengambil peluang ini untuk menjadi penaung mereka.Apabila tindakan perlembagaan ini gagal,4 PKM melancarkan gerakan bersenjata. PKM boleh bertindakbegini kerana bekalan-bekalan senjata yang banyak didapatinya dari British dalam gerakan bersamamenentang Jepun dahulu. Orang Melayu yang juga secara majoritinya menentang PKM yang dilihat sebagai satu usaha PKMuntuk merampas kedudukan politik mereka telah menjadi anggota polis, mata-mata khas, pengawalkampung dan pasukan sukarela yang lain. Pemimpin Melayu dan UMNO seperti Dato’ Onn menyeru orangMelayu supaya bekerjasama dengan kerajaan menentang PKM. Penentangan kepada PKM ini menjadi satuusaha yang sangat wajar kepada keselamatan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang mengamalkandemokrasi dasar ekonomi kapitalisme. Dengan itu, gerakan PKM itu telah memperlihatkan adanya masalah politik perkauman yang sangatgenting di Tanah Melayu. Permusuhan politik antara kaum yang berterusan tidak akan dapat memberiketenteraman awam dan politik Tanah Melayu dan kesedaran diterapkan dalam perbualan dan perundingantidak rasmi antara para pemimpin Melayu dan bukan Melayu. Dato’ Onn dan kawan-kawannya mulaberhubung dengan pemimpin bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock, jurucakap bukan Melayu yang palinglantang menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada Januari 1949, satu siri perundingan politik antara semua kaum telah bermula dengan tujuanuntuk mencari jalan penyelesaian politik Tanah Melayu. Pertemuan ini berlangsung di Pulau Pinang dankemudian di Johor Bahru dan Kuala Lumpur telah menghasilkan jawatankuasa yang dipanggilJawatankuasa Perhubungan Kaum atau Communities Laison Committee (CLC). la dipengerusikan olehE.E.C Thuraisingham, seorang peguam dan pemilik ladang getah yang juga merupakan Presiden PersatuanCeylonese Malaya. Dato’ Onn tidak menjadi pengerusinya kerana sikap orang Melayu yang masih tidakmelihat kepentingan kerjasama. Malah, Dato’ Onn mula dilihat sebagai seorang yang mula bertolak ansurdan ingin berkongsi kuasa dengan orang asing.5 CLC telah mencadangkan beberapa perkara yang terdapat dalam Malayan Union terutama tentangkerakyatan. CLC mencadangkan supaya kerakyatan jus soli diterima sebagai dasar kerakyatan persekutuandan tempoh kerakyatan secara permohonan dipendekkan. Syarat kelulusan Bahasa Melayu jugadimansuhkan. Kerakyatan secara permohonan bagi anak angkat orang bukan Melayu juga dicadangkan
selain daripada kerakyatan secara pemohonan automatik bagi isteri-isteri rakyat tempatan yang datangdari luar.6 Selain daripada kerakyatan, CLC juga mencadangkan peralihan kerajaan sendiri dilakukan secaraperlahan di Tanah Melayu dengan memberi pengalaman pilihan raya yang ringkas kepada penduduk TanahMelayu. Dasar sama rata semua rakyat dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi manusia juga menjadisatu cadangan CLC. Dato’ Onn dan beberapa pemimpin Melayu yang lain seperti Dato’ Panglima BukitGantang dan Dato’ Hamzah Abdullah bertentangan pendapat dengan anggota CLC bukan Melayu tentangkerakyatan. Namun, seperti biasa Dato’ Onn menjadi lebih menonjol dalam penentangan itu. Beliaubertegang leher dan menolak dengan keras cadangan kerakyatan jus soli CLC. Persidangan terpaksa dibuatbeberapa kali kerana tentangannya itu sehingga melambatkan proses persetujuan CLC.7 Dato’ Onn juga menuntut suatu balasan dari British kerana mendesak kelonggaran kerakyatan jussoli itu. Dato’ Onn menerima satu bantuan ekonomi dan memajukan kawasan luar bandar bagi orangMelayu secara berstruktur dan tetap. Bagi Dato’ Onn, ini adalah munasabah kerana Raja-raja Melayudiminta untuk meluaskan kerakyatan negeri-negeri Melayu kepada orang bukan Melayu di sampingperluasan kepada Rakyat Persekutuan. Perluasan ini akan mengecilkan jumlah orang Melayu di sampingakan menyebabkan politik Melayu terjejas. Bagi Dato’ Onn, ini satu perkara yang telah ditentang olehorang Melayu sejak British memperkenalkan Malayan Union. Oleh itu, tanpa satu ganti rugi kepadakelonggaran itu, orang Melayu akan menolak kehendak British.8 Dugaan Dato’ Onn itu betul. Ahli-ahli UMNO terutama ahli-ahli bersekutu telah menolak cadanganCLC pada hari pertama cadangan CLC itu dibincangkan dalam Persidangan Agung UMNO di HotelMajestic, Kuala Lumpur pada 20 Mei 1950. Mereka telah mengecam Dato’ Onn kerana terlibat dalamCLC. Walaupun Majlis Tertinggi UMNO telah membuat pindaan cadangan CLC itu, namun tentangan ahli-ahli bersekutu UMNO lebih menjurus kepada Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO. Mereka melihat Dato’Onn akan melemahkan politik orang Melayu dengan kerakyatan walaupun secara dasarnya perbincanganbelum dibuat dengan mendalam terhadap cadangan Majlis Tertinggi UMNO itu. Bagaimanapun, cadangan MKT UMNO-CLC itu telah diterima oleh ahli-ahli UMNO apabilamereka berdepan dengan masalah perletakan jawatan Dato’ Onn sebagai Yang DiPertua UMNO. Dato’Onn terpaksa dipujuk dan sebagai balasannya UMNO menerima kerakyatan MKT UMNO-CLC. UMNOtelah berbincang sekali lagi pada Jun 1950 dan menambahkan syarat kelahiran ibu atau bapa bagi anak-anak yang lahir di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi ‘Rakyat Raja Melayu’. Bagi mereka yang tidaklahir di Tanah Melayu, mereka boleh memohon tetapi dengan tempoh masa yang tetap tanpa putus-putusdan sanggup mengangkat sembah taat kepada Raja-raja Melayu. Kesemua ini dinamakan State Nationality1951. Ini bererti kerakyatan jus soli bersyarat telah diberi kepada bukan Melayu sebagai ‘Rakyat Raja’.Inilah kali pertama secara perundangan orang bukan Melayu diiktiraf sebagai ‘Rakyat Raja Melayu’.Dengan itu, bentuk kerakyatan tradisional Melayu telah berubah.9 Kelonggaran kerakyatan jus soli ini adalah asas kepada pembentukan kerakyatan kebangsaan yangsangat penting untuk melahirkan perasaan patriotisme kepada Tanah Melayu. Ini memandangkan selama inipenduduk Tanah Melayu terpecah-pecah dengan perasaan kebangsaan dan orientasi politik dan
kebudayaan serta aspirasi yang berbeza. Orang Melayu yang bersifat tempatan kerana Tanah Melayuadalah negara asal mereka tidak mempunyai masalah untuk mencintai negara mereka. Bagi orang Cina danIndia yang kini menjadi rakyat Tanah Melayu iaitu sebanyak 60%,10 mereka terpaksa mengubah pendirianpolitik mereka untuk mempunyai semangat sayangkan Tanah Melayu. Kelonggaran kerakyatan ini secarabersyarat dijangka oleh British akan dapat memberikan kedudukan politik yang tetap kepada mereka dandengan itu akan memberi rasa tanggungjawab politik kepada Tanah Melayu. Rasa sayangkan Negara, asaskepada peralihan untuk mencapai kerajaan sendiri dan kemerdekaan itu. Pada Jun 1951, Dato’ Onn mencadangkan keahlian UMNO dibuka secara terus kepada orang bukanMelayu dan nama UMNO menjadi United Malayan National Organization (UMNO). Banyak sebabkenapa cadangan ini ditimbulkannya. Pertama, Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO melihat perubahanbaru politik Tanah Melayu ini. Oleh itu, beliau mahu UMNO terus memainkan peranan sebagai pemimpinpolitik Tanah Melayu. Dalam masa yang sama juga, beliau cuba menyekat penubuhan parti-parti politikbukan Melayu yang kuat dan boleh mencabar UMNO. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)pada pertengahan 1949 sebagai badan sosial membantu orang Cina di penempatan baru dan mengikis imejorang Cina sebagai penyokong Parti Komunis Malaya, membimbangkan Dato’ Onn. Beliau melihat MCAboleh menjadi satu tenaga politik bagi orang Cina di bawah pimpinan Tan Cheng Lock. Kekuatan ekonomidan jumlah mereka yang besar sudah cukup mencabar UMNO. Dengan membuka keahlian UMNO kepadaorang bukan Melayu, Dato’ Onn mahu MCA ditandingi.11 Ketiga, Dato’ Onn mahu orang Melayu bersifat terbuka, menerima satu pendekatan baru dalampolitik Tanah Melayu iaitu politik yang bersifat Malayan. Beliau yang telah dilantik sebagai Ahli Negeridan Pengerusi Rural Industrial Development Authority (RIDA) sentiasa berdepan dengan polisi dantindakan-tindakan pentadbiran, politik dan ekonomi British yang akan meninggalkan Melayu dalam aspek-aspek tersebut. Dato’ Onn sebagai ‘orang dalam’ pentadbiran kolonial British cukup sedar dan melihatdengan jelas terhadap dasar British untuk ‘meMalayankan’ Tanah Melayu dalam semua aspek. Mengikutjangkaan Dato’ Onn, orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika orangMelayu tidak bersedia untuk bersikap terbuka dan menerima pendekatannya itu. Dato’ Onn tidak dapatberterus terang mengenai perancangan British itu kerana menurut beliau,“mulut saya tertutup dan tanganterikat.”12 Sentimen orang Melayu yang masih tertutup itu menolak idea Dato’ Onn. Mereka tidak dapatmelihat bagaimana UMNO yang telah sebati sebagai parti orang Melayu mahu dikongsi oleh orang lainyang selama ini sentiasa mencabar kuasa politik mereka dan tidak dapat melihat bagaimana canggihnyaidea Dato’ Onn kerana sentimen bencikan orang dagang itu terlalu tebal bagi mereka. Bagi Dato’ Onn,dengan membenarkan orang bukan Melayu memasuki UMNO, satu proses pembudayaan politik akan dapatdilaksanakan ke atas mereka. Tradisi Melayu yang menyelubungi UMNO itu akan dapat dipindahkansedikit demi sedikit kepada mereka melalui pergaulan mereka dengan ahli-ahli UMNO Melayu sertamelalui prosedur-prosedur mesyuarat dan lain-lain perkara yang menjadi kebiasaan UMNO. Dengan itu,mereka akan wujud sebagai ahli UMNO yang berbudaya Melayu dari segi politik dan semangatnya.Malah, segala keputusan UMNO akan diputuskan sebagai satu, oleh berbagai-bagai bangsa yang menjadiahlinya. Dengan cara ini, akhirnya bagi Dato’ Onn, UMNO akan bersifat Malayan tetapi ketuanya adalahorang Melayu yang merupakan majoriti ahli UMNO. Namun, ini tidak jelas kepada ahli-ahli UMNO dan
mereka menolaknya tanpa sebarang perbincangan dan pertimbangan.13 Di pihak lain pula iaitu British, terdapat satu agenda untuk menggantikan Dato’ Onn sebagaipemimpin UMNO dengan seorang yang tidak begitu banyak soal.14 Desakan Dato’ Onn yang terlalulantang seperti pelantikan seorang Timbalan Pesuruhjaya Melayu dan pembentukan Pasukan PertahananTanah Melayu berdasarkan Askar Melayu, bantuan ekonomi kepada Melayu melalui RIDA, cukupmengganggu imperialisme British. Sikap Dato’ Onn yang keras kepala dan terlalu tegas dengankehendaknya selalu menyusahkan perundingan dengan Raja-raja dan British.15 Strategi British ini selari dengan sikap Raja-raja Melayu terhadap Dato’ Onn dan UMNO. KejayaanUMNO dan Dato’ Onn menumbangkan Malayan Union dan menaikkan semula Raja-raja Melayu ke atastakhta melalui Perjanjian Persekutuan 1948 telah memberi kebanggaan dan kekuatan kepada UMNO yangcukup hebat sebagai kebangkitan nasionalisme rakyat Melayu. UMNO menjadi satu tenaga baru dalamsejarah politik dan kemasyarakatan Melayu dan Tanah Melayu terutama apabila parti-parti radikal Melayutelah dapat ditumpaskan melalui Undang-undang Darurat 1948. UMNO menjadi begitu penting sebagaipenentu politik Tanah Melayu itu. Ini menyebabkan UMNO mendesak Raja-raja Melayu supaya menerima mereka sebagai pendrafundang-undang tubuh kerajaan negeri dan diterima dengan baik oleh beberapa buah negeri tetapi, SultanSultan Badlishah dan Menteri Besarnya, Haji Mohd. Shariff menolaknya. Permohonan UMNO Kedah(Persatuan Melayu Kedah dan Saberkas) dilihat sebagai melanggar hak Raja Kedah. Sultan Kedahbercadang untuk mengharamkan UMNO Kedah. Sultan juga mendesak supaya wakil UMNO dalam MajlisMesyuarat Negeri mengangkat sumpah menjunjung Raja sama seperti takutkan Allah. Keadaan inimemanaskan lagi ketegangan yang telah sedia wujud. Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO melindungiahli-ahlinya dalam perhimpunan UMNO di Pulau Pinang. Dato’ Onn secara terbuka menyelar sikap SultanKedah dan mengungkit sikap Sultan yang tidak menghargai jasa UMNO. Sultan disifatkannya seperti‘kacang lupakan kulit’.16 Sikap Dato’ Onn menimbulkan kemurkaan Sultan Kedah, dan Yang Di Pertuan Negeri Sembilan.Dalam perhimpunan sebelum Pesidangan Raja-raja Melayu diadakan pada 1949, Raja-raja Melayu danBritish telah bersetuju untuk menolak cadangan-cadangan UMNO seperti pelantikan seorang TimbalanPesuruhjaya Tinggi Melayu, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolahkebangsaan, membenarkan pegawai-pegawai kerajaan terlibat dalam UMNO dan tentera kebangsaanTanah Melayu. Raja-raja Melayu dengan British merasakan desakan UMNO itu menambahkanperbelanjaan yang sangat berguna bagi mengatasi gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya. Raja-rajatidak mahu seorang Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Melayu dilantik kerana kedudukannya dan gajinya lebihtinggi daripada elaun Raja-raja Melayu. Tambahan pula Dato’ Onn adalah calon yang dicadangkan olehUMN0.17 Kesemua pihak dengan itu mempunyai sebab untuk tidak puas hati dengan Dato’ Onn dan UMNO.Namun, Dato’ Onn yang patut digantikan kerana kepimpinannya itu menjadikan UMNO begituberpengaruh. Seorang pemimpin yang begitu mencabar British patut diketengahkan. Raja-raja mahukepentingannya sentiasa terpelihara dan mencadangkan kumpulan diraja atau penyokongnya patut bergiat
dalam UMNO dan seterusnya menguasai UMNO. Ini selaras dengan kehendak British yang juga mendesakseorang pemimpin baru bagi UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman, adinda Sultan Kedah yang dikatakancenderung dengan kegiatan sosial dan kegiatan berpersatuan. Rees William, Ahli Parlimen dari PartiBuruh, yang merupakan kawan baik Tunku telah mencadangkan kepada Henry Gurney, Pesuruhjaya TinggiTanah Melayu supaya Tunku dipilih memandangkan kesediaan Tunku untuk bekerjasama dengan Britishpada tahun 1946 untuk memujuk Dato’ Onn membubarkan gerakan menentang Malayan Union. Dalamperundingan dengan Henry Gurney juga, Tunku telah menunjukkan sikapnya bekerjasama dengan British.Malah, beliau mahu membahagi Tanah Melayu kepada dua bahagian iaitu bahagian utara untuk orangMelayu dan bahagian selatan untuk orang bukan Melayu bagi memudahkan kegiatan politik TanahMelayu.18 British percaya telah menjumpai pilihan yang dicarinya. Dato’ Onn tetap dengan ideanya untuk menubuhkan satu parti untuk semua bangsa dengankepentingan Melayu sebagai keutamaan. Independence of Malaya Party (IMP) telah ditubuhkanya tigaminggu selepas meninggalkan UMNO. Ia telah ditubuhkan pada 16 September 1951 di Hotel MajesticKuala Lumpur, dan beliau masih percaya parti ini patut dilaksanakan bagi mengatasi masalah perkaumanyang melanda politik Tanah Melayu. Beliau mendapat sokongan dari Tan Cheng Lock, pemimpin MCA, K.L. Devaser dari Malayan Indian Congres (MIC), E.E.C Thuraisingham dari Persatuan Ceylonese Malayadan beberapa persatuan kecil lain bagi menjalankan satu dasar yang progresif dengan matlamatnyamempunyai kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan dalam masa 10 tahun. Tindakan Dato’ Onnmenubuhkan IMP ini ternyata untuk memenuhi syarat British dalam memberi kerajaan sendiri kepadaTanah Melayu. Syarat itu ialah bekerjasama dengan semua kaum politik untuk membentuk satu kerajaansendiri yang harmoni.19 Pilihan Raya Bandaran 1951 yang diadakan pertama kali di Pulau Pinang merupakan tindakanpolitik British untuk menyerah kerajaan sendiri kepada Tanah Melayu secara beransur-ansur dan PilihanRaya Bandaran ini akan diikuti oleh Pilihan Raya Negeri Persekutuan. Pilihan Raya Bandaran ini semata-mata untuk memberi pengalaman politik kepada penduduk Tanah Melayu sebelum Pilihan RayaPersekutuan yang akan diadakan bagi memilih kerajaan sendiri. Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada Februari 1952 itu bukan sahaja memberipengalaman pilihan raya kepada penduduknya tetapi turut memberi makna yang lebih daripada itu. Pilihanraya ini telah menyaksikan satu kerjasama antara dua buah parti iaitu UMNO-MCA sebagai satu panelkepada formula kerjasama parti-parti bagi menyelesaikan masalah politik perkauman di Tanah Melayu.Dari kerjasama yang kuat di antara UMNO-MCA dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur, terbukalahsatu alternatif baru kepada permasalahan politik Tanah Melayu. Namun, kerjasama ini bukanlah dilakukan dengan satu perancangan yang jelas dari pucuk pimpinanUMNO-MCA. Ia sebenarnya berlaku antara dua orang pemimpin kecil UMNO-MCA Kuala Lumpur iaituDato’ Razak Yahya dengan H.S Lee yang merupakan rakan kongsi dalam perusahaan bijih timah diSelangor. H.S Lee kecewa dengan layanan Dato’ Onn kepadanya dalam IMP (Dato’ Onn hanyabekerjasama dengan Tan Cheng Lock sebagai Presiden pada hari penubuhan IMP), telah mengetepikankerjasama dengan IMP yang masih berjalan dengan baik. (MCA hanya keluar dari IMP pada pertengahantahun 1953 setelah Dato’ Onn enggan membubarkan State Nationality 1951, The Business Bill 1952,
Immigration Bill 1951/1952). H.S Lee telah berjaya meletakkan enam calon setelah memberi peruntukankepada UMNO sebanyak $500,000 untuk pilihan raya. UMNO bersetuju meletakkan lima calon20 sahajawalaupun pada awalnya telah mendapat calon bagi enam kerusi. Kejayaan gabungan ini dengan mendapatsembilan kerusi daripada 12 kerusi dipertandingkan, telah memulakan satu pendekatan baru politik TanahMelayu. Kegagalan IMP dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur, menjadi satu ujian getir kepada ideakerjasama politik Dato’ Onn dalam IMP. MCA kini telah mempunyai pilihan sama ada bekerjasamadengan UMNO secara lebih meluas atau dengan terus kekal dengan IMP. Sikap berbelah bahagi MCA inimembingungkan Dato’ Onn. Beliau juga melihat sikap tidak ikhlas Tan Cheng Lock memajukan IMPcawangan Melaka. Dato’ Onn juga melihat ahli-ahli IMP Cina yang menuntut beliau melepaskankerakyatan jus soli terbuka dalam State Nationality 1951, menggugurkan The Business Bill 1952 danImmigration Bill 1951/1952. Dato’ Onn hilang sabar dan melepaskan kritikan terbukanya kepadaTanCheng Lock dan MCA pada awal tahun 1953. Ini menyebabkan pemimpin-pemimpin MCA menyisihkandiri daripada Dato’ Onn dan IMP pada pertengahan tahun 1953. Ini diikuti pula oleh MIC pada akhir tahun1953 kerana keengganan Dato’ Onn untuk mempercepatkan tarikh kemerdekaan.21 Ternyata formula Dato’ Onn telah gagal dilaksanakan. Oleh itu, British cuba mewujudkan satu partigabungan bagi berbagai bangsa di Tanah Melayu. Dengan cara itu, kepentingan bangsa masing-masingakan dapat dijaga oleh parti mereka tetapi kepentingan bersama akan dirundingkan di peringkat gabungan.Dengan itu, National Conference telah ditubuhkan oleh British pada awal tahun 1953 sebagai satualternatif baru kepada politik Tanah Melayu. Kesemua parti politik sama ada kecil ataupun besar telahdijemput oleh Malcom Mac Donald, Gabenor General Asia Tenggara ke King’s House, Kuala Lumpur. Initermasuklah UMNO, MCA MIC, IMP dan Malayan Trade Union Cooperation (MTUC). Bagaimanapun,Tunku Abdul Rahman meninggalkan persidangan itu kerana kehadiran Dato’ Onn. Tunku juga tidak gemardengan Dato’ Panglima Bukit Gantang, pengerusi jemputan kerana Dato’ Panglima Bukit Gantang adalahorang lama UMNO. Bagaimanapun, persidangan tersebut telah membuat keputusan untuk menubuhkan satuparti politik gabungan yang dinamakan National Conference dengan Dato’ Panglima Bukit Gantangmenjadi pemimpinnya. Dato’ Onn yang tidak bersetuju dengan idea gabungan parti itu tetap denganIMPnya dan kemudian pada Februari 1954 telah menubuhkan Parti Negara atas dasar kerjasama kaumdalam sebuah parti seperti IMP. Pada 21 Ogos 1953, disebabkan tidak mahu dibayangi oleh Dato’ Onn dan Dato’ Panglima BukitGantang, pemimpin-pemimpin UMNO lama, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan satu NationalConvention. Ia disokong oleh MCA, PAS, Persatuan Melayu Semenanjung dan beberapa buah persatuankecil. Dua minggu sebelum itu, Tunku telah pun mengadakan satu pertemuan dengan pelbagai pertubuhanMelayu dari seluruh Semenjung untuk melihat pendirian politik masing-masing terhadap masalah orangMelayu. Dengan pengetahuan itu, mudahlah untuk mereka mengadakan National Convention iaitu satukerjasama parti politik pelbagai bangsa seperti yang dibuat oleh Malcom MacDonald. National Convention itu bolehlah dikatakan lebih berjaya daripada National Conference yangdinaungi oleh British. Walaupun idea National Convention itu diambil dari British, tetapi iamemperlihatkan kebebasannya dari pengaruh British. Ini menimbulkan simpati yang tinggi dari persatuan-
persatuan politik dan parti-parti luar National Conference. Sebenarnya, cadangan dari kedua-duaperhimpunan itu sama, iaitu bergerak ke arah sebuah kerajaan sendiri secara demokrasi danberperlembagaan, menjaga kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan, menyokongkebebasan beragama dan lain-lain lagi. Perbezaan yang besar di antara kedua-duanya ialah NationalConvention tajaan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan pada tahun 1954, sedangkan NationalConference pimpinan Dato’ Panglima Bukit Gantang menetapkannya pada 1956.22 Gambarajah 10.1: Tunku Abdul Rahman. Penubuhan National Convention ini juga merupakan satu cara Tunku Abdul Rahman memenuhijanjinya kepada British sewaktu beliau mengambil alih pimpinan UMNO daripada Dato’ Onn. Beliautelah berjanji “like to form a new organization which will combine with other races.. if he is unable toobtain the cooperation of other races to this end, he wants partition with northern part of Malaya togo to the Malays and southern part to go to the Chinese”.23 Janji itu bukan sahaja untuk menubuhkansatu organisasi baru tetapi juga sanggup membahagikan Tanah Melayu kepada dua jika masalah politikperkauman tidak dapat diselesaikan lebih awal. Nampaknya hal itu tidak terjadi kerana NationalConvention telah menjadi Perikatan kemudiannya. British mula melihat kekuatan kerjasama UMNO-MCA sebagai satu golongan pendesak yangpenting. Malah, dasar kerjasama yang harmoni seperti inilah yang dicari oleh British. Walaupun NationalConvention yang menghasilkan kerjasama yang baik di antara MCA itu bukan ditajanya, tetapi ternyatacetusan idea British dan National Conference itu telah diterima pakai oleh Tunku dan Tan Cheng Lock. Inimemudahkan dasar `Malaya for Malaya’ yang ditaja oleh British sejak tahun 1946 itu tercapai.Kerjasama antara parti perkauman lebih mudah dilakukan daripada mencantum bangsa-bangsa dalamsebuah parti seperti IMP.
British dengan itu menawarkan dua jawatan menteri kepada UMNO-MCA dalam ‘Sistem AhliBritish’. Sistem ini dibentuk British bertujuan memberi pengalaman pentadbiran kepada orang tempatan.Sistem ini dibentuk dalam tahun 1951 akibat desakan Dato’ Onn yang tidak dapat melantik seorangTimbalan Pesuruhjaya Tanah Melayu pada tahun 1949. Dato’ Onn telah dilantik sebagai Ahli EhwalDalam Negeri, manakala Tunku Yaakub, merupakan abang kepada Tunku Abdul Rahman sebagai AhliPertanian, Dato Mahmud Mat sebagai Ahli Pos dan Pengangkutan, E.E.C Thuraisingham sebagai AhliPelajaran dan Dr. Tiong sebagai Menteri Kesihatan. Sistem Ahli ini adalah salah satu langkah awal untukBritish memberikan kerajaan sendiri sebelum kemerdekaan diserahkan kepada Tanah Melayu.24 Tun Dr. Ismail, seorang doktor perubatan dari Johor yang telah dilantik bersama H.S Lee, seorangbekas Kolonel tentera Koumintang, China memegang jawatan sebagai Ahli Hasil Bumi dan AhliPerhubungan. Penerimaan ini adalah satu kompromi UMNO-MCA dengan British walaupun pada awalnyakedua-duanya telah menunjukkan sikap tidak bekerjasama. Tunku berjaya memujuk kedua-dua ahliPerikatan itu supaya bekerjasama dengan British bagi mengelakkan huru-hara politik di Tanah Melayu.Mengikutnya, ancaman Parti Komunis Malaya sudah cukup.25Gambarajah 10.2: Tun Dr. Is mail. (Sumber: Ihsan - ANM) British juga menerima kehendak National Convention dan National Conference (British sendiri)untuk mengadakan Pilihan Raya Persekutuan sebagai asas kerajaan sendiri. Satu Jawatankuasa PilihanRaya telah ditubuhkan pada Julai 1953 dalam Majlis Perundangan Persekutuan dengan wakil-wakilUMNO-MCA, Raja-raja Melayu dan British menjadi anggotanya. UMNO-MCA memilih untukmengadakan satu Minority Report, manakala British dan Raja-raja Melayu mengadakan satu MajorityReport. Pada Januari 1954, British mengeluarkan ‘Election Report’ nya.`Election Report’ itu telah ditolak oleh UMNO-MCA dan mendesak Minority Report dijadikan
dasar Election Committee. Keputusan ini dibuat setelah National Convention berunding semula danmengkaji Election Report British. National Convention menuntut ahli yang dipilih hendaklah seramai 60orang dan bukannya 52 orang seperti cadangan Majority Report. Kehendak baru ini timbul setelahdiputuskan oleh Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah dan kemudiannya dipersetujui juga olehMajlis Kebangsaan Perikatan. Mereka juga mendesak pilihan raya diadakan pada November 1954.26 Satu perundingan telah diadakan di antara British, Raja-raja Melayu dan UMNO-MCA. Satukompromi telah dicapai apabila UMNOMCA bersetuju dengan kehendak Majority Report. TuntutanUMNO-MCA dalam Minority Report juga ditolak dalam perbincangan Majlis Perundangan Persekutuan.Sebaliknya, Majority Report British diterima kerana beberapa sebab. Pertama, kerana anggota Majlis ituterdiri daripada orang yang dilantik oleh British dan Raja-raja Melayu bagi rnewakili negeri-negeriMelayu. Kerjasama British dan Raja-raja Melayu seperti biasa sangat rapat. Sebelum ini, Raja-rajaMelayu telah menolak pemohonan UMNO-MCA untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin.27Keduanya, dari segi teknikal, masa untuk mengadakan persiapan pilihan raya pada November 1954 terlalusuntuk. Beberapa rang undang-undang pilihan raya harus dibentuk sebagai panduan mengadakan pilihanraya di samping segala perkara yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya juga patut dibentuk bagimenguruskan hal tersebut. Mereka juga memikirkan bahawa orang ramai masih tidak didedahkansecukupnya dengan pendidikan dan pengalaman tentang pilihan raya. Oleh itu, pilihan raya patutdilewatkan.28 Penolakan British ini telah digunakan oleh UMNO-MCA untuk mendapat sokongan penduduk TanahMelayu. Seperti yang dijangkakan, tunjuk perasaan membakar Majority Report British atau dipanggil jugasebagai ‘Kertas Putih’ telah berlaku di beberapa tempat oleh bahagian-bahagian UMNO negeri. Semangatmenentang British secara terbuka mula jelas kelihatan dan ini membimbangkan British. Dalam masa yangsama juga, mereka yang di luar daripada UMNO, terutama Dato’ Onn yang menjadi Ahli Dalam Negeritelah dikecam dengan hebat sekali. Beliau dianggap sebagai penyokong British kerana kedudukannya ituwalaupun pada masa yang sama, UMNO-MCA juga mempunyai dua orang Menteri dalam Sistem AhliBritish itu. Pemimpin-pemimpin UMNO membidas Dato’ Onn kerana beliau dan partinya, PN merupakanantara penentang kepada pilihan raya yang tergesa-gesa tanpa persediaan yang cukup. Bagi pemimpin-pemimpin UMNO, Dato’ Onn telah mempengaruhi British dalam soal kelambatan pilihan raya.29 UMNOdisokong penuh oleh Utusan Melayu, iaitu akhbar yang banyak didukung oleh golongan radikal yangmemang menentang Dato’ Onn sejak pengharaman Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Dato’ Onndidakwa turut bertanggungjawab terhadapnya.30 Pada April 1954, dalam usaha untuk mendesak kehendak UMNOMCA diterima, satu rombonganyang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah dihantar ke London untuk bertemu dengan SetiausahaPejabat Tanah Jajahan, Oliver Lyttleton. Rombongan itu juga bercadang untuk berjumpa dengan beberapaorang Ahli Parlimen British dan mempengaruhi ahli politik British. Bagaimanapun, usaha parti itu tidakberjaya. Rombongan itu tidak dapat mempengaruhi Setiausaha, sebaliknya sepucuk surat dengan keputusanyang sama seperti yang telah diputuskan di Kuala Lumpur telah disampaikan kepada mereka.31 Dalam perundingan-perundingan seterusnya, UMNO-MCA bersetuju membuat beberapa tindakanpentadbiran terhadap British. Pertamanya, mereka akan terus menentang ‘Kertas Putih British’. Keduanya,
menarik semua ahli UMNO-MCA dalam pentadbiran kerajaan. Ketiganya, satu suruhanjaya bebas dariluar akan dibentuk dengan persetujuan Queen dan Raja-raja Melayu. Satu jawatankuasa yang diketuai olehTunku Abdul Rahman telah dibentuk bagi menyampaikan keputusan tersebut. Pertemuan denganPesuruhjaya Tinggi, Gerald Templer dibuat pada 25 Mei 1954, tetapi keputusannya tidak diperjelaskan. Tunku kemudian menulis sepucuk surat untuk membantah keputusan Setiausaha Tanah Jajahanbertarikh 25 Mei 1954 itu. Pada 10 Jun 1954, Oliver menegaskan British tidak bercadang untukmenghalang pilihan raya itu tetapi tidak bersetuju dengan pilihan raya yang tergesa-gesa. Pilihan rayahanya boleh diadakan seawal-awalnya pada tahun 1955. Satu pertemuan telah dibuat dengan PesuruhjayaTinggi Malaya yang baru, Sir Donald MacGilivary yang menerangkan tindakan lanjut MCA terhadappenolakan British itu. Dasar tidak bekerjasama dalam pentadbiran akan dijalankan. Kedua-dua Menteridalam Sistem Ahli itu iaitu Dr. Ismail dan H.S Lee akan meletakkan jawatan. Pada 14 Jun 1954 pula, ibupejabat UMNO di Johor Bahru telah meminta semua ahli UMNO menarik diri dari Majlis PerundanganPersekutuan, Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Bandaran. Bagaimana pula dengan MCA? Tidak adatindakan seperti UMNO. Tindakan meletak jawatan itu juga tidak dipenuhi oleh penyokong-penyokongMCA yang lain seperti juga Persekutuan Buruh Malaya pimpinan Mohd. Sopiee.32 UMNO nampaknya mengambil inisiatif yang besar untuk menentang keengganan British ini. Satugerakan membahagikan badan penggerak UMNO kepada empat bahagian iaitu utara, tengah, selatan danpantai timur. Ini bertujuan memudahkan UMNO menganjurkan tunjuk perasaan apabila diperlukan. Satutindakan untuk mengadap Raja-raja Melayu meminta sokongan terhadap tuntutan mereka iaitu 60 orangahli yang dipilih bagi Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Tindakan ini diarahkan oleh YangDipertua UMNO pada 28 Jun 1954.33 Perarakan pertama untuk bertemu dengan Raja-raja Melayu dimulakan di Johor pada hari Khamis, 1Julai 1954. Sultan Ibrahim yang merupakan ketua tidak rasmi Raja-raja Melayu telah menerima wakilUMNO-MCA yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dr. Ismail dan Tan Cheng Lock. Dr. Ismailtelah membaca surat rayuan daripada perhimpunan orang Melayu itu di hadapan Sultan Ibrahim, Dato’Mohd. Seth, Menteri Besar Johor, Penasihat British dan beberapa orang ahli Majlis Mesyuarat NegeriJohor. Surat itu telah dibalas dengan permintaan Sultan Ibrahim untuk berunding dengan pihak Persekutuankerana Johor kini merupakan anggota Persekutuan Tanah Melayu.34
Gambarajah 10.3: Pe rwakilan Pe rikatan UM NO-M CA s e le pas be runding de ngan B aginda Sultan Johor di B angunan Ke rajaan Johor pada 1 Julai 1954. (Sumber: Ihsan - ANM) Usaha UMNO-MCA bertemu dengan Sultan Johor itu dilihat British sebagai satu ancaman politikyang boleh menyebabkan berlakunya huruhara politik terhadap British jika ianya berlanjutan. Ini akanmenyebabkan British tidak dapat mengawal ketenteraman dan keselamatan Tanah Melayu. Dengan itu,pada 2 Julai 1954, Tunku Abdul Rahman telah dijemput berunding dengan British di Singapura. Dalamperundingan yang berlangsung pada tengah malam itu, dengan jamuan istimewa dari British, Tunku AbdulRahman, Dr. Ismail dan H.S Lee telah diraikan dengan baik sekali. Kebimbangan Dr. Ismail bahawaTunku akan ditangkap dan dibuang negeri tidak berlaku. Namun, kehadiran tentera-tentera British di ataskapal itu sebaliknya boleh menjadi satu ugutan kepada pemimpin UMNO-MCA itu.35 Dalam perundingan tengah malam itu, British menawarkan satu surat kepada UMNO-MCA. PihakBritish akan meminta pandangan UMNO-MCA untuk melantik lima daripada tujuh orang ahli undanganPersekutuan yang diperuntukkan bagi Pesuruhjaya Tinggi. Tunku bersetuju walaupun UMNO-MCA telahmenentang 52 kerusi yang diperuntukkan oleh British itu hampir enam bulan lamanya dan banyak tenagatelah dikeluarkan untuk menentang Kertas Putih British itu. Pada esoknya, 3 Julai 1954, mesyuarat tergempar Majlis Kerja diadakan bagi menerangkanpersetujuan pertemuaan sulit itu. MKT UMNO bersetuju dengan tawaran British itu kerana telahdiputuskan oleh pemimpin utama mereka iaitu Tunku Abdul Rahman. Bagi mereka, ini mendekati angkaasal yang diminta iaitu 60 orang. (52 yang dibenarkan oleh British, lima dengan persetujuan UMNO-MCA, 57 orang iaitu kurang tiga orang). MKT UMNO juga berpuas hati kerana British menerima semulakesemua mereka yang telah menarik diri daripada Majlis Pentadbiran kerajaan. British juga menerimasatu suruhanjaya bebas bagi mendraf Perlembagaan Merdeka. Ternyata MKT dan ahli UMNO menerimakeputusan Tunku Abdul Rahman yang telah menerima tawaran British tanpa perundingan awal denganmereka. Ada juga ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan tolak ansur itu.36 Pada 7 Julai, British mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa ketegangan di antara UMNO-MCA danBritish telah selesai. Ini bermakna UMNO-MCA juga gagal mendapatkan pilihan raya pada November
1954 seperti kehendak National Convention mereka. British berjaya memujuk UMNO-MCA supayabersabar kerana keperluan menyiapkan perkara-perkara penting bagi pilihan raya perlu dibuat. Britishjuga meminta kerjasama UMNO-MCA untuk mententeramkan pengikut-pengikutnya bagi membolehkanpersediaan dibuat. Pada Mac 1955, British mengisytiharkan pilihan raya akan dijalankan pada 27 Julai1955 dan penamaan calon pada 15 Jun 1955. Gerakan menentang Kertas Putih British oleh UMNO-MCAitu telah membuka mata MIC yang selama ini menyokong IMP. Gambarajah 10.4: Pe rakan ahli UM NO dan M CA bagi me nuntut ke me rde kaan Tanah M e layu. (Sumber: Ihsan - ANM) Bagaimanapun, kerjasamanya dengan IMP menjadi goncang kerana Dato’ Onn telah menolaktuntutan MIC untuk merdeka dengan segera. Ini hanyalah ‘retak mencari belah’. Bagi mereka, sebenarnyaMIC mula melihat Dato’ Onn dan IMP tidak lagi mendapat sokongan terbanyak daripada orang Melayudan Cina, malah British juga menunjukkan minat yang lebih kepada tuntutan UMNO-MCA. Oleh itu, hanyagabungan itu sahaja yang akan berjaya mengambil kemerdekaan negara ini dari British. MIC sebagai partibagi kumpulan masyarakat Tanah Melayu yang ketiga terbesar patut bergabung dengan UMNO-MCA untukmenentukan tempatnya dalam Tanah Melayu. Dengan gabungan pada akhir tahun 1954 (Oktober/November), lahirlah Parti Perikatan yang menggunakan konsep gabungan parti perkauman denganmengekalkan identiti masing-masing, tetapi mengamalkan dasar kompromi yang tertentu dalam tuntutanmereka. Gabungan ini selaras dengan kehendak British yang mahu melihat kerjasama semua kaum dalampolitik Tanah Melayu sebelum kerajaan sendiri dan kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu. Darisegi strategi politik penduduk Tanah Melayu pula, ini memudahkan apa sahaja tuntutan politik terhadapBritish. Namun, gabungan ini telah mengorbankan UMNO sebagai parti yang menjaga kepentingan orangMelayu. UMNO terpaksa bersetuju dengan MCA-MIC untuk menerima kerakyatan secara jus soli secaraterbuka sebagai asas kerakyatan merdeka Tanah Melayu. Dalam ‘Statement Politik Perikatan 1956’,UMNO tidak dapat menahan tuntutan itu kerana dari segi suara, UMNO dikalahkan dengan dua suara dariMCAMIC. UMNO menjadi lemah dengan gabungan ini. UMNO tidak lagi dapat menjadi penentu corakpolitik Tanah Melayu seperti mana pada tahun 1946. Kini, kuasa politik Tanah Melayu ditentukan bersama
oleh bukan Melayu secara ‘satu lawan satu’. Kerakyatan yang dipertahankan oleh UMNO sejak tahun1946 itu musnah kerana gabungan tersebut. Inilah kompromi pertama dan terbesar UMNO walaupunditerima sebagai ‘abang tua’ dalam Perikatan. Gabungan itu telah menjadikan taraf orang Melayu rnerosotdari satu bangsa menjadi satu kaum di Semenanjung Tanah Melayu. Kemerdekaan yang dicapai dan yangdibangga-banggakan oleh orang Melayu itu pada dasarnya telah merugikan mereka untuk jangka panjang. Dalam menghadapi pilihan raya yang bakal tiba itu, Perikatan mula menghadapi masalahpembahagian kerusi. Mesyuarat Agung UMNO telah memutuskan 40 kerusi bagi UMNO memandangkanjumlah pengundi Melayu adalah yang terbesar. Namun, hal ini telah dibantah oleh MCA dan MIC yangmelihat peluang mereka akan terjejas dalam pilihan raya itu. Dalam mesyuarat Majlis KebangsaanPerikatan kemudiannya telah diputuskan bahawa UMNO mendapat 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC 2kerusi. Keputusan ini melahirkan rasa tidak puas hati oleh ahli-ahli UMNO, tetapi Tunku mengatakanmemenangi pilihan raya lebih penting. Rasa taat setia kepada Tunku Abdul Rahman sebagai PresidenUMNO menghakis perasaan tidak puas hati itu.37 Manifesto Perikatan yang mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan, telah dikeluarkanpada 27 Julai 1955. Ia begitu lambat disiapkan kerana masalah kerakyatan, bahasa kebangsaan, kedudukanistimewa orang Melayu dan agama Islam yang tidak dapat dipersetujui sebulat suara oleh anggotaPerikatan. UMNO menolak kerakyatan jus soli secara terbuka seperti dituntut oleh MCA dan MIC. MCApula tidak dapat menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal. Ahli-ahli MCA yangberpendidikan Cina dan persatuan-persatuan sekolah Cina juga menolak dasar itu. Dasar perlindunganorang Melayu juga dipersoalkan. Pertelingkahan ini cuba diatasi dengan mengetepikan soal-soal itu dalamManifesto Pilihan Raya Perikatan. Manifesto Perikatan 1955 hanya memuatkan dasar-dasar bekerja danberusaha membentuk sebuah kerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan, menjalankan dasardemokrasi, menegakkan kedudukan Raja Berperlembagaan, mengamalkan kebebasan bersuara,berpersatuan dan meningkatkan kemudahan-kemudahan asas ekonomi dan kebajikan penduduk.38 Perikatan sengaja mengelakkan isu-isu kerakyatan dan bahasa kebangsaan itu kerana orang Melayupada keseluruhannya sama ada dalam PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin, seorang tokoh radikalMelayu yang berpendidikan Islam dan dari Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar telah dan membidasUMNO kerana bersetuju dengan kerakyatan jus soli kepada orang asing. Dato’ Onn melihat UMNO telahmenyeleweng dari dasar politiknya yang sentiasa menjaga kepentingan orang Melayu.39 Dr. Burhanuddinjuga beranggapan sama. Dalam kalangan UMNO juga, terdapat rasa tidak puas hati dan ada yang keluardari UMNO kerana membantah tindakan UMNO itu. Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati orang Melayuberlanjutan, Manifesto Perikatan dengan sengaja mengetepikan perkara itu. Bahasa Melayu juga didesak sebagai bahasa kebangsaan dan dipersetujui oleh UMNO tetapiditentang oleh MCA yang mahu bahasa Kuo Yu menjadi bahasa rasmi dan sekolah Cina menjadi sekolahkebangsaan. Tunku dan UMNO menolak hal ini yang menyebabkan soal bahasa kebangsaan dan sistempendidikan kebangsaan dalam Bahasa Melayu itu diketepikan buat sementara demi untuk memenangipilihan raya. Kedua-dua isu itu telah digunakan dengan meluas oleh PAS dan PN. Tunku Abdul Rahman, Dr.
Ismail dan Dato’ Abdul Razak terpaksa berkempen dalam kalangan orang Melayu supaya membuangperasaan perkauman dan bertolak ansur dengan bukan Melayu. Tunku sentiasa menekankan perasaanmuhibah dan persaudaraan dalam masyarakat Tanah Melayu yang bakal merdeka. Orang Melayu sentiasadiminta berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan. Kemerdekaan telah dijadikan satu perkataan keramatoleh UMNO untuk membangkitkan sokongan padu orang Melayu kepadanya. Dengan mendapatkemerdekaan, ini bererti mereka akan terlepas daripada penjajahan Barat yang telah mencengkam maruahmereka sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan laungan kemerdekaan pada setiap kempen UMNO dan parapenyokongnya, orang Melayu tidak nampak masalah politik lain di depan mata mereka. Semangat dan cita-cita untuk merdeka telah menyelubungi setiap nadi orang Melayu.40 Ancaman Parti Komunis Malaya juga dijadikan sebab kenapa mereka mesti bersatu untuk menuntutkemerdekaan dari penjajah dan orang asing. Untuk mengambil hati kaum pengundi Cina, Perikatan berjanjiakan menjalankan dasar pengampunan ke atas mereka yang dituduh terlibat atau bersimpati dengan PKM.Dasar ini melambangkan perpaduan sebagai perkara utama di Tanah Melayu bagi Perikatan.Tidak banyakparti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini selain daripada Perikatan, PN dan PAS sertaMalayan Party. Dengan itu, pertandingan yang sengit tidak berlaku seperti tahun 1959. Kesedaran politikmasih kurang dalam kalangan penduduk kecuali dalam kalangan orang Melayu yang mempunyai tiga buahparti politik. Dalam erti kata lain, pilihan raya yang diadakan pada Julai 1955 itu menyaksikan perpecahan orangMelayu kepada tiga buah parti, manakala bukan Melayu bersatu kuat dalam MCA. Bolehlah dikatakankemenangan Perikatan dengan 81% adalah undi sebulat suara dari orang bukan Melayu dan sebahagianbesar orang Melayu. Bagi PAS yang hanya memenangi satu kerusi, dianggap tidak menghairankan keranaPAS baru sahaja didaftarkan sebagai sebuah parti pada tahun 1955, iaitu sebulan sebelum pilihan rayadiadakan. Kebanyakan yang menjadi calon PAS tidak mempunyai jaringan parti yang kuat dan jelas dan ialebih merupakan usaha individu. PN yang menjadi tandingan hebat UMNO kerana ketokohan Dato’ Onntelah meletakkan 30 calon juga tidak mempunyai peluang dalam pilihan raya ini kerana dasarnyamenentang kerakyatan jus soli dan pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dapatmenarik simpati orang bukan Melayu. Sokongan daripada mereka tidak ada langsung dan ini menghalangPN mencapai kemenangan kerana undi orang Melayu (yang memang sedia terpecah tiga itu) tidak akandapat membantu PN. Parti ini juga baru ditubuhkan setahun sebelum itu. Dato’ Onn sendiri kalah di tangancalon Perikatan, Sulaiman (Dato’) Mohd. Yassin, di parlimen Johor Bahru. Dato’ Onn hanya memungut22.4% daripada undi keseluruhan di kawasan itu.41 Kemenangan Perikatan dengan 51 kerusi itu memberisatu kedudukan yang sangat selesa untuk membentuk kerajaan. Tambahan pula adanya sokongan daripada32 ahli yang tidak dilantik dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Pada 31 Julai 1955, sebuah Jemaah Menteri telah dibentuk dengan persetujuan Pesuruhjaya TinggiBritish. Aturan jemaah Menteri itu adalah seperti berikut:1. Ketua Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri - Tunku Abdul Rahman2. Timbalan Ketua Menteri - Bahaman Samsudin3. Menteri Pelajaran - Dato’ Abdul Razak Timbalan Menteri Pelajaran - Too Joon Hing4. Menteri Hasil Bumi - Dr. Ismail Ab. Rahman
5. Menteri Pengangkutan - H.S Lee6. Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan - Abdul Aziz Ishak Timbalan Menteri - Mohd Khir Johari7. Menteri Kesihatan - Leong Yew Koh Timbalan Menteri - Abdul Rahman Talib8. Menteri Buruh - V. T. Sambanthan Timbalan Menteri - Khalid Awang Othman9. Menteri Kerja Raya - Saadon Haji Zubir10. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Dato’ Haji Abdul Rahman11. Menteri Perhubungan - Ong Yoke Lin Gambarajah 10.5: B aris an M e nte ri Kabine t Pe rs e kutuan Tanah M e layu pada tahun 1957. (Sumber :Ihsan – ANM) Hasrat untuk mendapatkan kemerdekaan telah dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman sebagaipemimpin Perikatan kepada Pejabat Tanah Jajahan British melalui satu memorandum pada 8 Ogos 1955.Dalam memorandum itu terdapat dua perkara yang diminta oleh Perikatan iaitu pemberian kerajaansendiri secepat yang mungkin dan pelantikan sebuah suruhanjaya bebas bagi mendraf PerlembagaanMerdeka. Memorandum ini telah diserahkan kepada Setiausaha Tanah Jajahan, Lennox Boyd pada 23Ogos 1955 sewaktu persidangan Majlis Perundangan Persekutuan. Raja-raja Melayu dalam perundingannya dengan British telah bersetuju membuat pertimbangan bagimeminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kemerdekaan dicapai. Raja-raja Melayu mahuperundingan itu dijalankan bukan dengan wakil Perikatan sahaja, Raja-raja Melayu mencadangkan empatwakil Raja-raja Melayu, dua wakil Perikatan dan Peguam Negara sebagai penasihat. Kerajaan Perikatanmeminta wakilnya sama banyak dengan Raja-raja iaitu empat orang dan akhirnya dipersetujui.42 Pada November 1955, pihak Raja-raja Melayu dan Perikatan telah berunding mencari pendirianbersama dalam soal Perlembagaan Merdeka. Wakil Raja-raja Melayu terdiri daripada Dato’ PanglimaBukit Gantang, Dato’ Mohd Seth, Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz Abdul Majid. Manakala,
Perikatan pula diwakili oleh Dr. Ismail, Dato’ Abdul Razak, V.T Sambanthan dan H.S Lee. Setiausahabagi perundingan ini ialah Abdul Kadir Shamsudin dan T.H Tan. Perundingan ini telah membincanglansoal kewangan, kewarganegaraan, perkhidmatan awam dan soal keselamatan. Dengan persetujuan asas diantara Raja-raja Melayu dan Perikatan, satu perundingan telah dijalankan di antara perwakilan TanahMelayu (Raja-raja Melayu dan Perikatan), Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi danMenteri Negeri United Kingdom, dari Januari hingga Februari 1956, di London. Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan Dato’ AbdulRazak, Dr. Ismail dan H.S Lee dan wakil-wakil Raja-raja Melayu seperti Dato’ Nik Ahmad Kamil telahberangkat ke England dengan kapal M.V. Asia di Pelabuhan Tanjung Pagar pada 1 Januari 1956.Rombongan ini telah diberi sambutan meriah oleh penyokong-penyokongnya di Hotel Raffles, Singapura. Gambarajah 10.6: Pada 1 Januari 1956, Rombongan Ke me rde kaan me naiki kapal laut be rnama M.V. Asia. (Sumber: Ihsan – ANM)
Gambarajah 10.7: Rombongan Ke me rde kaan Pe rs e kutuan Tanah M e layu. (Sumber : Ihsan – ANM) Perundingan yang dibuat pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 ini tidak menghadapi banyakmasalah. Sedikit sekali tentangan pendapat di antara wakil-wakil Raja-raja Melayu, Perikatan danBritish. Perikatan yang dinasihati oleh tokoh-tokoh Parti Buruh seperti Lord Ogmore, Woodrow Wyatt danDouglas Jay tidak mempunyai masalah besar untuk ditimbulkan. Sejak dari mula, Perikatan telah bersetujudengan satu Suruhanjaya Bebas, dan ini tidak menjadi masalah bagi British kerana yang melantikSuruhanjaya ini kerajaan British sendiri. Soal-soal teknikal tentang peralihan kerajaan, keselamatan dalamnegeri dan luar negara, perkhidmatan awam, kewangan, ekonomi dan langkah-langkah kemerdekaan telahdihasilkan dalam satu laporan setebal 20 muka surat. Ia merupakan hasil persetujuan yang dicapai diantara kumpulan-kumpulan kecil yang sengaja dipecahkan bagi membincangkan hal-hal tersebut secaraberasingan.43 Terdapat beberapa perkara utama yang diputuskan oleh persidangan itu, iaitu:1. Ahli-ahli, Majlis Eksekutif, selain daripada Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjara Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.2. Mereka yang berikut akan digantikan dengan ahli tidak rasmi dengan nasihat Ketua Menteri. Mereka ialah Setiausaha Kewangan Persekutuan, Ahli bagi Hal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan Persekutuan.3. Tugas Ketua Setiausaha Persekutuan akan terbatas kepada soal-soal yang berkaitan dengan Perkhidmatan Awam, kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan pertukaran Perlembagaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal luar Persekutuan Tanah Melayu.4. Penasihat-penasihat British akan ditarik semula.5. Satu badan bebas Suruhanjaya Perlembagaan akan dilantik secepat mungkin bagi mendraf Perlembagaan yang akan memberi kerajaan sendiri secara penuh dan kemerdekaan dalam Commonwealth menjelang Ogos 1957, jika boleh. Bagi pelantikan Suruhanjaya ini, British
memutuskan untuk melantik pengerusinya dan seorang ahli lain, manakala seorang akan dilantik oleh Australia, Pakistan, India dan Kanada. Persetujuan ini telah dibawa bersama satu rangka rujukan bagi tindakan badan perlembagaan bebas itu. Persetujuan ini tidak akan disebarkan kepada orang ramai sehingga dibincangkan oleh Majlis Raja-raja Melayu dan Pengerusi badan perlembagaan itu dilantik. Perkara-perkara yang menjadi dasar ‘terms of references’ itu ialah pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dengan Negeri Melayu dan Negeri Selat mempunyai autonomi tertentu, semangat kebangsaan yang sama bagi seluruh Persekutuan, perlindungan kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan perundangan kaum-kaum lain.446. Sebuah Kementerian Pertahanan dan Keselamatan akan dibentuk sebagai sebahagian daripada Jabatan Ketua Menteri dan sebuah Majlis Perang akan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Ketua Menteri. Pengarah Gerakan Darurat (British) akan menjadi anggota Majlis ini. Majlis Perang akan bertanggungjawab di atas hal ehwal darurat tetapi semua angkatan tentera tetap terletak di bawah perintah Pengarah Gerakan. Setelah merdeka, Perjanjian Pertahanan Bersama akan dibuat di antara Tanah Melayu dan British. Satu hal yang menarik untuk ditimbulkan di sini ialah perundingan itu dijalankan di London dengandikelilingi oleh pegawai-pegawai British yang ramai iaitu 35 orang mewakili pentadbiran British diTanah Melayu, Pejabat Tanah Jajahan, Kementerian Pertahanan, Pejabat Perang, Perbendaharaan danjabatan-jabatan lain. Terdapat juga penasihat British bagi bahagian kumpulan-kumpulan kecilmembincangkan perkara teknikal dalam hal-hal di atas. Wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu terdiridaripada lapan orang sahaja. Ini mewujudkan keadaan yang tidak seimbang. Tambahan pula wakilPerikatan dinasihati pula oleh ahli-ahli politik British yang tentunya tidak dapat lari dari kepentinganBritish sebagai sebuah kuasa penjajah. Inilah antara sebab yang dapat memperjelaskan mengapapersetujuan mudah dicapai dan tidak banyak tentangan di atas soal jawab dari pihak Perikatan atau Raja-raja Melayu terhadap peralihan kuasa dan kemerdekaan ini. Perikatan berpuas hati dengan peruntukanbahawa nasihat Ketua Menteri akan diminta oleh Pesuruhjaya Tinggi.45 Perikatan juga tidak bimbang dengan anggota-anggota Suruhanjaya bebas yang akan dipilih olehkerajaan British sendiri tanpa rakyat Tanah Melayu sendiri menentukan dan memilih mereka yangbertanggungjawab kepada nasib perlembagaan mereka. Perikatan juga nampaknya tidak menghiraukansoal pertahanan luar yang masih lagi dipegang oleh British.46 Malah, British juga menentukan bahawaselepas merdeka, satu perjanjian pertahanan di antara British dan Tanah Melayu akan dikawal olehBritish kerana British tidak percaya kepada pertahanan Tanah Melayu yang masih lagi bergantung kepadaaskar-askar Commonwealth kerana ketiadaan pasukan keselamatan sendiri. Ini memang disengajakan olehBritish selama ini untuk menggalakkan pergantungan pertahanan Tanah Melayu kepada British.47 Dengan keadaan demikian, tidak hairanlah British bersetuju memberi kemerdekaan kepada TanahMelayu. Dengan persetujuan yang dicapai, satu perjanjian telah dibuat pada 8 Februari 1956 di antaraBritish dan Perikatan serta wakil Raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.Perikatan merasakan persetujuan British untuk memberi kerajaan sendiri dan kemerdekaan dalamperundingan itu satu kejayaan besar walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak jelas. Contohnya,kedudukan Pulau Pinang dan Melaka masih dalam bidang kuasa Queen, kerakyatan Commonwealthdipaksakan ke atas Tanah Melayu. Soal kerakyatan tidak diperjelaskan dan Raja Berperlembagaan tidak
juga diputuskan. Juga ditimbulkan oleh Dato’ Onn yang memberi tahniah kepada kejayaan itu, tetapimelihat kejayaan itu hanyalah 80% sahaja. Beliau juga tidak bersetuju dengan pembentukan satuSuruhanjaya Bebas bagi mendraf Perlembagaan Merdeka48 kerana sewaktu menentang Malayan Uniondan mendraf Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, ianya dilakukan oleh orang tempatan dan dibuatdi Kuala Lumpur sendiri tanpa dipengaruhi atau ditentukan oleh orang luar. Gambarajah 10.8: Tunku Abdul Rahman me nandatangani Pe rjanjian Ke me rde kaan Tanah M e layu di London pada 8 Fe bruari 1956. (Sumber: Ihsan – ANM) Namun, itu tidak merisaukan Tunku Abdul Rahman. Satu kawat telah dikirimkan ke Tanah Melayuuntuk menyambut kepulangan mereka dari London. Satu pengisytiharan akan dibuat di Melaka sebagaisimbol membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British. Dengan disambut oleh perarakan motosikalpemuda-pemuda UMNO dan sorakan dari 100,000 orang, Tunku mengisytiharkan persetujuan British itudan disambut dengan jeritan ‘Merdeka’ oleh hadirin. Peristiwa ini berlaku pada 20 Februari 1956.49
Gambarajah 10.9: Tunku Abdul Rahman diarak ke B andar Hilir, M e laka pada 20 Fe bruari 1956 bagi me ngis ytiharkan tarikh ke me rde kaan Tanah M e layu. (Sumber: Ihsan - ANM) Suruhanjaya Reid telah dibentuk oleh British sebagai memenuhi hasrat Perikatan. British telahmelantik Lord Reid sebagai pengerusinya dan Ivor Jennings sebagai wakilnya. Australia menghantar SirMcKeil, India menghantar B. Malik, Pakistan pula menghantar Hakim Abdul Hamid. Kanada memintamaaf kerana tidak dapat menghantar wakil yang berkaliber dan tidak akan membuat pelantikan.50Gambarajah 10.10: Orang ramai be rkumpul di Padang B andar Hilir, M e laka me nyambut ke pulangan Rombongan Ke me rde kaan dari London pada 20 Fe bruari 1956. (Sumber: Ihsan - ANM) Jadi, apakah peranan penduduk Tanah Melayu dalam mendraf Perlembagaan mereka? Perikatansebagai sebuah kerajaan dan sebagai sebuah parti gabungan terbesar di Tanah Melayu hanya berpuas hatiuntuk menghantar memorandum sahaja bersama-sama 130 memorandum persatuan-persatuan, parti-partipolitik dan orang perseorangan. Antara parti yang menghantar memorandum ialah PAS dan Parti Rakyat.Parti Negara pimpinan Dato’ Onn yang tidak bersetuju dengan pelantikan Suruhanjaya luar ini tidakmenghantar sebarang memorandum walaupun draf perlembagaannya telah disiapkan. Suruhanjaya Reid mengambil perhatian utama dan menggunakan hampir keseluruhan cadanganPerikatan yang dianggapnya pandangan terbaik yang dipersetujui oleh semua kaum. Perikatan telahmengeluarkan ‘Testament Politik Perikatan 1956’ yang bersetuju dengan soal kerakyatan, bahasakebangsaan dan sebagainya yang selama ini menjadi masalah mereka. UMNO bersetuju melepaskankerakyatan jus soli terbuka dan sebaliknya MCA-MIC bersetuju dengan kehendak UMNO untukmelindungi kedudukan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islamsebagai agama rasmi Persekutuan.51 Tambahan pula Perikatan telah membuat beberapa persetujuan awal
dengan British dalam persetujuan awal di London pada awal 1956. Gambarajah 10.11: Rombongan M e rde ka yang dike tuai ole h Tunku Abdul Rahman. (Sumber: Ihsan - ANM) Cadangan Perikatan itu hanya menyerapkan semua persetujuan awal dengan British. SuruhanjayaReid itu menerima pakai cadangan Perikatan sebagai cadangan asasnya di samping rnenambah beberapaperkara untuk menyesuaikan dengan keadaan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.52 Cadangan-cadanganparti lain terutama PAS yang menentang jus soli tidak dipedulikan. Cadangan Suruhanjaya Reid itu telahdisebarkan kepada umum pada 7 Februari 1956. Ia telah disambut dengan pelbagai reaksi orang ramai,namun pihak yang paling menentang hebat peruntukan ini ialah parti pembangkang terutama parti-partiMelayu seperti PAS dan PN. Oleh sebab Suruhanjaya Reid menerima pakai cadangan Perikatan, bidasankedua-dua parti Melayu ini ditujukan serentak terhadap Perikatan dan Suruhanjaya Reid. Bantahan utama mereka ialah dasar kerakyatan jus soli yang membuka pintu kepada semua yanglahir di Tanah Melayu sebelum, pada dan selepas merdeka. Sebelum ini, dalam Perjanjian Persekutuan1948 dan 1951, kerakyatan jus soli hanya terbuka kepada orang Melayu, orang asli dan mereka yang ibuatau bapanya telah lahir dan menjadi rakyat Tanah Melayu. Dalam perjanjian itu, turut menolak kerakyatanCommonwealth yang dipaksakan oleh British ke atas Perikatan. Kedudukan istimewa orang Melayu yangdiperuntukkan selama 15 tahun sahaja tidak diterima kerana sebagai rakyat asal negara ini, orang Melayupatut dilindungi selama-lamanya.53 Pengkritik UMNO/Perikatan dan Suruhanjaya Reid ini juga tidakberpuas hati dengan kelonggaran untuk menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas 10tahun merdeka. Ini kerana penggunaan bahasa-bahasa lain akan terus berjalan sehingga tempoh tersebut.Bahasa Melayu juga tidak akan mudah rnenjadi bahasa kebangsaan kerana adanya peruntukan dalamperlembagaan untuk melindungi dan tiada sekatan mengembangkan penggunaan bahasa-bahasa lain diTanah Melayu. Mereka juga enggan menerima sistem pertahanan yang masih dipegang oleh British dengansatu perjanjian pertahanan selepas merdeka. Perjanjian ini mengikat keselamatan luar dan pertahanan
dalaman negara ini selama 25 tahun selepas merdeka. Beberapa kumpulan ahli UMNO juga membidas tolak ansur UMNO itu secara terbuka dan dalamMesyuarat Agung UMNO, Bahagian UMNO Negeri Sembilan, Setapak dan Kuala Lumpur, telah bertindakkeluar persidangan apabila MKT UMNO dengan cadangan Dato’ Abdul Razak meminta mandat daripeserta mesyuarat UMNO untuk menyerahkan hal itu kepada kebijaksanaan MKT UMNO, yang menjadianggota Majlis Kebangsaan Perikatan. Akhbar-akhbar pro-UMNO juga tidak membincangkan hal-hal diatas secara terbuka sebaliknya meminta ahli-ahli UMNO bertolak ansur demi mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu. Utusan Melayu sebagai akhbar utama orang Melayu pada masa itu mengambil langkahmenyokong UMNO kerana UMNO mernpunyai saham besar dalam organisasi akhbar tersebut. Pararedaksi pengarangnya yang merupakan bekas-bekas anggota PKMM yang memang menuntut kemerdekaandari British sejak 1946 dengan konsep Malayan menyokong sepenuhnya kemerdekaan cadangan Perikatanini. Konsepnya sama dengan tahun 1946. Melalui sokongan dari akhbar utama ini, orang Melayu tidakterdedah kepada soal lain kecuali mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Soal-soal lain dianggapperkara kedua. Rasa tidak puas hati sekelompok orang Melayu ini akhirnya mendorong mereka bergabung tenagadalam Kongres Melayu 1957 yang diadakan pada 4-7 Mei 1957 di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur.Kongres ini ditaja oleh bekas ahli-ahli UMNO dan disokong oleh PAS, PN dan Parti Rakyat Malaya(PRM). Nasionalis-nasionalis utama seperti Burhanuddin, Dato’ Onn Jaafar, Ahmad Boestamam danramai penyokong-penyokong radikal Melayu telah bergabung di dalam Kongres itu dan membuat banyakresolusi yang tidak lari dari cadangan Suruhanjaya Reid terutama dari segi bentuk kerajaan, kuasapersekutuan, kuasa negeri, sistem kerajaan berpusat, kewangan dan kemasukan Tanah Melayu sebagaianggota Commonwealth serta pelantikan seorang Sultan Agung bagi Persekutuan. Perbezaannya ialahkepada ketegasan Kongres terhadap kerakyatan jus soli yang lebih ketat mengikut dasar 1948 dan 1951iaitu penolakan rakyat Commonwealth, pelantikan Sultan Agung seumur hidup, Bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan sebaik sahaja mendapat kemerdekaan dan agama Islam sebagai agama rasmi negara.Mereka juga memutuskan supaya dua orang wakil Kongres dipilih dan membuat perundingankemerdekaan.54 Walaupun UMNO menolak Kongres ini dan menafikan kepentingannya tetapi tindakan Tunku AbdulRahman pergi pada 9 Mei 1957 untuk berunding tentang hal-hal tertentu dengan cadangan SuruhanjayaReid itu tidak dapat tidak memperlihatkan adanya kesan Kongres itu kepada UMNO. Tunku membawaperhatian kepada ‘masalah kerakyatan, kedudukan Pulau Pinang dan Melaka dan kesetiaan rakyatnyaselain perkara-perkara yang besar-besar dan tidak sesuai dengan Negeri-negeri Melayu dan sebahagianbesar rakyatnya.55 Ternyata, ada hal-hal yang masih tidak selesai yang menyebabkan Tunku terpaksaberunding semula dengan British. Kritikan pembangkang Melayu ternyata mempunyai pengaruh kepadapemergian Tunku itu. Tentangan bukan Melayu di luar dari MCA juga cukup jelas terhadap Penyata ini. Kegagalan MCAmenempatkan bahasa Cina sebagai bahasa rasmi negara dan sekolah Cina sebagai sekolah kebangsaantelah menyebabkan munculnya beberapa kumpulan menentang cadangan MCA/Perikatan-Suruhanjaya Reiditu. Kumpulan-kumpulan itu ialah Federation of Chinese Guilds and Association (FCGA), United
Chinese School Teachers Association (UCSTA) dan All-Malaya Chinese Schools ManagementAssociation (AMCSMA). FCGA telah membuat memorandum berasingan dari MCA dan menghantarrombongan merundingkan kemerdekaan diketuai Lau Pak Khuan. Manakala, dua persatuan lain, UCSTAdan AMCSMA pula telah dapat mempengaruhi golongan berpendidikan Cina dalam MCA danmemecahkan perpaduan MCA. Tuntutan mereka terhadap bahasa dan sekolah Cina itu memangmenggoncangkan MCA dalam satu krisis kepimpinan dan ideologi dalam tempoh itu. Namun, dengan sokongan UMNO sebagai ‘abang tua’ dalam Perikatan dan British sebagaipenaungnya, MCA dapat mengatasi kumpulan-kumpulan itu buat sementara. Perpecahan sebenar hanyaberlaku dua tahun selepas kemerdekaan dicapai.56 British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerjamengandungi empat orang wakil Raja-raja Melayu, empat orang wakil Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi,Setiausaha Persekutuan dan Peguam Negara sebagai wakil kerajaan British untuk mengkaji cadanganSuruhanjaya Reid tanpa mengambil kira bantahan atau pandangan luar. Lebih-lebih lagi ia ditubuhkansebelum Suruhanjaya Reid menyiapkan laporannya. Jawatankuasa ini telah menyiapkan kerjanya padaMac dan mencadangkan beberapa perkara teknikal dan tambahan yang dibincangkan dengan wakil Raja-raja Melayu, Perikatan dan Pejabat Tanah Jajahan di London pada Julai 1957. Persetujuan ketiga-tigapihak terhadap cadangan Jawatankuasa Kerja ini dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah MelayuMerdeka. Gambarajah 10.12: Raja-raja M e layu be rs ama Pe s uruhjaya Tinggi di upacara me nandatangani Pe rjanjian Pe rs e kutuan Tanah M e layu, 5 Ogos 1957. (Sumber: Ihsan - ANM) Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Britishpada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur. Dengan Perjanjian itu, Persekutuan Tanah Melayudiiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Pada dasarnya, Perjanjian itu mengekalkanstruktur Perjanjian Persekutuan 1948 dengan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja
Berperlembagaan, kuasa persekutuan pusat dan negeri dalam hal-hal tertentu, Menteri Besar sebagai ketuaeksekutif negeri, kuasa eksekutif dan perundangan Raja-raja Melayu dalam negeri yang kuat, kuasakewangan dipegang oleh pusat dan negeri dan lain-lain bentuk pentadbiran. Apa yang ditambah ialahpenggantian Pesuruhjaya Tinggi British dengan Yang di-Pertuan Agong dengan bidang kuasanya sebagaiKetua Negara, pertahanan, darurat, pendidikan kebangsaan dan kedudukan istimewa Melayu. Soal kerakyatan juga dibuka dengan lebih luas dengan prinsip jus soli sebagai dasarnya. Soalkehakiman juga bersifat tempatan tetapi Privacy Council England adalah kuasa kehakiman yang tertinggibagi Tanah Melayu. Bendera kebangsaan yang baru telah dicadangkan dan diluluskan oleh MajlisPerundangan Persekutuan pada April 1950 dan telah diterima sebagai bendera Tanah Melayu Merdeka.57Bendera Union Jack akan diturunkan pada 12 tengah malam 30 Ogos 1957 tanda tamatnya penjajahan danpenguasaan British. Pengisytiharan kemerdekaan akan dibuat pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdekaoleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh Raja-raja Melayu dan wakil kerajaan British di pentasyang indah. Gambarajah 10.13: Tunku Abdul Rahman me laungkan ‘M ERDEKA’! s e banyak tujuh kali dalam Upacara Pe mas yhuran Ke me rde kaan yang diadakan di Stadium M e rde ka pada 31 Ogos 1957. (Sumber: Ihsan - ANM) Dengan melaungkan perkataan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut dengan laungan yangsama dari rakyat berbilang bangsa di stadium itu, maka tamatlah penjajahan dan penguasaan British keatas Tanah Melayu yang telah berlangsung sejak tahun 1795. UMNO dan Perikatan di bawah pimpinanTunku Abdul Rahman dengan persetujuan Raja-raja Melayu dan British telah dapat membebaskan negaraini ke suatu era baru walaupun dari segi semangat dan kawalan British masih tetap mencengkam. TunkuAbdul Rahman telah digelar sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ walaupun orang Melayu hilang tarafnyasebagai satu bangsa dan negaranya dikongsi sama oleh rakyat baru.
Nota Hujung1. Untuk keterangan lanjut tentang corak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu lihat Federation of Malaya Agreement 1948, Government Gazette 1949, Government Printer, Kuala Lumpur.2. CO537/6020. J. D. Higam kepada J. Paskin, 13 Oktober 1950.3. Untuk keterangan lanjut mengenai gerakan menentang PKM oleh British ini lihat G. Z. Hanrahan, 1954. Communist Struggle in Malaya, Institute of Pacific Relations, New York.4. Untuk melihat keterangan lanjut berkenaan dengan penentangan bukan Melayu dan PKM terhadap gerakan menentang Malayan Union ini lihat Mohd. Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur: PUM, 1967, Ramlah Adam, 1992. Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: DBP.5. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat Ramlah Adam, 1992. Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, hlm. 177-197.6. Statement by Communities Laison Committee, dalam UMNO/KL 19/50.7. 537/6018, Laporan Pesuruhanjaya Agung Bagi Asia Tenggara, Singapura, 52928/17 kepada Creech Jones, 1 Januari 1950.8. CO537/6018, Surat Henry Gurney kepada J. D. Higam, 6 Mac 1950.9. Untuk melihat perbincangan lanjut bagi hal ini lihat Ramlah Adam, Op cit., hlm. 197-203.10. C01022/172-SEA 92/16/01, Malay Mail, 25 Mei 1950.11. Lihat ucapan terakhir Dato’ Onn dalam UMNO 10 Tahun, hlm. 75- 77, Malay Mail, 30 Mei 1949.12. UMNO 10 Tahun, hlm. 77.13. Warta Negara, 29 Ogos 1951, Majlis, 29 Ogos 1951.14. CO537/4790, Surat J.J Paskin kepada Henry Gurney, 25 Mei 1949. Surat itu mengatakan: We shall be interested to read more considered letter you promise, especially if you should than feel able to develop the theme of the future Malay (not Malayan) politics without Onn: Will for example, any one leader succeed hlm, should his influence disappear, or can we expect a member or minor leaders to come to the fore in different parts of the Federation.’
Dan ‘Although Rahman is himself aged 46, has 19 years of service and although now qualified, is still a cadet without proper job. I think it would be good idea to offer Tunku Abdul Rahman a job as D.P.P or Magistrate somewhere,even out of Kedah.I believe he would accept.’CO537/4790-Information of HQM 2, Graded 2.15. Untuk keterangan lanjut mengenai krisis ini lihat Ramlah Adam,Opcit, hlm 148.16. Ibid, hlm. 133-148.17. CO537/4790 Information of HQM Graded 2. Laporan melaporkan Henry Gurney telah berkata “Tunku Abdul Rahman use to form a new organisation which will combine with other races... if he unable to obtain the cooperation of other races to the end, he wants partition with northern part of Malaya to go to the Malays and southern part to the Chinese”.18. R. K. Vasil, Politics in Plural Society, Kuala Lumpur: OUP, 1974, 50-61.19. Heng Pheck Khoon, 1984, ‘The Development of Malayan Association’, Ph. D. Dessertation, University of London. hlm. 264-294.20. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat Ramlah Adam, op cit., hlm. 264- 294.21. G. P. Means, 1976, Malaysian Politics, London, hlm. 143-146.22. CO53714790 Information of HQM Graded 2. hlm. 239-243.23. Untuk keterangan lanjut tentang hal ini lihat Ramlah Adam Pustaka Antara, 1981, hlm. 383.24. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur.25. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 386-388.26. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 147-148.27. Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, hlm. 301-303.28. Suara UMNO, 1 Jun 1954.29. Utusan Melayu, 2 Februari 1954.
30. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 394-401.31. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 149. Pelanduk Publication, 1992.32. Mohd. Tajuddin Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya: Pelanduk Publication, 1992.33. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 413-418.34. Ibid. 418-420.35. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 420, 425.36. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 440.37. Ibid. hlm. 441-447.38. Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, hlm. 313-316.39. Op cit. hlm. 449-452.40. Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, hlm. 321-324.41. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 170-171.42. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 171.43. Ibid. hlm. 172.44. Ibid.45. Ibid.46. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 511. Kesedaran ini disebut oleh Tunku sendiri dalam ucapannya selepas menandatangani perjanjian itu.47. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 516.48. Ibid. hlm. 522.
49. G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 173.50. Lihat ‘Testament Politik Perikatan 1956’ dalam Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 538-564.51. G.P Means, Malaysian Politics, hlm. 173.52. Lihat kritikan Dato’ Onn Jaafar yang begitu menarik sekali dalam akhbar Kritik, yang dikeluarkan bersama kawan-kawannya untuk membidas tolak ansur UMNO dalam soal-soal di atas. Untuk pandangan mendalam juga lihat Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, hlm. 325- 352.53. Resolusi Kongres Melayu yang Kedua dalam Surat Persendirian Abdul Manan Bachik, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar, Pengasas Kemerdekaan, hlm. 345-350.54. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 569-570.55. G.P Means, Malaysian Politics, hlm. 199-207.56. G.P Means, Malaysian Politics, hlm. 175.57. Ini bererti bendera itu telah dibuat semasa Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO. Bendera itu perlu dibuat kerana Negeri-negeri yang lain mempunyai identiti sebagai rakan kongsi pentadbiran Tanah Melayu. Bendera ini dikibarkan di kereta-kereta Menteri Besar negeri-negeri dan perjumpaan UMNO. Bendera itu diterima pakai oleh Tunku Abdul Rahman dan British kerana menggambarkan ‘tiga warna besar’ merah, biru dan putih adalah menunjukkan Perhubungan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan United Kingdom dan persatuan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Commonwealth British. Bendera inilah juga terus menjadi bendera Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka’ Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Melayu, hlm. 586.
BIBLIOGRAFIBAHAN-BAHAN RASMIBahan-bahan Rasmi tidak Bercetak:Bahan-bahan rasmi tidak bercetak ini terdiri daripada fail-fail rasmi kerajaan yang bertaraf rahsia. Fail- fail ini boleh didapati di Great Britian dan Malaysia. Bahan-bahan rasmi Great Britian terletak di Public Record Office, Kew Garden, England. Di Malaysia pula terletak di Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur, di Johor Bharu (cawangan Selatan) dan di Kuala Terengganu (cawangan Pantai Timur).Great BritianCO537 - Supplementary Correspondence Straits Settlements, Federated Malay States and Singapore 1946-1953.C0717 - Federated Malay States 1951 and Malay States, Original Correspondence 1946.C01022 - Southeast Department 1950-1954.MSS/PU - (Malayan Security Service: Fortnightly Intelligence Journals together with Supplement 1946- 1948).FRM - Political Report of Malaya, 1949-1952.CAR - Cabinet London, 1944.WO - War Office 172 Containing the Mountbatten Diaries.Malaysia(Assistant Advisor) Batu Pahat, 1924.CFS (Chief of Federal Secretary), 1955H.A (Home Affairs), 1951.JVF (Johor Voluntary Forces) 1927.Arkib Negara Cawangan Selatan, Johor Government Gazette, 1927, 1947 dan 1948.
MBJ (Menteri Besar of Johor) 1928, 1936, 1942, 1948, 1949.Minit Mesyuarat JMP Kuala Lumpur 1952.PUJ (Pejabat Ugama Johor), 25002 (250/1942), 8402, 3303 (1943).RCJ (Residen Councillor of Johor), No 549/46.S (Sultan) 128 Johor.SSJ (State Secretary of Johor), 7/03 (7/1943), 1948, 1949.SUK (Setiausaha Kedah), 1947.SF/T (Suruhanjaya ‘Election’ Terengganu) 1959.Surat Dalam Perkara Tuan Campbell jadi General Advisor, 1919.UMNO/F (Finance), 1946.UMNO/KL (Kuala Lumpur), 1950, 1951.UMNO/SEL (Selangor), 1951.UMNO/SG (UMNO/Secretary General) 1946-1951.UMNO/T (Treasurer) 1948.AKHBARDaily Mail, 1947.Daily Press Summary, 1955.Indian Daily Mail, 1948.Kritik, 1956-57.Lembaga, 1935-1941 (mikrofilem).Lembaga Malaya, 1935-1941 (mikrofilem).Majlis, 1946, 1947, 1948, 1949, 1955.Malaya Merdeka (akhbar UMNO), 1955-57.
Malayan Mirror (MCA), 1957.Malayan Tribune (Singapore, Kuala Lumpur), 1947, 1949, 1951.Malay Mail (Singapore), 1948, 1949, 1952, 1953, 1955.Negara (akhbar PN), 1954.Observer London, 1951.Singapore Free Press, 1946, 1949.Singapore Standard, 1955.Singapore Tiger Standard (Singapore), 1950.Straits Budget, 1952-1953.Straits Echo (Singapore) 1949.Straits Times (Singapore), 1946-1959 953-1954 15/46.Suara UMNO, 1953-1954.Sunday Express, 1915/46.Sunday Gazzette, 1946.Sunday Times (Singapore), 1946-50.Sunday Tribune (Singapore), 1946.Times of Malaya, 1948.Times London, 1946, 1949.Utusan Malaysia, 1987.Utusan Malaya, 1946-50, 1951-1956, 1962.Warta Malaya, 1930-33.Warta Negara, 1946, 1949, 1950, 1951, 1955, 1959.BUKU DAN RENCANA
Abdullah Abdul Kadir. (1949). Hikayat Abdullah. DBP: Singapura.Abdullah Hussain, & Khalid Hussain. (1974). Pendita Za’ba dalam Kenangan. DBP: Kuala Lumpur.Abdullah Hussain. (1982). Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan. DBP: Kuala Lumpur.Abdul Latiff Abu Bakar. (1984). Abdul Rahim Kajai: Wartawan dan Sasterawan Melayu. DBP: Kuala Lumpur.Abdul Latiff Abu Bakar. (1977). Ishak Haji Muhamad: Penulis dan Ahli Politik. UMP: Kuala Lumpur.Abdul Samad Ahmad. (1980). Sejambak Kenangan. DBP: Kuala Lumpur.Abd. Samad Idris. (1982). 25 Tahun Merdeka. Pustaka Budiman: Kuala Lumpur.Ahmad Boestamam. (1979). Dato’ Onn yang Saya Kenali. Pustaka Kejora: Kuala Lumpur._______, 1972, Merintis Jalan Kepuncak, Kuala Lumpur._______, 1946, Testament Pollitik Api, L. T. Api, Kuala Lumpur.Ahmad Masjudin. (1979). ‘Malayan Union Dalam Akhbar Warta Malaya’, dan Malaysia Di Segi Sejarah. No. 8, April. Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur.A. M. Iskandar. (1980). Sejarah Persuratkhabaran Melayu. DBP: Kuala Lumpur.Ahmad Nazri Abdullah. (1980). Tanah Simpanan Melayu. DBP: Kuala Lumpur.Allen, J. D. V. (1967). The Malayan Union, Monograph No. 10, Connecticut. Yale: New Haven.Andaya L. A. (1975). The Kingdom of Johore 1641-1728, Economic and Political Development. OUP: Kuala Lumpur.Anwar Abdullah. (1971). Biografi Dato’ Onn. Fajar Bakti: Kuala Lumpur.Arasaratnam, R. (1970). The Indians in Malaya and Singapore. OUP: Kuala Lumpur.Arena Wati. (1946). Cerpen-cerpen Zaman Jepun. Singapura.Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan Sebuah Perspektif Sejarah. DBP: Kuala Lumpur.Awang Had Salleh. (1971). Malay Training College 1900-1922. Kuala Lumpur.Camel, F. G. (1954). ‘Constitutional Reform and Election in Malaya’ dalam Pacific Affairs. Jld. 28, March.
_______, (1955). ‘The Malayan Election’ dalam Pacific Affairs. Jld. 28 No 1. March._______, (1953). ‘Communalism and Communism in Malaya’. Pacific Affairs Jld. XXVI, No 1. March.Cheah Boon Kheng. (1981). Red Star Over Malaya. SUP: Singapore.Fiennes D. A. M. (1376). (T. Hijrah), Penyata di Atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Persatuan Luar Bandar. Alor Setar.Finkelstein, L. S. (1952). ‘Prospects for Self-Government in Malaya’ dalam Far Eastern Survey. Jld. 22, 30 Januari.Finkle, J. L. & Galde W.R. (eds.). (1966). Political Development, and Social Change. New York.Firdaus Abdullah. (1985). Radical Malay Politics, Its Origins and Early Development. Pelanduk Publications: Petaling Jaya.Ghazali bin Mayudin. (1978). Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945 Jabatan Sejarah UKM: Kuala Lumpur.Howkins, G. (1948). ‘Marking Time in Malaya’. International Affairs, Jld. 24, No. 1, Januari.Heussler, R. (1983). Completing a Stewardship the Malayan Civil Service 1942-1957. London.Hill, R. D. (1977). Rice in Malaya. A Study in Historical Geography. Kuala Lumpur.Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Pustaka Antara: Kuala Lumpur.Ibrahim Saad. (1977). Pendidikan dan Politik di Malaysia. DBP: Kuala Lumpur.Ibrahim Yaacob. (1951). Sekitar Malaya Merdeka, Jakarta. Ishak Tadin, 1960, ‘Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951’, dalam JSEAH, Jld. 1, No. 1, Mac.Kamaruddin Jaafar. (1980). Dr Burhanuddin Al-Helmy: Politik Melayu. Penerbitan Yayasan Anda: Kuala Lumpur.Khoo Kay Kim. (1974). Malay Society, 18744920. JSEAH, Jld. 2, No. 2, September.______, (1979). The Western Malay States, Kuala Lumpur. Oxford University Press.King John Kerry. (1954). ‘Malaya’s Resettlement Problem’ dalam Far Eastern Survey. American Institute of Pacific Relation’s pd. 24, Mac.Lee-Soon Aun. Economic Growth and the Public Sector in Malaya and Singapore, 1948 - 1960. OUP: Singapore.Li Dun Jen. British Malaya: An Economic Analysis, Kuala Lumpur. Ihsan, Kuala Lumpur.
Lim Teck Ghee. (1977). Peasant and Their Agricultural Economy Colonial Malaya 1874-1941. OUP: Kuala Lumpur.Linehan, W. (1973). ‘History of Pahang’ dalam JMBRAS, No. 2.Lim Fook Seng, & Philip. (1975). Seeds of Separation Educational Policy of Malaya 1874-1940. OUP: Kuala Lumpur.Martin Rudner. (1970). ‘The Political Structure of the Malayan Union’ dalam JMBRAS, Jld. XIII, Bhgn. 1.Miller, H. (1965). The Story of Malaysia. London.Mean, G. P. (1969). ‘Special Rights as a Strategy for Development the Case of Malaysia’, dalam Comparative Studies, Jld. 1, No. 2, January.Mean, G. P. (1976). Malaysian Politics. Hodder & Stoughton.McCarthy, D., (1965). The Art of Biography. London.B. M. Kenda.Milne, R. S., & Mauzy, D. K. (1977). Politics and Government in Malaysia. OUP: Kuala Lumpur.Mills, Lenjinox A. (1958). Malaya, A Political and Economic Appraisal Minneapolis.Mohamed Nordin Sopiee. (1967). From Malayan Union to Singapore Separation, Communal Relations in Malaya: UMP: Kuala Lumpur.Mohamad Yunus Hamidi. (1966). Sejarah Pergerakan Kebangsaan Melayu. Pustaka Antara: Kuala Lumpur.Morrison, I. (1949). ‘Aspects of the Racial Problems in Malaya’ dalam Pacific Affairs. Jld. 22, No. 1. March.Muhamad Suffian Hashim. (1972). An Introduction to the Constituation of Malaysia. Kuala Lumpur.Muhamad Suffian Hashim, H. P. Lee, & F. P. Trindade. (1979). The Constitution of Malaysia, Its Development 1957-1977. Kuala Lumpur.Muzaffar, C. (1979). Protector, an Analysis of the Concept and Practice of Loyalty in Leader-led Relationship within Malay Society. Ihsan: Pulau Pinang.Onn Jaafar. (1940). ‘Leadership is Lacking for Malay Nationalism’ dalam Straits Times Annual. Singapore.Pang Poh-Peng. (1969). ‘The Straits Chinese in Singapore: A Case of X, No. 1. Local Identity and Socio- Culture Accomodation’ dalam JSEAH. Jld. X, No. 1.
Puthucheary, M. (1980). The Politics of Administration: The Malayan Experience. OUP: Kuala Lumpur.Radin Soerno. (1960). ‘Malay Nationalism 1900-1945’, dalam JSEAH.1966.Rajeswary, A. (1981). The Indian Minority and Malayan Politics 1946-1951. OUP: Kuala Lumpur.Ramlah Adam. (1978). UMNO, Organisasi dan Kegiatan Politik 1946- 1951. Mohd Nawi Book Store: Kelantan._______, (1979). ‘Lembaga Malaya 1934-1941’. Malaysia Di Segi Sejarah, No. 8, Kuala Lumpur._______, (1980). ‘Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, 1945-1972: Satu Analisa’ dalam Malaysia Di Segi Sejarah, No. 9, Kuala Lumpur.Ratnam, K. J. (1965). Communalism and Political Process in Malaya. UMP: Kuala Lumpur.Rees, R. D. W. (1953). The Constitutional Position in Malaya dalam Pacific Affairs. Jld. 26, No. 1. March.Roff, W. R. (1967). The Origins of Malay Nationalism. Singapore: University of Malaya Press, Kuala Lumpur.Sadka, E. (1970). The Protected Malay States, 1874-1985. University of Malaya Press: Kuala Lumpur.Silcock, T. H. (1949). ‘Forces for Unity in Malaya. International Affairs’. Jld. 25.Simandjuntak B. (1969). Malayan Federalism 1945-1963. A Study of Federal Problems in A Plural Society. OUP: London.Soh-Eng Lim. (1960). ‘Tan Cheng Lock and His Leadership in Malayan Chinese’. dalam JSEAH, Jld. 1, No. 1. March.Stevenson, R. (1975). Cultivators and Administrators, British Educational Policy towards the Malays 1875-1906. OUP: Kuala Lumpur.Stockwell, R. J. (1979). British Policy and Malay Politics during The Malayan Union Experiment 1942-1948. Monograph No. 8. JMBRAS: Kuala Lumpur.Syed Husin Ali, (1975). Malay Peasant Society and Leadership. OUP, Kuala Lumpur.Tan Cheng Lock. (1947). Malayan Problems from A Chinese Point of View Singapore.Tan, T H. (1968). How the Independence Was Won dalam MCA 20 Tahun. Kuala Lumpur.Thio Chan Bee, (1977). The Extraordinary Adventure of an Ordinary Man. London.Tregonning, K. G. (1979). ‘Tan Cheng Lock: A Malayan Nationalist’ dalam JSEAH, Jld. X, No. 1, March.
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255