Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Ekonomi_Tingkatan_5

Ekonomi_Tingkatan_5

Published by Madzani Nusa, 2021-07-25 04:09:24

Description: Ekonomi_Tingkatan_5

Search

Read the Text Version

Bab 1 Nisbah Rizab Berkanun Cabar Diri Anda Rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterima. Jelaskan bagaimana nisbah rizab berkanun boleh • Tindakan bank pusat mengubah nisbah rizab berkanun akan membantu menyelesaikan mempengaruhi jumlah wang tunai yang perlu disimpan masalah yang berikut: oleh bank perdagangan di bank pusat. (a) Inflasi (b) Kemelesetan ekonomi • Hal ini akan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman kepada masyarakat dan membuat pelaburan. • Nisbah rizab berkanun turut mempengaruhi penawaran wang dalam ekonomi dan memberi kesan terhadap kuasa beli masyarakat dalam ekonomi. Nisbah rizab berkanun Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi Menaikkan nisbah rizab berkanun Menurunkan nisbah rizab berkanun Bank perdagangan terpaksa menyimpan Bank perdagangan hanya menyimpan lebih banyak wang tunai di bank pusat sedikit wang tunai di bank pusat Keupayaan bank perdagangan untuk Keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman dan penciptaan kredit memberi pinjaman dan penciptaan kredit menurun meningkat Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung menurun meningkat Ekonomi kembali stabil semula Rajah 1.24  Peningkatan dan penurunan nisbah rizab berkanun dalam menstabilkan ekonomi 90

Nisbah Rizab Tunai Ekonomi dan Kerajaan Rizab tunai merupakan simpanan wajib wang tunai di bank Cabar Diri Anda perdagangan berdasarkan jumlah deposit yang diterima. Jelaskan bagaimana nisbah • Simpanan wajib wang tunai oleh bank perdagangan rizab tunai boleh membantu bertujuan memastikan bank tersebut mempunyai wang menyelesaikan masalah yang mencukupi apabila pelanggan menuntut wang. yang berikut: (a) Inflasi • Simpanan ini tidak boleh digunakan untuk memberi (b) Kemelesetan ekonomi pinjaman. • Tindakan bank pusat mengubah nisbah rizab tunai akan mempengaruhi jumlah wang tunai yang perlu disimpan oleh bank perdagangan di bank masing-masing. • Hal ini akan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman kepada masyarakat dan membuat pelaburan. • Nisbah rizab tunai turut mempengaruhi penawaran wang dalam ekonomi dan seterusnya memberi kesan terhadap kuasa beli masyarakat dalam ekonomi. Nisbah rizab tunai Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi Menaikkan nisbah rizab tunai Menurunkan nisbah rizab tunai Bank perdagangan terpaksa menyimpan lebih Bank perdagangan hanya menyimpan sedikit banyak rizab tunai rizab tunai Keupayaan bank perdagangan untuk Keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman dan penciptaan kredit memberi pinjaman dan penciptaan kredit menurun meningkat Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung menurun meningkat Ekonomi kembali stabil semula Rajah 1.25  Peningkatan dan penurunan nisbah rizab tunai dalam menstabilkan ekonomi 91

Bab 1 Syarat Sewa Beli Cabar Diri Anda Syarat sewa beli merupakan syarat dan terma semasa membuat pinjaman sewa beli. Jelaskan bagaimana syarat sewa beli boleh membantu • Bank pusat mengawal syarat sewa beli dengan menetapkan menyelesaikan masalah jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik yang berikut: pinjaman berserta dengan faedah. (a) Inflasi (b) Kemelesetan ekonomi • Syarat sewa beli yang lebih ketat iaitu mengurangkan had jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik pinjaman akan mengurangkan pinjaman yang disalurkan oleh institusi kewangan kepada masyarakat. • Syarat sewa beli yang lebih longgar iaitu meningkatkan had jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik pinjaman akan meningkatkan pinjaman yang disalurkan oleh institusi kewangan kepada masyarakat. Semasa inflasi Syarat sewa beli Semasa kemelesetan ekonomi Mengetatkan syarat sewa beli Melonggarkan syarat sewa beli Deposit pinjaman ditingkatkan Deposit pinjaman diturunkan Tempoh bayaran balik pinjaman Tempoh bayaran balik pinjaman dipendekkan dipanjangkan Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah dikurangkan Permintaan akan menurun Permintaan akan meningkat Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung menurun meningkat Ekonomi kembali stabil semula Rajah 1.26  Mengetatkan dan melonggarkan syarat sewa beli dalam menstabilkan ekonomi 92

Ekonomi dan Kerajaan Surat Jaminan Kerajaan Surat jaminan kerajaan merupakan surat bertulis yang Cabar Diri Anda dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperoleh pinjaman daripada masyarakat atau institusi kewangan. Jelaskan bagaimana surat jaminan kerajaan boleh • Kerajaan membuat pinjaman dengan menjual surat membantu menyelesaikan jaminan kepada orang ramai dan institusi kewangan. masalah yang berikut: (a) Inflasi • Sebaliknya, kerajaan menebus pinjaman apabila bank pusat (b) Kemelesetan ekonomi membeli surat jaminan daripada orang ramai dan institusi kewangan. • Tindakan bank pusat menjual surat jaminan kerajaan boleh mengurangkan aliran wang tunai dalam ekonomi. Hal ini akan menurunkan keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman kepada masyarakat dan penciptaan kredit. • Sebaliknya, tindakan bank pusat membeli surat jaminan kerajaan dapat meningkatkan aliran wang tunai dalam ekonomi. Ini akan meningkatkan keupayaan bank perdagangan memberikan pinjaman kepada masyarakat dan penciptaan kredit. Surat jaminan kerajaan Semasa inflasi Semasa kemelesetan ekonomi Menjual surat jaminan kepada pasaran Membeli surat jaminan dalam pasaran Orang ramai atau institusi membeli surat Orang ramai atau institusi menjual surat jaminan dengan wang dalam pasaran jaminan dan memperoleh wang Aliran wang tunai dalam ekonomi akan Aliran wang tunai dalam ekonomi akan berkurang bertambah Keupayaan bank perdagangan untuk Keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman dan penciptaan kredit memberi pinjaman dan penciptaan kredit menurun meningkat Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung menurun meningkat Ekonomi kembali stabil semula Rajah 1.27  Penjualan dan pembelian surat jaminan kerajaan dalam menstabilkan ekonomi 93

Bab 1 Kadar Faedah Cabar Diri Anda Kadar faedah merupakan kos yang ditanggung oleh peminjam semasa membuat pinjaman. Jelaskan bagaimana kadar faedah boleh membantu • Bank pusat boleh mengawal penawaran wang dalam menyelesaikan masalah ekonomi dengan mengubah kadar faedah. yang berikut: (a) Inflasi • Perubahan kadar faedah akan memberi kesan terhadap kos (b) Kemelesetan ekonomi meminjam dan beban hutang peminjam. • Kenaikan kadar faedah dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibuat oleh masyarakat. • Penurunan kadar faedah akan menggalakkan masyarakat untuk menambahkan jumlah pinjaman. • Jumlah pinjaman yang diminta oleh masyarakat akan mempengaruhi penawaran wang dalam pasaran. Semasa inflasi Kadar faedah Semasa kemelesetan ekonomi Menaikkan kadar faedah Menurunkan kadar faedah Kos meminjam dan beban hutang peminjam Kos meminjam dan beban hutang meningkat peminjam menurun Jumlah pinjaman yang dibuat oleh Jumlah pinjaman yang dibuat oleh masyarakat berkurang masyarakat bertambah Bekalan wang dalam ekonomi berkurang Bekalan wang dalam ekonomi bertambah Kuasa beli masyarakat menurun Kuasa beli masyarakat meningkat Tingkat harga barangan cenderung Tingkat harga barangan cenderung menurun meningkat Ekonomi kembali stabil semula Rajah 1.28  Peningkatan dan penurunan kadar faedah dalam menstabilkan ekonomi 94

Ekonomi dan Kerajaan Aktiviti 1.3.7 1. Maklumat di bawah menunjukkan kedudukan deposit dan rizab berkanun sebuah bank perdagangan tempatan di bank pusat. Tahun Deposit (RM juta) Rizab berkanun (RM juta) 2013 65 000 1 950 2016 68 000 2 720 (a) Berapakah nisbah rizab berkanun atas deposit bagi tahun 2013 dan tahun 2016? (b) Apakah keadaan ekonomi yang berlaku pada tahun 2016? (c) Bagaimanakah tindakan bank pusat di atas dapat menyelesaikan masalah di 1(b)? 2. Maklumat di bawah berkaitan dengan syarat pinjaman bank pada dua tempoh masa. Syarat pinjaman Januari 2016 September 2016 Pinjaman maksimum 80% 85% Kadar faedah pinjaman 6% 4.5% Tempoh bayaran balik 7 tahun 8 tahun (a) Apakah keadaan ekonomi yang berlaku pada bulan September 2016? (b) Bagaimanakah perubahan syarat pinjaman di atas dapat menyelesaikan masalah di 2(a)? 3. Jadual di bawah menunjukkan permintaan kereta, rumah dan kadar pengangguran dalam ekonomi sesebuah negara. Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun Permintaan kereta (%) -7 -10 -14 -18 -20 -26 Permintaan rumah (%) -5 -12 -13 -17 -20 -23 Kadar pengangguran (%) 3.01 3.50 3.72 3.98 4.23 4.91 (a) Apakah keadaan ekonomi yang berlaku dalam ekonomi di atas? (b) Jelaskan lima alat dasar kewangan yang boleh digunakan oleh bank pusat untuk mengawal keadaan ekonomi di atas. 1. Alat dasar kewangan digunakan oleh bank pusat untuk mengawal ekonomi dengan mempengaruhi bekalan wang semasa inflasi dan kemelesetan ekonomi. F 2. Antara alat dasar kewangan adalah seperti yang berikut: O (a) Nisbah rizab berkanun K (b) Nisbah rizab tunai U S (c) Syarat sewa beli (d) Surat jaminan kerajaan (e) Kadar faedah. 95

Bab 1 Kios INFO 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi Sebarang pembayaran atau penerimaan faedah Perkara utama yang dipertimbangkan oleh peminjam apabila (riba) adalah dilarang membuat pinjaman ialah kadar faedah. Perubahan dalam dalam perbankan Islam. kadar faedah boleh mempengaruhi jumlah pinjaman yang Sebaliknya, perbankan dibuat dalam ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana Islam menggalakkan kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan peminjam kurang konsep perkongsian untung meminjam akibat kos pinjaman yang tinggi. (Mudarabah) dalam amalan perbankan dari sudut Oleh itu, bank pusat telah menggunakan kadar faedah sebagai pandangan Islam. salah satu alat dasar kewangan untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi. Kadar faedah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Kadar Faedah Tetap Kadar Faedah Terapung • Tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman • Berubah mengikut turun naik Kadar Rujukan • Oleh itu, peminjam tahu dengan tepat sepanjang tempoh pinjaman berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran • Kadar Rujukan dikawal oleh bank pusat setiap bulan • Perubahan dalam kadar faedah boleh • Sesuai untuk peminjam yang tidak mahu dipengaruhi oleh perubahan kadar faedah menyebabkan perubahan dalam bayaran di pasaran ansuran bulanan atau tempoh pembayaran pinjaman Kios INFO Kesan Perubahan Kadar Faedah Kadar Rujukan merupakan Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah boleh menyebabkan komponen utama kadar kos pinjaman berubah. Keadaan ini menimbulkan kesan pinjaman bagi pinjaman yang berlainan atas unit ekonomi yang terlibat dalam kegiatan kadar terapung. Pada 2 ekonomi dari segi perbelanjaan dan pelaburan. Secara amnya, Januari 2015, Kadar Asas kesan peningkatan kadar faedah boleh dibincangkan daripada (Base Rate, BR) telah dari tiga aspek: menggantikan Kadar Pinjaman Asas (Base 1 Kesan terhadap pengguna 2 Kesan terhadap firma Lending Rate, BLR) sebagai Kadar Rujukan. Sumber: Prospek dan Dasar, tahun 2015 3 Kesan terhadap kestabilan ekonomi 96

Kesan terhadap Pengguna Ekonomi dan Kerajaan • Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi kuasa beli Cabar Diri Anda pengguna dan mengubah corak perbelanjaan mereka. Apakah kebaikan dan • Pinjaman bank membolehkan pengguna berbelanja keburukan berbelanja melebihi kemampuan melalui kaedah bayaran secara kredit. melalui kaedah bayaran secara kredit? • Kaedah bayaran secara kredit dikenakan kadar faedah. • Biasanya, pinjaman bank yang dibuat oleh pengguna adalah digunakan untuk membiayai pembelian aset bukan semasa seperti rumah dan kenderaan, pembelian barang mewah seperti barang elektronik atau perabot rumah, pakej pelancongan, perbelanjaan pelajaran atau pelaburan kewangan. • Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran akan memberi kesan kepada pengguna seperti yang berikut: Kadar faedah % Kadar faedah % 0 Tahun 0 Tahun Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan • Apabila kadar faedah meningkat, kos • Apabila kadar faedah menurun, kos pinjaman pinjaman akan meningkat. akan menurun. • Pengguna akan mengurangkan jumlah • Pengguna akan meningkatkan jumlah pinjaman kerana tidak ingin menanggung pinjaman kerana mampu dan sanggup beban kewangan yang berat. menanggung kos faedah untuk memenuhi kepuasan. • Oleh itu, pengguna akan mengelakkan bayaran secara kredit dan terpaksa • Oleh itu, pengguna akan menggunakan lebih menyediakan lebih banyak wang tunai banyak kaedah bayaran secara kredit semasa semasa perbelanjaan. perbelanjaan dan memperoleh barang yang dikehendaki. • Keadaan ini akan mengehadkan perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna dalam ekonomi. • Keadaan ini akan memperbanyakkan perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna dalam ekonomi. • Perbelanjaan agregat dalam ekonomi akan berkurang. • Perbelanjaan agregat dalam ekonomi akan meningkat. 97

Bab 1 Kesan terhadap Firma Cabar Diri Anda • Perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi modal kewangan yang diperoleh oleh firma. Apakah kesan terhadap firma sekiranya firma • Pinjaman bank merupakan salah satu sumber penting tersebut melakukan bagi firma untuk mendapatkan modal tambahan dalam pinjaman untuk melabur mengembangkan operasi sama ada membeli aset baharu dalam perniagaannya? atau membina tapak pengeluaran baharu. • Selain itu, modal pinjaman yang diperoleh juga boleh digunakan sebagai pelaburan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau latihan kemahiran bagi pekerja supaya produktiviti dan daya saing firma dapat ditingkatkan. • Tindakan bank pusat mengubah kadar faedah dalam pasaran boleh memberikan kesan kepada firma seperti yang berikut: Kadar faedah % Kadar faedah % 0 Tahun 0 Tahun Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan • Apabila kadar faedah meningkat, kos • Apabila kadar faedah menurun, kos pinjaman akan meningkat. pinjaman akan menurun. • Firma akan mengurangkan jumlah pinjaman • Firma akan menambahkan jumlah pinjaman kerana tidak ingin menanggung beban bagi menjelaskan kos yang dibelanjakan kewangan yang berat. untuk menjana keuntungan akan datang. • Oleh itu, modal kewangan firma akan • Oleh itu, modal kewangan firma akan berkurangan dan firma mungkin menghadapi bertambah dan firma mampu melabur masalah kecairan tunai. dalam aktiviti pengeluarannya. • Keadaan ini akan mengehadkan pelaburan • Keadaan ini akan menambahkan pelaburan yang dibuat oleh firma kerana lebihan yang dibuat oleh firma kerana mempunyai wang telah digunakan untuk membiayai lebihan wang setelah menjelaskan kos kos pengeluaran. pengeluaran. • Pelaburan agregat dalam ekonomi akan • Pelaburan agregat dalam ekonomi akan berkurang. bertambah. • Daya saing firma akan menurun kerana tidak • Daya saing firma akan meningkat kerana mempunyai modal untuk meningkatkan mempunyai modal untuk meningkatkan produktiviti atau mengembangkan operasi. produktiviti atau mengembangkan operasi. 98

Ekonomi dan Kerajaan Kesan terhadap Kestabilan Ekonomi Kesan perubahan kadar faedah atas pengguna dan firma akan memberi kesan terhadap ekonomi sesebuah negara. Penggunaan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan harus digunakan pada masa yang tepat supaya mencapai matlamat ekonomi. Kadar faedah dinaikkan Kadar faedah diturunkan • Kadar faedah dinaikkan semasa • Kadar faedah diturunkan semasa ekonomi mengalami masalah inflasi. ekonomi mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan • Perbelanjaan agregat pengguna dan ekonomi. pelaburan firma akan menurun. Kesannya, penawaran agregat barang • Perbelanjaan agregat pengguna dan dan perkhidmatan dalam ekonomi akan pelaburan firma akan meningkat. berkurang. Kesannya, penawaran agregat barang dan perkhidmatan dalam ekonomi akan • Kekurangan permintaan pengguna bertambah. terhadap barang menyebabkan firma tidak bermotivasi untuk • Lebihan permintaan pengguna terhadap mengeluarkan lebih banyak barang. barang dalam pasaran menggalakkan Firma juga tidak mempunyai modal firma untuk mengeluarkan lebih banyak untuk mengembangkan operasi dan barang. Firma juga mempunyai modal meningkatkan penawaran. untuk mengembangkan operasi dan meningkatkan penawaran. • Pada peringkat ini, masalah inflasi dalam ekonomi semakin pulih kerana • Pada peringkat ini, masalah bekalan wang dalam ekonomi telah pengangguran dan kemelesetan dikurangkan. ekonomi semakin pulih kerana bekalan wang dalam ekonomi telah bertambah. • Sekiranya kadar faedah masih dinaikkan, perbelanjaan agregat • Sekiranya kadar faedah masih pengguna dan pelaburan firma akan diturunkan, perbelanjaan agregat terus menurun lagi. pengguna dan pelaburan firma akan terus meningkat lagi. • Pengeluaran yang berkurangan menyebabkan sesetengah firma yang • Perkembangan dalam aktiviti tidak dapat menampung kos operasi pengeluaran firma mencipta banyak terpaksa memberhentikan operasi atau peluang pekerjaan kepada masyarakat mengurangkan pekerja. dan meningkatkan kuasa beli mereka. Golongan ini mampu meminta lebih • Keadaan ini akan menyebabkan kadar banyak barang dalam pasaran dan pengangguran dalam ekonomi semakin menyebabkan harga barang dan meningkat dan pertumbuhan ekonomi perkhidmatan semakin meningkat. negara terbatas. • Keadaan ini menyebabkan kadar inflasi dalam ekonomi semakin meningkat. 99

Bab 1 Aktiviti 1.3.8 Baca petikan akhbar di bawah dan jawab soalan yang berikut. Penurunan Kadar Faedah KUALA LUMPUR 13 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3% berbanding dengan 3.25% sebelum ini, dengan alasan ekonomi global mencatat kadar pertumbuhan yang sederhana dan kelemahan sektor luaran. Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan hari ini. Malah menurut Bank Negara, penggunaan swasta akan disokong oleh pertumbuhan dalam pendapatan dan guna tenaga, serta langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan. Penurunan OPR itu seterusnya dijangka mampu mendorong bank-bank tempatan mengurangkan kadar faedah pinjaman kepada pengguna. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “OPR dikurangkan kepada 3%”, Fadzil Zainol, 14 Julai 2016, Utusan Online (a) Tonton video berkenaan dengan Kadar Dasar Semalaman Tonton video tentang (OPR) di Internet. Kemudian, jelaskan konsep OPR. OPR di laman web ini: http://www.investopedia. (b) Setelah pengumuman Bank Negara Malaysia di atas, ramalkan com/video/play/ kesan kepada pihak yang berikut: overnight-rate/ (i) Pengguna ENG (ii) Firma (c) Jelaskan kesan penurunan kadar OPR atas ekonomi Malaysia. (d) Bagaimanakah tindakan Bank Negara Malaysia di atas dapat membantu menyelesaikan masalah yang berikut? (i) Inflasi (ii) Kemelesetan ekonomi 1. Kesan kadar faedah dinaikkan adalah seperti yang berikut: (a) Pengguna: Kuasa beli menurun → Perbelanjaan menurun F (b) Firma: Pelaburan menurun → Daya saing menurun O (c) Ekonomi: Masalah inflasi diatasi → Masalah kemelesetan ekonomi mungkin berlaku K U 2. Kesan kadar faedah diturunkan adalah seperti yang berikut: S (a) Pengguna: Kuasa beli meningkat → Perbelanjaan meningkat (b) Firma: Pelaburan meningkat → Daya saing meningkat (c) Ekonomi: Masalah pengangguran diatasi → Masalah inflasi mungkin berlaku. 100

Ekonomi dan Kerajaan 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara Alat dasar ekonomi yang berbeza boleh digunakan untuk mengatasi masalah ekonomi. Alat-alat dasar ekonomi yang digunakan akan memberi kesan yang berbeza atas objektif makroekonomi. Alat Dasar Ekonomi Dasar Fiskal Dasar Kewangan Cukai Perbelanjaan Nisbah rizab Nisbah rizab Syarat sewa Kadar Surat jaminan kerajaan berkanun tunai beli faedah kerajaan Cukai • Pengenaan cukai oleh kerajaan boleh mempengaruhi pendapatan boleh guna pengguna dan keupayaan firma untuk melabur. • Kesannya, permintaan agregat dalam pasaran dan tingkat pengeluaran firma juga berubah. Objektif Menaikkan kadar cukai Menurunkan kadar cukai makroekonomi Guna tenaga Guna tenaga akan berkurang kerana Guna tenaga akan bertambah kerana penuh firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat pengurangan pengeluaran peningkatan pengeluaran Kestabilan Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat harga akibat lebihan penawaran barang akibat lebihan permintaan barang dalam pasaran oleh firma dalam pasaran oleh isi rumah Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat ekonomi perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan pendapatan negara merosot negara meningkat Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara imbangan merosot kerana kos pelaburan dalam meningkat kerana kos pelaburan pembayaran ekonomi meningkat dalam ekonomi menurun 101

Bab 1 Perbelanjaan Kerajaan • Perbelanjaan kerajaan boleh mempengaruhi kegiatan pengeluaran dalam ekonomi. • Sekiranya kerajaan menambahkan perbelanjaan pembangunan, aktiviti pengeluaran dalam ekonomi akan meningkat dan seterusnya mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat. • Kadar pengangguran dalam negara akan menurun dan kuasa beli masyarakat akan meningkat. • Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi dalam negara. • Perbelanjaan pembangunan kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dalam negara juga dapat menarik aliran masuk modal pelaburan dari luar negara atau tempatan kepada ekonomi negara. Objektif Meningkatkan perbelanjaan Menurunkan perbelanjaan makroekonomi kerajaan kerajaan Guna tenaga Guna tenaga akan meningkat kerana Guna tenaga akan menurun kerana penuh peningkatan dalam peluang pekerjaan peluang pekerjaan yang terhad kesan daripada pelaksanaan projek kesan daripada pengurangan projek kerajaan pembangunan kerajaan Kestabilan Tingkat harga umum akan meningkat Tingkat harga umum akan menurun harga akibat lebihan permintaan barang akibat kurangan permintaan barang dalam pasaran dalam pasaran Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat Pertumbuhan ekonomi menjadi ekonomi kerana keluaran dan pendapatan perlahan kerana keluaran dan negara meningkat pendapatan negara merosot Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara imbangan meningkat kerana banyak pelaburan merosot kerana kurang pelaburan pembayaran kerajaan dalam ekonomi kerajaan dalam ekonomi Nisbah Rizab Berkanun • Nisbah rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat. • Nisbah rizab berkanun boleh mempengaruhi keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman kepada masyarakat. • Jumlah pinjaman dalam ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli pengguna dan permintaan agregat dalam ekonomi. • Bekalan wang dalam ekonomi juga dapat dikawal dengan nisbah rizab berkanun. 102

Ekonomi dan Kerajaan Objektif Meningkatkan nisbah rizab Menurunkan nisbah rizab makroekonomi berkanun berkanun Guna tenaga Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana penuh firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat pengurangan modal penambahan modal Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat ekonomi perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan pendapatan negara merosot negara meningkat Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara imbangan berkurang kerana kurang peluang bertambah kerana banyak peluang pembayaran pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi Nisbah Rizab Tunai • Nisbah rizab tunai merupakan simpanan tunai wajib bank perdagangan di bank sendiri. • Perubahan nisbah rizab tunai akan memberi kesan terhadap keupayaan bank memberi pinjaman kepada masyarakat. • Kesannya, bekalan wang dalam ekonomi dapat dikawal. Objektif Meningkatkan nisbah rizab Menurunkan nisbah rizab tunai makroekonomi tunai Guna tenaga Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana penuh firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat pengurangan modal penambahan modal Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat ekonomi perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan pendapatan negara merosot negara meningkat Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara imbangan merosot kerana kurang peluang meningkat kerana banyak peluang pembayaran pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi 103

Bab 1 Syarat Sewa Beli • Syarat sewa beli merupakan syarat dan terma dalam pinjaman untuk pembelian aset dan barang tahan lama. • Sekiranya kerajaan mengetatkan syarat sewa beli, masyarakat akan lebih sukar untuk membuat pinjaman. • Kesannya, kuasa beli dan permintaan agregat dalam ekonomi akan menurun. Objektif Mengetatkan syarat sewa beli Melonggarkan syarat sewa beli makroekonomi Guna tenaga Kuasa beli menurun menyebabkan firma Kuasa beli meningkat menyebabkan penuh mengurangkan pengeluaran. Kesannya, firma menambahkan pengeluaran. firma akan mengurangkan guna tenaga Kesannya, firma akan meningkatkan guna kerana permintaan berkurang tenaga kerana permintaan meningkat Kestabilan Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat harga akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat ekonomi perlahan kerana keluaran dan kerana keluaran dan pendapatan pendapatan negara merosot negara meningkat Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara imbangan pembayaran merosot kerana kurang peluang meningkat kerana banyak peluang pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi Surat Jaminan Kerajaan • Surat jaminan kerajaan merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan apabila meminjam daripada masyarakat atau institusi kewangan. • Tindakan kerajaan membeli atau menjual surat jaminan kerajaan akan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. • Kesannya, kuasa beli pengguna dan permintaan agregat dalam ekonomi akan dipengaruhi. Bank Negara Malaysia menjalankan urus niaga jual beli jaminan kerajaan 104

Ekonomi dan Kerajaan Objektif Menjual surat jaminan kerajaan Membeli surat jaminan kerajaan makroekonomi Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana Guna tenaga firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat penuh pengurangan modal pelaburan penambahan modal pelaburan Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna Pertumbuhan meningkat ekonomi Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan kerana kegiatan ekonomi Pertumbuhan ekonomi menjadi Kestabilan merosot. Kesannya, pendapatan pesat kerana kegiatan ekonomi imbangan negara menurun meningkat. Kesannya, pendapatan pembayaran negara meningkat Aliran masuk wang ke dalam negara merosot kerana kurang peluang Aliran masuk wang ke dalam negara pelaburan dalam ekonomi meningkat kerana banyak peluang pelaburan dalam ekonomi Kadar Faedah • Kadar faedah merupakan kos pinjaman yang dikenakan. • Perubahan dalam kadar faedah akan menyebabkan turun naik dalam kos pinjaman. • Kos pinjaman merupakan pertimbangan utama bagi peminjam sebelum mendapatkan pinjaman kewangan daripada institusi bank. Objektif Meningkatkan kadar faedah Menurunkan kadar faedah makroekonomi Guna tenaga Guna tenaga akan menurun kerana Guna tenaga akan meningkat kerana penuh firma mengurangkan pekerja akibat firma menambahkan pekerja akibat kos pengeluaran meningkat kos pengeluaran menurun Kestabilan harga Tingkat harga umum akan menurun Tingkat harga umum akan meningkat akibat kuasa beli pengguna menurun akibat kuasa beli pengguna meningkat Pertumbuhan Pertumbuhan ekonomi menjadi Pertumbuhan ekonomi menjadi pesat ekonomi perlahan kerana kos pengeluaran kerana kos pengeluaran menurun meningkat menyebabkan permintaan menyebabkan permintaan meningkat. menurun. Kesannya, pendapatan Kesannya, pendapatan negara negara menurun meningkat Kestabilan Aliran masuk wang ke dalam negara Aliran masuk wang ke dalam negara imbangan pembayaran merosot kerana kurang peluang meningkat kerana banyak peluang pelaburan dalam ekonomi pelaburan dalam ekonomi 105

Bab 1 Aktiviti 1.3.9 Tajuk di bawah merupakan isu semasa yang sering diperkatakan oleh masyarakat. “Pada sesuatu masa rakyat didapati kurang berbelanja, tetapi pada sesuatu masa yang lain pula rakyat didapati berbelanja berlebihan.” Berdasarkan pernyataan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut. (a) Jelaskan keadaan yang berlaku apabila “kebanyakan rakyat kurang berbelanja, manakala pada sesuatu masa yang lain pula rakyat didapati berbelanja berlebihan”. (b) Nyatakan alat dasar ekonomi yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kedua-dua keadaan tersebut dengan melengkapkan jadual di bawah. Alat Dasar Fiskal Alat Dasar Kewangan (c) Kerajaan akan menggunakan dasar fiskal untuk mengatasi masalah inflasi. Jelaskan bagaimana kerajaan menggunakan dasar berikut untuk mengatasi inflasi. (i) Cukai (ii) Perbelanjaan kerajaan (d) Kesemua alat dasar ekonomi yang digunakan adalah untuk mencapai objektif makroekonomi. Nyatakan empat objektif makroekonomi tersebut. (e) Pada pendapat anda, jika negara mengalami keadaan pengangguran, yang manakah alat dasar kewangan yang anda tahu boleh membantu dalam mengatasi masalah tersebut? Bagaimanakah alat-alat tersebut digunakan untuk mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi? 1. Alat dasar fiskal yang digunakan ialah cukai dan perbelanjaan kerajaan. F 2. Alat dasar kewangan yang digunakan ialah nisbah rizab berkanun, nisbah rizab tunai, syarat O K sewa beli, surat jaminan kerajaan dan kadar faedah. U S 3. Penggunaan alat dasar ekonomi yang berbeza akan memberi kesan yang berbeza atas objektif makroekonomi negara. 106

PETA Ekonomi dan Kerajaan KONSEP Bab 1: Ekonomi dan Kerajaan 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi Pengeluar dan majikan Mencapai objektif Mengawal selia pengeluar • Mengeluarkan barang makroekonomi dan eksternaliti negatif awam dan barang sosial • Guna tenaga penuh • Undang-undang dan • Menggaji kakitangan • Kestabilan harga peraturan • Pertumbuhan ekonomi awam • Kestabilan imbangan • Subsidi • Cukai pembayaran 1.2 Penunjuk Ekonomi Indeks Harga Pengangguran Keluaran Dalam Negara Kasar Imbangan Pengguna • Kitaran pembayaran • Berstruktur Inflasi • Geseran Pertumbuhan ekonomi Kesan • Inflasi tarikan • Imbangan Kesan Sebab pertumbuhan ekonomi permintaan pengangguran • Sumber alam semula jadi pembayaran • Inflasi tolakan kos • Ekonomi • Jumlah penduduk dan lebihan • Inflasi diimport • Sosial • Imbangan bekalan tenaga buruh pembayaran Kesan inflasi • Kemajuan teknologi defisit • Harga barangan • Pelaburan dalam aktiviti meningkat ekonomi • Tabungan menurun • Sistem sosial dan sikap • Pendapatan benar masayarakat menurun • Pengangguran Akibat pertumbuhan ekonomi • Penyediaan infrastruktur fizikal menurun • Peningkatan taraf pendidikan • Eksport berkurang • Kadar faedah penduduk • Peningkatan sifat keusahawanan meningkat • Kestabilan politik dan sosial 107

Bab 1 1.3 Alat Dasar Ekonomi Dasar fiskal Belanjawan negara Dasar kewangan • Belanjawan defisit Cukai (hasil < belanja) Nisbah rizab • Cukai regresif • Belanjawan lebihan berkanun • Cukai progresif (hasil > belanja) • Cukai berkadar malar • Belanjawan seimbang • Simpanan (hasil = belanja) wajib bank Perbelanjaan kerajaan perdagangan di • Perbelanjaan mengurus Hasil kerajaan bank pusat • Perbelanjaan Nisbah rizab tunai pembangunan • Simpanan wajib wang tunai di bank perdagangan Hasil cukai Hasil bukan cukai Syarat sewa beli • Bayaran denda dan • Syarat dan Cukai langsung Cukai tak langsung • Cukai pendapatan • Duti eksais penalti terma semasa • Duti import • Bayaran lesen dan membuat individu • Duti eksport pinjaman sewa • Cukai pendapatan • Cukai barang dan permit beli • Faedah dan pulangan syarikat perkhidmatan Surat jaminan • Cukai pendapatan (GST) pelaburan kerajaan kerajaan • Cukai perjudian • Bayaran sewa, harta / koperasi • Levi • Perjanjian • Cukai pendapatan aset kerajaan pinjaman • Dividen, royalti dan bertulis kerajaan petroleum • Cukai langsung bayaran tunai atas Kadar faedah petroleum • Kos untuk yang lain • Pemberian kerajaan luar negeri dan agensi membuat antarabangsa pinjaman • Dividen daripada saham dan GLC 108

Ekonomi dan Kerajaan Rumusan Ekonomi dan Kerajaan Peranan kerajaan dalam Penunjuk Alat dasar ekonomi ekonomi ekonomi • Sebagai pengeluar dan majikan • Indeks harga pengguna • Dasar fiskal • Jenis inflasi • Jenis hasil kerajaan • Mencapai objektif • Kesan inflasi b • Kesan cukai regresif, progresif makroekonomi a • Pengangguran dan berkadar malar • Jenis pengangguran • Jenis perbelanjaan kerajaan d • Mengawal selia pengeluar dan • Keluaran Dalam Negara Kasar • Dasar kewangan eksternaliti negatif (KDNK) • Alat dasar kewangan • Kadar pertumbuhan ekonomi • Kesan kadar faedah • Sebab dan akibat pertumbuhan • Kesan alat dasar ekonomi atas ekonomi c objektif makroekonomi • Imbangan pembayaran • Kesan imbangan pembayaran a Objektif Makroekonomi Objektif Makroekonomi Guna tenaga Kestabilan Pertumbuhan Kestabilan imbangan penuh harga ekonomi pembayaran • Kadar pengangguran • Harga yang stabil • Peningkatan jumlah • Imbangan pembayaran kurang daripada 4% • Inflasi sederhana keluaran barang dan lebihan yang stabil • Semua tenaga buruh • Kuasa beli meningkat perkhidmatan dalam • Aliran masuk wang digunakan dengan dan kos sara hidup negara ke dalam negara sepenuhnya terkawal • Aktiviti ekonomi meningkat • Tiada pembaziran berkembang pesat faktor • Peluang pekerjaan yang banyak 109

Bab 1 b Kesan Inflasi d Perbelanjaan Kerajaan Buku Teks Guru • Emolumen Harga • Bayaran khidmat barang dan hutang perkhidmatan meningkat • Bekalan dan perkhidmatan Kadar faedah Pendapatan Perbelanjaan • Pencen dan meningkat benar mengurus ganjaran Kesan Inflasi masyarakat • Pemberian dan menurun serahan kepada kerajaan negeri • Pemberian subsidi Nilai eksport Tabungan berkurang masyarakat • Biasiswa, menurun Perbelanjaan dermasiswa dan Kerajaan bantuan kerajaan Buku Rujukan Internet • Sektor perkhidmatan ekonomi • Sektor perkhidmatan Perbelanjaan sosial pembangunan • Sektor keselamatan • Sektor pentadbiran am c Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi Buku Teks Guru Buku Teks Guru Pelaburan dalam Sistem sosial Penyediaan aktiviti ekonomi dan sikap infrastruktur masyarakat fizikal Sumber alam Sebab Kemajuan Kestabilan Akibat Peningkatan semula jadi Pertumbuhan teknologi politik dan Pertumbuhan taraf Ekonomi sosial Ekonomi pendidikan penduduk Jumlah penduduk dan Peningkatan sifat bekalan tenaga buruh keusahawanan Buku Rujukan Internet Buku Rujukan Internet 110

Ekonomi dan Kerajaan Refleksi ✓ Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi Menjelaskan peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan. Menjelaskan peranan kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi negara. Menjelaskan peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif. Menganalisis dan menghubung kait ketiga-tiga peranan kerajaan. 1.2 Penunjuk Ekonomi Menjelaskan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai alat ukuran inflasi. Menerangkan jenis inflasi dan menganalisis kesan inflasi. Mendefinisikan pengangguran dan menganalisis jenis pengangguran. Mendefinisikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menjelaskan KDNK sebagai ukuran pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan data. Menjelaskan sebab dan akibat pertumbuhan ekonomi. 1.3 Alat Dasar Ekonomi Menjelaskan maksud dasar fiskal. Mengklasifikasikan cukai langsung, cukai tak langsung dan hasil bukan cukai. Mengenal pasti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Menganalisis kesan belanjawan defisit dan belanjawan lebihan terhadap ekonomi negara. Menjelaskan maksud dasar kewangan dan alat dasar kewangan yang digunakan oleh bank pusat. Menganalisis kesan penggunaan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan terhadap ekonomi. Menilai kesan atas objektif makroekonomi negara akibat alat dasar ekonomi yang berbeza. ISTILAH BM - BI 1.3 Alat Dasar Ekonomi • Dasar fiskal (Fiscal policy) 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi • Cukai langsung (Direct tax) • Barang awam (Public goods) • Cukai tak langsung (Indirect tax) • Barang sosial (Social goods) • Hasil bukan cukai (Non-tax revenue) • Makroekonomi (Macroeconomics) • Cukai regresif (Regressive tax) • Guna tenaga penuh (Full employment) • Cukai progresif (Progressive tax) • Imbangan pembayaran (Balance of payments) • Cukai berkadar malar (Flat tax) • Majikan (Employer) • Agihan pendapatan (Income distribution) • Perbelanjaan mengurus (Operating expenditure) 1.2 Penunjuk Ekonomi • Perbelanjaan pembangunan • Indeks harga pengguna (Consumer (Development expenditure) price index) • Dasar kewangan (Monetary policy) • Keluaran Dalam Negara Kasar (Gross • Belanjawan negara (National budget) domestic product) 111 • Pertumbuhan ekonomi (Economic growth) • Pengangguran (Unemployment) • Inflasi (Inflation)

Bab 1 Latihan Sumatif 1 A Soalan Objektif Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1. Gambar di bawah menunjukkan perkhidmatan 4. Maklumat di bawah menunjukkan suatu kerajaan. penunjuk ekonomi. Tahun Indeks Harga Pengguna (IHP) 2014 2015 123.7 116.1 Perubahan = 7.6% Berdasarkan penunjuk ekonomi di atas, apakah takrifan yang boleh dibuat? Apakah matlamat utama kerajaan A Nilai wang menurun 7.6% menyediakan perkhidmatan tersebut? B Kos hidup menurun 7.6% A Menjana hasil kerajaan C Kos hidup meningkat 7.6% B Memonopolikan pasaran D Taraf hidup menurun 7.6% C Menjaga kebajikan masyarakat D Memperoleh keuntungan jualan 5. Apakah punca berlakunya inflasi tolakan kos dalam ekonomi? 2. Pilih ciri yang berkaitan dengan monopoli I Kenaikan harga saham semula jadi. II Tuntutan kesatuan sekerja A Lebih daripada seorang pengeluar III Kenaikan harga bahan mentah B Berkuasa untuk menentukan harga IV Kenaikan pendapatan boleh guna C Persaingan bukan harga amat penting pengguna D Kebebasan firma untuk masuk dan A I dan II keluar pasaran B I dan IV C II dan III 3. Apakah objektif makroekonomi negara D III dan IV yang ingin dicapai oleh kerajaan? I Pertumbuhan ekonomi 6. Sekiranya kadar inflasi telah meningkat, II Imbangan pembayaran defisit apakah kesannya terhadap aktiviti ekonomi III Tingkat harga umum meningkat dalam sesebuah negara? IV Kadar pengangguran kurang daripada 4% A Jumlah tabungan meningkat A I dan II B Jumlah dan nilai eksport bertambah B I dan IV C Kadar pengangguran menurun C II dan III D Pendapatan boleh guna semakin D III dan IV bertambah 112

7. Maklumat di bawah adalah berkaitan Ekonomi dan Kerajaan dengan inisiatif kerajaan. 10. Antara penggunaan alat dasar kewangan Sistem pendidikan negara sentiasa yang berikut, yang manakah boleh dikaji semula supaya selaras dengan dijalankan untuk mengatasi masalah keperluan pasaran buruh. pengangguran? A Menurunkan nisbah rizab tunai Tindakan kerajaan tersebut adalah untuk B Mengetatkan syarat sewa beli mengatasi masalah C Menjual surat jaminan kerajaan A pengangguran geseran D Menaikkan nisbah rizab berkanun B pengangguran struktur C inflasi tarikan permintaan 11. Pernyataan di bawah berkaitan dengan D imbangan pembayaran defisit sejenis cukai. 8. Pilih pasangan yang benar tentang konsep Apabila tingkat pendapatan semakin Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). meningkat, kadar cukai yang dikenakan semakin menurun. Pemilikan sumber Tempat keluaran Pernyataan di atas berkaitan dengan cukai ekonomi barang A langsung B tak langsung A Firma tempatan Dalam dan luar C progresif negara D regresif B Firma tempatan Dalam dan luar 12. Antara faktor yang berikut, yang manakah negara akan merangsang pertumbuhan ekonomi sesebuah negara? C Firma tempatan Luar negara I Sikap masyarakat yang terbuka dan asing II Kadar kelahiran yang menurun III Agihan pendapatan yang seimbang D Firma tempatan Dalam negara IV Insentif pelaburan dalam ekonomi dan asing A I dan II B I dan IV 9. Dasar fiskal boleh menggalakkan pertumbuhan C II dan III ekonomi melalui D III dan IV I kenaikan cukai II penurunan cukai 13. Apabila kadar pertumbuhan ekonomi III pertambahan perbelanjaan kerajaan melebihi kadar pertambahan penduduk, IV pengurangan perbelanjaan kerajaan maka taraf kemakmuran rakyat A I dan II A meningkat B I dan IV B menurun C II dan III C tidak berubah D III dan IV D tidak dapat ditentukan 113

Bab 1 B Soalan Esei Arahan: Jawab soalan-soalan yang berikut. 1. Gambar di bawah berkaitan dengan suatu unit ekonomi. (a) Apakah unit ekonomi tersebut? (b) Jelaskan matlamat utama unit ekonomi di(a). (c) Jelaskan tiga peranan yang dimainkan oleh unit ekonomi ini. 2. Rajah di bawah berkaitan dengan inflasi. Inflasi Inflasi tarikan permintaan Inflasi tolakan kos Inflasi diimport (a) Jelaskan punca yang menyebabkan ketiga-tiga jenis inflasi ini. (b) Nyatakan kesan inflasi terhadap ekonomi dalam aspek yang berikut: (i) Pendapatan benar isi rumah (ii) Nilai eksport negara (iii) Pengangguran 3. Perbualan di bawah menggambarkan suatu keadaan ekonomi. Hai, Amir, ada baca surat khabar semalam? Betul, Abu. Di kawasan perumahan saya Kadar pengangguran negara dilaporkan telah sudah ada dua buah kilang membuat mencecah 5.6 peratus. Nampaknya banyak kilang pakaian ditutup pada bulan lepas. besar telah memberhentikan pekerja. 114

Ekonomi dan Kerajaan (a) Bagaimanakah keadaan tersebut berlaku? (b) Jelaskan kesan keadaan ekonomi dari aspek: (i) ekonomi (ii) sosial 4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi? (b) Bagaimanakah pertumbuhan ekonomi diukur? (c) Mengapakah pertumbuhan ekonomi adalah berbeza antara negara? (d) Mengapakah kerajaan amat mengutamakan pertumbuhan ekonomi dalam negara? 5. Rajah di bawah menunjukkan dasar ekonomi kerajaan. Dasar ekonomi kerajaan Dasar fiskal X (a) Apakah X? (b) Institusi yang manakah bertanggungjawab untuk melaksanakan X? (c) Apakah alat dasar yang digunakan dalam X? (d) Bagaimanakah X membantu mengatasi keadaan ekonomi berikut: (i) Pengangguran (ii) Inflasi 6. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan negara? (b) Bezakan antara belanjawan lebihan dengan belanjawan defisit. (c) Bagaimana belanjawan lebihan boleh digunakan untuk menyelesaikan ketidakstabilan ekonomi? (d) Jelaskan kesan belanjawan defisit terhadap ekonomi sesebuah negara. 7. Gambar di bawah berkaitan dengan suatu perbelanjaan kerajaan.   (a) (i) Apakah jenis perbelanjaan tersebut? (ii) Terangkan secara ringkas jenis perbelanjaan di (a)(i). (b) Mengapakah kerajaan menyediakan kemudahan tersebut? (c) Jelaskan sumber hasil kerajaan untuk menanggung perbelanjaan di (a)(i). (d) Berikan satu contoh bagi setiap jenis sumber hasil yang telah dijelaskan di (c). Jawapan Anda boleh menyemak jawapan anda bagi Latihan Sumatif 1 di sini: http://bukutekskssm.my/Ekonomi/Jawapan1.pdf 115

Bab 1 Kajian Kes Bajet Dirangka Selaras Unjuran Pendapatan Belanjawan negara merupakan anggaran perbelanjaan kerajaan berdasarkan unjuran pendapatan yang bakal diraih. Penyediaan belanjawan negara bukan mudah seperti penyediaan belanjawan peribadi. Belanjawan negara besar jumlahnya manakala belanjawan peribadi setakat jumlah pendapatan bulanan individu. Tambahan pula, belanjawan negara dibuat dalam jangka masa setahun. Jumlah perbelanjaan boleh ditentukan, tetapi berapa pendapatan yang bakal diraih cuma boleh diunjurkan berdasarkan sumber sedia ada dan yang dijangkakan. Sumber itu kebanyakan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk yang di luar kawalan. Jadi apa yang boleh dibuat oleh kerajaan ialah melakukan unjuran setepat mungkin agar pendapatan sebenar yang diraih tidak tersasar jauh daripada diunjurkan. Perbelanjaan yang dibuat perlulah dipastikan supaya menyelesaikan masalah rakyat dan juga perlu merangsangkan ekonomi kerana akan menentukan sasaran pendapatan dapat dicapai. Bagi Bajet 2017, sejajar dengan kelemahan ekonomi luaran, perbelanjaan kerajaan terus ditumpukan kepada usaha merangsang permintaan domestik. Dalam hal ini, strategi serampang dua mata terus digunakan. Sebagai contoh, langkah menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Selain objektif utama membantu golongan berpendapatan rendah menangani kenaikan kos sara hidup, BR1M juga adalah pakej merangsang ekonomi. BR1M ini akan menyuntik RM6.8 bilion perbelanjaan ke dalam ekonomi yang dapat memanfaatkan sektor perniagaan. Begitu juga dengan cadangan menaikkan elaun ketua kampung dan imam serta Bantuan Khas masing-masing RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara. Bantuan Khas kepada lebih 1.6 juta penjawat awam sahaja bakal menyuntik perbelanjaan domestik tambahan sekitar RM800 juta. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bajet dirangka selaras unjuran pendapatan’ oleh Saidon Idris, 24 Oktober 2016 Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut. (a) (i) Berikan definisi belanjawan negara dan belanjawan peribadi. (ii) Tunjukkan perbezaan antara kedua-dua belanjawan tersebut berdasarkan jadual di bawah. Ciri-ciri Belanjawan negara Belanjawan peribadi Anggaran hasil / pendapatan Kegunaan hasil / pendapatan (b ) (i) Apakah kesan terhadap ekonomi negara apabila kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyatnya? (ii) Apakah jenis belanjawan negara yang harus digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut? (c) Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah belanjawan defisit? 116

Ekonomi dan Kerajaan Kerja Tugasan 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk-tajuk di bawah mengikut turutan nombor. Kumpulan 1 untuk tajuk 1, kumpulan 2 untuk tajuk 2 dan seterusnya hingga ke kumpulan 5. Kajian tentang arah aliran kadar inflasi atau kadar pengangguran di Malaysia dari 1 tahun 2012 hingga tahun 2015. Jelaskan kesan dan cadangkan cara mengatasi masalah inflasi atau pengangguran. Kajian tentang arah aliran kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2 2012 hingga tahun 2015. Jelaskan kesan dan cadangkan cara mengatasi masalah yang timbul dalam meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi. 3 Kajian tentang arah aliran KDNK di Malaysia dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Jelaskan arah aliran tersebut. 4 Kajian tentang Bajet Negara dari tahun 2014 hingga tahun 2015. Jelaskan secara terperinci sumber pendapatan kerajaan dan peruntukan untuk perbelanjaan kerajaan. Kajian tentang Imbangan Pembayaran di Malaysia dari tahun 2012 hingga tahun 5 2015. Jelaskan kedudukan imbangan pembayaran dan cadangkan cara mengatasi situasi imbangan pembayaran defisit. Setiap kumpulan boleh mencari maklumat daripada Internet, laporan-laporan ekonomi Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan, atau buku-buku yang berkaitan. Laman Web bank pusat dan Kementerian Kewangan: http://www.bnm.gov.my/ http://www.treasury.gov.my/ Bentangkan hasil kajian di depan kelas dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. 2. Maximus bekerja sebagai seorang akauntan di agensi kerajaan, manakala kawannya Tan Boon Mui bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai akauntan juga. Pendapatan Maximus dan Tan Boon Mui adalah sama. Cukai pendapatan yang dikenakan terhadap Maximus yang telah berkeluarga adalah sebanyak RM1 000 setahun manakala Tan Boon Mui yang belum berkahwin dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM2 000 setahun. Mengapakah Maximus dan Tan Boon Mui dikenakan cukai pendapatan individu yang berlainan antara satu sama lain? Murid-murid boleh mendapatkan maklumat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui laman webnya iaitu www.cukai.gov.com.my. 117

Di Sisi Anda Pada peringkat dunia, Malaysia berada pada tangga ke-10 negara yang paling kerap dilawati menurut Tourism Highlights Edisi 2013 terbitan Organisasi Pelancongan Dunia (World Tourism Organization, UNWTO) dengan ketibaan pelancong seramai 25 juta pada tahun 2012. Kuala Lumpur turut dinobatkan sebagai bandar beli-belah ke-4 terbaik di dunia oleh CNN Travel bagi dua tahun berturut-turut sejak tahun 2012. Selain itu, Best in Travel 2014 Lonely Planet telah menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang mesti dilawati. Pengiktirafan bertaraf dunia ini merupakan bukti daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong. Sumber: http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/NTP-Report-2013/ETP_2013_BM.pdf Setelah membaca petikan di atas, cuba anda fikirkan perkara-perkara yang berikut: (a) Apakah faktor yang mendorong Malaysia sebagai tarikan pelancong dunia? (b) Apakah kesan terhadap Malaysia apabila sektor pelancongan berkembang maju? (c) Apakah mata wang yang digunakan oleh pelancong asing semasa berbelanja di negara kita? (d) Apakah kesan terhadap negara sekiranya masyarakat tempatan gemar melancong ke luar negara? (e) Bagaimanakah cara untuk menggalakkan masyarakat tempatan untuk melancong ke destinasi pelancongan tempatan? Kata Kunci • Globalisasi • Sekatan perdagangan • Liberalisasi perdagangan • Syarikat multinasional antarabangsa • Blok ekonomi • Pelaburan langsung asing • Perjanjian perdagangan • Perdagangan • Tarif • Akaun semasa • Subsidi • Kadar pertukaran asing antarabangsa • Kuota

Malaysia dan Ekonomi Global BAB Malaysia dan Ekonomi Global 2 Standard Kandungan: 2.1 Globalisasi 2.3 Imbangan Pembayaran 2.2 Perdagangan Antarabangsa 2.4 Kadar Pertukaran Asing Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan telah mendorong kepada proses globalisasi. Proses globalisasi yang berlaku di dunia telah menyebabkan sempadan antara negara semakin kurang nyata. Perdagangan antarabangsa telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. Kita bebas memilih barang dengan pelbagai jenama yang dikeluarkan oleh firma tempatan mahupun negara asing. Apabila menjalankan urus niaga di peringkat antarabangsa, pertukaran mata wang asing akan terlibat dalam pembayaran atau penerimaan wang.

Bab 2 Kios INFO 2.1 Globalisasi Merujuk kepada Kamus Menerangkan maksud globalisasi. Dewan Edisi Keempat, Menerangkan operasi syarikat multinasional. globalisasi merupakan Menganalisis faktor penggalak globalisasi dalam ekonomi dari proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, aspek peranan kerajaan serta peranan teknologi komunikasi kebudayaan dan maklumat, pengangkutan dan pelancongan. sebagainya) disebarkan Menilai kesan pelaburan langsung asing terhadap ekonomi atau diperluas ke peringkat negara. antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya. SEPINTAS LALU Sekiranya anda ingin membeli sepasang kasut sukan, anda mempunyai pelbagai pilihan jenama. Anda boleh memilih jenama kasut buatan Malaysia atau dari luar negara. Anda juga boleh memilih untuk membeli di kedai atau atas talian. Ubat gigi yang anda beli mungkin dikeluarkan di negara Thailand dan dipasarkan di Malaysia. Produk makanan jenama Adabi buatan Malaysia boleh dibeli oleh pengguna di Jepun, Indonesia, Brunei, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Kemasukan barang dan perkhidmatan dari pelbagai negara dari seluruh dunia memberi kesan kepada cara kita berpakaian, makan, mengisi masa lapang dan juga berkomunikasi. Keadaan ini wujud kerana aktiviti perdagangan telah merentasi sempadan negara dan kini merangkumi seluruh dunia. Perniagaan kini menghadapi cabaran daripada persaingan jenama bukan sahaja tempatan malah negara asing. Namun, sebagai seorang pengguna, apakah pendapat anda berkenaan situasi ini? Tahukah anda mengapakah situasi tersebut berlaku Abad dalam negara kita? ke-21 Anda boleh menonton 2.1.1 Globalisasi video tentang globalisasi di sini: Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), http://www.investopedia. pengangkutan dan perhubungan menyebabkan aliran maklumat, com/video/play/ bahan dan manusia antara negara berlaku dengan pantas dan globalization/ secara tidak langsung telah merangsang proses globalisasi di dunia. Globalisasi menyebabkan sempadan antara negara ENG seolah-olah tidak wujud dan dunia dianggap sebagai satu unit. Globalisasi ialah proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara. 120

Malaysia dan Ekonomi Global Ciri-ciri Globalisasi Apabila globalisasi berlaku dalam sesebuah negara, proses interaksi dan integrasi antara unit ekonomi dalam negara itu dengan negara lain akan meningkat. Proses globalisasi memerlukan masyarakat sesebuah negara berfikir secara lebih terbuka dan bersedia menerima pandangan atau kritikan daripada pelbagai negara lain di dunia. Sesebuah negara dikatakan mengalami proses globalisasi apabila muncul ciri- ciri yang berikut dalam negara tersebut: Pasaran baharu • Perkembangan pasaran global dalam perkhidmatan perbankan, insurans, pengangkutan dan lain-lain • Kelonggaran undang-undang • Pasaran pengguna global dengan jenama global Peserta baharu • Syarikat multinasional yang mengintegrasikan pengeluaran dan pemasaran mereka, mendominasi pengeluaran dunia • Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) – organisasi pelbagai hala pertama yang mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan sesebuah negara mematuhi peraturan perdagangan bebas • Kewujudan blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), dan lain-lain • Peningkatan dalam organisasi yang menyelaraskan dasar seperti G-7, G-8, OECD, IMF dan Bank Dunia Kaedah komunikasi baharu • Lebih cepat dan murah • Internet dan komunikasi elektronik yang menghubungkan orang ramai secara serentak • Telefon bimbit • Mesin faks • Pengangkutan yang lebih cepat dan lebih murah melalui udara, kereta api, laut dan jalan raya • Reka bentuk bantuan komputer dan pembuatan Peraturan dan norma baharu • Peluasan dasar ekonomi kapitalis yang merebak ke seluruh dunia seperti penswastaan d​​ an liberalisasi perdagangan • Demokrasi sebagai pilihan politik • Peningkatan kesedaran dalam hak asasi manusia • Konvensyen dan perjanjian terhadap alam sekitar global – biodiversiti, lapisan ozon, pelupusan sisa berbahaya, serta perubahan iklim • Perjanjian perdagangan pelbagai hala • Perjanjian pelbagai hala untuk perkhidmatan, harta intelek, komunikasi • Perjanjian pelbagai hala mengenai pelaburan 121

Bab 2 Negara Indeks 92 91 90 89 88 87 86 85 84 83 82 Ireland Belanda Belgium Austria Singapura Sweden Denmark Portugal Switzerland Finland Indeks Globalisasi Sumber: http://globalization.kof.ethz.ch/media/filer_public/2015/03/04/rankings_2015.pdf, tahun 2015 Rajah 2.1  Sepuluh negara yang paling banyak terlibat dalam globalisasi pada tahun 2015 Tahap globalisasi dalam sesebuah negara dapat ditunjukkan melalui indeks globalisasi yang mengambil kira tiga aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik. Pada tahun 2015, Malaysia berada pada tangga ke-26 di dunia dan merupakan negara yang ke-2 tertinggi antara negara ASEAN selepas Singapura. Pencapaian Malaysia dalam ketiga-tiga aspek yang dinilai adalah seperti yang berikut: Aspek yang dinilai Ekonomi Sosial Politik Indeks globalisasi 80.30 74.65 83.70 Sumber: http://globalization.kof.ethz.ch/media/filer_public/2015/03/04/rankings_2015.pdf, tahun 2015 Aktiviti 2.1.1 (a) Nyatakan tiga contoh yang menunjukkan globalisasi dalam kehidupan anda. (b) Malaysia dan Singapura mempunyai perbezaan dari segi tahap globalisasi. Bagaimanakah perbezaan tersebut mempengaruhi kehidupan penduduk di kedua-dua negara? (c) Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan daripada proses globalisasi? F 1. Globalisasi ialah proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai O negara. K U 2. Ciri-ciri globalisasi termasuklah pasaran baharu, peraturan dan norma baharu, kaedah S komunikasi baharu dan peserta baharu. 122

2.1.2 Syarikat Multinasional Malaysia dan Ekonomi Global Proses globalisasi telah mengubah pemikiran dan pandangan Anda boleh menonton pemilik firma. Dunia tanpa sempadan telah mencipta video tentang syarikat pasaran yang luas bagi firma untuk memasarkan barang atau multinasional di laman perkhidmatan masing-masing. Kini, semakin banyak syarikat web yang berikut: multinasional telah muncul dalam ekonomi. http://www.investopedia. com/video/play/ Syarikat multinasional ialah firma yang beroperasi di beberapa multinational- negara secara serentak. corporations/ Antara syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia ialah ENG Sime Darby Berhad, Axiata Group Berhad, Maybank dan CIMB Group. Misalnya, Syarikat Axiata Group Berhad mempunyai Cabar Diri Anda pejabat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Iran, Pakistan dan Thailand yang Selain contoh yang diberikan menggajikan hampir 30 000 pekerja dengan hasil pendapatan dalam teks, nyatakan sebanyak RM21.6 bilion pada tahun 2016 (www.axiata.com, dua contoh syarikat tahun 2016). multinasional yang lain. Sesebuah syarikat dianggap sebagai syarikat multinasional sekiranya mempunyai tiga ciri yang berikut: Ciri-ciri syarikat multinasional Firma besar yang Pemindahan teknologi Semua cawangan mempunyai yang canggih antara firma dikawal oleh cawangan di cawangan di negara firma induk di beberapa buah yang berbeza negara asal negara Rajah 2.2  Ciri-ciri syarikat multinasional 123

Bab 2 Sudut DUNIA Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa Nilai dagangan ASEAN pada Pasaran antarabangsa menawarkan peluang perniagaan yang tahun 2015 besar kepada firma yang ingin menjual atau mendapatkan faktor pengeluaran. Sesebuah firma memasuki operasi antarabangsa Negara Nilai dagangan disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut: (USD juta) 1 Meluaskan pasaran Indonesia 292 977 2 Perlindungan perdagangan Filipina 128 944 3 Kos pengangkutan yang tinggi Vietnam 327 744 4 Bahan mentah atau hasil bumi yang unik Thailand 417 147 5 Tenaga buruh dengan kemahiran khusus Myanmar 28 275 Meluaskan pasaran Malaysia 375 830 • Sesebuah firma yang ingin meluaskan pasarannya akan Kemboja 19 676 memasarkan barang dan perkhidmatannya ke luar negara. • Hal ini disebabkan penduduk di negara asal firma, misalnya Laos 6 763 Malaysia adalah lebih kecil jika berbanding dengan Singapura 663 109 penduduk di seluruh dunia. • Misalnya, syarikat Proton memasuki pasaran Singapura, Brunei 9 392 Thailand dan sebagainya supaya mendapat keuntungan yang maksimum. Sumber: http://data.aseanstats.org, August 2016 Perlindungan Perdagangan • Aktiviti eksport barangan ke negara tertentu disekat oleh Cabar Diri Anda pelbagai sekatan perdagangan seperti cukai. Mengapakah kerajaan • Masalah ini boleh diatasi dengan membuka operasi mengenakan cukai yang tinggi atas kereta jenama pengeluaran di negara berkenaan. negara asing yang diimport • Misalnya, Syarikat KIA, sebuah firma automobil dari Korea tetapi cukai yang lebih rendah bagi kereta yang Selatan bekerjasama dengan Syarikat Naza Automotive sama apabila dikeluarkan di Manufactu­ring Sdn. Bhd. (NAM), sebuah firma automobil kilang tempatan? tempatan untuk mengeluarkan dan mengedarkan kereta jenama KIA di Malaysia. • Oleh sebab pengeluaran kereta tersebut dilakukan di Malaysia, kadar cukai yang dikenakan atasnya adalah lebih rendah berbanding dengan kereta KIA yang diimport dari kilang asal di negara Korea Selatan. 124

Kos Pengangkutan yang Tinggi Malaysia dan Ekonomi Global • Kebiasaannya, kos pengangkutan meliputi 10% daripada Cabar Diri Anda kos pengeluaran sesuatu produk. Apakah kesan kos • Jarak yang jauh antara pasaran dengan tapak operasi pengangkutan yang tinggi pengeluaran akan meningkatkan kos pengeluaran. terhadap kehidupan seharian anda? • Pengeluar terpaksa menaikkan harga produk supaya mendapat margin keuntungan. • Peningkatan harga produk menyebabkan produk kehilangan daya saingan di pasaran antarabangsa. • Oleh itu, syarikat multinasional yang rasional akan membuka tapak pengeluaran yang baharu di rantau-rantau yang berhampiran dengan pasaran baharu yang disasarkan. • Tindakan ini bukan sahaja menjimatkan kos pengangkutan pengeluar, malah juga dapat memastikan pengedaran produk kepada penjual atau pengguna dijalankan dengan selamat dan menepati masa yang dijanjikan. Harga minyak petrol yang semakin tinggi telah menyebabkan kos pengangkutan semakin meningkat. Penentuan harga minyak sama ada naik atau turun disebabkan oleh Mekanisme Penetapan Harga Minyak (Automatic Pricing Mechanism), kadar pertukaran mata wang Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika Syarikat (AS) serta kesan penghapusan subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan. APM merupakan satu mekanisme yang menstabilkan harga petrol dan diesel dalam negara sehingga ke tahap tertentu. Oleh itu, harga runcit hanya perlu diselaraskan jika berlaku perbezaan dalam harga semasa. Bahan Mentah atau Hasil Bumi yang Unik Malaysia merupakan pengeluar kelapa sawit yang • Kekurangan bahan mentah di negara asal boleh menyebabkan kedua terbesar di dunia selepas masalah gangguan atas aktiviti pengeluaran. Indonesia • Bahan mentah mungkin mengalami kerosakan atau kehilangan dalam proses pengangkutan. • Kadangkala, bekalan bahan mentah mungkin tidak dapat menepati jadual pengeluaran kerana masalah luar jangkaan yang timbul dalam perjalanan seperti cuaca buruk. • Pemindahan operasi pengeluaran ke negara yang kaya dengan bahan mentah dapat mengatasi masalah tersebut. • Misalnya, industri perabot di Malaysia menghadapi masalah kekurangan sumber kayu dan memindahkan operasi pengeluaran ke negara seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia untuk mengatasi masalah ini. 125

Bab 2 Tenaga Buruh dengan Kemahiran Khusus Kos buruh yang rendah • Syarikat multinasional memulakan operasi di luar negara menarik syarikat multinasional untuk menjimatkan kos buruh dalam proses pengeluaran supaya dapat memaksimumkan keuntungan. untuk membina tapak pengeluaran di sesuatu negara • Negara seperti Thailand, Vietnam, China dan Indonesia mampu menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran dengan kos yang lebih rendah. • Kos buruh yang rendah ini menarik syarikat multinasional seperti Nike, Adidas dan Samsung untuk membuka kilang di negara berkenaan. • Kos upah yang lebih rendah membolehkan produk dapat dikeluarkan dengan kos yang rendah dan seterusnya menyediakan produk berharga rendah kepada pengguna. • Daya saingan firma dari segi harga barang juga dapat ditingkatkan. Risiko bagi Syarikat Multinasional Walaupun beroperasi di peringkat antarabangsa mendatangkan banyak kebaikan kepada syarikat multinasional, tindakan membuka operasi baharu di negara lain sebenarnya mempunyai banyak risiko. Antaranya adalah seperti yang berikut: Risiko kehilangan aset akibat Tenaga buruh yang tidak peperangan dalaman atau berkemahiran atau tidak luaran kerana perbezaan bermotivasi dalam pengeluaran. ideologi atau pandangan politik. Risiko perubahan parti politik Kemungkinan menerima di pasaran baharu kerana bantahan masyarakat kerajaan baharu mungkin tempatan di pasaran baharu melaksanakan polisi baharu kerana bayaran gaji yang yang akan merugikan syarikat rendah dianggap sebagai multinasional. mengeksploitasi hak mereka. Kekurangan kemudahan asas Risiko kesukaran mendapat balik di sesetengah negara kurang keuntungan kerana sesetengah membangun menyukarkan negara mengehadkan syarikat proses komunikasi antara multinasional hanya boleh negara dan melambatkan mengalirkan sebahagian keputusan. keuntungan keluar kepada firma induk dan bakinya dikehendaki dilaburkan semula dalam pasaran tempatan. Oleh itu, firma harus menjalankan analisis yang teliti dari segi politik, ekonomi dan sosial terhadap sesebuah negara sebelum membuka operasi di negara tersebut. 126

Aktiviti 2.1.2 Operasi Global Maybank Malaysia dan Ekonomi Global China Uzbekistan Vietnam Hong Kong Kemboja Arab Saudi Pakistan Laos Filipina Bahrain India Thailand Brunei Papua New Guinea Singapura Indonesia Maybank merupakan bank keempat terbesar di Asia Tenggara serta menawarkan produk Islam kelima terbesar di dunia. Pasaran utama Maybank meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maybank beroperasi di 10 buah negara ASEAN dan mempunyai rangkaian cawangan sebanyak 1,177 pejabat di ASEAN. Maybank juga memiliki operasi di pusat kewangan antarabangsa termasuk Hong Kong, Shanghai, London, New York dan Bahrain di samping mempunyai syarikat sekutu di Pakistan dan Vietnam. Maybank mencatat pendapatan operasi bersih sebanyak RM21.2 bilion dengan jumlah aset sebanyak RM708 bilion. Sumber: http://www.maybank.com, tahun 2017 (a) Anda diminta menulis sebuah laporan tentang operasi antarabangsa Maybank. Laporan anda harus meliputi aspek yang berikut: (i) Bentuk aktiviti yang dijalankan oleh Maybank di pasaran global (ii) Cabaran yang dihadapi oleh Maybank apabila beroperasi di peringkat global (iii) Kelebihan memasuki pasaran global (b) Anda diminta membentangkan hasil laporan anda di dalam kelas. F 1. Syarikat multinasional ialah syarikat yang beroperasi di beberapa negara secara serentak. O 2. Dorongan syarikat dalam operasi antarabangsa adalah seperti yang berikut: K (a) Meluaskan pasaran (d) Bahan mentah atau hasil bumi yang unik U (b) Perlindungan perdagangan (e) Tenaga buruh dengan kemahiran khusus. S (c) Kos pengangkutan yang tinggi 127

Bab 2 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi Layari laman web di Proses globalisasi membawa kebaikan kepada ekonomi bawah untuk mengetahui Malaysia. Banyak syarikat multinasional melihat Malaysia sebab-sebab syarikat sebagai suatu negara sedang membangun yang amat berpotensi multinasional harus bagi perkembangan perniagaan mereka. Pelaburan syarikat mempertimbangkan multinasional dalam Malaysia telah menyumbang kepada Malaysia sebagai pendapatan negara dan juga pertumbuhan ekonomi tempatan. pelaburan mereka. http://www.mida.gov. Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan sumbangan my/home/why-malaysia/ pelaburan modal asing dalam ekonomi dan telah melakukan posts/?lg=MAL pelbagai inisiatif dari aspek seperti yang berikut: BM 1 Peranan kerajaan 2 Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju 3 Infrastruktur pengangkutan yang baik 4 Pelancongan Kios INFO Peranan Kerajaan Lembaga Pembangunan • Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam Pelaburan Malaysia (MIDA) menggalakkan globalisasi dalam sesebuah negara. Sebagai merupakan agensi kerajaan pemimpin dalam negara, kerajaan mempunyai pengaruh yang membantu firma yang terhadap pandangan masyarakat tempatan tentang proses berhasrat untuk melabur globalisasi. dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta • Bagi Malaysia, kerajaan telah mengamalkan sifat terbuka memudahkan pelaksanaan terhadap kemasukan syarikat multinasional. Perkara projek-projek mereka. ini jelas dilihat apabila kerajaan melonggarkan kawalan Pelbagai perkhidmatan terhadap aktiviti ekonomi. Dasar kerajaan, undang- yang disediakan oleh MIDA undang atau insentif yang diberikan oleh kerajaan akan termasuk menyediakan mempengaruhi perkembangan globalisasi dalam negara. maklumat mengenai peluang pelaburan dan • Pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdagangan memudahkan firma luar seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adalah untuk mencari rakan usaha untuk menggalakkan kerjasama antara negara dalam sama. ekonomi. • Polisi mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pelbagai insentif seperti pelepasan cukai dan taraf perintis telah diperkenalkan untuk menarik syarikat multinasional dari negara lain. • Polisi kerajaan seperti pengecualian visa untuk rakyat negara tertentu dan pemberian visa semasa ketibaan bagi mengalu-alukan kepakaran dari negara lain untuk menyumbang dalam ekonomi Malaysia. 128

Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang Maju El Malaysia dan Ekonomi Global • Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada emen suatu sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui Merentas Kurikulum penggunaan alatan teknologi secara interaktif. Pengguna Internet Malaysia • Perkembangan dalam ICT didorong oleh perkembangan Internet. Pada tahun 2015, Malaysia telah muncul sebagai negara • Kawalan perniagaan menjadi mudah walaupun sesebuah ketiga yang mencatatkan firma mempunyai cawangan di beberapa negara. peratusan tertinggi untuk segmen pengguna Internet • Kemudahan ICT seperti mel elektronik (e-mail) dan sidang dengan nilai sebanyak 67 video (video conferencing) memudahkan proses komunikasi. peratus selepas Singapura dan Brunei daripada jumlah • Masalah yang wujud dalam operasi perniagaan dapat keseluruhan pengguna diselesaikan dengan mudah dan pantas. Internet di seluruh Asia Tenggara kira-kira 252.4 juta. • Pemindahan maklumat juga dapat dibuat dengan mudah, pantas dan murah. Sumber: http://www.hmetro.com. • Penggunaan Internet menyebabkan aliran maklumat dan my/node/103534, tahun 2015 idea bergerak dengan pantas antara individu, antara organisasi dan juga antara negara. E-dagang Malaysia • Keadaan ini menggalakkan inovasi, produktiviti dan juga Hasil jualan aktiviti e-dagang pertumbuhan ekonomi. di Malaysia pada tahun 2015 mencatat nilai sebanyak • Malaysia mempunyai pengguna Internet hampir 20.1 juta USD2.1 bilion dan merupakan orang yang menggunakan kemudahan ini untuk mengakses angka yang tertinggi di Asia maklumat, membuat urus niaga kewangan, dan juga Tenggara. pembelian barang atas talian (Malaysia Kini, tahun 2015). Sumber: www. • Pengguna boleh membeli pelbagai barang dari negara enterpriseinnovation.net/ lain melalui Internet dan kemajuan kemudahan ini telah article/southeast-asia-e- menggalakkan perkembangan globalisasi. commerce-revenue-exceed- 25-b-2020-139583281, tahun 2016 Kemudahan sidang video (video conferencing) membolehkan wakil cawangan dari negara yang berbeza untuk mengadakan mesyuarat pada masa yang sama 129

Bab 2 Infrastruktur Pengangkutan yang Baik • Sistem pengangkutan meliputi pengangkutan darat, udara dan air. • Sistem pengangkutan telah mengalami evolusi yang mendadak sepanjang peredaran zaman. • Sistem pengangkutan yang cekap merupakan faktor penggalak yang besar dalam proses globalisasi. • Misalnya, penggunaan kapal laut yang besar dapat mengurangkan kos pengangkutan barang antara negara. Keadaan ini membolehkan pengeluar menyediakan barang pada harga yang lebih murah. • Malaysia mempunyai sistem pengangkutan darat yang sangat efektif kerana hampir semua bandar utama dihubungi oleh jalan raya. Keadaan ini memudahkan aktiviti pemindahan barang dan penumpang. • Kewujudan syarikat pengangkutan udara seperti MAS telah memudahkan pergerakan manusia dari satu negara ke negara lain. • Aktiviti perniagaan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan adanya kemudahan penerbangan kos rendah. • Kebanyakan laluan penghantaran memerlukan cara pengangkutan yang berbeza. • Contohnya, barang yang dihantar melalui kapal laut akan tiba di pelabuhan. Kemudian, barang tersebut akan dihantar dengan lori kontena dari pelabuhan ke kilang atau syarikat. u dalam Pemilihan Cara Pengangkutan Penent Sifat barang Tarikh Global sama ada tahan penghantaran lama atau Jarak tidak yang telah pengangkutan dijanjikan Faktor Kos geografi pengangkutan yang dikenakan 130

Malaysia dan Ekonomi Global Pelancongan Cabar Diri Anda • Sektor pelancongan memberi sumbangan besar kepada Jelaskan bagaimana ekonomi negara. faktor-faktor yang berikut mempengaruhi proses • Kerajaan Malaysia menjangkakan ketibaan 30.5 juta globalisasi dalam sesebuah pelancong pada tahun 2016 dengan penerimaan perbelanjaan negara. pelancong sebanyak RM103 bilion (Kementerian (a) Peranan kerajaan Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, tahun 2015). (b) Infrastruktur • Memandangkan sumbangan besar sektor pelancongan pengangkutan yang baik kepada ekonomi negara, pelbagai galakan dan insentif (c) Pelancongan diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor (d) Infrastruktur teknologi pelancongan. Keadaan ini secara tidak langsung menggalakkan proses globalisasi. maklumat dan komunikasi yang maju • Pembukaan lapangan terbang KLIA2 khusus untuk syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa kos rendah juga memudahkan pergerakan manusia di antara negara. • Perkhidmatan seperti tempahan tiket penerbangan, penginapan, pakej pelancongan atas talian telah mengurangkan kos operasi dan memudahkan aktiviti pelancongan. • Misalnya, seorang rakyat Amerika boleh menempah tiket penerbangan daripada Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysian Airline System Berhad, MAS) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, menempah tiket kereta api daripada Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (Electric Train Service, ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dan menempah homestay Felda Mata Ayer di Padang Besar, Perlis secara atas talian. • Perkembangan dalam sektor pelancongan memberi impak besar kepada perkembangan globalisasi. Jadual 2.1  Kedatangan pelancong dan pendapatan daripada industri pelancongan Tahun Kedatangan (Juta orang) Penerimaan (RM bilion) 2015 25.72 69.1 2014 27.44 72.0 2013 25.72 65.4 2012 25.03 60.6 2011 24.71 58.3 2010 24.58 56.5 2009 23.65 53.4 2008 22.05 49.6 Sumber: Tourism Malaysia, http://www.tourism.gov.my/statistics, tahun 2016 131

Bab 2 Aktiviti 2.1.3 Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut. Globalisasi di Malaysia Globalisasi diunjurkan akan meningkat di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang dipacu oleh keterbukaan budaya yang diukur melalui peningkatan pelancongan, penggunaan telefon, jalur lebar mudah alih dan Internet. Indeks Globalisasi Ernst & Young yang diterbitkan oleh Davos minggu ini menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-27 (Amerika Syarikat tempat ke-28) daripada 60 negara globalisasi ekonomi terbesar dunia berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malaysia meningkat enam anak tangga daripada kedudukan ke-33 pada 2009. Hal ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan untuk tempoh setahun. Malaysia menyertai Hong Kong di tempat pertama, Singapura (3), dan Taiwan (12) sebagai empat negara Asia yang berada di kedudukan 30 terbaik dunia. Peningkatan kedudukan tersebut didorong oleh pertumbuhan KDNK dan sektor pelancongan negara. Peningkatan pertukaran teknologi dan idea berikutan berlaku integrasi budaya serta perdagangan telah membantu meningkatkan pencapaian globalisasi negara. Tenaga kerja, pergerakan sektor perkhidmatan, dan barangan juga merupakan faktor penting dalam menyumbang kepada pencapaian globalisasi negara. Cabaran masa depan perniagaan negara adalah untuk mengekalkan keseimbangan antara globalisasi dan pasaran tempatan agar kedua-duanya kekal relevan. Peluang perniagaan tumbuh dengan pantas di seluruh dunia dan perniagaan yang boleh dianggap strategik di Malaysia juga turut meningkat kesan daripada globalisasi tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Proses globalisasi Malaysia dijangka meningkat”, 4 Februari 2011, http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm (a) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan globalisasi meningkat di Malaysia? (b) Pada pendapat anda, apakah cabaran yang akan dihadapi oleh peniaga tempatan setelah berlakunya globalisasi dalam ekonomi negara? F Faktor penggalak globalisasi boleh dilihat dari aspek yang berikut: O (a) Peranan kerajaan K (b) Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju U (c) Infrastruktur pengangkutan yang baik S (d) Pelancongan. 132

Malaysia dan Ekonomi Global 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing Kios INFO Peningkatan persaingan dan kos di negara maju menyebabkan Pengecualian cukai sebahagian besar syarikat multinasional memindahkan operasi bermaksud pendapatan ke negara membangun dengan tujuan untuk memperoleh perniagaan dikecualikan faktor pengeluaran pada harga yang lebih murah. daripada cukai pendapatan untuk tempoh tertentu. Perkembangan globalisasi dan kedatangan syarikat multinasional Contohnya, pengecualian ke rantau Asia Tenggara dilihat sebagai suatu peluang cukai sebanyak 70% untuk memajukan Malaysia. Dasar mesra pelaburan yang daripada pendapatan diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia seperti pengecualian perniagaan sehingga cukai, kredit pelaburan dan pelepasan cukai berjaya menarik 5 tahun untuk banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia. Pada aktiviti ekonomi yang tahun 2015, jumlah pelaburan langsung asing di Malaysia ialah dipromosikan oleh kerajaan RM43.4 bilion berbanding RM35.6 bilion pada tahun 2014 seperti pelancongan. (Jabatan Perangkaan Malaysia, tahun 2015). Kios INFO Pelaburan langsung asing bermaksud pelaburan yang dibuat oleh firma atau individu dari luar negara untuk memulakan Pelaburan langsung asing operasi perniagaan atau membeli aset perniagaan di Malaysia. adalah berbeza dengan pelaburan portfolio yang Pelaburan langsung asing boleh dilakukan melalui beberapa merupakan pelaburan pasif cara seperti yang berikut: dalam sekuriti negara lain seperti saham dan bon. 1 2 Cabar Diri Anda Membina kemudahan Pengambilalihan Bagi setiap bentuk pengeluaran di negara syarikat asing pelaburan langsung asing, nyatakan satu contoh lain 4 syarikat asing yang menggunakan cara tersebut 3 Membuka subsidiari untuk mengembangkan operasinya di Malaysia. Usaha sama dengan syarikat tempatan 133

Bab 2 RM Bilion Pelaburan Langsung Asing dalam Malaysia Tahun 2004–2015 70 60 Krisis Ekonomi Dunia 50 40 30 20 10 0 Tahun 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Sumber: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA, tahun 2016 Rajah 2.3  Pelaburan langsung asing dalam Malaysia tahun 2014 – 2015 Kesan Positif Pelaburan Langsung Asing Pelaburan langsung asing dalam ekonomi sesebuah negara bermakna lebih banyak pelaburan modal oleh syarikat multinasional dalam negara tersebut. Keadaan ini boleh mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam negara dan mendatangkan manfaat seperti yang berikut: 1 Pertumbuhan ekonomi 2 Pindahan teknologi 3 Meningkatkan kemahiran 4 Meningkatkan modal modal insan pelaburan Kios INFO Pertumbuhan Ekonomi Pertumbuhan ekonomi • Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan menyebabkan keluk keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh kemungkinan pengeluaran sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu. berpindah ke kanan. • Kemasukan pelaburan langsung asing membantu Barang pengguna (unit) pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi yang canggih. C1 C2 • Produktiviti pekerja meningkat disebabkan peningkatan kemahiran serta penggunaan kaedah pengeluaran yang C3 baharu. 0 K1 K2 K3 Barang • Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengeluaran modal (unit) barang dan perkhidmatan akan meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan menggunakan sumber yang sedia ada. 134

Pindahan Teknologi Malaysia dan Ekonomi Global • Pelaburan langsung asing membawa masuk teknologi yang Cabar Diri Anda canggih ke sesebuah negara. Pindahan teknologi dari • Teknologi merujuk kepada kaedah yang digunakan dalam syarikat negara asing proses pengeluaran. ke syarikat tempatan memanfaatkan banyak pihak. • Kemasukan mesin dan jentera, kaedah pengeluaran, kemahiran Jelaskan manfaat yang dan tatacara baharu akan meningkatkan pengeluaran dan diterima oleh setiap pihak juga produktiviti pekerja. yang berikut: (a) Syarikat tempatan (b) Pekerja syarikat tempatan (c) Kerajaan tempatan (d) Syarikat negara asing Penggunaan sistem automasi dan robotik boleh mengurangkan kesilapan manusia dan menghasilkan lebih banyak keluaran dalam masa yang lebih singkat • Pengeluar tempatan yang membekalkan bahan mentah dan komponen kepada syarikat multinasional diberi bimbingan dan latihan serta dikenakan syarat yang ketat. • Keadaan ini menyebabkan pengeluar tempatan berusaha keras untuk meningkatkan mutu bahan mentah dan komponen yang dikeluarkan supaya dapat meningkatkan daya saing dan imej barang yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan. • Contohnya, pemindahan teknologi pembuatan dan pemasangan kenderaan daripada Daihatsu Sendirian Berhad kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) menyebabkan peningkatan mutu keluaran dan produktiviti pekerja Perodua. Syarikat PLUS Malaysia Berhad menggunakan teknologi Turapan Anti-Gelincir dari Jerman untuk mengurangkan jumlah kemalangan di lokasi-lokasi tertentu 135

Bab 2 Kios INFO Meningkatkan Kemahiran Modal Insan Malaysia memerlukan • Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara sekurang-kurangnya berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan pekerja yang 40 peratus pekerja berkualiti dan berkemahiran tinggi. berkemahiran tinggi daripada seluruh tenaga • Firma asing yang melabur di Malaysia membantu kerja dalam usaha menjadi meningkatkan kemahiran pekerja tempatan dengan sebuah negara maju yang menyediakan pelbagai program latihan. berpendapatan tinggi. Ketika ini negara hanya • Dengan peningkatan kemahiran pekerja, produktiviti dan memiliki 28 peratus keupayaan pekerja meningkat. tenaga kerja berkemahiran tinggi. Oleh itu, kerajaan • Selain kemahiran pekerja, pertumbuhan aktiviti pengeluaran akan terus merekayasa juga sangat bergantung pada jumlah modal yang dimiliki program latihan kemahiran oleh pengeluar. agar lebih relevan dan bersepadu bagi melahirkan Meningkatkan Modal Pelaburan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran. • Modal merupakan faktor pengeluaran yang paling penting dalam membangunkan ekonomi. Sumber: Sinar Harian, 25 Julai 2016 • Melalui pelaburan langsung asing, lebih banyak modal dapat dibawa masuk ke negara Malaysia dan ini dapat Cabar Diri Anda menggalakkan pertumbuhan aktiviti pengeluaran dan seterusnya pendapatan negara. Apakah kesan positif pelaburan langsung asing • Di samping itu, pemilikan ekuiti asing dalam firma Malaysia dalam aspek yang berikut? juga dapat membantu firma tempatan yang menghadapi (a) Guna tenaga masalah pembiayaan modal. (b) Pendapatan negara • Peningkatan modal membolehkan syarikat tempatan menggunakan kaedah pengeluaran yang lebih baik dan meningkatkan keupayaan pengeluaran. • Daya saingan firma tempatan dapat ditingkatkan dengan peningkatan kemahiran pekerja dan penambahan modal. Kemahiran yang diperoleh melalui kerjasama firma tempatan dengan firma asing tidak terhad dalam aspek kemahiran teknikal sahaja, malah pekerja boleh mempelajari prosedur kerja, kemahiran insaniah, budaya kerja dan sebagainya. 136

Malaysia dan Ekonomi Global Kesan Negatif Pelaburan Langsung Asing Walaupun pelaburan langsung asing mendatangkan banyak manfaat kepada ekonomi negara, namun pelaburan langsung asing juga membawa kesan negatif terhadap sesebuah negara seperti yang berikut: 1 Ketidakseimbangan pendapatan 2 Kemusnahan alam sekitar 3 Aliran untung ke luar negara Ketidakseimbangan Pendapatan Cabar Diri Anda • Firma asing yang melabur di sesebuah negara menawarkan Sebagai seorang pengguna, upah dan insentif yang lebih baik berbanding dengan firma adakah anda lebih suka tempatan. membeli barang di pusat beli-belah syarikat • Situasi ini menyebabkan pekerja yang bekerja di firma multinasional berbanding asing menerima pendapatan yang lebih tinggi dengan dengan pasar raya kemudahan dan insentif yang lebih baik berbanding tempatan? Berikan alasan. pekerja yang bekerja dalam firma tempatan. • Oleh itu, wujudnya ketidakseimbangan pendapatan dalam sesebuah negara. • Syarikat multinasional seperti rangkaian pasar raya dan pasar raya besar yang beroperasi di sesebuah negara memberi kesan buruk kepada peniaga kecil yang terlibat dalam perniagaan peruncitan. • Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang membawa keuntungan yang tinggi. • Persaingan sengit menyebabkan kesukaran firma tempatan untuk meneruskan operasi perniagaan dan menjejaskan pendapatan peniaga tempatan. Kemasukan pasar raya syarikat multinasional ke dalam pasaran tempatan mengubah corak perbelanjaan masyarakat dan memberi kesan terhadap jualan peniaga kecil tempatan 137

Bab 2 Kemusnahan Alam Sekitar Layari laman web di • Negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti bawah dan melihat kesan bahan galian, hasil hutan dan hasil kehidupan laut. bauksit atas penduduk tempatan Pahang. • Sebahagian besar firma asing yang melabur di Malaysia http://www.astroawani. ingin mengeksploitasi sumber alam yang ada di negara ini. com/berita-malaysia/ penduduk-kuantan- • Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang tidak mengeluh-pencemaran- dikawal akan membawa kepada kemusnahan alam sekitar. bauksit-apa- tindakan-64872 • Hal ini juga membawa pelbagai kesan buruk seperti hakisan tanah, banjir kilat dan isu pencemaran yang lain. BM • Sebagai contoh, kegiatan perlombongan bauksit telah memberi kesan pencemaran yang buruk terhadap alam sekitar. Pengeluaran bauksit berlebihan tanpa kawalan menyebabkan air sungai dan air laut berhampiran kawasan perlombongan menjadi merah. Cabar Diri Anda Firma yang kurang prihatin terhadap alam sekitar di Malaysia mengakibatkan pencemaran Mengapakah syarikat alam sekitar multinasional menghentikan operasi di sesebuah negara? Aliran Untung ke Luar Negara • Firma yang melabur di sesebuah negara berhak untuk membawa pulang keuntungan yang diperoleh ke negara asal. • Negara yang menerima pelaburan langsung asing sukar mengawal aliran keluar dividen dan keuntungan pelaburan. • Aliran ke luar negara yang berlebihan dan berterusan akan memberi kesan kepada kadar pertukaran asing sesebuah negara. • Tindakan firma asing membawa keluar keuntungan pelaburan akan memberi kesan negatif kepada imbangan pembayaran di sesebuah negara. 138

Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.1.4 Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut. KUALA LUMPUR 2 Jun – Malaysia mengamalkan sikap memilih dalam menerima kehadiran Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan mengutamakan pelaburan-pelaburan yang bernilai tinggi dan membangunkan tenaga mahir tempatan. Kini berlakunya kecenderungan syarikat-syarikat multinasional (MNC) memindahkan pelaburan mereka dari China ke ASEAN kerana ingin mendapatkan sumber yang murah. Namun, Malaysia mengamalkan sikap memilih dengan mengutamakan pelaburan yang bernilai tinggi, melibatkan syarikat-syarikat dalam rantaian operasi mereka dan membawa masuk teknologi mereka yang canggih ke Malaysia. Pada tahun 2015, Malaysia berjaya meraih FDI sebanyak RM36.1 bilion dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan China merupakan pelabur terbesar ke dalam negara sepanjang tahun lalu. Sektor elektrik dan elektronik seperti pengeluaran komponen elektrik dan cakera keras merupakan antara subsektor utama yang dilaburkan di Malaysia oleh MNC. Malaysia akan memberikan tumpuan untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir tempatan dalam usaha menarik FDI berteknologi tinggi ke negara ini. Hal ini kerana kebanyakan syarikat Barat kini beralih arah melabur ke negara masing-masing kerana aktiviti pengeluaran mereka tidak lagi memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai dan digantikan dengan teknologi robotik yang lebih cekap. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Malaysia memilih terima pelaburan langsung asing”, 3 Jun 2016, Utusan Online (a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong peningkatan pelaburan langsung asing ke Malaysia. (b) Adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan mengutamakan pelaburan langsung asing bernilai tinggi? Berikan alasan anda. (c) Mengapakah berlaku pindahan pelaburan langsung asing dari negara China ke ASEAN? (d) Jelaskan implikasi pelaburan langsung asing kepada Malaysia. Pelaburan langsung asing memberikan kesan yang berikut terhadap ekonomi Malaysia: Kesan positif Kesan negatif F O (a) Pertumbuhan ekonomi (a) Ketidakseimbangan pendapatan K U (b) Pindahan teknologi (b) Kemusnahan alam sekitar S (c) Meningkatkan kemahiran modal insan (c) Aliran untung ke luar negara (d) Meningkatkan modal pelaburan 139


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook