Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Ekonomi_Tingkatan_5

Ekonomi_Tingkatan_5

Published by Madzani Nusa, 2021-07-25 04:09:24

Description: Ekonomi_Tingkatan_5

Search

Read the Text Version

Bab 1 Kesan Masalah Pengangguran Kadar pengangguran yang tinggi menunjukkan tenaga buruh 40 yang sedia ada tidak digunakan dengan sepenuhnya dan berlaku pembaziran faktor buruh. Masalah pengangguran dalam sesebuah negara boleh meninggalkan kesan terhadap ekonomi dan masalah sosial negara. Kesan Pengangguran terhadap Ekonomi Negara Pendapatan negara sebenar kurang daripada pendapatan negara potensi Hasil kerajaan berkurangan kerana kutipan cukai pendapatan kurang Ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber ekonomi Menghalang pertumbuhan ekonomi akibat pelbagai masalah sosial Taraf hidup masyarakat menurun kerana kuasa beli telah menurun • Pendapatan negara sebenar kurang daripada pendapatan negara potensi disebabkan oleh faktor buruh yang sedia ada dalam negara tidak digunakan dengan sepenuhnya. • Hasil kerajaan berkurangan kerana penganggur tidak mempunyai pendapatan untuk membayar cukai. • Ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber ekonomi akan merugikan negara. • Pengangguran menghalang pertumbuhan ekonomi kerana wujud masalah sosial akibat daripada pengangguran seperti rompakan, pecah rumah dan sebagainya. • Taraf hidup masyarakat menurun kerana kuasa beli menurun dan tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi kehendak mereka.

Ekonomi dan Kerajaan Kesan Pengangguran terhadap Masalah Sosial Negara Kadar pengangguran yang tinggi dalam ekonomi juga menunjukkan ramai anggota masyarakat yang menganggur dan kehilangan punca pendapatan. Golongan masyarakat yang mahu bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan ini boleh menimbulkan kesan terhadap masalah sosial negara seperti yang berikut: Kadar kemiskinan Menimbulkan Cabar Diri Anda dalam kalangan masalah 1. Jelaskan kesan masyarakat kekeluargaan pengangguran terhadap akan meningkat dalam masyarakat ekonomi sesebuah negara. Kesan pengangguran 2. Jelaskan kesan pengangguran terhadap terhadap masalah sosial sesebuah masalah sosial negara. negara Masalah kehilangan Peningkatan kemahiran dan kes jenayah keyakinan diri dalam negara • Kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat akan meningkat sekiranya banyak isi rumah kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai punca pendapatan yang lain. • Masalah kekeluargaan seperti pergaduhan atau konflik lain akan berlaku dalam isi rumah akibat tekanan daripada beban kewangan untuk menampung kos sara hidup keluarga. • Penganggur yang gagal mendapatkan pekerjaan setelah banyak kali menghadiri temu duga akan kehilangan keyakinan diri. Selain itu, tenaga buruh yang telah lama menganggur akan kehilangan kemahiran atau pengetahuan kerana telah ketinggalan dari segi ilmu dan teknik terbaharu dalam bidang kepakarannya. • Kes jenayah dalam masyarakat seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah dan sebagainya akan meningkat. 41

Bab 1 Aktiviti 1.2.4 Jadual 1:  Statistik utama tenaga buruh, Malaysia Indikator 2015 2016 Perubahan (%) 1.03 Tenaga buruh (‘000) 14 518.0 14 667.8 0.68 11.95 Bekerja (‘000) 14 067.7 14 163.7 0.6* 0.3* Penganggur (‘000) 450.3 504.1 Kadar penyertaan tenaga buruh (%) 67.9 67.7 Kadar pengangguran (%) 3.1 3.4 * mata peratus Jadual 2:  Kadar penyertaan tenaga buruh Jadual 3:  Kadar pengangguran mengikut mengikut jantina kumpulan umur Jantina 2015 (%) 2016 (%) Kumpulan 2015 (%) 2016 (%) umur Lelaki 80.6 80.2 15 – 19 18.7 16.5 Perempuan 54.1 54.3 Jumlah 67.9 67.7 20 – 24 42.1 37.7 25 – 29 20.4 22.7 30 – 64 18.9 23.1 Jumlah 100 100 Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia, 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia (a) Bentuk satu kumpulan untuk mengkaji ketiga-tiga jadual di atas. (b) Bincangkan dan jelaskan secara ringkas maklumat dalam setiap jadual. (c) Apakah cadangan kumpulan anda untuk meningkatkan kadar guna tenaga di Malaysia? Berikan cadangan anda berdasarkan aspek yang berikut: (i) Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina (ii) Kadar pengangguran mengikut kumpulan umur 1. Pengangguran merupakan satu keadaan apabila terdapat tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. F O 2. Kadar pengangguran yang tinggi bermaksud kadar guna tenaga yang rendah. K 3. Sesebuah negara dikatakan mencapai guna tenaga penuh jika kadar pengangguran adalah U S kurang daripada 4%. 4. Pengangguran boleh memberi kesan terhadap ekonomi dan juga sosial dalam sesebuah negara. 42

Ekonomi dan Kerajaan 1.2.5 Jenis Pengangguran Kios INFO Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara boleh Pengangguran kitaran disebabkan oleh beberapa faktor. Secara amnya, pengangguran juga dikenal sebagai boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan punca kejadian pengangguran edaran. masing-masing seperti yang berikut: 1 Pengangguran kitaran 2 Pengangguran berstruktur Kios INFO 3 Pengangguran geseran Krisis kewangan Asia bermula di Thailand pada Pengangguran Kitaran tahun 1997 dan merebak ke beberapa negara di • Pengangguran kitaran berlaku apabila keadaan ekonomi Asia termasuk Malaysia, adalah lembap. Indonesia, Hong Kong, Korea Selatan dan Filipina. • Pengurangan dalam permintaan agregat menyebabkan Negara yang dilanda krisis pengurangan dalam pengeluaran dan penggunaan buruh mengalami kejatuhan nilai terpaksa dikurangkan. mata wang, nilai pasaran saham dan kejatuhan nilai • Permintaan agregat merupakan jumlah barang dan aset. Indeks Kuala Lumpur perkhidmatan yang diminta pada pelbagai tingkat harga Stock Exchange (KLSE) oleh pelbagai sektor pada suatu masa tertentu. Malaysia menjunam dari 1,200 mata ke paras di • Ramai tenaga buruh kehilangan pekerjaan kerana kebanyakan bawah 600 mata, nilai firma terpaksa mengurangkan pengeluaran atau ringgit merosot sebanyak memberhentikan operasi. 50% daripada RM2.50 kepada RM4.10 bagi setiap dolar. Sumber: http://www.icu.gov.my/ pdf/artikel/krisis_eko_msia.pdf Dah lama saya cari kerja tetapi Betullah, saya pun belum dapat kerja. Dah belum dapat tawaran dari mana- tiga bulan saya menganggur, baru saja hadiri mana syarikat. temu duga di sebuah syarikat. 43

Bab 1 Pengangguran Berstruktur Cabar Diri Anda • Pengangguran berstruktur berlaku disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi sesebuah negara. 1. Jelaskan faktor yang menyebabkan perubahan • Perubahan struktur ekonomi adalah disebabkan oleh struktur ekonomi dalam masalah yang timbul akibat kebergantungan ekonomi sesebuah negara. negara kepada sektor utama seperti ketidakstabilan harga komoditi di pasaran dunia, masalah kehausan dan 2. Jelaskan kesan kepupusan sumber galian yang merugikan imbangan perubahan struktur dagangan bagi negara membangun. ekonomi terhadap ekonomi sesebuah • Pembangunan ekonomi membawa kepada perubahan dalam negara. struktur ekonomi daripada sektor utama kepada sektor kedua yang melibatkan penggunaan banyak automasi dan jentera menyebabkan penggunaan buruh yang berkurang dan mengakibatkan banyak pengangguran. • Walaupun sektor ekonomi yang lain sedang berkembang dan memerlukan tenaga buruh yang banyak, namun penganggur tidak mampu untuk mendapat pekerjaan baharu kerana kekurangan mobiliti dari segi kelayakan dan kemahiran. Tahun 1940-an Tahun 1970-an Tahun 2000-an Guna tenaga banyak Kebanyakan guna tenaga Sektor ketiga menawarkan terlibat dalam pekerjaan telah beralih ke pekerjaan paling banyak peluang pekerjaan sektor utama sektor kedua Rajah 1.14  Perubahan struktur ekonomi di Malaysia 44

Ekonomi dan Kerajaan Pengangguran Geseran Kios INFO • Pengangguran geseran ialah keadaan tenaga buruh tidak Pengangguran geseran bekerja dalam sesuatu jangka masa apabila berlaku juga dikenal sebagai perpindahan pekerjaan. pengangguran normal. • Pekerja kurang mobiliti atau pekerja kurang mendapat Cabar Diri Anda maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di pasaran. Apakah maklumat yang diperlukan oleh seseorang • Kebiasaannya, lepasan universiti mengalami keadaan graduan universiti semasa pengangguran geseran untuk tempoh sementara kerana membuat pertimbangan masih mencari pekerjaan yang diingini. dalam memohon sesuatu jawatan? • Pengangguran jenis ini merupakan pengangguran jangka pendek dan berada pada kadar yang sangat rendah iaitu antara 2% hingga 4%. Faktor-faktor penyebab pengangguran geseran 01 Sikap penganggur yang terlalu memilih pekerjaan sehingga sanggup menganggur bagi menunggu peluang pekerjaan yang terbaik. Penganggur tidak bersungguh- 02 sungguh atau kurang berminat untuk mencari pekerjaan. Kekurangan maklumat tentang 03 pekerjaan yang ditawarkan dan pekerja yang kurang mobiliti. Penganggur lebih suka membuat 04 kerja-kerja yang tidak formal dan tidak tetap sebagai mata pencarian. 05 Majikan mengambil masa yang lama dalam memilih pekerja baharu. Rajah 1.15  Faktor-faktor penyebab pengangguran geseran 45

Bab 1 Aktiviti 1.2.5 Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut. Kerajaan telah menyediakan program dan skim latihan pekerjaan untuk golongan terbabit seperti Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) iaitu satu projek tanggungjawab korporat sosial (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan. Program SL1M dikelolakan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri melalui kerjasama dan komitmen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta seluruh negara. Fokus utama program ini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas yang belum mendapat pekerjaan, berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan seramai 15,000 pelatih SL1M menjelang 2016 berbanding 10,000 pada tahun 2015. Statistik menunjukkan setakat ini sebanyak 210 syarikat swasta dan GLC yang menyertai SL1M terus komited dan pihaknya yakin jumlah itu dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui Program SL1M yang dijalankan oleh syarikat masing-masing. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Tangani masalah pengangguran”, Hamizah Badiran, 7 Disember 2015, http://www.hmetro.com.my/node/98428 (a) Apakah jenis pengangguran yang boleh dikurangkan dengan program di atas? (b) Bagaimanakah program kerajaan ini mengurangkan pengangguran? (c) Jelaskan faedah yang dapat diperoleh oleh peserta melalui program ini. (d) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor menyebabkan graduan di Malaysia gagal mendapat pekerjaan? 1. Pengangguran kitaran berlaku apabila keadaan ekonomi yang lembap menyebabkan F permintaan bagi buruh berkurang. O 2. Pengangguran berstruktur berlaku apabila struktur ekonomi sesebuah negara berubah dan K menyebabkan permintaan bagi buruh dalam sesetengah sektor ekonomi berkurang. U S 3. Pengangguran geseran berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan baharu tetapi tidak menjumpainya serta-merta. 46

Ekonomi dan Kerajaan 1.2.6 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kios INFO Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah satu penunjuk Firma negara asing ekonomi yang menggambarkan pendapatan negara. Pendapatan yang beroperasi atau negara yang dimaksudkan ialah jumlah nilai barang dan buruh asing yang bekerja perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam di Malaysia dianggap tempoh setahun. menyumbang kepada KDNK Malaysia walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai faktor-faktor ini bukan pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dimiliki oleh negara oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam Malaysia. tempoh setahun. KDNK menghitung nilai barang dan perkhidmatan yang Cabar Diri Anda dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran dalam negara bagi tempoh masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran Nyatakan tiga contoh firma tersebut milik negara itu atau milik negara asing. milik negara asing yang menyumbang kepada KDNK Misalnya, seorang jurutera dari negara China yang dihantar Malaysia. ke pejabat cawangan Malaysia dianggap menyumbang dalam KDNK Malaysia walaupun faktor buruh ini bukan milik Malaysia. Pada masa yang sama, KDNK tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. RM (ribu juta) 1200 1100 1067.80 1000 1012.51 900 955.08 821.43 912.23 800 864.92 700 600 2011 2012 2013 2014 Tahun 2010 2015 Sumber: Unit Perancang Ekonomi, tahun 2015 Rajah 1.16  Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (2010 – 2015) pada harga malar (2010 = 100) 47

Bab 1 Kaedah Pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Cabar Diri Anda KDNK (Gross Domestic Product) boleh dihitung melalui Pendekatan Pengiraan KDNK tiga pendekatan iaitu pendekatan keluaran, pendekatan perbelanjaan dan pendekatan pendapatan. Negara Malaysia hanya menggunakan pendekatan keluaran dan pendekatan perbelanjaan sahaja dan tidak mengamalkan pendekatan pendapatan kerana masalah pengumpulan data. Pengiraan KDNK melalui mana-mana pendekatan tersebut akan memberikan nilai yang sama. Imbangan pembayaran merupakan salah satu Pendekatan Perbelanjaan penunjuk ekonomi. Sila layari laman web di • KDNK diperoleh dengan menjumlahkan semua perbelanjaan bawah tentang imbangan atas barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam pembayaran. ekonomi bagi tempoh satu tahun. http://www.investopedia. com/terms/b/bot.asp • Perbelanjaan termasuk perbelanjaan isi rumah, firma, kerajaan dan eksport bersih (eksport – import). ENG • Perubahan stok pada akhir tahun juga diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara. Jadual 1.3  KDNK mengikut jenis perbelanjaan Malaysia pada harga malar (2010 = 100) Butiran 2015 2016 (RM juta) (RM juta) Perbelanjaan penggunaan akhir 143 248 144 675 Awam 556 559 590 498 Swasta Pembentukan modal tetap kasar 94 725 94 216 Awam 179 282 187 117 Swasta Perubahan dalam stok (2 145) 1 894 Eksport bersih 774 670 775 633 Eksport barang & perkhidmatan (683 534) (686 178) Import barang & perkhidmatan KDNK (pada harga pembeli) 1 062 805 1 107 855 Sumber: Unit perancang ekonomi, tahun 2016

Pendekatan Keluaran Ekonomi dan Kerajaan • KDNK diperoleh dengan menjumlahkan nilai ditambah Cabar Diri Anda yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi di negara bagi tempoh satu tahun. Jelaskan perbezaan antara pendekatan perbelanjaan • Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah dan pendekatan keluaran. melalui setiap peringkat proses pengeluaran. • Kaedah ini boleh mengetahui peratus sumbangan pelbagai sektor ekonomi kepada keluaran negara dan mengelakkan pengiraan dua kali dalam pengiraan pendapatan negara. Jadual 1.4  KDNK mengikut jenis aktiviti ekonomi Malaysia pada harga malar (2010 = 100) Butiran 2015 2016 RM (juta) RM (juta) Pertanian 94 249 89 465 Kios INFO Perlombongan dan kuari 95 508 97 563 Pembuatan 243 903 254 725 Dalam kaedah pengiraan Pembinaan 46 630 50 103 KDNK, konsep pendapatan Elektrik dan gas 21 538 22 622 negara yang diperoleh Air, pembetungan dan pengurusan sisa ialah Keluaran Dalam Perdagangan borong 5 595 5 972 Negara Kasar pada harga Perdagangan runcit 69 419 75 134 pembeli (KDNK hp) Kenderaan bermotor 65 776 70 412 berdasarkan harga semasa Makanan dan minuman 20 550 19 909 (KDNK nominal) dan harga Penginapan 22 838 24 630 malar (KDNK benar). Pengangkutan dan penyimpanan KDNK benar mengukur Maklumat dan komunikasi 6 536 6 833 pertambahan sebenar Kewangan 37 368 39 476 dalam jumlah keluaran Insurans 60 597 65 485 dari setahun ke setahun. Hartanah dan perkhidmatan perniagaan 55 296 55 935 Perbezaan antara KDNK Perkhidmatan lain 18 183 19 360 nominal dengan KDNK Perkhidmatan kerajaan 45 779 48 927 benar ialah indeks harga Tambah: Duti import 46 758 49 015 semasa. Indeks harga 93 026 97 630 ialah ukuran perubahan 13 808 15 030 tingkat harga umum secara purata bagi tahun semasa berbanding dengan tingkat harga tahun asas. Sumber: Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi, tahun 2016 KDNK (pada harga pembeli) 1 063 357 1 108 226 Sumber: Unit perancang ekonomi, tahun 2016 49

Bab 1 Kios INFO Berikut adalah cara pengiraan nilai ditambah dalam pendekatan kaedah pengeluaran: Jenis keluaran Keluaran Nilai keluaran (RM) Nilai ditambah (RM) Barang mentah Gandum 50 50 – 0 = 50 Barang perantaraan Tepung gandum 150 150 – 50 = 100 Barang akhir Roti 250 250 – 150 = 100 Jumlah (RM) 450 250 Berdasarkan jadual di atas, gandum dan tepung gandum merupakan bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran roti. Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM250 (50 + 100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir, iaitu roti yang bernilai RM250. Nilai ditambah digunakan untuk menghitung keluaran negara untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali bagi barang perantaraan. Aktiviti 1.2.6 1. Bentuk satu kumpulan dan pilih sebuah negara dalam setiap kategori yang berikut: (a) Negara kurang membangun (b) Negara sedang membangun (c) Negara maju 2. Dapatkan maklumat KDNK pada tahun 2015 dan tahun 2016 bagi ketiga-tiga negara yang dipilih. Bandingkan maklumat yang diperoleh dan bincangkan perbezaan yang didapati. 3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam kelas. 1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun. F 2. KDNK Malaysia dihitung melalui dua kaedah iaitu pendekatan perbelanjaan dan pendekatan O keluaran. K U 3. Pendekatan perbelanjaan mengambil kira nilai barang akhir dengan menjumlahkan semua S perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan dalam ekonomi. 4. Pendekatan keluaran mengambil kira nilai ditambah dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dihasilkan oleh setiap sektor ekonomi dalam negara. 50

Ekonomi dan Kerajaan 1.2.7 Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kios INFO Data-data yang diperoleh daripada KDNK boleh digunakan Ekonomi Malaysia dijangka sebagai alat ukuran kadar pertumbuhan ekonomi. akan berkembang antara kadar 4.5% dan 5% pada Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan kegiatan tahun 2017 disebabkan ekonomi dari semasa ke semasa yang menyebabkan asas ekonomi negara peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar. yang kukuh serta dasar kewangan dan fiskal yang Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi, KDNK akan meningkat. berkesan. Hal ini bermaksud berlakunya pertambahan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam ekonomi. Sumber: http://www.bharian.com. my/node/240045, tahun 2017 Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan dalam sektor-sektor yang berikut: Sektor utama Cabar Diri Anda Bagaimanakah pembangunan dalam sektor- sektor yang berikut akan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara? (a) Pendidikan (b) Perindustrian (c) Pertanian Sektor kedua Sektor ketiga Pertumbuhan ekonomi boleh dijadikan kayu ukur kepada prestasi pembangunan sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat menunjukkan pembangunan negara yang semakin pesat dan sebaliknya pertumbuhan ekonomi yang semakin menurun menunjukkan pembangunan negara yang semakin lembap. 51

Bab 1 Kios INFO Kadar Pertumbuhan Ekonomi KDNK benar merupakan Pertumbuhan ekonomi boleh dilihat melalui peningkatan dalam KDNK yang dihitung pada KDNK benar berbanding dengan tahun sebelumnya. KDNK harga malar atau harga benar digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi. pada tahun dasar yang dijadikan sebagai asas Ekonomi dikatakan mengalami pertumbuhan apabila kadar perbandingan antara tahun pertumbuhan KDNK bernilai positif dan dikatakan mengalami yang mempunyai tingkat kemelesetan apabila kadar pertumbuhan KDNK bernilai negatif. harga umum yang berbeza. Pertumbuhan KDNK yang mampan amat penting dalam Hal ini menggambarkan ekonomi. Kepentingan mencapai kadar pertumbuhan ekonomi tambahan dalam jumlah yang mampan adalah seperti yang berikut: keluaran yang sebenar dan • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi bukan disebabkan oleh kenaikan harga. menampung peningkatan penawaran tenaga buruh • Meningkatkan taraf kebajikan masyarakat melalui peningkatan pendapatan dan jumlah output negara serta kualiti barangan yang lebih baik • Mengurangkan kadar kemiskinan • Merapatkan jurang pendapatan • Mempercepat penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas Aktiviti 1.2.7A Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun 2010 hingga tahun 2015 (2010 =100) Tahun Kadar pertumbuhan ekonomi (%) 2010 – 2011 5.29 2012 5.47 2013 4.69 2014 6.01 2015 4.97 Sumber: World Bank Data, tahun 2015 Berdasarkan jadual di atas, (a) terangkan arah aliran kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2015. (b) jelaskan bagaimana kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan mengurangkan kadar pengangguran. 52

Ekonomi dan Kerajaan Aktiviti 1.2.7B Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di negara ASEAN. Kadar pertumbuhan ekonomi negara ASEAN (tahun 2010 – 2015) Tahun Kadar pertumbuhan ekonomi (%) 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Malaysia 6.98 5.29 5.47 4.69 6.01 4.97 Singapura 15.24 6.21 3.67 4.68 3.26 2.01 Brunei 2.60 3.75 0.91 –2.13 –2.35 –0.57 Thailand 7.51 0.83 7.23 2.70 0.82 2.83 Filipina 7.63 3.66 6.68 7.06 6.22 5.91 Indonesia 6.22 6.17 6.03 5.56 5.02 4.79 Kemboja 5.96 7.07 7.26 7.48 7.07 7.04 Laos 8.53 8.04 8.03 8.48 7.52 7.35 Myanmar 9.63 5.59 7.33 8.43 7.99 7.29 Vietnam 6.42 6.24 5.25 5.42 5.98 6.68 Sumber: World Bank Data, tahun 2015 (a) Bagaimanakah keadaan pertumbuhan ekonomi Malaysia berbanding dengan negara lain di ASEAN? (b) Berikan komen anda tentang keseluruhan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN. (c) Sekiranya anda merupakan seorang pemilik perniagaan antarabangsa yang ingin melabur di ASEAN, negara manakah yang akan anda pilih untuk membuka cawangan? Berikan alasan anda. (d) Selain kadar pertumbuhan ekonomi, jelaskan faktor lain dalam sesebuah negara yang akan anda pertimbangkan sebelum melaburkan modal anda. F 1. Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa O yang menyebabkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding tahun K sebelumnya. U 2. Semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, semakin pesat perkembangan aktiviti ekonomi S dalam sesebuah negara. 53

Bab 1 Sudut DUNIA 1.2.8 Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi Negara China kini muncul sebagai kuasa ekonomi Keupayaan sesebuah negara untuk mengembangkan ekonomi kedua terbesar di dunia bergantung kepada beberapa faktor. Pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini dipegang yang tinggi akan menimbulkan kesan atas kegiatan ekonomi oleh Jepun. Bank Dunia dan sosial negara tersebut. menjangkakan  China bakal mendahului Amerika Syarikat Sebab Berlaku Pertumbuhan Ekonomi sebagai kuasa ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi sesuatu negara akan berbeza nombor satu di dunia dengan negara yang lain. Sesetengah negara mengalami menjelang tahun 2025. pertumbuhan ekonomi yang cepat manakala terdapat juga negara yang sebaliknya. Hal ini berlaku demikian kerana Sumber: www.ukm.my/nbnews/ pertumbuhan ekonomi dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti mampukah-China-menguasai- yang berikut: dunia/,tahun 2016 1 Sumber alam semula jadi Cabar Diri Anda 2 Jumlah penduduk dan bekalan tenaga buruh Pada pendapat anda, apakah faktor yang membolehkan 3 Kemajuan teknologi ekonomi negara China berkembang dengan pesat? 4 Pelaburan dalam aktiviti ekonomi 5 Sistem sosial dan sikap masyarakat Malaysia yang dikelilingi Sumber Alam Semula Jadi oleh lautan kaya dengan sumber hasil laut dan sesuai • Sumber alam semula jadi yang dimiliki oleh sesebuah dibangunkan sebagai pusat negara meliputi tanah, iklim, hasil hutan, lautan dan galian. pelancongan • Sekiranya sesebuah negara dianugerahkan sumber ▼ semula jadi yang banyak, maka negara tersebut boleh mengembangkan ekonomi dengan lebih mudah. • Kekayaan alam semula jadi dalam sesebuah negara akan menarik pelabur asing untuk melabur dan mengusahakan pengeluaran sumber alam semula jadi tersebut. 54

Jumlah Penduduk dan Bekalan Tenaga Buruh Ekonomi dan Kerajaan • Apabila penduduk sesebuah negara bertambah, jumlah Dapatkan maklumat tenaga buruh yang boleh menyumbang dalam aktiviti tentang tenaga buruh pengeluaran bertambah. dan perangkaan sosial Malaysia dari laman • Kemahiran dan produktiviti buruh boleh ditingkatkan web Jabatan Perangkaan melalui pendidikan dan latihan. Malaysia. https://www.dosm. • Kesannya, jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan gov.my/v1/index. dalam negara akan bertambah. php?r=column/ ctwoByCat&parent_ • Di samping itu, jumlah penduduk yang besar akan id=123&menu_id=U3VP meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan MldoYUxzVzFaYmNkWXZt di pasaran. eGduZz09 • Oleh itu, pengeluar terdorong untuk menambahkan BM jumlah pengeluaran dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Kemajuan Teknologi • Kemajuan teknologi dalam sesebuah negara akan mempercepat pertumbuhan ekonomi. • Penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan mengurangkan kos pengeluaran dan menambahkan jumlah keluaran. • Pemindahan teknologi merupakan usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknologi moden demi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan. • Selain itu, kualiti barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dapat ditingkatkan. • Contohnya, Perodua telah mengimport dan mengambil manfaat teknologi Jepun dalam pembuatan keretanya. • Peningkatan kecekapan pengeluaran sesebuah negara akan meningkatkan jumlah pengeluaran negara tersebut dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara yang lebih tinggi. • Kesannya, kegiatan ekonomi akan berkembang dengan pesat. Penggunaan teknologi yang canggih dalam pembuatan kereta 55

Bab 1 Kios INFO Pelaburan dalam Aktiviti Ekonomi Kemasukan pelaburan • Pelaburan dalam sektor ekonomi akan melahirkan aktiviti asing telah mengatasi pengeluaran dalam negara. masalah kekurangan modal dan kepakaran teknologi • Semakin besar nilai pelaburan sama ada pelaburan di negara membangun. domestik atau pelaburan asing, semakin banyak Hal ini dapat membantu barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan dalam pembangunan ekonomi, aktiviti ekonomi. terutama dalam aspek pemindahan teknologi • Pelaburan ini berfungsi sebagai sumber dana untuk moden dan penyediaan membiayai barang modal. banyak peluang pekerjaan. • Barang modal boleh digunakan dalam mengeksploitasi El emen sumber alam semula jadi atau meningkatkan produktiviti Merentas Kurikulum dalam proses pengeluaran. Antara sebab utama • Sekiranya tiada pelaburan yang mencukupi, sesebuah masyarakat menolak negara tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi dengan perubahan: lancar dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. 1. Takut pada ketidakpastian 2. Bimbang kehilangan Sistem Sosial dan Sikap Masyarakat pekerjaan selepas • Keadaan sosial dan politik yang stabil dalam sesebuah berubah negara akan memberi keyakinan kepada pelabur tempatan 3. Masa pengumuman dan pelabur asing untuk melabur dalam aktiviti ekonomi. perubahan yang tidak tepat • Selain itu, sikap keterbukaan masyarakat sesebuah negara 4. Sikap toleransi terhadap akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. perubahan yang rendah • Sekiranya masyarakat sesebuah negara bersikap tidak Dipetik dan diubah suai terbuka dan bertegas dengan cara pengeluaran yang daripada petikan “Overcome the tradisional dan tidak efisien, pertumbuhan ekonomi negara itu akan terbatas. 5 main reasons people resist change”, Lisa Quast, 26 Nov 12 • Sebaliknya, sekiranya masyarakat berfikiran terbuka dan boleh menerima perubahan teknologi dalam aktiviti pengeluaran, maka produktiviti negara akan meningkat dan ekonomi berkembang dengan pesat. Pertumbuhan ekonomi boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang berikut: (a) Sumber alam semula jadi F O (b) Jumlah penduduk dan bekalan tenaga buruh K U (c) Kemajuan teknologi S (d) Pelaburan dalam aktiviti ekonomi (e) Sistem sosial dan sikap masyarakat. 56

Akibat Pertumbuhan Ekonomi Ekonomi dan Kerajaan Setiap negara berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi kerana semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, Cabar Diri Anda semakin berkembang kegiatan ekonomi dan semakin baik keadaan ekonomi negara tersebut. Jelaskan akibat pertumbuhan ekonomi Secara amnya, akibat pertumbuhan ekonomi boleh dibincang terhadap kehidupan anda dalam empat aspek seperti yang berikut: sebagai seorang murid. 1 Penyediaan infrastruktur fizikal 2 Peningkatan taraf pendidikan penduduk 3 Peningkatan sifat keusahawanan 4 Kestabilan politik dan sosial Penyediaan Infrastruktur Fizikal Cabar Diri Anda • Kemudahan infrastruktur disediakan oleh kerajaan sebagai Mengapakah kemudahan salah satu usaha untuk menggalakkan pertumbuhan infrastruktur merupakan ekonomi dalam negara. salah satu faktor pertimbangan yang penting • Kemudahan infrastruktur yang lengkap dapat meningkatkan bagi pelabur asing? kecekapan firma dan menarik pelabur asing untuk melabur dalam aktiviti pengeluaran tempatan. • Selain itu, kemudahan ini akan melicinkan urusan perdagangan firma dari segi perhubungan dan pengangkutan. • Antara kemudahan infrastruktur yang telah disediakan ialah sistem pengangkutan dan perhubungan, bekalan air dan elektrik, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan. • Kesannya, masyarakat setempat juga dapat menikmati manfaat daripada kemudahan infrastruktur yang lengkap. Pelbagai kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan 57

Bab 1 Kios INFO Peningkatan Taraf Pendidikan Penduduk Di Malaysia, banyak • Pembangunan sumber manusia merupakan faktor yang institusi penyelidikan penting untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi. telah ditubuhkan untuk meningkatkan mutu • Sumber manusia yang berbakat, mempunyai pemikiran keluaran tempatan. kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan Contohnya, Institut mempunyai pengetahuan yang lanjut dalam bidang tertentu Penyelidikan dan akan menyebabkan pengeluaran sesebuah negara menjadi Kemajuan Pertanian lebih berdaya saing. Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan • Oleh itu, banyak institusi pengajian tinggi awam dan Getah Malaysia (RRIM) swasta serta institusi pendidikan lain seperti institut latihan dan Institut Penyelidikan kemahiran teknik dan vokasional telah ditubuhkan. Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM). • Sistem pendidikan sentiasa dikaji semula dan diubah suai supaya dapat melahirkan tenaga buruh yang berkemahiran dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan industri. Peningkatan Sifat Keusahawanan • Apabila berlakunya pertumbuhan ekonomi, pendapatan dan kuasa beli masyarakat akan meningkat. • Keadaan ini mencipta banyak peluang perniagaan kepada usahawan yang kreatif untuk memenuhi keperluan atau kehendak masyarakat. • Pelbagai barang dan perkhidmatan baharu dan inovatif akan dihasilkan. • Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan dengan pesat bagi menghasilkan penemuan teknologi baharu. Taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan kerana tingkat kepuasan berada pada tahap yang tinggi. Kestabilan Politik dan Sosial • Pertumbuhan ekonomi akan menjamin kestabilan politik dan sosial dalam sesebuah negara. • Pertumbuhan ekonomi yang pesat mendorong kepada penambahan aktiviti pengeluaran yang mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat. • Keadaan ini akan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. • Anggota masyarakat memperoleh pendapatan tetap dan menggunakannya untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. • Situasi ini menjamin ketenteraman masyarakat dengan mengurangkan kes jenayah seperti kecurian, rompakan, ragut dan pecah rumah. 58

Ekonomi dan Kerajaan Elemen Merentas Kurikulum Tahap Keamanan Malaysia Meningkat, Berada di Tangga ke-29 Malaysia menduduki tempat ke-29 daripada 163 negara yang disenaraikan dalam Indeks Keamanan Global (GPI) pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas yang berada di tangga ke-30. “Walaupun hanya memperbaiki satu anak tangga dalam kaji selidik terbitan Institute of Economics and Peace (IEP) yang bertujuan mengukur keamanan di peringkat global, pencapaian itu mampu meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. “Kekurangan berlakunya kes-kes jenayah mahupun keganasan yang boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian dalam kalangan masyarakat menunjukkan ekonomi negara kita berada dalam keadaan yang stabil,” katanya. Majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang 2017 telah dirasmikan oleh beliau. Anggota Parlimen Jerantut serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional turut hadir majlis pelancaran tersebut. Beliau berkata bahawa kestabilan negara kita adalah disebabkan oleh sikap masyarakat yang amat mementingkan kedamaian negara dan berusaha untuk mengelakkan sebarang kekacauan dari luar. Beliau juga berkata bahawa masyarakat negara kita lebih suka hidup dalam suasana harmoni, saling hormat- menghormati dan berusaha sama dalam membangunkan ekonomi negara. Beliau berharap rakyat terus mengamalkan kehidupan yang harmoni di samping mengibarkan bendera Malaysia sebagai lambang taat setia kepada negara sempena bulan Kemerdekaan. Dipetik daripada: “Tangga ke-29 GPI, tahap keamanan negara meningkat”, Malaymail Online, 28 August 2017 Masyarakat Malaysia hidup aman dan damai walaupun terdiri daripada pelbagai kaum 59

Bab 1 Aktiviti 1.2.8 Kejutan minyak. Kejutan minyak Krisis kewangan Kejadian 11 Sept Kemelesetan dunia. Meningkat kedua. Meningkat Asia 1997/98 2001 di Amerika Bermula dengan daripada daripada US$15 (Bermula Syarikat. Pasaran krisis kewangan di US$15 per tong kepada di Thailand) eksport jatuh. Amerika Syarikat. 12 US$40 per tong 10 8 6 % Pertumbuhan 4 MALAYSIA 2 0 –2 –4 –6 1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010 2015 Sumber: World Bank Data, tahun 2015 Trend KDNK di Malaysia, 1971 – 2015 (a) Bentukkan kumpulan dan memilih salah satu titik masa yang Baca petikan asal di sini: ditandakan dalam rajah di atas. http://www.icu.gov.my/ pdf/artikel/krisis_eko_ (b) Baca petikan asal dan fahami kejadian yang berlaku pada msia.pdf titik masa yang dipilih. BM (c) Bentangkan dalam kelas tentang sebab KDNK negara mengalami kejatuhan yang serius. (d) Berdasarkan pengetahuan tentang faktor pertumbuhan ekonomi negara yang telah anda pelajari, cadangkan langkah-langkah yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Akibat pertumbuhan ekonomi terhadap negara: F (a) Penyediaan infrastruktur fizikal O K (b) Peningkatan taraf pendidikan penduduk U S (c) Peningkatan sifat keusahawanan (d) Kestabilan politik dan sosial. 60

Ekonomi dan Kerajaan 1.3 Alat Dasar Ekonomi Menjelaskan maksud dasar fiskal dan dasar kewangan. Mengklasifikasi dan menjelaskan jenis hasil kerajaan. Menganalisis kesan cukai regresif, progresif dan berkadar malar terhadap agihan pendapatan masyarakat. Menjelaskan jenis perbelanjaan kerajaan. Menganalisis kesan belanjawan defisit dan belanjawan lebihan terhadap ekonomi negara. Menjelaskan alat dasar kewangan yang digunakan oleh bank pusat untuk mengawal ekonomi. Menganalisis kesan penggunaan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan terhadap ekonomi. SEPINTAS LALU Alat dasar ekonomi merupakan instrumen yang digunakan oleh kerajaan bagi mencapai objektif makroekonomi negara. Dasar ekonomi boleh dibahagi kepada dasar berasaskan permintaan (demand-side policies) dan dasar berasaskan penawaran (supply-side policies). Dasar berasaskan permintaan digunakan untuk mempengaruhi permintaan agregat dalam ekonomi. Dasar berasaskan permintaan terdiri daripada dua jenis iaitu dasar fiskal dan dasar kewangan. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Macroeconomic policy instruments”, 15 Jun 2011, https://edecon.wordpress.com/2011/06/15/macroeconomic-policy-instruments/ Dasar fiskal dan dasar kewangan digunakan bersama dalam Malaysia untuk mengawal kestabilan ekonomi. Kombinasi antara dua dasar ini boleh melahirkan kesan yang berbeza bagi mencapai matlamat objektif makroekonomi negara yang Abad diingini. ke-21 Kementerian Kewangan Malaysia berperanan dalam memastikan dasar kewangan dan belanjawan negara dapat membangunkan ekonomi negara 61

Bab 1 Kios INFO 1.3.1 Dasar Fiskal Kerajaan menggunakan alat dasar ekonomi untuk mengawal aktiviti ekonomi dalam negara bagi menjamin kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Antara alat dasar ekonomi yang digunakan ialah dasar fiskal. Dalam menjalankan Dasar fiskal ialah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan dasar fiskal, kedua-dua melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan agar alat dasar fiskal iaitu keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai. cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh digunakan Tujuan kerajaan melaksanakan dasar fiskal adalah untuk secara bersendirian atau mencapai keadaan ekonomi yang stabil tanpa inflasi dan masalah bergabungan seperti yang pengangguran. Selain itu, kerajaan ingin mencapai pengagihan berikut: pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang (a) Mengubah cukai pendapatan antara golongan kaya dengan miskin. (b) Mengubah Kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh diubah untuk perbelanjaan kerajaan mempengaruhi tingkat permintaan agregat dalam ekonomi. (c) Mengubah cukai dan Keputusan kerajaan untuk menambah atau mengurangkan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah berdasarkan perbelanjaan kerajaan masalah ekonomi semasa yang perlu diselesaikan. secara serentak Kedua-dua alat dasar fiskal iaitu cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh digabungkan untuk menghasilkan dasar fiskal yang berbeza seperti yang berikut: Dasar fiskal mengembang Dasar fiskal menguncup ASPEK DASAR FISKAL DASAR FISKAL Masalah ekonomi MENGEMBANG MENGUNCUP Tujuan Pengangguran Inflasi Kadar cukai Perbelanjaan kerajaan Meningkatkan Mengurangkan permintaan agregat permintaan agregat Menurunkan kadar cukai Menaikkan kadar cukai Meningkatkan Mengurangkan perbelanjaan kerajaan perbelanjaan kerajaan 62

Ekonomi dan Kerajaan Dasar Fiskal • Bertujuan mengurangkan Mengembang permintaan agregat melalui peningkatan kadar cukai dan • Bertujuan meningkatkan pengurangan perbelanjaan permintaan agregat melalui kerajaan. pengurangan kadar cukai dan pertambahan perbelanjaan • Digunakan semasa ekonomi kerajaan. mengalami inflasi. • Digunakan semasa ekonomi • Kadar cukai dinaikkan supaya mengalami kemelesetan dan pendapatan boleh guna menghadapi masalah pengguna menurun. pengangguran. • Kuasa beli dan permintaan • Kadar cukai diturunkan pengguna menurun dan supaya pendapatan boleh seterusnya perbelanjaan guna pengguna bertambah. agregat juga menurun. • Kuasa beli dan permintaan • Perbelanjaan kerajaan pengguna meningkat dan dikurangkan supaya seterusnya perbelanjaan perbelanjaan dan permintaan agregat juga meningkat. agregat dapat dikurangkan. • Perbelanjaan kerajaan • Kejatuhan permintaan ditingkatkan supaya agregat dalam negara akan perbelanjaan dan permintaan memperlahankan agregat dapat dinaikkan. pertumbuhan ekonomi dan menurunkan kuasa beli • Permintaan agregat yang pengguna. meningkat akan menggalakkan pengeluar • Tingkat harga umum di untuk menambah pasaran menurun dan kadar pengeluaran. inflasi semakin menurun. • Lebih ramai buruh diperlukan Dasar Fiskal dalam aktiviti ekonomi untuk Menguncup menambahkan pengeluaran. • Masalah pengangguran dikurangkan. Rajah 1.17 Dasar fiskal mengembang dan menguncup 63

Bab 1 Aktiviti 1.3.1 Aktiviti Kami Cari Awak Dapat (KCAD) (a) Ketua kelas memilih lapan orang murid yang terbaik dalam kalangan murid kelas untuk dijadikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). (b) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi seramai empat orang dalam satu kumpulan. (c) Satu kumpulan diberikan nama Mengembang (Dasar Fiskal Mengembang) dan kumpulan yang satu lagi diberikan nama Menguncup (Dasar Fiskal Menguncup). (d) Kedua-dua kumpulan diminta mencari bahan atau maklumat tentang Dasar Fiskal. Kumpulan pertama akan mencari bahan tentang “Dasar Fiskal Mengembang” manakala kumpulan kedua mencari bahan tentang “Dasar Fiskal Menguncup” dalam belanjawan tersebut. Bahan atau sumber rujukan boleh diperoleh melalui Internet atau bahan rujukan lain seperti buku, akhbar, dan majalah. (e) Hasil pencarian perlu dipersembahkan dalam bentuk Microsoft PowerPoint dan dibentangkan kepada murid lain. (f) Guru berperanan sebagai pembimbing sahaja dan membetulkan murid jika ada kesilapan atau kekeliruan fakta yang ditunjukkan. (g) Akhirnya, kedua-dua kumpulan akan membuat rumusan tentang dasar fiskal bagi mengatasi masalah inflasi dan pengangguran. 1. Dasar fiskal ialah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan F perbelanjaan kerajaan agar keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai. O 2. Dasar fiskal mengembang digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran melalui K pengurangan kadar cukai dan peningkatan perbelanjaan kerajaan. U S 3. Dasar fiskal menguncup digunakan untuk mengatasi masalah inflasi melalui peningkatan kadar cukai dan pengurangan perbelanjaan kerajaan. 64

1.3.2 Hasil Kerajaan Ekonomi dan Kerajaan Hasil kerajaan merupakan semua jenis pendapatan yang Cabar Diri Anda diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan perkhidmatan. Hasil kerajaan digunakan untuk membiayai Apakah aktiviti pengeluaran perbelanjaan kerajaan. barang dan perkhidmatan kerajaan yang boleh Secara amnya, sumber hasil kerajaan boleh dibahagikan kepada: menjanakan hasil kepada kerajaan sesebuah negara? HACSUILKAI CUBKUAKIHAANSIL SUMBER HASIL KERAJAAN Rajah 1.18 Sumber hasil kerajaan Rajah 1.19 menunjukkan anggaran hasil kerajaan yang diterima daripada sumber yang berbeza pada tahun 2016. Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2016 Hasil bukan Cukai langsung cukai 52% 21% Cukai tak langsung 27% Jumlah hasil = RM212 595 juta Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2016 Rajah 1.19 Anggaran hasil kerajaan persekutuan tahun 2016 Hasil Cukai Cukai merupakan bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikenakan oleh kerajaan. Semua hasil cukai yang dikutip adalah berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan terhadap harta atau pendapatan individu, perbadanan, syarikat, dan perkongsian seperti cukai pendapatan, duti kastam, dan sebagainya. Cukai kerajaan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: Cukai langsung Cukai tak langsung 65

Bab 1 Cukai Langsung • Cukai langsung merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. • Sumber hasil cukai langsung merupakan sumbangan terbesar hasil kerajaan. • Cukai ini wajib dikenakan atas individu dan firma yang memperoleh sejumlah pendapatan tertentu. Cukai pendapatan individu • Dikenakan atas setiap individu di Malaysia yang memperoleh pendapatan lebih daripada satu amaun yang tertentu dalam tempoh satu tahun • Dikenakan atas pelbagai bentuk pendapatan individu termasuk upah atau gaji, elaun, bonus, dividen atau faedah dan sewa • Tujuan kerajaan mengenakan cukai pendapatan individu ialah: (a) Sebagai sumber hasil kerajaan (b) Merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin (c) Sebagai alat kawalan kerajaan untuk mengatasi masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi Cukai pendapatan syarikat • Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh syarikat Cukai berhad Langsung • Kadar cukai pendapatan syarikat bagi tahun taksiran 2016 Beban cukai langsung adalah seperti berikut: tidak boleh dipindahkan (a) Syarikat dengan modal berbayar tidak 19 % kepada pihak lain melebihi RM2.5 juta 24 % (i) RM500 000 yang pertama (ii) Baki seterusnya (b) Syarikat dengan modal berbayar 24 % melebihi RM2.5 juta Kios INFO Jenis-jenis elaun Cukai pendapatan koperasi kakitangan awam yang dikecualikan cukai: • Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh oleh koperasi yang • Imbuhan Tetap beroperasi di Malaysia kecuali koperasi sekolah Perumahan • Cukai pendapatan koperasi merupakan sumbangan yang • Imbuhan Tetap Keraian terendah dalam jumlah hasil cukai langsung kerajaan • Bantuan Sara Hidup • Bantuan Khas Kewangan 66

Ekonomi dan Kerajaan Cukai pendapatan petroleum Setelah mempelajari pelbagai jenis hasil cukai dan hasil • Dikenakan atas semua syarikat petroleum yang bukan cukai kerajaan, anda menjalankan operasi di Malaysia boleh menguji kefahaman anda tentang topik ini melalui • Kadar cukai pendapatan petroleum pada tahun taksiran permainan mini di laman web 2016 ialah 38% yang berikut: http://bukutekskssm.my/ Ekonomi/Permainan1.html Cukai langsung yang lain Sila layari laman web yang berikut untuk (a) Cukai keuntungan hartanah mengetahui kadar • Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh daripada pendapatan individu yang penjualan sesuatu hartanah terkini. http://www.hasil. (b) Duti setem gov.my/bt_goindex. • Bayaran yang dikenakan berdasarkan nilai sesuatu php?bt_kump=5&bt_ harta apabila dokumen harta yang dipindah hak skum=1&bt_posi=2&bt_ milik disetemkan unit=5000&bt_sequ=11 • Contoh proses pindah milik yang dikenakan duti setem ialah pembelian hartanah dan pemohonan BM peminjam atau bantuan kewangan (c) Cukai tanah • Dikenakan atas pemilik tanah pertanian, tanah perusahaan, dan tanah bangunan • Bayaran cukai tanah adalah berbeza mengikut lokasi dan jenis tanah (d) Cukai pintu • Dikenakan atas pemilik rumah dengan tujuan untuk membiayai perbelanjaan penyediaan prasarana dan perkhidmatan awam oleh kerajaan tempatan 67

Bab 1 Cukai Tak Langsung • Cukai tak langsung merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain. • Jenis cukai ini dikenakan atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak firma. • Pihak firma yang ingin mengekalkan margin keuntungan biasanya akan memindahkan sebahagian atau sepenuhnya beban cukai tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga jualan barang dan perkhidmatan. Duti eksais • Dikenakan atas barang seperti rokok, tembakau, minuman keras dan kenderaan bermotor yang dikeluarkan dalam negara untuk dijual di pasaran tempatan • Tujuan kerajaan mengenakan duti eksais ialah: (a) Sebagai hasil kerajaan (b) Menyekat penggunaan orang ramai terhadap barang tertentu seperti rokok dan minuman keras yang membahayakan kesihatan Duti import Cukai Tak • Dikenakan atas barang penggunaan yang diimport dari luar Langsung negara seperti buah-buahan, rokok, minuman keras dan barang-barang mewah Beban cukai tak langsung boleh dipindah • Tujuan kerajaan mengenakan duti import ialah: (a) Sebagai sumber hasil kerajaan kepada pihak lain (b) Melindungi industri tempatan kerana pengenaan duti import menyebabkan harga barang import naik dan menjadi kurang berdaya saing berbanding dengan barang tempatan (c) Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kerana perkembangan industri tempatan (d) Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran negara (e) Mengatasi masalah lambakan dalam perdagangan antarabangsa iaitu menjual barang dengan harga yang sangat murah di pasaran luar negara berbanding dengan harga di negara asalnya 68

Ekonomi dan Kerajaan Duti eksport Kios INFO • Dikenakan atas komoditi utama seperti petroleum, kelapa Pengenalan GST pada sawit, kayu balak dan getah yang dieksport ke luar negara 1 April 2015 telah menggantikan cukai • Tujuan kerajaan mengenakan duti eksport ialah: jualan dan perkhidmatan. (a) Sebagai hasil kerajaan Sebelum ini, cukai jualan (b) Menyekat eksport barang komoditi mentah yang tidak (berkadar 10%) dikenakan diproses secara berlebihan dan menggalakkan atas barang ketika pengeluar memproses barang komoditi kepada barang diimport atau di peringkat siap atau separuh siap sebelum dieksport ke luar negara perkilangan. Cukai (c) Memajukan industri yang berasaskan sumber tempatan perkhidmatan (berkadar kerana bahan mentah diproses dalam negara 6%) pula dikenakan atas perkhidmatan tertentu Cukai barang dan perkhidmatan (GST) termasuk perkhidmatan profesional, hotel, dan • Cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan restoran. cukai yang dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan yang mula berkuat kuasa pada Sumber: Jabatan Kastam 1 April 2015. Diraja Malaysia, tahun 2015 • GST merupakan cukai penggunaan yang berasaskan Cabar Diri Anda konsep nilai ditambah. Di Malaysia, bukan • Golongan berpendapatan tinggi yang menggunakan semua penduduk lebih banyak barangan akan membayar lebih banyak membayar cukai cukai manakala golongan berpendapatan rendah yang pendapatan walaupun menggunakan sedikit barangan yang diperlukan terdapat 31.7 juta sahaja membayar cukai yang rendah penduduk. • Kadar GST pada tahun 2016 adalah 6% Sumber: Utusan Online, 2016 Cukai perjudian Pada pendapat anda, • Dikenakan atas firma yang menjalankan operasi mengapakah sistem GST perjudian berlesen di Malaysia dikatakan sebagai sistem cukai yang lebih telus dan Levi adil? • Dikenakan atas majikan bagi membawa masuk barang dan perkhidmatan ke dalam negara. • Cukai ini biasa digunakan terhadap pekerja asing yang datang ke sesebuah negara. 69

Bab 1 Hasil Bukan Cukai Selain hasil pengutipan cukai, kerajaan menerima hasil daripada sumber pendapatan yang lain seperti: 1 Bayaran denda dan 2 Bayaran lesen dan penalti permit Cari gali petroleum di Malaysia 3 Faedah dan pulangan 4 Bayaran sewa, harta / dikenakan royalti petroleum oleh kerajaan Malaysia pelaburan kerajaan aset kerajaan Kios INFO Faedah dan pulangan 5 Dividen, royalti 6 Pemberian kerajaan pelaburan merupakan petroleum dan gas luar negara dan sumbangan terbesar dalam asli agensi antarabangsa hasil bukan cukai. Kerajaan Malaysia menerima 7 Dividen daripada pulangan daripada pelaburan dalam sektor saham dan GLC yang berikut: (a) Perusahaan kewangan Jadual yang berikut menunjukkan hasil bukan cukai yang (b) Perusahaan bukan diterima oleh kerajaan Malaysia dari tahun 2013 ke tahun 2016. kewangan (c) Pelaburan luar negeri (d) Pelaburan dalam negeri Dipetik dan diubah suai daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Kewangan Sektor Awam, tahun 2015 Jadual 1.5 Hasil bukan cukai yang diterima oleh kerajaan Malaysia bagi tahun 2013 hingga 2016 Sumber 2013 2014 2015 2016 Sebenar Sebenar Sebenar Anggaran (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta) Lesen & permit 13 418 14 254 12 540 11 843 Bayaran perkhidmatan 1 262 1 452 1 537 2 636 Perolehan daripada jualan barang 1 222 1 096 602 1 188 Sewaan 176 188 187 156 Faedah & pulangan pelaburan Denda & penalti 35 306 33 756 32 838 23 299 Lain-lain 1 078 1 117 1 285 1 346 1 988 2 036 2 478 2 226 Jumlah 54 450 53 899 51 467 42 694 Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013 – 2016 70

Ekonomi dan Kerajaan Aktiviti 1.3.2 Jadual di bawah menunjukkan hasil kerajaan persekutuan dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Hasil Kerajaan Persekutuan (Tahun 2013 – 2016) Sumber 2013 2014 2015 2016 Sebenar Sebenar Sebenar Anggaran (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta) Cukai langsung 120 523 126 743 111 770 110 500 Cukai pendapatan Individu 23 055 24 423 26 321 28 163 Syarikat 58 175 65 240 63 679 63 193 Petroleum 29 753 26 956 11 559 8 517 Koperasi dan lain-lain 2 317 2 377 2 426 2 565 Lain-lain 7 223 7 747 7 785 8 062 Cukai tidak langsung 35 429 37 462 53 670 56 601 Duti eksport 1 930 1 893 1 039 813 Duti import 2 524 2 670 2 732 2 736 Duti eksais 12 193 12 925 11 890 11 801 Cukai jualan 10 068 10 939 5 223 79 Cukai perkhidmatan 5 944 6 277 3 038 67 GST 27 012 38 500 Levi dan lain-lain – – 2 736 2 605 2 770 2 758 Hasil bukan cukai 51 467 42 694 54 450 53 899 Terimaan bukan hasil 1 590 1 667 1 290 1 887 Hasil daripada Wilayah 1 378 855 892 913 Persekutuan Jumlah hasil 213 370 220 626 219 089 212 595 Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013 – 2016 (a) Apakah jenis cukai yang menjadi sumber utama hasil kerajaan? (b) Senaraikan contoh hasil bukan cukai. (c) Terangkan arah aliran jumlah hasil kerajaan dari tahun 2013 hingga tahun 2016. 1. Hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai. 2. Cukai langsung merupakan cukai yang tidak boleh dipindah bebannya kepada pihak lain. 3. Cukai tidak langsung merupakan cukai yang boleh dipindah bebannya kepada pihak lain. F 4. Hasil bukan cukai terdiri daripada: O (a) Bayaran denda dan penalti K (b) Bayaran lesen dan permit U S (c) Faedah dan pulangan pelaburan kerajaan (d) Bayaran sewa, harta atau aset kerajaan (e) Dividen, royalti petroleum dan gas asli (f ) Pemberian kerajaan luar negara dan agensi antarabangsa (g) Dividen daripada saham dan GLC. 71

Bab 1 1.3.3 Kesan Cukai Progresif, Regresif dan Berkadar Malar atas Agihan Anda boleh menonton Pendapatan video berkaitan dengan ketidakseimbangan Hasil cukai merupakan sumber pendapatan utama kerajaan. agihan pendapatan Pengutipan cukai oleh kerajaan bertujuan untuk mentadbir melalui laman web di urus negara, membiayai projek pembangunan negara serta bawah: mengagih semula ketidakseimbangan agihan pendapatan dalam http://www.investopedia. kalangan masyarakat. com/video/play/income- inequality/ Agihan pendapatan merujuk kepada pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau kumpulan dalam ekonomi. ENG Golongan kaya yang berpendapatan tinggi akan mendapat Cabar Diri Anda barang dan perkhidmatan yang banyak dan berkualiti jika dibandingkan dengan golongan miskin yang berpendapatan 1. Nyatakan dua tujuan rendah. Golongan miskin hanya mampu memperoleh barang kerajaan melaksanakan dan perkhidmatan yang sedikit dan kurang berkualiti. sistem cukai. Jurang pendapatan yang besar dalam masyarakat boleh 2. Ramalkan keadaan dalam memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negara sekiranya jurang jangka panjang, guna tenaga dan menimbulkan konflik antara pendapatan dalam kelas sosial. masyarakat semakin besar. Dalam hal ini, kerajaan mengagihkan semula pendapatan dalam masyarakat dengan mengutip cukai daripada golongan kaya dan memberi bantuan kepada golongan miskin dengan cukai yang diperoleh. Namun begitu, hal ini tidak bermakna cukai hanya dikenakan kepada golongan kaya manakala golongan miskin dikecualikan daripada pengenaan cukai. Setiap rakyat haruslah membayar cukai kepada kerajaan. Oleh itu, kesan cukai atas anggota masyarakat adalah berbeza bergantung kepada kategori agihan pendapatan dan jenis cukai yang dikenakan. Cukai yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga bentuk berdasarkan kadar pengenaan cukai masing- masing iaitu: 1 Cukai progresif 2 Cukai regresif 3 Cukai berkadar malar 72

Ekonomi dan Kerajaan Cukai Progresif Cukai progresif ialah bentuk cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila pendapatan bertambah. Jenis cukai ini dikenakan berdasarkan agihan pendapatan Cukai progresif individu. Apabila pendapatan seseorang individu meningkat, Anda boleh menonton kadar cukai yang dikenakan terhadapnya adalah lebih tinggi. video di bawah untuk Oleh itu, golongan berpendapatan tinggi akan membayar mengetahui lebih lanjut jumlah cukai yang lebih tinggi dan sebaliknya golongan tentang cukai progresif. berpendapatan rendah akan membayar jumlah cukai yang http://www.investopedia. lebih rendah. com/video/play/ progressive-tax/ Contoh cukai progresif ialah cukai pendapatan individu. Pendapatan individu dikenakan kadar cukai yang berbeza ENG berdasarkan tingkat pendapatan boleh cukai masing-masing. Kadar cukai yang dikenakan adalah berdasarkan banjaran pendapatan individu yang dikelaskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sebagai contoh, individu A menerima pendapatan boleh cukai sebanyak RM60 000 setahun manakala individu B memperoleh RM18 000 setahun. Berdasarkan kadar cukai pada tahun taksiran 2016, individu A dikenakan cukai sebanyak RM2 400 bagi RM50 000 pertama dan bakinya RM10 000 pada kadar 16%. Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu A ialah RM4 000. Individu B pula dikenakan cukai sebanyak RM50 bagi RM10 000 pertama dan bakinya RM8 000 pada kadar 1%. Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu B ialah RM130. Individu A Individu B RRMM RM Cukai pendapatan Cukai pendapatan individu individu RM4 000 RM130 Pendapatan Kadar cukai Kadar cukai Pendapatan boleh cukai boleh cukai 16% 1% RM60 000 RM18 000 73

Bab 1 Cukai Regresif Cukai regresif Cukai regresif ialah bentuk cukai yang kadarnya semakin Anda boleh menonton menurun apabila pendapatan bertambah. video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut Cukai regresif merupakan konsep yang terbalik bagi cukai tentang cukai regresif. progresif. Bentuk cukai ini memberi beban yang lebih besar http://www.investopedia. atas golongan berpendapatan rendah berbanding dengan com/video/play/ golongan berpendapatan tinggi. regressive-tax/ Contoh bagi cukai regresif ialah cukai barang dan perkhidmatan ENG (GST). Kerajaan mengenakan kadar cukai yang sama bagi semua pengguna. Walaupun kadar cukai adalah tetap, namun golongan berpendapatan rendah menerima kesan yang lebih besar. Sebagai contoh, bayangkan dua orang individu yang membeli RM300 barang keperluan harian setiap bulan dan kadar GST adalah 6%. Setiap individu dikehendaki membayar cukai sebanyak RM18 atas pembelian barang. Sekiranya individu A memperoleh pendapatan sebanyak RM5 000 sebulan, cukai yang dikenakan atasnya hanya 0.36% daripada pendapatannya. Sebaliknya, individu B memperoleh pendapatan sebanyak RM1 500. Cukai yang dikenakan atasnya adalah 1.2% daripada pendapatannya. Individu A Andaikan kedua-dua individu membeli barang yang sama Individu B RM RM RM Cukai barang dan Cukai barang dan perkhidmatan perkhidmatan (GST) (GST) RM18 RM18 Pendapatan 0.36% Nisbah cukai 1.2% Pendapatan boleh cukai berbanding boleh cukai pendapatan RM5 000 RM1 500 74

Ekonomi dan Kerajaan Cukai Berkadar Malar Cukai berkadar malar ialah bentuk cukai yang kadarnya tetap Cabar Diri Anda walaupun pendapatan berubah. Setelah mempelajari Cukai berkadar malar menetapkan kadar cukai yang sama ketiga-tiga bentuk cukai, bagi semua pembayar cukai tanpa mengambil kira jumlah jenis cukai yang manakah pendapatan syarikat. boleh membantu kerajaan menyelesaikan masalah Contoh bagi cukai berkadar malar ialah cukai pendapatan jurang pendapatan syarikat. Firma dikenakan cukai pada kadar yang sama tanpa masyarakat? mengira pendapatan yang diperoleh pada tahun tersebut. Sebagai contoh, terdapat dua firma dengan modal berbayar sebanyak RM3 juta. Firma A memperoleh untung sebanyak RM70 000 kerana produknya mendapat sambutan hangat dalam pasaran. Sebaliknya, Firma B hanya memperoleh untung sebanyak RM8 000 kerana kurang aktif dalam perniagaan. Kedua-dua firma dikenakan cukai pendapatan syarikat pada kadar 24% walaupun memperoleh tingkat pendapatan yang berbeza. FIRMA A FIRMA B Cukai pendapatan Cukai pendapatan syarikat syarikat RM16 800 RM1 920 Keuntungan Kadar cukai Kadar cukai Keuntungan RM70 000 24% 24% RM8 000 75

Bab 1 Aktiviti 1.3.3 Rejim Percukaian Baharu Kerajaan – GST Di negara kita sendiri, cadangan GST (Goods and Services Tax) ini sudah lama dibuat tetapi hanya mulai dikuat kuasa pada 1 April 2015 disebabkan kerajaan memerlukan masa untuk mengkaji kesannya terhadap pembayar cukai dan pengguna. Yang pasti adalah tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa-apa juga cukai jika tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.  GST ialah sejenis cukai bagi barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna yang mengandungi elemen cukai. Sebab itulah GST juga dikenal sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sedia ada. GST menggantikan cukai jualan yang dikenakan atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan dan cukai perkhidmatan yang dikenakan atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.  Sumber: Malaysian Review, tahun 2017 Berdasarkan maklumat di atas, (a) Anda diminta untuk mencari maklumat tambahan tentang GST untuk dibincangkan dalam kelas dengan melayari laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia atau sumber-sumber lain. Maklumat yang perlu dibincang adalah: (i) Tujuan GST diperkenalkan oleh kerajaan. (ii) Jenis cukai lama yang dimasukkan dalam senarai GST. (iii) Negara-negara lain yang telah melaksanakan GST. (iv) Kadar yang dikenakan oleh negara-negara tersebut. (v) Perbandingan kadar GST antara negara kita dengan negara lain yang melaksanakannya. (b) Beri pendapat anda tentang kebaikan GST kepada negara. Anda boleh mendapatkan 1. Sistem cukai mengagihkan semula agihan pendapatan maklumat di laman web dalam kalangan masyarakat dan merapatkan jurang ini: pendapatan. http://gst.customs. gov.my/en/cp/ 2. Bentuk cukai yang berbeza memberi kesan yang berlainan SiteAssets/106%20 atas agihan pendapatan seperti yang berikut: Questions%20 Response%20by%20 F Bentuk cukai Golongan Golongan Customs.pdf O berpendapatan berpendapatan K tinggi BM U rendah S Cukai progresif Kadar cukai tinggi Kadar cukai rendah Cukai regresif Kadar cukai rendah Kadar cukai tinggi Bentuk cukai Syarikat mendapat Syarikat mendapat keuntungan tinggi keuntungan rendah Cukai berkadar Kadar cukai tetap Kadar cukai tetap malar 76

Ekonomi dan Kerajaan 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan Kios INFO Dengan sumber hasil cukai dan hasil bukan cukai, kerajaan Anggaran perbelanjaan akan membuat perancangan yang rapi bagi memperuntukkan kerajaan persekutuan hasil tersebut dalam perbelanjaan kerajaan. Malaysia pada tahun 2017 Secara amnya, perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada Jumlah perbelanjaan dua jenis utama iaitu: RM 262 800 juta Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan 82% 18% Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan boleh Perbelanjaan mengurus dikelaskan berdasarkan ciri-ciri yang berikut: Perbelanjaan pembangunan Perbelanjaan Perbelanjaan mengurus pembangunan Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2017 Perbelanjaan Perbelanjaan Universiti Malaya merupakan semasa kerajaan pelaburan kerajaan salah satu universiti yang yang berulang dimiliki oleh kerajaan pada setiap tahun atas projek pembangunan sosial Cabar Diri Anda Membolehkan pengurusan dan ekonomi negara Dengan menggunakan contoh, jelaskan perbezaan pentadbiran Meningkatkan antara perbelanjaan harian kerajaan pembentukan mengurus dengan modal negara perbelanjaan pembangunan. beroperasi dengan lancar Contohnya, perbelanjaan sektor Contohnya, perkhidmatan ekonomi, bayaran emolumen, sosial, keselamatan dan pentadbiran am bayaran khidmat hutang negara, pencen dan ganjaran, serta bekalan dan perkhidmatan 77

Bab 1 Perbelanjaan Mengurus Bayaran emolumen merupakan Perbelanjaan mengurus kerajaan merujuk kepada perbelanjaan perbelanjaan mengurus yang semasa kerajaan yang berulang-ulang pada setiap tahun untuk membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian kerajaan terbesar beroperasi dengan lancar dan berkesan. Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara meningkat atau merosot, perbelanjaan mengurus kerajaan yang diperlukan adalah masih tetap diperuntukkan. Berikut adalah pelbagai perbelanjaan mengurus: Emolumen • Bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan • Merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan yang terbesar Bayaran khidmat • Bayaran balik pokok dan faedah secara ansuran bagi menjelaskan hutang hutang dalam atau luar negara Bekalan dan • Perbelanjaan atas penyelenggaraan dan pembaikan harta, pembelian perkhidmatan bekalan dan bahan untuk kegunaan jabatan kerajaan serta perbelanjaan keraian pengawai kerajaan • Bertujuan untuk mengekalkan mutu perkhidmatan dan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan Pencen dan • Pencen merupakan bayaran bulanan kepada pegawai kerajaan yang telah ganjaran bersara • Ganjaran merupakan bayaran sekali sahaja kepada kakitangan kerajaan ketika bersara Pemberian dan • Jumlah pemberian kepada setiap kerajaan negeri adalah berasaskan serahan kepada kepada bilangan penduduk dalam negeri kerajaan negeri • Sebahagian besar pemberian ini digunakan untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya Pemberian • Bayaran kerajaan kepada pengeluar untuk menurunkan harga barang dan subsidi perkhidmatan dalam pasaran • Kerajaan juga memberi subsidi kepada sesetengah industri dalam bentuk pemberian diskaun untuk penggunaan elektrik Biasiswa, • Biasiswa, dermasiswa dan bantuan kerajaan adalah pemberian wang dermasiswa dan kepada murid-murid di sekolah dan pelajar universiti di dalam dan luar bantuan kerajaan negara 78

Ekonomi dan Kerajaan Rajah di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diagih mengikut objek- objek am bagi tahun 2016. Perkhidmatan dan Aset bekalan 0.4% 16.9% (RM761 juta) (RM36 315 juta) Emolumen 32.7% (RM70 466 juta) Pemberian dan kenaan bayaran tetap 49.5% (RM106 648 juta) Perbelanjaan- perbelanjaan lain 0.5% (RM1 034 juta) Jumlah perbelanjaan mengurus = RM215 224 juta Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2016 Rajah 1.20  Anggaran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan Malaysia tahun 2016 KiKoisoKsiKoisoKsiIoKNsIKiFNoiOKsFoINiOsIoKFNsOiFIoKNOsKiFIoNiKOsIoNFisoIOKFNsOiFoIKNOsKiFoIiNKOsoINiFsoIKOFNsiOFoIKNOsKiKoFIiNisOoIoKNFssIiONFoKOFsKIKiNoOiiosFoKIsNOsiIIoNFKNsOFKiFIoONOisoKFIsNiIOIoNNFsFOIFNOOFINOINFOIFNOFO Sebanyak 6 320 769 permohonan diluluskan bagi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 bilion. Penerima BR1M termasuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3 000 dan ke bawah, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3 000 hingga RM4 000 serta individu berpendapatan bulanan RM2 000 dan ke bawah. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “6.3 juta Permohonan BR1M 2017 diluluskan”, Sinar Online, tahun 2016. 79

Bab 1 Kios INFO Perbelanjaan Pembangunan Kebiasaannya, kerajaan Perbelanjaan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan akan mengubah tingkat pelaburan kerajaan dalam projek-projek pembangunan ekonomi perbelanjaan pembangunan negara. mengikut keadaan ekonomi negara. Apabila Perbelanjaan pembangunan adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi mengalami pembentukan modal negara, guna tenaga dan pendapatan kemelesetan, kerajaan akan negara. Perbelanjaan pembangunan kerajaan juga bermatlamat menambahkan jumlah untuk meningkatkan taraf hidup dan tingkat kebajikan rakyat perbelanjaan pembangunan pada masa depan dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan dan infrastruktur kepada rakyat. pertumbuhan ekonomi negara. Berikut adalah perbelanjaan pembangunan mengikut sektor. Sektor perkhidmatan ekonomi • Perbelanjaan untuk menyediakan prasarana dan kemudahan awam bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dan pendapatan negara • Subsektornya terdiri daripada: (a) Pertanian dan pembangunan luar bandar (b) Kemudahan awam (c) Perdagangan dan perindustrian (d) Pengangkutan (e) Perhubungan Sektor perkhidmatan sosial • Perbelanjaan untuk membina bangunan sekolah, rumah dan hospital serta pembangunan sumber manusia • Subsektornya terdiri daripada: (a) Pendidikan dan latihan (b) Kesihatan (c) Perumahan 80

Ekonomi dan Kerajaan Sektor keselamatan • Perbelanjaan untuk membeli peralatan pertahanan, kem tentera dan membina bangunan balai polis • Subsektornya terdiri daripada: (a) Pertahanan (b) Keselamatan dalam negeri Sektor pentadbiran am • Perbelanjaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam seperti pembinaan insfrastruktur ICT, pengembangan ruang pejabat dan bayaran kelengkapan pejabat Aktiviti 1.3.4 (a) Anda diminta membentuk satu kumpulan untuk mencari maklumat tentang Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2015 hingga tahun 2016 melalui laman web Kementerian Kewangan Malaysia. (b) Kumpulan anda perlu mengira sumbangan setiap butiran dalam perbelanjaan tersebut dan menghuraikan arah aliran perbelanjaan mengurus tersebut. (c) Semua hasil kerja kumpulan anda perlu dipersembahkan dalam bentuk Microsoft PowerPoint dan dibentangkan dalam kelas. 1. Perbelanjaan kerajaan terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. F 2. Perbelanjaan mengurus kerajaan merujuk kepada perbelanjaan semasa kerajaan yang O K berulang-ulang pada setiap tahun untuk membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian U kerajaan beroperasi dengan lancar dan berkesan. S 3. Perbelanjaan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam projek- projek pembangunan ekonomi negara. 81

Bab 1 Kios INFO 1.3.5 Belanjawan Negara Dasar fiskal yang Kerajaan membuat perancangan yang rapi dalam peruntukan mengawal ekonomi dengan hasil pendapatan negara supaya setiap perbelanjaan yang cukai (hasil kerajaan) dan dibuat memberikan kebajikan yang maksimum kepada rakyat. perbelanjaan kerajaan Belanjawan negara merupakan salah satu alat kawalan yang boleh dilaksanakan melalui boleh membantu perancangan kewangan negara. belanjawan negara. Belanjawan negara ialah suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan untuk tahun kewangan akan datang. Dalam kata lain, belanjawan negara merupakan anggaran pendapatan yang akan diterima dibandingkan dengan segala perbelanjaan yang akan dibuat pada masa depan. Antara tujuan belanjawan negara disediakan adalah seperti yang berikut: 1 2 3 4 Memastikan Mempengaruhi Mencapai Mencapai peruntukan dikawal aktiviti ekonomi pembangunan kestabilan agar jumlah untuk mencapai dan kadar ekonomi dengan perbelanjaan tidak matlamat pertumbuhan mengawal melebihi jumlah ekonomi yang ekonomi yang kadar inflasi dan hasil negara diingini mampan pengangguran Belanjawan negara akan dibentangkan dalam Parlimen untuk kelulusan peruntukan sumber dalam sektor ekonomi negara 82

Ekonomi dan Kerajaan Perbelanjaan dalam belanjawan negara termasuklah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang dibayar oleh kerajaan. Pendapatan pula merujuk kepada hasil cukai dan hasil bukan cukai yang diterima oleh kerajaan. Belanjawan negara boleh dibahagikan kepada tiga jenis: Hasil kerajaan Perbelanjaan Hasil kerajaan Perbelanjaan Perbelanjaan kerajaan kerajaan Hasil kerajaan kerajaan Belanjawan lebihan Belanjawan defisit Belanjawan seimbang Belanjawan Seimbang Anda boleh membaca penjelasan mudah Belanjawan seimbang merujuk kepada keadaan jumlah hasil tentang Bajet atau kerajaan adalah bersamaan dengan jumlah perbelanjaan Belanjawan Negara kerajaan. daripada pakar ekonomi melalui laman web yang • Jenis belanjawan ini dilaksanakan untuk mengukuhkan berikut: kedudukan kewangan sektor awam dan kestabilan ekonomi http://www.astroawani. apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh. com/berita-bajet2015/ bajet-menurut-perspektif- • Kerajaan mewujudkan belanjawan seimbang dengan pakar-ekonomi-45681 memastikan semua perbelanjaan kerajaan menggunakan hasil yang diperoleh sepenuhnya. BM • Oleh itu, tiada baki hasil yang tertinggal dan tiada 83 perbelanjaan yang dibayar dengan hutang. • Belanjawan seimbang mengekalkan keadaan yang stabil dalam ekonomi.

Bab 1 Belanjawan Defisit Belanjawan defisit berlaku apabila jumlah hasil kerajaan kurang daripada jumlah perbelanjaan kerajaan. Cabar Diri Anda • Jenis belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi masalah pengangguran atau kemelesetan Bagaimanakah pelaksanaan ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan kerajaan, belanjawan defisit dapat pengurangan cukai atau kedua-duanya secara serentak. mencapai matlamat ekonomi? • Kerajaan mewujudkan belanjawan defisit dengan menambahkan perbelanjaan mengurus serta perbelanjaan pembangunan kerajaan. • Tindakan kerajaan ini akan mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menambahkan pendapatan individu serta negara. • Kesannya, kuasa beli masyarakat meningkat dan keadaan kemelesetan dapat dipulihkan. • Pada masa yang sama, kerajaan akan menurunkan kadar cukai. • Kesannya, pendapatan boleh guna dan kuasa beli masyarakat akan meningkat. • Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam pasaran turut meningkat dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi sehingga keadaan kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan. Menambah Pertumbuhan Peluang Kadar perbelanjaan aktiviti ekonomi pekerjaan pengangguran bertambah kerajaan berkembang menurun Belanjawan defisit Kemelesetan ekonomi dipulihkan Menurunkan Pendapatan Kuasa beli Pertumbuhan kadar cukai boleh guna masyarakat aktiviti ekonomi meningkat meningkat Rajah 1.21  Cara belanjawan defisit mengatasi kemelesetan ekonomi 84

Ekonomi dan Kerajaan Belanjawan Lebihan Belanjawan lebihan berlaku apabila jumlah hasil kerajaan lebih daripada jumlah perbelanjaan kerajaan. • Jenis belanjawan ini dilaksanakan semasa ekonomi Cabar Diri Anda menghadapi masalah inflasi melalui peningkatan cukai, pengurangan perbelanjaan kerajaan atau kedua-duanya Bagaimanakah kerajaan secara serentak. menggunakan cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk • Kerajaan mewujudkan belanjawan lebihan dengan melaksanakan belanjawan mengurangkan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan lebihan bagi mencapai pembangunan kerajaan. matlamat ekonomi? • Tindakan kerajaan ini akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan tingkat harga barang umum akan menurun. • Kesannya, keadaan inflasi dapat dikawal dan kos sara hidup masyarakat telah menurun. • Pada masa yang sama, kerajaan akan menaikkan kadar cukai. • Kesannya, pendapatan boleh guna pengguna akan berkurang dan kuasa beli pengguna akan menurun. • Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam pasaran turut menurun dan masalah inflasi akibat permintaan yang berlebihan dalam ekonomi dapat distabilkan. Tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan dalam pasaran juga akan menurun. Mengurangkan Pertumbuhan Pendapatan Permintaan Harga perbelanjaan aktiviti menurun barang turun kerajaan ekonomi menurun perlahan Belanjawan lebihan Kadar inflasi menurun Menaikkan Pendapatan Kuasa beli Permintaan Harga kadar cukai boleh guna masyarakat barang turun menurun menurun menurun 85 Rajah 1.22  Cara belanjawan lebihan mengatasi inflasi

Bab 1 Aktiviti 1.3.5 Berikut merupakan sebahagian daripada temu bual antara wartawan dengan Timbalan Menteri Kewangan II pada 18 Januari 2016. Wartawan: Ekonomi negara tahun ini dijangka tidak banyak berubah, malah lebih mencabar berbanding tahun 2015. Adakah keadaan ini menjadi faktor kerajaan terpaksa berbelanja secara berhemat termasuk pengubahsuaian semula Bajet 2016? Timbalan Menteri: Kerajaan terpaksa berbelanja secara berhemat pada tahun 2016 kerana Kewangan II ekonomi negara dijangka berada dalam keadaan yang lebih mencabar berbanding tahun 2015. Perbelanjaan berhemat perlu dibuat bagi memastikan kerajaan mengawal kadar defisit negara kita kepada 3.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika kita tidak mengawal perbelanjaan kerajaan, maka defisit negara akan bertambah besar dan juga akan menurunkan atau menjejaskan penarafan negara kita oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody, Standard & Poor dan Fitch. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Kawal perbelanjaan negara elak defisit naik”, 18 Januari 2016, http://www.bharian.com.my/node/115487 (a) Cari maklumat dalam Internet dan kenal pasti faktor yang Kios INFO menyebabkan keadaan ekonomi bertambah mencabar pada tahun 2016. Pendapatan kerajaan bersamaan dengan hasil (b) Apakah kesan kepada negara sekiranya mencatat defisit kerajaan. tinggi sehingga menjejaskan penarafan negara? 1. Belanjawan negara ialah perancangan kerajaan yang meliputi jumlah hasil yang diperoleh dan jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan dalam satu tempoh tertentu biasanya untuk setahun. F 2. Tiga jenis belanjawan negara adalah seperti berikut: O (a) Belanjawan seimbang (Hasil kerajaan = Perbelanjaan kerajaan) K (b) Belanjawan defisit (Hasil kerajaan < Perbelanjaan kerajaan) U (c) Belanjawan lebihan (Hasil kerajaan > Perbelanjaan kerajaan) S 3. Belanjawan defisit digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran atau kemelesetan ekonomi. 4. Belanjawan lebihan digunakan untuk mengatasi masalah inflasi. 86

Ekonomi dan Kerajaan 1.3.6 Dasar Kewangan Selain dasar fiskal yang telah diperkenalkan, satu lagi dasar yang sering digunakan oleh kerajaan sebagai alat dasar ekonomi ialah dasar kewangan. Dasar kewangan ialah cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan bekalan wang dan kadar bunga supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang stabil. Dasar kewangan dilaksanakan oleh bank pusat iaitu Bank Kios INFO Negara Malaysia. Dasar kewangan yang berbeza digunakan bergantung kepada masalah ekonomi yang ingin diatasi. Dasar Salah satu fungsi bank kewangan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: pusat adalah untuk mengawal kestabilan Dasar kewangan Dasar kewangan ekonomi negara. Bank mengembang menguncup pusat menjalankan fungsi ini dengan melaksanakan dasar kewangan. Dasar kewangan mengembang Dasar kewangan menguncup Dasar kewangan Matlamat Menambah bekalan wang dalam Mengurangkan bekalan wang dalam dasar ekonomi ekonomi Masalah Pengangguran atau kemelesetan Inflasi ekonomi ekonomi yang diatasi • Menaikkan nisbah rizab berkanun Cara • Menurunkan nisbah rizab pelaksanaan berkanun • Menaikkan nisbah rizab tunai • Menjual surat jaminan kerajaan • Menurunkan nisbah rizab tunai • Mengetatkan syarat sewa beli • Membeli surat jaminan kerajaan • Menaikkan kadar faedah • Melonggarkan syarat sewa beli • Menurunkan kadar faedah 87

Bab 1 • Bermatlamat untuk mengurangkan bekalan wang Dasar dalam ekonomi Kewangan Mengembang • Digunakan untuk mengatasi masalah inflasi dalam • Bermatlamat untuk ekonomi menambahkan bekalan wang dalam ekonomi • Apabila penawaran wang dalam ekonomi berkurang, • Digunakan untuk mengatasi aktiviti pelaburan dalam masalah pengangguran atau ekonomi akan berkurang kemelesetan ekonomi • Aktiviti pengeluaran barang • Apabila penawaran wang dan perkhidmatan akan turut dalam ekonomi meningkat, berkurang aktiviti pelaburan dalam ekonomi akan bertambah • Pertumbuhan ekonomi yang perlahan menyebabkan firma • Aktiviti pengeluaran barang terpaksa mengurangkan dan perkhidmatan akan turut bilangan pekerja bertambah • Pendapatan pengguna • Firma memerlukan lebih menurun banyak buruh untuk mengisi kekosongan dalam aktiviti • Kuasa beli pengguna pengeluaran menurun dan permintaan agregat dalam pasaran juga • Kadar pengangguran dalam menurun ekonomi menurun dan pendapatan masyarakat • Tingkat harga umum turun meningkat • Inflasi dapat diatasi • Kuasa beli pengguna akan Dasar meningkat dan permintaan Kewangan agregat dalam pasaran juga Menguncup meningkat • Kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan Rajah 1.23  Dasar kewangan mengembang dan menguncup 88

Ekonomi dan Kerajaan Aktiviti 1.3.6 Kaji kedua-dua situasi yang berikut dan jawab soalan yang berikut. Situasi 1 Situasi 2 Tahun 2012 Tahun 2016 RM3.00 RM3.70 (a) Jelaskan keadaan ekonomi yang berlaku dalam Situasi 1 dan Situasi 2. (b) Nyatakan dasar kewangan yang dapat menyelesaikan keadaan ekonomi dalam Situasi 1 dan Situasi 2. (c) Jelaskan cara kerajaan mengatasi keadaan ekonomi di (a) melalui dasar kewangan. 1. Dasar kewangan ialah cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan F bekalan wang dan kadar faedah supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan O yang stabil. K U 2. Dasar kewangan boleh dibahagi kepada dua jenis: S (a) Dasar kewangan mengembang: Menambah bekalan wang dalam ekonomi (b) Dasar kewangan menguncup: Mengurang bekalan wang dalam ekonomi. 1.3.7 Alat Dasar Kewangan Cabar Diri Anda Bank pusat menggunakan alat dasar kewangan untuk mengawal Apakah alat dasar kewangan ekonomi dengan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. yang boleh digunakan oleh bank pusat untuk mengawal Antara alat dasar kewangan yang digunakan adalah seperti kestabilan ekonomi dalam yang berikut: negara? 1 Nisbah rizab berkanun 2 Nisbah rizab tunai 3 Syarat sewa beli 4 Surat jaminan kerajaan 5 Kadar faedah 89


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook