Bab 2 Jadual 2.6 yang berikut menunjukkan imbangan dagangan Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2016. Jadual 2.6 Imbangan dagangan Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2016 Tahun Nilai eksport barang Nilai import barang Imbangan dagangan nampak (RM juta) nampak (RM juta) (RM juta) 2011 658,421 517,893 140,528 2012 644,864 531,835 113,029 2013 637,683 541,131 96,552 2014 678,865 565,538 113,327 2015 681,275 572,051 109,224 2016 686,075 584,693 101,382 Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, tahun 2016 Cabar Diri Anda • Berdasarkan Jadual 2.6 di atas, didapati bahawa nilai eksport nampak Malaysia adalah lebih tinggi daripada nilai import Nyatakan dua contoh butiran nampak dari tahun 2011 hingga tahun 2016. yang direkod di bawah akaun perkhidmatan. • Oleh itu, Malaysia mencapai lebihan imbangan dagangan bagi setiap tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2016. Akaun Perkhidmatan Akaun perkhidmatan merekodkan eksport dan import barang tak nampak dalam negara. Perbezaan antara jumlah nilai eksport barang tak nampak dan jumlah nilai import barang tak nampak dikenal sebagai imbangan perkhidmatan. Imbangan perkhidmatan = Jumlah nilai eksport barang tak nampak – Jumlah nilai import barang tak nampak Antara beberapa butiran penting yang direkodkan ialah penerimaan dan pembayaran daripada aktiviti seperti: 01 02 03 04 05 Perjalanan dan Perkhidmatan Perkhidmatan Pembinaan Perkhidmatan pengangkutan kewangan telekomunikasi, insurans dan komputer dan pencen informasi 190
Akaun Pendapatan Malaysia dan Ekonomi Global Akaun pendapatan merekodkan penerimaan dan pembayaran Cabar Diri Anda pendapatan oleh sesebuah negara. Perbezaan antara jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran pendapatan sesebuah Apakah perbezaan antara negara dikenal sebagai imbangan akaun pendapatan. pendapatan primer dengan pendapatan sekunder? Imbangan akaun pendapatan = Jumlah penerimaan pendapatan – Jumlah pembayaran pendapatan Pendapatan tersebut terdiri daripada dua sumber iaitu: Pendapatan Primer Pendapatan Sekunder • Pampasan pekerja yang terdiri daripada • Pendapatan dalam bentuk bayaran upah, gaji dan faedah lain yang diperoleh pindahan iaitu urus niaga yang tidak oleh warganegara asing yang bekerja memerlukan balasan. di Malaysia dan warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara. • Antaranya ialah biasiswa, bantuan, kiriman wang dan derma. • Pendapatan pelaburan yang merujuk kepada pendapatan berbentuk untung dan dividen (daripada pelaburan) yang dibayar kepada pelabur asing yang melabur di Malaysia serta pendapatan yang diterima oleh warganegara Malaysia yang melabur di luar negara. Aktiviti 2.3.3A Aliran Wang Keluar oleh Pekerja Asing KUALA LUMPUR – Jumlah wang yang dikirimkan ke negara asal oleh pekerja asing meningkat sebanyak 23.2 peratus kepada RM34.75 bilion pada tahun 2015. Menurut Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, sebanyak RM28.21 bilion telah dihantar ke luar negara oleh pekerja asing di negara kita. “Merujuk kepada rekod, dari tahun 2011 hingga tahun 2015, destinasi utama kiriman wang ke luar negara ialah Indonesia, diikuti dengan Bangladesh, Nepal, India dan Filipina. Dari aspek peningkatan jumlah aliran wang keluar pada tahun 2011 adalah pada kadar 17.1 peratus dan angka itu meningkat kepada 23.2 peratus pada tahun 2015,” katakan beliau. Sumber: Wang pekerja asing RM34.75 bilion oleh Ahmad Mustakim Zulkifli, tahun 2016 Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut. (a) Bagaimanakah butiran di atas direkodkan dalam akaun semasa? (b) Ramalkan kesan kepada akaun semasa Malaysia pada masa depan jika kita masih bergantung pada pekerja asing. (c) Mengapakah Malaysia perlu bergantung pada pekerja asing? (d) Jelaskan kesan pergantungan kepada pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia. (e) Bagaimanakah Malaysia boleh mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing? 191
Bab 2 Aktiviti 2.3.3B Berdasarkan urus niaga berikut, pilih dan tandakan (✓) pada ruang berkenaan di bahagian A dan bahagian B. Bahagian A Bahagian B Urus niaga Eksport nampak Import nampak Eksport tak nampak Import tak nampak Meningkatkan defisit akaun semasa Mengurangkan defisit akaun semasa Seorang pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Taiwan Sebuah pasar raya besar Malaysia membeli susu segar dari New Zealand Sebuah restoran di Amerika Syarikat membeli 500 liter minyak masak dari negara Malaysia Firma perkapalan Malaysia menginsuranskan kapalnya dengan firma insurans di Britain Syarikat Honda yang beroperasi di Melaka menjual 1 000 buah kereta ke negara India Pegawai kedutaan Malaysia di Australia menyewa sebuah rumah peranginan di Australia Pengeksport Filipina menghantar barang ke Malaysia dengan kapal terbang MAS Seorang pelancong dari British membayar tambang semasa menaiki komuter di Malaysia 1. Akaun semasa merupakan komponen yang terbesar dalam imbangan pembayaran. F 2. Akaun semasa terdiri daripada empat akaun yang berikut: O (a) Akaun barangan K (b) Akaun perkhidmatan U S (c) Akaun pendapatan primer (d) Akaun pendapatan sekunder. 192
Malaysia dan Ekonomi Global 2.3.4 Defisit dan Lebihan Akaun Semasa Akaun semasa merekodkan semua penerimaan dan pembayaran negara dalam akaun barangan, perkhidmatan dan pendapatan. Berdasarkan jumlah penerimaan dan pembayaran daripada ketiga-tiga akaun, akaun semasa boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut: Lebihan akaun semasa Defisit akaun semasa Penerimaan Pembayaran Penerimaan Pembayaran RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM Jumlah penerimaan kewangan lebih besar Jumlah pembayaran kewangan lebih besar daripada jumlah pembayaran kewangan daripada jumlah penerimaan kewangan dalam akaun semasa dalam akaun semasa Aktiviti 2.3.4 (a) Berdasarkan Jadual 2.5 di muka surat 187, nyatakan jumlah penerimaan dan pembayaran dalam akaun semasa bagi tahun 2011 hingga tahun 2016. (b) Kenal pasti sama ada akaun semasa merupakan lebihan atau defisit bagi setiap tahun. (c) Jelaskan cara anda mengenal pasti jenis akaun semasa pada setiap tahun. (d) Adakah lebihan akaun semasa sama nilainya dengan lebihan imbangan pembayaran? Jelaskan. F Akaun semasa boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan kepada jumlah penerimaan dan O pembayaran kewangan seperti yang berikut: K (a) Lebihan akaun semasa (Penerimaan > Pembayaran) U S (b) Defisit akaun semasa (Penerimaan < Pembayaran). 193
Bab 2 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa Cabar Diri Anda Keadaan defisit atau lebihan akaun semasa boleh disebabkan Apakah yang akan oleh pelbagai faktor seperti permintaan eksport dan import, menambahkan penerimaan produktiviti negara, penerimaan pendapatan dan sebagainya. kewangan sesebuah negara? Defisit atau lebihan akaun semasa juga akan menimbulkan kesan terhadap ekonomi sesebuah negara. Sektor perkilangan Sebab Lebihan Akaun Semasa Perkhidmatan Syarikat Lebihan akaun semasa berlaku apabila jumlah penerimaan Penerbangan Malaysia kewangan melebihi jumlah pembayaran kewangan dalam akaun semasa. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan lebihan akaun semasa adalah seperti yang berikut: 1 Permintaan yang tinggi untuk eksport 2 Permintaan yang rendah untuk import 3 Peningkatan produktiviti 4 Peningkatan penerimaan pendapatan primer dan sekunder Permintaan yang Tinggi untuk Eksport • Apabila permintaan terhadap eksport adalah tinggi, penerimaan kewangan dalam negara akan meningkat. • Permintaan yang tinggi dalam eksport mungkin disebabkan oleh faktor berikut: (a) Peningkatan daya saing dalam pengeluaran barang perkilangan (b) Kejatuhan nilai mata wang (c) Peningkatan pendapatan di negara-negara yang mengimport barang atau perkhidmatan Malaysia merupakan salah satu pengeluar kelapa sawit di dunia. Kelapa sawit yang dikeluarkan oleh Malaysia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa kerana mempunyai kualiti yang tinggi 194
Malaysia dan Ekonomi Global Permintaan yang Rendah untuk Import Kios INFO • Apabila permintaan terhadap import adalah rendah, Kempen Beli Barangan pembayaran kewangan ke luar negara akan menurun. Malaysia merupakan susulan daripada Kempen • Permintaan yang rendah dalam import mungkin disebabkan Beli Barangan Buatan oleh faktor yang berikut: Malaysia yang telah (a) Kecenderungan rakyat tempatan mengutamakan dilancarkan pada tahun barang dan perkhidmatan tempatan berbanding 1998. Penjenamaan semula dengan barang dan perkhidmatan yang diimport kempen ini bertujuan untuk (b) Kejatuhan nilai mata wang sesebuah negara menggalakkan pengguna menyebabkan kenaikan harga barang import membeli barangan buatan (c) Berlakunya inflasi di negara lain menyebabkan Malaysia dan membantu peningkatan harga barang import dan seterusnya pengusaha tempatan dalam mengurangkan permintaan untuk import oleh rakyat menghadapi pertumbuhan Malaysia ekonomi yang kurang memberangsangkan. Peningkatan Produktiviti Kempen ini juga bagi mewujudkan dan • Apabila produktiviti sesebuah negara meningkat, meningkatkan kesedaran pengeluaran barang eksport akan meningkat. Oleh itu, lebih masyarakat tentang banyak barang dieksport dan penerimaan wang dalam kualiti barangan dan negara akan meningkat. perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia • Peningkatan produktiviti dalam negara mungkin disebabkan setaraf dengan piawaian oleh faktor yang berikut: antarabangsa. (a) Peningkatan kemahiran buruh (b) Penggunaan kaedah pengeluaran yang lebih efisien Sumber: Portal Rasmi yang membawa kepada peningkatan pengeluaran Kementerian Perdagangan dengan kos purata yang lebih rendah dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, tahun 2017 Peningkatan Penerimaan Pendapatan Primer dan Sekunder • Peningkatan penerimaan pendapatan primer akan mendorong kepada lebihan akaun semasa. • Misalnya, lebih banyak keuntungan diterima daripada pelaburan di luar negara serta kiriman wang daripada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. 195
Bab 2 Implikasi Lebihan Akaun Semasa Secara keseluruhannya, lebihan akaun semasa membawa kesan positif terhadap ekonomi sesebuah negara. Implikasi lebihan akaun semasa boleh dilihat dalam aspek-aspek yang berikut: 1 Peningkatan dalam Pendapatan Negara Peningkatan permintaan untuk eksport barang dan perkhidmatan akan meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam negara. Hal ini akan menyebabkan peningkatan pendapatan negara. 2 Peningkatan Guna Tenaga Peningkatan permintaan untuk eksport barang dan perkhidmatan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. 3 Peningkatan Taraf Hidup Kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan akan meningkatkan pendapatan masyarakat dan seterusnya meningkatkan kuasa beli dan taraf hidup penduduk. 4 Inflasi Permintaan yang tinggi terhadap barang dan perkhidmatan akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Keadaan ini boleh membawa kepada peningkatan kadar inflasi. 5 Peningkatan Kadar Pertukaran Asing Peningkatan permintaan terhadap eksport akan menambahkan permintaan terhadap mata wang tempatan di pasaran luar negara. Oleh itu, kadar pertukaran asing akan meningkat. 196
Sebab Defisit Akaun Semasa Malaysia dan Ekonomi Global Defisit akaun semasa berlaku apabila jumlah pembayaran kewangan melebihi jumlah penerimaan kewangan dalam Cabar Diri Anda akaun semasa. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan defisit akaun semasa adalah seperti yang berikut: Sehingga September 2016, terdapat 1.85 juta pekerja 1 Permintaan yang rendah untuk eksport asing yang bekerja di pelbagai sektor ekonomi di 2 Permintaan yang tinggi untuk import Malaysia. 3 Penurunan produktiviti Sumber: www. humanresourceonline.net 4 Peningkatan pembayaran pendapatan primer dan sekunder Sekiranya bilangan pekerja asing terus meningkat pada masa depan, apakah kesannya terhadap akaun semasa imbangan pembayaran Malaysia? 5 Kekurangan inovasi dan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Permintaan yang Rendah untuk Eksport Buah kurma yang diimport dari luar negara mendapat • Apabila permintaan terhadap eksport adalah rendah, permintaan yang tinggi di penerimaan kewangan dalam negara akan menurun. pasaran tempatan • Permintaan eksport yang rendah mungkin disebabkan oleh Kerajaan mengawal import faktor yang berikut: dari luar negara sama ada (a) Penurunan daya saing dalam pengeluaran barang melalui tarif atau had kuantiti perkilangan import. Tindakan kerajaan (b) Kenaikan nilai mata wang Malaysia ini bertujuan untuk menjaga (c) Penurunan pendapatan di negara-negara yang mengimport barang atau perkhidmatan kepentingan pengeluar tempatan supaya aktiviti Permintaan yang Tinggi untuk Import pengeluaran dalam negara • Apabila permintaan terhadap import adalah tinggi, tidak terjejas pembayaran kewangan ke luar negara akan meningkat. • Permintaan import yang tinggi mungkin disebabkan oleh faktor yang berikut: (a) Kecenderungan rakyat tempatan mengutamakan barang dan perkhidmatan import berbanding dengan barang dan perkhidmatan tempatan (b) Peningkatan import barang pengantara dan barang modal (c) Kenaikan nilai mata wang Malaysia menyebabkan barang import menjadi lebih murah dan seterusnya meningkatkan permintaan untuk import 197
Bab 2 Kios INFO Penurunan Produktiviti Selain faktor dalaman • Apabila produktiviti sesebuah negara menurun, negara, faktor luaran juga kecekapan pengeluaran barang eksport akan menurun. boleh mempengaruhi Oleh itu, barang dieksport akan kurang berdaya saing dan akaun semasa sesebuah penerimaan wang dalam negara akan menurun. negara. Misalnya, peningkatan persaingan • Defisit akaun semasa akibat daripada penurunan produktiviti negara lain. Negara seperti boleh disebabkan oleh: China, India, Vietnam (a) Buruh yang kurang mahir dan Indonesia mampu (b) Penggunaan kaedah pengeluaran yang kurang efisien menyediakan tenaga yang membawa kepada pengurangan pengeluaran buruh yang lebih murah akibat tenaga buruh yang Peningkatan Pembayaran Pendapatan Primer dan ramai atau nilai mata Sekunder wang tempatan yang kecil. Kos buruh yang secara • Peningkatan pembayaran pendapatan primer akan relatifnya lebih rendah mendorong kepada defisit akaun semasa. menyebabkan pemindahan operasi pengeluaran firma • Misalnya, lebih banyak keuntungan yang diterima oleh ke negara berkenaan untuk pelabur asing dalam negara serta kiriman wang ke luar menjimatkan kos. negara oleh rakyat asing yang bekerja di sesebuah negara. Hal ini mengurangkan pelaburan asing dalam negara dan menyebabkan defisit akaun semasa. Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Produktiviti 2015/2016 Tenaga buruh asing yang bekerja di negara kita akan mengirimkan wang balik ke negara asal mereka Kekurangan Inovasi dan Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) • Kekurangan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) akan menyebabkan kekurangan penciptaan barang dan perkhidmatan yang baharu. • Tahap inovasi yang rendah akan mengurangkan daya saing produk sesebuah negara di pasaran antarabangsa. • Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap eksport barang jatuh dan seterusnya mendorong kepada defisit akaun semasa. 198
Malaysia dan Ekonomi Global Implikasi Defisit Akaun Semasa Kios INFO Secara keseluruhannya, defisit akaun semasa membawa kesan negatif terhadap ekonomi sesebuah negara. Implikasi defisit Imbangan Pembayaran akaun semasa boleh dilihat dalam aspek-aspek yang berikut: Malaysia Catat Lebihan Akaun Semasa pada 2016 Penurunan dalam Pendapatan Negara Imbangan Pembayaran Penurunan permintaan terhadap eksport barang dan Malaysia mencatat lebihan perkhidmatan akan mengurangkan pengeluaran barang akaun semasa sebanyak dan perkhidmatan dalam negara. Hal ini menyebabkan RM25.169 bilion pada kemerosotan pendapatan negara. tahun 2016 berbanding RM34.658 bilion pada Penurunan Guna Tenaga tahun 2015. Imbangan Penurunan permintaan terhadap eksport barang dan Pembayaran Malaysia perkhidmatan akan mengurangkan peluang pekerjaan dalam mencatatkan lebihan pada negara. Keadaan ini akan meningkatkan kadar pengangguran akaun semasa sebanyak dalam negara. RM12.2 bilion pada suku keempat tahun 2016 Penurunan Taraf Hidup berbanding RM6 bilion pada suku ketiga tahun Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan pendapatan yang sama. Imbangan masyarakat merosot dan seterusnya menurunkan kuasa beli akaun semasa mencatat dan taraf hidup penduduk. lebihan yang lebih tinggi bagi suku keempat pada tahun 2016 disokong terutamanya oleh lebihan akaun barangan sebanyak RM31.4 bilion berbanding dengan lebihan RM26.5 bilion pada suku ketiga tahun 2016. Dipetik dan diubah suai daripada http://www.malaysiakini.com/ news/372697, tahun 2017 Penurunan Kadar Pertukaran Asing Cabar Diri Anda Penurunan permintaan terhadap eksport barang dan Jelaskan implikasi defisit perkhidmatan akan mengurangkan permintaan terhadap akaun semasa terhadap unit mata wang tempatan di pasaran luar negara dan seterusnya ekonomi yang berikut. menurunkan kadar pertukaran asing. (a) Isi rumah (b) Firma (c) Kerajaan 199
Bab 2 Cara Mengatasi Defisit Akaun Semasa Defisit akaun semasa boleh menimbulkan implikasi negatif dalam ekonomi negara. Kerajaan boleh mengatasi masalah ini melalui beberapa tindakan berikut: 2 Kerajaan boleh meningkatkan 1 Kerajaan boleh meningkatkan pelaburan dalam kemudahan peruntukan atau pelaburan atas sektor dan infrastruktur seperti pendidikan dan sektor kesihatan lapangan terbang, pelabuhan supaya dapat meningkatkan kualiti dan stesen telekomunikasi sumber manusia dari segi kemahiran, supaya dapat meningkatkan inovasi dan produktiviti. Hal ini boleh aktiviti ekonomi khususnya meningkatkan daya saing negara di industri berorientasikan eksport. peringkat antarabangsa. 4 Kerajaan boleh mengurangkan 3 Peningkatan insentif kerajaan import dengan mengenakan seperti insentif pelaburan, sekatan seperti tarif dan kuota pelepasan cukai, subsidi eksport yang dapat membantu dan kelonggaran keperluan visa meningkatkan permintaan untuk pelancong akan barang tempatan. meningkatkan pelaburan asing serta permintaan terhadap eksport barang dan perkhidmatan. 200
Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.3.5 USD bilion 40 30 20 10 MALAYSIA 0 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Tahun -10 INDONESIA -20 Sumber: World Bank Data, tahun 2015 Imbangan Akaun Semasa Negara Malaysia dan Indonesia antara tahun 2004 hingga tahun 2015 (a) Jelaskan arah aliran imbangan akaun semasa antara tahun 2006 hingga tahun 2011 untuk: (i) Negara Indonesia (ii) Negara Malaysia (b) Pada tahun 2012 hingga tahun 2014, imbangan akaun semasa negara Indonesia mencatat nilai defisit. Jelaskan kesan yang mungkin dihadapi oleh negara Indonesia daripada keadaan tersebut. (c) Malaysia mencatat imbangan lebihan akaun semasa dalam tempoh 2004 hingga 2015. Apakah kesan kepada ekonomi Malaysia daripada keadaan tersebut? 1. Lebihan dan defisit akaun semasa disebabkan oleh pelbagai faktor seperti permintaan eksport F dan import, produktiviti negara, penerimaan pendapatan dan sebagainya. O K 2. Lebihan akaun semasa memberi kesan positif terhadap ekonomi manakala defisit akaun U semasa memberi kesan negatif terhadap ekonomi. S 3. Defisit akaun semasa perlu ditangani oleh kerajaan. 201
Bab 2 2.4 Kadar Pertukaran Asing Mendefinisikan kadar pertukaran asing. Mengira kadar pertukaran asing berdasarkan harga jualan dan harga belian mata wang asing. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing. Menganalisis penentuan dan perubahan kadar pertukaran asing menggunakan gambar rajah permintaan dan penawaran. Menerangkan kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap harga eksport dan import. SEPINTAS LALU Pernahkah anda melihat kedai pertukaran mata wang semasa mengunjungi tempat-tempat pelancongan di negara kita terutamanya di pusat beli-belah yang besar? Kedai sebegini berfungsi sebagai pusat pertukaran mata wang bagi pelancong asing untuk menukarkan mata wang negara mereka kepada Ringgit Malaysia. Selain itu, rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara lain juga boleh menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang yang lain untuk kegunaan semasa melancong. Kedai pertukaran mata wang mempunyai satu papan notis besar yang memaparkan tiga kolum, iaitu mata wang, harga belian dan harga jualan. Sumber: Max Money Changer, tahun 2017 Harga belian merupakan harga kedai itu membeli mata wang asing daripada pelanggan manakala harga jualan merupakan harga kedai itu menjual mata wang asing kepada pelanggan. Kedai pertukaran mata wang memperoleh untung daripada perbezaan antara harga belian dan harga jualan. Apakah kaitan antara harga jualan dan belian pertukaran asing dengan kadar pertukaran asing? Andaikan sekarang anda ingin menukarkan Ringgit Malaysia yang dimiliki kepada Dolar Singapura, apakah pertimbangan anda sebelum menukarkannya Abad supaya memperoleh nilai yang maksimum? ke-21 2.4.1 Pertukaran Asing Dalam hubungan perdagangan antarabangsa, setiap pembayaran yang dibuat harus menggunakan mata wang negara pengeksport. Contohnya, pengimport di Malaysia yang mengimport bahan mentah dari Australia harus memperoleh Dolar Australia, manakala pembeli dari China yang mengimport minyak kelapa sawit dari Malaysia perlu mendapatkan Ringgit Malaysia. 202
Dengan kata lain, setiap negara yang terlibat dalam aktiviti Malaysia dan Ekonomi Global perdagangan antarabangsa harus memiliki mata wang asing atau pertukaran asing. Mata Wang Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang Dolar Singapura (SGD) dimiliki oleh sesebuah negara. Antara beberapa mata wang di dunia adalah seperti jadual yang berikut: Negara Mata Wang Negara Malaysia Ringgit Malaysia (MYR) Singapura Contoh Contoh Amerika Syarikat Dolar Amerika (USD) Indonesia Rupiah (IDR) Contoh Contoh Britain Pound Sterling (GBP) Thailand Baht (THB) Contoh Contoh Jepun Yen (JPY) Filipina Peso (PHP) Contoh Contoh Kesatuan Eropah Euro (EUR) China Ren Min Bi (CNY) Contoh Contoh India Rupee (INR) Australia Dolar Australia (AUD) Contoh Contoh Sumber: www.tes.com, tahun 2017 Jadual 2.7 Contoh mata wang bagi beberapa negara di dunia 203
Bab 2 Kepentingan Pertukaran Asing Cabar Diri Anda Kepentingan pertukaran asing bagi sesebuah negara dapat dilihat melalui beberapa aspek yang berikut: Mengapakah peniaga di sesebuah negara tidak 1 Membiayai import menerima pembayaran dalam nilai mata wang asing 2 Membayar balik pinjaman luar negara semasa menjalankan urus niaga antarabangsa? 3 Membuat pelaburan di luar negara 4 Mempertahankan nilai mata wang negara Membiayai Import • Seseorang pengimport yang ingin membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain perlu memperoleh dan membuat bayaran dengan menggunakan mata wang negara pengeksport atau mana-mana mata wang yang diterima oleh pengeksport yang berkenaan. • Contohnya, pengimport di Malaysia perlu membayar dalam Yen Jepun apabila mengimport barang dari Jepun atau firma mengimport jentera dari Singapura perlu mendapatkan Dolar Singapura untuk membuat bayaran. Membayar Balik Pinjaman Luar Negara • Kerajaan sesebuah negara yang membayar balik faedah atau jumlah pokok pinjaman bagi hutang negara yang diperoleh dari sumber luar negara seharusnya membuat bayaran dalam mata wang negara pemberi pinjaman atau mana-mana mata wang yang diterima oleh negara pemberi pinjaman. • Contohnya, pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dari Amerika Syarikat dan Jepun mesti dibayar balik dalam mata wang Dolar Amerika dan Yen Jepun. Membuat Pelaburan di Luar Negara • Negara yang mempunyai banyak pertukaran asing akan menggalakkan rakyatnya melabur di luar negara untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi. • Contohnya, rakyat Malaysia yang ingin melabur di negara- negara seperti Vietnam, China, Arab Saudi, negara-negara Timur Tengah, Amerika Syarikat, Singapura dan Thailand perlu memperoleh mata wang asing negara-negara tersebut. 204
Mempertahankan Nilai Mata Wang Negara Malaysia dan Ekonomi Global • Bank pusat sesebuah negara akan menggunakan rizab asing Cabar Diri Anda negara untuk membeli mata wang negara apabila nilainya jatuh dan sebaliknya. 1. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang • Contohnya, Bank Negara Malaysia akan menggunakan patut diambil oleh Bank rizab asing negara untuk membeli Ringgit Malaysia apabila Negara Malaysia apabila nilainya jatuh. Akibatnya, permintaan terhadap Ringgit nilai mata wang Ringgit Malaysia akan naik dan nilainya turut akan naik. Malaysia mengalami kejatuhan? • Sebaliknya, Bank Negara Malaysia akan menjual Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran asing apabila nilainya 2. Mengapakah Bank naik terlalu tinggi berbanding dengan mata wang asing Negara Malaysia perlu yang lain. Akibatnya, penawaran terhadap Ringgit Malaysia mempertahankan nilai akan meningkat dan nilainya akan menurun. Ringgit Malaysia? • Tindakan sedemikian adalah bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai terhadap nilai mata wang negara dan seterusnya menstabilkan nilai mata wang negara. Aktiviti 2.4.1 1. Kenal pasti sama ada setiap urus niaga di bawah melibatkan pertukaran asing. A Encik Halim telah menempah pakej percutian ke Los Angeles, Amerika Syarikat dengan agensi pelancongan tempatan. B Puan Rani membeli tiket kapal terbang ulang alik Singapura-Pulau Pinang melalui Internet dan akan bertolak dari Lapangan Terbang Changi, Singapura. C Daniel membeli mesin jentera terpakai daripada kilang milik Taiwan di Nilai untuk kegunaan kilang pembuatan perabotnya di Shah Alam, Selangor. 2. Isikan ruang kosong bagi mata wang negara berikut. Negara Mata wang (a) Jepun (b) Myanmar (c) Perancis (d) Filipina (e) Indonesia (f) Thailand (g) Korea Selatan 1. Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah negara. F 2. Kepentingan pertukaran asing adalah seperti yang berikut: O (a) Membiayai import K (b) Membayar balik pinjaman luar negara U S (c) Membuat pelaburan di luar negara (d) Mempertahankan nilai mata wang negara. 205
Bab 2 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing Sesebuah negara yang ingin menjalankan perdagangan antarabangsa dengan negara yang lain harus memperoleh mata wang negara pengeksport untuk tujuan melakukan pembayaran semasa urus niaga dijalankan. Anda boleh mengetahui Oleh itu, pembeli atau pengimport dari sesebuah negara yang kadar pertukaran asing ingin membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain yang terkini dari laman akan membeli mata wang negara pengeksport dengan web yang berikut: menukarkan mata wang negaranya. Jumlah nilai mata wang http://www.bnm.gov. asing yang diperoleh adalah bergantung pada kadar pertukaran my/?tpl=exchangerates asing semasa. ENG Kadar pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing. Contohnya, kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika ialah RM4.4250 = USD1. Kadar pertukaran mata wang antara negara yang berlainan berubah setiap hari dalam pasaran pertukaran asing bergantung pada harga jualan dan harga belian mata wang tersebut. Harga mata wang sentiasa berubah mengikut keadaan dalam pasaran pertukaran asing. Seperti barang dan perkhidmatan dalam ekonomi, harga mata wang juga dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran mata wang. Harga jualan mata wang Harga belian mata wang Harga jualan mata wang bermaksud harga bank Harga belian mata wang merujuk kepada atau money trader menjual mata wang asing harga bank atau money trader membeli mata untuk mendapatkan mata wang tempatan wang asing dengan menukarkan mata wang sesebuah negara. tempatan sesebuah negara. Sebagai contoh, seorang peniaga Malaysia ingin Sebagai contoh, seorang peniaga Malaysia membayar pengeksport di Kanada dengan yang mempunyai lebihan Rupiah selepas Dolar Kanada. Bank atau money trader akan membayar pengeskportnya di Indonesia dan menjualkan Dolar Kanada kepada peniaga pada ingin mendapatkan balik Ringgit Malaysia. Bank harga jualan dan menerima bayaran Ringgit atau money trader akan membeli Rupiah yang Malaysia daripada peniaga tersebut. dimiliki oleh peniaga pada harga belian dan membayar peniaga dengan Ringgit Malaysia. Jual $ Bayar Bank / RM Pelanggan Bank / RM money Bayar money Pelanggan trader trader Rp Beli 206
Malaysia dan Ekonomi Global Jadual 2.8 Kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia pada 3 Februari 2017 (Waktu 0900) Unit mata wang asing Tarikh urus niaga: 3 Februari 2017 [=1 Malaysia ringgit] Masa: 0900 Harga belian Harga jualan 1 Australian Dollar AUD 3.3851 [0.2951] 3.3891 [0.2954] 1 Brunei Dollar BND 3.1301 [0.3190] 3.1351 [0.3195] 1 Canadian Dollar CAD 3.3960 [0.2942] 3.3993 [0.2945] 100 Cambodian Riel KHR 0.1089 [907.65] 0.1102 [918.64] 1 Chinese Renminbi CNY 0.6426 [1.5527] 0.6440 [1.5563] 1 EURO EUR 4.7613 [0.2098] 4.7674 [0.2100] 100 Hong Kong Dollar HKD 57.0269 [1.7519] 57.0806 [1.7536] 100 Indonesian Rupiah IDR 0.0331 [3,014] 0.0332 [3,018] 100 Japanese Yen JPY 3.9170 [25.4888] 3.9233 [25.5299] 100 Korean Won KRW 0.3857 [258.9524] 0.3862 [259.2769] 100 Phillippine Peso PHP 8.8873 [11.2396] 8.8971 [11.2520] 100 Saudi Arabian Riyal SAR 117.9560 [0.8467] 118.1098 [0.8478] 1 Singapore Dollar SGD 3.1307 [0.3190] 3.1345 [0.3194] 1 Swiss Franc CHF 4.4553 [0.2240] 4.4634 [0.2245] 100 Taiwanese New Dollar TWD 14.2278 [7.0154] 14.2544 [7.0285] 100 Thai Baht THB 12.6054 [7.9230] 12.6215 [7.9331] 1 U.K. Pound GBP 5.5397 [0.1803] 5.5464 [0.1805] 1 U.S. Dollar USD 4.4250 [0.2258] 4.4290 [0.2260] 100 Vietnamese Dong VND 0.0195 [5,111.77] 0.0196 [5,117.52] 1 IMF Special Drawing Right SDR – – – – 1 New Zealand Dollar NZD 3.2236 [0.3098] 3.2283 [0.3102] 100 Myanmar Kyat MMK 0.3266 [305.9381] 0.3269 [306.2260] 100 Indian Rupee INR 6.5799 [15.1727] 6.5908 [15.1977] 100 United Arab Emirates Dirham UAE AED 120.4541 [0.8292] 120.5958 [0.8302] 100 Pakistan Rupee PKR 4.2183 [23.6396] 4.2302 [23.7062] 100 Nepalese Rupee NPR 4.0874 [24.2177] 4.1292 [24.4655] 1 Egyptian Pound EGP 0.2405 [4.1431] 0.2414 [4.1582] Nota: Nilai dalam kurungan merujuk kepada nilai mata wang Sumber: Bank Negara Malaysia, tahun 2017 asing yang bersamaan dengan satu Ringgit Malaysia 207
Bab 2 Contoh Pengiraan Kadar Pertukaran Asing Perdagangan antarabangsa yang semakin berkembang Cabar Diri Anda menyebabkan pertukaran asing menjadi kebiasaan dalam ekonomi sesebuah negara. Berikut merupakan contoh pengiraan 1. Nyatakan contoh urus pertukaran asing daripada Ringgit Malaysia kepada mata wang niaga yang memerlukan asing atau sebaliknya. pertukaran mata wang yang berikut: (a) Menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang (a) RM → USD asing (b) SGD → RM 2. Jelaskan situasi yang perlu menggunakan harga belian dan harga jualan mata wang dalam pengiraan kadar pertukaran asing. Situasi: Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika: Unit Mata wang Harga belian Harga jualan 1 Dolar Amerika (USD) (RM) (RM) 4.4250 4.4290 Andaikan seorang pengimport di Malaysia telah mengimport barang elektronik yang bernilai RM796 500 dari Amerika Syarikat. Berapakah jumlah mata wang Dolar Amerika yang diperlukan oleh pengimport tersebut untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Amerika Syarikat? Cara penyelesaian: Bank atau money trader akan menjual Dolar Amerika kepada pengimport dan menerima bayaran dalam Ringgit Malaysia. Oleh itu, harga jualan akan digunakan dalam pengiraan ini. Berdasarkan maklumat pertukaran asing yang diberikan, harga jualan bagi satu unit Dolar Amerika ialah RM4.4290. USD1 = RM4.4290 RM796 500 × USD1 RM4.4290 = USD179 837.435 208
Malaysia dan Ekonomi Global (b) Menukarkan mata wang asing kepada Ringgit Malaysia Situasi: Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika: Unit Mata wang Harga belian Harga jualan 1 Dolar Amerika (USD) (RM) (RM) 4.4250 4.4290 Andaikan seorang pengimport di Amerika Syarikat telah mengimport barang yang bernilai USD36 000 dari Malaysia. Berapakah jumlah mata wang Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh pengimport tersebut untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Malaysia? Cara penyelesaian: Bank atau money trader akan membeli Dolar Amerika daripada peniaga dan membayar dalam Ringgit Malaysia. Oleh itu, harga belian akan digunakan dalam pengiraan ini. Berdasarkan maklumat pertukaran asing yang diberikan, harga belian bagi satu unit Dolar Amerika ialah RM4.4250. USD1 = RM4.4250 USD36 000 × RM4.4250 USD1 = RM159 300 Berdasarkan kedua-dua contoh pengiraan di atas, didapati bahawa hubungan antara mata wang tempatan dengan mata wang asing adalah seperti yang berikut: Jumlah mata wang tempatan × Unit mata wang asing Harga jualan Mata wang tempatan Mata wang asing (Ringgit Malaysia) (Mata wang negara lain) Jumlah mata wang asing × Harga belian Unit mata wang asing 209
Bab 2 Contoh Situasi Lain Contoh situasi 1: Maklumat di bawah merupakan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika. USD 1 = RM4.30 Syarikat Wang Zan Berhad di Malaysia telah mengimport tiga buah jentera kilang yang bernilai RM456 500 dari Amerika Syarikat. Hitungkan jumlah Dolar Amerika yang perlu dibayar oleh syarikat tersebut. Cara penyelesaian: RM4.30 = USD 1 —RM—RM4—546—.350—00– × USD 1 = USD106 162.79 Contoh situasi 2: Maklumat di bawah berkaitan dengan Cik Doris. Cik Doris dari London telah membuat tempahan pakej pelancongan ke Pulau Pinang yang memerlukan perbelanjaan Pound Sterling sebanyak £4 800 selama lapan hari. Hitungkan jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh Cik Doris untuk membuat bayaran kepada ejennya di Malaysia dengan kadar pertukaran £1.00 = RM5.60. Cara penyelesaian: RM5.60 = £1 £4 800 × RM5.60 = RM26 880 210
Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.4.2 Encik Mahmud merupakan pemilik sebuah firma yang menjalankan perniagaan import. Firma beliau membeli barang elektronik daripada kilang elektronik di Amerika Syarikat dan menjualkannya di pasaran tempatan. Pada 11 Januari 2017, Encik Mahmud perlu membayar USD36 000 kepada kilang elektronik tersebut. Jadual kadar pertukaran asing di Malaysia pada tarikh tersebut menunjukkan harga seperti yang berikut: Unit Mata wang Harga belian Harga jualan (RM) (RM) 1 Dolar Amerika (USD) 4.4730 4.4770 (a) Sekiranya Encik Mahmud hanya mempunyai Ringgit Malaysia sebanyak RM150 000, adakah nilai tersebut cukup untuk menjelaskan pembayaran di atas? (b) Berapakah jumlah mata wang dalam Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh Encik Mahmud untuk menjelaskan pembayarannya? Pada 3 Februari 2017, kilang elektronik di Amerika Syarikat memberitahu Encik Mahmud bahawa jumlah pembayaran pada 11 Januari 2017 telah tersilap kira. Kilang tersebut kemudian memulangkan USD10 000 kepada beliau. Encik Mahmud memerlukan Ringgit Malaysia pada masa itu lalu menukarkan pulangan wang tersebut. Jadual kadar pertukaran asing di Malaysia pada tarikh tersebut menunjukkan harga seperti yang berikut: Unit Mata wang Harga belian Harga jualan (RM) (RM) 1 Dolar Amerika (USD) 4.4250 4.4290 (c) Berapakah jumlah mata wang dalam Ringgit Malaysia yang diterima oleh Encik Mahmud? (d) Encik Mahmud mengalami keuntungan atau kerugian dalam proses pertukaran mata wang asing ini? (e) Berapakah nilai keuntungan atau kerugian tersebut? (f) Sekiranya Encik Mahmud tidak menukarkan USD10 000 tersebut dan menyimpannya sehingga hari ini, adakah tindakan tersebut suatu tindakan yang bijak? F Pengiraan kadar pertukaran asing boleh berlaku dalam situasi seperti yang berikut: O K (a) Menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang asing U S (b) Menukarkan mata wang asing kepada Ringgit Malaysia. 211
Bab 2 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Anda boleh menonton Mata Wang Asing video berkaitan dengan pasaran pertukaran asing Harga belian dan jualan mata wang asing adalah dipengaruhi di laman web berikut: oleh permintaan dan penawaran mata wang tersebut dalam http://www.investopedia. pasaran pertukaran asing. Antara faktor yang mempengaruhi com/video/play/forex- permintaan dan penawaran mata wang asing adalah seperti market-primer/ yang berikut: ENG 1 Eksport negara Cabar Diri Anda 2 Import negara Pada pendapat anda, 3 Kadar faedah bagaimanakah negara Malaysia boleh 4 Cita rasa pengguna terhadap barangan import meningkatkan eksport barang keluaran tempatan 5 Spekulasi mata wang ke luar negara? Eksport Negara • Permintaan terhadap mata wang sesebuah negara berlaku apabila negara tersebut mengeksport barang atau perkhidmatannya ke negara lain. • Permintaan terhadap Ringgit Malaysia wujud apabila Malaysia mengeksport barang dan perkhidmatan ke negara lain. • Contohnya, permintaan terhadap Ringgit Malaysia berlaku apabila negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat dan China mengimport barang atau perkhidmatan dari Malaysia. Permintaan terhadap Ringgit Malaysia oleh negara asing adalah bertujuan untuk membuat bayaran kepada pengeksport di Malaysia. • Jumlah permintaan terhadap Ringgit Malaysia adalah bergantung pada jumlah eksport barang dan perkhidmatan ke luar negara. • Justeru, apabila jumlah eksport barang dan perkhidmatan Malaysia meningkat, permintaan terhadap Ringgit Malaysia juga akan meningkat. • Sebaliknya, apabila jumlah eksport barang dan perkhidmatan Malaysia berkurang, permintaan terhadap Ringgit Malaysia juga akan menurun. 212
Import Negara Malaysia dan Ekonomi Global • Penawaran bagi mata wang sesebuah negara wujud apabila Cabar Diri Anda negara tersebut mengimport barang atau perkhidmatan dari luar negara. Apakah inisiatif yang boleh diambil oleh • Penawaran bagi Ringgit Malaysia bergantung pada import kerajaan Malaysia bagi barang atau perkhidmatan negara. Penawaran bagi Ringgit mengurangkan permintaan Malaysia berlaku apabila pengimport di Malaysia membeli rakyat terhadap barang barang atau perkhidmatan dari negara lain supaya dapat yang diimport dari luar membuat bayaran kepada pengeksport negara asing. negara? • Contohnya, penawaran bagi Ringgit Malaysia berlaku apabila pengimport di Malaysia mengimport barang atau perkhidmatan dari negara asing seperti Jepun. Penawaran bagi Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran asing adalah bertujuan untuk memperoleh mata wang asing supaya dapat membuat bayaran kepada pengeksport di luar negara. • Jumlah penawaran bagi Ringgit Malaysia adalah bergantung pada jumlah import barang dan perkhidmatan dari luar negara. • Justeru, apabila jumlah import barang dan perkhidmatan dari luar negara meningkat, penawaran bagi Ringgit Malaysia juga akan meningkat. • Sebaliknya, apabila jumlah import barang dan perkhidmatan dari luar negara berkurang, penawaran bagi Ringgit Malaysia juga akan menurun. Peningkatan permintaan terhadap barang import akan menambahkan penawaran Ringgit Malaysia di pasaran antarabangsa 213
Bab 2 Kios INFO Kadar Faedah • Penurunan kadar faedah dalam negara akan mendorong Kadar faedah merupakan salah satu instrumen yang kepada pemindahan modal portfolio dari Malaysia ke digunakan oleh kerajaan luar negara. bawah dasar kewangan • Fenomena yang sedemikian akan meningkatkan permintaan bagi mengawal bekalan terhadap mata wang asing. wang dalam pasaran. • Sebaliknya, kenaikan kadar faedah dalam negara akan menggalakkan pemindahan modal dari negara lain ke emenEl Malaysia. Merentas Kurikulum • Fenomena tersebut akan meningkatkan penawaran bagi mata wang asing. Selain Bandaraya Melaka, terdapat empat tempat di Cita Rasa Pengguna terhadap Barangan Import Malaysia juga mendapat • Sekiranya rakyat Malaysia suka membeli barang import, pengiktirafan tapak warisan dunia daripada UNESCO. permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah. Tempat-tempat ini ialah: • Sebaliknya, jika rakyat Malaysia tidak suka membeli (a) Taman Negara Mulu, barang import, permintaan terhadap mata wang asing Sarawak akan berkurang. (b) Taman Kinabalu, Sabah (c) Georgetown, Pulau Pinang Bandaraya Melaka Bersejarah telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai (d) Lembah Lenggong, Perak salah satu tapak warisan dunia. Pengiktirafan ini akan menarik pelancong asing ke Malaysia dan seterusnya meningkatkan Cabar Diri Anda permintaan terhadap Ringgit Malaysia Bagaimanakah aktiviti Spekulasi Mata Wang spekulasi mata wang akan • Jika nilai mata wang Ringgit Malaysia diramalkan akan mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang? meningkat pada masa hadapan, permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan bertambah pada masa sekarang. • Sebaliknya, jika nilai mata wang Ringgit Malaysia dalam sebutan mata wang asing diramalkan akan merosot pada masa hadapan, permintaan terhadap mata wang Ringgit Malaysia akan merosot pada masa sekarang. 214
Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.4.3 1. Nyatakan kesan terhadap permintaan atau penawaran mata wang asing apabila perkara yang berikut berlaku dalam ekonomi Malaysia: (a) Barang eksport Malaysia mendapat sambutan baik di pasaran antarabangsa (b) Cita rasa masyarakat Malaysia berubah kepada barang elektronik keluaran negara asing (c) Kadar faedah di Malaysia telah menurun (d) Nilai mata wang Ringgit Malaysia dijangka akan merosot pada masa hadapan (e) Kuasa beli masyarakat Malaysia telah meningkat 2. Tandakan (ü) pada permintaan atau penawaran terhadap Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran asing bagi setiap urus niaga di bawah. Urus niaga Permintaan Penawaran terhadap terhadap Ringgit Malaysia Ringgit Malaysia Syarikat QL dari Malaysia mengimport jentera kilang dari Negara Jepun Encik Syahmi dari Kuala Selangor membeli sebuah kereta import dari Negara Jerman Syarikat MQ dari Pasir Gudang mengeksport keluarannya ke Filipina Encik Leong menghantar anaknya melanjutkan pelajaran ke New Zealand selama tiga tahun Syarikat LMN dari Bangladesh mengimport minyak kelapa sawit daripada Syarikat RB Sawit di Malaysia Syarikat Superling di Australia mengeksport daging ke Syarikat Nice Meat di Malaysia Faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing adalah seperti berikut: F (a) Eksport negara O (b) Import negara K U (c) Kadar faedah S (d) Cita rasa pengguna terhadap barangan import (e) Spekulasi mata wang. 215
Bab 2 2.4.4 Analisis Penentuan dan Perubahan Kadar Pertukaran Asing Kadar pertukaran mata wang asing adalah ditentukan melalui interaksi antara permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing. Penentuan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD) dapat diterangkan melalui rajah berikut: RM / USD D S 5.0 4.5 Lebihan penawaran E 0 4.0 Lebihan S permintaan D 0 QQQ Kuantiti dolar 102 (USD) • Rajah di atas menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika. Paksi menegak menunjukkan harga Ringgit Malaysia berbanding dengan satu Dolar Amerika atau dikenal sebagai kadar pertukaran Ringgit Malaysia. Paksi mendatar menunjukkan kuantiti Dolar Amerika dalam pasaran pertukaran asing. • Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar Amerika (DD) bersilang dengan keluk penawaran Dolar Amerika (SS) pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50. • Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi USD1.00 = RM5.00, hal ini bermakna Ringgit Malaysia telah mengalami kejatuhan nilai. • Keadaan ini akan menyebabkan wujudnya lebihan penawaran Dolar Amerika sebanyak Q1Q2 dalam pasaran. Lebihan penawaran Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk menurun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E iaitu keluk DD bersilang dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50. • Sebaliknya, andaikan kadar pertukaran menurun menjadi USD1.00 = RM4.00, hal ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami kenaikan nilai. • Keadaan ini menyebabkan wujudnya lebihan permintaan Dolar Amerika sebanyak Q1Q2 dalam pasaran. Lebihan permintaan Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E iaitu keluk DD bersilang dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50. 216
Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.4.4 1. Rajah di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Singapura. RM / SGD DS 3.5 E0 3.0 2.5 SD 0 QQQ Kuantiti Dolar 102 (SGD) (a) Tentukan kadar pertukaran Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran asing. (b) Sekiranya kadar pertukaran Ringgit Malaysia ialah RM3.50 seunit SGD, apakah yang akan berlaku dalam pasaran pertukaran asing? (c) Sekiranya kadar pertukaran Ringgit Malaysia ialah RM2.50 seunit SGD, apakah yang akan berlaku dalam pasaran pertukaran asing? 2. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti penawaran dan permintaan Ringgit Malaysia dalam pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran Kuantiti penawaran Kuantiti permintaan (RM seunit Pound Sterling) (RM juta) (RM juta) 18 68 5.00 26 56 5.20 34 44 5.40 42 32 5.60 50 20 5.80 58 8 6.00 (a) Lukis keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi mata wang Pound Sterling pada kertas graf dengan skala yang bersesuaian. (b) Berdasarkan rajah yang telah dilukis, nyatakan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding Pound Sterling di pasaran pertukaran asing. (c) Mengapakah harga Ringgit Malaysia di (b) dikatakan sebagai kadar pertukaran? F Kadar pertukaran asing ditentukan oleh titik persilangan antara permintaan dengan penawaran O mata wang yang dicapai semasa: K (a) Keluk DD mata wang bersilang dengan keluk SS mata wang U S (b) Kuantiti permintaan mata wang adalah bersamaan dengan kuantiti penawaran mata wang. 217
Bab 2 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import Kenaikan dan kejatuhan kadar pertukaran asing bergantung kepada keadaan permintaan dan penawaran sesuatu mata wang di pasaran pertukaran asing. Perubahan kadar pertukaran asing bagi sesuatu mata wang akan mendatangkan kesan terhadap eksport dan import negara yang berkenaan. Cabar Diri Anda Kadar pertukaran asing menentukan berapa unit mata wang asing yang boleh ditukar dengan seunit mata wang tertentu Sekiranya kadar pertukaran asing naik, adakah masa Kenaikan Kadar Pertukaran Asing tersebut sesuai untuk anda melancong ke luar negara? Kenaikan kadar pertukaran asing merujuk kepada perubahan dalam kadar pertukaran asing yang membolehkan seunit mata Jelaskan jawapan anda. wang sesebuah negara memperoleh lebih banyak unit mata wang asing. Dalam erti kata lain, kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia bermakna harga mata wang asing menjadi lebih murah berbanding dengan Ringgit Malaysia iaitu dengan jumlah Ringgit Malaysia yang sama, lebih banyak mata wang asing dapat diperoleh atau untuk mendapatkan satu unit mata wang asing, semakin kurang Ringgit Malaysia diperlukan. Kesan Terhadap Eksport • Apabila kadar pertukaran asing bagi sesebuah negara naik (contohnya Malaysia), harga barang eksport bagi negara tersebut (Malaysia) akan menjadi lebih mahal di negara asing atau dalam pasaran antarabangsa. • Oleh itu, pengimport yang membeli atau mengimport barang atau perkhidmatan dari Malaysia terpaksa membuat bayaran yang lebih tinggi untuk mengimport barang tersebut berbanding dengan keadaan sebelum berlaku kenaikan kadar pertukaran. 218
Malaysia dan Ekonomi Global Situasi 1 Pengeksport Malaysia Pengimport Amerika USD1 = RM4.30 menjual minyak kelapa sawit Syarikat harus membuat yang bernilai RM750 000 ke bayaran sebanyak: Amerika Syarikat. RM750 000 × USD1 RM4.30 = USD174 418.60 Pengimport Amerika Pengeksport Malaysia Syarikat harus membuat menjual nilai minyak kelapa Situasi 2 sawit yang sama iaitu bayaran sebanyak: USD1 = RM4.10 RM750 000 ke Amerika Syarikat. RM750 000 × USD1 RM4.10 = USD182 926.83 • Kenaikan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang eksport Malaysia meningkat sebanyak USD8 508.23 (USD182 926.83 – USD174 418.60). • Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Amerika Syarikat terhadap barang atau perkhidmatan eksport dari Malaysia telah menurun. • Pengimport Amerika Syarikat terpaksa membuat bayaran lebih sebanyak USD8 508.23. Kesan Terhadap Import • Apabila kadar pertukaran asing bagi sesebuah negara naik (contohnya Malaysia), harga barang import dari negara asing (contohnya Amerika Syarikat) akan menjadi lebih murah di Malaysia atau dalam pasaran antarabangsa. • Oleh itu, pengimport yang membeli barang atau perkhidmatan dari negara asing (Amerika Syarikat) akan membuat bayaran yang lebih rendah untuk mengimport barang tersebut berbanding dengan keadaan sebelum kenaikan kadar pertukaran. 219
Bab 2 Situasi 1 Pengimport Malaysia Pengimport Malaysia USD1 = RM4.30 membeli komputer riba yang harus membuat bayaran bernilai USD500 000 dari sebanyak: Amerika Syarikat. USD500 000 × RM4.30 = RM2 150 000 Situasi 2 Pengimport Malaysia membeli Pengimport Malaysia USD1 = RM4.10 nilai komputer riba yang harus membuat bayaran sama iaitu USD500 000 dari sebanyak: Amerika Syarikat. USD500 000 X RM4.10 =RM2 050 000 • Kenaikan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang import dari Amerika Syarikat telah menurun sebanyak RM100 000 (RM2 150 000 – RM2 050 000). • Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Malaysia terhadap barang atau perkhidmatan eksport dari Amerika Syarikat telah meningkat. • Pengimport Malaysia membuat bayaran kurang sebanyak RM100 000. Cabar Diri Anda • Kesimpulannya, kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika akan menyebabkan Kenaikan kadar harga barang eksport Malaysia menjadi lebih mahal pertukaran dan seterusnya nilai eksport dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat akan menurun. Kesan Kesan terhadap terhadap • Sebaliknya, kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia eksport berbanding dengan Dolar Amerika akan menyebabkan import harga barang import dari negara asing (Amerika Syarikat) menjadi lebih murah dan seterusnya nilai import dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat akan meningkat. • Kejatuhan nilai eksport negara berbanding dengan kenaikan nilai import negara akan menyebabkan imbangan dagangan Malaysia cenderung mengalami kurangan atau defisit. 220
Kejatuhan Kadar Pertukaran Asing Malaysia dan Ekonomi Global Kejatuhan kadar pertukaran asing merujuk kepada perubahan Anda boleh menonton dalam kadar pertukaran asing yang menyebabkan seunit video di laman web yang mata wang sesebuah negara memperoleh kurang unit mata berikut untuk mengetahui wang asing. bagaimana nilai Dolar Amerika yang rendah Kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia bermakna harga menjejaskan ekonomi. mata wang asing menjadi lebih mahal kepada Malaysia iaitu http://bukutekskssm.my/ dengan jumlah Ringgit Malaysia yang sama, lebih kurang mata Ekonomi/Video5.mp4 wang asing dapat diperoleh atau untuk mendapat satu unit mata wang asing, semakin banyak Ringgit Malaysia diperlukan. BM Kesan Terhadap Eksport • Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh, harga barang eksport negara Malaysia akan menjadi lebih murah di negara asing atau dalam pasaran antarabangsa. • Oleh itu, pengimport yang membeli barang atau perkhidmatan dari Malaysia akan membuat bayaran yang lebih rendah berbanding dengan keadaan sebelum kejatuhan kadar pertukaran. Situasi 1 Pengeksport Malaysia Pengimport Amerika USD1 = RM4.00 menjual keluaran getah asli Syarikat harus membuat yang bernilai RM950 000 ke bayaran sebanyak Amerika Syarikat. RM950 000 × USD1 RM4.00 = USD237 500 Situasi 2 Pengeksport Malaysia Pengimport Amerika USD1 = RM4.20 menjual nilai keluaran getah Syarikat harus membuat asli yang sama iaitu bayaran sebanyak: RM950 000 ke Amerika Syarikat. RM950 000 × USD1 RM4.20 = USD226 190.48 • Kejatuhan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang eksport Malaysia telah menurun sebanyak USD11 309.52 (USD237 500 – USD226 190.48). • Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Amerika Syarikat terhadap barang atau perkhidmatan eksport dari Malaysia telah meningkat. • Pengimport Amerika Syarikat membuat bayaran kurang sebanyak USD11 309.52. 221
Bab 2 Kesan Terhadap Import Cabar Diri Anda • Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh, harga barang import dari negara asing (contohnya Amerika Jelaskan kesan terhadap Syarikat) akan menjadi lebih mahal di Malaysia atau dalam ekonomi negara apabila pasaran antarabangsa. import negara menurun. • Oleh itu, pengimport Malaysia yang membeli barang atau perkhidmatan dari negara asing (Amerika Syarikat) akan membuat bayaran yang lebih tinggi berbanding dengan keadaan sebelum kejatuhan kadar pertukaran. Situasi 1 Pengimport Malaysia Pengimport Malaysia USD1 = RM4.00 membeli barang kosmetik harus membuat bayaran yang bernilai USD450 000 sebanyak: dari Amerika Syarikat. USD450 000 × RM4.00 = RM1 800 000 Situasi 2 Pengimport Malaysia Pengimport Malaysia USD1 = RM4.20 membeli nilai barang harus membuat bayaran kosmetik yang sama iaitu sebanyak: USD450 000 dari Amerika USD450 000 × RM4.20 Syarikat. = RM1 890 000 • Kejatuhan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia mengakibatkan nilai barang import dari Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak RM90 000 (RM1 890 000 – RM1 800 000) • Kemampuan pengimport dan kuasa beli rakyat Malaysia terhadap barang atau perkhidmatan eksport dari Amerika Syarikat telah menurun. • Pengimport Malaysia terpaksa membuat bayaran lebih sebanyak RM90 000. 222
• Kesimpulannya, kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia dan Ekonomi Global Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika akan menyebabkan harga barang eksport Malaysia menjadi lebih Cabar Diri Anda murah dan seterusnya nilai eksport dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat akan meningkat. Kejatuhan kadar pertukaran • Sebaliknya, kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika akan menyebabkan Kesan Kesan harga barang import dari negara asing (Amerika Syarikat) terhadap terhadap menjadi lebih mahal dan seterusnya nilai import dagangan eksport Malaysia dengan Amerika Syarikat akan menurun. import • Kenaikan nilai eksport negara berbanding dengan kejatuhan nilai import negara akan menyebabkan imbangan dagangan Malaysia semakin baik iaitu menjadi positif atau lebihan. Aktiviti 2.4.5 1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut. PETALING JAYA: Penurunan ringgit yang mendadak menyebabkan pelanggan bergegas ke premis pengurup wang berlesen untuk menjual dan membeli mata wang asing. Ada yang ingin mengambil kesempatan daripada kadar pertukaran yang lebih tinggi dengan menukarkan mata wang asing mereka kepada Ringgit Malaysia, manakala ada juga yang membeli mata wang asing kerana bimbang susut nilai akan berterusan. Dipetik dan diubah suai daripada: http://www.beritaharian.sg/dunia/ramai-jual-atau-beli-mata-wang-asing- berikutan-penurunan-dramatik-ringgit (a) Mengapakah pelanggan bertindak sedemikian? (b) Dengan menggunakan contoh berangka yang sesuai, jelaskan bagaimana pelanggan melindungi kedudukan wang mereka. 2. (a) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. (b) Kumpulan pertama diberi topik kesan kenaikan kadar pertukaran asing manakala kumpulan kedua diberi topik kesan penurunan kadar pertukaran asing. (c) Kedua-dua kumpulan dikehendaki membentangkan topik masing-masing dalam bentuk infografik. (d) Persembahan infografik boleh dibuat di atas kertas mahjung atau menggunakan Microsoft PowerPoint. Kesan perubahan kadar pertukaran asing atas eksport dan import negara adalah seperti berikut: F Butiran Kenaikan kadar Kejatuhan kadar pertukaran asing (RM naik) pertukaran asing (RM turun) O Eksport negara K Menurun Meningkat Meningkat Menurun U Import negara Cenderung merosot Cenderung baik S Imbangan dagangan 223
Bab 2 PETA KONSEP Bab 2: Malaysia dan Ekonomi Global 2.1 Globalisasi Ciri-ciri Faktor Syarikat Pelaburan langsung globalisasi penggalak multinasional asing • Pasaran • Peranan baharu kerajaan Dorongan • Peraturan dan • Peranan norma baharu teknologi • Meluaskan Kesan positif Kesan negatif • Kaedah maklumat pasaran • Pertumbuhan • Ketidakseimbangan komunikasi • Pengangkutan baharu • Pelancongan • Perlindungan ekonomi pendapatan • Peserta baharu perdagangan • Pindahan • Kemusnahan alam • Kos teknologi sekitar pengangkutan • Meningkatkan • Aliran keluar yang tinggi kemahiran untung • Bahan mentah modal insan atau hasil bumi • Meningkatkan yang unik modal pelaburan • Tenaga buruh dengan kemahiran khusus 2.2 Perdagangan Antarabangsa Perdagangan Sekatan perdagangan Liberalisasi Blok Perjanjian antarabangsa antarabangsa perdagangan ekonomi perdagangan • Tiada sekatan • EU • AFTA Kepentingan • Tarif dalam hubungan • GATT • Pilihan • Kuota perdagangan • Persaingan • Subsidi antarabangsa • Pertumbuhan • Embargo • Kawalan ekonomi pertukaran asing • Sekatan bukan ekonomi Kebaikan, keburukan dan kesan 224
Malaysia dan Ekonomi Global 2.3 Imbangan Pembayaran Akaun kewangan Akaun semasa Akaun modal • Akaun barangan (eksport dan import) • Akaun perkhidmatan • Akaun pendapatan Lebihan akaun semasa Sebab dan implikasi akaun Defisit akaun semasa Penerimaan > Pembayaran semasa Penerimaan < Pembayaran • Permintaan eksport dan import • Produktiviti negara • Pendapatan negara 2.4 Kadar Pertukaran Asing Pertukaran asing Kadar pertukaran asing Kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap harga eksport dan import Kepentingan Faktor permintaan dan Kadar pertukaran Kadar pertukaran • Membiayai import penawaran pertukaran asing ↑ asing ↓ • Membayar balik asing • Harga eksport ↑ • Harga eksport ↓ pinjaman luar negara • Eksport negara • Harga import ↓ • Harga import ↑ • Membuat pelaburan • Import negara • Kadar faedah di luar negara • Cita rasa pengguna • Mempertahankan nilai terhadap barangan mata wang import • Spekulasi mata wang 225
Bab 2 Rumusan Malaysia dan Ekonomi Global Globalisasi Imbangan pembayaran • Maksud globalisasi • Komposisi dagangan dan arah aliran perdagangan Malaysia • Syarikat multinasional a • Maksud imbangan pembayaran • Struktur akaun semasa • Faktor penggalak • Defisit dan lebihan akaun semasa globalisasi b • Sebab dan implikasi defisit dan lebihan akaun semasa d • Pelaburan langsung asing Perdagangan antarabangsa Kadar pertukaran asing • Konsep perdagangan antarabangsa • Maksud kadar pertukaran asing • Kepentingan perdagangan antarabangsa • Pengiraan kadar pertukaran asing • Bentuk dan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa c • Faktor permintaan dan penawaran • Kesan sekatan perdagangan antarabangsa mata wang asing e • Kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa • Kesan perubahan kadar pertukaran • Blok ekonomi dan perjanjian perdagangan asing • Kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan a Dorongan syarikat dalam operasi b Faktor penggalak globalisasi antarabangsa Kos Pelancongan pengangkutan yang tinggi Meluaskan Dorongan Tenaga Peranan pasaran Syarikat dalam buruh maklumat teknologi Operasi Peranan Faktor Antarabangsa kerajaan Penggalak Globalisasi Perlindungan Bahan perdagangan mentah Pengangkutan 226
Malaysia dan Ekonomi Global c Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa Sekatan perdagangan antarabangsa Tarif Subsidi Kuota • Cukai yang dikenakan • Bantuan kewangan • Had maksimum jumlah atas barang yang yang diberikan oleh barang yang boleh diimport dari luar kerajaan kepada diimport negara pengeluar tempatan Kawalan Embargo Sekatan bukan pertukaran asing ekonomi • Had kerajaan atas • Dasar pemulauan • Sekatan dalam bentuk pembelian pertukaran terhadap barangan undang-undang, asing oleh pengimport dari negara tertentu peraturan, atau syarat- syarat negara d Sebab defisit akaun semasa e Faktor permintaan dan penawaran mata wang Buku Teks Guru Buku Teks Guru Kekurangan Eksport inovasi dan aktiviti negara penyelidikan dan Import pembangunan Permintaan Permintaan negara Faktor Kadar eksport yang import yang faedah permintaan rendah Sebab defisit tinggi dan penawaran akaun semasa Cita rasa mata wang pengguna terhadap barang Peningkatan Penurunan import Spekulasi pembayaran produktiviti mata wang pendapatan Buku Rujukan Internet Buku Rujukan Internet 227
Bab 2 Refleksi ✓ Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 2.1 Globalisasi Menerangkan maksud globalisasi. Menerangkan operasi syarikat multinasional. Menganalisis faktor penggalak globalisasi dalam ekonomi. Menilai kesan pelaburan langsung asing terhadap ekonomi negara. 2.2 Perdagangan Antarabangsa Menjelaskan konsep perdagangan antarabangsa dan kepentingannya kepada ekonomi. Menghuraikan bentuk dan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa. Menganalisis kesan tarif, subsidi dan kuota atas perdagangan antarabangsa. Menilai kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa dan liberalisasi perdagangan. Menjelaskan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan. Menjelaskan kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan. 2.3 Imbangan Pembayaran Mengenal pasti komposisi dagangan dan arah aliran perdagangan Malaysia. Menerangkan maksud imbangan pembayaran. Menjelaskan struktur akaun semasa dalam imbangan pembayaran. Menjelaskan konsep defisit dan lebihan dalam akaun semasa. Menganalisis sebab dan implikasi defisit dan lebihan dalam akaun semasa. 2.4 Kadar Pertukaran Asing Mendefinisikan kadar pertukaran asing. Mengira kadar pertukaran asing berdasarkan harga jualan dan harga belian mata wang asing. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing. Menganalisis penentuan dan perubahan kadar pertukaran asing menggunakan gambar rajah permintaan dan penawaran. Menerangkan kesan perubahan kadar pertukaran asing atas harga eksport dan import. ISTILAH BM - BI • Blok ekonomi (Trade bloc) • Perjanjian perdagangan (Trade agreement) 2.1 Globalisasi • Globalisasi (Globalisation) 2.3 Imbangan Pembayaran • Syarikat multinasional • Imbangan pembayaran (Multinational company) (Balance of payments) • Pelaburan langsung asing (Foreign • Akaun semasa (Current account) • Defisit akaun semasa (Current account deficit) direct investment) • Lebihan akaun semasa (Current 2.2 Perdagangan Antarabangsa account surplus) • Perdagangan antarabangsa 2.4 Kadar Pertukaran Asing (International trade) • Kadar pertukaran asing (Foreign • Sekatan perdagangan antarabangsa exchange rate) (International trade barriers) • Liberalisasi perdagangan (Trade liberalisation) 228
Malaysia dan Ekonomi Global Latihan Sumatif 2 A Soalan Objektif Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1. Pelaksanaan liberalisasi perdagangan 4. Apakah kesan positif daripada pelaburan dan blok perdagangan adalah untuk langsung asing terhadap ekonomi Malaysia? menggalakkan kerjasama antara negara A Peningkatan kadar pengangguran dalam ekonomi. B Kepesatan pemindahan teknologi C Penurunan pendapatan negara Antara yang berikut, yang manakah D Kenaikan tingkat harga umum berkaitan dengan faktor penggalak tersebut? A Pemberian visa ketika ketibaan 5. Pilih kebaikan yang diperoleh daripada B Kenaikan cukai bagi barang import perdagangan antarabangsa. terpilih I Menghadapi persaingan C Penglibatan sektor swasta dalam II Mengatasi masalah lambakan pentadbiran kerajaan III Meningkatkan kecekapan pengeluaran D Kebenaran menjalankan perniagaan IV Menggalakkan mobiliti sumber ekonomi tanpa keperluan lesen A I dan II B I dan IV 2. Mengapakah sesebuah firma mengembangkan C II dan III operasi perniagaannya ke peringkat D III dan IV antarabangsa? A Pasaran tempatan yang tepu 6. Pilih bentuk sekatan yang diadakan dalam B Kos upah yang rendah untuk buruh hubungan perdagangan antarabangsa. tempatan I Cukai eksais C Kadar pertukaran asing yang berubah II Duti import dari semasa ke semasa III Kawalan pertukaran asing D Kenaikan harga bahan mentah di IV Cukai barang dan perkhidmatan pasaran antarabangsa A I dan II B I dan IV 3. Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri- C II dan III ciri suatu dorongan syarikat dalam operasi D III dan IV antarabangsa. 7. Apakah tujuan sekatan perdagangan • Pengedaran yang efektif antarabangsa dilaksanakan? • Harga produk lebih murah A Menggalakkan pelaburan • Berdekatan dengan pasaran B Melindungi industri muda tempatan C Mewujudkan kuasa monopoli Antara yang berikut, yang manakah berkaitan D Menjamin hubungan politik yang kukuh dengan maklumat di atas? A Saiz pasaran B Jenis pelanggan C Kos pengangkutan D Kos bahan mentah 229
Bab 2 12. Pernyataan di bawah menunjukkan satu butir akaun dalam akaun semasa. 8. Apakah kesan pengenaan tarif dalam hubungan perdagangan antarabangsa? Firma televisyen Malaysia membelanjakan A Harga barang akan menurun berjuta-juta wang untuk bayaran kos B Kadar pengangguran akan naik siaran program yang disediakan oleh C Hasil kerajaan akan bertambah firma asing. D Permintaan barang akan meningkat Akaun yang manakah perbelanjaan tersebut 9. Antara yang berikut, yang manakah direkodkan? merupakan kelebihan dasar liberalisasi A Akaun pendapatan perdagangan? B Akaun perkhidmatan I Kemasukan pelaburan langsung asing C Akaun dagangan II Mewujudkan monopoli D Akaun modal III Kebergantungan ekonomi negara kepada pihak asing 13. Firma FAC dari Malaysia telah membeli IV Menggalakkan inovasi dan pemindahan sebuah jentera kilang yang berharga teknologi US$180 800 dari Amerika Syarikat. Kadar A I dan II pertukaran asing adalah seperti yang B I dan IV berikut: C II dan III D III dan IV Unit Mata Harga Harga jualan wang belian (RM) 10. Komposisi eksport nampak Malaysia (RM) terdiri daripada A pertanian, perlombongan dan 1 USD 4.40 4.50 perkhidmatan pengeluar B p e r k h i d m a t a n p e n g e l u a r , Berapakah jumlah Ringgit Malaysia yang perlombongan dan perkilangan diperlukan untuk pembayaran tersebut? C p e m b u a t a n , p e r t a n i a n d a n A RM40 178 perlombongan B RM41 091 D pembuatan, perlombongan dan C RM795 520 pelancongan D RM813 600 11. Maklumat yang berikut menunjukkan urus 14. Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan niaga antarabangsa negara W. permintaan terhadap Ringgit Malaysia? A Kenaikan kadar faedah dalam Malaysia Eksport nampak RM76.8 bilion B Pertambahan dalam jumlah eksport Import nampak RM78.6 bilion negara Malaysia C Nilai Ringgit Malaysia dijangka Apakah kesan daripada urus niaga di atas? meningkat pada masa hadapan A Imbangan pembayaran positif D Kegemaran rakyat Malaysia membeli B Imbangan pembayaran negatif barang buatan tempatan C Imbangan dagangan negatif D Imbangan dagangan positif 230
Malaysia dan Ekonomi Global B Soalan Esei Arahan: Jawab soalan-soalan yang berikut. 1. (a) Apakah maksud globalisasi? (b) Nyatakan faktor penggalak globalisasi di Malaysia. 2. Rajah di bawah menunjukkan suatu urus niaga bagi negara Malaysia. INDIA U MALAYSIA (a) Apakah jenis urus niaga di atas? (b) Terangkan tiga sebab berlakunya urus niaga dalam (a). (c) Jelaskan kepentingan urus niaga dalam (a) kepada sesebuah negara dari segi: (i) Pilihan pengguna (ii) Persaingan (iii) Pertumbuhan ekonomi 3. (a) Jelaskan kesan terhadap pihak yang berikut akibat kemasukan barang import yang murah. (i) Pengeluar tempatan (ii) Pengguna (iii) Ekonomi negara (b) Jelaskan tiga sekatan perdagangan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah lambakan beras tempatan. 4. (a) Nyatakan empat faktor yang mendorong perkembangan syarikat multinasional. (b) Jelaskan sumbangan pelaburan langsung asing kepada ekonomi Malaysia. (c) Jelaskan kesan negatif yang mungkin berlaku akibat kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia. 5. Jadual di bawah menunjukkan data perdagangan Malaysia dengan negara China bagi tahun 2014 dan tahun 2015. Butiran 2014 2015 (RM bilion) (RM bilion) Jumlah dagangan Eksport barang nampak 207.8 X Import barang nampak 92.29 101.53 Y 129.36 231
Bab 2 (a) Hitungkan nilai bagi yang berikut: (i) Nilai X dan Y (ii) Imbangan dagangan Malaysia dengan negara China pada tahun 2014 dan tahun 2015 (iii) Peratus perubahan import nampak Malaysia pada tahun 2015 berbanding dengan tahun 2014 (b) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong peningkatan eksport nampak Malaysia ke China. 6. Rajah di bawah menunjukkan imbangan akaun semasa bagi sebuah negara pada tahun 2000 dan tahun 2014. Tahun 2000 Tahun 2014 Penerimaan Pembayaran RM30 254 juta RM65 216 juta Pembayaran Penerimaan RM47 589 juta RM87 314 juta (a) Apakah jenis akaun semasa pada tahun 2000 dan tahun 2014? Buktikan jawapan anda. (b) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan jenis akaun semasa pada tahun 2000. (c) Jelaskan empat langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah di (b). 7. (a) Dengan menggunakan rajah keluk permintaan dan penawaran, jelaskan bagaimana kadar US$1.00 = RM4.20 ditentukan dalam pasaran pertukaran asing. (b) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran bagi mata wang asing. 8. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia (RM) berbanding dengan Dolar Singapura (SGD) pada tahun 2015 dan 2016. 15 Jun 2015 15 Jun 2016 Unit Mata Harga belian Harga jualan Unit Mata Harga belian Harga jualan wang (RM) (RM) wang (RM) (RM) 1 SGD 2.7560 2.8214 1 SGD 2.9922 3.0618 Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing tersebut terhadap eksport dan import Malaysia. Jawapan Anda boleh menyemak jawapan anda bagi Latihan Sumatif 2 di sini: http://bukutekskssm.my/Ekonomi/Jawapan2.pdf 232
Malaysia dan Ekonomi Global Kajian Kes Malaysia merupakan pengeluar getah asli yang kelima terbesar di dunia, selepas Thailand, Indonesia, Vietnam dan China. Pengeluaran getah asli di Malaysia meningkat sebanyak 4.1% daripada 0.67 juta tan metrik pada tahun 2014 kepada 0.72 juta tan pada tahun 2015. Eksport getah asli mencatatkan penurunan sebanyak 6.5% daripada 1.2 juta tan pada tahun 2014 kepada 1.1 juta tan pada tahun 2015. Namun begitu, Malaysia tetap merupakan pengeksport bersih yang utama di dunia untuk getah asli. Banyak negara lain di dunia memilih Malaysia sebagai sumber bekalan getah mentah gred SMR (Standard Malaysian Rubber) yang berkualiti. Eksport barangan getah dari Malaysia mencecah RM15 bilion pada tahun 2014 dan menghampiri RM18 bilion pada tahun 2015. Eksport barangan getah pada tahun 2015 telah mencatatkan pertumbuhan tahunan positif sebanyak 18.6%. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan dalam eksport sarung tangan getah yang menyumbangkan sebanyak 72.8% kepada jumlah eksport barangan getah tahun ini. Jumlah hasil eksport daripada sarung tangan getah pada tahun 2016 dijangka mencatat nilai sebanyak RM14.3 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 14% berbanding dengan tahun 2015. Malaysia kekal sebagai pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 133.6 bilion sarung tangan pada tahun 2016 yang mewakili syer pasaran dunia sebanyak 63%. Sumber: 1. Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia, tahun 2017 2. Eksport revenue from rubber gloves to hit RM14.3 billion this year, 16 Julai 2016 Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut. (a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi pengeluar getah asli yang kelima terbesar di dunia. (b) Mengapakah eksport getah asli mengalami penurunan pada tahun 2015? (c) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong peningkatan eksport sarung tangan getah Malaysia. (d) Berikan ulasan anda tentang prospek industri getah di Malaysia. 233
Bab 2 Kerja Tugasan Kadar Pertukaran Mata Wang Asing dari tahun 2012 hingga tahun 2015 Mata wang asing Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015 Akhir Disember Dolar Amerika Syarikat 3.0583 3.2815 3.4950 4.2920 Dolar Singapura 2.5030 100 Yen Jepun 3.5576 2.5943 2.6449 3.0356 Pound Sterling 4.9420 Franc Swiss 3.3480 3.1281 2.9255 3.5645 Euro 4.0412 100 Baht Thai 9.9910 5.4076 5.4396 6.3607 100 Rupiah Indonesia 0.0317 100 Won Korea 0.2865 3.6950 3.5353 4.3419 100 Peso Filipina 7.4446 Renminbi China 0.4909 4.5263 4.2513 4.6918 9.9757 10.627 11.9222 0.0269 0.0281 0.0311 0.3108 0.3201 0.3651 7.3908 7.8066 9.1494 0.5422 0.5637 0.6610 Sumber: Kementerian Kewangan, Laporan Ekonomi 2015/2016 Jadual di atas menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan beberapa mata wang negara asing. Bincang dalam kumpulan dan bentangkan jawapan anda dalam kelas. (a) Jelaskan prestasi Ringgit Malaysia berbanding dengan mata wang yang berikut: (i) Pound Sterling (ii) Yen Jepun (iii) Rupiah Indonesia (b) Hitungkan peratus penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika antara tahun 2012 dengan tahun 2015. (c) Penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika membawa pelbagai implikasi kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. Bincangkan. (d) Andaikan seorang rakyat Malaysia membeli satu unit pangsapuri di London berharga £600 000 pada tahun 2012. Berapakah nilai pangsapuri dalam Ringgit Malaysia pada tahun 2012 dan tahun 2015? (e) Hitungkan kadar pertukaran antara Dolar Amerika dengan Dolar Singapura pada tahun 2015. 234
Glosari A Pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau kumpulan dalam ekonomi. Agihan pendapatan Akaun yang merekodkan jumlah nilai eksport Akaun barangan barang nampak dan jumlah nilai import barang nampak. Akaun kewangan Akaun yang merekod aliran masuk modal dan Akaun modal aliran keluar modal bagi sesebuah negara. Akaun pendapatan Akaun yang merekod perubahan bersih dalam Akaun perkhidmatan pemilikan aset. Akaun semasa Akaun yang merekodkan penerimaan dan Antilambakan pembayaran pendapatan dalam negara. Akaun yang merekodkan eksport dan import B barang tak nampak dalam negara. Akaun yang merekodkan nilai eksport dan import Barang awam barang serta perkhidmatan dan juga pendapatan. Tindakan menyekat barang import untuk Barang kawalan menghalang penjualan lebihan barang di pasaran tempatan dan mengelakkan kesan yang buruk terhadap ekonomi dalam negara. Barang yang dapat digunakan oleh seseorang individu tanpa mengurangkan faedah penggunaan individu lain (non rivalrous) dan tidak boleh menghalang individu lain daripada menggunakannya (non excludable). Barang penggunaan asas yang diisytiharkan di bawah kawalan kerajaan dan tidak dibenarkan menaikkan atau menurunkan harganya tanpa persetujuan kerajaan. 235
Barang sosial Barang atau perkhidmatan yang membawa manfaat Belanjawan defisit terbesar kepada semua masyarakat. Belanjawan lebihan Keadaan belanjawan negara yang mempunyai jumlah hasil kerajaan kurang daripada jumlah Belanjawan negara perbelanjaan kerajaan. Belanjawan seimbang Keadaan belanjawan negara yang mempunyai jumlah hasil kerajaan lebih daripada jumlah Blok ekonomi perbelanjaan kerajaan. C Suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan Cukai yang akan dilakukan untuk tahun kewangan akan Cukai berkadar malar datang. Cukai karbon Cukai langsung Keadaan belanjawan negara yang mempunyai Cukai progresif jumlah hasil kerajaan bersamaan dengan jumlah Cukai regresif perbelanjaan kerajaan. Cukai tak langsung Satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama. Bayaran wajib rakyat dalam bentuk wang yang dikenakan oleh kerajaan. Bentuk cukai yang kadarnya tetap walaupun pendapatan berubah. Sejenis cukai persekitaran yang dikenakan atas kandungan bahan api. Sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. Bentuk cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila pendapatan bertambah. Bentuk cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah. Sejenis cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain. 236
D Satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan Dasar fiskal agar keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai. Dasar fiskal mengembang Dasar fiskal yang bertujuan untuk meningkatkan permintaan agregat melalui pengurangan kadar Dasar fiskal menguncup cukai dan pertambahan perbelanjaan kerajaan. Dasar harga maksimum Dasar fiskal yang bertujuan untuk mengurangkan Dasar harga minimum permintaan agregat melalui peningkatan kadar Dasar kewangan cukai dan pengurangan perbelanjaan kerajaan. Dasar kewangan mengembang Dasar penetapan harga yang lebih rendah daripada Dasar kewangan menguncup tingkat harga keseimbangan. Defisit akaun semasa Dasar penetapan harga yang lebih tinggi daripada E tingkat harga keseimbangan. Eksport Cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi Eksport barang nampak melalui kawalan bekalan wang dan kadar faedah Eksport barang tak nampak supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam Eksternaliti negatif keadaan yang stabil. Dasar kewangan yang bermatlamat untuk menambahkan bekalan kewangan dalam pasaran. Dasar kewangan yang bermatlamat untuk mengurangkan bekalan kewangan dalam pasaran. Keadaan di mana jumlah pembayaran kewangan lebih besar daripada jumlah penerimaan kewangan dalam akaun semasa. Urus niaga menjual barang dan perkhidmatan kepada negara lain. Barang nyata yang dikeluarkan dalam Malaysia dan dijual ke luar negara. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat asing. Kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat selain pengeluar dan pengguna barang itu. 237
Embargo Perintah larangan atau pemulauan dengan negara Emolumen tertentu atas alasan keselamatan atau kepentingan Entrepot negara. Bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan. F Urus niaga mengimport barang daripada luar negara dan menjual semula kepada negara lain. Faedah berbanding Faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang G sanggup mengeluarkan sesuatu barang dengan harga relatif atau kos lepas yang lebih rendah Globalisasi berbanding dengan negara lain berdasarkan Guna tenaga sejumlah faktor pengeluaran dan pada tingkat Guna tenaga penuh teknologi yang sama. H Proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara. Harga belian mata wang Penduduk berumur 15 tahun hingga 64 tahun Harga jualan mata wang yang mempunyai pekerjaan dalam pelbagai Hasil bukan cukai kegiatan ekonomi. Hasil kerajaan Keadaan dalam ekonomi apabila kadar pengangguran berada pada paras yang rendah iaitu 238 kurang daripada 4%. Harga bank atau money trader membeli mata wang asing dengan menukarkan mata wang tempatan. Harga bank atau money trader menjual mata wang asing untuk mendapatkan mata wang tempatan sesebuah negara. Hasil yang diterima oleh kerajaan daripada sumber pendapatan yang lain selain daripada pengutipan cukai. Semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, dan lesen.
I Perbezaan antara jumlah penerimaan pendapatan dengan jumlah pembayaran pendapatan dalam Imbangan akaun pendapatan negara. Imbangan dagangan Perbezaan antara jumlah nilai eksport barang Imbangan pembayaran nampak dengan jumlah nilai import barang nampak. Imbangan perkhidmatan Satu penyata kewangan yang merekodkan aliran wang masuk (jumlah penerimaan) dan keluar Import (jumlah pembayaran) kesan daripada perdagangan Import barang nampak antarabangsa dalam tempoh satu tahun. Import barang tak nampak Indeks harga pengguna Perbezaan antara jumlah nilai eksport barang tak nampak dengan jumlah nilai import barang tak Inflasi nampak. Inflasi diimport Urus niaga membeli barang dan perkhidmatan Inflasi tarikan permintaan daripada negara lain. Inflasi tolakan kos Barang nyata yang dibeli oleh Malaysia dari luar negara lain. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat asing kepada rakyat Malaysia. Perubahan harga purata sekumpulan barang dan perkhidmatan yang terpilih dalam ekonomi bagi suatu tahun berbanding dengan suatu tahun dasar. Kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi. Kenaikan tingkat harga umum apabila harga barang yang diimport dari luar negara meningkat. Kenaikan tingkat harga umum apabila permintaan masyarakat terhadap barang dan permintaan melebihi penawarannya dalam pasaran. Kenaikan tingkat harga umum apabila kos pengeluaran meningkat. K Kos yang ditanggung oleh peminjam untuk membuat pinjaman. Kadar faedah Kadar faedah yang berubah mengikut turun naik Kadar faedah terapung Kadar Rujukan sepanjang tempoh pinjaman. 239
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260