Bab 2 2.2 Perdagangan Antarabangsa Menjelaskan konsep perdagangan antarabangsa. Menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa kepada ekonomi Malaysia. Menghuraikan bentuk dan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa. Menganalisis kesan tarif, subsidi dan kuota terhadap perdagangan antarabangsa. Menilai kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa dan liberalisasi perdagangan. Menjelaskan beberapa contoh blok ekonomi dan perjanjian perdagangan. Menjelaskan kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan terhadap negara ahli dan negara bukan ahli. SEPINTAS LALU Perdagangan antarabangsa di Malaysia boleh dikesan sejak zaman dahulu. Menurut sumber-sumber bertulis dari China, India, Arab dan Yunani, kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka. Negeri Melaka pernah berfungsi sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara pada abad ke-15 Masihi disebabkan oleh kedudukan geografiknya yang strategik. Negeri Melaka telah dijadikan tempat tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat disebabkan Selat Melaka merupakan laluan penting bagi kapal-kapal perdagangan China dan India. Kini, perdagangan antarabangsa tidak hanya terhad pada laluan lautan. Penghantaran barang dagangan antara negara boleh dilakukan melalui pengangkutan udara, laut atau darat. Tahukah anda sebab-sebab perdagangan antarabangsa dijalankan sejak zaman Abad dahulu lagi? Apakah kesan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan ke-21 atas perdagangan antarabangsa? Anda boleh 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa menonton video tentang perdagangan Perkembangan globalisasi akibat kemajuan dalam sistem antarabangsa di sini: pengangkutan dan perhubungan telah menggalakkan http://bukutekskssm.my/ perdagangan antarabangsa. Ekonomi/Video2.mp4 Syarikat multinasional kini melihat dunia sebagai suatu pasaran BM yang besar dan setiap keputusan yang dilakukan oleh firma besar ini akan mempengaruhi ekonomi dunia. 140
Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli Malaysia dan Ekonomi Global barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara yang lain. Eksport Urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara negara boleh berlaku dalam tiga bentuk iaitu import, eksport dan entrepot. Import Entrepot Import Entrepot Eksport • Membeli barang dan • Membeli barang dari • Menjual barang dan perkhidmatan dari negara luar negara dan menjual perkhidmatan kepada lain semula kepada negara lain negara lain • Berlaku apabila • Berlaku apabila sesebuah • Berlaku apabila sesuatu barangan negara memproses pengeluaran barangan tidak dikeluarkan atau barang import dan melebihi penggunaan tidak mencukupi untuk mengeksportkannya atau keperluan rakyat menampung keperluan semula ke negara lain tempatan rakyat tempatan • Contoh: Singapura dan Hong Kong Sebab-sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa Perdagangan antarabangsa wujud akibat daripada pelbagai perbezaan yang wujud antara satu negara dengan negara yang lain. Antara perbezaan yang wujud termasuklah: 1 Sumber semula jadi 2 Iklim dan jenis tanih 3 Tingkat kecekapan pengeluaran 4 Budaya masyarakat 5 Harga faktor 6 Cita rasa pengguna 141
ElBab 2 Sumber Semula Jadi emen • Sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Merentas Kurikulum kepada setiap negara adalah berlainan dengan negara lain. Dengan kadar penggunaan • Contohnya, Malaysia dianugerahkan dengan bijih timah, petroleum atau sumber tenaga Brunei kaya dengan simpanan petroleum dan Afrika Selatan lain kini, sumber bahan api yang kaya dengan simpanan emas dan berlian. sedia ada di bumi dianggar hanya cukup untuk bertahan bagi • Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semula jadi 30-40 tahun. Oleh itu, sumber akan mengeksport sumber tersebut ke negara lain. alternatif bagi bahan api sedang gigih dikaji oleh pelbagai negara di dunia. Sumber:www.coriolis-energy.com, tahun 2017 Rizab minyak (dalam bilion tong) Pengeluaran minyak (syer pasaran dunia semasa) Sumber: http://www.indexmundi.com/blog/index.php/2013/05/13/the-worlds-largest-oil-reserves-by-country/tahun 2013, tahun 2013 Rajah 2.4 Negara dengan simpanan minyak yang tinggi di dunia Iklim dan Jenis Tanih • Keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara adalah berbeza dengan negara yang lain akibat daripada perbezaan iklim dan jenis tanih. • Contohnya, tanah laterit dan tanah gambut di Malaysia adalah sesuai untuk menanam tanaman kelapa sawit. Manakala iklim Mediteranean adalah sesuai untuk menanam tanaman buah-buahan sitrus seperti epal, anggur dan strawberi. 142
Tingkat Kecekapan Pengeluaran Malaysia dan Ekonomi Global • Pengkhususan dan proses pengeluaran yang lebih cekap Anda boleh memahami membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu konsep faedah barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah berbanding dengan lebih berbanding dengan negara lain. lanjut melalui contoh • Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos faktor pengeluaran dalam video ini: yang murah telah mendorong pengeluaran secara besar- http://www.investopedia. besaran dan seterusnya mengeksportkannya ke negara lain. com/video/play/ • Negara yang mempunyai pengkhususan yang lebih tinggi explaining-comparative- dalam pengeluaran sesuatu barang dikatakan mempunyai advantage/ faedah berbanding. • Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh ENG sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan sesuatu barang dengan harga relatif atau kos lepas yang lebih Cabar Diri Anda rendah berbanding dengan negara lain berdasarkan sejumlah faktor pengeluaran dan pada tingkat teknologi 1. Apakah pengkhususan yang sama. pengeluaran kawasan • Contohnya, Amerika Syarikat mengkhusus dalam berikut di Malaysia? pengeluaran kapal terbang telah mengeksport barang ini (a) Pontian, Johor ke negara-negara lain. (b) Sekinchan, Selangor (c) Raub, Pahang Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS menggunakan model Boeing (d) Bayan Lepas, Pulau 737-800 yang dikeluarkan oleh Syarikat Boeing di Amerika Syarikat Pinang untuk mengangkut penumpang ke destinasi domestik atau luar negara 2. Mengapakah kawasan Budaya Masyarakat di atas mempunyai • Budaya masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi pengkhususan seperti yang disebut? kecenderungan masyarakat dalam pengeluaran sesuatu barangan. 143 • Perbezaan budaya masyarakat biasanya melibatkan kemahiran dan minat pekerja dalam mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan. • Contohnya, negara India yang terkenal dengan rempah ratus disebabkan penggunaan rempah ratus dalam makanan merupakan tradisi dan budaya dalam kalangan masyarakat India.
Bab 2 Harga Faktor Harga faktor buruh di • Harga faktor-faktor pengeluaran seperti upah buruh, sewa Asia yang lebih rendah tanah dan faedah modal akan mempengaruhi pemilihan membolehkan kilang kasut teknik pengeluaran bagi sesuatu barang dan perkhidmatan. di Asia mengeluarkan kasut dengan kos yang lebih rendah • Contohnya, bilangan buruh yang banyak dan kadar Pelbagai jenis herba tradisi upah yang lebih murah di negara India dan negara China yang diimport dari negara membolehkan pengkhususan dalam pengeluaran tekstil dan China untuk keperluan pakaian serta barang elektronik yang berintensifkan buruh. masyarakat tempatan • Sebaliknya, Amerika Syarikat dan Jepun yang secara relatifnya mempunyai barang modal yang lebih murah dan cekap akan mengkhusus kepada pengeluaran barang seperti kapal terbang, kereta dan jentera yang berintensifkan modal. Cita Rasa Pengguna • Cita rasa masyarakat terutama yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum adalah berbeza dan sukar dipenuhi dengan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam negara sahaja. • Oleh itu, para peniaga mengimport pelbagai jenis barang dari luar negara untuk memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza-beza. • Contohnya, pengimport tempatan akan mengimport ubat- ubatan dan herba tradisi dari negara China untuk memenuhi permintaan masyarakat Cina dan juga ratusan jenis rempah dari negara India untuk memenuhi kehendak kaum India. Aktiviti 2.2.1 (a) Murid dibahagikan mengikut kumpulan. (b) Setiap kumpulan dikehendaki mencari maklumat dari Internet atau sumber lain dan mengkaji tentang pengkhususan pengeluaran bagi negara-negara yang berikut: (i) Malaysia (iv) Jepun (ii) China (v) Perancis (iii) Amerika Syarikat (vi) Afrika (c) Wakil setiap kumpulan perlu membuat pembentangan di hadapan kelas. 1. Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara F sebuah negara dengan negara yang lain. O 2. Urus niaga antara negara boleh berlaku dalam tiga bentuk iaitu import, eksport dan entrepot. K U 3. Sebab-sebab wujudnya perdagangan antarabangsa ialah perbezaan dari segi sumber semula S jadi, iklim dan jenis tanih, budaya masyarakat, tingkat kecekapan pengeluaran, harga faktor dan cita rasa pengguna. 144
2.2.2 Kepentingan Perdagangan Antarabangsa Malaysia dan Ekonomi Global Perdagangan antarabangsa yang dilakukan oleh sesebuah negara sememangnya membawa banyak manfaat kepada individu, Cabar Diri Anda masyarakat atau negara. Antara kepentingan perdagangan antarabangsa kepada negara adalah seperti yang berikut: Secara amnya, kepentingan perdagangan antarabangsa 1 Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara boleh dibincang daripada tiga aspek iaitu: 2 Meluaskan pasaran (a) Pilihan (b) Persaingan 3 Menambah pendapatan negara (c) Pertumbuhan ekonomi Bolehkah anda 4 Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi mengkategorikan kepentingan perdagangan 5 Menikmati barang dengan harga yang lebih murah antarabangsa dalam teks mengikut aspek masing- 6 Meningkatkan kecekapan pengeluaran masing? 7 Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai Cabar Diri Anda 8 Menambah peluang pekerjaan 1. Nyatakan tiga contoh barang lain yang tidak 9 Menggalakkan mobiliti tenaga buruh dikeluarkan dalam negara tetapi boleh 10 Menggalakkan pelaburan diperoleh di luar negara. 11 Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang 2. Mengapakah barang- barang tersebut tidak Memperoleh Barang yang Tidak Dikeluarkan di dalam dikeluarkan tempatan? Negara • Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang 145 dan perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyatnya akibat daripada perbezaan iklim, jenis tanih dan anugerah sumber semula jadi. • Melalui perdagangan antarabangsa, barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan dalam negara dapat diperoleh dari negara lain yang mengeksportnya. • Contohnya, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan sitrus yang tidak ditanam di Malaysia melalui aktiviti perdagangan antarabangsa dengan Amerika Syarikat dan China. • Sementara itu, pengimport di negara India dan China pula akan mengimport minyak kelapa sawit dari negara kita. Meluaskan Pasaran • Melalui aktiviti perdagangan antarabangsa, penawaran barang dan perkhidmatan yang berlebihan boleh dieksport ke luar negara yang mempunyai pasaran yang lebih luas. • Kejayaan menguasai pasaran yang lebih luas akan meningkatkan keuntungan firma tempatan.
Bab 2 Menambah Pendapatan Negara Penggunaan dron dalam • Melalui aktiviti perdagangan antarabangsa, kerajaan dapat sektor pertanian di Malaysia mengutip duti import dan duti eksport untuk menambahkan pendapatan negara. Cabar Diri Anda • Di samping itu, cukai keuntungan syarikat yang dikutip Apakah kesan pengkhususan oleh kerajaan akan meningkat disebabkan peningkatan pengeluaran sesebuah keuntungan firma tempatan melalui aktiviti perdagangan negara dalam perdagangan antarabangsa. antarabangsa terhadap unit ekonomi yang berikut? Menggalakkan Pemindahan dan Penggunaan Teknologi (a) Isi rumah (b) Firma • Melalui aktiviti perdagangan antarabangsa, pengeluar (c) Kerajaan tempatan boleh mengimport mesin, jentera dan peralatan moden yang lebih canggih untuk meningkatkan daya 146 pengeluaran dan memajukan industri tempatan. • Perdagangan antarabangsa juga membuka peluang bagi kemasukan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan teknologi yang terkini dari luar negara. Menikmati Barang dengan Harga yang Lebih Murah • Pengkhususan yang berlaku dalam perdagangan antarabangsa akan membawa kepada peningkatan dalam daya pengeluaran dan kemahiran sumber manusia. • Pengkhususan membolehkan pengeluaran barang dilakukan secara besar-besaran pada kos yang lebih murah dan mutunya lebih baik. • Barang tersebut boleh dijual dengan harga yang lebih murah. • Contohnya, Amerika Syarikat yang berjaya mengeluarkan kapal terbang pada harga yang lebih rendah dan Malaysia yang dapat mengeluarkan minyak kelapa sawit pada harga yang lebih murah akan melakukan aktiviti eksport dan import antara satu sama lain untuk memperoleh manfaat masing-masing. Meningkatkan Kecekapan Pengeluaran • Aktiviti perdagangan antarabangsa akan mewujudkan persaingan antara pengeluar dan barang yang dihasilkan oleh sesebuah negara. • Persaingan yang timbul akan mendorong pihak pengeluar untuk mengeluarkan barang yang lebih bermutu dengan kaedah pengeluaran yang paling cekap serta menghalang firma monopoli daripada mengenakan harga yang tinggi. • Persaingan dalam pasaran dunia juga akan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat penggunaan teknologi yang terkini.
Menawarkan Pilihan Pengguna yang Pelbagai Malaysia dan Ekonomi Global • Pelbagai jenis barangan telah berjaya diimport dari Pengguna boleh memilih luar negara untuk memenuhi keperluan dan kehendak antara jenama keluaran pengguna tempatan. tempatan mahupun jenama yang diimport dari negara lain • Masyarakat yang ingin membeli sesuatu barang mempunyai Penambahan peluang pelbagai pilihan mengikut cita rasa dan kemampuan pekerjaan yang disebabkan masing-masing. oleh perdagangan • Pilihan yang luas akan meningkatkan tingkat kepuasan antarabangsa dan taraf hidup pengguna. Tenaga buruh dari pelbagai Menambah Peluang Pekerjaan negara menggalakkan perkongsian ilmu dan • Permintaan yang semakin meningkat terhadap barang eksport sesebuah negara dalam perdagangan antarabangsa pengetahuan serta prosedur telah mendorong pengeluar tempatan dan pelabur asing kerja antara pekerja tempatan membesarkan skala pengeluarannya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. dan negara lain Dasar ekonomi terbuka • Pengembangan perniagaan akibat daripada aktiviti perdagangan antarabangsa telah berjaya mewujudkan lebih banyak yang menggalakkan peluang pekerjaan dan mengurangkan masalah pelaburan asing mewujudkan pengangguran. pertambahan kawasan Menggalakkan Mobiliti Tenaga Buruh perindustrian di Malaysia • Melalui perdagangan antarabangsa, tenaga buruh di sesebuah negara dapat bergerak ke negara lain. • Contohnya, negara Indonesia dan Bangladesh yang mempunyai ramai tenaga buruh telah berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor pembinaan, perkilangan dan perladangan. • Sebaliknya, Malaysia yang kekurangan tenaga buruh mahir seperti doktor, jurutera, pensyarah dan ahli sains telah mengimport tenaga buruh dari negara-negara maju. Menggalakkan Pelaburan • Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam perdagangan antarabangsa telah menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing. Perkongsian pintar yang diadakan dengan pelabur asing telah membantu mempercepat pertumbuhan ekonomi. • Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pelabur asing untuk berkongsi bersama pegangan ekuiti dalam sektor penerbangan, perhubungan dan kewangan juga menggalakkan kemasukan pelabur asing. 147
Bab 2 Perdagangan antarabangsa Mewujudkan Hubungan Baik dengan Rakan Dagang mewujudkan hubungan yang • Perdagangan antarabangsa berjaya mewujudkan kerjasama mesra antara negara dan persefahaman antara negara rakan dagang dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya. • Hubungan yang baik dan kerjasama yang diadakan akan mewujudkan semangat saling membantu antara satu negara dengan negara yang lain untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik. Aktiviti 2.2.2 Perbahasan tentang Perdagangan Antarabangsa (a) Murid dibahagikan kepada dua pasukan dalam aktiviti perbahasan ini iaitu pasukan penyokong dan pasukan pembangkang. (b) Tajuk perbahasan yang diberikan ialah “Perdagangan antarabangsa mendatangkan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan”. (c) Kedua-dua pasukan mengadakan perbincangan tentang isi kandungan tajuk perbahasan masing-masing. (d) Perbahasan kedua-dua pasukan harus merangkumi aspek yang berikut: (i) Ekonomi (ii) Sosial (iii) Politik (e) Kedua-dua pasukan boleh mendapatkan maklumat daripada Internet. Isi perbahasan yang dibentangkan harus disokong dengan fakta atau data statistik supaya lebih bernas. (f) Tiga orang wakil pasukan perbahasan dilantik dalam setiap kumpulan untuk menjalankan sesi perbahasan. (g) Seorang murid dilantik sebagai penjaga masa. Setiap wakil hanya mempunyai lima minit untuk membentangkan isinya. (h) Guru berperanan sebagai pengadil dan menilai prestasi kedua-dua pasukan dalam perbahasan. Kemudian, guru mengumumkan pasukan pemenang bagi aktiviti ini. Kepentingan perdagangan antarabangsa adalah seperti yang berikut: (a) Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara (b) Meluaskan pasaran (c) Menambah pendapatan negara F (d) Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi O (e) Menikmati barang dengan harga yang lebih murah K U (f ) Meningkatkan kecekapan pengeluaran S (g) Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai (h) Menambah peluang pekerjaan (i) Menggalakkan mobiliti tenaga buruh (j) Menggalakkan pelaburan (k) Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang. 148
Malaysia dan Ekonomi Global 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa Walaupun perdagangan antarabangsa membawa pelbagai manfaat, namun perdagangan antarabangsa juga meninggalkan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Oleh itu, sekatan perdagangan antarabangsa telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengawal kesannya terhadap ekonomi negara. Bentuk Sekatan Perdagangan Antarabangsa Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport dan import negara. Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang dilaksanakan kerajaan adalah seperti yang berikut: 1 Tarif 2 Subsidi Kios INFO 3 Kuota 4 Kawalan pertukaran asing 5 Embargo 6 Sekatan bukan ekonomi Tarif yang biasanya dikenakan terhadap barang Tarif import Malaysia ialah tarif ad valorem dengan kadar • Tarif merupakan cukai yang dikenakan atas barang yang purata sebanyak 6.1% bagi diimport dari luar negara. barang perindustrian. • Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import Sumber: https://www.export. meningkat dan secara relatifnya lebih mahal berbanding gov/article?id=Malaysia- dengan barang keluaran tempatan sesebuah negara. Import-Tariffs, tahun 2017 • Tarif boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu tarif spesifik dan tarif ad valorem: Tarif Tarif spesifik Tarif ad valorem • Cukai tetap yang dikenakan atas setiap unit • Cukai yang dikenakan mengikut nilai barang barang yang diimport. yang diimport. • Contohnya, kerajaan Malaysia mengenakan • Contohnya, Malaysia mengenakan tarif tarif berbentuk spesifik sebanyak RM300 berbentuk ad valorem sebanyak 10% atas atas setiap unit mesin pemotong daging kasut sukan yang diimport. yang diimport. • Oleh itu, pengimportan kasut sukan yang • Oleh itu, Firma MQ yang mengimport bernilai RM250 sepasang akan dikenakan sebanyak 20 unit mesin pemotong daging cukai ad valorem sebanyak RM25 sepasang haruslah membayar cukai spesifik sebanyak (10% × RM250). RM6 000 (RM300 × 20 unit). Rajah 2.5 Tarif spesifik dan tarif ad valorem 149
Bab 2 Subsidi Cabar Diri Anda • Subsidi merujuk kepada bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk Pada pendapat anda, membolehkannya bersaing dengan pengeluar negara asing. apakah strategi yang baik untuk mengurangkan daya • Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan saingan barang import akan mengurangkan kos pengeluaran dan secara relatifnya yang disubsidi oleh negara harga barang keluaran tempatan lebih murah. Justeru, mereka? permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat. Kios INFO • Subsidi juga boleh diberikan kepada pengeluar barang Kuota merupakan langkah eksport utama negara agar harga barang eksport negara yang lebih berkesan akan menjadi lebih murah dan lebih berdaya saing di berbanding dengan tarif pasaran antarabangsa. bagi menyekat kuantiti barang import yang Kuota permintaannya tidak anjal. Hal ini demikian kerana • Kuota merujuk kepada sekatan perdagangan terhadap kuantiti barang import jumlah barang yang boleh diimport dalam suatu jangka yang permintaannya tidak masa tertentu. anjal hanya akan berkurang sedikit sahaja walaupun • Kuota merupakan had maksimum bagi sesuatu barang kadar tarif yang tinggi yang boleh diimport, contohnya bilangan unit kereta yang dikenakan. Oleh itu, kuota boleh diimport dalam tempoh masa setahun. adalah lebih berkesan kerana setelah kuota • Kuota akan menyebabkan penawaran terhadap barang import dipenuhi, barang import berkurangan. tersebut tidak dibenarkan untuk diimport lagi. • Oleh itu, permintaan pengguna terhadap barang tempatan akan meningkat. Dipetik dan diubah suai daripada Jenis-jenis Sekatan Ekonomi, Kawalan Pertukaran Asing tahun 2017 • Kawalan pertukaran asing merujuk kepada cara kerajaan mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan mengikut arahan bank pusat agar kemasukan barang import dari negara tertentu dapat dikawal. • Dengan jumlah pertukaran asing yang terhad, hasrat pengimport untuk mengimport lebih banyak barang import akan terhalang. • Contohnya, hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan import dari Amerika Syarikat dapat dicapai dengan tindakan mengawal jumlah kuantiti Dolar Amerika yang boleh dibeli oleh para pengimport dalam suatu jangka masa tertentu. • Sekatan ini dapat menggalakkan perkembangan industri penggantian import negara. 150
Embargo Malaysia dan Ekonomi Global • Embargo merujuk kepada perintah larangan atau Cabar Diri Anda pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu. 1. Apakah tujuan kerajaan • Dasar embargo jarang-jarang dilakukan kecuali atas alasan melaksanakan sekatan keselamatan atau kepentingan negara. bukan ekonomi dalam perdagangan • Tindakan memulau barang dari negara tertentu akan antarabangsa? menjejaskan hubungan baik antara sebuah negara dengan negara lain. 2. Apakah perbezaan yang wujud antara sekatan • Contohnya, kerajaan Malaysia tidak membenarkan import bukan ekonomi dengan barangan pertanian seperti buah-buahan dan peralatan sekatan perdagangan pertahanan dari negara Israel atas dasar strategik negara antarabangsa yang untuk menentang tindakan Israel menindas rakyat Palestin. lain? Sekatan bukan Ekonomi • Sekatan bukan ekonomi merujuk kepada sekatan dalam bentuk undang-undang, peraturan atau syarat-syarat tertentu terhadap sesebuah negara. • Sekatan bukan ekonomi bertujuan menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat negara. • Contohnya, barang import seperti daging, susu tepung, minuman berkhasiat akan diperiksa dan dikenal pasti ciri keselamatan serta kandungan kesihatannya. • Contoh sekatan bukan ekonomi terhadap produk seperti yang berikut: Produk yang memudaratkan pengguna Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diimport harus bebas daripada sebarang penyakit dan bahan kimia yang akan membahayakan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat. Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu Barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati piawaian dan mutu yang telah ditetapkan oleh SIRIM agar selamat digunakan. Produk yang tidak mematuhi peraturan dan undang- undang kesihatan Ubat-ubatan dan barang kesihatan lain yang diimport haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan yang telah digariskan oleh kerajaan. 151
Bab 2 Cabar Diri Anda Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa 1. Mengapakah kerajaan Antara tujuan kerajaan mengenakan sekatan perdagangan memberi perlindungan antarabangsa adalah seperti yang berikut: kepada industri muda tempatan? 1 Melindungi industri muda tempatan 2. Adakah anda setuju 2 Menghadapi persaingan dengan tindakan kerajaan yang melindungi industri 3 Sebagai sumber hasil kerajaan muda tempatan? 4 Mewujudkan peluang pekerjaan Kios INFO 5 Memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia berada di tangga ketiga daripada 6 Keselamatan 65 negara dalam aspek menyediakan pembiayaan 7 Mengatasi masalah lambakan kepada usahawan untuk memulakan perniagaan Melindungi Industri Muda Tempatan seperti sumber-sumber kewangan berasaskan • Pengenaan tarif akan menaikkan harga barang import dan pinjaman, geran dan mengurangkan persaingannya dengan barang keluaran subsidi untuk Industri tempatan dalam pasaran tempatan. Kecil dan Sederhana (IKS) selain penajaan daripada • Industri muda dan industri penting tempatan dapat peminjam swasta untuk berkembang maju, menjadi lebih kukuh dan juga lebih firma yang baharu dan berdaya saing. semakin berkembang. • Di bawah payung perlindungan kerajaan, industri muda Sumber: Utusan Malaysia, tempatan dapat berkembang dengan kukuh dan melakukan pengeluaran secara besar-besaran untuk menikmati kos Februari 2017 pengeluaran seunit yang lebih rendah. Menghadapi Persaingan • Sekatan perdagangan antarabangsa dapat memberikan perlindungan kepada industri muda dan industri tempatan. • Industri muda dan industri tempatan berpeluang meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengeluarkan barang yang lebih berkualiti. • Perkembangan industri tempatan iaitu industri gantian import yang pesat dan mantap akan mengurangkan pergantungan negara terhadap pengimportan barang perkilangan dan penggunaan dari luar negara. • Malah, peningkatan daya saing dan keupayaan industri tempatan akan menggalakkan eksport barang keluaran tempatan ke luar negara. 152
Sebagai Sumber Hasil Kerajaan Malaysia dan Ekonomi Global • Kutipan tarif daripada barang import merupakan salah satu Cabar Diri Anda sumber pendapatan bagi kerajaan. Apakah kesan terhadap • Hasil daripada tarif membolehkan kerajaan membiayai ekonomi dan sosial negara perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. sekiranya hasil kerajaan telah bertambah? Mewujudkan Peluang Pekerjaan Ayam yang diimport dari China • Perkembangan industri tempatan akibat daripada tarif, disekat masuk ke Malaysia kuota dan subsidi yang dikenakan akan menawarkan lebih disebabkan virus avian banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. influenza (AI) yang berjangkit • Keadaan ini membantu mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pendapatan negara. Kios INFO Memperbaiki Imbangan Pembayaran Pada Januari 2015, Kementerian Pertanian dan • Permintaan terhadap barang import akan berkurangan Industri Asas Tani telah akibat daripada tarif dan kuota yang dikenakan atas barang menyekat kemasukan epal import. jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke • Kejatuhan dalam nilai import akan mengurangkan pembayaran Malaysia kerana dipercayai wang ke luar negara. tercemar oleh bakteria Listeriosis. Sekatan itu • Keadaan ini seterusnya memperbaiki kedudukan imbangan dilakukan berikutan dagangan dan imbangan pembayaran negara. penerimaan notis daripada Pentadbiran Makanan dan Keselamatan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang • Sekatan perdagangan antarabangsa diadakan oleh sesebuah insiden pencemaran itu negara untuk melindungi industri yang penting dan dan difahamkan telah strategik seperti industri beras dan makanan agar tidak menyebabkan tiga kematian terlalu bergantung pada bekalan import dari luar negara. dan ramai yang sakit di Amerika Syarikat dan • Sekatan perdagangan antarabangsa juga bertujuan untuk Kanada. menghalang kemasukan barang-barang yang haram seperti dadah atau barang makanan yang dicemari oleh penyakit Sumber: http://www.bharian.com. atau bahan kimia yang berbahaya. my/node/29805, tahun 2015 • Contohnya, daging lembu dan bahan tenusu import yang dikenal pasti dicemari oleh bahan kimia yang berbahaya akan terus disekat penggunaannya oleh rakyat tempatan kerana menjejaskan kesihatan rakyat dan keselamatan negara. 153
Bab 2 Mengatasi Masalah Lambakan Cabar Diri Anda • Lambakan merupakan aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih rendah daripada Apakah yang dimaksudkan kos pengeluaran atau harga keluaran di pasaran dalam dengan lambakan dan negara tersebut. mengapakah aktiviti ini dilakukan? • Tindakan lambakan yang dijalankan oleh negara pengeksport bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negara atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia. • Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan kerana tidak dapat bersaing dengan pengeluar asing. • Pengenaan tarif dapat mengelakkan pasaran tempatan daripada masalah lambakan pengeluar asing. • Antilambakan merujuk kepada tindakan menyekat barang import untuk menghalang penjualan lebihan barang di pasaran tempatan dan mengelakkan kesan yang buruk terhadap ekonomi dalam negara. Aktiviti 2.2.3 Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikut. KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan meningkatkan sementara kuota pengimportan kubis bulat bagi memastikan bekalan yang mencukupi di pasaran tempatan. Menterinya berkata, kubis bulat telah mengalami lonjakan permintaan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Pengurangan kawasan tanaman sayur di Cameron Highlands sebanyak 40 peratus dari 1,600 hektar ke 1,000 hektar dikenal pasti sebagai antara punca bekalan kubis bulat tempatan menurun. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “Kuota import kubis ditingkat sementara untuk Tahun Baharu Cina” (a) Mengapakah MOA mengenakan kuota pengimportan kubis bulat? (b) Apakah kesan sekiranya MOA tidak meningkatkan sementara kuota pengimportan kubis bulat? (c) Apakah kesan terhadap pengguna dan pengeluar tempatan apabila MOA meningkatkan kuota pengimportan kubis bulat? 1. Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport dan import negara. 2. Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa adalah seperti yang berikut: F (a) Tarif (c) Kuota (e) Embargo O (b) Subsidi (d) Kawalan pertukaran asing (f ) Sekatan bukan ekonomi K U 3. Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa ialah: S (a) Melindungi industri muda tempatan (e) Memperbaiki imbangan pembayaran (b) Menghadapi persaingan (f ) Keselamatan (c) Sebagai sumber hasil kerajaan (g) Mengatasi masalah lambakan. (d) Mewujudkan peluang pekerjaan 154
Malaysia dan Ekonomi Global 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa Pelaksanaan sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif, subsidi dan kuota akan meninggalkan kesan dalam ekonomi. Kesan pelaksanaan sekatan perdagangan antarabangsa ini dapat dilihat dan dijelaskan dalam bentuk rajah. Kesan Pelaksanaan Tarif Harga (RM) D0 S0 S 2 P0 E0 S1 P2 A E2 P1 B E1 Jumlah hasil H G kerajaan S0 S2 S1 D0 0 Q1 Q2 Q0 Q3 Q4 Kuantiti kereta (unit) Rajah 2.5 Kesan pelaksanaan tarif • Sebelum berlakunya perdagangan antarabangsa, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0. • Selepas berlakunya perdagangan antarabangsa, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan • PkjdueaamlndualkjauhtmipnkelgreakmrhaeittknauhtadaaainringmtiatDpiP0opD1re,t0rjmaupdmaiandlltaaaahhatinstpiekekbneakraneewytsaaaekriamadnQba1alkQaneh4gr.ea0tnQa E4d.1a.laTmingnkeagtarhaaragdaaklaehresteabdaincyaapkai0pQa1dadaPn1 • Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan kereta adalah 0Q3. • Pada tingkat harga P2, jumlah penawaran kereta dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah kereta diimport adalah sebanyak Q2Q3. • Kerajaan akan memperoleh hasil cukai import sebanyak AE2GH. 155
Bab 2 Kesan Positif Tarif Cabar Diri Anda • Harga kereta diimport akan meningkat kerana pengimport memindahkan beban tarif kepada pengguna Dengan berpandukan dengan menaikkan harga jualan. Rajah 2.5, lukiskan gambar rajah yang menunjukkan • Permintaan kereta diimport akan menurun manakala kesan pelaksanaan tarif permintaan terhadap kereta keluaran tempatan akan kerajaan atas barang import. meningkat disebabkan harga yang secara relatifnya lebih Kemudian, jelaskan kesan rendah. pelaksanaan tarif kerajaan terhadap aspek-aspek yang • Penawaran kereta oleh pengeluar tempatan akan berikut: meningkat kerana permintaan terhadap kereta keluaran (a) Harga kereta tempatan telah meningkat. (b) Permintaan kereta (c) Penawaran kereta import • Jumlah kereta diimport akan berkurang. Oleh itu, (d) Penawaran kereta perbelanjaan negara atas kereta import juga menurun. tempatan • Kerajaan tempatan memperoleh hasil daripada kutipan (e) Hasil kerajaan tarif. • Peningkatan guna tenaga dalam negara kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara akan menurun. Cabar Diri Anda Kesan Negatif Tarif 1. Apakah kesan positif • Herotan (Distortion) dalam peruntukan sumber berlaku dan kesan negatif apabila sumber yang mungkin boleh digunakan dengan pelaksanaan tarif lebih cekap dalam industri lain dialihkan ke industri terhadap unit ekonomi penggantian import. yang berikut? (a) Isi rumah • Pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih (b) Firma besar kerana tarif menaikkan harga barang import. (c) Kerajaan • Pengguna terpaksa menggunakan barangan kurang 2. Mengapakah kerajaan bermutu seandainya perlindungan industri tempatan masih melaksanakan tidak disertai dengan peningkatan mutu barangan tarif walaupun sistem ini keluaran tempatan. mempunyai kesan negatif terhadap negara? • Kekurangan persaingan dari luar negara mungkin mengurangkan daya saing industri penggantian import 3. Adakah anda bersetuju untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran. dengan pelaksanaan sistem tarif? Jelaskan • Negara mungkin akan menghadapi tindak balas yang jawapan anda. sama daripada negara yang dikenakan tarif. Keadaan ini akan menjejaskan perkembangan industri eksport negara. 156
Malaysia dan Ekonomi Global Kesan Pelaksanaan Subsidi Harga (RM) D S SS 0 0 12 P E 0 0 E 1 P E 1 P22 S S1 S D 0 2 0 0 QQ Q QQ Kuantiti tepung 21 0 34 gandum (pek) Rajah 2.6 Kesan pelaksanaan subsidi • Sebelum berlakunya perdagangan antarabangsa, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0. • Selepas berlakunya perdagangan antarabangsa, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan Eg1a.nTdiunmgkaadt ahlaahrga0Qte3p. ung gandum dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan tepung • Pada tingkat harga P1, jumlah penawaran tepung gandum dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah tepung gandum diimport adalah sebanyak Q1Q3. • Selepas pemberian subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan tepung gandum adalah 0Q4. • P0Qad2a+tiQn0gQk4atdahnarjguamPla2,hjutempulanhg penawaran tepung gandum dalam negara adalah sebanyak gandum diimport adalah sebanyak Q2Q0. • Jumlah tepung gandum yang diimport selepas subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil jika dibanding dengan sebelum pemberian subsidi Q1Q3. Kesan Pemberian Subsidi Cabar Diri Anda • Harga tepung gandum keluaran tempatan akan menurun. Dengan berpandukan • Permintaan terhadap tepung gandum keluaran tempatan Rajah 2.6, lukiskan gambar rajah yang menunjukkan akan meningkat kerana harganya secara relatif lebih kesan pelaksanaan subsidi murah daripada tepung gandum import. kerajaan atas barang import. • Penawaran tepung gandum oleh pengeluar tempatan Kemudian, jelaskan kesan akan meningkat kerana permintaan terhadap tepung pelaksanaan subsidi kerajaan gandum keluaran tempatan telah meningkat. terhadap aspek-aspek yang • Jumlah tepung gandum diimport akan berkurang. Oleh berikut: itu, perbelanjaan negara atas tepung gandum import (a) Harga tepung gandum akan menurun. (b) Permintaan tepung • Peningkatan guna tenaga dalam negara kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih gandum banyak tenaga buruh. Oleh itu, kadar pengangguran (c) Penawaran tepung dalam negara akan menurun. gandum import (d) Penawaran tepung gandum tempatan (e) Hasil kerajaan 157
Bab 2 Kesan Pelaksanaan Kuota Harga (RM) D0 S 0 S 2 S 1 E P0 0 E P2 2 E 1 P 1 S0 S S D0 2 1 0 Q QQ Q Q Kuantiti 1 20 3 4 kereta (unit) Kuota Rajah 2.7 Kesan pelaksanaan kuota • Sebelum berlakunya perdagangan antarabangsa, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0. • Selepas berlakunya perdagangan antarabangsa, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan • PkjdueaamlndualkjauthimpnkelgreakmrhaeittknauhtadaaainringmtiatDpiP0opD1r,et0rjmaupdmaiadnllataaahhatintspiekekbneakarneewystaaaerkiamadnQba1alkQanehg4r.ea0tnaQE4d.1a.laTmingnkeagtarhaaragdaalkaehresteabdaincyaapkai0pQa1dadaPn1 • Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan kereta adalah 0Q3. • Pada tingkat harga P2, jumlah penawaran kereta dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah kereta diimport adalah sebanyak Q2Q3. Cabar Diri Anda Kesan Kuota Import • Harga kereta diimport akan meningkat kerana penawaran Dengan berpandukan Rajah 2.7, lukiskan gambar kereta import dalam pasaran tempatan telah berkurang. rajah yang menunjukkan • Permintaan kereta diimport akan menurun manakala kesan pelaksanaan kuota import atas barang import. permintaan terhadap kereta keluaran tempatan akan Kemudian, jelaskan kesan meningkat kerana harga yang secara relatifnya lebih rendah. pelaksanaan kuota import • Penawaran kereta oleh pengeluar tempatan akan terhadap aspek-aspek meningkat kerana permintaan terhadap kereta keluaran yang berikut: tempatan telah meningkat. (a) Harga kereta • Jumlah kereta diimport akan berkurang. Oleh itu, (b) Permintaan kereta perbelanjaan atas kereta import juga menurun. (c) Penawaran kereta import • Peningkatan guna tenaga dalam negara kerana aktiviti (d) Penawaran kereta pengeluaran tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Oleh itu, kadar pengangguran dalam tempatan negara akan menurun. (e) Hasil kerajaan 158
Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.2.4 Jelaskan kesan tarif, subsidi dan kuota bagi setiap perkara yang berikut. (a) Harga (d) Penawaran barang tempatan (b) Permintaan (e) Hasil kerajaan (c) Penawaran barang import (f ) Guna tenaga Kesan pelaksanaan tarif, subsidi dan kuota atas perdagangan antarabangsa ialah: F (a) Harga barang import secara relatifnya lebih mahal berbanding dengan barang keluaran O tempatan K (b) Permintaan barang import berkurang manakala permintaan barang tempatan bertambah U (c) Pengeluaran barang tempatan meningkat S (d) Guna tenaga dalam negara meningkat (e) Kadar pengangguran menurun. 2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Adakah anda telah Perdagangan Antarabangsa dan memahami kebaikan Liberalisasi Perdagangan dan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa? Sekatan perdagangan antarabangsa dilaksanakan dengan Selesaikan semua soalan matlamat untuk menjaga kebajikan rakyat. Pelaksanaan dasar dalam masa yang ditetapkan ini telah mempengaruhi ekonomi negara dengan kesan positif dalam permainan mini ini. mahupun kesan negatif. http://bukutekskssm.my/ Ekonomi/Permainan2.html Kebaikan Sekatan Perdagangan Antarabangsa Antara kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa adalah seperti yang berikut: 1 Mengurangkan penawaran barang import 2 Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan 3 Mengurangkan pengangguran 4 Meningkatkan pendapatan negara 5 Memperbaiki imbangan pembayaran 6 Melindungi industri muda tempatan 159
Bab 2 Mengurangkan Penawaran Barang Import • Tarif dan kuota yang dikenakan dalam sekatan perdagangan antarabangsa 1 akan menyebabkan jumlah penawaran barang import dalam pasaran tempatan berkurang. • Harga barang import menjadi secara relatif lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan dan keadaan ini akan mengurangkan permintaan terhadap barang import. Meningkatkan Permintaan terhadap Barang Tempatan 2 • Permintaan yang kurang terhadap barang import yang lebih mahal harganya akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya. Mengurangkan Pengangguran • Permintaan yang meningkat terhadap barang keluaran tempatan akan mendorong 3 pengeluar tempatan mengambil tindakan untuk menambahkan pengeluaran barangan. • Peningkatan dalam pengeluaran firma akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. • Hal ini akan meningkatkan guna tenaga negara dan mengurangkan kadar pengangguran negara. • Pertambahan pendapatan akan menaikkan taraf hidup rakyat. Meningkatkan Pendapatan Negara • Sekatan perdagangan dalam bentuk tarif akan menyumbang kepada sumber 4 hasil kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara. • Subsidi yang disalurkan kepada pengeluar tempatan negara akan menjadikan harga barang eksport lebih murah dan berdaya saing dalam pasaran dunia. • Permintaan terhadap barang eksport negara akan bertambah dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Memperbaiki Imbangan Pembayaran • Tarif, kuota dan kawalan pertukaran asing akan mengurangkan permintaan 5 terhadap barang import. • Sebaliknya, subsidi yang diberikan kepada pengeksport akan meningkatkan permintaan terhadap eksport negara. • Pengurangan dalam import negara dan peningkatan yang besar dalam eksport negara akan membantu memperbaiki imbangan pembayaran negara. Melindungi Industri Muda Tempatan • Sekatan perdagangan antarabangsa bertujuan melindungi industri muda 6 tempatan yang belum kukuh daripada bersaing dengan firma asing yang lebih besar dan cekap. • Keadaan ini membolehkan industri tempatan mendapat permintaan yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih lumayan. • Industri muda tempatan berpeluang untuk berkembang maju, meningkatkan daya saing dan produktivitinya di peringkat tempatan dan di luar negara pada masa depan. 160
Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.2.5A Encik Kamal merupakan Pengurus Pemasaran yang bekerja di Syarikat GVC di Malaysia manakala Encik Tan merupakan Pengurus Besar yang bekerja di Syarikat CML di China. Perbualan berikut merupakan perbualan telefon antara Encik Kamal dan Encik Tan. Encik Kamal: Helo, Encik Tan. Syarikat kami akan menghantar barangan tempahan kepada tuan pada minggu depan apabila stok dah sampai. Encik Tan: Baguslah macam ini. Syarikat kami juga akan membekalkan komponen mesin pemprosesan yang ditempah oleh syarikat tuan pada akhir bulan ini. Bacakan petikan perbualan di atas dan lakukan aktiviti seperti yang berikut: (a) Bahagikan murid kepada empat kumpulan. (b) Setiap kumpulan diminta untuk membincangkan manfaat yang diperoleh daripada hubungan perdagangan antara Encik Kamal dan Encik Tan. (c) Setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan hasil perbincangan dalam bentuk peta i-Think dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa Cabar Diri Anda Sekatan perdagangan antarabangsa sememangnya mendatangkan banyak manfaat. Namun, pada masa yang sama, dasar kerajaan 1. Pihak manakah ini juga membawa kesan negatif terhadap ekonomi negara. yang menerima Antara keburukan sekatan perdagangan antarabangsa adalah kesan positif dalam seperti yang berikut: sekatan perdagangan antarabangsa? 1 Salah pengagihan sumber 2. Pihak manakah yang 2 Merugikan pengguna menerima kesan negatif daripada 3 Pengagihan pendapatan yang tidak adil sekatan perdagangan antarabangsa? 4 Mengurangkan eksport 3. Bagaimanakah 5 Mewujudkan monopoli sekatan perdagangan antarabangsa 6 Ketidakcekapan dalam industri tempatan mempengaruhi kedua-dua pihak-pihak tersebut? 161
Bab 2 Salah Pengagihan Sumber 11 • Dasar perlindungan dalam perdagangan antarabangsa menyebabkan banyak sumber ekonomi akan beralih ke sektor atau industri yang dilindungi oleh tarif dan bukannya industri lain yang lebih cekap. • Hal ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang kerana pengagihan sumber negara tidak lagi mengutamakan kecekapan pengeluaran. Merugikan Pengguna 2 3 • Kenaikan harga barang import yang tidak disertai dengan usaha peningkatan 4 dalam kualiti barang tempatan akan merugikan para pengguna kerana terpaksa 5 menggunakan barang yang berkualiti rendah. • Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barang import yang diperlukan akibat daripada kesan duti import. Pengagihan Pendapatan yang Tidak Adil • Tindakan Malaysia mengurangkan import dari negara lain mungkin akan dibalas oleh negara tersebut dengan mengurangkan permintaan barang eksport dari negara kita. • Apabila permintaan barang eksport berkurang, majikan dalam industri pengeluaran barang eksport bertindak mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan pengeluaran barang eksport. • Keadaan ini akan membawa kesan buruk terhadap pendapatan pekerja dalam industri pengeluaran barang eksport negara berbanding dengan pekerja yang tidak terlibat dalam industri pengeluaran barang eksport. Mengurangkan Eksport • Rakan dagang Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan seperti tarif cenderung untuk mengambil tindakan dengan mengurangkan import dari Malaysia. • Keadaan ini akan mengurangkan jumlah dan nilai eksport Malaysia. Mewujudkan Monopoli • Industri tempatan yang dilindungi melalui dasar sekatan perdagangan yang berlebihan akan cenderung untuk bergabung dan mewujudkan monopoli dalam pasaran tempatan. • Kuasa monopoli dalam pasaran akan mendatangkan kesan yang negatif seperti kenaikan harga barang dan ketidakcekapan dalam agihan sumber. Ketidakcekapan dalam Industri Tempatan 6 • Industri tempatan yang dilindungi cenderung untuk bergantung pada kerajaan dan tidak ada inisiatif untuk meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran dan daya saing. • Dalam jangka panjang, kebergantungan terhadap kerajaan akan mewujudkan ketidakcekapan dalam operasi dan agihan sumber negara. 162
Liberalisasi Perdagangan Malaysia dan Ekonomi Global Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan Anda boleh menonton atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah video tentang liberalisasi negara dengan negara yang lain. perdagangan di laman web yang berikut: Liberalisasi perdagangan atau perdagangan bebas meliputi http://www.investopedia. kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, penurunan tarif, com/video/play/trade- kemasukan tenaga buruh dan pelaburan langsung asing (FDI) liberalization/ dari luar ke dalam sesebuah negara. ENG Negara-negara yang terlibat secara langsung dalam perdagangan bebas mempunyai hak untuk menjual barangannya kepada negara lain tanpa sebarang sekatan. Kelebihan dan Kekurangan Liberalisasi Perdagangan Kelebihan Kekurangan (a) Interaksi dan transaksi antara negara- (a) Industri tempatan tidak mampu negara yang terlibat akan menjadi bersaing dengan pelabur asing yang lebih intensif tanpa dibatasi oleh apa- memasuki pasaran tempatan apa peraturan atau undang-undang (b) Sekatan pelaburan oleh negara maju (b) Memudahkan pergerakan barang, dalam sesetengah industri seperti sektor perkhidmatan dan sumber antara automotif negara yang berbeza (c) Kebanyakan Perjanjian Perdagangan (c) Mengurangkan kos pengeluaran, Bebas (FTA) tidak bersifat dua hala, meningkatkan kecekapan pengeluaran malah biasanya merugikan negara dan daya saing negara sedang membangun (d) Membolehkan penempatan sumber (d) Hasrat perkongsian kepakaran dan negara ke dalam industri yang sesuai proses pemindahan teknologi tidak untuk memperoleh keuntungan yang berlaku dengan sepenuhnya maksimum (e) Kebergantungan ekonomi negara (e) Memperoleh keuntungan dan berjaya terhadap pelaburan asing dan industri menambah tenaga kepakaran dalam luar mendominasi pasaran tempatan jangka panjang (f) Kemasukan pelaburan asing menambah modal dan merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya industri eksport negara (g) Membuka persaingan yang sihat, menggalakkan inovasi dan pemindahan teknologi (h) Memperluas pasaran pekerjaan 163
Bab 2 Aktiviti 2.2.5B Tandakan (✓) bagi pernyataan yang tepat mengenai sekatan perdagangan dan liberalisasi perdagangan di bawah. Butiran Sekatan Liberalisasi perdagangan perdagangan Melindungi industri muda dan penting tempatan Memperbaiki imbangan pembayaran negara Menggalakkan persaingan antara barangan tempatan dengan barangan import Ekonomi tidak bergantung pada pelaburan asing Meningkatkan guna tenaga dalam negara Memudahkan pergerakan barang dan perkhidmatan antara negara Menggalakkan penggunaan barang buatan tempatan Pengagihan sumber ke industri yang sesuai Meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan tarif Pelaburan asing dalam negara meningkat Pengguna mempunyai lebih banyak pilihan barang Mengurangkan perbelanjaan negara terhadap barang import Tidak wujud kuasa monopoli dalam pasaran tempatan Menggalakkan inovasi dalam pengeluaran barang Keselamatan pengguna terjamin semasa menggunakan barang 1. Kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan adalah seperti yang berikut: Kebaikan Keburukan (a) Mengurangkan penawaran barang import (a) Salah pengagihan sumber F (b) Meningkatkan permintaan terhadap (b) Merugikan pengguna O barang tempatan (c) Pengagihan pendapatan yang tidak adil K (c) Mengurangkan pengangguran U (d) Meningkatkan pendapatan negara (d) Mengurangkan eksport S (e) Mewujudkan monopoli (e) Memperbaiki imbangan pembayaran (f ) Ketidakcekapan dalam industri tempatan (f ) Melindungi industri muda tempatan 2. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain. 164
2.2.6 Blok Ekonomi dan Perjanjian Malaysia dan Ekonomi Global Perdagangan Cabar Diri Anda Blok Ekonomi 1. Mengapakah wujudnya Negara yang terletak di rantau berhampiran kebiasaannya blok ekonomi? membentuk pakatan bersama supaya dapat saling membantu dari segi ekonomi. Pakatan dalam ekonomi dikenal sebagai 2. Nyatakan beberapa blok ekonomi. contoh blok ekonomi di dunia dan senaraikan Blok ekonomi merupakan satu kumpulan negara yang terdiri negaranya. daripada beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama- sama. Tujuan pembentukan blok ekonomi adalah untuk melindungi negara ahli daripada barang import dari negara bukan ahli dan menggalakkan urus niaga barangan antara negara ahli. Antara beberapa blok ekonomi di dunia adalah seperti yang ditunjukkan dalam peta dunia yang berikut: Perjanjian Kesatuan Kesatuan Ekonomi Eurosian Perdagangan Eropah Bebas Kesatuan Perjanjian Amerika Perdagangan Perdagangan Utara Bebas Eropah Bebas ASEAN Sistem integrasi Kesatuan Liga Arab Amerika Tengah Afrika Pertubuhan Kerjasama Asia Selatan Negara-negara yang Kesatuan Negara-negara Forum tidak tergolong Amerika Selatan Kepulauan Pasifik mana-mana blok Sumber: http://marketbusinessnews.com/financial-glossary/single-market/, tahun 2017 Rajah 2.8 Forum dan blok ekonomi dunia Antara blok ekonomi di atas, Kesatuan Eropah (European Union, EU) merupakan blok ekonomi yang jumlah nilai urus niaganya adalah paling tinggi di dunia. 165
Bab 2 Kesatuan Eropah (European Union, EU) Kios INFO KESATUAN EROPAH Pada 23 Jun 2016, rakyat Sweden Britain mengundi untuk keluar dari Kesatuan Finland Eropah dalam referendum Kesatuan Eropah. Pada Denmark Estonia 29 Mac 2017, Perdana Latvia Menteri Britain, Theresa May memulakan proses Lithuania untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dengan Ireland United Belanda Poland menggunakan Artikel 50 Portugal Kingdom Jerman Perjanjian Libson. Proses untuk meninggalkan Belgium Czech Rep. Kesatuan Eropah mengambil masa selama Austria Slovakia dua tahun. Luxembourg Sumber: http://www.gov.uk, Perancis Slovenia Hungary Romania Itali tahun 2017 Bulgaria Sepanyol Greece Malta Cyprus Sumber: www.nationsonline.org, tahun 2017 Rajah 2.9 Kesatuan Eropah • Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. • Penubuhan EU bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara pada masa itu. • Objektif penubuhan EU adalah seperti yang berikut: (a) Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota (b) Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas (c) Memberi kebebasan pengaliran modal dalam kalangan negara anggota (d) Menyelaraskan dasar kewangan dan dasar fiskal negara anggota (e) Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota • Sehingga pertengahan 2017, EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk memasukinya. • Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi EU adalah terbanyak di dunia iaitu 11.6 trilion Euro (AS$15.7 trilion). • EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui Dasar Perdagangan Umum, Dasar Pertanian / Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau. • Mata wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (Eurozone). • Institusi-institusi penting EU termasuklah Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga Bank Pusat Eropah. 166
Malaysia dan Ekonomi Global Perjanjian Perdagangan Kios INFO Perjanjian perdagangan merujuk kepada perjanjian yang Skim CEPT merupakan satu ditandatangani oleh dua atau lebih negara atas persetujuan perjanjian antara negara- bagi isu tarif, kuota dan sekatan perdagangan lain semasa negara anggota ASEAN menjalankan urus niaga sesama negara. Salah satu perjanjian untuk mengurangkan perdagangan yang disertai oleh Malaysia ialah kawasan tarif setempat serta Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area, AFTA). menghapuskan halangan bukan tarif dalam 15 tahun. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area, AFTA) Dipetik dan diubah suai daripada www.lawphill.net/executive/ Myanmar Kawasan Perdagangan Laos Bebas ASEAN execord/eo1993/eo_145_1993. Vietnam Filipina html, tahun 2017 Thailand Brunei Darussalam Kemboja Indonesia Malaysia Singapura Sumber: http://www.worldatlas.com, tahun 2017 Rajah 2.10 Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN • Perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat. • Sehingga pertengahan 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja. • Tujuan perjanjian AFTA adalah seperti yang berikut: (a) Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan ASEAN (b) Menarik kemasukan pelaburan langsung asing dan teknologi baharu ke dalam ASEAN (c) Pengguna dapat memperoleh barang dagangan daripada pengeluar yang lebih cekap di ASEAN (d) Mewujudkan perdagangan intra-ASEAN dan meluaskan pasaran ke luar negara (e) Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan negara ASEAN akan meningkatkan mutu keluaran dan harga barangan (f) Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran dan meningkatkan kecekapan pengeluaran • Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT (Common Effective Preferential Tariff) sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dan satu majlis yang bertaraf kabinet telah ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras dan meninjau pelaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA. 167
Bab 2 Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs and Trade, GATT) Cabar Diri Anda • Malaysia adalah antara ahli World Trade Organization (WTO) Apakah kesan terhadap yang terawal menjadi ahli dalam Perjanjian Am Mengenai Malaysia dan negara-negara Tarif dan Perdagangan sejak tahun 1957. lain yang terlibat dalam GATT sekiranya perjanjian ini • Malaysia melibatkan diri yang aktif dalam rundingan WTO dibatalkan? untuk memastikan peraturan dan langkah perdagangan yang dirundingkan adalah adil. Kios INFO • Tujuan pembentukan GATT adalah untuk mencipta suatu World Trade Organization iklim perdagangan antarabangsa yang harmoni dan sihat (WTO) yang dikenal serta liberalisasi perdagangan yang berlanjutan. sebagai Pertubuhan Perdagangan Dunia • Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, merupakan sebuah peluang pekerjaan dan pemanfaatan kekayaan alam dunia. pertubuhan yang ditubuhkan untuk menggalakkan • GATT telah diwujudkan dengan penyertaan 23 buah negara perdagangan antarabangsa. pada tahun 1947 dan berpusat di Geneva. WTO menetap dan melaksanakan perjanjian • Sehingga pertengahan 2017, sebanyak 164 buah negara perdagangan. WTO juga terlibat dalam perjanjian ini. membantu negara-negara menyelesaikan masalah • Objektif utama GATT adalah mengurangkan halangan yang dihadapi semasa dalam hubungan perdagangan bebas dan menghapuskan menjalankan perdagangan. diskriminasi dalam perdagangan antarabangsa. Sumber: www.wto.org • Sebagai sebuah negara perdagangan, keahlian Malaysia dalam WTO telah membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara. • Salah satu daripada faedah utama yang dinikmati oleh Malaysia adalah layanan sama rata atas barangan di dalam pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain. Aktiviti 2.2.6 Anda diminta mengumpul maklumat daripada Internet atau sumber lain tentang proses pembentukan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan yang berikut: (i) Kesatuan Eropah (EU) (ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) (iii) Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) F 1. Blok ekonomi merupakan satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang O berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama. K U 2. Perjanjian perdagangan merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau S lebih negara atas persetujuan bagi isu tarif, kuota dan sekatan perdagangan lain semasa menjalankan urus niaga sesama negara. 168
Malaysia dan Ekonomi Global 2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Sudut DUNIA Perdagangan Rantau ASEAN bakal Penglibatan sesebuah negara dalam blok ekonomi atau menjadi blok ekonomi global perjanjian akan mempengaruhi ekonomi dalam negara tersebut paling pesat membangun dan juga memberi kesan kepada negara bukan ahli. pada tahun ini dengan kadar pertumbuhan 4.6 peratus Kesan Positif Blok Ekonomi dan Perjanjian dan Keluaran Dalam Negara Perdagangan Kasar (KDNK) gabungan Kesan positif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan adalah 10 negara anggotanya seperti yang berikut: mencecah AS$2.6 trilion. Ekonomi ASEAN dijangka 1 Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran akan terus kukuh untuk beberapa dekad akan datang. 2 Peluasan pasaran KDNK rantau itu juga berupaya melebihi Jepun 3 Mobiliti modal dan tenaga kerja menjelang 2027 kerana mampu mencapai angka 4 Peningkatan pelaburan langsung asing sebanyak AS$6.4 trilion pada tahun berkenaan. 5 Pertambahan peluang pekerjaan Dipetik daripada: 6 Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan “Blok ekonomi paling pesat”, 7 Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah Nabil Basaruddin, 31 Januari 2017, Harian Metro 8 Penjagaan alam sekitar Menggalakkan Pemindahan Teknologi dan Kepakaran • Tingkat teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar telah menjadi penghalang utama bagi sebahagian besar negara-negara sedang membangun untuk maju dalam sektor ekonomi yang moden dan menguntungkan. • Menerusi perjanjian perdagangan, kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman dapat membangunkan ekonomi dan tahap teknologi di negara-negara membangun. • Penduduk tempatan dapat mempelajari dan menguasai kaedah pengendalian teknologi yang baharu melalui latihan lanjutan dan usaha sama dalam bentuk kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tenaga manusia. • Contohnya, teknologi robotik, teknologi reka bentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan dan sebagainya. 169
Bab 2 Peluasan Pasaran Cabar Diri Anda • Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan Bagaimanakah blok ekonomi memberikan peluang kepada produk negara sedang membantu meluaskan membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak pasaran produk firma? yang sama rata. • Era globalisasi yang terbuka telah memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran dalam urus niaga barang dan perkhidmatan. • Contohnya, di Asia Tenggara, pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan barangan dalam kalangan negara ASEAN memasuki pasaran negara anggota dengan lebih mudah dan mendapat faedah pasaran bersama. Jumlah Perdagangan Malaysia dengan Negara ASEAN bagi Pertengahan Tahun Pertama 2016 X: RM1.8bil X: RM0.04bil M: RM0.4bil M: RM0.02bil MYANMAR LAOS X: RM6.7bil VIETNAM M: RM3.1bil THAILAND FILIPINA X: RM21.4bil X: RM11.6bil X: RM1.1bil M: RM20.8bil M: RM8.5bil M: RM0.4bil X: RM53.8bil KEMBOJA M: RM35.3bil X: RM0.7bil BRUNEI M: RM0.3bil SINGAPURA INDONESIA Petunjuk: X: RM13.1bil X: Eksport M: RM14.2bil M: Import Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri MITI, tahun 2016 Rajah 2.11 Jumlah perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN bagi pertengahan tahun pertama 2016 Mobiliti Modal dan Tenaga Kerja • Kerjasama dan pakatan blok ekonomi membawa kepada pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir yang menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara. • Syarikat-syarikat multinasional Malaysia berpeluang meningkatkan pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Telekom Malaysia Berhad, Maybank Berhad dan Petronas. 170
Malaysia dan Ekonomi Global Peningkatan Pelaburan Langsung Asing Cabar Diri Anda • Negara sedang membangun dan negara mundur tidak Apakah faktor-faktor yang mempunyai teknologi yang canggih dan modal yang akan menarik pelaburan mencukupi untuk menggerakkan sektor ekonomi moden langsung asing ke dalam khususnya sektor perkhidmatan dan industri berteknologi sesebuah negara? tinggi (HITEC). • Kerjasama dan permuafakatan dengan negara anggota lain yang maju akan membawa masuk pelaburan langsung asing dan teknologi baharu ke sesebuah negara. • Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) menyediakan lebih banyak peluang kepada tenaga buruh tempatan untuk mempelajari dan menguasai teknologi yang terkini dan moden. • Corak perniagaan yang moden seperti persidangan video, e-dagang dan e-perbankan membolehkan peniaga dan pengguna menjalankan urus niaga dengan lebih cepat dan lancar. • Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan mampan akan menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan negara. Jadual 2.2 Aliran masuk Pelaburan Langsung Asing dalam ASEAN Aliran Masuk Pelaburan Langsung Asing (USD million) Negara Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015 Brunei Darussalam 725.5 568.2 171.3 Kemboja 1,274.9 1,726.5 1,701.0 Indonesia 18,443.8 21,810.4 16,916.8 Laos 426.7 913.2 1,079.2 Malaysia 12,297.4 10,875.3 11,289.6 Myanmar 2,620.9 946.2 2,824.5 Filipina 3,859.8 5,814.6 5,724.2 Singapura 60,379.6 74,420.3 61,284.8 Thailand 15,936.0 3,720.2 8,027.5 Vietnam 8,900.0 9,200.1 11,800.0 Jumlah 124,864.6 129,995.0 120,818.9 Sumber: http://asean.org/storage/2015/09/Table-25_oct2016.pdf, tahun 2016 171
Bab 2 Sudut DUNIA Pertambahan Peluang Pekerjaan Satu Jajaran, Satu Laluan • Suntikan modal pelabur asing yang banyak membolehkan industri di negara membangun berkembang pesat dan Projek Satu Jajaran, Satu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Laluan (One Belt One Road) yang dicadangkan oleh • Negara sedang membangun di Asia Pasifik yang telah negara China merupakan menghasilkan produk industri seperti Malaysia, Thailand, suatu wawasan besar- China dan Singapura memperoleh keuntungan melalui besaran bagi mewujudkan pengukuhan rangkaian pasaran, persaingan yang sihat dan semula Laluan Sutera harga pasaran yang lebih stabil. yang terkemuka berabad- abad lamanya yang • Kadar pengangguran dapat dikurangkan, meningkatkan menghubungkan benua Asia, taraf hidup dan menghapuskan lingkaran kemiskinan yang Afrika dan Eropah. Projek selama ini menghimpit negara-negara sedang membangun. ini akan menghubungkan blok ekonomi utama dan Peningkatan Daya Saing Negara dan Kualiti Barangan melibatkan lebih daripada 60 negara di dunia termasuk • Pembukaan kawasan pasaran dan perdagangan yang negara Malaysia. lebih luas dalam kalangan negara anggota membolehkan produk-produk perindustrian negara dapat dipasarkan Sumber: http://www.bharian.com. dengan meluas. my/node/96015, tahun 2015 • Pasaran bebas memberikan kuasa mutlak kepada kuasa Negara-negara pengeksport pasaran dalam urus niaga barang dan perkhidmatan. petroleum seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq akan • Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan negara anggota dan bukan anggota akan mendorong pengeluar membekalkan petroleum ke untuk meningkatkan mutu barang atau meminimumkan negara yang kekurangan kos dengan menurunkan harga dan menawarkan banyak sumber petroleum pilihan barang. seperti Jepun Perkongsian Sumber Tenaga dan Bahan Mentah • Sesetengah negara atau kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan sektor perindustrian dalam negara. • Negara tersebut bergantung pada negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut. Contohnya, negara Jepun bergantung pada negara-negara Teluk dan negara- negara Asia yang lain untuk mendapatkan bekalan petroleum. • Dalam hubungan perdagangan dan sistem ekonomi yang terbuka, keadaan saling bergantung antara satu sama lain sudah menjadi satu kemestian bagi negara- negara anggota. 172
Penjagaan Alam Sekitar Malaysia dan Ekonomi Global • Negara-negara anggota dalam ASEAN, APEC, EU dan lain- Isu jerebu di rantau Asia lain telah mewujudkan penjagaan alam sekitar secara Tenggara dapat ditangani bersama khususnya dalam menangani permasalahan alam dengan kerjasama antara sekitar seperti pencemaran laut, jerebu dan isu berkaitan dengan marin. negara-negara ASEAN • Negara-negara anggota akan menjalankan usaha sama dalam membuat pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan Cabar Diri Anda dan pemuliharaan apabila berlaku masalah pengurusan dan penjagaan alam sekitar. 1. Pihak manakah yang menerima kesan positif Kesan Negatif Blok Ekonomi dan Perjanjian dalam blok ekonomi dan Perdagangan perjanjian perdagangan? Walau bagaimanapun, penglibatan dalam blok ekonomi dan perjanjian perdagangan juga mendatangkan keburukan kepada 2. Pihak manakah yang ekonomi dan sosial negara seperti yang berikut: menerima kesan negatif daripada blok 1 Kegawatan ekonomi ekonomi dan perjanjian perdagangan? 2 Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin 3. Bagaimanakah 3 Corak penjajahan baharu ekonomi blok ekonomi dan perjanjian perdagangan 4 Masalah lambakan barang mempengaruhi kedua-dua pihak-pihak tersebut? 5 Pencemaran terhadap budaya tempatan 6 Ancaman kepada industri muda tempatan Kegawatan Ekonomi Anda boleh menonton video tentang perjanjian • Aliran masuk modal antarabangsa yang banyak ke dalam perdagangan mengancam negara rantau Asia Pasifik menyebabkan sistem kewangan pekerja Amerika melalui negara rantau menjadi mudah ubah dan kurang stabil. laman web yang berikut: http://bukutekskssm.my/ • Fenomena ini berlaku kerana dana asing boleh keluar atau Ekonomi/Video4.mp4 masuk secara mudah antara negara. BM • Penarikan keluar modal asing secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan ekonomi negara tersebut terjejas, menggugat operasi industri, menaikkan kadar pengangguran dan peningkatan beban hutang luar negara secara mendadak. 173
Bab 2 Sudut DUNIA Tekanan Ekonomi dan Bebanan Hidup Golongan Miskin Pada 23 Jun 2016, seramai • Selaras dengan perjanjian perdagangan yang ditandatangani, 17.4 juta orang penduduk kerajaan akan menghapuskan pemberian subsidi dan kuota Britain mengundi untuk dengan membuka ekonomi negara kepada pihak asing. Britain keluar daripada EU manakala 16.1 orang juta lagi • Tindakan ini akan menyebabkan peningkatan dalam harga memilih kekal dalam blok barangan dan kos sara hidup. kesatuan tersebut. • Contohnya, kenaikan harga ubat-ubatan dan barangan Keputusan undian itu farmasi akibat kemasukan syarikat farmaseutikal dan genetik pada masa yang sama milikan Amerika Syarikat secara bebas tanpa kawalan akan menyaksikan mata wang meningkatkan kos perubatan dalam kalangan masyarakat. Britain, Pound Sterling Hal ini akan membebankan golongan miskin disebabkan mencapai paras yang pendapatan mereka adalah lebih rendah. terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding Corak Penjajahan Baharu Ekonomi dengan Dolar Amerika Syarikat. • Pembukaan pintu ekonomi negara mendedahkan pasaran tempatan kepada kuasa monopoli syarikat multinasional. Sumber: http://www.utusan.com. my/berita/nasional/brexit-britain- • Kekayaan sumber ekonomi negara sedang membangun akan dikaut oleh pemodal asing yang mengutamakan pilih-keluar-dari-eu-1.346528 keuntungan semata-semata. Barangan murah merupakan • Syarikat multinasional asing cenderung mengeksploitasi pilihan utama pengguna tenaga kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah walaupun kurang bermutu dan beban kerja yang banyak. • Wujud kuasa monopoli bank perdagangan tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing bagi menjaga kepentingan masing-masing. Masalah Lambakan Barang • Lambakan barang bertujuan untuk mengurangkan lebihan penawaran barangan dalam negara, menghapuskan pesaing terdekat dan menguasai pasaran untuk membentuk kuasa monopoli dalam pasaran antarabangsa. • Wujudnya lambakan barang import yang dijual dengan harga yang murah dan kurang berkualiti. • Hal ini akan menjejaskan industri tempatan, peluang pekerjaan penduduk tempatan, pendapatan isi rumah dan juga pendapatan negara. Pencemaran terhadap Budaya Tempatan • Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya setempat dapat disebarkan secara berleluasa melalui Internet dan televisyen satelit. • Generasi muda terikut-ikut sehingga menyebabkan nilai dan budaya tempatan yang murni terhakis. • Akhirnya, budaya luar menjadi dominan dan anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh nilai akhlaknya. 174
Ancaman kepada Industri Muda Tempatan Malaysia dan Ekonomi Global • Penghakisan dasar perlindungan terhadap produk tempatan Cabar Diri Anda menyebabkan pengeluar tempatan terpaksa bersaing dengan produk luar negara. Apakah aspek yang menyebabkan syarikat • Kuasa monopoli syarikat multinasional melalui tindakan tempatan kurang berdaya penggabungan (merge) dan pengambilalihan (acquisition) saing berbanding dengan menyebabkan syarikat atau industri tempatan yang kecil syarikat multinasional? dan sederhana (IKS) tempatan terpaksa gulung tikar Berikan alasan anda. kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara. • Contohnya, bidang atau industri automotif, kewangan dan pengeluaran ubat-ubatan yang telah dikuasai oleh negara maju menyebabkan pengeluar tempatan terpaksa keluar daripada industri tersebut. Hal ini disebabkan pengeluar tempatan kurang berdaya saing jika dibanding dengan pengeluar dari negara maju. Aktiviti 2.2.7 Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mengambil satu peranan yang berikut: (i) Pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan (ii) Pemilik kilang yang mengeluarkan perabot tradisional (iii) Kerajaan sesebuah negara (a) Bincangkan kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan atas peranan kumpulan masing- masing. (b) Bentangkan hasil perbincangan di depan kelas dengan persembahan Microsoft PowerPoint. Kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan adalah seperti yang berikut: Kesan positif Kesan negatif (a) Menggalakkan pemindahan teknologi (a) Kegawatan ekonomi dan kepakaran (b) Tekanan ekonomi dan bebanan hidup F (b) Peluasan pasaran golongan miskin O (c) Mobiliti modal dan tenaga kerja (c) Corak penjajahan baharu ekonomi K U (d) Peningkatan pelaburan langsung asing (d) Masalah lambakan barang (e) Pencemaran terhadap budaya tempatan S (e) Pertambahan peluang pekerjaan (f ) Peningkatan daya saing negara dan kualiti (f ) Ancaman kepada industri muda tempatan barangan (g) Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah (h) Penjagaan alam sekitar 175
Bab 2 2.3 Imbangan Pembayaran Mengenal pasti komposisi dagangan dan arah aliran perdagangan Malaysia. Menerangkan maksud imbangan pembayaran. Menjelaskan struktur akaun semasa dalam imbangan pembayaran Malaysia. Menjelaskan konsep defisit dan lebihan dalam akaun semasa. Menganalisis sebab dan implikasi defisit dan lebihan dalam akaun semasa. SEPINTAS LALU Simpan kira merupakan proses merekod semua transaksi kewangan dalam perniagaan. Transaksi seperti pembelian, jualan, penerimaan dan pembayaran akan direkod dengan teliti supaya semua aliran keluar dan masuk wang diambil kira. Maklumat simpan kira boleh digunakan untuk menganalisis kedudukan kewangan sesebuah perniagaan. Tanpa simpan kira, peniaga tidak dapat mengenal pasti jumlah wang yang diterima, jumlah wang yang dibayar atau keuntungan yang diperoleh. Peniaga juga tidak dapat memastikan sama ada matlamat kewangan yang ditetapkan dapat dicapai. Dengan bantuan simpan kira, peniaga dapat menyelesaikan persoalan yang disebut dan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak berdasarkan maklumat simpan kira. Dipetik dan diubah suai daripada petikan “The Importance of Proper Bookkeeping”, 12 Jan 2012, http://www.smallbizaccountants.com/The-Importance-of-Proper-Bookkeeping Setelah mengetahui kepentingan merekod urus niaga kewangan dalam perniagaan, adakah anda tahu bahawa sebuah negara juga mempunyai rekod kewangan? Bagaimanakah urus niaga itu direkod? Abad ke-21 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia Secara amnya, komposisi dagangan Malaysia terdiri daripada dua komponen utama seperti yang berikut: Eksport Import 176
Komposisi Eksport Malaysia dan Ekonomi Global Eksport merujuk kepada barang dan perkhidmatan yang dijual Cabar Diri Anda oleh Malaysia kepada negara asing. Jelaskan perbezaan dalam Eksport boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: komposisi eksport Malaysia pada tahun 1970-an dengan masa ini. Eksport barang nampak Eksport barang tak nampak Eksport Barang Nampak Kios INFO • Eksport barang nampak merujuk kepada barang nyata yang Eksport menyebabkan dikeluarkan dalam Malaysia dan dijual ke luar negara. aliran masuk wang asing. • Komposisi eksport barang nampak Malaysia terdiri daripada: Pertanian • Hasil keluaran daripada sektor pertanian dan perladangan. • Contohnya, getah asli, biji koko, lada hitam, minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan kelapa sawit, kayu dan hasil keluaran kayu, hasil laut serta bahan kimia organik. Perlombongan • Hasil keluaran daripada sektor perlombongan iaitu cari gali sumber semula jadi. • Contohnya, timah, petroleum mentah, gas asli dan gas asli cecair. Pembuatan • Hasil keluaran sektor perkilangan. • Contohnya, barangan elektrik dan elektronik, perkakas litar elektrik, marjerin, kain kapas serta kapur dan simen, pakaian, dan perabot. 177
Bab 2 Eksport Barang Tak Nampak Perkhidmatan • Eksport barang tak nampak bermaksud perkhidmatan yang pelancongan ditawarkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat asing. • Misalnya, rakyat Amerika Syarikat menginap di sebuah hotel di Pulau Manukan di Sabah dianggap sebagai eksport barang tak nampak. • Komponen eksport barang tak nampak Malaysia adalah seperti yang berikut: Perbelanjaan pelancong, pelajar, ahli sukan dan pesakit asing di Malaysia. Perbelanjaan ini merangkumi barang dan perkhidmatan seperti penginapan, makanan, hiburan, pengangkutan domestik, hadiah dan cenderamata yang diperoleh oleh pelawat asing ketika berada di Malaysia. Bayaran tambang (Freight) yang diterima oleh firma perkapalan Perkhidmatan tempatan, tambang penumpang, bayaran kemudahan lapangan pengangkutan terbang dan bayaran parkir pesawat serta bayaran perkhidmatan pos dan kurier daripada firma asing atau rakyat asing. Perkhidmatan Perkhidmatan telekomunikasi seperti radio dan televisyen, perisian telekomunikasi, komputer dan perkhidmatan maklumat seperti berita daripada firma komputer dan tempatan yang dilanggan oleh rakyat asing. maklumat Perkhidmatan pembinaan yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia Perkhidmatan atau firma Malaysia di luar negara termasuk pembinaan bangunan, pembinaan pemasangan jentera serta perkhidmatan penyewaan peralatan pembinaan. 178
Perkhidmatan Malaysia dan Ekonomi Global insurans dan Perkhidmatan menyediakan insurans hayat, insurans bukan hayat, pencen insurans semula, insurans tambang muatan, pencen dan perkhidmatan tambahan kepada insurans oleh firma insurans Malaysia kepada rakyat asing dan firma asing. Caj dan bayaran perkhidmatan kewangan untuk simpanan atau Perkhidmatan pinjaman, bayaran pengurusan aset, bayaran perkhidmatan operasi, kewangan dan pengawalseliaan pasaran kewangan yang diterima oleh rakyat tempatan dan firma tempatan dari luar negara. Perkhidmatan Bayaran yang diterima oleh firma tempatan yang menyediakan perkilangan perkhidmatan pemprosesan kepada pemilik barangan bagi aktiviti pembuatan seperti pengumpulan, pembungkusan atau pelabelan. Bayaran bagi penggunaan hak intelek seperti paten, cap dagang, hak Bayaran cipta, reka cipta, proses industri, rahsia perdagangan dan francais. penggunaan harta intelek Perkhidmatan Perkhidmatan berkaitan audiovisual, akses, sewaan audiovisual, bayaran peribadi, kepada pelakon, pengarah dan pengeluar, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan sukan, rekreasi dan hiburan budaya, dan yang disediakan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat asing. rekreasi 179
Bab 2 Komposisi Import Kios INFO Import merujuk kepada barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh rakyat Malaysia daripada negara asing. Import barang dan perkhidmatan akan Import boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: menyebabkan aliran keluar wang. Import barang nampak Import barang tak nampak Cabar Diri Anda Import Barang Nampak Jelaskan perbezaan dalam • Import barang nampak merujuk kepada barang nyata yang komposisi import Malaysia dibeli oleh rakyat Malaysia daripada luar negara. pada tahun 1970-an dengan masa ini. • Komposisi import barang nampak Malaysia terdiri daripada: Barang pengantara • Barang ini diimport dan diproses semula untuk menjadi barang siap. • Contohnya, makanan dan minuman, bahan api dan pelincir serta alat ganti, dan kelengkapan pengangkutan. Barang modal • Barang yang diimport dari luar negara untuk membantu proses pengeluaran serta meningkatkan keupayaan pengeluaran firma. • Contohnya, mesin, jentera, peralatan dan kelengkapan. Barang pengguna • Barangan ini diimport untuk kegunaan pengguna akhir. • Contohnya, perabot, kenderaan, makanan dan minuman serta pakaian. 180
Malaysia dan Ekonomi Global Import Barang Tak Nampak • Import barang tak nampak bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat asing kepada rakyat Malaysia. • Misalnya, seorang pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di United Kingdom. • Perbelanjaan pelajar tersebut di United Kingdom dianggap sebagai import barang tak nampak. • Komponen import barang tak nampak terdiri daripada: Ppeerklahnidcomnagtaann Perbelanjaan pelancong, pelajar, ahli sukan dan pesakit Malaysia di luar negara. Perbelanjaan ini merangkumi barang dan perkhidmatan seperti penginapan, makanan, hiburan, pengangkutan domestik, hadiah dan cenderamata yang diperoleh oleh pelawat Malaysia ketika melancong di luar negara. Bayaran tambang (Freight) yang diterima oleh firma perkapalan asing, pPeenrkghaindgmkauttaann tambang penumpang, bayaran kemudahan lapangan terbang dan bayaran parkir pesawat serta bayaran perkhidmatan pos dan kurier kepada firma asing atau rakyat asing yang dibayar oleh rakyat Malaysia. tePkleoermmkkohapmkiudltuumenmraikatdaatansni, Perkhidmatan telekomunikasi seperti radio dan televisyen, perisian komputer dan perkhidmatan maklumat seperti berita daripada firma asing yang dilanggan oleh rakyat Malaysia. Perkhidmatan pembinaan yang dilaksanakan oleh rakyat asing atau syarikat Peprekmhibdimnaaatann asing di Malaysia termasuk pembinaan bangunan, pemasangan jentera serta perkhidmatan penyewaan peralatan pembinaan. 181
Bab 2 Pienrskuphreiadnnmcseandtaann Perkhidmatan menyediakan insurans hayat, insurans bukan hayat, insurans semula, insurans tambang muatan, pencen dan perkhidmatan tambahan kepada insurans oleh firma insurans asing kepada rakyat Malaysia dan firma Malaysia. Perkhidmatan berkaitan audiovisual, akses, sewaan audiovisual, bayaran pPeerdirabknahdirdie,mkbrauetdaasaniya kepada pelakon, pengarah dan pengeluar, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan sukan, rekreasi dan hiburan yang disediakan oleh rakyat asing kepada rakyat Malaysia. Pekrekwhiadnmgaatnan Caj dan bayaran perkhidmatan kewangan untuk simpanan atau pinjaman, bayaran pengurusan aset, bayaran perkhidmatan operasi dan pengawalseliaan pasaran kewangan yang diterima oleh rakyat asing dan firma asing dari Malaysia. Bayaran yang diterima oleh firma asing yang menyediakan perkhidmatan Peprekrhkiidlamngataann pemprosesan kepada pemilik barangan bagi aktiviti pembuatan seperti pengumpulan, pembungkusan atau pelabelan. pheaBnratgaygaiunrantnealaenk Bayaran kepada rakyat asing bagi penggunaan hak intelek seperti paten, cap dagang, hak cipta, reka cipta, proses industri, rahsia perdagangan dan francais. 182
Malaysia dan Ekonomi Global Arah Aliran Perdagangan Malaysia Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia telah menggalakkan perdagangan antarabangsa. Nilai eksport iaitu penjualan barang dan perkhidmatan keluaran Malaysia kepada negara asing semakin meningkat setiap tahun. Arah aliran bagi sepuluh barang utama eksport Malaysia boleh dilihat dalam Jadual 2.3 yang berikut: Jadual 2.3 Sepuluh barang utama eksport Tahun 2015 Tahun 2016 Barangan RM % RM % bilion bilion Barangan Elektrik & Elektronik 277.92 35.7 287.72 36.6 Kimia & Bahan Kimia 55.13 7.1 58.99 7.5 Keluaran Petroleum 54.53 7.0 54.50 6.9 Gas Asli Cecair (LNG) 44.60 5.7 32.02 4.1 Minyak Sawit dan Keluaran Berasaskan Sawit 40.12 5.2 41.44 5.3 Jentera, Perkakasan & Peralatan 36.16 4.6 37.68 4.8 Barangan Perkilangan Logam 34.90 4.5 33.39 4.2 Barangan Optik & Saintifik 26.09 3.4 28.75 3.7 Petroleum Mentah 26.08 3.4 22.27 2.8 Keluaran Getah 20.18 2.6 20.25 2.6 Produk-produk Lain 161.64 20.8 168.92 21.5 Jumlah Nilai Eksport 777.35 100.0 785.93 100.0 Sumber: MATRADE, tahun 2016 • Berdasarkan Jadual 2.3, nilai eksport pada tahun 2016 Cabar Diri Anda telah meningkat 1.1% berbanding dengan tahun 2015, iaitu daripada RM777.35 bilion kepada RM785.93 bilion. Berdasarkan jadual 2.3 lengkapkan jadual di bawah. • Peningkatan dalam nilai eksport adalah disebabkan oleh peningkatan dalam nilai eksport barangan elektrik dan Jenis eksport 2015 2016 elektronik sebanyak RM9.8 bilion, diikuti dengan produk- barang nampak (%) (%) produk lain sebanyak RM7.28 bilion; dan kimia dan bahan Pertanian kimia sebanyak RM3.86 bilion. Perlombongan Perkilangan • Namun, terdapat juga penurunan dalam nilai eksport sesetengah barangan seperti gas asli cecair sebanyak RM12.58 bilion, diikuti petroleum mentah sebanyak RM3.81 bilion, dan barang perkilangan logam sebanyak RM1.51 bilion. 183
Bab 2 Selain menjual barang kepada negara lain, Malaysia juga membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing. Nilai import barang dan perkhidmatan telah meningkat setiap tahun. Arah aliran bagi sepuluh barang utama import Malaysia boleh dilihat dalam Jadual 2.4 yang berikut. Jadual 2.4 Sepuluh barang utama import Tahun 2015 Tahun 2016 Barangan RM % RM % bilion bilion Barangan Elektrik & Elektronik 201.32 29.3 209.94 30.1 Kimia & Bahan Kimia 64.83 9.5 68.01 9.7 Keluaran Petroleum 63.88 9.3 52.40 7.5 Jentera, Perkakasan & Peralatan 59.38 8.7 65.05 9.3 Barangan Perkilangan Logam 44.09 6.4 39.22 5.6 Kelengkapan Pengangkutan 36.37 5.3 41.35 5.9 Barangan Besi & Keluli 21.76 3.2 23.00 3.3 Barangan Optik & Saintifik 21.63 3.2 21.93 3.1 Barangan Makanan Diproses 17.73 2.6 18.66 2.7 Tekstil, Pakaian & Kasut 15.98 2.3 18.13 2.6 Produk-produk Lain 138.82 20.2 140.97 20.2 Jumlah Nilai Import 685.79 100.0 698.66 100.0 Sumber: MATRADE, tahun 2016 Cabar Diri Anda • Berdasarkan Jadual 2.4, nilai import pada tahun 2016 telah meningkat 1.9% berbanding dengan tahun 2015, iaitu 1. Mengapakah barangan daripada RM685.79 bilion kepada RM698.66 bilion. elektrik dan elektronik merupakan import • Peningkatan dalam nilai import adalah disebabkan oleh barang nampak utama peningkatan dalam nilai import barangan elektrik dan Malaysia? elektronik sebanyak RM8.62 bilion, diikuti dengan jentera, perkakasan dan peralatan sebanyak RM5.67 bilion, dan 2. Jelaskan punca kelengkapan pengangkutan sebanyak RM4.98 bilion. kemerosotan import keluaran petroleum. • Namun, terdapat juga penurunan dalam nilai import sesetengah barangan seperti keluaran petroleum sebanyak RM11.48 bilion, diikuti barangan perkilangan logam, sebanyak RM4.87 bilion, dan barangan optik dan saintifik sebanyak RM0.3 bilion. 184
Malaysia dan Ekonomi Global Aktiviti 2.3.1 Teliti carta di bawah dan jawab soalan yang berikut: Perubahan Struktur Eksport Malaysia ke China Barangan eksport Tahun Barangan eksport Tahun 1990 2015 Minyak Sawit & Produk 44.5% Elektrik & Elektronik 42.6% Berasaskan Sawit 10.4 % 15.8% Kimia & Produk Kimia 10.2% Petroleum Mentah 11.0% 6.0% 6.3% Produk Petroleum Getah Asli 6.0% 5.1% 2.9% Minyak Sawit & Produk 4.5% Produk Kayu 3.2% Berasaskan Sawit 3.8% Kayu Balak 2.2% Biji Serpihan Logam 3.2% 1.9% 2.4% Elektrik & Elektronik 6.2% Barangan Perkilangan RM1.7 Logam 2.4% Minyak Sayur-sayuran bilion Lain Gas Asli Cecair (LNG) 9.4% Kimia & Produk Kimia Produk Getah Kayu Gergaji & Kumai Jentera, Kelengkapan & Peralatan Lain-lain Barangan Optik dan Jumlah Eksport ke Saintifik China Lain-lain Jumlah Eksport ke RM101.5 China bilion Sumber: Laporan Ekonomi, tahun 2015/2016 (a) Apakah perubahan struktur eksport Malaysia ke China yang dapat anda perhatikan? (b) Mengapakah perubahan yang anda kenal pasti di (a) berlaku? (c) Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu kajian di negara China. Kajian Biro Perangkaan Negara China menunjukkan bahawa pendapatan boleh guna bagi isi rumah di kawasan bandar negara China semakin meningkat bagi golongan isi rumah berpendapatan sederhana. Dipetik dan diubah suai daripada: https://www.forbes.com/sites/sarahsu/2016/11/18/high-income-inequality- still-festering-in-china Pada pendapat anda, wajarkah firma Malaysia menjadikan negara China sebagai pasaran utama untuk memasarkan produk mereka? Berikan alasan anda. F 1. Komposisi dagangan Malaysia terdiri daripada eksport dan import. O K 2. Eksport boleh dibahagi kepada eksport barang nampak dan eksport barang tak nampak. U S 3. Import boleh dibahagi kepada import barang nampak dan import barang tak nampak. 185
Bab 2 2.3.2 Imbangan Pembayaran Sila layari laman web di Salah satu objektif makroekonomi yang ingin dicapai oleh bawah untuk menonton kerajaan ialah imbangan pembayaran lebihan. Imbangan video tentang imbangan pembayaran merekodkan semua urus niaga ekonomi antara pembayaran: sebuah negara dengan negara lain merangkumi barang dan http://www.investopedia. perkhidmatan, aset kewangan dan bayaran pindahan. com/video/play/balance- payments/ Imbangan pembayaran merupakan satu rekod sistematik tentang jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran kewangan ENG sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun. Akaun imbangan pembayaran melibatkan rekod butiran debit dan kredit. Segala urus niaga ekonomi yang melibatkan penerimaan kewangan direkodkan sebagai butiran kredit manakala urus niaga ekonomi yang melibatkan pembayaran kewangan direkodkan sebagai butiran debit. 186
Malaysia dan Ekonomi Global Jadual 2.5 Imbangan pembayaran Malaysia (RM juta) dari tahun 2011 hingga tahun 2016 Butiran 2011 2012 RM juta 2015 2016 2013 2014 AKAUN SEMASA 99,324 50,176 35,485 48,554 35,155 29,023 1. Barangan f.o.b. (Bersih) 140,528 113,029 96,552 113,327 109,224 101,382 a. Eksport 658,421 644,864 637,683 678,865 681,275 686,075 b. Import 517,893 531,835 541,131 565,538 572,051 584,693 2. Perkhidmatan (Bersih) 1,457 -8,542 -9,592 -10,706 -20,632 -19,090 a. Pengangkutan -19,445 -22,040 -23,909 -26,050 -24,565 -23,513 b. Perjalanan 28,959 24,821 29,167 33,233 26,941 31,526 c. Perkhidmatan lain -7,533 -10,908 -14,632 -17,540 -22,405 -26,414 d. Urus niaga kerajaan -524 -415 -218 -349 -603 -689 3. Pendapatan Primer (Bersih) -21,600 -35,842 -33,977 -36,624 -32,112 -34,640 a. Pampasan Pekerja -2,331 -3,082 -4,007 -4,902 -5,595 -5,636 b. Pendapatan Pelaburan -19,269 -32,760 -29,970 -31,722 -26,517 -29,004 4. Pendapatan Sekunder (Bersih) -21,061 -18,469 -17,498 -17,443 -21,325 -18,629 AKAUN MODAL -133 241 -15 344 -1,135 108 1. Perolehan/pelupusan aset -119 334 7 300 -1,127 108 bukan kewangan bukan pengeluaran 2. Pindahan modal -14 -93 -22 44 -8 0 AKAUN KEWANGAN 23,265 -23,015 -20,216 -79,955 -55,350 -1,126 1. Pelaburan langsung -9,337 -24,415 -6,276 -17,974 -1,810 14,131 2. Pelaburan portfolio 26,139 63,859 -3,012 -39,354 -26,122 -15,419 3. Derivatif kewangan -76 972 -253 -975 -663 -802 4. Pelaburan lain 6,539 -63,431 -10,675 -21,652 -26,755 964 ASET RIZAB -94,682 -3,873 -14,649 36,507 -3,750 -14,779 KESILAPAN DAN KETINGGALAN BERSIH -27,774 -23,529 -605 -5,450 25,080 -13,226 Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, tahun 2016 187
Bab 2 Kios INFO Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga komponen yang utama, iaitu: Derivatif kewangan merupakan satu jenis Akaun Modal instrumen kewangan yang • Akaun yang merekod perubahan bersih dalam nilainya berasaskan kepada aset seperti saham, bon, pemilikan aset. pertukaran asing atau • Terdiri daripada butiran yang berikut: komoditi. (a) Perolehan / Pelupusan aset bukan kewangan (b) Pindahan modal Akaun Semasa Akaun Kewangan • Akaun yang merekodkan nilai • Akaun yang merekod aliran masuk modal dan eksport dan import barang aliran keluar modal bagi sesebuah negara. dan perkhidmatan serta pendapatan. • Terdiri daripada butir-butir yang berikut: (a) Pelaburan langsung • Terdiri daripada butiran yang (b) Pelaburan portfolio berikut: (c) Derivatif kewangan (d) Pelaburan lain (a) Akaun barangan (b) Akaun perkhidmatan (c) Akaun pendapatan primer (d) Akaun pendapatan sekunder Aktiviti 2.3.2 Berdasarkan “Jadual 2.5 Imbangan Pembayaran Malaysia” di muka surat 187, murid diminta membentuk beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta menjelaskan butiran akaun yang terdapat dalam imbangan pembayaran. Anda digalakkan mencari bahan rujukan daripada sumber luaran seperti Internet dan buku rujukan lain untuk mendapatkan maklumat. F 1. Imbangan pembayaran merekod jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran kewangan O sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun. K U 2. Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga komponen utama iaitu akaun semasa, akaun S modal dan akaun kewangan. 188
2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Malaysia dan Ekonomi Global Pembayaran Sila layari laman web di Akaun semasa merupakan salah satu komponen utama dalam bawah untuk menonton imbangan pembayaran. Akaun semasa merupakan bahagian video berkaitan dengan yang terbesar dan penting dalam imbangan pembayaran. akaun semasa: http://www.investopedia. Akaun semasa merupakan akaun yang merekodkan nilai com/video/play/current- eksport dan import barang serta perkhidmatan dan juga account/ pendapatan. ENG Akaun semasa terdiri daripada empat butiran yang utama iaitu: 1 Akaun barangan 2 Akaun perkhidmatan 3 Akaun pendapatan primer 4 Akaun pendapatan sekunder Akaun Barangan Akaun barangan merekodkan jumlah nilai eksport barang nampak dengan jumlah nilai import barang nampak. Perbezaan antara jumlah nilai eksport barang nampak dengan jumlah nilai import barang nampak dikenal sebagai imbangan dagangan. Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport barang nampak – Jumlah nilai import barang nampak Terdapat tiga jenis imbangan dagangan iaitu: Eksport Import Import Imbangan Eksport dagangan seimbang Eksport Import Imbangan Imbangan dagangan lebihan dagangan defisit 189
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260