Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pertanian_Tingkatan_5

Pertanian_Tingkatan_5

Published by Madzani Nusa, 2021-07-25 04:09:31

Description: Pertanian_Tingkatan_5

Search

Read the Text Version

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Penanaman Tanpa Tanah Hidroponik Hidroponik merupakan teknik penanaman tanpa tanah. Medium yang digunakan ialah air bagi menggantikan tanah. Nutrien lengkap dilarutkan dengan air sebelum disalurkan kepada tanaman. Tanaman yang ditanam dengan teknik ini hanya mengeluarkan akar yang kecil dan sedikit tetapi efisien. Hidroponik terbahagi kepada dua iaitu: Hidroponik Statik: • Air yang digunakan kekal statik dalam takung atau kolam. Cara ini sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayur daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Kelebihannya adalah tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan sesuai untuk petani yang baru mencuba untuk menanam secara hidroponik atau dijadikan sebagai hobi. Namun terdapat juga petani yang menjalankannya secara komersial. Gambar foto 2.15 menunjukkan kaedah hidroponik takung, manakala Gambar foto 2.16 adalah kaedah smart pot. Gambar foto 2.15 Kaedah takung Gambar foto 2.16 Kaedah smart pot Hidroponik Aktif: • Merupakan satu sistem di mana larutan baja dibekalkan melalui tangki ke akar tanaman menggunakan pam air. Kemudian larutan berkenaan akan disalurkan semula ke dalam tangki. Proses ini akan berulang sehinggalah tanaman matang dan sedia untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk tanaman sayuran buah seperti tomato, cili, terung, tembikai, timun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah kaedah nutrien dalam (Deep Film Technique), teknik aliran cetek (Nutrient Film Technique), kaedah pasang surut, kaedah aeroponik, kaedah akuaponik dan kaedah fertigasi. Gambar foto 2.17 Kaedah aliran dalam Gambar foto 2.18 Kaedah aeroponik 93

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Sistem Fertigasi Sistem fertigasi merupakan kaedah penanaman tanpa tanah. Medium seperti cocopeat, sekam padi, rockwool, perlite, zeolite, peatmoss dan vermiculite digunakan bagi menggantikan tanah. Namun cocopeat dan sekam padi lebih banyak digunakan kerana harganya yang murah, ringan dan mudah didapati. Penanaman sayur-sayuran secara fertigasi pada masa ini telah menjadi popular dan meluas dalam kalangan pengusaha tanaman. Tanaman ditanam dalam bekas atau polibeg yang mengandungi medium dan diletakkan di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau terbuka (Gambar foto 2.19). Nutrien yang lengkap disalurkan kepada tanaman menggunakan cara ini. Sistem fertigasi sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi. Bagi petani yang mempunyai kawasan terhad, mereka dapat menggunakan kreativiti mereka dengan cara tanaman bertingkat atau berpara. Bagi kawasan yang mempunyai masalah banjir atau sering diserang binatang buas, sistem fertigasi gantung adalah sangat praktikal (Gambar foto 2.20). Tanaman yang sesuai mengunakan teknik ini ialah timun, terung dan kacang panjang. Kaedah fertigasi atas tanah boleh dipraktikkan seperti Gambar foto 2.21. Gambar foto 2.19 Kaedah fertigasi dalam Gambar foto 2.20 Kaedah fertigasi gantung bekas Gambar foto 2.21 Kaedah fertigasi atas tanah 94

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.1.6 Pembajaan Pembajaan adalah proses membekalkan satu nutrien utama atau lebih kepada tanaman. Tujuan melakukan pembajaan adalah untuk membantu merawat dan memulih tanah, membantu menyimpan air, mengawal pH tanah dan merangsang pertumbuhan dan kegiatan mikroorganisma. Jenis-Jenis Baja Baja dikelaskan kepada baja organik dan baja kimia (Rajah 2.12). Pengkelasan Baja Baja Organik Baja Kimia Tinja Haiwan Sisa Kilang Sisa Ladang Baja Tunggal Baja Campuran Baja Sebatian Baja Lengkap Rajah 2.12 Pengkelasan baja Perbandingan Baja Organik Dengan Baja Kimia Jadual 2.13 menunjukkan perbandingan antara baja organik dengan baja kimia dari segi keadaan tanah, kadar penyerapan dan pegangan air, kandungan nutrien dan ketersediaan nutrien. Jadual 2.13 Perbandingan baja organik dan baja kimia Baja Organik Perkara Baja Kimia Membaiki tekstur dan struktur Keadaan tanah Pengumpulan bahan toksik tanah. meningkatkan keasidan tanah. Menambah rongga udara Kadar penyerapan Tidak meningkatkan kadar di dalam tanah (banyak dan pegangan air serapan air dalam tanah. mikroorganisma) akan meningkatkan kadar serapan air. Meningkatkan nutrien dalam Kandungan nutrien Membekalkan hanya nutrien tanah dengan cara mengikat khusus. nutrien bercas positif. Kandungan nutrien Ketersediaan nutrien Kesan tindak balas nutrien dibebaskan secara perlahan. cepat. 95

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kaedah Pembajaan Tanaman Atas Tanah Pelbagai kaedah pembajaan boleh digunakan. Ini bergantung kepada jenis tanaman serta keluasan tapak kawasan penanaman. Lima kaedah pembajaan ditunjukkan dalam Rajah 2.13. Titisan Poket Taburan Kaedah Pembajaan Semburan Alur Rajah 2.13 Kaedah pembajaan Alur Taburan • Baja ditabur secara sekata di atas • Baja pepejal diletak dalam alur dan permukaan tanah. Cara ini juga dikenali dikambus semula dengan tanah. Cara ini sebagai pembajaan permukaan dan sesuai untuk tanaman yang mudah rosak lazimnya melibatkan penggunaan baja apabila tersentuh bahan baja. nitrogen. 96

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Poket • Lubang-lubang poket digali sedalam 10-15cm di hujung kanopi kerana bahagian ini merupakan zon akar yang aktif. Baja diletakkan dalam lubang poket dan dikambus. Semburan Titisan • Larutan cecair baja disembur untuk • Kaedah pemberian baja berbentuk cecair merawat kekurangan nutrien tertentu pada terus ke pangkal pokok. Contoh pembajaan tanaman. titisan ialah sistem fertigasi. 97

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.1.7 Pembajaan Tanaman Tanpa Tanah Pembajaan tanaman tanpa tanah dilakukan melalui sistem pengairan. Melalui sistem pengairan, nutrien dibekalkan kepada tanaman secara terkawal dan kos efektif. Jenis baja yang sesuai digunakan adalah baja kimia yang mengandungi nutrien lengkap bagi keperluan pokok. Baja dilarutkan terlebih dahulu di dalam air mengikut sukatan yang dicadangkan dan disalurkan kepada tanaman melalui kaedah Nutrient Filem Technique (hidroponik), kaedah semburan kabus (aeroponik) dan kaedah titisan (fertigasi). Kaedah Pembajaan Tanaman Menggunakan Nutrient Film Technique (NFT) Larutan baja yang disimpan dalam tangki simpanan dan dipam naik ke dalam palung yang diletakkan di atas para secara sendeng. Ini bertujuan supaya larutan baja itu mengalir turun ke bahagian palung yang rendah dan masuk semula ke dalam tangki simpanan. Pengaliran larutan baja secara perlahan dengan kadar aliran yang tetap ini membolehkan akar tumbuhan menyerap nutrien yang diperlukan. Bahagian hujung akar yang aktif akan menyentuh lapisan larutan baja yang mengalir di dalam palung. Kemahiran dan pengetahuan pemasangan sistem pam air diperlukan untuk memastikan hanya 1mm hingga 3mm larutan baja mengalir dengan darjah kecerunan palung yang tepat (3o hingga 5o). Rajah 2.14 menunjukkan pengaliran larutan baja ke sistem NFT. Palung tanaman Pengaliran baja Tangki Nutrien Akar tumbuhan Pam air Rajah 2.14 Pengaliran larutan baja ke sistem NFT Kaedah Semburan Kabus (Aeroponik) Larutan baja disembur secara semburan Senmobzuerlan Set pemasa kabus pada akar tanaman dengan selang Nozel Pam air masa. Sistem ini memerlukan alat kawalan masa dan pam elektrik bagi Larutan baja penjadualan semburan kabus dengan Tangki nutrien kerap. Akar tanaman akan mudah kering sekiranya berlaku kelewatan semburan Rajah 2.15 Baja dibekalkan kepada tanaman melalui atau berlakunya gangguan pam elektrik. semburan kabus mengikut masa yang telah ditetapkan Larutan baja lebih cepat diserap dengan cara semburan kabus ini dan secara tidak langsung oksigen juga dibekalkan kepada pokok. Rajah 2.15 menunjukkan baja dibekalkan kepada tanaman melalui semburan kabus mengikut masa yang telah ditetapkan. 98

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kaedah Titisan (Fertigasi) Fertigasi ialah sistem penanaman yang menyatukan pembajaan dalam sistem pengairannya. Pemberian baja yang lengkap dalam bentuk larutan disalurkan ke zon akar tanaman. Sistem ini boleh diaplikasi dengan menggunakan pen penitis atau pita titis. • Pen penitis menyalurkan larutan baja melalui tiub mikro yang disambung dari paip sub di setiap lorong tanaman. Pen penitis boleh menyalurkan air ke dalam polibeg, ke atas batas atau di mana-mana sahaja yang dikehendaki kerana pen penitis ini disambungkan dari tiub mikro. • Pita titis menyalurkan larutan baja melalui lubang-lubang halus (emitter) yang berada di sepanjang saluran paip tersebut. Pita titis hanya boleh diaplikasikan ke atas tanaman yang mempunyai batas yang lurus atau pokok yang ditanam terus di atas tanah. Rajah 2.16 menunjukkan konsep pembajaan fertigasi secara am. Larutan baja dibancuh dan dimasukkan ke dalam tangki nutrien. Pam air yang dipasang selepas saluran tangki nutrien akan mengepam larutan baja dan air untuk disalurkan ke paip-paip ladang yang diletakkan di sepanjang batas tanaman (Gambar foto 2.22), manakala tanaman yang ditanam di dalam polibeg saluran paip akan disambung pada set penitis dan diletakkan bersebelahan pokok (Gambar foto 2.23). Pemberian baja adalah dikawal oleh set pemasa yang dipasang pada pam air. Set pemasa Cocopeat Set penitis Injap kawalan Pasu atau Polibeg Paip poli / PVC Pam air Tangki nutrien Rajah 2.16 Konsep pembajaan sistem fertigasi secara am Gambar foto 2.22 Fertigasi secara pita titis Gambar foto 2.23 Fertigasi secara pen penitis 99

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Penyediaan Larutan Baja Pengetahuan tentang penyediaan larutan baja amat penting kerana kadar nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman tidak sama. Lazimnya baja yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk serbuk dan perlu dilarutkan mengikut kepekatan yang betul. Pengusaha tanaman harus mempunyai pengetahuan tentang keperluan pH dan kepekatan larutan baja untuk tanaman yang akan ditanam kelak. Baja penanaman tanpa tanah terdiri daripada larutan A dan larutan B (Jadual 2.14). Jadual 2.14 Kandungan nutrien larutan baja A dan B. Larutan Baja A Larutan Baja B Kalsium nitrat, ammonium nitrat, kalium Kalium nitrat, mono kalium posfat, kalium nitrat dan ferum. sulfat, magnesium sulfat, mangan sulfat, kuprum sulfat, zink sulfat, asid borik dan ammonium molibdat. Terdapat pelbagai formula penyediaan larutan baja A dan B di pasaran dan harga bergantung kepada formula yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Jadual 2.15 menunjukkan panduan kepekatan larutan baja berkala mengikut jenis dan usia (minggu) tanaman. Jadual 2.15 Kepekatan larutan baja sayur-sayuran terpilih Kepekatan EC Minggu Jenis Tanaman Cili Kubis Tomato Sayur Daun 1 1.2 1.2 1.5 1.1 2 1.2 1.2 1.5 1.1 3 1.4 1.2 1.5 1.2 4 1.4 1.3 1.7 1.2 5 1.6 1.3 1.7 1.2 6 1.6 1.5 1.7 1.2 7 1.8 1.8 2.0 1.2 8 2.0 2.0 2.0 1.2 9 2.0 2.0 2.0 1.2 pH Meter Gambar foto 2.24 EC Meter pH meter ialah alat untuk mengukur kadar kemasaman air atau tanah dengan menggunakan skala pH antara 0 hingga 14. EC Meter EC adalah merupakan singkatan kepada Electrical Conductivity. Digunakan untuk mengetahui kepekatan larutan baja. Bacaannya adalah menunjukkan caj elektrik di dalam sesuatu larutan (Gambar foto 2.24). 100

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tajuk: Penyediaan Larutan Stok Baja A dan Baja B. Objektif: Menyediakan larutan stok baja. Bahan: Serbuk baja A dan serbuk baja B Silinder penyukat (2 buah), botol plastik (2 buah), paip PVC Alatan: dan penimbang. Langkah Keselamatan: Baca dan ikut arahan pada label dengan betul serta gunakan sarung tangan ketika melakukan aktiviti. Langkah Kerja: 1. Sediakan alatan dan bahan. Labelkan 2. Isi silinder penyukat A dan B dengan silinder penyukat serta botol dengan A 500ml air bersih. dan B. 3. Timbang 125g serbuk baja A dan 125g 4. Tuangkan serbuk baja A ke dalam serbuk baja B. silinder penyukat A. Info Tambahan Panduan penyediaan stok baja A dan baja B adalah 2.5kg serbuk baja untuk 10 liter air bersih. 101

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 5. Tuangkan serbuk baja B ke dalam silinder 6. Kacau hingga serbuk baja A larut penyukat B. sepenuhnya. 7. Kacau hingga serbuk baja B larut 8. Masukkan larutan baja pekat ke dalam sepenuhnya. botol berlabel A. 9. Masukkan larutan baja pekat ke dalam 10. Larutan stok baja A dan B sudah sedia botol berlabel B. untuk penggunaan. Larutan stok baja A dan baja B hanya boleh dicampurkan apabila hendak digunakan terus pada sistem pengairan. Bincangkan mengapa dan kesannya. 102

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tajuk: Penyediaan Larutan Baja A dan Baja B. Objektif: Menyediakan larutan baja untuk penanaman. Bahan: Stok baja A dan stok baja B. Tangki nutrien, silinder penyukat, pengacau plastik dan EC Alatan: meter. Langkah Keselamatan: Ikut sukatan yang tepat dan basuh tangan dengan bersih selepas melakukan aktiviti. Langkah Kerja: 1. Isi tong dengan air bersih sebanyak 150 2. Sukat stok baja A sebanyak 250ml, liter. Ambil bacaan awal EC meter. masukkan ke dalam tangki nutrien dan kacau dengan plastik sehingga rata. 3. Sukat stok baja B sebanyak 250ml, 4. Ambil bacaan EC meter. Sesuaikan dimasukkan ke dalam tangki nutrien kepekatan larutan baja dengan jenis dan kacau dengan pengacau plastik tanaman. Larutan baja A dan baja B sehingga rata. sudah sedia untuk kegunaan sistem pengairan tanaman. Info Tambahan Sebagai panduan penyediaan larutan baja yang mudah adalah dengan menggunakan 2 bahagian larutan stok baja (1 bahagian A + 1 bahagian B) untuk 100 bahagian air bersih. 103

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.1.8 Reka Bentuk Sistem Penanaman Reka bentuk sistem penanaman perlu dihasilkan berasaskan kemudahan, keperluan dan kos yang bersesuaian. Pengusaha ladang harus mengenal pasti jenis reka bentuk yang sesuai dengan kawasan dan keluasan tapak serta kemudahan yang ada. Setelah menentukan jenis teknik penanaman yang akan digunakan, pengusaha boleh mereka bentuk sistem yang sesuai dengan keperluannya. Pengetahuan tentang keperluan asas tentang suatu sistem penanaman dapat membantu pengusaha dalam mereka bentuk sistem penanaman yang dikehendaki. Reka Bentuk Asas Sistem Hidroponik NFT Binaan asas sistem hidroponik NFT terdiri daripada Jadual 2.16 Komponen dan fungsi tangki nutrien, paip PVC, takung, set pemasa dan pam air (Jadual 2.16). Pengusaha ladang boleh Komponen Fungsi menyesuaikan keperluan untuk reka bentuk sistem berdasarkan binaan asas sistem yang ditunjukkan Tangki nutrien Menempatkan larutan dalam Rajah 2.17. Senarai komponen dan fungsi nutrien. adalah seperti berikut: Paip PVC Berfungsi mengalirkan larutan nutrien ke tanaman. Paip PVC Takung Takung Menempatkan lubang- lubang untuk tanaman. Set pemasa Mengawal kekerapan dan tempoh semburan kabus ke akar tanaman. Pam air Mengepam larutan nutrien daripada tangki ke 05.30 tanaman. Set pemasa Pam air Tangki nutrien Rajah 2.17 Reka bentuk asas hidroponik NFT Contoh reka bentuk sistem hidroponik NFT ditunjukkan dalam Rajah 2.18. Reka bentuk sistem ini direka agar mudah digerak atau dipindahkan ke tempat lain mengikut kesesuaian. Aliran air keluar Takung Aliran air masuk Tangki nutrien Rajah 2.18 Contoh reka bentuk baharu hidroponik NFT 104

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Contoh Cara Pemasangan Sistem Hidroponik NFT 1. Pasang bahagian-bahagian sistem 2. Sambungkan paip air masuk dan air keluar mengikut lakaran reka bentuk yang telah dengan kemas. dibuat. 3. Pasang pam air dan sambungkan ke set 4. Tuangkan stok baja A dahulu ke dalam pemasa. Masukkan air bersih ke dalam tangki dan kacau. Masukkan pula stok tangki mengikut keperluan sukatan baja B ke dalam tangki dan kacau. campuran stok baja A dan baja B. 5. Uji kepekatan larutan baja menggunakan 6. Ubah anak benih daripada dulang semaian EC meter. Dapatkan bacaan yang sesuai ke bakul plastik dan letak pada lubang- untuk jenis sayur yang akan ditanam. lubang yang telah tersedia. 105

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Reka Bentuk Sistem Aeroponik Sistem penanaman aeroponik merupakan sistem hidroponik berteknologi tinggi. Binaan asas sistem ini ditunjukkan dalam Rajah 2.19. Keperluan asas sistem ini ialah tangki nutrien, paip PVC, pam air, nozel kabus dan set pemasa seperti dalam Jadual 2.17. Jadual 2.17 Komponen asas sistem aeroponik dan fungsi Komponen Fungsi Tangki Nutrien Menempatkan larutan nutrien. Paip PVC Berfungsi mengalirkan larutan nutrien ke tanaman. Pam Air Mengepam larutan nutrien daripada tangki ke akar tanaman. Nozel Kabus Menyemburkan larutan nutrien secara kabus ke akar tanaman. Set Pemasa Mengawal kekerapan dan tempoh semburan kabus ke akar tanaman. Tangki nutrien Set pemasa Nozel 05.30 Paip PVC Pam air Rajah 2.19 Reka bentuk asas aeroponik Atap Takung Set pemasa Saluran ke nozel Saluran air masuk Tangki Nutrien Saluran air keluar Rajah 2.20 Contoh reka bentuk baharu sistem aeroponik 106

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Contoh Cara Pemasangan Sistem Aeroponik 1. Sediakan bahan dan peralatan yang 2. Ukur dan potong bahagian penutup atas diperlukan mengikut lakaran reka bentuk sistem. sistem. 3. Pasang sistem perpaipan dengan kemas. 4. Pasang kepala nozel pada sistem dan sambungkan pam pada paip. 5. Masukkan air sehingga bawah aras batang paip dan uji sistem aeroponik tersebut. 6. Masukkan larutan stok baja A dan baja B mengikut sukatan serta tentukan kepekatan larutan menggunakan EC meter. 7. Masukkan bebenang dalam bakul kecil dan basahkan bebenang tersebut. 8. Semai biji benih. 107

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Reka Bentuk Sistem Fertigasi Reka bentuk asas sistem fertigasi terdiri daripada komponen berikut iaitu tangki nutrien, paip PVC, pam air, set pemasa, set penitis dan polibeg seperti dalam Jadual 2.18. Manakala, Rajah 2.21 menunjukkan reka bentuk asas sistem fertigasi. Reka bentuk ini boleh disesuaikan dengan keperluan, keluasan tempat dan kemudahan yang ada. Rajah 2.22 menunjukkan contoh reka bentuk baharu sistem fertigasi. Jadual 2.18 Komponen asas sistem fertigasi dan fungsi Komponen Fungsi Tangki Nutrien Menempatkan larutan nutrien. Paip PVC Berfungsi mengalirkan larutan nutrien ke set penitis. Pam Air Mengepam larutan nutrien daripada tangki ke tanaman. Set Pemasa Mengawal kekerapan semburan kabus ke akar tanaman. Set Penitis Menitiskan larutan nutrien ke pangkal tanaman. Polibeg Menempatkan tanaman. Set pemasa Tangki nutrien Paip poli Set penitis Injap kawalan Polibeg Pam air Rajah 2.21 Reka bentuk asas fertigasi Set Penitis Paip poli Pasu Tangki nutrien Rajah 2.22 Contoh reka bentuk baharu sistem fertigasi 108

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Contoh Cara Pemasangan Sistem Fertigasi Asas 1. Tebuk lubang pada tangki. 2. Buat penyambungan daripada pam di dalam tangki ke penyambungan luar. Gunakan penyambungan L. 3. Pasang penyambung L pada sambungan 4. Sambung paip utama (paip poli) ke di luar tangki. penyambungan yang telah dibuat tadi. 5. Pasang satu lagi penyambung L di 6. Sambungkan injap kawalan pada paip bahagian hujung paip utama. utama. Lakukan penyambungan paip sekunder pada bahagian selepas injap kawalan. 109

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 7. Buat lubang pada paip sekunder 8. Masukkan set penitis ke dalam menggunakan penebuk. Masukkan tiub polibeg yang diisi dengan cocopeat. mikro yang telah disambungkan kepada pen penitis. 9. Lengkapkan semua penyambungan set 10. Isi air ke dalam tangki, masukkan stok penitis. baja A ke dalamnya dan kacau. 11. Masukkan pula stok baja B dan kacau 12. Pindahkan anak benih pokok ke dalam rata. polibeg. Pastikan pen penitis dibenamkan berhampiran pangkal anak benih itu. 110

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.1.9 Projek Penanaman Sebelum melaksanakan projek penanaman hidroponik, fertigasi dan aeroponik, anda perlu menyediakan satu kertas cadangan tentang pelaksanaan projek dari awal sehingga tanaman dituai dan dijual. Kertas cadangan yang disediakan adalah secara berasingan mengikut projek penanaman yang dijalankan. Contoh Kertas Cadangan Berikut adalah contoh kertas cadangan untuk tanaman fertigasi: Nama Projek : Tanaman Secara Fertigasi. Objektif : i) Mencapai hasil pendapatan sebulan RM600.00 dan ke atas. ii) Mengaplikasi pengetahuan dalam penanaman fertigasi. Keterangan Mengenai Projek 1. Nama Tanaman: Cili Merah F1. 2. Lokasi Projek: Kampung Serting, Selangor. 3. Saiz Kawasan: 100 kaki x 100 kaki. 4. Jumlah Beg: 450 polibeg. 5. Kadar Pengeluaran: 3 kg/pokok. 6. Harga Pasaran: RM11.00/kg. Cadangan Tarikh Pelaksanaan: Jun. Kos Projek: 1. Kos Permulaan (kos tetap): RM 5,000.00 2. Kos Operasi (satu pusingan): RM 600.00 Perihal Projek: Pengenalan: Projek yang hendak dijalankan ialah tanaman cili menggunakan kaedah fertigasi secara pusingan tanaman. Tenaga Kerja: 3 orang. Jangkaan Pemasaran: Mulai bulan Ogos. Anggaran Hasil Dikeluarkan Semusim:1 200kg. Saluran Pemasaran: Jualan borong, Jualan runcit. Tugasan: Sediakan kertas cadangan projek untuk penanaman hidroponik, fertigasi dan aeroponik. Pilih reka bentuk sistem yang bersesuaian untuk projek penanaman. 111

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Contoh Format Laporan Projek Setelah selesai pelaksanaan projek penanaman, anda perlu menyediakan satu laporan berkaitan projek tersebut. Tujuan penyediaan laporan adalah untuk mengetahui status dan pencapaian projek serta kekuatan dan kelemahan sekiranya berlaku untuk tujuan penambahbaikan. Berikut ialah format yang boleh digunakan untuk tujuan membuat laporan projek penanaman anda. Tajuk (Nama Projek): Nama Penyedia Laporan: Pengenalan: Persediaan Awal: Pemasangan Sistem: Penyemaian Biji Benih: Pemindahan Anak Benih (Transplant): Penjagaan: i. Sokongan ii. Pemangkasan iii. Pembajaan iv. Kawalan Perosak dan Penyakit Penuaian: Penyata Kewangan: Hasil Jualan: Kelebihan dan Kekurangan Sistem: Refleksi: Rujukan: Lampiran: Tugasan: Kumpulkan semua dokumen berkaitan penyediaan laporan projek. Sediakan laporan projek penanaman mengikut format. Bentangkan hasil laporan. 112

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 PROJEK TANAMAN Jenis Tanaman Makanan Mekanisasi Pertanian • Tanaman bijirin: Padi dan jagung. • Faedah mekanisasi: menjimatkan masa, • Sayur-sayuran: Jenis daun, buah, tenaga, lebih berkesan dan menepati masa. kekacang dan umbisi. • Komoditi makanan: Kelapa Sawit, • Faktor pemilihan: kesesuaian kerja, kemudahan alat ganti, harga, mudah Koko dan Lada Hitam. disenggara, jenis kuasa dan mudah dikendali. Penanaman • Jenis pembajakan: primer dan sekunder • Sistem penanaman: segi tiga, segi empat • Kaedah pembajakan: sehala, casting, sama dan siku keluang. terkumpul dan pusingan. • Pengiraan kepadatan tanaman. Kepentingan Nutrien Penanaman Menggunakan Tanah dan Tanpa Tanah • Jenis-jenis nutrien: makro dan mikro. • Peranan nutrien utama iaitu NPK • Banding beza tanaman atas tanah dan tanaman tanpa tanah dari segi kepada pokok. pemberian baja, kutipan hasil, kos, hasil • Kesan kekurangan dan berlebihan unsur. tuai, penyediaan dan peralatan. nutrien. • Kelebihan dan kekurangan penanaman atas tanah dari segi kos, kualiti, Pembajaan kendalian, pertumbuhan pokok serangan penyakit, masalah rumpai dan tempoh • Jenis-jenis baja: baja organik iaitu tinja penanaman. haiwan, sisa kilang, sisa ladang. Baja kimia iaitu baja tunggal, baja sebatian, • Penanaman tanpa tanah: Hidroponik baja campuran dan baja lengkap. NFT, aeroponik dan fertigasi. • Kaedah pembajaan atas tanah: kaedah Reka Bentuk Sistem Penanaman titisan, taburan, alur, semburan dan poket. • Komponen dan fungsi untuk sistem hidroponik NFT, aeroponik dan Pembajaan Tanaman Tanpa Tanah fertigasi. • Kaedah pembajaan: teknik hidroponik • Reka bentuk asas sistem hidroponik NFT, semburan kabus (aeroponik) dan NFT, aeroponik dan fertigasi. titisan (fertigasi). • Penyediaan larutan baja: pH larutan baja, EC meter. Projek Penanaman • Membuat kertas cadangan projek penanaman. • Membuat laporan projek penanaman. 113

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Jawab Semua Soalan 1. Nyatakan tiga kepentingan tanaman makanan kepada negara. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... Jadual 1 2012 2013 2014 Jenis Tanaman Luas bertanam Pengeluaran Luas bertanam Pengeluaran Luas bertanam Pengeluaran Padi (Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik) 510 606 2 230 937 498 805 2 233 835 516 444 2 268 306 2. Jadual 1 menunjukkan keluasan bertanam dan pengeluaran bagi tanaman padi di Malaysia antara tahun 2012 hingga 2014. Rumuskan tentang hasil pengeluaran mengikut luas kawasan penanaman pada tahun-tahun tersebut. Nyatakan sebab berlakunya pertambahan dan pengurangan hasil pengeluaran. 3. Nyatakan nama biasa bagi tanaman berikut: Bil. Nama saintifik Nama biasa i Cucumis sativus ................................................................ ii Capsicum annum ............................................................... iii Solanum lycopersicum ............................................................... iv Ipomoea reptans ............................................................... 4. Nyatakan tiga kegunaan lain kelapa sawit selain daripada minyak. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)...................................................................................................................................... 5. Baka kelapa sawit tenera lebih banyak ditanam di ladang-ladang di negara ini. Jelaskan kenapa baka ini menjadi pilihan? .......................................................................................................................................... 6. Terangkan bagaimana penggunaan mekanisasi dapat menjimatkan tenaga buruh ketika melakukan kerja menyemai padi di sawah. .......................................................................................................................................... 114

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 7. Nyatakan dua faktor yang menentukan jarak tanaman jagung hibrid. i)...................................................................................................................................... ii)..................................................................................................................................... 8. Kesan kekurangan unsur nitrogen dalam tumbuhan dapat dilihat melalui daunnya yang pucat dan kuning. Nyatakan pula dua kesan sekiranya unsur nitrogen dibekalkan berlebihan. i)...................................................................................................................................... ii)..................................................................................................................................... 9. Penanaman tanpa tanah dapat mengatasi masalah penduduk yang tinggal di rumah flat atau kondominium. Nyatakan tiga kelebihan penanaman tanpa tanah. i)...................................................................................................................................... ii)..................................................................................................................................... iii).................................................................................................................................... 10. Sistem penanaman segi tiga sama dikatakan lebih baik berbanding dengan segi empat. Jelaskan dari segi populasi tanaman dan penggunaan tanah. ....................................................................................................................................... Jadual 2 Tempoh Matang Jarak Tanaman (hari) (cm) A 100 75 x 40 B 70 50 x 20 11. Jadual 2 menunjukkan jarak tanaman antara jagung hibrid A dan B. Jelaskan perbezaan yang ditunjukkan dan nyatakan kenapa? ....................................................................................................................................... 12. Teknik pembajaan tanpa tanah berbeza dengan teknik pembajaan penanaman menggunakan tanah. a) Nyatakan perbezaan tersebut. ....................................................................................................................................... b) Jelaskan tentang penyediaan larutan baja tanaman tanpa tanah dari segi kepekatan larutan. ....................................................................................................................................... 13. Kaedah penanaman tanpa tanah dapat menjimatkan kos baja. Nyatakan tiga kaedah pembajaan tanpa tanah tersebut. i)..................................................................................................................................... ii).................................................................................................................................... iii)................................................................................................................................... 115

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 UUNnIiTt 24..22 PPEeNnGgaAwWaAlLaAnNPePrEoRsOaSkATKanTaAmNAanMAN Perosak merupakan halangan utama kepada pembangunan dan kemajuan pertanian. Kebiasaannya pada peringkat awal penanaman, masalah perosak adalah terkawal. Walau bagaimanapun, penanaman berterusan akan meningkatkan bilangan perosak dan menyebabkan pengusaha ladang tidak dapat menangani kerosakan yang berlaku. Oleh itu, isu perosak perlu diberi perhatian dengan cara pengawalan yang betul dan berkesan. Perosak ialah organisma yang memberi kesan negatif kepada tanaman seperti mengurangkan hasil tanaman sehingga menyebabkan kerugian. Contoh perosak tanaman ialah belalang, kumbang, ulat daun, lintah bulan, siput babi, koya, burung, hamama, mamalia seperti gajah, monyet, babi hutan, tikus dan tupai. Patogen ialah agen mikrob yang menyebabkan penyakit pada tanaman seperti virus, bakteria dan kulat. Kesan Serangan Perosak dan Patogen Antara kesan serangan perosak dan patogen adalah seperti berikut. • Mengganggu sistem pertumbuhan tanaman seperti pembahagian sel dan perkembangannya. • Tanaman terbantut dan rosak yang akan menurunkan kualiti dan nilai tanaman tersebut. • Peningkatan kos pertanian contohnya untuk membeli racun perosak. Manakala, kerugian perlu ditanggung sekiranya tanaman perlu dimusnahkan akibat serangan perosak yang telah merebak dan tidak dapat dikawal. • Berlaku kekurangan bekalan bahan makanan yang boleh menjejaskan ekonomi. 116

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.2.1 Perundangan Alam Sekitar Dalam Pengawalan Perosak Tanaman Pelbagai jenis racun serangga perosak (insektisid) atau racun makhluk perosak (pestisid) digunakan oleh pengusaha ladang dalam mengawal kerosakan tanaman akibat serangan. Kesan daripada penggunaan racun makhluk perosak ini akan membawa kepada pencemaran dan kemudaratan sekiranya digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Penggunaan racun makhluk perosak di negara ini dikawal selia oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Fungsi utamanya adalah untuk melaksana dan menguatkuasakan beberapa perundangan alam sekitar berkaitan pengawalan makhluk perosak. Racun makhluk perosak diklasifikasikan kepada lima tahap berdasarkan tahap kemudaratannya kepada pengguna. Jadual 2.19 menunjukkan klasifikasi racun makhluk perosak. Jadual 2.19 Klasifikasi racun makhluk perosak Kelas Warna Tahap IA Hitam Tersangat beracun (disertai lambang tengkorak dan tulang bersilang). IB Merah Sangat beracun (disertai lambang tengkorak dan tulang bersilang). II Kuning Beracun. III Biru Berbahaya. IV Putih Kurang bahaya. Gambar foto 2.25 Label racun Kelas IV Gambar foto 2.26 Label racun Kelas IA Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149) Racun makhluk perosak di Malaysia ialah bahan kawalan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149) pindaan 2004 yang merupakan garis panduan kaedah-kaedah pengendalian racun makhluk perosak. Akta ini bertujuan mengawal atur penggunaan racun makhluk perosak melalui perlesenan selain memastikan pengendaliannya secara berkesan dan selamat. Dengan penguatkuasaan ini individu atau syarikat yang ingin menjalankan pengawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain sebagai upahan hendaklah mempunyai lesen yang diselia dan dikeluarkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia. Terdapat tiga jenis perlesenan yang diberikan iaitu: • Lesen pengendali kawalan perosak untuk individu, syarikat atau perniagaan yang menjalankan pengendalian kawalan perosak ke atas harta orang lain dengan mengambil upah. • Lesen pemakai racun makhluk perosak untuk individu yang menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak atau menyelia. • Lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak untuk seseorang yang menjalankan tugas kawalan perosak yang utama di bawah penyeliaan. 117

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Melalui akta ini juga penguatkuasaan terhadap perkara-perkara berikut dilakukan iaitu: • Pengeluaran permit import bagi racun perosak untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan. • Pengeluaran lesen premis untuk menjual racun perosak dan penyimpanan racun perosak untuk jualan. • Pendaftaran racun perosak yang diimport dan dikilangkan untuk jualan. • Kelulusan penyemburan racun perosak melalui udara. • Kelulusan pengiklanan racun perosak. Memahami segala maklumat racun akan dapat mengelakkan terkena kesan sampingan yang memudaratkan apabila menggunakannya. Berikut adalah cara racun memasuki badan berserta langkah berjaga-jaga. Menerusi kulit Elakkan racun dari terpercik pada permukaan kulit kita. Menerusi mulut Elakkan menyimpan racun di dalam bekas makanan atau bersama dengan tempat menyimpan makanan. Jangan memegang makanan selepas menggunakan racun. Menerusi hidung Pastikan pengaliran udara adalah baik di tempat racun digunakan, patuh arahan pada label untuk memakai penutup hidung. Menerusi mata Racun yang memasuki mata boleh menyebabkan buta atau kematian. Pastikan anda melindungi mata anda dari racun. Jangan menggosok mata dengan tangan anda selepas menggunakan racun. Dengan adanya berbagai akta bagi mengawal Racun Makhluk Perosak tersebut, dapat dilihat bagaimana kerajaan memandang serius terhadap penggunaan racun makhluk perosak ini. Kawalan amat perlu bagi memelihara keselamatan pengguna, manusia atau haiwan sekeliling dan juga alam sekitar. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Kuarantin tumbuhan bermaksud satu sekatan pergerakan menurut undang-undang ke atas komoditi dengan tujuan untuk menghalang kemasukan makhluk perosak tumbuhan di kawasan yang diketahui tidak wujudnya makhluk perosak tersebut. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 bertujuan mencegah kemasukan dan kemerebakan perosak tumbuhan, mengawal, menyekat dan menghapuskan makhluk-makhluk perosak tumbuhan yang telah berjaya masuk dan menyerang tanam-tanaman. Selain daripada itu, ia memudahkan pengeksportan hasil-hasil pertanian negara dengan memastikan bahawa bahan-bahan tanaman yang dieksport memenuhi peraturan-peraturan kuarantin negara pengimport. Beberapa kaedah penguatkuasaan dilakukan seperti: • Pengeluaran permit import bagi tumbuh-tumbuhan, produk tumbuhan dan organisasi. • Pengeluaran Sijil Fitosanitasi (SF) dari negara pengeksport. • Pemeriksaan konsainan (kiriman dagangan) bahan pertanian di pintu-pintu masuk negara. • Menyatakan kaedah rawatan. • Pemeriksaan di Stesen Kuarantin Selepas Masuk (KSM) dikenakan pada pengimportan. 118

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Bahan pertanian yang dikenakan Kuarantin Selepas Masuk adalah dikategorikan seperti berikut: • Kuarantin Risiko Tinggi (mesti dikuarantin di Stesen KSM, Serdang). • Kuarantin Risiko Rendah (boleh di kuarantin di Stesen KSM, Serdang atau rumah saringan milik pengimport). Protokol kuarantin bahan atau tanaman import bermula dengan: • Pemeriksaan kuarantin di makmal pintu masuk untuk pemeriksaan Sijil Permit Import (PI) dan Sijil Fitosanitasi (SF). • Jika ada PI tetapi tiada SF, semua bahan berkenaan akan dimusnahkan. • Jika ada kedua-dua PI dan SF, sampel tanaman akan diambil untuk ujian makmal di mana pemeriksaan perosak dan penyakit serta analisis risiko dibuat. Jika sampel didapati bersih daripada perosak dan penyakit, bahan atau tanaman berkenaan dibenarkan masuk dengan diberikan Sijil Pelepasan (SP). Jika masih ada perosak dan penyakit, rawatan kawalan akan dibuat dan jika masih gagal semua bahan berkenaan akan dimusnahkan. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (1985) Pindaan Akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memulihara alam sekitar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Akta ini berkuatkuasa pada 15 April 1975 dan sejak itu ia telah mengalami empat kali pindaan, iaitu pada tahun-tahun 1995, 1996, 1998 dan 2001. Ketika dibentangkan pada 15 Februari 1975, rang undang-undang ini dinamakan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekitar. Akta ini berkaitan dengan keperluan melindungi alam sekitar dan keseimbangan ekosistem dalam melaksanakan proses pembangunan negara. Alam sekeliling ialah faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi, binatang-binatang dan tumbuh- tumbuhan. Oleh yang demikian, akta ini mencakupi lima jenis pencemaran iaitu: Pencemaran tanah Apabila berlakunya hakisan atau runtuhan tanah yang mengakibatkan pencemaran air sungai, ketidaksuburan tanah dan berlakunya banjir. Pencemaran air Sisa buangan industri atau pertanian menyebabkan ketiadaan air bersih, menjejaskan hidupan air dan mengganggu aktiviti rekreasi. Pencemaran bunyi Terhasil dari kesesakan lalu lintas, bunyi kapal terbang dan kerja-kerja pembinaan. Pencemaran bunyi boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Pencemaran laut Pembuangan sisa pengeluaran atau tumpahan minyak memusnahkan kehidupan ikan dan makanan laut. Keadaan ini akan menyebabkan aktiviti pelancongan dan rekreasi terjejas. Pencemaran udara Akibat daripada asap kenderaan, aktiviti pembakaran terbuka, kebakaran hutan, letupan gunung berapi atau ribut pasir yang menyebabkan gangguan pernafasan, menjejaskan kadar penglihatan seterusnya gangguan kepada aktiviti pengangkutan dan rekreasi. 119

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.2.2 Pengurusan Pengawalan Perosak Tanaman Aktiviti penggunaan racun makhluk perosak dalam pengeluaran hasil, pengendalian pascatuai buah-buahan dan sayur-sayuran memberi banyak kesan sampingan kepada manusia dan alam sekitar. Kesan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kesan bahaya (hazard) kepada manusia dan alam sekitar dapat dielakkan dan dikawal dengan beberapa langkah seperti berikut: i. Pengusaha ladang hanya menggunakan racun makhluk perosak yang berdaftar di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (pindaan 2004). ii. Penggunaan racun makhluk perosak mesti mengikut arahan pada label. iii. Pemilihan racun makhluk perosak mesti digilirkan berdasarkan cara racun bertindak (mode of action) untuk mengelakkan kerintangan perosak. iv. Penyimpanan racun makhluk perosak mengikut garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak. v. Pengusaha ladang perlu mengutamakan keselamatan pekerja dengan menyediakan dan memastikan penggunaan Pakaian Pelindung Diri (PPD) atau Personal Protective Equipment (PPE) seperti Gambar foto 2.27. vi. Pekerja ladang perlu diberi latihan mengenai penggunaan racun makhluk perosak. vii. Pengusaha ladang perlu melupuskan baki bancuhan racun makhluk perosak, racun makhluk perosak lapuk, air bilasan peralatan dan bekas racun makhluk perosak yang kosong mengikut peraturan dan undang-undang semasa yang berkenaan. viii. Peralatan semburan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan keadaan tanaman, dikalibrasi dan perlu diselenggara. Gambar foto 2.27 Antara contoh Pakaian Pelindung Diri (PPD) 120

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Garis panduan alam sekitar berkaitan pengawalan perosak tanaman adalah seperti Amalan Pertanian Baik atau Good Agriculture Practice (GAP), Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Pengiktirafan juga diberikan seperti Sijil Organik Malaysia (SOM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). Amalan Pertanian Baik (GAP) Amalan Pertanian Baik (GAP) merupakan satu cara Laman ICT pengurusan ladang pertanian yang dilaksanakan Maklumat GAP mengikut standard dan undang-undang bagi mengawal dan mengurangkan risiko dan impak terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan ini dapat meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan makanan dan pemuliharaan alam sekitar. Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Satu skim pensijilan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan GAP. MyGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Gambar foto 2.28 menunjukkan logo MyGAP Malaysia, manakala Gambar foto 2.29 menunjukkan hasil pertanian yang menggunakan label MyGAP. Laman ICT Gambar foto 2.28 Logo MyGAP Malaysia Maklumat MyGAP Gambar foto 2.29 Antara produk yang mendapat sijil pengiktirafan MyGAP Malaysia 121

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) adalah satu skim pensijilan yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi mengeluarkan hasil tanaman yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Pengusaha-pengusaha ladang yang ingin memohon untuk pensijilan SALM ini perlulah mematuhi garis panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemeriksaan ke atas ladang akan dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian selepas ladang tersebut diberi nombor pendaftaran. Ladang yang telah mencapai peringkat ini akan dianugerahkan sijil dan layak menggunakan logo SALM. Ladang yang telah diberi pensijilan SALM boleh menggunakan logo SALM untuk produk mereka. Pensijilan adalah sah untuk tempoh dua tahun dan pembaharuan pensijilan akan dikeluarkan jika ladang dapat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Laman ICT Maklumat SALM Skim Organik Malaysia (SOM) Ini merupakan suatu program pensijilan yang telah dibangun dan diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2002. Tujuannya adalah untuk menarik minat penyertaan usahawan tani. Pengiktirafan diberikan kepada ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard SOM dengan berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529: 2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods. Perladangan organik ini merupakan suatu sistem perladangan yang tidak melibatkan penggunaan bahan berunsurkan kimia seperti racun perosak dan baja kimia semasa proses pengeluaran di samping memelihara alam sekitar bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat dimakan. Pada tahun 2003, usahawan tani yang telah dianugerahkan sijil SOM telah menggunakan logo Skim Organik Malaysia pada produk ladang atau mempamerkan logo berkenaan di perkebunan organik mereka. Pada tahun 2015, Jabatan Pertanian Malaysia telah membuat penjenamaan semula dan logo untuk pensijilan daripada SOM kepada MyOrganic. Sayuran organik yang dihasilkan berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang agak mahal berbanding dengan sayur-sayuran yang dihasilkan secara konvensional. Laman ICT Maklumat SOM Gambar foto 2.30 Logo MyOrganic Malaysia 122

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.2.3 Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman Pada asasnya terdapat tujuh kaedah kawalan perosak, iaitu kawalan kultur, fizikal, biologi, kimia, organik, perundangan dan pengurusan perosak bersepadu seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.23. Pengurusan Kawalan Kawalan Perosak Kultur Fizikal Bersepadu Kaedah Kawalan Kawalan Biologi Perundangan Perosak Kawalan Kawalan Racun Kimia Organik Rajah 2.23 Kaedah kawalan perosak Kawalan Kultur Kawalan kultur adalah kawalan perosak yang akan mengganggu perkembangan atau kitaran hidup perosak. Gangguan ini termasuklah menyekat perosak daripada sumber makanannya dan mendedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai. Antara amalan kawalan kultur adalah: Memugar Tanah Semasa penyediaan penanaman, perosak akan termusnah apabila terkena alat pemugar atau mati apabila terdedah kepada cahaya matahari terik atau dimakan oleh burung. Pemugaran tanah akan memusnahkan sarang-sarang atau perumahan perosak seperti tikus dan sebagainya. Gambar foto 2.31 menunjukkan mesin memugar tanah. Penggiliran Tanaman Tanaman berlainan ditanam bergilir-gilir pada tapak Gambar foto 2.31 Memugar tanah yang sama. Sesuai untuk perosak yang menyerang tanaman perumah spesifik. Perosak akan mati kerana sukar mendapat makanan dan tidak dapat melengkapkan kitaran hidupnya apabila punca makanan terputus. 123

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tanaman Perangkap Cara ini dilakukan dengan menanam tumbuhan yang Gambar foto 2.32 Bunga Marigold sebagai rentan dan menarik perosak. Tanaman perangkap tanaman perangkap mempunyai nilai ekonomi yang rendah daripada tanaman utama. Bau yang dikeluarkan oleh tanaman perangkap bertindak sebagai mesej kimia untuk menarik perosak seperti cacing nematod untuk menjangkitinya. Contoh tanaman perangkap adalah bunga marigold (Tagetes patula). Gambar foto 2.32 menunjukkan bunga Marigold sebagai tanaman perangkap. Tanaman Campuran Penanaman campuran dilakukan dengan cara Gambar foto 2.33 Tanaman campuran menanam dua atau lebih jenis tanaman pada kawasan dan masa yang sama. Contohnya, menanam tanaman serai wangi, bawang, kemangi dan bunga tahi ayam yang akan menjauhkan perosak (repellent) daripada tanaman resistan. Gambar foto 2.33 menunjukkan tanaman campuran. Penggunaan Varieti Resistan Menanam varieti tanaman yang tahan daripada serangan perosak atau penyakit. Tanaman resistan tidak akan mati dan masih mengeluarkan hasil. Contohnya, terdapat beberapa jenis hibrid padi yang resistan terhadap penyakit hawar disebabkan oleh patogen Magnaporthe oryzae. Menjaga Kebersihan Ladang Kebersihan ladang adalah kaedah penting dalam mengurangkan serangga perosak dan patogen penyakit di kawasan penanaman. Ini dilakukan dengan penghapusan dan pemusnahan tumbuh- tumbuhan berpenyakit, rumpai dan juga bahagian tumbuhan yang mungkin menjadi punca kepada penyakit dan perosak. Cara ini dapat menghalang penyebaran penyakit dan jangkitan kepada tanaman. Lazimnya, kaedah pembersihan ini dilakukan secara manual (Gambar foto 2.34). Gambar foto 2.34 Ladang yang bersih 124

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kawalan Fizikal Gambar foto 2.35 Cahaya sebagai perangkap serangga perosak Kawalan fizikal adalah dengan cara menggunakan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak. Kaedah kawalan ini tidak menimbulkan kesan sampingan dan mudah dilaksanakan. Namun ada antaranya yang memerlukan modal permulaan yang tinggi dan keberkesanannya hanya sementara. Antara contoh kawalan fizikal ialah dengan menggunakan perangkap cahaya untuk memerangkap serangga perosak. Lampu dengan cahaya yang terang diletakkan di kawasan tanaman dan pada malam hari cahaya terang lampu akan menarik mangsa kepada perangkap seperti yang ditunjukkan oleh Gambar foto 2.35. Manakala, Gambar foto 2.36 menunjukkan plastik pelekat berwarna kuning digunakan untuk menarik perhatian perosak yang diletakkan di bawah teduhan untuk memerangkap serangga seperti afid, benah dan berimbing (thrips). Gambar foto 2.36 Plastik berpelekat yang terang akan menarik perosak kepadanya Membalut hasil tanaman terutamanya tanaman jenis buah dengan plastik atau surat khabar dapat mengelakkan serangan perosak seperti lalat buah. Gambar foto 2.37 dan Gambar foto 2.38 menunjukkan buah dan sayur jenis buah yang dibalut dengan plastik dan surat khabar. Gambar foto 2.37 Jambu batu dibalut dengan Gambar foto 2.38 Petola dibalut dengan kertas plastik surat khabar 125

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kawalan Biologi Kawalan biologi adalah dengan memperkenalkan musuh semula jadi atau agen biologi seperti parasitoid, pemangsa dan patogen ke kawasan tanaman untuk mengurangkan populasi perosak. Kawalan biologi ialah komponen utama pengurusan perosak dalam sistem pertanian organik. Penggunaan Pemangsa Pemangsa ialah haiwan yang memburu, menangkap dan memakan mangsanya. Contoh pemangsa ialah kumbang kura- kura (Menochilus sexmaculatus) yang memakan afid, lelabah Lycosa pseudoannulata yang memakan lelompat benah perang perosak padi dan burung jelapang Tito alba yang memakan tikus perosak padi, koko dan kelapa sawit (Gambar foto 2.39). Gambar foto 2.39 Lelabah Penggunaan Parasitoid Lycosa pseudoannulata Parasitoid ialah serangga yang bersifat spesifik memparasit serangga lain dengan hidup di dalam badan serangga perosak (perumah) yang mana akhirnya mati dimakan dari dalam. Contohnya, penyengat Apanteles sp. menyerang ulat beluncas Parasa lepida perosak kelapa sawit, penyengat Cortesia plutellae menyerang kepompong rama-rama intan Plutella xylostella perosak sawi dan kubis (Gambar foto 2.40). Penggunaan Patogen Gambar foto 2.40 Parasit Cortesia plutellae menyerang Patogen ialah hidupan seni atau mikrob seperti kulat, bakteria kepompong Plutella xylostella. dan virus yang menyebabkan penyakit ke atas serangga dan akhirnya akan mati. Terdapat juga yang bersifat antagonis iaitu merencatkan perkembangan mikrob penyebab penyakit tanaman. Contoh yang terkenal ialah: • Kulat Metarrhizium anisopliae yang membunuh ulat kumbang badak perosak kelapa sawit, kulat Beauveria bassiana yang membunuh benah perosak padi dan ulat rama-rama intan dan kulat Iseria paecilomyces yang membunuh ulat beluncas dan ulat bungkus perosak kelapa sawit. • Bakteria Bacillus thuringiensis yang menyebabkan penyakit ke atas banyak spesies ulat seperti ulat rama- Gambar foto 2.41 Benah perang rama intan perosak sawi dan kubis. sebelum diserang kulat. • Virus nukleopolihedra (NPV) seperti Oryctes rhinoceros nudivirus (OrNV) yang khusus menyebabkan kematian ulat kumbang badak perosak kelapa sawit. • Kulat Colletotrichum gloeosporioides f.sp. clidemiae yang khusus memusnahkan rumpai senduduk bulu Clidemia hirta. • Kulat antagonis Trichoderma harzianum yang khusus merencatkan perkembangan kulat Ganoderma Gambar foto 2.42 Benah perang boninense yang menyebabkan pereputan pangkal diserang kulat Beauveria bassiana batang pokok kelapa sawit. 126

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kawalan Kimia Pendekatan ini merangkumi penggunaan racun makhluk perosak berunsurkan kimia, antaranya racun serangga, racun kulat, racun herba, racun tikus, racun hamama dan racun siput. Antara kelebihan kawalan kimia ialah bertindak cepat maka kesannya dilihat segera, manakala kelemahannya ialah kimia berspektrum luas, juga membunuh serangga bukan sasaran seperti pemangsa dan parasitoid. Serangga perosak juga akan menjadi resistan apabila menggunakan kimia yang sama secara berterusan. Racun perosak dapat dikelaskan mengikut cara tindakannya ke atas perosak. Jadual 2.20 menunjukkan pengkelasan jenis racun perosak . Jadual 2.20 Pengkelasan jenis racun perosak mengikut cara tindakan Jenis Racun Keterangan Bahan Aktif Racun Perut • Racun ini dalam bentuk cecair, • Racun serangga: Malathion Racun Sentuh serbuk, bintil atau umpan. • Racun tikus: Zink fosfida dan Membunuh apabila dimakan oleh warfarin. perosak. • Racun dijadikan umpan atau disembur. • Membunuh apabila terkena perosak, • Racun serangga seperti karbaril, memasuki sistem peredaran darah, heptaclor dan BHC. sistem pernafasan perosak atau • Racun kulat yang mengandungi mengganggu sistem saraf. kuprum dan raksa. • Digunakan dalam bentuk semburan • Racun rumpai contohnya parakuat. kabus. Racun Sistemik • Meresap melalui sistem vaskular • Racun kulat contohnya benomil. tumbuhan ke arah daun dan bahagian • Racun serangga seperti dimetoat lain tumbuhan. dan furadan. • Ini menyebabkan tanaman menjadi beracun kepada perosak. Racun Pewasap • Racun dalam bentuk wasap. • Contoh: Metil bromida, kloropikrin, natrium fluorida dan vapam. (fumigan) • Racun masuk ke dalam sistem respirasi melalui pernafasan oleh perosak. Kawalan Organik Bahan kawalan perosak boleh didapati di pasaran atau boleh disediakan sendiri menggunakan ramuan daripada bahan-bahan di dapur seperti cili api, bawang putih dan sabun (detergan). Cili api digunakan bersama bawang putih kerana dapat membantu meningkatkan keberkesanan bahan aktif yang terdapat di dalam bawang putih. Manakala, sabun boleh dicampur bersama sekiranya racun organik ini perlu digunakan kepada serangga perosak yang badannya diselaputi lapisan lilin (wax) seperti koya dan teritip. Sabun berfungsi mencairkan lapisan lilin tersebut menyebabkan badan serangga terdedah kepada cecair racun yang disembur itu. Campuran cili adalah sesuai bagi menghalang serangga jenis mengunyah, manakala ekstrak bawang putih sangat sesuai untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan benah putih. 127

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kawalan Secara Undang-Undang Kaedah kawalan undang-undang berkesan untuk mengawal perosak atau penyakit tanaman yang dibawa ke dalam negara. Penyebaran perosak dan penyakit yang sedia ada boleh dikekang melalui pendekatan kuarantin. Namun keberkesanan kaedah ini bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang yang ditetapkan. Kuarantin Tanaman yang dibawa masuk dari negara luar akan diperiksa dan diuji terlebih dahulu dalam jangka masa tertentu untuk disahkan bersih sebelum dibenarkan masuk. Contohnya, dengan menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan Undang- undang bertulis yang berkaitan dengan pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin. Ini termasuklah keluaran pertanian dan makanan yang diimport ke dalam dan di eksport ke luar Malaysia agar mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan. Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 hendaklah dibaca bersama undang-undang bertulis yang berkaitan iaitu Akta Binatang 1953, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971, Akta Makanan 1983, Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 dan Akta Perikanan 1985. Penguatkuasaan Undang-Undang Berikut adalah langkah-langkah mengawal kemasukan perosak berbahaya dari Negara Berisiko Tinggi atau High Risk Country (HRC): • Penguatkuasaan dan pemeriksaan dokumen dan konsainan secara visual yang konsisten. • Konsainan boleh dilepaskan untuk pemeriksaan selepas 30 hari dari tarikh eksport dari negara asal. • Mengambil sampel untuk tujuan penyaringan perosak dan Kuarantin Selepas Masuk (KSM). Pensijilan Biji benih atau bahan tanaman yang ingin dibawa masuk perlu ada sijil perakuan yang mengesahkannya bebas daripada sebarang penyakit sebelum dibenarkan dibawa masuk. Antara sijil perakuan yang dikeluarkan adalah: • Sijil Perakuan Pematuhan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) – Import. • Sijil Perakuan Pematuhan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) – Eksport (dikeluarkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan). • Akta Racun Makhluk Perosak 1974 pula menetapkan peraturan bagi kedai-kedai yang menjual dan menyimpan racun makhluk perosak. Penghapusan Laman ICT Contohnya, serangan penyakit lenggai hitam Penyakit Lenggai (Buah) Hitam pada buah koko yang disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Semua buah koko Pada Buah Koko yang diserang akan dikutip dan dimusnahkan dengan cara menanam buah koko ke dalam tanah. 128

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) merupakan satu kaedah kawalan yang dijalankan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak bagi menyelamatkan alam sekitar daripada kesan racun dan memberi pendapatan tambahan kepada petani. Asas utama dalam PPB adalah dengan mengawal dan menguruskan perosak ke tahap yang rendah dan tidak menjejaskan hasil tanaman. Contohnya, penggunaan racun serangga yang sangat minimum di kombinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan fizikal dan penggunaan kaedah lain. Konsep PPB ialah: • PPB merangkumi kawalan perosak, kawalan rumpai dan amalan kultur serta agronomi keseluruhan bagi tanaman tertentu. • Mengambil kira faktor ekonomik, ekologi dan sosiologi. • Konsep aras ambang ekonomik diambil kira iaitu kawalan hanya dilaksanakan apabila populasi perosak mengancam dan mengurangkan hasil. • Memberi keutamaan kepada cara kawalan biologi. • Mengambil kira kitaran hidup perosak yang menyerang tanaman dari masa menanam hingga kutipan hasil. • Merendahkan populasi perosak, bukan menghapuskannya. • Racun perosak digunakan apabila perlu sebagai usaha terakhir sahaja. Laman ICT Laman ICT Amalan Pertanian Baik - Tanaman Padi Amalan Pertanian Baik - Tanaman Koko Info Tambahan Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu menggalakkan petani mengguna pakai prinsip ekologi dalam pengurusan ladang di samping mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem yang cekap dan berkesan. Musuh semula jadi memainkan peranan dalam mengawal populasi perosak. 129

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.2.4 Kesan Pengawalan Perosak Tanaman Kawalan serangga perosak tanaman perlu dilakukan di peringkat awal sebelum serangga menyerang tanaman. Oleh itu, petani menggunakan pelbagai kaedah bagi mengoptimumkan hasil pengeluaran. Terdapat kesan baik dan buruk setiap kaedah pengawalan yang digunakan. Kesan Kawalan Kultur • Jika diamalkan secara berterusan dapat mengurangkan kos pengeluaran, mengurangkan penyebaran penyakit serta serangan perosak akibat termusnahnya sarang atau tempat berlindung perosak-perosak tersebut. • Meningkatkan kesuburan tanaman dengan menggaulkan sisa tanaman dan larva ke dalam tanah. Pada masa yang sama ini akan memperbaiki struktur dan pengudaraan tanah setelah digemburkan. • Hasil tanaman tidak dicemari sisa bahan kimia. • Jika dilakukan dengan betul kejadian serangan perosak dapat dihalang daripada merebak kerana perkembangan perosak terencat dalam tanaman giliran. Persekitaran tanaman juga menjadi tidak sesuai setelah dimanipulasi oleh agen biologi. • Memerlukan banyak tenaga buruh kerana penggunaan jentera amat terhad. • Keberkesanan hanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang. Kesan Kawalan Biologi • Kesihatan manusia tidak tergugat kerana makanan selamat untuk dimakan dan kehidupan spesies lain terjamin. • Efektif dalam jangka masa panjang. • Nutrien dalam tanah bertambah akibat perkumuhan binatang. • Tumbesaran tumbuhan tidak tergugat. • Komuniti asal terjejas kerana pengenalan spesies baharu di kawasan mereka . Ini menimbulkan masalah persaingan antara spesies asal dan spesies baharu yang diperkenalkan. • Haiwan lain turut dimusnahkan. Ada antara haiwan yang diperkenalkan memakan spesies serangga yang berguna kepada tumbuhan. Contohnya, burung jelapang tidak hanya memakan tikus tetapi turut membunuh agen semulajadi yang lain. • Perlahan dan sukar diperhatikan keberkesanannya. Haiwan perlukan masa untuk mencerna bangkai perosak sebelum membunuh lebih banyak makhluk perosak. Haiwan yang diperkenalkan mungkin akan keluar dari kawasan lingkungan dan sukar dijejaki. • Bilangan perosak lain meningkat. Keadaan akan jadi lebih serius kerana kurang persaingan daripada perosak yang dikawal. Info Tambahan Pokok neem (semambu) ialah biopestisid paling awal digunakan sebagai agen kawalan perosak botani. Ia mempunyai kesan racun terhadap serangga, hamama, nematod dan kulat di samping kesan antimakan dan bahan pengawalan pertumbuhan serangga. Neem bertindak sebagai racun di dalam perut pada pelbagai serangga. Pada masa ini banyak produk berasaskan neem telah digunakan untuk kawalan pelbagai serangga perosak dan patogen tumbuhan. 130

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kesan Kawalan Kimia • Bertindak cepat dan kesan dapat dilihat segera. • Racun kimia berspektrum luas memberi kelebihan ekonomi kerana mampu mengawal banyak spesies secara sekali gus. Ini penting bagi penyakit tanaman bawaan vektor kerana kurang melibatkan tenaga pekerja. • Racun kimia mudah meruap dan hilang akibat dibawa agen alam seperti angin dan air. • Kebanyakan racun kimia mengandungi bahan benzena dan klorida yang mengakibatkan keasidan tanah. • Boleh menyebabkan keracunan makanan akibat sayur-sayuran tercemar bahan kimia. • Boleh mengakibatkan cirit-birit, muntah dan boleh membawa maut. • Semburan bahan kimia mengandungi bahan beracun terlarut yang boleh menyebabkan pencemaran air. • Kekerapan menggunakan racun kimia menyebabkan serangga perosak akan imun apabila menggunakan kimia yang sama secara berterusan. Untuk lebih berkesan, dos semburan akan ditambah dan ini memberi kesan kepada manusia. • Namun ia juga membunuh serangga bukan sasaran seperti pemangsa, parasitoid dan lebah. • Terdapat bahan kimia yang boleh menyebabkan kecacatan anggota badan dan juga mengakibatkan penyakit barah. Jika tidak disedari residu kimia membahayakan manusia kerana boleh terkumpul di dalam rantaian makanan dan menyumbang kepada fenomenon biological magnification. Kesan Kawalan Fizikal • Tidak akan merosakkan kualiti hasil lepas tuai dan ketika simpanan. • Kesannya adalah terus kepada perosak. • Tidak ada kesan sampingan. • Mudah dikendalikan. • Memerlukan modal yang tinggi bagi pembelian dan penyelenggaraan alat dan jentera. Kesan Kawalan Organik • Hasil tanaman segar dan selamat dimakan tanpa kesan sampingan. • Kawalan yang selamat dan kos efektif. • Tidak berlaku pencemaran alam sekitar. • Mengekalkan ekosistem alam, memelihara mikroorganisma tanah, memulihara tanah dan secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. • Menjejaskan keluasan untuk tanaman kerana telah digunakan untuk menanam tanaman penolak dan tanaman bersama, malah meningkatkan kos kerana perlu menjaga kesuburannya. • Keberkesanan membunuh perosak tidak terjamin berbanding kesan menggunakan kawalan kimia. 131

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.2.5 Kesan Aktiviti Pengawalan Perosak Tanaman Terhadap Alam Sekitar Alam sekitar merupakan anugerah yang amat bernilai kepada hidupan. Aktiviti manusia dalam kemajuan sains dan teknologi telah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan antaranya ialah aktiviti perladangan dan pertanian. Aktiviti perladangan dan pertanian Pencemaran melibatkan pelbagai cara pengawalan perosak Air tanaman. Penggunaan kawalan secara kimia terutamanya boleh mengakibatkan pencemaran Kesan alam sekitar. Tiga jenis pencemaran yang Pengawalan disebabkan oleh aktiviti pengawalan perosak Perosak Pada tanaman ialah pencemaran air, pencemaran Alam Sekitar tanah dan pencemaran udara (Rajah 2.24). Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang Pencemaran Pencemaran berlaku dari segi kandungan, fizikal dan warna Tanah Udara sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan Rajah 2.24 Kesan aktiviti pengawalan perosak apabila digunakan. Sisa racun yang larut terhadap alam sekitar dalam air mengalir ke sungai, tali air, kolam dan tasik. Keadaan ini mengganggu ekosistem. Pencemaran Tanah Pencemaran tanah terjadi apabila berlakunya pertukaran warna, hilang kesuburan dan berlakunya hakisan tanah. Ini disebabkan terdapat bahan buangan atau bahan toksik sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal di dalam tanah. Bahan toksik berpunca daripada bahan kimia berlebihan yang dilepaskan ke dalam tanah selepas aktiviti pertanian yang menyebabkan berlakunya pencemaran. Keadaan ini menyebabkan ketidaksuburan tanah, kerana tanah menjadi berasid dan menyukarkan nutrien diserap oleh pokok. Pencemaran Udara Semburan racun perosak secara besar-besaran di kawasan penanaman yang luas akan menyebabkan pencemaran udara. Keadaan ini juga akan mengganggu kesihatan manusia dan hidupan lain. Info Tambahan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) telah dilancarkan pada 4 Jun 2009. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara `hands-on’ iaitu menjadi `mata dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Daftar Keahlian Rakan Alam Sekitar melalui laman sesawang berikut: https://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php 132

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tajuk: Penyediaan Bahan Pengawalan Perosak Organik. Objektif: i. Menyediakan bahan pengawalan perosak. Bahan: ii. Melakukan pengawalan perosak tanaman menggunakan racun Alatan: organik. 1 liter air, 100 gram cili padi dan 200 gram bawang putih. Penapis, penimbang, botol penyembur 1.5 liter, mesin pengisar, sarung tangan dan botol kaca. Langkah Keselamatan: Ikut sukatan yang tepat dan basuh tangan dengan bersih selepas melakukan aktiviti. Langkah Kerja: 1. Sediakan bahan dan peralatan. Gunakan 2. Sukat cili padi dan bawang putih sarung tangan sebelum melakukan mengikut sukatan yang diperlukan. aktiviti seterusnya. 3. Masukkan ke semua bahan ke dalam 4. Tuangkan separuh daripada sukatan air mesin pengisar. ke dalam mesin pengisar. 133

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 5. Kisar bahan sehingga halus. Kemudian 6. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke tuangkan baki air ke dalam pengisar dan dalam botol kaca dan tutup rapat. kisar semula. 7. Letakkan botol kaca berisi bahan 8. Tapis campuran untuk mengasingkan dari campuran di tempat yang ada cahaya bahan kasar. matahari atau dalam keadaan suhu bilik. Biarkan semalaman. 9. Cairkan bahan dengan nisbah 1:200. 10. Semburkan bahan pada tanaman. Pastikan Masukkan cecair ke dalam botol semburan. arah tiupan angin sebelum melakukan semburan untuk tujuan keselamatan. 134 Lakukan semburan selang 4 hari atau 5 hari untuk mendapat kesan yang baik.

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 PENGAWALAN PEROSAK TANAMAN Perundangan Alam Sekitar • Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149). • Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167). • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (1985) Pindaan. Pengurusan Pengawalan Perosak Tanaman • Amalan Pertanian Baik (GAP) iaitu sistem pengurusan ladang yang baik. • Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) adalah skim pensijilan mengiktiraf ladang- ladang yang mengamalkan APB. • Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) adalah merupakan penjenamaan semula SALM iaitu skim pensijilan mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan APB. • Skim Organik Malaysia (SOM) merupakan program pensijilan kepada ladang-ladang yang diusahakan secara organik. Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman • Kawalan kultur iaitu amalan pengawalan perosak tanpa menggunakan bahan kimia. • Kawalan fizikal iaitu menggunakan alatan untuk mengawal perosak seperti cahaya, plastik warna berpelekat. • Kawalan biologi iaitu menggunakan pemangsa, parasitoid dan patogen. • Kawalan kimia iaitu menggunakan racun kimia yang dikelaskan kepada racun perut, sentuh, sistemik dan pewasap. • Kawalan racun organik iaitu menggunakan ramuan daripada bahan-bahan di dapur seperti cili, bawang putih, halia, sabun dan minyak. • Kawalan undang-undang dengan mengenakan kuarantin, penguatkuasaan undang-undang, pensijilan dan penghapusan. • Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) iaitu kaedah kawalan secara bersepadu. Kesan Pengawalan Perosak Tanaman • Kesan positif dan negatif kawalan kultur, biologi, kimia dan organik. Kesan Aktiviti Pengawalan Perosak Tanaman Terhadap Alam Sekitar • Pencemaran air di mana sisa racun larut dalam air yang mengalir ke sungai, tali air, kolam dan tasik. • Pencemaran tanah apabila bahan buangan (toksik) meresap ke dalam tanah. • Pencemaran udara sekiranya melakukan semburan secara besar-besaran tanpa kawalan. 135

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Jawab Semua Soalan 1. Nyatakan tiga jenis perlesenan yang diperlukan dalam pengendalian kawalan makhluk perosak. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... 2. Lembaga Racun Perosak Malaysia telah mengklasifikasikan racun makhluk perosak kepada lima. Lengkapkan jadual pengkelasan berikut dengan maklumat yang betul. Warna pada label Kelas Tahap Hitam IA Merah IB Kuning II Biru III Putih IV Kurang bahaya. 3. Nyatakan empat cara bagaimana racun perosak boleh memasuki badan manusia. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... iv)..................................................................................................................................... 4. Nyatakan tiga prosedur import hasil tanaman daripada luar negara. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... 5. Terangkan bagaimana Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dapat mengawal penyebaran perosak tanaman di negara ini. ......................................................................................................................................... 136

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 6. Nyatakan empat jenis pencemaran yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (1985) Pindaan. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... iv)..................................................................................................................................... 7. Apakah definisi Amalan Pertanian Baik (GAP ) dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Jelaskan. ......................................................................................................................................... • Perladangan organik • Memelihara alam sekitar • Produk berkualiti dan selamat dimakan 8. Berdasarkan pernyataan di atas: a. Nyatakan program tersebut. ..................................................................................................................................... b. Nyatakan faedahnya kepada pengguna. ..................................................................................................................................... 9. Nyatakan tiga kelemahan kawalan perosak menggunakan bahan kimia. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... 10. Nyatakan tiga cara mengenal pasti pencemaran air secara fizikal. i)...................................................................................................................................... ii)..................................................................................................................................... iii).................................................................................................................................... 11. Satu daripada kesan pengawalan perosak kepada alam sekitar adalah berlakunya pencemaran air. Jelaskan bagaimana perkara ini berlaku. ....................................................................................................................................... 137

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 12. Sistem perladangan ini tidak melibatkan penggunaan bahan kimia langsung. a) Nyatakan sistem perladangan tersebut. ................................................................................................................................... b) Nyatakan pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia kepada jenis perladangan itu. .................................................................................................................................... 13. Dalam Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP), kebajikan dan keselamatan pekerja di ladang diberi tumpuan. Jelaskan bagaimana ia dilakukan. i).................................................................................................................................... ii)................................................................................................................................... iii).................................................................................................................................. iv).................................................................................................................................. 14. Nyatakan satu keistimewaan yang diperolehi pengusaha ladang yang telah mendapat pengiktirafan Sijil Organik Malaysia (SOM). ...................................................................................................................................... 15. Namakan tiga contoh patogen yang menyebabkan penyakit tanaman. i).................................................................................................................................... ii)................................................................................................................................... iii).................................................................................................................................. 138

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 UNIT 2.3 PENUAIAN DAN PENYIMPANAN HASIL TANAMAN Penuaian adalah aktiviti memetik, mengutip dan memungut hasil tanaman yang telah mencapai tahap kematangan yang dikehendaki untuk tujuan kegunaan sendiri atau untuk dijual. Penuaian hasil yang tidak sempurna boleh menjejaskan kualiti, harga dan permintaan ke atas tanaman itu. Penuaian perlu dilakukan dengan teknik dan peralatan yang betul untuk mengurangkan kerosakan pada hasil tuaian seperti lebam, calar, pecah atau patah, layu, kecut dan lembik. Jadual 2.21 menunjukkan contoh cara menuai tanaman sayur-sayuran dan komoditi makanan. Jadual 2.21 Cara menuai tanaman sayur-sayuran dan tanaman komoditi makanan Cara Menuai Tanaman Memotong dengan pisau, sekateur Bendi, kundur, peria, petola, timun, atau sabit labu, koko dan kelapa sawit. Mencabut Sayur jenis daun (bayam, kangkung) Memetik sayuran jenis umbisi (lobak) dan kacang tanah. Menggali dengan cangkul atau Sayur kekacang, cili, terung, tomato, serampang lada hitam dan jagung. Sayuran jenis umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan ubi kayu. Penyimpanan hasil tanaman selepas tuai merupakan aktiviti penting dan perlu dipatuhi bagi mengekalkan tempoh kesegaran produk hasil tanaman. Pelbagai cara penyimpanan boleh digunakan dengan bantuan teknologi semasa. Kaedah penyimpanan jenis tanaman adalah berbeza- beza mengikut keperluan. Kaedah paling mudah adalah dengan menyimpan hasil di dalam bangsal teduhan pada suhu rendah dengan menggunakan bilik sejuk (Gambar foto 2.44). Gambar foto 2.43 Memetik buah timun Gambar foto 2.44 Penyimpanan hasil 139

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.3.1 Penuaian Hasil Aktiviti penuaian dilakukan apabila tanaman telah mencapai tahap kematangan yang dikehendaki. Aktiviti ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan pascatuai (Rajah 2.25). Sebelum Menuai Semasa Menuai Pascatuai Rajah 2.25 Aktiviti penuaian Sebelum Menuai Sebelum menuai tentukan kaedah penuaian yang akan digunakan iaitu sama ada memetik atau memotong menggunakan tangan atau menggunakan alatan, mesin atau jentera penuai yang sesuai. Untuk tanaman sayur-sayuran pula, pastikan tanaman tidak disembur dengan racun perosak dua minggu sebelum masa penuaian. Indeks Kematangan Tanaman Penentuan indeks kematangan tanaman yang sesuai adalah penting kerana ia mempengaruhi mutu selepas tuai dan ketahanan semasa penyimpanan. Indeks kematangan adalah merujuk kepada parameter yang digunakan dalam membuat anggaran peringkat kematangan yang sesuai bagi penuaian sesuatu tanaman. Indeks kematangan tanaman adalah berbeza mengikut jenis tanaman dan juga spesies. Bagi tanaman sayur-sayuran, indeks kematangannya adalah berdasarkan saiz dan warna. Secara keseluruhannya, terdapat tiga kaedah untuk menentukan kematangan tanaman seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.26 dan Jadual 2.22. Kaedah Menentukan Kematangan Tanaman Fizikal Kimia Fisiologi Rajah 2.26 Kaedah menentukan kematangan tanaman Fizikal Jadual 2.22 Kaedah menentukan kematangan tanaman Kimia • Melalui penglihatan iaitu dengan melihat warna kulit, saiz, bentuk dan daun Fisiologi sebelah luar yang menjadi kering. 140 • Senang dileraikan, melalui tekstur, bau, rasa masam, dan pahit serta bunyi apabila ditepuk atau dijentik. • Melakukan analisis kimia iaitu melalui ujian keasidan, menganalisis kandungan gula (glukosa), kandungan kanji dan mengetahui pH. • Melakukan pengiraan iaitu bilangan hari atau bulan selepas pokok mulai berbunga atau diubah ke kawasan tanaman.

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kepentingan indeks kematangan • Menentukan strategi pemasaran Harga sesuatu tanaman dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Melalui maklumat mengenai indeks kematangan, petani boleh merancang pengeluaran hasil tanaman mereka untuk mendapat harga yang premium. • Menentukan kesesuaian waktu penuaian Indeks kematangan yang optimum perlu dipastikan untuk mengelakkan hasil yang belum matang atau terlalu masak untuk dituai. • Pengurusan buruh dan sumber yang cekap Tanaman di Malaysia adalah bermusim, oleh itu petani perlu merancang dengan tepat operasi penuaian dan pengendalian supaya pengambilan tenaga buruh dan peralatan dapat diuruskan dengan baik. • Sebagai asas pengkelasan Melalui indeks kematangan dapat dijadikan asas untuk mengasingkan hasil tanaman mengikut kegunaan sama ada untuk pasaran domestik atau untuk dieksport. Selain dari itu gred juga dapat ditentukan dengan cara ini. Contoh Indeks Kematangan Tanaman Bijirin • Indeks kematangan padi Padi biasanya mengambil masa antara 105 hingga 125 hari selepas penanaman untuk matang, iaitu apabila 80% buah masak dan ini juga bergantung kepada varieti. Pada ketika itu, warna buah padi sudah menjadi kekuning-kuningan dan batangnya menunduk ke bawah sebab buah telah berisi penuh. • Indeks kematangan buah jagung Purata buah jagung matang dan boleh dituai hasilnya kira-kira 68 hingga 72 hari selepas ditanam. Tongkol jagung pada peringkat ini akan mempunyai rerambut berwarna perang. Tongkol jagung sesuai dikutip sebagai jagung segar apabila kernelnya telah mencapai saiz maksimum tetapi belum menunjukkan tanda kecut. Saiz maksimum lebih kurang 30cm dengan berat 500gm. Laman ICT Indeks Kematangan Buah Jagung 141

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Contoh Indeks Kematangan Tanaman Sayur Terpilih Indeks kematangan bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna. Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran. Manakala, kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung kepada perubahan warna sayur tersebut. Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks kematangan. Manakala, sayur seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian. Jadual 2.23 menunjukkan contoh indeks kematangan beberapa jenis sayur yang dikeluarkan oleh FAMA. Jadual 2.23 Indeks kematangan beberapa jenis sayur yang dikeluarkan oleh FAMA. Jenis Sayur Indeks Kematangan Sawi Mula dituai pada minggu keempat atau kelima selepas menyemai. Daun pokok telah banyak dan saiz pokok memuaskan. Dituai sebelum daun pokok keras dan mula mengeluarkan bunga. Bayam Mula dituai pada minggu keempat selepas menyemai. Pokok yang terlebih matang akan berserabut dan berbunga. Kangkung Mula dituai pada minggu ketiga dan keempat selepas disemai. Penuaian yang lewat menyebabkan batang dan daun menjadi liat. Kailan Mula dituai pada minggu kelima dan keenam setelah daun pokok banyak. Batang dan daun belum menjadi keras. Boleh juga dituai pada minggu ketiga atau keempat sebagai baby kailan mengikut permintaan pengguna. Salad Mula dituai pada minggu kelima. Apabila daun pokok banyak dan saiz pokok memuaskan. Timun Mula dituai selepas 50 hari ditanam. Penuaian dilakukan dua hari sekali selama satu bulan atau lebih. Ukuran panjang buah sederhana dan bijinya belum matang. Warna buah bertukar dari hijau gelap kepada hijau cerah dan berkilat. Tiada duri atau benang sari pada hujung buah mula tanggal. Tomato Kutipan hasil bergantung kepada permintaan dan tempat pasaran. Mula pengutipan hasil selepas 55 hari ditanam. Untuk pasaran jauh, buah dituai pada peringkat hijau matang. Untuk pasaran dekat, buah dituai pada peringkat bermulanya perubahan warna tampuk daripada hijau kepada kemerahan. Cili Mula dituai selepas 60 hari ditanam selama tiga hingga enam bulan. Hasil tuaian dilakukan dua atau empat hari sekali. Buah dituai mengikut permintaan sama ada cili hijau atau cili merah. Buah masak berwarna merah. Terung Mula dituai selepas 60 hari ditanam. Buah sudah mencapai sederhana besar dan berwarna ungu berkilat. Biji belum cukup matang dan buah rapuh. Bendi Dituai ketika masih muda, lembut dan hujungnya mudah patah. Kacang panjang Dituai apabila lenggai mulai membengkak. Kacang buncis Tidak sesuai dituai apabila lenggai mula mengecut dan genting antara bijinya. Laman ICT Indeks kematangan sayur-sayuran 142


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook