Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pertanian_Tingkatan_5

Pertanian_Tingkatan_5

Published by Madzani Nusa, 2021-07-25 04:09:31

Description: Pertanian_Tingkatan_5

Search

Read the Text Version

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Contoh Indeks Kematangan Tanaman Komoditi Terpilih • Indeks kematangan buah kelapa sawit Pokok kelapa sawit boleh mengeluarkan hasil selepas 2 ½ hingga 3 tahun ditanam dan boleh dituai 5 hingga 6 bulan selepas pendebungaan berlaku. Tandan dikira masak apabila buah kelapa sawit bertukar warna daripada warna gelap kepada warna jingga kemerah-merahan dan terdapat sekurang-kurangnya sebiji buah lerai (gugur) daripada tandan buah. Tahap buah masak ini disebut sebagai Buah Tandan Segar (BTS). Pada peringkat ini, BTS sudah boleh dituai kerana buah berada pada tahap masak yang optimum dan kadar perahan minyak akan tinggi. Berikut ialah klasifikasi kematangan buah kelapa sawit: Tandan Muda Tandan Mengkal Tandan Masak Tandan segar yang berwarna Tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman. jingga kemerahan atau ungu Tandan segar yang berwarna Tiada buah lerai daripada kemerahan. Kurang daripada jingga dan mempunyai tandan. 10 soket buah lerai daripada sekurang-kurangnya 10 soket tandan. buah lerai dan 50% buah masih melekat pada tandan. • Indeks kematangan lenggai (pod) koko Pokok koko mula berbunga pada umur 18 hingga 30 bulan selepas ditanam. Selepas 5 ke 6 bulan pendebungaan, buah koko yang warnanya hijau atau merah semasa muda akan bertukar kepada warna kuning apabila matang. Pada peringkat ini buah koko sedia untuk dituai. Koko Muda Koko Matang Terlalu Masak Info Tambahan Terdapat lima varieti koko yang disyorkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk ditanam di negara ini iaitu KKM 22, MCBC1, PBC 123, QH 1003 dan MCBC 8. Disarankan juga penanaman koko dilakukan dengan menggabungkan 3 hingga 6 jenis klon untuk mengurangkan risiko serangan perosak dan penyakit. 143

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 • Indeks kematangan buah lada hitam Indeks kematangan buah lada hitam dapat dikenal pasti apabila tangkai dengan satu atau dua biji buah (beri) mula bertukar kepada kuning. Oleh yang demikian, buah itu sudah boleh dipetik. Gambar foto 2.45 Biji buah mulai kuning Gambar foto 2.46 Biji buah matang sepenuhnya Semasa Menuai Masa penuaian yang sesuai bagi sayur bergantung kepada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan jenis sayur. Namun, waktu yang dicadangkan adalah pada awal pagi atau lewat petang. Teknik penuaian pula berbeza mengikut jenis tanaman sama ada memotong, mencabut, memetik atau menggali. Kerja-kerja penuaian hendaklah dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti sayur-sayuran supaya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bahagian sayur yang tercedera akan mudah dicemari mikroorganisma yang boleh mengakibatkan kerosakan pada sayur berkenaan. Penuaian Tanaman Sayur-Sayuran Alatan atau jentera yang digunakan untuk menuai mestilah sesuai dengan tanaman yang hendak dituai. Hasil tuaian akan diisi ke dalam bekas yang sesuai dan bersih (Gambar foto 2.47). Bekas yang kotor akan menambah kerosakan pada hasil tuaian. Penuaian Padi Gambar foto 2.47 Bekas hasil tuaian cili Penuaian tanaman padi perlu dilakukan mengikut masa dan peringkat yang betul. Ada dua cara menuai iaitu menggunakan tenaga pekerja sepenuhnya seperti memotong batang padi dengan menggunakan penyabit dan meleraikan padi dengan cara membanting di dalam tong khas. Selain daripada itu mesin jentuai boleh digunakan di mana kerja-kerja menyabit, mengikat, melerai dan mengumpul padi dilakukan serentak sebelum padi dikeringkan secara manual. Penuaian Kelapa Sawit Buah kelapa sawit yang telah matang lazimnya dituai dengan cara memotong tandannya menggunakan alatan secara manual. Namun kekurangan tenaga buruh di ladang pada masa ini telah diatasi dengan terhasilnya mesin pemotong buah kelapa sawit yang memudahkan kerja-kerja memetik buah kelapa sawit yang telah matang Gambar foto 2.48 Memotong tandan kelapa menggunakan (Gambar foto 2.48). mesin penuai cantas bermotor 144

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Penuaian koko Buah koko yang sudah masak dipetik menggunakan alat pemotong yang tajam seperti gunting pokok, sabit, sekateur atau alat-alat tajam yang sesuai. Sekiranya buah pada dahan yang tinggi, pisau berbentuk sabit atau gunting yang tajam digunakan. Jika buah koko boleh dicapai dengan tangan, sekateur digunakan untuk memotong tangkai buah. Buah koko boleh dituai sepanjang tahun. Gambar foto 2.49 menunjukkan cara memetik buah koko. Penuaian Lada Hitam Gambar foto 2.49 Cara memetik buah koko Buah lada hitam dipetik secara manual dengan cara menggunting bahagian tangkainya. Tangkai buah lada hitam yang telah dituai akan dileraikan untuk mengasingkannya daripada biji buah (beri). Jika kuantiti buah yang banyak, mesin pelerai digunakan. Biji buah akan dibersihkan untuk memastikan tiada daun, batang, tangkai atau bendasing bercampur dengan biji buah. Biji buah akan direndam dalam air mendidih selama seminit dan proses ini dinamakan penceluran. Pascatuai Tanaman Sayur-Sayuran Pengendalian pascatuai tanaman sayur-sayuran bermula dari peringkat hasil tanaman dituai sehingga ia dipasarkan. Secara amnya, pengendalian pascatuai merujuk kerja-kerja mengumpul, memproses, menggred, membungkus, mengiklan, menyimpan dan menjual (Rajah 2.27). Mengumpul Memproses Menggred Membungkus Mengiklan Menyimpan Menjual Rajah 2.27 Aktiviti pascatuai tanaman sayur-sayuran 145

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Mengumpul Mengumpul adalah proses meletakkan hasil Gambar foto 2.50 Mengumpul hasil tanaman ladang yang telah dituai di suatu tempat tertentu sama ada di ladang atau di pusat pengumpulan kelompok (Gambar foto 2.50). Sekiranya hasil ladang dikumpulkan di kawasan ladang, tempat pengumpulannya ialah jalan utama ladang. Tujuannya untuk memudahkan hasil dipunggah dan dibawa ke kilang atau ke tempat pemprosesan. Memproses Memproses adalah aktiviti yang dilakukan untuk menentukan bentuk akhir hasil yang akan dipasarkan. Tujuan memproses hasil ialah untuk menjadikan hasil lebih menarik, tahan lebih lama, mendapatkan harga yang lebih tinggi serta mengekalkan kesegaran hasil. Hasil sayuran lazimnya diproses dalam bentuk segar. Oleh itu setelah dituai, hasil dibersihkan daripada bahan cemar atau membuang bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki. Pembersihan boleh dilakukan secara basah atau kering. Menggred Penggredan tanaman sayur-sayuran bermaksud mengkelaskan produk mengikut tahap kualiti berdasarkan spesifikasi piawaian gred yang ditetapkan agar lebih seragam dan mudah dipasarkan. Lazimnya penggredan hasil sayuran dilakukan berdasarkan berat, saiz, rupa bentuk dan kebersihan. Tujuan penggredan dilakukan adalah untuk: • Mengasingkan produk mengikut kualiti. • Mengikut kehendak pasaran. • Mengurangkan kadar kerosakan pascatuai. • Menambah nilai. • Menjimatkan kos. • Mengelakkan ketidakadilan dalam urus niaga. • Meningkatkan kecekapan pemasaran melalui kaedah pemasaran yang cekap. • Meningkatkan disiplin dalam sistem urusniaga untuk memastikan hasil berkualiti dijual kepada pengguna. • Mempercepatkan proses transaksi untuk memenuhi citarasa dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah. Pengkelasan dan penggredan oleh FAMA adalah Kesegaran berpandukan spesifikasi gred Malaysia Standard (MS). Kematangan Sayur dikelaskan kepada tiga gred. Pengkelasan dan Kerosakan penggredan ditunjukkan dalam Jadual 2.24. Ciri-ciri Kecacatan menentukan gred sesuatu keluaran pertanian dibuat berdasarkan lima ciri utama seperti Rajah 2.28. Jadual 2.24 Pengkelasan dan penggredan oleh FAMA Gred Premium Sayur yang bebas daripada kerosakan Keseragaman Gred 1&2 dan kecacatan. Rajah 2.28 Ciri-ciri menentukan gred Sayuran yang agak bebas daripada (Sumber: FAMA) kerosakan dan kecacatan. 146

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Membungkus Pembungkusan hasil tanaman sayur dilakukan menurut piawaian yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Peraturan ini telah digubal berdasarkan Seksyen 3(2)(c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA untuk melaksanakan aktiviti penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian. Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengekalkan kesegaran hasil, menarik perhatian pelanggan, mendapatkan harga yang tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan penghantaran. Gambar foto berikut merupakan contoh-contoh pembungkusan hasil pertanian. Gambar foto 2.51 Pembungkusan runcit Gambar foto 2.52 Pembungkusan borong Gambar foto 2.53 Pembungkusan import Gambar foto 2.54 Pembungkusan eksport Mengiklan Mengiklan adalah satu teknik komunikasi pemasaran untuk menjelaskan serta menyampaikan maklumat hasil atau produk kepada pengguna. Iklan yang berkesan berupaya mempengaruhi pengguna untuk membeli hasil jualan. Mengiklan bertujuan: • mewujudkan pasaran. • menyampaikan maklumat tentang kualiti hasil. • mengekal, mengubah, memperluas atau mencipta permintaan bagi meningkatkan keuntungan. • memujuk pengguna untuk membeli hasil yang ditawarkan. Terdapat pelbagai teknik pengiklanan seperti menghantar katalog atau risalah, mengedarkan sampel, mengadakan demonstrasi, papan iklan, media cetak, elektronik dan media massa serta mengadakan pameran. 147

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Menyimpan Menyimpan adalah satu cara untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil pertanian. Penyimpanan dapat mengurangkan kadar respirasi dan aktiviti metabolisme supaya hasil pertanian lambat busuk atau rosak. Jangka masa penyimpanan bergantung kepada kaedah penyimpanan yang digunakan. Kaedah penyimpanan hasil sayur-sayuran yang sesuai adalah menggunakan suhu rendah. Hasil disimpan dalam bilik sejuk atau peti sejuk dengan kedinginan antara 0oC hingga 4oC. Menjual Menjual adalah aktiviti menyampaikan hasil kepada pengguna akhir. Tujuannya ialah untuk mendapatkan keuntungan dan memberi pulangan modal. Petani boleh menjual hasil ladang melalui ejen, pemborong, peruncit atau menjual terus kepada pengguna. Pascatuai Jagung Pengendalian lepas tuai yang sempurna diperlukan sekiranya hasil jagung terpaksa disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Tongkol jagung boleh disimpan sehingga 3 minggu pada suhu 3oC hingga 5oC tanpa menjejaskan mutu. Oleh itu, hasil yang dipungut dibersihkan, digred dengan cepat dan disejukkan dengan merendam tongkol dalam air pada suhu 1oC hingga 3oC. Melalui proses ini, suhu tongkol jagung dapat diturunkan kepada 10oC. Tongkol yang disejukkan dibalut dalam filem polietilena atau dimasukkan ke dalam beg polietilena yang berlubang dan disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 0oC hingga 1oC. Pascatuai Kelapa Sawit Buah kelapa sawit yang dituai akan dikumpulkan di jalan utama ladang dan perlu terus dihantar ke kilang pemprosesan minyak kelapa sawit dalam masa 24 jam selepas tandan-tandan itu dituai. Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti minyak yang akan dihasilkan nanti. Gambar foto 2.55 Buah kelapa sawit dikumpul sebelum diproses Pemprosesan BTS BTS dimasak BTS dimasukkan ke dalam dan disterilkan mesin pengilang Buah sawit diperah Minyak sawit mentah Proses penapisan di dalam mesin Produk hiliran Rajah 2.29 Pemprosesan minyak kelapa sawit 148

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Pascatuai Padi Padi yang dituai akan diproses menjadikan beras untuk dimakan. Jika penuaian dilakukan secara manual, tiga proses berikut perlu dilakukan untuk penghasilan beras iaitu membanting, mengangin dan mengilang. Sekiranya penuaian menggunakan jentera, padi yang telah terlerai akan terus dibawa ke kilang untuk proses penggredan, pengeringan dan penyimpanan. Penggredan Padi digred mengikut kandungan kelembapan, ketulenan dan bendasing, ketidakmatangan dan beras yang berkapur, dan beras yang hancur. Pengeringan Satu proses mengurangkan kadar kelembapan bijirin untuk tahap keselamatan semasa penyimpanan. Kelewatan dalam pengeringan, pengeringan yang tidak sempurna akan menurunkan kualiti bijirin. Penyimpanan Penyimpanan boleh menggunakan bekas kontena kapasiti 1 tan untuk selama 6 bulan hingga 12 bulan. Suhu tempat penyimpanan kurang dari 5oC. Penyimpanan secara tradisional boleh menggunakan anyaman buluh atau pelepah kelapa. Laman ICT Laman ICT Penanaman Padi Sistem Pengeringan dan di Sekinchan Pengilangan Padi Secara Komersial Pascatuai Buah Koko Proses pascatuai koko terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu pengumpulan, pembelahan, fermentasi dan pengeringan. Rajah 2.30 menunjukkan proses pascatuai koko. Pengumpulan Buah Pembelahan Fermentasi Pengeringan Rajah 2.30 Pascatuai koko 149

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Pengumpulan buah Pembelahan Buah-buah koko yang telah siap dituai akan Buah-buah yang telah dituai perlu dibelah dikumpulkan berhampiran dengan jalan ladang pada hari yang sama. Proses membelah bagi memudahkan proses pengangkutan ke menggunakan belakang parang untuk pusat memproses. memecahkan buah koko. Asingkan biji koko daripada kulitnya dan terus dimasukkan ke dalam bekas (beg, guni, kotak atau dulang) dan disimpan. Fermentasi Penyimpanan buah bertujuan mengurangkan kemasaman biji koko kering dan meningkatkan mutu perisa koko. Proses penyimpanan ini dinamakan fermentasi. Tempoh penyimpanan selama 5 hari. Buah-buah koko dimasukkan ke dalam kotak kayu yang bahagian bawahnya dipasang tidak rapat dan boleh mengalirkan air. Pengeringan Selepas pemeraman, biji-biji koko masih lagi mengandungi kira-kira 55% kelembapan. Ianya perlu dikeringkan sehingga kandungan kelembapan menjadi 6% hingga 7% bagi membolehkan biji koko selamat disimpan. Proses ini dikenali sebagai tanning iaitu biji koko berubah warna dari kemerahan kepada coklat bertujuan mengurangkan rasa pahit koko dan astrigen iaitu kesan kebas pada lidah akibat tindak balas pengoksidan. Laman ICT Teknologi Penuaian dan Pemprosesan Biji Koko. 150

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.3.2 Kaedah Penyimpanan Hasil Tuaian Kaedah penyimpanan hasil tuaian ialah mengikut jenis hasil seperti sayur-sayuran daun, buah, kekacang atau akar umbisi, bijirin seperti padi dan jagung, tanaman komoditi seperti padi, koko dan lada hitam. Penyimpanan Tanaman Sayur-Sayuran Penyejukan serta merta sebelum penyimpanan hasil tuaian perlu dilakukan dan proses ini dinamakan sebagai prapenyejukan. Proses ini penting dilakukan secepat mungkin untuk mengeluarkan haba dalam sayuran yang baru dipetik. Tujuannya supaya dapat mengurangkan masa yang diambil untuk menurunkan suhu hasil tanaman ke paras suhu simpanan. Selepas proses pra penyejukan, barulah hasil tuaian dipindahkan ke bilik sejuk untuk penyimpanan seterusnya. Sebelum hasil tuai disimpan, pra penyejukan perlu dilakukan. Proses ini bertujuan untuk mengeluarkan haba ladang pada sayur-sayuran yang telah dituai. Kaedah ini sangat efektif bagi sayur-sayuran berdaun bagi mengekalkan mutu dan kualiti di mana suhu minimumnya dikekalkan. Kelebihan melakukan kaedah ini adalah: • Mengurangkan degradasi enzim dan aktiviti respirasi. • Mengelakkan kehilangan air (kelayuan). • Mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma pereput seperti kulat atau bakteria. • Mengurangkan penghasilan etilena (agen pemasakan). Terdapat beberapa kaedah pra penyejukan yang digunakan antaranya adalah dengan menggunakan pendingin udara dan pendingin air. Kaedah Penyejukan Pendingin Udara Gambar foto 2.56 Hasil pertanian disimpan dalam stor berhawa dingin Merupakan kaedah biasa dan murah. Kaedah ini memerlukan bilik sejuk di mana sayur- sayuran dibungkus di dalam bekas dan disusun di dalam bilik tersebut (Gambar foto 2.56). Perlukan ruang antara bekas yang secukupnya bagi memastikan pengudaraan sejuk dapat meliputi keseluruhan tempat. Kaedah ini sesuai untuk sayur-sayuran jenis buah. Cara yang dilakukan ialah: • Alir udara sejuk 0oC pada halaju yang tinggi pada hasil tanaman yang disusun dalam bekas tertentu selama 8 minit ke 10 minit. • Bekas yang mengandungi hasil tanaman disusun dengan teratur untuk mendapat peredaran udara yang maksimum. • Periksa kelembapan sayur-sayuran agar tidak kehilangan air yang banyak semasa pendingin udara dipasangkan. 151

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kaedah Penyejukan Pendingin Air Sayur-sayuran yang telah dituai akan disiram atau direndam dengan air sejuk (2oC) selama 5 minit hingga 10 minit. Air sejuk ini akan mengeluarkan haba panas daripada hasil tanaman. Kaedah ini sesuai untuk sayur-sayuran daun. Selepas proses pra penyejukan, sayur-sayuran boleh disimpan ke dalam tempat penyimpanan untuk tujuan pemasaran. Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur-sayuran terpilih ditunjukkan dalam Jadual 2.25. Jadual 2.25 Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur-sayuran terpilih Jenis Suhu (oC) Kelembapan Bandingan (%) Tempoh Simpanan Bayam 5 90-95 1-1.5 minggu Cili 5 90-95 8 minggu Kacang bendi 95 3-4 hari Kacang panjang 7-10 95 7-10 hari Kailan 4-7 90-95 1-1.5 minggu Kangkung 5 90-95 1-1.5 minggu Kubis bulat 5 90-95 6-12 minggu Lobak merah 1-2 98-100 4-6 minggu Sawi 0 90-95 1-1.5 minggu Terung 5 90-95 1 minggu Timun 8-12 95 10-14 hari Tomato hijau 10-13 90-95 1-3 minggu Tomato masak 13-21 90-95 4-7 hari Ubi keledek 8-10 85-90 4-7 bulan 13-16 Sumber : MARDI Ketika membasuh sayur-sayuran adalah dicadangkan untuk menaburkan sedikit garam ke dalam air, rendam selama 10 minit dan dibilas serta toskan sayur itu. Apakah fungsi garam yang digunakan itu? Bincangkan. Info Tambahan Penyimpanan pada suhu yang sesuai adalah sangat penting bagi mendapatkan tempoh penyimpanan yang optimum dan mengurangkan kehilangan mutu lepas tuai serta mengelakkan kecederaan dingin (chilling injury ) atau kecederaan beku (freezing injury). Beberapa kaedah pra penyejukan lain yang digunakan adalah sejukan vakum (vacuum cooling), sejukan tekanan udara (forced-air cooling), sejukan berwap (evaporative cooling) dan berais (icing). 152

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Penyimpanan Padi Padi perlu dikeringkan dan dibersihkan daripada bendasing seperti batu, benih rumput, tanah dan batang padi sebelum penyimpanan. Semasa penyimpanan, mutu beras perlu dikawal untuk menjamin kualitinya. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah: • Simpan pada suhu rendah iaitu kurang 5oC bagi menstabilkan perubahan dalam kandungan asid lelemak bebas untuk mengelakkan padi menjadi tengik. • Penyimpanan secara pukal memerlukan pengudaraan yang efisien. Pastikan suhu dan kelembapan seragam pada keseluruhan tempat penyimpanan. Penyimpanan Jagung Tongkol jagung untuk pasaran tempatan tidak memerlukan kemudahan penyimpanan yang khas sekiranya hasil dapat dipasarkan dalam tempoh yang singkat. Untuk pasaran tempatan, pungutan hasil jagung boleh dijalankan pada waktu petang. Tongkol diisi dalam guni atau raga plastik dan diangkut ke destinasi pasaran pada sebelah malam supaya jualan runcit boleh dijalankan pada waktu pagi keesokannya. Penyimpanan Koko Kerja-kerja penyisihan dan pengasingan koko kering daripada biji leper, biji slati (tidak diperam), biji berkulat, biji bergumpal, biji bercambah dan biji yang telah diserang oleh serangga perosak perlu dilakukan sebelum memasukkan ke dalam guni jut. Tempat penyimpanan biji-biji koko hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: • Suhu dan persekitaran yang baik, tidak terlalu lembab. • Bebas daripada serangan perosak, kulat dan lain-lain. • Tidak bercampur dengan hasil tanaman lain seperti lada, kelapa sawit dan lain-lain. • Simpan dalam guni jut (Gambar foto 2.57). • Letakkan guni atas para-para kayu (Gambar foto 2.58). • Pencahayaan yang sesuai iaitu tidak terlampau gelap. Gambar foto 2.57 Biji-biji koko dalam guni jut Gambar foto 2.58 Guni-guni diletakkan di atas para kayu 153

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Penyimpanan Lada Hitam Buah lada hitam yang telah dituai perlu dikeringkan di atas pelantar dan dijemur di bawah sinar matahari. Biji buah lada hitam perlu dikeringkan dengan secukupnya bagi mengelakkan kerosakan akibat serangan kulat atau tercemar. Biji buah lada yang telah dikeringkan secukupnya (12% tahap kelembapan) boleh dimasukkan ke dalam beg-beg plastik bagi mengelakkan penyerapan kelembapan berlaku. Bagi tujuan pemprosesan lada putih, biji buah lada hitam akan direndam dalam air selama beberapa hari sehingga kulit buah mereput keseluruhannya. Selepas itu, buah akan dicuci bersih bagi membuang sisa-sisa kulit yang tertinggal. Lada putih itu akan dijemur hingga kering (12% tahap kelembapan). Biji buah lada putih yang telah kering akan disimpan di dalam beg plastik untuk mengelakkan penyerapan kelembapan berlaku. Penyimpanan Kelapa Sawit BTS terus diangkut dan dikumpulkan di kilang pemprosesan seperti Gambar foto 2.59. BTS perlu dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam untuk mengurangkan peningkatan ‘Free Fatty Acid’ yang akan mengurangkan kualiti minyak yang akan diperah. Gambar foto 2.59 BTS dikumpulkan di dalam kilang pemprosesan 154

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.3.3 Pemantauan Kualiti Hasil Tanaman Di Tempat Penyimpanan Penyimpanan yang bersistem Tempoh Kelembapan Suhu membolehkan kualiti tanaman Penyimpanan dikekalkan untuk jangka masa Faktor Yang panjang sebelum digunakan. Mengekalkan Penyimpanan yang bersistem juga Kualiti Hasil membolehkan perancangan teratur dilakukan untuk memudahkan Tanaman pemasaran terutama ketika hasil tanaman berkurangan atau berlebihan pada sesuatu masa. Antara faktor yang mengekalkan kualiti hasil tanaman ditunjukkan dalam Rajah 2.31. Kelembapan Kelembapan bandingan (Relative Pengudaraan Humidity) bermaksud kandungan air dalam udara. Kelembapan relatif di tempat penyimpanan hasil sayur- sayuran perlu dikekalkan antara 90% hingga 95%. Rajah 2.31 Faktor yang mengekalkan kualiti hasil tanaman Kelembapan bandingan yang rendah akan menyebabkan kelayuan dan kekeringan pada sayur. Kelembapan bandingan yang terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria. Bijirin perlu disimpan dalam keadaan kering. Kandungan kelembapan (Moisture Content) bijirin perlu dikekalkan di antara 12% hingga 14%. Suhu Suhu dalam tempat penyimpanan yang baik adalah antara 1oC hingga 2oC. Suhu yang terlalu rendah akan menyebabkan pembekuan dan merosakkan sayur-sayuran, manakala suhu yang tinggi menyebabkan hasil tanaman menjadi layu. Suhu yang rendah mengurangkan kadar respirasi, melambatkan proses penuaan dan pematangan hasil tanaman. Hasil tanaman sayur-sayuran perlu disimpan pada suhu yang rendah. Pengudaraan Pengudaraan merupakan faktor yang perlu diberi perhatian ketika penyimpanan hasil tuaian. Peningkatan suhu semasa dalam tempoh penyimpanan akan menyebabkan berlakunya biological heating di mana pertumbuhan bakteria, kulat, hamama atau serangga berlaku. Pengudaraan yang kurang baik di tempat penyimpanan menyebabkan berlakunya kelompokan (clumping) bijirin yang akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Untuk menstabilkan keadaan ini, udara yang lembap perlu disedut keluar dari ruang penyimpanan. Keadaan ini boleh dielakkan dengan memastikan ruang penyimpanan mempunyai pengedaran udara yang baik. Bagi hasil tanaman bijirin seperti beras dan jagung lazimnya disimpan di dalam bekas kedap udara atau bekas plastik yang dimampatkan. 155

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tempoh penyimpanan Tempoh penyimpanan hasil sayur-sayuran lazimnya tidak lama berbanding hasil bijirin. Tempoh penyimpanan dipengaruhi oleh kelembapan bandingan dan kandungan kelembapan dan suhu. Ini juga bergantung kepada jenis tanaman atau bijirin yang disimpan. Bagi bijirin, penyimpanan yang lama memerlukan ia dikeringkan semula untuk mengekalkan kandungan kelembapan antara 12% hingga 14%. Bijirin yang disimpan pada kelembapan bandingan, kandungan kelembapan dan suhu yang betul akan menjadikannya dorman dan dalam keadaan metabolisma tidak aktif. Keadaan ini akan merencatkan respirasi aerobik yang menyebabkan tiada proses peleraian. Bijirin yang disimpan tidak membebaskan karbon dioksida serta wap air, maka kandungan kelembapan dan suhu kekal seperti asal. Bijirin yang disimpan pada kandungan kelembapan tinggi, akan meningkatkan kelembapan bandingan kerana respirasi masih berlaku yang akan mengakibatkan bijirin rosak dan berbau hapak. Pemantauan hasil tanaman di tempat penyimpanan boleh dilakukan dengan peralatan dan kaedah seperti Jadual 2.26. Jadual 2.26 Pemantauan hasil tanaman Faktor/Alatan Aspek yang perlu Kepentingan dipantau Kelembapan Uji tahap kadar • Mengawal mutu hasil tanaman. Alatan higrometer kelembapan udara (85% hingga 90%). • Kelembapan terlalu rendah akan menyebabkan hasil tanaman layu atau kering. • Kelembapan terlalu tinggi menggalakkan pertumbuhan kulat dan berlaku pembusukan. Suhu • Bacaan suhu optimum Suhu dingin diperlukan untuk: Jangka suhu tempat penyimpanan. • Mengurangkan kadar respirasi. Tempoh masa Memastikan tempoh • Pelarasan suhu mengikut • Melambatkan proses penuaan (aging) dan masa penyimpanan Sanitasi jenis tanaman. kematangan (ripening). Kebersihan tempat penyimpanan • Mengurangkan kehilangan air. 156 • Mengurangkan kerosakan akibat aktiviti mikroorganisma lain. • Melambatkan pertumbuhan/pertunasan. Rekodkan: • Tujuannya adalah untuk mengelak hasil • Tarikh disimpan. rosak dalam tempoh simpanan. • Tarikh luput. • Ruang penyimpanan. • Mengelakkan kemungkinan serangan kulat, • Sanitasi komoditi terutama pada kelembapan tinggi. dilakukan dengan • Mengelakkan daripada jangkitan kepada memisahkan bahan yang hasil yang elok. rosak. • Sanitasi peti simpanan. • Mengelak daripada bau busuk dalam ruang • Peredaran udara. penyimpanan.

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 PENUAIAN DAN PENYIMPANAN HASIL TANAMAN Penuaian Hasil Aktiviti penuaian iaitu sebelum menuai, semasa menuai dan pascatuai. Sebelum menuai: • Menentukan indeks kematangan melalui kaedah fizikal, kimia dan fisiologi. • Kepentingan indeks kematangan adalah untuk menentukan strategi pemasaran, mengurus buruh dan sumber dan sebagai asas pengkelasan. • Indeks kematangan padi, jagung, sayur terpilih, kelapa sawit, koko dan lada hitam. Semasa menuai: • Menentukan teknik penuaian sayur-sayuran, padi, kelapa sawit, koko dan lada hitam. Pascatuai Sayur-sayuran : Melibatkan proses mengumpul, memproses, menggred, membungkus, mengiklan, menyimpan dan menjual. Kelapa sawit : Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit terus dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam selepas dituai. Padi : Padi yang dituai dengan jentera akan melalui proses penggredan, pengeringan dan penyimpanan. Koko : Selepas dituai, buah koko melalui proses pengumpulan buah, pembelahan, fermentasi dan pengeringan. Kaedah Penyimpanan Hasil Sayur-sayuran : Menggunakan kaedah pendingin udara dan pendingin air. Padi : Anyaman buluh, pelepah kelapa (secara tradisional) dan kontena untuk padi yang ditanam secara komersial. Jagung : Disimpan dalam guni atau bakul plastik sebelum dipasarkan. Koko : Disimpan dalam guni yang diletakkan di atas para kayu. Lada hitam : Dimasukkan dalam beg plastik. Kelapa sawit : BTS dibawa terus ke kilang untuk proses memerah minyak mentah. Pemantauan Kualiti Hasil Di Tempat Penyimpanan • Faktor mempengaruhi kualiti hasil tanaman adalah kelembapan, suhu, pengudaraan dan tempoh penyimpanan. • Kelembapan bandingan tempat penyimpanan perlu dikekalkan antara 90% hingga 95%. • Kandungan kelembapan bijirin perlu dikekalkan di antara 12% hingga14%. • Suhu dalam tempat penyimpanan yang baik adalah antara 1oC hingga 2oC. • Tempoh penyimpanan yang lama akan mempengaruhi kelembapan bandingan, kandungan kelembapan dan suhu. 157

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Jawab Semua Soalan 1. Nyatakan dua aktiviti yang terlibat dalam penuaian hasil tanaman. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... 2. Apakah yang dimaksudkan dengan indeks kematangan tanaman? .......................................................................................................................................... .......................................................................................................................................... 3. Nyatakan tiga kaedah untuk menentukan kematangan tanaman. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)...................................................................................................................................... 4. Nyatakan tiga kepentingan menentukan indeks kematangan tanaman sayur. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)...................................................................................................................................... 5. Terangkan tiga spesifikasi gred Malaysia Standard (MS) yang dikeluarkan oleh FAMA. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... 6. Nyatakan lima ciri utama gred keluaran pertanian yang ditentukan oleh FAMA. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... iv)..................................................................................................................................... v)...................................................................................................................................... 7. Beras yang dihasilkan daripada padi perlu melalui empat proses. Nyatakan proses itu. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... iv)..................................................................................................................................... 158

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 • Mencapai kematangan selepas 60 hari ditanam • Tuaian dilakukan dua atau empat hari sekali 8. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan kaedah menuai dan nama sayur tersebut. .......................................................................................................................................... 9. Apakah yang perlu dilakukan pada tahap Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit dan kenapa? ......................................................................................................................................... 10. Nyatakan tiga jenis aktiviti ketika melakukan pengumpulan tanaman sayur-sayuran. ......................................................................................................................................... 11. Ali hendak memasarkan hasil tanaman sawinya di pasar malam. Jelaskan piawaian yang perlu diikuti oleh beliau. ........................................................................................................................................ 12. Fermentasi adalah satu proses pascatuai yang dilakukan kepada hasil tanaman. a) Namakan hasil tanaman itu ..................................................................................................................................... b) Nyatakan dua sebab melakukan proses itu i).................................................................................................................................... ii).................................................................................................................................... 13. Pada pendapat anda, apakah perkara paling penting yang perlu dilakukan dalam pengendalian pascatuai? Nyatakan sebabnya. ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... 14. Nyatakan tujuan melakukan proses pra penyejukan kepada tanaman sayur-sayuran. ....................................................................................................................................... 159

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Unit 2.4 PEMASARAN HASIL TANAMAN Pemasaran hasil tanaman merupakan kegiatan menyalurkan produk dan hasil produk daripada petani kepada pengguna. Pemasaran hasil pertanian dilakukan dengan pelbagai cara dan saluran. Petani boleh memasarkan hasil tanaman sendiri atau melalui ejen, pemborong dan peruncit. Kegiatan pemasaran bermula dari peringkat mengumpul, memproses, membungkus, mengiklan, menyimpan dan menjual. Kepentingan Pemasaran Hasil Tanaman Banyak kepentingan pemasaran hasil tanaman yang melibatkan kehidupan seharian, antaranya adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.32. Sebagai Pembekalan Asas Tempatan Memenuhi keperluan makanan penduduk tempatan. Membekalkan Keperluan Kepentingan Untuk Pemasaran Ke Luar Kepada Unit Pengeluaran Pemasaran Negara Menyediakan keperluan asas Hasil Memindahkan keluaran lain dalam bidang pertanian Tanaman pertanian dari negara seperti buruh, biji benih, pengeluar ke negara pembeli. bahan kimia, jentera dan sebagainya. Membantu Kewujudan Sistem Kemudahan Tertentu Membantu Meningkatkan Pengeluaran Pertanian Pelbagai kemudahan lain wujud seperti kemudahan Keyakinan pengeluar pelabuhan, perkapalan, terhadap kecekapan dan insuran, bank, penyimpanan, keberkesanan sistem promosi dan maklumat pemasaran mendorong pasaran. meningkatkan kuantiti dan mutu keluaran pertanian. Rajah 2.32 Kepentingan hasil pemasaran tanaman 160

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Masalah Asas Pemasaran Hasil Pertanian Pemasaran hasil pertanian menghadapi masalah dalam pelbagai aspek antaranya adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.33 Kekurangan Ketidakstabilan Penawaran Infrastruktur Harga dan Permintaan Pemasaran Masalah Bermusim Kekurangan Pemasaran Maklumat Kekurangan Pasaran Hasil Saluran Pertanian Pemasaran Kos Margin Yang Tinggi Rajah 2.33 Masalah pemasaran hasil tanaman Ketidakstabilan Harga Akibat penawaran dan permintaan yang tidak menentu, harga hasil tanaman tidak stabil. Ketidakstabilan harga akan mengganggu rancangan pengeluaran dan mengurangkan keyakinan para pelabur. Ini menimbulkan masalah dalam kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Keadaan ini juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan para petani. Penawaran dan Permintaan Bermusim Penawaran dan permintaan hasil pertanian adalah bermusim. Lazimnya, permintaan komoditi pertanian dipengaruhi oleh acara sambutan perayaan, perubahan pendapatan pengguna dan sebagainya. Selain itu, penawaran hasil pertanian juga dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan oleh petani. Kekurangan Saluran Pemasaran Kekurangan saluran pemasaran merupakan cabaran kepada petani untuk memasarkan hasil pengeluaran. Walaupun FAMA telah menyediakan saluran untuk petani memasarkan hasil pengeluaran, tetapi harga yang ditawarkan rendah, menyebabkan petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan. 161

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Kos dan Margin yang Tinggi Kos permulaan dalam pengeluaran pertanian adalah tinggi dan keuntungan hasil jualan yang sedikit memberi masalah kepada petani-petani kecil menanggung kos pengangkutan, penyimpanan, upah dan sewa. Gambar foto 2.60 menunjukkan pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH). Gambar foto 2.60 Pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) melibatkan kos yang tinggi Kekurangan Maklumat Pasaran Kekangan mendapatkan maklumat ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaan menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran Kekurangan infrastruktur terutama sekali di kawasan luar bandar, menyumbang kepada ketidakcekapan pemasaran. Keadaan ini boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan. Info Tambahan Gambar foto 2.61 Lori yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin Mengangkut hasil keluar dari ladang ke tempat pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkannya daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap. Jenis kenderaan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah hasil yang dikendalikan. Lori kecil berhawa dingin seperti Gambar foto 2.61 boleh digunakan untuk mengangkut hasil tanaman bagi menjamin kesegaran sayur-sayuran sebelum dipasarkan. 162

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.4.1 Strategi pemasaran Strategi pemasaran adalah merupakan Produk tindakan dan kaedah yang dilakukan oleh seseorang pengusaha untuk mencapai sasaran Promosi Strategi Harga pengeluarannya. Empat kaedah dalam strategi Pemasaran pemasaran ialah produk, harga, tempat dan promosi. Kaedah ini juga disebut sebagai Tempat strategi pemasaran 4P ( Product, Price, Place, Rajah 2.34 Strategi pemasaran Promotion ). Kaedah 4P ini juga dikenali sebagai campuran pemasaran. Rajah 2.34 menunjukkan strategi pemasaran tersebut. Strategi pemasaran hasil pertanian berbeza sedikit daripada yang lain kerana pengusaha perlu mengambil kira sifat sayur-sayuran yang cepat rosak dan perlu dipasarkan secara lebih cepat Produk Produk adalah barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna. Produk yang dihasilkan haruslah memuaskan kehendak dan keperluan pengguna. Lazimnya, pengguna akan mencari produk atau perkhidmatan yang memberi manfaat terbaik kepada mereka. Antara perkara yang perlu diberi tumpuan oleh pengeluar ialah kepelbagaian produk, kualiti, reka bentuk, menetapkan ciri, nama atau jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan ganjaran. Pengeluar perlu menghasilkan produk yang lebih berdaya saing. Penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi membolehkan pengeluar menghasilkan produk yang berkualiti dengan reka bentuk baharu. Bagi menghadapi persaingan, pengeluar memerlukan pelbagai inisiatif tambahan seperti melakukan penjenamaan semula, menukar saiz dan teknik pembungkusan yang mempunyai nilai komersial. Perkhidmatan yang ditawarkan harus menepati seperti yang diiklankan. Pengguna perlu ada jaminan dari segi keselamatan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pemberian seperti memberi potongan harga kepada pembeli dapat menggalakkan penjualan. Pemasar juga perlu memberikan insentif lain supaya pengguna kekal menggunakan produk mereka. Pemasar juga perlu memastikan produk mereka menepati keperluan, kemahuan dan kehendak pengguna. Info Tambahan SWOT ialah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. 163

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Gambar foto 2.62 Pembungkusan hasil dan produk pertanian Harga Harga ialah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam bentuk wang. Kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan boleh mempengaruhi harga. Faktor harga memainkan peranan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk di samping kekal sebagai pelanggan produk tersebut. Penentuan harga perlu mengambil kira segala kos yang ditanggung oleh pengeluar. Pengeluar perlu mempamerkan senarai harga kepada pelanggan supaya mereka dapat membuat perbandingan harga (Gambar foto 2.63). Pengeluar juga boleh memberikan insentif lain seperti diskaun atas belian, pembelian secara ansuran dan tempoh bayaran dengan syarat kredit. Ini akan dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Potongan harga istimewa juga boleh diberikan terutama pada hari-hari tertentu seperti musim perayaan bagi menggalakkan pembelian. Gambar foto 2.63 Senarai harga dipamerkan untuk rujukan dan perbandingan pengguna 164

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tempat Pemilihan tempat yang strategik mempengaruhi kejayaan pemasaran hasil tanaman. Tempat yang strategik membantu meningkatkan penjualan manakala pemilihan tempat yang tidak sesuai akan mengurangkan pembelian. Peniaga perlu memastikan tempat yang dipilih akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk mereka. Terdapat pelbagai lokasi bagi pemasaran hasil pertanian seperti pasar awam, pasar tani, pasar malam atau pasar raya (Gambar foto 2.64). Pasar awam lazimnya mendapat bekalan hasil pertanian daripada pengusaha ladang berskala besar yang membekalkan secara tetap begitu juga pihak pasar raya. Kebiasaannya, jualan adalah melalui orang tengah (ejen) atau pemborong. Bagi pekebun-pekebun kecil pula, mereka boleh menjual hasil tanaman secara terus kepada pengguna di pasar tani yang dianjurkan oleh FAMA. Lokasi pasaran telah ditentukan dengan segala kemudahan kelengkapan khemah dan pemasangan disediakan. Selain itu peniaga juga boleh menjual sendiri hasil tanaman mereka di pasar malam. Gambar foto 2.64 Pelbagai tempat pemasaran hasil pertanian 165

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Promosi Promosi merupakan strategi berkomunikasi di antara peniaga dengan pengguna. Ini melibatkan komunikasi dua hala daripada pengusaha kepada pengguna dan sebaliknya. Melalui komunikasi, pengusaha mendapat maklum balas daripada pengguna terhadap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Strategi yang digunakan dalam mempromosikan barangan adalah melalui pengiklanan, mengadakan promosi jualan, jualan perseorangan, melalui publisiti dan pemasaran langsung. Secara amnya tujuan promosi adalah untuk memberitahu, mengingatkan dan memujuk pengguna untuk membeli barang dan perkhidmatan. Antara peranan promosi ialah untuk: • Menyampaikan maklumat kepada pengguna. • Mewujudkan pasaran baharu. • Mengekalkan pasaran sedia ada. • Meningkat dan meluaskan pasaran. • Memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli. • Memantapkan imej barang dan syarikat pengeluar. • Mengatasi pesaing-pesaing dari dalam dan luar negara. Gambar foto 2.65 Promosi secara atas talian Gambar foto 2.66 Promosi secara iklan televisyen Gambar foto 2.67 Promosi secara katalog dan risalah 166

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Gambar foto 2.68 Promosi secara poster Info Tambahan Bagi membantu petani meluaskan pemasaran pertanian, FAMA telah mewujudkan Program Keusahawanan Pasar Tani. Imbas kod QR yang diberikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang program tersebut. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) - (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) merupakan sebuah pameran pertanian yang diadakan dua tahun sekali di Malaysia. Ia diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Tujuan utama MAHA adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian. Hanya produk-produk yang terbaik dan terkini sahaja dipamerkan di MAHA. Imbas QR Code yang diberikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang program tersebut. Laman ICT Laman ICT Maklumat Pemasaran Pertanian oleh FAMA Laman Agro MAEPS 167

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tajuk: Mereka Bentuk Iklan Untuk Promosi Produk. Objektif: Bahan: i. Mereka bentuk iklan untuk pemasaran hasil pertanian. ii. Menghasilkan iklan yang sesuai, berkesan dan menarik. Pen marker pelbagai warna, kertas manila. Langkah Kerja: i. Hasilkan satu poster iklan untuk mempromosikan produk hasil pertanian anda. ii. Gunakan daya kreativiti anda untuk menghasilkan iklan yang berkesan dan menarik. iii. Perkara-perkara berikut perlu ada di dalam iklan anda: • Nama syarikat • Logo syarikat • Produk • Lokasi • No. telefon untuk dihubungi / faksimile • Email / laman sesawang • Harga • Nilai diskaun • Menarik • Kekemasan Contoh poster iklan Info Tambahan Promosi digital adalah satu cara mempromosikan produk melalui berbagai saluran media sosial. Ada dua cara untuk melakukannya iaitu pertama adalah secara percuma dan perlu dilakukan dengan mengumpul seberapa banyak pengikut (followers) dan kedua adalah melalui iklan berbayar perklik.  Anda dapat menggunakan iklan sama ada Facebook, Google Adwords, Instagram atau Twitter untuk mengiklankan produk atau barangan. 168

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.4.2 Kehendak Pasaran Kehendak pasaran adalah berkait rapat dengan kualiti produk dan juga perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan harus mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki pengguna. Sehubungan dengan itu pengeluar harus peka kepada jenis produk yang menjadi kegemaran pengguna yang dapat memenuhi cita rasa mereka. Pengusaha ladang perlu mengkaji terlebih dahulu pasaran setempat. Ini bagi mengelakkan hasil tanaman sukar untuk dijual terutama sekali hasil tanaman yang tidak tahan lama. Untuk mengkaji kehendak pasaran pengusaha perlu melihat dan mengkaji trend semasa. Contohnya, dengan melakukan pemerhatian di pasar tani, pasar malam atau pasar basah. Pasaran bergantung kepada pengguna. Pengusaha harus mengenal pasti kepada siapa hasil tanaman mereka akan dijual sama ada kepada pengguna biasa, kepada hotel atau untuk dieksport ke luar. Ini adalah penting kerana persembahan produk perlu selari dengan kehendak pembeli (Rajah 2.35) Produk Keselamatan Harga Makanan Kehendak Pasaran Sasaran Rupa Luaran Pengguna Rajah 2.35 Kehendak pasaran Produk Produk hasil pertanian bukan sahaja dalam bentuk bahan mentah tetapi juga berkaitan dengan penyediaan pelbagai makanan daripada hasil pertanian. Contohnya, hasil tanaman padi dibekalkan sebagai beras, tepung beras atau biskut. Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis beras dijual di pasaran seperti beras perang, beras wangi dan beras basmati (beras yang diimport) serta beras bukit seperti beras bario. Manakala, hasil tanaman koko pula dijadikan produk lain seperti coklat, pelbagai jenis minuman coklat, koko untuk membuat kuih dan pelbagai makanan siap. Ketika ini produk makanan siap mendapat perhatian pelanggan yang lebih meluas dari segi umur dan cita rasa pengguna. 169

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Harga Harga produk pertanian agak sukar dan mencabar untuk ditentukan. Ini bermaksud tidak boleh terlalu mahal (affordable) kepada pengguna, sesuai dengan mutu produk dan cita rasa pengguna. Penetapan harga mengambil kira bukan sahaja mutu, nilai dan kos pengeluaran sebaliknya tentang masa, tempat, musim atau cuaca, pilihan dan keutamaan individu, tahap pendapatan pengguna dan permintaan luar negara. Contoh, harga satu kilo sayur timun di Kuala Terengganu tidak sama dengan harga satu kilo sayur timun di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan kebanyakan pengeluaran hasil pertanian yang lain terutamanya bagi produk yang sudah diberi nilai tambah. Contoh, sayur yang dijual di pasar borong lebih murah harganya berbanding dengan sayur yang sama dijual di pasar raya (Gambar foto 2.69). Musim perayaan juga memainkan peranan kepada penentuan harga hasil pertanian di pasaran. Pada musim perayaan, kehendak pasaran terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan meningkat. Sekiranya produk yang dikehendaki kurang dibekalkan oleh pengeluar di pasaran, harga akan meningkat. Gambar foto 2.69 Harga sayuran jualan secara longgok berbeza dengan harga di pasar raya yang telah dilakukan pembungkusan Rupa Luaran Rupa luaran bermaksud nilai estetika iaitu saiz dan warna, persembahan dan pembungkusan menarik sebagai nilai tambah produk yang dihasilkan. Produk yang ditawarkan haruslah menggambarkan secara keseluruhan produk itu dan kelihatan bermutu tinggi. Nilai estetika lazimnya diterjemahkan melalui panca indera penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau produk. Pembungkusan memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan untuk membeli sesuatu produk. Pelbagai jenis pembungkusan terdapat di pasaran, daripada pembungkusan biasa hinggalah kepada yang lebih eksklusif (Gambar foto 2.70). Gambar foto 2.70 Pelbagai jenis pembungkusan kerepek ubi 170

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Sasaran Pengguna Pengeluar mesti mengenal pasti penggunanya dari segi umur, jantina, cita rasa, status sosial dan lokasi jualan. Pengguna merupakan bakal pembeli atau sebagai penyampai maklumat. Proses pembelian sesuatu produk melibatkan proses membuat keputusan. Oleh itu pengeluar harus mengetahui keperluan, kehendak dan kemampuan pembeli sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli produk mereka. Rajah 2.36 menunjukkan tahap kesediaan pembeli untuk membeli suatu barangan. Kesedaran Pengetahuan Keinginan Keutamaan Keyakinan Keputusan Rajah 2.36 Tahap-tahap kesediaan pembeli Pada tahap kesedaran, pengguna hanya mengetahui tentang wujudnya sesuatu produk itu. Ini ditambah dengan pengetahuan sedia ada seperti mengetahuinya melalui pembacaan atau pun maklumat daripada rakan-rakan. Jika maklumat yang diterima adalah positif, kesedaran tentang kepentingan sesuatu produk akan timbul. Ini juga akan dikaitkan dengan keperluan yang menjadi keutamaan pengguna. Sekiranya pengguna merasakan suatu keperluan untuk membelinya ditambah dengan keyakinan terhadap kualiti produk, maka keputusan dibuat untuk membelinya. Keselamatan Makanan Keselamatan makanan merupakan keupayaan dan kekuatan sesebuah negara menghasilkan makanan sebagai asas keperluan kepada rakyat. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor seperti, bekalan (availability), mudah diperolehi (accessibility), harga yang munasabah (affordability) serta keselamatan kualiti (safe quality).  Menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2015, harga makanan terutama beras meningkat secara mendadak pada tahun 2008. Ini selari dengan peningkatan permintaan makanan berikutan pertambahan penduduk dan peningkatan pendapatan serta perubahan cita rasa pengguna. Keadaan ini memberi tekanan kepada industri pengeluaran makanan tempatan. Oleh itu, aspek keselamatan makanan dan pemakanan telah diberi penekanan dalam pengeluaran makanan. Melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN), 2011-2020, antara inisiatif utama yang akan dilaksanakan bagi menjamin bekalan makanan negara adalah: • Meningkatkan pengeluaran makanan melalui penggunaan tanah secara optimum, perladangan intensif secara mampan dan penanaman padi berskala besar di kawasan jelapang padi. Pengeluaran padi di kawasan jelapang sedia ada akan diusahakan secara lebih intensif dengan penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi. • Menjamin harga makanan yang berpatutan dengan membangunkan sistem pemantauan harga makanan dan sistem amaran awal bekalan makanan. Ini dilakukan dengan pemantauan harga makanan di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 171

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 • Menjamin keselamatan dan khasiat makanan melalui Program Jaringan Keselamatan Sosial Berasaskan Makanan dan kempen kesedaran pemakanan. Peningkatan mutu dan keselamatan makanan dengan memperluaskan Amalan Pertanian Baik (GAP), Amalan Pengilangan Baik atau Good Manufacturing Practice (GMP), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal atau Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), Sanitasi dan Fitosanitasi atau Sanitary Phytosanitary (SPS) dan akreditasi halal serta meningkatkan mutu penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan. Unjuran permintaan komoditi makanan utama 2010-2020 ditunjukkan dalam Jadual 2.27. Permintaan terhadap beras meningkat begitu juga permintaan sayur-sayuran. Sungguhpun permintaan meningkat, namun kadar pertumbuhan purata setiap tahun adalah tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Jadual 2.27 Unjuran permintaan komoditi makanan utama 2010-2020 (‘000 tan metrik) Tanaman/Butiran 2010 2015 2020 Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata Beras 2 300 2 495 2 685 (%) 2011-2015 2016-2020 2011-2020 1.6 1.5 1.6 Sayur-sayuran 1 580 1 907 2 454 3.8 5.2 4.5 (Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2010) Laman ICT Laman ICT Dasar Keselamatan Pelan Tindakan Makanan Kebangsaan Keselamatan Makanan Kebangsaan Malaysia berada di tangga ke-35 dalam aspek jaminan bekalan makanan, manakala Singapura di tangga ke-3, China ke-42, Thailand ke-51, Vietnam ke-57, Indonesia ke-71 dan Filipina ke-74. Terangkan bagaimanakah penggunaan teknologi dalam pertanian dapat membantu negara dalam isu keselamatan makanan. Bagaimana pula Singapura berada di tangga ke -3 sedangkan negaranya tidak mempunyai kawasan untuk pertanian seperti negara-negara lain yang terdapat dalam senarai. Info Tambahan Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan juga dibentuk bagi memastikan keselamatan makanan di sepanjang rantaian makanan iaitu dari ladang ke meja hidang (farm to table). Ini bertujuan memastikan kesihatan pengguna dilindungi sepenuhnya. Bagi membolehkan Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan dilaksanakan dengan terurus, Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2010- 2020 telah dirangka. Layari laman sesawang berikut untuk mengetahui garis panduan tentang kawalan import makanan yang perlu dipatuhi: http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/category/garis-panduan/import-makanan/kawalan-import/ 172

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.4.3 Aktiviti Pemasaran Hasil Pertanian Pemasaran hasil pertanian adalah aktiviti menyalurkan barang atau perkhidmatan daripada petani kepada pengguna. Pemasaran hasil pertanian boleh dilakukan secara terus kepada pengguna atau melalui ejen atau pemborong. Pemasaran hasil pertanian melibatkan aktiviti seperti penjualan, pengurusan kewangan dan pengangkutan, Penjualan Merupakan suatu proses menjual produk kepada pengedar atau pun pembeli akhir. Bagi pengeluaran pertanian, boleh dilakukan melalui peraih iaitu orang tengah di ladang, menjual sendiri, melalui pemborong pasar tani atau pemborong pasar awam • Peraih di ladang - terdapat peraih yang datang terus ke ladang untuk mendapatkan hasil pertanian. Lazimnya di ladang-ladang kelapa sawit atau koko. Jualan cara ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan buruh. • Pemborong pasar tani - melalui pasar tani, pengeluar boleh berhubung terus dengan pelanggan. Pasar tani anjuran FAMA mempunyai banyak rangkaian di seluruh negara. Peserta-peserta pasar tani telah berdaftar dan beroperasi tetap di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. • Menjual sendiri - produk akan mempercepatkan pulangan hasil dan pusingan tunai kepada pengeluar. Selain daripada itu hasil keluaran juga dapat digunakan untuk kegunaan sendiri oleh pengeluar. Pengusaha boleh menjual di gerai sendiri, membekalkan kepada peruncit berdekatan atau ke kilang-kilang. • Pemborong pasar awam - kebanyakan pemborong di pasar awam telah ada pembekal tetap. Untuk menjadi pembekal kepada pemborong di pasar awam, kuantiti yang mencukupi diperlukan untuk menampung permintaan yang sentiasa berterusan. Kewangan Kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil membantu pengusaha memaju dan meningkatkan bidang usahanya. Sumber kewangan dapat diperolehi melalui modal sendiri, secara perkongsian dengan rakan atau melalui pinjaman daripada agensi-agensi tertentu, contohnya, pinjaman pertanian adalah melalui skim pinjaman yang disediakan oleh Agro Bank. Pengusaha perlu menyediakan perancangan belanjawan bidang usahanya mengikut sumber kewangan dan kemampuan yang ada. Pengurusan kewangan yang cekap akan meningkatkan keuntungan serta jangka hayat bidang yang diusahakan. Pengangkutan Pengangkutan merupakan saluran pengedaran yang intensif, diperlukan untuk mengangkut serta menghantar produk ke tempat pengeluaran seterusnya sampai kepada pengguna. Keluaran hasil pertanian boleh diangkut dengan beberapa cara iaitu melalui udara, jalan raya, jalan keretapi atau jalan air. Pemilihan jenis pengangkutan perlu mengambil kira kos yang terlibat. Pengeluar harus bijak memilih jenis pengangkutan yang sesuai mengikut jenis keluaran dan keperluan pengguna. FAMA telah memperkenalkan program Amalan 3P iaitu Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan. Pilih satu bungkusan barangan pertanian di pasaran. Bincangkan aplikasi amalan 3P yang terdapat pada bungkusan itu. Persembahkan hasil dapatan di dalam kelas. 173

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.4.4 Harga Pasaran Ketidakstabilan harga merupakan satu fenomenon dalam pemasaran hasil pertanian. Ketidakstabilan harga boleh menggugat rancangan pengeluaran dan pelaburan serta memberi kesan terus kepada petani kecil yang kekurangan sumber. Petani harus peka kepada harga pasaran tanaman yang ditanam. Harga pasaran boleh dibahagikan kepada harga ladang, harga borong dan harga runcit. Harga Purata Sayur Terpilih Harga purata sayur berbeza mengikut tempat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Jadual 2.28, Jadual 2.29 dan Jadual 2.30 menunjukkan harga purata sayur-sayuran terpilih untuk Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Terdapat perbezaan harga purata antara sayur-sayuran terpilih di ketiga-tiga tempat tersebut sama ada dari segi harga ladang, borong dan juga harga runcit. Perbezaan harga ini mempunyai kaitan langsung dengan pemasaran terutama dari segi strategi pemasaran. Berikut ialah harga purata (RM) bagi sayur-sayuran terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 2013: Jadual 2.28 Harga purata sayur-sayuran terpilih Semenanjung Malaysia Tanaman/Butiran Unit Harga Purata 2013 Ladang Borong Runcit 4.65 Cili hijau RM/kg 6.35 9.00 5.10 Cili merah minyak RM/kg 6.45 7.45 9.65 Cili Merah Kulai RM/kg 0.65 Jagung manis biasa/Thailand RM/Tongkol 2.90 8.60 10.80 Bendi RM/kg 3.50 Kacang buncis RM/kg 2.05 0.85 1.25 Kacang panjang hijau RM/kg 2.55 Kailan RM/kg 1.75 4.30 6.10 Petola segi RM/kg 1.05 Kubis bulat tanah tinggi RM/kg tiada 5.50 7.20 Lobak merah-import RM/kg 1.60 Sawi hijau cerah RM/kg 2.00 3.10 4.70 Terung bulat RM/kg 2.30 Terung panjang RM/kg 1.00 4.05 5.55 Timun hijau cerah RM/kg 2.20 Tomato tanah tinggi RM/kg 1.00 2.80 4.20 Ubi kayu RM/kg 1.15 Ubi keledek RM/kg 2.10 3.00 2.60 3.80 2.50 3.60 3.00 4.50 3.45 4.80 1.60 2.50 3.40 4.20 1.30 2.10 2.00 3.50 Sumber: Bahagian Maklumat Pasaran, FAMA 2014 Laman ICT Info Tambahan Laporan Analisis Harga Laporan analisis harga mingguan tentang sayur-sayuran dapat diketahui dengan mengimbas QR Code yang disediakan. 174

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Jadual 2.29 Harga purata sayur-sayuran terpilih Sarawak Tanaman/Butiran Unit Harga Purata 2013 Cili hijau RM/kg Ladang Borong Runcit 4.15 6.65 10.15 Cili merah minyak RM/kg Jagung manis biasa/Thailand RM/Tongkol 4.90 8.70 11.85 Bendi 0.35 0.55 0.80 Kacang buncis RM/kg 2.35 4.10 5.95 Kacang panjang hijau RM/kg 2.25 3.85 5.70 Kailan RM/kg 1.75 3.00 4.50 Petola segi RM/kg 2.30 4.15 5.65 Kubis bulat tanah tinggi RM/kg 1.70 2.95 4.45 Lobak merah-import RM/kg 1.30 1.80 2.50 Sawi hijau cerah RM/kg tiada 2.35 3.50 Terung bulat RM/kg 1.85 3.20 4.65 Terung panjang RM/kg 1.95 2.90 4.70 Timun hijau cerah RM/kg 1.65 2.70 4.25 Tomato tanah tinggi RM/kg 1.10 1.70 2.95 Ubi kayu RM/kg tiada 4.25 5.80 Ubi keledek RM/kg 1.10 1.65 3.15 RM/kg 1.20 2.00 3.05 Sumber: Bahagian Maklumat Pasaran, FAMA 2014 Jadual 2.30 Harga purata sayur-sayuran terpilih Sabah Tanaman/Butiran Unit Harga Purata 2013 Cili hijau RM/kg Ladang Borong Runcit Cili merah minyak RM/kg 4.75 5.95 7.55 Bendi RM/kg Kacang buncis RM/kg 6.60 8.50 10.65 Kacang panjang hijau RM/kg 3.05 3.50 4.50 Kailan RM/kg 3.05 3.50 4.50 Petola segi RM/kg 2.60 3.00 4.00 Kubis bulat tanah tinggi RM/kg 3.05 3.60 4.60 Sawi hijau cerah RM/kg 1.80 2.10 3.10 Terung panjang RM/kg 1.20 1.90 2.90 Timun hijau cerah RM/kg 2.25 2.60 3.60 Tomato tanah tinggi RM/kg 2.30 2.95 3.95 1.25 1.50 2.50 2.35 3.35 4.75 Sumber: Bahagian Maklumat Pasaran, FAMA 2014 175

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Harga Pasaran Beberapa Tanaman Komoditi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah mengeluarkan harga beberapa tanaman komoditi seperti buah tandan segar kelapa sawit, biji koko kering dan lada hitam serta jagung manis yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Harga buah tandan segar kelapa sawit mengikut gred pada Julai 2017 ditunjukkan dalam Jadual 2.31. Jadual 2.31 Harga buah tandan segar kelapa sawit mengikut gred pada Julai 2017 Kawasan Gred A Gred B Gred C OER (%) RM/tan OER (%) RM/tan OER (%) RM/tan Utara 20 568.00 19 542.00 18 517.00 Semenanjung 20 576.00 19 550.00 18 524.00 20 570.00 19 544.00 18 518.00 Selatan 20 568.00 19 543.00 18 517.00 Semenanjung 22 559.00 21 536.00 20 512.00 22 568.00 21 543.00 20 518.00 Tengah Semenanjung Timur Semenanjung *Sabah **Sarawak Sumber Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Nota: * Sandakan, Lahad Datu dan Tawau ** Miri dan Bintulu OER: Oil Extraction Rate bermaksud Kadar Perahan Minyak Sawit Harga buah tandan segar mengikut gred di kesemua kawasan adalah agak stabil, tidak banyak berubah, bagi bulan Julai 2017. Perbezaan harga sebanyak RM 17.00 bagi gred A, RM 14.00 bagi gred B dan RM 12.00 bagi gred C. Begitupun, rata-rata harga di Sabah adalah yang terendah bagi ketiga-tiga gred, manakala harga tertinggi bagi ketiga-tiga gred adalah di Selatan Semenanjung. Pada amnya, biji koko kering mengalami peningkatan dan penurunan harga pada bulan Julai dan Ogos 2017 untuk SMC 1 dan SMC 2. Tawau dan Kuching mencatatkan peningkatan harga bagi kedua-dua gred SMC 1 dan SMC 2 pada bulan Ogos berbanding bulan Julai 2017. Sebaliknya, Raub mengalami penurunan harga bagi kedua-dua gred SMC 1 dan SMC 2, masing-masing sebanyak RM 125.00 dan RM 150.00 pada bulan Ogos berbanding bulan Julai 2017. Jadual 2.32 menunjukkan harga purata biji koko kering mengikut gred pada tahun 2017. Jadual 2.32 Harga purata biji koko kering mengikut gred pada tahun 2017 Kawasan SMC 1(RM/tan) SMC 2(RM/tan) Julai Ogos Julai Ogos Tawau 6,500.00 6,600.00 6,350.00 6,400.00 6,550.00 6,400.00 Raub 6,775.00 6,650.00 5,850.00 5,900.00 Kuching 6,000.00 6,100.00 Sumber: Malaysian Cocoa Board (MCB) Nota: SMC bermaksud Standard Malaysian Cocoa. 176

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Secara keseluruhannya, penurunan harga lada hitam dan lada putih berlaku pada tahun 2017 di kedua-dua kawasan Kuching dan Johor berbanding tahun 2016. Jarak perbezaan harga tertinggi terdapat pada lada putih di mana sebanyak RM 11,032.00 di Kuching dan RM 14,639.00 di Johor. Penurunan harga lada hitam tidak begitu ketara berbanding lada putih di mana di Kuching hanya sebanyak RM 6,454.00 dan sebanyak RM 7,187.00 di Johor. Jadual 2.33 menunjukkan harga pasaran lada hitam tahun 2016. Jadual 2.33 Harga pasaran lada hitam tahun 2016 Kuching Johor Kawasan Lada Hitam Lada Putih Lada Hitam Lada Putih (RM/tan) (RM/tan) (RM/tan) (RM/tan) Tawau Raub 26,040.00 43,114.00 25,338.00 42,631.00 19,586.00 32,082.00 17,151.00 27,992.00 Sumber: Lembaga Lada Malaysia Rata-rata harga jagung manis di Semenanjung jauh lebih tinggi berbanding di Sarawak. Jarak perbezaan harga di ladang ialah RM 0.30, di pasar borong juga RM 0.30, manakala perbezaan sebanyak RM 0.45 bagi harga runcit. Harga jagung manis biasa (Thai Super Sweet) pada tahun 2013 ditunjukkan dalam Jadual 2.34. Jadual 2.34 Harga jagung manis biasa (Thai Super Sweet) pada tahun 2013 Negeri Ladang Borong Runcit (RM/Tongkol) (RM/Tongkol) (RM/Tongkol) Semenanjung Sarawak 0.65 0.85 1.25 0.35 0.55 0.80 Sumber: FAMA 2016 Berdasarkan Jadual 2.28, Jadual 2.29 dan Jadual 2.30 pilih lima jenis sayur yang terdapat di dalam jadual. Teliti perbezaan harga antara ladang, borong dan runcit. Jelaskan perbezaan harga antara negeri tersebut dan nyatakan sebab berlakunya perbezaan harga itu. Info Tambahan Penentuan gred koko ditunjukkan dalam Jadual 2.35 berikut. Jadual 2.35 Menunjukkan gred koko dan kriteria penentuan gred Gred Koko Malaysian Kiraan Biji Berkulat Slati Kerosakan Serangga / Standard (per100g) Bercambah SMC 1 ≤ 100 ≤ 3.0% ≤ 3.0% ≤ 2.5% SMC 2 >100 ≤ 110 ≤ 3.0% ≤ 3.0% ≤ 2.5% SMC 3 >110 ≤ 120 ≤ 3.0% ≤ 3.0% ≤ 2.5% Sub-Standard >120 >3.0% >3.0% >2.5% Sumber: Malaysian Cocoa Board (MCB) 177

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.4.5 Perbandingan Harga Pasaran Harga tanaman di pasaran sentiasa berubah terutama barangan segar dan yang mudah rosak. Keadaan ini berkait rapat dengan kuantiti dan lambakan barangan tersebut di pasaran pada satu- satu masa. Maklumat mengenai trend harga boleh membantu pengeluar meminimumkan risiko dan membuat keputusan berkaitan penanaman, penyimpanan dan pemasaran hasil tanaman. Perbandingan harga pasaran adalah berdasarkan masa dan lokasi seperti Rajah 2.37. Perbandingan Harga Pasaran Masa Lokasi Hari Biasa Bandar Musim Perayaan Luar Bandar Rajah 2.37 Perbandingan harga pasaran Harga Semasa Tanaman Musim Perayaan Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa mempengaruhi harga hasil tanaman di pasaran. Jadual 2.36 menunjukkan harga (RM) purata runcit per kilogram bagi sayur-sayuran terpilih di Malaysia pada Tahun Baru Cina (8 Februari 2016). Jadual 2.36 Harga (RM) purata runcit per kilogram bagi sayur-sayuran terpilih di Malaysia pada Tahun Baru Cina (8 Februari 2016) Sayur-sayuran Minggu Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9 Asas 2016 2016 2016 2016 Kubis bulat * 2015 tanah tinggi (1 hingga (8 hingga (15 hingga 21 (22 hingga 28 Sawi hijau cerah 3.35 7 Februari) 14 Februari) Februari) Februari) Cili masak tempatan 5.45 3.35 3.60 3.60 3.50 Tomato tanah 11.85 tinggi 4.35 5.20 5.20 4.85 5.25 10.45 10.45 10.15 9.80 3.90 4.20 4.20 4.05 * Minggu asas ialah minggu terakhir 2015. Harga purata runcit bagi sayur-sayuran terpilih mencatatkan penurunan harga pada minggu 9-2016 sebanyak antara RM 0.60 (sawi hijau cerah), RM 2.05 (cili merah tempatan) dan RM 1.20 (tomato tanah tinggi) berbanding pada minggu asas 2015. Sayur yang mengalami peningkatan harga purata runcit tertinggi pada minggu 9 (2016) ini adalah kubis bulat tanah tinggi, tetapi tiada perubahan pada minggu 6 (2016) berbanding minggu asas. Pada minggu 7 (2016-Tahun Baru Cina) berlaku peningkatan harga kubis bulat tanah tinggi sebanyak RM 0.25, manakala lain-lain sayur-sayuran mengalami penurunan harga antara RM 0.25 hingga RM 1.40. 178

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Penurunan harga di peringkat runcit adalah disebabkan pertambahan bekalan dari pasar borong ke pasar runcit. Permintaan yang berkurangan daripada pengguna selain bekalan yang banyak masih belum terjual telah mendorong penurunan harga jualan bagi menggalakkan pembelian secara berterusan selain untuk mengurangkan kos kerugian akibat kerosakan sayur-sayuran. Jadual 2.37 menunjukkan harga (RM) purata per kilogram bagi sayur-sayuran terpilih di Malaysia pada Hari Raya Puasa (6 Julai 2016). Jadual 2.37 Harga (RM) purata per kilogram bagi sayur-sayuran terpilih di Malaysia pada Hari Raya Puasa (6 Julai 2016) Sayur-sayuran Minggu Minggu 27 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Asas 2016 2016 2016 2016 * 2015 (27 Jun hingga (11 Julai (18 Julai (25 Julai 3 Julai) hingga hingga hingga 17 Julai) 24 Julai) 31 Julai) Kubis bulat 3.35 4.10 tanah tinggi 5.45 3.80 3.90 3.80 3.65 Sawi hijau cerah 3.70 3.70 4.00 12.55 11.00 11.00 Cili masak 11.85 15.15 tempatan 5.25 4.30 4.30 4.10 4.35 Tomato tanah tinggi * Minggu asas ialah minggu terakhir 2015. Harga purata runcit bagi sayur-sayuran terpilih mengalami penurunan harga. Penurunan harga berlaku pada minggu 31 (2016) berbanding pada minggu asas. Sayur-sayuran yang mengalami penurunan harga tertinggi pada bulan Julai ialah cili merah tempatan (RM 1.85) diikuti oleh sawi hijau cerah (RM 1.45) dan tomato tanah tinggi (RM 0.90). Manakala, kubis bulat tanah tinggi pula mencatatkan peningkatan harga sebanyak RM 0.30 pada minggu terakhir bulan ini. Pada minggu-minggu 27 (2016) dan 29 (2016) iaitu Hari Raya Puasa, berlaku peningkatan harga bagi kubis bulat tanah tinggi (RM 0.55 hingga RM 0.75) dan cili merah tempatan (RM 0.70 hingga RM3.30). Manakala, berlaku penurunan harga yang ketara sebanyak RM 1.75 bagi sawi hijau cerah dan RM 0.95 bagi tomato tanah tinggi. Harga Komoditi Sayur Bandar dan Luar Bandar Penurunan atau peningkatan harga di peringkat runcit disebabkan oleh pengurangan atau peningkatan pengeluaran hasil tanaman di peringkat ladang. Kekurangan bekalan menyebabkan peningkatan harga pasaran di peringkat borong dan runcit. Perbezaan keperluan permintaan hasil sayur-sayuran di bandar dan luar bandar mempengaruhi harga komoditi sayur-sayuran. Berikut ialah perbandingan data harga komoditi sayur-sayuran di bandar dan di luar bandar (Jadual 2.38). Pada amnya, keadaan harga sayur-sayuran di luar bandar adalah lebih tinggi berbanding di bandar. (rujukan analisis harga data dan maklumat oleh FAMA 2016). Begitupun, harga beberapa sayur- sayuran adalah tidak berbeza seperti Cili Merah Kulai (Kedah dan Pahang), kacang bendi (Johor) dan kubis bulat tempatan (Johor). 179

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Jadual 2.38 Perbandingan data harga (RM) komoditi sayur-sayuran di bandar (A) dan luar bandar (B) Kedah Johor Pahang A Sayur-Sayuran / AB A B B Negeri Batu Endau Kuantan Bera Alor Star Changlun Pahat (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) 1.25 1.50 15.00 15.00 Bayam hijau (250g) 0.50 1.00 1.00 1.25 Cili Merah Kulai (1kg) 10.00 10.00 6.00 8.00 Kacang bendi (1kg) 12.00 15.00 6.00 7.00 Kacang panjang (1kg) 3.96 6.00 3.00 6.00 Kubis bulat tempatan 3.99 5.00 8.00 8.00 (1kg) 2.49 1.50 Sawi (250g) - 6.00 7.00 7.00 Terung panjang (1kg) 0.65 4.00 Timun (1kg) 4.50 1.00 5.00 5.00 6.00 Tomato (1kg) 1.35 5.00 2.90 2.50 0.99 1.50 1.25 A= Bandar, B= Luar Bandar 4.00 7.00 8.00 6.99 1.90 3.50 2.29 3.90 6.00 3.49 Faktor Kenaikan dan Penurunan Harga Sayur-Sayuran Beberapa faktor menjadi punca kepada kenaikan dan penurunan harga sayur-sayuran di pasaran. Faktor-faktor itu adalah seperti berikut: Faktor Kenaikan Harga. • Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan yang berlarutan. • Permintaan yang tinggi dari negara jiran iaitu Singapura bagi sayur eksport menyebabkan kekurangan untuk bekalan tempatan. • Kekurangan tenaga kerja asing bagi sektor perladangan menyebabkan pengeluaran sayur dari ladang berkurangan. • Kenaikan harga input pertanian. • Permintaan yang mendadak terutama musim cuti sekolah dan musim perayaan. Faktor Penurunan Harga • Pengeluaran sayur yang tidak dikawal sehingga berlakunya lambakan sayur di pasaran. • Pemberian insentif tanaman oleh pihak Kementerian menyebabkan pengusaha menambahkan pengeluaran mereka. • Import sayur daripada negara jiran yang berlambak di pasaran. • Kempen bumi hijau yang menggalakkan penduduk menanam sendiri sayuran untuk keperluan isi rumah. • Penurunan kualiti tanaman akibat daripada pengurangan penggunaan racun makhluk perosak dan baja kerana faktor penjimatan kos dan alam sekitar. 180

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tajuk: Aktiviti Penuaian, Penyimpanan dan Penjualan Hasil Tanaman. Objektif: i. Menuai hasil tanaman menggunakan teknik dan peralatan yang betul. ii. Menyimpan hasil tanaman dengan kaedah yang betul. iii. Menjual hasil tanaman. vi. Merekod hasil penuaian, penyimpanan dan penjualan dengan format yang betul. Alatan Pisau, sekateur, bakul, alat penimbang, beg plastik dan sarung tangan. Langkah Keselamatan: 1. Berhati-hati menggunakan alatan tajam. 2. Gunakan sarung tangan. Langkah Kerja: 1. Pastikan indeks kematangan sayur 2. Gunakan sarung tangan ketika sebelum dituai. Tentukan kaedah melakukan aktiviti menuai. menuai yang betul. 3. Kumpulkan hasil tuaian dan letakkan 4. Bersihkan sayur daripada kekotoran pada tempat dan bekas yang sesuai. tanah. 181

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 5. Timbang sayur dan kelaskan mengikut 6. Masukkan sayur ke dalam bungkusan gred. plastik bagi tujuan penyimpanan. 7. Sayur juga boleh dibungkus dengan 8. Simpan di ruang yang sesuai di dalam peti menggunakan kertas. sejuk. 9. Aktiviti jualan hasil tanaman. 182

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Berikut adalah format rekod penuaian, penyimpanan dan rekod jualan hasil tanaman. Arahan: Catatkan hasil penuaian ke dalam rekod penuaian hasil tanaman. Untuk hasil tanaman yang disimpan sebelum dipasarkan, catatkan ke dalam rekod penyimpanan hasil tanaman. Catatkan pula hasil jumlah ke dalam rekod jualan hasil tanaman. Rekod Penuaian Hasil Tanaman Nama Kumpulan: Tingkatan: Bil. Tarikh Tuai Jenis Indeks Kuantiti Hasil Jumlah Hasil Tanaman Kematangan (kg) /Gred Hasil Tuai ABCD Rekod Penyimpanan Hasil Tanaman Nama Kumpulan: Tingkatan: Tarikh Penyimpanan Nama Tanaman Kuantiti (kg)/Bungkus Rekod Jualan Hasil Tanaman Nama Kumpulan: Tingkatan: Tarikh Nama Tanaman Kuantiti (kg)/Bungkus Jumlah (RM) 183

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 PEMASARAN HASIL TANAMAN Masalah Pemasaran Hasil Pertanian • Ketidakstabilan harga, penawaran dan permintaan bermusim, kekurangan saluran pasaran, kos dan margin yang tinggi, kekurangan maklumat pasaran dan kekurangan infrastruktur pemasaran. Strategi Pemasaran • Strategi 4P iaitu Produk, Harga, Tempat dan Promosi. Kehendak Pemasaran • Berdasarkan produk, harga, rupa luaran, pengguna dan keselamatan makanan. Aktiviti Pemasaran Hasil Pertanian • Aktiviti pemasaran hasil pertanian adalah penjualan, pengurusan kewangan dan pengangkutan. Harga Pasaran • Harga purata sayuran terpilih Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. • Harga pasaran minyak sawit. • Harga pasaran biji koko kering. • Harga pasaran jagung. Perbandingan Harga Pasaran • Perbandingan harga pasaran adalah berdasarkan masa dan kawasan. • Masa ialah pada hari biasa dan musim perayaan. • Kawasan ialah bandar dan luar bandar. 184

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Jawab Semua Soalan 1. Pemasaran hasil pertanian telah mewujudkan sistem kemudahan yang lain. Nyatakan empat kemudahan itu. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... iv)..................................................................................................................................... 2. Nyatakan tiga asas penentuan harga. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... 3. Nyatakan tiga elemen penting dalam pemasaran. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... Petani sukar mendapat maklumat tentang harga dan pasaran terkini. 4. Pernyataan di atas adalah satu daripada masalah pemasaran hasil pertanian di negara ini. Nyatakan dua sebab mengapa berlakunya perkara tersebut. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... 5. Senaraikan tiga tujuan promosi dalam pemasaran. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... 6. Encik Raja menghadapi masalah untuk memasarkan tanaman ubi kayu yang ditanamnya seluas satu hektar. Bagaimanakah beliau boleh mengatasi masalah tersebut? .......................................................................................................................................... .......................................................................................................................................... 185

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 7. Projek tanaman hidroponik sekolah akan mengadakan aktiviti menuai dua minggu lagi. Terangkan bagaimana anda boleh membantu untuk memasarkan hasil tanaman itu. .......................................................................................................................................... A B 8. Berdasarkan gambar, sayur A dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan sayur B. Bincangkan mengapakah perkara itu berlaku dari segi kehendak pasaran. ......................................................................................................................................... 9. Nyatakan tiga cara untuk mempromosikan hasil pertanian. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)..................................................................................................................................... 10. Pada musim perayaan permintaan pengguna terhadap sesuatu produk meningkat. Terangkan dua langkah bagaimanakah pengusaha dapat memenuhi kehendak pengguna tersebut? i)..................................................................................................................................... ii).................................................................................................................................... 11. Nyatakan perkaitan antara pengusaha ladang, orang tengah dan pemborong dalam pemasaran hasil pertanian. ....................................................................................................................................... 12. Encik Salim mengusahakan tanaman ubi kayu secara besar-besaran untuk dipasarkan secara segar. Terangkan bagaimanakah beliau boleh mengembangkan bidang usahanya ini menjadi lebih maju dan berjaya? ....................................................................................................................................... 186

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 UNIT 2.5 PENGURUSAN KEWANGAN Sumber-Sumber Modal Pengeluar perlu merancang belanjawan operasi pengeluaran sebelum meneruskan aktiviti penanaman. Oleh itu pengeluar perlu mengenal pasti sumber modal permulaan yang diperlukan dalam operasi pengeluaran tanaman mereka. Rajah 2.38 menunjukkan sumber modal. Pelaburan Simpanan Pinjaman Individu Sendiri Daripada Rakan Sumber Atau Ahli Modal Keluarga Bantuan Pinjaman Kerajaan Bank Rajah 2.38 Sumber modal Menggunakan modal dari simpanan sendiri adalah lebih baik berbanding dengan membuat pinjaman daripada agensi-agensi berkaitan. Namun pengeluaran secara besar-besaran memerlukan modal permulaan yang tinggi. Oleh itu, terdapat agensi-agensi yang membantu petani dalam pengeluaran pertanian. Antaranya adalah, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di bawah kawalan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Selain itu terdapat beberapa agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) yang berperanan membantu usahawan dalam memulakan perniagaan mereka. Info Tambahan Modal musim pertama bagi suatu projek tanaman secara hidroponik, fertigasi atau aeroponik adalah tinggi. Ini disebabkan kos permulaan adalah termasuk penyediaan sistem pengairan, meratakan tanah, polibeg/beg politena, penyediaan bangsal atau stor dan sebagainya. Masuk ke musim kedua penanaman dan seterusnya, petani hanya perlu membeli baja, racun, upah dan bayaran bil air serta elektrik. Oleh itu, kos pada musim kedua dan seterusnya perlulah ditolak dengan kos permulaan tersebut. 187

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.5.1 Modal Permulaan dan Modal Akhir Modal Permulaan Modal adalah pelaburan pemilik dalam perniagaan. Ia merupakan sumber kewangan atau aset yang digunakan untuk membantu dalam proses pengeluaran. Aset dalam bentuk fizikal seperti peralatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan untuk pengeluaran. Pengusaha ladang perlu merancang belanjawan operasi pengeluaran sebelum meneruskan dengan aktiviti penanaman. Oleh itu, pengusaha perlu mengenal pasti apakah modal permulaan yang diperlukan dalam operasi pengeluaran tanaman mereka. Modal permulaan terdiri daripada kos tetap dan kos berubah. Kos Tetap Kos Berubah Kos tetap adalah bayaran terhadap penggunaan Kos berubah adalah kos yang berubah secara input tetap. Contohnya, sewa tanah, sewa langsung dengan tingkat output. Semakin bangunan, gaji pekerja, pembelian alatan dan tinggi output, semakin meningkat kos berubah. mesin, penyelenggaraan alatan dan mesin, Kos ini juga meningkat atau menurun mengikut susut nilai dan insurans. pembekalan dan permintaan. Contohnya, kos bahan, kos tenaga kerja dan kos sampingan untuk penghasilan produk. Menghitung Kos Luar Jangka Kos luar jangka merupakan perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang perlu ditanggung oleh pengusaha. Pengusaha lazimnya akan memperuntukkan 5% hingga 10% daripada jumlah kos sebagai kos luar jangka. Ini berlaku berkemungkinan daripada tanaman yang diserang penyakit, bencana alam atau pun kenaikan harga barang secara mendadak. Contoh, sekiranya berlaku bencana alam seperti hujan dan tiupan angin yang kuat, sambungan sistem fertigasi mungkin rosak atau tertanggal. Maka, pengusaha perlu menambah kos untuk membaiki kerosakan tersebut. Penambahan kos ini dikira sebagai kos luar jangka. Contoh: Pengiraan kos luar jangka 10% Pengiraan kos luar jangka 10% Modal Akhir Modal akhir adalah modal yang terdapat pada akhir suatu projek tanaman. Modal akhir ialah modal awal dicampur dengan keuntungan ditolak ambilan atau modal awal ditolak dengan kerugian dan ambilan. Keuntungan ialah pendapatan yang diperolehi setelah ditolak dengan jumlah perbelanjaan. Perbelanjaan yang terlibat adalah seperti pembayaran gaji, bil telefon, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan dengan perbelanjaan pengeluaran projek. Cara pengiraan modal akhir Cara pengiraan keuntungan Keuntungan Modal Akhir = Modal Awal + Keuntungan – Ambilan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan Atau = Modal Awal – Kerugian – Ambilan 188

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Ambilan Ambilan adalah pengeluaran atau penggunaan tunai atau lain-lain aset perniagaan milikan tunggal oleh pemilik sendiri bagi kegunaan peribadi. Setiap ambilan tunai oleh pemilik akan direkod kredit ke akaun tunai. Ambilan akan mengurangkan modal akhir. Berikut adalah contoh pengiraan modal permulaan projek tanaman hidroponik (NFT) untuk tiga musim. Modal Permulaan Jumlah (RM) Jumlah (RM) Kos Bahan 15.00 Paip PVC 30.00 Pam air 10.80 Net pot Benih 3.00 Benang media 2.00 Bakul media 3.20 Baja 20.00 Cawan penyukat 0.60 Jumlah Kos Bahan 84.60 Kos Tenaga Kerja Upah pemasangan 150.00 Upah tenaga hari @ RM 5.00 x 30 hari 150.00 Jumlah Kos Tenaga Kerja Jumlah Kos (Kos Bahan + Kos Tenaga Buruh) 300.00 384.60 RM 84.60 + RM 300.00 Kos Luar Jangka (10%) RM 384.60 38.46 Jumlah modal permulaan RM 423.06 Berikut adalah contoh pengiraan modal akhir projek tanaman hidroponik (NFT) untuk tiga musim. Jenis Tanaman Sawi Kuantiti hasil : 80 kg / musim Harga: RM 5.45 / kg Pendapatan : RM 5.45 x 80 kg x 3 musim = RM 1,308.00 Keuntungan bersih RM 1,308.00 – RM 423.06 = RM 884.94 Ambilan : RM 200.00 Contoh pengiraan modal akhir: Modal akhir = Modal awal + Keuntungan bersih – Ambilan = RM 423.06 + RM 884.94 – RM 200.00 = RM 1,108.00 189

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2.5.2 Dokumen Dokumen penting dalam penyediaan kos projek penanaman. Pengurusan ladang yang baik akan dapat membantu pengusaha menentukan kejayaan suatu projek tanaman. Semua urusan perlu disokong dengan dokumen yang berkaitan terutama sekali tentang perbelanjaan dan pendapatan projek tanaman yang diurus. Kepentingan penyediaan dokumen dalam pengurusan projek tanaman adalah sebagai sumber maklumat untuk perakaunan, memberikan maklumat tentang sesuatu urusniaga dan dapat dijadikan bukti bagi sesuatu urus niaga. Selain mengingatkan pengurus tentang hutang dalam urus niaga ianya menjadi rujukan pada masa hadapan. Dokumen dapat dibahagikan kepada tiga jenis dokumen seperti Rajah 2.39. Jenis-Jenis Dokumen Sebelum Urus niaga Semasa Urus niaga Selepas Urus niaga Surat Tanya Borang Pesanan Resit Katalog Nota Serahan Bil Tunai Invois Penyata Akaun Senarai Harga Nota Kredit Sebut Harga Nota Debit Rajah 2.39 Jenis-jenis dokumen Dokumen dan Huraiannya Dokumen Sebelum Urus niaga Jenis Dokumen Huraian Surat Tanya Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan maklumat barang-barang yang hendak dibeli. Maklumat yang diperlukan ialah harga barang, cara pembekalan, diskaun dan cara pembayaran. Katalog Penjual menghantar katalog bersama dengan sebut harga. Katalog mengandungi senarai harga bagi semua barang yang dibekalkan oleh penjual. Senarai Harga Dokumen yang mencatatkan harga semua barang yang dijual oleh Sebut Harga peniaga. 190 Dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada surat tanya. Maklumat yang diberi ialah harga yang hendak dibeli, syarat penghantaran dan pembayaran.

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 2 Mei 2017 senarai harga sistem hidroponi takung daripada syarikat tuan untuk rujukan kami. Kami amat berbesar hati jika pihak Gambar foto 2.71 Surat tanya Gambar foto 2.72 Katalog 4hb Mei 2017 SENARAI HARGA Kajang 43000, Selangor Tarikh: 5hb Mei 2017 5 Set Pemasa SP 012 35.00 Adalah dimaklumkan bahawa sebut harga di atas tidak termasuk 6 EC Meter EC 012 205.00 kos penghantaran.Semoga sebut harga di atas mendapat 7 pH Meter PH 012 205.00 pertimbangan dan persetujuan dari pihak tuan. 7 Paip tertier NFT 063 35.00 Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran. Gambar foto 2.73 Senarai harga Gambar foto 2.74 Sebut harga 191

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Dokumen Semasa Urus niaga Jenis Dokumen Huraian Borang pesanan Nota serahan • Dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi Invois maklumat tentang barang yang hendak dibeli. Nota kredit • Maklumat yang perlu ada ialah jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun. Nota debit • Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang yang dipesan. • Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan bahawa barang-barang pesanan telah dihantar dengan selamat. • Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak dinyatakan. • Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila penjual membenarkan pembeli membeli barang niaga atau aset secara kredit. • Maklumat yang ada ialah: nama dan alamat pembeli dan penjual, tarikh urus niaga, nombor invois, kuantiti dan harga, jumlah belian, syarat serahan dan bayaran dan K.&K. di K. • Disediakan dalam tiga salinan. Salinan asal dihantar kepada pembeli dan salinan pendua disimpan oleh penjual. • Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa hutangnya akan dikurangkan (akaun dikreditkan) • Dihantar disebabkan oleh: i. Terdapat pulangan barang yang rosak, salah jenama atau tidak berkualiti. ii. Bayaran yang dikenakan terlebih daripada sepatutnya. iii. Terdapat pulangan bekas kosong yang telah dikenakan bayaran dalam invois. iv. Jumlah hutang terlebih kerana salah pengiraan. v. Pembeli diberi elaun atau komisen. • Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois terkurang. • Akaun pembeli akan didebitkan untuk menambahkan harga pada invois (hutang bertambah). • Digunakan apabila: i. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan). ii. Bayaran yang dikenakan terkurang. iii. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli. iv. Jumlah hutang terkurang (kesilapan pengiraan). v. Bayaran tambahan (pertukaran barang). 192


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook